Rabu, 10 Ogos 2016

Dari katil hospital, Dr M cabar Najib debat

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar bekas anak didiknya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat di kaca televisyen.
Menulis dari katil hospital, Mahathir berkata debat tersebut perlu menjurus kepada isu tadbir urus negara dan meminta ia disiar secara langsung.
"Saya dah tua sekarang. Tetapi Alhamdulillah, saya belum lagi nyanyuk. Saya dengan senang hati akan menerima debat terbuka dengan Najib dan penonton mengikutinya menerusi siaran langsung.
"Debat itu hendaklah mengenai pentadbiran negara.
"Saya mungkin kalah. Wang boleh menang. Biar rakyat Malaysia menilai, tidak TV3 atau NST atau penyokong saya sendiri," kata Mahathir dalam blognya malam ini.
Mahathir kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) selepas dimasukkan pusat perubatan itu akibat jangkitan di bahagian dada.
Beliau dipercayai merujuk kenyataan Najib dalam satu temu bual dengan media Indonesia baru-baru ini.
Dalam temu bual itu Najib menyatakan jika terpaksa memilih antara kepentingan negara dan bekas perdana menteri itu, beliau memilih kepentingan negara.
"Najib memberitahu penontonnya bahawa saya mahu dia melakukan sesuatu dengan cara saya sahaja. Mungkin begitu walaupun saya tidak fikir ia adalah benar.
"Tetapi jika dia mahu melakukan sesuatu mengikut caranya, ia perlu sekurang-kurangnya menjadi sesuatu yang baik untuk negara ini. Menggalakkan rasuah sudah pasti tidak baik untuk negara atau untuk sesiapa sahaja," kata bekas doktor itu.
Mahathir berkata adalah tidak wajar bagi seseorang perdana menterti memiliki RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya tidak kira apapun penjelasannya, apatah lagi alasan yang diberikan kurang dipercayai.
"Tiada perdana menteri Malaysia harus mempunyai jumlah Ringgit sebanyak itu dalam akaun peribadinya. Dan penjelasan dia mengenai sumber berbilion itu agak tidak masuk akal," katanya.
Pada 5 Ogos lalu, Najib menemui media Indonesia untuk menjelaskan konflik dengan bekas perdana menteri yang juga mentor kepadanya itu.

Umno meroyan dengan parti baru, dakwa MP Pas

Mahfuz mengucapkan tahniah pada Tun Mahathir dan Tan Seri Muhyiddin YassinMahfuz mengucapkan tahniah pada Tun Mahathir dan Tan Seri Muhyiddin Yassin
Ahli Parlimen Pas Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan reaksi Umno terhadap cadangan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) amat luarbiasa.
"Walaupun baru mengemukakan permohonan pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Umno kini sudah menunjuk reaksi seperti diserang penyakit yang berkaitan mental.
"Wanita dan Puteri Umno reaksi seperti orang meroyan.
"Pemuda Umno reaksi seperti orang kena serang penyakit sawan," katanya dalam satu kenyataan petang tadi.
Beliau memuji kenyataan Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar yang juga ahli MT Umno yang mengingatkan pimpinan dan ahli Umno tentang kemunculan BERSATU.
"Bung rasioal bila berkata parti Bersatu yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir dan Tan Seri Muhyiddin boleh mencelakakan Umno," katanya.
Mahfuz mengucapkan tahniah pada Tun Mahathir dan Tan Seri Muhyiddin Yassin yang menggagaskan penubuhan parti politik baru untk Malaysia.
"Atas prinsip demokrasi sudah tentu menjadi hak rakyat untuk menubuhkan parti politik baru selepas melihat parti politik yang lama sudah mabuk kuasa dan hilang arah untuk masa depan Malaysia," katanya.

Nicol David sertai Ronaldo, Bolt dalam senarai 20 atlit terhebat dunia

Akhbar Britain The Telegraph mengiktiraf Nicol di samping jaguh sukan antarabangsa yang lain.
datuk-nicol-davi
PETALING JAYA: Akhbar The Telegraph hari ini menyenaraikan 20 atlit dan ahli sukan dari serata dunia yang pada pandangannya merupakan antara terhebat pada masa ini.
Dan satu-satunya atlit Malaysia dalam senarai tersebut adalah ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, yang menyertai nama bertaraf lagenda sukan seperti bintang bola sepak Portugal Christiano Ronaldo, pelari terpantas dunia Usain Bolt, Serena Williams (tenis), Michael Phelps (renang), Simone Biles (gimnastik) dan James Anderson (kriket).
“Tidak ramai atlit boleh mengaku diri mereka mendominasi dunia skuasy seperti Nicol David,” menurut The Telegraph, yang meletakkan Nicol pada tangga ke-17, walaupun kedudukan atlit dalam senarai itu bukan bersandarkan penilaian tertentu.
Nicol, 32, kini dinobatkan gelaran pemain skuasy nombor 3 dunia, selepas menyandang juara nombor satu dunia selama 108 bulan sejak Ogos 2006.
Dilahirkan di Pulau Pinang, ibunya Ann Marie David seorang pesara guru sekolah manakala ayahnya, Desmond David seorang jurutera dan pemain bola yang pernah mewakili negeri.
Antara pencapaian Nicol termasuk memenangi 3 emas di kejohanan bertaraf dunia, 2 emas di Sukan Komanwel di samping menjuarai 8 kejohanan terbuka antarabangsa.

Perkasa: Apa agenda di sebalik roboh Ampang Park?

Ibrahim mempersoalkan keperluan merobohkan seluruh bangunan, sedangkan pembinaan stesen MRT itu terletak kira-kira 400 meter dari pusat beli-belah Ampang Park.
ibrahim-ali-ampang-park
KUALA LUMPUR: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali mengesyaki ada agenda tersembunyi dalam rancangan perobohan pusat beli-belah Ampang Park untuk pembinaan stesen bawah tanah Mass Rapid Transit (MRT).
“Siapa yang tak curiga? Projek yang bakal dijalankan terletak kira-kira 400 meter dari tapak bangunan. Kenapa sampai perlu robohkan seluruh bangunan?
“Mereka kata nak korek untuk buat terowong pejalan kaki di bawah. Kalau ikutkan, banyak lagi pembinaan projek MRT dibina di bawah bangunan.
“Kita takut ada pihak tertentu yang sengaja guna alasan pembinaan MRT walhal ada agenda tersembunyi. Mungkin ada udang di sebalik batu,” katanya pada sesi dialog bersama kira-kira 50 pemilik strata dan penyewa Ampang Park, hari ini.
Sehubungan itu, Ibrahim merayu perdana menteri, menteri Wilayah Persekutuan dan datuk bandar Kuala Lumpur membantu menyelesaikan isu itu.
“Bangunan ini ada nilai sejarah tersendiri. Ia antara bangunan tertua di Kuala Lumpur dan kalau kita lihat pusat beli-belah ini banyak membantu peniaga bumiputera dan kaum lain mencari rezeki. Ampang Park sebati dengan warga Kuala Lumpur yang turut membantu golongan pertengahan berniaga,” katanya.

Dilema pakatan pembangkang menjelang PRU ke 14


Pakatan pembangkang perlu bertolak ansurPakatan pembangkang perlu bertolak ansur
Apabila berbicara soal PRU ke 14, kebanyakan rakyat berpendapat ianya akan diadakan pada tahun 2017.
Lebih tepat lagi selepas beberapa bulan sesudah pembentangan Bajet 2017.
Menurut Perlembagaan Persekutuan, tarikh paling lewat PRU ke 14 wajib diadakan adalah bulan Ogos 2018.
Ini bermakna semua parti-parti politik Malaysia mempunyai tempoh masa sekitar 2 tahun saja lagi untuk membuat persediaan sebelum menghadapi PRU ke 14.
Namun demikian, pakar-pakar ekonomi berpendapat tahun 2017 dan 2018 bukanlah tahun-tahun yang bagus bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia dan dunia.
Kemelesetan ekonomi dunia lazimnya berlaku setiap 10 tahun.
Kemelesetan ekonomi paling teruk yang Malaysia hadapi adalah pada tahun 1998.
Sesetengah orang berpendapat bahawa waktu ini pun Malaysia sudah merasai kemelesetan ekonomi yang teruk.
Petunjuk-petunjuknya adalah kurangnya peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat, berkurangnya pelaburan luar (Foreign Direct Investment@FDI), meningkatnya bilangan penganggur di kalangan graduan, malapnya industri hartanah, menurunnya bilangan kereta baru yang dapat dijual oleh pengedar-pengedar kereta, bertambahnya lagi senarai panjang individu-individu yang diistihar muflis, bertambahnya bilangan hartanah dan kereta peribadi yang disita, harga barang-barang keperluan meningkat@inflasi, nilai mata wang kita RM yang tidak tetap@stabil, kurang lakunya dagangan peniaga-peniaga dan banyak lagi perkara-perkara lain.
Senarainya terlalu panjang. Berbual lah dengan usahawan dan peniaga-peniaga, mereka akan bercerita panjang tentang keadaan ekonomi negara kita pada waktu ini.
Semua mereka pastinya mengeluh susah. Hatta penjual nasi lemak di tepi-tepi jalanraya pun merungut kerana harga bahan-bahan mentah dagangannya tetap selalu naik.
Oleh yang demikian mak cik-mak cik penjual nasi lemah terpaksa menjual sebungkus nasi lemak RM1.00. Harga kueh pula adalah 0.40 sen sebiji.
Kembali kepada topik PRU ke 14, kelihatannya parti-parti pembangkang Malaysia waktu ini memang menghadapi delima untuk menyertainya secara berkesan.
Cuma DAP sahaja yang berkeyakinan penuh untuk menghadapinya tanpa terlalu memikirkannya sama ada pertandingan itu nanti lebih daripada dua penjuru.
Bagi DAP pertandingan “ Satu Lawan Satu “ dengan BN bukan lah formula mutlak untuk mengalahkan BN dalam PRU ke 14 itu nanti.
DAP tetap yakin untuk memenangi kerusi-kerusi Parlimen dan Dun walaupun mereka terpaksa menghadapi pertandingan lebih daripada dua penjuru.
Beberapa hari lepas, Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow menyatakan bahawa DAP bersedia menerima cabaran pertandingan 3 penjuru.
Hujah pimpinan DAP ini ada asasnya. Daripada pemerhatian banyak pihak, pengundi-pengundi Cina tetap akan memberikan undi mereka kepada DAP tanpa mengambil kira faktor siapa calon-calon DAP.
Pengundi-pengundi Cina mengundi mengikut parti, tidak kira faktor bangsa calon-calon. Ini lah kelebihan yang dipunyai oleh DAP pada waktu ini.
Dalam Pakatan Harapan@PH, kerisauan dan kegelisahan tentang pertandingan lebih daripada dua penjuru ini sering kali diluahkan oleh pimpinan PKR.
Buktinya mereka tidak bersetuju untuk mengadakan PRN mengejut Pulau Pinang baru-baru ini.
Kawasan-kawasan yang dibimbangi sukar dimenangi oleh mereka adalah kawasan-kawasan majoriti Melayu dan campuran.
Dalam hal ini dibimbangi kedegilan PAS untuk tetap menyertai dalam banyak kawasan majoriti Melayu dan campuran akan akhirnya tetap memenangkan BN.
PAS mungkin bertindak sebagai “Kacau Daun“ hanya semata-mata kerana masih berdendam kepada DAP dan Parti Amanah. Pimpinan PH khususnya wajar mencari formula terbaik ke atas permasalahan ini.
Seterusnya perlu juga mengambil kira parti baru yang bakal ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir Muhamad.

Musa dedah Najib pernah kata tak akan cuti kerana skandal 1MDB

Apabila isu 1MDB pertama muncul, Tun Musa Hitam adalah antara mereka yang secara terbuka menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya mengambil cuti sementara siasatan dijalankan.
"Kira-kira seminggu selepas itu, dalam perbualan telefon, Najib secara lawak memberitahu, 'Saya masih belum bercuti'," kata bekas timbalan perdana menteri itu.
Musa mengimbas kembali perbualan itu menerusi bukunya, "Frankly Speaking" yang dilancarkan di Kuala Lumpur petang ini.
Menurut Musa, perdana menteri begitu yakin dan percaya dirinya mampu berdepan dengan isu berkenaan.
"Malah, beliau melahirkan keyakinan bahawa dirinya akan mengatasi krisis ini. Najib, saya anggap, sedar dengan risiko yang diambil.
"Ini termasuk akibat ke atas kerjaya politiknya dan juga kesejahteraan negara," katanya.
Isu 1MDB tercetus berikutan laporanoleh akhbar Wall Street Journal dan laman web Sarawak Report tahun lalu.
Sejak itu, negara menyaksikan pelbagai perkembangan dan tindakan berikutan skandal tersebut, termasuk pemecatan timbalan perdana menteri, menteri kabinet dan pertukaran beberapa pegawai tinggi kerajaan.
Terbaru Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat memfailkan prosiding undang-undang untuk merampas aset yang didakwa diperolehi dengan dana yang diselewengkan dari 1MDB.
Saman sivil itu turut menamakan ‘Malaysian Official 1' mendapat keuntungan daripada firma pelaburan negara itu, dan pembangkang menuding jari kepada perdana menteri.
Najib menafikan bahawa beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan mendakwa ada pihak yang berkomplot untuk menggulingkannya.
Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali juga membersihkan Najib daripada sebarang salah laku.

Politik Penyu: Arahan TPM kepada Menteri Besar Terengganu


Ahmad Razif Abdul Rahman

BALI - Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman  telah diarahkan supaya merapatkan semula barisan kepimpinan Umno di negeri itu sebagai langkah memperkukuhkan kembali Barisan Nasional di Terengganu.   
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah menemui Ahmad Razif malam kelmarin dan mengarahkannya supaya membuat perkiraan politik yang teliti.  
"Dalam perkiraan matematik politik, satu ditolak, kita boleh hilang kesemuanya dan saya telah arah beliau (Ahmad Razif) membuat perkiraan politik secara teliti dan merapatkan kembali saf kepimpinan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.  
Krisis politik di Terengganu dikatakan tegang apabila bekas menteri besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal Datuk Seri Ahmad Said bakal dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin Umno kerana bertindak berlawanan dengan kerajaan pimpinan BN termasuk mengusul undi tidak percaya kepada menteri besar.  
Kedudukan kerajaan negeri itu menjadi goyah jika Ahmad dikenakan tindakan pecat daripada Umno memandangkan BN memiliki 17 kerusi dalam dewan undangan negeri Terengganu manakala Pas 14 dan PKR satu kerusi.  
Ahmad Zahid berkata Umno tidak mahu atas faktor dalaman parti, BN kehilangan kuasa di Terengganu.  
"Kita telah ada pengalaman dan tidak mahu mengulangi kesilapan yang menyebabkan hilang kuasa di Terengganu," katanya.  
Beliau berkata semua pihak harus melihat kepentingan jemaah adalah lebih daripada kepentingan peribadi dan beliau yakin Ahmad mempunyai jiwa yang besar untuk menyelamatkan Umno di negeri itu.

‘Ada udang di sebalik mi’ di Ampang Park?

Gagal mencabar pengambilalihan Ampang Park, pemilik dan penyewa kompleks beli belah hari ini membawa nasib mereka kepada kumpulan pendesak Melayu PERKASA.
Selepas pertemuan itu hari ni, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali melihat campur tangan Perdana Menteri dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz mungkin dapat menyelesaikan kebuntuan itu.
“PERKASA desak PM, Datuk Bandar jangan pandang remeh rungutan kegelisahan tuan kedai dan penyewa di Ampang Park.
“Bangunan ini ada nilai sejarah antara kerana ia antara bangunan tertua di Kuala Lumpur. Di sini juga terdapat peniaga dan usahawan bumiputera walaupun berbagai kaum.

“Kerajaan kena telus isu ini,” katanya.
Ibrahim juga mengesyaki terdapat “udang di sebalik mi’ dengan usaha Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) yang mahu membina kereta api MRT di situ.
Katanya, tanah di premis itu kini senilai dengan Tun Razak Exchange (TRX) dan beliau mahu pelan perancangan sebenar ditunjukkan.

Selamat hari jadi Anwar: Perjalanan kami bukan ke Putrajaya

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata perjalanan dan destinasi parti itu tidak pernah untuk ke Putrajaya tetapi sebaliknya adalah untuk menaikkan semangat masyarakat dan menjadikan mereka berpegang kepada integriti, kejujuran dan keadilan
Kata beliau, ini difahami oleh kebanyakan generasinya dalam PKR, walaupun mengakui parti itu pernah terjerumus untuk tempoh yang singkat.
Menurut Rafizi, mereka kini memahami apa yang perlu dilakukan dan mahu masyarakat tidak lagi akan berpaling setiap kali ketidakadilan dilakukan di kalangan mereka.
“Kita hanya boleh membentuk masyarakat sedemikian jika kita merungkai setiap undang-undang, setiap amalan, setiap kecenderungan feudal dan setiap ketidakadilan yang wujud dalam sistem yang digunakan untuk mentadbir kita.
“Ini adalah perjalanan yang panjang - mungkin di luar jangka hayat yang diberikan kepada kamu dan saya. Kita hanya boleh melakukan apa yang terdaya dengan ruang dan masa yang diberikan kepada kita,” katanya.
Rafizi berkata demikian dalam perutusan ulang tahun ke-69, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang meringkuk di penjara Sunga Buloh menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat.
Bagaimanapun, tidak jelas sama ada tempoh masa yang terhad itu merujuk kepada Anwar mahupun kepada pemimpin pembangkang lain.
Rafizi juga mengimbas bagaimana sebagai pemuda muda berusia 21 tahun pada tahun 1998 beliau berjinak dengan gerakan reformasi pimpinan Anwar dan mempelajari mengenai pembaharuan, kejujuran dan kebaikan.
“Saya kini ingat bahawa Putrajaya tidak pernah menjadi objektif,” katanya.

Utusan kini jelek dan memualkan

Umno terikat untuk membantu syarikat Utusan Melayu yang diambil alih daripada penajanya iaitu pemegang-pemegang sahamnya sama ada kecil dan besar yang terdiri daripada orang Melayu pada tahun 1961.
Walaupun menyertai pasaran saham, tetapi Umno tidak terlepas daripada tanggungjawab ini untuk kepentingan politiknya malah sering membantu bila Utusan dalam kesempitan.
Umno perlu merampas kuasa ini daripada pemegang saham bebas kerana Utusan semasa itu dikuasai oleh wartawan-wartawan kiri yang pro-Indonesia, sosialis dan komunis.
Perdana Menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman terpaksa menyingkirkan penajanya Yusuf Ishak kerana tidak dapat mengawal penguasaan golongan ini yang juga mahu menyingkirkannya.
Yusuf juga tidak mahu megikut arahan Tunku sepenuhnya sebaliknya mahu meneruskan dasar bebas Utusan Melayu sebagai suara rakyat Melayu.
Walaupun Umno telah mengambil alih Utusan dan menjalankan dasar menyokong parti dan kerajaan tetapi Utusan masih dibenarkan oleh Umno untuk menyiarkan berita-berita daripada pembangkang tetapi dengan syarat tidak mengutamakannya dan tidak menyokong mereka.
Dengan dasar yang longgar ini, Utusan masih dilihat dan dirasakan sebagai akhbar rakyat dan tidak dianggap sebagai akhbar parti atau suara parti Umno (Fakta-fakta ini dapat ditemui dalam buku Kisah Sejarah Utusan Melayu Di Depan Api Di Belakang Duri yang diterbitkan oleh Utusan Melayu).
Dalam mempertahankan dasar ini, saya sebagai ketua pengarang Utusan dalam tahun 80 an pernah dipanggil oleh presiden Umno ketika itu Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (kini tun) yang disertai oleh beberapa orang menteri besar untuk menegur Utusan kerana menyiarkan wawancara khas wartawan Rosnah Majid dengan MB Kelantan (PAS) Datuk Nik Aziz yang baru menguasai Kelantan.
Saya bertanya kepada Mahathir: Adakah datuk seri hanya mahu Utusan dibaca oleh orang Umno sahaja dan mesej kita tak perlu sampai kepada orang bukan Umno?
Inilah yang berlaku sekarang menyebabkan edaran Utusan telah jatuh dengan begitu teruk di samping hadapi saingan dan ancaman media sosial yang lebih bebas.
Utusan tidak sewajarnya menghadapi keadaan ini kerana ia mempunyai pembaca tegar tetapi mereka juga telah meninggalkan Utusan kerana Utusan telah hilang perimbangan dan kerakusannya dalam menyokong kerajaan dan menyebabkan pembaca setianya pun merasa jelak dan mual.
Jelek dan memualkan
Apabila berada dalam kelemasan dan panik, liberalisme kewarasan dan kebijaksanaan Utusan telah hilang.
Tulisan wartawan-wartawannya sendiri yang bersifat kritikal dan radikal diharamkan dan wartawan-wartawan Utusan yang mempunyai peminat besar berhenti atau diberhentikan.
Orang membaca Utusan merasakan seperti membaca suara parti, seperti membaca Harakah (PAS) atau Roket (DAP). Mengecam, menghentam pihak tertentu tanpa mengetahui kenapa mereka dihentam.
Kerakusan ini menjelekkan, memualkan. Utusan Melayu hilang kredibiliti politik, autoriti berita dan integriti kewartawanan.

Malaysia merosot jadi negara gagal – Musa Hitam


"Pilihan raya umum mungkin diadakan dalam masa terdekat" - Musa Hitam


"Pilihan raya umum mungkin diadakan dalam masa terdekat" - Musa Hitam
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat.

Katanya, jangkaan itu berasaskan kepada kedudukan BN yang dilihat mahu terus memperkukuhkan kedudukan dalam mengharungi perubahan landskap politik semasa.

"Saya rasa, Barisan Nasional akan mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat. Jangan tanya saya bila, itu kamu kena tafsir sendiri," ujarnya ketika ditanya selepas pelancaran buku berjudul 'Frankly Speaking' hasil tulisan beliau di sini hari ini.

Katanya lagi, keputusan itu bakal menjadi cabaran besar terutamanya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dilihat belum mampu membentuk gabungan kuasa yang cukup padu untuk mencabar BN.

"Saya lebih suka kalau negara kita amalkan sistem dua parti.

"Tetapi, Pembangkang di Malaysia perlu membentuk kerjasama yang boleh menghasilkan satu suara yang padu untuk membentuk polisi dan strategi jika mereka berjaya memegang tampuk kuasa," katanya lagi.

Tambah beliau satu lagi cabaran untuk pembangkang adalah mengenai pengagihan kerusi.

Bersatu Mampu Cabar Umno, Pecah Undi Melayu - Musa Hitam

KUALA LUMPUR: Penubuhan satu lagi parti politik berasaskan perkauman hanya akan memecahkan undi di kalangan orang Melayu, sekali gus mencabar Umno.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata, situasi itu akan menyebabkan semua pihak akan mengeksploitasi isu perkauman bagi mendapatkan undi untuk menang dalam pilihan raya.

"Cabarannya kepada orang Melayu. Sekarang kita ada tiga atau empat parti yang cuba untuk mendapatkan undi Melayu.

"Maaf untuk dikatakan bahawa negara ini masih bersifat perkauman. Sama ada anda suka atau tidak, banyak parti cuba untuk mengeksploitasi perasaan perkauman," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku tulisannya berjudul Frankly Speaking di sini, Rabu.

Malahan Musa juga mengakui, pembabitan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai antara penggerak kepada penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mencabar Umno.

"Parti baharu ini yang berorentasikan bumiputera atau Melayu, ia bermakna mereka akan menjadi pencabar kepada Umno.

RM 90 JUTA: KENAPA HADI AWANG SUSAH SANGAT NAK BERI JAWAPAN?

Presiden Pas, Hadi Awang dilaporkan enggan memberi ulasan lanjut mengenai dakwaan Sarawak Report bahawa parti itu ada menerima RM90 juta daripada Najib Razak atas alasan beliau baru balik dari luar negara dan belum membaca lagi berita berkenaan dengannya.

Saya baru balik...belum baca lagi, kata beliau.

Selepas diasak, Hadi kemudiannya menyerahkan kepada Pas Pusat untuk mengambil tindakan lanjut mengenainya.

Saya baru balik...belum baca lagi...serah pada Pas Pusat, tambahnya kepada wartawan sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

Isu yang ditanyakan sebenarnya mudah saja, benar atau tidak bahawa Pas ada atau pernah menerima wang sebanyak RM90 juta daripada Najib sebagaimana yang dilaporkan oleh Sarawak Report, baru-baru ini.

Soalan sebegitu mudah tidak memerlukan jawapan yang susah. Jawapannya hanya "ya" atau "tidak"  saja.

Antara koleksi beg tangan & kasut siapa paling terer..??


Bijak & licik isteri pemimpin negara, menabung sejak dari kecik lagi...

TAK PERNAH MENTAK KEDARAH DUIT RAKYAT..

AHMAD SAID – “NAK SURUH BERHENTI, NAK MALUKAN SAYA? OK BUATLAH...”

Apa untunganya membuat dakwaan ada video dan gambar bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said terlibat adegan seks dengan seorang wanita?
Lagipun dakwaan ini bukan cerita baru, ia pernah ditimbulkan sekitar 2009.
Apa untungnya kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan menimbulkan isu ini.
Beberapa hari ini, kemelut politik Terengganu dilihat reda. Dengan mencipta atau mengitar semula cerita seks ini akan menyebabkan politik Terengganu akan kembali panas.
Baikkah untuk UMNO dan BN Terengganu? Juga baikkah untuk kedudukan Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman?
  
Apakah cara ini baik untuk UMNO Terengganu melaksanakan ‘damage control’ akibat kekecohan baru-baru ini?

Penguasaan BN di Terengganu tidak kukuh susulan hanya mempunyai 17 kerusi DUN berbanding pembangkang dengan 15 kerusi.
Jika Ahmad Said berpaling tadah dan berjaya menarik hanya seorang lagi wakil BN dalam DUN, BN boleh hilang kerajaan di negeri Pantai Timur itu.
Yang peliknya, dakwaan terhadap Ahmad Said yang  berkhidmat sebagai menteri besar Terengganu sejak 2008 sebelum digantikan secara kontroversi dengan Ahmad Razif pada 2013, tidak ada rekod seburuk itu.
Juga pelik, laporan itu beberapa blog itu muncul semalam, sehari selepas spekulasi usul tidak percaya akan dibuat sekali lagi oleh Ahmad Said  terhadap menteri besar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang bersidang pada Isnin.
Semalam The Star Online melaporkan, wujud dakwaan video dan gambar seks melibatkan seorang ahli politik kanan Terengganu.

Ahli politik yang tidak dinamakan itu dikatakan yang memberikan sebuah projek pembalakan kepada seorang wanita dan sebagai balasan, mendapat habuan seks pada 2009.
Ahmad Said dipetik Malaysiakini hari ini  menasihatkan masyarakat supaya berhenti membuat fitnah, lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan maruah seseorang.
"Saya tak takut. (Kalau) orang serang saya, saya serang balik. Nak suruh saya berhenti? Nak malukan saya? Umno tak untung apa-apa. Kalau sanggup pilihan raya negeri, OK buatlah,” tegasnya.
"Ini maruah orang. Kalau dulu, fitnah mulut ke mulut. Hari ini (boleh) fitnah orang dengan pelbagai cara. Lepas itu, maruah orang, kita nak tanggung dosa orang?
"Tuhan dah beritahu, kalau kita jaga maruah orang, tuhan jaga maruah kita. Apa faedah yang dapat (dengan fitnah)?" ujarnya lagi.
Ahmad Said ditakrifkan sebagai seorang pemimpin lantang Umno, beberapa kali kelihatan dalam acara bersama Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengkritik utama kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ahmad Said hari ini enggan melayan 'serangan' terhadap dirinya termasuk dakwaan terdapat video dan gambar seks melibatkannya.

Pemuda DAP pula sokong himpunan #TangkapMO1


Pemuda DAP juga sokong himpunan #Tangkap MO1.Pemuda DAP juga sokong himpunan #Tangkap MO1.
Pemuda DAP (DAPSY) pula tampil ke depan menyokong tuntutan Gabungan #TangkapMO1 dan menyeru masyarakat umum khususnya anak muda untuk turun dalam perhimpunan awam yang akan diadakan pada 27 Ogos di Dataran Merdeka dan juga himpunan bertempat di Johor Bahru pada 13 Ogos 2016.
Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Ketua DAPSY Selangor, Teh Hoong Keat dan Pengarah Hal Ehwal Varsiti DAPSY Kebangsaan, Leong Yu Sheng, kedua-duanya berkata, Anak muda wajib menampil ke barisan hadapan sekali dan turun melawan rejim pemerintahan yang rasuah dan menelan wang rakyat tanpa mengendahkan hidup mati rakyat jelata.

Gabungan #TangkapMO1 adalah usaha sekumpulan mahasiswa/wi yang bertujuan untuk mendesak penangkapan individu MO1.
Gabungan tersebut turut menuntut untuk membebaskan semua institusi awam seperti PDRM dan SPRM daripada cengkaman rejim pemerintahan Umno dan BN.

'Tiada tindakan terhadap Puteri Umno menari gelek'

Tiada tindakan dikenakan terhadap Puteri UMNO Kota Bharu selepas rakaman tarian gelek pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan pergerakan itu Khamis lalu menjadi viral dalam media sosial, kata
Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Beliau berkata pihaknya telah menjalankan siasatan dan Puteri UMNO Kota Bharu juga memohon maaf berkenaan insiden itu.
"Saya telah menegur perkara itu (tarian) dan mereka juga memohon maaf serta kesal berkenaan perkara itu," katanya pada sidang media selepas merasmikan pameran Hari Kebangsaan dan Silang Budaya, di Muzium Negara, Kuala Lumpur hari ini.
Mas Ermieyati berharap agar insiden itu tidak akan berulang, sebaliknya
memberi fokus kepada usaha untuk meningkatkan keanggotaan Puteri UMNO yang kini hampir mencecah 400,000 orang sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum.
Dalam perkembangan lain, beliau turut memuji kejayaan Puteri UMNO dalam pementasan teater muzikal 'Mencari Sumaiyah' di Istana Budaya di Kuala Lumpur sejak 8 Ogos lepas.
Beliau berkata teater itu menggambarkan perjuangan Puteri UMNO yang telah 15 tahun berada dalam persada politik tanah air.
"Ia mengisahkan tentang empat orang wanita muda bersahabat yang ingin mencari kejayaan tetapi dengan kecekalan dan persahabatan itulah mereka dapat mengatasi pelbagai masalah dan cabaran akhirnya mereka berjaya," katanya.
Teater muzikal dengan kerjasama Hyper Pictures dan Tall Order Sdn Bhd itu turut dibintangi artis-artis terkenal seperti Erra Fazira dan Afdlin Shauki dan akan dipentaskan sehingga 14 Ogos ini.

Skandal 1MDB: Kerajaan perlu jawab mereka bersalah atau tidak, kata ahli PAC BN

Kuasa menyiasat serta menentukan samada wujud kes atau tidak sebenarnya terletak dalam bidang kuasa eksekutif, iaitu polis dan Jabatan Peguam Negara.

PETALING JAYA: Kerajaan perlu memutuskan samada orang yang dinyatakan dalam laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibentangkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) lima bulan lalu bersalah atau tidak.
Ahli PAC Barisan Nasional Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata kerajaan tidak boleh berdiam diri kerana rakyat mahukan jawapan.
“Rakyat masih ternanti-nanti keputusan kerajaan daripada polis yang menyiasat 1MDB dan AGC (Jabatan Peguam Negara) yang boleh menentukan sama ada mereka yang dinyatakan dalam laporan PAC itu melakukan kesalahan atau tidak.
“Kerajaan perlu membuat keputusan segera kerana perkara ini sudah terlalu lama berlarutan sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Aziz mengulas desakan Ahli PAC Pakatan Harapan supaya jawatankuasa membuka semula siasatan terhadap 1MDB, susulan aduan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), yang mahu menyita aset-aset “yang terbabit atau boleh dikesan kepada suatu konspirasi antarabangsa untuk mengubah wang yang dilesapkan” daripada syarikat milik kerajaan itu.
Ahli Parlimen Tony Pua semalam berkata PAC perlu mengenalpasti identiti ‘Malaysian Official 1’ (MO1) yang disebut dalam aduan itu.
Menurut Tony, aduan DoJ menyatakan sejumlah AS$681 juta dimasukkan ke akaun peribadi MO1.
Menurut Aziz, pendesak sebenarnya sudah tersalah terka.

Happy birthday Saudara Anwar: The journey is not Putrajaya

Happy Birthday AnwarHappy Birthday Anwar
By Rafizi Ramli

Dear Dato’ Seri

I don’t know how exactly a person behind bars celebrates his birthday; something that I have to think about too ha3 (more of that later). Whatever it is, I pray to Allah without miss that you will be as fit as you can possibly be (given the circumstances) so that you will eventually witness the change you had dedicated your life for. Happy birthday and if you are around I know you will be humming some songs. I can’t remember your age because it doesn’t matter much (though I know we are 30 years apart *wink wink*).

Every year, 10th of August has become significant in my life not just because it is your birthday but it was the date that finally intertwined my life to yours. I don’t think you remember but it was at a ceramah on 10th August 2009 in Kemaman that I bumped onto you and you discovered I had left PETRONAS and was no longer bonded to them. Within weeks we met again at Parliament and a few months later I put my corporate career on cold storage to join your office.

Much has happened since then and what an adventure it was. I did not regret a single moment of it and I learnt a lot about humility, sincerity, honesty, integrity and loyalty in the last seven years. I feel I am now at an end of one chapter and as I made preparation for the eventuality of a paid long vacation courtesy of His Majesty’s government, I want to tell you that you had made an impact so great to the society that the change you yearn so much is unstoppable. It will come in one way or another.

“Funny When You Are Dead People Will Start Listening”

Obviously my optimism is not shared by 99.9999% of the population given the unending political drama with twists and turns that can match even the most dramatic Latino soap opera. However underneath the frustration and deadlock, eventually the public will accept a few realities that previously they chose to ignore.

One of the most important outcome of the turmoil is the realization that you are central to any plan for reform. Without you any design for a change of government or system in this country is not realistic. When you were around you had to absorb all the blames because it was easy to blame you. When you were around people look for other leaders because they find fault with you. Since the day you were unjustly taken away, the people began to miss you (and your charisma that galvanized and glued the opposition forces for 18 years since 1998) because they know it is unlikely that anyone else can bring everyone to the negotiating table the way you had done.

As more and more Malaysians search their soul for what had gone wrong that we are unable to remove a Prime Minister that is as good as crippled politically, they will quietly agree that what is missing is no longer the reason and justification to remove Dato’ Seri Najib. What is missing is that one person who can unite everyone and command the respect of the people with moral authority to face up to the task of removing Dato’ Seri Najib.

And they will think of you and hopefully realize it was a folly to sit down idly when you were put behind bars again. I hope many of us look back and wonder how it would have been different if we had recognized that an assault on you then using the state institutions was an assault to the whole society because the system that had failed you would have failed everyone else too.

Every now and then I listen to a country song about dying young (not that I am so melodramatic about life). It ends with a very apt observation: funny when you are dead then people will start listening.

Free Anwar Ibrahim

If the above hypothesis is correct, then the immediate remedy to the current political stalemate is actually quite straight forward: if your removal (as part of a grand design to destabilize the opposition) had created the leadership vacuum that rendered Pakatan Harapan (previously Pakatan Rakyat) less effective to corner Najib, your presence will rectify that.

This is where I remain skeptical that we will see an end to the political impasse in the next few months. Unless and until the opposition forces and the public at large understand that securing your release is not your personal agenda but a necessity to give reform a chance; the anti-Najib forces will continue to be rudderless for a while.

Tonight’s gathering at Sungai Buloh Prison may provide a glimpse of clue whether or not the public understand the importance of your release. If they do, they will turn out more than usual and the momentum to pressure Najib to release you will pick up again. Given how weak Najib is, a strong momentum that translates into a public pressure on him will force him to consider a compromise.

Unfortunately I remain skeptical. However whatever the outcome is tonight, we should re-calibrate our strategy and tactics to re-position your release as a key national agenda in order to fill up the leadership vacuum in the opposition camp because that vacuum has become a life-support machine for Najib.

Bring Back National Discourse On Policy

Mat Sabu ajak bersolidariti bersama anak muda, #TangkapMalaysianOfficial1

Mat Sabu ajak semua bersolidariti bersama anak muda, #TangkapMalaysianOfficial1.Mat Sabu ajak semua bersolidariti bersama anak muda, #TangkapMalaysianOfficial1.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyambut salam anak muda dan akan bersolidariti bersama mereka dalam perhimpunan '#TangkapMalaysianOfficial1' 27 Ogos ini.
Dalam satu kenyataannya hari ini, pemimpin Amanah yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu berkata, rakyat mesti bersuara sebelum Malaysia menuju kehancuran ekonomi serta keruntuhan sistem pentadbiran di bawah Datuk Seri Najib Razak.
"Anak muda perlu bangun memulakan kebangkitan pada himpunan #TangkapMalaysianOfficial1 yang bertanggungjawab membawa negara Malaysia menjadi pincang, kemunduran ekonomi dan pemerintahan diktator.
"Ayuh, salam solidariti buat anak-anak muda daripada kami semua!" kata Mat Sabu, tokoh politik yang banyak menggerakkan himpunan jalanan dan demonstrasi sebelum ini dalam satu kenyataannya.
Menurut beliau, kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak seperti sedang memanggil rakyat ke jalan raya apabila institusi awam utama hampir semua musnah di zaman pemerintahan beliau ketika ini.
Katanya, Peguam Negara yang cuba menyiasat skandal 1MDB diarah berhenti. Anggota-anggota Jabatan Peguam Negara yang dikatakan akan menyediakan kertas pendakwaan, dijumpai mati di dalam tong drum.
Kakitangan SPRM, bermula daripada ketua pengarah sehingga pemimpin lainnya dipendekkan tempoh khidmat dan ada yang ditukar ke tempat tidak perlu.

Politik negara banyak penipuan, kebencian - Musa Hitam

Rafizi: Aneh ada parti bumiputera dalam HARAPAN

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berpendapat bahawa ia agak pelik untuk menerima parti berasaskan bumiputera sebagai sebahagian daripada Pakatan Harapan.
"Ia merupakan satu yang di luar kebiasaan untuk mempunyai satu jenis parti berasas kaum dalam penubuhan Pakatan Harapan," kata Rafizi kepada Malaysiakini.
Ahli parlimen Pandan itu diminta mengulas sama ada Pakatan Harapan akan bekerjasama dengan parti bumiputera yang ditubuhkan baru-baru ini.
Bagaimanapun, Naib Presiden PKR itu mengesahkan perkara itu masih belum dibawa kepada kepimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN).
"Ini kerana kita tidak boleh menyiapkan kereta sebelum kuda. Sebelum ini, parti (baru) itu masih belum dibentuk, jadi kita tidak boleh membuat spekulasi," katanya.
Namun begitu, Rafizi menegaskan bagaimana dasar-dasar bersama Pakatan Harapan itu tidak ditulis atas dasar satu kaum sahaja.
Oleh itu, masalah mungkin timbul jika Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyertai Pakatan Harapan secara rasmi sebagai salah satu daripada ahli-ahlinya.
"Bagaimanapun, saya tidak fikir bahawa mereka merancang untuk berbuat demikian. (Saya rasa) mereka mahu mempunyai beberapa jenis pakatan pilihan raya, yang kita boleh pertimbangkan, "kata Rafizi.
Bercakap kepada pemberita selepas mengemukakan permohonan untuk mendaftarkan BERSATU dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini, Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata parti itu akan dibuka kepada semua rakyat Malaysia.
Bagaimanapun, ahli biasa parti itu akan dibuka kepada hanya orang Melayu, bumiputera, Orang Asli dan pribumi Sabah dan Sarawak.
Ahli bersekutu boleh dilantik
Kaum-kaum lain boleh menyertai parti itu tetapi mereka akan menjadi ahli bersekutu yang tidak boleh mengundi atau bertanding untuk jawatan dalam parti. Bagaimanapun, sebagai ahli bersekutu, mereka boleh dilantik ke jawatan itu.
Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub berkata AMANAH tidak mempunyai masalah tentang bekerjasama dengan parti baru, tanpa mengira jenis keahlian parti itu menawarkan.

TMJ bimbang era selepas Najib

Tunku Ismail berkata beliau tidak bimbang dengan kepimpinan Najib sekarang, sebaliknya khuatir terhadap keadaan selepas perdana menteri berundur.
tmj-najib
PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan menyampaikan titah Sultan Johor kepada perdana menteri dalam pertemuan mereka pada 12 Ogos ini.
Antara titah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ialah pendidikan, agama dan aktiviti perniagaan tidak boleh dicampur adukkan dengan politik, kerana ia akan menyebabkan rasuah dan salah laku.
TMJ, dipetik oleh China Press dalam rancangan “Obviously Harith Iskander” Sabtu lepas. berkata beliau tidak bimbang dengan kepimpinan Najib sekarang, tetapi khuatir terhadap keadaan selepas perdana menteri berundur.
“Jika buat keputusan salah sekarang, kita akan teruskan kesilapan kelak. Demi masa depan negara, kita perlu membuat keputusan yang betul sekarang,” kata TMJ dalam penampilan kedua bersama Harith dalam rancangan terbitan Astro itu.
TMJ berterima kasih kepada Najib kerana meluangkan masa menemui beliau.
Katanya, banyak isu yang akan dibincangkan antara mereka bagi memperbaiki keadaan dalam negara ini.
“Ini bukan untuk saya seorang, sebaliknya demi masa depan rakyat dan negara,” katanya sambil menambah beliau tidak peduli apa pandangan orang lain terhadap beliau, dan hanya mementingkan kejujuran.

Sekolah kebangsaan: PAS, Isma, mufti Pahang bidas menteri Umno

Menteri pelajaran dituduh tidak memahami makna Islam sebenar selepas berkata kerajaan tidak akan benarkan sekolah kebangsaan menjadi "terlalu Islamik"
Abdullah-Zaik-Abd-Rahman_Mahdzir-Khalid_student_600
PETALING JAYA: Kenyataan Datuk Seri Mahdzir Khalid tidak akan membenarkan sekolah kebangsaan menjadi “terlalu Islamik” mendapat kecaman beberapa pihak termasuk PAS, yang rata-rata menuduh menteri pelajaran itu membelakangi peranan Islam dalam pendidikan negara.
Presiden Isma, Abdullah Zaik Abd Rahman berkata Mahdzir gagal memahami falsafah pendidikan negara yang sebenar.
“Dasar pendidikan harus konsisten ke arah membina negara bangsa yang berakhlak, bermoral dan bersatu padu. Beliau (Mahdzir) perlu juga menimbang secara seimbang terhadap berbagai gejala sosial yang menimpa pelajar Islam akibat kelemahan pendidikan Islam di sekolah,” katanya kepada FMT.
Semalam, Mahdzir berkata kerajaan tidak akan membenarkan sekolah kebangsaan menjadi “terlalu Islamik” kerana Malaysia sebuah negara Islam yang moden.
“Kita tidak akan melihat ia berlaku,” katanya mengulas kebimbangan ibu bapa bukan Islam yang dikatakan menjadi antara faktor sekolah kebangsaan semakin dipinggirkan kaum bukan Melayu.
Mahdzir turut dikecam Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, yang menyifatkan menteri itu “cetek” mengenai Islam sebenar.
“Dia (menteri) seorang Islam dan dalam matlamat dan hala tuju mestilah ada Islamiknya, bukan sekular sepenuhnya. Sebagai orang Islam kita nak orang Islam yang betul-betul Islam bukan separuh-separuh Islam,” katanya kepada FMT.
Tambah Mahfodz, apa juga dasar negara mesti berpandukan Islam kerana ia agama persekutuan.
“Takkan orang jaga aurat, jaga solat, pakai tudung, orang sembahyang itu boleh dianggap terlalu Islamik, dia kena bagi definisi jelas,” katanya.

Musa Hitam: Malaysia going downhill

'BN tak takut Guan Eng, Anwar tapi BN takut dengan anak muda' - Abdul Aziz Isa

Musa Hitam: So much hatred in M'sian politics

Musa on options to remove Najib

Musa on Bersatu: One too many

Pemuda PAS Wilayah report polis dakwaan SR pemimpin terima RM90 juta

PAS, DAP dan PKR harus lepaskan beberapa kerusi untuk tiga parti baru - Mustafa Kamil Ayup

Najib dan misteri Selasa tak kunjung tiba.....

SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN

 Semalam genap lima kali Selasa dari janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyaman akhbar The Wall Street Journal. Bermakna, "Selasa" dijanjikan beliau sudah sebulan berlalu.
Dan Najib kelihatan masih 'buat bodoh' dengan janjinya seolah-olah rakyat masih hidup dalam gua dan tak tahu apa-apa tentang kes dan isu melibatkan pentadbiran beliau.
Daripada pendedahan WSJ hinggalah tindakan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS terhadap aktiviti penggubahan wang haram membabitkan seseorang dikenali hanya sebagai Malaysian Official 1 (MO1) dan konco-konconya, "Selasa" dijanjikan Najib masih tidak kunjung tiba.
Mungkin "Selasa" itu sebenarnya tidak wujud dalam kalendar Malaysia. Mungkin. Atau Najib menunggu "Selasa" lain yang tidak ada dalam fahaman kita sebagai satu daripada tujuh hari yang ada dalam seminggu.
Baiklah, mungkin kadang-kadang kita - sebagai rakyat - terlalu kasar, terburu-buru dan tidak sabar. Kalau ditanya elok-elok dan bersopan santun, mungkin perdana menteri akan memberi jawapan dengan baik.
Mari kita cuba bertanya dengan penuh budi bahasa: "Wahai perdana menteri yang disayangi, setelah lima kali Selasa berlalu, sejujurnya berapa lama lagi "Selasa" yang mahu ditunggu Datuk Seri untuk mengambil tindakan terhadap WSJ dan pihak-pihak lain yang mengaitkan Datuk Seri dalam jenayah 1MDB?"
Setelah bersopan-santun begitu dan Najib masih tidak menjawab, janganlah pula kita marah.
Rakyat tidak akan marah
Sebetulnya memang Najib tidak akan mengambil tindakan undang-undang pun. Najib cukup cerdik untuk tahu bahawa tindakan undang-undang di peringkat antarabangsa tidak hanya akan mengalahkan beliau, bahkan berisiko besar untuk mendedahkan kes-kes lain yang mungkin masih tersimpan kemas ketika ini.
Sebagai pemimpin utama sebuah parti yang telah berjaya memenangi 13 kali pilihan raya umum dengan sekian banyak 'silap mata', Najib cukup tahu apa yang boleh dan tidak boleh dibuat sebagai pemimpin.
Jika setakat berjanji kemudian 'buat bodoh' dan akhirnya membuat penafian, beliau percaya penuh bahawa rakyat negara ini tidak akan marah.
Bahkan marah-marah rakyat ketika ini hanyalah 'marah-marah kucing' yang akhirnya diyakini akan cair dengan pujukan BR1M bernilai RM1,000 menjelang pilihan raya.

Kami ada juga bacaan Quran, kata Puteri Umno selepas isu gelek

Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata tidak perlu isu menari gelek Puteri Umno di Kelantan disensasikan lagi.
Datuk-Mas-Ermieyati-Samsudin
KUALA LUMPUR: Ketua Puteri Umno Malaysia Datuk Mas Ermieyati Samsudin mempersoalkan laporan media yang dianggap tidak seimbang susulan isu beberapa ahlinya yang menari gelek baru-baru ini diperbesarkan.
Mas Ermieyati berkata ada pelbagai aktiviti lain yang dijadikan pengisian dalam mesyuarat Puteri Umno seperti membaca Al-Quran, berzikir dan menari zapin tetapi ia tidak dilaporkan di media.
“Tetapi isu menari gelek ini disensasikan. Kenapa nak naikkan (isu menari gelek). Isu itu sudah saya tegur dan saya menerima permohonan maaf. Mereka pun sudah menyesal.
“Saya ada menghadiri beberapa mesyuarat Puteri Umno misalnya di Johor Bahru baru-baru ini. Ada aktiviti membaca Al-Quran, tafsir Al-Quran, berzikir dan menari zapin tetapi tidak ‘highlight’,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pameran Hari Kebangsaan dan Silang Budaya 2016 di Muzium Negara hari ini.

Siapa sebenarnya yang mahu ‘bunuh’ orang Melayu?

Selepas tuntutan mahkamah Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat didedahkan, pada mulanya seorang bekas menteri menuduh wujudnya komplot untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Selepas itu, ada pula yang mendakwa saman sivil itu bertujuan memporak-peranda Malaysia.
Terkini, ketua menteri Melaka pula tampil menuduh Amerika mahu membunuh orang Melayu saperti mereka membunuh rakyat Iraq!
Hebat betul panglima setia Najib dari negeri Hang Tuah ini!
Isunya sebenarnya sangat mudah sebenarnya.
Duit rakyat Malaysia dibawa masuk ke Amerika secara haram dan mereka membekukan harta yang dibeli dengan wang haram supaya hasilnya boleh dipulangkan kepada rakyat Malaysia yang membayar cukai.
Undang-undang pengubalan wang haram diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2010. Parlimen Malaysia sendiri mengetatkan lagi hukuman di bawah undang undang pengubalan wang haram pada tahun 2014.
Rakyat dan orang Malaysia yg menceroboh sistem kewangan Amerika di negara mereka dan bukan Amerika yang masuk campur dalam sistem kewangan kita.
Tuduhan Amerika mahu menjatuhkan Najib dan Malaysia sangat tidak munasabah kerana perdana menteri amat akrab denganPresiden Barrack Obama - rakan golf bersama yang melawat Malaysia dua kali dalam setahun.
Raja Lawak Mega
Ketika, China mengancam ketenteraman rantau ASEAN dengan tuntutan perairan Laut China Selatan, Amerika memerlukan sokongan semua negara ASEAN.
Seperti dimaklumkan di Parlimen awal tahun ini oleh bekas timbalan mentri pertahanan Malaysia, Amerika bercadang dan sedang berunding untuk membina pangkalan tentera di Sabah.
Tuduhan Amerika hendak membunuh orang Melayu seperti mereka membunuh rakyat Iraq selepas menggulingkan Presiden Sadam Hussin adalah bahan sesuai untuk inspirasi Raja Lawak Mega!
Pihak juara Melayu PERKASA pun tidak teruja dengan tuduhan tersebut.
Sadam bertindak agresif menyerang Kuwait dengan niat mengambil hasil minyaknya. Najib hanya merampas telaga minyak Bertam 307 dari negeri jirannya, Terengganu untuk diberikan kepada negerinya sendiri iaitu Pahang.
Apabila bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said membantah, beliau dipecat hingga menyebabkan kemelut politik perang saudara Terengganu belarutan sehingga hari ini.
Najib tidaklah sehebat Saddam. Mungkin taraf jaguh kampung sahaja bukan taraf antarabangsa lagi.
Satu lagi sebab tuduhan hendak menjatuhkan Najib tidak masuk akal adalah kerana beliau sangat taat kepada kehendak Amerika dan Obama.
Tak segagah Saddam
Perjanjian TPPA dimeterai Najib walaupun ramai rakyat membantah sedangkan Indonesia serta Thailand pun tidak menyertainya.
TPPA adalah satu bentuk penjajahan ekonomi yang dipersetujui Najib. Undang-undang Amerika boleh diguna pakai di Malaysia dalam apa apa pertikaian perjanjian.
Pada tahun lalu, apabila negara-negara sekutu Amerika dari Arab dan Afrika menjalankan latihan tentera ‘Northern Thunder’ di Arab Saudi, anehnya Malaysia pun turut serta.
Indonesia, negara umat Islam teramai dan Turki, negara Islam terdekat pun tidak menyertainya.
Najib sendiri ke Arab Saudi melawat tentera Malaysia yang bukan terdiri dari bangsa Arab atau Afrika! Begitu sekali Najib mahu kelihatan rapat bersama sama sekutu Amerika.
Ramai yang tidak menyedari tentera Amerika pernah membuat latihan ketenteraan di Terengganu beberapa tahun yang lalu.
Entahlah bagaimana pula sejarah akan melihat Najib dengan ketaatannya kepada Amerika dan segala tindak tanduknya mengikut kehendak Amerika.
Apa yang nyata adalah Najib bukan seberani dan gagah seperti Saddam dan rakyat Malaysia tidak perlu bimbang akan diserang oleh Amerika.
Ulama membisu
Lagi pun kerajaan Amerika dan antarabangsa lebih ingin melihat Riza Aziz anak Najib, dan Jho Low pulang ke Malaysia menghadapi pengadilan di negara kelahiran mereka.
Rakyat Malaysia juga ingin mendengar cerita sebenarnya dari mulut mereka sendiri.
Soalannya, adakah peguam negara akan membenarkan kes ini dibicarakan di Malaysia?

Sambutan ulangtahun ke 69, singkap pengorbanan Anwar

Walaupun jasad terpenjara bersabit dakwaan politik terhadapnya, namun masyarakat tidak sewajarnya melupakan kudrat dan perjuangan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mencecah usia 69 tahun, pemimpin itu terus dikurung di sebalik tirai besi demi mematikan semangat juangnya membebaskan rakyat daripada regim pemerintahan Umno Nasional.

13882639_1576087759363945_47918790941521900_nNamun segala tindakan jahat pentadbir tidak mematahkan semangat juangnya untuk terus berdiri memastikan Malaysia ditadbir urus kerajaan telus.
Atas kesungguhan itulah, masyarakat disaran menyokong sepenuhnya usaha beliau untuk turun bersolidariti di hadapan penjara Sungai Buloh, malam ini mengingati ulang tahun kelahiran ke 69 pejuang rakyat ini.
Bermula jam 8.30 malam, pelbagai pengisian sepanjang program antaranya sesi tayangan video penahanan Anwar dan fitnah zalim yang dikenakan terhadapnya.
Lebih istimewa, penyokong turut berpeluang menyampaikan ucapan sempena ulang tahun beliau, di samping persembahan lagu daripada kumpulan pemuzik jalanan.
Selain itu, pemimpin tertinggi parti politik juga dijangka hadir memeriahkan sambutan kelahiran mantan Timbalan Perdana Menteri itu.
Antara pimpinan tertinggi dijangka hadir termasuklah, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan Rafizi Ramli.
Pimpinan lain termasuklah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; Datuk Saifuddin Abdullah, Nik Nazmi Nik Ahmad, Zuraida Kamaruddin dan Datuk Mahfuz Omar.

Rasuah dan senjata api berjalan seiring

Kelemahan penguatkuasaan di sempadan negara berpunca daripada sebilangan anggota penguat kuasa yang 'naik lemak' sehingga berani bersuhabat dengan penyeludup.
senjataHarapkan pagar, pagar makan padi. Itulah perumpamaan paling sesuai untuk mencerminkan sikap sesetengah anggota penguat kuasa yang gagal menjaga sempadan negara.
Baru-baru ini, Bernama memetik seorang pengedar senjata api tempatan, yang mendedahkan bukan sahaja senjata api, malah manusia juga boleh diseludup ke Malaysia dengan mudah.
Menurutnya, senjata api boleh diseludup dengan mudahnya tanpa meleraikannya atau berdepan risiko ditahan, jika penyeludup mengenali pegawai kerajaan yang boleh dirasuah.
“Kenali orang yang betul, siapa yang perlu dirasuah dan waktu kerja mereka. Mereka akan bawa masuk senjata api itu ke dalam negara dan apa yang anda perlu lakukan hanya bayar mereka,” kata pengedar senjata api tempatan itu.
Pembeli senjata api itu biasanya adalah anggota geng kongsi gelap, samseng dan penjenayah, khasnya pembunuh upahan melalui penyeludupan di sempadan negara, termasuk Sungai Golok dan Padang Besar.
Pendedahan ini menunjukkan betapa lemahnya penguatkuasaan di sempadan negara disebabkan sebilangan anggota penguat kuasa yang “naik lemak” kerana menyandang sesuatu jawatan itu terlalu lama, sehingga mereka berani bersuhabat dengan penyeludup dan seterusnya membenarkan pelbagai barangan diseludup ke negara ini, termasuklah senjata api.

Politik Penyu: Ahmad enggan layan fitnah, serangan video seks ke atasnya


Datuk Seri Ahmad Said
Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said enggan melayan 'serangan' terhadap dirinya termasuk dakwaan terdapat video dan gambar seks melibatkannya.
Menyifatkan fitnah kini berlaku dengan pelbagai cara, beliau berharap perkara itu tidak akan berpanjangan.
"Itu saya tak mahu komen. Saya malaslah. Sekarang dah mula keluar macam-macam. Tak apa, saya tak mahu komen.
“Kalau kita panjangkan (isu ini) ia akan berpanjangan," katanya seperti dipetik dari Malaysiakini hari ini.
Ditanya sama ada beliau takut dengan 'ugutan' berhubung video itu, anggota Dewan Undangan (Adun) Kijal berkata beliau kini mengambil pendekatan tunggu dan lihat.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak teragak-agak untuk membuat serangan balas sekiranya perlu.
Beliau turut menasihatkan masyarakat supaya berhenti membuat fitnah, lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan maruah seseorang.
"Saya tak takut. (Kalau) orang serang saya, saya serang balik. Nak suruh saya berhenti? Nak malukan saya? Umno tak untung apa-apa. Kalau sanggup pilihan raya negeri, OK buatlah.
"Ini maruah orang. Kalau dulu, fitnah mulut ke mulut. Hari ini (boleh) fitnah orang dengan pelbagai cara. Lepas itu, maruah orang, kita nak tanggung dosa orang?
"Tuhan dah beritahu, kalau kita jaga maruah orang, tuhan jaga maruah kita. Apa faedah yang dapat (dengan fitnah)?" ujarnya lagi.
Semalam The Star Online melaporkan, wujud dakwaan video dan gambar seks melibatkan seorang ahli politik kanan Terengganu.
Ahli politik yang tidak dinamakan itu dikatakan yang memberikan sebuah projek pembalakan kepada seorang wanita dan sebagai balasan, mendapat habuan seks pada 2009.
Ahmad Said ketika itu berkhidmat sebagai menteri besar Terengganu sebelum digantikan secara kontroversi dengan Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman pada 2013.

‘BERSATU bukan berasaskan kaum, tapi model kompromi’ - Syed Saddiq

Ahli jawatankuasa pro-tem Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, parti itu bukan "semata-mata berasaskan kaum" di sebalik keahliannya terbuka kepada bumiputera sahaja.
Beliau membuat kenyataan itu selepas menerima kritikan hebat akibat bersekongkol dengan parti berasaskan kaum itu, walaupun sebelum ini mendakwa mendukung konsep 'Bangsa Malaysia'.
"Ini bukan semata-mata berasaskan kaum. Status bersekutu serta pelantikan ke jawatan tertinggi parti. Kami juga akan bersama parti pembangkang lain.
"Ini adalah model kompromi. Parti pribumi baru (ini) akan bertanding di kubu Umno yang tidak dapat ditembusi," katanya di Twitter semalam.
Beliau juga berkata, kritikan berkenaan mempunyai asas dan diperlukan untuk memastikan parti itu kekal berada di landasan yang betul.
Aktivis belia yang menjadi terkenal apabila beliau dinobatkan sebagai pembahas terbaik Asia, mengulas kenyataan pengguna Twitter @thevesh, yang menyoal mengapa dirinya memilih untuk menjadi sebahagian daripada parti berasaskan kaum di sebalik agenda pembaharuannya.
Syed Saddiq juga menerima kritikan pedas dari pengguna Twitter popular dan penulis teknologi Effi Saharuddin, yang berkata aktivis itu telah mengkhianati ideal murni demi politik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pingat di Rio: Pandelela-Jung Hoong terima pencen seumur hidup

Pemenang pingat emas akan menerima RM1 juta dan pencen bulanan RM5,000, perak RM600,000 dan pencen bulanan RM3,000 manakala gangsa RM100,000 serta pencen bulanan RM2,000.
pandelela
RIO DE JANEIRO: Gandingan penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong akan berkongsi ganjaran RM600,000 serta pencen bulanan RM3,000 seorang sebagai ganjaran atas kejayaan memenangi pingat perak Sukan Olimpik Rio.
Di bawah skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) untuk Olimpik, pemenang pingat emas akan menerima RM1 juta dan pencen bulanan RM5,000, perak pula RM600,000 dan pencen bulanan RM3,000 manakala gangsa RM100,000 serta pencen bulanan RM2,000.
Pasangan itu meraih pingat perak acara 10 meter platform seirama wanita, untuk pingat pertama negara di Sukan Olimpik Rio, selepas mengumpulkan 344.34 mata di belakang pemenang emas dari China manakala gandingan Kanada mendapat gangsa.
Pandelela sebelum ini menjadi atlet wanita pertama Malaysia memenangi pingat di Sukan Olimpik apabila mendapat gangsa dalam acara 10m platform individu di edisi London, empat tahun lepas.
Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata Pandelela dan Jun Hoong akan berkongsi sama rata hadiah wang tunai RM600,000 itu manakala pencen bulanan itu akan bermula serta-merta.
Ditanya sama ada pemenang dua pingat Olimpik, Pandelela akan menerima dua pencen berbeza, Ahmad Shapawi menjelaskan atlet itu akan menerima satu saja iaitu jumlah tertinggi antara pingat perak dan gangsa yang diperolehnya.
Selain Pandelela, Datuk Lee Chong Wei juga adalah pemenang dua pingat perak Sukan Olimpik selepas menang secara berturut-turut pada edisi 2008 di Beijing dan 2012 di London.

Jasa Tun Musa Hitam kepada negara bangsa amat kami hargai - Sultan Nazrin Shah


Jasa Tun Musa Hitam kepada negara bangsa amat kami hargai - Sultan Nazrin Shah
KUALA LUMPUR: Tokoh politik, Tun Musa HItam disifatkan sebagai produk sebenar dalam konteks 'impian Malaysia' ketika rakyat negara ini mendambakan jangkaan dan aspirasi hebat.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah sedemikian sewaktu acara pelancaran buku berjudul 'Frankly Speaking' hasil tulisan Musa di ibu negara hari ini.

Baginda antara lain mengimbau kenangan mengenali Musa sejak tahun 70-an, yang mana ketika itu Musa telah memapamerkan ciri-ciri tokoh muda politik yang mencerminkan dinamisme dan karisma dari segi pemikiran dan pengucapan.

Berikut adalah ucapan penuh baginda:


Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam Sejahtera.

Beta bersyukur ke hadrat ILAHI kerana dengan limpah rahmat daripada Nya juga, Beta bersama Raja Permaisuri dapat berangkat ke Majlis Pelancaran Buku ‘Frankly Speaking’ yang dihasilkan oleh Tun Musa Hitam.  Tun bukan seorang kenalan baru.  Pada awal tahun-tahun tujuh puluhan, semasa masih seorang pelajar, Beta seringkali bertandang ke Seri Taman, kediaman rasmi Perdana Menteri ketika itu, menziarahi Johari Razak (anak kepada Tun Abdul Razak).   Sekali sekala, Beta melihat kehadiran Tun Musa di Seri Taman, seorang tokoh muda politik yang ketika itu lagi, bukan sahaja mencerminkan dinamisme dan karisma dari segi pemikiran dan pengucapan, tetapi turut memiliki ketampanan tubuh dan kesegakan rupa; seorang idola di kalangan pemuda dan pastinya pula mempunyai ramai peminat di kalangan pemudi.  Sejak masih berusia muda, Beta turut berpeluang berkawan dengan anak-anak Tun, Mariana, Rashid dan Rozana.  Beta juga merasakan kehilangan dan kesedihan yang amat sangat atas kehilangan Rashid pada usia yang begitu muda, semasa berlakunya tragedi Highland Towers pada 11 Disember 1993.  Semoga roh Carlos Rashid Musa dicucuri rahmat oleh ALLAH Subhanahu Wata’ala.  Al Fatihah.

2. For those of us who have had the privilege and benefit of knowing this commoner, as he describes himself in his book, Tun Musa Hitam is anything but common. The fact is that he has left an indelible mark on his country, and history, I am confident, will judge him as such.  As for the title of his book, “Frankly Speaking”, again, for those who have come to know him, Tun Musa has never shied away from being frank. Has that been an asset? Or has that been the reason why, as some have said, he was the best Prime Minister Malaysia never had? That again, is perhaps, best left for history to judge. But as Tun Musa says in his foreword, there will be brickbats and there will be bouquets; and somewhere in between the pages of this book, readers will find the insights of a man who was a hair’s breadth away from becoming the fifth Prime Minister of Malaysia, but walked away.

3. I had the pleasure of knowing Tun Musa closer when he spent a year as a Fellow at the Centre for International Affairs at Harvard. I was then a graduate student there. Since then, we have interacted on many occasions and I have had the benefit of listening to him at the many conferences we have attended together.

4. Tun Musa, as those who have followed his career will find, is among the handful of living Malaysians who have amassed a treasure of experience at the highest levels of government, politics and international affairs. It is no coincidence that he was viewed, as far back as four decades ago by Time magazine, as one of the top 150 individuals who would play a major role in world affairs.

5. Tun Musa is the son of a meter reader, and for those of this modern age who may not know, that was the job description for a person employed by the national electricity company to take manual readings of electricity consumption through meters placed outside people’s homes. Tun Musa was the only one of ten siblings to have made it to university. Hence, perhaps because of his humble background, he frequently describes himself as a “commoner”, for, in pre-independent Malaya, it was rare for someone of such modest beginnings to even dream of a tertiary education.

6. I would perhaps view Tun Musa as a product of “the Malaysian dream” when the citizens of this fledgling country harboured great expectations and aspired for great things. Many have achieved great things and the Malaysian story-book is replete with such tales – of sons and daughters of farmers, fishermen and labourers, becoming Prime Ministers and business leaders, academics and leading professionals, innovators and thinkers. But of the hundreds of thousands who have realised their own Malaysian dream, Musa Hitam stands out  among the handful who have left an ineradicable mark on the country he loves with a passion. By putting his experiences in print, Tun Musa walks us through a history many of us have forgotten and perhaps are unaware of. He observes that despite our physical progress as a nation, the challenges – from the time of pre-independence - remain the same, if not more dire.

7. Allow me to dwell on why Malaysia, and we as citizens who love this country, should view Tun Musa’s observations seriously. Tun Musa started off as a student leader in the late 1940s and through the 1950s, both within a Malaya caught in the throes of fighting for independence amidst a terrifying prospect of a threatening communist insurgency, and on the international stage when long-colonialized nations were throwing off the shackles and embracing the same dreams that Malaya shared. Those were exciting and exhilarating times, especially for young firebrands like Tun Musa, who dreamed the proverbial impossible dreams.

8. Tun Musa, at that young age, travelled to places that few Malayans then would have even dreamed of, and he interacted with leaders from different parts of the world, gaining insights that would eventually bolster his credentials as a leader in a post-independent Malaya. After graduation, he became an assistant district officer in a rural part of Johore and was exposed to rural poverty and the dependence of Malayans on commodities such as rubber and tin, and how their hand-to-mouth existence depended on the vagaries of international demand and supply. This would shape his thinking and desire to improve the lot of his countrymen, first as a junior politician in the country’s main political party, UMNO, then as a member of the Cabinet and eventually as the Deputy Prime Minister.

9. These early experiences would serve him well, when in the early 1970s, as a minister in the Cabinet of Tun Abdul Razak Hussein, he had to address and quell widespread dissatisfaction and protests from smallholders and workers in the rubber industry crippled by collapsing prices. His handling of this disquiet – better known as the Baling demonstrations -- probably established his credentials in the eyes of the country’s leaders and paved the way for higher office.

10. Tun Musa’s recollections of that period – when he walked into a hostile crowd of thousands of hungry and angry settlers and villagers, dismissing his police guard and stepping onto makeshift platforms in rural Baling and Sik to address them – marked him as someone whose crisis management skills were crucial in a country still traumatised by the devastating 1969 racial riots.

11. Of greater interest, perhaps, would be his attention to detail and an analytical approach to problem solving in that crisis. He writes:

“As Primary Industries Minister, the task had fallen on me to initiate dialogues with different groups about rubber prices in the rural north. I remember that we had many meetings, talking through various options, sometimes even well into the night. I cannot remember how many hours and days my officials and I spent huddled in these discussions but it certainly was a difficult time.” (Page 163)

12. His approach to problem solving stood him in good stead when he spoke to the hostile crowds because he understood their problems; he accepted that their grouses were genuine, rather than try to blame these problems as instigations by external parties, as many did during that time; and he promised that he would try to find a solution to their problems. His honesty calmed the demonstrators, and his subsequent adherence to his promises, established his reputation as a man who would keep his word.

UMNO Leaders By Their Stupidity Have Lynched Najib - Matthias Chang

Musa told Tun M: To admit a mistake is a sign of courage and not a sign of weakness

Khairuddin files DOJ docs in support of judicial review bid

Musa was the 'best' PM Malaysia never had, says Sultan Nazrin

Isu video seks: Itu saya tak mahu komen, kata Ahmad Said

Saya baru balik, tak baca lagi - Presiden PAS

Sahih! UMNO itu parti politik, bukan bangsa Melayu


Melayu itu lebih besar dari UMNO. UMNO hanya sebuah parti politik yang disokong oleh bahagian yang lebih kecil dari keseluruhan orang Melayu. UMNO patut menerima realiti ini.
Rencana Ariff Sabri
RSN Rayer ialah seorang ADUN di Pulau Pinang untuk kawasan Sri Delima. Dalam tahun 2014, dia telah menyebut perkataan ‘celaka UMNO’ dalam dewan undangan negeri Pulau Pinang. Dia dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menghasut dengan menuturkan istilah ‘UMNO celaka’.
Beberapa hari yang lalu, Rayer dibebaskan dari pertuduhan tersebut tanpa perlu membela diri dalam mahkamah seterusnya.
Hakim memutuskan bahawa istilah ‘celaka UMNO’ bukanlah hasutan. UMNO bukannya bangsa tapi sebuah parti politik. Sama seperti parti lain yang dianggotai oleh bangsa-bangsa khusus tapi parti tersebut bukanlah bangsa itu sendiri.
Jadi kalau kita sebut ‘celaka UMNO’; ianya bukan menghasut. Kerana ia tidak bermakna Melayu celaka. DAP sebagai contoh, selalu disebut sebagai DAPig, tapi jika orang UMNO sebut demikian, seperti yang mereka pekik selalu, itu bukanlah menghasut. Kerana yang disebut babi ialah DAP – parti politik, bukan bangsa Cina.
Kepada orang Melayu, signifikan keputusan mahkamah ialah UMNO itu ialah sebuah parti bukan bangsa. Maka apabila ada orang sana sini menjaja bahawa UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO, itu suatu dusta.
“Celaka punya UMNO”
UMNO hanya ada ahli seramai 3.5 juta. Itu kata mereka. Di atas kertas mungkin ada 3.5 juta. Realitinya, ia lebih kurang dari itu. 3.5 juta disebut sebut hanya untuk buat show dan menakutan orang lain.
Mungkin jumlah ahli sebenarnya tinggal 2.5 juta. Orang Melayu pula ada 15 juta. Ertinya, hanya seorang dari lima orang Melayu ialah ahli UMNO. Maka bagaimana UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO? Lebih ramai Melayu bukan ahli UMNO.
Demikian juga dalam PRU13 tahun 2013. UMNO memperolehi jumlah undi sebanyak 3.2 juta. Andaikan semua pengundi yang mengundi UMNO ialah Melayu. Jumlah pengundi Melayu yang keluar mengundi dalam PRU13 ialah hampir 7 juta orang. Jika UMNO dapat 3.2 juta undi dan semuanya Melayu pula, bererti 3.8 juta orang Melayu tidak mengundi UMNO.
Jadi bagaimana UMNO tanpa segan dan silu, mengatakan mereka mewakili Melayu? Lebih ramai orang Melayu mengundi parti bukan UMNO.
Tapi kita tahu, dari 3.2 juta yang mengundi UMNO, bukan semuanya Melayu. India pembodek dan Cina yang mahu kesenangan, ada juga mengundi UMNO. Mungkin 15% daripada undi yang diperolehi oleh UMNO datang dari bangsa bukan Melayu.

Pemuda Umno nafi kata 2M kaya-raya kerana rasuah

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Razlan Rafii menerima kritikan minggu lalu apabila beliau mendakwa 2M yang merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi kaya-raya lebih tujuh generasi dan sepatutnya berterima kasih kepada parti.
Ramai bertanggapan bahawa kenyataan Razlan itu sebagai pengakuan secara tidak sengaja mengenai budaya rasuah dalam Umno dengan panglima perang merampas wang rakyat untuk kepentingan peribadi mereka sendiri.
Bagaimanapun, dalam wawancara dengan Malaysiakini, jelas Razlan, ia bukan apa yang beliau maksudkan.
Sebaliknya, ujar beliau, apa yang dimaksudkan ialah Muhyiddin dan Mahathir mendapatkan kedudukan yang baik dalam kerajaan, dibayar gaji yang tinggi dan diberikan layanan khas.
"Saya tidak maksudkan rasuah. Kesemua mereka hidup kaya-raya, diberikan kedudukan yang baik dalam pekerjaannya, gaji yang tinggi, mendapat layanan VIP, permaidani merah, penerbangan kelas perniagaan dan kelas pertama dan semua kerana Umno.
"Itulah yang saya maksudkan," kata Razlan di pejabat Malaysiakini, Jumaat yang lalu.
Tambahnya, beliau membuat kenyataan sedemikian agar mereka mengingati dan bersyukur di atas sumbangan parti itu kepada mereka.
"Jika anda mahu untuk berperang dalam parti lain, teruskan tetapi janganlah memperkecilkan tempat di mana kamu pernah mencari nafkah." katanya.
Mahathir keluar Umno pada awal tahun ini manakala Muhyiddin dipecat dua bulan lalu untuk bersekongkol dengan pembangkang menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dalam menyerang Najib, kedua-dua pemimpin itu turut menzahirkan kritikan terhadap Umno atas sokongan berterusan kepada presiden parti.
Diminta mengulas lanjut mengenai perkara itu, Razlan turut menafikan Muhyiddin pernah melakukan rasuah atau wujudnya budaya rasuah dalam Umno.
"Jika seseorang ingin melakukan rasuah, mereka boleh lakukannya walaupun menjadi kerani," kata Razlan lagi.

Mazlan ‘hero’ PPR Lembah Subang hutang sewa rumah lebih RM2OK

Individu yang sengaja melemparkan tohmahan terhadap Kerajaan Negeri berhubung isu pengurusan rumah kos rendah di Petaling Jaya mempunyai rekod dan tunggakan pembayaran lampau.
Hasil semakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Mazlan Md Yunos yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Lembah Subang didapati tidak menjelaskan tunggakan sewa rumah RM23,124.

PPRAhli Majlis, Ariffin Mahaiyuddin, berkata individu terbabit gagal melunaskan tunggakan pembayaran walaupun notis sudah dihantar.
“Kalau benar mahu buat aduan dan jadi juara, sepatutnya dia jadi contoh kepada penduduk lain. Tapi bila pihak kami buat semakan, dia pula yang paling banyak hutang.
“Bayangkan dengan pembayaran RM250 sebulan, sudah berapa lama dia tidak bayar hingga tunggakannya mencecah RM24,000?” katanya ketika dihubungi SelangorKini, di sini.
Beliau berkata, sikap individu seperti itu menjadi penyebab utama MBPJ terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar menyediakan fasiliti dan penyelenggaraan terbaik kepada penduduk.
Mazlan sebelum ini tampil membuat kenyataan di media Umno, TV3 mendakwa MBPJ gagal menyediakan fasiliti terbaik yang menimbulkan masalah kepada penduduk setempat.
Katanya, Kerajaan Negeri juga gagal memainkan peranan sebaiknya sehingga memerlukan campur tangan menteri, Tan Sri Noh Omar.
Bagaimanapun, dakwaan negatif mengenai kegagalan pengurusan projek PPR Selangor sebelum ini dibidas Exco bertangungjawab, Dato’ Iskandar Abdul Samad.
Iskandar berkata, Kerajaan Negeri sudah membelanjakan jutaan ringgit untuk membaik pulih PPR demi keselesaan rakyat ekoran kediaman itu tidak terurus sejak diambil alih daripada Barisan Nasional (BN).