Rabu, 17 Ogos 2016

Fahmi Reza: Akta 'sakit hati' tak ikut perlembagaan

Aktivis Fahmi Reza memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan jenayah terhadap dirinya di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Menyifatkan akta itu sebagai 'akta sakit hati', beliau juga memfailkan permohonan untuk mencabar kesahihan seksyen 233 dan mengisytiharkan peruntukan itu tidak mengikut perlembagaan.
"Pendakwaan terhadap aku adalah cacat kerana tidak menyatakan siapa orang yang sakit hati dengan poster grafik tersebut," katanya dalam laman Facebook hari ini dan menjelaskan bahawa ia adalah salah satu alasan permohonannya.
Fahmi didakwa pada 10 Jun lalu kerana memuat naik imej menghina kepimpinan negara di Facebook.
Imej tersebut adalah karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bermuka badut yang tersebar di media sosial sejak disiarkan pada 8 Februari.
Dalam cacatan di Facebook hari ini, Fahmi berkata beliau mahu mencabar seksyen 233 CMA kerana ia melanggar kebebasan bersuara yang dilindungi di bawah perlembagaan persekutuan.
Ini termasuk kebebasan menghasilkan karya seni untuk mengkritik penguasa, kebebasan menyatakan pandangan yang berbeza dan juga kebebasan menggunakan seni dalam bentuk satira politik sebagai satu cara protes, katanya.
Katanya, pertuduhan terhadap beliau adalah satu bentuk penapisan internet yang bertentangan dengan CMA sendiri.

Saya bukan pengecut, tidak sembunyi sebalik Facebook, kata TMJ

Katanya, kelebihan dirinya ialah mampu berdepan dan membincangkan masalah, mengendalikannya secara 'gentlemen’.
Tunku-Ismail_rakyat-malayasia_600
PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata baginda bukan jenis yang suka menyembunyikan masalah atau hanya mahu bercuti percuma atau melobi projek seperti dilakukan sesetengah pemimpin tertentu.
Katanya, baginda akan bersuara, menjelaskan kebimbangan dan membincangkan bagaimana sesuatu masalah yang melanda negara harus dikendalikan, sekali gus berkongsi pandangannya mengenai perkara itu.
Dalam temu bual dengan pemilik Kelab JDT yang disiarkan di Facebook Johor Southern Tigers hari ini, TMJ berkata baginda juga bukan pengecut, dan lebih suka berterus terang dalam menangani masalah yang dihadapi dengan segera.
“Kelebihan saya ialah saya mampu untuk berhadapan dan membincangkan masalah tersebut, mengendalikannya secara ‘gentlemen’.
“Saya tidak bersembunyi di sebalik komputer dan hanya menulis di laman Facebook dan saya pasti bukannya seorang pengecut, yang membaling batu, sembunyikan tangan.
“Saya lebih suka berterus terang dan menangani masalah yang saya hadapi dengan seberapa segera,” katanya.
Dalam temu bual itu, baginda turut mendedahkan hasil pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini dan katanya mereka saling bertukar pendapat.
Dalam pertemuan itu, baginda meluahkan segala kebimbangan terbuku di dalam hatinya berhubung kemelut yang berlaku dalam negara serta situasi politik terutama di Johor, akhir-akhir ini.
“Saya ingin tahu apakah dasar dan prinsip kerajaan. Saya juga bersuara berkenaan dalam memberi peluang kepada generasi muda yang berbakat untuk memainkan peranan lebih besar dalam membina negara ini,” katanya.

Siapa mampu bersaing dengan Umno? soal Ambiga


Realitinya kita perluksn BERSATU untuk lawan Umno kata AmbigaRealitinya kita perluksn BERSATU untuk lawan Umno kata Ambiga
Realiti perlu diambil kira walaupun tidak bersetuju dengan parti politik yang ditubuhkan atas kapasiti perkauman, kata mantan presiden majlis peguam, Datuk Ambiga Sreenevasav.
"Siapa mampu bersaing dengan Umno? Saya faham buat masa sekarang, secara praktikalnya ini yang kita perlukan (parti Bersatu).
"Bersatu ada agenda reformasi. Itu yang penting," tegasnya dalam forum Parti Baru: Harapan Baru? di pejabat Malaysiakini malam ini.
Amanah mahu hanya ada satu 'coalition' lawan BN
Bagi Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil, rakyat perlu diberi penekanan hanya ada satu _coalation_ untuk menentang rejim BN, .
Menurutnya, mana-mana pihak yang dilihat bersekongkol dengan BN perlu ditolak.
"Kita perlu jatuhkan Umno-BN untuk lakukan perubahan kepada sistem yang dirosakkan Umno," ujarnya dalam terebut.
Mengulas lanjut, Faiz berkata, blok pembangkang tidak boleh berada dalam keadaan terawang-awang sebaliknya usaha untuk mengukuhkan Pakatan Harapan perlu diteruskan.
"Kita perlu ambil kira kemungkinan berlakunya pertembungan tiga hingga empat penjuru dalam pilihan raya akan datang.

Skandal 1MDB: Ulama membisu petanda keruntuhan kerajaan

Tindakan ahli Parlimen Langkawi merujuk MO1 ialah Yang di-Pertuan Agong adalah percubaan terdesak kerajaan mengalih pandangan rakyat daripada skandal 1MDB yang sebenarnya.
Raja-Kamarul-Bahrin_raja-raja_1mdb_600
Oleh Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
Apabila tersepit dalam tuduhan yang berat, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak akan mencuba apa sahaja untuk melepaskan diri daripada kesalahan tersebut. Isu 1MDB dan laporan DoJ – Jabatan kehakiman Amerika Syarikat, melibatkan pimpinan tertinggi kerajaan Malaysia melihat aksi memalukan dan pembohongan yang jelas.
Mula-mula, Ketua Menteri Melaka daripada Umno, Datuk Seri Idris Haron menuduh Amerika hendak membunuh Melayu sepertimana mereka membunuh rakyat Iraq.
Hari ini pula, ahli Parlimen Umno Langkawi menyatakan MO1 – Malaysian Official 1 yang memainkan peranan utama dalam skandal 1MDB dan disebut dalam laporan D0J tersebut adalah Yang di-Pertuan Agong. Ini adalah percubaan terdesak pihak kerajaan untuk mengalih pandangan daripada isu dan skandal terbesar 1MDB yang sebenarnya.
Ramai yang mendesak ahli Parlimen Langkawi memohon ampun kepada Yang di-Pertuan Agong. Sebenarnya kesalahan terhadap Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-raja adalah lebih luas dan besar daripada apa yang dijangkakan.
Najib sendiri sebagai perdana menteri juga perlu memohon ampun kepada Majlis Raja-raja kerana mengingkari titah pada mesyuarat Majlis Raja-raja pada Oktober 2015 untuk kerajaan menangani dengan baik masalah 1MDB.
Pihak kerajaan tidak mengambil tindakan sepatutnya atas isu tersebut untuk menjaga nama baik Malaysia. Malahan, sejak itu, isu 1MDB menjadi lebih parah dengan Switzerland, Hong Kong, Luxembourg, Singapura dan Amerika mengambil tindakan undang-undang ke atas Malaysia.
Sebenarnya, Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu sudah menggesa Najib menyelesaikan masalah 1MDB, tetapi ahli Parlimen Langkawi cuba mengaitkan implikasi kononnya Yang di-Pertuan Agong merupakan M01 – Malaysian Official 1 bertanggungjawab ke atas 1MDB.
Bukan sahaja perbuatan ahli Parlimen Langkawi biadap dan fitnah, tetapi tindakan ketuanya, Najib yang menyebabkan kemelut ini berterusan dengan tidak langsung menghormati titah Majlis Raja-raja untuk menjaga nama baik negara.

MANA ADA kepala perompak mengaku dirinya kepala perompak !!

Siapa KEPALA PEROMPAK sebenarnya..??

#MO1, ayah tiri kepada penerbit filem porno ITU SIAPA ??!!

KERAjaan mana tu ??!!

Bila dah menang atas usaha sendiri tanpa bantuan KERAjaan dan diluahkannya, tup-tup bakal kena siasat...

MB Terengganu mohon maaf tidak tahu permintaan Azizulhasni

Ahmad Razif sedia menemui Azizulhasni untuk mendengar luahan hatinya dan turut mengarahkan MSNT menyiasat dakwaan kerajaan negeri mengabaikan kebajikannya.
Ahmad-Razif-Abdul-Rahman_Azizulhasni_600
PETALING JAYA: Menteri Besar Terengganu memohon maaf kepada Azizulhasni Awang kerana permintaan pelumba basikal negara itu tidak pernah diketahuinya.
Bagaimanapun, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, beliau sedia menemui pemegang pingat gangsa Olimpik Rio itu sendiri untuk mendengar luahan hatinya dan turut mengarahkan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) menyiasat dakwaan atlet itu yang kerajaan negeri mengabaikan kebajikannya.
“Saya tidak tahu-menahu mengenai perkara ini dan kena tunggu hasil siasatan (MSNT). Mungkin ada yang terlepas pandang. Saya amat terkilan dan mohon maaf sekiranya perkara itu benar,” katanya
selepas majlis ramah mesra bersama bakal haji Parlimen Kuala Nerus di pejabat penyelaras DUN Seberang Takir, hari ini.
Azizulhasni meraih tempat ketiga, sekaligus memungut pingat gangsa dalam perlumbaan akhir keirin di Rio Olympic Velodrome, Brazil, hari ini.
Bagaimanapun, petang tadi, Azizulhasni secara sinis mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Terengganu kerana tidak membantu beliau dan pelumba basikal wanita, Fatehah Mustapa yang merupakan anak jati Terengganu berjuang di peringkat dunia dan Olimpik.
“Terima kasih kerana tidak sudi membelikan sebuah basikal ‘RoadBike’ untuk kegunaan kami dalam persiapan Sukan Olimpik walaupun sudah dihantar proposal lebih kurang setahun sebelum Sukan Olimpik Rio.

MB Terengganu tidak tahu permohonan tajaan Azizulhasni diabaikan


MB Terengganu tidak tahu permohonan tajaan Azizulhasni diabaikan


KUALA NERUS: Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman hari berkata beliau tidak tahu permohonan jaguh basikal negara, Azizulhasni Awang mendapat tajaan basikal, 'Roadbike' sebagai persediaan ke temasya Olimpik 2016 diabaikan.

Namun, katanya luahan Azizulhasni yang dikongsi di Facebook hari ini akan diambil secara positif.

Ini kerana pemenang pingat gangsa di temasya sukan berprestij yang sedang berlangsung di Rio de Janeiro, Brazil itu mendakwa kerajaan Terengganu mengabaikan permohonannya untuk mendapatkan bantuan bagi tujuan latihan.

Sambil menyuarakan rasa terkilan, Ahmad Razif hari ini mengarahkan Majlis Sukan Negeri (MSN) agar menjalankan siasatan mengenai perkara itu dan mengambil langkah segera dalam menyelesaikannya.

“Saya tidak dapat nak komen apa-apa sebab saya sudah minta MSN melihat apa yang sebenarnya yang berlaku.

“Yang utama sekarang kita perlu mendapatkan pengesahan dan penjelasan daripada Azizulhasni itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata, jika dakwaan itu benar, ia adalah di luar pengetahuannya dan beliau sendiri sudah pasti amat terkilan.

Ini kerana kata beliau, kerajaan Terengganu sentiasa serius dalam memberikan perhatian terhadap program pembangunan sukan di negeri itu.

Ia terbukti melalui pelbagai program pemmbangunan sukan yang dilaksanakan kerajaan melalui pruntukan yang agak besar setiap tahun.

Isteri gembira impian 'Rocket Poket Man' tercapai

Isteri Azizulhasni anggap doa Malaysia jadi pendorong kejayaan

Golongan berpendidikan agama tak ramai sertai Daesh - Maszlee Malik

MO1: Nawawi tersasar jauh, tapi tak perlu Akta Hasutan

Peguam berkata dalam tuntutan saman DoJ, MO1 ialah pegawai manakala Yang di-Pertuan Agong bukan seorang pegawai.
Syahredzan-Johan12_nawawi-ahmad_doj_600
PETALING JAYA: Kenyataan Ahli Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad mendakwa Yang di-Pertuan Agong ialah Malaysian Official 1 (MO1) yang disebut Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat itu, tersasar jauh, kata peguam Syahredzan Johan.
Bagaimanapun, katanya beliau tidak bersetuju jika Nawawi dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan atau dikatakan melakukan kesalahan melanggar Seksyen 233 susulan kenyataan yang dikeluarkan itu dianggap sebagai menghina Agong.
Syahredzan berkata dalam tuntutan saman DoJ itu, MO1 ialah seorang pegawai, manakala Yang di-Pertuan Agong bukan bertaraf pegawai.
“Ahli Parlimen Langkawi bukan ingin katakan Yang di-Pertuan Agong adalah ‘Malaysian Official 1’ seperti yang tertera dalam saman DoJ, cuma beliau memberi pandangannya, mengikut Perlembagaan.
“Tetapi pandangan beliau itu jauh tersasar kerana mengikut Perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong bukan ‘official’ (pegawai),” katanya kepada FMT.
“Saya juga membantah ahli Parlimen Langkawi dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan. Mungkin boleh kata apa yang dimuat naik beliau itu melanggar Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia.
“Tetapi saya juga tidak sokong seksyen ini digunakan ke atasnya dan memang tidak menyokong Akta Hasutan dikenakan ke atas sesiapa sekalipun,” katanya.
Beliau berkata adalah lebih baik jika kenyataan Nawawi itu ditentang menggunakan hujah dan tidak perlu diambil sebarang tindakan undang-undang.

"Polis tetap siasat jika ada laporan polis"- TPM Zahid Hamidi

"Polis akan hanya siasat jika ada laporan" - IGP Khalid

"Laporan polis yang dibuat orang ramai akan disiasat" - Timbalan Menteri Dalam Negeri

Agaknya jika Nurul Izzah yg kaitkan MOI adalah Agong... atau Lim Kit Siang... IGP dah terpacak depan pintu pagar rumah sejak subuh nak tangkap..

Jamal Tongkol dan Ali Tinju bergasak sesama sendiri, sapa dulu serang Nurul atau Lim Kit Siang....Media seperti TV3, BERNAMA akan buat litupan 27 jam sehari. bukan 24 jam lagi..

Mufti pon dah keluar kenyataan MENGHARBIKAN pemimpin pembangkang... tapi JIKA BABITKAN UMNO..semua senyap sunyi, KENAPA ??!! ....... so eloknya diludah BANGSAT BANGSAT ni semua...
 Adakah MP langkawi tahu #MO1 ada kaitan 'hubungan keluarga' dgn Reza Aziz, penerbit filem Porno yg didakwa guna wang 1MDB.??

Tiba-tiba anak tiri Najib ada ada 'hubungan keluarga' dgn keluarga Agong ??!!

Makin kuat mereka nak membela & menutup penipuan & kebobrokan 1MDB, semakin terserlah penipuan mereka..

‘Bersatu bukan lawan gerun, tidak mampu jatuhkan Umno’

Menurut laporan CNBC, lanskap politik negara yang berselerak, khasnya dengan pembangkang yang kelihatan berpecah-belah adalah satu lagi sebab Umno akan terus berkuasa.
bersatu-umno-1
KUALA LUMPUR: Parti baharu Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak dapat menjatuhkan Umno, kata penganalisis politik dan ekonomi kepada CNBC.
Bagaimanapun, mereka bimbang dengan keadaan di Malaysia ketika ini.
Ahli ekonomi di bank pelaburan Natixis, Tringh Nguyen memberitahu CNBC, Bersatu mungkin bukan lawan menggerunkan, memandangkan penguasaan bersejarah Umno dan sekian lama bertapak di Malaysia.
Beliau ragu-ragu dengan kemampuan parti baharu itu, memandangkan pengasasnya, Tun Dr Mahathir Mohamad kini berusia 91 tahun dan pengaruh politiknya juga semakin merosot.
“Tidak mungkin Mahathir boleh meraih sokongan untuk menjatuhkan (Datuk Seri) Najib Razak,” katanya.
Laporan itu menyatakan lanskap politik negara yang berselerak, khasnya dengan pembangkang yang kelihatan berpecah-belah adalah satu lagi sebab Umno akan terus berkuasa.
“Ada banyak cabaran menanti Bersatu, khasnya dengan pembangkang yang berpecah-belah,” kata Norshahril Saat, felow Iseas-Institut Yusof-Ishak yang merupakan sebuah kumpulan penyelidikan khusus dalam kajian Asean.
Norshahril berkata, perbalahan dalaman antara pembangkang, iaitu PKR, DAP, PAS dan Amanah turut memperkukuhkan penguasaan Barisan Nasional.
Sementara itu, Oh Ei Sun yang merupakan bekas setiausaha politik Najib dari 2009 hingga 2011 dan kini adalah felow kanan di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura Singapore berkata, Bersatu ditubuhkan untuk menggulingkan perdana menteri.
Menurut laporan itu, Pakatan Harapan yang terdiri daripada Amanah, PKR dan DAP tewas dalam dua pilihan raya kecil, baru-baru ini, manakala satu lagi pakatan dikenali sebagai Gabungan Rakyat Saksama (Saksama) menggabungkan beberapa parti pembangkang kecil.
Bersatu pernah menegaskan ia tidak keberatan bersekutu dengan Pakatan Harapan. Jika itu berlaku, Oh berkata, ia hanya akan lebih mengelirukan landskap pembangkang.

Satu lagi bank berkait skandal 1MDB ditimpa masalah

Pihak Berkuasa Kewangan Singapura melarang bank Falcon mendapatkan perniagaan baharu di Singapura.
falcon-bank
SINGAPORE: Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) melarang bank persendirian, Falcon daripada mendapatkan sebarang urus niaga baharu di republik itu.
Larangan itu susulan urus niaga Falcon dengan syarikat pelaburan negara, 1MDB, menurut laporan finews.asia.
Ia memetik berita itu daripada akhbar Switzerland, Finanz und Wirtschaft (di Jerman). Bagaimanapun, finews.asia berkata akhbar berkenaan tidak menyatakan bagaimana ia memperoleh maklumat itu.
Finews.asia menghubungi bank Falcon tetapi jurucakapnya enggan memberikan sebarang komen. Seorang jurucakap MAS memberitahu finews.asia secara dasarnya ia tidak akan memberi komen mengenai penyeliaan urus niaga bank berkenaan.
Falcon ialah salah satu daripada banyak bank lain termasuk UBS yang dinamakan oleh MAS pada bulan lalu kerana pembabitan dengan 1MDB.
Selepas hukuman keras MAS, Reuters memetik jurucakap Falcon sebagai berkata:”Merujuk kepada siasatan yang masih dijalankan MAS mengenai institusi yang dikaitkan dengan 1MDB dan kenyataan dikeluarkan hari ini, suka ditegaskan kami memberi kerjasama penuh dengan pihak berkuasa. Kami akan memberi komen lanjut apabila siasatan lengkap.”
Falcon dimiliki International Petroleum Investment Company (IPIC) di Abu Dhabi. IPIC terbabit dalam pergelutan undang-undang dengan 1MDB berhubung bayaran daripada 1MDB yang dikatakan tidak pernah diterima.
Dalam hujahan kepada Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London bulan lalu, IPIC menuntut AS$6.5 bilion daripada 1MDB dan Kementerian Kewangan Malaysia selepas penstrukturan semula perjanjian hutang antara syarikat berkenaan yang bertukar menjadi dingin.
Berita mengenai Falcon muncul tidak lama selepas bekas ketua IPIC, Khadem al-Qubaisi, disiasat oleh pihak berkuasa jenayah di Switzerland.
Mereka sedang menyiasat tuduhan yang menyatakan Khadem, yang juga bekas pengerusi bank Falcon, terbabit dalam konspirasi antarabangsa penyelewengan wang daripada 1MDB, lapor Financial Times sebelum ini.

Pecat kakitangan, NUBE heret Bank Muamalat ke mahkamah

Mahkamah mengarahkan Bank Muamalat memindahkan kembali tempat kerja tiga kakitangan bawahan terbabit ke cawangan asal mereka dalam tempoh 48 jam.
j solomon
PETALING JAYA: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) memfailkan permohonan perintah injunksi ex-parte susulan Bank Muamalat memecat tiga kakitangan bawahannya pada Jumaat lalu selepas mereka dipindahkan ke Kuala Lumpur kerana menolak tawaran skim pemisahan sukarela (VSS).
Tiga kakitangan bawahan itu ialah Mohd Azan Abd Rahim, Mohd Zaki Khalib dan Wan Rosli Wan Mansor yang masing-masing dari Kulim, Kota Bharu dan Ipoh diarahkan berpindah kerja ke ibu pejabat di Kuala Lumpur pada 18 Julai lalu.
Setiausaha Agung (NUBE) J Solomon berkata alasan Bank Muamalat yang pemecatan pekerja berpendapatan rendah itu dibuat kerana tidak ada lagi kerja untuk mereka, sebagai tidak munasabah.
Beliau berkata susulan permohonan yang dikemukakan itu, Hakim Dato Nik Hasmat Nik Mohamad membenarkan perintah injunksi terhadap Bank Muamalat bertarikh 16 Ogos 2016.
“Perintah itu mengarahkan Bank Muamalat Malaysia Berhad memindahkan tempat kerja Azan, Zaki dan Wan Rosli dari ibu pejabat di Jalan Melaka, Kuala Lumpur ke tempat kerja asal mereka dalam tempoh 48 jam daripada tarikh perintah.
“Injunksi ini tindakan terakhir NUBE sejak tindakan manipulasi dan tidak jujur Bank Muamalat dalam melayan pekerja miskin, sehingga membawa kepada penamatan kerja mereka pada 12 Ogos 2016,” katanya kepada FMT.

PKR minta akar umbi faham kerjasama dengan BERSATU untuk jatuhkan BN

PRU14: PAS tiada hak tentukan parti mana layak tanding di Kelantan

Dr M: Bersatu jadi parti Melayu untuk raih sokongan penduduk luar bandar

Dr Mahathir berkata, untuk bersaing dengan parti keramat Melayu itu, Bersatu perlu menjadi seperti Umno supaya orang ramai selesa dengannya.
mahathir-Parti-Pribumi-Bersatu-Malaysia-1PETALING JAYA: Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjadi parti berasaskan kaum Melayu bagi menarik sokongan majoriti rakyat Malaysia di kawasan luar bandar dan pinggir bandar yang selesa dengan perkauman jenis Umno.
Sehubungan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, untuk bersaing dengan parti keramat Melayu itu, Bersatu perlu menjadi seperti Umno supaya orang ramai selesa dengannya.
“Orang bandar yang canggih dan berpendidikan tinggi percaya politik perkauman tidak sesuai untuk masa ini. Tetapi di kawasan lain ia adalah berbeza.
“Bagi penduduk luar bandar yang kebanyakannya miskin, bangsa bukan sahaja penting tetapi mereka percaya ia adalah perlu untuk kesejahteraan mereka. Umno popular kerana ia adalah parti perkauman,” katanya dalam catatan terbaru di blognya hari ini.
Bagaimanapun, pengasas Bersatu itu berkata, parti baharu itu bukan sahaja untuk orang Melayu, tetapi terbuka kepada semua Bumiputera dan ia juga sedia menerima golongan bukan Bumiputera sebagai ahli bersekutu.
Bekas perdana menteri itu berkata, parti baharu yang sama seperti Umno perlu ditubuhkan, kerana mereka gagal membawa perubahan, iaitu menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden Umno melalui undi tidak percaya dan memulihkan parti itu dengan bekerja dari dalam dan pada Umno.
Katanya, mereka mendapati Najib mempunyai penguasaan sepenuhnya ke atas Umno dan boleh memecat mana-mana ahli yang mengkritiknya.
Beliau berkata, Najib dikelilingi orang “jinak” yang seolah-olah “patuh” kepadanya sekalipun “salah lakunya” dan ia menjadi semakin jelas tiada cara untuk menyingkirkan beliau dari dalam Umno.
Jadi, katanya, pembentukan parti baharu adalah “perlu sama sekali”.

Polis digesa tangkap Nawawi selepas mendakwa ‘MO1’ merujuk Agong

Peguam kanan Rosli Dahlan berkata beliau sendiri akan membuat permohonan mendakwa Nawawi sekiranya peguam negara gagal bertindak.
rosli-dahlan-nawawi
PETALING JAYA: Seorang peguam kanan hari ini menggesa polis menangkap Datuk Nawawi Ahmad selepas ahli Parlimen Langkawi itu mengaitkan Yang di-Pertuan Agong dengan “Malaysian Official 1” (MO1), ungkapan yang digunakan dokumen Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) yang mendakwa salah laku dan kecurian dana dari 1MDB.
Rosli Dahlan melahirkan rasa terkejut dengan Nawawi yang dianggapnya sebagai biadap terhadap Agong, dan berharap semua pihak mengutuk kenyataan itu.
“Tidak ada yang lebih gila dan keji daripada apa yang dikatakan dalam Facebook beliau (Nawawi),” kata peguam terkemuka itu.
Katanya, sekiranya peguam negara tidak bertindak, beliau sendiri akan membuat permohonan untuk mendakwa Nawawi demi mempertahankan institusi raja dan Perlembagaan Persekutuan.
Dalam beberapa komen bersama pengguna Facebook, Nawawi berkata ungkapan “MO1” itu merujuk kepada Agong, dengan memberi alasan pegawai nombor satu negara menurut Perlembagaan Persekutuan adalah Agong.
“MO1 ialah Malaysian Official No 1. Mengikut perlembagaan negara, kerajaan negara ini dibentuk dari 3 entiti utama yang berasingan dan independent iaitu 1) badan kehakiman diketuai chief justice atau ketua hakim negara 2) badan perundangan parlimen diketuai Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar dan 3) badan eksekutif diketuai oleh YAB Perdana Menteri.
“Semua ketiga-tiga badan ini bertanggungjawab pada DYMM Agong. Maka mengikut perlembagaan, MO1 ialah Agong,” tulis Nawawi dalam Facebooknya baru-baru ini.

Rasuah: SPRM 'hairan' sikap Ku Nan puji pegawai DBKL yang ditahan.....

Berdepan dengan siasatan rasuah seseorang menteri sepatutnya menunjukkan sikap yang betul dan bukannya memberi pujian kepada pegawai yang ditahan.
Menganggap sikap Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai "menghairankan" seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, tiada kompromi wajar ditunjukkan bagi kes rasuah.
Beliau yang enggan namanya dipetik berkata, Menteri Wilayah Persekutuan itu menampakkan seolah-olah kerajaan tidak melindungi orang awam.
"Kenyataan menteri berkenaan memang amat menghairankan!" katanya.
Malaysiakini pada 15 Ogos lalu melaporkan tiga penjawat awam ditahan oleh pegawai SPRM atas kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penggubahan wang haram.
Seorang daripada mereka berpangkat Datuk Seri, manakala seorang lagi Datuk.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata suspek ditahan dalam operasi serentak di tiga tempat iaitu Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan.
Luar kerja menteri tak tahu
Semalam pula SPRM mendapat kebenaran mahkamah untuk menahan reman suspek sehingga 22 Ogos ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) dan Seksyen 23 Akta SPRM.
SPRM juga merampas pelbagai aset bernilai jutaan ringgit.
Suspek berpangkat Datuk Seri itu adalah pegawai kanan di DBKL dan dia turut disiasat mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Hari ini memetik Tengku Adnan, New Straits Times melaporkan menteri itu sebagai berkata Datuk Seri terbabit adalah "pegawai yang bagus" malah mendapat kenaikan pangkat dua kali hanya dalam tempoh setahun.

Skandal 1MDB: Riza dan Jho Low dipanggil bela diri di mahkamah AS minggu depan

Anak tiri perdana menteri dan jutawan kontroversi serta beberapa nama lain berpeluang mencabar tuntutan daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang mahu merampas aset-aset mereka.
riza-aziz-jho-low
PETALING JAYA: Anak tiri perdana menteri, Riza Aziz dan jutawan Low Taek Jho, yang disebut dalam saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) terhadap 1MDB, akan dipanggil membela diri pada 22 Ogos ini, menurut peguam Zainur Zakaria.
Zainur berkata Riza dan Jho Low serta beberapa nama lain yang disebut dokumen DOJ berpeluang mencabar tuntutan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang mahu merampas aset mereka.
“Kalau mereka tidak tampil ke mahkamah, mahkamah akan beri perintah untuk membolehkan kerajaan AS merampas aset-aset ini. Tetapi sekiranya mereka tampil ke mahkamah, mereka boleh lawan,” katanya ketika dihubung FMT.
Zainur merupakan peguam penasihat kepada bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Matthias Chang dan bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dalam saman mereka terhadap Riza, Jho Low dan bank Goldman Sachs di Amerika Syarikat, memohon memohon ganti rugi atas kecurian wang daripada 1MDB.
Beliau bagaimanapun tidak yakin mereka akan hadir ke mahkamah bagi membela diri.
“Siasatan dari asas tuntutan itu dijalankan oleh FBI, siasatan mereka memang rapi dan teliti. Saya tidak fikir peguam kerajaan AS akan memfailkan tuntutan jika tidak cukup bukti kerana maruah negara itu akan menghadapi risiko,” ujarnya.
DoJ memfailkan saman untuk merampas aset bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion) yang berkaitan dengan 1MDB.
Ia sebahagian daripada dana AS$3.5 bilion yang didakwa disalah guna dan aset lain termasuk rumah mewah, hasil seni, jet peribadi dan kutipan filem Hollywood “The Wolf of Wall Street” terbitan syarikat Riza.

MO1: Umno kena ambil tindakan disiplin terhadap Nawawi


Umno disaran segera mengambil tindakan disiplin terhadap Ahli Parlimen Langkawi Datuk Ir Nawawi AhmadUmno disaran segera mengambil tindakan disiplin terhadap Ahli Parlimen Langkawi Datuk Ir Nawawi Ahmad
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) disaran segera mengambil tindakan disiplin terhadap Ahli Parlimen Langkawi Datuk Ir Nawawi Ahmad, Ketua Umno bahagian Langkawi yang dianggap telah menghina Yang Di Pertuan Agong.
"Kenyataan Nawawi satu percubaan jahat untuk mendorong rakyat supaya menyalahkan dan bermusuhan dengan Yang Di Pertuan Agong dalam isu yang berkait dengan 1MDB," kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau cukup kesal dengan kenyataan Nawawi dalam Facebook yang menghuraikan siapa MO1.
"Kenyataan beliau yang saya anggap tidak wajar datang dari seorang yang berpendidikan sepertinya dan berkedudukan sebagai Ahli Parlimen yang bertanggung jawab dalam menggubal dasar.
Kenyataan Nawawi menyerlah watak Awang Liku dalam diri Nawawi," katanya.
Menurutnya, Nawawi sebagai Ketua Umno Bahagian dan Ahli Parlimen Langkawi sepatutnya tidak membuat tafsiran MO1 semacam dia adalah pelawak ghazal parti.
"Jelas dalam perbincangan di FB yang beliau sertai topik MO1 itu di rujuk kepada dokumen DOJ.
"Cukup jelas dalam perkara 28 dan 29 dokumen DOJ menyatakan MO1 adalah yang berkedudukan tinggi dalam kerajaan Malayasia dan Riza Aziz mempunyai family relative dengan MO1.
"Riza Aziz anak Rosmah, bukannya Yang Di Pertuan Agong yang juga Sultan Kedah menjadi bapa tiri Riza Aziz.
"Yang Di Pertuan Agong bukan suami Rosmah," katanya.

‘PM Najib sila hentikan teori mengarut campur tangan kuasa asing’

Semenjak seminggu lalu, PM Najib Razak kerap kali memberi amaran kepada rakyat mengenai campur tangan kuasa asing. Beliau menyeru rakyat Malaysia agar menolak campur tangan tersebut kerana akan menjejaskan kedaulatan negara dan boleh meruntuhkan sebuah kerajaan yang telah dipilih secara demokrasi.
Bagaimanapun rakyat tertanya-tanya, wujudkah campur tangan asing dalam kes saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) ke atas harta anak tiri Najib di Amerika Syarikat AS) atau PM sengaja mereka-reka cerita.
Bagi ahli parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah, campur tangan asing merupakan hujah bodoh yang dicipta untuk mengalihkan perhatian rakyat yang tidak faham isu kecurian dana 1Malaysia Development Berhad untuk membeli harta di AS.
“Jangan gunakan hujah bodoh untuk meraih sokongan demi mempertahankan kedudukan sendiri, kerana 1MDB telah menjadi bahan ketawa di seluruh dunia,” kata beliau ringkas kepada Suara pakatan daily.
Mengulas isu sama, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Ir Khalid Samad pula berkata, isu pembersihan wang haram di AS adalah jenayah mengikut undang-undang di negara berkenaan dan tidak sewajarnya diputar belitkan menjadi isu campur tangan kuasa asing.
“Itu hakikatnya (jenayah pembersihan wang). Oleh itu, Najib janganlah mengeluarkan kenyataan bodoh, kononnya Malaysia akan dijajah sekali lagi (akibat tindakan ke atas anak tiri Najib),” ujar Ahli Parlimen Shah Alam itu.
Timbalan Pengerusi Amanah Perak Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin pula mempersoalkan strategi Najib yang seolah-olah cuba meraih simpati, sedangkan isu utama adalah ketelusan Laporan Ketua Audit Negara mengenai siasatan ke atas 1MDB yang masih diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi.
Jika Najib telus dan laporan tersebut boleh dibaca maka tidak timbul teori pihak asing berkonspirasi menjatuhkan kepimpinan Malaysia.
“Jangan reka idea yang bukan-bukan untuk menakut-nakutkan kita,” tegas Nizar.

DAP minta SPRM buru juga pemberi rasuah melibatkan DBKL

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut sewajarnya memburu individu atau syarikat yang telah memberi rasuah kepada tiga pegawai tinggi kerajaan yang diberkasnya Isnin lalu.
Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan, Lim Lip Eng membuat gesaan itu dalam satu kenyataan hari ini.
“Rasuah ibarat cinta, tepuk sebelah tangan tak berbunyi. Perlu ada yang memberi dan menerima,” kata beliau.
Beliau turut menggesa supaya agensi kerajaan yang terlibat menghentikan sebarang projek dan kontrak yang diluluskan oleh individu-individu yang didakwa melakukan kesalahan rasuah sementara siasatan dijalankan terhadap mereka.
“Agensi tempat bekerja tiga pegawai terbabit iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mesti menghentikan semua projek dan kontrak yang diluluskan oleh tiga suspek ini sementara siasatan SPRM dijalankan,” katanya.
Ini berikutan laporan bahawa pegawai tinggi DBKL yang ditangkap bergelar Datuk Seri dan bertanggungjawab ke atas projek-projek pembangunan.
“Kelulusan untuk projek-projek pembangunan di Kuala Lumpur yang diselia Datuk Seri ini harus dipersoal dan Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Mansor wajar menggantung semua kelulusan projek pembangunan berkaitan Datuk Seri terbabit.
“Jika mana-mana projek dan kontrak didapati dicemari rasuah, ia harus dibatalkan atau ditenderkan semula,” kata Ahli Parlimen Segambut itu.

Mahfuz: Fitnah Nawawi terhadap Agong biadap

Ahli parlimen pembangkang menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad terhadap Yang di-pertuan Agong sebagai biadap dan memintanya memohon maaf kerana memfitnah baginda sebagai Malaysian Official 1 (MO1).
"Ini adalah percubaan terdesak kerajaan untuk mengalih pandangan daripada isu dan skandal terbesar 1MDB yang sebenarnya.
"Ramai yang mendesak ahli parlimen Langkawi memohon ampun kepada Yang di-Pertuan Agong," kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Bahrin Shah.
Bahkan katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri perlu memohon ampun kerana mengingkari titah pada Mesyuarat Majlis Raja-raja bulan Oktober 2015 untuk menangani masalah 1MDB dengan baik.
"Sebenarnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja Raja Melayu telah menggesa Najib menyelesaikan masalah 1MDB tetapi ahli Parlimen Langkawi cuba mengaitkan implikasi kononnya Agong merupakan M01
"Bukan sahaja perbuatan MP Langkawi biadap dan fitnah, tetapi tindakan ketuanya Najiblah yang menyebabkan kemelut ini berterusan dengan tidak langsung menghormati titah Majlis Raja Raja untuk menjaga nama baik negara," ujarnya.
Sementara itu Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar turut menggesa Nawawi memohon ampun dan meminta Umno mengambil tindakan terhadapnya.
"Nawawi juga kena menarik balik kenyataan beliau yang MO1 adalah Yang di-Pertuan Agong dan mengaku kenyataan beliau adalah kenyataan yang bodoh.
"Umno kena ambil tindakan disiplin terhadap Nawawi, ketua Umno bahagian Langkawi yang saya anggap telah menghina Agong," katanya pada kenyataan media.

Bersatu akan pulihkan demokrasi, kata Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk memulihkan demokrasi dan kedaulatan undang-undang negara.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, agenda itu akan dibawa Bersatu kerana  pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menafikan hak undang-undang dan demokrasi di Malaysia.
"Parti baharu akan memberi perhatian kepada perubahan pemikiran rakyat Malaysia, dan memulihkan negara," katanya dalam blognya  hari ini.
Dalam pada itu katanya, beliau telah meneliti nasib parti-parti yang memperjuangkan kemerdekaan di negara-negara lain.
"Kebanyakan mereka kini lenyap. Mereka tewas kepada parti baru yang dibentuk selepas kemerdekaan kerana selalunya lupa tujuan parti berkenaan dibentuk, dan menyalahgunakan kuasa yang diberikan untuk kepentingan peribadi," katanya.
Jelasnya, Umno telah bertahan begitu lama. Tetapi di bawah Najib ia terlupa sepenuhnya tujuan ia ditubuhkan.
“Najib telah memalukan negara yang pernah dikagumi ini," katanya.
Parti  Bersatu  menamakan Dr Mahathir sebagai pengerusi.
Sementara Tan Sri Muhyiddin Yassin dinamakan sebagai presiden parti, dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dinamakan sebagai timbalan presiden.

SEJARAH TAK PERNAH MENIPU..

Negara Digemparkan... "IKUT PERLEMBAGAAN MO1 IALAH AGONG", KATA MP UMNO

Amacam Ir Nawawi..MP Langkawi.. jgn plak cakap akaun FB kena hacked.. keke

Adakah pihak polis akan berani nak tangkap pemimpin Umno ATAU nak tangkap sepantas seperti tangkap pemimpin pembangkang ??

Sama-sama kita lihat nanti, polis bekerja utk siapa sebenarnya..

SIAPA kurang ajar pada Raja-raja Melayu ??
SIAPA penderhaka sebenar pada Raja-raja Melayu ??

FAKTA !!!
Sejarah Tak Pernah Menipu...
Sejarah Menjawab Segala-galanya..

KALI INI !!! Anak tiri Najib mula dipanggil bela diri di mahkamah AS minggu depan..

Biasanya kalau anak dibicarakan di mahkamah sudah tentu kaum keluarga terutama MAK BABAK MEREKA turut hadir ke mahkamah sbg motivasi & sokongan moral kpd anak mereka..

NAJIB, ROSMAH TAK NAK DATANG JENGUK KA PI AMERIKA BERI SOKONGAN MORAL KEPADA ANAK KAMU !!!.. atau KAMU takut nak terbang DAN JEJAK KAKI di Amerika...

Pindaan RUU 355, EKJS Kelantan 2015 dua perkara berbeza


Ustaz Che Ibrahiam MohamadUstaz Che Ibrahiam Mohamad
Bekas setiausaha badan penggubal Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan (1993), Ustaz Che Ibrahiam Mohamad berkata percubaan mengaitkan pindaan RUU 355 yang dibentangkan Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang 26 Mei lalu dengan pelaksanaan hukum Hudud merupakan satu kekeliruan besar.
"Pindaan RUU 355 ini hanyalah satu ubahsuai kepada akta ibu yang telah diguanpakai sekarang iaitu Akta 355 atau nama penuhnya Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965.
"Akta tersebut telah diluluskan di parlimen pada April 1965 dan telah dibuat pindaan oleh kerajaan persekutuan sebanyak dua kali," katanya.
Selain itu katanya, Akta 355 juga turut dikenali nama lain sebagai Akta 356 kerana merujuk kepada hukuman tiga tahun penjara, denda sebanyak lima ribu ringgit dan sebatan sebanyak enam kali.
"Terdapat tiga perkara yang penting di dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965.
"Pertama hanya terpakai kepada orang islam sahaja, kedua memberi kuasa makhamah syariah berkaitan dengan kesalahan yang melanggar perintah rukun agama dan ketiga kuasa hukuman yakni merujuk kepada penjara tiga tahun, denda lima ribu ringgit dan sebat sebanyak enam kali," katanya dalam program wacana "Salah Faham RUU 355" Yang berlangsung malam tadi di Kota Bharu.
Cadangan pindaan RUU 355 ini katanya, adalah bertujuan untuk membuat pindaan Akta 355.
Antaran perkara yang dicadangkan menurut beliau ialah meminda bidang kuasa jenayah yang ada dalam akta ibu yang menyebut hanya terhad kepada kesalahan perintah agama.
"Tetapi RUU 355 yang dibentang mencadangkan kesalahan boleh dibicarakan dalam makhamah syariah termasuk kesalahan yang lain dalam butiran 1 Senarai II Negeri Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan.

Peguam seru polis, DBKL beri kerjasama himpunan #TangkapMO1


Peguam Faiz Fadzil selepas (empat dari kanan) bersama kumpulan mahasiswa penganjur #TangkapMO1 selepas pertemuan tertutup dengan pihak polis hari ini.Peguam Faiz Fadzil selepas (empat dari kanan) bersama kumpulan mahasiswa penganjur #TangkapMO1 selepas pertemuan tertutup dengan pihak polis hari ini.
Pihak polis diminta memberikan kerjasama kepada rakyat untuk berhimpun secara aman pada 27 Ogos ini, kata peguam Faiz Fadzil.
Beliau ketika ditemui Malaysia Dateline di perkarangan Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini berkata, himpunan Tangkap Malaysian Official 1 pada petang Sabtu itu nanti akan berjalan lancar jika undang-undang berkaitan dihormati.
“Kita juga menyeru PDRM (Polis Diraja Malaysia) supaya memastikan himpunan yang berlangsung bebas daripada anasir pihak yang sengaja menimbulkan provokasi,” ujarnya.
Faiz yang juga Naib Ketua Pemuda Amanah memberitahu kehadirannya dalam pertemuan kumpulan mahasiswa selaku penganjur himpunan itu dengan pihak polis adalah sebagai penasihat undang-undang.
“Mereka (kumpulan mahasiswa) diketuai aktivis, Luqman Nul Haqim Zul Razali dan Anis Syafiqah Md Yusof sebagai jurucakap Gabungan #TangkapMO1 hari ini cuba untuk menyerahkan notis pemberitahuan himpunan seperti mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012,” jelasnya.
Pada masa sama, Faiz turut menyeru pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi izin untuk peserta himpunan berkumpul di lokasi di bawah seliaan pentadbiran itu.
“Selepas ini, saya difahamkan mahasiswa sebagai penganjur terlibat akan menyelesaikan isu berkaitan kebenaran tempat di bawah pengawasan DBKL,” ujarnya lagi.
Terdahulu, kumpulan mahasiswa terbabit sebagai penganjur himpunan Tangkap Malaysian Official 1 berbincang dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah selama sejam.

Muhyiddin pemimpin lidah bercabang, kata Umno S'gor

Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan sebagai pemimpin yang hipokrit serta tidak ikhlas dalam kata-kata dan perbuatan selama menyandang jawatan di dalam Umno sebelum ini, menurut Ketua Penerangan Umno Selangor, Datuk Zein Isma Ismail.
Beliau berkata, tindakan bekas timbalan presiden Umno itu kini membela DAP amat bercanggah dengan kata-kata dahulu yang sering mengkritik dan menghentam parti itu sebagai parti rasis dan cauvinis.
“Sebab itu saya tegaskan, rupa-rupanya Muhyiddin pemimpin lidah bercabang. Bagi saya, hari ini kita dapat lihat wajah sebenarnya di mana kerana kepentingan peribadi beliau sanggup menggadaikan prinsip perjuangan begitu sahaja.
“Dulu ketika bersama Umno, beliaulah orangnya yang menggelarkan DAP parti cauvinis yang tidak akan memperjuangkan nasib orang Melayu. Bahkan, beliau mengingatkan orang Melayu bahawa DAP parti paling cauvinis yang wujud dalam negara ini.
“Tetapi hari ini, setelah menjadi presiden parti baru kerana kecewa gagal menjatuhkan Datuk Seri Najib (Razak) sebagai Presiden Umno, beliau pula yang membela DAP,” tegas Zein Isma lagi, memetik laporan Umno Online.
Baru-baru ini, Muhyiddin berkata, Najib 'melompat' walaupun tidak sampai seminggu beliau mengemukakan permohonan kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Najib bersama konco-konconya menyerang secara bertalu-talu terhadap parti yang belum lagi ditubuhkan itu dengan mempersoalkan keupayaan BERSATU untuk membela nasib orang Melayu kerana hubungan parti ini dengan DAP.
"Inilah taktik kotor yang akan digunakan oleh Najib dan konco-konconya untuk menakut-nakutkan orang Melayu.
"DAP bakal dijadikan “hantu” yang paling menggerunkan orang Melayu untuk mengalihkan perhatian orang Melayu daripada segala kesalahan dan kemungkaran Najib.

MB Terengganu janji beri insentif kepada Azizulhasni

Azizulhasni Awang Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman mengucapkan tahniah kepada jaguh berbasikal negara Azizulhasni Awang yang melakar sejarah meraih pingat gangsa berbasikal Sukan Olimpik Rio.
Ahmad Razif berkata kejayaan menerusi perlumbaan akhir Keirin lelaki itu amat membanggakan dan sangat bermakna bagi Terengganu kerana anak jati Dungun itu mampu seiring dengan jaguh dunia.
"Saya yakin kejayaan Azizulhasni ini akan menjadi peniup semangat kepada pelumba berbasikal yang lain," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.Ahmad Razif berkata kerajaan negeri akan menyediakan insentif khas kepada untuk Azizulhasni atas kejayaan itu.
"Terima kasih Azizulhasni yang tidak pernah lelah membawa semangat Malaysia ke persada dunia. Terima kasih juga kepada semua jurulatih dan keluarganya. Rakyat Terengganu bangga dengan 'The Pocket Rocket Man'," katanya.

Azizulhasni luah rasa kecewa di Facebook

Azizulhasni
Azizulhasni Awang
DI sebalik kejayaan pelumba basikal elit negara meraih pingat gangsa menerusi acara keirin pada temasya Sukan Olimpik Rio semalam, Azizulhasni Awang tampil meluahkan isi hatinya yang terpendam selama ini.
Menerusi catatan di laman sosial Facebooknya hari ini, Azizulhasni dilihat memanjangkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu walaupun dakwanya dia dan pelumba basikal wanita negara, Fatehah Mustapa tidak mendapat maklum balas yang positif berhubung permintaan tajaan membeli basikal untuk persiapan ke Rio daripada kerajaan negeri.

“Mungkin ini adalah faktor kami berlatih di luar negara.
“Diharap Datuk Menteri Besar dapat mengambil semua ini sebagai suatu yang positif. Walau apa jua yang berlaku, kami tetap bangga menjadi anak jati negeri Terengganu dan kami Ganu Sokmo Bohh,” katanya.
Selain daripada itu, Azizulhasni turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus memberi sokongan dan mendoakan kejayaannya bersama rakan sepasukan.
Ujar Azizulhasni, jurulatihnya, John Beasley banyak membantu dalam kejayaannya malah beliau juga seperti bapa kepada semua atlet lumba basikal yang berlatih di Melbourne.

“Sifat dan sikap John Beasely banyak mempengaruhi kehidupan saya sampai ke hari ini dan saya sangat berterima kasih atas seluruh tunjuk ajar yang diturunkan,” katanya.
Tambahnya, rakan sepasukannya, Fatehah juga turut membantu dalam pelbagai aspek khususnya ketika hari pertandingan.
“Terima kasih juga kerana menjadi pembantu jurulatih,pembantu mekanik dan pembantu peribadi,” katanya.
Dalam perlumbaan tersebut, penunggang berusia 28 tahun yang berpusat di Melbourne itu melintasi garisan penamat untuk meraih gangsa di belakang juara bertahan Jason Kenny dari Britain dan Matthijs Buchli dari Belanda

Skandal 1MDB: Falcon dihalang ceburi perniagaan baru di S'pura

Falcon Private Bank (Falcon) dari Switzerland dihalang dari menceburi perniagaan baru dalam Singapura oleh bank pusat tempatan dan pengawal selia kewangan, lapor akhbar Swiss, Finanz und Wirtschaft pada hari Rabu sambil memetik dapatan maklumat yang diperolehinya.
Falcon merupakan salah sebuah bank yang sedang disiasat oleh Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) atas kemungkinan ketidak patuhan peraturan anti pengubahan wang haram dalam urusniaga pengendalian yang melibatkan 1MDB.
Falcon yang dimiliki oleh IPIC dari Abu Dhabi belum memberikan maklum balas mengenai perkara itu yang dihantar menerusi emel manakala MAS enggan mengulas mengenainya, demikian menurut laporan Reuters.
Falcon sebelum ini berkata, pihaknya sedang memberi kerjasama kepada penyiasat Singapura.
"Adalah menjadi dasar untuk MAS tidak mengulas mengenai urusan penyeliaan dengan institusi kewangan tertentu," kata jurucakapnya dalam kenyataan.
Pihak pemantau kewangan Swiss, FINMA juga enggan mengulas mengenai perkara tersebut.
Laporan akhbar Finanz und Wirtschaft itu juga tidak menyebut jika bank-bank lain turut dihalang daripada menjalankan perniagaan baru di Singapura.
Menurut jurucakap, FINMA menjalankan kerjasama secara erat dengan MAS dan pihak berkuasa penyeliaan lain dalam siasatan ke atas 1MDB dan telah membuka prosiding penguatkuasaan terhadap lima bank, salah satu daripadanya bercanggah dengan bank BSI dari Switzerland.

Skandal 1MDB: Berdiam diri saja rumah dimasuki perompak?


Anis Syafiqah Md YusofAnis Syafiqah Md Yusof
Seluruh dunia bercakap tentang urusniaga ‘ajaib' 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang terpalit dengan isu jenayah penggubahan wang haram, tentulah tidak wajar kita hanya berdiam diri, tegas jurucakap Gabungan #TangkapMO1, Anis Syafiqah Md Yusof.
Itu respon spontan penuntut Fakulti Bahasa dan Linguistik dari Universiti Malaya (UM) ini ketika ditanya dorongan utama untuk beliau mengetuai gerakan mahasiswa turun ke jalan raya pada 27 Ogos ini.
“Berita lesapnya berbilion ringgit 1MDB sudah sampai ke peringkat antarabangsa. Kita tidak mahu satu dunia melihat rakyat Malaysia seperti tidak ada apa-apa berlaku. Analogi saya mudah. Perompak masuk rumah, kita masih berdiam diri?
“Selain Amerika Syarikat (AS), skandal 1MDB juga disiasat sekurang-kurangnya empat negara lain termasuk Switzerland dan Luxembourg. Nah, rakyat Malaysia tetap terus berpeluk tubuh?,” soalnya lagi ketika ditemui AMANAH di perkarangan Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur, 17 Ogos lalu.
Pengagum pemikiran ulamak nusantara, Hamka juga pengamat khazanah puisi Sasterawan Negara, Usman Awang ini berpendapat kesedaran untuk rakyat bangkit bersuara menyatakan rasa protes terhadap kepincangan urus tadbir ini masih belum cukup ampuh.
“Kita lihat dari sudut kesedaran rakyat sekalipun masih belum cukup kuat. Tiada aksi anak muda yang signifikan. Barangkali ramai daripada mereka letih dengan pergolakan politik semasa.
“Namun, apa yang penting saya terpanggil untuk tampil ke depan bersama-sama rakan mahasiswa lain kerana kami melihat adanya keperluan mendesak untuk membuka mata rakyat tentang apa sebenarnya berlaku dalam skandal 1MDB ini,” bicaranya lancar ditemani rakan-rakan mahasiswa lain termasuk dari Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).
Cuaca semakin terik menjelang tengah hari itu dilihat mengiringi semangat anak sulung daripada lima adik-beradik ini walaupun terdetik rasa debar dalam teruja untuk menghadiri pertemuan tertutup dengan pihak polis di Balai Polis Dang Wangi itu.
“Saya pun bukan berani sangat tetapi tekad mengambil keputusan untuk memaknakan ilmu dipelajari di dewan kuliah atas kesedaran sosial mahu melihat negara dan generasi masa depan tentunya lebih baik,” tegasnya.
Jasa PMIUM
Mengakui penyertaannya sebagai orang barisan hadapan kempen #TangkapMO1 ini pengalaman pertama baginya dalam dunia aktivisme pelajar, Anis memberitahu Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) banyak berjasa mengasah kesedarannya mengenai isu semasa melangkaui pagar kampus sebaik menjejakkan kaki di UM pada 2013 lalu.
“Risikonya, buat pertama kalinya, saya dipanggil pihak universiti di peringkat fakulti pada 1 Ogos lalu selepas tampil membuat kenyataan media tapi bagi saya ini cabaran. Apa yang dilakukan bukanlah satu perlakuan jenayah pun,” katanya.
Pada masa sama, perhatian gadis yang dibesarkan di Kampung Sungai Burung, Sungai Besar ini kepada pelajaran tetap dikendong ketika teruja mengejar pengalaman di jalan raya.

Pingat Gangsa Olimpik: Terima kasih MB Terengganu walau dulu tak bantu pun....

Di sebalik kejayaannya meraih pingat gangsa di temasya Olimpik Rio de Janeiro awal pagi tadi, pelumba basikal negara Azizulhasni Awang masih 'menyimpan rasa' terhadap kerajaan Terengganu.
Dalam tulisan penghargaan di Facebooknya hari ini, raja keirin Asia itu meluahkan rasa 'terima kasih' khas untuk Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman.
"Saya dan Fatehah (Mustapa) masih ingin mengucapkan terima kasih walaupun MB (menteri besar) tidak berkenan untuk membantu saya dan Fatehah, dua anak jati Negeri Terengganu yang berjuang di peringkat dunia dan Olimpik ini.
"Terima kasih kerana tidak sudi membelikan sebuah basikal RoadBike untuk kegunaan kami dalam persiapan sukan Olimpik walaupun sudah dihantar proposal (cadangan) lebih kurang setahun sebelum Olimpik Rio," katanya.
Azizulhasni meraih gangsa dalam saingan akhir kategori keirin di Veledrom Olimpik, awal pagi tadi.
Azizulhasni juga mengucapkan terima kasih kepada Ahmad kerana tidak memberikan maklum balas, malah membisu apabila pengurusnya menghubungi menteri besar itu suatu ketika dulu.
"Untuk pengetahuan MB, saya dan Fatehah atlet bertaraf dunia dan Olimpik ini sentiasa terlepas pandang oleh MB. Mungkin ianya adalah kerana faktor yang kami berlatih di luar negara.
"Diharap MB dapat mengambil semua ini sebagai suatu yang positif dan diharap semua ini akan membuka mata MB dan orang-orang yang sepatutnya memainkan peranan.
"Walau apa jua yang berlaku, kami tetap bangga menjadi anak jati negeri Terengganu dan kami Ganu Sokmo Bohh," katanya dalam tulisan panjang lebar itu.
Dalam tulisan panjang lebar itu, Azizulhasni turut berterima kasih kepada penyokong dan keluarga yang mendoakan kejayaannya.
"Tidak kira apa jua bangsa dan agama, Melayu, Cina, India, Sabah, Sarawak dan bumiputera, terima kasih atas sokongan jitu anda semua dan sentiasa mendoakan kejayaan saya.
"Sesungguhnya doa dari anda semua adalah senjata buat saya," katanya.
Selain itu beliau tidak lupa menitipkan terima kasih kepada ibu bapanya di kampung yang sentiasa memberi sokongan penuh dan sentiasa mendoakan dalam apa jua yang dilakukan dan merestui pilihan jalan hidupnya.
"Ribuan maaf dari anakanda kerana tidak dapat berada di sisi selalu dan tidak dapat menjaga makan minum ayah dan mak. Apa yang dapat dilakukan oleh anakanda adalah berdoa kepada Allah Yang Maha Esa supaya sentiasa menjaga dan melindungi ayah dan mak di kampung.
"Tidak lupa juga adik-beradik dan seluruh ahli keluarga sama ada yang dekat mahu pun jauh, terima kasih kerana sentisa berdiri di belakang saya ketika saya jatuh mahupun berdiri. Moga Allah merahmati anda semua," ujar anak kelahiran Dungun itu.

AHLI PARLIMEN LANGKAWI PATUT DISIASAT KERANA HINA AGONG, LAPORAN POLIS MESTI DIBUAT TERHADAPNYA

Tindakan Ahli Parlimen Langkawi, Nawawi Ahmad yang mengaitkan Yang Dipertuan Agong sebagai Malaysian Official 1 dalam tulisan di laman Facebooknya adalah suatu perbuatan yang jelas dan terang sebagai menghina kedudukan dan keperibadian DYMM Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Sama ada tulisannya itu sebagai rujukan umum atau merujuk kepada saman Jabatan Kehakiman AS, Nawawi sebagai Ahli Parlimen tentunya sedar bahawa Malaysian Official 1 yang ditanyakan kepadanya adalah merujuk kepada individu yang berkuasa dalam 1MDB, menerima AS$731 juta dalam akaun peribadinya serta mempunyai hubungan persaudaraan dengan Riza Aziz, anak Rosmah Mansor daripada suami terdahulunya.
Meskipun beliau kemudian meminda tulisannya, yang membuktikan beliau sedar akan kesalahannya, tulisan asalnya sudah pun tersebar luas di media sosial dan ia sekaligus telah mencemar nama baik dan kedudukan Yang Dipertuan Agong.

Apakah dalam percubaannya mahu mempertahankan Najib Razak, Nawawi begitu buta untuk mentafsirkan siapakah sebenarnya Malaysian Official 1 dan cuba mengalihkan sasaran kepada Yang Dipertuan Agong?

Adakah Nawawi sebenarnya cuba mengajak orangramai untuk mempercayai bahawa Yang Dipertuan Agong terlibat dalam membuat keputusan berkaitan 1MDB dan juga sebagai pihak yang disangsikan menerima wang sebanyak AS$731 juta itu?

Dalam hal ini, mana-mana NGO atau pertubuhan harus segera tampil membuat laporan polis terhadap Nawawi kerana tulisannya yang bersifat tidak wajar dan menghina itu.

DUN Kedah panas, Mukhriz desak MP mohon maaf tuduh Agong MO1

Sidang DUN Kedah hari ini panas apabila bekas menteri besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tampil menuntut ahli parlimen Umno, Datuk Nawawi Ahmad supaya memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung kenyataannya bahawa Seri Paduka adalah Malaysian Official 1 (MO1).
"Saya gesa Ahli Parlimen Langkawi mohon maaf segera kepada Yang di-Pertuan Agong (Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah).
"Mereka yang tidak bersetuju (dengan permintaan ini) melakukan penderhakaan kepada (Sultan) Kedah," kata Mukhriz yang kini bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah adalah juga Sultan Kedah.
Semasa perbahasannya yang dicelah berulang-kali, wakil rakyat BN mengingatkan Muhkriz supaya tidak membawa hal politik ke dalam Dewan.
Beliau kemudiannya menjawab, perkara yang dibangkitkan bukan mengenai politik tetapi membabitkan maruah.
Dalam tulisan di Facebook, yang disunting empat jam kemudian, ahli parlimen Langkawi itu, berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab terhadap kerajaan.
"Menurut perlembagaan negara, kerajaan negara ini dibentuk dari tiga entiti utama yang berasingan dan independen (bebas) - badan kehakiman diketuai oleh Ketua Hakim Negara, badan perundangan parlimen oleh Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin (Mulia) dan badan ekskutif (yang) diketuai oleh perdana menteri.
"Semua ketiga-tiga badan ini bertanggungjawab kepada Agong.
"Maka, mengikut perlembagaan, MO1 ialah Agong," katanya.
Dalam versi yang disunting, baris terakhir dalam posting telah digantikan dengan perkataan, "Maka, mengikut perlembagaan MO1 bukan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) kerana dia (adalah sama ada) MO2, MO3, atau MO4."
Dalam komennya kemudian, Nawawi berkata, beliau tidak bercakap mengenai MO1 dalam konteks saman mahkamah DOJ, tetapi sebaliknya dari segi perlembagaan.
Malaysiakini telah menghubungi Nawawi untuk mendapatkan penjelasan mengapa dirinya menyunting tulisan asalnya itu.

Laporan polis pada MP Umno isu 'Agong MO1'

Satu laporan polis dibuat terhadap seorang wakil rakyat Umno kerana merujuk Malaysia Offcial 1 sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Anina Saadudin, bekas pemimpin Umno yang kini bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), membuat laporan terhadap anggota parlimen Langkawi Nawawi Ahmad hari ini.

Menulis di Facebook, beliau berkata laporan itu dibuat dibuat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi.

“Saya telah memohon agar pihak PDRM mengambil tindakan menyiasat pernyataan ini bagi memastikan institusi diraja yang merupakan institusi perlembagaan yang luhur terus dipandang tinggi oleh rakyat jelata,” katanya.
Nawawi dalam tulisan di Facebook berkata berdasarkan perlembagaan, Agong ialah MO1 yang bertanggungjawab terhadap kerajaan.
Selepas empat jam, beliau kemudian menyuntinya dengan menulis MO1 bukan perdana menteri.
Dalam komennya kemudian, Nawawi berkata, beliau tidak bercakap dalam konteks saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat, tetapi daripada segi perlembagaan.

Malaysiakini telah menghubungi Nawawi untuk mendapatkan penjelasan berkaitan tulisan itu dan mengapa suntingan susulan dibuat.

MO1, menurut DOJ adalah seorang pegawai awam kanan yang didakwanya menerima AS$ 731 juta dana yang disalurkan dari 1MDB dan mempunyai pertalian dengan anak tiri Najib, Riza Aziz.
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata hanya orang bodoh tidak tahu siapa MO1, manakala pembangkang menuding jari kepada Najib.
Najib menafikan dakwaan menyalahgunakan dana awam dan mendakwa tuduhan seperti itu sebahagian komplot menjatuhkannya.

M01: MP Langkawi digesa mohon sembah keampunan Yang di-Pertuan Agong

Ahli Parlimen Langkawi, Dato' Ir Nawawi Ahmad diminta agar segera insaf dan memohon sembah keampunan daripada Yang di-Pertuan Agong dengan segera kerana menulis di laman Facebook miliknya perkara yang jelas menghina baginda.
Beliau dilaporkan menulis bahawa Malaysian Official 1 (MO1) yang disebut oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) sebenarnya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan bukannya Dato' Seri Najib Razak.
Dalam satu kenyataan oleh bekas menteri besar Kedah, Dato Seri Mukhriz Tun Mahathir bersama Adun pembangkang lain, mereka melahirkan rasa terkejut dengan dakwaan Ahli Parlimen berkenaan.
"Ini adalah satu dakwaan yang sangat tidak bertanggungjawab, tidak rasional sama sekali, dan tidak sepatutnya diungkap oleh seorang anak Kedah yang bergelar "Yang Berhormat Ahli Parlimen".
Tidak ada seorang pun Rakyat Malaysia yang mempercayai dakwaan yang tidak lojik itu," kata kenyataan itu.
Kumpulan itu dengan tegas menuntut agar Nawawi segera insaf dan memohon sembah keampunan daripada Yang di-Pertuan Agong atas tuduhan itu kerana ianya telah mencemar nama baik Kebawah Duli Tuanku dengan mengaitkan Baginda dengan skandal mega 1MDB seperti yang diumum oleh pihak DOJ.

Umno lawmaker adds royal twist to 'MO1' saga

Main Pokemon di kawasan larangan dianggap ceroboh, tegas IGP

'BERSIH bukan untuk satu kaum, tetapi untuk rakyat Malaysia' - Maria Chin

'Sokong demo Tangkap MO1 macam tangkap Pokemon'

Kalau Uber diteruskan, banyak teksi 'gantung kunci'

SPAD mahu jadikan industri teksi seperti Uber, kata Shamsubahrin

Senapang gajah untuk SPRM

Tiada rakyat Malaysia yang tidak pernah menonton filem P Ramlee.
Kita pastinya masih ingat satu babak dalam Ali Baba Bujang Lapuk, apabila ketua penyamun amat marah dengan Kassim Baba (lakonan S Shamsuddin) kerana menyamun hasil rompakan mereka.
Lalu sebagai hukuman, ketua penyamun meminta sarjan (Ibrahim Pendek) membawa senjata untuk menamatkan riwayat Kassim Baba yang tamak haloba.
Sarjan kemudian membawakan senapang besar kepada ketua penyamun.
Dialog Kassim Baba apabila melihat senapang itu berbunyi: "Allah mak, senapang apa ini besar sangat?"
"Inilah senapang gajah," kata P Ramlee yang melakonkan watak ketua penyamun berkenaan.
Adegan seperti itu membuatkan kita tidak kering gusi. Maka istilah “senapang gajah” mungkin bermula daripada filem Ali Baba Bujang Lapuk.

Drama politik cemas
Sejak kebelakangan ini rakyat Malaysia disajikan dengan drama-drama politik yang membingungkan. Drama ini penuh aksi membimbangkan, kadangkala diselang-seli dengan babak cemas lagi mengerikan.
Lebih cemas lagi babak ini turut mengheret sama institusi negara seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara, Bank Negara dan polis.
Bermula dengan pelantikan peguam negara baru yang kemudian membersihkan nama perdana menteri daripada sebarang salah laku dalam 1MDB, kita dikejutkan pula dengan keluarnya ketua pesuruhjaya SPRM, bersama dua lagi timbalannya, daripada badan itu.

Pelantikan ketua SPRM yang baru bagaimanapun terus dipertikai kerana bukan kalangan pegawainya, sebaliknya dari pejabat peguam negara. Sebelum itu, beberapa pegawai SPRM yang menyiasat kes 1MDB turut ditukarkan secara mengejut.
Gabenor Bank Negara yang sering tampil dengan imej berbaju kurung itu juga menamatkan khidmatnya dan diganti dengan yang baru. Timbul cakap-cakap bahawa rombakan dan pertukaran demi pertukaran ini disebabkan tekanan dan campur tangan politik yang dikaitkan dengan siasatan 1MDB.
Tidak lama selepas itu Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat mengumumkan saman sivil untuk menyita aset yang didakwa dibeli beberapa individu menggunakan dana 1MDB melalui taktik penipuan dan pengubahan wang haram.
Rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan kes itu dikejutkan lagi apabila Bank Negara mengumumkan tidak akan membuka semula siasatan terhadap 1MDB susulan tindakan DOJ itu.
Sepertimana langkah yang diambil peguam negara, sebahagian orang ramai melihat keputusan Bank Negara itu sekadar menyapu isu 1MDB ke bawah karpet.
Ikrar Dzulkifli

Sudah tentu dalam banyak institusi yang disebutkan, SPRM antara agensi yang mencuri tumpuan utama selaku badan penting pelaksana undang-undang pencegahan rasuah. Ketika pertama kali dilantik ke jawatan baru sebagai ketua pesuruhjaya, Datuk Dzulkifli Ahmad berikrar memulakan tugas dengan menjadikan firman Allah sebagai pegangan.
Dzulkifli berkata beliau sedar dan insaf dengan peringatan Allah dan akan sentiasa menjadikan ia sebagai pegangan sepanjang melaksanakan amanah yang amat berat itu.

Beliau kemudian memberi amaran agar perbuatan rasuah dihentikan atau bersedia berdepan tindakan tegas pasukan penguatkuasaan.

Zaid fail saman, mahu Najib pulangkan AS731 juta dan RM42 juta

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini memfailkan tindakan wakil bagi pihak rakyat Malaysia ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi pelanggaran kewajipan fidusiari.
Beliau menuntut Najib memulangkan AS$731 juta yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya kepada kerajaan.
Zaid juga menuntut supaya wang RM42 juta, yang menurut Najib diterima daripada anak syarikat dana berdaulat negara, 1MDB - SRC International Sdn Bhd - juga dikembalikan kepada kerajaan dan 1MDB.
Beliau menamakan Najib, 1MDB, kerajaan dan anak tiri Najib, Riza Aziz dalam saman itu.
Zaid memfailkan tindakan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
Wang AS$731 juta itu termasuk AS$681 juta yang dilaporkan berada di akaun Ambank peribadi milik Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 pada Mac 2013.
Manakala bakinya, AS$20 juta pula didakwa diterima daripada Good Star Ltd antara Februari dan Jun 2011, dan AS$30 juta lagi didakwa diterima daripada Aabar BVI antara bulan Oktober dan November 2012.

Misteri MO1? MP Umno kata Agong, tapi kemudian sunting tulisan

Misteri mengenai siapa individu yang dirujuk sebagai ‘Malaysian Official 1' yang dinamakan dalam saman Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika berkaitan dakwaan penyelewengan dana 1MDB menjadi semakin kalut dengan kenyataan wakil rakyat Umno, Datuk Nawawi Ahmad.
Dalam tulisan di Facebook, yang disunting empat jam kemudian, ahli parlimen Langkawi itu, berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab terhadap kerajaan.

"Menurut perlembagaan negara, kerajaan negara ini dibentuk dari tiga entiti utama yang berasingan dan independen (bebas) - badan kehakiman diketuai oleh Ketua Hakim Negara, badan perundangan parlimen oleh Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin (Mulia) dan badan ekskutif (yang) diketuai oleh perdana menteri.
"Semua ketiga-tiga badan ini bertanggungjawab kepada Agong.
"Maka, mengikut perlembagaan, MO1 ialah Agong," katanya.
Dalam versi yang disunting, baris terakhir dalam posting telah digantikan dengan perkataan, "Maka, mengikut perlembagaan MO1 bukan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) kerana dia (adalah sama ada) MO2, MO3, atau MO4."
Dalam komennya kemudian, Nawawi berkata, beliau tidak bercakap mengenai MO1 dalam konteks saman mahkamah DOJ, tetapi sebaliknya dari segi perlembagaan.
Malaysiakini telah menghubungi Nawawi untuk mendapatkan penjelasan mengapa dirinya menyunting tulisan asalnya itu.
MO1, menurut DOJ adalah seorang pegawai awam kanan yang didakwanya menerima AS$ 731 juta dana yang disalurkan dari 1MDB.
DOJ juga berkata MO1 mempunyai pertalian dengan anak tiri Najib, Riza Aziz.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata bahawa hanya orang bodoh tidak tahu siapa itu MO1, manakala pembangkang menuding jari kepada Najib.
Najib, bagaimanapun, menafikan dakwaan menyalahgunakan dana awam, dan mendakwa tuduhan seperti itu adalah sebahagian daripada plot untuk menjatuhkannya.

Stadium bukan tempat luah kemarahan, kata Bersih

Maria Chin berkata berkumpul di dalam stadium untuk perhimpunan ke-5 yang bakal diadakan Bersih tidak memenuhi objektif protes.
mari-chin-bersih
PETALING JAYA: Bersih 2.0 hari ini menolak tawaran menggunakan stadium bagi perhimpunan yang bakal diadakan bagi membantah keputusan menutup siasatan isu 1MDB.
Pengerusinya Maria Chin Abdullah berkata tidak masuk akal membataskan peserta protes di dalam sesebuah kawasan seperti stadium.
Seperti tahun sebelum ini, beberapa pemimpin politik Barisan Nasional (BN) menggesa Bersih mengadakan perhimpunannya di dalam stadium dan bukan di jalan raya.
Bagaimanapun, Maria berkata ia akan hanya menggagalkan objektif protes mengetengahkan kemarahan rakyat.
“Protes merupakan satu bentuk luahan kemarahan. Ia perlu dibenarkan di mana-mana. Tidak masuk akal permintaan mereka hanya boleh protes di dalam stadium, di bawah bumbung dan sebagainya,” Maria memberitahu wartawan hari ini.
Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang sebelum ini menawarkan mahu membantu Bersih 2.0 mendapatkan sebuah stadium supaya protes tidak mengganggu keselamatan awam, seperti yang didakwanya berlaku pada 2012.
Sementara itu, aktivis Ivy Josiah menolak kebimbangan mengenai keselamatan awam, dan memberi contoh perhimpunan Bersih tahun lalu yang berjalan secara aman.
Katanya, polis juga lebih bersikap “matang” seperti yang ditunjukkan ketika protes 2 hari pada Ogos tahun lalu.
“Mereka sudah menyaksikan demonstrasi aman kami. Saya tidak fikir akan ada kekacauan dengan pihak polis.”

Mahathir: BERSATU akan pulihkan demokrasi, undang-undang

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berikrar bahawa parti politik baru yang ditubuhkanya akan memulihkan demokrasi dan kedaulatan undang-undang yang dinafikan dan disalah-gunakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mahathir selaku pengerusi pro-tem Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata demikian ketika menjelaskan keperluan untuk parti baru itu dalam posting di blog terbarunya.
Katanya, beliau terkejut apabila ramai yang mengajukan soalan mengapa BERSATU ditubuhkan.
Jelasnya, parti baru itu mampu memulihkan kegemilangan negara yang lalu.
Mahathir, yang mengetuai negara ini selama 22 tahun, berkata beliau telah meneliti nasib parti-parti yang memperjuangkan kemerdekaan di negara-negara lain.
"Kebanyakan mereka kini lenyap. Mereka tewas kepada parti baru yang dibentuk selepas kemerdekaan kerana selalunya lupa tujuan parti berkenaan dibentuk, dan menyalahgunakan kuasa yang diberikan untuk kepentingan peribadi.
"Umno telah bertahan begitu lama. Tetapi di bawah Najib ia terlupa sepenuhnya tujuan ia ditubuhkan.
“Najib telah memalukan negara yang pernah dikagumi ini. Seluruh dunia memandang hina Najib sebagai menteri kewangan yang paling teruk Malaysia dan segala salah lakunya," katanya.
Bekas perdana menteri itu berkata hanya parti baru boleh memulihkan kegemilangan negara semula.
Meskipun penduduk bandar yang canggih dan berpendidikan tinggi percaya bahawa politik perkauman tidak lagi sesuai dengan peredaran masa, Mahathir berkata keadaan akar umbi adalah berbeza.
"Bagi penduduk di luar bandar yang sebahagian besarnya miskin, bangsa bukan sahaja penting tetapi mereka percaya adalah perlu demi kesejahteraan mereka. Umno popular kerana ia adalah sebuah parti perkauman.
"Jika parti baru mahu bersaing dengan Umno, ia mesti memberi rakyat di kawasan luar bandar dan kawasan bandar yang kurang canggih, keselesaan yang berkaitan dengan perkauman oleh Umno," katanya.

TKM berang Petronas mahu hantar lebih ramai pekerja ke S'wak

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Masing berang bahawa syarikat minyak dan gas negara, Petronas bercadang menghantar 90 pekerja lain dari semenanjung untuk operasi di Sarawak sedangkan kakitangan tempatan diberhentikan.
Kerajaan negeri sebelum ini menghentikan pengeluaran permit kerja baru kepada pekerja Petronas dari semenanjung berikutan aduan bahawa pekerja tempatan tidak diutamakan.
Sarawak mempunyai autonomi ke atas imigresen dan rakyat Malaysia yang bukan dari Sarawak perlu mendapatkan permit kerja, seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia.
"Mengapa Petronas perlu 90 permit kerja baru sedangkan rakyat tempatan Sarawak di Petronas dihentikan kerja?
"Adakah Petronas menstruktur semula syarikat itu dengan mengurangkan pekerjanya akibat kelembapan ekonomi?
“Atau adakah mereka cuba menggantikan pekerja Sarawak dengan semenanjung?” katanya yang dipetik akhbar Borneo Post.
Petronas sebelum ini dilaporkan memansuhkan 29 jawatan tetap, menyebabkan 13 kakitangan dari Sarawak dihentikan dalam penstrukturan semula syarikat itu.

MO1 Adalah Agong - Nawawi Langkawi ..!!!

Cuba anda baca penjelasan dari salah sorang ahli parlimen Umno bila ditanya siapa dia Malaysia Official 1 ( MO1 ) -
  

Hebat tahap bodek Najib yang dimiliki oleh MP Langkawi Nawawi Ahmad ini ! Boleh dia cuba spin dari Najib dengan melibatkan Yang DiPertuan Agong ! ? ?

Jawab saja lah MO1 itu adalah Najib ! Apa yang payah sangat ? Bukannya MO1 yang disaman atau yang hartanya dirampas oleh DOJ.  Kenapa yang susah sangat nak sebut tu ? Adakah kerana pemimpin2 Umno sendiri merasakan MO1 itu telah melakukan satu dosa besar mengikut dakwaan DOJ makanya mereka jadi serbasalah nak jawab siapa itu MO1 ?

DOJ tidak sebut MO1 itu sebagai pegawai Malaysia yang TERTINGGI atau pegawai Malaysia pangkat nombor 1. Nombor 1 itu disebut sebagai pengenalan saja .... mungkin nanti akan ada pula MO2, MO3 dan seterusnya .... Sama seperti 1MDB Officer 1, 2 dan 3 .... adakah nombor itu menunjukkan heirarki orng berkenaan dalam struktur organisasi 1MDB ? Tidak .... nombor2 itu hanya sebagai pengenalan.

Jadi kenapa Nawawi merujuk nombor 1 dalam MO1 sebagai merujuk kepada pegawai Malaysia yang tertinggi ? Dan seterusnya dengan sengaja mengaitkan YDP Agong dalam kemelut 1MDB @ DOJ ?

Tidakkah itu boleh dianggap sebagai satu cubaan menghina institusi diRaja khususnya YDP Agong ?

OK... KATAKANLAH kita layan argumen Nawawi bahawa no 1 dalam gelaran MO1 itu merujuk kepada pegawai Malaysia tertinggi ...... bagaimana pula dengan gelaran First Lady of Malaysia yang disebat oleh Rosmah ?

Kalau First Lady itu adalah Rosmah, takkan First Man adalah .....erk.

Apakah Nawawi mahu dianggap sebagai menghina Rosmah pula ? ?

Tak payahlah berbelit2 .... mengaku sajalah bahawa MO1 itu adalah Najib. Don't be very the stupid, ok.