Ahad, 7 Ogos 2016

Suara Rakyat People's Voice 人民之声 Narrated by Anwar Ibrahim

Parti Melayu baru langkah strategik, kata Kadir Jasin

Adalah tidak adil menuduh bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membelakangkan kepelbagaian budaya dengan membuka keahlian hanya kepada bumiputera dalam parti baru yang akan ditubuhkannya.
Wartawan veteran Datuk Kadir Jasin berkata langkah itu adalah strategik supaya tidak bertembung dengan parti lawan BN yang berlatar belakang pelbagai kaum.
Kadir berkata ini adalah hasil perbincangan antara penganjur parti baru itu dan PKR, DAP, AMANAH serta PAS yang menunjukkan "tanda-tanda positif".
"Mereka yang datang dari parti berbilang kaum, terutamanya PKR dan DAP, tidak mahu melihat satu lagi parti pelbagai kaum bersaing untuk sokongan dan lebih teruk lagi, mencuri ahli-ahli mereka.
"Tetapi mereka telah sebulat suara bahawa parti Melayu / berdasarkan bumiputera baru itu akan memainkan peranan penting dalam pakatan pembangkang sedia ada," kata Kadir, yang juga mengambil bahagian dalam perbincangan itu.
Beliau berkata penganjur parti baru itu percaya parti itu akan menyediakan platform alternatif kepada Umno.
Matlamat utama, katanya, adalah untuk memecahkan hagemoni BN dengan menentang parti itu dalam pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya umum ke-14.
Ini termasuk kerjasama dengan bekas naib presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal yang akan menubuhkan parti berasaskan bumiputera di Sabah.
"Oleh itu, adalah salah untuk menuduh mereka yang memulakan parti baru itu mengabaikan kepelbagai kaum. Parti baru ini berjanji untuk memberi pengiktirafan sepenuhnya kepada berbilang kaum dan pembaharuan politik sambil meminimumkan konflik yang mungkin berlaku dengan parti-parti politik pembangkang yang sedia ada," katanya.

Politik Penyu: Pemuda Pas Terengganu sedia hadapi PRN, kata timbalan ketua


Hishamuddin, Timbalan Ketua Pemuda Pas Terengganu.Hishamuddin, Timbalan Ketua Pemuda Pas Terengganu.Walaupun sebelum ini berharap pilihan raya negeri (PRN) tidak diadakan kerana ia melibatkan kos yang tinggi, namun kini Pemuda Pas Terengganu telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya itu selepas kebanyakan pihak dalam Pas termasuk di Terengganu sedia untuknya.
Dalam satu dialog di Batu Rakit baru-baru ini, Timbalan Ketuanya Hishamudin Abdul Karim berkata, Pemuda telah bersedia bersama jenteranya jika berlaku sebarang kemungkinan PRN berdasarkan senario politik negeri yang begitu membimbangkan sekarang ini.
Dengan sidang Dewan Undangan Negeri yang akan berlangsung pada Isnin ini Hishamudin berharap kemelut yang berlaku pada Umno tidak akan mengheret rakyat terus berada dalam situasi yang tidak menentu.
“Kita bersedia untuk ambil alih pentadbiran negeri yang berlaku banyak masaalah, mencetuskan kecelaruan dengan pelbagai isu seperti 1MDB, isu Bertam, LPT2 dan sebagainya,” katanya di majlis sembang santai di Maras, Batu Rakit pada jumaat malam bersama masyarakat setempat, lapor media rasmi Pas Terengganu, Buletin Online.
"Pemuda telah bersiap sedia dengan seluruh jentera dalam menghadapi apa jua kemungkinan jika berlaku pembubaran DUN dalam masa terdekat,” tegasnya yang menyokong pendirian pimpinan tertinggi negeri serta menolak anggapan sesetengah pihak yang menyatakan PAS ingin bekerjasama dengan Umno.
Sebelum ini, Hishammuddin berharap PRN tidak diadakan.
Kos perbelanjaan untuk mengadakan sesuatu PRN adalah besar sedangkan kepentingan rakyat perlu didahulukan lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, kata Hishamudin kepada akhbar Sinar Harian itu yang membayangkan keraguan Pemuda Pas terhadap PRN itu.
“Kita harap PRN tidak berlaku sebab ia libatkan kos dan kepentingan rakyat. Kita kira sudah sampai pada satu tahap ia diselesaikan melalui PRU,” katanya kepada Sinar Harian.
Hishammuddin yang juga Adun Tepoh menjelaskan pihaknya tetap bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan PRN Terengganu apatah lagi melalui desas-desus yang timbul sejak kebelakangan ini.
Menurutnya, jentera Pemuda Pas peringkat negeri bila-bila masa sahaja akan bekerja untuk memastikan kemenangan parti.

Politik Penyu: Situasi politik di Terengganu

Politik Penyu: PAS sedia ambil alih pentadbiran negeri Terengganu

Politik Penyu: Amanah tunggu dan lihat perkembangan sidang DUN esok - Salahuddin

Skandal 1MDB: Agamawan bisu kerana cari makan, kata Kassim Ahmad

Nampaknya golongan muda terpaksa ambil alih peranan yang sepatutnya dijuarai orang-orang agama, kata penulis kontroversi itu
 kasiim-ahamad
KUALA LUMPUR: Seakan kecewa dengan kegagalan sesetengah agamawan dalam menyuarakan keresahan masyarakat, penulis kontroversi Kassim Ahmad meletakkan tanggungjawab itu kepada golongan muda.

“Agamawan yang cari makan,” katanya ringkas ketika ditanya berhubung kebisuan sesetengah golongan agama di saat negara dilanda pelbagai isu, terutama 1MDB.
Beliau berkata, golongan muda perlu membawa suara masyarakat dengan ‘pandangan baru dan bersemangat’ mereka.
“Pengajaran untuk golongan muda. Saya memberi harapan kepada dunia baharu yang sedang lahir, dengan fikiran dan konsep baharu. Ia sebenarnya bukan baru, tetapi (konsep) lama (yang lahir semula),” katanya lagi.
Kassim adalah tokoh kontroversi dan sikap kritisnya terhadap golongan agama bukanlah perkara baru, dan kerana itu beliau sekian lama ‘diburu’ pihak berkuasa agama yang tidak setuju dengan pandangannya.
Malah di saat usianya menghampiri 83 tahun, Kassim masih perlu turun naik mahkamah selepas didakwa atas tiga tuduhan menghina Islam dan pihak berkuasa agama dua tahun lalu.
Beliau yang jarang tampil di khalayak ramai hadir mendeklamasikan beberapa sajaknya – antaranya Sidang Ruh dan Dialog – serta memberi syarahan di sebuah program hari ini.

Politik Penyu: Polis minta Gelombang Kuning jangan ganggu sidang DUN Terengganu

Ketua Polis Terengganu tidak akan berkompromi keatas mana-mana pihak tidak kira pangkat yang didapati sengaja menimbukan huru hara
Sidang-Dewan-Undangan-Negeri-(DUN)-Terengganu
KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu mengingatkan orang ramai agar tidak menimbulkan provokasi dan kekecohan semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke 14 yang akan berlangsung esok.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata pihaknya tidak akan berkompromi dan akan bertindak tegas ke atas mana-mana pihak tidak kira pangkat atau kedudukan yang didapati dengan sengaja menimbulkan kekecohan atau huru hara semasa persidangan itu.
“Jangan cemari persidangan DUN dengan insiden yang boleh menimbulkan rasa kurang selesa dan huru hara kepada mana-mana pihak.
“Sekali lagi saya mengingatkan orang ramai agar tidak membuat kecoh pada persidangan itu berlangsung…biar ia berlansung dengan aman tanpa apa-apa (insiden),” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Sebelum ini, Polis Terengganu mengesan satu gerakan bergelar ‘Gelombang Kuning’ yang dipercayai cuba mengaitkan pihak Istana Terengganu dalam memprotes kepimpinan kerajaan negeri.
Polis tidak menolak kemungkinan gerakan yang sama akan cuba membuat provokasi pada sidang DUN esok yang boleh menggugat ketenteraman awam.
“Jadi saya menyeru kepada orang ramai supaya tidak terlibat dengan gerakan gelombang kuning ini kerana ia menyalahi di bawah Akta Hasutan.
“Dan jangan mempercayai terdapat sokongan daripada pihak-pihak tertentu dan jangan cuba mengaibkan Istana di dalam gerakan ini,” katanya.

MELAYU AUTA: NAK NANGIS ATAU KETAWA? KENAPA TAK CADANG PUTUS HUBUNGAN DENGAN AS?

Makin parah nampaknya tahap percubaan pemimpin UMNO mahu mengautakan orang-orang Melayu sekarang ini.

Malas nak ulas panjang-panjang kenyataan Ketua Menteri Melaka, Idris Haron ini,  nak bagi peluang penjenguk blog ini mengulasnya pula.
Kadang-kadang tak tahu sama ada mahu menangis atau ketawa bila pemimpin bercakap seperti ini. Malu kat rakyat beb!!

Cuma nak bagi satu contoh, jika mahkamah negeri Melaka mengambil tindakan merampas harta pencuri yang berasal daripada Kedah atau Perak, apakah ia bermakna Melaka mahu campurtangan dan menjatuhkan kerajaan negeri tersebut?

Tetapi, jika benar Idris Haron ada fakta kukuh bahawa Amerika ada perancangan mahu menjatuhkan Najib dan membunuh orang Melayu sebagaimana yang pernah dilakukan kepada Iraq, ada baiknya beliau mencadangkan kepada kerajaan agar memutuskan hubungan diplomatik dengan kuasa besar itu.

Jangan gebang besar depan perwakilan UMNO saja?

Politik Penyu: Peletakan jawatan saya tak akan selesaikan masalah, kata Ahmad Razif

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, peletakan jawatan beliau tidak akan menyelesaikan kemelut politik di negeri berkenaan.
 
Memetik wawancara daripada Utusan Malaysia hari ini, Ahmad Razif berkata, ini kerana kedudukan kerajaan negeri tetap akan goyah memandangkan jumlah kerusi DUN milik Umno-Barisan Nasional (BN) yang tipis walaupun beliau berbuat demikian. 
 
Post Pic "..dan siapa yang boleh memberi jaminan bahawa tiada lagi yang akan memberikan ancaman?
 
"Sebab itu bagi saya hari ini, kita minta tidak berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN) yang merugikan belanja dan masa," kata beliau dipetik akhbar berkenaan.
 
Bagaimanapun ADUN Seberang Takir itu berkata, beliau tidak mempunyai masalah malah tetap bersedia menghadapi PRN sekiranya keadaan 'memaksa' dan bagi memastikan maruah parti tidak tercabar.
 
"Saya berkeyakinan penuh dan telah memberikan janji kepada Perdana Menteri bahawa majoriti dua pertiga jika berlaku PRN, dan saya akan ambil tanggungjawab sepenuhnya," ujar beliau.
 
Dalam pada itu, Ahmad Razif turut membidas tindakan segelintir individu yang gemar mengkritik kepimimpinan beliau sedangkan berada di dalam parti yang sama.
 
"Adalah lebih baik duduk dalam kelompok lain untuk senang dijawab tanpa dilihat bermusuh sesama sendiri," kata beliau tanpa menyatakan nama pihak yang dimaksudkan secara spesifik. 
 
Terdahulu hari ini, mantan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang dipetik sebuah portal berbahasa Inggeris menyatakan beliau tidak berminat dengan PRN. 
 
Sebaliknya menurut Ahmad Said, beliau hanya ingin melihat penggantinya itu meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar berkuat kuasa serta merta.
 
Ahmad Said berkata perkara terbaik yang perlu dilakukan Ahmad Razif adalah meletakkan jawatan kerana jika diadakan pilihan raya negeri, Barisan Nasional (BN) dan Umno tidak akan dapat membentuk kerajaan.

Demonstrasi budaya kita?


‘Demonstrasi bukan budaya kita’, ‘Ini mengancam ketenteraman negara’, ‘Kita ada saluran sah untuk suarakan pendapat’, ‘Haram, haram, haram’, dan lain-lain retorik dan falasi begini biasa kita dengar bukan? Tahun 2016 dan masih ada lagi mentaliti semacam ini.
Mungkin negara pemerintahan kleptokrasi atau aristokrasi lupa kita adalah negara demokrasi berparlimen dan berperlembagaan. Mungkin juga mengalami amnesia bahawa lipatan sejarah negara sejak sebelum merdeka lagi membuktikan kita telah mengamalkannya.
Demo-GST-2Demonstrasi adalah organ kepada demokrasi itu sendiri. Hak berhimpun ini dijamin dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Kita juga telah ada Akta Perhimpunan Aman 2012. Kita juga telah pinda Seksyen 15 AUKU.
Cara fikir regresif, restriktif dan mandul dalam faham demokrasi dan politik baru sudah lapuk dan patut dimuziumkan serapinya.
Antara elemen-elemen dalam proses demokrasi semisal piket, memorandum, pilihan raya, parlimen termasuklah demonstrasi diamalkan secara sihat di seluruh negara demokrasi maju sebagai simbol ketamadunan. Demonstrasi adalah salah satu bentuk daripada cara warga mengekspresi hasrat.
Boleh jadi itu cara paling efektif dan termampu bagi marhaen yang tidak punyai kuasa pemerintahan. Parti BN sebagai contoh pabila jadi pembangkang di Penang, Kelantan dan Selangor, bukan sedikit siri demonstrasi atas kerajaan negeri tersebut. Ia proses normal dan tiada benda pelik berkenaannya bukan?
Semboyan BERSIH 5.0 telah dibunyikan pengerusinya. Ia adalah kesinambungan daripada BERSIH 1.0 (2007), BERSIH 2.0: Walk for Democracy (2011), BERSIH 3.0: Duduk Bantah (2012) dan BERSIH 4 (2015).
Gabungan BERSIH diketahui sedari awal penubuhannya bersama 8 tuntutan supaya pilihan raya dan politik adil, bersih dan telus. Ia bersifat ‘apolitical’. Antara reformasi pilihan raya yang signifikan pasca penubuhan BERSIH adalah pelaksanaan dakwat kekal dan peti undi lut sinar.
Pengalaman peribadi, BERSIH 2.0 merupakan pengalaman sulung iaitu ketika aku mula bergelar mahasiswa walaupun pemerhatian awalku sejak di bangku sekolah lagi melalui media-media alternatif ketika itu. Cukup mengujakan sebenarnya sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin kepada isu tanah airnya untuk menyahutnya. Tambahan pula jaminan PDRM sendiri sebagai pemudah cara acara terbaru ini selari peruntukan APA 2012.
Bagi aku, Himpunan BERSIH adalah sebuah himpunan masyarakat sivil yang benar-benar menterjemah semangat satu Malaysia yang rentas kaum, agama, status sosial bahkan fahaman politik kepartian. Ia sebuah ‘Hari Terbuka’, ‘Hari Keluarga’, ‘Hari Riadah’ terbesar untuk rakyat Malaysia.

Kebenaran ada di luar sana



The X-Files merupakan sebuah drama bersiri seram fiksyen sains yang dilakonkan oleh David Duchovny sebagai Ejen Fox Mulder yang mempercayai perkara paranormal yang sukar dijelaskan dengan sains dan Gillian Anderson sebagai Ejen Dana Scully yang merupakan seorang realistik dan meletakkan sains keutamaan dalam kes X-Files.
imageDrama bersiri ini dihasilkan oleh Chris Carter. Drama bersiri ini sudah menjangkau 10 musim dan mempunyai 208 episod. Rancangan ini bermula pada tahun 1993 sehingga tahun 2002 dan telah dihidupkan kembali pada tahun ini. Tidak lupa juga terdapat dua filem The X-Files telah ditayangkan pada tahun 1998 dan 2009 namun kurang memberi impak kepada penonton.
Walaupun saya lahir pada tahun 90-an, saya masih setia dengan drama ini. Ketika rancangan ini disiarkan, saya masih bertatih dan menyebut beberapa patah perkataan sahaja.
Namun begitu, dengan adanya Internet dan rancangan streaming pada masa ini, saya berpeluang menonton rancangan bersiri ini. Drama ini mempunyai kekuatan sendiri dan mempunyai kesan yang mendalam kepada generasi Y seperti saya. Sarat dengan ilmu sains seperti fizik dan kimia dan konspirasi politik kerajaan, rancangan ini berjaya menarik minat saya untuk memahami jalan cerita tersebut. Kenapa saya memilih The X-Files sebagai drama bersiri yang harus dikupaskan?
Permainan Politik Orang Atasan
The Smoking Man (lakonan William B. Davis) merupakan watak antagonis paling berkuasa dan penuh misteri dalam rancangan fiksyen ini. Watak ini digambarkan telah membunuh John F. Kennedy dan Martin Lurther King Jr. Dia jugalah manusia yang bertanggungjawab menentukan pilihan raya, pasukan mana yang menang dalam permainan sukan dan menghapuskan bukti untuk diketahui orang awam.
Dia bagaikan Tuhan yang menentukan kuasa mutlak kepada manusia. Dia juga merupakan kunci utama kepada konspirasi kerajaan. Dia lebih bahaya berbanding makhluk asing, lebih dashyat berbanding makhluk paranormal yang disiasat oleh Ejen Mulder dan Ejen Scully.
‘Saya mencuba meletak diri saya dalam watak tersebut dan melihat dunia ini melalui perspektif watak ini. Lagipun,penjahat tidak berfikir mereka ini penjahat’- William B. Davis bercakap mengenai wataknya.
Yang menarik mengenai watak ini, dia tidak sesekali memandang rendah kepada keupayaan Ejen Fox Mulder untuk mencari kebenaran. Walaupun The Smoking Man digambarkan sebagai watak paling berkuasa dan mempunyai pengaruh, dia juga mengambil langkah berhati-hati supaya agendanya tidak digagalkan.
Saya memandang watak antagonis ini digambarkan seperti Tun Mahathir. Walaupun keluar UMNO, pengaruh dan kuasanya masih mendapat perhatian dalam arena politik. The Smoking Man juga masih mengekalkan kuasa dan pengaruhnya walaupun The Syndicate(kerajaan bayang-bayang) telah musnah.
Saya tidak nafikan pada zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir banyak kemajuan,namun pada ketika itu juga Tun Mahathir menggunakan kuasa politiknya untuk mencapai agenda tertentu.
Hak orang awam untuk mengetahui sesuatu seperti Tragedi Memali disekat. Sama juga dengan tindakan The Smoking Man yang menyekat tindakan Ejen Mulder untuk mengetahui kebenaran. Alasannya, mengelak cetusan panik orang awam untuk mengetahui kebenaran.
Antara Sains, Budaya dan Agama

Sudah-sudah lah tegakkan benang yang basah


Sejak beberapa hari lalu, watak-watak dalam UMNO sudah mula ‘bertelagah’ sesama sendiri dalam menjawab isu “Siapa ‘Malaysian Official 1’ ?” dan hal-hal yang berkaitan dengannya.
Di Indonesia, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam temubual bersama media televisyen tempatan di sana dengan tegas mempertahankan bahawa “dirinya, Kerajaan Malaysia dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)” tidak terlibat secara langsung dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.
imageSementara di tanah air, ironinya, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dengan lantang pula mengatakan bahawa hasil siasatan hampir setahun pihak DOJ melalui FBI untuk menyita aset yang dipercayai ‘dicuri’ melalui 1MDB seolah-olah mengatakan bahawa Putrajaya sememangnya telah didapati bersalah.
Semalam, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang juga Majlis Tertinggi UMNO berkata hanya orang bodoh sahaja yang tidak tahu bahawa ‘MO1’ itu merujuk kepada perdana menteri, tetapi sedikit cerdik apabila kata Najib tak terlibat dalam saman sivil berkenaan.
Namun, kenyataan yang paling boleh mengundang ketawa kita semua adalah datangnya dari tidak lain dan tidak bukan dari Datuk Bung Mokhtar sendiri, apabila beliau berkata tiada siapa pun tahu siapa ‘MO1’, ia boleh jadi sesiapa sahaja, boleh jadi saya, kita semua.
Sudah terang lagi bersuluh, dalam dokumen saman setebal 136 muka surat tersebut dinyatakan ciri-ciri ‘MO1’, antaranya mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Riza Aziz dan merupakan individu yang mempunyai kuasa tertinggi dalam pentadbiran negara dan 1MDB.
Tidak mungkin rakyat marhaen seperti kita mampu dilabel sebagai ‘MO1’ yang disebut sebanyak 36 kali dalam saman berkenaan.
Saman sivil DOJ itu bukan sahaja bertujuan untuk merampas aset-aset curi Riza Aziz dan Jho Low, tapi membawa bersama pelbagai pertuduhan penglibatan ‘MO1’ dalam usaha terancang individu-individu tersebut menjarah berbilion dolar AS wang rakyat Malaysia.

Politik Penyu: "Saya Hanya Mahu MB Letak Jawatan" - Mat Said

KUALA TERENGGANU: Krisis politik di Terengganu menyaksikan pendirian terbaharu apabila Ahli Dewan Undangan Negeri A(dun) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said berkata beliau tidak berminat dengan pilihan raya negeri.

Sebaliknya menurut Ahmad, beliau hanya ingin melihat Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman meletakkan jawatan berkuat kuasa serta merta.

"Saya seorang yang tenang dan telah bersabar selama dua tahun. Tetapi apa yang berlaku sudah melampau. Ia mula memberi kesan kepada rakyat dan pemimpin yang tidak bersalah.

"Kerosakan itu telah dilakukan dan Ahmad Razif telah mengejutkan harimau yang sedang tidur. Sekarang beliau perlu pergi. Saya tidak mahu pilihan raya negeri tetapi apa yang saya mahu ialah beliau digantikan oleh orang lain," kata bekas menteri besar itu kepada The Star.

Ahmad berkata keadaan mungkin berbeza jika Menteri Besar itu mendapatkan nasihat beliau terutamanya mengenai pelantikan dan pemecatan orang Umno di Kijal dan Kemaman.

"Alasan pemecatan itu adalah kerana orang-orang yang mengetuai syarikat berkaitan kerajaan tertentu itu rapat dengan saya. Mengapa menjadikan mereka mangsa?" soal beliau.

Ahmad berkata perkara terbaik yang perlu dilakukan Ahmad Razif adalah meletakkan jawatan kerana jika diadakan pilihan raya negeri, Barisan Nasional dan Umno tidak akan dapat membentuk kerajaan.

Sementara itu tinjauan menunjukkan bahawa majoriti daripada orsng rsmsi menentang pilihan raya negeri.

Nor Sakinah Mohd Kadir, 22, berkata tidak ada keperluan untuk mengadakan pilihan raya mengejut, dengan mengatakan bahawa sudah ada terlalu banyak menteri besar dalam masa beberapa tahun.

"Ini telah menjejaskan atau mengganggu dasar atau projek-projek pembangunan," kata mahasiswa Diploma Kejuruteraan Kimia itu.

Politik Penyu: Boikot Sidang DUN Hanya Provokasi - Exco


KUALA TERENGGANU:"Ia hanya khabar angin dan satu provokasi pihak tidak bertanggungjawab," itu jawapan yang diberikan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A Latiff Awang.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai spekulasi yang mendakwa enam orang exco dijangka memulaukan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-14 yang akan bersidang esok.
A Latif yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Berangan juga berkata pemulauan berkenaan tidak mungkin berlaku kerana ketika ini kesemua exco berada teguh menyokong kepimpinan Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman.
"Saya yakin ia tidak akan berlaku sebab ketika ini tahap kecintaan kami semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) sangat tinggi terhadap Terengganu dan tidak mungkin akan berlaku perkara di luar jangkaan kerana kami tetap bersama MB (Menteri Besar)," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Pidato Transformasi Terengganu Baharu (TTB) di Wisma Darul Iman di sini, Ahad.
Ketika diminta mengulas mengenai dakwaan akan berlaku 'perkara yang tidak dijangka' pada Sidang DUN esok, beliau mengharapkan tiada perkara luar biasa yang akan berlaku dan Sidang DUN dapat berlangsung seperti biasa.
"Saya menaruh harapan agar Sidang DUN esok dapat berjalan lancar dengan tertib dan kita juga berharap Sidang DUN kali ini akan memberi impak dan kesan yang baik kepada negeri Terengganu," katanya.

'Lepas Iraq, sekarang AS nak bunuh Melayu pula' - Idris Haron

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron mendakwa Jabatan Keadilan Amerika Syarikat adalah sebahagian daripada helah politik untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak dan orang Melayu.
Idris mempersoalkan kredibiliti DOJ berbuat demikian dengan merujuk pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq pada tahun 2003 serta dakwaan bahawa presiden Iraq ketika itu, Saddam Hussein memiliki senjata pemusnah besar-besaran.
"Kita nak beritahu Amerika, ini Asia Tenggara, ini Malaysia. Negara kita tanggungjawab kita. Apa kredibiliti Department of Justice itu?
"Serangan ke atas Iraq, (Amerika) kata apa? Ada senjata kimia besar-besaran; senjata kimia yang boleh memusnah dan sebagainya. Sampai mati Saddam Hussein, hari ini satu inci laras senjata kimia pun tak jumpa di Iraq.
"Kau tipu orang Iraq, kau bunuh orang Iraq, sekarang kau nak bunuh pula orang Melayu di Malaysia.
"Tuan puan, kita kena bangkit. Ini tidak lain dan tidak bukan daripada political plot untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib, sebab dia tahu dengan polisi Datuk Seri Najib bawa ini, boleh angkat Melayu dihormati dan disegani satu dunia," ujarnya.
Idris memberikan ucapan tersebut ketika merasmikan mesyuarat Umno bahagian Ampang bagi sayap pemuda, wanita, dan puteri parti itu.
DOJ bulan lalu mendakwa kira-kira AS$ 3 bilion telah disalahgunakan daripada dana 1MDB. Ia memfailkan saman sivil bagi merampas AS$ 1.5 bilion dalam bentuk aset, yang didakwa hasil pengubahan wang haram melalui sistem kewangan AS.
Sebagai tindak balas, Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali mendakwa tidak ada bukti penyelewengan daripada siasatan yang dilakukan. Bagaimanapun siasatan polis masih berjalan.
Terdapat spekulasi menyebut Najib merupakan individu dinamakan sebagai Malaysian Offical 1 dalam dokumen-dokumen mahkamah terbabit, yang didakwa di antara mereka yang mendapat kelebihan daripada penyelewengan itu.
Najib bagaimanapun secara konsisten menafikan salah laku tersebut, manakala Apandi sebelum ini membebaskan beliau daripada tuduhan itu.

Isu Keling: NGO Gesa Polis Siasat Tun Mahathir

Idris: Ini Masa Terbaik Rampas Selangor Pada PRU14

Zuraida selar 'orang tumpang semangkuk', jawab fitnah isu banyak kereta

Calon-calon UMNO adalah 'rubbish' di Selangor, kata Zuraida

Hebat Malaysia, Satu Dunia Tahu...!!

SIAPA-SIAPA nak kekal cantek awet muda sampai masuk lobang kubor mestila selalu amal songlap duit rakyat.

3 April 2009 - Hari Bermulanya Musibah Negara..!!

Hanya Allah SWT sahaja yang tahu akan kematian Umno kelak..

Setelah kematian & terkuburnya Umno, ke mana kah hala tujunya pemimpin2 Umno yg 'kaya raya' slps itu ??!!

'PAS selesaikan dulu masalah di Kelantan...' - Ahmad Jazlan

JERANTUT - Pas diminta menyelesaikan terlebih dahulu masalah yang ada di Kelantan sebelum bercita-cita mengambil alih Kerajaan Terengganu, kata Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
Pas sebelum ini menyatakan kesediaan mengambil alih Terengganu dari Umno berikutan khabar angin mengatakan berlakunya krisis dalaman Umno di Terengganu.
'Selesai dulu masalah di Kelantan...' Jazlan juga berkata, Pas di Kelantan sendiri mempunyai krisis  mereka sendiri seperti hilangnya keyakinan tidak hanya dalam kalangan ahli, malah Adun dan pimpinan Kerajaan Kelantan.
Tambahnya, ‎kerajaan Pas Kelantan sebelum ini mendapat mandat rakyat Kelantan atas nama Pakatan Rakyat yang kini telah dibubarkan berikutan krisis parti terbabit.
"Ini bermakna mandat rakyat tidak sama dengan pemerintahan yang ada kini berikutan beberapa pimpinan dipecat.
"Pada saya, tidak perlulah Pas memikirkan tentang Terengganu. Perbetulkan duhulu di Kelantan, bela dahulu nasib rakyat dipimpin mereka selama 26 tahun ini ‎dari isu-isu masalah sosial, pembangunan dan masalah-masalah lain yang masih belum diselesaikan oleh Pas," katanya.
Beliau yang juga merupakan Adun Machang dan Timbalan Menteri Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Jerantut, di Dewan Majlis Daerah Jerantut, di sini, hari ini.
Majlis turut dihadiri oleh Ahli Parlimen yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Jerantut, Ahmad Nazlan Idris.
Beliau dalam pada itu berkata, golongan muda memainkan peranan penting dalam pembentukkan negara sama ada dari sudut negatif mahupun positif.

Tidak ramai ahli Umno akan sertai parti Dr M, kata Mahdzir

Bagaimanapun, Umno perlu bersiap sedia terhadap saingan bakal diberikan parti baharu itu untuk merebut sokongan pengundi Melayu pada pilihan raya umum akan datang.
mahdzir-umno-mahathir
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mahdzir Khalid yakin tidak ramai ahli Umno akan menyertai parti baharu yang bakal ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana mereka masih percaya kepada pucuk pimpinan sedia ada.
Bagaimanapun, ahli majlis tertinggi Umno itu memberi amaran kepada parti itu supaya bersiap sedia terhadap saingan bakal diberikan parti baharu berkenaan untuk merebut sokongan pengundi Melayu pada pilihan raya umum akan datang.
“Ini demokrasi, sesiapa sahaja boleh tubuh parti. Tetapi sudah berapa banyak parti Melayu yang ada. Tubuh pula satu lagi, nak ambil siapa lagi sebagai ahli melainkan orang Melayu?
“Kita di dalam Umno dan Barisan Nasional kena bersedia untuk hadapi kumpulan baharu ini, selain (parti-parti) yang sudah ada,” katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Setiawangsa, hari ini.
Mesyuarat di kediaman Dr Mahathir pada 3 Ogos lalu memutuskan penubuhan sebuah parti baharu berasaskan bumiputera yang akan diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden.
Kelmarin, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengingatkan ahli sayap itu tidak mengambil mudah penubuhan parti baharu berkenaan dengan beranggapan parti kecil itu tidak akan bertahan lama.

WOWWW !!!.. NAIK 10 KALI GANDA HUTANGNYA ??

Siapa yg nak tolong bayarkan balik baki RM44.2 bilion tu !!!

JANGAN RISAU.. Gabenor Bank Negara baru dah kata beliau yakin "KERAJAAN YANG AKAN LANGSAIKAN HUTANG2NYA..."

- "Mission Accomplished !!" -

Politik Penyu: Pas tunggu PRU, belum putus bersama Ahmad Said, kata Takiyuddin


Pas menegaskan bahawa parti itu masih belum membuat keputusan sama ada mahu bersekutu dengan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said untuk mengambil alih pemerintahan negeri Terengganu.
Sebaliknya, Setiausaha Agung­nya, Datuk Ta­ki­yu­d­din Hassan mendakwa buat masa ini parti Islam itu masih bersama PKR dan Ikatan dalam blok ketiga.
“Pas bagaimanapun buat masa ini be­lum memikirkan un­tuk bersekutu de­ngan mana-mana pe­mimpin UMNO, sebaliknya akan bersama PKR dalam pakatan pembangkang dan Parti Ikatan dalam Blok Ketiga,” katanya seperti disiarkan Mingguan Malaysia hari ini.
Takiyuddin berkata, Pas pada asasnya selari dengan pendirian Presiden Pas bahawa proses pilihan raya untuk memilih teraju negeri dan negara harus dilakukan melalui proses demokrasi iaitu pilihan raya umum.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pihaknya bersedia menyokong usaha Ahmad dengan syarat Adun Kijal itu keluar daripada Umno.
Menurut Tuan Ibrahim, jika keadaan itu berlaku, Pas sedia menyokong usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Ahmad Razif untuk mengambil alih pentadbiran negeri.

PM "Paling Tertekan Di Dunia": Pembangkang guna emosi berfikir, bukan otak sembang Rahman Dahlan

Jurucakap BN itu berkata, Najib adalah perdana menteri "paling tertekan" di dunia kerana sering dihujani kenyataan berunsur fitnah dan tuduhan liar daripada pembangkang.
rahman-1
KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan ahli politik pembangkang menjadikan Malaysia sebagai negara paling tertekan di dunia.
“Kenapa? Kerana kita mempunyai pembangkang yang tidak menggunakan otak mereka untuk berfikir, hanya emosi mereka,” katanya pada mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kepong, semalam.
Beliau berkata, Datuk Seri Najib Razak adalah perdana menteri paling tertekan di dunia kerana sering dihujani kenyataan berbentuk fitnah dan tuduhan liar daripada ahli pembangkang.
Menteri di jabatan perdana menteri itu berkata, pembangkang sudah tewas dan cuba meraih modal politik dengan melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap Najib, “bermula hari beliau mengambil alih” jawatan perdana menteri, pada 2009.
Beliau mendakwa parti pembangkang kekurangan dasar kukuh dan satu-satunya senjata mereka menentang BN adalah slogan “pilih saya kerana Umno tidak baik”.
“Pembangkang sepatutnya menggesa pengundi memilih mereka kerana mereka lebih baik dan ini adalah dasar ekonomi, sosial dan kebajikan kami. Tetapi tidak, mereka hanya mahu undi anda dengan berkata pihak lain tidak baik. Ini bukannya politik.

Nik Amar dakwa Amanah tolong Umno kalau bertanding di Kelantan

Biarpun berdepan serangan berterusan parti serpihan PAS dan Umno, namun Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah yakin mampu mempertahankan Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Secara peribadi beliau berpendapat PAS masih mampu mempertahan kerajaan negeri.
“Apa yang saya nampak sekarang PAN (Amanah) asyik duduk gertak supaya kita berunding dengan mereka bagi memberi laluan sekurang-kurangnya beberapa kerusi.
“Mereka sebenarnya sedar tiada kekuatan untuk bertanding. Kalau PAN benar-benar mahu bertanding di Kelantan mereka sebenarnya mahu menolong Umno dan bukan menewaskan parti itu,” katanya dipetik Harakahdaily.
Sedangkan kata beliau sebelum ini pemimpin parti serpihan itu sering bercakap mahu mengalahkan Umno dan menawan Putrajaya.
Mohd Amar yang juga Naib Presiden PAS berkata, hubungan dengan PKR masih berjalan dan dipertahankan sehingga sekarang.
Menurutnya biarpun ada cadangan Dewan Muslimat supaya dikaji semula hubungan dengan PKR, namun Majlis Syura Ulama belum lagi membincangkan isu tersebut.
“Hubungan dengan PKR di Kelantan baik dan mesra. Ada program diadakan bersama,” katanya.

‘Parti baharu akan lingkup jika pemimpin angkuh, lupa daratan’

Anina berkata, jangan samakan parti baharu dengan mana-mana parti serpihan Umno yang lain.
khairuddin-abu-hassan-anina
PETALING JAYA: Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menasihatkan pemimpin parti baharu yang diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak berperangai seperti pemimpin Umno sekarang, bagi mengelakkan ia hancur di tengah jalan.
“Kalau ianya hanya duplikasi daripada Umno, parti baharu ini juga akan lingkup. Kalau pemimpin parti baharu berperangai macam pemimpin Umno, parti baharu ini juga akan hancur cepat, yang penting ialah ketulenan kepimpinan parti baharu.
“Pemimpin-pemimpin parti baharu ini jangan angkuh dan lupa daratan. Pelajari dan timbalah ilmu sebanyak mungkin daripada Dr Mahathir. Dr Mahathir adalah tokoh negarawan yang cemerlang pada era kepimpinan emas beliau di negara kita suatu masa dulu.
“Pemimpin parti baharu jangan lagak pandai sangat, mereka perlu ikut acuan Dr Mahathir, insya-Allah mereka akan selamat,” katanya ketika dihubungi FMT.
Terdahulu, penganalisis politik menjangkakan penubuhan parti baharu Dr Mahathir yang menumpukan Melayu dan bumiputera tidak akan kekal lama, sebaliknya lebih menguntungkan Umno.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, parti baharu yang ditubuhkan daripada serpihan Umno ibarat menempah ‘kubur’ sendiri dan bakal mengikut jejak parti-parti serpihan sebelum ini.

Datuk Paduka Husam Musa Dengan Idea " Politik Baru Di Malaysia "

Oleh Hayar Hassan
Nama Datuk Paduka Husam Musa @ DPHM tentunya sudah tidak asing bagi orang awam Malaysia yang penuh minat mengikuti perkembangan politik Tanah Air khususnya rakyat bumi Kelantan Darul Naim. ADUN Salor ini yang telah menang atas tiket PAS semenjak PRU ke 12 telah diberikan kepercayaan oleh Almarhum TGNA menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa @ Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan Dan Kebajikan mulai 8.3.2008 sehinggalah TGNA meninggal dunia. Sebelum itu, TGNA yang menjawat jawatan MB telah melantik DPHM menjadi Setiausaha Akhbar MB.
DPHM akhir-akhir ini kembali menarik perhatian ramai apabila membuat suatu kenyataan terbuka , agak provokasi dan pedas terhadap survival Kerajaan PAS Kelantan pada Majlis Dailog Dengan Rakyat di Kota Bharu lewat 1Julai 2016 lalu. DPHM meramalkan bahawa PAS akan gagal untuk membentuk Kerajaan Negeri Kelantan selepas PRU ke 14 nanti ! Tiada respon segera dari pimpinan PAS Pusat ke atas kenyataan DPHM ini. Adakah mereka terkejut dan cemas ke atas kenyataan DPHM ini ? Walau apa pun kenyataan DPHM itu hampir ada kebenarannya. Pada waktu ini PAS Kelantan sepertinya tiada mempunyai tokoh yang berkarisma untuk menerajui Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim. Dahulu ketokohan dan karisma Almarhum TGNA lah yang memenangkan PAS dalam setiap PRU ! Ini adalah fakta yang sukar disanggah oleh semua orang.
Setelah dua minggu berlalu, iaitu pada 13 Julai 2016, selepas DPHM membuat kenyataan yang agak kontroversi itu, barulah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man @ DTITM, selaku Timbalan Presiden Pas membuat kenyataan terbuka, mengajak parti-parti pembangkang membuat "Genjatan Senjata " sesama parti-parti pembangkang. DTITM mengajak semua parti pembangkang menghentikan serangan sesama sendiri. Tugas utama parti-parti pembangkang adalah untuk menjatuhkan UMNO/BN. Anjuran DTITM ini telah disambut secara positif oleh semua pimpinan PH. Kita semua berharap ini adalah suatu titik permulaan yang baik untuk kesepakatan parti-parti pembangkang dalam menghadapi PRU ke 14 nanti. Sayangnya saranan DTITM ini tidak mendapat perhatian sewajarnya oleh lain-lain pimpinan PAS Pusat
Kembali menyorot sosok yang bergelar DPHM ini, di peringkat Parlimen , DPHM telah terpilih sebagai Ahli Parlimen Kubang Kerian selama dua penggal mulai 1994 hingga 2004. Ringkasnya sosok tubuh yang bergelar DPHM ini bukanlah sebarangan aktivis dalam PAS. DPHM mempunyai pengalaman yang luas dan komitmen yang tinggi terhadap PAS dan Kerajaan Kelantan Darul Naim semasa TGNA menjadi MB. Beliau dikatakan sebagai "Blue Eyed Boy "@ anak emas TGNA. Beliau suatu masa dahulu dikatakan mempunyai masa depan politik yang amat cerah khususnya untuk warga Kelantan Darul Naim. Akhbar portal popular Malaysiakini.com telah memertabatkan beliau sebagai "Newsmaker of The Year 2003".
DPHM adalah penasihat utama kepada Almarhum TGNA khususnya dalam bidang ekonomi, kewangan, politik dan pembangunan Kelantan. Berbekalkan peribadi yang tidak tercalar, dihormati, disegani oleh semua pihak, tepat dalam mengambil keputusan politiknya, Almarhum TGNA berjaya mengemudi pentadbiran Kerajaan PAS Kelantan Darul Naim selama 23 tahun. Suatu pencapaian yang luar biasa, memandangkan UMNO/BN sentiasa memasang perangkap dan tipu muslihat untuk mencemarkan intergriti serta kepimpinan TGNA dan seterusnya menjatuhkan Kerajaan PAS Kelantan Darul Naim. Namun impian buruk ini tidak kesampaian sewaktu TGNA masih hidup. Sama-sama lah kita tunggu dan lihat jika ianya akan berjaya setelah ketiadaan Almarhum TGNA sebagai Menteri Besar dan ketiadaan DPHM dalam barisan kepimpinan Exco Kerajaan PAS Darul Naim
Berbekalkan sekeping ijazah ekonomi daripada Universiti Malaya ( BEc 1980 - 1983 ) , DPHM mula mendekati PAS dengan tekad untuk memberikan sumbangannya kepada kelangsungan politik PAS Kelantan dalam bidang ekonomi dan kewangan. Umum berpendapat bahawa pada waktu itu PAS amat ketandusan orang-orang yang berkelulusan ekonomi dan kewangan. Kebanyakan daripada lulusan-lulusan bidang ini memilih untuk aktif dalam UMNO kerana peluang dan labanya amat besar sekali jika dibandingkan daripada apa yang boleh ditawarkan oleh PAS. Setelah saya amati DPHM adalah antara beberapa orang politikus-politikus pembangkang yang mampu memberikan analisa dan saranan yang bernas berkaitan dengan ekonomi dan kewangan negara. Keupayaan beliau adalah setara dengan YB Rafizi Ramli daripada PKR dan YB Tony Phua daripada DAP. Komen-komen mereka adalah ditunggu-tunggu oleh semua orang. Amat rugi lah bagi PAS yang telah memecatnya. Pada waktu ini orang ramai masih menunggu-nunggu jika ada pemimpin-pemimpin PAS yang mampu berbicara tentang ekonomi, kewangan dan pelaboran yang merupakan nadi kelangsungan ekonomi sesabuah negara.

Najib dulu hapus MECD, Tajuddin kini cadang kementerian khas untuk Bumiputera


Datuk Seri Tajuddin Abdul RahmanDatuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
Seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno tampil mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan kementerian khas bagi membantu ekonomi Bumiputera ketika Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) mendakwa lebih AS$3.5 bilion (RM14.1 bilion) dana milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa diseleweng sejak 2009 oleh sekutu-sekutu Malaysian Official 1.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman seperti dipetik dilapor berkata, pada masa ini pelbagai agensi seperti Jabatan Perdana Menteri (JPM), Majlis Amanah Rakyat (Mara) serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melaksanakan agenda memperkasakan ekonomi Bumiputera.
“Jadi sudah tiba masanya untuk kita pusatkan agenda tersebut agar pelaksanaannya dapat dilakukan di bawah satu pentadbiran dengan menubuhkan sebuah kementerian baharu supaya usaha tersebut lebih mudah,” ujarnya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita Umno Bahagian Segamat semalam.
Untuk rekod Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dalam Kabinet barunya sebaik dilantik menjadi Perdana Menteri pada 2009.
Terdahulu, MECD sejak 2004 berperanan sebagai agensi utama bagi pembangunan usahawan Bumiputera dengan menterinya yang terakhir ialah Datuk Noh bin Omar.
Keputusan Najib membubarkan kementerian berkenaan dilihat banyak pihak membantutkan pembangunan usahawan serta menjejaskan kira-kira empat juta pertubuhan koperasi dan enam juta ahli koperasi ketika itu.

Parti baharu cabaran besar buat Umno - Dr Ahmad Marthada

Penubuhan parti baharu yang dipimpin bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat bakal memberi cabaran besar kepada Umno selepas ini.
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, parti baharu tersebut semestinya menyasarkan ahli dari kalangan masyarakat Melayu luar bandar yang merupakan kubu kuat Umno buat masa ini.
“Jadi Umno sekarang terpaksa bersaing dengan parti ini yang turut menjadikan kebajikan orang-orang Melayu sebagai agenda utama mereka,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengingatkan Pemuda Umno supaya tidak mengambil mudah penubuhan parti baharu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dengan beranggapan parti kecil itu tidak akan bertahan lama.
Dalam pada itu, Marthada berkata, kebanyakan ahli-ahli Umno yang dibuang dan tidak berpuas hati dengan keadaan parti kini dilihat cenderung untuk menyertai pakatan baharu tersebut.
“Ini adalah kerana barisan kepimpinan parti baru itu juga adalah dari kalangan bekas pemimpin besar Umno sebelum ini.
“Dan sudah semestinya mereka akan mengikut jejak bekas-bekas pemimpin Umno tersebut selepas ini," katanya.

Parti Mahathir bukan serpihan dan boleh celakakan Umno, kata Bung Moktar


Parti Mahathir boleh celakakan Umno kata Bung MokhtarParti Mahathir boleh celakakan Umno kata Bung Mokhtar
Parti baharu yang bakal ditubuhkan Tun Mahathir Mohamad tidak boleh dianggap enteng (remeh) atau seolah ia hanya parti serpihan dan tidak mendatangkan apa-apa ancaman kepada Umno. Inilah masanya untuk Umno fokus ke arah memperkuatkan parti supaya beri keyakinan kepada ahli dan rakyatnya.
Malah parti Tun Dr Mahathir Mohamad itu mampu ‘mencelakakan’ Umno jika penubuhan parti itu dianggap remeh oleh ahli dan kepimpinan Umno.
Kebimbangan itu disuarakan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin yang senada dengan kenyataan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin bahawa parti baharu Dr Mahathir mampu bertahan lama dan bergerak jauh.
“Kalau ahli Umno leka, maka kesilapan besar akan berlaku dan Umno bakal ‘dicelakakan’ oleh parti pembangkang,” katanya seperti dilaporkan FMT.
Ahli Parlimen Kinabatangan itu juga mengakui, status parti tertua tidak akan memberi jaminan kepada Umno, parti Melayu itu untuk kekal memerintah.
“Walaupun Umno sebuah parti yang berjaya tetapi sejarah tidak akan membantu Umno untuk terus kekal sebagai pemerintah, kecuali Umno sendiri melibat gandakan usaha ke arah itu,” katanya.
Terdahulu kebimbangan sama disuarakan Khairy apabila mengingatkan pemuda Umno supaya tidak mengambil mudah penubuhan parti baharu Dr Mahathir dengan beranggapan parti kecil itu tidak akan bertahan lama.
Katanya, adalah terlalu angkuh untuk menganggap sedemikian kerana parti baharu itu ditunjangi nama-nama besar seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir selain Dr Mahathir sendiri.
Perkembangan terkini dalam Umno khususnya di Sabah memang jelas kritikal  selepas Datuk Seri Shafei Afdal meninggalkan parti itu.
Di bahagian Semporna kini tidak mempunyai ketua bahagian, naib ketua bahagian, pengerusi tetap, ketua wanita dan ketua pemuda kerana keluar kesemuanya didkwa keluar daripada daripada Umno bersama beberapa barisan ahli jawatankuasanya.
“Tidak tahu siapa yang hendak dipilih menjadi ketua kerana pemimpin yang ada hanyalah timbalan ketua bahagian Semporna iaitu Datuk Seri Nasir Tun Sakaran sedangkan ada juga dalam kalangan ahli yang mahukan Ramlee memimpin Umno Bahagian Semporna.

1MDB tak guna duit rakyat sembang Najib

KUBANG PASU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menggunakan duit rakyat bagi membiayai dan menguruskan hal-hal berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, semua perbelanjaan berkaitan syarikat kerajaan itu adalah menggunakan duit pinjaman daripada bank.

“Masa zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, kita pakai duit rakyat buat kilang Perwaja, tapi gagal. Kemudian Proton labur banyak duit, guna duit rakyat dan duit pembayar cukai, habis.

“Tapi Najib kata tak mahu guna duit rakyat, keuntungan kita bagi kepada rakyat. Tapi kerja pembangkang adalah membangkang,” katanya pada ucapan perasmian Mesyuarat  Perwakilan Puteri Umno Bahagian Kubang Pasu, di Bustani Hotel, Jitra, di sini, semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Johari Baharum yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu serta beberapa pemimpin Umno Bahagian Temerloh, Pahang.

Mohd Sharkar berkata, perdana menteri juga pernah memberi penjelasan mengenai isu 1MDB dalam satu temu bual di Indonesia.

“Kita kalau nak tunggu cukup duit baru nak berniaga, sampai bila tak akan berniaga. Jadi kita kena pinjam dengan bank.

“Yang sedihnya kalau sekiranya perkara itu dibesarkan oleh pembangkang tidak apa, tapi ini orang-orang kita (Umno) sendiri. Pertama sekali Tun Mahathir apabila dia lihat Datuk Seri Mukhriz Mahathir kalah tanding Naib Presiden.

Parti Dedak: Hati ahli Umno terluka dengan tuduhan liar....

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Rosnah Abdul Rashid Shirlin menasihatkan ahli Umno khususnya Wanita Umno Bahagian Shah Alam supaya tidak mengkhianati pemimpin dan perjuangan parti itu.

Menurutnya, ahli Umno perlu membulatkan tekad dan melaungkan sokongan kepada pucuk pimpinan kerana ia adalah azimat yang dipegang dalam parti selama ini.

“Kita hendaklah sentiasa menyatakan sokongan tidak berbelah bagi, sebulat suara kerana itulah hasil didikan kita. Saya masih ingat lagi, saya diajar untuk taat kepada pemimpin dan itulah kita pegang hingga hari ini,” katanya ketika berucap pada perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Bahagian Shah Alam, di Bangunan Umno Bahagian Shah Alam, di sini, semalam.

Katanya, ahli Umno mesti berpegang teguh kepada prinsip perjuangan dan perlu memberi ruang serta kepercayaaan kepada kepimpinan.

"Kita mesti percaya kepada hikmah pemimpin-pemimpin kita, tidak ada permasalahan yang tidak dapat diselesaikan kerana Umno adalah parti keramat,” katanya.

Rosnah berkata, hati ahli Umno cukup terluka apabila melihat bahawa tuduhan terhadap pemimpin dimainkan orang yang begitu dekat dengan parti.

“Kita pernah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada individu itu dan beliau pernah juga menasihatkan kita supaya kekal setia serta taat kepada pemimpin.

"Tetapi bila beliau melepaskan bermacam-macam tuduhan kepada pemimpin tertinggi parti, pastinya hati kita terluka,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Rosnah begitu kagum dengan semangat Wanita Umno.

“Apa yang mengagumkan kita adalah semangat Wanita Umno, bukan sahaja semangat setianya, tetapi semangat kerja mereka yang cukup luar biasa.

“Ketua Wanita Umno bahagian dan kepimpinan dapat mempertahankan Umno serta meyakinkan rakyat walaupun dengan permasalahan yang berlaku. Saya cukup bangga dengan rentetan program yang dilaksanakan tanpa jemu,” katanya.

Beliau turut menyarankan kepada Wanita Umno Bahagian Shah Alam terus memainkan peranan sebagai pendengar setia kepada masyarakat.

“Saya percaya mereka memerlukan ruang untuk menyatakan isi hati, ada yang marah sahaja, namun harus ditelan sebagai pemimpin, apa yang boleh kita lakukan adalah untuk menjernihkan keadaan.

Fasa SRC: Perkara belum selesai dalam skandal 1MDB

Pengumuman Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat bulan lalu bahawa ia telah merampas kira-kira AS$ 1 bilion aset yang diperolehi melalui dana yang didakwa dicuri daripada 1MDB menandakan satu peristiwa penting dalam mendedahkan skandal global itu.
Ini kerana buat pertama kali jejak yang lengkap dan terperinci mengenai wang yang disalahgunakan telah diletakkan dalam rekod awam.
Dalam kenyataan 136 mukasurat, DOJ menggariskan bagaimana AS$ 3,657 bilion (RM14.7 bilion) telah dicuri dari 1MDB dalam tiga fasa, yang disebut sebagai fasa Good Star, fasa Aabar-BVI dan fasa Tanore.
Bagaimanapun, penyiasat Switzerland seawal Januari tahun ini telah merujuk kepada empat fasa dan meletakkan jumlah keseluruhan yang disalahgunakan kira-kira AS$ 4 bilion (RM16 bilion).
Dalam satu kenyataan meminta bantuan bersama Malaysia pada 29 Januari, Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland menyifatkan tiga daripada empat komponen itu seperti 'PetroSaudi', 'Genting / Tanjong' dan 'ADMIC'.
Ini pada dasarnya sama dengan fasa disebut oleh DOJ.
OAG menamakan jejak wang itu berdasarkan syarikat yang terlibat dalam urus niaga perniagaan dengan 1MDB tetapi telah digunakan bagi pengubahan wang haram sedangkan DOJ menggunakan nama entiti luar pesisir di mana wang itu kemudian dialihkan.

Politik Penyu: Hayat politik Razif seperti Nizar?

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
SITUASINYA sama seperti ketika Dato’ Seri Mohammed Nizar Jamaluddin menerajui Perak pasca kemenangan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-11 tahun 2008.
Kini, Terengganu mengalaminya buat kali ketiga, selepas kejutan berlaku pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) pertengahan tahun ini.

Kedah telah bertukar kemudi, Ahmad Razif Abdul Rahman selaku Menteri Besar Terengganu yang menggantikan Dato’ Ahmad Said pula diganggu oleh orang yang digantinya di kedudukan nombor satu negeri itu. Mukhriz mengikut jejak langkah Nizar, namun Mukhriz untung kerana tidak dijatuhkan secara tidak terhormat dengan ‘pelarian’ kerusi, dan kini Nizar pula membawa kerusi PAS kepada PAN.
Adapun Ahmad Razif yang bertahan kerana dipertahan Dato’ Seri Najib Tun Razak dilihat semacam sukar dijatuhkan walaupun percubaan Ahmad said sebenarnya suatu yang sangat menggugat.
Andai usulnya diluluskan dengan permainan regu konco yang baik, maka Ahmad Said telah dengan mudah mematikan hayat politik Ahmad Razif yang lebih junior berbanding Ahmad Said.
Tanggal 8 Ogos ini Dun Terengganu akan bersidang.
Tidak sampai pun hari persidangan, akhbar mula melaporkan kegemparan yang bakal berlaku. Mahu tidak mahu, sumber dalaman Umno di Terengganu mengakui adanya usaha beberapa Adun dan pimpinan yang kurang selesa dengan Ahmad Razif sedang merancang sesuatu.
Apatah lagi sidang Dun akan sentiasa mendapat perhatian, sama ada media, pemerhati politik mahupun pemimpin itu sendiri.
Sumber dalaman Umno menyebut, Ahmad Razif bakal sekali lagi berdepan cubaan di Sidang Dun mungkin melalui watak yang sama yang kini sedang berusaha mendapatkan sokongan Adun BN yang kurang selesa dengan pentadbiran Razif.
Dalam masa yang sama kata sumber itu, Ahmad Razif telah menyediakan ‘wall’ yang lebih ampuh dengan campur tangan Najib khasnya berdepan dengan pihak yang berpengaruh.
“Ahmad Razif tahu pihak tertentu sedang menunggu dan menanti masa dia leka, dan tidak bersedia, maka Ahmad Razif memasang ‘konco’ dalam kelompok penentangnya agar akses maklumat segera diperolehi.

MUSIM PEMIMPIN UMNO MENGAUTAKAN ORANG MELAYU

Daripada 1 Ogos hingga 15 September depan, semua UMNO bahagian akan mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing. Pemimpin tertinggi UMNO, khususnya yang berjawatan menteri dan timbalan menteri akan bertebaran pada setiap hujung minggu untuk melakukan perasmian di sana sini.

UMNO bahagian yang  tertentu pula, mungkin bernasib baik dapat menjemput Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri untuk merasmikannya.

Selain kehadiran pemimpin itu bertujuan untuk melakukan perasmian, udang di sebalik batunya ialah untuk menonjolkan kepimpinan dan meraih undi bagi pemilihan UMNO yang akan datang. Ada yang ingin mengekalkan jawatan, ada juga yang mahu naik lebih tinggi daripada jawatan sekarang.

Maka, ucapan bercorak mempertahankan Melayu dan mengecam Cina adalah lumrah yang biasa kedengaran. Tun Mahathir yang akan menubuhkan parti baru serta mereka yang keluar UMNO, pasti sekali akan menjadi kecaman ramai kali ini.

Dalam masa yang sama, UMNO akan digambarkan sebagai parti yang terbuka, sedia menerima kritikan, manakala yang meninggalkan parti dilabel sebagai penderhaka kepada Melayu.

Oleh kerana tahun ini juga panas dengan isu saman Jabatan Kehakiman AS, isi-isi ucapan akan dilebarkan lagi kepada mengajak orang Melayu untuk mempertahankan negara daripada campurtangan negara asing.

Memandangkan pemimpin yang bercakap itu memakai baju Melayu, bersongkok dan lengkap bersampin, malah ada juga memakai tengkolok, maka bertepuk soraklah yang mendengarnya seolah-olah mereka itulah penyelamat Melayu.

Sedarlah wahai Melayu, sebenarnya mereka itulah pengauta Melayu.

Di sebalik bercakap berkenaan Melayu, menjaga Melayu, hak Melayu mesti dipertahankan dan sebagainya, siapakah di antara pemimpin-pemimpin Melayu tersebut yang tidak ada tauke Cina di belakang mereka?

Siapakah yang menjadikan tanah rizab Melayu semakin pupus sejak puluhan tahun lalu?

Siapakah yang menjual IPP, tanah 1MDB, memberi kontrak berpuluh ribu juta kepada negara China serta tunduk kepada kemahuan Singapura dalam beberapa perkara yang mahu dilakukan di negara sendiri?

Cakap Rahman Dahlan 'hanya orang bodoh tak tahu MO1' diserang netizen


Hanya orang bodoh tak tahu MO1 kata Abdul Rahman DahlanHanya orang bodoh tak tahu MO1 kata Abdul Rahman Dahlan
"Tidak ada misteri tentang Malaysian Official 1, hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu," ujar Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan malam tadi.
Bagaimanapun, kenyataan Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud pada sidang media selepas merasmikan perhimpunan agung tahunan Umno bahagian Kepong itu hanya mengundang ‘serangan’ netizen.
Lebih mengundang kritikan pengguna Facebook apabila ahli Majlis Tertinggi Umno tersebut menafikan Malaysian Official 1 yang disebut 36 kali dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) itu sebagai merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Kalau tak Najib MO 1 (Malaysian Official 1), siapa lagi? Hanya orang bodoh sahaja yang tidak tahu macam Rahman Dahlan,” bidas Annuar Salleh.
Pengguna Facebook, Ishak Majid pula berkata, “macam cakap kat diri sendiri je” manakala Low Kam Fai menulis, “Percubaan yang baik tetapi langsung tidak masuk akal dan buat kamu (Rahman Dahlan) kelihatan bodoh atau terencat.”
Sementara itu, Lee Sau Min berpendapat panggilan Malaysian Official 1 merupakan ganti nama seseorang yang berkuasa atau berautoriti dalam menentukan sesuatu keputusan.
“Ganti nama sering digunakan untuk menunjukkan kedudukan, kuasa dan peranan,” jelasnya lagi.
Tidak kurang ‘tajamnya’, apabila Anjang Aki menganggap kenyataan Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut menjejaskan nama baik kalangan guru yang mendidiknya sebelum ini.
“Jawapan dan penjelasan yang begitu dangkal dan dungu, maka sudah diketahui taraf mana minda dan kecerdikan Rahman Dahlan ini. Sayang, memalukan guru-guru yang pernah mengajarnya dulu,” tegasnya.
Dokumen undang-undang yang diumumkan oleh Peguam Negara AS, Loretta Lynch pada 20 Julai lalu memaklumkan Malaysian Official 1 sebagai pegawai berpangkat tinggi dalam kerajaan Malaysia dan memegang jawatan yang berkuasa dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Politik Penyu: Hanya PRN boleh selesai kemelut

KUALA TERENGGANU – Situasi politik Terengganu yang kini dilihat semakin meruncing dan merimaskan rakyat hanya boleh diselesaikan dengan PRN.
Pensyarah Jabatan Kenegaraan dan Peradaban Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Hamdan Aziz berkata, tiada jalan lain selain PRN memandangkan penyebab kepada permasalahan utama ialah kerusi yang sedikit yang dimiliki Umno dan BN dalam PRU13.
Hamdan Aziz “Memang tiada jalan lain sebagaimana yang disebutkan menteri besar (Ahmad Razif Abd Rahman) sendiri, ‘ibu’ segala pergolakan ialah disebabkan kerusi yang sedikit yang dimiliki Umno dan BN. Sebab itulah peluang itu digunakan bekas menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said kerana beliau adalah ‘pemegang’ kepada ‘kunci’ permasalahan tersebut.
“Sekiranya menteri besar sekarang terus pegang tampuk pemerintahan, akan timbul lagi masalah dan masalah yang lain. Jika Datuk Seri Ahmad Said keluar dengan membawa seorang lagi pengikut, situasi tidak sulit, Pas akan terus memerintah. Kalau dia (Ahmad Said) sahaja yang dipecat atau keluar, akan jadi 16-16 kerusi.  Masalah tidak juga akan selesai,” katanya.
Selain PRN, katanya, usul undi tidak percaya juga tidak akan membantu menyelesaikan kemelut politi dan masalah dalaman Umno Terengganu.
“Sekiranya ada notis usul undi tidak percaya kepada Speaker Dun, masalah ini juga tidak dapat diselesaikan kerana ia perlu dapatkan sokongan majoriti. Perlu diingat bahawa  orang Pas akan sokong pendapat Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sebelum ini jelas mengatakan beliau tidak akan sokong usul undi tidak percaya,” katanya.
“Dengan itu, sistem perjalanan pemerintahan negeri masih juga tidak akan stabil malah kemelut ini dilihat akan semakin merimaskan rakyat walaupun sebenarnya ia tidak pun melibatkan semua,” katanya.
Menurut Hamdan, sekiranya diadakan PRN, Umno dan BN tidak semestinya akan menang dengan mudah atau memperoleh majoriti selesa berdasarkan beberapa faktor termasuk pengaruh pengundi muda yang celik IT di negeri ini.
“Berdasarkan situasi politik sekarang, liabiliti (bebanan) dilihat berada di pihak Umno dan BN tetapi 50-50 sebab Pas pun ada pesaing terdekat iaitu Parti Amanah Negara (Amanah).
Tetapi sokongan akar umbi Amanah dilihat tidak begitu menyerlah kerana kebanyakan akar umbi amanah terdiri dari golongan kelas pertengahan dan kelas atasan.

Politik Penyu: Ahmad Razif yakin tiada usul undi tidak percaya esok....

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman menyatakan keyakinan tidak akan ada usul undi tidak percaya terhadap beliau pada sidang Dun, Isnin ini.

Menjelaskan perkara itu, beliau sekali lagi menegaskan krisis yang berlaku di negeri itu seperti ribut di dalam cawan.

“Ini berlaku di mana-mana. Saya rasa tidak ada apa yang perlu ditimbulkan lagi kerana saya yakin dan percaya tak ada apa-apa.

“Saya rasa kita jangan bimbang. Keadaan di Terengganu begitu stabil dan insya-ALLAH bahawa dewan (Dun) tidak ada perkara luar biasa dan sebagainya,” katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka Anok Tranung di Perantauan, semalam.

Menurutnya, perkara lebih penting buat negeri itu adalah menjayakan pembangunan.

“Saya nampak kita ada peluang bina jaringan berkaitan dengan pelancongan,” katanya.

Diasak adakah beliau akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku, Ahmad Razif berkata tidak ada masalah kerana sering bertemu dengan Najib.

“Jadi saya rasa tak ada apa-apa. Saya beri keyakinan pada Najib bahawa tak ada apa-apa masalah dan terkawal.

“Biasalah suami isteri ada berlaku sedikit ketegangan apatah lagi adik beradik. Ini perselisihan adik beradik sahaja yang tak ada apa-apa, malah ia akan menguatkan lagi solidariti dan boleh diselesaikan,” katanya.

Masih ada harapan dalam negara ini - TMJ


Masih ada harapan dalam negara ini - TMJ


KUALA LUMPUR: Walau berdepan dengan pelbagai tohmahan dan cabaran yang melanda negara, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan rakyat jelata agar tidak berputus asa.

Beliau mahu rakyat agar terus berjuang, malah menurutnya segala yang berlaku bukan satu pengakhiran buat negara ini.

“Beritahu anak-anak anda agar belajar rajin-rajin, bekerja dengan rajin. Masih ada harapan buat Malaysia untuk menjadi negara yang hebat. Ini bukan satu pengakhiran tetapi satu permulaan.

“Pada akhirnya nanti anda akan faham, kekuatan negara ini bukan datang daripada kami, tetapi daripada anda rakyat Malaysia. Rakyat adalah kekuatan negara,” katanya.

Pertemuan dengan PM penting demi negara - TMJ


Pertemuan dengan PM penting demi negara - TMJ


KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan berbincang mengenai penambahbaikan masa depan negara dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 12 Ogos nanti.

Ia berkait rapat dengan faktor duluan yang akan timbul sekiranya pemimpin yang ada sekarang sudah tiada dan meninggalkan acuan kepimpinan yang akan diikuti pemimpin berikutnya.

“Ada beberapa perkara peribadi yang saya ingin bincang bersama beliau kerana, saya tidak bimbangkan waktu pemerintahan beliau sekarang, apa yang saya bimbangkan adalah apabila beliau sudah tiada.

“Jika kita membuat keputusan yang salah, kita akan tetapkan satu duluan yang akan menyambung keputusan yang salah yang telah dibuat.

"Jadi, ideanya adalah membuat keputusan yang betul sekarang demi kemajuan negara di masa hadapan,” katanya.

Baginya, kedudukan ahli kerabat diraja bukan untuk menentang mana-mana sistem, tetapi untuk berkongsi pandangan demi kebaikan masa depan negara.

Beliau berkata demikian dalam episod kedua temubual eksklusif rancangan bual bicara Obviously Harith Iskander di Astro AWANI pada Sabtu.

'Perang' Dua Ahmad, MB Terengganu Tolak Dakwaan Sabotaj Pilihan Raya

KUALA TERENGGANU: Perbalahan antara Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said semakin rancak menjelang persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditunggu-tunggu pada Isnin ini.

Ahmad Razif pada Jumaat menafikan dakwaan sabotaj dan "rampasan kuasa" semasa pilihan raya umum lepas untuk melemahkan Ahmad yang ketika itu adalah menteri besar.

"Adalah tidak masuk akal untuk menuduh saya sabotaj atau mengadakan rampasan kuasa bagi menggulingkan menteri besar dengan kuasa saya yang terhad pada ketika itu. Mengapa saya akan berbuat demikian?

"Saya hanya seorang calon pilihan raya pada masa itu dan memberi tumpuan untuk memenangi kerusi saya sendiri di Seberang Takir," katanya.

Ahmad Razif berkata Ahmad hanya perlu menerima tanggungjawab dan bukannya cuba untuk menyalahkan orang lain.

Ahmad yang menjadi duri dalam daging bagi pentadbiran Ahmad Razif telah menyalahkan menteri besar itu berikutan prestasi buruk Terengganu pada pilihan raya umum 2013 yang menyaksikan Barisan Nasional memenangi hanya 17 kerusi berbanding 14 oleh PAS dan satu lagi oleh PKR.

Perbalahan lisan antara kedua-dua Ahmad itu telah menambah kepada spekulasi kemungkinan pilihan raya tergempar akan diadakan di Terengganu.

Ahmad mendakwa Ahmad Razif tahu mengenai rampasan kuasa untuk menggulingkannya sebagai menteri besar.

Ahmad juga mendakwa bahawa Ahmad Razif telah bertemu beliau untuk memberitahu mengenai rampasan kuasa selepas pilihan raya umum dan mengulangi permintaan agar menteri besar itu perlu meletak jawatan.

Sementara itu di pihak Ahmad Razif, beliau telah mencetuskan kemarahan di kalangan pemimpin terdahulu apabila mengeluarkan kenyataan menunjukkan bahawa Ahmad adalah penyebab atau "ibu segala masalah" yang menyebabkan BN hampir kalah di negeri itu pada pilihan raya umum lalu.

Pada 2008 BN menang 28 daripada 32 kerusi.

Politik Penyu: Buang Ego Kalau Benar Sayangkan Parti, Pesan Veteran Umno Terengganu


KEMAMAN: "Kalau benar sayangkan parti...bertenang, cukup-cukuplah menyalahkan sesama sendiri, selesaikan secara baik, ketepikan ego masing-masing."
Ia pesanan beberapa veteran Umno kepada Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berhubung kemelut terbaharu yang melanda politik Terengganu.
Ketika ditemui Bernama, bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemasik, Datuk Abu Bakar Ali berpendapat perbincangan merupakan penyelesaian terbaik, malah beliau berharap Ahmad memberi peluang kepada Ahmad Razif mentadbir negeri mengikut cara tersendiri dengan dibantu barisan Exco dan Umno negeri.
"Bantulah beliau (Ahmad Razif) mentadbir dengan baik. Jika beliau tidak mendapat bantuan daripada lain-lain, takkan berjaya. Beliau baru sahaja memegang pentadbiran selama dua tahun. Tolonglah beliau...ini tiba-tiba baru sahaja ambil alih dah diminta itu ini," kata Abu Bakar, yang menceburi bidang politik sejak 1970 dan menjadi Adun Kemasik bermula 1986 selama lima penggal.
"Masing-masing diberi peluang mentadbir. Setelah tamat giliran kita, berilah peluang untuk pengganti melaksanakan tanggungjawab pula. Andai kita asyik mecari silap dan mengheret persengketaan, siapa yang rugi?," tegasnya.
Bekas Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid yang mempunyai pendapat sama, berkata langkah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bukanlah mudah kerana ia perlu melibatkan Istana dan imej kepimpinan parti.
"Seboleh-bolehnya biarlah sokongan padu terus diberi kepada Ahmad Razif dan inilah masa untuk bersatu padu bukannya mencari salah sesiapa," kata Rosol yang dilantik sebagai Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu.

Pakatan Rakyat Dan Pakatan Harapan ,Persamaan Dan Perbedaan

Oleh Hayar Hassan

Mengikut sejarahnya Pakatan Rakyat@PR telah direalisasikan pada tahun 2008 oleh beberapa tokoh pemimpin PAS,PKR dan DAP pada 1 April 2008 . PR kemudiannya  menyertai PRU ke 12 dan ke 13. Prestasi terbaik PR adalah dalam PRU ke 13. PR mempunyai 89 Ahli Parlimen daripada 222 kerusi parlimen.. PR juga mempunyai 239 kerusi DUN daripada 576 keseluruhan kerusi DUN. Di samping itu, PR mampu menghantar 8 ahli-ahlinya ke Dewan Negara. PR juga meraih undi popular 51.0 % daripada keseluruhan undi. Ini bermakna PR lebih popular daripada BN. PR juga masih mampu menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen.  Itu lah kenangan yang amat manis buat pemimpin dan penyokong-penyokong PR !

Namun begitulah putaran kejadian alam ini, sesuatu yang bermula pasti akan menemui penghujungnya. PR telah berkubur pada 16 Jun 2015. PR hanya dapat bertahan selama sekitar lebih kurang 7 tahun. Banyak faktor-faktor dalaman dan luaran yang menyebabkan PR tidak dapat bertahan lama seperti BN. Kebanyakan daripada kita sudah maklum akan faktor-faktor tersebut.

Namun demikian, pimpinan PKR, DAP dan golongan Anwarinas dalam PAS tidak berlarut-larut dalam kesedihan apabila PR berkubur. Barang yang lepas tak perlu dikenang, biarkannya berada dalam lipatan sejarah sahaja. Kita hanya perlu mengambil iktibar atas apa yang telah terjadi. Pastinya semua kejadian itu ada hikmahnya.  

Setelah 3 bulan masa berlalu, Pakatan Harapan@PH berjaya ditubuhkan pada 22 September 2015. Keanggotaannya tetap daripada parti-parti pembangkang utama, cuma PAS tetap memilih untuk bersendiri membentuk apa yang dikatakan Blok ketiga. Tempat PAS telah diambil oleh Parti Amanah Negara@Amanah. Walau pun PAS telah dijemput bersama, namun undangan itu tetap dipandang sepi oleh pimpinan PAS terkini. Biarkan lah  PAS dengan sikapnya yang suka bersendirian dan Kepimpinan Ulamaknya. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi. Semua orang boleh memilih caranya sendiri dalam kerangka yang dibenarkan oleh Perlembagaan  Persekutuan.

Hanya selepas 7 bulan penubuhan PH, ujian kesepakatan dan kerjasama PH diuji dengan PRN Sarawak. Ternyata BN  mengambil manafaat daripada terkuburnya PR apabila membubarkan DUN Sarawak.  Dalam kedaan yang singkat dan perbedaan kesefahaman yang belum kuat lagi antara pimpinan PH Semenanjung Malaysia dan pimpinan parti-parti pembangkang Sarawak, PRN Sarawak tetap diadakan. Ternyata, PRN Sarawak tidak memperlihatkan kesepakatan yang mantap antara PH dan parti-parti pembangkang Sarawak. Banyak berlaku pertandingan pelbagai penjuru antara parti-parti politik pembangkang Sarawak. Lebih malang lagi ada juga terjadi pertembungan antara parti-parti dalam PH itu sendiri. Hujung-hujungnya BN menang penuh bergaya dalam PRN Sarawak dan tetap mempunyai majoriti 2/3.

Tidak lama selepas PRN Sarawak, berlaku lagi 2 PRK di Semenanjung Malaysia yang juga dimenangi oleh BN. Ternyata BN akan terus memenangi setiap PRK atau PRN kalau parti-parti pembangkang tidak bersatu. Pertandingan 3 penjuru akan menyebabkan BN menang mudah. Itulah sifirnya.  Dalam hal ini BN akan sentiasa berusaha keras untuk terus memperalatkan mana-mana parti pembangkang yang kurang cerdik agar pertandingan 3 penjuru tetap terjadi untuk kawasan Parlimen atau DUN yang dimenangi oleh parti pembangkang dengan majoriti yang tipis.

Apakah wajar sebuah parti politik pembangkang yang sudah lama wujud terus diperalatkan oleh UMNO/BN?

Azmin says Umno is major culprit in Malay reserve land grab

Najib: We now have a Selangor team and let's start working

Najib says BN has found new candidacy formula for GE14

Najib purportedly slams Tun M for inconsistency

Najib: What failed nation?

Najib PM paling tertekan di dunia, ampu Rahman Dahlan

Datuk Seri Najib Razak adalah perdana menteri yang paling tertekan di dunia, kata pengarah komunikasi strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan.
"Sejak dia memegang jawatan (pada tahun 2009), beliau menjadi perdana menteri yang paling tertekan di dunia.
"Kenapa, kerana kita mempunyai pembangkang yang tidak mahu menggunakan otak mereka. Mereka hanya menggunakan emosi.
"Ini politik yang merosakkan. Itulah sebabnya kita tertekan sepanjang masa. Tetapi, Najib bersabar, berani dan sentiasa tersenyum," katanya.
Menggunakan analogi perlawanan bola sepak, beliau berkata Najib telah menjaringkan 15-0 terhadap pesaing beliau.
Beliau memetik ahli-ahli parlimen, menteri-menteri kabinet, parti-parti komponen BN, ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno, Umno Bahagian, sayap Umno, penjawat awam, polis, tentera malah raja-raja juga bersama Najib.
"Untuk mengalahkan Najib, mereka (pembangkang) terpaksa melakukan dakwaan berulang," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Umno Bahagian Kepong.
"Kadang-kadang kita meminta pemain import untuk mengalahkan pemain negara kita. Ini bahaya. Jika pemain import datang, maka akan hancur," katanya.
Rahman yang juga ahli parlimen Kota Belud berkata Pemuda Umno diajar untuk mempertahankan negara dari unsur-unsur asing, tanpa mengulas lanjut.
"Kita tahu mereka (kuasa asing) mempunyai campur tangan kasar dan lembut. Jika (mereka) mahu kasar, pergi ke Mesir, Afghanistan, Syria, Lebonon, Iraq dan Iran; jika (mereka) mahu lembut, datang ke Malaysia," katanya.
"Mereka akan menggunakan rakan-rakan di mana sebahagian daripada mereka berusia lebih 90 tahun, yang harus bersara daripada politik," katanya.
Beliau kemudian meminta pengkritik Najib bersikap 'gentlement' dengan mengalahkannya dalam pemilihan parti.
"Memang benar bahawa Dr. Mahathir Mohamad, 1MDB dan Jabatan Kehakiman adalah isu-isu kepada kami, kami akan menyelesaikannya satu demi satu," katanya.