Khamis, 11 Ogos 2016

Penganalisis: Tanpa tadbir urus baik, Malaysia akan hancur

Ramon menyarankan perdana menteri mengambil tindakan segera bagi mengelakkan masalah berkaitan ekstremisme serta rasuah bertambah serius dan menghancurkan negara.
ramon-malaysia
PETALING JAYA: Tanpa tadbir urus yang baik, tidak mustahil sesebuah negara itu akan mengalami kemerosotan dan berakhir seperti Filipina, termasuk Malaysia.
Sehubungan itu, Pengarah Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, perdana menteri perlu mengambil tindakan segera bagi mengelakkan masalah berkaitan ekstremisme serta rasuah bertambah serius dan menghancurkan negara.
“Kalau mencegah ini semua, kita boleh maju.
“Mana-mana negara kalau tak ambil tindakan seperti tadbir urus yang baik…United Kingdom dan Amerika Syarikat pun boleh (jadi) teruk, bukan Filipina dan Malaysia sahaja,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dilaporkan berkata, Malaysia sedang mengalami kemerosotan dan boleh berakhir seperti Filipina.
Musa berkata, sejak kerajaan berdepan skandal mega, perkara lain seperti kejadian tembakan pada waktu siang tidak ditangani dengan baik, sehingga menyebabkan rakyat kini biasa dengan situasi itu, seperti keadaan di Filipina pada zaman dahulu, di mana rakyatnya membawa senjata untuk mempertahankan diri.
Katanya, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang diasaskan Tun Abdul Razak kini dijadikan alat oleh anaknya, Najib bagi meraih undi Melayu luar bandar dan bimbang nasib Felda akan menimpa Lembaga Tabung Haji yang diilhamkan Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz untuk membantu umat Islam menunaikan haji.
Mengulas lanjut, Ramon berkata, masalah rasuah juga semakin serius berbanding dahulu.
“Ada yang dapat kontrak daripada kroni dan kronisme bertambah serius. Ini yang perlu dicegah,” katanya.

PARTI BERSATU SUKAR DILULUSKAN?

Kemungkinan kelulusan pendaftaran parti BERSATU akan melalui jalan sukar  adalah hakikat yang barangkali harus diterima oleh Tun Mahathir Mohamad yang mengharapkan melalui parti baru itu dapat menyingkirkan Najib Razak melalui pilihanraya umum akan datang.

Sekurang-kurangnya dua alasan bakal menjadi halangan parti itu daripada diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan:-

- Logonya yang menggunakan bunga raya sebagai logo rasmi. Bunga raya adalah bunga kebangsaan dan penggunaannya mungkin tidak dibenarkan oleh Pendaftar Pertubuhan ke atas mana-mana parti politik, lebih-lebih lagi yang jelas bersifat untuk menumbangkan UMNO dan menyingkirkan Perdana Menteri.

- Penggunaan singkatan perkataan BERSATU kepada nama penuhnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia. 
Walaupun Tengku Adnan Tengku Mansor mengemukakan bantahan terhadap penggunaan perkataan "bersatu"  itu atas alasan ia perkataan yang sering digunakan umum dan mungkin mengelirukan orangramai, sebab sebenar ialah kerana lagu rasmi UMNO sendiri banyak menggunakan perkataan "bersatu", selain slogan UMNO pula ialah "Bersatu, Bersetia, Berkhidmat".

Jika parti BERSATU diluluskan, ia tentunya bakal menjadi cabaran kepada UMNO kerana setiap kali ahli-ahlinya menyanyikan lagu UMNO, mereka secara tidak langsung sedang mempromosikan parti baru tersebut.

Ia juga membuatkan pemimpin-pemimpin UMNO, khususnya Najib Razak sentiasa keberatan untuk membuka mulut bagi sama-sama menyanyi ketika lagu itu didendangkan.

Dengan itu, sesuai dengan bantahan yang dikemukakan oleh Ku Nan, pemimpin nombor tiga paling berkuasa dalam UMNO itu, kebarangkaliannya adalah tinggi bahawa pendaftaran BERSATU tidak akan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan bersandarkan dua alasan tersebut..

Ia dalam masa yang sama akan memaksa jawatankuasa penaja BERSATU untuk menukar logo bunga raya itu dan memilih singkatan perkataan lain selain daripada BERSATU. 

Penggunaan perkataan "bersatu"  untuk nama parti mungkin tidak menjadi masalah kerana UMNO sendiri bermakna Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dan PBS pula adalah singkatan Parti Bersatu Sabah, tetapi penggunaan nama BERSATU sebagai nama sebutan harian sesebuah parti yang merupakan saingan UMNO dan tujuannya pula ingin menyingkirkan Najib, sudah tentu hampir mustahil untuk dibenarkan.

Barangkali, selain menukar logo bunga rayanya itu, jika singkatan nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia juga ditukar kepada PPBM misalnya, maka ketika ini sedang tersenyum simpullah sekalian pimpinan UMNO terhadap parti baru itu.

Parti baharu Dr Mahathir buat Umno panik

Peguam Haniff Khatri Abdulla juga berharap Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak akan menyahut gesaan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang melarang parti itu menggunakan nama Bersatu.
umno
PETALING JAYA: Umno kini “panik” dengan ancaman daripada parti baharu yang diasaskan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata peguam Haniff Khatri Abdulla.
Haniff yang juga peguam kepada Dr Mahathir berkata sebelum ini, pemimpin Umno seperti wakil rakyat Tan Sri Shahrir Samad dan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menolak idea penubuhan parti baharu oleh Dr Mahathir, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu.
Pemimpin Umno terbabit sebelum ini berkata parti baharu itu tidak akan menjejaskan apa-apa kerana ia tidak bersaing dengan Umno.
Bagaimanapun, Haniff berkata apabila Bersatu menghantar permohonannya untuk didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada Selasa lalu, Umno nampaknya risau.
“Ia mahu menuntut hak eksklusif terhadap perkataan ‘Bersatu’,” katanya menerusi Facebook hari ini, sebagai respons terhadap kenyataan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, hari ini.
Pada sidang media hari ini, Tengku Adnan menggesa RoS supaya tidak meluluskan akronim ‘Bersatu’ yang digunakan parti itu, mendakwa perkataan itu akan mengelirukan kerana ia biasa digunakan dan muncul dalam banyak slogan seperti Bersatu Bersetia Berkhidmat” dan “Bersatu Malaysia Maju”.
Haniff, yang juga peguam kepada Dr Mahathir berkata Umno fikir perkataan ‘Bersatu’ milik mereka.
“Kami percaya alasan lemah yang diberikan Tengku Adnan tidak akan dilayan RoS,” katanya.
Haniff berkata Umno kini bimbang sehingga terpaksa “merayu” RoS supaya tidak meluluskan nama itu.

Ku Li ikrar setia bersama Umno

Beliau berkata tidak timbul soal akan berpaling tadah dengan parti pembangkang dan menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
ku-li-umno
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah tekad untuk setia bersama Umno sekiranya ditawarkan untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Beliau berkata tidak timbul soal akan berpaling tadah dengan parti pembangkang dan menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Saya ahli Umno, dan saya tidak nampak apa-apa salah dalam parti itu dan jika terdapat apa-apa yang salah dalam parti, saya akan memberi cadangan, pendapat dalam parti.
“Saya menerima semuanya di dalam parti,” katanya kepada pemberita selepas membuka Pameran Perdagangan dan Khidmat Berkaitan untuk Artifak Asia di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Majlis Penasihat Kumpulan Asian Heritage Museum Tunku Zain Al-‘Abidin Ibni Tuanku Mukhriz.
Tengku Razaleigh berkata penubuhan parti baharu itu akan menemui jalan sukar kerana ia membabitkan parti pembangkang yang kini jelas sedang berpecah-belah.
Kira-kira 50 artifak dari beberapa negara termasuk China dipamerkan bermula hari ini sehingga 14 Ogos di Muzium Warisan Seni, Universiti Malaya.
Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan permohonan pendaftaran parti itu di pejabat Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya Selasa lepas.

'Jawatan menteri hal ehwal parlimen patut dimansuhkan'

Jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal parlimen patut dimansuhkan, kata seorang peguam dalam sebuah forum hari ini.
Nizam Bashir - yang membentangkan kertas kerja bagi pihak bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim berkata kerajaan perlu menggunakan majoriti di dewan rakyat untuk membuat pembaharuan segera kepada perintah tetap parlimen dan mengukuhkan kedudukan speaker.
"Speaker mesti adalah anggota dewan rakyat dan mesti mampu berlaku adil dan saksama dalam menjalankan tugas di parlimen secara adil tidak berat sebelah.
"Dengan memainkan peranan sebagai seprang pengadil, speaker mestilah tidak menunjukkan sebarang berat sebelah kerana ini akan merosakkan kerja-kerja pembaharuan.
"Dia mesti berani untuk mempertahankan maruah dan integriti Parlimen.
"Jika dia dari Jabatan Perdana Menteri yang mengambil arahan daripada menteri yang menjaga hal ehwal parlimen, dengan sendirinya jawatan itu perlu dihapuskan," katanya pada majlis penutupan forum yang dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi Malaysia hari ini.
Forum itu diadakan di Kuala Lumpur dengan tajuk  'Tadbir Urus Ekonomi Negara: Peranan Jawatankuasa Parlimen.

Ketum campur pil kuda, heroin makin menular di Kelantan

Ketum
Trend baharu penagih mencampurkan air ketum bersama pil kuda dan heroin semakin menular di Kelantan.
KOTA BHARU – Kaedah mencampurkan dadah sintetik ke dalam air ketum dikesan menjadi cara penagihan yang semakin popular dan kian menular dalam kalangan penagih di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Ab Rahman Ismail berkata, tabiat mencampurkan dadah jenis pil kuda dan heroin serta pelbagai dadah lain itu dikatakan mampu menghasilkan rasa khayal yang lebih kuat kepada para penagih.

Katanya, trend itu turut menjadi penyumbang kepada peningkatan jumlah kes membabitkan ketum antara Januari sehingga Julai tahun lalu berbanding tempoh sama tahun ini iaitu daripada 36 kepada 86 kes.

“Wujud peningkatan tangkapan dadah daun ketum di Kelantan yang meningkat sebanyak 212 peratus.

“Pada tahun 2015, polis membuat rampasan dadah (ketum) berjumlah RM10juta dan jumlah itu meningkat kepada RM14 juta tahun ini dengan kenaikan sebanyak 44 peratus,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, di sini, hari ini.

Beliau berkata, daun ketum dipercayai diperoleh dari utara tanah air dan masuk ke pasaran Kelantan untuk diproses oleh individu dan dijual dengan harga RM10 hingga RM12 bagi setiap satu bungkusan seliter.

“Daun ketum diproses menjadi cecair ketum dan dibungkus kemudian dijual kepada pengedar  ke serata daerah di negeri ini. Penagih yang membeli air ini akan mencampurkannya dengan dadah seperti pil kuda atau heroin sebelum diminum.

“Terdapat juga penagih yang mengambil dadah lain pada masa sama diselang-selikan dengan meminum air ketum,” katanya.

Menurutnya, selain ketum, rampasan dadah pil kuda turut meningkat sebanyak RM13 juta iaitu kenaikan sebanyak 43 peratus, heroin meningkat sebanyak 8 peratus manakala syabu meningkat sebanyak 196 peratus dan menyebabkan pihaknya terus fokus dalam jihad bagi memerangi dadah di negeri ini.

PANGKAH LAH LAGI BN !!!

MULA-MULA.. kencing berak kene GST 6%..
KINI.. caj nak bersihkan & kitar semula kencing berak korang pon bakal naik..

Bila caj dah naik jangan bising2 plok. Tak nak bayar caj mahal pi kencing berak dalam hutan.

KISAH BENAR..DI MALAYSIA..!!!

Rakyat miskin kelaparan mencuri didakwa TETAPI.. pemimpin kaya raya mencuri berbilion tak didakwa.

Hidup Kenyang Gila !!

Skandal 1MDB: Justo mohon habiskan hukuman penjara di Switzerland

Warga Switzerland itu, mempunyai setahun lagi hukuman penjara, tapi mungkin dibebaskan bulan depan, kata laporan akhbar.
Justo
PETALING JAYA: Warganegara Switzerland Andre Xavier Justo, yang menerima pengampunan diraja baru-baru ini ketika menjalani hukuman penjara di Thailand atas kesalahan cubaan memeras ugut dalam kontroversi 1MDB, memilih untuk menghabiskan baki hukumannya di tanah airnya.
Bangkok Post memetik peguamnya, Worasit Piriyawiboon sebagai berkata jika diberikan parol, Justo perlu tinggal di Thailand dan melaporkan diri kepada pihak berkuasa setiap bulan, hingga Jun tahun depan.
Bagaimanapun, Justo juga boleh menghabiskan baki tempoh hukumannya kira-kira 10 bulan di Switzerland, jika kerajaan Switzerland memohon untuk dia dipindahkan, kata laporan itu.
Jika pihak berkuasa Switzerland mengesahkan untuk membuat permohonan itu di bawah perjanjian bilateral antara Thailand dan Switzerland mengenai pemindahan banduan.
Pada awal minggu ini, Justo diberikan pengampunan diraja sempena hari ulang tahun ke-70 Raja Bhumibol Adulyadej dan Permaisuri Sirikit menaiki takhta.
Pengampunan itu membolehkan bekas eksekutif IT berusia 49 tahun yang dihukum penjara tiga tahun kerana cubaan memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International, yang ada kaitan dengan 1MDB, diringankan hukumannya sebanyak satu pertiga.
Justo, dikatakan seorang banduan yang baik sudah setahun menjalani hukuman, dan ada setahun lagi baki.
Akhbar itu juga memetik seorang sumber yang terbabit dalam proses perjanjian banduan, berkata Justo mungkin dibebaskan seawal bulan depan, susulan “keinginan politik daripada pelbagai pihak”.
Menurut laporan itu, Justo juga dikehendaki oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat bagi saman pelucutan hak untuk menyita aset yang kononnya dibeli menggunakan wang dicuri daripada 1MDB.

Kuih Bulan Reformasi imbau detik Anwar dijatuhkan

KEADILAN melancarkan Kuih Bulan Reformasi bersama maskot ADIL bertempat di Ibu Pejabatnya hari ini.
CP2A4272-800x533Ketua Penerangan AMK Malaysia, Lee Chean Chung, berkata ia dibuat bagi mengingatkan rakyat Malaysia supaya meneruskan agenda Reformasi dan menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang zalim serta menindas rakyat.

“Pada September 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilucutkan jawatannya dan ditahan serta dizalimi. Pada ketika itu juga tercetuslah gerakan yang dipelopori rakyat.
“Secara kebetulan, pelancaran Gerakan Reformasi jatuh pada Pesta Tanglung hari berkenaan,” katanya.
Pelancaran kuih bulan disempurnakan Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan setiap kotak kuih bulan dijual pada harga RM20 mengandungi dua biji kuih berperisa lotus dan kacang.

Anwar sambut baik BERSATU

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat menyambut baik penubuhan parti baru Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Memetik Malaysia Kini, Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun berharap Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat menggerakkan parti itu.

Anwar“Sekarang beliau harus gerakkannya,” katanya kepada pemberita mengulas penubuhan BERSATU.
Terdahulu, Anwar hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam selepas memberi keterangan dalam aduan qazaf terhadap peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Pada 9 Ogos lalu, Muhyiddin menyerah permohonan mendaftar BERSATU sebagai parti politik kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Selain Muhyiddin, BERSATU turut disertai Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Naib Presiden.
Sebelum ini, Tun M mengesahkan beliau akan menjadi pengasas sebuah parti politik baru.
Katanya, parti itu akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk memastikan pertandingan satu lawan satu menentang Umno Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang.

Ulama perlu upaya dan kepintaran politik untuk memimpin


Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin (kiri) dalam majlis Aidilfitri anjuran Amanah di Sungai Besar, Selangor baru-baru ini.Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin (kiri) dalam majlis Aidilfitri anjuran Amanah di Sungai Besar, Selangor baru-baru ini.
Ulama yang mahu diketengahkan sebagai pemimpin perlu mempunyai keupayaan dan kepintaran politik bagi mengelakkan berlakunya kesilapan dan kepincangan sehingga menjejaskan imej sesuatu institusi, ujar Timbalan Penasihat Umum Amanah Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.
"Kita tidak harus terpedaya dengan pangkat,  gelaran dan panggilan ulama atau ustaz tanpa melihat dan menimbang keupayaan atau kepintaran politik yang sebenar yang dimiliki oleh seseorang.
"Jika tidak, akan berlaku kesilapan dan kepincangan dalam meletakkan kepercayaan sehingga berlaku kerosakan pada imej AMANAH," ujarnya menjawab peranan yang patut digalas oleh ilmuan agama dalam parti itu.
Menurut Ustaz Abdul Ghani, sebagai parti Islam ulama mempunyai martabat dan peranannya yang tersendiri yang diperakui oleh semua pimpinan parti AMANAH.
Tambahnya, oleh kerana perlembagaan AMANAH dalam proses pemantapan maka kedudukan serta peranan Penasihat Umum dan ahli jawatankuasanya yang terdiri dari ilmuan dari pelbagai bidang masih dalam perumusan pihak yang bertanggungjawab.
Timbalan Setiausaha Agung Amanah Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus hari ini mengumumkan pindaan perlembagaan AMANAH yang meliputi peranan dan tanggung jawab Penasihat dan Timbalan Penasihat Umum parti telah diluluskan Pendaftar Pertubuhan.
Mengulas lanjut, Ustaz Abdul Ghani yakin pengalaman pemimpin atasan AMANAH dalam menghadapi karenah pimpinan politik dalam parti terdahulu (Pas) memberi ketajaman daya berfikir dan kebolehan untuk merumuskan kaedah terbaik bagi menyusun atur hubungan profesional dengan ulama secara lebih berkesan demi mencaturi tindakan pengurusan dan politik parti.
Mengulas lanjut peranan ilmuan agama dalam AMANAH, beliau berkata peranan mereka dalam siri seminar Nunji (Nadwah Ulama Nahdah Jadidah) dan seminar seminar ilmu tentang Maqasid Syariah telah menghasilkan tujuh ketetapan iaitu:
1. Meningkatkan tahap keberkesanan politik Islam melalui proses demokrasi dan pendemokrasian dalam kerangka kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan Negara.
2. Memantap dan memperkukuhkan usaha secara berterusan dan gigih untuk menggali semula khazanah Siyasah Syariah sebagai panduan berpolitik dan bernegara, dengan mengambil kira suasana dan keperluan setempat bagi menghasilkan "Fiqh Siyasah Acuan Malaysia".
3. Memperkukuh dan memperjuangkan konsep Muwathonah berpandukan kepada memenuhi kebenaran, dan mempertahankan sebarang pencabulan terhadapnya sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Negara berpandukan ketetapan Siyasah Syariah.
4. Memperjuangkan bahawa Syariat Islam perlu dipersembahkan dalam mafhum menyeluruh mengikut kebijaksanaan pendekatan dan tidak terhad kepada menyamakan Syariat dengan hanya Hudud semata-mata.
5. Menetapkan dan memperjuangkan bahawa satu dasar Islam menepati makna Rahmatan Lil Alamin, diterjemahkan melalui wujudnya sebuah Negara Madani berteraskan kepimpinan beramanah kepada rakyat yang berbagai kaum dan agama di Malaysia.

Felda gagal di bawah Najib, kata Musa Hitam

Bekas timbalan perdana menteri itu menuduh Najib kerana memperalatkan Felda, tetapi beliau turut menasihati Dr Mahathir agar cermin diri.
musa-hitam_najib_felda
PETALING JAYA: Bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam berkata Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang diasaskan Tun Abdul Razak kini hanya dijadikan alat oleh anaknya Datuk Seri Najib Razak bagi meraih undi Melayu luar bandar.
Dalam buku terbaharunya “Frankly Speaking”, Musa turut mempersoalkan pelantikan individu yang terpalit dengan tuduhan rasuah bagi mengetuai Felda.
Musa, yang pernah mempengerusikan Felda, berkata Najib menjadikan Felda sebuah syarikat yang disenaraikan dengan harapan dapat meraih sokongan pengundi luar bandar melalui tawaran saham.
“Perkiraan politiknya mudah. Sekiranya Najib menggunakan Felda mendapatkan sokongan Melayu, peluangnya kekal berkuasa adalah baik. Malangnya, Felda kini menjadi masalah serius kepada kerajaan,” katanya, yang menjelaskan nilai saham Felda jatuh daripada RM5.39 pada Jun 2012 kepada RM1.54 setakat Mac tahun ini.
Katanya walaupun harga kelapa sawit sedunia memainkan peranan dalam kejatuhan nilai saham Felda, ia turut dilanda masalah salah urus dan rasuah.
Dalam buku setebal 443 muka surat itu, Musa turut mempersoalkan kriteria pelantikan jawatan tertinggi Felda.
“Felda kini ditadbir seorang pemimpin kanan Umno yang pernah digantung keahlian Umno selama tiga tahun kerana mengamalkan politik wang,” kata Musa, dipercayai merujuk bekas naib presiden Umno Tan Sri Isa Abdul Samad, yang dilantik pengerusi Felda pada 2010, dua tahun selepas tamat tempoh penggantungannya.
Nasib Tabung Haji
Musa melahirkan kebimbangan nasib Felda akan menimpa Lembaga Tabung Haji yang diilhamkan Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz bagi membantu umat Islam menunaikan haji.

‘Kebanjiran’ penjawat awam bazir sumber negara

Bloomberg melaporkan pengurangan tenaga kerja awam untuk meningkatkan dana kerajaan adalah sukar.
penjawat-awam
KUALA LUMPUR: ‘Kebanjiran’ pekerja dalam sektor awam membazirkan sumber Malaysia ketika pendapatan kerajaan semakin berkurangan.
Langkah mengurangkan penjawat awam adalah pilihan terbaik ketika ekonomi negara dijangka berkembang pada kadar paling perlahan dalam tempoh tujuh tahun ini.
Bagaimanapun, pengurangan tenaga kerja awam untuk meningkatkan dana kerajaan adalah sukar, menurut laporan Bloomberg.
Ini kerana majoriti penjawat awam adalah orang Melayu dan kerajaan pemerintah mempunyai pelbagai dasar pro-Melayu.
Juga, parti pemerintah Umno yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengamalkan dasar menyokong orang Melayu.
Penjawat awam juga adalah kumpulan pengundi penting buat Barisan Nasional.
Parti pemerintah BN yang berkuasa hampir 60 tahun dengan undi Melayu, berjanji akan mengurangkan secara beransur-ansur defisit belanjawan negara yang berlaku sejak krisis kewangan Asia, kata laporan itu.

Syed Saddiq: 'Jika BERSATU rasis, boleh saya masuk MCA, MIC?'

Syed Saddiq Abdul Rahman membangkitkan sama ada beliau boleh menyertai MCA dan MIC selepas parti-parti itu menuduh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai perkauman.

Bekas juara debat Asia itu antara jawatankuasa penaja BERSATU yang didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Putrajaya pada Selasa.
“Umno memperalatkan MCA dan MIC yang tidak berfungsi dan tidak berkuasa untuk mengaitkan parti ini rasis kerana berasaskan kaum.

“Saya hendak tanya MIC dan MCA, bolehkah saya sebagai orang Melayu, masuk parti kamu?” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Syed Saddiq mempertahankan pendirian BERSATU bahawa ia tidak sepenuhnya berasaskan kaum kerana parti untuk bumiputera itu juga menerima anggota bersekutu bukan bumiputera.

Beliau membangkitkan cadangan Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon berkaitan mekasnisme sama dua bulan lalu demi menjadikan parti itu lebih rencam kaum, tetapi BERSATU telah mendahuluinya.

“Kami yang buat dulu. Mereka (MCA) cakap tidak serupa bikin. Jangan lupa, perlembagaan (parti) kami berasaskan reformasi dan kita melihat ke arah gabungan dengan parti-parti pembangkang lain.

“Saya secara peribadi cabar MCA dan MIC melakukan tindakan sama jika mereka benar-benar ambil berat berkaitan peralihan perlahan-lahan untuk keluar daripada politik berasaskan kaum.

“MCA sudah cadangkannya. Kotakan kata-kata,” katanya.

Bersatu Bukan Parti Orang Kecewa Atau Klon Umno - Syed Saddiq

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak ditubuhkan atas dasar kekecewaan sekumpulan bekas pemimpin Umno demi kepentingan peribadi.

Sebaliknya Ahli Jawatankuasa Penaja Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan parti itu dibina sebagai platform baharu bagi pemimpin politik berpengalaman seperti Muhyiddin membela nasib rakyat.

"Mereka perlukan platform yang baharu untuk bersuara demi rakyat. Tan Sri Muhyiddin pilih untuk bersuara, ambil risiko walaupun beliau tahu akan dikenakan tindakan sehingga dilucutkan jawatan. Ini menunjukkan satu keberanian moral.

"Sebagai rakyat kita perlu lihat ini bukan isu orang kecewa, tetapi rakyat Malaysia yang mahukan platform politik yang baharu untuk memastikan negara kita boleh diselamatkan," katanya kepada mStar Online.

Pada Selasa, Muhyiddin yang juga bekas timbalan perdana menteri menyerahkan permohonan bagi mendaftar sebuah parti baharu dikenali sebagai Bersatu di pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS) di Putrajaya.

Kalau BN boleh agih kerusi antara 14 parti komponennya, PH pun sama - Wan Azizah

Penganalisis Pro-BN jangka sukar untuk PH tundukkan 'hulubalang' BERSATU

PKR Kesal Pelajar Ditawar Ke IPTA Semakin Rendah

'Kalau PRU-13 bersih dan adil sudah tentu Anwar Ibrahim jadi PM' - LKS

Wan Azizah Doa Mahathir Cepat Sembuh

PKR Sedia Hadapi PRU14 Jika Diawalkan

Wan Azizah 'Jual' Kuih Bulan Reformasi

Amerika, 1MDB dan campur tangan asing..!!

Satu masa dulu wujud tuduhan kuasa asing mahu gulingkan Dr Mahathir. Hari ini, isu campur tangan asing diputarkan kembali.
chandra-muzaffar-saksama
Dr Chandra Muzaffar
Isu campur tangan asing banyak diperkatakan dalam media tempatan dan oleh ahli-ahli politik pada masa ini. Campur tangan asing merupakan unsur yang sering wujud dalam politik antarabangsa.
Dalam rantau Asean, campur tangan asing pernah berlaku beberapa kali yang melibatkan Indonesia, Filippina, dan Vietnam. Bukan sekadar di Asia Tenggara, malah seluruh dunia telah menyaksikan peristiwa campur tangan asing.
Afghanistan menjadi mangsa campur tangan dua kuasa besar asing: Soviet Union pada 1979 and Amerika Syarikat dan NATO pada 2001. Iraq, Syria, dan Libya juga menjadi sasaran Amerika Syarikat.
Sejarah juga mencatatkan masalah campur tangan asing berlaku di beberapa negara di Afrika dan Amerika Latin.
Kesemua contoh ini adalah bukti bahawa campur tangan asing berlaku hampir di setiap benua. Persoalannya, adakah campur tangan asing berlaku di Malaysia?
Menjawab persoalan ini, peristiwa campur tangan asing yang paling jelas dapat kita kaitkan di Malaysia ialah tentang krisis ekonomi pada tahun 1998.
Pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan perdana menteri tidak mahu mengikut telunjuk IMF. Tambahan pula, beliau sering mengkritik kuasa besar berdasarkan prinsip kedaulatan dan kemerdekaan.
Itulah sebabnya ada usaha oleh beberapa pihak di luar negara dibantu oleh individu dan kumpulan tertentu dalam negara untuk menggulingkan Dr.Mahathir. Tetapi gagal.
Hari ini, isu campur tangan asing sedang diputarkan kembali. Isu 1MDB telah heboh diperkatakan sebagai isu campur tangan asing. Benarkan pernyataan ini? Pengumuman yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat melalui Peguam Negaranya mengenai isu 1MDB dikatakan sebagai campur tangan asing terhadap Malaysia.
Tuntutan Amerika Syarikat ialah mengenai pembelian aset di Amerika Syarikat oleh syarikat 1MDB melalui individu tertentu yang berbelanja di negara mereka.
Tindakan ini mendapat perhatian Amerika Syarikat terhadap aset 1MDB dimana seterusnya ia telah dibekukan oleh pihak mereka. Sejak itu, barulah penyiasatan dimulakan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.
Jadi adakah Amerika Syarikat benar-benar mencampuri urusan Malaysia dengan cara ini?
Untuk menjawab persoalan ini kita perlu kembali kepada asas penyiasatan 1MDB secara dasarnya. Dalam mengkaji asal-usul siasatan 1MDB, lima perkara harus kita ambil perhatian.
Pertama, siasatan mengenai 1MDB telah dimulakan oleh Bank Negara Malaysia iaitu pada 2011 atas sebab terdapat pengaliran wang ke luar negara yang meragukan oleh syarikat ini.
Perkara ini bukan dimulakan oleh kuasa asing sebaliknya dimulakan oleh Bank Negara Malaysia sendiri.
Perkara kedua yang harus kita ketahui ialah, pada awal 2015, beberapa badan lain turut memulakan penyiasatan terhadap 1MDB. Antaranya ialah Pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketiga-tiga badan ini bersama dengan Bank Negara menubuhkan satu pasukan petugas( task force) untuk menyiasat 1MDB atas dasar wujudnya keraguan terhadap pengaliran wang, pelaburan dan hubungan dengan badan-badan kewangan lain di luar negara.

Aktivis pendidikan: Islam bukan faktor ibu bapa tolak sekolah kebangsaan

Penerapan nilai Islam sudah lama berlaku di sekolah kerajaan dan ia tidak menjadi faktor sekolah kebangsaan semakin ditolak, kata sebuah NGO pendidikan.
Zul-Fikri-Zamir
KUALA LUMPUR: Sekolah kebangsaan tidak lagi menjadi pilihan ibu bapa kerana pencapaian yang teruk dan bukannya kerana menjadi “terlalu Islamik”, kata sebuah badan pendidikan.
Zul Fikri Zamir yang menjadi pengasas bersama Teach For The Needs (TFTN) berkata jika pencapaian sekolah kebangsaan lebih baik berbanding sekolah aliran Cina, ibubapa tanpa mengira kaum pasti akan menghantar anak mereka ke sana.
“Ibu bapa semakin berminat menghantar anak ke sekolah aliran Cina kerana prestasi, ini jelas. Kayu ukurnya bukan Islamik atau tidak.
“(Penerapan) nilai Islam di sekolah kebangsaan sudah lama berlangsung, dan tidak pernah menjadi isu. Jangan kita terperangkap dengan polemik remeh,” katanya kepada FMT.
Baru-baru ini FMT melaporkan kajian 2 tahun Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) mendapati persepsi sekolah kebangsaan “terlalu Islamik” dan pentadbiran yang didominasi satu kaum antara punca sekolah jenis kebangsaan menjadi pilihan ibu bapa.
Susulan itu, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata tidak akan membenarkan sekolah kebangsaan menjadi “terlalu Islamik”, mengundang beberapa pertubuhan Islam termasuk PAS.

Kanun Amanah lancar bilik gerakan dan talian hotline peguam


Kebebasan untuk bersuara dan berhimpun adalah suatu hak asasi yang tidak boleh dinafikan kepada seluruh rakyat Malaysia.Kebebasan untuk bersuara dan berhimpun adalah suatu hak asasi yang tidak boleh dinafikan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Biro Undang-undang Pemuda Amanah (Kanun Pemuda) melancarkan Bilik Gerakan Peguam serta Talian Hotline Peguam bagi memantau dan memberikan khidmat guaman secara percuma atas sebarang tindakan perundangan serta sebarang tangkapan terhadap para peserta Himpunan Aman pada 27 Ogos ini.
Pengarah Biro Undang-Undang (Kanun) Pemuda Amanah Nasional, Zainal Said berkata,Kanun Pemuda bersedia membela sebarang provokasi, tangkapan dan tindakan undang-undang melalui Talian Hotline Peguam yang akan dihebahkan pada jam 12 tengah malam tarikh 26 Ogos, 2016 iaitu sehari sebelum berlangsungnya Himpunan Aman.
"Ini bertujuan bagi mengelakkan sebarang sabotaj dan pengodaman pihak-pihak tertentu termasuk mengedarkan Panduan Khas Ringkas berkenaan tangkapan polis kepada awam.
"Kanun Pemuda berkeyakinan penuh bahawa Himpunan Aman 27 Ogos, ini adalah petanda aras kemenangan kepada seluruh gerakan mahasiswa dan anak muda yang berjuang bertungkus lumus tanpa jemu dan lelah untuk menegakkan kebenaran dan keadilan dalam negara Malaysia yang kini terjerumus ke kancah kemelut politik dan ekonomi yang parah serta terumbang ambing," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau Kanun Pemuda berpegang teguh bahawa kebebasan untuk bersuara dan berhimpun adalah suatu hak asasi yang tidak boleh dinafikan kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Ia satu ketetapan yang termaktub di dalam Perkara 10 (1)(a) & (b) Perlembagaan Persekutuan, namun cuba disempitkan oleh pihak kerajaan.
"Malahan merujuk kepada Bahagian II Seksyen 4(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) menyatakan secara tegas " Hak untuk menganjurkan atau menyertai Himpunan Aman Tanpa Senjata adalah jelas dibenarkan lagi disahkan oleh undang-undang negara.

Nurul Izzah: Saya akan teruskan usaha


Nurul Izzah

SUNGAI BULOH - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, beliau akan meneruskan usaha terhadap tugas dan kerjayanya sebagai ahli Parlimen Lembah Pantai.
Menurut beliau, setiap pihak mempunyai tugas tersendiri dan parti lain tidak perlu mencampuri urusan masing-masing.
"Saya fikir Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai , Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dah bagi kenyataan sebelumnya , saya ucapkan terima kasih kepada beliau dan saya akan teruskan usaha saya.
"Tidak perlu saya beri komentar lebih," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Ulang Tahun Anwar Ibrahim yang diadakan di hadapan Penjara Sungai Buloh malam tadi.
Sebelum ini, sebuah portal menyiarkan kenyataan Raja Nong Chik yang menyarankan Nurul Izzah menjadi wakil rakyat di peringkat Dun terlebih dahulu supaya dapat menimba pengalaman.
Dalam pada itu, Nurul Izzah turut mengingatkan Raja Nong Chik supaya  menumpukan perhatian terhadap usaha bagi menyelamatkan dana negara ini setelah 1MDB terpalit dengan siasatan hutang.
"Saya ingat itu keutamaan dalam Umno, bukannya sibuk hal lain.
"Walau apa pun, saya nyatakan terima kasih kepada beliau yang memberikan gambaran cita-cita saya yang tinggi," katanya.

'Saya tidak boleh berjuang sendirian' - Wan Azizah


'Saya tidak boleh berjuang sendirian'
Wan Azizah (tengah) ketika Perhimpunan Ulang Tahun Anwar Ibrahim yang diadakan di hadapan Penjara Sungai Buloh, malam tadi.
SUNGAI BULOH - Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa sistem negara ini akan terus rosak sekiranya tiada sebarang perubahan dilakukan oleh rakyat.
Menurut Wan Azizah, negara memerlukan pembelaan dan rakyat harus meneruskan perjuangan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menukar sistem sedia ada.
"Saya tak boleh buat sendirian dan kita harus bersama-sama bangun menentang sistem ini yang secara terus menerus merosakkan negara," katanya ketika berucap semasa Perhimpunan Ulang Tahun Anwar Ibrahim yang diadakan di hadapan Penjara Sungai Buloh, malam tadi.
Dalam pada itu, Wan Azizah turut menyeru agar setiap rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum untuk bersatu dan menentang sistem zalim di negara ini.
Menurut Wan Azizah, rakyat perlu meneruskan perjuangan Anwar kerana untuk menjatuhkan Umno dan BN hanya memerlukan sedikit sahaja lagi usaha serta tenaga.
"Usaha kita dilihat oleh ALLAH. Hanya yang tidak percaya kepada ALLAH akan berputus asa," katanya.

Pembangkang perlu sedia hadapi pilihan raya mengejut, kata Wan Azizah

Beliau berkata selagi pembangkang dapat bekerjasama, maka tidak sepatutnya timbul sebarang isu yang boleh melemahkan gabungan itu.
wan-azizah_undi_600
PETALING JAYA: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pembangkang sepatutnya bersiap sedia, tidak kira sama ada BN akan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dalam masa terdekat atau tidak.
Wan Azizah berkata selagi pembangkang dapat bekerjasama, maka tidak sepatutnya timbul sebarang isu walaupun BN membentuk kerajaan persekutuan sejak Merdeka.
“Kita sepatutnya bersedia bila-bila masa saja. Sudah beberapa tahun sejak PRU lalu. Jadi ini ialah sesuatu yang kita perlu jangka.
“Perdana menteri menerima terlalu banyak persepsi negatif dan kita akan mendapatkan rakyat yang juga pihak berkepentingan dalam pilihan raya umum,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Kek Bulan Reformasi di ibu pejabat PKR di sini hari ini.
Wan Azizah berkata demikian ketika mengulas ramalan bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam yang BN akan mengadakan pilihan raya mengejut tidak lama lagi.
Malaysiakini melaporkan Musa sebagai berkata semalam BN mungkin mengadakan pilihan raya sebelum parti baharu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dapat bertapak dengan kukuh.
“Jika hendak melihat perubahan, kita kena bekerja bersama.
“Pada 2013, Pakatan Rakyat menang undi popular menerusi kerjasama. Jadi kita mengalu-alukan kerjasama daripada bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan berdoa Tun Dr Mahathir Mohamad cepat sembuh,” katanya.
Dr Mahathir dimasukkan ke hospital awal minggu ini kerana terdapat jangkitan di dadanya.
Mengenai status pelbagai bangsa dalam Bersatu, Wan Azizah berkata ia hak parti berkenaan tetapi PKR selama ini mendesak status kesaksamaan untuk semua orang.
Wan Azizah juga menafikan terlalu banyak parti yang ada akan menjejaskan pembangkang menerusi undi terbahagi, dan berkata BN mempunyai 14 parti dalam satu gabungan.

Angkara skandal 1MDB, Menteri dipecat, pegawai bersara demi nak selamatkan Najib..


Inilah yg buat UMNO TAKUT !!!!

Alasan Ku Nan tak kasi guna nama 'BERSATU' kononnya ia "COMMON".

Adakah "COMMON" itu kerana ia sinonim & berkait rapat dgn Umno, cthnya lirik lagu Umno byk guna perkataan "BERSATU" & nama parti2 komponen dalam BN byk guna nama "BERSATU"..

ADAKAH UMNO TAKUT jika parti "BERSATU" bertanding dlm pilihanraya nanti pengundi2 pro Umno/BN terutamanya pada PAKCIK & MAKCIK FELDA akan fikir parti "BERSATU" itu juga parti dalam BN..

Jaga2 degan SPR . penipuan dgn rancangan jahat mereka..!!

ANDA KENAL TAK siapa Pengerusi SPR yg baru dilantik baru2 ini ??

Dia adalah bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Tan Sri Annuar Musa..

‘Anwar jadi PM akan selamatkan kita dari azab Najib’

Jika mantan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai perdana menteri pada 2013, rakyat akan terlepas daripada kesengsaraan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekarang, kata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.
Menurutnya, jika perubahaan itu berlaku, penderitaan akibat skandal 1MDB tidak akan berlarutan, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika tidak akan memfailkan tuntutan mahkamah yang menghina reputasi negara di peringkat antarabangsa dan Malaysia dilabel sebagai negara kleptokrasi.
"Jika pilihan raya umum 2013 berlaku secara adil, demokrasi dan boleh dipercayai, Anwar akan menjadi PM dan bukannya Najib dan negara akan terlepas dari kesengsaraan skandal 1MDB berlarutan.
"Tidak akan ada tindakan saman DOJ untuk merampas aset AS$1 bilion berkaitan 1MDB di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Switzerland. Tidak ada wang yang dicuri dari dana AS$3.5 bilion 1MDB yang dimiliki oleh rakyat Malaysia, dan tiada misteri 'Malaysian Official 1'.
"Lebih penting, Malaysia akan terlepas daripada penghinaan dan cemuhan serta azab dilabelkan sebagai kleptokrasi global - dikeji dan menjadi bahan ketawa masyarakat antarabangsa," kata Lim.
Bercakap pada majlis sambutan ulang tahun ke-69 Anwar yang dianjurkan oleh keluarga dan penyokongnya di luar penjara Sungai Buloh malam semalam, ahli politik veteran itu menyelar Najib kerana mendakwa bahawa Malaysia bukan sebuah negara yang gagal di bawah pentadbirannya.
"Soalan ini telah dijawab oleh bekas TPM (Tun) Musa Hitam pada majlis pelancaran buku barunya, “Frankly Speaking” di Kuala Lumpur, yang berkata Malaysia sedang merosot dan mungkin berakhir seperti Filipina sebelum ini.
"Musa berkata sejak kerajaan berhadapan dengan skandal-skandal mega, perkara-perkara lain, seperti kejadian tembakan pada siang hari, tidak ditangani dengan baik.
Katanya, rakyat kini biasa dengan situasi itu dan seperti berlaku di Filipina pada zaman lalu apabila rakyatnya membawa senjata untuk mempertahankan diri.
Lim juga memetik Musa yang berkata “ini adalah kebiasaan terbaru di Malaysia.”

"Bunuh Melayu": Siapa tahu apa dalam kepala Idris Haron sembang Ismail Sabri

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob enggan mengulas dakwaan bahawa sitaan aset berkaitan 1MDB di Amerika Syarikat (AS) sebahagian usaha 'membunuh' orang Melayu.

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah berkata, beliau tidak tahu apa yang ada dalam fikiran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron ketika membuat dakwaan itu.

“Itu kena tanya dia kerana dia yang buat kenyataan itu. Saya tak boleh komen kenyataan yang dia buat.
“Saya tak tahu apa ada dalam kepala dia (dan) kenapa,” katanya dalam sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman Risda-Celcom Axiata di Restoran Terapung Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Idris pada 7 Ogos lalu berkata saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ), AS – yang menyaksikan sitaan terbesar dalam sejarah negara itu – adalah sebahagian helah politik untuk menjatuhkan perdana menteri dan orang Melayu.
Idris mengaitkannya dengan pencerobohan AS ke atas Iraq pada tahun 2003 atas dakwaan negara teluk pimpinan diktator Saddam Hussein itu memiliki senjata pemusnah besar-besaran.

“Sampai mati Saddam Hussein, hari ini satu inci laras senjata kimia pun tak jumpa di Iraq.
"Kau tipu orang Iraq, kau bunuh orang Iraq, sekarang kau nak bunuh pula orang Melayu di Malaysia,” katanya ketika merasmikan mesyuarat Umno bahagian Ampang pada Ahad lalu.
Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, yang anak tirinya Riza Aziz dinamakan secara langsung, berkata tindakan DOJ itu saman sivil dan bukan jenayah.

Skandal 1MDB: K’jaan mahu pertikaian 1MDB - IPIC selesai cara baik...wang rakyat jadi mangsa..!!!

Malaysia memohon penyelesaian secara baik dengan firma pelaburan Abu Dhabi berhubung pertikaian lebih AS$6.5 bilion dengan firma pelaburan negara, 1MDB, yang ditetapkan bermula untuk proses timbang tara antarabangsa bulan depan, lapor akhbar, Straits Times, Singapura.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani memberitahu akhbar itu bahawa kementeriannya akan menyelia 1MDB, dalam cubaan menyelesaikan pertikaian berterusannya dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi secara baik.
Menurut laporan itu, sekiranya penyelesaian dicapai, kes yang akan melalui pengurusan kes di Mahkamah Timbang Tara London (LCA), bulan depan, akan menghalang pertikaian daripada berlarutan.
70 peratus daripada kes di LCA mengambil lebih daripada 18 bulan untuk diselesaikan.
Johari juga berkata, rundingan dengan IPIC akan membantu kerajaan membuat keputusan mengenai tindakan undang-undang terhadap pengurusan 1MDB sebelum ini dan lembaga pengarahnya, jika terbukti mereka punca kelemahan dan penyelewengan.
"Kita mesti mendapatkan cerita yang lengkap, barulah boleh melihat jika terdapat apa-apa kecuaian," katanya yang dipetik akhbar itu.
Sebelum ini adalah dilaporkan bahawa penyiasat antarabangsa percaya wang berkenaan terpesong daripada 1MDB kepada sebuah syarikat di Kepulauan British Virgin yang mempunyai nama yang hampir sama dengan Aabar Investments PJS, anak syarikat IPIC tetapi tidak mempunyai sebarang kaitan dengan firma induk itu.

Harga jualan BSI merudum susulan kontroversi 1MDB

Banks Switzerland, BSI SA yang dikaitkan dengan dakwaan pengubahan wang haram melibatkan 1MDB, mungkin berdepan dengan harga jualan lebih rendah berbanding nilai asal.
Ini susulan berbilion dolar aset pelanggannya itu hilang daripada akaun dikaitkan dengan dana itu tahun lalu, lapor The Wall Street Journal.

Akhbar kewangan itu melaporkan bank Switzerland, EFG International, yang merancang membeli BSI, berkata dalam kenyataan pada Rabu, bahawa mereka mungkin mengurangkan bayaran sebanyak 140 juta Swiss francs (RM577 juta).
EFG sebelum ini mengumumkan rancangannya membayar sekitar 1.33 bilion francs (RM5.48 bilion) kepada BSI dalam rundingan yang dijangka dimuktamadkan pada tahun ini.
EFG, bagaimanapun berkata harga jualan BSI, yang dimiliki oleh bank Brazil, BTG Pactual, tertakluk kepada pengubahsuaian berdasarkan faktor kewangan.

Politik Penyu: Ahmad Said anggap ‘normal’ ahli politik terpalit skandal seks

Orang zaman sekarang semakin terdesak dan tidak mahu komen lebih lanjut, kata bekas menteri besar itu.
ahmad said
PETALING JAYA: Adun Kijal Datuk Ahmad Said menepis dakwaan skandal seks yang kononnya membabitkan dirinya, dan berkata ia hanya cubaan mencemarkan imejnya.
The Star melaporkan bekas menteri besar Terengganu itu berkata “normal” ahli politik dikaitkan dengan skandal seks.
“Sebelum ini, ada banyak tuduhan video seks, dan baru-baru ini ada video viral yang dikatakan membabitkan seorang ahli politik senior.
“Orang zaman sekarang semakin terdesak dan saya tidak mahu komen lebih lanjut,” katanya dipetik sebagai berkata kepada The Star.
Baru-baru ini terdapat video dan gambar seks, dikatakan bertarikh 2009, mula diedarkan semula di media sosial.
Isu video seks itu pada awalnya dimuat naik di sebuah blog sebelum tersebar di Internet.
Ketua Umno Bahagian Kemaman itu tidak sefahaman dengan Ahmad Razif, yang dilantik menjadi menteri besar selepas beliau dipaksa meletakkan jawatan itu pada Mei 2014.
Pada Mac lalu, Ahmad Said membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif di persidangan DUN, tetapi speaker menolaknya.

Skandal 1MDB: Benarkah ada campur tangan asing di Malaysia?

Isu campur tangan asing banyak diperkatakan dalam media tempatan dan oleh ahli-ahli politik pada masa ini. Campur tangan asing merupakan unsur yang sering wujud dalam politik antarabangsa.
Dalam rantau Asean, campur tangan asing pernah berlaku beberapa kali yang melibatkan Indonesia, Filipina dan Vietnam. Bukan sekadar di Asia Tenggara, malah seluruh dunia telah menyaksikan peristiwa campur tangan asing.
Afghanistan menjadi mangsa campur tangan dua kuasa besar asing: Soviet Union pada 1979 dan Amerika Syarikat serta NATO pada 2001.
Iraq, Syria, dan Libya juga menjadi sasaran Amerika Syarikat. Sejarah juga telah mencatatkan bahawa masalah campur tangan asing berlaku di beberapa negara di Afrika dan Amerika Latin.
Kesemua contoh-contoh ini adalah bukti bahawa campur tangan asing berlaku hampir di setiap benua. Persoalannya, adakah campur tangan asing berlaku di Malaysia?
Menjawab persoalan ini, peristiwa campur tangan asing yang paling jelas dapat kita kaitkan di Malaysia ialah tentang krisis ekonomi pada tahun 1998.
Pada ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri tidak mahu mengikut telunjuk IMF. Tambahan pula, beliau sering mengkritik kuasa-kuasa besar berdasarkan prinsip kedaulatan dan kemerdekaan.
Itulah sebabnya ada usaha oleh beberapa pihak di luar negara dibantu oleh individu dan kumpulan tertentu dalam negara untuk menggulingkan Dr Mahathir. Tetapi ia gagal.
Pada hari ini, isu campur tangan asing sedang diputarkan kembali. Isu 1MDB telah heboh diperkatakan sebagai isu campur tangan asing. Benarkan pernyataan ini?
Benarkah AS campuri urusan Malaysia?
Pengumuman yang dibuat oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat melalui peguam negaranya mengenai isu 1MDB dikatakan sebagai campur tangan asing terhadap Malaysia.
Tuntutan Amerika Syarikat ialah mengenai pembelian aset di Amerika Syarikat oleh syarikat 1MDB melalui individu-individu tertentu yang berbelanja di negara mereka.
Tindakan ini telah mendapat perhatian Amerika Syarikat terhadap aset 1MDB di mana seterusnya ia telah dibekukan oleh pihak mereka. Sejak itu, barulah penyiasatan dimulakan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.
Jadi adakah Amerika Syarikat benar-benar mencampuri urusan Malaysia dengan cara ini?
Untuk menjawab persoalan ini kita perlu kembali kepada asas penyiasatan 1MDB secara dasarnya. Dalam mengkaji asal-usul siasatan 1MDB, lima perkara harus kita ambil perhatian.
Pertama, siasatan mengenai 1MDB telah dimulakan oleh Bank Negara Malaysia iaitu pada 2011 atas sebab terdapat pengaliran wang keluar negara yang meragukan oleh syarikat ini.
Perkara ini bukan dimulakan oleh kuasa asing sebaliknya dimulakan oleh Bank Negara Malaysia sendiri.
Perkara kedua yang harus kita ketahui ialah, pada awal 2015, beberapa badan lain turut memulakan penyiasatan terhadap 1MDB.
Antaranya ialah Pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia(PDRM). Ketiga-tiga badan ini bersama dengan Bank Negara telah menubuhkan satu pasukan petugas( task force) untuk menyiasat 1MDB atas dasar wujudnya keraguan terhadap pengaliran wang, pelaburan dan hubungan dengan badan-badan kewangan lain di luar negara.
Seterusnya, Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) Parlimen turut memulakan siasatan pada Mei 2015. Sebelum itu pada Mac2015, perdana menteri telah mengarahkan ketua audit negara memulakan proses audit terhadap 1MDB.
Sekali lagi, ini membuktikan tiada campur tangan asing dalam siasatan ini.
Perkara keempat yang harus kita beri perhatian ialah apabila terdapat ahli parlimen dan ahli politik yang telah mula menyuarakan kebimbangan mereka terhadap 1MDB sejak tahun 2014.
Ahli parlimen pembangkang dan juga pemimpin politik pertengahan Umno iaitu naib ketua bahagian Batu Kawan telah membangkitkan isu ini.

Ku Li: Semangat 46 lain, Bersatu lain

Pemimpin yang pernah mengasaskan parti serpihan Umno, Semangat 46, berkata Bersatu akan menghadapi jalan sukar.
Tengku-Razaleigh_muhyiddin_bersatu_600
PETALING JAYA: Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menolak perbandingan di antara Parti Melayu Semangat 46 yang pernah dipimpinnya dengan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) yang menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan (Ros).
Veteran Umno itu berkata Semangat 46, yang dibubarkan pada 1996, merupakan usaha menyekat bekas ahli Umno daripada menyertai parti lain sekiranya mereka tidak setuju dengan Umno Baru yang ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad susulan keputusan mahkamah pada 1988 yang mengisyhtiharkan Umno tidak sah.
“Maka menubuhkan Semangat 46 lebih mudah kerana ia melibatkan ahli Umno sahaja,” kata ahli Parlimen Gua Musang itu.
Selasa lalu, bekas timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan borang pendaftaran Bersatu, yang dinaungi Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa bekas pemimpin Umno lain.
Muhyiddin, yang dipecat keahlian Umno baru-baru ini berkata, parti baharu itu terbuka kepada rakyat Malaysia bertaraf Bumiputera.
Ia mengundang beberapa penganalisis menyamakan parti itu dengan Semangat 46 yang ditubuhkan selepas perpecahan Umno kepada Team A pimpinan Dr Mahathir dan Team B pimpinan Razaleigh.
Kemuncak perpecahan itu menyaksikan perebutan untuk jawatan presiden Umno di antara Dr Mahathir dan Razaleigh, yang tewas tipis dengan 43 undi.

Debat apa lagi, Dr M dah telanjangkan Umno, kata Ku Nan

Setiausaha agung Umno berkata bekas perdana menteri itu menyerang dan melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Umno dan presiden parti hingga menimbulkan persepsi salah kepada masyarakat.
tengku-adnan_mahathir_600_1
BUKIT JALIL: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak bersetuju jika debat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diadakan.
Katanya, bekas perdana menteri itu sendiri sudah menyerang dan melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Umno dan presiden parti hingga menimbulkan persepsi salah kepada masyarakat.
“Tidak perlulah berdebat, ini semua masalah persepsi. Masalah yang tidak ada kesahihan. Nak debat apa lagi, anda (Mahathir) pun dah leraikan, telanjangkan kita di depan masyarakat dengan perkara fitnah, persepsi salah.
“Jadi macam mana nak dialog lagi. Pada saya tidak perlu,” katanya ketika ditemui pada majlis Perasmian dan Pembukaan Jalan Sambungan Jalan Jalil Perkasa 7 ke Jalan Barat Bukit Jalil hari ini.
Semalam, Dr Mahathir menerusi blognya mencabar Najib untuk berdebat secara langsung di stesen televisyen.
“Saya dah tua sekarang. Tetapi Alhamdulillah, saya belum lagi nyanyuk. Saya dengan senang hati akan menerima debat terbuka dengan Najib dan penonton mengikutinya menerusi siaran langsung.
“Debat itu hendaklah mengenai pentadbiran negara. Saya mungkin kalah. Wang boleh menang. Biar rakyat Malaysia menilai, tidak TV3 atau NST atau penyokong saya sendiri,” kata Dr Mahathir dalam blognya.
Dr Mahathir kini sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu akibat jangkitan di bahagian dada beberapa hari lalu.

Musa Hitam: Tiga cara untuk singkirkan Najib

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam percaya terdapat tiga cara bagi rakyat negara ini boleh menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Pertama, adalah menerusi Umno, yang hampir mustahil," tulis Musa dalam buku terbarunya bertajuk 'Frankly Speaking'.
Menurut penganalisis politik, kedudukan Najib dalam Umno adalah selamat selepas menyingkirkan penentangnya seperti bekas timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau dijangka akan kekal sebagai pemimpin parti itu sehingga survival politiknya sendiri terancam.
Kaedah kedua, untuk menyingkirkan Najib, kata Musa adalah melalui campur tangan asing.
"Ini nampaknya jalan yang dipilih oleh ‘pergerakan’ itu (Selamatkan Malaysia).
"Pilihan ini mempunyai kemungkinan, walaupun agak pencil."
Bagaimanapun tidak jelas ‘pergerakan’ yang dirujuk oleh Musa itu, tetapi Mahathir sebelum ini dipetik oleh akhbar The Australian sebagai berkata bahawa Malaysia kini terpaksa "membenarkan campur tangan asing dalam hal ehwal tempatan" kerana semua saluran di negara ini telah ditutup.
Mahathir bagaimanapun menafikan bahawa beliau menggesa negara lain supaya campur tangan untuk menggulingkan Najib.
Bagi pilihan ketiga, Musa berkata adalah membiarkan rakyat membuat keputusan sendiri sama ada mereka mahu Najib berundur, melalui umum pilihan raya akan datang.
Najib kini di bawah tekanan hebat supaya meninggalkan pejabat perdana menteri berikutan dirinya terpalit dengan pelbagai skandal.

Ku Li: BERSATU Mahathir berdepan cabaran getir

Tun Dr Mahathir Mohamad akan berdepan dengan cabaran getir menubuhkan parti baru, kata seteru politik lama bekas perdana menteri itu, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini.
Razaleigh, yang menubuhkan parti serpihan Umno, Semangat 46 ketika Mahathir adalah perdana menteri, berkata segala jentera kerajaan akan menentang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
"Ada kemungkinan dengan pengaruhnya, Mahathir boleh menarik penyokong. Tetapi kita tahu kerajaan akan menggunakan segala-galanya untuk menghalang rakyat daripada menyokong pembangkang," kata Tengku Razaleigh ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur.
Katanya, faktor lain, seperti hakikat bahawa Umno masih utuh, masyarakat bukan Melayu tidak layak menjadi ahli adalah antara halangan dan cabaran untuk parti baru itu.

Sajak Mahfuz untuk Anwar

Anwar Ibrahim
SELAMAT HARI JADI BANG ANWAR

Bang Anwar!
Selamat harijadi
Masih gagah berdiri
berjuang tidak berhenti
walau pun membakar diri.
Bang Anwar!
Menyerah kalah tidak pernah erti
Mengeluh tidak sekali
Meneruskan agenda Reformasi
Bang Anwar!
kau wira bangsa nusa
Kau adalah Permata buat Malaysia
Ikutan dan inspirasi buat anak bangsa
Walaupun jasad kau terpenjara
jiwa kau tetap MERDEKA.
"SELAMAT HARI JADI BANG ANWAR"
"LAWAN TETAP LAWAN"
"REFORMASI"

Nukilan rasa
MAHFUZ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena

Malaysia tidak jadi 'negara gagal' jika Anwar jadi Perdana Menteri


Kit Siang (tengah) bersama Ustaz Hassanuddin di pekarangan pintu masuk Penjara Sungai Buloh.Kit Siang (tengah) bersama Ustaz Hassanuddin di pekarangan pintu masuk Penjara Sungai Buloh.
Malaysia tidak akan menjadi 'negara gagal' jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai perdana menteri pada pilihan raya umum ke-13 lalu manakala negara pasti tidak akan terjebak dalam skandal mega 1MDB yang memalukan Malaysia di peringkat antarabangsa.
Sehubungan itu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menyeru rakyat terus mendesak pembebasan Anwar bagi menjayakan agenda reformasi ke seluruh negara.
Rakyat juga, tambah beliau perlu terus berjuang menyelamatkan Malaysia daripada rasuah, salah guna kuasa, pencabulan hak asasi manusia dan ketidakadilan yang berlaku dalam politik, ekonomi dan pembinaan negara.
Bercakap dalam sambutan ulangtahun ke-69 tokoh reformasi itu di pekarangan Penjara Sungai Buloh malam tadi, Kit Siang berkata negara tidak akan terjebak dalam skandal 1MDB, menjadi tumpuan dunia ekoran tindakan saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) yang mencemarkan reputasi negara mahupun dilabel sebagai 'negara kleptokrasi'.
Di hadapan ribuan hadirin, Ahli Parlimen Gelang Patah itu mengingatkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja perlu diturunkan malah reformasi menyeluruh terhadap sistem politik, ekonomi dan pembinaan negara wajar disegerakan.
"Sabtu lalu Najib mempersoalkan siapa kata Malaysia akan menjadi negara yang gagal di bawahnya.
"Soalan ini telahpun dijawab bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam dalam pelancaran bukunya 'Frankly Speaking' yang memberi amaran bahawa Malaysia sedang menuju kegagalan dan mungkin boleh berakhir seperti Filipina suatu ketika dahulu," jelas beliau.
Presiden PKR Datuk Ser Dr Wan Azizah Ismail dalam ucapannya pula menyeru supaya rakyat tidak berputus asa untuk memperjuangkan perubahan yang tercetus sejak pemecatan Anwar pada tahun 1998.
Beliau menegaskan usaha untuk menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin rasuah perlu secara menyeluruh dan berterusan.
"Kalau kita tidak ubah sistem, sistem itu akan rosak dan akan terus merosakkan.
"Apa yang Anwar pesan kepada saya, jangan putus asa. Terus istiqamah. Hanya yang tidak percaya pada Allah sahaja akan putus asa.
"Pada satu masa rakyat akan sedar, kalau kita tidak ubah, nasib kita akan terus begitu. Kita perlu fikir masa depan anak cucu kita. Ini adalah negara kita mana kita nak pergi?" ucapannya dipetik Roketkini.

Kuatkan mental, abai komen negatif pembangkang - nasihat Rosmah

Akta MKN perlu golongan profesional agar lebih terbuka kepada umum - Musa Hassan

Ribuan Mahu Sertai Parti Bersatu - Kamarulazman

"Jaga penampilan, bukan bermakna pakai yang mahal dan berjenama" kata Rosmah

BERSATU bakal pecahkan undi pembangkang - Penganalisis

PKR sedia kerjasama dengan parti BERSATU, kata Wan Azizah

BERSATU rasis, ditakdirkan gagal, bidas Pemuda DAP

Wan Azizah: PKR yakin hadapi PRU dalam masa terdekat

Tun M juga dialu-alukan ke perhimpunan BERSIH 5

BERSIH 5: Harap PAS dan warga Felda sertai, kata Maria Chin

'Protes bukan mudah guling kerajaan, tapi rakyat jangan putus asa' - Bersih

Bebaskan Anwar, negara bebas zalim, kata Rafizi

Rafizi Ramli  ketika menyampaikan ceramahnya di hadapan Penjara Sungai Buloh malam tadi.-Foto Malaysia Dateline Wan Zahari Wan Salleh.Rafizi Ramli ketika menyampaikan ceramahnya di hadapan Penjara Sungai Buloh malam tadi.-Foto Malaysia Dateline Wan Zahari Wan Salleh.
Rakyat Malaysia mesti menyokong pembebasan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim jika mahu negara bebas daripada kezaliman, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
Beliau berkata, sebelum ini parti pembangkang dilihat terlalu taksub dengan misi menawan Putrajaya sehingga tidak melawan bersungguh-sungguh ketika Anwar dijatuhkan hukuman penjara.
"Ramai orang cakap kenapa pembangkang tidak mengambil kesempatan ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam keadaan lemah.
"Jawapannya mudah kerana rakyat masih mencari orang yang ingin memimpin mereka.
"Kalau kita nak bebaskan Malaysia, kita kena tebus salah kita dahulu di mana pada waktu Anwar dijatuhkan hukuman penjara sebelum ini,sepatutnya 200,000 orang turun ke jalanan," katanya ketika perhimpunan menyambut uang tahun Anwar yang diadakan di hadapan Penjara Sungai Buloh malam tadi.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015, mengekalkan sabitan dan hukuman kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.
Dalam perhimpunan malam tadi, kesemua pemimpin parti Pakatan Harapan hadir termasuk penasihat DAP Lim Kit Siang, naib presiden Amanah, Hasanudin Mohd Yunus di samping pemimpin PKR dan keluarga Anwar.
Mereka memberikan ucapan selamat harijadi untuk Anwar yang berada di dalam penjara itu di samping ucapan-ucapan politik.
Pelbagai jenis kek dan kad ucapan telah disediakan oleh pelbagai pihak untuk Anwar di majlis ini.
69 klip video tentang hidup Anwar dan perjuangannya juga dimainkan sempena sambutan ini sejak siang lagi.

Ku Li: Bukan mudah tubuh parti baharu jatuhkan kerajaan

Kerajaan perlu dedah siasatan 1MDB, cari siapa MO1 - kata Ku Li

Ku Nan: ROS diminta tidak benarkan singkatan BERSATU

BERSATU bukan ancaman kepada Umno, kata penganalisis

Alunan "Allah selamatkan kamu' rai hari jadi Anwar ke-69

"Mat Said perlu bersabar, tunggu PRU akan datang" - Wahid Endut

"Mu cerdik ke bodoh" Mat Said kepada Razif

Mat Said terus 'berahsia' strategi selanjutnya

Strategi serang MB Terengganu adalah rahsia - Ahmad Said

Laungan Reformasi gamatkan Sungai Buloh

Bukan seperti kelazimannya apabila laungan reformasi kembali bergema sebagai sokongan solidariti rakyat kepada kezaliman dilakukan terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sempena hari kelahirannya yang ke-69.
dsai 5Laungan keramat itu menjadi bukti bahawa rakyat memerlukan perubahan maksima menuntut pejuang itu dibebaskan daripada jurang jeriji besi.

Begitulah situasi dapat digambarkan dengan penyertaan masyarakat daripada seluruh negara yang turun meraikan sambutan ulang tahun Anwar di hadapan Penjara Sungai Buloh, malam tadi.
Walaupun mendapat amaran awal daripada pihak berkuasa untuk tidak melakukan sebarang provokasi di hadapan pintu penjara, namun jelas sekali keadaan cukup terkawal sepanjang program berlangsung.
Ia bukan sekadar program biasa apabila hadirin dipertontonkan dengan paparan video dan gambar kekejaman yang berlaku terhadap Anwar dan keluarganya, pada 1998.
Malah, sesi deklamasi puisi turut disampaikan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said mengenang perjuangan bekas Ketua Pembangkang itu.
dsai 3Tidak cukup dengan itu, slot nyanyian oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu, Lee Chean Chung dan ceramah daripada pimpinan tertinggi Pakatan.
Kemuncak program, sesi potongan kek oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan keluarga sebagai simbolik sambutan ulang tahun Anwar.
Lebih manis, Wan Azizah turut menerima kaligrafi daripada penyokong Anwar sebagai solidariti dan penghargaan kepada perjuangan bekas pemimpin tertinggi negara itu.
Pada masa sama, antara pimpinan tertinggi yang hadir termasuk Exco Selangor iaitu Dr Daroyah Alwi, Elizabeth Wong dan Nik Nazmi Nik Ahmad.
Pemimpin Veteran DAP, Lim Kit Siang; wakil PAS Datuk Mahfuz Omar dan Ahli AMANAH, Hanipa Maidin turut hadir memberikan sokongan.

Bara Reformasi bakar semangat Anwar bela nasib rakyat

Pemenjaraan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mematahkan semangat juangnya membela nasib rakyat yang ditindas rejim Umno Barisan Nasional.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, berkata rakyat perlu mengambil pendirian terbuka menyahut pengorbanan dilakukan Anwar untuk memastikan negara ditadbir kerajaan telus.

dsai 2“Anwar pesan pada saya, jangan putus asa dan terus beristiqamah kerana hanya mereka yang tidak kuat nilai keimanannya akan berputus asa. Atas sebab itulah, saya terus berdiri dengan semangat yang penuh membara untuk terus bangkit walaupun hakikatnya di dalam saya menangis.
“Masyarakat melihat saya senyum, namun tangisan di sebalik senyuman ini tiada siapa yang tahu melainkan Allah SWT,” katanya sebak.
Beliau bercakap pada Program Sambutan Hari Ulangtahun ke-69 bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu di perkarangan pintu masuk Penjara Sungai Buloh, malam tadi.
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh atas pendakwaan kes Fitnah II terhadap bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.
Tanpa kesahihan dan kenyataan meragukan sepanjang proses perbicaraan oleh Peguam Umno, Anwar kini dikurung di sebalik tirai besi bertujuan membunuh karier politiknya.
Bagaimanapun, Wan Azizah berkata, Anwar tetap optimis untuk tidak berundur dengan tekad menumbangkan musuh politiknya demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
Katanya, ia termasuk keprihatinan Anwar membabitkan isu dan skandal kewangan syarikat milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu 1Malaysia Development Berhad, 1MDB.
“Jadi sebagai rakyat Malaysia, kita tolak sentimen perbezaan kaum dan agama untuk bersatu juga bersungguh demi Malaysia yang lebih baik,” katanya.

Erdogan says to US: It’s Gulen or me?

Malaysia akan jadi negara yang gagal seperti kata Musa Hitam - Kit Siang

Rakyat bosan dengan kemelut politik T'ganu

Dividen Terendah: LTAT ancam ambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli Parlimen PKR, Rafizi Ramli berhubung kenyataannya yang mendakwa LTAT mengeluarkan dividen terendah - 6 peratus - pada 2015.
Rafizi dikatakan membuat kenyataan itu di laman Facebook beliau pada 24 Julai, dengan tajuk "Dividen 6% Yang Diumumkan oleh LTAT bagi 2015 Adalah Paling Rendah Sejak 1973".
LTAT menuntut permohonan maaf dari ahli Parlimen Pandan yang juga naib presiden PKR itu atas kenyataannya yang 'mengeliru dan tidak tepat' itu serta janji bertulis bahawa beliau akan berhenti daripada menerbitkan artikel yang serupa.
Menurut surat guaman bertarikh 1 Ogos, Rafizi telah membuat dakwaan bahawa bonus enam peratus dibayar kepada ahli-ahli tertentu.
Menurut surat lagi, pihaknya telah dimaklumkan oleh pelanggannya bahawa bonus enam peratus dibayar kepada 'semua ahli dan adalah tidak betul untuk menyatakan bahawa ia dibayar untuk ahli-ahli tertentu sahaja,
Jika Rafizi gagal berbuat demikian, menurut surat itu, pelanggannya akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.
LTAT juga menuntut Rafizi berhenti daripada membuat sebarang kenyataan mengenai perkara itu kerana terdapat satu kes terhadapnya di mahkamah.
Rafizi juga berdepan dengan pertuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana mendedahkan sebahagian daripada Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB sebagai sebahagian daripada pendedahan berkaitan LTAT itu.
Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB masih kekal sebagai dokumen sulit.

Sayap bukan Islam PAS sokong denda iklan tak bertudung

Wanita tidak harus dijadikan objek dalam menjual produk, kata Balachandran mempertahankan dasar kerajaan PAS di Kelantan.

Sayap bukan Islam dalam PAS berkata undang-undang syariah tidak akan menjejaskan kehidupan orang bukan Islam, sambil mempertahankan tindakan pihak berkuasa Kelantan mengenakan denda terhadap perniagaan kerana memaparkan “iklan seksi”.
Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), G. Balachandran menyifatkan tindakan pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) baru-baru ini lebih berpaksi kepada moral yang menurutnya “menjadi keutamaan setiap agama”.
“Kita perlu membina sebuah negara yang mempunyai nilai moral. Untuk memupuk sifat itu, perlu ada penguatkuasaan yang ketat. Tiada permainan (politik) di sini,” katanya kepada FMT.
Bulan lalu, MPKB mengenakan denda RM150 terhadap seorang pemilik perniagaan kerana mempamerkan poster produk kecantikan yang memaparkan model wanita Islam tanpa tudung.
Sebelum itu, penjual jam tangan Lee Kum Chuan dikenakan denda RM400 selepas memapar dua poster yang dikatakan “seksi”.
Susulan itu, MCA membidas PAS dengan berkata ia membuktikan dakwaan PAS yang undang-undang Islam tidak akan menjejaskan orang bukan Islam adalah tidak betul.
Bagaimanapun, Balachandran berkata wanita tidak harus dijadikan “objek seks” dalam menjual produk.
“Ini bukan eksklusif untuk Islam. Saya sebagai ibu bapa juga tidak mahu anak-anak saya melihat iklan yang menggunakan model seksi,” katanya kepada FMT.
Kerajaan Kelantan yang mahu memperkasakan undang-undang syariah supaya diluaskan kepada kelakuan jenayah, sering kali berkata ia tidak akan memberi kesan kepada rakyat bukan Islam.

Ambiga: pembangkang yang bersatu 'hadiah terbaik' untuk Anwar

Hadiah terbaik untuk hari jadi mantan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah barisan pembangkang yang bersatu menentang BN dalam pilihan raya umum ke-14.
Mengimbau kembali kemenangan pembangkang di bawah pimpinan Anwar, pengerusi HAKAM, Datuk Ambiga Sreenivasan berkata kemajuan itu dicapai sejak gerakan Reformasi 1998 yang dicetuskan oleh pemecatannya sebagai timbalan perdana menteri oleh perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Hanya Anwar Ibrahim boleh mewujudkan satu barisan pembangkang yang begitu kuat di mana pada 2013, mereka menang undi popular.
"Kita tidak boleh melupakannya," kata Ambiga dalam ucapannya di perhimpunan di luar Penjara Sungai Buloh malam tadi sempena hari jadi Anwar ke-69.
Malah hingga ke hari ini dan dari dalam penjara, Ambiga mengingatkan kira-kira 500 hadirin malam tadi bahawa perjuangan Anwar untuk rakyat tidak pernah terhenti.
"Ia mesti sentiasa mengenai rakyat dan itulah yang kita mesti terus perjuangkan," katanya.
Walaupun di dalam penjara, kata Ambiga, semangat Anwar tidak pernah luntur.
"Beliau masih kelihatan kuat dan mesejnya tidak pernah berubah," kata Ambiga yang menyifatkan era Reformasi sebagai titik perubahan untuk Malaysia.
"Jadi hari ini, apabila kita menyambut hari jadinya, kita juga meraikan seorang yang menunjukkan ketabahan dan keberanian.
"Marilah kita berikrar: Pembangkang mesti sekuat sepertimana ketika Anwar menyatukannya pada 2008. Inilah pembangkang yang kita mahu lihat," katanya.
Sementara itu MP Sepang Amanah Hanipa Maidin membuat penampilan khas di majlis itu dan berkata beliau bersetuju dengan seruan Ambiga untuk barisan pembangkang yang bersatu.
"Jangan biarkan ia sampai ke tahap di mana kita tidak tahu siapa musuh bersama kita.
"BN adalah musuh kita dan dengan itu kita mesti bersatu menentangnya untuk menghadapi pilihan raya akan datang," kata Hanipa (gambar), yang menjalani pembedahan pada bulan April untuk merawat pendarahan otak yang disebabkan oleh strok.
Berucap dari kerusi roda, Hanipa berkata beliau berharap untuk pulih sepenuhnya dan kembali ke Parlimen untuk sesi yang akan datang pada bulan Oktober.
Secara berseloroh, katanya, beliau bosan duduk di rumah "kerana tidak ada Umno, tidak ada Najib".
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli juga teringat pembangkang yang bersatu menentang pemenjaraan Anwar yang pertama pada tahun 1998.