Isnin, 25 Julai 2016

Peguam Umno Pergi Mengadap DoJ...!!!

Bukankah sebelum ini puok2 pemakan dedak UMNgOK menuduh pihak pembangkang yg menyokong tindakan DOJ saman ke atas aset2 berkaitan 1MDB di AS satu tindakan pro-Amerika & khianat kpd negara..

KENAPA PULA tiba2 Peguam Umno bersama lima Pegawai SPRM sanggup terbang ke Washington semata2 nak serahkan dokumen & bukti kekayaan anak bekas PM Tun Mahathir ke AS ???

KENAPA tak serahkan saja pada Najib, AG APandi, KPN Khalid & SPRM !!!

NAMPAK SANGAT DAH TERDESAK nak serang Tun M berbanding nak bongkar rasuah & kebobrokan UMNO !!!

SPRM BUAT APA !!!..

TAHUKAH ANDA.. Menjadi kesalahan bagi Najib Razak terima wang secara peribadi tanpa sebarang balasan jika penderma mempunyai hubungan atau kepentingan dengan tugas rasmi beliau sebagai PM mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Seksyen 165 Kanun Keseksaan menyatakan bahawa barangsiapa, yang menjadi penjawat awam menerima sesuatu benda yang berharga dengan suatu balasan yang ia ketahui tidak mencukupi, daripada seseorang yang ia ketahui ada mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya, melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara selama tempoh yang dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

MalaysianOfficial1: MO1

FAKTA:
- Berhubungan keluarga dgn Riza Aziz
- Penerima US$681j (RM2.6b)

Jika bukan Najib Razak, SIAPA LAGI ??!!

KENAPA skandal wang haram terbesar dalam dunia DIMILIKI OLEH MALAYSIA ??

SIAPAKAH yg memerintah M'sia..
..DAP atau BN ?!!

SIAPAKAH yg memerintah M'sia..
..Melayu-umno atau Cina-DAP ?!!

SIAPAKAH yg gadai aset2 M'sia..
..Melayu-umno atau Cina-DAP ?!!

TU PUN masih lagi nak sokong & undi BN sampai mati ??

"KLEPTOKRASI" 1MDB

"'Rakyat ditipu besar-besaran, dana 1MDB biayai hutang judi" - Timbalan Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan, Andrew McCabe.

SINGKIR NAJIB - GERAKAN DALAMAN UMNO SOKONG DR M, PARTI BAHARU?


"Di kalangan yang akan beralih angin itu adalah pemimpin UMNO kanan, anggota Kabinet dan pemimpin parti komponen BN yang cuba melepaskan diri daripada ‘perbuatan Najib’ sambil melihat peluang sedang terbuka luas di hadapan  mereka."

Mana ada, tak dengar pun...karut-marut dan tidak masuk akal.
Benarkah wujud gerakan untuk menyingkirkan Najib sedang berlaku dalam UMNO?
Siapa yang akan lakukan lakukan? Berani mereka berbuat demikian dan apakah sanggup mereka berkorban pangkat, kedudukan dan keistimewaan?
Tidak mungkin akan ada gerakan singkir Najib dari dalam UMNO sendiri. Dari luar perkara biasa, malah dari luar negara pun!

Lagipun amat meragukan jika ada pihak akan melakukan sedemikian dan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) langsung tidak menjejaskan UMNO.

Jangan percaya dengan laporan media asing. Percayakan dengan cakap pemimpin UMNO dan kerajaan agar tidak terpengaruh, termasuk dalam isu membabitkan 1MDB.
Pemimpin UMNO lebih tahu. Yang dari luar itu ‘putar-belit’ dan sengaja mahu menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri.
Ada pihak meramalkan beberapa pemimpin tertinggi UMNO akan beralih kepada pembangkang ekoran tindakan undang-undang Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas berbilion-bilion aset yang didakwa disalah gunakan daripada dana pelaburan negara 1MDB.
Dikatakan juga, di kalangan yang akan beralih angin itu adalah pemimpin dan ahli UMNO kanan, anggota-anggota Kabinet dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional.
Mereka cuba melepaskan diri daripada kemelut kepimpinan dan parti akibat ‘perbuatan Najib’ sambil melihat peluang sedang terbuka luas di harapan mereka.
Ini berikutan pengumuman bekas Perdana Menteri mengumumkan penubuhan parti politik baru yang akan membawa agenda 'Selamatkan Malaysia' dan menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan ahli veteran Umno akhirnya keluar parti itu pada bulan Februari yang lalu di mana penubuhan parti itu akan menarik mereka yang mungkin tidak menyokong parti-parti pembangkang sedia ada.
Kelmarin (23 Julai 2016), akhbar South China Morning Post (SCMP) mengatakan beberapa menteri Kabinet serta mereka yang berada pada kepimpinan tinggi sedang melakukan gerakan  menyingkir Najib.
Mereka dikatakan akan bersama pembangkang selepas pendedahan DOJ Amerika Syarikat Rabu lalu untuk merampas harta yang dikaitkan dengan Kementerian Kewangan yang memiliki 1MDB.
“Saya tidak kata semuanya, tetapi Majlis Tertinggi UMNO akan tetap menyokong Najib, kata sumber dalaman UMNO.
Bekas editor kanan New Straits Times, Firdaus Abdullah dipetik oleh akhbar itu menyebut, Umno dalam keadaan gundah-gulana. “Beberapa pemimpin kanan parti itu telah mula 'berbincang' dengan Mahathir," ujar Firdaus, memetik laporan yang sama.
Laporan  memetik Firdaus sebagai berkata, para pemimpin Umno itu telahpun memulakan perbincangan dengan Dr Mahathir.

'Biarlah parti baharu ni ditubuhkan dulu' - Gobind Singh

PUCHONG - “Biarlah parti baharu ni ditubuhkan dulu…bab kerjasama tu Majlis Pakatan Harapan akan putuskan kemudian bila sudah jelas matlamat dan hala tuju mereka,” demikian reaksi Ketua Biro Guaman DAP, Gobind Singh Deo.
Mengulas kerjasama antara Pakatan Harapan dengan parti baharu yang bakal ditubuhkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Gobind berkata, persoalan itu hanya boleh dijawab selepas pihaknya mengetahui prinsip, matlamat dan perjuangan parti tersebut.
Gobind Singh Deo Beliau sebelum itu berkata, pihaknya berpegang kepada prinsip setiap orang mempunyai hak masing-masing dalam politik dan mengalu-alukan penubuhan parti baharu.
“Persoalan sama ada mereka boleh bekerjasama dengan Pakatan Harapan itu hanya boleh ditentukan selepas kita lihat struktur parti mereka.., kita mahu tahu apa hala tuju parti mereka” katanya.
Gobind berkata, dalam Pakatan Harapan sudah disebut daripada awal sesiapa yang menyokong perjuangan pihaknya akan diberi ruang.
Katanya, seperti yang semua sedia maklum, parti baharu tersebut masih dalam peringkat pertubuhan.
“Kita akan lihat perkembangannya selepas ini, tujuan penubuhannya kita tak tahu lagi tapi apa yang dibaca di media mereka nak tumbangkan BN pada PRU14 akan datang ,” katanya yang berpendapat mereka yang ingin menubuhkan parti tersebut mempunyai perasaan khuatir berhubung isu dana yang menjadi kontroversi kini.

Guan Eng yakin terus pimpin Pakatan di P Pinang

Lim Guan Eng
GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan terus memimpin Pakatan Harapan sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) ini diadakan.
Guan Eng berkata demikian ketika disoal media sama ada beliau akan terus memegang jawatan Ketua Menteri sekiranya keputusan PRN Pulau Pinang berpihak kepada Pakatan Harapan.
Menurutnya, beliau percaya, dengan perkhidmatan yang diberikan kerajaan negeri dibawah pimpinannya, rakyat akan membuat keputusan paling tepat dalam memilih mandat baharu.
"Saya akan terus memimpin Pakatan Harapan sekiranya PRN diadakan. Saya percaya, rakyat akan buat pilihan yang terbaik kerana tiada rakyat yang mahukan kerajaan rasuah sebaliknya kerajaan bersih seperti kerajaan negeri Pakatan Harapan dibawah pimpinan saya.
"Jika kita tidak menang ketika skandal ini sedang hangat diperkatakan, bagaimana kita nak menang dua tahun lagi?
"Saya akui, ia berisiko tetapi saya masih yakin dengan rakyat, malah kita boleh terima (sekiranya kalah), asalkan ia sebuah PRN yang diadakan secara bersih dan adil," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Reka Bentuk Peringkat Kebangsaan Cadangan Pembinaan Kompleks Pasar Teluk Kumbar, hari ini.
Menurutnya, apa yang perlu diberi perhatian masa ini adalah perkara teknikal dan bukannya isu remeh temeh yang dibangkitkan sesetengah pihak.
"Berhubung beberapa kain rentang (banner) yang membuat andaian kononnya calon Ketua Menteri baharu  akan dilantik selepas PRN nanti, itu semua kita tidak layan.
"Ada banyak banner yang digantung, malah ada dakwaan mengatakan saya calon Perdana Menteri. Kita tidak akan layan tindakan kelakar seperti ini. Apa yang penting, kita akan tumpukan kepada perkara teknikal," katanya.

Amanah sedia sertai gabungan baharu pembangkang


Prsiden Amanah, Mohamad Sabu sahkan parti itu akan sertai gabungan baharuPrsiden Amanah, Mohamad Sabu sahkan parti itu akan sertai gabungan baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) tidak menolak kemungkinan menyertai gabungan pembangkang baharu bersama kumpulan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Presiden Amanah Mohamad Sabu bagaimanapun berkata, ia bergantung kepada keputusan bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Harapan.

“Kami bincang bagaimana Amanah akan mainkan peranan jika grand coaliton ini berlaku untuk hadapi PRU14. Kita bincang daripada pelbagai aspek baik buruk agar semua parti pembangkang dapat berada dalam satu barisan untuk hadapi BN.

“Jika ia direalisasikan, Amanah akan bersama dalam grand coalition itu," katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan tertinggi Amanah, di pejabat parti itu, hari ini.

Pakatan pembangkang baharu ini jika berjaya dibentuk akan menggabungkan sebuah parti baharu yang akan dirintis kumpulan Deklarasi Rakyat pimpinan Dr Mahathir, dengan Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah.
Ditanya sama ada Pas juga akan menyertai gabungan baharu itu, Mohamad berkata semua pihak dialu-alukan bersama bagi mewujudkan satu kekuatan menentang BN.

Sementara itu, Mohamad memaklumkan bahawa mesyuarat Amanah hari ini turut membincangkan hasrat DAP bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang.

Bagaimanapun Mohamad berkata, keputusan hari ini akan dibawa kepada Mesyuarat Majlis Presiden PakatanHarapan terlebih dahulu sebelum satu kenyataan bersama dikeluarkan.

PSM tidak selesa dengan parti besar

Pertelingkahan antara mereka merugikan parti-parti picisan seperti PSM, kata Ahli Parlimen Sungai Siput
jeyakumar-psm
PETALING JAYA: Pertelingkahan antara parti besar seperti PAS, DAP dan PKR merugikan parti picisan seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Ahli Parlimen Sungai Siput berkata pimpinan parti-parti tersebut sepatutnya mendahului usaha menyelesaikan perbezaan dan membentuk kerjasama menumbangkan Barisan Nasional (BN), namun mereka seolah kehilangan fokus dan memecah-belahkan pengundi mereka.
Lantaran teladan yang ditunjukkan parti-parti itu ketika ini, PSM mengambil sikap berhati-hati sebelum menyertai kerjasama dengan mana-mana pakatan pembangkang, kata Dr Michael Jayakumar Devaraj.
“Kita tak begitu selesa dengan cara parti pembangkang sedang bertelingkah, walaupun ada perbezaan fikiran amat serius antara PAS dengan DAP,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
“Dia bukan bimbing satu perpaduan untuk jatuhkan BN.
“Kita ini parti kecil. Parti-parti besar kena buat inisiatif itu. Mereka kena buat kerana mereka besar, kita tak boleh pimpin, anjurkan,” tegasnya, mengulas samada PSM akan menyertai gabungan pembangkang dalam satu kerjasama menghadapi pilihan raya umum ke-14.
Pada ketika ini terdapat dua pakatan pembangkang yang tersedia dan dua lagi pakatan pembangkang baharu dalam perancangan.
Pakatan Harapan dibentuk DAP, PKR dan Amanah atas pusara Pakatan Rakyat yang terlerai susulan pergaduhan antara PAS dan DAP.
PAS kemudiannya membentuk blok baharu bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) pimpinan bekas menteri penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Sementara itu, tujuh parti picisan dilaporkan mahu membentuk gabungan melibatkan Parti Reformasi Negeri (Star), Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (Sapu), Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Baru), Parti Bersatu Sasa Malaysia (Bersama), Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan daripada Semenanjung, Parti Alternatif Rakyat (PAP).

Kenapa Fatah kemuka injuksi terhadap Gelari Tani Sdn Bhd?

MSO


Ramai orang terkejut apabila membaca berita Yang di Pertua Pas Kawasan Rantau Panjang Abdul Fatah Haron telah mengemukakan injuksi ke atas syarikat Gelari Tani Sdn Bhd (356554-U) di mahkamah Tinggi Kota Bharu 13 Julai lepas.

Berita itu dilaporkan oleh media massa bersumberkan daripada Husam Musa. Husam ketika itu berarada di mahkamah sama kerana menjadi saksi dalam satu kes saman terhadap kerajaan Kelantan. Beliau menulis secara tidak langsung berhubung beberapa kes yang berjalan ketika itu.

Laporan di media sosial itu yang juga dipetik oleh media massa tidak meluas dan mendalam. Pembaca menganggap kes itu sebagai biasa sahaja. Orang tidak memahami kenapa Fatah tiba-tiba "naik angin" mengemukakan injuksi berkenaan. Yang menjadi tanda tanya ialah kenapa Fatah menyaman orang separti dengannya, Parti Islam se Malaysia (Pas).

Dari cabutan di SSM, syarikat Gelari Tani Sdn Bhd ditubuhkan pada 23 Ogos 1995, menyebut bidang perniagaanya sebagai Property Investment dan Developer, ia dimiliki oleh tiga pemimpin Pas, Abdul Halim Abdul Rahaman, bekas TMB Kelantan yang juga Adun Kijang, (memegang syir sebanyak 330,000 unit, Mustapa Ali, bekas Setiasuasa Agung Pas kini Pengarah Pilihan Raya mememag (170,000 unit syir), manakala seorang lagi Wan Othman Wan Yusuf berserta enam orang perempuan yang semua berbinti Wan Othman. Mereka dipercayai anak-anak kepada Wan Yusuf.

Wan Othman memegang syir sebanyak 50,000 unit manakala perempuan yang berbintinya masing-masing 75,000 unit.

Wan Othman merupakan bekas Adun Tendong dan juga bekas Bendahari Pas Kelantan. Beliau telah meninggal dunia beberapa tahun lepas.

Lantaran itu umum masih kabur mengenai tindakan Fatah itu. Ia menghairankan kerana orang atau syarikat diinjuksi oleh Fatah itu adalah orang-orang kuat Pas, yang mengakui parti mereka memperjuangkan Islam dan mengharap syurga daripada Allah.

Jadi apa yang menarik dan memelikkan di sini, kenapa Fatah yang juga orang Pas menyaman orang Pas. Apakah kes membabitkan injuksi itu merupakan kes peribadi. Mari kita melihat ke dalam lagi mengenai kes ini selanjutnya.

Amanah: Joint announcement on snap polls

SKANDAL 1MDB- RAKYAT MALAYSIA DIMINTA BERSABAR & MENUNGGU

Khairy 'kurang senang' dengan pertanyaan wartawan Malaysiakini isu RM2.6 bilion

Pakej Homestay Bajet 1Malaysia Di New York & Los Angeles: WOW!


 Pakej Homestay Bajet 1Malaysia Di New York & Los Angeles: WOW!
Berita Baik untuk rakyat Malaysia ! Melancong ke USA Secara Bajet. Pakej VIP  tapi harga Bajet 1Malaysia ! Pakej Penginapan MURAH GILER dari 1MDB Holidays and Homestay khas buat anda !

Hanya RM11.50 ( + GST ) setiap orang untuk penginapan satu malam di New York dan Beverly Hills, Los Angeles ...... WOW !

10 banglo dan apartmen mewah pilihan anda ........

Lokasi eksklusif .......

Kemudahan kolan renang dan dapur untuk anda masak sendiri .....

Katil double decker, minima 40 orang ( ngam2 satu bas )





Sekiranya anda perlukan jet untuk terbang ke USA, anda juga berpeluang menaiki Jet Bombardier Global 500 melalui pakej Bajet 1Malaysia. Anda hanya perlu bayar kos petrol dan minyak hitam saja ! Itu anda boleh kaotim sendiri dengan juruterbang.


Sila hubungi Riza Aziz ( New York ) dan Jho Low ( Los Angeles ) bagi tempahan.

**************************

Nah.... ada juga faedahnya 1MDB ni kepada rakyat Malaysia jika dibuat begitu. Berpeluang jugalah rakyat marhean untuk melancong ke USA.

Ini duk cerita bilion2 sana, bilion2 sini  .... kita duk terlopong jer. Tak terasa pun kesannya ? GST semua kena bayar, baik yang kaya mahupun yang miskin tetap kena 6%.

So .... alang2 dirampas kesemua aset2 yang dikatakan hasil wang curi dari 1MDB dan kemudian akan dibekukan ... apakata diserahkan untuk kegunaan rakyat marhean Malaysia.
Yang dah kaya tu tak payah sibuk lah .... anda boleh pi melancong sendiri macam biasa yang anda lakukan. Beri peluang kepada rakyat biasa pula nak merasa melancong ke USA !

Tak perlulah nak buat untung. Lepas bayar duit api, air ngan upah basuh cadar sarung bantal cukuplah. Takkan nak suruh customer bawa bantal sendiri dari kampung, tak masuk akal la tu. Tapi tuala kena bawa sendiri la...

Bab jaga rumah, kemas2 dan membasuh tu kita serahkan kepada Riza Aziz dan Jho Low.

Saman DOJ: Pemuda Umno mahu kebenaran

Pergerakan Pemuda Umno berharap kes saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat terhadap aset 1MDB diteruskan di mahkamah supaya segala persoalan mengenai skandal itu dapat dipastikan kebenarannya.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata pergerakan itu memandang serius segala dakwaan DOJ kerana ia melibatkan sejumlah wang besar didakwa diselewengkan.
“Kita berharap proses (saman sivil DOJ) ini akan dapat dijalankan supaya kita dapat kepastian," katanya kepada media di Kuala Lumpur hari ini.
Bagaimanapun Khairy yang juga menteri belia dan sukan berkata Pemuda Umno tidak mahu mana-mana pihak menganggap apa yang didakwa DOJ itu benar.
"Ia kerana (dakwaan DOJ) itu (cuma) hasil siasatan dan masih lagi perlu dibuktikan di mahkamah,” kata Khairy.
DOJ pada 20 Julai lalu memfailkan saman sivil ekoran dakwaan dana daripada syarikat milik kerajaan Malaysia, 1MDB, digelapkan.
Saman itu dikemukakan bagi membolehkan pihak berkuasa AS mendapatkan kembali aset bernilai lebih AS$1 bilion yang didakwa DOJ diperoleh melalui dana 1MDB.
Bagaimanapun Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali siasatan pihak berkuasa negara ini ke atas 1MDB tidak ada bukti menunjukkan dana firma itu digelapkan.
Apandi juga berkata tiada pertuduhan jenayah diambil ke atas mana-mana individu atas dakwaan menggelapkan dana 1MDB.
Dalam dokumen DOJ itu pihak berkuasa AS memetik beberapa nama, termasuk hartawan kelahiran Pulau Pinang Low Taek Jho (lebih dikenali sebagai Jho Low) dan anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz.
Satu lagi individu yang menarik perhatian ramai ialah seseorang yang hanya dirujuk sebagai ‘Malaysian Official 1’ dan menerima wang bernilai AS$731 juta dari dana 1MDB.
Saman itu memohon kebenaran pihak berkuasa menyita beberapa harta tanah serta aset lain yang dikaitkan dengan wang 1MDB.
Tetap pendirian dulu
Mengulas lanjut, Khairy berkata pihaknya berharap segala tuduhan terhadap 1MDB akan terjawab dengan keputusan kes saman sivil berkenaan.
“Namun demikian kita pun mengambil maklum perkara ini belum dibuktikan dan perlu dibawa ke mahkamah.
"(Saman) sivil ini akan menentukan sama ada aset tersebut diperolehi dengan cara tidak sah.
"Tidak ada apa-apa yang telah dibuktikan buat masa ini,” kata Khairy.
Anggota Parlimen Rembau itu juga bersetuju pandangan Najib supaya orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai saman sivil berkenaan.

'Wang 1MDB dibelanjakan macam wang bapak mereka'

1MDB's Three Musketeers

Skandal 1MDB: Proses kes saman sivil DOJ perlu diteruskan, kata Khairy

Skandal 1MDB: Tugas PAC selesai, tidak akan siasat semula kata Hasan Arifin

Pengerusi PAC enggan mengulas dokumen DoJ yang menamakan ahli perniagaan Low Taek Jhow (Jho Low) sebagai pemilik akaun Good Star Limited.

hassan-ariffin-1mdb-1
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak akan membuka semula siasatan keatas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) sedang menyelongkar aset dipercayai dibeli dengan wang yang dilesapkan daripada syarikat milik kerajaan itu.
Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata pihaknya tidak ada sebab untuk berbuat demikian memandangkan tugas jawatankuasa itu menyiasat 1MDB sudah pun selesai pada April lalu.
“PAC sudah buat siasatan dan bentang (laporan) di Parlimen. Maka, tugas kami sudah selesai dan tidak akan menyiasatnya (sekali lagi),” kata Hasan ketika dihubungi FMT.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penemuan dalam dokumen aduan DoJ yang menamakan ahli perniagaan Low Taek Jhow (Jho Low) sebagai pemilik akaun Good Star Limited, salah satu syarikat dalam siasatan Amerika Syarikat ke atas konspirasi mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB.
Jho Low tidak dinamakan dalam laporan akhir PAC ke Parlimen. Ini kerana Hassan membuang bahagian yang menyebutkan kaitan Jho Low dengan Good Star dalam laporan itu tanpa pengetahuan ahli jawatankuasa lain, menurut seorang ahli PAC, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.
Tony berkata, ayat yang dibuang itu berbunyi: ‘Bank Negara Malaysia (BNM) dimaklumkan oleh pihak berkuasa negara yang Good Star Limited adalah syarikat dimiliki individu tiada kaitan dengan PetroSaudi Group’.
Menjelaskan tindakannya, Hassan berkata surat BNM yang menamakan Jho Low sebagai pemilik Good Star adalah bertaraf risikan, dan PAC hanya boleh melaporkan maklumat sahih dan tepat dalam laporan akhirnya.
Ketika diminta mengulas tindakan DoJ menamakan Jho Low sedangkan PAC enggan menamakannya, Hassan berkata: “Itu di luar bidang kuasa saya.”

Kenapa nak kaitkan Kabali dengan perkara lain, soal IGP

Jangan guna BERSIH 5 desak PM letak jawatan, amaran IGP

'Polis tidak campur tangan kes saman sivil DOJ'

1MDB: Amerika Ada Hak Ambil Tindakan

Amanah Bersama 'Grand Coalition' Tumbangkan BN

PRN: Amanah Bincang Bersama Pakatan Harapan

PRN Pulau Pinang medan terbaik kerjasama Pas-Umno

Walaupun majlis Presiden Pakatan Harapan masih belum memberi kata putus berkenaan syor DAP untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang sekaligus melangsungkan pilihan raya negeri,namun kemungkinan bahawa ia akan berlaku adalah tinggi.
DAP yang mempunyai majoriti Adun berbanding semua parti yang ada pastinya tidak sukar untuk meyakinkan rakan komponennya yang lain.
Walaupun DAP mungkin ada alasan dalaman yang memaksa mereka membubarkan Dun namun hasil pilihan raya pastinya tidak sekadar menyesaikan masalah dalaman DAP.
Pulau Pinang tidak sebagaimana negeri lain,mempunyai komposisi kaum cina yang tinggi dan sokongan tanpa belah bahagi kaum cina kepada DAP dan Pakatan sejak 2008 tentunya menjadi asas keyakinan DAP untuk membubarkan Dun dan cuba meraih sebanyak mungkin undi dan kerusi yang mampu digunakan sebagai kayu ukur kekuatan Pakatan Harapan di negeri pantai barat yang turut mempunyai komposisi pengundi cina yang tinggi.
PRN Pulau Pinang pastinya bakal memberi tamparan hebat kepada UMNO dan Pas sekiranya Pakatan Harapan berjaya menambah lebih kerusi,apatah lagi perpecahan undi melayu kepada 3 bahagian,iaitu kepada Umno,Pas dan PKR/Amanah pastinya tidak menguntungkan musuh politik DAP apabila undi Cina bakal beralih kepada Amanah mahupun PKR walaupun di kawasan yang mempunyai komposisi melayu yang lebih besar.
Kekalahan secara total Pas yang sebelum ini menguasai satu (1) kerusi dan kehilangan beberapa kerusi UMNO yang memengani 10 kerusi pada PRU13 sudah boleh dihidu pada PRN kali ini, kedua parti tertua dan terbesar di Malaysia bakal dimalukan dengan begitu teruk di Pulau Pinang oleh satu Pakatan yang berusia kurang dari setahun dan sekiranya mood ini benar benar mampu direalisasikan,Pakatan Harapan boleh dikatakan mampu berdepan Pilihan Raya Umum ke 14.
Namun jika PRN kali ini mampu mengurangkan kerusi yang dimenangi Pakatan berbanding PRU13 yang lalu, malu besar pastinya akan menimpa DAP dan Pakatan Harapan, mereka akan dilihat sebagai si angkuh yang kecundang, bahkan mereka juga bakal goyah pada PRU ke14 apabila dilihat kalah dikubu sendiri disaat UMNO sendiri telah lemah dan berpecah.
Alternatif terbaik musuh DAP dan Pakatan ada untuk memalukan DAP adalah melalui kerjasama politik yang perlihatkan kedua parti melayu terbesar iaitu UMNO dan Pas bersama sama bergandingan sekaligus menyasarkan setiap kerusi majoriti Melayu/kerusi marginal untuk dimenangi pasca PRN yang bakal berlangsung.

Skandal 1MDB: Polis tak campur kes saman sivil DOJ, kata IGP

Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya tidak akan mencampuri kes saman sivil yang dikemukakan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan 1MDB kerana ia adalah kes sivil.
Katanya, tiada unsur jenayah dalam saman undang-undang itu dan keputusan polis adalah muktamad.
"Sekali lagi saya ulang, PDRM tidak akan terbabit atau mencampuri kes ini kerana ia membabitkan kes sivil dan polis hanya membuat kerja membanteras jenayah," katanya selepas majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas di Pusat Latihan Polis di Kuala Lumpur.
Khalid berkata pihak berkuasa AS yang memutuskan bahawa tidak ada unsur jenayah dalam saman undang-undang pelucutan hak itu.
"Jika ada kesalahan jenayah, maka mereka akan meneruskan dengan saman jenayah. Tetapi mereka tidak menjumpai sebarang unsur jenayah, sebab itu mereka meneruskan saman sivil," katanya.

Skandal 1MDB: Polis larang demonstrasi Bersih 5.0 desak PM letak jawatan

Ketua polis negara berkata penganjuran perhimpunan jalanan mendesak perdana menteri letak jawatan bertentangan dengan undang-undang.
khalid-bakar-bersih
KUALA LUMPUR: Polis tidak akan membenarkan sebarang penganjuran perhimpunan jalanan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur susulan saman sivil berkaitan 1MDB di Amerika Syarikat.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan perkara itu dan berkata negara ini mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi.
“Jika mereka (Bersih 5.0) merancang untuk pergi ke jalanan desak perdana menteri letak jawatan, itu tidak betul.
“Kita tidak benarkan kerana ada cara lain untuk meminta perdana menteri berundur mengikut undang-undang,” katanya pada sidang media di Pulapol hari ini.
Khalid bagaimanapun berkata, mana-mana pihak termasuk Bersih 5.0 berhak untuk mengadakan perhimpunan kerana undang-undang membenarkan mereka berbuat demikian asalkan tidak bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman.
“Akta Perhimpunan Aman membenarkan perhimpunan diadakan tetapi hendaklah mengikut undang-undang itu. Jika perhimpunan dibuat tidak mengikut peruntukan kita tidak akan benarkan,” katanya.
Terdahulu, Pengerusi badan reformasi pilihan raya Bersih Maria Chin Abdullah mengesahkan satu perhimpunan sedang dirancang susulan perkembangan terbaru dengan saman sivil berkaitan 1MDB di Amerika Syarikat serta tindakan Jabatan Keadilan (DoJ) AS yang mahu merampas aset dibeli dengan dana didakwa dipesongkan daripada 1MDB.
Katanya, sekarang masa yang tepat untuk satu lagi perhimpunan diadakan, tetapi ia masih di peringkat perbincangan.

Skandal 1MDB: ‘Cubaan alih perhatian’

GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng meminta Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak mengalih perhatian daripada skandal 1MDB dengan membangkitkan semula isu pertuduhan rasuahnya.

Guan Eng berkata, tindakan Apandi yang memberi amaran kepadanya dilihat sengaja diadakan bagi mengalih perhatian ke atas skandal rasuah 1MDB yang dibongkar kerajaan Amerika Syarikat Rabu lalu.

Menurutnya, skandal rasuah melibatkan berbilion ringgit wang rakyat itu perlu diberi lebih perhatian berbanding kes rasuah yang didakwa ke atasnya.

“Komen luar biasa (oleh Mohamed Apandi) sudah dijawab peguam saya. Saya tunggu dia respons terhadap peguam saya. Saya tidak mahu perhatian dialihkan daripada skandal 1MDB ,” katanya kepada media di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat negeri Pulau Pinang, semalam.

Turut hadir, Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff.

Kelmarin, Mohamed Apandi memberi amaran terakhir kepada Guan Eng supaya berhenti mengulas mengenai tuduhan jenayah salah guna kuasa dan rasuah.

Amaran itu dikeluarkan selepas Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP mengeluarkan kenyataan terbaharu yang dilihat menyerang integriti Mohamad Apandi sebagai Pendakwa Raya.

Bagaimanapun semalam, peguam yang mewakili Guan Eng, Gobind Sing Deo dalam kenyataannya mempertikaikan tindakan Mohamed Apandi yang memberi amaran kepada anak guamnya itu.

Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong berkata, beliau akan berjumpa Mohamed Apandi berhubung perkara ini jika Guan Eng terus dikecam.

Skandal 1MDB: Suruhanjaya diraja lebih efektif banding tribunal

Penubuhan suruhanjaya diraja merupakan medium terbaik kepada penyelesaian berkaitan syarikat pelaburan negara, 1MDB berbanding penubuhan tribunal.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, ini kerana anggota suruhanjaya diraja terdiri daripada kalangan berstatus bebas dan bukan dalam kalangan ahli politik, manakala pembentangan laporan dilakukan Yang di-Pertuan Agong.

“Suruhanjaya diraja lebih efektif kerana orang yang dipanggil memberi keterangan wajib hadir,” katanya.

Beliau mengulas saranan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar kerajaan menubuhkan tribunal bebas menyiasat dan memulakan pendakwaan terhadap laporan dikeluarkan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat, minggu lalu.

Bagaimanapun, katanya, terdapat kelemahan dalam prosedur suruhanjaya diraja itu di mana undang-undang membenarkannya untuk tidak dibentang kepada umum.

“Itu adalah kemungkinan kelemahan prosedur sekiranya suruhanjaya diraja ditubuhkan,” katanya.

Nik Ahmad Kamal berkata, isu 1MDB perlu kepada penyelesaian segera, dengan adanya satu jawatankuasa yang mempunyai asas undang-undang, barulah ia efektif dan telus.

Skandal 1MDB: Ambil tindakan terhadap AS jika dakwaan tidak benar - Shafie Apdal


Ambil tindakan terhadap AS jika dakwaan tidak benar - Shafie Apdal


KOTA BELUD: Kerajaan Malaysia perlu mengambil tindakan undang-undang jika dakwaan Amerika Syarikat (AS) dalam isu melibatkan syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak benar, kata bekas naib presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Saman pihak kerajaan Amerika Syarikat sekiranya dakwaan mereka tidak benar,” kata beliau sambil menambah, Peguam Negara Malaysia bukan hanya perlu menafikan dakwaan itu malah harus mendedahkan hasil laporan audit negara mengenai 1MDB kepada umum.

Mohd Shafie berkata, walaupun penjelasan telah disampaikan oleh Peguam Negara namun perlu ada tindakan susulan kerana semua tuduhan AS itu menjejaskan imej negara jika tidak ditangani segera.

"Saya harap laporan (audit negara) itu didedahkan kepada umum dan apa yang penting kepada kita adalah tindakan susulan terhadap perkara ini. Ia bukan hanya (hal) kehilangan duit, (malah) memalukan imej negara di pentas dunia," ujar beliau yang meminta semua tuduhan AS itu dipandang serius.

Tambah beliau lagi, Peguam Negara mempunyai hak untuk pergi ke AS untuk menjalin kerjasama bagi menyelesaikan isu dakwaan tersebut, seterusnya membersihkan nama negara.

Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Rampayan Laut, Kota Belud pada petang Ahad.

Skandal 1MDB: Jangan termakan umpan ‘konspirasi jatuhkan Melayu-Islam’ – Datuk Ariff

Rakyat Malaysia diingat supaya tidak tertipu dengan jerat kaum dan agama yang dimainkan pihak tertentu berikutan pendedahan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) melibatkan kebocoran AS$3.5 bilion dana 1MDB yang dicuri untuk ‘berfoya-foya’.
Ia antara lain cuba menggambarkan Amerika Syarikat sedang masuk campur hal ehwal dalaman  Malaysia mengaitkan ianya sebagai konspirasi jahat Amerika ke atas negara, tambah buruk lagi, ia digambarkan satu serangan menjatuhkan ‘Melayu dan Islam’ di Malaysia.
Ariff SabriHakikatnya, penyelewengan yang didedahkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat itu melibatkan salah laku yang berlaku di dalam dan melibatkan sistem kewangan negara tersebut dan antarabangsa.
Ahli Parlimen Raub Datuk Mohd Ariff Sabri, berkata tindakan DOJ itu tidak langsung ada kaitan dengan bangsa atau agama, sebaliknya adalah serangan terhadap penyelewengan dan rasuah.
“Adakah ini serangan ke atas Islam? Jawapannya tidak. Ini adalah serangan ke atas rasuah, pencurian, salah laku, kemungkaran. Ia dituntut oleh Islam,” katanya kepada Roketkini.
Menjelaskan kenyataannya beliau berkata perlakuan jenayah tidak mengenal bangsa, budaya mahupun agama.
“Misalnya jika ditangkap Shahrol Azral dan Najib Razak, itu bukan tangkap Melayu. Jika kita tangkap Jho Low, kita bukan tangkap Cina tapi seorang yang bernama Jho Low. Kita hendak tangkap Eric Tan, bukan bangsa Cina. Kalau kita tangkap Arul Kanda, kita bukan tangkap India, tapi tangkap seseorang dari kaum itu. Kalau kita tangkap Khadem Qubaisy dan Badawy Husseini, kita tangkap dua individu, bukan bangsa Arab,” ujar beliau.
Kata beliau lagi, tindakan sivil oleh DOJ tidak boleh dilihat sebagai campur tangan Amerika dalam hal ehwal dalaman Malaysia memandangkan ia melibatkan perbuatan yang melanggar undang-undang di Amerika.

Siapa 1MDB Officer 1, 2, 3 dan lain dalam senarai Amerika?

Dalam saman Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan skandal 1MDB, antara individu yang dinamakan dalam saman sivil itu adalah '1MDB Officer 1' ‘1MDB Officer 2' dan ‘1MDB Officer 3'.
Seperti ‘Malaysian Official 1' yang berulang-kali dirujuk dalam dokumen itu, nama-nama pegawai 1MDB lain juga banyak kali dirujuk.
Namun, setakat ini, hanya sedikit perhatian diberikan mengenai pegawai 1MDB berkenaan.
Malaysiakini akan akan melihat kembali sejarah skandal 1MDB dalam usaha untuk menjelaskan pembabitan beberapa individu yang belum dikenal pasti walaupun nama mereka disebut dalam saman berkenaan.
1MDB Officer 1
‘1MDB Officer 1' adalah rakyat Malaysia yang berkhidmat sebagai pengarah eksekutif 1MDB dari masa penubuhannya sehingga kira-kira Mac 2011.
Saman mahkamah itu menyatakan bahawa 1MDB Officer 1 pernah berkhidmat sebagai pengarah eksekutif pembangunan perniagaan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dan kemudiannya dilantik sebagai pengarah eksekutif 1MDB.
Casey Tang Keng Chee adalah satu-satunya orang yang sesuai dengan keterangan itu.
TIA adalah pendahulu 1MDB sehingga ia diambil alih oleh kerajaan persekutuan dan dijenamakan semula sebagai 1MDB pada tahun 2009.
Bank Negara Malaysia pada Julai tahun lalu ‘mencari’ Tang, 51, berkaitan dengan siasatan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.
Satu posting Facebook oleh bank pusat itu menyenaraikan nama penuh Tang, nombor kad pengenalan dan alamat terakhirnya yang diketahui, dan merayu kepada orang ramai untuk maklumat mengenai lokasinya.
Saman DOJ mendakwa ‘1MDB Officer 1'memesongkan bank-bank dan menyembunyikan fakta-fakta tertentu daripada lembaga pengarah 1MDB supaya memindahkan AS$700 juta kepada Good Star Ltd, yang dipercayai kononnya dimiliki oleh ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang Low Taek Jho (juga dikenali sebagai Jho Low).
1MDB Officer 2
‘1MDB Officer 2' adalah rakyat Malaysia yang berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB antara 2009 hingga 2013.
Ketua Eksekutif 1MDB sepanjang tempoh berkenaan adalah Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, yang memegang jawatan itu sehingga Mac 2013, yang bermaksud bahawa ‘1MDB Officer 2' merujuk kepadanya.
Sebahagian besar urusniaga penting 1MDB berlaku semasa dikendalikan oleh siswazah lulusan Universiti Stanford ini, termasuk penerbitan sukuk TIA sebanyak RM5 bilion, pemindahan berjumlah AS$1.3 bilion 1MDB kepada Good Star Ltd, pengambilalihan aset tenaga bernilai berbilion-bilion ringgit, dan banyak lagi.
Walaupun menerajui TIA sebagai ketua pegawai eksekutif, Shahrol tidak mematuhi arahan lembaga untuk menggantung penerbitan sukuk RM5 bilion itu dan kemudiannya dipecat daripada jawatannya.
Namun , menurut catatan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang menyiasat 1MDB, beliau kemudiannya dibawa masuk semula.
Menurut DOJ, Shahrol telah mememesongkan bank dan lembaga pengarah 1MDB supaya mempercayai bahawa Good Star Ltd dimiliki oleh PetroSaudi International, dan bukannya kepunyaan Jho Low.
1MDB Officer 3
‘1MDB Officer 3' adalah rakyat Malaysia yang berkhidmat sebagai peguam 1MDB dan pengarah eksekutif strategi kumpulan itu sepanjang 2012 dan 2013. ‘1MDB Officer 3' menjadi perantara utama hubungan antara 1MDB dan Goldman berkaitan dengan penerbitan tiga bon pada tahun 2012 dan 2013.
Jasmine Loo Ai Swan, 43, sebelum ini adalah peguam 1MDB dan pengarah eksekutif strategi kumpulan, dan adalah calon kemungkinan ‘1MDB Officer 3'.
Seperti Tang, Bank Negara juga membuat rayuan kepada orang ramai untuk mengenal-pasri lokasinya pada Julai tahun lalu.
Menurut DOJ, kira-kira AS$1.367 bilion disalurkan dari 1MDB semasa fasa penyelewengan 'Aabar-BVI'.
Daripada jumlah itu, kira-kira AS$5 juta berakhir di sebuah akaun bank di Zurich, Switzerland, pada 6 Dis 2012, yang dimasukkan di bawah nama 'River Dee International SA. ‘1MDB Officer 3' didakwa sebagai pemilik sebenar akaun ini.
Sam,an mahkamah juga menyatakan bahawa ‘1MDB Officer 3' adalah penandatangan yang diberi kuasa bagi akaun bank atas nama Tanore Finance Corporation.
Akaun ini digunakan pada bulan Mac 2013 untuk memindahkan AS$681 juta ke akaun Ambank atas nama peribadi ‘Malaysian Official 1’di mana AS$ 620 juta dipulangkan sekitar 26 Ogos tahun itu.
Dua bukan warga Malaysia juga dinamakan
DOJ secara langsung mengaitkan lima nama sebagai 'individu relevan' dalam kes itu, tiga daripada mereka adalah rakyat Malaysia: Jho Low, anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz dan sekutu Low, Eric Tan Kim Loong.
Kedua-dua bukan rakyat Malaysia itu adalah Khadem Abdulla al-Qubaisi, warga Emiriah Arab Bersatu yang adalah pengarah urusan, firma International Petroleum Investment (IPIC) dan Pengerusi Aabar Investments PJS dan Mohamed Ahmed Badawy al-Husseiny, seorang warga Amerika Syarikat yang adalah ketua eksekutif Aabar PJS.
Kedua-dua mereka juga adalah pengarah Aabar Investments PJS Ltd yang berpangkalan di Kepulauan British Virgin (Aabar-BVI).

MB Selangor: Saya ‘Selangor Official 1’ bukan ‘Malaysia Official 1’

PMB_5986Kata-kata spontan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mencuit hati hadirin yang mengikuti Forum Kebebasan Maklumat di Dewan Annex di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.
“Kenapa pandang saya, saya bukan ‘Malaysia Official 1’ tetapi saya ‘Selangor Official 1’,” katanya sebelum meneruskan ucapannya pada forum terbabit.
Kata-kata itu dilontarkan Mohamed Azmin sejurus beliau menyentuh isu saman sivil dikemukakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika terhadap individu dinamakan sebagai ‘Malaysia Offcial 1’ dan beberapa individu lain yang rapat dengan Perdana Menteri termasuk anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz.
Keadaan itu itu menyebabkan dewan riuh dengan gelak ketawa para hadirin forum yang menampilkan panelis terkenal tempatan dan luar negara.
Perkataan ‘Malaysia Official 1’ menjadi perbualan masyarakat apabila Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat menamakan ‘Malaysia Official 1’ sebagai salah seorang dinamakan sebagai defenden dalam saman sivil bagi merampas aset dikaitkan dengan skandal 1MDB bernilai berbilion Ringgit.
Walaupun secara amnya masyarakat di negara ini percaya ‘Malaysian Official 1’ adalah Najib, namun pemimpin Umno masih cuba menafikannya.

1MDB, money-laundering and a tribunal

Instead of demonstrating, it is much more important at this stage for more and more groups to speak up. If the voices of concern reach a crescendo, the powers-that-be will not be able to ignore their plea for truth and justice.
Chandra-Muzaffar
By Chandra Muzaffar
The response of Malaysian government authorities to the civil suits filed by the US Department of Justice to seize more than US$ 1 billion (RM 4.02 billion) in assets allegedly linked to 1MDB has been a huge disappointment. Faced with suits that allege massive embezzlement of funds and one of the worst money laundering scams in history, Cabinet Ministers and the Attorney-General are determined to absolve “ Malaysian Official 1” of any wrongdoing. They are obsessed with preserving, protecting and perpetuating the Prime Minister’s position whatever the costs and consequences.
It is not just the US Attorney-General that has gone public on this shameful attempt to launder perhaps US 3.5 billion (RM 14.07 billion) from a state investment company established ostensibly for the people’s benefit. Singapore authorities have also seized assets worth S$ 240 million (RM 717.45 million) in an investigation of 1MDB related fund flows for possible money-laundering. Switzerland is another international financial hub that has begun to take action. 1MDB’s activities between 2009 and 2013 have now been exposed as utterly fraudulent on a global scale.
The government should face up to this reality. As has been proposed by a number of groups and individuals in the last few days, it should set up an independent tribunal comprising men and women of integrity and credibility which will once and for all establish the whole truth about 1MDB and its activities and recommend appropriate action against the wrongdoers.
Apart from individuals with legal expertise, the tribunal should also have members with in-depth knowledge of the intricacies of money-laundering and money flows in today’s world. It should consist of both Malaysians and non-Malaysians. Cooperation with relevant agencies in the US, Switzerland, Singapore and other countries would be crucial. The tribunal should also have unhindered access to all those linked directly or indirectly to 1MDB and its affiliates. All the information gathered and analysis undertaken by the Auditor-General, Parliament’s Public Accounts Committee, Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), the Central Bank, the Attorney-General’s Chambers and the Police in the last few years should be made available to the tribunal.

MO1: 'Buat apa Najib nak bayar RM2b kepada Clinton' kata MyKMU.net

Susulan tindakan saman oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) ke atas 1MDB, bertebaran di media sosial tentang bagaimana kerajaan Malaysia didakwa sedang mencatur perjanjian dengan calon presiden AS, Hillary Clinton.
Dakwaan tersebut yang disebarkan menerusi Whatsapp juga mengatakan mendakwa seorang peguam terkemuka Malaysia terlibat dalam rundingan melibatkan sumbangan sebesar AS$500 juta untuk kempen Clinton sebagai tukaran kepada tindakan mengelak pendakwaan.
Sebuah portal pro-Umno menafikan dakwaan tersebut dan menyalahkan Sarawak Report kerana berbohong.
Bagaimanapun, tinjauan Malaysiakini tidak menjumpai sebarang kaitan mengenai isu berkenaan dalam Sarawak Report.
"Ini memang kes lawak antarabangsalah," kata MyKMU.net.
"Buat apa (Perdana Menteri) Najib (Razak) nak bayar hampir RM2 billion kepada Hillary bila beliau tak terkait pun dalam saman tersebut, namanya pun tak wujud!!
"Itu pertama, kedua nak bayar Hillary buat apa bila belum tentu dia menang pun, kok Trumph yang menang, macam mana? Ketiga, mana buktinya?," tanya portal tersebut.
Sambil menyelar Tun Dr Mahathir Mohamad, portal itu berkata, bekas perdana menteri berkenaan ialah satu-satunya pemimpin negara ini yang membayar berjuta-juta ringgit untuk bekerjasama dengan presiden AS.
"Rakyat sebaliknya kena faham fakta dan berhujah ikut fakta juga. RM2 billion bukan sikit untuk Najib membayar bagi hasil yang belum pasti.

MB Selangor: Skandal 1MDB, bukan sekadar saman sivil tapi jenayah

1MDBSaman sivil dikemukakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat bagi menyita aset bernilai berbilion ringgit yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB) di negara itu bukan sekadar saman sivil biasa.
Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata sebaliknya saman sivil itu sudah pasti mendedahkan perbuatan jenayah rasuah yang melibatkan individu ‘Malaysian Official 1’.
“Mereka mendakwa kita tidak boleh mencipta gunung daripada bukit kecil semata-mata satu saman sivil.
“Sekarang jelas ini satu penghinaan apabila sebenarnya ini bukan sekadar saman sivil tetapi dua kata kunci bagi menggambarkannya iaitu rasuah dan kleptokrasi, “kata Mohamed Azmin.
Mohamed Azmin berkata demikian menyampaikan ucaptama pada Forum Kebebasan Maklumat di Bangunan Annnex di Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.
Ketika menyentuh isu kebebasan maklumat, Mohamed Azmin turut mengutuk pihak tertentu yang menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) bagi melindungi perbuatan rasuah masing-masing.
Bagaimanapun jelasnya, keadaan itu berbeza di Selangor apabila Kerajaan Negeri itu sentiasa berusaha meningkatkan kebebasan maklumat di negeri yang dikuasai Pakatan itu.
Forum Kebebasan Maklumat anjuran DNS itu menampilkan panelis seperti Pengasas C4 Centre, Cynthia Gabriel, Pengarah Penang Institute, Steven Sim, Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru dan Naib Dekan Law School Universiti Tasmania, Profesor Rick Snell.

Perkasa mahu Washington namakan ‘Malaysian Official 1′

Dengan berdiam diri mengenai identiti misteri itu, ia hanya mengundang spekulasi buruk terhadap Najib, kata Perkasa.
perkasa2KUALA LUMPUR: Perkasa hari ini menggesa pentadbiran Amerika Syarikat menyatakan secara jelas siapakah sebenarnya individu di sebalik ‘Malaysian Official One’.
Setiausaha Biro Integriti, Anti-Korupsi dan Penyalahgunaan Kuasa Perkasa Faiz Na’aman berkata ia akan menjawab pertanyaan orang ramai yang mengaitkannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Rabu lalu, Jabatan Kehakiman AS mendedahkan salah laku dan korupsi melibatkan beberapa personaliti termasuk Riza Aziz, anak tiri Najib dan ahli perniagaan, Taek Jho Low, yang dituduh melarikan berjuta-juta dolar milik 1MDB.
Dokumen jabatan itu tidak menamakan Najib tetapi sekadar merujuk “Malaysian Official 1″ (Pegawai Malaysia 1″), menyebabkan spekulasi mengaitkannya kepada Najib.
“Nama Jho Low dan Riza Aziz disebut, tapi ada satu nama misteri iaitu Malaysian Official 1, yang dikatakan bertaggungjawab terhadap transaksi 1MDB dan ada pertalian dengan Riza Aziz.
“Kini orang kaitkannya dengan perdana menteri sehingga memalukan negara. Jadi kami desak AS jelaskan siapa dia ini,” katanya kepada wartawan selepas menyerahkan memorandum kepada Kedutaan AS di Jalan Ampang hari ini.
Memorandum itu ditujukan kepada Presiden Barack Obama, Peguam Negara Loretta Lynch dan Duta AS ke Malaysia, Joseph Yun.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali semalam mendesak Putrajaya bersikap telus dalam siasatan terhadap 1MDB, termasuk menjelaskan sendiri siapa “Malaysian Oficial 1″ yang hangat diperkatakan.

Akta 355 PAS haram, tak harus dibentang, kata MPM

Majlis Perundingan Melayu (MPM) beranggapan bahawa rang undang-undang (RUU) persendirian yang akan dibawa anggota Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah tidak sah serta tidak berpelembagaan.
Justeru, kata lembaga penasihat MPM, Tan Sri Abdul Aziz Rahman, RUU itu tidak menjadi keperluan dan tindakan presiden PAS itu sebagai satu pembaziran masa dan tenaga.
Bahkan, menurutnya, parlimen tidak seharusnya membenarkan ia dibentangkan sama sekali.
“Ramai individu dan badan telah memberikan komen mengenainya termasuklah mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid dan Majlis Peguam tetapi mereka hanya menyentuh isu yang berlainan.
“Terdapat tiga undang-undang melibatkan hudud seperti Rang Undang-undang Persedirian persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah, Akta Mahkamah Syariah (bidangkuasa jenayah) 1965 (Akta 355) dan Enakmen Jenayah Syariah (II) 1993 (Kelantan),” kata Aziz pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Menurut Aziz, ketiga-tiga undang-undang ini adalah tidak sah kerana tidak konsisten atau bercanggah dengan beberapa bahagian dalam Perlembagaan Persekutuan dan Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.
Kata Aziz, dalam Fasal 74 Perlembagaan Persekutuan, jadual 9 senarai 1 Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang berkaitan Islam dan Mahkamah Syariah di bawah jadual 9 serta 8, senarai 4(a) dan (b).
Malah, Aziz berkata Enakmen Jenayah Syariah (II) bercanggah dengan Fasal 7 dan 8 Perlembagaan Persekutuan serta jadual 9 senari 1 I (4) 9h) Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Keseksaan.
“Boleh dihujahkan bahawa Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) 1965 (Akta 355) diluluskan oleh Parlimen mengikut Fasal 76A(1) Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai di dalam kes ini.
“Ia memandangkan parlimen tidak mempunyai kuasa dalam hal berkaitan Islam sekali gus tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang berkaitan Mahkamah Syariah,” katanya.
Dihukum lebih sekali
Mengulas lanjut, Aziz berkata undang-undaag yang cuba dilaksanakan di Kelantan itu juga jelas bertentangan dengan perlembagaan.
“Undang-undang hudud yang diluluskan Kelantan termasuk kesalahan di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti membunuh, merogol, mencuri sebab itu saya katakan ia tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan.

Audit 1MDB dilabel OSA elak terbocor, kata Ambrin

Ketua audit negara itu berkata berdasarkan nasihat yang diterima, jabatannya mengklasifikasikan laporan audit 1MDB di bawah Akta Rahsia Rasmi.
ambrin-buang-rafiziKUALA LUMPUR: Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini beliau mengambil langkah mengklasifikasikan laporan akhir audit 1MDB di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana insiden kebocoran maklumat pernah berlaku kepada laporan interim tahun lalu.
“Jabatan saya (Jabatan Audit Negara) menjangkakan laporan akhir itu mungkin terbocor kepada umum.
“Berdasarkan itu, kami dinasihati supaya ia diklasifikasikan sebagai rahsia supaya PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) boleh menjalankan prosiding tanpa campur tangan dan melindungi integriti Jabatan Audit,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Abazafree Abbas.
Beliau memberi keterangan sebagai saksi pendakwa kelima dalam perbicaraan membabitkan Setiausaha Agung PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang berdepan dua tuduhan memiliki dan membocorkan maklumat sulit.
Rafizi didakwa mengikut Seksyen 8(1)(c) dan 8(1)(e)(iii) OSA kerana memiliki dan mendedahkan halaman 98 dalam laporan audit 1MDB pada satu sidang media, yang mana ia diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di bangunan Parlimen antara 24 dan 28 Mac pada waktu tengah hari. Jika disabitkan bersalah, Rafizi boleh dikenakan penjara sehingga tujuh tahun.
Dalam keterangannya, Ambrin berkata beliau diberi kuasa oleh perdana menteri pada 2012 untuk meletakkan cap rahsia ke atas laporan itu.
“Saya mengklasifikasikan laporan itu di bawah OSA pada Januari sebelum laporan akhir itu dibahaskan,” katanya.
Ketika disoal Abazafree mengenai status semasa laporan 1MDB sama ada ia masih dokumen rahsia, Ambrin mengesahkan ia masih di bawah OSA.
Abazafree: Apakah alasannya (ia masih di bawah OSA)?
Ambrin: Tidak ada sebab untuk diklasifikasikan semula. PAC memutuskan laporan 1MDB itu tidak perlu dimasukkan dalam laporan prosiding PAC. Saya hormati keputusan itu.
Ketika disoal balas peguam Gobind Singh yang mewakili Rafizi, Ambrin memberitahu mahkamah 1MDB ialah salah satu syarikat milik kerajaan diwartakan untuk diaudit oleh jabatannya.
“Audit 1MDB ialah audit khas. Kami mengauditnya atas permintaan badan tertentu seperti Kabinet dan PAC. Laporan itu disediakan untuk dibentangkan terus kepada PAC.
“Ia tugas PAC jika mereka mahu membawanya kepada Parlimen,” katanya.
Gobind kemudian menyoal Ambrin jika keputusannya untuk tidak mengklasifikasikan semula itu “menyalahi undang-undang”.

PERKASA harap AG 'buat kerja' selesaikan skandal 1MDB

Wira PERKASA desak AS dedah siapa 'Malaysian Official 1'

Perkasa minta penjelasan US mengenai isu 1mdb

Kontrak RM740 juta selamatkan anak syarikat TH

Rafizi mahu dedah dokumen berkaitan pada setiap hari bermula minggu ini.
rafizi-najib-maicci
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menganugerahkan kontrak bernilai RM740 juta kepada TH Heavy Engineering Berhad (THHE) secara runding terus, dakwa Rafizi Ramli.
Malah, beliau mendakwa memiliki dokumen yang menyokong dakwaannya terhadap syarikat yang separuh milik Tabung Haji itu.
“Saya mempunyai dokumen-dokumen yang secara jelas mengesahkan anugerah kontrak secara rundingan terus sebanyak RM740 juta kepada THHE ini yang saya akan dedahkan lagi pada setiap hari minggu ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Pandan itu menyifatkan penganugerahan kontrak yang didakwa itu usaha Najib untuk menyelamatkan syarikat tersebit, yang dakwanya hampir muflis.
“Saya telah berkali-kali mempersoalkan pelaburan Tabung Haji di dalam THHE kerana ia sebuah syarikat yang secara berterusan mengalami masalah kewangan dan ramai yang telah menjadi mangsa THHE (sebelum ini dikenali Ramunia Holdings Berhad).
“THHE berada dalam keadaan yang terdesak terutamanya setelah dua kontraktornya telah menfailkan saman menutup THHE untuk mengutip balik hutang-hutang mereka,” dakwanya.
Rafizi mendakwa kedudukan kewangan THHE yang memburuk terbukti apabila nilai saham THHE jatuh ke paras 6.5 sen minggu lalu dan menyebabkan kerugian atas kertas sebanyak RM228 juta, serta pinjaman patuh shariah dalam bentuk terbitan sukuk sebanyak RM50 juta, dan pinjaman terbitan hutang dalam bentuk ‘redeemable preference shares’ (RPS) sebanyak RM275 juta.
Pemimpin PKR itu membantah sekeras-kerasnya penganugerahan kontrak RM740 juta itu kerana THHE merupakan sebuah syarikat tersenarai dan hanya dimiliki oleh Tabung Haji sebanyak 30% sahaja.
“Kita tidak tahu siapa sebenarnya yang memiliki 70% lagi sedangkan mereka inilah yang akan mendapat durian runtuh apabila wang rakyat RM740 juta dianugerahkan kepada THHE,” ujarnya.
“Malah, orang-orang di belakang THHE sepatutnya disiasat dan dihadapkan ke mahkamah (jika ada kes) kerana telah menyebabkan kerugian wang rakyat sehingga RM554 juta.”

Senarai DOJ: Bersihkan nama masing-masing, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengulangi gesaannya supaya orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk menyita dan merampas aset berkaitan 1MDB yang dibuat minggu lalu.
Najib berkata kerajaan memandang serius dakwaan itu, dan menambah bahawa individu yang disebut dalam pemfailan itu perlu membersihkan nama masing-masing.
"Jadi, janganlah kita terbawa-bawa dengan hal ini, serahkan kepada proses keadilan sewajarnya kerana kita percaya lambat laun kebenaran akan diketahui jua.
"Kita serahkan proses ini berjalan, mengunakan process pengadilan yang sewajarnya. Jadi itulah pendirian kerajaan, kita akan memberi kerjasama yang sepenuhnya,"  katanya ketika berucap pada majlis penyerahan surat tawaran menunaikan fardu haji 1437H/2016 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya hari ini.
Saman yang difailkan Rabu lalu memaparkan aliran wang yang dikatakan daripada dana yang kononnya digelapkan dari 1MDB dan melalui sistem kewangan Amerika Syarikat.
Ia bertujuan bagi mendapatkan kembali aset lebih AS$1 bilion yang diperoleh melalui dana 1MDB yang didakwa diselewengkan, walaupun Peguam Negara Malaysia Tan Sri Mohd Apandi Ali menegaskan bahawa tidak ada bukti sedemikian hasil siasatan pihak berkuasa ke atas 1MDB.
DOJ Amerika Syarikat menyebut beberapa individu termasuk tiga pegawai 1MDB yang tidak dinamakan, hartawan kelahiran Pulau Pinang Low Taek Jho dan anak tiri Najib, Riza Aziz.
Juga dikaitkan adalah ‘Malaysian Official 1’ yang identitinya secara meluas dikaitkan dengan Najib.
Ini berdasarkan huraian mengenai ‘Malaysian Official 1’, hubungan kekeluargaannya dengan Riza dan pembabitannya dalam skandal 1MDB.

Ambrin membisu saman Amerika sita aset berkaitan 1MDB

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang enggan mengulas apabila ditanya mengenai saman sivil oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk menyita dan merampas semula aset yang didakwa berasal daripada dana yang dialihkan daripada 1MDB.
Ketika ditemui Malaysiakini di luar mahkamah selepas perbicaraan membabitkan Rafizi Ramli, hari ini, Ambrin secara tertib menjawab "tiada comment" berhubung saman sivil yang difailkan di Amerika Syarikat itu.
Pada 20 Julai lalu, DOJ mengumumkan bahawa ia telah memfailkan tindakan undang-undang sivil untuk menyita dan merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion, yang didakwa dicuri dari 1MDB yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak
Timbalan Pengarah, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Andrew McCabe berkata, rakyat Malaysia telah ditipu pada skala sangat besar dalam skim yang merangkumi sebahagian besar dunia.

BERSIHKAN NAMA? KENAPA NAJIB TAK MINTA SAMA MALAYSIAN OFFICIAL 1 BERSIHKAN NAMANYA?

Berdepan asakan berterusan terhadap imej dan wibawanya sebagai Perdana Menteri berikutan tindakan hak perlucutan sivil yang diambil oleh Jabatan Kehakiman AS, Najib Razak meninta mereka yang disebut dalam kertas mahkamah itu agar segera membersihkan nama mereka.

Pada  masa yang sama, beliau mahu juga individu-individu tersebut bertanggungjawab atas tindakan yang  mereka lakukan.

Kerajaan berpegang kepada prinsip untuk memastikan tiada wang rakyat disalahgunakan oleh mana-mana pihak, tegasnya.

Waduh, waduh...syahdunya kenyataan seumpama itu!!

Burung terbang pun boleh tiba-tiba jatuh ke bumi kalau mendengar  Najib mengucapkannya!!

Dua rakyat Malaysia yang disebut secara jelas dalam kertas mahkamah Jabatan Kehakiman itu  tidak lain ialah Jho Low dan Riza Aziz, anak tirinya sendiri.

Bagaimana kedua-duanya mahu membersihkan nama mereka?

Untuk berdepan undang-undang Amerika yang secara jelas mengaitkan perlucutan hak sivil harta-harta itu atas inisiatif kleptokrasi atau pencurian harta negara, Jho Low dan Riza Aziz kini berdepan tugas berat untuk membuktikan ia benar-benar bersih daripada wang yang dicuri.

Tetapi, sementara menunggu tarikh perbicaraan di AS  yang kita tidak tahu bila tarikhnya lagi, Najib sendiri harus memainkan peranan membantu kedua-dua individu itu membersihkan nama mereka seiring dengan tindakan Jabatan Kehakiman AS itu.

Najib boleh melakukannya dengan mengarahkan siasatan dalam negara dibuka semula melalui sebuah suruhanjaya yang benar-benar bebas dan kemudian memastikan Jho Low dan Riza Aziz hadir untuk memberi keterangan mereka.

Tiada gunanya Najib sekadar bercakap yang dilihat semata-mata untuk menyedapkan hati rakyat, tetapi tiada  apa-apa tindakan yang diambil untuk memperbaiki keadaan dalam negara sendiri.
Selain itu, jangan juga Najib lupa bahawa dalam kertas mahkamah Jabatan Kehakiman AS itu, turut disebut ialah nama Malaysian Official 1 yang dilihat begitu berperanan besar dalam 1MDB.

Malaysian Official 1 bukan saja disebut sebanyak 36 kali yang memperlihatkan betapa besar peranan yang dimainkannya, malah turut didakwa menerima wang yang berasal daripada 1MDB secara keseluruhhannya sebanyak AS$731 juta atau melebihi RM3,000 juta.

Sehingga ini, bukan saja Malaysian Official 1 itu masih menyembunyikan identitinya yang sebenar, malah belum terdengar apa-apa penafian berkaitan nama itu yang turut disebut oleh Jabatan Kehakiman AS kerana menerima wang berbilion-bilion, juga ditaktifkan sebagai wang curi.

Tidak mahukan Najib meminta Malaysian Official 1 juga membersihkan namanya?

Kredit Rosmah Dibeku Seluruh Dunia, Hobi Shoppingnya Bakal Terhalang ..!!

Rosmah Mansor, isteri perdana Menteri Malaysia DS Najib Abdul Razak dikatakan tidak akan berupaya lagi membeli-belah di pusat-pusat perniagaan seluruh dunia seperti di Hermes dan Tiffany apabila kreditnya diputus atau dibekukan, demikian dakwa John Malott, bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia.

Gedung-gedung mewah kini tahu wang itu bukan milik perempuan itu. Ia telah dicuri dari rakyat Malaysia. Mereka tidak akan mahu bersubahat dalam di dalam pengubahan wang haram antarabangsa. Mereka mempunyai reputasi mereka sendiri untuk dilindungi, tambah Malott lagi.


Kisah kehidupan mewah Rosmah Mansor sudah banyak kali didedahkan oleh media-media antarabangsa.

Kisah cincin berlian yang bernilai RM24.4 juta dan beg tangan berjenama Hermes, Matte, Crocodile, Birkin, dimana Rosmah didakwa membelanjakan minima RM638,000 hingga maksima RM5,192,000 untuk membeli beg-beg tangan berkenaan


Beberapa tahun lalu, wartawan fesyen Patty Huntington dalam blognya Frockwriter mendedahkan urusan e-mel untuk membuktikan kesahihan laporan yang ditulisnya mengenai Rosmah Mansor yang ‘berbelanja sakan’ membeli pakaian pereka eksklusif di Sydney, Australia.

John Marlott menyatakan sekatan itu merupakan susulan selepas saman yang dikemukakan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat untuk merampas sejumlah 17 aset termasuk hartanah mewah, lukisan-lukisan dan sebuah pesawat jet yang difailkan di Los Angeles.

"Ia adalah benar. Ada banyak lagi (tindakan) yang akan datang," tambah Marlott lagi.

Menurut dokumen mahkamah itu, harta-harta itu didakwa dibeli di Amerika Syarikat, Switzerland dan United Kingdom dari dana yang dilencong dari 1MDB.

Dokumen mahkamah itu mendakwa dana itu dilencongkan dari 1MDB "untuk faedah peribadi konspirator bersama (dan) sekutu mereka".

Akan ada dakwaan jenayah akan datang, kemungkinan besar termasuk Riza Aziz dan Jho Low, yang kedua-duanya adalah sangat berkait rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, dakwa Marlott.

Akan ada dinyatakan dalam suatu pendakwaan jenayah selepas ini yang "konspirator bersama" yang kini dikenali sebagai 'Malaysian Official 1'. Apabila beliau tidak lagi memegang jawatnnya, beliau akan didakwa di Amerika Syarikat.

Berikut adalah beberapa pemikiran tentang apa yang berlaku seterusnya di sebelah AS. Kerajaan AS telah merampas aset-aset ini, atau meminta kerajaan lain, seperti Switzerland dan UK, untuk merampas aset-aset berkenaan.

Jadi sekarang anak tiri Najib Riza dan penasihat rapat beliau Jho Low tidak boleh menjual apa-apa atau cuba untuk mendapatkan wang mereka daripada Amerika Syarikat atau negara-negara lain. Mereka telah disekat.

Di bawah undang-undang AS, langkah seterusnya adalah untuk Riza, Jho Low, dan lain-lain untuk mencuba dan membuktikan di mahkamah bahawa aset yang dirampas daripada mereka benar-benar telah dibeli dengan wang mereka sendiri - dan bukan dari dana dicuri dari 1MDB.

Sudah tentu, mereka tidak dapat membuktikannya. Pemfailan saman dari Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Keadilan (DOJ) adalah begitu teliti, menyeluruh, dan benar-benar profesional. Semuanya lengkap dengan bukti. Ia juga termasuk transkrip panggilan telefon yang dirakam daripada Jho Low yang panik tatkala bercakap dengan bank beliau.

Skandal 1MDB: Najib mahu mereka yang dinamakan dalam DOJ bertanggungjawab

Skandal 1MDB: "Wahai Shahrizat! Rakyat Malaysia Bukan Bodoh Macam Lembu" - Peguam Mahathir

Itu apa yang ditulis oleh Peguam Dr. Mahathir dalam satu status yang dimuatnaik dilaman Facebook membidas kenyataan Ketua Wanita UMNO yang terkenal dengan isu Lembu dan NFC sebelum ini. 

Peguam tersebut mewakili Dr Mahathir Mohamad, bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan dan bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin, dalam saman mereka terhadap Najib atas dakwaan salah laku di pihak Perdana Menteri yang melibatkan dana 1MDB.

Shahrizat sebelum ini telah menyatakan Wanita UMNO menolak semua usaha-usaha oleh pihak tertentu untuk mengambil peluang dengan menggunakan kuasa-kuasa asing bagi menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi Malaysia.

Tulis Haniff'..

Wahai, My Dearest SHAHRIZAT : 
The DoJ Court Forfeiture Cause Papers HAVE NOTHING what so ever to do with foreigners meddling with our beloved nation's internal affairs !! 
In fact, The DoJ Court Forfeiture Cause Papers HAVE ALL TO DO with our own FRAUDSTERS meddling with the foreign laws and regulations !! 
So, don't ever dare to think that we, RAKYAT MALAYSIA, are as STUPID AS COWS !!! 
In fact, even ACTUAL COWS by now, should already know the ACTUAL TRUTH !!!
Wahai, My Dearest SHAHRIZAT !!! 

Dan dilaporkan oleh Malaysiakini

Skandal 1MDB: 'Kenapa Shabery Cheek bela Riza, Jho Low?’

Peguam, Haniff Khatri Abdulla membidas kenyataan Ahli  Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menasihatkan masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung saman sivil dikemukakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Haniff Khatri sebaliknya menyarankan agar kertas klausa yang difailkan AS itu dibaca dengan teliti terlebih dahulu.
“Sejak bilakah menteri Malaysia bertanggungjawab menjadi jurucakap untuk dua orang rakyat Malaysia yang disaman di luar negara atas dasar mengaut harta dan dana haram melalui penyelewengan di dalam syarikat milik Malaysia, yakni harta milik rakyat Malaysia?,” katanya dalam kemas kini status di Facebook.
Rabu lalu, DOJ dilaporkan akan menyita aset bernilai lebih RM4 bilion dan menamakan individu yang didakwa terlibat dalam konspirasi mengubah wang haram daripada 1MDB iaitu, anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz; ahli perniagaan Jho Low serta dua individu lagi, Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohammed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Saman sivil DOJ Amerika berasaskan kesalahan jenayah 1MDB

Biarpun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak cuba berdolak-dalih dengan mengatakan laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mengenai 1MDB adalah tindakan sivil semata-mata, ia tetap berkait dengan perbuatan jenayah.
Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim berkata walaupun istilah ‘sivil’ digunakan, sejumlah 17 aset yang disebut di dalam dokumen itu disita kerana melibatkan penyelewengan dan salah laku melibatkan 1MDB dan wang rakyat Malaysia.
Secara lebih jelas, katanya, ia bermaksud jenayah telah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu sehingga DOJ bertindak demikian.
Dokumen saman sivil DOJ yang difaikan minggu lalu itu menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz, ahli perniagaan Low Taek Jho dan dua bekas pegawai Abu Dhabi sebagai antara pemain utama dalam dakwaan penyelewengan dana yang merupakan satu jenayah di Amerika Syarikat.
“DOJ akan mengambil tindakan sivil apabila melibatkan kes-kes di mana sabitan jenayah tidak boleh dilakukan, seperti apabila harta itu dipegang oleh pelarian, individu yang sudah mati atau individu yang tidak dapat didakwa di Amerika Syarikat.
“Satu lagi sebab yang mungkin lebih relevan dengan kes 1MDB ialah tindakan sivil diambil terhadap pesalah yang kebal terhadap pendakwaan jenayah, atau pesalah yang terlalu berkuasa sehingga pendakwaan jenayah seolah-olah mustahil,” ujarnya.
Menurut Steven, ia disebutkan secara jelas di dalam buku panduan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat bertajuk ‘Recovery Asset US Tools & Procedures : A Practical Guide for International Cooperation’ yang diterbitkan pada tahun 2012.
Beliau menambah, kes mahkamah yang difailkan oleh DOJ itu dengan jelas menyatakan bahawa jenayah telah dilakukan berhubung syarikat milik Kementerian Kewangan, 1MDB.
Katanya, perenggan lima di dalam dokumen DOJ itu menyebut, “ini merupakan satu tindakan sivil in rem untuk menyita aset yang terlibat dengan konspirasi antarabangsa mengenai penyelewengan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).”