Sabtu, 13 Ogos 2016

Saman baru difailkan di AS untuk tebus dana 1MDB

Bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Matthias Chang bergandingan dengan ADUN Salor, Datuk Husam Musa dalam memfailkan saman kelas tindakan di Amerika Syarikat terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan 1MDB.
Saman itu bertujuan memohon ganti rugi bagi kecurian dana firma pelaburan negara dan mendapatkan semula aset yang diperoleh dengan menggunakan dana berkenaan.
Tindakan tersebut dibuat bagi pihak rakyat Malaysia dan difailkan pada Selasa di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Daerah Selatan New York, menurut The Hollywood Reporter.
Chang dan Husam menamakan firma Red Granite, pengasas syarikat pengeluar dan pengedar filem Christopher Joey McFarland dan Riza Shahriz Abdul Aziz yang juga anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai defendan.
Menurut pemfailan mahkamah, Chang dan Husam mendakwa defendan sengaja menggunakan dana yang dicuri dari 1MDB untuk kepentingan peribadi mereka termasuk mengadakan pesta untuk bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio.
Turut dinamakan sebagai defendan ialah jutawan yang berasal dari Malaysia, Jho Low dan peguam percukaiannya, Debra Whelan Johnson serta firma miliknya, Metropolis IX Capital Advisors LLC.
Goldman Sachs Group dan bekas jurubank Timothy Leissner juga dinamakan.
Plaintif mendakwa individu-individu dan entiti yang terlibat dalam urus niaga yang menjurus kepada kecurian dana 1MDB.

"Armada 14" Pemuda Umno akan gempur pembangkang

Pergerakan Pemuda Umno negeri menubuhkan jentera 'Armada 14' sebagai platform menangkis segala tohmahan mahupun tuduhan liar pembangkang terhadap kepimpinan parti sekaligus urusan pentadbiran negara.
Ketuanya Mohd Shahar Abdullah berkata jentera itu telah ditubuhkan di setiap bahagian Pemuda Umno di seluruh negeri dengan anggotanya terdiri daripada Jawatankuasa Pemuda Umno bahagian dan cawangan.
"Kita yakin melalui Armada 14 yang baru ditubuhkan ini mampu menentang segala serangan dan tuduhan palsu tersebut dengan usaha bersepadu dilakukan anggota Armada 14 ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Maran, hari ini.
Turut hadir Ketua Umno bahagian Maran merangkap Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.
Mohd Shahar berkata Pemuda Umno Pahang juga akan turun padang ke seluruh negeri menemui rakyat terutamanya di kawasan luar bandar selepas ini untuk menerangkan segala usaha dilakukan kerajaan demi pembangunan negara dan kebajikan rakyat.
"Pemuda juga akan terus mendaftarkan seberapa ramai anggota dan pemilih baharu bagi membolehkan mereka yang cukup umur mendaftar sebagai pemilih sekaligus mengundi," katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa semua anggota parti di semua peringkat bekerja keras dengan turun padang menambah daftar pemilih dan keanggotaan yang lebih ramai lagi bagi membolehkan Barisan Nasional menang dalam pilihan raya umum nanti.

"Biar halilintar membelah bumi, Najib tidak akan berundur"

Umno bukanlah parti yang dilahirkan daripada perasaan benci, kekecewaan atau atas dasar menolak pemimpin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, sebaliknya, Umno adalah parti suci yang dilahirkan di tangga istana besar di Johor dengan gema semangat nasionalisme untuk menolak penjajah dan bangkit daripada roh orang Melayu yang mahu membela martabat dan maruah.
" Umno tidak lahir di atas kebencian, Umno tidak lahir di atas kekecewaan, Umno tidak lahir kerana mahu menolak pemimpin lain.
"Kalau itulah jadi asas perjuangan kita, maka, apa-apa yang kita lakukan bukanlah bertunjangkan idealisme dalam perjuangan yang berpaksikan kepada sesuatu yang mulia dan suci.
"Tidak ada satu wadah perjuangan yang jelas, hanya sekadar marah, benci dan cita-cita peribadi yang tidak kesampaian maka perjuangan itu tidak bertahan lama," katanya semasa berucap merasmikn Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Jelebu dan Jamuan Rakyat Sehati Sejiwa di Stadium Mini Kuala Klawang di Jelebu, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri yang juga Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Umno Jelebu Datuk Jalaluddin Alias dan Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim.
Najib yang juga Presiden Umno berkata sejarah telah membuktikan bahawa mana-mana parti politik yang dibangunkan atas sifat-sifat sedemikian, tidak dapat bertahan lama.
" Umno boleh menjadi teras kepada kepimpinan negara kita kerana kita berdiri atas perjuangan idealisme yang teruji, bertahan sejak sekian lama dan terbukti membawa negara kita kepada kejayaan. Dalam apa jua era dan krisis, kita telah berjaya melalui krisis itu.
"Sama ada kita melawan komunis, berdepan zaman kemelesetan ekonomi, Umno boleh bertahan kerana kita mempunyai wadah perjuangan yang lahir ditengah-tengah semangat untuk membela martabat dan maruah kita dan hari ini dunia melihat Malaysia berjaya," kata beliau.
Mengulas lanjut, Najib berkata rakyat juga tidak seharusnya menjadikan media sosial sebagai hiburan atau menjadikan satu dua akhbar antarabangsa sebagai panduan.
"Rakyat Malaysia tidak mudah terpengaruh dengan anasir luar, kita lebih sayang kedaulatan negara kita," katanya.
Dalam pada itu, Najib berkata tindakan pihak tertentu yang mengemukakan referendum dan deklarasi rakyat terhadapnya adalah suatu yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.
"Rakyat tak boleh hidup atas politik macam ini...rakyat boleh terus hidup bila kita bagi bantuan kepada rakyat susah seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), bantuan persekolahan, bagi projek kecil, bagi duit raya, bagi bonus dan macam-macam lagi.
"Inilah yang akan membela kesejahteraan dan kebajikan rakyat, bukan kerja-kerja yang tak berfaedah ini," katanya.

‘MO 1 letak jawatan segera, nama negara tercemar teruk’


'MO 1 letak jawatan segera, nama negara tercemar teruk'

Sejak Department Of Justice (Jabatan Keadilan) Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan bahawa ‘MO 1’ terlibat dalam pembersihan wang haram di negara tersebut, ramai rakyat di negara kita mendakwa PM Najib adalah MO 1.
Bagi Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah, MO 1 tidak boleh lagi berselindung melainkan meletak jawatan segera agar nama negara tidak menjadi lebih buruk.
“MO 1 patut letak jawatan hari ini juga sebab dia telah memusnahkan nama baik negara. Adakah pemimpin kita sedar bahawa imej Malaysia jadi sampah-sarap?” katanya kepada Suara pakatan daily.
Ahli Parlimen Shah Alam Ir Khalid Samad pula menegaskan rakyat Malaysia tidak lagi boleh menghormati MO 1 sebab jelas orang itu telah terlibat dalam isu penyelewengan wang negara.
“Tidak kira MO 1 ialah siapa, orang tersebut wajar dihadapkan ke muka pengadilan sebab dia telah memalukan nama rakyat Malaysia di seluruh dunia,” kata Khalid.
Pemerhati politik berpendapat pemimpin BN yang cuba mempertahankan MO 1 semakin kelihatan bebal dan bodoh di mata dunia. Juga terpapar di media sosial gesaan rakyat agar MO 1 mesti berundur dengan serta-merta.
Ada juga kemeja-T dengan cogankata ‘I am not Malaysian Official No. 1’ yang berharga RM20 yang sedang hangat dijual.
Manakala NGO Bersih 2.0 sedang bersiap sedia untuk melancarkan tunjuk perasaan besar-besaran bagi mendesak MO 1 berundur atau sekurang-kurangnya bercuti supaya satu siasatan bebas dapat dijalankan mengenal pasti dalang yang melesapkan berbiion ringgit dana 1MDB.

Akui kesilapan kamu, Muhyiddin beritahu Najib

Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hendaklah mengakui kesilapan yang pernah dilakukannya, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bekas timbalan Najib itu berkata, bekas bosnya itu tidak seharusnya bertindak sebaliknya dengan berpura-pura kononnya semua dalam keadaan baik.
"Presiden Umno terpalit dalam banyak skandal yang saya boleh katakan mencecah perkadaran global, inilah yang menjadi keprihatinan setiap rakyat Malaysia.
"Kamu sedang duduk di kerusi itu, jadi, menjadi tanggungjawab kamu untuk melindungi kepentingan negara," kata Muhyiddin lagi.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan kempen menderma darah di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, hari ini.
"Jika kamu hadapi masalah hari ini, kamu harus akui kesilapan yang dibuat. Bukan lagi rahsia. Seluruh negara, seantero dunia tahu mengenainya," ujar beliau lagi.
Kira-kira dua bulan yang lalu, mesyuarat Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk memecat Muhyiddin bersama-sama bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhkriz Mahathir daripada parti itu.
Pengumuman pemecatan itu dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku presiden Umno yang berkata keputusan berkenaan dicapai sebulat suara.
Kata Najib, tindakan kedua-dua mereka berkempen bagi pihak pembangkang sehingga menjejaskan parti, begitu dikesali dan satu perbuatan tidak bertanggungjawab.
Susulan pemecatan beliau, Muhyiddin dilihat terus aktif menentang bekas bosnya itu dengan menyertai beberapa ceramah mengkritik Najib dan Umno.
Terbaru, Muhyiddin mendaftar parti politik baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau BERSATU yang menyasarkan untuk bertanding melawan Umno dalam pilihan raya umum akan datang.

Umno bukan dilahirkan daripada kebencian, kekecewaan sembang Najib


Datuk Seri Najib Tun Razak

JELEBU - Umno bukanlah parti yang dilahirkan daripada perasaan benci, kekecewaan atau atas dasar menolak pemimpin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.  
Beliau berkata sebaliknya, Umno adalah parti suci yang dilahirkan di tangga istana besar di Johor dengan gema semangat nasionalisme untuk menolak penjajah dan bangkit daripada roh orang Melayu yang mahu membela martabat dan maruah.  
"Umno tidak lahir di atas kebencian, Umno tidak lahir di atas kekecewaan, Umno tidak lahir kerana mahu menolak pemimpin lain. Kalau itulah jadi asas perjuangan kita, maka, apa-apa yang kita lakukan bukanlah bertunjangkan idealisme dalam perjuangan yang berpaksikan kepada sesuatu yang mulia dan suci.  
"Tidak ada satu wadah perjuangan yang jelas, hanya sekadar marah, benci dan cita-cita peribadi yang tidak kesampaian maka perjuangan itu tidak bertahan lama," katanya semasa berucap merasmikn Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Jelebu dan Jamuan Rakyat Sehati Sejiwa di Stadium Mini Kuala Klawang di sini, hari ini.  
Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri yang juga Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Umno Jelebu Datuk Jalaluddin Alias dan Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim.

Kerjasama Pas, Ikatan Bentuk "Gagasan Sejahtera"

"Sanjung Najib, kerana dia pemimpin anugerah dari Allah" ampu Idris Haron

Pas: 'Pakatan Harapan Wadah Lama Yang Gagal'

Muhyiddin: Membership criteria not crucial, I'm not racist

Muhyiddin: Umno shouldn't fear 'mosquito' Bersatu

Najib: I'm not a dictator

Persempadanan perlu dilakukan untuk lenyapkan penyokong pembangkang kata Ketua Menteri Melaka

KPDNKK pantau koperasi kredit yang didalangi Ah Long

KPDNKK mengetahui dan menyedari wujudnya kegiatan sedemikian di sebalik koperasi kredit.
Hamzah Zainudin
BALIK PULAU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) giat memantau kegiatan koperasi kredit yang didakwa didalangi kegiatan Ah Long dalam memberikan pinjaman kepada peminjam yang ingin menjalankan perniagaan.
Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pihaknya mengetahui dan menyedari wujudnya kegiatan sedemikian di sebalik koperasi kredit tersebut.
“Saya tahu di belakang koperasi ini, banyak macam Ah Long dan kita akan dakwa mereka sekiranya kita dapati mereka menggunakan sindiket-sindiket Ah Long dalam Koperasi Kredit,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Koperasi Kebangsaan 2016 Peringkat Pulau Pinang di sini hari ini.
Hamzah berkata pada masa ini sebanyak 12 koperasi di seluruh negara telah diarahkan tutup manakala 11 lagi koperasi sedang dalam siasatan.
“Ini menunjukkan kami serius terhadap koperasi yang menyalahgunakan segala apa yang kita berikan seperti lesen dan sebagainya. Selain itu terdapat lebih 40 koperasi sedang dipanggil untuk proses penyerahan dokumentasi,” katanya.
Beliau berkata sekiranya koperasi yang sedang disiasat didapati bersalah ketika menjalankan urusan antaranya menipu peminjam, koperasi tersebut akan diarahkan tutup serta-merta.
Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata akta koperasi yang bakal digubal akan dibentangkan di Parlimen tahun hadapan.
“Melalui penggubalan akta ini ada perkara-perkara yang kita perhalusi antaranya memberikan ilmu untuk menguruskan koperasi.
Melalui akta sedia ada semua koperasi berada pada tahap yang sama dan ia menyukarkan koperasi besar untuk memperluaskan perniagannya.
“Maka dengan penggubalan akta baru nanti secara automatik akan membahagikan pemain industri dalam bidang ini kepada tiga tahap,” katanya.

Pemuda Pakatan Harapan bersama mahasiswa tangkap #MO1


Pemuda Pakatan Harapan Harapan bersama Mahasiswa tangkap MO1Pemuda Pakatan Harapan Harapan bersama Mahasiswa tangkap MO1
Pemuda Pakatan Harapan akan menggerakkan seluruh jentera sebagai tanda solidariti terhadap perhimpunan aman '#TangkapMalaysianOfficial1' 27 Ogos ini.
Dalam sidang media bersama di ibu pejabat pejabat PKR, Petaling Jaya hari ini, mereka menyatakan kesediaan untuk memberi sokongan mobilisasi, keselamatan dan perundangan terhadap himpunan tersebut.

Mereka juga meminta kerajaan memberi ruang kepada anak muda dan mahasiswa untuk bersuara kerana mendakwa suara mereka suara kuasa ketiga yang bebas daripada kepentingan politik.

“Diingatkan kepada Kerajaan Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan para pentadbir universiti supaya memberi ruang kepada mahasiswa dan anak muda bersuara.
“Suara mahasiswa adalah suara kuasa ketiga yang bebas daripada kepentingan politik yang akan menjadi pemangkin untuk mencapai negara lebih sejahtera,” katanya ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Sany Hamzan dalam sidang media tersebut.
Pemuda Pakatan juga merakam ucapan tahniah kepada anak muda dan mahasiswa yang memulakan usaha '#TangkapMalaysianOfficial1'.
“Semoga usaha ini akan menjadi pemangkin untuk kita mencapai impian Malaysia yang lebih sejahtera. Ayuh anak muda Malaysia, kita turun ke himpunan '#TangkapMalaysianOfficial1',” katanya.
Turut bersama dalam sidang media tersebut ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua DAPSY Kebangsaan, Wong Kah Woh.
Sementara itu, Nik Nazmi berkata, Malaysia perlu diselamatkan daripada kepincangan urus tadbir membimbangkan ekoran laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (US DOJ) berkenaan penyelewengan wang melalui 1MDB.

'Kredibiliti Bank Negara, gabenornya berisiko terjejas kerana 1MDB'

Bank Negara Malaysia (BNM) tidak ada pilihan lain selain membuka semula siasatan ke atas 1MDB atau berdepan keterjejasan kredibiliti bank pusat itu dan gabenornya, kata Tony Pua.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, BNM berisiko menjadi bahan ketawa masyarakat kewangan antarabangsa dan pihak berkuasa kerana hanya mengenakan denda ke atas 1MDB ketika firma tersebut sedang disiasat atas dakwaan pengubahan wang haram di luar negara.
Khususnya, Pua menegaskan, Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat mendakwa para pegawai syarikat tersebut dan pegawai Malaysia bersubahat kepada penipuan dan penggubahan wang haram melibatkan lebih daripada ASD3.5 bilion milik 1MDB.
Semalam, Gabenor BNM, Datuk Muhammad Ibrahim berkata, pihaknya tidak akan membuka semula siasatan terhadap 1MDB susulan dakwaan DOJ Amerika Syarikat bahawa lebih AS$3.5 juga wang telah “dicuri “ daripada syarikat itu.
Ujar Muhammad, bank pusat sudah mengambil tindakan yang perlu terhadap 1MDB.
“Kita sudah selesaikan siasatan terhadap 1MDB berdasarkan maklumat dan kertas siasatan.
“Kita sudah kenakan denda kepada syarikat itu, kita sudah ambil semua tindakan yang diamanahkan ke atas kita oleh undang-undang dan kita sudah tutup siasatan itu,” kata Muhammad dalam sidang media.
Bagaimanapun, tambahnya, Bank Negara akan bekerjasama dengan badan siasatan lain yang meneliti dakwaan-dakwaan terhadap 1MDB.
Beliau juga berkata tiada rancangan untuk mengetatkan peraturan kewangan negara seperti Singapura di tengah-tengah dakwaan skandal 1MDB.
Katanya, peraturan sedia ada dapat mencegah pengubahan wang haram dan jenayah kewangan.
Ditanya apa salahnya dengan kemasukan wang besar ke dalam akaun peribadi, Muhammad berkata, sesetengah undang-undang dilanggar tetapi tindakan lanjut sudah diambil.

Ahli ekonomi UK pun akui BR1M terbaik untuk negara sembang Najib

Perdana menteri berkata melalui pemberian itu, rakyat akan membelanjakan wang tersebut dan secara tidak langsung membantu memajukan ekonomi negara.
najib br1m
MELAKA: Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pada pandangan 35 ahli ekonomi United Kingdom (UK), adalah kaedah terbaik membantu perkembangan ekonomi tempatan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana menteri berkata melalui pemberian itu, rakyat akan membelanjakan wang tersebut untuk membeli barangan keperluan dan secara tidak langsung membantu memajukan ekonomi negara.
“Tolong orang apa salahnya. Tolong orang miskin pun dia kata salah bagi makan dedak pulak, saya bagi BR1M kata makan dedak… 35 para ahli ekonomi di UK kata BR1M adalah kaedah yang terbaik, bukan saya sebut.
“…35 para ekonomi di UK kata BR1M itu terbaik kerana bila kita bagi BR1M, orang dapat duit dan pergi kedai beli barang, pergi pasar tani beli ikan, sayur, kedai beli kasut, baju. Ekonomi tempatan berkembang kerana ada suntikan ekonomi,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tangga Batu di sini, hari ini.
Beliau berkata segala usaha yang dilakukan kerajaan telah banyak membantu rakyat dalam semua aspek kehidupan termasuk mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan dalam setiap projek atau pembangunan yang dilaksanakan.
Katanya sebagai contoh, projek pengangkutan yang dibangunkan kerajaan seperti tren sistem transit aliran ringan (LRT) dan Perkhidmatan Mass Rapid Transit (MRT) membuka peluang pekerjaan kepada siswazah kejuruteraan.
Najib berkata projek tersebut bukan sahaja membantu mengurangkan masalah sistem pengangkutan di negara ini tetapi ia menguntungkan banyak pihak terutamanya rakyat dan negara.
Beliau berkata pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang akan melibatkan laluan di Ayer Keroh Melaka akan turut menjadi pemangkin kemajuan ekonomi negara dan negeri Melaka.

PRU14: Umno Kelantan sedia hadapi parti baharu


Md Alwi Che Ahmad

KOTA BHARU - Umno Kelantan sedia berdepan Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada PRU14 akan datang, kata Ketua Penerangannya, Datuk Md Alwi Che Ahmad.
Katanya, walaupun berdepan pelbagai cabaran semasa, namun Umno Kelantan akan terus komited mendukung perjuangan parti bagi membela nasib rakyat.
Perjuangan kita masih belum tergugat dan agenda Umno akan tetap diteruskan, kata Md Alwi yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian Ketereh.
"Kita bersedia bertemu mereka pada PRU14 akan datang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Berkelompok Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Ketereh di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kadok di sini, hari ini.
Majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 anggota perwakilan itu turut disertai Ketua Pergerakan Wanita Umno bahagian Ketereh Sabariah Hamzah, Ketua Pemuda Umno bahagian Ketereh Mohd Azam Ismail dan Ketua Puteri Umno bahagian Ketereh, Marzuani Ardila Ariffin.

Umno jangan takuti 'nyamuk' BERSATU, sindir Muhyiddin

Umno tidak harus berasa takut dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang disifatkan hanya sebuah 'parti nyamuk' yang belumpun secara rasmi ditubuhkan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presiden penaja parti baru itu berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa parti itu tidak boleh dibenarkan untuk menggunakan singkatan 'BERSATU' kerana perkataan itu begitu biasa.
"Ya, parti kita begitu umum, Umno tidak perlu takut parti ini. Ia seperti sebuah parti nyamuk, belum terbentukpun," katanya selepas menghadiri kempen derma darah di Kuala Lumpur, hari ini.
"Sayapun tidak mempunyai ahli lagi, kita belum ada cawangan dan bahagian seperti mereka (Umno), kita tidak mempunyai juta ahli, kita tidak mempunyai wang. Jadi mereka tidak perlu begitu bimbang mengenai parti ini," katanya.
"Adakah ini bermakna Umno merasakan kelahiran parti baru sebagai ancaman sebenar, mereka kata ia serpihan, serpihan tidak akan bertahan, jadi mengapa bimbang?
"Apa yang besar sangat mengenai nama sahaja?" tanya beliau lagi.
Muhyiddin, bagaimanapun, menasihatkan para pengkritiknya agar tidak terlalu banyak mengkritik parti itu.
"Ia adalah hak untuk mengkritik, ini adalah demokrasi. Rakyat mempunyai hak untuk mengatakan apa yang mereka mahu katakan.
"Tetapi, lebih kurang mereka berkata mengenai parti ini adalah lebih baik, berilah kami peluang, saya fikir rakyat Malaysia mahu diberikan peluang (kepada Bersatu)," ujarnya lagi.
Sebelum ini, Tengku Adnan menyatakan rasa tidak bersetuju dengan nama parti baru yang diterajui oleh Muhyiddin yang didaftarkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Selasa lalu.
Katanya, pihak berkuasa perlu menyemak semula nama BERSATU yang sepatutnya tidak boleh diguna pakai.
Kata Tengku Adnan, BERSATU adalah perkataan sinonim yang sering digunakan sekaligus boleh mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat.

‘Gagasan’ PAS-Ikatan: Pilihan politik penyelesaian bukan permasalahan

Rakyat tidak perlu lagi terikat dengan dua pilihan jalur politik sedia ada, parti budaya korup dan parti politik emosi, kata PAS.
hadi
KUALA LUMPUR: PAS dan sekutunya Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) kini akan dikenali sebagai Gagasan Sejahtera (Gagasan)
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perkara itu dipersetujui kedua-dua parti menerusi mesyuarat bersama pada 2 Ogos lalu.
“Persefahaman politik ini menjadi satu gagasan baharu kepada lanskap politik negara menawarkan pilihan yang lebih mantap kepada rakyat dengan menekankan kepada budaya berpolitik yang membawa kesejahteraan kepada rakyat keseluruhannya.
“Justeru rakyat tidak perlu terikat dengan dua pilihan jalur politik sedia ada yang mana satunya telah terbukti membawa budaya korup, kronisme, nepotisme serta kegagalan menguruskan pentadbiran negara iaitu Blok Umno, BN dan satu lagi jalur politik yang menekankan budaya politik emosi, politik melampau, permusuhan dan kemarahan membuta tuli dalam kalangan rakyat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat parti itu hari ini.
Jamin beliau, Gagasan akan membawa budaya politik matang dan sejahtera.

Cukuplah, BERSATU bukan mengenai perkauman - Muhyiddin

Perkara yang paling penting tentang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bukanlah kriteria menjadi ahli tetapi apa yang menjadi pegangannya, menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau dan parti itu bukan bersifat perkauman, tegasnya, selepas menghadiri kempen menderma darah di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, hari ini.
Parti itu telah dikritik oleh sesetengah pihak kerana bukan bumiputera hanya diterima sebagai ahli bersekutu.
"Lihatlah perlembagaan. Saya rasa yang paling penting bukan soal keahlian, tetapi apa pegangan parti," ujar beliau lagi.
Perlembagaan parti, tambah bekas perdana menteri itu, menjelaskan apa yang menjadi keprihatinan rakyat Malaysia secara umum.
"Ia bukan sekadar dasar parti. Perlembagaan menyentuh mengenai isu-isu ekonomi, pendidikan, agama, hak untuk rakyat Malaysia, tadbir urus yang baik, anti-rasuah dan salah guna kuasa.
"Saya rasa apa yang rakyat Malaysia harapkan dari mana-mana parti politik, kita dinyatakan dengan jelas dalam perlembagaan.
"Tidak kira bahawa saya seorang Melayu, saya bukan rasis, saya berjuang untuk rakyat Malaysia," katanya sambil menambah BERSATU akan menyerlah lebih daripada banyak parti lain.
"Isu perkauman tidak timbul sama sekali. Berhenti," katanya.
Mengenai isu bukan Melayu hanya boleh menyertai parti itu sebagai ahli bersekutu, jelas beliau, ramai rakyat Malaysia tidak mahu terlibat secara aktif dalam politik, tetapi mahu menjadi sebahagian daripadanya.
"Saya rasa ini adalah peluang terbaik untuk mereka," tambahnya.

'Mission Accomplished' !!! Tahniah buat Gabenor BNM baru..

MALAYSIA BOLEH !!!.. Siasatan di Malaysia mmg handal2 belaka lagi efisien coz leh settle skandal 1MDB lebih cepat berbanding negara2 luar yg lembap nak siasat..

Skandal 1MDB Terbesar Di Dunia......

WOWW !!.. Tidak dinafikan siasatan skandal kewangan 1MDB yg jadi kebanggaan negara adalah yg terbesar di dunia kerana 8 buah negara sedang aggresif utk menyiasatnya malah terdapat beberapa negara sudah jalankan pendakwaan terhadap individu2 yg terlibat dlm skandal kewangan tersebut.
WOWW !!.. tetapi di Malaysia semuanya dah 'SETTLE'.. Najib, Jho Low, anak tiri Najib & kuncu2nya tetap bebas ke sana ke mari terbang ke luar negara..

CUEPACS: Penjawat awam bukan beban negara

Sebaliknya penjawat awam dikatakan menjadi penjana ekonomi negara.
Azih-Muda_pekerja_600
PETALING JAYA: Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) membantah dakwaan ‘kebanjiran’ pekerja dalam sektor awam membazirkan sumber Malaysia.
Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata, penjawat awam adalah ‘tulang belakang’ dan merupakan sektor terpenting dalam menjana ekonomi negara.
“Penjawat awam adalah penentu kekuatan pertahanan negara dan kayu ukur maju dan mundurnya sesebuah negara.
“Tiada istilah kebanjiran penjawat awam di sini. Dulu hingga kini bilangan penjawat awam sama sahaja (kekal). Pengambilan penjawat awam hanya mengantikan mereka yang pencen dan bukan dibuat sesuka hati,” katanya kepada FMT.
Azih berkata demikian mengulas kenyataan penganalisis Asia di BMI Research di Singapura, Chia Shuhui yang dipetik Bloomberg sebagai berkata kebanjiran pekerja dalam sektor awam membazirkan sumber Malaysia tatkala pendapatan kerajaan semakin berkurangan.
Chia Shuhui mencadangkan langkah mengurangkan penjawat awam adalah pilihan terbaik ketika ekonomi negara dijangka berkembang pada kadar paling perlahan dalam tempoh tujuh tahun ini.
Mengikut perkembangan semasa, jumlah penjawat awam terkini ialah 1.6 juta orang, termasuk kumpulan keselamatan dan perkhidmatan kritikal.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa sebelum ini telah mengumumkan kenaikan satu tangga gaji bagi penjawat awam pada 1 Julai ini seperti yang dijanjikan dalam Bajet 2016.
Beliau berkata gaji minimum penjawat awam sebanyak RM1,200 sebulan juga akan dilaksanakan pada tarikh sama.

Najib minta rakyat pastikan tiada penjajahan moden di M'sia..??

Rakyat perlu memastikan tiada penjajahan moden berlaku di Malaysia kerana mereka berperanan dalam menentukan hala tuju dan menjaga kedaulatan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata sekiranya negara dijajah dalam bentuk moden, segala martabat, maruah serta kedaulatan negara akan hilang dan tidak boleh diperoleh kembali.

"(Dalam) sejarah (Melaka), Bendahara Tun Perak setia kepada empat raja.Melaka terkenal sebagai Venice of the East (Venice di Timur) kerana kesetiaan tetapi bila percaya kepada hasutan, bagi maklumat kepada Portugis, hancur Melaka... ini pengajaran dari sejarah kita.
"(Oleh itu), jaga kedaulatan, ini kedulatan negara kita, itu adalah hak kita. Kepimpinan negara, kita yang tentukan bukan orang lain yang tentukan," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Tangga Batu di Bandar Hilir di Melaka hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron yang juga ketua Umno bahagian Tangga Batu, Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh juga ketua Umno bahagian Masjid Tanah, Anggota Dewan Negara Tan Sri Mohd Ali Rustam yang juga ketua Umno bahagian Bukit Katil.
Untuk mengelak daripada mengulangi kesalahan sama, Najib yang juga presiden Umno menekankan pentingnya kesetiaan sebagai tunggak kepada perjuangan untuk menjaga negara dan membela rakyat.

"Dalam politik, saya amat menghormati Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba yang amat setia dengan perjuangan parti Umno. Bagi beliau, jawatan tidak penting...yang penting adalah perjuangan. Kalau parti selamat, kita semua selamat.

"Suatu hari nanti, saya akan serah (Umno) kepada pengganti saya. Masa itu, kalau hendak datang kepada saya atau tidak, itu tidak mengapa. Tetapi, saya pantang mengkhianati Umno. Kita mahu serah sebuah parti yang kuat," katanya.

Saya bukan seorang diktator sembang Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini menegaskan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang dipilih secara demokrasi, yang membuat keputusan secara bersama.
"Saya bukan 'one man show', Saya bukan diktator," katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Tangga Batu di Melaka hari ini.
Bagi menjelaskan perkara itu, Najib berkata walaupun mendapat tekanan dari individu tertentu supaya membina jambatan bengkok, beliau membawa perkara itu kepada Majlis Tertinggi Umno, di mana ia secara kolektif membuat keputusan menolak projek jambatan itu.
Walaupun beliau tidak menyebut sebarang nama, ia jelas merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan projek jambatan bengkok yang sepatutnya menghubungkan Malaysia dengan Singapura.

RM 90 Juta: Pas kemuka saman terhadap Sarawak Report di England sebulan lagi

PAS akan memfailkan saman terhadap Sarawak Report dalam masa sebulan ini.
Menurut Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, PAS akan memfailkan saman itu di England.
"Kita telah membuat keputusan akan membawa kes itu ke mahkamah di England kerana kita difahamkan media tersebut berpusat di sana.
"Kita kenal queen counsel (peguam kanan) yang pernah ada hubungan dengan kita dalam kes sebelum ini.
"Dalam masa terdekat, dalam masa sebulan ini," kata Abdul Hadi dalam sidang medianya di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini.
Isnin lepas PAS membidas Sarawak Report selepas laman pemberi maklumat itu mendakwa parti Islam itu menerima RM90 juta daripada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata PAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report kerana didakwanya berniat jahat dan mencemar nama baik parti serta dasar Islam yang menjadi teras kepada parti itu.

OHI beri persada baru kepada media Malaysia

SKANDAL 1MDB: CAMPUR TANGAN ASING

Politik Penyu: Kemelut Politik Terengganu

Polis lengkap bersenjata kawal seminar IS, kafir harbi

Setiap peserta seminar perlu menjalani pemeriksaan keselamatan oleh pasukan petugas khas yang lengkap bersenjata
ceramahpolis
KUALA LUMPUR: Seminar “Ancaman Daesh dan Istilah Kafir Harbi” yang berlangsung di Saloma Bistro, Kuala Lumpur dikawal ketat pihak polis.
Semua peserta yang hadir perlu menjalani pemeriksaan keselamatan oleh pasukan petugas khas anti-keganasan Bukit Aman yang lengkap bersenjata sebelum memasuki dewan seminar.
Sekurang-kurangnya 10 anggota dilihat berkawal sejak program bermula jam 8 pagi, sekaligus melancarkan perjalanan program yang akan berlangsung sehingga jam 5 petang.
Seminar ini akan menampilkan Pengarah Islamic and Strategi Studies Institute (Issi) Dr Amran Muhammad, bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh, Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman, Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas Cawangan Khas (SB) Bukit Aman Datuk Ayob Khan, Felo Kanan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim) Engku Ahmad Fadzil Ali dan pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Hizam Hanafiah.
Hampir 100 peserta hadir untuk mendengar pembentangan panel.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadualkan untuk merasmikan program tersebut, namun peserta dimaklumkan bahawa beliau, dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed tidak dapat menghadirkan diri.
Majlis kemudiannya dirasmikan Zamihan Mat Zin.

Maria: Perhimpunan saja tak mungkin boleh jatuhkan k'jaan

Tidak ada perhimpunan hari ini yang akan berjaya "menumbangkan sebuah kerajaan" di Malaysia, kata Pengerusi BERSIH, Maria Chin.
Katanya, ia tidak seperti kejatuhan rejim diktator di negara-negara jiran seperti Indonesia, Filipina dan Thailand berikutan kebangkitan rakyat secara besar-besaran itu.
"Saya pasti bahawa ia (perubahan kerajaan melalui protes) boleh berlaku di negara-negara lain ... tetapi di Malaysia sekarang, kita belum di peringkat itu lagi.
"Ia hanya akan berlaku apabila setiap orang merasakan komitmen yang sama (untuk perubahan), mereka mahu melihat matlamat akhir. Sekarang saya tidak merasainya di Malaysia ... " katanya, sambil menambah bahawa kebanyakan rakyat Malaysia masih memilih untuk membuat perubahan melalui peti undi walaupun peraturan pilihan raya tidak adil.
Dalam satu wawancara dengan Malaysiakini di pejabat BERSIH 2 di Petaling Jaya, Maria berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kekecewaan yang dirasai oleh sesetengah pihak tentang kekurangan impak daripada perhimpunan besar-besaran, termasuk BERSIH 4, tahun lepas.
"BERSIH 4, jika anda fikir untuk jatuhkan kerajaan, ia tidak berlaku. Ia bukan semudah itu: melalui satu demonstrasi, berada di jalanan, walaupun anda pergi ke sana selama dua hari, atau seminggu atau sebulan ..., " katanya.
Beliau menganggap kemiskinan sebagai faktor utama yang mencetuskan kebangkitan rakyat di rantau ini.
"Tidak seperti di Indonesia dan Filipina, saya rasa faktor lain ialah isu ekonomi. Apabila mereka merana, kebuluran, pendapatan mereka terjejas, maka lebih ramai akan tampil dan memprotes.
"Kami tentunya telah menyaksikannya dalam sejarah Malaysia, contohnya di Baling... Ia telah menghasilkan beberapa perubahan," katanya merujuk kepada protes 1974 di Baling, Kedah, yang menyaksikan ribuan petani miskin bangkit berdepan dengan pihak berkuasa tempatan.

Kami untuk semua, Bersatu enggan jelaskan pendirian Uber, Grab

"Kami tahu masalah yang mereka hadapi. Kami akan kaji semua masalah," kata Kamarulzaman.
Kamarulzaman-Habibur-Rahman_bersatu
PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) enggan menjelaskan pendirian berhubung pertikaian tiga penjuru antara teksi, kerajaan dan Uber serta Grab, cuma menegaskan ia menawarkan penekanan ekonomi baharu untuk semua rakyat Malaysia.
Setiausaha penaja Bersatu ketika dihubungi FMT berkata masalah yang berbangkit di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah dikenalpasti, dan akan mengkajinya.
“Kami mengalu-alukan sokongan pemandu teksi dan pandangan mereka bahawa kami untuk rakyat Malaysia,” kata Kamarulzaman Habibur Rahman.
“Kita boleh nampak masyarakat umumnya tidak gembira kerana taraf hidup tidak seperti yang diharapkan.
“Kami tahu masalah yang mereka hadapi. Kami akan kaji semua masalah.”
Semalam, pengasas syarikat Teksi Premium Big Blue Datuk Shamsubahrin Ismail berkata pemandu teksi akan parti Tun Dr Mahathir Mohamad itu jika Uber dan Grab diluluskan akhir tahun ini.
Menurutnya, pemandu teksi berpandangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) perlu memperbaiki mekanisme penguatkuasaan dan membersihkan kegiatan haram dalam industri itu, sebelum menghalalkan Uber serta Grab.
Namun, menurut Shamsubahrin, Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar mengkhianati mereka kerana gagal menunaikan janji bantu industri teksi.
“Sejak beberapa tahun lalu mereka tidak gembira dengan apa yang berlaku,” tambah Kamarulzaman, “tidak seperti BN, kami akan pegang janji kami.”

‘Bersatu tidak akan jejaskan Umno’ sembang Pemuda Perak

logo Bersatu
IPOH - Pemuda Umno Negeri menganggap penubuhan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) yang diterajui bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menjejaskan Umno.
Ketua Pemudanya, Hairul Anwar Mohamed Noor berkata, sebagai sebuah negara demokrasi, tidak ada sekatan mana-mana individu untuk menyertai parti baharu itu apatah lagi menghalang penubuhan parti baharu.
Beliau berkata, pihaknya turut mengalu-alukan kehadiran parti baharu itu merancakkan lagi persekitaran politik sedia ada.
“Kami tidak melihat ia sebagai ancaman yang boleh merosakkan kebebasan berpolitik di Malaysia.
“Keadaan masih sama seperti dulu dan mungkin sehingga bila-bila. Parti Umno terus gah menaungi bangsa Melayu Bumiputera dan menjadi parti utama dalam pentadbiran negara,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.
Hairul Anwar berkata, sejak dari dulu lagi, walaupun terciptanya parti-parti politik yang dianggap sebagai alternatif kepada orang melayu, Umno terus kukuh dipersada politik tanah air.
Jelasnya, rakyat dilihat lebih bijak menilai parti mana yang mampu membela mereka biarpun parti-parti baharu menyatakan pelbagai alasan dan tawaran.
Ditanya, sama ada kewujudan parti baharu itu menyebabkan perpecahan dalam kalangan orang Melayu, Hairul Anwar berkata, perpecahan biasanya wujud disebabkan mereka yang jiwanya tidak besar.
“Perpecahan orang Melayu hanya kepada mereka yang bercita-cita namun ibarat Pak Pandir. Perpecahan di kalangan orang Melayu hanya akan wujud sekiranya orang Melayu itu sendiri memecahkannya.
“Justeru itu tidak timbul perpecahan orang Melayu seandainya dinilai di atas tertubuhnya parti politik baharu. Apa guna parti baharu ibarat rumah yang cantik namun peralatannya usang,” katanya.

BERSATU LEBIH MEMUDAHKAN PERUBAHAN.....

Pada pilihanraya umum 2013, BN berjaya mengekalkan kuasanya dengan meraih kemenangan di 133 kerusi Parlimen berbanding Pakatan Rakyat sebanyak 89 kerusi daripada  222 jumlah keseluruhannya.

Daripada 133 kerusi yang dimenangi BN itu, 88 diraih melalui calon-calon UMNO. Ini bermakna jumlah kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat hanya lebih satu kerusi berbanding kekuatan UMNO. Banyak kerusi BN disumbangkan melalui Sabah dan Sarawak.

Pada pilihanraya 2008 pula, daripada 140 kerusi yang dimenangi oleh BN, 79 kerusi dimenangi atas tiket UMNO. Berbanding pilihanraya 2008, jumlah kemenangan kerusi UMNO meningkat sebanyak 9 kerusi dalam pilihanraya 2013 lalu.

Di sebalik pelbagai isu melanda Najib Razak dan negara, UMNO pada hakikatnya masih mampu menang banyak kerusi bagi memastikan BN terus berkuasa. UMNO dan parti-parti kompenan BN kecundang di banyak kerusi bandar, separa bandar dan pengundi campuran, tetapi masih dominan di luar bandar, kampung-kampung Melayu serta Felda.

Kemampuan BN menang itu adalah disebabkan UMNO masih dilihat parti yang memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu, sesuai dengan komposisi Melayu yang meliputi kira-kira 65 peratus penduduk negara ini. 

Dalam Pakatan Rakyat, tidak ada parti yang benar-benar bersifat Melayu. DAP pelbagai kaum dan PKR juga pelbagai kaum, sementara Pas adalah parti Islam. 

Oleh kerana tidak ada yang benar-benar memperjuangkan Melayu, di sinilah UMNO mengambil kesempatan. Walaupun wujud pelbagai isu berkaitan Najib dan Rosmah pada pilihanraya 2013, UMNO masih menang banyak kerusi kerana  kejayaannya memanipulasi pengundi luar bandar dengan memainkan sentimen UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO.

Sementara pengaruh media sosial memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat dalam konteks pengundi bandar, luar bandar dan campuran, mainan sentimen Melayu dengan dibantu elemen 3M iaitu "money, machinery, media", telah memberi kelebihan kepada UMNO.

Meskipun kita seharusnya menolak perkauman dan mahu semua rakyat hidup harmoni tanpa mengira agama dan bangsa, realiti politik Malaysia masih jauh untuk bebas daripada hakikat itu. Tambahan lagi, masih banyak kerusi Parlimen dan DUN di negara ini dihuni oleh majoriti pengundi Melayu luar bandar, miskin dan ketinggalan.

Camputangan Luar ? Satu Malaysia Cuba Di Perbodohkan .....

 Camputangan Luar ? Satu Malaysia Cuba DiPerbodohkan
Kalau tak silap, baru ni ada Najib melancarkan sesuatu berkaitan dengan pendidikan rakyat, begitu juga dengan program Permata Rosmah yang kekadang mucul dengan pujian2 yang diterima. Semuanya bagus kerana menampakkan kesungguhan di pihak kerajaan mahu meningkatkan taraf pendidikan negara.

Pendek kata - kerajaan mahu rakyat Malaysia supaya lebih cerdik.

TAPI kenapa bila saja isu 1MDB timbul, keadaan sebaliknya pula yang berlaku iaitu kerajaan dilihat bersungguh2 mahu rakyat Malaysia jadi bodoh ?

Tak matching beb .... rakyat dididik supaya lebih cerdik. Bila rakyat semakin cerdik dan makin bijak menggunakan akal, mereka melihat dengan jelas bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan 1MDB ..... itu rumusan bilamana rakyat semakin bijak menggunakan akal, tapi kerajaan pula dilihat berusaha memperbodohkan rakyat.

Sepatutnya kerajaan yang lebih di depan, menjadi contoh bagaimana sebuah kerajaan yang bijak menangani isu2 seperti 1MDB.

Sudah terlalu banyak contoh2 kenyataan2 bengong yang dikeluarkan oleh pemimpin2 kita sejak akhir2 ini yang menunjukkan kepimpinan kerajaan sudah jauh ketinggalan dibelakang rakyat dalam konteks kebijaksanaan dalam menggunakan akal.

Saya ambil beberapa contoh yang baru -


Huh ? Mamat ni cakap apa ?

OKlah, Rakyat tidak bodoh  ok. Nyatakan dengan jelas bahawa MO1 itu adalah Najib.  Tak perlu nak berbelit2 lidah bermain dengan ayat2 'macam dia tapi bukan dia'.

Serius beb, anda kelihatan macam badut di mata rakyat bila anda cuba bermain dengan cara ' macam dia tapi bukan dia' !

Semua bukti2 yang ada dalam dokumen DOJ begitu jelas menunjukkan bahawa MO1 itu adalah Najib. So .... just say it lah. Ni dah berminggu2 duk bermain isu Siapa MO1? .... BODOHNYALAH !

Bab samada Najib terlibat atau tidak akan disentuh kejap lagi


Rakyat sepakat tidak berbelah bahagi dan langsung tidak ada pertikaian mengatakan MO1 itu adalah Najib. Tapi pemimpin2 Umno pula yang sengaja beri gambaran kononnya identiti MO1 itu satu misteri ..... memanglah MO1 itu satu misteri kepada orang2 yang tidak pandai menggunakan akal !

Yang bijak menggunakan akal hasil usaha kerajaan sendiri dah lama nampak dengan jelas siapa MO1.



Huh ? Tingkat kebodohan kepimpinan Umno naik 3 takuk lagi ..... Ni semua berakar umbi dari point utama yang telah dipersetujui oleh pemimpin2 Umno dalam menangani isu DOJ iaitu - Gambarkan tindakan DOJ sebagai satu campurtangan asing.

Ingat lagi tahun lepas, waktu2nya lebihkurang sekarang iaitu ketika bahagian2 Umno memulakan sesi sidang mereka. Ketika itu isu RM2.6 bil begitu panas dan pemimpin2 Umno perlu mencari satu alasan yang boleh disogokkan ke dalam kepala otak para perwakilan mesyuarat bahagian2  .... Selepas berbincang, mereka sepakat menggunakan alasan Derma Islam.

Biasalah, orang Melayu ni sensitif sikit bab ugama. Apasaja berkaitan dengan Islam, kita agak lebih mudah menerima biarpun tidak masuk akal.

Maka keluarlah pelbagai alasan ... menentang ISIS la ( padahal ISIS tak wujud lagi waktu derma diterima ), menentang pengaruh Ikhwanul Muslimin yang di bawa oleh PAS la ( sekarang tak disebut dah sebab Umno cuba menagih simpati Pas ) ... pokoknya, gunakan alasan Derma Islam supaya isu RM2.6 bilion itu dapat diterima oleh ahli2 Umno.

Itu tahun lepas ..... tahun ini sempena menjelangnya mesyuarat bahagian2 Umno, maka sekali lagi pemimpin2 Umno berkumpul dan mencari satu lagi alasan untuk disogokkan ke dalam kerongkong ahli2 parti dalam menangani tindakan DOJ.

Dan mereka sepakat menggunakan line ini - Beri gambaran tindakan DOJ itu sebagai satu campurtangan asing.

Bijak .... secara tak langsung, jika ahli2 Umno terima tindakan DOJ sebagai satu bentuk campurtangan asing, dengan sendirinya mereka akan menolak semua dakwaan itu sebagai fitnah terhadap kepimpinan Melayu Islam yang diterajui oleh Umno Najib.

Oklah, saya tarik balik.... pemimpin2 Umno dan kerajaan bukan bodoh, Mereka bijak sebenarnya. Tapi kebijakan mereka digunakan untuk memperbodohkan rakyat terutamanya ahli2 Umno.

Untuk menjawab dakwaan 'campurtangan asing' perlukan satu lagi artikel tapi secara ringkasnya apa yang boleh saya jawab adalah -

1 - DOJ tidak sentuh pun 1MDB atau negara kita. DOJ hanya mahu dakwa mereka yang telah merompak wang 1MDB dan membelanjakan hasil rompakan itu di negara Amerika. DOJ tidak mahu negara Amerika dijadikan tempat lambakan hasil rompakan pencuri2 dunia. Sebab itu kesemua aset2 yang disenaraikan oleh DOJ adalah aset2 yang berada di negara Amerika saja.

DOJ tidak sentuh langsung aset negara Malaysia malahan DOJ akan kembalikan harta rompakan yang dirampas itu kepada tuanpunya iaitu rakyat Malaysia !

2 - DOJ kata 4 orang yang dinamakan itu merompak duit 1MDB sedangkan 1MDB kata tidak ada duitnya yang dirompak.

1MDB kata 1MDB dah bayar kepada pihak2 yang sepatutnya terima duit, dan apa yang berlaku kepada duit itu selepas dibayar bukan lagi masalah 1MDB. Maknanya, kalau duit itu dicuri dari Aabar BVI, maka itu masalah Aabar BVI lah.

Kelakarnya AG boleh pula kata dia nak ke Amerika semasa prosiding kes sebab pihak Amerika nak bagi duit ( pulangkan hasil rampasan ) .... pulak ? Mana satu ni ?

Bersatu adalah kacukan Umno-Pas...


Logo Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)

Walaupun asas perjuangan Bersatu hampir sama dengan Umno, namun parti itu diyakini mampu meraih sokongan ramai.
Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Fuad Othman berkata, ini kerana keahlian parti itu bukan hanya dibuka kepada Bumiputera, malah bukan Bumiputera sebagai ahli bersekutu.
“Parti Bersatu ini boleh diibarat seperti kacukan Umno dan Pas. Umno buka keahlian kepada Bumiputera sahaja.
"Manakala Pas buka untuk warganegara dan beragama Islam serta keahlian bersekutu untuk ahli bukan Islam melalui Dewan Himpunan Penyokong Pas. Mungkin mereka (Bersatu) melihat kepada skop lebih besar iaitu mendapatkan lebih banyak sokongan bagi menghadapi Umno,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berpendapat, cita-cita Bersatu mewujudkan situasi di mana ahli Umno keluar beramai-ramai.
“Dasar perjuangan parti hampir sama dengan Umno. Strategi mereka dapatkan sokongan ahli Umno dan orang Melayu yang tidak mempunyai parti,” katanya.
Jelasnya, kekuatan sebenar Bersatu perlu dinilai menerusi penerimaan rakyat dan keyakinan terhadap parti itu.
“Maksudnya, bagaimana mereka boleh buktikan kewujudan mereka mampu membawa perubahan kepada landskap politik negara.
“Pada tahap awal ini sokongan itu bergantung pada personaliti pemimpin dalam Bersatu,” katanya.
Ditanya kekangan yang bakal dilalui Bersatu, Mohd Fuad berkata, isu pembahagian kerusi pada PRU bakal menjadi masalah utama kepada parti pembangkang berasaskan kaum seperti Parti Amanah Negara (Amanah) dan Pas.

Johari gesa penyokong Mukhriz keluar Umno

Kerana penyokong bekas menteri besar itu ibarat gunting dalam lipatan, kata timbalan menteri itu
Mohd-Johari-Baharom_Mukhriz_umno_600
JITRA: Anggota UMNO yang masih berpihak dan menyokong Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir boleh keluar daripada parti itu kerana hanya merosakkan perpaduan dalam parti, ibarat gunting dalam lipatan.
Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Seri Mohd Johari Baharom berkata sekiranya anggota terbabit kekal dalam UMNO, ia hanya menyebabkan pecah belah dalam kalangan anggota lain yang taat pada perjuangan parti.
“Sebelum ini ramai yang keluar UMNO apabila menyokong kepimpinan UMNO yang keluar parti dengan menubuhkan parti baharu seperti Semangat 46 dan PKR tetapi akhirnya mereka kembali kepada UMNO.
“UMNO merupakan sebuah parti yang kukuh dan sebagai anggota UMNO kita akan pertahankan kepimpinan kita yang bersilih ganti bagi memastikan parti yang memperjuangkan bangsa Melayu terus utuh pada masa depan,” katanya selepas perasmian Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu, di sini semalam.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertahanan berkata UMNO tidak menghalang anggotanya keluar parti disebabkan rasa simpati terhadap Mukhriz dengan menyokong parti baharu yang ditubuhkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Johari berkata ini kerana sekiranya anggota parti yang menyokong Mukhriz dihalang daripada keluar parti berkemungkinan mereka ini akan menjadi duri dalam daging yang mana mereka akan menyalurkan pelbagai maklumat sulit berkaitan UMNO.
Beliau berkata UMNO tidak mahu mereka terbabit menjadi ejen kepada parti lain yang akan merosak dan memporak-perandakan keharmonian sesama anggota dan kepimpinan parti.
Katanya krisis yang berlaku dalam parti itu tidak mematahkan semangat perjuangan anggota parti yang ditunjangi Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Kita mesti patuh kepada pemimpin yang dilantik… sama seperti kita mempertahankan Tun Mahathir suatu ketika dahulu ketika UMNO dilanda krisis besar sehingga beliau (Tun M) menjadi Perdana Menteri selama 30 tahun,” katanya.
Ujarnya anggota UMNO boleh melupakan pemimpin yang lepas (Mukhriz) dan memberi fokus dalam mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Nak Bersatu, Teruskanlah, Tiada Siapa Yang Larang!

Apa salah Pas, Umno bersatu

“Sekiranya DAP dan MCA boleh bersatu (menentang RUU 355), apa salah Pas dan Umno bersatu juga dalam isu yang sama, tegas Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Beliau menyifatkan perkara itu adalah berita baik yang ditunggu-tunggu setelah dahulunya Umno menentang, tetapi kini turut bersama menyokong pindaan Rang Undang-Undang (RUU) 355 atau RUU Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah).

Nik Mohamad Abduh berkata, Pas dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam telah sepakat untuk menyeru seluruh ahli parlimen Muslim agar menyokong RUU355 ini.


“Ia adalah hari besar untuk Islam di Malaysia. Jika ada ahli parlimen bukan Islam turut menyokong, maka ia adalah bonus besar buat penyatuan dan kesejahteraan negara yang wajar dirayakan juga.

“Seperti saya tekankan di atas, sebagaimana Umno memerlukan masa untuk memahami, MCA dan DAP lagi-lagilah memerlukan masa,” katanya menerusi catatan terbaharu di laman sosial Facebooknya, semalam.

Kenyataan itu berikutan tindakan MCA dan DAP yang dilihat bersatu hati menentang RUU355 yang dijelaskan oleh Nik Mohamad Abduh bertujuan memperkasakan kedudukan mahkamah syariah dalam sistem perundangan negara.

“Secara mudah, kedua-dua parti dominasi non Muslim itu mempunyai dua matlamat yang sama iaitu memastikan berkembangnya arus sekular yang menolak peranan ugama dalam politik negara dan keduanya, saling berebut undi non Muslim.

“Dengan membesarkan isu pelaksanaan hukum hudud melalui RUU355 ini, mereka cuba menggambarkan masa depan Malaysia yang gelap jika ianya diluluskan,” ujarnya.

Malah, Ahli Parlimen Pasir Mas itu membidas DAP dan MCA pastinya akan bersatu sekiranya melibatkan soal hak dan tuntutan golongan LGBT.

“Saya tidak fikir pula jika hak dan tuntutan golongan LGBT diterima dalam negara, kedua-dua parti ini akan bersatu hati menentangnya.

“Dalam erti, memperkasakan perundangan Islam dalam negara adalah lebih bahaya dan menggelapkan masa depan negara berbanding kehadiran LGBT yang sedang berkembang menghancurkan dunia barat kini.

“Apa pun, saya memilih untuk melihatnya sebagai kejahilan yang perlu dilunakkan dengan proses pemahaman yang menagih sedikit masa yang lebih,” katanya.

Nik Mohamad Abduh berkata, pemerkasaan sistem Islam yang menyeluruh dalam negara asalnya adalah perjuangan Pas yang tidak dikongsi oleh mana-mana parti politik sebelum ini.

“Dalam sistem perundangan Islam yang diimplementasikan melalui mahkamah syariah, titik-titik kelemahan adalah amat ketara. Pas sentiasa menyeru kepada islah yang menyeluruh. RUU355 adalah sebahagian daripadanya.

“Tujuan adalah jelas. Ia agar mahkamah syariah menjadi sebahagian daripada institusi dalam negara yang mendidik umat Islam agar hidup berguna sebagai hamba Allah dan menjadi warga negara yang baik.

“Hukuman agama nilainya adalah pada keberkesanan dan kejayaan mendidik dan mencegah kejahatan,” katanya. Beliau berkata, Pas sentiasa mencadangkan dialog dan perbincangan yang sejahtera dan terbuka.

 Siapa pulak yang halang PAS-UMNO untuk bersatu? Malah kita amat mengalu-alukan tindakan PAS untuk bersatu dengan UMNO bukan sahaja dalam isu RU355 malah, bersatu terus pun tak mengapa seperti yang diwarwarkan oleh Presiden PAS dahulu dengan gagasan Kerajaan perpaduan (Unity Governement).

312 HARI BERLALU !!..

6 Okt. 2015:
Raja-raja Melayu titahkan peringatan menegaskan agar Kerajaan selesaikan secepat mungkin siasatan 1MDB.

TETAPI..
- Switzerland, Abu Dhabi, Singapura, USA dah bertindak.
- 3 negara, USA, S'pore & Switzerland dah mula sita aset yg berkait 1MDB.

- Malaysia ??.. LEMBAB NAK MAMPUS !!

Anda Sendiri Tahu Jawapannya....!!!

Ketika... 1MDB skandal kewangan TERBESAR DALAM SEJARAH DUNIA terpalit pada Najib sampai kemuncaknya, TIBA-TIBA wajah2 Peguam Negara, Gabenor BNM & Pengerusi PAC pantas berubah wajah... KENAPA ??!!!

Ketika... di peringkat antarabangsa MAS (S'pura), DoJ (US), AG Swiss dan AG Luxemborg sdg sibuk siasat kes 1MDB tapi di Malaysia dgn cepat dan mudah tutup kes 1MDB... KENAPA ??!!!

Perhimpunan Tangkap MO1 tidak ada permit - Amar Singh

Sekumpulan Gabungan Mahasiswa yang mahu menganjurkan Perhimpunan Tangkap Malaysian Officials No 1 (MO1) pada 27 Ogos ini diingatkan supaya melupakan hasrat mereka.
Amaran itu diberikan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh selepas mendapati gabungan mahasiswa itu masih belum mengemukakan sebarang permohonan rasmi untuk menganjurkannya di Dataran Merdeka.
"Saya sedia maklum bahawa pada 1 Ogos lalu, kumpulan gabungan mahasiswa mengumumkan mahu mengadakan Himpunan menangkap Malaysian Officials No 1 secara besar-besaran di Dataran Merdeka pada 27 Ogos ini.
"Mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 adalah wajib menyerahkan notis 10 hari sebelum program itu dijalankan sebagai mendapat kelulusan polis.
"Namun sehingga hari ini mereka masih belum kemukakan sebarang notis berkaitan, maka polis akan bertindak ke atas mana-mana pihak atau individu yang berhimpun," katanya pada sidang media di sini petang tadi.
Walaupun dalam Artikel 10 dalam Perlembagaan memberi kebebasan berhimpun bersuara dibenarkan kepada semua warganegara dan tidak bersenjata tetapi ia ada had, kata Amar Singh.
"Maka kita tertakluk kepada Klausa 2B Perlembagaan yang mana Parlimen boleh mengehadkan kebebasan bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.
"Jadi saya ingin menegaskan polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang berhimpun secara melanggari undang-undang APA 2012 nanti, kita tidak akan berkompromi dalam soal menjamin ketenteraman awam," ujarnya lagi.

Orang sekarang pandai lesap duit parti, kata Akhbar Satar

Sistem urus derma politik Eropah juga boleh ditipu jika diurus orang tanpa integriti, tegas presiden Transparency International Malaysia
akhbar-satar_duit-parti_600
PETALING JAYA: Dana parti terdedah kepada penyelewengan kerana di negara ini kebanyakan derma politik dimasukkan ke akaun persendirian, kata Presiden Transparency International Malaysia (TI-M).
Malah sistem pengurusan derma politik jika diperbaiki atau diubah tidak membantu sekiranya ia dikendalikan orang yang tidak berintegriti, tegas Datuk Akhbar Satar.
“Orang sekarang ini kreatif. Pandai tipu sana, bohong sini, dia ada cara dia,” kata Akhbar ketika dihubungi FMT. “Apa pun cara Umno dahulu atau import sistem dari Eropah kalau orang yang mengendali itu tak berintegriti tak berguna juga.”
Beliau mengulas nukilan Tun Musa Hitam dalam bukunya ‘Frankly Speaking’ yang menceritakan amalan urus derma politik pada zamannya. Bekas Timbalan Perdana Menteri itu bersara daripada Umno pada 1987.
“Zaman itu, ketirisan dan salah guna dapat dielakkan,” tulis Musa. “Malangnya, prosedur sedemikian tidak lagi menjadi amalan biasa pada hari ini.”
Menurut Musa, bekas TPM Tun Dr Ismail Abdul Rahman ketika menguruskan wang parti menetapkan setiap sumbangan kepada Umno mesti diisytiharkan, direkodkan dan tidak boleh diterima secara peribadi.
“Tak ada orang di Malaysia yang nak bagi dana politik tak berharap sesuatu,” kata Akhbar mengulas syarat ketat yang dinyatakan Musa itu.
“Di luar negara apa yang parti politik buat adalah isytihar sumbangan secara dalam talian. Yang pertama, mereka lebih telus. Yang kedua, dana tak diseleweng. Itu yang terbaik,” tegasnya.
Menurut Akhbar, menangani penyelewengan derma untuk parti tidak semestinya perlu sistem pengurusan dana yang kompleks.
“Kita nak orang yang mengendali ada integriti. Selesai banyak masalah,” ujarnya.

Anina: Umno tak perlu masuk campur urusan ROS

Umno tidak perlu campur tangan urusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) membuat keputusan berkaitan kelulusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Jawatankuasa Penaja Bersatu, Anina Saadudin berkata, tindakan Umno yang mahu nama Bersatu dipertimbang semula tidak berasas.
Anina Saaduddin “Bersatu adalah kata nama dan banyak lagi NGO lain yang guna kata nama itu, contohnya Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa). Jadi, dari sudut mana yang mereka kata ia mengelirukan?
“Umno tidak perlu campur tangan, biarlah ROS buat keputusan urus tadbir mereka dengan bebas,” katanya.
Kelmarin, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa ROS mempertimbangkan semula nama parti Bersatu dalam permohonan parti politik kerana dianggap bakal mengelirukan rakyat.
Anina berkata, Umno tidak perlu tergugat dengan Bersatu jika ia hanya parti nyamuk seperti dilabel pemimpin Umno sebelum ini.
“Mereka kata Bersatu parti nyamuk dan bakal terkubur tidak lama lagi. Mereka (Umno) perlu sedar, kami hanya serpihan mereka, jadi tak perlu rasa tergugat,” katanya.
Katanya, Tengku Adnan seharusnya beri tumpuan kepada Umno dan hapuskan politik wang yang berleluasa di dalam parti itu.

Pakatan Harapan dakwa 30,173 pengundi di Perak dipindahkan tanpa menerima notis SPR


Datuk Seri Nizar JamaluddinDatuk Seri Nizar Jamaluddin
Pakatan Harapan setelah meminta bantuan dari badan pemantau pilihanraya Bersih 2.0 telah mendapati terdapat sejumlah 30,173 pengundi dalam negeri Perak telah dipindahkan alamat dan pusat pengundi mereka tanpa menerima notis dari SPR.
Dalam satu kenyataan bersama Dato Seri Nizar Bin Jamaluddin (Ketua Pembangkang Dun Perak), Nga Kor Ming (DAP), Senator Dr Muhammad Manuty(PKR) dan Haji Asmuni Awi(Amanah) semalam menyatakan setelah merujuk kepada penwartaan senarai pengundi-pengundi terbaru penggal suku kedua yang diwartakan oleh SPR pada 29/4/2016 didapati jumlah tersebut adalah jumlah paling besar jika dibanding dengan negeri-negeri yang lain.
"Seramai 118,784 orang seluruh negara telah mengalami nasib yang sama dengan Perak menjadi negeri yang mempunyai pindaan & hijrah jumlah pengundi yang paling tinggi seramai 30,173 orang atau sebanyak 25.4% dari jumlah tersebut," katanya.

Pakatan Harapan juga mendapati bahawa kawasan yang mengalami penghijrahan pengundi terbesar berlaku di 10 kerusi Marginal yang mampu menentukan keputusan PRU-14 di negeri ini. 10 kerusi DUN tersebut mengalami secara purata penghijrahan pengundi seramai 1,814 orang di setiap DUN, satu keadaan yang cukup luar biasa.
" Kami mendapati dalam 4 kerusi DUN, penghijrahan pengundi adalah lebih tinggi dari keputusan majoriti pada PRU-13 dan ini adalah satu perubahan yang amat terkejut.

Musa Hitam letak jawatan kerana didakwa cuba guling Dr M

Musa yang terkejut dan kecewa dengan tuduhan itu, sedar tidak mampu mengekalkan kedudukannya dalam kerajaan lagi, jadi beliau memutuskan untuk meletak jawatan.

PETALING JAYA: Tun Musa Hitam meletak jawatan sebagai timbalan perdana menteri, selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau cuba menjatuhkan beliau dan kerajaan pimpinannya.
Malah, katanya, Dr Mahathir membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.
Musa yang tidak tahu orang dimaksudkan Dr Mahathir itu kemudiannya bersemuka dengan perdana menteri keempat terbabit untuk mendapatkan jawapan.
“Jawapan kejam beliau ialah ‘awaklah’,” tulisnya dalam buku terbaharunya bertajuk ‘Frankly Speaking’ yang dilancarkan Sultan Nazrin Shah, Rabu lalu.
Beliau yang terkejut dan kecewa dengan tuduhan itu, sedar tidak mampu mengekalkan kedudukannya dalam kerajaan lagi.
“Saya buat keputusan untuk letak jawatan. Macam mana saya hendak kekal apabila beliau tidak lagi percaya saya?
“Bagaimana saya hendak jalankan tanggungjawab sebagai timbalannya apabila didakwa cuba ‘membunuh’ beliau dari segi politik?
“Bagaimana saya hendak terus bekerja dan sokong beliau apabila hubungan kami sudah capai tahap itu?” soalnya.
Dalam buku setebal 443 muka surat itu, Musa mendakwa Dr Mahathir cuba memanipulasi kekecewaannya berhubung pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dalam kabinet sebagai alasan untuk peletakan jawatan mengejutnya.
Ku Li dilantik sebagai menteri perdagangan antarabangsa dan industri, walaupun tewas kepada Musa dalam pemilihan jawatan timbalan presiden Umno pada 1984.
Musa menjelaskan ia seolah-olah mustahil untuk Ku Li mengekalkan jawatannya dan diberikan kedudukan tinggi selepas kekalahannya itu.
Beliau turut menafikan peristiwa Memali pada 1985 yang menyaksikan 14 penduduk kampung dan empat anggota polis terkorban, selepas sebuah kumpulan ajaran sesat mengepung kampung di Kedah itu, adalah punca utama beliau meletak jawatan.

Sarawak ugut batal permit kerja jika Petronas tidak akur

Selain jumlah anak watan dalam operasi Petronas di Sarawak ditambah, Adenan juga mahu royalti minyak dinaikkan melebihi 5%.
Sarawak, Petronas, Adenan Satem, workers, retrench
KUCHING: Permit pekerja Petronas dari luar Sarawak akan dibatalkan, jika syarikat itu enggan menambah bilangan anak watan yang berkhidmat dalam operasi di negeri berkenaan.
Ketua menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata, pembekuan permit kerja yang dilaksanakan ketika ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan kutipan royalti minyak dan gas di Sarawak.
Adenan yang pertama kali mengulas isu pemberhentian 13 pekerja Sarawak oleh Petronas, bertegas mahu jumlah anak watan dalam operasi syarikat itu di Sarawak ditambah.
“Kami sentiasa tekankan rakyat Sarawak perlu diberikan keutamaan. Langkah seterusnya ialah kami akan membatalkan permit kerja yang sudah dikeluarkan dan digantikan pekerja kami sendiri.
“Tetapi, kami akan lakukannya langkah demi langkah. Kami tidak akan buatnya sekaligus dan kami mahu royalti dinaikkan melebihi 5%,” kata Adenan dalam rakaman ucapan yang diperolehi FMT, ketika beliau menghadiri satu majlis makan malam bersama pekerja Sarawak di Johor Bahru, malam ini.
Pegawai dari Petronas akan menemui Douglas dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani pada Isnin bagi membincangkan isu pengambilan pekerja syarikat itu.
Pada 4 Ogos lalu, Kumpulan Suarah Petroleum (SPG) mengecam tindakan Petronas memansuhkan 29 jawatan tetap sehingga menyebabkan 13 anak tempatan berpengalaman diberhentikan.
Ia disusuli pembekuan permohonan permit kerja baharu untuk pekerja dari luar Sarawak yang berkuat kuasa serta-merta yang diumumkan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Douglas Uggah Embas pada Isnin lalu, bagi memastikan Petronas berlaku adil kepada anak watan.

Isu Bertam 307: K'jaan pusat digesa gazet sempadan laut

Isu perebutan telaga minyak Bertam tercetus kerana kerajaan Persekutuan tidak pernah menggazetkan sempadan laut antara negeri-negeri, kata pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti dan Pendaratan Gas Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.
Menurut Husam, isu yang sama juga pernah berlaku antara Kelantan dan Terengganu apabila berlakunya pertindihan telaga minyak dan gas di kedua negeri tersebut.
Kekeliruan itu boleh menyebabkan wang royalti atau wang ihsan disalah bayar terhadap negeri yang sepatutnya menerima wang tersebut, kata anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu.
"Selain menentukan sempadan, penentuan sebenar rizab minyak di bawah laut juga perlu dilakukan supaya Terengganu tidak dirugikan dengan hasil royalti," katanya kepada Malaysiakini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu telaga minyak Bertam yang menjadi pertikaian sama ada milik Terengganu atau Pahang.
Bekas naib presiden PAS itu berkata, isu perebutan telaga minyak akan berterusan selagi sempadan laut negeri-negeri tidak ditentukan.
Sehubungan itu, katanya, bagi memaksa kerajaan Pusat mewartakan sempadan laut, negeri-negeri boleh memutuskannya semasa mesyuarat tahunan Majlis Tanah Negara yang akan diadakan pada Oktober depan.
"Kerajaan Terengganu yang berkepentingan secara langsung dalam isu ini sepatutnya mengambil langkah berkenaan. Jabatan Ukur dan Pemetaan wajib menentukan sempadan laut.
"Selepas sempadan laut ditentukan, dengan sendirinya telaga itu milik siapa, mudah untuk ditentukan. Lazimnya setiap negeri telah mempunyai asas untuk menentukan sempadan laut dengan negeri jiran," katanya lagi.
Sementara itu, Anggota Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin pula memberitahu bahawa sehingga hari ini tiada sebarang pengesahan yang dibuat oleh Petronas tentang status telaga minyak berkenaan.
Menurutnya, kekeliruan timbul selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Bertam 307 milik Pahang dengan sekurang-kurangnya RM100 juta setahun akan diperolehi negeri berkenaan hasil daripada telaga minyak tersebut.
"Badan perunding dari Sweden dah buat penilaian bahawa ia milik Terengganu. Tetapi yang peliknya (menteri besar Terengganu) Ahmad Razif (Abdul Rahman) pula menyatakan Bertam bukan hak Terengganu tetapi kerajaan Pusat.
"Kalau dia nak beri hujah sedemikian, dia perlu kukuhkan dengan beritahu ia berasaskan apa sehingga menjadi milik Pusat," ujarnya.
Isu Bertam 307 menjadi pertikaian selepas Najib mengumumkan telaga minyak itu milik Pahang pada 2012.
Selepas menggantikan Datuk Seri Ahmad Said, Ahmad Razif dilaporkan tidak menandatangani sebarang dokumen mengenai telaga minyak Bertam kerana kawasan itu dikatakan bukan milik kerajaan negeri dan ia dikendalikan oleh Petronas.
Sehingga kini, Ahmad Razif dilaporkan berkata bahawa pihaknya masih berusaha membuat permohonan rasmi kepada kerajaan Persekutuan agar Terengganu memperoleh pendapatan dari telaga minyak terbabit.