Isnin, 22 Ogos 2016

Pembangkang mahu Nawawi dihukum walaupun sudah mohon maaf

Mereka mahu tindakan diambil terhadap Ahli Parlimen Langkawi kerana membuat aduan palsu
lim-lip-eng-1
PETALING JAYA: Sekiranya Datuk Nawawi Ahmad merasakan permohonan maaf terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong melalui Facebook sudah memadai, beliau mungkin tersilap.
Salah seorangnya, Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng yang berpandangan permohonan maaf Nawawi itu bukti beliau membuat laporan polis palsu – laporan yang menafikan beliau berkata Yang di-Pertuan Agong adalah Malaysian Official 1 (MO1).
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dalam laporannya bulan lalu mendakwa MO1 didakwa menerima AS$731 juta yang digelapkan daripada 1MDB.
Butiran laporan DoJ itu berkata MO1 adalah “pegawai kanan Kerajaan Malaysia yang juga memegang jawatan penting dalam 1MDB”, dan individu itu mempunyai ikatan kekeluargaan dengan anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz.
Lip Eng berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu jelaskan adakah tindakan boleh diambil terhadap Nawawi.
“Tidakkah Nawawi perlu ditahan?” soal Ahli Parlimen Segambut kepada FMT.
Rakannya Teresa Kok berkata Nawawi perlu meminta maaf secara menghadap dan memohon keampunan.

Politik - Jangan sekali-kali terperangkap menjadi fanatik, ekstrem atau idealis kental.

Oleh Fathi Aris Omar

Kalau kita terlibat dalam politik, apa jenis politik sekali pun, kita jangan sekali-kali terperangkap menjadi fanatik, ekstrem atau idealis kental.

Harus ada ruang gerak yang sedikit pragmatik dan realis sekira-kiranya perlu untuk keanjalan berstrategi. 

Jika kita terlalu fanatik sehingga membeku dan terlalu yakin diri tanpa menilai gerak politik persekitaran di sekeliling kita, pilihan-pilihan gerak kita akan terbatas.

Kekakuan ini akan merimaskan kita sehingga menyebabkan kita lemas.

Atau, kita tidak mampu menyusun gerak untuk mengambil ruang sewaktu muncul kesempatan untuk memajukan agenda bersama.

Tidaklah pula bermakna kita tidak harus idealis, tidak harus bercita-cita murni atau tidak berprinsip.

Dalam politik, setiap gerak boleh disusun, termasuk menangguhkan kepentingan kecil demi kepentingan bersama yang lebih besar.

Jika kita boleh mengkritik dengan hujah yang rasional dan bernas, sekali gus tidak mencipta tembok perseteruan tajam, maka ini bermakna kita realistik dalam idealisme kita.

Jika kita terpaksa sedikit tawadhu' dan mengendurkan posisi kita, sekira-kiranya tidak menghilangkan prinsip dan himmah diri, maka inilah pendekatan yang tidak fanatik, tidak ekstrem dan tidak idealis kental.

Dengan kata lain, kita tidak boleh mempersiapkan jentera serangan tanpa menyediakan jentera perdamaian; mempersiapkan ketumbukan yang meruntuhkan tanpa menyediakan pasukan pembangunan semula.

Menyerang, menangguhkan serangan, berdamai dan menangguhkan perdamaian semuanya strategik dan taktik dalam politik.

Rebel Umno sasar 10,000 ahli sertai #TangkapMO1

Dijangkakan seramai 10,000 penyokong Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) menyatakan pendirian mereka untuk turut menyertai himpunan #TangkapMO1 pada 27 Ogos ini.
Rebel Umno sasar 10,000 ahli sertai #TangkapMO1Presiden GKCM Kamarulzaman Habibur Rahman mendesak semua ahli GKCM seluruh negara dan rakyat Malaysia untuk turun menyokong perhimpunan yang akan diadakan itu.
“Kita menyokongan gerak kerja anak muda seperti mahasiswa untuk menganjurkan perhimpunan sedemikian. Ini kerana merekalah kumpulan yang peka dengan situasi semasa yang berlaku dalam negara pada hari ini.
‘Kita jangka ahli dan rakyat akan menyertai himpunan ini bersama golongan anak muda ini,” ujarnya dalam sidang media diadakan petang ini.
Manakala Timbalan Presiden Datuk Mohd Zin Mustafa pula berkata, penyelewengan yang berlaaku dalam 1MDB telah membawa kepada beban kos sara hidup rakyat.
Justeru katanya, GKCM menyeru ahli serta masyarakat berbilang kaum agar memberi sokongan penuh kepada gerakan anak muda dan mahasiswa dalam perhimpunan aman ini.
“Masa telah tiba untuk rakyat bangun dan bersuara. Ini bukan masa untuk berdiam diri.
“Berilah sokongan kepada anak muda agar kehidupan generasi akan datang tidak tergadai angkara Malaysia Official Number One ini,” ujarnya.
Sepuluh pertubuhan bukan kerajaan, kebanyakannya belia, telah menunjukkan sokongan mereka terhadap perhimpunan itu dengan PKR, DAP dan Amanah yng berikrar untuk turut serta, yang dianjurkan oleh beberapa pertubuhan belia, mahasiswwa dan disokong Bersih 2.0.

NAFIKAN DANA 1MDB DIGUNAKAN UNTUK 'PARTI SEKS' DICAPRIO

"Apakah dengan berdiam diri itu, PAS merestui dana 1MDB disalahguna sewenang-weanngnya? Apakah bagi PAS adalah HALAL bagi bukan Islam menggunakan wang 1MDB bagi parti seks?"
Pihak yang rimas, tidak selesa atau merasa sangsi dengan kritikan serta pendedahan demi pendedahan media Barat mengenai bagaimana dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) digunakan untuk ‘maksiat melampau’,  wajar melakukan penyelidikan dan jangan membiarkan negara dan 1MDB menjadi bahan ‘belasahan’.
Cari jalan untuk menjawab atau nafikan bahawa wang 1MDB tidak terbabit langsung dengan kegiatan mungkar itu.
Bukan sahaja cerita sebegini akan mendatangkan pelbagai spekulasi tetapi ia menjejas dan memalukan rakyat malah imej Malaysia sebagai negara Islam pasti terjejas.
‘Maksiat melampau’ ini tidak ada kena mengena dengan Perdana Menteri, pemimpin UMNO atau kerajaan secara langsung tetapi tempiasnya amat besar.
Apakah rakyat kita begitu  mudah dimanipulasi dan  negara kita begitu terdedah kepada perbuatan bersifat iblis oleh pihak-pihak tertentu menggunakan ‘wang rakyat’ bagi tujuan yang dilarang oleh Islam?
Yang bijak pandai dalam kumpulan tentera siber yang digaji dan mendapat upah daripada parti politik yang menyokong kerajaan, khususnya UMNO atau kerajaan dan ada yang mendapat latihan sehingga ke luar negara,  kenapa berdiam diri?
Nafikan laporan media Barat yang memburukkan 1MDB yang tempiasnya sangat dirasakan oleh negara, apa lagi  pendedahan terbaru The Hollywood Reporter (THR) bertajuk “Leonardo DiCaprio, the Malaysian Money Scandal and His "Unusual" Foundation”.
Ini kerana laporan terbaru THR itu menyebut sebuah penerbitan industri hiburan yang berpangkalan di Amerika Syarikat membuat tuduhan berat bahawa  aset yang dipercayai dicuri daripada firma pelaburan strategik negara Malaysia itu, mungkin ada kait-mengait dengan yayasan kebajikan kepunyaan bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio.
Di sini disebut mungkin dan sudah pasti ada ruang untuk diselidiki dan diperbetulkan laporan itu untuk membersihkan 1MDB.
Menurut THR, “While the complaint does not target DiCaprio — he's referred to twice in the 136-page document and only as "Hollywood Actor 1" — the scandal shines an unfamiliar light on the charitable foundation of the most powerful actor in Hollywood thanks to the way the LDF has benefited directly from DiCaprio's relationship with key figures in the saga.”
Siapa “key figures” berkenaan? 
Laporan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika sudah mendedahkan baru-baru ini nama-mana mereka dan sewajarnya bagi yang bersimpati dengan 1MBD, akan  berusaha membersihkan nama mereka yang disabitkan oleh DOJ itu.
DiCaprio terkenal di seluruh dunia bukan sahaja kerana lakonannya tetapi juga dengan penganjuran parti liar.
Membersihkan 1MDB ini penting bukan sahaja penting untuk ‘membebaskan tempias’ terhadap Perdana Menteri tetapi juga kerajaan, UMNO dan semua pihak yang sering dijadikan bahan belasahan oleh media antarabangsa dan pembangkang di negara ini.
Cara menutup mulut pembangkang ialah menidak atau menyakinkan rakyat bahawa laporan seperrti yang dibuat oleh THR ini BOHONG, BERNIAT JAHAT dan TIDAK BENAR SAMA SEKALI.

Bimbang keselamatan keluarga, kaya sangatkah Ku Nan?

Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa beliau tidak akan mengisytiharkan harta yang dimilikinya kerana bimbang akan dirompak atau anaknya diculik adalah sama sekali tidak berasas.
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata Tengku Adnan seperti mengandaikan polis tidak mampu menjalankan tugas dengan baik untuk menjaga keselamatan diri dan harta rakyat daripada ancaman penjenayah dengan kenyataan sedemikian.
“Jika pandangan beliau ini benar, kerajaan wajar melarang pihak media daripada melaporkan pengumuman saban tahun senarai 20 orang terkaya Malaysia, kerana publisiti sedemikian akan mengancam keselamatan harta dan keluarga mereka.
“Kalau cara pemikiran Ku Nan itu boleh diterima, warga asing kaya-raya tidak patut melancong ke Malaysia, tidak kiralah untuk bercuti atau bekerja, kerana mereka mungkin dirompak atau diculik,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk DAP meminta agar Tengku Adnan yang juga dikenali sebagai Ku Nan mengisytiharkan asetnya kepada umum berikutan wujud pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang didapati terlibat dengan rasuah.
Walau bagaimanapun, Ku Nan dalam satu kenyataan berkata, beliau enggan berbuat demikian dengan alasan kononnya ia akan menyebabkan penjenayah merompak keluarganya atau menculik anaknya.
Lip Eng yang juga Setiausaha DAP Kuala Lumpur menjelaskan, kebimbangan Ku Nan itu tentu disebabkan oleh kekayaan yang melimpah-ruah sehingga mampu mendapat perhatian penjenayah mahupun perompak.
“Jika kerisauan menteri Umno ini benar-benar berasas, kekayaannya pastilah begitu hebat sehingga ia boleh mengejutkan negara dan memalukan taikun-taikun negara, sekiranya ia diisytiharkan kepada umum,” katanya.
Beliau menegaskan, Ku Nan tidak harus enggan mengisytiharkan pendapatan tahunannya selepas beliau menjadi Menteri sepenuh masa walaupun memiliki banyak aset melalui perniagaan sebelum menjadi ahli politik.

1MDB: Antara biaya haji, hutang judi dan pesta seks


Slide1


Walaupun sudah masuk alaf ke-21, seks masih menjadi satu topik ‘taboo’ dalam masyarakat kita. Sebab itu jugalah sebahagian parti politik di Malaysia gemar menggunakan isu seks seperti video atau orientasi seksual bagi mengenakan musuh politik mereka. Rakyat Malaysia dalam sekelip mata terus berubah menjadi terlebih alim, bertubi-tubi menghukum pihak yang terlibat dalam hal seumpama itu.
Kita juga boleh lihat bagaimana badan agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selalu merempuh masuk rumah dan bilik hotel untuk menghentikan sebarang parti liar atau menangkap pasangan yang berkhalwat. Pendek kata, negara ini negara ‘suci’ yang menganggap sebarang perlakuan seks tanpa nikah, sama ada lurus atau songsang sebagai menjijikkan.
Maka pastinya negara ini tiba-tiba ‘terbalik’ apabila mendengar dakwaan daripada penerbitan industri hiburan, The Hollywood Report (THR) bahawa aset yang katanya dicuri daripada syarikat kepunyaan Kementerian Kewangan, 1MDB ada kaitan dengan yayasan kebajikan milik Leonardo DiCaprio.
Dan yayasan kebajikan Leonardo DiCaprio itu amat terkenal dengan cara kutipan dananya – bukan di majlis atau forum kecil seperti DAP, tetapi di parti-parti liar anjurannya!
Parti-parti liar itu pula bukan calang-calang. THR menyatakan majlis tahunan Yayasan Kebajikan DiCaprio adalah parti liar serba bebas dan ‘bacchanal’ yang dimeriahkan dengan wanita-wanita Slavic yang menjolok mata dan seks secara terbuka di bilik mandi.
Bacchanal’ merupakan kata lain untuk ‘orgies’ atau pesta seks berkumpulan.
Jika dakwaan THR itu benar, tidak mustahil dana yang dicuri daripada 1MDB sebelum ini didermakan kepada yayasan berkenaan di salah satu pesta liar tersebut, seperti dilaporkan oleh portal berita Malaysiakini.
Lebih-lebih lagi, THR menyatakan ahli perniagaan yang didakwa terlibat dengan skandal 1MDB, Jho Low adalah tetamu tetap pesta-pesta seks yayasan kebajikan itu, namun bayangnya tidak kelihatan di majlis tahun ini pada 20 Julai lalu.

Shahrol Halmi bakal dikambing-hitam, seperti Sirul dan Azilah dalam kes Altantuya – Tony Pua


Tony Pua 3KUALA LUMPUR, 22 OGOS: Siasatan terhad pihak polis berdasarkan cadangan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di bawah arahan kabinet ke atas skandal 1MDB bakal berakhir dengan menjadikan Datuk Shahrol Halmi sebagai kambing hitam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan pada Jumaat lalu bahawa pihak polis telah melengkapkan siasatan fasa pertama ke atas 1MDB, berdasarkan lima cadangan PAC.
Namun menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, satu-satunya permohonan PAC yang tidak termasuk dalam lima cadangan itu ialah supaya bekas Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Halmi dan mereka yang terlibat, disiasat oleh pihak berkuasa.
“Jelas bahawa Datuk Shahrol akan dijadikan kambing hitam bagi mengurangkan tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” ujar Tony dalam satu kenyataan.
Bagi Pengerusi DAP Selangor itu, mereka yang berkuasa akan dapat mencuci tangan daripada skandal terbesar dalam sejarah negara apabila Datuk Shahrol dipenjarakan.
Namun persoalan yang bakal timbul ialah apakah motif Datuk Shahrol menggelapkan wang berbilion dolar itu sedangkan beliau tidak didedahkan sebagai penerima manfaat wang yang digelapkan terbabit, dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ).
“Tidak ada beza dengan kes pembunuhan Altantuya pada tahun 2006, apabila Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar didapati bersalah membunuh wanita Mongolia tersebut.

Bila Isteri berkerja dengan Menteri ...

Oleh Zaharin Mohd Yasin
Di zaman saya berkerja sebagai penjawat awam dulu.. semua perlantikan jawatan khasnya ke jawatan strategik dan bertugas di jabatan penuh rahasia khasnya pejabat Menteri.. memerlukan tapisan keselamatan yang ketat oleh pihak Jabatan Keselamatan Kerajaan yang biasanya merujuk dengan pihak Polis.

Maka sesiapa yang bertugas di Jabatan Strategik dan juga pejabat Menteri. sudah pasti melepasi tapisan itu dan telah membuat akuan bersumpah menyimpan rahasia.
Tetapi hari ini saya nampak khasnya pegawai di pejabat Menteri termasuk Tim Menteri main suka sahaja melantik.. dan setengah di bayar oleh agensi Kementerian tetapi berkerja di Pejabat Menteri.
Masa dulu-dulu jika berkerja di pejabat Menteri.. keduanya akan ditapis dan siasat latar belakangnya, ia itu jika si isteri berkerja dengan pejabat Menteri.. si suami kena dilaporkan juga apa kerja dan pendapatannya termasuk asset atau hartanya. begitu juga sebaliknya.
Maka bila serangan berlaku kepada pegawai perempuan Pejabat Menteri dan ada pegawai bukan sahaja dilihat tetapi nampak dengan nyata kehidupan harian luar pendapatan dan kemampuan. Di rasakan menyalah gunakan kududukannya dan dia sendri terlibat membantu kroni dalam kontrak dan tender dalam Kementerian.
Jika di bangkitkan akan Menteri punya pegawai perempuan sedemikian dimana dalam media sosialnya menunjukan kemewahannya termasuk percutian luar negeri dengan penerbangan bisnes clas dan membeli belah dan juga menunjuk beg jenama mewah yang harga tidak kurang RM30k. Mereka akan menjawab.. suaminya orang bisnes.
Kesimpulannya jika untuk menghalalkan terima rasuah dan salahguna kuasa.. pegawai wanita itu akan menjawab "suami saya orang bisnes". walhal kita tahu latar belakang suaminya dahulu hanya 'orang sepak kertas' dikaki lima. Dan hidup berubah sejak berkerja dengan Menteri.

Hanya rakyat yang boleh tangkap Najib Razak

Oleh Mohd Sayuti Omar
Sesiapa pun tidak akan membantah mana-mana pihak untuk menyelamatkan khazanah dan maruah negara. Tindakan atau gerakan untuk mengguling pemimpin yang korup yang bukan sahaja menjatuhkan imej negara tetapi kerugian buat rakyat perlu disokong. Tidak perlu berkompromi dengan mana-mana penyangak wang negara.

Bagaimana pun dalam usaha dan tindakan itu wajarlah ia dianalisa apakah tindakan dan usaha itu rasional, memberi kesan baik atau tidak.
Demo yang dinamakan Tangkap MO1, yang dirancang akan diadakan 27 Ogos, Sabtu ini bagi saya tidak begitu memberi kesan kepada natijah yang hendak dicapaikan. Demo itu seperti mana kata pihak pengajuran, Gabungan Tangkap MO1, ialah untuk mengajak rakyat memberi tekanan agar penjawat jawatan nombor satu negara ditangkap.

Terus terang orang dimaksudkan itu ialah Najib Razak. Sebab dan analasan kenapa Najib perlu "ditangkap" ialah kerana beliau dikaitkan dengan skandal 1MDB dan skandal-skandal "anak" (subsidiri) yang lain yang merugikan negara berskala besar.

Saya kata demo itu tidak berkesan dan satu tindakan membuang masa sahaja kerana siapalah yang hendak tangkap Najib? Kalau tekanan itu meminta pihak berkuasa menangkap dan menghukum Perdana Menteri itu serta mengheret orang-orang terlibat, ia sudah tidak memberi apa-apa kesan lagi. Tindakan dan gesaan itu hanya sia-sia sahaja. Keringat yang mercik kerana berdemo tidak akan berbaloi pun. Najib tidak akan terusik walaupun setengah tapak dari kedudukannya kini.

Semua pihak berwajib yang mempunyai kuasa untuk bertindak ke atas Najib sudah pun cuba berbuat seperti yang diharapkan itu. SPRM sudah pun menyiasat kes berkenaan, tetapi apa hasilnya? Tindakan SPRM tidak pun ke mana, sebalik orang-orang yang dilihat bekerja keras siang dan malam untuk menyelamatkan khazanah negara dan meletakan negara di martabat terbaik dipecat atau meletak jawatan.

Begitu juga dengan PDRM, telah cuba untuk menyiasat kes berkenaan, tetapi ia berakhir begitu sahaja. Tidak ada mana-mana pegawai tinggi polis termasuk ketuanya yang setia akur kepada sumpah dan janjinya. Kuasa orang di atas, lebih tinggi dan menghalang mereka daripada bertindak lebih bermakna dari itu. Kertas sumpah mereka hanya tergumpal dalam poket seluar sahaja.

Nada Muhyiddin 'Tak Serupa Bikin" ...

SEMUA maklum bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan pengkritik tegar DAP selama ini.

Tetapi apabila Muhyiddin pusing 360 darjah bersekongkol pula dengan parti diketuai Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk berganding menentang Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, semua menggeleng-gelengkan kepala.
Apa sudah jadi dengan Muhyiddin? Kit Siang yang sejak sekian lama menjadi `peluru’ oleh Muhyiddin dalam meraih sokongan orang Melayu, kini duduk di sebelahnya dan dijadikan rakan kongsi sejak menubuhkan parti baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Muhyiddin yang turut menentang campur tangan asing di negara ini sebelum ini turut cakap tidak serupa bikin sekarang.
Nada bakal Presiden Pribumi itu kini jauh berbeza jika diperhatikan kenyataan-kenyataan pedasnya terhadap DAP dan anasir asing selama ini.
“Walaupun mereka (kuasa asing) berhak memberikan pandangan tetapi kita lebih berhak untuk menjunjung institusi keadilan yang telah kita amalkan selama ini. Kalau kita tunduk, bukan sahaja bermakna kita lemah, ia juga bermakna kita sudah lari daripada dasar negara ini yang amalkan demokrasi dan pemisahan kuasa eksekutif, legislatif dan kehakiman.”
* Semasa mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak tunduk kepada desakan anasir asing.
* 20 FEBRUARI 2010
“Pengalaman negara lain harus menjadi iktibar kepada kita. Lihatlah di Asia Barat bagaimana kuasa asing campur tangan kononnya untuk membantu menyelesaikan keadaan huru-hara di negara berkenaan. Sebab itu kita mahu elak perhimpunan Bersih daripada diadakan dan ini juga rasional mengapa pihak berkuasa perlu bertindak tegas.”
* Menyelar perhimpunan jalanan, Bersih.
* 2 JULAI 2011
“Campur tangan asing terhadap kedaulatan negara ini amat berbahaya kepada negara dan rakyat. Barisan Nasional (BN) langsung tidak membenarkan kuasa asing mencampuri urusan negara kita.”
* Mengecam tindak tanduk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan cuba menggadai maruah negara.
* 21 OGOS 2008
“Ketua Pembangkang meminta campur tangan kerajaan asing untuk memastikan pilihan raya kita bersih, bebas dan adil. Dia hendak berbohong kepada dunia kononnya pilihan raya kita kotor. Inilah satu lagi pengkhianatan kepada negara. Semata-mata kerana dengki dan niat jahat terhadap kerajaan BN, dia tergamak meminta campur tangan asing dalam hal ehwal politik negara kita.”
* Menjelang Pilihan Raya Umum 2013.
* 28 NOVEMBER 2012

Malaysia ramai ulama penghukum, tetapi tandus penentang korupsi

Presiden Amanah Mohamad SabuMalaysia ketandusan ulama yang berani menentang korupsi dan salah laku dalam pentadbiran negara, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.
Menyifatkan penentangan terhadap korupsi di negara ini masih perlahan, Mohamad berkata umat Islam khususnya menunggu ulamak yang lantang menentang penyalahgunaan kuasa pemerintah persis Imam Nawawi, Ayatullah Khasyani dan juga Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong.

“Umat Islam kaya dengan ulama-ulama yang menghukum, yang menggelarkan kumpulan-kumpulan yang tidak sealiran sebagai munafik, liberal, pengkhianat, khadam dan lain-lain perkataan jelik lagi.

“Sedangkan, rakyat menunggu mereka yang muncul untuk memimpin seperti Imam Nawawi, Ayatullah Khasyani dan Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad, skandal terbesar negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah tidak menjadi rahsia umum apabila didedahkan oleh banyak pihak termasuk Sarawak Report dan Department Of Justice (DOJ), Amerika Syarikat.

#TangkapMO1: Semakan semula reman tiga pelajar tidak wajar, kata peguam

Mohd Fitri AsmuniMohd Fitri Asmuni
Peguam, Mohd Fitri Asmuni menyifatkan semakan semula untuk meneruskan perintah reman terhadap tiga aktivis mahasiswa yang ditahan semalam adalah tidak wajar.
“Reman akan tamat esok hari jam 9.40 pagi. Seandainya pihak polis membuat keputusan untuk melanjutkan reman esok, kami akan membuat bantahan sekeras-kerasnya,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berpendapat, semakan semula tidak akan didengar oleh mahkamah pada hari ini memandangkan terdapat prosedur perlu dipatuhi yang menyebabkan pendengaran kes terpaksa dilakukan pada hari lain.
“Kami juga dimaklumkan oleh Mahkamah Ipoh bahawa Pendakwaraya mengikuti kursus dan tidak ada kes-kes jenayah didengar pada masa sekarang termasuk ‘revision’ ini sekiranya ia terus difailkan,” jelasnya dalam kenyataan bersama peguam Khairul Anuar Musa.

Najib: Saya punya standard lebih kurang Obama

Akibat kecederaan kakinya yang terseliuh semasa beraksi dalam perlawanan kebajikan beberapa dekad yang lalu, Perdana Menteri Najib Razak mengakui terpaksa melupakan permainan kegemarannya iaitu bola sepak dan kini meminati golf.
Dalam sesi dialog 60 minit bersama pelajar pada 18 Ogos lalu, Najib diminta berkongsi pengalamannya bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii, semasa cuti Krismas, 2014.
“Saya partner dengan Obama. Dia pun boleh tahan tetapi saya punya standard lebih kurang Obama la.
“Tidak mahu kalah, tidak mahu kalah,” katanya.
Najib juga ditanya mengenai jumlah handicap golf sekarang.
“Handicap tengok pada siapa saya lawan,” katanya peserta Kembara Mahasiswa Nasional, minggu lalu.
Transkrip penuh wawancaranya dimuat-naik di blog rasmi Najib hari ini.
Percutian Najib ketika itu terpaksa dipendekkan dan beliau bergegas pulang ke tanah air kerana negeri-negeri di pantai timur dilanda apa yang digambarkan sebagai kes banjir paling teruk.
Permainan golf itu menjadi kebanggaan Najib dan beliau dilaporkan berkata kepada sekumpulan pelajar Malaysia di New York pada September tahun lalu bahawa dirinya adalah satu-satunya perdana menteri yang diberi peluang bermain bersama Obama.
Pada dialog itu Najib sempat memberi nasihat kepada pelajar untuk ‘warm-up’ terlebih dahulu.
“Zaman muda main bola tetapi lutut saya ini, saya buat silap. Bila saya jadi Menteri Belia dan Sukan, saya masa itu rasa saya muda lagilah pada masa itu.

AMK: PTPTN perlu kaji keputusan henti pembiayaan penuh

Angkatan Muda KEADILAN meminta kerajaan mengkaji semula keputusan Perbandanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menghentikan pembiayaan penuh kepada pelajar yang menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi.
Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata keputusan itu bukan sahaja memberi kesan kepada pelajar, bahkan menyukarkan rakyat Malaysia mendapatkan pendidikan di peringkat lebih tinggi.

NIK-NAZMi“Kenaikan kos sara hidup yang tinggi sudah pasti akan memberi kesan kepada peminjam.
“Tanpa PTPTN atau apa-apa bantuan kewangan seumpamanya, majoriti rakyat Malaysia akan menghadapi kesusahan untuk menyambung pelajaran sehingga ada yang terpaksa meminjam daripada keluarga, kawan, malahan lebih teruk ada juga yang meminjam daripada Ah Long.
“Faktor ini perlu juga diambil kira kerana keperluan kehidupan harian seperti makan minum, kos pengangkutan dan bayaran sewa serta utiliti rumah mesti diutamakan,” katanya dalam kenyataan.
Nik Nazmi berkata, pihaknya memahami keputusan itu disebabkan kadar bayaran balik yang rendah.
Bagaimanapun, katanya, PTPTN juga harus sedar bahawa badan itu merupakan sumber utama bagi pelajar untuk menyambung pengajian ke IPTA.
“Masalah pembayaran semula ini telah lama dikenalpasti PTPTN dan sehingga kini mereka masih gagal melaksanakan sebarang tindakan perancangan yang berkesan untuk mengatasinya.
“Malah, daripada dulu lagi KEADILAN menyarankan kerajaan mengkaji punca sebenar permasalahan ini. Sehingga kini, kami tidak dimaklumkan tentang sebarang kajian yang dibuat,” katanya.
Pada 21 Ogos lalu, Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata trend bayaran balik yang masih rendah dalam kalangan peminjam sedia ada menyebabkannya terpaksa mengurangkan kadar pinjaman kepada penuntut baru.
Sehingga Disember 2015, PTPTN hanya berjaya mengutip RM8 bilion berbanding sasaran RM15 bilion daripada RM26 bilion pinjaman yang diluluskan.
PTPTN juga hanya meluluskan 95 peratus daripada kos pengajian kepada penuntut IPTA dan 85 peratus kepada penuntut IPTS.

Pemuda PKR cabar Khairul debat ‘konspirasi guling Najib’

Pemuda PKR mencabar Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun untuk berdebat, berikutan kenyataannya secara tegas mengulangi bahawa wujud satu konspirasi tertinggi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan BN.
Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin dalam satu kenyataan hari ini berkata, cabaran itu dibuat berdasarkan kenyataan terkini Khairul Azwan, melalui ucapannya pada mesyuarat Umno bahagian Teluk Kemang Sabtu lalu.
“Pemuda PKR bersedia untuk menaja tempat dan menjemput media dalam dan luar negara untuk liputan debat ini dan Saudara Khairul Azwan hanya perlu menamakan tempat, tarikh dan masa untuk acara ini dianjurkan.
“Saya selaku Timbalan Ketua Pemuda PKR juga bersedia untuk tampil sepentas bagi berdebat dengan beliau mengenai konspirasi ini,” kata Afif yang juga adalah ADUN Seberang Jaya.
Katanya, tajuk tentatif debat itu adalah "Saman DOJ: Satu Konspirasi Jatuhkan PM?"
Ini merujuk kepada saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Keeadilan (DOJ) Amerika Syarikat, baru-baru ini untuk mendapatkan hampir AS$1 bilion aset yang dikaitkan dengan dana pelaburan negara bermasalah 1MDB.
Najib dan pemimpin Umno lain sebelum ini memberi amaran bahawa saman ahkamah DOJ mungkin sebahagian daripada konspirasi antarabangsa untuk menjejaskan kestabilan kerajaan BN.
Dalam laporan polis yang dibuat bulan lalu, Khairul Azwan menuduh bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkomplot untuk menjatuhkan Najib.

MCA sudah muktamadkan calon PRU14

Liow berkata MCA akan meminta semula tiga kerusi Parlimen milik mereka di Kuantan, Gelang Patah dan Wangsa Maju dari UMNO.
Liow-Tiong-Lai-MCA
JELEBU: MCA sudah memuktamadkan calonnya bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebagai langkah awal untuk menawan kembali kerusi yang tidak dimenanginya pada pilihan raya umum lepas, kata presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Menurut Liow, beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk berbincang tentang calon yang dipilih itu.
“Kriteria bagi pemilihan calon kami bukan sahaja berlandaskan keputusan parti, tetapi juga seseorang calon itu mestilah disukai ramai dan boleh menang. MCA perlu mendapatkan kembali sokongan kaum Cina dan di Negeri Sembilan, kami sudah mengenal pasti kesemua 10 kerusi berkenaan.
“Kami membahagikan mereka kepada beberapa kategori dan meletakkan banyak tumpuan untuk memenangi semula kerusi-kerusi itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bilik Operasi Chennah MCA di Titi, dekat sini hari ini.
Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata MCA akan meminta semula tiga kerusi Parlimen milik mereka di Kuantan, Gelang Patah dan Wangsa Maju dari UMNO.
“Kita pinjamkan tiga kerusi parlimen kepada UMNO dan mahu dapatkannya semula. Kami yakin UMNO akan membantu MCA untuk memenangi sokongan Melayu.

Kerusi PAS milik Amanah, isytihar Salahuddin Ayub

Amanah sedia bincang kerusi yang Muhyiddin inginkan, kata timbalan presiden selepas Bersatu umum intai kerusi milik PAS
amanah-pas
PETALING JAYA : Kerusi yang ditandingi PAS adalah milik Amanah, isytihar timbalan presidennya, Salahuddin Ayub selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengintai kerusi yang dimenangi parti Islam pada PRU13 lepas.
Salahuddin menambah pihaknya bagaimanapun sudi membincangkan kerusi yang diinginkan parti Melayu baharu itu.
“Berkenaan apa yang dinyatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, kita mengharapkan supaya parti Bersatu cepat diluluskan pendaftarannya.
“Bila telah ada aktiviti parti itu, kita bersedia untuk duduk semeja berbincang tentang hasrat Tan Sri Muhyiddin,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Beliau berkata demikian apabila ditanya samada ruang untuk Amanah bertanding semakin mengecil selepas Muhyiddin mengumumkan pihaknya mengintai dan mengenalpasti kerusi milik PAS dan PKR yang sesuai ditandingi Bersatu pada PRU14 nanti.
Dalam pilihan raya lepas, PAS menang 21 kerusi Parlimen dan 85 kerusi DUN daripada 73 kerusi Parlimen dan 236 kerusi DUN yang ditandinginya.
Sebahagian besar pimpinan Amanah merupakan bekas ahli PAS yang tewas dalam pemilihan parti 4 Jun tahun lalu. Amanah kini mempunyai enam ahli Parlimen dan enam ahli DUN.
Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar menyaksikan Amanah terbabit dalam perlawanan tiga penjuru melawan PAS dan BN.

Elak keliru berpanjangan, PM didesak beritahu siapa MO1

Tuan Ibrahim desak Najib umum siapa MO1Tuan Ibrahim desak Najib umum siapa MO1
Untuk mengelakkan kekeliruan berpanjangan di kalangan Umno-BN dan tercetusnya mangsa seperti Ahli Parlimen Langkawi Datuk Ir Nawawi Ahmad yang dikaitkan dengan MO1, Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi Umno-BN perlu memberitahu Umno-BN siapa MO1 yang sebenar.
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini untuk mengelak kekeliruan di kalangan Umno-BN tentang identiti ‘Malaysian Official One’ (MO1) sehinggakan Ahli Parlimen Langkawi Datuk Ir Nawawi Ahmad mencetuskan kontroversi mengenai identiti MO1 kerana mengaitkannya dengan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
"Jika tidak boleh dinamakan, bolehlah membuat teka-teki dengan memberi bayangan rambut putihnya, bentuk rupanya, siapa isterinya dan juga hubungannya dengan Riza Aziz dan kedudukannya di 1MDB," katanya.
Jika perkara ini dibuat katanya, sudah pasti tiada lagi ahli parlimen Umno-BN yang akan meneka seperti Nawawi yang terteka sehingga mengaitkan identiti MO1 itu kepada Agong.
"Ini sekadar cadangan, jika Nawawi enggan memohon maaf kerana silap tekaannya, Najib perlu berjiwa besar dan memohon maaf atas pihak Umno-BN kepada Agong kerana kegagalan memberi maklumat penuh kepada Nawawi.
"Saya pasti kalau Nawawi diberi maklumat yang betul, beliau tidak akan tersilap teka siapa sebenar MO1, dan Umno-BN tidak akan dimalukan lagi dengan tekaan yang jelas jauh tersasar," katanya.

Pas nafi dijemput MB Terengganu ke program cakna rakyat

Ustaz Zakaria Dagang menafikan dakwaan mengatakan YAB Menteri Besar menjemput YB Ahli Parlimen Kuala Nerus Ustaz Zakaria Dagang menafikan dakwaan mengatakan YAB Menteri Besar menjemput YB Ahli Parlimen Kuala Nerus
Penolong Setiausaha PAS Terengganu Ustaz Zakaria Dagang menafikan dakwaan mengatakan  Menteri Besar Terengganu, Haji Ahmad Razif Abdul Rahman menjemput Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali menyampaikan kuliah di Surau Kg Baru Seberang Takir malam tadi.
"Sedikit penjelasan berhubung majlis Kuliah Maghrib dan Solat Hajat di Surau Kg Baru Seberang Takir malam tadi bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham yang berpunca daripada dakwaaan pihak tertentu," tulis beliau di status facebooknya..
Majlis tersebut katanya, adalah salah satu acara yang diatur dalam program YB Cakna Rakyat Dun Seberang Takir bagi Unit Peti Undi (UPU) Kg Baru dan UPU Seberang Takir Pantai yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan PAS Dun Seberang Takir.
"Oleh kerana surau itu berhampiran dengan rumah YAB Haji Ahmad Razif Abdul Rahman, Menteri Besar Terengganu, YB Ahli Parlimen Kuala Nerus memaklumkan sepatah kepada beliau berkenaan majlis itu.
"YAB Menteri Besar bersetuju untuk hadir sama dan menaja jamuan untuk majlis itu," katanya.
Jadi katanya, kalau ada dakwaan mengatakan YAB Menteri Besar menjemput YB Ahli Parlimen Kuala Nerus menyampaikan kuliah itu adalah tidak berbangkit.
"Tegasnya, program itu adalah program PAS, YAB Menteri Besar dan para penyokongnya hanya menumpang sahaja," katanya.
program YB Cakna Rakyat bagi Unit Peti Undi (UPU) Kg Baru dan UPU Seberang Takir Pantai dalam Dun Seberang Takir itu ermula dengan Kuliah Subuh oleh hli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri, di Surau Mat Jaafar, Seberang Takir.

Tak seperti Mahathir, Najib akan cucuk tanam lepas bersara

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata terdapat banyak perkara lain yang beliau akan lakukan setelah bersara selain daripada "mengganggu" penggantinya.
Dalam dialog 60 minit bersama perdana menteri pada 18 Ogos lalu, Najib berkata beliau akan menghabiskan masanya melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukannya ketika berkuasa kerana kesibukan masa.
“Bercucuk tanam ke, pergi tengok Manchester United main bola ke. Macam-macam kita boleh buat. Boleh pergi negara yang kita belum lawat.
“Boleh tulis buku. Kenapa saya nak ganggu pengganti saya?” katanya ketika menjawab soalan mengenai bagaimana cara beliau berurusan dengan serangan terhadap pentadbirannya yang jelas merujuk kepada tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau juga diminta mengulas mengenai tindakan sesetengah pihak yang membandingkan kepimpinannya dengan beberpa perdana menteri sebelumnya, termasuk pemerintahan 22 tahun Dr Mahathir.
Transkrip penuh dialog Najib dengan pemimpin pelajar yang merupakan sebahagian daripada acara Kembara Mahasiswa Nasional itu disiarkan di blog rasminya hari ini.
Pada masa sama, Najib berkata beliau bersedia untuk minum kopi bersama atau makan malam bersama penggantinya jika dipelawa.
“Kalau pengganti saya nak ajak saya minum kopi, nak belanja saya makan malam saya akan hadir.
“Saya akan beritahu dia, nasihat dia kalau perlu. Tetapi saya tidak akan tegur dia secara terbuka. Pada saya, itu bukan perkara yang betul,” katanya.
Menurut Najib, sebagai bekas pemimpin mesti, mereka mempunyai persefahaman kerana tergolong dalam kelab terpilih dan mesti sentiasa saling membantu.
Katanya, kritikan sedemikian oleh bekas perdana menteri adalah tidak adil dan sesuatu yang dakwanya tidak pernah berlaku di negara-negara lain.

Hadiah Terbaik Merdeka 2016....

31 Ogos tahun ini sudah tentu meriah kalau ada satu hadiah merdeka. Masing-masing sudah tentu mahu hadiah merdeka yang berbeza: ada yang mahu merdeka dari hutang, ada yang merdeka dari rokok. Saya lain sikit: saya rasa hadiah terbaik ialah bila rakyat bebas dari ahli-ahli politik yang membentengi Najib Razak sekarang. Jika saudara/i setuju dengan saya, tolong sebarkan. Mungkin kita betul-betul boleh bagi anugerah kepada menteri-menteri hebat ini. - Rafizi Ramli

Gara-gara nyanyi luar penjara, polis siasat ADUN Semambu

Gara-gara mempersembahkan sebuah lagu di luar penjara Sungai Buloh sempena hari jadi bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal bulan ini, ADUN Semambu, Lee Chean Chung mendakwa dirinya kini berdepan dengan masalah.
Katanya, beliau telah diarahkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh supaya menghadirkan diri pada 24 Ogos ini kerana didakwa "menyertai satu himpunan" dan mempersoalkan sama ada bernyanyi adalah suatu kesalahan.
“Saya diminta untuk melaporkan diri sebelum 24 Ogos. Saya akan menghubungi peguam sebelum membuat keputusan selanjut.
“Bukan sahaja bersuara, sekarang bernyanyi turut menjadi masalah. Apa sudah terjadi dengan negara ini?” katanya dalam satu kenyataan.
Pada 10 Ogos lalu, eluarga dan penyokong Anwar berkumpul di luar pintu penjara untuk meraikan hari jadi ketua umum PKR itu.
Ia juga sempena memperingati 548 hari Anwar dipenjarakan atas tuduhan liwat.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun. Beliau dan penyokongnya mendakwa tuduhan berkenaan bermotifkan politik.
Lee berkata semasa sambutan itu, beliau mendendangkan sebuah lagu dalam bahasa Cina yang bertajuk 'Zaman Gemilang'.
Lagu itu asalnya diterbitkan oleh kumpulan band Hong Kong 'Beyond' pada tahun 1991 untuk meraikan pemimpin Afrika Selatan, Nelson Mandela dan kumpulan pejuang anti-apartheid.
Selepas 27 tahun dipenjara, Mandela dibebaskan kira-kira setahun sebelum lagu itu membuat kemunculan sulungnya.

POLIS BEKERJA UNTUK SIAPA SEBENARNYA ??!!

KENAPA DAH 5 HARI tiada tindakan langsung dari pihak polis terhadap MP Langkawi-BN wpon dah byk laporan polis telah dibuat terhadapnya..

BERBANDING jika libatkan pemimpin pembangkang, polis hanya perlu 7 JAM SAHAJA untuk tahan Rafizi Ramli setelah 7 jam laporan polis dibuat ke atasnya.

Polis kata 'AKAN' panggil Nawawi, bila tu ?? atau NAK TUNGGU HARI SELASA baru nak panggil ??

Nak tahu rupa bodoh, pe'el bodoh... tengok Ameno.


POLIS BUAT APA ??!!

Akhirnya, setelah berdegil dgn keangkuhan dan kebodohan luarbiasa.. MP Langkawi memohon ampun dari YDPA...

ITUPUN SETELAH Majlis Kerabat Diraja Kedah bersuara agar Nawawi perlu minta keampunan secara rasmi kepada Yang di-Pertuan Agong...

WALAUPUN pihak istana dah bersuara, hingga kini Nawawi langsung tidak dipanggil, ditahan APATAHLAGI DISIASAT oleh pihak polis.

Mukhriz pernah dapat RM350 di bank Jepun

Kesetiaan Kita Kepada Perjuangan Parti Bukan Kepada Pemimpin Parti

'Ali Tinju, kita berjumpa di Dataran Merdeka' - Belia PSM

Nawawi mohon maaf pada Agong rujuk istilah 'MO1'

Kerjasama Bersatu Dengan Dap Dan Parti2 Lain

Kenapa Tidak Tanya Kenapa Umno Tidak Ada Ahli Bersekutu ?

Dana Politik dan Rasuah - Tun Mahathir @ Bersatu

Ku Nan, jangan masuk politik kalau takut isytihar harta

Ahli Parlimen Sungai Siput saran Ku Nan jadi ahli perniagaan atau rakyat biasa saja supaya tiada sesiapa akan memintanya mengisytiharkan harta.
Jeyakumar-Devaraj-adnan
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj menggesa Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meletakkan jawatan sebagai menteri Wilayah Persekutuan dan ahli Parlimen sekiranya takut mengisytiharkan harta kepada rakyat.
Dr Jeyakumar berkata lebih baik Tengku Adnan yang popular digelar Ku Nan itu menjadi ahli perniagaan atau rakyat biasa kerana tiada sesiapa akan memintanya mengisytiharkan harta.
“Jika mahu menjadi ahli Parlimen, mesti bersedia untuk isytiharkan harta. Jika kamu takut janganlah jadi ahli Parlimen.
“Sila berundur dan jadi orang biasa atau ahli perniagaan kerana tiada sesiapa akan meminta supaya isytiharkan harta melainkan proses pembayaran cukai saja,” katanya ketika dihubungi FMT.
Beliau berkata kenyataan Ku Nan yang bimbang anak dan isteri diculik jika mengisytiharkan harta hanyalah alasan untuk mengelak berbuat demikian.
“Ini (isytiharkan harta) boleh menjadi alasan untuk sesiapa berkata demikian. Saya ingat dalam negara demokrasi matang, semua harus isytiharkan harta,” katanya.

Selepas protes, staf AAM persoal hanya terima gaji sebulan

Kakitangan AAM hanya menerima tunggakan bagi bulan Mei manakala baki tiga bulan masih tidak berbayar dan ekoran itu mereka masih dalam belenggu hutang yang belum diselesaikan.
AAM
PETALING JAYA: Kakitangan Persatuan Automobil Malaysia (AAM) meluahkan rasa tidak puas hati walaupun tunggakan bayaran gaji diterima pada Khamis lalu.
Ini kerana, kakitangan tersebut hanya menerima tunggakan bagi bulan Mei manakala baki tiga bulan masih tidak berbayar dan ekoran itu mereka masih dalam belenggu hutang yang belum diselesaikan.
Dalam pada itu, pengurusan AAM pula berjanji melunaskan baki gaji tertunggak secara berperingkat pada masa akan datang.
Pekerja AAM yang ditemui, Mohamad Tajuddin Jailani, 48 akui bayaran gaji sebulan tidak membantu beliau meluaskan hutang pinjaman bank yang tertunggak sejak empat bulan.
“Mereka hanya bayar tunggakan gaji bulan Mei, pada 18 Ogos lepas, manakala baki tiga bulan gaji masih belum dijelaskan dan kami buntu jika baki tersebut akan dibayar atau sebaliknya.
“Kami tidak berpuas hati,” katanya ketika dihubungi FMT.
Ketidakpuasan sama disuarakan Saiful Sallehuddin, 43 yang mendesak pihak pengurusan AAM supaya membayar gaji secara penuh.
“Ini menyebabkan segelintir kakitangan masih belum mampu membayar ansuran bulanan kereta dan sewa rumah. Kami juga mendapati caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga tidak dibayar AAM,” katanya.
Saiful turut kesal dengan langkah syarikat itu yang hanya membayar tunggakan gaji kepada kakitangan AAM yang masih berkerja manakala mereka yang telah lama berhenti tidak dibayar.

Misbun mengeluh Malaysia masih ketinggalan latih badminton

Misbun berkata, punca utama Malaysia tidak mampu melahirkan atlet pingat emas disebabkan masalah "duit" yang menyebabkan negara tidak dapat melatih atlet handalan negara seperti cara China melatih Lin Dan.
misbun
PETALING JAYA: Datuk Lee Chong Wei tidak bersalah, sebaliknya Malaysia kekurangan sistem latihan atlet handalan yang sempurna dan maju, kata Misbun Sidek.
“Lapan tahun lalu, saya pernah menyuarakan masalah sistem latihan negara ketinggalan zaman, tetapi ia tidak diterima,” kata Misbun yang dipetik China Press dalam satu majlis di Pulau Pinang, semalam.
Bekas jurulatih badminton negara itu berkata, punca utama Malaysia tidak mampu melahirkan atlet pingat emas disebabkan masalah “duit” yang menyebabkan negara tidak dapat melatih atlet handalan negara seperti cara China melatih Lin Dan.
“Saya pernah dipelawa Ketua Jurulatih Badminton China, Li Yongbo untuk melawat pusat latihan mereka dan saya kagum dengan saiz dan kecanggihan pusat latihan mereka,” kata bekas pemain badminton negara itu.
Beliau berkata, China menggunakan cara melatih pejuang masa depan untuk melatih Lin Dan, di mana bekas juara dunia itu mempunyai sebuah pasukan bantuan terdiri daripada tujuh anggota yang akan memberi latihan fokus, termasuk dari segi kualiti psikologi, kecergasan fizikal dan pemakanan.
“Bagaimanapun, Malaysia ketinggalan dari segi ini kerana kos diperuntukkan untuk jurulatih tidak tinggi, jadi sekumpulan orang perlu menjaga pasukan lain, selain badminton,” katanya.
Misbun berkata, China mempunyai Chen Long sebagai pengganti Lin Dan, tetapi Malaysia masih tiada pelapis yang mampu menggantikan Chong Wei.

Dakwa Agong MO1:Akhirnya MP Langkawi mohon maaf

Anggota Parimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad hari ini memohon ampun daripada Yang di-Pertuan Agong berhubung kekeliruan dengan istilah ‘Malaysian Official 1' atau ‘MO1" di lama siosial minggu lalu.
Katanya, beliau tidak berniat untuk mengaitkan Seri Paduka tetapi ia menjadi viral oleh pihak tertentu dengan fahaman yang lain daripada apa yang cuba dinyatakannya,
“Patik sebagai rakyat bawahan Kedah dan Malaysia, menjunjung kasih ke bawah Duli Tuanku dengan ketinggian ketaatan yang tiada tolok bandingnya, dan amat menyesal dengan apa yang berlaku.
“DYMM Tuanku adalah suci dan bersih dari segala hal pergolakan politik rakyat jelata dan tidak ada secebis zarah pun kaitan dengan isu DOJ dan 1MDB.
“Oleh itu, patik dengan rasa rendah diri dan penuh tanggungjawab memohon sejuta keampunan dari Tuanku sekiranyaperkara yang menjadi viral ini menyentuh dan mengguris hati kecil di sanubari Tuanku,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam tulisan di Facebook minggu lalu, yang disunting empat jam kemudian, ahli parlimen Langkawi itu, berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab terhadap kerajaan.
"Menurut perlembagaan negara, kerajaan negara ini dibentuk dari tiga entiti utama yang berasingan dan independen (bebas) - badan kehakiman diketuai oleh Ketua Hakim Negara, badan perundangan parlimen oleh Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin (Mulia) dan badan ekskutif (yang) diketuai oleh perdana menteri.
"Semua ketiga-tiga badan ini bertanggungjawab kepada Agong.
"Maka, mengikut perlembagaan, MO1 ialah Agong," katanya.
Dalam versi yang disunting, baris terakhir dalam posting telah digantikan dengan perkataan, "Maka, mengikut perlembagaan MO1 bukan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) kerana dia (adalah sama ada) MO2, MO3, atau MO4."
Dalam komennya kemudian, Nawawi berkata, beliau tidak bercakap mengenai MO1 dalam konteks saman mahkamah DOJ, tetapi sebaliknya dari segi perlembagaan.

Tian Chua: Kami sedia beri kerusi kepada parti Dr M

Tian Chua menyatakan kesediaan melepaskan kerusi PKR kepada Bersatu, PAS pula tidak berapa setuju dengan satu-lawan-satu.
Tian-Chua
PETALING JAYA: PKR bersedia melepaskan kerusi kepada parti baharu naungan Tun Dr Mahathir Mohamad, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang sedang menunggu kelulusan Jabatan Pendaftaran.
Naib Presiden PKR Tian Chua berkata, kesediaan melepaskan kerusi milik parti itu merupakan bukti komitmen PKR bekerjasama dengan parti Melayu itu yang bakal dipimpin bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Takkanlah kerjasama kita tak berkongsi kerusi. Kalau tidak, kita tak katakan kerjasama. Kita kena rasional.
“Kerusi dia (Bersatu) boleh menang, dia ambil, kita (PKR) boleh menang kita ambil,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Semalam, Muhhyiddin berkata pihaknya mengintai beberapa kerusi milik PKR dan PAS pada PRU14 akan datang.
Katanya, sesetengah kawasan dikenalpasti sesuai untuk parti berkenaan bertanding.
Dalam pada itu, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata parti itu akan membincangkan pembahagian kerusi PRU14 terlebih dahulu dengan sekutunya Parti Ikatan Bangsa Malaysia pimpinan Tan Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Alasan Ku Nan tak masuk akal, jangan sampai muncul 'DBKL Official 1'

DBKL perlu lebih telusDBKL perlu lebih telus
Alasan keselamatan keluarga oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Mansor tidak masuk akal dan tidak munasabah untuk mengelakkan diri daripada membuat pengisytiharan harta.
Selangorkini melaporkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata pimpinan tertinggi Umno itu perlu membuat pengisytiharan harta bagi menepis spekulasi negatif mengenainya.

Katanya, kegagalan beliau mengukuhkan lagi dakwaan negatif bersabit penahanan pegawai tertinggi kerajaan bergelar Datuk Seri yang terpalit skandal kewangan dan pengumpulan harta.
FAHMI“Tengku Adnan perlu ingat bahawa pembayar cukai tidak diberi hak memilih Datuk Bandar dan Ahli Lembaga Penasihat DBKL.
“Oleh itu, proses semak dan imbang terhadap mereka yang mempunyai kuasa eksekutif untuk membuat keputusan (executive decision-making powers).
“Ini termasuk Menteri Wilayah Persekutuan perlu berada di tahap yang lebih tinggi daripada yang ada sekarang termasuk pengisytiharan harta kepada umum,” katanya dalam kenyataan.

Kami akan siasat walaupun laporan polis ke atas saya, kata IGP

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jaminan kepada Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli bahawa beliau sendiri tidak terlepas daripada siasatan polis sekiranya ada laporan polis dibuat terhadapnya.
"Jika ada asas untuk siasatan, sudah tentu ia akan disiasat," kata Khalid kepada Malaysiakini.
Beliau mengulas kenyataan Rafizi yang sedang mempertimbangkan untuk membuat laporan terhadapnya kerana didakwa gagal bertindak terhadap jutawan Jho Low dan individu lain yang dikaitkan dengan 1MDB.
Naib Presiden PKR itu mendakwa tindakan polis itu berbeza dengan tindakan pantas mereka terhadap pengkritik skandal 1MDB, termasuk dirinya sendiri.
"Saya telah membuat kenyataan tetap mengenai perkara ini dan (kenyataan) yang terakhir adalah bahawa kita sedang berbincang dengan peguam negara sekarang," katanya.
"Rafizi perlu membaca Malaysiakini lebih (untuk mengikuti perkembangan)," kata Khalid.
Minggu lalu, Khalid berkata polis telah menyiapkan fasa pertama penyiasatan mereka ke atas 1MDB dengan memfokuskan lima cadangan oleh Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) seperti diarahkan kabinet.
Beliau berkata polis sedang menunggu arahan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara (AGC) mengenai perkara itu yang dijangka dikeluarkan dalam satu atau dua minggu.
“Saya jangka dalam satu atau dua minggu ini kerana kertas siasatan itu tebal, banyak benda yang nak kena go through. Jadi makan masa sikit,” beliau dilapor berkata.

Menteri Umno: Pengurusan 1MDB sebenarnya 'mangkuk hayun'


Kegagalan pihak pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam mengurus secara baik syarikat itu menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang akhirnya terpaksa menangung beban.



Memetik laporan Malaysia Gazette, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani dipetik sebagai berkata, beliau kesal dengan kegagalan itu hinggakan nama Najib tercalar.
Datuk Johari Abdul Ghani "Yang sebenarnya, semua yang di dalam pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah mereka yang tidak bertanggungjawab. Semuanya mangkuk hayun. Ini sebenarnya berkaitan bisnes dan apabila dalam bisnes, sudah tentulah ada jawatan-jawatan penting untuk menggerakkan bisnes tersebut.
"Mereka semua dibayar gaji yang besar dan sepatutnya tahu menjalankan operasi bisnes seperti yang diharapkan.
"Kalau bisnes bagus, sudah pastilah orang-orang berjawatan ini akan mendabik dada tetapi bila dah lingkup, tak ada pula yang nak bertanggungjawab sehingga Najib yang terpaksa menghadapi semua permasalahan," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Cheras di sini.
Jelas Johari lagi,  kelemahan pihak pengurusan adalah punca kepada kegagalan 1MDB.
"Sekarang ni, kita tunggulah siasatan yang dibuat oleh semua pihak yang terlibat baik dalam mahupun luar negara.
"Jangan buat spekulasi atau andaian yang belum tentu ada kebenarannya selagi hasil siasatan belum dikeluarkan," ujarnya.
Sambil menolak tuduhan pihak tertentu yang mengatakan beliau cuba melindungi kesalahan Najib, Johari berkata, maruahnya lebih penting daripada melindungi orang yang bersalah.
"Saya tahu Najib tak bersalah selagi belum ada bukti yang mengatakan beliau bersalah.
"Bukan sebab beliau Perdana Menteri tetapi saya tahu apa yang dilakukan oleh beliau semuanya benar belaka dan saya dan semua ahli Umno wajar mempertahankan beliau," katanya

Kereta api laju hanya untungkan Singapura, kata Raja Kamarul Bahrin

Malaysia terpaksa menanggung kos lebih tinggi termasuk membina infrastruktur melibatkan terminal di sepanjang 300km landasan berbanding Singapura yang tidak memerlukan kawasan luas.
kamarul-bahrinPETALING JAYA: Projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) akan menguntungkan bandar raya yang lebih besar dan maju saja, dan dalam konteks ini ia akan memberi kelebihan pada Singapura, kata Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu berkata demikian berdasarkan kajian yang dijalankan di seluruh dunia, Singapura menerima lebih banyak manfaat jika dilihat dari sudut kemajuan antara dua negara.
“Bandaraya lebih besar dan maju akan mendapat keuntungan jauh lebih tinggi berbanding satu lagi. Singapura memanglah jauh lagi besar, maju dan kaya berbanding Kuala Lumpur dan akan mendapat manfaat lebih banyak dan lumayan,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.
Raja Kamarul berkata selain merugikan negara, dibimbangkan HSR akan mengalami nasib sama seperti sejarah pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2) yang menelan belanja berganda berbanding kos asal.
“Hampir setiap hari ada rungutan menyatakan kebimbangan terhadap projek HSR. Berita awal menyatakan kos asalnya sebanyak RM30 bilion melambung naik kepada RM60 bilion sebelum dimulakan apa kerja fizikal.
“Lebih membimbangkan kos mungkin akan meningkat lagi daripada RM60 bilion seperti sejarah Klia2. Kos projek Klia2 naik daripada RM1.7 bilion kepada RM4 bilion.
“Sekarang ia diakui bukan lagi terminal kos rendah dan masih mengalami masalah kemendapan dan struktur memerlukan pembaikan sepanjang masa yang ditanggung rakyat,” katanya.
Raja Kamarul berkata kerugian berganda dapat dilihat apabila Malaysia terpaksa menanggung hampir 95% kos termasuk pembinaan infrastruktur melibatkan terminal sepanjang 300 km berbanding Singapura yang tidak memerlukan kawasan luas untuk membina HSR.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan kerajaan membatalkan projek HSR dan peruntukan sedia ada dengan menaik taraf perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) yang hanya menelan belanja RM500 juta.

#TangkapMO1: Mahasiswa beri amaran kepada pentadbiran universiti


(Dari kiri) Asheeq Ali dan Anis Syafiqah Md Yusof(Dari kiri) Asheeq Ali dan Anis Syafiqah Md YusofPentadbiran universiti awam (UA) diingatkan agar tidak menyekat kebebasan bersuara mahasiswa termasuk menyertai himpunan Tangkap Malaysian Official 1 (#TangkapMO1), Sabtu ini.
Presiden Student Unity Front (SUF), Asheeq Ali berkata, tindakan menghalang mahasiswa menyertai himpunan aman tersebut merupakan penafian hak asasi manusia.
Mengulas sekatan pentadbiran UiTM Seri Iskandar terhadap kumpulan kempen #TangkapMO1, beliau berkata, mereka hanya mahu menyampaikan pidato.
"Apa yang Dita sangat Naib Canselor UiTM sehingga tutup pintu pagar, buat sekatan lalu lintas dan bina benteng polis bantuan di hadapan UiTM?
"Kami mengecam tindakan tersebut yang jelas bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan," ujarnya pada sidang media di Restoran Amjal depan Universiti Malaya (UM) hari ini.
Inisiatif mahasiswa
Sementara itu, jurucakap Gabungan Tangkap MO1, Anis Syafiqah Md Yusof berkata, penangkapan tiga mahasiswa tersebut tidak sedikit pun menjejaskan semangat mereka untuk berhimpun di ibu negara.
"Tiga mahasiswa ditahan, ribuan mahasiswa akan bangkit. Himpunan aman ini adalah 100 peratus inisiatif mahasiswa dan bukan didalam mana-mana pihak termasuk parti politik," ujarnya dalam sidang media sama.
Menurut penuntut UM itu, pihaknya menyambut baik semua pihak tanpa mengira latar belakang politik untuk mendesak supaya 'Malaysian Official 1' yang dinamakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS), Julai lalu ditangkap.
"Kami juga menyeru agar kumpulan Ali Tunku turut bersama kami untuk menangkap MO1 dan mohon agar tidak menganggu gugat himpunan tersebut," ujarnya lagi.
Sabtu yang lalu, tiga orang aktivis siswa yang menjalankan sessi penerangan mengenai perhimpunan #TangkapMO1 yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini ditahan dan digari oleh pihak polis di Seri Iskandar. Mereka dibawa ke mahkamah dan telah dikenakan tahanan reman selama tiga  hari.

'Malaysian Official 1 yang jejas imej negara, bukan kami' - Student Unity Front (SUF

ADAKAH TENGKU ADNAN MANUSIA PALING KAYA DI MALAYSIA?

Apabila Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor kelihatan begitu takut untuk mengisytiharkan hartanya kepada umum kerana bimbang isteri dan anak diculiknya, persoalan yang bermain di fikiran kita ialah apakah wang dan hartanya begitu banyak jumlahnya?

Berapa jumlah harta dan wang yang dimilikinya? Adakah beliau paling kaya atau lebih kaya daripada Najib Razak yang mengakui dalam akaun bank peribadinya pernah berlabuh wang derma lebih RM2,600 juta?
Di negara kita, siapa orang paling kaya dan berapa pemilikan harta mereka, bukanlah sesuatu yang rahsia sejak sekian lama.

Setiap tahun, senarai mereka yang paling kaya sentiasa didedahkan dan disiarkan dalam media-media.

Malah, golongan Melayu-Melayu yang kaya dan berapa jumlah harta mereka juga tidak pernah rahsia?

Di seluruh dunia juga begitu, siapa ahli perniagaan, usahawan, pemain bolasepak, selebriti dan semua golongan yang paling kaya antara mereka, sentiasa didedahkan kepada orangramai setiap tahun dan senarainya sentiasa bersilih-ganti.

Bekas ketua 1MDB Shahrol akan jadi kambing hitam

Datuk Shahrol Halmi hanya jadi bahan gadaian, dan kuasa besar berharap selepas pemenjaraan beliau, mereka akan dapat mencuci tangan masing-masing daripada skandal itu.
tony-pua-shahrolKUALA LUMPUR: Satu-satunya permintaan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), dan bukan sebahagian daripada 5 syor, ialah bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Halmi turut disiasat, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.
Tony berkata ramai percaya yang ‘ring-fence’ yang dikenakan oleh Kabinet, dan dengan rela diterima ketua polis negara, tidak lebih hanya sebagai strategi untuk menjadikan Shahrol kambing hitam.
“Nampaknya dia akan dipersalahkan kerana penipuan multi bilion dolar 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Jumaat mendedahkan polis sudah melengkapkan fasa pertama siasatan mengenai 1MDB.
Khalid berkata ia terhad, seperti diarahkan Kabinet, kepada 5 syor PAC.
Lima syor PAC itu seperti dinyatakan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, tidak ada kena mengena dengan siasatan polis dan Tony turut bersetuju dengan kenyataan itu.
“Mereka kaitkan dengan penyusunan semula syarikat yang sarat hutang,” katanya.
Tony berkata sebagai contoh, PAC mengesyorkan Lembaga Penasihat 1MDB dibubarkan, Kementerian Kewangan mengambil semula pemilikan terhadap aset hartanah dan 1MDB “perlu mengelak hutang berlebihan”.
Sehubungan itu, katanya jelas menunjukkan Shahrol akan dijadikan kambing hitam bagi mengurangkan tekanan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Perdana menteri gagal mengambil tindakan kukuh bagi kerugian yang ditanggung 1MDB,” katanya.
Guardian UK menamakan 1MDB sebagai “skandal kewangan terbesar dunia”, kata Tony.
Tony berkata kuasa terbabit mengharapkan dengan pemenjaraan Shahrol, yang hanya gadaian, mereka akan dapat mencuci tangan masing-masing daripada skandal itu.
“Mereka mahu menutup bab paling buruk dalam sejarah Malaysia,” katanya.
Bagaimanapun, katanya dengan berbuat begitu polis akan sekali lagi membodohkan diri.
“Ini tidak banyak beza dengan skandal pembunuhan Altantuya pada 2006,” katanya.
Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar, anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas didapati bersalah membunuh wanita Mongolia itu, tetapi tiada motif pernah dikemukakan polis dan pendakwa.
“Mahkamah tidak menemui motifnya dan mereka dihukum mati.”
Tony berkata dalam kes 1MDB, jika hanya Shahrol didakwa dan didapati bersalah, soalan sama patut ditanya, apa motif untuk Shahrol melakukan penyelewengan berbilion dolar itu.

Skandal 1MDB bukan punca DiCaprio tak jadi tuan rumah kempen Hillary..!!

Nama pelakon filem The Wolf of Wall Street itu digugurkan secara tiba-tiba daripada menjadi tuan rumah majlis kutipan derma calon Presiden parti Demokratik Hillary Clinton, baru-baru ini.
hillary-leonardo-1mdb
Tuduhan penyelewengan dana negara 1Malaysia Development (1MDB) sebanyak AS$3 bilion yang dihadapi pelakon aktivis Hollywood, Leonardo DiCaprio bukan punca dia tidak menjadi tuan rumah acara kempen Hillary Clinton di kawasan kediamannya di Los Angeles.
Menurut laporan The Hollywood Report (THR), nama DiCaprio digugurkan secara tiba-tiba daripada menjadi tuan rumah majlis kutipan derma calon presiden Demokratik, Clinton.
Acara pungutan derma dengan nilai AS$33,400 bagi seorang tetamu itu sebahagian daripada siri kutipan dana bagi Ogos untuk Clinton di Los Angeles, kini diadakan di kawasan berhampiran kediaman Justin Timberlake dan Jessica Biel.
Pada Sabtu lalu, sumber yang enggan dikenali mendedahkan DiCaprio menarik diri daripada kempen itu atas faktor jadual kerja.
“Dia sedang mengusahakan sebuah projek dokumentari, The Turning Point untuk dibawa ke Festival Filem Antarabangsa Toronto pada bulan depan. Dia akan berada di New York sehingga Rabu,” kata sumber.
Bulan lalu, Jabatan Kehakiman (DoJ) AS memfailkan laporan penyitaan aset di mahkamah persekutuan berkaitan dana kekayaan Malaysia, 1MDB.
Dana itu didakwa digunakan untuk membantu Red Granite Pictures, syarikat produksi bagi filem lakonan DiCaprio, The Wolf of Wall Street.
Bagaimanapun nama DiCaprio hanya disebut sebagai “Pelakon Hollywood 1” dalam laporan itu, mengaitkan pelakon itu sebagai mungkin mendapat manfaat “hadiah” daripada Red Granite, yang dimiliki Riza Aziz iaitu anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan ‘tokoh utama’ 1MDB yang dinamakan sebagai Jho Low.
Terdahulu, yayasan kebajikan Hillary dan Bill Clinton diawasi secara rapat sepanjang kempen, terutama hubungannya dengan wang asing.

Kapal layar mewah dikaitkan Jho Low belayar ke Hong Kong

Kapal layar super mewah dikaitkan dengan ahli perniagaan Malaysia Jho Low telah belayar ke perairan Hong Kong, menurut akhbar South China Morning Post.
Akhbar itu berkata, walaupun terdapat spekulasi bahawa kapal layar itu, yang merupakan antara yang terbesar di dunia akan dijual, tujuan perjalanan ke Hong Kong adalah tidak jelas.
"Dan tidak ada yang berkaitan dengannya bersedia untuk bercakap," katanya.
SCMP telah menghubungi Northrop & Johnson, broker berpangkalan di Hong Kong bagi kapal layar berkenaan, tetapi firma itu enggan mengulas.
Salah satu broker jualannya memberitahu syarikat itu mempunyai perjanjian kerahsiaan dengan pelanggan.
"Pelanggan tidak mahu sebarang publisiti," kata broker itu.
Menurut SCMP, kapal layar itu sering dipetik kepunyaan Jho Low tetapi peguamnya menafikan perkara itu.
"Walaupun begitu, kapal layar itu kelihatan miliknya dan beliau telah menganjurkan parti mewah di atas kapal dengan bintang Hollywood seperti Leonardo DiCaprio," lapornya.

Rafizi pertimbang buat laporan polis ke atas IGP

Saya dihubungi oleh Inspektor Haniff dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh semalam untuk dimaklumkan bahawa saya sedang disiasat ekoran ucapan saya di hadapan Penjara Sungai Buloh pada 10 Ogos 2016 iaitu semasa perhimpunan meraikan ulang tahun kelahiran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ke-69.
Saya juga dimaklumkan bahawa kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya pada hari Khamis 25 Ogos ini.
Hari Sabtu lalu, tiga aktivis siswa yang menjalankan sessi penerangan mengenai perhimpunan #TangkapMO1 - dijadual berlangsung hujung minggu ini - ditahan dan digari polis di Seri Iskandar, Perak. Mereka dibawa ke mahkamah dan telah dikenakan tahanan reman selama tiga hari.
Dalam suasana kemarahan rakyat terhadap Datuk Seri Najib Razak masih memuncak ekoran pelbagai pendedahan skandal penyelewengan wang rakyat yang dikaitkan dengan 1MDB, tindakan dilihat kasar terhadap sebarang kritikan kepada agensi itu atau perdana menteri tidak membantu menaikkan imej pasukan polis.
Apatah lagi apabila tindakan tegas yang sama tidak diambil ke atas pelbagai laporan polis yang telah dibuat selama bertahun-tahun terhadap individu-individu utama di belakang 1MDB.
Alasan yang diberikan oleh Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini ialah untuk menunggu Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memuktamadkan terlebih dahulu siasatan terhadap 1MDB. Setelah kedua-dua siasatan ini selesai, alasan terbaru beliau ialah pihak polis hanya akan mengambil tindakan berdasarkan siasatan Ketua Audit Negara.
Tindakan tak sama tegas
Ketua Polis Negara sebenarnya lupa bahawa saya sendiri telah membuat dua laporan polis terhadap individu utama di belakang 1MDB selepas siasatan Ketua Audit Negara diketahui umum. Maknanya kedua-dua laporan polis yang saya buat mematuhi kriteria ditetapkan Ketua Polis Negara - iaitu tindakan boleh diambil hasil penemuan hasil daripada siasatan Ketua Audit Negara.

Dua laporan polis yang saya maksudkan adalah seperti berikut:
  • Pada 30 Mac 2016, saya telah membuat satu laporan polis terhadap Arulkanda Kandasamy dan pengurusan 1MDB yang lain setelah satu muka surat laporan Ketua Audit Negara yang bocor mendapati bahawa pengurusan 1MDB membuat pembayaran sebanyak RM288 juta tanpa dimaklumkan terlebih dahulu kepada Lembaga Pengarah 1MDB. Butiran terperinci laporan polis itu boleh diperolehi di http://rafiziramli.com/2016/04/laporan-polis-terhadap-arulkanda-kandasamy/

'Rakyat perlu ulama berani, bukan kaki label'

Sebahagian ulama di negara ini dilihat lebih gemar menghukum dan melabel pihak tidak sealiran dengan mereka namun tidak bersuara terhadap kemelut rasuah yang berlaku terutamanya membabitkan 1MDB.
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu berkata rakyat di negara ini sebenarnya menantikan ulama untuk mengetuai gerakan menentang rasuah terutama melibatkan pimpinan negara.
Masalahnya, kata Mohamad, di negara ini 'kaya' dengan ulama yang gemar melabel pihak tidak sependapat dengan mereka dengan pelbagai gelaran, termasuk munafik, liberal, pengkhianat, khadam dan perkataan jelek lain.
“Sedangkan, rakyat menunggu mereka yang muncul untuk memimpin seperti Imam Nawawi, Ayatullah Khasyani dan Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong.
“Menjelmalah orang seperti ini untuk menjadi ikutan rakyat supaya kita dapat menentang segala bentuk korupsi.
"Kami dahagakan ulama-ulama seperti itu, bukan ulama yang menghukum seperti sekarang ini,” kata Mohamad dalam kenyataannya hari ini.
Isu 1MDB pernah dibangkitkan pelbagai pihak termasuk di parlimen, bermula dengan pendedahan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia kemudian diulangi beberapa anggota parlimen termasuk Rafizi Ramli (Pandan) dan Tony Pua (Petaling Jaya Selatan).
Portal Sarawak Report kemudian membuat pendedahan lanjut sehingga berlaku pergolakan besar menyaksikan Tan Sri Abdul Gani Patail dihentikan dan seorang pegawai kanan Cawangan Khas Bukit Aman diambil tindakan.
Ganti penguasa rasuah
Baru-baru ini Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat mengemukakan saman sivil ke mahkamah untuk merampas pelbagai aset dianggar bernilai AS$1 bilion didakwa diperoleh melalui penyelewenegan dana 1MDB.
Beberapa nama muncul dalam dokumen itu, termasuk anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, serta hartawan muda kelahiran Pulau Pinang Jho Low yang turut didakwa mempunyai hubungan rapat dengan perdana menteri.
Satu lagi individu disebut dalam dokumen DOJ itu ialah Malaysian Official 1 yang tidak didedahkan identiti sebenarnya.
Antara aset yang dimaksudkan ialah rumah agam, lukisan bernilai jutaan dolar, jet peribadi dan kutipan filem Hollywood The Wolf of Wall Street.

SKANDAL 1MDB: ADAKAH APANDI ALI SUDAH BERADA DI AMERIKA SEKARANG INI?

Hari ini, 22 Ogos adalah tarikh yang sepatutnya bermula perbicaraan saman sivil Jabatan Kehakiman AS terhadap empat individu untuk membeku aset-aset mereka yang didakwa dibeli dengan menggunakan wang 1MDB yang dilencongkan.

Oleh kerana waktu Los Angelas adalah terkebelakang 15 jam berbanding waktu Malaysia, kita mungkin hanya dapat mendengar khabar berita mengenai perbicaraan itu menjelang lewat malam nanti.

Mereka yang dinamakan dalam saman sivil itu ialah Jho Low, Riza Aziz, Khadem Al-Qubaishi dan Mohamad Al-Badawy. Aset yang ingin disita pula berjumlah AS$1 bilion atau kira-kira RM4,000 juta daripada AS$3.5 bilion atau RM14,000 juta yang dikesan oleh penyiasat FBI telah diselewengkan daripada 1MDB.

Mohamad telah ditahan oleh pihak berkuasa Abu Dhabi sejak sekian lama dan tidak dibenarkan meninggalkan negara tersebut. Khadem pula ditangkap di Abu Dhabi kira-kira seminggu yang lalu.
Tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua mereka akan hadir atau sebaliknya dalam perbicaraan hari ini untuk mempertahankan pelucutan hak aset yang diambil oleh Jabatan Kehakiman AS itu.

Begitu juga, tiada khabar berita sama ada Jho Low dan Riza Aziz akan hadir atau tidak. Juga tidak diketahui di mana kedua-dua mereka berada pada waktu ini.

Ada khabar mengatakan Riza Aziz berada di Malaysia pada minggu lalu, tetapi tidak dapat disahkan kebenarannya.

Jho Low juga begitu, tiada siapa tahu di mana beliau berada ketika ini. Cuma diberitakan kapal mewahnya sedang berada di perairan Hong Kong.

Dengan itu, tidak pasti sama ada mereka akan hadir dalam perbicaraan untuk mempertahankan aset-aset yang mahu dibekukan itu atau akan membiarkan saja ia dirampas oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Pengisytiharan harta: Polis akan lindungi Ku Nan dan Datuk Bandar

Fahmi berkata, sistem semasa iaitu menteri mengisytiharkan aset kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi daripada mereka dalam kementerian masing-masing tidak cukup bagus.
fahmi-ku-nan-1
PETALING JAYA: Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kononnya takut mengisytiharkan aset secara terbuka bukan satu tindakan yang memperlihatkan demokrasi dan tadbir urus yang baik, kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.
Beliau merujuk kepada laporan Malaysiakini yang memetik kata-kata Ku Nan, tidak akan mengisytiharkan harta kepada umum, takut perbuatan itu boleh mengundang bahaya dan sasaran penjenayah kepada keluarganya.
Ku Nan berkata, beliau dan Datuk Bandar Kuala Lumpur sememangnya mengisytiharkan harta setiap tahun tetapi tidak didedahkan kepada umum.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada FMT hari ini, Fahmi berkata, Ku Nan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Amin Nordin Abdul Aziz tidak perlu takut mengisytiharkan aset mereka kepada umum kerana polis akan memastikan keselamatan mereka dan semua rakyat Malaysia daripada penjenayah.
“Malah, jika dasar mengisytiharkan aset kepada awam dilaksanakan bukan sahaja di KL tetapi juga di Putrajaya, saya yakin kita dapat menyelamatkan Malaysia daripada ‘Malaysia Official 1’ dan Kuala Lumpur daripada ‘DBKL Official 1’,” sindirnya.
Isnin lalu, SPRM menahan seorang Pengarah Eksekutif DBKL, bergelar Datuk Seri, dua pegawai tinggi kerajaan yang lain dari Kelantan dan Melaka kerana didakwa menerima rasuah, salah guna kuasa dan terlibat dalam pengubahan wang haram.
Fahmi berkata, sistem semasa iaitu menteri mengisytiharkan aset kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi daripada mereka dalam kementerian masing-masing tidak cukup bagus.
“Ku Nan berkata, beliau mengisytiharkan hartanya kepada Perdana Menteri (Najib Razak) setiap tahun, manakala Datuk Bandar Kuala Lumpur mengisytiharkan asetnya kepada setiausaha negeri, tetapi sistem ini jelas tidak cukup dan perlu dirombak kerana ia gagal mengenal pasti dan mencegah pengumpulan harta milik ‘Datuk Seri’ dari DBKL (juga dikenali sebagai ‘DBKL Official 1’) seperti yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lepas,” katanya.
Dalam konteks Kuala Lumpur katanya, pembayar cukai tidak diberi hak untuk memilih Datuk Bandar atau ahli Lembaga Penasihat DBKL.