Ahad, 24 Julai 2016

PAS Terlupa Hilang Deposit Di Sungai Acheh ?

Penganalisis politik meramalkan peluang Pas untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang terbatas.

Menurut penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr P Sivamurugan, ini kerana wujud persaingan antara BN dan dalam kalangan rakan pembangkang yang lain.

“Pas akan menghadapi kesukaran pada PRN Pulau Pinang. Ini kerana wujud persaingan yang bukan sahaja dengan Umno, malah dengan Amanah (Parti Amanah Negara).


“Melainkan ada kompromi (antara Pas dengan Amanah),” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Pendapatnya itu turut dibuktikan dengan rekod lampau Pas yang hanya meraih satu kerusi di Permatang Pasir pada Pilihan Raya Umum 2013.

“Melihat kepada peluang Pas, lebih baik bagi Pas untuk tumpu pada PRU 14 nanti sahaja.

“Tetapi sudah menjadi tradisi Pas untuk bertanding dan saya yakin Pas memang akan bertanding kali ini,” katanya lagi. -SH

PAS letak calon di PRN P Pinang

PAS akan meletakkan calon di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang sekiranya pilihan raya mengejut diadakan di negeri itu.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata walaupun akan bertanding secara bersendirian, PAS mempunyai kekuatan dan mendapat sokongan di negeri itu yang boleh membantu calon parti untuk menang.

"Kita (PAS) ada kekuatan di negeri itu kerana sejarah penubuhan parti ini di Pulau Pinang. DAP dan PKR perlu sedar mereka bergantung kepada akar umbi kita (PAS) untuk menang pada pilihan raya umum (ke-13) lalu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya sama ada PAS akan bertanding dalam pilihan raya negeri itu sekiranya diadakan semasa ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pusat di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata PAS tidak menolak untuk berkerjasama dengan parti baharu yang bakal ditubuhkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya parti itu nanti tidak lari daripada matlamat dan perjuangan Islam.

Katanya PAS sebelum ini telah mengambil kesempatan untuk bekerjasama dengan semua pihak dengan syarat parti itu tidak mengganggu dasar Islam yang dibawa oleh PAS sejak awal penubuhannya.

"Kita (PAS) tidak ganggu dasar yang dibawa DAP dan mereka yang ganggu dasar PAS, kita bertegas dengan perkara ini dan akhirnya mereka (DAP) keluar daripada Pakatan Rakyat yang turut disertai PKR.

"PAS hari ini terus konsisten dengan dasar yang diperjuangkan sejak dahulu lagi. Blok ketiga yang diwujudkan oleh PAS, telah berkerjasama dengan lebih 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebuah parti politik," kata Abdul Hadi.
-Bernama

Apakah sebenarnya tujuan PAS bertanding di Pulau Pinang sedangkan PAS tidak mempunyai kekuatan di negeri tersebut?

Penganalisis politik ada yang berpendapat tujuan PAS itu hanyalah untuk mempastikan kekalahan Pakatan Harapan dan memberi laluan kemenangan kepada UMNO BN. Wallau 'alam.

Jika benar maka PAS yang akan menerima kesan buruk dari niatnya yang busuk itu.

Hadi: PAS will stand in every Penang seat

Party will contest on its own if fresh state elections are called, he says and reminds Pakatan leaders they depended on PAS support to win in 2013.
hadi awang penang
ALOR STAR: The Islamic party, PAS, has announced plans to contest every state assembly seat if fresh elections are called for Penang.
PAS president Abdul Hadi Awang said the party would contest the state elections on its own.
“We have the strength in the state based on the history of the party itself that was established in Penang. DAP and PKR should also realise that they depended on our grassroots support to win at the last general election,” he said yesterday.
In the meantime, Abdul Hadi said PAS did not rule out the possibility of working with a new party to be formed by former prime minister Dr Mahathir Mohamad, as long as it did not contradict with PAS’s struggle to uphold Islam.
He said PAS had previously taken the step to work with all parties, on condition that they did not interfere with the party’s Islamic principles.
“We do not interfere with DAP policy, but instead they (DAP) have interfered in PAS policy. We are firm in this matter and decided to quit Pakatan Rakyat.
“PAS remains consistent with the policy that we have been championing since our early days. The third block created by PAS has worked with more than 50 non-governmental organisations and one political party,” Abdul Hadi said.

PRN P Pinang: PAS bersedia untuk berdepan AMANAH

PAS bersedia untuk berhadapan dengan Pakatan Harapan sekiranya diadakan pilihan raya negeri (PRN) mengejut di Pulau Pinang.
"Ya, sudah semestinya (menentang Pakatan Harapan). Kita tidak mempunyai pakatan dengan yang lain kecuali PKR," kata Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Rumah Terbuka PERKASA di ibu negara, hari ini.
Ditanya sama ada PAS bersedia untuk melawan PKR sekiranya pilihan raya negeri mengejut diadakan, anggota parlimen Kota Bharu itu hanya berkata:
"Belum putus lagi," katanya.
Sebelum ini, DAP bermesyuarat untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang.
Pilihanraya negeri itu dilihat sebagai satu percubaan untuk mengukuhkan semula kedudukan Ketua Menteri Lim Guan Eng ekoran tuduhan rasuah terhadapnya.
Bagaimanapun, pada sidang media minggu lalu, Lim memberitahu tiada pilihan raya mengejut akan diadakan setakat ini tetapi perbincangan mengenainya tetap diteruskan bersama komponen Pakatan Harapan yang lain.
Gabungan tersebut diketuai DAP yang telah berkuasa di Pulau Pinang sejak 2008 dengan Lim sebagai ketua menterinya.
Berikutan pilihan raya negeri 2013, DAP memiliki 19 kerusi, PKR 10 kerusi dan PAS 1 kerusi. BN pula mempunyai 10 kerusi.

Mustafa tidak yakin Pulau Pinang akan adakan PRN mengejut

Berdasarkan analisis dan maklumat, PRN tidak mungkin berlaku kerana tiadanya kesepakatan dalam kalangan kepimpinan DAP dan Pakatan Harapan.
mustafa-ali-pas-penang-election-1
KEPALA BATAS: PAS tidak yakin kerajaan DAP akan mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang, kata Pengarah Pilihan Raya parti itu Datuk Mustafa Ali.
Beliau berkata berdasarkan analisis dan maklumat, pilihan raya negeri (PRN) tidak mungkin berlaku kerana tiadanya kesepakatan dalam kalangan kepimpinan DAP dan Pakatan Harapan.
“Kepimpinan dalam Pakatan Harapan tidak bulat (sepakat) untuk adakan pilihan raya. Jadi, walaupun ada desas desus mengenai PRN, PAS tidak yakin ia akan diadakan.
“Lagi pun, cadangan untuk mengadakan pilihan raya negeri dibuat selepas kes dakwaan salah laku rasuah Ketua Menteri Lim Guan Eng,” katanya pada sidang berita di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pulau Pinang di Pongsu Seribu di sini, hari ini.
Namun, katanya PAS bersedia menghadapi pilihan raya itu sekiranya Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dibubarkan.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz yang menghadiri sidang berita berkenaan, berkata DAP mahu mengadakan PRN itu demi kepentingan parti itu dan bukannya rakyat.
“Tetapi, jika benar PRN diadakan dalam masa terdekat, jentera Pemuda sentiasa bersedia menghadapinya,” katanya.
Semalam, Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP dilaporkan berkata parti itu masih menunggu persetujuan PKR dan Amanah sebelum mengadakan pilihan raya mengejut di negeri ini.

Rojikin, Naib YDP Pas Sg. Besar sertai Amanah di majlis hari raya petang tadi

Rojikin Sarbini ketika mengisytihar diri sertai Amanah petang iniRojikin Sarbini ketika mengisytihar diri sertai Amanah petang ini
Naib Yang Dipertua Pas kawasan Sungai Besar, Rojikin Sarbini, mengumumkan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) di majlis sambutan rumah terbuka Hari Raya sebentar tadi.

Mari perangi rasuah bersama, kata Maria

Pemimpin Bersih itu mengajak Jamal dan Keng Liang berbincang mengenai isu 1MDB, bukan menerusi kekecohan dan keganasan.
maria-chin-tan-keng-lian-jamal-yunos-1PETALING JAYA: Kumpulan pro reformasi Bersih menghulurkan persahabatan kepada pengkritiknya Pemuda Gerakan dan ketua pesaing himpunan itu, Datuk Jamal Yunos untuk menyertai organisasi itu memberi tekanan kepada kerajaan bagi memperbaharui institusi dan memerangi rasuah.
Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah berkata dua kumpulan itu, berbanding saling memberi ancaman keganasan dan ketakutan, patutnya menunjukkan sedikit kepimpinan dengan membangkitkan kebimbangan dengan pengumuman terkini salah guna dana berkaitan 1Malaysia Development Berhad.
“Kedua-duanya patut tahu apa yang kita buat sekarang untuk negara. Mereka patut berada di pihak kami untuk menyelamatkan negara, berbanding mengugut kami atau mencetuskan ketakutan dan kekecohan,” katanya kepada FMT.
Terdahulu hari ini Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang mendesak Bersih mengambil tindakan bijak dengan mengadakan perhimpunan dalam stadium bagi mengelak kekecohan dan keganasan seperti yang pernah berlaku pada 2012.
Katanya, Bersih dan pembangkang tidak bertanggungjawab jika mengadakan demonstrasi di jalanan.
Penganjur perhimpunan Baju Merah, Jamal sebelum ini berkata beliau akan menyaingi himpunan Bersih, yang diadakan bagi mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Maria berkata Bersih masih belum membuat keputusan mengenai tarikh perhimpunan bagi tahun ini.
Bagaimanapun, beliau berharap Gerakan berhenti menggunakan insiden pada 2012, apabila polis menuduh mereka menyerang peserta, hingga menyebabkan kecederaan.

Akta 355: Menteri Umno akan bawa ke peringkat seterusnya – Takiyuddin

Kita lihat mereka sudah bersedia ambil alih dan meneruskan sehingga penghujung proses, katanya.
Takiyuddin-Hassan
PETALING JAYA: Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata pindaan Akta 355 Bidang Kuasa Mahkamah Syariah akan dibawa ke peringkat seterusnya.
Katanya, menteri yang bertanggungjawab untuk membawa usul itu ke peringkat akhir adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
“Pada awalnya usul itu dibawa Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Kemudian proses seterusnya akan diteruskan oleh menteri yang bertanggungjawab dalam perkara itu sehingga ke penghujung proses berkenaan.
“Kita lihat mereka sudah bersedia ambil alih dan berterusan sehingga penghujung proses,” katanya kepada pemberita pada satu sidang media selepas menghadiri Majlis Hari Raya Perkasa.
Sebelum ini, Hadi yang juga presiden PAS membentangkan rang undang-undang persendirian iaitu pindaan kepada Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 di Dewan Rakyat bagi memperkasa dan memperluas bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Bagaimanapun, pembentangan itu dibantah DAP yang berpandangan tidak boleh wujud dua sistem berbeza untuk orang Islam dan bukan Islam.

People’s lawyer or PM’s lawyer?

Did the AG act impartially and without favour when he said “at no point in the civil claim filed by the US DoJ is the prime minister...alleged to have committed any criminal wrongdoing”?
apandi-ali-department-of-justice-1
Lim Wei Jiet
On 20 July, the US Department of Justice instituted a civil action to recover more than $1 billion worth of assets laundered through the US by alleged misappropriation of 1MDB funds. What caught the people’s attention was the Malaysian AG’s response to the DoJ’s complaint. Apandi Ali wasted no time to release a press statement saying:
“The attorney-general expressed his strong concerns at the insinuations and allegations that have been made against the prime minister of alleged criminal wrongdoing in relation to the civil action. The attorney-general intends to clarify that at no point in the civil claim filed by the US DoJ is the prime minister named as a defendant or has been alleged to have committed any criminal wrongdoing.”
Gobind Singh Deo was right to point out the following: “To my mind, he should not be leaping to the Prime Minister’s defence. He should maintain his independence and be open to the fact that serious allegations have been made in the suit which may lead to him having to reopen the case here at some stage”.
There is no doubt that the AG himself was leading the charge in manning the Prime Minister’s fort.
But in descending to such a role, has the AG deviated from his foremost priority – that of as the guardian of public interest?
Did the AG act impartially and without favour when he said “at no point in the civil claim filed by the US DoJ is the prime minister…alleged to have committed any criminal wrongdoing”?
Did the AG act with objectivity, ensure that all necessary enquiries were made and was guided by the search for the truth when he stated, point blank, that he “expressed his strong concerns at the insinuations and allegations that have been made against the prime minister”?
To be fair to the AG, he did say he would cooperate with the DoJ and would not hesitate to prosecute should there be sufficient evidence. But against such defensive posture to shield the dear Prime Minister, can the public expect that he would assess the evidence from the DoJ bona fide?

Mat Said terhina diberi jawatan timbalan exco oleh Ahmad Razif

Beliau berkata pemberian jawatan itu juga sangat memalukan untuknya yang pernah memegang jawatan sebagai menteri besar Terengganu.
ahmad-said
Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata beliau menolak tawaran jawatan sebagai timbalan exco baru-baru ini kerana merasakan ia seperti satu ‘penghinaan’ buatnya.
“Cuba anda bayangkan sendiri. Macam saya, sudah jadi menteri besar dan tiba-tiba lantik jadi timbalan exco. Awak nak ke? ‘Down grade’. Memalukan. Menghina,” katanya ketika mengulas mengenai tindakannya itu.
Ahmad atau dikenali sebagai Mat Said sebelum ini menolak pelantikan sebagai timbalan exco yang diumumkan Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman.
Dalam rombakan portfolio exco kerajaan negeri itu, Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal dilantik sebagai timbalan pengerusi jawatankuasa perumahan dan kerajaan tempatan.
Ahmad berkata, walaupun belum menerima surat pelantikan secara rasmi dan hanya mengetahui namanya tersenarai sebagai timbalan exco, beliau tidak bersetuju dengan pelantikan itu.
Sementara itu, Mat Said berkata beliau akan terus bersama Umno selagi parti Melayu itu tidak memecatnya.
Bagaimanapun, katanya jika Umno merasakan tindakannya melanggar peraturan parti, Umno berhak untuk memecatnya.
“Buat masa ini, saya masih lagi ahli Umno dan wakil rakyat BN. Jika saya tidak dipecatlah. Kalau saya buat sesuatu dan rasa saya langgar peraturan, pecat saya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Hari Raya Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).
Sebelum ini, Ahmad memutuskan menyertai Perkasa.
Ahmad yang meletakkan jawatan menteri besar dua tahun lalu kini dilantik yang dipertua Perkasa Terengganu.

'Saya bukan gila mahu jadi Ketua Menteri Sabah!' - Shafie Apdal

'Saya bukan gila mahu jadi Ketua Menteri Sabah!'

"Saya bukan gila mahu jadi Ketua Menteri Sabah!" demikian reaksi Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal ketika berucap di hadapan penyokongnya di Kota Belud, hari ini.

Menurutnya, beliau bekerja untuk rakyat bukan mengejar jawatan.

"Bagi saya, apa yang penting bukan parti ataupun jawatan tapi rakyat. Kita tolong rakyat, bantu rakyat. Apa salahnya?

"Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri) pecat saya dari Kabinet, saya akur. Itu hak dia. Saya tidak dendam, tidak kecil hati.

"Jawatan ini sementara sahaja," katanya ketika berucap pada majlis sambutan hari raya di Kota Belud, Sabah yang disirkan secara langsung di Facebooknya, hari ini.

Namun beliau akui dengan adanya jawatan, ia lebih mudah untuk membantu rakyat.

"Bukan senang...macam saya, anak nelayan, orang kampung bertanding untuk Majlis Tertinggi...Naib Presiden Umno. Setengah mati mahu menang. Kerana apa saya bertanding? Kerana kita tidak perlu meminta jika kita ada kuasa itu.

"Kalau kita duduk di atas, tidak perlu minta 20 peratus tapi kita tandatangan 20 peratus. Bukan mudah saya mahu naik. Berjuang sampai jadi besi buruk," katanya lagi.

Shafie sebelum ini mengumumkan keluar parti selepas digantung dari parti.

MO1: ANGKA 36 DAN 63

Dilaporkan nama Malaysian Official 1 disebut sebanyak 36 kali dalam kertas pendakwaan saman sivil Jabatan Kehakiman AS yang bertujuan menyita hartanah dan aset berkaitan wang 1MDB yang dicuri.

Walaupun tidak sukar meneka siapa sebenarnya Malaysian Official 1 itu, tetapi dengan sebutan sebanyak 36 kali ia juga menunjukkan peranan Malaysian Official 1 itu begitu meluas dalam skandal 1MDB.
Cuma, orang berkenaan agaknya masih malu untuk memperkenalkan dirinya secara rasmi atau mungkin juga beliau mahu menunggu Jabatan Kehakiman AS dan FBI sendiri mendedahkannya suatu hari nanti.

Jika kita menonton siri-siri penyiasatan Hollywood di televisyen, adalah perkara biasa nama mereka yang sedang disiasat FBI tidak disebut namanya secara langsung. Hanya setelah ditahan atau ada pertuduhan, barulah nama yang sebenar disebut.

Jadi, kita harus menunggu lagi untuk mengetahuinya.

Semalam pula, ada seseorang menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 63 di Seri Perdana. Mungkin kebetulan dan mungkin juga Tuhan sengaja memunculkan angka 36 dan 63 itu dalam tempoh yang yang tidak jauh berbeza.

Tidak seperti tahun lalu di mana ulangtahun orang berkenaan ada majlis potong kek dan nyanyian lagu Happy Birthday bagai, tahun ini ia sebaliknya dilakukan dengan sembahyang berjemaah, mengadakan majlis agama dan berdoa.

Biasalah kan...

Dalam doa memohon restu kepada Tuhan yang dibacakan Pak Imam malam semalam, berapa kali agaknya nama orang berkenaan disebut untuk diaminkan?

36 atau 63?

292 HARI BERLALU !!..

6 Okt. 2015:
Raja-raja Melayu titahkan peringatan menegaskan agar Kerajaan selesaikan secepat mungkin siasatan 1MDB.

TETAPI..
- Switzerland, Abu Dhabi, Singapura, USA dah bertindak.
- 3 negara, USA, S'pore & Switzerland dah mula sita aset yg berkait 1MDB.

- Malaysia ??.. LEMBAB NAK MAMPUS !!

BN = Beruk Negara


Skandal 1MDB - Insaflah semua... Ceritalah perkara yang sebenar.

Diantara mekanisma murahan untuk nenutup amalan rasuah, penyelewengan, pecah amanah, mencuri wang negara berbilion ringgit;
  1- Bahaya campur tangan asing
  2- Tak ada bukti kukuh.
  3-  Nama official 1 tak disebut dan orang  pertama yang disyaki tidak juga disebut
       dalam kenyataan Doj Amerika Syarikat.
Sekiranya penyiasat-penyiasat dalam negara yang berwibawa tidak dibunuh atau tidak diganti dengan penyiasat2 cap ayam, sudah lama perkara yang sebenarnya berlaku dapat diketahui rakyat. Tak perlu bergantung kepada siasatan yang dibuat di luar negara.
Selama manakah skendal ini hendak disembunyikan. Sejauh mana mereka yang bersekongkol untuk melindungi penyelewengan ini hendak pergi?
Berapalah sangat nilai pangkat dan wang ringgit yang diperolehi berbanding dengan nilai bercakap benar untuk memelihara kepentingan rakyat?
Adakah mereka fikir Allah akan berpihak kepada perbuatan mereka melindungi penyelewengan dan kejahatan?
Insaflah. Ceritalah perkara yang sebenar.

Tukar kerajaan melalui pilihan raya boleh segerakan siasatan 1MDB - Wan Muttalib


Datuk Wan Muttalib Embong

Pilihan raya dan peralihan kuasa baharu sahaja yang dapat mempercepatkan siasatan berhubung skandal 1MDB, kata Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS, Datuk Wan Muttalib Embong.
Beliau berkata, dengan adanya pilihan raya dan wujudnya kerajaan baharu, siasatan berhubung 1MDB yang dihentikan sebelum ini dapat dibuka semula.
“Jalan lain adalah pilihan raya baharu, rakyat boleh tentukan. Yang ini kita kena ubah kerajaan dan hanya kerajaan baharu selain BN yang boleh buka semula kes yang ditutup oleh sebuah negara baru-baru ini,” katanya kepada Buletin Online ketika ditemui di Majlis Hari Raya Aidilfitri Dun Batu Burok,Kuala Terengganu.
Menurut Wan Mutalib juga, penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja juga amat mustahak dalam menyelesaikan isu 1MDB walaupun menyifatkan penubuhan itu mungkin agak terlewat.
Bagaimanapun katanya, suruhanjaya terbabit turut tertakluk kepada pelantikan untuk memastikan ia benar-benar bebas dalam melakukan penyiasatan yang telus dan tidak menolak bahawa penubuhannya sudah tentu dibuat oleh kerajaan.
“Kena tengok peruntukan yang asal, sejauh mana hendak beri kuasa (kepada Siasatan Diraja), ambil kuasa di Parlimen tetapi masih dikawal kerajaan yang memerintah.
“Suruhanjaya Diraja ada dua badan, yang pertama polis, yang kedua SPRM tetapi jika kedua-dua tidak menyempurnakan fungsi yang dikehendaki masyarakat, rakyat dan melintasi kuasa yang ada (pada polis dan SPRM), kita pergi ke parlimen. Di parlimen ini semua orang boleh meletakkan kaedah-kaedah penyiasatan ini. Parlimen boleh buat peraturan-peraturan dia,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai Amerika Syarikat yang memfailkan permohonan rampasan sivil bagi mendapatkan semula lebih AS$1 bilion dalam bentuk aset yang berkait rapat dengan syarikat 1MBD, beliau memberitahu bahawa kerajaan terbabit bertindak untuk membersihkan namanya daripada sebarang aktiviti yang menyalahi perundangan.

Pendedahan DOJ AS bukan 'perkara biasa', kata PKR

Menteri Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta anggota kabinet yang lain diminta menghentikan percubaan yang didakwa sebagai terdesak dan memalukan untuk meremehkan isu saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat terhadap 1MDB.
Anggota Jawatankuasa Pusat PKR, Latheefa Koya berkata, kenyataan Shabery semalam didakwa sebagai tidak bertanggungjawab dan keterlaluan kerana menganggap bahawa tindakan undang-undang DOJ terhadap syarikat pelaburan itu sebagai "perkara biasa".
"Beliau (Shabery) memaparkan betapa kurangnya rasa prihatinnya terhadap wang pembayar cukai Malaysia," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Malah, Latheefa yang juga seorang peguam turut menambah bahawa tindakan yang dibuat DOJ itu merupakan rampasan aset terbesar dalam sejarah di Amerika Syarikat.
"Apa yang beliau dakwa sebagai perkara biasa itu melibatkan pengubahan wang haram pada skala yang besar-besaran yang melibatkan pembelian kapal layar, hotel dan jet, lukisan oleh Van Gogh dan Monet dan juga filem Hollywood!," katanya lagi.
Latheefa juga berkata, adalah menjadi kebimbangan kepada rakyat di negara ini apabila nama 'Malaysian Official 1' disebut dalam saman berkenaan.
Katanya lagi, perkara itu juga menyebabkan kerosakan terhadap reputasi negara serta ekonominya secara besar-besaran.

SOAL-JAWAB SKANDAL 1MDB UNTUK PANDUAN PAKCIK DAN MAKCIK DI KAMPUNG

1. AMERIKA NAK RAMPAS HARTA 1MDB NI. INI SATU CAMPURTANGAN ASING!
Macam ni pakcik. Pakcik ada dengar Amerika nak rampas tanah 1MDB di airport TUDM Sg. Besi? Tanah 1MDB di Jalan Tun Razak? Ada Amerika nak rampas tanah-tanah milik 1MDB di Malaysia? Tiada kan? Amerika hanya nak rampas harta hasil pendapatan filem Hollywood bertajuk "The Wolf of Wall Street". Sebab itulah dalam kertas pendakwaan, defendan atau pihak yang disaman ialah “The Wolf of Wall Street” Motion Picture. Filem ini dikatakan dibuat hasil daripada penggubahan wang haram yang melalui institusi-institusi kewangan di Amerika. Harta hasil pendapatan filem ini juga dimiliki oleh sebuah syarikat yang didaftarkan di Amerika sana, bukan di Malaysia. Ada 17 harta yang disenaraikan, termasuklah hotel di Beverly Hills. Beverly Hills ini kawasan tempat tinggal pelakon dan penyanyi pakcik. Di Amerika sana, pelakon & penyanyi kaya-kaya, bukan macam di sini. Ada juga jet peribadi. Kalau kita dapat jet ini karang, kita trylah naik ramai-ramai untuk pergi haji. Lagipun, yang mula-mula menyiasat benda ini bukannya orang Amerika pakcik, tapi orang Melayu kita juga. Pakcik ingat tak Timbalan Pendakwa Raya SPRM yang ditahan? Melayu dia tu. Timbalan Pengarah Cawangan Khas Polis yang ditukar? Melayu. Peguam Negara yang ditamatkan perkhidmatan atas sebab 'kesihatan', Melayu. Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM yang ditukar, Melayu. Pengarah Komunikasi Strategik Khas SPRM yang ditukar, Melayu. Ketua Pesuruhjaya SPRM yang disuruh 'bercuti', Melayu. Pegawai SPRM yang solat hajat beramai-ramai pun, Melayu semuanya pakcik. Siapa tahu mungkin ini sebenarnya campurtangan kuasa Allah Taala hasil daripada solat hajat mereka?
-----------------------------------------------------------------------------
2. HABIS TU APA KENA-MENGENA FILEM 'WOLF' INI DENGAN 1MDB?
Filem 'Wolf' ini, dibuat oleh syarikat milik anak angkat PM kita, nama dia Riza Aziz. Tahun 2012, syarikat si Riza ini dapat duit daripada 1MDB sebanyak USD238 juta, iaitu kira-kira RM741.6 juta pakcik.
-----------------------------------------------------------------------------
3. DAH TU BIARLAH 1MDB NAK BAGI BERAPA BANYAK PUN. DUIT SYARIKAT, SYARIKAT PUNYA SUKALAH.
Masalahnya pakcik, 1MDB telah mengisytiharkan kepada umum, bahawa ia tidak memiliki apa-apa kepentingan atau pelaburan terhadap syarikat Riza Aziz. Jadi kalau tiada apa-apa kepentingan, buat apa pula nak bagi RM741.6 juta, kan pakcik?
-----------------------------------------------------------------------------
4. MACAMANA KAU TAHU SI RIZA NI DAPAT DUIT TU. PANDAI-PANDAI SAJA KAU FITNAH BUDAK TU.
Sebab si Riza ini, dia simpan duit dalam bank, pakcik. Dia tak simpan duit bawah tilam. Jadi, bank ada rekod duit-duit itu masuk ke akaun syarikat dia sebanyak 3 kali:
18 Jun 2012: USD133 juta (RM419.9 juta)
23 Okt 2012: USD60 juta (RM183.5 juta)
14 Nov 2012: USD45 juta (RM138.2 juta)
JUMLAH: USD238 juta (RM741.6 juta)
Duit-duit ini pula, dipindahkan daripada akaun bank Switzerland, ke akaun bank Singapura. Jadi negara Switzerland simpan rekod, negara Singapura pun simpan rekod.
-----------------------------------------------------------------------------
5. 700 JUTA PULA. DULU BUKANKAH DAH TERBUKTI DUIT TU DERMA, APA NAMA TU, YANG 2.6 BILION TU?
Memang betul pakcik, SPRM sendiri telah menyatakan pada Ogos 2015, bahawa hasil siasatan mereka mengenai duit RM2.6 bilion itu ialah: duit itu duit derma. Kemudian, keluar pula video Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir, yang orang kata mengesahkan bahawa derma itu datang daripada keluarga diraja Arab Saudi. 'Orang kata'. Cuba pakcik dengar balik video itu. Menteri Arab ini kata:
WARTAWAN: "Tuan. Uh, adakah anda maklum tentang latarbelakang , mengenai sumbangan kepada Perdana Menteri Malaysia?"
("Your Excellency. Uh, are you aware of the background of , upon the donation to the Prime Minister of Malaysia?")
MENTERI LUAR ARAB SAUDI :

"Kami sedia maklum tentang, tentang sumbangan tersebut. Dan ia adalah sumbangan yang ikhlas, dengan uh, tiada apa diharapkan sebagai balasan. Uh, kami juga sedia maklum bahawa Peguam Negara Malaysia telah menyiasat perkara ini dengan teliti dan tidak menemui sebarang kesalahan jadi bagi kami perkara ini telah ditutup."

("We are aware of the, the donation. And it is a genuine donation, with uh, nothing expected in return. Uh, we are also fully aware that the Attorney-General of Malaysia has thoroughly investigated the matter and found no wrongdoing so as far as we're concerned this matter was closed.")

Saya nak tanya pakcik: dalam kenyataan Menteri Arab ini, ada tak dia sebut jumlah sumbangan, dan ada tak dia kata bahawa sumbangan itu datangnya daripada keluarga diraja Arab Saudi? Sebab dalam kertas pendakwaan Amerika, Amerika kata duit RM2.6 bilion itu dipindahkan daripada akaun milik Eric Tan Kim Loong, bukan milik keluarga diraja Arab Saudi. Pakcik juga kena ingat: duit RM2.6 bilion itu, bukan duit yang masuk ke akaun si Riza ya? Duit RM2.6 bilion itu ialah duit yang dimasukkan ke dalam akaun orang lain, iaitu 'Malaysian Official 1'. Memang ada orang-orang upahan yang berhempas pulas mahu seluruh rakyat Malaysia menumpukan perhatian kepada isu sumbangan RM2.6 bilion, supaya mereka lupa berbilion-bilion ringgit yang lain, contohnya:

A. Pinjaman Palsu USD700 Juta Oleh PetroSaudi Holdings
USD700 juta ini bukannya kes 'sumbangan' RM2.6 bilion, ya pakcik? USD700 juta ini bersamaan dengan RM2.4 bilion pada tarikh duit itu dipindahkan. Ceritanya macam ni: PetroSaudi Holdings ini, sekali dengar ada bunyi 'Petro' di hadapan, ada nama 'Saudi' di belakang, terus orang anggap "Ini 'Petronas' bagi Arab Saudi agaknya, syarikat minyak nasional Arab Saudi". Salah tu pakcik. Syarikat minyak nasional bagi kerajaan Arab Saudi ialah Saudi Aramco. PetroSaudi Holdings ini hanya sekadar syarikat persendirian sahaja, baru-baru ditubuhkan pula tu. Syarikat ini ditubuhkan bisnesman bernama Tarek Obaid, dan ada kaitan dengan Turki bin Abdullah, anak kepada almarhum Raja Abdullah, raja Arab Saudi yang baru meninggal tahun lepas. Adakah bila berurusan dengan syarikat yang 'ada kaitan' dengan anak raja, maka ia bermakna berurusan dengan kerajaan? Pakcik kena faham: almarhum Raja Abdullah ada 19 orang anak. Yang menggantikan almarhum jadi raja pula bukan anak beliau, tapi adik tiri beliau. Jadi faham-faham sahajalah kedudukan anak-anak almarhum, tak banyak manapun pengaruh mereka ke atas keputusan kerajaan Arab Saudi.

PetroSaudi Holdings ini dikatakan telah bagi pinjaman sebanyak USD700 juta kepada syarikat usahasama 1MDB-PetroSaudi Limited. Masalahnya, PetroSaudi Holdings tak pernah pun bagi duit tu, tapi 1MDB-PetroSaudi Limited diminta untuk bayar balik. Macam ada Ah Long datang minta hutang daripada pakcik, tapi pakcik tak pernah pinjam pun daripada Ah Long tu. Tapi sebab pakcik dah tua dan pelupa, pakcik pun bayarlah sahaja. Lebih malang lagi, bila pakcik bayar, pakcik tak pula bayar terus kepada si Ah Long tu. Tapi pakcik bagi pula duit itu kepada Ah Pek, anak si Ah Long. Si Ah Pek kemudiannya bawa duit itu untuk berjoli. Samalah macam 1MDB-PetroSaudi Limited ini. Dia sebenarnya tak berhutang, tapi dia bayar juga. Bila bayar, dia tak bayar terus kepada PetroSaudi Holdings, tapi kepada Good Star Limited, syarikat lain milik seseorang bernama Jho Low. Ini namanya bangang bertimpa-timpa ni pakcik. Daripada USD700 juta ini, Amerika ada rekod bahawa sejumlah USD20 juta telah dimasukkan ke akaun 'Malaysian Official 1':
23 Feb 2011: USD10 juta (RM30.5 juta)
13 Jun 2011: USD10 juta (RM30.3 juta)
JUMLAH: USD20 juta (RM60.8 juta)

Peguam Negara sendiri menyatakan bahawa akaun ini milik 'Malaysian Official 1'. Bukan saya yang kata, pakcik.

BUKTI DIPERLUKAN:
a. Dokumen/rekod kiriman wang Deutsche Bank (Malaysia) Berhad bertarikh 30 September 2009 sebanyak USD700 juta kepada akaun milik Good Star (Seychelles) Limited bernombor 11116073 di RBS Coutts Bank Limited (kini Coutts & Co. Limited).
b. Dokumen/rekod bayaran fi broker kepada akaun bernombor 7573800 di J. P. Morgan (Suisse) SA.

STATUS SIASATAN: Tiada maklumat siasatan.
-----------------------------------------------------------------------------
B. Penjualan Harta Bukan Milik Sendiri Oleh PetroSaudi Holdings
PetroSaudi Holdings dituduh menjual harta yang bukan miliknya kepada 1MDB-PetroSaudi Limited. Harta berkenaan sebenarnya dimiliki oleh syarikat lain, iaitu Buried Hill Energy. Ceritanya macam ini pakcik. Pakcik nak beli satu bidang tanah daripada Ah Long. Pakcik pun bayar duit kepada Ah Long. Bila pakcik pergi ke pejabat tanah, pegawai bagitau pakcik, tanah itu sebenarnya bukan Ah Long yang punya. Jadi pakcik pun terpinga-pinga: duit dah habis, tanah tak dapat.

BUKTI DIPERLUKAN:
a. Dokumen perjanjian usahasama 1MDB-PetroSaudi Limited bertarikh 28 September 2009.
b. Dokumen perjanjian pembelian aset oleh PetroSaudi Holdings bertarikh 4 Julai 2009.
c. Rekod pembatalan perjanjian pembelian aset oleh PetroSaudi Holdings bertarikh 23 November 2009.

STATUS SIASATAN: Tiada maklumat siasatan.
-----------------------------------------------------------------------------
C. Pecah Amanah RM42 Juta Ke Akaun Peribadi
Ini lagi satu duit yang tidak termasuk dalam kes 'sumbangan' RM2.6 bilion, tapi rakyat 'lupa' nak tanyakan. Bila rakyat 'lupa', jawabnya senyap sajalah. Duit sebanyak RM42 juta daripada SRC International Sdn. Bhd. (kini anak syarikat Kementerian Kewangan Malaysia) telah didakwa dilupuskan ke dalam sebuah akaun peribadi. Ini benda paling senang nak terangkan kepada pakcik. Macam pakcik kerja di pejabat, pakcik nampak duit majikan, pakcik ambil duit tu, masuk poket pakcik. Senang nak faham, kan?

BUKTI DIPERLUKAN:
a. Borang permohonan kiriman wang Affin Bank Berhad bertarikh 26 Disember 2014 sebanyak RM5 juta kepada akaun bernombor 2112022011880 di AmIslamic Bank Berhad.
b. Borang permohonan kiriman wang Affin Bank Berhad bertarikh 26 Disember 2014 sebanyak RM27 juta kepada akaun bernombor 2112022011880 di AmIslamic Bank Berhad.
c. Borang permohonan kiriman wang Affin Bank Berhad bertarikh 10 Februari 2015 sebanyak RM10 juta kepada akaun bernombor 2112022011880 di AmIslamic Bank Berhad.

STATUS SIASATAN: Siasatan “masih berjalan oleh SPRM.”
-----------------------------------------------------------------------------
6. OKLAH. PAKCIK ADA SOALAN LAST NI. SIAPA DIA 'MALAYSIAN OFFICIAL 1'?

Ok pakcik, kertas pendakwaan Amerika kata 'Malaysian Official 1' ini ialah:
i. Pegawai berjawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia;
ii. Berjawatan tinggi dalam 1MDB. Berkuasa melantik dan menyingkir ahli Lembaga Pengarah 1MDB. Sebarang komitmen kewangan 1MDB memerlukan kelulusan beliau;
iii. Ahli keluarga kepada Riza Aziz.

PM pun sudah berjanji "kita akan beri kerjasama yang sepenuhnya dengan semua badan siasatan peringkat antarabangsa". Jadi kita sama-sama nantikan kerjasama dari insan bernama NAJIB RAZAK.

Skandal 1MDB: Kit Siang terkejut Najib tak terkejut

Penasihat DAP itu berkata apa yang paling mengejutkan ialah Najib dan menteri tidak terkejut dengan tuntutan saman difailkan AS.
kit-siang-najib-1
PETALING JAYA: Lim Kit Siang terkejut – dengan kurangnya rasa terkejut yang ditunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan ahli Kabinet terhadap tuduhan yang disenaraikan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) (DOJ) minggu lalu.
Bercakap pada satu majlis DAP di Sungai Siput malam tadi, Kit Siang berkata sepanjang tiga hari lalu ialah “tempoh paling memalukan dalam enam dekad sejarah negara”.
Pada Khamis, DOJ memfailkan tuntutan saman untuk mendapatkan semula aset bernilai AS$1 bilion, termasuk hartanah mewah, jet peribadi dan hak royalti filem Wolf of Wall Street.
Aset berkenaan dikatakan diperoleh daripada dana yang diselewengkan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), syarikat pelaburan milik negara. 1MDB menafikan wangnya dicuri.
Kit Siang yang juga ketua Parlimen DAP berkata sidang media oleh Peguam Negara AS Loretta Lynch itu menyebabkan Malaysia dikutuk dan dikritik masyarakat dunia, malah dilihat seperti negara yang rasuah dan picisan.
“Ia nampak seperti Najib dan menterinya tidak terkejut dengan saman AS itu, seolah-olah mereka sudah menjangkakannya dan sudah bersedia merangka respons mereka selepas FBI AS memulakan siasatan pada September lalu,” katanya.
Beliau berkata pendirian kerajaan yang tuntutan itu hanya saman sivil amat lemah oleh pihak berkuasa Malaysia.
Katanya, tindakan sivil AS itu berdasarkan kepada tingkah laku jenayah dan aktiviti salah guna serta menyeleweng berbilion ringgit dengan kepentingan jenayah dan rasuah.
Beliau berkata, material dalam tuntutan itu akan menyebabkan peguam negara Malaysia, SPRM dan polis sibuk untuk bertahun-tahun akan datang.

Apandi disaran letak jawatan jika berniat kembali dalam politik

Apandi perlu menyerahkan kes pendakwaan Guan Eng kepada pendakwa raya lain kerana persepsi umum terhadapnya buruk sejak beliau mengambil alih jawatan peguam negara.
apandi-syahredzanPETALING JAYA: Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali disaran meletak jawatan sekiranya berniat atau ‘berhajat’ untuk kembali aktif dalam politik.
Demikian kata Ahli Majlis Peguam, Syahredzan Johan ketika ditanya mengenai amaran Apandi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng agar berhenti daripada mengulas pertuduhan rasuah yang sedang dihadapnya.
“Jika anda mahu kembali dalam politik, letak jawatan dan sertai parti politik. Atau aktif dalam Umno.
“Ancaman seperti ini membuktikan  beliau tidak berminat mendakwa kes secara adil. Peguam negara perlu menarik balik pertuduhan dan membiarkan ia bebas.
“Saya tidak boleh bayangkan bagaimanana tertuduh boleh menjalani satu perbicaraan yang adil apabila mendapat ancaman daripada pendakwa raya utama,” katanya kepada FMT.
Semalam, Apandi berkata beliau memberikan ‘amaran terakhir’ kepada Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP yang baru-baru ini menjangka dirinya dipenjara dan mencadangkan agar pilihan raya baharu diadakan untuk DUN negeri terbabit.
Apandi berkata integritinya sebagai pendakwa raya tercabar dan beliau sudah memberikan amaran kepada Guan Eng.
Syahredzan berkata peguam negara sepatutnya berada di atas pergaduhan politik dan biIa mungkin bermakna tidak boleh cakap apa-apa apabila orang membuat kenyataan politik terhadap mereka, tetapi itu sebahagian daripada kerja.
“Apabila anda ialah pendakwa raya dalam satu kes, anda patut berpegang kepada kes itu ketika bercakap di luar mahkamah dan biarkan bukti berbicara sendiri dalam mahkamah. Anda tidak boleh mengugut tertuduh,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen turut bersetuju dengan Syahredzan dan berpendapat kes Guan Eng itu bukanlah satu perkara yang rumit dan Apandi tidak seharusnya terlibat dalam pendakwaan kes berkenaan.
Tambahnya, kes wajar diambil alih oleh pendakwa raya lain kerana persepsi umum terhadap Apandi buruk sejak beliau mengambil alih jawatan peguam negara.
“Memang tidak wajar bagi Apandi mengeluarkan kenyataan sebegitu lebih-lebih lagi sebagai peguam negara, ia kelihatan ganjil. Sepanjang pengalaman saya, tidak pernah ada peguam negara yang tampil dengan kenyataan seumpama itu.
“Guan Eng perlu mempertahankan dirinya kerana pertuduhannya bukan melibatkan kes jenayah biasa. Ini kes berbaur politik,” katanya.
Bukan itu sahaja, Eric turut menyelar tindakan Apandi yang cuba mengugut untuk mengeluarkan bukti kepada media sekiranya Guan Eng enggan berhenti mengulas berhubung kes rasuahnya.
Katanya, bukti itu perlu dikemukanan di mahkamah dan bukan di dalam media.

Skandal 1MDB: Abu Kassim sahkan SPRM bekerjasama dengan FBI

Pihaknya sedang menyiasat seorang ahli perniagaan yang dikatakan menipu 1MDB, dan turut terlibat pengubahan wang haram sebelum membawanya ke Amerika Syarikat.
MACC3
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed hari ini mengesahkan agensi berkenaan menjalin kerjasama dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat berhubung siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau berkata pihaknya sedang menyiasat seorang ahli perniagaan yang dikatakan menipu 1MDB, dan turut terlibat dengan pengubahan wang haram sebelum membawanya ke Amerika Syarikat.
“Oleh itu, pihak Amerika Syarikat meminta pertolongan dan kita hanya menjalankan kerja sepertimana digalakkan dalam Konvensyen Pencegahan Rasuah Pertubuhan Bangsa Bersatu.
“(Di bawah konvensyen itu)…mana-mana agensi perlu memberi kerjasama dan sokongan apabila berdepan dengan jenayah melibatkan beberapa negara,” katanya ketika ditemui pemberita semasa lawatan kerja ke pejabat SPRM Kelantan di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengarah SPRM Kelantan Datuk Moh Samsuddin Yusof.
Jumaat lepas, SPRM dalam satu kenyataan mengesahkan ia menjalin kerjasama dengan FBI berhubung siasatan terhadap 1MDB.
Bagaimanapun, kerjasama itu hanya ditumpukan kepada kemungkinan perbuatan penyelewengan dan pengubahan wang haram oleh seorang ahli perniagaan yang dikatakan menipu 1MDB.
Khamis lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan berkata kerajaan memandang serius saman sivil berkaitan dana 1MDB yang dikemukakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).
Beliau berkata perkara itu merupakan tindakan sivil dan bukannya tindakan jenayah, selain ia terhad kepada nama-nama yang disebutkan dalam dokumen DOJ itu.
Najib berkata kerajaan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua badan siasatan antarabangsa.

Skandal 1MDB berisiko nilai ringgit terus jatuh

Pendedahan memalukan dari Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ) berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memungkinkan mata wang Malaysia akan terus jatuh.
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata ia sekaligus menyebabkan kehilangan pelabur sedia ada mahupun pelabur berpotensi.
“Mereka mungkin beranggapan sistem negara ini tidak telus dan tidak boleh dipercayai.
1MDB-300x175
“Kesan ini adalah membimbangkan dan akan mengakitbatkan Malaysia dipandang hina di peringkat antarabangsa,” katanya kepada SelangorKini.
Shuhaimi berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu segera menubuhkan badan bebas atau Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat perkara ini sekaligus membersihkan nama Malaysia.
“Ini merupakan tanggungjawab dan amanah yang perlu dilakukan bagi membersihkan nama Malaysia dan mengembalikan duit dicuri.
“Ini adalah pendedahan yang sangat memalukan apabila sebuah Jabatan luar negara yang tentunya lebih canggih peralatan dan sistemnya.
“Skandal ini ibu kepada segala bentuk rasuah yang dilakukan oleh kepimpinan politik dunia,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan siapakah ‘Malaysia Official 1’ yang didedahkan DOJ.
Pada 20 Julai lalu, DOJ memfailkan tuntutan sivil bagi merampas aset bernilai AS1 bilion yang didakwa hasil penggubahan wang haram melalui 1MDB.

'Malaysian Official 1' disebut 36 kali dalam kertas mahkamah AS

Walaupun pegawai undang-undang tertinggi di negara ini dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak dinamakan dalam saman sivil kerajaan Amerika Syarikat, namun perkataan individu yang dikenali sebagai 'Malaysian Official 1' telah dipetik sebanyak 36 kali dalam saman sivil tersebut.
Ia termasuk dua perenggan di mana dokumen mahkamah itu- pada halaman 75, perenggan 263- memetik sidang media yang dibuat Apandi pada Januari lalu yang turut membersihkan nama Najib.
Malah, anggota parlimen Petaling Jaya Utara yang juga Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua pula mendakwa 'Malaysian Official 1'  tidak ada orang lain lagi selain Najib.
Pua dalam sidang medianya pada Khamis berkata, terdapat tiga transaksi pembayaran deposit yang dibuat kepada akaun Najib antara 2011 dan yang terakhir serta kontroversi adalah sebanyak AS$681 juta yang dibuat pada Mac 2013 sebelum pilihan raya umum ke-13 yang mana ia selepas AS$3 bilion bon 1MDB dikeluarkan.
Malaysiakini telah menyusun 36 petikan nama 'Malaysian Official 1' yang terkandung dalam dokumen setebal 136 halaman itu.
Di bawah ini adalah perenggan yang memetik nama individu misteri itu yang terkandung dalam hampir keseluruhan dokumen mahkamah berkenaan.

Para 28. 'Malaysian Official 1' merupakan pegawai berpangkat tinggi dalam kerajaan Malaysia yang juga memegang kedudukan yang berkuasa dalam 1MDB. Semasa waktu yang releven dengan aduan tersebut, 'Malaysian Official 1' merupakan "pegawai awam" yang mana istilah itu digunakan dalam 18 U.S.C § 1956(c)(7)(B)(iv) dan "penjawat awam" sebagai istilah yang digunakan dalam Seksyen 21 Kanun Keseksaan Malaysia.
29. Riza Shahriz Bin Abdul Aziz ("Aziz"), seorang warganegara Malaysia, mempunyai tali persaudaraan dengan 'Malaysian Official 1' dan kawan kepada Low. Beliau mengasaskan Red Granite Pictures, satu syarikat produksi filem Hollywood dan studio pengedaran pada tahun 2010.
39. Setelah pembentukannya (1MDB), 'Malaysian Official 1' mengambil alih kedudukan kuasa 1MDB. 'Malaysian Official 1' mempunyai kuasa untuk meluluskan semua pelantikan dan pemindahan Lembaga Pengarah 1MDB dan Pengurusan Kanan 1MDB. Di samping itu, sebarang komitmen kewangan 1MDB termasuk pelaburan, yang berkemungkinan menjejaskan jaminan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia untuk manfaat 1MDB atau mana-mana dasar kerajaan Malaysia, memerlukan kelulusan rasmi 'Malaysian Official 1'.
50. Satu mesyuarat khas Lembaga Pengarah 1MDB telah diadakan pada 26 September 2009 yang mana ia telah dihadiri oleh Pegawai 1MDB 1 dan 2 serta ahli-ahli Lembaga Pengarah. Low (Jho Low) juga menghadiri mesyuarat ini. Hanya sebelum mesyuarat itu, Low bercakap melalui telefon dengan 'Malaysian Official 1'.
(Judul Seksyen): Dana yang disalahgunakan dari 1MDB telah dipindahkan kepada pengasas bersama PetroSaudi dan selepas itu kepada 'Malaysian Official 1'.
Selepas judul di atas, carta yang dinamakan sebagai Table 2 pada muka surat 34 dalam dokumen tersebut menunjukkan dana RM20 juta memasuki akaun 'Malaysian Official 1' dipaparkan.
99. Seperti yang dinyatakan di atas, antara September dan Oktober 2009, $700 juta dipesongkan daripada 1MDB kepada Akaun Good Star. Tambahan sebanyak $330 juta dipesongkan daripada 1MDB kepada Akaun Good Star antara Mei dan Oktober 2011. Menurut rekod perbankan J.P Morgan Chase, antara Februari dan Jun 2011, kira-kira $24,500,000 dana ini telah dipindahkan ke akaun di Riyad Bank dengan nama seorang putera Arab Saudi yang mana ia bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif PetroSaudi, pengasas PetroSaudi (PetroSaudi Co-Founder).
Dari dana tersebut, $20,000,000 telah dipindahkan dalam masa beberapa hari kepada akaun milik 'Malaysian Official 1'.
102. Plaintif mendakwa secara informasi dan percaya bahawa 'Malaysian Official 1' merupakan orang yang paling mendapat manfaat terhadap akaun AmPrivate Banking-MR. Akaun AmPrivate Banking-MR adalah akaun yang sama yang kemudiannya menerima bayaran tertentu berjumlah kira-kira AS$681 juta pada Mac 2013. Seperti yang dinyatakan dalam Perenggan 263 di bawah, Peguam Negara Malaysia secara terbuka menyatakan bahawa akaun yang telah dibuat pembayaran sebanyak $681 juta merupakan milik 'Malaysian Official 1'.
119. Dana yang dipindahkan ke Akaun Blackstone melalui Aabar-BVI seterusnya diagihkan kepada pegawai-pegawai IPIC, Aabar dan 1MDB. Antara kira-kira bulan Mei dan November 2012, tidak lama selepas Blackstone menerima dana daripada Akaun Swiss Aabar-BVI, Blackstone memindahkan $472,750,000 kepada akaun Luxembourg yang dimiliki oleh Qubaisi. Semasa kira-kira dalam tempoh yang sama, Blackstone memindahkan $66,600,000 kepada dua akaun berlainan yang dimiliki oleh Husseiny. Pada Oktober dan November 2012, Blackstone memindahkan $30,000,000 kepada akaun yang dimiliki oleh 'Malaysian Official 1'. Akhirnya ada Disember 2012, Blackstone memindahkan $5 juta kepada akaun Swiss yang dimiliki oleh Pegawai 1MDB 3 yang ketika itu merupakan Ketua Penasihat Perundangan dan Eksekutif Strategi Kumpulan 1MDB.
120. Tidak lama selepas menerima hasil kedua-dua jualan bon 2012 daripada 1MDB, Aabar-BVI juga telah memindahkan $238,000,000 ke akaun bank Singapura milik Red Granite Capital, sebuah entiti yang dimiliki oleh Riza Shahriz Bin Abdul Aziz ("Aziz"). Aziz merupakan individu yang mempunyai tali persaudaraan dengan 'Malaysian Official 1' dan kawan kepada Low. Antara lain, Aziz

Usah buang masa tilik MO1..!!

Sebagai sebuah negara bertuah dan dicemburui, memang layaklah Malaysia diuji lagi. Dan lebih menyedihkan ujian kali ini - seperti beberapa ujian lalu - ia datang dari negara luar.
Hampir 60 tahun Inggeris meninggalkan negara ini ternyata kuasa asing masih terus cuba mencampuri hal ehwal dalaman kita.
Secara umum pendedahan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) AS mengenai pelbagai dakwaan melulu terhadap 1MDB memang sedikit menggemparkan.
Selepas pihak berkuasa yang amat berkredibiliti di negara ini mengesahkan tiada sebarang masalah atau salah laku terjadi pada agensi milik penuh kerajaan itu, tiba-tiba Biro Siasatan Persekutuan dan DOJ menuduh beberapa pihak menyelewengkan dana awam milik 1MDB untuk pelbagai aktiviti salah.
Untuk rekod, pelbagai pihak sudah menyatakan bahawa 1MDB tidaklah seteruk yang digambarkan pembangkang atau pembenci Datuk Seri Najib Razak.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor misalnya mengesahkan bahawa laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung 1MDB membuktikan bahawa Najib menjadi mangsa fitnah sekian lama.
Kata setiausaha agung Umno itu amat memilukan apabila perdana menteri menjadi sasaran tohmahan berhubung 1MDB ketika beliau sebenarnya nampak seperti bersungguh-sungguh bersifat telus dan terbuka.
"Saya merayu kepada rakyat untuk tidak percaya kepada sebarang dakyah kerana pihak itu pasti ada niat tertentu untuk memecah-belahkan masyarakat," kata Tengku Adnan pada April lalu.
Bekas ketua menteri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak pula pada 21 Julai menegaskan saman sivil DOJ itu dibuat berdasarkan aduan difailkan pihak ketiga.
Pada pandangan menteri komunikasi dan multimedia itu antara dalang berkenaan ialah Tun Dr Mahathir Mohamad.
Masalahnya, kata Salleh, 1MDB sendiri berkata syarikat itu tidak hilang atau dicuri.
Jika itu tidak cukup meyakinkan, lihat pula kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Sebagai orang begitu penting mempertahankan kedaulatan undang-undang negara Apandi tentu tahu benar apa yang dikatakannya apabila beliau menekankan hakikat bahawa tiada bukti menunjukkan wang daripada 1MDB digelapkan.
“Tiada bukti daripada sebarang siasatan djalankan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan dalam pelbagai bidang kuasa menunjukkan terdapat wang digelapkan daripada 1MDB...,” katanya.
Dalam keadaan hujah dikemukakan amat meyakinkan malangnya masih ada segelintir pihak terus memainkan perasaan rakyat untuk meragui kerajaan.
Lebih pilu, ungkapan "Malaysian Official 1" dijaja ke sana sini. Ketika ada pihak masih ragu - kerana tidak ada bukti sama sekali - bahawa individu itu ialah seseorang yang kita kenali, pembangkang secara bertanggungjawab menuding jadi ke arah perdana menteri.
Salleh juga menafikan bahawa "Malaysian Official 1" adalah Najib. Sebagai orang yang mempunyai kedudukan tinggi dan dihormati, terlalu sukar diterima akal untuk beliau tergamak membuat pembohongan kepada rakyat dalam kenyataannya.

Penyelewengan 1MDB juga suatu maksiat

Seorang muslim mempercayai bahawa Islam merupakan sebuah agama yang menyeluruh sifatnya. Muslim juga maklum Islam tidak terhad soal ibadah seperti solat, zakat dan puasa tetapi juga meliputi hal-ehwal kemasyarakatan, politik, ekonomi dan lain-lain.
Hal ini dapat dilihat dalam puluhan ayat Quran mahupun hadis yang bukan sahaja menyentuh berkaitan amalan ibadah tetapi juga menyentuh tentang rukun kemasyarakatan, soal politik dan pentadbiran, menolong orang miskin, membela orang yang dizalimi serta menegah orang yang melakukan kezaliman.
Islam juga mengajar kita bahawa maksiat itu bukan sahaja berzina, sepasang kekasih berpegang-tangan dan mendengar muzik-muzik yang tidak sihat. Namun konsep maksiat yang sebetulnya adalah segala perkara yang dilarang dan ditegah oleh Allah SWT dan tidak sahaja terhadap pada perkara-perkara di atas tadi.
Maka sekiranya kita memahami konsep maksiat yang sebenar, kita akan mengetahui bahawa menyalah guna kuasa itu juga maksiat, rasuah itu juga maksiat serta mencemarkan alam juga adalah maksiat.
Antara konsep penting dalam agama Islam adalah menyuruh kepada perkara kebaikan dan mencegah perkara yang mungkar. Maka maksiat merupakan antara perkara yang mungkar dan wajib dicegah serta dihalang.
Isu-isu bulan ini
Dalam sebulan ini, kita disibukkan dengan isu fatwa kafir harbi oleh seorang mufti terhadap golongan bukan Islam yang tidak bersetuju dengan usul RUU 355 yang dibawa oleh Presiden PAS di parlimen.
Fatwa ini sudah tentu menimbulkan kegusaran kebimbangan dalam kalangan masyrakat bukan Islam, lebih-lebih lagi fatwa ini muncul selang beberapa hari selepas Negara Islam (IS) memuat-naik video yang menyeru secara terang-terangan agar membunuh golongan yang menghalang IS.
Fatwa ini kemudiaan menjadi topik perdebatan hangat antara ahli-ahli politik dan juga antara agamawan yang menyokong dan mengkritik fatwa ini. Beberapa agamawan yang tidak bersetuju dengan fatwa ini kemudiannya membuat penjelasan dan pencerahan terhadap isu ini seperti Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Dr Maszlee Malik dan juga Dr Rozaimi Ramlee.
Minggu ini pula, negara kita ribut seketika ekoran tindakan kerajaan negeri Selangor yang membenarkan penganjuran konsert penyanyi terkenal antarabangsa, Selena Gomez di Stadium Malawati, Shah Alam.
Penganjuran konsert ini mendapat bantahan daripada sebahagian NGO dan kumpulan islamis atas beberapa alasan seperti penyanyi terlalu seksi, mencemar kemuliaan bulan Syawal dan membawa budaya hedonisme kepada pemuda-pemudi negara kita.
Maka pelbagai kempen bantahan dilakukan bagi mendesak kerajaan negeri Selangor membatalkan penganjuran konsert ini antaranya demostrasi dan penyerahan memorandum bantahan oleh Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Selangor.
Tidak cukup dengan itu, masjid-masjid di Selangor juga telah diseru untuk melaksanakan Solat Hajat bagi memohon agar konsert tersebut dibatalkan.
Beberapa hari lepas pula, negara digemparkan pula dengan pendedahan skandal bernilai billion ringgit melibatkan sebuah syarikat milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Amerika Syarikat.
Skandal ini didalangi oleh beberapa individu besar, antaranya individu yang disebut sebagai Malaysian Officer 1.
Pendedahan ini telah menimbulkan kemarahan rakyat lebih-lebih apabila wang rakyat yang diseleweng ini digunakan untuk melangsaikan hutang judi.
Marilah bermuhasabah
Tulisan ini bukankah bertujuan untuk membahaskan dengan panjang lebar isu-isu di atas. Tulisan ini hanya mahu menimbulkan beberapa persoalan di sebalik isu ini dan mengajak kita semua untuk bermuhasabah.
Dalam isu fatwa kafir harbi misalnya, kita tidak bersetuju dengan fatwa ini dan tidak melihat keperluan kepada fatwa ini lebih-lebih lagi istilah kafir harbi sudah tidak lagi bersesuaian dengan situasi dunia hari ini.

Ambiga: Seluruh Kabinet Perlu Letak Jawatan

Amibga: The government resorts to fear to quell public anger

'DOJ suits may be civil, but still based on criminal conduct'

Ambiga selar Shahrizat, kerajaan cuba takutkan rakyat

"Tony Pua, Rafizi terima kasih kerana bongkar 1MDB"

Skandal 1MDB: "Malaysian Official 1" tidak jejaskan Najib

KUALA LUMPUR: Prestasi dan kedudukan Perdana Menteri dijangkakan tidak akan terjejas walaupun isu pendedahan berkaitan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kembali mendapat perhatian semula. 
 
Jelas penganalisis politik Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed ini kerana dalam tindakan undang-undang yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat sama sekali tidak menyebut nama Najib Razak.
 
Sehubungan itu tambah beliau selagi tidak ada bukti dan fakta daripada firma daripada Amerika Syarikat yang menyiasat syarikat tersebut yang secara jelas mengaitkan Najib, maka tidak wajar untuk mana-mana pihak menuduh pemimpin tersebut dan membuat kesimpulan awal untuk menjatuhkannya. 
 
"Prestasinya tidak akan terjejas. Ini berlaku berdasarkan dua perkara, kerana PM tidak dinamakan. 
 
"Dengan tidak menamakan Perdana Menteri secara tidak langsung menyatakan bahawa beliau tidak terlibat. 
 
"Ini menyebabkan mana-mana pihak yang cuba mengaitkannya tidak dapat berbuat demikian," katanya kepada Berita Daily. 
 
Saman sivil itu difail DOJ adalah untuk merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion yang didakwa diperolehi melalui penyalahgunaan dana dari 1MDB.
 
Saman itu menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz, jutawan Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai ‘Jho Low’, dan pegawai kerajaan Abu Dhabi – Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohammed Ahmed Badawy Al-Husseiny.
 
Saman itu juga kerap merujuk kepada ‘Malaysian Official 1’.

Skandal 1MDB: Jamal yakin DOJ dirasuah


KUALA LUMPUR: Pengerusi Gabungan NGO Melayu Jamal Md Yunos yakin Dr Mahathir Mohamad dalang yang menjadi salah satu pihak bekerjasama dengan pihak berkuasa di Amerika Syarikat demi memburukkan Perdana Menteri Najib Razak.
 
Beliau terlebih dahulu berkata Jabatan Keadilan (DOJ) negara tersebut dibayar untuk menggunakan isu 1Malaysia Development Berhad ( 1MDB) sebagai cara memburukkan negara oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan pemimpin negara ini.
 
"Saya yakin dan percaya pihak-pihak tertentu telahpun membayar sejumlah wang yang besar kepada firma-firma d Amerika Syarikat untuk melakukan perkara ini, untuk memburukkan kerajaan dan memburukkan Najib dan memburukkan negara.
 
"Saya percaya dan yakin seperti apa yang awak katakan, " katanya kepada wartawan ketika ditanya adakah bekas Perdana Menteri itu dalang terhadap pendedahan baru-baru ini.
 
Jamal yang juga Ketua Umno Sungai Besar dalam masa sama yakin dakwaan wang syarikat pelabur 1MDB diberikan kepada individu yang dinamakan sebagai 'Malaysia Official 1' hanya tuduhan yang tidak berasas.
 
"Ini hanya sekadar tuduhan. Macam saya tidak puas hati dengan si polan atau si polan, ambil (upah) peguam untuk saman individu itu. Jadi adakah perkara ini ktia anggap sudah menjadi kesalahan kepada orang yang saya tidak puas hati itu?," katanya lagi.
 
Terdahulu, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang bekerjasama dengan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat semalam mengemukakan saman sivil untuk menyita lebih AS$1 bilion aset didakwa diperoleh melalui dana daripada 1MDB.
 
Ini ekoran pendedahan berkenaan wang rakyat yang didakwa telah disalahgunakan oleh 1MDB. 
 
Berdasarkan saman yang difailkan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat, AS$731 juta dana 1MDB didakwa mengalir ke akaun bank rasmi 'Malaysian Official 1' yang digambarkan sebagai "pegawai berpangkat tinggi dalam kerajaan Malaysia yang juga mempunyai kedudukan berkuasa dalam syarikat itu.
 
Sejurus pendedahan DOJ itu Dr M menyuarakan idea agar perhimpunan aman diadakan.

PRN Pulau Pinang: Keputusan ‘gopoh’, DAP ‘gelabah’ – PAS

Jika DAP dan Lim Guan Eng 'gentleman', letak jawatan dan tidak perlu adakan PRN di Pulau Pinang, cabar pesuruhjaya PAS negeri.

PETALING JAYA: DAP membuat keputusan ‘gopoh’ dan ‘gelabah’ berhubung rancangan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan pilihan raya awal di Pulau Pinang.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Fauzi Mohd Yusof berkata tindakan DAP dan Ketua Menteri Lim Guan Eng itu dilihat sebagai semata-mata untuk menjaga populariti mereka saja.
Fauzi berkata jika DAP dan Guan Eng ‘gentleman’, beliau mencabar ketua menteri itu dan ahli DAP negeri meletakkan jawatan.
“Pada asasnya kita nampak PRN ini hendak jaga populariti DAP dan Guan Eng. Itu asasnya saya nampak. Jadi DAP punyai kepimpinan yang ramai, kalau nak kembalikan, beri mandat pada rakyat untuk pilih. Letak jawatan saja, atau semua dalam DAP letak jawatan. Kalau gentleman buat demikian,” katanya kepada FMT.
Guan Eng sebelum ini menafikan rancangan DAP membubarkan DUN bagi mengadakan pilihan raya awal di negeri itu adalah bagi menyelamatkan dirinya daripada dakwaan rasuah.
Pada 30 Jun lalu beliau didakwa atas dua pertuduhan salah guna kuasa. Beliau dituduh menggunakan kuasa ketua menteri dalam pengezonan semula tanah di Lot 436 dan 437 Derah Barat daya kepada syarikat Magnificient Emblem Sdn Bhd dan mendapatkan balasan dalam bentuk rumah banglo bernilai RM2.8 juta di Jalan Pinhorn yang dijual kepadanya di bawah harga pasaran.
Rancangan pilihan raya mengejut itu dikatakan tidak direstui sekutu DAP dalam Pakatan Harapan, PKR dan Amanah.
Beberapa pemimpin Umno dan PAS pula mendakwa ia merupakan usaha terdesak Guan Eng untuk menyelamatkan dirinya sebelum perbicaraan rasuah berlangsung pada September ini.
Bagaimanapun, Guan Eng berkata dakwaan terhadapnya akan tetap dibicarakan walaupun DAP dan Pakatan Harapan menang pilihan raya negeri itu.
Mengulas lanjut, Fauzi berkata PRN di Pulau Pinang masih belum dapat kata putus disebabkan tiada persefahaman di dalam Pakatan Harapan.

'Desak Najib 'berehat' bukan urusan saya'- Hadi

PAS tidak berhasrat untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya berehat ekoran isu skandal 1MDB.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan, bukan urusan PAS untuk menentukan sama ada Najib perlu undur atau sebaliknya apabila nama pemimpin negara itu dikaitkan dengan skandal berkenaan, lapor Sinar Harian.
"Itu bukan kerja PAS. Itu kesilapan pihak berkenaan. Desak Najib 'berehat' juga bukan urusan saya, itu urusan BN selaku kerajaan pemerintah," katanya dipetik sebagai berkata.
Bagaimanapun anggota parlimen Marang itu berkata, PAS tetap mahukan siasatan secara adil dalam kes melibatkan skandal 1MDB.
Malah, Abdul Hadi berkata, kerajaan perlu mengelak dan menutup ruang kepada pihak asing untuk campur tangan dalam siasatan berkenaan.
"Kes 1MDB perlu disiasat secara adil dan telus, tidak boleh dibiarkan. Namun jangan dedah ruang kepada pihak asing untuk campur tangan. Jika ia berlaku, itu silap kita sendiri.
"Kita sendiri yang perlu siasat bukan pihak luar," katanya.
Selain itu, beliau turut berkata, PAS konsisten dengan pendirian mahu mengambil alih kerajaan melalui demokrasi dan secara bermoral.

Lim Guan Eng ada hak, AG tiada hak ugut, kata peguam

Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang berhak untuk memberi penjelasan kepada rakyat berhubung pendakwaan rasuah yang diada-adakan terhadapnya.
Justeru, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo yang juga peguam Guan Eng memberi amaran kepada Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali supaya berhenti menggertak anak guamnya.
“Saya minta peguam negara berhenti mengugut anak guam saya, jika tidak saya tidak akan teragak-agak memulakan prosiding penghinaan mahkamah ke atasnya di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang,” katanya seperti dilaporkan Roketkini.
Apandi dilaporkan sebagai berkata akan mendedahkan bukti terhadap pertuduhan rasuah Guan Eng sekiranya integritinya terus dipersoal.
Malah Apandi yang sebelum ini membersihkan Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku rasuah juga mendakwa telah kononnya memberi peringatan kepada peguam Setiausaha Agung DAP itu.
Bagaimanapun, Gobind menafikan dakwaan tersebut, sekaligus mencabar Apandi menunjukkan bukti.
“Beliau mesti sedar akan peranannya sekarang sebagai pendakwa raya awam yang mengendalikan kes di mahkamah tinggi, dan saya mengetuai pasukan peguam bela kepada ketua menteri.
“Ada peraturan terpakai untuk pegawai undang-undang. Jika anda ada masalah anda patut bangkitkannya kepada peguam di pihak satu lagi, dan jika ada pertikaian, ada cara ia boleh diatasi dengan wajar,” ujarnya.

Skandal 1MDB: Bagaimana Amerika jumpa bukti tetapi Malaysia tidak?

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
Jabatan Keadilan Amerika Syarikat secara rasminya mengambil tindakan memfailkan saman sivil untuk mendapatkan kebenaran menyita aset-aset yang berkaitan dengan 1MDB.

Peguam Negara AS Loretta E Lynch mengumumkan tindakan ini adalah untuk melucutkan dan mendapatkan kembali dana sebanyak USD1 bilion berkaitan dengan 'konspirasi antarabangsa' mengubah dana haram yang diperolehi daripada 1MDB.

Apakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan dan bapa tiri kepada Riza Aziz akan terus menyepi?

Apa yang menarik di dalam kertas saman sivil yang difailkan Jabatan Keadilan AS ialah siasatannya mendapati bahawa Good Star Limited dimiliki oleh Low Taek Jho dan bukannya PetroSaudi seperti yang ditegaskan Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulisnya di parlimen pada 26 Mei yang lalu.

Selain itu, kertas saman sivil itu juga menegaskan bahawa Aabar-BVI adalah satu syarikat yang tiada kena mengena dengan Aabar Investment PJS, sebuah anak syarikat IPIC, yang dimiliki Abu Dhabi.

Cuma pelik bagaimana Jabatan Keadilan AS dapat menjumpai bukti mengenai syarikat yang berpangkalan di Malaysia tetapi tidak pihak berkuasa Malaysia.

Apakah status siasatan Ketua Polis Negara terhadap 1MDB? Apakah Ketua Polis Negara akan bekerjasama dengan Jabatan Keadilan AS untuk mendapatkan bukti-bukti yang gagal diperolehi selama ini dalam penyiasatannya ke atas 1MDB?

Bagaimana pula dengan Ketua Audit Negara? Apakah beliau kini dapat melengkapkan laporan auditnya yang kini di bawah OSA dengan maklumat-maklumat baru ini?

Apa pula tindakan Peguam Negara dan SPRM selepas ini? Apakah masih tetap bahawa dengan pendirian yang ada?

Bagaimana pula dengan Gabenor Bank Negara Muhammad Ibrahim yang telah menutup kes terhadap 1MDB? Apakah dengan maklumat terkini, kes 1MDB akan dibuka semula?

Rakyat sedang melihat apakah kalian sedang bekerja untuk negara dan rakyat, atau individu tertentu?

Dan kepada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda, fikirlah apa langkah terbaik seterusnya buat anda dan negara.

Mana Nak Lari Dah: Cadangan Jalan Keluar Buat "Malaysian Official 1"


1MDB bukan nya di saman dalam kes ini.

Look... money laundering adalah berpunca dari wang wang 1MDB dan ianya melalui system kewangan Amerika. Memang lah bukan 1MDB yg disaman. Yang dinyatakan ianya adalah wang 1MDB berjumlah USD3.5 billion yang di curi.

Dinyatakan seterusnya wang2 tersebut digunakan untuk membeli assets berbagai . Nak saman 1MDB kenapa? 1MDB adalah pihak yang dicuri wang nya. Ini adalah fakta simple yang wajib di fahami.

Apabila wang dicuri, dan digunakan untuk tujuan lain, ianya adalah money laundering. Yaani kesalahan besar di dalam dunia kewangan diseluruh dunia.

Walaupun kita di Malaysia tidak kesah wang 1MDB dicuri atau ditipu melalui Petrosaudi Jv dan Aabar BVI, ini tidak bermakna negara lain memandang ringan kes money laundering.

Ini baru pertama ..rampasan assets. Kenapa buat kes rampasan assets sebelum kes criminal? Sebab ianya utk memastikan harta2 tersebut tidak dicairkan!. ( atau ditukar nama orang lain )

Seterusnya akan ada criminal proceedings di US dan Swiss mahupun Singapore. Dan semua kes kes ini defendan nya pasti bukan 1MDB.. defendan mestilah nama2 yg sama dlm kes Kleptocracy ini.

Dan jangan harap nak lihat nama MO1 sebagai defendan dalam mana2 kes selagi dia berjawatan.
( copy dari FB Yaakob Osman )

Di atas adalah satu penerangan mudah apa yang patut kita fahami mengenai kes DOJ US sita aset yang berasal dari dana 1MDB.

Jom kita layan jejak wang atau money trail yang berjaya di temui oleh DOJ US -









Aset2 yang mahu disita itu bernilai hampir USD1 bilion ..... campur duit yang masuk ke akaun Najib di atas .... dekat USD2 bilion. Belum campur yang dibelanjakan ditempat lain.

Skandal 1MDB: Tindakan DOJ berdasarkan perlakuan jenayah

Tindakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat melakukan saman sivil terhadap 1MDB adalah berdasarkan perlakuan jenayah, kata bekas presiden Majlis Peguam Datuk S Ambiga.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pihak yang mengatakan bahawa tindakan DOJ berhubung isu skandal 1MDB hanyalah saman sivil dan bukan jenayah.
"Keseluruhan tuntutan menggunakan perkataan seperti penipuan, konspirasi... Segala-galanya yang mereka cakap tentang tuntutan ini adalah jenayah.
"Ini adalah mengenai perlakukan jenayah, tetapi ia adalah satu proses sivil kerana berhubung rampasan aset, ia sebahagian daripada bahagian sivil," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis makan malam pengumpulan dana NGO ALIRAN malam tadi.
DOJ pada Rabu mendakwa lebih AS$3.5 bilion dana 1MBD telah disalahgunakan.
Dalam saman mereka berhubung tindakan untuk merampas lebih AS$1 bilion aset yang dibeli dengan dana badan tersebut, perkataan kelakuan jenayah, hasil jenayah dan kesalahan jenayah muncul sebanyak 13 kali.
Sebutan pertama dalam saman itu adalah berkaitan bagaimana antara tahun 2009 hingga 2013, beberapa individu termasuk pegawai-pegawai am mengadakan persepakatan "untuk membersihkan perlakukan jenayah termasuk dalam dan melalui institusi kewangan Amerika Syarikat".
Saman itu juga memetik undang-undang jenayah Malaysia- iaitu yang menyalahgunakan dana awam oleh seorang pegawai awam dan penipuan bank adalah jenayah- sebagai asas tindakan badan kehakiman berkenaan.
Putrajaya termasuk Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun memandang ringan keseriusan saman berkenaan dengan mengatakan ia adalah tindakan sivil semata-mata.

Skandal 1MDB: Seluruh Kabinet perlu letak jawatan

Seluruh anggota kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu meletakkan jawatan kerana mereka turut bersalah dengan masalah yang melanda Malaysia kini, kata Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) Datuk S Ambiga.
"Bukan sahaja Najib yang bersalah tentang apa yang sedang berlaku di Malaysia, tetapi seluruh kabinet.
"Semua menteri-menteri yang tidak berkata apa-apa, ia adalah satu dosa kerana tidak melakukan perkara yang sepatutnya," katanya pada majlis makan malam bagi pengumpulan dana NGO ALIRAN malam tadi.
Ambiga berkata demikian ekoran Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat yang membuat saman sivil terhadap 1MDB.
DOJ mendakwa lebih AS$3.5 bilion wang dalam dana 1MDB telah disalahgunakan dan pihak berkuasa kini berusaha untuk merampas lebih AS$1 bilion aset yang diperolehi dengan wang tersebut.
Kes tersebut membabitkan anak tiri Najib, Riza Aziz dan hartawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low.
Selain itu, seorang pegawai awam berpangkat tinggi yang tidak dinamakan tetapi disebut sebagai 'Malaysian Official 1' pula didakwa menerima AS$731 juta daripada dana 1MDB yang disalurkan ke akaun pegawai berkenaan.
Pentadbiran Najib bagaimanapun mengatakan bahawa tindakan yang dibuat DOJ hanyalah satu saman sivil dan bukan saman jenayah.

GANDINGAN ZAHID DAN KJ MAMPU SINGKIRKAN NAJIB, TAPI.....

Jika ditinjau secara mendalam ke lubuk hati sebahagian besar ahli dan pimpinan UMNO, mereka juga sebenarnya mulai bimbang dan celaru berikutan tindakan penyitaan oleh Jabatan Kehakiman AS terhadap harta dan aset yang dikaitkan dengan wang 1MDB yang dicuri.

Walaupun hanya Amerika dan Singapura yang sudah memulakan penyitaan setakat ini, harus jangan dilupa bahawa Switzerland, United Kingdom, Australia, Hong Kong, UAE dan Luxembourg turut membuka kertas siasatan yang sama berkaitan pengaliran wang yang diragui berkaitan 1MDB

Dengan itu, bayangkan untuk tempoh setahun dua akan datang, seluruh dunia sentiasa saja sarat dengan pelbagai berita serta pendedahan yang mengaibkan Malaysia berkaitan 1MDB.

Dalam masa yang sama, sudah tentu yang paling terbalit ialah Najib Razak berikutan 1MDB adalah syarikat yang ditubuhkannya, beliau pengerusi lembaga penasihatnya, artikel 117 M&A 1MDB mensyaratkan tandatangannya wajib diperolehi sebelum pelaburan atau urusniaga diluluskan, Jho Low adalah rakan keluarganya dan Riza Aziz adalah anak tirinya.

Maka, dalam semua keadaan itu, bagaimana Najib mampu memimpin UMNO dan BN ke arah kemenangan dalam PRU 14 nanti?

Kebimbangan paling utama bagi majoriti ahli dan pemimpin UMNO ialah kuasa dan kemenangan dalam pilihanraya. Rata-rata tidak melihat kemungkinan harapan lebih baik untuk mencapai kemenanngan kerana nampaknya isu berkaitan Najib dan 1MDB ini sudah memunjukkan tanda-tanda permulaan yang buruk buat UMNO dan BN.

Najib memang disedari mustahil akan berundur atau meletakkan jawatannya. Beliau tidak mungkin melakukannya bukan saja kerana bimbangkan kehidupannya akan berakhir di penjara, malah yang lebih  penting ialah disebabkan tidak mahu memberi trofi kemenangan lebih awal kepada Tun Mahathir Mohamad yang sentiasa mahu menyingkirkannya.

Najib barangkali lebih selesa membawa keseluruhan UMNO sama-sama tumbang bersamanya. Jika selepas itu ada proses pendakwaan, perbicaraan dan pemenjaraan, Najib tidak lagi keseorangan menghadapinya, sebaliknya akan ditemani sama oleh rakan-rakan seperdosaannya yang lain.

Dalam keadaan ini, bolehkah Najib disingkirkan atau realakah ahli serta pemimpin UMNO yang lain membiarkan saja parti itu kalah dalam PRU 14 nanti?