Selasa, 16 Ogos 2016

Tindakan Husam: Tidak mustahil semut membantu gajah...

OLEH MOHD SAYUTI OMAR 
 
Sama ada berjaya atau tidak tetapi usaha Adun Salor Husam Musa untuk mengembalikan wang rakyat dan negara sesuatu yang terpuji dan suatu tindakan proaktif. Husam telah mengambil langkah lebih berani dan berisiko apabila menyaman lapan pihak dan individu di Amerika Syarikat berkaitan dengan kehilangan wang syarikat strategik negara 1MDB. 
 
Husam memulakan tindakan berkenaan Khamis lepas, terhadap lapan defendan di Mahkamah Daerah New York dengan menggunakan juga segala gokumen yang dikemukakan oleh Jabatan Kehakimam Amerika (DoJ) ketika mengemukakan tindakan pembekuan aset yang dicuri(?) dari 1MDB di Amerika.
 
Lapan pihak termasuk individu itu ialah; adalah Riza Shahriz bin Abdul Aziz, (anak tiri Najib Razak), Low Taek Jho, Golman Sachs Group Inc, Timothy Leissner, Christopher Joey McFarland, Red Granite Pictures Inc, Debra Whelan Johnson, Metropolis 1X Capital Advisors.
 
Menurut Husam rancangan untuk mengambil tindakan terhadap skandal 1MDB itu lebih awal daripada pengumuman Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat. Sebelum atau semasa berlangsung pilihan raya negeri Sarawak, Mei lalu beliau bersama Matthias Chang sudah berbincang untuk mengambil tindakan itu.
 
Bekas Naib Presiden Pas dan setiausaha politik bekas PM Dr Mahathir Mohamad itu sudah berjumpa dan berbincang dengan peguam dari Amerika Syarikat mengenai tindakan undang-undang itu.
 
Memerhati jauh mengenai tindakan Husam dan Matthias itu sudah tentu ia dibuat atas kesedaran watan betapa wang negara dan rakyat perlu diselamatkan dan tidak merelakan wang rakyat dikhianati walaupun satu sen.
 
Sudah tentu Husam sebagai warganegara dan ahli politik yang prihatin tidak sanggup melihat kejadian itu dan tindakan itu adalah satu tanggungjawab dan amanahnya kepada negara. Membiarkan atau bersubahat dengannya satu dosa dan pengkhianatan kepada watan.
 
Saya sependapat dengan bekas Ketua Pengaran New Straits Time, A Kadir Jasin yang menyifatkan tindakan Husam dan Mathias itu sebagai tindakan patriotik. Kadir menganggap Husam dan Mathias sebagai wira tulen menyelamatkan wang negara.
 
Dalam pada itu, di sini saya melihat bukan sahaja keberanian dan kebertanggungjawab Husam dan Mathias, tetapi mengenai idea dan ketinggian daya kreatif tindakan politik khasnya Husam anak didik Tokguru Nik Aziz yang teraniaya itu. 
 
Dalam saat orang lain hanya berbicara dan "mengeluh" mengenai kehilangan wang 1MDB atau pun ada yang masih membela orang dianggap terlibat dan bertanggungjawab dengan skandal itu, tetapi Husam melangkah jauh dalam tindakannya keluar dari ibu kota Kuala Lumpur hingga ke New York. Tindakan Husam ini lebih global dan tidak bersifat "main dalam perkuk".
 
Begitu juga ketika ahli politik bercakap soal perlunya bekas partinya itu berkolaborasi dengan Umno, namun Husam berani bertindak sebegitu yang boleh mendatangkan bahana kepada presiden parti Umno yang puna berisiko buatnya. Ertinya Husam mengorbankan kepentingannya demi rakyat dan negara.
 
Sesungguhnya pemimpin yang peka, kreatif dan berani bangkit seperti Husam itulah yang patut dinobatkan sebagai pemimpin sejati. Tetapi sayang kelebihan dan keistimewaan yang dimiliki Husam ini disia-siakan oleh partinya sebelum ini apabila beliau dipecat tanpa dibicarakan penuh keadilan.
 
Pastinya mereka yang insaf akan bersama Husam dan Mathias. 

Tiada rancangan naikkan kadar GST, kata menteri Umno

Walaupun pengurangan hasil RM30 bilion dijangka tahun ini daripada industri minyak dan gas
Johari-Abdul-Ghani_gst_600
PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan menaikkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) walaupun pengurangan hasil sebanyak RM30 bilion dijangka pada tahun ini daripada industri minyak dan gas, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani.
Beliau berkata kerajaan komited untuk membantu kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana dan menguruskan defisit fiskal dengan cekap yang akan membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang kukuh.
“Walaupun kerajaan sedang menghadapi masa sukar disebabkan kehilangan hasil daripada industri minyak dan gas, kerajaan tidak akan menaikkan kadar GST,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian bagi cadangan terbitan Sukuk Wakalah untuk projek Setiawangsa-Pantai Expressway di sini hari ini.
Sukuk Wakalah akan menjadi antara terbitan terbesar bagi projek pembinaan lebuh raya baharu.
Malaysia melaksanakan GST pada kadar enam peratus pada 1 April, 2015.
“Kali ini merupakan masa yang sukar untuk kerajaan.
“Sudah pasti, kita perlu menguruskan defisit fiskal kita kerana kita tidak mahu defisit kita menjadi terlalu besar yang akan memberi kesan kepada penarafan kita. Kadar faedah akan meningkat dan ini akan memberi kesan kepada semua sektor,” katanya.

Saingi Uber-Grab, SPAD perkenal skim bebas pemandu dari pajakan syarikat

Kerajaan bersetuju unsur sewaan dalam pajakan permit kenderaan menjejaskan mata pencarian pemandu teksi
Syed Hamid Albar
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) mengumumkan skim untuk membebaskan pemandu teksi daripada pajakan syarikat, dalam usaha membantu mereka dalam lapangan persaingan sama rata menghadapi Uber dan Grab.
Skim itu sebahagian daripada 11 langkah Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang diumum Pengerusi Spad Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini.
“Kita sedia maklum, sistem pajak memang menimbulkan masalah. Pembayaran secara ansuran kepada syarikat operator teksi untuk jangka masa lama pastinya membebankan pemandu teksi.
“Dalam sistem kita perkenalkan ini, kita membuka peluang kepada pemandu teksi memohon untuk mendapatkan geran bernilai RM5000 yang membolehkan mereka memiliki lesen teksi sendiri,” katanya, dan menambah kerajaan akan menarik balik pembelian pengeluaran lesen teksi individu bagi teksi kelas bermeter dan kereta sewa.
Paparan Spad di taklimat hari ini menunjukkan dalam model sedia, kerajaan mengeluarkan permit kepada syarikat, yang kemudian akan menyewakan permit atau kenderaan kepada pemandu. Penyewa permit atau kenderaan diwajibkan membayar sewa harian.
“Unsur sewaan dalam pajakan permit kenderaan dan terma kontrak berat sebelah menjejaskan mata pencarian pemandu teksi,” menurut paparan itu.
Pemberian lesen persendirian dibekukan sejak 10 Sept 2014. “Pemandu boleh memohon untuk mendapatkan geran ini bermula September depan,” kata Syed Hamid, dan menambah sejumlah RM150 juta diperuntukkan untuk membantu peralihan itu.
“Kerajaan mahu keanjalan. (Sekarang) lesen milik syarikat dan bukan milik mereka (pemandu). Mereka (pemandu) berhak pohon lesen individu. Sistem tidak adil? Kita boleh atasi.”
Disamping itu, skim ini akan digandingkan dengan aplikasi e-hailing, sistem yang dipopularkan perkhidmatan perkongsian kenderaan Uber dan Grab.

'Tuhan Harun' meninggal dunia akibat masalah pernafasan


Harun Mat SaatHarun Mat SaatKetua kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun' atau nama sebenarnya Harun Mat Saat meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) petang tadi setelah mengalami masalah pernafasan.
Harun, 50, dilaporkan meninggal dunia pada pukul 4.40 petang ketika menjalani pemeriksaan di hospital berkenaan.
Peguamnya Hermes Putra Media Ibrahim ketika dihubungi Bernama berkata beliau dimaklumkan oleh salah seorang anak Harun, bahawa lelaki itu meninggal dunia semasa sedang menjalani ujian kemampuan menghadiri perbicaraan di mahkamah.
"Namun saya belum lagi mendapat maklumat lanjut mengenai faktor kematiannya ini.
"Saya dimaklumkan, pihak hospital kini masih menunggu kehadiran pihak polis untuk laporan kematian sebelum proses bedah siasat dilakukan," katanya.
Beliau berkata, jenazah Harun dijangka dibawa pulang untuk dikebumikan di kampungnya di Batu Talam, Raub sebaik proses bedah siasat dan mandi jenazah dilakukan di hospital itu.
Harun dan lima lagi pengikutnya sedang menjalani perbicaraan di Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan berkonspirasi membunuh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada tiga tahun lepas.

Umno Johor masih kuat, tetapi bosan dengan masalah negara

Akar umbi Umno di Johor didakwa sudah bosan dengan permasalahan di peringkat nasional.
Mohd-Zaid_muhyiddin_umno_600
PETALING JAYA: Umno Johor masih bersatu, tetapi tidak lagi menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana beliau mengkhianati parti dengan menyertai Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Ketua Pemuda Umno Pagoh, Mohd Zaid Abd Rahman berkata, mereka menyokong Muhyiddin sebelum ini kerana beliau adalah pemimpin dan ahli Umno.
Beliau berkata, Umno Johor tidak berpuak-puak atau berpecah kerana mereka masih sayangkan parti.
“Kita masih sayangkan parti. Buat masa ini, kita sedang berusaha kembalikan kepercayaan dan memperbetulkan hala tuju parti,” katanya kepada FMT.
Kelmarin, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menolak ramalan pelbagai pihak tentang Umno Johor akan berpuak-puak, berpecah dan lemah, susulan pemecatan Muhyiddin sebagai timbalan presiden Umno.
Sebaliknya, beliau berkata, Umno Johor kekal kuat seperti dulu kerana ia bukan terbina sehari dua.
Zaid bagaimanapun berkata, komitmen yang ditunjukkan akar umbi Umno Johor semakin berkurangan kerana bosan dengan masalah di peringkat nasional, seperti isu 1MDB.
“Mereka tidak keluar Umno, tetapi komitmen amat rendah dari segi aktiviti dan program yang dijalankan di peringkat bahagian dan cawangan.
“Di peringkat cawangan, kita masih berdepan persepsi umum, terutama melibatkan peringkat nasional. Ini menyukarkan kita untuk kembalikan kepercayaan mereka.
“Mungkin perwakilan sedang menunggu pemilihan akan datang untuk membuat keputusan sama ada memilih pucuk pimpinan sedia ada atau menolak Umno,” katanya.

Tegur Najib dengan fakta, kata Musa Hassan

Beliau berkata adalah lebih baik membiarkan polis menjalankan dulu siasatan ke atas 1MDB.
musa-hassan_najib-1mdb
PETALING JAYA: Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan berkata jika mahu menegur Perdana Menteri Datuk Seri Najib berhubung kemelut 1MDB, pihak berkenaan perlu ada fakta.
Beliau berkata apa yang perlu dilakukan ialah memberi peluang kepada polis dan pihak berkuasa menjalankan siasatan ke atas 1MDB, sebelum bertindak.
“Biar siasatan dijalankan dulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar masih siasat lagi. Tunggu siasatan dulu. Kita tidak tahu hujung pangkal, kita tak boleh desak siapa, tunggu siasatanlah.
“Kena ada fakta kalau nak desak (Najib). Kalau tak ada fakta macam mana nak desak,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian ketika mengulas saranan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub kepada beberapa bekas pemegang jawatan tertinggi negara supaya tampil menyuarakan pandangan mereka terhadap kemelut 1MDB.
Salahuddin mencadangkan bekas ketua turus tentera, bekas ketua polis negara, bekas peguam negara, bekas ketua setiausaha negara, hakim serta kakitangan tinggi kerajaan supaya menggunakan status mereka dalam masyarakat menegur perdana menteri.
“Alangkah baiknya kedudukan mereka yang mulia dan tinggi di sisi masyarakat, dimanfaatkan pula untuk menjadi pembela kepada perjuangan rakyat dan negara khususnya dalam menegur pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang hari ini sangat kritikal ekoran skandal 1MDB,” kata Salahuddin dalam kenyataannya.

'Jangan sampai rakyat hilang percaya pada SPR'

Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, proses persempadanan semula kawasan pilihan raya akan mewujudkan keputusan pilihan raya yang tidak adil sekiranya reformasi ke atas proses itu tidak dilaksanakan.
Ujar beliau yang juga naib presiden PKR merangkap pengarah pilihan raya parti itu, sebagai sebuah badan yang sepatutnya bebas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajib mempertahankan kedaulatan sistem demokrasi negara secara efektif.
"Merujuk kepada laporan Projek Integriti Pilihan Raya (2014), Malaysia terletak di kedudukan yang rendah dalam aspek integriti apabila berada di tangga 66 daripada 73 negara yang menjalankan pilihanraya parlimen dan presiden dari Julai 2012 hingga Disember 2013.
"Kajian ini secara spesifik mengkaji kesan persempadanan kawasan dan kaitan undang-undang pilihan raya di setiap negara. SPR tidak boleh mengambil mudah kesan persempadanan semula demi kepentingan pihak tertentu.
"Kegagalan berbuat demikian menyebabkan rakyat Malaysia hilang kepercayaan terhadap kewibawaan SPR sebagai sebuah badan bebas yang mengendalikan pilihan raya di Malaysia," katanya dalam kenyataan.
Baru-baru ini, BERSIH menggesa Dewan Undangan Negeri Melaka mengecam Ketua Menterinya, Datuk Seri Idris Haron kerana mencadangkan persempadanan semula kawasan pilihan raya di negeri tersebut.
"BERSIH juga menyeru wakil-wakil rakyat Melaka untuk membuat usul mencela ketua menteri kerana bersubahat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melanggar Perlembagaan Persekutuan.

PRU14: AMANAH tak boleh, hanya PAS dan PKR di Kelantan kata Mohd Amar

PAS tidak membenarkan parti selain PKR untuk bertanding di Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Mohd Amar berkata, jika benar parti pembangkang ingin mengambil semangat satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang, mereka perlulah memberi laluan kepada PAS dan PKR untuk menentang BN di negeri itu.
"Kalau kita nak ambil semangat satu lawan satu dengan BN ini, maknanya parti selain PAS dan PKR, tak boleh bertanding di Kelantan (pada PRU akan datang).
(Jadi) jangan kacaulah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Hari Sayyidatina Khadijah, hari ini.
Beliau mengulas mengenai kemungkinan Parti Amanah Negara (AMANAH), parti serpihan PAS, bertanding di Kelantan pada PRU akan datang.
Ditanya mengenai ancaman AMANAH di Kelantan, beliau berkata penubuhan parti itu setakat ini masih belum memberi kesan kepada PAS terutama di Kelantan.
"Kami setakat ini boleh tidur lena lagi," katanya.

Skandal 1MDB: Husam sedia hadapi risiko selepas fail saman di AS

Bekas Naib Presiden PAS Husam Musa percaya tindakan undang-undang difailkan olehnya bersama Matthias Chang berhubung salah laku 1MDB akan disokong Datuk Seri Najib Razak.
Menurut Adun Salor itu, beliau yakin tiada pihak akan menahannya kerana tindakan itu dilakukan mereka untuk kepentingan negara.
“Saya rasa tidak ada orang akan tahan saya kerana saya bertindak untuk negara dan tentunya perdana menteri akan menyokong.
“Tidak mungkin perdana menteri akan menahan seseorang individu yang berusaha untuk membawa balik wang milik rakyat,” katanya dalam sidang media di Bangsar hari ini.
Husam turut berharap perjuangannya akan diteruskan sekiranya beliau ditangkap.
“Jangan takut, dalam agama kita takut itu adalah sifat semula jadi. Tetapi kita mesti menguruskan perasaan takut tu.
“Kalau kita sentiasa takut, habislah negara kita. Kalau ada apa-apa yang berlaku pada saya rakyat Malaysia kena teruskan perjuangan ini,” ujarnya.
Matthias, bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, turut hadir dalam sidang media tersebut bersama pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah).
Matthias, yang merupakan seorang peguam pernah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas), atau Sosma pada Oktober tahun lalu bersama anak guamnya, bekas naib ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, susulan tindakan mereka memfailkan laporan polis terhadap 1MDB di beberapa negara.
Beliau turut menekankan bahawa beliau bersedia untuk sekali lagi ditahan atas tindakannya.
“Apa salahnya dengan saman, ini adalah saman sivil. Saya berhak saman sivil untuk pastikan wang itu kembali kepada rakyat.
“Saya bersedia jika ditahan, saya mahu tunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa saya bersedia ditahan,” katanya.
Khamis lalu, Husam dan Mathias memfailkan tuntutan saman mendakwa wang yang dipungut melalui tawaran bon oleh 1MDB digunakan untuk membiayai Red Granite, syarikat Hollywood yang diketuai anak tiri Najib, Riza Aziz.
Riza, anak tiri Najib, merupakan salah seorang defenden yang dinamakan didalam saman yang dikemukakan oleh Husam dan Matthias.

Geng Baju Merah: Ali Tinju, Jamal mahu ambil hati Najib?

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin PKR hari ini menegaskan bahawa para penganjur Perhimpunan Baju Merah menentang Perhimpunan Bersih 5.0 kerana Perdana Menteri Najib Razak gentar dengan perhimpunan raksasa rakyat itu.

Menurutnya, Ketua Umno bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunus dan Mohd Ali Baharom yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju cuba menentang Perhimpunan Bersih dalam usaha mengambil hati Perdana Menteri Najib Razak.

"Kenapa takut dengan Bersih? Apa kena-mengena kaum Melayu dengan Perhimpunan Bersih?" tanya Naib Pengerusi PKR Melaka, G Rajendran.

"Saya yakin macai-macai Baju Merah ini berkeras mahu menghalang Perhimpunan Bersih 5.0 kerana nak 'cari makan' dengan pemimpin atasan Umno," katanya dalam satu kenyataan media.

"Kenapa tergesa-gesa dakwa Bersih adalah gabungan anti-Melayu, sedangkan Pengerusi gabungan Bersih 2 hanya mencadangkan untuk mengadakan perhimpunan tersebut. Tarikh pun belum ditetapkan lagi. Ini dah mula bising."

"Wahai kawan-kawan Baju Merah, jangan lupa bukan Najib seorang saja Melayu di Malaysia," katanya sambil menjelaskan Perhimpunan Bersih bukan anti-Melayu sebaliknya menentang kerajaan korupsi."

Mengulas lanjut, Rajendran berkata gabungan tersebut telahpun mengadakan sebanyak empat perhimpunan sebelum ini dimana kesemuanya disokong kuat oleh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

"Gabungan Bersih tidak pernah menyoal kepentingan atau hak orang Melayu. Ini adalah rekaan Najib yang cuba menyelit masuk sentimen Melayu kononnya Perhimpunan Bersih adalah anti-Melayu,"ujarnya.

Terdahulu, Jamal berikrar untuk bertembung dengan peserta daripada Bersih 5.0 pada masa dan tempat yang sama.

Beliau turut mendakwa terdapat 58,000 individu menyatakan sokongan kepada perhimpunan tersebut yang melibatkan seramai 600 NGO di seluruh negara dan sebanyak 50,000 helai baju-T telah pun dicetak untuk dijual kepada para penyokong.

“Najib pergunakan Jho Low, atau Jho Low pergunakan Najib?”


“Najib mempergunakan Jho Low, atau Jho Low mempergunakan Najib?”
Demikian persoalan yang dibangkitkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan ahli perniagaan, Low Taek Jho yang didakwa telah melakukan pengubahan wang haram terhadap dana syarikat milik negara, 1MDB.
Menurut Kit Siang, persoalan yang sedang bermain di fikiran rakyat itu sehingga kini tidak terjawab meskipun siasatan telah pun dilakukan oleh pelbagai agensi kerajaan.
“Adakah Parlimen ketika bersidang pada Oktober nanti akan mendengar jawapan persoalan itu dari mulut Najib sendiri, sekurang-kurangnya ketika ucapan pembentangan Bajet 2017 oleh beliau nanti?” Soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dalam satu kenyataan sebelum ini meminta Najib menjelaskan hubunganya dengan Jho Low dalam skandal 1MDB yang kini menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa.
Bulan lalu, Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta Lynch mengumumkan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat memfailkan saman sivil bagi merampas semula aset berkaitan 1MDB yang bernilai lebih AS$1 bilion kerana terlibat dengan pengubahan wang haram.
Selain Jho Low, dokumen itu turut menamakan anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz, ahli perniagaan dari Malaysia, Tan Kim Loong dan dua pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Jangan Hipokrit: Depan Laung Untukmu Malaysia, Belakang Kebas Duit Negara - Mukhriz

Jangan Hipokrit: Depan Laung Untukmu Malaysia, Belakang Kebas Duit Negara - Mukhriz
BERSATU juga komited untuk memperkasa agenda memerangi rasuah dan salah guna kuasa untuk mewujudkan amalan tadbir urus yang baik dan pemerintahan yang bersih, beramanah dan berintegriti. Ini adalah kelemahan utama pentadbiran Najib. Rasuah bermaharajalela, penyelewengan berleluasa dan pecah amanah menjadi amalan biasa.

Inilah yang menyebabkan kerajaan pimpinan beliau tidak popular dan amat tidak disenangi oleh rakyat. Jadi, untuk menutup segala kerosakan yang telah dilakukan oleh beliau, maka Najib memainkan sentimen anti-DAP dengan harapan orang Melayu akan berasa takut untuk menyokong parti selain daripada UMNO, dan menerima kepimpinan beliau yang terpalit dengan skandal rasuah.

Sudah-sudahlah. Saya yakin orang Melayu tidak mudah terpengaruh dengan tipu daya Najib dan konco-konconya. Saya tahu orang Melayu walaupun mereka diam, tetapi mereka bijaksana. Masakan mereka boleh menerima dengan hati terbuka sejumlah RM4 billion wang negara dileburkan oleh orang-orang yang rapat dengan Najib, termasuk anak tirinya sendiri, di Amerika Syarikat. Malah seorang yang dinamakan “Malaysian Official Number One” yang gambarannya tidak ubah seperti Najib terlibat secara langsung dalam kecurian wang negara berjumlah berbillion ringgit yang digunakan untuk membeli hartanah mewah dan membiayai gaya hidup berfoya-foya orang-orang tertentu, termasuk membayar hutang judi. Jumlah RM4 bilion ini hanyalah sebahagian daripada RM14 bilion (USD 3.5 bilion) wang 1MDB yang dilaporkan hilang oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

Apa yang telah terjadi dengan wang sebanyak ini? Adakah ia diterima oleh orang Melayu? Jawapannya sama sekali tidak! Sebaliknya, ia telah dibelanjakan sesuka hati oleh Jho Low, Riza Aziz (anak tiri Najib) dan kawan-kawannya untuk membiayai gaya hidup mewah mereka, termasuk menaja pembikinan sebuah filem Hollywood. Malah menurut laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, sejumlah RM2.6 billion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib!

Jika Najib seorang yang berani dan ingin membersihkan namanya, beliau seharusnya menyahut cabaran Tun Dr Mahathir untuk berdebat. Tidak perlulah Najib cuba mengalih perhatian rakyat dengan menyalahkan pihak lain. Usah berselindung dan berdolak dalih lagi.

Kenyataan penuh Muhyiddin -


BERSATU MENGANGKAT MARUAH MELAYU

Tidak sampai seminggu saya mengemukakan permohonan kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk menubuhkan BERSATU, serangan terhadap parti yang belum lagi ditubuhkan ini datang bertalu-talu daripada pemimpin UMNO. Terbaharu ialah daripada Presiden UMNO sendiri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak.

Ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Tinggi, Najib mempersoalkan keupayaan BERSATU untuk membela nasib orang Melayu kerana hubungan parti ini dengan DAP. Katanya, kerjasama BERSATU dengan DAP tidak akan memberi manfaat kepada orang Melayu.
Aneh juga sebuah parti yang belum lahir ini mendapat perhatian dari Najib. Parti ini belum ada ahli dan tidak ada cawangan. Ia hanyalah parti serpihan umpama parti nyamuk.

Belum apa-apa lagi Najib telah melompat. Orang putih kata “jump the gun”. Bagimana Najib boleh bercakap mengenai kerjasama antara sebuah parti yang belum ditubuhkan dengan DAP? Malah dia mengandaikan bahawa kerjasama itu tidak akan menguntungkan orang Melayu. Ini adalah satu kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab dan pra-matang.

Namun, saya sedia maklum bahawa inilah taktik kotor yang akan digunakan oleh Najib dan konco-konconya untuk menakut-nakutkan orang Melayu. DAP bakal dijadikan “hantu” yang paling menggerunkan orang Melayu untuk mengalihkan perhatian orang Melayu daripada segala kesalahan dan kemungkaran Najib. Mereka akan terus berkata bahawa DAP adalah musuh utama orang Melayu sambil mengajak orang Melayu untuk terus mempertahankan Najib yang terpalit dengan skandal kewangan paling buruk dalam sejarah bangsa Melayu!

Jika Najib ragu-ragu dengan perjuangan BERSATU untuk membela orang Melayu, saya cadangkan supaya beliau berhubung dengan pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk mendapatkan senaskhah Perlembagaan BERSATU yang telah kami serahkan semasa proses permohonan pendaftaran parti ini. Daripada 13 matlamat dan tujuan BERSATU, tiga yang teratas ialah menegakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni; menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu; dan mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak-hak yang sah untuk semua kaum.

BERSATU juga komited untuk memperkasa agenda memerangi rasuah dan salah guna kuasa untuk mewujudkan amalan tadbir urus yang baik dan pemerintahan yang bersih, beramanah dan berintegriti. Ini adalah kelemahan utama pentadbiran Najib. Rasuah bermaharajalela, penyelewengan berleluasa dan pecah amanah menjadi amalan biasa.

Inilah yang menyebabkan kerajaan pimpinan beliau tidak popular dan amat tidak disenangi oleh rakyat. Jadi, untuk menutup segala kerosakan yang telah dilakukan oleh beliau, maka Najib memainkan sentimen anti-DAP dengan harapan orang Melayu akan berasa takut untuk menyokong parti selain daripada UMNO, dan menerima kepimpinan beliau yang terpalit dengan skandal rasuah.

Sudah-sudahlah. Saya yakin orang Melayu tidak mudah terpengaruh dengan tipu daya Najib dan konco-konconya. Saya tahu orang Melayu walaupun mereka diam, tetapi mereka bijaksana. Masakan mereka boleh menerima dengan hati terbuka sejumlah RM4 billion wang negara dileburkan oleh orang-orang yang rapat dengan Najib, termasuk anak tirinya sendiri, di Amerika Syarikat. Malah seorang yang dinamakan “Malaysian Official Number One” yang gambarannya tidak ubah seperti Najib terlibat secara langsung dalam kecurian wang negara berjumlah berbillion ringgit yang digunakan untuk membeli hartanah mewah dan membiayai gaya hidup berfoya-foya orang-orang tertentu, termasuk membayar hutang judi. Jumlah RM4 bilion ini hanyalah sebahagian daripada RM14 bilion (USD 3.5 bilion) wang 1MDB yang dilaporkan hilang oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

Apa yang telah terjadi dengan wang sebanyak ini? Adakah ia diterima oleh orang Melayu? Jawapannya sama sekali tidak! Sebaliknya, ia telah dibelanjakan sesuka hati oleh Jho Low, Riza Aziz (anak tiri Najib) dan kawan-kawannya untuk membiayai gaya hidup mewah mereka, termasuk menaja pembikinan sebuah filem Hollywood. Malah menurut laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, sejumlah RM2.6 billion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib!

Ini hanyalah secebis daripada wang 1MDB yang asalnya berjumlah RM42 bilion yang dipinjam daripada pelbagai institusi kewangan dalam dan luar negara. Jumlah tanggungan 1MDB kini meningkat kepada lebih RM50 bilion. Sebahagian besar wang ini tidak dapat dikesan dan kemungkinan juga telah lesap.

Adakah orang Melayu akan melupakan semua ini dan memaafkan Najib dan konco-konconya? Tentu sekali tidak. Amat malang jika Najib berfikiran begitu. Beliau sebenarnya memandang rendah nilai, budaya dan maruah orang Melayu.

Jika Najib seorang yang berani dan ingin membersihkan namanya, beliau seharusnya menyahut cabaran Tun Dr Mahathir untuk berdebat. Tidak perlulah Najib cuba mengalih perhatian rakyat dengan menyalahkan pihak lain. Usah berselindung dan berdolak dalih lagi.

Saya yakin orang Melayu yang tinggi adab dan tatasusilanya akan bangkit bersatu secara terhormat untuk menentang kemungkaran Najib dan pentadbirannya yang telah merosakkan maruah bangsa dan negara. Saya percaya masa untuk mengembalikan maruah bangsa dan negara yang kian tercalar telah tiba. Masanya ialah sekarang!

Bersatulah demi menyelamatkan Malaysia!


YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Presiden Penaja
BERSATU



Jangan hipokrit, laungkan "Untukmu Malaysia" tapi curi duit negara - Mukhriz



7) Adakah skandal 1MDB ini berpunca daripada bekas-bekas pemimpin UMNO yang dikatakan kecewa itu? Tidak! Skandal ini muncul apabila Najib sendiri membuat keputusan-keputusan mengenai pelaburan 1MDB berjumlah puluhan bilion ringgit, yang kini didakwa oleh penyiasat-penyiasat agensi kerajaan asing seperti Singapura, Switzerland, Amerika Syarikat, Hong Kong, United Kingdom dan lain-lain sebagai skim pengubahan wang haram terbesar di dunia. Sudah terang, masakan mahu bersuluh. Najib sendiri yang mengaibkan negara, bukan Tun Mahathir atau Tan Sri Muhyiddin.

9) Memang kita selalu mengharapkan Rakyat bersatu tetapi kebersatuan itu mestilah untuk kebaikan, bukannya untuk kemungkaran. Adakah kita kena bersatu untuk menghalalkan jenayah? Adakah kita perlu bersatu dan terus menyokong pemimpin secara buta tuli jika dia disyaki pecah amanah dan menyeleweng harta Rakyat? Adakah kita perlu berpegang kepada prinsip bahawa kepentingan Melayu mengatasi segalanya termasuk apabila pemimpin Melayu melakukan kesalahan yang memalukan bangsanya sendiri?

14) Rakyat meluat dengan komen-komen tidak masuk akal kononnya tindakan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat menyiasat 1MDB itu satu usaha untuk membunuh Melayu. Siapa sebenarnya yang begitu akrab dengan Presiden Amerika? Siapa yang berselfie dengan Presiden Obama dan bermain golf dengannya kalau tidak Najib Razak? Hentikan semua ungkapan-ungkapan yang memperbodohkan Rakyat.

Kenyataan penuh Mukhriz 16/8/2016

The Malaysian Insider kembali? Tidak benar, kata Jahabar

Bekas editor yang pernah mengetuai portal berita paling popular satu ketika dulu itu berkata jenama TMI merupakan hak The Edge Media Group.
Jahabar-Sadiq_insider_600
KUALA LUMPUR: Sebuah posting di media sosial yang mendakwa portal berita The Malaysian Insider (TMI) akan kembali disangkal bekas editornya hari ini sebagai palsu.
“Semua orang sedang berkongsi dalam Twitter dan Facebook tetapi ini tidak ada kena mengena dengan saya,” kata Jahabar Sadiq, menafikan berita portal itu akan kembali selepas 5 bulan ditamatkan pemiliknya, The Edge Media Group.
“The Malaysian Insider sudah meninggal dunia pada 15.3.2016,” tulis Jahabar, yang turut mengesahkan ia palsu ketika dihubungi FMT.
Katanya, jenama TMI merupakan milik The Edge Media Group, yang mengambil alih portal itu pada 2014.
“Tidak ada sesiapa pun memiliki hak cipta ke atasnya, dan saya tidak tahu sesiapa pun yang akan menghidupkannya kembali menggunakan nama dan gaya sama. Sesiapa yang berbuat demikian menipu anda,” jelas Jahabar.
Orang ramai akan dimaklumkan sekiranya portal itu dihidupkan semula, kata Jahabar, sebelum berseloroh: “Majulah Sukan Untuk Negara”.
Bagaimanapun, posting itu rancak dikongsi termasuk oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
“The Malaysian Insider akan kembali! Tak sabar!” tulis Pua dalam Facebook.
TMI ditamatkan secara tiba-tiba pada 15 Mac lalu selepas beroperasi lebih 8 tahun. The Edge Media Group mendakwa ia kerugian hampir RM10 juta dalam tempoh 2 tahun memiliki portal itu.

Penganjur #TangkapMO1 Mahu KPN Benar Himpun

Roboh Arca Purnama: Negara tidak hargai seni berbanding Barat, kata Norzizi Zulkifli

Yusof Haslam dilantik pantau SPRM, penghormatan terhadap dunia seni

'Roboh Arca Purnama perlu ada rundingan, bukan demonstrasi jalanan' - Yusof Haslam

4 bulan AAM tak bayar gaji, pekerja ditarik kereta, dihalau rumah

Selepas 84 tahun beroperasi, AAM kini tidak mampu membayar gaji pekerja dan hampir setahun tidak membayar caruman KWSP.

AAM
SHAH ALAM: Persatuan Automobil Malaysia (AAM), penyedia perkhidmatan penyelenggaraan kereta di seluruh negara yang beroperasi sejak 1932, dijangka gulung tikar.
Ini susulan syarikat itu berdepan krisis ekonomi apabila tidak mampu membayar gaji kepada 300 pekerja sejak empat bulan lalu manakala sudah hampir setahun tidak membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
AAM bukan syarikat kecil dan pernah gemilang di bawah pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Malah ia diiktiraf sebagai pihak berkuasa permotoran yang bertindak sebagai jurucakap rasmi bagi pemilik kenderaan bermotor Malaysia dan memperjuangkan hak penggunaan selamat di jalan raya.
Pekerja AAM, Mohamad Tajuddin Jailani, 48, berkata tindakan kejam AAM yang tidak membayar gaji kakitangan menyebabkan kehidupan mereka terjejas teruk.
Katanya, ada pekerja yang berdepan dengan kereta ditarik bank, dihalau dari rumah kerana tidak ada wang untuk membayar sewa bulanan.
“Sepanjang empat bulan kami tak dibayar gaji, kami terpaksa guna duit tabung simpanan untuk sara kehidupan keluarga, dan duit itu sudah habis. Kami tidak tahu macam mana nak sara keluarga.
“Ada antara kami kena tarik kereta dan yang sampai kena halau dari rumah sewa pun ada sebab gaji tak dapat dan hendak bayar sewa kereta dan rumah pun tidak boleh.
“Keadaan kami sangat kritikal ketika ini, ada yang bekerja di stesen minyak dan pasar raya besar,” katanya ketika ditemui bersama 100 pekerja lain yang membuat tuntutan di depan pejabat AAM di Shah Alam hari ini.

Isu pampasan pencen LTAT: Rafizi mahu Hishamuddin campur tangan


Rafizi Ramli (kiri) mahu Datuk Seri Hishamuddin  Hussein (kanan) campur tangan untuk menyelesaikan segera isu pampasan pencen pesara tentera.Rafizi Ramli (kiri) mahu Datuk Seri Hishamuddin Hussein (kanan) campur tangan untuk menyelesaikan segera isu pampasan pencen pesara tentera.Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mendesak Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein memberi penjelasan dan bertangungjawaba untuk menyelesaikan isu pampasan pencen pesara tentera yang kini masih lagi tertangguh.
Beliau menegaskan, Hishamuddin perlu berjanji bahawa segala proses dan prosedur akan diperkemaskan secepat mungkin dan semua pesara yang belum menerima pampasan dibayar dalam tempoh seminggu.

"Jika ini tidak berlaku saya akan mula menjelajah ke kem-kem tentera di seluruh negara untuk “menghasut” angkatan tentera dan pesara tentera mengenai kegagalan Datuk Seri Hishamuddin dan Umno menjaga kebajikan pesara tentera," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Naib Presiden PKR ini berkata, tetap membawa isu ini tanpa mengira karenah LTAT yang mengambil tindakan saman dan lain-lain terhadapnya.

"Walaupun sebenarnya saya kurang selesa dengan sikap bongkak yang dipamerkan oleh kepimpinan dan pengurusan LTAT (apatah lagi mereka ini adalah bekas-bekas jeneral yang sepatutnya prihatin dengan kebajikan dan kesusahan pesara tentera), saya

"Saya berkeras menyuarakan perkara ini kerana sehingga kini tidak ada tanda-tanda bahawa masalah kelewatan pembayaran pampasan pencen oleh LTAT kepada pesara tentera telah diselesaikan. Saya terus menerima aduan terutamanya melalui laman media sosial oleh pesara-pesara tentera bahawa mereka masih belum menerima pampasan walaupun ada yang telah bersara/berhenti lebih enam bulan.
"Saya juga telah menyemak sendiri beberapa laman berkaitan Jabatanarah Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT) yang sering dijadikan alasan sebagai punca kelewatan pembayaran pampasan pencen kepada pesara," terangnya.
Justeru beliau turut menyertakan beberapa petikan aduan orang ramai melalui laman facebook UGAT.
Bagaimanapun Rafizi sendiri gagal untuk mencari maklumat mengenai UGAT yang membolehkan orang awam atau pesara menghubungi mereka di laman-laman utama Angkatan Tentera.

Opera Melayu..

Dengan gimik muka sebegini, apakah yg diperkata olehnya..???

Sampai begitu sekali tahap kejilatannya...

"Kecekalan Datuk Seri Najib Tun Razak berhadapan pelbagai cabaran sepanjang tempoh penglibatannya dalam dunia politik umpama kucing dengan sembilan nyawa.

Nyawa pertama kucing yang disebut adalah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menjadi punca utama masalah Perdana Menteri," katanya"...

Buku berkenaan dilancarkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak Beruk.

Pampasan Pencen: Dibuat seperti bola, Rafizi nak 'hasut' ke kem tentera

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata beliau akan mula menjelajah ke kem-kem tentera sekiranya Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak menyelesaikan isu kelewatan bayaran pampasan pencen kepada pesara tentera.
Ini berikutan terdapat bekas anggota tentera yang berterusan membuat aduan mengenai kelewatan berkenaan di laman Facebook Jabatanarah Urusan Gaji Angkatan Tentera (Ugat).
"Saya membuat permohonan terbuka untuk berjumpa pengarah Ugat agar saya dapat mendengar sendiri masalah yang dihadapi Ugat sehingga menyebabkan kelewatan ini
"Saya juga mendesak Hishammuddin Hussein memberi kenyataan segera dan mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan perkara ini dengan berjanji bahawa segala proses dan prosedur akan diperkemaskan secepat mungkin dan semua pesara yang belum menerima pampasan dibayar dalam tempoh seminggu.

"Jika ini tidak berlaku saya akan mula menjelajah ke kem-kem tentera di seluruh negara untuk “menghasut” angkatan tentera dan pesara tentera mengenai kegagalan Hishamuddin dan Umno menjaga kebajikan mereka," katanya.
Menurut komen yang ditinggalkan di laman Facebook Ugat, bekas anggota tentera diberitahu menyemak dengan agensi itu untuk menuntut bayaran mereka, namun ia tidak dapat dihubungi.
Sekiranya ada jawapan, mereka membuat janji-janji palsu, kata seorang bekas anggota tentera yang menunggu bayaran itu sejak 2015.
"Bila saya call Ugat, diorang tak angkat pun (telefon). Lepas tu bagi janji palsu.
"Kemudian call lagi sebab bila check duit tak masuk, diaorang abaikan. Bila pergi Mindef (Kementerian Pertahanan) diaorang cakap bulan lima ni (duit) masuk. Kenapa harus sekat duit saya. Saya berkhidmat lama, tak pernah langgar peraturan semasa saya berkhidmat.
"Saya ada anak bini. Sekarang kerja saya tak stabil, saya duduk rumah mentua saya. Kerja setakat menoreh, berapa sahaja (pendapatan) yang saya ada," tulisnya yang meminta kerjasama dari pihak berkenaan.
Posting itu ditulis tiga bulan lalu. Satu lagi posting dibuat tiga minggu lalu berkenaan perkara serupa.
Menurut Rafizi, pesara tentera tidak ubah diperlakukan seperti bola dan apabila beliau menimbulkan isu itu, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menafikan kelewatan bayaran berkenaan.
"Apabila pesara menghubungi Ugat untuk mendapat jawapan, mereka menghadapi kesukaran untuk berhubung kerana telefon tidak diangkat.
"Jika pun mereka hadir sendiri ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan pegawai Ugat, kosnya terlalu mahal dan menambahkan beban mereka sedangkan pampasan pencen itu adalah wang mereka yang mereka carum selama ini.
"Akhirnya pesara tentera tidak ubah diperlakukan seperti bola apabila disepak dari LTAT ke UGAT balik ke LTAT dan berpusing ke UGAT," ujarnya.
LTAT sebelum ini mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi kerana mendakwa lembaga itu lewat membayar gratuiti kepada pesara tentera.

RASUAH: TAHU PULAK MALU?

Ini adalah Datuk Seri yang bertugas sebagai pengarah di DBKL ketika di mahkamah pagi tadi.
Ini pula Datuk yang bertugas sebagai pengarah di sebuah jabatan kerajaan di Melaka.

Di Kelantan, yang ditahan ialah seorang pengurus kanan TNB.
Ketiga-tiga mereka direman selama tujuh hari mulai hari ini sehingga 22 Ogos depan.

Walaupun nama ketiga-tiga mereka tidak disebut dan kesemuanya menutup muka ketika di mahkamah, tetapi di media sosial sudah pun bertaburan pengenalan diri kesemua yang didakwa itu.

Kenapa semua mereka menutup muka? Malu?

Masa naik Mesarati, Audi dan BMW dengan duit haram, tidak pernahkah terdetik perasaan malu itu?

MB Kedah ada agenda tersembunyi untuk menutup skandal 1MDB,


Gooi Hsiao LeungGooi Hsiao LeungMenteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang mempertahankan perdana menteri dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berbanding menangani isu penting yang dihadapi negeri itu adalah amat dikesali ketika pembukaan persidangan dewan undangan negeri baru-baru ini.
 Ahli Parlimen Alor Setar Gooi Hsiao Leung berkata demikian, kerana merujuk kepada kenyataan Ahmad Bashah ,seperti dilaporkan dalam media semalam, yang mana menteri besar itu dikatakan, menuduh campur tangan asing itu, sebagai mempunyai agenda tersembunyi untuk menjatuhkan kepimpinan negara, adalah amat memalukan.
"Apakah campur tangan asing yang dimaksudkan oleh Ahmad Bashah, yang telah diambil untuk menjejaskan pilihan kerajaan atau pemimpin negara kita?
"Beliau tidak boleh hanya membuat tuduhan kosong dan tidak berasas tanpa fakta.

"Adakah MB Kedah merujuk kepada tindakan kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk merampas aset bernilai RM4bilion (US$1bilion) yang dibeli di Amerika oleh wang yang dicuri daripada 1MDB?

"Adakah dakwaan MB yang menuduh terdapat agenda tersembunyi menjatuhkan pemimpin negara satu pengakuan bahawa “Malaysian Official 1” yang disebut dalam tindakan AS yang telah menerima US$681juta, adalah Najib Razak, Perdana Menteri kita sendiri?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru katanya, penyiasatan jenayah yang dijalankan  tidak kurang daripada 10 negara, termasuk Amerika Syarikat, melibatkan undang-undang pengubahan wang haram dan perbankan yang telah dilanggari dalam negara mereka sendiri, dimana dana disyaki dicuri dari 1MDB telah digubah diluar negara ujarnya sama sekali tiada berkait mengganggu urusan dalaman negara kita.

"Negara kita perlu mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan siasatan asing untuk mendedahkan konspirasi besar dari dalam negara, yang mana agensi-agensi penguatkuasaan kita sendiri yang sepatutnya melakukannya, tetapi sama sekali telah gagal untuk menyiasat dan mendakwa mereka yang bertanggungjawab untuk jenayah yang dilakukan.

"Semoga dia dapat hidayah jadi sopan" - Syed Hamid kepada Shamsubahrin

'Adakah 1MDB Akan Tuntut Harta Wang Dicuri?'

1MDB: Matthias Tak Takut Jika Ditangkap Lagi

Kisah Nujum Pak Belalang Inspirasi Husam Bongkar 1MDB

Anak muda harap KPN bantu jayakan himpunan #TangkapMO1

Kerana undang-undang untuk kepentingan rakyat, bukan digunakan untuk menjaga kepentingan politik pihak tertentu.
tangkapMO1KUALA LUMPUR: Gerakan Anak Muda Demi Malaysia (Demi Malaysia) berharap Ketua Polis Negara membantu memudahkan penganjuran himpunan #TangkapMO1 27 Ogos depan.
Jurucakapnya, Amir Abd Hadi berkata undang-undang seperti Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 bukan hujah untuk menghalang rakyat menunjuk perasaan, kerana hak berhimpun secara aman termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Untuk pengetahuan Ketua Polis Negara, APA 2012 digubal khas untuk membenarkan himpunan-himpunan aman dan bukannya untuk menghalang himpunan aman,” katanya dalam sidang media di Restoran Amjal, hari ini.
Demi Malaysia merupakan perkumpulan yang terdiri daripada aktivis siswa, badan bukan kerajaan, ahli profesional dan pimpinan parti politik. Ditubuhkan tahun lepas, gerakan ini bertanggungjawab menganjurkan himpunan #TangkapNajib 1 Ogos tahun lalu.
#TangkapMO1 dirancang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Tunjuk perasaan ini merupakan respon kepada inisiatif Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan tuntutan sivil untuk merampas aset-aset yang “terlibat dalam atau boleh dikesan kepada komplot antarabangsa untuk mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB”.
Tuntutan DoJ itu menamakan beberapa individu, termasuk seorang pegawai yang digelar Malaysian Official 1 (MO1). Demi Malaysia mahu pihak berkuasa individu berkenaan dikenalpasti, dan kemudian diharapkan ke muka pengadilan.
Maka sidang media hari ini menyeru polis supaya bekerjasama dengan penganjur memastikan tunjuk perasaan berjalan lancar tanpa insiden tidak diingini.
“Kita minta polis jangan buli mahasiswa,” kata Mandeep Singh Karpal Singh, seorang aktivis Demi Malaysia. “Polis harus belajar daripada himpunan Bersih 4 yang dilihat berjaya.”
“Polis harus bantu dari segi keselamatan dan sebagainya. Himpunan 27 Ogos saya yakin akan berjalan aman. Bantulah menjaga kesesakan lalu lintas,” tambahnya.
Selain ibu negara, #TangkapMO1 juga akan diadakan di Johor (13 Ogos) dan Sabah (27 Ogos). Menurut jurucakapnya, Anis Syafiqah Md Yusof, himpunan di Johor Bahru nanti merupakan acara pemanas menuju perhimpunan kemuncak di ibu negara dan Sabah. Demi Malaysia turut menyusun acara ceramah di Kelantan (13 Ogos) dan Perak (20 Ogos), diikuti Pulau Pinang, Pahang dan Kedah. Himpunan serentak ala flash mob di seluruh negara dirancang untuk 19 Ogos nanti.
Sementara itu, Ahmad Syukri Razab daripada Angkatan Muda Keadilan PKR merasa kecewa dengan sikap pimpinan politik yang “perlahan” menyokong himpunan mereka.
“Setakat ini hanya Ketua Polis Negara yang sering memberikan respon kepada hasrat himpunan ini. Justeru, Demi Malaysia menyeru semua pihak supaya lebih agresif menyokong perhimpunan #TangkapMO1 ini,” katanya.

Umno sedia rampas kerusi Kuala Terengganu


Mohd Sabri Alwi

KUALA TERENGGANU – Pemimpin Umno Bahagian Kuala Terengganu mengingatkan ahlinya tidak hanya menuturkan kemenangan di mulut sebaliknya bergerak segera melakukan kerja ke arah kemenangan menjelang PRU14.
Ketuanya, Datuk Mohd Sabri Alwi berkata, walaupun BN bertapak di Terengganu ketika ini, ahli Umno perlu menyedari BN gagal peroleh sebarang kerusi pada PRU lepas di parlimen itu.
Sehubungan itu katanya, apa yang dinikmati di bahagian Kuala Terengganu hari ini hanyalah kerana menumpang tuah atas kejayaan BN mengekalkan kedudukan sebagai kerajaan.
“Semua kita nak menang tapi kalau hendak menang kenalah kerja. Bukan sebut (menang) sampai mulut berbuih tetapi kerja tak buat.
“Kerja untuk Umno ini tidak ada balasan apa pun. Kita sertakan keikhlasan kita untuk kerja kepada parti yang kita sayang. Kerana parti Umno ini sahajalah yang akan membela orang Melayu kita, orang Islam kita, negara kita,” katanya ketika Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu, di sini.
Beliau berkata, walaupun Umno Bahagian Kuala Terengganu mengalami kekalahan teruk baru-baru ini, namun pihaknya berterima kasih kepada pucuk pimpinan kerana masih memberi kepercayaan kepada pihaknya memperbaiki keadaan pada PRU akan datang.

Skandal 1MDB: Husam Yakin Tak Ditangkap

Skandal 1MDB: Tak Perlu Empat Saksi Buktikan Saman DOJ

'Demonstrasi jalan bagus untuk pelancongan, pakai baju ikut warna' - Nazri Aziz

Husam yakin Najib sokong saman Riza, Matthias sedia ditangkap

'Kutu-kutu dalam UMNO boleh masuk parti Muhyiddin' - Nazri Aziz

Ali Tinju 'tampar' Muhyiddin pada banner protes di mahkamah

Asyik menang di Padang Rengas, Nazri cabar BERSATU bertanding

Tak usahlah kacau, tak payah ajar saya - Idris Haron

Perdana Menteri tentu sokong saya, kata Husam

Husam fail saman tuntut semula wang 1MDB yang diseleweng

IGP perlu bertindak untuk kepentingan rakyat, kata jurucakap Demi Malaysia

Doktor dipercayai rawat PM, isteri letak jawatan di organisasi anti-penuaan

Aktivis berarak bantah perobohan Puncak Purnama

Pas dakwa BN gagal jadikan Malaysia sejahtera

Malaysia
Pas Kedah mendakwa kerajaan pimpinan BN sejak lebih lima dekad lalu gagal menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sejahtera untuk rakyatnya.
Sebaliknya, Pesuruhjayanya, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, rakyat negara ini terpaksa menanggung pelbagai beban dan kepayahan selain negara ini yang digugat pelbagai ancaman terhadap keharmonian, keamanan, kestabilan serta kedaulatannya.
“Rakyat sudah penat, negara semakin sakit dengan kemelut dan hiruk pikuk politik retorik yang disulam oleh keparahan pelbagai skandal, salah urus tadbir, penyelewengan dan pengkhianatan dalam perjalanan pemerintahan.
“Maka, gagasan ini (Gagasasan Sejahtera) lahir tidak sekadar menyelamatkan pertiwi dan menunaikan tanggungjawab demokrasi tetapi menjadi solusi pemulihan yang akan mengangkat kembali dan meneguhkan negara di landasannya menurut acuan Perlembagaan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Sabtu lalu, Pas mengumumkan kerjasama politik parti itu dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang sebelum ini membentuk blok politik ketiga kini dikenali sebagai Gagasan Sejahtera.

‘Perompak’ 1MDB: Pihak berkuasa Malaysia terus membisu

Pihak berkuasa Malaysia dikecam kerana sehingga kini masih membisu dan tidak melakukan sebarang tindakan ke atas individu yang terlibat dalam pengubahan wang haram 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Peguam mewakili Husam Musa dan Matthias Chang dalam kes saman di Amerika Syarikat (AS) terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan 1MDB, Datuk Zainur Zakaria berkata, amat menghairankan mengapa pihak berwajib seperti polis, Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak bertindak walaupun Jabatan Kehakiman (DOJ) AS telah mengeluarkan saman sivil.
riza“Kami sangat kecewa kerana tidak ada tindakan diambil untuk mendapatkan semula wang milik rakyat.
“Pihak berkuasa negara ini tidak mahu bertindak walaupun jelas ada perlakuan jenayah sehingga difailkan di AS,” katanya, pada sidang media di Restoran Amjal, hari ini bagi menjelaskan tuntutan saman tersebut.
Dalam saman tersebut, bekas Naib Presiden PAS dan Setiausaha Politik Tun Mahathir Mohamad itu menamakan firma Red Granite, pengasas syarikat, pengeluar dan pengedar filem Joey McFarland dan Riza Shahriz Abdul Aziz yang juga anak tiri Najib sebagai defendan.
Menurut The Hollywood Reporter, tindakan tersebut dibuat bagi pihak rakyat Malaysia dan difailkan pada 9 Ogos di Mahkamah Daerah AS bagi Daerah Selatan New York.
Sambung Zainur, berdiam diri bukanlah tindakan wajar kerana kesan daripada kecurian itu akhirnya terpaksa ditanggung rakyat.
Katanya, ‘perompak-perompak’ tersebut wajib dihukum dan tindakan kerajaan AS untuk merampas segala aset mereka adalah permulaan.
Beliau turut menyelar pendirian sebilangan pemimpin Melayu yang memandang remeh kes tersebut.
“Memalukan, mereka lupa pemberi rezeki itu ialah Allah bukannya manusia apalagi di tangan perompak.
“Kalau diam, kita yang kena tanggung kesan 1MDB, bukan mereka yang sebenarnya lanun,” tegas bekas Presiden Majlis Peguam itu.

Wajib tuntut wang rakyat dicuri dari 1MDB – Husam

Sebagai rakyat, kata bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, menjadi kewajipan bagi dirinya menuntut supaya wang yang dicuri dari dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibawa pulang ke negara ini.
PAS_DIALOG ANAK MUDAKatanya, sebab itulah beliau bersama bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Matthias Chang memfailkan saman ke atas lapan individu terlibat dalam penyelewengan itu di Amerika Syarikat.
“Kami akan maklumkan kepada Yang Dipertuan Agong dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) tentang tindakan ini agar mendapat kerjasama dari semua pihak dan doakan kejayaannya,” kata Husam pada sidang media di Restoran Amjal hari ini.
Tegas Husam, beliau bersedia berdepan sebarang risiko di atas tindakannya dan tidak bimbang jika ditahan pihak berkuasa Malaysia.
Menurut beliau, tiada apa yang perlu ditakutkan kerana matlamat beliau hanya mendapatkan semula wang yang dicuri sekumpulan individu.
“Saya tidak fikir akan ditangkap kerana bertindak bagi pihak negara dan pasti Najib akan sokong saya.
“Najib sudah tentu tidak akan menahan seseorang yang hanya mahu mendapatkan kembali harta yang dicuri, tak mungkin,” ujarnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu dan Matthias mengambil tindakan saman sivil pada 12 Ogos lalu bagi menuntut ganti rugi dari pihak terlibat.

Dilarang ke luar negara, pengerusi Bersih cabar kerajaan

Pada 15 Mei, Maria Chin Abdullah dilarang ke Korea Selatan untuk menerima anugerah hak asasi manusia.
maria-chin-11
KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah hari ini memfailkan semakan kehakiman di mahkamah, mencabar keputusan kerajaan mengenakan sekatan perjalanan terhadapnya.
Beliau memohon perintah mahkamah untuk membatalkan keputusan kerajaan menyenaraihitamkan namanya daripada ke luar negara.
Maria berkata beliau hanya tahu mengenai keputusan kerajaan berhubung larangan terhadapnya ketika hendak meninggalkan negara.
Beliau menamakan ketua pengarah Jabatan Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri sebagai responden dalam permohonan semakan kehakiman itu.
Permohonan itu difailkan pada 28 Julai menerusi peguamnya, Sreenevasan.
Selain itu, Maria memohon pengisytiharan yang keputusan Jabatan Imigresen dan kerajaan menghalangnya ke luar negara itu melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Maria berkata imigresen dan kerajaan bertindak ultra vires dan melampaui bidang kuasa mereka kerana tidak ada peruntukan di bawah Akta Imigresen atau mana-mana undang-undang melarang warganegara dilarang daripada ke luar negara.
Katanya, keputusan itu juga melanggar hak asasinya untuk ke luar negara.

Skandal 1MDB: Husam yakin Najib sokong saman Riza, Matthias sedia ditangkap lagi

Husam dan Matthias yakin mereka tidak akan ditangkap kerana apa yang dilakukan adalah demi negara dan akan disokong Najib.
husam_matthiasKUALA LUMPUR: Datuk Husam Musa percaya tindakan undang-undang difailkan mereka di mahkamah Amerika Syarikat berhubung salah laku 1MDB akan disokong Datuk Seri Najib Razak.
Bekas naib presiden PAS itu juga yakin tiada pihak akan menahannya kerana ia dilakukan demi negara dan agama Islam.
“Saya rasa tidak ada orang akan tahan saya kerana saya bertindak untuk negara dan tentunya perdana menteri akan menyokong.
“Tidak mungkin perdana menteri akan menahan seseorang individu yang berusaha untuk membawa balik wang milik rakyat,” katanya dalam sidang media di Bangsar, hari ini ditemani bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Matthias Chang dan beberapa pemimpin Amanah.
Matthias pernah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas), atau Sosma pada Oktober tahun lalu bersama anak guamnya, bekas naib ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, susulan tindakan mereka memfailkan laporan polis terhadap 1MDB di beberapa negara.
Husam, yang juga merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan, turut berharap perjuangannya diteruskan sekiranya beliau ditangkap.
“Jangan takut, dalam agama kita takut itu adalah sifat semula jadi. Tetapi kita mesti menguruskan perasaan takut tu.
“Kalau kita sentiasa takut, habislah negara kita. Kalau ada apa-apa yang berlaku pada saya rakyat Malaysia kena teruskan perjuangan ini,” katanya lagi.
Sementara itu, Matthias bersedia ditahan sekali lagi.
“Apa salahnya dengan saman, ini adalah saman sivil. Saya berhak saman sivil untuk pastikan wang itu kembali kepada rakyat.
“Saya bersedia jika ditahan, saya mahu tunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa saya bersedia ditahan,” katanya.
Khamis lalu, Husam dan Mathias memfailkan tuntutan saman mendakwa wang yang dipungut melalui tawaran bon oleh 1MDB digunakan untuk membiayai Red Granite, syarikat Hollywood yang diketuai anak tiri Najib, Riza Aziz.

Skandal 1MDB: Tak mungkin PM nak tangkap saya, kata Husam

Selepas memfailkan saman secara berkumpulan di Amerika Syarikat terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan 1MDB, bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa tidak bimbang mengenai kemungkinan ditahan atas tindakan itu.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu berkata, tiada apa yang perlu ditakutkan kerana tindakan itu semata-mata bertujuan mendapatkan kembali wang yang dicuri dari Malaysia.
"Saya tidak fikir sesiapa akan tangkap saya kerana bertindak bagi pihak negara dan pasti perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) akan sokong saya.
"Sesungguhnya, perdana menteri tidak akan menahan seseorang yang hanya cuba untuk mendapatkan kembali harta yang dicuri. Tak mungkin," katanya semasa sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini.
Beberapa hari yang lalu, Husam bersama-sama bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Matthias Chang memfailkan saman itu dengan memohon ganti rugi bagi kecurian dana firma pelaburan negara dan mendapatkan semula aset yang diperoleh dengan menggunakan dana berkenaan.
Saman itu difailkan pada hari Khamis yang lalu di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Daerah Selatan New York dengan menamakan menamakan firma Red Granite, pengasas syarikat pengeluar dan pengedar filem Christopher Joey McFarland dan Riza Shahriz Abdul Aziz yang juga anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai defendan.

Doktor 'rawat' Najib, Rosmah letak jawatan dalam NGO antipenuaan

Doktor yang dikatakan pernah merawat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor selama bertahun-tahun meletak jawatan sebagai naib presiden sebuah organisasi antipenuaan.
Perkara itu didedahkan oleh Presiden Society For The Advancement of Hormones and Healthy Aging Medicine Malaysia (SAHAMM), Dr Selvam Rengasamy dalam satu kenyataan hari ini.
"Dr Sidiq (Mohamed) telah meletak jawatan sebagai naib presiden SAHAMM kerana dia tidak mahu SAHAMM diseret dalam perkara yang melibatkannya atas sifat peribadinya," kata Selvam dalam kenyataan itu.
Sidiq dinamakan dalam artikel Sarawak Report berdasarkan komunikasi e-mel antara laman web itu dan SAHAMM.
Ini berikutan dakwaan sebelum ini bahawa individu berpangkat tinggi menggunakan RM1.15 juta daripada dana SRC International yang dialihkan untuk membeli hormon pertumbuhan antipenuaan.
Sidiq tidak memberi respon terhadap permintaan Malaysiakini untuk mendapatkan komen.
Malaysiakini tidak boleh secara bebas mengesahkan dakwaan yang dibuat oleh Sarawak Report.
Sementara itu, Selvam berkata SAHAMM tidak menyedari pembayaran yang dibuat kepada Sidiq oleh mana-mana pelanggan beliau.
Beliau mengesahkan SAHAMM bukan sebuah klinik tetapi satu pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang memperkenalkan rawatan-rawatan antipenuaan.
Katanya, organisasi itu pada umumnya melibatkan diri dalam mengajar dan menyebarkan maklumat mengenai rawatan antipenuaan.
"Kami mendekati Sarawak Report untuk memberi penjelasan selepas kami dibanjiri dengan pertanyaan daripada pesakit dan rakan-rakan profesional di luar negara," katanya.
Selvam menulis surat terbuka kepada Sarawak Report selepas laman web itu menerbitkan artikel tersebut, mendakwa pembelian hormon pertumbuhan anti-penuaan berkenaan.
Beliau mendakwa artikel itu mencemarkan reputasinya dan juga SAHAMM.
"Saya menulis e-mel ini tanpa prasangka atau niat jahat. Saya tidak mempunyai apa-apa jawatan politik.
"Saya menulis untuk merayu kepada idea-idea kewartawanan tertinggi dan prinsip-prinsip yang anda dedahkan dalam Sarawak Report dan meminta anda membantu membetulkan beberapa ketidaktepatan berkenaan dengan cerita anda pada 3 Ogos.
"Saya amat sedih dan terkejut dengan artikel di atas yang telah mencemarkan reputasi dan juga SAHAMM," surat itu dipetik.

Peguam kecewa pihak berkuasa tidak bertindak ekoran kecurian wang 1MDB


Datuk Zainur Zakaria yang turut bercakap dalam sidang media Husam Musa dan Matthias Chang hari ini.Datuk Zainur Zakaria yang turut bercakap dalam sidang media Husam Musa dan Matthias Chang hari ini.

Walaupun Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) telah mengeluarkan saman sivil pada 20 Julai lalu terhadap pihak yang melarikan wang negara, pihak berwajib di negara ini dilihat tidak menyiasat mereka yang dinamakan sebagai defendan.

Peguam Datuk Zainur Zakaria berkata, beliau kecewa kerana pihak Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Bank Negara serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengambil tindakan sewajarnya.
"Kita kecewa mereka sepatutnya bertindak untuk dapatkan semula wang milik rakyat Malaysia.
"Pihak berkuasa di negara ini tidak mahu bertindak walaupun jelas ada perlakuan jenayah sehingga difailkan di AS," ujarnya yang merupakan peguam Datuk Husam Musa dan Matthias Chang di Malaysia.
Mengulas lanjut tindakan undang-undang oleh DoJ itu, bekas presiden Majlis Peguam Malaysia itu berkata, kerajaan AS bertindak mahu merampas segala aset yang diambil "perompak-perompak" terbabit.
Menyebut secara jelas nama Riza Shahriz Abdul Aziz dan Jho Low sebagai 'perompak' yang dimaksudkan, beliau turut menyelar pendirian sebahagian pemimpin Melayu Islam.
"Memalukan. Mereka lupa pemberi rezeki itu ialah Allah bukannya manusia apalagi di tangan perompak.
"Apa jenis manusia ini? Kalau diam, kita yang tanggung kesan 1MDB bukan mereka yang sebenarnya lanun," bidasnya.
Tambah Zainur lagi, pemfailan tuntutan (class action) oleh pihak mereka adalah bagi menuntut ganti rugi daripada "perompak" terbabit berbeza dengan tindakan DoJ.

Saman Sarawak Report, PAS yakin sistem kehakiman England

PAS yakin badan kehakiman England akan menjalankan tanggungjawabnya dengan telus berkaitan samannya terhadap Sarawak Report, kata presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi berkata pihaknya akan tetap mengemukakan saman terhadap portal berkenaan dan ia bukanlah satu perkara baru bagi parti Islam itu bekerjasama dengan peguam dari luar negara.
Malah katanya, Sarawak Report turut berpusat di negara tersebut.
“Kita yakin dan hormat ketelusan kehakiman di sana dan kami pernah menggunakan khidmat peguam luar bagi menyelesaikan kes sebelum ini.
“Buat masa ini kita sedang meneliti beberapa perkara untuk urusan saman yang dikendalikan sepenuhnya oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.
Minggu lalu, PAS membidas Sarawak Report selepas laman pemberi maklumat itu mendakwa parti itu menerima RM90 juta daripada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak agar menjauhkan diri daripada gabungan pembangkang.
Parti itu mendakwa artikel tersebut berniat jahat dan mencemar nama baik serta dasar Islam yang diperjuangkannya.
Sarawak Report yang berpangkalan di London dikendalikan oleh Claire Rewcastle-Brown, yang didakwa Najib adalah sebahagian daripada konspirator untuk menggulingkan beliau daripada kuasa.
Laman web ini memainkan peranan penting dalam mendedahkan dakwaan salah guna 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri.
Najib menafikan menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan namanya dibersihkan daripada sebarang salah laku oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali.
Bagaimanapun, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) baru-baru ini memulakan tindakan undang-undang untuk merampas aset yang didakwa diperolehi dengan dana yang disalahgunakan daripada 1MDB.

Aib jika kami tidak bertindak, kata Husam selepas saman kes 1MDB

Datuk Husam Musa menyifatkan satu perkara yang mengaibkan jika tidak ambil tindakan samanDatuk Husam Musa menyifatkan satu perkara yang mengaibkan jika tidak ambil tindakan saman

Datuk Husam Musa menyifatkan, adalah satu perkara yang mengaibkan jika tidak dibuat sebarang tindakan untuk mengambil balik wang yang dicuri melalui 1MDB.
Tindakan ini tidak berniat untuk berlawanan dengan mana-mana pihak di Malaysia tetapi sekadar menuntut hak rakyat.
Husam bersama penyokongnya dalam tindakan saman dalam kes 1MDBHusam bersama penyokongnya dalam tindakan saman dalam kes 1MDB"Kami akan maklumkan kepada Yang Dipertuan Agung dan Perdana Menteri tentang tindakan ini agar dapat kerjasama semua pihak dalam tindakan ini dan doakan kejayaannya," kata bekas naib presiden Pas itu dalam sidang media pagi ini bersama Matthias Chang.
Husam dan Matthias mengambil tindakan saman sivil ke atas lapan individu dan syarikat di Amerika Syarikat bagi menuntut gantirugi dari mereka diatas kehilangan wang 1 Malaysia Development Berhada (1MDB).
Saman itu difailkan di Mahkamah Daerah New York Selatan Khamis, 11 Ogos lepas (Jumaat 12 Ogos waktu Malaysia) oleh sebuah firma guaman di sana.
Lapan defendan yang dinamakan Husam dan Matthias adalah Riza Shahriz bin Abdul Aziz, Low Taek Jho, Golman Sachs Group Inc, Timothy Leissner, Christopher Joey McFarland, Red Granite Pictures Inc, Debra Whelan Johnson, Metropolis 1X Capital Advisors.
Red Granite Pictures adalah penerbit filem Wolf of Wall Street; syarikat yang diasaskan bersama Christopher Joey McFarland; Riza Aziz dan Jho Low, ahli perniagaan dari Pulau Pinang yang dikatakan kawan kepada Riza.
Bank pelaburan Goldman Sachs turut dinamakan bersama bekas pengurus banknya Timothy Leissner, yang mengatur bon dengan nilai berbilion dolar daripada 1MDB. Timothy didakwa mengambil sogokan dalam bentuk komisen.
Turut dinamakan ialah pengurus perniagaan Riza, Debra Whelan Johnson dan syarikatnya, Metropolis 1X. Mereka dituduh menguruskan wang Riza dengan pengetahuan ia diselewengkan.
Menurut dokumen mahkamah, Matthias dan Husam mendakwa semua defendan sedar menggunakan wang yang dicuri daripada 1MDB untuk kepentingan peribadi masing-masing, termasuk menganjurkan parti untuk bintang Hollywood Leonardo DiCaprio.

Datuk, Datuk Seri direman 7 hari kes rasuah

Kedua-dua mereka merupakan antara tiga penjawat awam ditahan SPRM di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan semalam atas kesalahan rasuah.
MACC-Azam-Baki
KUALA LUMPUR: Mahkamah di Putrajaya dan Melaka hari ini mereman seorang bergelar “Datuk Seri” dan seorang lagi “Datuk”, kedua-dua mereka pegawai tinggi kerajaan, bagi membantu siasatan rasuah.
Bernama melaporkan “Datuk Seri” berkenaan merupakan pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), direman 7 hari di Putrajaya bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram.
Manakala di Melaka, seorang “Datuk” berusia 56 tahun direman 7 hari oleh Mahkamah Majistret bagi tujuan siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana meminta rasuah.
Kedua-dua mereka merupakan antara tiga penjawat awam ditahan SPRM di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan semalam atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa serta pengubahan wang haram.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata mereka ditahan dalam operasi serentak pada 12.00 tengah hari dan 2.00 petang semalam.
Akaun bank milik mereka melebihi RM13 juta turut dibekukan, di samping menyita kondominium mewah seperti penthouse dan banglo, dan kenderaan Maserati, BMW dan Audi.
SPRM turut merampas RM400,000 tunai termasuk mata wang asing dan beberapa jam tangan mewah.

Amanah ajak bekas tokoh negara tegur Najib

Salahuddin Ayub berharap bekas ketua angkatan tentera, bekas ketua polis, bekas peguam negara dan bekas ketua setiausaha negara tampil memberikan pendapat mereka.
Salahuddin Ayub
PETALING JAYA: Amanah hari ini menyeru beberapa bekas pemegang jawatan tertinggi negara tampil menyuarakan pandangan mereka terhadap kemelut 1MDB, yang disifatkannya “isu penyelewengan negara paling besar sejak merdeka”.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub membuat saranan itu kepada bekas ketua turus tentera, bekas ketua polis negara, bekas peguam negara, bekas ketua setiausaha negara, hakim serta kakitangan tinggi kerajaan, supaya menggunakan status mereka dalam masyarakat menegur perdana menteri.
“Alangkah baiknya kedudukan mereka yang mulia dan tinggi di sisi masyarakat, dimanfaatkan pula untuk menjadi pembela kepada perjuangan rakyat dan negara khususnya dalam menegur pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang hari ini sangat kritikal ekoran skandal 1MDB,” kata Salahuddin dalam kenyataannya.
Pada 20 Julai, Jabatan Kehakiman AS memfailkan saman mahu menyita aset berkait 1MDB berjumlah AS$1 bilion, atas dakwaan kecurian wang dan korupsi.
Siasatan beberapa agensi Malaysia ke atas syarikat milik negara itu bagaimanapun ditamatkan selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memutuskan tiada salah laku melibatkan 1MDB dalam penerimaan wang RM2.6 bilion oleh Najib pada 2013.

NGO JMM buat kecoh di mahkamah tuntut penjelasan Muhyiddin

'Jika Najib ingin bersih nama, sahut cabaran Tun M' - Muhyiddin Yassin

Mukhriz mahu penyokong kekal Umno, intip untuk BERSATU

Penyokong bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir digesa terus kekal bersama Umno dan pada masa yang sama ‘mengintip’ untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
"Ahli Umno yang terus menyokong saya tetapi tidak sanggup untuk keluar Umno kerana sebab-sebab peribadi boleh terus kekal bersama parti.
"(Mereka boleh) membantu parti baru kami dengan mengumpul maklumat," kata Mukhriz yang dipetik akhbar Cina, Oriental Daily semasa sidang Dewan Undangan Negeri Kedah semalam.
Mengenai arahan yang melarang ahli Umno daripada menyokong BERSATU, Mukhriz berkata, ini adalah kenyataan lazim yang menggambarkan keangkuhan pemimpin Umno yang tidak menghiraukan sentimen ahli.
Beliau juga menggesa mereka yang ingin menyertai parti baru itu supaya bersabar, kerana mereka tidak boleh mengedarkan borang keahlian sehingga Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan pendaftarannya.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah berjanji bahawa ROS akan bertindak secara profesional dan mematuhi peraturan sedia ada dalam mengkaji permohonan BERSATU.
Zahid berkata, permohonan akan dikaji secara terperinci dan ini memakan masa sekurang-kurangnya 30 hari untuk diluluskan.

PERINGATAN - Melindungi pengkhianat adalah jenayah

PERINGATAN - Melindungi pengkhianat adalah jenayah
Sidang akhbar bersejarah ini diadakan pada 25hb Januari 2016, lebih kurang tujuh bulan yang lalu, di  pejabat Peguam Negara Malaysia Putrajaya.

Kandungan sidang akhbar ini diketahui seluruh dunia tetapi sehingga kini ramai yang masih mempertikaikan keputusan Apandi Ali yang dikatakan bertindak lebih sebagai peguambela orang yang disyaki (Najib Razak) daripada tugas hakikinya sebagai peguam negara.

Dengan bukti-bukti baru yang dikemukakan Kerajaan Amerika Syarikat mungkin Apandi akan membaca kembali kenyataan beliau tempohari kerana isunya bukan sekadar kredibiliti Apandi sebagai peguam negara tetapi juga berkisar dengan kelakuan jenayah melindungi penjenayah.


Kelihatan disebelah kiri Apandi Ali (dalam rakaman video diatas) adalah Datuk Dzulkifli Ahmad (yang memeriksa teks kenyataan yang dibacakan peguam negara dengan teliti). Ketika sidang akhbar ini diadakan pada bulan Januari yang lalu Dzulkifli bertugas dibawah Apandi di Jabatan Peguam Negara.

Kini Dzulkifli adalah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia. Perlantikan Dzulkifli memang telah dijangka sejurus selepas sidang akhbar di-atas.

Jangan terkejut dengan amaran terbaru Dzulkifli, khususnya yang ditujukan kepada penjawat awam, kerana itu adalah tugas terbaru beliau. Saya pasti Dzulkifli sedar bahawa ramai yang sedang memerhatikan beliau secara dekat, dari dalam dan luar SPRM.

Untuk makluman, Najib Razak adalah penjawat awam.