Jumaat, 5 Ogos 2016

Skandal 1MDB: 'Gerakan Undur Najib' mohon ubah status audit 1MDB

Seorang anggota seumur hidup Umno Zahid Md Arip memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB diubah status sulitnya.

Pemimpin badan yang dinamakan “Gerakan Undur Najib” itu memohon perintah certiorari untuk membatalkan pengelasan laporan itu bawah Akta Rahsia Rasmi 1962.

Beliau juga mahu laporan itu diserahkan kepada pihak berkuasa bertanggungjawab berdasarkan Perkara 107(1) Perlembagaan Persekutuan.

Zahid berkata beliau memfailkan permohonan itu bagi pihak rakyat Malaysia atas alasan Najib mungkir janji dengan tidak mendedahkan dokumen itu kepada awam.

“Tidak pernah terjadi di mana-mana dunia laporan audit dianggap sulit,” katanya.

Skandal 1MDB: Saman DoJ AS tidak libatkan saya, sembang Najib pada TV Indonesia

Datuk Seri Najib Razak memberitahu Metro TV di Indonesia isu 1MDB ialah isu perniagaan yang dipolitikkan “musuh tertentu”.
njib-dojs-1mdb-1
JAKARTA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata tuntutan saman yang dikemukakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) baru-baru ini tidak membabitkan dirinya, kerajaan Malaysia atau 1Malaysia Development Berhad (1MDB), secara langsung.
Bulan lalu Peguam Negara AS Loretta Lynch mengumumkan tindakan sivil diambil bagi menyita aset bernilai lebih AS$1 bilion yang dikaitkan dengan konspirasi pengubahan wang haram daripada dana 1MDB.
Najib diserang pihak pembangkang dan orang awam susulan tuduhan rasuah berkait dengan 1MDB yang sarat menanggung hutang dan deposit wang dimasukkan ke bank akaun peribadinya bernilai kira-kira AS$680 juta.
Beliau menafikan sebarang salah laku dan tetap bertegas sumber wang itu bukan daripada 1MDB. Beliau juga berkata wang itu bukan untuk kegunaan peribadi.
Peguam negara Malaysia berkata wang itu hadiah daripada kerabat diraja Arab Saudi, dan kebanyakannya sudah dipulangkan semula.
“Saya hendak katakan apa yang dilakukan DoJ baru-baru ini tidak membabitkan saya, atau kerajaan Malaysia, atau 1MDB secara langsung,” kata Najib kepada stesen televisyen Indonesia, Metro TV.
“Saman itu menamakan lima individu. Ini bukan saman jenayah tetapi tuntutan sivil,” kata Najib yang sedang dalam lawatan kerja di Jakarta.
Katanya, isu 1MDB ialah isu perniagaan tetapi dipolitikkan oleh “musuh tertentu”.

Bina dunia dengan 'darul Islam' dan 'darul dakwah', kata cendekiawan


Dr Siddiq FadzilDr Siddiq Fadzil
Pembinaan bangsa Malaysia sukar dibina tanpa merombak gaya hidup dan istilah kepada bukan Islam sebagai zimmi dan harbi, kata pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) Datuk Dr Siddiq Fadzil.
Beliau berkata, golongan ini adalah warganegara yang merasakan bersama-sama membina negara baharu Malaysia.
Mengulas lanjut, Siddiq berkata ornag bukan Islam bukan perlindungan sebagai zimmi apatah harbi sebaliknya memrlukan perkongsian kuasa.
“Mereka juga adalah warganegara. Konsep ini sudah wujud dalam piagam Madinah, namun tidak berkembang dengan matang kerana berlakunya pengkhianatan Yahudi. Kemudian, empayar Islam terus berkembang selepas itu.
“Prinsip-prinsip untuk membina bangsa Malaysia mengikut acuan pembinaan bangsa atau piagam dan Perlembagaan Madinah dengan menggunakan pemakaian pengertian ummah diniyyah (umat Islam yang esklusif) dan ummah siyasiyyah (ummah politik termasuk Yahudi dan lain-lain),” kata beliau dalam wacana kenegaraan mengupas konflik pembinaan bangsa Malaysia di Shah Alam malam tadi.
Beliau mencadangkan Darul Islam dan Darul Dakwah diperkenalkan di negara ini kerana semangat yang betul-betul tulen dalam al-Quran adalah berdakwah kepada orang bukan Islam, bukan memerangi mereka.
“Peraturan mainnya ialah mendakwahkan mereka dengan bijaksana, nasihat yang baik, dialog dengan mereka, bukan membunuh mereka dan bukan mengharbikan mereka,” tegasnya.
Namun beliau mempersoal sejauh mana keberanian dan kejujuran umat Islam untuk memberikan hak persamaan dan tanggungjawab antara Islam dan bukan Islam dalam pembinaan bangsa Malaysia.

BERS✓H 5: TITM Serik Untuk Bersuara Sebelum Di "Uturn"kan Haji Hadi?

PAS belum putuskan sertai BERSIH 5

Walaupun berjaya mengumpul penyertaan besar sebelum ini, BERSIH 4 bagaimanapun terpalit imej polarisasi kaum apabila kurangnya penyertaan orang Melayu.

Salah satu faktornya ialah apabila PAS tidak mendukung acara itu secara rasmi selepas berpisah dengan Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP.

Justeru, bagi masyarakat sivil, penyertaan parti itu amat penting bagi mengelakkan tanggapan negatif berulang.

PAS bagaimanapun setakat ini masih belum membuat keputusannya.

“Parti belum buat sebarang keputusan.

“Kita tunggu sehingga sampai waktu kita akan umumkan pendirian parti,” kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melalui pesanan teks kepada Malaysiakini malam tadi.

Tuan Ibrahim juga berkata pihaknya setakat ini belum dimaklumkan atau diundang secara rasmi oleh BERSIH.

Beliau ditanya pendirian parti Islam itu kali ini setelah BERSIH semalam (Selasa) mengumumkan perhimpunan rakyat besar-besaran kali kelima dalam masa terdekat.

Pengerusinya, Maria Chin Abdullah dalam sidang akhbar di pejabatnya di Petaling Jaya berkata, himpunan kali ini untuk menuntut tindakan lanjut mengenai skandal 1MDB.

Rasanya TITM sudah serik untuk kemukakan pendiriannya sebab setiap kali beliau suara, ianya akan di'uturn'kan oleh Presidennya Haji Hadi.

Apahal TITM mahu ulas lagi sedangkan setiap kali beliau ulas, setiap kali itulah keputusannya akan di terbalikkan oleh Presiden PAS sendiri?



Tentang Himpunan BERSIH, sudah ada precedent sebelum ini:


Yang terbaharu, TITM pernah menyuarakan supaya semua parti pembangkang melaksanakan "gencatan senjata".

KEADILAN sokong Bersih 5 ke arah penyuburan demokrasi

MB02KEADILAN menyokong usaha Gabungan Pilihanraya Bersih Dan Adil (Bersih 2.0) mengadakan perhimpunan Bersih 5 bagi menuntut siasatan bebas ke atas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Timbalan Presidennya, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata usaha ke arah itu perlu didukung demi perubahan baik serta penyuburan demokrasi di negara ini.
“Kali ini daripada kenyataan Bersih 2.0, untuk mendesak penyiasatan bebas dijalankan ke atas 1MDB kerana ia cuba ditutup Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan Putrajaya sedangkan satu dunia membicarakan berkenaan skandal kewangan terbesar di dunia hari ini.
“Kita tidak mahu Umno Barisan Nasional (BN) terus memperbodohkan rakyat. Mereka yang didapati bersalah harus dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya kepada media di sini, hari ini.
Menteri Besar Selangor itu berkata, jika sebelum ini Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil, maka gabungan itu merasakan tanggungjawab untuk menghimpunkan rakyat Malaysia bagi tujuan berkenaan.
Katanya, apatah lagi skandal terbabit mendapat perhatian seluruh dunia dengan paparan berita meluas di luar negara.
“Kita mahu sebuah negara yang gagah dengan pengurusan ekonomi baik.
“Ia (Bersih 5) matlamat yang murni harus mendapat sokongan semua pihak dan jangan ada mana-mana pihak cuba mengugut dengan pelbagai bentuk undang-undang dan tindakan yang sebenarnya akan melumpuhkan demokrasi dalam negara,” katanya.
Baru-baru ini, Bersih 2.0 membuat pengumuman bagi mengadakan perhimpunan rakyat besar-besaran kali kelima atau disebut Bersih 5 dalam masa terdekat bagi menuntut siasatan sewajarnya diambil ke atas skandal 1MDB yang turut membabitkan “Malaysian Official 1” (MO1).

Habis gas sahaja lawan orang PAS..!!!

 
Buat habis gas sahaja apabila ajak orang PAS keluar PAS terutama ahli biasa. Mereka masuk PAS bukan kerana orang atau pemimpin. Mereka masuk PAS bukan kerana hendak menjadi calon. Bukan kerana hendak menjadi exco atau menteri. Bukan kerana hendak pegang GLC. Bukan kerana hendak menjadi ahli majlis. Bukan kerana hendak menjadi JKK. Bukan kerana hendak mencari glamour. Bukan kerana kepentingan duniawi.

Habis harta dan tenaga diberi kepada PAS, semuanya kerana PAS hendak memperjuangkan Islam. Mereka belajar tidak tinggi. Ada yang tidak tahu menulis atau mengira. Mereka hanya tahu mendengar sahaja. Mereka tidak tahu apa istilah manhaj, marhalah, maratib, duat, mad'u, uslub, hikmah.

Pada mereka selagi PAS berjuang Islam dan tidak lari daripada matlamat perjuangan mereka akan bersama. Jika pemimpin ada agenda lain. Ada matlamat duniawi. Ada agenda peribadi. Mereka tidak kisah. Kerana mereka yakin orang yang seperti ini tidak tahan lama di dalam parti. Mereka akan tinggal parti atau mereka akan ditinggal oleh parti. Mereka sebagai ahli akan terus istiqamah. Apa mereka peduli, kami berjuang bukan kerana manusia.

Apa yang orang tidak kata kepada PAS. PAS lebih merbahaya daripada komunis, PAS parti pecah belah, PAS parti kafirkan orang, PAS ditubuh oleh penjajah, PASparti ajaran sesat, PAS tidak mahu merdeka, PAS tidak ada tarbiah. Terbaru PAS hendak kerjasama dengan Umno, PAS hendak 'berUG' dengan Umno. Tetapi ahli PAS jawab dengan amalan. Maka tuduhan itu berlalu begitu sahaja.

Orang kata ahli PAS mabuk wala, candu wala'. Apa pun orang hendak kata. Mereka tidak peduli. Pada mereka wala' kepada pemimpin selagi mereka wala' kepada Allah, Rasul dan jamaah. Apabila pemimpin mereka sudah tidak wala' kepada jamaah, mereka akan meninggal ketaatan kepada kepada pemimpin. Pemimpin jangan mimpi ahli akan ikut mereka. Mereka berkata kami sanggup korban apa sahaja selagi pemimpin bertungkus lumus bersama dengan jamaah. Apabila mereka meninggal PAS, mereka kata sayonara wahailah kamu.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang

Krisis Umno: Pimpinan Umno Terengganu mengharap campur tangan Najib

Isu pertelagahan antara Ahmad Razif dan Ahmad Said dilihat tiada kesudahan apabila ia gagal diselesaikan di peringkat negeri sehingga memerlukan campur tangan pusat.
Ahmad-Said
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak digesa supaya campur tangan menyelesaikan kemelut politik yang melanda Terengganu, menurut sumber yang rapat dengan pimpinan parti negeri itu.
Malah, gelombang kedua pergolakan politik yang melanda negeri itu semakin kritikal apabila ia gagal diselesaikan kepimpinan negeri dan perkara sedemikian tidak seharusnya dibiarkan begitu lama kerana ia akan menjejaskan kepercayaan rakyat kepada Umno sebagai parti pemerintah.
“Perdana menteri perlu turun ke Terengganu dengan mengadakan perjumpaan dengan semua wakil rakyat Umno dengan kadar segera dan ini merupakan pandangan ramai pemimpin Terengganu yang minat dan sayang pentadbiran Umno di negeri ini.
“Jika perdana menteri sibuk wakil rakyat Umno sanggup ke Kuala Lumpur untuk berjumpa presiden Umno itu,” kata seorang pemimpin kepada FMT.
Krisis Terengganu yang bermula pada 2014 selepas Datuk Seri Ahmad Said dipaksa melepaskan jawatannya kepada menteri besar sekarang, Ahmad Razif Abdul Rahman, kembali hangat susulan tindakan menghadapkan Ahmad Said yang juga Adun Kijal ke Lembaga Disiplin Umno kerana mengkritik kepimpinan negeri dan Najib.
Sebarang tindakan memecat Ahmad Said, atau keputusannya sendiri untuk keluar Umno, akan mengubah kedudukan BN dalam DUN, yang memiliki 17 kerusi, sementara pihak pembangkang mempunyai 15 kerusi.
Kedudukan Razif juga dikatakan terus ditekan ekoran kritikan terhadapnya daripada exco negeri, Ghazali Taib, yang juga Adun Ajil.
Malah krisis itu semakin meruncing apabila akhbar hari ini melaporkan Ahmad Said mengancam untuk keluar parti dan bekerjasama dengan PAS, sekiranya Ahmad Razif tidak meletak jawatan.
Ahmad Said bagaimanapun menafikan ada membuat kenyataan itu dan berkeras, beliau masih ahli Umno.
Mengulas lanjut pemimpin kanan itu sebagai berkata sehingga kini Ahmad Razif belum membuat sebarang tindakan dengan memanggil semua wakil rakyat bagi mendapat sokongan majoriti susulan kata dua Ahmad Said.

Tamatkan 'pemerintahan pencuri' - bola di mahkamah rakyat

Dalam menggesa rakyat Malaysia supaya mempamerkan kepada dunia bahawa mereka tidak lagi mampu bersabar dengan isu 1MDB, seorang pemimpin PKR memulakan hujahnya dengan asal-usul perkataan "kleptokrasi".
"Apa maksud kleptokrasi?
"Kleptokrasi adalah perkataan Yunani yang bermaksud 'pemerintahan pencuri," kata Dr Xavier Jeyakumar.
Naib Presiden PKR itu, berhujah bahawa mereka yang mendakwa tindakan undang-undang yang dicetuskan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika adalam saman sivil dan bukannya jenayah hanya memperbodohkan diri sendiri.
DOJ memfailkan saman sivil untuk merampas aset yang didakwa diperoleh melalui dana yang diselewengkan daripada 1MDB.
Aduan untuk pelucutan hak oleh unit yang dikenali sebagai Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi, mewakili kes seumpama itu yang terbesar oleh DOJ.
Menghurai lanjut, Jeyakumar juga mengkritik menteri kabinet kerana berdiam diri dalam isu ini, menuduh mereka lebih cenderung menjaga kedudukan mereka daripada kepentingan negara.
"Bagaimana dengan standard moral individu-individu ini?
"Adakah mereka berbangga dengan kelayakan dari universiti luar negara, di mana mereka telah diajar untuk berfikir untuk diri sendiri?
"Ini adalah orang hiprokit yang lebih mementingkan keistimewaan mereka daripada bersuara demi kebenaran dan keadilan," katanya dalam satu kenyataan media.
Mengimbas kembali dakwaan penyalahgunaan yang disebut dalam saman DOJ, Jeyakumar menyifatkan tindakan mereka sebagai memalukan.
"Lihatlah cara mana wang itu dibelanjakan. Kita bercakap berbilion di sini: majlis mewah, perjudian, pembikinan filem, pembelian jet, hotel, kereta, lukisan, pangsapuri mewah.

Skandal 1MDB: Bukan kafir, berita 1MDB dari orang Islam dan rakyat Malaysia sendiri.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menempelak nasihat seorang tokoh akademik yang mahu umat Islam di negara ini berhati-hati dalam mempercayai maklumat atau dakwaan terhadap kepimpinan negara khususnya dari pihak luar berhubung skandal 1MDB.
Katanya, dakwaan bahawa orang fasik dan kafir mempunyai agenda dan muslihat untuk campur tangan dalam pentadbiran negara adalah meleset kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri adalah antara mereka yang pertama kali mendedahkannya.
"Jika ada pihak yang alergi atau alah dengan berita dari orang bukan Islam, mereka perlu sedar bahawa skandal 1MDB didedahkan di sini oleh seorang Islam yang terzohor - Anwar sendiri.
"Saya adalah pegawainya pada tahun 2011 dan bertanggungjawab menyediakan ucapannya. Beliau bimbang tentang 1MDB sejak awal tahun 2011 dan menyatakannya di Parlimen.
'Pada masa sama atau mungkin lebih awal (ahli parlimen DAP) Tony Pua juga sedang menyiasat. Saya mula terlibat pada pertengahan 2011 apabila KWAP (Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan) memberikan pinjaman RM4 bilion kepada SRC (International).
"Jadi, pada dasarnya sumber berita skandal 1MDB itu berasal dari seorang Islam dan telah melalui satu kitaran penuh," katanya kepada Malaysiakini.
Menurut pemimpin PKR itu, adalah amat memalukan apabila ada pihak mengambil jalan keluar dengan menggunakan ayat al-Quran di luar daripada konteks untuk menutup isu 1MDB.
'1MDB bawa kesengsaraan'
"Penyelewengan dana rakyat melalui 1MDB adalah lebih jelas. Jumlah bukti dan dokumen dari empat penjuru alam ini adalah lebih daripada mencukupi untuk memenuhi piawaian yang ditetapkan dalam tradisi perundangan Islam.
"Saya berasa sedih kerana ada kalanya, umat Islam menghabiskan terlalu banyak masa mencari alasan untuk butiran paling kecil bagi mengelakkan untuk membincangkan prinsip paling penting: iaitu betul dan salah, keadilan dan kebertanggungjawaban," katanya.
Rafizi berkata bahawa di dalam surah Al-Baqarah ayat 188, kutukan terhadap rasuah adalah jelas.
Ayat ini, katanya, adalah peringatan yang jelas supaya menentang rasuah dan pernyataan spesifik mengenai pemerintah iaitu orang yang berkuasa.
"Kesengsaraan yang bakal dibawa oleh 1MDB ke atas generasi akan datang tidak boleh dianggarkan sekarang. Mereka yang dalam kedudukan untuk membetulkannya tetapi memilih untuk berdiam diri perlu menjawab pada akhirat nanti.
"Itu bagi saya lebih penting untuk golongan elit Melayu jawab memandangkan bukti terhadap 1MDB dan (Perdana Menteri) Najib (Razak) adalah terlalu jelas," katanya.
Bercakap kepada Umno Online semalam, Prof Madya Hanafiah Harun menyatakan bagaimana al-Quran menekankan kepentingan berhati-hati ketika menerima berita dari orang-orang yang fasik.
“Dalam isu-isu yang mengaitkan kepimpinan negara, ia adalah bersumberkan dari pihak luar yang bukan setakat fasik, malah mereka itu adalah orang-orang kafir.
“Jika menerima berita daripada orang-orang fasik pun kita mestilah siasat terlebih dulu, apatah lagi kalau maklumat dan berita itu datang dari orang kafir,” katanya merujuk kepada tindakan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika berhubung penyelewengan dana berkaitan 1MDB.
Najib berulang kali menafikan menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan menyalahkan dakwaan itu terhadap komplot untuk menjatuhkannya.

Presiden FAM bukan jawatan untuk golongan diraja, kata TMJ

Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata FAM sepatutnya melantik seorang individu yang lebih neutral untuk jawatan presiden supaya tidak berlaku pilih kasih.
TMJ
PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak sepatutnya dipegang golongan keluarga diraja dan yang mempunyai pertalian dengan mana-mana persatuan bola sepak negeri atau kelab yang mengambil bahagian.
Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata seorang individu yang neutral perlu memegang jawatan tertinggi badan induk itu bagi mengelakkan berlakunya ‘pilih kasih’.
“Beliau (presiden FAM) juga mestilah seorang yang neutral kepada semua negeri dan kelab yang mengambil bahagian. Ini bertujuan untuk mengelakkan rasuah dan berlakunya sikap pilih kasih,” katanya dalam kenyataan disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers.
TMJ menerusi kenyataannya itu turut menyarankan presiden dan ahli exco sedia ada dalam FAM mesti digugurkan.
“Ahli exco baru pula perlu terdiri daripada mereka yang berupaya untuk menyumbang dan bekerja demi kepentingan bola sepak negara.
“Jika mereka tidak mampu, maka mereka perlu berundur dan memberi laluan kepada orang yang berkebolehan,” katanya.
Sebelum ini, barisan exco FAM dijangka mahu meninggalkan badan induk itu bagi mengikut jejak langkah presidennya Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

AHLI UMNO SAMAN KERAJAAN BN

Seorang ahli UMNO daripada Melaka, Muhammad Zahid Md Arip hari ini tampil mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan keputusan kerajaan meletakkan Laporan Audit 1MDB di bawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA.

Kata Zahid, beliau mengemuakan saman itu bagi pihak rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan, selain sesuai dengan janji kerajaan sendiri sebelum ini yang meminta semua pihak menunggu laporan audit untuk mengetahui fakta sebenar mengenai 1MDB.

Dalam samannya yang difailkan melalui peguam Hanif Khatri, Zahid menamakan Perdana Menteri, Najib Razak,  Ketua Audit Negara, Ambrin Buang dan kerajaan Malaysia sebagai responden-responden.

Alasan-alasan yang dikemukakan dalam tuntutannya ialah:-

- bahawa keputusan untuk mengklasifikasikan Laporan Audit 1MDB di bawah OSA adalah bercanggah dengan Perkara 107(1) Perlembagaan Persekutuan yang menghendaki Ketua Audit  Negara mengemukakan laporan itu kepada Yang Dipertuan Agong, yang kemudian hendaklah ia dibentangkan di Parlimen, sekaligus menjadikannya dokumen awam;

- bahawa terdapat pertembungan kepentingan yang jelas dalam keputusan itu di mana responden pertama (Najib) terpalit secara langsung dalam skandal salah laku kewangan 1MDB, justeru atas prinsip keadilan asasi, responden pertama tidak berhak untuk memberikan sebarang kuasa kepada responden kedua (Ambrin) untuk mengklasifikasikan laporan audit itu di bawah OSA;

- bahawa responden-responden telah melangkaui kuasa yang sepatutnya kerana Perkara 107(1) Perlembagaan Persekutuan tidak memberikan pilihan, sebaliknya meletakkan kewajipan untuk menyemukakan laporan audit 1MDB kepada Yang Dipertuan Agong, kemudian hendaklah menyebabkan ia dibentangkan di Parlimen dan sekaligus dijadikan dokumen awam;

- bahawa ia suatu keputusan yang tidak munasabah kerana telah meninggalkan untuk mengambil kira perkara penting yang sepatutnya diambil kira iaitu berkenaan Perkara 107(1) Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan alasan-alasan tersebut, selain menuntut Laporan Audit 1MDB itu dibebaskan daripada cengkaman OSA dan dijadikan dokumen awam yang boleh ditatap oleh semua rakyat, Zahid juga menuntut kos permohonan, kos sampingan dan lain-lain relief yang difikirkan wajar dan adil oleh mahkamah daripada responden-responden yang dinamakannya itu.

Zahid bersama peguam Hanif Khatri dan Khairuddin Abu Hassan menunjukkan surat saman yang dikemukakannya itu.

Lim mahu IGP jelaskan ‘Mexican standoff’ pemimpin Umno

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mahu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi penjelasan mengenai kenyataan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun berhubung kenytaan ‘Mexican standoff’.
"Khairul Azwan berkata laporannya telah membawa kepada ‘Mexican standoff’ atau merujuk kebuntuan  pertembungan antara dua atau lebih pihak di mana tiada satu pun mempunyai kelebihan untuk bertindak tanpa terdedah kepada bahaya.
"Bolehkah Ketua Polis Negara memberi pencerahan apa yang disebut ‘Mexican standoff’ [...] dan sama ada Ketua Polis Negara atau pihak polis dalam apa jua cara yang terlibat dalam ‘Mexican standoff’ itu?" soal Lim dalam satu kenyataan media hari ini.
Khairul Azwan berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khalid yang memaklumkan bahawa polis tidak akan menyiasat dirinya berhubung laporan yang dibuatnya ke atas bekas tiga ketua institusi awam yang didakwa berkonspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“IGP telah maklumkan tidak akan teruskan siasatan dan difahamkan IGP juga tidak akan mengambil tindakan ke atas kami, mungkin ini satu Mexican stand off,” katanya.
Naib ketua pemuda Umno itu pada 27 Julai lalu mendakwa bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dipercayai terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Najib dan kerajaan Malaysia yang sah.
Katanya, ketiga-tiga mereka disyaki memberi maklumat sulit kepada agensi-agensi asing, termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat serta memalsukan maklumat untuk mencapai agenda mereka.
Selasa lalu, Khalid berkata, laporan Khairul adalah berdasarkan "andaian" dan oleh itu tidak mewajarkan siasatan lanjut.

Skandal 1MDB: Saman DOJ tidak babitkan saya sembang Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata tuntutan mahkamah baru-baru ini oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat tidak membabitkan dirinya, kerajaan Malaysia atau 1MDB secara langsung.
Bulan lalu, Peguam Negara Amerika, Loretta Lynch mengumumkan tindakan sivil sedang diambil untuk mendapatkan semula aset lebih AS$1 bilion 1MDB dalam pengubahan wang haram.
"Saya ingin kata bahawa apa yang dilakukan oleh DOJ baru-baru ini tidak membabitkan saya, atau kerajaan Malaysia, atau 1MDB secara langsung," kata Najib kepada stesen televisyen Indonesia Metro TV.
"Saman itu menamakan lima orang.
"Ini bukan saman jenayah, tetapi saman sivil," kata Najib, yang dalam rangka lawatan ke ibu negara Indonesia. Isu 1MDB adalah perniagaan tetapi ia telah dipolitikkan musuh tertentu,” katanya.
- Reuters

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM tak faham isu 1MDB, soal Kanun


Wan Anwar Timbalan Pengerusi Kanun AmanahWan Anwar Timbalan Pengerusi Kanun Amanah
Biro Undang-Undang Parti Amanah Negara (KANUN) membidas kenyataan bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Zakaria bahawa skandal 1MDB bukan isu rasuah.
Timbalan pengerusi Kanun Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, amat menghairankan apabila Zakaria menyatakan bahawa skandal 1MDB bukan isu rasuah sebaliknya hanya isu penipuan dan pelaburan.
“Kanun mempersoal sama ada bekas TKP SPRM tersebut tidak membaca laporan yang disediakan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) berkenaan skandal berkenaan.
“Perenggan 102 laporan DOJ tersebut jelas menunjukkan penglibatan 'Malaysian Official 1' yang menerima USD681 juta ke dalam akaun peribadinya manakala perenggan 28 pula mendefinisikan 'Malaysian Official 1' sebagai seorang penjawat awam berkedudukan tinggi dan pada masa yang sama mempunyai otoriti dalam 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam Zakaria dalam ceramah anjuran Pas di Putrajaya berkata, polis yang sepatutnya menyiasat skandal 1MDB kerana ia melibatkan isu pelaburan, penipuan manakala Bank Negara perlu menyiasat isu melibatkan pelaburan yang berlaku itu.

Krisis Umno: PAS akan bincang dulu sebelum terima Ahmad Said

Hasrat bekas menteri besar Terengganu itu secara tidak langsung melibatkan polisi dalaman PAS.
Idris Ahmad
PETALING JAYA: PAS akan berbincang terlebih dulu dengan pucuk pimpinan berhubung hasrat Datuk Seri Ahmad Said yang berminat menyertai parti Islam itu.
Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata ini kerana hasrat bekas menteri besar Terengganu itu secara tidak langsung melibatkan polisi dalaman PAS.
“Ia membabitkan polisi dan kita akan bermesyuarat terlebih dulu sebelum mengambil keputusan,” katanya ketika dihubungi FMT.
Bagaimanapun Idris tidak menyatakan bila mesyuarat bagi membincangkan perkara berkenaan akan diadakan.
The Star Online sebelum ini melaporkan, Ahmad mengancam untuk keluar daripada Umno dan akan bekerjasama dengan PAS.
Adun Kijal itu juga memberi kata dua kepada Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman supaya meletak jawatan.
Sementara itu, Idris turut memaklumkan PAS masih belum melakukan sebarang keputusan sama ada akan bergabung atau tidak dengan parti baharu yang diasaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Kita belum lagi berbincang mengenai isu itu. Nama parti pun sehingga kini kita masih tidak tahu,” katanya.
Semalam, Muhyiddin mengesahkan beliau akan mendaftarkan sebuah parti politik baharu dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Muhyiddin berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat di kediaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Krisis Umno: Ahmad Said sahkan masih ahli Umno, tiada hasrat sertai PAS

Bekas menteri besar Terengganu itu berkata beliau tidak pernah membuat kenyataan akan menyertai PAS, seperti yang dilaporkan akhbar hari ini.
Ahmad-Said
KUALA TERENGGANU: Adun Kijal Datuk Seri Ahmad Said menafikan beliau akan bekerjasama dengan PAS sekiranya Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman tidak berundur dan gagal menyelesaikan kemelut politik yang melanda negeri ini.
Ahmad Said yang juga bekas menteri besar Terengganu berkata beliau masih ahli Umno dan tidak pernah membuat kenyataan seperti yang dilaporkan akhbar hari ini.
“Tidak…saya tidak pernah membuat kenyataan tersebut. Siapa yang kata saya akan bergabung dengan PAS? Saya masih ahli Umno hingga hari ini,” katanya.
Ahmad Said dalam laporan itu dipetik sebagai memberi kata dua kepada Ahmad Razif agar berundur, sebelum beliau mengambil langkah susulan, yang akan merubah keadaan politik di Terengganu.
Beliau juga dilaporkan sebagai berkata jika apa yang dihasratkan tidak berlaku, beliau tidak menolak kemungkinan meninggalkan Umno, dan bekerjasama dengan PAS untuk membentuk kerajaan baharu.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu Saiful Bahri Mamat juga menafikan PAS ada menawarkan jalinan kerjasama dengan Ahmad Said bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri ini.
“Kami tidak pernah menawarkan sebarang kerjasama dengan Adun Kijal.
“Cuma apa yang kita mahu masalah politik ini harus diselesaikan segera. Jika dua pihak saling berbalas kenyataan media, mu kata aku, aku kata mu, ia tidak menyelesaikan masalah,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, PAS Terengganu tidak berhasrat mahu ‘campur tangan’ dengan masalah dalaman Umno.
Namun, katanya jika kemelut itu masih gagal diselesaikan, adalah lebih baik sekiranya kuasa diserahkan semula kepada rakyat melalui pilihan raya negeri.
“Jika ada dua Adun daripada Umno yang lompat parti, barulah boleh diadakan pilihan raya negeri.
“Sekiranya tiada, dan hanya asyik berbalas kenyataan di media, isu ini tidak akan selesai dan terus berpanjangan,” kata Saiful Bahri.
Pada PRU13, Umno Terengganu membentuk kerajaan dengan majoriti tipis dua kerusi.
Umno menang 17 kerusi DUN, PAS (14) dan PKR (satu).

Patutler baru2 ini KJ mengaku sanggup digelar MACAI NAJIB !!!

Satu Malaysia & satu dunia dibohongi oleh pencacai & pemakan dedak UMNO derma RM2.6 bilion kononnya datang dari penyokong Umno ...

KAH..!! KAH..!! KAH..!!

MALAYSIAN RAKYAT LAUGHING NON STOP.... WHAT JOKE OF THE DAY.

Krisis Terengganu tak selesai selagi Ahmad Said ada 'di dalam'

Krisis Terengganu: Kenyataan Tuan Ibrahim tidak akan 'kekal', kata Anuar

PAS sedia ambil alih Terengganu adalah pendirian parti - Nik Zawawi

Krisis Umno: Semua ADUN PAS dijangka sokong undi tak percaya pada MB Terengganu - ADUN Cukai

Kisah isteri PM Singapura dan beg tangan 'dinasour putih'

Utusan bukan milik Umno, sembang Razlan

Skandal 1MDB: Kerajaan sekarang sedang fikir bagaimana nak kelirukan rakyat, kata Zahid

Kita menjana gelombang baru tewaskan Bapa Kleptokrasi...!!!

10 Ogos, 8.30mlm, Penjara Sg Buloh !






Bekas MB Terengganu mahu bekerjasama dengan PAS?

Krisis politik Terengganu - Merdeka Centre

Orang Asal lancar kutipan dana lawan pembinaan Empangan Telom

Khairuddin won't join Muhyiddin's new party

Parti baru untuk Melayu-Bumiputera, kata Kadir Jasin

Jangan terpengaruh muslihat Tun M, kata Salleh

Najib mungkir janji, Zahid mohon ubah status audit 1MDB

NGO selar Razif kata telaga minyak Bertam bukan milik Terengganu


R TerengganuR TerengganuPertubuhan bukan kerajaan, Royalti Terengganu (R) menyelar kenyataan menteri besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman bahawa telaga minyak Bertam tidak berada dalam lingkungan tiga batu nautika yang membolehkan ia menjadi hak milik penuh kerajaan negeri.
Pengerusi R Terengganu Mohamad Fauzi Abdul Samah berkata, hasil selidikan R mendapati telaga minyak itu berada pada jarak 86 batu nautika atau 160 km dari perairan Pahang.
Sedangkan katanya, dari perairan Terengganu, telaga tersebut hanya berada jarak 74.5 batu nautika atau kira-kira 120 km sahaja menunjukkan jarak telaga tersebut lebih dekat dengan Terengganu berbanding Pahang.
“R menganggap kenyataan rambang Razif itu amat serius kerana ia bukan sahaja melibatkan isu ekonomi semata-mata.
“Perkara yang lebih besar dari itu, Razif telah meletakkan Terengganu dalam krisis kedaulatan. Isu kesempadanan bukanlah perkara yang enteng kerana setiap negeri mempunyai autoriti tersendiri terhadap tanah air mereka sebagaimana yang dijamin dalam perlembagaan persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan.
Selama, Razif menafikan kenyataan bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said yang menuduhnya sudah menandatangani dan menyerahkan medan telaga minyak Bertam 307 di perairan Terengganu kepada Pahang dan 1MDB.
Razif berkata, beliau tidak menandatangani sebarang dokumen mengenai telaga minyak Bertam kerana kawasan itu bukan milik kerajaan negeri dan ia dikendalikan oleh Petronas.
Beliau sebaliknya menjelaskan sehingga kini pihaknya masih berusaha membuat permohonan rasmi kepada kerajaan Persekutuan agar Terengganu memperoleh pendapatan daripada telaga minyak terbabit.

Satu lawan satu: Tuan Ibrahim mula dapat sokongan dalam Pas

Cadangan Tuan Ibrahim kini mula mendapat sokongan dalam Pas walaupun beliau terpaksa kata itu cadangan pribadi sebelum ini.Cadangan Tuan Ibrahim kini mula mendapat sokongan dalam Pas walaupun beliau terpaksa kata itu cadangan pribadi sebelum ini.
Walaupun tidak mendapat sokongan majoriti pimpinan Pas Pusat agar pertandingan 'satu lawan satu' berlaku dalam pilihan raya umum akan datang, cadangan timbalan presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kini mula mendapat sokongan pimpinan parti itu.
Ia dimulakan oleh naib presiden yang juga timbalan menteri besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Abdullah dan kemudiannya mendapat sokongan dari ketua pengarah pilihan raya Pas, Datuk Mustafa Ali.
Mustafa menyarankan, parti pembangkang supaya berusaha mencari formula pertandingan 'satu lawan satu' menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Mustafa berkata, berdasarkan kajian dan analisis Jabatan Pilihan raya PAS (JPP) Pusat, pertandingan 'satu lawan satu' adalah cara terbaik untuk menghilangkan kuasa Umno BN yang memerintah hari ini.
"Kalau pertandingan melawan BN lebih daripada 'satu lawan satu', ia memberi laluan mudah kepada Umno BN untuk terus berkuasa.
"Ini tidak bagus kerana menjadikan Umno BN lebih angkuh dan terus melakukan penyelewengan dan menyalahgunakan kuasa yang melemaskan rakyat," ujarnya sebagaimana yang dilaporkan oleh laman rasmi Pas, Harakahdaily.
Menurutnya, untuk mewujudkan pertandingan 'satu lawan satu' melawan BN itu, tidak semestinya parti-parti pembangkang berada dalam satu gabungan sahaja sebagaimana yang ditunjukkan pada beberapa siri PRU yang lalu.
Beliau menambah, oleh kerana PRU14 dijangka berlaku lebih awal daripada tempoh yang sepatutnya pada 2018 nanti, maka parti-parti pembangkang perlu berusaha mencari formula tersebut.
"PRU14 dijangka diadakan tidak lewat daripada 2017, maka parti pembangkang mesti berusaha mencari formula pertandingan 'satu lawan satu' menentang BN. Inilah prioriti parti-parti pembangkang sekarang," ujarnya yang menyokong kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berhubung perkara itu.
Harakahdaily sebelum ini menyiarkan saranan Mohd Amar yang berkata perlu ada 'under standing' kalangan pembangkang seperti yang berlaku sebelum ini dalam misi menafikan penguasaan BN.
Katanya status quo kerusi yang ditandingi sebelum ini hendaklah dikekalkan biarpun tiada pakatan pembangkang seperti dahulu.
“Apabila pembangkang mempertahankan status quo lama kita dapat fokus untuk berdepan satu lawan satu dengan BN pada PRU14 nanti.
“Kalau ada kalangan pembangkang yang berminat untuk mengacau kerusi seperti dipertahankan sebelum ini, ia boleh memberi kemenangan lebih mudah kepada BN,” katanya di Kota Bharu.

‘Putus segera, tak guna cakap pom pang pom pang’ kata Pas Terengganu

PAS Terengganu menggesa ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil, Ghazali Taib untuk membuat keputusan segera sama ada mahu meninggalkan Umno atau sebaliknya.
Menurut Pesuruhjayanya, Satiful Bahari Mamat yang juga adalah ADUN Paka, sultan hanya akan membuat keputusan sekiranya pembangkang di negeri itu memperolehi majoriti dengan dua ADUN berkenaan meninggalkan Umno.
"Bola di kaki dia, selagi tak buat tak selesai.
"Yang penting sekarang Ahmad Said (perlu) keluar parti. Tak guna cakap pom pang pom pang dan biarkan perkara ini berulang panjang dan libatkan orang dan negeri Terengganu.
"Kalau Ahmad Said dan Ghazali keluar (Umno), BN di Dewan akan jadi minoriti dan akan berlaku perubahan.
“Kita sedia ambil alih dan istana akan panggil kita untuk tentukan siapa ada majoriti di Dewan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Ahmad Said yang adalah bekas menteri besar Terengganu dilaporkan mengancam untuk keluar daripada Umno dan bekerjasama dengan PAS.
Manakala Ghazali pula mengkritik pentadbiran di bawah Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman tetapi memberitahu bahawa beliau tidak akan meninggalkan Umno.

Umno Semporna gagal mesyuarat kerana tidak cukup korum


Datuk Seri Shafie Apdal Datuk Seri Shafie Apdal Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bugaya, Datuk Ramlee Marahaban memberitahu Umno Bahagian Semporna masih utuh dan berfungsi seperti biasa walaupun mesyuarat bahagian tersebut gagal dilaksanakan ekoran tidak memenuhi syarat.
Menurut sumber diperoleh portal media Malaysia Gezette (MG), bahagian itu kini tidak mempunyai ketua bahagian, naib ketua bahagian, pengerusi tetap, ketua wanita dan ketua pemuda kerana keluar kesemuanya didkwa keluar daripada daripada Umno bersama beberapa barisan ahli jawatankuasanya.
“Tidak tahu siapa yang hendak dipilih menjadi ketua kerana pemimpin yang ada hanyalah timbalan ketua bahagian Semporna iaitu Datuk Seri Nasir Tun Sakaran sedangkan ada juga dalam kalangan ahli yang mahukan Ramlee memimpin Umno Bahagian Semporna.
“Begitu juga dengan ketua wanita dan pemudanya yang masih belum ada pengganti apalagi barisan ahli jawatankuasa yang difahamkan tinggal dua orang yang masih setia bersama Umno. Akibatnya, mesyuarat tidak boleh diadakan kerana ramai yang berminat untuk mendapatkan jawatan yang telah dikosongkan itu,” katanya seperti dipetik.

Goldman Sachs disoal lagi berkaitan dana 1MDB, kata sumber

Gula naik: Harga makanan dijangka meningkat?

Warga bantah Yayasan WP milik Umno dapat konsesi parkir DBKL, kata Kok Wai

'Mana MP UMNO, BN... membisu sahaja, makan gaji buta'

Turunkan caj parkir, desak ahli Parlimen pembangkang

Keputusan menaikkan caj parkir dibuat tanpa mengambil kira faktor trafik di Kuala Lumpur bahkan bercanggah dengan objektif kerajaan.
parkingmahal
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pakatan Harapan di Lembah Klang menyerahkan memorandum kepada Kementerian Wilayah Persekutuan bagi menuntut kadar bayaran tempat letak kereta di beberapa pusat perniagaan sekitar ibu kota dikembalikan pada kadar 80 sen setiap jam.
Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai berkata, keputusan menaikkan caj parkir itu dibuat tanpa mengambil kira faktor trafik di Kuala Lumpur, bahkan bercanggah dengan objektif kerajaan.
“Saya tegaskan di sini, ramai warga kota tidak puas hati dengan kadar kenaikan caj parkir. Malah turut mempersoalkan mengapa Yayasan Wilayah Persekutuan yang akan dapat konsesi ini.
“Perjanjian penswastaan konsesi ini nampak seperti berat sebelah dan memihak kepada yayasan dan syarikat kroni Umno,” katanya selepas menyerahkan memorandum itu kepada Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Loga Bala Mohan di Menara DBKL, hari ini.
Turut hadir menyerahkan memorandum itu adalah Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula menyarankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan agensi kerajaan di Wilayah Persekutuan mengadakan dialog dengan warga kota untuk mendengar rintihan dan pendapatan mereka.
parkingmahal2
Sementara itu, Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan, Dr Hatta Ramli hairan dengan tindakan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang tidak membawa isu itu ke Parlimen untuk dibincangkan sebelum membuat keputusan muktamad.
“Kenaikan tarif parkir tidak dibincangkan dalam Parlimen, sebaliknya dilakukan secara mengejut dan mendadak. Tetapi, apabila hendak dipinda ia perlu dibawa ke Parlimen, sedangkan Parlimen hanya akan bersidang lama lagi, iaitu pada Oktober akan datang.
“Dalam tempoh tersebut, DBKL akan menyeksa warga kota dan pengunjungnya,” tegas Ahli Parlimen Kuala Krai itu.

Krisis Umno: Pas Pusat mahu PRN, Pemuda Terengganu harap tidak ada


Pas di negeri Terengganu tidak berapa yakin boleh menang PRN ketika pusat mahu ambil alih Terengganu.Pas di negeri Terengganu tidak berapa yakin boleh menang PRN ketika pusat mahu ambil alih Terengganu.
Pas memberikan signal berbeza tentang pilihan raya negeri (PRN) Terengganu apabila pemimpin pusatnya berkata mereka sedia mengambilalih negeri itu manakala Pemuda Pas negeri berharap ia tidak diadakan.
Timbalan presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas sedia untuk menyokong bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said untuk mengenepikan menteri besar Ahmad Razif Abdul Rahman, lapor The Star.
"Kami sedia untuk membentuk kerajaan baru," kata Tuan Ibrahim kepada versi online akhbar itu.
Bagaimanapun beliau mengecam Ahmad yang hanya tahu membuat ugutan sahaja.
"Dia tidak patut buat bising sahaja. Jika Umno nak pecat dia, dia patut keluar parti dahulu," kata Tuan Ibrahim sambil menambah rakan Mat Said, Ghazali Taib juga patut keluar dari Umno.
Namun nada Pas di negeri Terengganu sendiri berbeza.
Hishammuddin Abd Karim tokoh muda Pas Terengganu.Hishammuddin Abd Karim tokoh muda Pas Terengganu.Timbalan Ketua Pemuda Pas Terengganu, Hishammuddin Abdul Karim berharap PRN tidak diadakan.
Kos perbelanjaan untuk mengadakan sesuatu PRN adalah besar sedangkan kepentingan rakyat perlu didahulukan lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, kata Hishamudin kepada akhbar Sinar Harian itu yang membayangkan keraguan Pemuda Pas terhadap PRN itu.
“Kita harap PRN tidak berlaku sebab ia libatkan kos dan kepentingan rakyat. Kita kira sudah sampai pada satu tahap ia diselesaikan melalui PRU,” katanya kepada Sinar Harian.
Hishammuddin yang juga Adun Tepoh menjelaskan pihaknya tetap bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan PRN Terengganu apatah lagi melalui desas-desus yang timbul sejak kebelakangan ini.
Menurutnya, jentera Pemuda Pas peringkat negeri bila-bila masa sahaja akan bekerja untuk memastikan kemenangan parti.

Parti baru Muhyiddin bukan ancaman pada Umno, kata MB Perlis

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata, penubuhan parti politik baharu yang bakal diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya akan mewujudkan perpecahan dalam kalangan rakyat terutamanya orang Melayu.
Beliau berkata, sebagai negara demokrasi, Malaysia tidak akan menghalang mana-mana kumpulan untuk menubuhkan parti politik mereka sendiri.
"Tetapi tindakan itu memberi kesan kepada kebersatuan seluruh rakyat,” katanya selepas tamat persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis ke-13, semalam, memetik laporan Umno Online.
Azlan berkata demikian sebagai mengulas hasrat bekas timbalan perdana menteri itu yang akan membuat permohonan untuk mendaftarkan sebuah parti politik baharu dalam masa terdekat.
Datuk A Kadir Jasin hari ini mengesahkan bahawa parti politik baru yang akan didaftarkan oleh Muhyiddin adalah parti Melayu/Bumiputera (peribumi).
“Ia bermatlamat mewarisi, meneruskan dan memperbaharui perjuangan Melayu/Bumiputera dalam era globalisasi, reformasi, ketelusan dan keterbukaan.
“Ia akan bekerjasama secara terangkum (inclusive) dengan parti-parti politik yang kini menentang BN. Perbincangan awal telah pun dimulakan,” katanya di blog.
Terdahulu, Muhyiddin mengesahkan beliau akan mendaftarkan sebuah parti politik baru dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
"Sama-samalah kita berdoa semoga permohonan ini akan diluluskan, Insya-Allah, kita akan lakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara," katanya.
Jawatankuasa penaja parti itu terdiri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi, manakala Tan Sri Muhyiddin, Kamarul Azman Habibur Rahman dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir masing-masing sebagai presiden, setiausaha dan bendahari.

Parti baru untuk Melayu, bumiputera, kata Kadir Jasin

Tokoh Wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin hari ini mengesahkan bahawa parti politik baru yang akan didaftarkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah parti Melayu/Bumiputera (peribumi).
“Ia bermatlamat mewarisi, meneruskan dan memperbaharui perjuangan Melayu/Bumiputera dalam era globalisasi, reformasi, ketelusan dan keterbukaan.
“Ia akan bekerjasama secara terangkum (inclusive) dengan parti-parti politik yang kini menentang BN. Perbincangan awal telah pun dimulakan,” katanya di blog.
Kadir - yang menyatakan sokongan untuk pergerakan ‘Selamatkan Malaysia’ yang diterajui oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad - berkata ini adalah antara fakta awal atau tentatif yang didengarnya mengenai parti itu.
Kadir yang juuga adalah bekas ketua editor Kumpulan New Straits Times juga mengesahkan bahawa permohonan pendaftaran parti baru itu kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan dilakukan secara atas talian seawal hari ini.
"Dokumen sokongan akan dihantar secara peribadi pada hari Isnin,” katanya.
Beliau berkata, jawatankuasa penaja parti itu terdiri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi, manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kamarul Azman Habibur Rahman dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir masing-masing sebagai presiden, setiausaha dan bendahari.
Ahli jawatankuasa terdiri daripada bekas ketua wanita Umno Langkawi Anina Saadudin, bekas ketua Pemuda Umno, Bendang Baru Akhramsyah Sanusi dan pemimpin kumpulan belia Challenger, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Khairuddin tidak berminat sertai parti baharu bersama Muhyiddin


Datuk Seri Khairuddin Abu HassanDatuk Seri Khairuddin Abu HassanBekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini, menyatakan pendiriannya tidak bercadang dan tidak berminat untuk menyertai parti baharu yang bakal dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin kelak.
Beliau berkata,pada hakikatnya, beliau bukan seorang yang bercita-cita politik untuk meneruskan perjuangan politiknya dalam parti baharu itu.
"Saya akan meneruskan perjuangan untuk melawan amalan rasuah secara habis-habisan di negara kita.
"Saya tidak perlu berada dalam parti politik untuk mencapai matlamat melawan penyelewengan kes skandal 1MDB khususnnya," ujarya kepada Malaysia Dateline.
Menurutnya lagi, sebelum Muhyiddin yang juga bekas naib presiden Umno dan timbalan perdana menteri itu, bercakap tentang isu 1 Malaysia Development Sdn Bhd (1MDB) beliau secara bersendirian ujarnya, telah pun mengambil langkah proaktif memerangi kes skandal 1MDB bersama dengan beberapa pemimpin-pemimpin pembangkang.
"Sekiranya kita ikhlas untuk berjuang; tanpa sebarang jawatan politik pun kita boleh berjuang. Malahan lebih mudah untuk saya berjuang lawan kemungkaran korupsi Majib atas kapasiti peribadi tanpa sebarang kongkongan dari mana-mana pihak.
"Hubungan peribadi saya dengan Tun Mahathir akan tetap terjalin erat. Tun adalah segala-galanya bagi saya. Beliau adalah seorang tokoh negarawan terulung yang amat ikhlas kepada kesejahteraan bangsa, agama mahupun tanahair kita yang tercinta ini.
"Tidak ada sesiapapun yang boleh pisahkan saya dengan Tun Mahathir melainkan Allah swt .
"Dalam apa jua situasi, saya akan tetap setia serta taat pada beliau atas dasar peribadi.
"Secara peribadi juga, saya akan tetap memberi apa saja bentuk bantuan yang diperlukan oleh yabhg tun dr mahathir mohamad pada setiap detik dan setiap masa.
"Setakat ini saya agak puashati dengan sumbangan kerdil di dalam membantu Tun Mahathir menjayakan Deklarasi Rakyat bersama-sama dengan semua rakan-rakan seperjuangan yang lain dari pelbagai parti politik dan NGO," ujarnya.

Skandal 1MDB: Pengatur selia NY soal Goldman lagi berkaitan dana 1MDB

Pengatur selia kewangan New York menghantar permintaan kedua kepada Goldman Sachs Group Inc untuk maklumat mengenai pengumpulan dana olehnya untuk 1MDB, kata individu yang biasa dengan perkara itu.
Jabatan Perkhidmatan Kewanan New York (NYDFS), dalam surat yang dihantar lewat semalam, juga meminta untuk mengadakan pertemuan dengan Goldman pada atau sebelum 31 Ogos, kata individu tersebut. Permintaan itu ekoran surat pengatur selia itu yang dihantar kepada Goldman bulan lalu untuk mendapatkan maklumat mengenai perkara itu.
Sumber itu tidak diberi kuasa untuk membincangkan perkara itu kepada umum.
"Kita sedar mereka mempunyai kepentingan dalam perkara ini dan telah mengadakan dialog dengan mereka mengenai untuk beberapa waktu," kata seorang jurucakap Goldman Sachs.
Goldman Sachs membantu 1MDB untuk mengumpulkan AS$6.5 bilion melalui tiga jualan bon pada tahun 2012 dan 2013 untuk melabur dalam projek-projek tenaga dan hartanah untuk meningkatkan ekonomi Malaysia.
Sebaliknya, lebih AS$2.5 bilion yang diperolehi dari jualan bon itu didakwa telah disalahgunakan dan digunakan untuk membeli karya seni, termasuk lukisan oleh Vincent Van Gogh dan Claude Monet, hartanah mewah di New York dan London dan untuk membayar hutang perjudian di Las Vegas, demikian menurut saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman AS di mahkamah pada 20 Julai.
Goldman Sachs, yang memperolehi hampir AS$600 juta untuk mengurus dan menaja jamin bon 1MDB, tidak dituduh melakukan sebarang salah laku dalam saman itu. Tetapi mereka mendakwa pelabur tidak dimaklumkan sepatutnya mengenai penggunaan dan jenis bon itu.

Resign or be replaced, Ahmad Said tells Ahmad Razif

Former Terengganu MB says he will join hands with PAS to form a new state government should the current MB refuse to step down.
Ahmad-Said
Resign or risk having the state government be replaced.
That’s the ultimatum Terengganu’s Kijal assemblyman Ahmad Said has given state Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman, reports The Star.
Ahmad Said, the former menteri besar, said he would possibly quit Umno and join forces with PAS to form the next government, should Ahmad Razif fail to heed his warning.
According to Ahmad Said, he has “a lot of secrets” on Ahmad Razif, and dared the latter to not let him spill the beans.
He also claimed that there was “massive sabotage” at the time he was MB and that Ahmad Razif had met him twice to “confess” what had happened. However, he decided to shoulder the responsibility and spared Ahmad Razif, he added.
“Ahmad Razif should thank his lucky stars that he is still the Menteri Besar.
“He should remember that he is still the Menteri Besar because of my ehsan (courtesy),” he claimed.
Currently, BN has 17 seats, Pas has 14 and PKR 1, in Terengganu and any rebellion by BN reps would result in a hung state assembly – at which point the menteri besar would be forced to seek an audience with the Sultan to either resign or dissolve the state assembly.
The relationship between Ahmad Said and Ahmad Razif became strained after the former was forced to step down as menteri besar in May 2014.