Rabu, 24 Ogos 2016

Bangsa Johor bukan ejen perpecahan, Syed Saddiq jawab Dr M

Juara debat Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan dakwaan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa semangat kebangsaan Johor adalah tidak sihat bagi Malaysia dan boleh membawa keruntuhan persekutuan.
"Saya amat menghormati Tun, tetapi kali ini saya tidak bersetuju dengan pendapat Tun tentang bangsa Johor," tulis Syed Saddiq, seorang anak jati yang dilahir dan dibesarkan di Johor dalam laman Facebooknya hari ini.
Beliau yang merupakan salah seorang daripada anggota jawatankuasa pro-tem Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang diasaskan Mahathir berkata, Bangsa Johor memberikan manfaat kepada negara.
"Bangsa Johor tidak seharusnya dilihat sebagai agen perpecahan. Ia diwujudkan untuk menyatukan rakyat berbilang bangsa dalam negeri untuk bernaung di bawah payung yang sama dan menaikkan semangat kami untuk bekerjasama menaikkan ekonomi dan nama Johor yang secara tidak langsung akan menyumbang kepada negara," katanya.
Katanya lagi, rakyat amat memerlukan identiti negeri sebagai 'satu jaring keselamatan' apabila nasionalisme 'diperalatkan oleh mereka yang berkuasa'.
"Memang senang untuk kita meminta orang lain mengenepikan identiti negeri apabila kita yang dapat mengaut keuntungan. Bagaimana dengan rakyat Sarawak yang telah terasing buat berpuluh tahun?
"Bagaimana pula dengan rakyat Kelantan yang kehilangan berbillion ringgit dek kerana royalti minyak?
"Kita sering mengharapkan kerabat diraja Johor untuk melakukan sesuatu dan menyelamatkan Malaysia. Tetapi adakah kita bersedia untuk melakukan pengorbanan yang sama?
"Bagaimana pula kerabat diraja yang lain?," soalnya.
Syed Saddiq berkata meskipun Malaysia adalah sebuah persekutuan, namun identiti negeri adalah sebahagian daripadanya dan perbezaan itu tidak sepatutnya dilihat menjadi punca perpecahan.
"Apabila seseorang menggelar dirinya bangsa Johor, dia akan digelar kenegerian, tetapi sekiranya saya berjuang sebagai bangsa Malaysia, ada yang akan melabel saya sebagai pengkhianat Melayu dan boneka Cina.

Ku Li beri amaran jangan pandang rendah BERSATU

Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini mengingatkan pemimpin Umno supaya tidak mengambil mudah serta memperlekehkan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Katanya, semua pihak, khususnya Umno perlu memandang serius penubuhan parti baru itu kerana ia dianggotai mereka yang berpengaruh serta pernah berada dalam Umno.
Menurut ahli parlimen Gua Musang itu, ini lebih-lebih lagi dengan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengasas parti berkenaan.
"Kedua-dua pemimpin ini mempunyai pengaruh, berpengalaman dan kita tidak boleh memandang rendah terhadap mereka," katanya yang dipetik oleh Berita Harian Online.
Bagaimanapun, Tengku Razaleigh berkata, beliau tidak pasti sama ada parti baru itu akan mendapat sokongan rakyat.
"Saya sendiri tidak dapat membuat penilaian mengenai perkara itu kerana ia parti baru tapi yang pasti Umno perlu memberi perhatian serius," katanya kepada pemberita selepas perasmian penutup Kem Kecemerlangan Perdana Parlimen Gua Musang.
Muhyiddin pada 9 Ogos lalu mendaftarkan BERSATU yang menyasarkan untuk bertanding melawan Umno pada pilihan raya umum akan datang.
Bagiamanpun, BERSATU menerima kecaman pelbagai pihak apabila parti itu mengumumkan keahliannya hanya dibuka kepada masyarakat bumiputera dan kaum pribumi di Sabah dan Sarawak.
Namun pemimpin dan penyokongnya mempertahankan parti itu dengan berkata imej sedemikian penting untuknya berdepan dengan Umno di kubu majoriti Melayu.

Saman pencuri 1MDB: Husam utus surat kepada Yang Dipertuan Agung

Datuk Husam Musa mengutuskan kepada Yang Dipertuan AgongDatuk Husam Musa mengutuskan kepada Yang Dipertuan Agong
Adun Salor Datuk Husam Musa mengutuskan kepada Yang Dipertuan Agong bagi memaklumkan tindakannya bersama Matthias Chang menyaman lapan pihak di Amerika ekoran skandal 1MDB.
Menurut Husam dalam surat itu, pemfailan tindakan saman tersebut adalah bertujuan untuk menuntut ganti rugi terhadap wang yang dicuri daripada 1MDB dan mendapatkan semula hartanah dan aset lain yang dibeli dengan menggunakan wang curi tersebut.
Ia telah dihantar kepada baginda pada 17 Ogos lalu dan Husam memohon kepada baginda untuk menjadikan surat itu sebagai surat terbuka.
Husam telah memfailkan saman yang dipanggil 'class action' ke atas pihak yang dikira melarikan wang berkait 1MDB.
Saman ini telah difailkan di Mahkamah Daerah Selatan New York, Amerika Syarikat pada Khamis lalu, 11hb Ogos 2016.
Menurut Husam dalam surat itu, beliau mengguna pakai khidmat Peguam Louis F. Burke untuk tujuan ini.
"Patik berdua telah menamakan lapan (8) Defendan yang terdiri daripada Riza Shahriz Bin Abdul Aziz, Low Taek Jho, Goldman Sachs Group Inc., Timothy Leissner, Christopher Joey McFarland, Red Granite Pictures Inc, Debra Whelan Johnson dan Metropolis IX Capital Advisors, LLC," tulisa Husam.
Husam turut menyertakan senaskhah Plaintif's Original Complaint bersama warkah itu untuk tatapan baginda.
"Patik pohon Ke Bawah Duli Tuanku mendoakan kejayaan tindakan patik ini Demi Malaysia," kata Husam dalam surat itu.

Sanjeevan ditahan lagi selepas jumpa peguamnya

Gobind berkata, polis tidak perlu menahan Sanjeevan kerana dia sedia memberi kerjasama penuh.
gobind-sanjeevan-1
PETALING JAYA: Pengerusi MyWatch, Datuk R Sri Sanjeevan ditahan lagi hari ini.
Peguamnya, Gobind Singh Deo berkata, polis menahan anak guamnya pada jam 6.15 petang tadi di luar pejabat ahli Parlimen Puchong itu di Medan Damansara.
“Dia meinggalkan pejabat saya kira-kira 6.10 petang. Ketika keretanya hendak pergi, sebuah kereta polis menyekat laluannya sebelum sebuah lagi kereta polis datang dari belakang dan mereka menahan Sanjeevan,” katanya kepada FMT.
Gobind berkata, pegawai yang menahannya memaklumkan Sanjeevan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan tidak jujur ketika penyerahan harta serta akan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.
Katanya, tiada butiran lain diberikan.
Mereka yang didapati bersalah di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara satu hingga 10 tahun, disebat dan didenda.
Beliau bagaimanapun mengecam cara Sanjeevan ditahan dan menyifatkannya sebagai tidak perlu.
“Tidak ada keperluan untuk tahan dia seperti ini.

Wacana Harapan, 1MDB bukan sekadar soal wang tapi juga nilai kepimpinan

Wacana bermula semua panelis hadir 1Wacana bermula semua panelis hadir 1
Forum Wacana Harapan di Rumah Gerak Budaya bermula malam ini dengan panel pertama, Datuk Zaid Ibrahim yang menempelak pengurusan negara yang di katakan penuh dongengan.
"Kita diajar percaya dongeng-dongeng pengurusan negara. Kita diajar percaya wang yang masuk ke akaun Najib itu berlaku tanpa sebab," katanya.
Menurutnya, skandal 1MDB bukan sekadar kehilangan wang bahkan lebih daripada itu menggambarkan kerosakan nilai kepimpinan negara.
"Kebanyakan pihak faham dengan skandal 1MDB. Hanya kepada orang kita, orang Melayu yang hati batu," katanya.
"Saya yakin dia (Najib) akan terus guna kuasa yang ada sama ada sah atau tidak sah lain kira, dia akan terus bertindak sedemikian," kata Datuk Zaid.
Husam cadang suruhanjaya diraja
Satu suruhanjaya diraja masih diperlukan untuk meneliti usu 1MDB, kata Adun Salor, Datuk Husam Musa yang bercakap sebagai panel kedua.
"Kita mendesak parti-parti komponen BN untuk menyokong penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat 1MDB, " kata Husam
Butiran penyelewengan dalam saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika begitu terperinci, kata peguam Zainur Zakaria sebagai panel ketiga.
"Siasatan ini dilakukan oleh FBI. Tindakan yang diambil di bawah prosedur jenayah.
"Kalau tiada perlakuan jenayah, mereka tidak boleh lancarkan saman sivil itu.
"Saya berterima kasih kepada DoJ yang sudi mengambil tindakan itu padahal polis, Peguam Negara cuci tangan," ujarnya.
Dari kiri, Datuk Husam Musa, Datuk Zaid Ibrahim dan  Mathias ChangDari kiri, Datuk Husam Musa, Datuk Zaid Ibrahim dan Mathias ChangButiran penyelewengan dalam saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika begitu terperinci, kata peguam Zainur Zakaria.
"Siasatan ini dilakukan oleh FBI. Tindakan yang diambil di bawah prosedur jenayah.
"Kalau tiada perlakuan jenayah, mereka tidak boleh lancarkan saman sivil itu.
"Saya berterima kasih kepada DoJ yang sudi mengambil tindakan itu padahal polis, Peguam Negara cuci tangan," ujarnya.
"Bagi balaci Umno yang anggap saman itu bukannya jenayah, mereka salah. Tindakan diambil menurut undang-undang jenayah," ujarnya.
Zainur turut membacakan butiran jenayah yang dilakukan antaranya Jho Low dan Riza Aziz membabitkan ratusan juta ringgit.

'Kementerian Luar enggan kerjasama kes saman Altantuya'

Selepas hampir setahun kemukakan dokumen, tidak ada sebarang maklum balas daripada kementerian.

Patutler kes Altantuya senyap sekarang..

Antara Akaun Rakyat Dan Akaun Peribadi....

MASUK AKAUN PERIBADI...
#MO1 - RM2,600 juta
#FLOM - RM2 juta

SYARAT WAJIB jadi rakyat Malaysia.. biar rakyat susah sampai papa kedana JANJI KELUARGA 'MO1' HIDUP MEWAH DAN SENANG rompak kekayaan negara..

JANJI ALLAH ITU PASTI.. Mari Kenali Pemimpin Munafik !!!

KATA NAJIB.. Jika janji tidak ditunaikan dosa itu adalah amat besar..

KATA NAJIB.. Tuhan akan laknat Najib (UMNO/BN) yg tak melakukan apa yang dijanjikan ATAU menipu rakyatnya..

Hari ini kita dpt lihat detik2 nazak Najib berbohong saban hari..

AKHIRNYA apa yang dicanang tak sama yg dilakukannya hari ini.. JANJI DICAPATI ~

APAKAH KESUDAHAN AKHIRNYA jika pemimpin Umno disiasat pihak berkuasa ??

Sejarah Tak Pernah Menipu..
SUDAH PASTI rakyat Malaysia tahu jawapannya..

Amanah masih belum sedia jadi parti utama - penganalisis

Projek LRT3, Najib berterima kasih pada Azmin

Pemecatan Chegubard adalah proses biasa, Azmin

Husam mohon doa Agong dalam saman tindakan perwakilan

ADUN Salor Datuk Husam Musa memohon perkenaan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung saman tindakan perwakilan yang difailkannya bersama peguam, Matthias Chang di Amerika Syarikat.
Husam dan Chang, iaitu bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohammad memfailkan saman berkenaan hampir dua minggu lalu bagi menuntut ganti rugi terhadap wang yang dicuri daripada 1MDB dan mendapatkan semula hartanah dan aset lain yang dibeli dengan dana yang diselewengkan itu.
Dalam surat terbuka bertarikh 17 Ogos, Husam turut menyerahkan satu salinan saman berkenaan.
Husam juga berharap bahawa Seri Paduka akan mendoakan kejayaan tindakan mereka demi Malaysia.
“Doakan jua supaya urusan ini dipermudahkan dengan segala bentuk pertolongan dari Allah SWT dan hamba-hamba dan makhluknya.
“Patik suka menyembahkan, bahawa patik tahu ia sebuah usaha yang sukar tetapi tidak lah wajar rakyat Malaysia hanya berputih mata atas apa yang telah dan akan merugikan negara ini,” katanya
dalam surat terbuka.
Salinan surat itu dilaporkan tersebar di media sosial dan apabila dibawa kepada perhatian Husam, bekas naib presiden PAS itu mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa beliau menulis surat itu dan telah menghantarnya ke pejabat Tuanku Abdul Halim.
Husam dalam surat itu berkata beliau memberanikan diri mengambil tindakan saman itu demi Malaysia.
Beliau berkata seberapa banyak wang yang hilang itu, jika dapat dipulangkan kepada negara, tentulah sedikit sebanyak memberikan faedah kepada rakyat.
“Memandangkan sebahagian dari wang itu telah dibelanjakan untuk bermewah-mewah dan berpoya-poya, ketika mana masih ada rakyat Malaysia yang memerlukan pembelaan dan bantuan negara - tentulah menimbulkan kekesalan dan kehibaan.
“Adalah aib pada hemat patik, jika tidak ada satu pun rakyat Malaysia bertindak mengunakan saluran undang-undang untuk mengesahkan laporan-laporan atas tindakan berkenaan dan seterusnya mengembalikan wang negara yang jumlahnya begitu besar itu,” katanya.
Husam juga memaklumkan bahawa beliau dan Chang memfailkan saman itu di mahkamah daerah selatan New York, Amerika Syarikat pada Khamis lalu menerusi peguam Louis F Burke.
Lapan defendan yang dinamakan dalam asaman itu termasuk anak tiri perdana menteri, Riza Shahriz Abdul Aziz; ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho; Goldman Sachs Group Inc, Timothy Leissner, Christopher Joey McFarland, Red Granite Pictures Inc, Debra Whelan Johnson dan Metropolis IX Capital Advisors, LLC.
Berikut surat penuhnya:-

17 Ogos 2016
14 ZulKaedah 1437
Mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Malaysia dengan kebesaran dan kemuliaan yang dikurniakan Allah, Raja Segala Raja.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Ampun Tuanku,
Dengan segala hormat dan takzimnya patik merafakkkan sembah dan berdoa ke Hadrat Allah Subhanahu Wataala, mudah-mudahan Tuanku Seri Paduka Baginda sentiasa berada dalam bimbingan, perlindungan, afiat dan kerahmatan dari Allah setiap masa dan berlanjutan sampai akhirat nanti.
Ampun Tuanku,
*MEMOHON SEMBAH MAKLUM TINDAKAN SAMAN 'CLASS ACTION' DI AMERIKA SYARIKAT ATAS KEHILANGAN WANG 1MDB*

FBI CARI BAGINDA TUANKU?

FBI CARI BAGINDA TUANKU?
Minggu ini gua jadi kelam kabut. Gua tidak tahu apa yang wajib gua lakukan. Hendak ketawa gua rasa bersalah. Hendak menangis air mata enggan keluar. Atau gua terus jadi marah hingga tercabut uban. Tapi gua risau juga jika kelihatan botak.
Keadaan gua bercelaru seperti ini timbul kerana persoalan siapa dia yang dipanggil Malaysian Official 1 (MO1) oleh peguam negara Amerika belum selesai. MO1 ini terus menjadi buah mulut yang berpanjangan. Gua sendiri tercari-cari dan tertanya-tanya.
Sidang akhbar Puan Loretta Lynch berlangsung pada 21 Julai yang lalu telah lebih satu bulan. Tapi siapakah yang dimaksudkan oleh peguam negara Amerika ini sebagai Malaysian Official 1 masih menjadi tanda tanya di Malaysia.
Rakyat satu Malaysia hanya berhenti bertanya siapa MO1 ini ketika ada pertarungan badminton di Rio. Sebaik sahaja Chong Wei selesai bertarung dan meletakan raket di tepi dinding, satu Malaysia terus heboh bising. Heboh memberi pendapat dan teori siapa dia MO1 itu?
Sekarang sukan Olimpik Rio telah tamat. Sebaik sahaja Olimpik selesai Malaysia menjadi heboh kembali. Seheboh murai mencari bini. Persoalan siapa MO1 meledak kembali.
Paling terbaru ialah kenyataan dari Langkawi. Ini bukan kenyataan dari cucu cicit Mahsuri tapi dari Tuan Haji Nawawi yang mengakui dirinya sebagai Yang Berhormat. Hormat macam mana itu gua sendiri kurang arif.
Mengikut laporan portal media yang amat cepat lagi pantas - Tuan Haji YB ini telah menulis dalam Facebook miliknya. Mengikut tuan empunya surah Tuan Haji YB ini telah menganalisa Perlembagaan Persekutuan. Tuan Haji YB ini berpendapat mengikut kajian yang dilakukan - terang dan jelas - MO1 ini ialah Yang di-Pertuan Agong.
Yang di-Pertuan Agong! Ya ampooon. Sultan Kedah yang kini Yang di-Pertuan Agong kita semua yang dimaksudkan oleh YB Langkawi ini. Tuanku inilah mengikut kajian Tuan Haji YB yang sebenarnya Malaysian Official 1, bukan Official 2 dan bukan Official 3.
Berita ini meledak. Berita ini membawa gempar. Berita ini amat amat menakutkan. Apa maknanya kenyataan dari Tuan Haji Nawawi ini? Bayangkan jika sahih Yang di-Pertuan Agong menjadi MO1 - apa akan terjadi.

Maknanya FBI akan masuk ke Istana Negara. Maknanya FBI akan menangkap raja kita untuk dibawa ke Amerika. Maknanya - di mana muka kita sebagai rakyat hendak kita sorokkan. Maknanya PERKASA dan Jaringan Melayu akan melaungkan semboyan perang menentang Amerika. Maknanya Jamal Ikan Bakar akan dapat bajet untuk berdemo depan kedutaan Amerika. Maknanya Ali Tinju akan bergaduh dengan Jamal untuk merebut dana Baju Merah. Maknanya Tajuddin Rahman dari Pasir Salak akan bersilat sekali lagi di Jalan Petaling kali ini memakai cawat merah.
Penyokong Ali Tinju akan menghantuk-hantuk kepala sekali lagi di hadapan Sogo. Kali ini mungkin menggunakan buah kelapa. Semua NGO Melayu siap siaga untuk melawan Amerika. Bayangkan - semua ini muncul hasil dari kenyatan Tuan Haji YB Langkawi.
Apakah kita sudah bersedia untuk berhadapan dengan Amerika? Soalan macam ini menjadikan gua terus kelam kabut.
Dalam keadaan ini gua menjadi marah. Gua marah kepada Puan Loretta Lynch. Kenapa tidak bercakap dengan terus terang. Kenapa gunakan Malaysian Official 1? Kenapa tidak tuliskan siapa nama Malaysian Official 1 ini.
Gua tidak tahu apa sebab musabab pihak Department of Justice America (DOJ) tidak mahu menyebut si polan bin si polan sebagai Malaysian Official 1. Adakah seekor gajah sedang berselindung di belakang Puan Loretta Lynch? Atau adakah ini strategi Encik Andrew MacCabe, timbalan pengarah FBI untuk memerangkap Riza Aziz a.k.a anak Najib dan Jho Low a.k.a cina tembam. Wallahualam.

Ketika rasa marah kepada DOJ membuak, gua juga merasa kagum dengan Tuan Haji YB. Di Malaysia ini ada 30 juta penduduk. Tetapi tidak seorang pun seperti Tuan Haji YB ini. Beliau menyelesaikan persoalan dengan tuntas lagi ilmiah. Bukan dengan pukul curi. Bukan dengan agak-agak. Beliau membuat kajian ilmiah dan membuktikan bahawa Agong kita ialah Malaysian Official 1. Syabas.
Bayangkan - kenyataan dari FB ini telah menjemput pelbagai jawapan. Ramai yang mengatakan bahawa Tuan Haji YB ini bangang lagi bodoh. Ramai yang mengutuk dan menghina Tuan Haji YB ini. Para royalis dan feudalis semuanya marah kerana nama Yang di-Pertuan Agong dipalitkan dengan kes rompakan 2.6 bilion ringgit.
Paling menakutkan ialah soalan yang mucul dari mulut Mahathir. Bekas perdana menteri ini telah bertanya sambil menyoal - jika Agong ini Malaysian Official 1 apakah Riza Aziz itu anak tiri baginda. Ya Ampooon. Meremang bulu tengok gua apabila membaca soalan dari Tun M ini. Badan gua menggigil takut kerana apa yang sedang berlegar dalam kepala gua ini amat-amat menakutkan gua sendiri.

Indeks Harga Pengguna (IHP) Julai 2016 naik 1.1%

Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Julai 2016 meningkat 1.1 peratus kepada 115.1 berbanding 113.9 yang direkodkan pada bulan yang sama tahun lepas.
Antara kumpulan utama yang merekodkan peningkatan ialah indeks minuman alkohol dan tembakau yang meningkat 19.9 peratus mulai Julai 2015, makanan dan minuman bukan alkohol (+3.8 peratus) dan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (+2.4 peratus), kata Jabatan Perangkaan Malaysia menerusi satu kenyataan hari ini.
Kumpulan lain yang mencatat peningkatan ialah pelbagai barangan dan perkhidmatan (+2.4 peratus), pendidikan (+2.2 peratus) dan restoran dan hotel (+2.1 peratus).
Bagaimanapun kumpulan pengangkutan susut 9.9 peratus berbanding Julai 2015 diikuti komunikasi (-2.3 peratus) dan pakaian dan kasut (-0.6 peratus).
Berasaskan perbandingan bulanan, IHP Julai 2016 meningkat 0.3 peratus kepada 115.1 berbanding 114.8 pada Mei.
IHP Januari hingga Julai 2016 mencatat perningkatan 2.4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, diketuai oleh peningkatan dalam kumpulan utama dengan peratusan perbelanjaan tinggi seperti makanan dan minuman bukan alkohol (+4.3 peratus) dan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (+2.7 peratus).
Peningkatan lain dicatatkan oleh minuman alkohol dan tembakau (+21.6 peratus), pelbagai barangan dan perkhidmatan (+3.6 peratus), restoran dan hotel (+3.3 peratus), kesihatan (+3.1 peratus) dan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (+3.0 peratus).

Perkara biasa sayang bangsa sendiri, kata penganalisis

Profesor Madya Awang Azman Awang Pawi dari UM berkata kenyataan Khalid Samad mengenai perkara itu sudah lama dijangkakan.
khalid awang
PETALING JAYA : Penganalisis politik Profesor Madya Awang Azman Awang Pawi menyokong kenyataan ahli Parlimen yang berkata rasa sayang terhadap bangsa sendiri tidak bermakna ia rasis.
“Akhirnya pembangkang mengakui yang mencintai kaum sendiri bukan perkauman,” kata Awang yang juga pensyarah Universiti Malaya.
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Khalid, ahli Parlimen Shah Alam mempertahankan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang keahliannya terdiri daripada Melayu dan Bumiputera.
Bercakap kepada FMT, beliau berkata kenyataan Khalid itu menunjukkan ada ahli pembangkang menyedari adalah hipokrit untuk mengatakan seseorang itu tidak menyayangi bangsanya sendiri.
“Apa yang penting kita menerima orang lain secara terbuka,” katanya.
Semalam, Khalid dalam kenyataannya berkata beliau menganggap Bersatu bukan bersifat perkauman walaupun hanya membenarkan ahli Bumiputera menganggotainya.
“Perkauman ditakrifkan sebagai perasaan anti sesuatu kaum, mencintai kaum sendiri bukan perkauman,” katanya.
Bagaimanapun, Khalid menggesa Bersatu untuk bekerja bagi mengubah minda Bumiputera supaya mereka akan menolak politik perkauman.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed turut mengulas kenyataan Khalid.
Ibrahim berkata beliau bersyukur mendengar kenyataan itu menunjukkan beliau tidak bersetuju dengan mereka yang menggelar Perkasa dan dirinya bersifat perkauman.

Umno yang kalah teruk PRU13, bukan kami, kata MCA

Kesal dengan kenyataan Shahidan, MCA hari ini menggesa Umno cermin diri.
chris-shahidan
PETALING JAYA: MCA hari ini memberitahu Umno supaya cermin diri sebelum menuduh parti itu gagal menunjukkan prestasi baik pada pilihan raya lepas.
Ia selepas ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim menasihatkan MCA supaya jangan hanya menuntut balik kerusi yang pernah dipinjamkan kepada Umno sekiranya tidak dapat menjamin kemenangan untuk Barisan Nasional (BN).
“Melihat kembali pilihan raya umum ke-13, Umno bukan sahaja tewas di tiga kerusi yang dipinjamkan oleh MCA, tetapi juga kalah dengan majoriti lebih besar.
“Menggunakan kata-kata Shahidan sendiri, mengapa pinjam kalau kalah?” kata Setiausaha Biro Keharmonian Agama, Chris Daniel Wong.
Pada pilihan raya lepas, PKR menewaskan calon BN diwakili Umno dengan majoriti lebih besar 4,515 berbanding 1,826 ketika ditandingi MCA pada 2008.
Di Gelang Patah, Johor, MCA menang dengan majoriti 8,851 pada 2008, tetapi veteran DAP Lim Kit Siang memenangi kerusi itu pada 2013 daripada BN menewaskan calon Umno dengan majoriti 14,762.
Begitu juga, kerusi Wangsa Maju dikekalkan pembangkang dengan majoriti 5,511 berbanding majoriti tipis 150 ketika ditandingi MCA pada 2008.
Wong berkata ketiga-tiga contoh itu menunjukkan Umno yang kalah dengan majoriti lebih besar di kerusi Parlimen.

SAMBUT BESDEY ANWAR PON KENA PANGGIL POLIS ??

Tapi spesis yg hina & kaitkan MO1 dgn YDP Agong sampai dah seminggu tiada langsung tindakan tegas DAN PANTAS terhadap MP UMNO Langkawi 'Nawawee'...

Kalimah 'Allah' & 'Muhammad' pada logo polis itu utk apa !!!

Kami tertanya2, polis bekerja utk siapa sebenarnya..??

KENAPA BODOH SANGAT nak bandingkan GST M'sia dgn GST Indonesia !!!

Cukai GST di Indonesia (dikenali VAT) 10 peratus itu hanya dikenakan kpd barang2 yg diimport shj, BUKANNYA BARANGAN KELUARAN TEMPATAN.

TAHUKAH ANDA.. wpon cukai GST Indonesia 10%
- segala jualan makanan di hotel, restoran, gerai makan termasuk penghantaran makanan & barangan.. cukai GST DIKECUALIKAN (0%).

- minyak & gas.. cukai GST DIKECUALIKAN (0%).

- yg melibatkan insuran.. cukai GST DIKECUALIKAN (0%).

- servis 'parking'.. cukai GST DIKECUALIKAN (0%).

- DAN BANYAK LAGI...

Anina : 'Apa jadi jika ahli DAP kata MO1 adalah Agong?'

Bekas anggota Umno Langkawi Anina Saadudin tertanya-tanya apa akan jadi jika anggota DAP mendakwa Malaysian Offcial 1 (MO1) adalah Yang di-Pertuan Agong.
Anina mengulas permohonan maaf anggota parlimen Umno Datuk Nawawi Ahmad kepada Agong atas kenyataannya mengenai MO1.
"Cuba bayangkan komen itu datang daripada ahli DAP, isu itu akan dimainkan di TV3, saya rasa tidak kurang satu bulan," katanya kepada Malaysiakini.
Oleh itu, Anina berpendapat pihak polis dan Umno sendiri mesti mengambil tindakan terhadap Nawawi kerana kenyataan tersebut.
Malah katanya, permohonan maaf Nawawi kepada Agong tidak mencukupi dan beliau perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat Kedah.
"Sultan Kedah adalah sultan di hati rakyat. Baginda adalah sultan di hati semua rakyat Kedah. Kalau kamu mahu memohon maaf kepada sultan, kamu juga mesti mohon maaf kepada semua rakyat Kedah," katanya.
Tambah Anina, kenyataan tersebut berkaitan perlembagaan dan sebagai seorang pemimpin, Nawawi sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat.
"Kenyataan itu bersangkut paut dengan perlembagaan. Kamu kata maaf dan tu sahaja? Sebagai pemimpin kena tunjuk contoh kepada rakyat. Kalau seorang pemimpin buat silap, cakap maaf dan terlepas. Rakyat boleh buat benda yang sama dan kemudian mohon maaf.
"Nanti sesiapa saja di jalan akan buat komen berkaitan Agong dan cuma cakap maaf. Polis mesti ambil tindakan, buka fail dan siasat," katanya.
Apa yang lebih mengejutkan, kata Anina, kenyataan itu datang daripada pemimpin Umno, sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan raja-raja Melayu.
"Tak sepatutnya pemimpin Umno buat kesalahan yang macam ni. Kamu kata berjuang untuk orang Melayu, untuk raja. Kamu kata DAP ancaman kepada raja-raja, orang Islam.
"Tapi kamu buat kenyataan yang sangat-sangat bercanggah dengan perjuangan kamu," katanya yang meminta Umno mengambil tindakan terhadap Nawawi.
Dalam permohonan maaf kepada Agong Isnin lalu, Nawawi melahirkan rasa kesal berhubung perkara itu dan berjanji untuk lebih berhati-hati apabila membuat kenyataan di media sosial pada masa akan datang.
Ogos lalu, Nawawi dalam catatan di Facebook mendakwa MO1 tidak lain dan tidak bukan adalah Agong yang juga merupakan ketua negara ini.

Petronas tak berhentikan kakitangan muda

Syarikat itu pada masa sama akan memastikan bilangan kakitangan seminimum mungkin susulan industri minyak dan gas yang merudum.
petronas-workees
PETALING JAYA: Syarikat minyak negara, Petronas tidak berhasrat memberhentikan kakitangannya yang muda, berumur 35 tahun ke bawah memandangkan jumlah mereka membentuk 55% daripada jumlah keseluruhan kakitangan.
Naib Presiden Pusat Kecemerlangan Petronas Neil Horbachewski berkata syarikat itu belajar daripada pengalaman lalu apabila bekas kakitangan berkemahiran berhenti untuk menyertai syarikat minyak dan gas lain di seluruh dunia.
“Petronas pernah melakukan tindakan ini 15 tahun lalu ketika ia melalui perubahan yang teruk. Ramai kakitangan meninggalkan syarikat kerana ia tidak kompetitif, jadi Petronas kehilangan banyak kakitangan dengan pengalaman tertentu,” katanya pada Persidangan dan Pameran Teknologi Gerudi Asia Pasifik IADC/SPE di Singapura pada Isnin.
Pada masa sama, katanya Petronas akan memastikan bilangan kakitangan seminimum mungkin susulan industri minyak dan gas yang merudum, dan syarikat minyak negara itu mahu meneruskan dengan pembangunan keupayaannya.
“Jumlah kakitangan yang diberhentikan minimum kerana pihak pengurusan tahu kelembapan ini tidak akan kekal selamanya dan kami perlu mengekalkan pembangunan keupayaan kami,” katanya dipetik daripada portal rigzone.com.
Beliau berkata keperluan untuk mengekalkan bakat tertentu tidak terhenti hanya pada pengeluar minyak dan gas, tetapi sehingga ke syarikat perkhidmatan kerana cara itu dapat menjadikan industri itu lebih baik. Dalam hal ini, pengeluar memerlukan beban asas modal tertentu untuk dibelanjakan yang membolehkan industri terus berinovasi.
“Kalau tidak, kita terpaksa berdepan dengan pengaruh di luar sana cuba mempengaruhi anak muda di universiti dengan mengatakan industri minyak dan gas tempat yang buruk.
“Kami juga tidak perlu menyokong pandangan itu untuk mereka yang sudah 10-15 tahun bekerja dalam industri dan beritahu mereka perlu cari tempat lain. Saya gembira kami terus mengekalkan kakitangan ini,” katanya.

GULING NAJIB: KPN KHALID TIADA PILIHAN LAGI

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar sebelum ini menyatakan tiada siasatan akan dijalankan terhadap Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun yang menuduh "Tiga Tan Sri"  terlibat dalam komplot mahu menjatuhkan Najib Razak atas alasan ia hanya berdasarkan andaian semata-mata.

"Tiga Tan Sri" yang dikaitkan itu ialah Gani Patail, bekas Peguam Negara, Abu Kassim Mohamed, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Dr Zeti Akhtar Aziz, bekas Gabenor Bank Negara.

Sejujurnya, banyak pihak mahukan dakwaan Khairul Azwan itu disiasat oleh polis kerana hanya setelah siasatan dijalankan, barulah diketahui siapa benar dan siapa salah.
Bahkan, setelah Khairul Azwan bersuara kemudiannya bahawa laporan polisnya bukan berdasarkan andaian, malah yakin tindakannya adalah berasaskan kebenaran, Khalid masih lagi tidak memberi apa-apa respon mengenainya.

Dalam hal yang sama pula, Tun Mahathir Mohamad sudah dua kali membuka mulut berkenaan dengannya. Pertama kali, pada 21 Ogos lalu, beliau menyatakan "Tiga Tan Sri" berkenaan telah dikhianati oleh salah seorang dari kalangan mereka.

Kata beliau, jika tidak dikhianati, Najib Razak sudah pun berdepan dengan tindakan daripada pihak berkaitan sekarang ini.

Ketika itu, Tun Mahathir tidak menyebut siapakah yang mengkhianati "Tiga Tan Sri" terbabit kerana bimbang dirinya akan disaman.

Saya tak boleh biarkan mereka menyaman saya sebab saya tidak memiliki banyak wang seperti Najib, tambahnya lagi.

Bagaimanapun, hari ini Tun Mahathir mula berterus-terang dengan memberi gambaran yang lebih jelas berkenaan perkara yang sama.

Himpunan #TangkapMO1 batal dengan syarat PM umum siapa MO1


Himpunan batal kalau PM beritahu siapa MO1Himpunan batal kalau PM beritahu siapa MO1
Jurucakap Gabungan #TangkapMO1, Anis Syafiqah berkata bahawa beliau bersedia membatalkan perhimpunan terbabit, dengan satu syarat iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak umumkan siapa 'Malaysian Official 1'.
“Perdana Menteri sendiri perlu menjawab, siapa dia Malaysian Official 1,” kata Anis, mahasiswa Universiti Malaya.
Beliau berkata telah cukup lelah dengan sikap masyarakat yang masih boleh bersenang lenang sedangkan seluruh dunia mengetahui bagaimana negara telah dirompak.
"Kita anak muda mahasiswa nekad berhimpun Sabtu ini bagi mendesak tindakan tegas pihak berwajib," katanya.
Mereka menggesa supaya individu yang hanya disebut dalam dokumen saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika sebagai ‘Malaysian Official 1’ diberkas.
Namun katanya sejak membuat gesaan tersebut Isnin lalu, belum ada tindak balas rasmi daripada pejabat Datuk Seri Najib Razak, justeru mewajarkan perhimpunan aman mendesak tindakan kerajaan untuk memberkas ‘Malaysian Official 1’ Sabtu ini diteruskan.
“Kita akan berkumpul di dua checkpoint, Sogo dan Masjid Negara. Kita akan berarak ke Dataran Merdeka, dan bersurai pada jam lima petang.
“Objektif perhimpunan ini adalah untuk mendesak orang rasmi bagi menangkap ‘Penjenayah Rasmi’ Malaysian Official 1 ini,” ujar beliau kepada Roketkini.

Dr Mahathir: Kita bangsa Malaysia, bukan Johor, bukan Kedah

Dr Mahathir berkata seseorang itu bebas mempromosikan idea seperti 'Bangsa Johor' tetapi tidak sekiranya ia menjurus kepada pemisahan daripada Malaysia.
mahathir
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegur sesetengah pihak yang mengutarakan retorik kenegerian seperti yang kerap kedengaran dari Johor sehingga menyentuh soal keluar daripada persekutuan Malaysia.
“Kita sepatutnya menggelar diri sebagai bangsa Malaysia, bukan sebagai bangsa Johor atau Kedah. Ia akan memecahkan kesatuan persekutuan,” katanya ketika diminta mengulas istilah “Bangsa Johor” yang kerap digunakan sesetengah pihak.
Dr Mahathir berkata kemakmuran Johor sebahagiannya ekoran dasar kerajaan persekutuan antaranya membolehkan negeri itu bersaing dengan jirannya, Singapura.
“Untuk bersaing dengan Singapura, kita membangunkan Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang. Ia bukanlah lokasi terbaik, tetapi untuk menarik lebih banyak aktiviti perkapalan daripada ke Singapura dan ke Malaysia melalui Johor.
“Kebanyakan pembangunan di Johor sebenarnya kerana kerajaan persekutuan kerana kita perlu bersaing dengan Singapura dan Johor berhampiran dengannya,” katanya sambil menyebut langkah kerajaan membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar dan Petronas dengan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang.
Retorik “Bangsa Johor” kerap dikaitkan dengan kelab bola sepak Johor Darul Takzim yang dipimpin Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Tunku Ismail juga sebelum ini pernah menasihati agar pihak yang “tidak senang hati” dengan Johor membawa usul kepada kerajaan Malaysia untuk mengeluarkan negeri itu daripada persekutuan.
Dr Mahathir berkata seseorang itu bebas mempromosikan idea seperti “Bangsa Johor” merupakan hak kebebasan tetapi tidak sekiranya ia menjurus kepada pemisahan daripada Malaysia.
“Malaysia menjadi makmur selepas merdeka kerana kita bersatu dalam bentuk persekutuan dan saling menyokong,” katanya selepas menyampaikan syarahannya di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini.
Beliau turut menentang cadangan beberapa pihak tertentu sebelum ini yang menggesa kerajaan Kedah mengambil semula Pulau Pinang, namun menggesa kerajaan Kedah meminta bayaran yang lebih tinggi daripada kerajaan persekutuan.

Kalau enggan bersatu, serupa sokong Najib, kata Dr M

Semua parti pembangkang harus bersatu bagi menamatkan pemerintahan Barisan Nasional di bawah Najib.
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan kepentingan parti pembangkang untuk bersatu menentang Barisan Nasional (BN), dan berkata keengganan berbuat demikian bermakna mereka membantu Datuk Seri Najib Razak.
“(Jika) pakatan pembangkang lawan sesama sendiri, mereka akan kalah. Sikap itu bermakna mereka sokong pemerintahan BN di bawah Datuk Seri Najib Razak,” kata bekas perdana menteri itu selepas menyampaikan syarahannya di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang berkata parti itu bersedia berbincang dengan mana-mana parti, termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang bakal didaftarkan, kecuali DAP dan Amanah.
Sementara itu, Dr Mahathir turut ditanya dakwaan bekas timbalan menteri dalam negeri ketika pemerintahannya menandatangani arahan penahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana hanya menurut arahannya.
Datuk Megat Fairouz Junaidi, anak Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, yang menjadi timbalan Dr Mahathir yang turut memegang jawatan menteri dalam negeri, semalam berkata bapanya menandatangani arahan penahanan ISA kerana diarahkan Dr Mahathir sendiri.
“Saya tidak tahu, tak pernah dengar. Ini (dakwaan baru). Mungkin dia (sebagai anak) lebih tahu daripada saya,” kata Dr Mahathir.

'Polis akan siasat lebih ramai hadiri sambutan hari jadi Anwar'

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dan ADUN Semambu Lee Chean Chung menjangkakan lebih ramai lagi peserta majlis sambutan hari jadi hari ke-69 Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diadakan di luar penjara Sungai Buloh pada awal bulan ini bakal dipanggil oleh polis.
Mereka berkata demikian kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh selepas kenyataan mereka dirakamkan selama kira-kira setengah jam.
"Kami difahamkan bukan kami berdua saja akan dipanggil rakam percakapan tetapi akan ada lagi lebih ramai dan saya jangka mungkin dalam sepuluh atau 15 orang lagi akan dipanggil.
"Polis bertanya tentang beberapa perkara termasuk siapa penganjur, apakah peralatan audio yang digunakan dan lain-lain," kata Fahmi.
Menurutnya mereka disiasat, kerana dirinya menjadi pengacara majlis manakala Lee Chean Chung pula kerana menyanyi lagu pada majlis berkenaan.
Mengikut peguam mereka, Melissa Sasidaran, kedua-dua pemimpin PKR itu disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman, namun polis tidak memberitahu seksyen yang digunakan.
Fahmi turut mempersoal sama ada sambutan hari jadi juga menjadi satu kesalahan sehingga perlu disiasat oleh polis.
"Aktiviti itu hanyalah untuk menyambut hari jadi seseorang.
"Dalam masa akan datang, kalau kamu menyambut hari jadi, mana tahu kamu akan disiasat oleh polis juga," katanya.
Beliau seterus mencadangkan kepada polis supaya memberi perhatian kepada isu yang lebih serius dan penting berbanding sambutan majlis hari jadi.
"Contohnya, saya harap polis akan segera berjumpa dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan (Mansor)  untuk menyatakan kesediaan mereka memastikan Tengku Adnan dan keluarganya selamat untuk beliau membuat pengistiharan harta.
"Hal ini kerana Tengku Adnan berkata beliau takut untuk mengistihar harta kerana mungkin perompak dan penculik akan memangsakan beliau dan keluarganya," kata Fahmi.
Sementara itu, Lee pula mempersoal sama ada tindakannya mendendangkan lagu yang diterbitkan oleh kumpulan band Hong Kong 'Beyond' yang bertajuk 'Zaman Gemilang' adalah satu kesalahan.
"Saya mempersembah sebuah lagu yang memberi penghormatan kepada pemimpin Afrika Selatan Nelson Mandela, apa salahnya dengan lagu ini?

Students to ensure TangkapMO1 not hijacked by politicians

'The one who was not betrayed could have been the betrayer'

Anina withdraws her suit against Najib

PAS tidak 'khilaf' jalin hubungan dengan IKATAN - Nik Zawawi

Himpunan #Tangkap M01 sengaja nak cemarkan negara - Shahrizat

Pelajar jamin ahli politik tak rampas himpunan TangkapMO1

Aktivis pelajar dari gabungan Tangkap Malaysian Official 1 (MO1) memberi jaminan bahawa perhimpunan mereka yang dijadualkan 27 Ogos ini tidak akan dirampas oleh parti politik.
Jurucakap TangkapMO1, Anis Syafiqah Md Yusof berkata, mereka telah menetapkan satu peraturan iaitu hanya pelajar yang akan menentukan acara apabila penunjuk perasaan tiba di Dataran Merdeka sebagai titik akhir perhimpunan mereka.
"Sebaik sahaja kita sampai di Dataran, hanya pelajar akan dibenarkan untuk bercakap (berucap kepada orang ramai)," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
"Kami telah mengeluarkan arahan kepada ahli-ahli politik dan pemimpin NGO lain bahawa mereka hanya boleh memberi ucapan di dua lokasi perhimpunan awal iaitu di Sogo dan Masjid Jamek," katanya, ketika ditanya mengenai kemungkinan pelajar dibayangi oleh pemimpin yang lebih terkenal.
Walaupun mendapat bantahan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Anis Syafiqah berkata pelajar akan meneruskan rancangan mereka untuk berkumpul di Dataran Merdeka kerana ia adalah satu-satunya lokasi yang benar-benar melambangkan kekuatan rakyat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata polis tidak akan membenarkan perhimpunan itu diadakan di Dataran Merdeka kerana penganjur tidak mendapatkan kebenaran daripada DBKL.

Begitu pintar.. anak Melayu ini..miliki 31 kondo mewah RM15.5juta....!!!

"Tanpa Umno Melayu Akan Terbangsat" -Najib Razak

Kisah menarik kejayaan anak Melayu di bidang perniagaan yang wajar dicontohi semua...

Di usia muda sudah memiliki 31 unit kondominium mewah bernilai lebih RM15.5 juta.. Kesemua unit yang terletak di ibu negara itu telah ‘dibeli’ daripada lima pemaju projek perumahan yang berurusan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).. pada harga asal antara RM200,000 - RM300,000 tanpa membuat sebarang pembayaran deposit, ni dapat direalisasikan kerana kedudukan anak Melayu ni yang memiliki pengaruh dan kuasa di DBKL.. Anak Melayu ni kemudiannya menjual kembali unit tersebut pada harga RM500,000 dan mendapat untung atas angin..

Begitu pintar.. anak Melayu ini.. wajar dicontohi oleh Melayu yang lain... siapakah anak Melayu yang berwawasan tinggi ini..??

Namanya Datuk Seri Haji Syed Afendy bin Syed Abid Ali..
- yang ditangkap SPRM baru baru ini...
- yang baru saja 'UPGRADE' dapat gelaran Datuk Seri daripada Sultan Pahang pada 19 April 2016.

HIDUP MELAYU !!!

Skandal 1MDB...Sept Tarikh Akhir...!!!

Nampaknya seperti seakan-akan tiada kelihatan pada 'satu pihak' yang akan tampil untuk memberi keterangan diperbicaraan tersebut. YANG MEREKA HANTAR HANYA 'pemerhati'' sahaja.

TAHUKAH ANDA...
2 telah ditahan oleh pihak berkuasa dan 2 lagi iaitu ANAK TIRI NAJIB RAZAK yg juga anak kandung ROSMAH dan Jho Low tidak peduli kerana yang dirampas itu BUKAN aset yang dibeli dgn wang mereka sendiri tetapi disonglap dari 1MDB...

BERSATU - BN HILANG UNDI, UMNO HILANG AHLI

Dalam pilihanraya umum 2013 lalu, BN menang 133 kerusi Parlimen, manakala Pakatan Rakyat 89 kerusi. Berdasarkan jumlah kerusi Parlimen sebanyak 222 keseluruhannya,  majoriti mudah untuk membentuk kerajaan ialah 112 kerusi.

Bagaimanapun BN berjaya mengurangkan jumlah kerusi PR dengan menawan semula Teluk Intan dalam pilihanraya kecilnya yang menyaksikan Mah Siew Kong berjaya menewaskan Dyana Sofya daripada DAP. 

Ini bermakna, Pakatan Harapan dicampur dengan BERSATU yang diinisiatifkan penubuhannya oleh Tun Mahahir Mohamad dan diketuai oleh Muhyiddin Yassin, hanya memerlukan kurang daripada 25 kerusi saja lagi untuk menumbangkan BN dalam pilihanraya akan datang.

Jika diandaikan semua kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Harapan sekarang ini mampu dikekalkan kerana kedudukannya di kawasan bandar, separa bandar atau disebabkan faktor pengundi bukan Melayu yang agak ramai, selain Pas juga berjaya mengekalkan kerusi mereka di Kelantan, Terengganu dan Kedah, sasaran 25 kerusi yang ingin dimenangi itu sudah tentu yang merupakan kerusi yang sekarang dipegang oleh UMNO.

Bermakna, wujudnya BERSATU tidak lain ialah untuk menawan sebanyak mungkin daripada 88 kerusi Parlimen yang sedang dikuasai UMNO.

Jika dilihat, sama ada diperbualan harian dalam masyarakat atau di media sosial, sambutan rakyat terhadap kewujudan BERSATU amat positif dan memberangsangkan. Logo bunga raya bertebaran digunakan di media sosial sebagai gambar profil tanpa rasa bimbang dan takut.

Setelah pemimpin-pemimpin UMNO memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap ahli-ahlinya yang mempromosikan parti baru itu atau memintanya keluar secara sukarela, ia sebaliknya dibalas  dengan gesaan agar BERSATU diluluskan segera pendaftarannya supaya perpindahan keahlian secara sah dapat dilakukan.

Ahli-ahli UMNO yang menolak dan membenci Najib serta vokal dalam pendirian mereka pasti akan keluar parti dan menyertai BERSATU sebaik ia diluluskan nanti. Mereka hanya menunggu masanya saja, bahkan ada yang sedang giat berkempen mengajak kawan-kawan dan keluarga untuk turut serta menjadi ahli BERSATU.

Golongan ini tentu saja tidak lagi mengundi BN dalam pilihanraya akan datang.

Mereka yang membenci Najib secara diam, tetapi masih sayang UMNO, ramai di antaranya tidak mahu lagi memberi undi kepada BN kerana percaya ia hanya akan membantu Najib untuk terus berkuasa. Berkuasanya Najib, bagi mereka, hanya akan mengekalkan atau menambah kecelaruan sedia ada.

Mereka ini lebih rela UMNO kalah atau hilang kuasa buat sepenggal dua daripada melihat Najib terus menjadi Perdana Menteri. Mereka juga percaya, setelah UMNO kalah dan majoriti pemimpin-pemimpin yang ada mengundurkan diri, kehadiran muka-muka baru akan menjadikan parti itu mampu bangkit semula dengan lebih dihormati selepas itu.

Terdapat juga ramai ahli UMNO yang sekarang ini menjadi pasif berikutan skandal kewangan dan pelbagai masalah yang dicetuskan oleh kepimpinan Najib. Mereka tidak mahu ambil tahu apa-apa tentang UMNO, tidak hadir program atau mesyuarat UMNO, bahkan berikrar tidak mahu turun mengundi dalam pilihanraya akan datang.

Golongan ini berpotensi mengurangkan jumlah undi UMNO dalam pilihanraya akan datang. Mereka ini bukan saja tidak mahu Najib terus kekal, bahkan tidak akan aktif dalam UMNO selagi suami Rosmah menjadi Perdana Menteri.

Itu belum dikira lagi jumlah pengundi atas pagar, golongan muda dan mereka yang tidak memihak kepada mana-mana parti yang akan berubah pendirian berikutan kebencian, rasa meluat dan menolak kepimpinan Najib berikutan cerita-cerita di media sosial yang tak berkesudahan.

Dalam hal ini, kewujudan BERSATU memang memberi kelebihan kepada perubahan yang ingin dilakukan. Dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada 2014, Muhyiddin pernah mengingatkan bahawa perubahan sebanyak dua peratus saja pengundi yang beralih kepada pembangkang akan menyebabkan BN kehilangan kuasanya.

Dengan Tun Mahathir, Muhyiddin, Shafie Apdal dan Mukhriz sudah meninggalkan UMNO, tidak saja usaha mengurangkan 25 kerusi UMNO itu menjadi lebih mudah, malahan perubahan pengundi yang beralih juga mungkin melebihi dua peratus.

Selain BERSATU berupaya mengurangkan jumlah keahlian UMNO, ia juga paling berpotensi menyebabkan BN kehilangan banyak undi. Dengan hanya kurang 25 kerusi untuk mengalahkan BN, apa yang perlu bagi Pakatan Harapan, BERSATU dan Pas ialah memupuk persefahaman sebaik mungkin mulai sekarang. 

Ini kerana, tidak mustahil kelulusan BERSATU akan dilengah-lengahkan atau PRU 14 akan diawalkan sebelum BERSATU diberi kelulusan.

Anina tarik tiga saman terhadap Najib, terus berjuang dipentas Bersatu


Anina (kiri) bersama peguamnya Mohamed Haniff Khatri ketika sidang media hari ini.Anina (kiri) bersama peguamnya Mohamed Haniff Khatri ketika sidang media hari ini.Bekas ahli Umno bahagian Langkawi Anina Saadudin menarik balik tiga daripada empat tindakan undang-undang atas kapasiti beliau sebagai ahli parti itu yang berlansung di mahkamah  sejak setahun lalu.
 Tiga tindakan undang-undang itu antaranya kes yang telah difailkan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak berhubung pengembalian wang derma RM2.6 bilion pada Umno yang mana tarikh sebutan kes akan diadakan pada 26 September ini di Mahkamah Rayuan.
Selain kes pemecatan beliau sebagai ahli Umno dalam permohonan kebenaran merayu ke mahkamah Persekutuan yang ditetapkan pada 14 September.
Terakhir membabitkan kes di Mahkamah Tinggi yang baru difailkan selepas keputusan Mahkamah Rayuan berhubung rayuannya  terhadap pemecatan tersebut iaitu permohonan deklarasi membatalkan kesahihan seksyen 18(c) Akta Pertubuhan pada 10 Oktober ini untuk permohonan pihak responden membatalkan permohonan tersebut.
Bagaimanapun Aninah mengekalkan saman yang difailkan bersama-sama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk  Seri Khairuddin Abu Hassan terhadap Najib bagi pelanggaran kewajipan fidusiari akan diteruskan.
Dalam sidang akhbar diadakan, Anina berkata, keputusan untuk menarik balik tindakan undang-undang yang dibuatnya ekoran kini beliau mempunyai pentas baru dalam parti Bersatu untuk meneruskan perjuangan.
"Saya sekarang dengan Bersatu, perjuangan (Umno) tu dah tak relevan. Perjuangan yang lebih penting adalah untuk menjatuhkan Najib daripada kerusi Perdana Menteri.

Muhyiddin pilihan Pak Lah ? 'Tak, tak, tak', katanya

Bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi hanya berkata 'tidak, tidak, tidak' ketika diminta mengulas pendedahan Tun Musa Hitam, baru-baru ini.
Dalam buku bertajuk 'Frankly Speaking', Musa mendedahkan Abdullah mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai timbalan perdana menteri sebagai syarat untuk dirinya melepaskan jawatan nombor satu.
"No, no, no," kata Abddulah yang lebih mesra dipanggil Pak Lah sebelum diiringi oleh para pengawal peribadinya keluar dari tempat persidangan.
Pak Lah berkata demikian selepas menghadiri Persidangan Kebangsaan Ekonomi dan Kewangan Islam ke-3 bagi tahun 2016 di Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam Malaysia (IAIS), Universiti Malaya, Kuala Lumpur hari ini.
Dalam bukunya itu, pelantikan Muhyiddin sebagai orang nombor dua adalah antara syarat-syarat Abdullah sebelum beliau menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Najib Razak, kata Musa.
Najib dan Muhyiddin bergandingan menerajui negara dari tahun 2009 hingga 2015.
Tahun lalu, Najib menggugurkan Muhyiddin dalam rombakan kabinet ekoran kritikan lantang timbalannya terhadap 1MDB.
Muhyiddin kemudiannya dipecat daripada Umno, dan kini bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi menentang Najib dan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Sebelum pemecatannya, Muhyiddin berulang-kali mempersoalkan mengapa Umno bertindak terhadapnya kerana menentang Najib tetapi tidak berbuat apa-apa apabila beliau bertindak ke atas Abdullah.

Dr M: Ada 4 Tan Sri, seorang mungkin khianat

Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan terdapat empat individu bergelar 'Tan Sri' dan salah seorang daripada mereka mungkin mengkhianati yang lain.
Sebelum ini, bekas perdana menteri itu memberi gambaran tiga pegawai tinggi kerajaan yang dituduh bersubahat untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Razak telah "dikhianati".
"Ada seorang yang tidak termasuk. Terdapat empat daripada mereka, seorang daripada mereka tidak termasuk.
"Ada kemungkinan bahawa seorang (tidak termasuk itu) yang khianat," katanya kepada pemberita di Putrajaya.
Ditanya sama ada beliau merujuk kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang juga mempunyai gelaran berkenaanu, Mahathir menjawab: "Saya tidak tahu. Saya tidak tahu. Saya tidak mahu ditangkap."
Pada hujung minggu lalu, Mahathir mendakwa jika tidak kerana tindakan khianat itu, perdana menteri sudah tentu akan menghadapi tindakan.
Bulan lalu, Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun membuat laporan polis terhadap bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz, bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamad.
Khairul Azwan mendakwa tiga Tan Sri itu memberi maklumat sulit kepada agensi-agensi asing tanpa kebenaran dan memalsukan butiran untuk mencapai agenda mereka.
Bagaimanapun, Khalid berkata polis tidak akan menyiasat laporan ketua Pemuda Umno itu kerana ia dibuat berdasarkan andaian.

11 sebab rakyat akan beralih sokong Bersatu


Jawatankuasa penaja mengadakan sidang media pada Ahad lalu untuk menerangkan hala tuju Bersatu.Jawatankuasa penaja mengadakan sidang media pada Ahad lalu untuk menerangkan hala tuju Bersatu.Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyenaraikan 11 sebab mengapa mereka akan menerima sokongan dari ahli Umno dan rakyat terhadap penubuhan parti baharu itu dalam persada politik tanah air.
Setiausaha Penaja Bersatu, Kamarulazman Habibur Rahman berkata, di kalangan yang berlumba-lumba menyertai parti ini terdiri daripada pelbagai pihak dan golongan masyarakat.
"Mereka yang tidak pernah menyertai mana mana parti politik. Mereka yang tidak pernah minat politik.Mereka yang sudah hilang kepercayaan dengan pemimpin yang ada sekarang.
"Mereka yang sudah tidak yakin dengan kerajaan sekarang. Mereka yang mahukan perubahan.
"Mereka yang percaya kepada kepelbagaian kepimpinan yang ditonjolkan dalam barisan penaja parti dan yang akan datang.
"Mereka yang berminat dengan visi perjuangan parti yang disebut oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu 'memberi harapan baru' kepada masyarakat Malaysia (A new deal all Malaysians).
"Mereka yang menyanjung dan menghargai ketokohan Tun Mahathir.Mereka yang teruja dan ingin tahu hala tuju parti ini.
" Mereka yang sudah bosan dengan keangkuhan kepimpinan kerajaan yang ada sekarang.Golongan muda yang diterima baik dalam wadah parti baru ini," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Kamarulazman turut menjelaskan harapan parti itu diluluskan permohonan pendaftaran pertubuhan sedikit masa lagi.
" Kita masih menanti berita tentang kelulusan permohonan tersebut. In shaa Allah jika tiada halangan, kita akan menerima berita gembira dalam masa yang terdekat ini.
"Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menunjukkan minat untuk menjayakan parti ini apabila ia diluluskan kelak," ujarnya.

Pengarah, pegawai DBKL diarah isytihar harta


Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd AzizDatuk Seri Mhd Amin Nordin Abd AzizSemua pengurusan tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) termasuk pengarah eksekutif, pengarah jabatan dan semua kakitangannya diarahkan melaksanakan kemas kini data peribadi termasuk mengisytiharkan harta masing-masing, susulan penahanan pegawai kanan DBKL, baru-baru ini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz dipetik berkata, langkah itu dilakukan bagi menunjukkan kesediaan pihaknya dalam bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi membantu siasatan kes membabitkan pegawai kanan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.
Menurutnya, pihaknya serius memastikan semua kakitangan DBKL bebas daripada kegiatan salah laku yang membabitkan rasuah dan penggubalan pengubahan wang haram.
“Saya arahkan semua kakitangan yang berpotensi untuk mengemaskini maklumat berkaitan harta mereka. Perkara ini bukan baru, tapi memang dibuat setiap dua tahun sekali,” katanya mengulas kes penahanan reman seorang pegawai kanan DBKL berpangkat Datuk Seri oleh SPRM kerana didakwa terlibat dengan kes rasuah.
SPRM dalam kenyataan terbaru pula mengesahkan sedang melakukan siasatan membabitkan penglibatan pegawai DBKL yang bersekongkol dengan pemaju projek bagi mendapatkan untung atas angin.
Siasatan dijalankan tertumpu di bawah kesalahan rasuah dan salah guna kuasa.
Mhd Amin Nordin berkata, sekiranya siasatan mendapati ada pegawai terlibat kesalahan jenayah itu, tindakan tegas akan diambil.

Wanita muda Amanah akan berhimpun #TangkapMO1


Anis Afida AzliAnis Afida AzliWanita Muda Parti Amanah Negara menyokong penuh himpunan #TangkapMO1 anjuran anak muda dan mahasiswa di Dataran Merdeka pada 27 Ogos ini.
Ketua Protem Wanita Muda Nasional Anis Afida Azli berkata, mereka akan bersama-sama gabungan #Tangkap MO1 pada himpunan tersebut dan menyeru seluruh wanita muda turun menyatakan sokongan dan menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap "Malaysian Official 1".
“Tahniah kepada wanita muda, Anis Syafiqah dan rakan-rakan atas keberanian menganjurkan himpunan tanpa mempedulikan risiko di depan mata berhadapan dengan tindakan undang-undang dan universiti.
“Wanita muda harus berperanan dalam memikirkan masa depan negara kerana masa depan negara adalah milik anak muda,” katanya.
Beliau juga berkata, wanita muda kesal terhadap sikap tidak profesional polis dalam memberi kerjasama berhubung tempat himpunan.
“Seharusnya diutamakan keselamatan rakyat dan memberi kerjasama dengan pihak penganjur,” katanya.
Perhimpunan itu akan diadakan pada dua kawasan iaitu di Pusat membeli belah Sogo dan Masjid Negara.
Peserta merancang untuk berarak dari dua tempat itu ke Dataran Merdeka pada jam 2 petang.
Ia bertujuan untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa menangkap "Malaysia Official One" yang dinamakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat dalam tuntutan saman sivil berhubung dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Wanita muda Amanah juga kesal terhadap sikap tidak profesional polis dalam memberi kerjasama berhubung tempat himpunan.- Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.Wanita muda Amanah juga kesal terhadap sikap tidak profesional polis dalam memberi kerjasama berhubung tempat himpunan.

Matthias Warns Najib The Pharaoh Don't You Dare Cross Rakyat's Red Line

'Tangkap MO1, kami tetap mahu ke Dataran Merdeka' - Mahasiswa

(HOLD) Polis didakwa bersubahat dengan 'Datuk' dalam kes curi Lamborghini

UMNO Selangor anjur wacana 'close door' bersama CEO 1MDB

Konspirasi guling Najib atau ke atas 3 Tan Sri, soal Kit Siang

Tun M: PRIBUMI tak diterima, pembangkang tak akan menang PRU

Saya tak tahu siapa yang khianati '3 Tan Sri' -Tun M

Konsep 'bangsa Johor' boleh pecah keharmonian Malaysia - Tun M

Skanal 1MDB: September, tarikh akhir fail cabaran terhadap saman DOJ