Jumaat, 15 Julai 2016

WALAU BERUSIA 91 TAHUN, TUN M TIDAK SAMA DENGAN SEJARAH SEMANGAT 46

Ramai pemimpin dan ahli UMNO cuba mempersenda dan memperlekeh hasrat Tun Mahathir Mohamad yang bakal menubuhkan sebuah parti politik baru dan kemudian bergabung dengan Pakatan Harapan dengan matlamat menumbangkan BN dalam PRU 14 akan datang.

Mereka mengandaikan parti baru itu bakal menerima nasib seperti Semangat 46 yang pernah ditubuhkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah, tetapi berkubur akhirnya.

Turut menjadi perlekehan mereka ialah Tun Mahathir sudah berusia lebih 91 tahun sekarang ini dan diandaikan terlalu tua untuk menerajui sebuah parti baru yang berjuang untuk menumbangkan BN serta menjatuhkan Perdana Menteri yang lebih muda daripadanya.

Kata mereka lagi, Tengku Razaleigh dan dan Anwar Ibrahim yang masing-masing berusia awal 50an ketika menubuhkan Semangat 46 dan PKR pun gagal menumbangkan UMNO dan BN, tentunya lebih mustahil Tun Mahathir yang berusia 91 tahun mampu melakukannya.

Jika diteliti dengan mendalam, hujah-hujah mempersenda dan memperlekeh Tun Mahathir itu lebih berkecenderungan semata-mata untuk menutup rasa bimbang yang mula bercambah berkaitan wujudnya parti baru itu.

Semangat 46 memang pernah gagal dan akhirnya dibubarkan serta semua ahlinya kembali menyertai UMNO pada 1996, dua tahun sebelum berlakunya insiden 2 September 1998 di mana Anwar dipecat daripada parti dan kerajaan.

Parti itu gagal kerana ketika itu tidak ada kemudahan internet dan semua maklumat bergantung sepenuhnya kepada Utusan, Berita Harian, RTM dan TV3 sahaja. Sebab itu, apabila isu tengkolok salib yang dipakai oleh Tengku Razaleigh pada pilihanraya 1990 dimainkan secara meluas dan diulang-ulang pagi petang siang malam oleh media-media pro UMNO dan BN itu, gabungan pembangkang terus layu kerana tidak berdaya menangkis mainan media yang datang bertubi-tubi.

Pihak pembangkang langsung tidak ada saluran komunikasi yang berkesan untuk memberi penjelasan sesuatu isu kepada rakyat. Yang ada hanya saluran ceramah dan bahan-bahan bercetak sahaja.

Pada pilihanraya 1990 itu, kalau pun pembangkang tidak menang, mereka hampir pasti mampu mencapai keputusan yang lebih baik daripada yang sepatutnya. Dengan PBS keluar BN dan memilih untuk bersama Tengku Razaleigh pada detik-detik akhir sebelum hari pengundian, sukar dijangkakan BN mampu menang dua pertiga pada pilihanraya tersebut.

Namun isu tengkolok salib yang dimainkan secara meluas itu membunuh sama sekali harapan Tengku Razaleigh menjadi Perdana Menteri.

Hakikatnya, Tun Mahathir ketika itu bijak mengambil kesempatan untuk "membunuh"  lawannya dan menggunakan segala kesempatan yang ada. Tetapi, suasananya sudah berbeza sekarang. Bukan saja pemain internet lebih ramai yang memihak kepada blok pembangkang, mereka yang membaca Utusan dan Berita Harian atau menonton RTM dan TV3 pun hanya boleh dibilang dengan jari tinggalnya lagi. Saluran utama maklumat rakyat kini ada dalam genggaman tangan masing-masing.

Pembangkang juga ketika itu menentang Tun Mahathir hanya berkaitan isu-isu kepimpinan yang ditambah dengan kerugian dalam syarikat-syarikat kerajaan yang diperbesarkan serta dikaitkan dengan amalan kronisme dan nepotisme.

Parti baharu: PAS tidak akan naik bahtera kelam kabut kata Hadi

MARANG: PAS akan mengkaji secara teliti cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berhasrat menubuhkan parti politik baharu.

Namun, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak akan bersama dengan ‘bahtera’ yang kelam kabut.

Menurutnya, PAS tidak akan terburu-buru dan akan berbincang secara terperinci melalui Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Jawatankuasa Politik dan Majlis Syura Ulamak (MSU).

“Saya kena baca secara teliti cadangan itu. Saya tengok awal-awal lagi sudah dalam keadaan yang kelam kabut. PAS tidak akan naik ‘bahtera’ yang kelam kabut.

“Apatah lagi kita dapati kerjasama dengan parti-parti yang menentang perjuangan kita, menentang Islam.

“Pendirian kita adalah mengikut sempadan parti kita. Kita tak terburu-buru dan kita akan bincang secara terperinci.

“PAS ada Jawatankuasa Politik, Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak. Jawatankuasa PAS Pusat itu secara umum, Jawatankuasa Politik itu dari segi strategi, Majlis Syura Ulamak pula melihat batas sempadan Islam,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan wakil media selepas menyampaian Kuliah Mingguan Pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang hari ini.

Parti baharu: 'Saya sedia ikut Tun M' - Warga Maya

Tun Dr Mahathir Mohamad
WARGA maya sejak semalam memberikan pelbagai respons terhadap perancangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan parti baharu.
"I will follow you (saya akan ikut anda)," kata Rebecca di laman sosial Facebook.
"Mari (terus) berlawan tanpa mengira warna kulit. Semua bangsa, berikanlah sokongan anda," kata Kuan pula.
"Musuh kepada musuh saya adalah kawan saya," kata David pula di media sosial respons kepada pengumuman yang dibuat oleh Mahathir pada sidang media bersama pembangkang itu.
"Ramai orang memberi komen sampah terhadap (usaha) Tun M. Seorang lelaki berumur 90 tahun patut menikmati saki-baki kehidupan tetapi beliau sayang negaranya," tulis Fazley pula.
Walaupun ramai yang menyokong tindakan Mahathir namun ramai juga yang masih berbelah bagi untuk menyuarakan sokongan mereka, malah sesetengahnya mengkritik perancangan Tun Dr Mahathir.
"Dia patut tahu yang ia tidak akan berkesan," kata Jaya.
"Tambah lagi parti, bertambah pecahlah lagi Malaysia," kata Fazli.
"Pakatan yang bakal hancur!" balas Husni.
Semalam, Mahathir berkata, pihak yang menyokong Deklarasi Rakyat sebelum ini telah bersetuju terhadap perancangannya itu.
"Mereka bersedia menerima parti politik baharu jika ia berkongsi matlamat seperti mereka.
"Saya hanya pengasas. Tidak semestinya saya menjadi Presiden parti," katanya pada sidang media selepas pertemuan dengan beberapa pimpinan pembangkang dan NGO di Yayasan Kepimpinan Perdana, semalam.

Tun M pecah belahkan pembangkang ??

SHAH ALAM - Hasrat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan parti baharu semata-mata untuk memastikan Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri hanya akan memecah-belahkan pembangkang.
Dr Mahathir Penganalisis politik, Tan Ah Chai ketika ditemu bual oleh China Press, berpendapat, sebagai parti baharu, ia tidak boleh mensasarkan perdana menteri sahaja malahan ia perlu memikirkan bagaimana bentuk kerjasama dengan pembangkang bagi mencapai impian untuk mengambil alih kuasa daripada BN.
"Deklarasi Rakyat yang diasaskan oleh Tun M sendiri jelas menunjukkan ia tidak memiliki sokongan yang ramai seperti yang dijangkakan. Walaupun ada sokongan daripada Pakatan Harapan dan pertubuhan bukan kerajaan, namun ia tidak mampu membangkitkan gelombang baru," katanya.
Beliau meramalkan dalam keadaan politik semasa ketika ini, parti baharu yang ditubuhkan Tun M itu akan menghadapi kesukaran untuk bekerjasama dengan parti-parti pembangkang lain, terutama sekali dari segi pembahagian kerusi untuk PRU.
Manakala seorang lagi penganalisis politik, Datuk Cheah See Kian berkata, biarlah masa akan menentukan bagaimana Tun M boleh menggunakan imejnya untuk membentuk parti baharu.
"Kini sudahlah tiba masanya untuk pakatan pembangkang bergerak sebagai pasukan yang baru. Sekiranya ingin tubuh parti baharu dan ingin bekerjasama dengan parti pembangkang, Tun M perlu memastikan dalam PRU akan datang, pertembungan mestilah satu lawan satu dengan BN," katanya.
MCA kutuk kumpulan baju merah
Ketua Biro Keharmonian Kaum dan Agama MCA, Ti Lian Ker mengutuk kumpulan Baju Merah yang melakukan bantahan di ibu pejabat DAP, Kuala Lumpur, kelmarin.
Beliau berkata, kumpulan itu tidak boleh mengambil tindakan sendiri hingga menjejaskan ketenteraman awam.
“Walaupun Umno atau mana-mana kumpulan lain ada hak untuk membantah, ia perlu dibuat mengikut undang-undang.
"Kumpulan Baju Merah tidak sepatutnya dibenarkan bertindak liar dan melanggar undang-undang. Tidak ada justifikasi yang membenarkan reaksi terhadap kenyataan atau tindakan individu dibuat hingga mengganggu ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sin Chew Jit Poh, semalam.
Beliau berkata, mereka yang turut serta dalam perhimpunan kelmarin patut sedar yang tindakan mereka boleh memberi imej negatif kepada kerajaan BN.

MT Umno: Tun M pecah belahkan orang Melayu..!!

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Irmohizan Ibrahim menyifatkan hasrat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad menubuhkan parti baharu hanya memecah belahkan orang Melayu dan Bumiputera.
Menurut Irmohizan, Mahathir sangup berkompromi dengan parti pembangkang lain semata-mata ingin menewaskan kerajaan Barisan Nasional (BN).
TUn M "Tindakan beliau juga dilihat seperti ingin mengambil kesempatan dengan meraih sokongan parti pembangkang yang sudah lama bermimpi untuk menjatuhkan kerajaan dan ini ibarat 'orang yang mengantuk disorongkan bantal'," katanya dalam satu kenyataan.
Semalam, Mahathir Mohamad merancang untuk menubuhkan parti politik baharu dalam masa terdekat sebelum membentuk  blok pembangkang yang lebih besar di negara ini.‎

Tambahnya Irmohizam lagi, jika hasrat Mahathir ini diteruskan, Malaysia bakal berdepan dengan rakyatnya yang kucar kacir.
"Perpecahan hanya merugikan kita, negara kita terkenal dengan perpaduan.
"Rakyat juga boleh jadi keliru dan kucar kacir akibat perpecahan dikalangan kita," ujarnya.
Irmohizan menambah, hanya rakyat yang mampu menilai usaha kerajaan dalam menjaga masalah negara.

Waris mangsa MH17 fail saman kecuaian terhadap MAS, tuntut ganti rugi


Waris mangsa MH17 fail saman kecuaian terhadap MAS, tuntut ganti rugi


KUALA LUMPUR: Waris kepada tujuh penumpang pesawat  MH17 hari ini memfailkan saman kecuaian dan pelanggaran kontrak terhadap Malaysia Airlines System Berhad (MAS) berhubung kehilangan anggota keluarga mereka dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, 17 Julai 2014.

Waris kepada empat warga Indonesia dan tiga warga Belanda itu memfailkan saman tersebut melalui peguam mereka Datuk Dr S.Arunan daripada Tetuan Rusmah Arunan & Associates di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini.

Arunan yang ditemui pemberita berkata 11 plaintif yang enggan mendedahkan identiti mereka itu menamakan MAS sebagai defendan tunggal dalam tuntutan saman itu.

Mengikut pernyataan tuntutan, kesemua plaintif mendakwa defendan (MAS) melaksanakan penerbangan MH17 di kawasan yang diketahui berada di bawah konflik bersenjata.

Mereka mengemukakan tuntutan berdasarkan peruntukan Akta Pengangkutan  Melalui Udara 1974, Konvensyen Montreal 1999 dan/atau Akta Undang-undang Sivil 1956 untuk kematian si mati.

Mereka memohon ganti rugi am, ganti rugi khas, faedah, kos dan apa-apa relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sementara itu, peguam Shailender Bhar yang mewakili lapan lagi waris pesawat malang MH17 turut mengemukakan saman kecuaian dan pelanggaran kontrak terhadap  Malaysia MAS dan Malaysia Airlines Berhad (MAB).

MH17: Dua tahun berlalu, apakah keadilan akan ditegakkan hasil laporan siasatan?


MH17: Dua tahun berlalu, apakah keadilan akan ditegakkan hasil laporan siasatan?


KUALA LUMPUR: Dua tahun selepas pesawat penerbangan MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine, fokus kini adalah terhadap laporan Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT) yang akan mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab terhadap insiden malang itu.

Pakar-pakar penerbangan dan penganalisis berkata laporan yang ditunggu-tunggu itu yang dijadual diterbitkan selepas musim panas (Jun-Julai) akan menentukan dan menjejaki siapa sebenarnya yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Boeing 777 itu yang mengorbankan kesemua 298 orang di dalamnya.

Profesor Juruterbang Penguji Universiti Kuala Lumpur Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata laporan akhir itu mengandungi banyak butiran yang dapat menggambarkan apa yang berlaku apabila fiuslaj hadapan pesawat terkena impak peluncur yang dipercayai daripada peluru berpandu BUK.

"Dengan memiliki maklumat seperti ini, kita berada dalam kedudukan boleh meyakinkan pihak-pihak berkaitan untuk menyegerakan tindakan terhadap pelaku ini," kata Mohd Harridon kepada Bernama baru-baru ini.

Dilaporkan pada 17 Julai 2015, Dutch Safety Board atau Lembaga Keselamatan Belanda merumuskan bahawa hasil penyiasatannya mendapati bahawa jet Boeing 777 itu ditembak oleh peluru berpandu BUK Rusia.

Mereka berkata ia dilancarkan dari kawasan yang dikawal pemberontak pro-Rusia tetapi tidak mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam tragedi itu.

Bagaimanapun, Moscow telah sejak itu menafikan perkara berkenaan dan meminta Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mengadakan penyiasatan baharu terhadap tragedi itu.

Selepas musim panas ini, JIT akan membentangkan hasil pertama siasatan jenayah berhubung nahas penerbangan MH17 berkaitan senjata yang digunakan untuk menembak jatuh kapal terbang itu dan lokasi sebenar senjata itu dilancarkan.

Penting wujudkan platform untuk parti pembangkang bersatu - Saifuddin

KUALA LUMPUR: Satu platform besar bagi menggabungkan kesemua parti pembangkang adalah penting dalam usaha untuk menawan Putrajaya, kata Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah.

"Terdapat banyak pihak yang menentang Barisan Nasional. Selain Pakatan Harapan, kita tahu PAS, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan juga individu-individu seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal," kata Saifuddin.

Tambahnya, yang wajar diutamakan ketika ini ialah wujudnya satu blok pembangkang yang bersatu dan kuat.

"Ini adalah penting untuk merealisasikan perlawanan 'satu lawan satu' dengan BN," kata Saifuddin.

Kata beliau lagi, Pakatan Harapan memahami dinamika tertentu kini yang memerlukan pembentukan parti pembangkang yang baharu.

"Contohnya, Sabah mempunyai dinamika politik yang unik. Jika Datuk Seri Shafie menubuhkan parti baharu, kami memahaminya. Paling penting ialah PH bekerjasama dengannya di Sabah," kata Saifuddin.

Zahid: BN akan guna taktik Mahathir terhadap dirinya

BN dan Umno tidak tergugat dengan laporan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad bakal menubuhkan sebuah parti pembangkang baru, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Bercakap kepada pemberita dari Ulaanbaatar, Mongolia, Zahid berkata Umno dan BN akan berjuang habis-habisan untuk memastikan ia terus menjadi kerajaan dengan menggunakan segala ilmu yang dicurahkan oleh bekas perdana menteri itu.
"Malahan orang yang mahu menubuhkan parti baharu berkenaan juga suatu masa menjadi pemimpin mengambil tindakan yg sama terhadap musuh-musuh politiknya, jadi atas ilmu politik yang diajar kepada kami, kami akan laksanakan.
"Dan jika orang itu berada di sebalik sana, kita akan lakukan sebagaimana yang beliau lakukan suatu ketika dulu kepada musuh politik beliau," katanya yang dipetik oleh Bernama.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan tergugat dengan parti baru Mahathir.
Bekas perdana menteri itu semalam mengesahkan spekulasi bahawa parti baru sedang dalam penubuhan sambil menambah bahawa ia akan menjadi sebahagian daripada gabungan besar pembangkang bagi menentang BN pada pilihan raya umum akan datang.
Mahathir berkata anaknya Datuk Seri Mukhriz, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal, masing-masing telah menyatakan minat untuk menjadi sebahagian daripada parti baru itu.
Zahid berkata beliau telah meminta parti-parti komponen BN supaya merapatkan barisan dan menghadapi apa juga cabaran bagi menghadapi pilihan raya umum yang dijangka diadakan dalam masa dua tahun.

'Parti Dr M tak boleh sekadar anti-Najib'

Parti politik baru yang diumumkan oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam perlu menjadi lebih daripada sekadar menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata penganalisis politik, Wong Chin Huat.
"Parti baru itu mestilah lebih daripada sekadar sebuah parti anti-Najib, ia tidak boleh hanya menjadi PAN (Parti Anti-Najib) kerana ramai pengundi tidak akan memihak kepadanya.
"Mereka tidak akan terima naratif yg begitu mudah," menurut anggota Institut Pulau Pinang tersebut dalam wawancara bersama KiniTV, hari ini.
Dengan parti baru itu, Mahathir perlu menangani kebimbangan orang Melayu berhubung dengan masa depan mereka, jelasnya.
Memetik Dasar Ekonomi Baru (DEB), Wong berkata, orang Melayu tidak lagi menerima manfaat sebagaimana yang mereka telah nikmati pada 1970-an dan 1980-an.
"Kita lihat prospek anak Melayu untuk naik tangga masyarakat (mobiliti sosial) dapat sokongan kerajaan tetapi prospek untuk naik jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan anak-anak bukan Melayu sungguhpun tidak mendapat kuota daripada dasar kerajaan.
"Ini bermaksud kegelisahan orang Melayu perlu dijawab dengan dasar yang lebih mendalam." ujarnya lagi.
Pembangkang dalam hal ini, kata Wong, gagal untuk menyediakan hala tuju yang jelas itu.
"Itu adalah salah satu aspek yang parti baru Mahathir harus usahakan. Perlu ada artikulasi yang jelas tentang bagaimana untuk mengurangkan orang Melayu daripada kemiskinan, "katanya lagi.

Terima kasih banyak-banyak abang Anwar

Anwar Ibrahim harus serah pada Allah dan yang selebihnya rakan Pakatan Harapan akan perjuangkan untuk mencapai matlamat pembebasannya.
Khairuddin Abu Hassan
Saya sekali lagi dengan penuh rendah diri ingin mengangkat topi serta mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas segala sokongan beliau kepada penubuhan parti baharu yang sedang ditunjangi Tun Dr Mahathir Mohamad.
Saya amat komited serta sokong penuh dengan mana-mana daya usaha ke arah untuk membebaskan Anwar dari penjara Sungai Buloh.
Insya-Allah, pertamanya Anwar harus serah pada Allah dan yang selebihnya akan saya bersama semua rakan Pakatan Harapan perjuangkan untuk mencapai matlamat pembebasannya.
Komitmen saya 200% dan akan turut gembleng tenaga dengan semua pemimpin Pakatan Harapan bagi mencapai matlamat ini.
Keseluruhan barisan parti pembangkang harus bersatu dan berkoordinasi secara mantap sekiranya kita ingin menewaskan BN pada PRU14 kelak.
Rakyat hanya mahu melihat perpaduan jitu sesama kita sebelum mereka berikan mandat ke arah memenangkan barisan pakatan baharu.
Adalah tidak mustahil untuk kita secara sepakat dan sepadu bagi mencapai matlamat tumbangkan BN. Malah, keseluruhan rakyat jelata sudah jelak dengan segala amalan salah laku, salah guna kuasa serta korupsi BN.
Setakat ini pemimpin Umno pun sudah dapat meramalkan nasib mereka pada PRU14 kelak cuma mereka sedang berlakon dan syok sendiri saja seolah-olah BN masih relevan.
Hakikatnya, BN sudah tidak relevan lagi. Rakyat khususnya generasi muda sedang menolak BN masa kini.
Secara jujur dan ikhlas juga saya ingin menasihati pemimpin Umno dan BN agar jangan terlalu angkuh. Kami akan buktikan kepada mereka kemampuan kami secara sepakat dengan semua daripada Pakatan Harapan untuk tawan Putrajaya kali ini. Insya-Allah dengan izin Allah ia akan menjadi realiti.
Korupsi kepimpinan BN pada masa kini mesti dilawan secara habis-habisan dan bermati-matian.

Skandal 1MDB: Kenapa Malaysia Cepat Tutup Kes...!!!

Skandal 1MDB bukan lagi rahsia.. malah dibaca diseluruh dunia.. kronologi yang dilapurkan sudah pasti amat berbeza dari media propaganda milik UMNO seperti Utusan dan TV3..

Di mata masyarakat sivil, jelas wujud salahlaku dan penyelewengan sedangkan KERAjaan Msia terus mempertahankan penyelewengan itu dgn mengunakan semua jentera milik negara yang disalahgunakan demi kepentingan individu....

Berjihad di lebuhraya...

Peluang telah dibuka di T'ganu juga... Terima kasih pada kerajaan BN di PutraJaya dan T'ganu kerana beri peluang kpd kami untuk BERJIHAD..

Tuan Ibrahim: Mempelam ranum menanti luruh?


Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man telah secara terbuka menawarkan ‘gencatan senjata’ dengan pihak pembangkang. Katanya demi satu tujuan yang sama – menumbangkan rejim Barisan Nasional.
Susulan daripada salam perdamaian yang cuba dihulur Tuan Ibrahim itu, pelbagai reaksi daripada pihak pembangkang mahupun pihak pro-kerajaan diutarakan.
mempelamPihak UMNO meski dilihat ‘cemburu’ dengan tawaran itu, pastinya sedar bahawa ia tidak akan kemana-mana, kerana Presiden PAS sudah tentu tidak merestuinya. Lebih-lebih lagi agenda kedua-dua parti ini untuk berjuang menegakkan agama Islam dan Melayu harus diteruskan, meski kegiatan rasuah yang melibatkan pemimpin nombor satu negara terus dibongkar satu-persatu.
Pihak DAP dan PKR pula menyambut baik tawaran rakan lamanya itu itu. Manakala, Amanah sebagai parti serpihan PAS yang kini berideologi ‘Islam demokrat’ nampaknya lebih berhati-hati menanggapi tawaran berkenaan.
Sedikit sebanyak tawaran ini sebenarnya mengakui hakikat bahawa PAS tidak dapat berdiri sendiri melawan rejim BN seperti yang pernah disuarakan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang ketika kempen Pakatan Harapan pada pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang lalu.
Mungkin kesilapan pertembungan beberapa penjuru di kedua-dua PRK itu menyebabkan Tuan Ibrahim akhirnya sedar kesilapan PAS yang berdegil tidak mahu bersama-sama dalam Pakatan Harapan.
Namun, adakah Tuan Ibrahim memilih waktu yang tepat untuk berbuat demikian?
Adakah Tuan Ibrahim tahu melalui sumber yang lain bahawa kabinet akan dibubarkan lebih awal? Justeru perlu siap siaga yang pantas di blok pembangkang untuk menghadapi sesuatu yang tidak dijangka ramai?
Ini mengingatkan kita kepada peristiwa pada tahun 2011 di mana Tuan Ibrahim tiba-tiba muncul bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PAS, yang akhirnya memberikan kemenangan kepada Mohamad Sabu, sekaligus menewaskan rakannya yang juga ahli Dewan Ulama PAS.

Masih ada pemimpin PAS yang bijak rupanya


Tawaran ‘genjatan senjata’ oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Pakatan Harapan supaya pembangkang fokus kepada musuh sebenar iaitu Umno mengejutkan banyak pihak apalagi parti Datuk Seri Najib Razak.
Saya kira, setelah perpecahan dalaman PAS yang membawa kepada penubuhan Amanah, ia menyebabkan PAS kehilangan semua pemimpin berjiwa besar yang mahu perubahan.
pojok_masihadapemimpinpasKejutan yang dibuat Tuan Ibrahim tempoh hari menunjukkan masih ada pemimpin PAS yang sedar bahawa rakyat perlukan wadah pembangkang yang kuat untuk melakar perubahan.
Syabas buat Tuan Ibrahim yang sedar bahawa musuh utama pembangkang dan rakyat ialah parti Najib Razak; yang hanya mampu ditumpaskan melalui muafakat parti-parti pembangkang.
Namun, tanda tanya terbesar saat ini ialah, adakah pimpinan tertinggi PAS yang lain khususnya Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang mempunyai sudut pandang yang serupa dengan timbalannya itu? Malah, Hadi dilihat memiliki rekod buruk kerana sering gagal berpegang pada keputusan bersama yang telah dipersetujui.
Antaranya ialah isu melibatkan pertembungan tiga penjuru dalam PRU contohnya Kota Damansara, penetapan calon Perdana Menteri, krisis MB Selangor dan juga rang undang-undang persendirian ‘hudud’ beliau yang kini dikerjakan dengan galakan Umno sendiri.
Justeru, adalah lebih afdhal jika Tuan Ibrahim membawa perbincangan ‘genjatan senjata’ ini di peringkat dalaman PAS dan diselesaikan bersama presidennya itu.
Walaupun hari ini Tuan Ibrahim mengeluarkan kenyataan berlapik bahawa PAS rela bersendirian, tetapi itu bukanlah noktah buat pembangkang negara ini untuk bertahaluf sebagaimana yang pernah dilakukan dalam sejarah awal 1990-an.

Nancy Shukri ‘turun pangkat’ tamparan hebat buat BN Sarawak

KUALA LUMPUR, 15 JULAI: Putrajaya berhutang penjelasan kepada orang ramai, terutama rakyat Sarawak berhubung pemindahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri yang berasal dari Bumi Kenyalang kepada portfolio yang kurang penting.
Terkejut dengan keputusan kerajaan itu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata ia jelas menunjukkan bahawa Nancy telah ‘diturunkan pangkat’ kerana sejak kebelakangan ini, beliau tampak enggan mengikut aliran politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
teresa_nancyturunpangkat“Bukankah ‘penurunan pangkat’ Nancy ini satu tamparan hebat buat menteri-menteri Sarawak?
“Malah, ia juga satu penghinaan kepada PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) selepas kemenangan besar BN Sarawak yang diketuai oleh Presiden PBB, Tan Sri Adenan Satem dalam pilihanraya negeri yang lalu,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurut Naib Pengerusi DAP itu, apa yang berlaku kepada Nancy membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional di peringkat pusat tidak menghargai usaha keras PBB dalam pilihanraya baru-baru ini.
“Penyerahan lebih kuasa autonomi kepada BN Sarawak yang dijanjikan hanyalah satu sandiwara dan tidak mungkin menjadi kenyataan.
“Hal yang terjadi kepada Nancy itu adalah bukti rakyat Sarawak tidak akan dapat melihat apa-apa perubahan ketara,” katanya.
Semalam, Putrajaya mengumumkan jawatan menteri Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) yang dipegang Nancy sebelum ini diserahkan kepada Datuk Seri Azalina Othman Said yang juga merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Nancy pula ditugaskan menyelia Agensi Inovasi Malaysia, Kumpulan Industri Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) dan Agensi Nuklear Malaysia.
Semasa rombakan kabinet pada 27 Jun lalu, Najib Razak memaklumkan bahawa akan berlaku perubahan portfolio untuk menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Walau bagaimanapun, Azalina masih bertanggungjawab bagi hal ehwal Parlimen.

Sistem dwi parti jalan bebas daripada Umno

PAS akan jadi lalang dalam perjuangan menewaskan kekuasaan Umno sekiranya ia memilih untuk mementingkan survival politiknya saja.
Pas,-Pakatan-HarapanOleh Howard Lee Chuan How
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Khairuddin Aman Razali nampaknya tidak bersetuju dengan cadangan bernas timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu mengadakan ‘gencatan senjata’ di antara parti pembangkang.
Malah beliau selanjutnya melancarkan serangan ke atas DAP.
Kenyataan Khairuddin yang membidas sistem dwi parti amat mengelirukan, kerana sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
“Sistem dwi-parti ternyata merosakkan kerana setiap parti akan memejamkan mata (atas) kesilapan parti mereka, akan mempertahankan kerosakan dan kebatilan.
“Itu berlaku dalam Pakatan Rakyat sebelum ini. Lihat banyak onar dalam DAP tapi kita pejam mata kerana menjaga Pakatan Rakyat, itu bahaya bagi negara,” katanya, dilaporkan Malaysiakini.
Khairuddin sewajarnya sedar hanya pertembungan secara dwi-parti dalam pilihan raya akan membolehkan pemerintahan Umno berakhir. Ini dibuktikan secara matematik sepanjang dua pilihan raya umum lalu.
PAS akan ternyata menjadi lalang dalam perjuangan menewaskan kekuasaan Umno yang lebih setengah abad sekiranya ia memilih untuk mementingkan survival politiknya saja, bukan kepentingan rakyat dan negara.
Fitnah kononnya ‘banyak onar dalam DAP’ namun mereka (PAS) masih pejam mata, semata-mata untuk menjaga Pakatan Rakyat, adalah sesuatu yang tidak wajar dituturkan setelah bertahun-tahun PAS dan DAP membina kerjasama dan persaudaraan di peringkat akar umbi.
Malah ia memalukan diri sendiri kerana PAS juga nampaknya memejamkan mata apabila berdepan korupsi dan skandal Umno yang kini menjadi rakan bersanding meski tanpa perlu bernikah.

Gabungan Dr M-Pakatan: PAS akan bincang, kata Hadi

Hadi berkata PAS setakat ini komited dengan kerjasama "blok ketiga" antara parti itu dengan Ikatan.
hadi-mahathirPETALING JAYA: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tidak terburu-buru sama ada menyertai gabungan pembangkang yang diumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan semalam.
Namun beliau tidak menolak kemungkinan menyertai gabungan itu, dan berkata ia akan dibincangkan secara terperinci dalam pelbagai peringkat kepimpinan PAS.
“PAS ada jawatankuasa politik, pusat dan Majlis Syura Ulama. Jawatankuasa Pusat (lihat secara) umum, jawatankuasa politik lihat dari segi strategi dan Majlis Syura Ulama dari segi batas sempadan Islam,” katanya menjawab soalan pemberita selepas kuliah Jumaat di Masjid Rusila, Terengganu pagi tadi.
Ahli Parlimen Marang itu berkata PAS setakat ini komited dengan kerjasama “blok ketiga” dengan parti Ikatan.
Perbincangan antara Dr Mahathir, pemimpin tertinggi Pakatan Harapan dan beberapa bekas pemimpin Umno di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya semalam bersetuju penubuhan sebuah parti baharu bagi membentuk gabungan lebih besar dalam menghadapi Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Anwar puji gabungan pembangkang baharu

Bagaimanapun beliau masih menunggu keputusan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sama ada akan menyertainya atau tidak.
mahathir anwar
KUALA LUMPUR: Gabungan pembangkang baharu yang terdiri daripada parti pembangkang sedia ada dan bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad menerima kelulusan positif daripada bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya rasa ia sesuatu yang positif,” katanya ringkas kepada wartawan ketika ditemui selepas menghadiri kesnya di Mahkamah Tinggi, hari ini.
“Kami masih menunggu keputusan Muhyiddin kerana beliau yang memutuskannya. Kita bersemangat untuk bergabung dengan mereka,” katanya.
Anwar berkata pembangkang juga perlu kekal bersama dan bekerja.
“Pembangkang perlu kekal teguh, bersatu dan bekerja. Ini masanya kita mesti bersatu,” katanya.
Semalam, Dr Mahathir pada satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana berkata, parti pembangkang sedia ada iaitu PKR, DAP dan Amanah akan membentuk gabungan baharu dengan satu parti politik yang akan ditubuhkan.
Katanya, fokus utama gabungan itu ialah memenangi PRU14.
Anwar juga secara ringkas menyentuh kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Mat yang menyeru ‘gencatan senjata’ dalam kalangan parti pembangkang untuk memfokuskan kepada menewaskan BN.
“Saya melihat kenyataan yang positif daripada timbalan presiden,” katanya.

‘Pelan damai idea Tuan Ibrahim, bukan PAS’ - Takiyuddin

Hanya pendirian presiden menjadi pendirian rasmi PAS.
Takiyuddin Hassan
PETALING JAYA: Pimpinan PAS yang bermesyuarat Ahad ini akan membincangkan cadangan Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man supaya pembangkang berhenti menyerang sesama sendiri dan menumpukan usaha melawan Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata ia merupakan cadangan peribadi Tuan Ibrahim, dan menambah hanya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau wakilnya yang boleh mengeluarkan pendirian rasmi parti.
“Kita akan mengeluarkan kenyataan berkaitan perkara berkenaan selepas mesyuarat tersebut,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Musfafa Ali dilaporkan lidah rasmi PAS Harakahdaily sebagai berkata, saranan Tuan Ibrahim itu tidak perlu disalah tafsir.
Katanya, kerjasama tidak semestinya berlaku hanya dengan PAS menyertai Pakatan Harapan.
“PAS tidak akan masuk Pakatan Harapan tetapi dalam waktu yang sama PAS menjalinkan kerjasama dengan PKR iaitu salah satu anggota Pakatan Harapan. Tetapi dalam kepala orang di luar sana kerjasama ini bererti masuk Pakatan Harapan. Ini tidak betul,” katanya kepada Harakahdaily.
Tuan Ibrahim minggu ini menyeru parti pembangkang berdamai supaya tidak menghampakan rakyat yang mengharapkan perubahan.
“Rakyat ramai keliru dan ada yang ketawa sendirian dan ada yang menggeleng kepala melihat keadaan politik pembangkang hari ini.
“Semua tersekat di dalam lumpur. Nak ke depan tak jelas jalan mana. Nak undur ke belakang rasa nak ke hadapan. Nak kekal tak jadi sebab dah tahu pasti tenggelam,” katanya.

Pas tidak tergugat parti baharu Dr M

Pas mengalu-alukan sesiapa yang hendak tubuhkan parti baharu, tetapi untuk bekerjasama masih jauh lagi.
nik-abduh-dr-mahathir-shKUALA LUMPUR: Pas langsung tidak tergugat sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan parti baharu menentang Barisan Nasional (BN).
Demikian kata Ketua Pemuda Pas Nik Mohamad Abduh Nik Aziz yang turut akui parti Islam itu sememangnya sudah kukuh dan soal tergugat atau tidak bukanlah isu utama.
“Kita mengalukan mana-mana pihak yang hendak tubuhkan parti baharu. Tetapi untuk bekerjasama masih jauh lagi.
“Sesudah tubuh parti, baru kita boleh bincang mengenai kerjasama,” katanya sewaktu ditemui pemberita, selepas menghantar memorandum di Kedutaan Myanmar, Kuala Lumpur.
Ujarnya, kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man jelas dan kini hanya menunggu respon daripada parti-parti pembangkang yang lain.
“DAP masih berkeras, DAP melahirkan Parti Amanah Negara. Maka, kita tunggu jawapan sebelah sana sama ada boleh kembali kepada asal atau tidak.
“Jika tidak, hasrat yang ingin dilaksanakan oleh Tuan Ibrahim tidak akan berlaku,” jelasnya.
Rabu lalu, Tuan Ibrahim mengajak parti pembangkang termasuk DAP untuk mencari titik kompromi bagi memastikan sikap tolak ansur antara satu sama lain.
Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana telah mengesahkan spekulasi kewujudanya parti baharu.
Malah, Dr Mahathir juga menyatakan parti pembangkang turut bersetuju dengan penubuhan parti baharu tidak lama lagi untuk membentuk pakatan lebih besar menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Membentuk pakatan besar pembangkang amat perlu, kata Mujahid


Datuk Dr Mujahid Yusuf RawaDatuk Dr Mujahid Yusuf RawaParti Amanah Negara (Amanah)  berpandangan  amat perlu mewujudkan pakatan pembangkang yang lebih besar  dalam menangani peningkatan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Barisan Nasional (BN).
Naib Presidennya Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, ia bukan sahaja soal Pakatan Harapan yang selama ini memimpin gerakan politik massa mengubah regim BN, tetapi juga kini disertai oleh kelompok yang berpecah dari Umno yang menuntut perubahan kerajaan.
"Termasuk dalam gelombang menolak BN ini ialah Gerakan Selamatkan Malaysia pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Sudah tiba masanya semua tenaga ini digembelingkan untuk mobilisasi rakyat ke arah mengubah kerajaan BN kepada kuasa politik baharu yang dipimpin oleh pakatan pembangkang yang bersatu terdiri dari semua elemen yang mahukan perubahan politik lebih baik untuk Malaysia," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Parit Buntar ini menegaskan beliau mengharapkan aset sokongan Pakatan Harapan dapat diperluaskan termasuk Sabah dan Sarawak.
"Lewat persefahaman yang bersifat strategik, teknikal dan taktikal bagi menghadapi BN dalam PRU ke 14 akan datang.
"Apa yang menjadi titik pertemuan perlu dibina momentum sehingga mampu pakatan besar pembangkang melahirkan satu manifesto bersama dengan satu tujuan iaitu Selamatkan Negara daripada kediktatoran dan korupsi.

Parti baharu untuk wujudkan blok pembangkang yang kuat, kata Saifuddin


Datuk Saifuddin AbdullahDatuk Saifuddin AbdullahCadangan penubuhan parti politik baharu oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dilihat dari sudut yang luas, kata Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata, perkara yang perlu diutamakan adalah mewujudkan satu blok pembangkang yang besar, bersatu serta kuat supaya berlakunya perlawanan satu lawan satu antara pakatan pembangkang dengan Barisan Nasional (BN) seperti yang dikehendaki rakyat.

“Apa yang paling mustahak, saya difahamkan mesyuarat itu membincangkn keperluan diwujudkan satu platform yang besar menggabungkn semua pihak yang menentang BN.

“Pihak-pihak itu ramai iaitu Pakatan Harapan, parti-parti pembangkang yang lain seperti Pas, PSM, Saksama, NGO dan individu-individu seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal.
"Bentuk sebenar platform tersebut boleh lahir dalam beberapa cara,” tulisnya di facebook hari ini.

Semalam dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Dr Mahathir menyatakan perancangan untuk menubuhkan parti politik baharu dalam masa terdekat sebelum membentuk kerjasama dengan blok pembangkang sedia ada terutama dengan Pakatan Harapan untuk menentang Umno-BN dalam pilihan raya akan datang.

Menurut Saifuddin yang juga bekas ahli mesyuarat tertinggi Umno ini, walaupun Pakatan Harapan berharap individu-individu tertentu yang kini tidak berparti akan menyertai mereka, namun Pakatan Harapan memahami dinamika tertentu yang mungkin memerlukan parti baru ditubuhkan.

Pas nafi gencatan serangan sesama pembangkang sebagai pendirian parti


Datuk Takiyuddin Hassan Datuk Takiyuddin Hassan Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan menafikan cadangan supaya parti pembangkang melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri adalah pendirian parti, sebaliknya hanya lontaran idea daripada timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata, parti itu tidak pernah membincangkan perkara itu dan sesuatu pendirian parti perlu diumumkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau wakil yang diamanahkannya.

"Bagaimanapun, lontaran idea daripada timbalan presiden itu akan dibincangkan dalam mesyuarat biro politik yang akan diadakan di Pejabat Agung Pas di Kuala Lumpur, Ahad ini.

"Kita akan mengeluarkan kenyataan berkaitan perkara berkenaan selepas mesyuarat tersebut," katanya kepada Bernama semalam.
Takiyuddin mengulas kenyataan Tuan Ibrahim dalam laman akaun Facebook miliknya kelmarin supaya parti-parti pembangkang melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi memberi fokus kepada musuh sebenar, Umno Barisan Nasional.
Tuan Ibrahim turut mencadangkan supaya parti pembangkang mencari titik kompromi, yang katanya tentu akan memerlukan tolak ansur satu sama lain.
Berikutan kenyataan Tuan Ibrahim itu, Takiyuddin berkata, ramai anggota Pas meminta pengesahan sama ada ia merupakan pendirian parti itu.

Gencatan senjata dicadangkan Pas satu sandiwara, kata Pengerusi BN Selangor


Tan Sri Noh OmarTan Sri Noh OmarPengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Tan Sri Noh Omar berkata gencatan senjata yang dicadangkan Pas dengan Pakatan Harapan adalah satu sandiwara politik yang tidak pernah berakhir dan ini menunjukkan mereka ini gemar berpolitik daripada berkhidmat untuk rakyat.
“Wayang mereka sedang berjalan, daripada dulu bersandiwara, sekarang dan sampai bila-bila pun bersandiwara. Mereka cuba meletakkan kepentingan diri masing-masing dan akhirnya kalau hasrat politik masing-masing gagal dicapai, mereka akan berlakon balik.
“Saya sendiri pun rasa muak. Mereka ini akan berlakon, berbaik-baik, dan bergaduh balik. Jadi saya harap rakyat khususnya di negeri Selangor dapat melihat sandiwara mereka ini dan menilai bagaimana cara kepimpinan mereka,” kata Ahli Parlimen Tanjong Karang kepada media selepas menyampaikan sumbangan kepada masyarakat Tionghua anjuran beberapa NGO di Tanjong Karang semalam seperti dilaporkan.
Apabila ditanya perkembangan terbaru pakatan pembangkang ini akan mempengaruhi peluang Umno dan BN dalam PRU ke 14, Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menegaskan, Umno dan BN tetap fokus kepada kekuatan sendiri daripada memikirkan kelemahan pihak lawan.

PAS yang tolak kerjasama, bukannya Amanah

Kita boleh bawa kuda ke sungai untuk minum tetapi tidak boleh paksa ia untuk minum, kata Naib presiden Amanah.
Dr Mujahid Yusof Rawa
KUALA LUMPUR: Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mendakwa PAS merupakan parti yang menolak untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan.
Naib presiden Amanah itu berkata PAS lebih rela bersendiri sehingga mewujudkan blok ketiga bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia.
“PAS selama ini menolak untuk bekerjasama dengan kekuatan pembangkang dan rela bersendiri. Kita boleh bawa kuda ke sungai untuk minum tetapi kita tidak boleh paksa kuda untuk minum.
“Amanah bergerak dalam kerangka demokrasi dan ‘plurality’ politik. Kami menerima demokrasi sebagai landasan kami bergerak,” katanya menerusi Whatsapp kepada FMT.
Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata demikian sebagai menjawab pandangan Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) Datuk Dr Ahmad Farouk Musa yang Umno dan BN akan terus memerintah jika PAS dipinggirkan.
Farouk berkata PAS mempunyai penyokong yang kuat dan tegar hingga sanggup korbankan masa, wang dan tenaga untuk parti melainkan penyokong PAS.
Mujahid berkata Amanah kini juga dalam usaha untuk mendidik masyarakat hukuman hudud bukan keutamaan dalam syariah.
“Ya, sebab itu kami bawa Islam rahmat untuk semua dan bergerak dalam politik yang mencapai maksud ‘maqasid syariah’, bukan hudud saja,” katanya.
Sementara itu, Mujahid turut memberi keyakinan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak dihantui dengan kegagalan parti Semangat 46 yang diasaskan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.
“Pengalaman banyak mengajar kita tetapi kita harus terus berusaha mengelak kegagalan. Masa berlalu konteks juga berubah. Dulu PKR juga dikatakan demikian, tetapi ia terus berkembang,” katanya.

3 bulan berlalu, apa jadi siasatan polis 1MDB?

Apa yang telah berlaku dengan siasatan polis terhadap laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ke atas 1MDB, selepas tiga bulan ia dilancarkan, soal pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang.
Beliau menyoal demikian ketika meluahkan rasa terkejut bahawa polis mungkin tidak mempunyai salinan laporan audit 1MDB itu yang dirujuk oleh laporan PAC berkenaan.
"Bagaimana Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar boleh menjelaskan kegagalan polis untuk mendapatkan salinan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB selepas lebih daripada tiga bulan siasatan polis ke atas laporan PAC?
"Apa yang berlaku kepada siasatan polis peringkat tinggi ke atas Laporan PAC mengenai 1MDB yang diketuai oleh Khalid sendiri selepas lebih tiga bulan?" soal Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan Lim itu merujuk kata-kata Khalid minggu lalu bahawa polis perlu menyemak dengan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang sama ada dokumen audit 1MDB yang didedahkan oleh Sarawak Report adalah tulen.
Sehubungan itu, Lim juga ingin tahu jika ketua polis tersebut telah mengesahkan ketulenan dokumen berkenaan dengan Ambrin.
Dokumen audit 1MDB telah diklasifikasikan sebagai sulit mengikut Akta Rahsia Rasmi.
Menurut pengkritik, tindakan merahsiakan dapatan audit negara membuktikan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai sesuatu yang mahu disembunyikan.

NGO: Kedutaan Myanmar Biadap

Anwar Disambut Meriah Di Mahkamah

PKR Sedia Berkerjasama Dengan Parti Baharu

Pas Yakin Tak Tergugat Walau Muncul Parti Baharu

Parti Tun M patut lebih besar dari parti anti-Najib, kata Dr Wong

95% pemandu teksi tidak undi BN jika Uber diluluskan - Shamsubahrin

'Najib, jangan khianati pemandu teksi'

Parti Dr M cuma sebahagian agenda 'pembangkang besar'

'Anwar, Ku Li lebih kuat daripada Dr M' - Ismail Sabri

Ku Li umum bersara, tidak bertanding PRU-14

Bung Moktar : Saya doakan Tun M sihat untuk terajui parti baru

Anwar ucap 'Salam Mubarak', Wan Azizah enggan ulas parti Tun M

Anwar alu-alukan parti baru Tun M

Pakatan Harapan dengan PAS takkan berlaku, kata Nik Abduh

Pas Tak Mungkin Berbaik Dengan Pakatan Harapan - Nik Abduh

Pakar ekonomi ‘garu kepala’ langkah BNM turunkan kadar faedah

Kebanyakan penganalisis ekonomi berkata ia pengumuman mengejutkan dan berbeza daripada sikap bekas gabenor.
BNM-Bloomberg
PETALING JAYA: Kebanyakan pakar ekonomi hanya “menggaru kepala” berikutan pengumuman gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Muhammad Ibrahim mengurangkan kadar faedah baru-baru ini, lapor Bloomberg.
Kaji selidik Bloomberg mendapati kesemua 18 penganalisis ekonomi kecuali satu terkejut dengan keputusan itu, yang dilihat nyata satu perubahan daripada dasar yang diamalkan bekas gabenor, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
Mereka menyangka BNM akan memberikan isyarat jelas sebelum apa-apa langkah mengubah kadar faedah, seperti amalan sebelum ini.
Bank pusat itu membuat kejutan Rabu lalu apabila menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.00%, selepas mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) selama dua hari.
Kali terakhir kadar diturunkan adalah pada 2009 dan pelarasan terakhir dibuat pada Julai 2014.
Ibrahim memberitahu Bernama, langkah itu berasaskan beberapa perkara termasuk inflasi yang lebih rendah daripada jangkaan, iaitu pada 2-3% tahun ini berbanding 2.5-3.5%, dan dijangka terus stabil pada 2017.
OPR yang ditetapkan BNM digunakan untuk arah dasar kewangan, dan merupakan rujukan utama dalam penentuan kadar faedah pasaran yang lain. Ia berperanan sebagai alat isyarat mempamerkan teras dasar kewangan, dan sebagai kadar sasaran operasi mudah tunai harian bank pusat.

Siapalah kami nasihatkan PAS pelan damai, kata Kadir

Ikatan tidak berhak menasihati PAS memandangkan parti Islam itu merupakan salah satu parti tunjang di negara, kata bekas menteri itu.
Abdul-Kadir-Sheikh-Fadzir_pas_600
KUALA LUMPUR: Satu-satunya parti yang bersekutu dengan PAS berkata ia tidak dimaklumkan mengenai pelawaan damai Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Pakatan Harapan baru-baru ini.
Bagaimanapun, Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheik Fadzir berkata beliau tidak berkecil hati.
“Saya rasa itu adalah selaras pendirian PAS sekarang iaitu untuk memainkan politik matang dan sejahtera serta tidak mahu main politik yang selalu menghentam sahaja,” katanya sewaktu ditemui pada majlis Perkasa semalam.
Kadir juga berkata PAS sebuah parti tunjang di negara ini dan dirinya tidak berhak menasihati parti Islam itu.
“Politik di Malaysia dalam keadaan ‘cair’, kerana kadang-kadang untuk bersatu dalam parti politik itu kita kena tengok cara dia. Kalau caranya kasar, terlalu tidak berdisiplin, macam mana hendak berbaik.
“Jadi biarlah macam mana akhirnya blok ketiga ini akan terjadi, keadaan akan menentukan,” ujarnya.
Kenyataan Tuan Ibrahim baru-baru ini menyeru parti pembangkang berhenti menyerang satu sama lain mendapat pelbagai reaksi dari pemimpin PKR, DAP dan Amanah.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyambut baik hasrat Tuan Ibrahim itu bahkan turut menawarkan meja rundingan untuk PAS.
Manakala, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad pula menggesa Tuan Ibrahim dan pimpinan tertinggi PAS yang lain membuat ketetapan sebulat suara jika mahu berdamai.

Parti Dr M cuma sebahagian agenda 'pembangkang besar'

Penubuhan parti baru melibatkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dilihat daripada aspek lebih luas, kata Pakatan Harapan.
Ketua setiausaha sekretariatnya Datuk Saifuddin Abdullah berkata, mereka bersama Mahathir sedang membincangkan keperluan mewujudkan platform pembangkang yang lebih besar.

Ia, kata Saifuddin, akan menggabungkan semua pihak yang menentang BN, termasuk pembangkang selain gabungan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Ini, katanya, termasuk PAS, Parti Sosialis Malaysia (PSM), NGO, individu tanpa parti seperti bekas pemimpin Umno yang dipecat serta Gabungan Rakyat Saksama (SAKSAMA).

SAKSAMA dianggotai tujuh parti pembangkang, termasuk Sabah dan Sarawak.
“Bentuk sebenar platform tersebut boleh lahir dalam beberapa cara,” kata bekas timbalan menteri Umno itu.

“Apa yang perlu diutamakan ialah wujudnya satu blok pembangkang yang besar, bersatu dan kuat
supaya berlaku apa yang diingini rakyat, iaitu perlawanan 'satu-lawan-satu' antara pembangkang melawan BN (diperoleh).”
Saifuddin juga berkata, Pakatan Harapan memahami dinamika tertentu yang mungkin memerlukan parti baru ditubuhkan, seperti dalam kes Sabah.
Sabah menyaksikan seorang naib presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal digantung oleh Majlis Tertinggi Umno. Sebagai tanda protes, belau mengumumkan keluar parti.

“Contohnya, Sabah punya dinamika politik yang unik. Justeru, sekiranya Datuk Seri Shafie menubuhkan parti baru, kami memahaminya.

“Apa yang penting ialah Pakatan Harapan bekerjasama dengannya di Sabah,” katanya.

BN akan kekal berkuasa jika PH pinggirkan Pas, kata IRF


Selagi Pas berkecuali dan berlaku tiga penjuru, selagi itulah tidak akan ada kemenangan di pihak pembangkang.Selagi Pas berkecuali dan berlaku tiga penjuru, selagi itulah tidak akan ada kemenangan di pihak pembangkang.Umno dan Barisan Nasional (BN) akan terus kekal berkuasa dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sekiranya Pakatan Harapan meminggirkan Pas, kata Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF)Datuk Dr Ahmad Farouk Musa.
Beliau  berkata demikian kerana hingga ke saat ini, Pas mempunyai penyokong komited dan tegar.
“Tidak ada mana-mana penyokong parti di Malaysia yang sanggup korbankan masa, wang dan tenaga untuk parti melainkan penyokong Pas.
“Mana ada orang akan panjat pokok kelapa untuk pasang bendera melainkan penyokong Pasdan mereka tidak lakukan itu demi wang,” katanya seperti dilapor FMT.
Datuk Dr Ahmad Farouk Musa Datuk Dr Ahmad Farouk Musa  Farouk menjelaskan selagi pergelutan kerusi berlaku antara PH dan Pas, selagi itulah blok pembangkang tidak mampu menewaskan BN.
“Jika dilihat secara praktikal, tidak. Mustahil Amanah mampu membawa perubahan dalam PRU14.
“Bagi saya Umno akan terus kekal berkuasa dalam PRU14. Walaupun ia diadakan sekarang atau dua tahun lagi.
“Masa terlalu suntuk, dan selagi Pas berkecuali dan berlaku tiga penjuru, selagi itulah tidak akan ada kemenangan di pihak pembangkang,” katanya.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, menyeru “gencatan serangan” dilakukan supaya fokus dialihkan kepada musuh sebenar iaitu BN.
Kenyataan itu disambut baik pemimpin tertinggi PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang bersedia menyediakan ruang perbincangan meja bulat buat semua parti-parti pembangkang yang komited kepada agenda perubahan termasuk Pas.
Bagaimanapun, beberapa pemimpin dari Amanah dan DAP berhati-hati dengan kenyataan Tuan Ibrahim, sebaliknya mahu pendirian rasmi yang jelas yang turut melibatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sekutu PAS tak maklum isu 'gencatan senjata'

Ketika pembangkang dalam Pakatan Harapan meneliti baik buruk tawaran 'gencatan senjata' PAS, sekutu parti Islam itu sendiri nampaknya tidak tahu menahu berhubung cadangan itu.
Gandingan PAS dalam 'Blok Ketiga' pembangkang, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) mengakui tidak dimaklumkan berhubung perkara itu.

Presidennya Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir bagaimanapun berkata, beliau tidak berkecil hati dan berkata PAS mempunyai pertimbangannya tersendiri.

"Saya rasa itu adalah selaras pendirian PAS sekarang iaitu untuk memainkan politik matang dan sejahtera serta tidak mahu main politik yang selalu menghentam sahaja," katanya.

Beliau merujuk kepada saranan politik matang oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam muktamar tahunannya di Kota Bharu sebelum ini.
Kadir berkata demikian kepada Malaysiakini dan sebuah lagi portal berita sewaktu ditemui di ibu negara semalam.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini menyeru “gencatan senjata” sesama pembangkang, sebaliknya menggembleng tenaga bersama untuk menumbangkan BN.
Politik 'cair'

Rata-rata idea itu disambut positif oleh pembangkang, kecuali AMANAH yang lebih berhati-hati apabila meminta PAS membincangkan secara dalaman dahulu supaya tiada 'pusingan U' dibuat di kemudian hari.
Terdahulu, perbalahan berterusan PAS dan DAP menyebabkan gabungan mereka bersama PKR terkubur.

DAP dan PKR kemudian membentuk gabungan baru dengan serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH).
Manakala PAS memilih bekerjasama dengan parti kecil IKATAN yang digerakkan Kadir, bekas pemimpin Umno.

Pas perlu bekerjasama dengan PH dan parti baharu elak hilang Kelantan


Datuk Mahfuz Omar Datuk Mahfuz Omar Pas tidak mempunyai pilihan lain bagi menghadapi pilihan raya selain bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan parti baharu yang bakal diwujudkan oleh bekas pemimpin Umno bagi mempertahankan Kelantan.
Bekas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sekiranya Pas mengambil pendekatan enggan bekerjasama dan bersendirian, nasib Kelantan bakal terlepas ke tangan pihak lain.
“Kalau Pas bersendirian, mereka mengambil pendekatan bertanding tiga penjuru. Ini bermakna bahawa Pas bakal kehilangan Kelantan.
“Saya bukan Tuhan yang tahu tentang masa depan Pas tetapi dalam pilihan raya kita ada analisa. Sebab itu Pas tidak sertai semua kerusi pada PRN Sarawak kerana perkiraan mereka cukup tipis untuk menang,” katanya ketika ditemui selepas sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, semalam lapor  portal Sinar Harian.
Mengulas penubuhan parti baharu oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Mahfuz berkata: “Semua yang hadir hari ini (semalam) adalah dari kalangan mereka yang menandatangani Deklarasi Rakyat. Bagi bekas pemimpin Umno, mereka perlu satu parti baharu bagi menghimpunkan pengikut-pengikut mereka.
“Parti baharu ini perlu bekerjasama dengan parti-parti sedia ada bagi tujuan mengalahkan BN," kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini.

Senario PRU-14.....

Keputusan PRU-13, Bn 133 lawan 89, walaupun undi popular tidak berpihak kepada Bn. Pada PRU itu, belum ada isu 1MDB dan wang derma RM2.6bilion. Pada PRU itu, Tun Mahathir, Tan Sri Muhiyiddin, Datuk Shafie dan Dato Seri Mukhriz masih bersama Bn.
Pada PRU-14, situasi berbeda. Pembangkang dikemudi Tun Dr Mahathir, bersama parti-parti pembangkang. 
Pembangkang yang diketuai Tun Dr Mahathir, sepertimana kenyataan beliau semalam, sebaik sahaja selesai mesyuarat antara pemimpin pembangkang, bagi membincangkan penubuhan parti baru, bahawa matalamat mereka adalah menggantikan kerajaan Bn pada PRU-14. Menurut beliau, hanya melalui kesepakatan melawan Bn satu lawan satu, Bn boleh ditumbangkan. Untuk sementara, halangan utama pembangkang untuk mencapai kesepakatan satu lawan satu adalah parti Pas. Tetapi, mereka, telah mengambil maklum, parti islam itu, hanya berimpak di kawasan majoriti kaum melayu.
Parti pembangkang, mahu menumpukan kemenangan mereka di Semenanjung, kerana kedudukan yang hampir seimbang seperti mana rekod PRU-12 dan PRU-13. Pada PRU-13, di Semenanjung Bn menang 83 daripada 165 kawasan Parlimen, atau 83:82, Sementara di Sabah dan Sarawak termasuk WP Labuan, daripada 57 kawasan Parlimen, Bn menang 50, iaitu 27 di Sarawak dan 23 di Sabah.
Di atas kertas, memang sukar bagi parti pembangkang menebusi Sabah dan Sarawak, atas sebab itu, mereka memberi tumpuan di Semenanjung. Kalau melihat rekod keputusan PRU-13, terdapatnya 37 kawasan parlimen di Semenanjung yang dimenangi Bn antara 3000-400 undi. Jika Tun Dr Mahathir, TS Muhyiddin dan Dato Mukhriz ada impak, selain impak 1MDB, wang derma Rm2.6bilion serta peningkatan sara hidup akibat GST, tidak mustahil, kawasan marjinal tersebut, setidak-tidaknya separuh berpihak kepada pembangkang. Jika demikian, maka kemungkian besar akan berlaku komposisi baru di Semenanjung, daripada 165 kerusi, Bn menang 70, manakala pembangkang 95.
Bagi menubuhkan kerajaan Persekutuan, maka sangat bergantung kepada Sabah dan Sarawak. Melihat kepada ratio di Semenanjung itu, maka Bn perlu mendapat paling sedikit 42 kerusi daripada Sabah dan Sarawak, sementara pembangkang pula hanya 17, bagi membolehkan menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah. PRU-13, di Sarawak pembangkang menang 4 kerusi daripada 31, manakala di Sabah, 3 daripada 26. Mengingat keputusan PRN Sarawak pada Mei, status quo akan dipertahankan, namun di Sabah, ada perubahan sedikit, akibat pergolakan dalaman pada parti Umno. Kalaulah, parti pembangkang di Sabah bersepakat dan mampu mengemukakan calon tunggal bagi setiap kawasan melawan Bn, maka senarionya jauh berbeza dengan keputusan PRU-13.
Di Sabah, apa yang pasti akan dipertahankan pembangkang adalah parlimen Kota Kinabalu, Sandakan dan Penempang. Kawasan terancam adalah Sepanggar, Tuaran, Kota Marudu, Beaufort, Batu Sapi, Silam, Semporna, Keningau, Tenom, Kudat, Ranau dan Pensiangan. Memang, dipihak Bn, tidak akan mengakui, bahawa semua kawasan-kawasan tersebut terancam, akan tetapi berasaskan sentimen di lapangan, sebelumpun berlaku pergolakan dalaman pada parti Umno, kawasan-kawasan itu telah bertukar mode, kepada keadaan tahun 1985, kecuali Silam dan Semporna. Namun, akibat tindakan Shafie, maka kini dua kawasan parlimen tersebut termasuk pada kawasan yang akan bakal menentukan kerajaan Persekutuan selepas PRU-14.

SELEPAS WUJUD GABUNGAN BAHARU, MASANYA UNTUK PAS MEMILIH PENDIRIAN

Segala-galanya kini menjadi semakin terang dan nyata. Beberapa rumusan yang dicapai dalam blok pembangkang di pertemuan yang diadakan  di Yayasan Kepimpinan Perdana semalam mengesahkan lagi  harapan perubahan yang selama ini begitu ditunggu-tunggu.

Antaranya keputusan itu ialah:-

- sebuah parti politik baharu untuk menyaingi UMNO bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi. Tidak penting sama ada Tun Mahathir menjadi penerajunya atau tidak, tetapi beliau akan menjadi penggerak penting ke arah kejayaannya.

- gabungan pakatan pembangkang melibatkan empat parti iaitu parti politik baharu inisiatif Tun Mahathir yang bakal ditubuhkan, PKR, DAP dan Amanah akan menjadi pesaing BN dalam pilihanraya umum akan datang.

- setuju untuk mengenepikan sebarang perbezaan demi menjayakan pertandingan satu lawan satu menentang BN. Dalam erti kata lain, mengalahkan BN adalah juga bertujuan untuk menyingkirkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

- masih menganggap Pas berada dalam blok pembangkang dan bersetuju dengan idea genjatan senjata yang dilontarkan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man selagi Pas juga tidak menyerang mereka.

Dengan keputusan-keputusan tersebut, antara yang penting selepas ini ialah perlunya Pas membuat keputusan tentang pilihan yang seharusnya mereka ambil dalam pilihanraya umum akan datang.

Dengan adanya gabungan baharu ini, Pas tidak relevan lagi untuk terus bersendirian dan tidak memihak kepada mana-mana gabungan sepertimana yang ingin dilakukannya sekarang. 

Bertanding bersendirian hanya menampilkan Pas sebagai pengacau semata-mata.

Tidak mustahil pula dengan terus bersendirian akan membuatkan Pas terus terpencil, diketepikan dan mati di tengah-tengah, umpama kancil yang tersepit apabila gajah sama gajah mula bertarung.

Dasar Islam PAS: Jalan keluar kemelut negara....

Timbalan Presiden PAS mempertahankan dasar Islam yang diperjuangkan PAS dan berkata ia menjamin negara daripada kemelut yang melanda sekarang.
Tuan-Ibrahim_pas_cina_600Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
Esok, 15 Julai 2016, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) akan mula dikenakan bayaran tol. Satu lagi mekanisme untuk mengambil duit daripada rakyat tanpa segan pilu, sepertimana GST.
Sejurus pengumuman tol akan dikuatkuasa di LPT2 dibuat, ramai yang mengeluh, di kedai kopi, di sosial media dan mengeluarkan kenyataan mencemuh tindakan kerajaan dengan pelbagai alasan.
Apakah keluhan dan kenyataan mengkritik dapat menghindarkan rakyat daripada membayar tol? Sudah tentu tidak. Tiba waktunya nanti, rakyat yang mampu mahupun tidak mampu tetap perlu membayar tol di LPT2.
Kemelut yang melanda negara adalah kesan langsung bilamana sistem negara tidak diurus dengan sistem yang diturunkan oleh Pencipta manusia Allah Azza wa Jalla.
Hari ini, ekonomi kapitalis yang dipaksakan ke atas negara demi menjaga kepentingan golongan pemodal telah melahirkan jurang yang besar antara golongan kaya dan miskin. Akibatnya, harta hanya berlegar di kalangan golongan kaya dan berkuasa sehingga golongan ini dapat menjual beli kuasa hari ini sehingga memincangkan sistem demokrasi yang ada.
Demikian juga sistem perundangan yang digubal di Barat telah dipaksa ke atas negara selepas era penjajahan sehingga kini.
Persoalannya apakah ada jalan keluar dari kemelut yang ada?
Sebagaimana isu tol, jikalau kita ingin melihat adanya satu hari rakyat bebas daripada kisah duka membayar tol, maka haruslah kita melakukan perkara yang menjurus ke arah itu, dan bukan sebaliknya.
Antara arahnya ialah menukar sistem kerajaan yang sedia ada. Jika tidak, maka bolehlah kita terus sekadar mengeluh melihat rakyat menderita membayar tol dari generasi ke generasi.
Islam menitikberatkan keadilan. Keadilan dan keharmonian adalah ketetapan Allah bagi ciptaan-Nya.
Allah berfirman dalam Al-Quran: “Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang menegakan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap satu kaum, mendorong untuk kamu berbuat tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (Al-Maidah , 5:8)

Najib wajib dedah laporan audit 1MDB, kata Azmin

Azmin berkata gagal mengubah status rahsia laporan audit 1MDB akan hanya mengiyakan tuduhan cubaan melindungi pemimpin terlibat skandal 1MDB.
azmin 1mdb
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali hari ini menggesa Putrajaya segera mengubah status rahsia laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB.
“Kita perlu ingat bahawa mendedahkan kebenaran di sebalik skandal 1MDB yang maha besar ini bukannya satu permainan politik. Ia adalah satu tanggungjawab yang wajib dipikul semua pemimpin dalam kerajaan atau pembangkang,” kata Azmin.
Portal Sarawak Report baru-baru ini menerbitkan laporan audit yang dirahsiakan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) itu, dengan mendakwa kehilangan dana dan pengeluaran wang mencecah AS$7 bilion dari syarikat milik Kementerian Kewangan itu.
Ia disusuli dengan gesaan beberapa pemimpin kerajaan supaya dalang di sebalik kebocoran dokuman itu diambil tindakan.
Azmin menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak segera mengubah status rahsia itu demi “ketelusan, kebertanggungjawaban dan tatakelola yang baik”.
“Kegagalan berbuat demikian hanya akan mengukuhkan lagi anggapan tentang kewujudan konspirasi peringkat tertinggi untuk melindungi skandal 1MDB,” katanya.
Katanya, ugutan mendakwa mereka yang membocorkan laporan itu hanya menunjukkan sikap angkuh kerajaan.
“Ketelusan adalah ibarat cahaya matahari, yang diyakini ramai sebagai pencegah kuman terbaik bagi melawan penyakit rasuah serta urus niaga yang meragukan,” kata Azmin.

PERKASA: Tak malu ke parti Islam gaduh sama sendiri?

Ketika banyak pihak heboh membicarakan tawaran 'gencatan senjata' PAS, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali mempunyai sudut pandang lain dalam isu itu.
Beliau melihat, sejak awal lagi, pembangkang tidak harus bertelagah sesama sendiri, terutamanya dua parti berteraskan Islam – PAS dan serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH).
“Saya sendiri rasa tak senang hati, saya bukan ahli PAS mahupun AMANAH.
“AMANAH dulu adalah orang PAS dan mereka berjuang atas nama Islam. Asas utama Islam adalah silaturahim, kita tak boleh memutuskan hubungan silaturahim.
“Parti lain yang tidak bercakap atau guna dasar Islam, bila bergaduh sesama sendiri tidaklah sampai ke peringkat mereka bergaduh seperti PAS dan AMANAH, tak rasa malu ke?

“Ini teguran ikhlas dari saya,” ujarnya kesal dalam wawancara bersama Malaysiakini dan sebuah lagi portal berita di ibu pejabat PERKASA di Kuala Lumpur semalam.
Bekas anggota parlimen Pasir Mas itu mengulas kenyataan tawaran 'gencatan senjata' sesama pembangkang oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kelmarin.
Tanggungjawab dua pihak
Tuan Ibrahim berkata, PAS dan parti-parti dalam Pakatan Harapan – DAP, PKR dan AMANAH – perlu bertolak ansur dan mencari titik persamaan tanpa membelakangkan dasar masing-masing dalam menumbangkan BN.
Rata-rata idea itu disambut positif oleh pembangkang, kecuali AMANAH yang lebih berhati-hati apabila meminta PAS membincangkan secara dalaman dahulu supaya tiada 'pusingan U' dibuat di kemudian hari.
Ibrahim Ali meletakkan tanggungjawab membetulkan perkara itu di bahu kedua-dua pihak, iaitu PAS dan AMANAH.

Goldman Sachs: Bank Yahudi Pujaan Hati Najib & 1MDB ... & Umno

 Goldman Sachs: Bank Yahudi Pujaan Hati Najib & 1MDB ... & UmnoKita kalau buat pinjaman bank untuk modal perniagaan, kita akan diminta serahkan satu kertas kerja di mana antara lain, kita diminta terangkan apa kegunaan pinjaman yang dipinta itu. Kalau minta 1 juta, maka kita akan senaraikan tujuannya untuk apa. Contohnya, nak beli barangan niaga, nak besarkan operasi syarikat dan sebagainya sesuai dengan jumlah 1 juta yang dipohon itu.

Bank kalau berpuashati syrat2 dipenuhi dan yakin dengan kemampuan projek yang disebutkan itu, akan keluarkan dana 1 juta. Bank berharap dengan bantuan modal itu, bisness kita akan maju dan kita mampu bayar balik pinjaman beserta bunganya. Dan bank juga berharap kita akan jadi pelanggannya yang bagus ..... demi masa depan bersama yang lebih cerah. Kita pun seronoklah dapat 1 juta ......

Bagaimana kalau ada bank yang terlebih baik, tolong buatkan kertas kerja untuk kita lagi ? Siap buat pengiraan bagai tentang barangan yang kita perlukan, kemudian tolong uruskan dengan penjamin lagi.... semua bank yang buat ! Kita goyang kaki je ..... siap semua, kita sain, dapat duit dan boleh mulakan bisness ..... peeeergh !


Kenapa baik sangat ? Kenapa kita yang dipilihnya ? Manager bank takde anak beranak sanak saudara jiran ke yang boleh dia tolong terlebih dahulu ? Kenapa kita yang tidak kenal pun dengan manager bank itu yang mahu ditolong ? Wujud ke bank sebaik itu ?

Wujud beb ! Memang ada bank sebaik itu. Tak percaya tanya Najib.


Nama bank itu Goldman Sachs, sebuah bank Yahudi berpusat di Amerika. Yahudi ? ? Ya .... bank Yahudi ! TAKBIR !!! Siapa kata Yahudi jahat ? Tengok..... punyalah baik bank Yahudi ni, semuanya dia tolong uruskan buat 1MDB ketika nak buat pinjaman masa nak beli IPP dulu.

Harga belian IPP pun dia yang tolong congakkan selaku perunding kewangan. Rundingan dengan penjamin pun dia yang uruskan. Najib cuma sain jer. Peeeergh ! HIDUP YAHUDI !! Teriak orang Umno .....ngan orang Pas.

Tapi caj bank Yahudi ni tinggi sikitlah sebab dia yang uruskan semuanya. Dari jumlah pinjaman USD3.5 bil, Yahudi ni ambil USD302.50 juta atau 8.6%. Kos kewangan ini ditolak siap.

Takperlah kot .... masih ada dekat USD3.2 bil lagi. Bilion tuh ! Sapa nak bagi pinjam senang2 macam tu ? HIDUP YAHUDI !!! Teriak orang Umno ...... dan orang Pas.

So, Najib pun berlengganglah pergi bank nak sain kontrek sambil memuji2 bank Yahudi itu .....

TAPI ..... kata bank Yahudi itu, memanglah kita bagi USD3.2 bil sesudah tolak caj kewangan. Tapi kena tolak USD1.367 bil ( 39.1% )sebab nak bagi deposit kepada penjamin. Tanpa penjamin, 1MDB takkan layak nak dapat pinjaman sebanyak itu. Nama 1MDB hampeh ...

Maknanya, dari amaun 3.5 bil yang dipinjam, 1MDB hanya dapat 1.83 bil jer ( 52.3% ). Kalau guna contoh awal di atas tadi, kita buat pinjaman 1 juta, kita hanya terima 520 000 jer.

Pulak ..... TAPI, kata bank Yahudi itu lagi, namanya pun deposit, 1MDB boleh dapat balik !

Ooooooh.... OKlah kalau macam tu. Meh sini aku sain, kata Najib. HIDUP YAHUDI !!! Teriak orang Umno  ..... dan orang Pas.

TAPI ..... apa lagi ? 1MDB kena bagi option kepada penjamin untuk beli saham IPP yang 1MDB cadang nak beli tu. Bukan free, penjamin kena bayarlah ..... Oooooo OK, meh sini kontrek tu, aku nak sain.

Baik betul bank Yahudi itu kan ...... Punyalah orang Yahudi nak tolong sebuah negara Islam seperti Malaysia. Siapa sangka .... HIDUP YAHUDI !!! Teriak orang Umno ..... dan orang Pas.

Dipendekkan cerita, antara syarat nak senaraikan Edra, syarikat yang 1MDB tubuhkan untuk jaga IPP yang dibeli itu, tidak boleh ada sebarang tuntutan ke atas pemilikan Edra. Memang dari awal lagi plan nya nak senaraikan ( IPO ) Edra. So, kenalah dilupuskan Option yang diberikan kepada penjamin itu .....

Pulak .... kalau dah tahu dari awal lagi nak IPO, kenapa setuju dengan Option ? Entahlah .... masa nak sain tu mungkin tak terfikir ke tahap itu lagi. Duit nak masyuuuuuk, tak fikir panjang dah.

1MDB telah bayar USD1.968 bilion untuk tebus Option itu iaitu sebanyak 3 kali pembayaran - bulan Mei 2014 (USD250 juta), September 2014 (USD725 juta) dan Disember 2014 (USD993 juta).

Erk ! Gostan balik, gostan balik ..... dari jumlah 3.5 bil yang dipinjam, tolak deposit 1MDB dapat USD1.83 bil. Lepas bayar Option USD1.968 bil, maknanya 1MDB terkurang 0.138 bil atau USD138 juta ?

Pinjam 3.5 bil tapi akhirnya kena keluar dari poket 138 juta ?  Mana duit nak buat modal niaga ? Hutang USD3.5 bilion + bunga itu tetap kena bayar balik !