Ahad, 14 Ogos 2016

FAKTA !!!

UMNO/BN dan Komunis-China Berpisah TIADA.

Penipuan Diutamakan Rakyat Diperdayakan.

PATUTLER.. Najib tak berani nak SAMAN HARI SELASA-WSJ hingga ke hari ini...

Makin bertangguh nak saman, makin banyak kebobrokan & penyelewengan dalam 1MDB terbongkar satu demi satu...

ARAK, JUDI, 1MDB dan kaum kerabat keluarga Najib BERPISAH TIADA !!!

Antara lain, tuntutan mendakwa mereka membelanjakan wang untuk:

1) Poster wayang Metropolis tahun 1972, bernilai lebih AS$1 juta (RM4 juta);

2) Sambutan hari lahir Leonardo DiCaprio pada Ogos 2012, dengan lebih AS$1 juta dibelanjakan untuk arak, kebanyakannya wain putih champagne berharga AS$25,000 (RM100,000) sebotol.

3) Trofi Anugerah Akademi 1955 milik Marlon Brando untuk kategori Pelakon Terbaik, dilaporkan bernilai AS$600,000 (RM2.4 juta);

4) Sambutan malam tahun baru di Australia dan Las Vegas pada 31 Disember 2012, termasuk penyewaan sebuah jet peribadi untuk kegunaan eksklusif;

5) Riza, Jho Low dan DiCaprio pergi makan angin ke Brazil sempena Piala Dunia 2014, dan tinggal di kapal pesiar sewaan sepanjang 482 kaki bernama Topaz.

Skandal 1MDB: Peranan Yang di-Pertuan Agong di bawah perlembagaan


Kuasa Yang Di Pertuan Agong boleh digunakanKuasa Yang Di Pertuan Agong boleh digunakan
Kita memandang serius tindakan yang diambil oleh Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta Lynch dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat merampas harta bernilai USD1 Bilion bersamaan dengan RM4 bilion yang dipercayai dibeli menggunakan duit yang dicuri daripada syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) milik negara.
USD1 Bilion tersebut adalah hanya sebahagian daripada USD3 bilion yang didakwa telah dirompak daripada dana 1MDB yang telah dibawa ke dalam sistem kewangan Amerika Syarikat secara haram dan seterusnya melanggar undang-undang negara tersebut.
Lebih menyedihkan, dalam laporan setebal 136 muka surat berkenaan hasil siasatan terhadap skandal tersebut, pihak Jabatan Keadilan (‘DOJ’) Amerika Syarikat tersebut juga telah mendedahkan bahawa ‘Malaysian Official 1’ adalah pihak yang dipercayai sebagai pemegang akaun AmPrivate Banking-MR yang telah menerima sebahagian pembayaran yang dianggarkan berjumlah USD681 juta bersamaan dengan RM2.6 bilion.
Laporan DOJ tersebut seterusnya mendefinasikan ‘Malaysian Official 1’ tersebut sebagai seorang penjawat awam atau pegawai tinggi kerajaan Malaysia yang mana juga memegang kedudukan berotoriti dalam 1MDB. ‘Malaysian Official 1’ tersebut juga dilaporkan sebagai mempunyai kaitan dengan Riza Aziz yang merupakan salah seorang watak utama dalam skandal tersebut. Maka ramai telah menyimpulkan bahawa individu yang paling memenuhi ciri-ciri dan definisi ‘Malaysia Official 1’ tersebut adalah YAB Perdana Menteri Malaysia, iaitu Dato’ Seri Mohd Najib Razak.
Memandangkan Skandal 1MDB tersebut juga disiasat di negara-negara lain seperti Singapura, Switzerland, Hong Kong dan yang terbaru Luxemburg, maka ianya telah dicatatkan sebagai skandal kewangan terburuk negara dan mencemarkan imej Malaysia di mata dunia.
Tindakan DOJ tersebut yang mengambil tindakan mahkamah untuk menyita dan mendapatkan semula aset-aset (‘civil forfeiture’) yang dikaitkan dengan penyelewengan 1MDB merupakan satu prosedur kes jenayah di Amerika Syarikat selaras dengan peruntukan 18 US Code (USC) 18 dan 1956. Oleh itu, skandal 1MDB tersebut telah diklasifikasikan sebagai satu kes jenayah di Amerika Syarikat.
Lebih malang lagi, apabila telah jelas laporan DOJ tersebut beserta bukti-bukti yang kukuh mengaitkan skandal 1MDB dengan Perdana Menteri, Peguam Negara masih lagi membisu daripada mengambil tindakan yang sewajarnya malah masih mengatakan bahawa bukti diperlukan untuk diambil tindakan lanjut.
Kita amat kecewa dengan keengganan Peguam Negara untuk bertindak dalam isu atau kes yang secara jelas telah membelakangkan kepentingan negara dan rakyat. Pendirian Peguam Negara tersebut adalah bercanggah sama sekali dengan peranan dan tanggungjawab jawatannya selaras dengan peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Musuh rakyat adalah kezaliman Umno, bukan kebangsaan BERSATU


PutrajayaPutrajaya
Saya ingat bangsa bukanlah 'ilat untuk rakyat Malaysia menolak BERSATU.
Jika dasar kebangsaan parti baharu itu mirip pada dasar kebangsaan yang ada pada Umno.
Umno parti yang zalim, menyeleweng kuasa, rasuah, membazir wang rakyat serta amalkan kronisme.
Ini, sebab UMNO wajib ditentang habis-habisan.
Dan, inilah 'ilat sebenar, kalau mahu dibanding qiyas dengan BERSATU yang baru ditubuhkan baru-baru ini.
Selama ini Umno berlindung atas nama bangsa, agama dan raja untuk mempertahankan kezalimannya.
Untuk memecahkan perisai politik ini, ada di kalangan kita menentang dasar kebangsaan atau dasar agama habis-habisan.
Dasar raja, mungkin kurang ditentang secara terbuka kerana risikonya lebih buruk.
Walhal, penentangan rakyat ke atas Umno yang sebenar-benarnya adalah pada perbuatan zalim para pemimpin mereka.
Sesiapapun yang zalim, yang menyeleweng kuasa, rasuah, membazir wang rakyat serta mengamalkan kronisme wajib ditentang habis-habisan, sungguhpun ia datang daripada parti berdasarkan norma agama hatta berbilang kaum.
Kegagalan kita memahami maksud penentangan yang sebenar mengakibatkan kita selalu apologetik sesuatu yang bukan musuh sebenar rakyat.
Bangsa bukan musuh sebenar rakyat. Musuh sebenar rakyat adalah kezaliman.
Mempertikai dasar kebangsaan pada BERSATU ertinya mempertikai sesuatu yang bukan musuh sebenar rakyat.

Musa Hitam Sifatkan Pentadbiran 22 Tahun Tun M 'Kegagalan Yang Teruk'

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam menyifatkan pentadbiran 22 tahun Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri adalah satu ‘kegagalan yang teruk’.
Dalam bukunya bertajuk Frankly Speaking yang dilancarkan baru-baru ini, Musa mendedikasikan satu bab khas untuk membincangkan berkenaan kekuatan dan kelemahan pentadbiran Dr. Mahathir.
Menurut Musa, bekas Perdana Menteri itu adalah seorang pemimpin berwawasan yang telah banyak membangunkan negara, namun gagal mencari dan melatih penggantinya.
Mengimbas kembali ketika bersama Dr. Mahathir memimpin negara, Musa menggambarkan bekas Perdana Menteri itu sebagai seorang pemimpin yang amat teliti dan suka membuat catatan semasa mesyuarat.
Dalam buku tersebut, beliau turut memuji kebangkitan Malaysia di peringkat antarabangsa semasa era Dr. Mahathir yang dilakukan secara teratur dengan menggunakan pendekatan pengurusan mikro.
Walau bagaimanapun, ketika perkataan taat, inovatif dan teliti digunakan untuk menggambarkan sikap bekas ketuanya itu, masyarakat antarabangsa juga menggelar bekas Perdana Menteri itu sebagai autoritarian, penuh kebencian dan suka bergaduh.

Selepas Ali Tinju tawar kerja amal, Jamal umum cetak 50,000 baju merah

"Ini bukan main-main. Ini perkara serius," tegas Jamal, yang kemudian menunjukkan baju merah yang akan dijual RM10 sehelai itu seusai sidang media.
jamal
KUALA LUMPUR : Selepas Presiden Gerakan Merah Mohd Ali Baharom menyasarkan 5,000 belia melakukan “kerja amal” yang menawarkan RM10 sejam, kini Ketua Gerakan Merah Datuk Jamal Md Yunos mengumumkan 50,000 ribu baju sudah tercetak untuk peserta tunjuk perasaan.
“Ini bukan main-main. Ini perkara serius,” tegas Jamal, yang kemudian menunjukkan baju merah yang akan dijual RM10 sehelai itu seusai sidang media.
Menurut Jamal, produknya itu boleh didapati di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Ia akan dipakai peserta Himpunan Merah 2.0, yang diadakan sebagai jawapan kepada tunjuk perasaan Bersih 5.0 nanti.
Rancangan untuk mengadakan Bersih 5.0 timbul susulan inisiatif Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat yang mahu merampas aset bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion) yang dikaitkan kepada 1MDB.
Menjawab rancangan itu, Gerakan Merah berkata pihaknya akan mengadakan himpunan balas bagi membantah cubaan Bersih 5.0 mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.
“Kami tidak teragak-agak turun beramai-ramai pada hari, waktu, tempat dan masa yang sama,” kata Jamal kepada pemberita di perkarangan PWTC hari ini.
Himpunan Merah tahun lalu dilaporkan disertai lebih 50,000 orang peserta. Kali ini, Jamal mendakwa inisiatif Gerakan Merah mendapat sokongan daripada gabungan badan-badan bukan kerajaan seluruh negara.
Sebelum ini pada 9 Ogos lalu, Ali Baharom menyasarkan 5,000 belia untuk diturunkan ke program balas Bersih 5.0. Ditawarkan RM10 sejam, belia itu nanti akan memakai baju “Mempertahankan kerajaan, pemerintah dan negara” sepanjang melakukan ‘kerja amal’ di program tersebut.
Sementara di pihak Jamal pula, satu jelajah bakal diadakan bagi mengembleng kehadiran yang lebih ramai berbanding Himpunan Merah tahun lepas.
“Sehingga hari ini saya telah mengumpul 58,000 orang yang telah pun mengatakan bersetuju,” katanya.
Ditanya mengenai potensi pertembungan antara peserta kedua himpunan aman itu, Jamal berkata reaksi Gerakan Merah bergantung kepada tingkah laku peserta himpunan Bersih 5.0.

Politik 'kelip-kelip' boleh rampas Selangor

Oleh Dr Ismail Sualman
SESUATU yang menarik mengenai kerancakan Persidangan UMNO setiap bahagian sekarang ini adalah kenyataan Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyamakan kesatuan dan kesepaduan ahlinya ibarat 'kelip-kelip'.

Ungkapan itu diluahkan ketika beliau merasmikan UMNO Bahagian Kuala Selangor yang sememangnya terkenal dengan keunikan serangga kecil bernama kelip-kelip. Menurut Zahid, resipi kejayaan merebut kembali kerajaan negeri Selangor ke pangkuan Barisan Nasional (BN) adalah ahli dan pemimpin UMNO Selangor sendiri yang perlu mengikut sifat bersatu-padu kelip-kelip dalam perjuangan mereka.
Meskipun kelip-kelip hanya sejenis serangga kecil yang cahayanya kelihatan dari kejauhan, jika ia dalam jumlah besar, cahayanya akan memancar dan menawan sesiapa sahaja yang memandangnya.
Sebenarnya usaha menawan Selangor menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menuntut pembabitan dan penyertaan semua pihak. Isyarat jelas telah ditunjukkan dengan pelantikan Tan Sri Noh Omar sebagai Ketua Perhubungan UMNO dan Barisan Negeri (BN) Negeri sebagai Menteri Kabinet.
Pelantikan beliau menerajui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kesejahteraan Bandar memberi peluang dan ruang untuk beliau mengendali serta mengurus permasalahan penduduk khususnya rata-rata di bandar utama di Selangor.
Namun, kunci kejayaan bukanlah ditentukan oleh pemimpin UMNO dan BN Selangor semata-mata. Sudah wujud keserasian UMNO, MCA, MIC, MYPPP dan komponen yang lain?
Sejauh mana BN telah menambat hati pengundi Cina khususnya di bandar? Berapa ramai pengundi baharu yang diperoleh?
Sejauh mana pula UMNO-BN dapat memujuk ahli-ahlinya untuk kembali ke pangkuan BN? Politik Selangor sememangnya unik.
Pada peringkat Pusat, DAP dan PAS membawa haluan masing-masing. Namun, tidak di pentadbiran negeri. Mutakhir ini wujud pula Parti Amanah Negara yang juga sebahagian daripada pentadbiran Selangor.
Di peringkat Pusat, kelihatannya telah retak menanti belah, namun di pentadbiran kerajaan Selangor lain pula ceritanya. Adakah ini potensi untuk UMNO-BN menerobos dan melebarkan pengaruh, merobek ketidakserasian pentadbiran kerajaan Selangor?

AMANAH: Cahaya Dari Gunung



Oleh Muhammad Fayz Ahmad Ibnu Abdullah
Ianya terbit dari Kuala Kangsar- Bandar Di Raja, saat Pilihanraya Kecil berlangsung baru-baru ini. Beberapa orang sahabat dari harakah hizib Amanah sedang berkempen meraih undi di salah satu tempat mengundi. Sedang asyik merayu undi di dalam cekal kelelahan melaksana ibadah puasa, berlalu seorang Pak Tua. 
Pak Tua, beliau yang berkemeja kelabu petak-petak, berkopiah putih, wajahnya bersih berkaca mata menghampiri sahabat lalu bertanya, ada lagi tak bendera Amanah?. Sahabat menjawab bahawa bendera sudah habis. Payung boleh tak pak cik?. Hah! Boleh juga, ujar Pak Tua lalu mengambil payung dari sahabat mengucap terima kasih, senyum dan berlalu pergi. Di samping Pak Tua itu, ada seorang anak kecil dalam umur 10 tahun bersama beliau, boleh jadi menemani Pak Tua berjalan dalam keriuhan pilihanraya tersebut. Dari sayup, kira-kira satu meter dari sahabat terdengar dialog di antara Pak Tua dengan cucunya. Tok, tok, kalau tadi parti bulan, yang ini apa pula, tok? tanya anak kecil itu. Dengan ringkas, Pak Tua menjawab, oh yang ini parti gunung, spontan. (Merujuk akan logo Parti Amanah Negara yang seakan-akan bentuk puncak gunung).
Sahabat saya dan seorang lagi teman seperjuangan yang turut mendengar perbualan tersebut, berpandangan sesama sendiri, gumam. Lalu terfikir, ingin menerimanya sebagai sesuatu yang sinis atau optimis? 
Gunung. Suatu simbolisme yang sangat terkesan bagi perjalanan perjuangan dakwah dan siyasah harakah Islamiyyah di Tanah Melayu khususnya dan Malaysia umumnya. Jika ditimbang sejak zaman sebelum Merdeka, mereka yang menelusuri sejarah pergerakan Islam pasti tidak lekang dengan sinonim Hizbul Muslimin dengan Gunung Semanggol. Pada ketika penjajah British ingin mempropagandakan gerakan Islam dari Gunung Semanggol ini, mereka melabelkannya sebagai bahaya dari gunung.
Gunung jika dilihat dari misalan-misalan yang dizahirkan dalam sumber Islam sesungguhnya memperlihatkan peringatan-peringatan yang signifikan kepada manusia agar mengurus tadbir alam dan kemanusiaan dengan amanah dan adil.
Kita boleh lihat bagaimana Al-Quran memperingatkan bahawa gunung-ganang itu adalah pasak bumi.
Kita boleh perhatikan betapa Al-Quran menceritakan bahawa gunung sendiri tawaddhuk, takut dan khusyuk sehingga akan hancur lebur jika Al-Quran ini diturunkan kepadanya. 
Kita boleh renungi bahawa Al-Quran menegaskan manusia-manusia agar jangan bersikap sombong walhal kesombongan mereka itu tidak mampu menggoncangkan gunung sekalipun.
Manakala, jika kita teliti Sirah Nabawi dan Kisah-kisah Para Nabi dan Rasul terdahulu (Qishashul Anbiya’) kita boleh dapati bahawa gunung juga merupakan tempat yang sangat hampir dan relevan dengan perjuangan para Nabi dan Rasul.

Dinamika@Dinamik Pakatan Pembangkang Menjelang PRU Ke 14

Oleh Hayar Hassan

Apabila berbicara soal PRU ke 14, kebanyakan rakyat berpendapat ianya akan diadakan pada tahun 2017.
Lebih tepat lagi selepas beberapa bulan sesudah pembentangan Bajet 2017.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, tarikh paling lewat PRU ke 14 wajib diadakan adalah bulan Ogos 2018.

Ini bermakna semua parti-parti politik Malaysia mempunyai tempoh masa sekitar 2 tahun saja lagi untuk membuat persediaan sebelum menghadapi PRU ke 14.

Namun demikian, pakar-pakar ekonomi berpendapat tahun 2017 dan 2018 bukanlah tahun-tahun yang bagus bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia dan dunia.

Kemelesetan ekonomi dunia lazimnya berlaku setiap 10 tahun.

Kemelesetan ekonomi paling teruk yang Malaysia hadapi adalah pada tahun 1998.

Sesetengah orang berpendapat bahawa waktu ini pun Malaysia sudah merasai kemelesetan ekonomi yang teruk.

Petunjuk-petunjuknya adalah kurangnya peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat, berkurangnya pelaburan luar (Foreign Direct Investment@FDI), meningkatnya bilangan penganggur di kalangan graduan, malapnya industri hartanah, menurunnya bilangan kereta baru yang dapat dijual oleh pengedar-pengedar kereta, bertambahnya lagi senarai panjang individu-individu yang diistihar muflis, bertambahnya bilangan hartanah dan kereta peribadi yang disita, harga barang-barang keperluan meningkat@inflasi, nilai mata wang kita RM yang tidak tetap@stabil, kurang lakunya dagangan peniaga-peniaga dan banyak lagi perkara-perkara lain.
Senarainya terlalu panjang. Berbual lah dengan usahawan dan peniaga-peniaga, mereka akan bercerita panjang tentang keadaan ekonomi negara kita pada waktu ini.

Semua mereka pastinya mengeluh susah. Hatta penjual nasi lemak di tepi-tepi jalanraya pun merungut kerana harga bahan-bahan mentah dagangannya tetap selalu naik.

Oleh yang demikian mak cik-mak cik penjual nasi lemah terpaksa menjual sebungkus nasi lemak RM1.00. Harga kueh pula adalah 0.40 sen sebiji.

Kembali kepada topik PRU ke 14, kelihatannya parti-parti pembangkang Malaysia waktu ini memang menghadapi delima untuk menyertainya secara berkesan.

Cuma DAP sahaja yang berkeyakinan penuh untuk menghadapinya tanpa terlalu memikirkannya sama ada pertandingan itu nanti lebih daripada dua penjuru.

Bagi DAP pertandingan “ Satu Lawan Satu “ dengan BN bukan lah formula mutlak untuk mengalahkan BN dalam PRU ke 14 itu nanti.

DAP tetap yakin untuk memenangi kerusi-kerusi Parlimen dan Dun walaupun mereka terpaksa menghadapi pertandingan lebih daripada dua penjuru.

Najib ibarat 'bank besar', kata akhbar Hong Kong

Walaupun dikritik dengan begitu hebat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terbukti terus mempunyai kedudukan yang amat kukuh.
Menurut artikel tulisan editor South China Morning Post, Zuraidah Ibrahim, yang disiarkan akhbar itu hari ini, Najib 'adalah ahli politik yang boleh diibaratkan seperti bank besar, yang terlalu besar untuk gagal'.
"Ketika menghadiri satu perhimpunan tahun lepas, Mahathir menyeru PM supaya berundur. Pada Mac tahun ini, beliau keluar daripada parti pemerintah, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno).
"Barangkali, beliau menjangka langkah simbolik itu akan memberi semangat dan keberanian secukupnya kepada mana-mana ahli politik dalam Umno untuk melancarkan cabaran dari dalam terhadap Najib," tulis Zuraidah dalam artikel itu.
Editor berkenaan bagaimanapun menyifatkan langkah terbaru Dr Mahathir itu hanya akan "berisiko memudaratkan legasinya sendiri'.
"Berbeza dengan memperoleh apa yang dihajatinya pada 2003, kali ini beliau (Dr Mahathir) mungkin mendapati dirinya meninggalkan gelanggang sebagai orang yang kecundang," katanya.
Zuraidah juga membuat perbandingan antara Dr Mahathir dan nemesis lama beliau, mendiang Lee Kuan Yew, bekas perdana menteri Singapura, yang menurut editor itu, memiliki semangat juang yang sama kentalnya.
Bagaimanapun, kata beliau: "Daripada bersuara dalam kerajaan dalam beberapa kedudukan tidak rasmi secara samar, Lee selalunya lebih suka mempunyai kerusi formal dan bersuara dengan jujur.
"Tahu bilakah untuk berundur adalah satu daripada keputusan kritikal yang perlu dibuat seseorang pemimpin, dan sejarah penuh dengan pemimpin yang bagus, tetapi gagal dalam aspek itu"

Perdana Menteri kerap berbohong kepada rakyat.

"1MDB: Skandal kewangan terbesar dunia" - The Guardian

"Rampasan aset terbesar dalam sejarah Amerika" - Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ)

SALAH SATU KEBODOHAN UMNO..

Najib dan konco2 makan dedaknya AKAN BUAT APA SAJA memutarbelit fakta supaya rakyat Malaysia tertipu.

Kalau dah buat jenayah di negara mereka, SUDAH TENTU lah Jabatan Kehakiman (DOJ) AS siasat kerana berlaku penyelewengan/ korupsi dana 1MDB di negara mereka.

Amerika Syarikat berhak mengambil tindakan undang-undang negaranya seperti Malaysia juga berhak mengambil tindakan undang2 terhadap orang asing yang melakukan jenayah di Malaysia. Jenayah oleh orang asing tidak dikecualikan dari undang-undang mana2 negara.

NAMPAK TAK !!!

Mereka siasat di sana. BUKANNYA Amerika dtg siasat ke M'sia..

Nampak sgt KETOLOLAN juak pemakan dedak UMNgOK..

Skandal 1MDB: Riza, Jho Low dan arak RM100k sebotol untuk DiCaprio

Dakwaan yang disebut dalam saman terbaharu termasuk sambutan jutaan ringgit di Cannes, arak champagne bernilai RM100,000 sebotol, trofi Anugerah Akademi milik Marlon Brando dan kapal pesiar mewah sempena Piala Dunia 2014.
red-granite
PETALING JAYA: Lebih AS$1 juta (RM4 juta) dibelanjakan untuk arak, kebanyakannya wain putih champagne AS$25,000 (RM100,000) sebotol, disebut dalam satu tuntutan tindakan kelas terhadap Red Granite Pictures, Riza Shahril Abdul Aziz dan Low Taek Jho (Jho Low).
Tuntutan dibuat bekas setiausaha politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Matthias Chang dan bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa di mahkamah daerah Amerika Syarikat di New York pada Khamis.
Dibuat bagi pihak rakyat Malaysia, mereka menuntut ganti rugi dan pengembalian hartanah dan aset lain yang menurut mereka dibeli menggunakan wang yang dilesapkan daripada syarikat milik kerajaan, 1MDB.
Tuntutan itu mendakwa wang yang dipungut melalui tawaran bon oleh 1MDB digunakan untuk membiayai Red Granite, yang membiaya filem Wolf of Wall Street. Penghargaan diberikan kepada Jho Low dalam penutup cerita itu.
Red Granite diasaskan Riza, yang juga anak tiri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pada 2010 bersama kawan, Joey McFarland.
Tuntutan itu mendakwa Red Granite dilancarkan dengan suatu sambutan tepian pantai mencecah juta dolar di Festival Filem Cannes di Perancis pada 2011, siap dengan bunga api dan persembahan oleh artis hip-hop Kanye West dan Pharrell Williams.
Lebih AS$150 juta (RM602 juta) wang 1MDB dipercayai disalurkan ke usaha niaga Red Granite, dakwa tuntutan itu.
Ia mendakwa Riza, Jho Low dan McFarland tahu Red Granite tidak dibiayai pelabur yang sah, sebaliknya dengan wang yang diperoleh secara gelap.
Antara lain, tuntutan mendakwa mereka membelanjakan wang untuk:
  • poster wayang Metropolis tahun 1972, bernilai lebih AS$1 juta (RM4 juta);
  • sambutan hari lahir Leonardo DiCaprio pada Ogos 2012, dengan lebih AS$1 juta dibelanjakan untuk arak, kebanyakannya wain putih champagne berharga AS$25,000 (RM100,000) sebotol.
  • trofi Anugerah Akademi 1955 milik Marlon Brando untuk kategori Pelakon Terbaik, dilaporkan bernilai AS$600,000 (RM2.4 juta);
  • sambutan malam tahun baru di Australia dan Las Vegas pada 31 Disember 2012, termasuk penyewaan sebuah jet peribadi untuk kegunaan eksklusif;
  •  Riza, Jho Low dan DiCaprio pergi makan angin ke Brazil sempena Piala Dunia 2014, dan tinggal di kapal pesiar sewaan sepanjang 482 kaki bernama Topaz.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) pada 20 Julai berkata lebih AS$3.5 bilion (RM14 bilion) dilencongkan daripada dana 1MDB yang diasaskan Najib pada 2009 selepas mengambil alih tampuk pemerintahan.

“Malaysian Official 1” cabul undang-undang Amerika, bukan campurtangan asing

Bekas perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat berkenaan salahguna wang oleh keluarga dan kawan “Malaysian Official 1” yang semua tahu ialah Perdana Menteri Najib sendiri adalah pencabulan undang-undang Negara Amerika.
Datuk Seri Najib dan konco-konconya kata beliau memikir akan cara memutarbelit fakta yang didedah supaya rakyat Malaysia tertipu dengan alasan ini adalah campurtangan asing di negara kita.
"Kali ini kenyataan oleh DOJ dituduh sebagai usaha campur tangan dalam urusan negara Malaysia.
"Apakah Amerika Syarikat yang begitu menghargai dasar Najib terhadapnya dan persahabatan Najib dengan Presiden Obama, berhasrat untuk menjatuhkan Najib.
"Mereka perlukan Najib menandatangani TPPA (Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik). Untuk menjatuh banyak cara yang boleh diguna seperti yang kita lihat di Timur Tengah," katanya dalam entri terbaru blognya hari ini.
Yang sebenar berlaku katanya, ialah pencabulan undang-undang Negara Amerika oleh keluarga Najib, kawannya dan "Malaysian Official 1.
"Money laundering (pembersihan wang haram) sudah ditakrif sebagi jenayah dikebanyakan negara. Ini disebabkan pendapatan daripada mencuri dan dagangan dadah sering dibawa ke negara lain untuk dibelanja.
"Kemasukan wang kemana-mana negara (termasuk Malaysia) akan diperiksa untuk menentukan punca wang itu.
"Jika wang itu halal sekalipun cukai pendapatan perlu dibayar," katanya.
Menurut Tun, jika punca wang berkenaan tidak dapat disahkan halal, iaitu ia mungkin dicuri atau berpunca daripada dagangan haram ia akan dirampas oleh pegawai negara berkenaan.
"Duit berbilion dolar yang dibelanja oleh Riza Aziz, Jho Low mengguna wang dari bank Amerika, membiaya pembelian hartanah dan lukisan di Amerika, membayar hutang judi dan pengeluaran filem lucah Wolf of Wall Street.
"Oleh kerana wang haram dibawa masuk ke Amerika mengguna bank Amerika dan dibelanja di sana maka ia melanggar undang-undang Amerika.
"Negara itu berhak mengambil tindakan undang-undang negaranya seperti Malaysia juga berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap orang asing yang melakukan jenayah di Malaysia.
"Jenayah oleh orang asing tidak dikecualikan dari undang-undang mana-mana negara.

Najib perlu sertai Pas biayai kos saman Sarawak Report


Najib dinamakan sebagai pemberi RM90 juta kepada PasNajib dinamakan sebagai pemberi RM90 juta kepada Pas
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak sepatutnya hanya mengharapkan Pas untuk membersihkan nama beliau tanpa menanggung kos bagi menyaman Sarawak Report (SR) yang menuduh beliau sebagai pemberi RM90 juta kepada Pas.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar bagaimanapun mengucapkan tahniah kepada Pas yang mengambil ketetapan rasmi untuk mengambil tindakan saman terhadap Sarawak Report (SR) di England dan akan menggunakan khidmat peguam Queen Council atau dikenali Peguam Di Raja London.
"Ini adalah keputusan yang tepat berbanding dengan PM Najib yang dari awal menyatakan akan saman akhbar Wall Street Journal (WSJ) dan SR atas dakwaan RM2.6 bilion wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.
"Begitu juga dakwaan pendedahan laporan ketua audit negara dalam isu 1MDB," katanya dalam satu sebaran media hari ini.
Beliau terkejut mengapa bukan Najib yang saman SR sedangkan tuduhan SR juga kepada Najib sebagai pemberi RM90 juta kepada Pas.
"Apakah yang membuat PM Najib menjadi bacul dan hilang jantan dengan SR.
"Dia ada duit, takkan Najib hanya mengharapkan Pas yang membersihkan namanya tanpa menanggung kos saman.
"Sepatutnya Najib juga turut saman SR bukan hanya Pas sahaja.
"Apakah SR terlebih jantan dari Najib?.
"Sebelum ini pun SR membuat pelbagai dakwaan terhadap bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Patinggi Taib Mahmud.
"Hingga kini tiada tindakan yang diambil oleh bekas Ketua Menteri Sarawak terhadap SR.
"Apakah Najib takut ke Mahkamah London untuk berdepan dengan SR yang boleh mengemukakan berbagai soalan pada Najib termasuk kes RM2.6 bilion dan 1MDB?" soalnya.
Pas katanya, hanya memberi tempoh dalam sebulan untuk menguruskan kes ini dengan menghubungi Peguam di England sehingga memfailkan notis saman terhadap SR di mahkamah England.
"Sedangkan Najib sudah lebih setahun dan entah berapa banyak hari Selasa berlalu tanpa peristiwa menyaman SR dan WSJ.

Zahid: Ada apa dengan Bersih, saya ‘bapak demonstrasi’

Menyentuh mengenai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Zahid menyifatkan tunjuk perasaan Bersih sebagai himpunan kecil-kecilan.
zahid-bersih
KUALA LUMPUR : Nasib rakyat tidak akan dapat dibela melalui tunjuk perasaan, malah ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Berucap di perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Lembah Pantai di sini hari ini, pemangku Timbalan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengimbau kembali pengalamannya dan pimpinan Umno lain turun “mengganas” di jalan raya.
“Kaki demontrasi kata (tunjuk perasaan) baik, (sebenarnya) tak baik pun,” kata Zahid memulakan ceritanya.
“(Datuk Seri) Shahidan Kasim (semasa belajar) ‘kepala’ demontrasi tiap-tiap minggu. Nasib baik dah taubat,” katanya kepada perwakilan yang khusyuk mendengar.
Bagi dirinya pula, Kampung Kerinchi (kini Bangsar South) menjadi lokasi persembunyian sewaktu “tengah mengganas” antara tahun 1973 hingga 1976, semasa beliau menuntut di Universiti Malaya, ketika semangat gerakan siswa ketika itu bertiup kencang.
“Menyorok dari siapa? Menyorok dari FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan). Takut FRU kejar saya sebab tiap-tiap minggu buat demontrasi. Mana saya tahu satu hari saya jadi bos kepada FRU,” katanya.

Multi-racial 'red shirt' rally to counter Bersih 5

Himpunan Merah 2.0 terbuka untuk semua kaum kata Jamal

Demonstrasi tak boleh bela rakyat tegas Zahid

Walaupun Muhyiddin keluar, Umno Johor tidak berpecah bahkan "aman" kata Umno Johor

Macam mana BERSATU nak perjuangkan Melayu jika bersama DAP? soal Najib

Najib: "Mereka cium tangan saya sebab setia, Muhyiddin tolak salam pendamaian"

Adakah Janji PAS Sama Seperti Janji Najib ???

Biar masa (dalam tempoh sebulan) menentukannya...

Kami berharap sangat2 PAS dapat menunaikan kata2 akan saman Sarawak Report dalam tempoh sebulan ini..

Kamu juga berharap JANGAN JADI SEPERTI JANJI SAMAN HARI SELASA WSJ-NAJIB !!!

Syabas PAS. Berani Kerana Benar..

Mengaku saja salah Najib, satu dunia sudah tahu, kata Muhyiddin

Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengakui kesilapan yang pernah dilakukannya dan tidak banyak memberi helah.
Bekas timbalan Najib itu berkata, sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, bekas bosnya itu tidak seharusnya bertindak sebaliknya dengan berpura-pura kononnya semua dalam keadaan baik.
“Presiden Umno terpalit dalam banyak skandal yang saya boleh katakan mencecah perkadaran global, inilah yang menjadi keprihatinan setiap rakyat Malaysia.
“Kamu sedang duduk di kerusi itu, jadi, menjadi tanggungjawab kamu untuk melindungi kepentingan negara,” kata Muhyiddin lagi.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan kempen menderma darah di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, semalam.
“Jika kamu hadapi masalah hari ini, kamu harus akui kesilapan yang dibuat. Bukan lagi rahsia. Seluruh negara, seantero dunia tahu mengenainya,” ujar beliau lagi.

PKR mahu terus jalinkan hubungan dengan PAS meskipun kini wujud GAGASAN


Post Pic

SHAH ALAM: PKR mahu terus menjalinkan hubungan dengan PAS meskipun parti itu secara rasminya menubuhkan blok pembangkang baru dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) pada Sabtu.
 
Naib Presiden PKR, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin juga berharap PAS serta IKATAN akan bersama Pakatan Harapan mencapai kata sepakat untuk memastikan pertandingan 'satu lawan satu' pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Ujarnya, ketetapan itu penting bagi memastikan agenda menumbangkan Umno Barisan Nasional (BN) menjadi kenyataan.
 
"Parti politik (pembangkang) boleh kerjasama dengan mana-mana parti yang dia suka tetapi akhirnya perbincangan mestilah terjurus dan terarah kepada persaingan berlawan antara kita dengan BN, itu yang saya rasa politik sihat yang sepatutnya berlaku.
 
"Sebagai pemimpin PKR, kita menghormati pandangan ataupun cara yang hendak dibuat oleh PAS dengan Gagasan Sejahtera," ujarnya ketika dihubungi Antarapos.
 
Shahruddin berkata demikian mengulas tindakan PAS dan IKATAN membentuk GAGASAN, pada Sabtu.
 
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika perasmian itu berkata, GAGASAN tidak akan bergabung dengan Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah.
 
Pengumuman Hadi itu menjarakkan peluang untuk parti pembangkang mencapai kata sepakat bagi memastikan 'satu lawan satu' pada PRU14 nanti.
 

Campur Tangan Asing: Berfikirlah secara akademik

Oleh Mohd Sayuti Omar
Lain gaya dan nadanya kalau orang cerdik bercakap. Ia tidak "senget sebelah" dan tidak menokok tambahkan apa-apa maklumat dan cuba membuat pusingan Y atau pusingan U. Orang cerdik jauh lebih bertanggungjawab.

Saya merujuk ini kepada pandangan Pengerusi Yayaysan 1 Malaysia, Dr Chandara Muzaffar  berhubung kehebuhan orang membuat cerita kononnya Amerika ingin mencampuri urusan negara ini. Tanggapan itu bermula atau ditarik ke situ apabila Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) yang mengemukakan saman awam berkaitan dengan pembelian aset di negara itu yang dipercayai menggunakan wang daripada syarikat menjadi "merdutanda Malaysia" 1MDB.
Dr Chandra menolak sama sekali dakwaan itu dan menganggap apa yang dilakukan Amerika itu mengikut amalan tradisi negara berkenaan dalam menjaga wibawa dan integritinya.

Dr Chandra dikenali seorang intelektual yang berfikir secara rasional dan melihat segala isu dengan fakta. Dia pernah menyertai gerakan Reformasi dan seterusnya menjadi timbalan presiden kepada Parti Keadilan Nasional (PKR) awal penubuhannya.

Saya sudah "menasihati" beliau agar jangan sertai politik kerana orang akademik tidak sesuai dan tidak akan dapat bertahan laman dalam kubang politik.

Mereka tidak mungkin dapat menerima teori "4C" yang saya kemukakan; kontroversi, eksploitasi, publisiti dan hipokrasi.

Ternyata pandangan saya terhadapnya betul. Akhirnya beliau minggat dari kubang politik, dan kembali menjadi pemikir bebas memperjuangkan hak asasi menerusi NGO yang ditubuhnya sendiri. Dr Chandra tidak tahan dengan segala kerenah dan mainan munafik ahli politik.

Pandanganya berhubung kehebuhan kononnya Malaysia sekarang ini hendak dicampuri Amerika, sangat jelas dan tepat. Beliau memberi pandangan yang boleh, bahkan patut dikutip semua orang untuk melihat isu itu dengan adil dan saksama. Tidak perlu kita menjadi pengikut dan pendengar setia tanpa menyelidiki hujung pangkal.

Katanya 1MDB bukan bermula di Amerika, tetapi ia bermula di dalam negara. Sebelum Amerika bertindak mengambil tindakan undang-undang syarikat itu telah disiasat oleh beberapa pihak dan badan di negara ini. Mulanya ia turut disiasat oleh Bank Negara apabila berlaku pengeluaran wang ke luar yang banyak.

Pemecatan Muhyiddin tidak pecahkan Umno Johor, sembang Khaled Nordin

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Umno Johor masih seperti dulu kerana ia terbina sejak bertahun yang lalu, menempuhi banyak pilihan raya.
khaleed-nordiin-muhyiiddin
KOTA TINGGI: Ramalan banyak pihak tentang Umno Johor berpuak-puak, berpecah dan lemah, susulan penggantungan dan pemecatan Tan Sri Muhyiddin sebagai timbalan presiden Umno tidak berlaku, malah Umno Johor masih kekal kuat seperti dulu.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ramalan itu tidak berlaku sama sekali.
“Umno Johor masih seperti sebelum ini. Kerana Umno Johor ini bukan terbina sehari dua. Bukan semalam, bukan sejak dua atau tiga pilihan raya yang lepas.
“Walaupun banyak gelora dan cabaran yang Umno Johor hadapi sejak tahun lepas, ternyata kesatuan ahli masih lagi sangat utuh,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kota Tinggi di Dataran Sedili Besar, Tanjung Sedili, di sini hari ini.
Perasmian berkenaan dilakukan Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.
Khaled berkata Umno Johor lahir sebelum kewujudan Malaysia dan kelahirannya adalah pada saat negara masih dalam berantakan serta mencari maruah diri.
“Jadi, untuk sebuah gerakan siasah yang sematang ini, ia punya kekuatan yang luar biasa. Lebih-lebih lagi di tempat kelahirannya sendiri,” katanya.
“Walaupun Tan Sri (Muhyiddin) adalah tokoh besar Johor dan sangat berjasa, beliau memilih haluan sendiri, haluan yang berlainan.
“Jadi, Umno Johor mesti menghormati pendirian tersebut. Dan tugas kita terhadap Umno harus diteruskan, malah mesti ditingkatkan,” katanya.

Kadir: Dua tindakan di AS, tapi Najib masih tak saman WSJ

Terdapat dua saman difailkan di Amerika Syarikat berhubung dana yang didakwa dicuri daripada 1MDB, namun perdana menteri masih belum menyaman akhbar Wall Street Journal, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.
Beliau mengulas tindakan undang-undang oleh Datuk Matthias Chang, bekas setiausaha politik kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan ADUN Salor Datuk Husam Musa bagi mendapatkan dana berkenaan.
"Lebih setahun sudah berlalu tetapi perdana menteri belum menunaikan ancaman saman terhadap akhbar Wall Street Journal (WSJ) kerana kononnya memfitnah beliau.
"Sebaliknya dua saman sivil telah dikemukakan ke atas beberapa orang yang dikaitkan dengan beliau dalam skandal 1MDB," tulis Kadir dalam blognya hari ini.
Chang dan Husam memfailkan saman secara berkumpulan pada Khamis lalu di Amerika Syarikat terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan 1MDB.
Saman itu bertujuan memohon ganti rugi bagi kecurian dana firma pelaburan negara itu dan mendapatkan semula aset yang diperoleh dengan menggunakan dana berkenaan.
Antara mereka yang dinamakan termasuk anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz dan jutawan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low.
Ini susulan satu lagi saman sivil difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) bulan lepas yang mendakwa AS$3.5 bilion dana 1MDB telah dicuri dan AS$ 1 bilion digunakan bagi membeli aset menggunakan wang berkenaan.
DOJ berkata sekurang-kurangnya AS$ 731 juta wang tersebut masuk ke akaun bank "Malaysian Official 1" termasuk AS$ 681 juta deposit seperti diperkatakan tahun lalu.
Jumlah ini adalah sama seperti dilaporkan WSJ di mana wang berkenaan dimasukkan ke akaun bank peribadi Najib.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali kemudian membersihkan Najib atas alasan wang tersebut daripada ahli keluarga diraja Arab, tetapi DOJ percaya wang berkenaan berasal daripada 1MDB.
Najib pada bulan Julai tahun lalu mengancam untuk menyaman WSJ selepas ia menerbitkan dakwaan itu, tetapi saman fitnah itu tidak menjadi kenyataan.

Tanggal fius 1MDB, rayu Umno bahagian

Zahari Shaari daripada Umno Shah Alam berkata dasar flip-flop seperti pengambilan pekerja asing memberi gambaran kerajaan tidak bertaring apabila ditekan
Zahari-Shaariii
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno bahagian merayu isu seperti kontroversi 1Malaysia Development Berhad diselesaikan segera kerana ia menjejaskan parti seperti ditimpa “bom atom”.
Berucap di mesyuarat Umno bahagian hari ini, Ketua Umno Bahagian Shah Alam Zahari Shaari menyenaraikan isu-isu yang melanda partinya.
1MDB berada di tempat teratas. “Ini ‘mengena’ kami seperti bom atom…Tolong selesaikannya dengan segera,” katanya, menurut laporan Malaysiakini.
Katanya lagi sebarang perubahan pada dasar kerajaan, seperti pengambilan pekerja asing, turut menjejaskan Umno kerana ia menggambarkan seolah kerajaan tidak bertaring apabila ditekan.
Isu lain yang dibangkitkan termasuk kenaikan kos sara hidup lantaran Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan pengurangan subsidi kerajaan, menurut laporan itu lagi.
Mesyuarat dirasmikan pemangku Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Mac lepas Zahid mengumumkan pembekuan mengimport pekerja asing dengan serta-merta kecuali pembantu rumah, dan majikan diminta mengambil pekerja daripada bekalan tenaga sedia ada, termasuk dalam kalangan permit kerja yang sudah luput, dan majikan diberi tempoh sehingga 30 Jun untuk menyelesaikan dokumentasi yang perlu.
Keputusan itu menyusuli keriuhan sekitar rancangan untuk mengimport 1.5 juta pekerja dari Bangladesh bagi tempoh lima tahun, dan persoalan yang dibangkitkan tentang peranan ahli keluarga dalam perjanjian yang dicapai dengan pemerintah Bangladesh.
Menurut Zahid isu itu sudah selesai.

BERSIH: Kecam Idris kerana bersubahat dengan SPR

Kumpulan pendesak reformasi pilihan raya (BERSIH) menggesa Dewan Undangan Negeri Melaka untuk mengecam Ketua Menterinya, Datuk Seri Idris Haron kerana mencadangkan persempadanan semula kawasan pilihan raya di negeri tersebut.
"BERSIH juga menyeru wakil-wakil rakyat Melaka untuk membuat usul mencela ketua menteri kerana bersubahat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melanggar Perlembagaan Persekutuan.
"Semua wakil rakyat BN dan pimpinan parti-parti komponen harus mempunyai tanggungjawab moral bersama untuk mengutuk cadangan yang anti-perlembagaan itu," jelasnya.
Hari ini, Anggota Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin meminta SPR memberi penjelasan mengenai persempadan semula di kawasannya yang boleh menyebabkan kekalahan beliau pada pilihan raya umum akan datang.
Ini berikutan cadangan Idris bagi menambah dua kerusi DUN di kawasan parlimen tersebut.
"Sewaktu ratusan ribu rakyat Malaysia turun ke jalanan dalam siri perhimpunan BERSIH, Umno mendakwa mereka tidak pernah memperalatkan jentera demokrasi termasuk SPR.
"Namun kini, setelah tembelang terbongkar satu persatu, tanpa malu Idris menunjukkan belang sebenar beliau dan pimpinan Umno.

Tun Musa akui tidak diberi ruang jelas insiden Memali

BERSATU : Kunci Melayu Berpadu Atau Bercelaru?

Shah Alam Umno chief: 1MDB hit us like an atomic bomb

Zahid: Something wrong if Umno can't win urban Malay seats

"Najib... Anugerah dari Allah".....kata Idris Harun..


KENAPA DI MALAYSIA SIASATAN TERHADAP NAJIB & berkaitan dgn 1MDB TELAH DITUTUP ??!!


Riza, Jho Low and ‘millions spent on DiCaprio’

Allegations in new suit include multi-million beach extravaganza at Cannes, champagne at US$25,000 a bottle, Marlon Brando's Oscar, New Year's Eve in Las Vegas and Australia; and a luxury yacht for 2014 trip to the World Cup.
red-granite
PETALING JAYA: Allegations of lavish spending to curry favour with film star Leonardo DiCaprio, including expensive gifts for him, have been given in a US class action suit brought against Red Granite Pictures, Riza Aziz and Jho Low.
The suit was filed on Thursday in a US district court in New York, and was brought by lawyer Matthias Chang, former political secretary to Dr Mahathir Mohamad, and former PAS vice-president Husam Musa.
Filed on behalf of all Malaysian citizens, they seek damages and the return of property and other assets which they said were bought using money stolen from the government-owned 1Malaysia Development Berhad.
The suit says money raised through bond offerings by 1MDB were used to fund Red Granite, which financed the film Wolf of Wall Street. Jho Low was given special thanks in the film’s closing credits.
Red Granite was founded in 2010 by Riza Aziz, stepson of the prime minister, Najib Razak, and his friend Joey McFarland.
The suit says Red Granite launched itself with a million-dollar beach extravaganza at the Cannes film festival in France in 2011, with fireworks and performances by hip-hop artist Kanye West and rapper Pharrell Williams.
More than US$150 million of 1MDB money was believed to have been siphoned into the Red Granite venture, the suit alleges.
It alleges that Riza Aziz, Jho Low, and McFarland knew that Red Granite was not funded by legitimate investors but instead with illicitly obtained money.
Among other things, the suit alleges that they spent the money on:

Pemandu teksi rancang protes 6 hari bantah Uber, Grab

Persatuan pemandu teksi berdukacita dengan keputusan kerajaan membenarkan perkhidmatan perkongsian kenderaan
teksi-uber-grab-1
PETALING JAYA: Persatuan pemandu teksi merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan 6 hari bagi membantah keputusan kerajaan membenarkan perkhidmatan perkongsian kenderaan.
Presiden Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (Pers1m) Kamaruddin Mohd Hussai berkata tarikh tunjuk perasaan itu belum ditetapkan.
Katanya pemandu teksi berdukacita dengan keputusan Jemaah Menteri kerana perkhidmatan perkongsian kenderaan itu menjejaskan perniagaan mereka. “Ketegangan antara pemandu teksi dan perkhidmatan perkongsian kenderaan terus memuncak,” katanya, menurut laporan New Sunday Times.
Pemandu teksi berkata peraturan yang ditetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) menyebabkan mereka tidak dapat bersaing dengan Uber dan Grab.
Semalam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata perkhidmatan perkongsian kenderaan akan dikawal, manakala kawalan keatas teksi akan dilonggarkan.
Pengerusi Spad Tan Sri syed Hamid Albar berkata perincian kawalan keatas Uber dan Grab akan diumum minggu ini.

Skandal 1MDB ibarat 'bom atom', keluh Umno Shah Alam

Ketua Umno bahagian Shah Alam, Datuk Zahari Shaari mengeluh setelah isu 1MDB menimpa parti itu ibarat 'bom atom'.
Beliau berkata demikian dalam rayuan kepada pimpinan Umno untuk selesaikan isu berkenaan seberapa segera semasa majlis perasmian mesyuarat Umno bahagian Shah Alam yang dirasmikan oleh Pemangku Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Ini 'mengena' kami seperti bom atom...Tolong selesaikannya dengan segera," ujar beliau di Dewan Seri Budiman, Universiti Institut Teknologi Mara di Shah Alam, hari ini.
Isu tersebut berada dalam antara senarai teratas Zahari yang perlu diberikan perhatian oleh Umno.
Pada masa yang sama, Zahari turut menekankan kebimbangan masyarakat bandar termasuk kenaikan kos sara hidup akibat Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan proses rasionalisasi subsidi.
Pada Khamis yang lalu, bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Matthias Chang bergandingan dengan ADUN Salor, Datuk Husam Musa memfailkan saman secara berkumpulan di Amerika Syarikat terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan 1MDB.
Saman itu bertujuan memohon ganti rugi bagi kecurian dana firma pelaburan negara dan mendapatkan semula aset yang diperoleh dengan menggunakan dana berkenaan.
Tindakan tersebut dibuat bagi pihak rakyat Malaysia dan difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Daerah Selatan New York, menurut The Hollywood Reporter.

Shamsul mahu SPR jawab cadangan Idris tambah kerusi DUN ikut selera Umno....!!!

Anggota Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan mengenai persempadan semula di kawasannya yang boleh menyebabkan kekalahan beliau pada pilihan raya umum akan datang.
Ini berikutan cadangan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron bagi menambah dua kerusi DUN di kawasan parlimen yang dimenangi anggota parlimen PKR itu.
"Sewaktu ratusan ribu rakyat Malaysia turun ke jalanan dalam siri perhimpunan BERSIH, Umno mendakwa mereka tidak pernah memperalatkan jentera demokrasi termasuk SPR.
"Namun kini, setelah tembelang terbongkar satu persatu, tanpa malu Idris menunjukkan belang sebenar beliau dan pimpinan Umno.
"Saya ingin mencabar Pengerusi SPR untuk menyatakan pendirian mengenai pengumuman ini," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Idris ketika menghadiri Mesyuarat Perwakilan Umno Tangga Batu yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencadangkan dua kerusi DUN tambahan untuk kerusi parlimen Bukit Katil.
Ini katanya, akan membantu kemenangan BN dengan meningkatkan populasi pengundi Melayu daripada 53 peratus kepada 67.5 peratus.
Beliau juga mencadangkan perubahan yang sama untuk kerusi parlimen Kota Melaka.
"Adakah pengumuman ini dibuat setelah beliau mendapat "kebenaran" daripada SPR ? Sekiranya ini benar, ia merupakan pencabulan demokrasi yang rakus demi memuaskan serakah politik Umno-BN yang gagal menerima hakikat pengundi di Bukit Katil telah menolak mereka," katanya.
Shamsul juga memberi amaran Idris tidak menggunakan SPR sebagai talian hayat Umno di Melaka.
"Jangan jadi ketua yang bacul. Masuk ke gelanggang secara adil," katanya.

SERAH DIRI? SIAPA PELAKU RASUAH YANG SEDIA MENGAKUI PERBUATAN RASUAH MEREKA?

Adakah ini tindakan yang betul? Kenapa perlu kompromi?

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad dilaporkan memberi amaran kepada pelaku rasuah agar menyerah diri atau bersedia berdepan dengan tindakan tegas pasukan penguakuasa suruhanjaya itu.

"Datang sekarang, ini peluang yang saya buka. Datang bila-bila masa sebelum tindakan diambil.

"Kalau sudah diambil tindakan baru nak jumpa kami, tak payahlah. Kalau dah rasa panas, datanglah.

"Kita akan kaji dan bincangkan dengan pihak Peguam Negara apa tindakan yang boleh diambil (untuk ringankan hukuman) kerana soal pendakwaan adalah di bawah tanggungjawab mereka", kata beliau.

Rasanya ini bukanlah cara yang betul bagi SPRM dalam menjalankan tugasnya untuk mencegah dan membanteras rasuah.

Soalnya, siapa pesalah rasuah yang sanggup datang ke pejabat SPRM dan mengakui perbuatan mereka?

Dalam soal rasuah ini, Dzulkifli tidak seharusnya memberi apa-apa kompromi dan cuba berlembut, bukan saja kepada pelaku ikan bilis, tetapi juga perasuah jerung dan paus.

Tiga cara singkir Najib bukan idea saya - Musa Hitam

Bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam berkata, tiga cara untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang digariskan dalam buku terbarunya 'Frankly Speaking' bukan idea beliau sendiri.
Musa berkata beliau hanya menyampaikan apa yang telah disyorkan oleh orang lain. .
"Apa yang saya lakukan adalah bahawa saya menyenaraikan tiga cadangan bagaimana untuk membuang Najib. Terdapat pelbagai pihak yang memberikan cadangan.
"Ada yang menyatakan Umno perlu terlibat. Lain (cadangan) berkata kuasa asing dan media perlu melibatkan diri dan memberi tekanan kepadanya.
"Ada juga yang mencadangkan pilihan raya. Saya hanya menyenaraikan cadangan dan menyatakan pandangan saya tentang kesannya.
"Ia tidak bermakna bahawa saya telah menyenaraikan tiga cadangan saya sendiri," katanya dalam temubual dengan Astro Awani.
Musa dalam bukunya menyenaraikan tiga cara untuk menyingkir Najib, iaitu melalui Umno, campur tangan asing atau pilihan raya umum.
Beliau bagaimanapun tidak mengaitkan sumber kaedah itu.
Musa berkata mereka yang menyangka ia adalah cadangan beliau sendiri mungkin disebabkan oleh "kelemahan bahasa Inggeris".

Bangkit Memali: Adakah Musa mahu serang Tun Mahathir, bela Najib?


Rancangan OHI Astro Awani bersama Musa, Nurul Izzah dan Alex Yoong malam tadi.Rancangan OHI Astro Awani bersama Musa, Nurul Izzah dan Alex Yoong malam tadi.
Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menyerang kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, tindakan bekas timbalan perdana menteri dibawah beliau, Tun Musa Hitam membangkitkan sekali lagi isu Memali disifatkan sebagai untuk membela Najib.
"Hahaha... Musa akan digunakan untuk pertahan Najib dan Umno/BN," kata ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Beliau berkata demikian dalam satu komen ringkasnya terhadap berita yang memaparkan Musa berkata beliau penat tanggung beban jadi 'kambing hitam' peristiwa Memali yang disiarkan oleh sebuah portal berita.
Musa adalah timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri manakala Mahathir adalah perdana menteri ketika peristiwa Memali berlaku.
Peristiwa Memali pada 19 November 1985, menyaksikan 14 orang maut dalam pertempuran antara polis dan penduduk kampung.
Insiden berlaku ketika polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.
Dalam ruangan Obviously Harith Iskandar (OHI) malam tadi, Musa Hitam mengakui beliau sudah penat menanggung beban sejarah menjadi 'kambing hitam' dalam peristiwa Memali.
Jelas Tun Musa, situasi tidak menyebelahi beliau hingga dipersalahkan sebagai individu yang bertanggungjawab ke atas peristiwa berdarah berkenaan.
Katanya, dalam perjalanan politik beliau, peristiwa Memali dianggap paling kontroversi. Kerana peristiwa itu, beliau dikaitkan dengan gelaran pembunuh.

Disebalik Skandal 1MDB: Najib dan Zahid bersama 'Yahanana' di Dataran Merdeka

Najib beryahanana di Dataran Merdeka malam tadiNajib beryahanana di Dataran Merdeka malam tadi
Datuk Seri Najib Tun Razak malam Sabtu menyertai ribuan umat Islam yang membanjiri Dataran Merdeka di sini pada majlis 'Doa untuk Malaysia' sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016.
Perdana Menteri yang lengkap berjubah putih serta kopiah tiba 8.30 malam dan disambut timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Hadir sama pada majlis yang memasuki tahun ketiga itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Program tahunan kerjasama antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu merupakan program pembukaan kepada semua acara sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016.
Program yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen RTM dan radio Nasional fm itu dimulakan dengan solat Isyak berjemaah disusuli solat hajat yang diimamkan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.

Skandal 1MDB: Kini, DoJ dituduh usaha campur tangan asing

Seperti biasa Datuk Seri Najib Razak gelabah apabila kenyataan benar berkenaan salah lakunya didedah.
1mdb_doj_malaysia_600
Oleh Tun Dr Mahathir Mohamad
Demikian pendedahan yang dibuat Department of Justice (DoJ) Amerika Syarikat (AS) berkenaan salah guna wang oleh keluarga dan kawannya dan “Malaysian Official 1” yang semua tahu ialah perdana menteri sendiri.
Najib dan konconya memikir cara memutar belit fakta yang didedah supaya rakyat Malaysia tertipu.
Kali ini kenyataan DoJ dituduh sebagai usaha campur tangan dalam urusan negara Malaysia.
Apakah AS yang begitu menghargai dasar Najib terhadapnya dan persahabatan Najib dengan Presiden Barrack Obama, berhasrat untuk menjatuhkan Najib. Mereka perlukan Najib menandatangani TPPA (Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik). Untuk menjatuhkan banyak cara yang boleh diguna seperti yang kita lihat di Timur Tengah.
Yang sebenar berlaku ialah pencabulan undang-undang AS oleh keluarga Najib, kawannya dan Malaysian Official 1.
Pembersihan wang haram sudah ditakrif sebagi jenayah di kebanyakan negara. Ini disebabkan pendapatan daripada mencuri dan dagangan dadah sering dibawa ke negara lain untuk dibelanjakan.
Kemasukan wang ke mana-mana negara (termasuk Malaysia) akan diperiksa untuk menentukan punca wang itu. Jika wang itu halal sekalipun cukai pendapatan perlu dibayar.
Jika punca wang berkenaan tidak dapat disahkan halal, iaitu ia mungkin dicuri atau berpunca daripada dagangan haram ia akan dirampas pegawai negara berkenaan.
Duit berbilion dolar yang dibelanjakan Riza Aziz, Jho Low menggunakan wang dari bank Amerika, membiayai pembelian hartanah dan lukisan di Amerika, membayar hutang judi dan pengeluaran filem Wolf of Wall Street. Oleh kerana wang haram dibawa masuk ke AS menggunakan bank AS dan dibelanjakan di sana maka ia melanggar undang-undang Amerika.
Negara itu berhak mengambil tindakan undang-undang negaranya seperti Malaysia juga berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap orang asing yang melakukan jenayah di Malaysia. Jenayah orang asing tidak dikecualikan daripada undang-undang mana-mana negara.
Untuk elak daripada barangan yang dibeli dengan duit haram dihilangkan, DoJ mengambil tindakan sivil bagi merampas barangan dibeli Riza dan Jho Low. Kemudian baru mereka akan dituduh bawah undang-undang jenayah.
Di Amerika kebebasan media tidak boleh disekat seperti di Malaysia. Tuntutan media supaya didedah segala urusan pemerintah tidak boleh diketepikan. Dalam kes yang diketahui seluruh dunia seperti penyelewengan 1MDB, tidak ada kemungkinan DoJ rahsiakan maklumat yang ada padanya. Namun nama Najib tidak disebut.

Serah diri atau tunggu kami, kata bos SPRM yang baru kepada perasuah .....


KP SPRM yang baru mendaftarkan diri di pejabat barunya.KP SPRM yang baru mendaftarkan diri di pejabat barunya.Hentikan rasuah dan salah guna kuasa sekarang atau bersedia berdepan tindakan tegas pasukan penguatkuasaan.
Itu amaran Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Dzulkifli Ahmad, 48, yang sekaligus turut membuka ruang kepada pelaku rasuah untuk tampil 'menyerah diri' secara sukarela bagi memungkinkan hukuman lebih ringan dipertimbangkan terhadap mereka.
"Datang sekarang, ini peluang yang saya buka, datang bila-bila masa sebelum diambil tindakan. Kalau sudah diambil tindakan baru nak jumpa kami, tak payahlah. Kalau dah rasa 'panas', datanglah.
"Kita akan kaji dan bincangkan dengan pihak Peguam Negara apa tindakan yang boleh diambil (untuk diringankan hukuman) kerana soal pendakwaan adalah di bawah tanggungjawab mereka," katanya dalam satu temu bual eksklusif dengan Bernama di pejabatnya, di sini pada Sabtu.
Tawaran itu walau dilontarkan dalam nada penuh toleransi, namun ketegasan bos baharu agensi antirasuah negara itu jelas kelihatan apabila menyifatkan tidak akan 'pilih bulu' dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab suruhanjaya itu dalam usaha mencegah jenayah rasuah di negara ini.
Dzulkifli yang mengambil alih jawatan itu menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed bermula 1 Ogos lepas berkata fokus utama beliau sebaik dilantik menerajui SPRM ialah untuk menekankan peranan suruhanjaya itu dalam usaha meningkatkan integriti sama ada di sektor awam atau swasta.
Katanya dalam melaksanakan peranan itu, tidak mustahil amaran yang diutarakan itu diterjemahkan dengan serbuan di pejabat-pejabat kerajaan atau swasta yang berkaitan jika terdapat sebarang bukti pelakuan rasuah.

Saya penat tanggung beban sejarah jadi 'kambing hitam' peristiwa Memali - Musa Hitam


Saya penat tanggung beban sejarah jadi 'kambing hitam' peristiwa Memali - Musa Hitam
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mengakui beliau sudah penat menanggung beban sejarah menjadi 'kambing hitam' dalam peristiwa Memali.

Jelas Tun Musa, situasi tidak menyebelahi beliau hingga dipersalahkan sebagai individu yang bertanggungjawab ke atas peristiwa berdarah berkenaan.

Katanya, dalam perjalanan politik beliau, peristiwa Memali dianggap paling kontroversi. Kerana peristiwa itu, beliau dikaitkan dengan gelaran pembunuh.

"Signifikan peristiwa Memali adalah mudah, selama 30 tahun saya dikatakan menjadi pembunuh, bolehkan anda bayangkan?

"Pembangkang menyalahkan UMNO dan saya sebagai individu yang bertanggungjawab, dan 'rakan-rakan' saya dalam UMNO, apabila situasi ini berlaku, mereka meninggalkan saya.

"Mereka seolah-oleh mengatakan biarlah Musa menjadi 'kambing hitam' daripada kami," kata beliau ketika menjadi tetamu undangan rancangan bual bicara Obviously Harith Iskander (OHI) malam ini.

Hakikatnya, Tun Musa menegaskan beliau langsung tidak diberi ruang untuk memberi penjelasan.

Namun selepas mendiamkan diri selama 30 tahun, beliau menceritakan bagaimana beliau menangani krisis tersebut dalam bukunya 'Frankly Speaking'.

Tun Musa berpendapat banyak sebab menyumbang kepada persepsi negatif terhadapnya berhubung peristiwa Memali.


"Saya bukan pemimpin yang berpengaruh ketika itu, saya banyak memberikan masalah kepada kepimpinan, saya individu yang kontroversi,

"Media pula seolah-olah malu untuk melaporkan kebenaran,

Pas perlu RM3 juta untuk saman Sarawak Report - Ramesh


Ramesh Rao
Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin, Ramesh Rao berkata, Pas perlu menyediakan wang sekurang-kurangnya RM3 juta sebagai menampung kos keseluruhan kos Beliausaman Sarawak Report di England.
 
Beliau berkata demikian mengulas tindakan saman yang bakal diambil Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Sarawak Report yang menyiarkan berita fitnah kononnya pemimpin parti itu menerima dana sebanyak RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Mengakui terkejut dengan tindakan berani Pas, Ramesh menawarkan diri membantu parti itu menyediakan segala maklumat dan panduan kerana beliau ada pengalaman dalam proses permohonan saman kepada akhbar tersebut di England baru-baru ini.
 
"Jika Pas mahu saman Sarawak Report serta wartawannya, Claire Rewcastle Brown di England, sekurang-kurangnya RM3 juta diperlukan untuk menguruskan kes di mahkamah. Saya tahu jumlah kos sebab saya pernah bawa kes saman ke atas kedua-dua pihak itu di England dan saya bersedia bantu Pas sepenuhnya dalam hal ini kerana mahu selamatkan Malaysia daripada dicabul pihak luar," katanya kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi Malaysia Gazette petang tadi.
 
Dalam perkembangan sama, Ramesh juga menyatakan kesyukuran kerana akhirnya Pas 'bangun daripada tidur' dan kini sedar akan apa yang dilaporkan Sarawak Report selama ini fitnah dan berniat jahat.
 

Parti serpihan biasanya tak tahan lama - Takiyuddin


Datuk Takiyuddin Hassan
Pas berpendapat parti politik baharu, Parti Peribumi Bersatu Malaysia bersifat 'serpihan' tidak akan kekal lama dalam politik tanahair negara.
 
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti yang sedang dalam proses kelulusan Pendaftar Pertubuhan itu bakal menerima nasib Semangat 46 yang datang dan hilang dalam kadar segera.
 
"Parti-parti politik di Malaysia ini khususnya parti yang bersifat serpihan ini (Bersatu) saya rasa tidak lama. kita ada contoh Semangat 46  dan terbaharu PKR nampak goyah dan hilang momentum.
 
"Saya berpendapat parti Bersatu tidak akan berpanjangan, sebab jika kita lihat ia hanya berasaskan satu kaum. Berdasarkan apa yang difahamkan menerusi liputan media sejak akhir-akhir ini, saya saya rasa itu untuk peribumilah..Melayu dan peribumi sahaja, memang tak akan berpanjangan, itu pandangan saya," katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di sini hari ini.
 
Beliau berkata demikian ketika ditanya pendapatnya mengenai potensi parti tajaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ada pihak mula tertekan selepas penubuhan Bersatu: Ibrahim Ali

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, pelbagai pihak kini sudah mula merasai tekanan daripada penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, tekanan itu dapat dilihat menerusi pelbagai ulasan dan kenyataan berbaur kecaman dan memperlekeh, khususnya daripada pemimpin parti politik lain, golongan akademik dan ilmuwan.
Beliau berpendapat jika Bersatu dianggap remeh, tidak mendapat sokongan atau tidak memberi kesan kepada parti lain, mengapa perlu dibuat pelbagai andaian dan kenyataan di media.
“Sehinggakan nama BERSATU pun mendapat bantahan. Pelbagai alasan dan tekanan sudah mula timbul satu per satu. Banyak pihak berlumba-lumba mahu memberi ulasan sehingga dilihat seperti kumpulan Raja Lawak.
“Malaysia sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Takkanlah golongan akademik pun tidak faham. Di mana sifat intelektualisme dan keilmuwan. Mahathir dan Muhyiddin juga rakyat Malaysia yang berhak menubuhkan parti.

KEPADA PENYOKONG 4M, KAMU JANGAN MUSNAHKAN UMNO...

Bukan  yang sokong Mukhriz sahaja perlu keluar UMNO, yang sokong Muhyiddin mahupun Dr Mahathir juga perlu keluar UMNO dengan segera.
Juga, yang bersimpati dengan Shafie Afdal  cepat-cepat  lakukan perkara yang sama.
Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menegaskan,  keahlian anggota UMNO Kedah akan gugur serta-merta sekiranya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Perkara tersebut berlandaskan perlembagaan UMNO yang anggota parti itu tidak boleh mempunyai dua keahlian parti yang berbeza. 

Namun sejauh ini UMNO tidak boleh bertindak atau melakukan pengguguran secara automatik dan ia tidak akan berlaku kerana parti yang diasaskan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu belum terdaftar secara rasmi.
Ahmad Bashah....program pemutihan
Malah, sejauh ini tiada ahli parti itu yang didaftarkan secara rasmi sehingga parti berkenaan diluluskan pendaftarannya. 

Ahmad Bashah berkata UMNO Kedah akan melakukan  program pemutihan bagi mengesan sekiranya terdapat anggota parti itu mempunyai dua keahlian selain Umno.
UMNO Negeri lain bagaimana?

Malah, Menteri Besar Kedah itu berkata anggota UMNO yang mempunyai jawatan dalam parti itu tidak kira di peringkat cawangan dan bahagian juga akan dipecat daripada jawatan yang disandang mereka jika didapati melakukan kesalahan itu. 

Jika mereka ada jawatan lain seperti Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) mereka juga akan dilucutkan jawatan berkuat kuasa serta merta.
Hebat penegasan ini. 

Selepas pembersihan ini, agaknya ada berapa ahli UMNO? Masih kekal lebih tiga juta?
Jadi kepada yang ada hati dengan BERSATU atau berhasrat tinggalkan UMNO, buatlah pendirian supaya KAMU semua jangan dicop  sebagai gunting dalam lipatan dan lebih teruk ‘DURI DALAM DAGING’.
Johari...tidak mahu ada ejen parti lain
Rasanya itu adalah langkah terbaik bagi UMNO, jika mengikut pendapat Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Seri Mohd Johari Baharom.
Johari sekadar menyebut Mukhriz tetapi jika hati sudah berubah dan yang berminat dengan parti baru – BERSATU – adalah lebih baik berundur secara sukarela daripada UMNO.

Umno 'berpengalaman' tangani parti serpihan S46, PKR - Hishammuddin

Umno mempunyai mekanisme tersendiri untuk memastikan tiada anggotanya yang memberi sokongan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Katanya, sebagai sebuah parti yang telah lama ditubuhkan, Umno mempunyai banyak pengalaman dalam menghadapi penubuhan parti serpihan oleh pihak yang kecewa seperti Semangat 46 dan PKR.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan memberi amaran tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana anggota Umno yang didapati memberi sokongan kepada parti baharu itu.
"Bagaimanapun siasatan rapi perlu dibuat sebelum tindakan diambil untuk memastikan tiada sesiapa yang teraniaya.
"Tindakan tidak boleh dibuat secara rambang. Kita tidak mahu nanti ada pihak yang mengeksploitasikannya untuk kepentingan sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Batu Gajah, hari ini.