Khamis, 14 Julai 2016

SEPERTI YANG DIJANGKA...


Ini kata Setiausaha Agung Pas....


Ini pula kata Ketua Dewan Ulama Pas...

Hmmm....nampaknya saranan baik Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai genjatan senjata dan perlunya menggembleng tenaga menumbangkan BN hanya ibarat mencurah air ke daun keladi.

Ramai Tahu Salah Tapi Susah Tolak Rasuah - Abu Kassim

Tubuh parti baru: Tunggu dan lihat, kata Shafie

Tidak terlewat untuk PAS pulihkan hubungan dengan Pakatan Harapan - Mahfuz

Tidak semestinya saya sebagai presiden, kata Tun M

Pakatan baru bukan untuk matlamat peribadi tegas Tun M


Jangan serang kami dan kami tidak serang, kata Tun M kepada PAS

Tun M Tak Terajui Parti Baharu

Pakatan baharu tidak berjuang agenda peribadi

Dr Mahathir berkata, mereka juga bersetuju dengan cadangan pelaksanaan gencatan serangan antara satu sama lain.
mahathir
PETALING JAYA: Parti baharu yang akan ditubuhkan tidak lama lagi akan membentuk pakatan besar bersama parti pembangkang lain bukan untuk memperjuangkan matlamat peribadi.
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bekas pemimpin Umno dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) sedar mereka perlu bekerjasama untuk menjatuhkan BN.
Menurutnya, terpulang kepada pemimpin PH untuk menentukan jika mereka mahu menjadi subpakatan atau parti komponen berasingan.
Jelasnya, mereka sepakat akan hanya menurunkan seorang calon pada mana-mana pilihan raya, selain akan mengetepikan perbezaan masing-masing dan menumpukan perhatian untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Kami juga bersetuju dengan cadangan pelaksanaan gencatan serangan antara satu sama lain,” katanya selepas mengadakan mesyuarat selama tiga jam dengan pemimpin pembangkang dan NGO di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.
Ditanya jika gencatan serangan itu termasuk PAS, Dr Mahathir merujuk kepada saranan Timbalan Presiden parti Islam itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam.
“Saya tidak tahu apa pendirian PAS tetapi Tuan Ibrahim nampaknya mempertimbangkan dirinya sebagai (parti) pembangkang, jadi kami berharap mereka tidak menentang kami.

Pembangkang setuju Dr M tubuh parti baharu

Dr Mahathir berkata, beliau adalah orang pertama yang akan menyertai parti baharu itu, tetapi tidak semestinya sebagai presiden.
mahathir
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, parti pembangkang turut mempersetujui penubuhan sebuah parti baharu tidak lama lagi untuk membentuk pakatan lebih besar menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Bekas perdana menteri itu berkata, pembentukan parti baharu itu bertujuan menentang Barisan Nasional (BN) sekaligus memastikan parti pemerintah terkubur pada PRU14.
Jelasnya, antara individu yang menunjukkan minat berhubung pembentukan parti baharu itu termasuk bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas naib presiden, Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
“Saya akan menjadi yang pertama menyertai (parti baharu), tetapi tidak semestinya sebagai presiden. Parti politik baharu akan membentuk satu pakatan besar untuk lawan BN pada PRU14.
“Pakatan baharu itu boleh disertai sesiapa sahaja termasuk parti pembangkang, NGO dan individu,” katanya selepas mengadakan mesyuarat selama tiga jam dengan pemimpin pembangkang dan NGO di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, beliau tidak berminat bertanding pada PRU14, sebaliknya akan memberi tumpuan membantu parti pembangkang menentang BN.
“Bagaimanapun saya tidak berminat bertanding pada PRU14 dan cukup sekadar memainkan peranan penting nanti,” katanya.

PAS bakal hilang Kelantan jika terus bersendirian

Mahfuz berkata, pandangan itu dibuat berdasarkan analisis terhadap senario politik negara ketika ini.
Datuk Mahfuz Omar
PUTRAJAYA: Kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS bakal terkubur sekiranya parti Islam itu bertegas mahu bersendirian pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berpendapat, PAS perlu memutuskan sama ada mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) atau bersama Barisan Nasional (BN) supaya mereka dapat terus memerintah Kelantan.
“PAS tidak ada pilihan untuk hadapi pilihan raya akan datang sama ada dengan Pakatan Harapan atau mungkin parti baharu yang bakal diwujudkan atau juga BN.
“Kalau bersendirian, saya sangat bimbang Kelantan akan kalah. Kalau dia bersendirian, mereka mengambil pendekatan bertanding tiga penjuru. Ini bermakna PAS bakal kehilangan Kelantan,” Katanya selepas menghadiri mesyuarat tiga jam bersama bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin pembangkang lain di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.
Bekas Naib Presiden PAS itu berkata, pandangan itu dibuat berdasarkan analisis terhadap senario politik negara ketika ini.
“Saya bukan Tuhan yang tahu tentang masa depan PAS, tetapi dalam pilihan raya kita ada analisa. Sebab itu PAS tidak bertanding di semua kerusi pada PRN Sarawak kerana perkiraan mereka cukup tipis untuk menang. Saya buat analisa Kelantan tidak dapat diselamatkan,” katanya.
Pada masa sama, Mahfuz berjanji akan terus setia bersama PAS.
Terdahulu, Dr Mahathir dilaporkan sebagai berkata, parti pembangkang turut mempersetujui penubuhan sebuah parti baharu tidak lama lagi untuk membentuk pakatan lebih besar menjelang PRU14.
Jelasnya, pembentukan parti baharu itu bertujuan menentang BN sekaligus memastikan parti pemerintah terkubur pada PRU14.

Jangan dan kami tak akan serang, kata Dr M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kumpulannya dan pembangkang tidak akan menyerang PAS jika mereka tidak menyerang terlebih dahulu.
Bercakap pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini, Dr Mahathir berkata kumpulan yang menyertai gerakan Selamatkan Malaysia telah bersetuju untuk mengadakan 'gencatan senjata' di antara mereka.
"Kami bersetuju dengan cadangan untuk 'gencatan senjata' di antara kita.
"Tidak dengan orang-orang yang sebahagiannya dengan kerajaan dan sebahagiannya dengan pembangkang," katanya.
Ini dipercayai merujuk kepada PAS, yang kini lebih dekat dengan BN selepas terkuburnya Pakatan Rakyat, tetapi masih kekal sebagai sebahagian daripada pembangkang.
Ketika diminta mengulas lanjut mengenai sama ada mereka akan melakukan gencatan senjata dengan PAS, Mahathir menjawab: "Kami berharap (mereka) tidak akan menyerang kita dan kita tidak akan menyerang mereka."
Kenyataannya itu dibuat sehari selepas Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru 'genjatan senjata' di kalangan parti-parti pembangkang.
Tuan Ibrahim semalam berkata, sebaliknya pihak pembangkang perlu mengembleng tenaga menentang BN.
Beliau berkata parti pembangkang boleh berkompromi tanpa mengorbankan dasar utama mereka untuk memberi tumpuan kepada "musuh sebenar".

Genjatan serangan bukan pendirian Pas - Takiyuddin Hassan


Takiyuddin Hassan

KOTA BHARU - Cadangan supaya parti pembangkang melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi memberi tumpuan kepada "musuh sebenar" bukan pendirian Pas sebaliknya hanya lontaran idea daripada timbalan presiden parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Demikian kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang menegaskan parti itu tidak pernah membincangkan perkara itu dan sesuatu pendirian parti perlu diumumkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau wakil yang diamanahkannya.
  
"Bagaimanapun, lontaran idea daripada timbalan presiden itu akan dibincangkan dalam mesyuarat biro politik yang akan diadakan di Pejabat Agung Pas di Kuala Lumpur, Ahad ini.

  
"Kita akan mengeluarkan kenyataan berkaitan perkara berkenaan selepas mesyuarat tersebut," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Takiyuddin mengulas kenyataan Tuan Ibrahim dalam laman akaun Facebook miliknya semalam supaya parti-parti pembangkang melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi memberi fokus kepada musuh sebenar, Umno-Barisan Nasional.

Hadi: PAS pakat dengan pihak yang ikut acuannya

PAS sedia berpakat dengan mana-mana pihak yang setia dan dapat mengikut acuan parti itu demi menegakkan Islam, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Kenyataan beliau itu muncul sehari selepas gesaan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man supaya parti-parti pembangkang melakukan 'genjatan senjata' dalam menentang BN.
"PAS terus sedia berpakat dengan semua pihak dan tidak akan bersama dengan sesiapa sahaja yang tidak setia dan bersedia bersama acuan PAS, berpandukan konsep yang ditunjuk oleh Al-Quran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dengan memetik ayat-ayat al-Quran, Hadi mengingatkan bahawa matlamat PAS adalah untuk menegakkan Islam dalam masyarakat dan negara.
"PAS wajib beristiqamah dan bertegas dalam perkara asas tersebut. Semua pihak yang melanggar sempadan ini jangan cuba mengheret PAS terkeluar daripada landasannya.
"Ketahuilah bahawa perjuangan ini memandang dua belah mata, ke arah kemenangan akhirat yang paling besar dan kemenangan dunia yang diuji menjadi jambatan ke akhirat juga," katanya dalam kenyataan yang disiarkan portal Harakahdaily itu.
Menurutnya lagi, PAS mempunyai pendekatan tersendiri bersama Islam dan wajib beristiqamah dengannya.
"Istiqamah dijadikan perkataan penting kepada tema beberapa kali muktamar, sehingga mereka yang tidak beristiqamah keluar PAS atau dipecat," katanya lagi.
"Teruskan Istiqamah, jangan diheret oleh musuh atau kawan yang berpura-pura, tangan kiri yang bergelumang memegang kita, tangan kanannya bergantung kepada lawan yang juga mengheret kita daripada "Al-Siratol Mustaqim"," kata beliau.
Tuan Ibrahim semalam menyeru “gencatan senjata” sesama pembangkang bagi menggembleng tenaga untuk menumbangkan BN.

Selangor tawar bantuan kewangan pelajar UNISEL


Universiti SelangorUniversiti Selangor
Pelajar baru Universiti Selangor (UNISEL) kemasukan Jun layak menerima manfaat pembiayaan pendidikan dan kemudahan pembelajaran ditawarkan Kerajaan Negeri.
Antara tawaran bantuan pendidikan disediakan termasuklah bantuan wang sara diri, Hadiah IPT Selangor, Biasiswa Selangorku dan Pinjaman SUK Selangor.
Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad,berkata ia sejajar dengan falsafah “Peduli Rakyat” dalam fokus Kerajaan Negeri memacu sistem pendidikan.
“Kami mengharapkan inisiatif ini dapat membantu pelajar cemerlang ini melanjutkan pelajaran dan akhirnya menjadi pemangkin kepada pembangunan negara,” katanya kepada Selangor Kini.
Kerajaan Negeri sebelum ini memperuntukkan RM20.9 juta bagi tujuan pembiayaan pembayaran balik selain peruntukan RM60 juta bagi tujuan penambaikan sistem pendidikan.
Pada masa sama, Menteri Besar Dato’Seri Mohamed Azmin Ali melihat potensi UNISEL menggarap visi Smart Selangor terhadap pembangunan pendidikan negeri.
Beliau berkata, perubahan terhadap dasar pendidikan negeri mampu melonjakkan lagi teras pendidikan ke arah melahirkan graduan berdaya saing di peringkat lebih tinggi.
“Kita memerlukan anjakan paradigma dalam sistem pendidikan. Usaha ini menuntut sistem pendidikan yang holistik untuk membentuk graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga berakhlak tinggi,” katanya.

GST tingkatkan kos operasi SME, dakwa ACCCIM

Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) mendakwa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) telah meningkat kos untuk peiniaga kecil.
Ini adalah mengikut laporan banci percukaian SME 2016 yang mendapati bahawa majoriti pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) mencatatkan kos kewangan yang bertambah setahun selepas pelaksanaan GST.
"Walaupun kerajaan berulang kali menekankan bahawa GST tidak akan menambah beban kewangan kepada perniagaan, hasil kaji selidik itu, bagaimanapun mendedahkan ... bahawa lebih 80 peratus responden menyatakan bahawa ia meningkatkan kos operasi mereka," kata Presiden ACCCIM Ter Leong Yap.
Sementara itu, 58 peratus responden juga melaporkan mereka menghadapi masalah aliran tunai kerana GST, walaupun ini mewakili penurunan kecil dari 68 peratus berbanding tahun 2015.
Kajian tersebut melibatkan 806 responden dan dijalankan dari 29 April hingga 31 Mei tahun ini, terutamanya melalui 17 pejabat ACCCIM di seluruh negara.
Objektif kajian ini adalah untuk memahami cabaran yang dihadapi oleh peniaga Malaysia selepas pelaksanaan GST.

Bank Switzerland temui transaksi mencurigakan 1MDB

Kumpulan perbankan Switzerland, UBS AG mendapati beberapa transaksi 'mencurigakan yang dikaitkan dengan 1MDB, kata sumber yang rapat dengan siasatan itu.
Bank berkenaan memberi amaran kepada Penguasa Kewangan Singapura  (MAS) yang mencetuskan  siasatan ke atasnya, kata sumber yang tidak mahu dikenali kepada agensi berita kewangan, Bloomberg.
"Urusniaga ini tidak dengan segera diiktiraf oleh UBS sebagai mencurigakan," lapor Bloomberg.
Sarawak Report, sebelum ini telah mengenal pasti UBS menguruskan akaun Aabar Limited yang didaftarkan di British Virgin Island yang kini didedahkan sebagai tidak ada kaitan  dengan International Petroleum Investment Corporation (IPIC) sehingga menyebabkan pertikaian.
Akaun tersebut menerima sekurang-kurangnya AS$1.24 bilion daripada akaun bank anak syarikat 1MDB, BSI SA di Lugano, Switzerland, memetik laporan Sarawak Report pada 11 Julai yang lalu.
Bloomberg berkata, jurucakap UBS enggan mengulas mengenai perkembangan terbaru ini manakala MAS merujuk kepada kenyataan yang dibuat sebelum ini mengenai kajian semula seliaan institusi kewangan bagi transaksi mencurigakan.
Keadaan ini muncul setelah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoalkan sama ada juruaudit Deloitte telah diperdaya ketika menandatangani akaun 1MDB.
Pua menegaskan penyata kewangan 1MDB pada Mac 2014 menunjukkan bahawa jumlah yang ditebus daripada pelaburan di Kepulauan Cayman sebaliknya digunakan sebahagian besarnya untuk tujuan pembayaran faedah hutang, modal dan bayaran kepada Aabar (Investments PJS Ltd atau Aabar BVI) sebagai deposit yang dikembalikan.

Mahathir sahkan ada parti baru, tapi tak akan terajuinya

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan bahawa terdapat perbincangan bagi membentuk sebuah parti baru yang akan menjadi sebahagian daripada pergerakan ‘Selamatkan Malaysia’.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak akan mengetuai parti berkenaan.
"Saya akan menjadi yang pertama menyertai... tetapi tidak semestinya sebagai presiden," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
Beliau sebelum itu, mempengerusikan mesyuarat bersama Pakatan Harapan dan beberapa bekas pemimpin Umno di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Mesyurat yang bermula pada jam 4 petang hari ini, bagaimanapun tidak dihadiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Antara yang hadir adalah bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Salahuddin Ayub dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dispekulasikan sebagai antara pemimpin bekas Umno yang bakal menyertai parti baru itu tidak hadir kerana masing-masing berada di luar negara.

'Tak mungkin PAS akan bersama HARAPAN' - Dewan Ulama

Tawaran gencatan senjata sesama pembangkang oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak boleh ditafsirkan sebagai percubaan untuk menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan (HARAPAN), kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali.
"Tak ada sebarang (usaha) untuk bersama (dalam) Pakatan Harapan. Tak mungkin berlaku," katanya.
Khairuddin berkata PAS cuba membina satu sistem politik baru yang tidak terhad kepada sistem dua parti.
"Sistem dwi-parti ternyata merosakkan kerana setiap parti akan memejam mata (atas) kesilapan parti mereka, akan mempertahankan kerosakan dan kebatilan.
"Itu berlaku dalam Pakatan Rakyat sebelum ini. Lihat banyak onar dalam DAP tapi kita pejam mata kerana menjaga Pakatan Rakyat, itu bahaya bagi negara," katanya.
Sementara itu, Khairuddin berkata, kenyataan Tuan Ibrahim adalah semata-mata satu nasihat kepada parti-parti Pakatan Harapan.
"Kenyataan Tuan Ibrahim menyeru supaya Pakatan Harapn tak perlu menyerang PAS dalam menentang Umno, jadikan Umno sebagai musuh politik, itu sahaja," kata Khairuddin.
Berhubung gesaan Tuan Ibrahim supaya parti-parti pembangkang berkompromi, Khairuddin berkata ia adalah dalam konteks berhadapan dengan Umno.
"(Kita) tak pernah terkhilaf dalam isu itu.
"Tapi Pakatan Harapan secara jahat cuba menggambarkan PAS telah mula bersama Umno. Itu adalah satu tohmahan yang sangat jahat, satu usaha untuk merosakkan reputasi PAS.
"Semua orang tahu PAS antara parti awal berjuang menentang Umno, PAS konsisten menentang Umno," katanya.

Dr M, pemimpin pembangkang bermesyuarat di Yayasan Perdana

Bagaimanapun, Muhyiddin dan Mukhriz tidak hadir.
bahasa,-Dr-Mahathir,-pemimpin-pembangkang,-parti-baharu.PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengadakan perbincangan tertutup bersama pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) dan beberapa bekas pemimpin Umno di Yayasan Kepimpinan Perdana.
Mesyuarat yang bermula jam 3 petang itu diadakan di sebalik desas-desus Dr Mahathir akan menubuhkan parti politik baharu.
Beberapa pemimpin pembangkang termasuk Lim Kit Siang dilihat memasuki perkarangan yayasan itu bermula jam 2.30 petang.
Turut dilihat ialah bekas menteri Datuk Seri Shafie Apdal, timbalan pengerusi DAP Teresa Kok, bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa, bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim, ketua Pemuda Sosialis DAP Anthony Loke, naib presiden PKR Tian Chua dan Shamsul Iskandar Akin, bekas ahli Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Anina Saadudin, dan pemimpin Amanah iaitu Anuar Tahir, Khalid Samad dan Datuk Mujahid Yusuf Rawa.
Tokoh lain yang turut kelihatan termasuk pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah, bekas pengerusi Datuk Ambiga Sreenevasan dan bekas ketua pengarang Kumpulan NSTP, Datuk A Kadir Jasin.

Siapa yang merampas Islam?


IslamophobiaIslamophobia
(Terjemahan artikel Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan oleh Majalah Time bertajuk Who Hijacked Islam oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Rizal Jamin)
Buat pertama kalinya di dalam sejarah Islam di mana tindak-tanduk yang dilakukan oleh segelintir penganutnya telah mengakibatkan agama dan umat Islam secara amnya di pandang begitu hina dan jijik di mata masyarakat sejagat. Berjuta-juta penganut agama Islam yang melarikan diri dari negara asal mereka dan berhijrah ke Eropah dan Amerika Utara akibat desakan hidup dan penindasan di negara asal mereka kini telah menjadi sasaran kebencian dan dikategorikan sebagai kelompok yang berpotensi menjadi pengganas. Gerakan demokrasi yang masih baru bertapak di Negara Islam juga bakal terbantut untuk beberapa dekad yang mendatang, di mana pihak pemerintah yang memerintah secara autokrasi menggunakan alasan penglibatan kerajaan di dalam perang dunia menentang keganasan, untuk menakutkan pihak pembangkang yang pro-demokrasi.
Inilah yang telah dilakukan oleh Mohamed Atta, rakan pengganasnya dan pihak yang menaja mereka, terhadap imej Islam dan penganutnya melalui pembunuhan manusia yang tidak berdosa di World Trade Center dan Pentagon. Serangan ini bukan sahaja perlu dikutuk, malah ia perlu ditolak tanpa sebarang syarat dan alasan. Pihak berkuasa agama telah meluahkan kemarahan mereka melalui kenyataan keras yang mengutuk pembunuhan kejam tersebut.Segala usaha dan tindakan untuk menghukum pihak yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan ini mestilah mendapat sokongan padu dari semua pihak.
Kita berasa agak hairan dengan kekeliruan yang yang dialami oleh masyarakat Islam yang memberikan reaksi yang berbeza terhadap Amerika Syarikat. Di Malaysia misalnya, media yang dikawal kerajaan telah dikerahkan untuk menyemarakkan sentimen Anti-Amerika, manakala golongan elit pemerintah menggunakan bahasa yang lebih diplomatik untuk tujuan tersebut. Sudah tentu terdapat sebab yang munasabah untuk kita menyatakan kekecewaan terhadap Amerika Syarikat terutamanya perkara yang berkaitan dengan nasib warga Palestin yang menghadapi Israel yang semakin bongkak namun ini bukan masanya untuk menempelak dasar luar Amerika Syarikat. Sekiranya Malaysia yang menjadi mangsa tragedi tersebut, sudah tentulah kita juga merasakan ia adalah reaksi yang tidak berperikemanusiaan.
Kita mesti bertanya kepada diri sendiri, bagaimana di abad ke-21, wujud manusia yang bernama Osama bin Laden dikalangan masyarakat Islam. Berbanding dengan abad-abad sebelumnya, di mana Islam menempa ketamadunan sejagat, kekayaan dan kemakmuran dikalangan umatnya membina pelbagai yayasan amal yang menyokong perkembangan universiti dan hospital, para putera raja bersaing untuk melahirkan ahli sains, ahli falsafah dan ilmuwan lainnya. Ahli Sains yang terulung pada zaman kegemilangan Islam, iaitu Ibnu Sina, adalah produk yang terhasil pada masa tersebut. Akan tetapi Bin Laden telah menggunakan kekayaannya untuk menaja keganasan dan pembunuhan, bukannya kreativiti dan keilmuan, juga menggalakkan kemusnahan dan bukannya penciptaan.
Bin Laden dan para pengikutnya adalah kelompok yang terdesak. Mereka datang dari negara di mana perjuangan politik dengan cara damai telah gagal. Di kebanyakkan negara Islam, perbezaan kepercayaan politik tidak dibenarkan dan ia dianggap sebagai melanggar undang-undang. Walau bagaimanapun, kita menyaksikan saban tahun terdapat peningkatan bilangan professional dan juga kelas menengah yang celik politik. Mereka ini bersikap terbuka di dalam menyatakan kecenderungan politik dan sosial di negara mereka. Namun malangnya perkembangan kelompok sivil ini terbantut akibat kekangan pihak penguasa.

‘Hadi pasti tolak cadangan damai Tuan Ibrahim’ - MT Umno

Cadangan itu bukanlah pendirian rasmi PAS.
Tuan-Ibrahim_hadi-awang_600_2PETALING JAYA: Cadangan “gencatan serangan” di antara parti pembangkang seperti diutarakan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam akan ditolak Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata seorang ahli Majlis Tertinggi Umno.
Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata cadangan itu bukan pendirian rasmi PAS dan pasti akan ditolak oleh presidennya.
“Saya tak lihat itu pendirian rasmi PAS. Itu pendirian timbalan presiden (Tuan Ibrahim) saja dan pendirian itu sukar untuk menjadi pendirian rasmi parti.
“Saya percaya tidak ada komen daripada pemimpin lain yang PAS tidak akan bersetuju sebab sejarah pun banyak membuktikan pandangan timbalan presiden ditolak oleh presiden,” katanya kepada wartawan di Kuala Lumpur hari ini.
Semalam, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru parti pembangkang berdamai dan menumpukan kepada usaha menumbangkan Barisan Nasional (BN).
“Rakyat ramai keliru dan ada yang ketawa sendirian dan ada yang menggeleng kepala melihat keadaan politik pembangkang hari ini.
“Semua tersekat di dalam lumpur. Nak ke depan tak jelas jalan mana. Nak undur ke belakang rasa nak ke hadapan. Nak kekal tak jadi sebab dah tahu pasti tenggelam,” katanya.
PAS bukan sebahagian Pakatan Harapan, gabungan antara PKR, DAP dan Amanah yang menggantikan Pakatan Rakyat selepas terkubur pada Jun tahun lalu.

'Parti baru Mahathir tak ke mana, tiada kesan bagi Umno' - MT Umno

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Shamsul Anuar Nasarah yakin parti baru yang dikatakan bakal  ditubuhkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan berjaya.

Shamsul berkata, walaupun Mahathir mempunyai jasa yang besar kepada negara, tetapi hala tuju dan matlamatnya kini tidak jelas.
“Rakyat tidak mahu lagi politik pura-pura, adu domba, politik pecah belah, politik retorik dan sebagainya tetapi apa yang mereka inginkan adalah pembangunan dan pembelaan.
“Sebab itu rakyat akan memilih parti politik yang ada rekod pencapaian konsisten dan (ada) hala tuju yang jelas, bukan parti politik yang ditubuh berasaskan kepada sentimen marah, perasaan benci dan sebagainya,” kata Shamsul.
Spekulasi bertiup kencang bahawa Mahathir, doktor perubatan 91 tahun, bakal menerajui parti baru, yang terdiri daripada bekas anggota Umno.

Mesyuarat Mahathir bersama pemimpin pembangkang, pemimpin masyarakat sivil serta anggota dan bekas anggota Umno yang menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dijadual di Putrajaya petang ini.

Keputusan itu dinanti-nantikan semua pihak.
Sementara itu, pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Shamsul berkata beliau yakin apa yang akan dilaksanakan Mahathir tidak akan memberi kesan kepada Umno.

“Saya tak nampak akan berlaku perpecahan di kalangan ahli parti kerana kita yakin kewujudan parti baru tidak akan memberi kesan besar kepada kita,” katanya yang juga adalah pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Negara (PTPTN).

Genjatan Senjata: Tuan Ibrahim perlu dapat restu Hadi dulu, kata ulama PAS

Ketua Dewan Ulama PAS Mahfodz Mohamed percaya cadangan timbalan presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man supaya gencatan senjata dilakukan di kalangan parti pembangkang mesti mendapat restu pemimpin nombor satu parti itu.
"Bila dia bercakap tu mesti ada restu presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang).
"Ada orang tanya kenapa bukan presiden yang keluar (kenyataan). Takkanlah semua benda nak diurus oleh presiden," kata Mahfodz kepada Malaysiakini.
Mahfodz bagaimanapun berkata, pandangan Tuan Ibrahim adalah wajar supaya parti pembangkang tidak bercakaran sesama sendiri.
"Kalau objektif sama untuk jatuhkan BN, walaupun bukan dalam gabungan, kena kukuhkan parti (terlebih dulu).
"Kalau masing-masing kuat lawan dengan BN, mana-mana parti pembangkang boleh menang.

‘Kenal pasti musuh sebenar sebelum tawar gencatan’

Tawaran ‘gencatan senjata’ sesama pembakang oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, walaupun agak terlewat, tetapi wajar dipuji, kata seteru politiknya, Parti Amanah Negara (AMANAH).
Namun, bagi naib presidennya, Datuk Mujahid Yusof Rawa, PAS perlu mengenal pasti musuh politik yang sebenar kerana pada pilihan raya kecil berkembar di Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak, PAS jelas telah menyerang Pakatan Harapan.
Katanya, di sebalik rundingan, PAS membuat keputusan untuk bertanding, membuka laluan bagi pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya itu.
"PAS yang memusnahkan pembangkang," kata Mujahid kepada Malaysiakini.
Beliau berkata PAS juga menyerang DAP dan mengabaikan ‘amaran’ Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali supaya tidak bertanding.
Mengenai kenyataan terbaru Tuan Ibrahim, Mujahid berkata beliau tidak pasti sama ada tawaran itu adalah idea timbalan presiden PAS itu atau pendirian parti berkenaan.
“Saya tak pasti idea siapa (gencatan senjata) itu kerana pernah berlaku kenyataannya begitu cepat ditolak oleh bosnya (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang)," katanya.
Dalam cadangan gencatan senjata semalam, Tuan Ibrahim menggesa pembangkang untuk menggembleng tenaga bersama untuk menumbangkan BN dan berharap pertelagahan sesama mereka kini dapat ditamatkan demi rakyat dan masa depan negara.
Mengulas lanjut, Mujahid berkata, Tuan Ibrahim mesti menyedari bahawa Pakatan Harapan jelas adalah dari awal mengenai siapa musuh mereka yang sebenar.
"Kami tidak pernah dianggap PAS sebagai musuh mahupun saingan, kami juga menjemput PAS untuk menyertai Pakatan Harapan," kata Mujahid.
"Kami bersatu dalam Harapan dan beliau mesti mengiktiraf pakatan itu terlebih dahulu sebelum mengadakan sebarang perbincangan," kata Mujahid.
"Beliau mesti menghormati AMANAH sebagai parti komponen untuk menunjukkan keikhlasannya," katanya.

Politik muafakat tumbangkan BN

PKR Selangor menyambut baik saranan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyarankan agar gabungan semua parti pembangkang supaya kembali bersatu.
PKR Selangor juga mendukung penuh hasrat Pengerusi PKR Selangor merangkap Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang telahpun bersetuju dengan saranan agar semua parti pembangkang di peringkat persekutuan mengukuhkan perpaduan sesama sendiri serta mengelakkan pertembungan.
Menginsafi bahawa rakyat adalah tumpuan dalam pembangunan politik Malaysia, maka Penerangan PKR Selangor mengesyorkan konsep politik muafakat dan ‘Smart Politic Partnership’ bagi mengukuhkan hubungan pakatan politik dengan mana-mana gabungan parti yang membawa agenda reformasi terhadap keseluruhan sistem pentadbiran negara.
Ia khususnya memberikan perhatian terhadap beberapa aspek pembangunan ekonomi, potensi masa depan pendidikan dan keperluan sosial rakyat.
Politik muafakat yang bersifat ‘Smart Politic Partnership’ di kalangan parti pembangkang wajar diteruskan dengan sedaya upaya dan dengan tekad mengelakkan pertembungan pandangan mahupun pendirian politik yang keterlaluan di media massa.
PKR Selangor menyeru agar rakan-rakan Pakatan Harapan; Amanah dan DAP untuk turut sama dalam menjayakan pelan politik muafakat ini bersama gabungan parti-parti pembangkang di peringkat persekutuan yang akan melibatkan pelbagai latar parti, NGO dan bekas pimpinan kerajaan persekutuan.
Kekuatan gabungan KEADILAN, AMANAH, DAP dan PAS serta parti-parti yang lain akan membawa suatu bentuk momentum kemenangan politik yang berkesan bagi menumbangkan Umno/ Barisan Nasional dalam Pilihan raya Umum Ke-14 akan datang.
Ekonomi tanpa Umno
Terdahulu, kemenangan dalam PRU-13 hasil gabungan kuat parti pembangkang, kita berjaya membentuk serta menjadi kerajaan negeri di Selangor, Kelantan dan Pulau-Pinang atas nama Pakatan Rakyat (PR).
Ia telah menjadi suatu bukti bahawa tanpa Umno/ Barisan Nasional mentadbir negeri-negeri tersebut, kita berjaya meningkatkan indeks pembangunan ekonomi serta infrastruktur yang membanggakan jauh meninggalkan negeri negeri yang ditadbir oleh Umno/ Barisan Nasional.

Kenapa UMNO tidak berdemo dan merusuh kerana isu rasuah..??

HAKIKATNYA...
KERANA mereka itu sebahagian dari parasit itu..

Tak sia-sia usaha Najib selama ini...

Inilah hikmahnya bila Azalina Othman ini dikutip balik oleh Najib masuk dalam kabinet Najib tahun lepas..

NAMPAK TAK !!!.. Najib mmg licik... Dari awal2 lagi dia dah tahu apa yg akan berlaku nanti...

Umno asyik kelahi apa nak jadi, soal Tun Abdullah

PAS yang musnahkan pembangkang, kata Mujahid

SUARAM: No more detention without trial, release Sanjeevan

Seruan 'gencatan senjata' Tuan Ibrahim bukan untuk sertai PH - Dewan Ulama

Cadangan 'gencatan senjata' perlu disuarakan oleh Hadi'

Bekas menteri Mohd Zaid Ibrahim mempertikaikan kebenaran hasrat PAS yang mahu parti pembangkang berhenti menyerang antara satu sama lain.

Katanya, cadangan gencatan senjata itu sepatutnya disuarakan oleh presiden PAS Abdul Hadi Awang.

"Pasal, saya tidak tahu setakat mana PAS akan buat begitu kalau kenyataan itu datang dari orang nombor dua (Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man) ini.

"Saya tunggu kenyataan daripada Hadi dululah," katanya yang juga bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) kepada Berita Daily.

Semalam, Tuan Ibrahim menerusi satu kenyataan menyeru 'gencatan senjata' sesama pembangkang dan  menggembleng tenaga bersama untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Menurut Tuan Ibrahim, sudah tiba masanya parti pembangkang mencari jalan keluar kepada permasalahan dan mencari titik kompromi walaupun masing-masing mempunyai dasar parti yang berbeza.

Memberi reaksi terhadap cadangan itu, PKR menerusi Timbalan Presidennya Mohamed Azmin Ali menawarkan agar parti itu menjadi medium untuk menyediakan ruang perbincangan di antara semua parti pembangkang.

Namun demikian, Zaid menasihatkan PKR untuk tidak tergopoh-gapah dalam menawarkan diri sehingga cadangan itu disuarakan secara rasmi oleh Hadi.

"Jangan kata orang "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong", tunggu dulu... sabar dulu kalau nak jadi orang tengah.

"Saya cadangkan kepada PKR tunggulah kenyataan daripada Hadi dan Haron Din (Musyidul Am PAs) dulu," ujar beliau.

Cameron tinggalkan pejabat, ucap 'selamat maju jaya' kepada UK

Cameron tinggalkan pejabat, ucap 'selamat maju jaya' kepada UKLONDON: David Cameron menghadap Ratu Elizabeth II pada Rabu untuk menghantar surat peletakan jawatan Perdana Menteri Britain secara rasmi.

Beliau berundur daripada jawatan tertinggi dalam politik negara itu berikutan keputusan undian keluar dari Kesatuan Eropah (EU).

Dalam ucapan terakhirnya di hadapan pejabat Downing Street, sambil ditemani isteri dan tiga anaknya, Cameron berkata ia satu penghormatan terhebat dalam hidupnya untuk berkhidmat di situ, sambil menambah: "Harapan saya semoga negara hebat yang saya amat sayangi ini terus maju jaya."

Pemuda Umno 'serang balas' MCA kerana samakan IS

Pemuda Umno telah menyerang balas ke atas seorang pemimpin MCA kerana menyamakan tunjuk perasaan di ibu pejabat DAP dengan kumpulan pengganas Negara Islam (IS).
"Menyamakan tindakan Pemuda Umno menyerahkan memorandum kepada ibu pejabat DAP dengan pengganas IS menunjukkan pemikiran yang cetek.
"Ketua Biro Keharmonian Kaum dan Agama MCA, Ti Lian Ker hendaklah siasat terlebih dahulu mengapa memorandum itu dihantar," kata Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii dalam kenyataan, hari ini.
Bantahan tersebut adalah sebagai tindak balas kepada cubaan provokasi oleh DAP.
"Tanggungjawab untuk mengekalkan keamanan tidak hanya terletak kepada satu pihak, jika tidak ada provokasi DAP, maka bantahan seperti itu tidak akan dilakukan juga.
"Provokasi agama perlu dihalang oleh semua pihak, tidak kira agama apa, sama ada Buddha atau Kristian, ia adalah tanggungjawab semua," ujar Mohd Razlan.
Ti dalam kenyataannya semalam menggesa tindakan diambil ke atas ahli Pemuda Umno yang mengambil bahagian dalam bantahan terhadap Anggota Parlimen Taiping dari DAP, Nga Kor Ming berhubung catatan di Facebook oleh pemimpin DAP berkenaan yang dianggap menghina Islam.
Sementara itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan tindakan Pemuda Umno berhimpun di depan ibu pejabat DAP semalam bagi membantah tindakan ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang didakwa menghina sambutan Aidilfitri sebagai wajar.
Katanya, tindakan Pemuda Umno itu bagi mempertahankan maruah dan integriti orang Melayu berikutan penghinaan yang dibuat oleh wakil rakyat DAP itu.

Gencatan Senjata Di Kalangan Pembangkang:Mudahnya PAS Memutar Hukum

Oleh ramziredang PAS parti agama? Parti yang menegakkan hukum? Tuan Ibrahim berada di dalam PAS. Jadi Tuan Ibrahim tuan Man orang agama? Ke mana orang orang agama yang lain dalam PAS? Kenapa hendak ada gencatan senjata dengan mudah terhadap musuh musuh Islam dan kafir harbi? Apakah ini hukum terbaru ijtihad PAS untuk hari ini?

Apakah keadaan Islam dua tiga hari lepas sangat diancam oleh kafir harbi? Dan apakah keadaan hari ini pula lebih terancam dari hari semalam hinggakan perlu pula gencatan senjata dengan kafir harbi?
Semua ini sangat menjijikkan. Orang seperti inilah sebenarnya musuh Islam. Yang mempermainkan Islam sesuka hatinya.
Nah. Tidakkah telah jelas nyata dimata tuan tuan, bahawa hukum agama hanya alat mainan politik bagi orang orang utama di dalam PAS? Lihatlah dengan mata hati, ainul qalbu, 
 Allah telah menunjukkan banyak tanda tanda tentang siapa sebenarnya mereka. Topeng topeng agama mereka sentiasa Allah dedahkan. Terserah kepada diri kita sendiri samada ingin menilai mengikut apa yang Allah swt ingin tunjukkan kepada kita. Samada kita terrima ia sebagai petunjuk atau tidak, akhirat akan menanti buat kita.
Benarkah mereka ulamak yang sebenar? Tidakkah ada neraca penilaian yang dapat kita guna untuk menilai mereka?
Baru sehari dua lepas, seseorang dengan bongkak mengistihar tidak ada rasuah di dalam PAS(di maksudkan dengan Menteri Besar), tiba tiba Allah swt, Yang Memiliki Kerajaan Segala Yang di Langit dan di Bumi mendedahkan tentang kes pemilikan tanah di rantau panjang...yang secara jelas adalah 'rasuah terancang'. Kes sedang dibawa ke mahkamah.
Cuba kita bertanya, kenapa ulama bongkak bercakap semalam, hari ini Allah dedahkan cakapnya tidak serupa bikin? Tidakkah itu satu tanda yang besar?

Apakah ada jalan keluar? (Bahagian 2)

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
Besok 15 Julai 2016, LPT2 akan mula dikenakan bayaran tol. Satu lagi mekanisme untuk mengambil duit daripada rakyat tanpa segan pilu, sepertimana GST.Sejurus pengumuman bahawa tol akan dikuatkuasa di LPT2 dibuat, ramai yang mengeluh, di kedai kopi, di sosial media dan mengeluarkan kenyataan mencemuh tindakan kerajaan dengan pelbagai alasan.

Apakah keluhan dan kenyataan mengkritik dapat menghindarkan rakyat daripada membayar tol? Sudah tentu tidak. Tiba waktunya nanti, rakyat yang mampu mahupun tidak mampu tetap perlu membayar tol di LPT2.

Kemelut yang melanda negara adalah kesan langsung bilamana sistem negara tidak diurus dengan sistem yang diturunkan oleh Pencipta manusia Allah Azza wa Jalla.

Hari ini, ekonomi kapitalis yang dipaksakan ke atas negara demi menjaga kepentingan golongan pemodal telah melahirkan jurang yang besar antara golongan kaya dan miskin. Akibatnya, harta hanya berlegar di kalangan golongan kaya dan berkuasa sehingga golongan ini dapat menjual beli kuasa hari ini sehingga memincangkan sistem demokrasi yang ada.

Demikian juga sistem perundangan yang digubal di Barat telah dipaksa ke atas negara selepas era penjajahan sehingga kini.

Persoalannya apakah ada jalan keluar dari kemelut yang ada?

Sebagaimana isu tol, jikalau kita ingin melihat adanya satu hari rakyat bebas daripada kisah duka membayar tol, maka haruslah kita melakukan perkara yang menjurus ke arah itu, dan bukan sebaliknya.

Antara arahnya ialah menukar sistem kerajaan yang sedia ada. Jika tidak, maka bolehlah kita terus sekadar mengeluh melihat rakyat menderita membayar tol dari generasi ke generasi.

Islam menitikberatkan keadilan. Keadilan dan keharmonian adalah ketetapan Allah bagi ciptaan-Nya.

Allah berfirman dalam Al-Quran (maksudny): "Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang menegakan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap satu kaum, mendorong untuk kamu berbuat tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan". (Al-Maidah [5] : 8)

Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pengajaran".( QS An-Nahl [16]: 90)

Oleh sebab itu, bagi PAS, dasar Islam adalah jalan keluar kepada kemelut yang ada.

Menukar pimpinan bahkan parti pemerintah, belum lagi boleh menjamin kemungkaran tidak berlaku.

Umpamanya, di banyak negara, ukuran jenayah hanya dilihat kepada indeks jenayah yang dilaporkan. Ukuran ini tentunya tidak menepati kehendak syarak, tiada kes rogol bukan bermakna tiadanya kes zina, bilamana lesen rumah pelacuran dibenarkan berleluasa. Begitu juga tiadanya laporan perjudian haram bukan bermakna tiadanya perjudian apabila lesen perjudian dikeluarkan bagi 'menghalalkan' kemungkaran tersebut di atas bukit.

Itulah tujuan utama PAS menuntut perubahan sistem kepada sistem Islam yang berlandaskan syariat dan juga menjunjung nilai keadilan pada tempatnya.

Kejayaan PAS menjalankan mengurus tadbir kerajaan Kelantan selama 26 tahun, walaupun dikekang melalui pelbagai sudut terutamanya kewangan dan hak royalti minyak yang dinafikan, dan keharmoniannya, boleh dijadikan ukuran bagi membuang ketakutan masyarakat bukan Islam khususnya terhadap gagasan yang PAS kemukakan.

Menterjemah cadangan gencatan senjata oleh Tuan Ibrahim

Oleh Mohd Sayuti Omar
Cadangan berupa gesaan dibuat oleh Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man agar parti-parti pembangkang melakukan gecatan senjata bagi menumpukan untuk menghadapi BN bolehlah dianggap sebagai ole-ole hari raya Aidifitri daripadanya. Cadangan itu juga menunjukkan keterbukaan politik (kewarasan fikrah politik) orang nombor tiga dalam parti agama itu.
 
Saya sedikit terkejut, tetapi banyak tersenyum apabila membaca laporan mengenai hal itu. Berbagar-bagar dalam kepala saya kenapa dan mengapa beliau tiba-tiba membuat gesaan itu. Yang pastinya tentu ada nawaitu atau sebab-sebab tertentu kenapa ia dilontarkan.

Dari sudut politik parti-parti pembangkang cadangan itu sesuatu yang sangat pratikal dan ditunggu-tuggu. Itulah yang sepatutnya pembangkang lakukan bagi kepentingan rakyat, menyifarkan pertelagahan sesama sendiri - penentang UBN. Tanpa gabungan di kalangan pembangkang, UBN tidak akan tumbang dan Najib Razak akan terus bermaharajalela, melakukan apa saja mengikut nafsunya kalau sikap diambil pembangkang kini, berpecah, bersuku sakat sehingga menjelang Piraum akan datang.

Namun apabila mengenangkan timbul kecelaruan tindakan dan pendekatan dalam parti Tuan Ibrahim itu akhir-akhir ini menyebabkan saya tersenyum, konfius dan menganggap cadangan Tuan Ibrahim itu tidak lebih daripada cubaan hendak menjual tapai basi sahaja.

Ia hanya sebuah retorik politik yang tidak normal jika dipadankan dengan apa yang sedang dilakukan oleh para mulla dalam Pas hari ini. Umum tahu kini para mulla dalam Pas sedang bergerak atau membentuk tauhid politik tersendiri, malahan menunjukkan kebencian kepada pembangkang khususnya DAP dan Amanah. Jadi apabila Tuan Ibrahim sedar dengan cadangan itu menyebabkan timbul kepelikan.

Parti itu kini mahu bersendirian (menakluki Syurga secara sendiri) dengan menggunakan slogan perjuangan (politik), bukan mahu kemenangan tetapi mengharap keredhaan Allah. Jadi lontaran idea Tuan Ibrahim itu dilihat ada kontradik dengan slogan berkenaan. Apabila beliau meminta pembangkang bergabung bermakna beliau juga mengharap kemenangan dalam pilihan raya.

Justeru sebelum memberi reaksi atau menganggap cadangan itu satu lontaran idea yang sempurna dan perlu dibahas dan diambil tindakan, maka ia perlu dikaji dan diterjemahkan terlebih dahulu apakah maksud tersirat Tuan Ibrahim membuat cadangan itu. Tepatlah kalau Timbalan Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub enggan memberi ulasaan atau reaksi segera terhadap kenyataan Tuan Ibrahim itu.

Alasan Salahuddin enggan memberi reaksi kerana beliau mahu kepastian terlebih dahulu, apakah cadangan itu merupakan idea rasmi pemimpin Pas atau pun ia hanya sebagai pandangan peribadi Tuan Ibrahim sahaja. Kalau ia pandangan peribadi Tuan Ibrahim tidak ada faedah untuk Salahuddin menyambung menyuburkan idea itu kerana ia membuang masa. Betapa kalau Tuan Ibrahim berfikir ke arah itu kalau tanpa membawa sama para mulla ia tidak menjadi kenyataan. Bijak cara Salahuddin melayan isu tersebut.

Dalam hal ini saya melihat cadangan dan gesaan itu lebih merupakan pandangan Tuan Ibrahim secara peribadi sahaja. Kalau idea itu adalah idea kolektif (pinjaman istilah sering digunakan Guru Hadi), pemimpin Pas, pasti ia dikeluarkan dalam sidang akhbar khas bagi menunjukkan ia adalah gagasan baharu Pas. Semolek-molek masa mengeluarkan cadangan itu ialah selepas Pas mengadakan mesyuarat Jawatankuasa kerja tertingginya.

Tetapi apa yang dikesani, Tuan Ibrahim mengeluarkan padangan iu melalui catatan dalam media sosial sahaja kemudian diketengahkan oleh media massa sebagai bahan berita.

Mari kita fikir dan tilik, apakah tujuan dan maksud beliau berbuat begitu -  mencadangkan pembangkang bergabung. Tentu ada nawaitu tersendiri bagi Tuan Ibrahim. Di sini saya melihat begini; boleh jadi beliau sudah mulai sedar mengenai nasib dan masa depan Pas apabila parti itu mengambil keputusan seperti hari ini. Tauhid baharu Pas itu dikira tidak menguntungkan parti berkenaan dan mensia-siakan kejayaan lampau.

Mungkin dalam hisabnya, kedudukan Pas dalam "bertaawun" dengan Umno kini, tidak memberi jaminan apakah Pas akan maju ataupun menjadi mundur. Tentu sejarah yang pernah dilakari oleh kedua parti itu dalam apa dinamakan kerjasama menakutkan beliau.

UMNO guna retorik perkauman apabila kedudukan parti goyah – Syerleena

GEORGE TOWN, 14 JULAI: Retorik perkauman yang dimainkan pemimpin UMNO-Barisan Nasional hanyalah untuk menjaga kedudukan kuasa parti pemerintah itu.
“Soal bangsa dan agama akan sentiasa menjadi isu utama di negara kita, sama seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan, dan isu-isu seperti yang sering digunakan untuk memecah belahkan masyarakat di negara ini.”
SyerleenaDemikian kata Penolong Setiausaha Publisiti DAP Wanita, Syerleena Abdul Rashid, sambil menambah bahawa dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi terdapat cara lain untuk mempertahankan maruah kaum, antaranya dengan mewujudkan ruang diskusi dan berhujah.
Syerleena mengulas kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilapor berkata “Tak boleh salah Pemuda UMNO sebab tugas mereka adalah mempertahankan integriti dan juga mempertahankan maruah orang Melayu yang rasa terhina.”
“Kita sering dengar bahawa pemimpin harus memimpin melalui teladan. Pemimpin boleh mempengaruhi sikap dan fikiran orang lain. Mereka memberi kekuatan dan inspirasi kepada orang di sekeliling mereka dengan menawarkan harapan dan rasa kebergunaan.
“Namun sikap Ismail Sabri dan rakan-rakannya hanya akan mendorong kita untuk lebih terjerumus ke dalam kancah keruntuhan, penipuan dan kebencian,” ujar Syerleena.
Dihubungi Roketkini, Syerleena berkata UMNO selama ini telah berulang kali menggunakan sentimen perkauman demi kepentingan politik.

Tuan Ibrahim kini turut bercakap tentang 'rela bersendirian'

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sekali lagi mengulangi bahawa perbezaan antara pembangkang mesti dihormati.
Setelah mencetuskan perbincangan meluas semalam, beliau, bagaimanapun, hari ini kelihatan sedikit berlapik, apabila turut menegaskan sejarah membuktikan PAS rela bersendirian pada masa-masa tertentu.
“Seperti yang disebut di artikel yang lepas, perbezaan ini perlu dihormati dan tidak perlu menjadi titik pertikaian.
“Sejarah membuktikan bahawa PAS rela bersendirian bilamana dasar PAS dipertikai dan ditentang oleh rakan tahaluf (kerjasama politik),” katanya dalam kenyataan susulan selepas cadangan 'gencatan senjata' pembangkang semalam.
Tuan Ibrahim semalam menawarkan “gencatan senjata” kepada Pakatan Harapan untuk menggembleng tenaga bersama untuk menumbangkan BN.
Gesaan itu rata-rata disambut positif pemimpin pembangkang.
Cuma serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH) kelihatan agak berhati-hati apabila meminta ia dibincangkan semula dalam PAS supaya tiada “pusingan U” dibuat selepas ini.
Perpecahan pembangkang gagal memberi kesan positif buat masa ini apabila mereka memberi majoriti lebih besar buat BN dalam dua pilihan raya kecil baru-baru ini kerana gagal mewujudkan situasi satu lawan satu.
Islam jalan keluar
Dalam artikel bertajuk “Apakah ada jalan keluar? Bahagian 2” itu, Tuan Ibrahim mengakui kini terlalu banyak harapan diletakkan di bahu pembangkang ketika berdepan pelbagai kemelut dalam negara.
“Andainya pembangkang gagal atas pelbagai faktor, apakah sudah tiada jalan keluar dari kemelut yang ada?

Ambil tindakan terhadap “Superman bodoh” – Syed Saddiq

Syed Saddiq menggesa DAP mengambil tindakan segera terhadap kenyataan Hew yang kelihatan tidak patriotik dan memperlekeh kedaulatan negara.
Hew-Kuan-Yau,-DAP,-Syed-Saddiq-Syed-Abdul-Rahman,-konflik-Laut-China-Selatan.PETALING JAYA: Keceluparan ahli DAP yang dikenali ‘Superman’ Hew Kuan Yau mengeluarkan kenyataan mendakwa Laut China Selatan milik China, diselar aktivis pelajar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Syed Saddiq menggesa DAP supaya tidak lagi menutup mata tetapi mengambil tindakan segera terhadap kenyataan Hew di laman sosial Facebooknya yang kelihatan tidak patriotik dan memperlekeh kedaulatan negara.
“Kenyataan berunsur lemah, tidak berasas dan tidak patriotik Hew boleh melemahkan hak dan kedaulatan Malaysia ke atas pulau-pulau yang sedang dipertikai (kepulauan Spratly dan lain-lain),” kata jurucakap kumpulan belia Challenger, dalam satu kenyataan hari ini.
“Kenyataan Hew boleh melemahkan usaha yang dilakukan oleh pasukan tentera yang bertungkus-lumus menjaga laut dan sempadan untuk kepentingan dan kedaulatan negara.
“Kenyataannya juga melemahkan usaha-usaha yang dibuat oleh diplomat, peguam dan pegawai yang bekerja di kementerian hal ehwal luar negara untuk mendapatkan penyelesaian terbaik demi melindungi kedaulatan negara,” katanya.
Syed, pendebat yang tiga kali dinobatkan terbaik di Asia menambah, kenyataan Hew satu bentuk kejahilan sekali gus menggelar Hew sebagai ‘Superman Bodoh’.
“Ini lebih-lebih lagi selepas Mahkamah Tetap Timbang Tara di The Hague mengeluarkan teguran undang-undang terhadap tuntutan maritim China di Laut China Selatan.
“Menurut ‘Superman’, China memiliki Laut China Selatan dan sumber asli bernilai berbilion serta kelebihan perlindungan.

Parti baharu: Tunggu kenyataan rasmi Tun Mahathir, kata Mukhriz


Datuk Seri Mukhriz MahathirDatuk Seri Mukhriz MahathirBekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengatakan masih terlalu awal untuk mengesahkan dirinya terbabit dalam mana-mana parti politik baharu.

Beliau diminta meengulas berhubung berita mengaitkan beliau bersama bapanya (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedang mempertimbangkan penubuhan parti baharu bakal diterajui bapanya itu.
"Masih terlalu awal untuk saya sahkan pembabitan dalam mana-mana parti politik baharu, begitu juga penubuhannya seperti yang diperkatakan." ujarnya seperti dilapor Sinar Harian hari ini.
Namun, beliau tidak menolak kemungkinan ada pengumuman akan dibuat Mahathir dan Muhyiddin.
"Perkara ini masih terlalu awal untuk diulas lanjut, lagipun ia melibatkan banyak perkara, semuanya masih dalam perbincangan.
"Tunggu kenyataan rasmi daripada Tun kerana keputusan itu nanti adalah satu pilihan terbaik daripada kami sebagai ahli parti yang dipecat," katanya.
Mukhriz kini berada di London berkata, beliau akan memberi sokongan penuh kepada sebarang keputusan yang dicapai hasil perbincangan antara beliau, bapanya dan Muhyiddin.
"Kami bukan keluar parti tetapi dipecat, ianya cukup berbeza, lagipun sebagai pemimpin, kami kena fikir hala tuju baharu sebagai langkah mengukuhkan kedudukan, di samping memikul tanggungjawab yang diamanahkan rakyat," katanya.
Hari ini, Mahathir akan mengadakan mesyuarat dengan beberapa pemimpin Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, dipercayai bagi berbincang mengenai menubuhkan parti baharu dalam usaha menumbangkan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.
Muhyiddin dan Mukhriz juga dijemput, bagaimana pun, kedua-dua bekas pemimpin Umno itu tidak akan hadir kerana kini berada di luar negara.
Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal juga dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut.

Berdamai boleh, masalahnya Hadi, kata DAP Johor

Masalah yang melanda PAS kerana sikap Presiden PAS yang sukar bekerjasama dalam membuat keputusan bersama pembangkang.
Sheikh-Omar-Ali_hadi-awang_pas_600
PETALING JAYA: DAP Johor mengalu-alukan saranan seorang pemimpin PAS mengadakan “gencatan serangan” sesama parti pembangkang, tetapi mempersoalkan sama ada ia mendapat restu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Sejarah menunjukkan beliau (Hadi) seringkali ‘over rule’, gagal menghormati proses perbincangan dalam Pakatan Rakyat dan tidak amanah dengan keputusan bersama yang dicapai menerusi mesyuarat Majlis Presiden ketika itu,” kata Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali.
Hadi menimbulkan kontroversi tahun lalu selepas gagal hadir mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang pernah disertai PAS sebelum gabungan itu terkubur pada Jun tahun lalu.
Semalam, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru parti pembangkang berdamai dan menumpukan kepada usaha menumbangkan Barisan Nasional (BN).
“Rakyat teramai keliru dan ada yang ketawa sendirian dan ada yang menggeleng kepala melihat keadaan politik pembangkang hari ini.
“Semua tersekat di dalam lumpur. Nak ke depan tak jelas jalan mana. Nak undur ke belakang rasa nak ke hadapan. Nak kekal tak jadi sebab dah tahu pasti tenggelam,” katanya.
PAS bukan sebahagian Pakatan Harapan, gabungan antara PKR, DAP dan Amanah yang menggantikan Pakatan Rakyat yang terkubur selepas pertelingkahan PAS-DAP mengenai hudud tahun lalu.

PKR Setuju Tiada 'Serang – Menyerang' Sesama Parti

Masa depan pembangkang

IGP urged to intervene in Sanjeevan's ninth arrest

Kenapa perlu POCA untuk anak saya, soal ayah Sanjeevan

Azalina sah 'menteri undang-undang' baharu

Sarawak Report siar penuh laporan audit bocor 1MDB

Laman pembocor maklumat Sarawak Report tetap menyiarkan dokumen didakwa laporan penuh 1MDB walaupun ia dikelaskan sebagai rahsia rasmi.
“Kami telah taip semula seluruh laporan bagi menghampakan cubaan mengganggu pembocor maklumat, jadi mohon maaf atas kesilapan menaip.

“Teks ini adalah salinan bulat-bulat,” katanya di Facebook semalam.

Malaysiakini tidak dapat mendedahkan kandungannya kerana sekatan undang-undang bawah Akta Rahsia Rasmi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak sebelum ini berkata pembocoran itu sebagai sebuah pengkhianatan dan mengancam keselamatan negara.
Beberapa pihak, seperti pembangkang, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan NGO antirasuah Transparency International Malaysia menggesa supaya status dokumen itu diubah.
Ia bagi membolehkan orang ramai menilainya sendiri.

Salinan Dari Sarawak Report

Front page 2Screen Shot 2016-07-06 at 20.44.16

RINGKASAN EKSEKUTIF

1. PENGENALAN

1.1. Latar Belakang

Mesyuarat Jemaah menteri pada 4 Mac 2015 telah memutuskan supaya Jabatan Audit Negara (JAN) menentusahkan (verify) akaun syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan laporan yang berkaitan hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Sebelum itu, pada 27 Februari 2015, PAC juga telah meminta JAN melaksanakan pengauditan terhadap 1MDB. Sehubungan itu, pengauditan terhadap 1MDB telah dijalankan oleh JAN mulai 10 MAC 2015. Pengauditan yang dijalankan antara 10 Mac hingga 15 Jun 2015 merupakan pengauditan interim dan laporannya dibentangkan kepada PAC pada 9 dan 10 Julai 2015. Laporan Interim membincangkan mengenai analisis penyata kewangan dan pelaburan dalam syarikat usaha sama dengan PetroSaudi, langganan nota murabahah dan Segregated Portfolio Company (SPC). Seterusnya, pengauditan diteruskan sehingga 31 Januari 2016 dan satu Laporan Akhir disediakan mengandungi analisis penyata kewangan dan kedudukan kewangan Kumpulan 1MDB bagi penyata kewangan berakhir pada 31 Mac 2014 dan maklumat kewangan yang diterima sehingga 31 Oktober 2015. Selain itu, analisis juga dibuat terhadap prestasi pelaburan dalam ekuiti, nota murabahah, dana portfolio, Kumpulan SRC, sektor hartanah dan sektor tenaga. Laporan Akhir ini mengambil kira isu yang telah dilaporkan dalam Laporan Interim dan juga perbincangan di peringkat PAC.

1.2. Objektif Pengauditan

Pengauditan ini dijalankan berasaskan mandat daripada Jemaah Menteri dan PAC untuk menentusahkan penyata kewangan Kumpulan 1MDB yang telah diaudit serta menilai prestasi kewangan dan aktiviti Kumpulan 1MDB sama ada menepati objektif asal penubuhan syarikat.

1.3. Skop Dan Metodologi Pengauditan

Semakan Jan dijalankan terhadap penyata kewangan Kumpulan 1MDB yang telah diaudit bagi tempoh kewangan berakhir 31 Mac 2010 sehingga tahun kewangan berakhir 31 mac 2014. Penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Mac 2015 belum disediakan oleh 1MDB untuk diaudit. Namun, JAN telah melaksanakan pengauditan berdasarkan dokumen-dokumen yang diperolehi daripada 1MDB termasuk perbincangan dengan pihak pengurusannya, JAN menghadapi limitasi semasa menjalankan pengauditan di mana sebahagian daripada dokumen asal dan penting lewat diserahkan atau tidak diserahkan oleh 1MDB bagi tujuan pengesahan transaksi dan sebagai bukti audit.

1.4. Limitasi Pengauditan

Limitasi ini memberi impak yang signifikan terhadap pengauditan yang dijalankan dari segi mengesahkan kedudukan sebenar kewangan dan operasi syarikat serta transaksi-transaksi yang berkaitan. Antara dokumen penting yang tidak diserahkan adalah Akaun Pengurusan (Management Account) Kumpulan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2015 dan penyata bank dari institusi kewangan luar negara. Tiada capaian dapat dibuat terhadap komputer, notebooks dan servers di 1MDB bagi mendapatkan data serta maklumat untuk tujuan rujuk silang dan analisi semasa pengauditan.

1.5. Penubuhan 1Malaysia Development Berhad

Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) telah mengambil alih Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) yang ditubuhkan oleh Menteri Besar Terengganu Diperbadankan (MBI Terengganu) pada 27 Februari 2009. Tujuan asal penubuhan TIA adalah untuk mewujudkan sovereign wealth fund dengan dana permulaan sejumlah RM11 bilion. Dana tersebut akan diperoleh daripada pendapatan royalty minyak tertunggak sejumlah RM6 bilion dan dana daripada terbitan bon di pasaran kewangan tempatan dan luar negara dengan cadangan Kerajaan persekutuan menyediakan jaminan sejumlah RM5 bilion bersandarkan pendapatan minyak masa depan Terengganu. Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk mengambil alih TIA, dan pengambilalihan ini telah disempurnakan pada 31 Julai 2009 dan nama TIA telah ditukarkan kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 25 September 2009. Setelah diambil alih, 1MDB tidak lagi merupakan sebuah sovereign wealth fund tetapi sebagai sebuah syarikat pembangunan strategic yang menjadi syarikat milik penuh MKD dengan modal dibenarkan berjumlah RM1 bilion dan modal berbayar berjumlah RM1,000,002. Sejak penubuhannya, 1MDB telah terlibat dalam pelaburan antaranya seperti berikut:
a.    Usaha sama dengan PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd.;
b.    Pelaburan dalam Segregated Portfolio Company (SPC);
c.    Pelaburan dalam Kumpulan SRC;
d.    Pelaburan dalam sektor hartanah; dan
e.    Pelaburan dalam sektor tenaga.

1.6. Struktur Tadbir Urus Dan Organisasi Kumpulan 1MDB

1.6.1. Struktur tadbir urus 1MDB dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Lembaga Penasihat, Lembaga Pengarah dan Pengurusan tertinggi. Lembaga Penasihat bertanggungjawab memberikan bimbingan dan nasihat pelaburan serta perniagaan
1.6.2. Pada tahun 2009 dan 2010, 1MDB hanya mempunyai satu subsidiari dan terlibat dalam pelaburan ekuiti dan hartanah. Struktur Kumpulan 1MDB terus berkembang setelah penglibatannya dalam sektor tenaga dengan mengambil alih tiga syarikat pengeluar tenaga bebas yang mempunyai rangkaian di dalam dan luar negara, menjadikan keseluruhan syarikat Kumpulan 1MDB meningkat kepada 96 syarikat pada tahun 2014.

2. PELABURAN KUMPULAN 1MDB

2.1. Islamic Medium term Notes

2.1.1. TIA bercadang untuk menerbitkan Islamic Medium Term Notes (IMTN) berjumlah RM5 bilion sebagai dana permulaan. Pada 1 April 2009, Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk memberi jaminan kepada TIA meminjam sehingga RM5 bilion daripada pasaran kewangan tempatan dan luar neara melalui IMTN untuk pelaburan selaras dengan Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965. Jaminan ini meliputi bayaran balik prinsipal dan faedah untuk tempoh 30 tahun. Ini disusuli dengan persetujuan Lembaga Pengarah TIA pada 15 April 2009. Perjanjian program telah ditandatangani pada 15 Mei 2009 antara TIA (issuer) dan Amlnvestment Bank Berhad (AmBank) sebagai lead arranger, lead manager dan facility agent. Pada tarikh yang sama, Kerajaan Persekutuan telah mengeluarkan jaminan Kerajaan untuk terbitan IMTN tersebut.
2.1.2. Bagaimanapun, tindakan menandatangani perjanjian program dan pengeluaran Jaminan Kerajaan tanpa mengikut terma dan perancangan Menteri Besar Terengganu Diperbadankan (MBI Terengganu) menimbulkan rasa tidak puas hati MBI Terengganu sebagai pemegang saham TIA. Lembaga Pengarah TIA melalui resolusi bertarikh 22 Mei 2009 mengarahkan penggantungan terbitan IMTN sehingga struktur tadbir urus korporat dan amalan terbaik diwujudkan. Ketua Pegawai Eksekutif TIA diarah mengambil tindakan serta merta untuk menamat dan menggantung semua urusan berkaitan terbitan IMTN. Bagaimanapun, beliau telah menandatangani Perjanjian Langganan dengan AmBank pada 25 Mei 2009 dan perjanjian Aqad, perjanjian Pembelian Murabahah serta perjanjian Penjualan Murabahah pada 26 Mei 2009.
2.1.3. Tindakan Ketua Pegawai Eksekutif TIA meneruskan IMTN menyebabkan beliau digugurkan sebagai pengarah syarikat melalui resolusi pemegang saham TIA bertarikh 27 Mei 2009. Pada tarikh yang sama, satu resolusi Lembaga Pengarah TIA ditandatangani oleh Datuk Ismee dan Encik Shahrol Azral untuk meneruskan terbitan IMTB dan melantik semula Encik Shahrol Azral sebagai Pengarah TIA. Terbitan IMTN tanpa mengambil tindakan terhadap perkara yang dibangkitkan telah mendapat bantahan daripada MBI Terengganu dengan memberi amaran kepada AmBank melalui surat bertarikh 29 Mei 2009 yang didakwa terlibat dalam salah laku dan ketidakakuran semasa terbitan IMTN. Selain itu, Jemaah Menteri juga dimaklumkan pada 3 Jun 2009 bahawa DYMM Sultan Terengganu meminta laporan disediakan mengenai Unauthorized Issuance of IMTN by TIA.
2.1.4. Pada 29 Mei 2009, TIA menerima hasil terbitan bersih IMTN berjumlah RM4.385 bilion daripada nilai penuh RM5 bilion, iaitu pada harga RM87.92 bagi setiap RM100 nilai nominal dengan kadar diskaun sebanyak 12.08% sepertimana saranan AmBank sebagai lead arranger untuk memastikan terbitan IMTN mendapat langganan penuh. Kadar faedah yang dikenakan ialah sebanyak 5.75% setahun dengan kadar pulangan efektif sebanyak 6.68% setahun.
2.1.5. Semasa Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 10 Oktober 2009, Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB memaklumkan IMTN diterbitkan atas saranan penasihat khas TIA bagi tujuan membangunkan Pulau Bidong dengan kerjasama syarikat Mubadala. Selain itu pada bulan Jun 2015, mantan Ketua Pegawai Eksekutf 1MDB memaklumkan terbitan ITMN diteruskan kerana perjanjian program yang ditandatangani pada 15 Mei 2009 merupakan satu bought deal di mana AmBank sebagai lead arranger dan primary subscriber telah mendapat langganan pasaran sekunder bag terbitan bon tersebut.

2.2 Pelaburan Ekuiti Nota Murabahah Dan Dana Portfolio

2.2.1. Pelaburan usaha sama oleh Kumpulan 1MDB dengan syarikat luar negara bermula pada tahun 2009 dengan hasrat meneroka peluang pelaburan di luar negara. Projek usaha sama pertama dimeterai antara 1MDB, PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd. dan 1MDB PetroSaudi Ltd. (syarikat usaha sama) pada 29 September 2009. 1MDB memegang 40% pegangan ekuiti dengan sumbangan pelaburan tunai USD 1 bilion manakala PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd. memegang 60% pegangan ekuiti dalam bentuk aset yang bernilai sekurang-kurangnya USD1.50 bilion. Keputusan pelaburan dalam syarikat usaha sama dibuat dalam tempoh lapan hari, tanpa proses penilaian terperinci dan sebelum isu-isu/syarat-syarat yang dibangkitkan oleh Lembaga Pengarah 1MDB diselesaikan. Terdapat empat syarikat yang berbeza telah didaftarkan denan menggunakan nama asas Petrosaudi tetapi kertas cadangan pelaburan yang dikemukakan kepada Lembaga Pengarah 1MDB tidak menyatakan maklumat tersebut.
2.2.2. Laporan penilaian aset yang disediakan oleh Edward L. Morse dikemukakan pada 29 September 2009, iaitu tarikh yang sama pengesahan pelantikannya oleh Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, dan diterima sehari selepas perjanjian usaha sama ditandatangani. Laporan penilaian tersebut mengambil kira aset mengenai hak penerokaan dan pengeluaran minyak di Turkmenistan dan Argentina. Penilaian telah dilaksanakan terhadap aset milik PetroSaudi International Ltd. meskipun perjanjian usaha sama jelas menyatakan syarikat yang memiliki kesemua hak dan kepentingan terhadap aset yang dipersetujui untuk projek usaha ini ialah PetroSaudi International Cayman.
2.2.3. Di samping itu, perjanjian usaha sama mengandungi klausa yang kurang menjaga kepentingan syarikat. Antaranya, pendahuluan yang diterima oleh 1MDB PetroSaudi Ltd. berjumlah USD700 juta daripada syarikat induknya, PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd. pada 25 September 2009 yang perlu dibayar balik sepenuhnya pada atau sebelum 30 September 2009. Pada 30 September 209, sejumlah USD1 bilion (RM3.487 bilion) telah dipindahkan oleh 1MDB ke dalam dua akaun berasingan, iaitu USD300 juta ke dalam akaun syarikat usaha sama  dan sejumlah US700 juta ke dalam akaun syarikat lain yang bertujuan membayar balik pendahuluan oleh syarikat usaha sama tersebut. Kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB juga tidak diperoleh sebelum membuat bayaran USD700 juta ke dalam akaun milik syarikat lain.
2.2.4. Selepas enam bulan perjanjian usaha sama ditandatangani, 1MDB melupuskan kesemua 40% pegangan ekuiti bernilai USD1 bilion dalam syarikat usaha sama dengan balasan USD1.20 bilion melalui langganan Nota Murabahah. Nota Murabahah ini memberikan kadar keuntungan 8.67% setahun dan matang pada 31 Mac 2021 serta disokong dengan jaminan korporar daripada PetroSaudi International Ltd. Pada 14 September 2010, langganan tambahan Nota Murabahah berjumlah USD500 juta (RM1.57 bilion) telah dibuat dan sejumlah USD330 juta (RM1.02bilion) telah dibayar antara 20 Mei hingga 25 Oktober 2011. Sebahagian dana bagi membiayai tambahan langganan Nota Murabahah tersebut dibuat melalui pinjaman daripada institusi kewangan.
2.2.5. Setelah 27 bulan melabur dalam Nota Murabahah, pada 1 Jun 2012, 1MDB telah menebus semula Nota Murabahah termasuk keuntungan belum terima berjumlah US2.22 bilion (RM6.80 bilion) melalui asset swap arrangement di mana subsidiari 1MDB, iaitu 1MDB International Holdings Ltd. (1MDB-IHL) mengambil alih 49% kepentingan ekuiti dalam PetroSaudi Oil Services Ltd. (SOSL), subsidiari PetroSaudi International Ltd. 1MDB-IHL juga memeterai call and put option dengan PetroSaudi International Ltd. bagi mengambil alih baki 51% pegangan ekuiti dalam PSOSL pada harga opsyen USD10.  Penukaran Nota Murabahah kepada pelaburan ekuiti dalam PSOSL pula dibuat tanpa kajian terperinci untuk mengenal pasti liability, keupayaan menjana dana dan prestasi kewangan yang lepas. Walaupun mengetahui PSOSL beroperasi di perairan Venezuela yang dikenakan sekatan okeh Amerika Syarikat dan kontrak penggerudian yang hamper tamat, keputusan untuk melabur dalam PSOSL tetap diteruskan. Selain itu, kelulusan Lembaga Pengarah dan pemegang saham 1MDB untuk menukar Nota Murabahah kepada ekuiti PSOSL hanya ditandatangani pada 20 Jun 2012 tetapi Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB telah menandatangani lima document berkaitan dengan perolehan tersebut pada 1 Jun 2012 menunjukkan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB telah mengambil tindakan sebelum kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB.
2.2.6. Selepas 45 hari 1MDB menukar Nota Murabahah kepada pelaburan ekuiti dalam PSOSL, Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB telah menyarankan untuk melupuskan pegangan ekuiti dalam PSOSL kerana Venezuela sedang menghadapi sekatan daripada Amerika Syarikat. Sehubungan itu, Lembaga Pengarah 1MDB meluluskan keseluruhan pegangan ekuiti dalam 1MDB-IHL yang memegang 49% ekuiti dalam PSOSL dilupuskan kepada Bridge Partners International Investment Ltd. (Bridge Partners) dengan harga pertimbangan tidak kurang daripada USD2.22 bilion yang akan diuruskan oleh pengurus dana berlesen. Keputusan ini dibuat melalui resolusi Lembaga Pengarah dan pemegang saham 1MDB.
2.2.7. Pada 12 September 2012, sale and purchase agreement untuk melupuskan keseluruhan ekuiti dalam 1MDB-IHL dimeterai antara 1MDB dan Bridge Partners. Sebagai balasan, Bridge Partners mengeluarkan enam nota janji (promissory notes) tanpa faedah bernilai USD2.318 bilion yang perlu dibayar dalam tempoh satu bulan. Pada tarikh yang sama juga, 1MDB melalui subsidiari milik sepenuhnya, Brazen Sky Ltd. telah memeterai Investment Management Agreement dengan Bridge Global Absolute Return Fund SPC (Bridge Global SPC) dan Bridge Partners Investment Management (Cayman) Ltd, untuk melaburkan USD 2.318 ilion. Pelaburan ini dibiayai melalui nota janji (promissory notes) sebagai ganti terimaan tunai yang kemudiannya dilabur dalam pelbagai pelaburan portfolio dalam Segregated Portfolio Company (SPC) di Cayman Islands. Pelaburan ini telah dibuat melalui Bridge Global Absolute Return Fund SPC (Bridge Global SPC), iaitu syarikat yang baru sebulan ditubuhkan, tiada lesen sebagai pengurus dana dan tiada pengalaman untuk menguruskan dana yang besar.
2.2.8. Lembaga Pengarah 1MDB pada 20 mei 2013 bersetuju supaya pelaburan tersebut ditebus secara berperingkat bagi meningkatkan persepsi awam terhadap kredibiliti pelaburan 1MDB. Lembaga Pengarah 1MDB telah mengeluarkan sembilan arahan antara bulan Mei 2013 higga Ogos 2014 kepada pihak pengurusan untuk menyediakan pelan, jadual dan penebusan dana portfolio SP sama ada secara berperingkat atau keseluruhan. Bagaimanapun, tiada tindakan segera diambil oleh pihak pengurusan 1MDB.
2.2.9. Pada 20 Disember 2014, Lembaga Pengarah 1MDB dimaklumkan jumlah terkini dana portfolio SPC yang telah ditebus berjumlah USD1.392 blion dan baki sejumlah USD939.87 juta akan ditebus pada akhir bulan Disember 2014. Daripada hasil penebusan tersebut, sejumlah USD993 juta telah dibayar untuk bayaran penamatan  opsyen Aabar. Keseluruhan dana portfolio SPC sebenarnya telah dicagarkan kepada Deutsche Bank bagi pinjaman berjumlah USD975 juta di mana kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB tidak diperoleh sebelum urusan ini dibuat. Di samping itu, hasil penebusan portfolio SPC berjumlah USD1.392 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank Brazen Sky Ltd. telah dipindahkan kepada 1MDB Global Investments Limited (1MDB GIL). Tindakan tersebut tidak mematuhi arahan Lembaga Pengarah 1MDB yang meminta penebusan dana portfolio SPC dibawa balik ke Malaysia.
2.2.10. Asset Sale Agreement ditandatangani pada 2 januari 2015 antara Brazen Sky Ltd. dan Aabar Investments PJS Limited (Aabar Ltd.) bagi memastikan penebusan baki pelaburan portfolio SPC berjumlah USD939.87 juta boleh diterima sebelum 31 Mac 2015 seperti yang diminta oleh Lembaga Pengarah 1MDB. Bagaimanapun, perjanjian tersebut dimeterai tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah dan pemegang saham 1MDB. Sehubungan itu, Lembaga Pengarah 1MDB bersetuju pada 25 Mac 2015 untuk menamatkan Asset Sale Agreement dan digantikan dengan Share Sale Agreement di mana keseluruhan ekuiti Brazen Sky Ltd. dijual kepada Aabar Ltd. dengan harga pertimbangan berjumlah USD1.20 bilion. Bagaimanapun, Share Sale Agreement tersebut tidak dimuktamadkan.
2.2.11. Pada 28 Mei 2015, Term Sheet For Settlement Arrangements (Binding Term Sheet) telah ditandatangani antara Kumpulan 1MDB, Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investments PJS Groups (Aabar).  Antara terma penting dalam Binding Term Sheet tersebut adalah IPIC akan membayar 1MDB sejumlah USD1 bilion sebelum atau pada 4 Jun 2015 dan mengambil alih obligasi bayaran faedah dan prinsipal bagi dua Nota USD yang masing-masing berjumlah USD 1.75 bilion. Manakala di pihak 1MDB, dalam mesyuarat pada 14 Jun 2015, Lembaga Pengarah 1MDB dimaklumkan antara aset yang dikenal pasti untuk dipindah milik kepada IPIC/Aabar adalah baki pelaburan portfolio SPC berjumlah USD939.87 juta.

JANGAN PERKECIL PERANAN DR MAHATHIR, ‘HUSAM’ DEMI ‘SELAMATKAN MALAYSIA’...


"UMNO dan BN perlu berwibawa untuk membawa reformasi pemikiran dan tindakan politik yang jauh meninggalkan perjuangan mereka yang ‘kecewa’...berjuang untuk rakyat dengan membuktikan siapa ‘yang dekat di hati rakyat dan benar-benar mengambil berat soal rakyat’."
Jangan cepat melatah atau membuat spekulasi awal kalaupun benar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menubuhkan parti baru.
Lihat dan dengar dulu apa kata ‘orang tua itu’. Membuat kenyataan secara pra-pengumuman menunjukkan sikap penakut dan perasaan bimbang dengan berita itu.
Bukan Dr Mahathir yang kata beliau mahu tubuh parti baharu.
Kenyataan datang daripada pengikut setia Mahathir, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang  mendedahkan bahawa terdapat rancangan untuk menubuhkan sebuah parti baru yang mungkin diterajui oleh bekas perdana menteri itu.
Dengan mengatakan Dr Mahathir perlu menubuhkan sebuah parti baru kerana pembangkang menganggap dirinya sebagai liabiliti, ia tidak membawa apa-apa kesan pun kerana perjuangan Dr Mahathir adalah bagi tujuan ‘Selamatkan Malaysia’.
Apapun, kita juga mahu tahu apa itu selamatkan Malaysia. Selamat daripada apa dan siapa? Bukan sekadar isu rasuh dan penyelewengan, juga bukan sekadar kempen Anti-Najib.
Yang penting apa perjuangan parti itu untuk membanteras jenayah, tembak-menembak,  keamanan negara dan sebagainya. Bagaimana dengan dasar luar kita, ke arah mana?

Semalam Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menyambut baik langkah itu kerana ia cara yang sah untuk menentang kerajaan secara demokrasi> Namun,  anggota Majlis Tertinggi UMNO itu yakin parti baru itu akan mencatatkan prestasi lebih teruk daripada bekas parti serpihan Umno Semangat 46.
Ini berdasarkan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil berkembar bulan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Maknanya, tubuhlah parti apa pun, ia tidak akan mengguris UMNO atau BN sedikit pun.
Namun, beberapa persoalan boleh dilihat dalam penubuhan parti baru ini (jika benar berlaku).
Pertama,  siapa menjadi tulang belakangnya
Ramai mengatakan ia berkisar sekitar 3M - Dr Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz.
Namun, mungkin daripada 3M itu ia menjadi ‘HUSAM’, iaitu Datuk Husam Musa, Datuk Seri Shafie Afdal serta 3M yang akan menjadi tulang belakang parti baharu itu.
Malah, Tun Dr Mahathir mungkin akan membawa mereka yang berpengaruh seperti bekas Menteri Pengangkutan. Tun Dr Ling Liong Sik.
Walaupun Nazri secara berseloroh tetapi memperkecilkan keupayaan pemimpin berkenaan dengan mengatakan:  “Muhyiddin akan jadi timbalan, Mukhriz sebagai ketua pemuda, (bekas Ketua Wanita Umno) Rafidah Aziz sebagai ketua wanita dan Khairuddin jadi budak bancuh teh, ” pengaruh mereka tetap ada.
DR Ling mungkin masih berpengaruh di kalangan masyarakat Cina.
Kedua, kemasukan pemimpin parti tradisi, termasuk PKR
Mungkin juga akan ada pemimpin dari parti UMNO, PAS dan parti-parti lain, tidak terkecuali, PKR akan tertarik dengan gerakan Dr Mahathir ini.
Memang benar parti baru ini akan menjadi ‘rumah baru’ kepada mereka yang ‘marahkan UMNO’ tetapi tidakkah ini akan merugikan BN dalam konteks mendapatkan undi dalam pilihan raya?
Kenapa tidak ada usaha untuk ‘memujuk’ mereka agar undi tidak hilang?
UMNO boleh berbangga dan bermegah mempunyai tiga juta ahli tetapi bagaimana dengan undi untuk BN?
Kalaupun mereka menyertai parti baru ini, yang nyata mereka akan tetap bersama berjuang dalam Pakatan Harapan yang akan menjadi semakin membesar hasil gabungan parti baru yang akan ditubuhkan ini.
Pada ketika pemimpin UMNO mengatakan pembangkang sedang menghadapi masalah, mereka juga perlu ‘lihat cermin’ dalam BN sendiri.
Husam Musa...tidak berminat?
Jangan perkecilkan pengaruh Husam, bukan sahaja di Kelantan tetapi di kalangan ‘golongan muda’.
Di pihak UMNO dan BN, basih banyak isu yang perlu diselesaikan antara parti, termasuk dalam isu ‘pemberontakan ketua cawangan UMNO’ kesan pemecatan Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie, selain isu RUU 355, kuasa autonomi Sarawak serta pembahagian kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
UMNO juga berdepan dengan krisis sendiri seperti berlaku di Terengganu, selain perlu memantapkan kedudukannya di Kedah, Pahang, Perak dan Sabah.
Ketika ini yang dilihat sedikit tenang ialah di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
Sokongan NGO Kepada ‘Selamatkan Malaysia’
Mungkin mereka tidak menyertai parti baru ini atas apa juga alasan. Namun jika mereka menyokong dan bersimpati dengan gerakan Dr Mahathir dan kumpulan ‘HUSAM’ itu, akan menyebabkan keadaan yang tidak baik untuk UMNO/BN
Perlu diingat bahawa NGO terdiri daripada kumpulan pekerja, belia, pelajar institusi pengajian tinggi, kumpulan anak seni, penulis, penggerak masyarakat, wanita, puteri dan pemuda serta agamawan adalah kumpulan yang merasakan mereka juga perlu layanan baik.
Sejauh ini UMNO dan BN dilihat tidak mendekati golongan ini dan mereka dibiarkan ‘bertaburan’. Sedangkan mereka adalah tenaga penggerak penting masyarakat dan kumpulan ‘pengundi muda’.
Suara mereka bagaikan tidak didengari oleh UMNO dan Barisan Nasional. Bagaimana jika mereka menyokong parti baru ini dalam pilihan raya?
Kumpulan Majoriti Senyap dan Maklumat Internet
UMNO dan BN mengharapkan media arus perdana dan cyber-trooper mereka untuk memenangkan hati rakyat.