Rabu, 20 Julai 2016

Jabatan Keadilan AS fail saman berkait siasatan 1MDB

Saman menyebut salahlaku yang didakwa itu berlaku sepanjang tempoh empat tahun dan melibatkan pelbagai individu, termasuk pegawai kerajaan Malaysia dan rakan-rakan mereka.
1mdb_usa_law_600LOS ANGELES: Jabatan Keadilan Amerika Syarikat memfailkan saman pada Rabu kerana mahu merampas harta benda yang berkait dengan syarikat kerajaan Malaysia 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Saman itu, difailkan di Los Angeles, berkata ia mahu merampas aset-aset yang “terbabit dalam dan boleh dikesan kepada suatu konspirasi antarabangsa untuk menggubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB.”
Saman itu berkata salahlaku yang didakwa itu berlaku sepanjang tempoh empat tahun dan melibatkan pelbagai individu, termasuk pegawai kerajaan Malaysia dan rakan-rakan mereka, yang berkonspirasi untuk melencongkan berbilion dolar dengan tipuan daripada 1MDB.

Kerajaan BN tak takut ‘ugutan’ pemandu teksi sokong pembangkang

Setiap keputusan yang dibuat kerajaan adalah bagi menjaga keutamaan pengguna, bukannya mendengar pandangan sebelah pihak
nazri-aziz_teksi_600
PETALING JAYA: Kerajaan tidak akan tunduk dengan ‘ugutan’ pemandu teksi yang mendakwa 95 peratus akan memberi undi kepada pembangkang jika kerajaan meluluskan perkhidmatan Uber dan Grab serta menghapuskan lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV).
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz berkata setiap keputusan yang dibuat kerajaan adalah bagi menjaga keutamaan pengguna, bukan mendengar pandangan sebelah pihak sahaja.
“Apa yang dimahukan oleh pengguna kita kena tunai. Kita bukan hanya mengambil pertimbangan pemandu teksi sahaja.
“Tetapi pertimbangan harus juga diberikan kepada pengguna yang jumlahnya berjuta lebih daripada pemandu teksi. Bagaimana kita nak nafikan hak pengguna kalau itu yang mereka mahukan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Riang Ria Aidilfitri di Matic hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Pengasas Teksi Premium Big Blue Datuk Shamsubahrin Ismail yang mendakwa Lebih 95% pemandu teksi seluruh negara akan menolak BN, pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

“Mereka boleh panggil saya nyanyuk” – Mahathir

Kecaman mereka buktikan mereka bimbang, kata Mahathir.
mahathir5KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pihak yang mengecam rancangannya membentuk parti politik baharu boleh “kata apa sahaja yang mereka mahu” kerana beliau tidak mahu tawar hati dengan serangan mereka.
“Mereka boleh panggil saya nyanyuk dan sebagainya, tak apalah.
“Itu kebiasaan orang yang dalam kebimbangan dan rasa perlu memburukkan lawan mereka, jadi tidak apa.”
Bekas perdana menteri itu berkata demikian kepada pemberita seusai pelancaran buku “My Name is Hasmah”. Buku itu merupakan biografi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Hadir di majlis itu adalah anak-anaknya, Mokhzani, Mukhriz dan Marina, serta bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik.
Mereka yang tidak suka akan penubuhan parti baharu itu akan cuba menggambarkan usaha itu nampak “bodoh dan mengarut”,” kata Mahathir.
Tambahnya, parti itu akan dilancarkan dalam masa beberapa minggu lagi.
Mahathir ditanya pemberita mengenai kenyataan sesetengah pihak mengatakan parti yang akan ditubuhkan itu dianggotai oleh individu-individu bersungut.
Antara yang dikatakan berminat menyertai parti baharu itu bekas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

PAS perkukuh blok ke-3 hadapi PRU14 - Mohd Amar


KOTA BHARU: PAS kini sedang memperkukuhkan lagi blok ketiga pembangkang sebagai persiapan awal bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang dijangka diadakan tahun hadapan.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Abdullah berkata beberapa program telah diatur bersama parti gabungan sebagai persiapan menghadapi PRU.

“Kita juga sedang mengukuhkan hubungan sesama parti dalam gabungan ini di samping menyusun strategi bersama,” katanya di sini.

Pelbagai pihak sebelum ini meramalkan PRU14 diadakan lebih awal selepas BN mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini.

Situasi itu bertambah menyakinkan lagi memandangkan DAP juga mengumumkan penangguhan pemilihan parti tersebut.

“Menang dan kalah itu  soal lain kerana ketentuan daripada Allah SWT. Namun kita sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihan raya bersama blok ketiga,” ujarnya.

Tak lama lagi, kata Dr M mengenai parti baru

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa parti politik baru akan dilancarkan tidak lama lagi.
"Tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Seputeh, hari ini.
Beliau hanya mengangguk ketika ditanya sama ada parti itu akan dilancarkan dalam satu atau dua minggu lagi.
Mahathir pada minggu lalu, mengesahkan parti baru akan ditubuhkan dan kumpulan atau gabungan baru juga akan diwujudkan bagi merealisasikan objektif pergerakan 'Selamatkan Malaysia'.
Ditanya perkembangan lanjut mengenai parti baru itu, Mahathir berkata, beliau tidak sepatutnya bercakap mengenainya kerana perjanjian lengkap belum dicapai bersama kalangan penaja.
"Selepas saya telah bertemu dengan pihak tertentu, barulah saya bebas bercakap, tetapi hakikatnya adalah kita memutuskan untuk membentuk satu parti," ujarnya lagi.
Mahathir menambah, butiran berhubung barisan kepimpinan parti itu akan diumumkan sebaik sahaja parti itu secara ditubuhkan secara rasmi.
Sementara itu, Mahathir menolak pelbagai kritikan yang dilemparkan terhadap parti baru itu.
"Mereka boleh katakan apa yang mereka suka, mereka boleh katakan saya nyanyuk dan semua itu, itu semua betul.
"Itu perkara biasa bagi orang-orang yang bimbang, perlu memburuk-burukkan lawan mereka. Jadi ia adalah okay, tambah beliau.

Bekas ahli Umno sokong Mahathir

DALAM usaha menubuhkan parti pembangkang yang baharu, bekas Perdana Menteri, Dr Tun Mahathir Mohamad dijangka berdialog dengan bekas pemimpin-pemimpin Umno yang dipecat minggu depan.
Selain itu, ramai ahli Umno yang menjadi penyokong setia bekas perdana menteri itu juga dipercayai akan hadir.
TUn M Biarpun penubuhan parti baharu itu masih di peringkat perbincangan, malahan nama parti pun belum ditentukan lagi, namun ramai ahli Umno yang kecewa dengan pucuk pimpinan Umno sekarang telah menyatakan kesediaan mereka untuk menjadi ahli dalam parti baharu tersebut.
Antara pemimpin veteran Umno yang bakal menjadi ahli ialah bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid.
Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Paduka Khairuddin Abu Hassan memberitahu Sin Chew Jit Poh, sejak berita Mahathir untuk menubuhkan parti baharu diumumkan, banyak pihak telah memberikan reaksi yang positif termasuk gabungan belia, badan-badan bukan kerajaan (NGO), rakyat biasa dan tidak ketinggalan ahli Umno dari seluruh negara.
"Kami akan berdialog dalam satu perjumpaan yang dijadualkan diadakan sama ada 25 atau 26 hari bulan ini. Tun Mahathir harap dapat kumpulkan semua orang untuk memberi pandangan bagi menentukan hala tuju parti baharu kami ini," kata Khairuddin.
Mengenai siapakah antara pemimpin veteran Umno yang bakal menyertai parti ini, Khairuddin masih belum bersedia mengumumkan identiti yang terlibat.
"Mengenai kedudukan Sanusi, saya percaya beliau akan tetap bersama kami," katanya.
Hubungan Hadi dengan Tuan Ibrahim baik
Timbalan Presiden Pas, Tun Ibrahim Tuan Man menegaskan hubungan beliau dengan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah baik dan tidak ada sebab beliau perlu meninggalkan parti.
Tuan Ibrahim berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Hadi, sebaliknya dapat bekerjasama dengan pemimpin No. 1 dalam parti itu.
"Saya akan tetap bersama Pas. Saya dengan Hadi serta pucuk pimpinan parti dapat menggerakkan parti dengan berjaya. Kami saling hormat-menghormati dan bertolak ansur sekiranya berlaku sebarang perbezaan pendapat. Itulah kekuatan sebenar yang ada dalam Pas," kata Timbalan Presiden Pas itu lagi kepada Sin Chew Jit Poh.

‘Pemimpin Umno bimbang parti baharu’

Gambaran bahawa pemimpin Umno dan BN tidak bimbang dengan kewujudan parti baharu diumumkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak benar.
Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin mendakwa, pemimpin Umno, sambil mendabik dada menyatakan mereka tidak gentar dengan kewujudan parti baharu itu, dilihat menggunakan pelbagai istilah dan melabel pihak yang berusaha menubuhkan parti baharu itu.
“Mereka menyindir dengan mengatakan ia merugikan rakyat, longgokan sampah, memecahbelahkan Melayu, Dr Mahathir ganti  Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang, pakatan baharu tidak selesaikan masalah pembangkang, DAP takut parti baharu dan macam-macam lagi.
“Kalau parti baharu dicadangkan itu gagal dan Umno tidak terancam, kenapa memaki hamun?,” soalnya menerusi catatan di blog rasminya, semalam.
Sementara itu, Kadir turut menasihati pemimpin Umno supaya menumpukan perhatian kepada ketulusan perjuangan mereka.
“Tak perlulah habiskan masa dan tenaga buat macam-macam kutukan serta fitnah terhadap cadangan tersebut atau mereka sebenarnya tahu parti baharu dan pakatan yang akan disertainya berkeupayaan melemahkan Umno yang sememangnya lemah sejak PRU13.
“Kalau mereka tidak takut, mengapakah mereka mengeluarkan senarai palsu kepimpinan parti berkenaan.
"Mereka memulakan kempen fitnah ke atas orang yang pada jangkaan mereka menerajui parti tersebut?,” soalnya.

Pas terperangkap dalam mainan politik sendiri

KOTA BHARU - "Pas sebenarnya terperangkap dengan mainan politik ciptaan mereka sendiri apabila gagal memanfaatkan peluang diberikan Speaker Dewan Rakyat untuk membentang satu notis usul bagi meminda Akta 355," kata Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Che Ibrahim Mohamad.
Che Ibrahim Mohamed Che Ibrahim berkata, sepatutnya peluang itu digunakan sepenuhnya oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Ahli Parlimen Marang untuk mengemukakan Rang Undang-undang Persendirian (RUU) Akta 355 dengan menghuraikan tujuan dan punca akta itu perlu dipinda.
“Malangnya Tuan Guru Haji Hadi sekadar membaca usul tersebut tanpa menyatakan tujuan dan sebab ia dikemukakan. Kesilapan ini menyebabkan ahli parlimen lain tidak tahu tujuan sebenar ia dikemukakan sebelum dibahaskan dalam persidangan akan datang.
“RUU Akta 355 sebenarnya tidak ada kaitan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) pindaan 2015 yang diluluskan dalam Dun Kelantan pada 19 Mac 2015 dan diuar-uarkan akan dikuatkuasa menjelang penghujung tahun lalu,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Che Ibrahim mengulas kesediaan Pas untuk membahaskan RUU pindaan Akta 355 di Dewan Rakyat Oktober ini.
Beliau memberitahu, jika cadangan pindaan melalui RUU Akta 355 ini diluluskan oleh Parlimen, mahkamah syariah hanya berkuasa menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang Islam bagi kesalahan-kesalahan yang sedia ada dalam Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985 sahaja.
“Adapun kesalahan-kesalahan hudud dan qisas sebagaimana diperuntukkan dalam KJSII (1993) pindaan 2015 tetap tidak dapat dikuatkuasakan kerana di luar bidang kuasa mahkamah syariah,” katanya.

SIAPA SEBENARNYA yg busukkan nama negara Malaysia ??!!

“.. di bawah pemerintahan Najib Malaysia MUNDUR di tahap MEMBIMBANGKAN. Politik Malaysia sungguh BUSUK ekonominya BERMASALAH..” - The Economist, 5/3/2016.

PANGKAH LAH LAGI BN !!!

Dr Mahathir hargai sokongan Anwar

Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu berkata pembebasan Anwar bukan keutamaan buat masa ini.
Mahathirson1
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melahirkan penghargaannya kepada seteru utamanya satu ketika dulu Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas sokongan terhadap parti baharu yang bakal didokong bekas perdana menteri itu.
“Saya terima baik penerimaan (Anwar) itu,” katanya ketika mengulas sokongan Anwar yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun.
Anwar dipecat sebagai timbalan Dr Mahathir pada 1998, sebelum didakwa atas kesalahan salah guna kuasa dan meliwat.
Sejak itu, kedua-dua tokoh yang pernah menjadi tunjang kerajaan itu tidak pernah bersemuka dan dilihat musuh politik ketat.
Bagaimanapun, beberapa serangan Dr Mahathir terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, serta pertemuan antara pimpinan PKR dan bekas pemimpin Umno dilihat mula merapatkan jurang selama hampir dua dekad itu.
Minggu lalu, Dr Mahathir selepas mengadakan pertemuan dengan bekas pemimpin Umno, Pakatan Harapan dan NGO, mengumumkan akan menubuhkan parti baharu menggabungkan PKR, DAP dan Amanah, bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
“Ia suatu perkara positif. Kami menunggu keputusan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) dan mengalu-alukan kerjasama dengan mereka,” kata Anwar ketika ditemui di Mahkamah Tinggi pada 15 Julai lalu.
Pembebasan Anwar

Mahathir: I appreciate Anwar's support

Mahathir Hargai Anwar Sokong Wujud Parti Baharu

Parti Baharu: Mahathir Tak Kisah Digelar Nyanyuk

Rombakan portfolio exco Terengganu

Penstrukturan itu berkuat kuasa 1 Ogos ini dan ia tidak membabitkan perubahan dari segi jumlah keanggotaan exco.
Ahmad-Razif_exco_terengganu_600
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman hari ini mengumumkan penstrukturan semula portfolio anggota mesyuarat kerajaan negeri (exco) melibatkan beberapa pertambahan dan pertukaran tugas.
Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan memaklumkan, penstrukturan itu berkuat kuasa 1 Ogos ini dan ia tidak membabitkan perubahan dari segi jumlah keanggotaan exco.
Menerusi penstrukturan itu, tiga exco kekal dengan portfolio masing-masing, manakala tujuh lagi termasuk Ahmad Razif mempunyai pertambahan dan pertukaran tugas.
Tiga exco yang kekal dengan portfolio masing-masing ialah Datuk Tengku Putera Tengku Awang (Exco Perindustrian dan Perdagangan Negeri), Datuk Rozi Mamat (Exco Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri) serta Rosli Othman (Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri).
Selain jawatan Menteri Besar, Ahmad Razif turut memegang portfolio Perancang, Kewangan dan Pelaburan, Tanah, Petroleum, Sumber Asli, Pelancongan dan Kebudayaan.
Portfolio Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang dipegang beliau pula kini disandang Datuk Mohd Jidin Shafee yang sebelum ini memegang portfolio Pelancongan dan Kebudayaan.

Pilihanraya negeri satu kebarangkalian, rundingan diteruskan demi kembalikan mandat kepada rakyat


GEORGE TOWN, 20 JULAI: Mandat perlu dikembalikan kepada rakyat untuk menghakimi salahguna kuasa Barisan Nasional (BN) yang terus menindas hak asasi, menghancur ekonomi negara dan membiak korupsi.
13735684_1322857787744319_4779626608686841104_oJawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) yang bersidang 18 Julai lalu justeru memutuskan bahawa pilihanraya mengejut bagi negeri Pulau Pinang adalah satu pilihan yang boleh dipertimbangkan, dan perlu dibincangkan dengan rakan-rakan Pakatan Harapan.
Bercakap dalam sidang media di Komtar, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, DAP tidak mahu membuat keputusan unilateral tentang perkara terbabit dan akan terus mengadakan perbincangan untuk mencapai kata sepakat.
“Kami sedia mendengar kesemua pendapat,” ujar beliau yang juga Setiausaha Agung DAP.
“Bersama pimpinan DAP di peringkat nasional dan negeri Pulau Pinang, saya telah bertemu dengan pimpinan PKR, dan juga telah bertemu dengan Presiden Amanah, Mohamad Sabu semalam,
“Kita akan memberi lebih banyak masa untuk konsultasi,” ujar beliau lagi, sambil menambah bahawa perbincangan mengenai cadangan tersebut sewajarnya dijalankan secara sulit.
Kutuk kebocoran perbincangan
Guan Eng bagaimana pun meluahkan rasa kekecewaanya terhadap perbuatan pihak-pihak tertentu yang bukan sahaja membocorkan isi perbincangan mengenai cadangan pilihanraya negeri berkenaan, bahkan memutar-belit kandungan perbincangan dengan menambah rencah kepada cerita sebenar.
“Saya telah sampaikan rasa kurang senang ini kepada tiga pemimpin tertinggi PKR hari ini tentang pembocoran oleh ‘sumber dalaman’ ini,” kata beliau.

Antara Khilafah Dan Dedak Melayu..!!!

Sampai gitu skali kaki2 bodek-ampu-jilat Ameno terhadap pemimpin ulung mereka..

Kamus Ameno..
'Kucup-jilat' : kucup yg melampau spt nak menjilat.

ANDA BILA LAGI NAK JILAT NAJIB !!!
..manalah tahu kot2 boleh merangkak mintak 'syafaat' kat dia nanti di padang mahsyar...

INILAH TANAHAIRKU... Malaysia.

APA NAJIB & #1MDB DAH BUAT KAT NEGARA KITA !!
SIAPA SEBENARNYA yg busukkan nama negara Ma'sia ??!!

Najib Oh Najib !!!.. Namamu & nama Malaysia makin harum semerbak ke seantero dunia sejak kamu jadi PM..

TIADA LAGI PM dlm sejarah M'sia boleh 'challenge' spt kamu wahai Najib..

TERKINI..!!
Angkara 1MDB JAHANAM lah Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dilapor dijangka menyita aset yang punyai kaitan 1MDB.

TETAPI DI MALAYSIA Peguam Negara yg dilantik atas 'NASIHAT NAJIB' sendiri telah bersihkan Najib terhadap skandal 1MDB..

Mukhriz: Parti Baharu Tak Menyimpang Seperti Umno

KENAPA NAJIB TIBA2 MINTA MAAF?

Adalah sesuatu yang menghairankan apabila Najib Razak bagi pihak diri,  isterinya Rosmah Mansor dan anggota pentadbiran kerajaan pada tahun ini memohon maaf semasa berucap di majlis hari raya anjuran Jabatan Perdana Menteri.

Beliau tidak pernah melakukannya sebelum ini atau jamuan hari raya di mana-mana pada tahun-tahun sebelumnya.
Saya tak nak berucap panjang, cuma saya nak mulakan ucapan atas nama saya, isteri dan anggota pentadbiran kerajaan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir batin kepada semua warga Jabatan Perdana Menteri sekiranya ada kesilapan atau kekasaran yang saya lakukan secara sengaja atau pun tidak, kata Najib dalam ucapannya itu.

Kenapa tiba-tiba Najib memohon maaf?

Adakah Najib kini kian terbeban dengan pelbagai penanggungan yang semakin menyeksa batinnya?

Adakah permohonan maaf ini menandakan Najib akan berundur daripada jawatannya?

DBKL batal rancangan naikkan kadar parkir di TTDI

DBKL berkata ia mengambil kira pandangan semua pihak dalam mengekalkan kadar parkir lama di TTDI yang merupakan kawasan perumahan.
amin-nordin-dbkl-parking-ttdi
KUALA LUMPUR: Warga Taman Tun Dr Ismail menghembuskan nafas lega kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan kadar parkir baharu di situ.
Langkah itu berkuatkuasa serta-merta susulan bantahan orang ramai terhadap kadar parkir baharu yang dilaksanakan di beberapa kawasan di Kuala Lumpur.
Kadar parkir baharu itu dikenakan pagi Isnin lalu. Ramai yang membantah langkah yang menurut Datuk Bandar Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalulintas dan mengalakkan perkongsian kenderaan dalam bandaraya.
Kawasan terkesan termasuk Bukit Bintang, Sri Hartamas, Desa Hartamas, Bukit Damansara, Solaris Mont Kiara, TTDI dan Bangsar.
Bagaimanapun selepas mesyuarat DBKL dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pagi tadi, Amin mengumumkan TTDI dikecualikan daripada senarai.
“Selepas mengambil kira pandangan semua pihak, Dewan Bandaraya mengambil keputusan untuk kembalikan kadar parkir lama di TTDI memandangkan ia kawasan perumahan,” katanya.
Awal minggu ini, The Star melaporkan DBKL menaikkan kadar parkir di kawasan pusat perdagangan (CBD) sehingga 150%.

DAP dakwa SPR laksana persempadanan semula tidak sah

SPR tidak berhak untuk memindahkan pengundi dari satu kawasan pilihan raya ke tempat lain, kecuali ia dalam konteks persempadanan semula.
ong-kian-ming-spr
KUALA LUMPUR: Wakil rakyat DAP Ong Kian Ming hari ini mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara tidak sah melaksanakan persempadanan semula, dan kini mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak itu.
Bercakap pada sidang media di ibu pejabat DAP di sini, Kian Ming berkata Artikel 113 (2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan jika SPR merancang untuk merangka semula sempadan kawasan mana-mana kerusi menerusi persempadanan semula, ia perlu memaklumkan kepada speaker Dewan dan perdana menteri.
Ia juga perlu menerbitkan makluman proses persempadanan semula itu dalam Gazet, dan juga akhbar utama.
Bagaimanapun, Kian Ming berkata SPR gagal mematuhi semua syarat itu, dan notis yang diterbitkan dalam Gazet pada 29 April 2016, menyenaraikan daerah mengundi dan pusat mengundi bagi kawasan persekutuan dan negeri di Semenanjung Malaysia itu sebenarnya “persempadanan semula secara senyap”.
“SPR ada hak untuk menubuhkan daerah mengundi baharu dalam kawasan pilihan raya yang sama mengikut Seksyen 7 Akta Pilihan Raya 1958.
“Tetapi SPR tidak berhak untuk memindahkan pengundi dari satu kawasan pilihan raya ke tempat lain, kecuali ia dalam konteks persempadanan semula,” katanya.
Beliau mendakwa persempadanan semula yang tidak sah itu dilakukan di kawasan sempadan andata kerusi Umno di batang Kali dan Kuala Kubu Baru milik DAP.
Katanya, ini menyebabkan 14 kawasan membabitkan 5,590 pengundi dipindahkan. Ini menyaksikan jumlah pengundi di Kuala Kubu Baru meningkat daripada 21,186 pada pilihan raya umum lalu, kepada 26,720 sekarang.
“Ini menunjukkan kenaikan luar biasa sebanyak 26.1%. pada masa sama, jumlah pengundi di Batang Kali menurun daripada 43,578, kepada 38,044.
“Kami terpaksa mengesyaki ini ialah strategi yang digunakan BN untuk memenangi semula kawasan pilihan raya dalam Selangor secara senyap-senyap.

Adun, exco PAS tidak hadir protes bantah konsert Selena

Pemimpin Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat PAS Selangor hadir bersama hampir 100 penyokong di Bangunan SUK, petang ini.
Hanafi-Zulkapli-pas-selena-gomez
SHAH ALAM: PAS hari ini mengadakan protes membantah keputusan kerajaan Selangor membenarkan penganjuran konsert Selena Gomez, namun kelibat pimpinan utama PAS negeri tidak kelihatan.
Bantahan itu sekadar disertai pemimpin Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat PAS Selangor bersama hampir 100 penyokong di Bangunan SUK, petang ini.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor, Hanafi Zulkapli berkata, adun dan exco PAS negeri tidak memberi kata muktamad terhadap bantahan itu.
“Dalam hal ini, mereka tidak menyatakan tidak atau mengatakan ya terhadap bantahan ini. Jadi, kita hanya mewakili dewan sahaja,” katanya.
Memorandum bantahan itu diserahkan kepada Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor, Mohd Shahrizal Mohd Salleh yang berjanji akan menyampaikan hasrat tiga sayap PAS Selangor itu kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Hanafi berkata, tindakan membantah keputusan kerajaan negeri tidak dihalang Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.
Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS Selangor, Ridzuan Rahmat berkata, pihaknya sedih kerana menteri besar yang merupakan penganut Islam memandang remeh isu itu.

Gencatan serangan: Ulama Pas Selangor anggap kenyataan pimpinan selain presiden terbatal


Ustaz Ridzuan RahmatUstaz Ridzuan Rahmat
Dewan Ulama Pas Selangor tidak menyatakan pendirian yang jelas berhubung cadangan timbalan presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man agar pembangkang melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri.
Ketua Dewan Ulama Pas Selangor Ridzuan Rahmat sebaliknya berkata, kenyataan tersebut terlalu umum sehingga disalah tafsir oleh rakyat.
"Tak boleh gunakan tajuk gencatan serangan sebab tajuk itu terlalu umum. Cuma kadang-kadang disalah tafsir oleh masyarakat jadi berbeza," kata beliau kepada Malaysia Dateline.
Ridzuan juga berkata, Dewan Ulama Selangor menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh individu selain pimpinan tertinggi parti adalah terbatal.
Jelasnya, mereka tidak ada masalah dengan sebarang kenyataan yang dikeluarkan pimpinan parti namun tetap memegang kenyataan yang dikeluarkan pimpinan tertinggi iaitu presiden.
"Kami tak ada masalah dengan kenyataan-kenyataan yang datang dari pimpinan tapi bila kenyataan itu datang daripada pimpinan yang paling tinggi bererti semua kenyataan di bawah daripada itu terbatal. Kita akan menyokong kenyataan daripada pimpinan tertinggi.
"Keputusan dewan ulama mudah sahaja. Yang mana keputusan yang datang daripada pimpinan pas pusat kita setuju,"katanya.
Ia dipercayai merujuk kepada kenyataan presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehari selepas Tuan Ibrahim melontarkan cadangan gencatan serangan.
Abdul Hadi dalam kenyataannya berkata, Pas terus sedia berpakat dengan semua pihak dan tidak akan bersama dengan sesiapa sahaja yang tidak setia dan bersedia bersama acuan Pas berpandukan konsep yang ditunjuk oleh Al-Quran.

Rafizi: Tunggu satu lagi 'skandal kewangan melampau'

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli merancang untuk mendedahkan apa yang beliau gelar sebagai "satu lagi skandal kewangan melampau" yang melanda negara.
"Tunggu dan lihat," kata ahli Parlimen Pandan itu di Twitter sambil menambah beliau dijangka akan ditangkap lagi atas isu itu.
Beliau kemudian menjawab seorang pengguna Twitter yang bertanya kepadanya "Skandal macam mana tu YB. Tabung ke lembu, ayam/ itik/ kambing atau kampeni (syarikat)".
Rafizi menjawab: "HA3 (ketawa) kamu tunggu. Tetapi cukup keterlaluan. Saya fikir orang akan marah".
Pemimpin PKR itu juga bergurau dengan mengatakan walaupun kerap ditangkap polis, beliau gagal mengurangkan berat badan.
Rafizi berkata, beliau akan menulis kepada ulama terkemuka dunia bagi menjelaskan latar belakang skandal tersebut dan meminta mereka mengeluarkan fatwa.
"Tiba masa keluar fatwa pasal skandal rasuah," katanya.
Ditanya pengguna Twitter lain mengapa bukan orang lain mendedahkan skandal itu, Rafizi yang kini berada di London menjelaskan dua sebab mengapa ia tidak mungkin dilakukan.
"Oleh kerana (1) media tidak boleh menutupinya; isu kredibiliti, (2) mereka akan mengambil tindakan tegas terhadap orang baru (yang mendedahkan skandal itu," katanya.
Ketika dihubungi kemudian, Rafizi enggan mengulas lanjut mengenai skandal itu buat masa sekarang.
Dalam perkembangan berasingan, pemimpin PKR itu juga menyindir Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang, yang sering mengkritik DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Beliau berkata satu kempen sepatutnya dilancarkan untuk memujuk Tan, yang dia disifatkan sebagai "wira No 1" Gerakan bagi bertanding menentang Lim jika satu pilihanraya kecil di Pulau Pinang diadakan.

Skandal 1MDB: Dr M mahu tribunal hakim bebas

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan penubuhan sebuah tribunal melibatkan hakim-hakim bebas, termasuk daripada luar negara, dibentuk untuk mendengar kes berkaitan 1MDB.

“Peguam negara mungkin pertahan kerajaan atau pegawai-pegawainya, tetapi dia tidak patut jadi hakim.

"Biar tribunal yang buat penghakiman,” katanya.

Cadangan itu muncul selepas Sarawak Report menyiarkan dokumen didakwa Laporan Audit Negara, yang berstatus sulit dan dilindungi bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata laman web pembocor maklumat itu akan disiasat bawah OSA selepas status dokumen itu disahkan.

Menulis di blognya, Mahathir juga mengkritik penggunaan OSA dalam kes itu.
Katanya, melindungi jenayah dengan OSA adalah salah.

Apa salahnya beri mandat kepada rakyat, kata Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini menjelaskan rasional di sebalik keputusan DAP untuk mengadakan pilihan raya mengejut di negeri berkenaan meskipun berdepan dua pertuduhan rasuah.
Lim berkata, sejak penangkapan dan penahanan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk sabitan liwat, berlaku penyalahgunaan kuasa yang menjejaskan pembangunan dan ekonomi negara.
Penyalahgunaan kuasa sedemikian turut melanggar hak-hak demokratik rakyat Malaysia, jawab beliau bagi menjawab soalan mengenai objektif mengadakan pilihan raya mengejut tersebut.
"Kami berpendapat dengan pengalahgunaan kuasa ini, adalah tindakan yang betul untuk meminta rakyat untuk menentukan, bagaimana mereka tentukan, itulah yang kami sedang bincangkan," ujar Lim pada sidang media di Komtar, hari ini.
"Kita tidak boleh terus seperti ini, ekonomi rosak kerana skandal rasuah, penyalahgunaan kuasa telah melucutkan hak-hak rakyat dan pada masa yang sama, rakyat merasa tidak ada harapan untuk Malaysia.
"Dalam usaha memulih dan mengembalikan harapan itu, adalah perlu untuk memulihkan proses demokrasi dengan rakyat adalah tuan, mereka berhak untuk membuat keputusan dan saya fikir, tidak yang salah dalam mengembalikan mandat kepada rakyat," tegas setiausaha agung DAP itu.
Lim berkata, 'kembalikan mandat kepada rakyat' sentiasa menjadi prinsip Pakatan Harapan dan gabungan itu akan terus berbincang mengenai perkara itu.
Beliau menambah bahawa dalam mana-mana pakatan, walaupun mempunyai pandangan berbeza, parti komponennya mesti dibenarkan untuk berfungsi dengan membenarkan perbincangan untuk terus diadakan.

Harapan 'gencatan senjata' pembangkang berkecai jika......

Harapan untuk melihat 'gencatan senjata' di kalangan pembangkang mungkin berkecai jika Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetap mahu mengadakan pilihan raya mengejut negeri berkenaan, kata penganalisis.
"Jika mereka mengadakan pilihanraya mengejut tanpa memulihkan hubungan dengan PAS, ia akan mengeruhkan hubungan dengan pemimpin PAS yang kian cenderung untuk kembali kepada pakatan pembangkang," kata Profesor Faisal Hazis dari Universiti Kebangsaan Malaysia, kepada Malaysiakini.
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan peribadi buat parti-parti pembangkang untuk mengetepikan perbezaan dan menentang musuh sebenar iaitu BN.
Walaupun tiada langkah konkrit ke arah ini, Ketua Ideas, Wan Saiful Wan Jan berkata, pilihan raya mengejut akan menjurus kepada pembangkang terpaksa melakukan 'gencatan senjata' sesama mereka.
Bagaimanapun, ujar beliau berkata, strategi berkenaan boleh hancur semasa sesi perundingan pembahagian kerusi.
"Kita perlu ingat di Pulau Pinang, PAS memainkan peranan yang agak besar dan Parti Amanah Negara (AMANAH) belum sekuat PAS lagi, dinamik yang penting.
"Rundingan pembahagian kerusi antara PAS dan AMANAH bukan sesuatu yang mudah...dan berkemungkinan mengakibatkan 'gencatan senjata' tidak berlaku," tambahnya.
Faisal berkata, akibat daripada keadaan tersebut akan melangkaui pilihan raya negeri Pulau Pinang.
"Jika keadaan seperti ini berlaku, semasa pilihan raya umum akan datang , adalah sukar untuk mengadakan perikatan pembangkang."
Kedua-dua penganalisis, bagaimanapun, sependapat pembangkang masih boleh menang di Pulau Pinang.
Sementara itu, Wan Saiful menambah, cadangan mengadakan pilihan raya negeri untuk mendapatkan sokongan terhadap Lim adalah strategi yang salah kerana ia tidak akan menghentikan prosiding rasuah terhadap ketua menteri itu.

DAP, PH terus bincang cadangan pilihan raya mengejut PP, respons Guan Eng

GEORGE TOWN - Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan meneruskan perbincangan dengan pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) mengenai cadangan mengadakan pilihan raya mengejut peringkat negeri Pulau Pinang.

Dalam nada kesal, Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, cadangan itu sebenarnya diputuskan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dan tidak wajar dibocorkan kepada pihak luar parti.

Tegas Setiausaha Agung DAP itu lagi, partinya tidak akan melaksanakan cadangan itu secara uliteral melainkan memutuskan secara bersama-sama pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan Parti Amanah Negara (Amanah).

"Kita tidak akan mengambil keputusan secara uliteral, kita akan meneruskan perbincangan dengan rakan-rakan kita (KeADILan dan Amanah).

"Atas semangat demokratik dan atas semangat kebersamaan, maka kita (DAP) menerima keputusan untuk meneruskan perbincangan ini," katanya pada sidang media di sini sebentar tadi.

Bercakap pada sidang media sama, Timbalan Presiden KeADILan Datuk Seri Azmin Mohamed Ali, yang juga Menteri Besar Selangor menyatakan bahawa partinya sendiri berpendirian untuk meneruskan perbincangan mengenai cadangan DAP itu.

"Bagi pihak KeADILan, kita tidak pernah kata 'tidak'.

Tian Chua: Kami akan terus sokong keputusan DAP Pulau Pinang

Sidang media tergempar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng

Guan Eng: Tiada pilihan raya mengejut P Pinang, setakat ini

PAS Selangor bantah konsert Salina Gomez

Isu parkir KL: BN khianati kepercayaan rakyat?

Isu kenaikan kadar tempat letak kereta di kawasan milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sehingga 150% tidak boleh dianggap sebagai satu isu yang terpencil.
DBKL parking
Oleh Edwin Michael
Ini soal kebajikan rakyat kerana yang sedang menanggung kenaikan kos sara hidup yang tinggi melampau ketika ini pun rakyat juga.
Alasan awal kenaikan kadar tempat letak kereta ialah untuk mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur dan kemudiannya alasan ini diakui pula sebagai bukan alasan terbaik untuk menangani kesesakan kenderaan di Kuala Lumpur menunjukkan betapa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) panik apabila diasak rakyat marhaen.
Perbandingan antara kesesakan lalu lintas antara Kuala Lumpur dan Jakarta adalah amat tidak adil. Ini kerana sistem pengangkutan awam di Jakarta tidak sempurna sedangkan di Kuala Lumpur kita memiliki sistem pengangkutan awam yang cukup baik dan sistematik.
Namun soalnya kenapa majoriti penduduk Kuala Lumpur masih memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri dan bukannya pengangkutan awam? Inilah yang perlu dikaji oleh DBKL sebelum melaksanakan apa-apa peraturan atau menaikkan apa-apa harga.
Adalah tidak waras untuk mengandaikan dengan menaikkan kadar tempat letak kereta maka Kuala Lumpur akan bebas daripada kesesakan kenderaan. Jika ada golongan yang masih ‘tidak makan saman’ masakan kenaikan kadar tempat letak kereta ini akan memberikan kesan kepada mereka?
Berdasarkan sumber Berita Harian Singapura, negara berkenaan turun tujuh tempat dalam ranking yang menyenaraikan bandar dunia mengikut keterukan kesesakan lalu lintas di jalan raya pada waktu sibuk.
Singapura menduduki tempat ke-45 dalam indeks 174 bandar itu sementara bandar Asia yang lain seperti Seoul, Tokyo dan Jakarta tidak dimasukkan kerana kekurangan data.
Soalnya, apakah modul yang diguna pakai Singapura dan apakah DBKL mengkaji langkah yang diguna pakai oleh bandar besar di negara lain untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Tidak mungkin menaikkan kadar tempat letak kereta adalah satu-satunya solusi.
Agenda tersembunyi?

P'raya umum ke 14 antara Januari hingga Jun 2017?

Spekulasi pilihan raya umum akan berlangsung tidak lama lagi muncul semula.
Ia kembali bertiup selepas DAP menangguhkan pemilihan parti untuk menumpukan kepada usaha berdepan BN dalam pilihan raya umum.

Daripada aspek politik, keadaan memihak kepada BN selepas kemenangan besar dalam pilihan raya Sarawak, selain meningkatkan majoriti dalam dua pilihan raya kecil sebelum ini.

Pengumuman pilihan raya awal juga dilihat strategik sebelum parti baru dan “pembangkang besar” yang diusahakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi kenyataan.

Bagaimanapun, beberapa pengalisis melihat sebaliknya.
Pengarah Institut Asia, Universiti Tasmania James Chin berkata perdana menteri dan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak perlu mempersiap diri sebelum melangkah ke medan perang.

Dengan keadaan ekonomi yang buruk, Najib mungkin tidak akan dapat sokongan taikun perniagaan jika pilihan raya diadakan sekarang.

“Kamu tidak akan masuk pilihan raya melainkan kamu ada wang tunia berbilion ringgit,” katanya.

Tambahan lagi, katanya, Najib memikul beban kalah undi popular dalam pilihan raya umum ke-13 sebelum ini.
Dalam pilihan raya umum lalu, BN mendapat 133 kerusi atau 60 peratus penguasaan dalam parlimen, tetapi hanya memperoleh 47 peratus undi popular.

Dalam pilihan raya depan, Chin meramalkan BN tidak akan berjaya mendapat balik undi di kerusi majoriti Cina dan penguasaan dua pertiga Dewan Rakyat yang gagal dipertahankan pada 2008.

Chin juga percaya Najib berusaha mendapatkan beberapa kawasan Melayu melalui dasar-dasar ekonominya.

“Susulan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan faktor-faktor lain, undi bandar telah hilang,” kata Chin.

Belanjawan 'gula-gula'

Sementara itu, setiausaha organisasi DAP Anthony Loke mendedahkan parti itu meramalkan pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh enam bulan pertama tahun depan.

Penganalisis: PKR boleh hilang kerusi Melayu P Pinang...

PKR dan pembangkang menghadapi risiko kehilangan sebahagian kerusi majoriti Melayu di Pulau Pinang jika pilihan raya negeri diadakan, kata seorang penganalisis politik.
Profesor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Faisal Hazis berkata ini yang akan terjadi jika pembangkang masih berpecah dengan PAS berada di luar gabungan.
"Jika status quo kekal, kita akan lihat pertembungan pelbagai penjuru di kerusi Melayu dan ini bukan merupakan petanda baik bagi PKR dan pembangkang," katanya kepada Malaysiakini.
Spekulasi bertiup kencang bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan mengadakan pilihan raya umum di tengah-tengah desakan supaya beliau meletak jawatan berikutan tuduhan rasuah terhadapnya.
Semalam, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti itu masih belum dapat diyakini untuk mengadakan pilihan raya tersebut.
Faisal berkata potensi kehilangan kerusi adalah salah satu senario yang sedang dipertimbangkan PKR.
Ditambahkan perasaan penat di kalangan orang ramai dengan pilihan raya dan politik pembangkang, ada kemungkinan pembangkang hanya menang di Pulau Pinang dengan majoriti lebih kecil berbanding pilihan raya 2013.
PKR kini mempunyai 10 kerusi dan PAS satu kerusi manakala DAP memiliki 19 kerusi.
Sementara itu, Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya tidak bersetuju dengan Faisal dan percaya PKR akan berada di kedudukan yang mantap.
Beliau meramalkan sokongan simpati DAP akan melimpah kepada PKR.
Beliau juga berkata, PKR masih boleh mendapatkan undi penyokong PAS, yang tidak semestinya berkongsi sentimen sama seperti orang di Kedah atau Kelantan ekoran hubungan rapat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Umno.

AS mahu rampas aset aset berkaitan 1MDB – WSJ

Pihak berkuasa dijangka memfailkan saman di Amerika Syarikat seawal pagi Rabu
wsj 1mdb
KUALA LUMPUR: Pendakwaraya persekutuan Amerika Syarikat akan memfailkan saman kerana mahu merampas aset-aset yang dikaitkan kepada 1MDB, lapor Wall Street Journal pada Rabu memetik sumber yang tidak dinamakan.
Pihak berkuasa dijangka memfailkan saman di Amerika Syarikat seawal pagi Rabu menurut laporan itu, dan menambah aset-aset tersebut dijangka termasuk hartanah dan aset-aset lain yang dibeli dengan wang yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.
Reuters tidak dapat mengesahkan laporan itu.
Pegawai di Pejabat Perdana Menteri Malaysia berkata mereka belum membaca laporan itu. Tiada komen segera daripada 1MDB.
Perampasan aset itu merupakan tindakan pertama kerajaan Amerika Syarikat berkaitan siasatan 1MDB, kata laporan itu lagi. Tetapi tidak diketahui aset apa yang akan dirampas.
1MDB, yang ditubuhkan pada 2009 selepas Perdana Menteri Najib Razak diangkat menjadi perdana menteri disiasat atas dakwaan pengubahan wang di enam negara termasuk Amerika Syarikat, Singapura dan Switzerland.

Biar P Pinang bincang pilihan raya negeri, kata Anwar

Ketua Umum PKR yang dipenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melahirkan rasa simpatinya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang didakwa menghadapi penganiayaan politik berhubung dua pertuduhan rasuah.
"Saya meluahkan sokongan simpati kepada Lim.
"Kalau (di) Pulau Pinang itu mereka sedang meneruskan perbincangan tentang masa depan, biarkan mereka bincang diadakan pilihan raya atau tidak," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Anwar, yang kemudian memberi keterangan sebagai saksi dalam perbicaraan kes hasutan Naib Presiden PKR, Tian Chua, berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi pilihan raya negeri di Pulau Pinang.
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dijangka bertemu Lim di Pulau Pinang petang ini.

Anwar tunggu langkah Muhyiddin

PKR sedang menunggu bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pembentukan sebuah parti politik baru, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita tunggu pengumuman Muhyiddin Yassin.

"Dan kalau program dan agenda itu yang (memanfaatkan) rakyat,” kata pemimpin pembangkang yang dipenjarakan itu kepada Malaysiakini.

Anwar ditemui di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Bekas ketua pembangkang itu diminta mengulas rancangan pembentukan parti baru dan “pembangkang besar” oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Muhyiddin, yang dipecat Umno baru-baru ini, telah menyatakan kemungkinan membentuk parti baru atau menyertai parti sedia ada.
Anwar berkata pihaknya boleh bekerjasama memandangkan pembangkang perlu menunjukkan kerjasama untuk menghadapi BN.

“Tetapi dalam keadaan sekarang terlalu awal kita belum dapat mendapat penjelasan tentang apa dasar, mengenai kebaikan dan faedah kepada rakyat keseluruhannya dalam ekonomi, reformasi politik dan sebagainya,” katanya.

Gencatan senjata: Pemimpin akar umbi PAS akui ahli salah faham

Ada yang melihat seolah-olah wujud pertentangan antara Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Najhan Mohamad Salleh
PETALING JAYA: Pemimpin akar umbi PAS mengakui ada ahli parti itu yang pada awalnya keliru apabila melihat seolah-olah wujud pertentangan antara dua pemimpin tertinggi mereka, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Namun perkara itu diatasi selepas pimpinan PAS kawasan membuat penerangan bagi menjernihkan keadaan, kata mereka.
Yang Dipertua PAS Kapar Najhan Mohamad Salleh berkata kekeliruan muncul apabila ada yang tidak membaca sepenuhnya kenyataan ‘gencatan senjata’ yang dibuat Tuan Ibrahim.
“Ditambah pula dengan berita 13 wakil rakyat PAS Selangor yang membuat kenyataan menyokong seruan itu. Isu dipusingkan seolah-olah mereka sokong Tuan Ibrahim dan tolak Hadi,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata memang menjadi cabaran kepada pemimpin akar umbi bagi memberi penjelasan kepada ahli berhubung apa saja isu dan perkembangan yang melibatkan parti itu.
“Kami di Kapar yakin dengan tarbiah kepada ahli. Saya nafi ini akan menyebabkan ahli terpecah kepada dua kem,” katanya.
Seruan ‘gencatan senjata’ yang dibuat Tuan Ibrahim baru-baru ini melonjakkan lagi imejnya yang dilihat mesra Pakatan Harapan, berbanding Hadi yang lebih tegas.
Seruan itu diikuti dengan tindakan 13 wakil rakyat PAS di Selangor menghantar memorandum kepada Hadi bagi menyatakan sokongan mereka terhadap Tuan Ibrahim, selepas mengisytiharkan hal yang sama secara terbuka.
Semalam, Pengarah Penerangan Lajnah Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Najhan Abdul Halim membuat seruan agar “memperbetulkan hati dan tindakan” daripada sikap “takut kalah” dan “jawatan kerajaan lebih penting daripada jawatan dalam jemaah”, dipercayai ditujukan kepada 13 wakil rakyat tersebut.

AS dijangka sita berbilion dolar aset berkaitan 1MDB

Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dilapor dijangka menyita aset berbilion dolar yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.
Skala sitaan akan menjadi yang terbesar dalam sejarah negara kuasa besar dunia itu, lapor The Wall Street Journal (WSJ) hari ini.

Memetik sumber, WSJ melaporkan, inisiatif bahagian aset Jabatan Keadilan AS dijangka memfailkan saman sivil untuk mendapatkan kebenaran menyita aset-aset itu pada Rabu pagi (waktu tempatan).

Akhbar kewangan antarabangsa itu melaporkan sitaan akan melibatkan harta tanah dan aset lain yang dibeli dengan “wang yang didakwa disalah guna daripada dana Malaysia”.

Isu 1MDB tanya IGP, kata Timbalan

Hari kedua Anwar Ibrahim hadir sebagai saksi Tian Chua

Khairuddin: Saya komited bebaskan Anwar, siapa PM ‘tunggu dulu’

Bekas pemimpin Umno itu bagaimanapun berkata terlalu awal menamakan perdana menteri bayangan.
Khairuddin Abu Hassan
PETALING JAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini menyatakan komitmen beliau membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan berkata ia akan hanya berlaku sekiranya pentadbiran sekarang ditumbangkan.
“Saya amat komited dalam daya usaha untuk membebaskan Anwar Ibrahim,” katanya ketika diminta mengulas sama ada parti baharu yang bakal ditubuhkan seperti diumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini dapat menerima Anwar sebagai perdana menteri bayangan.
Khairuddin, yang merupakan bekas naib ketua cawangan Umno Batu Kawan, bagaimanapun berkata masih sukar merancang masa depan Anwar selagi beliau masih dipenjarakan.
“Sekiranya Anwar berjaya dibebaskan barulah senang kita (pembangkang) nak rancang masa depan politik beliau,” katanya kepada FMT.
Anwar yang beberapa kali dinamakan Pakatan Rakyat sebelum ini sebagai perdana menteri bayangan sekiranya pembangkang mengambil alih Putrajaya, kini menjalani hukuman lima tahun di Penjara Sungai Buloh, selepas Mahkamah Persekutuan mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantunya pada 2008.
Susulan pengumuman sebuah parti baharu melibatkan PKR, DAP dan Amanah dengan sebuah lagi parti didokong Dr Mahathir baru-baru ini, timbul persoalan sama ada pembangkang akan menyenaraikan kabinet bayangan.
Khairuddin bersetuju kabinet bayangan penting bagi meyakinkan rakyat.

Parti baharu perlu manfaatkan rakyat, kata Anwar Ibrahim

Militan IS gembira jika lihat Turki jatuh, kata Dr Maszlee

Pas demo bantah kerajaan Selangor kerana benar konsert Selena Gomez

Selena gomez 2Dalam satu tindakan yang jarang berlaku, Pemuda, Muslimat dan Ulama Pas Selangor bergabung hari ini bagi membuat demo dan menyerahkan memorendum bagi membantah kerajaan negeri Selangor kerana membenarkan konsert Selena Gomez jam 2.30 petang di Bangunan SUK Selangor hari ini.
Mereka akan menyerahkan memorandum bantahan itu kepada kerajaan negeri Selangor yang turut diwakili oleh wakil Pas sendiri.
Demo ini dikatakan tidak direstui oleh Badan Perhubungan Pas Selangor kerana pemimpin Pas turut berada dalam kerajaan negeri yang membuat keputusan membenarkan konsert itu.
Konsert "Salena Gomes - Revival Tour Live in Malaysia" akan diadakan di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam 25 Julai nanti.
Ia dikatakan mendapat persetujuan pihak berkuasa tempatan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selepas semua peraturan dipatuhi oleh pihak penganjur.
Serahan memorandum Bantahan Konsert Salena Gomes ini dipercayai ada kaitan dengan pertembungan dalaman Pas di Selangor sekarang.
Ia bermula sejak pilihan raya kecil Sungai Besar lagi apabila perwakilan ulama dari Selangor membantah pemilihan Dr Rani Othman sebagai calon Pas kerana beliau dianggap harumanis iaitu Pas (hijau) di luar tetapi Amanah (oren) di dalam.
Bantahan itu disuarakan ketika Muktamar Pas di Kota Bharu Jun lepas.

8 ditahan, kes ejen hartanah ditembak mati selesai

Suspek yang ditahan itu terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita Cina, termasuk dalang berbangsa Cina dan penembak upahan berbangsa India.
police tembak
PETALING JAYA: Lapan suspek ditahan semalam bagi membantu siasatan kes ejen hartanah wanita ditembak mati di Taman OUG, Jalan Klang Lama pada Hari Raya pertama lalu.
Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan kes itu berjaya diselesaikan susulan penahanan lapan suspek di ibu negara dan Perak semalam.
“Syabas STAFFOC dan JSJ KL @PDRMsia selesaikan kes tembak wanita dan anak di OUG, tkap 8 org di KL dan Perak, rampas pistol semlm. #GoPDRMGo,” tulisnya melalui Twitter beliau hari ini.
Menurut laporan Sin Chew Daily, suspek yang ditahan itu terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita Cina, termasuk dalang berbangsa Cina dan penembak upahan berbangsa India.
Sepucuk pistol yang digunakan untuk membunuh mangsa turut dirampas.
Datin Renyce Wong Siew Ling, 32, maut akibat ditembak mati dua lelaki bermotosikal dari jarak dekat di Taman OUG, Jalan Klang Lama kira-kira jam 2.30 petang 6 Julai lalu.
Satu daripada lima das tembakan itu terkena leher mangsa, manakala anak perempuannya berusia 8 tahun yang berada di tempat duduk hadapan penumpang turut cedera dalam kejadian itu.

Langkah 13 Adun Pas Selangor pratikal

Langkah 13 orang wakil rakyat Pas di Selangor yang membuat kenyataan menyokong pandangan Timbalan Presiden parti itu Tuan Ibrahim Tuan Man supaya gencatan senjata dilakukan di kalangan parti-parti pembangkang, mempunyai mesej tersendiri yang perlu difahami.
Langkah 13 Adun Pas Selangor pratikalWalaupun Tuan Ibrahim telah mengkhianati reputasi dirinya sendiri dengan pandangan itu, namun ia masih tetap "valid", pandangan beliau itu sesuatu pendekatan politik yang matang. Menyedari akan kematangan itulah maka 13 orang wakil rakyat Selangor yang diketuai oleh Pesuruhjayanya membuat kenyataan sokongan itu.
Pandangan Tuan Ibrahim itu disambut meriah oleh banyak pihak dan menereima ia satu formula terbaik untuk tumbangkan UBN. Bagaimana pun Tuan Ibrahim seakan menafi balik pandangan dan gesaan itu apabila presiden partinya tidak bersetuju dan tetap mahu bersendirian.
Permasalahan politik di Selangor khasnya yang akan dihadapi menjelang Piraum akan datang sangat difahami oleh Pas negeri itu. Keputusan dua Pirake di Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini memberi petunjuk jelas tentang masa depan dan peluang dan harapan Pas di Selangor.
Dari segi politik yang bersandarkan kepada egois dan keng, Pas boleh mendakwa keputusan dua Pirake itu tidak menjejaskan mereka. Pas khasnya Guru Hadi dan pengkaji politiknya boleh mengakui yang Pas masih kuat dan undi fudementalnya masih kekal. Tetapi hakikat sebenar apa bakal dirasai Pas dari petunjuk pirake itu ditean oleh Pas Selangor.
Dalam melihat kesan kepada dua Pirake itu, Pas Selangor adalah bahu yang memikul sementara orang lain termasuk pendolor Guru Hadi dan mereka yang disifatkan berada dalam perigi buta hanya mata memandang sahaja.
Kesimpulannya, tindakan 13 orang wakil rakyat itu satu langkah bijak yang perlu direalisasikan. Mereka usah peduli kepada sikap "ikan keli dalam besen" Tuan Ibrahim itu, tetapi cadangan beliau itu sesuatu yang sangat praktikal. 13 wakil rakyat itu tentu tidak mahu mereka menang sorak tetaoi kalan pertarungan. Maka itu mereka mengambil sikap penyokong pandngan Tuan Ibrahim.
Sokongan itu membawa makna Pas perlu bergabung dengan oposisi kalau mahu terus berada dsalam kerajaan di Selangor.
Bukan sahaj saya berpandangan (prejudis) kalau Pas bertanding secara bersendirian di Selangor, ia tidak akan menang satu kerusi pun, tetapi orang lain juga, para pengkaji. Sayang bagi Pas yang menguar-uarkan parti memperjuangkan Islam, kalau terlepas Selangor.

Percanggahan politik dan agama cetuskan ketegangan masyarakat - Dr Yusri

Dr Yusri MohamadDr Yusri MohamadCabaran umat Islam timbul apabila berlaku sensitiviti yang tinggi terhadap percanggahan politik dan agama yang boleh mencetuskan ketegangan masyarakat dalam negara ini, kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Dr Yusri Mohamad.
Beliau berkata, antara cabaran berkaitan perpaduan dalam masyarakat adalah perbezaan sentimen, kesan daripada pertembungan konflik yang timbul dalam pelbagai gelanggang.
"Antara gelanggang utama timbulkan sensitiviti yang tinggi ialah gelanggang politik.
"Apatah lagi kalau bergabung antara politik yang ada sifat agama lebih berpotensi berlaku ketegangan dalam isu agama yang berbangkit.
"Jika tidak ditangani sebaik mungkin boleh mencetuskan ketegangan sesama parti, organisasi dan individu terbabit," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di perasmian Perhimpunan Agamawan Kebangsaan dengan tema 'Agamawan Pemangkin Perpaduan Ummah dan Pembangunan Negara' di Hotel Bangi-Putrajaya di Bandar Baru Bangi pagi ini.
Justeru katanya kelompok ulama dan agamawan berperanan untuk membimbing sebahagian ahli-ahli politik dan masyarakat yang
bertindak mengeluarkan fatwa dan pandangan peribadi berbanding dikalangan ulama dan agamawan sendiri.
"Kitalah yang perlu lebih agresif untuk mencorakkan persepsi masyarakat dalam hal-hal sebegini.
"Persaingan politik kepartian dalam negara, sukar ditangani dalam gelanggang politik kepartian untuk elak konflik daripada berlaku.
"Ibarat gelanggang boxing (tinju), jika dah namanya boxing bila masuk gelanggang maka adat permainan tumbuk menumbuk.
"Siapa menumbuk kuat dialah lebih hebat, kalau dapat tumbangkan lawanlagi hebat..itu adat gelanggang boxing.
"Kalau pun lawan buat sesuatu yang betul jika lurus sangat memuji sahaja dan tidak menumbuk tidaklah cemerlang dalam gelanggang.
"Mungkin betul dalam gelanggang politik ada persamaan seperti mana dalam gelanggang boxing itu," ujarnya memberikan gambaran tentang persengketaan antara pemimpin politik.

RM5,000 untuk nyawa seorang manusia....

Sepucuk Glock automatik dijual pada harga RM2,000 di pasaran gelap dan bayaran untuk seorang penembak upahan sekitar RM5,000.
mati-ditembak-die-shot-gun
Tahap keselamatan di Malaysia kian membimbangkan apabila satu demi satu kes tembakan dilaporkan setiap bulan sejak Mac lalu.
Sehingga kini, sebahagian besar kes tembakan itu nampaknya bermotifkan dendam.
Tetapi, kerajaan perlu mengambil tindakan segera bagi mengekang individu “bermasalah” daripada mengamuk dan melakukan tembakan rambang seperti yang sering berlaku di Amerika.
Menurut laporan media, sebanyak 233 kes penggunaan senjata api untuk membunuh direkodkan di negara ini dari 2013 hingga April 2016.
Sejak bulan lalu sehingga 7 Julai lalu saja, sebanyak tujuh kes tembakan berlaku di seluruh negara dengan kebanyakan mangsa terbunuh.
Sin Chew Daily melaporkan, sepucuk Glock automatik dijual pada harga RM2,000 di pasaran gelap dan kebanyakan senjata api yang digunakan dalam kes tembakan di negara ini diperoleh daripada pasaran gelap.
Manakala melalui saluran sah, harga Glock tidak lebih RM5,000 dan sebutir peluru pula kurang daripada RM2.
Bayaran untuk seorang penembak upahan pula sekitar RM5,000 dengan kebanyakan mereka berasal dari Thailand, Indonesia dan Filipina yang mungkin terdiri daripada penagih dadah atau lelaki bujang yang amat memerlukan wang.
Selepas misi penembak upahan itu selesai, pistol yang digunakan akan “dikitar semula” dengan dijual dalam pasaran gelap.
Kes tembakan yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini menyebabkan jumlah pengawal peribadi bersenjata di negara ini tidak cukup menampung permintaan semakin meningkat daripada kalangan peniaga Cina dan golongan berada kerana permohonan mendapatkan permit memiliki senjata mengambil masa yang sangat lama.
Menurut sebuah syarikat perkhidmatan pengawal peribadi, upah bagi mendapatkan khidmat pengawal peribadi tidak bersenjata kira-kira RM4,000 sebulan, manakala yang dilengkapi senjata api pula mencecah RM9,000 sebulan.
Golongan kaya biasanya akan mengupah seorang hingga dua pengawal peribadi bersenjata untuk melindungi keselamatan diri dan keluarga mereka.
Selepas kematian seorang ejen hartanah wanita yang ditembak dua lelaki bermotosikal di Taman OUG, Jalan Klang Lama di ibu negara pada Hari Raya pertama, negara dikejutkan dengan kematian empat sekeluarga yang ditembak saudara sendiri yang juga penagih dadah berpistol di Batu Maung, Bayan Lepas pada 13 Julai lalu.
Tidak sampai seminggu, seorang pemandu teksi merompak pelanggan sendiri dalam teksinya berdekatan pusat beli-belah Subang Parade, pagi semalam dengan “menayang” pistol dan pisau sehingga menyebabkan mangsa cedera di telinga dan kerugian lebih RM1,500.
Malaysia yang dulunya aman kini tidak lagi tenteram dan selamat, sebaliknya ibarat negara koboi di mana sesiapa saja boleh memiliki senjata dan menembak sesuka hati.

Caj parkir naik, ada pengguna rasa 'terkepung'

Pengguna yang meletakkan kenderaan di kawasan parkir milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa terbeban dengan kenaikan kadar caj letak kereta.
Ia ekoran tindakan DBKL menaikkan kadar caj parkir sehingga 150 peratus di beberapa kawasan termasuk Bukit Bintang, Bukit Damansara, Sri Hartamas, Desa Hartamas, Solaris Mont Kiara, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar.
Dengan peningkatan caj parkir, terdapat juga pengguna yang merasa 'terkepung' dengan pelbagai kos sara hidup yang semakin tinggi termasuk kadar tol serta harga minyak petrol yang meningkat.
Seorang pengurus bank di Taman Tun Dr Ismail Mohd Haizal Yakub, 41, berkata, pihak berkuasa tempatan sepatutnya memberikan notis terlebih dahulu dan tidak menaikkan caj secara tiba-tiba.
Malah, beliau juga melahirkan rasa kesal dengan kenaikan caj tersebut yang dianggap turut menjejaskan perbelanjaan seharian.
"Sedikit sebanyak kenaikan caj parking ini akan beri kesan seperti kami yang parkir di sini sehari suntuk. Terang-terang ia naik 150 peratus dan ia hanya untuk belanja parkir sahaja.
"Dengan kadar tol lagi. Ia sedikit sebanyak jejaskan perbelanjaan harian. Saya rasa bukan semua orang boleh naik bas, ada yang perlu bawa kereta. Jadi alasan itu (supaya guna pengangkutan awam) macam tak kena," katanya kepada Malaysiakini.
Rata-rata pengguna yang ditemui Malaysiakini menggunakan kawasan letak kereta di Taman Tun Dr Ismail, Bangsar dan Bukit Damansara.
Seorang lagi pengguna, Awang Mokhtar, 35, mempersoalkan kenaikan caj tersebut yang dianggap sebagai tidak relevan memandangkan sistem parkir yang sedia ada masih lagi lemah.
"Atas dasar apa mereka nak naikkan caj mahal? Adakah tempat itu eksklusif? Adakah keselamatan kereta akan terjamin? Apa rasionalnya?
"Matlamat tak halalkan cara. Ada yang guna parkir untuk aktiviti harian. Ada yang bekerja yang wajib menggunakan kereta," katanya yang turut berpendapat bahawa tindakan DBKL yang menaikkan caj tersebut akan menyebabkan orang ramai meletakkan kereta secara haram di ibu negara berleluasa.
Wan Saiful Azman, 41, pula berpendapat kenaikan caj parkir tidak akan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di bandaraya.
Beliau yang bekerja sebagai pemandu peribadi itu berkata, apa yang perlu dilakukan pihak DBKL ialah memperbaiki sistem parkir serta menyediakan parkir yang secukupnya.
"Kadang-kadang ada orang yang mempunyai keperluan untuk bawa kereta. Tak semestinya mereka boleh naik pengangkutan awam.
"Saya ini pemandu dan sangat faham, ia menyukarkan. Saya rasa menaikkan caj tidak akan selesaikan masalah. Kawasan parkir kurang, lepas tu naikkan harga. Macam tak sesuai," katanya.
Seorang lagi pemandu, Syed Shah Hafiz Syed Umar, 39, berkata, tindakan menaikkan harga tidak relevan dan ia membebankan rakyat.
Bagaimanapun, beliau berpendapat, sekiranya pihak DBKL ingin menaikkan harga, pihak berkuasa tempatan itu perlu menyediakan ruang parkir bagi memastikan tiada parkir haram.
"Parkir kurang kemudian menaikkan harga, tak relevan. Nak naik harga boleh tapi parkir kena lebih juga. Biar seimbang. Tetapi kenaikan ini membebankan rakyat. Dah lah kos sara hidup semua tinggi, semua harga mahal," katanya.
'Setuju tetapi bersyarat'
Bagaimanapun, terdapat juga pengguna yang bersetuju dengan kenaikan caj parkir tersebut tetapi bersyarat.
Farizul Hafiz, 23, berkata, beliau bersetuju dengan kenaikan caj parkir yang dibuat DBKL tetapi pada masa sama meminta supaya sistem pengangkutan awam ditambah baik.
Beliau turut mencadangkan supaya disediakan pas parkir kenderaan bagi mereka yang perlu menggunakan kereta.

Banjir: Orang angkuh Allah bayar tunai, kata Pas kepada DAP


Idris AhmadIdris AhmadPas menyifatkan banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Pulau Pinang adalah 'pembalasan tunai' daripada Allah di atas keangkuhan kerajaan DAP negeri itu yang lantang mengkritik Kelantan sebelum ini.
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata banjir adalah ketentuan Allah yang mempunyai hikmah tersendiri dan tidak boleh menyalahkan kelemahan pentadbiran manusia semata-mata.
"Jangan pula apabila banjir di Kelantan ada orang angkuh menuduh Kelantan tidak pandai uruskan banjir seolah-olah macam tidak ada kerajaan. Inilah tuduhan angkuh kepada Kelantan ketika banjir di penghujung tahun 2014.

"Orang angkuh selalunya Allah balas secara "cash" untuk menyedarkan diri dan supaya jangan celupar dan angkuh. Sifat angkuh semua agama dan bangsa tidak boleh terima," coretnya di facebook.

Ianya sebagai reaksi balas terhadap kejadian banjir kilat di beberapa kawasan rendah di Pulau Pinang sejak semalam ekoran hujan lebat.
Kawasan terlibat termasuk Bayan Lepas, Batu Maung, Relau dan Teluk Bahang serta Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Pelanduk terlupa jerat........Melayu oh Melayu??

Bila rancangan Malayan Union makin dicabar oleh orang Melayu, British beralih kepada plan seterusnya. Memang British mempunyai banyak plan dan pakar dalam putar alam bagi mengekalkan penjajahan mereka. Maka dengan itu lahirlah UMNO, pertubuhan yang dipenuhi oleh golongan elitis Melayu, dilatih untuk mengambilalih peranan British.
Kebanyakan pemimpin UMNO dikala itu adalah cikgu-cikgu, pegawai-pegawai Malayan Civil Service dan anak-anak bangsawan Melayu. Maka Melayu yg telah diInggeriskan ini senang mengikut telunjuk British untuk menjaga kepentingan British. Mungkin istilah dedak tidak wujud pada zaman sebelum merdeka. Tapi bagi setengah-setengah orang Melayu, hanya dengan berpakaian topi putih kolonial dan berkot 'cendol' (bush jacket), itu sudah cukup untuk menunjuk riak mereka sebagai elitis dikala itu.
Sikap riak inilah yang melahirkan kebencian terutama daripada golongan cendiakawan di dalam dan di luar UMNO. Peristiwa pertukaran kepimpinan UMNO daripada Dato Onn kepada Almarhum Tunku dan kekalahan Parti Negara pada PRU tahun 1952 memperlihatkan golongan pertengahan amat benci dengan sikap hidung tinggi golongan elitis Melayu ini.
Peristiwa tatkala menjelang pilihanraya umum yang pertama dalam sejarah Malaysia ini nampaknya akan berulang kembali. Memang sifat sejarah begitu. Cuma orang yang selalu lupa. Sepertimana Melayu dan sepertimana juga pelanduk. Mungkin sedikit berbeza latar belakangnya. Namun kesombongan golongan elitis yang memerintah pada waktu tersebut adalah elemen yg sama dengan masa sekarang.
Sejarah juga telah membuktikan bahawa UMNO tidak boleh dijarah oleh bangsa lain. UMNO adalah Melayu dan Melayu adalah UMNO. Hilang UMNO, hilanglah kuasa politik Melayu. Satu khurafat yang telah tertanam kuat dalam benak Melayu sama seperti kuatnya pokok-pokok angsana di tepi Taman Tasik Taiping. Walaupun dah berusia tua.
Ada beberapa cubaan 'kudeta' didalam UMNO, contohnya pada zaman hujung pemerintahan Almarhum Tunku, pada zaman Tun Mahathir dan pada zaman Tun Abdullah. Tetapi UMNO tetap utuh walaupun ada luka bercalar. Ini kerana 'kudeta' tersebut hanyalah berkaitan bagaimana UMNO harus dipimpin.
Tapi sekarang UMNO menghadapi krisis kepercayaan kepada pemimpinnya. Yang menentang pula bukan hanya terdiri daripada golongan yang ingin mengambilalih kepimpinan, tentangan terbuka juga wujud daripada peringkat akar umbi akibat kebobrakan yang ketara barisan pemimpin tertinggi mereka.

Mustahil Mahathir mahu bawa slogan “Bebaskan Anwar”

Satu dunia tahu bahawa orang yang bertanggungjawab menyumbatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepenjara atas kesalahan liwat adalah Tun Mahathir Mohamad yang ketika itu adalah Perdana Menteri Menteri Malaysia dan Anwar merupakan timbalannya.
Kejayaan Mahathir membuktikan kesalahan Anwar pada tahun 1998 itu terus mencatat sejarah hitam buat keluarga Anwar yang membawa kepada penubuhan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai oleh isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
PKR yang ditubuhkan tak lain tak bukan untuk mencari keadilan bagi Anwar dan misi utamanya adalah membebaskannya daripada hukuman penjara yang disifatkan oleh Wan Azizah dan keluarganya sebagai komplot terancang untuk menjatuhkan Anwar.
Kempen membebaskan Anwar diadakan berterusan sejak mula dipenjara hinggalah ke hari ini dan turut mendapat sokongan komponen parti pembangkang lain termasuklah Pas, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).
Anwar pula secara automatik dilantik sebagai pemimpin de facto blok pembangkang dan agenda membebaskannya adalah antara yang terwajib dalam perjuangan pakatan pembangkang atas nama Pakatan Harapan (PH) yang asalnya dipanggil Pakatan Rakyat sebelum Pas menarik diri untuk bergerak secara solo.
Sepanjang Anwar dipenjara, Mahathir yang dicaci dan dihina rakyat tetap bersahaja dan sentiasa tersenyum kerana Anwar gagal membebaskan dirinya walaupun dengan pelbagai bantahan yang dibuat rakyat melalui gabungan pembangkang.
Apa dalam fikiran Mahathir tidak siapa tahu tetapi tindakan terkininya yang tidak berpuas hati dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menubuhkan sebuah parti baharu daripada blok pembangkang telah menimbulkan banyak persoalan.
Adakah Mahathir akan bersama Wan Azizah untuk membawa sepanduk membebaskan Anwar daripada penjara selepas dia sendiri yang menyumbat Anwar ke dalam penjara? Apa agaknya alasan Mahathir untuk tidak membawa sepanduk bebaskan Anwar bersama PKR dan sekutunya dalam PH?
Bagaimana pula dengan Wan Azizah dan anak-anaknya untuk menerima kembali Mahathir yang mereka cukup benci selama ini?
Melihat kepada keadaan semasa, mungkin agal mustahil untuk melihat Mahathir bergabung dengan PKR untuk membebaskan Anwar kerana dia tahu Anwar bersalah tanpa perlu dipersoalkan lagi.

'Imam Mahdi' pula muncul di Perak, MB minta siasat

Kerajaan Negeri Perak meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan berhubung sebuah kumpulan ajaran sesat di negeri ini, yang dikatakan sedang mengembangkan pengaruhnya ke seluruh negara.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kumpulan itu.
"Bagaimanapun, kita minta pihak berkuasa supaya memantau perkembangan ini...sekiranya wujud (kumpulan ajaran sesat itu), ambil tindakan," katanya sambil menegaskan bahawa kerajaan negeri memandang serius perkara itu.
Beliau ditemui selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Lembaga Air Perak, hari ini.
Zambry mengulas laporan sebuah akhbar tempatan pada Sabtu lepas yang melaporkan kumpulan itu diketuai seorang lelaki yang mengaku sebagai Imam Mahdi, yang bercadang mewujudkan kumpulan bersenjata digelar Tentera Mahdi.
Laporan itu menyebut kumpulan berkenaan sedang mempengaruhi orang ramai dengan menggunakan pengaruh seorang ulama untuk menarik lebih ramai orang awam untuk menyertai kumpulan itu.
Kumpulan itu didakwa mengumpulkan senjata untuk berperang dan mereka dikatakan sedang bersiap sedia untuk berbaiah dengan Imam Mahdi di Mekah, Arab Saudi.
Akhbar berkenaan turut melaporkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria meminta pihak polis supaya segera mengambil tindakan undang-undang bagi membendung ajaran sesat berkenaan daripada terus berkembang.
Dalam perkembangan lain, Zambry mengulangi harapan agar kerajaan Persekutuan dapat menimbang cadangan kerajaan negeri untuk membina terowong laluan air dari Sungai Perak ke Kolam Takungan Empangan Bukit Merah.

Ahli Pas jangan mudah buruk sangka rakan sendiri

Pas
SHAH ALAM – Ahli Pas tidak sepatutnya mudah berburuk sangka dan tuduh menuduh rakan dalam parti.

Pegawai Penyelidik Pusat Penyelidikan Pas, Syed Ahmad Fadhli berkata, semua ahli Pas sepatutnya lebih bersederhana dalam setiap langkah perjuangan yang dibawa.

Katanya dalam satu kenyataan hari ini, ahli parti Islam itu tidak sepatutnya dengan mudah menilai dan menghukum orang lain atas sesuatu tindakan yang dilakukannya.

“Dalam jemaah, kita akan bertemu dengan 1001 ragam manusia, yang datangnya daripada pelbagai latar-belakang, taraf pendidikan, cara bertindak dan gaya berfikir. Mungkin ada yang jenis laju bertindak, ada pula yang jenis lebih suka diam memerhati, ada juga jenis yang lambat bergerak. Wujudnya  kerencaman dan kepelbagaian pendekatan.

“Janganlah berburuk sangka dengan sahabat sejemaah sehingga hilang nilai ukhuwah bagaikan kita pula menjadi pemegang cop untuk menuduh orang lain sebagai musuh dalam selimut dan munafik dalam perjuangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Meskipun berbeza, katanya, umat Islam Pas sepatutnya sedar dasar, hala tuju, matlamat dan tujuan yang boleh menyatukan semua ahli di bawah satu bumbung yang sama.

“Perbezaan itu adalah normal dalam berorganisasi, yang lebih utama ialah bagaimana hendak menguruskan perbezaan itu?

“Kunci utamanya ialah adab dan akhlak berjemaah. Kita boleh berbeza tetapi usah sampai menghina dan menggelar itu dan ini. Apabila berbeza sedikit, terus sahaja digelar orang lain itu munafik, liberal, hipokrit, fikrah celaru, ejen musuh.

"Usahlah semudah itu dalam menilai dan menghukum orang lain kerana mungkin pada saat itu, kita sendiri belum diuji dengan apa yang dikata,” katanya lagi.

Parti baharu tak gugat Umno Terengganu

Ahmad Razif
KUALA TERENGGANU - Umno Terengganu tidak akan tergugat meskipun dengan penubuhan parti baharu oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kelak.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri yang juga Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata Umno adalah sebuah parti yang kukuh dan yakin ia akan mendapat sokongan yang berterusan daripada setiap anggota parti termasuk di peringkat akar umbi.
"Ini bukan pertama kali berlaku dalam Umno. Dahulu pun masa Datuk Onn Jaafar menubuhkan Parti Negara, Umno tetap teguh. Begitu juga dengan penubuhan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Semangat 46.
"Pada saya parti serpihan (Umno) yang ditubuhkan atas dasar kekecewaan ia tidak akan ke mana-mana kerana rakyat yang memberi sokongan yakin dengan Umno bahawa ia adalah relevan untuk dahulu, kini dan selamanya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan stesen radio Manis FM di sini hari ini.
Khamis lepas, Dr Mahathir mengumumkan beliau akan menubuhkan parti baharu yang akan menjadi sebahagian daripada komponen pakatan pembangkang bagi menghadapi PRU ke-14.
Di KUALA LUMPUR, Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) melihat hasrat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan parti baharu, sebagai usaha sia-sia malah parti itu tidak akan kekal lama.
Presidennya Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata penubuhan sesebuah parti perlu berasaskan kepada perjuangan dan bukan bersifat peribadi.
"Bagi saya kalau ada yang berjuang hanya untuk kepentingan peribadi berbentuk serangan peribadi ia tidak lama.
"Perjuangan mestilah berasaskan kepada ideologi," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelajar Program Parlimen Mahasiswa Kali Kedua 2016 di sini hari ini.   

Kisah kejayaan Erdogan suburkan Islam di Turki


Kisah kejayaan Erdogan suburkan Islam di Turki

BUMI Turki, sebagaimana yang diketahui umum sudah sekian lama ditakluki oleh pegangan sekular sejak pengaruh Islam dan al-Quran dihapus secara sistematik dan perlahan-lahan oleh pengasas Turki moden, Mustafa Kemal Ataturk ekoran kejatuhan pemerintahan Khalifah Uthmaniah.
Sejak pengenalan negara Turki moden beracuan barat diperkenalkan oleh Kemal Ataturk pelbagai pengenalan undang-undang baru ‎berbentuk sekular di perkenalkan antaranya pemakaian tudung diharamkan, azan diubah daripada bahasa Arab kepada bahasa Turki, sekolah-sekolah agama ditutup dan pelbagai lagi.
‎Namun memetik laporan ilmFeed, Turki yang menjadi negara sekular untuk beberapa dekad kembali berubah selepas Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) di bawah pimpinan Recep Tayyip Erdogan, mengambil alih tampuk pemerintahan Turki.
Selepas dilantik menjadi Presiden, Erdogan mula mengembalikan kejayaan Islam di Turki sepertimana ketika zaman kegemilangan pemerintahan Khalifah Uthmaniah sebelum ini.
Menurut (The Atlantic), penguasaan Erdogan telah berjaya membumikan Islam di Turki, antaranya ketika zaman beliau sekitar 17 ribu masjid baharu telah dibangunkan  di antara tahun 2002 sehingga tahun 2013‎, sementara beberapa masjid peninggalan zaman Uthamaniah diperbaiki.
‎Dalam pada itu, pemerintahan Erdogan juga telah menarik balik pengharaman pemakaian tudung terhadap pekerja sektor awam, serta menghapuskan larangan pemakaian tudung di sekolah-sekolah.
Pada bulan November 2015, seorang hakim perempuan menggunakan hijab untuk pertama kalinya sepanjang sejarah (Al-Arabiya).