Sabtu, 27 Ogos 2016

Isytihar harta: Tidak perlu tunggu keputusan parti - Rafizi

isytihar harta
Rafizi (dua, kanan) dalam pelancaran Invoke peringkat negeri Kedah.
ALOR SETAR - Wakil rakyat dinasihatkan supaya tidak perlu berasa takut mahupun menunggu keputusan parti untuk membuat pengisytiharan harta dimiliki masing-masing.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, dia sendiri sudah pun bertindak mengisytiharkan harta secara terperinci dalam bentuk akuan bersumpah pada tahun lepas.
“Pada pandangan saya, wakil rakyat perlu isytihar harta, malah tindakan sedemikian sememangnya merupakan satu tuntutan yang tidak boleh dielakkan.
“Mengikut pengalaman saya sendirilah, mula-mula memang rasa cerewet. Namun adalah lebih baik, kerana tiada ancaman keselamatan dan kedudukan kewangan ahli parlimen pembangkang diketahui rakyat,” katanya ketika ditemui dalam pelancaran Invoke peringkat negeri Kedah di Kompleks Perniagaan Utama, di sini, semalam.
Turut hadir, Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung dan Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail.
Rafizi berkata, salah satu sebab utama beliau mengisytiharkan harta adalah supaya rakyat mengetahui dan memahami kedudukan kewangan ahli parlimen sepertinya yang tidak memiliki peruntukan.
Katanya, tindakan  itu sememangnya membantu apabila rakyat dilihat amat sensitif dengan memahami keadaan dan tidak meminta ataupun mengharapkan sesuatu diberi kepada mereka.

KANTOI BN MENIPU !!!

Di sinilah penipuan page2 BN pengampu makan dedak yg cuba memutarbelitkan data2 Laporan Ketua Audit Negara 2015 demi memperdayakan & perbodohkan rakyat..

TAHUKAH ANDA, pada tanggal 20/2/2015 kerajaan BN telah berjanji bhw sbyk 2,000 rumah (RKB) untuk mangsa banjir di Kelantan akan disiapkan oleh Kerajaan Persekutuan sebelum Ramadan TAHUN LEPAS..

AUTA VS FAKTA

Salah satu SIFAT WAJIB & ciri2 nak jadi pemimpin Umno adalah WAJIB BODOH DAN SANGGUP MENIPU RAKYAT.

Polis semakin faham hak rakyat, akui Suaram


Rakyat berbilang kaum berhimpun secara aman sepanjang demonstrasi Tangkap MO1 tadi, akui Suaram.Rakyat berbilang kaum berhimpun secara aman sepanjang demonstrasi Tangkap MO1 tadi, akui Suaram.
Sukarelawan Suaram, Hisyam Shahrin ketika ditemui selepas himpunan berakhir memberitahu pihaknya mendapati tiada sebarang provokasi melampaui batas berlaku sepanjang himpunan.
Beliau yang bergerak bersama-sama peserta dari Masjid Negara menuju ke Dataran Merdeka berkata, pihak polis dilihat semakin faham dengan hak rakyat untuk berhimpun berbanding siri protes rakyat seperti Bersih beberapa tahun kebelakangan ini.
Ditanya apa mendorong minatnya menjadi sukarelawan Suaram, pekerja swasta memberitahu, beliau mahu melihat sendiri sejauhmana benarnya dakwaan pihak tertentu kononnya demonstrasi bersifat ganas.
"Tiada berlaku elemen ganas pun. Masing-masing berbilang kaum, tua muda ada yang sanggup dari utara tanah air datang semata-mata mahu mendesak Malaysian Official 1 ditangkap.
"Selama ini kita dimomokkan kononnya demonstrasi haram. Kalau ikut Perlembagaan, rakyat tak salah berhimpun. Jadi, pihak polis sepatutnya bertugas untuk memastikan himpunan berlangsung secara aman bukan menyekat," ujar Hisyam lagi.

Demo MO1, suara anak muda tuntut perubahan

Pendedahan Department of Justice Amerika Syarikat DOJ berhubung identiti pelaku rasuah seorang individu dinamakan Malaysian Official 1 (MO1) membuka ruang seluruh rakyat untuk menuntut polis menjalankan siasatan dan menahan individu terbabit.
Gesaan tersebut dibuat menerusi penganjuran demostrasi aman Tangkap Malaysian Official One anjuran Kumpulan Mahasiswa dan aktivis seluruh negara.

IMG_1778Demostrasi diketuai Mahasiswa Universiti Malaya, Anis Syafiqah yang diadakan di Dataran Kuala Lumpur hari ini.
Ketika berita itu ditulis, beberapa pimpinan utama mahasiswa sedang berucap di perkarangan Sogo sebelum berarak ke Dataran Merdeka.
Antaranya, Safwan Anang yang menyifatkan penganjuran demostrasi berkenaan diyakini mampu menjadi signal perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik menerusi suara mahasiswa.
“Anak muda membawa suara perubahan demi Malaysia yang kita cintai ini,” ucapnya sambil mendapat tepukan peserta.
Dalam perkembangan itu, kira-kira 300 mahasiswa, aktivis dan pimpinan tertinggi parti politik hadir berkumpul di sini.
Sementara itu, sebuah lagi kumpulan demostrasi mahasiswa kini berkumpul di Masjid Negara untuk berarak ke Dataran Merdeka.

Rakyat sudah jemu untuk berdemonstrasi, kata KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menghalang mana-mana pihak termasuk mahasiswa daripada mengadakan sebarang demonstrasi, kata timbalan menterinya Datuk Nur Jazlan Mohamed.
"Kita (KDN) tidak halang mereka, asalkan mereka mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, di mana penganjur harus meminta kebenaran daripada tuan punya tapak sebelum mengadakan perhimpunan.
"Jadi, tak salah jika mereka hendak berdemonstrasi, tetapi salah jika mereka tidak ikut undang-undang," kata beliau ketika diminta mengulas mengenai demonstrasi anti-kerajaan di ibu negara, hari ini.
Nur Jazlan berkata mereka seharusnya menghormati undang-undang negara kerana tindakan meneruskan demonstrasi tanpa kebenaran tuan punya tapak, seolah-olah bertentangan dengan apa yang mereka perjuangkan.
"Saya berharap anak-anak muda ini, dalam keghairahan mereka untuk menggunakan hak bersuara, jangan mereka angkuh dan tidak menghormati undang-undang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi 'lunch keynote' pada Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia 2016 anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia United Kingdom dan Eire (UKEC), hari ini.
Ketika ditanya kesan daripada demonstrasi itu, Nur Jazlan berkata tindakan mereka tidak akan mendatangkan hasil kerana demonstrasi jalanan bukanlah medium terbaik untuk melakukan perubahan.
"Rakyat sudah jemu untuk berdemonstrasi, saya rasa rakyat menunggu pilihan raya umum akan datang untuk membuat keputusan.
"...itulah cara demokrasi yang terbaik untuk menentukan kerajaan, bukannya dengan cara mengadakan demontrasi jalanan bagi menjatuhkan kerajaan," katanya.

‘Penjara’ simbolik penahanan MO1, ribuan peserta gesa tangkap perasuah

Bukan hanya sepanduk dan kain rentang menuntut Malaysian Official One (MO1) ditangkap, namun replika penjara turut digunakan dalam demostrasi Tangkap MO1 di Jalan Raja Laut.
Ia sebagai simbolik kepada individu yang didakwa MO1 perlu dipenjarakan susulan dakwaan rasuah dan integriti kewangan dilaporkan Development Of Justice (DOJ) Amerika Syarikat.

Tarikannya, Aktivis Fahmi Redza berada di dalam kurungan ‘penjara’ dengan karikatur wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dalam perkembangan lain, kumpulan mahasiswa dihalang pihak berkuasa memasuki ruang Dataran Merdeka bagi mengadakan perhimpunan aman.
Bagaimanapun, tumpuan peserta perhimpunan aman diteruskan di Jalan Raja Laut dengan kehadiran ribuan peserta.
Lebih menarik, ia bukan sekadar dihadiri kumpulan mahasiswa seluruh negara, ia turut dihadiri aktivis pimpinan Pakatan, masyarakat awam daripada lapisan agama dan bangsa.

Khairy elak dedah kandungan pendrive ‘salah laku’ FAM

TMJ menyerahkan pendrive yang didakwa mengandungi pelbagai maklumat mengenai ketirisan dan salah laku FAM kepada Khairy kerana tidak mahu mempunyai sebarang masalah dengan persatuan itu.
khairy-jamaluddin_Tunku-Ismail_fam_600
BANTING: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengambil sikap kunci mulut berhubung isu pemacu pena atau pendrive yang diserahkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Khairy yang ditemui pemberita pada program Fit Selangor di Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang, hari ini mengelak daripada menjawab soalan wartawan mengenai perkara itu.
Semalam, Facebook Johor Southern Tigers menyatakan pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menyerahkan pendrive yang didakwa mengandungi pelbagai maklumat mengenai ketirisan dan salah laku Persatuan Bola Sepak (FAM) kepada Khairy, ketika menerima kunjungan menteri itu di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru.
Menurut laman Facebook itu, Tunku Ismail memutuskan untuk menyerahkan pemacu pena berkenaan kerana tidak mahu mempunyai sebarang masalah dengan FAM.
Sementara itu, Khairy dalam ucapannya pada program itu berkata, beliau menyasarkan enam juta penyertaan pada sambutan Hari Sukan Negara tahun ini susulan kejayaan program itu pada 2015.
Sebanyak 8,915 peserta mengambil bahagian dalam program Fit Selangor dalam acara larian 5km dan 10km serta berbasikal 30km dan 10km.

PAS menilai dasar Bersatu sebelum bekerjasama

PAS masih tidak mempunyai sebarang hubungan dengan parti yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.
KUANTAN: PAS akan menilai dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebelum bersetuju untuk mengadakan kerjasama atau rundingan pembahagian kerusi pada pilihan raya umum ke-14.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata setakat ini, PAS masih tidak mempunyai sebarang hubungan dengan parti yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.
“PAS menunggu pendaftaran parti baharu itu selesai dahulu. Tengok polisi parti sejauh mana yang boleh untuk kita bekerjasama atau tidak,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Tuan Ibrahim ditemui selepas menghadiri Majlis Penerangan dan Wacana Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pemimpin PAS Pahang di sini hari ini, yang disertai Pemangku Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil.
Beliau diminta mengulas kenyataan Muhyiddin baru-baru ini iaitu parti baharu itu akan mengadakan rundingan pembahagian kerusi dengan pembangkang sebaik sahaja pendaftarannya diluluskan Pendaftar Pertubuhan.
Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim memaklumkan pendirian teguh PAS bersama SPRM dalam menangani rasuah dan berharap badan bebas itu akan terus berkhidmat tanpa rasa takut.
“Jika ada sahaja elemen rasuah, biar SPRM datang siasat. Sebagai sebuah parti yang membawa imej Islam, maka kita tidak boleh mempunyai elemen yang menjejaskan. Sebab itu kita mahu kerjasama dengan SPRM akan berkekalan,” katanya.

Umno Johor: Penubuhan Bersatu untuk lihat kejatuhan BN/Umno

Berdasarkan pengamatan dan ucapan yang didengar Shahrir, parti baharu itu bukan membawa perjuangan rakyat atau falsafah alternatif.
JOHOR BAHARU: Umno tidak harus memandang ringan penubuhan parti Bersatu, sebaliknya perlu mempersiapkan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, kata Ketua Umno Bahagian Johor Baharu Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Beliau berkata, dalam menghadapi perang PRU, parti ditunjangi orang Melayu itu perlu sedar parti baharu itu diwujudkan dengan matlamat mahu melihat kekalahan Umno dan Barisan Nasional (BN).
“Kita juga tidak boleh terlalu yakin terhadap kemenangan kerana perkara ini akan menyebabkan kita kalah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang, di sini hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor yang juga Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Shahrir, yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), berkata berdasarkan pengamatan beliau dan ucapan yang didengarnya, parti baharu itu bukan membawa perjuangan rakyat atau falsafah alternatif.
“Kita (Umno dan BN) mahu kuasa dan kita yakin kita boleh majukan rakyat tetapi matlamat Bersatu bukan itu. Bersatu kata kalau tidak menang pun tidak mengapa, maknaya, parti itu tidak ada perancangan.
“Jadi, bagaimana Bersatu hendak majukan rakyat dan negara dan ini jelas matlamat parti itu hanya hendak lihat Umno kalah sahaja,” katanya.
Sementara itu, mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung trend memberi penekanan terhadap ‘bangsa negeri’ boleh meruntuhkan perpaduan sebagai rakyat Malaysia, Shahrir berkata semua pihak perlu mengakui Johor mempunyai pendekatan berlainan dan cara tersendiri dalam pelbagai aspek berbanding negeri lain.
Namun pada masa sama, katanya, semua pihak juga perlu menerima dengan baik pendekatan yang diamalkan setiap negeri di negara ini.
“Kita kena akui ada kelainan dan pendekatan Johor dan ini menyebabkan orang luar Johor marah sikit. Ini membuatkan ada pemimpin peringkat kebangsaan yang tidak faham dan mereka anggap Johor macam mengada-ngada sedangkan kita (Johor) ambil pendekatan sendiri,” katanya.
Shahrir berkata bekas perdana menteri itu mungkin mempunyai beberapa sebab untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian.

LAWAK NAJIB

Hahaha....hehehe...hihihi...hohoho...

Kahkahkah...kehkehkeh...kihkihkih...kohkohkoh...

Ketawa tak berhenti-henti semua makhluk, bukan saja manusia, tetapi juga segala isi hutan di Cameron Highlands hari ini apabila Najib Razak mencabar mana-mana pihak yang tidak berpuas hati terhadap kepimpinannya agar bertanding menentang beliau dalam pemilihan UMNO yang akan datang.

Kalau nak jatuhkan saya, bertandinglah dalam UMNO tapi jangan runtuhkan UMNO, kata beliau ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Cameron Highlands, pagi tadi.

Pernah kita dengar Najib mencabar sesiapa menentangnya sebagai Presiden UMNO sebelum ini?

Kenapa hanya berani mencabar selepas memecat Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir serta setelah menggantung keahlian Shafie Apdal yang kemudian membuatkannya keluar daripada UMNO.

Kenapa tidak berani melakukan cabaran sebelum ini?

Jika benar sedia dan tidak takut ditandingi, mengapa mereka yang mengkritik dan berbeza pendapat sebelum ini, semuanya dibuang dan diketepikan daripada UMNO?

Begitu juga, kenapa pemilihan UMNO yang sepatutnya diadakan tahun ini tidak berani diadakan mengikut jadual, sebaliknya ditangguhkan untuk memberi laluan PRU 14 diadakan terlebih dahulu?

Andai benar sedia dilawan dan tidak takut dicabar, bukankah tahun lepas lagi Najib seharusnya sudah mengumumkan pemilihan UMNO tidak ditangguhkan dan tidak ada sesiapa juga dipecat hanya kerana menegurnya?

Siapa yang Najib nak kelentong agaknya?

Hahaha..hehehe...hihihi...hohoho...kahkahkah...kehkehkeh...
kihkihkih...kohkohkoh....

Najib: Kalau hendak jatuhkan saya, bertanding dalam pemilihan Umno

Najib turut menyifatkan seorang bekas pemimpin negara yang berkhidmat selama 22 tahun sebagai kaki gaduh.
najib umno
CAMERON HIGHLANDS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencabar pengkritiknya yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan beliau supaya bertanding dalam pemilihan Umno akan datang.
“Kalau hendak jatuhkan saya, bertandinglah dalam Umno, tetapi jangan runtuhkan Umno,” katanya ambil disahut tepukan gemuruh ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Cameron Highlands, hari ini.
Kenyataan itu secara tidak langsung merujuk kepada pengkritik terhebatnya yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang cuba menjatuhkan Najib melalui kempen Selamatkan Malaysia.
Najib yang dipetik Bernama juga secara sinis berkata, jika beliau berhasrat menjadi perdana menteri dan presiden Umno selama 22 tahun lagi, perlembagaan parti sebelum ini boleh diguna pakai.
“Kalau mengikut perlembagaan dahulu, siapa nak bertanding presiden dia mesti mendapat sokongan daripada 56 bahagian Umno, ingat senang nak dapat, satu pun susah.
“Tetapi, bila saya jadi presiden Umno dan perdana menteri, saya ambil langkah pindah perlembagaan dan serahkan nasib saya kepada 160,000 perwakilan yang layak memilih,” katanya.
Sementara itu, Najib menyifatkan seorang bekas pemimpin negara yang berkhidmat selama 22 tahun sebagai kaki gaduh.
Presiden Umno itu berkata, pemimpin tersebut sering mengkritik pemimpin terdahulu dan sekarang sebagai tidak betul dalam segala tindak-tanduk mereka.
Walaupun tidak menyebut nama pemimpin itu, namun semua tahu yang Dr Mahathir pernah berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun.

Firma penerima dana 1MDB labur dalam pasukan F1 Itali

Nama 'Vasco' mula menjadi perhatian rakyat negara ini ekoran siasatan Amerika Syarikat menyimpulkan AS$472.750.000 daripada AS$3,657 bilion yang dibawa lari dari 1MDB telah dibayar kepada Vasco Investments Services SA.
Vasco Investments Services SA adalah firma pengurusan Vasco Trust yang dimiliki oleh hartawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Khadem Al-Qubaisi.
Menurut Sarawak Report, dana 1MDB bukan satu-satunya dana yang menjadi sasaran Vasco Trust setelah dana International Petroleum Investment Company (IPIC) turut disalurkan mengikut kepentingan Khadem.
Pemberi maklumat portal menyifatkan persamaan Khadem dengan IPIC adalah seperti fungsi jutawan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low kepada 1MDB.
Khadem muncul dalam drama 1MDB ini selepas Jho Low meminta bantuan beliau untuk melakukan apa yang didakwa sebagai mengubah dana daripada firma Malaysia.
Namun, sebelum inipun, Khadem sudah lama menjadi perhatian atas dakwaan beliau menyalah gunakan kedudukannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif IPIC, menurut Sarawak Report, yang memetik siasatan oleh saluran berita yang berpangkalan di Luxembourg.
Contohnya ialah pembelian pasukan Formula Satu Itali, Scuderia Torro Rosso (STR) pada tahun 2011.

Ali Tinju: Tangkap pelajar atau kami protes depan balai

Aktivis pendukung perdana menteri Mohd Ali Baharom mendesak polis bertindak terhadap kumpulan pelajar yang menganjurkan himpunan #TangkapMO1 di ibu negara hari ini.
Beliau memberi amaran mengadakan sebuah lagi protes susulan di depan ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi jika tindakan gagal diambil.
“Jika polis gagal tangkap malam ini atau esok.

“Gerakan Merah turun protes pada hari Isnin 29 Ogos jam 2 petang di depan balai polis Dang Wangi Kuala Lumpur,” katanya yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju.
Beliau juga mendakwa “demo secara haram” di ibu negara hari ini ditaja oleh pemimpin pembangkang.
Gerakan Merah, yang berbeza pandangan dengan kumpulan pelajar, pada mulanya berhasrat mengadakan protes balas hari ini tetapi membatalkannya susulan larangan polis.

Beliau juga sebelum ini memperlekeh himpunan #TangkapMO1 sebagai “himpunan budak-budak kecil”.

MO1 berjaya ditangkap ....


MO1 berjaya di'tangkap' di masukkan ke dalam 'kurungan' dalam himpunan #Tangkap MO1 di Dataran Merdeka hari ini.MO1 berjaya di'tangkap' di masukkan ke dalam 'kurungan' dalam himpunan #Tangkap MO1 di Dataran Merdeka hari ini.

Peserta perhimpunan #TangkapMO1 berjaya menangkap 'sesaorang' yang dipercayai Malaysia Official No 1 sebagaimana yang disebutkan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika dalam kenyataan mereka dalam perhimpunan di Dataran Merdeka hari ini.
Namun ia berupa 'topeng' yang dipakai khas dan diletakkan dalam kandang khas dalam perhimpunan mereka hari ini.
Empat topeng utama yang dinaikkan dalam himpunan hari ini adalah muka Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datuk Seri Rosmah Mansor di samping Jho Low dan Riza Aziz, dua nama utama yang disebutkan oleh DoJ dalam laporan mereka.
Anis Syafiqah bersama rakan-rakannya berarak ke Dataran Merdeka hari ini.Anis Syafiqah bersama rakan-rakannya berarak ke Dataran Merdeka hari ini.Beribu-ribu peserta yang kebanyakan pelajar menyertai perhimpunan yang digerakkan oleh sekumpulan aktivis mahasiswa di Dataran Merdeka hari ini.
Tema pakaian peserta hari ini adalah hitam dan puteh. Peserta mula berkumpul di dua tempat iaitu Masjid Negara dan Sogo sebelum berarak ke Dataran Merdeka.
Mereka diketuai oleh jurucakap gerakan #TangkapMO1, Anis Syafiqah Md Yusof dan rakan-rakannya.
Hari ini adalah kemuncak kempen mereka selepas membuat kempen menangkap MO1 yang dinyatakan oleh DoJ Amerika.
Sebelum ini, di UITM Perak, 3 pelajar telah ditangkap namun dilepaskan kemudiannnya.
Polis telah memberikan amaran hari ini bahawa perhimpunan mereka adalah salah di sisi undang-undang.
Wakil kepada Ketua Polis Dang Wangi ASP Mohd Zain memberi amaran supaya pihak yang berkumpul bersurai.
Mohd Zain berkata, protes jalanan merupakan tindakan yang menyalahi undang-undang.
"Saya wakil polis Dang Wangi ingin memberi amaran, mana-mana penganjuran perhimpunan atau protes jalanan menyalahi kesalahan.
“Justeru saya mohon kepada semua bersurai," kata Mohd Zain.
Bagaimanapun, arahan berkenaan tidak diendahkan.

Tangkap MO1 bukan Pokemon Go, seru peserta demonstrasi

Aktivis Hishammudin Rais memberitahu Himpunan #TangkapMO1 yang berlangsung pada petang ini sebagai signal kepada Himpunan Bersih 5 tidak lama lagi.
Tangkap MO1 bukan Pokemon Go, seru peserta demontrasi
KUALA LUMPUR: Walaupun rakyat Malaysia sedang dilanda demam memburu Pokemon, tekanan untuk menangkap Malaysia Official 1 (MO1) yang disebut dalam laporan saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) masih berterusan.
Sehubungan itu, wakil Pemuda Sosialis DAP (Dapsy), Raja Ahmad Iskandar Fareez menggesa rakyat yang fanatik dengan aplikasi permainan Pokemon Go supaya bangkit memperjuangkan hak sendiri dengan beralih kepada usaha mendesak pihak berkuasa menangkap MO1.
“Rakyat demam Pokemon tetapi Malaysia demam kerana 1MDB. Daripada tangkap Pokemon, baik kita tangkap MO1.
“Rakyat bertuah kerana mahasiswa bangkit pada hari ini demi memperjuang hak rakyat. Hak kita bangkit lawan MO1. Kita akan bergerak ke Dataran Merdeka. Bergerak sama dan tangkap MO1,” serunya.
Aktivis, Hishamuddin Rais memberitahu himpunan #TangkapMO1 yang berlangsung pada petang ini adalah permulaan bagi himpunan Bersih 5 tidak lama lagi.
“Anak muda adalah generasi baru untuk meneruskan perjuangan kita. Dan ini adalah ‘signal’ kepada Bersih 5,” katanya ketika berucap di hadapan peserta himpunan di hadapan pusat beli-belah Sogo.
Sementara itu, Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, himpunan tersebut perlu bagi mendesak individu yang dikaitkan dengan laporan DoJ dalam kontroversi salah tadbir 1MDB ditangkap segera.
“Saya berharap lebih ramai orang akan terlibat dalam kempen menangkap MO1. Ia isu penting kerana kita perlu menentang perbuatan merompak duit rakyat berjuta ringgit.
“Mereka kena ambil tanggungjawab tangkap MO1. Kalau PM (perdana menteri) tidak bertanggungjawab, beliau lebih baik undur. Kita tak perlukan PM yang tidak ambil tindakan. Kita harapkan untuk membawa reformasi di semua institusi,” katanya.
Peserta yang membawa sepanduk sambil melaung “#TangkapMO1” enggan menyebut nama mana-mana individu dikaitkan dengannya walaupun mereka turut dilihat membawa beberapa sepanduk gambar badut mirip Datuk Seri Najib Razak.

#TangkapMO1: Peniaga untung RM2000 dalam 3 jam

Seorang peniaga aiskrim yang ditemui FMT, Hafiz Saad memberitahu keuntungan hari ini membolehkannya berehat selama seminggu.
rohaniKUALA LUMPUR: Perhimpunan #TangkapMO1 nampaknya membuka peluang perniagaan dan menjadi lubuk pendapatan kepada peniaga di sekitar Dataran Merdeka, khususnya.
Pengusaha Restoran Rohani yang terletak bertentangan Dataran Merdeka bersyukur selepas himpunan hari ini berjaya mengumpul keuntungan luar biasa iaitu RM2000 dalam tempoh tiga jam perhimpunan dimulakan sebentar tadi.
Pemiliknya Rohani Taufir Muhamad akui terkejut dengan sambutan hari ini selepas pertama kali menerima kunjungan pelanggan yang ramai dalam tempoh singkat sejak tiga tahun dia mengusahakan restoran itu.
“Restoran kami dibuka sejak jam 7 pagi hingga 7 malam tetapi sesak sejak jam 2 petang hinggalah sebentar tadi apabila himpunan bersurai. Biasanya kami hanya mengumpul keuntungan harian RM500, tetapi hari ini ia meningkat empat kali ganda,” katanya.
“Kalau macam ini gayanya, setiap hari berdemonstrasi pun tak mengapa. Boleh untung besar selalu,” tambahnya.
Dalam pada itu, seorang peniaga aiskrim yang ditemui FMT, Hafiz Saad memberitahu keuntungan hari ini membolehkannya berehat selama seminggu.
“Seronok dapat jumpa ramai orang dan aiskrim pun laku. Dalam tempoh beberapa jam ini sahaja saya sudah mengumpul keuntungan bersih kira-kira RM400,” katanya.
Hafiz berkata, tiap kali ada acara seperti konsert atau demonstrasi di sekitar Kuala Lumpur, dia akan membuka perniagaannya.
“Saya dapat tahu tentang himpunan ini di Facebook. Bila ada acara yang mengumpulkan orang ramai, maka ia adalah masanya untuk orang seperti saya menambah pendapatan,” katanya.

Ini hanya permulaan kebangkitan mahasiswa, kata bekas pemimpin pelajar


Anis Syafiqah bercakap kepada rakan-rakannya selepas mereka semua berkumpul di Dataran Merdeka.Anis Syafiqah bercakap kepada rakan-rakannya selepas mereka semua berkumpul di Dataran Merdeka.
Himpunan yang menghimpunkan lebih 2,000 peserta yang kebanyakannya terdiri dari para mahasiswa ini adalah permulaan kepada kebangkitan semula pelajar Malaysia.
Khairul Najib Hashim yakin ini permulaan baik untuk kebangkitan mahasiswa.Khairul Najib Hashim yakin ini permulaan baik untuk kebangkitan mahasiswa.Bekas pemimpin pelajar Universiti Malaya yang kini Ketua Komunikasi Pemuda Amanah Nasional, Khairul Najib Hashim berkata, "Himpunan ini adalah permulaan kepada kebangkitan semula mahasiswa."
"Ia berlaku ketika rakyat sudah bosan dengan kerenah pemimpin yang korup dan memperbodohkan rakyat," katanya kepada Malasia Dateline.
Bagi beliau, sda dua cara mengubah pimpinan korup dan zalim. Yang pertama pilihan raya dan kedua jalan raya.
Hari ini, katanya, mahasiswa dan anak muda memilih jalan raya sebagai medan untuk mengubah kepimpinan kerajaan.
"Seperti contoh Indonesia, China dan negara-negara maju sekarang, mahasiswa yang menggerakkan rakyat dan memilih jalan raya sebagai jalan untuk perubahan," tegasnya penuh keyakinan.
Hampir semua kepimpinan pemuda Amanah nasional turun menyatakan solidariti bersama mahasiswa dalam himpunan hari ini.
Faiz Fadzil dalam perhimpunan #TangkapMO1 hari ini.Faiz Fadzil dalam perhimpunan #TangkapMO1 hari ini.Timbalan ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil pula berkata, perhimpunan ini boleh dianggap berjaya kerana ia satu permulaan perhimpunan yang digembeling oleh mahasiswa sendiri.
"Alhamdulillah, himpunan berlangsung aman seperti yang dijanjikan," katanya ketika ditemui diperkarangan Dataran Merdeka.
Lebih 2,000 pelajar berkumpul hari ini ketika kesemua anak muda negara diserang sindrom fatiq atau lesu dengan politik negara.
Jurucakap Gabungan #Tangkap MO1, Anis Syafiqah Md Yusof dalam satu forum anjuran akhbar mingguan Amanah 24 Ogos lepas berkata, anak muda Malaysia kini diserang sindrom fatiq.
"Kami sudah tidak ada lagi biasiswa untuk menampung pelajaran kami. Kami kena buat pinjaman melalui PTPTN. Tamat je belajar, kami kena bayar balik. Peluang pekerjaan pula tidak ada," keluh Anis, pemimpin pelajar Universiti Malaya dalam forum itu.
Ketika perkara itu berlaku, parti-parti politik pula, katanya, bercakaran antara satu sama lain baik di kalangan pembangkang bahkan juga dalam kerajaan.
"Ia sebabkan anak muda letih dan tak mahu cakna politik. Fatiq sindrom, mereka tidak mahu terlibat atau ambil tahu hal politik. Inilah realitinya, anak muda letih dengan krisis yang ada," kata Anis.
Untuk memecahkan kebuntuan inilah, kata Anis, beliau dan rakan-rakannya bangkit untuk berbuat sesuatu.

Peserta Tangkap MO1 tidak dibenarkan masuk Dataran Merdeka

Dianggarkan kira-kira 2,000 orang berkumpul di luar Dataran Merdeka.
mo1 3KUALA LUMPUR: Jalan-jalan sekitar Dataran Merdeka dibanjiri peserta Tangkap MO1 yang menuntut penangkapan individu misteri (MO1) yang dikaitkan dalam laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).
Walaupun perhimpunan #TangkapMO1 bermula perlahan dengan hanya beberapa ratus peserta berkumpul di Masjid Negara dan kompleks beli-belah Sogo, angka itu kini meningkat kepada kira-kira 2,000.
Mereka berkumpul di Jalan Raja, berhampiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di luar bangunan Dataran Merdeka.
Peserta himpunan membawa sepanduk dengan melaungkan “Hidup Hidup, Hidup Rakyat, tangkap tangkap, tangkap MO1.”
Turut dilihat di antara peserta ialah struktur seperti sangkar, kemungkinan besar dibuat untuk kelihatan seperti sel penjara dengan karikatur badut mirip Perdana Menteri di dalamnya.
Kebanyakan peserta berpakaian hitam dan putih, selaras dengan tema perhimpunan #TangkapMO1.
Kawasan sekitar Dataran Merdeka dikawal pasukan berpakaian warna biru manakala penganjur dan wakil pembangkang membaca ucapan DOJ yang menyifatkan huraian terperinci MO1.
Sebelum ini pihak polis sudahpun memberi amaran kepada penganjur perhimpunan iaitu tiada kebenaran diberikan bagi mereka untuk berkumpul di dalam kawasan Dataran Merdeka.
Polis di luar Masjid Negara juga sebelum ini memberi amaran kepada peserta untuk bersurai.
Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat setakat ini.
Antara wajah-wajah yang ditemui dalam himpunan itu ialah Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara MP Tony Pua, aktivis belia dan ahli jawatankuasa penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Amanah Shah Alam Khalid Samad.
Aktivis ikonik lain yang kerap dilihat memberi kenyataan berhubung Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kerajaan Barisan Nasional dan skandal penyelewengan dana 1MDB juga turut hadir.

Hari ini 27 Ogos, zahirkan kebencian kita terhadap penindasan kleptokrat



Himpunan TangkapMO1
"Sudah tiba tarikh yang dinanti-nanti, 27 Ogos 2016. Pertama dan selamanya, saya bersyukur kepada Tuhan kerana kita semua masih diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan," kata jurucakap #TangkapMalaysianOfficial1, Anis Syafiqah Binti Md Yusof.
Beliau menyampaikan 2.6 bilion++ penghargaan untuk di 'dermakan' kepada seluruh rakyat Malaysia dan pihak-pihak yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan dorongan selama ini.
"Hari ini kita keluar daripada zon selesa masing-masing, menyatakan kebencian kita kepada kezaliman dan penindasan oleh para kleptokrat yang telah menconteng arang ke wajah negara yang kita cintai ini," katanya dalam satu kenyataan megalu-alukan ketangan rakyat dari seluruh negara ke himpunan penting hari ini.
Menurut beliau amat memalukan kita jika satu dunia menyaksikan rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan dalam keadaan dijajah kleptokrat yang menjadi orang rasmi tertinggi dalam pentadbiran dan pengurusan ekonomi negara.
"Saya yakin, turunnya kita di jalan pada hari ini kerana ingin menyambut Hari Kemerdekaan dengan penuh bermaruah.
"Tidak kira apa jua latar belakang politik mahupun ideologi, himpunan hari ini bukanlah pentas persaingan untuk tunjukkan siapa lebih hebat, akan tetapi platform untuk kita satukan tenaga menumbangkan kezaliman dan penindasan yang semakin hari semakin berat tertanggung di bahu setiap rakyat Malaysia," katanya.
Oleh itu kata beliau, ayuh rakyat Malaysia, kita desak agar perompak besar negara yang digelar sebagai Malaysian Official 1 dikenalpasti, disiasat, ditangkap dan seterusnya dihadapkan ke muka pengadilan.
"Tiada masa lagi untuk kita berdiam diri dan bersikap dayus membiarkan sang penzalim terus merosakkan masa depan kita dan generasi akan datang.
"Moga 27 Ogos 2016 menjadi satu tarikh keramat bersejarah yang menyaksikan mahasiswa dan seluruh rakyat Malaysia bangkit menuntut hak dan melawan kezaliman," katanya.
Ingat katanya, perjuangan ini bukan kerana nama.
"Perjuangan ini, perjuangan kita bersama!" katanya.

Himpunan Tangkap MO1: Lagu 'Ale Ale Malaysiaku' Bergema Di KL

#TangkapMO1 rally: Protesters block traffic as Dataran Merdeka remains barricaded by police

Himpunan Tangkap MO1: Trak Polis Masuki Kawasan Himpunan

Rally to demand action for MO1 in KL

#TangkapMO1: Activist Anis Syafiqah calls on fellow students, youths to voice out against ‘robbers’

Duit BR1M sebenarnya dipinjam iaitu hutang, kata Mukhriz

Gelagat 'topeng' #TangkapMO1 dalam tirai besi

Siswa #TangkapMO1 laung lagu atas lori

MO1: 'Kau ingat negara ini bapak kamu yang punya'

Suasana bingit laung 'tangkap' di Jalan TAR

Part 2 - Individu bikin kecoh ketika mahasiswa #TangkapMO1 berucap

Individu bikin kecoh ketika mahasiswa #TangkapMO1 berucap - Part 1

Aksi Anis Syafiqah ketuai kumpulan dari Sogo ke Dataran

Karikatur Jho Low, anak Rosmah hadir di #TangkapMO1

Maria Bersih 2.0 muncul di #TangkapMO1

Peserta #TangkapMO1 bergerak dari Masjid Negara ke Dataran Merdeka

Polis arah peserta Himpunan #TangkapMO1 bersurai

'Bangsa Johor' at TangkapMO1 rally

Mukhriz: National debt at unimaginable level

Semua pemimpin hari ini sibuk nak jaga PM, kata Muhyiddin

MO1..Mana Mau Lari....!!!






BICARA BERSATU - STADIUM MINI KETEREH, KELANTAN

Wardina: Bukan saya tapi polis yang namakan maahad

Personaliti itu bertanya adakah tindakan Kazim Elias bermakna netizen tidak lagi boleh berkongsi dakwaan pencabulan seksual di Internet.
wardinaPETALING JAYA: Personaliti Wardina Safiyyah malam tadi menepis tindakan Datuk Kazim Elias membuat laporan polis terhadapnya sebagai membuang masa pihak berkuasa.
Wardina melalui laman rasmi Facebooknya berkata bukan dirinya yang menamakan maahad yang dikaitkan kepada dakwaan pencabulan seksual pelajar.
Selain Wardina, Kazim turut menamakan aktivis Syed Azmi Alhabshi dalam laporannya.
“Yang dedahkan nama maahad bukan saya atau Syed Azmi tapi Astro Awani dan polis,” kata Wardina. “Laporan polis oleh ibu yang terbabit pun saya tak kongsi.”
“Kalau pun nak buat laporan polis, patutnya buat satu lagi laporan polis keatas ibu tersebut membuat fitnah, bukan saya atau Syed Azmi.”
Wardina berkata demikian menjawab tindakan Kazim membuat laporan polis petang tadi kerana membuat komen yang berunsur fitnah sehingga menjejaskan reputasinya sebagai penceramah agama.
Bercakap kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Kazim berkata tindakan perlu diambil bagi membersihkan namanya dan nama sekolahnya, Maahad Tahfiz Darul Barakah.
“Jadi saya minta supaya pihak polis mengambil siasatan ke atas perkara ini supaya tidak berlaku fitnah yang berpanjangan terhadap diri saya, terhadap sekolah saya,” kata Kazim lapor Astro Awani.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan pencabulan seksual di sekolah itu, selepas dakwaan kejadian seks luar tabii dan pencabulan beberapa pelajar baharu maahad tersebar di laman sosial.
“Jadi? Maknanya kami tidak boleh kongsi dakwaan pencabulan seksual? Mengarut,” tepis Wardina.
“Selamat malam Malaysia,” tambahnya lagi, dan pihaknya menyerahkan perkara itu kepada pihak polis.