Jumaat, 12 Ogos 2016

NAJIB ADALAH ASET KEPADA PEMBANGKANG, JANGAN LAGI MINTANYA BERUNDUR!!

Harus diakui bahawa kemelut politik dalam negara sekarang adalah berpunca daripada Najib Razak. Tidak ada sebab-sebab lain yang menjadi punca kekalutan itu.

Disebabkan beliau menjadi Perdana Menteri, kemudian menubuhkan 1MDB dan tiba-tiba dalam akaun peribadinya ada wang beribu-ribu juta, itulah sebenarnya punca segala masalah yang berlarutan sehingga hari ini.

Jika Najib tidak menubuhkan 1MDB dan tiada wang begitu banyak dijumpai dalam akaun banknya, kemelut dalam UMNO dan negara tidak mungkin jadi seteruk seperti sekarang.

Lebih mungkin tidak timbul segala masalah dalam UMNO dan negara  jika bukan Najib yang dilantik sebagai Perdana Menteri pada 2009 dahulu.

Tun Mahathir Mohamad barangkali masih bersama UMNO jika tiada 1MDB dan tiada wang terlalu banyak dalam akaun perjbadi Najib. Kalau pun beliau keluar UMNO seperti yang dilakukannya ketika era Tun Abdullah Badawi dahulu, tidak mungkin beliau bertindak sejauh hingga menubuhkan sebuah parti baru dan bersungguh-sungguh pula mahu mengalahkan UMNO yang ditubuhkannya sendiri pada 1988 dahulu.

Segala-galanya adalah kerana Najib, 1MDB dan wang yang begitu banyak dalam akaun peribadi seorang Perdana Menteri. Di bumi dan planet mana sekalipun, pemimpin yang berdiri atas nama demokrasi tidak seharusnya memiliki wang berbilion-bilion dalam akaun peribadi, apatah lagi jika jawapan mengenai kekeliruan wang tersebut tidak jelas dan berbeza-beza.

Sebab itu banyak sejarah telah membuktikan pemimpin yang berkelakuan sebegitu pasti akan tersingkir akhirnya. Rakyat mungkin dapat menerima pemimpin menjadi kaya, tetapi tidak jika melalui sumber yang dipertikaikan.

LTAT perlu jawab dividen dan bonus, jumpa di mahkamah, kata Rafizi


Rafizi RamliRafizi RamliAhli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, arahan dari Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melalui peguam kepadanya agar menutup mulut dan tidak membuat sebarang kenyataan dianggap sebagai satu penghinaan kepada institusi parlimen di negara ini.
Beliau berkata, LTAT adalah sombong dan keterlaluan.
"Saya menganggap ia sebagai satu penghinaan kepada institusi parlimen di negara ini apabila satu badan awam yang diketuai oleh seorang bekas penjawat awam boleh berkelakuan sebegitu bongkak
"Sedangkan mereka makan gaji dari simpanan anggota tentera bawahan yang memberi amanah kepada mereka untuk menjaga kebajikan anggota tentera.
"Sikap badan pengurusan LTAT yang sebegini adalah sangat dikesali dan langsung tidak melambangkan ketelusan dalam mereka menguruskan dana pesara tentera," ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Rafizi berkata, jika LTAT melalui peguam mereka cuba menggertak agar menutup mulut atas alasankes saman LTAT yang sedang dibicarakan di mahkamah, beliau sebaliknya merujuk kepada penghakiman Yang Arif S. Nantha Balan, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes saman Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Haron terhadapnya berhubung skandal pembelian hartanah MARA di Australia bahawa “secara umumnya, peraturan berhubung tindakan menghina mahkamah itu, ujarnya, tidak boleh digunakan untuk mengekang perbincangan awam mengenai sesuatu perkara yang berkepentingan awam walaupun perkara tersebut sedang melalui proses perbicaraan di mahkamah”.

"Oleh yang demikian, saya berharap LTAT tidak lagi mengambil sebarang tindakan yang boleh ditafsirkan sebagai cubaan menggertak Ahli Parlimen daripada menimbulkan isu berkenaan," ujarnya,
Pada 24 Julai 2016, Rafizi telah mengemaskini status di Facebook yang menyentuh mengenai pengumuman dividen oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) seperti berikut:

Kenyataannya itu bertujuan untuk memastikan pencarum LTAT dari kalangan askar yang masih berkhidmat mendapat gambaran yang jelas mengenai prestasi sebenar LTAT.

Pada 1 Ogos 2016, LTAT melalui peguamnya Azzat & Izzat telah menghantar satu surat tuntutan ke Pusat Khidmat Parlimen Pandan
Antara lain, LTAT tidak berpuas hati dengan kenyataan Rafizi bahawa “bonus 6% dalam bentuk unit amanah adalah kepada anggota tertentu sahaja dan bukan semua anggota yang akan mendapat bonus unit amanah ini.
Surat tuntutan itu menuntut supaya Rafizi juga memohon maaf dan tidak lagi membuat apa-apa kenyataan mengenai LTAT atas alasan ada satu kes saman LTAT terhadapnya yang kini sedang berjalan di mahkamah.

"Saya mahu menjawab isu yang jelas terlebih dahulu iaitu peranan dan hak saya sebagai Ahli Parlimen untuk mengawal selia, menyemak dan menjadi timbang tara kepada mana-mana penjawat awam atau organisasi yang berkepentingan awam baik milik kerajaan atau swasta.
"Mengenai kenyataan saya yang mahu disaman oleh LTAT, surat tuntutan LTAT secara tidak langsung mengesahkan dan mengakui bahawa dividen 6% yang diumumkan bagi tahun 2015 adalah yang paling rendah sejak LTAT ditubuhkan.

Dana 1MDB: Dari taja haji hingga bayar hutang judi


Ratusan juta dolar dana yang diselewengkan daripada 1MDB digunakan Jho Lo dan Riza Aziz untuk berjudi di Las Vegas.Ratusan juta dolar dana yang diselewengkan daripada 1MDB digunakan Jho Lo dan Riza Aziz untuk berjudi di Las Vegas.
Di Malaysia, dana syarikat pelaburan negara penuh bermasalah, 1MDB digunakan untuk menaja secara percuma 3,511 pemimpin masyarakat untuk menunaikan haji sejak 2011, namun di Amerika Syarikat ratusan juta dolar wang 1MDB yang diselewengkan digunakan untuk membayar hutang judi.
Jumlah yang dibelanjakan 1MDB bagi Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Berhad (PKHYABPM-1MDB) turut mengundang persoalan memandangkan sehingga kini tiada sumbangan diberikan syarikat sarat hutang itu ke kantung negara.
Malah peruntukan besar untuk program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) 1MDB itu amat tidak seimbang dengan hutang tanggungan syarikat yang dinilai melebihi RM55 bilion.
Di Amerika Syarikat, Jabatan Kehakiman (DoJ) negara itu mendedahkan sesuatu yang lebih memeranjatkan.
Dalam dokumen saman sivil DoJ terhadap empat individu yang didakwa menyelewengkan dana 1MDB, ratusan juta dolar telah dibelanjakan Riza Aziz, Jho Lo, Tan Kim Loong (pengarah Alsen Chance Holding Limited) dan bekas pegawai tinggi 1MDB untuk berjudi di Vegas.
Bagaimanakah dana 1MDB yang diselewengkan digunakan Jho Low dan Riza Aziz untuk berjudi?
Para 219 dokumen saman sivil DoJ menyebut, Riza Aziz memindahkan sekurang-kurangnya USD41 juta dari dana yang diterima daripada Aabar-BVI ke akaun yang kemudiannya digunakan untuk membayar perbelanjaan perjudian bagi dirinya (Riza Aziz), Jho Low dan Tan.
Para 220 dokumen saman sivil DoJ pula menyebut, beberapa hari selepas akaun Red Granite Capital menerima dana dari Aabar-BVI, sebahagian daripada dana tersebut telah dipindahkan ke akaun di Standard Chartered Bank di Singapura atas nama Alsen Chance Holding Limited (Akaun Alsen Chance).
Pembukaan dokumen akaun tersebut menyenaraikan Tan sebagai pengarah Alsen Chance.
Tidak lama selepas itu, akaun Alsen Chance digunakan untuk membayar perbelanjaan perjudian untuk Jho Low, Tan, Riza Aziz dan sekurang-kurangnya seorang bekas pegawai daripada 1MDB.
Para 221 dan 222 dokumen saman sivil DoJ menyatakan pada 21 Jun 2012, kira-kira tiga hari selepas Aabar-BVI memindahkan USD133,000,000 ke akaun Riza Aziz (Ketua Pegawai Eksekutif, Pengasas, Pengerusi dan Pengeluar Red Granite Capital), beliau memindahkan USD41,000,000 dari akaun Red Granite Capitalnya ke akaun Alsen Chance.
Kira-kira tiga minggu kemudian (10 Julai 2012), sejumlah USD11,000,000 telah dihantar dari akaun Alsen Chance ke akaun bank yang diselenggarakan oleh Las Vagas Sands, LLC.

"Bunuh Melayu": Kenyataan saya disalah erti sembang Idris

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata kenyataannya berhubung motif saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat (AS) terhadap 1MDB disalah erti.
Sebenarnya, beliau berkata, ia bertujuan untuk menaikkan semangat patriotisme di kalangan rakyat negara ini, lapor BH.
"Kenyataan saya yang dipetik oleh sebuah portal berita pembangkang ketika berucap merasmikan mesyuarat Umno bahagian Ampang pada Isnin lalu, tidak dilihat dengan jelas oleh sesetengah pihak.
"Mereka perlu jelas maksud saya (hancur orang Melayu) itu yang bertujuan mahu mengangkat semangat patriotisme di kalangan setiap ahli Umno bahawa kita boleh mentadbir urus negara kita sendiri tanpa membabitkan pihak lain," beliau dipetik sebagai berkata.
BH melaporkan beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan terhadapnya mengenai kenyataan itu selepas merasmikan sebuah surau di Alor Gajah, semalam.
BH sebelum ini melaporkan, Idris dalam ucapannya ketika merasmikan mesyuarat itu berkata, AS menipu dan membunuh rakyat Iraq dan kini mahu pula menghancurkan orang Melayu Malaysia.
Versi ini sedikit berbeza dengan laporan Malaysiakini yang melaporkan Idris sebagai menyebut AS hendak “bunuh” orang Melayu di negara ini.
“Sampai mati Saddam Hussein, hari ini satu inci laras senjata kimia pun tak jumpa di Iraq.
"Kau tipu orang Iraq, kau bunuh orang Iraq, sekarang kau nak bunuh pula orang Melayu di Malaysia,” katanya ketika merasmikan mesyuarat Umno bahagian Ampang pada Ahad lalu.
DOJ bulan lalu mendakwa kira-kira AS$3.5 bilion telah disalah guna daripada dana 1MDB. Saman sivil itu difailkan bagi merampas AS$ 1.5 bilion dalam bentuk aset, yang didakwa hasil pengubahan wang haram melalui sistem kewangan AS.
Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali bagaimanapun berkata tidak ada bukti penyelewengan daripada siasatan yang dilakukan dan siasatan polis masih berjalan.

Skandal 1MDB: Bank Negara tidak akan buka siasatan baharu

Muhammad berkata, siasatan terdahulu ditutup selepas semua tindakan perlu mengikut bidang kuasa BNM, termasuk penalti sudah dikenakan kepada 1MDB.
Muhammad-Ibrahim_bnm_1mdb_600
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menyelesaikan semua siasatan ke atas 1MDB dan mengambil semua tindakan perlu di bawah bidang kuasanya, kata Gabenor Datuk Muhammad Ibrahim.
“Kami sudah menyelesaikan semua siasatan kami ke atas 1MDB berdasarkan semua maklumat dan kertas siasatan.
“Kami mengenakan penalti kepada syarikat itu dan mengambil semua tindakan perlu mengikut bidang kuasa kami di bawah undang-undang dan kami sudah tutup siasatan berkenaan,” katanya selepas pengumuman prestasi pertumbuhan ekonomi suku kedua Malaysia hari ini.
Muhammad berkata demikian bagi mengulas jika bank pusat itu akan menjalankan siasatan baharu terhadap 1MDB susulan saman sivil yang dikemukakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat bagi merampas aset lebih AS$1 bilion (RM4.01 bilion) yang didakwa dibeli menggunakan AS$3.5 bilion diseleweng daripada 1MDB.
“Apabila ia melibatkan kerjasama antarabangsa, kami tertakluk kepada protokol dan peraturan tertentu, kami akan tertakluk secara ketat kepada protokol berkenaan apabila ia melibatkan kerjasama dengan badan siasatan luar,” katanya.
Pada April, BNM mengenakan kompaun ke atas 1MDB atas kegagalan mematuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan bank pusat itu di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Malaysia- Negara Rasuah?

Mengapa Tun Dr Mahathir Mohammad mengulang-ulang, bahawa negara ini merupakan negara rasuah?. Apa kah semua agensi kerajaan, kakitangan kerajaan, atau pihak berkuasa, tiada seorangpun yang mengamalkan pegangan agama? sehingga semunya bersengkokol mengamalkan rasuah? Siapa yang rasuah? siapa yang memberi rasuah? 
Dengan mendakwa negara merupakan negara rasuah, ertinya semua peraturan, tidak boleh berjalan, tanpa melibatkan wang pelicin, atau wang rasuah. Tak kan, seramai 20 juta dewasa rakyat negara ini, tiada 10 peratus atau 5 peratus pun yang membuat laporan berkaitan rasuah, khususnya yang menjadi mangsa, mengapa hanya kumpulan Tun Dr Mahathir dan konco-konconya sahaja yang mengenal dan mengerti soal-soal rasuah. 
Apa kah bantuan kerajaan berbentuk tunai kepada rakyat memerlukan melalui BR1M itu rasuah? sedangkan pemberian itu, diberikan secara terang-terangan, dan diberikan pada setiap orang yang layak, termasuk penyokong tegar pembangkang. Kalaulah BR1M itu rasuah untuk membeli undi, mengapa BN pada PRU-13 tidak mendapat undi popular? Ertinya dakwaan BR1M itu satu bentuk rasuah untuk mendapatkan imbalan, telah ditolak ketepi.
Tun Dr Mahathir perlu bertanya diri sendiri, apa kah sesebuah parti tidak memerlukan kewangan untuk menguruskan jentera? Adalah sesuatu yang tidak mungkin, sesebuah parti boleh berjalan, tanpa kewangan. Mungkin, kesilapan DS Najib Razak kerana membenarkan namanya digunakan menerima dana untuk parti. Najib mengambil risko besar kerana menggunakan nama beliau, namun satu kejujuran perlu dibayar mahal. Akibat kejujuran, maka beliau menjadi sasaran serangan, namun kerana kejujuran juga segenap lapisan berdiri teguh dibelakang beliau, kecuali mereka yang mahu beliau berundur.
Tun Musa Hitam mengakui melalui bukunya “Frankly Speaking”, dalam parti Umno Najib tidak bakal dikalahkan, kerana majoriti jajaran Umno berpihak kepada beliau. Bayangkan 3.4juta ahli, tolak ya katakan, 50ribu yang menolak Presiden, maka masih berbaki 3.35juta. Mengapa majoriti ahli parti mempertahankan Presidennya? sebabnya Presiden parti jujur melaksanakan tugas. Presiden teguh mempertahankan agama, bangsa dan negara.
Sejak tahun 2009, selepas sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri, pertumbuhan ekonomi negara menjadi positif walaupun berdepan dengan fenomena ekonomi global yang tidak menentuk termasuk penurunan harga mentah dunia daripada USD100 setong ke paras USD40. Penurunan itu, menyebabkan negara kehilangan sehingga RM30bilion setahun daripada hasil minyak. Pun demikian, bajet tahunan negara senantiasa meningkat, kadar pertumbuhan ekonomi berlegar-legar di atas 4 peratus, berbanding tahun 2009 negatif 7.4%.

RM 90 Juta: PAS kekal keputusan mahu saman Sarawak Report

PAS mengekalkan keputusan untuk menyaman Sarawak Report berhubung dakwaan yang dibuat portal berita itu terhadap parti berkenaan, kata Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Ahmad Yakob.
“Mengikut keputusan yang dibuat Timbalan Presiden PAS (Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man) akan buat samanlah (terhadap Sarawak Report). (Saman di) England ke…ikutlah,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas majlis mengucap selamat jalan kepada jemaah haji di Kompleks Islam Jubli Perak, Panji, di sini malam tadi.
Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Anggota Lembaga Tabung Haji Tan Sri Shukry Mohd Salleh.

Pada majlis itu, seramai 150 bakal haji menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa dan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum meneruskan perjalanan ke Madinah.
Sejumlah 1,600 jemaah haji dari Kelantan akan menunaikan rukun Islam kelima itu pada musim haji kali ini.
Isnin lepas, Tuan Ibrahim dilaporkan berkata PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Sarawak Report kerana berniat jahat dan mencemar nama baik parti serta dasar Islam yang menjadi teras kepada parti itu.

Umno tak lagi ikut prosedur terima derma politik: Musa Hitam

Bekas pemimpin tertinggi Umno, Tun Musa Hitam mengatakan parti utama pemerintah itu tidak tidak lagi mengikut prosedur berhubung penerimaan derma politik yang menjadi amalan sejak zaman timbalab perdana menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman sekitar awal 70-an.
Musa tidak mengaitkan mana-mana individu berhubung derma politik tersebut, bagaimanapun diketahui umum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini dikaitkan dengan wang derma bernilai RM2.6 bilion.
Najib mengatakan wang tersebut adalah derma politik daripada kerajaan Arab Saudi, itu pun selepas bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendesak penjelasan berhubung wang tersebut sehingga dipecat daripada Kabinet.
Musa berkata Umno satu ketika dulu amat teliti dalam penerimaan derma politik sehinggakan penderma berasa tidak selesa ketika diberitahu tidak mengharapkan apa-apa balasan.

Menulis dalam buku Frankly Speaking yang mengisahkan pengalaman sepanjang karier politiknya, Musa yang merupakan ahli Majlis Tertinggi Umno pada awal 1970-an kerap berjumpa timbalan perdana menteri ketika itu, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, yang terkenal dengan ketegasan menguruskan wang.
Katanya, sebaik sahaja tarikh pilihan raya diumumkan, Umno akan mengumumkan parti itu bersedia menerima sumbangan kewangan bagi membiayai kempennya.
“Peraturan asas Tun Ismail ialah setiap sumbangan, termasuk dari sektor swasta, mesti diisytiharkan dan tidak boleh diterima secara peribadi,” kata Musa, yang menganggap dirinya seorang jahil dalam soal mendapatkan dana bagi parti, walaupun ketika itu menjawat timbalan menteri perdagangan dan industri di bawah pentadbiran perdana menteri Tun Abdul Razak Hussein.
Katanya amalan itu diteruskan pada era pentadbiran Tun Hussein Onn, perdana menteri ketiga menggantikan Razak.
“Malah, Tun Hussein Onn mungkin lebih teliti,” tulis Musa.
“Zaman itu, ketirisan dan salah guna dapat dielakkan.
“Malangnya, prosedur sedemikian tidak lagi menjadi amalan biasa pada hari ini.”
Musa pernah dibuang parti sebelum kembali semula ke dalam Umno di bawah pentadbiran Razak, yang dibantu timbalannya Ismail.
Ismail memegang jawatan nombor dua itu selama tiga tahun sebelum meninggal dunia pada 1973.
Menceritakan lanjut, Musa berkata setiap sumbangan diterima Umno mesti ada saksi yang mengesahkan jumlah yang diterima, sebagaimana dituntut Ismail yang amat teliti dengan setiap sen diterima parti.
“Selalunya saya yang menjadi saksi tersebut, dan kerap kali membawa masuk orang lain termasuk setiausaha politik saya, Shahrir,” kata beliau merujuk Ahli Parlimen Johor Bahru Datuk Seri Shahrir Abdul Samad.
Musa menceritakan bagaimana penderma yang berjumpa Ismail merasa tidak selesa dengan sikap lantangnya.
“Beliau akan bertanyakan mereka tujuan mereka berkunjung,” tulis Musa.
Apabila diberitahu mereka ingin membantu Umno, Ismail akan menyoal lagi, “Dan mengapa kamu mahu memberikan sumbangan ini?”

Ulasan dan pandangan ikhlas, jujur dan tidak hipokrit


Banyak pihak berlumba-lumba mahu memberi ulasan parti Bersatu sehingga dilihat seperti kumpulan Raja Lawak.-Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.Banyak pihak berlumba-lumba mahu memberi ulasan parti Bersatu sehingga dilihat seperti kumpulan Raja Lawak.-Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.
Berbagai ulasan, pandangan serta kenyataan-kenyataan dari pelbagai pihak dapat kita lihat mengenai Parti Bersatu  yang ditubuhkan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad dan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ada yang berbaur kecaman, Ada yg memperlekeh dan berbagai komen khususnya dari pemimpin-pemimpin parti politik, golongan akedemik, ilmuan dsb.
Pada pandangan saya ianya mudah saja untuk kita ulaskan. Kalau penubuhan Parti  Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ini dianggap remeh, tiada sokongan, tidak memberi kesan pada kepada parti lain, dianggap hanya parti serpihan, tidak dapat bertahan lama atau berkubur selepas PRU14, kenapa perlu dibuat pelbagai andaian dan mengeluarkan berbagai kenyataan serta ulasan dimedia? Sehinggakan nama Bersatu pun mendapat bantahan. Pelbagai alasan dan tekanan sudah mula timbul satu per satu. Banyak pihak berlumba-lumba mahu memberi ulasan sehingga dilihat seperti Kumpulan Raja Lawak.
Malaysia sebuah negara yg mengamal demokrasi. Takkanlah golongan akedemik pun tak faham. Dimana sifat intektualisme dan keilmuan.  Tun Mahathir dan  Tan Sri Muhyiddin Yassin juga rakyat Malaysia yang berhak menubuhkan parti. Soal sama ada mendapat sokongan atau tidak dari rakyat, itu sama-sama kita tunggu dan saksikan. Beri mereka ruang dan peluang. Jangan sesekali cuba merendahkan minda rakyat (insult peoples inteligent) kerana rakyat tahu apa yang mereka harapkan. Kini dunia tanpa sempadan. Maklumat dihujung jari. Tidak perlulah keterlaluan mengeluarkan kenyataan atau ulasan seolah-olah tahu segala-galanya apa yg ada dalam minda dan pemikiran rakyat.
Nasihat saya, walaupun masing-masing ada hujah, pandangan dan sebagainya janganlah sehingga 'Mendahului kuasa dan ketentuan Allah'. Kita hanya merancang tapi Allah SWT jua yang menentukan.
Dalam dunia politik khususnya diketika ini pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Ini wajar diingati supaya jangan terlalu angkuh, takbur dan memandang rendah keupayaan orang lain sehingga ke tahap menghina. Ini akan merugikan dan terkesan sehingga terlalu negatif untuk diterima. Paku dulang Paku serpih. Mengata orang dia yang lebih.

‘Tercapaikah Wawasan 2020 atau Malaysia jadi negara gagal?’


'Tercapaikah Wawasan 2020 atau Malaysia jadi negara gagal?'

Tajuk Malaysia negara gagal bukan lagi diulas oleh tokoh pembangkang seperti Lim Kit Siang atau Datuk Husam Musa, sebaliknya telah mendapat perhatian bekas Timbalan Perdana Menteri yang berwibawa seperti Tun Musa Hitam dan tokoh ekonomi Tan Sri Dr Ramon Navaratnam.
Kesemua mereka mendapati sekiranya urus tadbir lemah dan korup pada era Najib Razak berterusan maka Malaysia akan menjadi negara gagal sebagaimana Filipina atau Indonesia pernah melaluinya suatu ketika dahulu.
Bagi bekas Ahli Parlimen Teluk Intan M. Manogaran, potensi Malaysia untuk menjadi negara gagal berbanding mencapai Wawasan 2020 dalam empat tahun lagi adalah suatu realiti sekiranya majoriti rakyat enggan menukar kerajaan.
“Buat masa ini, nampaknya hala tuju negara kita semakin kabur. Rakyat dihimpit kos sara hidup yang membebankan, sementara semangat harmoni di antara kaum sudah tidak semesra seperti zaman pra-Merdeka,” ujarnya kepada Suara pakatan daily.
Kata tokoh DAP itu, keadaan semakin parah setiap hari akibat sikap pemimpin dan rakyat yang seolah-olah sudah ‘menyerah kalah’ dan tidak mahu lagi berjuang menangani perkembangan negatif negara hari ini.
Manogaran juga berkata, di mana sahaja beliau bersembang dengan rakyat biasa, mereka pasti menyatakan kebimbangan mengenai masa depan negara yang seolah-olah ‘hilang kemudi’.
“Saya amat berharap negara kita akan mencapai Wawasan 2020 dalam tempoh 4 tahun lagi sebab Malaysia mempunyai potensi yang cerah dengan rakyat yang berbakat serta sumber hasil yang melimpah-ruah.

Anda tidak boleh memaksa orang menerima kepercayaan anda


bersih bendera edited bnwSejak kecil saya adalah seorang yang suka bercita-cita dan membayangkan apakah yang akan terjadi pada masa hadapan. Terutamanya tentang kehidupan saya bersama dengan orang yang saya sayangi. Bagaimanapun, kebanyakkan apa yang dibayangkan adalah bersifat kegembiraan dan sangat sedikit perkara yang mengecewakan. Sehinggalah saya menghadiri satu temuduga kerja di sebuah pertubuhan bukan kerajaan iaitu Centre for Reform Democracy and Social Initiative. Temuduga itu telah mengubah bentuk angan-angan saya.
Saya ditanya suatu soalan; apakah yang saya akan lakukan sekiranya dalam kalangan keluarga anda ada yang ingin atau telahpun keluar daripada agama yang saya anuti sekarang iaitu Islam? Saya terdiam bagi beberapa ketika kerana terkejut tetapi pada masa yang sama terus berfikir. Walaupun secara asasnya saya mempunyai pandangan tentang perkara ini tetapi tidak dinafikan apabila ianya berkaitan dengan individu yang disayangi, perasaan berkecamuk memikirkan apakah yang bakal berlaku sekiranya perkara ini benar-benar terjadi.
Saya berpendapat set kepercayaan seseorang sama sekali tidak boleh dipaksakan kepada orang lain untuk menerimanya. Bilal bin Rabah ketika mana disebat dan dihempapkan batu ke atasnya oleh Umaiyyah bin Khalaf supaya meninggalkan agama Islam, beliau tetap menyebut Ahad (Satu) yakni mengesakan Allah. Keyakinan terhadap sesebuah agama atau kepercayaan adalah apa yang diyakini dan tertanam di dalam jiwa manusia.
Jika seseorang telah mempunyai set kepercayaan yang diyakini, walaupun keselamatan dirinya terancam dia akan tetap dengan pegangannya. Seperti mana Socrates yang telah memilih untuk meminum hemlock daripada melarikan diri kerana disabitkan kesalahan merosakkan pemikiran anak-anak muda di Athens untuk tidak mempercayai tuhan yang dipercayai oleh negara.
Dia percaya sekiranya dia pergi ke tempat yang lain, dia akan terus mempersoalkan perkara yang tidak dipersetujuinya. Bahkan dia sanggup mati demi mempertahankan set kepercayaannya.
Haji Abdul Malik Abdul Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Hamka dalam Tafsir Al-Azhar membahaskan ayat; Tidak ada paksaan dalam (menganut) agama (Islam) (al-Baqarah: 256) dengan menyatakan orang tidak akan dipaksa memeluknya, tetapi orang hanya diajak berfikir. Jika terdapat paksaan, mestilah timbul perkosaan fikiran dan mestilah timbul taqleed.
Beliau menambah lagi, manusia sebagai seseorang akan datang dan pergi, akan lahir dan mati tetapi fikiran manusia akan terus berjalan. Maka penilaian manusia atas agama akan dilanjutkan dan kebebasan berfikir dalam memilih keyakinan adalah menjadi tujuan dari manusia yang telah maju.

Sempena semangat Merdeka, DAP nasihat Najib mansuhkan Akta Hasutan


kasthuri 2

GEORGE TOWN, 12 OGOS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diseru memansuhkan undang-undang zalim, Akta Hasutan 1948 bertepatan dengan semangat nasionalisme, patriotisme dan Perlembagaan yang tulen sempena bulan kemerdekaan.
Setiausaha Publisiti Wanita DAP Kebangsaan, Kasthuri Patto berkata, semua tuduhan menghasut dan siasatan mengikut akta itu terhadap musuh politik pemimpin nombor satu negara terbabit juga wajar digugurkan.
Katanya lagi, seruan itu juga bertepatan dengan gesaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Oktober 2014 supaya akta berkenaan dihapuskan kerana bercanggah dengan hak asasi manusia.
“Dalam semangat sambutan Merdeka, Najib Razak perlu membuktikan bahawa pentadbiran Barisan Nasional tidak autokratik dan autoritarian dengan memansuhkan Akta Hasutan 1948,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas ucapan Najib di persidangan Parlimen Belia di Dewan Rakyat Selasa lalu yang mendakwa bahawa pentadbirannya sentiasa bersikap terbuka dan menyediakan peluang yang luas untuk golongan belia menyatakan pandangan.
Najib yang juga Menteri Kewangan seperti yang dilaporkan Bernama sebagai berkata bahawa demonstrasi jalanan atau membuat referendum rakyat kononnya tidak selari dengan perlembagaan dan undang-undang negara.
Mengulas lanjut, Kasthuri yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan berkata, kenyataan Najib itu seolah-olah menafikan hakikat bahawa kerajaan Barisan Nasional bersifat autokratik dan kononnya mengamalkan keterbukaan.

Izzah: Kebajikan Melayu terbela tanpa Umno

Kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron kononnya tiada parti lain dapat menandingi Umno dibidas Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Izzah berkata, Pilihanraya Umum ke 12 jelas membuktikan, Selangor dimenangi pembangkang dan kini 69 peratus dokongan masyarakat Melayu negeri itu membuktikan kebajikan mereka terjaga tanpa Umno.

RAKYAT SELANGORKatanya, kemenangan dan dokongan 54 peratus undi Melayu pada PRU 1999 juga membuktikan kebolehpercayaan masyarakat Melayu terhadap wadah politik yang memperjuangkan keadilan.
“Ia diwakili Parti Keadilan Nasional, DAP dan juga pas di bawah Barisan Alternatif ketika itu. Umno menjadi parti yang kehilangan undi majoriti Melayu.
“Lihat saja Pilihanraya Umum 2008, Selangor dirampas pembangkang, itu sudah membuktikan tanpa Umno kebajikan masyarakat Melayu terjaga,” katanya kepada SelangorKini menerusi aplikasi Whatsapp.
Izzah turut mengingatkan bahawa rakyat semakin meluat dalam skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipandu Presiden Umno.
“Lama kelamaan masa depan masyarakat Melayu menghadapi risiko kemelut hutang piutang di bawah Umno,” katanya.
Beliau berkata pembuktian mutakhir menerusi kewujudan parti baru Bersatu jelas menunjukkan kehidupan politik pasca Umno dalam meralisasikan dasar dan agenda rakyat dibelenggu masalah rasuah.
Sebelum ini, Idris berkata tiada parti yang boleh meniru atau menggantikan Umno sebagai sebuah parti yang telah dan terus memperjuangkan kesejahteraan rakyat di negara ini.
Beliau, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata, sejak ditubuhkan pada 1946, Ummo melalui proses kematangan sungguh hebat, terutama dalam memperjuangkan kemerdekaan negara dan proses itu tidak boleh ditiru mana-mana parti yang baru ditubuhkan.

Mahathir: Imej negara tercalar kerana beberapa isu


Tun Dr Mahathir Mohamad

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, walaupun belanjawan negara kelihatan tinggi, namun kementerian, institusi dan agensi kerajaan diarahkan untuk mengurangkan perbelanjaan sehingga 30 peratus.
Menurut beliau, kos sara hidup di negara ini juga semakin meningkat tinggi disebabkan oleh pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), kenaikan cukai tanah, pengurangan subsidi minyak dan penarikan balik status bebas cukai Langkawi dan Labuan.
“Demokrasi dan pemerintahan mengikut undang-undang sudah tidak ada lagi.
“Pegawai ditukar dan diganti dengan mereka yang setia kepada Najib supaya sanggup melakukan perkara salah apabila diarah,” katanya dalam satu surat terbuka kepada rakyat melalui laman blog Chedet.cc hari ini.
Dalam pada itu, Mahathir turut memaklumkan bahawa Malaysia kini amat terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai budaya rasuah amat tinggi.
Ujar beliau, sebelum ini, Malaysia dianggap sebagai sebuah negara contoh oleh negara-negara dunia ketiga namun kini imej tersebut telah tercalar berikutan daripada beberapa isu yang timbul
“Dulu, di mana-mana orang Malaysia pergi, mereka dihormati kerana kejayaan pentadbiran dan pembangunan negara mereka.
“Namun di luar negara kini, rakyat malu untuk mengaku sebagai orang Malaysia,” katanya.
Menyentuh mengenai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mahathir memaklumkan bahawa beliau bersama pengasas-pengasas parti baru itu berpendapat bahawa sudah tiba masanya rakyat menyelamatkan negara ini daripada hancur demi masa depan yang lebih cerah.

Gambar & Peristiwa: Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Anwar Ibrahim


Menurunkan tandatangan tanda menyokong perjuangan Anwar.Menurunkan tandatangan tanda menyokong perjuangan Anwar.
Khas buat papa untuk ulang tahun ke-69 daripada anak-anak Anwar.Khas buat papa untuk ulang tahun ke-69 daripada anak-anak Anwar.
TULANG BELAKANG ANWAR... Dr Wan Azizah bersama puteri-puterinya.TULANG BELAKANG ANWAR... Dr Wan Azizah bersama puteri-puterinya.
Pameran foto-foto era refomasi untuk mengenal erti perjuangan Anwar Ibrahim menegakkan keadilan.Pameran foto-foto era refomasi untuk mengenal erti perjuangan Anwar Ibrahim menegakkan keadilan.
BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKUL... Dr Wan Azizah berucap sambil diperhatikan Nurul Izzah.BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKUL... Dr Wan Azizah berucap sambil diperhatikan Nurul Izzah.
LAWAN TETAP LAWAN... Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin hadir dengan berkerusi roda.LAWAN TETAP LAWAN... Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin hadir dengan berkerusi roda.

Najib kecewa Dr M subahat dengan musuh politik

Najib berkata, pemimpin veteran itu sanggup melakukan apa sahaja untuk lari daripada hakikat beliau gagal mencapai matlamatnya menumbangkan kerajaan BN.
Najib-MahathirPETALING JAYA: Beliau mungkin tidak menyebut nama bekas pemimpin itu, tetapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan ketara menyuarakan kekecewaan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad memilih untuk bersubahat dengan musuh politik.
“Amat mengecewakan apabila seorang pemimpin lama hari ini sanggup menggadaikan perjuangan atas nama agama, bangsa dan negara semata-mata ingin bersekongkol dengan parti lain yang matlamatnya terang-terang bertentangan matlamat dan nilai parti yang diperjuangkannya (pemimpin itu) dahulu.
“Demi menjatuhkan kerajaan, yakni yang beliau sendiri asaskan kerajaan hari ini,” kata perdana menteri menerusi rakaman audio terbaharu di laman www.najibrazak.com.
Presiden Umno itu berkata, pemimpin veteran itu sanggup melakukan apa sahaja untuk lari daripada hakikat beliau gagal mencapai matlamatnya bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.
“Bagi mempertahankan egonya, beliau sering melontar pelbagai tohmahan terhadap saya dan anggota pentadbiran saya, tetapi apa yang dikatakan itu berbaur fitnah dan diperbesar-besarkan.
Najib berkata, tiada bezanya kepimpinan beliau dan pemimpin dahulu kerana kedua-duanya tidak terlepas daripada tohmahan.

Tak salah Pas dan Umno bersatu, kata Nik Abduh

Nik Mohd Abduh Nik Abdul AzizNik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
Ketua Pemuda Pas Pusat Nik Mohd Abduh Nik Aziz berkata, tiada salahnya parti itu bersatu dengan Umno bagi menyokong pindaan Rang Undang-undang (RUU) 355 jika MCA dan DAP bersatu menentang akta tersebut.
Menurut beliau yang juga ahli parlimen Pasir Mas, Pas kini menyandarkan harapan kepada Umno yang menyokong pindaan RUU355 walaupun dahulunya menentang.
“Kini, pada masa MCA dan DAP bersatu menentang, harapan adalah pada kelibat Umno yang dulunya menentang, tetapi kini turut bersama menyokong RUU355 ini.
“Ia adalah berita baik yang ditunggu-tunggu. Kalau DAP dan MCA boleh bersatu, apa salah Pas dan Umno bersatu juga dalam isu yang sama,” kata beliau dalam satu kenyataan d facebook.
Nik Abduh juga berkata, Pas dan banyak badan bukan kerajaan (NGO) Islam telah sepakat untuk menyeru seluruh ahli parlimen muslim agar menyokong RUU355 ini dan merupakan hari besar untuk Islam di Malaysia.
"Jika ada ahli parlimen bukan Islam turut menyokong, maka ia adalah bonus besar buat penyatuan dan kesejahteraan negara yang wajar dirayakan juga.
"Seperti saya tekankan di atas, sebagaimana Umno memerlukan masa untuk memahami, MCA dan DAP lagi-lagilah memerlukan masa. Pas sentiasa mencadangkan dialog dan perbincangan yang sejahtera dan terbuka. Ia telah lama berlaku dan akan terus berlangsung insya-Allah," katanya.
Beliau sebelum itu mendakwa MCA dan DAP bersatu hati menentang RUU355 yang bertujuan memperkasakan kedudukan mahkamah syariah dalam sistem perundangan negara.

'Jika Uber lulus, kami sokong BERSATU' - Shamsubahrin Ismail

Tindakan sudah diambil pada 1MDB, kes tutup - Bank Negara

Dakwaan 'bunuh Melayu', PERKASA serah memo kepada kedutaan AS

Minda siapa sebenarnya dijajah?

Menteri menyatakan Barat hendak menguasai Malaysia dengan menentukan bagaimana rakyat harus berfikir. Bukankah ini yang dilakukan kerajaan melalui monopoli media dan BTN?
Raja-BahrinOleh Raja Bahrin Shah
Selepas isu Amerika hendak “bunuh Melayu” oleh Ketua Menteri dari negeri Hang Tuah, isu “penjajahan melalui penguasaan minda” pula ditimbulkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia dari bumi Sabah.
Selepas satu strategi ancaman kententeraan hendak menakutkan rakyat kurang menjadi, strategi penaklukan minda pula dimomokkan.
Menteri Barisan Nasional (BN) memang ingin rakyat sentiasa berada dalam ketakutan “hantu” ancaman luar walaupun rakyat yang waras tahu “hantu” sebenar adalah pemerintah jembalang tempatan.
Banyak ironisnya dalam dakwaan Datuk Seri Salleh Said Keruak kerana kerajaan BN menguasai kesemua media secara monopoli sejak Merdeka hampir 60 tahun.
Hampir 60 tahun segala media perdana dari TV1 hingga TV3, RTM dan Utusan Malaysia sehingga kumpulan NST.
Fasa pertama 60 tahun itu digunakan sepenuhnya untuk membasuh dan membentuk secara terancang minda rakyat bahawa hanya Umno dan BN boleh memerintah, kalau tidak, keamanan negara akan tergugat dan rusuhan akan berlaku.
Ini adalah penjajahan minda terancang.
Menteri menyatakan negara Barat hendak menguasai Malaysia dengan menentukan bagaimana rakyat harus berfikir. Bukankah ini yang dilakukan oleh kerajaan melalui monopoli media dan Biro Tata Negara selama ini, tanpa pandangan alternatif dibenarkan?
Penjajah tidak semestinya terdiri dari orang asing. Penjajahan minda yang juga dipanggil “indoctrination” atau mencuci otak (brainwash) sudah lama berlaku secara berterusan.
Bezanya hari ini dengan zaman langit terbuka siber, pandangan berbeza sebagai alternatif dikemukakan oleh dunia luar bukan sahaja dari Barat tetapi juga dari tamadun kaya negara Islam Timur Tengah.
Hari ini kita mempunyai pilihan yang selama ini dinafikan kepada kita. Islam menggalakkan kita menuntut ilmu seluas luasnya dan menggunakan kebijaksanaan untuk membuat penilaian yang sepatutnya.
Kalau selepas hampir 60 tahun Merdeka, kita masih tidak berupaya membuat penilaian dengan bijaksana, Kerajaan Umno dan BN telah gagal mendidik rakyat dengan sistem yang baik ataupun kerajaan memperlekehkan kebolehan rakyat sendiri untuk berfikir dan membuat penilaian yang bijak.
Jangan menghina kebolehan rakyat sendiri. Sampai bila rakyat sendiri hendak terus di perbudakkan?
Kalau maklumat dan ilmu pengetahuan luar perlu senantiasa di kawal, kenapa pula kebebasan komersil perniagaan dibuka seluas-luasnya melalui perjanjian seperti TPPA dengan Amerika?
Ia bukan hanya merupakan penjajahan komersil tetapi juga penjajahan nilai-minda dan ancaman kedaulatan undang-undang Malaysia, kerana undang-undang asing Amerika Syarikat boleh digunakan secara meluas di Malaysia!
Adakah kerana pertimbangan kewangan pihak tertentu kita sanggup menggadai negara? Di mana maruah negara? Untuk maklumat dan ilmu perlu dikawal rapi, tetapi untuk kepentingan kewangan dibuka seluas-luasnya?

Tun Dr Mahathir Di Mata DS Najib

Berikut ucapan Perdana Menteri DS Najib Razak yang dipetik melalui blog beliau pada 12 Ogos 2016. Walaupun beliau tidak menamakan Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai pemimpin yang dimaksudkan, namun isu ucapan itu, bulat-bulat mengarah kepada mantan Perdana Menteri selama 22 tahun tersebut.
Tun Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981 sebagai Perdana Menteri ke-4 negara dan bersara pada tahun 2003.
Mungkin telah menjadi ikutan, mantan-mantan Perdana Menteri di negara ini, kecuali Tun Razak Hussien dan Tun Abdullah Badawi, kerana setiap Perdana Menteri Malaysia yang telah bersara, biasanya tidak sehaluan dengan Perdana Menteri yang sedang berkuasa. 
Tun Hussein Onn dan Tunku Abdul Rahman Al-Haj, telah meninggal diluar parti Umno, dan kemungkinan besar juga akan berlaku pada Tun Dr Mahathir, kerana beliau telah keluar daripada parti Februari lalu, dan kini membentuk sebuah parti baru untuk menentang Umno.
Kita ikuti ucapan DS Najib Seperti berikut:
Ucapan Perdana Menteri Mengenai Perjungan Agama, Bangsa dan Negara- Dipetik daripada Najibrazak.com 12 Ogos 2016
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dan Salam 1 Malaysia.
Rakyat Malaysia yang dikasihi,
Dalam hidup ini kita perlu mempunyai matlamat. Saya menceburi bidang politik melalui parti saya di mana perjuangannya adalah untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara, selari dengan matlamat dan nilai hidup saya.
Amat mengecewakan apabila seorang pemimpin lama hari ini sanggup menggadaikan perjuangan atas nama agama, bangsa dan negara semata-mata ingin bersekongkol dengan parti-parti lain yang matlamatnya terang-terang bertentangan dengan matlamat dan nilai parti yang diperjuangkannya dahulu.
Demi menjatuhkan kerajaan, yakni yang beliau sendiri asaskan kerajaan yang ada hari ini.
Memang diketahui umum bahawa beliau sebelum ini tidak pernah kalah, dan bagi menjaga air muka beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk lari daripada kegagalan dalam usaha menjatuhkan kerajaan yang sedia ada.
Semata-mata untuk mempertahankan ego beliau, beliau sering melontarkan pelbagai tohmahan terhadap saya dan anggota pentadbiran saya, namun apa yang dikatakan beliau berbaur fitnah dan diperbesar-besarkan.
Adakah beliau tidak terkecuali daripada tohmahan yang beliau lemparkan ke atas saya ketika zaman beliau memegang kuasa?

BNM: No further 1MDB investigations

BNM: Sufficient controls and rules in place

'SPAD malas, bodoh dan tak ada otak' - Shamsubahrin Ismail

Governor Ibrahim stays mum on CIMB

Najib kecewa 'pemimpin lama' bersekongkol jatuhkan kerajaan

Najib: Pemimpin Lama Gadai Perjuangan

Bank Negara: Tindakan sudah diambil pada 1MDB, kes tutup

Bank Negara tidak akan membuka semula siasatan terhadap 1MDB susulan dakwaan Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat (AS) bahawa lebih AS$3.5 juga wang telah “dicuri “ daripada syarikat itu.

Gabenornya Datuk Muhammad Ibrahim berkata bank pusat sudah mengambil tindakan yang perlu terhadap 1MDB.

“Kita sudah selesaikan siasatan terhadap 1MDB berdasarkan maklumat dan kertas siasatan.

“Kita sudah kenakan denda kepada syarikat itu, kita sudah ambil semua tindakan yang diamanahkan ke atas kita oleh undang-undang dan kita sudah tutup siasatan itu,” kata Muhammad dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata Bank Negara akan bekerjasama dengan badan siasatan lain yang meneliti dakwaan-dakwaan terhadap 1MDB.
Beliau juga berkata tiada rancangan untuk mengetatkan peraturan kewangan negara seperti Singapura di tengah-tengah dakwaan skandal 1MDB.
Katanya, peraturan sedia ada dapat mencegah pengubahan wang haram dan jenayah kewangan.
Ditanya apa salahnya dengan kemasukan wang besar ke dalam akaun peribadi, Muhammad berkata sesetengah undang-undang dilanggar tetapi tindakan lanjut sudah diambil.

Tiada nama dirujuk beliau secara langsung tetapi dilihat merujuk kepada 'derma' politik berbilion ringgit yang dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali sebelum ini berkata, kemasukan AS$681 juta pada 2013 itu, datang daripada keluarga diraja Arab Saudi dan tiada kesalahan di pihak Najib.
Saman sivil DOJ untuk merampas aset berkaitan 1MDN pula mendakwa dana itu dialihkan daripada firma pelaburan negara itu melalui syarikat pengantara.

Malaysia dihalang anjur Kongres FIFA 2017

Ia mungkin berikutan keengganan Malaysia memberikan visa pelawat kepada wakil Israel.
fifa_malaysia_600
PETALING JAYA: Gabungan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memutuskan Malaysia tidak akan menjadi tuan rumah Kongres FIFA 2017, yang akan menyaksikan pengundian Piala Dunia 2026, berikutan kemungkinan wakil beberapa negara seperti Israel tidak dibenarkan masuk.
Majalah FourFourTwo hari ini melaporkan keputusan itu dimaklumkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Selasa lalu.
FAM dijangka mengeluarkan reaksinya selepas bermesyuarat Isnin depan.
Malaysia diberikan penghormatan menganjurkan kongres tersebut pada Disember 2013.
Sebelum ini, dasar luar Malaysia dalam hubungannya dengan Israel memberi kesan terhadap beberapa acara sukan antarabangsa yang dianjurkan di Kuala Lumpur.
Ini termasuk insiden membabitkan pasukan Israel ketika Pertandingan Piala Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) pada 1997, dan kehadiran pemain warga Israel Avram Grant dan Ben Haim bersama pasukan kelab bola sepak Chelsea pada 2008 dan 2011.
Disember lalu, Persatuan Pelayaran Israel (ISA) menarik diri dari kejohanan Layar Belia Dunia (YWC) Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) 2015 selepas pelayar Israel dilarang mengibarkan bendera negara Zionis itu pada pakaian dan kapal layar mereka.
Sementara itu, FourFourTwo melaporkan spekulasi keputusan FIFA itu mungkin berkait dengan pergolakan dalaman FAM, yang menyaksikan 4 pemain kebangsaan menarik diri, walaupun kekal bermain dalam pasukan Johor Darul Ta’zim.
Ia disusuli dakwaan rasuah dan salah laku dalam FAM oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

IBRAHIM ALI PILIH BERSATU?

Dalam melontarkan ulasannya mengenai pelbagai reaksi pemimpin UMNO terhadap penubuhan BERSATU yang masih dalam proses pendaftaran, Ibrahim Ali dalam masa yang sama juga tidak melindungkan keghairahan dan "jatuh cintanya" kepada parti baru itu.
Soal sama ada (BERSATU) mendapat sokongan atau tidak daripada rakyat, itu sama-sama kita tunggu dan saksikan. Beri mereka ruang dan peluang, katanya lagi.

Apakah ini tanda-tanda bahawa Presiden Perkasa itu bakal menyertai BERSATU apabila pendaftarannya diluluskan nanti?

Adakah BERSATU merupakan pilihannya untuk kembali berpolitik sebagaimana yang pernah diperkatakannya sebelum ini bahawa beliau sedang mempertimbangkan untuk menyertai sebuah parti politik bagi membolehkannya bertanding semula dalam PRU 14 akan datang?
Adakah, sekiranya menyertai BERSATU, ahli-ahli Perkasa akan turut mengikut jejak langkah Ibrahim Ali?

Dalam BERSATU, apa agaknya jawatan yang akan diperolehinya?

Jangan angkuh dalam menyerang Bersatu, kata Ibrahim Ali

Presiden Perkasa berkata respon yang dikeluarkan pemimpin politik, ahli akademik dan ilmuan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) seperti kumpulan Raja Lawak.
Ibrahim-AliPETALING JAYA: Datuk Ibrahim Ali mengingatkan ahli politik supaya tidak terlalu angkuh dan memandang rendah keupayaan pihak lain kerana apa sahaja boleh berlaku pada masa kini.
Presiden Perkasa itu berkata demikian merujuk kepada kenyataan respon yang dikeluarkan pemimpin politik, ahli akademik dan ilmuan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
“Kalau penubuhan parti Bersatu ini dianggap remeh, tidak memberi kesan pada kepada parti lain, dianggap parti serpihan, tidak dapat bertahan lama atau berkubur selepas PRU14, kenapa perlu dibuat pelbagai andaian dan mengeluarkan berbagai kenyataan serta ulasan di media.
“Sehinggakan nama Bersatu pun mendapat bantahan. Pelbagai alasan dan tekanan sudah mula timbul satu persatu. Banyak pihak berlumba-lumba mahu memberi ulasan sehingga dilihat seperti kumpulan Raja Lawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kesal dengan sikap itu, beliau juga berkata soal parti mendapat sokongan rakyat atau tidak juga usah ditimbulkan.
“Sama-sama kita tunggu dan saksikan. Beri mereka ruang dan peluang,” katanya.
Malah, beliau memberi amaran agar tidak merendahkan minda rakyat kerana rakyat lebih tahu apa yang mereka harapkan.
Dalam pada itu, Ibrahim juga menganggap kenyataan yang dikeluarkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Mokhtar sebagai rasional.
“Jelas kelihatan matang dan logik. Jauh lebih baik dari ulasan serta pandangan lain waima pandangan ahli akedemik mahu pun tokoh-tokoh politik yang lain,” katanya.

Pemimpin Umno jangan terus perbodohkan Melayu, tegas Amanah Melaka


Adly ZahariAdly ZahariPemimpin Umno di peringkat negeri dan nasional dilihat hanya terus membangkitkan isu dangkal bagi mengalih tumpuan rakyat daripada skandal kewangan yang mendapat perhatian dunia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tegas Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Melaka.
 Pengerusinya, Adly Zahari berkata, isu yang harus dijawab oleh pimpinan Umno ialah berkaitan segala dakwaan pihak Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat membabitkan penyelewengan dana lebih AS$3.5 bilion dana 1MDB.
“Mereka juga perlu mendesak agar ketiga-tiga nama yang telah disebutkan oleh DoJ seperti Riza Aziz, Jho Low dan Khadem Al Qubaisi dikesan serta ditahan untuk sisatan lanjut,” tegasnya dalam satu kenyataan.
Mengulas tuduhan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron kononnya pendedahan DoJ itu adalah sebahagian daripada helah politik untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan orang Melayu, beliau membidas, usah terus memperbodohkan Melayu.
“Apakah yang ditakutkan negara AS terhadap orang Melayu di Malaysia hingga Idris Haron membuat tanggapan AS mempunyai modus operandi yang sama ketika mahu menceroboh masuk Iraq?
“Apakah ini sebenarnya taktik lapuk Ketua Menteri dan rakan-rakan untuk terus memperbodohkan rakyat terutama Melayu beragama Islam yang cukup sensitif apabila menyentuh isu agama dan bangsa?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
MO1 begitu jelas
Menurut Adly, jenayah pengubahan wang haram di sebalik skandal 1MDB tidak lagi boleh disembunyikan ketika ciri-ciri mengenai individu yang dipanggil sebagai ‘Malaysian Ofiicial 1’ (MO1) begitu jelas walaupun tidak disebut namanya secara khusus.
“Jika benar mahu menyelamatkan Melayu, Idris Haron harus membantu untuk membongkar skandal besar ini dan bukannya terus mengalih isu dengan harapan rakyat akan terus percaya pada helah pemerintah yang ada,” bidasnya lagi.

Surat terbuka 7 pemimpin BERSATU

Kepada Rakyat Malaysia,
Kami adalah tujuh orang pengasas penubuhan sebuah parti politik baru.
Jawatan-jawatan kami adalah sementara. Apabila parti sudah tertubuh, perwakilan akan pilih pemimpin.
Sementara menunggu kebenaran dari Pendaftaran Pertubuhan, izinkan kami jelaskan kenapa parti ini ditubuh sekarang.
Malaysia setelah merdeka berjaya dibangun oleh rakyat Malaysia dan wakil mereka sehingga terkenal sebagai satu-satunya negara merdeka yang tinggi pembangunannya.
Banyaklah negara-negara dunia ketiga yang anggap Malaysia sebagai negara contoh.
Dimana-mana orang Malaysia pergi, mereka dihormati kerana kejayaan pentadbiran dan pembangunan negara mereka.
Tetapi sekarang kita terkenal sebagai sebuah negara dimana rasuah amat tinggi dengan Menteri Kewangan yang terburuk sekali.
Kita juga mempunyai seorang Perdana Menteri yang sedang disiasat kerana besar kemungkinan terlibat dengan money laundering (pembersihan duit haram) berbilion dollar Amerika Syarikat.
Syarikat 1MDB kehilangan berbilion Ringgit. Di masa yang sama Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib mempunyai RM2.6 bilion  dalam akaun peribadinya.
Hutang negara meningkat berbilion ringgit. Walaupun belanjawan negara ternampak tinggi tetapi kementerian-kementerian, institusi dan agensi kerajaan diarah kurangkan perbelanjaan sehingga 30 peratus.
Sementara itu kos sara hidup meningkat tinggi kerana cukai GST, kenaikan cukai tanah, pengurangan subsidi minyak dan penarikan balik status bebas cukai Langkawi dan Labuan.
Demokrasi dan pemerintahan mengikut undang-undang sudah tidak ada lagi.
Pegawai ditukar dan diganti dengan pegawai yang setia kepada Najib supaya sanggup melakukan perkara yang salah apabila diarah.
Jenayah dalam kerajaan dirahsiakan. Yang mendedah jenayah disoal, ditangkap, dipenjara dan dihadapkan ke mahkamah.
Sesungguhnya keadaan dalam negara dan imej di luar negara amatlah buruk.
Di luar negara rakyat malu mengaku sebagai orang Malaysia. Tidak ternampak sebarang usaha untuk menghentikan jenayah dan memulih keadaan.
Yang ditekankan ialah kesetiaan kepada Najib sebagai presiden parti dan perdana menteri. Dan banyaklah lagi keburukan yang dibawa oleh Najib kepada negara tercinta ini.
Kami pengasas parti baru berpendapat masa sudah tiba untuk rakyat menyelamatkan negara ini.
Jika tidak segala-gala yang kita nikmati akan hancur-lebur dan kita dan anak cucu kita akan kembali menderita kemiskinan tanpa maruah.
Parti yang kami tubuh ini bertujuan menjadi alat kepada rakyat yang benar-benar cintakan negara yang bertuah ini.
Hasrat kami ialah untuk berkhidmat memulih semula rakyat dan negara.
Demokrasi dan pemerintahan berasas undang-undang akan kami kembalikan.

Rafizi mohon pembatalan sebahagian tuntutan saman LTAT

Permohonan itu dibuat berikutan separuh kenyataan tuntutan yang dibuat LTAT diklafikasikan kurang tepat dan tidak mempunyai kaitan dengan Rafizi.
rafizi ltat
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memohon pembatalan sebahagian tuntutan saman yang dibuat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ke atasnya.
Peguamnya Saiful Izham Ramli berkata, permohonan tersebut dibuat di Mahkamah Tinggi Isnin lepas ekoran separuh dakwaan yang dibuat LTAT menerusi saman tersebut tidak dilakukan oleh anak guamnya dan kesemua tuntutan tersebut melibatkan teknikal.
“Kami baru sahaja memasukkan permohonan untuk “striking out’ sebahagian daripada kenyataan tuntutan LTAT.
“Kita tidak membuat pembatalan permohonan seluruh saman tetapi sebahagian kenyataan LTAT memandangkan mereka menuntut perkara yang ada dalam bahasa Melayu tetapi artikel itu dalam bahasa Inggeris.
“Malah, ada juga tuntutannya yang tidak diucapkan oleh Rafizi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi pengurusan kes di Mahkamah Tinggi hari ini.
Katanya, pihak hakim Mahkamah Tinggi menanguhkan sesi pengurusan kes sebelum memutuskan permohonan Rafizi pada 12 Oktober nanti.

Najib: Dr M dulu pun dituduh kepala perompak

Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin melihat Datuk Seri Najib Razak tidak mengikuti landasan yang sama dengannya dalam pentadbiran negara.

Tetapi bagi Najib pula nyata berbeza.

Perdana menteri berpendapat apa yang dilalui mereka berdua sebenarnya sama, terutamanya dalam membangunkan negara ketika berdepan “tohmahan”.
“Adakah beliau tidak terkecuali daripada tohmahan yang beliau lemparkan ke atas saya ketika zaman beliau memegang kuasa?

“Walau apapun tohmahan yang dilemparkan kepada beliau dahulu, bangunan serta infrastruktur tetap dibangunkan, negara tetap dapat melalui proses transformasi walaupun musuh politik dahulu yang kini beliau bersubahat dengan, menuduh beliau sebagai pemberi rasuah, salah guna kuasa dan kepala perompak.
“Tiada bezanya apa yang dilalui oleh saya dan beliau.

“Saya tetap akan meneruskan kerja saya untuk membangunkan agama, bangsa dan negara tercinta ini walaupun perlu menempuhi segala tohmahan yang dilemparkan olehnya,” kata Najib.
Menulis dalam blognya hari ini, Najib bagaimanapun tidak menyebut secara langsung nama Mahathir tetapi hanya merujuknya sebagai “seorang pemimpin lama”.

Najib berkata rakyat memerlukan kepimpinan yang boleh memberi khidmat bakti sepanjang masa, bukan hanya bermatlamat menjatuhkan orang lain.

Sementara itu, Najib juga berkata beliau berasa amat kecewa dengan Mahathir.

Katanya, Mahathir sanggup bersekongkol dengan parti lain yang mempunyai matlamat berbeza dengan perjuangannya dahulu.
“(Semuanya) demi menjatuhkan kerajaan, yakni yang beliau sendiri asaskan kerajaan yang ada hari ini,” katanya.

Ahmad Said jangan buat spekulasi lagi, elak ketegangan berulang - ADUN Batu Rakit

'Malaysia sedang merosot seperti Filipina dulu' - Musa Hitam

'Tanya budak 8 tahun pun boleh jawab siapa itu Malaysian Official 1' - Abdul Aziz

Noh terus tipu rakyat, Kerajaan Negeri umum peruntukan lebih awal

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dilihat berterusan menipu rakyat berhubung janji penyaluran peruntukan yang kononnya tidak dapat diberi selepas Kerajaan Negeri mengumumkan dalam Belanjawan 2015.
iskandar01Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad menyifatkan tidak sepatut Noh berdolak dalik sebagai seorang menteri, bahkan adalah lebih baik beliau mengakui kesilapan dan tidak terlalu ghairah bermain politik.

“Dakwaan Noh ini tidak tepat kerana peruntukan untuk PPR terkandung di dalam Belanjawan Kerajaan Negeri Selangor 2015 (Anggaran Perbelanjaan Negeri Selangor Tahun 2015).
“Anggaran perbelanjaan ini dibentangkan kepada Sidang Dewan Negeri Selangor pada November 2014. Sebelum Noh membuat janji,” katanya menerusi aplikasi whatsapp.
Noh sebelum ini mendakwa, beliau tidak menunaikan janji untuk menurunkan peruntukan RM1.8 juta kepada PPR Kota Damansara kerana Kerajaan Negeri mengumumkan peruntukan khas untuk PPR itu selepas beliau membuat janji terbabit.
photo 1(62)Iskandar berkata, tindakan Noh itu seolah-olah Kerajaan Negeri hanya bertindak selepas Noh membuat pengumuman.
“Sebagai seorang Menteri Persekutuan, beliau tidak sepatutnya berdolak-dalik. Beliau perlu mengakui kesilapan dan inilah akibat terlalu ghairah bermain politik.
“Sekali lagi, saya menggesa beliau bersikap seperti seorang negarawan bukan seperti seorang ketua cawangan,” katanya.
Sebelum ini, Noh menafikan bahawa Kerajaan Persekutuan memungkiri janji untuk memberi peruntukan RM1.8 juta bagi membaik pulih kerosakan pendawaian dan jeriji penghadang di PPR Kota Damansara.
“Bukan kita tidak tunai janji. Soalnya kenapa mereka (Kerajaan Negeri) tidak umum (peruntukan) lebih awal,” katanya.

Doktor didakwa sebabkan kematian menantu Zahid

Jika sabit kesalahan, Dr Ting Teck Chin boleh dipenjara sehingga 20 tahun.
Syed-Alman2
KUALA LUMPUR: Seorang pakar sakit puan hari ini mengaku tidak bersalah selepas didakwa menyebabkan kematian menantu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Jun lalu.
Dr Ting Teck Chin didakwa di Mahkamah Sesyen di bawah Seksyen 204(b) Kanun Keseksaan atas tuduhan menyebabkan kematian Datuk Syed Alman Syed Alwi, 44, di Pusat Pakar Pergigian Imperial, Bangsar.
Jika sabit kesalahan, Dr Ting boleh dikenakan hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.
Hakim Zainal L Saleh menetapkan wang jaminan pada RM20,000, dan mahkamah akan bersidang lagi pada Oktober 17.
Dr Ting diwakili K Kumaraendran and Dev Kumaraendran.
Syed Alman, ketika menerima rawatan di klinik swasta itu, dilaporkan tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum disahkan meninggal dunia.
Beliau merupakan graduan teknologi maklumat dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Ketua Pegawai Eksekutif iGEN Technology (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat vendor perisian bebas.
Syed Alman meninggalkan meninggalkan isteri, anak sulung Zahid, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, 37, dan tiga anak.

Ideas: Uber baik untuk pengguna dan pemandu teksi

Syed Hamid Albar harus dipuji atas usahanya yang menguntungkan pengguna, kata badan pemikir itu.
Wan-Saiful-Wan_uber_grab_teksi_600
PETALING JAYA: Keputusan membenarkan Uber dan Grabcar beroperasi bukan sahaja menguntungkan pengguna tetapi juga memberi kebaikan kepada pemandu teksi, kata badan pemikir Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).
Ketua Pengarahnya Wan Saiful Wan Jan berkata keputusan Kabinet itu bijak bagi memastikan pengguna memperoleh perkhidmatan murah dan berkesan.
“Pengiktirafan ini penting bagi memastikan persaingan secara sihat dan adil buat penyedia perkhidmatan,” katanya.
Putrajaya membenarkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengawal konsep e-teksi menjelang akhir tahun ini, dilihat sebagai jalan perkhidmatan Uber dan Grab menjadi sah di sisi undang-undang.
Sebelum itu, SPAD membentangkan 11 inisiatif kepada mesyuarat Kabinety Rabu lalu, mengenai perkhidmatan teksi dan perkongsian perjalanan.
Ia termasuk menyusun semula industri teksi konvensional dan meluaskan perkhidmatan pengangkutan dengan menghalalkan perkhidmatan Uber dan Grab, menurut harian tersebut.
Wan Saiful berkata Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar harus dipuji atas usahanya.
Beliau mempersoalkan dakwaan keputusan itu memberi kesan negatif kepada pemandu teksi.
Sebaliknya, Wan Saiful berkata ia memberi dorongan untuk sistem teksi ketika ini menambah baik dan belajar daripada pesaing baharunya.
“Teksi sentiasa diperlukan dan dengan insentif yang sesuai saya yakin mereka mampu bersaing secara sihat,” katanya.

Benarkah Muhyiddin pilihan Mahathir?

Benarkah Muhyiddin pilihan Mahathir?
KETIKA tulisan ini disiarkan, tidak pasti sama ada Tun Dr. Mahathir masih di IJN ataupun sudah pulang. Apa yang hampir pasti ialah dia akan dapat kenderaan baharu untuk menggerakkan kempen menumbang Najib – Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau nama pendeknya,  Bersatu.
Saya yakin, meskipun dilantik pengerusi parti itu, Dr. Mahathir tidak akan bertanding pada PRU14, jauh sekali untuk kembali ke Sri Perdana. Apa yang jadi matlamatnya adalah menggantikan PM Najib dengan pemimpin lain. Najib pada pandangannya sudah melakukan banyak kerosakan dan tidak boleh dibiarkan.
Ketika memilih Pak Lah untuk menggantikannya, Dr. Mahathir sebenarnya lebih berminat kepada Najib. Pada masa itu, hubungan Najib – Pak Lah tidak begitu jernih dan dikatakan, Dr. Mahathir terpaksa mendapatkan jaminan Pak Lah untuk memastikan Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri apabila dia (Pak Lah) dinamakan sebagai Perdana Menteri. Tujuannya adalah supaya selepas Pak Lah, Najib yang akan naik.
Mahathir bukan jenis lupa jasa orang kepadanya. Ada cerita, Tun Razak berpesan kepada birasnya, Tun Hussein Onn supaya melantik Dr. Mahathir jadi timbalannya setelah dia (Hussein) dilantik Perdana Menteri. Jika cerita ini benar, ia adalah sama dengan apa yang dilakukan oleh Dr. Mahathir.
Hussein memang tidak menggemari Mahathir sejak awal. Dia yang jadi Perdana Menteri selepas kematian mengejut Tun Razak di London akibat kanser pada 1976,  lebih mahukan Tun Ghazali Shafie yang dianggap antara orang Melayu paling pintar dan berpengetahuan (hingga dilantik menganggotai Suruhanjaya Reid yang menggubal Perlembagaan Persekutuan) untuk jadi timbalannya.
Bagaimanapun Ghazali bukan Naib Presiden Umno. Mengikut tradisi dan berdasarkan senioriti, Hussein seharusnya melantik seorang daripada tiga naib presiden iaitu Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Ghafar Baba atau  Dr. Mahathir sebagai timbalannya.
Kata dua
Tengku Razaleigh adalah Naib Presiden Umno yang paling popular ketika itu. Dia mendapat undi tertinggi dalam pemilihan parti, diikuti Ghafar dan Dr. Mahathir.
Bagaimanapun menurut Sanusi Junid, Hussein tidak berkenan untuk melantik Ku Li barang kali disebabkan status bujangnya ketika itu manakala Ghafar pula kerana Ghafar menyokong Tunku Abdul Rahman ketika krisisnya dengan bapa Hussein, Onn Jaafar pada 1951.
Berikutan ura-ura Hussein mahu melantik Ghazali sebagai timbalannya, ketiga-tiga naib presiden itu menemuinya dan memberi kata dua: “Lantik salah seorang daripada kami ataupun kami bertiga akan boikot Kabinet!”
Lantaran itu, Hussein akhirnya memilih Dr. Mahathir meskipun Dr. Mahathir ketika itu adalah naib presiden yang ketiga dari segi kedudukan dalam parti yang berasaskan pungutan undi.  Yang membantu Hussein membuat keputusan itu ialah Abdul Kadir Yusuf, Menteri Pembangunan Tanah dan Pembangunan Wilayah. Abdul Kadir sahabat karib Hussein sejak sama-sama menuntut di London.
Perihal keruhnya hubungan Hussein – Dr. Mahathir berlarutan hinggalah Dr. Mahathir dilantik Timbalan Perdana Menteri.
Tokoh wartawan, A.R. Kamaludin  yang juga anggota Exco Pemuda Umno ketika era Suhaimi Kamaruddin pernah menceritakan hal keluhan Dr. Mahathir mengenai hubungannya dengan Hussein.
Menurut Kamaludin, ketika dia bersama beberapa anggota Exco Pemuda Umno menunggu giliran untuk menghadap Perdana Menteri di pejabatnya, mereka terserempak dengan Dr. Mahathir yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri. Dia menyapa mereka.
Apabila diberitahu tujuan mereka adalah mahu menghadap Perdana Menteri, Dr. Mahathir berkata: “Lagi untung jadi Exco Pemuda daripada Timbalan Perdana Menteri. Saya dah dua minggu buat appointment nak jumpa PM, tak dapat-dapat lagi.”
Pada penghujung pentadbirannya, Hussein dikatakan memanggil  Tengku Razaleigh. Hussein beritahu Ku Li dia mahu letak jawatan dan Ku Li dipilih untuk menggantikannya.
Memanglah tiada peruntukan dalam Perlembagaan hanya Timbalan Perdana Menteri  yang boleh menggantikan jika Perdana Menteri meletak jawatan namun secara tradisi, seharusnyalah begitu. Dr. Mahathir adalah Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden Umno, juga Timbalan Pengerusi BN.
Ku Li bagaimanapun dikatakan menolak tawaran itu, Dia yakin masa untuknya (jadi Perdana Menteri) akan tiba jua memandangkan usianya yang jauh muda berbanding Dr. Mahathir.

Tuduhan RM90 juta kerana PAS masih pilihan profesional, kata Nik Abduh

PAS kini menjadi tarikan golongan ilmuwan 'pemegang ijazah tertinggi' walaupun ada pihak melabelnya parti 'tok lebai'.
Nik Mohamad Abduh Nik Aziz
KUALA LUMPUR: PAS mendakwa ia terus mendapat sokongan golongan profesional, dan ini menyebabkan Sarawak Report menuduh pimpinan tertinggi parti itu menerima wang daripada Datuk Seri Najib Razak, kata Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.
Katanya, ia susulan kegagalan beberapa pihak menyerang parti itu dalam usaha melabelnya parti “tok lebai”.
“Antara kegagalan ketara peluru mereka sebelum ini ialah usaha mengecilkan PAS sebagai para tok lebai yang meminggirkan golongan profesional dan menjadikan penyingkiran dan pembentukan parti serpihan PAN sebagai bukti kebenaran hujah mereka,” kata beliau menggunakan rujukan yang kerap digunakan media pro-Umno terhadap Amanah.
Amanah ditubuhkan September lalu oleh kumpulan profesional dalam PAS, beberapa bulan selepas perpecahan parti Islam itu kemenangan besar golongan konservatif yang dinaungi presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Haron Din.
Sarawak Report sebelum ini mendakwa pimpinan tertinggi PAS menerima RM90 juta dalam usaha Najib meraih sokongan parti itu susulan perpecahan pembangkang.
Nik Abduh berkata tuduhan itu merupakan sebahagian “projek besar membuang PAS daripada persada politik negara”, sambil menyerang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini menganggap pemimpin PAS “termakan dedak” yang diberikan Najib.

Tidak dapat sentuh atau lihat, mata wang Bitcoin semakin popular

Dengan lebih 3,000 pengguna wang digital itu di Malaysia, Bitcoin semakin diterima walaupun pernah disangsi Bank Negara disebabkan risiko penggunaannya.
bitcoin
KUALA LUMPUR: Mata wang digital, atau dikenali “cryptocurrency”, masih istilah asing di kalangan masyarakat umum, namun ia berpotensi menjadi kaedah utama urus niaga masa depan.
Di Malaysia, nilai urusniaga mata wang digital seperti Bitcoin naik mendadak sejak tahun lalu, daripada RM130,000 pada Julai 2015 kepada RM730,000 setakat 16 Julai tahun ini.
“Walaupun mungkin masih disandarkan kepada sistem fiat sedia ada, mata wang kripto atau sekurang-kurangnya pembayaran digital adalah masa hadapan,” kata pengasas Bitcoin Malaysia, Colbert Low.
“Dunia sedang dalam perubahan. Persoalannya sama ada anda dapat menyesuaikan diri atau tidak,” katanya dalam wawancara bersama FMT.
Pengguna aktif yang juga pelopor Bitcoin tempatan Ragunathan Ramankrishnan berkata nilai Bitcoin yang jauh meningkat sejak mula diperkenalkan adalah bukti ia semakin mendapat tempat di seluruh dunia.
“Empat tahun lalu, satu bitcoin hanya berharga RM50. Hari ini nilainya kira-kira RM2,000,” katanya kepada FMT.
Low dan Ragunathan merupakan perunding “cryptocurrency” dan antara pelopor fenomena Bitcoin di negara ini.
Bitcoin adalah aset digital dan sistem pembayaran yang diasaskan seorang individu misteri bernama Satoshi Nakamoto pada 2009.
Melawan teori biasa
Melalui kaedah ini, transaksi dijalankan secara terus antara individu tanpa melibatkan orang tengah iaitu bank, dan setiap transaksi direkodkan dalam sebuah lejar awam yang dinamakan “blockchain”.
Menurut Low, Bitcoin dicipta atas semangat mengenepikan teori ekonomi dan sistem mata wang semasa.
“Mata wang konvensional perlu disandarkan kepada sesuatu. Dolar AS dahulu disandarkan kepada emas, kini wang fiat tidak disandarkan kepada apa-apa. Ada yang menganggapnya sebagai kertas tandas.
“Maka individu yang mencetuskan Bitcoin ini mahu mengenepikan sistem ini. Pada satu sisi ia adalah anarkis dan mendakap semangat ‘anonymous’ zaman sekarang,” katanya.
Pemilik Bitcoin tidak perlu membawa wang tunai ke luar negara, sebaliknya boleh menukarkan bitcoin miliknya dengan mata wang di sana.
Ragunathan berkata, kini sudah banyak negara menggunakan mata wang digital untuk semua transaksi.
“Kerajaan Switzerland misalnya memberikan pengecualian cukai untuk tempoh tertentu kepada sesiapa sahaja yang ingin meneroka atau membangunkan syarikat berkenaan Bitcoin di negara itu,” katanya yang pernah memberi taklimat kepada Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung mata wang digital beberapa tahun lalu.
Namun, beliau mengakui Malaysia sendiri agak lambat untuk memutuskan pendirian berhubung perkara ini.
Perubahan sikap Bank Negara
Dua tahun lalu, BNM berkata Bitcoin tidak diiktiraf di negara ini dan mengingatkan semua pihak agar berwaspada dengan risiko penggunaannya.

Elak kemelut ASB/ASN berulang ke atas skim syariah KWSP

Bagi umat Islam, soal hukum halal haram sememangnya dijadikan panduan yang sangat penting dalam hal kehidupan harian terutama mencari nafkah untuk makan minum seisi keluarga dan mengumpul dana menjelang hari tua.
Menyedari kehendak golongan tersebut, tumbuh bagaikan cendawan produk kewangan takaful yang cuba memikat umat Islam untuk membeli insurans dan membuat pelaburan yang patuh syariah demi memastikan pulangan yang diterima bebas daripada unsur-unsur haram mahupun meragukan.
Justeru, ketika Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pengenalan skim simpanan syariahnya, puluhan ribu termasuk yang bukan Islam menerpa pejabat agensi tersebut di seluruh negara sejak 8 Oktober yang lalu untuk menukar skim simpanan konvensional kepada syariah.
Bagi mereka yang belum berbuat demikian, peluang untuk menukar skim itu masih terbuka luas sehingga peruntukan dana RM100 bilion habis, berdasarkan konsep 'siapa cepat, dia dapat' atau sehingga tarikh tutup permohonan pada 23 Disember ini.
Diberitakan, ekoran sambutan memberangsangkan terhadap skim simpanan syariah itu, KWSP bercadang untuk menambah peruntukan dana antara RM20 bilion hingga RM30 bilion setahun selepas ini.
Rasional cadangan pertambahan tersebut ialah sebahagian besar daripada para pencarumnya yang mencecah 14,550,355 orang dengan 6,794,604 merupakan ahli aktif setakat 31 Disember lalu, akan menukar kepada skim simpanan syariah itu.
Demi menghalalkan simpanan yang akan digunakan oleh sebahagian besar pencarum untuk kegunaan di hari tua kelak, terutama menampung kos perubatan, maka ramai yang memilih untuk tidak mencampurkan dana tersebut dengan punca-punca pendapatan yang mendatangkan keraguan, apatah lagi haram.
Simpanan syariah
Jika pencarum memilih simpanan syariah, Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) telah memutuskan pertukaran kepada Simpanan Syariah dikecualikan daripada penyucian dividen.
Menurut laman web KWSP, muzakarah khas jawatankuasa fatwa majlis kebangsaan bagi hal ehwal ugama Islam Malaysia yang telah diadakan pada 18 Ogos 2015 memutuskan KWSP tidak diwajibkan untuk melakukan penyucian terhadap dividen simpanan semua ahli KWSP yang bersetuju untuk bertukar ke Simpanan Syariah.
"Bagaimanapun, sekiranya ada ahli yang ingin melakukan penyucian dividen secara individu, ahli boleh melakukannya dengan merujuk kepada garis panduan penyucian dividen yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS)," kata laman web itu lagi.
Ramai di kalangan pencarum juga bertekad untuk menukar kepada skim simpanan syariah ini walaupun KWSP telah menegaskan bahawa kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum.
Berbanding dengan skim simpanan konvensional, semua caruman kepada skim sedia ada itu akan dibayar dividen dan dijamin oleh kerajaan pada kadar minima 2.5 peratus.
Dividen bagi akaun para pencarum dikira berdasarkan baki harian agregat.
KWSP membayar dividen pada kadar 6.4 peratus dengan jumlah bayaran dividen keseluruhan sebanyak RM38.24 bilion bagi tahun 2015, kurang sedikit berbanding kadar dividen 6.75 peratus pada 2014, yang tertinggi sejak 1999.
Jika dipuratakan selama 16 tahun mulai tahun 2000 hingga 2015, KWSP membayar dividen pada kadar 5.5 peratus setahun.
'Elak sumber haram'
Selain mengelak punca pendapatan dari sumber haram kepada pencarum beragama Islam, pengenalan skim simpanan syariah ini juga berjaya memartabatkan lagi nama Malaysia di persada sistem kewangan global sebagai peneraju kewangan Islam.

Boleh plok nak campur adukkan yang HARAM & HALAL.. Itulah sebenar2 nya sifat hakiki Umno..

JANGAN LAWAN KATA PUAN HAJJAH.. sbb mereka ni dah tunaikan haji. Ilmu agama korang tak setanding dgn mereka ini.. Berdosa korang kalau lawan kata mereka..

HANYA 'AHLI SYURGA' saja yg sanggup rela BERSETONGKOL dgn mereka ini..