Selasa, 26 Julai 2016

Laporan polis: Abu Kassim, Zeti kunci mulut

Abu Kassim akan beri kenyataan esok, selepas merujuk peguamnya
Tan-Sri-Abu-Kassim-Mohamed--zeti-aziz
KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz enggan mengulas laporan polis yang dibuat Pemuda Umno terhadap mereka hari ini.
Ditemui pemberita di Majlis Penghargaan Bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM malam tadi, Abu Kassim dan Zeti, yang hadir sebagai tetamu majlis, tidak mahu memberi sebarang kenyataan walaupun diasak bertalu-talu oleh pemberita.
“Saya tidak mahu mengulas perkara itu malam ini. Saya akan beri kenyataan esok berkenaan laporan polis itu,” jawab Abu Kassim.
“Saya tidak akan berkata apa-apa tanpa penasihat undang-undang saya,” kata Zeti pula.
Pemberita cuba memancing respon daripada Abu Kassim yang bakal bersara tidak lama lagi, dengan memetik gesaannya kepada media supaya mencari kebenaran sesuatu isu.
“Cerita sebenar? Dapatkan daripada mereka (Pemuda Umno),” jawabnya ringkas sebelum beredar.
Tengah hari tadi, Pemuda Umno membuat laporan polis terhadap Abu Kassim, Zeti dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan mendakwa mereka terlibat dalam perancangan untuk menggulingkan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Naib Ketua Pemuda Khairul Azwan Harun dilaporkan berkata, mereka bertiga disyaki memberikan maklumat sulit kepada agensi asing, termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) tanpa kebenaran.
Beliau juga mendakwa sebahagian maklumat tersebut direka, dipalsukan dan diputarbelit bagi “mencapai tujuan-tujuan jahat”.
Ia berikutan langkah Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memfailkan saman sivil untuk menyita aset yang terlibat dalam atau boleh dikesan kepada konspirasi mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB.

Fitnah Guling: Zeti dapatkan khidmat peguam

Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sedang mendapatkan khidmat peguam selepas beliau diadukan kepada polis oleh Pemuda Umno siang tadi.
Ditanya wartawan berhubung laporan polis dibuat pemimpin pemuda itu, Zeti bagaimanapun enggan memberi sebarang komen.
"Saya tidak akan berkata apa-apa tanpa peguam saya," katanya di Kuala Lumpur malam ini.
Siang tadi Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi dengan mendakwa Zeti terlibat dalam satu konspirasi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak serta kerajaan.
Turut dinamakan dalam laporan berkenaan ialah dua individu berprofil tinggi, iaitu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Dalam laporannya yang turut diperolehi Malaysiakini, Khairul Azwan berkata, ketiga-tiga mereka disyaki memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Gani dipetik Bernama malam ini menyifatkan dakwaan beliau terlibat dalam konspirasi berkenaan hanyalah muslihat untuk mencari publisiti.
"Dakwaan sembrono ini merupakan muslihat mencari publisiti tanpa asas," katanya.
Zeti ditemui di majlis makan malam perpisahan untuk Abu Kassim yang bersara secara rasmi daripada agensi pencegahan rasuah itu mulai 1 Ogos ini.
Pada 23 Jun lalu Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa mengatakan Abu Kassim memohon supaya perkhidmatannya bersama SPRM tidak diteruskan.
Ali berkata Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima permohonan berkenaan selaras dengan subseksyen 5(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
Abu Kassim, 55, dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM pada 1 Januari 2010.
Sementara itu ditanya wartawan, Abu Kassim pula memberitahu beliau akan membuat kenyataan mengenai laporan polis berkenaan kemudian.
"Saya tak mahu komen malam ini. Saya akan buat kenyataan esok," katanya.

SIAPAKAH yg dapat 'KEUNTUNGAN' drpd kenaikan yg tak masuk akal itu ??!!

WOWW !!! Tak pasal2 harga projek landasan keretapi pantai timur itu daripada hanya RM30 bilion DINAIKKAN kepada RM60 bilion..

Fakta selanjutnya, boleh baca di sini..

http://ec2-54-251-147-140.ap-southeast-1.compute.amazonaws.com/2016/07/outrage-najibs-secret-deal-with-china-to-pay-off-1mdb-and-jho-lows-debts-shock-exclusive/

LAGI SATU SATU KEBODOHAN UMNO..

Nak lawan yahudi.. TAPI BAWA & TAJA MASUK YAHUDI #APCO DALAM NEGARA..!!!.. Ko sendiri buat, PASTU KO CAKAP PEMBANGKANG YANG SALAH..

Sejak kalah dalam pilihanraya, nampak sgt KETOLOLAN juak pemakan dedak UMNgOK..

Pemimpin negara dalam keadaan panik isu 1MDB hanya rekaan kata Annuar

Percubaan mereka-reka cerita kononnya pemimpin dalam keadaan tertekan, panik dan berpecah adalah satu percubaan mahu menjadikan UMNO mati punca berhubung isu saman Peguam Negara Amerika Syarikat.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, ia tidak lebih sekadar permainan minda kerana dalam soal melibatkan 1MDB, kerajaan sebenarnya amat berhati-hati menanganinya.
"Tindakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan saman sivil bagi merampas aset di negara tersebut yang disyaki diperoleh daripada sumber wang 1MDB ternyata menarik perhatian banyak pihak dalm negara kita.
"Pelbagai pihak mengeluarkan berbagai-bagai kenyataan, tafsiran dan ramalan termasuk wartawan tetapi kekal sebagai satu ramalan," ujarnya dalam satu kenyataan petang tadi.
Annuar MusaMenurut Annuar, bagi pemimpin politik pembangkang pula akan membuat telahan mereka yang lazimnya menguntungkan perjuangan masing-masing.
"Bagi UMNO pula, kita memilih untuk melihat kepada realiti dan akan berhati-hati menangani setiap isu yang datang mengikut landasan undang- undang dengan menjaga kepentingan lebih besar iaitu rakyat dan negara.
UMNO, katanya, memandang serius dakwaan DOJ dan sedang menelitinya secara terperinci dan dakwaan parti memandang remeh mengenainya tidak benar sama sekali.
"UMNO dan BN berpendirian untuk berkerjasama dengansemua pihak dan autoriti yang sah agar penyiasatan dapat dijalankan segera dan proses mahkamah berjalan dengan adil dan menurut undang-undang. Proses ini memakan masa dan sebarang sikap prejudis atau spekulasi adalah tidak diperlukan," tegasnya lagi.
UMNO dan kerajaan juga tidak akan menarimengikut rentak yang dipalu sesetengah pihak yang mencari laba politik menggunakan isu yang sama.

Gani: Dakwaan nak guling PM muslihat cari publisiti

Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menyifatkan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia hanyalah muslihat untuk mencari publisiti.
"Dakwaan sembrono ini merupakan muslihat mencari publisiti tanpa asas.
"Percubaan membunuh perwatakan akan hanya mencetuskan tindak balas dan melemahkan kerajaan pada jangka panjang," katanya kepada Bernama.
Abdul Gani selanjutnya menegaskan beliau sentiasa bertindak profesional dalam menjalankan tugas dan akan terus bertindak sedemikian dalam setiap usaha masa hadapannya.
Beliau menyatakan demikian menerusi WhatsAppnya bila diminta mengulas mengenai laporan bahawa Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun membuat laporan polis terhadap beliau; bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz; dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Dalam laporan itu, Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga mereka dipercayai terlibat dalam konspirasi menggulingkan Najib dan kerajaan Malaysia.
Pada 27 Julai, 2015, perkhidmatan Abdul Gani selaku Peguam Negara ditamatkan atas sebab-sebab kesihatan.
Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Peguam Negara baharu, berkuatkuasa 27 Julai tahun lepas.

Malaysian Official 1 : Najib Kena Nafi ...


MALAYSIAN OFFICIAL 1:NAJIB KENA NAFI BUKAN NAJIB DAN NAJIB BUKAN BERTARAF HIGH RANGKING OFFICIAL IN MALAYSIAN GORVERMENT.
Oleh DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
1.Saya terkejut bila PM Najib minta mereka yang dinamakan dalam dalam dokumen Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mengambil tanggung jawab membersihkan nama mereka dan pastikan tiada wang rakyat disalah guna.Kenyataan PM Najib itu mahu mereka yang disebut nama dalam dokumen  mahkamah di Amerika Syarikat mesti tampil menjelas kepada awam dan mahkamah aset dan wang yang mereka perolehi dan miliki bukan dicuri dari 1MDB.


2.Persoalannya bersediakah Najib membersihkan dirinya dari dokumen tersebut.Walaupun nama Najib tidak disebut secara jelas tetapi gambaran Peguam Negara Amerika Syarikat (deskripsi) yang terkandung dalam dokumen tersebut jelas mengaitkan Malaysian Official 1 adalah Najib. Malaysian Official 1 disebut sebanyak 36 kali dalam dokumen mahkamah Amerika Syarikat.Dalam perkara 28 muka surat 11 dari dokumen setebal 136 muka surat sangat jelas memberi maksud siapa Malaysian Official 1.

SAYA BUKAN PM MALAYSIA SAYA PENGERUSI JKKK KG PELAK MUKIM LEPAR DUN PULAU MANIS PEKAN PAHANG.

3.Perkara 28 dimuka surat 11 menyatakan Malaysian Official 1 ialah seorang yang 'High Ranking Official in the Malaysian Government'.Perkara 29 disebut Riza Shariz Abd Aziz sebagai A Relative Of Malaysian Official 1. Najib perlu menafikan Malaysian Official 1 bukan dirinya dan dia bukan Pegawai awam paling tinggi dalam kerajaan Malaysia atau dalam erti kata lain Najib kena menyatakan dia bukan PM Malaysia.Najib kena menyatakan dia hanya bertaraf pengerusi JKKK Kampung PELAK Mukim LEPAR Dun PULAU MANIS  PEKAN Pahang.Najib juga kena menyatakan yang Riza Shariz Abd Aziz anak kandung Rosmah Mansur dengan bekas suaminya tiada apa apa hubungan dengan Najib.Mungkin Riza hanya seorang kelandangan di Amerika.

Di mana Pak Arab ‘dermawan’ bersembunyi?


Setiap hari, pasti Ahli Parlimen DAP, Tony Pua akan kecoh tentang 1MDB. Kadang-kadang terfikir juga, tak bosankah Tony asyik sebut tentang skandal 1MDB berulang kali? Padahal rakyat Malaysia yang rata-ratanya lebih gemar isu Yuna peluk Usher di atas pentas atau status haram halal PokemonGo, bukan peduli sangat jika duit mereka kena rembat juta-juta.
pak arab dermawanBagi orang kita, tak apalah jika juta-juta habis dirompak orang atas pun, asalkan negara ini masih diperintah Melayu Islam. Syukur.
Yalah, jika tidak diperintah Melayu Islam, takkan seorang Pak Arab yang hartawan lagi budiman mahu menderma berbilion ringgit kepada Perdana Menteri kita. Bukan dua tiga juta, tapi RM2.6 bilion. RM2.6 bilion ini punyalah banyak, sehingga boleh beli lebih 108 cincin berharga RM24 juta.
Tapi, apa yang dipersoalkan Tony semalam menarik juga untuk difikirkan. Kata Tony, di mana Pak Arab yang hartawan dan budiman itu bersembunyi?
Lebih-lebih lagi, setelah saman sivil oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat baru-baru ini menunjukkan wang RM2.6 bilion (AS$ 681 juta) yang masuk ke akaun si ‘Malaysian Official 1’ itu datangnya daripada duit 1MDB melalui syarikat Tanore Finance Corporation.
Tanore Finance Corporation itu pula dimiliki rakan Jho Low yang bernama Eric Tan Kim Loong. Hairan bin Ajaib sungguh. Adakah Eric Tan Kim Loong ini Pak Arab itu?
Jika Eric Tan lah Pak Arab misteri yang disebut-sebut kerajaan selama ini, nampaknya Pak Arab yang disangkakan rakyat itu bukanlah dari Timur Tengah sana, tetapi seorang usahawan Cina dari Malaysia.
Tapi itu juga menambah seribu satu kemusykilan yang lain.

Zam persoal laporan polis dibuat Khairul Azwan


Tan Sri Zainuddin MaidinTan Sri Zainuddin MaidinTan Sri Zainudin Maidin membangkitkan persoalan sama ada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin merestui laporan polis terhadap peneraju dan bekas peneraju badan-badan penting dalam negara.
Bekas menteri itu dipetik berkata,  beliau hairan kerana tindakan itu hanya dibuat oleh Naib Ketua Umno Khairul Azwan Harun.
“Saya agak hairan kenapakah dalam tindakan yang begitu penting ini yang melibatkan kepentingan maruah perdana menteri Malaysia dan nama baik Malaysia, Khairy sendiri sebagai ketua Pemuda Umno tidak tampil kehadapan?”
“Adakah beliau tidak mahu terlibat dalam tindakan keperwiraan Pemuda Umno mempertahankan maruah negara itu sebagai tanggungjawab parti?” soalnya seperti dilapor Malaysiakini.
Laporan polis terhadap bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga individu berpengaruh itu dipercayai terbabit dalam konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan.
Khairul Azwan berkata, ketiga-tiga mereka disyaki memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS).
Zainuddin berkata langkah itu memberi kesan negatif kepada Najib dan memperlihatkan seolah-olah beliau benar-benar tertekan dan panik dengan penemuan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.

1MDB: Tak boleh lagi guna penyata kewangan 2013, 2014

Langkah diambil susulan tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memfailkan aduan penyitaan sivil terhadap entiti dan individu tertentu.
1mdb
PETALING JAYA: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memutuskan penyata kewangan syarikat yang diaudit bagi tahun 2013 dan 2014 harus digunakan oleh mana-mana pihak.
Menyifatkan keputusan itu sebagai langkah berjaga-jaga, ia “sehingga mahkamah undang-undang memutuskan fakta-fakta tertentu yang didakwa itu, seperti yang digambarkan dalam aduan, secara muktamad dan tidak ada pertikaian.”
Pada 20 Julai lalu Peguam Negara Amerika Syarikat mengumumkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan aduan penyitaan sivil terhadap entiti dan individu tertentu.
Pada masa yang sama DoJ memfailkan tindakan undang-undang berkaitan untuk menyita aset-aset tertentu yang dipegang atas nama pihak terbabit.
“Lembaga Pengarah 1MDB sudah mengkaji dan mempertimbangkan kandungan aduan itu.
“Sementara pihak lembaga kekal yakin tidak ada salahlaku dibuat oleh 1MDB dan penyata kewangan diaudit sebelum ini memaparkan hal ehwal syarikat secara betul dan adil bagi tempoh berkaitan, lembaga memutuskan, sebagai langkah berjaga-jaga, penyata kewangan diaudit 1MDB bagi tahun 2013 dan 2014 tidak harus digunakan oleh mana-mana pihak, sehingga mahkamah undang-undang memutuskan fakta-fakta tertentu yang didakwa itu, seperti yang digambarkan dalam aduan, secara muktamad dan tidak ada pertikaian.”

Gani: Conspiracy report a publicity stunt

Former attorney-general says attempts at character assassination will only trigger a backlash and undermine the government in the long run.
gani-patail-1
KUALA LUMPUR: Former Attorney-General Abdul Gani Patail has described the allegations that he is involved in a conspiracy to topple Prime Minister Najib Razak and the Malaysian Government as a publicity stunt.
“These frivolous allegations are publicity-seeking stunts with no substance.
“Attempts at character assassination would only trigger a backlash and undermine the government in the long run,” he told Bernama.
Abdul Gani further reiterated that he had always acted professionally in the course of his work and will continue to work professionally in all his future endeavours.
He said this via WhatsApp when asked to comment on a news report that Umno Youth Vice-Chief Khairul Azwan Harun had lodged a police report against him, former Bank Negara Governor Zeti Akthar Aziz and Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Chief Commissioner Abu Kassim Mohamed.
In the report, Khairul Azwan claimed that the three were believed to be involved in a conspiracy to topple Najib and the Malaysian Government.
On July 27, 2015, Abdul Gani’s service as the Attorney-General was terminated due to health reasons.
Former Federal Court judge Mohamed Apandi Ali was appointed as the new Attorney-General, effective July 27 last year.

Rafizi: THHE diberi kontrak bina kapal, tapi tidak ada pengalaman

Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa ini merupakan kontrak runding terus RM740 juta untuk bantu syarikat yang mempunyai masalah kewangan itu
rafizi-thhe
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan kepada TH Heavy Engineering Berhad (THHE) kontrak kerajaan bernilai RM740 juta untuk membina kapal peronda luar pesisir (OPV) walaupun syarikat itu tidak ada pengalaman membina kapal, dakwa Rafizi Ramli.
Setiausaha Agung PKR itu mendedahkan salinan surat yang didakwa daripada Kementerian Kewangan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), yang menyatakan THHE dianugerahkan kontrak secara runding terus untuk membina tiga unit OPV untuk badan itu.
Salah satu daripada syarikat kontrak itu, dakwanya, adalah THHE bekerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan lain yang mempunyai kemudahan, kemampuan dan pengalaman membina kapal yang diperlukan.
“Saya perlu tegaskan bahawa syarat khusus bahawa ‘THHE perlu bekerjasama dengan syarikat tempatan lain yang mempunyai kemudahan, keupayaan dan pengalaman membina kapal’ dimasukkan kerana semakan menunjukkan bahawa THHE tidak pernah mempunyai pengalaman membina kapal OPV seperti yang dikehendaki,” kata Rafizi.
“THHE adalah sebuah syarikat yang membina kemudahan pelantar di luar pesisir pantai.
“Kalau dalam perniagaan sekarang pun ia bermasalah untuk menyiapkan kerja-kerja sehingga mengalami kelewatan dan turut digantung oleh Petronas Carigali dari turut serta di dalam kontrak perolehan PETRONAS Carigali, sudah tentu THHE akan bermasalah dalam menyediakan kapal-kapal OPV yang diperlukan sekarang.”
Rafizi mengulangi dakwaan terhadap Najib yang didakwa mengurniakan kontrak itu kepada THHE bagi membantu membaiki keadaan kewangan syarikat, terutamanya selepas THHE disaman oleh kontraktornya kerana hutang tertunggak.
“Tindakan Dato’ Seri Najib menggunakan kontrak membekal OPV untuk menutup kelemahan Tabung Haji melabur di dalam THHE yang sudah terdedah kepada kerugian RM554 juta adalah terdesak dan sangat tidak bertanggungjawab,” kata Rafizi.
“Dalam keadaan keselamatan yang runcing di luar pesisir pantai Malaysia terutamanya di Timur Sabah (ekoran peristiwa penculikan yang berulang), tindakan menganugerahkan kontrak pembinaan OPV ini kepada sebuah syarikat yang langsung tidak berpengalaman samalah seperti menempah masalah kerana kemungkinan besar kapal-kapal OPV itu tidak dapat disiapkan mengikut jadual.

Rafizi dakwa Tabung Haji labur RM740j di syarikat bermasalah

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa kerajaan menyerahkan kontrak bernilai RM740 juta kepada syarikat bermasalah TH Heavy Engineering Bhd (THHE) melalui rundingan terus.
Kata Rafizi tindakan itu dibuat bagi menutup kesilapan Lembaga Tabung Haji melabur dalam THHE.
Menurut anggota parlimen Pandan itu suntikan dana berkenaan diperlukan kerana keadaan kewangan THHE yang "terlalu terdesak" selepas ia didakwa disaman kontraktornya kerana menanggung tunggakan hutang.
Suntikan ini diperlukan memandangkan keadaan kewangan THHE yang terlalu terdesak terutamanya selepas ia disaman oleh kontraktornya untuk mengutip hutang tertunggak.
Katanya ia juga mungkin membahayakan keselamatan negara kerana kontrak berkenaan memerlukan syarikat itu membekal, membina, menguji dan mentauliah tiga unit kapal rondaan luar pesisir pantai (OPV) kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
"Dalam keadaan keselamatan yang runcing di luar pesisir pantai Malaysia terutamanya di timur Sabah (ekoran peristiwa penculikan berulang), tindakan menganugerahkan kontrak pembinaan OPV kepada sebuah syarikat yang langsung tidak berpengalaman samalah seperti menempah masalah kerana kemungkinan besar kapal itu tidak dapat disiapkan mengikut jadual.
"Ini akan merencatkan usaha menambah baik kawalan keselamatan perairan negara yang akan menyebabkan ancaman lanun dan penculikan akan berterusan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dakwa Rafizi kontrak berkenaan juga diberikan ketika THHE "sudah terdedah kepada kerugian" bernilai RM554 juta.
Katanya tindakan Datuk Seri Najib Razak - selaku menteri kewangan - membenarkan pelaburan itu sebagai "terdesak dan sangat tidak bertanggungjawab".
Mesti bekerjasama
Dalam kenyataan sama Rafizi yang juga setiausaha agung PKR turut melampirkan tiga surat bertarikh 2 Jun, didakwanya daripada Kementerian Kewangan kepada Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim Malaysia (BHEPMM), beralamat di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.
Berdasarkan salinan itu BHEPMM dimaklumkan kerajaan meluluskan permohonan THHE melalui rundingan terus.
Keputusan itu dibuat hasil mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Kementerian Kewangan pada 31 Mei lalu. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Najib.

1MDB: Don’t rely on our financial statements

1MDB Mesti Disiasat Dengan Adil Dan Telus Oleh Kita Sendiri - Hadi

Mat Sabu: Malaysia Diperintah Oleh Orang Yang Mencuri Wang Rakyat

Hannah Yeoh: Barisan Nasional Is Well Known For Corruption & They Are Still Alright

'Tambahan RM30 bilion projek kereta api bagi bayar hutang 1MDB'

Najib Razak’s Secret Deal With China

 

Najib Razak’s Secret Deal With China To Pay Off 1MDB (And Jho Low’s) Debts

by Sarawak Report

 OUTRAGE! - Najib's Secret Deal With China To Pay Off 1MDB (And Jho Low's) Debts! - SHOCK EXCLUSIVEOUTRAGE! - Najib's Secret Deal With China To Pay Off 1MDB (And Jho Low's) Debts! - SHOCK EXCLUSIVE

OUTRAGE! - Najib's Secret Deal With China To Pay Off 1MDB (And Jho Low's) Debts! - SHOCK EXCLUSIVE
Marked “For Internal Use Only” an Appendix to a Term Sheet due to be approved by the Malaysian Cabinet tomorrow (27th July) lays out in detailed figures how  Najib plans for over US$7 billion in accumulated 1MDB/Jho Low company debts to be wiped out by taxpayers in a secret deal between his Ministry of Finance and the Chinese state company CCCC (China Communications Construction Company).
The PM’s ‘cunning plan’ is to get the Malaysian Government to agree to inflate the actual cost of the East Coast Rail Project from only RM30 billion to RM60 billion, all to be borrowed from the Chinese Government, in order to disguise the payment of 1MDB’s (and Jho Low’s company) debts.
A whistleblower, who has supplied full details of the project, described the plan to Sarawak Report:
“The Malaysian Government is planning to award an overvalued project to launder money in order to fill the loophole of 1MDB. The plan is to award the East Coast Rail Project to a Chinese Company, China Communication Construction Company Limited (CCCC). The initial budget for the project is MYR 30b, but they have overvalued the project by another MYR 30b, making it MYR 60b. The extra MYR 30b will be used to launder out cash to 1MDB related companies.
The project has been proposed to the cabinet on 25/7/2016 and will be approved by the cabinet on 27/7/2016 with total value of MYR 60b.
The Chinese company, which is backed by the China Government, will help pay off the 1MDB dept in advance and progressively. In return, this Chinese company will be rewarded with high profits and land, and of course extra influence with the Malaysian government”.
Doubling the cost of mega-project
The outrageous plan is blatantly laid out in the term sheet and internal report, which have been leaked to Sarawak Report.
The report says baldly that the actual cost of building the railway, has only been estimated by CCCC at RM27 billion. However, there is to be a so-called “Additional Differential” cost of RM29.85 billion, which will more than double the cost to make a total bill of RM60 billion, including a fat percentage of profit for the company (handily based on the total and not just the construction costs):
Najib plans to double the cost of the Railway to RM60 billion to hide his 1MDB missing money
The company makes no bones about the incentives provided by the Malaysian Government in this “Direct Contract”, meaning that there was no open tender to get the best deal for the project.
CCCC says it has been given land on generous terms, including a chunk of land which was given cheap by Najib to 1MDB, then inflated in value at Ayer Item – the land which is valued at US$1.3 billion will be offered to CCCC for US$850 million.
CCCC will also gets tax breaks including from GST for the next ten years. And then, as a Chinese State-owned company CCCC notes the benefit of the extended influence over Malaysia the project and the massive loan of the cash (at a generous 2% interest rate) will provide.
So much for Najib Razak’s much vaunted ‘inward investment’ plans from fellow Islamic countries and his stirring of hatred against the so-called ‘Chinese Tsunami’!
What is in this deceitful deal for the Chinese?  Just take a look!
Sneaking 1MDB’s debts into the project
The quid pro quo for the Chinese partners in this lucrative deal is to assist in Najib’s corrupted exit strategy for getting shot of his multi-billion dollar debts at 1MDB at a total cost of US$5.63 billion!
The first priority being to get 1MDB off the hook over its outstanding payments to Abu Dhabi’s IPIC.  In the first instance this will be achieved through the payment of the $850 million to 1MDB for the Ayer Item land, but after that the company will assume the repayment of the remaining debts for the disastrous ‘power purchase’ and ‘strategic partnership loans’ which lost billions (mainly stolen).
The Malaysian taxpayer will of course have to pay the whole lot back with interest over the next 7 years in payments, all planned to be disguised by the inflated Rail Project!
Sneaking a write off of 1MDB's debts in an up-front payment
Laughably, this outlay is set to be disguised by a repayment in ‘assets’ valued to the same amount of US$5.63 billion.  The assets concerned are largely duds – vaunted ‘liquid and cash assets’ tucked away by 1MDB in dodgy bank accounts, including the 1MDB Brazen Sky account at BSI (alleged worth $940 milllion) and also the supposed assets of 1MDB Global at BSI, (alleged worth US$1.56 billion).
Significantly, we note that the 1MDB Global money, which was raised through a Goldman Sachs loan, is now also described as ‘Units’, raising the probability that these are in fact worthless pieces of paper representing bogus investments, similar to the ‘Units’ in Brazen Sky, which would imply, that like the PetroSaudi funds, the billions raised by 1MDB Global have all been stolen:
Worthless 'units' from Brazen Sky and 1MDB Global are being dumped into the deal as if they had been 'bought', whereas in fact all costs are being separately covered by the 'additional items' on the inflated projected

List of Payments totals US$7.5 billion/ RM29.8 billion

Dr M sebenarnya yang ganggu PM, kata Nazri

“Jika anda tinggal dalam rumah kaca, anda tidak patut baling batu pada orang lain, katanya.
nazri1
KUALA LUMPUR: Bukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengganggu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan mereka yang ada kaitan dengannya.
“Ia sebaliknya,” kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz.
Bercakap kepada FMT, Nazri berkata sepanjang setahun setengah lalu, Dr Mahathir tidak henti-henti mengganggu Najib dan keluarganya, sehinggakan negarawan itu terpaksa melanggar kata-katanya sendiri dengan mendapatkan bantuan daripada media asing.
“Saya ingat masa beliau (Dr Mahathir) jadi perdana menteri. Beliau sangat menentang media asing kerana pada masa itu mereka serang beliau.
“Beliau juga marah mereka kerana masuk campur urusan dalaman Malaysia.
“Sekarang beliau pula minta belas daripada media asing untuk membantunya,” kata Nazri yang juga menteri pelancongan dan kebudayaan.
Beliau berkata demikian susulan laporan Dr Mahathir di Jakarta semalam, yang mendakwa beliau, keluarga dan rakannya diganggu agensi kerajaan.
Dr Mahathir juga berkata gangguan itu termasuk lawatan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri, adalah cubaan untuk menekannya supaya berhenti mengkritik Najib.

Parti baharu gelombangnya lebih besar jika berlaku `grand coalition', kata Mahfuz


Datuk Mahfuz Omar Datuk Mahfuz Omar
Umno dan Barisan Nasional (BN)  tidak boleh menganggap kemunculan parti baharu melalui `grand coalition' tidak akan menjejaskan sokongan rakyat di negeri Kedah,Johor dan Sabah, kata Pengerusi Penyelaras Gerakan Selamatkan Malaysia Negeri Kedah Datuk Mahfuz Omar.
Beliau berkata, kali ini penubuhan parti baharu yang diasaskan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu gelombangnya lebih besar daripada kemunculan parti Semangat 46 yang diasaskan oleh Tengku Razaleigh Hamzah.
"Bila ada parti baharu akan berlaku satu gelombang yang akan dibanjiri di kalangan ahli akar umbi dan pemimpin Umno di peringkat cawangan dan bahagian di negeri terbabit untuk beralih memilih parti politik baharu itu.
"Gelombang kebangkitan ini bertambah kuat kerana dicetuskan oleh Mahathir dan disepakati Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz yang menjadi mangsa politik kerana mereka berani menyuarakan  isu 1MDB dan terkini pendedahan oleh Jabatan Keadilan AS (DOJ) menjadi faktor penolak gelombang itu lebih kuat kali ini," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Pada 14 Julai lalu Dr Mahathir mengumumkan akan menubuhkan parti baharu yang mendapat sokongan di kalangan pemimpin Pakatan Harapan dan Pas.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, dikalangan rakyat yang akan memberikan sokongan terhadap usaha Dr Mahathir itu adalah dikalangan penjawat awam dan kelompok generasi baharu yang telah terdidik bahawa bekas perdana menteri itu adalah seorang tokoh negarawan terulung.
Beliau merujuk kepada situasi terkini Umno negeri Kedah selepas pemecatan bekas menteri besarnya oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada 24 Jun lalu.
Walaupun tidak berlaku situasi ahli keluar parti sebagaimana beberapa bahagian Umno di negeri Johor dan Sabah selepas pengantungan dan pengistiharan keluar parti oleh Muhyiddin dan Shafei, tetapi Umno-BN negeri Kedah ujarnya, jangan menjangkakan parti itu dalam keadaan stabil di negeri Kedah.
"Saya pernah hadir beri ceramah saya lihat sokongan tim Tun Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie cukup tinggi.
"Saya boleh katakan 90 peratus ahli Umno hadir mendengar ucapan bekas pemimpin mereka. Malah mereka tidak kisah melihat pemimpin parti lain duduk sepentas untuk membincangkan isu sama kepada rakyat.
"Jika mahu dibandingkan dengan Sabah sentimen Shafie dipecat daripada jawatan kabinet dan parti, mereka menganggap ia satu permainan politik pemimpin di Semenanjung untuk menjatuhkan pemimpin Sabah.
"Sentimennya itu kita lihat lebih besar pengaruhnya menjadi penyebab banyak ketua dan ahli mereka mereka di peringkat bahagian sudah mula keluar daripada Umno," katanya.
Semenjak Shafie mengisytiharkan beliau keluar daripada Umno pada 4 Julai lalu secara rasmi Bahagian Semporna dan Batu Sapi mengumumkan pemimpin dan ahlinya diperingkat cawangan dan bahagian keluar Umno yang kemudian diikuti Kota Belud.

SALAH SATU TRANSFORBASI NAJIB !!!

Mana lagi aset negara nak digadaikannya..

Nak Guling Najib...Biar Betul Bro...!!!

Rasa nak tergelak jer.. tapi tengok muka bajingan ni terus hilang gelak, timbul marah... negara makin teruk... semakin terjerumus dlm liang lihad yang digali oleh puak ni sendiri..

Wahai Khairul Azwan.. bila terlibat skandal songlap wang MARA di Melbourne melalui syarikat 'proxy..' blm lagi kemewahan mendadak setelah menang jawatan dlm Pemuda Umno..

UMNO & Fitnah Berpisah TIADA !!!

AKHIRNYA.. Barua penjilat UMNO PapaGomo diarahkan membayar RM800 ribu kpd DS Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Persekutuan setelah gagal dlm rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan untuk ketepikan keputusan bersalah menfitnah DSAI.

BILA UMNO TERGUGAT KO SALAHKAN BANGSA LAIN PULAK.. UMNO MEMANG CILAKAK !!

Sejarah Tak Pernah Menipu..

FAKTA !!!

Bayar hutang judi Las Vegas.. UMNO
Beri kerakyatan pada warga asing.. UMNO
Lulus Lesen Judi.. menteri UMNO
Lulus Lesen Arak.. menteri UMNO
Lulus Pusat Judi Genting.. menteri UMNO
Curi Duit Berbilion.. org MELAYU
Skandal KWSP.. org MELAYU
Skandal MARA.. org MELAYU
Skandal Tabung Haji.. org MELAYU
Penyebab MAS bangkrap.. org MELAYU
Banyak Kes Buang Anak.. org MELAYU
Banyak Kes Tangkap Basah.. org MELAYU
Yang Kafirkan Melayu.. org MELAYU
PM Yang Suka Kepit.. org MELAYU
Menteri Terlondeh Seluar.. org MELAYU

SALAH SATU KEBODOHAN UMNO..

Kalau dah buat jenayah di negara mereka, SUDAH TENTU lah Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) siasat kerana berlaku penyelewengan/ korupsi dana 1MDB di negara mereka.

Mereka siasat di sana. BUKANNYA Amerika dtg siasat ke M'sia..

LEPAS TU kecoh nak disamakan dgn Iraq.
Saddam Hussein musuh AS. Iraq ada minyak. Jadi ada kepentingan strategik untuk AS jajah Iraq.

TETAPI di M'sia, Najib kamceng sama Obama. Main golf sama2 kat Hawaii..

NAMPAK TAK !!!

Nampak sgt KETOLOLAN juak pemakan dedak UMNgOK..

Duit Rakyat Untuk Berjudi...!!!

PERGHH !!!.. Rupa2nya bayar main judi LEBIH AFDHAL berbanding taja Haji..

PERGHH !!!.. 3 Kali ganda bayar main judi berbanding taja Haji..

Cilakak sungguh #MalaysianOfficer1

#1MDB #Yayasan1MDB

Zam: KJ restu laporan polis pada Zeti, Gani, Abu Kasim?

Tan Sri Zainudin Maidin membangkitkan persoalan sama ada ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin merestui laporan polis terhadap peneraju dan bekas peneraju badan-badan penting dalam negara.
Bekas menteri itu berkata beliau hairan kerana tindakan itu hanya dibuat oleh Naib Ketua Umno Khairul Azwan Harun.
“Saya agak hairan kenapakah dalam tindakan yang begitu penting ini yang melibatkan kepentingan maruah perdana menteri Malaysia dan nama baik Malaysia, Khairy sendiri sebagai ketua Pemuda Umno tidak tampil kehadapan?”
“Adakah beliau tidak mahu terlibat dalam tindakan keperwiraan Pemuda Umno mempertahankan maruah negara itu sebagai tanggungjawab parti?” soalnya.
Laporan polis terhadap bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga individu berpengaruh itu dipercayai terbabit dalam konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan.
Khairul Azwan berkata, ketiga-tiga mereka disyaki memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS).
Zainuddin berkata langkah itu memberi kesan negatif kepada Najib dan memperlihatkan seolah-olah beliau benar-benar tertekan dan panik dengan penemuan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.

'Tambahan RM30 bilion projek kereta api bagi bayar hutang 1MDB'

Laman web Sarawak Report mendakwa pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersubahat dengan kontraktor utama China Communications Construction Company (CCCC) untuk menaikkan kos Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRP) daripada RM30 bilion kepada RM60 bilion bagi membayar hutang 1MDB hutang.
"Pelan licik perdana menteri adalah untuk mendapatkan persetujuan kerajaan untuk meningkatkan kos sebenar projek landasan keretapi pantai timur itu daripada hanya RM30 bilion kepada RM60 bilion, semua ini akan dipinjam daripada kerajaan China sebagai samaran bagi pembayaran hutang syarikat 1MDB," kata laman web itu dalam satu kenyataan melalui e-mel.
Memetik pendedah maklumat yang didakwa memberi salinan dokumen CCCC yang memperinci pelan itu, Sarawak Report mendakwa kerajaan dijangka meluluskan penganugerahan kontrak berkenaan kepada firma itu, tetapi dengan "perbezaan" sebanyak RM30 bilion daripada anggaran awal kira-kira jumlah yang sama.
Tambahan RM 30 bilion didakwa akan digunakan untuk membayar hutang 1MDB, selepas projek yang dicadangkan itu diluluskan pada kos RM60 bilion oleh mesyuarat kabinet esok.
Malaysiakini tidak dapat mengesahkan dakwaan mahupun kesahihan dokumen yang disiarkan oleh laman web itu.
Menurut Sarawak Report, CCCC yang disokong oleh kerajaan Cina, kononnya akan membantu membayar hutang 1MDB melalui beberapa transaksi yang dirancang.

Sida-sida yang punya testikel..!!

Mereka tidak dikasi tetapi sesuatu yang lebih penting kepada seorang insan dirampas; maruah dan harga diri mereka dirampas.
zaid-ibrahim_shoe_600
Oleh Zaid Ibrahim
Tatkala zaman maharaja memerintah empayar yang luas, orang suruhan yang dikasikan – iaitu, bebola testikel mereka dipisahkan daripada badan mereka digunakan maharaja itu sebagai pengawal istana mereka.
Maharaja itu memerlukan orang yang boleh dipercayai sepenuhnya untuk mengambil kisah dan memelihara gundik dan perempuan simpanan mereka – sesetengah daripada maharaja dulu mempunyai lebih 1,000 perempuan simpanan.
Maharaja itu tidak boleh mempercayai lelaki yang “lengkap” sebagai pengawal untuk memastikan perempuan simpanan mereka tidak dicabuli kehormatan mereka, ataupun menggunakan pengawal itu untuk memenuhi nafsu mereka. Oleh itu, kaum sida-sida ataupun “eunuchs” ini diciptakan untuk memenuhi keperluan maharaja itu.
Sida-sida ini dikasi sejak kecil lagi, dan disebarkan untuk bekerja di dalam kawasan dalaman istana. Oleh itu, kaum sida-sida ini mempunyai peluang menjadi rapat dengan maharaja mereka, gundiknya, dan juga penasihat kanannya.
Peluang ini digunakan sida-sida itu untuk mempengaruhi maharaja dan penasihatnya dalam perkara dasar kerajaan, malah sering kali juga campur tangan dalam hal kerajaan yang lain. Inilah sebabnya kenapa sida-sida ini akhirnya memegang jawatan penting di dalam empayar, dan juga mengaut harta banyak di samping menggenggam kuasa besar.
Saya menerangkan semua ini supaya senang untuk anda menerangkan kepada orang lain (terutama sekali warganegara asing) kenapa Datuk Seri Najib Razak masih lagi maha berkuasa.
Najib, maharaja tersohor abad ke-21 ini, berjaya melaksanakan apa yang hanya dapat diimpikan orang lain, iaitu beliau kini mengecap kejayaan sebagai perdana menteri terkaya di Malaysia, malah di seluruh dunia.
Najib berjaya menahani publisiti buruk dari media global berbulan-bulan lamanya, dan meskipun tindakan Jabatan Kehakiman AS baru-baru ini (yang menerangkan secara terperinci modus operandi yang digunakannya untuk mengebas lebih USD3.5 bilion dari negara), beliau masih lagi menikmati sokongan penuh daripada ahli Kabinetnya, partinya, perkhidmatan awam, polis, pemberita media aliran utama dan bloggers, serta juga kehakiman dan ahli Parlimen.
Bagaimanakah fenomena ini dapat dijelaskan?
Kita tidak boleh menyalahkan sepenuhnya pihak pembangkang yang lemah dan huru-hara. Ia juga tidak adil untuk mengharapkan “kemarahan” rakyat biasa secukupnya sehingga mendorong mereka untuk berarak di jalan raya untuk mendesak agar Najib digantikan, pada kala ramai di antara mereka hanya menyara hidup dengan menjual nasi lemak atau bekerja sebagai buruh am.
Kehidupan harian untuk ramai rakyat Malaysia adalah susah. Mencari makanan dan duit tambahan untuk membayar tol seharusnya dianggap lebih penting daripada melibatkan diri dalam pergolakan politik.

Isu Derma, 1MDB. Kleptokrasi & Pariah Antarabangsa

Tidak semena-mena perkataan kleptokrasi tiba-tiba popular dan menjadi sebutan ramai di sebalik tindakan menggemparkan dunia yang diambil oleh Jabatan Kehakiman AS mahu menyita harta-harta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Menurut kenyataan yang dibacakan oleh Peguam Negara AS, tindakan menyita harta-harta berjumlah kira-kira RM4,000 juta berkaitan 1MDB yang dilakukannya adalah di bawah Inisiatif Pengambilan Semula Aset Kleptokrasi.

Buat seketika ramai yang tidak tahu apa itu makna kleptokrasi. Barangkali majoriti kita tidak pernah pun mendengar perkataan itu sebelum ini. Setelah ditinjau dalam google dan dicari maklumat dalam wikipedia, kleptokrasi rupa-rupanya memberi makna yang cukup memalukan kepada Malaysia.

Dalam ertikata mudah, kleptokrasi adalah kerajaan pencuri yang mencuri duit rakyat untuk memperkayakan diri sendiri dan kelompok tertentu yang dekat dengan pemimpinnya. Secara langsung ia sangat bertentangan dengan makna dan amalan demokrasi yang dijunjung selama ini. 
Di media-media sosial, barangkali untuk kemudahan pakcik kampung dan makcik Felda memahaminya, kleptokrasi disimpulkan berasal daripada cantuman perkataan "klepet"  dan "kelentong" yang berselindung di sebalik demokrasi.
Sebab itu, dalam kenyataan yang disebut oleh Jabatan Kehakiman AS, harta-harta yang disita berkaitan 1MDB itu akan dikembalikan semula kepada pemunya asalnya.
Rupa-rupanya juga, dalam kita bergembira kerana AS mahu mengembalikan semula harta-harta yang disita itu kepada kita, Malaysia juga turut mendapat malu kerana kini lebih dikenali sebagai negara kleptokrasi.
Dalam kenyataan yang disebut oleh Jabatan Kehakiman, selain harta-harta yang bakal disita, mereka juga tanpa ragu-ragu mengatakan wang RM2,600 juta yang dimasukkan ke akuan peribadi Malaysian Official 1 adalah juga berasal daripada 1MDB.
Makna kata, dalam maklumat yang ada dalam tangan Jabatan Kehakiman AS dan FBI, tidak ada sama sekali individu Timur Tengah, anak raja Arab atau sesiapa yang lain yang kononnya pernah ditemui oleh Zahid Hamidi yang dikenalpasti sebagai penderma wang tersebut.

Curi jugalah maksudnya wang RM2,600 juta itu.

Hanya kerana 1MDB, Najib Razak dan Jho Low, seluruh dunia dalam sekelip mata mula mengenali negara kita sebagai negara pencuri. 
Malu beb...melainkan bagi mereka yang sama-sama pencuri.
Keadaan ini, mahu tidak mahu, dengan sendirinya meletakkan beban yang berat kepada seluruh rakyat Malaysia untuk tahun-tahun mendatangnya. Tentunya tidak ada di antara kita yang waras mahu Malaysia terus dikenali sebagai kleptokrasi atau negara pencuri.
Di dunia moden sekarang, tidak ada negara lain yang dilabel sebagai negara pencuri melainkan negara kita. Pelabur dan pelancong tentu saja akan memikir lebih daripada sekali untuk datang ke sini selepas ini.

MADAH BERHELAH PEMUDA UMNO

Semalam, dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dilihat tidak menyatakan dengan jelas pendirian sayap kanan parti itu sama ada menyokong dan mempertahankan Najib Razak atau tidak.

Sebaliknya,  beliau hanya mengatakan Pergerakan Pemuda UMNO mahukan kebenaran, sambil berharap kes saman sivil Jabatan Kehakiman AS terhadap aset-aset yang dikaitkan dengan 1MDB dapat diteruskan di mahkamah.

Serentak dengan itu, Khairy atau KJ juga mengatakan pihaknya turut memandang serius segala dakwaan yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman AS itu kerana ia melibatkan sejumlah wang yang besar yang didakwa diselewengkan.

Oleh itu, kita harap proses saman sivil itu akan berjalan supaya kita dapat kepastiannya, jelas beliau lagi.
Hari ini pula, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun membuat laporan polis terhadap bekas Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim Mohamed,  bekas Peguam Negara,  Abdul Gani Patail dan bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz atas dakwaan terbabit dalam konspirasi mahu menjatuhkan Najib dan kerajaan.

Dalam laporannya, beliau mengesyaki ketiga-tiga mereka telah memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar seperti FBI, tanpa kelulusan pihak berkuasa, termasuk Jabatan Peguam Negara.

Mengapa Pemuda UMNO tiba-tiba membuat laporan polis sedangkan baru semalam mengatakan sedia menunggu perbicaraan di mahkamah untuk mengetahui kebenaran?

Adakah ia bertujuan mahu mempertahankan Najib atau supaya lebih banyak perkara lain yang terbongkar kepada umum dan seterusnya memberi tekanan berterusan kepada Perdana Menteri?

Adalah sukar untuk mempercayai bahawa tokoh-tokoh berwibawa seperti Abu Kassim, Abdul Gani dan Zeti sanggup berkonspirasi, memberikan maklumat dan dokumen kepada pihak luar secara tidak sah seperti yang didakwa itu.

Lagi pun, baru dua hari lalu Abu Kassim mengesahkan kerjasama SPRM dengan FBI berhubung siasatan mengenai 1MDB.

Oleh sebab pihak AS meminta pertolongan dan kita hanya menjalankan kerja sepertimana yang digalakkan dalam Konvensyen Pencegahan Rasuah, PBB yang menyebut mana-mana agensi perlu memberi kerjasama dan sokongan apabila berhadapan dengan jenayah melibatkan beberapa negara, ujar Abu Kassim lagi.

Jika begitu, sudah pasti, jika ada, segala maklumat dan dokumen yang diberikan oleh SPRM kepada FBI, ia adalah sesuatu yang sah untuk mencegah jenayah dan bukannya konspirasi.
Yang nyata, dengan laporan polis itu,  Pemuda UMNO telah berjaya dari segi menghangatkan lagi isu saman Jabatan Kehakiman AS terhadap aset-aset berkaitan 1MDB agar terus dispekulasi dan dibuat bermacam-macam persepsi oleh orangramai, walaupun KJ tidak muncul di balai polis untuk sama-sama membuat laporan.

Zeti, Abu Kassim, Gani Didakwa Mahu Guling Najib - Khairul Azwan

Zeti Akhtar dalang gulingkan Najib - Naib Ketua Pemuda

Sarawak Report: RM30b added to rail project to pay off 1MDB debts

Isu 1MDB tidak sumbang sentimen negatif kepada ekonomi - Johari Ghani

Tabung Haji tidak akan jual tanah di TRX kata Najib

Mat Sabu: Apa Salah Lim Guan Eng?

Azmin Ali: Bulu & Sperma Boleh Jumpa, Tetapi RM2.6 Bilion Tak Jumpa

Azmin Ali: Kita Menyokong Lim Guan Eng Kerana Dia Seorang Demokrat, Bukan Kleptokrat Di Putrajaya

Konspirasi jatuhkan Najib, 3 individu berpengaruh dipercayai terbabit dakwa Pemuda Umno

SKANDAL 1MDB: DUA TUGAS UTAMA YANG MENANTI NAJIB

Dalam waktu yang terdekat ini, di sebalik ada yang masih tertanya-tanya dan ada juga yang sudah membuat laporan polis, tugas utama Najib Razak ialah membuat pengesahan secara terbuka, jujur serta ikhlas mengenai siapakah Malaysian Official 1 yang sebenarnya.

Biar pun Tun Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dan sebahagian besar yang lain tanpa ragu-rayu menujukan gelaran itu kepada Najib, tetapi tidak ada sesiapa yang mengesahkannya setakat ini.

Jika Malaysian Official 1 itu adalah dirinya, Najib sebagai Pahlawan Bugis yang selalu membanggakan dirinya sebagai "gentleman", beliau haruslah berani mengakuinya secara terbuka.

Kalau bukan, berterus-teranglah juga dengan segala hujah dan silat kuntau yang ada untuk menafikan bahawa Malaysian Official 1 itu adalah dirinya.

Tetapi sehingga ini Najib masih lagi diam. Rosmah Mansor, Zahid Hamidi dan lain-lain pemimpin  UMNO juga diam. Malah "blogger serta facebooker 900"  juga diam tidak berkata apa-apa.

Oleh itu, siapa Malaysian Official 1 itu terus dalam kekaburan minda rakyat Malaysia serta menjadikan semua orang terus berteka-teka.

Selain mengesahkan identiti Malaysian Official 1, tugas kedua Najib ialah mengesahkan sekali lagi, juga dengan secara terbuka, jujur dan ikhlas, mengenai wang berbilion-bilion ringgit yang pernah masuk ke dalam akaun bank peribadinya.

Najib sebelum ini mengatakan wang itu sebagai derma daripada Timur Tengah, manakala Peguam Negara menyebut wang tersebut diterima daripada salah seorang anak raja Arab.

PAS kemuka ‘bukti’ ia tidak bisu isu 1MDB..!!

Bagaimanapun separuh daripada 18 kenyataan media pemimpin PAS sejak Disember lalu dikeluarkan oleh timbalan presidennya.
pas-1mdb
PETALING JAYA: Lidah rasmi PAS Harakahdaily hari ini menyenaraikan kenyataan beberapa pemimpin kanan PAS bagi menepis dakwaan parti itu membisu dalam isu skandal 1MDB.
“Dakwaan kononnya PAS membisu berhubung skandal 1MDB adalah propaganda, cetusan sensasi dan publisiti murahan pihak yang terdesak untuk mencalar kewibawaan PAS.
“Malah, difitnah pula pimpinan PAS cuba melindungi mereka yang terlibat termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan menerima imbuhan ‘dedak’ atas sikap itu,” kata komen yang disusuli 18 kenyataan media sejak Disember lalu.
Bagaimanapun, tinjauan mendapati sembilan atau 50% daripada 18 kenyataan yang disenaraikan adalah daripada Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pemimpin PAS yang dilihat lantang mengkritik secara langsung syarikat bermasalah itu.
Dua kenyataan dikeluarkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, satu daripadanya merupakan gesaan supaya kuasa asing tidak campur tangan siasatan 1MDB, manakala satu lagi merupakan kenyataan bersama Tuan Ibrahim menuntut penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat syarikat milik Kementerian Kewangan itu.
Satu-satunya kenyataan dikeluarkan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, mengkritik laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai aliran wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi Najib sebagai “tidak logik”.

Timbalan menteri Umno mahu MB Selangor mohon maaf kepada Najib

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi menuntut supaya Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali segera meminta maaf kepada Datuk Seri Najib Razak kerana kenyataannya yang mahu perdana menteri mengaku peranannya dalam dakwaan skandal 1MDB tetapi membisu mengenai tuduhan rasuah terhadap seorang pemimpin pembangkang.
Katanya, kenyataan Azmin yang juga adalah timbalan presiden PKR itu adalah menjelekkan dan bersifat 'double standard'.
“Saya menggesa agar Azmin Ali segera menarik semula kenyataan media beliau bertarikh 21 Julai lalu dan memohon maaf serta menyatakan kekesalan beliau secara terbuka kepada perdana menteri dengan kadar yang segera,” katanya dalam Facebook hari ini.
Azmin, menersui kenyataan Khamis lalu, berkata, Najib perlu berterus terang mengenai pembabitannya dengan 1MDB, kerana perkara itu sedang disiasat oleh Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat.
“Kenyataan media oleh Azmin dianggap sebagai menjelekkan dan bersifat 'double standard'.
“Rakan pembangkang Azmin, Lim Guan Eng dari parti DAP secara jelas telah didakwa di mahkamah pada 30 Jun lalu atas dua pertuduhan rasuah membabitkan penyalahgunaan kuasa berhubung isu permohonan pengezonan semula status tanah dan pembelian banglo di Jalan Pinhorn.
“Malahan, tidak ada satupun kenyataan yang Azmin keluarkan untuk menuntut supaya Lim tampil ke hadapan dan mengaku akan kesalahannya seperti mana yang beliau lakukan terhadap Najib yang dipilih melalui sistem demokrasi,” katanya.
Hujahnya, jika Azmin benar-benar mengutamakan keadilan, tidak prejudis, dan ikhlas, sudah tentunya beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan media terhadap Najib pada kenyataan 21 Julai lalu yang mencadangkan bahawa wujud konspirasi untuk menutup skandal membabitkan 1MDB tetapi berdiam diri berhudung dakwaan ke atas Lim.

Dr M: Bagaimana mahu dakwa 'MO1' tanpa menyebut namanya?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi gesaannya supaya Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat menamakan ‘Malaysian Official 1' yang disebut dalam saman mahkamah di negara itu mengenai dakwaan penyelewengan dana berkaitan 1MDB.
Bekas perdana menteri itu berkata, jika negara kuasa besar itu benar-benar ikhlas dalam pembasmian rasuah dan pengubahan wang haram yang membabitkan Amerika Syarikat, mereka perlu menamakan individu berkenaan dan membiarkan proses undang-undang berjalan.
"Mencuri wang adalah satu jenayah. Sekadar merampas wang yang dicuri tidak membatalkan sesuatu jenayah. Satu-satunya urutan logik selepas merampas wang yang dicuri adalah pertuduhan jenayah terhadap pencuri.

"Bagaimana DOJ akan mendakwa Malaysia Official 1 tanpa menamakannya?" soalnya.
Menurut Mahathir, campur tangan asing diperlukan untuk menegakkan keadilan apabila "pencuri berkuasa ke atas polis dan agensi pendakwaan" di negara ini.
Sambil menyatakan bahawa rakyat mahu memulihkan nama baik negara, beliau berkata, mereka tidak mahu diketuai oleh seorang pemimpin yang disyaki kleptokrasi dan mencuri berbilion-bilion wang negara.
"Rakyat tidak boleh berbuat apa-apa sendirian kerana Malaysia Official 1 mengawal peguam pegara dan polis - agensi penguatkuasaan.
"Mereka tidak boleh menyingkirkannya melalui undi tidak percaya kerana beliau mengawal majoriti ahli-ahli Parlimen melalui langkah-langkah yang menyalahi undang-undang," katanya di blog.
Suka atau tidak, Dr Mahathir berkata, keadaan memaksa rakyat mengharapkan tindakan oleh negara-negara asing.

Portal pro-Umno kata Ya, Mo1 itu Najib tapi...

Sebuah portal Umno hari ini mengakui 'Malaysian Official 1' atau MO1 yang dirujuk dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Jelas MO1 itu merujuk kepada Najib," kata portal MyKMU.net.
Bagaimanapun, portal pro-Umno itu mempersoalkan sama ada semua isu-isu yang dibangkitkan dalam dokumen tersebut adalah benar.
"Persoalannya, adakah semua dalam kertas saman tersebut benar? Ia perlu dibuktikan oleh DOJ di mahkamah.
"Malangnya, kemungkinan besar ia tidak berlaku kerana DOJ tidak menyaman Mohd Najib Razak. Oleh kerana mereka tidak menyaman Najib Razak, maka apa sahaja rujukan ke atas MO1 tidak perlu dibuktikan di mahkamah," kata portal tersebut.
Selain itu, portal itu turut menganggap tindakan DOJ sebagai 'sangat misteri' apabila badan kehakiman tersebut mengaitkan nama 'Malaysian Official 1' dalam saman tersebut tetapi tiada sebarang aset milik pegawai awam yang dirahsiakan namanya itu disita.
"Mengapa DOJ mengaitkan nama MO1 sedangkan tidak ada sebarang aset MO1 yang mahu mereka sita atau rampas sangat misteri.
"Mereka hanya menyaman untuk merampas aset-aset di bawah nama empat orang individu iaitu Jho Low, Riza Aziz, Khadeem Al-Qubaisi dan Mohammed Badawy Al-Husseiny yang pada fikiran mereka mempunyai kaitan dengan pendapatan secara haram dari 1MDB.
"Dalam kes ini juga, DOJ hanya perlu membuktikan keempat-empat mereka ini telah menggunakan wang daripada 1MDB untuk membeli aset-aset yang disenaraikan," kata portal itu lagi.
Justeru, portal berkenaan memberikan cadangan kepada kumpulan anti-Najib supaya memberi tekanan kepada DOJ untuk mempercepatkan kes berkenaan melainkan kumpulan tersebut ingin menangguhkan proses siasatan kerana ingin melaksanakan agenda menjatuhkan perdana menteri.
"Apa yang perlu kumpulan anti-Najib Razak buat ialah mendesak DOJ menyegerakan kes ini. Atau mereka mahu kes ini dilambatkan sekadar untuk melaksanakan agenda menjatuhkan Najib Razak?," kata MykMU.net.
Semalam Najib meminta supaya individu yang disebut dalam saman DOJ perlu membersihkan nama mereka dan kerajaan memandang serius tentang perkara itu.
Minggu lalu, DOJ memfailkan saman sivil yang mendakwa dana 1MDB disalahgunakan untuk menyelesaikan hutang judi, pembelian hartanah, karya seni, kapal layar dan kapal terbang.
Antara nama yang dinamakan dalam saman tersebut ialah anak tiri Najib, Riza Aziz serta Jho Low yang dikenali sebagai ahli perniagaan yang dilaporkan rapat dengan keluarga anggota parlimen Pekan itu.

Jatuhkan Najib: Pemuda Umno buat laporan ke atas Zeti, Gani, Abu Kasim

Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis terhadap bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Menurut Naib Ketua Umno Khairul Azwan Harun, ketiga-tiga individu berpengaruh di negara ini dipercayai terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia yang sah.
Khairul membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.
Dalam laporannya yang juga diperolehi oleh Malaysiakini, Khairul Azwan berkata, ketiga-tiga mereka disyaki memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Katanya, mereka dipercayai memberikan maklumat sulit berkenaan kepada pihak asing tanpa kelulusan sah oleh pihak berkuasa Malaysia, termasuk Jabatan Peguam Negara.
Beliau juga mendakwa sebahagian besar maklumat dokumen yang dikemukakan adalah palsu, diputar-belit dan direka untuk mencapai agenda jahat mereka.
Khairul menggesa pihak polis mempercepatkan siasatan mengenai perkara ini.

CEO TH enggan jawab dakwaan anak syarikat rugi

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji (TH), Datuk Johan Abdullah enggan mengulas mengenai kerugian yang dialami oleh anak syarikatnya, TH Heavy Engineering Berhad (THEE) berjumlah RM554 juta.
Sebaliknya, beliau meminta pihak media supaya menunggu pengumuman dari THEE yang dijangka dibuat dalam masa terdekat ini.
“Pelaburan itu ialah pelaburan dalam sebuah syarikat yang tersenarai, kita kena ikuti daripada apa-apa perkembangan syarikat tersebut. Kita tidak boleh komen panjang mengenai ini.
“Saya difahamkan syarikat tersebut akan membuat satu pengumuman dalam masa terdekat, kerana ia merupakan sebuah syarikat yang tersenarai dalam bursa. Jadi pendedahan itu akan dibuat oleh syarikat.
“Saya ingat hari ini atau esok mungkin akan ada perkembangan isu itu,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas majlis perasmian Yayasan Tabung Haji di Hotel TH Kelana Jaya.
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai dakwaan terbaru oleh Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengenai perihal pengurusan perniagaan TH.
Baru-baru ini, Rafizi mendakwa TH melalui sebuah anak syarikatnya berdepan risiko kerugian berjumlah RM554 juta dengan dua syarikat antarabangsa telah menfailkan petisyen berasingan untuk menuntut hutang mereka daripada THEE.
Susulan itu, Rafizi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi penjelasan terutama kepada pendeposit TH mengenai langkah-langkah untuk menyelamatkan lembaga itu daripada menanggung kerugian.
"Saya juga menyeru kepimpinan baru TH di bawah Datuk Johan Abdullah mengambil pendekatan berbeza dalam menangani pandangan timbang tara dari ahli Parlimen seperti saya," katanya dalam kenyataan media.

Tabung Haji untung beli tanah 1MDB, kata Najib

Najib mendakwa nilai tanah itu naik RM400 kaki persegi namun pembelian menguntungkan ini dipolitikkan sesetengah pihak.
najib_tabung-haji_new_600
PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak hari ini mendedahkan minat ditunjukkan pembeli terhadap tanah 0.631 hektar milik Lembaga Tabung Haji (TH) di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) pada harga RM400 lebih tinggi kaki persegi daripada harga pembelian.
Susulan itu, perdana menteri berkata nilai pelaburan TH di TRX menguntungkan.
Beliau mempersoalkan kritikan terhadap TH ketika pembelian itu dilaporkan tahun lalu.
“Saya tanya CEO berapa harga tanah yang dibeli TH dengan nilai RM1,800 sekaki persegi itu, CEO kata orang nak beli tanah kepunyaan TH dengan nilai RM2,200 kaki persegi.
“Maknanya dah untung. Yang jadi masalah ia dipolitikkan oleh sesetengah pihak,” kata Najib pada majlis pelancaran Yayasan TH di Kelana Jaya, hari ini.
TH membeli tanah tersebut daripada 1MDB pada 2015, di sebalik kritikan ia merupakan usaha menyelamatkan syarikat kontroversi milik Kementerian Kewangan itu.
Kritikan berkisar perbezaan harga yang dibayar TH kerana 1MDB membeli tanah itu daripada kerajaan hanya pada RM64 sekaki persegi pada 2011.
Seusai majlis pelancaran, Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Johan Abdullah berkata kepada pemberita TH bertegas tidak akan menjual tanah tersebut memandangkan ia mempunyai nilai tambahan yang tinggi bagi tempoh jangka masa panjang.
“Sekarang juga kita ada tawaran yang tinggi tetapi kita tidak mahu menjualnya kerana kami percaya dengan penghasilan nilai jangka panjang daripada pelaburan itu,” katanya.
Sementara itu, Johan enggan mengulas dakwaan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengenai kontrak RM740 juta untuk menyelamatkan anak syarikat, TH Heavy Engineering Berhad (THHE), yang didakwa muflis.

Tak timbul soal jemaah tajaan 1MDB lompat ‘Q’, kata Tabung Haji

Wang tajaan lebih RM10 juta 1MDB tidak disalurkan terus, kata Johan.
Johan-Abdullah_haji_600PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji berkata ia berterima kasih atas tajaan lebih RM10 juta oleh syarikat kontroversi 1MDB bagi membolehkan seramai 1,100 orang terpilih mengerjakan ibadat haji tahun ini.
Bagaimanapun, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Johan Abdullah enggan menjawab sama ada bakal haji yang ditaja itu diberi kelonggaran dengan dibenarkan mengerjakan haji serta merta tanpa perlu menunggu giliran seperti mana umat Islam lain.
“Soal masuk ‘Q’ ke tak masuk ‘Q’ tak timbul, kerana kita nak fokuskan dari segi memberi peluang kepada imam masjid, jawatankuasa masjid,” kata Johan selepas menghadiri majlis pelancaran Yayasan TH di Hotel TH di Kelana Jaya yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, hari ini.
“Kalau dilihat semalam, alhamdulilah, amat bagus sekali dan mereka berterima kasih kerana kalau tidak ada penajaan sebegitu rupa besar, kemungkinan dengan simpanan banyak tahun pun mereka tak akan dapat menunaikan haji,” tambahnya.
Tabung Haji mengamalkan sistem giliran di mana hampir dua juta pendeposit yang berdaftar dengannya perlu menunggu bertahun-tahun sebelum diberi peluang menunaikan haji. Arab Saudi mengehadkan kuota tahunan bilangan jemaah Malaysia kepada 22,320 orang.
1MDB baru-baru ini mengumumkan peruntukan RM10.4 juta kepada 1,100 orang terdiri daripada imam, ketua kampung dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari seluruh negara mengerjakan ibadat haji tahun ini.
Majlis penyerahan sumbangan itu disempurnakan Najib di Putrajaya semalam, kurang seminggu selepas Jabatan Kehakiman AS bertindak mahu menyita aset berkait 1MDB di negara itu atas tuduhan korupsi dan pengubahan wang haram.
Johan berkata dana 1MDB itu bukan diterima terus, dan merupakan sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya (CSR), manakala Tabung Haji cuma berperanan menguruskan perjalanan bakal haji itu.

Azmin enggan ulas isu Pilihan Raya Negeri Selangor

POCA & SOSMA: Kerajaan BN Tidak Akan Minta Maaf Kata Najib

1MDB: 'DOJ has the right' - Second Finance Minister

Najib: 'Barang naik', but cost to perform the haj still the same

Rakyat Patut Sembah Tuhan Bukan Sembah Najib - Temuramah Eklusif Bersama TMJ

Enggan komen anak syarikat rugi, tunggu sidang media selanjutnya - CEO Tabung Haji

Skandal 1MDB: Jangan Tekan Polis Buat Siasatan

KENAPA PEMAKAN2 DEDAK UMNGOK BISU !!!

Bila Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) ambil tindakan saman terhadap aset2 yg berkait 1MDB di negara mereka, puok2 pemakan dedak cuba perbodohkan rakyat dgn mengatakan campurtangan luar terhadap Malaysia dan ingin jadi spt Amerika hantar tentera ke Iraq dan akhirnya negara Iraq tergadai...

TETAPI bila KERAjaan UMNO/BN merestui & membenarkan lebih 450 Airmen dan empat pesawat udara Tentera Udara AS berlatih di Malaysia,

Dalam Islam-Umno halal-HARAM SAMA-SAMA BANTAI..

1MDB yg tak pernah untung..
1MDB berhutang RM55 bilion..
1MDB guna kaedah riba..
1MDB penuh korupsi..
1MDB terlibat pengubahan wang haram..
1MDB bayar hutang main judi..

KEMUDIAN guna duit 1MDB taja orang pergi Haji..
DENGAN ALASAN harapkan pujian rakyat..

ISLAM MANA AJAR CAMNI !!!

Teresa Kok dapat RM350,000 akibat ditahan ISA

Mahkamah Rayuan mendapati ada kesilapan undang-undang dalam keputusan Mahkamah Tinggi tahun lalu ketika ia memutuskan tahanan terhadap Teresa di bawah ISA mengikut undang-undang.
teresakokPUTRAJAYA: Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menang dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini menentang kerajaan berhubung penahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sembilan tahun lalu.
Beliau turut dianugerahkan ganti rugi RM350,000.
Mahkamah Rayuan dalam keputusannya hari ini berkata berlaku kesilapan undang-undang dalam keputusan Mahkamah Tinggi apabila ia menggunakan kes ujian, ketika merujuk kepada situasi Teresa, tahun lalu.
“Ia jelas kesilapan undang-undang apabila Mahkamah Tinggi mengguna pakai prinsip ‘stare decisis’ untuk mengikut satu kes yang kini bukan lagi undang-undang yang bagus,” kata Hakim Datuk Varghese George yang membacakan penghakiman itu.
Panel hakim lain ialah Hakim Datuk Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Zaleha Yusof.
Mahkamah juga mendapati tuduhan itu, yang menamakan pembabitannya dalam bantahan suara azan, petisyen menurunkan papan tanda Jawi, SMS langsung pembabitannya, dan juga petisyen supaya azan tidak dipasang adalah lapuk.
“Beliau ditahan pada 19 September 2008. Tetapi tuduhan yang dituju kepadanya ialah pada Februari tahun itu.