
Sebaliknya dua saman sivil telah dikemukakan ke atas beberapa orang yang dikaitkan dengan beliau dalam skandal 1Malaysia Development Berhad.
Akhir Julai lalu, Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) kemukakan saman KARI (Kleptocracy Assets Recovery Initiative) ke atas lima orang termasuk anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz, di Los Angeles.
Kemudian, pada 13 Ogos media massa atas talian melaporkan yang dua orang rakyat Malaysia – peguam Matthias Chang dan wakil rakyat Husam Musa – telah juga mengemukakan saman ke atas Riza dan gengnya di New York. (Baca di sini)

Patriot: Husam Adun Salor, Kelantan
Kedua-dua saman sivil ini bertujuan menghukum dan mendapatkan balik duit 1MDB yang disyaki dicuri dan digunakan untuk kesenangan peribadi oleh yang dinamakan.
Chang adalah bekas Setiausaha Politik Tun Dr Dr Mahathir Mohamad dan Husam, Ahli Dewan Undangan Salor, Kelantan.

Chang: Wira rakyat
Mereka mengemukakan apa yang dipanggil “class action suit” yang bertujuan mendapatkan ganti rugi ke atas kecurian duit milik negara itu dan merampas harta benda yang dibeli dengan duit curi tersebut.
Saman class action adalah sejenis saman di mana salah satu pihak yang terlibat adalah sekumpulan orang yang mewakili anggota kumpulan mereka. Ia berasal di Amerika Syarikat tetapi telah berkembang ke Eropah, Australia, New Zealand, Kanada, India dan Argentina.
Chang and Husam menamakan pengasas bersama syarikat perfileman Red Granite Pictures iaitu Riza dan Christopher Joey McFarland sebagai defendan.
Turut dinamakan adalah sahabat akrab keluarga Mohd Najib, Low Taek Jho atau lebih terkenal sebagai Jho Low, peguam cukainya, Debra Whelan Johnson dan bekas eksekutif kanan kumpulan kewangan Goldman Sachs, Timothy Leissner.

Juga dinamakan adalah Goldman Sachs and firma milik Johnson - Metropolis IX Capital Advisors LLC.
Husam dan Chang mengemukakan saman itu bagi pihak rakyat jelata Malaysia.