Sabtu, 16 Julai 2016

PERCUBAAN KUDETA DI TURKI - Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi


“Setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi, serta tahniah semestinya buat rakyat Turki, kerajaan dan presiden, serta majoriti tentera yang masih menghormati pilihan rakyat.”
“Para perampas kuasa mendakwa mereka bersama aspirasi rakyat; akan tetapi apabila rakyat keluar untuk menuntut mereka kembali ke berek mereka, mereka gunakan peluru dan jet pejuang.”
“Wahai perampas kuasa, sekiranya matlamat kamu tampuk pemerintahan, maka gunakanlah peti undi untuk berkempen dan bukannya kereta kebal.”
“Wahai rakyat Turki, demi Allah, Dia tidak akan mengecewakan kalian kerana kalianlah yang banyak meringankan bebanan org lain, membantu mereka yang susah, memuliakan tetamu, membantu kebenaran, memilih kebebasan dan membantu golongan yang tertindas.
Segala puji bagi Allah, rakyat Turki telah keluar dari kancah rampasan kuasa ini dengan penuh keyakinan.”
“Ya Allah, jadikan kami dalam kalangan kelompok-Mu yang menang, serta tentera-Mu yang tidak tertewaskan. Ya Allah, tinggikan buat kami kalimah Islam, dan naikkan buat kami panji Al-Quran.”

Parti baharu Tun M kuatkan lagi blok pembangkang - Che Ibrahim

Che Ibrahim Mohamed
KOTA BHARU – Parti Amanah Negara (Amanah) menyambut baik perancangan Tun Dr Mahathir Mohamed  bagi menubuhkan parti baharu untuk bersama menguatkan blok pembangkang bagi menentang BN pada PRU14.
Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata, blok pembangkang seharusnya menggunakan cara seperti BN bagi mengukuhkan lagi kedudukan mereka dengan memanfaatkan peluang dan masa yang ada sebaik mungkin.
“Pembangkang juga perlu menggunakan kaedah yang sama seperti mana BN berjaya membentuk kekuatan mereka dengan menggabungkan pelbagai parti yang menyokong  pemerintah.
“Saya amat bersetuju dan berbangga bila Tun M mahu tubuh parti baru yang sepakat untuk berada dalam satu gabungan parti-parti pembangkang untuk menentang BN dalam PRU14,” katanya.
Che Ibrahim berkata, kewujudan blok ketiga yang juga bersifat pembangkang hanya memberi keuntungan kepada BN, akan tetapi penubuhan banyak parti baharu adalah satu perkembangan baik bagi sebuah negara yang berdemokrasi.
“Apa yang tidak baiknya, bila parti-parti tersebut gagal mencapai kata sepakat antara blok pembangkang dan blok pemerintah,” katanya.
Tambahnya, jika parti-parti pembangkang boleh menerima kewujudan parti seangkatan yang lain, pastinya ia boleh membina lebih kekuatan untuk meraih lebih sokongan.
“Parti-parti pembangkang ini pastinya semakin melengkapkan perjuangan lebih utuh dan menambah kekuatan bagi berhadapan dengan parti pemerintah,” katanya.

Amzad berfikiran sempit – Kamarul Bahrin

Pemimpin PAS Terengganu sepatutnya patuh kepada seruan timbalan presiden, untuk berhenti menyerang sesama pembangkang.

PETALING JAYA: Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad membidas kenyataan Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim yang melabel Pengerusi AMANAH Terengganu sebagai individu yang suka mencari publisiti berbanding menjaga kebajikan awam.
Raja Kamarul berpendapat Amzad seorang yang berfikiran sempit membuat dakwaan tersebut hanya kerana beliau menghadiri majlis kesyukuran peniaga stesen bas Kuala Terengganu bersama Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman.
“Ini sangat menghairankan ramai pihak kerana PAS yang didakwa sebagai parti yang berdisiplin nampaknya tidak mengambil berat kenyataan timbalan presiden (Tuan Ibrahim).
Katanya, tujuan beliau menghadiri majlis itu pun selepas dijemput pihak peniaga stesen bas yang bersyukur dengan ubah suai-rombakan stesen bas telah di batalkan.
“Saya sebagai Ahli Parlimen menulis surat bantahan kepada pihak berkuasa.
“Sebagai wakil rakyat adalah untuk meraikan kemenangan rakyat iaitu peniaga-peniaga yang berjaya menyelamatkan bangunan stesen bas dan perniagaan mereka. Yang di raikan adalah kemenangan rakyat. Bukan kemenangan kerajaan atau pembangkang,” jawab Raja Kamarul yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu dalam kenyataan kepada FMT.
Justeru beliau meminta pemimpin PAS itu supaya menghormati pandangan dan seruan pemimpin teringginya (Tuan Ibrahim) dan bukan berpolitik sehingga nasib rakyat terbiar.
Amzad sebelum ini memuat naik gambar Raja Kamarul memotong kek bersama Menteri Besar negeri itu dengan menyatakan ia sebagai satu aksi mencari publisiti.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim awal minggu ini menyeru parti pembangkang berdamai supaya tidak menghampakan rakyat yang mengharapkan perubahan. Seruan itu disambut baik pemimpin pembangkang yang lain.

Muhyiddin siap sedia gerakkan parti baharu


Tan Sri Muhyiddin YasinTan Sri Muhyiddin Yasin
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin menerima cadangan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu yang akan bekerjasama dengan semua pembangkang sedia ada.
Bagaimanapun kata beliau penubuhan sebuah wadah politik baharu hanya akan berkesan sekiranya ia dipersetujui secara konsensus oleh rakan-rakan pimpinan parti-parti pembangkang yang lain.
"Untuk itu saya akan meneruskan perbincangan dengan pihak-pihak yang berkaitan sebelum memutuskan langkah selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau bersependapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato' Seri Azmin Mohamed Ali dan beberapa pimpinan PH dan PAS yang lain bahawa parti-parti pembangkang perlu kembali berunding untuk mewujudkan kesepakatan dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.
"Kesepakatan ini adalah amat penting untuk meraih keyakinan rakyat bahawa parti-parti politik selain BN mampu untuk menerajui Malaysia dengan lebih baik dan membela nasib rakyat,"katanya.
Menurut beliau perkembangan positif ini dan kesesediaan untuk berbincang dengan semua pihak bagi bersama-sama mencari kaedah terbaik untuk membawa perubahan politik dan kerajaan yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia menerusi pilihanraya umum akan datang.
"Andaian bahawa BN akan terus berkuasa dan pemimpin rasuah akan terus bermaharajalela lantaran perpecahan dalam kalangan parti-parti pembangkang tidak semestinya betul.
"Saya yakin Malaysia sudah bersedia untuk menyongsong arus perubahan dan rakyat tanpa mengira kaum dan agama akan bersatu hati untuk membela nasib rakyat, menentang rasuah, salah guna kuasa dan manipulasi sentimen perkauman yang melampau demi mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua," katanya.

PRU 14 : Muhyiddin seru blok pembangkang kembali bersatu

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin yang dipecat dan dalam usaha untuk menubuhkan parti baru bersama mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, menyeru agar semua parti pembangkang di Malaysia bersatu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Muhyiddin Yassin yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, kesepekatan ini adalah amat penting untuk meraih keyakinan rakyat bahawa parti-parti politik selain BN mampu menerajui Malaysia dengan lebih baik dalam membela nasib rakyat.

"Saya bersependapat dengan Anwar Ibrahim, Tuan Ibrahim Tuan Man, Azmin Mohamed Ali dan beberapa pimpinan PH dan PAS yang lain bahawa parti-parti pembangkang perlu kembali berunding untuk mewujudkan kesepakatan dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang," katanya dalam satu kenyataan media.

Semalam, bekas  pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di penjara melihat tindakan Dr Mahathir membentuk sebuah parti baru untuk menentang Umno dan BN sebagai positif.

Beliau juga berpendapat bahawa adalah penting bagi parti-parti pembangkang untuk bersatu dan percaya parti baru seperti yang dicadangkan oleh Mahathir itu akan diterajui oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Oleh itu kata Muhyiddin, beliau bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak bagi bersama-sama mencari kaedah terbaik untuk membawa perubah politik dan kerajaan yang amat dinanti oleh rakyat.

"Saya amat mengalu-alukan perkembangan positif ini dan bersedia untuk berbincang dengan semua pihak bagi bersama-sama mencari kaedah terbaik untuk membawa perubahan politik dan kerajaan yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia menerusi pilihanraya umum akan datang.

"Andaian bahawa BN akan terus berkuasa dan pemimpin rasuah akan terus bermaharajalela lantaran perpecahan dalam kalangan parti-parti pembangkang tidak semestinya betul.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang kini kekal sebagai Ahli Parlimen Pagoh (Bebas) selepas dilucutkan keahlian, turut bersetuju dan menyatakan sokongan terhadap penubuhan parti politik baru yang dicadangkan oleh Mahathir dalam usaha menentang BN.

Namun jelasnya, wadah penubuhan parti politik baru ini hanya akan berkesan sekiranya ianya dipersetujui secara konsensus oleh parti politik pembangkang yang lain.

Logiknya pertikaian cadangan PAS

BARU-BARU ini timbul cadangan yang disuarakan oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man tentang 'gencatan senjata' di antara parti-parti pembangkang.

'Gencatan senjata' ini bermaksud parti pembangkang yang terdiri daripada PAS, DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak lagi menggunakan pendekatan saling menyerang antara satu sama lain, sebaliknya lebih menumpukan cara yang tepat untuk menewaskan Umno-Barisan Nasional (BN) sebagai musuh politik utama.

Cadangan ini kemudiannya didokong penuh oleh ulama parti itu menerusi Ketua Dewan Ulama parti itu, Dr Mahfodz Mohamed selain Naib Presiden Iskandar Abdul Samad.

Selain itu beberapa pemimpin daripada PKR iatu Mohamed Azmin Ali selaku Timbalan Presiden parti.

Ini sudah tentu lahir daripada kesedaran kekalahan yang diterima oleh PAS pada Pilihan Raya Negeri  (PRN) Sarawak dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar, di mana BN dilihat menerima manfaat yang lebih atas pertelingkahan sesama sendiri parti pembangkang.

Namun begitu, bagaimana pula dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) melihat cadangan ini?

Walaupun Amanah menyifatkannya sebagai cadangan yang bernas dan bakal membuahkan manfaat kepada parti pembangkang, namun dalam masa yang sama parti itu menyerang PAS yang disifatkan sebagai tidak ikhlas menyatakan niat kerana parti itu turut dilihat cenderung kepada Umno-BN.

Ada betulnya apa yang dikatakan oleh Khalid Samad selaku Pengarah Komunikasi parti  Amanah itu.

Parti baharu ibarat ‘sampah yang berkumpul’ - Shahrir Samad

Shahrir berpendapat, parti baharu itu mungkin boleh mencetuskan senario politik baru tetapi tidak mampu mengugat BN.
Tan Sri Shahrir Samad
PETALING JAYA: Parti baharu yang bakal ditubuhkan bekas perdana menteri disifatkan “macam sampah yang berkumpul”.
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad yang dipetik Oriental Daily sebagai berkata, DAP selama ini berusaha mencari “formula” untuk menjatuhkan kerajaan persekutuan.
Menurutnya, antara usaha itu termasuk bergabung dengan PKR pimpinan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2013 yang bakal berganding dengan parti baharu akan ditubuhkan tidak lama lagi.
“Kem pembangkang hanya oportunis, tiada prinsip dan ideologi politik. Penggabungan mereka macam sampah yang berkumpul, ia mempunyai arah tuju sama tetapi berasal daripada kategori sampah tidak sama,” katanya ketika menghadiri sebuah majlis rumah terbuka Hari Raya di Johor Bahru, hari ini.
Khamis lalu, Dr Mahathir mengumumkan sebuah parti politik baharu yang turut dipersetujui parti pembangkang akan ditubuhkan tidak lama lagi.
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak semestinya mengetuai parti baharu itu yang akan membentuk pakatan pembangkang lebih besar untuk menawan Putrajaya pada PRU14.
Shahrir berpendapat, parti baharu itu mungkin boleh mencetuskan senario politik baru tetapi tidak mampu mengugat BN.

PKR belum muktamadkan bekerjasama dengan Dr M

Walaupun dikatakan sudah mendapat sokongan semua parti pembangkang untuk bekerjasama dengan parti baharu ditubuh Tun Dr Mahathir Mohamad, PKR sebaliknya masih belum membuat keputusan muktamad berhubung perkara tersebut.
Menurut Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mereka hanya akan tunggu dan lihat sebelum memuktamadkan sebarang kerjasama dengan parti Dr M tersebut.
Kenyataan Wan Azizah perkara ini mungkin beliau masih tidak dapat melupakan insiden hitam dimana suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah menjadi mangsa politik kepada bekas perdana menteri tersebut.
“Setakat ini, kita hanya ambil pendekatan tunggu dan lihat dulu. Kita hendak tahu juga siapa pemimpin parti baharu itu, kerana apa yang difahamkan, Tun (Dr Mahathir) tidak mahu jadi presidennya.
“Kita juga perlu menilai apa matlamat parti baharu itu. Kalau ada persamaan, mungkin kita boleh kerjasama,” katanya semasa ditemui di Majlis Rumah Terbuka Parlimen Permatang Pauh di Dataran Rakyat pada Sabtu.
Beliau mengulas pembentukan pakatan baharu dan cadangan penubuhan parti politik baharu, yang diumumkan Dr Mahathir, Khamis lalu.
Dr Mahathir mengumumkan akan membentuk sebuah parti baru melibatkan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.
Wan Azizah tidak hadir semasa pertemuan antara Dr Mahathir dengan parti pembangkang dan kumpulan NGO di pejabatnya, Yayasan Kepimpinan Perdana.

Parti baru Dr M tamparan buat DAP, PKR dan AMANAH - Pemuda Umno

Pergerakan Pemuda UMNO melihat hasrat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan parti baharu, sebagai tanda ketidakyakinan beliau terhadap parti-parti pembangkang sedia ada.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata kegagalan parti DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar, menyebabkan Dr Mahathir terpaksa menubuhkan parti baharu dan tidak boleh bergantung harap kepada parti pembangkang yang lain.
"Kalau beliau yakin dengan rakan-rakan pembangkang beliau yang baharu ini iaitu DAP, PKR dan Amanah, tak perlu beliau tubuhkan parti baharu.
"Ini bagi saya satu tamparan buat DAP, PKR dan Amanah sampai negarawan usia 90 tahun terpaksa keluar daripada persaraan dunia politik untuk tubuhkan parti sendiri," kata Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan kepada media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di Gadong, Rembau hari ini, yang dihadiri kira-kira 15,000 tetamu.
Khamis lepas, Dr Mahathir mengumumkan beliau akan menubuhkan parti baharu yang akan menjadi sebahagian daripada komponen pakatan pembangkang bagi menghadapi PRU ke-14.
Di Larut, Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata penubuhan parti baharu oleh Dr Mahathir secara tidak langsung mendedahkan matlamat bekas anggota UMNO itu yang selama ini kononnya berjuang demi parti.
Hamzah berkata penyertaan bekas anggota UMNO dalam parti baharu tersebut jelas menunjukkan mereka merupakan individu yang gilakan kuasa.
"Kami tidak mahu musang yang berbulu ayam dalam parti. Bila Tun Mahathir buat parti baharu, kita nampak dengan jelas siapa yang nak sangat kuasa.
"Sebelum ini mereka beriya kata penyertaan dalam UMNO adalah atas nama perjuangan, tapi sekarang siapa yang tamak nak kuasa," kata Hamzah yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Senarai pemimpin parti baru Dr M palsu

Satu senarai tersebar luas di media sosial yang didakwa merupakan barisan kepimpinan dalam parti politik baru yang bakal dibentuk Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun salah seorang orang kuat Mahathir, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memberitahu Malaysiakini bahawa senarai itu adalah palsu.
Nama Khairuddin sendiri disenaraikan sebagai 'setiausaha agung' parti baru berkenaan.
Senarai itu mendakwa parti yang dinamakan sebagai Parti Melayu Baru Bersatu itu akan menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai presiden, manakala Datuk Seri shafie Apdal memegang jawatan timbalan.
Selain itu ia juga menyenaraikan nama naib-naib presidennya yang terdiri daripada bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim, bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa, bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas ketua wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz.
Ia juga menyenaraikan ahli majlis tertinggi parti itu terdiri daripada ahli-ahli politik, aktivis, dan teknokrat, termasuk bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan penari Bilqis Hijjaz.
Senarai palsu itu muncul dua hari selepas Mahathir mengesahkan spekulasi mengenai usaha pembentukan sebuah parti politik baru.
Parti itu dijangka menjadi gabungan besar pembangkang yang akan menampilkan PKR, DAP dan AMANAH bagi menghadapi BN dalam pilihan raya umum akan datang.
Mahathir berkata ia belum diputuskan sama ada parti baru itu akan eksklusif kepada orang Melayu atau terbuka kepada semua kaum.

Lagi baik pemain kampung, veteran bidas pemain JDT

Seorang veteran mahu FAM 'gam' pemain bersara daripada skuad kebangsaan, manakala bekas jurulatih Dollah Salleh 'letih' mahu memberi komen.
dollah
PETALING JAYA: Bekas bintang bolasepak kebangsaan, Khalid Ali membidas tindakan beberapa pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) meninggalkan skuad kebangsaan sebagai perbuatan tidak patriotik.
Khalid yang pernah terlibat dengan pasukan Malaysia ke Sukan Olimpik di Moscow pada 1980 itu menyifatkan empat pemain JDT itu langsung tidak mempunyai semangat patriotisme dan menambah mereka lebih teruk daripada “pemain kampung”.
“Tidak ada semangat langsung. Pemain kampung lebih baik daripada mereka. Saya langsung tak hormati mereka.
“Jangan sebut nama mereka depan saya. Pada saya mereka telah dikuburkan. Saya langsung tidak menghormati. Jika saya jumpa mereka, saya tidak akan pandang mereka,” katanya kecewa dengan tindakan empat pemain JDT yang mengumumkan persaraan daripada skuad kebangsaan.
Pemain JDT Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Radzak, S Kunanlan dan Mohd Amirulhadi Zainal mengumumkan persaraan mereka daripada skuad kebangsaan dengan alasan mahu memberi peluang kepada pemain muda.
Persaraan mereka dikatakan berkait dengan kritikan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), baru-baru ini.
Tunku Mahkota Johor itu turut mendakwa FAM gagal memelihara kebajikan pemain.
“FAM lakukan apa yang biasa mereka lakukan iaitu mengabaikan mereka. Sama seperti bagaimana mereka mengabaikan kelab dan penyokong bola sepak di seluruh negara selama 30 tahun,” katanya.
Khalid turut meminta agar FAM menyenarai hitamkan mana-mana pemain yang ingin bersara daripada skuad kebangsaan selepas ini.
Katanya, sekiranya FAM mengambil kembali pemain yang bersara itu, dia akan menjadi orang yang pertama menentang badan bola sepak Malaysia itu.
“Saya katakan kepada FAM kalau FAM ambil pemain yang bersara sekarang ini, saya kata saya akan mengutuk FAM sedalam-dalamnya. Lupakan mereka semua ini. Jangan kita pandang lagi pemain-pemain yang telah bersara. Kita senarai hitamkan mereka.
“Biar mereka bersendirian. Itu cara paling baik nak ajar orang yang nak membunuh bola sepak dalam negara kita,” katanya kepada FMT.
Bekas pemain Selangor itu turut menyarankan agar pemain JDT yang ingin bersara meneruskan niat mereka secara besar-besaran dan menasihatkan agar pemain kebangsaan yang dipilih nanti bekerja keras dan buat yang terbaik.

Mahathir nafi anjur rumah terbuka 24 Julai


Mahathir nafi anjur rumah terbuka 24 Julai ini. Gambar Tun Dr Mahathir di rumah terbukanya 2012 lalu.Mahathir nafi anjur rumah terbuka 24 Julai ini. Gambar Tun Dr Mahathir di rumah terbukanya 2012 lalu.
Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau akan mengadakan majlis rumah terbuka 24 Julai minggu depan sebagaimana yang disebarkan oleh media sosial.
Menurut firma guaman Tetuan Syed Iskandar Syed Jaafar, pihaknya diarahkan untuk membuat penafian mengenai majlis tersebut.
"Adalah dengan ini yang firma kami di arahkan pejabat YA Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memaklumkan bahawa tiada sebarang rumah terbuka oleh YA Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad akan di anjurkan pada tarikh 24hb Julai 2016 dan semua pihak di minta mengambil maklum.
"Makluman ini ialah untuk mengelakkan sebarang kekeliruan serta kesulitan yang mungkin berlaku jika berita ini diterima sebagai benar," kata kenyataan itu.

Mapim kutuk cubaan rampasan kuasa di Turki




Majlis Perundingan Petubuhan Islam Malaysia (Mapim) dengan tegas dan tanpa kompromi mengutuk sekeras-kerasnya percubaan rampasan kuasa oleh sekelompok tentera di Turki kelmarin.

Ini adalah jelas suatu konspirasi jahat kelompok yang mempunyai agenda anti Islam dan anti demokrasi serta anti rakyat, walaupun mereka yang terlibat dalam percubaaan itu mendakwa mahu mengembalikan kestabilan dan sekuriti Turki.

Kami berpendapat konspirasi antara golongan anti Presiden Erdogan dari dalam dan luar Turki terus merencana pelbagai strategi untuk menggugat kestabilan Turki.

Adalah tidak terlalu jauh untuk menduga konspirasi tersebut didalangi oleh kuasa imperialis Barat bersama dengan Zionis Israel.

Sesungguhnya potensi Turki sebagai sebuah negara umat Islam yang paling aktif berperanan mengenai pelbagai isu umat Islam di seluruh dunia sangat dicemburui oleh Barat. Kepimpinan Presiden Erdogen yang telah mendapat kepercayaan dan kesetiaan rakyat telah mengukuhkan kedudukannya untuk melancarkan secara bertahap agenda Islamisasi Turki sehingga ia sedang diperhati dengan sangat mencurigakan oleh negara-negara kuasa Barat.

Kami percaya dengan peranan aktif dan proaktif Turki selama ini dibawah Erdogan menangani isu-isu umat Islam seperti Palestin, Baitul Maqdis, Myanmar, Mesir, China, Russia, Libya, Somalia, Afrika Tengah, maka kuasa Barat telah melihat Turki sebagai suatu kuasa baru umat Islam yang boleh menjejaskan hegemoni Barat terhadap Islam dan umat Islam.

Kami menegaskan penolakan rakyat Turki terhadap pemerintahan tentera adalah akibat dari pengalaman pahit yang dilalui oleh mereka setelah berlaku kudeta sebanyak empat kali dalam sejarah Turki.

Agenda de-sekularisasi dan Islamisasi Turki di bawah kebijaksanaan kepimpinan Recep Tayyib Erdogan telah menjadikan pemerintahan Turki berpotensi muncul sebagai negara umat Islam paling berpengaruh untuk menangani pelbagai isu umat Islam yang tertindas.

Turki kini ternyata mempunyai budaya tadbir Islam yang sangat disegani dan dikagumi oleh dunia di samping membangunkan gerakan masyarakat madani yang semakin terserlah. Walaupun menghadapi banyak tentangan politik dalaman dan luaran yang sangat mencabar namun jelas Turki terus bergerak ke hadapan dengan agenda pembangunan yang dapat dinikmati oleh rakyatnya.

Kini Turki dibebankan dengan tanggungan jutaan pelarian Syria, gerakan dari puak pemisah Kurdish, serangan dari kelompok ISIS, rencana Zionis Israel untuk menggugat kestabilan dan pertahanan Turki.

Jelas potensi dan kekuatan kepimpinan Turki sekarang menggugat kepentingan Barat dan Israel. Kuasa Barat secara senyap dan licik merencana untuk mengekang kebangkitan Turki.

IKRAM kutuk percubaan rampasan kuasa di Turki


Ikram menzahirkan solidariti bersama rakyat TurkiIkram menzahirkan solidariti bersama rakyat Turki
Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram) mengutuk sekeras-kerasnya percubaan rampasan kuasa ke atas kerajaan yang dipilih secara demokratik di Turki.
Presiden Ikram Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad berkata, Ikram menzahirkan solidariti bersama rakyat Turki dan berharap situasi di Turki di bawah pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan kembali tenang dan sebarang pertumpahan darah seterusnya dapat dielakkan.
“Ikram menegaskan lagi sokongan terhadap sistem demokrasi dan menolak sebarang percubaan untuk menggugat demokrasi di mana-mana negara sekalipun.
“Ikram menyeru semua pihak untuk menyelesaikan isu-isu politik melalui saluran perlembagaan dan demokrasi, dan menolak sebarang cara keganasan dan pertumpahan darah.
Bemula petang Jumaat waktu tempatan, sekumpulan kecil tentera cuba melakukan aksi kudeta dengan menguasai beberapa jalan perhubungan, lapangan terbang dan stesen televisyen di Turki.
Sementara itu, Erdogan berkata, beliau sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri bagi mempertahankan Turki daripada tindakan tidak bertanggungjawab segelintir tentera yang cuba melakukan rampasan kuasa ke atas kerajaannya pada Jumaat pagi.
Erdogan berkata, Turki adalah segala-galanya baginya dan untuk itu nyawanya boleh menjadi galang ganti sekiranya 'itu yang diperlukan' untuk memastikan keamaan kembali di Turki.
"Bendera Turki merupakan penghormatan kepada saya, negara saya merupakan penghormatan kepada saya dan saya bersedia untuk mati bagi mempertahankannya," katanya seperti dipetik CNN.
Erdogan berkata, penguatkuasaan undang-undang telah dilaksanakan bagi menangkap pegawai tentera yang bersikap tidak bertanggungjawab bagi menggulingkan kerajaannya.

Percubaan Kudeta yang digagalkan di Turki.

Pemimpin kanan Turki umumkan percubaan rampasan kuasa telah digagalkanPemimpin kanan Turki umumkan percubaan rampasan kuasa telah digagalkan
SAID IMADDUDEEN

Hari ini rakyat Turki telah berjaya mencatat satu sejarah kemenangan kerana berjaya menghalang suatu kudeta yang diusahakan oleh sekumpulan kecil pihak askar.
Usaha Kudeta yang berlaku pada 16 Julai 2016 ini bukanlah kudeta yang pertama, ia pernah berlaku berkali-kali pada tahun 1960, 1971 dan 1997. Ia juga pernah berlaku pada era Uthmaniyyah oleh pihak askar elit Janissary.
Namun kerana kemajuan teknologi telekomunikasi dan juga kemampuan pemerintah Turki menggerakkan rakyat marhaen dalam masa yang singkat untuk turun ke jalan juga telah menjadi sebab usaha mematahkan kudeta ini daripada berjaya.
Apa yang berlaku di Turki pada saat ini menjadi satu contoh dimana masyarakat/rakyat mampu menghalang sebarang usaha jahat dan mampu melakukan perubahan. Namun usaha ini haruslah bersifat kolektif.
Alhamdulillah hari ini kita melihat semua parti2 pembangkang, top general, masyarakat dunia telah bersama-sama menunjukkan penentangan terhadap usaha kudeta terhadap kerajaan yang telah dipilih secara demokrasi.
Said Imaddudeen adalah rakyat Malaysia yang tinggal di Turki dan berkahwin dgn wanita Turki.

2,800 tentera rampasan kuasa ditangkap setakat ini

1,563 tentera rampasan kuasa ditangkap setakat ini
Polis Turki menahan askar Turki di Taksim Square in Istanbul, hari ini. - Foto EPA
ISTANBUL - TURKI. Angka tentera terlibat cubaan rampasan kuasa di Turki yang berjaya ditahan meningkat kepada 2,800 orang menurut Perdana Menterinya, Binali Yildirim, lapor BBC.

Kesemua suspek itu yang ditahan di seluruh Turki itu kini dalam tahanan pihak berkuasa.

Sementara itu, 200 daripadanya dikatakan telah menyerahkan diri manakala 161 disahkan terbunuh.

Agensi berita tempatan pula melaporkan sebahagian besarnya adalah orang awam dengan lebih 1,440 yang lain cedera dan sedang menerima rawatan di hospital.

Jeneral tentera yang berjaya diselamatkan daripada tahanan tentera pemberontak berkenaan, Hulusi Akar dilaporkan CNN akan mengetuai operasi terhadap kumpulan yang mencuba untuk menggulingkan kerajaan.

Namun beberapa pimpinan tentera yang turut ditangkap pemberontak sebelum ini masih belum diketahui nasibnya.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pula dalam kenyataannya sebentar tadi mengesahkan beliau masih berkuasa di Turki.

Pakatan Harapan kecam cubaan rampasan kuasa di Turki


KUALA LUMPUR, 16 JULAI: Majlis Presiden Pakatan Harapan melahirkan rasa terkejut serta mengecam keras tindakan cubaan merampas kuasa di Turki oleh pihak tenteranya sendiri, awal pagi tadi.
Turki1“Sebarang percubaan untuk menukarkan kerajaan Turki perlulah dengan cara aman, berperlembagaan, demokratik dan sebarang percubaan menukar kerajaan melalui campurtangan kuasa tentara perlulah ditentang,” kata Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Presiden Amanah Mohamad Sabu dalam kenyataan bersama hari ini.
Mereka turut memberitahu bahawa cubaan tindakan ketenteraan untuk merampas kuasa di Turki tersebut jelas membelakangi proses demokratik dan suara rakyat Turki.
“Kami mendoakan keselamatan rakyat Turki yang kini berhimpun di jalanraya bagi menyatakan sokongan terhadap demokrasi,
“Cubaan rampasan kuasa tentera ini mesti dihentikan, dan semua pihak mesti segera bertenang,” tambah mereka.
Memetik laporan media, tindakan ketenteraan yang bermula malam (Sabtu) tadi telah menyebabkan seramai 42 orang terbunuh.
Bagaimanapun, rampasan kuasa itu gagal setelah rakyat Turki bangkit dengan berkumpul di jalanan setelah menyahut seruan Presidennya Recep Tayyip Erdogan untuk berhimpun di jalan raya.

Asem Summit DI Monggolia : Mana PM Malaysia Najib

Oleh DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
1.Pada 15-16 July sedang berlansungnya 11th ASEM SUMMIT  of Head of State of Gorverment -Asia-Europe Meeting di Ulaanbaatar,MONGGOLIA. Kebanyakan negara utama di wakili oleh Ketua Kerajaan.Persoalannya kenapa Malaysia sebagai negara anggota yang penting dalam ASEM hanya diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Zahid Hamidi?.Sedang dalam keadaan Malaysia perlu mendapat sokongan dan dokongan negara besar perlu lah menampilkan imej seorang Perdana Menteri yang bersedia berhadapan dengan pemimpin besar dunia.


2.Adakan ini akibatnya apabila imej PM Malaysia tercemar dengan Skandal Negara pembunuhan Altantuya warga negara Mongolia yang sangat misteri dan banyak persoalan yang tak terjawab hingga kini. Masyarakat Antarabangsa sedang bertanya dimana PM Malaysia yang bernama Najib.Sebelum ini pada 29 March-4 April 2016 Najib juga tidak menghadiri  Nuclear Security Summit di Washinton DC dan hanya diwakili oleh TPM Zahid Hamidi.Adakah Najib termasuk senarai orang hilang atau menjadi Perdana Menteri yang hilang dari pentas antarabangsa.

HARAPAN KEHARMONIAN POLITIK BARU DI BAWAH PIMPINAN MAHATHIR

TIDAK LAGI BOLEH PERSETANKAN TUN
Perpaduan tenaga Melayu dan Islam parti-parti pembangkang di bawah Pakatan Pembangkang Baharu yang bakal diketuai oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang akan menubuhkan parti barunya akan membersihkan Mahathir dari prasangka buruk bersekongkol dengan DAP.
UMNO telah mengexploitasi sepenuhnya isu ini untuk memanaskan kemarahan orang Melayu terhadap Tun dan melumpuhkan perjuangannya untuk menggulingkan Najib.
HARAPAN KEHARMONIAN POLITIK BARU DI BAWAH PIMPINAN MAHATHIRKenyataan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali untuk kembali ke dalam politik berikutan dengan langkah penubuhan parti baru Tun Mahathir itu memberikan sokongan moral yang sangat besar kepada Tun walaupun Ibrahim tidak mengisytiharkan akan bersama dalam parti baharu itu.
Yang telah pasti akan bersama dengan Tun di bawah Pakatan Pembangkang Baharu berasaskan kepada kehadiran dalam mesyuarat bersama dengan Tun kelmarin ialah DAP, PKR dan PAN.
Matlamat utama Tun bukan untuk kembali menjadi Perdana Menteri tetapi untuk menggantikan Datuk Najib dengan orang lain sebagai Perdana Menteri yang kelayakannya bebas dari persoalan integriti di kalangan masyarakat tempatan dan antarabangsa.
Tun terus terang menyatakan bahawa bukanlah tujuan beliau dengan penubuhan parti baru untuk bertanding dalam Piliharnaya Umum ke 14 yang dengan sendirinya menafikan sebarang prasangka untuk kembali menjadi Perdana Menteri.
Sekiranya Ibrahim Ali menyertai parti baru pimpinan Mahathir yang akan bersama dalam Pakatan Pembangkang baharu yang disertai oleh DAP maka Mahathir dengan kewibawaan pimpinannya, tidaklah lagi akan terlihat sebagai menjual orang Melayu kepada DAP sebaliknya akan dapat membantu menghakiskan imej perkauman Cina DAP.
Jika Ibrahim Ali yang mewakili sejumlah besar bekas ahli UMNO dan Lim Kit Siang yang mewakili orang Cina dapat duduk bersama di bawah pimpinan Mahathir, pastinya akan membantu mewujudkan suatu keharmonian politik baru di Malaysia yang lebih mantap dari pimpinan Anwar Ibrahim yang membawa kerjasama PAS DAP .
Anwar Ibrahim hampir berjaya mencorakkan politik baharu tetapi kerana masalah moralnya yang sangat kotor dan keupayaan politik Mahathir yang lebih besar dalam mengekalkan kekuatan UMNO dan ekonomi negara telah menyebabkan beliau hancur.
Ramai pemimpin-pemimpin politik di bawah Pakatan Pembangkang Baharu ini lebih berkeupayaan dari segi kredebiliti, integriti dan ketokohan dibandingkan dengan barisan kepimpinan UMNO atau BN sekarang.
UMNO dan BN akan lebih tercabar jika Pakatan Pembangkang pimpinan Mahathir ini disertai oleh Pas yang sedang mencari perdamaian dengan PAN.
UMNO tidak lagi boleh persetankan politik Mahathir hanya kerana kerjasama dengan DAP.

ZAM

‘Senarai AJK parti baharu disediakan orang bodoh’

Menurut senarai itu, parti baharu yang bakal ditubuhkan dinamakan Parti Melayu Baru Bersatu.
mahathir
PETALING JAYA: Satu senarai ahli jawatankuasa (AJK) parti baharu bakal ditubuhkan yang mengandungi nama dan jawatan pemimpin tersebar di media sosial.
Menurut senarai itu, parti baharu yang diumumkan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad Khamis lalu yang belum pun ditubuhkan itu dinamakan Parti Melayu Baru Bersatu.
Bekas Menteri Perdagangan, Tan Sri Rafidah Aziz; bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sepatutnya menganggotai jawatankuasa parti baharu itu.
Nama bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut muncul dalam senarai itu.
Nama penari, Bilqis Hijjas yang dibebaskan bulan lalu daripada tuduhan melepaskan belon kuning sebagai bantahan terhadap kehadiran Datuk Seri Najib Razak dan isteri dalam sebuah acara di pusat beli-belah Pavilion serta aktivis, Hihamuddin Rais turut berada dalam senarai itu.
Bagaimanapun, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang turut dinamakan, menolak senarai itu dan menyeru orang ramai menggunakan logik akal untuk menentukan kesahihannya.
“Anda perlu menggunakan logik anda. Ini adalah kerja-kerja mereka yang berfikiran kotor, buruk dan hodoh,” katanya ketika dihubungi FMT.
Walaupun baru mengumumkan akan kembali menyertai sebuah parti politik kelmarin, beliau bagaimanapun menegaskan belum memutuskan parti mana yang menjadi pilihannya.
“Saya tidak tergesa-gesa. Ada banyak pilihan. Itu senarai disediakan orang bodoh,” katanya.
Setiausaha akhbar Muhyiddin, Hafiz Abdul Halim turut menolak khabar angin itu sebagai tidak benar.
“Muhyiddin tidak menghadiri sebarang mesyuarat berkaitan perkara ini. Bagaimana wujud pelantikan itu? Tentunya ia tidak benar,” tegasnya.
Mereka yang berada dalam kem Shafie turut menafikan senarai itu.
Aktivis belia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata: “Senarai itu tidak benar. Ia palsu sama sekali.”
Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas ahli Umno, Anina Saadudin turut menafikan kesahihan senarai itu.
Anina mendakwa mereka yang menyertai parti baharu itu tidak gila jawatan, sebaliknya sanggup mencari kebenaran tanpa memegang sebarang jawatan.
“Ramai betul pihak di sana (Najib) yang takut dengan parti baharu. Parti baharu ini bukan seperti Najib hinggakan ada orang terkejut tiba-tiba jadi menteri.
“Dalam parti baharu, semuanya dibincangkan secara muafakat. Hati kami padu. Kami juga tidak laparkan jawatan.
“Jadi, tidak timbul langsung isu tentang jawatan parti. Yang penting, kami cuma mahukan parti untuk melawan Najib,” katanya.

Nancy jamin perubahan portfolio tidak jejaskan perbincangan penurunan kuasa

Sarawak sudah cukup bersedia dan menyiapkan semua perkara yang ingin mereka kemukakan kepada kerajaan persekutuan.
nancy syukri
KUCHING: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata perubahan portfolio beliau baru-baru ini tidak menjejaskan perbincangan mengenai penurunan kuasa daripada kerajaan persekutuan kepada kerajaan Sarawak.
“Sarawak sudah cukup bersedia dan menyiapkan semua perkara yang ingin mereka kemukakan kepada kerajaan persekutuan. Saya tidak fikir perkara itu akan menjejaskan mereka, tapi saya menghargai semua komen, termasuk daripada pembangkang, yang menunjukkan mereka semua prihatin tentang Sarawak.
“Saya masih memainkan peranan dalam hal itu, saya masih lagi menteri yang bertanggungjawab menyelia perkara berkaitan penurunan kuasa kepada Sarawak.
Perkara itu diputuskan Kabinet, tidak ada penarikan balik, tidak ada pemberhentian atau sebagainya,” kata beliau kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya di sini hari ini.
Nancy berkata demikian bagi mengulas kenyataan pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen bahawa perubahan portfolio beliau menjejaskan urusan penurunan kuasa kepada Sarawak.
Nancy juga menolak sebarang andaian bahawa dengan perubahan portfolio beliau baru-baru ini, kerajaan persekutuan cuba mengetepikan rakyat Sarawak.
“Marilah kita bergerak ke hadapan kerana ia juga sesuatu yang baik bagi Sarawak. Marilah kita terus mara untuk melakukan sesuatu yang boleh kita gunakan, manfaatkan dan sudah ada dalam minda saya apa yang ingin saya lakukan, terutama berkaitan inovasi sosial.
“Saya berpendapat, inovasi sosial adalah sesuatu yang perlu kita lakukan. Saya harap saya dapat memulakan sesuatu mengenai Sarawak juga,” katanya.

Dulu Dr M 'kerjakan' saya, kini mahu Najib - Pairin

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan berkata, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan berhenti dari berusaha untuk 'mengerjakan' musuh-musuhnya.
Menurut laporan New Straits Times hari ini, Pairin berkata, langkah Mahathir menubuhkan parti baru adalah tidak mengejutkan kerana beliau ternyata tidak menyukai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Akhbar harian berbahasa Inggeris itu melaporkan Pairin menggelarkan Mahathir sebagai 'haiwan politik' yang tidak akan berhenti untuk mengusir sesiapa sahaja yang beliau tidak gemar.
"Sebaik sahaja Mahathir memutuskan tidak menyukai seseorang, sama seperti beliau tidak suka saya, dia akan usir orang itu menggunakan semua kekuatan yang ada.
"Beiau cuba berbuat demikian kepada saya," kata Pairin, menurut laporan berkenaan, selepas menerima kunjungan hormat daripada Majlis Belia Persatuan Kebudayaan Kadazandusun, semalam.
Selaku Presiden Parti Bersatu Sabah, Pairin mempunyai hubungan yang panjang dan tidak harmoni dengan Mahathir setelah beberapa kali membawa partinya masuk dan keluar BN.
Mengulas mengenai parti baru Mahathir, Pairin berkata, keputusan itu 'masih belum menampakkan kesan' tetapi ia adalah hak Mahathir, memetik laporan tersebut.

KENAPA ZAHID MASIH NAK GUNA TAKTIK LAMA TUN M?

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, UMNO dan BN tidak tergugat dengan hasrat Tun Mahathir Mohamad mahu menubuhkan parti politik baru kerana akan menggunakan taktik yang pernah digunapakai oleh bekas Perdana Menteri itu untuk melawannya.

"Orang yang mahu menubuhkan parti berkenaan ketika menjadi pemimpin suatu ketika dahulu juga mengambil tindakan yang sama terhadap musuh-musuh politiknya, jadi atas ilmu politik yang pernah diajar itu, kami akan laksanakannya balik," kata Zahid lagi.
Sekali imbas, hujah Zahid itu menampakkan seolah-olah UMNO dan BN memang sudah sedia untuk berlawan dengan Tun Mahathir yang akan menubuhkan parti dan gabungan barunya tidak lama lagi.

Tetapi, tindakan beliau itu turut menampakkan UMNO dan BN tidak ada strategi serta pendekatan baru yang tersendiri untuk berhadapan dengan Tun Mahathir.

Kenapa taktik lama Tun Mahathir juga yang mahu digunakan?

Adakah UMNO dan BN benar-benar tidak ada taktik baru?

Mampukan UMNO dan BN memenangi "peperangan" berlawan dengan Tun Mahathir sedangkan taktik lama Tun Mahathir juga yang akan digunakan?

Tidakkah dengan menggunapakai taktik lama Tun Mahathir, ia bukan saja mungkin tidak sesuai lagi untuk buat masa kini, bahkan turut memberi kelebihan kepada bekas Perdana Menteri itu sendiri untuk mematahkannya kembali?

Jika taktik lama itu berjaya dipatahkan kembali oleh Tun Mahathir, apa pula taktik lain yang akan digunakan selepas itu?

Atau Zahid sebenarnya mahu Najib tewas lebih awal dalam "peperangan"  dengan Tun Mahathir ini?

Muhyiddin akan cari kesepakatan dalam pembangkang

Muhyiddin yakin parti-parti pembangkang dapat mengetepikan perbezaan, mewujudkan kesepakatan dan mencapai kemenangan pada PRU14.
Muhyiddin38
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengetuai usaha mencari kesepakatan antara semua parti pembangkang untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Penubuhan sebuah wadah politik baharu hanya akan berkesan sekiranya ia dipersetujui secara konsensus oleh rakan-rakan pimpinan parti-parti pembangkang yang lain.
“Untuk itu saya akan meneruskan perbincangan dengan pihak-pihak yang berkaitan sebelum memutuskan langkah selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke Facebooknya hari ini.
Khamis lalu, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan sebuah parti politik baharu yang turut dipersetujui parti pembangkang akan ditubuhkan tidak lama lagi.
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak semestinya mengetuai parti baharu itu yang akan membentuk pakatan pembangkang lebih besar untuk menawan Putrajaya pada PRU14.
Muhyiddin yang dipecat Umno kerana melanggar disiplin parti akhir bulan lalu menjelaskan, andaian BN akan terus berkuasa dan parti-parti pembangkang terus berpecah tidak semestinya betul.
Sehubungan itu tegasnya, parti-parti pembangkang perlu kembali berunding untuk mewujudkan kesepakatan dalam menghadapi PRU14 bagi meraih keyakinan rakyat yang parti politik selain BN mampu mentadbir Malaysia dengan lebih baik dan membela nasib rakyat.
“Saya yakin Malaysia sudah bersedia untuk menyongsong arus perubahan dan rakyat tanpa mengira kaum dan agama akan bersatu hati untuk membela nasib rakyat, menentang rasuah, salah guna kuasa dan manipulasi sentimen perkauman yang melampau demi mencipta masa depan lebih baik untuk semua.
“InsyaAllah, berkat muafakat rakyat dan jiwa besar pemimpin yang ikhlas memperjuangkan nasib rakyat dan kepentingan negara, kita akan berjaya mengetepikan perbezaan, mewujudkan kesepakatan dan mencapai kemenangan,” katanya.

Pemimpin pembangkang Malaysia sokong Presiden Turki

Pemimpin PH menyifatkan cubaan menukar tampuk pemerintahan di Turki itu sebagai perbuatan tidak mengendahkan proses demokratik dan kehendak rakyat.
pakatan-harapan_Erdogan_turki_6001
PETALING JAYA: Pemimpin pembangkang Malaysia menunjukkan sokongan kepada Presiden Turki, Tayyip Erdogan selepas sekumpulan tentera cuba merampas kuasa semalam.
“Kami terkejut dengan berita cubaan rampasan kuasa terhadap kerajaan Recep Tayyip Erdoğan di Turki,” kata Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dalam satu kenyataan.
Pemimpin PH menyifatkan cubaan menukar tampuk pemerintahan di Turki itu sebagai perbuatan tidak mengendahkan proses demokratik dan kehendak rakyat.
“Pakatan Harapan menyokong Presiden Erdogan dan rakyat Turki. Kita berdoa untuk keselamatan orang-orang Turki yang kini berkumpul di jalan raya sebagai tanda sokongan terhadap demokrasi.
“Kami menggesa cubaan rampasan kuasa itu ditamatkan segera dan semua pihak bertenang serta mengawal perasaan masing-masing,” kata kenyataan itu yang ditandatangani Ketua Pembangkang merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
Menurut mereka, pertukaran kerajaan perlu dilakukan melalui cara demokrasi.

Kronologi rampasan kuasa tentera Turki yang gagal

Masyarakat Turki berkumpul di TAKSIM untuk MERAYAKAN KEGAGALAN KUDETAMasyarakat Turki berkumpul di TAKSIM untuk MERAYAKAN KEGAGALAN KUDETA
Percubaan sekumpulan tentera Turki merampas kuasa yang tidak disokong unit-unit tentera secara keseluruhan telah digagalkan dengan sokongan rakyat dengan mereka turun beramai-ramai menyokong kerajaan yang dipilih secara demokrasi.
Berikut adalah kronologi peristiwa rampasan kuasa yang berlaku pada Jumaat malam (waktu Turki)
02.00: Masyarakat Turki berkumpul di TAKSIM da beberapa tempat lain untuk MERAYAKAN KEGAGALAN KUDETA.
01.57: Masyarakat makin banyak yang ke jalan MENOLAK MARTIAL LAW.
Di Istanbul terdengar ledakan senjata api.
01.52: Tentara Kudeta yang menduduki bandara Ataturk telah diamankan.
01.50: Pemimpin Partai OPOSISI: Kami mendukung pemerintahan yang SAH. Kami tidak ingin kembali ke zaman KUDETA.
01.46: Di jalan utama Vatan Caddesi, 4 tank telah berhasil dikeluarkan. Senjata yang ada di tangan tentara telah diamankan. Rilis resmi dari pemda Istanbul.
01.43: Gelombang masyarakat Turki yang keluar rumah semakin membesar. Mereka mengarah ke lokasi yang diduduki sekelompok kecil militer.
01.41:Seorang kolonel dan 3 tentara pendukung kudeta ditangkap kepolisian Istanbul.
01.40:
Di kantor-kantor pemerintahan yang diduduki kelompok kecil militer, mereka diusir oleh rakyat Turki. Tentara yang mendukung kudeta diarak keluar gedung.
01.37: Angkatan Laut Turki TIDAK MENDUKUNG KUDETA.
01.35:
Di masjid-masjid dikumandangkan TAKBIR.
01.34:
Kudeta ini dilakukan oleh KELOMPOK KECIL MILITER. Militer Turki secara umum tidak melakukan kudeta dan TIDAK MENDUKUNG KUDETA. (sumber: tv)
01.31:
Pimpinan Tertinggi Militer Umit Dundar menyatakan Militer tidak mendukung kudeta.
01.29:

60 maut, 754 ditahan cuba rampas kuasa di Turki

Erdogan mendakwa cubaan rampasan kuasa itu didalangi pengikut ulama berpangkalan di Amerika Syarikat, Fethullah Gulen.
turki1
PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya 60 orang maut di Ankara dalam cubaan rampasan kuasa di Turki yang bermula semalam.
Reuters memetik seorang pegawai kanan kerajaan Turki mengesahkan 17 daripada mangsa korban itu adalah anggota polis.
Pada masa sama, Menteri Keadilan, Bekir Bozdag berkata, seramai 754 anggota tentera ditahan kerana disyaki terbabit dalam cubaan rampasan kuasa itu.
Sementara itu, Presiden Turki, Tayyip Erdogan mengumumkan cubaan rampasan kuasa berakhir dan kerajaan kini dalam kawalan, bagaimanapun bunyi letupan serta tembakan masih kedengaran di Istabul.
Tambahnya, pihak berkuasa sedang mengesan lokasi Panglima Tentera Turki menyembunyikan diri.
Erdogan dalam ucapannya yang disiarkan secara langsung stesen televisyen swasta, NTV menyalahkan pengikut ulama berpangkalan di Amerika Syarikat, Fethullah Gulen mendalangi cubaan rampasan kuasa itu.
Ini bukan kali pertama Erdogan menuding jari ke arah Gulen yang didakwa menggunakan pengikutnya dalam sistem kehakiman dan ketenteraan untuk menggulingkan kerajaan pimpinan beliau.
Gulen, 75, bagaimanapun menafikan beliau cuba menjatuhkan kerajaan pimpinan bekas rakan sekutunya.
“Sebagai seorang yang pernah menderita di bawah pelbagai rampasan kuasa tentera sepanjang lima dekad lalu, ia amat hina dituduh ada kaitan dengan cubaan sedemikian.
“Saya menafikan tuduhan itu. Saya mengutuk sekeras-kerasnya cubaan rampasan kuasa tentera di Turki.
“Kerajaan perlu ditubuhkan melalui pilihan raya bebas dan adil, bukannya dengan paksaan.
“Saya berdoa kepada Tuhan untuk Turki, rakyat Turki dan semua yang berada di Turki supaya keadaan itu diselesaikan secara aman dan segera,” kata Gulen yang kini menetap di Pennsylvania dalam satu kenyataan ringkas sejurus sebelum tengah malam Jumaat.
Pasukan tentera negara itu cuba menggulingkan kerajaan Turki sebanyak tiga kali sejak 1960 sehingga menyaksikan kejatuhan kerajaan Islam pada 1997.
Dalam pada itu, Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul dibuka semula dan saluran berita tempatan yang ditutup sementara oleh pasukan tentera semalam, turut memulakan siaran.

Kuasa rakyat gagalkan rampasan kuasa di Turki


Insiden hari ini meyaksikan seluruh rakyat Turki termasuk kumpulan pembangkang bersatu menolak rampasan kuasaInsiden hari ini meyaksikan seluruh rakyat Turki termasuk kumpulan pembangkang bersatu menolak rampasan kuasa
Dunia hari ini menyaksikan satu lagi perancangan politik kotor dalam cubaan rampasan kuasa terhadap kerajaan Turki pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan yang dipilih secara demokratik.
Cubaan ini dibuat ketika Erdogan dilaporkan sedang bercuti dipinggir bandar negara itu.
Bemula petang Jumaat waktu tempatan, sekumpulan kecil tentera cuba melakukan aksi kudeta dengan menguasai beberapa jalan perhubungan, lapangan terbang dan stesen televisyen.
Mereka menutup Jambatan Bosphorus dan Jambatan Fatih Sultan Mehmet dengan mengarahkan semua kenderaan berpatah balik.
Tembakan kedengaran di Ankara dengan jet dan helekopter tentera terbang rendah di ruang udara Istanbul menggambarkan negara dalam penguasaan mereka.
Perdana Menteri Turki Binali Yildirim dalam kenyataannya mendakwa segelintir tentera Turki cuba mengguling kerajaan. Beliau berkata pasukan keselamatan dalaman telah diarahkan untuk melakukan apa yang perlu.
Menjelang pagi pasukan tentera kudeta semakin lumpuhMenjelang pagi pasukan tentera kudeta semakin lumpuhMenjelang malam, kumpulan tentera rampasan kuasa mengeluarkan satu kenyataan disiarkan stesen TV Turki bahawa mereka telah berjaya melakukan rampasan kuasa. Mereka bahawa perlembagaan baru akan disediakan dan negara sedang dikendalikan oleh ‘majlis keamanan’, di mana undang-undang tentera dikenakan, perintah berkurung di seluruh negara.
Sumber Presiden bagaimanapun menafikannya dan mendakwa kenyataan tentera dikeluarkan secara paksa selepas mereka merampas stesen penyiar negeri TRT di Ankara dan tanpa kuasa dan perintah ketenteraan.
Perdana Menteri Turki berkata di Twitter pihaknya akan berusaha sedaya upaya menggagalkan usaha rampasan sekalipun terpaksa menggadai nyawa.

Bukan seluruh Angkatan Tentera Turki cuba guling kerajaan

Kedutaan Turki di Malaysia menegaskan, cubaan rampasan kuasa itu dikendalikan konco-konco dalam kalangan angkatan tentera.
Recep-Tayyip-Erdogan_turki_600
KUALA LUMPUR: Kedutaan Turki di Malaysia menafikan pembabitan keseluruhan angkatan tentera negara itu dalam cubaan rampasan kuasa semalam.
Dalam kenyataan kepada Bernama hari ini, kedutaan itu turut mengulangi Presiden Tayyip Erdogan masih berkuasa dan menafikan cubaan menggulingkan kerajaan Turki yang dipilih secara demokrasi berjaya.
“Presiden dan kerajaan kami masih berkuasa. Angkatan Tentera Turki tidak terbabit dalam cubaan rampasan kuasa ini secara keseluruhannya.
“Ia dikendalikan konco-konco dalam kalangan angkatan tentera dan mendapat respons selayaknya daripada negara kami,” menurut kedutaan itu.
Menurut laporan, kenyataan tentera yang disiarkan media Turki pada Jumaat menyebut angkatan tentera merampas kuasa sepenuhnya di negara berkenaan, bagaimanapun Erdogan pada awal Sabtu menegaskan cubaan itu gagal dan menggesa rakyat menjunjung demokrasi.
Erdogan menyalahkan cubaan menjatuhkan kerajaan itu ke atas pergerakan diketuai pendakwah Turki, Fethullah Gulen yang kini tinggal di Pennsylvania, Amerika Syarikat.

President Erdogan: Government in control of Turkey

Turkey coup attempt: A look at how the events unfolded

Soldiers Involved In Turkey Coup Surrender In Istanbul

Turkey Coup: Civilians Swarm Tanks In Istanbul

Turkish soldiers walk with hands up

SAMPAI BILA mereka ini nak perbodohkan rakyat !!!

Kalau kamu nak perbodohkan & kencingkan cai2 Umno bolehlah..

TAHNIAH !!!... Banggalah sikit...

"Ekonomi negara masih berada di atas jajaran kukuh serta landasan yang betul.." - PM Najib Razak, 30/8/2015

Akhirnya tercapai jua pencapaian KERAjaan Islam Malaysia setelah hampir 59 tahun negara kita merdeka di bawah kepimpinan MELAYU-UMNO..

KORANG MESTI PERCAYA...

 NI BUKAN BOHONG !!!.. Malaysia satu2nya negara di dunia rakyatnya dah hampir TIADA LAGI YANG MISKIN..

Lps ni boleh la nak upgrade gaji2 menteri agama, gaji staf pejabat zakat, buat bangunan pencakar langit pejabat zakat mcm KLCC ker...

YANG MISKIN DAH HAMPIR TAKDE.. Duit zakat pon makin BERBILION2 RINGGIT bertimbun2 banyaknya setiap tahun..

Selesaikan masalah dalaman parti sebelum bentuk pakatan lebih besar, kata Mahmmood Zuhdi


Mahmood Zuhdi Abdul MajidMahmood Zuhdi Abdul Majid
Ura-ura untuk menwujudkan pakatan pembangkang lebih besar ekoran cadangan penubuhan parti baharu yang akan diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad perlu diteliti oleh gabungan Pakatan Harapan dan Pas.
Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd. Majid berkata, amat perlu semua parti menyelesaikan dahulu konflik dalaman parti masing-masing sebelum membentuk pakatan yang besar untuk menandingi Barisan Nasional(BN) kelak.
Katanya, parti-parti pembangkang utama dalam negara PKR,DAP,Amanah dan Pas yang mempunyai pengalaman membentuk pakatan sebelum ini, perlu lebih berhati-hati sekiranya mahu bergabung dengan parti baharu itu.
"Parti baharu Tun Mahathir itu kelak jika bergabung lebih besar pengaruhnya kepada lanskap politik semasa berbanding ketika wujudnya Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan.

"Hingga kini Pas masih tidak stabil apabila pemimpinnya berpecah mewujudkan parti baharu Amanah. Pasti isu antara pemimpin dan pimpinan bawahan masih lagi tidak selesai ditambah pula dengan kerjasama dengan Umno.

"Ini kerana pendirian Pas meletakkan Umno sebuah parti yang tidak boleh dipercayai, sebaliknya mahu bergabung dengan Umno menolak Pakatan Harapan kerana tidak sehaluan dengan DAP, antara isu yang perlu diselesaikan dahulu antara pemimpin dan pengikutnya.
"Sudah pasti hubungan itu (DAP) kena baiki semula kenapa perlu ada 'double standard' antara Umno dan DAP," soalnya kepada Malaysia Dateline.

Mengenai Amanah pula dianggap sebagai parti yang masih belum jelas hala tuju dan perjuangannya.
" Amanah tiada hala tuju yang jelas dan dicop sebagai tali barut DAP oleh BN.
"PKR pula sudah terbahagi kepada dua kumpulan. Diantara mereka yang menyokong perjuangan Mahathir dalam Deklarasi Rakyat dan cadangannya menubuhkan parti baharu dengan sekumpulan penyokong yang hanya memihak kepada perjuangan membebaskan Anwar semata-mata
"Parti pembangkang perlu melihat kepincangan dua pakatan sebelum itu untuk mencari puncanya supaya tidak berlaku kepincangan,"terangnya.

Turkey's history of military coups

Turkish President Recep Tayyip Erdoğan makes a FaceTime call during attempted coup

Turkey PM says army engaged in coup attempt

Turkey former president Abdullah Gül says impossible for real Turkish military to attempt coup

Ahmet Davutoglu: Turkey coup failed attack on democracy

Dr Mahathir bukan ‘Gandhi’, kata MIC

Dalam respons kepada Marina Mahathir, MIC berkata ia kalah pada 2008 dan bekerja keras untuk kekal relevan kerana polisi rasis Dr Mahathir semasa menjadi perdana menteri.
C Sivarraajh
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh dianggap seperti ‘Mahatma Gandhi’ atau seorang pemimpin yang tidak rasis hanya kerana beliau menentang Datuk Seri Najib Razak, kata Ketua Pemuda MIC, C. Sivarraajh.
Beliau berkata, walaupun Dr Mahathir ialah seorang pemimpin yang disanjung tinggi, tetapi beliau tidak layak menuding jari kepada perdana menteri lain selepas pentadbirannya.
“Sekarang ini kita hanya merasakan impak ‘aftermath’ polisi kerajaan pentadbiran Tun Mahathir selama 30 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai respons kenyataan arina Mahathir yang juga anak Dr Mahathir mengkritik kenyataan Presiden MIC Dr S Subramaniam berhubung tindakan bekas perdana menteri itu hanya akan menyebabkan sumbangan dan pencapaiannya terpadam dalam sejarah negara.
Marina dalam status Twitternya pula membalas kenyataan itu dengan berkata; “Dan sejarah akan mengingati MIC, saya yakin…”.
Sivarraajh berkata Marina harus faham yang MIC dan parti komponen lain kalah pada 2008 tetapi tetap bekerja keras untuk kekal relevan disebabkan polisi serta strategi rasis Dr Mahathir semasa menjadi perdana menteri.