Sabtu, 6 Ogos 2016

Guling Najib: Tak setuju Umno jangan keluar parti, kutuk negara..!!

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan pemimpin parti itu di Selangor supaya memperkukuhkan parti dan menyelesaikan perselisihan faham secara dalaman.
Berucap di hadapan 1,000 perwakilan Umno Selangor, Najib berkata perbezaan pendapat bukan sebab mereka perlu menolak Umno yang telah berjasa besar kepada negara.
"Jangan (sebab) perbezaan pendapat kita boleh tolak parti yang sebegini besar jasa pada negara kita. Kalau tak setuju buatlah secara proses dalam parti, betul tuan-tuan?"
"Bukan keluar dari parti, bukan memecah-belahkan parti, bukan mengutuk negara, bukan nak bersubahat dengan orang asing.
"Sebab negara kita akan tentukan siapa layak memimpin bukan di tangan orang lain, ini soal kedaulatan kita, biar rakyat Malaysia yang memilih siapa yang patut memimpin," kata Najib disambut tepukan gemuruh ahli parti Umno.
Beliau dipercayai merujuk kepada parti baru yang ingin ditubuhkan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Najib hari ini hadir merasmikan pelancaran serentak Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian-Bahagian Seluruh Selangor di Dewan Kolej Mara Banting, Bukit Cangang, Kuala Langat dengan dihadiri barisan kepimpinan negeri.
Mengulas lanjut perdana menteri itu berkata pakatan pembangkang sendiri dilihat tidak sepakat dan tidak mungkin dapat menyaingi Umno-BN.
"Tengok parti pembangkang macam mana, tidur sebantal tapi mimpi macam-macam, ada kata keluar Pakatan tapi di Selangor mereka masih bersama PAS.
"Kita bayangkan nasib kita kalau mereka menang di pusat, kestabilan politik negara kita akan tergugat. Segala yang kita bina selama ini akan hancur dalam sekelip mata," tegas Najib.
Justeru Najib berkata adalah penting untuk Umno-BN memandang serius perkara tersebut.
"Kita tak boleh main-main dalam hal ini, ini perkara serius sebab Umno-BN telah bina negara ini atas keringat kita, atas darah kita, atas segala curahan jerit payah sejak kita merdeka.
"Negara kita dibangunkan oleh perjuangan Umno dan rakan kita," tambah Najib.

Guling Najib: Parti baharu bukti ‘rancangan rampasan kuasa’, sembang Azalina

Cubaan untuk menggulingkan Najib menerusi Umno mungkin gagal, jadi mereka cuba melalui pembangkang tetapi ditolak, kini mereka guna parti sendiri, katanya.
azalina-othman_mahathir_600
BERA: Pembentukan parti politik baharu diketuai bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan ada gerakan dalaman yang berlaku untuk menggantikan kepimpinan negara tahun lalu, kata ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Azalinan Othman Said.
Bernama melaporkan, beliau berkata penubuhan parti itu membuktikan tuduhan yang mengatakan butiran mesyuarat Kabinet dan MT dibocorkan adalah betul.
“Mungkin cubaan untuk menggulingkan Najib menerusi Umno mungkin gagal, jadi mereka cuba melalui pembangkang tetapi ditolak, kini mereka guna parti sendiri,” katanya dipetik daripada Bernama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Bera, hari ini.
Katanya, beliau tidak bimbang dengan parti baharu itu kerana yakin ahli Umno akan terus berdisiplin dan hanya fokus kepada kemenangan parti pada PRU akan datang.
“Itu hak dia. Dalam demokrasi sesiapa pun boleh tubuhkan parti, tetapi terpulang pada rakyat jika mereka mahu sokong kepimpinan seperti ini. Saya percaya rakyat cukup bijak untuk menilai.
“Hari ini berbeza berbanding 10 tahun lalu. Dengan teknologi maklumat yang sofistikated, rakyat boleh nilai ahli politik dengan motif mereka. Paling penting ialah mereka pilih wakil yang boleh selesaikan masalah seperti BN dan Umno,” katanya.

Politik Penyu: Nasib Ahmad Razif bagaikan telor di hujung tanduk ..!!

Razif: Nyawa-nyawa ikan.
Ribut utara yang menimbulkan kekalutan di Pulau Pinang dua minggu lepas yang mesenandungkan hasrat DAP untuk membubar Dun Pulau Pinang bagi diadakan pilihan raya negeri (Pirane) di situ, tampaknya sudah beralih dan bertukar haluan.

Ribut itu kini bergerak kencang melanda Terengganu pula. Peralihan ribut itu menyebabkan paras air laut dan ombak lautan China Selatan yang sudah pun bergelombang sebelum ini menjadi naik mendadak.

Rakyat Terengganu khasnya yang peka politik kini laksana nelayan yang mencari makan dengan turun ke laut, tidak senang duduk, kerana dihumbam dengan cerita politik negeri Penyu itu yang bergelora. Mereka menunggu dan menanti masa sahaja bila DUN Terengganu akan dibubarkan?


Walaupun rakyat Terengganu sudah "muhib" dengan laut, ombak dan badai, namun gelora lautan politik itu menyebabkan mereka terpanggil untuk memerhatinya. Mereka menunggu dengan penuh minat apakah gelora itu sehingga memaksa DUN dibubarkan dan Pirane diadakan sebagai titik nokhtahnya. Setengah mereka suka kalau DUN dibubarkan kerana ia memberi peluang untuk mereka mengutip rezeki jatuh.

MB Ahmad Razif sendiri membayangkan dia seakan lebih suka kalau Dun dibubarkan dan pilihan raya diadakan. Baginya alternatif itu terbaik buatnya? Beliau yakin BN akan menang besar dengan mengukur keupayaan itu kepada masalah yang melanda parti-parti pembangkang kini.

Ghazali tentang Razif.
Syed Azman layak jadi MB.
Pun begitu gara-gara ribut di luar musim itu, menyebabkan kedudukan MB Ahmad Razif Abdul Rahman tidak tenteram. Razif kini serba salah, duduk tidak kena berdiri mudah lenguh lutut. Al maklumkan kawan baharu menjadi MB dan belum nikmat peluang itu sebanyaknya. Belum pun dapat "mengokok" harta untuk bekalan di masa depan seperti kenyakan menteri besar lain? Maaf.

Memerhati apa yang berlaku di Terengganu itu, bersandarkan perkembangan muasir, meletakkan keadaan Razif dan Umno Terengganu bagaikan telor di hujung tanduk. Razif kini seakan sedang bernyawa-nyawa ikan. Bila-bila masa sahaja nafas politiknya akan lucut. Air kuasa yang menjadi penyambung hayatnya kian menyurut menampakkan bongkah-bongkah kekecewaan.

Dalam melihat realiti di Terengganu itu, sore semalam saya kebetulan dihubungi oleh Adun Bandar yang juga kawan lama sdr Azan Ismail. Jadi dapatlah saya meninjau dan bertanyakan pandanganya berhubung perkembangan dan senario politik di negeri Penyu itu serta apa yang bakal berlaku dalam Dewan.

Lama juga berbicara dengan Azan, termasuk bertanya khabar tentang peluang dan hubungan PKR dengan parti agama (Pas) Terengganu.

Menurut maklumat dan "ikhtisar" oleh Azan, kedudukan Ahmad Razif kini sangat-sangat mencemaskan. MB itu katanya sudah hilang kekuatan dan naungan (maruah) untuk melindungi kekuasaanya. Kata Azan, justeru beliau harus membuat sesuatu tindakan segera.

Bagi Pengerusi PKR Terengganu itu, tindakan paling baik untuk diambil oleh Razif ialah dengan menghadap Sultan memohon agar DUN Terengganu dibubarkan bagi membolehkan satu pilihan raya diadakan. "Tidak ada cara lain paling baik bagi Ahmad Razif, melainkan minta Sultan perkenan untuk dibubarkan Dun."

Menurutnya Razif sudah hilang tiga kuasa naungan (maruah) dimana dengan kehilangan ini MB itu sudah tidak ada kekuatan dan maruah lagi. "Kalau ambo jadi dia, ambo berundur dengan terhormat untuk jaga maruah. Ambo ambil jalan pintas sebelum dipintasi," tekan Azan sedikit berfalsafah.

Atau pun kalau tidak berundur, tegasnya bubarlah Dewan dan adakan pilihan raya semula untuk mendapat mandat baharu daripada rakyat, biar rakyat menentukan siapa berhak. Razif kena faham kedudukannya kini sebagai MB adalah umpama meminjam kuasa Ahmad Said," sambungnya.

Kemelut TMJ-FAM: Saya tak mahu salah cakap, kata Khairy

Menteri belia dan sukan itu memilih pendekatan berada di belakang tabir supaya tidak menjejaskan rundingan damai yang sedang diusahakannya.
khairy-jamaluddin_Tunku-Ismail_fam_600
DUNGUN: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin tetap fokus meleraikan masalah antara Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, demi kepentingan sukan negara.
Berikutan itu, Khairy memilih pendekatan ‘tidak mahu salah cakap’ sehingga mampu menjejaskan rundingan damai yang sedang diusahakannya.
“Apa saja kenyataan yang dibuat mana-mana pihak termasuk exco FAM dan TMJ terpulang kepada mereka,” katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan bahagian dan sayap Umno Terenganu di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tunku Ismail yang menolak jawatan presiden FAM semalam tetapi bersedia mempertimbangkan tawaran sebagai pengerusi Pasukan Kebangsaan dan Ketua Kongres untuk Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP).
Khairy berkata, masih banyak perkara lagi yang hendak diselesaikan dengan exco FAM, TMJ dan lain-lain walaupun beliau hanya akan memainkan peranan di belakang tabir.
Sementara itu, Khairy berkata pembinaan velodrom di Dungun dijangka dimulakan pada tahun depan dan siap dalam tempoh dua tahun.
“Ia dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-11 dan kita yakin ia akan dapat digunakan dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya.

Exco FAM letak jawatan, itu hak masing-masing, kata Hamidin

Setiausaha agung FAM berkata terserah kepada exco untuk mengikut jejak langkah presiden meninggalkan persatuan bola sepak itu, atau tidak.
hamidin-mohd-amin_fam_600
KUALA LUMPUR: “Tunggu saja keputusan Mesyuarat Exco pada 15 Ogos ini,” kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin.
Tanpa mahu mengia atau menafikan spekulasi semua exco FAM akan meletak jawatan beramai-ramai untuk mengikut jejak presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Hamidin berkata ia hak individu masing-masing.
“Sama ada mereka mahu ikut jejak langkah presiden, saya tidak pasti kerana itu hak individu.
“Mungkin pada 15 Ogos ini mereka akan putuskan. Pada pendapat saya, kita ini negara demokrasi dan masing-masing ada hak,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Kelab Diraja Selangor (RSC) di Bukit Kiara, di sini hari ini.
Tengku Abdullah sebelum ini menyuarakan hasratnya mahu meletak jawatan dalam badan induk sukan bola sepak negara itu.
Hamidin berkata semua barisan Exco yang ada masih boleh memegang jawatan masing-masing sehingga tamat penggal mereka pada 2018.
Katanya, mengikut Perlembagaan FAM yang diiktiraf Pesuruhjaya Sukan, Konfederasi Bola Sepak Asia dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), mana-mana pemilihan yang ingin dilakukan dalam FAM perlu dibuat empat tahun sekali.
Beliau berkata menurut Artikel 29 perlembagaan persatuan, mesyuarat agung luar biasa (EGM) boleh diadakan sekiranya satu per lima anggota gabungan mengusulkannya atau exco sendiri mahu pemilihan diadakan sama ada bagi jawatan presiden atau keseluruhannya.
“Jika pemilihan awal mahu diadakan, perlu dinyatakan secara spesifik tentang apa yang mahu dibincangkan dalam EGM tersebut sama ada ia hanya pemilihan jawatan presiden atau keseluruhannya, dan tidak boleh dibincangkan hal lain,” katanya.

PRN Terengganu jalan penyelesaian terbaik - PERKASA

Krisis Terengganu: Ahmad Said berani sebab ada sokongan ahli Umno - Penganalisis

FORMULA NAJIB MAMPU REDAKAN PERTELINGKAHAN AHMAD RAZIF, AHMAD SAID?

"Pertelagahan antara Ahmad Razif dan Ahmad Said dilihat tiada kesudahan namun Najib hari ini menjadi ‘bapa’ kepada 'sepasang suami isteri ' atau 'adik-beradik' yang bertelagah di Putrajaya hari ini."
Hari ini Ahmad Razif Abdul Rahman ditanya oleh wartawan sama ada akan menemui Perdana Menteri dalam masa terdekat berhubung kemelut yang melanda pucuk pimpinan UMNO Terengganu.

Jawapan beliau ialah tidak perlu.

Menurutnya Perdana Menteri sentiasa dimaklumkan mengenai perkembangan terkini berhubung isu itu.

"Saya sering berhubung dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan memberi keyakinan kepada beliau bahawa keadaan di Terengganu terkawal, tidak ada yang perlu dibimbangkan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Anak Terengganu, di Putrajaya tengah hari ini.
Semua pihak memang mengharapkan Perdana Menteri berbuat sesuatu.

Dan sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) sebenarnya beliau TELAH MELAKUKAN SESUATU.

Biarpun Ahmad Razif cuba menyorok pertemuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO/BN dengan Perdana Menteri pagi ini di Putrajaya dan menggambarkan beliau sering dimaklumkan oleh Perdana Menteri, hakikatnya ADUN UMNO dipanggil pagi ini untuk satu pertemuan di Putrajaya jam 10 pagi tadi.

Kita sangat berharap perbincangan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan ADUN UMNO pagi ini di Putrajaya membuahkan hasil.

Ia penting untuk menghapuskan kemelut politik Terengganu yang semakin hangat, walapun cuba didinginkan oleh kenyataan Ahmad Razif.

Usaha ini menguji kebijaksanaan Najib dan juga kebijaksanaan pemimpin ADUN UMNO dan pemimpin UMNO Terengganu. Yang penting kerajaan BN dikekalkan. Jangan sampai ia runtuh.

Ahmad Razif sendiri tidak melakukan seperti apa yang dibuat oleh Najib itu dengan memanggil semua wakil rakyat bagi mendapat sokongan majoriti susulan kemelut berkenaan.

Akibat kegagalannya berbuat demikian maka timbul spekulasi bahawa Sembilan daripada ADUN Terengganu tidak bersama Ahmad Razif. Benar atau sebaliknya hanta Ahmad Razif, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan kalangan ADUN sahaja yang tahu.

Isu pertelagahan antara Ahmad Razif dan Ahmad Said dilihat tiada kesudahan apabila ia gagal diselesaikan di peringkat negeri sehingga memerlukan campur tangan pusat.

Najib hari ini menjadi ‘bapa’ kepada 'sepasang suami isteri ' atau 'adik-beradik' yang bertelagah (mengambil cakap Ahmad Razif) di Putrajaya hari ini.

Guna perkataan ‘keling’, Wanita MIC kata Tun M nyanyuk

Wanita MIC berkata Dr Mahathir tidak sepatutnya guna perkataan itu, apatah lagi sepanjang menjadi perdana menteri beliau tidak menjaga kebajikan orang India.
Mohana-Muniandy_mahathir_600
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilabel nyanyuk susulan tindakannya menggunakan perkataan ‘keling’ dalam ucapannya baru-baru ini sehingga ia menjadi viral.
Ketua Wanita MIC Mohana Muniandy berkata Dr Mahathir tidak seharusnya menggunakan perkataan itu memandangkan ketika menjadi perdana menteri beliau tidak banyak membantu kaum India, tetapi kini mengeluarkan perkataan sensitif sehingga mengguris hati kaum itu.
“Tun Mahathir sebut keling, keling itu sebab apa? Dia bantu kaum India pun tidak sebelum ini, sebab itu saya kata dia sudah nyanyuk.
“Dia (Dr Mahathir) sebelum Ini banyak mengabaikan kaum India, dia tidak macam Najib (Datuk Seri Najib Razak), Najib banyak bantu kaum India dan bawa banyak perubahan,” katanya kepada FMT.
Mohana berkata kaum India juga tidak akan lagi menyokong Dr Mahathir dalam apa jua tindakan beliau termasuk sokongan kepada penubuhan parti baharu.
“Kaum India tidak akan sokong dia langsung termasuk penubuhan parti baharunya,sebab kaum India tahu siapa sebenarnya Tun Mahathir ini dan apa yang pernah beliau buat kepada kaum India.
“Tun Mahathir perlu minta maaf kepada seluruh kaum India atas segala apa yang pernah dilakukan semasa mentadbir negara, bukan saja perkataan ‘keling’ terbaru ini.
Terdahulu, satu video memaparkan Dr Mahathir menyebut perkataan ‘keling’ yang merujuk kepada India kini beredar di media sosial dan aplikasi pesanan Whatsapp sejak semalam.
Gelaran ‘keling’ dalam konteks moden pada zaman ini dianggap sebagai perkataan yang menghina kaum India, walaupun pada asalnya perkataan yang wujud sejak abad ke-15 itu tidak dianggap begitu.

Kasihan rakyat, selesai segera kemelut Umno Terengganu - Hishammuddin

hishamuddin
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Anggota Parlimen Bagan Datoh bersama Hishamuddin (tiga, kanan), Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (dua, kanan) dan barisan kepimpinan UMNO melaungkan semangat 'Hidup UMNO' pada perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh 2016 di Wisma UMNO Bagan Datoh hari ini.
BAGAN DATOH - "Kepimpinan Umno di Terengganu perlu  menyelesaikan segera kemelut politik di negeri itu untuk mengelak ia daripada membebankan rakyat,"  kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
  
Hishammuddin yang pernah menggalas tanggungjawab sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu berkata, kemelut itu perlu diselesaikan bermula dari peringkat perhubungan negeri, bahagian dan cawangan.
  
"Ini bukan kali pertama, tetapi ia boleh ditangani jika ada iltizam politik  dan keseriusan dalam kalangan ahli (dan pemimpin)," katanya dalam sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Bagan Datoh 2016 di sini, hari ini.
  
Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
  
Sejak awal minggu lalu Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang juga Adun  Kijal saling mengkritik sesama sendiri hingga timbul spekulasi akan berlaku pilihan raya negeri.
  
Pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu, Umno Terengganu membentuk kerajaan negeri dengan majoriti tipis dua kerusi. Umno menang 17 kerusi DUN, Pas (14) dan PKR (satu).

Sementara itu di Dungun, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berpendapat  Ahmad Razif dan Ahmad seeloknya bersemuka bagi menyelesaikan kemelut antara mereka.
  
Beliau berkata pertemuan melibatkan 'tuan punya badan' lebih baik daripada diwakili pihak lain kerana sebarang keputusan haruslah daripada mereka sendiri kerana mungkin wakil mempunyai agenda tersendiri.

THIS IS: All Your Base Are Belong To The NSC

'Naib Ketua Pemuda UMNO mungkin ada rahsia 3 Tan Sri' - Razlan

Amanah sedia bincang dengan PAS untuk PRN mengejut Terengganu

Krisis Terengganu Cuma Ibarat Masalah Suami Isteri Sembang Ahmad Razif

Parti baharu: Pas tak akan ulang kesilapan lalu

Nasrudin Hasan
SHAH ALAM – Pas akan mengkaji dasar dan prinsip parti sebelum memutuskan menyertai atau sebaliknya parti baharu yang diperjuangkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Pas sudah belajar daripada kesilapannya yang lalu dan tidak lagi mahu mengulangi perkara sama.

“Pas bekerjasama atau tidak, bergantung kepada dasar parti atau prinsip perjuangan parti tersebut dan agenda perjuangan mereka. Kita perlu hati-hati dan teliti lebih lanjut, tidak semestinya mereka di blok pembangkang (yang menentang kerajaan), Pas akan terus hulur kerjasama.

“Sebagai sebuah parti dewasa dan berpengalaman, sebahagian ilmu dan pelajaran adalah pengajaran yang Pas lalui, Pas tidak akan ulang kesilapan lalu,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai ‘kesilapan’ Pas bekerjasama dengan DAP menerusi ikatan Pakatan Rakyat terdahulu.

Katanya lagi, Pas tidak menentang penubuhan parti baharu di negara ini selagi ia ditubuhkan mengikut proses undang-undang sedia ada.

Krisis Umno: KJ hantar wakil jumpa Ahmad Said

DUNGUN - Pemuda Umno berharap akan ada penyelesaian kepada krisis politik membabitkan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman dan bekas pemegang jawatan itu dalam masa terdekat.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata,  presiden parti sedang berusaha mencari jalan penyelesaian berkait kemelut itu dan diharapkan wakil bersesuaian dihantar untuk bertemu Datuk Seri Ahmad Said bagi membincangkan masalah berkenaan.

"Kami harap semua pihak akan bagi kerjasama kepada Menteri Besar untuk terus menerajui kerajaan Terengganu.

"Kita mahu elak sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan sehingga terpaksa mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).

"Puncanya ada kaitan dengan bekas MB dan saya harap ada usaha untuk jumpa Ahmad Said dari mana-mana wakil bersesuai untuk berbincang," ujarnya selepas merasmikan Mesyuarat Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri Umno Daerah Dungun, di Dewan Dagang Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Din Adam, Ketua Wanita Umno Dungun, Zainun Abu Bakar, Ketua Puteri Umno Dungun, Arlina Rosli dan Ketua Pemuda Umno Dungun, Mohd Asri Mohamad.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, walaupun bersedia dengan sebarang kemungkinan, namun adalah lebih baik jika Pilihan Raya Negeri (PRN) dapat dielakkan.

"Pemuda berpendapat lebih baik mengelak dari PRN diadakan dan kita percaya dengan keikhlasan semua pemimpin meneruskan perjuangan dapat mengelak keadaan itu," katanya.

Skandal 1MDB: KJ kini ‘macai’ No 1, kata Tony Pua

Setiausaha publisiti DAP berkata Khairy sudah menjadi macai No 1 apabila mempertahankan Najib daripada tuduhan saman Jabatan Kehakiman AS.
tony-pua_khairy-jamaluddin_najib_600
PETALING JAYA: Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menggambarkan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sebagai menjadi macai No 1 kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan “transformasi Khairy ke Dark Side (sisi gelap)” kini jelas sempurna.
Dalam satu kenyataan hari ini, Tony berkata “kebijaksanaan yang tidak diragui” ketua Pemuda Umno itu nampaknya siap sedia untuk menghancurkan penerimaan golongan belia yang dibinanya selama bertahun-tahun apabila meminta pemimpin muda Umno mempertahankan Najib.
Tony memetik Khairy sebagai mendesak ahli Umno pada Selasa untuk mempertahankan pemimpin meskipun sampai ke tahap dilabel sebagai macai atau balaci.
Khairy menyusul desakan itu malam tadi dengan menuduh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) menunjukkan Malaysia sebagai pihak bersalah dengan mengemukakan tuntutan saman menyita aset yang dikaitkan dengan dana diselewengkan daripada 1Malaysia Development Bhd.
Tony menuduh Khairy membuat “mainan kata-kata yang sangat pintar”, untuk merendahkan pendakwa, mencemarkan tanggapan rakyat dan menarik simpati ahli parti.
Tony mendakwa DoJ mendakwa “Malaysian Official One” menyelewengkan AS$731 juta menerusi 1MDB dan berkata mana-mana pendakwa raya, termasuk di Malaysia, boleh merangka pendakwaan terhadap tertuduh berkenaan terhadap salah laku jenayah.
Dua minggu lalu, DoJ memfailkan aduan di mahkamah daerah di New York dan Los Angeles untuk menyita aset dikaitkan dengan dana 1MDB. DoJ mendakwa aset berkenaan diperoleh daripada dana yang diselewengkan daripada 1MDB dan diubah secara haram menerusi rantaian bank akaun. Tuntutan itu menamakan empat individu.

Gulng Najib: 'Azwan Bro mungkin ada rahsia tiga tan sri' - Pemuda Umno WPKL

Polis perlu menyoal siasat Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun lebih lanjut untuk mengetahui apakah bukti yang beliau ada terhadap tiga orang 'tan sri', kata seorang pemimpin Pemuda Umno.
Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Razlan Rafii mengulas penafian Khairul Azwan bahawa laporan polis yang mendakwa konspirasi terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah berdasarkan khabar angin.
"Polis perlu panggil Azwan Bro kembali, tanya dia mengapa dia katakan (dakwaan itu) ia bukan satu andaian?'
"Bukti itu mungkin dia tak boleh kongsi dengan sesiapa, mungkin rahsia yang dia perolehi.
"Panggil balik dia dan tanya dia," kata Razlan kepada Malaysiakini dalam satu temu bual di pejabat portal berita itu di Petaling Jaya semalam.
Khairul yang lebih dikenali sebagai 'Azwan Bro', minggu lalu menuduh bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed memalsukan bukti terhadap Najib.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, selepas disoal siasat, polis mendapati laporan tersebut adalah berdasarkan khabar angin dan memutuskan untuk tidak meneruskan kes itu.
Berikutan itu, Khairul Azwan mengadakan sidang akhbar menegaskan laporannya adalah sah dan bagaimana Pemuda Umno telah menggagalkan plot terhadap Najib.
Beliau juga menyangkal dakwaan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bahawa laporan polis itu adalah tindakan individu dan bukan pendirian parti.
Razlan bagaimanapun menafikan spekulasi bahawa Khairul Azwan mengambil langkah menentang Khairy.
"Kami semua kawan-kawan dalam Pemuda Umno. Ini hanya spekulasi, di bawah kepimpinan Khairy kita semua bersatu padu," katanya.

Ahmad Razif ibaratkan kemelut T’gganu pergaduhan antara adik-beradik

Ahmad Razif sekali lagi menegaskan gelombang politik kedua yang berlaku di Terengganu ibarat ribut dalam cawan justeru tidak perlu dibimbangkan.

PUTRAJAYA: Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman mengibaratkan perselisihan antaranya dan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said sebagai pergaduhan antara adik-beradik sahaja.
Berikutan itu, beliau memberi jaminan tidak akan ada usul undi tidak percaya terhadapnya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Isnin ini.
Beliau mengulas khabar angin kononnya akan berlaku pilihanraya negeri susulan krisis politik antara Ahmad Razif dengan Ahmad Said.
“Tiada kemelut di Terengganu dan tiada apa yang perlu ditimbulkan lagi kerana saya yakin dan percaya tak ada apa-apa yang akan berlaku.
“Ini adalah masalah pertelingkahan adik beradik malah, insiden seperti ini akan menguatkan lagi solidariti. Mungkin wujud keterlanjuran tetapi di Syawal ini kita saing bermaaf-maafan,” katanya kepada pemberita sempena Majlis Rumah Terbuka Anak Terengganu di Perantau di Putrajaya hari ini.
Dalam pada itu Ahmad Razif sekali lagi menegaskan gelombang politik kedua yang berlaku di Terengganu ibarat ribut dalam cawan justeru tidak perlu dibimbangkan.
“Ia berlaku di mana-mana. Jangan bimbang, keadaan di Terengganu stabil dan tiada yang luar biasa akan berlaku di dewan (DUN).
Adun Seberang Takir itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno sudah diberitahu supaya tidak perlu bimbang dengan kemelut yang berlaku.
“Saya selalu jumpa perdana menteri dan beri keyakinan pada beliau bahawa keadaan terkawal,”katanya.

BERANIKAH NAJIB?

Semalam, dalam wawancara dengan sebuah televisyen Indonesia, Najib Razak sekali lagi mengulangi kata-kata bahawa dirinya, kerajaan dan 1MDB tidak terlibat secara langsung dalam saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman AS.

Isu 1MDB adalah isu perniagaan, tetapi ia telah dipolitikkan oleh musuh tertentu, kata beliau lagi.

Sesetengah orang menganggap penjelasan Najib itu tidak lebih umpama lawak antarabangsa yang mampu membuatkan hampir 300 juta rakyat Indonesia terbahak-bahak mendengarnya.

Sebelum ini, ayat-ayat klise sebegitu sudah begitu kerap menjadi halwa telinga dan membuatkan 30 juta rakyat Malaysia tersenyum-senyum simpul mendengarnya, meskipun dalam masa yang sama disedari juga bahawa 7 negara sedang menyiasat 1MDB di mana Amerika serta Singapura sudah memulakan tindakan penyiataan aset dan harta-harta berkaitannya.
Sampai bila Najib mahu terus membuai orang lain dengan ungkapan bahawa 1MDB hanya semata-mata isu perniagaan, bukannya penyamuman, kleptokrasi atau pencurian, pengkomplotan, penggubahan wang haram dan sebagainya?

Beranikah Najib menyahut cabaran berdebat dengan Khairuddin Abu Hassan, antara individu yang lantang bersuara mengenai 1MDB serta bertanggungjawab membuat laporan kepada pihak berkuasa beberapa negara luar seperti AS, Switzerland, Hong Kong dan Singapura?

Jika dengan Tun Mahathir Mohamad, ketakutan Najib untuk bersemuka dengannya dalam program NothingToHide sebelum ini mungkin boleh difahami, tetapi apakah dengan Khairuddin pun tak berani juga?

Skandal 1MDB: Pua ingatkan Khairy, DOJ hanya bentangkan fakta

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin salah apabila mendakwa Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat menggambarkan Putrajaya bersalah dalam siri saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang didakwa disalahgunakan daripada dana 1MDB.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Tony Pua berkata, jabatan itu hanya menjalankan peranannya sebagai pendakwa.
"Khairy, anda adalah salah - Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat tidak gambarkan Putrajaya bersalah, mereka hanya bentangkan fakta yang kekal dipertikaikan selama lebih daripada dua minggu," kata Pua dalam satu kenyataan.
"Ya, DOJ memang menuduh 'Malaysia Official 1' menggelapkan AS$ 731 juta wang pembayar cukai Malaysia melalui 1MDB.
"Tetapi apa yang salah dengan itu? Bukankah peranan mana-mana pendakwa raya, termasuk di Malaysia, untuk mendakwa suspek salah laku jenayah?
"DOJ tidak menyebut Malaysian Official 1 'bersalah'.
"Mereka hanya bentangkan fakta dan angka yang disokong tuduhan yang amat serius dan meyakinkan mereka pengubahan wang haram dan kecurian besar-besaran.
"Oleh itu apabila Khairy menuntut kumpulan itu agar 'mempertahankan kebenaran', rakyat Malaysia ingin mengetahui apa sebenarnya kebenaran yang diperkatakan oleh menteri belia dan sukan Umno itu?" soalnya.
Beliau bertindak balas kepada komen Khairy pada perhimpunan tahunan Sepang Puteri dan Pemuda Umno malam tadi di mana beliau mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap gesaan untuk berundur.
"Ini adalah permainan kata-kata yang sangat bijak, terlebih dulu burukkan pihak pendakwa, rosakkan persepsi rakyat terhadap kes itu dan tarik simpati ahli-ahli dengan berpura-pura tidak bersalah," kata Pua yang juga setiausaha publisiti kebangsaan DAP.

Amanah sambut baik cadangan Pas, gesa mesyuarat pembangkang segera


Keadaan negara semakin kritikal, masa untuk ganti Umno-BNKeadaan negara semakin kritikal, masa untuk ganti Umno-BN
Amanah menyambut baik kesediaan sesetengah pemimpin Pas untuk memastikan satu lawan satu dalam pilihanraya umum akan datang dan mencadangkan agar sidang meja bulat dibuat segera.
Timbalan presiden Amanah, Salahudin Ayub mencadangkan semua parti pembangkang bermesyuarat segera untuk membentuk pakatan bersama.
"Saya cadangkan semua pemimpin parti pembangkang bermesyuarat segera untuk membincangkan perkara ini.
"Amanah bersedia untuk duduk semeja dengan Pas untuk tujuan ini," kata Salahudin kepada Malaysiadateline.
Salahudin mengulas kesediaan sesetengah pimpinan Pas yang dimulakan oleh Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengajak semua parti pembangkang menghentikan serangansesama mereka.
Saranan beliau disokong oleh naib presiden Datuk Mohamad Amar Abdullah dan semalam ketua pengarah pilihan raya Pas, Datuk Mustafa Ali turut menyokong cadangan itu.
naib presiden yang juga timbalan menteri besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Abdullah dan kemudiannya mendapat sokongan dari ketua pengarah pilihan raya Pas, Datuk Mustafa Ali.
Mustafa berkata, berdasarkan kajian dan analisis Jabatan Pilihan raya PAS (JPP) Pusat, pertandingan 'satu lawan satu' adalah cara terbaik untuk menghilangkan kuasa Umno BN yang memerintah hari ini.
"Kalau pertandingan melawan BN lebih daripada 'satu lawan satu', ia memberi laluan mudah kepada Umno BN untuk terus berkuasa.
"Ini tidak bagus kerana menjadikan Umno BN lebih angkuh dan terus melakukan penyelewengan dan menyalahgunakan kuasa yang melemaskan rakyat," ujarnya sebagaimana yang dilaporkan oleh laman rasmi Pas, Harakahdaily.

Perutusan Anwar Ibrahim sempena 45 tahun ABIM

OLEH : Datuk Seri Anwar Ibrahim
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah Azza wa Jalla serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Salla’Llahu ‘alayhi Wasallam.
Hari ini 6 Ogos 2016 genap sudah usia 45 tahun Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Coretan sejarah awal ABIM dimulai dengan pentas Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
ANWAR HKLPKPIM merupakan gerakan pelajar yang telah meletakkan asas yang sangat kukuh bagi menjana kesedaran baru pasca kemerdekaan. PKPIM juga telah menunjangi gagasan dan gerakan untuk menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), serta Bank Islam.
Namum yang lebih utama ialah tiupan kesedaran Islam sebagai “ad-Din” ikhtiar menggilap idealisme di kalangan mahasiswa dan generasi muda.
Menerusi usaha tersebut, PKPIM telah berjaya menggabungkan kekuatan mahasiswa dan pelajar seluruh negara hingga melahirkan tunas-tunas muda yang terdedah dengan kebangkitan baharu dan kemudiannya menjadi aset utama dalam kegiatan-kegiatan penting seperti pendidikan, pentadbiran dan sosial.
Kelahiran tunas-tunas subur yang dilandasi nilai kepemudaan inilah yang telah menubuhkan ABIM dengan misi as-sohwah (kebangkitan) untuk meratakan kesedaran Islam sebagai satu cara hidup – Islam as a Way of Life.
ABIM telah mencecah usia ke-45 tahun pada tarikh yang bersejarah ini, menyelami denyut nadi ummat, mengakar dan merimbun di gelanggang dakwah.
ABIM hari ini sudah mara lebih jauh dan pengaruhnya sudah mencapah dalam pelbagai lapangan.
Walhasil, ABIM perlu sentiasa waspada dalam menangani perubahan dan bersedia mendepani tentangan zaman yang serba mencabar.
Insha Allah, berkat doa dan kesungguhan seluruh warga penggerak dan pendukungnya, ABIM akan terus relevan sebagai dhamir masyarakat dan Jurubicara Umat.
Moga ABIM terus melahirkan lebih banyak tunas muda sebagai pemimpin-pendidik dan agen perubahan yang mempelopori kebangkitan umat era baru.

MB Terengganu Tolak Dakwaan Sabotaj Pilihan Raya

KUALA TERENGGANU - Perbalahan antara Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said semakin rancak menjelang persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditunggu-tunggu pada Isnin ini.

Ahmad Razif pada Jumaat menafikan dakwaan sabotaj dan "rampasan kuasa" semasa pilihan raya umum lepas untuk melemahkan Ahmad yang ketika itu adalah menteri besar.

"Adalah tidak masuk akal untuk menuduh saya sabotaj atau mengadakan rampasan kuasa bagi menggulingkan menteri besar dengan kuasa saya yang terhad pada ketika itu. Mengapa saya akan berbuat demikian?

"Saya hanya seorang calon pilihan raya pada masa itu dan memberi tumpuan untuk memenangi kerusi saya sendiri di Seberang Takir," katanya.

Ahmad Razif berkata Ahmad hanya perlu menerima tanggungjawab dan bukannya cuba untuk menyalahkan orang lain.

Ahmad yang menjadi duri dalam daging bagi pentadbiran Ahmad Razif telah menyalahkan menteri besar itu berikutan prestasi buruk Terengganu pada pilihan raya umum 2013 yang menyaksikan Barisan Nasional memenangi hanya 17 kerusi berbanding 14 oleh PAS dan satu lagi oleh PKR.

Perbalahan lisan antara kedua-dua Ahmad itu telah menambah kepada spekulasi kemungkinan pilihan raya tergempar akan diadakan di Terengganu.

Ahmad mendakwa Ahmad Razif tahu mengenai rampasan kuasa untuk menggulingkannya sebagai menteri besar.

Ahmad juga mendakwa bahawa Ahmad Razif telah bertemu beliau untuk memberitahu mengenai rampasan kuasa selepas pilihan raya umum dan mengulangi permintaan agar menteri besar itu perlu meletak jawatan.

Khairuddin: Berikan saya slot berdebat dengan Najib mengenai 1MDB

"Berikan saya slot selama sejam di RTM untuk saya berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai 1MDB," kata bekas naib ketua bahagian Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Khairuddin membuat cabaran itu kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Menteri Datuk Seri Salleh Said Keruak, supaya rakyat benar-benar tahu tentang 1MDB dan masalahnya.
"Ia mesti dibuat secara langsung melalui RTM dan saya mahu Salleh meneliti permintaan ini. Saya mencabar Najib secara terbuka sekarang untuk berdepat mengenai 1MDB," katanya kepada Malaysiakini, sambil menambah bahawa debat itu boleh diadakan pada bila-bila masa.
Bekas pemimpin Umno itu bertanggungjawab membuat laporan di Singapura, United Kingdom, Switzerland dan Hong Kong berkaitan dengan 1MDB dan ekoran itu tujuh negara sedang menyiasat firma tersebut.
Khairuddin telah diminta menjawab soalan sama ada Najib dilihat sebagai mengukuhkan kuasanya walaupun dakwaan skandal 1MDB telah menjadi isu antarabangsa berikutan tindakan saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dua minggu lepas.
Katanya, Najib mungkin dilihat seolah-olah mengukuhkan kedudukannya tetapi menegaskan bahawa ia hanya sementara, dan hanya di dunia ini.
Akhirnya, kata beliau, Najib akan berdepan dengan Allah untuk menjawab tindakannya.
Beliau seterusnya memuji tindakan yang diambil oleh Zahid Md Arip dari Gerakan Undur Najib semalam yang memfailkan tindakan mahkamah untuk mencabarkerahsiaan laporan akhir mengenai 1MDB.

Pemuda, Puteri Umno tiada masalah PRU14 sekarang - Mas Ermieyati

Mas ErmieyatiPuteri dan Pemuda Umno menyatakan kesediaan sayap mereka menggerakkan jentera demi membantu BN memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada bila-bila masa.
Kesediaan itu bersandarkan kepada rekod kemenangan BN dalam dua pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, baru-baru ini.
Namun, Ketua Puterinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, semua jentera parti tidak perlu menunggu pengumuman Presiden, Datuk Seri Najib Razak untuk memulakan gerakan.
“Saya selalu tekankan ketika turun ke akar umbi, bersatu dan muafakat bagi membantu kemenangan BN. Saya juga menyeru untuk mereka memperkukuhkan jentera dan tidak perlu menunggu saranan ataupun pengumuman (Najib) tetapi dari sekarang kita perlu bermula untuk menyiapkan jentera.
“Ini terbukti dengan kejayaan pada kedua-dua pilihan raya kecil baru-baru ini. Di mana jentera kita telah pamerkan gerak kerja yang baik sekali. Ini sebahagian daripada ujian buat jentera di Perak dan Selangor untuk sama-sama buat persediaan menghadapi PRU nanti,” katanya kepada Sinar Online.
Sebelum ini, Sinar Online melaporkan penganalisis politik berpendapat BN bakal berhadapan ancaman besar sekiranya PRU14 tidak diadakan pada tahun hadapan kerana ia akan memberi masa tambahan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memperkukuhkan parti baharunya itu.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, jenteranya sudah bersiap sedia sejak tahun lalu malah tiada masalah sekiranya BN mengumumkan PRU14 dalam masa terdekat.
“Sekarang pun OK (buat pilihan raya). Rakyat pun tiada masalah. Hari ini, projek MRT sudah siap, pengangkutan awam di kota pun OK, di kampung sekarang ini semua orang gembira dan di Sungai Besar pun baru-baru ini kita menang besar. Maka, rakyat Malaysia dalam keadaan yang baik hari ini,"
“Cumanya kalau kata nak buat pilihan raya, sudah pastinya kerajaan akan ambil maklum dengan situasi rakyat. Kita lihat rakyat kita senang, gembira, boleh mencari rezeki...ada kenaikan gaji. Jika semua faktor penting, OK, maka kita bolehlah buat pilihan raya, tiada masalah. ini tiada kena mengena dengan parti baharu Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin (Yassin),” katanya.

Umno Terengganu perlu tenang hadapi kemelut - Salleh Keruak

Salleh Said Keruak
SUNGAI PETANI -  Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak meminta pemimpin Umno Terengganu supaya bertenang dan tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh merenggangkan lagi hubungan sesama mereka.

Salleh, yang juga Bendahari Umno, berkata Umno Terengganu perlu bersatu padu dalam mencari penyelesaian terbaik walaupun mempunyai perbezaan pendapat bagi menamatkan kemelut politik di negeri itu.

"Kita kena ada ketenangan untuk hadapi situasi seperti ini, yang penting Umno Terengganu kukuh kerana di Terengganu banyak lagi agenda pembangunan yang perlu diteruskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan serentak perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian Sungai Petani di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Umno bahagian Datuk Abdul Rahim Saad; ketua Wanita Wan Mohalina Wan Mohamad; ketua Pemuda Muhd Effendi Mashum dan ketua Puteri bahagian Mashitoh Mohamad Yusoff.

Salleh berkata, setiap tindakan yang dilakukan perlu mengambil kira kepentingan rakyat Terengganu supaya tidak menjadi mangsa dalam situasi politik negeri.

"Matlamat berpolitik bukan untuk berebut jawatan tetapi bagi menentukan pembangunan dapat diteruskan kepada rakyat," katanya.

Umno tidak pernah ketandusan pemimpin sembang KM Melaka

Datuk Idris Haron
MELAKA - "Umno merupakan sebuah parti yang tidak pernah ketandusan pemimpin terutamanya di peringkat akar umbi dan oleh sebab itu tindakan segelintir pemimpin peringkat itu keluar parti tidak akan menjejaskan Umno," kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, tindakan pemimpin Umno peringkat akar umbi yang meletak jawatan untuk menyertai parti lain atau tidak berpuas hati mengenai isu tertentu, dilihat tidak akan menjejaskan parti keramat orang Melayu itu kerana Umno mempunyai ramai pemimpin muda yang berkebolehan.

"Saya mendengar di negeri lain, beberapa ketua cawangan keluar daripada parti meletak jawatan... dari segi kesannya ada, tetapi lebih ramai yang mengambil alih jawatan itu, contohnya tiga letak jawatan 10 orang ingin dan berkemampuan memangku jawatan itu.

"Umno mempunyai pemimpin pelapis yang ramai dan berkebolehan, kadang-kadang yang menggantinya lebih berkelayakan serta boleh menjadi kekuatan untuk Presiden (Umno) Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Bot Kawalan Jauh Antarabangsa 2016 di Tasik Ayer Keroh di sini hari ini.

Mengulas tentang tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang merancang menubuhkan parti baharu, Idris berkata tindakan itu hanyalah sebuah kitaran politik dalam sistem demokrasi yang sihat di negara ini.

Parti serpihan ibarat tempah 'kubur' - TPM

Parti serpihan ibarat tempah 'kubur'
Ahmad Zahid (berdiri, kiri) berucap pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bagan Datoh, pagi tadi.‎
BAGAN DATOH - Parti baharu yang ditubuhkan daripada serpihan Umno ibarat menempah 'kubur' sendiri dan bakal mengikut jejak parti-parti serpihan sebelum ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejarah menunjukkan tidak ada sebuah parti serpihan Umno boleh mengalahkan parti keramat Umno sehingga hari ini.
"Umno bukan ditubuh sebagai parti jalanan, sebaliknya ia diwujudkan atas kesatuan persatuan dan organisasi Melayu.
"Buatlah parti baharu, kerana pengasas Umno sendiri tidak pernah bersetuju dengan Tuanku Abdul Rahman dan buat parti Kemerdekaan lalu terkubur," katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bagan Datoh, pagi tadi.
Menurut Ahmad Zahid, parti serpihan Umno sebelum ini wujud atas rasa ketidakpuasan hati bekas pemimpin yang mana bermaksud 'mundar mandir tanpa jawatan'.
"Kita harus melihat sejarah bagaimana pengasas Umno sendiri ditolak orang-orang Umno kerana membuat parti serpihan lain.
"Saya ingin mengingatkan diri sendiri dan semua kalau mahu berbeza pendapat dan membenci seseorang itu hak mereka, tetapi jangan pernah menikam belakang Umno kerana di akhirnya anda akan dibenci dan ditolak oleh rakyat," katanya.
Ahmad Zahid turut mengingatkan kepada individu yang menubuh parti baharu bahawa tidak semestinya jika dahulu mereka mendapat sokongan maka sekarang juga sama.
"Kita sokong dia dahulu kerana dia ada jawatan dalam parti dan kerajaan," katanya.

Bung Moktar beri amaran, parti baharu Dr M mampu ‘celakakan’ Umno

Ahli Parlimen Kinabatangan itu akui, walaupun Umno sebuah parti tertua namun ia tidak memberi jaminan kepada parti Melayu itu kekal memerintah.
Bung Moktar Radin
PETALING JAYA: Parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamad mampu ‘mencelakakan’ Umno jika penubuhan parti itu dianggap remeh oleh ahli dan kepimpinan Umno.
Kebimbangan itu disuarakan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin yang senada dengan kenyataan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin bahawa parti baharu Dr Mahathir mampu bertahan lama dan bergerak jauh.
“Parti baharu Tun Mahathir tidak boleh dianggap enting (remeh) atau seolah ia hanya parti serpihan dan tidak mendatangkan apa-apa ancaman kepada Umno. Inilah masanya untuk Umno fokus ke arah memperkuatkan parti supaya beri keyakinan kepada ahli dan rakyatnya.
“Kalau ahli Umno leka, maka kesilapan besar akan berlaku dan Umno bakal ‘dicelakakan’ oleh parti pembangkang,” katanya kepada FMT.
Ahli Parlimen Kinabatangan itu juga mengakui, status parti tertua tidak akan memberi jaminan kepada Umno, parti Melayu itu untuk kekal memerintah.
“Walaupun Umno sebuah parti yang berjaya tetapi sejarah tidak akan membantu Umno untuk terus kekal sebagai pemerintah, kecuali Umno sendiri melibat gandakan usaha ke arah itu,” katanya.
Terdahulu kebimbangan sama disuarakan Khairy apabila mengingatkan pemuda Umno supaya tidak mengambil mudah penubuhan parti baharu Dr Mahathir dengan beranggapan parti kecil itu tidak akan bertahan lama.
Katanya, adalah terlalu angkuh untuk menganggap sedemikian kerana parti baharu itu ditunjangi nama-nama besar seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir selain Dr Mahathir sendiri.

Jangan leka dengan penubuhan parti baharu Dr M - Pemuda Umno

Adalah terlalu angkuh untuk mengambil mudah penubuhan parti baharu yang ditunjangi nama-nama besar seperti Dr Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz.
khairy
SEPANG: Pemuda UMNO diingatkan supaya tidak mengambil mudah penubuhan parti baharu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dengan beranggapan parti kecil itu tidak akan bertahan lama.
Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata adalah terlalu angkuh untuk menganggap sedemikian kerana parti baharu itu ditunjangi nama-nama besar seperti Tun Mahathir sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
“Saya tidak mahu dengar ada kalangan Pemuda berkata ia hanyalah parti serpihan atau parti kecil yang tidak akan bertahan lama…itu angkuh namanya dan orang Melayu tidak suka.
“Sepatutnya kita kata tidak apa, penubuhan parti itu kita ambil serius sebab yang tubuhkannya adalah orang-orang besar, namun kita tetap yakin dan percaya parti itu tidak akan mendapat sokongan majoriti orang Melayu berbanding UMNO,” katanya.
Berucap semasa menutup Persidangan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Sepang di sini, malam tadi Khairy berkata keadaan mungkin berubah jika parti yang akan ditubuhkan itu membawa agenda lebih besar kepada negara, bukannya semata-mata untuk menjatuhkan seorang pemimpin.
Beliau berkata hasrat parti yang dikatakan bakal diterajui Muhyiddin itu, bertujuan menarik sokongan dari kalangan penyokong dan anggota UMNO bagi menjayakan agenda menjatuhkan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh Pemuda selaku benteng hadapan parti.
Selagi Presiden tidak membuat perkara yang salah, selagi memegang amanah
dengan baik, tanggungjawab kita sebagai orang muda di dalam parti adalah untuk
mempertahankan institusi presiden dan kepimpinan parti yang dipilih secara
demokratik, katanya.
Khairy sekali lagi menegaskan bahawa anggota dan Pemuda UMNO tidak perlu risau digelar ‘macai’, ‘balaci’ atau lain-lain gelaran negatif dalam peranan mempertahankan parti dan Presiden kerana ia merupakan tugas yang perlu dilalui selaku jentera parti.

KEMELUT TERENGGANU: PAS TAMAK HALOBA, AHMAD RAZIF PERNAH SABOTAJ UMNO?

Jalan masih terbuka luas untuk mengelakkan kerajaan Barisan Nasional (BN) gugur walaupun bekas Menteri Besar mengancam keluar UMNO dalam kemelut politik ketika ini.
Biarpun dia membuat ancaman sedemikian, hati Datuk Seri Ahmad Said masih tetap dengan UMNO dan dia sayangkan UMNO.
Jangan cepat buat keputusan dengan kenyataannya.
Memanglah nampak dari luar dan menyedapkan analisis, The Star Online boleh mengatakan krisis UMNO Terengganu semakin meruncing malam tadi apabila Ahmad Said mengancam untuk keluar parti.
Beliau dikatakan akan bekerjasama dengan PAS, malah The Star Online malam tadi melaporkan bekas Menteri Besar itu yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Kijal sudah memberi memberi kata dua kepada Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman supaya meletak jawatan.
Lihat dalam konteks pertikaian mereka berdua dan jangan melihat antara Ahmad Said dengan UMNO.
Walaupun ada pihak dalam UMNO sendiri selain Menteri Besar  yang mengecam Ahmad Said dengan mengatakanAhmad Said sebagai punca utama menyebabkan berlakunya kemelut politik dan kepemimpinan negeri, itu bukan halangan untuk mengatasi krisis.

Sokongan kepada Ahmad Razif pada waktu ini oleh Bahagian UMNO juga tidak matang kerana ia bukan membabitkan parti tetapi personaliti.


Benarkah ADUN Kijal itu hilang budaya hormat kepada ketua seolah-olah menjadi wakil pembangkang?

Yang penting semua pihak perlu mencari jalan agar UMNO dan BN dapat diselamatkan - bukan Ahmad Razif atau Ahmad Said - dalam keadaan terdekat demi menjamin kerajaan BN negeri akan mampu terus memerintah dengan beberapa penyesuaian.
Inilah waktunya UMNO dan BN menguji kebijaksanaan dan kewarasan kepimpinan pusat sama ada Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Putrajaya.
Melainkan jika UMNO dan Putrajaya merasakan cara keluar sudah tiada dan meminta perkenan diadakan pilihan raya negeri (PRN) maka kemungkinan berlakulah ia.
Sangat bersetuju dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri semalam bahawa  kebijaksanaan pemimpin-pemimpin UMNO Terengganu dalam memelihara kestabilan politik negeri itu akan membolehkan BN kekal memerintah "sekurang-kurangnya" sehingga pilihan raya umum akan datang.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden Umno berkata, beliau tidak nampak masalah di Terengganu itu sesuatu yang tidak dapat diselesaikan.

"Saya harap kepimpinan dan ahli-ahli UMNO tidak terjebak dengan permainan politik luaran atau ahli politik yang melayani 'kekecewaan' mereka yang telah berada di luar Umno," katanya.

Ahmad Zahid berkata, beliau maklum tentang "gerakan" dalaman dan luaran yang sedang berlaku dalam politik Terengganu namun tetap yakin dengan kebijaksanaan kepimpinan UMNO negeri.

Ahmad Zahid berkata parti-parti pembangkang di Terengganu juga memahami bahawa proses untuk menterjemahkan proses demokrasi di negeri itu dilakukan dalam pilihan raya umum dan bukan menerusi cara lain.

Dalam kemelut ini, yang menjadi sasaran ialah Ahmad Razif dan yang menjadi penyerang ialah Ahmad Said.
Selesaikan isu ini. Apakah mereka bersua tidak boleh bertentang mata atau 'duduk semeja' seperti sebelum ini?

Jika pelantikan Menteri Besar baru dibuat, ia akan dapat mereda dan mengatasi krisis ini.
Namun, jangan pula Ahmad Razif terpelanting begitu sahaja.
Ahmad Razif masih Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus dan ADUN Seberang Takir, satu-satunya DUN dimenangi oleh BN.
Ketika pilihan raya umum, Ketua Bahagian UMNO ialah Datuk Nasir Ibrahim Fikri dan kerana kalah di Parlimen dalam pilihan raya umum 2013, beliau turut hilang jawatannya dalam parti sebagai Ketua Bahagian.

Persoalannya apakah beliau sengaja dikalahkan dalam PRU-13 supaya 'hilang taring' ketika pertandingan parti di bahagian selepas pilihan raya umum?
Yang menariknya semalam, Akhmad Said mengatakan dalam menyelar Ahmad Razif kerana menyalahkan pemimpin terdahulu (rujukan kepada Ahmad Said) atas kegawatan politik di negeri itu sekarang, mengatakan "Saya ada banyak rahsia. Jangan buat saya buka mulut."
"Beliau (Ahmad Razif) bercakap mengenai prestasi saya dan bahawa kerana saya, kerajaan negeri hilang sebahagian besar kerusi semasa pilihan raya dan hanya menang tipis," Ahmad Said dipetik sebagai berkata.
Bekas menteri besar Terengganu itu dilaporkan berkata Ahmad Razif perlu tahu bahawa semasa ada usaha untuk menyingkirkannya (Ahmad Said), BN hampir pasti akan kalah kepada PAS, "dia tahu siapa yang menyelamatkan dan memberikan kemenangan."
Dengan tegas, Ahmad Said mengatakan  beliau boleh memecatkan Ahmad Razif ketika beliau berkuasa atas dakwaan sabotaj, tetapi tidak berbuat demikian.
Kenapa pula Ahmad Said menyelamatkannya walaupun Ahmad Razif sabotaj UMNO? Ini kes berat. Tetapi kenapa Ahmad Said tetap mahukan Ahmad Razif?
Oleh itu, Ahmad Said menegaskan,  sekiranya Ahmad Razif tidak meletak jawatan sekarang, beliau mungkin keluar UMNO dan bekerjasama dengan PAS untuk membentuk kerajaan baru.
Kerajaan UMNO Terengganu pernah dilanda krisis pada 2014 apabila Ahmad Said dan dua ADUN lain meletak jawatan, dan mengurangkan majoriti 17 kerusi parti pemerintah, berbanding 15 kerusi Pakatan Rakyat.
Keruntuhan kerajaan negeri itu akhirnya dapat dielakkan melalui formula  ADUN Seberang Takir Ahmad Razif mengambil alih jawatan menteri besar.
Apa yang juga menarik dalam kenyataan awal Ahmad Said mahu bekerjasama dengan PAS, tiba-tiba sahaja pemimpin Pas Pusat dan negeri tiba-tiba seperti ‘beruk mendapat bunga’.
Malah, dilaporkan, PAS begitu  berkobar-kobar untuk kembali memerintah Terengganu dan akan menyokong usaha Adun Kijal itu untuk menggulingkan Ahmad Razif.
Itu baru cadangan Ahmad Said, entah ia atau tidak.

Goldman dapat surat kedua Bank Pusat NY berhubung 1MDB

Goldman Sachs Group Inc. menghadapi pertanyaan kedua daripada Rizab Persekutuan New York berhubung pengumpulan dana untuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Jabatan Perkhidatan Kewangan (DFS) New York sedang memohon maklumat mengenai pendedahan Goldman Sachs berhubung penawaran bon bank bagi menaja jamin bagi syarikat 1MDB, menurut sepucuk surat bertarikh 4 Ogos daripada pengawal selia itu.
DFS menghantar pertanyaan awal untuk mendapatkan maklumat daripada bank pada bulan Jun lalu.
Jabatan Kehakiman, Rizab Persekutuan dan Suruhanjaya Pertukaran dan Bursa juga sedang meneliti urusan Goldman Sach dengan 1MDB.

Dunia hormati undang-undang penggubahan wang haram

Wang yang diambil secara salah dibelanjakan di negara lain, maka negara berkenaan berkuasa bertindak di bawah undang-undang penggubahan wang haram negara masing-masing.
money-laundering-1
Oleh Dr Syed Iskandar Syed Jaafar
Selepas insiden dikenali sebagai 9-11, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan Konvensyen mengenai aktiviti penggubahan wang haram dan menjadikannya sebagai kesalahan serius di mana kebanyakan negara seluruh dunia menerima pakai Konvensyen itu dengan kelulusan Parlimen masing-masing.
Di negara kita umpamanya ia diluluskan pada 2001 dan dikenali sebagai AMLATFAPUAA 2001 (Anti Money Laundering, Anti Terrorist Financing And Proceed of Unlawful Activities Act 2001). Di samping itu juga Parlimen kita meluluskan pelbagai undang-undang lain termasuk Mutual Assistance In Criminal Matters Act 2002.
Skop penguatkuasaan undang-undang penggubahan wang haram berbentuk global selari dengan era dunia tanpa sempadan, membawa maksud jika wang yang asalnya sah dan melalui beberapa proses tertentu yang menyalahi undang-undang dan berakhir di negara lain dengan pembelian harta menerusi pelbagai perjanjian jual beli, maka negara berkenaan berhak mengambil tindakan tegas menahan, mendakwa dan menghukum semua pihak terlibat termasuk yang bersubahat, sekalipun wang itu berasal dari negara lain.
Fokusnya ialah wang berkenaan yang diambil secara salah dibelanjakan di negara lain, maka negara berkenaan berkuasa bertindak di bawah undang-undang penggubahan wang haram negara masing-masing.
Ketatnya elemen AMLATFAPUAA 2001 yang terpakai di Malaysia yang turut diguna pakai secara intipatinya di seluruh dunia ini ialah contohnya, jika seseorang pegawai bank mengesyaki sesuatu yang pelik dengan akaun bank tertentu, umpamanya kemasukan wang banyak berjuta, maka ia menjadi tanggungjawab pegawai bank berkenaan melaporkan terus kepada pihak berkuasa secara diam-diam tanpa perlu memaklumkan pegawai atasannya kerana tiada siapa tahu siapa yang terlibat dalam urusan disyaki aktiviti penggubahan wang haram itu.
Pihak berkuasa pula perlu amanah dan bertanggungjawab sebaik saja menerima laporan sulit pegawai bank agar tidak berlaku perkara tidak diingini umpamanya kebocoran maklumat sulit perbankan yang boleh menyebabkan nyawa pihak melapor terancam.
Orang yang disyaki terlibat dengan aktiviti penggubahan wang haram boleh ditahan dan mereka yang ditahan di bawah AMLATFAPUAA 2001 tidak akan dapat menikmati prosedur jenayah biasa diperuntukkan di bawah Kanun Acara Jenayah.
Hak tertuduh amatlah sedikit jika disiasat dan didakwa di bawah AMLATFAPUAA 2001. Sehubungan itu, Akta ini melayan tertuduh seolah-olah seperti bersalah sebelum dibuktikan bersalah di mahkamah.
Akta ini juga meletakkan tanggungjawab melaporkan kepada pihak berkuasa aktiviti disyaki sebagai penggubahan wang haram kepada pelbagai badan dan pengamal profesional malah tanggungjawab dan skop siasatan juga diperluas kepada pelbagai badan penguatkuasa undang-undang termasuklah Bank Negara Malaysia, PDRM, SPRM dan sebagainya.
Firma firma guaman umpamanya diwajibkan melaporkan sekiranya terdapat aktiviti mencurigai oleh anak guam mereka.

Penubuhan parti baharu demi selamatkan Umno - Dr Ahmad Atory

Penganalisis berkata, kepimpinan Umno menghadapi masalah dan ia perlu diselamatkan kerana parti itu tunggak BN dan negara.
Dr-Ahmad-Atory-Hussain
PETALING JAYA : Parti politik baharu berasaskan Melayu dan Bumiputera diterajui bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ditubuhkan hanya kerana Umno kini bermasalah, kata penganalisis politik Prof Dr Ahmad Atory Hussain.
Malah, katanya tujuan sebenar parti politik baharu itu ditubuhkan ialah untuk menyelamatkan Umno kerana parti itu saja yang dianggap memerintah Malaysia.
“Saya rasa soal hendak menyelamatkan Malaysia ini memanglah. Biasanya kalau selamat Umno, selamatlah Malaysia. Sebab Umno tonggak BN dan negara ini.
“Selama ini Umno mendapat dua pertiga, BN dapat dua perempat iaitu 148 daripada 222 (kerusi Parlimen). Kalau kepimpinan Umno dan Melayu ini jatuh, susahlah negara ini,” katanya kepada FMT.
Selain itu, katanya tujuan parti itu ditubuhkan juga untuk membuat persediaan menumbangkan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada Raya Umum ke-14.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin yang fokus penubuhan parti baharu itu nanti adalah untuk orang Melayu dan Bumiputera.
Sebelum ini, bekas naib ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan juga berkata parti diterajui Muhyiddin itu berasaskan Melayu kerana mahu mengelak bersaing keahlian dengan parti pembangkang berbilang bangsa yang lain.
Sementara itu, penganalisis politik Dr Jeniri Amir pula berkata penubuhan parti baharu yang menumpukan kepada Melayu tidak akan kekal.
“Berdasarkan rekod sejarah, parti serpihan Umno tidak dapat bertahan selepas beberapa waktu. Apatah lagi matlamatnya yang mencetuskan dan menggerakkan penubuhan parti baharu kerana kekecewaan mereka terhadap seorang pemimpin.

TMJ Tolak Jawatan Presiden FAM


KUALA LUMPUR: Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali lagi bertegas menolak jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Bagaimanapun beliau sedia mempertimbangkan tawaran sebagai Pengerusi Pasukan Kebangsaan dan Ketua Kongres untuk Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP).
Tunku Ismail berkata, jawatan Presiden FAM tidak sepatutnya disandang golongan keluarga diraja, atau mereka yang mempunyai pertalian dengan mana-mana persatuan bola sepak negeri atau kelab yang mengambil bahagian.
Sebaliknya, tegas Tunku Ismail, calon presiden badan induk itu mestilah seorang yang berkecuali kepada semua negeri dan kelab yang mengambil bahagian untuk mengelakkan gejala rasuah dan sikap pilih kasih.
"Saya tidak setuju menjadi Presiden FAM kerana saya sudah mempunyai JDT (Johor Darul Ta'zim). Akan ada konflik kepentingan kerana saya akan lebih cenderung ke arah negeri saya.
"Seperti yang saya nyatakan berpuluh-puluh kali sebelum ini, kita perlu mencari seseorang yang tidak mempunyai sebarang pertalian dengan mana-mana persatuan negeri atau kelab yang mengambil bahagian," katanya dalam laman Facebook Johor Southern Tigers, Jumaat.
Baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Bendahari FAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria memberi taklimat kepada Tunku Ismail mengenai FAM.
Selain itu, ia turut membincangkan pelantikan beliau sebagai Presiden FAM, Pengerusi Pasukan Kebangsaan dan Ketua Kongres FMLLP.

"Saya akan menanti pertemuan sekali lagi dengan Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Norza sebelum membuat sebarang keputusan (mengenai jawatan Pengerusi Pasukan Kebangsaan dan Ketua Kongres FMLLP)," katanya.

Mengenai spekulasi rombakan besar-besaran dalam FAM, beliau berpendapat presiden dan anggota Exco FAM mesti digugurkan dan anggota baharu perlu terdiri daripada mereka yang berupaya menyumbang dan bekerja demi kepentingan bola sepak negara.

"Jika mereka tidak mampu, maka mereka perlu berundur dan memberi laluan kepada orang yang berkebolehan.

"Ketelusan FAM dalam perancangan mereka amat diperlukan dan penyokong mesti dibenarkan sekali-sekala mengemukakan pertanyaan kepada FAM.

"Penyokong berhak mengetahui apa yang sedang berlaku dalam FAM dan segala matlamat serta hala tuju FAM untuk masa akan datang," katanya.

Sementara itu, beliau turut mencadangkan pasukan kebangsaan menggunakan khidmat jurulatih luar negara dengan latar belakang, pencapaian dan rekod prestasi yang baik.

Umno kata Bahagian Semporna masih utuh tapi gagal anjur mesyuarat


Umno kata Bahagian Semporna masih utuh tapi gagal anjur mesyuarat

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bugaya, Datuk Ramlee Marahaban memberitahu Umno Bahagian Semporna masih utuh dan berfungsi seperti biasa walaupun mesyuarat bahagian tersebut gagal dilaksanakan ekoran tidak memenuhi syarat.
Menurut sumber diperoleh portal media Malaysia Gezette (MG), bahagian itu kini tidak mempunyai ketua bahagian, naib ketua bahagian, pengerusi tetap, ketua wanita dan ketua pemuda kerana keluar kesemuanya didkwa keluar daripada daripada Umno bersama beberapa barisan ahli jawatankuasanya.
“Tidak tahu siapa yang hendak dipilih menjadi ketua kerana pemimpin yang ada hanyalah timbalan ketua bahagian Semporna iaitu Datuk Seri Nasir Tun Sakaran sedangkan ada juga dalam kalangan ahli yang mahukan Ramlee memimpin Umno Bahagian Semporna.
“Begitu juga dengan ketua wanita dan pemudanya yang masih belum ada pengganti apalagi barisan ahli jawatankuasa yang difahamkan tinggal dua orang yang masih setia bersama Umno. Akibatnya, mesyuarat tidak boleh diadakan kerana ramai yang berminat untuk mendapatkan jawatan yang telah dikosongkan itu,” katanya seperti dipetik.

Amanah T’ganu tubuh cawangan di semua daerah, sedia hadapi pilihan raya negeri


DAP Sabah sedia bekerjasama dengan Shafie Apdal untuk tumbangkan BN

Shafie
SANDAKAN, 5 OGOS: DAP Sabah menyambut baik dan bersedia untuk bekerjasama dengan bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal dan parti-parti pembangkang negeri itu bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum akan datang.
Ini termasuklah perjuangan untuk mendapatkan autonomi bagi Sabah sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963.
Mengalu-alukan langkah Shafie yang telah meninggalkan UMNO, Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong Tien Fatt berkata perjuangan untuk memartabatkan hak negeri dan rakyat Sabah selaras dengan perjuangan DAP.
“DAP Sabah menyeru seluruh parti-parti politik yang bersetuju dengan perjuangan demi kepentingan rakyat Sabah supaya bekerjasama untuk menumbangkan kerajaan BN dalam pilihanraya akan datang.
“Hanya melalui cara ini akan membawa perubahan yang lebih baik kepada Sabah dan Malaysia,” ujar Ahli Parlimen Sandakan itu dalam satu kenyataan.
Sebagai parti di peringkat kebangsaan, Stephen berkata DAP sentiasa bekerja keras menjunjung prinsip Persekutuan dengan memperjuangkan autonomi demi Malaysia yang lebih adil dan saksama.
Malah, beliau sebelum ini telah mengusulkan pindaan Perlembagaan Persekutuan ke Dewan Rakyat bagi mengembalikan status Sabah, Sarawak dan Semenanjung sebagai rakan kongsi setara dalam Persekutuan Malaysia selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963.
Usul itu jelasnya bertujuan membetulkan beberapa perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963 yang gagal diteliti dan menyebabkan Sabah dan Sarawak sekadar menjadi anggota 13 buah negeri dalam Malaysia, dan bukan rakan kongsi setara dalam sebuah Persekutuan.

Tabung Pahlawan: MP cadang lelong barang mewah Rosmah

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mencadangkan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor melolong barang-barang peribadi berjenama miliknya untuk didermakan ke tabung hari pahlawan.
Beliau berkata, barang-barang berharga rosmah seperti cincin berlian, beg tangan, jam tangan dan sebagainya jika ditukar dengan wang tunai boleh membantu prajurit yang telah banyak berjasakepada negara.
“Bukankah elok kalau Rosmah yang memiliki banyak beg tangan berharga,jam berjenama, cincin berlian,telefon tangan Vertu yang harga ratusan ribu ringgit dan barang barang kemas yang lumayan untuk disumbangkan pada tabung hari Pahlawan.
“Saya percaya jika barangan milik Rosmah dicairkan kepada wang tunai banyak yang dapat membantu perajurit tanahair yang berjasa pada negara,” katanya.
Rosmah yang juga penaung Tabung Pahlawan sebelum ini menggesa lebih ramai rakyat Malaysia memberikan sumbangan kepada tabung khusus untuk bekas tentera itu.
Beliau juga meluahkan rasa sedih apabila mendapat tahu hanya segelintir syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor korporat yang menghulurkan sumbangan kepada tabung itu.