Khamis, 4 Ogos 2016

TANGGAL April 13, 2011.. dah ada insan suarakan kebimbangan mengenai #1MDB.

TETAPI ketika itu kerusi seberang sana galak besar, termasuk Muhyiddin Yassin & Najib Razak, memperlekeh pendedahan DS Anwar Ibrahim. Sekarang sapa yg gelak besar Muhyiddin & Najib oooiii !!!!

SATU DUNIA GELAKKAN MALAYSIA !!!

Polis tidak akan lindungi gerakan ‘Gelombang Kuning’ di Terengganu

Polis percaya pihak tertentu cuba mengaitkan pihak Istana dalam usaha mereka untuk mengganggu pentadbiran kerajaan negeri sedia ada
Datuk Rosli Ab Rahman
KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu tidak akan melindungi mana-mana individu termasuk ahli politik dipercayai terlibat dalam gerakan ‘Gelombang Kuning’ yang cuba mengganggu pentadbiran kerajaan sedia ada di negeri ini.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata kain rentang berwarna kuning dengan tulisan ‘Gelombang Kuning’ itu mula dikesan kira-kira 10 hari lepas di beberapa daerah di negeri ini.
Pihaknya percaya kain rentang yang dinaikkan itu cuba mengaitkan pihak istana serta menunjukkan protes terhadap kepimpinan kerajaan negeri ketika ini.
“Mereka mempamerkan kain rentang di tempat awam antaranya kawasan rekreasi dan kawasan bulatan Batu Bersurat dengan menggunakan warna kuning seperti mendapat restu daripada pihak istana.
Saya ingin tegaskan pihak istana tidak terlibat langsung dalam gerakan ini dan pihak yang tidak bertanggungjawab ini cuba mempengaruhi dan mengelirukan orang ramai dengan penglibatan pihak istana,” katanya dalam satu sidang media, di sini hari ini.
Menurutnya sebanyak sembilan laporan polis telah diterima, enam di Kuala Terengganu, masing-masing satu laporan di Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.
Katanya daripada jumlah laporan itu salah satu dibuat oleh Setiausaha Sulit Sultan Terengganu dan hasil siasatan pihaknya mendapati terdapat unsur hasutan pada kain rentang yang dinaikkan itu dengan menggunakan warna kuning diraja.
Rosli berkata siasatan terperinci sedang dilaksanakan bagi mengenal pasti individu serta kumpulan di sebalik gerakan gelombang kuning itu dan hasil maklumat, pihaknya tidak menolak kemungkinan ianya didalangi oleh segelintir ahli-ahli politik namun tidak pasti sama ada ahli politik yang pro pada Barisan Nasional atau sebaliknya.
“Kita tidak akan berkrompromi dengan mana-mana individu dan tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang terlibat tanpa mengira pangkat dan parti politik,” katanya.
Beliau berkata pihaknya percaya gerakan ini cuba membuat provokasi sempena persidangan Dewan Undangan Negeri yang dijadualkan pada Isnin ini malah cuba membawa perpecahan kaum serta ketidaktenteraman kepada orang awam.
“Jadi saya menyeru kepada orang ramai supaya tidak terlibat dengan gerakan gelombang kuning ini kerana menyalahi di bawah Akta Hasutan dan jangan mempercayai terdapat sokongan daripada pihak-pihak tertentu dan jangan cuba mengaibkan istana di dalam gerakan ini.

Saya tidak tandatangan sebarang dokumen serah telaga minyak, akui MB Terengganu


Ahmad Razif Abd Rahman Ahmad Razif Abd Rahman Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman berkata beliau tidak menandatangani sebarang dokumen mengenai telaga minyak Bertam kerana kawasan itu bukan milik kerajaan negeri dan ia dikendalikan oleh Petronas.
Beliau menjelaskan sehingga kini pihaknya masih berusaha membuat permohonan rasmi kepada kerajaan Persekutuan agar Terengganu memperoleh pendapatan daripada telaga minyak terbabit.
Katanya telaga minyak Bertam tidak berada dalam lingkungan tiga batu nautika yang membolehkan ia menjadi hak milik penuh kerajaan negeri namun pihaknya masih cuba mendapatkan hasilnya demi kebaikan rakyat negeri ini.
Berikutan itu beliau menafikan kenyataan bekas Menteri Besar Ahmad Said yang menuduhnya sudah menandatangani dan menyerahkan medan telaga minyak Bertam 307 di perairan Terengganu kepada Pahang dan 1MDB.
Tegas Ahmad Razif, beliau tidak layak menandatangani sebarang surat menyurat kerana Bertam bukan hak milik negeri ini malah apa yang diperoleh daripada hasil telaga minyak lain adalah hasil 'pemberian' dan perjanjian Menteri Besar terdahulu bersama Tun Abdul Razak bagi membantu negeri yang paling hampir dengan telaga minyak yang dijumpai.
"Sebenarnya tiada isu telaga minyak kerana ia bukan hak kerajaan negeri tetapi Persekutuan.
Jadi kenapa kita dapat lima peratus? Yang Bertam itu kepunyaan Petronas, kita tiada hak. Saya telah jelaskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri yang lalu," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Koperasi Negara 2016 di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Ahmad Razif turut menyatakan bahawa beliau telah membuat permohonan rasmi supaya kerajaan Persekutuan meneliti semula ketetapan sebelum ini mengenai hak milik telaga minyak tersebut namun masih dalam peringkat perbincangan.

SATU LAWAN SATU - FORMULA SEBENAR TERLETAK PADA PAS

Dengan tidak semena-mena, tanpa angin dan tanpa ribut, tiba-tiba saja Ketua Pengarah Pilihanraya Pas, Mustaffa Ali tampil mencadangkan agar parti-parti pembangkang mencari formula pertandingan satu lawan satu menentang BN menjadi kenyataan dalam PRU 14 akan datang.

Kata beliau, berdasarkan kajian dan analisis Jabatan Pilihanraya Pas atau JPP Pusat, pertandingan satu lawan satu adalah cara terbaik untuk menghilangkan kuasa BN yang memerintah negara sekarang ini. 

"Kalau pertandingan melawan BN lebih daripada satu lawan satu, ia memberi laluan mudah untuk BN terus berkuasa.

"Ini tidak bagus kerana akan menjadikan UMNO dan BN lebih angkuh serta terus melakukan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang melemaskan rakyat," katanya lagi.
Apakah saranan ini merupakan kesedaran Mustaffa Ali dan JPP Pusat saja atau kesedaran yang sudah menyelinap ke dalam diri seluruh  pimpinan Pas, termasuk Hadi Awang dan juga Dr Haron Din?

Sesungguhnya apa yang diperkatakan oleh Mustaffa Ali itu bukanlah perkara baru atau asing bagi parti-parti pembangkang dalam Pakatan Harapan serta di kalangan rakyat yang inginkan perubahan.

Pakatan Harapan telah melontarkan idea pertandingan satu lawan itu ketika pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar dulu lagi berikutan sedar bala daripada pertandingan tiga penjuru dalam pilihanraya negeri Sarawak sebelum itu.

Tetapi, siapakah  yang awal-awal menolak untuk berkompromi?

Siapakah yang beria-ia mengatakan Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah kerusi tradisi milik mereka yang kononnya telah ditandingi sejak merdeka lagi, walaupun tidak pernah memenanginya?

Ambil tindakan ke atas ‘Malaysian Official 1’, gesa gabungan 34 NGO


Gabungan NGO itu mahu kerajaan mendedahkan keputusan siasatan SPRM mengenai skandal kewangan berkaitan SRC International Sdn Bhd dan  keputusan interim siasatan isu 1MDB kepada orang awam.- Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.Gabungan NGO itu mahu kerajaan mendedahkan keputusan siasatan SPRM mengenai skandal kewangan berkaitan SRC International Sdn Bhd dan keputusan interim siasatan isu 1MDB kepada orang awam.- Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.
Gabungan 34 organisasi masyarakat sivil menuntut kerajaan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang dinamakan sebagai Malaysian Official 1 (Pegawai Malaysia 1) seperti disebut dalam tuntutan mahkamah oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS), 20 Julai lalu.
Tuntutan tersebut merupakan salah satu daripada enam perkara yang dinyatakan dalam memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low hari ini.
Penyerahan memorandum diketuai peguam Datuk S Ambiga Sreenevasan yang juga Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) itu turut mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat skandal syarikat pelaburan negara sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut Ambiga, tindakan saman sivil oleh DOJ yang mahu merampas hartanah milik negaranya bernilai lebih AS$ 1 bilion itu membuktikan kegagalan sistem kawal selia dan keadilan negara ini menyelesaikan siasatan berkenaan.
Gabungan NGO itu juga mahu supaya kerajaan mendedahkan kedua-dua keputusan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai skandal kewangan berkaitan SRC International Sdn Bhd serta keputusan interim tentang siasatan isu 1MDB kepada orang awam.

MB: T'ganu sedapat mungkin mahu elak p'raya negeri

Kerajaan negeri Terengganu sedapat mungkin mahu mengelak berlaku pilihan raya negeri (PRN) namun tetap bersedia sekiranya ia jalan terakhir, kata Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman.

Ahmad Razif berkata Terengganu akan berdepan dua kali pilihan raya sekiranya ia berlaku dan memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi.

"Kerajaan negeri sebolah-bolehnya hendak mengelak perkara ini berlaku kerana ia membawa banyak kerugian kerana terpaksa melakukan dua pilihan raya iaitu peringkat negeri dan Parlimen.

"Jika buat pilihan raya sekarang ini belanjanya bukan sedikit... bila pilihan raya umum nanti kena buat sekali lagi, jadi Terengganu kena buat dua kali dan kos ini akan merugikan rakyat dan kita sedia maklum dengan cabaran ekonomi
semasa.

"Tetapi jika keadaan terpaksa... kerajaan negeri bersiap sedia, kita beri jaminan bahawa kerajaan negeri, badan Perhubungan UMNO negeri bersiap sedia sebarang kemungkinan..tiada masalah tetapi demi untuk rakyat kita minta perkara ini dapat dipertahankan sampailah pilihan raya umum berlaku," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Koperasi Negara peringkat negeri.

Mengenai perjalanan sidang Dewan Undangan Negeri yang bakal berlangsung Isnin ini, Ahmad Razif berkata beliau yakin ia akan berjalan seperti biasa dan segala desas-desus bahawa akan berlaku perkara tidak terduga, hanya spekulasi dan khabar angin.

"Sidang DUN akan berjalan seperti biasa. Perkara ini timbul kerana banyak persepsi, banyak kepada khabar angin..saya rasa tiada masalah. Sidang dewan akan berjalan seperti biasa dan akan dapat diselesaikan dengan baik,"katanya.

Tak salah Bersih 2.0 pelbagaikan perjuangan mereka, kata penganalisis

Penganalisis politik berpendapat meskipun Bersih 2.0 boleh menjuarai isu-isu lain, menuntut reformasi pilihan raya harus kekal tumpuan utama
Bersih 2.0
PETALING JAYA: Tak salah Bersih 2.0 menjuarai isu selain reformasi pilihan raya, namun matlamat asal itu perlulah menjadi tumpuan utama gabungan itu, kata penganalisis politik.
Mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menasihatkan Bersih 2.0 supaya tumpu kepada matlamat asal gabungan itu, penganalisis politik Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Dr Jeniri Amir berkata tak salah sekiranya gabungan itu membangkitkan isu-isu negara berkaitan politik dan pimpinan politik.
“Kita tak boleh lari daripada isu berkaitan politik dan pemimpin politik kerana ia mungkin mempunyai kesan keatas pilihan raya.”
Jeniri dalam masa yang sama percaya Bersih 2.0 mempunyai agenda tersembunyi.
“Nampaknya Bersih 2.0 tidak boleh lari daripada persepsi ia mahu tukar kerajaan.”
Beliau berkata tuntutan Bersih 2.0 supaya tindakan diambil terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) nampak seolah usaha untuk menawan politik orang ramai, sedangkan tujuan utama gabungan itu sepatutnya mendesak reformasi pilihan raya.
Jeniri berpendapat gerakan madani seperti Bersih 2.0 akan kerugian sekiranya mereka dilihat berpihak.
Sementara itu, penganalisis politik Universiti Malaya Prof Awang Azman Awang Pawi berkata tidak salah sekiranya Bersih 2.0 mempelbagaikan matlamat mereka demi memelihara kepentingan negara.
Bagaimanapun, katanya kepada FMT, wibawa gabungan itu akan terjejas sekiranya tumpuan utama tunjuk perasaan yang bakal diadakan itu beralih kepada 1MDB.
Bahkan, walaupun Bersih 2.0 menggelar diri mereka gerakan madani, ia akan dilihat berpihak sekiranya gabungan itu tidak menunjukkan reaksi terhadap kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam cara yang sama.

Bersih 5 tidak boleh dibenarkan, kata menteri Umno

Ismail Sabri bimbang akan berlaku pertembungan antara peserta Bersih 5 dan Baju Merah
ismail-sabri_bersih_600
KUALA LUMPUR: Tunjuk perasaan jalanan seperti yang dirancang Bersih 2.0 tidak boleh dibenarkan berlaku, kata Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Bercakap kepada pemberita di sambutan Hari Raya Media Prima di Pusat Konvensyen Sime Darby hari ini, Ismail berkata bukan gabungan reformasi pilihan raya sahaja yang boleh turun ke jalanan setiap kali mereka tidak berpuas hati dengan satu-satu isu.
“Ada juga kumpulan lain yang mahu lakukan perkara yang sama. Malah, mereka boleh buat yang lebih besar.
“Saya difahamkan ada kumpulan yang mahu menunjuk perasaan pada hari yang sama dengan Bersih. Jika benar, pertembungan boleh berlaku.”
Beliau merujuk kepada kumpulan yang dikenali sebagai Baju Merah, diketuai oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Yunos. Jamal berkata mereka bersedia untuk berhimpun pada hari yang sama dengan Bersih 5.
Menteri Komunikasi dan Multmedia Datuk Seri Salleh Said Keruak yang turut hadir di majlis yang sama bersependapat, malah beliau bingung dengan niat Bersih 2.0.
Beliau menasihatkan gabungan itu supaya tidak meniru budaya asing yang sering turun ke jalanan untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.
“Sekiranya mereka tidak berpuas hati, mereka berhak untuk suarakan pendapat mereka semasa pilihan raya. Sementara itu, kita ada saluran lain, seperti Parlimen, wacana politik, dan media.

DAP mahu permit rakyat bukan Sarawak di Petronas ditarik balik

Pengerusi DAP negeri Chong Chieng Jen mahu Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem menaikkan kuota rakyat Sarawak untuk kerja pengurusan dan pengurusan pertengahan di Petronas dinaikkan ke 70%.
Chong-Chieng-Jen1
PETALING JAYA: Kerajaan Sarawak perlu menarik balik permit kerja dan permit masuk rakyat bukan Sarawak untuk kerja pengurusan dan pengurusan pertengahan di Petronas cawangan negeri, kata Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen.
Ketua Pembangkang Sarawak membuat gesaan itu kerana pengambilan pekerja bagi operasi Petronas Sarawak perlu mengutamakan rakyat Sarawak.
Menurut Chieng Jen, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem pada November 2014 memaklumkan Dewan Undangan Negeri bahawa Petronas bersetuju untuk melebihkan penyertaan rakyat Sarawak dari segi sumber manusia, pendidikan dan latihan teknikal.
“Namun, dalam hal guna tenaga operasi Petronas di Sarawak, rakyat Sarawak masih tidak didahulukan,” katanya.
Chieng Jen mengeluh hampir dua tahun selepas pengumuman Adenan itu, sebahagian besar jawatan kanan Petronas di Sarawak dipegang oleh rakyat bukan Sarawak.
“Hanya 39% daripada jawatan pengurusan dan 46% jawatan pengurusan pertengahan diisi rakyat Sarawak.
“Tetapi, apabila Petronas melaksanakan rombakan, syarikat minyak dan gas negara itu cepat memecat pekerja Sarawak yang berpengalaman tanpa pertimbangan untuk menugasi semula mereka ke kerja-kerja lain dalam Kumpulan Petronas,” katanya.
Chieng Jen berkata kerajaan negeri perlu mengambil kira rakyat dari Semenanjung yang bekerja untuk Petronas di Sarawak disyaratkan supaya memiliki permit masuk dan permit kerja untuk masuk ke Sarawak, dan kuasa untuk memberikan permit tersebut terletak pada budi bicara kerajaan negeri.
Maka, beliau mahu kerajaan negeri menyasarkan penglibatan sekurang-kurangnya 70% rakyat Sarawak untuk jawatan peringkat pengurusan dan pengurusan pertengahan.

Jangan hina Sarawak, kata PBB kepada Petronas

Abdul Karim Rahman Hamzah beritahu Petronas supaya beri keutamaan kepada rakyat Sarawak untuk mengisi kekosongan di negerinya
Abdul Karim Rahman Hamzah
PETALING JAYA: “Jangan hina Sarawak.”
Begitu pesan Menteri Muda Perumahan Sarawak dan ahli Majlis Tertinggi PBB Abdul Karim Rahman Hamzah kepada syarikat minyak dan gas negara berhubung isu pengambilan rakyat bukan Sarawak untuk mengisi kekosongan di negeri itu.
Bercakap kepada FMT, Karim berkata keutamaan untuk kekosongan di Petronas Sarawak perlulah diisi oleh rakyat Sarawak, bukannya oleh orang luar.
Beliau berkata gesaan ini bukan seruan yang melampau kerana kekosongan yang dimaksudkan itu di Petronas cawangan Sarawak.
“Jika kekosongan itu di Semenanjung Malaysia, kita di Sarawak tak peduli siapa yang Petronas gajikan.
“Selagi dan apabila kamu tidak temui warga Sarawak yang berkelayakan, maka bolehlah kamu cari yang lain,” katanya, dan menambah ini merupakan langkah yang praktikal.
Awal hari ini, sebuah badan nirlaba Sarawak, Kumpulan Suarah Petroleum (SPG) dilaporkan menyeru Petronas supaya mengutamakan rakyat Sarawak untuk mengisi kekosongan dalam operasinya di negeri itu.
Presiden SPG Hamin Yusuf berkata sekarang ini hanya 39% jawatan pengurusan dan 46% jawatan pengurusan pertengahan dalam operasi Petronas Sarawak diisi orang tempatan.

Skandal 1MDB: Mana Kertas Putih nafikan dakwaan DOJ?

Kerajaan UMNO dibidas ekoran memilih pendekatan “tunggu dan lihat” dalam isu saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat terhadap individu yang dikaitkan dengan penyelewengan dana syarikat milik penuh kerajaan, 1MDB.
Menurut Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, saman sivil setebal 136 muka surat dan memuatkan pelbagai dakwaan itu tidak harus dipandang enteng kerana ia telah mengakibatkan reputasi negara terjejas teruk.
Malah, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah mempersoalkan mengapa sehingga kini tidak ada sebarang kertas putih atau Kenyataan Kerajaan dikeluarkan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak untuk menafikan dakwaan-dakwaan terbabit.
“Dengan maklumat dan sumber-sumber yang ada, tidak sukar sebenarnya untuk kerajaan mengeluarkan Kertas Putih atau Kenyataan Kerajaan bagi menafikan dakwaan yang terkandung dalam dokumen 136 halaman DOJ berkaitan dengan 1MDB itu.
“Dan dengan itu kerajaan sekaligus boleh membersihkan nama dan reputasi Malaysia yang begitu teruk, sehingga digelar dengan gelaran kleptokrasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
20 Julai lalu, DOJ melalui Inisiatif Perolehan Aset Kleptokrasi (KARI) telah memfailkan saman sivil untuk menyita aset-aset yang dikatakan diperolehi dan digelapkan dari dana syarikat yang diasaskan Najib, 1MDB.

PAS sedia ambil alih Terengganu bila-bila masa..tapi takut hadapi pilihanraya...!!!

Bagaimanapun parti itu akur ia perlu mendapat perkenan Sultan menukar kerajaan tanpa melalui sebarang pilihan raya.
saiful-bahri
PETALING JAYA: PAS sedia mengambil alih pentadbiran kerajaan Terengganu sekiranya berlaku perubahan majoriti Dewan Undangan Negeri susulan kemelut dalaman Umno, kata Pesuruhjaya PAS Terengganu, Saiful Bahri Mamat.
Bagaimanapun, beliau mengakui ia hendaklah mendapat perkenan Sultan bagi menukar kerajaan kerajaan tanpa melalui proses pilihan raya.
“PAS ini bila-bila masa sahaja kita bersedia untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri sekiranya majoriti kerusi memihak kepada kita,” katanya ketika dihubungi FMT.
“Pendirian kita tetap sama, ini masalah dalaman Umno, biar dia selesaikan, kalau tidak mampu selesaikan juga, kena serahkan kepada rakyat balik mandat dengan membuat pilihan raya negeri, kalau tidak masalah ini menyebabkan rakyat menjadi serabut dan muak dengan kerajaan sedia ada.”
Krisis Terengganu yang bermula pada 2014 selepas Datuk Seri Ahmad Said dipaksa melepaskan jawatannya kepada menteri besar sekarang, Ahmad Razif Abdul Rahman, kembali hangat berikutan tindakan menghadapkan Adun Kijal itu ke Lembaga Disiplin Umno kerana mengkritik kepimpinan negeri dan Datuk Seri Najib Razak.
Sebarang tindakan memecat Ahmad Said, atau keputusannya sendiri untuk keluar Umno, akan mengubah kedudukan BN dalam DUN, yang memiliki 17 kerusi, sementara pihak pembangkang mempunyai 15.
Kedudukan Razif juga dikatakan terus ditekan ekoran kritikan terhadapnya daripada exco negeri, Ghazali Taib, yang juga Adun Ajil.
Saiful berkata Ahmad Said dan Adun BN lain yang sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Razif jangan hanya bercakap tetapi perlu keluar Umno dengan segera.
“Kita juga bersedia dalam apa keadaan sekali pun, maknanya kalau adakan pilihan raya sekali pun, kita sudah bersedia,” tambah Adun Paka itu.

Guling PM: Gerakkan laporan polis terhadap naib ketua Pemuda Umno


Azwan BroAzwan Bro
Skandal 1MDB semakin menjadi perhatian antarabangsa apabila Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat telah memfailkan prosiding 'Civil Forfeiture' bagi menyita dan merampas aset-aset di Amerika Syarikat yang didakwa diperolehi melalui pengubahan wang haram akibat perbuatan jenayah mencuri wang 1MDB. Pemilik-pemilik aset-aset yang didakwa di dalam prosiding tersebut pula didakwa mempunyai hubungan keluarga dan kenalan rapat Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak.
Bagi mempertahankan kedudukan Perdana Menteri, 'pemakan-pemakan dedak' cuba membuat pelbagai kenyataan yang cuba mengelirukan rakyat. Terbaru, muncul seorang 'hero muda' membuat kecoh pada 26 Julai 2016 bernama Khairul Azwan bin Harun, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia membuat laporan polis (Repot No: CHOWKIT/005870/2016) ke atas Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed (bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (bekas Gabenor Bank Negara) dan Tan Sri Abdul Gani Patail (bekas Peguam Negara).
Menurut laporan polis tersebut, Khairul Azwan percaya bahawa ketiga-tiga 'Tan Sri' ini telah secara berseorangan atau bersesama terlibat dalam suatu konspirasi menggulingkan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia yang sah dengan memberikan maklumat sulit dan dokumen kepada agensi asing termasuk FBI. Khairul Azwan juga menyatakan di perenggan terakhir laporan polisnya bahawa “perkara yang saya laporkan di sini bukanlah dakwaan semata-mata tanpa asas dan saya pohon supaya pihak polis menyiasat perkara ini dengan segera".
Namun, pada 2 Ogos 2016 Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakat dilaporkan berkata polis sudah menutup kes dan memberhentikan siasatan terhadap laporan polis beliau atas alasan laporan Khairul Azwan tersebut hanya berdasarkan 'andaian' yang mungkin diperoleh melalui bacaan di akhbar, mendengar cerita orang sahaja.
Tan Sri Ketua Polis Negara seterusnya dilaporkan berkata semasa dirakam percakapan dan siasatan, Khairul Azwan tidak dapat mengemukakan apa-apa bukti untuk menyokong dakwaannya. Malah Ketua Polis menyatakan bahawa polis menasihati Khairul Azwan supaya tidak mengulangi perkara yang sama pada masa depan jika tidak mempunyai fakta atau bukti.
Oleh kerana dalam laporan polisnya, Khairul Azwan mengatakan bahawa laporan polisnya dibuat dengan asas, namun akhirnya tiada sebarang bukti dikemukakan, maka laporan polis tersebut dibuat berdasarkan maklumat palsu. *Justeru, Pemuda AMANAH akan menggerakkan sayapnya di setiap negeri bagi membuat laporan polis yang bertujuan agar pihak Polis DiRaja Malaysia menyiasat Khairul Azwan kerana telah membuat laporan palsu yang jelas merupakan suatu kesalahan jenayah bawah Seksyen 182 dan 194 Kanun Keseksaan.*

Muhyiddin presiden parti baharu, fokus Bumiputera

Beberapa bekas pemimpin Umno membentuk jawatankuasa penaja parti naungan Dr Mahathir semalam, sebagai langkah awal sebelum diluluskan ROS.
anina-muhyddin
KUALA LUMPUR: Dua bekas pemimpin Umno hari ini mengesahkan penubuhan jawatankuasa penaja (protem) parti baharu semalam, dengan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden parti bersama enam lagi bekas pemimpin Umno lain.
“Fokus parti baharu ini adalah kepada bumiputera, malah nama parti juga sudah ditetapkan cuma tunggu pengumuman rasmi nanti,” kata bekas ahli Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin, yang turut serta dalam perbincangan tiga jam malam semalam di kediaman Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perbincangan itu bersetuju Dr Mahathir dilantik pengerusi, dan Kamarulzaman Habbibur Rahman sebagai setiausaha.
Selain Anina, tiga lain ialah bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Akramshah Sanusi dan aktivis pelajar Syed Saddiq Abdul Rahman.
Bercakap kepada FMT, Anina berkata tujuh nama dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai proses awal sebelum jawatankuasa penuh parti dibentuk selepas pendaftaran diluluskan.
Sementara itu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang turut serta dalam mesyuarat semalam, berkata pendaftaran parti akan dilakukan dalam masa terdekat.
“Inilah yang penyokong setia sedang menunggu dan kini ianya mula bergerak secara rasmi,” katanya ketika dihubungi FMT.

Parti Melayu kerana tidak mahu bersaing, kata Khairuddin

Ia juga dapat menarik seramai mungkin ahli Umno untuk bersama parti baharu itu.
khairuddin
PETALING JAYA: Parti baharu yang diterajui bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berasaskan Melayu kerana mahu mengelak bersaing keahlian dengan parti pembangkang berbilang bangsa lain, kata Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
“Parti baharu ini tidak wajar bersaing untuk merebut keahlian dengan rakan-rakan pembangkang yang lain.
“PKR, DAP dan Amanah adalah parti berbilang bangsa, jadi konsep parti baharu ini yang hendak tumpukan pada bangsa Melayu dan bumiputera adalah tindakan yang amat wajar sekali,” kata bekas naib ketua Umno Batu Kawan itu, sambil menambah ia merupakan pendapat peribadi beliau.
Khairuddin memberitahu FMT, fokus Melayu itu juga dapat menarik ahli Umno yang lebih mengenali corak kepimimpinan Muhyiddin dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Saya setuju ianya mestilah dijadikan Malay base parti agar mudah untuk parti baru menarik lebih ramai ahli-ahli Umno akar umbi khususnya yang berasa selesa untuk bernaung di bawah parti baru ini,” kata Khairuddin, yang turut bersama dalam perjumpaan semalam di kediaman Dr Mahathir bagi membincangkan penubuhan jawatankuasa penaja.
Mesyuarat itu melantik Muhyiddin sebagai presiden, bersama enam lagi bekas pemimpin Umno lain termasuk Dr Mahathir sebagai pengerusi dan Kamarulzaman Habbibur Rahman sebagai setiausaha. Empat lain ialah bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Akramshah Sanusi, aktivis pelajar Syed Saddiq Abdul Rahman dan bekas ahli Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin.

NGO hantar memo, tuntut tindakan lanjut ke atas skandal 1MDB

Satu gabungan kumpulan masyarakat sivil hari ini menyerahkan memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low, menuntut tindakan lanjut diambil ke atas skandal berkaitan 1MDB.
Presiden, Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) Datuk S Ambiga memberitahu pemberita bahawa Low pada pertemuan mereka hari ini, berjanji untuk membawa tuntutan enam perkara kumpulan berkenaan kepada kabinet.
"Kami membuat tuntutan kepada menteri-menteri kabinet serta semua ahli parlimen supaya segera mengambil tindakan yang perlu.
"Kita kini menjadi bahan ketawa antarabangsa dan dihina ... Kedudukan Malaysian Official tidak lagi boleh dipertahankan dan tidak boleh diteruskan," kata Ambiga selepas pertemuan dengan Low, yang berlangsung selama dua jam.
Beliau merujuk kepada individu yang disebut 36 kali dalam saman sivil Jabatan Keadilan Amerika untuk merampas aset AS$1 bilion berkaitan 1MDB.
Antara yang menghadiri mesyurat dengan menteri itu hari ini, termasuk Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah, Pengarah Eksekutif Suaram Sevan Doraisamy dan Profesor KJ John.
Memorandum itu disokong oleh 34 organisasi masyarakat sivil.

Kerana UMNO, Nik Abduh Sanggup Berdusta & Memfitnah Ayahnya Sendiri?

Ayah pernah ramal kematian Pakatan, kata Nik Abduh

Bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah meramalkan kematian Pakatan Rakyat kerana DAP, dakwa anaknya Nik Abduh.

"Ayah tahu Pakatan semakin lemah. Oleh kerana DAP menentang agenda PAS dan enggan bertolak ansur dan berkelakuan dengan cara yang kasar," kata Ahli Parlimen Pasir Mas kepada akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily.

Pakatan Rakyat terkubur Jun tahun lalu berikutan perbezaan pendapat antara PAS dan DAP mengenai hudud, empat bulan selepas Nik Aziz meninggal dunia.


DAP bergabung dengan PKR dan parti serpihan PAS iaitu AMANAH untuk membentuk Pakatan Harapan manakala PAS menyifatkan dirinya sebagai kumpulan kuasa ketiga pembangkang.

Menurut Nik Abduh, sikap saling menghormati di antara PAS dan DAP terkubur dengan pemergian bapanya dan pengerusi DAP Karpal Singh.

Walaupun kedua-dua mereka kelihatan bertelagah secara berterusan di media, beliau berkata bapanya dan Karpal bersikap saling menghormati mendalam antara satu sama lain.

Karpal meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2014. -mk

Kenyatan yang dibuat oleh Nik Abduh amat meragukan.

Yang pertama beliau mendakwa Allahyarham ayahandanya, "TG Nik Aziz pernah meramalkan kematian Pakatan Rakyat kerana DAP".

Meragukan kerana belum pernah dijumpai mana-mana kenyataan Allahyarham menyatakan begitu kecuali inilah kali pertama Nik Abduh menyatakan sedemikian.

Walhal semua rakyat tahu bahawa Allahyarham orang yang paling kuat mempertahankan Pakatan Rakyat. Ini terbukti melalui kenyataan anakanda Allahyarham yang seorang lagi, Nik Omar namanya iaitu abang kepada Nik Abduh.



Kedua ialah kenyataan-kenyataan Allahyarham sendiri mengenai DAP. Sekalipun DAP menolak hudud, TG Nik Aziz tidak pernah menjadikan ia sebagai satu masalah besar yang boleh menggugah Pakatan Rakyat. TG Nik Aziz melihat itulah peluang besar bagi PAS untuk terus berdakwah.


Malah di satu ketika TG Nik Aziz menyatakan bukan satu masalah besar orang Melayu menyertai DAP.


Berbanding dengan Haji Hadi yang mengutuk DAP dan memuji MCA, Allahyarham Nik Aziz mengambil pendirian yang berbeza:

Parti baharu Muhyiddin untuk pecah belahkan Melayu dan jejaskan Umno, kata Bung Moktar

Bung turut mengakui pembentukan parti baharu akan menjejaskan kedudukan Umno.
bung-mukhtar
PETALING JAYA: Parti baharu yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan mensasarkan golongan bumiputera bertujuan untuk memecah belahkan Melayu, Kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Bung Moktar Radin.
“Mungkin Muhyiddin beranggapan dengan memberi fokus kepada perjuangan bumiputera ianya akan melemahkan Umno dan berkemungkinan Muhyiddin tidak ada keyakinan terhadap kaum bukan bumiputera dalam memperjuangan parti baharu itu.
“Kita sedar penubuhan parti baru ini akan menarik ahli Umno yang kecewa namun masih ramai ahli Umno sanggup mempertahankan Umno,” katanya kepada FMT.
Bung merasa yakin Umno akan bertahan kerana sejarah menunjukkan partinya pernah diuji pelbagai cabaran sejak ditubuhkan, termasuklah pernah diharamkan pada 1988.
“Demikian juga apa bila Anwar Ibrahim dipecat timbul parti Keadilan dan sehingga kini masih tidak diterima rakyat secara menyeluruh,” jelas Ahli Parlimen Kinabatangan itu.

Guling Najib: Pemuda Amanah Perak buat lapoan polis terhadap Khairul Azwan


Pemuda Amanah mendesak mendesak supaya kertas siasatan dibuka di bawah seksyen 182 Kanun Keseksaan dan Khairul Azwan disiasat di bawah seksyen tersebut.Pemuda Amanah mendesak mendesak supaya kertas siasatan dibuka di bawah seksyen 182 Kanun Keseksaan dan Khairul Azwan disiasat di bawah seksyen tersebut.
Pemuda Amanah Negeri Perak hari ini membuat laporan polis terhadap Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun berhubung dakwaannya tiga individu iaitu Bekas Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail, Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Bekas Pegawai SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang didakwa terlibat dalam komplot menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Pemangku Timbalan Ketua Pemuda Amanah Perak, Hasnul Zulkarnain bersama Setiausaha, Safarizal Saleh dan Pengarah Komunikasi, Muhammad Faeez Azahar membuat laloran polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh hari ini.
Dalam satu kenyataan hari ini Hasnul berkata, laporan polis yang dibuat oleh Khairul Azwan adalah jelas merupakan satu tindakan jenayah dan beliau boleh dituduh di bawah seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu ke atas bekas tiga penjawat awam tersebut.
"Oleh itu, kita mendesak supaya kertas siasatan dibuka di bawah seksyen 182 Kanun Keseksaan dan Khairul Azwan disiasat di bawah seksyen tersebut.
"Kita juga percaya bahawa laporan polis dan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Khairul Azwan berhubung dengan komplot menggulingkan Perdana Menteri oleh tiga bekas penjawat awam tersebut merupakan satu fitnah jenayah di bawah seksyen 499 Kanun Keseksaan," katanya kepada media.

Skandal 1MDB: Ke mana hilangnya ulama?

Para mufti dan ulama kerajaaan janganlah kelihatan hanya untuk menentukan tarikh puasa dan hari raya sahaja.
Raja-Bahrin-Shah_ulama_1mdb_600_2
Oleh Raja Bahrin Shah
Penasihat Umum Amanah Ahmad Awang menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian tentang isu 1MDB dan juga tindakan kerajaan Amerika Syarikat baru baru ini ke atas 1MDB.
Malah Majlis Raja-raja Melayu sejak Oktober 2015 lagi meminta isu 1MDB diselesaikan kerajaan, tanpa tindakan yang sepatutnya dari Datuk Seri Najib Razak.
Saya juga pernah menyoal fenomena membisu kebanyakan ulama tentang isu 1MDB. Setakat ini hanya seorang mufti negeri yang kehadapan bersuara tentang kemungkaran pemerintah.
Berkatalah pula Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria: “Peguam Negara sudah putuskan, buat apa bincang 1MDB”.
Perlu diingat, selepas Tan Sri Abdul Gani Patail dipencenkan atas sebab kesihatan, walaupun beliau mengakui sihat dan segar, Peguam Negara sekarang secepat kilat mengisytiharkan Najib bebas daripada segala kesalahan dalam isu 1MDB.
Begitu hebatnya Peguam Negara sekarang. Dalam masa sama, laporan Ketua Audit Negara dirahsiakan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Sangat mudah Harussani membuat kesimpulan dalam isu yang penting untuk negara ini. Bukankah Islam melarang daripada membuat keputusan tergesa-gesa tanpa kajian mendalam? Apakan lagi isu sepenting ini untuk negara.
Jika ulama kerajaan dan mufti membuat kenyataan hanya untuk mengiakan pihak kerajaan, tidak boleh disalahkan rakyat menyoal peranan mereka menegakkan kebenaran menurut Islam sebenarnya.
Sekarang pun ramai yang memandang golongan ini lebih sebagai penghias dan penyeri majlis rasmi sahaja.
Lebih menghairankan lagi kenyataan Pengerusi Majlis Fatwa Tan Sri Shukor Husin yang menyatakan: “Kita juga tidak punya maklumat tentang soal ekonomi yang teknikal dan di tahap global.”
Majlis Fatwa tidak merancang bersidang tentang isu 1MDB. Ini menimbulkan soal tanda tanya adakah Majlis Fatwa berhasrat terus relevan dan memainkan peranan menyeluruh dan bermakna isu semasa untuk masyarakat Islam hari ini dalam suasana ekonomi global?
Mereka mesti mengubah sikap supaya menjadi terus relevan. Di mana usaha dan kesungguhan mereka memahami isu semasa?

KENAPA TAK BERANI HANTAR NAJIB & AG Apandi sendiri ke sana..

Sebelum ini bukan main kata perbicaraan saman Jabatan Keadilan (DOJ) di Amareeka tidak libatkan 1MDB mahupun kerajaan, KENAPA TIBA2 MEROYAN NAK HANTAR WAKIL AG/ KERAjaan pula ke sana konon sbg peguam pemerhati !!!

KENAPA sibuk sangat nak campurtangan perbicaraan luar negara.

MANA NAK SOROK LAGI NAJIB !!!

"Derma AS$681 juta bukan datang dari Arab Saudi, TETAPI 1MDB" - Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.

Salah tetap salah, tidak ada hukum dunia yang boleh menghalalkannya..mereka yang bersekongkol juga tidak akan terlepas akhirnya..

SEBARKAN.. biar satu dunia tahu 'Perdana Menteri Uganda' kita dah menipu satu dunia..

KELULUSAN PARTI BARU DI TANGAN ZAHID ATAU NAJIB?


Muhyiddin Yassin yang bakal menerajui sebuah parti politik baru mengesahkan akan membuat pendaftarannya dengan Pendaftar Pertubuhan dalam waktu terdekat ini.

Parti itu difahamkan mirip UMNO dengan tumpuan khusus kepada agenda perjuangan Bumiputera.

Sebagaimana ramai yang tertunggu-tunggu kewujudan parti baru berikutan semakin meningkat mereka yang hilang kepercayaan kepada UMNO selagi ia terus dipimpin oleh Najib Razak, tiada lain harapan Muhyiddin ialah agar sama-sama berdoa supaya parti baru ini tiada masalah untuk mendapat kelulusannya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa tiada masalah bagi pihaknya meluluskan parti baru itu jika semua syarat telah dipenuhi.
Sebagai Menteri Dalam Negeri, Jabatan Pendaftar Pertubuhan adalah di bawah tanggungjawab saya, kalau syarat-syaratnya dipenuhi, kelulusannya Insya Allah akan disegerakan, kata Zahid.

Dalam hal ini, Tun Mahathir yang merupakan tulang belakang di sebalik penubuhan parti baru itu tentu saja tiada masalah memenuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan memandangkan beliau pernah menubuhkan semula UMNO pada tahun 1988 dahulu.

Cuma, bolehkah dipercayai sepenuhnya kata-kata Zahid itu?

Bagaimana jika Najib berbisik kepadanya agar kelulusan itu dilengah-lengahkan atau tidak diluluskan sama sekali?

Laporan palsu Naib Ketua Pemuda Umno: KPN perlu bertindak jantan


Khalid diminta bertindak terhadap aduan palsu Khairul Azwan.Khalid diminta bertindak terhadap aduan palsu Khairul Azwan.
Keputusan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menghentikan siasatan terhadap laporan palsu yang dibuat Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun tidak disenangi Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.
Malah Mahufuz mempersoalkan 'kejantanan' Khalid apabila berhadapan dengan Pemuda Umno.
Sambil menyifatkan Khalid sebagai "tak dak teloq atau bukan jantan bila berdepan dengan budak Khairul Naib Ketua Pemuda Umno yang menjadi suruhan Umno", Mahfuz mengingatkan bahawa ketika Khairul Azwan membuat laporan polis terhadap Tan Sri Abdul Ghani Patail, Tan Sri Zeti Aziz dan Tan Sri Abu Kassim Mohamed, beliau mendakwa mempunyai bukti yang kukuh.
"Bila disiasat polis, KPN menyatakan laporan Khairul bersifat andaian sahaja. Maknanya laporan palsu yang diberikan kepada polis," katanya.
Bagaimanapun semalam, Khairul dalam satu sidang media mendakwa berjaya menghalang komplot untuk menggulingkan Perdana Menteri dan kerajaan malah mempertahankan laporan yang dibuat yang didakwa mewakili suara hati pemuda Umno.
Tambah Mahfuz, kenyataan umum ini dibuat walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pemuda Umno, Mohd Khairy Jamaludin menyifatkan laporan polis Khairul sebagai tindakan peribadi dan bukan pendirian pemuda Umno.

MH370: Tiada Bukti Kapten Zahari Sengaja Jatuhkan Pesawat - Liow Tiong Lai

Ismail Sabri: BERSIH has deviated from their original purpose

Cadangan RISDA tanam ketum ditolak, kata Ismail Sabri

Rakyat bayar, keluarga Najib & beranak belanja boros di AS.


RUPA-RUPANYA.. anak tiri Najib Razak, anak kandung Rosmah..RIZA AZIZ dan kawan rapatnya JHI LOW mampu menikmati hidup mewah melampau2 di AS dan disakwa Jabatan Kehakiman AS (DOJ) dibiayai melalui wang yg diselewengkan drpd #1MDB.

Lawatan 130 orang ke Krabi hanya belanja RM60,000 dipertikai ....


Sayuti OmarSayuti Omar
Kenyataan timbalan menteri besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa program lawatan kakitangan kerajaan negeri Kelantan ke Krabi, Thailand selama tiga hari baru-baru ini hanya menelan belanja RM60,00 dipertikaikan.
Blogger, Mohd Sayuti Omar dalam status facebooknya mempersoalkan apakah perbelanjaan sebanyak itu hanya dikeluarkan dari perbendaharaan kerajaan manakala yang lain ditampung.
"Menurut Nik Amar (Mohd Amar), perbelanjaan mesyuarat dan lawatan ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah (JHET) bersama wakil rakyat, penyelia Dun dan Exco selama tiga hari ke Krabi Thailand berskala 130 orang menelan belanja hanya RM60,000.00 sahaja.
"Ini bermakna sekepala peruntukannya sekitar RM462 sahaja. Memang jimat dan murah. Apakah perbelanjaan sebanyak itu hanya dikeluarkan dari Perbendaharaan Kerajaan manakala yang lain ditampung?" tulis Sayuti, blogger yang terkenal dalam isu-isu Kelantan ini.
Bagi beliau, susah untuk menerima jumlah yang disebut Nik Amar itu dalam keadaan cukai yang pelbagai.
"(Apakah) perbelanjaan dibiayai oleh tabung di luar dari Perbendaharaan Kelantan, di mana kos itu tidak direkodkan," soal Sayuti.
Ataupun katanya, peruntukan itu hanya untuk bayaran tambang bas dan lain-lain pengangkutan sahaja sementara penginapan, makan dan minum ditanggung sendiri?
"Berapa harga untuk satu malam bilik di Krabi atau ahli rombongan tidur di surau atau masjid?" soalnya lagi.
Bagaimanapun, beliau mengucapkan terima kasih kepada Nik Amar kerana mendedahkan angka itu.
"Rombongan lain juga perlu mendedahkan kos perbelanjaan mereka supaya dapat dinilai.
"Misalnya lawatan ke Eropah Timur oleh Perbadanan Stadium Sultan Muhammad ke-IV baru-baru ini juga perlu didedahkan perbelanjaannya," kata Sayuti merujuk lawatan yang diketuai Exco Belia dan Sukan ke Eropah.
Bagaimanapun, kata Sayuti, tidak ada guna menghabiskan wang puluhan ribu untuk lawatan tetapi hasilnya tiada.
"JHET sendiri elok kalau memansuhkan peruntukan lawatan tahunan itu, dan sebaiknya gunakan wang itu untuk pembelian peralatan menjaga prasarana tanah tanih di Kelantan," katanya.

Kos seminar, lawatan ke Krabi hanya RM60,000 - TMB Kelantan

Seminar dan kunjungan tiga hari 130 peserta rombongan kerajaan Kelantan ke Krabi, Thailand baru-baru ini hanya menelan belanja RM60,000.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah yang mengetuai rombongan itu berkata, kos tersebut hampir serupa dengan apa yang dibelanja ketika seminar dan lawatan sambil belajar diadakan di Pulau Pinang dan Selangor sebelum ini.
Krabi salah satu pusat pelancongan popular Thailand.Menurutnya perancangan membuat lawatan dan seminar di Krabi dipersetujui ketika seminar diadakan di Pulau Pinang, lapor portal berita rasmi Pas, Harakahdaily.
“Kita rancang buat lawatan ke Krabi pada 2014. Bagaimanapun pada akhir 2014 berlaku banjir besar. Jadi kita tumpu menyelesaikan masalah banjir terlebih dahulu.
“Lagi pun JHET (Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah) ada bajet khusus bagi tujuan itu bagi mencari pengalaman baru di negeri-negeri lain,” ujarnya.
Selain mengadakan seminar, rombongan Nik Amar turut mengunjungi hormat Pejabat Gabenor Krabi dan melawat pusat pemulihan dadah secara Islam.
Kerajaan Kelantan, ujar Nik Amar turut menawarkan tempat di sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik) kepada pelajar Muslim di Krabi tanpa dikenakan yuran.
JHET Negeri Kelantan baru-baru ini mengadakan seminar pengurusan tanah di Krabi, Thailand di samping menganjurkan lawatan sambil belajar.
Krabi sebuah wilayah terletak di pinggir pantai Laut Andaman, selatan Thailand. Lebih 50 peratus daripada 400,000 penduduknya beragama Islam.
Lawatan ke Krabi itu menerima kritikan pelbagai pihak yang disifatkan bertentangan dengan dasar jimat cermat kerajaan negeri.

Amanah Terengganu bersedia hadapi kemungkinan pilihan raya mengejut

Kerajaan tidak izin tanam daun ketum, kata Ahmad Zahid

SPRM tidak siasat 1MDB kerana bukan isu rasuah - Zakaria Jaffar

'Jangan tuduh pegawai SPRM, mereka bersumpah dengan nama Allah' - Zakaria Jaffar

Doakan parti baru diluluskan, kata Muhyiddin

ADUN Wakaf Mempelam sokong usul undi tak percaya terhadap Ahmad Razif

How to prevent another 1MDB saga

Need to define role of the government in business and set in place adequate institutional checks against potential abuse, says article in East Asia Forum.

KUALA LUMPUR: The 1Malaysia Development Berhad (1MDB) saga highlights the problems with state-ownership in the Malaysian economy.
According to a report in the East Asia Forum, to prevent such scandals from recurring, Malaysia should first curb the excessive role of the state in business .
Then, it has to put in place institutional mechanisms that subject politicians to proper checks and balances.
Also, there is a need for wider democratic reforms and a clear separation of powers of the executive, legislative and judicial branches of government.
“Malaysia has a long history of high-level financial scandals, some of them involving the country’s government-linked companies (GLCs). Yet, the recent case of 1MDB is particularly shocking. This is the first time that a sitting prime minister is directly implicated,” it notes.
In Malaysia, according to the article by Teck Chi Wong, a Masters student at the Australian National University, GLCs have been used as a tool for politicians to direct benefits to their political supporters or even themselves.
The case of 1MDB, it says, illustrates this problem.
The failure of institutional safeguards to prevent or take action against irregularities that have resulted in the scandal point to major deficiencies within Malaysia’s governance of GLCs.
It says six decades of rule by the United Malays National Organisation, the main ruling party in Malaysia, have undermined Malaysia’s democratic institutions.
“There are now no effective institutional checks and balances on the handling of GLCs by the state and politicians.”
It estimates that GLCs account for approximately 36 per cent of the market capitalisation of Bursa Malaysia and 54 per cent of the benchmark Kuala Lumpur Composite Index. GLCs do not only participate in natural monopolies or strategic industries, but compete with the private sector in highly lucrative businesses such as retail, construction and property development.
In the case of 1MDB, the state-owned investment company also has a huge involvement in property development, through the projects, Tun Razak Exchange (TRX) and Bandar 1Malaysia, it notes.
These projects are particularly controversial, it says, because the land was sold to 1MDB at a very low price by the government.
It says Malaysia should consider adopting the OECD guidelines on corporate governance of state-owned enterprises to benchmark itself against the world’s best practices.

Skandal 1MDB: Senator AS mahu Obama kaji semula hubungan dengan Najib

Senator Amerika Syarikat menggesa Presidennya Barrack Obama untuk mengkaji semula hubungan dua hala dengan Malaysia.
Mereka berkata, tindakan perlu diambil berikutan penolakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke atas siasatan kerugian US$11 bilion dan sumbangan derma US$700,000 1MDB yang sedang disiasat Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
NAJIB-1MDBMenurutnya, tanpa mengira keputusan siasatan tersebut, skandal itu telah membawa rekahan mendalam antara Najib dan institusi kerajaan berkenaan bagaimana untuk menangani perkembangan rasuah.
“Hasilnya, sokongan domestik Najib telah jatuh merudum dan krisis berterusan ini memburukkan lagi perbezaan kaum, agama dan mewujudkan persekitaran politik bahaya.
“Keadaan ini menimbulkan kebimbangan mengenai peranan jangka panjang Malaysia sebagai rakan kongsi dalam menangani keganasan.
“Kami berharap untuk bekerja dengan anda untuk menyokong usaha-usaha mengembangkan perkongsian komprehensif bersama Malaysia berdasarkan kemajuan substantif ke arah demokrasi, undang-undang, anti rasuah dan hak asasi manusia,” kata Benjamin L Cardin dan John McCain dalam surat kepada Obama bertarikh 3 Februari itu.
Menurut mereka lagi, hubungan dengan Malaysia mestilah dibina melalui asas dan prinsip-prinsip demokrasi.
Katanya, tindakan Najib jelas telah menimbulkan kebimbangan apakah Malaysia merupakan rakan kongsi yang boleh dipercayai di rantau ini.
“Kami berharap anda akan mengajukan permasalahan ini dalam mesyuarat bersama pemimpin Malaysia pada persidangan ASEAN Summit akan datang,” tegas mereka.

Skandal 1MDB bukan isu rasuah, kata bekas timbalan ketua p'jaya SPRM

Skandal 1MDB bukan melibatkan isu rasuah, justeru tiada lagi sebarang siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya, kata bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Seri Zakaria Jaffar.
"1MDB ini kalau ikut kenyataan (Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM) Datuk Mohd Shukri (Abdull), SPRM belum menyiasat kerana ia bukan isu rasuah.
"Ia isu pelaburan, isu penipuan, jadi polis yang kena lakukan siasatan manakala isu melibatkan pelaburan, Bank Negara.
"Jadi SPRM kalau ada unsur rasuah baru boleh siasat, setakat ini tak ada lagi bunyi. Jadi 1MDB bukan di bawah SPRM," kata Zakaria dalam sesi soal jawab bersama hadirin yang hadir dalam ceramah anjuran PAS Putrajaya, malam tadi.
Malah, Zakaria berkata tidak ada siasatan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana tiada laporan terhadap beliau.
Dalam ceramah bertajuk Rasuah dan isu semasa itu Zakaria diminta mengulas isu skandal 1MDB.
Isu skandal 1MDB hangat dibicarakan sejak setahun yang lalu apabila wujud dakwaan salah laku terhadap Najib.
Ia diikuti oleh saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk menyita aset yang berkaitan dengan dana 1MDB.
Sementara itu, Zakaria dalam ceramahnya mengingatkan orang awam agar tidak membuat tuduhan terhadap pegawai SPRM.

NUBE bidas Bank Muamalat paksa staf pindah ratusan kilometer

Ini susulan daripada kakitangan enggan menerima tawaran skim pemisahan sukarela yang dikeluarkan Bank Muamalat.
j solomon
PETALING JAYA: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) menyifatkan Bank Muamalat majikan yang tidak bertanggungjawab kerana menggunakan taktik memindahkan pekerja bagi memberi tekanan supaya mereka berhenti kerja.
Setiausaha Agung NUBE, J Solomon berkata tindakan sewenang-wenangnya memindahkan tiga kakitangan bawahannya dari tiga cawangan berbeza di Semenanjung Malaysia ke ibu pejabat di Kuala Lumpur sebagai tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata, Bank Muamalat sengaja memindahkan kakitangan terbabit ratusan kilometer jauhnya dengan keluarga semata-mata untuk memaksa meletak jawatan, selepas mereka menolak tawaran skim pemisahan sukarela (VSS) yang dikeluarkan bank itu.
“Ketiga-tiga pekerja tersebut tidak diberi sebarang tugas untuk lebih tiga minggu dari 18 Julai sehingga ke hari ini.
“Apabila pekerja ini mempertahankan hak mereka dan mempersoalkan pemindahan yang dilakukan, pihak Bank Muamalat memaksa mereka memilih antara kenaikan pangkat, menjadi pemandu atau terus letak jawatan.
“Sebagai taktik terakhir pada 1 Ogos lalu, Bank Muamalat menawarkan kenaikan pangkat daripada pembantu pejabat kepada kerani pemasaran dengan petunjuk prestasi utama (KPI) dan sasaran,” katanya kepada FMT hari ini.
Sebelum ini, tiga kakitangan bawahan Bank Muamalat dari tiga cawangan berbeza di Semenanjung Malaysia mendakwa mereka rasa tertindas selepas diarahkan berpindah tugas ke ibu pejabat di Kuala Lumpur pada 18 Julai lalu.

Isteri PM Singapura bawa dompet RM45 ke White House

Dompet berukiran dinosaur itu hasil seni seorang pelajar 19 tahun, dan dibeli ketika menghadiri pertunjukan amal di Singapura.
Lee Hsien Loong
PETALING JAYA: Isteri perdana menteri Singapura yang dilihat hanya membawa sebuah dompet berharga S$14.80 (RM44.60) ketika lawatan rasmi bersama suaminya ke White House kelmarin menerima pujian ramai.
Dompet yang dikepit isteri kepada Lee Hsien Loong, ketika pasangan itu disambut secara rasmi oleh President Barack Obama dan isterinya Michelle Obama, merupakan antara yang dijual The Art Faculty, sebuah kedai online yang menjual hasil seni pelajar kurang upaya dan autistik di Sekolah Pathlight.
Di bawah program tersebut, pelajar boleh menerima royalti hasil jualan reka seni mereka di samping mempertingkatkan kemahiran.
Dompet yang dipegang Puan Lee menampilkan lukisan berbentuk dinosaur, dan merupakan hasil seni Seetoh Sheng Jie, 19, seorang pelajar yang sangat berminat dengan seni berkonsepkan haiwan purba itu.
“Kami teruja dan menganggap satu penghormatan melihat beliau membawa beg itu ketika lawatan rasmi,” kata pengarah pembangunan seni di Sekolah Pathlight, Loy Sheau-Mei, kepada The Straits Times.
Akhbar itu melaporkan Puan Lee, yang merupakan penaung Persatuan Autisme Singapura, membeli dompet itu ketika menghadiri pertunjukan konsert amal Sabtu lalu bagi mengutip derma membantu perkhidmatan sokongan golongan autistik.

Jangan gusar dakwaan 'terompah Umno' kononnya Amanah khadam DAP


Salahuddin AyubSalahuddin Ayub
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menasihati ahli dan pemimpin parti itu agar tidak gusar dengan dakwaan kononnya 'Amanah adalah khadam DAP' kerana tuduhan itu mengulangi modal lama golongan yang menjadi 'terompah Umno'.
Mengulas tindakan sesetengah pihak yang secara berterusan memainkan sentimen perkauman dan kebencian melulu terhadap DAP, beliau berkata tuduhan 'khadam kepada DAP' ini sudah dipopularkan Umno sejak Pas mengadakan pakatan politik dengan parti pembangkang tersebut.
"Kenapa harus takut dan gusar dengan tuduhan barua, khadam dan kuda tunggangan DAP?
"Bukankah puluhan tahun bersama Pas dahulu kita telah dilempar dengan tuduhan yang sama oleh Umno-BN walaupun ada Ustaz Fadzil Mohd Noor, Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi pada waktu itu?
"Terkini Tun Mahadhir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dituduh barua dan khadam DAP oleh Umno-BN.
"Cuma bezanya sekarang Umno BN tak perlu buang masa dan tenaga dan seronok merehatkan diri kerana telah ada parti yang menjadi budak suruhan mereka menuduh orang lain barua, khadam dan kuda tunggangan DAP," tegasnya dalam satu kenyataan.
Salahuddin turut mengimbas kembali kata-kata Almarhum Tuan Guru Nik Aziz supaya golongan ulama jangan sekali-kali menjadi "terompah kayu Umno".

PRN di Terengganu sukar untuk diduga, kata Najib

Tetapi katanya semua Adun BN sudah membuat aku janji menyokong BN dan beliau sendiri akan memantau perkembangan di negeri itu supaya tidak menyusahkan rakyat.
najib terengganu
JAKARTA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata sukar untuk diduga sama ada pilihan raya negeri (PRN) akan berlaku di Terengganu atau tidak, susulan krisis politik yang sedang melanda negeri itu.
Bernama melaporkan, Najib berkata PRN di Terengganu bergantung pada disiplin wakil rakyat BN.
Bagaimanapun, katanya semua Adun BN sudah membuat aku janji menyokong BN dan beliau sendiri akan memantau perkembangan seterusnya.
Najib yang juga presiden Umno dan BN berkata pada masa sama krisis politik di Terengganu akan ditangani dengan cara yang terbaik agar ia tidak menyusahkan rakyat di negeri itu.
“Kita akan tangani kedudukan politik di Terengganu agar ia tidak menyusahkan rakyat Terengganu dan saya sedang pantau, tunggu laporan daripada MB,” katanya kepada pemberita bagi merumuskan hasil lawatan kerja tiga hari di Jakarta yang berakhir hari ini.
Krisis politik di Terengganu dikatakan semakin tegang apabila bekas menteri besarnya Ahmad Said yang juga Adun Kijal bakal dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin Umno kerana bertindak berlawanan dengan kerajaan pimpinan BN termasuk mengusul undi tidak percaya kepada menteri besar.

BN Terengganu hanya ada 2 pilihan, MB undur atau pilihan raya semula


Pilihan untuk BN Terengganu adalah tukar MB atau pilihan raya semula.Pilihan untuk BN Terengganu adalah tukar MB atau pilihan raya semula.
Barisan Nasional (BN) Terengganu kini mempunyai dua pilihan sahaja bagi menyelesaikan kemelut yang ada iaitu menteri besar Ahmad Razif Abdul Rahman berundur dengan digantikan oleh MB lain atau pilihan raya negeri semula.
Desas desus kini bertiup kencang di Terengganu kononnya menteri besar Ahmad Razif Abdul Rahman akan berundur untuk membolehkan krisis yang ada di negeri itu selesai.
Ini berikutan dari ugutan bekas MB, Datuk Seri Ahmad Said, jika beliau terpaksa keluar dari Umno, menteri besar yang ada juga perlu turun.
Namun begitu, Razif bertegas beliau tidak akan berundur. Beliau menyalahkan Ahmad Said dengan apa yang berlaku di Terengganu sekarang ekoran kerajaan pimpinan beliau menang dengan hanya majoriti tipis dalam pilihan raya umum 2013 lalu.
Dalam mesyuarat Selasa lalu, Umno Terengganu telah membincangkan secara mendalam kemungkinan adanya pilihan raya negeri segera bagi menyelesaikan masalah ini.
Mesyuarat itu bersetuju, cara terbaik menyelesaikan isu ini adalah dengan pilihan raya semula.

Mereka dikatakan lebih bersedia ke arah itu kerana peluang menang lebih besar untuk BN ekoran perpecahan dalam Pas yang melahirkan Amanah dan hubungan tidak baik antara Pas dengan PKR di Terengganu.
Ekoran itu, Razif membuat satu kenyataan media secara bertulis bagi menerangkan hal itu dan meletakkan segala kesalahan kepada krisis yang ada itu di bahu Ahmad Said.
"Apakah punca sebenar Umno negeri Terengganu atau Kerajaan Barisan Nasional Terengganu dilihat sentiasa berada dalam keadaan 'tidak menentu dan tidak beryakinan'.
"Puncanya ialah kita kalah teruk pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 lalu. Daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada PRU Ke-12 yang diwarisi kepimpinan terdahulu tinggal 17 kerusi sahaja pada PRU Ke-13. Inilah realiti yang perlu diterima ahli-ahli serta pemimpin Umno dan rakyat.
"Inilah ibu kepada segala permasalahan dan ketidakstabilan yang sedang melanda politik dan pertabiran Kerajaan Negeri Terengganu. Apabila sudah tidak kuat kita akan terdedah dengan pelbagai ancaman 'dalam dan luar'.

Pemuda Amanah desak MB Terengganu segera bubar Dun


Hasbie Muda Hasbie Muda Pemuda Amanah Negeri Terengganu menggesa Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman  agar segera membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terenggganu.
 Ketua Pemudanya Hasbi Muda berkata, hal ini berikutan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Ahmad Razif yang lemah dan tidak stabil ketika ini.
"Lebih memburukkan keadaan apabila istana sendiri seolah-olah tidak mengiktiraf beliau apabila menarik semula gelaran kebesaran yang telah dikurniakan sebelum ini.
"Gesaan ini selaras dengan peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu dan Menteri Besar sewajarnya bertindak cepat untuk mengembalikan mandat kepada rakyat.
"Walau keadaan mungkin sukar buat pembangkang memandangkan Pas sendiri seolah-olah tiada "political will" untuk menggantikan Umno sebagai kerajaan, " ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenytana itu juga menyebut Pemuda Amanah Terengganu bersedia untuk berunding dengan semua pihak, khususnya kelompok-kelompok anak muda, asalkan sahaja Umno ujarnya, tidak kembali menjadi kerajaan yang akan mentadbir Terengganu kelak.

Razif: Dia punca BN hilang kerusi, tak perlu jadi penyelamat

Menteri Besar Terengganu itu berkata 'ibu' kepada segala masalah politik negeri itu adalah kekalahan BN pada PRU lepas di bawah kepimpinan Ahmad Said.
Ahmad-Razif_ahmad-said_600
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman berkata punca krisis politik yang dihadapi negeri itu adalah kekalahan Barisan Nasional (BN) dan Umno pada pilihan raya umum 2013 lalu, daripada 28 kerusi kepada 17 kerusi.
“Inilah realiti yang perlu diterima ahli-ahli serta pemimpin Umno dan rakyat. Inilah ‘ibu’ kepada segala permasalahan dan ketidakstabilan yang sedang melanda politik dan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan, membalas kritikan terhadapnya oleh bekas menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Krisis Terengganu yang bermula pada 2014 selepas Ahmad Said dipaksa melepaskan jawatannya kepada Razif, kembali hangat berikutan tindakan menghadapkan Adun Kijal itu ke Lembaga Disiplin Umno, selepas mengkritik kepimpinan negeri dan Datuk Seri Najib Razak.
Sebarang tindakan memecat Ahmad Said, atau keputusannya sendiri untuk keluar Umno, akan mengubah kedudukan BN dalam Dewan Undangan Negeri, yang memiliki 17 kerusi, sementara pihak pembangkang mempunyai 15.
Kedudukan Razif juga dikatakan terus ditekan ekoran kritikan terhadapnya daripada exco negeri, Ghazali Taib, yang juga Adun Ajil.
Semalam, Ahmad Said memberitahu FMT beliau sudah lama bersabar walaupun mendakwa cuba dijatuhkan Razif.
“Setahun lebih saya tidak ganggu pentadbiran kerajaan, saya nak perhatikan gelagat-gelagat menteri besar baharu yang bercakap dengan penuh pembohongan dan sebagainya.
“Sepatutnya dia berbaik dengan saya bukan bermusuh dengan saya,” kata Ahmad Said.
Razif dalam kenyataannya hari ini bagaimanapun menyalahkan Ahmad Said atas prestasi BN pada PRU lepas.
“Kesimpulannya kerajaan BN yang ada di Terengganu sedang berhempas pulas memikul beban tanggungan yang ditinggalkan oleh menteri besar lama.
“Sekarang tiba-tiba ada yang dengan megah mengaku cuba menjadi ‘penyelamat’. Sepatutnya bekas menteri besar itu membantu saya menstabilkan Umno dan membuat persediaan menghadapi PRU-14,” katanya.

Mat Said punca masalah di Terengganu, kata Razif


Ahmad Razif (kiri) mendakwa punca pergolakan politik di negeri itu berterusan ekoran yang memulakan "peperangan atau pergelutan ” ujarnya kerana Ahmad Said (kanan) sebelum ini membuat usul undi  tidak percaya dalam sidang Dewan Undangan Negeri.Ahmad Razif (kiri) mendakwa punca pergolakan politik di negeri itu berterusan ekoran yang memulakan "peperangan atau pergelutan ” ujarnya kerana Ahmad Said (kanan) sebelum ini membuat usul undi tidak percaya dalam sidang Dewan Undangan Negeri.
Kegoyahan politik negeri Terengganu berpunca selepas Umno-BN kalah teruk dalam Pilihan Raya (PRU) Umum ke-13 dan berlakunya pergelutan jawatan menteri besar apabila Datuk Ahmad Said membuat usul undi tidak percaya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) menambahkan lagi krisis kepimpinan di negeri itu.
Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman dalam satu kenyataan rasminya hari ini, mendedahkan selepas BN hanya mengekalkan 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun)  berbanding 28 kerusi pada PRU12, menjurus kepada berlakunya segala permasalahan dan ketidakstabilan yang melanda kerajaan negeri Terengganu itu.
Selain kekalahan teruk dalam PRU13, Ahmad Razif turut mendakwa punca pergolakan politik di negeri itu berterusan ekoran yang memulakan "peperangan atau pergelutan berlaku” ujarnya kerana  Ahmad Said  sebelum ini membuat usul undi tidak percaya dalam sidang Dun.
"Apabila sudah tidak kuat kita akan terdedah dengan pelbagai ancaman “dalam dan luar”. Kita diugut, kita dipaksa dan kita di pengaruhi.
"Saya bukan 'superman atau memiliki lampu ajaib' yang boleh membuat sesuatu menjadi lebih cepat dan sempurna dengan sekelip mata," ujar Ahmad Razif yang juga  Pengerusi Perhubungan Umno Negeri itu seperti dipetik daripada kenyataan media itu.
Malaysia Dateline memaparkan kenyataan rasmi beliau untuk dinilai oleh rakyat negeri Terengganu sendiri dalam menentukan lanskap politik negeri itu terhadap krisis kepimpinan Umno yang berlaku  antara  Ahmad Razif Abd Rahman dan bekas menteri besar Datuk Ahmad Said.

Kenapa WAJIB ada spesis 'PENGERANG' dlm Umno..??

Siapa 'wanita-islam' melayu-umno yang duduk di sebelah Pengerusi Biro IT UMNO..??

Kami diberitahu beliau adalah salah satu peguam Umno... benarkah ?? Ada siapa boleh beri pengesahan...?

Yang buruk disembunyikan ditutup rapat2 agar rakyat tidak tahu....!!


Negara Ketum: Keajaiban "Suri Rumah"......


#MalaysianOfficer1 terima dana AS$681 juta masuk ke akaun peribadi..

#FirstLadyofMalaysia terima RM2 juta masuk ke akaun peribadi..

APA MAKNA SEMUA INI ??!!

Negara Pemimpin Ketum....!!!

Di saat harga getah jatuh, rakyat merungut suruh kerajaan selesaikan masalah penanam getah..

Akhirnya KERAjaan Ketum temui formulanya.. iaitu..

TANAM KETUM !!!

DAH MAKIN GILA Kerajaan Ketum skrg.. Lps ni ramailah jutawan2 Melayu Ketum berjaya dihasilkan hasil Transformasi Najib..

"Melayu 'terbangsat' jika Umno hilang kuasa" - Najib Razak