Rabu, 3 Ogos 2016

Guling Najib: "Kami' mewakili saya, Pemuda & KJ - Azwan Bro

Guling PM: Azwan bangga lapor polis 'Komplot 3 Tan Sri'

Guling PM: Perkara buruk timpa PM jika saya tidak lapor polis - Khairul Azwan

Don't bow to Najib, Financial Times tells Obama

Guling PM: Diasak wartawan, Azwan hanya jawab 'rujuk laporan polis'

"BUKAN ANDAIAN DAN IA MEWAKILI SUARA PEMUDA" - APA REAKSI KPN DAN KJ SELEPAS INI?

Tindakan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar menutup siasatan berhubung dakwaan wujudnya konspirasi mahu menjatuhkan Najib Razak oleh tiga Tan Sri dan menyifatkan laporan polis yang dibuat oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun hanya berdasarkan andaian, nampaknya tidak menjadikan kes tersebut benar-benar tertutup.

Khairul Azwan yang mengadakan sidang akhbar petang tadi bukan saja menolak laporan polis yang dibuatnya berdasarkan andaian, malah juga mengatakan tindakannya adalah mewakili suara Pemuda UMNO.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan laporan polis yang dibuat oleh naibnya itu adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili Pemuda UMNO.

Dengan mempertahankan laporan polisnya bukan berdasarkan andaian serta tindakannya adalah juga mewakili suara Pemuda UMNO, Khairul Azwan secara sekaligus menolak tanggapan Khalid Abu Bakar dan KJ terhadap tindakannya.
"Kami telah buat laporan polis, itu tindakan kami. Kami bertanggungjawab, jadi kami buat laporan.

"Ia bukan andaian dan laporan polis telah kami buat. Tetapi saya difahamkan polis tidak akan teruskan siasatan dan tiada tindakan akan diambil terhadap saya," katanya lagi.

Khairul Azwan juga mempertahankan laporan polis yang dibuatnya adalah berdasarkan keyakinan dan kepercayaan di mana ia akhirnya telah berjaya mematahkan percubaan mahu menjatuhkan Perdana Menteri.

541 peti undi seluruh Kelantan akan ada cawangan Amanah menjelang 31 Ogos


Irfan Bakti bersama pimpinan Amanah KelantanIrfan Bakti bersama pimpinan Amanah Kelantan
Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan kini dalam operasi menubuhkan cawangan di setiap daerah mengundi di seluruh negeri.
"Menjelang 31 Ogos ini, kita mensasarkan 541 cawangan ditubuhkan bagi mewujudkan sekurang-kurangnya satu cawangan bagi setiap peti undi," kata pengerusi Amanah negeri, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang ditemui di majlis bersama pelanggan Amanah Kelantan di perkarangan pejabat Amanah Kelantan.
Setiap pagi Rabu, Amanah Kelantan mengadakan hari bertemu pelanggan di Kiosk Bunga Raya berhadapan pejabat Amanah negeri.
Orang ramai mengambil kesempatan untuk menyampaikan aduan dan masalah masing-masing untuk ditangani di peringkat parti dan pihak berautoriti untuk diselesaikan.
Pagi ini Amanah didatangi tetamu istimewa iaitu Irfan Bakti Abu Salim, Jurlatih Felda United yang kebetulan berada di Kota Bahru kerana pasukannya akan bertemu pasukan Kelantan, TRW malam ini.
Irfan yang merupakan rakan lama Wan Rahim melahirkan rasa gembira kerana dapat bertemu rakan-rakan dari parti Amanah walaupun kesuntukan masa.
"Saya gembira dapat bertemu kawan-kawan, saya yakin parti apa pun yang mereka bersama tujuannya adalah untuk memperjuangkan hak rakyat dan kebaikan negara," katanya.
Antara isu yang dikemukakan dalam pertemuan hari ini adalah isu pengambilan tanah di Kampung Laut dan suasana tidak selesa peniaga dan pelanggan dalam proses perpindahan ke pasar baru Pasir Mas.

TIBA-TIBA skrg Azwanbro cakap mewakili UMNO..??

KJ nafi.. Najib nafi.. UMNO nafi.....

TIBA-TIBA skrg Azwanbro cakap mewakili UMNO..??

Alif.. Mim.. Nun.. Wau.. = SARKAS !!!

United Macai National Organisation?

Khairy Jamaluddin telah mengambil masa yang terlalu lama untuk menyatakan pendiriannya berhubung tuduhan bertalu-talu terhadap Presiden partinya, yang dikhabarkan sedang gigih menepis asakan dari segenap sisi, ekoran dakwaan bahawa beliau lah ‘Malaysian Official 1’ yang disebutkan dalam dokumen saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika.
umnoDokumen tersebut menamakan beberapa individu yang didakwa terlibat dalam pengubahan wang haram, di negera asal Selena Gomez itu. Dana yang terlibat itu pula terkait langsung dengan syarikat bermasalah milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia, 1MDB.
Wang terkait 1MDB, didakwa telah dibelanjakan untuk membeli hartanah mewah sekitar Amerika, selain jet peribadi, lukisan mahal malah digunakan untuk melunaskan hutang judi. Watak ‘Malaysian Official 1’ disebut dokumen Jabatan Kehakiman Amerika sebagai individu berpangkat tinggi dalam kerajaan Malaysia, mempunyai pengaruh besar dalam 1MDB dan juga punya pertalian darah dengan anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz yang terlibat langsung dalam pembikinan filem Wolf Of Wall Street, lakonan Leonardo Dicaprio.
Kesemua tuduhan dan dakwaan yang melintas di hadapan hidung Perdana Menteri itu sedang gigih ditangkis, malah ada pula yang terlebih gigih bertindak membuat laporan polis terhadap tiga individu yang awalnya bertanggungjawab menyiasat dakwaan aliran wang tunai berjumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, setelah didedahkan media tahun lalu.
Laporan polis oleh timbalan kepada Khairy Jamaluddin itu akhirnya dibakulsampahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, kerana kata beliau, laporan tersebut dibuat berasaskan andaian semata-mata.
Timbalan Khairy Jamaluddin telah membuat laporan terhadap tiga Tan Sri, Abdul Gani Patail (bekas Peguam Negara), Zeti Akhtar Aziz (bekas Gabenor Bank Negara) dan Abu Kassim Mohamad (bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Ketiga-tiga Tan Sri ini telah pun diganti dengan muka-muka baru yang dipercayai memihak kepada Perdana Menteri belaka.
Ketika laporan polis tersebut dibuat, Ketua Pemuda Umno tidak pula menasihatkan timbalannya supaya berhenti daripada mengambil langkah bodoh terbabit. Malah ada yang menyangka bahawa laporan polis itu dibuat pun, hasil daripada suruhan Ketua Pemuda Umno, merangkap Ahli Parlimen Rembau, merangkap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Gelombang 5M mampu gugat BN


Gelombang sokongan rakyat untuk 5 M di utara bakal menggugat Umno dan BN dalam PRU akan datang.Gelombang sokongan rakyat untuk 5 M di utara bakal menggugat Umno dan BN dalam PRU akan datang.
Barisan Nasional (BN) berhadapan ancaman besar sekiranya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak diadakan secepat mungkin iaitu pada tahun hadapan ekoran pesatnya perkembangan sokongan untuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan pengikutnya, kata penganalis.
Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata, kelewatan PRU14 hanya akan memberi masa tambahan kepada gerakan yang diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengumpul kekuatan, lapor Sinar Harian.
“Kalau PRU14 diadakan cepat, mungkin mereka tak sempat menyusun barisan dan BN akan mempunyai peluang yang tinggi. Tapi kalau 2017 tak berlaku PRU14 ini, maka gerakan ini akan menjadi lebih kuat kerana mereka memenangi isu nasional seperti 1MDB (1Malaysia Development Berhad),” katanya kepada laman online akhbar itu.
Menurutnya, sekiranya gerakan tersebut mampu mencipta gelombang dengan faktor Mahathir, ancamannya lebih besar kepada BN.
“Jika Tan Sri Muhyiddin Yassin bergabung dengan Mahathir, Datuk Seri Mukhriz (Mahathir) dan Datuk Seri Mohd Shafie (Apdal) membentuk gelombang 4M, ia akan beri sumbangan perpecahan kepada parti yang stabil, Umno-BN sendiri.
“Jika masa mencukupi, Mahathir boleh mencipta gelombang itu. Cuma, sehingga kini masih belum nampak riak-riak gelombang lagi,” katanya.
Katanya, 1MDB sudah dijadikan peluru berbisa kepada BN di mana lama-kelamaan rakyat akan membina persepsi negatif kepada kerajaan.

Umno Kelantan setaraf PAS bawa perjuangan Islam..!!

Sentimen Islam PAS tidak melemahkan Umno untuk menawan hati rakyat kerana parti Melayu itu turut memperjuangkan Islam dan menyokong hudud.
Datuk-Hanafi-Mamat
PETALING JAYA: Perjuangan Islam yang dibawa PAS Kelantan tidak lagi menggentarkan Umno untuk menawan kembali negeri serambi Mekah itu.
Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Hanafi Mamat berkata ini kerana Umno juga parti yang memperjuangkan gerakan Islam.
“Sentimen keagamaan yang dibawa PAS tidak timbul kerana Umno Kelantan bersedia menyokong usaha untuk meningkatkan lagi gerakan Islam di Kelantan dan kita juga menyokong pelaksanaan hudud,” katanya kepada FMT.
Hanafi berkata Umno Kelantan mampu merampas Kelantan daripada PAS walaupun melalui pilihan raya awal seperti saranan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Datuk Ahmad Jazlan Yaakub supaya DUN negeri dibubarkan kerana banyak kelemahan dalam pentadbiran sedia ada.
“Keadaan kerajaan negeri dari sudut pentadbiran sangat lemah, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah prasarana negeri untuk kemudahan rakyat, tidak dapat mengurus isu air bersih, pendapatan negeri merosot, kos premium tanah meningkat, malah mereka lebih bergantung kepada dana persekutuan.
“Umno yakin dengan perkhidmatan kita secara berterusan kepada rakyat, keikhlasan kita membantu kerajaan negeri dan keupayaan kita mentadbir Kelantan pada masa akan datang.
“Saya rasa rakyat juga memahami perkara ini dan dapat membuat perbandingan antara keikhlasan kita membantu rakyat dengan kerajaan PAS Kelantan membantu rakyat,” katanya.
Sebelum ini, Ahmad Jazlan menyarankan DUN negeri itu dibubarkan lebih awal susulan kemelut dan ketidaksepakatan dalam kalangan pemimpin PAS dapat dilihat dengan jelas hingga menjejaskan kepercayaan rakyat.
Kenyataan Ahmad Jazlan itu dibidas Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dengan menyifatkan desakan itu lebih kepada motif politik memandangkan tidak ada bukti yang jelas dan terdesak untuk DUN Kelantan dibubarkan.

Guling PM: Perkara buruk timpa PM jika saya tidak lapor polis - Khairul Azwan

Katanya, ia tanggungjawab kita untuk mempertahankan Datuk Seri Najib Razak atas kapasitinya sebagai perdana menteri, presiden Umno dan pengerusi BN.
Khairul Azwan Harun
PETALING JAYA: Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun berkata sesuatu perkara buruk akan berlaku kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jika laporan polis tidak dibuat terhadap tiga tokoh negara yang didakwa cuba menggulingkan kerajaan.
Khairul berkata menjadi tanggungjawabnya dalam Pemuda Umno untuk mematahkan sebarang percubaan dan komplot untuk menjatuhkan Najib.
“Menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan Datuk Seri Najib Razak atas kapasitinya sebagai perdana menteri, presiden Umno dan pengerusi BN.
“Tanpa laporan polis dibuat, sesuatu perkara buruk akan berlaku. Saya ingin memesan jika kamu menyerang Najib, bermakna kamu menyerang Umno dan BN.
“Dan apabila kamu menyerang Umno dan BN, kami akan bangkit membalas. Untuk itu kami pasti bertanggungjawab untuk mempertahankan Najib,” katanya pada satu sidang media di Akademik Kapten Hussein di sini hari ini.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata laporan Khairul terhadap bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz dan bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed hanya berdasarkan andaian, maka ia tidak akan disiasat.
Ketika ditanya wartawan sama ada cubaannya menyelamatkan Najib gagal apabila polis menutup kes itu, Khairul berkata mungkin tetapi itu hanya andaian media.

DOJ US Vs AG Malaysia: FAKTA Lawan CAKAP KOSONG

 DOJ US Vs AG Malaysia: FAKTA Lawan CAKAP KOSONG
Pejabat Peguam Negara ( AG ) ada mengeluarkan senarai 17 soalan di dalam laman webnya ( KLiK ) bagi menjelaskan isu DOJ. Saya copypaste kan soalan dan jawapan no 17 yang pihak AG berikan. Kalau baca sepintas lalu pun kita dapat rasakan yang pejabat AG menjawab bagi pihak Najib.





Dakwaan dari DOJ cuma menyebut Malaysian Official 1 tapi kenapa pihak AG dalam jawapannya merujuk kepada Akaun Peribadi Najib ? Akaun Khas Presiden ? Tujuan politik ?

Bersungguh benar pejabat AG menjawab bagi pihak Najib dalam jawapan di atas ..... Adakah AG tanpa sedar telah mengaitkan Malaysian Official 1 dengan Najib ?

Di bawah turut diperincikan 3 pemindahan wang yang disebut oleh DOJ serta penjelasan dari pihak AG ..... Jawapan2 AG semuanya merujuk kepada akaun Najib !

Walaupun nama Najib tidak disebut tapi SIAPA LAGI KALAU BUKAN NAJIB ?






Melalui jawapan di atas, kita dapat rumuskan bahawa bukti yang dipegang oleh AG bagi mempertahankan Najib adalah -

1 - Surat dari penderma

Wow ! Penyata2 Bank dan segala dokumen transaksi  VS  Surat dari Penderma dan pada AG, Surat Penderma itu mengatasi segala bukti2 lain !

Bagaimana kalau Surat Penderma itu adalah surat palsu ? Yang sengaja direka untuk menunjukkan kononnya wang yang diterima itu adalah derma ?

2 - Pertemuan SPRM dengan keluarga penderma ( kerabat diraja Arab )

Yang ini saya harap pihak SPRM dapat tampil beri penjelasan tentang pertemuan itu.

Mengambilkira apa yang didedahkan oleh pihak DOJ tentang pergerakan dana yang berasal dari 1MDB hingga masuk ke akaun Najib, adalah penting untuk diyakin kepada rakyat Malaysia bahawa semua itu tidak benar. Rakyat Malaysia perlu yakin bahawa Penderma itu WUJUD dan lebih baik kalau dapat ditunjukkan pula aliran wang dari pihak penderma kepada akaun Najib untuk dibandingkan dengan aliran wang yang ditunjukkan oleh DOJ.

Dari situ kita dapat pastikan SUMBER ASAL wang itu .... adakah dari 1MDB atau dari akaun Penderma.

Mengambilkira apa yang telah didedahkan DOJ, tidak cukup dengan hanya kenyataan bahawa SPRM telah berjumpa Penderma. Mungkin saja Penderma itu seorang Penipu yang berlakon sebagai Penderma.

Rakyat perlu diyakinkan dengan Bukti Kukuh ( Hard Evidence ) bukan sekadar cerita tanpa bukti.


Dakwaan DOJ bahawa duit itu berasal dari 1MDB adalah berlawanan sama sekali dengan kewujudan penderma. Salah satu pihak telah bercakap tidak benar. DOJ atau SPRM / AG ?



2 - Kenyataan Menteri Luar Arab

Menteri Luar Arab TIDAK ADA beri sebarang kenyataan yang jelas tentang kewujudan penderma itu. Kenyataan beliau terbuka kepada pelbagai tafsiran pro dan con.

Apakata kita minta Menteri Luar Arab itu atau mana2 pegawai resmi bagi mewakili kerajaan Arab supaya mengeluarkan satu kenyataan yang JELAS DAN TANPA BOLEH DIRAGUI akan kewujudan Penderma dan sumber dana dari Arab itu.

Contohnya - Ya, kami sahkan Penderma itu wujud dan namanya ...... dan kami sahkan dana itu merupakan derma.

Kerajaan Arab Saudi turut dilibatkan dalam jawapan AG di atas seperti tertulis - Pengetahuannya adalah berdasarkan kepada aturan tahun-tahun sebelum itu yang dibuat dengan kerajaan Arab Saudi di mana derma politik disalurkan ke akaunnya untuk kegunaan parti.


3 - Derma politik

Setakat ini TIDAK ADA BUKTI ditunjukkan yang dana2 itu diberikan untuk tujuan politik. Apa yang ada cuma CAKAP2 KOSONG.

Malah akaun Umno sendiri tidak ada menunjukkan sebarang pemindahan masuk wang dari sumbangan Presiden.

So, mana buktinya yang dana yang telah digunakan itu sebenarnya digunakan bagi tujuan politik ?

Apa yang tersebar dalam media hanyalah perbelanjaan mewah melampau kedua pasangan Najib Rosmah dan anak mereka Reza.

Rakyat perlukan BUKTI KUKUH ( Hard Evidence ) bukan cakap2 kosong.


Dakwaan DOJ bahawa duit itu berasal dari 1MDB adalah berlawanan sama sekali dengan kewujudan penderma. Salah satu pihak telah bercakap tidak benar. Wang Songlap atau Derma Politik ?


Rafizi: Mana jadual bulanan kalau benar tiada cukai petrol tersembunyi?

Kiraan berdasarkan formula kerajaan menunjukkan harga RON95 bagi Ogos 2016 sepatutnya RM1.65 seliter
rafiizi-minyak
PETALING JAYA: Kerajaan disaran mendedahkan jadual kiraan harga minyak bulanan sekiranya benar tiada cukai tersembunyi dikenakan ke atas setiap pembelian petrol dan diesel.
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mempersoalkan mengapa kerajaan melanggar formula mereka sendiri apabila kiraan berdasarkan formula (mengikut harga pasaran purata bulan Julai) menunjukkan harga RON95 bagi Ogos 2016 sepatutnya RM1.65 seliter, bukannya RM1.75 seliter.
“Kewujudan harga tambahan 10 sen seliter yang dibayar oleh pengguna sekarang adalah bersamaan dengan cukai 10 sen seliter yang saya maksudkan sebagai cukai tersembunyi,” kata Rafizi.
Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin menjelaskan pengiraan harga bahan api mengikut purata pasaran secara bulanan, contohnya purata perubahan pada kos produk bagi bulan semasa menentukan harga runcit pada bulan hadapan.
Menteri sebelum ini, Datuk Seri Hasan Malek pada Disember 2014 dilaporkan berjanji kementeriannya dan Kementerian Kewangan akan menyediakan maklumat mekanisme sistem apungan terkawal bahan api untuk pengetahuan pengguna.
Rafizi berkata harga bahan api menjadi pertikaian sejak dua tahun lalu apabila kerajaan tidak menurunkan harga minyak sedangkan harga minyak mentah sedunia jatuh merudum.
“Saya telah membawa isu cukai tersembunyi ini sejak tahun 2014 lagi apabila penetapan harga minyak yang dijual kepada pengguna (RON95, RON97 dan diesel) terdedah kepada keputusan politik yang menyebabkan rakyat sentiasa rugi,” katanya.

KANTOI... SEKALI LAGI Najib cuba nak perbodohkan rakyat.

TAHUKAH ANDA.. Cukai GST di Indonesia (dikenali VAT) 10 peratus itu hanya dikenakan kpd barang2 yg diimport shj, BUKANNYA BARANGAN KELUARAN TEMPATAN.

TAHUKAH ANDA.. wpon cukai GST Indonesia 10%
- segala jualan makanan di hotel, restoran, gerai makan termasuk penghantaran makanan & barangan.. cukai GST DIKECUALIKAN (0%).

- minyak & gas.. cukai GST DIKECUALIKAN (0%).

- yg melibatkan insuran.. cukai GST DIKECUALIKAN (0%).

- servis 'parking'.. cukai GST DIKECUALIKAN (0%).

- DAN BANYAK LAGI...

SEBARKAN... agar rakyat tahu pembohongan Najib & KERAjaan BN.

KENAPA kenyataan yg keluar dari mulut UMNO pasti ke arah terencat akal ??

Jika anda MO1, adakah kamu menepati ciri2 #MalaysianOfficer1 ini:

- Sapu AS$681 juta
- 'Dibersihkan' oleh AG
- Boss kepada Jho Low
- Ada hubungan keluarga dgn RIZA AZIZ

Kuat jilat Najib nampaknya.. Nak cuba nasib pula dapat 'TAN SRI' ka !!

Semenjak dapt TAN SRI, makin kuat jilatnya..

Demikianlah pemerintahan era UMNO BN di bawah Najib.

Berbilion wang rakyat lesap dengan skandal 1MDB.

Yang menjadi mangsa ialah rakyat.

GST dikenakan untuk menampung hutang 1MDB, Kini PIBG pula diwajibkan menjadi dana untuk menampung menyelesaikan masalah infrastruktur dan perbelanjaan sekolah.

Tiada pilihan lain - kerajaan UMNO BN perlu ditamatkan segera pada PRU14 NANTI..

Rakyat Malaysia patut berbangga dengan pencapaian skandal 1MDB.

Pencapaian 1MDB berada di LANDASAN YANG BETUL.

Mana ada PM Malaysia sesebelum ini yg boleh menandingi kehebatan Najib Razak menjahanamkan nama negara.

Siapakah gerangan tersebut tergamak perguna RM1.15 juta untuk produk anti-penuaan ???


Lantik Dzulkifli terajui SPRM disengajakan demi keselesaan Najib,

Keputusan kerajaan melantik Datuk Dzulkifli Ahmad sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu  mengecewakan rakyat  yang mengharapkan pelantikan itu daripada kalangan anggota kanan badan itu sendiri, dakwa Timbalan Presisden Amanah Salahuddin Ayub.
Beliau  berkata, keputusan pelantikan Dzulkifli adalah suatu tindakan yang berunsur peribadi bukan profesionalisma agensi awam kerajaan itu.
" Ini kerana telah menjadi rahsia umum sama ada di peringkat nasional atau antarabangsa bahawa isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib, sangat besar kesannya kepada integriti pentadbiran negara.
"Saya merasakan pelantikan "orang luar" untuk menerajui SPRM ini adalah memang disengajakan demi memastikan bahawa Najib berada dalam keadaan selesa daripada semua tuduhan yang sedang hangat diperkatakan di seluruh dunia hari ini, ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Salahuddin yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Khas SPRM juga memberitahu sebelum pelantikan Dzulkifli diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, beliau pernah dijemput dalam satu majlis makan malam oleh Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed baru-baru ini.
Ujarnya, antara tokoh yang hadir termasuklah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Gabenor Bank Negara Tan Zeti Akhtar Aziz, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan juga bekas Yang DiPertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Guling Najib: Azwan 'bangga' buat laporan polis ke atas tiga Tan Sri

Naib Ketua Umno, Khairul Azwan Harun menganggap, laporan polis yang dibuat ke atas tiga 'Tan Sri' sebelum ini sebagai satu kejayaan pegerakan Pemuda Umno.
Menurutnya, beliau berjaya menghalang 'cubaan' untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan membuat laporan polis pada 27 Julai lalu.
Bagaimanapun, ketika ditanya pemberita, Khairul enggan menjelaskan secara terperinci berhubung 'kejayaan' dan 'cubaan menjatuhkan Najib' seperti yang didakwanya.
Malah, pada sidang media selama kira-kira 25 minit hari ini, suasana tegang apabila Khairul hanya menjawab "rujuk laporan polis" berulang-kali ketika pelbagai soalan diajukan pemberita berhubung laporannya serta tindakan pihak polis menutup kertas siasatan.
"Rujuk laporan polis saya. Saya buat laporan berdasarkan keyakinan dan kepercayaan saya," katanya pada sidang media di Kelana Jaya.
Ditanya sama ada mana-mana pihak yang mengarahkannya untuk membuat laporan polis sebelum ini serta dirinya dijadikan 'kambing hitam', Khairul secara ringkas berkata: "tidak".

BERSIH mahu 'MO1' disiasat dan ditangkap, tegas Maria Chin

"Kalau kamu serang, kamu serang UMNO dan Barisan Nasional" - Khairul Azwan

Azmin: Jangan makan dedak, pesanan untuk Chegu Bard

Bersih 5 rally confirmed

Muhyiddin dijemput hadir 'Nothing to hide 3.0' - JMM

BERSIH umum himpunan besar-besaran tangkap 'MO1'

Terengganu mungkin adakan pilihan raya selesai krisis berlarutan

PAS akan bertanding sekiranya ada pilihan raya mengejut di Terengganu

Situasi politik Terengganu kini kritikal, kata Azmin Ali

Polis patut teruskan siasatan dan dakwa Khairul Azwan, desak Mahfuz


Khairul Azwan Harun (kiri) dan Tan Sri Khalid Abu BakarKhairul Azwan Harun (kiri) dan Tan Sri Khalid Abu Bakar
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar harus menjelaskan kepada rakyat kewajaran laporan polis dibuat Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun terhadap tiga Tan Sri itu dihentikan tanpa alasan yang tidak munasabah untuk diterima oleh kebanyakan rakyat.
Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar dalam kenyataannya hari ini mendesak siasatan diteruskan dan mendakwa Khairul Azwan  walaupun Khalid mengatakan laporan dibuat itu hanya andaian semata-mata.
Datuk Mahfuz Omar Datuk Mahfuz Omar Mahfuz mendakwa,laporan polis yang dibuat Khairul itu adalah laporan palsu yang berniat jahat yang telah membina persepsi kebencian dan permusuhan rakyat terhadap penjawat dan bekas penjawat awam dengan tuduhan yang sangat berat walaupun ia hanya andaian.
"Persoalannya, kenapa dihentikan siasatan kes tanpa tindakan terhadap Khairul.
"Dalam sidang media dia kata ketiga-tiga Tan Sri tersebut didakwa memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk FBI.
"Dia kata sebahagian besar maklumat dan dokumen yang dikemukakan adalah palsu, diputar-belit dan direka untuk mencapai agenda jahat mereka.
"Bila ditanya berkenaan dokumen yang dibekalkan oleh ketiga-tiga individu berkenaan,dia kata, hanya akan berkongsi maklumat tersebut dengan menteri yang bertanggungjawab dan terpulang kepada pihak polis menentukan bila beliau boleh berbuat demikian.
"Maknanya ketika membuat laporan polis itu, dia mengakui ada bukti dan dokumen-dokumen tertentu dalam tangannya," ujar Mahfuz.
Justeru Mahfuz persoalan timbul apabila selepas dipanggil polis, semua dakwaan disahkan pihak polis hanya berdasarkan andaian-andaian sahaja.
"Adakah KPN terpaksa menutup kes ini kerana bimbang jika disiasat akan membongkarkan kertas siasatan dan pendakwaan sebenar yang disiasat oleh tiga Tan Sri ini bersama pasukan jabatan mereka?.
"Apa pun budak Khairul suruhan Umno ini, tidak boleh dilepaskan oleh polis.
"Dia sepatutnya disiasat dan didakwa dibawah seksyen 182 kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 6 bulan atau denda RM2,000 atau kedua duanya sekali.
"Jangan Polis hanya mengambil tindakan kepada orang awam biasa atas kesalahan laporan palsu tetapi takut untuk bertindak terhadap budak Khairul suruhan Umno.

Kenyataan ‘macai’ Khairy hina orang Melayu, kata Zaid

Bekas menteri undang-undang itu berkata ahli Parlimen Rembau mungkin biasa dijadikan macai tetapi tidak boleh menjangkakan orang lain juga sepertinya.
Zaid-Ibrahim_khairy_6001
PETALING JAYA: Tidak ada apa yang boleh dibanggakan apabila digelar macai, kata bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim merujuk kepada komen Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Dalam posting terbaru di blognya, Zaid berkata perkataan itu sebenarnya istilah penghinaan yang digunakan zaman dulu bagi merujuk kepada seseorang yang “diperkudakan”.
Zaid berkata walaupun “diingatkan” oleh isterinya jangan membuat komen terhadap kenyataan menteri kerana ia akan membawa masalah kepadanya, beliau tidak dapat menahan diri untuk respons kepada “ahli Kabinet kedua paling layak” Khairy (selepas Datuk Mustapa Mohamed) yang berkata tidak apa untuk Melayu Umno digelar macai.
“Ketika zaman saya membesar, rakan Cina saya akan berhati-hati ketika menggunakan perkataan ‘macai’ di depan kita orang Melayu. Dalam Kantonis, perkataan itu bermaksud seseorang yang ‘diperkudakan’.
“Melayu generasi saya rasa bangga dengan nenek moyang kami dan karakter, walaupun kami orang miskin dari kampung. Kami sudah tentu bantah digambarkan sebagai macai sama ada daripada kawan Cina atau Melayu.
“Sebagai kanak-kanak, tidak mungkin kita mahu membesar jadi macai orang lain,” tulisnya.
Beliau berkata situasi sekarang mungkin berbeza dengan “generasi baharu Melayu”, diketuai pemimpin seperti ahli Parlimen Rembau, yang tidak terjejas dengan lencana macai.

GULING NAJIB: JIKA ADA HARGA DIRI, AZWANBRO PERLU LETAK JAWATAN AHLI MT DAN NAIB KETUA PEMUDA UMNO

Sekarang sudah sah dan sahih bahawa laporan polis yang dibuat oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim Mohamed, bekas Peguam Negara, Gani Patail dan bekas Gabenor Bank Negara, Dr Zeti Akhtar Aziz adalah tidak benar dan hanya berdasarkan andaian.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar semalam, Khairul Azwan atau Azwanbro tidak dapat mengemukakan apa-apa bukti untuk menyokong laporan polis yang dibuatnya pada 26 Julai lalu.

Dalam erti kata lain, laporan polis terhadap tiga Tan Sri itu juga boleh dianggap sebagai laporan palsu dan  menurut seorang peguam, Syahredzan Johan, ia adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.
Kata Syahredzan lagi, memberi maklumat palsu dengan niat menyebabkan penjawat awam menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang yang boleh mendatangkan kegusaran atau bencana kepada orang orang lain adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Mungkin seseorang perlu membuat laporan polis dalam hal ini.

Sebelum itu, Najib Razak selaku Presiden UMNO menyifatkan laporan polis yang dibuat oleh Azwanbro adalah atas kapasiti peribadinya dan bukan parti.

Susulannya, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin turut mengatakan tindakan naibnya adalah bersifat individu dan tidak mewakili pendirian sayap kanan parti itu.

Guling Najib: Siasat Azwan buat laporan palsu terpulang kepada polis

Tetapi kebiasannya, sesuatu laporan polis perlu ada asas dan niat yang baik, kata peguam.
Eric-Paulsen_Khairul-Azwan_law_600
KUALA LUMPUR: Sama ada polis mahu menyiasat Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun atas kesalahan membuat laporan palsu terhadap beberapa tokoh negara kerana dituduh bersekongkol dengan kuasa asing menjatuhkan kerajaan, terpulang kepada budi bicara polis, kata peguam.
Eric Paulsen, yang mengetuai kumpulan peguam hak asasi Lawyers for Liberty, mengakui polis tidak semestinya perlu mengambil tindakan sedemikian.
“Tetapi kebiasannya untuk membuat laporan polis, perlu ada asas dan niat yang baik, dan dalam isu ini jelas ia berbau politik.
“Polis boleh beri amaran atau siasat (di bawah) kesalahan membuat laporan palsu. Ia bergantung kepada budi bicara polis,” kata Paulsen kepada FMT.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan laporan Azwan terhadap bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz dan bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed, hanya berdasarkan andaian dan oleh itu tidak akan disiasat.
Pimpinan tertinggi Umno bagaimanapun menjauhkan diri daripada tuduhan Azwan itu.
Ekoran itu, peguam Syahredzan Johan berkata Azwan boleh didakwa di bawah Seksyen 182 Kanun Seksaan kerana memberikan maklumat palsu kepada polis.

Guling Najib: Beruntunglah kamu Khairul Azwan Harun

Dia hanya dinasihati tidak mengulangi perkara sama pada masa depan jika tidak mempunyai fakta atau bukti, selepas laporan polisnya disiasat dan didapati tiada kes serta ditutup.
Khairul-Azwan-Harun_umno_600_1
Oleh Zulhazmi Shariff
Pada 26 Julai 2016, gegak gempita seantero Malaya seorang pemuda lemah lembut lagi gemalai dan penuh sopan santun mengumumkan beliau membuat suatu laporan polis bernombor Chowkit/005870/16.
Pemuda lemah lembut lagi gemalai dan penuh sopan tersebut bernama Khairul Azwan Harun yang juga merupakan naib ketua sebuah sayap Pemuda parti keramat Melayu menggunakan singkatan Inggeris iaitu Umno.
Khairul Azwan dalam sidang medianya selepas membuat laporan polis tersebut dilaporkan berkata beliau membuat laporan polis ke atas Tan Sri Abu Kassim Mohamed (bekas pesuruhjaya SPRM), Tan Sri Zetti Akhtar Aziz (bekas gabenor Bank Negara) dan Tan Sri Abdul Gani Patail (bekas peguam negara) kerana mempercayai ketiga-tiga mereka secara berseorangan atau bersama terlibat dalam suatu konspirasi menggulingkan perdana menteri dan Kerajaan Malaysia yang sah dengan memberikan maklumat sulit dan dokumen kepada agensi asing termasuk FBI.
Khairul seterusnya berkata maklumat dan dokumen tersebut diberikan tanpa kelulusan pihak berkuasa Malaysia termasuk Jabatan Peguam Negara malah dokumen dan maklumat tersebut adalah palsu, direka dan diputar belit.
Akhirnya dengan tegas dan bangga Khairul Azwan menyatakan di perenggan terakhir laporan polisnya: “Perkara yang saya laporkan di sini bukanlah dakwaan semata-mata tanpa asas dan saya pohon supaya pihak polis menyiasat perkara ini dengan segera.”
Polis dilaporkan merakamkan kenyataan Khairul Azwan pada 29 Julai 2016 dan semalam (2 Ogos 2016) Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata polis sudah menutup kes dan memberhentikan siasatan terhadap laporan polis berkenaan.
Alasan yang diberikan KPN ialah laporan Khairul Azwan tersebut hanya berdasarkan “andaian” yang mungkin diperoleh melalui bacaan di akhbar, mendengar cerita orang saja. KPN seterusnya dilaporkan berkata semasa dirakam percakapan dan siasatan, Khairul Azwan tidak dapat mengemukakan apa-apa bukti untuk menyokong dakwaannya.
Malah KPN berkata polis menasihati Khairul Azwan supaya tidak mengulangi perkara yang sama pada masa depan jika tidak mempunyai fakta atau bukti.
Wah! Semudah itu kes ditutup. Semudah itu kes selesai. Sudah gegak gempita seluruh alam, dituduh tiga penama di dalam laporan polis terlibat dalam konspirasi menggulingkan perdana menteri dan kerajaan Malaysia, sudah mendabik dada ia bukan dakwaan semata-mata tanpa asas, akhirnya hanya dinasihatkan jangan ulangi perbuatan dan kes ditutup.
Apa istimewanya pemuda lemah lembut bersopan santun daripada parti Melayu bernama Inggeris itu? Kenapa dia dilayan dengan istimewa? Kenapa dia tidak didakwa melakukan laporan palsu? Kenapa tidak didakwa melakukan fitnah jenayah terhadap ketiga-tiga penama di dalam laporan polis?
Tuduhan terhadap tiga penama di dalam laporan polis Khairul amat serius. Kesalahan jenayah yang didakwa dilakukan tiga Tan Sri tersebut adalah kesalahan di bawah Bahagian 6 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan terhadap negara yang mana ia adalah suatu kesalahan keselamatan yang akan dikendalikan melalui Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau lebih dikenali sebagai Sosma. Ini amat serius, bukan perkara main-main yang boleh diandaikan.
Polis mengambil keterangan, merakam percakapan, menyiasat dan akhirnya membuat kesimpulan atau keputusan laporan Khairul Azwan adalah tidak berasas malah tidak dibuktikan dengan apa-apa dokumen atau bukti walau pun Khairul menyatakan ia “bukan dakwaan semata-mata tanpa asas”.

Krisis Umno: Tiada kejutan akan berlaku di Terengganu, tegas MB

Razif berkata teguran Adun Ajil terhadap kepimpinannya akan dikaji secara bersama dan berpendapat ia hanya pandangan peribadi beliau.
Ahmad-Razif-
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman berkata tiada sebarang kejutan akan berlaku di negeri itu.
“Tiada isu pilihan raya negeri dibincangkan dan pentadbiran berjalan dengan baik malah mendapat sokongan exco,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Razif berkata segala spekulasi yang ditimbulkan pihak tertentu dalam tempoh terdekat ini hanya cubaan untuk mengeruhkan keadaan menjelang persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 8 Ogos ini.
“Saya tak dapat makluman sepenuhnya tentang perkara ini, tindakan yang perlu kami buat adalah secara bersama. Saya rasa tidak ada apa-apa isu, saya harap media tidak panjangkan isu ini kerana saya lihat Terengganu tiada sebarang masalah,” katanya ketika ditanya pemberita berhubung isu kepimpinannya.
Beliau menafikan timbul desakan supaya beliau meletakkan jawatan kerana katanya keadaan semasa masih stabil dan mendapat sokongan pemimpin lain.
“Saya tiada makluman ada desakan ke atas saya. Saya tidak tahulah macam mana media boleh timbulkan isu ini kerana saya katakan Terengganu berada dalam keadaan terkawal, politik kita stabil. Ini desas-desus yang cuba ditimbulkan menjelang sidang DUN,” katanya.
Mengenai khabar angin yang menyatakan beliau mengadakan mesyuarat tergempar membabitkan exco dan wakil rakyat, Razif berkata:”Itu tidak betul. Itu mesyuarat sebelum sidang DUN. Itu jadual awal kita, ia tiada kena mengena, ia mengenai sidang DUN. Yang kita bincang semalam tentang soalan dan Undang-undang Tetap Dewan.”
Menteri besar yang kelihatan tenang ketika menjawab pelbagai soalan diajukan pemberita berkata, sehingga kini tiada sebarang notis undi tidak percaya diterima yang mahu beliau meletak jawatan.
“Tidak ada apa-apa. Jika hendak timbulkan isu ia mesti 14 hari notis, sekarang tiada apa-apa isu. Tiada kemungkinan. Kerajaan kita stabil cuma mungkin ada pihak yang cuba mencetuskan (sesuatu),” katanya.
Mengulas tentang teguran Adun Ajil Ghazali Taib terhadap kepimpinannya, katanya beliau akan mengkaji perkara tersebut secara bersama dan Ghazali hanya melontarkan pandangan peribadi beliau.
Razif berkata tindakan Ghazali itu bukanlah satu perkara yang perlu diperbesar-besarkan dan Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu dan kerajaan negeri tidak akan mengambil sebarang tindakan namun terpulang kepada pihak tertinggi parti.

Krisis Terengganu: Ghazali nafi keluar Umno


Ghazali TaibGhazali TaibAnggota Dewan Undangan Negeri  (Adun) kawasan Ajil Ghazali Taib hari ini menafikan desas-desus yang tersebar kononnya beliau akan keluar Umno.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia dan Tugas-Tugas Khas negeri itu sebaliknya menegaskan beliau akan setia menjunjung amanat parti itu dan mempertahankan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Tak ada, saya orang Umno ... takkan saya nak keluar parti. Umno akan saya junjung, presiden akan saya pertahankan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat Exco kerajaan negerihari ini.
Ditanya mengenai kenyataannya dalam laporan akhbar hari ini yang menegur pentadbiran negeri pimpinan Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman, Ghazali berkata ia bertujuan memastikan rakyat merasa keberkesanan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) di Terengganu.
"Sebagai wakil rakyat yang mendengar suara rakyat, menjadi tanggungjawab saya untuk menyampaikan hasrat rakyat supaya negeri Terengganu, kerajaan negeri Terengganu disegani dan dihormati.
"Teguran dan nasihat kerana ini kerajaan rakyat, jadi rakyat memerlukan yang sempurna bagi perkhidmatan yang terbaik. Kalau saya tak sampaikan bermakna saya telahpun tidak melakukan amanah rakyat," katanya.
Ditanya sama ada kenyataannya itu bermaksud beliau tidak percaya kepada kepimpinan sedia ada, Ghazali berkata: "Tidak! Sekarang ini setiap manusia ada kesilapan ada kelemahan bukan kita sempurna, ada masa kita melihat sesuatu itu secara positif, jika ada yang tak betul maka kita perbetulkan, yang tak elok kita elokkan, yang penting rakyat merasa nikmat perkhidmatan yang terbaik yang kita bagi".

ADUN Umno akui tegur MB Terengganu tapi pertahan Najib

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Ajil Ghazali Taib hari ini menafikan desas-desus yang tersebar kononnya beliau akan keluar Umno.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia dan Tugas-Tugas Khas negeri itu sebaliknya menegaskan beliau akan setia menjunjung amanat parti itu dan mempertahankan presiden parti Datuk Seri Najib Razak.
"Tak ada, saya orang Umno... takkan saya nak keluar parti. Umno akan saya junjung, presiden akan saya pertahankan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Kuala Terengganu hari ini.
Ditanya mengenai kenyataannya dalam laporan akhbar hari ini yang menegur pentadbiran negeri pimpinan Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman, Ghazali berkata ia bertujuan memastikan rakyat merasa keberkesanan kepimpinan Umno dan BN di Terengganu.
"Sebagai wakil rakyat yang mendengar suara rakyat, menjadi tanggungjawab saya untuk menyampaikan hasrat rakyat supaya negeri Terengganu, kerajaan negeri Terengganu disegani dan dihormati.
"Teguran dan nasihat kerana ini kerajaan rakyat, jadi rakyat memerlukan yang sempurna bagi perkhidmatan yang terbaik. Kalau saya tak sampaikan bermakna saya telahpun tidak melakukan amanah rakyat," katanya.
Ditanya sama ada kenyataannya itu bermaksud beliau tidak percaya kepada kepimpinan sedia ada, Ghazali berkata: "Tidak! Sekarang ini setiap manusia ada kesilapan ada kelemahan bukan kita sempurna, ada masa kita melihat sesuatu itu secara positif, jika ada yang tak betul maka kita perbetulkan, yang tak elok kita elokkan, yang penting rakyat merasa nikmat perkhidmatan yang terbaik yang kita bagi".

Khairy, kita bukan 'macai'


Oleh Zaid Ibrahim 
Isteri saya terus mengingatkan supaya saya tidak lagi mengulas mengenai kenyataan menteri-menteri kabinet kerana kuathir saya akan terjerebak dengan lebih banyak masalah.
Sudah tentu, ini nasihat yang bernas dan lazimnya, saya menahan diri daripada berbuat demikian.

Tetapi apabila menteri kedua paling berkelayakan dalam kabinet, Khairy Jamaluddin (selepas Datuk Seri Mustapa Mohamed), berkata ‘tidak apalah untuk ahli Umno untuk menjadi balaci dan macai’- saya perlu bertindak balas. Ketika membesar, rakan-rakan Cina saya sangat berhati-hati menggunakan perkataan "macai" ke atas orang Melayu di hadapan kami.
Dalam loghat Kantonis, perkataan berkenaan bermakna seseorang itu "diperkudakan" - ibarat budak suruhan yang dicucuk hidung.
Keturunan Melayu saya bangga dengan asal usul dan watak peribadi kami, walaupun kami ada yang miskin dan berasal dari kampung-kampung.
Kami pasti akan menentang jika dilabel sebagai "macai" sama ada oleh rakan-rakan Cina mahupun orang Melayu. Sebagai kanak-kanak, kami tidak pernah mahu membesar untuk menjadi seorang balaci atau macai kepada sesiapa sekali pun.
Tetapi saya rasa orang Melayu generasi baru yang diketuai oleh pemimpin seperti Khairy tidak sama sekali terjejas atau rasa terhina apabila orang lain melabelkan mereka sebagai "macai".
Menurut Khairy, selagi orang Melayu dan Umno berjuang untuk mempertahankan presiden parti dan perdana menteri, mereka tidak perlu berasa terhina untuk dipanggil "macai".
Sesungguhnya ini adalah transformasi budaya baru yang dibawa Umno kepada orang Melayu.
Saya hanya ingin merayu kepada anak muda Melayu untuk menolak "nasihat" Khairy.
Kita mesti berbangga sebagai satu bangsa dan kita tidak seharusnya membenarkan orang lain untuk menggunakan kita atau menggambarkan kita sebagai “macai”.
Kita mesti bertanggungjawab untuk membangunkan semua orang Melayu dengan mengajar mereka nilai-nilai yang betul.

DR M CAMP WARNS: BREXIT DOOMS NAJIB, PAHANG'S 'KILL INFIDELS' CALL POINT TO SINISTER NAJIB PLOT

1MDB Saga: Matthias Chang Will Try To Prove Najib Is Innocent Is He Now A Traitor

1MDB Saga: Instead Of Najib, Matthias Will Try To Defend Jho Low

Bersih 5 is on, rally to push for action over 1MDB case

Skandal 1MDB: 'Wang SRC biayai hormon anti-penuaan, ubahsuai rumah'

Wang Haram: Ananda Krishnan, Boss Maxis Kena Waran Tangkap Oleh India

Snap polls in Terengganu? Umno lodges report against Ahmad Said

Krisis Umno: T'ganu perlu bawa isu PRN kepada Sultan kata bekas MB

Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman perlu membawa isu mengenai pilihan raya mengejut kepada pengetahuan sultan.
"Saya tidak tahu apa-apa (tentang itu). Tetapi jika MB fikir dia mempunyai sokongan yang cukup untuk mengadakan pilihan raya, beliau perlu mengadap sultan.
"Jika baginda tidak bersetuju dengan pilihan raya mengejut, beliau dan Exconya perlu meletak jawatan dan MB baru dilantik," kata Ahmad Said kepada Malaysiakini.
Ahmad Said, yang juga ADUN Kijal meramalkan dua senario yang mungkin berlaku dalam masa terdekat.
"Jika dewan undangan negeri digantung, kemudian pilihan raya mengejut mesti diadakan.
"Tetapi jika lebih daripada dua ADUN Umno keluar parti maka pembangkang akan membentuk kerajaan negeri akan datang," kata Ahmad Said.
Beliau mengulas spekulasi di media bahawa Terengganu berada dalam ambang pilihan raya mengejut
Ini berikutan pertelagahan antara Ahmad Said dan Ahmad Razif, dengan keadaan menjadi lebih kritikal apabila ADUN Ajil Datuk Ghazali Taib dilaporkan menyatakan sokongannya kepada bekas menteri besar Terengganu itu.
Tindakan Ahmad Said dan Ghazali keluar dari Umno akan menyebabkan DUN tergantung, yang boleh membawa kepada pembubaran dewan undangan negeri.
BN memiliki 17 kerusi dalam dewan undangan negeri manakala PAS 14 dan PKR satu kerusi di Terengganu.
Sementara itu, Ahmad Said hari ini mengecam kritikan Ahmad Razif kepadanya sebagai "kebudak-budakan" dan mementingkan diri sendiri.
"Dia tidak sepatutnya mencela saya. dIA menjadi MB kerana pertimbangan saya. Jika saya meninggalkan (parti) begitu sahaja, dia tidak akan menjadi MB.
"Apabila beliau dilantik MB, saya bersetuju. Ada janji projek melimpah-limpah, dengan bajet yang telah diperuntukkan. Tetapi sehingga hari ini, tiada apa-apa," kata Ahmad Said.
Beliau mendakwa Razif turut menyekat peruntukan bagi kawasannya dan cuba menyingkirkannya daripada parti.
Ahmad Said berkata Ahmad Razif juga memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin parti yang menyokongnya dan mencadangkan agar beliau dipecat daripada parti itu.
Bagaimanapun Majlis Tertinggi Umno memutuskan bahawa Ahmad Said akan dirujuk ke lembaga disiplin.

Krisis Umno: Ahmad Razif sudah lama nak jatuhkan saya, kata Mat Said

Ahmad Said mendakwa Ahmad Razif salah seorang yang terlibat mempengaruhi Najib menjatuhkan beliau sebagai menteri besar.
ahmadRAZIF,matsaid
PETALING JAYA: Datuk Seri Ahmad Said mengingatkan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman supaya tidak memusuhi beliau sekiranya mahu menyelesaikan krisis politik negeri itu.
“Setahun lebih saya tidak ganggu pentadbiran kerajaan, saya nak perhatikan gelagat-gelagat menteri besar baharu (Ahmad Razif) yang bercakap dengan penuh pembohongan dan sebagainya.
“Sepatutnya dia (Ahmad Razif) berbaik dengan saya bukan bermusuh dengan saya,” katanya kepada FMT, mengulas keputusan Umno Terengganu membiarkan Lembaga Disiplin parti itu untuk menghukum beliau kerana mengkritik kepimpinan.
Beliau mendakwa Ahmad Razif salah seorang individu yang terlibat mempengaruhi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjatuhkan beliau sebagai menteri besar.
“Beliau (Ahmad Razif), abang beliau, Datuk Jailani sentiasa memberi imput yang tidak betul kepada perdana menteri.
“Saya tahu semua itu, sebab itu saya tidak ambil tindakan, sebab saya tahu kedudukan kerusi DUN ketika itu 17-15 dan saya sayangkan Umno,” katanya.
Ahmad Said berkata, Umno Terangganu tidak sepatutnya membawa usul memecat beliau kerana perkara itu akan merumitkan lagi pentadbiran kerajaan negeri.
“Saya tidak kisah kalau menteri besar dengan ketua bahagian beria nak pecat, dia sedar tak kalau dia pecat, gantung atau saya keluar parti kedudukan kerusi menjadi 16-16,ikut undang-unfang negeri Terengganu bila tidak ada majoriti, maknanya menteri besar kena mengadap Tuanku Sultan untuk bubar dewan.

Krisis Umno: Politik Terengganu kembali bergelora menjelang sidang 8 Ogos

Politik Terengganu kembali panas menjelang sidang Dun 8 Ogos ekoran cadangan agar Ahmad Said dipecat oleh Terengganu.Politik Terengganu kembali panas menjelang sidang Dun 8 Ogos ekoran cadangan agar Ahmad Said dipecat oleh Terengganu.
Menjelang sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 Ogos ini, politik Terengganu semakin panas apabila besar kemungkinan berlaku sekali lagi undi tidak percaya terhadap kerajaan negeri ekoran cadangan memecat bekas MB Datuk Seri Ahmad Said dari Umno.
Ia dinyatakan sendiri oleh Exco kerajaan negeri yang juga Adun BN Ajil, Ghazali Taib dalam satu kenyataannya hari ini.
Ghazali Taib, Exco dan juga Adun Ajil.Ghazali Taib, Exco dan juga Adun Ajil.Exco Komunikasi dan Multimedia dan Pengerusi Jawatankuasa Tugas Khas itu berkata, ini berikutan desakan menteri besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman agar bekas menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said dipecat dari Umno.
"Kebimbangan dilihat di kalangan orang Terengganu dan majoriti Adun disebabkan oleh senario politik keliru dan tidak stabil di negeri ini.
"Mereka tidak pernah mencari satu senario di mana seorang MB telah dilucutkan gelaran negerinya (Datuk dan Datuk Seri dari MB Terengganu).
"Ini sudah merupakan petunjuk kepada semua orang bahawa ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku di negeri ini," kata Ghazali dalam kenyataan itu.
Baru-baru ini, Razif meminta Majlis Tertinggi Umno bertindak memecat Ahmad Said.
Ekoran itu, ketika berucap di Kemaman baru-baru ini, Ahmad Said yang lebih mesra dengan panggilan Mat Said itu berkata, masa beliau dalam Umno kini sangat terbatas.
"Saya hanya ada masa sedikit saja lagi untuk membuat keputusan, samada saya meninggalkan Umno atau Umno meninggalkan saya," kata Ketua Umno Bahagian Kemaman itu dalam satu ucapannya di Kemaman baru-baru ini.
Menurut Ghazali, rakyat tidak berpuashati kerana mereka tidak tahu bagaimana kerajaan negeri mahu menyelesaikan isu jika Mat Said dikeluarkan kerana bilangan kerusi antara kerajaan dan pembangkang akan menjadi sama iaitu 16:16.
"Apabila kita tidak tahu bagaimana untuk menguruskan kerajaan negeri, terutama mempunyai keadaan yang rapuh dengan hanya majoriti dua kerusi. BN 17, PAS 14 dan PKR 1.
"Dengan apa-apa kerajaan rapuh kita tidak mampu untuk mempunyai Umno yang dibahagikan dengan pemecatan penyandangnya.
"Kita perlu mengetepikan perbezaan kita, sama ada kita suka atau tidak, dan menyatukan semua ahli dan wakil rakyat," kata Ghazali yang dipercayai ditujukan kepada cadangan memecat Mat Said oleh MB Terengganu itu.

Krisis Umno: MB Tegas Pendirian, Tiada Pilihan Raya Mengejut Di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Ahmad Razif Abdul Rahman tegas dengan pendiriannya sebagai menteri besar dan tidak memandang serius tentang kemungkinan berlakunya pilihan raya mengejut di Terengganu.

Ahmad Razif berkata beliau tidak pasti alasan di sebalik kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil Ghazali Taib bahawa majoriti wakil rakyat di negeri ini tidak gembira dan bimbang dengan kebimbangan politik yang mereka hadapi.

Ghazali, yang tidak mahu tindakan disiplin dikenakan terhadap Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said, telah menyatakan bahawa kebimbangan itu telah mewujudkan kekeliruan dan senario politik yang tidak stabil.

Pada Isnin, Badan Perhubungan Umno Terengganu berkata pihaknya akan menyerahkan kepada Lembaga Disiplin parti untuk mengambil tindakan terhadap Ahmad Said, yang juga bekas menteri besar berhubung kritikan lantangnya terhadap kepimpinan parti negeri ini.

Ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat exco, Rabu, Ahmad Razif memberitahu pemberita bahawa senario politik di negeri ini adalah baik.

"Sebarang isu atau keputusan masa depan akan dibawa dalam mesyuarat kami," katanya.

Apabila ditanya sama ada sebarang tindakan akan diambil ke atas Ghazali, Ahmad Razif berkata, Umno negeri juga akan menyerahkannya kepada pucuk pimpinan parti yang lebih tinggi untuk membuat keputusan mengenai perkara itu.

Mesyuarat exco pada Rabu telah dihadiri oleh Ahmad Razif dan semua sembilan anggota exco.

Krisis Umno: Terengganu Mungkin Adakan PRN Mengejut

KUALA LUMPUR: Terengganu kembali dilanda krisis dan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin boleh memutuskan sama ada negeri perlu menyelesaikannya dengan mengadakan pilihan raya negeri mengejut.
Krisis terbaharu itu susulan ketegangan yang tercetus antara Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman dan penyandang jawatan terdahulu yang tidak sehaluan, Datuk Seri Ahmad Said sejak beberapa hari lalu.
Situasi berkenaan menjadi "bahaya dan goyah" apabila Ahmad disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Ghazali Taib yang jelas memberontak.
Tindakan mereka keluar dari Umno akan menyebabkan DUN tergantung dan Ahmad Razif dikatakan perlu bersiap sedia dari segi mental untuk kemungkinan membubarkan DUN.
Ahmad menyuarakan rasa tidak puas hatinya pada Sabtu lalu, dengan menyasarkan Ahmad Razif dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ahmad yang merupakan Ahli Undangan Negeri (Adun) Kijal menyampaikan ucapan panjang dan berang pada majlis Umno di Kemaman yang mana beliau mencabar parti untuk memecatnya, dengan menyatakan "mereka akan lihat apa yang saya boleh lakukan".
Kemarahannya dipercayai susulan permintaan Ahmad Razif kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno supaya memecat bekas menteri besar itu.
Ahmad Razif, yang ditemui pemberita pada majlis Hari Raya pada Selasa mengesahkan Umno Terengganu telah menghantar laporan mengenai dakwaan salah laku Ahmad kepada MT dan Lembaga Disiplin parti.
"Parti telah mengambil tindakan terhadap timbalan presiden dan naib presiden Umno. Saya menyerahkan kepada kepimpinan parti untuk mengambil tindakan disiplin berdasarkan laporan kami. Sepatutnya takkan ada 'double standard'," kata Ahmad Razif.
Difahamkan Menteri Besar juga meminta MT supaya mempertimpangkan untuk mengadakan pilihan raya negeri mengejut bagi menyelesaikan krisis yang berlaku.
"MB meletakkan jawatan bergantung kepada keadaan. Jika tiada pilihan raya, beliau bersedia dan yakin Barisan akan melakukannya dengan lebih baik," kata pegawai Umno Terengganu.
Ia bukan pertama kali Ahmad cuba untuk menjatuhkan penggantinya tetapi kali ini beliau dilihat mendapat sokongan Ghazali.
Ghazali yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas mengadakan sidang media pada Selasa bagi mempertahankan Ahmad dan menyatakan tiada keperluan untuk memecat mana-mana Adun di Terengganu.
Beliau turut mengkritik kerajaan negeri dan mengingatkan Barisan bahawa ia mendapat kuasa mentadbir negeri itu dengan majoriti dua kerusi.
Daripada 32 kerusi, Umno mempunyai 17 kerusi, PAS 14 dan PKR satu. DUN tergantung akan berlaku sekiranya Ahmad dan Ghazali mahu mengisytiharkan diri mereka sebagai Bebas.
"Politik di Terengganu penuh dengan dendam dan kita perlu berdepan dengan krisis sekali lagi. Semuanya berdebar, sukar untuk meramalkan apa yang akan berlaku dalam beberapa hari akan datang," kata pakar politik Terengganu, Dr Azmi Omar.
Pada sidang DUN sebelum ini, Ahmad cuba untuk membentangkan usul undi tak percaya terhadap Menteri Besar tetapi gagal.

Krisis Umno: Giliran Terengganu pertimbang pilihan raya awal

Kerajaan negeri mungkin mengadakan pilihan raya awal bagi menyelesaikan krisis yang berlarutan.
Ahmad Said
PETALING JAYA: Terengganu mungkin mempertimbangkan untuk mengadakan pilihan raya awal ekoran ketegangan antara Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said.
Akhbar The Star hari ini melaporkan Ahmad bergabung tenaga dengan Adun Ajil, Ghazali Taib untuk menentang kepimpinan Umno.
Sabtu lalu, bekas menteri besar itu ketika berucap dalam satu majlis Umno di Kemaman menyasarkan Ahmad Razif dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
Ucapannya itu dipercayai adalah respons terhadap desakan Ahmad Razif supaya beliau dipecat daripada Umno kerana mencabar parti berbuat demikian dengan berkata “mereka akan lihat apa yang saya boleh lakukan”.
Semalam, Ahmad Razif mengesahkan Badan Perhubungan Umno Terengganu sudah menghantar laporan berhubung salah laku yang didakwa dilakukan Ahmad kepada majlis tertinggi dan lembaga disiplin parti.
“Parti sudah mengambil tindakan terhadap timbalan presiden dan naib presiden Umno. Saya serahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk mengambil tindakan berdasarkan laporan kami. Tidak patut wujud dwistandard,” kata Ahmad Razif.
Menurut akhbar itu, seorang pegawai Umno turut mengesahkan Ahmad Razif meminta Majlis Tertinggi Umno mempertimbangkan cadangan mengadakan pilihan raya awal bagi menyelesaikan krisis di Terengganu.
“MB terikat kepada situasi itu. Jika hendak mengadakan pilihan raya, beliau sudah bersedia dan yakin Barisan boleh melakukan lebih baik,” kata pegawai Umno itu.
Nama Ghazali muncul apabila beliau mengadakan satu sidang media semalam untuk mempertahankan Ahmad dengan menegaskan tiada keperluan untuk memecat Adun di Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Terengganu itu turut mengkritik kerajaan negeri dan mengingatkan Barisan Nasional hanya mempunyai kelebihan dua kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Umno hilang kepercayaan terhadap Ahmad apabila Terengganu di bawah pimpinannya ketika itu hampir tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013.

Pentadbiran Najib bebankan rakyat Malaysia

Pemerintahan Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri ternyata menyeksa rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim berkata keadaan itu berbeza dengan pemerintahan di bawah lima Perdana Menteri sebelum ini.
Katanya, rakyat sebelum zaman Najib tidak dibebani dengan pelbagai cukai tidak masuk akal.
“Pada zaman Tun Mahathir, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, kita semua tidak dibelenggu cukai tidak sepatutnya.
“Tetapi sekarang kita dibebani GST, ‘gasak sampai tumbang’ saban hari sebanyak 6 peratus,” katanya.
Himpunan Bantah GSTBeliau berkata demikian pada sesi pembahasan usul Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-13, di sini, semalam.
Katanya, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak perlu jika Kerajaan Persekutuan mengamalkan tadbir urus baik.
“Itulah bezanya dengan Kerajaan Negeri yang menjaga kebajikan dan menyantuni rakyat dengan 21 program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES),” katanya.

Skandal 1MDB: Mengapa Johari seperti tak kisah tentang dana 1MDB yang digelapkan?

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua terkejut dengan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani yang dilihatnya seolah-olah tidak begitu kisah dengan kenyataan Deloitte bahawa akaun 1MDB bagi 2013 dan 2014 tidak lagi boleh digunakan.
"Mengapa Johari tidak berminat terus dengan dana yang hilang dan digelapkan? Mengapa tidak ada permintaan dari menteri itu untuk akaun itu diaudit semula?" soal Pua dalam satu kenyataan hari ini.
Johari berkata pada hari Isnin bahawa tidak ada kesan ke atas 1MDB dengan mengatakan akaun yang 2013 dan 2014 yang diaudit Deloitte sepatutnya tidak lagi boleh digunakan.
Beliau berkata ini kerana 1MDB tidak mempunyai hutang tertunggak dengan mana-mana bank tempatan, dan tidak akan menggunakan akaun tersebut untuk memohon pinjaman bank.
Ekoran saman sivil pelucuthakan yang difailkan Jabatan Kehakiman Amerika untuk mendapatkan kembali kira-kira AS$1 bilion daripada AS$3.5 bilion yang didakwa disalahgunakan dari 1MDB, firma pelaburan negara itu berkata akaun-akaun tersebut tidak perlu digunapakai sebagai "langkah berjaga-jaga".
Ia sementara menunggu keputusan mahkamah Amerika mengenai saman sivil berkenaan.
Bagaimanapun 1MDB masih percaya bahawa akaun 2013 dan 2014 adalah gambaran sebenar dan tepat mengenai kedudukan syarikat itu pada masa itu.
Deloitte berkata, maklumat yang terkandung di dalam fail saman DOJ itu akan memberi kesan terhadap auditnya, jika maklumat ini diketahui pada masa itu.
Pua bertanya sama ada Johari dinaikkan pangkat daripada jawatan timbalan menjadi menteri kewangan kedua bulan lalu kerana beliau akan melakukan apa yang terdaya olehnya untuk menutup penyelewengan dana 1MDB.
Ahli parlimen DAP itu juga menyasarkan kenyataan Johari bahawa Putrajaya yakin 1MDB akan menang kes timbangtara membabitkan AS$6.5 bilion yang dibawa oleh International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya Aabar Investments PJS.
Menurut Pua, keyakinan Johari itu menghairankan, memandangkan perkembangan DOJ yang jelas menunjukkan pelbagai pegawai utama 1MDB didakwa memainkan peranan penting dalam konspirasi untuk menipu 1MDB.
"Dalam keadaan itu, bagaimana 1MDB akan dapat membuktikan kepada Mahkamah Timbang Tara London bahawa 1MDB bukan pihak yang tidak bersalah dalam penipuan besar-besaran itu?
"Adakah Johari akan meletakkan jawatan jika keputusan itu didapati tidak memihak kepada 1MDB?" Soal Pua.
IPIC dan Aabar membawa Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) dan 1MDB kepada mahkamah timbang tara antarabangsa di London pada bulan Jun.

Skandal 1MDB: 'Wang SRC diguna beli hormon anti-penuaan, pengubahsuaian rumah'

Laman web pendedah maklumat Sarawak Report mendakwa dana yang dipesongkan daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International digunakan untuk membayar produk kecantikan dan pengubahsuaian rumah.
Dalam satu kenyataan, Sarawak Report berkata pihaknya memiliki dokumen bocor berhubung siasatan pihak berkuasa negara ini ke atas 1MDB yang membuktikan dakwaan itu.
Ia mendakwa bahawa perbelanjaan yang berlaku pada bulan Februari 2015 itu, termasuk bayaran RM1.15 juta untuk apa yang dipercayai sebagai hormon anti-penuaan oleh individu berpangkat tinggi yang dikenal pasti dalam dokumen berkenaan sebagai "B1" dan isterinya.
Produk anti-penuaan itu didakwa dibeli pada harga AS$159,000 setiap satu.

Guling PM: Dapatkan fakta sebelum lapor polis, Puad Zarkashi kepada Khairul Hazwan

1MDB still mired in multi-billion dollar debt, Pua tells Johari

DAP lawmaker blasts Second Finance Minister for saying Deloitte and 1MDB declaring 2013, 2014 audit reports null does not affect 1MDB.
tony-pua-johari
PETALING JAYA: There is no truth to Second Finance Minister Johari Abdul Ghani’s statement that 1MDB no longer has bank loans, says Tony Pua.
The Petaling Jaya Utara MP slammed Johari for making such a claim and listed out the multi-billion dollar debts that the state-owned investment firm has yet to repay.
“The debts include the US$6.5 billion worth of bonds raised by Goldman Sachs, RM5 billion sukuk guaranteed by the Federal Government, RM2.4 billion sukuk via its subsidiary Bandar Malaysia Sdn Bhd and another RM800 million of borrowings from Socso.
“So, how can a Finance Minister with any sense of integrity and accountability claim that 1MDB’s disowned financial statements for the years ending March 2013 and 2014 ‘doesn’t affect 1MDB because 1MDB no longer has bank loans and doesn’t plan to borrow money’?” Pua said in a statement released today.
Johari had been asked about Deloitte Malaysia disavowing the veracity of the 1MDB accounts for 2013 and 2014, which they had audited, as well as the 1MDB Board of Directors response that the financial statements for the two years “should no longer be relied on until allegations made by the United States (US) Department of Justice (DoJ) are determined in court”.
The DAP National Publicity Secretary expressed his shock that such revelations did not set off alarm bells for a minister holding the Finance portfolio.
“The Second Finance Minister appears completely uninterested in the reasons or basis why Deloitte has withdrawn its endorsement for 1MDB’s accounts for 2013 and 2014.
“The DoJ suit has shown that Deloitte has failed to discover that 1MDB had made more than US$3.5 billion of payments over the course of 2012 to 2014 to a fraudulent Aabar Investment PJS Limited, incorporated in the British Virgin Islands (BVI).
“Deloitte found nothing suspicious in 1MDB Global Investment Limited’s US$1.56 billion investment in several dodgy and obscure investment funds, that was said by the US DoJ to have been conduits in the money laundering scam,” Pua said referring to the audits done by the international accounting firm.
He also questioned Johari’s complete disinterest in the missing and embezzled funds, asking “why is there no demand from the Minister for the accounts to be re-audited?

Wall Street fears over Jho Low connection

Firms such as Electrum, in which the financier linked to 1MDB bought shares, are concerned they may also be targeted by the US Department of Justice.
Jho-LowNEW YORK: There is concern among Wall Street companies whether those associated with Jho Low, or companies in which he has invested, may also be probed by the US Department of Justice.
One of these firms is Electrum Group LLC. In late 2012, Low and his company Jynwel Capital Ltd made a USD150 million investment in Electrum Group LLC, purchasing a 7 per cent stake in the firm.
The money that flowed from Low’s firm to Electrum has raised concerns about whether the investigation may affect Electrum or other Wall Street firms that may have received money from Low or others connected to the probe, according to a Wall Street Journal report.
Jho Low is being investigated by US authorities and the Department of Justice (DoJ) has filed civil forfeiture suits against Jho Low and several other individuals and companies.
According to the WSJ report which quotes the DoJ filing, Low was central to alleged fraud involving 1Malaysia Development Bhd, and “laundered more than USD400 million of funds”.
Electrum is run by Thomas Kaplan, one of the biggest investors in gold and silver shares in recent years and a member of the board of Manhattan’s 92nd Street Y.
Until recently, said the WSJ report, Low was a member of Electrum’s board. He and Kaplan are also on the board of a charity called Panthera that aims to protect tigers, lions and other big cats.
“There is no indication that Kaplan is being questioned by authorities or that he believed the money was coming from anyone other than Low and his firm,” it said.
The report said a spokesman for Low declined to comment.

Terengganu to consider snap elections

The state government may call for snap polls in order to resolve its ongoing crisis.
Ahmad-SaidPETALING JAYA: Terengganu may consider having a snap election amid tensions between Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman and his predecessor Ahmad Said.
Local daily The Star reported today that Ahmad Said had now joined forces with Ajil assemblyman Ghazali Taib, in an apparent rebellion against the ruling party Umno.
Last Saturday, Ahmad Said gave an angry speech at an Umno function in Kemaman, mainly targeted at Ahmad Razif and Umno president Najib Abdul Razak.
His speech is believed to be a response to Ahmad Razif’s call for Ahmad Said to be sacked from Umno, in which the latter had dared the party to do so, saying “they will see what I can do”.
Ahmad Razif had confirmed yesterday that Terengganu Umno had sent a report on Ahmad Said’s alleged wrongdoing to the supreme council as well as to the Umno disciplinary board.
“The party has taken action against the Umno deputy president and vice-president. I leave it to the party leadership to take disciplinary action based on our report. There should be no double standard,” Ahmad Razif said.
According to the daily, an Umno official also confirmed that Ahmad Razif had also asked the supreme council to consider a snap election to resolve the apparent crisis in the state.
“The MB is resigned to the situation. If there is to be an election, he is ready and confident that Barisan will do better,” the Umno official reportedly said.
This comes just days after the Penang ruling government had called off the possibility of snap polls after several weeks of discussions.
Ghazali came into the picture when he called for a press conference yesterday to defend Ahmad Said, saying that there was no need to sack any assemblyman in Terengganu.
Apart from defending Ahmad Said, the state communications and multimedia and special tasks committee chairman also criticised the state government and reminded that Barisan Nasional only had a two-seat majority in the state assembly.
Umno lost its confidence in Ahmad Said when he almost lost in the 2013 General Election. When he was replaced as menteri besar in 2014, he resigned from Umno alongside Ghazali and Bukit Besi assemblyman Roslee Daud.
The trio later retracted their resignations.

Saluran canggih? Apa lagi ruang rakyat ada, tanya Azmi Sharom

Pensyarah UM itu mempersoalkan gesaan pengerusi baharu Suhakam supaya rakyat menggunakan saluran lebih 'canggih' dan bukan demonstrasi.

PETALING JAYA: Pengerusi baharu Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam), Tan Sri Razali Ismail hari ini dikritik atas gesaannya supaya Bersih 2.0 memilih kaedah lebih “canggih” dalam menyatakan rasa tidak puas hati, dan bukan menganjurkan perhimpunan.
Menulis dalam The Star hari ini, pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Dr Azmi Sharom mempersoalkan sama ada Razali sedar pelbagai memorandum dan surat yang selama ini dihantar kepada pemimpin tidak mendatangkan hasil.
“Malah petisyen sejuta tanda tangan pun dicemuh dan diketepikan. Apa lagi ruang yang rakyat ada?” soal Azmi dalam kolumnya “Brave New World”.
Azmi berkata sementara Razali ada peluang memujuk pemimpin kerajaan yang degil, “kami yang tidak berpakaian sut dan berjawatan Suhakam mungkin mendapati agak susah mendekatkan diri dengan mereka yang berkuasa”.
“Dan pernahkah Razali hadir mana-mana perhimpunan yang dikatakan merosak harta benda itu?” tanya Azmi, yang sebelum ini pernah didakwa atas tuduhan hasutan sebelum kes digugurkan Februari lalu.
Razali dalam temuramah dengan The Star Ahad lalu berkata Bersih 2.0 tidak perlu berhimpun di jalanraya kerana Malaysia tidak terdesak seperti Mesir.
“Tiada siapa yang boleh menghalang mereka daripada meminta akauntabiliti. Tetapi jika anda mahu untuk membuat perincian, mengapa anda pergi ke jalanan? Anda merosakkan banyak harta dan semua itu. Kita tidak begitu terdesak di Malaysia seperti di Tunisia atau Dataran Tahrir,” kata Razali, bekas duta Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Kenyataan Razali itu dibidas Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, yang berkata selaku pembela hak asasi, beliau sepatutnya mempertahankan hak berhimpun secara aman.
Azmi berkata peserta Bersih tidak pernah bertindak merosakkan harta benda, dan menambah beberapa insiden dalam perhimpunan sebelum ini adalah kes terpencil.
“Kalau kesemua berpuluh ribu orang itu memang mahu bawa kerosakan, sudah tentu anda akan menyaksikan kerosakan yang dahsyat,” tulis beliau.
Katanya, tidak ada gunanya kalau Suhakam hanya berperanan meyakinkan kerajaan Malaysia sekadar menandatangani pelbagai perjanjian hak asasi antarabangsa.
“Semua itu tidak bermakna sekiranya suruhanjaya itu tidak berani mempertahankan hak rakyat Malaysia.”