Isnin, 1 Ogos 2016

Skandal 1MDB skandal kewangan TERBESAR DUNIA.


SUDAH KENAL SIAPA DIKTATOR !!!

Mulai hari ini (1/8/2016) Najib tak sekadar seorang PM. Dia kini Pengerusi MKN dgn kuasa2 melampau bawah Akta MKN yg tak boleh dicabar mana2 mahkamah.

Walaupun MKN ada 8 anggota, kuasa efektif secara mutlak berada di tangan Najib selaku PM & Pengerusi.

BONGKAR & TERBURAI LAGI Skandal 1MDB !!!

Kali ini satu keluarga Tun Razak, yg juga adik-beradik PM Najib Razak terlibat sama...

Primus mendakwa, Goldman menggesanya penerimaan tawaran yang lebih tinggi untuk meningkatkan peranannya dengan Perdana Menteri Malaysia kerana penggabungan akan 'memberi kekayaan' kepada Nazim Razak, pengarah Hong Leong serta Datuk Seri Nazir Razak, Pengerusi CIMB Group Holdings Bhd. (CIMB.KL), yang menasihatkan Hong Leong dalam pengambilan alih itu.

NAMPAK TAK !!!

Penangan keluarga adik-beradik Najib Razak dlm membolot kekayaan negara...

TU PON KORANG MASIH BUTA PEKAK NAK PANGKAH BN LAGI !!!

NAJIB TAK FAHAM ATAU CUBA NAK PERDAYA MAKCIK FELDA?

Agak menjengkelkan mendengar reaksi terbaru Najib Razak mengenai saman sivil yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman AS untuk menyita harta-harta bernilai RM4,000 juta yang dipercayai berasal daripada dana 1MDB yang telah dilencongkan.

Setelah reaksi pertamanya menyatakan kerajaan sedia memberi kerjasama berhubung saman sivil itu dan kemudian mahukan semua yang dinamakan, termasuk anak tirinya Riza Aziz, membersihkan nama masing-masing, kali ini Najib menyatakan 1MDB tidak terlibat dalam tindakan yang dilakukan oleh Jabatan Kehakiman AS itu.

Katanya, 1MDB tidak mempunyai kaitan dengan saman sivil itu memandangkan syarikat pelaburan strategik kerajaan itu tidak dinamakan sama sekali.

Dalam saman tersebut, 1MDB tidak dinamakan. Jadi, secara langsungnya 1MDB tidak terlibat, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO.

Tambah Najib lagi, saman tersebut juga tidak menyebut 1MDB mempunyai aset di AS, selain tidak mengambil pandangan mana-mana daripada 1MDB atau pun pihak berkuasa di Malaysia.
Apa yang Najib cuba gambarkan kepada rakyat dengan reaksinya yang sedemikian rupa itu?

Adakah Najib mahu menggambarkan 1MDB tidak bersalah dan AS sebenarnya yang salah?

Adakah Najib tidak faham mengenai tindakan Jabatan Kehakiman AS itu atau ini satu lagi percubaan untuk memperdaya pakcik kampung dan makcik Felda tentang putih bersihnya 1MDB itu?

Dalam kes saman sivil tersebut, adalah jelas disebut harta-harta itu mahu disita kerana kerana ia dipercayai dibeli dengan menggunakan wang 1MDB yang dilencongkan. Harta-harta bernilai RM4,000 juta itu dibeli sebagai kaedah mencuci wang haram atau penggubahan wang daripada 1MDB yang pihak AS dapat kesan berjumlah RM14,000 juta atau AS$3.5 bilion.

Empat pemilik harta yang disebut itu ialah Jho Low, Riza Aziz, Khadem Al-Qubaisi dan Mohamed Al-Badawy.

Dalam hal ini, memanglah nama 1MDB tidak disebut dalam saman sivil yang difailkan kerana 1MDB adalah mangsa kecurian. Apabila mahu menyita harta, yang dinamakan sudah tentu yang disyaki pencurinya, bukan pihak yang kena curi. 

Mereka yang dipercayai mencuri duit 1MDB itulah yang membeli harta-harta, membuat filem, berjudi dan sebagainya dengan wang tersebut. Oleh itu, siapa pun faham 1MDB memang tiada harta di AS, tetapi daripada wang 1MDB yang dicuri itulah mereka membeli pelbagai harta.

GULING PM: MENGAPA BARU SEKARANG KJ BERSUARA?

Semalam, Najib Razak memberitahu tindakan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun membuat laporan polis terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim Mohamed, bekas Peguam Negara, Abdul Gani Patail dan bekas Gabenor Bank Negara, Dr Zeti Akhtar Aziz adalah atas kapasiti peribadinya.

Kata beliau, sesiapa jua yang mempunyai maklumat atas sesuatu perkara berhak untuk berbuat demikian.
Kharul Azwan, Naib  Ketua Pemuda UMNO membuat laporan polis terhadap tiga individu terbabit kerana didakwa terbabit dalam konspirasi mahu menjatuhkan Perdana Menteri dengan menyalurkan maklumat dan dokumen tertentu kepada pihak asing.

Gani Patail menafikan dakwaan tersebut dengan menganggapnya bertujuan mencari publisiti. Beliau juga sudah melantik peguam dan sedang dalam pertimbangan untuk menyaman Khairul Azwan.

Abu Kassim pula telah mendapat nasihat peguam dan dinasihatkaj tidak memberi apa-apa ulasan buat waktu itu.

Dr Zeti belum diketahui tindakan yang akan dilakukan selanjutnya, cuma ada menyatakan beliau tidak akan bercakap mengenai laporan polis itu tanpa kehadiran peguamnya.

Setelah beberapa hari berdiam diri, hari ini Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin  mengatakan tindakan naibnya itu adalah bersifat individu dan bukan merupakan pendirian Pemuda UMNO.

Ia adalah tindakan individu yang mempunyai maklumat tertentu yang sudah pun dikongsi dengan pihak polis, tambahnya lagi.

Mengapa Najib dan KJ tidak mahu memikul tanggungjawab bersama terhadap laporan polis itu sedangkan Khairul Azwan adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO dan juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia?
Benarkah KJ tidak dimaklumkan langsung sebelum naibnya itu membuat laporan polis sedangkan sehari sebelum laporan itu dibuat telah berlangsung mesyuarat Exco Pemuda UMNO?

Skandal 1MDB: Apandi pertimbang hantar peguam pemerhati dalam saman sivil DOJ

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sedang mempertimbangkan untuk menghantar wakil bertindak sebagai peguam pemerhati pada prosiding saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) mengenai sitaan aset-aset yang dikatakan dilesapkan dari IMDB.
"Saya sedang memikirkan idea bahawa mungkin saya atau pegawai saya akan ke sana semasa prosiding. Sekurang-kurangnya untuk menyatakan minat kita kerana kita dengar anda (AS) mahu memberikan wang kepada kita, kita mahu mendengarnya," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri upacara mengangkat sumpah dua pesuruhjaya kehakiman.
Beliau juga berkata sebuah firma guaman Amerika Syarikat mungkin juga dilantik dan bersama-sama dengan pegawai kanannya atau bersama beliau untuk menghadiri prosiding itu.
Mohamed Apandi menjelaskan bahawa peguam pemerhati bermakna bahawa wakil akan menghadiri prosiding mendengar saman dan mendengar apa-apa yang terbit dalam prosiding di mahkamah dan mungkin, dengan kebenaran mahkamah, akan bertanya beberapa soalan untuk penjelasan.
Beliau berkata IMDB adalah sebuah syarikat Malaysia dan kerajaan Malaysia mempunyai kepentingan memandangkan ada tanda-tanda oleh Peguam Negara Amerika Syarikat bahawa mereka akan memulangkan wang yang diseleweng itu kepada Malaysia.

Apandi berkata beliau akan berhubung dengan peguam-peguam Amerika Syarikat untuk membantunya mengenai prosedur berhubung dengan kemungkinan wakil Malaysia bertindak sebagai peguam pemerhati dalam prosiding mendengar saman sivil kerana sistem kehakiman Amerika Syarikat berbeza sama sekali dengan sistem di Malaysia.
"Saya masih mengkaji idea itu. Tetapi belum dinasihatkan oleh para peguam Amerika Syarikat," kata beliau.
Kepada soalan sama ada tindakan akan diambil ke atas Low Taek Jho yang dinamakan dalam saman sivil itu, Mohamed Apandi berkata siasatan belum selesai.
Beliau, bagaimanapun berkata apabila kertas siasatan siap, beliau akan membuat keputusan sama ada untuk memulakan pendakwaan atau tidak.

BAGAIMANA UNTUK BERITAHU ORANG KAMPUNG MENGENAI SKANDAL 1MDB DALAM BAHASA PALING MUDAH?

Muhyiddin Yassin bersetuju untuk bekerjasama dengan PKR bagi mengadakan siri jelajah ke seluruh negara untuk menjelaskan mengenai skandal 1MDB dalam bahasa paling mudah kepada orangramai.

Persetujuan itu diumumkan dalam suatu sidang akhbar di Subang Jaya pada tengahari Sabtu dengan dihadiri Muhyiddin sendiri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Azmin Ali dan lain-lain pemimpin PKR.

Menurut Muhyiddin, penjelasan dalam bahasa yang mudah meliputi kawasan bandar dan luar bandar itu adalah penting supaya rakyat mendapat gambaran sebenar dan faham beban 1MDB kepada negara.

Ini kerana, katanya, isu melibatkan skandal 1MD bukan saja menjadi bualan dalam negara, bahkan juga sehingga ke luar negara.

Saya sokong inisiatif yang dicadangkan ini, malah perlu dipertingkatkan lagi. Kalau rakyat tidak disedarkan mengenai kuasa mereka dalam menentukan masa depan negara, sampai bila pun mereka tidak akan sedar, ujar Muhyiddin dalam ucapannya.

Bagaimana untuk menggambarkan skandal 1MDB ini dalam bahasa paling mudah untuk difahami, khususnya kepada orang-orang kampung dengan matlamat akhirnya supaya mereka akan menolak UMNO dan BN yang diketuai oleh Najib Razak?

Jika diimbas pelbagai isu yang timbul yang berpunca daripada 1MDB daripada awal sehinggalah kepada Jabatan Kehakiman AS mengambil tindakan di bawah Inisiatif Pengambilan Semula Aset Kleptokrasi (harta curi) baru-baru ini, bahasa paling mudah untuk menggambarkannya ialah syarikat itu merupakan lubuk pencurian terhebat, bukan saja dalam negara, tetapi juga di dunia.

Untuk aktiviti pelaburan dan menambah pendapatan negara, sebenarnya tidak perlu sama sekali ditubuhkan 1MDB kerana kita sudah pun mempunyai Khazanah Nasional yang telah ditubuhkan sejak sekian lama?

Kenapa perlu ditubuhkan sebuah syarikat lain untuk menjalankan aktiviti pelaburan juga?

Jawapannya tentu saja ialah kerana Khazanah tidak boleh dipergunakan sesuka hati sepertimana 1MDB dioperasikan, lebih-lebih bukan saja Najib meletakkan dirinya sebagai pemberi kata putus dalam urusan perniagaan dan pelaburannya, malah melalui 1MDB jugalah diletakkan Jho Low untuk mencatur segala-galanya.

Semua itu tidak mungkin dapat dilakukan melalui Khazanah.

Melalui 1MDB, ia digunakan untuk meminjam secara besar-besaran atau menjual bon bagi membiayai aktiviti pelaburannya. Walaupun terikat dengan komisen yang tinggi, 1MDB juga diberikan tanah kerajaan TRX dengan harga RM60 sekaki, meskipun harga pasaran mencecah RM3,000 sekaki. Tanah di tapak TUDM Sungai Besi juga diberikan kepada 1MDB dengan harga yang tidak didedahkan.

Guling PM: 32 tahun dalam SPRM, saya pernah terima peluru hidup

Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata beliau juga dituduh ingin menjatuhkan kerajaan, sama seperti tuduhan kepada Tan Sri Abu Kassim Mohamed pada saat akhir persaraan.
Datuk Seri Mohd Shukri Abdull
PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata sepanjang berkhidmat beliau pernah terima peluru hidup, menderita penyakit misteri, diperangkap dengan dadah dan turut difitnah.
Katanya, sepanjang mempertahankan integritinya memegang amanah dalam jawatan itu, beliau juga difitnah dan dimaki, dengan nasib serupa dialami Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
“Selama 32 tahun kami bersama menjadi pegawai SPRM bukan mudah nak jadi pegawai yang tulen. Terlampau banyak cabaran dan rintangan yang dihadapi.
“Saya hampir mati diperangkap dengan dadah, rumah saya dihantar dengan peluru hidup, saya mengalami penyakit misteri selama sebulan, badan hilang 9kg. Saya juga tidak boleh tidur 14 hari 14 malam, saya difitnah, dimaki kerana perkhidmatan ini.
“Saya dituduh ingin menjatuhkan kerajaan, begitu juga dengan Tan Sri (Abu Kassim), pada saat akhir persaraannya dia dituduh ingin menjatuhkan kerajaan,” katanya sebak sambil menundukkan kepala ketika berucap buat kali terakhir di hadapan 1,000 pegawai SPRM.
Ucapan pada Majlis Paluan Berundur itu sempena perpisahan tiga pegawai tertinggi badan itu, termasuk Abu Kassim dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan) Datuk Seri Mustafar Ali.
Dalam ucapannya beliau turut membidas tindakan pihak yang membuat laporan polis terhadap Abu Kassim apabila dituduh terlibat dengan komplot menggulingkan perdana menteri, sebagai tidak berilmu.
“Individu yang membuat laporan terhadap Tan Sri (Abu Kassim) adalah individu yang tidak berilmu, tidak boleh membezakan perjuangan rasuah kerana sayangkan negara,” katanya.
Kenyataan itu dipercayai ditujukan kepada Naib Pemuda Umno Khairul Azwan Harun yang mendakwa Abu Kassim Mohamed, bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz dan bekas peguam negara Tan Sri Gani Patail berkomplot menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Shukri dalam ucapannya turut memberi nasihat kepada ahli politik, hakim dan pegawainya supaya jujur dalam menjalankan tugas kerana akhirnya mereka akan menerima hukuman di akhirat.
“Nasihat saya, kepada para hakim jatuhkanlah hukuman seadil-adilnya kerana semua pihak, siapa pun terlibat, kepada orang politik, menteri, wakil rakyat dan sesiapa saja yang dalam politik ingatlah tuan-tuan di atas sana kerana rakyat.
“Kepada anak buahku, buatlah kerja dengan betul tanpa rasa takut dan gentar kerana di SPRM bukanlah tempat untuk pegawai yang kecut, penakut dan gentar. Peliharalah kebebasan SPRM mencegah rasuah, bukan satu kerja yang mudah, banyak cabaran dan dugaan, hadapi rintangan ini dengan penuh cekal dan tabah,” katanya.

Guling PM: 'Apa bukti maklumat 3 Tan Sri palsu jika audit 1MDB rahsia'

Kebelakangan ini Malaysia tidak sunyi dari berita mengemparkan.
Terakhir adalah berita nasib tiga bekas pegawai kanan tertinggi kerajaan yang bersara atau "dibersarakan".
Mereka adalah bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim.
Ketiga-tiga mereka sebelum ini diakui kerajaan mempunyai rekod khidmat cemerlang.
Tiba-tiba Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun membuat laporan polis menuduh mereka memberi laporan tertentu mengenai 1MDB kepada kerajaan Amerika.
Ini adalah tuduhan yang amat serius dan mengemparkan.
Anehnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengambil masa beberapa hari untuk menjauhkan kerajaan dan Umno dari tuduhan yang amat berat tersebut.
Adakah kerana reaksi marah ramai rakyat Malaysia atas tuduhan tanpa bukti itu setelah mereka dinasihatkan menafikan yang laporan tersebut bukan dari arahan rasmi?
Gani sebagai peguam negara telah "dipencenkan" dengan mengejut atas alasan kononnya beliau kurang sihat.
Beliau ada mengeluarkan kenyataan selepas itu yang kesihatan baik seperti biasa. Banyak berita tersebar yang beliau dalam proses menyiapkan laporan lengkap yang membabitkan pihak tertinggi kerajaan dalam isu kontroversi 1MDB apabila beliau dibersararakan secara mengejut!
Zeti pula telah dilaporkan pernah mengeluarkan beberapa surat sebagai Gabenor Bank Negara kepada 1MDB kerana tidak mengikut syarat kelulusan bank pusat dan kesalahan kesalahan berkaitan.
Beliau diiktiraf olih bank-bank negara antarabangsa sebagai antara gabenor terbaik dan telus.
Abu Kassim pula terkenal sebagai ketua SPRM yang tegas dan berintegriti.
Pegawai- pegawai kanannya yang terlibat dalam siasatan 1MDB terlebih awal dahulu telah ditukar atau “direhatkan".
Semasa majlis perpisahannya dan dua lagi pegawai SPRM baru baru ini, timbalannya, Datuk Mohd Shukri Abdul telah menyatakan dalam ucapannya - "Kepada ahli politik, menteri dan wakil rakyat, ingatlah kamu dipilih kerana rakyat, berkhidmatlah dengan keikhlasan dan itegriti."
Ucapan tersebut telah disambut oleh linangan air mata pegawai-pegawai SPRM yang hadir.
Kepada ahli politik dan menteri manakah ucapan tersebut ditujukan?
Naib Ketua Pemuda Umno menyatakan ketiga-tiga pegawai kanan yang dituduhnya itu menyerahkan laporan 1MDB dan laporan palsu kepada kerajaan Amerika.
Ini juga adalah tuduhan yang amat serius. Lagi banyak tanda tanya yang timbul.
Persoalan saya sebagai Ahli Parlimen, dan juga rakyat biasa, jikalau laporan yang diserahkan kepada pihak Amerika itu didakwa laporan palsu, yang manakah laporan yang asal dan asli?

Dituduh mahu jatuhkan Najib, peguam arah Abu Kassim kunci mulut

Jawapan ringkas Abu Kassim itu dibuat sebagai menjawab soalan media berhubung laporan polis dibuat Pemuda Umno terhadapnya, baru-baru ini.

PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata peguam menasihatinya supaya berdiam diri berhubung laporan polis Pemuda Umno kononnya beliau berkomplot ingin menjatuhkan perdana menteri.
“Saya dinasihati peguam saya yang meminta saya berdiam diri,” katanya ringkas kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Paluan Berundur di Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.
Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun baru-baru ini membuat laporan terhadap bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Abu Kassim atas dakwaan cuba menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Azwan mendakwa Zeti, Gani dan Abu Kassim memberi maklumat sulit dan dokumen kepada agensi di Amerika Syarikat seperti Biro Siasatan Persekutuan (FBI) tanpa kebenaran agensi kerajaan Malaysia.
Terdahulu, Abu Kassim dalam ucapannya pada majlis itu menggesa pegawainya yang masih bersama SPRM supaya memberi sokongan padu kepada ketua pesuruhjaya baharu.
“Di mana kita semua tahu, ketua (pesuruhjaya) baharu bukan dari dalam (pegawai SPRM). Saya yakin kerajaan akan membuat keputusan tersebut.
“Bagaimanapun saya serahkan kepada ketua pesuruhjaya yang baharu. Pegawai SPRM mestilah memberi penerangan serta mempengaruhi ketua pesuruhjaya yang baharu dan menjadikan SPRM sebagai salah satu agensi pencegahan rasuah terunggul,” katanya.

Alahai...PM Negara Ku..!!!

FAKTA.. sememangnya Najib bodoh & tak faham apa yg DOJ perkatakan..

Memanglah dalam laporan DOJ tiada mengatakan aset 1MDB, TETAPI DOJ mengatakan 'ASET YANG BERKAITAN DENGAN 1MDB'..

TERANG2 DALAM BERITA TULIS 'Assets Tied to Malaysian Fund 1MDB'

Adakah PERDANA MENTERI MALAYSIA seorang yg BUTA ENGLISH !!!

FAKTA:
Dana2 1MDB diselewengkan utk beli hartanah, berjoli & bayar hutang main judi.

Mana ada aset 1MDB di AS, kata Najib

Perdana Menteri turut mempertikaikan publisiti besar-besaran yang diberikan kepada aduan DoJ
najib 1mdb
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) tidak menamakan 1Malaysia Development (1MDB) secara langsung.
Ini bermakna syarikat milik kerajaan itu tidak terbabit secara langsung dengan saman penyitaan sivil yang dibuat DoJ, dan tidak ada aset-aset milik 1MDB di AS, tambahnya.
“Majlis Tertinggi (MT) Umno ambil maklum hanya mereka yang tertentu yang ternama dalam laporan tersebut telah disebut dalam laporan. Ini bererti bahawa secara langsung 1MDB tidak terlibat dalam laporan tersebut.
“Dalam erti kata lain, tidak ada aset 1MDB di AS,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Najib, yang juga merupakan Presiden Umno menambah, laporan yang diumumkan Peguam Negara AS Loretta Lynch minggu lalu itu berat sebelah kerana ia tidak mengambil kira pandangan kerajaan Malaysia mahupun 1MDB.
“Kita juga telah ambil maklum 1MDB tidak diminta apa-apa maklumat bererti bahawa DoJ tidak merujuk kepada 1MDB, katanya.
“Laporan tidak mengandungi apa-apa pandangan pihak Malaysia, maknanya tidak ada Peguam Negara, cumanya, orang ternama juga tidak ada penjelasan.”
Beliau seterusnya mempersoalkan publisiti yang diberikan kepada aduan yang mendakwa lebih AS$3.5 bilion (RM14.12 bilion) dilesapkan daripada 1MDB.
Katanya, publisiti yang begitu banyak, dengan sidang media dan sebagainya, tidak pernah berlaku sebelum ini kerana lazimnya laporan-laporan seperti itu tidak dibuat secara besar-besaran.
Ketika ditanya adakah beliau merasakan laporan media sekitar 1MDB turut menyumbang kepada aduan DoJ, Najib berkata ia nampak seperti itu.
“Secara luarannya, ia nampak seolah maklumat diperoleh daripada pelbagai sumber. Kita akan pantau prosiding yang akan menyusul.
“Saya tidak boleh kata secara pasti dari mana sumber mereka, yang pasti bukan daripada kerajaan atau Peguam Negara.”

Pihak berkuasa AS sepina Goldman bantu siasatan 1MDB

Pihak berkuasa itu juga mahu menemu bual kakitangan dan bekas kakitangan Goldman berkaitan skandal itu.
1mdb-Goldman-doj_600
WASHINGTON: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan sepina kepada Goldman Sachs Group Inc bagi mendapatkan dokumen berkaitan dengan urus niaga bank yang ada kaitan dengan skandal 1MDB, lapor Wall Street Journal (WSJ).
Goldman menerima sepina itu awal tahun ini daripada Jabatan Kehakiman AS (DoJ) dan Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran AS (SEC), lapor WSJ memetik individu yang arif mengenai perkara itu.
Pihak berkuasa itu juga mahu menemu bual kakitangan dan bekas kakitangan Goldman berkaitan inkuiri itu, tetapi pertemuan berkenaan masih belum diadakan sehingga semalam.
DoJ dan SEC enggan memberi komen. Tiada seorang pun daripada Goldman Sachs yang dapat memberi komen di luar waktu perniagaan biasa AS.
1MDB, yang diasaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2009, tidak lama selepas memegang jawatan itu, sedang disiasat atas kesalahan pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya enam negara termasuk AS, Singapura dan Switzerland.
Najib bagaimanapun terus-terusan menafikan sebarang salah laku.
Pegawai penguat kuasa undang-undang AS sedang cuba mengenal pasti sama ada Goldman melanggar undang-undang persekutuan selepas gagal menandakan transaksi di Malaysia, lapor WSJ pada Jun.
Pengawal selia negeri New York juga menyoal bank Wall Street bagi mendapatkan butiran siasatan berbilion dolar yang dikumpul dalam bentuk bond ditawarkan untuk 1MDB, lapor Reuters pada Jun, memetik individu yang biasa dengan perkara itu.

Skandal 1MDB: Najib berada dalam penafian terhadap laporan DoJ

Penafian Najib terhadap isu yang didedahkan oleh DoJ boleh membawa implikasi negatif kepada kebajikan rakyat selain merisikokan negara
Charles Santiago
PETALING JAYA: Sudah tiba masanya untuk Datuk Seri Najib Razak mengakui “Malaysian Official 1” (MO1) yang dinamakan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) AS adalah dirinya dan 1MDB terlibat secara langsung dalam laporan itu, pesan Naib Presiden PKR, Tian Chua.
Beliau dalam satu temuramah dengan FMT berkata, penafian oleh Perdana Menteri berhubung perkara itu akan hanya mengecewakan siasatan antarabangsa serta menghalang siasatan dalam negara.
“Dia berada dalam penafian dan ia membawa implikasi negatif kepada kebajikan rakyat selain merisikokan negara. Justeru eloklah beliau tampil menjelaskan perkara itu secara jujur,” katanya.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang bersetuju dengan Tian Chua berkata laporan DoJ dengan jelas menyatakan dana amanah awam negara telah digunakan dengan disalurkan ke dalam akaun bank peribadi seorang individu.
“Beliau (Najib) berada dalam penafian. Beliau terlibat dalam penipuan terbesar terhadap sebuah negara. MO1 disebut beberapa kali dalam laporan itu dan adakah beliau cuba menafikan dirinya bukan MO1?” katanya kepada FMT.
Santiago berpendapat kenyataan itu ditujukan kepada Umno untuk mengubah tumpuan ahli Umno terhadap kaitannya dengan 1MDB dan laporan DOJ dengan menimbulkan isu lain.
Dalam sidang akhbar di Hotel Empire Subang di sini hari ini, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata “pembohongan demi pembohongan” yang dikemukakan oleh pemimpin di negara ini menunjukkan mereka berada dalam penafian.
“Ada pihak yang cuba untuk menafikan kebenaran tetapi laporan DoJ dibuat berdasarkan bukti kukuh.
“Kenyataan mereka menunjukkan kononnya rakyat bodoh tetapi ia sebenarnya menjelaskan betapa tidak bijaknya mereka mengeluarkan sesuatu kenyataan.”
Pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam, Najib memberitahu laporan DoJ langsung tidak menamakan 1MDB.
Tambahnya, ini bermakna firma pelaburan awan negara tidak terlibat secara langsung dalam saman sivil yang difailkan oleh DoJ, sekali gus mengesahkan tiada aset milik 1MDB yang berada di Amerika Syarikat.

AMINNN...SAMA DAN SERUPA

Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Dzulkifli Ahmad berikrar untuk menjalankan tugasnya dengan menjadikan firman Tuhan sebagai pegangannya.

Dalam kenyataan pertama bersama tugas barunya itu, Dzulkifli berkata beliau sedar akan perintah Tuhan yang menyeru orang-orang beriman agar tidak khianat kepada amanah yang diberikan.
Perintah Allah SWT itu akan sentiasa saya jadikan pegangan serta pedoman sepanjang melaksanakan amanah yang berat ini, katanya lagi.

Aminnn...

Pada 27 Julai lalu, Peguam Negara Apandi Ali berkata, beliau berpegang kepada falsafah Al-Quran  yang memerintahkan supaya manusia diadili sama rata tanpa memberi pertimbangan kepada pangkat atau hubungan kekeluargaan.

Katanya, falsafah itu bukanlah sesuatu yang asing kerana menegakkan keadilan tanpa rasa takut atau pilih kasih adalah juga falsafah yang sungguh sinonim dengan fraterniti perundangan sejak sekian lama.
Falsafah Al-Quran itu juga memberikan saya inspirasi untuk mencipta slogan baharu Jabatan Peguam Negara "Bertekad Menegakkan Keadilan", tulis Apandi dalam sebuah akhbar.

Juga Aminnn...

Kedua-dua mereka nampaknya sama-sama berpegang kepada Al-Quran.

Tetapi, Dzulkifl didapati duduk bersebelahan Apandi ketika Peguam Negara itu mengadakan sidang media pada 26 Januari lalu yang membersihkan Najib daripada sebarang pertuduhan terhadap siasatan SPRM berkaitan 1MDB dan derma RM2,600 juta serta dana RM42 juta milik SRC International yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri.

MAHFUZ TANYA, NAJIB ADA MASALAH PENDENGARAN KE?

1. Khairul Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia dalam sidang media di balai polis pada 26 july 2016 selepas beliau membuat laporan polis terhadap tiga Tan Sri menyatakan dengan jelas yang dia mewakili Pemuda Umno. Dalam erti kata lain *budak Khairul buat laporan polis terhadap tiga Tan Sri dalam pengetahuan dan pesetujuan Pemuda Umno serta dalam pengetahuan Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda Umno*. Khairy Jamaludin adalah ahli mesyuarat MT Umno yang bertaraf Naib Presiden.

2. PM Najib kurang pendengaran ka sehingga berkata laporan polis yang budak Khairul buat atas sifat peribadi. Bukan atas nama Umno. *Najib jangan memperbodohkan rakyat. Najib dan Umno jangan cuba untuk memisah diri dari laporan polis yang budak khairul buat*.

3. Tolonglah mengaku yang budak Khairul buat *laporan polis atas restu Najib dan Umno untuk melindungi dan mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu perompak negara yang memiliki kekayaan hasil penyelewengan dan pencurian wang 1MDB* kepada isu kononnya ada pegawai dan bekas pegawai tinggi kerajaan nak guling PM Najib dan kerajaan Malaysia dengan menjual maklumat kepada Amerika Syarikat.

4. Persoalan yang timbul kenapa Najib sendiri yang bagi kenyataan dan tidak dua Naib Presiden. Kenapa Najib ambil masa hari ke 4 selepas laporan dibuat untuk buat kenyataan. Kenapa Khairy Jamaludin (KJ) Ketua Pemuda Umno hanya menyatakan tindakan laporan budak Khairul Naib ketua Pemuda Umno tiada kena mengena dengan Umno dan Pemuda Umno dan itu hal peribadi budak Khairul sehari selepas Najib. *Kenapa Khairi tidak menyatakan  pendirian selepas budak Khairul buat laporan Polis pada 26 July 2016*. Kenapa 30 July 2016 baru buat kenyataan. Kenapa tunggu Najib buat pendirian dahulu. Jelas *Pemuda Umno hanya jadi pak turut, tak ada telur*.

5. Pemuda Umno tidak membawa suara keberanian anak muda. Pemuda Umno tidak menghayati pepatah berani kerana benar. *Pemuda Umno berdiri atas takutkan dedak tidak melimpah ke mulut*. Umno dan Pemudanya takut dengan *gelombang kemarahan rakyat khususnya pegawai kerajaan yang merasai mereka tidak lagi dilindungi walaupun kerja betul yang mereka lakukan seperti yang dilakukan oleh tiga Tan Sri*.

APA PERLU DILAKUKAN KEPADA UMNO?

Kata Tun Mahathir Mohamad, parti yang bakal ditubuhkannya akan dibarisi pemimpin baharu yang mampu menukar cara perjuangan UMNO yang ketika ini dipimpin oleh Najib Razak.
Hari ini dasar perjuangan UMNO hanya untuk tentukan Najib tidak dihadapkan ke mahkamah, ujar beliau.

Muhyiddin Yassin pula mengumpamakan UMNO ibarat sebuah kereta rosak yang tidak boleh diperbaiki lagi.
Bila dibaiki pun ia akan terus rosak, lebih-lebih bila Presiden UMNO sendiri seorang yang amat tidak bertanggungjawab. Jadi, kita kena tukar dengan kereta baru, katanya.

Mohd Shafie Apdal pula mengatakan, orang Melayu tidak akan mati tanpa UMNO, sambil memberi contoh apa yang berlaku di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan sekarang.
Sehubungan itu, beliau juga nenggesa rakyat Sabah agar berani mengubah kepimpinan kerajaan negeri tersebut.

Mukhriz Mahathir meminta rakyat membuat pilihan yang bijak dalam pilihanraya akan datang demi menyelamatkan masa depan negara.
Sama ada negara dapat diselamatkan atau tidak, penentuannya ialah pilihanraya akan datang, tegas bekas Menteri Besar Kedah itu.

Jadi, apa yang perlu dilakukan kepada UMNO? Apa pilihan yang sebaiknya?
Atau barangkali ini jawapan paling munasabah sekali?

Hanya yang bangang sahaja tidak kenal Najib sebagai MO1, kata Tun M

Kerajaan beri tumpuan kos sara hidup meningkat, kata menteri Umno

Kerana bersuara kami dibuang, kata Mukhriz

Jho Low, Reza Aziz tiada kena mengena dengan kerajaan - Azalina

Tahniah, Akta MKN berkuat kuasa hari ini - ucap menteri Umno

Siri jelajah skandal 1MDB, tiada kesan pada kerajaan Umno@Bn

Isu berkenaan 1MDB bukanlah satu perkara yang baharu, malah sudah mula dipermainkan pihak pembangkang sejak tiga tahun lepas.
johari
KUALA LUMPUR: Siri jelajah pembangkang bagi menerangkan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak akan memberi kesan kepada kerajaan, kata Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Johari Abdul Ghani.
Beliau berkata ini kerana isu berkenaan 1MDB bukanlah satu perkara yang baharu, malah sudah mula dipermainkan pihak pembangkang sejak tiga tahun lepas.
Katanya keutamaan sepatutnya diberikan dalam usaha mencari jalan penyelesaian mengenai isu berkenaan supaya perkara yang sama tidak berulang kembali.
“Kita tidak boleh halang pihak tertentu untuk mengadakan program jelajah ke seluruh negara, perkara ini (jelajah) sudah pun berlaku sekian lama, kebanyakan isu yang diperkatakan adalah isu lama dan tiada perkara baharu yang hendak diterangkan kepada rakyat.
“Lebih baik mereka berusaha mencari jalan penyelesaian, itu lebih penting daripada berterusan 365 hari bercerita mengenai 1MDB seperti tiada isu lain,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Aidilfitri dan Sambutan Bulan Kebangsaan anjuran Majlis Belia Kawasan Titiwangsa di sini, hari ini.

Skandal 1MDB: Menteri Umno nafikan cubaan bawa pulang anak tiri Najib

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menafikan percubaan untuk membawa pulang anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak - Riza Aziz - selepas namanya terlibat dalam saman oleh Jabatan Keadilan (DOJ) di Amerika Syarikat, lapor laman web Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) hari ini.
Laporan itu memetik blogger Zaharin Mohd Yasin yang dikenali sebagai 'Sang Kelembai' memetik Anifah sebagai berkata saman DOJ itu bukan urusan kementerian luar.
Ia merujuk spekulasi bahawa Anifah berada di New York untuk membantu membawa pulang anak kandung Datin Seri Rosmah Mansor itu.
“US-DOJ bukan isu yang menteri luar boleh masuk campur. Itu urusan kerajaan Amerika,” kata Anifah kepada Zaharin dan disiarkan di blognya.
“Maka tidak benar sama sekali kementerian luar atau saya sendiri terlibat (jika ada) Riza Aziz pulang ke Malaysia.
“Saya hanya buat kerja menteri luar dan bukan soal Riza Aziz. Saya pergi dan balik dengan penerbangan komersil dan bukan ada private jet (jet peribadi),” katanya kepada penulis blog itu melalui perbualan telefon.
Menteri itu juga berkata beliau tidak berjumpa dengan Riza di New York dan kehadirannya adalah bagi mesyuarat berkala Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).
Anifah juga dilaporkan berkata, jika Riza memiliki pasport diplomatik, ini tidak memberinya sebarang kekebalan daripada pihak berkuasa Amerika.
“Jika dia ada pasport diplomatik passport, dia tidak kebal... yang kebal pemegang pasport itu ialah ketua kerajaan saperti presiden dan perdana menteri dan juga menteri luar.
“Yang lain boleh diambil tindakan mengikut undang-undang imigresen negara yang berkenaan. Passport hanya memudahkan laluan sahaja di pintu imigresen dan tidak ada keistimewaan,” katanya.
Riza, bersama dengan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, yang dinamakan dalam saman pelucutan hak oleh DOJ untuk merampas aset yang didakwa diperolehi dengan menggunakan wang yang berasal daripada 1MDB.

AG: Jika Amerika mahu beri wang, kami mahu dengar

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, beliau sedang mempertimbangkan cadangan menghantar wakil sebagai peguam pemerhati dalam pendengaran saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat, dua minggu lalu.
Ini, katanya tindakan menyita dan merampas aset berkaitan 1MDB itu membabitkan sebuah syarikat milik negara dengan kepentingan Malaysia.
"Saya sedang memikirkan idea untuk menghantar wakil di sana kerana kita mahu nyatakan minat kami. Jika kamu ingin beri wang kepada kami, kami mahu dengar," katanya.
"Saya dan pegawai saya akan hadir bagi mengikuti prosiding itu. Bagaimanapun, saya akan berunding dengan pendakwa raya di sana kerana ia sama sekali prosedur baru dengan sistem (kehakiman dan undang-undang) Amerika," katanya.
Apandi ditemui selepas Ketua Hakim menyerahkan surat pelantikan kepada bekas Timbalan Peguam Cara I Negara Tun Abdul Majid Tun Hamzah dan peguam Azmi Abdullah sebagai pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi.
Peguam pemerhati atau ‘watching brief’ adalah istilah undang-undang bagi pihak yang berminat untuk menghadiri perbicaraan sebagai peguam seperti yang diamalkan di Malaysia dan sistem negara-negara Komanwel.
Bagaimanapun, kata Apandi, beliau tidak pasti bagaimana sistem undang-undang di Amerika beroperasi.

Tiada yang akan terlepas dari skandal 1MDB, ikrar AG

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini memberi jaminan bahawa tiada siapa yang akan terlepas "begitu sahaja" jika mereka terbabit dalam skandal 1MDB, tetapi berkata perkara itu masih dalam siasatan oleh pihak berkuasa negara ini.
Beliau disoal sama ada tindakan akan diambil terhadap mereka yang dinamakan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, termasuk ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang Jho Low dan anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz.
Apandi berkata, perkara itu masih dalam siasatan polis.
Malah, katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum memuktamadkan siasatan mereka.

Menteri Umno kata kerajaan tak perlu sediakan peguam bela Riza, Jho Low

Azalina berkata hanya empat individu disebut dalam saman sivil DoJ, tiada implikasi keatas 1MDB mahupun kerajaan.
Azalina-Othman,-1MDB,-DoJ,-Riza-Aziz,-Low-Taek-Jho,-jho-lowKUALA LUMPUR: Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerajaan tidak perlu menghantar peguam untuk membela warganegara yang disebut dalam saman sivil berkaitan 1MDB oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata pentadbiran tidak perlu masuk campur kerana kerajaan tidak disebutkan dalam dokumen 136 halaman itu, yang difailkan DoJ 20 Julai lalu.
“Ini merupakan perkara peribadi antara pemerintah AS (dan Riza Aziz dan Low Taek Jho),” kata Azalina kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat dengan Badan Peguam berkenaan pindaan Akta Profesion Undang-Undang 1976 (LPA).
Azalina, yang bertanggungjawab keatas hal ehwal undang-undang, ditanya samada Malaysia akan menghantar peguam membela Riza dan Jho Low.
Beliau telah mengkaji dokumen terbabit dan mendapati ia ditujukan kepada perundangan AS tertentu, dibawah Inisiatif Pengambilan Semula Aset Kleptokrasi, dan secara khusus merujuk kepada empat individu.
Selain Jho Low dan Riza, DoJ turut mengenalpasti pegawai pemerintah Abu Dhabi Khadem al-Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny dalam saman yang mendakwa lebih AS$3.5 bilion (RM14.05 bilion) dilesapkan daripada 1MDB.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pengerang memberitahu pemberita supaya merujuk perkara ini kepada Peguam Negara kerana ia dibawah bidang kuasa Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Dalam saman yang difailkan di Los Angeles itu, DoJ mahu merampas aset “yang terbabit dalam atau boleh dikesan kepada konspirasi antarabangsa untuk mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB”.
DoJ turut mendakwa kesalahan dilakukan sepanjang tempoh empat tahun dan melibatkan pelbagai individu, termasuk pegawai warga Malaysia dan rakan-rakan mereka, yang berkonspirasi untuk melencongkan berbilion dolar wang 1MDB secara tipuan.
Rampasan aset bernilai lebih AS$1 bilion (RM4.01 bilion), rampasan terbesar dalam sejarah AS, dijangka melibatkan hartanah dan aset-aset lain yang dibeli dengan wang yang didakwa dilesapkan daripada 1MDB.
Dalam perkembangan sama, Azalina enggan mengulas khabar angin yang mengatakan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sudah berlepas ke Amerika Syarikat untuk merundingkan satu persetujuan berkenaan saman itu.
“Saya rasa kamu perlu hubungi Shafee. Saya tak tahu semuanya walaupun saya berada dalam Jemaah Menteri.”

Jelajah Muhyiddin: Pikat rakyat luar bandar, bukan isu 1MDB semata

Kempen Tun Dr Mahathir Mohamad dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar lalu gagal meraih sokongan akibat terlalu fokus kepada isu 1MDB dan perdana menteri.
muhyiddin-pkrKUALA LUMPUR: Kerjasama PKR dengan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak seharusnya terbatas kepada skandal 1MDB saja, kata penganalisis politik Profesor Madya Faisal Hazis.
Beliau berkata perkara paling mustahak bagi pembangkang ialah untuk meyakinkan penduduk luar bandar yang kebanyakannya Melayu yang kepentingan mereka tidak akan tergadai jika mereka mentadbir negara.
“Bagus apabila pembangkang menyedari mereka memerlukan undi luar bandar bagi menewaskan BN. Dan untuk menarik sokongan golongan ini, mereka perlu melangkaui isu 1MDB.
“Ada lagi isu nasional yang lebih mendasar seperti jurang bandar dengan luar bandar, pembangunan dan GST tentunya. Jangan terpisah dengan isu di akar umbi,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman PKR dan Muhyiddin minggu lalu untuk bersama-sama menjelajah seluruh negara bagi menerangkan skandal 1MDB kepada orang ramai, termasuk di kawasan luar bandar.
Muhyiddin dipetik sebagai berkata jelajah itu bermatlamat menerangkan isu 1MDB “dalam bahasa mudah” kerana masih ramai yang tidak faham kesannya kepada negara.
Faisal yang juga pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia berkata kegagalan kempen Tun Dr Mahathir Mohamad dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar lalu akibat terlalu fokus kepada isu 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Isu naungan (patronage) sebab utama kenapa mereka masih menyokong BN. Jadi pembangkang perlu beri jaminan kepada mereka kenapa tidak perlu menyokong kerajaan lagi,” katanya.
Sementara itu, pensyarah Universiti Utara Malaysia Profesor Madya Dr Mohd Azizuddin Sani berkata penyertaan Muhyiddin akan memberikan faedah kepada pembangkang terutama dalam mendapat sokongan Melayu.
“Melalui ceramah pula, pemimpin yang dekat dengan golongan Melayu ini turun padang dan bertemu sendiri dengan mereka. Ia tentunya lebih berkesan berbanding dengan mengeluarkan kenyataan semata-mata,” katanya.
Bagaimanapun katanya, apa yang menjadi penghalang utama ialah apabila Muhyiddin dilihat masih tidak menunjukkan pendirian jelas tentang hubungannya dengan pembangkang dan penentangannya terhadap BN.
“Namun ia akan dapat diatasi jika penubuhan parti baharu nanti terlaksana, dan mereka membentuk kerjasama dengan parti pembangkang. Ketika itu, rakyat akan semakin jelas dan senang untuk memberikan sokongan,” katanya.

Harussani: Apandi sudah putuskan, buat apa bincang 1MDB

Mufti Perak itu menjawab gesaan Ahmad Awang daripada Amanah yang mahu majlis Fatwa membuat pendirian mengenai isu 1MDB.
HarussaniPETALING JAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan tidak perlu bersidang berhubung isu 1MDB, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau mengulas gesaan Penasihat Umum Amanah Ahmad Awang agar majlis fatwa menyatakan pendirian susulan tuduhan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat melibatkan syarikat negara 1MDB.
Harussani memetik seorang peguam di Australia seperti yang dilaporkan Bernama, yang mempertikaikan tindakan Peguam Negara AS, Loretta Lynch.
“Peguam kanan Australia juga berkata tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat sebagai tidak munasabah,” katanya kepada FMT, merujuk seorang individu bernama Quintin Rozario yang mengecam tindakan Lynch sebagai “keterlaluan dan melanggar keadilan asasi”.
Tambah Harussani, Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga sudah memutuskan 1MDB tidak melakukan sebarang kesalahan.
“Jadi apa perlunya dan apa yang nak dibincangkan? Isu ini tak perlu fatwa (dikeluarkan),” katanya kepada FMT.
Sebelum ini, Ahmad yang merupakan bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia memberitahu portal pro-Amanah, pendirian majlis fatwa dalam isu 1MDB amat penting memandangkan Majlis Raja-raja pada tahun lalu juga menggesa kerajaan segera menyelesaikan isu itu.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Fatwa Tan Sri Dr Shukor Husin berkata ia tidak merancang bersidang tentang isu 1MDB.
“Ia sudah dikaji pihak profesional. Kita juga tak punya maklumat tentang soal ekonomi yang teknikal dan di tahap global.
“Maka Majlis Fatwa tidak melihat akan mencampuri hal-hal seumpama ini,” katanya lagi.

SKMM siasat Tony Pua kerana tuduh Najib ‘MO1’

SKMM menyiasat ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu susulan lima aduan orang ramai yang diterimanya berkaitan status di Facebook Tony.
 tony-pua-mcmc-skmm-facebooj
CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memanggil Pengerusi DAP Selangor Tony Pua untuk disoal siasat susulan tuduhan Datuk Seri Najib Razak ialah ‘Malaysia Official One’.
Tony berkata beliau dimaklumkan, SKMM memanggilnya kerana suruhanjaya itu menerima lima aduan daripada orang ramai berhubung dua statusnya yang dimuat naik ke Facebook.
“Yang pertama anda boleh semak di Facebook bertarikh 21 Julai. Saya menyebut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) menuduh Datuk Seri Najib Razak mencuri wang berbilion ringgit.
“Pada hari sama, saya juga menyebut ‘Malaysian Official One’ adalah 100% Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” katanya di Ibu Pejabat SKMM, hari ini.
Malah, ahli Parlimen Petaling Jaya Utara yang disoal siasat selama sejam itu juga mengakui beliau sendiri yang memuat naik status Facebook itu.
“Dalam keterangan kepada SKMM saya beritahu semua komen saya berdasarkan terutamanya dokumen saman DoJ,” katanya.
Tony berkata beliau disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 233 iaitu penggunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian yang tidak wajar.

Ketua pesuruhjaya SPRM baru digesa siasat 1MDB hingga ke lubang cacing


Wan Anwar Wan Ibrahim mahu imej SPRM jangan terus tercalarWan Anwar Wan Ibrahim mahu imej SPRM jangan terus tercalar
Biro Undang-undang Parti Amanah Negara (Kanun) menyarankan ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang baharu Datuk Dzulkifli Ahmad segera meneruskan siasatan ke atas skandal 1MDB dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
Timbalan pengerusi Kanun Wan Anwar Wan Ibrahim berkata ini bagi megelakkan imej SPRM terus tercalar.
Beliau turut mencabar Dzulkifli menyatakan pendirian beliau secara terbuka berkenaan skandal kewangan terburuk negara itu.
“Cabaran terbesar SPRM adalah untuk meneruskan siasatan terhadap tindakan yang telah diambil oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat terhadap skandal yang berkaitan dengan 1MDB selain menyemak kembali kes-kes seperti NFC, SRC International, RM1.4 juta tajaan umrah Pemuda Umno, penyelewengan RM100 juta melibatkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sehinggalah kepada derma RM2.6 bilion yang didakwa telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri,” katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas mengenai perlantikan Dzulkifli itu, Wan Anwar berkata ia diilihat sebagai usaha perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meletakkan orang yang ‘sekepala’ dengan peguam negara di sebuah institusi penting negara.
“Kanun merasa hairan dalam kalangan ramai pegawai dalaman SPRM yang dilihat berkeupayaan meneruskan legasi perjuangan Tan Sri Abu Kassim tetapi gagal untuk dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.
“Ini menimbulkan syak sama ada perdana menteri benar-benar ingin memperkasakan SPRM supaya benar-benar bebas dalam usaha membanteras jenayah rasuah di Malaysia atau sebaliknya,” katanya lagi.
Kanun turut melahirkan kebimbangan terhadap perlantikan ini kerana jawatan terakhir Dzulkifli sebelum ini ialah pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara.
“Ia ditakuti boleh menimbulkan persepsi bahawa segala gerak kerja SPRM selepas ini akan dipengaruhi oleh peguam negara,” katanya.

Jho Low perhabis duit rakyat bersamaan jumlah lebih dua pertiga BR1M


Pendedahan penulis Johannan Sim itu berdasarkan kiraannya mengikut beberapa sumber seperti laporan dalam The Wall Street Journal dan Forbes.Pendedahan penulis Johannan Sim itu berdasarkan kiraannya mengikut beberapa sumber seperti laporan dalam The Wall Street Journal dan Forbes.
Sejak 1Malaysia evelopment Berhad (1MDB) diwujudkan pada 2009, Low Taek Jho atau Jho Low yang dilihat rapat dengan keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak didakwa menghabiskan sekurang-kurangnya AS$1, 011,734,281 iaitu bersamaan RM4,106,578,860.
 Pendedahan penulis Johannan Sim itu berdasarkan kiraannya mengikut beberapa sumber seperti laporan dalam The Wall Street Journal dan Forbes.
Namun, sebahagian besar angka yang menyumbang kepada jumlah keseluruhan itu, ujarnya, berpandukan dokumen tuntutan mahkamah oleh Jabatan Kehakiman Negara (DOJ) Amerika Syarikat (AS).
Dalam kiraannya itu, Sim membahagikan perbelanjaan Jhow Low kepada tujuh kategori iaitu pelaburan sebanyak (AS$ 334, 751, 856), servis dan barangan mewah (AS$ 321, 368, 000) serta hartanah (AS$ 169, 610, 000).
Perbelanjaan selanjutnya berkaitan eksploitasi derma (philanthropical exploits) sebanyak AS$ 101, 000, 000; kenderaan mewah (AS$ 43, 354, 335) diikuti perjudian (AS$ 26,550,090) dan hadiah sehingga AS$15,100,000.
Menurut Sim, perbelanjaan Jho Low lebih RM4.1 bilion itu bersamaan dengan nilai dua pertiga peruntukan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) iaitu berjumlah RM5.9 bilion pada tahun ini.
Mengakui bukannya mudah untuk mengira jumlah besar wang yang dibelanjakan Jho Low, beliau dalam artikel bertajuk, “How much money has Jho Low spent since 2009? We try to calculate” berkata, sumber dari DOJ yang diumumkan minggu lalu itu dianggap paling diyakini.

Beliau dalam tulisan yang dimuatkan di laman web, cilisos.my pada 29 Julai itu berkata, angka AS$ 703, 000, 000 yang dinyatakan dalam dokumen DOJ tersebut sangat menghampiri jumlah yang pernah dibongkarkan sebelum ini seperti di The Edge.
Sehubungan itu, ujarnya lagi, tidak mustahil “Malaysian Official 1” (Pegawai Malaysia 1) yang dinyatakan dalam tuntutan mahkamah tersebut adalah Jho Low.
Dalam hal berkaitan juga, Sim mendapati carian “Low” atau “Jho Low” muncul sebanyak 290 kali manakala carian “Aziz” iaitu merujuk kepada nama Riza Aziz disebut sehingga 78 kali.