Selasa, 19 Julai 2016

PKR belum diyakinkan untuk adakan pilihan raya P. Pinang

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memberitahu bahawa pihaknya belum lagi 'diyakinkan' untuk mengadakan pilihan raya negeri mengejut di Pulau Pinang.
Bagaimanapun, Wan Azizah berkata pihaknya bersedia untuk meneruskan perbincangan dengan pimpinan parti komponen Pakatan Harapan mengenai isu berkenaan.
"Biro politik PKR berpendirian bahawa kami belum diyakinkan dengan tujuan atau matlamat untuk mengadakan pilihan raya tergempar.
"Namun pimpinan PKR bersedia untuk meneruskan perbincangan dengan pimpinan parti-parti komponen Pakatan Harapan mengenai isu ini," katanya tanpa mengulas lanjut.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat biro politik di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya malam ini.

Kumpulan "Erdogan" Malaysia Dicemburui Pewala PAS

Malaysia perlu belajar daripada rakyat Turki

Rakyat Malaysia perlu belajar daripada kematangan politik rakyat turki dalam mempertahankan kerajaan pilihan mereka daripada sebarang cubaan rampasan kuasa melalui cara yang tidak demokratik.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub berkata, rakyat Turki telah memperlihatkan bahawa kerajaan demokratik perlu dipertahankan tanpa sebarang kompromi.


"Malaysia harus ambil iktibar daripada insiden ini. Rakyat Turki telah menyatakan kecintaan kepada demokrasi dengan mahu segala proses perlu melalui saluran demokrasi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengetuai pertemuan Pakatan Harapan dengan Duta Besar Turki di Malaysia, Başak Türkoğlu di pejabat kedutaan itu di ibu negara petang ini.

Turut serta pada pertemuan itu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anuar, Naib Pengerusi DAP Teresa Kok, Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir, Pengarah Strategi Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Wanita Amanah Dr Siti Mariah Mahmud, Naib Ketua Pemuda Amanah Wan Anwar Wan Ibrahim dan Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar.

Turut menyokong pandangan itu, Nurul Izzah dan juga Teresa yang masing-masing mahu kefahaman serupa dibina di Malaysia.

"Kita harus bina kefahaman ini untuk pertahan demokrasi di negara kita dan desak pilihan raya adil tanpa rasuah di Malaysia," kata Nurul Izzah.

"Saya kagum melihat rakyat dan seluruh parti politik Turki bersatu kutuk kudeta. Saya berharap budaya ini dikekalkan untuk pertahan sistem pemerintahan demokrasi," ujar Teresa.

Pertemuan 40 minit itu antara lain bagi menyatakan penolakan terhadap cubaan rampasan kuasa oleh segelintir kecil tentera dan mendokong kerajaan pilihan rakyat Turki pimpinan Recep Tayyib Erdogan. -MD




Pada satu ketika dahulu semasa berlaku pertembungan diantara kumpulan progresif dan konservatif dalam PAS, kumpulan profesional dalam PAS ini digelar kumpulan sebagai kumpulan Erdogan kerana pendekatan mereka yang sederhana dan moderat malah dituduh tidak islamik.


Sebagaimana pertembungan dalam PAS, Erdogan sendiri bertembung dengan kumpulan konservatif dalam parti asalnya iaitu Refah pimpinan Necmetin Erbakan. Erdogan menubuhkan AKP manakala penyokong Erbakan menubuhkan Saadet, tulis Zulkifli Sulong.

Ketika berkunjung ke Turki, kumpulan profesional yang menyokong Erdogan dalam PAS akan menemui pemimpin AKP manakala kumpulan pro-ulama yang menyokong Erbakan akan menemui pemimpin parti Refah di Turki.

Setiap kali Pas ke Turki, Pas berjumpa Parti Refah, bukan AKP. Terbaru beberapa minggu lepas, Ust Hadi Awang pergi Turki, juga meminggirkan AKP. Bagi Pas, AKP ni Parti sekular, keluar dari jemaah Islam Refah.

Pas juga merendah2 kan Erdogan, iaitu pada 2008, ketika Agamawan ingin menjatuhkan golongan "Sekular & Profesional" dlm Pas, Pas menggelarkan pemimpin itu sebagai Kumpulan Erdogan & Anwaris. Ketua Erdogan ialah Husam Musa. Pas tak layak berbangga dgn AKP.

Parti Refah juga menggelarkan AKP sebagai Parti Pengkianat perjuangan Islam sebagaimana tuduhan Pas kepada Amanah hari ini! HDZ Ahmad.

Kumpulan PAS tak suka Erdogan sebab mereka lebih sokong Parti Saedat (sebelumnya bernama parti Refah -GB) yang perjuangannya macam PAS kat Malaysia, tulis Teuku Zacharyah Iskandar pula dalam laman sosial ketika berdebat dengan penyokong kepimpinan ulama.

Naik caj parkir sehingga 200 PERATUS boleh dikata masih munasabah ??

Begitulah cara mereka yg suka buat perbandingan bangang dgn negara2 tertentu spt Bangladesh, Myanmar & sbgnya BAGI PERBODOHKAN RAKYAT !!!

BILA Najib Razak NAK LANTIK Datuk Bandar jadi menteri.. Ciri2 kepimpinannya sudah pon menepati citarasa Najib..

MENTERI 'UMNO' rupanya yg putuskan naik caj parkir KL tu..

Adakah negara kita memang ditadbir oleh penyangak2 berlesen besar ??!!

Korang bising2 pon TETAP JUGA PANGKAH BN. BN JUGA MENANG..

Itulah HAKIKATNYA rakyat Malaysia..
Bila dah kenyang dedak TETAP PANGKAH BN..

Ini baru dikatakan RAKYAT DIDAHULUKAN kena bayar..

APA NAK HERAN... Najib kan dah kata..kadar kemiskinan tegar rakyat M'sia DAH HAMPIR KOSONG PERATUS !!!

Jgn susah hati, rupa2nya rakyat Malaysia skrg bertambah kaya..

Tak salah naik caj parking pun..

BEGINIKAH JAWAPAN YANG PATUT DIBERI? RELEVANKAH LAGI KU NAN SEBAGAI MENTERI?

Ketika wargakota terus mengeluh kerana dibebankan dengan kenaikan caj parkir kenderaan antara 100 hingga 200 peratus, jawapan yang diberikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Mhd Amin Nordin ternyata lebih menyakitkan hati.

Bersandarkan alasan asal kenaikan itu dikatakan bertujuan mengurangkan kesesakan di bandaraya, menggalakkan berkongsi kereta dan mahu wargakota lebih menggunakan pengangkutan awam, hari ini beliau berkata, sebarang kesulitan berkaitan pengangkutan awam bukan merupakan tanggungjawab DBKL.
DBKL hanya nak jaga parkir, manakala pengangkutan awam di bawah tanggungjawab Kementerian Pengangkutan. Tidak ada kena-mengena, saya tak nampak hubung-kaitnya, ujar beliau.

Benarkah kedua-dua perkara iaitu antara menaikkan caj parkir dengan kemudahan pengangkutan awam tidak ada kena-mengena serta tidak saling kait-mengait?

Apakah DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan ditadbir oleh "Kerajaan A" dan Kementerian Pengangkutan yang menjaga perkhidmatan pengangkutan awam pula  ditadbir oleh "Kerajaan B"?

Bagaimana Datuk Bandar melihat isu ini sebenarnya?

Dari sudut peranan sebagai jentera sebuah kerajaan yang bertangggungjawab terhadap rakyat atau sebuah entiti kapitalis yang semata-mata mahu mengaut keuntungan?

Dalam pertemuan dengan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang membantah kenaikan caj parkir itu, Mhd Amin juga dilaporkan memberitahu, pertimbangan mengenai kenaikan itu diputuskan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor.
Apakah jawapan Datuk Bandar itu hanya untuk menghalalkan semua tindak-tanduk menteri dan tidak memperdulikan sama sekali kepentingan serta perasan rakyat?

Persoalan lebih besar, masih relevan lagikah Tengku Adnan sebagai menteri?

Veteran Umno persoal ideologi, falsafah parti Mahathir

Pemikiran jenis apa menjadi sandaran parti baharu itu atau ianya untuk menjatuhkan Najib semata-mata, soal Mubarak
Aziz-Abdul-Rahman_mahathir_600
KUALA LUMPUR: Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) hari ini persoalkan ideologi parti baharu yang ingin ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Veteran Umno itu berkata sesebuah parti tidak akan bertahan lama sekiranya perjuangannya hanya untuk menyerang atau menjatuhkan seseorang, atau dalam hal ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Saya buat parti baru, nak pergi bertanding nak jatuhkan Najib. Perjuangan apa itu?” soal Presiden Mubarak Tan Sri Abdul Aziz Rahman dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
“Perjuangan mesti berasaskan ideologi, falsafah perjuangan. Kalau berjuang nak jatuhkan orang, itu jangka pendek.”
Beliau berkata demikian menyentuh hasrat Mahathir menubuhkan parti baharu menentang Barisan Nasional (BN) sekaligus memastikan parti pemerintah terkubur pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Bersih 2.0 persoal tujuan, keperluan pilihan raya kilat

DAP perlu jelaskan secara terbuka mengapa pilihan raya kilat perlu diadakan dikala negara berdepan isu urustadbir dan ekonomi yang mendesak
bersih_penang_dap_6001
PETALING JAYA: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 mendesak DAP supaya menjelaskan secara terbuka mengapa pilihan raya kilat perlu diadakan di Pulau Pinang.
Dalam satu kenyataan malam tadi, Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 menegaskan bukan sahaja pilihan raya menggunakan wang rakyat, bahkan mengambil masa dan menghampakan pengundi yang tidak tahu matlamat pilihan raya kilat diadakan.
“Walaupun kita akui demokrasi yang berfungsi membenarkan kerajaan mengadakan pilihan raya namun kami belum jelas tujuan dan keperluan pilihan raya diadakan ketika ini.
“Sokongan pengundi jangan diambil mudah,” tegas Bersih 2.0 memberi peringatan, “Selaku parti politik yang mendakwa ianya bertanggungjawab, ini masanya DAP mendekati pengundi dan memberikan respon sewajarnya, jika tidak gugurkan idea pilihan raya kilat itu.”
Kenyataan menyusuli khabar angin pilihan raya kilat akan diadakan di Pulau Pinang, selepas The Star hari ini melaporkan perwakilan enam orang daripada DAP termasuk pimpinan kanan parti bertemu Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membincangkan perkara itu.
Ditemui pemberita, Wan Azizah mengesahkan mesyuarat biro politik PKR malam ini akan membincangkan pilihan raya kilat bersama pimpinan PKR Pulau Pinang.

Pertahan Selangor: Pemimpin PAS saling berlaga sesama sendiri

Iskandar menyifatkan pemimpin PAS pusat yang memperli dan membuat andaian terhadap 13 adun parti Islam itu di Selangor nampak manfaatnya kepada Islam dan rakyat sejak 2008.
Iskandar Abdul Sama
PETALING JAYA: Ketika Timbalan Presiden PAS menyeru parti pembangkang melaksanakan “gencatan serangan” sesama sendiri, pemimpin parti Islam itu akhirnya yang berlaga antara satu sama lain.
Datuk Iskandar Abdul Samad menyifatkan pemimpin PAS pusat yang memperli dan membuat andaian terhadap 13 wakil rakyat parti Islam itu di Selangor mempertahankan kerajaan negeri kerana sayangkan jawatan adalah orang yang duduk dalam perigi buta.
Ini kerana kata Pesuruhjaya PAS Selangor itu, mereka tidak nampak manfaatnya kepada Islam dan rakyat sejak 2008.
“Ada yang perli konon mereka yang nak pertahankan kerajaan negeri Selangor sebab sayangkan jawatan.
“Jawab saya, mereka yang buat andaian ini duduk dalam perigi buta sejak 2008. Tak nampak langsung manfaat kepada Islam dan rakyat sejak 2008,” katanya menerusi status di Facebooknya semalam.
Kenyataan Iskandar itu dipercayai merujuk kepada dakwaan Pengarah Penerangan, Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Najhan Abdul Halim yang kesal dengan wakil rakyat parti itu lebih sayangkan jawatan.
“Bila berhadapan dengan ujian di dalam jamaah, kita nampak dengan mata kepala kita sendiri.”
“Selama ni kita bicara menerusi kitab-kitab haraki sahaja…sekarang kita lihat dan saksi dengan realiti,” kata Najhan.
Semalam, 13 wakil rakyat PAS menyatakan sokongan terbuka terhadap seruan damai oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap semua parti pembangkang.
Kenyataan itu menuntut sebuah “pakatan pembangkang” bagi mempertahankan kerajaan negeri dengan syarat setiap parti saling menghormati prinsip masing-masing.
Adun PAS Meru, Dr Abdul Rani Osman yang turut menandatangani memorandum itu berkata, tindakan 13 wakil rakyat PAS Selangor menghantar memorandum kepada presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menyatakan sokongan terhadap seruan “gencatan serangan” antara pembangkang menunjukkan mereka serius mempertahankan kerajaan Selangor daripada jatuh ke tangan BN.

Apakah persamaan yg ada pada Datuk Bandar dan pemimpin Umno ??

Bila semua diswastakan... kesannya langsung kepada rakyat..

Masalah rakyat BUKAN LAGI MASALAH KAMI...

Wan Azizah sah mesyuarat malam ini bincang pilihan raya kilat

Pilihan raya kilat Pulau Pinang antara agenda yang akan dibincangkan dalam mesyuarat biro politik PKR malam ini
Wan-Azizah_PKR_DAP_6001
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan pilihan raya kilat akan dibincangkan dalam mesyuarat biro politik PKR malam ini.
“Ya, antara agenda mesyuarat,” katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi.
Ketika ditanya samada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dijemput menghadiri mesyuarat itu, Wan Azizah berkata DAP sebaiknya hadir kerana pilihan raya kilat perlu dibincangkan oleh semua parti komponen Pakatan Harapan.
“Kita sedang menunggu pengesahan daripada beliau,” kata Wan Azizah, “Kami (PKR) mempunyai hubungan yang baik dengan DAP tetapi kita tunggu dan lihat.”
Sebelum ini, The Star melaporkan perwakilan enam orang daripada DAP termasuk pimpinan kanan parti itu bertemu Wan Azizah malam semalam berhubung pilihan raya kilat.
Laporan itu mendakwa Wan Azizah berdalih mengenai mengadakan pilihan raya kilat dan meminta pimpinan PKR Pulau Pinang supaya menghadiri mesyuarat dan memberikan maklum balas.

Caj parkir naik 150%: Datuk Bandar KL, henti susahkan rakyat

KUALA LUMPUR 19 JULAI: KEADILAN mendesak Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Amin Nordin Abdul Aziz berhenti melakukan dasar yang membawa kesusahan kepada rakyat seperti menaikkan kadar caj tempat letak kereta di ibu negara.
FahmiKenaikan sehingga 150 peratus yang dikenakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bermula semalam itu membabitkan kawasan Bukit Bintang, Bukit Damansara, Sri Hartamas, Desa Hartamas, Solaris Mont Kiara, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, tindakan mengejutkan itu jelas menzalimi keluarga miskin dan anak muda.
“Saya menggesa Datuk Amin dan Kementerian Wilayah Persekutuan berhenti mengeluarkan kenyataan atau dasar yang mendatangkan impak serius seperti ini.
“Biapun Datuk Amin dan ahli Badan Penasihat memegang jawatan masing-masing tanpa dipilih pengundi, namun orang ramai masih perlu dirujuk dalam proses penggubalan dasar,” kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN Lembah Pantai itu dalam kenyataan.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mendakwa, tindakan tersebut dibuat bagi mengalakkan penggunaan pengangkutan awam.
Dasar kenaikan itu dilaksana genap setahun selepas Amin Nordin dilantik sebagai Datuk Bandar KL yang baru iaitu pada 18 Julai 2015.
Beliau menggantikan Tan Sri Ahmad Phesal Talib yang tamat tempoh kontraknya pada 17 Julai 2015.

KEADILAN sedia kerjasama jika jayakan agenda reformasi

PUCHONG, 19 JULAI: KEADILAN sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik dan pihak yang bersetuju dalam menjayakan agenda reformasi dipelopori parti berkenaan dalam usaha menentang Umno-Barisan Nasional (BN).
Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata dalam semangat demokrasi pihaknya mengalu-alukan rancangan penubuhan parti politik baru dicadangkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Ini dapat menyuburkan suasana demokrasi dalam negara namun sama ada kita akan bekerjasama dengan parti baru atau tidak tertakluk kepada agenda dan idealogi parti berkenaan.
“Sekiranya parti baru ini bersetuju untuk bersama dengan agenda reformasi semestinya kita akan bekerjasama dengan mana-mana parti politik dan pihak yang menyokongnya,” katanya kepada media di sini, hari ini.
Baru-baru ini, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan satu parti politik baru dan pembentukan pakatan pembangkang bersama PKR, DAP dan Amanah bagi menentang Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.
Antara individu dikatakan berminat dengan penubuhan parti baru itu ialah mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Mantan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal dan mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sekilas Bumi Kenyalang, 19/7 - Sarawak Report kaitkan kes bunuh dengan SUPP

Selangor sedia ambil semula tanah dari Pusat ,jika tidak dibangunkan

TMJ perlu dedah apa yang berlaku dalam FAM, kata Dr Maszlee

Banjir kilat P. Pinang: Salah sistem saliran atau hujan lebat?

Adun Teluk Bahang berkata, pejabatnya pernah meminta sistem saliran di kawasan itu dinaik taraf pada 2013, namun sehingga kini kerajaan negeri gagal berbuat demikian.
Ayoob-Hussain_banjir_penang_600
BALIK PULAU: Beberapa pihak kini menuding jari mencari kesalahan siapa yang bertanggungjawab menyebabkan kejadian banjir kilat yang melanda Pulau Pinang semalam.
Adun Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah daripada Barisan Nasional (BN) mengaitkan banjir di Teluk Bahang itu dengan sistem saliran yang ketinggalan zaman, manakala kerajaan negeri DAP menegaskan banjir itu berpunca daripada hujan lebat dan air pasang.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, hujan lebat itu menyebabkan banjir di kebanyakan tempat, termasuk di Teluk Bahang, Teluk Kumbar, beberapa kawasan di Bayan Lepas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
“Hujan lebat sebanyak 250mm sehari di Teluk Bahang menyebabkan banjir dan berdasarkan siasatan Jabatan Pengairan dan Saliran, banjir di lapangan terbang disebabkan masalah kedalaman,” kata Lim ketika melawat mangsa banjir di Teluk Bahang.
Lim berkata, beliau difahamkan kira-kira 65mm hujan dicatatkan semalam di Teluk Kumbar yang mengakibatkan banyak kawasan dilanda banjir.
Shah Headan pula berkata, pejabatnya pernah meminta sistem saliran di kawasan itu dinaik taraf pada 2013, namun sehingga kini kerajaan negeri gagal berbuat demikian.

SPRM alu-alukan TMJ beri pendrive rasuah FAM

SPRM bersedia mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat maklumat yang mempunyai asas di bawah kesalahan Akta SPRM 2009.
sprm_tmj_600
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengalu-alukan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyerahkan maklumat rasuah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Menerusi satu kenyataan lewat petang tadi, SPRM bersedia mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang sekiranya terdapat maklumat yang mempunyai asas di bawah kesalahan Akta SPRM 2009.
“Berhubung dakwaan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa beliau mempunyai pendrive yang mengandungi pelbagai maklumat berhubung rasuah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
“SPRM mengalu-alukan Tunku Ismail menyerahkan butiran berkaitan bagi membolehkan SPRM mengambil tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan itu.
Semalam, TMJ mendakwa diberikan pendrive yang mengandungi maklumat rasuah dalam FAM daripada sumber yang berkedudukan tertinggi di Kuala Lumpur.
Menurut TMJ, pendrive tersebut mengandungi maklumat dan aktiviti dalam FAM, ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, pengamal media dan bekas pemain yang digunakan FAM, duit kelab yang diambil Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang “merepek”.
Sementara itu, Facebook rasmi kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Johor Southern Tigers hari ini berkata TMJ menitahkan dua daripada 279 halaman dokumen tertentu dikongsikan di suatu wadah – tanpa menyebut secara spesifik apakah ia berkaitan dengan maklumat rasuah dalam FAM.
Menurut laman itu, TMJ dan pegawai-pegawai kanan FAM bakal bertemu dalam masa terdekat untuk berbincang secara “peribadi dan sulit” untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit, termasuk menggesa individu tertentu berundur daripada tugasan mereka dalam FAM.

Perak, Kelantan akan gam Asri kalau bawa unsur wahabi

Sesiapa sahaja walaupun seorang mufti akan digam sekiranya membawa ajaran yang terpesong daripada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah
asri-perak-kelantan
PETALING JAYA: Mana-mana agamawan, walaupun seorang mufti, akan dikenakan tindakan larangan berceramah sekiranya didapati membawa ajaran yang terpesong daripada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Meskipun terpalit dakwaan penyebaran ajaran wahabi, Mufti Perak dan Mufti Kelantan berkata setakat ini Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin bebas bergerak dan berceramah di negeri mereka.
“Sehingga kini perintah khas menghalang Dr Asri memberi ceramah di Perak tidak ada lagi,” kata Tan Sri Harussani Zakaria ketika dihubungi FMT.
“Tetapi kita melarang orang yang mengajar bab ini (wahabi). Kita akan tangkap (kalau mengajar bab terlarang), malah sehingga kini tiada rekod tangkapan dibuat.”
Beliau berkata demikian mengulas larangan berceramah terbaharu yang dikenakan Terengganu keatas Asri, yang pernah dikaitkan dengan ajaran wahabi.
“Setakat ini tiada halangan dibuat terhadap mufti itu (Asri),” kata Datuk Mohamad Shukri Mohamad pula, “Namun mana-mana pihak yang ingin berceramah di Kelantan perlu mendapat keizinan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.”
Selain Terengganu, Asri turut dikenakan larangan di Johor dan Pahang.

Izzah: Temui rakyat sebelum naikkan kadar parkir

Ahli Parlimen Lembah Pantai gesa DBKL anjurkan mesyuarat dewan perbandaran dengan pihak berkepentingan dan menjelaskan rancangan induknya.
izzah
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur supaya menangguhkan kenaikan kadar parkir sehingga mesyuarat dewan perbandaran diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan.
Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat DBKL hari ini, Izzah berkata ahli-ahli Parlimen Kuala Lumpur tidak dirujuk sebelum keputusan itu dibuat, dan pihak dewan digesa menjelaskan rancangan induknya.
“Kita terpaksa menerima keputusan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkenaan kenaikan kadar parkir ini kerana beliau tidak merujuk kami terlebih dahulu,” katanya.
Izzah menambah dalam mesyuarat dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz memaklumkan mereka bahawa kenaikkan kadar parkir itu diputuskan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
“Terdapat lebih 10 badan yang bertanggungjawab untuk pengangkutan awam darat. Adakah DBKL kini terpaksa merujuk setiap satu badan ini selepas keputusan dibuat,” soalnya.
Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok berkata alasan yang diberikan untuk mewajarkan kenaikan kadar parkir itu adalah menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam, seraya menunjukkan pembuat keputusan tidak maklum akan ketidakcekapan dan ketidakberkesanan pengangkutan awam di negara ini.
“Mereka yang buat keputusan bagi pihak warga KL duduk dalam pejabat berhawa dingin, dan punyai pemandu peribadi, sedang di negara lain, perdana menteri mereka pergi bekerja menaiki keretapi.
“Bagaimana orang yang hidup dalam kemewahan seperti itu buat keputusan seperti ini untuk orang kebanyakan? Ini membebankan rakyat,” katanya.
“Jadi saya gesa menteri supaya turun ke Kuala Lumpur menaiki pengangkutan awam dan tengok sendiri ada tak bas yang boleh mengambilnya dari rumah ke DBKL.”

Pas lebih baik jalin kerjasama dengan BN berbanding PH - Norman Toha


Norman TohaNorman TohaBekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha berkata adalah lebih baik Pas menjalinkan kerjasama dengan kerajaan pusat dalam perkara yang membabitkan kepentingan rakyat, khususnya umat Islam daripada kembali menjalinkan kerjasama dengan blok pembangkang Pakatan Harapan (PH).
Menurut beliau, keputusan Pas untuk bergerak bersendirian dengan memutuskan tahaluf siyasi mereka bersama Pakatan Harapan sebelum ini merupakan langkah terbaik bagi parti tersebut.
“Saya kira adalah lebih baik Pas menjalinkan kerjasama dengan kerajaan pusat dalam hal-hal yang membabitkan kepentingan rakyat dan negara, khususnya umat Islam daripada kembali menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan.
“Ini memandangkan selama Pas menjalinkan tahaluf siyasi dengan pakatan pembangkang, parti ini sentiasa menghadapi tentangan daripada Dap khususnya dalam hal-hal yang berhubjng dengan agenda Islam dan yang berkaitan dengannya.
“Namun dalam perkembangan hari ini kita boleh lihat bagaimana agenda perundangan Islam yang diperjuangkan oleh Pas dapat diterima oleh kerajaan pusat yang diterajui oleh Umno contohnya seperti pembentangan RUU yang berjaya di bawa ke parlimen baru-baru ini,”ujarnya.
Tambah beliau, jalinan kerjasama Pas dan kerajaan pusat juga dilihat dapat memberikan peluang yang lebih cerah kepada parti tersebut untuk melaksanakan agenda Islam dengan sokongan kerajaan pusat yang diterajui oleh Umno pada hari ini.

Mereka duduk dalam perigi buta, kata Iskandar kepada ulama Pas


Iskandar Samad PasIskandar Samad PasExco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Iskandar Samad menyifatkan pihak yang membuat kenyataan kononnya wakil rakyat di Selangor yang mempertahankan kerajaan negeri sebab sayangkan jawatan sebagai pihak yang duduk dalam perigi buta.
 Pesuruhjaya Pas Selangor itu melalui facebooknya menulis, ada yang perli konon mereka yang nak pertahankan kerajaan negeri Selangor sebab sayangkan jawatan.
"Jawab saya mereka yang buat andaian ini duduk dalam perigi buta sejak 2008. Tak nampak langsung manfaat kepada Islam dan rakyat sejak 2008," tulis beliau dalam facebooknya.
Iskandar dipercayai menjawab dakwaan ulama Pas yang mendakwa ada pihak yang 'sayangkan jawatan' di Selangor.
Ini ekoran tindakan para wakil rakyat Pas di Selangor menyokong pendirian timbalan presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahukan genjatan senjata di kalangan pembangkang bagi melawan Umno dan BN.
Iskandar sebelum ini telah membuat kenyataan menyokong saranan Tuan Ibrahim itu namun tidak disenangi oleh banyak pihak dalam Pas yang mahu kekal tidak mahu berbincang khasnya dengan DAP dan Amanah.
Najhan Abdul Halim, Pengarah Penerangan, Lajnah Penerangan, Dewan Ulamak Pas Pusat melalui postingnya dalam facebook menulis, "bila berhadapan dengan ujian di dalam jamaah kita nampak dengan mata kepala kita sendiri."
"Selama ni kita bicara menerusi kitab-kitab haraki sahaja.. sekarang kita lihat dan saksi dengan realiti."
Najhan menyenaraikan 10 perkara ekoran kenyataan wakil rakyat Pas Selangor itu.

Kenaikan harga parkir di ibu kota munasabah, kata Datuk Bandar KL


DBKL melaksanakan kenaikan harga parkir sehingga 150 peratus di daerah CBD termasuk Bukit Bintang, Bukit Damansara, Sri Hartamas, Desa Hartamas, Solaris Mont Kiara, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar.DBKL melaksanakan kenaikan harga parkir sehingga 150 peratus di daerah CBD termasuk Bukit Bintang, Bukit Damansara, Sri Hartamas, Desa Hartamas, Solaris Mont Kiara, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar.Pelaksanaan kenaikan harga parkir di daerah pusat perniagaan (CBD) sekitar ibu kota adalah wajar memandangkan ia tidak pernah dinaikkan selama 40 tahun, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz.
"RM0.80 kepada RM2 tidaklah besar (kenaikannya), sepatutnya RM5, itupun kita antara yang paling rendah bayarannya berdasarkan tinjauan kami. Jika dibandingkan dengan negara lain, kadarnya sama dengan Bangladesh dan Myanmar, sebab yang lain lebih tinggi," katanya ketika ditemui pemberita di hari ini.
Mhd Amin menegaskan pelaksanaan itu perlu dilakukan memandangkan isu kesesakan lalu lintas semakin buruk berikutan jumlah kenderaan persendirian yang masuk ke pusat bandar melebihi tempat letak kenderaan yang disediakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Kira-kira 3.5 juta kenderaan persendirian masuk ke pusat bandar setiap hari tapi hanya 45,000 tempat letak kenderaan yang ada.
"Kebanyakan orang guna parkir itu dari pagi hingga ke petang jadi tidak memberi peluang kepada orang lain... tempoh dua jam ditetapkan untuk mencegah orang sebegini yang menyebabkan kesesakan," katanya.
Ditanya mengenai reaksi orang awam tentang kesesuaian masa melaksanakan sistem itu berikutan sistem pengangkutan awam masih dalam proses penambahbaikan Mhd Amin berkata:

Kesulitan guna pengangkutan awam bukan tanggungjawab DBKL - Datuk Bandar


Kesulitan guna pengangkutan awam bukan tanggungjawab DBKL - Datuk BandarKUALA LUMPUR: Orang ramai masih mempunyai pilihan untuk terus memandu kenderaan sendiri atau menaiki pengangkutan awam ekoran kenaikan kadar bayaran parkir di sekitar Kuala Lumpur.

Namun tegas Datuk Bandar, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin, sebarang kesulitan yang dihadapi ketika menggunakan perkhidmatan itu bukanlah di bawah tanggungjawab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sebaliknya memberitahu, ia berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan sementara DBKL hanya melaksanakan tanggungjawab menjaga parkir.

"Yang saya nak kawal adalah penggunaan parkir supaya orang ramai tak menggunakannya seperti milik mereka seorang sahaja.

"Tak ada kena mengena. Saya tak nampak hubung kaitnya," jelasnya ketika dihubungi Astro AWANI.

Katanya, pengguna sepatutnya sudah bersedia dengan situasi ini kerana pengumuman tentang pelaksanaannya sudah diuar-uarkan kira-kira sebulan yang lepas oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Ia adalah dasar yang dibuat oleh kementerian. Kita hanya melaksanakannya sahaja," ujarnya.

Pada masa sama, beliau yakin pengguna tetap menggunakan tempat parkir di sekitar ibu kota walaupun kadar cajnya dinaikkan sehingga 150 peratus.

'Masih murah'

Bagi Mhd Amin, kenaikan daripada 80 sen kepada RM2 sejam adalah masih murah, malah memberitahu dirinya juga tidak dapat mengelak daripada membayar dengan kadar tersebut kerana menggunakan tempat parkir yang disediakan.

DBKL sebelum ini memberi alasan kenaikan itu adalah bagi menggalakkan kira-kira sejuta pemandu solo menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta ke tempat kerja.

PKR mahu tahu agenda pakatan baharu Tun M

Kenapa Sahara Yaacob jadi miskin

JDT: Orang FAM kawan pemain atur perlawanan

Guan Eng to attend PKR meet, to brief leaders on snap polls

Saya sokong pendirian PAS Selangor, kata Azmin

PERMATA tidak gentar kritikan dan skeptikal, kata Rosmah

Ulama kesal Pas Selangor 'sayangkan jawatan'


Pas dijangkiti penyakit sayangkan jawatan dan takut kalah, kata Najhan HalimPas dijangkiti penyakit sayangkan jawatan dan takut kalah, kata Najhan HalimTindakan para wakil rakyat Pas di Selangor menyokong pendirian timbalan presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man nampaknya tidak disenangi oleh Dewan Ulama Pas Pusat.
Ia dibayangkan oleh Ustaz Najhan Abdul Halim, Pengarah Penerangan, Lajnah Penerangan, Dewan Ulamak Pas Pusat melalui postingnya dalam facebook beliau selepas tersebarnya surat sokongan itu kepada umum.
Najhan, anak kepada bekas setiausaha agung Pas, Halim Arshat dalam posting itu menulis, "bila berhadapan dengan ujian didalam jamaah kita nampak dgn mata kepala kita sendiri."
"Selama ni kita bicara menerusi kitab-kitab haraki sahaja.. sekarang kita lihat dan saksi dengan realiti."
Najhan menyenaraikan 10 perkara ekoran kenyataan wakil rakyat Pas Selangor itu.
1. Sayang jawatan
2. Takut kalah
3. Hilang jatidiri
4. Jawatan dalam kerajaan lebih tinggi drpd jawatan dalam jamaah
5. Hilang bergantung kepada Allah. Lebih kepada manusia
6. Kepentingan jamaah jadi tak lagi diutamakan
7. Terlalu sayang kepada nikmat harta ghanimah bimbang terlepas
8. Tak yakin dengan janji Allah
9. Banyak alasan diberi daripada taat dan patuh serta wala
10. Mencari peluang dunia dilebihkan drpd habuan akhirat.
"Marilah kita perbetulkan hati dan tindakan," tulis beliau dalam posting itu.
Adun Taman Templer yang juga Exco kerajaan negeri Selangor, Zaidy Talib, mengesahkan wakil rakyat Pas di negeri itu menandatangani surat sokongan kepada Tuan Ibrahim itu.
Mereka mahu pembangkang mempastikan satu lawan satu dalam pilihan raya umum akan datang.
Namun sebelum ini, presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan balasnya berkata, Pas hanuya sedia bekerjasama dengan mereka yang menerima acuan Pas sahaja.
Pas telah berpecah dari Pakatan Rakyat selepas bertembung dengan DAP.
Pas kemudiannya berpecah dua sehingga lahirnya Parti Amanah Negara (Amanah) yang dipimpin oleh Mohamad Sabu bekas timbalan presiden Pas.

Siapa selepas Anwar?

Pembangkang dilihat tidak mempunyai persediaan untuk melahirkan seorang lagi Anwar Ibrahim di pentas persada politik tanah air.
anwar-ibrahim-1
Oleh Bukan Anwarinas
Hari ini genap 526 hari atau setahun lima bulan enam hari saudara Anwar Ibrahim kembali disumbat ke penjara selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan beliau bersalah atas tuduhan liwat pada tahun lalu. Dihenyak dengan hukuman lima tahun masa di sebalik tirai besi dan larangan menyertai politik juga pada tempoh sama selepas bebas.
Selama 526 hari pemenjaraannya, iklim politik tanah air berubah sama sekali. Terutama dalam blok pembangkang sendiri. Pemergian Datuk Nik Aziz Nik Mat, perpecahan Pakatan Rakyat, konflik dalaman PAS yang menumbuhkan Amanah, tak kurang juga munculnya blok kecil dalam PKR sendiri.
526 hari berlalu, satu pilihan raya negeri dan tiga pilihan raya kecil berlangsung menyaksikan cengkaman rejim makin ampuh dan menggila corak pemerintahannya yang saban hari kian mencengkam rakyat.
Saya tidaklah ingin membincangkan secara lanjut perkara di atas selain daripada topik berkaitan tajuk “Siapa selepas Anwar?”
Satu hal yang tidak mampu dinafikan sesiapa ialah di balik kelemahan personaliti kepimpinan dalam BN, blok pembangkang juga dilihat tidak mempunyai persediaan untuk melahirkan seorang lagi Anwar Ibrahim di pentas persada politik tanah air.
Kekurangan ini walaupun cuba diatasi dengan kewujudan pelbagai sekolah aliran politik seperti Sekolah Demokrasi oleh DAP, Sekolah Politik oleh PKR dan beberapa platform lagi namun impaknya masih gagal untuk menghampiri atau menyamai seorang sosok Anwar.
Benar, kita punya pemimpin muda yang hebat seperti Rafizi Ramli, Tony Pua, Nurul Izzah, Young Syefura dan ramai lagi namun mereka ini tidak mempunyai aura atau karakter untuk menjadi seperti Anwar.
Kehebatan Anwar bukan saja diiktiraf daripada gaya kepimpinannya yang berjaya menyatukan Pakatan Rakyat sebelum ini tetapi juga mampu menjadikan kerjasama antara kaum yang kukuh di bawah payung menentang kebobrokan Umno BN.
Stail karismatik dan kredibilitinya memacu Pakatan Rakyat sebelum ini, menyaksikan hubungan antara kaum menjadi paling kukuh dalam sejarah. Setiap anak Malaysia dengan satu tujuan, menumbangkan rejim kerajaan.

Pembangkang sokong pembentukan kabinet bayangan

Isu siapa pengganti Anwar bukan agenda utama tetapi penyatuan pembangkang berdepan BN lebih penting.
tian-chua-kabinet-bayangan
PETALING JAYA: Pemimpin pembangkang menyambut baik gesaan pengkaji Singapura berhubung cadangan satu kabinet bayangan dibarisi pemimpin muda perlu dibentuk sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Naib Presiden PKR Tian Chua berkata perkara itu akan dibincangkan dengan lebih mendalam menerusi mesyuarat parti itu.
Malah, katanya isu pengganti bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak seharusnya menjadi fokus utama sebaliknya pengukuhan pembangkang lebih penting untuk mengembalikan keyakinan rakyat.
“Pembangkang harus menyertai PRU akan datang dengan lebih bersatu dan menawarkan dasar yang boleh meyakinkan rakyat. Kabinet bayangan juga memerlukan perbincangan dan rundingan antara parti pembangkang.
“Isu membincangkan atau menonjolkan (siapa yang akan menggantikan) peranan Anwar dalam barisan pembangkang terlalu awal untuk dibincangkan.
“Isunya bukan individu yang akan ditonjolkan atau siapa yang layak, tetapi rakyat mahu lihat penggabungan lebih matang dan mantap antara pembangkang,” katanya kepada FMT.
Sementara itu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata cadangan diutarakan Institut Kajian Asia Tenggara (ISEAS) itu sangat praktikal dan sudah tiba masanya parti pembangkang berfikiran jauh dan memahami aspirasi rakyat.
“Sudah sampai masanya semua parti pembangkang membaca dengan jelas isyarat ini dan hentikan politik permusuhan, pelabelan dan politik purba yang mengatakan parti kita saja betul, orang lain semuanya tak betul.
“Saya juga sangat terharu dengan pandangan (pengkaji Singapura) itu dan ini masanya golongan muda untuk memiliki pemikiran lebih ke hadapan bagi mengisi kekosongan itu (menggantikan Anwar sebagai calon perdana menteri). Bagi saya Anwar tetap simbol ikon politik yang masih segar,” katanya.

MB mahu ambil balik tanah Selangor daripada pusat

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali memberi amaran akan mengambil semula tanah-tanah yang diserahkan sebelum ini kepada kerajaan persekutuan yang pada asalnya bertujuan untuk kepentingan orang bramai.
Katanya, ini kerana beberapa bidang tanah yang diluluskan oleh kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan untuk membina infrastruktur asas dan kemudahan utiliti seperti sekolah masih belum dibangunkan.
“Baru-baru ini kita telah ambil ketetapan dalam mesyuarat exco, di mana banyak tanah yang telah diluluskan kepada kerajaan persekutuan (untuk) utiliti (seperti) sekolah, belum dibangunkan.
“Ada tanah-tanah telah dijual kerajaan pusat kepada pihak swasta bagi tujuan komersial. Sudah tentu ini bertentangan dengan semangat pemberian milik tanah kepada kerajaan persekutuan.
“Kita beri untuk tujuan rakyat, kalau tak, kita akan ambil balik tanah tersebut,” katanya.
Azmin menegaskan bahawa kerajaan persekutuan hanya membayar premium nominal apabila membeli tanah berkenaan daripada kerajaan negeri.
“Tapi bila jual, harga ikut harga pasaran. Saya rasa perkara ini tidak harus berulang,” katanya.
Menteri Besar Selangor itu pada April lalu mendakwa beberapa bidang tanah yang diberikan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) menyaksikan pemilikannya dipindahkan kepada syarikat-syarikat tertentu.
Sebagai contoh, Azmin berkata, tanah kerajaan negeri di Bukit Raja, Daerah Petaling telah dijual oleh kerajaan persekutuan kepada sebuah syarikat swasta.

'Apa jadi parti Mahathir lepas Najib disingkirkan?'

Perkembangan terkini mengenai landskap politik Malaysia adalah pengumuman pembentukan sebuah parti baru yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun, pemantau urustadbir KUASA sedang melihat perkembangan ini dengan "Kerisauan besar dan kebimbangan", kata Ketua Eksekutif KUASA Praba Ganesan
Katanya, spekulasi dan komen daripada mereka yang dikaitkan dengan parti baru itu termasuk Mahathir, berkisar peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bukan mengenai kualiti dan prinsip entiti baru yang dicadangkan kepada rakyat Malaysia .
Beliau percaya cerita ini akan menjadikan lebih mudah bagi pihak pengkritik menuduh Mahathir hanya mahu menjadikan anaknya, bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai perdana menteri.
"Apa yang mungkin berlaku apabila dan jika Najib digulingkan, tujuan parti itu akan terhenti?
"Jika matlamat akhir parti berlegar sekitar seorang lelaki, adakah parti itu akan berkhidmat kepada negara atau untuk kepentingan sendiri?" soalnya.
Praba berkata parti-parti baru, termasuk yang ditubuhkan oleh bekas perdana menteri tidak boleh hanya menjatuhkan rejim sedia ada.
"Pemain baru perlu memberikan ideologi mereka, kedudukan dasar, pemikiran strategik dan visi untuk negara," katanya.

Tahniah wakil rakyat Selangor, apa pula pendirian Pas Pusat?


Datuk Mahfuz Omar Datuk Mahfuz Omar Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengucapkan tahniah kepada wakil rakyat Pas Selangor atas keberanian mengambil ketetapan mengeluar kenyataan menyokong saranan gencatan senjata dan kompromi antara parti pembangkang yang dicadangkan oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden Pas baru-baru ini.
Menurut beliau, langkah berani MP dan Adun Pas Selangor mengambil ketetapan tersebut menunjukkan pandangan jauh mereka betapa pentingnya Pas kembali bersama pakatan parti parti pembangkang.
"Gencatan senjata yang disarankan Tuan Ibrahim adalah sangat penting bagi mengelak pesepsi negatif rakyat terhadap Pas dan parti parti pembangkang," kata Mahfuz dalam kenyataannya hari ini.
Adun Taman Templer yang juga Exco Selangor, Zaidy Talib mengesahkan 12 Adun dan satu MP Pas telah menandatangani surat menyokong kenyataan genjatan senjata Tuan Ibrahim itu.
Bagi Mahfuz, kenyataan berani MP dan Adun Pas Selangor itu kerana menyedari bukan sahaja parti pembangkang menyerang Pas tetapi Pas juga menyerang rakan parti pembangkang yang lain sebelum ini dengan mengistihar parti pembangkang musuh Pas.
"Sokongan mereka untuk gencatan senjata dan kompromi dikalangan parti pembangkang adalah satu perakuan dan penerimaan yang baik terhadap keujudan parti parti pembangkang yang ada walaupun sebelum ini parti parti ini dianggap oleh Pas sebagai mengkianati Pas," katanya.
Bagi beliau, Amanah, Dap dan PKR bergabung menentang Pas dalam dua Prk baru baru ini tetapi semua menyedari tidak berkesudahan berantakan sesama pembangkang sedangkan Najib dan Umno Bn senyum sampai ketelinga.
"Semua pihak di kalangan parti parti pembangkang perlu berjiwa besar mengakui kelemahan dan kesilapan dalam tidakkan dan perkataan.
"Demi Malaysia dan rakyat yang mengharapkan perubahan pada masa depan negara gencatan senjata dan kompromi dikalangan parti pembangkang dan kembali kepada meja perundingan dan bukannya terus kekal dengan perbalahan adalah satu keperluan," katanya.
Namun, kata Mahfuz, timbul persoalannya kenapa tidak diambil ketetapan itu atas nama Badan Perhubungan Pas Selangor.
"Dimana suara keberanian Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat negeri Selangor," tanya Mahfuz.
Bagi beliau, sokongan terhadap cadangan Tuan Ibarahim bukan untuk kepentingan mereka yang bergelar wakil rakyat tetapi untuk servival masa depan Pas di persada politik negara.
Kata Mahfuz, kepimpinan Pas pusat juga tidak seharusnya melihat cadangan Tuan Ibrahim sebagai pandangan peribadi beliau kerana pandangan tersebut tidak mendatangkan mudharat kepada Pas sebaliknya untuk membawa kembali Pas ke arus perdana politik negara bersama rakan rakan pembangkang yang lain.
JANGAN PUTUS ASA
Mahfuz berharap, Wakil rakyat Pas Selangor teruskan usaha untuk merealisasikan pendirian dan ketetapan gencatan senjata dan kompromi yang saudara telah buat.
"Walaupun ada yang menganggap anda lebih sayangkan jawatan dari sayangkan Islam dan takut kalah dalam pru14 dari takutkan akhirat.

Zaidy sahkan 13 wakil rakyat Pas Selangor sokong Tuan Ibrahim


Zaidy Abdul TalibZaidy Abdul TalibAdun Taman Templer Zaidy Abdul Talib mengesahkan wujudnya kenyataan terbuka wakil rakyat Selangor terhadap cadangan “gencatan senjata” oleh Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Man.
Bagaimanapun beliau yang namanya tersenarai dalam kenyataan tersebut menegaskan, banyak berita yang tersebar mengenai kenyataan tersebut telah diubah dan lari daripada maksud asal.

“Di peringkat Adun dan ahli parlimen Selangor memang ada keluarkan kenyataan menyokong timbalan presiden tapi saya tak pasti berita yang diviralkan ini adalah daripada kenyataan asal atau sebaliknya.

“Banyak sangat berita yang dimanupulasi ada yang kata kita tolak presiden (Datuk Seri Abdul Hadi) dan sebagainya. Itu tak betul,” katanya kepada Malaysia Dateline.

Dalam kenyataan tersebut, 13 wakil rakyat itu menyatakan bahawa mereka akan menyerahkan suatu surat kepada pimpinan pusat yang disokong dan ditandatangani oleh kesemua Adun dan ahli parlimen Selangor.

Mereka menyatakan sokongan kepada Tuan Ibrahim dan Naib Presiden Datuk Iskandar Abd Samad yang mendukung kenyataan itu, setelah penelitian dan perbincangan mendalam.
Zaidy yang juga exco kerajaan negeri Selangor turut berkata, dalam kenyataan bersama itu ada dinyatakan perkara yang dipersetujui dan tidak dipersetjui mengenai cadangan Tuan Ibrahim agar semua pembangkang bersatu.

“Dalam kenyataan itu ada dinyatakan dengan terperinci apa yang kita sokong dan kita tak setuju,” katanya lagi.

Hantar memo kepada Hadi kerana serius pertahan Selangor, kata adun PAS

Kenyataan itu menuntut sebuah pakatan pembangkang bagi mempertahankan kerajaan negeri menerusi persetujuan satu lawan satu pada PRU akan datang.
hadi-awang-rani-osman-pas
PETALING JAYA: Tindakan 13 wakil rakyat PAS Selangor menghantar memorandum kepada Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan sokongan terhadap seruan “gencatan serangan” antara pembangkang menunjukkan mereka serius mempertahankan kerajaan Selangor.
Adun Meru Dr Abdul Rani Osman yang turut menandatangani memorandum tersebut berkata, harapan mereka agar PAS mencapai persetujuan “satu lawan satu” dengan parti pembangkang bagi melawan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.
“Dan ini bukan harapan kita sahaja, tetapi juga DAP dan PKR. Pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar (dan Kuala Kangsar) membuktikan pertembungan tiga penjuru hanya memenangkan BN,” katanya.
Bekas calon PAS pada PRK Sungai Besar itu berkata PAS serius dalam mempertahankan Selangor daripada dirampas BN pada PRU akan datang.
Memorandum tersebut diserahkan kepada Hadi dan akan disusuli dengan pertemuan.
Semalam, 13 wakil rakyat PAS menyatakan sokongan terbuka terhadap seruan damai oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap semua parti pembangkang.
Kenyataan tersebut menuntut sebuah “pakatan pembangkang” bagi mempertahankan kerajaan negeri dengan syarat setiap parti saling menghormati prinsip masing-masing.
Dalam pada itu, Adun Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman berkata selain sokongan kepada Tuan Ibrahim, memorandum tersebut juga menggesa ke arah menumpukan perhatian kepada kebajikan rakyat dan pembangunan negeri.

Sistem imigresen kritikal, Suruhanjaya Siasatan DiRaja perlu ditubuhkan, kata MP DAP


Dap mendakwa Sistem Penguatkuasaan dan. Pendaftaran Warga Asing (NERS) juga berpotensi untuk disabotaj Dap mendakwa Sistem Penguatkuasaan dan. Pendaftaran Warga Asing (NERS) juga berpotensi untuk disabotaj Sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan bagi menangani masalah kritikal melibatkan sistem imigresen negara, kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim.
Beliau berkata, sistem berkomputer MyIMMS yang telah disabotaj bagi membolehkan kemasukan pendatang secara haram ke Malaysia, satu lagi sistem imigresen, Sistem Penguatkuasaan dan Pendaftaran Warga Asing (NERS) juga berpotensi untuk disabotaj bagi membolehkan kira-kira 718,000 warga asing memasuki negara ini pada tahun 2013.
Katanya, rakyat tidak lagi boleh bergantung kepada mana-mana pasukan petugas yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan sistem itu di negara ini.
Jelasnya, masalah imigresen di Malaysia adalah sangat serius dengan menyaksikan dua hingga tiga juta pendatang tanpa izin berada di negara ini, sehingga diberi penilaian buruk dalam Laporan Tahunan Pemerdagangan Orang oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat.
“Oleh itu, saya dengan rendah hati akan menulis surat kepada Istana untuk meminta jasa baik Yang di-Pertuan Agong agar campur tangan dalam masalah ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Steven sebelum ini mendedahkan bagaimana sistem dalam talian, MyEG telah melanggar undang-undang imigresen apabila secara haram memperbaharui permit hampir 9,000 pekerja asing pada tahun 2013 dan 2014.
“Semua sistem ini disediakan oleh kontraktor swasta yang memperoleh kontrak tanpa sebarang tender terbuka,” ujarnya.
Steven SimSteven SimMalah menurut Steven lagi, kerajaan rupa-rupanya telah menganugerahkan kontrak melaksanakan sistem naik taraf keseluruhan yang dinamakan Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) kepada Prestariang Sdn Bhd pada November tahun lalu.
“Melalui kontrak ini, Prestariang menyertai sebuah kumpulan eksklusif dan menguntungkan segelintir kontraktor swasta yang membekalkan perkhidmatan utama kepada Jabatan Imigresen.
“Masalah utama kumpulan ini ialah, kontrak bernilai jutaan ringgit diberi tanpa tender terbuka kepada syarikat yang kebanyakannya mempunyai hubungan rapat dengan parti pemerintah,” jelasnya.

Menteri putuskan naik caj parkir KL akui Datuk Bandar

Nurul Izzah dan Tian Chua menyerahkan memorandum kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur pagi tadi.Nurul Izzah dan Tian Chua menyerahkan memorandum kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur pagi tadi.
Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menaikkan caj parkir di ibu negara sejak kelmarin rupa-rupanya diputuskan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, diakui Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz .
Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar perkembangan itu dilihat membimbangkan kerana keputusan menteri yang membelakangi DBKL cenderung akan menjejaskan kepentingan rakyat khususnya kepada warga kota.
"Ini jelas kita sudah saksikan pada kenaikan 150 peratus caj parkir di Kuala Lumpur sejak  semalam.
"Beberapa tahun lepas juga cadangan menaikkan cukai pintu diputuskan tanpa didahului dengan perbincangan dengan kami sebagai Ahli Parlimen.
"Sepatutnya, perlu ada konsultasi bersama semua pihak berkaitan termasuk SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat).
"Kita jangan lupa ada lebih 10 pihak agensi terlibat dengan pengangkutan termasuk SPAD. Malangnya, itu tidak berlaku. Pertimbangan tiada untuk menjaga kebajikan warga kota. Ini keputusan Menteri Wilayah. Itu yang Datuk Bandar maklumkan sebentar tadi," ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline di perkarangan Menara DBKL  selepas  satu pertemuan  dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur diadakan pagi tadi.
Beliau yang juga Naib Presiden PKR itu berkata, mekanisme agihan hasil kutipan ekoran kenaikan caj parkir melibatkan lebih 56,000 ruang letak kereta bermeter di bandar dan kawasan pusat perniagaan itu juga tidak jelas memberi keuntungan kepada DBKL.
"Padahal, aspek ini penting supaya hasil diperoleh ekoran kenaikan caj parkir ini dapat disalurkan kepada pengguna jalan raya melalui naik taraf dan penambahbaikan yang sewajarnya," tegas beliau.
Yayasan Wilayah Persekutuan untung banyak?
Mengulas perbincangan dengan Datuk Bandar sebelum itu, beliau mengesahkan Amin Nordin mengakui bukan di pihak pemutus kepada langkah menaikkan caj parkir melampau itu.
Dalam hal berkaitan, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua turut menegaskan kenaikan mendadak caj parkir di pusat bandar diikuti pada 1 Ogos depan di zon luar pusat bandar dan pinggir bandar adalah sebagai melampau.
"Kita juga turut mempersoalkan keuntungan dikutip oleh Yayasan Wilayah Persekutuan. Hanya sebahagian jumlah kutipan akan kembali kepada DBKL.
"Alasan kononnya untuk mengelak kesesakan trafik juga kita pertikai. Bantahan kita juga melampaui isu caj parkir. Ini melibatkan soal pencabulan hak sama ada di pihak DBKL sebagai badan berkuasa dan lebih-lebih lagi warga kota sebagai pengguna.
"Lebih parah, menganggu perancangan bandar apabila keputusan atau dasar diperturunkan daripada menteri tanpa didahului rundingan dengan pihak bertanggungjawab," jelas Tian lagi.
Difahamkan, Yayasan Wilayah Persekutuan memperoleh agihan 65 peratus daripada hasil kutipan caj parkir di Kuala Lumpur manakala selebihnya lagi kepada DBKL.

High rainfall volume, high tide and undersized culvers main cause for flash floods

Pengenalan GST menjejaskan keuntungan PKS tempatan

DAP mungkin adakan pilihan raya negeri mengejut?

Mahkamah Rayuan mahu penjelasan peranan AG dalam kes 'Allah'

Pembangkang: Kami bersedia hadapi PRU bila-bila masa

Pakatan Harapan melakukan penyelarasan dan penambahbaikan serta memantau prestasi wakil rakyat sedia ada.
pakatan-harapan-1
PETALING JAYA: Pakatan Harapan giat menjalankan persiapan pilihan raya umum (PRU) ke-14 (PRU14) pada bila-bila masa sahaja dengan tumpuan diberikan terhadap pengukuhan kawasan pilihan raya, mengumpul maklum balas rakyat serta pemilihan calon.
PKR, DAP dan Amanah senada bersiap sedia kemungkinan PRU14 diadakan tahun depan dengan memfokuskan kerja mendapatkan maklum balas dan memahami keperluan rakyat sebelum melakukan penyelarasan dan penambahbaikan, di samping memantau prestasi wakil rakyat sedia ada.
Ahli Jawatankuasa Amanah, Dr Hatta Ramli dipetik China Press berkata, disebabkan tidak tahu bila PRU14 akan diadakan, persiapan dalaman bermula dengan mengumpul maklum balas pengundi dan pemilihan calon bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN).
“Walaupun kami adalah parti baharu, tetapi ahli tidaklah baharu, kebanyakan adalah (pemimpin) ‘tua’ yang mempunyai banyak pengalaman berdepan PRU,” katanya.
Sementara itu, Bendahari Agung PKR, Datin Paduka Tan Yee Kew menegaskan pemilihan calon PRU memfokuskan pemantauan terhadap prestasi wakil rakyat sedia ada dan memilih muka baharu.
“Sebanyak 30 kawasan pilihan raya memerlukan perhatian khas disebabkan kemenangan atau kekalahan tipis di kawasan terbabit pada pilihan raya terdahulu,” katanya.
Naib pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya PKR itu berkata, parti terbabit turut menubuhkan banyak cabang di kawasan kampung dan memastikan mereka mempunyai petugas mencukupi meraih undi dan memantau proses pengundian.
Tambahan, PKR turut memperkenalkan satu siri ceramah “Maruah Melayu” untuk meningkatkan kesedaran politik di kalangan masyarakat Melayu.
Dalam pada itu, Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai berkata, kajian terhadap isu-isu, propaganda dan kehendak rakyat sedang dijalankan sebagai persiapan awal terhadap PRU14.

Ponteng Solat Jumaat: Hukuman naik van jenazah di Terengganu gagal....

Pihak berkuasa agama negeri kini merancang mengambil lebih ramai pegawai wanita untuk menangkap lelaki Islam yang ponteng solat Jumaat.
van jenazah
PETALING JAYA: Rancangan Terengganu untuk “menghukum” lelaki Islam yang ponteng solat Jumaat dengan mengarak mereka dalam van jenazah di depan umum masih tidak berjaya menahan walau seorang pun, selepas lebih setahun ia dilaksanakan.
Pihak berkuasa berkata, rancangan itu gagal dilaksanakan kerana pegawai agama yang diarahkan menahan pesalah, mereka sendiri pun perlu menunaikan solat Jumaat di masjid, lapor New Straits Times (NST), hari ini.
Sehubungan itu, pihak berkuasa agama negeri itu memutuskan untuk mengambil lebih ramai pegawai wanita untuk menjalankan tugas menahan lelaki Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat.
Akhbar harian itu memetik pegawai Majlis Hal Ehwal dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) sebagai berkata:”Pada masa ini, sukar untuk menguatkuasakan dasar berkenaan kerana pegawai penguat kuasa lelaki juga perlu menunaikan solat Jumaat.”
“Setakat ini, tidak ada pesalah ditahan kerana pegawai kami juga pergi solat Jumaat. Bila terima maklumat, mereka hanya boleh bertindak selepas solat Jumaat.
“Oleh itu, hanya pegawai wanita yang boleh menguatkuasakan dasar itu. Malangnya, kita berdepan masalah kekurangan pegawai wanita,” katanya yang enggan dinamakan.

Kamu Yang Tidak Istiqamah, Kamu Suruh Bubar AMANAH!

Bubar AMANAH, pembangkang akan tenang, kata Tuan Ibrahim

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad agar tutup mulut dan membubarkan parti itu.

Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas cadangan Khalid agar beliau dan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abd Samad meninggalkan PAS.

“Komen saya, blok pembangkang akan tenang kalau Khalid boleh 'tutup mulut' atau AMANAH dibubarkan,” katanya.


Khalid mencadangkan sedemikian jika PAS tidak lagi sudi atau mampu membawa mesej Islam sebagai rahmatal-lil-’aalamin (rahmat ke seluruh alam).

Bercakap kepada Malaysiakini, Tuan Ibrahim menegaskan, saranan itu dibuat kerana menjangka AMANAH bakal berdepan masalah dalam pembahagian kerusi di kalangan blok pembangkang.

"Saya sebagaimana orang ramai melihat AMANAH akan berhadapan dengan masalah kerusi mana yang akan ditandingi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Keadaan ini akan mendedahkan persaingan tiga penjuru sebagaimana dalam pilihan raya kecil (PRK) lalu," tambahnya.

Bagaimanapun, keadaan akan berlaku sebaliknya jika DAP atau PKR bersedia untuk menyerahkan beberapa kerusi mereka kepada rakan dalam Pakatan Harapan itu, jelas Tuan Ibrahim lagi.

Jika tidak, sebab itu adalah lebih strategik dan baik untuk AMANAH diserapkan sahaja ke dalam parti pembangkang sedia ada, ujar beliau.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, negara sebenarnya tidak memerlukan terlalu banyak parti politik dalam blok pembangkang semata mata kerana kecewa atau ingin menjadi pemimpin.

"Sikap 'tidak boleh bekerja di bawah orang' adalah antara sebab muncul pelbagai parti politik," katanya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menegaskan beliau tiada mempunyai masalah untuk bekerja bersama Presiden PAS dan saf kepimpinan parti itu yang ada.

"Kami sangat bahagia, seronok dgn kemanisan ukuhwah sangat dirasai.

"Sikap hormat menghormati, berlapang dada dengan perbezaan serta thiqah kepada pimpinan menjadi nadi kekuatan PAS kini," tambahnya.

Setelah melakukan u-turn terhadap saranannya sendiri, kini TITM menempelak Khalid Samad dan meminta AMANAH dibubarkan.

Ia menampakkan bahawa PAS kini tak mampu bersendirian dan gerun dengan kehebatan AMANAH, lantas meminta AMANAH dibubarkan.

Ini bukan kali pertama TITM melakukan u-turn setelah Haji Hadi menggunakan kuasa vetonya.

Petikan:

Berapa banyak kali sudah, setiap kenyataan para pemimpin PAS khususnya dari TITM sendiri telah diterbalikkan oleh Presiden PAS sendiri. Contohnya:

Ternyata TITM yang tidak ada kredibiliti memimpin kerana setiap kali ia mengeluarkan cadangan dan saranan, ia ditentang oleh ketuanya sendiri. 

Lepas tu merajuk, keluarkan madah.... bila dipuji kena sedia dikeji....

Cermin diri sebelum melabel ‘Freemason’, ‘liberal’

Anak bekas ketua menteri Sarawak setuju dengan pendekatan Nik Aziz bersikap terbuka.
xifu-naser-1
PETALING JAYA: Umat Islam tidak boleh melarikan diri daripada pengaruh asing dalam kehidupan seharian, kata pensyarah dan pendakwah, Abdul Naser Rahman Yaakub.
Menulis dalam kolumnya di Sinar Harian hari ini, anak kepada ketua menteri Sarawak yang pertama itu berkata semua pihak termasuk golongan yang sering dilabel “liberal” dan “freemason” terlibat dalam kehidupan seharian di zaman moden.
“Mahu tak mahu, kita kerjasama dengan Kristian, Buddha, Hindu, Yahudi, Freemason, ahli maksiat, ahli korupsi, salafi, sufi, liberal.
“Bila kita sakit dan jumpa doktor, adakah kita minta doktor buktikan dulu bahawa dia bukan Freemason, barulah kita benarkan dia rawat kita?” soal beliau yang turut dikenali dengan panggilan Xifu Naser.
Naser mengulas sikap sesetengah tokoh dan pendakwah yang kerap menuduh seseorang itu berfahaman Freemason dan liberal.
Freemason merupakan organisasi dengan pengaruh luas di seluruh dunia, yang tidak berpaut kepada agama atau kefahaman politik dan terlibat dalam kerja kebajikan.
Naser berkata beliau senada dengan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Dr Maszlee Malik dan bekas menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang membenarkan kerjasama dengan pelbagai pihak “selagi kita lebih bijak merancang strategi daripada mereka”.
Nik Aziz ketika hayatnya dikenali dengan pendirian terbuka menjalinkan pakatan politik antara PAS dan parti berlainan ideologi.
Malah, tokoh PAS itu pernah menimbulkan kontroversi dengan kenyataan beliau yang berkata sanggup bekerjasama dengan “syaitan”.

Siapa kafir harbi di Malaysia?

Pada zaman ini, warga atau rakyat bukan Islam yang tinggal bersama umat Islam di Malaysia tidak dikira sebagai kafir harbi.
kafir harbi
Oleh Nik Fatma Amirah Nik Muhamad
Pembahagian mengikut konvensyen politik
Istilah kafir harbi merupakan istilah fiqh yang membawa konotasi suasana zaman perang di antara wilayah Islam pada zaman dulu dengan negara musuh. Kafir harbi merujuk kepada negara musuh yang berperang dengan Muslim di mana darah mereka halal ditumpahkan kerana ia dalam suasana perang, di mana kafir harbi itu sendiri berusaha membunuh umat Islam.
Istilah ini muncul apabila berlakunya suasana politik yang mengklasifikasikan antara Darul Islam dan Darul Harb. Setelah berlakunya pembahagian ini, maka golongan bukan Islam juga dibahagikan mengikut pengklasifikasian politik.
Ini bermaksud mengikut pembahagian pada zaman dulu, jika mereka datang dari Darul Harb, mereka dinamakan kafir harbi, jika mereka masuk ke negara Islam dan mendapat perlindungan sementara dinamakan musta`min dan bagi yang mendiami negara Islam dan membayar jizyah dinamakan kafir zimmi dan jika bukan warga Muslim yang negaranya mempunyai hubungan damai dengan Darul Islam merupakan kafir mua`had. Konsep pembahagian tersebut secara jelas mengikut konvensyen politik yang ada pada zaman tersebut.
Pandangan ulama yang muktabar
Ulama muktabar kebanyakannya mempunyai pendapat masing-masing berkenaan peletakan istilah Darul Harb atau Darul Islam dan relevan atau tidak penggunaan istilah kafir harbi berdasarkan peletakan istilah tersebut. Ini jelas dikupas oleh Dr Abdullah Ben Bayyah, Sheikh Muhammad Abu Zahroh, Sheikh Dr Yusof al Qaradhawi, Sheikh Wahbah al-Zuhaily dan sebagainya.
Saya tertarik kupasan Dr Maszlee Malik dan Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad di dalam kertas kerja mereka yang bertajuk “Fiqh Muwathanah (Fiqh Kenegaraan): Spektrum Baru Politik Islam Moden” yang dibentangkan pada Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah (NUNJI 2015).
Mereka mengatakan karya fiqh klasik hasil karangan para ulama terdahulu berkaitan politik, kenegaraan dan hubungan luar banyak dipengaruhi konteks dan keadaan politik semasa. Sheikh Muhammad Abu Zahroh membentangkan semula dimensi baru pembahagian negara-negara di dunia mengikut Darul Islam dan Darul Harb. Menurut beliau dalam karya ulungnya berkaitan fiqh hubungan luar negara (al-`Alaqat al-Duwaliyah),Sheikh memberikan pembahagian baru yang selari dengan tuntutan zaman ini yang tidak lagi melihat negara bukan Islam sebagai Darul Harb ataupun secara literalnya “negara yang diperangi”.
Logiknya, menurut Sheikh, pembahagian tersebut yang didasari kepada dalil berkaitan dengan jihad, sikap umat Islam terhadap musuh, isu kesetiaan orang Islam kepada umat dan bumi yang didiaminya dan juga isu kedaulatan tanah air adalah dicorakkan oleh peperangan yang menjadi `illah atau penyebab hukum.
Maka apabila `illah sesuatu hukum itu tiada, hukum tersebut juga hilang. `Illah peperangan sebagai asas hubungan di antara negara dan agama yang wujud pada zaman tersebut kini tiada. Maka istilah kafir harbi tidak tepat digunakan untuk konteks Malaysia mengikut pandangan ulama itu tadi.
Aplikasi perlu sesuai dengan konteks semasa
Di dalam kertas kerja sama, penulis juga mengupas tentang pandangan Dr Jasser Audah mengenai isu yang hampir sama iaitu isu jizyah. Beliau menegaskan hukum-hakam berkaitan politik yang dihasilkan ulama silam berdasarkan konteks semasa zaman tersebut. Apa yang penting kita perlu memahami konteks sejarah yang membawa kepada terhasilnya hukum tersebut agar kita tidak bersikap literalis dalam mengaplikasikannya dalam kerangka moden dan mengikut konteks dan waqi` semasa.
Realiti di Malaysia
Seperti yang kita fahami kafir harbi adalah mereka yang wajib diperangi di peringkat negara di atas dasar peperangan. Dan pihak yang berhak mengeluarkan arahan dan perintah ialah pemerintah atau Ulil Amri bukannya masyarakat umum.
Pada zaman ini, warga atau rakyat bukan Islam yang tinggal bersama umat Islam di Malaysia tidak dikira sebagai kafir harbi. Malah pengklasifikasian harbi atau dhimmi yang digunakan ulama silam juga diperbaiki ulama moden, memandangkan negara moden mempunyai konsep kewarganegaraan yang memberikan hak dan tanggungjawab yang saksama di antara Muslim dan bukan Islam.
Realiti hari ini, kewarganegaraan bukan lagi dinilai melalui agama seseorang individu, tetapi kepada kerakyatan dan juga kesetiaan mereka kepada ruang geografi berdaulat yang mereka tinggal. Setiap individu yang menjadi warga kepada sesebuah negara mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama dengan warga lain.
Ini dapat difahami melalui kupasan Fiqh Kewarganegaraan iaitu fiqh yang berkaitan warga sesebuah negara dan hubungannya dengan negara tersebut daripada perspektif Islam dan syariah. Ikatan kewarganegaraan yang ada ini menjadikan label kafir harbi itu tidak relevan untuk mereka.
Bahkan jika ada antara mereka yang melakukan penentangan terhadap Islam di dalam negara ini, mereka tidak digelar kafir harbi, tetapi digelar penjenayah yang harus dihukum melalui pelaksanaan undang-undang mahkamah kerana keterikatan mereka dengan prinsip kewarganegaraan itu tadi.
Saya tertarik kupasan Dr Maszlee semasa wacana kafir harbi pada 16 Julai 2016 berkenaan soalan yang ditanya hadirin tentang bagaimana dengan orang kafir yang tinggal di Malaysia dan membuat penentangan dan ejekan kepada agama Islam seperti yang dilakukan Alvin Tan yang mempermainkan Al-Quran.

Khutbah raya, Ideas dan Sultan Selangor

Seperti yang telah kita dengar Menteri Udang telah mula membuat bising: mengkritik khutbah
bermakna mengkritik MAIS dan mengkritik MAIS ertinya menyinggung Sultan.
Ini bukan kali pertama tokoh mulut murai itu menyeret institusi raja ke kancah politik.
Sewaktu krisis menteri besar pada 2014 dahulu dia dan kumpulannya menaikkan kain pemidang di seluruh Selangor; menyokong Sultan.
Aneh, ketua kerajaan yang hendak ditukar ketua negeri pula yang seret.
Fenomena sedemikian menimbulkan tanggapan bahawa institusi raja bagaikan bola dan mereka
yang kuat dan ada kuasa menentukan ke mana bola itu hendak ditendang
Sejak dilantik menjadi menteri semula, menteri yang pernah dikait dengan skandal projek udang itu jelas hendak menunjukkan taringnya kepada ahli parlimen PKR Penampang yang menyinggung isu khutbah Aidilfitri yang menyentuh RUU yang disebut di parlimen oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang beberapa bulan lalu.
RUU berkenaan hendak meminda bidang kuasa mahkamah syariah.
Logik yang dipakai oleh menteri dari Tanjong Karang itu betul. Tetapi sama ada keputusan tentang khutbah itu benar-benar dibuat oleh Sultan secara peribadi tidaklah dapat dipastikan.
Sebab itu alasan YB dari Sabah itu yang berkata bahawa dia tidak menyebut langsung sultan dalam posting facebooknya boleh diterima.
Dan sebenarnya kalau menteri berkenaan konsisten dan benar-benar setia dengan sultan dia tidak
boleh mengkritik atau mengengkari apa juga dasar dan arahan dari menteri besar Selangor, apalagi dalam keadaan pemegang jawatan itu memang dilantik oleh sultan tanpa mengendahkan
perlembagaan negeri!
Mengikut amalan dan tafsiran yang betul menteri besar sepatutnya diberikan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail apabila pemegang sebelumnya, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim, meletakkan jawatan setelah kehilangan sokongan majoriti dalam DUN Selangor.
Berbalik kepada khutbah Aidilfitri pada pagi 6 Julai itu saya sendiri pun berasa kejanggalannya. Tetapi tidaklah sampai ke tahap bangun dan meninggalkan masjid seperti yang dilakukan olen Wan Saiful Wan Jan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) badan pemikir Ideasitu.