Khamis, 21 Julai 2016

Skandal 1MDB: Jabatan Keadilan US MALU-MALU PULAK tak nak dedahkan SIAPA SEBENARNYA identiti "Malaysian Official 1".

Jika anda baca keseluruhan kenyataan penuh dokumen dari Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), ANDA PASTI boleh tahu siapa sebenarnya 'MALAYSIAN OFFICIAL 1' itu...

MAKIN LAMA kebobrokan disorok, satu persatu tembelang 1MDB terserlah..

Satu dunia 9 NEGARA nak siasat dakwaan pengubahan wang haram, melibatkan ribuan juta dolar terhadap dana kekayaan negara 1MDB.

SWITZERLAND, SINGAPORE, HONG KONG, AMERIKA SYARIKAT, UNITED KINGDOM, U.A.E., THAILAND, AUSTRALIA, dan LUXEMBOURG sedang siasat..

TETAPI KENAPA di Malaysia SUDAH 'DIBERSIHKAN' ??!!

Cayalah Najib.. #MalaysianOfficial1 kini dah femes satu dunia dgn skandal dana berbilion2 ringgit !!!

Pengarang NST letak jawatan isu 1MDB pd akhir Jun lepas..

“Bagaimana kamu hendak bersemuka dengan wartawan, pengiklan dan seterusnya orang awam? Siapa yang bohong sekarang?” kata Mustapha Kamil yang meletakkan jawatan baru2 ini kerana kesal dengan NST yang cuba menutup laporan mengenai 1MDB.

Sungguh luar biasa Keluarga 1MDB ini bercuti joli sakan ke luar negara...

Inilah Keluarga 1MDB Jahanam...

Skandal 1MDB: Switzerland sita karya Van Gogh, Monet

Operasi masih belum tamat, kata jurucakap Pejabat Kehakiman Persekutuan
1mdb case
ZURICH: Bertindak atas pemintaan Amerika Syarikat, pihak berkuasa Switzerland merampas tiga karya yang berkait dengan siasatan keatas syarikat milik kerajaan Malaysia 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata mereka pada Khamis.
Jurucakap Pejabat Kehakiman Persekutuan berkata karya yang dirampas adalah La Maison de Vincent à Arles (rumah Vincent di Arles) yang dilukis Van Gogh, dan Saint-Georges Majeur (senja kala di San Giorgio Maggiore) dan Nympheas avec Reflets de Hautes Herbes (pantulan telepok dan pelbagai herba) yang dilukis Monet.
Beliau mengesahkan laporan oleh akhbar Neue Luzerner Zeitung.
“Operasi masih belum tamat maka kami tidak akan beri sebarang kenyataan berhubung lokasi lukisan-lukisan itu,” katanya.
Amerika Syarikat memfailkan saman pada Rabu untuk merampas aset-aset bernilai AS$1 bilion (RM4.07 bilion) yang dibeli dengan wang yang dipercayai disonglap daripada 1MDB.

“Malaysians have been defrauded on a massive scale”

Calls for Malaysia PM's resignation over 1MDB scandal

U.S. government: Billions stolen from Malaysian fund

SKANDAL 1MDB: MARI TENANGKAN JIWA MENATAP HARTA2 KITA DI AMERIKA

Tentunya pelbagai perasaan menyelubungi kita berhubung tindakan Jabatan Kehakiman AS mahu menyita 17 hartanah dan aset yang dikaitkan dengan dana 1MDB yang dipercayai telah diselewengkan.

Barangkali ada yang marah, geram, panas hati, tertekan, malu dan berbagai-bagainya, berterusan sejak malam semalam sehinggalah kini.

Untuk menenangkan jiwa dan mendamaikan perasaan, apa kata kita tenangkan hati dan jiwa seketika dengan menatap sebahagian daripada hartanah dan aset yang bakal dirampas itu.

Setidak-tidaknya, dalam kita marah, geram, panas hati, tertekan dan malu, harta sitaan ini juga adalah lambang "kejayaan" dan "kehebatan" segolongan anak bangsa kita di Amerika sana.

Park Lane Hotel di New York bernilai AS$380 juta dan Time Warner Penthouse di New York berharga AS$30.5 juta.

Park Laurel Condo di New York bernilai AS$33.5 juta dan Warker Tower Penthouse di New York berharga AS$50.9 juta.

Viceroy L'Ermitage Hotel di Beverly Hills berharga AS$44.8 juta dan sebuah mansion juga di Beverly Hills berharga AS$31 juta.

Montalban House di Los Angelas berharga AS$38.9 juta dan sebuah town house di London berharga AS$41.8 juta.

Pelaburan Red Granite Pictures yang menerbitkan filem The Wolf Of Wall Street bernilai AS$100 juta dan sebuah jet Bombardier 700 berharga AS$35.3 juta.

Lukisan Van Gogh berharga AS$5.4 juta dan Monet berhara AS$35 juta.

Lukisan Monet berharga AS$57.5 juta.

Hebatkan Malaysia di era Najib Razak dan melalui 1MDB yang ditubuhkannnya!!

Skandal 1MDB: Swiss sita 3 lukisan van Gogh, Monet

Pihak berkuasa Switzerland bertindak menyita tiga lukisan bernilai tinggi selepas ia didakwa ada kaitan dengan siasatan skandal 1MDB.
Jurucakap kerajaan berkata tindakan itu dibuat ekoran permohonan daripada pihak berkuasa AS.
Katanya lukisan yang diarah disita itu ialah La maison de Vincent à Arles karya Vincent van Gogh dan dua lukisan Claude Monet, Saint-Georges Majeur dan Nympheas avec Reflets de Hautes Herbes.
Jurucakap itu mengesahkan satu laporan oleh akhbar Neue Luzerner Zeitung.
"Operasi itu belum berakhir, justeru kami tidak akan memberikan komen mengenai lokasi lukisan itu buat masa ini," katanya.
Kerajaan AS semalam mengemukakan saman bagi menyita aset bernilai AS$1 bilion yang didakwa dibeli menggunakan wang dipercayai dicuri daripada 1MDB.

Mesej sebalik saman: AS bukan ‘taman permainan’ penguasa korup

Peguam percaya pendakwaan akan dibuat apabila pihak berkuasa AS dapat buktikan terdapat harta disonglap
Syahredzan Johan
PETALING JAYA: Washington D.C mahu menyampaikan satu mesej jelas melalui tindakan sivil halang tebus (civil forfeiture) untuk menyita dan mendapatkan semula harta yang didakwa disonglap melalui 1MDB: Amerika Syarikat bukan ‘taman permainan’ untuk pegawai kerajaan yang korup.
Begitu kata peguam Syahredzan Johan di laman Facebook mengulas saman oleh Jabatan Kehakiman AS (DoJ) yang mahu merampas aset-aset yang “terbabit dalam dan boleh dikesan kepada suatu konspirasi antarabangsa untuk mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB”.
“Setakat ini, belum ada tindakan prosiding jenayah yang diambil oleh pihak berkuasa AS,” kata Syahredzan sepertimana yang disebut Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam satu kenyataan petang tadi.
“Tetapi dalam mengambil tindakan sivil ini,” tambah Syahredzan, “jelas bahawa pihak berkuasa AS percaya bahawa terdapat suatu pakatan bersama untuk menyalurkan duit 1MDB ini untuk kegunaan peribadi seperti beli jet, kapal layar, hartanah, lukisan mahal Van Gogh dan Monet, bayar hutang judi di Las Vegas dan lain-lain lagi.”
Katanya ‘Malaysian Official one’ walaupun tidak dinamakan secara terus dalam dokumen DoJ, tetap terlibat dengan transaksi yang berkenaan menurut kertas kausa.
Namun bagi membolehkan penyitaan harta melalui tindakan sivil tersebut, Syahredzan menjelaskan pihak berkuasa AS harus menunjukkan bukti kepada mahkamah terdapatnya harta yang disonglap.
“Sebab itu kertas kausa yang difailkan di Mahkamah AS memperincikan segala apa yang telah dibongkar oleh pihak-pihak berkuasa melalui siasatan yang telah dilakukan.
“Siasatan kes ini masih berterusan. Maknanya, pendakwaan mungkin akan dijalankan di masa hadapan apabila siasatan selesai,” tambah Syahredzan.

Skandal 1MDB: Riza perlu lalui proses kehakiman sama seperti orang lain kata Najib

Saman sivil DoJ tidak akan jejas hubungan AS-Malaysia kerana ia berkaitan individu, bukannya kedudukan keseluruhan dasar kedua-dua negara.
riza
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, anak tirinya yang turut dinamakan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) untuk merampas aset-aset 1MDB perlu melalui proses kehakiman sama seperti orang lain.
“Sama seperti orang lain, beliau mempunyai hak beliau dan biarlah proses itu berjalan,” katanya yang dilaporkan Bernama selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri Kumpulan Felda hari ini.
Sebuah syarikat penerbitan filem yang diketuai Riza hari ini menafikan ia menerima dana AS$64 juta (RM256 juta) secara tidak sah daripada 1MDB bagi membiayai filem “The Wolf of Wall Street” yang dibintangi Leonardo DiCaprio.
Ketua Pegawai Eksekutif Red Granite Pictures itu merupakan antara orang dinamakan dalam permohonan DoJ semalam dalam usaha menyita aset berkait 1MDB berjumlah AS$1 bilion (RM4 bilion), kes terbesar di AS membabitkan korupsi luar negara serta rampasan terbesar dalam sejarah AS, dijangka melibatkan harta benda dan aset-aset lain yang dibeli dengan wang yang didakwa dilesapkan daripada 1MDB.
Perdana menteri menegaskan, saman sivil yang dikemukakan DoJ AS ke atas 1MDB adalah tindakan sivil.
“Perlu dijelaskan ini merupakan tindakan sivil, bukan tindakan jenayah dan ia terhad kepada nama-nama yang disebut dalam laporan DoJ.
“Oleh itu, daripada segi kerajaan kita akan beri kerjasama sepenuhnya kepada semua pihak badan siasatan antarabangsa,” katanya.
Ditanya jika saman sivil DoJ itu akan menjejaskan hubungan Malaysia dan AS, perdana menteri berkata, ia adalah isu berbeza sama sekali kerana ia berkaitan individu, bukannya kedudukan keseluruhan dasar kedua-dua negara.
Beliau berkata, pendirian kerajaan selama ini adalah tidak mahu melihat sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang dan mereka yang terbabit akan melalui proses kehakiman di mahkamah AS.
“Maknanya seseorang itu ada peluang bela diri sendiri atau mengikut proses kehakiman di mahkamah. Kita tidak sewajarnya buat apa-apa kesimpulan selagi proses belum selesai,” katanya.
Rampasan aset bernilai lebih AS$1 bilion (RM4.05 bilion) oleh DoJ itu adalah rampasan terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat, dijangka melibatkan harta benda dan aset-aset lain yang dibeli dengan wang yang didakwa dilesapkan daripada 1MDB.

1MDB: Tiada konspirasi peringkat antarabangsa kata Menteri Umno

Annuar kata Isu DOJ Jadi Masalah Sebab Diputar Belit

Najib responds to US probe into embezzlement of 1MDB funds

Saman DOJ: Najib minta jangan buat andaian

Skandal 1MDB: Pembangkang beri kata dua, amaran 'aksi' 30 Julai

Susulan pengumuman menggemparkan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) berkaitan 1MDB, pembangkang petang ini mengemukakan tiga tuntutan kepada kerajaan.

Perkara itu, adalah supaya perdana menteri bercuti, menasihati penubuhan suruhanjaya diraja kepada Yang di-Pertuan Agong serta memanggil sidang parlimen tergempar.
Menurut mereka, Datuk Seri Najib Razak perlu bercuti segera susulan tanggapan beliau mempunyai kuasa ke atas agensi utama penguatkuasaan kerajaan.

Dalam kenyataan bersama, Majlis Presiden Pakatan Harapan berkata, jika “kata dua” itu gagal dipenuhi, mereka akan menggerakkan rakyat untuk “tindakan politik” pada 30 Julai depan sebagai tandan protes.

Setakat ini tidak jelas jenis tindakan politik itu atau sama ada ia sebuah himpunan bantahan.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mencadangkan sebuah himpunan bagi mendesak pengunduran Najib manakala BERSIH pula dikatakan sedang mempertimbang tindakan sama.
Kenyataan itu ditandatangani oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pemangku pengerusi DAP Tan Kok Wai dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu.
DOJ semalam mengumumkan langkah untuk menyita aset berbilion ringgit yang dikaitkan dengan 1MDB – yang bakal menjadi rampasan terbesar dalam sejarah AS.
Selain mendakwa wang 1MDB telah “dicuri”, beberapa individu dikaitkan termasuk Riza Aziz, anak tiri Najib, dan Jho Low serta “Malaysian Official 1” – yang menurut pemimpin pembangkang merujuk kepada Najib.

Skandal 1MDB: Rakyat perlu bersuara tebus maruah negara

Raja Bahrin menyeru semua ahli Parlimen mengadakan mesyuarat untuk mendesak Majlis Raja-raja Melayu bertindak.
Kamarul Bahrin Shah
Oleh Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
Pengumuman kerajaan Amerika Syarikat berhubung skandal 1MDB semalam mengesahkan lagi apa yang kami tahu dan syak.
Amerika Syarikat merupakan salah satu kuasa ekonomi dunia utama yang menjalankan siasatan termasuk Singapura, Switzerland, England dan juga Hong Kong. Mereka adalah kuasa ekonomi dunia berwibawa dan berpengalaman.
Anehnya, akhbar pro kerajaan Malaysia meremehkan isu pengumuman kerajaan Amerika dalam usaha barat hendak menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Ini adalah hujah usang yang sering digunakan bagi mempertahankan kerajaan yang korup dan tidak bermaruah.
Kenapa sudah bertahun dicabar, kerajaan tidak mendakwa di mahkamah akhbar Wall Street Journal dan Sarawak Report yang didakwa “memfitnah teruk” Najib? Itulah jalan yang paling logik.
Sejak akhir 2015, Majlis Raja-raja Melayu meminta kerajaan menyelesaikan masalah 1MDB tetapi tidak diendahkan. Adakah kerajaan menuduh Majlis Raja-raja Melayu mahu menjatuhkan Najib juga? Majlis Raja-raja hanya ingin membela nasib rakyat yang dirompak berbilion ringgit oleh pihak rakus.
Saya ingin memohon Majlis Raja-raja Melayu mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang bebas – Royal Commission untuk menyiasat isu 1MDB. Mereka berhak berbuat demikian kerana nasihat mereka diketepikan dan ketua audit negara berhubung 1MDB yang dirahsiakan selama ini.

Skandal 1MDB: Selepas saman di Amerika, Apandi masih kata belum temui kesalahan 1MDB

Walaupun pihak Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) sudah mengumumkan beberapa aset berkaitan dengan 1MDB, sebaliknya yang berlaku di Malaysia apabila Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali pula mengatakan masih belum menemui bukti kesalahan membabitkan syarikat bermasalah itu.
Dalam satu kenyataan, Apandi berkata sedar mengenai pengumuman DOJ semalam, bagaimanapun berhujah kemudiaannya mengatakan :
“Tidak ada sebarang bukti daripada penyiasatan yang dijalankan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang dalam pelbagai bidang kuasa menunjukkan terdapat wang yang disalahgunakan dari 1MDB; dan
“Masih belum ada sebarang tuduhan jenayah pilihan terhadap mana-mana individu bagi kesalahan penyalahgunaan dana daripada 1MDB.”
Apandi dalam kenyataan juga membidas pihak yang cuba melibatkan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pengumuman oleh DOJ semalam.

Skandal 1MDB: RM381 Juta Tu Hadiah Dari Aabar BV Kata Riza Aziz

Bertuahnya badan dia..macam bapa tiri dia jugak, Bapa tiri dapat derma RM2.6Billion dari Arab.. anak tirinya pulak dapat hadiah sebanyak RM381 juta dari syarikat Aabar BV..

Penderma untuk bapa tiri dia tidak mengharapkan sebarang balasan.. begitu juga pemberi hadiah untuk anak tiri dia..

Kononnya hadiah diberi dengan ikhlas berdasarkan hubungan yang rapat peribadi Aabar AV dan anak tiri Najib tu..

Anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, mendakwa dana 1MDB bernilai AS$94 juta (RM381 juta) dalam akaun - yang dia memiliki akses untuknya - adalah hadiah daripada syarikat Aabar BVI, kata Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat. 
"(Riza) Aziz mendakwa - termasuk dalam laporan cukainya pada 2012 - wang itu adalah 'hadiah' daripada Aabar BVI," kata laporan itu semalam. 
Menurut DOJ, Aabar BVI - sebuah syarikat didaftarkan di Kepulauan British Virgin dengan nama sama - menerima AS$1.367 bilion wang yang diselewengkan daripada bon 1MDB untuk perjanjian pembelian kuasa pada 2012. 
Daripada jumlah itu AS$238 juta dimasukkan ke akaun syarikat perfileman Riza, Red Granite, di Singapura. 
DOJ mendakwa Riza menggunakan AS$94 juta wang itu untuk membeli tiga harta tanah - dengan setiap satu di New York City, Beverly Hills dan London. 
Dalam saman dikemukakan pihak berkuasa AS itu, DOJ memperincikan bagaikana firma perakaunan berpangkalan di AS, Nigro Karlin Segal Feldstein & Bolno (NKSFB) cuba mendapatkan penjelasan mengenai "hadiah" berkenaan. 
"Dana itu datang daripada seorang pelabur dalam Red Granite Capital, saya tidak dapat mengesahkannya tanpa bukti bahawa ia bukan pendapatan kepada Riza. Firma berada dalam risiko, angka-angkanya terlalu tinggi," kata seorang rakan kongsi NKSF melalui e-mel. 
Pindahan tanpa sebab 
Seorang pengarah urusan di firma itu yang bertindak bagi pihak Riza menjelaskan Aabar BVI adalah "sebuah syarikat pegangan persendirian seorang rakan keluarga" individu terlibat. 
Dia juga menyertakan sekeping surat daripada Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny iaitu pengarah Aabar BVI serta ketua pegawai eksekutif syarikat itu ketika transaksi berkenaan berlangsung. 
Kandungan surat itu ialah: "Surat ini bertujuan mengesahkan bahawa pemindahan AS$94,500,000 yang terdiri daripada pindahan kawat pada 18 Jun 2012 untuk BSI Bank Bhd (nombor akaun [XXX] 250A) untuk manfaat Riza Aziz bertujuan sebagai hadiah. 
"Pemindahan itu dibuat tanpa sebarang pertimbangan dan tiada perkhidmatan dijalankan atau hadiah diterima bagi aset. Ini adalah satu pemindahan tanpa sebab dibuat dengan ikhlas berdasarkan hubungan yang rapat peribadi kami." 

Skandal 1MDB: Pembangkang tak faham saman Jabatan Kehakiman AS kata Umno

Apa dikemukakan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat itu merupakan saman sivil yang perlu melalui proses-proses yang tertentu.
annuar-musa-doh
SHAH ALAM : Tan Sri Annuar Musa mendakwa pembangkang tidak memahami saman dikemukakan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) yang mahu merampas harta benda berkait dengan syarikat kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketua Penerangan UMNO itu berkata, ini kerana apa yang dikemukakan oleh DoJ itu merupakan saman sivil yang perlu melalui proses-proses yang tertentu.
“Secara jelas di situ 1MDB atau Perdana Menteri tidak terkait dengan apa yang mereka sedang lakukan,” katanya, “kalau itu difahami tidak perlu ada sesetengah pihak teruja.”
“Saya baca beberapa kenyataan semalam apabila keluar pasal itu (saman DoJ) terus kait Perdana Menteri patut letak jawatan.
“Itu bagi orang yang pada awal lagi motif nak ambil kesempatan apa yang dialami 1MDB untuk nak menjatuhkan Perdana Menteri secara demokratik,” katanya kepada pemberita seusai majlis pelancaran Mara Digital di Anggerik Mall di sini hari ini.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memfailkan saman pada Rabu kerana mahu merampas harta benda yang berkait dengan syarikat pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Saman yang difailkan di Los Angeles itu berkata mereka mahu merampas aset-aset yang “terbabit dalam dan boleh dikesan kepada suatu konspirasi antarabangsa untuk mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB.”
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, sekiranya Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berjaya memenangi saman sivil bagi mengambil aset terbabit, aset itu akan dipulangkan kepada pemilik yang berhak iaitu 1MDB.

Menteri Umno: 1MDB tak pernah kata wangnya hilang, dicuri

Dalam perkembangan mengejutkan berhubung kemelut 1MDB yang berlarutan, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, semalam memfailkan saman sivil untuk merampas aset AS$1 bilion yang dikaitkan dengan konspirasi antarabangsa serta didakwa sebagai penggubahan wang haram melalui firma pelaburan negara itu.
Walau bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata tindakan itu berdasarkan aduan yang difailkan oleh pihak ketiga, dan mereka yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta bukannya pihak-pihak yang terjejas.
"Pihak yang terjejas dalam kes ini adalah 1MDB dan Amerika Syarikat berkata ia bertindak berdasarkan wang dicuri atau dipindahkan secara haram daripada 1MDB.
"Oleh itu, jika ada aset atau wang yang dirampas di Amerika Syarikat, kemudiannya, wang berkenaan akan dikembalikan kepada 1MDB.
"Masalahnya, 1MDB sendiri berkata wangnya tidak hilang mahupun dicuri daripadanya," katanya dalam tulisan di blog.
Salleh berkata pengumuman DOJ menimbulkan kekeliruan kerana maklumat lanjut yang tidak mencukupi.
"Ini adalah saman sivil dan bukannya tindakan jenayah walaupun ini tidak bermakna bahawa kemudian nanti, ia juga boleh meliputi tindakan jenayah jika cukup bukti jenayah diperoleh," katanya.
Menteri itu berkata jika Amerika Syarikat memilih saman jenayah maka beban untuk membuktikan kesalahan akan terletak di bahu pendakwa.
"Dalam kes ini mereka memilih saman sivil dan selepas membeku atau merampas aset tertuduh, tertuduh perlu membuktikan bahawa aset-aset itu adalah sah dan tidak diperoleh secara haram.
"Ini memindahkan beban untuk membuktikan daripada pendakwa ke atas tertuduh," katanya.
Menteri: Amerika ada kalanya terburu-buru
Mengimbas sejarah, Salleh berkata Amerika ada kalanya terburu-buru dalam membuat keputusan atau bertindak dan kemudian apa yang didakwa itu terbukti tidak betul.
Beliau memberi contoh kes pencerobohan Iraq pada tahun 2003 kerana mempercayai bahawa rejim Presiden Saddam Hussein memiliki senjata pemusnah secara besar-besaran.

Duit Derma Dan Duit Hadiah...!!

Penyangak kroni Umno songlap duit 1MDB RM juta juta.. berjudi di Vegas.. #MalaysianOfficial2.. anak tiri #MalaysianOfficial1....

TIBA-TIBA najib #sayamintamaaf #MalaysianOfficial1..

Jangan bagi tekanan, siasatan 1MDB masih diteruskan - tegas IGP

Skandal 1MDB: Hentilah sokong Najib, Khalid gesa MP UMNO dan BN

Skandal 1MDB: Jangan buat andaian kerana Najib tidak dinamakan sembang AG

Malah tiada pendakwaan jenayah dikenakan terhadap mana-mana orang atas kesalahan melesapkan dana 1MDB
apandi-ali
PETALING JAYA: Peguam Negara merasa khuatir melihat khabar angin dan dakwaan terhadap Perdana Menteri susulan tindakan undang-undang yang dipohon Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) semalam.
Mengambil maklum ianya merupakan tindakan sivil (civil action) terhadap harta benda (in rem) supaya aset-aset yang dikaitkan kepada dakwaan pengubahan wang yang dilesapkan daripada 1MDB, Tan Sri Mohamed Apandi Ali ingin mengingatkan orang ramai bahawa Datuk Seri Najib Razak tidak dinamakan mahupun dituduh atas sebarang salahlaku.
“Peguam Negara mahu menjelaskan bahawa tuntutan sivil yang dibuat DoJ Amerika Syarikat tidak sama sekali menamakan Perdana Menteri sebagai defendan, atau mendakwa Perdana Menteri melakukan sebarang salahlaku jenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Malah, Apandi menekankan setakat ini, “tidak ada pendakwaan jenayah diadakan terhadap mana-mana individu untuk salahlaku melesapkan dana daripada 1MDB.”
Semalam, DoJ memfailkan saman yang menyiasat dakwaan lebih AS3.5 bilion (RM14.17 bilion) dilesapkan daripada 1MDB.
Dalam saman yang difaikan di Los Angeles itu, DoJ berkata mereka mahu merampas aset-aset yang “terbabit dalam atau boleh dikesan kepada suatu konspirasi untuk mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB”.

Skandal 1MDB: Nak palitkan Najib? Selamat berjaya, kata Umno

Tan Sri Annuar Musa mengucapkan “selamat berjaya” kepada pihak yang cuba memalitkan perdana menteri selepas Amerika Syarikat (AS) memulakan usaha menyita aset 1MDB.
“Sekali lagi kita ucap selamat berjaya pada pembangkang. Mereka boleh terus mencubanya dengan cara mereka.
“Kerajaan ada cara kerajaan.

“Umno ada cara Umno,” kata Ketua Penerangan Umno itu dalam sidang media selepas melancarkan pusat perniagaan Mara Digital 2 di Shah Alam hari ini.

Swiss watchdog suspects lax bank controls related to 1MDB

Finma suggests systems to combat money-laundering insufficient with 'weaknesses in the processes for accepting clients and monitoring transactions'.
switzerland-1mdb
GENEVA: Switzerland’s Finma financial watchdog suspects banks being probed about ties to scandal-hit Malaysian state-owned investment fund 1MDB had lax money-laundering controls, but declined to give any details about four open investigations.
“Finma has indications here that the measures for combating money laundering were insufficient in these banks,” a spokesman said.
He was responding to news that the Monetary Authority of Singapore had completed inspections of DBS, Standard Chartered and UBS.
Preliminary findings there showed instances of “control failings” in all three banks and “weaknesses in the processes for accepting clients and monitoring transactions”.
UBS had no immediate comment.
Finma in May found Swiss private bank BSI in breach of money laundering regulations in connection with 1MDB. BSI has filed an appeal against that finding.

SKANDAL 1MDB: KATA DUA KEPADA PERDANA MENTERI

MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN

Rakyat Malaysia malah satu dunia digemparkan berita sidang media Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (US Department of Justice, DoJ) malam tadi yang mengumumkan bahawa aset berjumlah RM4 bilion (USD1 bilion) yang didakwa diperolehi secara haram akan dirampas. Ini merupakan rampasan aset haram terbesar dalam sejarah di Amerika Syarikat. Sidang media tersebut secara jelas menyatakan bahawa antara 2009 dan 2015, hampir RM14 bilion (USD3.5 bilion) telah dikeluarkan secara haram dari 1Malaysia Development Berhad oleh beberapa individu termasuk Riza Aziz, anak tiri Dato' Sri Najib Razak, dan Jho Low, dengan pengetahuan dan kelulusan seorang individu yang diberi nama "Malaysian Official 1".

Maka, memandangkan betapa beratnya dakwaan ini, dan implikasinya kepada nama dan imej negara, Majlis Presiden Pakatan Harapan dengan ini menggesa perkara-perkara berikut dilaksana dengan segera:

1. Dato' Sri Najib Razak perlu mengambil cuti dari jawatan Perdana Menteri pada kadar segera, oleh sebab wujudnya persepsi beliau mempunyai kuasa dan pengaruh ke atas agensi utama kerajaan termasuk pejabat Peguam Negara, Polis Di-Raja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dan oleh kerana isu ini berkait rapat dengan bidang kuasa malah juga jangkamasa beliau memegang jawatan tersebut;

2. Kabinet perlu menasihati DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk menitahkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan Di-Raja - yang terdiri daripada individu-individu yang tiada kaitan dengan mereka yang didakwa terlibat di dalam isu ini - untuk menyiasat dakwaan-dakwaan berat ini; dan

3. Satu sidang Parlimen tergempar perlu dipanggil segera, supaya Dato' Sri Najib boleh memberikan penjelasan sepenuhnya mengenai isu ini kepada Ahli-Ahli Parlimen.

Majlis Presiden Pakatan Harapan juga dengan ini memberikan kata dua (ultimatum) kepada Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak, bahawa sekiranya beliau dan Kabinet gagal melaksanakan ketiga-tiga perkara di atas sehingga Jumaat 29hb Julai, maka Pakatan Harapan akan bersama menggerakkan rakyat dalam satu tindakan politik pada Sabtu, 30hb Julai 2016 sebagai tanda protes terhadap pentadbiran Dato' Sri Najib.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

Tan Kok Wai
Pemangku Pengerusi Kebangsaan DAP

Mohamad Sabu
Presiden Amanah

21 Julai 2016

Skandal 1MDB: Media wajar melaporkan yang benar, tegas Dr M

Skandal 1MDB: BERSIH setuju perhimpunan aman desak Najib lepas jawatan

The time has come Dr M said to call for the removal of prime minister Najib Razak

Panggillah saya tak siuman, marilah berdebat - cabar Dr M

Beri kami peluang buat penjelasan kepada raja Melayu, kata Dr M

Mahathir rayu Raja-Raja: Jangan dengar Najib saja..!!

Tun Dr Mahathir Mohamad merayu kepada Raja-Raja Melayu untuk berkenan bagi beliau menghadap dengan tujuan untuk menjelaskan situasi negara dan tidak hanya mendengar daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Kami berharap Raja-Raja akan memberi kami peluang untuk menerangkan kepada mereka kerana setakat ini kami tidak diberi peluang berbuat demikian.
"Perkara yang mereka dengar adalah hanya daripada Najib, tetapi dia yang banyak dituduh melakukan kesalahan," kata bekas perdana menteri itu pada sidang akhbar di Putrajaya.
Semalam, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat mengumumkan bahawa mereka telah memfailkan tuntutan sivil di mahkamah untuk mendapatkan pelucutan hak dan merampas aset sebanyak AS$1 bilion yang didakwa digubah secara haram melalui 1MDB.

Skandal 1MDB: Pua dakwa 'Malaysian Official 1' ialah Najib

Tidak syak lagi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah individu yang disebut sebagai 'Malaysian Official 1' dalam tuntutan mahkamah sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) yang difailkan semalam, dakwa ahli parlimen Tony Pua hari ini.
"Tidak ada lagi 'official' selain daripada Najib yang telah dibersihkan (salah laku oleh peguam negara)," dakwa setiausaha publisiti kebangsaan DAP pada sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.
Walaupun dokumen mahkamah tidak mengenal pasti Malaysian Official 1, Pua mendakwa ia menggambarkan individu itu sebagai orang yang mempunyai kuasa dalam kerajaan.
'Malaysian Official 1' mempunyai kuasa untuk meluluskan semua pelantikan dan penyingkiran lembaga pengarah 1MDB dan pasukan pengurusan kanan 1MDB, menurut dokumen berkenaan.
Artikel 117 daripada Memorandum dan Artikel (M&A) 1MDB menyatakan bahawa hanya Najib mempunyai kuasa itu, dakwa Pua.
Tambahnya, halaman 75, perenggan 263 dokumen itu menyatakan bahawa Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membersihkan Malaysian Official 1 dalam siasatan ke atas AS$ 681 juta.
Ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu menggesa Apandi menjelaskan dakwaan bahawa wang yang disalurkan ke dalam akaun Najib adalah daripada penderma Arab.
Dokumen-dokumen dari DOJ menunjukkan bahawa AS$ 681 juta berasal daripada AS$ 3 bilion bon yang diperoleh 1MDB.
Dari bon itu, AS$ 1.592 bilion telah dialihkan ke dalam akaun milik Tanore Finance Corporation, yang kemudiannya dipam AS$681 juta untuk 'Malaysian Official 1'.
"Di mana penderma Arab seperti yang didakwa oleh Apandi," soal Pua.
"Saya menyeru kepada Apandi untuk mendakwa Najib kerana kecurian besar itu atau dia harus meletakkan jawatan jika dia tidak sanggup berbuat demikian, sementara kita mencari orang lain yang mampu untuk membawa pertuduhan terhadap Malaysian Official 1, yang dengan jelas adalah Najib," dakwanya.

Jangan beri tekanan pada polis dalam isu 1MDB – IGP

Proses merakam percakapan dan meneliti dokumen tidak boleh dilakukan dalam waktu yang singkat sebaliknya memerlukan masa.
khalid-igp-pdrm-polis-1mdb
KUALA LUMPUR: Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa rakyat supaya tidak memberi tekanan kepada pihak polis terhadap siasatan 1MDB kerana banyak dokumen perlu diteliti.
Ketua Polis Negara itu berkata, proses rakaman percakapan dan penelitian dokumen tidak boleh dilakukan dalam waktu yang singkat sebaliknya memerlukan masa.
“Semua orang mahu kami melaksana tugas dengan baik. Jadi, kami perlukan masa kerana rakaman percakapan seseorang saksi tidak boleh selesai dalam masa sehari dua.
“Proses rakaman dan penelitian semua dokumen yang berkait boleh mengambil masa sehingga dua minggu,” ujarnya dalam sidang media di Pulapol Kuala Lumpur, hari ini.
Tambahnya, fasa pertama melibatkan rakaman kenyataan lebih 25 individu dan ia hampir selesai dilakukan.
“Fasa kedua adalah menghantar pegawai ke luar negara untuk sekali lagi merakam percakapan dan mendapatkan dokumen.
“Jadi kita akan ke luar negara bila-bila masa, cuma ada sedikit yang tidak selesai,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, Khalid enggan mengulas mengenai laporan yang dibuat Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat berhubung skandal 1MDB.
“Saya tidak berhasrat untuk komen mengenai perkara itu kerana ia adalah prosedur sivil, itu adalah tindakan yang diambil US,” katanya.
Malah, Khalid turut akui pihaknya langsung tidak dimaklumkan mengenai tindakan DOJ itu.
Khalid juga memberi jaminan untuk berusaha menjejaki anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz yang juga seorang penerbit filem Hollywood, serta jutawan Low Taek Jho atau Jho Low.
“Itu adalah tugas polis dan kami tahu apa yang harus dilakukan bila siap nanti. Kami akan kemukakan kertas siasatan kepada peguam negara,” katanya.

'Malaysian Official 1' sangat hampir dengan Najib, dakwa Tun Mahathir


Tun Mahathir Mohamad pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Foto WAN ZAHARI SALLEHTun Mahathir Mohamad pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Foto WAN ZAHARI SALLEH
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak satu tribunal bebas ditubuhkan bagi menyiasat perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan jabatan kehakiman Amerika Syarikat terhadap syarikat berkaitan 1MDB dan menyifatkan individu yang dinamakan sebagai 'Malaysian Official 1' sangat hampir dengan Najib.
Mahathir berkata, tribunal tersebut tidak boleh melibatkan Najib kerana beliau merupakan orang yang perlu disiasat.
"Rakyat mesti menuntut pengunduran perdana menteri, menuntut siasatan segera oleh tribunal bebas bukan tribunal yang dinasihati oleh perdana menteri kerana perdana menteri orang yang perlu disiasat.
"Tribunal ini perlu ditubuh secara bebas," kata belia dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini.
Semalam Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (US Department of Justice, DOJ) menyatakan Kerajaan Amerika Syarikat akan mengambil alih aset bernilai lebih RM4 bilion (USD1 bilion) yang berkait dengan satu konspirasi antarabangsa untuk mengubah wang haram daripada 1MDB.
DOJ juga telah menamakan individu-individu yang didakwa terlibat iaitu Riza Aziz (anak tiri kepada Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak), Jho Low, Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohammed Ahmed Badawy Al-Husseiny.
Sidang media DOJ tersebut dengan jelas menyatakan RM4 bilion itu adalah sebahagian dari lebih RM14 bilion (USD3.5 bilion) yang dikenal pasti dilarikan dari 1MDB antara 2009 hingga 2015.
Mahathir turut mendakwa 'Malaysian Official 1' yang disebut dalam laporan tersebut sangat hampir dengan batang tubuh Najib.
"Nama beliau berulang kali disebut dalam laporan.
"Kes ini perlu dibawa ke mahkamah dan mendakwa perdana menteri dan kerajaan yang mencuri duit rakyat," katanya lagi.
Pegawai Amerika juga menggunakan perkataan 'A close relative of a senior 1MDB official' sebagai antara penerima faedah dari penyelewengan ini.
Mahathir turut meminta referendum rakyat diteruskan bagi mendesak Najib berundur.
"Memandangkan perdana menteri tidak magu berundur dengan sendiri rakyat mesti meneruskan referendum yang telah kita mulakan," katanya.

Skandal 1MDB: Tiada bukti wang digelapkan, PM tak disebut kata AG

Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali menegaskan tiada bukti menunjukkan wang daripada 1MDB digelapkan.
“Tiada bukti daripada sebarang siasatan djalankan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan dalam pelbagai bidang kuasa menunjukkan terdaoat wang digelapkan daripada 1MDB...,” katanya.
Apandi juga berkata tiada pertuduhan jenayah terhadap mana-mana individu atas kesalahan menggelapkan dana daripada 1MDB.
Apandi juga menzahirkan kebimbangan terhadap dakwaan dan sindiran terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap dakwaan salah laku dalam kes langkah sivil in rem yang difailkan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS).

“Peguam negara ingin jelaskan bahawa tiada dalam tuntutan sivil difailkan oleh DOJ AS yang perdana menteri dinamakan sebagai defendan atau didakwa melakukan sebarang salah laku,” katanya.
Apandi awal tahun ini telah membersihkan nama Najib daripada sebarang salah laku dalam dua siasatan rasuah yang berkait dengan 1MDB.

DOJ, dalam saman untuk menyita aset yang diperoleh menggunakan dana 1MDB, tidak menamakan Najib.
Jabatan itu bagaimanapun menyebut "Malaysian Official 1" didakwa menerima AS$781 juta wang yang disalah guna.
Malaysian Official 1 dirujuk sebagai “pegawai tinggi dalam kerajaan Malaysia yang juga memegang jawatan autoriti dengan 1MDB”.

PAC chief behind 1MDB cover up

Tony Pua urges PAC Chairman Hasan Arifin to step down amidst latest 1MDB revelations.
tony-pua-hassan-arrifin-1mdb
KUALA LUMPUR: Public Accounts Committee (PAC) Chairman Hasan Arifin was the “kingpin” behind the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) cover up, the DAP said.
DAP MP Tony Pua called for Hasan to step down as PAC chairman immediately as he had “lost the confidence of Malaysians”.
“Hasan Arifin does not deserve to be PAC chairman. He helped cover up the entire scam when he denied that Jho Low owned Good Star Ltd.
“Najib (Razak) could not be investigated because Hasan had covered up the entire scam,” Pua said at a press conference at the DAP headquarters here today.
In May, Hasan denied that Malaysian financier Low Taek Jho was the owner of Good Star Limited.
The Wall Street Journal previously revealed a confidential letter from Bank Negara to Hasan naming Low, or Jho Low, as the beneficial owner of Good Star Limited.
“This is because Bank Negara had said the information provided was (for) intelligence (purposes). PAC is not an investigative body and the information it received has to be authentic and true.
“As the information received by the PAC is classified as intelligence, PAC is unable to incorporate the information provided as it would be in conflict with its duties and responsibilities and raise prejudices against various parties,” Hasan said at the time.
Yesterday, US Attorney-General Loretta Lynch told a press conference that 1MDB officials treated the state investment fund like “a personal bank account” and “stole billions of dollars from the people of Malaysia”.
The DoJ alleged offences were committed over a four-year period and involved multiple individuals, including Malaysian officials and their associates, who conspired to fraudulently divert billions of dollars from 1MDB.

'Malaysian Official 1': Tak sebut Najib petunjuk hubungan akrab AS-Malaysia, kata IDEAS

Tindakan pihak berkuasa AS yang tidak menamakan secara langsung nama Najib, sebaliknya sekadar menyebut 'Malaysian Official 1' mungkin disebabkan pertimbangan politik dan diplomasi, kata Wan Saiful Wan Jan.
Wan-Saiful-Wan-Jan_malaysia_usa_600
PETALING JAYA: Hubungan Malaysia-Amerika Syarikat tidak akan terjejas walaupun Jabatan Kehakiman negara itu semalam bertindak mahu menyita aset berkait syarikat milik Kementerian Kewangan 1MDB, kata seorang penganalisis.
Wan Saiful Wan Jan, yang mengetuai badan pemikir Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), memberitahu FMT beliau tidak menganggap tindakan itu menjejas hubungan kedua-dua negara.
Malah, katanya, hubungan akrab itu dapat dirasai apabila dokumen Jabatan Kehakiman yang menyenaraikan salah laku pelbagai pihak yang dituduh menggunakan wang berkait 1MDB, tetapi langsung tidak menyebut nama Datuk Seri Najib Razak.
“Saya tertarik ketika nama Riza Aziz (dan lain-lain) dinyatakan, nama Najib tidak disebut langsung,” kata Wan Saiful, merujuk anak tiri Najib yang didakwa menggunakan wang 1MDB berjumlah RM256 juta bagi membiayai pembikinan filem “The Wolf of Wall Street” terbitan syarikatnya.
“Nampaknya masih ada perkiraan yang mungkin bersifat politik dan diplomasi yang diambil kira, walaupun ketika menyediakan dokumen mahkamah itu,” katanya lagi.
Selain Riza, dokumen lebih seratus halaman itu turut menyebut nama ahli perniagaan Taek Jho Low dan seorang yang sekadar dikenali “Malaysian Official 1″ (Pegawai Malaysia 1″), dipercayai pemimpin kanan kerajaan Malaysia.
Wan Saiful berkata sesiapa yang membaca sepenuhnya dokumen tersebut boleh merumuskan ia mungkin merujuk kepada Najib.

Skandal 1MDB: Dr M saran adakan perhimpunan aman desak Najib undur

Skandal 1MDB: PDRM tidak dimaklumkan laporan DOJ, kata IGP

Polis enggan komen langkah AS pada 1MDB

Pihak polis tidak dimaklumkan mengenai pengumuman Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) berhubung dakwaan skandal 1MDB malam tadi.
Justeru, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar enggan mengulas mengenai perkara itu kerana ia melibatkan prosiding sivil.
“Kami tidak dimaklumkan jadi saya tidak mahu komen.
“Saya tidak berhasrat untuk komen mengenai perkara itu, kerana itu adalah prosiding sivil itu adalah langkah yang diambil oleh AS, jadi saya tak berhasrat komen,” katanya kepada pemberita di ibu negara.

DOJ memfailkan saman untuk merampas hartanah bernilai kira-kira AS$1 bilion (RM4 bilion) yang berkaitan dengan 1MDB.
Ia sebahagian daripada dana AS$3.5 bilion yang didakwa disalah guna dan aset lain yang terlibat termasuk rumah mewah, karya seni, jet peribadi dan kutipan filem Hollywood The Wolf of Wall Street.
Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) Loretta Lynch juga mengeluarkan kenyataan yang memberi tamparan hebat kepada kerajaan Malaysia, bahawa sekurang-kurangnya AS$3.5 bilion milik rakyat Malaysia telah dicuri.

DOJ: Riza dakwa dana AS$94j adalah hadiah

Anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, mendakwa dana 1MDB bernilai AS$94 juta (RM381 juta) dalam akaun - yang dia memiliki akses untuknya - adalah hadiah daripada syarikat Aabar BVI, kata Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.
"(Riza) Aziz mendakwa - termasuk dalam laporan cukainya pada 2012 - wang itu adalah 'hadiah' daripada Aabar BVI," kata laporan itu semalam.
Menurut DOJ, Aabar BVI - sebuah syarikat didaftarkan di Kepulauan British Virgin dengan nama sama - menerima AS$1.367 bilion wang yang diselewengkan daripada bon 1MDB untuk perjanjian pembelian kuasa pada 2012.
Daripada jumlah itu AS$238 juta dimasukkan ke akaun syarikat perfileman Riza, Red Granite, di Singapura.
DOJ mendakwa Riza menggunakan AS$94 juta wang itu untuk membeli tiga harta tanah - dengan setiap satu di New York City, Beverly Hills dan London.
Dalam saman dikemukakan pihak berkuasa AS itu, DOJ memperincikan bagaikana firma perakaunan berpangkalan di AS, Nigro Karlin Segal Feldstein & Bolno (NKSFB) cuba mendapatkan penjelasan mengenai "hadiah" berkenaan.
"Dana itu datang daripada seorang pelabur dalam Red Granite Capital, saya tidak dapat mengesahkannya tanpa bukti bahawa ia bukan pendapatan kepada Riza. Firma berada dalam risiko, angka-angkanya terlalu tinggi," kata seorang rakan kongsi NKSF melalui e-mel.
Pindahan tanpa sebab
Seorang pengarah urusan di firma itu yang bertindak bagi pihak Riza menjelaskan Aabar BVI adalah "sebuah syarikat pegangan persendirian seorang rakan keluarga" individu terlibat.
Dia juga menyertakan sekeping surat daripada Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny iaitu pengarah Aabar BVI serta ketua pegawai eksekutif syarikat itu ketika transaksi berkenaan berlangsung.
Kandungan surat itu ialah: "Surat ini bertujuan mengesahkan bahawa pemindahan AS$94,500,000 yang terdiri daripada pindahan kawat pada 18 Jun 2012 untuk BSI Bank Bhd (nombor akaun [XXX] 250A) untuk manfaat Riza Aziz bertujuan sebagai hadiah.
"Pemindahan itu dibuat tanpa sebarang pertimbangan dan tiada perkhidmatan dijalankan atau hadiah diterima bagi aset. Ini adalah satu pemindahan tanpa sebab dibuat dengan ikhlas berdasarkan hubungan yang rapat peribadi kami."

Skandal 1MDB: Kehakiman AS senaraikan 17 aset untuk dirampas

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menyenaraikan 17 aset bernilai lebih AS1 bilion Dolar untuk dirampas dalam saman sivilnya.
Peguam Negara Amerika, Loretta E Lynch dalam sidang medianya berkata, aset yang akan dirampas dalam saman yang turut menamakan ‘Malaysian Official 1’ itu termasuklah termasuk hartanah mewah dan sebuah pesawat jet.
1MDB“Aset bernilai AS1 bilion yang kita bincangkan hari ini hanyalah sebahagian lebih AS3 bilion yang dicuri daripada 1MDB dan dicuci di Amerika di mana merupakan satu kesalahan undang-undang.
“1MDB sepatutnya membantu pembangunan ekonomi melalui perkongsian antarabangsa dan pelaburan langsung antarabangsa yang memberi hasil memberangsangkan untuk rakyat Malaysia,” kata Loretta pada transkrip sidang medianya yang mula tersebar ke seluruh dunia hari ini.
Jelasnya, aset lain turut disenaraikan dalam saman sivil itu termasuklah, hartanah L’emritage termasuk Hotel L’Ermitage di 9291 Burton Way, Beverly Hills, California 90210; aset perniagaan L’ermitage merangkumi semua harta dan aset tidak ketara dan sebuah jet Bombardier Global 5000 jet dengan nombor siri pembuatan 9625 dan nombor pendaftaran N689WM, dengan dua enjin Rolls Royce.
Selain itu, tiga buah karya seni bernilai tinggi, Vincent Van Gogh Artwork bertajuk ‘La maison de Vincent yang Arlest’, lukisan Claude Monet bertajuk ‘Saint-Georges Majeur’ dan lukisan Claude Monet bertajuk ‘Nympheas avec Reflets de Hautes Herbes’ turut disenaraikan.
Katanya, selain ‘Malaysian Official 1’ turut dinamakan dalam saman itu termasuklah anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, ahli perniagaan Low Taek Jho dan dua bekas pegawai Abu Dhabi sebagai antara pemain utama dalam dakwaan ‘penyelewengan’ dana tersebut.
Katanya lagi, selain membeli pelbagai aset mewah dana 1MDB turut digunakan untuk membiayai gaya hidup mewah dan hutang perjudian di Las Vegas.

1MDB case: Seizing EMI will have little impact on firm

Lawsuit only means dividend meant for Jho Low will go to the US Government instead if the Justice Department wins the case.
1mdb_emi_600
NEW YORK: The move by the US Department of Justice (DoJ) to seize EMI Music Publishing, one of the assets said to be 1MDB-related, is expected to have little impact on the operations of the company.
According to a report in Billboard magazine, the lawsuit only means that any dividends paid out to investors like Jho Low, who has been named as an interested party, would be paid to the US Government instead, if the DoJ wins.
In that case, Low’s equity stake could eventually be bought out by other investors in EMI Music or a new investor, Billboard quoted sources as saying.
The DoJ has filed a high-profile civil forfeiture complaint seeking to seize USD1 billion in assets it says is tied to money stolen from 1Malaysia Development Bhd.
This includes buildings, works of art, a jet, and EMI Music.
According to the DoJ civil complaint, certain individuals, led by Jho Low (also known as Low Taek Jho), misappropriated USD3.5 billion in funds from 1MDB.
Billboard said EMI Music Publishing was bought by a consortium of investors that included Sony Corp, Mubadala Development Company PJSC, Jynwel Capital Limited, the Blackstone Group’s GSO Capital Partners LP, and David Geffen.
It said using a trust named Jynwel Capital owned by the Low family, Low invested USD106.66 million in the USD2.2 billion acquisition of EMI Music Partners. As part of that purchase, Low obtained a seat on EMI Music Publishing’s board of directors, and was also named non-executive chairman of EMI Music Publishing Asia, according to the complaint.
The complaint seeks “any and all rights, including copyright and intellectual property rights, as well as the right to collect and receive any profits, royalties, and proceeds of distribution owned by or owed to JW Nile (BVI), Ltd, JCL Media (EMI Publishing Ltd), and/or Jynwel Capital Ltd, relating to EMI Music Publishing Group North America Holdings, Inc and DH Publishing LP.”

Ringgit jatuh paling rendah dalam 3 minggu selepas skandal 1MDB muncul kembali

Ringgit jatuh 0.6% ke 4.0540 sedolar AS. Nilai saham di Kuala Lumpur dan bon kerajaan Malaysia turut menggelongsor.
ringgit-1mdb
SINGAPURA: Ringgit Malaysia jatuh pada paras paling rendah dalam tempoh tiga minggu dikala skandal dana milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memperbaharui kebimbangan, berbanding matawang Asia lain yang lega ketika dolar (AS) teguh bertahan.
Ringgit jatuh 0.6% ke 4.0540 sedolar AS, terendah sejak 29 Jun.
Nilai saham di Kuala Lumpur dan bon kerajaan Malaysia turut menggelonsor.
Ia berlaku ketika pihak berkuasa Singapura merampas aset-aset bernilai S$240 juta (RM717 juta) dalam siasatannya ke atas aliran dana berkait 1MDB untuk mencari kemungkinan berlakunya aktiviti pengubahan wang, selepas penyiasatan menemui “kekurangan” di beberapa bank utama di negara pulau itu.
Pendakwaraya Amerika Syarikat semalam memfailkan saman merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion (RM4 bilion) yang mereka kaitkan dengan wang yang dilesapkan daripada 1MDB, syarikat yang diselia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Antara lain, Jabatan Kehakiman AS mendakwa sebahagian wang digunakan untuk membiaya filem “The Wolf of Wall Street” terbitan sebuah syarikat Hollywood diketuai anak tiri Najib, Riza Aziz, dan untuk membeli hartanah dan karya-karya seni.
“AS cuba memusnahkan sesuatu. Langkah itu pasti menjejaskan Ringgit,” kata Andy Ji, pakar strategi matawang Asia di Bank Commonwealth Australia di Singapura.
Ringgit menunjukkan prestasi paling buruk tahun lalu berbanding matawang Asia lain dengan kerugian hampir 20% berbanding dolar AS.
Ji menyarankan ringgit dijual untuk rupiah Indonesia, dan menambah “melihat kepada isu 1MDB ini, bermain dengan nilai relatif nampaknya akan memberi pulangan.”
Rupiah menunjukkan prestasi kedua terbaik setakat ini dalam kalangan matawang Asia tahun ini.
Pelabur terpikat dengan salah satu daripada pulangan tertinggi di rantau ini dan juga program pengampunan cukai di Indonesia, yang dijangka akan memperbaik keseimbangan fiskalnya.
Ringgit meninggalkan matawang Indonesia tahun ini apabila pelabur membuat pertaruhan berdasarkan harga minyak yang semakin stabil dan rangsangan ekonomi sejagat yang mereka jangkakan.

1MDB: Act now or be condemned to the dustbin of history, Amanah tells Umno

Dr Dzulkefly AhmadDr Dzulkefly Ahmad
Amanah today questioned the response from Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and 1MDB following the US Department of Justice's move to seize some US$1 billion worth of embezzled assets linked to the state company which were transferred into the US.
Amanah strategy director Dr Dzulkefly Ahmad said the time was now ripe for the top Umno leadership to make the move to save the party, after all avenues the various government agencies involved in the investigation into 1MDB had failed to right the wrongs.
"I have no qualm to implore the MT (Supreme Council) of Umno, their Members of Parliament and the entire Umno fraternity, to act in unison to save the party you claimed to love and more importantly, to the save the nation and the Rakyat of Malaysia.
"If you failed the nation again, rest assured that you will be assigned to the dustbin of history as the 'Traitors of the Nation'," said Dzulkefly.
Dzulkefly said the Umno Supreme Council must rise above partisan interests and prevent the nation from falling "into the abyss of self-destruction".
"The nation and its leaders of both divides, must patriotically be committed to an immediate comprehensive reform and turn around the nation to become both a vibrant and functional democracy," he added.
Yesterday, US prosecutors said over US$3.5 billion was diverted illegally from 1MDB.
The US civil lawsuits are seeking to seize $1 billion of the allegedly embezzled assets that were transferred into the United States using shell companies.
The Department of Justice has also named Riza Aziz, Najib's stepson who heads a film production company in Hollywood, of using some RM256 million from illegally obtained 1MDB funds to finance the movie "The Wolf of Wall Street".

Malaysia’s 1MDB Fund Spawns Worldwide Probes

Malaysia’s state-owned investment fund, 1MDB, was supposed to attract foreign investment. Instead, it has spurred criminal and regulatory investigations around the world that have cast an unflattering spotlight on financial deal-making, election spending and political patronage under Prime Minister Najib Razak. A Malaysian parliamentary committee identified at least $4.2 billion in irregular transactions. The U.S. Justice Department is seeking to seize more than $1 billion in assets that it says were illegally acquired through money diverted from 1MDB, including real estate, art and proceeds from the film “The Wolf of Wall Street."

1. What is 1MDB?

It’s a government investment company -- full name, 1Malaysia Development Berhad -- that took shape in 2009 under Najib, who went on to lead its advisory board. Its early initiatives included buying privately owned power plants and planning a new financial district in Kuala Lumpur. The fund proved better at borrowing -- it accumulated $12 billion in debt -- than at luring large-scale investment.

2. What’s the issue?

Investigators have been trying to trace whether money might have flowed through and around 1MDB and illegally into personal accounts. Some of the money is alleged to have ended up with Najib and his family. That includes $681 million that landed in the prime minister’s personal bank account, according to the Wall Street Journal. Najib has denied wrongdoing, and Malaysia’s attorney general said the $681 million was a donation from the Saudi Arabian royal family, much of which was returned. Another $700 million in 1MDB funds meant for a joint venture with a company known as PetroSaudi International was found to have landed in an unrelated offshore account.

3. Who is investigating?

There are probes related to 1MDB in at least 10 countries, focused on possible embezzlement or money laundering. At home, investigations have been less pointed. Malaysia’s attorney general rejected central bank requests for a criminal probe, and a parliamentary committee absolved Najib and blamed financial and reporting lapses on 1MDB’s former CEO, Shahrol Halmi, who says he did nothing wrong. 1MDB officials have also denied wrongdoing.

4. Who is involved?

Though not all have been accused of doing anything wrong, financiers and financial companies have found themselves part of the 1MDB saga:
  • Goldman Sachs made $593 million working on three bond sales that raised $6.5 billion for 1MDB in 2012 and 2013, dwarfing what banks typically make from government deals. It said last year that fees and commissions “reflected the underwriting risks" it had assumed. New York’s bank regulator has asked the firm for a summary of its 1MDB work.
  • BSI SA, a 143-year-old Swiss bank that worked with 1MDB, lost its license to do business in Singapore for breaches of money laundering rules. BSI said it will cooperate with authorities.
  • Riza Aziz, Najib’s stepson, allegedly used money from 1MDB to buy homes in London, New York and Los Angeles and to finance production of "The Wolf of Wall Street," according to the Journal. The production company he co-owns said it believes none of its funding was "irregular or illegitimate."
  • Low Taek Jho, a friend of Riza’s and a high-profile art collector who said he did consulting work for 1MDB’s predecessor, alerted Najib’s bank that "681 American pies" would be arriving just days before the $681 million was transferred, according to the Journal. Efforts to reach him have been unsuccessful.
  • Tim Leissner, Goldman Sachs’ Southeast Asia chairman, wrote an unauthorized reference letter for Low on the bank’s letterhead. He resigned in February and hasn’t been accused of wrongdoing.
  • UBS Group flagged suspicious transactions linked to 1MDB to the Monetary Authority of Singapore, prompting an investigation of the accounts involved, a person familiar with the matter said.

The Reference Shelf

  • A Bloomberg article on how Goldman Sachs has seen Malaysian business evaporate.
  • A chart showing how foreign funds have been pulling money from Malaysian stocks.
  • A graphic showing the worldwide scale of the 1MDB probe.
  • A QuickTake explainer on the costs of corruption.

Who is The Malaysia Official Number One?? - Mahathir

Wang 1MDB hilang, AG wajar siasat Najib, desak Tony Pua

1MDB officials used funds to pay off gambling debts

Skandal 1MDB: 'Rakyat Malaysia perlu sedar wang dicuri keluar negara'

DOJ: Bintang 'Wolf of Wall Street' berjudi dengan anak tiri Najib

Jutawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low megeluarkan AS$1.15 juta daripada akaunnya di kasino Las Vegas untuk berjudi dengan beberapa individu, termasuk anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Riza Aziz, dan pelakon utama filem Hollywood 'The Wolf Of Wall Street', kata Jabatan Kehakiman (DOJ)
Dalam saman guaman sivil untuk merampas aset yang didakwa diperoleh melalui dana 1MDB, jabatan itu menyenaraikan wang AS$1.15 juta daripada AS$ 41 juta yang didakwa dipesongkan oleh Riza untuk membayar perbelanjaan perjudian untuk dirinya , Low, dan sekutu mereka Eric Tan Kim Loong.
"Pada atau kira-kira 15 Julai 2012, Low mengeluarkan jumlah tunai AS$ 1,150,090 di Kasino Venetian.
"Beberapa individu berjudi bersama Low pada ketika itu, dengan menggunakan akaunnya. Mereka termasuk Aziz; pegasas Red Granite, Christopher 'Joey' McFarland; seorang pelakon utama filem 'The Wolf of Wall Street' (Pelakon Hollywood 1); dan bekas ketua pegawai pelaburan 1MDB," kata DOJ.
Walaupun tidak menamakan "Pelakon Hollywood 1", dokumen itu bagaimanapun berkata individu berkenaan memenangi anugerah Golden Globe pada tahun 2014 untuk peranannya dalam 'Wolf Wall Street'.
Ini jelas merujuk kepada bintang Hollywood, Leonardo di Caprio, yang memenangi kategori Pelakon Terbaik - Muzik atau Komedy semasa Golden Globe 2014.
Pencalonan Golden Globe lain untuk 'Wolf of Wall Street' adalah untuk kategori Filem Terbaik- Muzik atau Komedy, yang ia tidak menang.

FBI puji keberanian SPRM siasat skandal 1MDB

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) memuji keberanian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap 1MDB.
Sebuah rencana dipaparkan pada laman sesawang agensi penguatkuasaan AS itu memetik Ketua Unit Rasuah Antarabangsa FBI Darryl Wegner sebagai berkata, SPRM menunjukkan "keberanian yang besar" ketika meneruskan siasatan, yang diketuai skuad rasuah awam antarabangsa FBI di New York.
"Tindakan hari ini menghantar mesej kepada pegawai asing yang korup. FBI bersama rakan antarabangsa kami akan mengesan individu yang terlibat dan membongkar rasuah mereka.
"Kami bekerja bersungguh-sungguh memastikan AS tidak menjadi syurga kepada jenayah begini," katanya.
FBI yang bekerjasama dengan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS semalam mengemukakan saman sivil untuk menyita lebih AS$1 bilion aset didakwa diperoleh melalui dana daripada 1MDB.
Keterangan dipetik DOJ kelihatan sama dengan penemuan SPRM dalam siasatan mereka terhadap 1MDB.
Antara bukti disertakan ialah pada Mac 2013 sejumlah AS$681 juta (RM2.76 bilion) dana 1MDB dimasukkan ke akaun seorang penjawat awam berkedudukan tinggi, dikenali sebagai "Malaysian Official 1".
Pada Januari lalu Peguam Negara Tan Seri Mohamed Apandi Ali mengakui wang itu dimasukkan ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Mac 2013.
Kata Apandi, Najib memulangkan AS$620 juta (RM2.51 bilion) daripada dana itu yang didakwa diberikan melalui derma peribadi seorang anggota keluarga bangsawan Arab Saudi.
Menteru Luar Arab Saudi Adel Al-Jubeir kemudian mengesahkan derma itu dibuat kepada perdana menteri Malaysia.

Skandal 1MDB: Tak sempat cetak, alasan NST tidak siar berita AS sita aset 1MDB

NSTP berkata berita itu diterima lewat malam semalam dan oleh itu tidak dapat diterbitkan kerana akhbar sudah mula dicetak.
nstp-1
PETALING JAYA: Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) hari ini berkata pihaknya tidak sempat memuatkan berita Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mahu menyita aset berkaitan 1MDB kerana mendakwa berita itu diterima selepas akhbar itu dicetak.
Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid, menjelaskan kepada FMT, pihaknya menerima bahan berita tersebut lewat tengah malam dan semua berita pada waktu itu sudah dicetak untuk diedarkan awal pagi ini.
Jalil bagaimanapun berkata pihaknya tetap melaporkan berita tersebut menerusi versi Internet Berita Harian Online dan NST Online.
“Dalam paper (media cetak) tidak ada, sebab semalam (berita itu) lambat sampai dari Amerika Syarikat. Jam 11.30 malam dapat mana sempat (cetak),” katanya, dan menambah berita itu akan dikeluarkan dalam edisi esok.
Tinjauan FMT bagaimanapun mendapati berita itu sudah dimuat naik Reuters seawal 8.50 malam, manakala AFP melaporkannya pada 10.34 malam.

SKANDAL 1MDB: NAJIB MESTI TERUS DIPERTAHANKAN....

Seluruh dunia malam tadi menyaksikan dengan penuh minat mengenai tindakan Jabatan Kehakiman AS memulakan proses sitaan terhadap puluhan hartanah dan aset lain yang dipercayai berpunca daripada berbilion-bilion ringgit dana 1MDB yang diselewengkan.

Hanya akhbar dan tv Malaysia saja yang tidak menyiar, memberi ulasan atau menyambut berita yang menaikkan nama Malaysia ke seluruh dunia itu.

Tindakan di AS itu tidak saja mengenai penyitaan harta dan aset yang dikaitkan dengan Jho Low dan anak tiri Najib, Riza Aziz serta pelbagai aspek lain seperti berjudi di kasino, tetapi turut mengenai derma berbilion-bilion ringgit atas nama Malaysian Official 1 yang merujuk kepada pegawai tinggi dalam kerajaan Malaysia serta yang berkuasa penuh terhadap 1MDB.

Dalam dokumen saman yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman itu, ia juga menyebut Riza Aziz mempunyai hubungan perdaudaraan dengan Malaysian Official 1.

Dengan itu, tidaklah sukar, malah makcik-makcik Felda pun pasti dapat meneka bahawa Malaysian Official 1 yang dimaksudkan itu ialah Perdana Menteri kesayangan pendedak iaitu Najib Razak.

Bukan saja kaitan penglibatan Jho Low dan Riza Aziz dalam pengumpulan hartanah dan aset yang dicurigai itu bakal mencemarkan nama Najib, malah jika terbukti derma berbilion-bilion yang diterima Malaysian Official 1 juga berpunca daripada 1MDB, tidak daripada anak Raja Arab sebagaimana yang didendangkan selama ini, ia pasti lebih merupakan khabar buruk buat UMNO dan BN.

Dalam keadaan segala bukti serta keterangan semakin terkumpul sekarang ini, memang terlihat Najib sudah menjadi beban paling berat buat UMNO dan BN. Lebih-lebih lagi selepas Amerika bertindak,  Singapura juga mulai menyusul sama. Selepas ini mungkin negara lain pula.

Tetapi apakah Najib patut didesak berundur, mengambil cuti, segera tampil memberi penjelasan atau terus bertahan sehingga PRU 14 akan datang?

Dalam waktu-waktu sukar ini, seluruh pemimpin dan menteri UMNO tidak seharusnya membiarkan Najib keseorangan. Sebagai pemimpin yang dipilih melalui proses demokrasi, Najib wajib terus dipertahankan.

Sekarang bukanlah waktu yang sesuai untuk menukar pemimpin. Jangan juga ada yang mula gatal-gatal mencadangkan agar Najib berundur dan Zahid Hamidi mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan. Belum masanya lagi untuk Zahid menjadi Perdana Menteri.

Media sosial ‘ribut’ bagi mengesan 'Malaysian Official 1'

Misteri 'Malaysia Official 1' mendorong rakyat untuk menggempur di laman Twitter dan Facebook untuk membincangkan tokoh enigma yang disebut dalam saman Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat yang difailkan semalam.
Mengikut saman itu, AS$731 juta dana 1MDB didakwa mengalir ke akaun bank rasmi 'Malaysian Official 1'.
Meskipun DOJ memelihara identiti 'Malaysian Official 1', warga maya menerkam isu itu dan dengan cepat menjadikannya bahan jenaka.

DOJ menyifatkan tokoh itu sebagai "pegawai berpangkat tinggi dalam kerajaan Malaysia yang juga mempunyai kedudukan berkuasa dalam 1MDB".
Menurut DOJ, setelah ditubuhkan, 'Malaysian Official 1' berkuasa ke atas 1MDB.
Menurutnya, 'Malaysian Official 1' mempunyai kuasa untuk meluluskan semua pelantikan dan penyingkiran lembaga pengarah 1MDB dan pasukan pengurusan kanan firma pelaburan negara itu.
Laporan mengenai tokoh yang tidak dinamakan itu mendorong beberapa rakyat Malaysia menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pihak berkuasa untuk mengesannya.

1MDB carian popular Google
Sementara itu, istilah 1MDB melonjak kepada 13 peratus daripada jumlah carian di Google semalam, apabila tersebar berita bahawa DOJ memfailkan tuntutan di mahkamah.
Sebaik sahaja sidang akhbar Peguam Negara Amerika Syarikat itu berakhir selepas tengah malam, waktu Malaysia, trend berkenaan terus meningkat sehingga 100 mata pada jam 7.30 pagi.
DOJ semalam memfailkan saman sivil untuk merampas aset di Amerika Syarikat yang ia dakwanya dibeli menggunakan dana 1MDB. Ia merancang untuk mengembalikan hasil daripada penjualan aset-aset yang disita itu kepada Malaysia.
Menurut saman itu, urus niaga terbesar yang dibuat kepada ‘Malaysian Official 1’ adalah deposit AS$681 juta yang dimasukkan ke akaun AmBank miliknya pada Mac 2013.
Jumlah itu didakwa adalah hasil bon AS$3 bilion 1MDB untuk usahasama pelaburan dengan Aabar, petik saman berkenaan.
Hasil bon itu, AS$1.26 bilion disalurkan ke dalam akaun milik Tanore Finance Corporation, yang kemudiannya memasukkan AS$ 681 juta ke akaun rasmi ‘Malaysian Official 1’.