Khamis, 25 Ogos 2016

RM40j wang 1MDB ke pemilik kelab malam...!!

Sarawak Report mendedahkan 'jejak dana' didakwa portal itu dapat menyanggah penafian rangkaian kelab malam milik Hakkasan Ltd bahawa mereka ada menerima wang yang dikaitkan dengan 1MDB.
Portal berkenaan hari ini mendedahkan penyata bank Vasco Investment Services SA yang memiliki akaun di Bank Edmond De Rothschild di Luxembourg.
Dokumen itu menunjukkan Vasco Investment Services SA - pada 2 Oktober 2012- memindahkan AS$10 juta (RM40 juta) kepada syarikat Tasameem Real Estate LLC dimiliki Hakkasan.
Vasco Investment Services SA adalah syarikat milik hartawan Emiriah Arab Bersatu Khadem al-Qubaisi dan dia dinamakan dalam dokumen mahkamah difail Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat sebagai penerima dana diselewengkan daripada 1MDB pada fasa Aabar BVI (Genting/Tanjong).
Di bawah fasa itu sejumlah AS$1.367 bilion daripada AS$3.5 bilion bon 1MDB dilencongkan ke Aabar Investments PJS Ltd (BVI).
Selepas itu, AS$1.1 bilion dipindahkan ke Blackstone Asia Real Estate Partners yang kemudian memindahkan AS$472.75 juta kepada kepada Vasco Investments Services SA.
Minggu lalu, Naib Presiden Hal Ehwal Undang-undang Hakkasan Brandon Roos - dalam surat kepada The Wall Street Journal (WSJ) - berkata syarikat itu telah menjalankan kajian semula dalaman dan yakin tiada pembiayaannya dapat dikaitkan dengan 1MDB.
Dalam surat berasingan untuk WSJ, seorang peguam untuk Hakkasan berkata ketiadaan nama firma berkenaan dalam saman sivil DOJ itu adalah bukti jelas pihak berkuasa AS tidak mendapati ia menerima atau penyalur bagi penggubahan wang haram diperoleh Qubaisi dan sekutunya.
Hakkasan meiliki rangkaian restoran di seluruh dunia, selain banyak kelab malam utama di Las Vegas, AS.
Minggu lalu pihak berkuasa Abu Dhabi menahan Khadem.

Waspada dengan penculik guna van putih, kata polis

Polis beri peringatan susulan terdapat kes cubaan menculik melibatkan 4 lelaki dengan 2 daripadanya memakai pakaian wanita menggunakan van putih.
van-putih
KUALA LUMPUR: Polis menasihati orang ramai supaya berhati-hati jika ternampak van putih di lokasi mencurigakan susulan kes cubaan culik kanak-kanak berumur 10 tahun di Kampung Datuk Keramat, di sini, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata ini berikutan terdapat kes cubaan menculik melibatkan 4 lelaki dengan 2 daripadanya memakai pakaian wanita menggunakan van putih.
“Setakat ini ada satu kes cubaan culik dilaporkan melibatkan suspek menggunakan van putih, melibatkan cubaan culik seorang murid perempuan Sekolah Rendah Agama Al Akram, Kampung Datuk Keramat, dalam perjalanan ke sekolah,” katanya.
Dalam kejadian 1.50 tengah hari Selasa lepas, kanak-kanak itu dihampiri sebuah van putih, di dalamnya ada sekumpulan 4 individu, 2 daripadanya lelaki yang menyamar dengan memakai pakaian wanita, keluar dari kenderaan itu dan cuba menarik mangsa masuk ke dalam van berkenaan.
“Seorang daripada lelaki berpakaian wanita itu mengacukan sebilah pisau ke arah kanak-kanak tersebut namun mangsa dilepaskan setelah meronta dan menyepak serta menumbuk muka kedua-dua lelaki itu yang kemudiannya lari dengan van berkenaan,” katanya.
Kanak-kanak itu kemudian berlari masuk ke kawasan sekolah dan menceritakan kejadian itu kepada guru.
Beliau berkata laporan polis mengenai kejadian dibuat seorang guru wanita sekolah berkenaan.
“Nombor pendaftaran van itu tidak pasti kerana tiada kamera litar tertutup di tempat kejadian dan tak tahu pergi ke arah mana,” katanya.

Negara berpendapatan tinggi: Amanah bidas 'dongeng' Pemandu


Dr Dzulkefly AhmadDr Dzulkefly Ahmad
Kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala bahawa Malaysia berada di landasan yang sesuai untuk mencapai taraf negara berpendapatan tinggi dibidas Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad.
Menurut Dr Dzulkefly, pertumbuhan pinjaman yang rendah, keuntungan korporat yang mengecil, pertumbuhan sektor runcit yang menguncup dan trend pembuangan pekerja mutakhir ini menunjukkan ekonomi negara berada dalam keadaan tidak selesa atau membimbangkan.
Sehubungan itu beliau menyifatkan kenyataan Idris Jala bahawa negara telah terlepas dari 'perangkap pendapatan sederhana' dan menuju arah negara maju sebagai tidak berpijak di bumi nyata.
Menurutnya, kerajaan BN khususnya Pemandu 'seolah-olah telah terputus dari denyut nadi kehidupan rakyat sebenar' apabila terus 'bercakap besar' mengenai prestasi ekonomi negara sedangkan keadaan di lapangan adalah sebaliknya.
"Itu tidak lagi menghitung pergolakan politik, termasuk pertikaian tentang 1MDB dan MO1, yang sangat mengganggu sentimen pelaburan asing mahupun tempatan," tegasnya.
Idris ketika memberikan ucaptama pada Perbincangan Meja Bulat Perkongsian Awam-Swasta baru-baru ini, menyebutkan bahawa pendapatan negara kasar (PNK) berkembang daripada USD7,950 kepada USD10,760 (USD1 = RM3.99) antara 2009 dan 2015, mendekati sasaran pendapatan tinggi USD15,000 pada 2020 seperti ditetapkan oleh Bank Dunia.
Bekas menteri kabinet itu juga menganggap hutang negara diurus baik di bawah paras statutori yakni 55% kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) yang ditetapkan mengikut Akta Pinjaman Tempatan (1959) manakala defisit fiskal dijangka menguncup dari 3.2% KDNK akhir tahun 2015 kepada 3.1% pada akhir tahun 2016.
"Idris Jala perlu berpada-pada, bisnes tidak lagi rancak dan kini pertumbuhan pinjaman, ukuran kerancakan bisnes, adalah paling rendah dalam 9 tahun yang akhir ini.  Ada pakar ekonomi menyebut tentang 'recession' (kemelesetan) pada tahun 2018, walaupun ada yang meramal lebih awal.
"Keuntungan korporat terus jatuh dan kadar pembuangan pekerja paling buruk dalam 5 tahun mengikut data rasmi Jabatan Buruh iaitu 38,499 tahun 2015 dan lebih teruk tahun ini.

Dr Mahathir tidak perlu minta maaf kerana mansuh kuasa Agong, kata peguam

"Maka jika Mahathir ingin meminta maaf, ia sepatutnya kerana meminda Artikel 121(1) Perlembagaan Persekutuan."
Syahredzan-Johan
KUALA LUMPUR: Memulangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam perwataan undang-undang adalah satu langkah ke belakang, kata peguam Syahredzan Johan.
Justeru, beliau berkata bekas Perdana Menteri itu tidak perlu memohon maaf atas pindaan yang dibuatnya 23 tahun lalu itu.
“Walaupun dengan lulusnya Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) saya tetap tidak menyokong kita kembali kepada keadaan sebelum pindaan kepada Perkara 66. Ia adalah langkah ke belakang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau merujuk pewartaan akta kontroversi itu walaupun selepas Majlis Raja-raja Melayu meminta ia diperhalusi terlebih dahulu.
Pada 1993, kerajaan pimpinan Mahathir meminda Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan yang menyebabkan setiap rang undang-undang tetapi diwartakan sebagai undang-undang selepas 30 hari dibentangkan kepada YDPA, walaupun tanpa perkenan baginda.
Hari ini, beliau memohon maaf atas tindakan tersebut yang menurutnya menyebabkan Akta MKN diluluskan.
Syahredzan berkata lagi, semak dan imbang terhadap Legislatif seharus dilakukan oleh badan Kehakiman yang bebas dan bukannya Raja Berperlembagaan.

Jatuhkan Najib sebab tidak ‘bersih’ seperti Tunku Abdul Rahman


Tunku Abdul Rahman Putra Al HajTunku Abdul Rahman Putra Al Haj
Rakyat tidak akan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jika ‘bersih’ seperti bekas Perdana Menteri, AlmarhumTunku Abdul Rahman.
Penyokong Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mempertikai kempen menyingkirkan Najib.
“Kenapa Hishamuddin bodoh sangat? Kalau Najib Tun Razak ini bersih macam Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman sudah pasti kami tidak akan mengaruk untuk jatuhkan perdana menteri paling korup dalam sejarah politik negara.
“Atas dasar pengkhianatan Najib yang sedang merosakkan ekonomi negara dengan begitu teruk mendesak kami berjuang secara habis-habisan bagi menyingkirkan Najib.
“Sekiranya Najib tidak disingkirkan secara kadar segera, pada pendapat peribadi saya keseluruhan sistem ekonomi kita akan terus hancur.
“Buat masa kini, negara kita mempunyai seorang Perdana Menteri 'Lanun Bugis' yang telah merosakkan amalan demokrasi, sistem politik, ekonomi serta institusi-institusi kerajaan di tanahair kita,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Khairuddin yang juga bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu berkata, Najib sedang dibelenggu kes skandal 1MDB yang menyaksikan kira-kira RM28 bilion lesap dari akaun syarikat tersebut seperti dilaporkan Laporan Ketua Audit Negara.
Ujarnya, lima negara lain telah mengesahkan mempunyai pelbagai bukti penyelewengan dana yang terbesar dalam sejarah dunia membabitkan Perdana Menteri.
Mengulas lanjut, Khairuddin turut menganggap kelemahan Hishamuddin dapat dilihat pada prestasi yang tidak pernah menyerlah mana-mana kementerian yang diketuai Ahli Parlimen Sembrong itu.
“Saya tidak hairan dengan pemikiran dan pandangan bodoh daripada Hishamuddin Tun Hussein selaku Naib Presiden parti Najib masa kini.
“Hishamuddin Tun Hussein daripada dulu sehingga kini amat kurang cerdik! Dia (Hishamuddin) naik dalam politik semata-mata kerana anak kepada mantan perdana menteri. Itu saja! Daripada segi otak amat kurang,” tempelaknya lagi.

Seleweng dana 1MDB: Saman Amerika Syarikat ikut prosedur jenayah


Zainur ZakariaZainur Zakaria
Saman sivil dikemukakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) pada 20 Julai lalu adalah mengikut undang-undang jenayah, tegas bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Zainur Zakaria.
Menurutnya, butiran penyelewengan dalam saman sivil tersebut begitu terperinci dengan siasatan dilakukan oleh pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
"Bagi balaci Umno yang anggap saman itu bukannya jenayah, mereka salah. Kalau tiada perlakuan jenayah, mereka tidak boleh lancarkan saman sivil itu,” ujarnya dalam forum 1MDB: Ke Mana Hujungnya?, 24 Ogos lalu.
Zainur turut membacakan butiran jenayah yang dilakukan oleh mereka yang dinamakan dalam tuntutan pihak AS itu antaranya Jho Low dan Riza Aziz yang membabitkan ratusan juta ringgit.
"Paling kita marah apabila sejumlah RM2.8 bilion mengikut dokumen (DoJ) ini yang masuk ke akaun Malaysian Official 1 melalui Ambank dan disahkan Peguam Negara," katanya.
Beliau yang merupakan peguam kepada Datuk Husam Musa dan Mathias Chang di Malaysia dalam pemfailan tuntutan (class action) bagi menuntut ganti rugi daripada ‘perompak’ 1MDB turut menyatakan penghargaan kepada AS.
"Saya berterima kasih kepada DoJ yang sudi mengambil tindakan itu padahal polis, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah), Bank Negara dan Peguam Negara cuci tangan," ujarnya.
Mana pergi RM14 bilion?
Menempelak sikap pengurusan tinggi 1MDB yang menafikan firma pelaburan negara itu, Zainur mempersoal sejumlah besar wang yang sehingga kini masih tidak diketahui statusnya.
"Mana pergi RM14 bilion ini kalau tidak berlaku kerugian seperti didakwa 1MDB? Ini semua kegiatan penggubahan wang haram tetapi pihak berkuasa kita tidak ambil tindakan.
“Lebih aneh sehingga hari ini tidak ada siapa pun mencabar atau menafikan keterangan yang terkandung dalam aduan DoJ. Ahli Umno pun, saya tak tahu apa jenis manusia," bidasnya menyelar sikap penyokong parti itu yang rata-rata tidak terkesan dengan isu sebesar 1MDB.
Turut dikritik sikap sebahagian pemimpin Melayu Islam yang dilihat tidak mengambil tindakan sewajarnya ekoran pendedahan DoJ itu.
"Kita menyampaikan fakta dan keterangan yang ada asas bukan fiksyen apa lagi mempertahankan penjenayah," tegasnya lagi.
Wacana Harapan anjuran akhbar Amanah yang julung-julung kali diadakan itu turut menampilkan panelis bekas Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.
Forum berlangsung kira-kira dua jam itu juga dibarisi peguam Matthias Chang dan Jurucakap Gabungan #TangkapMO1, Anis Syafiqah Md Yusof.

1 BILION RINGGIT !!!!..

DIA KATA...
"Sejak 2008 (sejak jadi MP Kota Belud) penduduk Kota Belud bernasib baik kerana hampir RM1,000,000,000 (1 bilion) jumlah pembangunan telah dibawa kerajaan ke Parlimen Kota Belud" - Rahman Dahlan, 2/3/2012.


WOWWW !!!.. Hebat sungguh pembangunan di kawasan Parlimen Kota Belud sehinggakan penduduknya terpaksa mengharungi sungai usung jenazah.

JIKA ANDA NAMPAK jenazah diusung melalui jambatan bermakna kawasan parlimen tersebut tiada pembangunan.

Ahli Parlimen Kota Belud MP Kota Belud 'promote' jadi Menteri.. kawasan sendiri terbiar tanpa pembangunan..

Antara Fakta dan Auta..


WOWWW !!!.. NAIK 10 KALI GANDA HUTANGNYA ??

Siapa yg nak tolong bayarkan balik baki RM44.2 bilion tu !!!

JANGAN RISAU.. Gabenor Bank Negara baru dah kata beliau yakin "KERAJAAN YANG AKAN LANGSAIKAN HUTANG2NYA..."

- "Mission Accomplished !!" -

Anis: We are the future, we must do something

'Datuk' syarikat bank ditahan, dapat RM15 juta buku tak terbit

Amanah hanya punya pemimpin, tiada pengaruh - Nik Zawawi

Ibnu Taimiyah Tak Pernah Lahirkan Pengganas - Dr Mohd Asri

Ramai bimbang berpecah kalau saya bersara - Ku Li

Rafizi: Aku Tak Nak Pegi Lokap Tahun Ni

PEMIMPIN UMNO AKAN MASUK BERSATU?

Tengku Razaleigh Hamzah mengingatkan pimpinan UMNO dan BN agar tidak memandang rendah terhadap kewujudan BERSATU kerana percaya parti itu mampu memberi cabaran dalam PRU 14 akan datang.

Kata Ahli Parlimen Gua Musang itu,  BERSATU dikepalai oleh bekas-bekas pemimpin yang berpengaruh seperti Tun Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin dan nama mereka juga masih disanjung ramai.

Jangan pandang mudah kerana BERSATU boleh jadi merupakan pencabar yang gagah dan mampu menggugat UMNO, ujarnya lagi.

Tetapi, adakah UMNO dan BN benar-benar melihat BERSATU sebagai cabaran kepada mereka?

Berapa ramaikah yang sedar mengenainya dan kemudian berusaha memperkuatkan UMNO di bahagian masing-masing?
Jika dilihat secara umum, pimpinan UMNO seolah-olah tetap selesa dan yakin mereka akan kekal berkuasa, meskipun setelah wujudnya BERSATU.

Di peringkat pimpinan yang selalu muncul di media, majoritinya lebih banyak memperlekeh kewujudan BERSATU sebagai tidak mampu memberi cabaran kepada UMNO, malah ramai juga yang meramalkannya akan menerima nasib seperti Semangat 46 akhirnya.

Selain itu, tidak ternampak sama sekali usaha luar biasa di peringkat akar umbi oleh pimpinan UMNO untuk lebih memperkukuhkan parti atau menambah keyakinan rakyat terhadap BN.

Semuanya macam biasa-biasa saja, tiada apa-apa yang berubah pun berbanding setahun atau dua tahun yang lalu.

Kenapa ini berlaku? Tidak bimbangkah mereka UMNO kehilangan kuasa?

Tentanglah PAS habis-habisan - Zaid

Kita terpaksa bekerja keras supaya pemimpin PAS dan Umno yang berhati batu ini akan berubah; supaya hati keras mereka menjadi lembut. Dan akhirnya menerima kenyataan.
zaid-ibrahimOleh Datuk Zaid Ibrahim
Ramai orang Malaysia, terutama ahli Umno dan PAS, yang berkata mereka tidak faham di mana kesalahan perdana menteri dalam kes ini.
Mereka kata, 1MDB tidak ada masalah. Mereka kata, 1MDB tidak pun rugi. Tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat adalah untuk menyerang kepimpinan Melayu.
Arul Kanda sekarang ini terus aktif memberi keyakinan kepada orang Umno yang 1MDB tidak ada kena mengena dengan PM. Dan seterusnya.
Mereka ini semua dari golongan manusia berhati batu.
Saya tidaklah mahu mengulang kembali fakta bagaimana wang sebanyak AS$3.5 bilion dari 1MDB itu lesap. Penyiasatan FBI jelas menunjukkan bagaimana wang 1MDB itu lesap. Bacalah dahulu sebelum berkata, “tak faham”.
Sebahagian besar daripada wang itu masuk ke dalam akaun peribadi PM, dan rakan-rakannya. Saya percaya kepada penyiasatan FBI. FBI lebih profesional daripada polis kita, dan FBI tidak boleh di arah oleh sesiapa, walaupun presiden Amerika Syarikat sekalipun.
Saya yakin kepada FBI. Tetapi orang yang hati batu mencari berbagai helah untuk menolak siasatan FBI ini.
Di Malaysia, orang hati batu ini tidak pun menuntut siasatan polis yang bebas. Mereka lebih selesa jika kita tiada siasatan, atau kalau ada pun, separuh jalan.
Yang kita ada adalah pengesahan bahawa semua yang dituturkan oleh PM adalah benar belaka. Kalau PM kata derma dari Arab Saudi, maka MACC pun kata, “Ya, itu betul”.
Itu bukan siasatan namanya; itu adalah “cover-up”. Tutup sana, tutup sini. Pecat sana, pecat sini.
Orang yang tak bersalah tidak akan bertindak seperti PM.
Orang yang tidak bersalah tidak akan memecat pegawai tinggi kerajaaan, tidak akan membubarkan Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC), tidak akan melantik pengerusi PAC baru yang berkata dia “cari makan”, tidak akan menyekat sebaran Laporan Ketua Audit Negara, tidak akan menukar juru audit syarikat sebanyak empat kali.
Orang yang tidak bersalah tidak akan menyekat siasatan polis kepada hal tertentu sahaja, dan tidak akan memecat timbalan PM, tidak akan memecat peguam negara dan seterusnya.
Tindakan Datuk Seri Najib Razak jelas membuktikan dia bersalah, dan hanya orang berhati batu yang membelanya.

PRU14: Skandal 1MDB faktor BN kalah kalau...

Penganalisis politik melihat Umno - BN mungkin berdepan risiko kehilangan undi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) gara-gara skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang masih hangat diperkatakan.
Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata, faktor gerakan 4M (Tun Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) juga akan menyumbang kepada kemungkinan tersebut.
“Isu 1MDB ini hanya salah satu faktor yang mempengaruhi tabiat mengundi tapi ia tidak mempengaruhi secara keseluruhan. Namun, ia boleh menjadi dominan sekiranya kerajaan gagal kendalikan isu ini dengan baik.
“Selepas pilihan raya di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, kita lihat Umno berdepan perpecahan apabila ditubuhkan parti baharu yang sekali lagi meletakkan Umno dalam ancaman. Apabila faktor 1MDB ini dihangatkan lagi dengan isu MO1 (Malaysian Official 1) kemudian perpecahan, ia menjadi ancaman besar kepada Umno,” katanya kepada Sinar Online.
Muhyiddin yang juga bekas orang nombor dua Umno dipecat daripada parti bertindak menubuhkan parti yang baharu, Parti Peribumi Bersatu (Bersatu) demi berdepan dengan Umno dalam pilihan raya akan datang.
Namun menurut Samsu Adabi, sekiranya pakatan pembangkang masih utuh seperti PRU13 lalu, situasinya pasti kurang tenang buat Umno-BN dalam pilihan raya akan datang ini.
“Jika situasi pembangkang masih sama seperti PRU13 sudah semestinya isu 1MDB menyebabkan Umno lagi terancam. Tetapi apabila lihat faktor selepas 2015 di mana Pas keluar daripada Pakatan, Pakatan terancam kerana faktor solidariti parti.
“Jadi, walaupun isu 1MDB tidak menyebelahi Umno, tetapi pembangkang dalam keadaan berpecah. Ini yang menjadikan faktor 1MDB masih berkesan tapi tidak sampai mengancam Umno secara serius,” katanya.
Dalam pada itu katanya, isu 1MDB masih boleh dijadikan peluru untuk pembangkang menembak BN sehingga pilihan raya nanti.
Sehubungan itu, Umno-BN tidak mempunyai jalan lain selain menyelesaikan isu tersebut dan menjelaskan kepada rakyat dan ahli parti serta mempercepatkan tarikh pilihan raya kerana lebih lama ditangguhkan ia hanya akan memberi kelebihan kepada Bersatu mengumpul kekuatan.

SPRM tahan’Datuk’ pengarah, beku RM8.1 juta

Datuk dipercayai terlibat dalam tender pertukaran sistem bank dan penerbitan buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara, kata Azam Baki
azam-baki-sprm
KUALA LUMPUR: Seorang pengarah urusan sebuah syarikat berkaitan kerajaan bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai atas kesalahan salah guna kuasa dan terlibat rasuah.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata lelaki itu ditahan hari ini di pejabatnya iaitu sebuah syarikat perbankan pada 2 petang tadi di ibu negara hasil maklumat orang ramai berhubung salah laku rasuah.
“Dia dipercayai terlibat dalam tender pertukaran sistem bank dan penerbitan buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara.
“Sebanyak RM15 juta telah diberikan kepada sebuah syarikat penerbitan milik orang yang mempunyai kepentingan dengan Datuk tersebut namun sehingga kini tiada sebarang buku yang diterbitkan,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Susulan itu, SPRM membekukan RM8.1 juta daripada beberapa akaun termasuk milik Datuk terbabit dan beberapa individu lain.
SPRM melancarkan operasi besar-besaran untuk menangkap mereka yang menyalahgunakan kuasa dan mempunyai kehidupan melebihi kemampuan, selaras dengan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad, kepada Bernama baru-baru ini yang mahu membersihkan perkhidmatan awam daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Badan Peguam: Najib, Apandi sama di sisi undang-undang

Semua individu adalah sama di sisi undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Sehubungan itu mereka harus bertanggungjawab di bawah undang-undang.
Perkara itu diberitahu oleh Badan Peguam Malaysia di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dalam permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan peguam negara membersihkan perdana menteri daripada kes 1MDB.
Di hadapan Hakim Datuk Hanipah Farikullah,  Badan Peguam juga menyatakan bahawa 1MDB melibatkan wang pembayar cukai dan disokong oleh jaminan kerajaan.
Atas sebab ini, Badan Peguam berkata ia mempunyai kepentingan untuk mencabar keputusan yang dibuat oleh peguam negara kerana skandal 1MDB "melibatkan dana awam yang hebat dan tidak pernah didengar di negara ini".
Mereka berhujah bahawa Najib mungkin mempunyai konflik kepentingan kerana beliau juga adalah menteri kewangan dan pengerusi penasihat lembaga 1MDB.
Badan Peguam juga menegaskan bahawa Apandi juga mungkin bertindak di dalam konflik apabila membuat keputusan membersihkan Najib dan menasihatkannya agar tidak memberi jawapan di parlimen.
"Siasatan oleh agensi-agensi asing di Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura dan Luxembourg juga hebat dan tidak pernah didengari.

Zaid: Jika tak salah, mengapa Najib 'tutup sini, pecat sana'?

Bekas menteri Umno, Datuk Zaid Ibrahim mempersoalkan sama ada tindakan Datuk Seri Najib Abdul Razak sepadan dengan penegasan perdana menteri tidak bersalah dan tidak kena mengena dengan skandal 1MDB.
"Seseorang yang tidak bersalah tidak akan membataskan siasatan polis hanya kepada aspek tertentu, pecat timbalannya, pecat Peguam Negara dan lain-lain," kata Zaid dalam blognya hari ini.
Ujar beliau, walaupun begitu, mereka yang berhati batu tetap mempertahankan perdana menteri dan menerima bulat-bulat setiap tutur katanya.
"Di Malaysia, kita ada orang berhati batu yang tidak mahukan siasatan polis yang bebas. Mereka lebih selesa jika ia tidak dilakukan atau hanya dilaksanakan separuh jalan.
"Apa yang kita ada ialah mereka yang mengiyakan segala apa yang dikatakan oleh perdana menteri sebagai benar. Apabila perdana menteri kata ia adalah sumbangan Arab Saudi, maka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjawab: 'Ya, memang benar'.
"Ini bukan sesuatu penyiasatan, ia adalah tutup kes. Tutup sana, tutup sini, pecat sana pecat sini," jelas beliau lagi.
Tambah Zaid, mereka yang berhati batu dalam Umno dan PAS dengan mereka seolah-olah tidak memahami apa yang perdana menteri telah dilakukan.
Beliau menggesa mereka untuk membaca penemuan siasatan Biro Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat yang memperincikan bagaimana lebih AS$3.5 bilion boleh lenyap daripada 1MDB.
Baru-baru ini, Zaid menyeru Najib agar menyahut cabaran Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berdebat di televisyen.
"Mengapa Najib takut untuk berdebat Tun M (Mahathir)?" tanya Zaid lagi.
"Saya fikir beliau sentiasa tenang dan yakin atas kesnya. Itulah yang beliau beritahu (bekas Timbalan Perdana Menteri) Tun Musa (Hitam) dan mereka lain yang rapat dengannya.
"Oleh itu, berilah kami rakyat biasa mendengar PM patahkan hujah Tun M satu demi satu," kata Zaid lagi.

Kuasa Agung: Tun M mohon maaf di atas tindakan lalu

Tun Dr Mahathir Mohamad
SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf atas pindaan perlembagaan yang menyebabkan kelulusan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi menjadi keperluan untuk menjadikan suatu akta sebagai undang-undang.
Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, pindaan tersebut tidak meliputi semua undang-undang kerana terdapat Akta Parlimen yang masih perlu mendapat persetujuan dan tandatangan baginda.
“Saya dengan penuh ikhlas memohon maaf kerana membuat pindaan tersebut yang terbuka kepada tafsiran berbeza. Pindaan itu tidak melucutkan lebih 30 perkara lain di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.
“Sebenarnya terdapat lebih 30 prosiding yang tersenarai dalam perlembagaan yang memerlukan persetujuan Yang di-Pertuan Agong, sebahagian daripadanya tanpa mendapatkan nasihat perdana menteri,” kata bekas Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan, semalam.
Mahathir berkata, hak dan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk isytiharkan darurat tidak terjejas dan keistimewaan itu dikekalkan kerana implikasinya amat serius.
“Fasal (1) Perkara 150, Proklamasi Darurat menyatakan ‘Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka baginda boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.
“Fasal (1) boleh dikeluarkan sebelum sebenarnya berlaku kejadian yang mengancam keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa kejadian sedemikian hampir akan berlaku,” katanya.
Katanya, perkara dan fasal itu menyatakan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk isytihar darurat kekal terletak hanya pada baginda dan tidak boleh dipertikaikan.
“Tiada disebut dalam kes ini, Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat perdana menteri. Yang di-Pertuan Agong juga boleh memasyhurkan ordinan yang mempunyai kuasa sama dengan Akta Parlimen.
“Dengan kuasa ini yang kekal di tangan Yang di-Pertuan Agong tidak terdapat apa-apa keperluan bagi mana-mana undang-undang lain untuk membolehkan kerajaan menggantung undang-undang bagi menangani masalah keselamatan,” tegasnya.
Menurut Mahathir, Akta MKN yang diluluskan di Dewan Rakyat itu telah menghina peruntukan Perkara 38 (4) yang menyatakan tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.
“Jelas sekali Akta MKN ini menceroboh kedudukan istimewa Majlis Raja-Raja dan bertentangan dengan hak Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat. Persetujuan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong masih diperlukan untuk meluluskan akta ini sebagai undang-undang.
Katanya, di bawah Fasal (3) Perkara 40, baginda boleh bertindak selepas berunding dengan atau atas syor mana-mana orang atau kumpulan orang bukan daripada jemaah menteri untuk jalankan mana-mana fungsinya, selain menurut budi bicaranya.

APA YANG TINGGAL LAGI DALAM 'FRANKLY SPEAKING' MUSA HITAM?

Ketika terbitnya buku "Frankly Speaking" oleh Musa Hitam, ramai yang melihat ia mungkin sesuatu yang bermanfaat kepada generasi muda untuk memahami banyak perkara mengenai politik dan pentadbiran negara.

Lebih-lebih apabila bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengatakan beliau mengambil masa 15 tahun untuk menulis buku tersebut.

Musa sendiri memberitahu, tujuannya menulis buku itu ialah untuk memastikan generasi muda memahami sejarah serta mengenali isu semasa.

Bagaimanapun, sehingga ini sudah empat bekas pemimpin UMNO dan negara menyanggah banyak fakta dalam buku yang ditulisnya itu.
Mula-mula Sanusi Junid. Beliau yang dikatakan berada dalam Kumpulan bernama AIDS iaitu Anwar Ibrahim, Daim dan Sanusi, menafikan kewujudan kumpulan  yang didakwa oleh Musa Hitam selalu memberi maklumat salah kepada Tun Mahathir.

Kata Sanusi, kumpulan AIDS itu tidak pernah wujud, bahkan kejatuhan Musa adalah kerana kesalahan dan kelemahannya sendiri.

Bahkan Sanusi juga memberitahu, berbanding Anwar Ibrahim dan Daim, beliau lebih mempunyai hubungan yang akrab dan selalu bekerjasama dengan arwah Megat Junid Megat Ayob dan Kip Bahadom dalam kerja-kerjanya berkaitan UMNO.

Dalam tulisan di blognya, Sanusi juga memuatkan perbualan Whatsapp antara beliau dengan Daim Zainuddin di mana bekas Menteri Kewangan itu tanpa ragu-ragu menyifatkan buku "Frankly Speaking"  itu adalah sebuah karangan "fiction".
Kemudian Tun Mahathir turut menyanggah beberapa fakta dalam buku itu, antaranya berkaitan kesetiaan mutlak dalam pentadbirannya sebagaimana yang didakwa oleh Musa Hitam.

Kata Tun Mahathir, beliau tentu akan memecat Musa Hitam sebagaimana Najib memecat Muhyiddin jika kesetiaan mutlak menjadi keutamaannya.

Semua orang tahu, selepas meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pedana Menteri, Musa bukan saja dikekalkan sebagai Timbalan Presiden UMNO dan tidak dihalang berpakat dengan Tengku Razaleigh dalam pertandingan 1987 untuk menentang Tun Mahathir, bahkan dilantik kemudiannya sebagai duta bertaraf menteri.
Terbaru, Tun Abdullah Ahmad Badawi pantas menjawab "No,No,No" berhubung dakwaan Musa bahawa beliau meletakkan syarat kepada Najib agar melantik Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri sebagai syarat pengundurannya.

FBI siasat kelab DiCaprio dikaitkan dana 1MDB

DiCaprio menyambut ulang tahunnya ke-40 di kelab Hakkasan di Vegas pada 2014, dengan bilik pesta dihidangkan dengan sekurang-kurangnya champagne bernilai AS$1 juta.
caprioVEGAS: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sedang menyiasat 2 kelab malam di mana pelakon Leonardo DiCaprio dan rakannya daripada filem “Wolf of Wall Street” gemar berparti – dalam kaitan dengan kecurian AS$7 bilion daripada syarikat pelaburan Malaysia, 1MDB, menurut New York Post (NY Post).
Kelab Hakkasan dan Omnia, masing-masing berlokasi di bangunan MGM Grand dan Caesars Palace dimiliki Hakkasan Group yang berpangkalan di London dan pemiliknya memang terkenal dengan kegiatan membayar selebriti untuk berkunjung ke kelab itu.
DiCaprio menyambut ulang tahunnya ke-40 di Hakkasan pada 2014, dengan bilik pesta dihidangkan dengan sekurang-kurangnya champagne bernilai AS$1 juta, termasuk AS$50,000 perbelanjaan perjudian, menurut artis rap O.T. Genasis.
DiCaprio sering berpesta di Hakkasan dengan pencipta 1MDB yang juga kaki parti, Jho Low, yang memberikan Dicaprio jutaan dolar dicuri daripada 1MDB untuk berjudi di Vegas, menurut pengadu kepada FBI.
Akhbar itu melaporkan pada 2015, Justin Bieber dibayar AS$500,000 untuk mengadakan parti ulang tahun ke-21 di Onmia dan sejak 2013, DJ Tiesto dan Calvin Harris kerap mengadakan persembahan di Hakkasan dengan bayaran AS$500,000 setiap malam.
Penyiasat sedang cuba mengenal pasti sama wang itu datang dari tempat sama ia dicuri yang membiayai filem “The Wolf of Wall Street” pada 2013.
Bekas pengerusi Hakkasan Group, Khadem Al Qubaisi ditahan awal bulan ini di Abu Dhabi, di mana pihak berkuasa turut membekukan asetnya.
Kelab Hakkasan dilancarkan di Vegas pada 2013, pada masa hampir sama Khadem dikatakan mencuri berbilion wang daripada 1MDB, menurut tuntutan saman pelucutan hak FBI.
Pada September, penyiasat AS akan menyoal siasat sumber di Eropah yang tahu mengenai kewangan Khadem, kata sumber kepada The Post.

Dana 1MDB boleh bantu pendidikan rakyat jika tidak disalahguna


Faiz FadzilFaiz Fadzil1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah pasti dapat membantu pendidikan rakyat jika tidak dijadikan 'scam' untuk merompak duit rakyat, tegas Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil.
Menurutnya, pengurusan kewangan 1MDB secara telus dapat membantu pelajar daripada segi bantuan pendidikan.
"Mana tidaknya, dalam tempoh lima tahun operasi, hutang yang dibuat 1MDB melebihi RM42 bilion tanpa sebarang keuntungan.
"Berapa banyak bantuan pendidikan yang boleh diberikan 1MDB kepada rakyat jika wang itu tidak digunakan untuk bermewah-mewah di pusat judi dan pesta arak?" bidasnya dalam satu kenyataan.
Faiz mengulas kegagalan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) memberikan pinjaman penuh kepada pelajar yang dibimbangi akan menjejaskan peluang golongan muda untuk menyambung pelajaran.
Saran GLC bantu
Faiz turut menyarankan pelbagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menyalurkan bantuan pendidikan kepada pelajar pengajian tinggi.
"Mereka seharusnya menjaga kebajikan sosial bukannya mementingkan keuntungan untuk kepentingan pihak tertentu sahaja. Ke mana perginya keuntungan berbilion ringgit syarikat milik kerajaan ini?" soalnya.

Najib didakwa beli hormon anti penuaan RM1.4 juta guna wang 1MDB


Najib Razak didakwa beli hormon anti penuaan tercanggih dan termahal.Najib Razak didakwa beli hormon anti penuaan tercanggih dan termahal.
Bekas naib presiden Pas, Datuk Husam Musa mendakwa, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya telah membeli hormon anti penuaan bernilai RM1.4 juta menggunakan wang berkait dengan 1MDB.
Mengikut laporan itu, kata Husam dalam kenyataannya, Najib dan isteri menggunakan hormon anti penuaan yang tercanggih dan termahal.
"Dengan cara ini, tidak mustahil DS Najib dan isteri kekal menerajui Malaysia bagi tempoh yang lama.
"Salah satu pembayaran menggunakan wang berkait 1MDB adalah untuk bil hormon suplemen berkenaan - RM 1.4 juta!
"Kata laporan itu, dokumen berkait pembayaran bil hormon terdapat dalam laporan SPRM.
"Sehingga kini, laporan itu tidak dinafikan," kata Husam dalam kenyataan itu.
Menurut Husam, berdasarkan ucapan-ucapan beliau sendiri dalam jelajah merasmikan Mesyuarat Agung Umno Bahagian kini, Malaysia sangat memerlukan sosok bernama Najib Tun Razak.
"Apa salahnya kita mengharapkan beliau panjang umur. Terus mentadbir Malaysia untuk seratus tahun akan datang.
"Itulah caranya untuk menjadikan UMNO dan Malaysia terus kukuh - mengikut ukuran DS Najib," katanya.
Jika ini berterusan, katanya, bayangkan jumlah wang yang perlu dibelanjakan oleh negara untuk mengekalkan DS Najib terus hidup untuk mentadbir semua rakyat bagi seratus tahun akan datang.
"Tapi apa salahnya, asal rakyat bahagia.......Saya seronok jika beliau hidup lama untuk membolehkan DS Najib melunaskan hutang-hutang negara yang telah dilakukan sebelum ini bila tiba tempoh matang hutang-hutang itu. Termasuk hutang-hutang 1MDB!" katanya.
Husam Musa ketika berucap dalam satu forum malam tadi.Husam Musa ketika berucap dalam satu forum malam tadi.Menurut Husam, paling dekat untuk matang, mengikut senarai dalam buku Laporan PAC mengenai 1MDB , ialah pada tahun 2022 sejumlah RM 19 billion termasuk bunga.
Bermakna 6 tahun dari sekarang, katanya.
Jika diandaikan PRU 14 adalah pada tahun 2017 dan lima tahun kemudian PRU 15 diadakan, maka DS Najib kena menguruskan pembayaran hutang 1MDB itu pada tahun PRU 15 diadakan iaitu tahun 2022.
"Syabas! Pada waktu itu, umur DS Najib adalah 69 tahun. Masih muda," katanya.
Kata Adun Salor itu, pada umur Najib 70 tahun iaitu setahun kemudian, beliau kena menguruskan pembayaran hutang 1MDB sebanyak RM 15.7 billion lagi!
Bon pertama dikeluarkan 1MDB berjumlah RM 5 billion pula akan matang pada tahun 2039.
Mengikut laporan PAC lagi, apabila tempoh matang pada tahun 2039 nanti, negara perlu membayar sebanyak RM 13.625 billion iaitu RM 5 billion untuk bayaran pokok dan RM 8.625 billion lagi untuk bayaran keuntungan.
Pada hal, jumlah bersih yang diperolehi oleh 1MDB dari bon ini hanya RM 4.3 billion kerana pelbagai yuran yang dikenakan adalah tertinggi, katanya.

MP UMNO KANTOI MENIPU LAGI..

Punyalah 'confident' bgtau baru kenal seminggu konon.. Padahal dah pernah berbalas antara mereka 3 BULAN..

Bila dah kantoi berbelit menipu, satu persatu terserlah penipuan MP Umno yang ber'title' seorang' IR'..

S’wak Report: At least RM40m of 1MDB-linked money went to nightclub owner

Tinjauan: Konsep 'Bangsa Johor' satu masalah?

'Siapa yang cari pasal dulu cemarkan negara' - Anis Syafiqah

Isu Bangsa Johor: 'Sesuatu yang Tun M tidak dapat hargai atau jiwai'

'AMANAH patut serang Kelantan dulu sebab sokong Najib' - Zaid

'Tak ada orang akan berani duduk sebelah Najib' - Husam

'Kenapa Geng Ustaz nak halang Persatuan Hokkien bantah Akta 355'

Kerana kekang kuasa Agong, Tun M mohon maaf

Tun M tiada hak cakap soal perpaduan, kata Sultan Johor

Husam: Tubuh 'sukarelawan 1MDB', sebar maklumat di kampung

Sebuah badan sukarelawan bagi memberi penerangan tentang isu 1MDB di kawasan luar bandar perlu ditubuhkan, kata Datuk Husam Musa.
Bekas naib presiden PAS itu berkata, badan yang digelar sebagai 'Sukarelawan 1MDB' itu perlu ditubuhkan bagi menyalurkan maklumat antaranya mengedarkan risalah ke kawasan kampung.
Ia bertujuan supaya masyarakat di luar bandar turut mendapat maklumat berkaitan dakwaan penyelewengan melalui 1MDB, kata Husam.
"Kalau kita cetak risalah maklumat sehingga satu, dua juta helaian akan nampak bezanya dan kita memerlukan sukarelawan. Kita kena pastikan maklumat sampai seluasnya.
"Kalau kita dapat edar risalah ke tiap-tiap rumah Melayu dengan fakta tentang 1MDB, saya yakin tak ada orang akan berani duduk di sebelah Datuk Seri Najib (Razak)," katanya di hadapan kira-kira 100 hadirin di 'Wacana Harapan- 1MDB ke mana hujungnya?' di Petaling Jaya malam tadi.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan hadirin berhubung inisiatif yang perlu dilakukan bagi memastikan penduduk kawasan luar bandar turut merasai 'gelombang' berhubung isu 1MDB agar perubahan dapat dilakukan.
Selain Husam turut menjadi ahli panel ialah Peguam Matthias Chang, Zainur Zakaria, bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim serta jurucakap gerakan #TangkapMO1, Anis Syafiqah Md Yusof.
Selain itu, Husam yang juga ADUN Salor itu berkata, sekiranya risalah itu dapat diedarkan, tidak akan ada golongan 'ustaz' yang akan duduk diam melihat penyalahgunaan wang rakyat.
Ini kerana, katanya, pada masa ini golongan tersebut tidak menganggap kerajaan melakukan satu jenayah.
"Kalau skandal wang rakyat jelata hilang tidak dianggap jenayah agama, macam mana lagi jenayah agama dalam kerajaan ini?" katanya.
Sementara itu, Zaid pula berkata, beliau mengharapkan agar parti baru - Parti Amanah Negara (AMANAH) - dapat menggunakan isu 1MDB ini sebaik mungkin untuk menambat hati rakyat.
Ia termasuk menambat hati rakyat di kawasan luar bandar, kata Zaid.
"AMANAH perlu guna platfom isu ini... Jadikan parti ini sebagai parti baru Melayu-Islam dan guna isu 1MDB. Ia merupakan isu terbaik kalau isu ini tak dapat mencuit hari orang Melayu Islam dengan skandal sebesar dan sejelas ini, nak tunggu isu apa lagi? GST? Isu ini 10,000 kali lebih dari GST," katanya.

1MDB digesa buat tuntutan aset yang disita Jabatan Kehakiman AS


Datuk Zainur ZakariaDatuk Zainur ZakariaSyarikat pelaburan milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) digesa agar bertindak untuk menuntut aset-aset yang akan disita dalam saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS).
Peguam Datuk Zainur Zakaria berkata, sekiranya pengurusan 1MDB tidak berbuat demikian semua aset yang dirampas dan disita itu akan menjadi milik AS.
"1MDB perlu tuntut sebab aset seperti lukisan, jet, kapal mewah, hartanah telah dibeli oleh penyamun dengan duit 1MDB.
"Apa yang kita tidak faham MO1 (Malaysian Official 1) kata 1MDB tidak terlibat, ada pegawai dan ahli lembaga pula kata, 1MDB tiada aset di Amerika Syarikat.
"Memanglah tiada aset bukannya 1MDB yang beli.Yang beli aset ini adalah penyamun, penyamun yang beli guna duit yang dicuri daripada 1MDB, maka 1MDB paling berhak menuntut aset-aset itu," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab dalam Wacana Harapan: 1MDB Ke Mana Hujungnya? di Rumah Gerak Budaya, Petaling Jaya malam tadi.
Mengikut Inisiatif Penyitaan Aset Kleptokrasi AS, sebarang aset atau dana yang telah disita akan dikembalikan kepada entiti atau kerajaan yang menjadi mangsa perlakuan jenayah itu.
1MDB secara konsisten menyatakan tiada wang yang dicuri dan mereka dapat memperincikan setiap pelaburan atau pindahan wang.
Namun DoJ tetap memfailkan saman sivil kononnya bagi mendapatkan kembali ‘wang yang dicuri’ biarpun ‘mangsa’ (1MDB) sudah menjelaskan tiada wang yang dicuri.
"Kita desak 1MDB tuntut aset-aset ini kerana dibeli guna wang 1MDB. Itulah apa yang akan berlaku.
"Jika mahkamah membenarkan aset disita, DoJ akan mengembalikan aset terbabit kepada pihak yang dipercayai pemilik asal iaitu 1MDB sekiranya ada tuntutan.
"Maka ini akan menguntungkan 1MDB kerana aset-aset itu akan dipulangkan kepada kerajaan Malaysia jika betul dakwaan DoJ itu," ujarnya.
Zainur berkata, tindakan yang dilakukan oleh bekas naib presiden Pas Datuk Husam Musa dan bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Matthias Chang untuk menamakan lapan individu dan syarikat di AS kerana mencuri wang negara melalui 1MDB adalah berasas, untuk mengembalikan aset-aset itu kepada rakyat negara ini.
"Jika Husam dan Matthias tidak buat tuntutan saman itu,aset akan dirampas dan jadi milik kerajaan AS," terangnya yang juga menjadi peguam kepada Husam dan Mathias di Malaysia.

Adakah Marina Mahathir restui agama dihina?

Sewajarnya Marina menggunakan pengaruh beliau menasihati Namawee tentang betapa rapatnya Muslim dengan institusi masjid dan betapa tinggi penghormatan kita dalam perkara ibadat
Marina-Mahathir_namawee_600
Oleh Dr Rafidah Hanim Mokhtar
Datin Paduka Marina Mahathir beranggapan umat Islam yang melazimi masjid dan surau untuk beribadat dan menuntut ilmu, yang mengambil Islam sebagai cara hidup, sebagai mereka yang punya banyak masa untuk tersinggung ekoran isu video penyanyi rap Namawee.
Saya tidak fikir beliau faham akan sentimen masyarakat Islam yang patuh beragama, yang menghayati kehidupan Rasulullah dan para sahabat dalam memelihara kehormatan dan kesucian rumah ibadat.
Marina yang “tersinggung” dengan sensitiviti umat Islam, barangkali tidak faham nilai menghormati masjid yang dipaparkan melalui seruan Rasulullah agar kita menunaikan solat Tahiyatul Masjid (penghormatan masjid) sebaik kita melangkah ke dalam masjid hatta sebelum kita melakukan ibadah lain.
Daripada Abu Qatadah, dia berkata, Rasulullah bersabda: “Apabila seseorang daripada kamu memasuki masjid, maka janganlah dia duduk sehingga mengerjakan solat 2 rakaat”.
Maka apabila umat Islam sendiri dituntut sedemikian rupa dalam menghormati rumah ibadatnya, adakah wajar dibiarkan Namawee secara wewenang bernyanyian di ruangan solat, apatah lagi segmen tersebut bertujuan untuk melengkapkan keseluruhan video beliau dalam mempromosi fahaman pluralisme, yang juga amat bertentangan dengan ajaran Islam?
Sewajarnya Marina menggunakan pengaruh beliau menasihati Namawee tentang betapa rapatnya Muslim dengan institusi masjid dan betapa tinggi penghormatan kita dalam perkara ibadat. Betapa masjid itu institusi kesatuan Islam yang tidak terpisah dari kehidupan kita sehari-hari.

Wacana Harapan: Setuju tangkap MO1, soalnya nak urus lepas tu, kata Husam


Husam mahu pasukan kerja diperbesarkanHusam mahu pasukan kerja diperbesarkan
Zainur turut membacakan butiran jenayah yang dilakukan antaranya Jho Low dan Riza Aziz membabitkan ratusan juta ringgit.
Mengulas mengenai himpunan tangkap MO1, Datuk Husam Musa mengucapkan tahniah atas keberanian mahasiswa dan beliau amat bersetuju dengan tindakan mereka.
"Saya sokong mahasiswa nak tangkap MO1 dan saya tak halang,
"Cuma kita kena fikir bagaimana nak uruskan MO1 selepas ia ditangkap," katanya.
Menjawab saranan wakil Otai Reformis supaya memanfaatkan kedudukan tiga negeri dikuasai pembangkang bagi tujuan meningkatkan kesedaran rakyat mengenai skandal 1MDB, Datuk Husam berkata, beliau masih memerlukan sukarelawan.
"Saya yakin bila kita bergerak, ramai akan ikut. Kita tidak boleh ketepikan orang Melayu perlukan 'sentuhan'.
"Ramai lagi orang Melayu tak tengok lagi gambar hari jadi DiCaprio guna 1MDB membeli botol arak. Orang lain boleh menghabiskan wang negara kita beli arak."ceritanya.
Beliau tidak menolak Najib akan tunduk pada tekanan rakyat jika kempen penerangan dari rumah ke rumah kalangan masyarakat Melayu dilakukan dalam tempoh sebulan.
"Saya percaya Najib tak akan buat pilihan raya. Kalau Najib berhenti sekarang, mungkin dia tak perlu masuk penjara.
"Bagi saya ini pendekatan mungkin kurang popular. Saya bimbang, tak boleh gambarkan keadaan negara (jika Najib terus berkuasa) dengan apa berlaku sekarang," ujarnya lagi.
Datuk Zaid IbrahimDatuk Zaid IbrahimBagi Datuk Zaid Ibrahim pula tumpuan mesti dibuat di kawasan Melayu yang masih kurang maklumat berkenaan 1MDB.
"Kita kena pergi kepada 1000 perkampungan (buat penerangan skandal 1MDB. Serang Kelantan dulu sebab Kelantan sekarang sokong Najib. Sasarannya kawasan orang Melayu sokong Umno, tempat Pas kuat.
"Saya berharap Amanah bertanding di semua kerusi Pas bertanding. Tak payah sentimental (dengan Pas). Amanah gunakanlah isu 1MDB ini.
"Kalau tak dapat mencuit hati orang Melayu, tidak tahulah. Ini lebih 1000 kali dahsyat daripada GST.
"Kalau nak ada wave (gelombang kesedaran rakyat), kena ada wave dari luar bandar, daripada orang Melayu," jelas Zaid menjawab soalan kolumnis akhbar Amanah,  Shukor Harun.

Gempar Tuan Ibrahim sudah jadi ‘Timbalan Presiden Umno’


pihak editorial Harakah mengakui wujudnya kesilapan tersebut pada keluaran Edisi Jumaat akhbar rasmi Pas itu.pihak editorial Harakah mengakui wujudnya kesilapan tersebut pada keluaran Edisi Jumaat akhbar rasmi Pas itu.
Netizen sejak petang semalam gempar apabila jawatan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Timbalan Presiden Pas sudah bertukar kepada Timbalan Presiden Umno seperti laporan muka depan akhbar Harakah Bil. 2175.
Laman web dan Facebook Harakahdaily menyebut pihak editorial Harakah mengakui wujudnya kesilapan tersebut pada keluaran Edisi Jumaat akhbar rasmi Pas itu.
Walau bagaimanapun, rata-rata netizen menempelak kecuaian besar itu bahkan secara sinis mengaitkan dengan petanda hubungan mesra Pas dan Umno sejak tahun lalu.
Pengguna Facebook, Aimy Lavender menulis, “Nampak sangat dah terpaut hati kat Umno. Dedak Umno lazat ke?” yang dilihat senada dengan komentar Marzuki Mat, “Jiwa Harakah adalah jiwa Umno.”
Sementara itu, Zuhairi Husin berpendapat, “Sat lagi Harakah nak bersatu dengan Berita Hairan” manakala Hazmi Salamon secara menyindir berkata, “Ni mesti salah DAP”.
Pemerhatian Malaysia Dateline turut mendapati berita bertajuk, “Jelaskan siapa MO1 sebenar” itu juga salah menulis MO1 sebagai ‘Malaysian Officer One’ walhal yang tepatnya adalah ‘Malaysian Official 1’.
Rata-rata komentar di pelbagai kumpulan di media sosial WhatsApp turut memberitahu editorial Harakah kerap melakukan kesilapan ejaan selain ayat berulang dan tidak jelas dalam laporan mereka sebelum ini.