Jumaat, 29 Julai 2016

Kami digelar 'Anwarinas' kerana pertahan prinsip Pakatan Rakyat

Pakatan Harapan itubuhkan bagi mengantikan Pakatan RakyatPakatan Harapan itubuhkan bagi mengantikan Pakatan Rakyat
Hampir kesemua bekas pemimpin Pas yang kini menyertai Amanah komited mempertahankan prinsip dan keputusan yang dicapai dalam Pakatan Rakyat sehingga mereka digelar 'Anwarinas' dan tersingkir daripada parti itu.
Mengimbau kembali konflik dalaman Pas sehingga berkuburnya Pakatan Rakyat, Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, komitmen beliau dan rakan-rakannya dalam Pas untuk mempertahankan kerjasama dalam Pakatan Rakyat mengakibatkan mereka dipandang serong sebahagian anggota Pas.
"Ketika di dalam Pas, sekumpulan pemimpin mereka diberi pelbagai gelaran hanya kerana cuba mempertahankan keutuhan Pakatan Rakyat pada setiap kali mesyuarat parti itu.
"Antara gelaran yang diberikan kepada mereka adalah 'Anwarinas'. Gelaran itu diberikan apabila kumpulan ini mempertahankan keputusan Pakatan Rakyat mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat memerintah," ujarnya.
Menurut Mohamad, sebahagian pemimpin Pas tidak menyukai keputusan ini lalu gelaran 'Anwarinas' terus berkumandang setiap kali menjelang muktamar Pas.
"Paling parah pada Muktamar Pas 2015, apabila sekumpulan yang mempertahan Pakatan Rakyat dan mempertahan Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri menjadi mangsa sehingga berlaku rancangan penyingkiran kumpulan ini sekaligus menguburkan muafakat Pakatan Rakyat," ujar beliau.
Kumpulan yang disingkirkan daripada Pas ini, jelas beliau kemudian menubuhkan Amanah untuk terus mendokong kerjasama politik parti-parti pembangkang bagi kebaikan rakyat.
"Kumpulan ini adalah termasuk saya dan pimpinan Amanah yang lain. Maka Pakatan Harapan muncul," ujarnya dalam satu kenyataan media.
Mohamad dipercayai mengeluarkan kenyataan media bagi menjawab dakwaan segelintir pemimpin Keadilan yang mempertikaikan penubuhan Pakatan Harapan kerana masih menaruh kepercayaan terhadap Pas dan yakin Pakatan Rakyat boleh 'diselamatkan'.

Pemimpin Kamu Yang Melampau Kamu Tuduh Orang Lain!

Kalau benci pun jangan melampau sangat’

SHAH ALAM – Pas mengingatkan mana-mana pihak yang menuduh parti Islam itu membela Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kenyataan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) tidak menabur fitnah.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, parti itu hanya mengingatkan sahaja kerana tidak mahu AS menjadikan isu pendedahan DOJ itu sebagai alasan untuk melakukan sesuatu kepada negara ini.

“Tak habis-habis hendak fitnah kepada Pas. Terbaru kata Pas bela (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) kerana isu kenyataan DOJ mengenai wang RM4 bilion. Kalau benci jangan melampau sangat.


"Kalau marah jangan hilang rasional. Kalau berbeza pandangan jangan fitnah. Kalau pandai, jangan perasan semua kita tahu.

“Pas hanya mengingatkan sahaja. Siapa tidak kenal AS terhadap negara umat Islam. Kononnya Osama Laden sembunyi di Afghanistan, apa yang terjadi selepas itu. Memburu kumpulan al-Qaeda di Iraq, selepas itu apa yang terjadi.

"Di Syria, atas nama hendak memerangi IS, rakyat Syria menderita. Ini peringatan umum. Pas konsisten mengenai hal kedaulatan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, DAP mendakwa Pas membela Najib selepas Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan sebarang tuduhan mahupun dakwaan terhadap Perdana Menteri perlu disertakan dengan bukti dan saksi yang adil.

Menyentuh soal pendedahan DOJ mengenai dua rakyat Malaysia, Riza Aziz dan Jho Low, Idris menyarankan agar tindakan diambil ke atas mereka.

“Pihak berkuasa negara wajib memberikan kerjasama untuk selesaikan isu ini jika pihak DOJ mahu individu terbabit dihadapkan ke perbicaraan nanti.

“Ini proses keadilan biasa di dalam mana-mana negara. Rakyat Amerika melakukan kesalahan di negara ini, mereka dihukum mengikut undang-undang di negara ini. Jangan mangsakan negara dan rakyat yang lain. Kamu buat, kamu mesti bertanggungjawab,” katanya.

Rabu lalu, DOJ dilaporkan cuba mendapatkan kembali 17 aset bernilai lebih RM4 bilion melibatkan rumah mewah, jet peribadi dan karya seni diperoleh melalui dana 1MDB yang didakwa diselewengkan melalui dana 1MDB.

Siapa yang melampau sebenarnya ni?

Siapa yang buat kenyataan keluar PAS boleh jejas akidah?


Siapa yang membuat komplot dan konspirasi menyingkirkan golongan professional dari PAS dengan menggunakan CAI semasa muktamar PAS yang lalu?


Idris berkata: "Kalau marah jangan hilang rasional. Kalau berbeza pandangan jangan fitnah. Kalau pandai, jangan perasan semua kita tahu."

Siapa yang hilang rasional sebenarnya sehinggakan orang yang keluar parti dianggap pengkhianat sedangkan Perlembagaan PAS sendiri mengizinkan ahli-ahlinya meninggalkan parti?



Malah siapa yang bertindak ganas dan agresif serta hilang akal jika bukan dari kumpulan ulamak sendiri? Contohnya di dalam kes Ustaz Miqdad Zakaria yang menyertai AMANAH diugut oleh ahli PAS:

Negeri ini bewarna kelabu


miskn
NEGERI INI
i
negeri ini bewarna kelabu
bersalut korupsi dan jerebu
pucat pasi, gigil berkabut

ii
di bahu masjid suara teriakan;
“shia sesat, sufi dikecam.”
orang-orang mati kini ditanam
umpama bangkai ayam

iii
di sudut sudut negeri
polis lebih cepat memburu pencuri nasi
daripada pembajak bauksit
di tv dan surat khabar
artis dan agamawan merangkai pesta
dan pengacara berilusi

iv
negeri ini,
meski mendekap matahari
masih asing memahami api.

KIDUNG BUAT RETIS
di bingit kenaikan harga-harga,
membengkaknya hutang negara dan skandal
hargamu tetap kian melambung

di kekalutan politik, skandal pembesar negara,
langkanya kejujuran penguasa
wajahmu makin cantik, merdu suaramu masih

ketika teganya remaja-remaja membuang bayi,
bocah-bocah diperkosa dan hudud diperkata
lenggokmu semakin berahi dan digilai

di tengah terpuruknya kehormatan bangsa dan tercalarnya agama
berita tentangmu tetaplah bererti

di saat sang ibu meredakan tangisan anak
kebuluran dan sakit,
di rumah-rumah beratap khemah
engkau pilu, pernah terlupa membeli baju raya!

APA KHABAR SUMUR DI LADANG?
Tengah malam di inbok tidak ada apa-apa. Kau mungkin letih, dan tertidur. Aku cuba menulis puisi sampai pagi.
“Perang itu masih akan lama?”
Aku hanya takut kau kalah. Musim kian asing dan cuaca kian tak beretika.
“Aku benci perang, Dinda. Perang banyak membunuh bocah dan wanita. Sedang aku mencintainya”
Kau berpantun;
“kalau ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi…”
Tapi Kanda, ladang-ladang kian mati, menguburkan petani di sumur nan tohor. Mata air berair-mata lumpur, pasir dan batu koral. Aku telah lama ingin berkaki ayam di ladang dan bertelanjang di sumur. Tak terjawab bilakah pertama kali ladang yang pernah subur ini kehilangan sumur. Peladang kalah, kian tersiksa uzur.
Kini, anak-anak burung tidak kedengaran bercericit kerana ladang dan sisa sawah bertukar menjadi pabrik.
Kanda, kau belum bangun?

INILAH HEBATNYA MAT MASLAN....

Hahaha....inilah sebenarnya salah satu kejayaan besar Ahmad Maslan yang kini mengetuai Biro IT UMNO dan bertanggungjawab khusus mengepalai pasukan media sosial untuk mempertahankan Najib Razak.

Dulu semasa beliau menjadi Ketua Penerangan UMNO, memang hari-hari kerjanya memberi kenyataan di media. Asal ada isu, adalah kedengaran suaranya. 

Yang paling popular ialah  jamiman dan keyakinannya bahawa harga barangan akan turun apabila GST dilaksanakan. Agaknya kerana harga barang tidak juga turun-turun sampai sekatang, maka Najib menukarkannya untuk menjaga media sosial pula.

Kini, suara Ahmad Maslan memang jarang kedengaran sehingga dalam sekian banyak isu yang timbul kebelakangan ini, ramai juga mula "rindu" kepadanya.

Tetapi, beliau tidak diam sebenarnya. Diam-diamnya adalah diam berisi. Melalui tugas barunya menjaga media sosial sekarang, salah satu kejayaannya sudah mula terserlah sehingga "orang dah meninggal pun mampu dihidupkannya"  untuk menyokong Najib.

Sudah tentu ia suatu kejayaan yang amat-amat membanggakan Najib dan UMNO.

Siapa kata CGPA 3.85 tak hebat?

PRN P Pinang: PKR cari kejayaan bersama

Pakatan Harapan mencari "kemenangan bersama" jika kerajaan Pulau Pinang mengadakan pilihan raya negeri, kata Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Katanya ada pelbagai analisis dibuat mengenai cadangan berkenaan namun apa yang penting ialah, selepas keputusan diambil mengenainya, kejayaan dicapai atas nama Pakatan Harapan, selain hubungan dengan PAS.
"Kita telah belajar (daripada) pengalaman di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, dan sudah tentulah ianya memberi mesej.
"Rakyat beri mesej kepada semua parti-parti politik, justeru kita perlukan masa untuk berbincang mencari apakah pilihan terbaik di Pulau Pinang," katanya kepada media di Shah Alam hari ini.
Azmin ditanya media mengenai kenyataannya bahawa PKR mungkin akan kehilangan beberapa kerusi di Pulau Pinang jika pilihan raya diadakan di negeri itu.
Terdahulu Azmin merasmikan Pesta Buku Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam.
Siang tadi Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyatakan kebimbangannya terhadap kemungkinan parti itu akan kehilangan beberapa kerusi di DUN Pulau Pinang jika pilihan raya diadakan di negeri itu seperti dicadang DAP.
Kata Nurul Izzah jika pilihan raya itu dijalankan ada kemungkinan berlaku pertembuang tiga penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan, BN dan PAS.
Dalam keadaan begitu, kata MP Lembah Pantai itu, tidak ada sesiapa yang untung kecuali BN.
Setakat ini Parti Amanah Negara menyatakan sokongan terhadap cadangan DAP berkenaan. Bagaimanapun PKR - satu lagi parti yang membentuk Pakatan Harapan - masih belum memberi persetujuan.

Latheefa Koya dan Tony Pua hanya berbincang, kata Azmin

“Dalam Pakatan Harapan kita setuju untuk tidak bersetuju," kata Timbalan Presiden PKR itu
azmin-latheefa-pua-1
SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR meremehkan pertembungan antara Ketua Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua dan penasihat undang-undang PKR Latheefa Koya dengan menyifatkannya sebagai satu “perbincangan”.
“Tak ada (pergaduhan). (Hanya) Perbincangan. (Tanggapan pergaduhan) sebab anda tidak lihat hal seperti ini dalam BN.
“Dalam Pakatan Harapan kita setuju untuk tidak bersetuju,” kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika ditemui pemberita dalam majlis pelancaran Pesta Buku Selangor 2016 di Pusat Konvenshen Shah Alam hari ini.
Interaksi dua pemimpin itu menunjukkan keterbukaan Pakatan Harapan menanggapi perbezaan pandangan antara komponennya, katanya lagi.
Jawapan itu terbit di sebalik komitmen PKR, DAP dan Amanah sebelum ini untuk tidak lagi mengamalkan prinsip ‘setuju untuk tidak bersetuju’ bagi mengelakkan nasib yang menimpa Pakatan Rakyat.
Dalam Perjanjian Pakatan Harapan yang dimeterai 9 Januari lalu, setiap parti masih boleh membuat keputusan politik dengan syarat tidak bertentangan dengan perjanjian dan keputusan bersama.
Berikutan ketiadaan kata putus antara DAP dan PKR dalam isu pilihan raya kilat di Pulau Pinang, Tony menggunakan Facebook untuk meluahkan rasa kecewa terhadap ‘kawan’ yang tidak mahu menyokong DAP.

Negara Ketum: Tidak ada undang-undang larang tanam ketum, kata KPN

Tapi dapatkan kebenaran Kementerian Kesihatan jika mahu guna ketum bagi tujuan perubatan, tegas Tan Sri Khalid
igp-ketum-1
PUTRAJAYA: Malaysia tidak mempunyai undang-undang yang melarang penanaman mitragyna speciosa (ketum) tetapi pemilikan, pemprosesan dan pengedaran tumbuhan itu merupakan kesalahan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Ketum mempunyai bahan yang boleh memabukkan maka sebab itu mereka yang menggunakannya boleh didakwa dibawah Akta Racun 1952, jelasnya.
“Mana-mana orang yang mahu menggunakan ketum untuk nilai perubatannya, perlulah mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Kesihatan,” tegas Khalid ketika ditemui pemberita di Putrajaya hari ini.
Beliau mengulas cadangan Pengerusi Risda Datuk Zahidi Zainul Abidin Selasa lepas memohon kerajaan membenarkan pekebun kecil menanam ketum secara komersil sebagai sumber pendapatan tambahan.
Hari ini Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan penjualan air ketum boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Racun 1952 dan penanamannya secara besar-besaran perlu diteliti secara mendalam.
Beliau akan mengarahkan Ketua Pengarah Risda Mohd Najib A Samad untuk menyerahkan laporan berhubung perkara itu.
Ketum merupakan sejenis tumbuhan asli Asia Selatan, dan daunnya digunakan untuk perangsang atau pelali serta untuk merawat ketagihan candu. Ramai mendakwa ketum berkesan merawat artritis.