Selasa, 9 Ogos 2016

Skandal 1MDB: Empat anggota protes mesyuarat PAC

Empat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) dari pembangkang tidak hadir dalam mesyuarat hari ini sebagai tanda protes terhadap keputusan Pengerusinya, Datuk Hasan Arifin untuk tidak melakukan siasatan semula terhadap 1MDB.
Mereka ialah William Leong (PKR-Selayang), Kamarul Baharin Abbas (PKR-Teluk Kemang), Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) dan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara).
Bagaimanapun seorang lagi anggota PAC pembangkang Tan Seng Giaw (DAP-Kepong), yang juga timbalan pengerusi PAC menghadiri mesyuarat ini.
Mesyuarat itu bermula pada pukul 10.30 pagi dan berakhir sekitar jam 12.00 tengah hari.
Difahamkan agenda mesyuarat tersebut adalah terhadap tiga laporan PAC untuk sesi Parlimen yang akan datang, tetapi tidak menyentuh mengenai 1MDB.
Leong mengesahkan bahawa ketidakhadirannya adalah untuk menunjukkan kekecewaan beliau kerana tiada tindakan PAC pada "penipuan besar-besaran" dikaitkan dengan 1MDB.
"Ya. Saya rasa kita semua berkongsi perasaan yang sama," katanya ketika dihubungi merujuk kepada anggota lain yang tidak menghadiri mesyuarat itu.
Walaupun PAC tidak mampu deklasifikasi laporan peguam negara mengenai 1MDB, beliau menegaskan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) telah memfailkan pelucuthakan yang menunjukkan keterdesakan menyelesaikan kes itu.
"Walaupun begitu, majoriti dalam PAC tidak mahu siasat semula. Saya rasa dalam keadaan ini, terdapat kekurangan kredibiliti untuk kami duduk dan menyiasat kes-kes lain," katanya, sambil menambah bahawa beliau tidak akan hadir mesyuarat itu esok.
"Kami akan menulis semula kepada pengerusi dan anggota lain untuk meminta mereka mengkaji semula keputusan untuk tidak menyiasat 1MDB," katanya.

'PAS sedia saman S'wak Report, Najib bila lagi?'

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar tertanya-tanya bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan saman terhadap portal pemberi maklumat, Sarawak Report.
Ini kerana katanya, PAS kini bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap portal itu kerana mendakwa pemimpin atasannya menerima wang sebanyak RM90 juta daripada perdana menteri.
Bagaimanapun, Mahfuz tidak menangkis tuduhan bahawa pimpinan partinya menerima wang berkenaan, sebaliknya mensasarkan Najib dengan menyifatkan ia sebagai tuduhan berat.
"Tuduhan berat ini menggambarkan permainan dan percaturan politik jijik Najib bagi terus mencengkam kuasa dengan pemberian wang yang berunsur rasuah untuk membeli lawan politiknya.
"Tuduhan ini akan menjejaskan nama baik negara dan akan menghilangkan kepercayaan masyarakat antarabangsa kepada Malaysia serta menjunamkan indeks rasuah Malaysia," kata Mahfuz dalam kenyataan media.
Katanya lagi, Najib tidak boleh membiarkan tuduhan itu berlalu tanpa membersihkan namanya dan negara dengan mengheret Sarawak Report ke muka pengadilan.
"Rakyat menanti tindakan Najib menyaman Sarawak Report sebagai tanda usaha membersihkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Parti Mahathir serupa PAS, kata penganalisis

Parti Pribumi Bersatu Malaysia dipertikaikan kerana ahli bukan Bumiputera tidak boleh mengundi atau bertanding jawatan parti.
wong-chin-huat-bersatu
PETALING JAYA: Kedudukan ahli bukan Bumiputera dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerupai kedudukan penyokong bukan Islam dalam PAS, kata penganalisis politik.
Wong Chin Huat berpandangan langkah itu menunjukkan Bersatu “tidak ditubuhkan untuk mewakili golongan minoriti”.
“Parti itu meletakkan nilai pada bank undi Bumiputera yang sekarang dalam genggaman Umno,” kata Chin Huat kepada FMT.
Bersatu didaftarkan di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) di Putrajaya hari ini oleh presiden sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Muhyiddin, parti baharu itu terbuka untuk semua kaum, kecuali bukan Bumiputera tidak boleh mengundi atau bertanding untuk jawatan dalam parti.
Chin Huat menegaskan langkah itu tidak akan menjejaskan Pakatan Harapan (HP) kerana Bersatu akan mahu “rampas kerusi majoriti Melayu Umno yang sehingga kini PH gagal lakukan”.
“Malah PAS juga tidak mampu lawan Umno. Jika parti baharu itu boleh meraih sokongan Melayu secukupnya, kemungkinan mereka akan tarik minat sekumpulan kecil minoriti bukan Melayu yang barangkali menjadi penentu sekiranya kedudukan pengundi Melayu seri,” kata Chin Huat.
Beliau menambah cabaran utama Bersatu adalah pendirian tentang Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang mungkin berbeza dengan pendirian PH.
“Mereka perlu menghentam (Perdana Menteri) Najib (Razak) kerana gagal mendayakan Bumiputera, tanpa perlu mengambil pendirian ultra-Bumiputera yang akan menjejaskan PH di kebanyakan kerusi mereka sekarang ini,” jelas Chin Huat.
Selepas mendaftar parti baharu di Putrajaya, Muhyiddin ketika ditanya pemberita tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan PH.

Bersatu: Zahid tidak akan campur tangan operasi RoS

Tempoh paling cepat permohonan diluluskan adalah dalam masa 30 hari, kata menteri
zahid-ros
PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan bertindak secara profesional dan mengikut peraturan sedia ada dalam meneliti permohonan pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai parti baharu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata beliau tidak akan campur tangan dalam operasi penilaian pendaftaran permohonan parti baharu berkenaan.
“Saya yakin pegawai ROS akan laksanakan tugas tanpa prejudis. Permohonan itu akan dikemuka kepada sebuah jawatankuasa yang akan lakukan ulasan untuk kelulusan Menteri Dalam Negeri,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Biodiversiti Negara ke-3 di sini hari ini.
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyerahkan permohonan bagi mendaftar parti baharu itu di pejabat ROS di sini.
Ahmad Zahid berkata permohonan berkenaan akan diteliti mengikut butiran yang dikemukakan dan lazimnya tempoh paling cepat diluluskan adalah dalam masa sebulan atau 30 hari.
“Oleh itu jangan ada mana-mana individu yang mengenakan tekanan kepada ROS untuk menyegerakan kelulusan permohonan tersebut,” katanya.
Ditanya mengenai masa depan parti baharu berkenaan dan kesannya terhadap UMNO, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata lazimnya dan berdasarkan sejarah, hayat parti serpihan tidak panjang.
Katanya UMNO telah mengalami empat saingan daripada parti serpihan UMNO iaitu Parti Kemerdekaan daripada pengasas UMNO sendiri pada 1951, Parti Kemerdekaan 1956, Parti Semangat 46 dan Parti Keadilan Rakyat.

BERSATU mahu idea bukan bumiputera, kata presiden

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan permohonan untuk mendaftarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini.
Presiden pro-tem itu juga mendedahkan bahawa parti baru berkenaan terbuka kepada semua kaum, tetapi mereka hanya dibenarkan menjadi ahli bersekutu yang tidak boleh bertanding mana-mana jawatan atau mengundi pada pemilihan parti.
Bagaimanapun, Muhyiddin menggesa semua rakyat negara ini tanpa mengira kaum untuk menyertai BERSATU.
Berikut adalah jawapan beliau pada sidang akhbar itu:
Adakah terdapat keahlian berlainan untuk bumiputera dan bukan bumiputera?
Kami mahu menjadi inklusif. Walaupun (keahlian) mereka (bukan Bumiputera) tidak sama tetapi kita akan memberi mereka pengiktirafan.
Kami mahu mereka mainkan peranan dalam memberi idea, saya fikir mereka mempunyainya (idea). Jadi, kita akan mempunyai ahli biasa dan kita juga akan ada ahli-ahli bersekutu.
Berapa jumlah ahli BERSATU sekarang?
Tak boleh daftar lagi, kalau nak daftar besok kamu mohon.
Saya tahu di sini ada semangat dan jiwa yang sama, tunggu sahaja la. Kita harap bila sudah didaftarkan, seramai mungkin rakyat Malaysia tanpa mengira kaum yang mpunyai semangat juang yang satu, maka eloklah jadi ahli BERSATU.
Ada kata pembentukan parti serpihan (Umno) akan pecahkan rakyat, khususnya orang Melayu?
Itu kenyataan yang biasa kerap dibuat kerana mungkin pihak-pihak tertentu mungkin berasa agak gusar.
Tapi yang penting dalam situasi negara yang mengamalkan demokrasi, rakyat mempunyai kebijaksanaan utk memberikan sokongan atau tidak memberi sokongan kepada mana-mana parti politik yang ada.
Tidak semestinya dia (BERSATU) menyebabkan perpecahan atau perbalahan kerana tujuan untuk adalah membina sebuah negara Malaysia yang adil, maju dan makmur.
Adakah mana-mana parti politik menyatakan minat untuk bekerjasama?
(Ya), secara tidak rasmi. Saya fikir tak sesuai untuk saya katakan (di sini).
Sebelum penubuhan parti juga kita (sudah) dapatkan pandangan daripada pelbagai pihak, bukan pendapat kami beberapa orang sahaja.
Ia berdasarkan pandangan, termasuk pandangan beberapa parti politik yang saya rasa positif
dan menggalakkan.
Harap selepas parti didaftar secara sah, maka bolehlah adakan perbincangan lanjut untuk mewujudkan suatu kerjasama politik yang mapan.
Bagaimana sokongan daripada (ahli) Umno?
Saya tak harapkan sokongan dalam Umno sebab mereka ahli Umno. Saya faham kerana kami pun tahu sebagai bekas ahli Umno, ramai di kalangan ahli-ahli parti yang saya kenali itu menunjukkan perasaan yang tidak menggalakkan kepada saf kepimpinan yang ada.
Tetapi mereka tidak bersedia untuk nyatakan secara terbuka. Bagi saya skrg ini kita sudah mengadakan satu ruang baru, sebagai contoh, ini bukan sahaja untuk ahli Umno tetapi (kepada) siapa-siapa sahaja yang mpunyai matlamat yang sama.
Bagaimana pula hubungan kerjasama dengan Pakatan Harapan.
Kita harap begitu. Bagi saya, kita tidak mampu untuk berjuang bersendirian.
Sebagai parti politik baru, saya fikir kita perlu menjalin hubungan kerjasama yang rapat dengan parti-parti yang lain.

Skandal 1MDB: Justo dapat pengampunan diraja, hukuman dikurangkan 1/3

Justo mengaku bersalah cuba memeras ugut PetroSaudi International yang mempunyai kaitan dengan 1MDB dan dia kini hanya perlu menjalani baki hukuman penjara setahun lagi. secara parol atau mungkin dipindahkan ke penjara lain.
Andre-Xavier-Justo
BANGKOK: Warga Switzerland, Andre Xavier Justo yang dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana cuba memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International yang dikaitkan dengan 1MDB, mendapat pengampunan diraja.
Menurut peguam, Worrasit Piriyawiboon, anak guamnya mendapat pengampunan sempena ulang tahun ke-70 Raja Bhumibol Adulyadej menduduki takhta dan ulang tahun kelahiran Permaisuri Sirikit.
“Pengumuman mengenai pengampunan diraja disiarkan dalam laman web Warta Diraja malam tadi. Saya menghubungi pegawai pemulihan dan beliau mengesahkan nama Justo berada dalam senarai,” katanya kepada Bernama hari ini.
Pengampunan itu bermakna Justo yang disifatkan sebagai “seorang banduan sangat baik” oleh pihak berkuasa penjara Thailand akan menjalani hukuman penjara singkat, kerana hukuman penjara ke atasnya dikurangkan sebanyak satu pertiga.
Worrasit berkata, Justo sudah menjalani hukuman penjara setahun daripada tempoh tiga tahun, selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan tahun lepas.

'Fitnah jahat S'wak Report' racun dunia berita - Dewan Ulamak

Dewan Ulamak PAS Pusat melihat dengan penuh bimbang dunia pemberitaan hari ini yang dipenuhi cerita rekaan dan palsu dengan tujuan mencipta kebencian dan permusuhan terhadap individu atau organisasi.
Lambat laun ia akan menghancurkan asas-asas bermasyarakat dan keharmonian bernegara serta melahirkan sebuah masyarakat yang rosak akhlak dan jahat perangai.
Ia ternyata jelas menerusi tindakan sebuah portal Sarawak Report yang sebelum ini terkenal dengan pelbagai berita dan cerita pendedahan sensasi politik telah bertindak mereka-reka cerita fitnah dan palsu tentang pimpinan PAS dengan niat jahat mencipta persepsi buruk dan mewujudkan permusuhan antara rakyat dan PAS.
Sangat jelas ada perancangan oleh pihak tertentu berkepentingan politik untuk merosakkan reputasi dan imej baik PAS selama ini.
Namun, ia bukan perkara yang pelik kerana pernah berlaku fitnah jahat disasarkan terhadap Nabi Muhammad SAW apabila seorang lelaki munafik telah menyebarkan cerita rekaan dan fitnah terhadap Aisyah ra, isteri Nabi SAW dengan tujuan mencipta persepsi jahat terhadap keluarga baginda lalu disambut oleh beberapa orang Islam lain.
Ia berlegar beberapa bulan lamanya sehingga Allah menurunkan ayat dalam surah an-Nur bagi membersihkan nama Aisyah dan menegaskan hukuman jenayah dirotan sebanyak 80 sebatan terhadap mereka yang membuat tuduhan zina tanpa bukti.
Prinsip keadilan Islam yang telah diterima oleh dunia perundangan dan kehakiman ialah "setiap orang bebas daripada sebarang tuduhan dan tohmahan melainkan dibuktikan sebaliknya", sesuai dengan kaedah Fiqh.
Sebarang tuduhan tidak patut disebarkan atau dipromosi sehingga membentuk persepsi jahat dan sehingga mereka yang tidak bersalah dihukum bersalah oleh media disebabkan pemberitaan tuduhan.
Kebenaran bukan persepsi
Islam telah menggariskan kaedah pemberitaan dan penceritaan yang jelas untuk menjadi panduan masyarakat. Antaranya sesuatu berita hendaklah bersumberkan seorang yang adil dan tidak melakukan dosa-dosa besar.

Dakwaan RM90j semata-mata berdasarkan 'curiga'

Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown memberitahu laporan portal itu yang menyebutkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menawarkan RM90 juta kepada Pas dibuat berdasarkan kecurigaan yang meluas.
Namun Clare menegaskan, pihaknya melaporkan berita itu ekoran ia telah disebarkan secara meluas sebelum ini.
“Pas tidak patut salah tafsir. Saya boleh memberi keterangan bahawa tanggapan itu memang meluas, beberapa rakyat Malaysia yang ada talian rapat dengan orang ternama telah memberitahu perkara ini kepada saya.
"Mengapa Pas bayangkan sebaliknya? Ia adalah apabila Pas tiba-tiba mesra kepada sebuah parti seperti Umno yang diketuai presiden 'King Of Cash'. Jadi sesiapa yang tiba-tiba rapat mesti timbul syak wasangka,” katanya memetik laporan sebuah portal.
Semalam, Pas menegaskan pihaknya bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web tersebut berhubung laporan yang mendakwa pimpinan tertinggi parti itu menerima RM90 juta daripada Najib selain menyifatkan laporan berkenaan  merupakan berita palsu dan berniat jahat terhadap parti Islam itu.
Terdahulu, Sarawak Report menerbitkan artikel yang mendakwa Najib merayu Pas agar menjauhi gabungan pembangkang dengan menyatakan Najib mengalirkan sebanyak RM90 juta kepada pemimpin tertinggi parti itu dalam beberapa bulan kebelakangan ini bagi tujuan tersebut.

RM 90 Juta: PAS Boleh Saman Tapi Sumpah Lagi Berkesan

A Kadir Jasin
 
WABAK skandal 1MDB terus merebak. Terbaru ditakuti terkena jangkitannya ialah Parti Islam se-Malaysia (PAS).


Sarawak Report mendakwa parti ulama itu telah menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak.

Semestinyalah dakwaan itu dinafikan dan dibantah keras oleh PAS.

Timbalan Presidennya, (Datuk) Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan undang-undang akan diambil ke atas pengendali portal berita itu kerana berniat jahat serta mencemar nama baik parti dan dasar Islam yang menjadi teras kepada perjuangan PAS.

“Tidak pasti apa matlamat fitnah laporan Sarawak Report ini selain hendak mengaitkan PAS dengan Umno,” kata Tuan Ibrahim kepada media massa.

Dalam ulasan saya di portal berita Free Malaysia Today mengenai ancaman Tuan Ibrahim itu, saya menulis:

“1. RM90 juta terlalu banyak. Tak berapa masuk akal. Kalau RM9 juta lebih logik.

2. Najib amalkan dasar "duit itu raja". PAS pula perlukan dana untuk lawan Amanah dan hadapi pilihan raya. Jadi "sedekah" daripada Najib atau Umno adalah logik.

3. PAS boleh saman Sarawak Report. Kalau PAS saman, PAS jadi lebih berani daripada Najib, Umno dan kerajaan. Najib ancam saja tapi tak saman.

4. Tapi sebagai parti ulama, orang lebih percaya kalau PAS sumpah dengan al-Quran yang laporan SR itu “fitnah.”

Saya rasa PAS tidaklah terlalu naif untuk menyedari bahawa pendiriannya terhadap skandal 1MDB dan penglibatan Mohd Najib dalam skandal itu memberi signal yang mengelirukan.

Pembangkang tidak boleh tanding tiga penjuru - Naib Presiden PKR

Rakyat Akan Tentukan Hayat Parti Baharu - KJ

Muhyiddin harap Zahid lulus parti baru, keahlian untuk Bumiputera

JMM bikin kecoh mahu Muhyiddin bersihkan nama

'Bukan sahaja ahli UMNO tetapi sesiapa saja' - BERSATU

Bongkar siapa MO1 atau jadi 'kabinet kleptokrat'

Kabinet mesti membongkar dakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) bahawa seorang 'pegawai tinggi Malaysia' terlibat dalam pengubahan wang haram yang banyak, atau tercatat dalam sejarah sebagai "kabinet kleptokrat", kata Lim Kit Siang.
Pemimpin Parlimen DAP berkata kabinet juga perlu menyatakan jika individu yang hanya dikenali sebagai 'Malaysian Official 1' (MO1) dalam tindakan undang-undang yang difailkannya bulan lalu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
DOJ berkata 'Malaysian Official 1' tidak perlu dinamakan dalam tindakan undang-undang yang difailkan bagi merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion yang didakwa dibeli menggunakan dana 1MDB.
Ini kerana ia tidak diperlukan untuk memenuhi tujuan merampas aset berkenaan, kata DOJ.
'Malaysian Official 1' yang dinyatakan di dalam dokumen-dokumen mahkamah DOJ sebagai seorang pegawai kerajaan Malaysia berpangkat tinggi yang mempunyai kaitan dengan anak tiri Najib Riza Aziz, dan menerima AS$ 731 juta yang berasal dari dana 1MDB.
"Melainkan kabinet akan menafikan bahawa 'Malaysian Official 1' tidak merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib, dan mengekalkan reputasi Malaysia dan nama baik daripada dikotori tindakan DOJ, kabinet mesti membongkar aduan DOJ mengenai 'perlakuan jenayah" Malaysian Official 1 serta penyelewengan dan wang haram berbilion dolar yang dicuri dari 1MDB yang patut diguna untuk pembangunan," katanya.
Katanya, kabinet tidak boleh mencipta sejarah di Malaysia sebagai 'kabinet kleptokrat' tanpa mengambil tindakan serius untuk membersihkan nama negara.

SIAPA CEPAT DIA DAPAT, TAK DAPAT RUGI MENYESAL SEUMUR HIDUP !!!


TERKINI.. #Ali Tinju Presiden NGO GEMPUR NO 1 NEGARA offer RM10 sejam utk rakyat Malaysia mempertahankan Kerajaan Memerintah & Negara pada #GERAKANMERAH tidak lama lagi...

Jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana anda bakal melihat beruk2 merah tonggeng seramai-ramainya tercatat dalam sejarah bani Melayu..

BERSIH 5: Masa zahirkan kebimbangan rakyat


“Isu sekarang kembali ke tangan pemerintah. Kalau mereka tidak mahu laksanakan (perubahan), rakyat tidak ada pilihan lain selain meneruskan tekanan.

tian-chua-pc-pkr-01Rakyat digesa turun pada Himpunan BERSIH 5 bagi menyatakan bantahan terhadap pemerintah supaya bertindak membersihkan imej negara yang kian tercalar akibat dakwaan beberapa skandal kewangan.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata rakyat pastinya perlu bangkit menekan pemerintah supaya melakukan perubahan dalam memastikan kualiti hidup mereka dipelihara.

“Saya ingat pelbagai cadangan sudah dibuat dalam beberapa isu kebebebasan jawatan yang penting itu.
“Kita tidak ada pilihan. Rakyat sama ada memilih untuk menerima hakikat ini dengan hidup dalam keadaan malu dan membenarkan rasuah berterusan atau bertindak,” katanya ketika diminta mengulas hasrat BERSIH 2.0 yang mahu menganjurkan satu lagi himpunan dalam masa terdekat.
Tian Chua berkata, rakyat pastinya bimbangan ekonomi akan terus merosot dan hilang daya saing selain imej negara terus tercemar sekiranya lambat melakukan perubahan.
Minggu lalu, Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah mengesahkan BERSIH 5 akan dilangsungkan, namun pihaknya masih belum menetapkan tarikh dan lokasi penganjuran.

Amaran Khairy: Jangan pandang ‘sebelah mata’ parti baharu Muhyiddin

Ketua Pemuda Umno berkata jentera dan pemimpin BN harus mengambil serius kewujudan parti itu kerana ia diasaskan bekas pemimpin tertinggi di dalam Umno.
khairyKUALA LUMPUR: Parti baharu diasaskan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak seharusnya dipandang enteng.
Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata ini kerana individu yang menubuhkan parti baharu itu semuanya berpengalaman luas dalam politik dan pemerintahan negara.
“Parti baharu itu diasaskan bekas pemimpin tertinggi di dalam Umno. Ditubuhkan bekas timbalan perdana menteri dan dinaungi bekas perdana menteri. Apatah lagi menyasarkan ahli dan penyokong Umno sebagai ahli,” katanya pada sidang media di Menara Dato Onn, di sini hari ini.
Menteri belia dan sukan itu berkata parti masih yakin dapat memastikan ahli dan penyokong terus menyokong Umno dan BN tetapi penekanan serius perlu diberikan terhadap perkara itu kerana sentimen terhadap Dr Mahathir masih ada.
Katanya, pada masa ini rakyat masih keliru dan memberikan sokongan kepada kedua-dua bekas pemimpin tertinggi negara itu.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia mahu selamatkan negara - Muhyiddin


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dicadangkan dilantik sebagai pengerusi bagi parti baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Perkara itu dijelaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengetuai jawatankuasa penaja penubuhan parti berkenaan.
Menurut beliau, matlamat perjuangan Bersatu ialah memperkukuhkan institusi demokrasi dan memperkasakan agenda untuk memerangi rasuah serta salahguna kuasa bagi mewujudkan amalan tadbir urus yang baik.
Katanya, parti baharu itu juga bermatlamat memperjuangkan keadilan sosial, mengagihkan kekayaan negara secara adil dan saksama, membela kebajikan rakyat serta membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan agama.
“Kita juga akan memperjuangkan hak untuk mendapatkan pendidikan berkualiti bagi semua rakyat, selain memupuk perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta agama.
“Kita akan berusaha untuk mewujudkan penyatuan seluruh rakyat Malaysia bagi satu tujuan, antaranya ialah menyelamatkan negara Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan dokumen permohonan pendaftaran parti baharu di Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia di Putrajaya.
Menurut Muhyiddin, Bersatu akan menjalinkan hubungan kerjasama dengan mana-mana parti politik dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai prinsip serta matlamat perjuangan yang sama.
Jelas beliau, Bersatu adalah parti untuk seluruh rakyat Malaysia, bukan di peringat negeri sahaja.
Mengenai dakwaan parti baharu ini boleh memecah belahkan perpaduan orang Melayu, Muhyiddin berkata, itu dakwaan daripada mereka yang takut dan gusar dengan penubuhan Bersatu.
“Malaysia mengamalkan demokrasi, rakyat mempunyai pilihan untuk memberi sokongan atau tidak kepada mana-mana parti politik yang ada.
“Tidak semestinya (penubuhan parti baharu) menyebabkan perpecahan atau pun perbalahan. Kita tubuh pun untuk membentuk sebuah negara yang adil, maju dan saksama,” ujarnya.
Ditanya adakah beliau mendapatkan pandangan daripada parti pembangkang dalam Pakatan Harapan untuk menubuhkan Bersatu, Muhyiddin berkata, secara tidak rasmi, beliau dan rakan-rakan ada meminta pandangan dari pelbagai pihak.

Bersatu mahu pendaftar pertubuhan segerakan kelulusan

Muhyiddin  hari ini menghantar pendaftaran parti baharunya di pejabat pendaftara pertubuhan di Putrajaya.-Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.Muhyiddin hari ini menghantar pendaftaran parti baharunya di pejabat pendaftara pertubuhan di Putrajaya.-Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terbuka kepada  melayu dan bumiputera,  kini secara rasmi dihantar untuk pendaftaran ke Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) oleh bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabat pertubuhan itu petang ini.
Muhyiddin selaku Pengerusi jawatankuasa protem berkata, beliau mengharapkan usaha untuk mendaftarkan parti baharu itu akan mendapat pertimbangan dan kelulusan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Saya nak ucapkan terima kasih kepada RoS yang telah memberi kerjasama kepada saya dan AJK penaja Bersatu yang hadir hari ini.
"Selaras dengan jaminan yang diberikan oleh Zahid bahawa permohonan kami akan diberikan pertimbangan dan diluluskan.
"Saya berharap parti Bersatu ini dapat kelulusan segera daripada pendaftar pertubuhan," ujarnya dalam sidang media diadakan.
Muhyiddin berkata, parti baharu ini bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dan seluruh rakyat termasuk parti politik yang mempunyai hala tuju yang sama dengan penubuhan parti Bersatu itu.
"Kita sanggup bekerjasama dengan parti politik dan badan bukan kerajaan yang mempunyai prinsip dan matlamat perjuangan sama.
"Bersatu terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berstatus Melayu dan Bumiputera, orang Asli dan anak negeri Sabah, Sarawak
seperti yang ditakrifkan dalam perlembagaan negeri dan negara," ujarnya.
Ditanya sokongan ahli parti Bersatu, Muhyiddin menegaskan parti baharu ini tidak semata-mata mengharapkan sokongan ahli Umno sahaja.
"Saya tidak mengharapkan sokongan dalam Umno (ahli Umno). Saya faham di kalangan ahli mahupun bekas ahli Umno ramai menunjukkan minat mereka. Tetapi tidak bersedia katakan secara terbuka. Kita bagi ruang baru bukan sahaja kepada ahli Umno malah kepada sesiapa sahaja," jelasnya.
Muhyiddin ketika diajukan pertanyaan tidak menafikan perlu mengadakan perbincangan dengan parti-parti pembangkang yang sebelum ini mengharapkan tertubuhnya parti baharu.
"Secara tidak rasmi sebelum penubuhan parti kita dapatkan pandangan pelbagai pihak. Ia berdasarkan kepada perbincangan beberapa parti lain yang agak positif.

Muhyiddin daftar Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Parti itu terbuka kepada ahli bukan Bumiputera, kata Muhyiddin
muhyiddin
PUTRAJAYA: Parti Tun Dr Mahathir Mohamad, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, didaftar secara rasmi di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) oleh presiden sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin, yang dipecat keahlian Umno baru-baru ini berkata, parti baharu itu terbuka kepada rakyat Malaysia semua bangsa.
“Disamping semua warganegara Bumiputera – termasuk rakyat Sabah dan Sarawak – parti ini terbuka kepada semua, tetapi sebagai ahli bersekutu.
“Kami mahu jadi inklusif. Kami akan beri pengiktirafan baru kepada mereka.
“Kami mahu mereka main peranan beri idea dan sebagainya,” kata Muhyiddin kepada pemberita selepas mendaftar.
Beliau menjelaskan ahli bukan Bumiputera, yang mendaftar sebagai ahli bersekutu, punyai hak yang sama seperti ahli biasa cuma tidak boleh mengundi dan tidak boleh bertanding mana-mana jawatan dalam parti.
“Bagaimanapun, mereka layak dilantik ke mana-mana jawatan dalam parti.”
Muhyiddin menjelaskan agenda utama parti termasuk reformasi institusi dan menegak keadilan bagi melindungi hak semua warganegara.
“Matlamat kami adalah kerajaan berintegriti yang bersih dan telus.
“Tujuannya mewujudkan Malaysia yang adil.”
Muhyiddin tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).
“Bagi saya, kita tidak bersendirian. Kita perlu bekerjasama dengan parti-parti lain.”
Parti itu, yang diasaskan oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir, akan dipimpin Muhyiddin manakala Mahathir pula akan dilantik pengerusi.
Kamarulzaman Habibbur Rahman, pengerusi kumpulan pemberontak ketua-ketua akar umbi Umno (Gabungan Ketua Cawangan Malaysia, atau GKCM), akan dilantik setiausaha parti baharu itu.
Parti Bumiputera itu dikritik kerana mengikut acuan parti berasaskan kaum, termasuk Setiausaha Biro Keharmonian Agama MCA Chris Daniel Wong mengecam parti itu kerana mengembalikan perkauman dalam bentuk baru.
Salah seorang ahli jawatankuasa pengasas parti, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyangkal dakwaan itu dan menghentam MCA sebagai hipokrit.
Syed Saddiq berkata struktur kuasa dalam parti baharu itu berbanding parti lain sangat berbeza, termasuk Umno.

Mahathir dimasukkan ke IJN akibat jangkitan dada

Dijangka diletakkan bawah pemerhatian untuk beberapa hari, hanya ahli keluarga terdekat dibenarkan melawat bekas PM berusia 91 tahun itu
mahathir
KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.
Ia ekoran bekas perdana menteri berusia 91 tahun itu mengalami masalah jangkitan dan dijangka diletakkan bawah pemerhatian untuk beberapa hari.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan IJN, Mahathir dimasukkan ke wad atas nasihat pasukan perubatan dan hanya keluarga terdekat sahaja dibenarkan melawat.
Sebelum ini Mahathir pernah menjalani pembedahan pintasan jantung kali pertama pada 24 Januari 1989 dan kali kedua pada tahun 2007.

NOW bidas PAC enggan buka semula siasatan 1MDB

Buka semula siasatan 1MDB untuk elak percanggahan dengan laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.
Akmal-Nasir_1mdb_600
PETALING JAYA: Keengganan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membuka semula kertas siasatan 1MDB walaupun menerima bantahan daripada Tony Pua, dilihat sebagai tindakan menyokong kerajaan.
Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir, berkata sebagai sebuah badan yang neutral, PAC seharusnya mendengar permintaan Pua, yang turut menganggotai PAC.
“PAC sepatutnya menjadi ketua antara kedua-dua pihak. Tetapi apabila keputusan itu dibuat, ia seolah-olah menunjukkan PAC menjadi alat untuk menyokong tindakan kerajaan.
“Saya agak terkilan apabila pandangan Pua langsung tidak didengar, kerana itu bukan tuduhan, sebaliknya beliau hanya meminta untuk membuka semula siasatan terhadap 1MDB,” kata Akmal kepada FMT.
Semalam, Pua meninggalkan mesyuarat PAC selepas permintaannya ditolak pengerusinya, Datuk Hasan Arifin.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP itu mahu mendapatkan penjelasan berhubung laporan terbaharu Wall Street Journal yang menyatakan Good Star Limited adalah milik ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho.
Pua juga mahu membuka semula laporan siasatan 1MDB berdasarkan laporan DoJ yang mendakwa “Malaysian Official 1” (MO1) memasukkan AS$681 juta ke dalam akaun peribadi MO1.
Pua turut menggesa PAC menyiasat dakwaan SRC International mengambil RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Amanah: Kami sedia bantu PAS saman Sarawak Report

Ini disebabkan tuduhan PAS menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri oleh Sarawak Report amat berat
Dr Mujahid Yusof Rawa
PETALING JAYA : Amanah bersedia menawarkan pertolongan kepada PAS sekiranya parti Islam itu memerlukan bantuan guaman untuk menyaman laman web Sarawak Report atas dakwaan parti itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Naib Pengerusinya, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, ini kerana tuduhan Sarawak Report terhadap PAS amat berat dan wajar diambil tindakan.
“Oleh itu, saya minta PAS segera membersihkan namanya daripada fitnah besar ini dengan menyaman Sarawak Report.
“Saya juga yakin PAS mempunyai pasukan peguam yang kuat untuk menyaman Sarawak Report. Kalau mereka tidak ada, kami juga sedia membantu,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Semalam, PAS bertegas mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web Sarawak Report atas dakwaan parti itu menerima RM90 juta daripada Najib.
Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, berita itu palsu dan berniat jahat, selain mempunyai agenda untuk mengaitkan parti itu dengan Umno.
Dalam pada itu, Naib Presiden PKR Dr Shaharuddin Badaruddin berpendapat adalah menajdi tanggungjawab PAS untuk membersihkan nama parti itu dan membawa perkara tersebut ke muka pengadilan.
Beliau juga berharap tindakan undang-undang seperti ini dapat menjadi pengajaran kepada pihak lain tidak sewenang-wenangnya membuat tuduhan tidak berasas.
“Maknanya sebarang tuntutan harus berasas. Jangan sekadar sebut RM90 juta tetapi tidak menunjukkan transaksinya, siapa yang dapat dan sebagainya. Mana-mana pihak berhak menyaman atas tuduhan seperti itu,” katanya.
Malah beliau juga mengakui mustahil sesebuah parti menerima wang sebanyak RM90 juta kecuali parti itu adalah Umno.

'Belajar tinggi-tinggi, bila jadi menteri urus ekonomi pun teruk' - Abdul Aziz

Muhyiddin registers new party at Putrajaya

JMM ganggu sidang media Muhyiddin

Bukan bumiputra boleh jadi ahli bersekutu BERSATU, kata Muhyidin


Muhyidin menunjukkan salinan perlembagaan BERSATU yang diserahkan kepada RoS hari ini.Muhyidin menunjukkan salinan perlembagaan BERSATU yang diserahkan kepada RoS hari ini.
Bangsa lain yang bukan bumiputera boleh menjadi ahli bersekutu dalam parti baru yang didaftar oleh Tan Sri Muhyidin Yassin hari ini, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
“Mereka punya hak sama kecuali untuk bertanding mana-mana jawatankuasa. Namun boleh dilantik untuk menganggotai mana-mana jawatan,” katanya.
Bekas timbalan perdana menteri berkata demikian kepada pemberita selepas mengemukakan permohonan untuk mendaftarkan parti itu kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Putrajaya.
Selain Muhyiddin yang bakal menjadi presiden parti, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi pengerusinya.
Keahlian parti ini terbuka kepada semua yang berstatus pribumi, Melayu dan bumiputera termasuk orang asli di Sabah dan Sarawak.
Dalam pada itu, sehingga kini sudah dua tokoh yang dikaitkan dengan gerakan Deklarasi Rakyat pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad menolak untuk menyertai parti ini.
Datuk Zaid Ibrahim berkata, orang Melayu adalah liberal progressif, berhemah pintar, tinggi moral dan yakin.
Oleh itu, katanya, tidak ada keperluan untuk mencontohi Umno dalam mengingatkan mereka mengenai keperluan untuk membela hak atau bersatu.

Pemuda Amanah gerakan mobilisasi himpunan #TangkapMO1 di Kuala Lumpur


Mohd Sany HamzanMohd Sany HamzanPemuda Amanah mengajak semua rakyat Malaysia, berhimpun pada 27 Ogos ini di Kuala Lumpur untuk komited memastikan semua tertuduh yang terlibat dalam skandal mega 1MDB meletakkan jawatan, ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah segera.
Ketua Pemudanya Mohd Sany Hamzan berkata, usaha gerakan mahasiswa dan anak muda menganjurkan himpunan aman dengan mesej jelas - #TangkapMalaysianOfficial1 atau ringkasnya #TangkapMO1  yang  perlu didokong seluruh pihak khususunya dikalangan mereka, memusuhi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
"Keberanian anak-anak muda ini wajar penjadi pedoman buat semua pemain-pemain politik, aktivis-aktivis sosial dan NGO untuk turun memenuhi Kuala Lumpur pada 27 Ogos 2016.
"Atas maksud memberi sokongan kepada himpunan tersebut, Pemuda Amanah komited untuk menggerakkan seluruh anggotanya di segenap pelusuk tanah air untuk turun dan bersama-sama mahasiswa dan anak-anak muda merealisasikan tuntutan himpunan tersebut," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru katanya,Pemuda Amanah menyedari walaupun laluan berliku bakal dihadapi namun dilihat mampu memberi ruang untuk proses reformasi seterusnya, membubarkan Parlimen dan memilih Perdana Menteri baharu melalui ruang pilihanraya umum.
Ini sejajar dengan usaha dilakukan Pemuda Amanah  semalam apabila menghantar memorandum untuk mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong sebagai Ketua Negara menitahkan Perdana Menteri yang sedang berkhidmat sekarang untuk melepaskan jawatan.

Tangkap Pokemon atau MO1: Mana lebih penting kepada negara?


Kempen #TangkapMO1 yang dianggotai sebahagian mahasiswa dalam  demontrasi yang akan diadakan pada 27 Ogos ini di Kuala Lumpur.Kempen #TangkapMO1 yang dianggotai sebahagian mahasiswa dalam demontrasi yang akan diadakan pada 27 Ogos ini di Kuala Lumpur.
Kempen Tangkap Malaysian Official 1 atau #TangkapMO1 menjadi fokus gerakan mahasiswa ketika 'demam' menangkap karektor maya, Pokemon sedang melanda anak muda sebaik dilancarkan, 6 Ogos lalu.
Luqman Nul Haqim Zul RazaliLuqman Nul Haqim Zul RazaliBagi aktivis mahasiswa, Luqman Nul Haqim  Zul Razali, golongan muda juga perlu teruja untuk menangkap dalang kepada penyelewengan mega dana dalam firma pelaburan negara sarat skandal, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Tangkap Pokemon tidak selesai masalah negara sebaliknya Tangkap MO1 penting kerana melibatkan kepentingan negara dan generasi pada masa depan.
"Kita tidak mahu anak muda hari ini menempah bala besar pada masa akan datang akibat gagal bersikap tegas hari ini untuk menuntut tindakan ke atas individu yang dinamakan DoJ (Jabatan Kehakiman) Amerika itu," ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline hari ini.
Anis Syafiqah Md YusofAnis Syafiqah Md YusofTerdahulu, dalam sidang media di Restoran Amjal, Jalan Pantai Baharu pagi tadi, jurucakap Gabungan #TangkapMO1, Anis Syafiqah Md Yusof berkata, himpunan aman pada 27 Ogos ini akan menyaksikan perarakan rakyat dari kompleks Sogo dan Masjid Negara menuju ke Dataran Merdeka.
Menurutnya, siri jelajah menerangkan isu kritikal bahana 1MDB akan dilakukan dengan ceramah terdekat di Johor dan Kelantan pada 13 Ogos diikuti Perak pada 20 Ogos ini.
Penuntut Universiti Malaya (UM) itu juga memberitahu pasukan perubatan, Amal Relief Malaysia (ARiF) dan Squad Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan bertugas sepanjang demonstrasi aman mulai pukul 2 petang itu.
"Walaupun pelajar di universiti awam (UA) masih bercuti panjang, tapi kita mendapat sokongan penuh daripada rakan-rakan kita dari universiti swasta untuk turun ke jalan raya nanti," jelasnya.
Selain itu, tambahnya lagi, mahasiswa di Sabah turut akan menganjurkan demonstrasi sama di Kota Kinabalu.

Anak muda anjur Himpunan 'Tangkap MO1' 13 Ogos di Bandar Baru Uda, Johor Baharu


Shake Omar Ali berkata program ini mengambil maklum himpunan TangkapMO1 yang sedang disusun oleh anak muda dan mahasiswa pada 27 Ogos 2016Shake Omar Ali berkata program ini mengambil maklum himpunan TangkapMO1 yang sedang disusun oleh anak muda dan mahasiswa pada 27 Ogos 2016
Gerakan Tangkap "Malaysia Official 1" peringkat negeri Johor akan menggerakkan satu himpunan pada 13 Ogos 2016 (813) bertempat di no 14, Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda, Johor Bharu jam 4.00 petang.
Jurucakap kumpulan itu, Shake Omar Ali berkata program ini mengambil maklum himpunan #TangkapMO1 yang sedang disusun oleh anak muda dan mahasiswa pada 27 Ogos 2016 (827) nanti di Kuala Lumpur.
"Himpunan ini mensasarkan penglibatan bangsa Johor khasnya tanpa mengira fahaman politik, ideologi, warna kulit mahupun agama sebelum ke himpunan 827 Kuala Lumpur nanti.
"Kami yakin bahawa usaha ini merupakan langkah paling patriotik buat masa ini demi menyelamatkan Malaysia khususnya menjelang sambutan hari Kemerdekaan tanah air," katanya.
Menurutnya, himpunan itu bertujuan menuntut agar disiasat segera individu disebalik gelaran ‘Malaysian Official 1’, tangkap dan hadapkan individu tersebut ke muka pengadilan.
"Kerajaan juga perlu bebaskan institusi awam seperti PDRM dan SPRM untuk menjalankan siasatan tanpa campur tangan pihak-pihak berkepentingan," katanya.
20 Julai lalu, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) memulakan saman sivil untuk merampas kira-kira AS$1 bilion aset yang dikaitkan dengan 1MDB.
Dokumen saman itu menyebut lebih dari AS$3.5 bilion dana milik 1MDB dikatakan diseleweng oleh pegawai-pegawai tinggi dan sekutu-sekutu mereka.
"Rakyat Malaysia ditipu pada skala besar dalam satu skim penipuan yang dianggap terbesar didunia.
"Konspirator yang dinamakan oleh DOJ ialah Riza Aziz (anak tiri PM Najib Razak), Jho Low, Eric Tan, Khadem Abdulla al-Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy al-Husseiny.

Sudah tiba masa untuk PAS kembali ke pangkuan UMNO

wongkahwohIPOH, 9 OGOS: Keputusan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Perak yang memilih untuk berkecuali dalam pemilihan Tuan Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini jelas memaparkan sikap sebenar dan pendirian politik parti itu yang cenderung berpihak kepada UMNO.
Mengakui kecewa dengan keputusan berkenaan, Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY), Wong Kah Woh berkata, sikap berdegil PAS itu akan terus membantu UMNO untuk kekal sebagai kerajaan.
Katanya dengan sikap PAS itu, tidak mustahil pertembungan tiga penjuru seperti mana yang berlaku dalam pilihanraya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan berulang dalam Pilihanraya Umum Ke-14 akan datang.
“PAS pada hari ini jelas lebih cenderung dan berhasrat untuk menyambut salam yang dihulurkan oleh UMNO sejak bulan Disember tahun lalu.
“Kita tidak lagi nampak PAS memainkan peranannya sebagai suatu parti pembangkang dalam isu-isu yang melanda negara sekarang, terutamanya skandal 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kah Woh yang juga Adun Canning menyifatkan PAS sebagai sebuah parti pembangkang “yang hanya tinggal pada nama” sahaja, dan wajar ditolak.
“Pengundi-pengundi perlu jelas bahawa setiap undi kepada PAS akan menguatkan UMNO dan selanjutnya memenangkan calon UMNO,” katanya.

‘Gelombang Shafie’ mula lumpuhkan UMNO Sabah


CFH2


KOTA KINABALU, 9 OGOS: Gelombang berterusan pembubaran cawangan-cawangan UMNO di Sabah selepas Datuk Seri Shafie Apdal meletakkan jawatannya daripada parti tersebut dijangka bakal melakar sejarah perubahan buat negara.
chanFH
Kehangatan suasana politik di negeri itu kian terasa setelah semakin ramai ahli-ahli Umno dilaporkan meninggalkan parti tersebut dan menyatakan sokongan kepada Shafie yang lantang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
‘Gelombang Shafie’ itu turut memberi kesan kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sabah khususnya dari UMNO apabila Adun Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong meninggalkan parti lamanya dan kini duduk dalam blok pembangkang.
Pengarah Pilihanraya DAP Sabah Chan Foong Hin ketika dihubungi Roketkini, berkata kesudian Jaujan meninggalkan Umno dan bersama pembangkang merupakan satu titik permulaan perubahan politik Sabah.
“Walaupun buat masa ini beliau dan Datuk Seri Shafie Apdal tiada platform politik, namun mesej yang dibawa mereka kini cukup jelas, iaitu ‘Ubah Sabah’,” katanya.

Akan datang: Cukai ke atas perniagaan internet

Kerajaan sedang dalam proses menyusun struktur percukaian untuk perniagaan menerusi internet.
Johari-Abdul-Ghani_tax_600
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan mengenakan cukai ke atas platform perniagaan digital bagi mewujudkan pesaingan yang adil antara perniagaan dalam talian dan bukan talian, kata Menteri Kewangan
Kedua Datuk Johari Abdul Ghani.
Beliau berkata syarikat yang menyedia platform perniagaan digital menjana pendapatan berbilion ringgit, namun tidak membayar cukai disebabkan ketiadaan struktur percukaian untuk perniagaan jenis ini.
“Kerajaan bukan tidak mahu menggalakkan mereka, namun mahu mewujudkan peluang yang sama rata untuk semua pihak yang menjalankan perniagaan di Malaysia, dan mewujudkan peluang pekerjaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2016 di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata pengenaan cukai sedemikian boleh membantutkan pertumbuhan kebanyakan perniagaan kecil.
“Jika anda mengenakan cukai ke atas mereka, anda menyukarkan mereka untuk berkembang. Saya berpendapat anda tidak seharusnya mengganggu perniagaan kecil yang mahu melakukan perniagaan dalam talian,” katanya.
Dalam ucapan sebelum itu, Johari berkata kerajaan telah membentuk satu kumpulan untuk mengkaji perkembangan percukaian dalam ekonomi digital dan perkongsian.
“Keutamaan kami adalah untuk memastikan persaingan yang adil bagi perniagaan berasaskan produk Malaysia yang mungkin mendapat kesan buruk daripada syarikat digital asing yang menjual terus kepada pelanggan, dan membekalkan perkhidmatan digital dan produk dalam talian tetapi tidak membayar cukai,” katanya.

Kedutaan AS pilih diplomasi dalam isu 'bunuh Melayu'

Hubungan jangka panjang antara Malaysia dan Amerika Syarikat perlu menyediakan asas yang kukuh untuk menangani isu-isu membimbangkan, kata seorang jurucakap kedutaan republik itu di negara ini.
Enggan diheret dalam perang mulut dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, kedutaan Amerika menawarkan tindak balas diplomatik kepada tuduhan bahawa kuasa besar itu mahu 'membunuh' orang Melayu.
Dalam mesej teks kepada Malaysiakini, seorang jurucakap kedutaan itu berkata, rakyat Malaysia dan Amerika Syarikat mempunyai hubungan kukuh yang dibina dengan sikap saling mempercayai demi kepentingan ekonomi dan keselamatan bersama.
"Pelaburan dalam hubungan jangka panjang antara negara kita menyediakan asas yang lebih kukuh untuk kita juga menangani isu-isu yang membimbangkan," katanya.
Bagaimanapun, jurucakap itu enggan mengulas mengenai tuduhan bahawa Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) melakukan fitnah berhubung dakwaan penyalahgunaan dana 1MDB.
"Kami rujuk anda kepada DOJ untuk sebarang pertanyaan mengenai kes ini," katanya apabila ditanya mengenai perkara itu.
Jurucakap itu diminta mengulas ucapan Idris yang mendakwa bahawa tindakan Amerika Syarikat adalah helah politik untuk menjatuhkan orang Melayu seperti apa dilakukan terhadap rakyat Iraq.
Dalam ucapannya, Idris mempersoalkan kredibiliti DOJ dengan merujuk pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq pada tahun 2003 serta dakwaan bahawa presiden Iraq ketika itu, Saddam Hussein memiliki senjata pemusnah besar-besaran.
"Kau tipu orang Iraq, kau bunuh orang Iraq, sekarang kau nak bunuh pula orang Melayu di Malaysia," katanya ketika merasmikan mesyuarat Umno bahagian Ampang baru-baru ini.
DOJ bulan lalu memfailkan saman sivil bagi merampas aset bernilai AS$1.5 bilion yang didakwa disalahgunakan daripada dana 1MDB.

Dakwaan terima RM90 juta dari Najib, Hadi serah kepada Pas Pusat

Hadi tiba di lapangan terbang Kuala Terengganu selepas menyertai seminar anjuran Persatuan Ulama Sedudia yang diadakan di Konya, Turki.Hadi tiba di lapangan terbang Kuala Terengganu selepas menyertai seminar anjuran Persatuan Ulama Sedudia yang diadakan di Konya, Turki.
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerahkan kepada Pas pusat untuk mengambil tindakan sewajarnya ekoran dakwaan Sarawak Report pemimpin Pas menerima RM90 juta dari Datuk Seri Najib Razak.
Abdul Hadi ketika sampai ke lapangan terbang Sultan Ismail Kuala Terengganu dari Turki petang ini berkata, beliau belum membaca lagi Sarawak Report.
"Saya tak baca lagi Sarawak report. Saya serah pada Pas pusat untuk tindakan lanjut. Saya baru sampai tak boleh beri komen lanjut," kata Hadi kepada wartawan yang menemui beliau sebaik sahaja sampai di Kuala Terengganu.
Ini adalah pertama kali Abdul Hadi memberikan komen mengenai perkara ini selepas SR membuat dakwaan itu. Beliau sebelum ini berada di Turki ketika dakwaan ini dilaporkan oleh SR.
Sebelum ini, timbalan presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan naib presiden Pas Idris Ahmad menafikan laporan dan mengugut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap SR.
Tuan Ibrahim mendakwa Sarawak Report berbohong kononnya pimpinan tertinggi PAS menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Nampaknya agenda untuk terus-menerus mengaitkan PAS dengan Umno terus berlaku," kata beliau dalam satu kenyataan kepada media hari ini.
Idris pula dalam kenyataan berkata, sebelum ini seorang Cina telah memaklumkan kepada beliau tentang pemimpin tertinggi Pas menerima wang dari pemimpin Umno ini.
Namun kata Idris, tidak ada sebarang bukti bertulis ditunjukkan tentang dakwaan ini.
Antara petikan ‘Sarawak Report’ itu adalah seperti berikut:
“Najib has worked to exploit the leaderless situation confronting the opposition ever since and BN/UMNO smugly talk of divisions faced by the party they deliberately decapitated. He has gone on to “woo” the PAS Islamic party away from the opposition coalition in the normal way he woos – RM90 million is widely reckoned to have flowed into the top echelons of PAS in recent months (BN veterans would tell them they came cheap).
“To sugar matters further for PAS, Najib has gone on a crusade to show himself ‘more holy than thou’ on every PAS religious agenda, stirring up extremism in Malaysia and undermining civil law and institutions, without turning a single hair over the destabilising, divisive and dangerous consequences to his country and his own party."

Skandal 1MDB: Hantar pulang Duta Amerika jika UMNO sokong dakwaan mengarut Idris Haron


KUALA LUMPUR, 9 OGOS: DAP membidas kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang mendakwa bahawa kononnya Amerika Syarikat berniat untuk ‘membunuh’ orang Melayu dan menjatuhkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
Lim Lip Eng mknBerucap merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Ampang Ahad lalu, Idris dilaporkan media sebagai berkata bahawa Jabatan Kehakiman (DOJ) AS adalah sebahagian daripada helah politik untuk menghapuskan orang Melayu.
Mengulas kenyataan terbabit Setiausaha DAP Kuala Lumpur, Lim Lip Eng, mempersoalkan sikap berdiam diri menteri UMNO berhubung dakwaan serius tersebut.
“Adakah ini bermakna BN dan seluruh Kabinet bersetuju bahawa Amerika sedang merancang untuk menghapuskan orang Melayu menggunakan Jabatan Kehakimannya?” soal beliau.
Lip Eng turut bertanya sama ada kerajaan Persekutuan akan memecat Idris sekiranya beliau enggan menarik balik dakwaan yang telah “membawa malapetaka politik di peringkat antarabangsa” itu.
“Atau adakah BN akan menyokong kenyataan beliau itu?” soalnya sambil menambah bahawa sekiranya demikian, kerajaan sepatutnya menghantar pulang Duta Amerika dan mengisytiharkan perang terhadap negara tersebut.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Segambut menggesa supaya Idris menarik semula kenyataannya itu dan meminta maaf kerana telah memalukan negara.
Katanya lagi, kerajaan sepatutnya berterima kasih kepada pihak berkuasa Amerika yang cuba mengembalikan semula aset yang didakwa dicuri daripada dana syarikat milik penuh kerajaan, 1MDB.

Skandal 1MDB: Jika betul Amerika mahu bunuh Melayu, kita harus isytihar perang’


Seorang ahli parlimen pembangkang membidas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang mendakwa Amerika Syarikat merancang untuk "membunuh" orang Melayu selepas melakukan perkara yang sama terhadap rakyat Iraq pada masa lalu.
Lim Lip Eng berkata jika dakwaan itu benar, maka Putrajaya perlu bertindak dan bukannya mendiamkan diri.
“Sekiranya demikian, bukankah kita sepatutnya menghantar pulang Duta Amerika dan mengisytiharkan perang terhadap negara tersebut?” soalnya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, kata ahli parlimen DAP itu, Idris mesti menarik balik kenyataannya dan meminta maaf kerana telah memalukan Malaysia di mata dunia.
Beliau juga mempersoalkan menteri kabinet yang hanya membisu berhubung dakwaan itu.
“Adakah ini bermakna BN dan seluruh kabinet bersetuju bahawa Amerika sedang merancang untuk menghapuskan orang Melayu menggunakan Jabatan Keadilan (DOJ)?” katanya.
Sebaliknya, Lim berkata Malaysia harus berterima kasih kepada Amerika yang cuba untuk mengembalikan jumlah yang amat besar wang yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.
“Sebenarnya Malaysia perlu berterima kasih kepada Amerika Syarikat kerana sedang cuba mengembalikan apa yang boleh daripada sejumlah AS$4 bilion yang didakwa telah dicuri daripada dana berdaulat negara, syarikat 1MDB.
“Siapa yang menerima dana berbilion ringgit daripada 1MDB ini dalam akaun peribadi mereka? Anak tiri siapa yang telah berjoli berjuta-juta ringgit dan membeli rumah mewah di Amerika?
“Adakah semua itu hasil kerja Amerika Syarikat?” soal pemimpin DAP itu.
Idris mempersoalkan kredibiliti DOJ berbuat demikian dengan merujuk pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq pada tahun 2003 serta dakwaan bahawa presiden Iraq ketika itu, Saddam Hussein memiliki senjata pemusnah besar-besaran.
"Kita nak beritahu Amerika, ini Asia Tenggara, ini Malaysia. Negara kita tanggungjawab kita. Apa kredibiliti Department of Justice itu?
"Serangan ke atas Iraq, (Amerika) kata apa? Ada senjata kimia besar-besaran; senjata kimia yang boleh memusnah dan sebagainya. Sampai mati Saddam Hussein, hari ini satu inci laras senjata kimia pun tak jumpa di Iraq.

Skandal 1MDB: Saya akan bela Najib, jika saman DOJ terbukti fitnah - Pua

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua hari ini berikrar akan menjadi orang pertama mempertahan dan menebus maruah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jika terbukti saman fitnah yang diambil oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Ameriak adalah fitnah.
Katanya, saman sivil yang difailkan DOJ itu membabitkan penyelewengan wang 1MDB adalah peluang bagi Najib untuk memberi keterangan dan penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Namun, menurutnya, apa yang menimbulkan tanda tanya, adalah Pengerusi PAC, Datuk Hasan Ariffin tetap berkeras enggan membuka semula siasatan terhadap 1MDB dan juga cadangan untuk menyiasat SRC International.
“Tindakan itu menghina maruah dan integriti badan perundangan tertinggi negara,” katanya yang bertindak meninggalkan mesyuarat PAC, semalam setelah gesaannya untuk membuka semula siasatan ke atas 1MDB ditolak.
“Ini bukan perkembangan yang kecil, perkembangan yang besar.
“Dan kita perlu memanggil PM sendiri untuk jawab di hadapan PAC sama ada perkara yang disebut itu benar ataupun tidak,” katanya, semalam.
Mengulas lanjut hari ini, Pua berkata sehingga saat ini, PAC belum memanggil perdana menteri untuk memberi sebarang keterangan kepada PAC berhubung skandal 1MDB.
Menurutnya, isu 1MDB adalah “skandal kewangan terbesar di dunia” sebagaimana yang diumumkan agensi media UK Guardian setelah DOJ memfaikan saman untuk merampas sebanyak AS$1 bilion daripada aset 1MDB berikutan dakwaan pengubahan wang haram.
Dalam saman sivilnya, DOJ telah memperincikan bagaimana dana berjumlah AS$731 juta telah disalahgunakan, dan masuk ke akaun peribadi individu disebut sebagai “Malaysian Official 1” yang dipercayai adalah Najib sendiri.

Juara Skandal Kewangan Terbesar Dunia...!!!


RM1.15 juta untuk produk anti-penuaan ???

'Hantu Jembalang Langsuir' mana tergamak perguna RM1.15 juta untuk produk anti-penuaan ???

Bank DBS ketatkan semakan selepas kemelut 1MDB

Bank DBS akan mengetatkan semakan dan kawalan selepas terpalit dalam kes 1MDB yang kini sedang disiasat oleh Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS).
DBS adalah antara bank yang dinamakan oleh pihak berkuasa republik itu sebagai mempunyai "kegagalan" dalam kawalan dan "kelemahan dalam proses penerimaan pelanggan dan memantau urus niaga" berkaitan dengan 1MDB.
"Banyak sudah kami ketatkan berbanding 2013, sebahagiannya kerana MAS juga mengetatkan standard dalam tempoh dua hingga tiga tahun lalu," kata Ketua Eksekutif Kumpulan DBS, Piyush Gupta.
Namun, kata Gupta, "banyak" usaha wajar dilakukan apabila bank menerima pelanggan berkenaan, tiga tahun lalu.
"Melalui pengalaman lalu, adakah akaun itu sebahagian daripada (rangkaian) kompleks? Mungkin. Mampukah kami lakukan lebih baik dalam mengesannya? Sudah tentu kami boleh," katanya yang dipetik oleh Straits Times, Singapura.
Adalah tidak jelas sama ada jika DBS, pemberi pinjaman utama Singapura, akan dikenakan denda kerana siasatan masih berjalan.
Bank-bank lain yang berdepan dengan penelitian pengawal selia berhubung 1MDB termasuk Standard Chartered, UBS, Falcon Private Bank, Switzerland dan Coutts International.
Sebelum ini, pengawal selia Singapura juga menutup bank BSI, Switzerland berhubung urusannya dengan 1MDB.

Peneroka Masih Tunggu Imbuhan RM500 Yang Dijanji PM

Video seks: Siapa ahli politik Terengganu terlibat?

'Hantu di seberang nampak, gajah di depan buat tak nampak' - LGE

Hak di tempat sendiri semakin hilang, kata Orang Asal

KENAPA PEMIMPIN2 UMNO KIAN MERAPU DALAM MEMPERTAHANKAN NAJIB?

Semakin masa berlalu, walaupun Najib Razak terus dipertahan dan disokong oleh para pemimpin UMNO, yang nyata hujah serta alasan dalam mempertahankan beliau juga kelihatan semakin merapu.

Sebut saja, daripada Salleh Said Keruak, Rahman Dahlan, Ahmad Maslan, Nazri Aziz, Idris Haron, Aziz Kaprawi, Azalina Othman Said dan ramai yang lain, setiap kali mereka membuka mulut mempertahankan Najib, ia akhirnya lebih menjadi bahan ketawa dan perlecehan daripada rakyat.

Hujah, idea dan kata-kata yang dilontarkan seolah-olah bukan terzahir daripada mulut mereka yang bergelar pemimpin, yang seharusnya mesti memperlihatkan mereka lebih cerdik berbanding rakyat biasa, bukan menjadi lebih bodoh di mata umum.

Malah Khairy Jamaluddin yang terlihat pintar dan dikhabarkan bakal pemimpin masa depan juga seperti sanggup memperbodohkan diri sendiri apabila mengatakan "tak mengapa digelar macai, asalkan untuk mempertahankan Najib."
Jika diperhatikan, sejak timbulnya isu 1MDB, derma RM2,600 juta dan saman Jabatan Kehakiman AS, kemandulan dan kemerapuan dalam memberi kenyataan di kalangan pemimpin yang menyokong Najib, jelas amat ketara.

Kenapa semua ini berlaku? Kenapa ramai pemimpin sanggup mengeluarkan idea-idea bodoh atau sedia kelihatan bodoh asalkan dapat dilihat menyokong Najib?

Kenapa semasa Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri misalnya, ketika kedua-dua pemimpin itu dikritik dan diserang, tidak kedapatan pula hujah-hujah dangkal dan merapu seperti sekarang daripada pemimpin bawahan yang mempertahankan mereka?

Begitu juga dengan ketua-ketua dalam parti pembangkang, mereka juga seringkali diserang dan dikritik, tetapi mengapa pemimpin yang mempertahankannya selalu tampil dengan hujah-hujah yang bernas, dapat diterima akal dan tidak bodoh di mata rakyat?

Apakah pemimpin-pemimpin yang melingkari Najib sekarang begitu rendah kualitinya berbanding era sebelumnya atau mereka yang berada di sebelah lagi satu?

Atau apakah ia disebabkan oleh masalah yang ditimbulkan Najib begitu berat dan sukar untuk dipertahankan dan tindakan mereka mempertahankannya hanya semata-mata untuk menunjukkan masih ada yang setia bersama dengan Perdana Menteri?

Menjelang protes #TangkapMO1, penganjur ajak tukar gambar profil

Perhimpunan itu mahu Putrajaya mendedahkan identiti di sebalik 'Malaysian Official 1'.
tangkapmo1KUALA LUMPUR: Sekumpulan pemuda akan mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka pada 27 Ogos ini bagi mendesak Putrajaya mendedahkan identiti “Malaysian Official 1” (MO1), yang disebut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dalam permohonannya menyita aset berkait 1MDB bulan lalu.
Sehubungan itu, Gabungan #TangkapMO1 menyeru orang ramai menunjukkan sokongan dengan menukar gambar profil media sosial mereka kepada logo kempen #TangkapMO1.
“Kami menyeru sekiranya sudi, anda boleh menukar gambar profil kepada logo kempen #TangkapMO1 di laman sosial masing-masing sebagai tanda sokongan terhadap perhimpunan ini,” kata Presiden #TangkapMO1, Anis Syafiqah Yusof.
Beliau menjangkakan kehadiran seramai 10,000 orang, dan protes akan bermula jam 2.40 petang selepas berkumpul di perkarangan pusat beli belah Sogo dan Masjid Negara.
Perhimpunan itu akan dibantu pasukan Amal Relief Malaysia (Arif) dengan kerjasama Skuad Medik untuk memastikan perhimpunanan berjalan lancar, katanya.
Kumpulan itu juga akan mengadakan siri ceramah dan “flashmob” bagi menjelaskan kepada masyarakat mengenai isu 1MDB.

Politik Penyu: Percubaan Pas bawa usul tol LPT2 pada sidang Dun Terengganu gagal

Cikgu Wan Hapandi Wan Nik berkata usul tol LPT2 yang hendak dibawa kepada dewan adalah berkepentingan bagi rakyatCikgu Wan Hapandi Wan Nik berkata usul tol LPT2 yang hendak dibawa kepada dewan adalah berkepentingan bagi rakyat
Pas melahirkan sara terkilan kerana usul tol LPT2 yang berkepentingan bagi rakyat tidak sempat di bawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu kerana tidak dipilih oleh speaker dewan.
Menurut laporan Buletin Online, pembawa usul itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik berkata beliau tidak terpilih bagi membawa usul tergempar itu kerana pihak Speaker DUN memilih usul yang dibawa oleh wakil kerajaan.
Menurutnya, alasan yang diberikan oleh pihak Speaker, Dato’ Zubir Embong kerana beliau melihat wakil kerajaan, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar lebih dahulu bangun.
Justeru, kata Cikgu Wan Hapandi usul yang hendak dibawa kepada dewan adalah berkepentingan bagi rakyat.
“Saya mewakili Pas Terengganu (Adun Sura) telah cuba membawa satu usul kepada dewan agar persidangan DUN hari ini dapat membincangkannya,”
“Itu usul yang saya hendak bawa ke dewan tadi tetapi pihak kerajaan (speaker) sendiri telah mendahulukan wakil kerajaan untuk mengemukakan usul lain,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada wakil media ketika Mesyuarat Kedua Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ke-13, berhenti rehat di lobi U2 Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.
Sebaliknya, Usul yang dikemukakan oleh Adun Air Putih (Wan Abdul Hakim) itu adalah berkenaan isu symptom Hipetitis B dan batuk kokol yang mana tidak didapati langsung isu itu menjadi wabak atau jangkitan di Terengganu masa ini.
Sehubungan itu, Cikgu Wan Hapandi mendesak agar pihak kerajaan segera menyempurnakan segala kemudahan dan infrastruktur yang diperlukan di LPR2 tersebut.

Politik Penyu: Terengganu tak bersatu

Ahmad Razif kini diasak kiri dan kanan dengan semakin ramai pemimpin bersuara supaya beliau meletakkan jawatan sebagai menteri besar.
Ahmad SaidOleh Aizat Fikri Nasir Fikri
Iklim politik di Terengganu sukar diramal dan sentiasa ada pasang surutnya. Melihat pada situasi politik Terengganu ibarat menonton drama bersiri House of Cards – sebuah drama satira politik terbitan Media Rights Capital Trigger Street Productions.
Cerita ini berkisarkan Frank Underwood yang diperankan oleh Kevin Spacey. Kisahnya berkisar lewat Frank, seorang ahli politik Amerika Syarikat yang biasa dan kurang menonjol, namun berjaya menjadi presiden Amerika Syarikat dalam masa singkat melalui cara yang licik.
Drama ini memperlihatkan sisi gelap politik yang dipenuhi dengan dendam, tiada perikemanusiaan dan tipu muslihat. Menonton drama ini boleh menyebabkan kita lupa seketika nilai murni yang diterapkan melalui subjek Pendidikan Moral dan Pengajian Islam di bangku sekolah.
Ahmad Razif kini diasak kiri dan kanan. Saban hari makin ramai pemimpin bersuara supaya beliau meletakkan jawatan sebagai menteri besar. Persoalannya, siapakah Ahmad Razif? Kebanyakan orang di luar Terengganu, malah sesetengah orang Terengganu sendiri tidak mengenali siapakah menteri besar Terengganu ini.
Beliau ialah anak kelahiran Seberang Takir, sekampung dengan saya. Bekas guru kaunseling ini cuba berjinak-jinak dalam Pemuda Umno tetapi gagal. Ada yang melabelkan beliau sebagai ahli politik mi segera kerana tanpa diduga dipilih menjadi calon BN, menang dan diangkat menjadi exco kanan.
Benar, pengalamannya dalam politik sangat cetek. Ilmu mentadbir kerajaan pun belum penuh di dada. Tentunya amat sukar untuk individu seperti ini memperoleh hormat daripada pegawai kanan kerajaan.
Kini setelah hampir tiga tahun Ahmad Razif menjadi menteri besar, saya sebagai anak kelahiran Terengganu yang dibesarkan di tanah bertuah itu masih kabur oleh pelan pembangunan yang terancang. Sebagai anak jati, saya tidak tahu matlamat dan hala tuju kerajaan negeri.
Rungutan daripada ahli perniagaan dan kontraktor tempatan yang merasakan tiada ruang bagi mereka untuk melebarkan sayap niaga justeru didominasi kroni yang bukan saja bukan anak tempatan malahan bukan Melayu jelas berkesiuran.
Sedih juga mendengar cerita balak khazanah negeri dengan rakusnya diagih-agihkan kepada kroni. Bauksit secara haram dikeluarkan dan pimpinan negeri ibarat membutakan sebelah mata. Adakah kita mahu Terengganu menjadi seperti Pahang yang rosak keindahan alamnya dan memerlukan pelan pembangunan yang memakan masa berpuluh-puluh tahun untuk membaik pulih keadaan?
Berbaloikah mempertaruhkan kekayaan alam demi mengenyangkan lembu peliharaan sendiri? Apakah yang hendak diwariskan kepada anak cucu kita nanti? Atau sekadar berfikir, “Cukuplah sekadar perut aku kenyang, persetan masa depan”.
Sokongan terhadap Umno dilihat semakin merosot. Tidak cukup dengan isu nasional, masalah kepimpinan di Terengganu memburukkan lagi keadaan sedia ada. Saya dapat melihat dengan jelas Umno di Terengganu persis telur di hujung tanduk.
Saf kepimpinan berterabur dan pemimpin menunggu masa untuk menikam sesama sendiri. Terengganu sebenarnya memerlukan seorang pemimpin berjiwa besar. Memetik kata-kata seorang penulis tersohor dari Amerika Syarikat Napoleon Hill, kejayaan yang hebat biasanya datang daripada pengorbanan yang hebat dan bukannya sifat mementingkan diri sendiri.
Sehingga kini, langsung tiada langkah penyatuan yang oleh Ahmad Razif untuk memperkasakan parti. Seharusnya, rujuklah pada otai politik; minta tunjuk ajar daripada orang yang pernah memenangkan BN pada 2004. Lupakan persengketaan. Janganlah menyisihkan senior yang masih banyak pengaruh dan boleh membantu memastikan kelangsungan Umno di Terengganu. Ular menyusur akar takkan hilang bisanya.
Apa yang mengeruhkan lagi keadaan adalah apabila ada cakap-cakap yang mengatakan Ahmad Razif dibonekakan oleh abangnya. Umum mengetahui pemain utama dalam menjelmakan impian Ahmad Razif sebagai menteri besar ialah abangnya, Azmi Abdul Rahman dan setiausaha politik perdana menteri Datuk Jailani Ngah.
Suka saya mengingatkan diri saya dan juga Yang Amat Berhormat menteri besar sejarah mengajar banyak pemimpin terdahulu jatuh akibat orang kanannya sendiri justeru menerima salah nasihat. Bahkan Firaun pun pernah beberapa kali mahu memeluk Islam tetapi disebabkan diracun orang kanannya, perkara itu tidak terealisasi.

Penganalisis berbelah-bahagi impak parti pribumi Muhyiddin

Ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin bersiap-sedia untuk mendaftarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, petang ini, penganalisis berbelah-bahagi mengenai impak parti baru itu pada pilihan raya akan datang.
Bekas timbalan perdana menteri dijangka menerajui parti berasaskan pribumi itu sebagai presiden manakala bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi.
Pada satu pihak, tindakan mereka meninggalkan Umno dikatakan mampu menjana sokongan untuk gerakan 'Selamatkan Malaysia' yang mahu menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
Tetapi pada pihak lain, parti baru itu mungkin akan hanya memecahkan undi di kalangan pengundi Melayu dan memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum ke-14, yang dijadualkan sebelum atau pada 2018.
Penganalisis politik Datin Paduka Prof Ramlah Adam memberitahu Malaysiakini bahawa reputasi Muhyiddin dan Mahathir di kalangan pengundi Melayu telah merudum, berikutan serangan berterusan mereka terhadap Umno dan Najib.
“Sebagai orang-orang ternama, bila mereka buat macami tu (menubuhkan sebuah parti baru), nampak macam tak boleh terima kekalahan.
“Lagipun, mereka sendiri yang mengundang masalah (dengan menyerang Najib/Umno) sehingga akhirnya dipecat. Semasa dalam parti, walaupun berbeza pendapat tetapi seharusnya tetap sokong-menyokong,” katanya.
Ego Muhyiddin
Ramlah juga bersetuju dengan pendapat bahawa sudah ada "terlalu banyak" parti berasaskan kaum Melayu di Malaysia.
Beliau berkata kedua-dua Muhyiddin dan Mahathir sepatutnya mengaku kalah selepas cubaan mereka untuk menyingkirkan Najib gagal.
Ramlah yang juga adalah Pegarah, Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis mendakwa bahawa parti baru itu ditubuhkan kerana Muhyiddin masih mahu berkuasa.
“Muhyiddin masih nak jadi pemimpin. Tapi kalau dia nak sertai PKR (atau parti lain) dan dilantik sebagai ketua pembangkang nampak macam ‘tak berapa kena’ sebab akan timbul keadaan di mana tak semua pemimpin parti percaya dengan dia.
“Jadi tubuh parti baru nampak macam hanya nak puaskan ego dia,” katanya.
Menurut Ramlah, pemecatan Muhyiddin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir - yang juga dilantik sebagai ahli jawatankuasa penaja parti baru - dari Umno tidak menimbulkan rasa tidak puas hati yang besar di kalangan akar umbi parti.
“Saya rasa hanya dua tiga orang sahaja di peringkat bawah yang bersuara menyokong mereka. Ini memang perangai Umno. Majoriti akar-umbi tak akan bersuara.
“Najib dan pimpinan tak akan biarkan keaadaan jadi tidak terkawal. Mereka (yang dipecat) akan diganti dan lama-lama orang (pengkritik) akan penat bercakap.
“Sekarang pun kita boleh lihat pembangkang macam dah tak ada modal,” katanya.
Penganalisis politik Prof Ahmad Atory Hussain juga bersetuju dengan Ramlah mengenai kewujudan "majoriti senyap" dalam Umno dan di kalangan pengundi Melayu.
Budaya 'derhaka'

Apa yang wanita mahu TMJ beritahu Najib nanti?

Kos sara hidup masih menjadi rungutan utama rakyat Malaysia, dan golongan wanita berharap TMJ dapat menyampaikan mesej itu kepada perdana menteri. Ada juga yang mempunyai permintaan ringkas.
Tunku-Ismail-Sultan-Ibrahim_hidup
PETALING JAYA: Menjelang pertemuan Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan perdana menteri Jumaat ini, pelbagai pihak menyahut seruan Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu untuk menyampaikan aduan mereka.
TMJ, ditemubual dalam rancangan “Obviously Harith Iskander” di Astro Awani baru-baru ini, menyatakan kesediaannya menyampaikan sebarang aduan daripada orang ramai terus kepada Datuk Seri Najib Razak.
Bersambung daripada minggu lalu di mana kos sara hidup dan barangan harian menjadi aduan utama yang ingin disampaikan rakyat kepada Najib, kali ini FMT bertanyakan golongan wanita daripada semua peringkat umur.
Dan rata-rata, harga barang masih menjadi keluhan utama mereka, di samping kesukaran mendapatkan kemudahan kewangan.
Peniaga, Farida Bee Gor Rahman, 61, berkata beliau amat tertekan ekoran barangan keperluan harian seperti telur dan cili semakin hari meningkat harganya.
“Kita ni orang bawah-bawah rasa tergugat lebih-lebih lagi bagi makcik ni berniaga. Telur, cili sampai RM20 sekilogram. Itu baru cili kampung bukannya cili import. Rasa tertekan jugalah. Tambah-tambah lagi bagi saya warga emas, tidak ada duit pencen,” ujarnya ketika ditemui FMT di Kuala Lumpur.
Katanya, sebagai peniaga beliau sendiri serba salah menaikkan harga jualannya kerana sering mendapat rungutan pelanggan.
Nurhazlinda-A-Thafar“Bukan semua orang senang. Kita cuba nak naikkan harga 50 sen, tetapi orang bising. Dalam hal ini apa saya hendak jawab, sedangkan harga barangan sendiri pun mahal,” keluhnya.
Nurhazlinda A. Thafar, peniaga barangan kosmetik yang baru membuka kiosk di Menara Mara di Kuala Lumpur sejak tiga bulan lalu, turut mendapati amat sukar menawarkan harga barangan murah untuk pelanggannya disebabkan kos meningkat.
Wanita berumur 30 tahun itu berkata harga barangan subsidi seharusnya diturunkan atau dikekalkan kerana barangan terkawal turut dinaikkan harga oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Harga barang memang tinggi, kadang-kadang tidak semua orang senang. Kena bayar sewa rumah, duit kereta, duit minyak dan duit makan.
Fauziah-Fauziah-Awang“Duit makan sekali makan untuk sarapan bernilai RM10, pagi, tengah hari, malam lagi. Malah harga ayam ketika ini juga naik,” katanya.
Suri rumah, Fauziah Awang, 43 berharap diberikan kelonggaran supaya dapat melakukan pinjaman untuk perniagaan agar dapat mengubah nasib diri dan keluarga.
“Kita berharap supaya diberikan kelonggaran untuk suri rumah nak berniaga tetapi hendak memulakan perniagaan itu susah. Lagipun, ketika ini kos sara hidup juga tinggi,” jelasnya.
Pelajar Nuryasminwafia, 23 berharap dipermudahkan urusan pinjaman pelajaran.