Ahad, 17 Julai 2016

ISTILAH KAFIR HARBI, MASIH RELEVAN ATAU TIDAK?

KENAPA hingga skrg 'susah sgt' nak tangkap Jho Low ??

Tetapi yg bongkar penyelewengan & kebobrokan #1MDB itulah YANG PANTAS nak ditangkap, ditahan & disumbat dlm lokap bermalam2..

Inilah sebuah negara #darulkelakar

PAS tunggu respon 'gencatan senjata' daripada DAP

Parti baharu tidak akan jejaskan matlamat - Saifuddin

Tun Mahathir tamak kuasa tubuh parti baru - SAMM

"Najib baik, tetapi...," kata Zam

Tun M ambil peranan Anwar tumbangkan UMNO, kata Zam

Kalaulah Najib, agak-agak apa yg bakal dia cakap..??!!!

SIAPAKAH tentera2 Umno ??
Adakah bala2 tentera Baju Merah ??

KENAPA TIBA-TIBA ularmak Ameno jadi 'juru cakap' backup bg Mufti Pahang ??

KENAPA selepas 24 hari baru nak 'corner' balik kata2 Mufti Pahang tersebut ??.. Adakah kerana skrip2 backup baru disiapkan ??!!

Ularmak2 Ameno yg lain kenapa masih membisu lagi !!!

Apa kata rakyat Sabah...

Bumi bertuah anda cukup kaya...
Tapi diratah rompak oleh penyangak2 atasan sampai Laporan Bank Dunia pernah mengesahkan Sabah menjadi negeri termiskin di Malaysia.. KENAPA ??

Adakah Anda Sudah Bersedia Untuk Berubah ??

UMNO MEMANG KAKI TEMBERANG NO.1 !!!

TAK USAH TEMBERANG LAH !!!
Sejarah Tak Pernah Menipu...

Dia buat lawak bodoh ka atau nak perbodohkan rakyat ??

Dia dah lupa ka mcm mana dia boleh jadi MB dulu tu ??!!

PATUTLAH 'KOTOR' NAJIB PUN TAK NAMPAK!!

Dua  pemimpin UMNO (kali ini malas nak sebut nama) memberi ulasan yang agak pelik berhubung parti baru yang akan ditubuhkan oleh Tun Mahathir Mohamad.

Seorang daripadanya berkata, dengan penubuhan parti baru itu ia merupakan tamparan buat PKR, DAP dan Amanah kerana ia menunjukkan ketidakyakinan bekas Perdana Menteri itu terhadap ketiga-tiga parti sedia ada itu.

Kalau Tun Mahathir yakin dengan rakan-rakan dalam pembangkang, beliau tidak perlu keluar daripada persaraannya untuk menubuhkan parti sendiri, kata pemimpin tersebut.

Seorang lagi pemimpin UMNO pula berkata, penubuhan parti baharu itu sebagai bukti Pakatan Harapan tidak menerima Tun Mahathir dan anaknya Mukhriz, untuk menyertai mana-mana parti sedia ada.

Kata pemimpin terbabit, Pakatan Harapan tidak sedia menerima pemimpin seperti Tun Mahathir kerana tahu niatnya menyertai pakatan berkenaan adalah untuk menaikkan anaknya, Mukhriz.

Tidakkah komen dan reaksi kedua-dua pemimpin tersebut kelihatan pelik? 

Apakah sebagai menteri, mereka tidak sedar bahawa penubuhan parti baru itu telah pun dialu-alukan oleh Pakatan Harapan sebelum pun ia ditubuhkan lagi?

Tidakkah kedua-dua menteri itu sedar bahawa selepas Tun Mahathir mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin utama Pakatan Harapan, bekas Perdana Menteri itu sudah membuat pengumuman bahawa sebuah gabungan pembangkang baharu melihatkan PKR, DAP, Amanah dan parti yang akan ditubuhkannya akan muncul untuk menyaingi BN dalam pilihanraya akan datang?

Lebih dari itu, meskipun dengan adanya parti baharu, ia bukan bermakna wujudnya permusuhan atau perselisihan sesama sendiri, sebaliknya tetap bekerjasama sebagai satu pasukan untuk menentang BN.

Cepat daftar parti baharu, nasihat Jazlan kepada Dr M

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia belum menerima sebarang permohonan daripada bekas perdana menteri itu sehingga kini.
jazlan-mahathirPETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihat mendaftarkan parti baharunya dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia secepat mungkin memandangkan proses kelulusan Kementerian Dalam Negeri memerlukan masa.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang dipetik The Star Online berkata, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia belum menerima sebarang permohonan daripada bekas perdana menteri itu sehingga kini.
“Sebagai ahli politik berpengalaman, Dr Mahathir tahu permohonan itu perlu dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri yang akan menentukan sama ada parti baharu bakal diluluskan atau tidak.
“Penilaian dibuat berdasarkan latar belakang pengasas dan rekod sumber kewangan organisasi itu.
“Kami tidak mahu mana-mana parti menerima sokongan kewangan daripada pihak luar yang berniat jahat terhadap negara.
“Kami di kementerian juga tidak mahu rakyat terpedaya dengan parti ini jika ia ditubuhkan demi kepentingan peribadi, bukannya untuk kebaikan rakyat,” kata Ahli Parlimen Pulai itu selepas mengadakan majlis rumah terbuka Hari Raya untuk kawasan Parlimennya di Johor Bahru hari ini.
Khamis lalu, Dr Mahathir mengumumkan sebuah parti baharu yang turut dipersetujui parti pembangkang akan ditubuhkan tidak lama lagi untuk membentuk pakatan pembangkang lebih besar bagi menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.

‘Parti baharu Dr M mungkin tidak mampu bertahan lama’ - Razali

Razali berpendapat, penubuhan parti baharu semata-mata untuk bertanding pada PRU merupakan sesuatu yang boleh dianggap baik dalam sebuah sistem demokrasi.
razali-mahathir
MUAR: Daya ketahanan sesebuah parti baharu itu bergantung kepada matlamat sebenar ia ditubuhkan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.
“Kalau parti itu ditubuhkan semata-mata untuk menentang seorang perdana menteri mungkin tidak lama ia dapat wujud,” katanya yang dilaporkan Bernama.
Beliau bagaimanapun berpendapat, penubuhan parti baharu semata-mata untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) merupakan sesuatu yang boleh dianggap baik dalam sebuah sistem demokrasi.
Ahli Parlimen Muar itu berkata, penubuhan parti baharu itu tidak akan menggugat Barisan Nasional (BN) kerana perjuangan BN adalah jelas dan diterima rakyat sekian lama.
Jelasnya, perpaduan dan kerjasama erat antara parti komponen adalah faktor BN dapat bertahan untuk jangka masa lama.
“BN dapat bertahan lama (memerintah negara) kerana matlamat dan perjuangannya adalah jelas serta diterima majoriti masyarakat di negara ini,” katanya pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Umno Bahagian Muar malam tadi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada khamis lepas yang mengumumkan akan menubuhkan parti baharu untuk menentang BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Razali menegaskan, BN sentiasa berdepan ancaman dari semasa ke semasa dan setiap kali berdepan PRU.
“Ancaman satu persatu timbul sejak dari awal penubuhan lagi iaitu bermula dari zaman kemerdekaan, zaman komunis, zaman penularan pemikiran sosialis dan kita juga pernah berhadapan pelbagai bentuk masalah seperti bertanding ketika keadaan ekonomi tidak berapa baik, namun apa yang penting adalah kita dapat bertahan,” katanya.

Noh puji pendirian Pas kaji cadangan Dr Mahathir

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor itu juga yakin Pas tidak akan menyertai gabungan penubuhan Pakatan Pembangkang baharu itu.
noh-mahathir
SHAH ALAM : Tan Sri Noh Omar memuji prinsip Pas mengkaji cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai penubuhan Pakatan Pembangkang baharu yang akan dianggotai parti-parti politik pembangkang bagi bertanding menentang Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Malah, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor itu juga yakin Pas tidak akan menyertai gabungan penubuhan Pakatan Pembangkang baharu itu.
Jelasnya, ini kerana terdapat pemimpin-pemimpin gabungan pembangkang yang tidak menghormati agama.
“Setiap parti ada prinsip perjuangan sendiri. Misalnya bagi Pas, syaratnya mesti menghormati agama, kedaulatan negara dan Islam.
“Jadi jika ada pemimpin-pemimpin gabungan pembangkang yang tidak menghormati kedaulatan Islam, atau perlembagaan kita, saya tak fikir parti yang berprinsip (Pas) akan bergabung dengan parti ini (gabungan pembangkang),” katanya dalam sidang media di Majlis Rumah Terbukanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang akan mengkaji secara teliti cadangan bekas Dr Mahathir untuk menubuhkan parti politik baharu.

Matanglah dalam berpolitik, kata Raja Bahrin kepada Pas Terengganu

Kehadiran Raja Baharin bersama MB Terengganu jadi bahan sindiran PasKehadiran Raja Baharin bersama MB Terengganu jadi bahan sindiran Pas
Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah menyelar ketua penerangan Pas Kuala Terengganu Amzad Hashim yang menuduh beliau dan pimpinan Amanah lain mencari publisiti atas isu-isu yang berlaku dalam negeri.
Ia ekoran kehadiran Raja Kamarul Bahrin ke majlis kesyukuran yang dianjurkan peniaga di stesen bas Kuala Terengganu selepas kerajaan negeri membatalkan rancangan merombak stesen bas tersebut termasuk tempat mereka berniaga.
Amzad dalam facebooknya pada 14 Julai lalu memuat naik gambar Raja Kamarul Bahrin memotong kek bersama Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman dan menulis komen seolah-olah Raja Kamarul Bahrin hadir untuk menumpang publisiti atas isu rakyat.
“Kami bukan mencari nama atau publisiti hadir di majlis itu tetapi dijemput oleh peniaga-peniaga. Kami bukan pandai-pandai meluru ke depan untuk acara memotong kek, yang kami sendiri tidak bersedia, tetapi kami dipanggil untuk berbuat demikian.
Sendaan di facebookSendaan di facebook“Saya mohon pihak berkenaan yang berhasrat ingin menjadi wakil rakyat suatu hari untuk berfikir dengan lebih matang demi kepentingan rakyat dan bukan senantiasa berpolitik sahaja sepanjang masa,” katanya yang juga ahli parlimen Kuala Terengganu.
Beliau kesal terhadap sikap pemimpin Pas yang masih gemar menyerang sesama sendiri walaupun timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah mencadangkan gencatan serangan sesama pembangkang.
“Belum hilang lagi gema seruan timbalan presiden Pas untuk gencatan senjata di antara pembangkang, Ketua Penerangan Pas Kuala Terengganu telah membuat kenyataan menyerang Amanah .
“Ini sangat menghairankan ramai pihak kerana Pas selama ini mendakwa mereka parti yang sangat berdisiplin dan nampak gayanya ketua penerangan tidak mengambil berat kenyataan timbalan presiden sendiri,” katanya.
Beliau turut mengingatkan Pas agar mendahulukan kepentingan rakyat dan mengenepikan fahaman politik sempit.
“Saya berpendapat pandangan Tuan Ibrahim ada keikhlasannya. Sepatutnya anak buahnya sendiri dalam Pas juga menghormati pandangan dan seruannya dan jangan hanya hendak berpolitik sehingga nasib rakyat terbiar,” katanya lagi.

Suspek pembunuhan Bill Kayong bergelar ‘Datuk’ berada di Australia

Dua lagi suspek lain yang juga sedang diburu dipercayai masih berada di dalam negara dan usaha mengesan terus giat dilakukan.
Sarawak-CID-chief-SAC-Dev-K
KUCHING: Polis mengesahkan seorang suspek bergelar ‘Datuk’, yang diburu berikutan kes pembunuhan Setiausaha PKR cawangan Miri, Bill Kayong atau nama Islamnya Mohd Hasbie Abdullah, dipercayai berada di Australia.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar M.M. Sree Shunmugam berkata suspek melarikan diri ke luar negara pada 23 Jun, dua hari selepas kejadian.
“Kita akan menggunakan saluran undang-undang yang ada untuk membawa suspek balik ke negara ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Ketika ditanya mengenai dua lagi suspek yang juga sedang diburu, Dev Kumar berkata mereka berdua dipercayai masih berada di dalam negara dan usaha mengesan terus giat dilakukan.
Pada Jumaat (15 Julai), dua lelaki yang ditahan berhubung pembunuhan Kayong dihadapkan di Mahkamah Majistret Miri.
Mohamad Fitri Pauzi, 29, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Kayong, 43, pada 21 Jun kira-kira 8.20 pagi di persimpangan lampu isyarat berhampiran pasaraya E-Mart Jalan Miri-Bintulu.
Tertuduh kedua, Lie Chang Loon, 37, didakwa bersubahat dengan Mohamad Fitri mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.

Lebih separuh Umno Sabah bakal ucap selamat tinggal


Umno Saah sedang retakUmno Saah sedang retak
Sebanyak 13 Bahagian Umno Sabah akan membuat keputusan pada masa terdekat untuk meninggalkan parti itu selama-lamanya.
Ahli Jawatankuasa Umno Kota Belut, Joseph P Andau dalam pendedahannya itu berkata, Umno Sabah sedang kucar-kacir ekoran pemecatan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Naib Presiden parti tersebut.
"Selebihnya (12 Bahagian Umno Sabah) adalah mereka orang kesetiaan Musa Aman (Pengerusi Umno Sabah juga Ketua Menteri Sabah) dan Najib Razak," ujarnya dalam satu kenyataan semalam.
Menurut Joesph, kewibawaan pemimpin seperti Shafie Apdal yang disifatkannya mewarisi karisma Allahyarham Ketua Menteri Sabah ketiga (1967 - 1975), Tun Datu Mustapha Datu Harun adalah sukar ditandingi.
"Jika adapun, pemimpin-pemimpin Umno di Sabah hanya layak digelar pemimpin 'sontoloyo gatel pak loso' (bebal dan pak turut). Mereka hanya pandai membodek mengampu dan angkat kaki si Najib itu saja kebolehan mereka yang ada.
"Diharap Musa Aman, Salleh Kepala Burung Keruak (Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah), Abdul Rahman Dahalan (Pengarah Komunikasi Strategik BN) jangan cakap takbur nanti jadi kufur sekarang mereka susah nak tidur malam kerana asyik memikirkan kedudukan Umno di Sabah yang bakal lenyap" bidasnya.
Bukan sahaja Umno, Joesph turut memberitahu Parti Bersatu Sabah (PBS) UPKO-PBRS juga dijangka meninggalkan BN kerana dikatakan akan menyertai DAP, PKR dan AMANAH pada Pilihan Raya Umum ke-14 untuk membantu menumbangkan Umno-BN di Sabah.
"Sementara suku-suku bangsa Bajau-Suluk-Cina Kadazan-Dusun dan Murut akan bangkit menolak Umno-BN daripada terus menjadi kerajaan yang bersifat kuku besi dan diktator," tambahnya lagi.

PAS jangan terlalu selesa, masih ada 'kerusi tak selamat' di Selangor

Noh Cabar PKR Hukum Darell Hina Islam

Pas Berprinsip, Takkan Bersama Pakatan Harapan - Noh Omar

'Kami sedia kerjasama sekiranya parti baru terima dasar dan perjuangan PAS' - Nasruddin Hassan

Amanah to 'school' DAP if it attacks Islam

'PAS unlikely to join those that don't share its position' - Noh Omar

Insulting Jais is insulting S'gor sultan, Noh tells PKR

Khairy risau sokongan kepada Umno merosot


Faiz FadzilFaiz Fadzil
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilihat mulai risau dengan kemerosotan sokongan rakyat kepada parti itu ekoran pengumuman pakatan pembangkang baharu.
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil berkata, dakwaan Khairy bahawa penubuhan parti baru oleh Tun Mahathir menunjukkan bekas Perdana Menteri itu tidak yakin dengan Amanah, DAP dan PKR adalah kenyataan pemimpin Umno yang mula takut dengan kebangkitan rakyat.
Menurutnya, kebimbangan Khairy terutamanya kemungkinan besar ahli Umno akan meninggalkan parti itu untuk menyertai parti baru sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri dan pemimpin Umno yang mudah termakan 'dedak' Datuk Seri Najib Razak.
Mengulas lanjut pengumuman Mahathir pada 14 Julai itu, beliau berkata, hak menubuhkan parti politik adalah hak demokrasi yang diiktiraf Perlembagaan negara.
"Tun Mahathir sudah menyatakan kesediaan untuk bersama Pakatan Harapan yang diterajui Amanah, DAP dan PKR untuk berhadapan dengan Ummo-BN.
"Ini menunjukkan Tun Mahathir yakin dengan perjuangan Pakatan Harapan memperjuangkan aspirasi rakyat yang mahu membuat perubahan kepada sistem pemerintahan negara yang korup dan zalim," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

LGE: HARAPAN akan bertemu bincang parti baru Dr M

Majlis presiden Pakatan Harapan akan bertemu untuk berbincang mengenai parti baru yang diumumkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
"Majlis presiden akan bertemu dan mengeluarkan kenyataan," kata Lim selepas menghadiri majlis peringatan tahun ketujuh kematian Teoh Beng Hock, di Taman Peringatan Nirvana, Semenyih.
"Sesiapa sahaja boleh tubuhkan parti dalam sebuah negara yang demokrasi, tetapi kita juga perlu melihat tujuan utama parti itu," katanya.
Lim bagaimanapun enggan mengulas mengenai pendirian DAP mengenai parti baru itu dan gabungan besar, kerana takut kenyataannya akan diputarbelitkan oleh mereka yang mempunyai agenda tersembunyi.
Sebagai ahli Pakatan Harapan, beliau berharap mereka boleh keluar kenyataan sebagai satu pasukan.
Sementara itu, rakan komponen PKR telah berkata ia akan mempertimbangkan sama ada untuk bekerjasama atau tidak dengan parti baru itu.

Umno punca rakyat saling membenci dan berpecah belah

Kit Siang mengkritik Jabatan Perdana Menteri yang mempertahankan penggunaan istilah "kafir harbi" dan "kafir zimmi" yang bertentangan konsep penubuhan negara.
kit-siang-cybertroopers
PETALING JAYA: Lim Kit Siang menyalahkan Umno dan tentera sibernya menanam kebencian dan perpecahan di kalangan rakyat Malaysia serta sikap saling tidak mempercayai antara rakyat pelbagai kaum dan agama.
Bercakap dalam sebuah majlis makan malam di Ipoh semalam, Penasihat DAP itu mendakwa Umno menggunakan “taktik tidak bertanggungjawab” yang mencerminkan betapa terdesak dan kekurangan keyakinan Umno terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
“Tidak pernah berlaku kebencian dan perpecahan (begitu mendalam) di Malaysia yang disebarkan tanpa dikenakan sebarang tindakan,” katanya.
Beliau memberi contoh penggunaan istilah “Kafir harbi” oleh Mufti Pahang yang mencetuskan bantahan di kalangan pemimpin dan penyokong DAP.
Sehubungan itu, beliau mengkritik Jabatan Perdana Menteri yang mempertahankan penggunaan istilah “kafir harbi” dan “kafir zimmi” yang bertentangan konsep penubuhan negara.
Beliau turut menyeru penyokong parti itu terus membantah “penipuan dan kepalsuan” Umno dalam mengaitkan nasib masyarakat Melayu terhadap peluang Umno untuk terus berkuasa.
“Jika mereka melakukannya, mereka akan menetapkan syarat-syarat untuk perubahan kerajaan persekutuan dan membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara demokratik normal di mana kerajaan boleh ditukar tanpa mencetuskan malapetaka atau bencana,” katanya.

Bila Turki mendapat kembali ruhnya, ada yang menyangka satu drama, kata Husam


Husam terkejut ada yang mengaku pengikut Qardawi sanggah pendapat ulamak itu berkaitan kejadian di TurkiHusam terkejut ada yang mengaku pengikut Qardawi sanggah pendapat ulamak itu berkaitan kejadian di Turki
Rakyat Turki telah mencipta sebuah keajaiban moden yang hampir tidak dapat dipercayai, mematahkan sebuah rampasan kuasa tentera di subuh hari dengan mempertaruhkan nyawa mereka sendiri, kata Adun Salor, Datuk Husam Musa.
"Begitu tangkas, cekal dan serentak, sehingga menjadikan rampasan kuasa ini begitu dramatik - seakan sebuah drama.
"Mungkin kerana itu, ramai pimpinan dan penyokong sebuah parti Islam di negara kita memberikan komen senada - 'lakonan Erdogan!', katanya melalui kenyataan hari ini
Komen seperti ini katanya, akibat mereka tidak dapat mengawal 'dendam dan penolakan politik' bagi gerakan Islam selain bentuk dan wadah mereka - sampai ke Turki!
"Erdogan telah digelar berjuang atas jalur sekular. Pemimpin liberal yang telah meninggalkan 'jama'ah Islam'. Tidak ada sedikit pun jasanya kepada Islam dan negara Turki.
"Erdogan bukan lagi dalam senarai anggota 'jama'ah Islam', apa lagi pemimpin gerakan Islam - bila beliau tidak lagi bersama 'jama'ah Islam' asal iaitu Sa'adat Party," katanya.
Beliau mengimbas kembali bagaimana kudeta ini dipatahkan - laungan azan di seluruh masjid secara berterusan, solat subuh memenuhi jalanraya dan dataran, rakyat tanpa senjata meredah tembakan mesingan dan laungan takbir membelah malam.
"Perhatikan reaksi negara Barat pada detik-detik awal rampasan kuasa ini bermula. Mengapa Barat menunggu sehingga rampasan kuasa telah ditundukkan untuk membuat kenyataan menyokong kerajaan demokratik pilihan rakyat?
Mengapa mereka membisu sebelum itu?" soalnya.
Beliau mengajak kita memerhati pergolakan dalaman dan geo politik tempatan dan antarabangsa yang melatari rampasan kuasa ini. Termasuk elemen Gulen yang tidak difahami atau cuba dilupakan oleh setengah pihak yang tidak biasa dengan politik Turki.
Paling menarik katanya adalah keajaiban teknologi moden - apa lagi di tangan seorang pemimpin yang berhati waja, cekap dan bijak.
"I Phone telah mendapat lonjakan baru.
"Face Time Erdogan menyeru kebangkitan rakyat Turki adalah klimaks drama ini!," kata beliau.
Beliau seterusnya mengajak untuk imbas kembali detik-detik peristiwa ini.
"Tentera merampas stesen tv dan radio (TRT) sehingga jalur komunikasi massa tidak lagi di tangan kerajaan. TV Turki mengumumkan, Majlis Keamanan telah ditubuhkan tentera selepas rampasan kuasa didakwa telah berjaya.
"Tentera mengawal dua airport dan menutup yang ketiga. Menutup jambatan yang menghubungkan Istanbul. Mengebom bangunan Parlimen di Ankara sebanyak sembilan kali.
"Bertempur dengan anggota polis di ibu pejabat risikan Turki atau MIT.
"Meletakkan kereta kebal, tentera ber-mesingan, helikopter dan jet pejuang mengawal tempat-tempat strategik di seluruh negara.
"Mengumumkan tentera telah berjaya mengambil alih Turki," katanya.
Semua ini menurut beliau disambut oleh media Barat dengan propaganda yang selari.
"Naratif mereka adalah kudeta ini berjaya. Erdogan cuba melarikan diri ke German tetapi gagal.
"Laman web Geopolitical Future dalam analisa awalnya telah menyiarkan berita kudeta itu telah berjaya.

Turki: Kekuatan masyarakat sivil gagalkan rampasan kuasa


Wan Anwar Wan IbrahimWan Anwar Wan Ibrahim
Pemuda Amanah Nasional (Pemuda Amanah) menegaskan kekuatan suatu masyarakat sivil dan institusi-institusi demokratik amat penting bagi memelihara dan mengekalkan sistem demokrasi sesebuah negara daripada sebarang ancaman yang bertujuan menghancurkannya.
Mengutuk cubaan merampas kuasa oleh tentera di Turki kelmarin, Pemuda Amanah mengucapkan tahniah kepada kerajaan dan rakyat Turki yang bangkit mempertahankan kerajaan sivil Turki yang sah dan seterusnya menggagalkan tindakan yang tidak berpelembagaan tersebut dalam masa kurang daripada 24 jam.

“ Walaupun cubaan kudeta ini didakwa hanya melibatkan sebahagian kecil daripada tentera Turki, ianya telah meragut seramai 60 nyawa yang mana sebahagian besarnya adalah terdiri daripada anggota keselamatan Turki,” kata naib ketuanya Wan Anwar Wan Ibrahim dalam satu kenyataan.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan ketika bercakap dalam perhimpunan di Istanbul tentang usaha merampas kuasa oleh segelintir penyokong Fethullah Gullen dalam tentera, berkata tindakan itu menyalahi undang-undang dan tidak mewakili tentera Turki.

Usaha jernihkan keadaan, Ikram anjur forum mengenai kafir harbi

Dalam usaha untuk menjernihkan keadaan, NGO Muslim, Ikram telah menganjurkan satu forum di Nilai, Negeri Sembilan malam tadi, dengan menampilkan lima sarjana untuk membincangkan topik 'adakah istilah kafir harbi masih relevan'.
Walaupun mereka jelas mempunyai pendapat yang berbeza, namun konsensus malam tadi ialah istilah kafir harbi masih relevan, kerana ayat-ayat al-Quran dan hadith yang menyokongnya kekal sahih.
Terdapat juga konsensus umum bahawa tidak semestinya halal darah mereka yang dilabelkan sebagai kafir harbi.
Profesor Maszlee Malik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata dalam zaman moden, satu-satunya kafir harbi sebenar yang umat Islam perlu perangi ialah yang memerangi umat Islam, seperti Israel.
Bercakap kepada kira-kira 300 hadirin di forum tersebut, beliau berkata ulama bersetuju bahawa orang bukan Islam yang tinggal di negara Islam adalah rakyat, dan bukan kafir harbi.
Felo kanan Institut Penyelidikan Strategik Islam Malaysia (Iksim), Engku Ahmad Fadzil Engku Ali pula berkata orang bukan Islam yang merupakan warganegara di negara Islam, masih boleh dilabelkan sebagai kafir harbi, tetapi bukan halal darah mereka.
"Mufti Pahang kata tidak boleh boleh sekongkol dengan mereka, tidak boleh menyokong mereka (kafir harbi), bukan boleh sembelih mereka
"Adalah salah untuk mengandaikan bahawa apabila diklasifikasikan sebagai kafir harbi, secara automatik halal darah (mereka)," katanya.
'Jangan singgung sensitiviti'
Sementara itu Exco Pemuda Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata mereka yang mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan seseorang itu sebagai kafir harbi perlu berhati-hati dan sedar akan akibat dalam berbuat demikian.
Pada masa yang sama, beliau berkata, orang bukan Islam juga perlu mengambil sikap berhati-hati untuk tidak menyinggung sensitivit umat Islam.

Saya tidak akan sertai politik – Gani Patail

Abdul Gani menyifatkan senarai nama yang tersebar itu sebagai palsu dan satu pembohongan.
gani-patail
KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menafikan pembabitannya dalam parti baharu bakal ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas namanya tersenarai antara barisan kepemimpinan tertinggi parti itu yang tersebar melalui media sosial semalam.
“Pengeluaran senarai nama individu yang dikatakan terlibat dalan penubuhan parti baharu itu baru-baru ini adalah palsu dan satu pembohongan.
“Saya tidak pernah terlibat dan tidak akan terlibat dalam politik. Saya sememangnya dan akan senantiasa menjadi seorang profesional,” kata Abdul Gani menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama.
Senarai barisan kepemimpinan tertinggi parti politik baharu yang dikatakan bakal dibentuk bekas perdana menteri itu antara lain menyenaraikan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden, manakala bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai timbalannya.
Sementara naib presiden parti baharu itu terdiri daripada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim; bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz turut dinamakan bendahari dan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memegang jawatan setiausaha agung.
Abdul Gani disenaraikan sebagai ahli Majlis Tertinggi yang turut dibarisi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar; bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim; bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

PEMUDA JADI PENGECUT KERANA PEMIMPIN UTAMA LAGI PENGECUT?

"Malaysia kini sudah menjadi penakut dalam isu-isu membabitkan nasib dan masa depan umat Islam...tidak ada haluan sendiri. Ucapan pada sidang antarabangsa sudah longlai dan kaku.Inikah ‘pejuang dan panglima’ negara Islam kini? 
Orang Islam yang membunuh tidak kiralah kepada sesama Islam atau ke atas penganut agama lain dihukum dan digelar dengan berbagai nama.
Ada menggelar pengganas, pelampau, pembunuh, malah menyebut mereka sebagai ‘setan’.
Bagaimana dengan penganut agama Buddha yang membunuh beribu-ribu rakyat beragama Islam di Myanmar, Thailand, China dan di beberapa negara lain?
Bagaimana dengan tindakan mereka membakar masjid dan rumah kediaman umat Islam? Bukankah mereka juga setan?
Adakah ‘pelampau Islam’ membakar gereja, kuil atau rumah ibadah lain sewenang-wenangnya seperti mana penganut Buddha membakar masjid?

Kita masih ingat bagaimana golongan muda di negara ini bersuara mengenai isu masjid Babri di India dan beberapa tempat lain, termasuk isu masjid Al-Aqsa. Namun kini? tanyalah diri sendiri.

Malah, perjuangan untuk Rohingya nampaknya banyak dilakukan oleh Barat, malah agensi berita Reuters - yang dilihat pro_Barat - pernah mengemukakan soalan, "Kenapa Tidak Ada Sesiapa Membantu Rohingya?"
Kita sedih dengan sikap negara-negara yang hanya menghukum pelampau Islam tetapi memejamkan mata kepada keganasan terhadap orang Islam,  tidak kiralah di mana juga.
Kita juga kesal kerana negara kita – Malaysia – kini sudah menjadi penakut dalam isu-isu membabitkan nasib dan masa depan umat Islam,  pada ketika pemimpin negara mengakui mereka ‘pejuang dan panglima’ negara Islam.
Malaysia hanya meminta Pertubuhan Islam (OIC) bertindak dalam isu Rohingya tetapi tidak menjadi penggerak atau pembuka langkah sebaliknya hanya mahu menjadi pengikut dan berlinadung di sebalik negara lain.
Kenapa terjadi begini? Apa posture dan strategi dasar luar kita?
Kita antara 34 negara Islam yang menyertai Arab Saudi untuk menentang keganasan Islam dan kerana itu mungkin kita dapat  balasan ‘derma RM2.6 bilion’. Namun apa kesannya?

Siapa yang melakukan pengeboman kononnya menentang ‘keganasan Islam’ di Syria? Ini jawapannya...
Kini seolah-olah negara  tidak ada haluan sendiri dan ikut sahaja apa yang berlaku. Ucapan pada sidang antarabangsa pun sudah longlai dan kaku!
Prioriti Perdana Menteri sendiri terhadap kedudukan kita dalam Pertubuhan Bangsa Bersatu, OIC, ASEAN, G-15, Pertubuhan Negara Berkecuali (NAM), APEC, ASEM pun sudah kabur.
Malah, dasar luar kita kini ibarat berada dalam jerebu yang ‘tidak berupaya memandang jauh’.
Kenapa kita tiba-tiba menjadi begitu lemah di persada antarabangsa berbanding kita juara ketika isu seperti  Bosnia-Herzegovina suatu ketika dahulu?
Berita Harian 2 September 1992
Kenapa kita tidak lagi berjuang untuk memajukan ekonomi negara Islam dan tidak lagi menjadi juara untuk pertubuhan ekonomi Islam seperti ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri?
Apa jadi dan kesannya  Forum Ekonomi Islam umpamanya perhimpunan WIEF ke 11 di Kuala Lumpur pada tahun lalu. Apa kesannya mengenai usaha memperkukuhkan lembaga kewangan Islam, pengembangan usaha mikro, kecil, dan menengah serta pembiayaan syariah untuk industri kecil dan menengah di negara-negara Islam?
Juga sejak pengunduran Dr Mahathir, apa jadi dengan pergerakan Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D8)?  Cetusan kerajasama ini dibangkitkan oleh Dr Necmettin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki pada satu seminar “Kerjasama Dalam pembangunan” diadakan di Istanbul in pada Oktober 1996. 
Kenapa dan apa masalah dengan Malaysia kini?
Kenapa kita lemah membuat pendirian mengenai nasib umat Islam yang diserang bertalu-talu di Iraq, Syria, Lebanon, Libya, Yemen  serta beberapa negara lain di Afrika, sedangkan kita bukan sahaja membuktikan kita ‘juara negara Islam’ pada 1990-an - bersuara menentang kezaliman Barat pada Perang Teluk misalnya?

Wujud Satu Lagi Parti Pembangkang: Semuanya Gara2 Najib, 1MDB & Jho Low


Sampai Wujud Satu Lagi Parti Pembangkang: Semuanya Gara2 Najib, 1MDB & Jho LowSejak Tun Mahathir mengumumkan akan menubuhkan satu parti baru, saya perhatikan cai2 Najib tidak putus2 beri komen memperlekehkan hasrat Tun itu. Kelakar pun ada. Salahkah Tun Mahathir selaku seorang rakyat Malaysia, ingin menubuhkan sebuah parti politik ?

Belum confirm lagi, tapi kalau pun mereka yang Umno telah reject keluar dari parti seperti Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie ( digantung tapi Shafie sendiri pilih keluar ) dan ramai lagi ketua2 cawangan dan ahli2 yang tak sebulu dengan Najib, ikut sama menyertai parti baru yang Tun Mahathir mahu usahakan ..... apakah itu merupakan satu kesalahan di sisi undang2 ?

Menjadi hak setiap rakyat untuk bebas berpolitik dan menubuhkan parti politik ..... kan ? Kalau Najib dah tolak mereka ini keluar dari partinya, secara logiknya, jika mereka ingin terus aktif berpolitik, mereka akan samada sertai parti politik lain yang ada atau mereka akan tubuhkan parti politik yang baru yang sesuai dengan jiwa perjuangan mereka. Logik kan ?

So .... kenapa cai2 Najib melompat2 sakan sehari dua ini mengutuk sakan dan bersungguh2 memperkecilkan parti baru yang masih di peringkat perbincangan lagi ?

TAKUT ?

Kalau tak takut atau tak gentar dengan satu lagi cabaran baru .... kenapa duk meroyan tak sudah ?

Biar jerlah Tun Mahathir atau Muhyiddin atau siapapun kalau mereka nak tubuhkan satu parti politik baru. Salah ke ?

Kononnya takut Melayu berpecah ? Laaa.... kan Tun Mahathir dah takde pengaruh lagi ? Orang Melayu dah tak sokong Tun lagi, so ... tang mana yang boleh berpecah lagi ?

Mengaku jer lah ....Najib sudah goyang....

Sememangnya Tun Mahathir hebat !

Cai2 Najib yang duk melompat meroyan tu cuma jalankan tugas jer. Mereka cuma ikut arahan.

*************************

Semuanya kerana Najib, 1MDB dan Jho Low.

Dari awal lagi, isunya adalah Najib. Dan dari awal lagi Najib mengelak dari perlu bertanggungjawab. Najib hanya tahu menyorok dibelakang Umno dan kerajaan. Diheretnya Umno dan kerajaan dalam masalah peribadinya, masalah yang boleh beliau sendiri selesaikan sekiranya beliau punya sedikit keberanian untuk bersemuka dengan rakyat dan menjawab sendiri pertanyaan2 dari rakyat.

Najib hanya berani berdepan dengan hadirin yang mampu dikawalnya saja .... entah berapa kali ntah Najib bersama orang2 Umno dalam perjumpaan tertutup tapi tidak pernah satu kali pun mahu bertemu rakyat untuk beri penjelasan yang sama.

Setiap kali lepas berjumpa dengan orang Umno, masing2 keluar dan dengan konfiden akan berkata, semuanya sudah diperjelaskan, semuanya OK. 1MDB tidak ada masalah.

Kenapa sekarang, selepas 1MDB terpaksa bergolok bergadai sebab hutang, aset2 semua diambilalih kerajaan, diheret ke mahkamah antarabangsa dek sebab hutang berpuluh bilion .... kenapa tidak ada lagi pertemuan tertutup dengan ahli2 Umno lagi ?

Kita nak juga dengar komen2 yang sama sekali lagi dari mereka yang beruntung dapat dengar penjelasan direct dari mulut Najib sendiri - Semua sudah diperjelaskan, 1MDB tidak ada masalah, semuanya fitnah media saja .....

ADA  BERANI  ? ? ?  NOTHING TO HIDE  ? ? Hahahaha .....  macamanalah ahli2 Umno masih boleh berbangga pegang keris dengan Presiden yang penakut macam Najib ....

Forum sees speakers clash over 'kafir harbi'


Our responsibility is to reach out to them (non Muslims) says MazleeOur responsibility is to reach out to them (non Muslims) says Mazlee
A forum yesterday on the "kafir harbi" controversy heard three panelists defending the Pahang mufti's use of the derogatory term, while an academic and an Amanah leader urged Muslim leaders to exercise restraint and wisdom.
"I'm worried that non-Muslims will be frightened and this was shown when some of them asked me if their blood was now considered legitimate," said Amanah vice-president Hasanuddin Mohd Yunus, who spoke at the forum "Kafir Harbi: Relevant or not?" organised by Ikram, at the Islamic Science University of Malaysia (USIM) in Nilai, Negeri Sembilan, last night.
The panel also included Umno Youth's main reference for Islam, Fathul Bari Mat Jahaya, Jakim officer Zamihan Mat Zin, senior fellow at Institute of Islamic Strategic Research Malaysia (Iksim) Engku Ahmad Fadzil Engku Ali and International Islamic University lecturer, Dr Maszlee Malik.
Pahang Mufti Datuk Abdul Rahman Osman recently said DAP and those against the PAS president's private member's bill to amend laws to allow heavier penalties under Shariah were "kafir harbi" (non-believers at war with Muslims).
The remark drew strong condemnations, including one from the Muslim Professionals Forum who said the term "kafir harbi" was archaic and not suitable in the present context.
Hasanuddin said it was not wise to take an antagonistic approach, saying if indeed DAP was proven as anti-Islam as charged by some quarters, the Muslims have a duty to explain to them.
Starkly contrasting with Hasanuddin were Fathul and Zamihan, both of whom defended the Pahang mufti's use of the term.
Zamihan said "kafir harbi" was still relevant and could still be used to describe those who fight Muslims, but added that it did not necessarily mean one should kill them if their approach was non-violent.

'Non Muslims that live in a Muslim country are citizens, not kafir harbi' - Maszlee Malik

Fathul Bari: Pahang Mufti didn't mean kafirs can be killed

Tak salah guna ‘kafir harbi’ dulu, kini dan selamanya - Aswaja

Bekas pegawai KDN itu turut mengkritik Umno, PAS dan PKR kerana 'menghukum' mufti Pahang.
ikram
NILAI: Seorang agamawan kerajaan semalam mempertahankan penggunaan istilah “kafir harbi” oleh mana-mana pihak di negara ini, dengan berkata ia selari dengan ajaran Al-Quran.
“Istilah kafir harbi, dulu kini dan selamanya relevan digunakan, berdasarkan nas Al-Quran.
“Bila sebut kafir harbi, bukan bererti semuanya dihukum bunuh, ini menampakkan kelestarian Islam. Hukuman itu bergantung kepada tahap mereka memerangi Allah dan Rasul, mereka kena bunuh kalau mereka membunuh,” kata bekas pegawai Kementerian Dalam Negeri yang juga Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin.
Zamihan yang kini bertugas di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata demikian pada forum “Istilah Kafir Harbi: Kekal relevan atau tidak?” di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) malam semalam, membincangkan kontroversi ditimbulkan Mufti Pahang, Datuk Dr Abdul Rahman Osman yang melabel mereka yang menentang undang-undang Islam sebagai “kafir harbi” dan wajib diperangi.
Turut berucap ialah agamawan Umno, Fathul Bari Mat Jahaya, Naib Presiden Amanah Hasanuddin Mohd Yunus, Felo Kanan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim) Engku Ahmad Fadzil Engku Ali dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Dr Maszlee Malik.
Zamihan berkata mufti Pahang itu tidak pernah menghalalkan darah pemimpin DAP, yang diserang sebagai musuh Islam.
“Saya hairan ustaz tidak kira dari Umno, PAS dan PKR, bila mufti keluar kenyataan, kita cepat komen, sepatutnya tanya dulu mufti betul atau tidak.
“Saya sendiri berjumpa mufti Pahang, dia tidak mengulas tentang pertumpahan darah, dia kata (mereka yang melawan undang-undang Islam), wajar ditentang dari sudut pemikiran, tindakan serta perbuatan berkaitan RUU 355,” katanya merujuk Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016 yang dibentangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen Mei lepas.
Dalam nada sama, Fathul Bari berkata memerangi kafir harbi seperti dimaksudkan mufti itu ialah melawan “ideologi bertentangan Islam” yang dibawa DAP.

‘Pengalaman rampasan kuasa Turki buatkan saya lebih hargai erti keamanan’

Prof Mohd Jailani dan penumpang lain terkandas selama 15 jam di Lapangan Terbang Ataturk ekoran serangan konco-konco dalam Angkatan Tentera Turki cuba menjatuhkan kerajaan pimpinan Erdogan.
Prof-Mohd-Jailani-Mohd-Nor
SEPANG: “Pengalaman berdepan situasi genting ketika cubaan rampasan kuasa di Turki semalam membuatkan saya lebih menghargai erti keamanan,” ujar Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Prof Mohd Jailani Mohd Nor.
Katanya, berada dalam keadaan suasana tegang dengan bunyi tembakan bertalu-talu dari Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul adalah peristiwa paling genting yang pernah dialami sepanjang hidupnya.
Mohd Jailani berkata, tembakan bertalu-talu itu juga membuatnya berasa khuatir andai ada peluru sesat yang boleh mengenai sesiapa sahaja di situ.
“Saya pasrah dan hanya berserah pada Allah ketika itu. Jadi saya mengambil keputusan walau apapun yang terjadi saya akan tetap berlindung di lapangan terbang tersebut kerana saya merasakan ia adalah tempat yang paling selamat ketika itu,” katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas tiba pada jam 5.10 pagi tadi menaiki pesawat Turkish Airlines (TK60) bersama 32 rakyat Malaysia.
Mohd Jailani berkata, beliau menaiki penerbangan dari Athens selepas menghadiri ‘International Congress in Sound and Vibration’ di Greece pada 10 hingga 14 Julai lepas dan transit di Istanbul sementara menunggu penerbangan pulang ke tanah air.
Beliau dan penumpang lain terkandas selama 15 jam di lapangan terbang berikutan serangan konco-konco dalam Angkatan Tentera Turki ketika cubaan menjatuhkan kerajaan pimpinan Presiden Turki, Tayyip Erdogan.
Mohd Jailani berkata, ketika suasana kelam-kabut di lapangan terbang itu, semua rakyat Malaysia mengambil inisiatif berkumpul di Pintu 303 dan beliau cuba menenangkan diri.
“Ketika berkumpul sesama rakyat Malaysia kira-kira 40 orang di sana, kami saling menasihati agar pengalaman yang kami alami mampu membuatkan kita lebih menghargai keamanan yang ada di Malaysia.

PENGAJARAN DRPD SOKONGAN RAKYAT TERHADAP KERAJAAN TURKI YANG DIPIMPIN OLEH ERDOGAN SELEPAS CUBAAN MERAMPAS KUASA

Foto Tarmizi Mohd Jam. 1) Nama partinya bukan Parti Islam.
2) Kepimpinan partinya bukan Ulamak.
3) Di dalam perlembagaan partinya tiada tertulis Al Quran, As Sunnah, Ijmak dan Qias.
4) Kerajaannya tidak memperjuangkan hudud ataupun ikon berjenama Islam seperti Fastaqim atau Istiqamah.

Namun rakyat turun dan sanggup bertarung nyawa. Jadi di manakah kekuatan partinya sehingga ribuan rakyat turun melawan tentera yang bersenjata lengkap? Antaranya:
1) Partinya mementingkan kesejahteraan negara.
2) Partinya mengutamakan kebajikan rakyat.
3) Partinya menunjukkan contoh yang baik di dalam urus tadbir negara.
Apa pula kejayaan Turki semenjak Erdogan dan partinya memerintah?
1) Yang terbesar ialah keyakinan rakyat ke atas kerajaan pimpinannya sehingga dapat menggagalkan cubaan tentera merampas kuasa.
2) Akhlak Islam semakin diterima berbanding sebelumnya seperti Ahli Parlimen dan pelajar dibenarkan bertudung, jemaah Masjid semakin ramai, pengajian Islam yang sebenarnya digalakkan tanpa label label Islam.
3) Ekonomi Turki semakin kukuh dan mantap.
4) Nama Turki semakin gah di dunia.
5) Turki disegani kawan dan lawan.
Jadi di manakah kata-kata yang baru dikatakan kelmarin bahawa Islam mesti ditegakkan atas prinsip yang jelas, parti mesti bernama Islam, perlembagaan mesti tertulis Alquran, Assunnah, Ijmaq dan Qias, berkerjasama hanya di dalam sempadan Islam yang difahaminya itu dan kemenangan akhirat lebih utama dari kemenangan ke Putrajaya?
Kerangka politik Islam di Malaysia perlukan seorang atau sekumpulan pemimpin yang boleh membawa Islam ke tengah masyarakat dalam bentuk praktikal dan bukan sekadar retorik.

Temui DAP, jangan cepat hukum, kata Amanah

Amanah berkata label seperti 'kafir harbi' hanya bertujuan menakut-nakutkan dan menjauhkan bukan Islam.
ulama
NILAI: Umat Islam tidak sepatutnya cepat menjatuhkan hukum kepada DAP walaupun ia menentang Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016 yang dibentangkan PAS baru-baru ini, kata Amanah.
Sebaliknya, Naib Presiden Amanah Hasanuddin Mohd Yunus berkata mereka boleh mendidik DAP sekiranya terbukti parti itu berpotensi menjadi musuh Islam.
“Kita boleh didik (DAP) sebab mereka terikat dengan perlembagaan Malaysia,” katanya antara panel forum “Istilah Kafir Harbi: Kekal Relevan atau tidak” di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) malam tadi.
Turut berucap ialah agamawan Umno, Fathul Bari May Jahaya, Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin, Felo Kanan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim) Engku Ahmad Fadzil Engku Ali dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Dr Maszlee Malik.
Forum itu membincangkan kontroversi ditimbulkan Mufti Pahang, Datuk Dr Abdul Rahman Osman baru-baru ini, yang melabel mereka yang menentang undang-undang Islam sebagai “kafir harbi” dan wajib diperangi.
Hasanuddin kata penggunaan label itu akan menjauhkan bukan Islam dari Islam.
“Kalau mufti (Pahang) berkata begitu, walaupun niat dia lain, saya takut orang bukan Islam takut dan ini terbukti ada di kalangan mereka bertanya kepada saya, halal ke darah mereka (dibunuh).
“Maka sebab itu kita perlu memberi penjelasan kepada mereka dengan kasih sayang, kita bukan nak kata mufti salah tetapi kita nak perbetulkan supaya bukan Islam itu tidak lari daripada kita. Kita ajak mereka (DAP) bergaduh ini sangat tidak cerdik,” katanya, yang sempat menambah pendapat beliau itu akan disalah takrif sebagai “liberal”.
Hasanuddin berkata mereka yang tidak pernah bersemuka dengan pemimpin DAP seperti Zamihan, Engku Ahmad dan Fathul Bari berbuat perlu berbuat demikian bagi mendapat gambaran sebenar dan bukannya melemparkan pandangan negatif terhadap mereka.

PARTI BARU TUN M MEMBERI KELEGAAN KEPADA NAJIB

Dengan sahnya hasrat Tun Mahathir Mohamad mahu menubuhkan sebuah parti politik baru, ia secara tidak langsung merupakan sesuatu yang dapat melegakan hati serta perasaan Najib Razak. 

Najib kini tidak perlu bimbang lagi mengenai kemungkinan beliau dijatuhkan sebagai Perdana Menteri sebelum tempoh penggalnya berakhir.

Melalui parti baru ini, ia tidak lagi bertujuan untuk menjatuhkan Najib semata-mata, sebaliknya untuk menukar sebuah kerajaan. Sehingga tibanya tarikh PRU 14, Najib tidak perlu bimbang apa-apa mengenai jawatan Perdana Menterinya. Jawatannya boleh dikira sudah selamat sehingga tibanya tarikh pilihanraya diumumkan.

Yang perlu dipertahankan Najib sekarang ialah kejatuhan sebuah kerajaan. Walaupun paling bermasalah, ia sudah menjadi beban kepada BN. Jika pengundi merasakan Najib dan segala masalah yang dibawanya adalah beban kepada kerajaan, maka menukar kerajaan adalah satu-satunya pilihan yang tinggal untuk dilakukan.

Dalam pilihanraya umum, kemungkinan hanya Najib dapat dijatuhkan, tetapi kerajaan BN terus dikekalkan adalah sesuatu yang paling tipis dapat dilakukan. Lebih mudah menjatuhkan Najib dengan cara menjatuhkan BN sekali.

Mempertahankan BN dalam PRU 14 pula bermakna pengundi atau rakyat bersetuju untuk terus memikul beban Najib bagi tempoh lima tahun yang seterusnya.  Mustahil juga BN terus dikekalkan tetapi tidak dibawa sekali beban yang berpunca daripada Najib itu.

Terserah kepada pengundi untuk memikir dan membuat pertimbangan mengenainya. Jika tidak mahu terus menerus menanggung beban Najib, tukarlah kerajaan dan kiranya sedia memikul lagi beban yang mungkin bertambah berat yang diakibatkan olehnya, teruslah memberi undi kepada BN.

Sebab itu kita boleh memahami jika Najib berasa lega dengan parti baru inisiatif Tun Mahathir ini yang bakal ditubuhkan bersama beberapa pemimpin yang dipecatnya  daripada UMNO.

Beliau kini telah berjaya menukar beban yang ditanggungnya menjadi beban UMNO dan BN. Dengan parti baru yang bertujuan untuk menyaingi dan mengalahkan BN, bukan lagi Najib saja yang perlu bimbang mengenainya, tetapi keseluruhan pemimpin UMNO dan BN.

Parti Baharu: Kerja Umno jadi mudah - Annuar Musa


Annuar Musa

KOTA BHARU -  Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamed merancang penubuhan parti baharu bagi menguatkan blok pembangkang memudahkan kerja Umno untuk mengenal pasti ‘musuh politik’ yang sebenar.
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, perancangan Mahathir itu sangat dialu-alukan kerana sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen sudah termaktub dalam perlembagaan kebebasan untuk berpolitik asalkan penubuhan parti maenepati peraturan.
Menurutnya, rancangan Tun M menubuhkan parti dianggap lebih 'gentleman' berbanding berpolitik tanpa parti kerana ia lebih berperaturan dan semua pihak perlu menghormati.
“Terima kasih Tun M sebab dia isytihar secara berperaturan, berparti secara rasmi dan juga isytihar untuk tawan BN secara terbuka, itu lebih memudahkan kita.
“Malah ia satu perkembangan yang baik bagi amalan sistem berdemokrasi selain memudahkan untuk BN buat persiapan awal, kerana kita dah tahu nak lawan siapa pada pilihan raya nanti,” katanya kepada media.
Tambahnya, menubuhkan parti baharu lebih baik daripada terus berada dalam Umno tetapi bersikap ‘tikam belakang’ dan berpura-pura ‘sayang’ kerana ia hanya memberi kesan buruk kepada perjuangan anak bangsa.
“Ini juga satu kejayaan buat Tun M kerana berjaya guna orang yang selama ini beliau telah tawan berkali-kali, berpuluh tahun PKR, DAP kalah kepada beliau dan kini kalah lagi sebab boleh duduk bawah Tun M dalam blok pembangkang.

Gencatan serangan: Pas Selangor sokong Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim Tuan Man SHAH ALAM - Kesemua wakil rakyat Pas di negeri ini menyokong kenyataan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presidennya, Datuk Iskandar Abd Samad agar parti pembangkang menumpukan usaha menumbangkan BN bukannya bertelagah sesama sendiri.
Melalui satu kenyataan bersama, 13 wakil rakyat meliputi Adun dan Ahli Parlimen Selangor berkata, pihaknya berpendirian agar pendekatan atas nama ‘Pakatan Pembangkang’ dicari untuk mempertahankan kemenangan di negeri ini yang telah dicapai semenjak 2008.
“Parti parti politik pro blok pembangkang berhenti menyerang antara satu sama lain dan menghalakan serangan terhadap Umno dan BN Selangor.
“Mencari pendekatan terbaik untuk satu lawan satu menentang BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti,” katanya.
Sebelum ini, Tuan Ibrahim mendapat perhatian semua parti politik pembangkang selepas mengeluarkan kenyataan mengajak parti pembangkang melaksanakan genjatan serangan dan menumpukan serangan kepada Umno-BN sahaja. Kenyataan itu kemudiannya disokong Iskandar.
Kesemua Adun dan ahli Parlimen Selangor itu juga berpendirian untuk menumpukan pembelaan kebajikan rakyat dan pembangunan di Selangor selain mencari titik persamaan yang terbaik berdasarkan demografi di negeri itu dengan syarat menghormati prinsip yang dibawa oleh setiap parti yang berbeza.
Melalui kenyataan sama, kesemua Adun dan ahli Parlimen Selangor akan menyerahkan surat yang ditandatangani mereka kepada pimpinan pusat.

Anak Hadi Dibelasah Netizen Kerana Anggap Kudeta Turki "Permainan" Erdogan

Tatkala seluruh dunia Islam berdoa dan menyebelahi kepimpinan Erdogan di dalam menentang rancangan segelintir tentera Turki melakukan kudeta di negara itu, tiba-tiba terdapat beberapa kelompok dalam Parti Islam SeMalaysia cuba menganggap ia sebagai "permainan politik Erdogan" untuk melemahkan tentera Turki.

Salah seorangnya ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS, iaitu anak kepada Presiden PAS, Mohd Khalil Abdul Hadi yang memuatkan satu status di dalam facebooknya yang menyatakan "Jikalau ianya 'permainan' politik Erdogan untuk melemahkan tentera maka ia insyaallah akan jadi turning point politik Turki kearah yang lebih baik."



Beliau beranggapan bahawa "kudeta itu menjadi titik permulaan (turning point) politik Turki ke arah yang lebih baik" dengan membuat satu persangkaan buruk terhadap Erdogan di permulaan ayatnya  iaitu "Jikalau ianya 'permainan' politik Erdogan untuk melemahkan tentera".

Sikap yang sama dengan Khalil itu pada awalnya dikesan ditulis oleh PAS Putrajaya di dalam facebooknya.


Pandangan kedua-duanya itu mirip kepada pendapat-pendapat barat yang sentiasa memusuhi kerajaan Erdogan di Turki yang telah berjaya menyatukan rakyat Turki.


Malah laporan-laporan berita media massa dunia barat semalam juga memberikan liputan meluas kepada pihak tentera yang melakukan kudeta berkenaan, malah ada diantaranya yang telah dari awal menugumumkan bahawa Turki sudah berjaya dirampas oleh pihak tentera.

Akibat dari pandangan yang biadab itu, netizen telah bertali arus "membelasah" Khalil Hadi. Tuna-tuan boleh tatap sendiri (sila klik imej untuk membaca dgn lebih jelas):

Rakyat Turki memang luar biasa, kata Dr. Hatta


Media global cuba kelirukan suasana percubaan rampasan kuasa di Turki kata Dr. Hatta RamliMedia global cuba kelirukan suasana percubaan rampasan kuasa di Turki kata Dr. Hatta Ramli
Kejayaan rakyat dan kerajaan Turki yang menggagalkan rampasan kuasa segelintir tentera semalam memang detik sejarah dunia yang luar biasa, kata pengarah pilihan raya Parti Amanah Negara (Amanah), Dr, Hatta Ramli.
"Saya hampir gagal pejamkan mata bila mula mendapat berita tragedi rampasan kuasa," kata beliau ketika ditemui di majlis hari raya Amanah Kuala Krai di kampung Pahi.
Menurutnya berita awal memang merimaskan apabila pusat-pusat berita antarabangsa memberi gambaran lokasi-lokasi strategik Turki telah dikuasai perampas kuasa.
"Dengan gambaran presiden sedang bercuti di luar kota, keadaan pula dikatakan memihak pihak tentera yang melakukan kudeta," katanya.
Kemeriahan sambutan hari raya Amanah Kuala Krai turut dikongsi pimpinan negeri dan kawasan lainKemeriahan sambutan hari raya Amanah Kuala Krai turut dikongsi pimpinan negeri dan kawasan lain
Apa yang tidak disangka katanya ialah sokongan luarbiasa rakyat apabila diseru pemimpin untuk keluar menyatakan sokongan kepada kerajaan dipilih secara demokrasi.
"Hampir di semua lokasi penting seluruh negara, rakyat keluar berpusu-pusu menyatakan bantahan terhadap cubaan kudeta," katanya.
Suasana ini katanya mengingatkan kita kepada suasana Revolusi Khomeini di Iran dan Arab Spring di beberapa negara timur tengah beberapa tahun lalu.
Sementara itu Dr. Hatta yang meraikan tetamu di majlis hari raya Amanah yang diadakan di cawangan Amanah Pahi mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung sama ada dari kawasan berkenaan atau yang datang dari kawasan lain seluruh Kelantan.
Turut meraikan tetamu ialah Ketua Amanah kawasan Jeli, Ustaz Roslan Abdul Rahman.

Erdogan desak Amerika serah Fethullah Gullen

Erdogan bercakap kepada rakyat Turki selepas patahkan rancangan rampasan kuasa.Erdogan bercakap kepada rakyat Turki selepas patahkan rancangan rampasan kuasa.
Presiden Reccip Toyyib Erdogan mendesak rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat, Barrack Obama agar menyerahkan apa yang disifatkan oleh beliau sebagai pemimpin pengganas dan pemimpin rancangan rampasan kuasa yang gagal, Fethullah Gulen kepada Turki.
"Saya dengan ini meminta Presiden Amerika Obama untuk menyerahkan orang yang hidup di atas tanah seluas 400 ekar di Pennsylvania," kata Erdogan sebagaimana dilaporkan media berbahasa Inggeris Turki, Daily Sabah.
Bercakap kepada perhimpunan di Istanbul tentang usaha merampas kuasa oleh segelintir penyokong Gullen dalam tentera, Erdogan berkata, tindakan itu menyalahi undang-undang dan tindakan itu tidak mewakili tentera Turki.
"Tentera adalah milik seluruh rakyat Turki bukan badan selari (parallel structure)," kata Erdogan dipercayai merujuk kepada FETO atau kumpulan yang diasaskan oleh Fetullah Gulen, seorang ulama Turki yang mempunyai banyak rangkaian pusat pendidikan di seluruh dunia dan kini menetap di Amerika.