Isnin, 18 Julai 2016

FAM nafi abai pemain

Kebajikan pemain sentiasa dijaga seperti elaun harian dan bonus diberikan apabila mewakili skuad kebangsaan
fam-2
PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan badan induk bola sepak itu sentiasa menjaga kebajikan pemain yang dipanggil ke skuad kebangsaan.
Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata demikian menjawab dakwaan pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkait persaraan empat pemain pasukan itu daripada skuad kebangsaan.
“Kenyataan bahawa pihak persatuan tidak menjaga kebajikan para pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat skuad kebangsaan adalah tidak benar sama sekali kerana semua keperluan telah pun disediakan lengkap untuk mereka termasuk tempat tinggal di hotel, pakaian, makanan dan pengangkutan ke tempat latihan.
“Setiap pemain yang dipanggil turut diberi elaun harian dan bonus perlawanan yang bersesuaian dan berpatutan sepanjang tempoh mereka berada dalam kem latihan pusat,” kata Hamidin dalam satu kenyataan di laman rasmi FAM.
Sebelum ini, pemain JDT Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Radzak, S Kunanlan dan Mohd Amirulhadi Zainal mengumumkan bersara daripada skuad kebangsaan dengan alasan mahu memberi peluang kepada pemain muda.
Persaraan mereka dikatakan berkait dengan kritikan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.
Tunku Mahkota Johor itu turut mendakwa FAM gagal memelihara kebajikan pemain.
Selain dari aspek penginapan, pengangkutan dan makanan, Hamidin berkata pemain yang cedera ketika dalam latihan skuad kebangsaan turut dijaga.

Terengganu gam Asri: Exco belum terima maklumat penuh

Perkara itu bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, jelas Ghazali
ghazali-taib-asri-terengganu
PETALING JAYA: Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi Dan Tugas-Tugas Khas Ghazali Taib berkata belum mendapat maklumat lengkap larangan terhadap Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berceramah di Terengganu.
Exco yang bertanggungjawab keatas hal ehwal agama itu menambah perkara itu bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
“Isu melibatkan agama di bawah Duli Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, Datuk Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu Datuk Omar Musa, Ahli Pangkuan DiRaja dan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam),” katanya ketika dihubungi bagi mendapatkan penjelasan berhubung larangan itu.
“Saya mengetahui perkara ini melalui siaran akhbar dan belum mendapat maklumat penuh,” jawabnya.
Pada 16 Julai lalu, Utusan Malaysia melaporkan larangan ceramah dikeluarkan melalui surat bertarikh 5 Julai lepas yang ditandatangani Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri Datuk Omar Musa.
Menurut laporan itu lagi, surat dua perenggan itu tidak menyatakan sebab mengapa larangan itu dikeluarkan.

INILAH HAKIKATNYA RAKYAT MALAYSIA...

SYUKUR !!.. Alhamdulillah sangat2 membantu rakyat

Minyak NAIK...
Tol NAIK...
Parking NAIK...

Menteri2 kat Malaysia serta Datuk Bandar KL ni bangun2 pagi jer terus fikir mcmana nak korek duit rakyat...

Rakyat bising mengeluh.. Nak wat camner.. bila pilihanraya korang tetap pangkah BN. BN menang juga...

Bila Nak Pecat..???

BERANI TAK Najib nak pecat atau tamatkan saja khidmat Pengerusi TH Azeez Rahim, Isa Samad Pengerusi FELDA dan Najib Razak Pengerusi 1MDB ??!!

.. kerana GLC ni dah tercalar kredibilitinya dan rugi.. !!!

Kamu punggah kaut kekayaan hasil bumi Allah, TAPI KAMU TAK PERNAH BAYAR ZAKAT ???

NAJIB !!...'Cukai Dunia' kamu kejar & bayar TAPI 'cukai agama' kamu tolak ke tepi..

Mmg wajib digelar KERAjaan BANGSAT BN..

Kalau rakyat tak bayar cukai KAMU gelar mereka sbg Pengkhianat Negara. Tetapi jika KERAjaan sendiri tak bayar zakat NAK GELAR KAMU APA PULA !!!

Baru 5 tahun dah 'belasah' RM350 bilion duit Petronas.

Tu blom masuk lagi hutang yg tertanggung 1MDB RM50 bilion yg diPengerusinya sendiri..

Kenapa ni berlaku...?? Kerana NAJIB amal 'BAJET 4B': Boros, Bazir, Bocor dan Berhutang.. Disaat rakyat menderita ... KRONI KAYA RAYA...

Di Antara Senjata, Gencatan Senjata dan Perjuangan

Oleh Khalid Samad
Sebelum sempat dipertimbangkan secara serius dan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, ‘tawaran Gencatan Senjata’ dari Timbalan Presiden PAS kelihatan sudah seolah-olah ditarik balik. Ianya perkembangan yang mengecewakan.


Usaha menyatukan parti pembangkang dalam satu jenis kerjasama telah pada asalnya dimulakan oleh PAS sejak dahulu lagi. Antara yang paling mutakhir adalah dengan Semangat 46 pada 1990 dan Keadilan pada 1999. Pada ketika itu, PAS menganggap menjatuhkan BN dalam PRU merupakan usaha murni dan wajib demi masa depan negara.

Malangnya dewasa ini suara Timbalan Presiden sendiri disanggah dengan begitu sahaja oleh pimpinan PAS yang lain. Setakat ini yang menyatakan sokongan terbuka terhadap cadangan TITM hanya YB Iskandar, Pesuruh Jaya PAS Selangor. Ini semua adalah petanda kepada wujudnya pemikiran baharu di dalam PAS.

PEMIKIRAN BAHARU PAS

Pemikiran baharu PAS meletakkan DAP sebagai musuh utama masyarakat Melayu dan ummat Isam. Ianya pemikiran yang sealiran dengan propoganda BTN yang ditaja UMNO selama ini. Bagi PAS dewasa ini UMNO sebagai pemerintah tidak lagi digeruni dan tiada keperluan untuk ditukar. Ianya kepimpinan Melayu Islam yang boleh berkerjasama dengan PAS.

Oleh itu, bersatu dengan parti-parti pembangkang lain, termasuk DAP tidak lagi konsisten dengan pemikiran baharu ini. Apatah lagi apabila bersama DAP adalah Amanah, nemesis PAS yang baharu. Kerjasama ini tidak mampu dikuasai PAS dan tidak dilihat didominasi samada oleh PKR atau Amanah. Ia kononnya didominasi DAP. Atau paling kurang itulah yang didakwa oleh BN dan diyakini PAS.

TITM DAN PEMIKIRAN BAHARU PAS

Saya melihat TITM dan YB Iskandar serta beberapa pimpinan PAS lain, khususnya di Selangor, berada di dalam keadaan serba salah. Mereka tidak sealiran dengan pemikiran baharu ini dan oleh itu berusaha untuk membawa kembali pemikiran dan pendekatan lama. Mereka cuba suarakan pandangan bahawa UMNO/BN musuh utama yang merosakkan ummat Islam, bangsa Melayu dan merosakkan Negara. Oleh itu diperlukan ‘gencatan senjata’ dan berkerjasama demi menjatuhkan UMNO/BN menerut mereka.

Namun suara-suara mereka kedengaran semakin sumbang setiap hari apabila ianya diutarakan atas wadah PAS. Saya yakin mereka sendiri semakin sedar akan keadaan ini. Saya rasa sudah tiba masanya untuk pimpinan PAS yang melihat UMNO/BN sebagai musuh politik utama ummat Islam dan rakyat jelata untuk mengakui bahawa keadaan PAS tidak lagi seperti dahulu. Telah tiba masanya mereka mengakui bahawa mesej Islam sepertimana yang mereka bawa selama ini dan sepertimana yang ingin mereka terus bawa, iaitu Islam sebagai perjuangan menegakkan keadilan, menentang kezaliman, bebas dari perkauman dan sebagainya, tidak lagi mampu dibawa PAS.

PAS sekarang menganggap menang bersama Pakatan tidak bermakna kerana tidak dapat ‘dilaksanakan hudud’! Kalau tidak boleh laksanakan hudud maka ianya ‘bukan kemenangan Islam’ bagi mereka ini. Kemenangan di Selangor sendiri tidak lagi dihargai mereka kerana tidak dapat laksana hudud maka tiada nilai tambah kepada perjuangan Islam mengikut pandangan mereka lagi. Sambil dengan UMNO/BN ada harapan akan terbuka jalan kepada perlaksanaan hudud kerana UMNO itu Melayu Islam. Begitulah sempitnya pemikiran PAS terhadap apa itu perjuangan Islam dewasa ini.

SERUAN KEPADA TITM DAN SAHABAT SEPENDIRIAN DENGANNYA

TITM dan mereka yang melihat kepada perlunya UMNO/BN dikalahkan mempunyai sikap yang berbeza dari pimpinan PAS sekarang.

Hasrat YB PAS Selangor Terkubur, Kenyataan Hadi Legakan UMNO

KENYATAAN ADUN & MP PAS SELANGOR

SOKONGAN TERBUKA ADUN DAN AHLI PARLIMEN PAS SELANGOR KEPADA KENYATAAN TIMBALAN PRESIDEN DAN NAIB PRESIDEN PAS UNTUK SERTAI PAKATAN HARAPAN

Setelah meneliti dan membincangkan dengan mendalam, kesemua ADUN dan Ahli Parlimen PAS di Selangor dengan ini menyatakan sokongan secara terbuka terhadap pandangan yang dilontarkan oleh Timbalan Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden PAS, YB Dato Iskandar Abd Samad agar PAS Selangor bersama Pakatan Harapan.


Selanjutnya ADUN dan Ahli Parlimen Pas di Selangor juga berpendirian seperti berikut :-

1. Parti parti politik Pro "Blok Pembangkang" berhenti menyerang diantara satu sama lain dan menghalakan serangan terhadap UMNO dan BN Selangor;

2. Mencari pendekatan atas nama "Pakatan Pembangkang" untuk mempertahankan kemenangan di Negeri Selangor dengan bergabung bersama Pakatan Rakyat kini Pakatan Harapan yang telah dicapai semenjak 2008;

3. Menumpukan kepada pembelaan kebajikan rakyat dan pembangunan di Selangor;

4. Penyertaan PAS Selangor dalam Pakatan Harapan adalah pendekatan terbaik untuk "1 lawan 1" menentang BN dalam pilihanraya umum ke 14 nanti;

5. Mencari titik persamaan yang terbaik berdasarkan demografi di Selangor dengan syarat menghormati prinsip yang dibawa oleh setiap parti yang berbeza.

Maka ADUN & MP Pas Selangor akan menyerahkan suatu surat kepada pimpinan pusat untuk PAS Selangor sertai Pakatan Harapan yang di sokong dan di tandatangani oleh kesemua ADUN dan MP Pas di Selangor.

Jumaat, 15hb Julai 2016

t.t
YB DATO’ DR AHMAD YUNUS BIN HAIRI
N.51 - SIJANGKANG

t.t
YB MOHD SHAFIE BIN NGAH
N.26 - BANGI

t.t
YB MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN
N.38 - PAYA JARAS

t.t
YB ZAIDY BIN ABDUL TALIB
N.15 - TAMAN TEMPLER

t.t
YB Ir. MOHD.HASLIN BIN HASSAN
N.54 - TANJONG SEPAT

t.t
YB DR ABD RANI BIN OSMAN
N.42 - MERU

t.t
YB KHASIM BIN ABDUL AZIZ
N.20 - LEMBAH JAYA

t.t
YB DR HALIMAH ALI
N.45 - SELAT KLANG

t t
YB UST HASBULLAH BIN MOHD RIDZWAN
N.17 - GOMBAK SETIA

t.t
YB NOOR HANIM BINTI ISMAIL
N.29 - SERI SERDANG

t.t
YB RAZALY BIN HASSAN
N.23 - DUSUN TUA

t.t
YB UST SALLEHEN BIN MUKHYI
N.02 - SABAK

t.t
YB DR CHE ROSLI CHE MAT
P.101 - HULU LANGAT

 ADUN-ADUN dan MP-MP PAS di Selangor sedia maklum bahawa parti mereka akan tewas teruk jika terus bertanding sebagai blok ketiga jika tidak berbincang dengan Pakatan Harapan di dalam PRU14 nanti.

Justeru mereka bersetuju dengan saranan "gencatan senjata PAS-PH" yang dibuat oleh Timbalan presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

TUAN IBRAHIM SEPATUTNYA LEBIH DULU MELAKUKAN GENJATAN SENJATA DALAM DIRINYA

Apabila seseorang mengajak orang lain berbuat kebaikan, orang itu mestilah menunjukkan teladan yang baik terlebih dahulu. Jika tidak, nasihatnya akan terbatal dengan sendirinya.

Begitu juga, jika seseorang itu selalu mengajak orang lain pergi ke masjid, orang itu mestilah menjadikan dirinya sebagai contoh dan ikutan. 

Jika hanya mulutnya yang kerap mengajak orang lain lain ke masjid, tetapi dirinya sendiri bersepah-sepah tak ketahuan ketika waktu sembahyang, ajakannya tidak bernilai satu sen pun di mata orang lain.

Saranan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man agar semua parti pembangkang melakukan genjatan senjata sesama sendiri, sebaliknya menumpukan usaha menggembleng tenaga untuk mengalahkan BN dalam PRU 14 akan datang, tidak dinafikan memang suatu nasihat yang baik dan mengkagumkan.

Apatah lagi, walaupun saranan genjatan senjata itu bersifat menyeluruh dan ditujukan kepada semua pihak, ia juga diluahkan ketika Presiden Pas, Hadi Awang belum memadam api kemarahannya terhadap rakan-rakan pembangkang lain sambil melabel mereka dengan pelbagai gelaran yang tidak sewajarnya.

Ternampak bahawa Tuan Ibrahim juga seperti mahukan Hadi Awang melakukan genjatan senjata dalam dirinya.

Malangnya, reaksi Tuan Ibrahim terhadap kenyataan Khalid Samad yang menyarankannya agar meninggalkan Pas, agak sedikit mengecewakan kerana ia berupa serangan secara terang-terangan terhadap Amanah.
Jika sebelum ini beliau meminta semua parti-parti pembangkang melakukan genjatan senjata, Tuan Ibrahim seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik mengenai apa yang dilafazkannya itu.

Tempelakannya agar Khalid Samad berdiam diri dan Amanah dibubarkan, sama sekali tidak mencerminkan keinginan daripada hatinya sendiri ke arah genjatan senjata, jauh sekali untuk sama-sama menumbangkan BN.

Tidak salah untuk Tuan Ibrahim memberi reaksi terhadap saranan Khalid Samad yang memintanya meninggalkan Pas, tetapi meminta Amanah dibubarkan untuk melahirkan suasana aman dalam pembangkang, lebih menunjukkan ingin berperang daripada mengangkat senjata.

No Erdogans for us, we are very experienced, says PAS man


Dr. Azman IbrahimDr. Azman Ibrahim
A PAS leader today brushed off critics of the party who compared it to Turkey's Justice and Development Party (AKP), saying PAS was a reference point for Islamic workers worldwide and did not need to emulate others.
 
Terengganu PAS's Dr Azman Ibrahim also lashed out at those who charged that PAS was spending too much time talking about Islam but could not muster popular support unlike AKP under the leadership of Turkish president, Recep Tayyip Erdogan.
 
The comments against PAS were made on social media, in the wake of the foiled coup attempt by Erdogan's government which saw people spilling into the streets against a small faction of soldiers who launched attacks on key buildings.
 
Writing on PAS portal Harakahdaily, Dr Azman said PAS's critics were too eager to import foreign ideas.
 
“He goes to Turkey for a week, and he returns seething with Turkish ideas. He goes to Tunisia for five days and he returns with Tunisian ideas. He goes to Egypt and is attracted with the Egyptian way!” said the Terengganu PAS committee member, clearly insensed at those who urge the PAS leadership to emulate Erdogan.
 
In recent years, PAS has seen a purge of the so-called "Erdogan" faction, which was completed after party elections last year, bringing to power the conservative faction alligned to PAS President Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Dr Azman claimed that PAS was among the most experienced Islamic movements in the world.

Kenaikan melampau 150 peratus caj letak kereta di Kuala Lumpur, siapa untung?

KUALA LUMPUR, 18 JULAI: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) disaran supaya menunggu projek Mass Rapid Transit (MRT) siap dan beroperasi sepenuhnya sebelum mengambil langkah menaikkan kadar caj tempat letak kereta di seluruh lokasi di ibu kota.
Menurut Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan, Lim Lip Eng, impak pembinaan MRT yang dijangka akan mengurangkan masalah lalulintas teruk di ibu kota wajar diteliti sebelum apa-apa keputusan mengenai kenaikan tersebut diputuskan pihak DBKL.
limlipeng_M1“DBKL sepatutnya menunggu sehingga projek MRT siap dan beroperasi buat seketika sebelum kenaikan harga caj tempat letak kereta dilaksanakan kerana projek tersebut berkemungkinan besar mengurangkan kesesakan lalulintas di ibu kota,” katanya kepada Roketkini.com
Beliau berkata demikian mengulas tindakan DBKL yang menaikkan kadar caj tempat letak kereta miliknya di beberapa lokasi tumpuan di ibu kota sebanyak 150 peratus berkuatkuasa hari ini.
Kenaikan RM2.00 bagi jam pertama daripada RM0.80 sebelumnya itu melibatkan lokasi-lokasi tumpuan komersial antaranya Bukit Bintang, Bangsar, Bukit Damansara, Taman Tun Dr Ismail, Desa Hartamas dan Solaris Mont Kiara.
Manakala kawasan di luar Pusat Bandar dan Pinggir Bandar masing-masing akan mengalami kenaikan sebanyak 200 peratus dan 100 peratus berkuatkuasa 1 Ogos.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz dilaporkan berkata meskipun keputusan itu dilihat tidak popular, kenaikan seumpama itu wajar dilaksanakan kononnya untuk mengatasi kesesakan trafik di Kuala Lumpur.
Menyifatkan ia sebagai tidak munasabah, Lip Eng yang juga Ahli Parlimen Segambut berkata, tindakan DBKL itu jelas membebankan rakyat, malah bakal mencetuskan situasi di mana peniaga di sekitar kawasan yang terlibat menaikkan harga barangan.
“Kalau mahu naikkan caj dengan alasan bahawa caj berkenaan sudah lama tidak dinaikkan, naiklah dengan kadar 20 peratus dan bukannya 200 peratus. Kadar kenaikan seumpama itu adalah terlalu drastik dan membebankan,” ujarnya.

Pakatan Harapan nyatakan solidariti, ziarah kedutaan Turki


KUALA LUMPUR, 18 JULAI: Pakatan Harapan hari ini mengadakan pertemuan secara tertutup dengan wakil kedutaan Turki di Malaysia, Başak Türkoğlu bagi menyatakan sokongan penuh terhadap kerajaan Turki yang dipilih secara sah melalui sistem demokrasi.
Ia juga diadakan bagi memberi peluang kepada kepimpinan Pakatan Harapan untuk memahami secara langsung perkembangan politik terbaru yang dihadapi negara rantau asia barat berkenaan, khususnya berkaitan cubaan rampasan kuasa oleh tentera Turki pada Jumaat lalu.
DUTA TURKI-PH 1Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok yang ditemui selepas pertemuan tersebut melahirkan rasa terharu dengan sokongan yang ditunjukkan rakyat Turki terhadap kepimpinan negara berkenaan sehingga menyaksikan kegagalan cubaan rampasan kuasa tersebut.
“Rakyat negara Turki amat mencintai dan mendokong demokrasi, dan saya berasa bersyukur kerana keadaan sudah mulai pulih di Turki.
“Kami, Pakatan Harapan mengadakan lawatan itu semata-mata untuk menunjukkan solidariti terhadap kerajaan Turki. Banyak perkara yang kita boleh pelajari melalui peristiwa terbabit,” katanya.
Terdahulu, Pakatan Harapan menyerahkan memorandum kepada Başak Türkoğlu sebagai simbol solidariti pakatan pembangkang di Malaysia terhadap pentadbiran kerajaan Turki.
Pertemuan itu turut dihadiri Naib Pengerusi PKR, Nurul Izzah Anwar, Timbalan Presiden Amanah, Salahudin Ayub, Ketua Wanita Amanah, Siti Mariah Mahmud, Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Mohd Tahir, dan Ahli Jawatankuasa Amanah, Dr. Dzulkefly Ahmad.
Jumaat lalu, percubaan rampasan kuasa oleh kumpulan pemberontak dalaman tentera Turki, digagalkan agensi polis negara terbabit dalam masa kurang sehari.

TMJ dakwa punyai bukti salahlaku dalam FAM

TMJ menyifatkan golongan pengkritik sebagai golongan yang "mempertegakkan 30 tahun korupsi dalam FAM".
TMJ-sniper-1
Foto kredit : JOHOR Southern Tigers Facebook
PETALING JAYA: Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa mempunyai maklumat salah laku dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Tunku Mahkota Johor (TMJ) membuat dakwaan itu dalam satu catatan di laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini yang memaparkan gambarnya memegang sebentuk pendrive.
Berdasarkan catatan itu, pendedahan ini dipercayai menjawab kritikan orang ramai terhadap pemain yang bersara daripada pasukan kebangsaan baru-baru ini.
TMJ menyifatkan golongan pengkritik itu sebagai golongan yang “mempertegakkan 30 tahun korupsi dalam FAM”.
“Ini adalah ‘pendrive’ diberikan kepada saya oleh sahabat-sahabat saya yang berkedudukan tertinggi di Kuala Lumpur berkenaan maklumat dan aktiviti dalam FAM, ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, orang-orang media yang FAM selalu gunakan termasuk bekas-bekas pemain di Malaysia, duit-duit kelab yang diambil oleh FMLLP dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang merepek,” tegas TMJ.
Sebelum ini, bekas bintang bolasepak kebangsaan, Khalid Ali ketika dihubungi FMT membidas tindakan beberapa pemain JDT meninggalkan skuad kebangsaan sebagai perbuatan yang tidak patriotik.
Bukan sahaja mereka tidak mempunyai semangat cintakan negara, malah mereka disifatkan Khalid sebagai lebih teruk daripada pemain kampung.
“Apa yang susah sangat untuk menghormati keputusan mereka? Satu perkataan sahaja yang anda harus katakan tentang mereka atau kepada mereka iaitu ‘terima kasih’,” jawab TMJ.
TMJ mengingatkan pengkritik duit rakyat sepatutnya digunakan untuk rakyat sahaja, “bukan untuk bolasepak dan kepentingan politik”.
“Mungkin sudah sampai masanya untuk penyokong bolasepak tanahair melihat dan menilainya sendiri. Saya mempunyai seorang komander di India yang pernah berkata, ‘jangan diajak penembak tepat pergi menembak’,” kata TMJ.
Baginda bagaimanapun tidak memperincikan peringatannya dengan lebih lanjut, cuma meminta “sila selesai isu gaji pemain yang sudah lama tidak diselesaikan”.
Pendedahan TMJ ini mendapat respon hebat daripada warga Facebook.
“Apa kata TMJ dedahkan apa dalam pendrive itu. Nanti orang kata TMJ cuma sembang kosong,” kata seorang pengguna, Khairul Amri.

Khalid Samad perlu ‘tutup mulut’, Amanah perlu dibubarkan – PAS

Negara tidak memerlukan terlalu banyak parti dalam blok pembangkang lebih-lebih lagi yang kerana kecewa atau ingin menjadi pemimpin
tuan-ibrahim-khalid-samad-amanah
PETALING JAYA: Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad disarankan ‘tutup mulut’ jika mahu parti-parti pembangkang bersatu.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga menyarankan Amanah dibubarkan bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Blok pembangkang akan tenang kalau Khalid Samad boleh ‘tutup mulut’ atau Amanah dibubarkan. Saya sebagaimana orang ramai melihat Amanah akan berhadapan dengan masalah kerusi mana yang akan ditandingi pada pilihanraya umum akan datang.
“Keadaan ini akan mendedahkan persaingan tiga penjuru sebagaimana dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan menjawab saranan Khalid supaya pemimpin PAS membuat ketetapan sebulat suara jika mahu berkawan semula dengan rakan komponen daripada Pakatan Harapan (PH) untuk menentang Barisan Nasional (BN).
sebelum ini, Khalid berkata Amanah tidak ada masalah sekiranya Tuan Ibrahim mahu PAS berkawan semula dengan parti-parti pembangkang dalam Pakatan Harapan.
Namun dalam kenyataan itu beliau sempat membidas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Bincang dan fikir betul-betul sesama sendiri sama ada hendak berkawan untuk lawan BN atau tidak. Jangan sekejap kata hendak bermusuh dengan DAP, bermusuh dengan Amanah kerana kita tidak ada masa,” kata Khalid.
Khalid berkata demikian menjawab seruan Tuan Ibrahim sebelum ini yang menyeru ‘gencatan senjata’ antara parti-parti pembangkang, dan menghalakan ‘senjata’ masing-masing kearah BN.
Menjawab serangan Khalid itu, Tuan Ibrahim berkata negara sebenarnya tidak memerlukan terlalu banyak parti dalam blok pembangkang “lebih-lebih lagi kerana kecewa atau ingin menjadi pemimpin”.

Sokong 'gencatan senjata': PAS Pusat panggil ADUN PAS Selangor

Parti baru: PAS tunggu dan lihat, kata Ahmad Yakob

PAS mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung penubuhan parti baru yang akan diterajui bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob berkata parti itu menghormati tindakan Dr Mahathir menubuhkan parti baharu, namun masih terlalu awal untuknya membuat sebarang keputusan bagi menjalin hubungan dengan parti itu.

"Bagi saya mana-mana parti pun boleh ditubuhkan di Malaysia sebab kita mengamalkan dasar demokrasi berparlimen. Beliau (Dr Mahathir) merasakan ada kekuatan (untuk tubuh parti baru), apa salahnya.

"PAS ambil pendekatan tunggu dan lihat dasar, hala tuju dan perjuangan parti baharu itu (sebelum membuat keputusan lanjut)," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Mesra Aidilfitri di perkarangan Jameiah al-Asriah, Jalan Tengku Petra Semerak di Kota Bharu hari ini.

Khamis lepas, Dr Mahathir mengumumkan satu pakatan pembangkang yang melibatkan sebuah parti baru, PKR, DAP dan AMANAH akan ditubuhkan untuk menentang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

'Pendirian wakil PAS S'gor mampu kukuhkan pembangkang'

Sokongan wakil rakyat PAS Selangor supaya gencatan senjata diadakan di kalangan parti-parti pembangkang mampu menyaksikan pembangkang menjadi lebih besar, kuat dan bersatu, kata Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah.
Sambil menyambut baik kenyataan 13 ADUN itu hari ini, beliau berharap perkembangan itu akan membawa kepada pertandingan satu lawan satu antara parti pembangkang dengan BN pada pilihan raya umum akan datang.
“Saya berharap kenyataan ini seterusnya dapat membantu langkah-langkah membentuk gabungan pembangkang yang besar, bersatu - kuat, dan menghasilkan perlawanan satu lawan satu antara pembangkang dengan BN dalam PRU14," kata Saifuddin kepada Malaysiakini.
Beliau juga berharap kejayaan negeri-negeri yang diterajui oleh pakatan di Selangor dan Pulau Pinang akan mendorong lebih ramai rakyat untuk menyokong pembangkang sebagai alternatif kepada parti pemerintah.
“Pada masa yg sama, Pakatan Harapan mahu supaya dua buah negeri, iaitu Selangor dan Pulau Pinang, berjaya dengan cemerlang.
“Khusus di Selangor, kerajaannya melibatkan parti-parti dalam Pakatan Harapan dan PAS,” katanya.
Menurut Saifuddin, kejayaan Selangor dan Pulau Pinang amat penting bagi meyakinkan rakyat bahawa mereka layak dan mampu mengurus-tadbir dengan baik sekiranya diberi mandat menjadi kerajaan persekutuan.
Sokongan 13 ADUN terhadap tawaran gencatan senjata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dibuat selepas Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa ia semata-mata idea peribadi timbalan presiden itu.
ADUN Sijangkang Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan ADUN Meru Dr Abdul Rani Osman mengesahkan kepada Malaysiakini kesahihan kenyataan terbuka sokongan yang dimuat naik di Internet.
"Betul (kenyataan itu), tetapi tidak bermakna kita tolak presiden,” kataYunus, yang juga anggota exco Selangor sambil menambah ini tidak bermakna mereka menentang presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Lima hari lalu, Tuan Ibrahim menggesa pembangkang untuk berhenti menyerang satu sama lain dan hanya memberi tumpuan kepada perjuangan menentang BN.

Dengan RM120b, M'sia mampu serap kejutan luar - Bank Negara

Malaysia mempunyai kapasiti untuk menyerap sebarang kejutan luaran jika ekonomi global merosot, dengan modal berlebihan dalam industri perbankan sebanyak RM120 bilion, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Muhammad Ibrahim.
Beliau berkata sejak krisis kewangan Asia 1997/1998, Malaysia telah melaksanakan banyak pembaharuan yang dilaksanakan dengan baik dalam mengukuhkan sektor perbankan dengan kesan yang menyeluruh.
"Sebahagian daripada pembaharuan itu sangat asas. Misalnya, menggabungkan sektor perbankan daripada lebih 60 institusi kepada 10 dan kini lapan kumpulan perbankan, dan ini langkah yang telah kita lakukan," katanya kepada Bernama dalam temu bual media eksklusifnya yang pertama sejak pelantikan beliau sebagai Gabenor bank pusat pada 1 Mei, 2016.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan mengenai keperluan untuk kembali kepada langkah-langkah yang bukan ortodoks yang diperkenalkan semasa krisis kewangan Asia seperti tambatan ringgit dan kawalan modal lain, jika prospek ekonomi global merosot disebabkan kesan daripada ekonomi utama dan tindakan United Kingdom untuk keluar daripada Kesatuan Eropah susulan pungutan suara 'Britain exit'.
Muhammad berkata penggabungan bank-bank kepada lapan kumpulan perbankan merupakan langkah tepat berikutan ia mengukuhkan sektor perbankan yang membolehkan institusi perbankan domestik berdikari dan bersaing dengan bank-bank asing selain meluaskan operasi mereka di luar negara.
"Ujian terbesar adalah ia [bank-bank] boleh meluaskan operasi mereka di luar Malaysia dan mereka berkembang maju dalam ekonomi baharu.
"Ini menunjukkan mereka kini kompetitif dan ia adalah satu perkembangan yang besar bagi industri perbankan domestik", katanya.
Beliau menegaskan langkah lain yang dilaksanakan turut melibatkan pembangunan entiti baharu seperti perbadanan insurans deposit, atau Perbadanan Insurans Deposit Malaysia, yang telah mengukuhkan sektor perbankan dalam memastikan wang pendeposit diinsuranskan sepenuhnya.
Dalam pada itu, langkah-langkah yang diperkenalkan dalam sektor perbankan, misalnya amalan pengurusan risiko yang lebih berkesan dan budaya tadbir urus korporat yang lebih kukuh telah menjadi tunjang kepada asas-asas ekonomi dan kewangan negara.
"Kami mahu rakyat Malaysia yakin terhadap sektor perbankan, integriti dan kepentingan sistem kewangan serta menjadi lambang kepada tadbir urus korporat yang baik.
"Baru-baru ini, kami mengeluarkan dokumen perundingan baharu mengenai Garis Panduan Tadbir Urus Korporat bagi Institusi Kewangan yang terdiri daripada beberapa penambahbaikan, lebih tinggi berbanding entiti lain," katanya.

Hutang isi rumah negara pada paras tertinggi di Asia - Gabenor BNM

Bank Negara Malaysia (BNM) yakin pelbagai langkah dan pendekatan yang diperkenalkannya sejak beberapa tahun lalu adalah memadai untuk mengekalkan hutang isi rumah semasa di paras berhemat.
Pada masa ini paras hutang isi rumah negara adalah 89.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), iaitu antara yang tertinggi di Asia.
Gabenor BNM, Datuk Muhammad Ibrahim berkata hutang isi rumah adalah antara bidang yang sentiasa dipantau oleh bank pusat berkenaan.
"Ada banyak cara untuk menguruskan hutang isi rumah. Malah antara instrumen yang kita laksanakan adalah pendekatan berhemat makro dalam pelbagai bentuk.
"Kita tidak akan memberikan sebarang sasaran khusus (bagi hutang isi rumah), sebaliknya menyenaraikan apakah prinsip yang perlu dilaksanakan institusi perbankan jika mahu menjadi lebih berhemat.
"Oleh itu, mereka akan menentukan bidang mana yang mahu diberi pinjaman, sektor yang mahu diceburi serta mengguna pakai strategi mengikut perniagaan serta struktur pembiayaan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas melancarkan laporan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) 2016, hari ini.
Muhammad menegaskan, BNM turut melakukan pemantauan bagi memastikan mereka yang benar-benar layak dan mahu membuat pinjaman mampu mendapatkan akses pembiayaan berkenaan.
"Malah keputusan BNM untuk mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) baru-baru ini adalah untuk memastikan ekonomi Malaysia terus mencatat pertumbuhan pada suku kedua tahun ini dan untuk tempoh seterusnya.
"Semalam (Ahad), salah satu institusi perbankan utama kita mengumumkan akan mengurangkan kadar asas pinjamannya sebanyak 20 mata. Ini bagus kerana ia dapat menggalakkan pembiayaan dan peminjam mempunyai lebih wang untuk berbelanja. Ia dapat mendorong perbelanjaan dan dapat memberi manfaat kepada ekonomi," katanya.
Jelas Muhammad, bagi memastikan ekonomi terus berada di landasan kukuh, aspek penting yang perlu diutamakan adalah memastikan pekerjaan dan pendapatan terus mencatat pertumbuhan.
"Jika kita memiliki kedua-dua kriteria ini, saya rasa hutang isi rumah itu akan berada di paras berhemat. Sudah pasti kita mahu melihatnya (hutang isi rumah) terus menurun, namun selagi kedua-dua faktor ini berterusan, saya yakin kita okey.

SEMBILAN KALI ARAHAN SAMA DIENGKARI: Bayangkanlah tahap 'lack of corporate governance' 1MDB

SEMBILAN KALI ARAHAN SAMA DIENGKARI: Bayangkanlah tahap 'lack of corporate governance' 1MDB
Dalam lapuran PAC, dalam isu dana Cayman, ada disebut -

Lembaga Pengarah 1MDB dalam hampir setiap kali bermesyuarat sejak bulan Mei 2013 hingga Mei 2015 telah mengarahkan pihak pengurusan 1MDB untuk menebus semula pelaburan portfolio dalam SPC dan dibawa balik ke Malaysia.

Dan apakah tindakan pihak pengurusan ?

· Tiada tindakan serius diambil oleh pihak pengurusan 1MDB bagi tempoh bulan Mei 2013 hingga Ogos 2014 bagi melaksanakan arahan Lembaga Pengarah 1MDB untuk menebus keseluruhan pelaburan portfolio SPC.

· Pemindahan wang hasil penebusan portfolio SPC daripada Brazen Sky kepada 1MDB GIL tidak mematuhi arahan Lembaga Pengarah 1MDB supaya hasil penebusan portfolio SPC dibawa balik ke Malaysia. Pemindahan wang tersebut juga tidak dibentang untuk kelulusan khusus daripada Lembaga Pengarah 1MDB.


Jika anda baca sepintas lalu, apakah ada impak pada diri anda akan tahap KEDEGILAN pihak pengurusan 1MDB dalam mengengkari arahan lembaga pengarah ? Bila kita baca  "hampir setiap kali bermesyuarat sejak bulan Mei 2013 hingga Mei 2015", kita mungkin tidak dapat bayangkan tahap keseriusannya. Dalam tempoh itu, berapa kali mereka bermesyuarat ?

Satu lagi, otak kita mungkin malas nak fikirkan jarak time frame itu ( Mei 2013 - Mei 2015 ATAU Mei 2013 - Ogos 2014 ) sebab lapurannya masih panjang yang belum dibaca. Maka, kita akan baca dengan laju tanpa berhenti sejenak untuk bayangkan tahap keseriusan maklumat itu.



Tapi bagaimana kalau disebut dengan jelas bahawa dalam tempoh tersebut, pihak Lembaga Pengarah 1MDB telah memberi arahan sebanyak 9 kali, siap dengan tarikh2 mesyuarat dan arahan yang diberikan, dalam bentuk jadual ... satu-satu disenaraikan, saya percaya kita akan berhenti sejenak untuk menghadam maklumat yang diberikan.

9 ( SEMBILAN ) KALI ARAHAN ! Dan kesemua sembilan kali itu pihak pengurusan buat bodoh jer ...... pasti anda akan terfikir - SEMBILAN KALI lembaga pengarah arah CEO supaya tebus dana Cayman dan bawa balik duit itu tapi SEMBILAN KALI itu juga CEO 1MDB engkar .....

Akta 355: Kenapa Hadi libatkan bukan Islam?

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad berkata, beliau berasa rasa hairan berhubung kenyataan Presiden PAS yang menjangka selepas Akta 355 dilaksanakan, orang bukan Islam akan memilih undang-undang syariah Islam.
Katanya, menurut usul persendirian berhubung akta tersebut, undang-undang berkenaan tidak melibatkan masyarakat bukan Islam di negara ini.
Malah, menurut Khalid, usul tersebut juga bertujuan untuk meminda kedudukan mahkamah syariah dalam bidang kuasa berkaitan keluarga dan peribadi seseorang dan bukan melibatkan jenayah.
"Mulanya (usul Akta 355) hanya untuk orang Islam. Jadi, macam mana orang bukan Islam boleh memilihnya?
"Umumnya, dasar itu (usul) nak ubah kedudukan mahkamah syariah bahawa ia masih bidang kuasa umat Islam dalam perkara berkaitan keluarga dan peribadi. Bukan jenayah kerana ia masih di mahkamah sivil.
"Kedudukan mahkamah syariah di sisi Perlembagaan tak berubah kecuali usul (Hadi) bertujuan nak ubah. Sebab ada kawasan penguatkuasaan oleh mahkamah syariah dan ada kawasan penguatkuasaan oleh mahkamah sivil. Ia tak berubah. Ini mengikut usul itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di ibu negara ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan orang bukan Islam akan mula memilih syariah Islam kerana melihat undang-undang itu dijalankan secara adil selepas Akta 355 diperluaskan dan dilaksanakan.
Anggota Parlimen Marang itu juga berkata, situasi itu sangat turut digeruni oleh mereka yang membantah rang undang-undang ahli persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) yang juga dikenali sebagai Akta 355, bagi memperluaskan bidang kuasa mahkamah syariah.
Sehubungan itu, Khalid yang juga anggota parlimen Shah Alam turut mempersoalkan jangkaan Abdul Hadi berkenaan memandangkan PAS kini dilihat semakin dijauhi oleh masyarakat bukan Islam.
"Ramalan bahawa apabila diluluskan (Akta 355, orang bukan Islam pilih syariah Islam), itu benda pelik. Saya tak tahu dia dapat benda ini dari kajian mana.

Ahmad Maslan Kat Mana?.. Dulu Dia Kata GST Ni Bagus.. Tapi Apa Nih?

Sebelum GST dilaksanakan dulu Ahmad Maslan ada berkata.. "GST ini bagus, akan turunkan harga barang, tidak bebankan rakyat, menggantikan cukai lama, rakyat boleh dapat resit, rakyat boleh jimat perbelanjaan, cukai terbaik sepanjang zaman"

"Tidak ramai yang memahami GST dan jika anda tidak faham, janganlah berarak di jalanan... Jangan protes dan kata GST tidak baik,"

Malah dia turut bandingkan perlaksanaan GST dengan Hukum Hudud "Jika anda baca satu buku, dalam satu hari, anda boleh faham hudud. Begitu juga dengan GST – dalam satu jam anda boleh faham.

Mahathir yang berpengalaman selama 22 tahun sebagai Perdana Menteripun dia kata tak faham apa itu GST kerana masih belum mendapat penerangan terperinci atau tersalah tafsir mengenai pelaksanaan GST daripada orang-orang di sekelilingnya.

"Saya rasa orang di sekelilingnya tidak memberi penerangan lengkap lagi terperinci mengenai GST kepada Dr Mahathir.

"Jelas peratus GST merupakan cukai yang lebih rendah daripada SST sebelum ini. Bagaimana boleh dia (Dr Mahathir) kata lebih baik jika kerajaan membatalkan GST?,"

Tapi persoalannya.. Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Dr Mahathir akan lebih faham tentang GST?

Keputusan Putrajaya melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April ini dianggap sebagai langkah tepat untuk menangani ekonomi merosot akibat daripada kejatuhan nilai ringgit.. juga kata Ahmad Maslan.. Tapi... baca ni..

'70 parti baru ditubuh sejak 60-an, semua terkubur'

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata keputusan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan parti Melayu baharu hanya merugikan rakyat negara ini.
Katanya, Dr Mahathir wajar berfikir dua kali kerana tindakan beliau (menubuhkan parti baharu) yang bertujuan menjatuhkan seorang pemimpin lebih terarah menjatuhkan sebuah parti yang banyak berjasa kepada rakyat.
"Tun kata nak jatuhkan pemimpin tetapi tindakan beliau dilihat 'di luar kebiasaan' kerana keputusan tersebut bukan sahaja hendak melanggar Umno, malah mengheret sama rakyat pelbagai kaum.
"Biasanya penduduk pelbagai kaum disatukan atas dasar kasih sayang, bukan dengan kebencian," ulas Shahidan mengenai cadangan penubuhan parti baharu yang menggabungkan pemimpin-pemimpin pembangkang itu.
Beliau ditemui pada program SEA-TVET 2016, iaitu pertukaran pelajar Kolej Vokasional (KV) Kedah/Perlis dan wilayah-wilayah Selatan Thai membabitkan Satun, Pattani dan Yala.
Sebanyak 97 pelajar dari tiga wilayah yang menyertai program itu ditempatkan di dua KV di Perlis dan enam KV di Kedah selama dua minggu untuk bertukar-tukar kemahiran dalam usaha mengantarabangsakan program vokasional.
Di Putrajaya, Menteri Sumber Asli Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, memang tiada halangan untuk sesiapa sahaja menubuhkan parti baharu sejajar dengan konsep demokrasi yang diamalkan di negara ini.
Anggota Parlimen Santubong, Sarawak dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu berkata, bagaimanapun, parti baharu itu perlu mempunyai visi yang jelas dan ada kapasiti serta stabil untuk terus wujud.

PAS jangan kembali jadi kuda tunggangan DAP - Norman Toha

Bekas Setiausaha PAS Selangor, Norman Toha berkata, keputusan parti itu untuk bergerak bersendirian dengan memutuskan tahaluf siyasi bersama Pakatan Harapan merupakan langkah terbaik.
"Adalah lebih baik PAS menjalinkan kerjasama dengan kerajaan pusat dalam perkara yang membabitkan kepentingan rakyat khususnya umat Islam daripada kembali menjadi kuda tunggangan DAP," kata beliau, memetik laporan Umno Online.
Ini kerana, ujar beliau, selama PAS menjalinkan tahaluf siyasi dengan pakatan pembangkang, parti ini sentiasa menghadapi tentangan daripada DAP dalam hal-hal yang berhubung kait dengan agenda Islam.
Namun, melihatkan perkembangan hari ini, pihaknya melihat bagaimana agenda perundangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS dapat diterima oleh Umno, katanya.
Sebagai contoh, pembentangan RUU berjaya di bawa ke parlimen baru-baru ini, jelasnya, yang merujuk kepada rang undang-undang yang bertujuan meminda undang-undang persekutuan, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada hujung Mei yang lalu.
"Jalinan kerjasama PAS dan kerajaan pusat dilihat dapat memberikan peluang yang lebih cerah kepada parti tersebut untuk melaksanakan agenda Islam dengan sokongan Umno.
“Pembentangan RUU dalam usaha untuk memperkasakan mahkamah syariah baru-baru ini memperlihatkan bahawa wujudnya persefahaman di antara kerajaan pusat dalam hal ehwal Islam bagi menambah baik pelaksanaan perundangan Islam di negara ini.
“Jika PAS kembali menjalinkan hubungan mesra dengan blok pakatan harapan, sudah pastinya segala usaha parti tersebut untuk memperkasakan undang-undang dan pelaksanaan Islam di negara ini akan mendapat tentangan yang hebat terutamanya dari DAP," tegasnya.

Kami juga boleh tuduh ‘pihak sana’ cipta senarai itu – Rahman Dahlan

Mungkin juga ia disebarkan untuk mewujudkan keresahan dalam Umno
Rahman-DahlanKUALA LUMPUR: Seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno menafikan partinya dalang di sebalik penyebaran senarai nama pimpinan parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menjawab dakwaan Tan Sri Zainuddin Maidin, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata pihaknya juga boleh menuduh senarai itu sengaja dihasilkan dan disebarkan oleh ‘pihak sana’ untuk mewujudkan keresahan dalam Umno.
“Kita tidak ada masa untuk buat kerja sebarkan senarai seperti ini, tidak produktif,” katanya ketika dihubungi FMT.
“Senarai juga ada nama mereka yang baru berhenti dari Jemaah Menteri. Jadi macam mana?” soalnya, bagi menunjukkan sebahagian individu yang dinamakan dalam senarai itu merupakan penyokong pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sebelum ini, Zainuddin mendakwa senarai nama tokoh yang didakwa menganggotai saf kepimpinan Parti Melayu Baru Bersatu sengaja disebarkan Umno supaya tokoh terbabit tampil membuat penafian, seterusnya menggambarkan parti baharu Mahathir itu tidak mendapat sokongan.

Malaysia perlu belajar daripada rakyat Turki

Salahuddin AyubSalahuddin Ayub
Rakyat Malaysia perlu belajar daripada kematangan politik rakyat turki dalam mempertahankan kerajaan pilihan mereka daripada sebarang cubaan rampasan kuasa melalui cara yang tidak demokratik.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub berkata, rakyat Turki telah memperlihatkan bahawa kerajaan demokratik perlu dipertahankan tanpa sebarang kompromi.
"Malaysia harus ambil iktibar daripada insiden ini. Rakyat Turki telah menyatakan kecintaan kepada demokrasi dengan mahu segala proses perlu melalui saluran demokrasi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mengetuai pertemuan Pakatan Harapan dengan Duta Besar Turki di Malaysia, Başak Türkoğlu di pejabat kedutaan itu di ibu negara petang ini.
Turut serta pada pertemuan itu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anuar, Naib Pengerusi DAP Teresa Kok, Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir, Pengarah Strategi Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Wanita Amanah Dr Siti Mariah Mahmud, Naib Ketua Pemuda Amanah Wan Anwar Wan Ibrahim dan Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar.
Turut menyokong pandangan itu, Nurul Izzah dan juga Teresa yang masing-masing mahu kefahaman serupa dibina di Malaysia.
"Kita harus bina kefahaman ini untuk pertahan demokrasi di negara kita dan desak pilihan raya adil tanpa rasuah di Malaysia," kata Nurul Izzah.
"Saya kagum melihat rakyat dan seluruh parti politik Turki bersatu kutuk kudeta. Saya berharap budaya ini dikekalkan untuk pertahan sistem pemerintahan demokrasi," ujar Teresa.
Pertemuan 40 minit itu antara lain bagi menyatakan penolakan terhadap cubaan rampasan kuasa oleh segelintir kecil tentera dan mendokong kerajaan pilihan rakyat Turki pimpinan Recep Tayyib Erdogan.

TMJ ada 'pendrive' maklumat sulit dalam FAM

Amanah serah memo sokong Recep Tayyip Erdogan

Tuan Ibrahim perlu sedar pendirian PAS sudah berbeza, kata Khalid Samad

Khalid saman Hassan isu jualan arak di Selangor

Saman difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi pada 29 April lepas melalui firma guaman Tetuan Faiz Fadzil & Co dan menamakan Hassan sebagai defendan.
Hassan-Mohamed-AliKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad memfailkan saman terhadap bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Mohamed Ali atas dakwaan memfitnahnya berhubung isu jualan arak, kewujudan pusat judi dan rumah urut di Selangor, empat tahun lepas.
Khalid yang kini AJK Amanah memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 29 April lepas melalui firma guaman Tetuan Faiz Fadzil & Co dan menamakan Hassan sebagai defendan.
Dalam pernyataan tuntutannya, Khalid selaku plaintif mendakwa Hassan, yang ketika itu exco Selangor, mengucapkan kata-kata berunsur fitnah secara lisan dalam ceramahnya di Dewan Rukun Tetangga Seksyen 17 Shah Alam, pada 2013.
Beliau mendakwa video ucapan itu kemudiannya disunting dan dimuat naik ke laman media sosial YouTube yang boleh diakses orang ramai secara terbuka.
Khalid juga mendakwa perkataan yang diucapkan Hassan tidak berasas, tidak benar dan berunsur fitnah yang memberi kesan terhadap reputasi, imej dan nama baiknya, yang ketika itu AJK PAS Pusat.
Beliau mendakwa pernyataan fitnah itu bermaksud beliau seorang pemimpin anti Islam dan mengkhianati Islam dengan mempertahankan penjualan arak, kewujudan pusat judi dan rumah urut yang bertentangan dengan hukum Islam.
Sehubungan itu, Khalid menuntut ganti rugi am dan teruk, perintah injunksi bagi menghalang defendan atau wakilnya daripada mengulangi kata-kata itu, kos, faedah serta relif lain yang sesuai oleh mahkamah.

Parti politik ala kedai kopi – Wan Junaidi

Ini kerana parti politik baharu boleh ditubuhkan pada hari ini tetapi ia akan bubar jika tidak mempunyai ahli.
wan-junaidiPUTRAJAYA : Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata menubuhkan parti politik kini sama seperti buka kedai kopi, boleh dibuka dengan mudah dan kemudian senang juga lingkup jika tiada pelanggan.
Menteri sumber asli dan alam sekitar itu berkata demikian ketika mengulas mengenai penerimaan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap parti baharu yang akan ditubuhkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menentang BN pada PRU14.
Katanya, parti politik memang boleh ditubuhkan pada hari ini tetapi ia akan bubar sekiranya tidak mempunyai ahli.
“Parti politik, dia macam kedai kopi..dia boleh buka (ditubuhkan) kedai hari ini, dia akan ‘lingkup’ kalau pelanggan (ahli) tak ada.
“Parti mesti mempunyai visi, misi dan kapasiti untuk meneruskan daya tahan parti baharu.
“Tapi akhirnya jika mereka tidak boleh meneruskan, mereka akan lenyap secara semula jadi,” katanya pada sidang media selepas Majlis Tandatangan Pembelian Mesin Kitar Semula Untuk Buangan Elektrik dan Elektronik Dari Isi Rumah, Telefon Bimbit, Barangan Komputer dan Perolehan Semula Klorofluorokarbon di Putrajaya, hari ini.
Wan Junaidi yang juga ahli Parlimen Santubong berkata sokongan orang ramai terhadap parti baharu bergantung kepada agenda, daya tahan dan sambutan masyarakat.

Bubar AMANAH, pembangkang akan tenang, kata Tuan Ibrahim

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad agar tutup mulut dan membubarkan parti itu.

Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas cadangan Khalid agar beliau dan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abd Samad meninggalkan PAS.

“Komen saya, blok pembangkang akan tenang kalau Khalid boleh 'tutup mulut' atau AMANAH dibubarkan,” katanya.

Khalid mencadangkan sedemikian jika PAS tidak lagi sudi atau mampu membawa mesej Islam sebagai rahmatal-lil-’aalamin (rahmat ke seluruh alam).

Bercakap kepada Malaysiakini, Tuan Ibrahim menegaskan, saranan itu dibuat kerana menjangka AMANAH bakal berdepan masalah dalam pembahagian kerusi di kalangan blok pembangkang.

"Saya sebagaimana orang ramai melihat AMANAH akan berhadapan dengan masalah kerusi mana yang akan ditandingi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Keadaan ini akan mendedahkan persaingan tiga penjuru sebagaimana dalam pilihan raya kecil (PRK) lalu," tambahnya.

Bagaimanapun, keadaan akan berlaku sebaliknya jika DAP atau PKR bersedia untuk menyerahkan beberapa kerusi mereka kepada rakan dalam Pakatan Harapan itu, jelas Tuan Ibrahim lagi.

Jika tidak, sebab itu adalah lebih strategik dan baik untuk AMANAH diserapkan sahaja ke dalam parti pembangkang sedia ada, ujar beliau.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, negara sebenarnya tidak memerlukan terlalu banyak parti politik dalam blok pembangkang semata mata kerana kecewa atau ingin menjadi pemimpin.

"Sikap 'tidak boleh bekerja di bawah orang' adalah antara sebab muncul pelbagai parti politik," katanya.

Mahkamah Rayuan tangguh keputusan kes Safwan Anang

PAS akan rugi, parti baru Tun M mampu tarik sokongan pengundi - Dr Wong

Turki: Kuasa rakyat lawan pelindung Kemalisme

Berdekad-dekad lamanya rakyat Turki cuba keluar daripada cengkaman tentera.


Walaupun pilihan raya diadakan tetapi tentera senantiasa punya kata putus untuk menentukan siapa menjadi presiden dan siapa menjadi perdana menteri.
Sudah beberapa kali kudeta tentera dilakukan seawal tahun 1960, 1971 dan 1980 dan 1996.
Rampasan kuasa tentera selalu disambut oleh rakyat kerana mereka melihat tentera sebagai pembela dan pelindung Kemalisme yang menjadi ideologi negara sekular Turki.
Kali ini agak berbeza, tentera dilihat sebagai penghalang dan pengkhianat kepada pilihan rakyat.
Sejak AK parti menjadi pemerintah, sememangnya ketegangan hubungan dengan tentera menjadi kebiasaan yang diterima oleh negara.

Namun Erdogan berjaya menjinaki keadaan malah banyak perkara yang dilakukan mencabar status quo budaya Kemalisme dalam ideologi pemerintahan.
Parti AK secara tidak disedari mencabar larangan wanita bertudung ke parlimen apabila isteri Erdogan memasuki parlimen bertudung.

Begitu juga institusi Islam yang selama ini disekat kini menikmati kebebasan.

Kehendak rakyat Turki yang selama ini terputus dengan Islam dan penghayatannya kini tersambung semula dengan parti AK pimpinan Erdogan menguasai parlimen pada tahun 2002.
Progresif dan peduli
Erdogan tidak membawa Islam yang jumud dan sempit kerana jika demikian halnya tidak mungkin ia menikmati sokongan popular rakyat termasuk masyarakat liberal-sekular acuan Kemalisme.

Islam yang dibawa AK parti dikaitkan dengan progresif dan peduli kepada negara dan rakyat, sehinggakan kelompok yang progresif dalam PAS satu ketika dahulu pernah dipanggil 'kelompok Erdogan' kerana sifat keterbukaan mereka.
Pemerintahan Erdogan telah membawa Turki menjadi negara ke-9 ekonomi terkuat dunia.

Perjalanan Turki bukanlah mudah, khusus usahanya selama ini untuk berada dalam kelompok Kesatuan Eropah walaupun dari sudut geografinya sebahagian Turki berada dalam benua Eropah.

Turki turut digeruni kerana ia merupakan kuasa kedua tentera terbesar setelah Amerika dalam Nato.
Peranan Turki semakin menjadi penting untuk mengimbangi kuasa dalam krisis Syria dan dasar Amerika di Timur Tengah.

Pua soal MIA, apa jadi aduan ke atas juruaudit 1MDB?

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mahu Presiden Institut Akauntan Malaysia (MIA) Datuk Mohd Faiz Mohd Azi menerangkan tindakan "lembab" dalam menangani aduannya ke atas juruaudit 1MDB - KPMG dan Deloitte Malaysia.
Malaysiakini sedang menghubungi MIA untuk mendapatkan ulasannya berhubung perkara berkenaan.
Dalam satu kenyataan media, Pua berkata beliau mendakwa bahawa kedua-dua firma berkenaan secara sengaja dan / atau cuai gagal menjalankan tindakan sewajarnya terhadap audit 1MDB sehingga menyebabkan pemfailan penyata kewangan tahunan 1MDB yang mempunyai unsur penipuan.
"Aduan saya terhadap KPMG adalah kerana tidak mengambil kira pendedahan ketara dalam urus niaga 1MDB ketika itu dalam pelaburan AS$1 bilion untuk membentuk usaha sama dengan Petrosaudi International Limited pada tahun 2009-2010 itu yang kemudiannya dibatalkan.
"Daripada jumlah di atas, Bank Negara mengesahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bahawa AS$700 juta disalurkan kepada sebuah syarikat tidak berkaitan, Good Star Limited yang benefisiari utamanya adalah Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low.
"Malah, KPMG memecah rekod kerana menandatangani audit kewangan Mac 2010 dalam tempoh tiga minggu selepas dilantik pada September 2010 - selepas juruaudit asal Ernst & Young (EY) dipecat.
“EY enggan menandatangani penyata kewangan 1MDB kerana ada perkara yang tidak kena dalam urusniaga dengan PetroSaudi," katanya.

Saya akan bersama Anwar singkirkan BN – Muhyiddin

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata bahawa beliau bersetuju dengan cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu yang akan bekerjasama dengan semua pihak termasuk PAKATAN HARAPAN, PAS dan PERTUBUHAN MASYARAKAT CIVIL serta NGO2 untuk meneruskan perjuangan menyelamatkan Malaysia di samping mengambil langkah-langkah perlu untuk melakukan reformasi institusi.

 Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden UMNO berkata bahawa beliau telah berbincang dengan Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Mukhriz dan rakan-rakan yang lain mengenai keperluan penubuhan sebuah wadah politik untuk meneruskan perjuangan ini menerusi penyertaan di dalam pilihanraya. “Pada masa yang sama, saya juga akur bahawa penubuhan sebuah wadah politik baharu hanya akan berkesan sekiranya ia dipersetujui secara konsensus oleh rakan-rakan pimpinan parti-parti pembangkang yang lain. “Untuk itu saya akan meneruskan perbincangan dengan pihak-pihak yang berkaitan sebelum memutuskan langkah selanjutnya.

“Saya juga bersependapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ Seri Azmin Mohamed Ali dan beberapa pimpinan PH dan PAS yang lain bahawa parti-parti pembangkang perlu kembali berunding untuk mewujudkan kesepakatan dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang. “Kesepakatan ini adalah amat penting untuk meraih keyakinan rakyat bahawa parti-parti politik selain BN mampu untuk menerajui Malaysia dengan lebih baik dan membela nasib rakyat,”

katanya dalam satu kenyataan melalui laman Facebooknya . Katanya lagi, beliau amat mengalu-alukan perkembangan positif ini dan bersedia untuk berbincang dengan semua pihak bagi bersama-sama mencari kaedah terbaik untuk membawa perubahan politik dan kerajaan yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia menerusi pilihanraya umum akan datang.

IKS: GST tambah keperitan ketika pendapatan jatuh 20 peratus

Sejak pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) menyaksikan pendapatan mereka jatuh sekurang-kurangnya 20 peratus.
Sambil mengakui kemerosotan itu adalah berikutan beberapa faktor, Presiden Persatuan IKS Malaysia, Michael Kang bagaimanapun berkata GST memburukkan lagi keadaan.
"Kadar pertukaran ringgit juga menurun, menjadikan import kurang menguntungkan. Isu terbaru membabitkan pekerja asing juga memberi kesan hebat kepada peniaga kecil. Mereka tidak dapat bersaing," kata Kang yang dipetik oleh The Malay Mail.
"Ia begitu teruk terutamanya sejak enam bulan lalu apabila pengguna memahami harga barangan menjadi lebih tinggi dan mengurangkan perbelanjaan mereka dengan ketara."

ORANG MELAYU JANGAN TAKUT MENOLAK UMNO

Apa yang menyedihkan masih berlaku di kalangan orang Melayu ialah ketakutan untuk menolak UMNO dan seolah-olah suatu dosa besar jika berbuat demikian.

Selalunya hujah yang digunakan ialah kerana UMNO begitu berjasa kepada orang Melayu, bukan saja dalam memerdekakan negara, malah juga dalam menaik taraf kehidupan dari segi  ekonomi, sosial, pendidikan, perumahan dan sebagainya.

Bagi mereka ini, UMNO wajib terus dipertahankan dan diberi undi setiap kali pilihanraya diadakan disebabkan jasa-jasa silamnya itu.

Tidaklah dinafikan jasa dan sumbangan besar UMNO selama ini, tetapi semua itu berlaku kerana kebetulan ia memegang kuasa. Jika parti lain yang memegang kuasa sejak merdeka, mereka juga akan melakukan perkara yang serupa kepada rakyat sebagaimana yang dilakukan oleh UMNO.

Lihat saja pelbagai parti di negara-negara lain yang turut melakukan banyak kebaikan untuk rakyat masing-masing. Mereka melakukan demikian kerana itulah tanggungjawab kerajaan kepada rakyat setelah mendapat kuasa dan memperolehi pendapatan melalui pelbagai cukai yang dikenakan.

Dalam erti kata lain, bukan UMNO saja yang berbuat jasa dan melakukan kebaikan seperti menuntut kemerdekaan, menaiktaraf kehidupan dari segi ekonomi, sosial, pendidikan, perumahan dan sebagainya yang merupakan keperluan hidup semua manusia. Ia adalah tugas dan tanggungjawab normal mana-mana parti di dunia ini.

Sementara kita mengakui jasa dan sumbangan UMNO, kita juga tidak harus menutup kata dan pemikiran bahawa tidak ada parti lain yang mampu berbuat lebih baik daripada itu.

UMNO berbuat banyak kebaikan selama ini banyak difaktorkan kerana ia mempunyai pemimpin seperti Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Tun Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Mahathir serta ramai pemimpin lapisan kedua lainnya.

‘PAS jadi rujukan dunia, tak perlu ikut Erdogan’ - Dr Azman

PAS juga antara parti paling berpengalaman di dunia dan presidennya menjadi rujukan gerakan Islam lain, dakwa Dr Azman.
erdogan-PASPETALING JAYA: Seorang pemimpin PAS Terengganu menganggap parti Islam itu antara paling berpengalaman di dunia dan tidak perlu mengikut mana-mana model luar Malaysia termasuk kepimpinan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, Tunisia mahupun Mesir.
“Pergi berjalan seminggu ke Turki, dia balik dengan berdegar-degar bawak idea orang Turki, pergi pula 5 hari ke Tunisia, dia balik dengan idea-idea made in Tunisia. Pergi ke Mesir, terpikat pula dengan cara Mesir!” kata ahli Jawatankuasa PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim dalam kenyataan diterbitkan lidah rasmi PAS, Harakahdaily, hari ini.
Beliau mengulas beberapa kritikan dilemparkan terhadap PAS yang membandingkannya dengan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pimpinan Erdogan, yang baru-baru ini menerima sokongan rakyat Turki selepas berjaya menumpaskan cubaan rampas kuasa tentera.
Kumpulan “Erdogan” juga merupakan label yang sering diberikan kepada golongan profesional dalam PAS, yang kalah teruk dalam pemilihan parti tahun lepas, digantikan dengan kepimpinan yang menyokong golongan konservatif dipimpin Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan anggota Dewan Ulama.

Wakil rakyat PKR tuntut janji era Muhyiddin

Kerajaan didesak mengotakan janji membina tapak baru sebuah sekolah di Perak, bernilai RM4.887 juta yang tertangguh sejak lima tahun lalu.

Anggota parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye berkata, janji untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Gunung Rapat dibuat pada 2011 ketika era pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran.

Ia, kata Lee, dibuat dalam majlis penyambutan Hari Deepavali di Ipoh pada 2011.
“Namun, sehingga hari ini tiada sebarang kerja yang telah dijalankan, malah tapak sekolah baru berkelulusan 2.4 ekar yang terletak di kawasan Sri Ampang kini dipenuhi dengan semak-samun dan menjadi seolah-olah tanah terbiar,” katanya.

Lee mendakwa sekolah tidak pernah mendapat sebarang maklum balas daripada kerajaan persekutuan berkenaan status pemberian peruntukan mahupun perkembangan terkini projek.
Dalam kenyataan hari ni, Lee berkata beliau telah melawat tapak baru itu bersama beberapa wakil rakyat pembangkang hari ini.

Katanya, beliau dan Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Pulai Tan Kar Hing telah berkali-kali membangkitkan isu ini di dalam sidang DUN mahupun parlimen.

“PKR tegas dengan pendiriannya bahawa pemerintah harus memastikan hak mendapatkan pendidikan ibunda terjamin bagi semua masyarakat.

“Semua sekolah yang berlainan aliran juga perlu dilayan secara adil,” katanya.

Amanah tidak harus salah sangka maksud 'gencatan senjata', kata Tuan Ibrahim


Datuk Tuan Ibrahim Tuan ManDatuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Amanah tidak seharusnya salah sangka bahawa Pas akan kembali dalam Pakatan Harapan, sebaliknya kenyataan 'gencatan senjata'itu bagi menyatakan Pas tidak bersama BN dan pembangkang harus bersatu menjatuhkan BN, kata Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim.
“Kita bukan masuk Pakatan Harapan, kita dalam blok pembangkang, jangan katakan kita bersama BN.
“Walaupun kita tak dalam Pakatan Harapan, Pasblok ketiga yang kita akan perkasakan sebagai blok politik pembangkang,” katanya seperti dipetik Malaysiakini.
Beliau, ketika ditanya terdapat siri perbincangan bersama PKR dalam merangka rancangan menjatuhkan BN, berkata:
“Kita dengan PKR ada hubungan tapi belum berjumpa. Sehingga kini belum ada pertemuan.” ujarnya.
Beliau juga dipetik berkata, seruan “gencatan senjata” sesama pembangkang dan menggembleng tenaga bersama untuk menumbangkan BN merupakan pendapat peribadinya sendiri.
Katanya, pendapat itu dikeluarkan memandangkan parti lain dalam pembangkang menyerang Pas dengan menyatakan parti itu bersekongkol dengan BN sebelum ini, sedangkan ia tidak benar sama sekali.
“Itu pendapat peribadi… kenyataan itu saya keluarkan, ia (atas) nama saya sendiri.
“(Pendapat saya) tidak bercanggah dengan prinsip dan konsep serta dasar parti kerana Tok Guru sebut mereka (pembangkang) selalu serang Pas, ia perlu dihentikan,” katanya kepada Malaysiakini selepas majlis himpunan NGO Islam sempena Aidilfitri di Pusat Islam malam tadi.

Penyokong mufti Pahang sebar dakyah anti-Islam, kata Khalid Samad

Amanah tidak akan memilih jalan mudah dengan menggalakkan fasisme dan perkauman.
Khalid-Samad,-Pahang-MuftiPETALING JAYA: Mereka yang menyokong pendirian Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman berkenaan “kafir harbi” tidak ada beza daripada golongan orientalis yang menganggap Islam ditegakkan melalui kekerasan, kata seorang pemimpin Amanah.
“Inilah pemikiran di sebalik penubuhan kumpulan seperti IS,” kata Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad.
Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata pemikiran sedemikian juga memberikan gambaran Islam sebagai agama yang fasis dan bersifat perkauman.
“Ia tidak berbeza daripada ideologi Zionis atau Nazi Jerman,” katanya.
Mufti Pahang mengundang kontroversi selepas berkata wajib memerangi mereka yang menentang undang-undang syariah, yang menurutnya adalah “kafir harbi” (golongan memusuhi Islam).
Beliau juga dilaporkan enggan menarik balik kenyataan itu.
Khalid, yang juga ahli Parlimen Shah Alam, memuji mereka yang mengkritik mufti Pahang, dan berkata golongan sedemikian memahami sifat Islam sebagai rahmat sekalian alam.
“Bagi golongan ini, Islam diturunkan bagi menegakkan keadilan, dan umat Islam adalah mereka yang berjasa kepada manusia melalui kebaikan dan keadilan,” kata Khalid.
Menurutnya, Amanah tidak akan memilih jalan mudah dengan menggalakkan fasisme dan perkauman, sebaliknya mencontohi Nabi Muhammad yang menekankan akhlak tinggi di kalangan umat Islam.

Institusi mufti harus dilindungi elak pertikaian masyarakat, kata Mahmood Zuhdi


Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul MajidDatuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul MajidSudah tiba masanya institusi mufti perlu dilindungi daripada terdedah dengan isu-isu yang menjadi pertikaian masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini, kata Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) Prof Emeritius Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid.
Beliau berkata, kenyataan Mufti Pahang sebelum ini berkaitan tuduhan 'kafir harbi' ke atas pemimpin politik bukan Islam dan penyokong ahli parti itu adalah sesuatu yang tidak seharusnya berlaku dan menjadi perdebatan ramai pihak di media massa.
"Dalam setiap negeri hanya Sultan dan Mufti diletakkan pada kedudukan yang sangat dihormati dalam masyarakat Islam.
"Jika kedudukan itu tidak dilindungi dan dijaga dua institusi itu akan dipertikai oleh masyarakat," ujarnya dalam wawancara dengan Malaysia Dateline.
Beliau diminta mengulas kenyataan Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman pada 23 Jun lalu dipetik berkata, haram dan berdosa besar bagi mana-mana umat Islam yang bekerjasama atau bersekongkol dengan DAP.
Sambung Mahmood Zuhdi lagi, apabila kenyataan seorang mufti menjadi bahan perdebatan banyak pihak, ia secara tidak langsung meletakkan institusi mufti itu bukan lagi ditempat yang harus dihormati.
"Yang jadi mangsa bukan mufti tetapi institusi mufti itu sendiri. Jika mufti asyik bagi pandangan peribadi fungsi mufti yang sebenar itu tidak kelihatan lagi.
"Saya tengok akhir-akhir ini mufti terbawa dengan dasar akhbar yang ada. Apabila ada cabaran untuk berdebat dan laporan polis dibuat terhadap kenyataan dikeluarkan mufti ia telah meletakan kedudukan institusi itu ditahap yang rendah," ujarnya.
Beliau berkata, setiap isu yang timbul membabitkan umat islam dikalangan mufti amat perlu bersatu untuk menyatakan pendirian melalui insitusi rasmi seperti Majlis Fatwa Kebangsaan.
Ujarnya lagi ia bukan bersifat kenyataan peribadi yang boleh mencemar insititusi yang didokong oleh mufti-mufti lain di negara ini.
" Rakyat negara ini melihat Islam itu adalah agama perbalahan.
"Seorang mufti kena faham mereka mufti yang mewakili masyarakat.  Mereka jika nak bercakap kena dalam ruang lingkup kebenaran oleh jawatankuasa majlis fatwa negeri atau pusat.
"Masyarakat akan keliru sama ada itu pandangan peribadi atau fatwa rasmi," ujarnya.
MDN adalah sebuah institusi yang ditubuhkan sejak setahun atara lain agendanya adalah untuk menyatukan parti-parti politik Melayu dan Islam di negara ini untuk membentuk penyatuan ummah yang kukuh.
Justeru katanya untuk membendung perkara sebegitu berulang  MDN akan mengadakan satu wacana dikalangan agamawan di negara ini.
Wacana 'Peranan Ulama dalam Perpaduan Ummah dan Pembangunan Negara'
Wacana yang bertajuk 'Peranan Ulama dalam Perpaduan Ummah dan Pembangunan Negara' akan diadakan pada 20 Julai ini di Hotel Putrajaya, Bangi bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang.
Wacana ini untuk mengumpulkan golongan agamawan sama ada daripada institusi mufti, persatuan, pertubuhan, guru agama, cendiakawan Islam untuk melihat sejauh mana mereka cukup responsif dalam isu-isu yang berlaku dalam negara.
Ini bertujuan untuk meletakkan golongan agamawan ini dalam satu landasan yang kukuh dan lebih terarah yang tidak bersifat berkelompok atau tersendiri untuk menyatakan pendirian terhadap isu berbangkit mengenai umat Islam di negara ini.
Dijangka seramai 300 agamawan di seluruh negara akan menghadiri wacana ini kesinambungan daripada Multaqa Perpaduan Ummah yang diadakan pada 18 Mei lalu anjuran MDN.
Mahmood Zuhdi berkata, walaupun peranan ulama dilihat berpengaruh tetapi hala tuju mereka masih lagi tidak jelas dan terarah.
"Sebenarnya agamawan sangat berpengaruh tetapi penumpuan mereka tidak jelas.
"Ini kerana ada dikalangan mereka ini menjadi orang masjid, guru agama, pemimpin masyarakat, berjawatan dalam parti-parti.
"Sepatutnya walau di mana-mana pun mereka berada perlu ada satu kesatuan berfikir di kalangan mereka untuk menangani isu umat Islam.

Hadi Awang yakin bukan Islam akan terima Akta 355

Caj parkir di KL meningkat 150%

Kenapa Khairy tidak menonjol pertahan Najib, soal Zam

Tuan Ibrahim dinasihat tinggalkan PAS

SHAH ALAM: PAS disifatkan sebagai tidak muafakat dalam menjayakan cadangan 'gencatan senjata' yang diutarakan oleh Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man.
 
Menurut Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah)  Khalid Abdul Samad, cadangan itu gagal menerima sokongan daripada pemimpin PAS lain selain Naib Presiden Iskandar Samad.
 
Katanya lagi, ini membuktikan parti itu kini mempunyai perjuangan baru iaitu tidak menganggap Umno-Barisan Nasional (BN) sebagai seteru politik utama yang perlu ditentang. 
 
"Suara menyeru kepada kesatuan pembangkang tidak lagi disambut baik oleh PAS. Dahulu PAS pencetus kesatuan dan persefahaman antara pembangkang demi menghadapi Umno/BN. Itu dulu. Dulu lain sekarang lain.
 
"Mereka cuba suarakan pandangan bahawa Umno/BN musuh utama yang merosakkan ummat Islam, bangsa Melayu dan merosakkan Negara. Oleh itu kita perlu ‘gencatan senjata’ dan berkerjasama demi menjatuhkan Umno/BN kata mereka.
 
"Namun suara-suara mereka kedengaran semakin sumbang setiap hari apabila ianya diutarakan atas wadah PAS. Saya yakin mereka sendiri semakin sedar akan keadaan ini. 
 
"Saya rasa sudah tiba masanya untuk pimpinan PAS yang melihat Umno/BN sebagai musuh politik utama umat Islam dan rakyat jelata untuk mengakui bahawa keadaan PAS tidak lagi seperti dahulu," katanya menerusi kenyataan media.
 
Jelasnya, PAS lebih cenderung untuk memilih Umno hanya kerana melihat peluang yang cerah untuk melaksanakan hudud berbanding bersama-sama dengan Pakatan Harapan. 
 
Perkara ini kata Khalid lagi yang mengakibatkan perjuangan PAS terpesong dan pada akhirnya menganggap pakatan pembangkang adalah sebahagian musuh yang perlu ditentang. 
 
"PAS sekarang menganggap menang bersama Pakatan tidak bermakna kerana tidak dapat ‘dilaksanakan hudud’! Kalau tidak boleh laksanakan hudud maka ianya ‘bukan kemenangan Islam’ bagi mereka.
 
"... Sambil dengan Umno/BN ada harapan akan terbuka jalan kepada perlaksanaan hudud kerana Umno itu Melayu Islam. 
 
"Begitu sempitnya pemikiran PAS terhadap apa itu perjuangan Islam," tambahnya. 
 
Justeru itu Tuan Ibrahim dan pimpinan yang senada dengan pendirian dalam keperluan melaksanakan 'gencatan senjata' dinasihatkan meninggalkan PAS yang tidak mempunyai sebahagian pendirian bahawa Umno-BN sebagai rakan, bukanlah musuh utama.

Khalid Ibrahim ragui penubuhan parti baru


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim meragui niat Dr Mahathir Mohamad yang mahu menubuhkan pakatan pembangkang baru.

Menurutnya gabungan yang bakal terdiri daripada PKR, DAP, Amanah, tidak mempunyai prinsip atau perjuangan jelas sebaliknya hanya mahu menggulingkan golongan tertentu dalam kerajaan.

"Mereka tidak boleh menyelesaikan masalah yang mereka hadapi melalui cara ini. Ini kerana Amanah tidak ada ketetapan pendirian, PKR dan DAP juga mempunyai hala tuju yang mungkin ada samanya, tetapi lebih kepada tidak banyak persamaan," katanya lapor The Star ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya, pada Ahad.

Beliau terdahulu diminta mengulas berkenaan pengumuman oleh bekas perdana menteri dan presiden Umno itu tentang rancangan untuk menubuhkan parti baru yang akan bekerjasama dengan PKR, DAP, Amanah bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu di bawah pakatan pembangkang untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahli Parlimen Bebas Bandar Tun Razak itu menambah, gabungan itu setakat ini gagal menyediakan satu rangka kerja yang jelas bagi rakyat dan penubuhannya hanya dibincangkan antara pemimpin untuk kepentingan pihak tertentu.

"Mereka hanya berbincang dalam kumpulan mereka tentang bagaimana untuk menjatuhkan orang-orang tertentu."

Parti baharu pembela baharu Melayu

SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) yakin parti baharu yang bakal diwujudkan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengasasnya mampu menghapuskan dogma orang Melayu bahawa Umno sahaja pembela nasib bangsa itu.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, parti baharu itu ada pengalaman dan strategi tersendiri dalam usaha mendekati masyarakat Melayu terutama yang di kampung.
Salahuddin Ayub “Umum tahu Umno ada sokongan majoriti di kampung kerana benih-benih dogma yang ditanam kononnya mereka sahaja mampu menyelamatkan Melayu daripada pembangkang yang didakwa akan mengorbankan keistimewaan kaum itu dan parti – parti pembangkang lain menjadi barua kepada DAP.
“Pemimpin seperti bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Datuk Seri Shafie Apdal (bekas Naib Presiden Umno) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (bekas Menteri Besar Kedah)  adalah individu yang cukup faham ideologi Umno di kawasan-kawasan desa. Saya yakin mereka ini mampu mengubah persepsi masyakat kampung terhadap pembangkang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, Amanah tidak mempunyai sebarang masalah menjalinkan kerjasama dengan bekas pemimpin-pemimpin Umno yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Memandangkan kita telah bekerjasama dengan Mahathir dalam Deklarasi Rakyat, saya rasa setakat ini kita tidak mempunyai masalah kerana tujuan dan hasrat kita adalah sama iaitu menyingkirkan Najib.
“Saya tidak rasa kewujudan parti baharu ini juga bakal menggugat kedudukan parti-parti pembangkang sebaliknya memberi ancaman kepada kedudukan BN. Ia juga menambah kekuatan pembangkang di samping meyakinkan rakyat bahawa pembangkang adalah alternatif kepada BN untuk memerintah negara ini,” katanya.
Ditanya bagaimana pembangkang mampu mengumpul kekuatan dan menjadi pakatan pembangkang yang kuat jika Pas enggan sertai kerjasama baharu itu, Salahuddin berkata, perkara itu terpulang kepada Pas  jika benar-benar mahu menumbangkan Umno.
“Kita (Amanah) terbuka untuk berbaik dengan mana-mana pihak yang mahu sertai pakatan pembangkang ini.
“Kalau Pas tidak mahu menyertai pakatan ini, mereka akan terpinggir dari arus politik perdana,” katanya.
Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan Pas tiada halangan bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk parti baharu dengan syarat tidak menghalang perjuangan Islam, tidak merugikan agama Islam dan umat Islam serta semua rakyat di negara ini.