Khamis, 18 Ogos 2016

Parti adalah mekanisme politik, bukan agama - Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin



Ustaz Abdul Ghani bersama Sheikh Yusof Qaradhawi ketika menghadiri mesyuarat Kesatuan Ulama Sedunia. Ustaz Abdul Ghani bersama Sheikh Yusof Qaradhawi ketika menghadiri mesyuarat Kesatuan Ulama Sedunia.
USTAZ ABDUL GHANI BIN SAMSUDIN berasal dari Kampung Durian Daun, Masjid Tanah, Melaka. Mendapat pendidikan awal di SK Masjid Tanah, Sekolah Menengah Agama Al-Junaid, Singapura sebelum mengikuti pengajian di Sekolah Menengah al Azhar (1965-1967). Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir (1967-1974) dan memperolehi Sarjana (Syariah) dalam bidang perbandingan mazhab dan undang-undang. Berkhidmat sebagai guru, penasihat agama UiTM, pensyarah dan ketua jabatan di Universiti Malaya (1980-2001), beliau juga pernah berkhidmat di Universiti Brunei Darussalam dan Kolej Universiti Insaniah (2011-2013). Beliau kini Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA), Ahli Pemegang Amanah Kesatuan Ulama Sedunia (sejak 2010), Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Cawangan Malaysia (sejak 2014) dan Penasihat MAPIM. Menghasil dan menterjemahkan lebih 10 buku antaranya karangan Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan Tafsir Al Munir oleh Dr. Wahbah al Zuhaili. Pernah bergiat aktif di dalam Abim, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Pas, beliau kini menjawat Timbalan Penasihat Umum Parti Amanah Negara (sejak 2015). Wawancara ini diterbitkan atas ihsan akhbar Amanah, suara rasmi Parti Amanah Negara.Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.">
Sebagai parti Islam baru di persada politik negara, apa yang membezakan AMANAH dengan parti-parti Islam lain di negara ini?
Sejarah kemunculan Parti Amanah Negara memang sangat unik dan mendesak. Ia lahir dari krisis kelainan dan kepelbagaian pendekatan menangani masalah dan isu politik yang pelbagai dan rencam.
Ia terbit dari kesilapan pimpinan utama, pengaruh dan kecenderungan kedaerahan, persanggitan golongan profesional dengan golongan yang dianggap ulama tradisional kerana perbedaan pendekatan menyelesaikan masalah politik negara dan juga kerana tuntutan memperkukuh pakatan tahaluf parti-parti pembangkang demi mewujudkan posisi strategik yang lebih memihak kepada parti-parti pembangkng demi kelangsungan perjuangan menumpaskan kebatilan, kezaliman, kejahatan dan rasuah.
Meskipun parti ini dinafikan hak untuk menamakan dirinya dengan Islam namun ia adalah parti Islam yang progresif, prihatin dan peduli terhadap nasib rakyat, menampilkan gaya penyelesaian masalah politik negara dengan pendekatan yang bijaksana, bertahap, berlemah-lembut dan dengan kesabaran yang tinggi demi merealisasi konsep Islam sebagai "rahmatan lil 'Aalamin" (rahmat bagi sekalian alam).

Ini kerana barisan pemimpinnya bukan kalangan orang baru tetapi adalah dari kalangan profesional dan ulama yang menggerakkan parti sejarah (Pas) dan bertungkus lumus mendepani isu-isu yang di garap oleh parti berkenaan. Sebab itu dalam tempoh yang singkat dia dapat membentuk jentera dan cawangannya di seluruh negara malah dapat mengatasi pencapaian parti sejarah dalam salah satu dari dua kawasan pilihan raya yang ditandinginya; seperti di Sungai Besar, Selangor baru-baru ini.
Gandingan antara kepimpinan ilmuan profesional dan ulama yang berkaliber membentuk kepimpinan yang selaras dengan tuntutan Islam masa kini dengan kepakaran dan pengalaman masing-masing menjanjikan kemantapan strategi dan tindakan dalam memposisikan parti dan mengatasi isu-isu politik dalaman dan luaran.
Keilmuan dan pengalaman yang lama sebagai ilmuan agama, 17 tahun pengalaman sebagai pemimpin PUM, beberapa tahun sebagai Naib Presiden Pas, selain sekian lama menjawat jawatan penting di Pusat Islam, Penasihat Umum AMANAH Ust Ahmad Awang yang dibantu oleh saya, mempunyai kematangan dalam memberi pandu arah yang tepat - Insya Allah - terhadap hala tuju parti tanpa terpusing dan tidak tentu hala.
Barisan kepimpinan utama yang berilmu yang terdiri dari kalangan pemegang doktor falsafah (PhD), Sarjana dan Sarjana Muda di samping mereka yang sudah lama berpengalaman dalam gerak kerja kepartian menjanjikan masa depan yang positif untuk AMANAH.
Apa yang membezakan parti ini dengan parti sejarah adalah ia sebagai satu komponen penting dalam Pakatan Harapan yang boleh menyatukan suara rakyat untuk menggantikan kerajaan yang korup dan merompak wang rakyat. Ia manifestasi istiqamah untuk terus memperjuangkan cita-cita wadah politik sebelumnya untuk terus menentang kezaliman, menerajui pemerintahan melalui kerjasama dan permuafakatan politik yang rasional, bertenggang-rasa serta dengan pendekatan merahmati semua kalangan masyarakat yang berbagai bangsa dan agama.
Apa pandangan ustaz tentang pendapat bahawa kewujudan parti Islam baru tidak membawa kebaikan tapi hanya memecahbelahkan ummah?
Apabila perjuangan Islam kehilangan posisi perjuangan yang strategik sehingga hilang harapan untuk memerintah dan mengambil alih kepimpinan politik negara dari tangan rejim yang korup menyebabkan rakyat akan kehilangan harapan untuk mencapai cita-citanya melalui tindakan mengundi parti sejarah berkenaan.
Ini bermakna wajib ada wadah atau parti Islam lain yang baru untuk mengambalikan perjuangan Islam pada posisinya yang kukuh dan berkemungkinan untuk menang melalui suatu tahaluf atau pakatan yang dipercayai oleh rakyat; yang mampu bertarung dan menggantikan BN.
Oleh kerana tidak mungkin BN dikalahkan melainkan melalui pakatan pembangkang, maka mewujudkan dan mengukuhkan semula kehadiran pakatan pembangkang adalah suatu kewajiban dan kemestian.
Sebab itu kehadiran AMANAH yang mewakili jalur Islam adalah suatu kemestian atau suatu yang wajib demi kemenangan cita-cita rakyat;  memandangkan parti Pas sudah kehilangan kredibiliti di kalangan pengundi bukan Melayu dam bukan Islam.
Di sini kita lihat kemunculan AMANAH adalah kehadiran yang memberi kekuatan kepada kesinambungan perjuangan Islam seperti yang dipimpin oleh Ust Fadzil Mohd Nor dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sebab itu kita melihat perjuangan Pakatan Harapan semakin mendapat sambutan dan semakin mantap dan padu akhir-akhir ini.
Dari satu sudut ia merupakan suatu wadah parti Islam baru yang progresif menjadi  ruang untuk segolongan besar pemimpin profesional dan ulama untuk meneruskan tugas mereka sebagai ahli parlimen atau Adun setelah mereka secara beramai-ramai ditolak dari parti sejarah. Ini selaras dengan kaedah usul Fiqh ialitu "Al Amrliza dhaqa ittasa",  "Al Masyaqqah tujlibu al taisir".
Segala kejadian di dunia ini umumnya adalah suatu yang ditakdirkan oleh Allah. Umat Islam diajar agar menerima takdir dengan rela dan optimistik. Oleh kerana kehadiran berbagai parti yang memperjuangkan Islam, itupun suatu yang dibenarkan dalam fiqh siasi masa kini, seperti yang dihuraikan oleh Syaikh Yusuf Al Qaradhawi dan lain-lain, maka kita melihat mungkin Allah mahu mewujudkan suatu fenomena baru dalam perjuangan Islam di mana kekuatan persepakatan di kalangan pembangkang akan lebih kemas dan utuh demi membawa kemenangan yang diharapkan oleh rakyat yang sekian lama tertindas oleh regim korup BN.
Kisah sejarah dan perjalanan hidup Nabi Allah Yusuf a.s. yang penuh ranjau penderitaan boleh menjadi rujukan dan pengamatan kita. Nabi Yusuf berhadapan dengan perjalanan takdir yang perit dan menyedihkan tetapi episod akhirnya adalah suatu kejayaan dan kemajuan untuk beliau sekeluarga bersama adik beradik yang dahulunya bertelagah dan bersengketa.
Takdir Allah sebenarnya penuh dengan kebijaksanaan. Tapi  menusia lumrahnya jahil buruk sangka serta sarat dengan prasangka.
Apa sebenarnya pandangan ulama kontemporari khususnya Dr Yusof al-Qaradhawi dalam soal kepelbagaian jamaah dan parti politik dalam negara umat Islam?
Dalam tulisan beliau bertajuk "Jadaliyatu Ta'addudil Ahzab" beliau menegaskan:
"Tiada terdapat apa-apa halangan syar'ie untuk wujudnya lebih dari satu parti politik dalam negara umat Islam. Kerana halangan syar'ie kalau ada mestilah dengan adanya nas yang mengarahkan demikian, namun tiada nas dalam hal ini.
"Sebaliknya kewujudan pelbagai dan berbilang parti ini mungkin menjadi suatu kemestian justeru ia menghalang sikap kuku besi individu atau kumpulan tertentu dalam masyarakat. Kerana tiada kumpulan lain yang berani menegur dan menentang sikap kuku besi berkenaan..."
Cuma menurut beliau untuk keabsahan kewujudan berbilang parti itu mestilah memenuhi dua syarat berikut:
1. Memperakukan Islam sebagai akidah dan syariah. Tidak memusuhi atau menafikan peranan Islam; meskipun parti berkenaan mempunyai kefahaman tertentu yang khusus dalam sesuatu isu dengan mendasarkan kepada kaedah dan dalil ilmiah yang diakui oleh syarak.
2. Parti berkenaan tidak berbuat untuk kepentingan pihak yang memusuhi Islam dan umatnya.
Perkembangan mutakhir dalam penulisan ulama muslimin muktabar menganggap bahawa sistem demokasi adalah mirip dengan konsep syura dalam Islam. Konsep dan sistem demokrasi sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah kepimpinan politik secara bertamadun dan damai melalui pilihan raya yang adil dan telus.

Politik Bandar vs Politik Sorban

Politik Bandar vs Politik Sorban

Bila Tunku bawa merdeka
Riuh rendah alim ulama unjuk rasa
Kerna tali barut penjajah dan Lord Reid
Lalu Umno
Berpecah dua
Satu kot bush jacket
Satu sorban dan kurta
Lawan punya lawan
Dah lebih 55 tahun merdeka
Undi sorban
Undi pangkah kapal layar hingga dacing penimbang
Bulan bintang dan purnama
Penuh jugak roket
Selang seli pisau sabit masuk sekali
Akhirnya pulus mari
Sorban dan jubah berterbangan
Dunia semakin terbalik
Bila sang negarawan berpaling tadah
Sebermula Tunku dengan S46 bersama Kapten Husien
Kini mamak bendahara keturunan Poshtun Afghan
Mengamuk sakan
Dilibasnya anak Razak asal Pekan
Berdentam berdentum halilintar panah memanah
Sabung menyabung
Wayang pacak sedang tertayang
Antara lebai pondok
Lulusan penjajah sekuler
Pakar bedah pakar ekonomi
Kini sedang beradu kuasa
Negara ku
Tanahair ku
Bandaraya ku
Kampung ku
Semuanya sedang berubah
Dulu kais pagi makan petang
Kini memiliki kilang IPP
Atau saham luar negeri
Akibat mahu menguasai Putrajaya
Anak Cheruk Tok Kun
Terpenjara kerana buntut sang Saiful dan Azizan Bakar
Rakyat marhen sedang menunggu takdir Illahi
Apakah akan terjadi 2020 nanti
Nukilan rasa:
R. Ismail

Mengapa begitu ramai ‘tolol’ dalam kabinet dan Umno?

Sejak kenyataan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa “hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu” kerana bukan rahsia mengenai siapa Malaysian Official 1 (MO1) yang disebut dalam saman sivil oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, semakin ramai rakyat tertanya-tanya setiap hari mengapa begitu ramai ‘tolol’ dalam kabinet dan Umno.
Apakah MP Umno Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad sebegitu ‘tolol' sehingga berhujah bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah "Malaysian Official 1".
Apa yang akan berlaku jika pemimpin pembangkang, sama ada dari PKR, DAP, AMANAH atau BERSATU yang sedang didaftarkan itu mengandaikan bahawa "MO1" adalah Yang di-Pertuan Agong?
Bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin telah membuat laporan polis terhadap Nawawi, menuntut siasatan polis untuk melindungi institusi diraja.
Adakah polis akan menyiasat Nawawi dan akan menerima alasan lesunya bahawa beliau tidak pernah bermaksud untuk membayangkan bahawa "MO1" adalah Yang di Pertuan Agong?
Jika alasan Nawawi adalah sah, mengapa timbul keperluan untuk dirinya menyunting posting di Facebooknya?
Individu seterusnya yang juga ‘tolol’ adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low, yang berikrar akan bertindak ke atas individu yang dinamakan dalam saman DOJ tetapi hanya dengan syarat, terbukti wang milik dana pelaburan negara itu diselewengkan,
Ucaptama Low pada simposium mengenai tadbir urus anjura Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG) menjadi bahan lawak kerana dalah terbukti bahawa kerajaan yang diwakilinya langsung tidak serius mengenai isu integriti dan tadbir urus yang baik apabila mengambil pendirian tidak bertanggungjawab berhubung saman DOJ itu.

Don’t practise gangster politics, Amanah tells PAS

Amanah Deputy President Salahuddin Ayub says the political scene has changed with new Opposition parties being formed and the formation of Pakatan Harapan.
Mohd-Amar-Nik-Abdullah_salahuddin_kel_6001
PETALING JAYA: Amanah Deputy President Salahuddin Ayub has slammed PAS Vice-President Mohd Amar Nik Abdullah for a statement he made regarding the contest for Kelantan come the 14th General Election (GE14).
According to a recent report by Bernama, Amar had said that if Opposition parties were serious about a one-on-one fight against Barisan Nasional (BN) in GE14, parties other than PAS and PKR should not be allowed to contest in Kelantan.
Salahuddin said Amar’s statement showed the Islamist party was practising gangster politics.
“To me that is gangster politics. In politics it is only right that we study the strengths and weaknesses of each party before coming to a decision on who gets to contest where,” he told FMT.
He added that PAS should not think that just because it had held a seat for a long time, it was sure to win.
“The political scene has changed. There wasn’t a Pakatan Harapan and now there is. There are now new Opposition parties such as Bersatu.”
He pointed out that although Bersatu was a new party, it did not mean that it was irrelevant to the political scene.
He reminded PAS that since 1990, it had never won in Kelantan on its own as previously it was backed by Pakatan Rakyat. In the 1990s, it had Semangat 46.
He noted that the party’s previous wins could also be attributed to the leadership of the late Nik Aziz Nik Mat.
“PAS managed to win in Kelantan in 1990 because they had help from Semangat 46, Hamim and Berjasa. Cooperation is very important in politics.”

Arena politik Malaysia makin 'sesak'

ARENA politik Malaysia menjadi semakin "sesak" berikutan kewujudan Parti Amanah Negara (Amanah) dan yang terkini, Parti ‎Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), selain kemunculan perikatan baharu antara Pas dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
Persoalannya, mampukah parti-parti tersebut melakar kedudukan dalam senario politik Malaysia?
Bersatu, yang ditubuhkan pada awal bulan ini, diterajui oleh bekas pemimpin Umno manakala Amanah yang ditubuhkan pada September tahun lepas pula adalah parti serpihan Pas yang diketuai oleh bekas pemimpin parti itu.
Menariknya, Amanah bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membentuk Pakatan Harapan manakala Pas membentuk pakatan dengan Ikatan yang dipanggil Gagasan Sejahtera.
Bolehkah mereka, suatu hari nanti, menjadi satu kuasa yang kuat dalam pakatan pembangkang, yang hakikatnya kini berpecah-belah?
Tidak ramai yang percaya bahawa parti-parti tersebut mempunyai ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi satu kuasa politik yang disegani.
Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker menyifatkan parti-parti baharu itu sebagai "acuan yang sama dalam gelas yang baharu".
"Mereka tidak boleh dianggap serius. Apa yang dapat dilihat adalah parti-parti ini hanya mencari peluang untuk memecah-belahkan lagi sokongan pengundi, tetapi tidak sampai ke tahap kuasa ketiga," katanya.
Beliau berkata dalam usaha untuk menjadi "Kuasa Ketiga", parti-parti baharu perlu menjadi “sesederhana mungkin” tetapi pemerhatian beliau mendapati, keadaan sebaliknya berlaku di mana objektif parti-parti tersebut lebih menjurus kepada keagamaan dan perkauman.
"Kami fikir Amanah boleh mengatasi para penyokong Pas dengan pendirian sederhana mereka.
"Namun, ternyata pakatan Amanah dengan DAP dan PKR tidak berjaya memujuk DAP untuk mengambil pendirian yang lebih sederhana. Sebaliknya, ia (DAP) menjadi lebih ekstrem sekarang,” katanya.
Menyifatkan senario politik semasa sebagai “penuh kekeliruan", Ti berkata parti-parti dan pakatan baharu dilihat sebagai "boneka semata-mata", dengan Pas‎
menggunakan Ikatan untuk menarik pengundi; Pribumi menyasarkan kumpulan serpihan penyokong Umno; dan Amanah pula cuba mendapatkan penyokong Pas.

Skandal 1MDB: Saman DOJ bawa tumpuan kepada Yayasan DiCaprio

Yayasan kebajikan bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio kini di bawah penelitian selepas Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat memfailkan saman pelucuthakan terhadap aset yang didakwa diseleweng dari 1MDB, lapor The Hollywood Reporter (THR).
"Menurut DOJ, sesetengah sumbangan derma tertentu oleh pemenang Oscar itu datang terus dari berbilion dolar yang diseleweng di Asia Tenggara," kata artikel versi dalam taliannya yang bertarikh 17 Ogos dengan tajuk 'Leonardo DiCaprio, the Malaysian Money Scandal and His "Unusual" Foundation'.
THR berkata adalah tidak jelas jika DOJ akan juga merampas aset 1MDB yang berkaitan dengan derma oleh Yayasan DiCaprio Leonardo (LDF), kerana jabatan itu tidak mahu mengulas, selain menyatakan siasatan sedang dijalankan.
Namun menurut laporan itu, mereka difahamkan bahawa "badan amal bukannya tidak boleh disentuh dalam kes rampasan aset”.

‘Parti liar DiCaprio dikaitkan dengan dana 1MDB’

Sebuah penerbitan industri hiburan yang berpangkalan di Amerika Syarikat melaporkan bahawa aset yang dipercayai dicuri daripada firma pelaburan negara Malaysia, 1MDB mungkin ada kait-mengait dengan yayasan kebajikan kepunyaan bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio, yang terkenal dengan penganjuran parti liar.
"Parti serba bebas dan liar ‘bacchanal’ di mana para isteri pasti tergugat dengan wanita Slavic yang pakaian menjolokkan mata di mana para pasangan secara terbuka bercengkerama di bilik mandi," adalah bagaimana The Hollywood Reporter (THR) menghuraikan majlis tahunan Yayasan Kebajikan DiCaprio (LDF) itu, berdasarkan mereka yang pernah menghadirinya.
Mungkin keterlaluan, tetapi ‘bacchanal’ boleh diterjemahkan sebagai "orgies" atau pesta seks berkumpulan dan ia merujuk kepada sambutan kumpulan kultus Bacchus, dewa purba anggur, kegilaan ritual, keghairan agama dan teater .
Sambutan itu terkenal dengan keseronokan hedonistik seperti penggunaan alkohol, dadah, seks, orgies serta kerakusan.
Dan jika laporan oleh penerbitan itu adalah benar, wang yang didakwa dicuri dari 1MDB mungkin didermakan kepada yayasan kebajikan itu di dalam salah satu parti liar yang dianjurkan bagi mengutip derma dan menghidangkan makan malam mewah dengan pelayan Slavic yang separuh bogel.
Ini, kata THR, adalah berdasarkan maklumat dalam pemfailan pelucutan aset berkaitan 1MDB yang dibuat oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika.
THR melaporkan pada majlis tahun ini yang diadakan pada 20 Julai lalu di St Tropez, tiket bermula pada harga AS$11,778, dengan DiCaprio menyambut kehadiran kira-kira 500 tetamu parti liarnya.

‘Pegawai baik’ tak semestinya tak rasuah - Transparency International

Presiden Transparency International Malaysia Datuk Akhbar Satar berkata ketua kementerian, jabatan dan agensi perlu mengesan tanda merah kakitangan.
akhbar satar
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai yang baik tidak bermakna dia tidak rasuah, kata Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Datuk Akhbar Satar.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditahan kerana rasuah baru-baru, ialah seorang ‘pegawai baik’.
Akhbar, yang berkhidmat dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama 18 tahun berkata rasuah ialah jenayah kompleks, dan hanya kerana seseorang itu pegawai yang baik, itu tidak bermakna mereka tidak terbabit dalam rasuah.
“Apa yang penting kepada ketua kementerian, jabatan dan agensi ialah untuk mengesan ‘tanda merah’ titik rasuah,” katanya kepada wartawan selepas pelancaran bukunya, “Rasuah, Jenayah & Malaysia” di sini, hari ini.
Beliau berkata tanda merah itu termasuk kakitangan yang hidup mewah berbanding pendapatan, perubahan dalam gaya hidup, terlalu rapat dengan pelanggan atau pembekal, enggan mengambil cuti atau menolak kenaikan pangkat.
Akhbar berkata SPRM akan hanya menahan seseorang apabila mereka mempunyai bukti yang mencukupi.
“Apa yang terbaik ialah rakyat membiarkan SPRM melakukan kerja mereka,” katanya.

NAJIB TETAP YANG TERHEBAT, TAK PERLU BANDINGKAN DIRINYA DENGAN TUN M

Sudah beberapa kali Najib Razak mengkritik dasar atau pendekatan kepimpinan Tun Mahathir Mohamad sambil membandingkan dengan apa yang dilakukannya sekarang. Tujuannya tidak lain ialah untuk menonjolkan dirinya lebih baik berbanding bekas Perdana Menteri selama 22 tahun ini.

Ketika melancarkan sebuah model baru Proton tidak lama selepas Tun Mahathir berundur dari syarikat kereta nasional itu, Najib mengambil kesempatan menempelak kononnya sering berlaku campurtangan politik dalam syarikat tersebut, tetapi ia kini telah berakhir di era kepimpinannya.

Walaupun diketahui umum Tun Mahathir memandang jauh ke hadapan berkenaan pengangkutan awam dengan memperkenalkan LRT, ERL, komuter, memperkenalkan sistem bas dan lain-lain, manakala Najib hanya melakukan sambungan saja, beliau tetap menyalahkan bekas Perdana Menteri itu atas dakwaan tidak menyediakan pengangkutan awam yang mapan walaupun berkuasa selama 22 tahun.
Najib seolah-olah, dengan hanya pengenalan MRT yang dibawanya, mahu seluruh kebaikan dan pujian berkaitan pengangkutan awam sertus-peratus ditumpukan kepadanya seorang diri saja.

Apabila tambang ERL dari pusat bandar ke KLIA dinaikkan dari RM35 kepada RM55, Najib tidak melihat ia sebagai kegagalan pentadbirannya melakukan rundingan, tetapi lebih menyalahkan era kepimpinan Tun Mahathir yang memetrai perjanjian pada 1997 dahulu.

Najib juga  "masuk bakul angkat sendiri"  kepada masyarakat India dengan mengatakan sumbangan yang dilakukannya kepada komuniti itu lebih banyak berbanding Tun Mahathir.

Hari ini, sekali lagi Najib membandingkan kebaikan dirinya berbanding Tun Mahathir berhubung dasar luar.

Kata Najib, dasar luar Tun Mahathir sengaja berbentuk konfrontasi bertujuan untuk meraih populariti peribadi, pendek akal dan merugikan diri sendiri berbanding pendekatannya yang mementingkan kerjasama dan bukan persengketaan serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan peribadi.

Dalam beberapa ucapan lain, Najib juga kerap meletakkan dirinya lebih baik berbanding Tun Mahathir seperti berkaitan sistem pemilihan UMNO yang kononnya lebih terbuka, menghapuskan beberapa akta dan sebagainya.

Skandal 1MDB: Sibuk dengan DoJ terlupa laporan PAC

Dr Dzulkefly AhmadDr Dzulkefly Ahmad
Tumpuan diberikan pelbagai pihak yang prihatin dengan skandal mega 1MDB terhadap tindakan sivil Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) tidak sewajarnya mengkesampingkan Laporan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) berhubung skandal yang sama.
Malah pendedahan yang dilakukan PAC berhubung salah tadbir urus 1MDB boleh dijadikan asas oleh pihak berkuasa khususnya Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bertindak, kata Pengarah Strategi AMANAH Dr Dzulkefly Ahmad.
Ini kata beliau termasuk tindakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB  Mohd Hazem Abdul Rahman tidak mengendahkan arahan dan keputusan lembaga pengarah (BOD), menipu BOD dan menipu juruaudit.
"Cerita pengsonglapan dana 1MDB ini sebahagian besar dibutirkan oleh Laporan PAC. Hampir keseluruhan ringkasan dari muka surat 94 hingga 101 adalah bersabit segala pelanggaran pihak pengurusan khasnya CEO terhadap Lembaga Pengarah (BOD).
"Sejumlah 19 kali CEO tidak mengendahkan BOD, enam kali menipu BOD dan tiga kali menipu pihak auditor! Masihkah tidak ada apa-apa dakwaan sehingga hari ini?" soal beliau.
Dr Dzulkefly turut mempersoalkan 'kekebalan' yang dimiliki bekas CEO 1MDB itu sedangkan berdasarkan laporan PAC beliau boleh dikenakan dakwaan pecah amanah, menipu (fraud) dan pertuduhan lain.
Beliau turut kesal dengan respons negatif sesetengah pihak khususnya pemimpin Umno terhadap tindakan yang diambil DoJ walaupun tindakan serupa sewajarnya diambil pihak berkuasa negara ini.
"Ketika saya membaca kesemua laporan (tentang penyelewengan dana 1MDB), bayangkan betapa remuknya dan terbakarnya jiwa ini ketika mengenangkan ribuan juta atau dalam angka Ketua Audit Negara RM27.7 bilion tidak dapat disahtentukan keberadaannya kerana telah disonglap oleh penyangak-penyangak celaka ini!
"Bayangkan betapa besar manfaat yang boleh dijana untuk rakyat dan negara andainya 1MDB diurus dengan baik atau bayangkan Malaysia yang tidak punya 1MDB!" tegas beliau kepada Malaysia Dateline.
Mohd Hazem meletak jawatan sebagai CEO 1MDB 15 Januari lalu, tidak sampai dua tahun menerajui syarikat itu.

TMJ dedah hasil pertemuan dengan PM

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan bahawa beliau telah menyuarakan kebimbangannya terhadap situasi politik negara secara keseluruhan khususnya melibatkan negeri Johor dalam pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Menurut Tunku Ismail, selain melontarkan suara mengenai peluang generasi muda berbakat untuk memainkan peranan lebih besar dalam membina negara ini, beliau turut bertanyakan kepada Perdana Menteri mengenai dasar dan prinsip diamalkan oleh kerajaan.
“Ini adalah antara isu-isu yang saya sampaikan kepada Perdana Menteri selain daripada isu-isu semasa lain di negara ini.
“Datuk Seri Najib turut berkongsi pandangan dan pendapat beliau kepada saya malah saya turut menyuarakan bukan sahaja kebimbangan tetapi juga suara rakyat,”katanya menerusi wawancara khas yang dimuat naik ke dalam laman Facebook Johor Southern Tiger semalam.
Tunku Ismail berkata, apabila berdepan masalah, beliau lebih gemar berterus terang dan menangani kesulitan yang hadapi dengan seberapa segera.
Ujarnya, beliau tidak suka untuk menyembunyikan masalah seperti sesetengah pemimpin tertentu yang hanya mahu bercuti percuma atau melobi projek-projek tertentu.
“Apabila saya menghadapi masalah, kelebihan saya adalah mampu untuk berhadapan dan membincangkan masalah tersebut serta mengendalikannya secara 'gentlemen'.
“Saya tidak bersembunyi di sebalik komputer dan hanya menulis di laman Facebook kerana saya bukannya seorang pengecut, yang membaling batu sembunyikan tangan,”katanya.
Tambah Tunku Ismail, beliau melakukan semua ini atas satu tujuan untuk memastikan Malaysia mencapai sebuah negara maju di samping memperjelaskan lagi pendiriannya terhadap pendidikan dan gejala rasuah.
“Saya akan terus bersuara serta memberi pandangan kepada pemimpin-pemimpin negara ini demi kepentingan rakyat.
“Selain itu, perbualan peribadi antara Datuk Seri Najib dan saya adalah antara kami sahaja. Bukan urusan orang lain,”katanya.

Dana 1MDB biayai empayar kelab malam di Las Vegas?

Saya juga diugut dan akan disiasat bawah AMLA, kata Sanjeevan

Sanjeevan kepada SPRM, siasat firma senjata milik abang ketua polis negara

Polis tidak beri 'greenlight' untuk perhimpunan 27 Ogos

Logo lori najis sama dengan ASW 2020, NGO hantar memo ke PNB - Ali Tinju

Gerakan Merah turun tempur demo di Dataran Merdeka 27 ogos

Rafizi: Muhyiddin Tak Boleh Jadi Ketua Pembangkang

Rafizi: Tukar PM Bukan Jaminan Negara Pulih

SKANDAL 1MDB: DEBARAN BERMULA 22 OGOS INI

Dilaporkan saman Jabatan Kehakiman AS terhadap beberapa individu, termasuk Jho Low dan Riza Aziz untuk membekukan aset-aset yang dipercayai dibeli dengan wang 1MDB yang dilencongkan, akan bermula pada 22 Ogos ini.

Ini bermakna, mereka yang disebut namanya dalam saman itu berpeluang membela diri dan mencabar tuntutan kerajaan AS untuk merampas aset-aset bernilai AS$1 bilion atau kira-kira RM4,000 juta itu.

Persoalan sekarang ialah sama ada Jho Low, Riza Aziz dan yang lain-lain akan hadir atau tidak dalam perbicaraan tersebut.

Beranikah mereka berhujah dan menunjukkan bukti-bukti bahawa aset-aset tersebut dibeli dengan wang sendiri tidak berkait sama sekali dengan wang 1MDB?

Dalam hal ini, seorang peguam kanan, Zainur Zakaria bagaimanapun tidak yakin mereka akan hadir dalam perbicaraan tersebut kerana katanya, tuntutan Jabatan Kehakiman AS  yang berdasarkan penyiasatan FBI  hanya dilakukan setelah siasatan yang teliti dan rapi dijalankan.

Saya tidak fikir kerajaan AS akan memfailkan saman tersebut jika mereka tidak cukup bukti kerana maruah negara mereka akan berdepan risiko, tambahnya lagi.

Rakyat mahu ada satu 'coalition' saja lawan BN


Rakyat mahu hanya satu gabungan saja di kalangan pembangkang bagi melawan BN, kata Faiz dalam forum di pejabat Malaysiakini. Gambar Wan Abdul Rahim.Rakyat mahu hanya satu gabungan saja di kalangan pembangkang bagi melawan BN, kata Faiz dalam forum di pejabat Malaysiakini. Gambar Wan Abdul Rahim.
Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil berkata, rakyat mahu hanya ada satu 'coalition' saja untuk menentang Barisan Nasional (BN).
Menurutnya, mana-mana pihak yang dilihat bersekongkol dengan BN perlu ditolak.
"Kita perlu jatuhkan Umno-BN untuk lakukan perubahan kepada sistem yang dirosakkan Umno," ujarnya dalam satu forum di Petaling Jaya.
Mengulas lanjut, Faiz berkata, blok pembangkang tidak boleh berada dalam keadaan terawang-awang sebaliknya usaha untuk mengukuhkan Pakatan Harapan perlu diteruskan.
"Kita perlu ambil kira kemungkinan berlakunya pertembungan tiga hingga empat penjuru dalam pilihan raya akan datang.
"Oleh itu, Pakatan Harapan perlu menyusun strategi untuk berdepan dengan pertembungan itu," ujarnya.
Beliau menyifatkan Amanah menyambung kesinambungan Pakatan Rakyat yang terkubur.
"Kita tidak boleh nafikan Pas yang menamatkan riwayat Pakatan Rakyat dalam muktamar pada 2015 manakala tahun ini muktamar muslimat pula memutuskan hubungan dengan PKR," jelasnya.
Faiz yang juga peguam itu menyifatkan apa sahaja penubuhan parti baharu atas dasar reformasi amat dialu-alukan.
"Bekas-bekas kerajaan dalam Bersatu lebih tahu kepincangan yang berlaku dalam kerajaan," ujarnya lagi.

Saya tak cari populariti, Najib sindir dasar luar era Dr Mahathir

Dr Mahathir ketika menerajui kerajaan selama 23 tahun kerap menjadi sasaran media antarabangsa kerana lantang mengkritik Barat, tetapi Najib berkata dasar itu merugikan dan demi kepentingan peribadi.
najib mahathir
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membidas dasar luar era Tun Dr Mahathir Mohamad yang dianggapnya hanya bagi meraih populariti peribadi.
“Kita pernah ada seorang pemimpin yang membawa dasar luar negara yang sengaja bersikap konfrontasi,” katanya dipercayai merujuk bekas perdana menteri yang terkenal dengan kelantangannya mengkritik kuasa besar.
“Tetapi pendapat yang mengatakan ia menunjukkan Malaysia berani bersuara adalah kepura-puraan. Ia dilakukan bukan untuk kepentingan negara. Sebaliknya, ia hanya untuk kepentingan diri sendiri, pendek akal dan merugikan diri sendiri,” kata beliau, ketika berucap melancarkan Persidangan Persatuan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (Capam), di Kuala Lumpur, hari ini.
Dr Mahathir ketika menerajui kerajaan selama 23 tahun kerap menjadi sasaran media antarabangsa kerana mengetengahkan isu negara membangun dan mengkritik polisi negara maju termasuk Amerika Syarikat.
Bekas perdana menteri itu juga mempunyai hubungan dingin dengan Washington, yang menjadi sasaran kritikannya di forum antarabangsa termasuk pada ucapan Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Bagaimanapun, pentadbiran Najib dilihat semakin rapat dengan Washington, dan ini diserlahkan lawatan Presiden Barack Obama ke Malaysia sebanyak dua kali.
Pada Disember 2014, Najib diundang bermain golf dengan Obama, yang menurut Najib adalah bukti hubungan rapat beliau dengan presiden AS itu.

Gesaan pesara k'jaan lawan skandal 1MDB disambut dingin

Gesaan supaya tokoh penjawat awam yang bersara untuk bersuara dalam isu 1MDB gagal mendapat sambutan hangat kumpulan itu setakat ini.
Beberapa tokoh penjawat awam ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu.
Kumpulan Melayu ternama G25 misalnya ketika diminta memberi reaksi terhadap gesaan pembangkang, menjelaskan bahawa pendirian mereka tidak memihak.
“Kumpulan kami kekal polos politik tetapi kami akan terus berkempen untuk reformasi sistem kerajaan bagi memastikan pihak di tampuk kuasa dipertanggungjawabkan untuk tindakan dan tingkah laku peribadi mereka,” jawab G25 melalui pesanan teks.

Parti Amanah Negara (AMANAH) kelmarin menyeru bekas-bekas pegawai kanan kerajaan bersuara dalam isu 1MDB yang disifatkan “penyelewengan negara paling besar sejak merdeka”.
Timbalan presidennya Salahuddin Ayub berkata, alangkah baiknya jika kedudukan mereka dipandang tinggi dimanfaatkan untuk membela rakyat dan menegur kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau merujuk langsung kepada pemegang beberapa jawatan termasuk bekas ketua polis, bekas peguam negara dan bekas, setiausaha negara dan bekas ketua turus tentera.

Mengulas isu itu, bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata perkara itu semata-mata cadangan Salahuddin.

“Semua ini hanya dakwaan, tiada bukti lagi. Jadi, apa yang dia mahu kita buat? Bercakap?
“Bercakap pasal apa?” katanya yang berkhidmat di Pejabat AF antara 1983 hingga 1993.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut isu itu.

Muhyiddin jika mahu memimpin perlu dapat restu tokoh pembangkang


Tan Sri Muhyiddin Yassin Tan Sri Muhyiddin Yassin Presiden Penaja Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mendapat restu daripada tiga tokoh pembangkang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang sebelum layak dilantik mengetuai mereka.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib dipetik berkata, persetujuan tiga tokoh tersebut penting dalam menentukan pola sokongan daripada parti-parti komponen pembangkang itu sendiri.
“Masalah yang ada hari ini, pembangkang sendiri terbahagi kepada dua kelompok. Jadi beliau (Muhyiddin) memerlukan kerjasama daripada kombinasi parti yang ada untuk memegang jawatan tersebut.
“Persoalannya, sejauh mana beliau (Muhyiddin) akan mendapat kerjasama daripada wakil pembangkang memandangkan percakaran yang berlaku dalam blok pembangkang masih belum selesai sehingga kini,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Menurut Shukri, kapasiti Muhyiddin sebagai bekas timbalan perdana menteri juga tidak dilihat sebagai satu kelebihan untuk dilantik sebagai ketua pembangkang.
“Masih ramai pemimpin atau veteran pembangkang yang lebih arif mengenai perjuangan pembangkang untuk diletakkan di posisi tersebut,” katanya.

Ahmad Razif-BN harus malu dengan teguran 'Pocket Rocket Man'

 Sikap mengunci mulut pemimpin-pemimpin negeri terhadap atlet sukan negara seharusnya tidak berlaku di negara ini, sebagaimana yang dihadapi oleh pelumba basikal negara Azizulhasni Awang terhadap sikap menteri besar Terengganu yang diluahkan di 'facebook' semalam, kata Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Sany Hamzan.
Beliau berkata, kekecewaan  itu jelas menggambarkan tahap profesionalisme Ahmad Razif yang boleh dipersoalkan apabila membisu dengan permohonan pihak Azizulhasni dan Fatehah untuk membeli sebuah basikal 'roadbike'.
"Seharusnya Ahmad Razif dan Barisan Nasional harus  malu dengan teguran tersebut.
"Kalau pun tiada peruntukan daripada dana negeri untuk atlet kebanggaan negara ini, Ahmad Razif boleh sahaja meminta pegawainya menulis surat kepada Azizulhasni dan Fatehah memaklumkan bahawa tiada peruntukan bagi tujuan tersebut.
"Jangan mengunci mulut langsung." katanya.
Tambahnya lagi,sikap pemimpin negeri yang tidak memberikan jawapan balas terhadap satu-satu permohonan sama sekali tidak boleh diterima.
"Itu baru kes permohonan Azizulhasni dan Fatehah, atlet negara yang dikenali ramai.
"Bagaimana pula nasib atlet-atlet lain yang masih bertatih dan memerlukan sokongan kerajaan negeri? Tetap membisu atau bagaimana?
"Negeri-negeri lain yang ditadbir Barisan Nasional, beginikah juga cara dan kaedah yang sedang berjalan?

Paul Low ikrar pesalah 1MDB akan dihukum

Paul Low berkata wang yang dicuri daripada 1MDB perlu dikembalikan sepenuhnya dan mereka yang didapati bersalah perlu dihukum mengikut undang-undang Malaysia dan negara di mana wang haram itu digubah.
Paul-Low-dojs-1mdb
PETALING JAYA: Jika terbukti ada pihak menyeleweng dana 1MDB, kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku dan individu bersuhabat dengan mereka, memandangkan kredibiliti serta reputasi kerajaan sedang dipertaruhkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low dalam teks ucapan yang diemel kepada FMT berkata, wang yang dicuri daripada 1MDB perlu dikembalikan sepenuhnya dan mereka yang didapati bersalah perlu dihukum mengikut undang-undang Malaysia dan negara di mana wang haram itu digubah.
“Pendakwaan jenayah perlu dimulakan dan undang-undang mesti dipertahankan.
“Agensi penguatkuasaan dan Peguam Negara perlu memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua agensi antarabangsa untuk menangani perkara itu dengan cara sewajarnya bagi mengurangkan persepsi negatif serta mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan,” katanya sempena Simposium Tadbir Urus 2016 di ibu negara, hari ini.
Bulan lalu, Peguam Negara AS, Loretta Lynch mengumumkan tindakan sivil diambil bagi menyita aset bernilai lebih AS$1 bilion yang dikaitkan dengan konspirasi pengubahan wang haram daripada dana 1MDB.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikecamparti pembangkang dan orang ramai susulan tuduhan rasuah berkaitan 1MDB yang sarat menanggung hutang dan deposit wang dimasukkan ke akaun peribadinya bernilai kira-kira AS$680 juta.
DoJ menamakan empat nama, termasuk Riza Aziz yang merupakan anak tiri Najib dan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.

DBKL tak mungkin benar #TangkapMO1 di Dataran Merdeka

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mungkin membenarkan aktivis pelajar untuk menganjurkan perhimpunan #TangkapMalaysianOfficial1 pada 27 Ogos ini di Dataran Merdeka, kata Datuk Bandar KL, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz.
Beliau sebaliknya mencadangkan kumpulan pelajar itu mengadakannya di Padang Merbok.
Beliau menyatakan demikian dalam jawapannya dalam satu mesej teks semalam.
Bagaimanapun, Datuk Bandar itu berkata, beliau perlu menyemak dengan Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan sama ada Dataran Merdeka digunakan pada hari itu.
Amin Nordin ditanya jika DBKL akan membenarkan kumpulan itu untuk menggunakan Dataran Merdeka, sama ada tempat itu digunakan pada 27 Ogos dan pertimbangan pihak berkuasa untuk meluluskan Dataran Merdeka digunakan untuk perhimpunan tersebut.
Katanya, adalah menjadi dasar standard DBKL untuk membenarkan peserta perhimpunan menggunakan Padang Merbok.
Katanya, seperti tahun sebelumnya apabila BERSIH memohon kebenaran, mereka dibenarkan menggunakan Padang Merbok,
Pihak polis membenarkan protes itu diadakan semasa mesyuarat antara pihak penganjur dan pihak polis. Bagaimanapun, kumpulan pelajar itu perlukan kebenaran DBKL untuk mengadakan perhimpunan yang dirancang itu di Dataran Merdeka.
Perhimpunan itu dianjurkan oleh gabungan belia dan kumpulan pelajar untuk mendesak pihak berkuasa mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap individu yang dikenal pasti sebagai 'Malaysian Official 1' dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat untuk mendapatkan balik hampir AS$1 bilion aset yang dikaitkan dengan 1MDB .
Setakat ini, sayap Pemuda PKR, DAP dan AMANAH telah berikrar untuk menggerakkan anggotanya untuk menghadiri perhimpunan tersebut.
Perhimpunan itu juga disokong oleh BERsIH 2.0 dan sebuah gabungan pelajar dan belia.

MO1: Nawawi dakwa kenyataannya diputar belit

Ahli Parlimen Langkawi itu mendakwa beliau sekadar mentafsir Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan pemimpin nombor satu Malaysia ialah Agong.
Langkawi MP Nawawi Ahmad
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad hari ini menafikan beliau mengaitkan Yang di-Pertuan Agong dengan Malaysian Official 1 (MO1) yang dinamakan dalam laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).
Nawawi berkata, beliau sekadar memberi tafsiran sendiri mengenai Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan pemimpin nombor satu Malaysia ialah Agong.
“Saya tidak kata yang MO1 yang disebut DoJ adalah Agong. Saya tahu baginda tidak terbabit dengan 1MDB.
“Saya hanya memberi definisi mengikut Fasal 32 dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan MO1 sebenar Malaysia ialah Agong. Saya tidak bercakap mengenai MO1 dalam konteks laporan DoJ itu.
“Jadi, saya berpendapat ia adalah salah untuk sesiapa sahaja mengatakan pegawai nombor satu Malaysia ialah orang lain, tetapi dalam apa jua cara pun, saya tidak mengaitkan Agong dengan laporan DoJ itu,” katanya kepada FMT hari ini.
Kontroversi timbul selepas Nawawi memuat naik status di Facebooknya pada Selasa lalu yang menyatakan Agong ialah MO1 bertanggungjawab terhadap kerajaan, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
Menurutnya, MO1 bukan perdana menteri, sebaliknya Datuk Seri Najib Razak adalah MO2, MO3 atau MO4.
Ia disusuli gesaan pelbagai pihak supaya Nawawi memohon ampun kepada Agong. Bekas ahli Umno, Anina Saadudin bersama tiga yang lain turut membuat laporan polis berhubung kenyataan itu yang didakwa satu penghinaan terhadap institusi diraja.

Nawawi: Saya kata 'MO Number One', bukan MO1..ha..ha..ha..nak "spin" juga..!!!

Anggota parlimen Langkawi menjelaskan status kontroversinya mengenai Yang di-Pertuan Agong di media sosial tiada kena mengena dengan saman Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat (AS).
Datuk Nawawi Ahmad malah berkata, beliau tidak langsung menyebut perkataan Malaysia Official 1 yang digunakan 36 kali dalam saman DOJ untuk merampas aset berkaitan 1MDB itu.
"Ada dua perkara yang berbeza dalam hal ini, DOJ sebut MO1 ialah Malaysian Official One, manakala saya pula menyebut Malaysia Official Number One," beliau dipetik sebagai berkata oleh Berita Harian.

Semalam dalam tulisan di Facebooknya, Nawawi menulis bahawa berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab terhadap kerajaan.
Namun, selepas empat jam, tulisan di Facebook itu disunting dengan berkata, mengikut perlembagaan MO1 bukan Najib beliau mungkin MO2, MO3 atau MO4.
Sidang DUN Kedah semalam panas apabila bekas menteri besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir menuntut Nawawi memohon maaf kepada Agong berhubung kenyataan itu.
Seri Paduka Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah juga merupakan sultan Kedah.
Dalam laporan akhbar harian itu, Nawawi berkata sebagai rakyat Malaysia, tidak menjadi kesalahan serta menjadi hak peribadinya untuk membuat definisi sesuatu perkara berdasarkan perlembagaan.
"Saya berpendirian tidak salah bagi saya mendefinisikan perkara yang tidak ada kena mengena dengan hal DOJ dan 1MDB seperti yang cuba dikaitkan oleh kumpulan ADUN (pembangkang) berkenaan,” katanya.

Ku Nan marah ditanya kes pegawai DBKL ditahan SPRM sprm kunan

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mempertikaikan soalan pihak media berkaitan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang ditahan kerana kes rasuah awal minggu ini.
Katanya, soalan tersebut perlu diajukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandangkan kes itu berada di bawah bidang kuasa mereka.
Selain itu, mengikut pemerhatiannya, pegawai terbabit mempunyai mutu kerja yang memuaskan dan beliau tidak tahu perkara selain daripada itu.
“Kalau kerja mereka bagus, perkara lain selain itu kami tidak tahu, kenapa kamu tuju soalan ini pada saya.
“Ia tidak adil, SPRM untuk apa? Cara awak bertanya tidak adil untuk saya,” katanya sedikit emosi.
Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai kenyataan seorang pegawai kanan SPRM yang hairan mengenai sikapnya yang memberi pujian kepada pegawai DBKL yang ditahan.
Terdahulu, beliau hadir pada Majlis Penyerahan Sumbangan Khas Kepada Golongan Asnaf dan Program Baiti Jannati Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Keramat Mall, Kuala Lumpur.

SPRM !!! Awak Kat Mana !!!

Kalau tangkap & beku RM13 juta pon dikatakan 'IKAN BESAR', bagaimana pula dgn RM107 juta di KBS dan RM2,600 (RM2.6 bilion) di akaun peribadi MO1 ??!!!

NAK TANGKAP TUNGGU 'HARI SELASA' KA !!

Nak jumpa MO#1 pegi PMO (Prime Minister Office)..


BERTUAH ler boleh selfie... selfie ngan MO#1

Pemandu Teksi: 'Turun padang, kami bukan 'lembu' untuk ikut sahaja'

Hormati reformasi, Muhyiddin boleh ketuai pembangkang?

Sopian Ahmad: Bangsa Melayu Kenalah Sedar

Sopian Ahmad berkata :
Renungan pagi Rabu 17.82016
I felt cheated by a hollow man! Are we all not?
 Sopian Ahmad: Bangsa Melayu Kenalah Sedar
One political lesson we, Malaysians, must learn from this najib episode in our history is; never ever be so gullible to simply make sons, daughters, husbands or wives or any close relatives of famous leaders our leaders. We will be screwed up big time!
We can see that elected posts are becoming some kind of inherited properties!
Macam harta mak bapak depa dibuatnya!
Cuba lihat:
Anak Razak jadi menteri, MB dan PM.
Anak Hussein Onnn jadi menteri,
Menantu Dollah Badawi jadi Menteri,
Anak Tun Mahathir pernah jadi MB,
Anak Mat Rahmat jadi timbalan menteri,
Anak Mhd Said Kruak jadi menteri,
Anak Nik Aziz jadi wakil rakyat...nak kearah jadi menteri lah tu.
Adik Ketua Menteri Sabah jadi menteri Luar.
Bangsa Melayu kenalah sedar. Jangan mudah sangat jadi emosi bila seseorang yg berkuasa atau kaya tu kita terhinggut hinggut, tunduk hormat sampai keanak pinaknya kita angkat lambong jadi to ketua. Buat lagu tu depa naik toncang dan kita juga yang susah nanti. kita kena kritikal, hanya yang terbaik jadi pemimpin kita. Cari yg sudah terduga [tested] kejujuran, kerajinan, kebijaksanaan nya; baru lantik mereka jadi ketua.
Masa najib mula mula dilantik jadi wakil rakyat dulu; menatang apa jasanya kepada orang ramai? Hanya sebab bapa dia jadi Perdana Menteri?
Apa pasal bila bapaknya jadi PM, anak nya patut jadi pemimpin? Sama juga dengan yg lain lain tu. Hishamuddin? Apa jasa dia sebelum jadi wakil rakyat? Orang Melayu pakai main angkat saja!
Satu lagi yang orang Melayu kena sedar, bila seseorang tu jadi menteri, dia macam tak boleh cari kerja lain dah!
Sampai ke tua jadi menteri.
berpuluh puluh tahun jadi menteri!
Ada yg keluar universiti ,dok sat, terus jadi menteri sampai umur 60 han!
Betoi ka depa pandai sampai macam tu?
Something is very wrong with our system of governance.
Saya bukan tak suka kepada Tun Mahathir. Dia bijak, pandai dan berani. Saya sokong dia. Sekarang pun, dalam perjuangan nya membuang najib untuk selamaatkan negara, saya sokong Tun Mahathir.
Tapi masa dia jadi PM sampai 22 tahun dulu, saya ada "reservation" tentang jangkamasa tu.
Paaanjaaaang sangat!
Tak sehat politik kita kalu seseorang pemimpin dok pegang jawatan terlalu lama sangat. Tak kiralah betapa bijak seseorang itu.
Kita kena letak syarat seseorang itu hanya boleh jadi pemimpin hanya terhad kepada 2 penggal saja misalnya.
Kalu tidak sussah sangat mereka nak kenal tinggi rendah langit bumi!

3 Kesalahan Najib Di Bawah SPRM Yang Sehingga Kini Tidak Dapat DiJelaskan

3 Kesalahan Najib Di Bawah SPRM Yang Sehingga Kini Tidak Dapat DiJelaskan

Orang UMNO boleh bertempik itu dan ini, tapi mana duit 1MDB?

Bila Idris Haron, KM Melaka yang jelas tidak begitu cerdik, kata Amerika hendak bunuh orang Melayu- kita bukan peduli perkara itu. Kalau Amerika hendak bunuh orang Melayu- istihar  perang lah.

Hantar tentera, askar dan soldadu kita yang dipimpin oleh PAT yang gendut dan bersambungan kontrak itu ke Amerika. Serang Amerika dengan pesawat kita. MIG, Sukhoi dan lain2. Serang Amerika dengan kapal selam. Bot laju. Frigate kita.

Cerdik mana sangatlah Idris Haron sehingga tidak boleh diajar? Inilah yang dikatakan peribahasa Melayu, sudahlah bodoh, sombong pula.

Bila Najib kata dia tidak akan undur biar pun halilintar membelah bumi, kita peduli apa.

  • Kita hanya mahukan dia pulang USD1.83 billion yang hilang dari 1MDB.
  • Kita mahu dia pulangkan USD1.4 billion yang disalurkan kepada Aabar BVI.
  • Kita mahu dia pulangkan USD 1.2 billion yang disalurkan kepada Tanore Finance. Itu duit 1MDB.
  • beritahu rakyat, USD3.5 billion bayaran kepada Aabar ,  boleh dikembalikan.

Kita peduli apa dia tidak undur atau tidak. Cakaplah apa yang dia hendak cakap. Lagi pun cakap depan perwakilan UMNO. Tapi pulangkan semua duit tersebut.

Halilintar atau tidak, yang kita peduli ialah mengapa Najib terima USD681 juta masuk kedalam akaun nya dan pulangkan USD620 juta kepada Tanore Finance? Duit itu 1MDB punya!

Jadi sebelum kamu jerit terpekik terlolong dan air liur meleleh tepi mulut, mengenai tidak berganjak lah, penjajahan baru lah, tidak mahu tunduk lah kepada Mahathir dan banyak cerita nenek kebayan yang lain, pulangkan duit 1MDB dahulu.

Haji hadi dan ustaz2 lain dalam pas boleh bersyarah dari pagi hingga pagi esok nya, sampai urat leher jadi biru, lembu, kerbau, kambing dan itik serta ayam pulang petang- kita don’t give a damn really. Kita hanya mahu wang yang disonglap dipulangkan. Persetankan syarahan dan tazkirah kamu mengenai dosa, halal haram, morality dan sebagainya.

Just give us back the damn money.

Jangan hendak alih pandangan rakyat. Kenapa Najib terima USD20 juta dari putera Arab? Jika derma kenapa tidak beritahu kerajaan? Jika Najib penjual air batu tepi jalan, mahukah putera Arab derma kepada nya?

Kerana dia pegang jawatan awam lah maka, putera Arab derma. Jawatan awam/public itu ialah jawatan PM. Menerima imbuhan atau faedah peribadi atas sebab ada jawatan awam ialah rasuah. Faham? Rasuah.

Kenapa Najib ambil USD30 juta dari blackstone bin Aabar BVI? Adakah Blackstone bin Aabar BVI bin 1MDB mahu beri Najib jika Najib seorang penjual keropok lekor di Losong? Sekali lagi, jika dia dapat faedah peribadi disebabkan jawatan awam nya, maka itu nama nya rasuah. Faham? RASUAH.

Kenapa Najib ambil USD61juta dari Tanore dan pulangkan USD620juta? Dan dalam proses tersebut,Najib mencipta suatu jenis kewangan Islam baru yang dipanggil Najibah.

Jangan berkhutbah kepada kita mengenai penjajahan baru, Amerika hendak bunuh Melayu, tidak mahu tunduk kepada Mahathir atau cakap besar tidak mahu berundur walaupun halilintar membelah bumi.

Semua dunia tahu, Najib disergah dek ketua kampong pun sudah  takut.

Tidak ada perkara yang paling bodoh dari memberi amanah kepada orang yang pecah amanah dan pelakunya tidak dipertanggung-jawabkan kerana berpecah amanah.

Tidak ada kah suatu pun nilai pembetulan dalam budaya Melayu?
********************

3 poster yang kita boleh lihat di laman web SPRM. Selain yang di atas, ni ada dua lagi yang kena tepat kepada Najib !

Zaid Saman Najib Supaya Pulangkan Duit 1MDB

A Kadir Jasin


BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Datuk) Zaid Ibrahim, hari ini memfailkan writ saman ke atas Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak, kerana melanggar kewajipan fidusiari.

Serentak itu beliau menuntut supaya Najib mengembalikan kepada kerajaan semua wang 1MDB dan SRC International Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Dalam bahasa yang mudah, Zaid menuduh Mohd Najib mengkhianati kepercayaan yang diamanahkan kepada beliau dengan mengambil duit 1MDB.

Zaid, seorang peguam dan bertindak sebagai menteri undang-undang di bawah pentadbiran (Tun) Abdullah Ahmad Badawi, mengemukakan writ itu bagi pihak rakyat Malaysia.

Beliau menuntut Najib memulangkan kepada kerajaan wang sebanyak AS$731 juta (kira-kira RM2.92 bilion) yang didepositkan ke dalam akaun peribadinya.

Zaid juga menuntut supaya wang sebanyak RM42 juta yang Najib dakwa diterimanya daripada SRC International Sdn Bhd dikembalikan kepada kerajaan. 

Zaid mahu Najib pulangkan duit 1MDB
SRC International adalah anak syarikat 1MDB yang kemudiannya dipindahkan ke Kementerian Kewangan. Najib adalah pegawai tertinggi yang berkuasa terus ke atas 1MDB.

Zaid menamakan Najib, 1MDB, Kerajaan Malaysia dan anak tiri Najib, Riza Shahriz Aziz, dalam saman itu. (Baca lanjut di sini).

Ini adalah tindakan sivil ketiga yang dikemukakan berkaitan skandal 1MDB dan yang pertama kepada mahkamah Malaysia.

Dua saman terawal adalah di Amerika Syarikat. Pertama oleh Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) akhir Julai lalu dan kedua oleh pasangan ADUN Datuk Husam Musa dan peguam Matthias Chang minggu lepas.
Pandangan saya mengenai writ saman Zaid itu adalah seperti berikut:

Dulu menteri di Indonesia, kini tiada kerakyatan

Pendedahan Arcandra Tahar pernah menjadi warganegara Amerika Syarikat bukan sahaja menyebabkan kehilangan kerakyatan Indonesia, tetapi juga AS yang melarang rakyatnya memegang jawatan awam di negara lain.
Arcandra-Tahar
 Menteri Tenaga dan Sumber Asli Indonesia, Arcandra Tahar, yang dipecat daripada kabinet Isnin lalu, kini seorang yang tiada kerakyatan.
Arcandra dipecat selepas pendedahan beliau sudah menjadi warganegara Amerika Syarikat.
Indonesia melarang rakyatnya memegang dua kerakyatan.
Agensi Antara memetik Freddy Haris, pengarah pentadbiran undang-undang Kementerian Perundangan, sebagai berkata Arcandra secara automatik akan ditarik balik pasport Indonesia susulan pendedahan itu.
“Tetapi beliau juga hilang kerakyatan AS kerana menerima tawaran memegang jawatan menteri di Indonesia,” katanya, merujuk undang-undang AS yang melarang rakyatnya memegang jawatan awam atau politik di negara lain.
Arcandra kini perlu melalui proses memohon semula kewarganegaraan asalnya, sesuatu yang rumit.
Bagaimanapun, kelonggaran diberikan kepada mereka yang pernah berbakti kepada negara, kata Freddy.
Ini kerana Arcandra ketika dalam kabinet pernah berjaya menjimatkan berbilion rupiah dalam tempoh 20 hari selepas pelantikan beliau.

Suaram: Kerajaan lembap, keadaan di depot imigresen mengerikan

Sevan berkata, gesaan demi gesaan dibuat masyarakat supaya kerajaan mengambil tindakan proaktif, tetapi keadaan di pusat tahanan imigresen bertambah teruk sehingga mencapai tahap menyedihkan.
sevan-doraisamy_imigresen_tahan_600
PETALING JAYA: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) membidas kerajaan lambat bertindak terhadap aduan keadaan teruk di pusat tahanan imigresen negara dan dakwaan penderaan di Depot Tahanan Imigresen Juru, Pulau Pinang.
Pengarah Eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy berkata, gesaan demi gesaan dibuat masyarakat supaya kerajaan mengambil tindakan proaktif, tetapi keadaan di pusat tahanan imigresen bertambah teruk sehingga mencapai tahap menyedihkan.
“Kami boleh sifatkan keadaan hidup mengerikan itu sebagai pelanggaran hak asasi manusia, tetapi penyeksaan dan keganasan fizikal oleh kakitangan depot serta skala kejadian itu berlaku menjadikan isu pencabulan hak asasi manusia bertukar kepada jenayah terhadap kemanusiaan,” katanya kepada FMT semalam.
Sehubungan itu, Sevan menggesa agensi penguatkuasaan berkaitan menjalankan siasatan segera dan membawa pihak terbabit ke muka pengadilan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan dua pembantu rumah Kemboja mendakwa tahanan di Depot Tahanan Imigresen Juru diseksa dan dipukul warden sehingga ada yang mati.
Akhbar Cambodia Daily melaporkan pengalaman dua wanita terbabit ditendang dan dipukul warden di pusat tahanan itu kerana tidak boleh berbahasa Melayu, sebelum mereka dihantar pulang pada Jun lalu, hasil usaha pertubuhan hak buruh Kemboja, Central.
Mereka berkata, sepanjang tinggal di sana, dia menyaksikan sendiri lima warga Kemboja dan dua warga Vietnam meninggal dunia, tiga daripadanya ialah wanita yang tinggal bersama mereka.
Sementara itu, Pengarah Program Tenaganita, Aegile Fernandez berkata, pusat tahanan imigresen di Malaysia “sesak, hanya sedikit makanan diberikan dengan perhatian perubatan minimum serta berlaku penderaan dan pencabulan hak asasi manusia.”
Aktivis hak asasi manusia, James Nayagam pula menyifatkan Depot Tahanan Imigresen Juru sebagai kem tahanan terburuk yang tidak sesuai untuk manusia dan laporan demi laporan sudah dibuatnya kepada kerajaan.
Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, siasatan awal mendapati dakwaan berlaku penderaan sehingga ada tahanan yang meninggal dunia di Juru tidak benar dan laporan terperinci siasatan lengkap berhubung dakwaan itu akan dikeluarkan tidak lama lagi.

The fragmentation of Malay politics

The space has opened up for different parties focusing on different ideologies.
all_parti_melayu_6001
The emergence of Bersatu, with its cadre of disenfranchised Umno rebels, further muddies the waters of Malay politics.
There are still plenty of wishful thinkers in the establishment who cling to the old notion that the Malay vote is monolithic, but the wealth of information we’re getting from the alternative media, especially social media, tells us that there are conservative Malays, moderate Malays, liberal Malays, even anarchic Malays spread across the length and breadth of the country.
Malay society is indeed living, breathing and evolving as it tries to come to terms with the rapidly changing world we live in. One of the effects of these changes, helped by the information explosion, is the rapid expansion of ideologies. Anyone who has his ears close enough to the ground knows that with every young Malay going to the right, there’s probably another going to the left and another to the middle.
With this ideological fragmentation, space has opened up for different parties with different ways of thinking, and this is reflected in the major players in the race for the Malay vote.
PKR, Amanah, PAS, Bersatu, and Umno all vie for roughly the same electorate, regardless of PKR’s enduring and much appreciated decision to keep membership open to all races.
Amanah is as close to a progressive Malay party as has been seen in decades. PAS appeals to the ultra-conservative elements of Malay society. Bersatu, PKR, and Umno vie for the vote of those on the fence and around it. Umno has generally been considered centre-right despite the occasional outburst of extremism, and until recently was more of a palatable option than PAS with its occasional frothy manic behaviour.
There are ideological quirks that separate PKR, Bersatu, and Umno from each other. PKR has a reformist agenda, Umno is distinguished by its pro-Bumiputera policies, while Bersatu has a more inclusive definition of Bumiputera.
Bersatu, being newly announced, is still something of an enigma, and so cannot be fully analysed just yet, but it has promised a different way of doing Bumiputera politics.
The Malay identity is just as varied as the parties named above, and so each has its particular audience within the community. It’s hard to predict who will win out in the end although one must give Umno an edge because it has control over the instruments of state. Bersatu probably still needs time to emerge as a viable contender, and the other opposition parties still have some way to go to repair their battered image, except perhaps Amanah because it too is still new.
Regardless, the ideological fragmentation of Malay society is beginning to be reflected in our politics, and that can only be a good thing in the long run. Ultimately, of course, we should all be working towards a political system that is not race-based.

Parti Bersatu untuk tegar dan cenderung Umno, kata Syed Saddiq

Syed Saddiq (tiga dari kiri) ketika hadir bersama angota penaja Bersatu yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Aktivis anak muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyasarkan orang Melayu yang tegar menyokong dan cenderung kepada Umno.
Bercakap pada forum ‘Parti Baru = Harapan Baru?” malam tadi di Petaling Jaya, beliau berkata, Bersatu dilihat pilihan kepada orang Melayu yang belum bersedia dengan parti tanpa berasaskan kaum.
“Sekarang ada pelbagai parti berbilang kaum. Bagaimana untuk kita tarik penyokong tegar Umno? Mereka mahu buat lonjakan tetapi tidak mahu terlalu jauh.
“Saya percaya Bersatu memastikan mereka yang tegar dan cenderung kepada Umno untuk menyokong parti pembangkang,” ujarnya sebagai panelis dalam forum anjuran Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) itu.
Menurut Pendebat Terbaik Asia itu, gejala rasuah yang berleluasa dalam Umno seperti membelenggu orang Melayu untuk melakukan perubahan.
“Saya percaya perlunya parti politik berteraskan Bumiputera untuk membebaskan Melayu daripada kemelut rasuah yang mewabak dalam Umno,” jelas Saddiq yang sebelum ini pernah mengakui penyebaran foto menyerupainya di kelab malam adalah beliau sendiri.
Mengulas lanjut kesedaran orang Melayu dalam menolak Umno, pelajar jurusan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata, mereka perlu tegas melaksanakan agenda perubahan.
“Saya percaya selagi orang Melayu tidak berdiri bersuara lantang selagi itulah masalah (rasuah) berterusan. Orang Melayu perlu lantang bersuara ketengahkan agenda reformasi supaya mereka tidak bersangkut paut dengan gejala rasuah,” tambahnya lagi.

Kita ada hubungan berterusan dengan Pas, akui AMK


Dr Afif Bahardin  (tengah)  ketika berdialog dalam Forum Parti 'Parti Baru = Harapan Baru  malam tadi. Turut sama sebagai panelis Syed Saddiq dan S Ambiga.- Foto Wan Abdul Rahim.Dr Afif Bahardin (tengah) ketika berdialog dalam Forum Parti 'Parti Baru = Harapan Baru malam tadi. Turut sama sebagai panelis Syed Saddiq dan S Ambiga.- Foto Wan Abdul Rahim.
Angkatan Muda Keadilan (AMK)  berterus terang mengakui parti mereka masih mempunyai hubungan berterusan dengan Pas walaupun banyak pendirian parti diketuai Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bercanggah dengan Pakatan Harapan.
Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin berkata, tidak benar dakwaan bahawa PKR hanya mempunyai hubungan dengan Amanah sahaja.
“Keutamaan sekarang berhubung dengan semua pihak, tidak mengutamakan Amanah. Kita mahukan satu pakatan pembangkang yang kuat.
“Untuk katakan PKR hanya ada hubungan dengan Amanah pun tidak betul. Kita ada hubungan berterusan dengan Pas sekarang ini,” akuinya ketika ditemui Malaysia Dateline selepas forum berkaitan masa depan Pakatan Harapan di pejabat Malaysiakini malam tadi.
Ditanya keutamaan PKR sama ada Amanah atau Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau berkata, semua parti pembangkang perlu duduk semeja berunding bagi memastikan pertandingan satu lawan satu.
“Keutamaan pada masa ini semua parti pembangkang perlu ambil antara dua sempadan sama ada mahu ‘reform’ iaitu hendak melakukan perubahan kepada sistem atau mahu mengekalkan status quo iaitu masih mahukan perdana menteri yang korup,” jawabnya.
Mengulas tentang sikap kepimpinan Pas yang dilihat berjinak-jinak dengan Umno, Dr Afif yang juga Exco kerajaan negeri Pulau Pinang berkata, tanggapan itu terpulang pada tafsiran masing-masing.
“Kita tidak boleh anggap Hadi sebagai Pas. Kita hubungan dengan parti bukan dengan individu saja.
“Dalam kenyataan rasmi Pas dan muktamar mereka pun musuh utama mereka adalah Umno. Saya sendiri dengar ucapan (pemimpin Pas). Kita meneruskan rundingan dengan pimpinan Pas kemudian parti akan tentukan keputusan,” tegasnya lagi.
Ditanya lagi tentang had masa untuk PKR masih meneruskan hubungan dengan Pas ketika tempoh PRU14 semakin suntuk, beliau gagal memberi tempoh bagi tujuan tersebut.

Anak Daim diisytihar muflis di Singapura

Maybank menyaman Wira bagi mendapatkan balik sejumlah RM7.3 juta yang dipinjamnya bagi membeli saham LionGold.
Wira-Dani_maybank_6001
PETALING JAYA: Anak bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Singapura minggu lalu kerana berhutang S$1.65 juta (RM4.9 juta) dengan Maybank Kim Eng Securities, lapor The Straits Times.
Susulan itu, Md Wira Dani Abdul Daim, 37 meletak jawatan sebagai pengarah bukan eksekutif LionGold Corp, menurut kenyataan yang dihantar kepada Bursa Singapura, di mana beliau berharap dapat menyelesaikan masalah kewangannya dalam 30 hari.
Isnin lalu, Wira turut berundur daripada jawatan pengerusi eksekutif ISR Capital, sebuah firma pelaburan, Isnin lalu.
Maybank menyaman Wira bagi mendapatkan balik sejumlah S$2.459 juta (RM7.3 juta) yang dipinjamnya bagi membeli saham LionGold.
Nilai saham LionGold jatuh sebanyak S$6.9 bilion pada Oktober 2013 menyebabkan pelbagai tindakan mahkamah.
Wira sebelum ini bersetuju melangsaikan hutangnya secara ansuran, tetapi hanya membayar S$100,000 sehingga Ogos 2014.
April lalu, Maybank bersetuju dengan tawaran peguam Wira untuk melangsaikan hutang menerusi dua bayaran S$1 juta menjelang Jun.
Bagaimanapun, Maybank hanya menerima S$835,950, dan membuat keputusan memfailkan tindakan muflis.

Jangan rosakkan kegembiraan anda, nasihat Khairy kepada Azizulhasni

Azizulhasni tidak harus membenarkan rungutannya kerana tidak diberi bantuan daripada kerajaan negeri Terengganu membayangi pencapaiannya di Rio, kata Khairy.
Khairy-Jamaluddin_Azizulhasn_600
RIO DE JANEIRO: Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio, Azizulhasni Awang dinasihat mendapatkan penjelasan daripada pejabat Menteri Besar Terengganu selepas mendakwa permohonan bantuan yang dimintanya tidak dilayan.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata Azizulhasni tidak harus membiarkan rungutannya ke atas Menteri Besar Ahmad Rafiz Abdul Rahman, merosakkan kegembiraannya selepas meraih gangsa dalam acara keirin semalam.
Mengulas luahan jaguh trek negara dalam laman Facebooknya sejurus mendapat pingat pertama untuk Malaysia dalam acara berbasikal Sukan Olimpik, Khairy percaya ia hanya salah faham dan mudah diselesaikan.
“Azizulhasni tidak harus membenarkan perkara itu membayangi pencapaiannya di Rio,” katanya selepas menyaksikan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mara ke separuh akhir selepas menang 21-9, 21-15 ke atas Chou Tien Chen dari Taiwan di suku akhir.
Dalam laman Facebooknya, Azizulhasni, 28, mendakwa Ahmad Razif tidak memberikan sebarang reaksi kepada permintaan mendapatkan basikal RoadBike untuk dirinya dan Fatehah Mustapa, kedua-duanya pelumba kelahiran Terengganu, sebagai persediaan menghadapi Sukan Olimpik.