Ahad, 28 Ogos 2016

Muhyiddin dakwa hampir RM4 bilion dalam akaun Najib

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa hampir RM1 bilion telah berada dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebelum kemasukan RM2.6 bilion dilapor secara meluas.
Najib mendakwa AS$ 681 juta yang diterimanya pada Mac 2013 adalah sumbangan daripada ahli keluarga diraja Arab selepas dihebahkan pada Julai tahun lepas.
Muhyiddin berkata ini berdasarkan maklumat daripada peguam negara ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail yang berkongsi dengan beliau penyata bank Najib.
"Sah tuan-tuan. Saya tengok, waktu peguam negara itu ialah Gani Patail. dia tunjuk dengan saya, macam saya nak pengsan ada duit banyak itu dalam akaun Datuk Seri Najib.
"Tengok duit masuk akaun peribadi. Sebenarnya disebutkan peguam negara dahulu, sebelum dia juga nasibnya sama macam saya dipecat, dah ada hampir RM1 bilion dalam akuan Datuk Najib sebelum itu.
"Jadi semua yang disebutkan hampir RM4 bilion dalam akaun perdana menteri. Kamu percaya tak," soalnya dalam satu ceramah di Ketereh, Kelantan semalam.
Rakaman video ceramah itu dimuat naik di TV Gerakan Harapan Baru dan KiniTV.
Muhyiddin berkata beliau hampir pengsan selepas melihat angka-angka dalam akaun bank peribadi Najib.
Dakwaan Muhyiddin dilihat menyokong laporan ABC News yang berpengkalan di Australia pada Mac yang meletakkan angka dalam akaun bank Najib berjumlah AS $ 1.051 bilion (RM4.2 bilion) berdasarkan penyata bank.
Menurut laporan itu, sebelum deposit RM2.6 bilion daripada Tanore Finance, Najib juga menerima AS$ 120 juta daripada Blackstone Asia Real Estate Partner Ltd (BVI), AS$ 80 juta dari Kementerian Arab Saudi dan AS$ 75 juta daripada Putera Faisal bin Bandar Al Saud.
Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat juga menekankan beberapa deposit tidak disebut atau didedahkan dalam laporan ABC News, termasuk tambahan sebanyak AS $ 10 juta pada 23 Februari 2011 dan AS$ 10 juta pada 13 Jun 2011 dari Putera Faisal yang dirujuk sebagai "pengasas bersama PetroSaudi".
Tambahan AS$ 5 juta pada 30 Oktober 2012 dan AS$ 25 juta pada 19 November 2012 juga datang dari Blackstone Asia Real Estate Partner Ltd (BVI), menurut DOJ.
Ini meletakkan jumlah keseluruhan sebelum deposit RM2.6 bilion pada AS$ 325 juta, atau di bawah RM1 bilion berdasarkan kadar pertukaran pada tahun 2011 dan 2012.
DOJ mendakwa deposit daripada Tanore Finance, Blackstone Asia Real Estate Partner Ltd dan pengasas PetroSaudi berasal daripada 1MDB. DOJ banyak memberi fokus kepada jejak wang melalui sistem kewangan AS.
Najib menafikan salah laku dan berkata beliau tidak pernah mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi. Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga membersihkan perdana menteri daripada sebarang tuduhan salah laku.
Muhyiddin dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada Julai tahun lepas.
Muhyiddin mendakwa beliau dipecat selepas menentang isu kemasukan wang berkenaan ke akaun perdana menteri. Pemecatannya kebetulan sama dengan penyingkiran peguam negara waktu itu, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Peserta Baju Merah mahu 'musnahkan' BERSIH, tak tahu apa DOJ

Himpunan Baju Merah yang diketuai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos hari ini didakwanya mempamerkan peserta berbilang kaum yang terdiri daripada kira-kira 300 peserta Melayu termasuk puluhan kaum India dan Cina.
Jamal mendakwa mereka yang hadir mewakili beratus NGO Melayu, India dan Cina yang akan digerakkan untuk menghadapi Himpunan Bersih 5 tidak lama lagi.
Bagaimanapun, sesetengah daripada mereka yang hadir sidang akhbar gerakan itu di perkarangan PWTC hari ini seolah-olah tidak tahu cerita sebenar.
Mereka yang ditemui Malaysiakini kebanyakannya mendakwa mereka berada di sana untuk menyokong 'keamanan, Jamal dan BN'.
Beberapa orang lain mendakwa mahu 'memusnahkan Bersih', meskipun tidak dapat menjelaskan perbezaan warna baju mereka.
Tidak ramai juga yang sedar mengenai saman difailkan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas aset yang dibeli menggunakan wang daripada dana 1MDB, yang menjadi sebab mengapa BERSIH 2.0 merancang untuk mengadakan himpunan mereka.
Loh Chan Soy berkata beliau datang dari Klang untuk hadir ke himpunan Baju Merah, namun apabila ditanya mengapa dia datang, Loh berkata : "Susah mau jawab. Kita datang harap aman saja."
Apabila ditanya adakah beliau faham maksud DOJ, Loh berkata "Saya tak tahu. Kita harap aman saja. Saya tak tahu."
Ditanya sama ada Malaysiakini boleh menemu bual rakan yang mengiringi beliau, Loh berkata, "Ini (kawan) lagi kurang tahu."
Seorang lagi lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Raja Kamal turut mengatakan "Saya tidak tahu" apabila ditanya mengenai perkara yang sama.
Beliau mendakwa antara 40 orang yang datang dari Sabak Bernam ke PWTC dengan menaiki sebuah bas.
Sementara itu peserta lain Sarimalinggam Doraisamy menegaskan mereka bukan datang ke himpunan itu untuk 'membantah kerajaan Malaysia'.
"Kita datang bukan untuk bantah kerajaan Malaysia. Kita faham isu...kita datang untuk bersatu dengan masyarakat," katanya yang mendakwa mewakili Persatuan Kebajikan India Malaysia.

Umno pakat sokong Najib mengenai pemimpin ‘kaki gaduh’

Pemimpin 22 tahun itu dikaitkan bergaduh dengan Raja-Raja Melayu, para hakim, raja, perdana menteri hinggalah ke timbalan perdana menteri.
najib umno
JEMPOL: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenyataan Perdana Menteri yang menyifatkan seorang bekas pemimpin negara yang berkhidmat selama 22 tahun sebagai kaki gaduh, disokong semua pihak.
Beliau berkata melihat kepada sejarah, bekas pemimpin negara itu bergaduh dengan empat perdana menteri termasuk Datuk Seri Najib Razak dan tiga timbalan perdana menteri termasuk Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya percaya tak ada orang yang akan mengatakan sebaliknya daripada apa yang disebut oleh Perdana Menteri (Najib)…semua perdana menteri dia gaduh, gaduh dengan Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang dengan Datuk Seri Najib.
“Tahun 1990 isu perlembagaan, bergaduh dengan semua Raja-Raja Melayu, dari segi kehakiman bergaduh dengan semua hakim waktu itu apabila dia memecat hakim dan sebagainya, dengan raja bergaduh, dengan perdana menteri bergaduh, dengan timbalan perdana menteri bergaduh,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib yang juga Presiden Umno semalam yang menyifatkan seorang bekas pemimpin negara yang berkhidmat selama 22 tahun sebagai kaki gaduh.
Najib berkata ini kerana pemimpin berkenaan sering mengkritik pemimpin terdahulu dan sekarang sebagai tidak betul dalam segala tindak tanduk mereka.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata beliau percaya tiada rakyat Malaysia yang menafikan kenyataan itu.
“Bukan sahaja perdana menteri, Sultan Johor (Sultan Ibrahim Sultan Iskandar) pun dalam titahnya menyatakan beliau kaki gaduh…jadi semua orang berpendapat sama bukan sahaja saya saja tapi semua orang,” katanya.
Di Kuantan, Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengingatkan anggota parti terutama pergerakan Pemuda supaya tidak mudah termakan hasutan bekas pemimpin parti yang dilihat sengaja merungkai kekuatan ‘jemaah’ parti.
Berucap merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kuantan di sini malam tadi, beliau yang juga timbalan menteri luar berkata anggota Umno perlu bijak mendepani dan menanganinya jika tidak mahu Umno dan negara khasnya menerima nasib sama seperti sesetengah negara Islam lain yang kini porak peranda akibat hasutan sehingga berlaku perpecahan dalam kalangan rakyatnya.
Turut hadir Ketua Umno Bahagian Kuantan Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat, timbalannya Datuk Seri Abdul Hamid Nazahar dan naib ketua Umno bahagian Datuk Shafik Fauzan Sharif dan Ketua Pemuda bahagian Nara @ Nikman Nordin.
“Sejarah di zaman sahabat Rasulullah membuktikan Saidina Uthman Ibn Affan sendiri dibunuh dalam keadaan menyayat hati, hanya disebabkan hasutan seorang yang berpengaruh ketika itu menyebabkan berlaku perpecahan dalam kalangan umat Islam selepas itu.
“Begitu juga dengan cabaran yang didepani oleh Umno ketika ini, kita perlu elak daripada menjadi mangsa hasutan, jika tidak mahu perjuangan parti yang sebegini panjang terungkai hanya disebabkan hasutan yang dilakukan oleh individu yang berpengaruh dalam parti sebelum ini,” katanya.
Di Butterworth, Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata beliau yakin tidak ada anggota dan pemimpin parti akan beralih menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia walaupun ada usaha menarik mereka menyertai parti pembangkang baharu itu.
Beliau yakin bukan sahaja anggota parti menyokong Umno dan Barisan Nasional, malah pengundi senyap turut menyokong Umno dan BN.

Anak muda tolak pemimpin rasuah, seleweng kuasa


Akram Abdul GhafarAkram Abdul Ghafar
Himpunan Tangkap Malaysian Official 1 (MO1) di Dataran Merdeka semalam menjadi saksi protes ribuan anak muda terhadap kepimpinan negara yang diselubungi gejala rasuah dan penyelewengan kuasa.
Pekerja swasta, Akram Abdul Ghafar, 26, memberitahu Malaysia Dateline, beliau dan sebahagian besar rakannya yang lain benar-benar tertekan dengan peningkatan kos sara hidup mutakhir ini.
Mengakui tidak mengetahui tentang himpunan yang digembleng mahasiswa itu, beliau bagaimanapun bersetuju supaya senarai nama yang disebut dalam saman sivil dikemukakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) diheret ke muka pengadilan.
“Saya kalau ikutkan hari ini jalan-jalan saja di Sogo nak cari barang tapi tak sangka pula ada himpunan yang nampaknya ramai juga hadir,” ujarnya ketika melihat peserta mulai bergerak ke arah Dataran Merdeka mulai 2.50 petang semalam.Rahmat Haron (kiri) bersama wartawan Arif Atan.Rahmat Haron (kiri) bersama wartawan Arif Atan.
Turut sempat ditemubual Malaysia Dateline ketika perarakan ialah penyair unik, Rahmat Haron. Kelihatan ceria berarak bersama peserta demonstrasi lain yang juga membawa karikatur berupa imej Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau menganggap himpunan Tangkap MO1 adalah suara rakyat yang wajib didengar.
“Kita santai saja, himpunan aman, bukan? Perlu hormati hak rakyat untuk berhimpun. Demonstrasi ini bagi saya berjaya kerana diterajui mahasiswa sendiri walaupun beberapa hari sebelum himpunan ada pelajar yang disumbat,” ujarnya.
Ditanya tentang perhatian sebahagian orang ramai terhadap kemunculan kumpulan pemuzik jalanan terkenal, Caliph Buskers di perkarangan Sogo serentak ketika berlangsungnya ucapan aktivis mahasiswa, Rahmat menganggap itu hak masing-masing.
“Paling penting, pihak berkuasa harus memastikan keadaan terkawal. Bagi orang ramai pula, terpulang mahu sertai demonstrasi atau mahu berhibur tetapi kita semua tentunya mahu negara yang lebih baik dan masyarakat lebih sejahtera pada masa akan datang,” katanya lagi.
Nik LeeNik LeeSementara itu, aktivis dari Bangi yang mahu dikenali sebagai Nik Lee berkata, rakyat tidak harus berdiam diri dengan isu penyewengan dana awam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang turut berkaitan dengan jenayah pengubahan wang haram.
“Katakan kalau MO1 lebih kepada ciri-ciri Anwar Ibrahim atau beliau yang terima derma lebih RM2 bilion itu, saya percaya ramai yang melenting marah tapi bila Najib yang dapat derma sebegitu banyak itu dalam akaun peribadinya, semua ‘okey’ pula. Kalau Anwar, walaupun tiada bukti buat pun, semuanya salah Anwar,” ujarnya ketika ditemui berarak bersama peserta himpunan.

Tajuddin tunjuk ‘hero’, lupa orang tua yang menolongnya

Tun Mahathir memberi nyawa politik kepada Tajuddin selepas Ibrahim sendiri berjumpa dan merayu beberapa kali.
ibtahim-ali-tajuddin
PETALING JAYA: Datuk Ibrahim Ali mengingatkan Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman supaya tidak tunjuk “hero” tetapi menghormati orang tua yang penah menolongnya dalam karier politik.
Presiden Perkasa itu berkata demikian membidas kenyataan Tajuddin semalam yang menyatakan Tun Dr Mahathir Mohamad berbohong mengenai isu menandatangani surat penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
“Biarlah ada rasa hormat pada orang tua yang sebelum ini menolongnya. Walaupun ada perbezaan pendapat, tak payahlah tunjuk ‘hero’ secara tidak bertempat,” katanya dalam satu kenyataan media.
Jelasnya, seseorang ditahan di bawah ISA atas cadangan pihak keselamatan yang membuat pemantaun dan hasilnya dibincang dalam kalangan anggota jawatankuasa di bawah pengawasan Ketua Polis Negara dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri.
“Secara rasionalnya adalah menjadi formaliti Menteri dan Timbalan Menteri untuk menandatangani cadangan tetapi yang membuat sebarang keputusan adalah pihak yang bertanggungjawab kepada keselamatan negara. Seseorang kena faham inilah prosedur atau cara operasinya,” tambah Ibrahim.
Katanya, Tun Mahathir memberi nyawa politik kepada Tajuddin selepas Ibrahim sendiri berjumpa dan merayu beberapa kali.
“Tiga kali saya bangkit di mesyuarat Majlis Tertinggi agar Tajuddin Rahman di terima kembali menjadi ahli Umno,” kata Ibrahim.
Malah tindakannya itu juga menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi Timbalan Presiden dan Pengurusi Pengurusan Umno naik radang terhadapnya (Ibrahim) kerana membela Tajudin dalam mesyuarat Majlis Tertinggi.

Tan Sri dicari.....ada berapa Bank GLC di negara ini.?

Kecilkan skop anda dan pasti kenal Tan Sri ini..

SALAH SATU KEBODOHAN UMNO..

Kalau dah buat jenayah di negara mereka, SUDAH TENTU lah Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) siasat kerana berlaku penyelewengan/ korupsi dana 1MDB di negara mereka.

Mereka siasat di sana. BUKANNYA Amerika dtg siasat ke M'sia..

LEPAS TU kecoh nak disamakan dgn Iraq.
Saddam Hussein musuh AS. Iraq ada minyak. Jadi ada kepentingan strategik untuk AS jajah Iraq.

TETAPI di M'sia, Najib kamceng sama Obama...
Boleh plok main golf sama2 kat Hawaii..
Boleh plok Obama peluk cium Rosmah..

NAMPAK TAK !!!

Nampak sgt KETOLOLAN juak pemakan dedak UMNgOK..

"Malang ibu bapa mahasiswa yang 'diperbodoh' sertai demo #tangkapMO1" - Jamal Yunos

'Red Shirts operatives captured 35 students in TangkapMO1 surveillance'

Penyokong Gerakan Merah Jamal juga tidak tau apa itu DOJ

"Hidup Merah, hancur BERSIH" bergema di bangunan UMNO

UMNO berdepan dengan fenomena merisaukan - Mohamed Khaled


Mohamed Khaled Nordin
UMNO wujud atau tidak bukan lagi perkara penting bagi orang Melayu hari ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin.
 
Katanya, keadaan sudah berubah dan terlalu berbeza jika dibandingkan pada awal penubuhan UMNO kira-kira 70 tahun lalu.
 
"Orang yang bersetia dengan parti kerana prinsip. Yang mendukung UMNO kerana ingin menjadikan Melayu dan Malaysia ini lebih baik, ini semua cerita lama, kisah dulu-dulu iaitu sejarah bagaimana kita bermula dan sejarah bagaimana UMNO itu berjaya.
 
"Hari ini keadaannya sudah lain. Banyak yang sudah terlalu berbeza dan berubah. Malah sejak kebelakangan ini UMNO berhadapan dengan beberapa fenomena yang sangat merisaukan. Yang amat bercanggah dengan nilai dan prinsip UMNO itu sendiri.
 
"Pertamanya, orang Melayu sudah tidak ada lagi perasaan dan hubungan sentimental atau 'the sentimental connection' dengan UMNO dan UMNO pula tidak lagi mampu memukau imaginasi orang Melayu. UMNO wujud atau tidak, pada mereka, bukan perkara penting," katanya.
 
Beliau berkata demikian berucap pada perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang di Johor hari ini.
 
Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abd. Samad.
 
Menurut Mohamed Khaled, pada orang Melayu, UMNO bukan lagi sebuah parti yang menjaga soal maruah dan bertanggungjawab.
 
"Mereka juga menganggap UMNO bukan agenda hidup dan mati kelangsungan bangsa Melayu yang terbaik, sebaliknya mereka kini mempunyai pelbagai alternatif dan pilihan lain, yang jauh lebih baik serta menarik.
 
"Keduanya, UMNO dilihat tidak menjawab masalah sebenar orang Melayu. Ini adalah fenomena yang semakin ketara. Masalah UMNO hari ini adalah apabila ia dilihat, sama ada benar atau tidak, gagal menjuarai masalah sebenar orang Melayu.
 
"Gagal sebagai sebuah wadah yang mengangkat kepentingan Melayu. UMNO dilihat sedang bergerak songsang. Sebab ia kelihatan seolah-olah hanya menguntungkan dirinya sendiri. Atau hanya segelintir kecil elitis Melayu dan bukan semua orang Melayu," tegas beliau.
 

‘Umno sudah tidak boleh diselamatkan’ – Tun Mahathir

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa menerima hakikat Umno kini bukan lagi parti yang berjuang untuk negara dan orang Melayu.
Beliau yang sedih dengan keadaan melanda parti Melayu itu dan BN, berkata satu usaha untuk memulihkan kepincangan pada negara perlu dilakukan dengan segera.
“Parti ini (Umno) mesti dikalahkan dan kita perlu parti yang lebih kuat daripada Umno. Saya sayang Umno sebab begitu lama saya berada dalam Umno dan apabila Datuk Seri Najib (Razak) buat benda yang tidak baik, saya fikir pada mulanya mahu singkirkan sahaja perdana menteri dan kita selamatkan Umno.
“Tetapi itu pada mulanya. Kini saya dapati Umno juga sudah tidak boleh diselamatkan. Kenapa? Sebab pemimpin mereka sudah tidak jadi pemimpin, mereka tidak boleh bersuara apa-apa pun, mereka ikut saja,” katanya seperti dilapor Sinar Harian hari ini.
Bekas presiden Umno itu mengakui beliau sedih dan kecewa, tetapi ia tetap tidak boleh mengatasi perasaan tanggungjawab kepada negara apabila melihat mereka yang terlibat menyeleweng dan tidak lagi patuh pada asas perjuangan Umno dan BN.
“Semua parti lawan mestilah bekerjasama supaya wujudnya pertandingan satu lawan satu.
“Ada orang tanya saya, macam mana ni Tun Mahathir mahu kerjasama dengan Lim Kit Siang, kerjasama dengan parti lawan, sedangkan saya dulu kecam Lim Kit Siang habis-habisan, dan dia pun kecam saya juga.
“Tetapi dalam usaha untuk capai kejayaan, kita perlu sentiasa bijak. Sebagai contoh, apa yang dilakukan Tun Razak untuk menyelamatkan negara. Beliau menjemput parti-parti lawan untuk menyertai parti gabungan yang sekarang ini jadi lebih besar.
“Semua ini parti lawan, tetapi kebijaksanaan Tun Razak ialah untuk mengukuhkan kerajaan.
“Saya tahu kenapa BN sentiasa menang. Sebab kita tidak lawan sesama kita. Sebaliknya, parti lawan berlawan sesama mereka. Berpecah, dan tak pernah dapat kerusi yang cukup untuk dirikan kerajaan,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Rupanya Umno Dah jadi Parti Badut..


Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyifatkan beliau amat malu dengan kepimpinan UMNO kini kerana telah memimpin parti itu seolah-olah milik peribadi.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu berpendapat parti itu menjadi bahan tawa satu dunia kerana buat kali pertama dalam sejarah kepimpinan, seorang Timbalan Presiden UMNO tidak dibenarkan merasmikan perhimpunan sayap-sayap parti dan tidak diberikan hak membuat ucapan penggulungan pada sesi penutup Perhimpunan Agung UMNO.

“Apakah kehadiran Timbalan Presiden UMNO hanya sekadar ‘pak pacak’ dan ‘tunggul’ saja sepertimana yang diperkatakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.



“Sampai bila kepimpinan hari ini nak perbodohkan keseluruhan ahli-ahli umno? Apakah ahli-ahli UMNO akar umbi nak peluk tubuh melihat gelagat kepimpinan bangang ini yang sedang membuatkan UMNO semakin tidak popular? Puak-puak ahli majlis tertinggi UMNO kini adalah kaki bodek minda lemah otak udang,” katanya menerusi status di Facebook miliknya.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan keseluruhan ahli-ahli UMNO supaya menentang larangan berucap sekeras-kerasnya kerana ia tidak adil kepada Timbalan Presiden parti itu.

“Parti UMNO semakin ‘gila babi’. Ini petanda jelas kalangan kaki bodek minda lemah otak udang yang menduduki kerusi-kerusi Majlis Tertinggi adalah di antara yang sedang merosakkan parti ini.

Tangkap Najib Tangkap Rosmah

Himpunan #TangkapMalaysianOfficial1 (#TangkapMO1) yang berlangsung semalam, membawa mesej mahukan perubahan dalam urus tadbir negara.

Himpunan anjuran mahasiswa itu, mengambil tempat di beberapa lokasi seperti pusat beli belah Sogo dan Masjid Negara sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Sekitar jam 1 petang, peserta  mula berkumpul di lokasi utama dengan pemimpin pembangkang dan aktivis politik memberikan ucapan.
Antara pemimpin yang kelihatan ialah Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad; Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke; Naib Presiden PKR, Tian Chua; Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ketua Pemuda DAP (Dapsy), Wong Kah Woh; Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Sany Hamzan; Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah dan aktivis Hishamuddin Rais.

Peserta yang mula bergerak ke Dataran Merdeka, bagaimanapun terpaksa berkumpul di tepi dataran memandangkan kawasan itu ditutup untuk raptai Hari Kebangsaan.

Situasi mula hangat apabila peserta dari dua lokasi bergabung di Jalan Raja Laut dan Jalan Tun Perak sekitar Dataran Merdeka.

Pada awalnya, perjalanan himpunan #TangkapMO1 berlangsung aman, namun di pertengahan kerancakannya terganggu apabila bas awam melalui lokasi himpunan.

Lokasi himpunan kemudian ditukar ke Jalan Raja Laut di hadapan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Ahli 50-50 patut keluar Umno segera - Idris Haron

Skandal Rasuah DBKL: "Datuk Bandar tak perlu letak jawatan"

Skandal Rasuah DBKL: "Jika benar, Ia satu pengkhianatan kepada rakyat"

BERSATU SEDANG BERKEMBANG – JANGAN PERLEKEH, IA BOLEH MENJADI GAGAH...

Jangan pandang sebelah mata kemampuan Parti Pribumi BERSATU Malaysia (BERSATU).
Ini kerana kepimpinan parti itu dikepalai pemimpin-pemimpin berpengaruh dan berpengalaman.
Jangan perkecil kemampuan Tun Dr Mahathir Mohamad pada ketika beliau masih mempunyai pengaruh dan namanya tetap disanjung.
Tan Sri Muhyiddin Yassin pula  yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, bukan calang-calang pemimpin.

Beliau berpengalaman dan pernah mengalami turun naik dalam parti.
Kesemua pemimpin BERSATU, termasuk Datuk Mukhriz Mahathir serta yang bersimpati dengan gerakan Deklarasii Rakyat dan Kempen Anti-Najib, memang   mempunyai pengaruh tersendiri.
Jangan termakan ‘racun’ yang diletakkan oleh pemimpin UMNO sendiri yang semata-mata mahu ‘mengampu’ Perdana Menteri dan Presiden UMNO dengan mengatakan BERSATU tidak akan ke mana-mana.
Presiden dan Naib-Naib Presiden UMNO jangan terjerat dengan ‘kata-kata pujian’ dan ‘angkat bakul’ di kalangan sesetengah pemimpin UMNO yang hanya mahu menarik perhatian pemimpin atasan mereka.

Sedangkan hakikatnya, UMNO sendiripun kini sukar untuk  membaca sikap ahli-ahlinya sendiri terhadap BERSATU ketika ini.
Jangan berpandu kepada ramainya yang hadir pada mesyuarat Bahagian UMNO atau sambutan terhadap pemimpin tertentu kerana semua tahu ‘kenapa’ dan ‘bagaimana’ kehadiran orang ramai ke perhimpunan-perhimpuan tajaan UMNO di negeri atau bahagian-bahagian di serata pelusuk negara.
Pada ketika kebanyakan pemimpin UMNO memperlekehkan kemungkinan kesan yang akan ditimbulkan oleh beberapa pemimpin veteran UMNO dalam BERSATU, Tengku Razaleigh jelas berpendapat sebaliknya.
Ketua UMNO Gua Musang itu mengingatkan pemimpin UMNO supaya tidak memandang rendah dan mengambil mudah selain memperlekehkan penubuhan BERSATU.
“Ini amaran kepada semua parti terutamanya UMNO. Jangan ambil mudah kerana parti ini (BERSATU) boleh jadi gagah.
Ini semua adalah lawan yang mahu mencabar kedudukan UMNO. Namun, gagah atau tidak, kita tengoklah nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Penutup Kem Kecemerlangan Perdana di Sekolah Menengah (SM) Sains Gua Musang, 25 Ogos lalu.
  
Tengku Razaleigh membuat pendirian ini pada ketika BERSATU menerima kecaman pelbagai pihak apabila parti itu mengumumkan keahliannya hanya dibuka kepada masyarakat bumiputera dan kaum pribumi di Sabah dan Sarawak, Tengku Razaleigh melihat sebaliknya.
Bagi pemimpin dan penyokong BERSATU, mereka mempertahankan parti itu dengan berkata imej sedemikian penting untuknya berdepan dengan UMNO di kubu majoriti Melayu.
Hakikatnya pandangan Tengku Razaleigh ini sudah berubah daripada pendapatnya sebelum ini,  iaitu pada 11 Ogos lalu di mana beliau menjangkakan BERSATU akan berdepan kesukaran untuk bertapak kukuh di negara ini.

Rakyat semakin malu dengan isu rasuah - Mukhriz Mahathir

Rakyat negara ini kini semakin malu apabila nama Malaysia terpalit dengan budaya rasuah yang semakin diketahui seluruh pelosok dunia.
Ahli Jawatankuasa Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa, selain daripada pemimpin negara yang terlibat dengan budaya rasuah, rakyat juga menanggung malu apabila sistem demokrasi di negara ini tidak mampu untuk membetulkan keadaan tersebut.
“Rakyat semakin malu kerana nama baik Malaysia diheret ke kancah rasuah yang kini diketahui di seluruh pelosok dunia,” katanya menerusi kemas kini status di laman Facebooknya semalam.

Selain daripada itu, Mukhriz berkata, menerusi Mesyuarat Agung Tahunan Sayap dan Bahagian Umno sebelum ini, pemimpin parti telah menggesa setiap ahlinya untuk memberi teguran sekiranya terdapat sebarang kesilapan dalam pentadbiran.
Namun begitu, Mukhriz berkata, malang sekali apabila ada pihak menegur presiden Umno, individu berkenaan telah dikenakan tindakan termasuk berdepan hukuman pemecatan jawatan parti dan kerajaan.
“Tahukah anda bahawa Umno rosak bukan disebabkan mereka yang menegur kebatilan namun berpunca dari pemimpin seperti presiden parti yang mengaku mengambil duit dari pihak negara asing kononnya untuk parti dan tidak pernah mengisytiharkan sehingga didedahkan oleh media asing,” katanya.
Dalam pada itu, bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ini, Mukhriz turut menggesa ahli Umno agar dapat memerdekakan jiwa dan raga mereka dari dibelenggu sifat taksub berikutan daripada suapan oleh pemimpin mereka.
“Wahai Umno, segeralah insaf dan bertaubat sebelum azab ALLAH SWT turun dan semua yang membisu turut menerima padahnya
“Sesungguhnya Malaysia berhak ke atas sesuatu yang jauh lebih baik dari apa kita alami sekarang,”katanya.

Ketua Pemuda AMANAH lapor SMS 'cabar polis mandi darah'

Ketua Pemuda AMANAH Mohd Sany Hamzan membuat laporan polis berhubung SMS mendakwa pihaknya mencabar polis sehingga berlaku pertumpahan darah yang didakatakan dikirim dari telefon bimbitnya.
Dalam laporan polisnya, Sany berkata beliau menyedari SMS itu selepas rakannya menunjukkan paparan skrin mesej tersebut pagi ini.
Dalam bahasa Melayu SMS bertarikh petang semalam berbunyi, "Polis sila tangkap kami!! Kami mahasiswa tidak takut. Kami akan lawan polis biar sampai mandi darah."
Paparan skrin itu juga menunjukkan nombor telefon Sany sebagai penghantar mesej.
Waktu SMS itu dihantar bertepatan dengan himpunan #TangkapMO1 yang dipimpin mahasiswa di Kuala Lumpur semalam dan menarik kira-kira 2,000 peserta turun ke jalan raya.
Pihak polis bagaimanapun berkata perhimpunan itu adalah haram.
Dalam laporannya, Sany melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan beliau dan mendakwa telah menerima panggilan daripada orang yang tidak dikenali.
"Tujuan saya membuat laporan ini kerana bimbang keselamatan diri saya kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggodam no telefon milik saya dan memviralkan kepada umum.
"Tujuan saya membuat repot mahu rujuk pihak polis untuk melakukan siasatan lanjut, ini kerana saya sering ditelefon oleh orang-orang yang tidak dikenali," katanya.

‘Kenapa Mahathir perlu minta maaf, jika pinda perlembagaan wajar’ - Hishammuddin

Hishammuddin berkata, banyak perkara yang perlu dilakukan kerajaan sekiranya mahu membuat pindaan semula terhadap Perlembagaan Persekutuan.
hishamuddin-mahathir
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hishammuddin Hussein meragui keikhlasan Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf atas tindakannya memansuhkan perkenan raja-raja untuk mewartakan undang-undang baharu, 23 tahun lalu.
Naib Presiden Umno itu berkata, keputusan pemansuhan yang dibuat pada 1993 itu hanyalah bagi memastikan tidak ada institusi atau pihak tertentu boleh menidakkan kepentingan bangsa serta negara.
Beliau berkata, jika tindakan Dr Mahathir menghilangkan kuasa Agong untuk mewartakan undang-undang baharu adalah wajar, kenapa bekas perdana menteri itu perlu memohon maaf sekarang.
“Tetapi, hari ini hujahnya berbeza dan kadang-kadang kita tertanya-tanya sama ada (Dr Mahathir) betul-betul ikhlas sokong benda itu (mansuh perkenan Raja-raja Melayu) sehingga dia memohon maaf. Cakap tak serupa bikin,” katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Gombak di Setiawangsa, hari ini.
Khamis lalu, Dr Mahathir meminta maaf atas tindakannya meminda Perlembagaan Persekutuan pada 1993 yang menyaksikan rang undang-undang diluluskan di Parlimen dan Dewan Negara akan menjadi undang-undang dalam tempoh 30 hari, selepas dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, dengan atau tanpa persetujuan baginda.
“Saya dengan penuh ikhlas memohon maaf kerana membuat pindaan tersebut yang terbuka kepada tafsiran yang berbeza,” kata bekas perdana menteri itu menerusi blognya.
Kesan daripada pindaan itu, Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) diwartakan dan menjadi undang-undang mulai 1 Ogos lalu walaupun tanpa persetujuan Agong.
Mengulas lanjut, Menteri Pertahanan itu berkata, banyak perkara yang perlu dilakukan kerajaan sekiranya mahu membuat pindaan semula terhadap Perlembagaan Persekutuan.
“Kita tidak boleh alih tiang gol, kerana kita juga terpaksa bertanggungjawab di atas tindakan yang dilakukan ketika itu yang di mana kita (Umno) memimpin ketika itu.
“Perlakuan itu akan dinilai generasi akan datang dan ini akan jadi satu perkara dihakimi generasi lepas kita ini. Jangan terikut isu semasa, sama ada kita nak baiki, bergantung kepada (nasib) kita yang boleh ditentukan pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti,” katanya.

Suara mahasiswa, bangkit demi Malaysia lebih sejahtera

Kebangkitan mahasiswa dan generasi muda diyakini mampu membawa perubahan kepada pembentukan Malaysia yang lebih sejahtera.
Mahasiswa Universiti Malaya (UM), Anis Syafiqah Mohd Yusso, berkata keperluan tersebut menuntut seluruh mahasiswa bangkit menentang kezaliman kerajaan pemerintah.

“Kalau bukan kita bersuara untuk kepentingan negara kita, siapa lagi yang perlu bersuara demi negara kita ini?
“Mahasiswa hadir atas desakan supaya pihak berkuasa menangkap penjenayah merosakkan dan mencemarkan imej negara kita di mata dunia.
“Mahukah anak-anak kita dan generasi kita terus menjadi mangsa kelaziman pemerintah kita?” katanya.
Beliau berucap pada demostrasi Tangkap Malaysian Official One (MO1) di Jalan Raja Laut.
IMG_1769Semalam, ribuan peserta terdiri daripada golongan mahasiswa, ahli politik, aktivis dan orang awam turut serta dalam perararakan demostrasi Tangkap MO1 yang bermula di Masjid Negara dan Kompleks Membeli Belah, Sogo.
Sebelum ini, Anis Syafiqah mendapat perhatian kerana menjadi jurucakap bagi Gabungan Tangkap Malaysian Official One.
Aktivis berusia 24 tahun itu sebelum ini turut lantang mendesak individu yang dikaitkan sebagai MO1 dibawa ke muka pengadilan susulan dakwaan integriti dan rasuah.
Terdahulu, Jabatan Keadilan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat mendedahkan wujudnya individu dinamakan MO1 sebagai perasuah terbesar negara.

'Parti Umno ini mesti dikalahkan' kata Mahathir

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa menerima hakikat Umno kini bukan lagi parti yang berjuang untuk negara dan orang Melayu.
Beliau yang sedih dengan keadaan melanda parti Melayu itu dan BN, berkata satu usaha untuk memulihkan kepincangan pada negara perlu dilakukan dengan segera.
“Parti ini (Umno) mesti dikalahkan dan kita perlu parti yang lebih kuat daripada Umno. Saya sayang Umno sebab begitu lama saya berada dalam Umno dan apabila Datuk Seri Najib (Razak) buat benda yang tidak baik, saya fikir pada mulanya mahu singkirkan sahaja perdana menteri dan kita selamatkan Umno.
“Tetapi itu pada mulanya. Kini saya dapati Umno juga sudah tidak boleh diselamatkan. Kenapa? Sebab pemimpin mereka sudah tidak jadi pemimpin, mereka tidak boleh bersuara apa-apa pun, mereka ikut saja,” katanya seperti dilapor Sinar Harian hari ini.
Bekas presiden Umno itu mengakui beliau sedih dan kecewa, tetapi ia tetap tidak boleh mengatasi perasaan tanggungjawab kepada negara apabila melihat mereka yang terlibat menyeleweng dan tidak lagi patuh pada asas perjuangan Umno dan BN.
“Semua parti lawan mestilah bekerjasama supaya wujudnya pertandingan satu lawan satu.
"Ada orang tanya saya, macam mana ni Tun Mahathir mahu kerjasama dengan Lim Kit Siang, kerjasama dengan parti lawan, sedangkan saya dulu kecam Lim Kit Siang habis-habisan, dan dia pun kecam saya juga.
“Tetapi dalam usaha untuk capai kejayaan, kita perlu sentiasa bijak. Sebagai contoh, apa yang dilakukan Tun Razak untuk menyelamatkan negara. Beliau menjemput parti-parti lawan untuk menyertai parti gabungan yang sekarang ini jadi lebih besar.
"Semua ini parti lawan, tetapi kebijaksanaan Tun Razak ialah untuk mengukuhkan kerajaan.
“Saya tahu kenapa BN sentiasa menang. Sebab kita tidak lawan sesama kita. Sebaliknya, parti lawan berlawan sesama mereka. Berpecah, dan tak pernah dapat kerusi yang cukup untuk dirikan kerajaan,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Wanita muda Amanah sanjungi tindakan patriotik mahasiswa di himpunan #TangkapMO1

Anis Afida Mohd Azli berkata himpunan TangkapMO1 semalam adalah satu tindakan paling patriotikAnis Afida Mohd Azli berkata himpunan TangkapMO1 semalam adalah satu tindakan paling patriotik
Kebangkitan mahasiswa dan anak muda dalam menyelamatkan Malaysia daripada rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana negara harus disambut oleh seluruh lapisan masyarakat.
Ketua penaja Wanita Muda Amanah Nasional Anis Afida Mohd Azli berkata, himpunan #TangkapMO1 semalam adalah satu tindakan paling patriotik dalam menzahirkan kecintaan kepada negara, bertepatan dengan sambutan bulan kemerdekaan tahun ini.
Beliau juga berkata, kelantangan suara anak muda di Dataran Merdeka semalam melegakan hati seluruh rakyat kerana masa depan negara cerah dengan kewujudan mereka yang berani bangkit mempertahankan kedaulatan negara.
“Pengorbanan masa dan tenaga kalian serta sanggup berhadapan risiko yang sangat besar dalam menganjurkan himpunan dan siri-siri jelajah seluruh negara menyentuh hati kami.
“Negara perlukan lebih ramai anak muda seperti kalian yang peka dan cakna dengan keadaan semasa negara,” katanya sambil mengucapkan tahniah kepada mahasiswa dan anak muda khususnya pengerusi Gabungan #TangkapMOI, Anis Syafiqah Md Yusof.
Justeru Anis berkata, Wanita Muda Amanah komited untuk terus menyokong usaha mereka dan pihak-pihak lain dalam meneruskan siri-siri kesedaran dan kefahaman kepada rakyat agar lebih ramai celik dan berani demi keharmonian negara.
“Ketidakstabilan keadaan politik negara ditambah skandal penyelewengan 1MDB terus menyebabkan rakyat tersepit dan sengsara.
“Setiap hari kita melihat kisah duka rakyat yang terkesan dengan kepincangan pentadbiran kerajaan di bawah pemimpin Barisan Nasional,” katanya.
Himpunan semalam berlangsung dengan aman dengan kehadiran lebih 2,000 orang terdiri daripada mahasiswa, aktivis-aktivis dariapda NGO-NGO dan parti-parti politik.

Kalau Tun Mahathir Kaki Gaduh, Najib Kaki Apa ekk.. ??


Ku Nan tak dapat fahami Dr M

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bingung dengan sikap Tun Dr Mahathir Mohamad meminta maaf atas tindakannya mengekang kuasa Yang di-Pertuan Agong.
Katanya bekas perdana menteri itu juga adalah orang yang bertanggungjawab menjamin kebebasan Internet namun kemudian menyesalinya.
"Saya pun tak faham Dr Mahathir.
"Dulu dia buat (pinda perlembagaan untuk hadkan kuasa sultan), dia juga suruh kita sokong.
"Sekarang ni bila dia tengok benda ini tak memihak kepada dia, dia kata dia salah," katanya kepada media di Putrajaya hari ini.
Beliau sebelum itu melepaskan konvoi Kembara Jalur Gemilang di pekarangan Istana Kehakiman di Presint 3.
Tengku Adnan yang juga setiausaha agung Umno diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir pada 25 Ogos lalu yang meminta maaf kerana meminda Perlembagaan Persekutuan pada 1988.
Biar dia dengan dunianya
Melalui pindaan itu kelulusan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi diperlukan untuk menjadikan sesuatu akta sebagai undang-undang.
"Ia kelihatan (oleh) kerana pindaan itu, (Akta Majlis) Keselamatan Negara yang baru, telah mula berkuatkuasa, walaupun Yang di-Pertuan Agong tidak menandatanganinya," tulis Mahathir dalam blognya.
Bagaimanapun, Dr Mahathir menegaskan apa saja yang mempunyai kaitan dengan hak Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat, masih memerlukan tandatangan baginda.
Ketika menubuhkan Koridor Raya Multimedia pada akhir 1990-an Dr Mahathir membuat kenyataan terbuka bahawa kerajaan tidak akan menyekat kebebasan Internet dalam usahanya menarik pelabur asing.
Pada 2013 - selepas beliau berundur daripada kerajaan - Dr Mahathir menyatakan rasa kesalnya atas jaminan berkenaan dan menganggap ia punca berlaku salah guna kebebasan.
Kata Tengku Adnan dengan keadaan begitu sukar untuknya memahami apa yang disampaikan bekas presiden Umno berkenaan.
"Biarlah dia dengan dunia dia, OK? Saya tak nak campur," katanya.
Sementara itu Tengku Adnan berkata penting untuk kerajaan terus menyelesaikan masalah rakyat.
Justeru katanya rakyat perlu bersama-sama dengan kerajaan untuk memastikan mereka mendapat keselesaan kehidupan.

"Jadi kita dalam kerajaan, kita akan teruskan apa yang kita nak laksanakan," katanya.

Kenapa BN selalu menang, dedah Tun M

'Apa sebab Amerika nak bagi Najib jatuh, bukankah Obama kawan golfnya?' - Tun M

Muhyiddin: 'Gani Patail tunjuk duit masuk dalam akaun peribadi Najib, macam nak pengsan'

Najib tak nak dengar cakap saya, kata Muhyiddin

Henti raikan ‘kemerdekaan’ Malaysia pada 31 Ogos

Meraikan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos adalah tidak betul kerana Malaysia tidak pernah dijajah atau dimerdekakan, sebaliknya Malaysia adalah Persekutuan baru yang dibentuk pada 16 September.
merdeka
Oleh Dewitt Ferrer Motijun
Apabila tiba saja bulan Ogos pada setiap tahun, akan timbul persoalan tentang tarikh kemerdekaan Malaysia yang sebenar. Sesetengah pihak mendakwa Malaysia merdeka pada 31 Ogos, dan ada juga yang mempertikaikan tarikh tersebut dan mengatakan Malaysia sebenarnya hanya merdeka pada 16 September.
Harus diingat Malaya, Sabah dan Sarawak diperintah dan dikawal secara berbeza semasa zaman penjajahan British dan diberikan kemerdekaan secara berasingan. Persekutuan Malaya dimerdekakan British pada 31 Ogos 1957, manakala Sabah dimerdekakan pada 31 Ogos 1963. Sarawak pula mendapat kemerdekaan lebih awal daripada Sabah, iaitu pada 22 Julai 1963.
Fakta sejarah jelas menunjukkan Malaysia tidak pernah dijajah atau dimerdekakan kerana Malaysia adalah satu Persekutuan baru yang dibentuk bersama oleh Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya secara rasmi pada 16 September 1963 (Singapura meninggalkan Persekutuan Malaysia pada 1965). Persekutuan Malaysia dibentuk melalui Perjanjian Malaysia yang ditandatangani di London pada 9 Julai 1963.
Adalah jelas Malaysia sebagai satu Persekutuan baru hanya terbentuk pada 16 September 1963 dan bukannya 31 Ogos. Tidak ada “kemerdekaan” Malaysia yang harus diraikan pada setiap tahun kerana Malaysia dibentuk dan bukan dimerdekakan. Apa yang harus diraikan ialah Hari Malaysia pada 16 September.
Sekiranya kerajaan serius menyatukan rakyat dan membina satu Persekutuan bersatu dan stabil, kerajaan seharusnya memberi pengiktirafan yang lebih kepada tarikh 16 September dan berhenti meraikan “kemerdekaan” Malaysia pada 31 Ogos, sebaliknya hanya meraikan Hari Malaysia pada 16 September.
Penggunaan nama ‘Hari Kebangsaan’ sebagai panggilan rasmi perayaan dengan tidak menyebut bilangan ulang tahun sambutan tidak menyelesaikan isu ini, kerana yang menjadi persoalannya adalah tarikh 31 Ogos.

Umno: Dr Mahathir berbohong isu tanda tangan surat penahanan ISA

"Saya seorang tahanan ISA untuk disoal siasat pada 1987 ketika Operasi Lalang dan saya yakin Dr Mahathir yang mengeluarkan arahan untuk penahanan itu," kata Tajuddin.
tajuddin-mahatir-ISA
GEORGE TOWN: Penafian Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu menandatangani surat penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah satu pembohongan, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Beliau berkata Dr Mahathir yang cuba membersihkan namanya berhubung isu berkenaan tidak boleh diterima kerana hanya Menteri Dalam Negeri, yang ketika itu disandang bekas perdana menteri itu, yang berkuasa mengeluarkan arahan penahanan tersebut.
Beliau berkata tindakan Dr Mahathir yang cuba mengalihkan tanggungjawab berkenaan kepada bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob adalah tidak adil.
“Saya seorang tahanan ISA untuk disoal siasat pada 1987 ketika Operasi Lalang dan saya yakin Dr Mahathir yang mengeluarkan arahan untuk penahanan itu.
“Sebagai tahanan, saya diberitahu selagi Menteri Dalam Negeri tidak menandatangani surat perintah bebas dalam tempoh 60 hari, saya tidak boleh dibebaskan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan perwakilan Pergerakan Puteri dan Pemuda UMNO Bahagian Bayan Baru di sini hari ini.
Pada Rabu lepas, Dr Mahathir menafikan dakwaan yang mengaitkan namanya sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam isu menandatangani surat penahanan ISA.
Dr Mahathir berkata Datuk Megat Fairouz Junaidi Megat Junid iaitu anak kepada Allahyarham Megat Junid lebih menge­tahui berhubung dakwaan tersebut.
Megat Fairouz sebelum ini, meminta Dr Mahathir berhenti mendakwa arwah bapanya sebagai individu yang bertanggungjawab menandatangani perintah tahanan ISA sepanjang 11 tahun menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Perkara itu timbul berikutan baru-baru ini, beberapa blog menyiarkan kenyataan bekas perdana menteri itu yang mendakwa tindakan penahanan ISA bukan dilakukan olehnya tetapi oleh Megat Junid.

Sambutan orang muda dan wanita tambah keyakinan Amanah Kelantan

Sambutan meluas golongan muda dan wanita bersama Parti Amanah Negara (Amanah) di Kelantan menambah keyakinan untuk parti itu terus maju bagi mencipta kejayaan.
Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata selepas menyempurnakan penubuhan kawasan-kawasan, kini operasi Amanah Kelantan adalah penubuhan cawangan-cawangan di seluruh negeri.
"Saya agak terkejut kerana selain golongan veteran yang menyambut baik kehadiran Amnanah, golongan muda dan wanita turut bersama dengan rancak sekali," katanya ketika ditemui Malaysia Dateline selepas merasmikan penubuhan Amanah cawangan Gual Tok Deh di Rantau Panjang.
Jawatankuasa baru Amanah cawangan Gual Tok Deh bergambar bersama pimpinan Amanah Kelantan selepas majlis penubuhanJawatankuasa baru Amanah cawangan Gual Tok Deh bergambar bersama pimpinan Amanah Kelantan selepas majlis penubuhanMengambil contoh Rantau Panjang beliau berkata, kawasan ini dipimpin sekumpulan anak muda yanmg diketuai seorang doktor muda (Dr. Shah Jahan) dan hari ini saya terkejut apabila cawangan Gual Tok Deh yang dirasmikan ini terdiri dari majoriti golongan wanita.
Datuk Wan Rahim dalam ucapan beliau sebelum itu berkata, walaupun baru setahun ditubuhkan, Amanah kini menjadi parti yang mampu berada di pentas politik negara seiring dengan parti-parti sedia ada.
"Alhamdulillah perlembagaan baru parti Amanah telah diluluskan dan kita mempunyai keyakinan penuh ia akan menjadi kerangka kerja parti Islam yang lebih sesuai dengan perjuangan Islam di masa hadapan," katanya.
Amanah pada peringkat awal katanya memang ditubuhkan akibat pertembungan antara dua kumpulan dalam Pas, tetapi sekarang parti itu tidak lagi terikat kepada bekas ahli Pas semata-mata.
"Kini parti ini diterima semua kategori masyarakat Islam dari golongan bawahan hingga kepada kumpulan-kumpulan profesional," katanya.
Menyentuh cadangan bertanding 30 kerusi Dun Kelantan dalam pilihanraya akan datang, beliau berkata perkara itu dibuat hasil kajian dan perbincangan pelbagai pihak.
"Kita bincang hal ini di peringkat pimpinan parti dan juga menerima pandangan daripada badan-badan kajian berwibawa sebelum membuat keputusan," katanya.
Bagaimanapun kata beliau, cadangan ini belum muktamad kerana keputusan sebenar adalah apabila perundingan pembahagian kerusi antara parti-parti gabungan pembangkang dibuat.
"Saya yakin PRU 14 akan memberi harapan cerah kepada parti-parti bukan Barisan Nasional untuk menang.
"Penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bakal memberi faktor baru dan persaingan politik negara," katanya.

Yang kaya terus kaya, yang miskin papa kedana, benarkah UMNO bela Melayu?


Satu masa dahulu ada seorang bekas menteri mengisytiharkan bahawa pendapatan purata rakyat Malaysia ialah RM5,900 sebulan. Semua orang, terutama pemimpin UMNO bersorak gembira. Inilah hasil perjuangan UMNO kata mereka. Setiap biji beras yang kita makan, adalah hasil perjuangan UMNO, jerit seorang pemimpinnya.
ariff (1)Saya faham konsep purata. Saya percaya ramai lagi yang faham konsep purata. Antara persepsi dan realiti, ada perbezaan besar.
Tapi angka yang disebut itu terlalu luar biasa. Ianya tidak dapat diterima sebahagian besar rakyat Malaysia. Jika seorang Syed Mokhtar masuk ke dalam kumpulan yang hendak dihitung, tentulah pendapatan purata semua orang akan meningkat. Pendapatan Syed Mokhtar seorang akan menaikkan pendapatan semua orang lain.
Sebenarnya, kesenjangan pendapatan antara yang terkaya dan yang termiskin makin melebar. Ertinya dalam bahasa mudah, yang kaya semakin kaya, yang miskin bertambah miskin.
Saya ke pasar minggu Raub, timbul satu soalan, bolehkah saya mendapat RM5,900 sebulan dengan menjual buah?
Perkara ini terjadi bukan sebab ianya kejadian dan peraturan masyarakat yang semula jadi. Ianya bukan ketentuan Tuhan. Tidak juga ia terjadi sebab rezeki secupak tidak jadi segantang. Kenapa orang kampung yang rajin berkerja masih mendapat pendapatan yang rendah?
Ia terjadi akibat dari institusi politik dan ekonomi. Institusi politik mengagihkan kuasa antara kumpulan-kumpulan dalam negara kita. Institusi ekonomi pula menentukan bagaimana sumber pengkayaan diagihkan dalam negara kita.
Kuasa terus berpusat dalam tangan orang atasan dan bangsawan- yakni golongan terpilih. Faedah ekonomi terus berpusat dikalangan yang berkuasa dan yang sedia kaya.
Pemimpin UMNO akan pergi ke merata kampung dan berkata; lihat dari segi purata, orang termiskin, yakni yang 40 peratus terbawah sudah bertambah pendapatan. Dasar kerajaan baik. Pilih dan sokonglah kerajaan. Kerajaan Najib jaga kebajikan rakyat. Najib jaga 30 juta rakyat Malaysia.
Angka purata dan angka peratusan tidak membawa kegembiraan pun kepada golongan Melayu termiskin. Memang benar, jika kita banding tahun 2012 dengan 2014, pendapatan kasar purata Melayu 40 peratus terbawah meningkat sebanyak 40 peratus! Wow, itu besar!
Tapi dari segi pertambahan mutlak, pendapatan kasar purata untuk melayu 40 peratus terbawah hanya RM681 berbanding dengan pertambahan mutlak Melayu 20 peratus teratas sebanyak RM1,964.
Bagi kaum Melayu; meski dari segi peratusan, golongan Melayu yang 20 peratus teratas hanya bertambah 18 peratus pendapatan, realitinya, itu lebih baik untuk mereka. Melayu 40 peratus yang terbawah pula bertambah 40 peratus pendapatan. Namun, pertambahan 18 peratus lebih baik dari pertambaan 40 peratus. RM1,964 tentulah lebih baik dari RM681.

Apa dosa mahasiswa?


IMG_1156


Akhir-akhir ini, penglibatan mahasiswa dalam ruang politik seperti demonstrasi dan gerakan aktivisme menjadikan mahasiswa semakin berani bersuara. Tatkala mereka ditentang oleh masyarakat, mereka masih berjuang untuk generasi sekarang dan akan datang.
Maksudnya di sini, menuju ke negara yang lebih baik dan bersih dari segi skandal rasuah. Tidak dinafikan ada antara mereka diugut dan dikecam, namun tidak sesekali ia melunturkan semangat mereka untuk berjuang demi masa depan bersama rakyat.
Sekiranya era 70-an ada tokoh aktivis pelajar seperti Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Hishamuddin Rais sebagai contoh pada era tersebut, kini kita ada Adam Adli, Safwan Anang, Bawani dan yang terkini, Anis Syafiqah yang menjadi jurucakap bagi Gabungan Tangkap Malaysian Official 1.
Mereka berdemostrasi dan beraktivisme untuk menuntut hak mereka sebagai mahasiswa seperti pendidikan percuma dan peluang pekerjaan yang relevan untuk anak muda. Selain itu, mereka juga menuntut pihak autoriti atau yang berkepentingan untuk menjelaskan sesuatu isu dengan tepat dan benar. Perjuangan sebegini kita patut diraikan dan bukan dicemuh. Suara dan usaha penat lelah mereka masih relevan untuk masyarakat kebanyakan.
Namun demikian, terdapat segelintir pihak tertentu beranggapan bahawa aktiviti demonstrasi atau memberi peluang banyak ruang mahasiswa berpolitik boleh mengundang ancaman kepada kerajaan. Ruang awam mahasiswa untuk berpolitik sudahlah disekat sekiranya telibat dalam anjuran parti pembangkang, ditambah lagi sebagai satu kesalahan atau dosa bagi mereka untuk menyertai.
Satu surat pekeliling dari Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi yang bertarikh 23 Ogos 2016 kepada semua institut pengajian tinggi telah diedarkan mengenai larangan penglibatan mahasiswa menyertai sebarang aktiviti yang dikatakan melanggar undang-undang negara. Hal ini jelas menutup ruang untuk mahasiswa bersuara untuk mengetahui apa yang betul dan salah.
Saya sempat membaca sebuah buku hasil tulisan ZF Zamir yang berjudul ‘Masharakat Melawan Mahasiswa’ terbitan Dubook Press. Pandangan, kritikan dan perbahasan yang dikupaskan oleh beliau memang tidak saya nafikan. Namun begitu, meletakkan kesalahan ke atas mahasiswa dan masyarakat tidak memerlukan mahasiswa dan universiti adalah kurang tepat.
Tidak sepatutnya kita memukul rata semua mahasiswa sebegitu. Kita, sebagai masyarakat, seharusnya memberi peluang kepada mahasiswa untuk terlibat dalam program masyarakat. Sesetengah mahasiswa juga terdiri daripada golongan keluarga yang susah dan ingin berbakti kepada masyarakat.

'Umno bukan lagi pejuang negara’

'Umno bukan lagi pejuang negara’
KOTA BHARU –  Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau kini terpaksa menerima hakikat bahawa Umno bukan lagi parti yang berjuang untuk negara dan orang Melayu.
Walaupun sedih dengan keadaan melanda Umno dan BN kini, satu usaha untuk memulihkan kepincangan yang berlaku pada negara perlu dilakukan dengan segera.
 “Parti ini (Umno) mesti dikalahkan dan kita perlu parti yang lebih kuat daripada Umno. Saya sayang Umno, sebab begitu lama saya berada dalam Umno dan apabila Datuk Seri Najib (Tun Razak) buat benda yang tidak baik, saya fikir pada mulanya mahu singkirkan sahaja perdana menteri dan kita selamatkan Umno.
 “Tetapi itu pada mulanya. Kini saya dapati Umno juga sudah tidak boleh diselamatkan. Kenapa? Sebab pemimpin mereka sudah tidak jadi pemimpin, mereka tidak boleh bersuara apa-apa pun, mereka ikut saja,” katanya ketika ceramah Bicara Rakyat di Ketereh, kelmarin.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali juga turut hadir dalam majlis itu yang dihadiri lebih 3,000 masyarakat sekitar.
 Beliau berkata, walaupun sedih dan kecewa, tetapi ia tetap tidak boleh mengatasi perasaan tanggungjawab kepada negara apabila melihat mereka yang terlibat menyeleweng dan tidak lagi patuh pada asas perjuangan Umno dan BN.

ADAKAH TUN RAZAK JUGA PENGKHIANAT KERANA BEKERJASAMA DENGAN PEMBANGKANG SELEPAS TRAGEDI 1969?

Berikut ini adalah tulisan seorang "bangsa Kelantan" yang menetap di luar negara berdasarkan tontonannya secara live ucapan Tun Mahathir Mohamad di Ketereh pada 26 Ogos lalu.

Tulisan ini sudah banyak tersebar di media sosial serta grup Whatsapp dan dikongsikan di sini untuk kebaikan kita bersama, mudah-mudahan perubahan semakin dekat dengan hati kita.


1. Malam tadi saya menonton lintas langsung program Bicara Rakyat di kampung saya, Ketereh. Kelantan. Program tersebut menampilkan Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

2. Saya bersengkang mata hingga jam 2:00 pagi waktu Hobart untuk menonton kesemua ucapan dimana Tun M menjadi penceramah terakhir.

3. Telah menjadi kebiasaan saya sejak dari kecil, saya cuba untuk tidak melepaskan peluang mendengar atau membaca ucapan Tun M, terutamanya dalam program-program politik.

4. Ini kerana ucapan beliau sarat dengan maklumat-maklumat dan fakta-fakta yang menarik.

5. Dalam ucapan malam tadi, beliau menyentuh tindakan pemimpin-pemimpin BN yang mengutuk beliau kerana bekerjasama dengan pembangkang.

6. Beliau menekankan bahawa di dalam politik, strategi amatlah penting. Menurut Tun M, selaku belas Pengerusi BN, rahsia BN menang di dalam pilihanraya ialah kerana mereka tidak bertanding melawan sesama sendiri.

7. Tun M menegaskan bahawa kita perlu ingat yang Tun Razak menubuhkan Barisan Nasional selepas tragedi 13 Mei dengan bekerjasama dengan parti-parti pembangkang di waktu itu seperti Gerakan, PPP (People’s Progressive Party), SUPP dan juga PAS. Menurut Tun M, DAP pada masa itu juga dijemput untuk bersama, tetapi parti tersebut menolak.

8. Oleh itu, menurut Tun M, bukanlah sesuatu yang pelik sekiranya BERSATU bersedia bekerjasama dengan parti-parti pembangkang yang lain. Tun Razak bekerjasama dengan pembangkang pada waktu itu untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang kukuh.

9. Ini satu hujah yang amat menarik!

#TangkapMO1: Anak muda bawa mesej ubah urus tadbir negara


KUALA LUMPUR - Himpunan #TangkapMalaysianOfficial1 (#TangkapMO1) yang berlangsung semalam, membawa mesej mahukan perubahan dalam urus tadbir negara.
Himpunan anjuran mahasiswa itu, mengambil tempat di beberapa lokasi seperti pusat beli belah Sogo dan Masjid Negara sebelum berarak ke Dataran Merdeka.
Sekitar jam 1 petang, peserta  mula berkumpul di lokasi utama dengan pemimpin pembangkang dan aktivis politik memberikan ucapan.
Bawa mesej ubah urus tadbir negara Antara pemimpin yang kelihatan ialah Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad; Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke; Naib Presiden PKR, Tian Chua; Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ketua Pemuda DAP (Dapsy), Wong Kah Woh; Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Sany Hamzan; Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah dan aktivis Hishamuddin Rais.
Peserta yang mula bergerak ke Dataran Merdeka, bagaimanapun terpaksa berkumpul di tepi dataran memandangkan kawasan itu ditutup untuk raptai Hari Kebangsaan.
Situasi mula hangat apabila peserta dari dua lokasi bergabung di Jalan Raja Laut dan Jalan Tun Perak sekitar Dataran Merdeka.
Pada awalnya, perjalanan himpunan #TangkapMO1 berlangsung aman, namun di pertengahan kerancakannya terganggu apabila bas awam melalui lokasi himpunan.
Difahamkan peserta himpunan tidak memberi kerjasama sewaktu diminta membuka laluan.
Lokasi himpunan kemudian ditukar ke Jalan Raja Laut di hadapan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Wang hilang akibat skandal 1MDB boleh biaya mahasiswa 15 tahun


Perhimpunan TangkapMO1. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari SallehPerhimpunan TangkapMO1. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh
Jumlah wang yang diselewengkan akibat skandal 1MDB boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan mahasiswa untuk sekurang-kurangnya 15 tahun.
Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY), Wong Kah Woh ketika berucap di perkarangan Masjid Negara sebelum berarak ke Dataran Merdeka semalam berkata, dana yang didakwa dicuri itu sepatutnya disalurkan kepada mahasiswa yang memerlukan dana untuk melanjutkan pelajaran.
“Tapi sebaliknya pula yang berlaku, pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara) pula tidak diberikan sepenuhnya,” kata Adun Canning itu.
Roketkini melaporkan dalam perhimpunan di ibu kota itu, sekitar 3,000 individu dari pelbagai latar kaum, agama dan peringkat usia hari ini berarak ke Dataran Merdeka bagi menuntut supaya individu yang dikaitkan dengan penyelewengan dana awam 1MDB diberkas.
Perhimpunan #TangkapMO1 itu bersurai secara aman petang tadi setelah dikendalikan sejak tengah hari tadi sepenuhnya oleh sekumpulan mahasiswa. Ia turut disertai dan disokong oleh penggiat seni tempatan, aktivis dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pemimpin parti politik.
Sasterawan Negara yang juga anggota DAP, Pak A. Samad Said pula berkata, beliau ‘merestui’ perhimpunan yang diadakan itu.
“Apa yang saya banga, buat kali pertama, sesudah beberapa dekad (yang lepas), mahasiswa bangun,” katanya.
MO1 atau Malaysia Official 1 yang disebut sebanyak 36 kali dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat lebih satu bulan lalu bagi menyita aset bernilai US$1 bilion yang didakwa dicuri daripada IMDB itu dipercayai ramai pihak sebagai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ekoran pendedahan itu, perhimpunan petang tadi menuntut supaya Perdana Menteri mendedahkan identiti MO1, sekaligus menafikan tuduhan pelbagai pihak terhadap beliau.
Perhimpunan berakhir setelah jurucakap Gabungan Tangkap MO1, Anis Syafiqah melakukan gimik meletakkan patung MO1 ke dalam sebuah sangkar.
Patung yang kelihatan seakan-akan Perdana Menteri itu turut dipamerkan bersama patung-patung mirip Jho Low, anak tiri Najib Riza Aziz dan ibunya Datin Seri Rosmah Mansor

ARIF dan Medic Team dapat pujian bertugas di himpunan #TangkapMO1


Sumbangan ARIF dapat penghargaanSumbangan ARIF dapat penghargaan
Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) merakamkan sepenuh penghargaan dan terima kasih kepada sekalian petugas (ARiF dan Medic Team) serta seluruh demonstran yang berhabis wang ringgit dan masa untuk sama-sama menjayakan Himpunan #TangkapMO1 petang tadi.
Naib Ketua Pemuda @ Pengarah Mobilisasi Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, komitmen tidak berbelah-bahagi ini sama sekali tidak terbayar dan amat bernilai dalam usaha kita melawan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana negara.
"Setiap keringat dan lelah dalam hela nafas kita sepanjang fatrah #TangkapMO1 ini pastinya tidak akan tersia-sia dan bakal memperoleh ganjaran selayaknya di akhirat kelak," katanya.
Kini kata beliau, masa untuk bergerak perlahan atau 'alon-alon' kata orang Jawa, telah berlalu.
"Keadaan genting amat menuntut untuk kita bermati-matian mengukuh organisasi parti dan memperkemas jentera pilihanraya, berdepan juak-juak kleptokrasi di medan demokrasi,"katanya.
Beliau memuji sikap golongan muda yang kuat, berjiwa muda dan cekal menghadapi hari-hari mendatang.

#TANGKAPMO1 :Rangkuman himpunan dari Sogo ke Dataran Merdeka

Wakil rakyat BN perlu jaga 'political base' sembang Najib

Mahathir: Umno can no longer be saved

Mahathir: Najib is Obama's friend, why would US try to topple him?