Selasa, 2 Ogos 2016

Mengapa Pas tidak wajar kekal dalam kerajaan Selangor

Oleh KHALID SAMAD 

Persoalan kedudukan Pas dalam kerajaan Negeri Selangor dewasa ini terus menjadi bahan perbincangan. Dalam menjelaskan keberadaan Pas  dalam kerajaan Selangor walaupun Pas merupakan sebuah ‘rogue party’ atau parti yang bagaikan lawan terhadap Pakatan Harapan, bermacam-macam alasan dan hujah dikemukakan.

Ada beberapa hujah yang benar tetapi tidak tepat.

Dulu Pas ada, Amanah tidak ada

Antara hujah yang dikemukakan adalah “dulu Pas ada dan Amanah tidak ada”. Kata-kata ini ditonjolkan media walaupun mungkin yang menyebutnya memberi penjelasan yang lebih lengkap.

Hakikatnya dulu pun Amanah sudah ada tetapi kami berada di dalam Pas. Kami adalah serpihan dari Pas, iaitu serpihan yang terdiri dari golongan pemimpin dan ahli yang menyokong secara bersungguh-sungguh Pakatan Rakyat.

Mungkin ada yang lupa betapa meruncingnya perbalahan antara Pas dan Pakatan Rakyat sebelum ini. Perbalahan ini telah menyaksikan peristiwa seperti:

1. Pertandingan antara Pas dan PKR sehingga berlakunya tiga penjuru di Kota Damansara dan beberapa kerusi lain.

2. Tuduhan tanpa bukti mahupun saksi bahawa ada calon PKR menjual pil kuda.

3. Usul kaji kembali kerjasama dengan Keadilan, dan

4. Berbagai-bagai lagi tindakan khianat Pas.

Kemuncak perbalahan ini adalah krisis Menteri Besar (MB) Selangor di mana Pas dengan sokongan Umno telah mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) sebagai MB, sedangkan PKR dan DAP telah menolaknya. Sebelum itu tersebar luas mesej whatsapp Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Zuhdi Marzuki dengan sikap khianat yang disyorkannya untuk Pas.

Ini telah akhirnya menghasilkan suasana muktamar Tahunan Pas tahun 2014 di mana golongan yang menolak TSKI dan memilih untuk bersama PKR dan DAP menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah digelar ‘barua dan boneka’ oleh Presiden Pas. Yang dimaksudkannya dengan kalimah ‘barua dan boneka’ itu adalah barua dan boneka PKR dan DAP. Ini adalah kerana mereka tidak mengikut arahannya untuk bersama mempertahankan TSKI sebagai MB dengan sokongan Umno/BN!
Perbalahan ini menyebabkan kami terpaksa keluar dari Pas untuk membentuk Amanah setelah dilihat pendekatan khianat dan berbalah ingin terus dilaksanakan Pas selepas muktamar 2015.

Kami berani mengatakan bahawa dengan adanya kami di dalam Pas maka Pakatan Rakyat telah muncul sebagai gabungan kerjasama parti pembangkang yang kukuh sehingga meningkatkan prestasinya dalam pilihan raya 2013 khususnya di Selangor. Oleh itu amat tidak tepat untuk mengatakan kami ‘tiada’ pada ketika itu.

Kalau kami ‘tiada’ pada ketika itu, mungkin keadaan Kota Damansara adalah keadaan di seluruh negara pada 2013 dan bukan sekadar di beberapa kerusi.

Kematian SPRM

Oleh DATUK ZAID IBRAHIM
Adalah merupakan dua hari yang sukar bagi saya; pertama melihat bekas orang nombor satu dan nombor dua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) - Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull - meninggalkan organisasi yang mereka membantu menubuhkan. 
Saya masih ingat hari-hari saya bersama mereka, membincangkan cara-cara untuk menjadikan SPRM sebuah organisasi yang boleh dibanggakan rakyat Malaysia. Dengan sokongan dan galakan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, kami membincangkan berhubung undang-undang dan model yang harus kami teladani.
Abu Kassim cenderung dengan model Hong Kong dan beliau memberitahu mengenai sokongan padu dan kerjasama yang sedia dihulurkan oleh pihak berkuasa Hong Kong.
Abu Kassim juga kagum bahawa Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong mempunyai banyak jawatankuasa ‘pemantau’ tetapi saya masih ingat memberitahu kedua-dua mereka ketika mesyuarat di rumah saya bahawa jawatankuasa tidak akan memberi banyak halangan jika kita membenarkan campur tangan politik.
Pada masa itu kami tidak menjangka Pak Lah akan "bersara" begitu awal dan dengan itu kami berasa "selamat" daripada sebarang gangguan politik.
Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada kedua-dua mereka dan berharap mereka tidak akan berundur begitu sahaja.
Sesetengah orang berkata mereka tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku di negara ini tetapi mereka sekadar bercakap mengenainya di kedai-kedai kopi.
Mungkin, Abu Kassim dan Shukri boleh melakukan sesuatu yang lebih, seperti bercucap kepada rakyat Malaysia secara teratur tentang pentingnya integriti demi masa depan kita sebagai sebuah bangsa dan negara.
Mereka tidak perlu menyertai parti politik tetapi mereka tidak boleh berdiam diri. Mereka mempunyai profil dan mereka telah dipilih oleh Pak Lah untuk membantu negara membasmi rasuah. Mereka mesti meneruskan misi itu.

Skandal 1MDB: Amerika hanya bersalah jika ancam Najib

SEMUA cicak dan mengkarung serta anak cacing di lubangnya mempertikai pendedahan Jabatan Kehakiman Amerika terhadap penggelapan orang tertentu tentang dana 1MDB. Sekalipun pendedahan Peguam Negara Amerika itu tidak menyebut nama Perdana Menteri Najib sebagai orang yang diburu tetapi moral pendedahan itu telah meletakkan Perdana Menteri dalam serba kepayahan.

Semua pintu dalam negeri ditutup kedap bagi melindungi PM Najib tetapi pekung itu meletup di Amerika oleh kerajaan Amerika. Bila Amerika melepaskan bomnya, payah ada perisai boleh menangkis ledakannya.
 Apapun biar kebijaksanaan Malaysia dan ketangkasan Amerika mengadili segala kecurangan terhadap 1MDB.
  
Yang menarik perhatian ialah semua cicak dan mengkarung bangun mengherdik Amerika atas tindakannya itu antaranya termasuk pemburu anak tiri Perdana Menteri dan menggunakan bahasa Pegawai Satu kerajaan sebagai orang yang sama menyangak harta negara itu. Maka semuanya dapat mengagak siapa yang dimaksudkan oleh perumpamaan yang Amerika guna itu.
   
Lebih menakjubkan Pemuda Umno yang pimpinannya Khairy Jamaluddin membuat aduan polis terhadap beberapa penting dalam isu penyiasatan skandal itu dikatakan bersubahat dengan Amerika untuk menggulingkan Perdana Menteri.
  
Aduan budak-budak KJ itu tidak membersihkan nama baik PM Najib tetapi adanya perkongsian maklumat orang penting dalam negeri dengan FBI.
  
Apapun hubungan antara Malaysia dengan Amerika amat akrab sejak merdeka lagi. Dalam dalam semua perkara boleh dikatakan Malaysia menerima baik apa jua yang Amerika anjurkan. Ketika Amerika dulu mengira PLO dan Yasser Arafat adalah pengganas, Malaysia tidak berani berjumpa mana-mana orang Palestin.
  
Kerana Mesir dan Amerika dalam keadaan berperang menjelang kemerdekaan dulu sekalipun Tun Razak sebagai orang nombor dua dalam kerajaan menamakan anak sulung, Najib sempena nama jeneral yang mengguling Raja Mesir bersama Kolonel Gamal Abdel Nasser, Tanah Melayu tidak mengundang Mesir dalam acara sambutan kemerdekaan itu kerana menjaga hubungan baik dengan Amerika.
   
Ketika Amerika mengenakan kepungan ekonomi kepada Saddam Hussein sebelum PBB membenarkan Iraq diserang, Malaysia menyokong tindakan Amerika itu. Orang kata TPPA anjuran Amerika itu adalah ancaman kepada kemerdekaan Malaysia, Umno dan kerajaan menjadi penyokong TPPA.
  
Sekarang Amerika memerangi orang Islam yang disyaki pengganas IS, Malaysia ada bersama dengan Amerika memburu siapa saja yang disyaki pengganas. Hatta sesudah Jabatan Kehakiman Amerika mendedahkan bertindak terhadap orang yang disyaki menyangak 1MDB, PM Najib dan TPM Zahid Hamidi masih bercakap tentang kerjasama erat dengan Amerika.
   
Malah dalam banyak urusan jenayah antarabangsa Malaysia sentiasa mendapat bantuan maklumat dan lain-lain dari Amerika. Dan Malaysia memang memerlukan sokonga Amerika bagi mendapatkan pelaburan yang sebanyak-banyaknya dan mahukan pelancong Amerika datang ke sini seramai-ramainya.

Skandal 1MDB: Pulanglah Jho Low, kata Tuan Ibrahim

Malaysia ialah tempat paling selamat untuk ahli perniagaan kontroversi itu, di mana tidak ada kes yang berkaitan 1MDB didakwa di sini, katanya.
Tuan Ibrahim
PETALING JAYA: Tidak ada tempat paling selamat kecuali Malaysia untuk jadi tempat bersembunyi bagi ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho (Jho Low), kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dalam satu kenyataan berhubung saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) berkaitan 1MDB, Tuan Ibrahim berkata Jho Low selamat di Malaysia, kerana pihak berkuasa menafikan ada wang hilang daripada 1MDB, yang dikaitkan dengannya.
Beliau berkata di Malaysia, tidak ada sesiapa membuat salah laku dalam 1MDB dan tidak ada kes berkaitan syarikat pelaburan kerajaan itu dikeluarkan meskipun ia disiasat di seluruh dunia.
“Lebih pula, di Malaysia mereka yang mempersoalkan mengenai 1MDB akan disiasat, bukan sebaliknya.
“Mereka yang meneka siapa Malaysian Official 1 akan dipanggil (oleh pihak berkuasa) dan tidak ada tuntutan sivil di sini untuk menyita aset meskipun berbilion ringgit dimasukkan ke dalam sebuah akaun peribadi,” katanya merujuk kepada isu ‘derma’ RM2.6 bilion.
Tuan Ibrahim berkata beliau yakin apabila Jho Low kembali ke Malaysia, dia akan diraikan oleh VIP dan berbincang untuk projek seterusnya.
Katanya, Jho Low juga kini boleh lebih relaks dan selamat kerana Akta Majlis Keselamatan Negara sudah pun dikuatkuasakan.
“Marilah pulang Jho Low. Tidak perlu malu. Kalau anda hendak bergembira, gembira di Malaysia, sekurang-kurangnya wang itu boleh digunakan dalam negara.
“Malah kerajaan juga boleh kutip GST dan Malaysian Official 1 juga boleh relaks kerana dia tidak akan ditahan di mana-mana negara.”
Bulan lalu, DoJ memfailkan tuntutan saman menyatakan lebih AS$3.5 bilion diselewengkan daripada 1MDB.
DoJ mendakwa kesalahan itu dilakukan dalam tempoh lebih empat tahun dan membabitkan beberapa individu, termasuk pegawai Malaysia dan sekutunya, yang berkonspirasi untuk menyeleweng berbilion dolar daripada 1MDB.
Ia secara khusus menamakan Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak; Jho Low; pegawai kerajaan Abu Dhabi Khadem al-Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny,dan pegawai Malaysia yang hanya dikenali sebagai ‘Malaysian Official 1’.

Khairy sanggup jadi ‘macai’ Najib sebab dia nak ‘hidup’

Pengakuan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang sanggup menjadi ‘balaci dan macai’ untuk mempertahankan presidennya Datuk Seri Najib Razak jelas menunjukkan beliau seorang pemimpin yang tiada prinsip.
Dengan latar belakang pendidikan yang baik dan sedikit berbeza berbanding pemimpin UMNO yang lain, kenyataan itu kata Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook telah menonjolkan wajah sebenarnya.
“Sebagai seorang yang berlatar pendidikan yang baik, kita lihat selama ini Khairy Jamaluddin tonjol imej yang berlainan, dia nak tunjuk progresif, tegas dan membawa nafas baru dalam UMNO.
“Tetapi apabila kenyataan itu dibuat dia jelas tiada prinsip dan mempunyai pendirian yang berubah-ubah,” kata Ahli Parlimen Seremban itu kepada Roketkini.
Keadaan ini jelas beliau menunjukkan UMNO tidak mampu lagi untuk melakukan perubahan positif dari dalam.
“Saya rasa dia (KJ) nak terus hidup dalam UMNO walaupun kena pertahan imej UMNO dan pemimpin tertingginya yang penuh dengan skandal.
“Kalau Khairy yang lain sikit pun boleh cakap macam ini, UMNO nampaknya tiada harapan untuk berubah dari dalam,” ujar beliau.
Menteri termuda UMNO itu membuat kenyataan tersebut semalam ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya 2016.
Khairy dilaporkan media telah menyeru ahli UMNO supaya berani bersama presiden parti walaupun dikecam di media sosial.
“Kita kena berani, walaupun dikecam, walaupun dicemuh di media sosial, kata ini semua balaci-balaci dan macai-macai Umno dan sebagainya.
“Tak apalah, kita jadi balaci, kita jadi macai tak apa. Sebab apa? Kebersamaan dengan presiden kita cuba menegakkan kebenaran dan keadilan,” kata Khairy.

Mana hilangnya semangat ukhuwah Pakatan Harapan?

Oleh Vince Tan
Pimpinan DAP dan PKR patut berasa malu dengan cara mereka menangani perbezaan pendapat dalam isu pilihan raya negeri (PRN) Pulau Pinang. Walaupun kedua-dua parti berdiri di landasan yang sama dan juga berdiri sama tinggi, kegagalan mereka untuk menangani isu ini dengan baik menyebabkan tercetusnya perbalahan di kalangan pimpinan dan akar umbi masing-masing.
Saya masih ingat apabila Pakatan Rakyat ditubuhkan pada 2008 rakyat Malaysia seumpama diberikan peluang untuk menekan butang “reset” untuk negara ini. Butang reset ini penting untuk menghapuskan masalah rasuah, salah guna kuasa, ekonomi yang tidak menentu dan ketegangan agama dan kaum. Anak muda macam saya berasa teruja dengan masa depan negara ini walaupun hanya belajar di sekolah menengah pada waktu itu. Selepas menjejak kaki ke menara gading saya pula berkecimpung dalam aktivisme mahasiswa dan mula bekerjasama dengan parti politik khususnya DAP dan PKR. Oleh sebab aktiviti kami yang sering melibatkan demonstrasi jalan raya maka tidak hairanlah untuk kami bermalam di lokap. Peguam yang datang tolong kami juga daripada DAP atau PKR.
Kami ditahan pada 1 Ogos 2015 di pasar raya Sogo sebab menganjurkan demonstrasi #TangkapNajib sempena skandal 1MDB yang baru meletup. Turut ditahan bersama saya aktivis daripada kumpulan anak muda Demi Malaysia yang dipimpin Adam Adli.
Kami disiasat di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan yang mengatakan kami melakukan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen. Saya hairan kerana sejak bila melaksanakan hak untuk berhimpun yang dijamin di bawah Artikel 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan boleh dikatakan sebagai melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
Saya masih ingat peguam kita yang datang untuk membantu kita semasa prosiding reman. Ada dalam kalangan mereka merupakan pimpinan DAP dan PKR masing-masing. Gobind Singh Deo, Lim Lip Eng dan Thomas Su merupakan ahli Parlimen DAP sedangkan Sivamalar Genapathy dan Melissa Sasidaran merupakan pemimpin wanita dan anak muda dalam PKR.
Saya juga tidak melupakan peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Cyrus Tiu, Rajsurian Pillai, Dinesh Munthal dan John Das. Begitu juga dengan peguam daripada NGO masyarakat sivil seperti Dato Ambiga Sreenevasan dan Eric Paulsen.
Mereka bekerjasama untuk kepentingan yang sama iaitu tegakkan keadilan dan mempertahankan demokrasi. Saya menceritakan semua ini kerana saya percaya sebagai manusia kita perlulah tahu mengenang budi dan jasa orang yang pernah tolong kita dan saya percaya kebersamaan ini pada waktu susah lebih kuat daripada faktor yang memecahbelahkan kita.

Negara tanggung hutang 1MDB, PIBG cari dana sendiri?

Menteri yang baru dilantik dalam rombakan Jemaah Menteri baru-baru ini, Tan Sri Noh Omar dilaporkan membayangkan cadangan mewajibkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) melaksanakan program kutipan dana awam bagi menampung perbelanjaan sekolah.
Cadangan tersebut ditempelak Ahli Parlimen Segambut YB Lim Lip Eng yang mempersoalkan ke mana perginya dana Kerajaan untuk melicinkan perjalanan pendidikan Negara.
Kerajaan sanggup berhabis dana membina bangunan pencakar langit dan sebagainya sedangkan perbelanjaan pembangunan pendidikan hendak diletakkan di bahu ibu bapa dan guru.
Sebenarnya isu perbelanjaan sekolah bukan suatu perkara baru malah sudah berlarutan sekian lama dek kerana kekangan belanjawan daripada Kerajaan.
Dalam Belanjwan 2016 yang dibentangkan tahun lalu oleh Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri atau individu disyaki “Malaysia Official 1” (meski dinafikan) jelas bahawa peruntukan belanjawan pendidikan mengalami pengurangan.
Ada sekolah-sekolah yang terpaksa mengusulkan dan kemudian memutuskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG untuk mengutip yuran daripada ibu bapa bagi menampung perbelanjaan sekolah.
Perbelanjaan bagi kertas peperiksaan contohnya, ada sekolah meminta ibu bapa membuat bayaran sejumlah wang. Ada sekolah yang meminta ibu bapa menyumbangkan kertas dan sebagainya.
Noh Omar boleh menempelak Ahli Parlimen Segambut kononnya tidak reti bahasa tetapi hakikatnya yang tidak reti bahasa malah bertindak melepaskan tanggungjawab pendidikan ialah Noh Omar sendiri.

Polis tidak guna Akta MKN dalam kes IS kata KPN

KPN berkata Akta MKN tidak akan digunakan bagi kes jenayah, keganasan dan ia hanya terpakai dalam keadaan yang menggugat keselamatan negara.
khalid
SHAH ALAM: Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 yang diwartakan pada 7 Jun lepas dan dikuatkuasakan semalam, tidak akan digunakan untuk membasmi jenayah atau mengekang aktiviti pengganas militan IS.
Sebaliknya, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata akta itu hanya akan digunakan dalam keadaan yang menggugat keselamatan negara.
“Akta MKN tiada kena-mengena dengan tugas polis. Akta MKN cuma digunakan bila perkara berkaitan dengan keselamatan negara tetapi dalam isu jenayah kita ada cukup undang-undang…kita tidak perlu akta ini.
“Kita ada Akta Undang-undang Pencegahan Keganasan 2015 (Pota), kita ada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma), ia cukup untuk uruskan hal militan IS dan kita belum perlu lagi Akta MKN,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat.
Rang Undang-undang MKN, yang memperuntukkan penubuhan MKN, perisytiharan kawasan keselamatan, kuasa khas pasukan keselamatan di kawasan keselamatan dan perkara lain berkaitan, diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Disember 2015 dan Dewan Negara pada 22 Disember 2015.
Dalam perkembangan lain, Khalid berkata pihaknya memandang serius dan sedang menjalankan siasatan berhubung surat berbaur ancaman yang diterima sebuah balai polis di Negeri Sembilan yang didakwa daripada kumpulan militan IS.
Beliau bagaimanapun berkata, ancaman seperti itu tidak akan melemahkan semangat Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk terus menjalankan tugas menjaga keamanan negara.
“Kami pernah terima lebih kurang empat ke lima surat macam itu dan saya rasa pengirim ini dah pos ke Nilai, Port Dickson (kedua-dua di Negeri Sembilan) dan merata, jadi kita dah ambil maklum. Kami sedang cuba kesan orang yang hantar (surat) itu kerana surat itu dihantar melalui pos,” katanya.
Khalid berkata sehingga kini, hanya balai polis di Negeri Sembilan saja yang pernah menerima surat seperti itu.

Lawyer: Umno Youth leader’s ‘false info’ report an offence

Syahredzan Johan also considers Khairul Azwan Harun's police report 'irresponsible', coming from a political leader.

PETALING JAYA: Umno Youth deputy chief Khairul Azwan Harun can be investigated under Section 182 of the Penal Code for providing false information to the police, alleging a conspiracy to topple the Prime Minister and the Malaysian government.
Lawyer Syahredzan Johan explained that Section 182 stipulated that it is an offence to provide false information to a public officer with intent to cause injury or annoyance to another person.
“When I say civil servants, I am referring to the police and by lodging a police report, he has given false information to the police to investigate the three Tan Sri allegedly involved in a conspiracy to overthrow the government.
“I do not want him to be investigated by the police or prosecuted, but he must realise that as a political leader, he should be more responsible in his actions,” he told FMT.
Syahredzan was commenting on a news report today quoting Inspector-General of Police Khalid Abu Bakar as saying that the police report by Khairul was based on “assumptions” and therefore did not warrant further investigation.
Elaborating further on the matter, Syahredzan also described the police report lodged by Khairul as an irresponsible act by a political youth leader.
“Making a police report based on assumptions, without any evidence so much so that the police had to open an investigation into the matter,” he said.
He hoped Khairul will learn a lesson from his irresponsible act.
Meanwhile, when asked to comment on the police not taking any further action on his report, Khairul said: “Be patient.”

Skandal 1MDB: Mufti berdiam diri petanda kehancuran negara kita

Jawatan mufti sepatutnya menjadi lambang kepercayaan dan rujukan umat Islam yang mahu menetapkan pendirian dalam isu-isu negara dan berkepentingan awam
1mdb
PETALING JAYA: Para mufti wajib bersuara dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana ia sudah menjadi isu yang menyentuh negara dan berkepentingan awam, kata cendekiawan.
Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Maszlee Malik berpandangan rakyat akan meragui wibawa institusi mufti yang berdiam diri bila berdepan isu yang memerlukan pendirian ditetapkan, dan menyebabkan ramai beralih mencari rujukan lain antaranya “mufti Youtube” sebagai ganti.
“Jawatan mufti sepatutnya menjadi lambang kepercayaan dan rujukan umat untuk membuat pendirian berhubung hal berkaitan Islam serta isu-isu yang menyentuh kepentingan mereka,” kata Maszlee ketika dihubungi FMT.
Kalau pun tidak jelas akan satu-satu isu, tambahnya, mufti sekurang-kurangnya perlu memberi panduan kepada rakyat seperti menyarankan rujuk pakar dan sumber yang boleh dipercayai.
“Sikap berdiam diri tanpa panduan akan menghakiskan kepercayaan dan penghormatan orang awam terhadap institusi mufti,” kata pensyarah kanan Jabtan Fiqh dan Usul Fiqh itu.
Terdahulu, Penasihat Umum Amanah Ahmad Awang dilaporkan mengkritik mufti yang membisu dalam isu 1MDB. Beliau turut menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan supaya segera bersidang membincangkan isu itu.
Isu ini kembali diperkatakan selepas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) membuat saman sivil untuk merampas aset-aset yang “terlibat dalam atau boleh dikesan kepada satu konspirasi antarabangsa untuk mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB”.
DoJ menamakan beberapa individu termasuk Riza Aziz – anak tiri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak – dan Low Taek Jho (Jho Low) dalam aduan mereka.
Saman itu berkata salahlaku yang didakwa itu berlaku sepanjang tempoh tahun dan melibatkan pelbagai individu termasuk pegawai warga Malaysia dan rakan-rakan mereka, yang berpakat untuk melencongkan berbilion dolar daripada 1MDB secara tipuan.
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Tan Sri Dr Shukor Husin ketika dihubungi berkata majlis tidak merancang untuk membincangkan isu itu kerana “ia sudah dikaji pihak profesional”.

Kerajaan BN Tak Cukup Duit: Kutip derma? Kami bukan bank untuk sekolah, jawab PIBG

PIBG adalah sistem sokongan dalam hal displin pelajar, pencapaian akademi dan bukan akademi, keselamatan dan kebersihan, kata Presiden PIBG Nasional
Prof Madya Mohamad Ali Hassan
PETALING JAYA: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bukan perunding kewangan atau bank untuk jana biaya penyelenggaraan sekolah, tegas Presiden PIBG Nasional menjawab cadangan mewajibkan persatuan mengutip derma untuk selenggara sekolah.
Prof Madya Mohamad Ali Hassan berkata PIBG adalah sistem sokongan dalam hal displin pelajar, pencapaian akademi dan bukan akademi, keselamatan dan kebersihan sekolah.
“Beri dana kepada sekolah dibuat atas dasar sukarela. Mengapa tidak minta tambahan wang daripada syarikat milik kerajaan (GLC). Mengapa kita pula yang perlu tanggung penyelenggaraan sekolah,” katanya.
Beliau menambah banyak sekolah terletak di kawasan desa, terpencil dan pedalaman dimana ibu-bapa tidak mampu jana wang untuk sekolah.
“Barangkali sekolah yang mewah boleh menjana 50% daripada penyelenggaraan sekolah tetapi tidak boleh dijadikan kewajipan. Sebenarnya ia bergantung kepada sekolah masing-masing,” katanya.
Beliau berkata ahli persatuan menjalankan aktiviti kutip derma untuk selenggara sekolah, dan “semua orang gembira kerana ia dibuat secara sukarela. Tiada paksaan. Tanggungjawab selenggara sekolah tidak boleh diserahkan kepada PIBG.”
Ini kerana semua orang merasai himpitan kos sara hidup sejak perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sejak April 2015.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mencadangkan kutip derma wajib untuk sekolah-sekolah di Selangor, memandangkan dana Putrajaya untuk selenggara sekolah tidak mencukupi.
Ali berkata mengikut hak, kerajaan sepatutnya memperuntukkan sekurang-kurangnya 15% hingga 20% daripada belanjawan keseluruhan untuk penyelenggaraan sekolah. Dalam belanjawan 2016, Kementerian Pendidikan terima sejumlah RM41.3 bilion.
“Sekiranya kerajaan tidak peruntukkan sekurang-kurangnya 15% hingga 20% daripada belanjawan keseluruhan untuk penyelenggaraan sekolah, kerajaan perlu merumuskan rancangan bersama GLC untuk sumbang sedikit dana,” tambahnya.
Ali menambah dana daripada GLC boleh digunakan untuk menaiktaraf peralatan dan kemudahan sekolah.

Kerajaan BN Tak Cukup Duit: Sarjana pelik Noh Omar mahu PIBG Selangor kutip derma

Mengapa tidak dilakukan di Perlis, Kedah atau Kelantan, kata Wan Saiful Wan Jan.

PETALING: Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) pelik dengan saranan Tan Sri Noh Omar kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Selangor supaya mengutip derma, memandangkan dana Putrajaya untuk selenggara sekolah tidak mencukupi.
Wan Saiful Wan Jan mempertikaikan mengapa Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menyasarkan Selangor sahaja.
“Sebab kalau penyelenggaran tak cukup saya rasa di Perlis pun tak cukup, di Kedah pun tak cukup, di Kelantan pun tak cukup, bukannya di Selangor sahaja tak cukup,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Semalam, menteri dilaporkan mencadang untuk mewajibkan PIBG di semua sekolah di Selangor menjalan aktiviti pungut derma bagi menampung kos penyelenggaraan sekolah disebabkan dana kerajaan Persekutuan tidak mencukupi.
Hasil pemeriksaan FMT mendapati, sebanyak RM500 juta diperuntukkan dalam Belanjawan 2016 untuk membangun dan menyelenggara kemudahan pendidikan di sekolah-sekolah seluruh negara.
“Untuk membantu menyelesaikan masalah ini saya rasa apa yang perlu dibuat ialah pengetua atau guru besar sekolah diberikan lebih banyak autonomi mentadbir sendiri kedudukan kewangan sekolah,” cadangnya.
Beliau menjelaskan melalui cara ini, pihak sekolah boleh memastikan jumlah kewangan yang lebih dekat dengan perbelanjaan dan keutamaan sekolah.

TIGA TAN SRI WAJIB SAMAN MALU ATAU SEDIAKAH NAIB KETUA PEMUDA UMNO MOHON MAAF SECARA TERBUKA?

Dalam satu keputusan yang dianggap tamparan dan memalukan, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar berkata, siasatan berhubung laporan polis yang dibuat Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun terhadap Tiga Tan Sri atas dakwaan berkonspirasi mahu menjatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan, telah ditutup. 

Kata beliau, siasatan polis mendapati laporan polis yang dibuat oleh Khairul Azwan itu hanya berdasarkan andaian semata-mata.

"Kita sudah merakam percakapan dia dan kita mendapati Khairul Azwan membuat laporan itu berdasarkan andaian-andaian sahaja.

"Tidak dapat mengemukakan apa-apa bukti untuk menyokong apa juga yang dia nyatakan dalam laporan. 

"Untuk itu, pihak polis tidak akan meneruskan siasatan. Kita telah menghentikan siasatan," kata Khalid lagi.
Dalam bahasa yang mudah, bermakna kes ini telah tutup fail dengan serta-merta. Tiga Tan Sri yang didakwa oleh Khairul Azwan iaitu Abu Kassim Mohamed, Gani Patail dan Dr Zeti Akhtar Aziz juga tidak akan dipanggil polis untuk memberi apa-apa keterangannya lagi.

Jika hanya berdasarkan andaian-andaiain saja, kenapa Khairul Azwan tergamak membuat laporan polis terhadap tiga tokoh terkemuka terbabit? 

Bukankah andaian itu lebih sesuai dijadikan modal sembang kedai kopi sahaja?

PEMUDA UMNO & UMNO dah tahap sampah !!!

Dengan ANDAIAN saja dah boleh buat repot polis..

KAH!!.. KAH!!.. KAH!!..

TEPAT KATA bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull baru ini katanya.. "Naib ketua Pemuda Umno tak berilmu".. bahasa lebih mudah difahami adalah BODOH.

BERANIKAH pihak Polis Malaysia nak tangkap & tahan Pemuda Umno ini. Sama2 kita nantikan sama ada polis Malaysia ini pilih bulu atau tidak..

KALAULAH yg buat laporan polis itu dari pembangkang, 24/7 polis dah tunggu depan pintu rumah tukang repot nak tangkap..

Jaga Kebajikan Bayar Hutang Judi Dengan Wang Rakyat...!!!

INGAT !!.. lepas ni pangkah undi BN lagi yer sampai mati. Kalau negara tak maju2 nanti abeslah Najib tak dapat nak jaga kebajikan korang..

Untung jadi rakyat Malaysia, anak #MalaysianOfficer1 main judi Las Vegas sampai berhutang pon rakyat boleh tolong bayar langsaikan hutangnya...

ITULAH NAJIB, UMNO & Munafik Berpisah Tiada !!!


Bila berada di luar negara di hadapan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-12 di Jakarta harini punyalah gebang saran tolak ejen kuasa asing..

TETAPI hakikatnya KERAjaan di bawahnya sendiri bayar RM76.8 juta kpd ejen APCO-yahudi tak kesah pula..

Kaki Kencing No.1 Dunia...!!!

NAJIB MANA PERNAH CAKAP BOHONG..

"Kemakmuran M'sia untuk DIKECAPI & DINIKMATI OLEH SETIAP INDIVIDU..." -Najib, 14/5/2016

"Kemiskinan tegar telah berjaya dibasmikan" -Najib, 21/5/2015

Siswa lancar kempen tangkap 'Malaysian Official 1'

#TangkapMO1  akan dimobilasi rakyat Malaysia pada 27 Ogos ini ddi Kuala Lumpur.#TangkapMO1 akan dimobilasi rakyat Malaysia pada 27 Ogos ini ddi Kuala Lumpur.
Sekumpulan mahasiswa melancarkan kempen _#TangkapMalaysianOfficial1 _ semalam ekoran kegagalan Perdana Menteri menyelesaikan kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga menyaksikan Jabatan Kehakiman Negara (DOJ) Amerika Syarikat (AS) mengumumkan senarai nama yang terlibat dalam pengkhianatan berbilion ringgit dana awam itu.
Mereka yang dikenali sebagai Gabungan _#TangkapMalaysianOfficial1_ ( _#TangkapMO1_ ) itu berkata, mobilisasi besar-besaran bagi tujuan berkenaan akan dilakukan dengan kemuncaknya pada 27 Ogos nanti.
Wakil gabungan mahasiswa berbilang kaum itu, Luqman Nul Haqim Zul Razali berkata, laporan DOJ baru-baru ini mengesahkan lagi kekhuatiran rakyat terhadap penyelewengan dana 1MDB apabila menyebut tentang_'Malaysia Official 1'_ selain anak tiri Najib, Riza Aziz dan ahli perniagaan kontroversi, Jho Low.
"Sehingga hari ini, ketiga-tiga individu ini masih bebas malah tidak ada inisiatif bersungguh-sungguh daripada kerajaan Malaysia untuk bertindak ke atas mereka.
"Malah, kerajaan Malaysia juga masih enggan untuk mendedahkan siapa sebenarnya individu yang dinamakan sebagai _Malaysian Official 1_ yang dipercayai sebagai dalang utama disebalik penyelewengan wang rakyat ini," tegasnya.
Dalam sidang media di Restoran Amjal berhampiran Universiti Malaya (UM) itu, beliau berkata, mahasiswa dan anak muda akan menjalankan pelbagai program penerangan secara berkelompok dengan memfokuskan mahasiswa dan masyarakat luar Lembah Klang menjelang 27 Ogos ini.
"Kami juga mengalu-alukan pembabitan semua pihak tanpa mengira sempadan politik dan ideologi untuk bersama dengan kempen ini.
"Isu 1MDB bukan lagi rahsia dalaman negara, malah menjadi berita hangat di seluruh dunia.
"Anak muda tidak sanggup lagi menjadi bahan ketawa oleh masyarakat dunia apabila dilihat seolah-olah masih merelakan sekumpulan individu tidak bertanggungjawab terus merompak harta negara," ujarnya.
Mengulas lanjut, Luqman berkata, rakyat Malaysia dibimbangi akan menerima kesan paling buruk jika kecurangan pengurusan dana awam itu berterusan.
"Lebih malang apabila anak muda yang mewakili 60 peratus daripada komposisi rakyat Malaysia akan terus berhadapan dengan ketidaktentuan masa depan.

The Guardian dedah skandal terbesar dunia 1MDB

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali merujuk kepada The Guardian bertajuk ‘1MDB: The inside story of the world’s biggest financial scandal’  di sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) berkenaan pendedahan skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB).
Rujuk lanjut artikel berkenaan di : http://bit.ly/2azFnd0
The Guardian
Sebelum ini, selain Amerika Syarikat, beberapa negara lain dijangka  membuat pendedahan berhubung penggubahan wang haram berkaitan skandal 1MDB di negara masing-masing.
Skandal 1MDB dianggap jenayah rompakan terbesar negara susulan pendedahan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) berhubung ketirisan kewangan syarikat milik kerajaan itu.
The Guardian1 
DOJ memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1MDB yang didakwa diselewengkan.
Ia termasuklah penyelewengan RM28 bilion yang dikatakan dibawa keluar daripada penyata kewangan syarikat cetusan milik Perdana Menteri itu.

Lagi pegawai era Gani tinggalkan pejabat AG

Pelantikan bekas Timbalan Peguam Cara Negara I Datuk Seri Tun Abd Majid Tun Hamzah
sebagai pesuruhjaya kehakiman semalam menandakan seorang lagi pegawai kanan yang dikatakan rapat dengan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail meninggalkan pejabat peguam negara.
Sebelum ini, pada April lalu, Peguam Cara Negara Datuk Azailiza Mohd Ahad memilih persaraan awal manakala bekas ketua divisyen pendakwaan, Datuk Abdul Wahab Mohamed meninggalkan pejabat peguam negara pada Disember lalu.
Pergerakan itu dilaporkan berlaku selepas Tan Sri Mohamed Apandi Ali menggantikan Gani sebagai peguam negara pada 28 Julai tahun lalu.
Apandi hadir semalam apabila Tun Abdul Majid dan peguam Azmi Abdullah, 49, mengangkat sumpah sebagai pesuruhjaya kehakiman di hadapan Ketua Hakim Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.
Kedua-dua mereka akan berkhidmat di mahkamah tinggi di Semenanjung Malaysia.
Tun Majid, 55, adalah bekas ketua pendakwa di pejabat peguam negara sebelum jawatan terakhir sebagai timbalan peguam cara negara I.
Beliau telah mengendali dan mengetuai pihak pendakwaan dalam beberapa kes berprofil tinggi, termasuk perbicaraan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu hingga kes itu berakhir di mahkamah persekutuan.
Beliau juga mengendalikan perbicaraan kes Zon Bebas Pelabuhan Klang membabitkan bekas menteri pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik.
Awal tahun ini, Tan Sri Ali Hamsa, selaku Ketua Setiausaha Negara, mengesahkan bahawa bekas Peguam Cara Negara, Azailiza memilih untuk bersara awal daripada pejabat peguam negara.
Ini berlaku walaupun terdapatspekulasi bahawa beliau memilih untuk persaraan awal selepas dikatakan akan dipindahkan ke jabatan kerajaan lain.
Azailiza, dilantik sebagai Peguam Cara Negara pada 1 Nov 2014 dan meninggalkan jawatannya itu pada 8 April ini.
Tempat beliau digantikan oleh Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek.
Sementara itu, bekas ketua divisyen pendakwaan, jabatan peguam negara, Abdul Wahab kini berkhidmat di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, selepas dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman pada 15 Disember lalu.
Penggantinya adalah Datuk Zauyah Be Loth Khan, bekas penasihat undang-undang negeri Selangor.
Tidak lama selepas Apandi mengangkat sumpah sebagai peguam negara pada tahun lalu, Jessica Gurmeet Kaur, seorang pegawai di pejabat peguam negara, menyaksikan kontraknya ditamatkan dan diancam dengan pengusiran.
Beliau adalah sebahagian daripada pasukan petugas khas bagi menyiasat 1MDB - terdiri daripada pegawai polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pejabat Peguam Negara dan Bank Negara.
Pasukan itu kemudiannya dibubarkan.
Beliau, bersama dengan bekas penasihat SPRM Rashpal Singh, telah disiasat berhubung kebocoran kertas pertuduhan yang dikatakan untuk mendakwa perdana menteri.
Jessica kemudiannya digantikan oleh Datuk Dzulkifli Ahmad, dalam sekretariat pasukan petugas khas itu. Dzulkifli sekarang adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Azmin harap Pakatan Harapan ‘merendah diri’ terima parti baharu

Pakatan Harapan sepatutnya boleh membentuk satu gabungan teragung yang mampu berdepan dengan BN.
azmin-pakatan-harapan
SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata setiap parti dalam Pakatan Harapan seharusnya mempunyai sikap ‘merendah diri’ untuk menerima parti baharu yang mempunyai dasar dan agenda reformasi sama dalam menentang BN/Umno.
Beliau berkata Pakatan Harapan turut bersedia bergabung dengan parti baharu yang ingin ditubuhkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad jika mereka komited untuk bersama-sama dengan agenda yang dibawa Pakatan Harapan.
“Kita mestilah mempunyai sikap merendah diri untuk menerima terdapat perbezaan dalam gabungan ini (sekiranya bergabung dengan parti baharu Dr Mahathir). Tetapi perlu juga kita menghormati satu sama lain dan berpegang dasar bersama dalam satu agenda.
“Mana-mana individu dan pihak yang ingin membawa kepada agenda pembaharuan sepatutnya bekerja bersama dengan Pakatan Harapan dan semua parti pembangkang.
“Saya rasa jika kami bersama-sama mereka, kami sepatutnya boleh membentuk satu gabungan teragung yang mana boleh menghadapi BN,” katanya kepada pemberita di Dewan Annex SUK hari ini.
Azmin berkata demikian ketika ditanya mengenai penubuhan parti baharu yang ingin ditubuhkan Dr Mahathir dalam gagasan pembangkang.
Dr Mahathir pada pertengahan Julai lalu mengumumkan satu pakatan parti pembangkang yang melibatkan sebuah parti baharu, PKR, DAP dan Amanah akan ditubuhkan untuk menentang BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.
Sementara itu, Azmin berkata pengumuman Dr Mahathir itu turut disambut baik memandangkan objektif penubuhannya jelas serupa dengan gabungan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan BN/Umno.

Skandal 1MDB: Baliklah Jho Low, berjolilah di Malaysia, kata PAS


Baliklah Jho Low. Tak perlu malu malu. Nak berjoli berjolilah di Malaysia kata Tuan IbrahimBaliklah Jho Low. Tak perlu malu malu. Nak berjoli berjolilah di Malaysia kata Tuan Ibrahim
Timbalan presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man mengajak Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low segera pulang kerana di sini tempat paling menyeronokkan beliau walaupun jadi buruan di serata dunia.
"Jho Low kalau kembali ke Malaysia, yakinlah dia akan dirai. Malah akan dijemput makan bersama oleh VIP-VIP untuk membincangkan projek seterusnya.
"Kini lega Jho Low boleh bertambah. Malah dia boleh rasa lebih selamat kerana Akta Majlis Keselamatan Negara sudahpun dikuatkuasakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini
Menurutnya tiada tempat yang lebih selamat bagi beliau, yang kini disebut-sebut di pelbagai negara kerana dikaitkan dengan tuduhan-tuduhan mengenai kekayaannya yang dikatakan berpunca daripada duit 1MDB selain Malaysia.
"Di Malaysia, 1MDB walaupun kelihatan cacat, akan tetapi ia tidak kelihatan cela. Pelbagai agensi kerajaan menyatakan tiada duit yang hilang daripada 1MDB, dan tiada siapa yang melakukan kesalahan di dalam 1MDB. Setakat ini, isu 1MDB masih tiada kes di Malaysia meskipun ia digembar-gembur merata dunia," katanya.
Sebaliknya kata beliau, di Malaysia, mereka yang menyoal 1MDB akan disiasat, bukan sebaliknya. Mereka yang meneka siapa Malaysia Official 1 akan dipanggil. Di sini, tiada kes sivil untuk menyita harta meskipun ada duit berbilion masuk ke akaun peribadi.
"Baliklah Jho Low. Tak perlu malu-malu. Nak berjoli, berjolilah di Malaysia, sekurang-kurangnya duit yang ada itu digunakan di dalam negara.
"Malah, kerajaan boleh kutip GST lagi.
"Dan Malaysia Official 1 pun boleh terasa lega, kerana anda tidak direman di mana-mana negara," katanya.

Kerajaaan Tak Berduit: PIBG mencari dana?

Kerajaan sanggup berhabis dana bina bangunan pencakar langit sedangkan perbelanjaan pembangunan pendidikan hendak diletakkan di bahu ibu bapa dan guru.
pibg
Oleh Zulhazmi Shariff
Menteri yang baru dilantik dalam rombakan jemaah menteri baru-baru ini, Tan Sri Noh Omar dilaporkan membayangkan cadangan mewajibkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) melaksanakan program kutipan dana awam bagi menampung perbelanjaan sekolah.
Cadangan itu ditempelak Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng yang mempersoalkan ke mana perginya dana kerajaan untuk melicinkan perjalanan pendidikan negara. Kerajaan sanggup berhabis dana membina bangunan pencakar langit dan sebagainya sedangkan perbelanjaan pembangunan pendidikan hendak diletakkan di bahu ibu bapa dan guru.
Sebenarnya isu perbelanjaan sekolah bukan suatu perkara baru malah sudah berlarutan sekian lama dek kerana kekangan belanjawan daripada kerajaan. Dalam Bajet 2016 yang dibentangkan tahun lalu oleh menteri kewangan merangkap perdana menteri jelas belanjawan pendidikan mengalami pengurangan.
Ada sekolah yang terpaksa mengusulkan dan kemudian memutuskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG untuk mengutip yuran daripada ibu bapa bagi menampung perbelanjaan sekolah. Perbelanjaan bagi kertas peperiksaan contohnya, ada sekolah meminta ibu bapa membuat bayaran sejumlah wang. Ada sekolah yang meminta ibu bapa menyumbangkan kertas dan sebagainya.
Noh boleh menempelak ahli Parlimen Segambut sebagai tidak reti bahasa tetapi hakikatnya yang tidak reti bahasa malah bertindak melepaskan tanggungjawab pendidikan ialah Noh. Pendidikan tanggungjawab kerajaan. Bagaimana kerajaan boleh bertindak melepaskan tanggungjawab tersebut dan meletakkannya kepada ibu bapa untuk mencari dana?
Tidak cukup lagikah ibu bapa, guru dan anak membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST)? Sekarang ibu bapa, guru dan anak hendak pula diminta mencari dana sendiri? Apa makna sekolah bantuan penuh kerajaan jika belanjawan sekolah perlu diletakkan atas bahu ibu bapa?
Apa lagi yang kita rakyat Malaysia akan tanggung?? Hutang judi kita tanggung. Hutang joli kita tanggung. Hutang Jho Low kita juga tanggung.

Kerajaan BN tak cukup duit: Noh pertahan cadangan wajibkan PIBG kutip dana sekolah

Noh menyerang ahli Parlimen DAP yang dituduhnya tidak faham urusan PIBG.
noh-omar-lim-lip-engPUTRAJAYA: Tan Sri Noh Omar hari ini mempertahankan cadangannya mahu mewajibkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di semua sekolah di Selangor mengutip derma disebabkan dana kerajaan persekutuan tidak mencukupi.
Beliau membidas Ahli Parlimen Segambut, Lip Lim Eng, yang mempersoalkan cadangan itu sebagai “tidak masuk akal” kerana menjadi tanggungjawab kerajaan membelanjakan wang menyelenggara sekolah.
“Saya cadang hari tu, PIBG mengadakan program mencari dana seperti yang dilakukan oleh sekolah sifir,” kata Noh, yang dilantik sebagai menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan bulan lalu.
“Jadi, dia (Lim) ni tidak pernah jadi pemimpin PIBG, mana dia erti bahasa,” katanya dalam sidang media di Jabatan Bomba dan Penyelemat Malaysia Putrajaya.
Katanya, PIBG boleh menganjurkan aktiviti seperti sambutan Hari Keluarga atau jualan jumbo bagi mendapatkan dana.
“Saya nak beritahu Ahli Parlimen Segambut kalau tidak faham jangan cakap,” tambah Noh.
Noh, yang juga bekas timbalan menteri pelajaran, berkata kebiasaannya PIBG akan dibantu kerajaan persekutuan.
Lim berkata Belanjawan 2016 sudah banyak mengurangkan peruntukan untuk sektor pendidikan, tetapi pada masa sama menambah dana untuk Jabatan Perdana Menteri daripada RM19 bilion tahun lalu kepada RM20.3 bilion.
“Kerajaan sewajarnya mengambil sebahagian daripada peruntukan RM20.3 bilion untuk Jabatan Perdana Menteri untuk digunakan bagi tujuan penyelenggaraan sekolah,” katanya.

PARTI BARU, TUN M SENDIRI AKAN PERGI KE PENDAFTAR PERTUBUHAN

Perkara yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia sekarang ialah bilakah parti baru yang mahu ditubuhkan oleh Tun Mahathir Mohamad akan menjadi kenyataan.

Sehingga ini bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu difahamkan telah mengadakan beberapa pertemuan serta perbincangan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan mengenainya, malah hasrat menubuhkan parti baru itu turut dibincangkan dengan pemimpin-pemimpin utama Pakatan Harapan.

Tidak saja Pakatan Harapan menyambut baik kewujudan parti baru itu serta menyatakan kesediaan untuk saling bekerjasama, malah Anwar Ibrahim yang sedang berada di penjara juga turut sama mengalu-alukannya.

Tun Mahathir, Muhyddin Yassin dan Mukhriz Mahathir pula sudah beberapa bercakap mengenai parti baru itu yang bukan saja ditubuhkan untuk menyaingi UMNO, bahkan diyakini mampu menumbangkannya.

Setelah masa kian berlalu, bilakah parti baru itu akan menjadi kenyataan?

Esok? Minggu depan? Bulan depan? Tahun hadapan?

Semua dalam debaran.
Bukan saja rakyat ternanti-nanti, malah pemimpin-pemimpin UMNO juga sedang berdebar-debar menunggunya.

Jika dilihat berdasarkan komen-komen melalui media, pemimpin UMNO yang "lurus bendul"  akan berterus-terang mengatakan parti baru itu tidak perlu diwujudkan kerana akan memecah-belahkan rakyat, perjuangan Tun Mahathir yang dulunya hanya mahu menyingkirkan Najib sudah tersasar jauh dan pelbagai lagi nada yang mirip sepertinya.

Tetapi, bagi pemimpin yang "malu-malu kucing"  dan ingin menutup kerisauan dalam hati, mereka akan berkata, parti baru itu akan menambahkan perpaduan ahli-ahli UMNO, memberi motivasi untuk UMNO lebih berjaya, UMNO tetap keramat di hati rakyat dan seumpamanya lagi.

Hakikatnya, baik yang "lurus bendul" atau yang "malu-malu kucing", mereka sedar akan kemampuan dan daya fikir Tun Mahathir dalam mengalahkan musuh-musuh politiknya.

Lalu, kenapa sehingga sekarang masih belum ditubuhkan lagi parti baru itu?

APAKAH TUN M JUGA AKAN DISIASAT?

Tanpa berselindung lagi, Tun Mahathir Mohamad bukan saja meneruskan serangannya terhadap Perdana Menteri, bahkan secara terbuka mengatakan Malaysian Official 1 yang disebut oleh Jabatan Kehakiman AS ialah Najib Razak.
"Walaupun nama Najib tidak dicatit, tetapi semua tahu Malaysian Official 1 (Pegawai Malaysia Nombor 1) ialah Najib.

"Hanya yang bangang saja yang tidak kenal Najib sebagai Pegawai Malaysia Nombor 1. Dan mereka saja yang masih sanggup menerima Najib sebagai pemimpin mereka," kata bekas Perdana Menteri itu dalam tulisan terbaru di blognya.

Hari ini juga, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM berhubungnya tulisannya di laman sosial Facebook yang menuduh Najib adalah Malaysian Official 1.

Tony Pua berkata, beliau dimaklumkan bahawa SKMM memanggilnya kerana suruhanjaya itu menerima lima aduan daripada orangramai berhubung tuduhannya terhadap Najib itu.

Pengerusi DAP Selangor itu bagaimanapun bertegas tidak akan menarik balik statusnya di Facebook itu, malah berikrar untuk meneruskan peranan sebagai Ahli Parlimen untuk meminta kerajaan bersikap telus dalam soal 1MDB.
Kenapa ada yang membuat aduan terhadap Tony Pua? 

Adakah menuduh Najib sebagai Malaysian Official 1 suatu kesalahan?

Jika begitu, adakah Tun Mahathir juga dianggap telah melakukan kesalahan?

Apakah selepas ini Tun Mahathir juga akan turut disiasat oleh SKMM?

TU DIA !!!.. Kuat beno jilatnya... Tang mana Najib majukan negara..

Tolong senaraikan apa yg dah berlaku NAJIB MAJUKAN NEGARA pada negara selama 7 tahun Najib memerintah !!

Skandal 1MDB: Bila Nak Bayar RM800 Juta Hutang PERKESO...!!

Tabung Haji, KWSP, KWAP. LTAT & TNB.. telah disundalkan

Kini PERKESO PULA, RM800 JUTA !!!

YANG BELUM LAGI DISUNDALKAN.. adalah PNB.

Jangan lupa, Najib dah umumkan ex-menteri Najib, Wahid Omar jadi Pengerusi PNB berkuatkuasa SEMALAM (1/8/2016)...

Ada Yang Rambang Mata Harga Negara...!!!

Mana satu yang sudah DISUNDALKAN..

dan YANG BELUM DISUNDALKAN LAGI oleh Penyangak Negara ??

Penat2 korang bekerja siang malam, last2 ada plok yang selamba nak songlap..

Dedak gred berapa yg KJ dapat ??..

Dah berapa banyak makan dedak sehinggakan rela jadi balaci & macai pertahankan Najib ??!!

Dedak gred berapa yg KJ dapat ??.. Adakah gred dedak KJ berlainan dgn gred dedak yg dimakan oleh pencacai2 dibawahnya ??!!

Perdana Menteri kerap berbohong kepada rakyat sendiri...!!


"1MDB: Skandal kewangan terbesar dunia" - The Guardian

"Rampasan aset terbesar dalam sejarah Amerika" - Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ)

SKANDAL 1MDB: KANTOI LAGI MENIPU !!!

Penipuan Demi Penipuan..
Penafian Demi Penafian..

Akan terus diketawakan oleh rakyat.. sedangkan mereka tidak sedar apa-apa..

Modus operandi (MO) Umno/BN perbodohkan rakyat...


Komplot guling PM: Disiasat.. takda kes, cuma andaian...kerana mereka Umno...!!!

Kenapa tak disiasat pengadu buat repot palsu? Ini Tuduhan serius !!
HARAP peguam2 yg mewakili Zeti, Gani, Abu Kasim sila ambil tindakan selanjutnya bagi membalas balik tuduhan yang dilemparkan oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun.
PERKASA juga saran Pemuda Umno disaman malu.
PATUT LER, Najib & Khairy lepas tangan laporan polis Khairul Azwan itu adalah satu tindakan individu BUKAN UMNO !!!
KALAULAH yg buat laporan polis itu dari pembangkang, 24/7 polis dah tunggu depan pintu rumah tukang repot nak tangkap..

Skandal 1MDB: Mengapa peguam pemerhati, bukan peguam pencelah?

1MDB adalah syarikat milik negara, maka kerajaan mempunyai hak ke atas harta terlibat dalam prosiding tersebut.
Faiz-Fadzil
Oleh Faiz Fadzil
Pengumuman Jabatan Peguam Negara akan menghantar peguam pemerhati di dalam prosiding tindakan sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat adalah tidak memadai dalam usaha menangani skandal 1MDB.
Peguam pemerhati yang dikenali sebagai “watching brief” adalah pihak yang hanya dibenarkan menyertai prosiding “civil forfeiture” untuk bertanya beberapa soalan seperti mana diumumkan Peguam Negara.
Namun, kerajaan Malaysia mempunyai kepentingan secara langsung dan berhak menuntut aset di dalam prosiding tersebut.
Sepatutnya Peguam Negara menasihatkan kerajaan Malaysia memfailkan permohonan mencelah atau “intervener” di mana kerajaan akan menjadi pihak di dalam prosiding tersebut bagi melindungi dan mempertahankan hak kerajaan ke atas aset yang mahu disita dan dirampas oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat di bawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative.
Perkara ini penting memandangkan fakta yang dibentangkan di dalam kertas kausa “civil forfeiture” tersebut melibatkan kesalahan pengubahan wang haram akibat perbuatan jenayah mencuri wang 1MDB.

Zunar lancar baju T ‘Malaysian Official 1’

Zunar berkata, dengan memakai baju itu rakyat menunjukkan protes terhadap rompakan AS$1 bilion wang mereka oleh MO1.
zunar-malaysiaofficial1-tshirt
PETALING JAYA: Jualan baju dicetak dengan kartun “Malaysian Official 1” yang dihasilkan kartunis politik mendapat sambutan sangat menggalakkan setakat ini.
Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Haque berkata, kartun itu adalah ikon bagi melambangkan skandal 1MDB dan individu tidak dikenali yang dinamakan “Malaysian Official 1” seperti terkanding dalam laporan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat pada 20 Julai lalu.
“Ia asalnya dalam bentuk kartun, tetapi dibuat dalam bentuk T-shirt supaya mesej ini dapat dikembangkan lebih banyak dalam medium-medium lain.
“Dengan memakai T shirt ini bererti rakyat menunjukkan protes terhadap rompakan AS$1 bilion wang mereka oleh MO1,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baju yang dijual pada harga RM26 itu didatangkan dalam dua warna pilihan, iaitu hitam dan putih, dan diperolehi menerusi internet.
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dengan kerjasama DoJ mengemukakan saman sivil untuk menyita lebih AS$1 bilion aset yang didakwa dilesapkan daripada dana 1MDB.
Dalam saman itu, AS$731 juta dana 1MDB didakwa mengalir ke akaun bank rasmi “Malaysian Official 1” yang disifatkan sebagai “pegawai berpangkat tinggi dalam kerajaan Malaysia yang juga mempunyai kedudukan berkuasa dalam 1MDB”.

Anwar mohon isytihar Akta MKN langgar perlembagaan

Anwar turut memohon injunksi untuk menyekat Majlis Keselamatan Negara mengambil tindakan di bawah Akta MKN sehingga tuntutan mahkamah itu selesai.
anwar-nsc-actKUALA LUMPUR: Bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi untuk mengisytiharkan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Dia juga memohon pengisytiharan Perkara 66 (4) dan 66 4(A) yang membenarkan penguatkuasaan undang-undang itu tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong sebagai tidak sah serta terbatal.
Anwar turut memohon injunksi untuk menyekat Majlis Keselamatan Negara mengambil tindakan di bawah Akta MKN sehingga tuntutan mahkamah itu selesai.
Beliau menamakan kerajaan dan Majlis Keselamatan Negara sebagai defendan.
Peguam Anwar, Latheefa Koya berkata, pindaan perlembagaan pada 1983, 1984 dan 1994 merampas kuasa Agong secara perlahan-lahan.
“Pindaan terhadap Perkara 66 (4) mengubah cara ia dibaca selepas Hari Kemerdekaan,” katanya dalam satu sidang media.
Ketua pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, saman itu bertujuan “menuntut semula demokrasi dalam negara ini dan rakyat perlu berbuat sesuatu.
Tegasnya, Anwar yang masih meringkuk dalam penjara sudah menunjukkan jalannya, kini “rakyat perlu memperjuangkan hak mereka”.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menambah, tuntutan mahkamah itu bertujuan membantah Akta MKN dan memberi amaran kepada kerajaan supaya tidak mengabaikan rakyat.
“Pemimpin akan menggunakan sebarang alasan untuk menggunakan Akta MKN. Tidak ada sebab menggubal undang-undang jika anda tidak berniat menggunakannya,” katanya.

"Kematian perlahan" Najib sudah dijangka awal media asing?


Datuk Seri Mohd Najib RazakDatuk Seri Mohd Najib RazakPerdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Razak dilihat seolah-olah bagai tenggelam dalam lumpur kerana amalan rasuah yang tidak pernah dilihat di rantau ini selepas zaman Presiden Ferdinan Marcos di Filipina.
Satu episod yang memalukan dapat dikesan berlaku terhadap seorang pemimpin negara yang dianggap malang sebagai pendokong parti dominan di negara ini, Umno.
Tulisan Roger Mitton dikolum Opinion bertajuk "Najib's Slow Death"  dalam Myanmartimes.com yang disiarkan setahun lalu pada 2015 itu dipetik, antara lain menyatakan skandal 1MDB ini terkait dengan anak tiri Najib, Reza Aziz dan Jho Low.
"Cukup untuk mengatakan anak tiri Najib, Reza Aziz adalah orang yang bertanggungjawab bagi kebanyakan masalah yang disebabkan oleh 1MDB.
"Dana kekayaan negara yang telah hilang berbilion ringit daripada 1MDB kerana rasuah dan salah urus ditambah pinjaman tidak berbayar yang cukup besar.
"Dana nampaknya dikuasai hampir sepenuhnya oleh Najib, Reza dan Jho Low- walaupun tidak berkaitan dengan Jenifer Lopez dan Paris Hilton atau lain-lain," ujarnya.
Tulisan itu juga menyebut tidak ada alasan yang jelas mengapa dan kenapa hal ini boleh berlaku? Hanya untuk diingat bahawa Najib berada di bawah kekuasaan isterinya Rosmah yang mana tindakannya itu mengagalkan suaminya dilihat sebagai seorang perdana menteri yang berkredibiliti.
Apa sebenarnya terjadi kerosakan peribadi ke atas Najib adalah perkara remeh berbanding kesan bencana kerugian besar 1MDB ke atas ekonomi Malaysia yang semakin rapuh.
Sudah tentu ada kebimbangan di atas skandal 1MDB, sistem kewangan negara akan menghadapi kesukaran sepertimana krisis kewangan di Asia pada 1997 lalu.
Ini kerana sumber ekonomi Malaysia bergantung kepada eksport utamanya petrolium dan minyak sawit.
Masalah ekonomi pula diburukkan lagi degan kemerosotan sokongan politik dalam negara menurut laporan itu dipetik.

Guling Najib: Azwanbro boleh disiasat kerana buat laporan palsu

Beri maklumat palsu dengan niat menyebabkan polis menggunakan kuasa yang mendatangkan bencana kepada orang lain merupakan kesalahan dibawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.
IGP-khairul-1
PETALING JAYA: Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun boleh disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan diatas laporan polis mengenai konspirasi terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dibuatnya.
Ini kerana andaian tanpa bukti itu boleh menyebabkan polis menggunakan kuasa mereka untuk mendatangkan kegusaran atau bencana kepada orang lain, kata peguam Syahredzan Johan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata laporan 26 Julai itu berdasarkan andaian, dan oleh itu tidak mewajarkan siasatan lanjut.
“Dengan membuat laporan polis tersebut, beliau memberi maklumat palsu supaya polis menyiasat ketiga-tiga Tan Sri yang dikatakan terlibat dalam ‘komplot’ menggulingkan kerajaan,” katanya kepada FMT.
Memberi maklumat palsu dengan niat menyebabkan penjawat menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang yang mendatangkan bencana kepada orang lain merupakan kesalahan dibawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.
“Saya tidak mahu beliau disiasat polis mahupun didakwa tetapi beliau harus menyedari bahawa sebagai seorang pemimpin politik, beliau seharusnya lebih bertanggungjawab dan berhati-hati dalam bertindak,” tambahnya.

Umno Terengganu serah kepada lembaga disiplin hukum Mat Said

Ahmad Razif berkata, tindakan akan dikenakan kepada mereka yang melanggar disiplin Umno tanpa mengira status dan jawatan beliau dalam parti itu.
Menteri Besar Ahmad SaidKUALA TERENGGANU: Badan Perhubungan Umno Terengganu menyerahkan kepada Lembaga Disiplin parti untuk mengambil tindakan terhadap Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said yang didapati lantang mengkritik kepimpinan Umno negeri sejak akhir-akhir ini.
Pengerusinya, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, ia bagi memastikan setiap anggota parti yang didapati melanggar disiplin dikenakan tindakan tanpa mengira status dan jawatan beliau dalam parti.
“Kita akan ambil tindakan berasaskan disiplin parti, kalau sesiapa bersalah kita akan ambil tindakan, kalau kata saya sendiri bersalah perlu diambil tindakan.
“Kalau dipecat, itu terpulang kepada Lembaga Disiplin Umno, kalau dia bersalah, bersalahlah. Kita di peringkat Badan Perhubungan (Umno Negeri) akan menghantar laporan ke peringkat tertinggi untuk diambil tindakan.
“Ini adalah asas yang perlu didokong parti yang mempunyai prinsip (seperti Umno),” katanya selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya Terengganu Inc hari ini.
Ahmad Razif mengulas desakan beliau kepada Majlis Tertinggi Umno supaya memecat Ahmad berikutan tindakannya itu.
Ahmad Razif yang juga Menteri Besar Terengganu dalam pada itu berkata, Badan Perhubungan Umno pernah membuat laporan kepada Lembaga Disiplin parti terhadap beberapa individu yang didapati berpaling tadah pada pilihan raya lalu dan juga pihak yang cuba menggugat kestabilan politik negeri ini.