Jumaat, 22 Julai 2016

[BONGKAR] Najib Yang Ada RM2.6 Bilion Dalam Akaun,Maka Dialah "Malaysian Official I "

 Segala-galanya sudah terdedah dan terbongkar.

Dokumen rasmi Mahkamah yang di failkan oleh Jabatan Keadilan Amerika telah MENGESAHKAN bahawa duit RM2.6 billion di dalam akaun “MALAYSIAN OFFICIAL 1” adalah duit 1MDB. Dari 1MDB di pindahkan ke akaun syarikat Si J kemudian ke akaun Putera Turki (anak ke 7 Almarhum Raja Abdullah, Raja Arab Saudi). Duit yang sama yang kemudiannya dipindahkan (didermakan?) oleh Putera Arab tersebut kepada “MALAYSIAN OFFICIAL 1”.



Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Ia tidak akan berjaya untuk diselindungi lagi. Pelbagai tindakan kejam dan zalim berlaku semenjak wujudnya skandal 1MDB ini. Ada yang dipecat, ada yang ditukar, malah ada juga yang dilaporkan telah mati .....  Dan umumnya, rakyat Malaysia secara keseluruhannya yang sengsara memikul bebanan hutang syarikat penipu ini....

Ulasan sebelum ini:

TMJ: SPRM mahu siasat FAM atau pemberi maklumat?

Lebih baik berikan tumpuan kepada kes-kes yang belum diselesaikan, saran TMJ
TMJ
PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempertikaikan motif sebalik kesediaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat maklumat rasuah FAM dalam simpanannya.
Beliau menyarankan suruhanjaya itu supaya memberi tumpuan kepada kes-kes yang belum diselesaikan dan sekiranya perlu, baginda sendiri akan memanggil SPRM.
“Tindakan anda ibarat seperti begitu terhegeh-hegeh hendak menyiasat FAM, adakah anda mahu menyiasat atau lebih hendak tahu siapa yang memberi maklumat kepada saya.
“Banyak lagi kes-kes besar di dalam negara ini yang masih tak mampu SPRM selesaikan. Lebih baik berikan tumpuan kepada kes-kes yang belum diselesaikan,” kata TMJ melalui Facebook JOHOR Southern Tigers.
Pada 18 Julai lalu TMJ mendakwa diberikan pendrive yang mengandungi maklumat rasuah dalam FAM daripada sumber yang berkedudukan tertinggi di Kuala Lumpur.
Menurut TMJ, pendrive tersebut mengandungi maklumat dan aktiviti dalam FAM, ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, pengamal media dan bekas pemain yang digunakan FAM, duit kelab yang diambil Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang “merepek”.
Bertindak atas pemberitahuan itu, SPRM dalam satu kenyataan 19 Julai mengalu-alukan Tunku Ismail menyerahkan butiran berkaitan “bagi membolehkan SPRM mengambil tindakan selanjutnya”.
Walaubagaimanapun, Johor Southern Tigers pada hari sama memaklumkan bahawa TMJ tidak mahu mendedahkan semua maklumat kerana ia “mempunyai nama yang mampu memberi implikasi besar pada individu tertentu”.
“Maklumat di dalam pendrive ini adalah hak milik saya. Saya sendiri akan selesaikan isu ini dan sekiranya saya mahu pertolongan SPRM, saya sendiri yang akan memanggil SPRM,” kata TMJ hari ini.
“Tidak perlu hendak diperhebohkan mengenai hal ini. Yang tidak ada kena mengena lebih baik duduk diam-diam sahaja.”
TMJ dan pegawai-pegawai kanan FAM dilaporkan bakal bertemu untuk berbincang secara “peribadi dan sulit” bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit, termasuk menggesa individu tertentu berundur daripada tugasan mereka dalam FAM.

Al Fatihah: Tuan Guru Haji Salleh meninggal dunia

Seorang daripada tokoh ulama di negara ini, Salleh Musa, atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji Salleh, meninggal dunia kira-kira pukul 8.15 malam ini di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pada usia 87 tahun kerana sakit tua.
Pembantu peribadinya, Khairul Nazwan Dzulqarnain berkata allahyarham Salleh yang mengadu tidak sihat kira-kira jam 7.30 pagi, dihantar dengan ambulans dari rumahnya di Madrasah Ar-Rahmaniah, Sik ke HSB.
"Allahyarham sebelum ini memang sudah uzur, mengalami sakit tulang belakang, kerapkali juga mendapatkan rawatan di hospital. Allahyarham juga disahkan mengalami jangkitan kuman pada paru-paru sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.15 malam," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata jenazah allahyarham akan dibawa pulang ke madrasah malam ini sebelum dikebumikan esok di pondok Pekan Sik.
Allahyarham Salleh yang mendalami bidang agama sejak kecil, berpeluang menuntut ilmu bersama ulama terkemuka di Makkah, antaranya Syeikh Ismail Fatani, Syeikh Yassin Al Fadani, Syeikh Abd Qadir Mandili, Syeikh Syed Alawi Al Malikki dan Syeikh Syed Amin Qutubi.
Selepas pulang ke tanah air sekitar 1964, beliau membantu bapanya, Tuan Guru Musa Salleh, mengajar di pondok Pekan Sik dan mengambil tanggungjawab menguruskan pondok selepas Tuan Guru Musa meninggal dunia.
Sepanjang hayatnya, anak kelahiran Sik ini giat meneruskan usaha dakwahnya, dan pada tahun 2009, beliau dinobatkan sebagai Tokoh Pendakwah Negeri Kedah.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, enam anak lelaki serta lima perempuan.

1MDB–A Symbol of Shame for Malaysia

The 1MDB trio of Lodin Wok Kamaruddin, Arul Kanda Kandasamy and Superstar Najib Razak.
No one in Malaysia can open their social media accounts without having the one number and three lettered acronym staring back at them for the past few days.
As a matter of fact, that one number and three lettered acronym has been haunting us for months, but only in the past two days, someone has finally put a white shroud on it and we are now finally seeing its shape come into view.
1.M.D.B. has finally been caught by the United States of America (US) crime busters after its spree in Malaysia, US, Singapore, UAE and a few more countries.
The live telecast of the US Department of Justice (DOJ) showed Attorney General Loretta E. Lynch and a high powered team breaking it point by point on what they are doing on 1MDB took the internet by storm as it was announced as the “ largest single action ever brought under the Kleptocracy Asset Recovery Initiative.
It was definitely interesting the way Malaysia was shamed on world stage as millions watched it live and the news was telecast, for it was truly 1Malaysia Di Bantai (1Malaysia Being Damned). And in US, where everything is BIG, this must the biggest kleptocracy in the world too, we can safely presume. Malaysia Boleh, we all say.
During the press conference, the US government announced that it is seeking to recover more than $1 billion in assets tied to international public corruption and a global money laundering conspiracy.
Lynch announced civil forfeiture complaints to recover assets associated with a fund owned by the Malaysian government that raised nearly $8 billion to benefit the Malaysian people. However, loads  of the money was diverted by high-ranking fund officials and their associates to purchase yachts, hotels, a $35 million jet, artwork by Vincent Van Gogh and Claude Monet, and to bankroll the popular 2013 film The Wolf of Wall Street.
In response, the Prime Minister Dato’ Seri Najib Razak calmly called for calm. After all, Najib was the one who started the 1MDB as Terengganu Investment Authority (TIA), a sovereign wealth fund aimed at ensuring economic development for the state of Terengganu for the people of Terengganu.  Najib calmly said that one must not jump to conclusions and prejudge those named by the US DOJ.
The Star Online reported that Najib has urged all parties not to jump to conclusions over the ongoing action by the US Justice Department to seize over US$1bil (RM4.02bil) in assets allegedly linked to 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Skandal 1MDB: 'Perang' #BeStrongPM di media sosial

Media sosial menjadi medan rakyat Malaysia menyatakan sokongan mereka kepada Datuk Seri Najib Razak ketika isu saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) AS dan Malaysian Official 1 terus diperkatakan.
Menggunakan hashtag #bestrongPM pelbagai kata-kata semangat dan perangsang untuk perdana menteri dimuat naik bagi menunjukkan sokongan kepada beliau.
Bagaimanapun masa yang lama tidak diperlukan untuk kempen menyanggah sokongan itu muncul apabila pengguna lain media sosial mempersendakan hashtag berkenaan.
Antara lain mereka mengaitkan Najib dengan siasatan terhadap skandal 1MDB.
 Semalam DOJ mengemukakan saman sivil untuk menyita pelbagai harta tanah serta aset yang disyaki dibeli menggunakan dana awam yang diperoleh daripada 1MDB.
Beberapa nama muncul dalam laporan pihak berkuasa AS berkenaan, termasuk anak tiri Najib, Riza Aziz dan hartawan kelahiran Malaysia, Low Taek Jho atau lebih dikenali dengan panggilan Jho Low.
Turut menarik perhatian ramai ialah individu tidak dinamakan tetapi dirujuk dokumen berkenaan sebagai "Malaysian Official 1".

Ekoran siasatan berkenaan pihak berkuasa beberapa negara lain turut membuat sitaan, termasuk Singapura dan Switzerland.
Sementara itu kerajaan tetap dengan pendiriannya bahawa kerajaan tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan berhubung siasatan 1MDB.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menegaskan tiada bukti menunjukkan wang daripada 1MDB digelapkan.
“Tiada bukti daripada sebarang siasatan djalankan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan dalam pelbagai bidang kuasa menunjukkan terdapat wang digelapkan daripada 1MDB...,” katanya.
Apandi juga berkata tiada pertuduhan jenayah terhadap mana-mana individu atas kesalahan menggelapkan dana daripada 1MDB.

MoF tak buat urusniaga dengan ahli perniagaan didakwa tipu 1MDB

Sebaliknya Kementerian Kewangan hanya berurusan dengan 1MDB dan IPIC, kata Johari.
Datuk Johari Abdul Ghani
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan tidak membuat sebarang urusniaga dengan ahli perniagaan yang dikatakan menipu 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani berkata kementerian hanya berurusan dengan 1MDB dan syarikat pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).
“Tetapi apa yang dilaporkan oleh Peguam Negara Amerika Syarikat ini adalah diluar bidang kuasa saya untuk komen.
“Saya nak tumpukan bagaimana nak selesaikan isu (1MDB) ke hadapan. Yang ke belakang ini kalau boleh biar pihak berkuasa yang menentukan,” katanya kepada pemberita di majlis rumah terbukanya hari ini.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan mengesahkan kerjasama dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dalam siasatan 1MDB.
Menurut kenyataan itu, kerjasama tertumpu kepada kemungkinan penyelewengan dan pengubahan wang haram oleh seorang ahli perniagaan yang dikatakan menipu 1MDB.
Mengulas saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), Johari berkata seeloknya proses tersebut berjalan tanpa gangguan.
Katanya, tanggungjawabnya kini memastikan pada masa hadapan tidak ada lagi isu-isu berbangkit melibatkan 1MDB.
Beliau dalam masa yang sama turut ditanya mengenai tindakan pembangkang yang menggesa Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
“Itu saya ingat pembangkang semua boleh cakap tapi pada akhirnya rakyat yang buat keputusan,” katanya.

Tuan Guru Haji Salleh Musa: Permata sukar dicari ganti...Al Fatihah

Pemergian tokoh ulama, Tuan Guru Haji Salleh Musa merupakan satu kehilangan besar buat rakyat negeri Kedah khususnya dan umat Islam di rantau ini amnya. Beliau yang dikenali keilmuan dan keperibadian telah meninggalkan jasa sangat besar ke atas umat Islam.

Selaku Mudir Pondok Ar-Rahmaniah, ilmunya telah tersebar luas melahirkan para ilmuan agama yang bertebaran seluruh rantau ini menyampaikan Islam. Bahkan, sebagai bekas Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah beliau telah menggerakkan peranan penting memelihara kepentingan Islam.

Sepanjang hayatnya juga, beliau telah menjadi rujukan penting banyak pihak. PAS Kedah, bahkan Kerajaan Negeri Kedah semasa dipimpin Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak turut mendapat sentuhan nasihat berharga daripada beliau.

Pemergian beliau bermakna terangkat juga ilmu sebagaimana hadis mengenainya yang disabda Baginda Rasulullah SAW. Menginsafi ianya tidak berganti, PAS Kedah berharap umat Islam terus istiqamah bersama saf ulama yang masih ada menghadapi pancaroba akhir zaman.

Ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga beliau serta anak-anak muridnya. Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas roh almarhum dan ditempatkan beliau di kalangan para nabi, siddiqin dan syuhada.

 Siapakah insan istimewa ini?

Nama : Tuan Guru Hj Salleh bin Musa
Tarikh Lahir : 08.02.1929
Ayah : Tn Guru Hj Musa bin Salleh
Ibu : Khatijah bt Md Saad Mehamad
Tempat lahir : Pekan Sik Kedah
Bil Adik beradik : 8 orang
Anak ke : 3

 Pendidikan :
1. Sek Rendah Keb Sik (Dan ke Pondok Tn Hussin Kedah, kemudian ke Pondok Tn Guru Hj Mad Nawawi Gurun Kedah, ini kurang mashur kerana Tn Guru Sekejap sahaja disana)

 2. Pondok Pak Chu Him Gajah Mati Pendang Kedah

 3.Darul Ulum Makkah dan menamatkan sijil kepujian Aliy

 4. Kemudian mendalami ilmu di Masjidil Haram Makkah bersama syeikh-syeikh terkemuka diantaranya Syeikh Ismail Fatani , Syeikh Yassin Al Fadani , Syeikh Abd Qadir Mandili , Syeikh Syed Alawi Al Malikki , Syeikh Syed Amin Qutubi dan syeikh muktabar lain .

 Berkahwin dengan Hj Hatiah bt Hanafi
Mendapat 2 orang cahaya mata semasa berlajar di Makkah.
Tn Guru memiliki 11 orang cahaya mata semuanya.
Kini isteri beliau sudah meninggal dunia dan Tn Guru sekali lagi berkahwin dengan Hj Sofiah bt Hj Awang.
Tahun 1964 Tn Guru pulang ke Tanah air dan terus berkhidmat membantu mengajar di pondok ayah beliau di Pekan Sik .

Tn Guru menggantikan ayah beliau sebagai mudir Madrasah Ar Rahmaniah hingga sekarang .
Sekarang Tn Guru dibantu oleh anak beliau Syeikh Muslim sebagai Timbalan Mudir .

 Tn Guru menumpukan dakwah sepenuh masa di Pondok hingga sekarang dan beliau menyampaikan dakwah di setiap daerah di sekitar negri Kedah Darul Aman .

 KDYMM Sultan Kedah telah anugerahkan beberapa pingat kebesaran , diantaranya B.K.M , S.D.K dan Tokoh Pendakwah Negeri Kedah tahun 2009,

Pada tahun 2010 MB Kedah YAB Dato' Seri Di-Raja Ust Azizan Abd Razak meanugerahkan Tokoh Pondok Negeri Kedah , 2011 beliau dinobat Tokoh Ilmuan Daerah Sik Oleh Pegawai Daerah Sik

 SEKARANG ULAMA ARAB TERUTAMANYA YAMAN , JORDAN, MESIR SERING MENZIARAHI TN GURU KERANA TN GURU MERUPAKAN ULAMA YANG SEMPAT MENDALAMI ILMU DENGAN ULAMA MUKTABAR MASJIDIL HARAM MAKKAH SATU KETIKA DULU INSYALLAH

 Antara masyaikh hafizahumullah yang menziarahi beliau :
 Syeikh Yussuf Al Hassani (Lubnan)
 Syeikh Muhammad Ibrahim (Mesir)
 Habib Kazim ( Yaman )
 Habib Abdullah ( Jeddah)
 Syeikh Habib ( Jordan)

 Saudara yang saya kasihi ,Tn Guru Hj Salleh merupakan ulama yang terkenal di Kedah sekarang kerana beberapa faktor ketokohan beliau , diantaranya beliau merupakan Tn Guru Pondok yang paling tua nisbah umur dikalangan Tn Guru Pondok disekitar Kedah .

 -ke 2 Beliau merupakan tokoh ulama Tauhid di alam melayu sekarang , seluruh pelajar pondok seluruh Malaysia , Thailand akan berkumpul di Pondok Tn Guru Hj Salleh Sik setiap bulan Ramadan semata-mata untuk belajar ilmu tauhid dengan Tn Guru Hj Salleh

 - Ke 3 Beliau sangat petah dalam penyampaian ilmu dan dakwah , mudah difahami apa yang beliau syarahkan. Kuliah minguan beliau setiap hari Jumaat tidak kurang dari 3000 orang yang hadir . Setiap hari beliau gigih mengajar di Madrasah Ar Rahmaniah dan beliau keluar menyampaikan dakwah di seluruh daerah didalam Kedah , hampir 24 tempat beliau jelajah setiap bulan , Allah beri taufiq pada beliau , walau usia 83 tahun tetapi beliau masih bertenaga menyebarkan ilmu dan berjuang .

 -Ke 4 Ketokohan beliau tidak dapat dinafikan oleh kawan dan lawan ,tegas dalam hukum menyebabkan ramai suka dengan beliau . Allahyarham Pak Teh Keroh pernah berpesan pada muridnya "Kamu semua kena (perlu) pakai (ikut ) segala fatwa dari Tn Guru Hj Salleh Sik"

 -ke 5 Beliau sangat aktif berjuang untuk memastikan Islam tertegak didalam negara Malaysia yang kita cintai. Wadah yang beliau pilih adalah Parti Islam Se-Malaysia(PAS) kerana ini merupakan amanat dari dua orang Guru Mulia beliau di Makkah iaitu Syeikh Qadir Mandili dan Syeikh Wan Ismail ( Pak Da Eil)

 -ke 6 Fikiran beliau sangat terbuka

 -ke 7 Beliau merupaka tempat rujuk kepada pimpinan tertinggi parti Parti Islam Se-Malaysia Peringkat Pusat & Negeri.

 Seorang ulama di negeri Kedah apabila saya ziarahi beliau, beliau berkata " Tn Guru Hj Salleh merupakan setengah daripada orang yang memiliki wilayah yang luas dan punya sahabat dan musuh semua tunduk padanya"

Maka hari ini kita sekali lagi kehilangan seorang mutiara pewaris Nabi SAW.

Sama sama sedekah Al Fatihah buat Tuan Guru Hj Salleh bin Musa Rahimahullah.

Sifat semulajadi yg WAJIB ada dlm melayu-HARBI..

BUKANKAH haritu kata.. "Kabinet memutuskan tiada lagi pengambilan baharu pekerja asing ke negara ini berkuat kuasa serta-merta" -Zahid Hamidi, 12/3/2016.

TIBA-TIBA harini kata pertimbang bawa masuk 5,000 pekerja Sri Lanka pula..

Sifat semulajadi yg WAJIB ada dlm melayu-HARBI..

- suka cakap bohong
- putar belit
- jilat bodek pemimpin walaupun salah
- talam dua muka

MASIH ANDA INGAT..DERMA DAN HADIAH..!!!

Najib, Zahid, Salleh Keruak, Rahman Dahalan,Nazri Aziz, Azlina Othman Said, Khairy Jamaludin , Peguam Negara, IGP, Speaker Parlimen dan timbalannya, Ahmad Maslan.. dan hampir semua Menteri, Timbalan Menteri dari UMNO bersubahat sama KATA RM2.6 BILION ADALAH DARI DERMA 'PAK ARAB'..

HAKIKATNYA... Tidak wujud 'Donor' atau penderma dari Arab... hanya rekaan Najib dan Melayu-HARBI yang bersekongkol menipu, menyeleweng dan mempertahankan penyelewengan ni dari terbongkar....!!!

KENAPA AMAREEKA masih nak selindung #MalaysianOfficial1 ?

JANGAN LUPA KERAjaan Najib telah rela 'BERSETONGKOL' TPPA-AS..

Adakah masih cuba menegakkan benang basah ??.. kerana beliau tahu negara dan rakyat tak mampu berbuat apa apa..

KUASA ditangan 'dia' dan sekutunya..

Identiti Malaysian Official 1: Muhyiddin saran Apandi temu Peguam Negara AS

Apandi sepatutnya telah mengarahkan SPRM dan polis membuka semula kertas siasatan terhadap 1MDB.
Apandi Ali
PETALING JAYA: Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali disaran bertemu rakan sejawatnya di Amerika Syarikat (AS) bagi mengetahui identiti ‘Malaysian Official one’ dalam siasatan Jabatan Kehakiman AS (DoJ) keatas dakwaan pengubahan wang yang dilesapkan daripada 1MDB.
“Disebut dengan terang dalam laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ), orang ini memiliki sejumlah RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya di Ambank Malaysia,” kata bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Yang kita tahu, tiada orang lain yang dilaporkan mempunyai wang sebanyak itu dalam akaun peribadi di Ambank selain Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak)!” tambahnya.
Muhyiddin yang digugurkan daripada Jemaah Menteri Julai tahun lepas dan dipecat daripada Umno Jun lalu antara individu yang lantang mengkritik kontroversi sekitar 1MDB dan sumbangan wang yang ditemui dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Muhyiddin dalam kenyataannya petang tadi mendakwa perkembangan terbaharu ini menunjukkan tindakan dan pendiriannya bahawa kes syarikat milik kerajaan itu merupakan satu kes penyelewengan adalah sahih dan benar.
“Walaupun ia kes sivil yang bertujuan untuk merampas aset-aset, tetapi ia juga merupakan bukti penipuan oleh mereka yang dinamakan. Mereka telah mencuri wang milik 1MDB! Maka ia adalah suatu jenayah!” tegas Muhyiddin.
Katanya Apandi sepatutnya terperanjat dengan penemuan pasukan penyiasat AS dan terus menghantar pasukan penyiasat Malaysia ke AS untuk mengambil tindakan susulan.
“Beliau juga sepatutnya telah mengarahkan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan polis membuka semula kertas siasatan terhadap 1MDB.
“Bagaimana boleh terjadi pasukan penyiasat negara kita tidak menemui sebarang bukti kehilangan wang 1MDB, sedangkan pasukan penyiasat negara asing menemuinya?” soal Muhyiddin.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memfailkan saman pada Rabu kerana mahu merampas aset-aset yang “terbabit dalam dan boleh dikesan kepada suatu konspirasi antarabangsa untuk mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB”.

Every Malaysian Should Know These Key Takeaways From The US DOJ Press Con On 1MDB

US Attorney General Loretta Lynch was accompanied on the podium by some of the US's top authority figures, including the FBI and IRS.
  • As you have undoubtedly heard by now, the US Department of Justice has filed several lawsuits seeking to seize more than $1 billion worth of assets said to have been bought with funds stolen from the scandal-ridden 1MDB

      • From left: FBI Deputy Director Andrew McCabe, Assistant Attorney General Leslie Caldwell, Attorney General Loretta Lynch, Attorney of the Central District of California Eileen Decker, and Chief Richard Weber of IRS-CI.
    • The filing of the civil forfeiture complaints was announced by US Attorney General Loretta E. Lynch on Wednesday, 20 July, during a press conference held at the Department of Justice in Washington.

      Lynch was joined in the briefing by Assistant Attorney General Leslie R. Caldwell of the Justice Department’s Criminal Division, U.S. Attorney Eileen M. Decker of the Central District of California, FBI Deputy Director Andrew G. McCabe and Chief Richard Weber of the Internal Revenue Service-Criminal Investigation (IRS-CI).
      says.com
  • All five authority figures delivered remarks at the 35-minute press conference, each describing particular aspects of the complaints. Here are the key takeaways:

  • Loretta E. Lynch, US Attorney General:

      • US Attorney General Loretta Lynch delivering her remarks on 1MDB lawsuits during a press conference at the Department of Justice on 20 July.
  • 1. The $1 billion in assets that the Department of Justice seeks to forfeit and recover are only a portion of funds stolen from 1MDB, which total to more than $3 billion

    • On why the Department of Justice is only seeking to seize a portion of the misappropriated funds, Lynch explained, "We've been able to trace approximately $1 billion having gone through the US financial systems. That money laundering essentially gives us the jurisdiction over those assets. We've also been able to locate specific assets in the US and overseas.

      "However, as common in corruption cases, a lot of the funds were dissipated - paying gambling expenses, lifestyle expenses, and things of that nature. But as we've noted, this investigation is ongoing, and to the extent that we can clearly locate other assets and trace them, we would continue the actions here."
      says.com
  • 2. This case is the "largest single action ever brought by the department's Kleptocracy Asset Recovery Initiative"

    • The initiative was established by Attorney General Eric Holder in 2010 "to forfeit the proceeds of foreign official corruption and, where possible, to use the recovered assets to benefit the people harmed."

      "This case, and the Kleptocracy Initiative as a whole, should serve as a sign of our firm commitment to fighting international corruption. It should make clear to corrupt officials around the world that we will be relentless in our efforts to deny them the proceeds of their crimes," Lynch stressed during the press conference.
      says.com
  • 3. "It is our hope and goal at the conclusion of this forfeiture process to return the funds to Malaysia."

    • "Whether those initial projects are still gonna be used or not, we don't know. But certainly, they could be used by the government for the benefit of the people there," she added.
      says.com
  • 4. Multiple government bodies were and are still involved in specialised investigations pertaining to the case, including the Federal Bureau of Investigators (FBI) and Internal Revenue Service (IRS)

    • “I want to thank the team of prosecutors and paralegals from the Criminal Division’s Asset Forfeiture and Money Laundering Section and the U.S. Attorney’s Office for the Central District of California, who have worked tirelessly on this matter. I also want to thank the agents from the FBI’s International Corruption Unit and the IRS’s Criminal Investigations Division, who assisted them in this case. And I am grateful to the Criminal Division’s Office of International Affairs for their vital contributions," Lynch said.
      says.com
  • Leslie Caldwell, Assistant Attorney General for the Criminal Division:

      • Assistant Attorney General for the Criminal Division Leslie Caldwell detailing how two 1MDB bond offerings were misappropriated in 2012.
  • 1. In 2012, proceeds from two 1MDB bond offerings were siphoned off and consequently laundered through several shell companies and bank accounts before ending up in accounts of "a close relative of a senior 1MDB official"

    • "The stated purpose of the 2012 bond offerings was to allow 1MDB to invest, for the benefit of the Malaysian government, in certain energy assets. But almost immediately after receiving the proceeds of these two bond issues, roughly 40 percent of the funds raised - approximately $1.37 billion - was transferred out of 1MDB’s accounts," Caldwell said.

      The money was then transferred via a "complex series of transactions" involving shell companies and bank accounts all over the world, all of which were controlled by corrupt 1MDB officials and their associates.

      More than $230 million eventually found their way into account controlled by shell companies owned by "a close relative of a senior 1MDB official", some of which were used to buy luxury property in the US and other assets, including setting up and funding California-based film production company Red Granite Pictures.
      says.com
  • 2. The aforementioned individual - identified in court documents as Riza Aziz, who is also PM Najib Razak's stepson - used the money to set up a film production company and finance the 2013 film 'The Wolf of Wall Street'

    • According to Caldwell, more than $100 million from the stolen funds were used to finance the award-winning movie starring Leonardo Dicaprio. As the money used to produce the film are alleged to be laundered funds, future rights to the film are now subject to the forfeiture complaint filed on 20 July.

      "According to the allegations in the complaint, this is a case where life imitated art," Caldwell said.

      "The associates of these corrupt 1MDB officials are alleged to have used illicit proceeds of their fraud scheme to fund the production of The Wolf of Wall Street, a movie about a corrupt stockbroker who tried to hide his own illicit profits in a perceived foreign safe haven. But whether corrupt officials try to hide stolen assets across international borders - or behind the silver screen - the Department of Justice is committed to ensuring that there is no safe haven."
      says.com
  • 3. Caldwell called for stronger laws and more effective frameworks for international cooperation to close legal gaps across the globe, some of which allowed criminals to hide behind shell companies and shadow bank accounts

    • "Gaps in the legal regimes across the globe - including in the United States - allowed these criminals to avoid disclosing the ultimate beneficial owners of the accounts to which 1MDB funds were diverted. Stronger laws and more effective frameworks for international cooperation are needed to close these gaps and overcome the challenges faced by law enforcement when we investigate international corruption, money laundering and other cross-border crimes," she said.

      She added, "The significant assistance we received from our international partners was critical in identifying and restraining assets. That cooperation and the action we are taking today should send a message to kleptocrats and other criminals that the United States is not a safe haven for their stolen money, and that they cannot evade law enforcement authorities simply by laundering money through multiple jurisdictions and through a web of nominees, shell corporations and other legal structures designed to frustrate justice."
      says.com
  • Eileen Decker, US Attorney of the Central District of California:

      • Attorney of the Central District of California Eileen Decker briefs reporters at a press conference in Washington on 20 July.

SPRM sahkan kerjasama dengan FBI siasat skandal 1MDB

Ketua Unit Rasuah Antarabangsa FBI Darryl Wegner menyifatkan SPRM menunjukkan “keberanian mengagumkan” dalam siasatan 1MDB di AS.


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan kerjasama dengan Biro Siasatan Persekutuan (FB) dalam siasatan 1MDB di Amerika Syarikat.
“SPRM mengesahkan menjalinkan kerjasama dengan FBI. Ini kerana kedua-dua pihak telah mempunyai hubungan kerjasama yang lama sebelum ini,” kata SPRM dalam satu kenyataan.
SPRM berkata kerjasama tertumpu kepada kemungkinan penyelewengan dan pengubahan wang haram oleh seorang ahli perniagaan yang dikatakan menipu 1MDB.
Ketua Unit Rasuah Antarabangsa FBI Darryl Wegner menyifatkan SPRM menunjukkan “keberanian mengagumkan” dalam siasatan 1MDB yang diketuai skuad rasuah awam antarabangsa FBI.
Makalah ‘International Corruption: U.S. Seeks to Recover $1 Billion in Largest Kleptocracy Case to Date’ yang disiarkan di laman rasmi FBI 20 Julai lalu memetik Wegner sebagai berkata, FBI bersama-sama rakan antarabangsa mereka akan terus memburu individu-individu yang terlibat dan membongkar rasuah yang dilakukan.
“Tindakan hari ini menghantar mesej kepada pegawai asing yang korup. Kami bekerja keras untuk memastikan Amerika Syarikat tidak menjadi syurga kepada jenayah seumpama ini,” katanya seperti dipetik.
Artikel Wall Street Journal yang disiarkan 21 Julai lalu turut menyebut tentang peranan SPRM, dan menambah “tidak jelas sama ada bantuan mereka diberi kuasa oleh kerajaan Malaysia”.
Isu 1MDB kembali menjadi hangat apabila Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat pada dua hari lalu memfailkan saman bagi menyita aset-aset yang terbabit dalam dan boleh dikesan kepada suatu konspirasi antarabangsa untuk mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB.
Sebelum ini, SPRM mengetuai pasukan petugas khas yang turut dianggotai polis dan Bank Negara Malaysia bagi menyiasat 1MDB dan anak syarikatnya SRC International, namun ia dibubarkan pada 5 Ogos 2015 atas nasihat Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Siasatan itu menjadi perhatian ramai apabila polis mengambil keterangan daripada dua pegawai yang terlibat dalam siasatan terhadap SRC Interntional, serta pemindahan Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik Rozaid Yaakob daripada mengendalikan kes berprofil tinggi.

Siapa lagi ada RM2.6b di akaunnya, soal Muhyiddin

Berdasarkan maklumat yang terkandung dalam tuntutan sivil Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat terhadap 1MDB, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan siapa individu yang dirujuk sebagai ‘Malaysian Official 1' dalam dokumen berkenaan.
“Disebut dengan terang dalam laporan Jabatan Keadilan AS, orang ini memiliki sejumlah AS681 juta (RM2.6 bilion) dalam akaun peribadinya di Ambank Malaysia.
“Yang kita tahu, tiada orang lain yang dilaporkan mempunyai wang sebanyak itu dalam akaun peribadi di Ambank selain Najib!” kata bekas timbalan perdana menteri.
Muhyiddin juga menuduh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali gagal menjalankan amanahnya jika tidak mengetahui identiti ‘Malaysian Official 1' .
Beliau berkata Apandi perlu menyemak dengan rakan sejawatannya di Amerika Syarikat untuk mengetahui siapa orang itu.
“Peguam negara Malaysia juga tidak menjalankan amanah! Logikkah apabila dia berkata tindakan sivil di Amerika Syarikat itu tidak membabitkan Najib?
“Siapakah Malaysian Official 1 yang difahami oleh peguam negara seperti yang disebut dalam laporan Jabatan Keadilan AS?” katanya dalam Facebook.
Beliau merujuk kepada misteri Malaysian Official 1 yang disebut tetapi tidak dinamakan dalam pemfailan saman DOJ itu tetapi dirujuk mempuyai pertalian dengan penerbit filem Wolf of Wall Street, Riza Aziz yang memegang kedudukan pengaruh dalam 1MDB dan terbabit dengan aliran dana yang didakwa dicuri itu .
Riza adalah anak tiri Najib.

Skandal 1MDB: Muhyiddin cabar Najib, rakyat perlu bangkit

MCA Youth: Truth behind alleged siphoning of 1MDB funds must prevail

Jangan polimik isu 1MDB, biar proses berjalan hingga selesai - Hishammuddin

Kesatuan Mahasiswa Mahu RCI Siasat 1MDB

Skandal 1MDB: Najib Jangan Buang Masa - Aziz Bari

'Ini Laporan Polis Terakhir Terhadap 1MDB' - Lim Lip Eng

Faiz: Saman sita aset 1MDB adalah prosedur kes jenayah

Ramai pihak sebenarnya terkeliru dengan perkataan 'sivil' dan 'jenayah', kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah
Faiz-Fadzil
PETALING JAYA: Saman sita aset berkaitan 1MDB yang difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) baru-baru ini merupakan prosedur kes jenayah, kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah.
Faiz Fadzil dalam satu kenyataan berkata ramai pihak sebenarnya terkeliru dengan perkataan ‘sivil’ dan ‘jenayah’ kerana rakyat tidak faham undang-undang bertulis Amerika Syarikat, atau US Code (USC).
Malah, perkataan ‘sivil’ sengaja ditekankan menteri kerajaan dan pimpinan Umno untuk menunjukkan yang tindakan yang diambil DoJ tidaklah serius kerana ia bukanlah tindakan jenayah, tambahnya.
“Adakah rakyat masih lagi boleh ditipu dan diperdayakan dengan cara membodohkan minda rakyat yang tidak celik undang-undang,” kata Faiz menjawab kenyataan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Undang-undang Datuk Seri Azalina Othman baru-baru ini.
Faiz berkata hakikat prosedur ini diketuai Bahagian Jenayah Peguam Negara AS mendedahkan sifat sebenar tindakan itu.
Menurutnya, mereka menggunakan Title 18 US Code Section 981 (18 USC 981) iaitu penyitaan sivil untuk menyita harta alih atau tidak alih yang dipercayai hasil daripada kegiatan jenayah ataupun pengubahan wang haram, berdasarkan Title 18 US Code Section 1956 (18 USC 1956).
“Title 18 US Code adalah Undang-Undang Jenayah dan Prosedur Undang-Undang Jenayah. Di Malaysia kita menggunakan Penal Code (Kanun Keseksaan) dan Criminal Procedure Code (Kanun Acara Jenayah),” jelas Faiz.
Semalam, Azalina berkata pembangkang tidak faham saman DoJ itu, yang menurut Annuar merupakan saman sivil yang “secara jelas di situ 1MDB atau Perdana Menteri tidak terkait dengan apa yang mereka (DoJ) sedang lakukan (tindakan undang-undang)”.

SKANDAL 1MDB: MALAYSIA TERSENARAI TERPAHAT NEGARA KORUPSI MAHA DAHSYAT DALAM SEJARAH DUNIA.

1.Tindakkan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat memfailkan tindakan undang undang untuk menyita hartanah bernilai AS1 bilion (RM4 bilion) serta dana 1MDB yang dipercayai terlibat dalam penyelewengan setakat ini oleh peguam negara Amerika Syarikat berjumlah AS3.5 bilion (RM14bilion) yang dikaikan dengan penyalahgunaan dana 1MDB adalah suatu yang sangat memalukan Malaysia.Ini disebabkan Malaysia dilihat gagal dalam mengambil tindakan undang terhadap penjenayah tingkat tinggi dan gagal menyelamatkan wang dan harta negara.

2.Tindakan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat telah menimbulkan persoalan apa jadi dengan institusi penyiasatan dan perundangan Malaysia.Ini menunjukan cengkaman kuasa politik keatas institusi tersebut serta korupsi dedak telah telah berakar umbi dalam institusi penyiasatan dan perundangan negara sehingga gagal menyelamatkan Malaysia.

PARLIMEN PERLU SEGERA BERSIDANG MELANTIK PEGUAM NEGARA

3.Sepanjang timbulnya isu 1MDB dilihat semua institusi penyiasatan dan perundangan negara termasuk anggota kabinet telah menjadi pelindung kepada jenayah 1MDB.Ini merupakan satu malapetaka besar negara akibat cengkaman politik dan dedak menguasai politik Malaysia.Kesannya hari ini kejatuhan Ringgit Malaysia dan dipercayai kejatuhan yang lebih buruk akan berlaku.Paling memalukan siasatan yang dilakukan oleh penyiasat Amerika Syarikat dengan merujuk kepada laporan siasatan yang dibuat oleh pehak berkuasa Malaysia sedangkan pehak berkuasa Malaysia tak mampu mengambil apa apa tindakan undang undang keatas pencuri wang 1MDB milik rakyat Malaysia.

4.Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah memanggil sidang khas Parlimen selama 4 hari bukan untuk memberi peluang Najib memberi penjelasan tetapi untuk dikemuka dan diluluskan satu usul atas nama kerajaan atau usul persendirian bagi mencadang perlantikan Peguam Negara yang baru dan menyerahkan kepada Kebawah Dulu Tuanku Yang DiPertuan Agong dan mengarahkan semua pehak membuka kembali kertas siasatan dan Peguam Negara bolehlah secara bebas untuk mengambil langkah untuk mengheret pencuri wang 1MDB milik rakyat Malaysia kemuka pengadilan.

5. Tiada keperluan untuk menubuhkan suruhanjaya diRaja  diwaktu sebegini kerana kes telah melalui penyiasatan yang panjang dan ianya akan melambat lagi penyelesaian kes 1MDB yang menjadi Beban Negara (BN).

#SayabukanMalaysianOfficial1
#SelamatkanMalaysia
#TangkapPencuriWang1MDB

DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena

Skandal 1MDB: Bila Tak Faham Dan Naif...Inilah Jadinya..!!!


  Adalah puak wala'un menaikan status quote dari Presiden Pas Hj Hadi yang bebunyi:
 " Kita benci Umno, tapi kita tak akan panggil US untuk jatuhkan Umno. Kita tidak akan benarkan kuasa asing masuk campur. Kalau Us masuk Malaysia, kita akan bersama-sama dengan kerajaan sekarang untuk halau US"
  
 Kesian dengan Tok Lebai ni.... dia tidak faham kenapa Department of Justice (DOJ) USA mengambil tindakan Mahkamah untuk menyita dan mendapatkan semula aset-aset (civil forfeiture) yang dikaitkan dengan penyelewengan 1MDB.

Tindakan ini diambil di bawah program yang dikenali 'Kleptocracy Asset Recovery Initiative' untuk mendapatkan semula harta negara asing yang disonglap atau diseleweng melalui perbuatan-perbuatan jenayah.

 Berikut sedikit penjelasan mengenainya yang saya ambil dari sumber di sini
US Code (USC) adalah Undang-Undang bertulis di Amerika Syarikat. Di dalam tindakan DOJ ini, mereka telah menggunakan peruntukkan 18 USC 981 (Title 18 Section 981) iaitu Civil Forfeiture atau Penyitaan Sivil untuk menyita harta-harta alih atau tidak alih yang mereka percaya berdasarkan kesalahan 18 USC 1956 (Title 18 Section 1956) yang dalam siasatan mereka adalah hasil daripada kegiatan jenayah ataupun penggubahan wang haram.

 Apakah Title 18 US Code?

Title 18 US Code adalah Undang-Undang Jenayah dan Prosedur Undang-Undang Jenayah.

Di Malaysia kita menggunakan Penal Code dan Criminal Procedure Code. Boleh rujuk di link http://uscode.house.gov/…/prelim@title…/part1&edition=prelim

§981. Civil forfeiture

18 USC 981: Civil forfeiture Text contains those laws in effect on July 20, 2016

 From Title 18-CRIMES AND CRIMINAL PROCEDUREPART I-CRIMESCHAPTER 46-FORFEITURE

 (a)(1) The following property is subject to forfeiture to the United States:

(A) Any property, real or personal, involved in a transaction or attempted transaction in violation of section 1956, 1957 or 1960 of this title, or any property traceable to such property.

18 USC 1956: Laundering of monetary instruments Text contains those laws in effect on July 20, 2016

§1956. Laundering of monetary instruments

From Title 18-CRIMES AND CRIMINAL PROCEDUREPART I-CRIMESCHAPTER 95-RACKETEERING

 (a)(1) Whoever, knowing that the property involved in a financial transaction represents the proceeds of some form of unlawful activity, conducts or attempts to conduct such a financial transaction which in fact involves the proceeds of specified unlawful activity-

‘1MDB asset seizure a criminal case, not civil’

Amanah deputy youth chief says many have confused criminal action with civil action in the matter of the US Department of Justice lawsuits.
Faiz-FadzilPETALING JAYA: Amanah’s deputy youth chief has stressed that the US Department of Justice (DoJ) lawsuits seeking to seize 1Malaysia Development Berhad-related assets worth USD1 billion (RM4 billion) constitutes a criminal and not civil case.
Faiz Fadzil, in a statement today, claimed that many had confused civil action with criminal action in the matter of the DoJ lawsuit.
“Ministers and Umno leaders, including Information Chief Annuar Musa and Law Minister Azalina Othman Said, used the word ‘civil’ in wanting to imply that the DoJ’s action is not serious as it is not a criminal case,” Faiz said.
Faiz however said the DoJ’s action comes under the Kleptocracy Asset Recovery Initiative programme, which aims to recover all foreign national assets stolen through criminal activities.
“Even though the sections mentioned are under civil forfeiture, the actions taken by the DoJ come under the American criminal law,” Faiz said.
The lawyer explained that civil forfeiture actions were generally taken preceding actions under criminal law provisions.
Azalina yesterday said the Opposition did not understand the nature of the actions taken by the DoJ.
Annuar Musa also chimed in, saying the DoJ lawsuits were civil suits that needed to go through certain processes.

Skandal 1MDB: Pemuda PKR, DAP kecewa memorandum pada PM tak disambut

Pemuda PKR dan DAP (Dapsy) hari ini kecewa apabila memorandum berhubung skandal 1MDB yang ingin diserahkan kepada perdana menteri yang juga presiden Umno tidak disambut.
Kumpulan itu yang diketuai oleh Naib Ketua AMK Selangor, Saifullah Zulkifli menunggu kira-kira 15 minit di lobi Bangunan Dato’ Onn di PWTC sebelum dimaklumkan pihak keselamatan bahawa memorandum itu tidak akan diserahkan kepada Datuk Seri Najib Razak.
“Kita nak menyerahkan memorandum yang telah kita rangka kepada pejabat presiden Umno tetapi malangnya kita tidak dibenarkan masuk.
“Kita berhasrat untuk menyerahkan kepada pegawai yang berkenaan tetapi pegawai berkenaan tidak mahu menerima surat ini,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di PWTC.
Saifullah bersama Exco AMK Pusat Mohd Ridzuan Basri, Pengarah Biro Pendidikan Politik DAPSY Chiong Yoke Kong dan Biro Mahasiswa AMK Malaysia Mashitah Sulaiman serta beberapa ahli AMK tiba di PWTC pada jam 3.15 petang tadi.
Justeru itu, Saifullah dan rakan-rakannya bercadang menyiarkan memorandum ini buat tatapan umum di sosial media hari ini.
“Jadi saya ingat selepas berbincang dengan rakan-rakan kami mahu menjadikan surat ini yang sepatutnya diberi terus kepada presiden tapi kami terpaksa menjadikan ia memorandum terbuka kepada presiden Umno dan perdana menteri Malaysia,” katanya.
Memorandum itu antara lain mendesak Najib mengambil serius mengenai tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) bagi merampas pembelian aset yang diperoleh melalui dana 1MDB.
Mereka turut mendesak Najib menjawab segala tuduhan mengenai kehilangan berbilion wang rakyat demi 'mempertahankan nama baik Malaysia'.

3 sebab Pilihanraya Pulau Pinang perlu diadakan

Membubarkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan mendapatkan mandat baru daripada rakyat mungkin merupakan keputusan yang paling sukar dibuat oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC). Keputusan ini akan memberi platform untuk kuasa rakyat menewaskan kuasa jahat, dan menjadi titik tolak penulisan semula sejarah politik negara yang tercinta.
quoteSelepas perbincangan berjam-jam, CEC DAP secara sebulat suara membuat keputusan untuk membubarkan DUN Pulau Pinang, selepas berunding dengan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan.
Mengikut rancangan asal, selepas berunding dengan rakan-rakan Pakatan, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang akan menjelaskan kepada rakyat Pulau Pinang dan seluruh rakyat Malaysia tentang keputusan sukar yang telah kami ambil. Malangnya rancangan ini telah lebih awal dibocorkan kepada media.
Memandangkan sudah bocor, masanya telah tiba untuk kami menerangkan kepada awam apa rasional dan pertimbangan kami.

1. Mendapatkan mandat baru
Malaysia adalah negara persekutuan pada nama sahaja, tetapi pentadbirannya lebih berpusat berbanding persekutuan lain. Di persekutuan lain, seperti Australia dan India, pilihanraya persekutuan dan negeri selalunya dijalankan berasingan untuk mengelak isu negeri tenggelam dalam isu persekutuan.
Di Malaysia, selain Sabah dan Sarah dan kes-kes istimewa seperti Pilihanraya Negeri Kelantan 1978, pilihanraya negeri dan persekutuan dijalankan serentak. Bagi Barisan Nasional, pilihanraya serentak membantu kerajaan untuk menukar-nukar calon dari negeri ke persekutuan dan juga meminimakan kesan politik akibat kekerapan pilihanraya negeri yang berasingan.
Sebelum ini, parti-parti pembangkang mengelak pilihanraya negeri bagi menghindar daripada BN menumpukan kepada sumbangan kerajaan persekutuan ke satu negeri.
Tetapi keadaan sedang berubah. Daripada sumber-sumber dalaman peringkat tinggi, kami diberitahu bahawa sejak pilihanraya negeri Sarawak bulan Mei lalu, BN Sabah dan Johor turut mempertimbangkan pilihanraya negeri berasingan pada lewat tahun 2016 dan awal 2017 bagi mengelak daripada menerima kesan teruk akibat skandal Najib dan imejnya yang buruk.
Pilihanraya berasingan bukanlah kebiasaan di Malaysia tetapi ia adalah cara yang paling baik dan terhormat untuk kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat baru pada waktu krisis.

2. Adakah kes Guan Eng satu hal peribadi?
Ramai yang berpendapat bahawa tidak perlu diadakan pilihanraya berasingan bagi Pulau Pinang asalkan Ketua Menteri Lim Guan Eng bercuti sehinggalah beliau bebas daripada masalah undang-undang peribadinya. Tetapi adakah kes Guan Eng suatu hal peribadi?
Sejak Ahli Parlimen Tasik Gelugor Shahabudin Yahya menyalahgunakan kekebalan parlimennya untuk menuduh kononnya Guan Eng rasuah pada 17 Mac, media arus perdana dan operasi-operasi gelap telah bersungguh-sungguh mewarnakan Guan Eng sebagai seorang yang korup. Tetapi kes Taman Manggis yang didakwa waktu itu telah ghaib sama sekali apabila Guan Eng didakwa pada 30 Jun. Guan Eng telah menafikan sebarang kesalahan.
Hanya apabila kita menemukan kedudukan kes Guan Eng dalam senarai keputusan politik Perdana Menteri Najib Razak maka barulah semuanya masuk akal. Najib memenangani pilihanraya 2013 dengan hanya 47 peratus undi dan kini terpalit dengan skandal ‘derma’ dan 1MDB. Satu-satunya cara untuk Najib memenangi PRU akan datang ialah bukan dengan menjadi pilihan melalui pilihanraya yang bebas dan adil, tetapi menang mudah dengan menghapuskan pihak lawan dan memecahkan pihak pembangkang:
Pertama, dengan memenjarakan Anwar Ibrahim, beliau menghapuskan satu-satunya pemimpin utama pembangkang dan menafikan calon perdana menteri alternatif;
Kedua, sejak awak 2014, Umno telah melamar dan mengambil kelompok konservatif falam PAS melalui peruntukan dan tawaran kewangan untuk pembangunan di Kelantan dan undang-undang hudud. PAS akhirnya berpecah pada Jun 2015 dan kepimpinan sekarang melayan parti-parti pembangkang sebagai musuh sambil melayan Umno bagaikan sahabat. Kepimpinan sekarang nampaknya sedang bersedia untuk menjadi perosak dalam PRU dengan bertanding dalam pertandingan tiga penjuru.

Pilihanraya Pulau Pinang untuk lawan ‘kuasa jahat’ Najib


KUALA LUMPUR, 22 JULAI: Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang 2016 merupakan satu usaha wajar bagi mendapatkan mandat baharu daripada rakyat Pulau Pinang.
Ia perlu dilakukan demi mempertahankan mandat rakyat apabila DAP dan Pakatan Harapan diberi amanah dari rakyat Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu setelah berlakunya pendakwaan terpilih berniat jahat ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
LIEW-CHIN-TONGPendakwaan terpilih itu disaksikan jelas apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terpalit dengan skandal kewangan terbesar di Malaysia dan peringkat antarabangsa tidak didakwa, sebaliknya pemimpin berpengaruh pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng menjadi mangsa.
Menurut Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan Liew Chin Tong, keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan bukanlah satu keputusan yang mudah.
Ia bagaimanapun akan menjadi wadah kepada kuasa rakyat untuk menumpaskan ‘kuasa jahat’ sekaligus menjadi titik tolak memperbetulkan semula sejarah politik tanah air.
“Rakyat dapat menghakimi prestasinya sebagai Ketua Menteri, serta memastikan DAP dan Pakatan Harapan mendapat mandat untuk lima tahun lagi, tidak kiralah Guan Eng dibebaskan atau tidak,” ujar beliau.
Katanya, walaupun pilihanraya berasingan bukanlah kebiasaan di Malaysia tetapi ia adalah kaedah paling baik dan terhormat untuk kembali kepada rakyat bagi mendapatkan mandat baru dalam tempoh krisis.
“Jika sebelum ini parti-parti pembangkang mengelak untuk mengadakan pilihanraya negeri bagi menghindar daripada BN menumpukan kepada sumbangan kerajaan persekutuan ke satu negeri, keadaan itu telah berubah,” kata beliau.
Hapuskan Guan Eng, strategi politik Najib
Merujuk kepada sumber dalaman dedah Chin Tong, sejak pilihanraya negeri Sarawak Mei lalu, BN Sabah dan Johor turut mempertimbangkan untuk mengadakan pilihanraya negeri berasingan pada lewat tahun 2016 dan awal 2017 bagi mengelak daripada menerima kesan buruk akibat skandal Najib.
PRN Pulau Pinang ini juga katanya bukanlah bersifat peribadi memandangkan wujudnya  ‘pembunuhan politik’ terancang BN memangsakan pemimpin-pemimpin utama pembangkang.
“Hanya apabila kita menemukan kedudukan kes Guan Eng dalam senarai keputusan politik Perdana Menteri Najib Razak maka barulah semuanya masuk akal,” kata beliau.
Beliau berkata, kaedah yang akan digunakan Najib untuk memenangi PRU akan datang bukanlah melalui pilihanraya yang bebas dan adil, tetapi dengan menghapuskan pihak lawan dan memecahkan pihak pembangkang.

Najib Razak dicabar segerakan Pilihanraya Umum ke-14 jika yakin tidak bersalah


GEORGE TOWN, 22 JULAI: “Saya cabar Perdana Menteri untuk mengadakan pilihan raya umum, sama seperti Pulau Pinang membincangkan kemungkinan pilihan raya mengejut, jika beliau fikir semua dakwaan itu direka-reka.”
Demikian cabaran dilontarkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kepada Datuk Seri Najib Razak, supaya rakyat dapat memberikan mandat kepada sebuah kerajaan baru selepas menilai skadal kewangan berkembar terbesar dalam sejarah negara melibatkan syarikat milik Kementerian Kewangan, 1MDB.
lge_malaysiabolehdiselamatkan-01Cabaran tersebut dilontarkan setelah 1MDB dinamakan dalam tindakan sivil oleh Jabatan Kehakiman Amerika untuk menyita aset-aset bernilai US$1 bilion yang terkait dengan dakwaan pengubahan wang haram melibatkan syarikat sarat hutang tersebut.
“Kami berharap kita boleh mengadakan pilihan raya negeri dan pilihan raya umum supaya rakyat boleh buat keputusan,” katanya, dilaporkan Malaysiakini.
Menurut Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, pilihanraya negeri adalah satu cara untuk mengembalikan mandat kepada rakyat, dalam kes Pulau Pinang, supaya mereka dapat memilih sama ada masih mahu DAP dan Pakatan Harapan untuk terus menerajui negeri itu.
Dalam satu kenyataan semalam, Guan Eng berkata cadangan untul mengadakan pilihanraya ini bukanlah untuk menyelamatkan beliau.
“Mereka pasti akan penjarakan saya. Pilihanraya ini adalah supaya rakyat dapat memutuskan jika mereka masih mahu DAP dan Pakatan Harapan terus bekerja untuk mereka,” ujarnya.

Skandal 1MDB: Saya bukan Malaysian Official 1, kamu bagaimana, Najib? - LKS

Sejak Jabatan Keadilan, (DOJ) Amerika Syarikat memfailkan saman sivil berkaitan dengan dana 1MDB, terdapat spekulasi mengenai identiti ‘Malaysian Official 1' yang dirujuk dalam dokumen berkenaan.
Antara hipotesis, menurut pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, adalah sama ada dirinya adalah individu tersebut.
Bagaimanapun, memandangkan ini adalah perkara serius dan membabitkan maruah dan reputasi antarabangsa Malaysia, Lim membuat keputusan untuk berterus-terang.
"Biar saya secara rasmi mengakui bahawa saya bukan ‘Malaysian Official 1'," katanya.
Dalam perkembangan sama, ahli politik veteran itu mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membuat deklarasi yang sama.
"Bolehkah perdana menteri menyatakan pendiriannya - secara rasmi menafi atau mengesahkan sama ada dirinya itu dirujuk sebagai ‘Malaysian Official 1'.
"Dan jika beliau adalah individu berkenaan, apa yang beliau cadang untuk lakukan berhubung tindakan DOJ itu," katanya dalam satu kenyataan media petang ini.
Walaupun saman sivil DOJ tidak menyebut nama Najib, Lim berkata, sesiapa sahaja yang membaca 136-halaman tuntutan mahkamah itu tidak akan mempunyai keraguan tentang identiti sebenar ‘Malaysian Official 1' - kerana huraiannya hanya merujuk kepada seseorang.
Secara khusus, Lim merujuk kepada perenggan 39 dalam tuntutan mahkamah itu yang menyatakan: "Sebaik penubuhannya (1MDB), ‘Malaysian Official 1' mengambil kedudukan berkuasa dalam 1MDB. ‘Malaysian Official 1' berkuasa untuk meluluskan semua pelantikan dan penyingkiran lembaga pengarah 1MDB pengarah dan pasukan pengurusan kanan 1MDB."

Skandal 1MDB: Muhyiddin ajak rakyat bangkit, gesa AG tanya AS siapa Malaysian Official 1

Saya sengaja mengambil sedikit masa sebelum menulis kenyataan ini untuk memerhati gelagat pemimpin kerajaan Malaysia termasuk perdana menteri dan peguam negara terhadap pengumuman yang amat mengejutkan oleh peguam negara dan pegawai tinggi Amerika Syarikat mengenai 1MDB dan tindakan perampasan aset milik mereka yang dinamakan hasil pemindahan wang haram yang dikatakan terbesar dalam sejarah AS, mungkin juga dunia.
Walaupun ia kes sivil yang bertujuan untuk merampas aset-aset, tetapi ia juga merupakan bukti penipuan oleh mereka yang dinamakan. Mereka telah mencuri wang milik 1MDB! Maka ia adalah suatu jenayah!
Jika 1MDB dan kerajaan Malaysia secara tegas mahu melindungi harta dan khazanah rakyat Malaysia dari kehilangan atau kerugian, pendedahan yang amat mengejutkan ini seharusnya mendorong mereka mengambil tindakan segera mengikut undang-undang Malaysia ke atas Malaysian Official 1, Reza Aziz, Jho Low dan nama-nama lain yang disenaraikan dalam laporan Peguam Negara AS.
Sebaliknya, logikkah sebagai perdana menteri, Najib hanya menasihati rakyat Malaysia untuk tidak membuat sebarang andaian terhadap penemuan yang mengejutkan dunia ini dengan berkata kes tersebut melibatkan mereka yang dinamakan sahaja dan proses perundangan masih berjalan?
Jika Najib seorang yang beramanah dan bertanggungjawab, apa yang dia sepatutnya kata?
Mengejutkan!
Ambil serius keputusan pihak peguam negara Amerika Syarikat, hantar delegasi tertinggi kerajaan untuk mendapatkan butiran terperinci dari Amerika Syarikat, tubuh sebuah tribunal bebas untuk menyiasat dan memulakan proses pendakwaan jenayah dengan kadar segera terhadap mereka didapati terlibat atau bersubahat dalam pemindahan wang haram berjumlah puluhan bilion ringgit yang amat memalukan negara.
Ini kerana wang rakyat Malaysia dalam jumlah yang amat besar didapati hilang dan dilesapkan oleh mereka yang dinamakan.
Najib juga sudah sepatutnya menghantar peguam negara Malaysia dan ketua polis negara ke Amerika Syarikat dengan segera untuk mendapatkan kerjasama negara itu supaya tindakan undang-undang Malaysia yang sesuai boleh diambil terhadap mereka yang terbabit.
Najib juga sewajarnya telah mengarahkan peguam negara dan 1MDB segera menuntut wang yang dilapor dicuri daripada syarikat milik negara.
Nampak benar semua ini tidak dilakukan oleh Najib. Dia sebaliknya hanya berkata kes ini bukan kes jenayah tetapi kes sivil dan orang-orang yang dinamakan dalam laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat berhak mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Adakah ini sepatutnya respon seorang perdana menteri terhadap kes penemuan sejumlah besar wang yang dicuri daripada sebuah syarikat pelaburan strategik negara?
Adakah pembelaan terhadap individu yang dituduh terlibat dalam perompakan harta negara lebih penting berbanding pembelaan terhadap seluruh rakyat yang terpaksa menanggung beban kehilangan puluhan bilion ringgit wang negara?
Saya mencabar perdana menteri sebagai menteri kewangan untuk mengambil tindakan susulan yang sewajarnya!
Saya amat kecewa dengan sikap penafian yang teruk yang dinyatakan oleh dia dan konco-konconya berkenaan kes penipuan terbesar yang ditemui oleh pihak kerajaan Amerika itu.
Peguam negara Malaysia juga tidak menjalankan amanah!
Logikkah apabila dia berkata tindakan sivil di Amerika Syarikat itu tidak membabitkan Najib?
Siapakah Malaysian Official 1 yang difahami oleh peguam negara seperti yang disebut dalam laporan Jabatan Keadilan AS?
Jika dia tidak tahu, tidak bolehkah dia bertanya dengan rakan sejawatnya di Amerika Syarikat siapakah dia Malaysian Official 1?
Disebut dengan terang dalam laporan Jabatan Keadilan AS, orang ini memiliki sejumlah AS681 juta (RM2.6 bilion) dalam akaun peribadinya di Ambank Malaysia.
Yang kita tahu, tiada orang lain yang dilaporkan mempunyai wang sebanyak itu dalam akaun peribadi di Ambank selain Najib!
Yang sepatutnya dibuat oleh Peguam Negara Malaysia bukan melindungi Najib. Dia sepatutnya terperanjat dengan penemuan pasukan penyiasat AS dan terus menghantar pasukan penyiasat Malaysia ke AS untuk mengambil tindakan susulan demi memelihara kepentingan rakyat Malaysia yang telah kehilangan wang berbilion ringgit.

Skandal 1MDB: Tidak malukah Umno berketuakan Najib? soal Salahuddin



Salahuddin Ayub
Ketika beberapa menteri kabinet bersungguh-sungguh membela Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak mempunyai kaitan dengan siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) terhadap dana 1MDB yang disalurkan kepada tiga individu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub bertanya kepada ahli dan pemimpin Umno, tidak malukah berketuakan Najib?
Ini kerana sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang bertanggung jawab meluluskan pelaburan 1MDB di luar negara, Najib dilihat tidak melakukan sebarang usaha untuk mengatasi kepincangan syarikat pelaburan kedua negara itu.
Malah dua daripada tiga individu yang disiasat Jabatan Kehakiman AS itu mempunyai kaitan rapat dengan beliau iaitu orang kepercayaannya yang mencetuskan ide penubuhan 1MDB, Jho Low dan anak tiri beliau sendiri, Riza Aziz.
Salahuddin menambah, kenyataan Najib bahawa kerajaannya selama ini tidak mahu melihat sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang juga diragui kerana tiada sebarang usaha dibuat untuk mendakwa mereka yang terlibat malah laporan Ketua Audit Negara tentang 1MDB diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Anggota kabinet Najib juga, tambah Salahuddin perlu dipertanggungjawabkan dalam skandal 1MDB kerana secara konsisten menafikan wujud salah laku dan penyelewengan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.
Tindakan Jabatan Kehakiman AS itu juga, jelas beliau selari dengan siasatan yang dilakukan pihak berkuasa Singapura, Switzerland dan Hong Kong terhadap uusniaga 1MDB namun pentadbiran Najib khususnya Peguam Negara berpendapat syarikat tersebut bebas daripada sebarang salah laku.
Najib semalam berkata, kerajaannya memandang serius terhadap saman sivil yang dikemukakan Jabatan Kehakiman AS dan menyifatkan langkah itu selari dengan urus tadbir baik yang sentiasa diperjuangkan kerajaan.
Kerajaan juga, katanya akan memberi kerjasama penuh dengan semua pihak badan siasatan antarabangsa.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan bahawa Najib tidak dilibatkan dalam siasatan Jabatan Kehakiman AS terhadap 1MDB kerana siasatan itu 'langsung tidak mengaitkan nama beliau'.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak pula mendakwa 1MDB telah menjadi bahan serangan bermotifkan politik yang tidak pernah berlaku sebelum ini bertujuan menjatuhkan ketua kerajaan yang dipilih secara demokrasi.
Siasatan Jabatan Kehakiman AS itu juga, jelas beliau tiada kaitan dengan Najib.

Skandal 1MDB: Apandi, henti pertahan Najib, beritahu siapa 'Malaysian Official 1'

Jawapan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung saman sivil oleh Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat semalam menimbulkan kebimbangan serius.
Pertama, secara hormat, beliau seharusnya membuat keputusan berhubung pendiriannya. Adakah beliau bertindak sebagai peguam bela bagi perdana menteri atau sebagai pendakwa raya Malaysia?
Pada pendapat saya, beliau tidak sepatutnya tampil membela Najib. Beliau perlu mengekalkan kebebasannya dan terbuka kepada hakikat bahawa dakwaan serius yang dibuat dalam saman itu mungkin memaksanya untuk membuka semula kes berkenaan pada satu peringkat.
Membuat komen umum dan mengeluarkan ugutan yang berselindung bermaksud bahawa beliau mempunyai "kebimbangan dengan sindiran dan rujukan" yang dibuat terhadap perdana menteri pada peringkat ini dan mungkin menjejaskan keyakinan orang ramai berhubung perananya sebagai pendakwa raya.
Perdana menteri mampu menjaga dirinya sendiri. Pendakwa raya harus kekal tidak berat sebelah dan bebas.
Apandi juga tidak seharusnya bersembunyi di sebalik semantik undang-undang dalam usaha untuk menangkis kebimbangan yang disuarakan ke atas liabiliti 'Malaysian Official 1' dalam saman itu.
Beliau berkata tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa wang telah disalahgunakan dari 1MDB, dan tidak ada sebarang tuduhan jenayah terhadap mana-mana individu atas kesalahan penyalahgunaan wang daripada 1MDB.
Sekali lagi, dengan hormat, ini bukan persoalannya.
'Tidak dinamakan' bukan bermakna tidak bersalah
Ia bukan label tetapi kebenaran yang diambil kira. Sama ada atau tidak terdapat kelakuan yang mewajarkan pendakwaan jenayah bergantung kepada fakta setiap kes.
Sebagai contoh, dalam saman sivil bagi ganti rugi yang berbangkit daripada serangan, adalah benar bahawa saman sivil difailkan tetapi dakwaan serangan mungkin mencukupi untuk menyokong pendakwaan jenayah.
Begitu juga, dalam kes saman yang difailkan untuk mendapatkan semula wang yang didakwa salah digunakan, salah disalurkan atau sebaliknya.
Fakta sama juga boleh mewajarkan siasatan jenayah dan pertuduhan jenayah.

Kerjasama dengan Mahathir : PKR faham 'luka lama' Wan Azizah, kata Shafie

Skandal 1MDB : Jangan sampai yang tidak berdosa dihukum kata Hishamuddin

Cari MH370: Ditangguh?... ini penantian lama - kata keluarga

Pengundi Kesal SPR Tak Beri Alasan Dipndahkan

Bersih Gesa SPR Jawab Isu Pindah Pengundi

MH370: Usaha mencari digantung - Menteri

Bersih: Tun Mahathir Boleh Sertai Kami

Najib bubar Parlimen, cabar Guan Eng

Skandal 1MDB: Pejabat Presiden UMNO enggan terima surat kami, kata Exco AMK Pusat

Rakyat berasa malu isu 1MDB terbongkar, kata Guan Eng

Skandal 1MDB: Saman AS dakwa Jho Low guna bapa, abang alih dana berkaitan 1MDB

Hartawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low didakwa telah membeli beberapa aset dengan dana yang didakwa dialihkan dari firma pelaburan negara, 1MDB, dengan menggunakan akaun bank milik bapanya Larry Low dan abangnya Tech Szen, demikian menurut saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika.
Dokumen mahkamah itu mendakwa bahawa Jho Low telah beberapa kali menggunakan akaun mereka untuk memindahkan wang bagi pembelian aset.
Wang untuk pembelian itu didakwa pada asalnya dipindahkan dari akaun Good Star ke akaun BSI Abu Dhabi Malaysia Kuwait Investment Corporation (AKDMIC).
Dalam urus niaga yang pertama direkodkan pada 28 Jun 2011, dokumen itu mendakwa AS$55 juta dipindahkan dari Akaun Good Star ke Akaun BSI ADKMIC.
Kemudian pada hari yang sama, kira-kira AS$54.75 juta didakwa dipindahkan dari Akaun BSI ADKMIC ke akaun di Bank BSI atas nama Low Hock Peng atau Larry Low.
Kira-kira AS$30 juta daripada jumlah itu kemudian didakwa dipindahkan dari akaun ke akaun atas nama Selune Ltd di Rothschild Bank AG di Switzerland.
Menurut dokumen mahkamah itu, (Jho) Low didakwa memaklumkan kepada BSI Bank di Singapura bahawa dia adalah pemilik benefisial Selune Ltd.
Menurut dokumen itu, manakala notis yang ditandatangani untuk menjual atau menyewa unit kondominium didakwa mengenal pasti Larry sebagai penghuni, satu notis yang tidak ditandatangani bertarikh 15 Mei 2011, didakwa menyatakan bahawa Jho Low adalah sebenarnya pemilik benefisial muktamad.
Dokumen mahkamah memetik seorang ejen hartanah yang terlibat dalam penjualan penthouse Time Warner dan unit penyimpanan Time Warner yang mengatakan bahawa Jho Low adalah penghuni yang dimaksudkan apartmen itu dan bapanya tidak pernah melihat apartmen itu sebelum pembelian.
Menurut dokumen itu lagi, dalam bahan-bahan yang Jho Low kemukakan kepada entiti yang dia mahu menjalankan perniagaan, termasuk bahan-bahan yang dinyatakan dalam Perenggan 432-434 di bawah, Low didakwa menyatakan bahawa keluarganya adalah sumber penting kekayaannya.
Dengan menyalurkan wang melalui akaun bapanya untuk tempoh masa yang singkat, Low mewujudkan gambaran bahawa dana dalam akaun peribadinya, yang telah digunakan untuk memperolehi kepentingan dalam Park Lane Partnership, datang dari bapanya dan bukan dari Dragon Market, Granton dan Tanore," kata dokumen mahkamah itu.
Pengubahan wang lebih AS$200j
DOJ juga mendakwa bahawa Jho Low melakukan pengubahan wang lebih AS$200 juta dalam dana yang disalahgunakan yang dikesan kepada jualan bon 2013 ke dalam satu akaun di Amerika yang dimiliki oleh firma guaman DLA Piper.

Siapa pun ‘Malaysian Official 1’, kerajaan Malaysia mesti bertanggungjawab – Dr Aziz Bari


abdul_aziz_bari_3009_620_437_100


KUALA LUMPUR, 22 JULAI: Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari, berkata kerajaan tidak perlu berdolak-dalik terhadap pendedahan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, sebaliknya mesti bertanggungjawab kerana 1MDB adalah syarikat kerajaan Malaysia.
Ini katanya termasuklah melalui campur tangan Yang di-Pertuan Agong.
Tindakan kerajaan yang disifatkannya sebagai cubaan ‘mengawal kerosakan’ itu bagaimanapun tidak menjadikan kerajaan dilihat bersih sebaliknya seolah-olah mengesahkan segala pendedahan yang dibuat pelbagai pihak termasuk parti-parti pembangkang, portal Sarawak Report dan blog-blog politik sebelum ini.
20160722_104453“Siapapun Malaysian Official 1 itu, 1MDB tetap milik kerajaan Malaysia. Kerajaan kena bertanggungjawab, kena jawab, dan yang akhirnya pada saya, Yang Di Pertuan Agong kena ambil tindakan. Jangan beri amaran lagi, perlu desak Najib buat tindakan yang sepatutnya,” tegasnya ketika dihubungi Roketkini.
Menurut Ahli Jawatankuasa DAP Selangor itu, pendedahan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat yang telah memalukan imej negara tersebut sekaligus menunjukkan agensi-agensi kerajaan berkaitan yang terlibat dalam penyiasatan kes 1MDB seolah-olah tidak berkelayakan atau bersekongkol dengan Najib.

Skandal 1MDB: Bersediakah Umno bertindak ke atas Najib?

Tindakan keras Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat membanteras rasuah, khususnya membabitkan 1MDB menghidupkan semula desakan supaya Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan perdana menteri.
Lagipun, tidak sukar untuk meneka atau membuat andaian bahawa Najib adalah individu yang dirujuk sebagai "Malaysian Official 1" dalam saman itu yang menerima wang AS$731 juta milik 1MDB yang telah dipesongkan.
Ahli Umno sepatutnya tidak lagi begitu ‘taksub’ atau ‘nyayuk’ untuk mengabaikan bukti kukuh itu dan terus menyokong Najib sebagai presiden parti.
Mereka seharusnya mengurangkan risiko sekarang, dan menggantikan Najib dengan timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atau pemimpin lain yang difikirkan sesuai.
Namun, ini bukan apa yang terjadi.
Sebaliknya, reaksi awal Umno berhubung saman sivil DOJ adalah cubaan menolak kaitan Najib daripada sebarang kesalahan dengan hujah bahawa beliau tidak dinamakan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat. Secara teknikal, ini adalah betul.
Dan kemungkinan mereka yang dipilih sendiri oleh Najib dengan berhati-hati sendiri berpaling tadah adalah cukup mustahil.
"Kebanyakan mereka yang menentang beliau dalam parti telah pun dipecat ataupun diketepikan.
"Mereka yang kekal adalah mereka yang setia atau pragmatik dan akan bersamanya di sebalik persepsi itu," kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian kepada Malaysiakini.
Rakannya dari Institut Pulau Pinang, Wong Chin Huat juga bersependapat dan berkata, panglima perang Najib akan terus menyokongnya walaupun seterunya, Tun Dr Mahathir Mohamad akan cuba mencari rekrut baru.
"Panglima perang Umno akan tunggu dan lihat, dengan harapan ada perjanjian yang mampu memberi ganjaran terhadap pembelotan mereka," kata Wong.
Pembangkang berpecah-belah
Kemarahan orang ramai juga boleh memberi tekanan kepada panglima perang Umno
Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan dalam satu kenyataan percaya bahawa tidak ada tanda-tanda bahawa Umno akan bangkit menentang Najib.
Jadi, apa boleh membuatkan Umno untuk menyingkirkan Najib?
Bagi Wong, ini memerlukan pertuduhan sebenar ke atas perdana menteri dan bukan hanya kaitan kepada pembabitannya.