Isnin, 8 Ogos 2016

Politik Penyu: Percaturan krisis politik Terengganu

Guling Najib: 'Bukan Setakat Khairul Azwan, Pemuda Umno Terlibat'

Mana ada syarikat Cina tak mahu ambil orang Melayu, jawab MCA

Tajuddin perlu kemuka bukti atau dituduh menyebarkan dakwaan dalam percubaan untuk memecahbelahkan orang Melayu dan Cina, desak Koh Chin Han
Koh-Chin-Han-1PETALING JAYA: Seorang ahli Jawatankuasa Pusat MCA menyifatkan Tajuddin Abdul Rahman “mengarut” kerana menuduh syarikat Cina mendiskriminasikan orang Melayu.
Menjawab kenyataan Ahli Parlimen Pasir Salak semalam di perasmian mesyuarat sayap Umno Bahagian Permatang Pauh, Koh Chin Han berkata siswazah yang diambil bekerja dinilai atas dasar merit bukan kaum.
Chin Han juga menuntut Tajuddin kemukakan bukti menyokong dakwaannya.
“Adakah Tajuddin mempunyai apa-apa bukti yang sah mengenai dakwaan beliau syarikat swasta milik Cina enggan menggajikan orang Melayu?
“Jika tidak ada sama sekali, dia hanya menyebarkan dakwaan dalam percubaan untuk memecahbelahkan orang Melayu dan Cina, yang merupakan satu perbuatan yang sangat ganas,” kata Chin Han menurut laporan Malaysiakini.
Beliau turut menuduh Tajuddin tidak yakin akan kemampuan orang Melayu mendapat kerja di sektor swasta dan mengesali seorang Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno perlu menggunakan kad perkauman akhirnya.
“Saya agak tertanya-tanya sama ada Tajuddin tinggal dalam lingkaran berasaskan kaum dalam jangka masa yang panjang dan dengan itu menjadi seperti katak di dalam perigi, mula melihat sesuatu dengan pemikiran perkauman?
“Atau adakah Tajuddin kurang yakin dengan keupayaan orang Melayu hingga dia fikir sektor swasta mengamalkan diskriminasi terhadap Melayu?” menurut laporan itu lagi.
Menegaskan merit mengatasi kaum apabila permohonan siswazah dinilaikan, Chin Han berhujah kemampuan calon, sikap, pengalaman dan sejarah prestasi kerja ditekankan demi kemakmuran syarikat.

TMJ: Perak memang negeri bermasalah

Selain JDT, pasukan seperti Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur juga akan menghadapi masalah apabila berkunjung ke negeri itu
tmj-perak
PETALING JAYA : Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan pasukan negeri berkenaan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menghadapi masalah setiap kali berkunjung ke Perak.
Katanya, selain daripada JDT, pasukan seperti Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur juga akan menghadapi masalah yang sama apabila berkunjung ke negeri berkenaan.
“Jadi, saya tidak terkejut dengan masalah ini lagi. Kini bangsa Johor terkejut apabila cerita sebenar telah diolah malah ditambah-tambah lagi untuk menyedapkan cerita dan menyebelahi satu pihak, dengan media dan laman media sosial menyebelahi pihak mereka.
“Saya tidak faham mengapa anda begitu terkejut kerana kes tersebut sudah kerap berlaku. Sebelum ini, saya sentiasa mengambil berat perkara sebegini kerana saya mahu menjaga nama baik negeri saya tetapi sekarang saya tidak perlu memperjelaskannya atau peduli lagi,” katanya dalam wawancara yang disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers.
Semalam, berlaku kekecohan membabitkan penyokong Perak dan JDT membabitkan kedua-dua pasukan selepas perlawanan Liga Super di Stadium Perak.
Dalam insiden itu, sekurang-kurangnya dua penyokong pasukan JDT dan seorang jurufoto akhbar cedera dipercayai akibat terkena balingan objek keras, selepas tuan rumah, Perak kalah 0-1 kepada pasukan Harimau Selatan itu.
Mengulas lanjut, Tunku Ismail yang merupakan pemilik kelab itu berkata, apabila seseorang individu tidak menyukai individu lain walaupun telah banyak perkara baik dilakukan, individu tersebut tetap akan dianggap jahat.
Beliau dalam masa yang sama turut berasa hairan mengapa isu kekecohan di Stadium Ipoh membabitkan JDT dan Perak dijadikan isu yang sangat besar.
“Tidak kira berapa banyak perkara yang baik yang kami lakukan, kami akan sentiasa dianggap sebagai jahat. Tidak kira betapa betul sekalipun kami, di mata mereka kita akan sentiasa salah.
“Ia sentiasa merupakan kesalahan kita. Kami telah menjadi mangsa sejak dari Stadium Lumut sehingga ke hari ini,” katanya.

Skandal 1MDB: Salah sendiri Najib tertekan, kata pembangkang

Salahuddin berkata, Najib tertekan kerana beliau sehingga kini tidak boleh menjawab secara tuntas isu berkaitan 1MDB.
pembangkang
PETALING JAYA: Datuk Abdul Rahman Dahlan diingatkan supaya tidak menjadi ‘ahli politik kesiangan’ dengan menyalahkan pembangkang sebagai punca Datuk Seri Najib Razak tertekan.
Sebaliknya, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, Najib menjadi perdana menteri paling tertekan di dunia disebabkan tindakan beliau sendiri.
“Ahli politik kesiangan ini sudah siang pun tidak sedar, bermimpi lagi.
“Penyakit itu dicari Datuk Najib sendiri. Layaklah dia mendapat penyakit itu. Sampai ke hari ini dia tidak boleh menjawab secara tuntas isu berkaitan 1MDB. Dan tentang fitnah yang dilemparkan pembangkang, itu paling lucu bagi saya.
“Kerana apa? Kerana Datuk Rahman Dahlan sendiri tidak kenal ke Tun Dr Mahathir Mohamad? Tidak kenal ke Tan Sri Muhyiddin Yassin? Tidak kenal ke Datuk Seri Shafie Apdal? Juga Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) yang mereka daripada Umno sendiri mendedahkan penyelewengan 1MDB itu,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Abdul Rahman dalam mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Sepang pada Sabtu lalu menyifatkan Najib adalah perdana menteri paling tertekan di dunia kerana sering dihujani kenyataan berbentuk fitnah dan tuduhan liar daripada pembangkang.
Beliau mendakwa pembangkang sudah tewas dan cuba meraih modal politik dengan melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap Najib, “bermula hari beliau mengambil alih” jawatan perdana menteri, pada 2009.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad pula berkata, Najib perlu bersikap telus dalam pentadbirannya dan beliau boleh menyaman sesiapa sahaja yang memfitnahnya.
“Dia ada kuasa semua…peguam negara bawah dia, ketua polis negara bawah dia, samanlah kalau tuduhan itu menimbulkan fitnah. Itu yang sepatutnya dilakukan.
“Tak timbul tertekan atau tidak. Kebetulan zaman hari ini zaman media sosial. Maknanya orang-orang Umno ini bawa masalah semua berpunca daripada kepimpinan Umno yang uruskan negara,” katanya.

ITU PON MASIH ADA LAGI NAK SOKONG DOKONG UNDI BN LAGI KA !!!

SAMPAI BILA menteri2 yg dibayar gaji oleh 'taxpayer' rakyat utk bohong & perbodohkan rakyat !!!

TAK SIA-SIA Najib lantik beliau.....

Hebat.. selagi boleh nak pertahankan MO1.. lagilah buat rakyat tambah benci kecuali mereka yang 'REDHA' dgn UMNO saja.. tak kisah..

HARAP JANGAN JADI MACAM SAMAN HARI SELASA WSJ-NAJIB...

Baguslah ambil tindakan saman demi nak bersihkan nama PAS yg dikaitkan dgn Umno..

SEMOGA tindakan saman tersebut dapat dibuktikan dgn memfailkan saman terhadap Sarawak Report dlm masa terdekat..

Politik Penyu: Ahmad Razif Jamin Politik Terengganu Selesai

Politik Penyu: Kemelut Terengganu selesai - Ahmad Razif

Politik Penyu: Sidang DUN Ogos 2016 Usul Kutipan Tol LPT2

Poliik Penyu: Sidang DUN Ogos 2016 Kita Tunggu PRU 14

Politik Penyu: PAS tidak sokong, punca Ahmad Said gagal bawa usul tak percaya pada MB Terengganu

BN Sarawak alukan keputusan tahan permit pekerja Petronas

Langkah membeku permohonan permit kerja baharu oleh rakyat bukan Sarawak yang mahu bekerja di Petronas negeri disifatkan sebagai berpatutan.
James-Masing
KUCHING: Pimpinan BN Sarawak menyokong langkah membekukan semua permohonan permit kerja baharu untuk kakitangan Petronas bukan anak watan yang mahu bekerja di negeri itu.
Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Jemut Masing berkata kuasa imigresen kerajaan negeri digunakan secara berpatutan dalam hal ini.
“Ini adalah langkah terbaik dan satu-satunya jalan yang boleh diambil kerajaan Sarawak untuk menghalang Petronas daripada mengambil orang luar bekerja dalam industri minyak dan gas di perairan Sarawak. Kita ada kuasa imigresen disemadikan dalam Perjanjian Malaysia 1963, jadi gunakan kuasa itu bukannya teriak Petronas berlaku tak adil terhadap orang Sarawak,” kata Masing kepada FMT.
“Apa gunanya ada kuasa kalau tak guna?”
Masing, yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), menambah Petronas tidak boleh menggunakan ketersediaan pekerjaan di Sarawak untuk “mendiskriminasikan” anak watan berkelayakan yang mencari kerja dalam industri itu.
“Saya menggesa Petronas supaya bersikap munasabah dan beri rakyat Sarawak pekerjaan yang selayaknya dan peluang perniagaan yang kami mampu lakukan,” tambahnya.
Menteri Kerajaan Tempatan Dr sim Kui Hian mengulangi keyataan Masing, dengan berkata keputusan kerajaan negeri pernah mencipta suatu duluan.
“Kita perlu campurtangan bagi pihak guru dalam sistem kerajaan. Tidak ada sebab mengapa peraturan yang sama tidak boleh digunakan untuk syarikat milik kerajaan,” kata Kui Hian.

Hanya parti macam Umno boleh lawan Umno

Ahli Umno, biarpun setinggi gunung benci Najib, mereka sekali-sekali tidak meredhai dan menyenangi parti pembangkang.
mahathir51
Oleh Nor Miswary Ramli
Rupa-rupanya, bukan semua yang meyakini demokrasi sejujurnya.
Ini sebermulanya apabila Tun Dr Mahathir Mohamad disebut-sebut bernafsu semula menubuh parti baharu yang hanya boleh disertai oleh orang Melayu/Bumiputera sahaja.
Mulanya kita dihidang dengan kritikan tidak membina dari pihak Umno, tetapi kini turut tumpang selori mengkritik datang juga daripada bebarapa pihak blok pembangkang.
Kenapa kita tidak boleh melihat dari kaca mata yang lebih luas, lebih berkesan dan lebih bermanafaat? Biarpun cerita ini belum boleh dibuktikan kesahihannya, ada tokoh wartawan yang mengesahkannya di media.
Saya termasuk dalam senarai mereka yang tidak menandatangani Deklarasi Rakyat (DR) atau menyetujui gerakan politik “Selamatkan Malaysia” yang diusahakan Dr Mahathir dan beberapa pimpinan parti dalam blok Pakatan Harapan (PH).
Bukan niat memperkecilkan usaha beliau dan beberapa pemimpin parti pembangkang yang lain. Saya cuma melihat ianya tidak lebih daripada kaedah politik yang tidak praktikal yang tidak seharusnya disertai parti komponen PH yang sepatutnya menumpukan usaha memasarkan jenama Pakatan Harapan yang kebetulan baru sahaja ditubuhkan ketika itu.
Malah gerakan yang tidak pula dipimpin oleh mana-mana pemimpin PH ini dilihat rakyat sebagai satu kelemahan PH.
Mereka menyimpulkan yang PH sudah tewas ketika mendepani BN lalu berputus asa di tengah jalan, dan Dr Mahathir menyambut dan kemudiannya menyambungnya. Persepsi ini menjadi sangat buruk ke atas PH di mata rakyat. Akibatnya berlaku sedikit gejolak kecil sesama parti dan pimpinan dalam PH.
Memang sudah dijangkakan kebimbangan gerakan ini boleh merubah batu asas perjuangan politik blok pembangkang dan boleh memperlahankan momentum PH yang sepatutnya diangkat melebihi DR dan gerakan “Selamatkan Malaysia” ini.
Mujurlah warkah Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara sama berkongsi kebimbangan tersebut dan ianya sedikit sebanyak meredakan penulis.
Sekutu baharu Pakatan Harapan?
Tetapi apabila Dr Mahathir mula menyusun langkah baru bersama pemimpin Umno terbuang, mahu menubuh parti baharu. Ia satu langkah agresif yang wajar dan perlu disegerakan.
Biarpun secara prinsip ideologi politik parti yang mahu beliau asaskan itu berbeza atau tidak mencapai nafsu blok pembangkang, namun ia seharus dilihat sebagai sebahagian elemen yang ada baiknya juga untuk PH.
Bukankah kita jujur mahu menjulang prinsip demokrasi yang memberikan hak buat mereka untuk menyampaikan hajat perjuangan politik mereka.
Amanah yang ditubuhkan cuba medakap sasaran semua bangsa sambil mengangkat nilai Islam yang membawa rahmat buat sekelian alam.
Ia sebagai sasaran yang meluas melangkaui idea politik parti PAS yang pernah mereka anggotainya dulu. Mereka mungkin akan mewaklili kerusi PH yang lebih seimbang ataupun lebih sedikit nisbah Melayu/Islam yang menerima konsep Islam yang lebih universal, dan bukannya Islam yang terhad dan lebih jumud.
Ketika DAP dan PKR yang tentunya akan diberi kerusi majmuk yang majoritinya bukan Melayu/Islam, sudah tentu parti baharu Dr Mahthir ini boleh mengisi kekosongan kerusi majoriti atau hampir keseluruhan Melayu/Islam yang sebelumnya hanya dimenangi Umno melalui BN.
Parti ini jika keberatan, tidak perlu menganggotai PR, mereka boleh sekadar mengikat satu persefahaman politik yang lebih dinamis yang mungkin hanya untuk mengalahkan Datuk Seri Najib Razak dan menarik minat ahli Umno menyertai ataupun mengundi mereka. Telahan ini mudah untuk kita perolehi jika kita menyedari sejak gerakan “Selamatkan Malaysia” melalui kempen tandatangan Deklarasi Rakyat.
Ahli Umno ini, biarpun setinggi gunung pun benci mereka kepada Najib, mereka sekali-sekali tidak meredhai dan menyenangi parti politik pembangkang yang lain. Menolak Najib dan menyertai DAP misalnya adalah premis paling tidak munasabah bagi mereka ini. Biarpun ramai yang tentunya menolak faham ini, tetapi mereka hanya percaya dengan sistem parti politik yang serupa dengan Umno itu sahajalah untuk menumbangkan Umno.
PH akan mempunyai lebih alternatif

Guling Najib: Peguam senaraikan kemungkinan tiga pertuduhan jenayah

Peguam Zulhazmi Sharriff berkata, tiga pertuduhan jenayah boleh dikenakan terhadap Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun kerana membuat laporan polis mendakwa tiga bekas penjawat awam kanan berkonspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Zulhazmi membuat laporan polis terhadap Khairul Azwan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pagi ini, disertai oleh Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dan bekas exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu Tan Khiew.
Dalam laporannya, Zulhazmi menggesa pihak polis untuk menyiasat Khairul Azwan mengikut Seksyen 182, 194 dan 499 Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.
Seksyen 182 adalah berkenaan memberi maklumat, dengan niat menyebabkan penjawat awam menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang yang mendatangkan bencana kepada seseorang lain.
Seksyen 194 pula memperkatakan memberi atau mereka keterangan palsu dengan niat hendak mendapat sabitan atas kesalahan hukum bunuh.
Manakala seksyen 499 memperkatakan tentang jenayah fitnah.
Khairul Azwan dalam laporannya mendakwa bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkomplot untuk menjatuhkan Najib.
Polis menutup kes itu setelah mengesahkan bahawa laporan polis Khairul Azwan itu berdasarkan andaian.
Zulhazmi berkata laporan polis Khairul Azwan ini menimbulkan kebimbangan di kalangan penjawat awam.
"Tuduhan Khairul adalah sangat serius dan apabila ketua polis negara berkata bahawa ia berdasarkan andaian dan tiada tindakan akan diambil ke atas Khairul, ini menimbulkan soalan berhubung prejudis, keraguan dan dwi-standard," katanya.
Zulhazmi berkata beliau akan mengambil tindakan susulan berhubung laporannya selepas 14 hari.
Liu juga menggesa polis mengambil tindakan segera.
"Undang-undang sangat jelas. Tiada siapa yang boleh membuat laporan polis palsu.
"Dalam kes ini kita tidak minta banyak. Kita hanya mahu ketua polis dan pihak polis untuk mengambil tindakan yang perlu, jika tidak polis sendiri akan dilihat sebagai tidak melakukan tugas mereka dengan baik," katanya.

Malaysia Airlines lantik ketua pegawai komersil baharu

Arved von zur Muehlen menggantikan CCO Paul Simmons yang akan meninggalkan syarikat penerbangan itu September depan.
Arved-von-zur-Muehlen-1
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines pada Isnin mengumumkan perlantikan Arved von zur Muehlen sebagai ketua pegawai komersil (CCO) baharu berkuatkuasa 5 September.
Muehlen akan menggantikan CCO sekarang, Paul Simmons, yang akan meninggalkan syarikat itu pertengahan September depan, menurut syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.
Sebelum perlantikan itu, Muehlen adalah naib presiden kanan untuk operasi rangkaian komersil Qatar Airways.
Syarikat penerbangan Malaysia, yang bergelut sejak kehilangan penerbangan MH370 dan kejadian penerbangan MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine, melantik ketua pegawai eksekutif baharu bulan lepas.

RM90 JUTA: HARAP KATA AKAN DIKOTA

Walaupun Sarawak Report akhirnya menjelaskan dakwaannya bahawa Pas menerima RM90 juta daripada Najib Razak lebih berdasarkan kecurigaan meluas yang disampaikan kepada laman pembocor maklumat itu, tindakan undang-undang adalah sebaik-baik jalan untuk membersihkan nama parti Islam itu.

Dalam hal ini, penegasan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa dakwaan itu berniat jahat, palsu dan tidak lain selain bertujuan untuk mengaitkan parti itu dengan UMNO serta akan mengambil tindakan saman untuk membersihkan namanya, tentu saja diterima baik oleh sesiapa juga yang cintakan kebenaran.

Saman, jangan tak saman dan biar kata tetap dikota.

Semoga Presiden Pas, Hadi Awang serta Mursyidul Amnya, Dr Haron Din, dua pemimpin tertinggi yang mempunyai kata pemutus dalam parti itu turut sependirian dengan Tuan Ibrahim dalam tindakan undang-undang yang mahu diambil terhadap Sarawak Report itu.
Jangan jadi macam Najib, sudah berpuluh hari Selasa telah berlalu, saman terhadap Wall Street Journal tidak juga menjadi kenyataan sehingga kini.

Politik Penyu: Krisis politik Terengganu ‘selesai’

Ahmad Razif lega sidang DUN hari ini tidak menampakkan "situasi panas" seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.
Ahmad-Razif-
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman menyifatkan krisis politik di negeri itu selesai dan berharap tidak timbul lagi masalah seumpama itu yang boleh menjejaskan kepimpinan negeri di masa depan.
Beliau lega sidang Dewan Undangan Negeri hari ini tidak menampakkan “situasi panas” seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.
“Alhamdulillah, keadaan hari ini terkawal dan tak ada apa-apa perkara yang berlaku…keadaan (kemelut) politik di Terengganu sudah selesai.
“Yang penting sekarang ini kita hendak bergerak ke hadapan untuk memastikan agenda pembangunan rakyat perlu diberi keutamaan,” katanya sebaik sahaja selesai sidang DUN hari ini.
Beliau berkata, apa yang berlaku membuatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) supaya lebih bersiap siaga untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

‘Muhyiddin tak sehebat Anwar, parti baru tak akan bertahan’ - Jeniri Amir

Kewibawaan adalah sangat penting dalam menentukan hala tuju parti dan sejauh mana sokongan akar umbi, kata seorang penganalisis politik.
Dan menurut Prof Madya Jeniri Amir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dijadualkan mengetuai sebuah parti baru, kurang menyerlah, tidak seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu, Jeniri, tidak yakin parti baru berkenaan akan memberi kesan besar dan hanya akan menarik sokongan daripada segelintir individu yang kecewa dengan Umno.
Katanya, sejarah telah membuktikan jangka hayat parti serpihan Umno adalah agak singkat seperti dalam kes Semangat 46.
“Saya percaya kehadiran parti baru serpihan Umno tidak mampu bertahan lama memandangkan ia hanya menampung mereka yang kecewa dengan pimpinan sekarang,” katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian.
Menurut profesor itu, kekurangan kepimpinan berwibawa juga memainkan faktor sokongan bagi menggerakkan parti ke hadapan.
“Parti baru ini memerlukan mereka yang benar-benar berwibawa untuk mendapatkan sokongan umum, bukan sekadar ahli Umno yang kecewa,” katanya.
Jeniri berkata, penambahan parti Melayu juga akan membesarkan lagi ruang perpecahan Melayu yang kini terbahagi dua, menyokong pembangkang dan kerajaan memerintah.
“Ini hanya akan melemahkan keutuhan Melayu dan suara Melayu berpecah. Ini merugikan Melayu, sesuatu yang tidak baik,” katanya.
Walaupun Muhyiddin bakal menjadi presiden parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad disebut akan menjadi pengerusinya.
Mukhriz anak Mahathir pula disebut-sebut sebagai bendahari.

Politik Penyu: ‘Ahmad Said pejuang, tak akan tinggalkan Umno’

Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dilihat sebagai pejuang yang sayangkan Umno walaupun terdapat pihak menganggap beliau sebagai 'punca' kepada kemelut politik di negeri itu.
Malah kata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri Datuk Mohd Jidin Shafie, segala andaian yang timbul - kononnya ada usul undi tidak percaya - juga tidak berhasil apabila Ahmad Said datang ke sidang DUN hari ini tanpa membuat sebarang 'kejutan'.
Katanya, sidang DUN hari ini juga dihadiri oleh kesemua 17 orang ADUN Umno, sekaligus menafikan dakwaan akan ada ADUN yang memboikot sidang DUN tersebut.
"Ada tanggapan yang mengatakan Ahmad Said mungkin tak datang hari ini dan mungkin akan bawa usul, tapi semua itu tak ada. Ahmad Said datang dan tak bawa usul. Jadi habislah (isu kemelut di Terengganu).
"Tuduhan orang tak betul. Hari ini semua 17 (ADUN Umno) datang, jadi nak kata apa? Ahmad Said seorang ahli Umno, seorang pejuang Umno, bekas menteri besar, bekas pengerusi perhubungan Umno, bekas majlis tertinggi.
"Mat (Ahmad) Said ni mudah, hati dia lembut. Dia sayang Umno," katanya yang mengakui telah lama mengenali ADUN Kijal itu.
Mohd Jidin berkata demikian ketika ditemui selepas sidang DUN di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Beliau yang adalah exco kerajaan negeri sebelum ini disebut antara bakal menjadi menteri besar Terengganu sekiranya Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman disingkirkan.
Selain itu, exco perumahan dan kerajaan tempatan itu turut memberitahu bahawa beberapa wakil rakyat Terengganu telah berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berikutan 'kemelut' negeri itu pada Sabtu lalu.
Namun beliau enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai pertemuan tersebut.
Susulan pertemuan bersama Najib, Mohd Jidin menganggap presiden Umno itu sebagai seorang yang terbuka kerana sanggup meluangkan masa untuk berjumpa dengan beberapa ADUN dari Terengganu walaupun dalam keadaan sibuk.
"Sebahagian besar pada 6 Ogos lalu bertemu dengan Perdana Menteri. Kita (ADUN) jumpa dulu. Kita pergi berbincang dan minta pandangan daripada dia (Najib) dan mungkin akan dipanggil sekali lagi.
"Perdana menteri sangat terbuka. Walaupun sibuk atau dah lewat dia akan jumpa juga," katanya lagi.
Malaysiakini difahamkan, Ahmad Said didakwa tidak dipanggil untuk bertemu Najib pada sesi tersebut.

Sarawak mahu Petronas jelas mengapa berhentikan anak watan

Permohonan permit baharu oleh orang asing ditangguh sementara menunggu taklimat status guna tenaga Petronas Sarawak, kata timbalan ketua menteri
petronas-sarawak
KOTA SAMARAHAN: Petronas dijangka memberi taklimat kepada kerajaan negeri tentang status pekerjanya di Sarawak.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas menjangka Petronas akan memberi taklimat kepada kerajaan Sarawak tentang status pekerjanya yang ingin bekerja di negeri ini.
“Kerajaan negeri mengambil keputusan melaksanakan moratorium tentang permohonan permit kerja melibatkan pekerja Petronas (bukan anak Sarawak) yang ingin bekerja di negeri ini. Kami sedang menunggu taklimat mengenai status semasa guna tenaga dalam Petronas Sarawak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Semalam, Uggah memberitahu akhbar tempatan ‘The Borneo Post’ bahawa kerajaan negeri akan melaksanakan moratorium dengan serta-merta mengenai semua permohonan baharu bagi mendapatkan permit kerja oleh pekerja Petronas dari luar Sarawak.
Uggah dipetik sebagai berkata kerajaan negeri mengambil keputusan itu berikutan aduan yang diterimanya daripada pegawai Petronas berasal dari Sarawak yang perkhidmatan mereka ditamatkan atau diberhentikan kerja.

Guling Najib: Khairul penagih tegar ketum, sindir Mahfuz


Mahfuz OmarMahfuz Omar
Kenyataan berbolak-balik Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkaitan laporan polisnya terhadap tiga tokoh bergelar Tan Sri dilihat sebagai akibat pengaruh ketagihan ketum.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata demikian ketika mengulas tuduhan Khairul kononnya mereka terbabit dalam konspirasi menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Namun, ujarnya, Khairul pada 3 Ogos lalu mendakwa telah mematahkan komplot berkenaan walaupun sebelum itu polis mengesahkan kenyataan Khairul tersebut tidak berasas dan hanya andaian sahaja.
"Bagi saya sangat pelik budak Khairul ini, mula dia lapor polis tiga Tan Sri bekas penjawat awam nak guling Najib kemudian KPN (Ketua Polis Negara) kata laporan polis Khairul hanya andaian saja.
"Duk tak duk, budak Khairul kata pula yang dia dah berjaya patahkan usaha nak guling Najib dan kerajaan Umno BN.
"Kalau polis dah kata laporan tersebut tidak ada asas hanya andaian budak Khairul saja, macam mana budak Khairul kata dia dah berjaya patahkan komplot untuk gulingkan Najib?" bidasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada masa sama, Mahfuz turut mempertikai sejauhmana kejayaan Khairul memandangkan sebelum ini beliau pernah mendakwa tiga orang kenamaan berkenaan memberikan dokumen dan maklumat sulit kepada agensi di Amerika Syarikat termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
"Maknanya maklumat tersebut sudah diberi kepada FBI. Macam mana Khairul kata dia dah patahkan sedangkan mengikut laporannya FBI dah dapat maklumat dan dokumen penting?" ujar pemimpin Pas itu.
Sehubungan itu, Mahfuz menyifatkan Umno terpaksa menggunakan individu seperti Khairul yang dianggapnya penagih tegar ketum.
"Saya ingat budak Khairul suruhan Umno ini penagih tegar ketum sebab itu dia bercakap macam orang mabuk ketum.

SIAPA LEBIH PATUT JAGA INSTITUSI PRESIDEN - AHLI BAWAHAN ATAU PRESIDEN ITU SENDIRI?

Semalam Najib Razak mengajak ahli-ahli UMNO untuk memelihara dan menjaga institusi presiden sebagai sebahagian daripada usaha untuk memastikan parti itu terus kukuh.

Jaga institusi presiden, bukan jaga saya, kata beliau.

Mungkin Najib sekarang ini sedang tertekan dengan penubuhan parti baru oleh Tun Mahathir yang mula mendapat respon yang baik daripada orangramai, lantaran itu tiba-tiba saja meminta agar dijaga institusi presiden UMNO. 

Masalah UMNO cuma berkaitan Najib. UMNO tidak pernah ada presiden seperti beliau yang bukan saja dirinya dikaitkan dengan skandal, bahkan  isteri dan anak tirinya juga terkait sama menambahkan masalah kepada parti. Sebab itu Najib masih cuba berselindung agar yang dijaga bukan dirinya sebagai presiden,  tetapi institusi presiden.

Dengan parti baru yang bertunjangkan Melayu dan Bumiputera juga, ahli-ahli UMNO kini sudah ada pilihan. Tambahan lagi, semua orang sedar, selagi Najib memimpin parti itu, bukan saja beliau kena ditolak, bahkan dengan UMNO itu sekali mesti ditanggalkan kuasanya.

Jika tidak, masalah yang melingkari institusi presiden tidak akan berakhir. Kaum keluarga presiden juga akan terus menjadi beban kepada parti.

Najib yang menjadi punca segala masalah tentu sedar UMNO kini sedang berada di persimpangan hati orang-orang Melayu, tetapi adakah memadai dengan meminta ahli UMNO saja yang perlu menjaga institusi presiden? 

Bagaimana dengan presiden yang sedang mengetuai institusi presiden itu?

Adakah dia tidak perlu memelihara dan menjaga nama baik institusi presiden tersebut?

Jika presiden berperangai baik dan tidak menjadi cemuhan, memang diakui bahawa ahli-ahli perlu menjaga dan memelihara institusi presiden tersebut, tetapi bagamana jika presdien sendiri sering memudarat, mencemar dan menjahanamkan nama parti?

PAC tidak perlu buka semula siasatan skandal 1MDB sembang Hasan


PAC: Tidak perlu buka semula siasatan 1MDB


KUALA LUMPUR: Siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap 1Malaysia  Development Berhad (1MDB) tidak  perlu  diadakan  semula.

Pengerusinya Datuk Hasan Arifin berkata, ini kerana laporan jawatankuasa tersebut telah dipersetujui semua ahlinya sebelum ia dibentang di Parlimen.

"Isi kandungan  Laporan Pengurusan  Kawalan  Urus  Tadbir  Syarikat  1MDB  yang diterbitkan oleh PAC juga telah dilaporkan oleh media tempatan dan antarabangsa," kata Hasan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Katanya, rumusan PAC dalam laporan berkenaan jelas  meminta tindakan  tegas diambil terhadap pengurusan 1MDB yang bertanggungjawab.

Skandal 1MDB tidak boleh disiasat selagi di bawah 'OSA'


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) perlu membuka semula kertas siasatan terhadap syarikat bermasalah 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ)  memfailkan saman sivil untuk menyita  aset 1MDB yang dianggarkan bernilai sebanyak AS$1 bilion (RM4.04 bilion), kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Bagaimanapun katanya, untuk membolehkan siasatan semula dilakukan, Pengerusi PAC Hasan Arifin perlu membuka laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB kepada semua pihak dengan membenarkannya dibentangkan di Parlimen.

"Memang perlu disiasat semula, tapi macam mana nak siasat kalau Laporan Ketua Audit Negara sampai sekarang dibekukan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Banyak benda kita patut tengok dilenyapkan.

"Itu langkah pertama (buka laporan Ketua Audit). PAC sepatutnya membenarkan Laporan Audit Negara dibuka kepada semua pihak. Ahli parlimen pun tak boleh tengok. Ini adalah janji Pengerusi PAC masa dia rasmikan dulu dan dia (Hassan) kata apabila peringkat itu sudah sampai, laporan Ketua Audit Negara ini akan diberikan kepada ahli parlimen namun, sampai sekarang masih lagi tidak didedahkan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian sejurus usul daripada Anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Tony Pua untuk membuka kembali siasatan terhadap 1MDB ditolak oleh Pengerusi PAC Hasan Arifin hari ini.

Tony Pua yang juga anggota parlimen Petaling Jaya Utara, bertindak memboikot mesyuarat PAC selepas usul yang dibawanya ditolak.

Ketua Audit Negara  Ambrin Buang sebelum ini memberitahu bahawa tindakan mengklasifikasikan laporan akhir audit 1MDB di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) adalah kerana insiden kebocoran maklumat yang melibatkan laporan interim Ketua Audit tahun lalu.

Mengulas lanjut, Raja Kamarul yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu berkata pihak pembangkang akan terus melakukan desakan bagi membolehkan laporan tersebut dibentangkan di parlimen Oktober ini kerana laporan Ketua Audit Negara merupakan semakan untuk semua pihak termasuk ahli parlimen dan rakyat.

Politik Penyu: Hanya tiga jam bersidang, DUN Terengganu ditangguh

Ghazali Taib
Ghazali Taib
"Semuanya berjalan lancar. Tidak ada usul undi tidak percaya seperti digembar-gemburkan pihak tertentu," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ghazali Taib.
Bagaimanapun, katanya, sidang DUN hari ini mencipta sejarah tersendiri apabila bersidang hanya tiga jam dari 9.30 pagi sebelum ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.
Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai tempoh singkat persidangan itu menyalahkan penyokong pihak tertentu yang cuba memperbesar-besarkan isu kononnya akan berlaku kekecohan dalam sidang hari ini.
"Kumpulan tertentu sejak seminggu lalu lagi melakukan provokasi kononnya bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said akan mengemukakan usul undi tidak percaya kepada penggantinya, Ahmad Razif Abdul Rahman pada sidang DUN hari ini.
"Mereka sengaja mencetuskan untuk memecahbelahkan UMNO negeri itu dan kepimpinan negeri mengambil langkah berhati-hati dengan perjalanan sidang DUN, termasuk memendekkan tempoh persidangan kepada tiga jam," katanya.
Sementara itu, Ahmad Said dilaporkan berkata, selagi beliau bersendirian, mustahil baginya untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif.
"Saya sorang saja. Nak lawan macam mana (usul undi tak percaya). Kita sorang saja. Nampak macam tak ada apa-apa agenda pun," katanya.

Buka kembali siasatan 1MDB, lantik PM sementara, Pemuda Amanah gesa Agong


Rakyat mahu raja raja turut bertindak selamatkan negaaraRakyat mahu raja raja turut bertindak selamatkan negaara
Ketuanya, Sany Hamzan berkata, baginda sebagai pemerintah bagi Persekutuan dapat menitahkan Perdana Menteri supaya meletakkan jawatan dan melantik seorang Perdana Menteri sementara sehingga pilihanraya umum yang akan datang.
Ujarnya, tindakan yang selaras mengikut peruntukan Perkara 40 (2) (a) dan 43 (2) (a) itu wajar memandangkan Perdana Menteri turut terkait secara langsung dalam skandal tersebut.
Beliau memberitahu pihaknya memandang serius keputusan Peguam Negara dan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (AS) untuk merampas harta bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion) yang dipercayai dibeli menggunakan duit yang dicuri dari 1MDB.
“Lebih menyedihkan, dalam laporan setebal 136 muka surat berkenaan hasil siasatan terhadap skandal itu, pihak DoJ juga telah mendedahkan bahawa ‘Malaysian Official 1’ adalah pihak yang dipercayai sebagai pemegang akaun AmPrivate Banking-MR dengan menerima sebahagian pembayaran dianggarkan berjumlah AS$681 juta (RM2.6 bilion).
“Laporan DOJ tersebut seterusnya mendefinasikan ‘Malaysian Official 1’ tersebut sebagai seorang penjawat awam atau pegawai tinggi kerajaan Malaysia yang juga memegang kedudukan berautoriti dalam 1MDB,” ujarnya dipetik daripada memorandum itu.
Menurut Sany, skandal 1MDB membabitkan penyelewengan lebih AS$3.5 bilion itu merupakan skandal kewangan terburuk dunia dan mencemarkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa apabila siasatan turut dijalankan di Singapura, Switzerland dan Hong Kong setakat ini.
“Lebih malang lagi, Peguam Negara masih lagi membisu daripada mengambil tindakan yang sewajarnya malah masih mengatakan perlu bukti untuk diambil tindakan lanjut walaupun terdapat bukti-bukti yang kukuh mengaitkan skandal 1MDB dengan Perdana Menteri.

S'wak gantung permit kerja untuk Petronas di negeri itu

Petronas tidak lagi akan boleh mengambil warga negara Malaysia dari luar Sarawak untuk mengisi pekerjaan di negeri itu selepas kerajaan negeri menghentikan pengeluaran permit kerja baru.
Menurut akhbar The Borneo Post, keputusan berkenaan diumumkan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Seri Douglas Uggah Embas.
"Moratorium kerajaan negeri ini berkuatkuasa serta-merta bagi semua permohonan permit kerja baru untuk kakitangan Petronas dari luar Sarawak yang berhasrat bekerja di Sarawak," katanya yang dipetik akhbar itu.
Douglas berkata, kerajaan negeri telah meminta penjelasan dari Petronas dan syarikat minyak itu berkata pemberhentian pekerja adalah sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan kos.
Beliau berkata kerajaan negeri sedang menunggu laporan terperinci daripada Petronas mengenai jumlah anak Sarawak yang bekerja dengan syarikat minyak berkenaan di negeri itu.
Langkah itu berikutan aduan bahawa Petronas menamatkan perkhidmatan rakyat Sarawak daripada operasinya di negeri itu walaupun jumlah rakyat tempatan sudah cukup rendah.
Badan pemikir Sarawak, Suarah Petroleum Group (SPG) mendakwa hanya 39 peratus daripada jawatan pengurusan dan 46 peratus daripada jawatan eksekutif dalam operasi Petronas Sarawak dipenuhi oleh rakyat Sarawak.
Ini mendorong desakan untuk campur tangan kerajaan, dengan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen mencadangkan bahawa kerajaan negeri membatalkan permit kerja rakyat dari Semenanjung yang bekerja dengan Petronas di Sarawak, sehingga jumlah rakyat Sarawak dinaikkan hingga 70 peratus.
Jika ini dilaksanakan, ramai penduduk di Semenanjung Malaysia yang bekerja dengan Petronas Sarawak akan kehilangan pekerjaan mereka.

Inilah mood rakyat ...

Oleh Arul Psm
Sembang pagi di kedai Mamak dekat taman Jasmin. Tuan Arul, apa macam itu Mahathir punya parti baru...dia panggil lu orang keling. Tanya seorang Pakcik cara bergurau.
I cakap, Mahathir pun sama saja. Bila Keling tegur Keling, itu boleh terima...tetapi bila satu kaum cakap kaum lain, baru tak boleh terima. Ini mentaliti rakyat.
Mahathir pun orang panggil mamak kutti, ada orang India Muslim pun tidak suka. Hmm i tanya dia balik, U sokong parti Mahathir ke? Dia jawap...kita perlu parti semua kaum macam PKR, tetapi kena ada ahli disiplin macam PAS. Kena profesyenal macam DAP dan kena ada perjuangan politik macam PSM.
Hmm hebat juga Pakcik ini. I tanya , Pakcik dalam parti mana?
Dia jawap, I dulu parti PAS tetapi sekarang tak join mana-mana parti...semua sama saja. Lebih baik jaga keluarga cari makan.
Nampaknya inilah mood rakyat tetapi banyak yang dapat kita belajar...

Tabung Haji buat 'jualan murah' bangunan pejabatnya

Tabung Haji mahu sewakan dengan harga yang murah bangunan TH Platinum di Jalan Sultan Ismail menimbulkan tanda tanya tentang ruang pejabat di ibu negara sekarang.Tabung Haji mahu sewakan dengan harga yang murah bangunan TH Platinum di Jalan Sultan Ismail menimbulkan tanda tanya tentang ruang pejabat di ibu negara sekarang.

Tabung Haji membuat 'jualan murah' untuk bangunan prestij yang dimilikinya di Jalan Ismail, TH Platinum, dengan harga sewaan sehingga RM5 sekaki persegi sahaja.
Ia bertujuan untuk memastikan bangunan itu diisi dari dibiarkan kosong, kata Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani, lapor The Star Online hari ini.
“Ia seperti jualan murah,” kata Adi Azuan yang menyebut, tawaran murah itu meliputi lima tingkat bangunan itu dan akan tamat hujung tahun ini.
Harga pasaran sewaan untuk bangunan Gred A itu kini adalah antara RM7.50 dan RM8.00 sekaki persegi.
Tindakan Tabung Haji itu menimbulkan persoalan mengenai masalah lebihan ruang pejabat di bandar raya.
Menara TH Platinum 38 tingkat milik dana haji itu dibeli pada harga RM450 juta, dan merupakan bangunan pejabat gred A terletak berhampiran Menara Kembar Petronas di KLCC.
Adi berkata Tabung Haji mempunyai sejumlah 8 juta kaki persegi untuk disewakan di seluruh negara, dan 7% daripadanya kosong, kebanyakannya di Menara TH.
Selain Bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak, ia turut memiliki TH Selborn, Menara TH Glomac di Petaling Jaya, Blok D Plaza Sentral dan Bangunan 2A di Bangsar South, di samping hotel dan ruang pejabat lain di Arab Saudi, Australia dan UK.
Anak syarikatnya, TH Properties, kini membangunkan hotel 300 bilik berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang.

Dakwaan RM90 juta PAS kecurigaan meluas, kata S'wak Report

Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown menjelaskan dakwaan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menawarkan sebanyak RM90 juta kepada PAS adalah berdasarkan "kecurigaan yang meluas".
Ini selepas Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man awal hari ini menyangkal dakwaan itu yang disiarkan dalam sebuah ulasan dalam Sarawak Report Sabtu lepas.
Bagaimanapun, Brown berkata, dia melaporkan kecurigaan seperti terkandung dalam laman web itu dan menegaskan dakwaan itu memang telah meluas.
"PAS tidak patut menyalahtafsirkan saya, walaupun mereka bukan ahli-ahli politik pertama yang mengecam perkara-perkara yang sebenarnya tidak seperti diperkatakan.
"Saya boleh memberi keterangan bahawa tanggapan itu memang meluas, sejak beberapa rakyat Malaysia bertalian rapat dengan orang ternama telah memerhatikan perkara ini kepada saya.
"Mengapa PAS bayangkan sebaliknya?
"Ia adalah apabila PAS tiba-tiba mesra kepada sebuah parti seperti Umno yang diketuai presiden 'King Of Cash' seperti ramai dalam PAS memberikan amaran.
"Najib dikenali dunia kerana korup dan telah membuat pembayaran jumlah yang besar kepada sekutu utama yang berbeza politik dengannya.
"Jadi sesiapa yang tiba-tiba menjadi rapat mesti menerima syak wasangka menyusul akan timbul," dia memberitahu Malaysiakini ketika dihubungi.
Beliau berkata, walaupun pemimpin PAS mungkin didorong oleh sebab agama, mereka telah 'menyekutukan' diri mereka dengan 'pencuri yang dikenali' .

Gula naik jangan bising2 plok. Padan muka korang. .. PANGKAH LAH LAGI BN !!!

Inilah taktik kotor jahat KERAjaan UMNO-BN, bila harga gula naik disalahkannya peniaga. Padahal KERAjaan UMNgOK sendiri yg beri 'lampu hijau' kpd pemborong utk naikkan harga gula.. NAMPAK TAK !!!

DAHULU.. dah hapuskan subsidi gula..
KINI.. nak naikkan harga gula pula..

Ini baru dikatakan kerajaan CELAKA-UMNO !!!

DAH SETAHUN BERLALU..

Hingga ke harini senyap jer kes RM2 juta dlm akaun Rosmah tu.. DAH SIASAT atau blom !!!

Bila terbongkar rasuah, dicabar.. mana bukti ??
Bila didedahkan bukti, dituduh ada orang bocorkan maklumat..

Kalau libatkan VVVVVIP Umnooo, lembap siasat mcm siput BABI... Tp klu nak siasat pembangkang seawal2 pagi buta dah tercongok nak cekup dpn pintu pagar !!!

SPRM MANA !!
'Pasukan Petugas Khas' MANA !!

Kaki Ponteng...??

Kalau masa sekolah2 kuat ponteng gerenti dah kene rotan dgn cikgu..

Tapi kalau dah tua bangka hanya tahu makan duit elaun tapi kerap ponteng, siapa nak 'rotan' mereka ??

Dakwa terima RM90 juta dari Najib, PAS nak saman S'wak Report

Ia susulan dakwaan portal itu yang Najib memberi sejumlah RM90 juta kepada parti Islam itu.
tuan-ibrahim-srPETALING JAYA: PAS hari ini membidas Sarawak Report selepas laman pemberi maklumat itu mendakwa parti Islam itu menerima RM90 juta daripada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
“Nampaknya agenda untuk terus-menerus mengaitkan PAS dengan Umno terus berlaku,” kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sehubungan itu, beliau berkata tindakan undang-undang akan diambil ke atas pengendali laman itu kerana berniat jahat dan “mencemar nama baik parti dan dasar Islam yang menjadi teras kepada perjuangan PAS”.
“Tidak pasti apa matlamat fitnah laporan Sarawak Report ini selain hendak mengaitkan PAS dengan Umno,” kata Tuan Ibrahim.
Sarawak Report baru-baru ini mendakwa Najib cuba mengambil peluang percakaran di kalangan parti pembangkang dengan cuba mengambil hati pemimpin atasan PAS.
“Beliau cuba menjauhkan parti Islam PAS daripada pakatan pembangkang dengan cara biasa beliau – RM90 juta dipercayai mengalir masuk ke dalam pimpinan tertinggi PAS sejak beberapa bulan ini (veteran BN akan menganggap ia harga yang murah),” menurut portal itu dalam laporannya.
“Dengan Guan Eng dipenjarakan bersama-sama Anwar, PAS pula menerima wang, semua pengkritiknya dipecat dan kuasa darurat di tangannya, Najib menganggap beliau boleh sekali lagi memang pilihan raya,” katanya merujuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Politik Penyu: Usul ’pelik’ untuk alih perhatian di Dun Terengganu


Dato Ahmad Said jadi perhatian mediaDato Ahmad Said jadi perhatian media
Dewan hari ini menjadi gamat apabila Adun Air Putih Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar (BN) bangun mengemukakan usul yang dianggap pelik yang menyebabkan dewan menjadi gamat dengan ketawa yang hadir.
Buletin Online melaporkan Usul yang dikemukakan adalah berkenaan isu symptom Hipetitis B dan batuk kokol yang mana tidak didapati langsung isu itu menjadi wabak atau jangkitan di Terengganu dalam masa terdekat ini.
Yang DiPertua Dewan, Dato’ Zuber Embong, pada mula nya seperti teragak-agak bagi menyebut tajuk usul itu dengan memberikan alasan usul itu panjang, tetapi apabila didesak oleh Adun Alur Limbat YB Ariffin Deraman (Pas), beliau pun menyebut sedikit tajuk usul berkenaan.
Akibatnya dewan menjadi riuh dengan ketawa para Adun-Adun, ketua-ketua jabatan dan pemerhati kerana usul yang dianggap kelakar itu.
Situasi bermula apabila Adun Sura, Wan Hapandi Wan Nik (PAS) bangun bagi mengemukakan usul tergempar daripada PAS tetapi disuruh duduk oleh Speaker Dewan untuk menghabiskan ucapannya.
Kemudiannya bangun pula Adun Air Putih mengemukakan usul beliau dan kemudiannya diterima oleh Speaker dengan alasan, beliau melihat Air Putih dahulu sekaligus menolak cubaan Adun Sura untuk mengemukakan usul.
Beliau kemudiannya memberitahu dewan bahawa usul itu panjang, namun didesak juga oleh pembangkang untuk menyebut usul itu.
“Usul ini agak panjang dan saya memerlukan masa untuk membacanya,” jelas Speaker Dewan.
“Kami nak tahu jugak sikit, sebut tajuk sikit pun tak apa,” desak Adun Alur Limbat.
“Oh, boleh, boleh. Berkenaan dengan symptom-simptom hepatitis B batuk kokol dan sebagainya.
Jadi saya nak baca dulu,” kata beliau yang menyebabkan dewan menjadi gamat dengan ketawa, sindiran dan perang mulut diantara kedua-dua Adun.

Politik Penyu: Adun Tepoh nafi jadi calon MB Terengganu pilihan Amanah


Hishamuddin Abd KarimHishamuddin Abd KarimAhli Dewan Undangan Negeri Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim menafikan dirinya bakal menjadi calon Menteri Besar Terengganu pilihan Parti Amanah Negara (Amanah) seperti didakwa dalam artikel di dalam akhbar The Star baru-baru ini.
Wakil rakyat Pas itu juga menganggap ia satu tindakan bermotif jahat.
"Ini adalah kali kedua saya dikaitkan dengan parti Amanah. Justeru, dengan perkembangan ini saya mengira wajar untuk mengambil ruangan terhad ini untuk membuat penafian secara jujur dan beramanah agar ia tidak disalahertikan oleh masyarakat dan rakyat di dalam kawasan saya," katanya dalam satu kenyataan semalam seperti di petik dari Malaysiagazette hari ini.
Artikel The Star, wartawan Joceline Tan mendakwa salah satu sumber Amanah mendakwa parti itu gemar mencalonkan Hishamuddin atas alasan mesra Amanah dan serasi dengan pimpinan parti serpihan Pas tersebut.
"Alhamdulillah, saya merupakan ahli Pas yang akan terus beristiqamah dengan perjuangan yang dipilih Pas dan berdoa kepada Allah agar mengekalkan saya berada dalam perjuangan Pas. Justeru, mengaitkan diri saya dengan PAN adalah suatu sikap yang tidak beretika dan sebaran ini perlu dihentikan. Kalaupun ia masih berlaku, ia merupakan satu tindakan bermotif jahat.
"Cukuplah sebaran berita-berita seperti ini dihentikan kerana ia tidak memberi faedah untuk kepentingan ummah, rakyat dan negeri," katanya lagi.
Sebaran berita itu ada kaitan dengan Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu yang bermula hari ini dikatakan penentu kemungkinan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said yang akan keluar Umno dan mungkin bekerjasama dengan Pas.
Sekiranya Pas memerintah sudah pasti ada calon-calon Menteri Besar di negeri itu kelak

Politik Penyu: Umno Terengganu cuma ada 4 pilihan tangani krisis politik negeri


Dr Syed Azman Syed Nawawi Dr Syed Azman Syed Nawawi Umno di negeri Terengganu  hanya mempunyai empat pilihan dalam menangani krisis kepimpinan dan politik negeri  itu yang kini kembali bergelora untuk memastikan kedudukan parti itu kekal memerintah , kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.
Beliau berkata, walaupun dengan kedudukan majoriti tipis yang ada pada Umno di iaitu 17 kerusi Dun manakala pembangkang 15 kerusi, apapun keputusan yang bakal dibuat oleh pimpinan Umno sekaligus telah mengheret rakyat Terengganu di dalam krisis yang tidak berkesudahan ini.
"Walaupun Umno masih mempunyai kedudukan ‘simple majority’ di Dun namun dengan perkembangan terbaru ini, bagi saya mereka mempunyai bebera pilihan.
"Sama ada terus mempertahankan kepimpinan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar sehingga pilihan raya Umum ke 14 yang akan datang; melantik Menteri Besar yang baru;membentuk kerajaan perpaduan dengan parti pembangkang khususnya Pas atau membubarkan Dun dan diadakan pilihanraya negeri.
"Rata-rata rakyat Terengganu mahu kemelut ini diselesaikan dengan segera kerana rata-rata rakyat awam sudah terlalu muak dengan sikap terlalu banyak ‘berpolitiking’ sedangkan rakyat kini dihimpit dengan tekanan kos kehidupan termasuk GST yang amat membebankan mereka," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Kemelut kepimpinan politik Terengganu kembali menjadi perhatian umum apabila bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said membuat cabaran terbuka terhadap Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman agar meletakkan jawatan sehingga mencetuskan khabar angin mengenai satu lagi pertukaran Menteri Besar.
Beliau turut membuat pelbagai pendedahan terbuka mengenai beberapa isu seperti 1MDB yang cuba diseretkan dengan royalti minyak Terengganu, telaga minyak Bertam yang di’serahkan’ kepada kerajaan Pahang, pembinaan LPT2 yang menggunakan wang hasil minyak negeri Terengganu serta penyelewengan beberapa pimpinan tertinggi Umno Terengganu.
"Dengan perkembangan terbaru ini, kedudukan Umno sebagai parti yang memerintah di negeri Terengganu sekali lagi berada didalam keadaan terumbang-ambing.
"Pada awal Mac lalu, Datuk Seri Ahmad Said, telah cuba membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif di Dewan Undangan Negeri Terengganu sehingga mencetuskan perdebatan besar mengenai kedudukan Menteri Besar disisi perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Terengganu.
"Seperti yang saya telah tegaskan Negeri Terengganu juga sedang berhadapan dengan cabaran getir dengan penurunan drastik bajet tahunan 2016 dari RM2.3 bilion kepada hanya sekitar RM640 juta sahaja akibat dari terlalu bergantung kerajaan Terengganu kepada sektor minyak dan gas," ujarnya.
Justeru beliau turut menyenaraikan beberapa projek-projek mega di seluruh negeri Terengganu serta beberapa pelaburan di luar negara yang sedang ‘tenat’.
Antaranya beliau menyebut mengenai ‘Projek Taman ilmu’ di Tembila yang bernilai lebih dari RM500 juta.

Usul siasat balik skandal 1MDB ditolak, ahli PAC keluar mesyuarat

Anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Tony Pua keluar mesyuarat selepas usulnya untuk membuka kembali siasatan terhadap 1MDB ditolak.

Usul anggota pembangkang itu ditolak oleh pengerusi badan bawah parlimen itu Datuk Hasan Arifin.
Pua, anggota parlimen Petaling Jaya Utara, mahu siasatan dibuka semula susulan saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat (AS) untuk menyita AS$1 bilion (RM4.04 bilion) aset berkaitan 1MDB.
“Ini bukan perkembangan yang kecil, perkembangan yang besar.

“Dan kita perlu memanggil PM sendiri untuk jawab di hadapan PAC sama ada perkara yang disebut itu benar ataupun tidak,” katanya kepada pemberita di luar pintu pagar parlimen di ibu negara hari ini.

Politik Penyu: "Kalau orang serang, saya takkan biar" - Ahmad Said


Ahmad Said: "Kalau orang serang, saya takkan biar"

KUALA TERENGGANU - Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said tidak akan sesekali membiarkan mana-mana pihak menyerang beliau.
"Kalau orang serang saya, saya akan serang. Takkan nak biar," tegasnya ketika ditemui di perkarangan Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.
Ditanya berhubung usul dalam sidang Dun kali ini, beliau menjelaskan ia bergantung kepada situasi semasa.
Beliau turut menggambarkan tidak akan bertindak memandangkan semua pihak telah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.
"Ia macam perang juga. Kalau orang bersiap sedia kita pun tak jadi, " katanya.

Politik Penyu: Semua Adun hadir Sidang Dun Terengganu kecuali Hadi

Abdul Hadi Awang
KUALA TERENGGANU - Sidang Dun‎ Terengganu bagi penggal keempat bermula pagì ini dengan semua anggota dewan hadir kecuali Adun Rhu Rendang, Datuk Seri Hadi Awang.
Sidang bermula 9.30 pagi itu menjadi tumpuan berikutan pelbagai spekulasi berkaitan kemelut politik di Terengganu sejak beberapa hari lepas.
Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman yang tiba seawal jam 9.20 pagi kelihatan ceria apabila menghampiri kira-kira 300 penyokong yang menyatakan sokongan terhadapnya.
Semua Adun daripada BN termasuk Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib hadir.
Sidang yang dijadualkan berlangsung sehingga pukul 1 tengah hari turut menarik perhatian pelbagai perwakilan termasuk pelajar.Speaker Dun Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong ketika memulakan persidangan mengingatkan semua pihak supaya memilih ketenangan dan perdamaian serta mengelak permusuhan.
"Jagalah tatatertib yang berhormat, buatlah perkara yang baik untuk rakyat," katanya.
Pada PRU13, Terengganu dikuasai BN dengan majoriti tipis 17 kerusi, Pas (14) dan PKR (1).
Sementara itu Ahmad Said berkata beliau kini 'keseorangan' ketika ditanya sama ada beliau akan mengemukakan sebarang usul 'pelik' pada sidang berkenaan.
"Apa boleh saya buat, saya seorang sahaja," katanya yang ditemui pemberita sebelum persidangan bermula.
Beliau yang merupakan bekas menteri besar menjadi tumpuan ekoran tindakannya yang kerap mengkritik Ahmad Razif.
Laporan akhbar sebelum ini meramalkan beliau akan membuat usul pelik pada sidang Dun kali ini.

Razlan: DOJ is using 'MO1' to spread seeds of unrest

'Jangan jadi macam sebelah sana, semua masalah duit' - Azmin

'Saya sorang saja, macam mana nak lawan', kata Ahmad Said

Kalau orang serang saya, saya serang balik kata bekas MB Terengganu

Qazaf: Anwar persoal dokumen tidak sampai pada hakim

Qazaf: Rayuan Anwar ditolak, dokumen tidak lengkap

'Mengapa tidak siasat SRC di mana wang masuk dalam akaun PM'

Benarkan siasatan terhadap 1MDB dibuka semula, kata Tony Pua

Noh Omar baru jadi menteri, baru nak belajar tolong orang susah - Azmin

'Jho Low' ikat perut nak beli motor RXZ, Civic

Isu parti baru Muhyiddin: Tak tahu, tak ada bincang, kata Azmin

Razif vs. Ahmad Said showdown begins as T'ganu State Assembly commences

"Mana saya tahu," kata bekas MB Terengganu

ADUN BN-Ajil nafi ada usul bubar DUN Terengganu

"Terpulang pada MT UMNO ambil tindakan terhadap Ahmad Said" - Razif

Sidang DUN lancar, Razif anggap krisis selesai

Siapa Malaysian Official 1

Oleh Hishamuddin Rais
Tetiba dengan tak semena-mena Rosmah Mansor tidak lagi mengakui dirinya sebagai FLOM - First Lady of Malaysia. Pasal apa ini terjadi? Apa sudah jadi? Betulkah berita ini? Atau ini satu fitnah? Mustahil dan tidak masuk akal dia mahu melepaskan glamor first lady. Mustahil dia tidak mahu lagi dipanggil first lady. Apakah kucing sudah mula pakai.?

Sabar dulu. Biar gua buka surah agar kita semua dapat tahu kisah di belakang kisah. Surahnya panjang macam Syair Siti Zubaidah. Lebih ajaib dari Jula Juli Bintang Tujuh. Lebih menakutkan dari Tok-Tok Kai Serondong Batang. Lebih lawak dari gambir Sarawak. Surah ini akhirnya memberi pencerahan untuk kita semua memahami geopolitik dunia. Amin.

Kisah bermula pada Rabu 20 Julai 2016 di Washington DC. Seorang minah membuat sidang akhbar. Minah ini diapit oleh tiga sosok. Sosok pengapit ‘orang gagah’ ini tidak ada apa-apa hubungan dengan gedebe New York. Adalah tidak benar berita mengatakan pengapit tiga orang ini berdiri sebagai pengawal peribadi kerana minah ini takut kena simen macam yang telah terjadi kepada Kevin Morais. Tidak benar. Semua ini hanya kentut dan khabar angin.

Minah ini wanita paling dihormati - paling berkuasa di Amerika Syarikat. Minah ini menjadi minah ini kerana dilantik oleh Presiden Obama dari Rumah Putih. Manakala sosok-sosok pengapit itu adalah wakil lembaga daulah Amerika.

Minah ini bernama Loretta Lynch. Minah ini ialah peguam negara Amerika - sama macam Apandi Ali. Cuma Loretta Lynch membuat kerja tanpa disuruh arah oleh Obama atau buat kerja kerana dedak.

Sosok yang mengapit ialah pegawai besar FBI. Seorang lagi pegawai besar Jabatan Kehakiman Amerika. Dan hadir sama ialah pegawai siasatan jenayah. Saya ulangi, pegawai siasatan jenayah Trial Attorney Criminal Division.

Ada yang tak faham apa itu jenayah ke? Kalau tak faham sila tanya ketua Twitter negara atau Noh Omar. Mereka berdua ini amat arif dalam hal jenayah menjenayah. Ada seorang adik bernama Mat Suka Buat Jenayah Susahkan Politik Abang dan Mat Suka Nak Jadi Gebebe Macam Abang.

Rabu 20 Julai yang lalu menjadi satu sejarah. Kes jenayah dunia telah dicatat. Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ) telah mengeluarkan waran rampas. Sila baca sekali lagi - waran rampas.

Sidang akhbar Loretta Lynch ialah untuk mengumumkan kepada dunia tentang waran rampas yang telah disediakan DOJ.

Faham atau tidak apa ertinya rampas? Rampas ialah mengambil sesuatu tanpa kebenaran tuan yang empunya barang. Hebat. Cukup hebat JKA ini - berani mengeluarkan waran rampas. R-A-M-P-A-S.

Kenapa rampasan ini menjadi sejarah dunia?

Rampasan kali ini menjadi sejarah dalam dunia kerana belum pernah dalam sejarah dunia harta bernilai 1 bilion dolar atau 4 bilion ringgit Malaysia akan dirampas dan disita oleh kerajaan Amerika. Belum pernah terjadi rampasan sebagini besar. Satu rekod dunia. Orang Belgium kata - jamais.

Malah harta Pablo Escobar ketua geng dadah kokain kartel Medellin dari Colombia yang dirampas di Amerika tidak sampai berbilion dolar. Hebat. Gila babi kes rampasan kali ini.

Putar ingatan

Umno bergelek kerana masih baru dalam politik....!!!

KANTOI..!!! Bila video gelek dah jadi viral baru lah kononnya 'tersedar'. "Kami masih baru dalam politik.."

Abes tu masa mula2 nak rancang & gelek tu adakah masih tidak sedar lagi yang ianya sememangnya terang2 boleh menjatuhkan maruah & aib wanita, APATAHLAGI gelek yang begitu menggiurkan di hadapan bukan mahram terutamanya pemimpin VVIP MELAYU-AMENO !!!

Puteri Umno dah berusia 15 TAHUN tak kan masih nak kata.. "masih baru dalam politik.."

Tak kan sejarah Puteri Umno sendiri pon tak tahu !!!

SALAH SATU KEBODOHAN UMNO..

Kalau dah buat jenayah di negara mereka, SUDAH TENTU lah Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) siasat kerana berlaku penyelewengan/ korupsi dana 1MDB di negara mereka.

Mereka siasat di sana. BUKANNYA Amerika dtg siasat ke M'sia..

LEPAS TU kecoh nak disamakan dgn Iraq.
Saddam Hussein musuh AS. Iraq ada minyak. Jadi ada kepentingan strategik untuk AS jajah Iraq.

TETAPI di M'sia, Najib kamceng sama Obama. Main golf sama2 kat Hawaii..

NAMPAK TAK !!!

Nampak sgt KETOLOLAN juak pemakan dedak UMNgOK..

TAK HERANLAH ini semua hasil kerja tangan Umno..

Exco Hal Ehwal Agama Melaka sama2 bersekongkol berhibur buat maksiat..

Kes BELON KUNING vs. Skandal Kewangan 1MDB Terbesar Dunia

FAKTA:
Pej. Peguam Negara USA sibuk kejar kes balun berbilion 1MDB.

Pej Peguam Negara sini sibuk kejar kes belon kuning!!

APA DAH JADI pada AG?..

APA DAH JADI kpd sistem pengadilan di negara kita ??!!..

Kes belon kuning didakwa; kes balun bilion tak didakwa ??!!..