Rabu, 13 Julai 2016

Inilah Malaysia ku... Ditadbir oleh menteri2 yang bodoh lagi bangang..

MENTERI : Kalau ayam naik harga, jangan beli ayam TAPI BELI DAGING PULA.

MENTERI : Kalau ayam naik harga, UBAH SELERA KEPADA MENU LAIN.

KPDNKK : Ayam naik harga KERANA SAKIT KERONGKONG

Kalau lepas ni harga daging lembu atau kambing naik, rakyat dah tahu dah kenapa. Terima kasih pak2 menteri & KPDNKK.

Nafsu makan sajakah yang perlu dikawal ?


'NAFSU LAIN' bagaimana pula ?

'NAFSU terhadap duit, 'NAFSU membeli-belah, 'NAFSU laki-bini bermewah, 'NAFSU membazir, 'NAFSU beg tangan dan 'NAFSU jet adalah antara cabang nafsu yang jauh lebih merbahaya serta memudaratkan berbanding nafsu makan ketika Aidil Fitri.

Kenapa tak beri nasihat sama mengenainya?

Janganlah berpilih-pilih memberi nasihat !!

Pemimpin MELAYU-Umno paling jujur mengaku makan dedak..


Bila 'ISLAM' dijadikan benteng selindung bagi penyamun & penyangak...


JANGAN CURI DUIT ORANG !!!

INGAT pesan Perdana Menteri paling bersih dari rasuah..

Pembangkang perlu insaf, perjuangan sebenar untuk selamatkan Malaysia - Azmin

Azmin berkata, PKR boleh menyediakan ruang perbincangan buat semua parti pembangkang, badan bukan kerajaan dan individu yang komited kepada agenda perubahan, termasuk PAS.
azmin-pakatan-harapan
PETALING JAYA: Semua parti pembangkang perlu kembali ke meja rundingan bagi merangka sekurang-kurangnya satu pakatan kerjasama menjelang pilihan raya umum akan datang untuk menentang Umno-BN.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan, perpecahan di kalangan pembangkang hanya akan menguntungkan Umno-BN sebagaimana yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, baru-baru ini.
“Kita harus insaf bahawa perjuangan kita yang sebenar adalah untuk menyelamatkan Malaysia dan musuh kita yang sebenar adalah Umno-BN.
“Sekiranya kita gagal, kita akan mengkhianati harapan diberikan rakyat Malaysia untuk memperjuangkan kepentingan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Untuk tujuan itu, PKR menawarkan diri bagi menyediakan ruang perbincangan buat semua parti pembangkang, badan bukan kerajaan dan individu yang komited kepada agenda perubahan, termasuk PAS.
Menteri Besar Selangor itu menyambut baik saranan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man supaya semua parti pembangkang menghentikan serangan sesama sendiri dan kembali bersatu menentang musuh pembangkang.

SETUJUKAH HADI AWANG DAN HARON DIN DENGAN GENJATAN SENJATA? ATAU SAMPAI MASANYA TUAN IBRAHIM JADI PRESIDEN PAS?

Menjelang penubuhan sebuah parti politik baru oleh Tun Mahathir Mohamad yang dijangka akan diputuskan dalam waktu terdekat ini dan seterusnya akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan, saranan Tuan Ibrahim Tuan Man agar parti-parti pembangkang melakukan genjatan senjata sesama sendiri dan menggembleng tenaga untuk menumbangkan BN, memang sesuatu yang tepat pada masanya.

Kenyataan Timbalan Presiden Pas itu jelas menggambarkan kefahamannya yang sebenar mengenai peranan parti-parti pembangkang ketika berhadapan dengan permasalahan yang semakin kronik dalam negara yang dipimpin oleh Najib Razak sekarang ini.

Keinginan bersatu dan menggembleng tenaga menumbangkan BN itu juga adalah  hasrat sebenar majoriti ahli-ahli Pas di seluruh pelusuk negara yang telah ditarbiahkan sejak sekian lama.
Lantaran itu, tidak mengejutkan lontaran idea Tuan Ibrahim itu pantas mendapat sokongan daripada PKR dan DAP, bahkan jika ia benar-benar merupakan hasrat rasmi Pas, Amanah juga pasti tiada halangan untuk seia sekata dengannya.

Apa pun, Tuan Ibrahim kini seolah-olah sedang menunjuk jalan sebenar yang harus dilalui oleh Pas dalam mengisi perjuangannya.

Jika genjatan senjata ini merupakan langkah permulaan kepada saling bermuhasabah di kalangan semua parti-parti pembangkang, ditambah dengan kehadiran parti baru yang diterajui oleh Tun Mahathir dan kemudian dapat menjalinkan kerjasama yang lebih kukuh untuk melawan BN, ia pasti sesuatu yang bermakna untuk rakyat serta negara dan barangkali ucapan "bye bye"  sudah boleh diucapkan kepada Najib dan semua menteri-menteri 1MDB yang ada sekarang.

Cuma persoalannya, di sebalik saranan baik Tuan Ibrahim itu, beliau hanyalah pemimpin nombor dua dalam Pas dan bukan penentu kata putus parti itu?

Sivamurugan Pandian: Pakatan Rakyat boleh wujud semula?

 Sivamurugan Pandian
SHAH ALAM - Sukar mendapat sokongan pengundi Melayu tanpa Pas, mungkin menjadi penyebab DAP menyatakan keterbukaan bekerjasama dengan parti Islam itu untuk mewujudkan kembali Pakatan Rakyat (PR).
Penganalisis Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, keikhlasan DAP dapat dilihat bergantung kepada pihak mana yang perlu ‘berkorban’.
“Mungkin DAP ada agenda sendiri apabila mendapati tanpa Pas sukar untuk mereka mendapat sokongan pengundi Melayu.
“DAP juga berharap dapat kukuhkan kedudukan untuk bentuk kerjasama yang jauh lebih baik. Tapi, ia bergantung kepada pihak mana yang perlu ‘berkompromi’,” katanya.
Beliau berkata, sukar untuk melihat DAP dan Pas duduk semeja, melainkan wujud kerjasama atau kolaborasi dalam dua gabungan berlainan.
“Mungkin satu gabungan antara DAP, PKR dan Amanah dan satu satu lagi gabungan antara PKR dan Pas.
“Untuk berada dalam pakatan sama, agak mustahil kerana pemimpin utama Pas dah kata, kerusi adalah maruah, tak boleh dikorbankan dan perjuangan parti mereka perlu dihormati,” katanya.
Menurutnya, sebelum ini Pas berkompromi dengan bergerak lebih kepada pembentukan negara berkepentingan, bukan negara Islam seperti diinginkan.
“Kita lihat Pas sudah berkompromi. Tapi selepas 2013, terjadinya percakaran antara pemimpin atasan kedua-dua parti.
“Jadi untuk kembali semula kerjasama seperti sebelum ini, siapa yang sanggup untuk berkompromi dan berkorban semata-mata untuk lahirkan satu blok yang jauh lebih baik?” katanya.
Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, gabungan Pakatan Harapan akan berterusan hingga PRU14, namun selepas PRU, keadaan akan berubah jika Pas masih tiada dalam pakatan tersebut.
“Jika Pas buat keputusan terus bertanding sendirian, lambat laun Pas Selangor juga kena ikut keputusan tersebut.
“Jadi kalau Pakatan Harapan bentuk kerajaan, Pas tidak akan ada dalam kerajaan,” katanya.
Menurutnya, setakat ni agak sukar untuk Pas dan DAP bekerjasama semula tetapi mereka punya masa untuk merubah pendirian.
“Pakatan Harapan memerlukan Pas dalam parti gabungan kerana itu DAP berpendapat PR harus diwujudkan semula.

DAP: Baling 'wang neraka' maksud ugutan bunuh

KUALA LUMPUR: Tindakan membaling 'wang neraka' bukan sahaja merupakan satu tindakan yang tidak menghormati adat resam masyarakat Cina, malah merupakan satu tindakan 'intimidasi jenayah' kerana ia membawa maksud ugutan untuk membunuh seseorang, kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke Siew Fook.

Oleh itu, beliau mendesak supaya pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya bertindak dengan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur demontrasi ganas yang diketuai oleh Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii dan Ketua Gerakan Merah Ali Tinju.

Jelasnya lagi, tindakan yang dilakukan kumpulan tersebut turut mengancam keselamatan pemimpin-pemimpin DAP dan kakitangan Ibu Pejabat DAP memandangkan  ini merupakan insiden kali kedua selepas Razlan mungugut untuk membakar bangunan Ibu Pejabat DAP pada tahun 2014, namun tiada tindakan daripada pihak berkuasa yang diambil terhadap beliau.

"DAP mengutuk sekeras-kerasnya tindakan demonstrasi ganas dan berunsur ugutan yang dilakukan oleh ahli-ahli Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan di Ibu Pejabat DAP semalam.

"Demonstrasi tersebut yang diketuai oleh Mohd Razlan bukan sahaja berunsur ugutan tetapi menggunakan pendekatan melampau dengan membaling 'wang neraka' ke arah wakil DAP (kakitangan Ibu Pejabat DAP, Chu Yoon Ming) yang menerima memorandum daripada mereka.

"Tindakan membaling 'wang neraka' bukan sahaja merupakan satu tindakan yang tidak menghormati adat resam masyarakat Cina, malah merupakan satu tindakan 'intimidasi jenayah' kerana ia membawa maksud ugutan untuk membunuh seseorang.

Beliau berkata demikian selepas membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Wangsa Maju hari ini.

Semalam, seramai 200 ahli Umno Wilayah Persekutuan dan Gerakan Merah merempuh anggota polis untuk memasuki perkarangan Ibu Pejabat DAP bagi menyatakan bantahan terhadap Ahli Parlimen Taiping (DAP) Nga Kor Ming yang memuat naik gambar pemberian duit raya sebagai 'Dedak' di media sosial minggu lalu.

Gerakan yang diketuai Mohd Razlan, mula berarak sejauh satu kilometer dari Ibu Pejabat Umno Cheras menuju ke Pejabat DAP di Jalan Pudu.

YDP Rantau Panjang Saman Syarikat PAS ?

Oleh Husam Musa


Pagi ini saya di Mahkamah Tinggi KB - untuk menyambung keterangan sebagai saksi dalam kes saman oleh kontraktor Lebuh Raya Rakyat KB-KK ke atas anak syarikat Kerajaan Kelantan.
Kerana memberi keterangan di mahkamah ini sebelum ini, saya dituduh memberikan keterangan secara bias, berniat serong dan mensabotaj Kerajaan Negeri - sampai membawa kepada pemecatan saya.

'Mahkamah' parti telah mencampuri Mahkmah keadilan?

Saya bercadang memaklumkan perkara ini kepada YA Hakim.

YA Hakim, atas sesuatu urusan, menangguhkan pendengaran kepada jam 3 petang ini.
Sementara kes ini didengar pagi ini, Mahkamah yang sama mendengar dua kes yang tidak kurang menarik.

Satu, kes YDP Pas Rantau Panjang, Abe Tah memfailkan injunksi ke atas syarikat Galeri Tani yang memilik sekeping tanah di Rantau Panjang.

Seingat saya, antara pemilik Galeri Tani ialah Dato Abdul Halim A Rahman, bekas TMB Kelantan dan Dato Mustafa Ali, bekas SUA Pas.

Saya tidak berapa arif bagaimana dua orang kuat Pas itu boleh memiliki tanah baki dari apa yang telah dijual yang keluasannya masih ratusan ekar.

Katanya, tanah itu milik peribadi dan bukan milik Pas.

Bagaimana orang Terengganu boleh mendapatkan tanah di Kelantan?

Dari mana mereka mendapat wang membeli tanah seluas itu?

Bagaimana sebahagian tanah menjadi milik parti dan sebahagian lagi tanah di tempat yang sama menjadi milik individu yang ada kaitan dengan parti?

Kalau Mokhtar Senik memeningkan diri dengan pejabat Adun Salor yang sememang dari asal lagi milik persendirian bekas Adun Semangat 46, mungkin elok ditanya kedudukan Galeri Tani yang nilainya lebih mahal.

Adakah Pas akan memecat Abe Tah kerana mendakwa orang kuat Pas?

Kedua, kes KPK menyaman kontraktornya sejumlah RM 3 juta. Kontraktor berkenaan menyaman balas KPK atas dakwaan gagal membayar kerja-kerja kontrak berjumlah RM 12 juta.

DAP ucap terima kasih kepada pihak polis, mohon tindakan tegas terhadap provokasi ganas


KUALA LUMPUR, 13 JULAI: Pihak polis perlu mengambil tindakan tegas terhadap tindakan ganas berbaur ugutan melampau yang dilakukan individu tertentu dalam kekecohan yang berlaku di perkarangan Ibu Pejabat DAP semalam.
reportDalam perhimpunan itu, kumpulan yang diketuai Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii itu bukan sahaja bertindak kasar terhadap polis malah bertindak melakukan provokasi perkauman dengan membaling “wang neraka” ke arah wakil DAP yang menerima memorandum daripada kumpulan itu.
Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook, berkata kegagalan polis melakukan pendakwaan terhadap mereka yang bertanggungjawab mencetuskan kekacauan itu akan menyebabkan kumpulan tersebut semakin berani untuk bertindak diluar batasan undang-undang.
Malah katanya ini bukan kali pertama demonstrasi ganas dilakukan oleh Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan di Ibu Pejabat DAP.
“Pada tahun 2014, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Mohd Razlan juga bertindak ganas dan mengugut untuk membakar bangunan Ibu Pejabat DAP,” ujar beliau.
Bagaimanapun kata Anthony, walaupun Mohd Razlan dan enam orang lagi ditahan polis untuk siasatan, tiada sebarang pendakwaan dikenakan terhadap tertuduh sehingga kini.
“Ramai pemimpin Pakatan Harapan termasuk saya sendiri telah didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman walaupun semua demonstrasi yang dianjur atau disertai oleh kami adalah demonstrasi aman dan langsung tidak ada sebarang ugutan.
“Kekebalan pihak UMNO dalam perkara ini hanya akan menguatkan persepsi umum bahawa terdapat ‘double standard’ dalam penguatkuasaan undang-undang dan pendakwaan terpilih di negara kita,” kata Anthony yang turut mengucapkan penghargaan kepada polis yang bertindak pantas mengawal keadaan semalam.
Satu laporan polis telah dibuat hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju menggesa pihak polis bertindak tegas terhadap individu yang bertindak liar dan ganas dalam perhimpunan semalam oleh pegawai Ibu Pejabat DAP Chu Yoon Ming berikutan ancaman yang diterima.
Laporan polis itu menyebut, selain ditengking dengan kata-kata kesat, beliau telah dibaling dengan “wang neraka” dan kata-kata “Mati DAP”.

DAP tak mahu Umno ‘mati’, cukup sekadar mampu muhasabah

KUALA LUMPUR, 13 JULAI: DAP sama sekali tidak mahu ‘Umno mati’ tetapi mahu parti itu bermuhasabah dan berubah supaya Malaysia mampu menjadi negara demokratik yang normal dan baik.
Ia bagaimanapun hanya mampu berlaku jika Umno ditewaskan dalam pilihanraya sekurang-kurangnya sekali, sekaligus membetulkan semula halatuju  Malaysia daripada menjadi negara yang gagal kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
“DAP tak pernah minta ‘Umno mati’. Saya tidak pernah dengar sesiapa atau parti politik mahupun sebarang organisasi yang mahu Umno jadi begitu,” kata beliau mengulas insiden ganas di perkarangan Ibu Pejabat DAP semalam.
Dalam insiden itu, sekurang-kurangnya 100 individu diketuai Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii telah berhimpun di perkarangan Ibu Pejabat DAP dekat sini untuk menghantar memorandum, namun keadaan bertukar liar apabila beberapa individu membuat provokasi berbaur ugutan.
Menurut Kit Siang, jika Umno tewas, ia mampu bertahan dan memperbaharui dirinya daripada pihak yang hanya menjaga kepentingan pemimpin-pemimpin Umno dan kroni sahaja, kepada parti yang benar-benar menjaga kebajikan orang Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya.
“Saya tidak percaya bahawa Umno begitu lemah sehingga boleh menyebabkan mereka lenyap jika tewas dan terpaksa keluar dari Putrajaya dalam pilihanraya nanti,” katanya.
Kenyataan ini terbukti berdasarkan pengalaman pertukaran kuasa yang telah dilalui oleh parti-parti politik di banyak negara setelah berdekad-dekad memegang tampuk pemerintahan yang akhirnya menjadi pemacu kepada pengembangan dan pertumbuhan negara tersebut seperti Taiwan, Korea Selatan dan India.
Mengetahui hakikat itu, pemimpin-pemimpin Umno terpaksa menggunakan penipuan untuk menakut-nakutkan orang Melayu dengan mengatakan kuasa orang Melayu akan terhapus dan Melayu akan merempat di negara sendiri jika Umno tewas.
“Realitinya, apa yang pasti, orang Melayu samasekali tidak akan kehilangan kuasa politik walau apapun yang berlaku terhadap Najib dan Umno dalam pilihanraya akan datang,” tegasnya.
Merujuk kepada statistik populasi di Malaysia tahun 2010, populasi kaum Melayu meningkat sebanyak 55.07 peratus, Cina berkurangan sebanyak 24.34 peratus, kaum India mencatat penurunan 7.35 peratus, Bumiputera bukan Melayu kekal pada 11.94 peratus manakala 1.3 peratus etnik lain.

Apakah ada jalan keluar kemelut politik negara?

Oleh TUAN IBRAHIM TUAN MAN
BILAMANA tentera sudah tidak tahu mana satu musuh yang menjadi sasaran, lalu mereka menembak sesama sendiri.ituasi tersebut ibarat keadaan parti politik di Malaysia hari ini yang lebih banyak menghalakan senjata kepada bukan sasaran sebenar. Akibat kecamuk ini, kekeliruan timbul - siapa musuh sebenar?

Nampaknya musim melawaskan sudah tiba, daun-daun keguguran dan hasilnya sangat berkurangan bagi parti-parti politik di Malaysia. Barangkali inilah putaran politik negara sebagaimana putaran semua perkara.
Apakah harus kegawatan ini dibiarkan berterusan?

Negara perlu diselamatkan daripada kerosakan yang sangat menakutkan sekarang.

Kedudukan kewangan negara yang kritikal, bebanan kos hidup rakyat yang meningkat, puluhan ribu rakyat kehilangan pekerjaan, peruntukan kerajaan yang terpaksa dipotong, penyelewengan, pencucian wang haram, rasuah dan pembaziran dalam kalangan pemimpin utama negara yang semakin menjadi-jadi, isu kebejatan moral masyarakat yang makin menipis adalah antara ratusan isu besar yang memerlukan perhatian.

Sepatutnya semua menghalakan senjata kepada musuh sebenar, kerana sekuat mana musuh sebenar apabila semua serangan dituju kepadanya akan pasti tumbang akhirnya.

Namun, apa yang terjadi ialah masing-masing ingin menjadi hero bagi membuktikan ‘akulah yang berjaya menumbangkan musuh.’ Maka, sesiapa yang berpotensi menjadi hero mesti dihapuskan dahulu kerana masing-masing percaya bahawa diri sendiri sahaja yang layak menumbang musuh.

Setelah saingan dikalahkan, barulah senjata dihalakan kepada musuh sebenar. Inilah situasi terkini dunia politik tanah air.

Apakah musuh telah berjaya menyerap masuk dalam kem lalu menyamar sebagai kawan sehingga mencetuskan porak-peranda dari dalam sehingga masing-masing hilang kepercayaan antara satu sama lain?

Lihat sahaja kemelut yang berlaku dalam PKR, PAS, PAN, DAP dan semua parti utama termasuklah juga apa yang berlaku dalaman BN khasnya Umno.

Di kalangan blok pembangkang juga tidak kurang hebatnya di mana ahli parti menyerang kepimpinan parti sendiri dan antara satu parti menyerang parti lain.

Rakyat teramai keliru dan ada yang ketawa sendirian dan ada yang menggeleng kepala melihat keadaan politik pembangkang hari ini. Semua tersekat di dalam lumpur. Nak ke depan tak jelas jalan mana. Nak undur ke belakang rasa nak ke hadapan. Nak kekal tak jadi sebab dah tahu pasti tenggelam. Inilah yang sedang dirasai rakyat teramai.

Persoalannya, apakah ada jalan keluar?

BERSIH 2.0: Turun solidariti bersama #KitaSafwan

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) memandangan serius perbicaraan rayuan terakhir Naib Pengerusi BERSIH Pantai Timur, Safwan Anang yang didakwa dibawah Akta Hasutan 1948 pada 29 Mei 2013.
BERSIH2Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, berkata pendakwaan terhadap Safwan itu jelas berkait rapat dengan ucapannya yang membantah penipuan dan kecurangan berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Bagaimanapun jawatankuasa itu berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih bebas dari sebarang tindakan undang-undang sebaliknya pengkritik yang mempersoalkan kewibawaan badan itu pula dihukum.
“Umum ketahui, pelbagai penipuan dan kecurangan berlaku pada 5 Mei 2013.
“Satu contoh diketahui umum dan dunia adalah bagaimana dakwat kekal dicalitkan pada jari pengundi boleh hilang dalam masa 30 minit.
“Ribuan laporan polis dibuat terhadap SPR mengenai isu ini, namun sehingga hari ini SPR bebas dari sebarang tindakan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jawatankuasa itu juga berkata, perkara itu terjadi akibat kegagalan institusi awam menegakkan keadilan dan menjalankan tugas tanpa kongkongan serta campurtangan kerajaan pemerintah.
Katanya, seramai sembilan individu didapati bersalah, 39 individu didakwa di Mahkamah sejak dari 2010 hingga 2016.
“BERSIH 2.0 menuntut supaya Peguam Negara menarik semula rayuan terhadap kes Safwan, gugurkan kesemua pertuduhan Akta Hasutan terhadap aktivis, ahli politik dan rakyat Malaysia dan mansuhkan Akta Hasutan,” katanya.
Dalam pada itu, BERSIH 2.0 juga turut menjemput semua rakyat membantah Akta Hasutan untuk turun bersolidariti bersama Safwan Anang di Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman Putrajaya jam 8 pagi pada 18 Julai ini.

SOKONGAN KEPADA KENYATAAN TIMBALAN PRESIDEN PAS : TUMPUKAN USAHA UNTUK MENUMBANGKAN BARISAN NASIONAL.

Saya menyokong gesaan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS agar parti-parti pembangkang menumpukan usaha untuk menumbangkan Barisan Nasional dan bukan bertelagah sesama sendiri.

Keputusan PRK Sg Besar menunjukkan bahawa jika pembangkang gagal mencapai persefahaman pilihan raya (electoral understanding) maka Barisan Nasional yang akan meraihkan keuntungan.
Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan realiti politik tersebut.
Jika suasana hari ini berlarutan kemungkinan Barisan Nasional akan terus memerintah Malaysia dan Selangor akan dapat dirampas semula oleh mereka pada pilihan raya umum yang akan datang.
Satu formula yang akan memastikan prinsip-prinsip semua pihak dihormati mesti dicari.
Rakyat Malaysia sudah sekian lama tersiksa di bawah pentadbiran Barisan Nasional
Sejak Mac 2008, rakyat negeri Selangor menikmati banyak manfaat dari kerajaan negeri yang tidak dinikmati sebelum ini.
Pemimpin-pemimpin politik mesti memikirkan tentang masa depan dan nasib rakyat.
Pemimpin hendaklah sentiasa turun padang untuk memahami hasrat rakyat.
Apa yang penting kepada orang politik mungkin berbeza dari apa yang penting kepada rakyat biasa.

Dato' Iskandar Abdul Samad
Naib Presiden /
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
13 Julai 2016

Genjatan Senjata : DAP & PKR sambut baik cadangan tersebut, AMANAH harap PAS tak 'U-turn'

Walaupun DAP dan PKR hari ini dilihat menyambut baik tawaran 'gencatan senjata' oleh PAS, rakan sekutunya dari Parti Amanah Negara (AMANAH) mahu parti itu berbincang terlebih dahulu di peringkat kepimpinan.
Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berkata perkara itu penting supaya PAS lebih istiqamah dalam menentang Umno serta tidak membuat 'pusingan U'.
“Kami sentiasa bersatu menentang BN. Tapi PAS sendiri yang sebaliknya.
“Saya mencadangkan PAS mengadakan mesyuarat di kalangan pucuk pimpinan dan membuat keputusan (untuk gencatan senjata) supaya selepas ini mereka konsisten dan istiqamah,” katanya kepada Malaysiakini.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menyeru “gencatan senjata” sesama pembangkang, sebaliknya menggembleng tenaga bersama dalam menumbangkan BN.
Katanya, PAS dan parti-parti dalam Pakatan Harapan – DAP, PKR dan AMANAH – perlu bertolak ansur dan mencari titik persamaan tanpa membelakangkan dasar masing-masing.
Sementara itu, Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah berkata pihaknya sedia membuat rundingan baru dengan PAS bagi menjernihkan hubungan sesama pembangkang dalam menjatuhkan 'musuh yang sebenar'.
Katanya HARAPAN sendiri sentiasa terbuka untuk berbincang kerana perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat presiden sebelum ini.
“Kita sentiasa bersedia memulakan siri rundingan baru. Pakatan Harapan terbuka buat rundingan dengan PAS, PSM, Tan Sri Muhyiddin (Yassin), kita semua sentiasa terbuka," katanya.
Perjumpaan tertutup dengan PAS
Setuju dengan saranan Tuan Ibrahim, Saifuddin berkata perjumpaan secara tertutup dengan PAS akan dilakukan bagi membincangkan perkara berkenaan.
“Biasa perkara ini kita tak buat secara terbuka dan Tuan Ibrahim tahu siapa yang pergi untuk berunding.
“Kita dah tahu siapa dan tak perlu umum. Saya sudah tahu siapa yang perlu dihubungi dan kami sama-sama tahu," katanya.

Amanah mahu pengesahan sebelum ulas "gencatan senjata"


Terlalu awal berhubung seruan "gencatan senjata" yang dilontarkan Datuk Tuan IbrahimTerlalu awal berhubung seruan "gencatan senjata" yang dilontarkan Datuk Tuan Ibrahim
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub tidak mahu mengulas terlalu awal berhubung seruan "gencatan senjata" yang dilontarkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini.
Sebaliknya, Salahuddin berkata beliau mahu satu pengesahan sebelum membuat komen sama ada kenyataan Timbalan Presiden Pas itu pendirian rasmi parti Islam itu atau hanya pandangan peribadinya sendiri.
"Saya minta satu pengesahan adakah kenyataan itu peribadi dia atau rasmi daripada Pas.
"Kalau itu pandangan Tuan Ibrahim secara peribadi, saya tak mahu ulas," katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas seruan Tuan Ibrahim hari ini agar gencatan senjata sesama pembangkang bagi membina kesepaduan menumbangkan BN.
Tuan Ibrahim berkata, Pas dan parti-parti dalam Pakatan Harapan perlu bertolak ansur dan mencari titik persamaan tanpa membelakangkan dasar masing-masing.
Salahuddin sebelum ini antara pemimpin awal menyatakan cadangan agar Pas kembali ke meja rundingan untuk bersama Pakatan Harapan yang disertai PKR, Amanah dan DAP bagi berhadapan dengan Umno BN.
Bagaimanapun Pas dalam reaksi oleh beberapa pemimpinnya menolak mentah-mentah cadangan itu dengan mendakwa tidak akan berkerjasama dengan DAP dan Amanah yang didakwa mereka sebagai pengkhianat.

Kenapa senjata api haram mudah diperolehi?

Timbul persoalan berhubung penyalahgunaan senjata api haram secara berleluasa di negara ini yang menunjukkan kegagalan penguatkuasaan undang-undang.
Sim Tze Tzin
PETALING JAYA: Kerajaan tidak boleh lagi memberi alasan dan perlu bertindak segera untuk mengembalikan keyakinan rakyat, susulan satu siri kes tembakan yang berlaku di seluruh negara baru-baru ini.
Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, dalam tempoh 30 hari lalu, negara dikejutkan dengan 8 kes tembakan dan semuanya dipercayai membabitkan senjata api haram.
Sehubungan itu, katanya, timbul persoalan berhubung penyalahgunaan senjata api haram secara berleluasa di negara ini yang menunjukkan kegagalan penguatkuasaan undang-undang.
“Kenapa senjata api haram begitu mudah diperolehi?
“Adakah negara kita tidak mempunyai undang-undang seperti sesetengah tempat di Thailand dan Filipina?” soalnya dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke Facebooknya hari ini.
Beliau berkata demikian susulan empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak dua tahun yang ditembak mati seorang saudara mereka di Batu Maung, Pulau Pinang hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Razaruddin Hussain berkata, kejadian pada jam 2.55 pagi tadi dipercayai bermotifkan wang.

Nazri sedih pembangkang tidak mahu Mahathir

Nazri berkata, parti pembangkang mungkin menganggap Mahathir sebagai liabiliti.
nazri-aziz_mahathir_600_1
PUTRAJAYA: Hakikat Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menubuhkan parti sendiri membuktikan parti pembangkang tidak mahu bekas perdana menteri itu yang dianggap liabiliti kepada mereka.
“Saya berasa sedih kerana ini bermakna pembangkang tidak mahukan beliau dalam parti mereka, mungkin kerana mereka menganggap beliau liabiliti,” kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dalam satu sidang media hari ini.
Semalam, bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, sebuah parti baharu yang mungkin diketuai Dr Mahathir dan dianggotai bekas pemimpin Umno seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menjatuhkan Barisan Nasional.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu turut berseloroh mengenai jawatan yang bakal dipegang bekas pemimpin Umno dalam parti baharu itu.
“Muhyiddin akan jadi timbalan, Mukhriz sebagai ketua pemuda, (bekas Ketua Wanita Umno) Rafidah Aziz sebagai ketua wanita dan Khairuddin jadi budak bancuh teh.
“Menurut Khairuddin, beliau turut akan mempelawa mereka yang tidak berpuas hati dengan Umno, jadi sekarang ada rumah baharu untuk mereka,” katanya yang meramalkan prestasi parti baharu itu lebih teruk daripada Semangat 46 yang ditubuhkan bekas pemimpin Umno.
“Jika lihat prestasi Mahathir ketika Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini, semua tempat yang beliau pergi untuk meraih undi Cina, mereka akhirnya memberi undi itu kepada kami.
“Beliau sebenarnya membantu kami dan itu baik untuk BN,” katanya.

Bagaimana rupa bentuk parti baru Mahathir?

Spekulasi bertiup kencang bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan kembali aktif dalam dunia politik dan berkemungkinan besar akan menerajui sebuah parti baru.
Bagaimanapun, butir-butir mengenai parti baru itu, buat masa ini adalah samar-samar kerana maklumat terperinci akan hanya dijadualkan untuk perbincangan esok.
Malaysiakini bagaimanapun menemui beberapa penyokong setia Mahathir untuk mengetahui apa yang mereka fikir parti baru itu akan menyerupai.
Adakah ia akan menjadi parti Melayu atau pelbagai kaum?
Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, semalam berkata, parti itu akan dianggotai oleh bekas ahli Umno.
Mengulas lanjut hari ini, Khairuddin berkata pada pendapat peribadinya, parti itu perlu menjadi sebuah parti Melayu seperti Umno.
"Ini penting kerana jika kita berjaya menghapuskan semua pemimpin rasuah dalam Umno, kita semua boleh kembali dan merombaknya.
"Hakikatnya, Umno masih boleh diselamatkan," kata Khairuddin kepada Malaysiakini.
Beliau juga berkata dengan menjadi sebuah parti Melayu, mereka tidak akan bersaing dengan sama ada AMANAH, PKR atau DAP untuk mendapatkan sokongan.
Bekas ahli Umno Langkawi Anina Saadudin juga bersependapat. Katanya, sebuah parti Melayu baru diperlukan untuk menggantikan Umno yang kini rosak.
"Kita mempunyai sebuah parti pelbagai kaum, parti agama, parti untuk kaum Cina dan India, tetapi kita tidak mempunyai parti untuk Bumiputera selepas Umno telah rosak," kata Anina.
Naib Presiden kumpulan pemberontak Umno, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Rushdan Mohamed juga bersependapat bahawa masyarakat bukan Melayu sudah mempunyai pilihan politik untuk mereka.
Siapa bakal menyertainya?
Selain daripada Mahathir dan kumpulan pemberontak yang dinyatakan, Khairuddin yakin bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan anak Mahathir, Datuk Seri Mukhriz adalah antara mereka yang bakal menyertai parti baru itu.
Bagi bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri , Khairuddin berkata, beliau juga telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat esok.
Bagaimanapun, katanya, adalah lebih baik bagi pemimpin Sabah itu mengikuti jalan yang berbeza.
"Pendapat peribadi saya adalah bahawa Shafie juga perlu menubuhkan parti baru yang akan bekerjasama dengan semua parti tempatan Sabah termasuk PKR dan DAP di sana.
"Ini akan memberi mereka peluang yang lebih baik untuk merampas Sabah."
Apa matlamat perjuangan mereka?
Buat masa ini, perjuangan parti baru itu mirip perjuangan gerakan Selamatkan Malaysia, iaitu untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menangani rasuah, dan melaksanakan pembaharuan institusi.

Universiti Adelaide padam nama Taib dari plaza

Universiti Adelaide baru-baru ini memadamkan nama gabenor Sarawak dan bekas Ketua Menteri Tun Abdul Taib Mahmud dari plaza yang berhampiran sekolah undang-undang sebagai respons kepada kritikan mengenai urusannya dengan Taib.
Universiti itu bertindak sedemikian selepas tunduk akibat daripada tekanan daripada Tabung Bruno Manser (BMF) dan Yayasan Bob Brown sejak dua tahun lalu supaya tidak memberi penghormatan kepada Taib, yang dituduh mereka mendapat manfaat hasil pembalakan haram hutan hujan tropika di Sarawak.
BMF dalam satu kenyataan akhbar berkata universiti itu telah dikritik oleh masyarakat sivil dan parti Hijau Australia kerana hubungan dengan Taib yang membantu mereka mengumpul A$400,000 melalui sumbangan peribadinya, jumlah yang didakwa melebihi pendapatan bekas ketua menteri itu.
Universiti itu pada tahun 2008 menamakan plaza itu sebagai 'Mahkamah Taib Mahmud Ketua Menteri Sarawak' di premis mereka dalam apa yang didakwa oleh BMF sebagai penghargaan ke atas sokongan besar dan kemurahan hatinya.
Ahli parlimen parti Hijau, Australia, Park Parnell membawa isu itu di Parlimen Australia Selatan pada 2015.
Parnell menyambut baik langkah itu tetapi membidas universiti tersebut kerana kekurangan ketelusan apabila berurusan dengan Taib.

Dari tawaran PAS, Azmin nampak 'harapan'

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali menyambut baik tawaran 'gencatan senjata' rakan sejawatnya dalam PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Azmin yang juga menteri besar Selangor memuji Tuan Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang matang serta memiliki visi jauh, apabila meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepartian.
“Pendirian baru yang dikemukakan oleh PAS memberikan harapan kepada rakyat Malaysia yang mahukan perubahan dalam negara yang tidak mungkin dicapai tanpa perpaduan yang utuh di kalangan semua parti pembangkang,” katanya.
Tuan Ibrahim membuat seruan itu bagi memberi fokus kepada “musuh sebenar”, iaitu Umno dan BN.

Katanya, PAS dan parti-parti dalam Pakatan Harapan mempunyai banyak persamaan dan hanya beberapa perkara sahaja yang berbeza.
Dalam kenyataannya petang ini, Azmin berkata sejarah membuktikan perpaduan pembangkang berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN di parlimen dua kali berturut-turut.
Pembangkang juga, katanya, memperoleh majoriti undi popular dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.
Sebaliknya, perpecahan hanya menguntungkan BN, seperti dalam pilihan raya Sarawak, Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini, kata Azmin.
PAS Selangor mahu 'formula'

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad juga senada dengan Tuan Ibrahim demi menumbangkan BN dan mengelak pertelagahan sesama sendiri.
Katanya, jika suasana itu berlarutan kemungkinan BN akan terus memerintah Malaysia dan Selangor akan dapat dirampas semula oleh mereka pada pilihan raya umum yang akan datang.
“Satu formula yang akan memastikan prinsip-prinsip semua pihak dihormati mesti dicari,” kata pesuruhjaya PAS Selangor itu.
Rafizi harap dihormati ke akar umbi

Sementara itu, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menganggap cadangan Tuan Ibrahim itu sebagai “hadiah terbaik” untuk rakyat.
Bagaimanapun, kata Rafizi, ia perlu dihormati dan dihayati oleh pendukung pembangkang hingga ke peringkat akar umbi.

“Seterusnya ada baiknya sekiranya satu perjumpaan tidak rasmi boleh diusahakan untuk membincangkan langkah lanjut untuk mencari titik mula ini ke arah kebersamaan dalam melawan BN,” katanya.

Rafizi yang juga setiausaha agung PKR berkata sedang menunggu arahan lanjut Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menzahirkan usaha mencari titik mula untuk gesaan itu.

Nak perbodoh pencacai umno makan dedak boleh lah..

KUAT BENO JILATNYA... Sembunyi dengan bubuh bawah OSA tu natang apa pulak ??!!

PAS perlu putuskan mahu jadi hero atau berdamai

Rafizi bersetuju 'gencatan serangan' perlu dilakukan secepat mungkin dan mencadangkan satu perjumpaan tidak rasmi untuk membincangkannya.
khalid-samad_pakatan_pas_600
PETALING JAYA: Pemimpin PAS perlu membuat ketetapan sebulat suara jika mahu berkawan semula dengan rakan komponen daripada Pakatan Harapan (PH) untuk menentang Barisan Nasional (BN).
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, parti itu tidak mempunyai masalah jika PAS berminat melaksanakan ‘gencatan serangan’ untuk melawan musuh sebenar mereka.
“Kalau Tuan Ibrahim isytihar nak berkawan semula, tidak ada masalah. Jangan sampai Tuan Ibrahim cakap lain, tetapi Datuk Seri Abdul Hadi Awang cakap lain pula.
“Bincang dan fikir betul-betul sesama sendiri sama ada hendak berkawan untuk lawan BN atau tidak. Jangan sekejap kata hendak bermusuh dengan DAP, bermusuh dengan Amanah kerana kita tidak ada masa,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Tegasnya, tiada apa yang boleh dilakukan jika PAS bertegas hendak menjadi hero, walaupun Amanah pernah mengingatkan PAS mengenai kepentingan bersatu untuk menjatuhkan BN dan sekaligus menawan Putrajaya.
“Dari dulu kita dah cakap, kita kena bersatu dan PAS pula yang bergaduh hingga isytihar DAP sebagai musuh.
“Sewaktu zaman PAS bersama Pakatan Rakyat, tidak ada mana-mana parti yang jadi hero kerana kita mengamalkan kepimpinan melalui kesepakatan. Kalau PAS hendak jadi hero apa yang kita boleh buat?” soalnya.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini menyeru “gencatan serangan” dilaksanakan antara parti-parti pembangkang supaya tidak menyerang sesama sendiri, sebaliknya menghalakan senjata ke arah lawan, iaitu BN.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pula menyambut baik saranan Tuan Ibrahim itu dan bersetuju ‘gencatan serangan’ perlu dilakukan secepat mungkin.

PUAD ZARKASHI: Muhyiddin, Ezam tak faham laporan PAC

Terdapat kemungkinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ezam Mohd Noor tidak membaca secara teliti Laporan Jawatan Kuasa Kira Wang Negara (PAC) bertajuk Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setebal 106 muka surat.
Jika mereka membacanya sekalipun, mungkin mereka tidak memahami kandungannya. Sekiranya Muhyiddin dan Ezam benar-benar membacanya, pasti kedua-duanya tahu bahawa di dalam Laporan PAC tersebut sudah terkandung kesimpulan hasil siasatan Jabatan Audit Negara (JAN), selain dapatan dan kesimpulan daripada PAC sendiri.
Muhyiddin secara berterusan menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam soal klasifikasi laporan audit ini. Muhyiddin gagal memahami bahawa ia merupakan permintaan ketua audit negara sendiri.
Perkara ini pernah dinyatakan oleh Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin pada 4 Mac 2016, yang memaklumkan keperluan dan tindakan yang diambil oleh JAN untuk mengklasifikasikan Laporan Akhir Ketua Audit Negara Terhadap Pengauditan 1MDB sebagai dokumen rahsia rasmi.
Dalam kenyataan itu disebut bahawa keputusan Jabatan Audit Negara ini dilakukan berikutan ada maklumat dalam Laporan Interim Terhadap Pengauditan 1MDB yang dibocorkan secara berpilih oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mencetuskan laporan negatif sehingga menjejaskan kredibiliti Jabatan Audit Negara dan PAC.
Muhyiddin berbohong
Muhyiddin juga secara sengaja berbohong dan memutar belit kenyataan berhubung arahan kepada ketua audit negara. Dalam kenyataan Pejabat Perdana Menteri pada 4 Mac 2015, jelas disebut bahawa "Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengarahkan ketua audit negara melakukan pengesahan bebas (perkataan yang digunakan "verify") akaun syarikat pembangunan strategik, 1Malaysia Development Berhad, (1MDB).
Laporan ketua audit negara itu kemudiannya akan diserahkan (perkataan yang digunakan "will be passed") kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) parlimen untuk semakan (perkataan yang digunakan "inspection").
Turut disebut bahawa kenyataan media itu dibuat selepas wakil 1MDB dan wakil pengaudit syarikat itu, Deloitte dipanggil memberi penerangan kepada jemaah kabinet pada hari yang sama.
Dinyatakan bahawa wakil 1MDB memberi penerangan berhubung situasi terkini syarikat dan turut memberikan jawapan terhadap pelbagai soalan yang dikemukakan anggota kabinet termasuk oleh perdana menteri dan timbalannya, manakala Deloitte pula memberikan gambaran menyeluruh hubungan dengan 1MDB dan mengesahkan audit akaun syarikat.
Telah dinyatakan dengan jelas dalam kenyataan Pejabat Perdana Menteri sejak hari pertama pengumuman mengenai arahan kepada ketua audit negara dibuat bahawa "laporan ketua audit negara akan diserahkan kepada PAC yang dianggotai oleh ahli parlimen kerajaan dan pembangkang untuk disemak secara telus".
Adakah Muhyiddin gagal memahami bahasa mudah yang digunakan dalam kenyataan tersebut? Di manakah yang disebut bahawa laporan ketua audit negara akan didedahkan kepada umum?
Muhyiddin memetik tulisan dalam blog Najib yang menyebut mengenai "fakta-fakta dari laporan ketua audit negara dan PAC untuk menuduh PM tidak menepati janji. Untuk pengetahuan Muhyiddin dan Ezam, fakta-fakta inilah yang digunakan dan dimasukkan di dalam laporan PAC. Silalah baca semula laporan PAC tersebut.
Penglibatan PAC
Dari segi proses dan prosedur, laporan ketua audit negara berkaitan 1MDB adalah untuk dibentangkan kepada PAC agar laporan tersebut boleh diteliti dan semakan susulan boleh dibuat.
Kenapa PAC dilibatkan? Penglibatan PAC penting kerana ia diberikan autoriti untuk memanggil pihak yang terlibat dalam isu 1MDB ini dan penjelasan konteks sesuatu peristiwa boleh ditanya.
PAC juga penting kerana ia boleh memberikan pandangan yang objektif atas sifat dwi-partisannya yang diwakili oleh wakil rakyat kerajaan dan pembangkang. Selepas PAC membuat semakan, mereka juga diberi autoriti untuk mencadangkan tindakan-tindakan susulan yang perlu diambil oleh kerajaan dalam isu 1MDB ini.
Kenapa butiran laporan ketua audit negara tidak wajar didedahkan kepada umum? Seperti yang disebut tadi, permintaan dan tindakan JAN untuk mengklasifikasikan laporan ini sebagai rahsia rasmi adalah kerana terdapat kecenderungan untuk menggunakan dapatan audit ini secara berpilih dan tidak bertanggung jawab.

Anak syarikat TH dituntut di mahkamah RM35.5 juta, saham merudum kepada 6.5 sen


Rafizi mahu Tabung Haji menarik balik laporan polis terhadapnya kerana kini semua dakwaan beliau ternyata benarRafizi mahu Tabung Haji menarik balik laporan polis terhadapnya kerana kini semua dakwaan beliau ternyata benar
Tindakan dua syarikat antarabangsa minggu lalu memfailkan dua petisyen berasingan untuk menuntut hutang mereka dari TH Heavy Engineering Berhad (THHE) berjumlah RM35.5 juta menyebabkan saham THHE telah menjunam ke paras terburuk dalam sejarahnya, semasa berita ini ditulis, saham THHE diniagakan pada 6.5 sen sesaham.
Menurut Naib Presiden yang juga Setiausaha Agung PKR, sepanjang bulan Februari 2016, beliau telah memberi tumpuan kepada kedudukan kewangan Tabung Haji dan risiko-risiko kewangan/pelaburan yang perlu ditangani dengan segera demi kepentingan pendeposit dan jemaah haji.
Antara lain beliau mempersoalkan pelaburan-pelaburan yang merugikan pendeposit seperti Silverbird Berhad (pembuat roti High 5 yang kini terbukti gagal buat kali kedua), Felda Global Ventures dan penglibatan Tabung Haji membeli Ramunia Holdings Berhad (kini dikenali sebagai TH Heavy Engineering Berhad atau THHE).
"Minggu lalu, dua syarikat antarabangsa telah memfailkan dua petisyen berasingan untuk menuntut hutang mereka dari THHE.

" MIB ITALIANA S.P.A sebanyak USD 1,266,496.80 atau RM5.1 juta, manakala Orwell Offshore Ltd sebanyak USD 7, 607,440.74 atau RM30.4 juta," katanya dalam satu siaran media hari ini.
Ekoran dari dua petisyen menuntut hutang yang berjumlah RM35.5 juta ini katanya, saham THHE telah menjunam ke paras terburuk dalam sejarahnya yang diniagakan pada 6.5 sen sesaham.

Rafizi sebelum ini telah memberi amaran bahawa prospek jangka panjang pelaburan Tabung Haji di dalam THHE adalah buruk memandangkan prestasi kewangan THHE yang lemah selama ini akan diburukkan lagi akibat pasaran minyak mentah dunia yang terus kekal rendah.

"Perkara ini kini disahkan apabila bukan sahaja saham THHE diniagakan pada harga terendah, penganalisa pasaran juga telah memotong unjuran prestasi kewangannya dan menasihatkan pelabur menjual saham-saham THHE. Firma saham Maybank Kim Eng dalam nota pelaburan bertarikh 8 Julai 2016 memotong unjuran perolehan THHE bagi tempoh 2016 hingga 2018 sebanyak 16% - 32%," katanya.

Beliau juga telah memberi amaran sebelum ini bahawa pergantungan THHE kepada satu-satunya projek besar iaitu menyediakan kemudahan FPSO (floating production, storage and offloading) untuk disewakan kepada konsortium JX Nippon dan Petronas Carigali (75%:25% pegangan) yang mengendalikan lapangan gas Layang adalah sangat berisiko tinggi kerana kelewatan-kelewatan yang telah berlaku.

"THHE sepatutnya menyiapkan FPSO itu pada awal 2016 tetapi telah dilanjutkan tempohnya hingga ke pertengahan 2016 (iaitu sekarang).

Lebih baik tumpu PRU14, kata PAS kepada DAP

Quit if no action against protest leaders, DAP tells IGP

Ismail: Parti baharu diterajui Tun M tak mampu kalahkan UMNO

Semak fakta dulu sebelum tuduh PM, Nazri kepada Muhyiddin

Demo: Pemuda UMNO pertahankan martabat Melayu, kata Ismail

DAP terima penafian Nga berhubung isu 'dedak'

Pemuda DAP: Khairy sokong samseng ke?

DAP buat laporan polis terhadap demo Pemuda Umno Wilayah

Demo pemuda UMNO tidak menguntungkan, kata Nazri

Kabinet tolak syor MKN kaji semula visa kepada pelancong Asia Barat - Nazri

PAS berbohong kerajaan gagal beri insentif RM500 kepada pekebun kecil - Menteri Umno

Ku Nan setuju pemuda Umno serang pejabat DAP

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menyatakan sokongan terhadap tindakan 200 ahli Umno Wilayah Persekutuan dan Gerakan Merah yang menyerbu Ibu Pejabat DAP semalam bagi menyatakan bantahan terhadap Ahli Parlimen Taiping (DAP) Nga Kor Ming yang memuat naik gambar pemberian duit raya sebagai 'Dedak' di media sosial minggu lalu.

Tengku Adnan ketika dihubungi Berita Daily berkata, tindakan kumpulan tersebut yang diketuai oleh Mohd Razlan Muhammad Rafii dan Ali Tinju adalah bertujuan untuk mempertahankan Malaysia daripada tercetuskan perbalahan antara kaum dan agama yang akan menyebabkan Malaysia ketinggalan di belakang.

Jelasnya, DAP adalah merupakan sebuah parti yang gemar bermain dengan api bagi mencetuskan perbalahan kaum kerana tidak menjaga sensitiviti rakyat di negara ini yang mempunyai kepelbagaian kaum dan agama.

"Umno memberi kebebasan kepada pemuda untuk bersuara. Inilah masalahnya dalam politik apabila ada pihak seperti DAP yang suka main sentimen, apatah lagi apabila kita menyentuh persoalan agama dan juga persoalan bangsa.

"Saya sebagai Ketua Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan bersetuju atas apa yang mereka lakukan bagi menyatakan ketidakpuasan hati majoriti bangsa Melayu yang tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming.

"Tidak ada satu bangsa atau agama yang boleh kita perkotak-katikkan. Umno berlandaskan agama Islam, jadi agama kamu agama kamu, agama kita agama kita," katanya.

Semalam, seramai 200 ahli Umno Wilayah Persekutuan dan Gerakan Merah berkumpul di hadapan Ibu Pejabat DAP bagi menyatakan bantahan terhadap Ahli Parlimen Taiping (DAP) Nga Kor Ming yang memuat naik gambar pemberian duit raya sebagai 'Dedak' di media sosial minggu lalu.

Gerakan yang diketuai Mohd Razlan, Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mula berarak sejauh satu kilometer dari Ibu Pejabat Umno Cheras menuju ke Pejabat DAP di Jalan Pudu.

Dalam perhimpunan yang bermula pada jam 2.30 petang, seramai 60 anggota polis ditugaskan untuk membuat sekatan bagi menghalang peserta memasuki bangunan DAP, bagaimanapun berlaku rempuhan diantara pihak polis dan ratusan peserta yang hadir.

Penunjuk perasaan di pejabat DAP umpama IS, kata pemimpin MCA

Seorang pemimpin MCA hari ini menggelar tindakan penunjuk perasaan yang didakwa cuba menyerang ibu pejabat DAP semalam umpama militan Islamic State (IS).

Menurut jurucakap parti itu, Ti Lian Ker penunjuk perasaan ini terdiri daripada ahli Pemuda Umno dan Gerakan Baju Merah adalah satu ancaman kepada ketenteraman awam dan keharmonian rakyat.

"Mereka tidak lebih daripada IS dan sepatutnya disiasat sama sepertinya," kata Ti kepada Berita Daily.

Tambahnya, Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap penunjuk perasaan ini tanpa pilih kasih atau ketakutan tanpa tidak bertolenransi.

Dia juga menekankan bahawa pihak berkuasa mesti tidak dilihat menjadi sebaliknya.

"Saya menyeru tindakan segera dan cepat ke atas semua individu yang mengapi-apikan kebencian perkauman, cemuhan atau provokasi ke arah mana-mana kaum."

"Kami tidak boleh membenarkan perusuh atau beberapa orang ambil undang-undang ke dalam tangan mereka sendiri menyebabkan gangguan awam."

"Tiada sesiapa melebihi undang-undang dan gerakan baju merah tidak seharusnya dibenarkan mengamuk dan tidak mempedulikan undang-undang dan ketenteraman.

"Kita mesti mendukung undang-undang dan mengekalkan kestabilan awam," katanya.

‘Najib jangan pengecut, jawab sendiri media antarabangsa’ – Khalid Samad

“PM Najib mesti menjawab sendiri kritikan media antarabangsa dalam isu 1MDB. Tak patut dia diam membatu dan membiarkan para menterinya menjawab dengan hujah yang bukan-bukan,” kata Ketua Komuniksi Parti Amanah Negara (Amanah) Ir Khalid Samad kepada Suara pakatan daily.
Beliau mengulas kontroversi 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang semakin parah selepas portal pendedah maklumat Sarawak Report mendedahkan butir-butir Laporan Ketua Audit Negara yang dirahsiakan pentadbiran Najib menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) daripada pengetahuan rakyat.
Khalid mencabar Najib meneruskan saman ke atas akhbar Wall Street Journal sekiranya pendedahan mereka sebelum ini tidak benar. Katanya, imej negara terjejas teruk di peringkat antarabangsa dan mungkin menyusutkan pelaburan asing ke Malaysia pada masa hadapan berikutan isu skandal 1MDB.
“Apa yang paling mengecewakan walaupun imej Malaysia terjejas teruk, Kerajaan BN berkelakuan ‘selamba’ sahaja. Adakah apa-apa tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan BN untuk menutup suara WSJ?” tambah Khalid yang berpendapat kerajaan tidak wajar membiarkan situasi sekarang di mana topik 1MDB sedang berkumandang ke seluruh dunia seperti ‘lagu hit popular’.
Mengulas isu sama, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin, AJK Nasional Amanah juga berpendapat sedemikian. Katanya, Najib perlu membersihkan namanya sekiranya beliau mahu kekal menjadi Perdana Menteri atau sebaliknya berundur.
“Bilakah PM Najib hendak menjawab tuduhan dari WSJ? Mengapa diam sahaja terhadap tuduhan dari pihak asing? Kerajaan kita wajib pantas menjawab tuduhan dari media antarabangsa dengan hujah yang bernas dan fakta yang mantap.
“Rakyat sedang menanti kerajaan menjawab kerana kalau tidak, pelabur asing akan tertanya-tanya ‘apakah yang sedang berlaku ini?” bidas Nizar.

SENDIRI GADAI, SENDIRI NYANYI !!!

Yang memerintah negara hampir 59 tahun.. UMNO !!!

Yang tandatangan luluskan geran tanah semuanya.. ORANG MELAYU UMNO !!!

TIBA2 terjerit2 terpekik telolong macam beruk di setiap Perhimpunan Agung Umno (PAU)..

♫ ♬ Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang...♫ ♬

Begitulah munafiknya UMNO ...

PH: Kami sedia jika Muhyiddin mahu tubuh parti baharu

PETALING JAYA – Pakatan Harapan akan sentiasa menghulurkan tangan persahabatan sekiranya bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu menubuhkan parti baharu.

Menjelaskan sifat keterbukaan Pakatan Harapan, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah, pihaknya sentiasa akan memberikan ruang dan peluang kepada Muhyiddin dan parti baharunya dalam pakatan pembangkang.
Tambahnya lagi, Muhyiddin adalah ahli politik yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam arena politik tanah air.
“Sama ada mahu menubuhkan parti baharu atau menyertai parti-parti sedia ada, itu adalah pilihan beliau.
“Jika Muhyiddin mahu menyertai kami, kami sudah cukup berterima kasih kepada beliau.
“Namun seandainya beliau buat keputusan untuk menubuhkan parti baharu, itu tidak menghalang untuk kita untuk bekerjasama asalkan kita mempunyai satu matlamat yang sama,” katanya ketika ditemui Sinar Online selepas sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan yang berlangsung di Ibu Pejabat Pakatan Harapan, di sini, hari ini.

Dua Tokoh Politik Parti Agama Bakal Sertai AMANAH ?

Oleh Mohd Sayuti Omar
Dua orang ahli politik yang boleh dianggap tokoh dan dikaitkan dengan parti agama Pas akan mengumumkan penyertaan mereka ke dalam Parti Amanah Negara (Amanah) dalam masa terdekat.
Ahli politik berkenaan katanya sudah pun membuat keputusan untuk menyertai Amanah dan meninggal Pas.
Penyertaan mereka ke dalam Amanah bakal memberi kekuatan tambahan kepada Amanah dan menyuntik semangat di kalangan anak-anak muda untuk menyertai parti berkenaan.

Senator AS dakwa penyeludupan manusia di Malaysia serius

Tahun lalu, anggota kongres dan kumpulan hak asasi manusia AS berkata penarafan di beberapa negara ditukar atas alasan politik.
Trafficking_report_600
WASHINGTON: Wakil rakyat Amerika Syarikat (AS) bimbang Malaysia dan India diberikan penarafan istimewa tahun ini dalam laporan penyeludupan manusia Jabatan Negeri meskipun laporan itu kurang dipengaruhi oleh politik berbanding tahun lalu.
Jabatan Negeri AS memerhati secara dekat laporan Penyeludupan Manusia (TIP) yang dikeluarkan pada 30 Jun.
Selepas laporan tahun lalu yang mencetuskan kontroversi, Hubungan Luar Senat dan Jawatankuasa Dewan Hal Ehwal Luar mengadakan pendengaran untuk menyemak dapatan tahun ini, semalam.
Ranking bawah memberikan tanda hitam kepada reputasi negara berkenaan dan tertakluk kepada hukuman terhadap kerajaan dengan akses terhad bantuan daripada AS, Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia.
Tahun lalu, anggota kongres dan kumpulan hak asasi manusia berkata penarafan di beberapa negara ditukar atas alasan politik.
Sebagai contoh, berikutan bantahan terhadap pakar Jabatan Negeri, Malaysia dinaik taraf pada 2015, meskipun pihak berkuasa menemui kubur besar mangsa penyeludupan manusia dan kumpulan hak asasi melaporkan kegiatan buruh paksa berterusan di ladang kelapa sawit, pembinaan dan industri elektronik.
Semalam, wakil rakyat sekali lagi mempersoalkan mengapa Malaysia masih tidak diturunkan taraf.
“Sukar untuk difahami mereka ada membuat sebarang perkembangan pada 2016,” kata Senator Ben Cardin, ketua Demokrat Jawatankuasa Hubungan Luar Senat.
Susan Coppedge, yang mengetuai bahagian penyeludupan Jabatan Negeri memberitahu wakili rakyat, Malaysia dan India membuat beberapa penambahbaikan.
Beberapa wakil rakyat dan kumpulan hak asasi berkata ranking Malaysia bagi 2016 nampaknya mencerminkan peranan pentadbiran Presiden Barack Obama dalam pakatan 12 negara Perjanjian Trans Pasifik (TPP), yang turut disertai Malaysia.

Pas cadang gencatan senjata antara pembangkang


Tuan Ibrahim Tuan Man cadang gencatan senjata di kalangan pembangkang dan senjata dihalakan kepada musuh sebenar iaitu Umno dan BN.Tuan Ibrahim Tuan Man cadang gencatan senjata di kalangan pembangkang dan senjata dihalakan kepada musuh sebenar iaitu Umno dan BN.Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan agar gencatan senjata dibuat di kalangan parti pembangkang dan memberikan tumpuan kepada musuh bersama iaitu Umno dan Barisan Nasional.
Cadangan ini dibuat sebagai jalan keluar untuk menghadapi masalah serang menyerang antara satu sama lain yang berlaku sekarang, katanya.
"Parti-parti pembangkang perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi memberi fokus kepada musuh sebenar (Umno-BN).
"Jangan pedulikan tulisan murahan cybertrooper yang suka melagakan antara satu sama lain. Golongan ini akan ada di setiap zaman dan tempat," kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya dengan latar belakang Pas kalah teruk dalam dua pilihan raya kecil baru-baru ini.
Tuan Ibrahim juga teruk diserang ekoran kenyataan beliau bahawa kerajaan perlu melakukan sesuatu agar rakyat tidak boleh dikelirukan oleh Sarawak Report lagi ekoran pendedahan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB yang diOSAkan oleh kerajaan BN.
Turut menyerang beliau adalah Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang kesal dengan dakwaan beliau laporan Sarawak Report mengelirukan rakyat.
Bagi Tuan Ibrahim, apa yang penting dilihat ialah masa depan negara.
Ini kerana masa depan rakyat, agama, bangsa bahkan parti politik hanya akan wujud bila adanya kestabilan negara, katanya.
Beliau juga meminta agar ada titik kompromi, di mana ia tentu akan memerlukan tolak ansur satu sama lain.
"Namun, jalan kompromi ini tidak mudah," kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya itu dipercayai merujuk kepada ketajaman hubungan antaranya dengan DAP dan parti pecahan darinya iaitu Amanah.
Beliau akui, tiada satu ubat mujarab yang dapat menyembuhkan luka mendalam di hati antara parti-parti pembangkang.
Isunya juga, katanya, ialah apakah perkara yang perlu dikompromi dan apa yang tidak boleh dikompromi?
"Banyak persamaan yang perlu diutamakan berbanding hanya beberapa perkara sahaja yang berbeza. Dalam mewujudkan toleransi politik yang baik, tentulah usaha perlu diambil bagi memperbesarkan persamaan dan mengecilkan ruang perbezaan," katanya.
Menurut beliau, dalam setiap kali kerjasama politik, sejarah telah membuktikan bahawa PAS sebagai parti lama selalu mengambil sikap berjiwa besar mengorbankan kerusi, berkongsi jentera serta memberikan bantuan kewangan kepada rakan-rakan parti.
"Apakah ini tidak cukup sebagai rakan parti," soal beliau.

Semua Isu Dalam 1MDB Punya Persamaan Iaitu Tidak Ikut SOP: Bukti Wujudnya Satu Kuasa Yang Buat 1MDB Macam Bapak Dia Punya

Secara kasarnya, skandal 1MDB ini boleh berlaku kerana wujudnya SATU KUASA dibelakang tabir pengurusan syarikat yang begitu besar pengaruhnya sehingga segala check and balance yang diwujudkan, langsung tidak diperdulikan oleh pihak yang menjalankan tugas mengikut telunjuk KUASA itu.

Semua masalah yang berkaitan dengan 1MDB berlaku bila keputusan dibuat tanpa diberitahu atau tanpa mendapat persetujuan dari pihak ahli lembaga pengarah sebagaimana yang sepatutnya. Kalaupun diberitahu kepada lembaga pengarah, ianya adalah selepas berlakunya transaksi itu.

Dan berlaku juga kes di mana pihak pengurusan langsung tidak mengendahkan arahan yang diberikan oleh lembaga pengarah.

Pendek kata - Ada SATU KUASA yang berikan arahan seolah2 dana 1MDB itu bapak dia yang punya !

Terbitan bon yang pertama semasa 1MDB masih dikenali sebagai TIA berlaku tanpa kelulusan lembaga pengarah. KUASA itu perlukan satu dana yang besar untuk dibelanjakan, maka si balaci yang menurut perintahnya itu, berusaha ligat supaya pinjaman bon RM5 bilion yang pertama itu diluluskan juga.

Projek kontroversi usahasama 1MDB-Petrosaudi yang menelan modal awal USD1 bilion di pihak 1MDB di'paksa jadi' walaupun keseluruhan proses sehingga perjanjian usahama ditandatangani hanya mengambil masa 8 hari !

Samada pihak lembaga pengarah setuju atau tidak, ada bantahan atau tidak, semuanya tidak relevan. Yang penting, duit modal dipam keluar dari 1MDB seberapa segera dan mengikut perancangan yang sudah diatur.

Seolah ada satu KUASA yang mendorong si balacinya supaya bertindak merempuh apa jua yang menghalang. Buat dulu, cerita kemudian.

Begitu juga dengan pinjaman melalui bank Yahudi Goldman Sachs ..... Semuanya dibuat tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan dari lembaga pengarah.

Langsung tidak ada sebarang prosedur sebagaimana lazimnya perlu dipatuhi dalam mana2 syarikat milik kerajaan maupun swasta. 1MDB dibuat macam milik bapak orang yang memegang KUASA itu.

Serius beb .... kajilah balik apajua skandal yang kita tahu berlaku dalam 1MDB..... SEMUANYA ada satu persamaan iaitu TIDAK MENGIKUT PROSEDUR.

Prosedur2 itu pula bukannya prosedur2 khas yang dicipta untuk 1MDB tapi merupakan SOP yang umum untuk mana2 syarikat apalagi milik kerajaan bilamana mahu berurusan dalam perniagaan. Kenapa perlu dipatuhi prosedur2 itu ? Untuk menjaga kepentingan pemilik/pemegang saham ( iaitu rakyat ), supaya sebarang risiko diambilkira, supaya perniagaan untung, supaya tidak ditipu baik oleh pihak luar mahupun pihak dalaman sendiri.

Pengerusi PAC nafi salah laku jual tanah, teruskan saman fitnah

Dakwaan seorang pemimpin Pemuda PKR berhubung penjualan tanah itu berniat jahat dan merupakan satu percubaan memburukkan namanya, kata Hasan.
hassan-arifin
PETALING JAYA: Datuk Hasan Arifin bertegas meneruskan saman fitnah RM5 juta terhadap Ketua Penerangan Pemuda PKR, Lee Chean Chung sekiranya permohonan maaf tidak dibuat dalam tempoh 14 hari yang diberikan.
Hasan, kini pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), berkata tuduhan Lee berhubung penjualan sebidang tanah 14 tahun lalu berniat jahat dan merupakan percubaan untuk memburukkan namanya.
“Ternyata, Chean Chung berniat jahat dan cuba memburukkan nama saya kerana fakta dinyatakan tidak benar,” katanya kepada FMT ketika diminta mengulas keengganan Lee untuk memohon maaf.
Hasan turut mempersoalkan dakwaan Lee yang beliau merupakan timbalan menteri besar Pahang ketika tanah itu dibeli.
“Pada tahun 2002, saya tidak lagi menjadi timbalan menteri besar Pahang. Semasa membeli tanah tersebut dengan Pasdec Holdings Bhd (anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang), tanah tersebut bukan ‘Malay reserve’ dan keluasannya tidak seperti dinyatakan.
“Saya tidak ada kepentingan dalam Pasdec. Semasa membeli tanah tersebut, saya bukan ahli lembaga pengarah Pasdec,” katanya.

Alkisah si politikus dan pembikin filem

Syawal kali ini walau semeriah tahun lalu, di sudut hati rakyat Malaysia berbangsa Melayu dan Islam semacam merajuk dengan polemik murahan seorang politikus dan si pembikin filem.
p-ramlee
Oleh Edwin Michael
Tanyalah seorang kanak-kanak apakah yang menggembirakan hatinya pada pagi hari raya. Lalu, jawab anak kecil itu pastinya bukan tentang baju raya baharu mahupun keenakan pelbagai juadah pagi raya.
Tetapi nilai setiap sampul hari raya yang diterimanya daripada ibu bapanya, adik beradiknya, saudara mara hinggalah kepada jiran sekampungnya. Setiap sampul mengandungi setiap cerita yang menjadi kenangan. Kenangan inilah yang akan membuatkan anak kecil ini menanti sabar Syawal tahun depan.
Tanyalah seorang dewasa apakah yang menggembirakan hatinya pada pagi hari raya. Lalu, jawapannya mungkin ringkas tetapi pasti mencuit sanubari kita. Kegembiraan orang dewasa seperti kita ialah apabila insan yang kita sayangi menghulurkan tangan memohon maaf lalu kita berikan sekeping sampul yang berisi duit raya dan kegembiraan yang terpancar pada wajah insan yang menerima sampul itulah hakikatnya kegembiraan sejati yang kita peroleh.
Ini suasana Hari Raya. Belum pun diceritakan suasana perayaan Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan lain-lain perayaan yang menyatukan kita sebagai masyarakat majmuk.
Namun apabila ada ahli politik rakus dan berotak sempit yang menghina sambutan perayaan sesuatu kaum dengan cukup kotor maka siapa yang harus dipersalahkan? Ahli politik itu sendiri atau partinya yang semacam diam seribu bahasa seolah-olah menyokong kenyataan murahannya itu?
Malah di mana ahli parti berbangsa Melayu yang sebelum ini mendabik dada mencanang seluruh negara parti inilah yang memperjuangkan nasib semua kaum termasuk Melayu dan hakikatnya parti ini jugalah yang merendahkan martabat Syawal dan mengaibkan Aidilfitri.
Di mana hilangnya mereka ini? Atau apakah mereka disuapkan dengan dedak agar berdiam diri daripada mengkritik kesalahan yang tiada maaf ini?
Apa dosa P Ramlee
Setiap seorang daripada kita membesar dengan menonton filem arahan dan lakonan allahyarham Tan Sri P Ramlee. Filem itu seni. Filem itu ekspresi. Filem itu kehidupan. Elemen inilah yang mewarnai setiap filem hitam putih arahan dan lakonan allahyarham.
Apakah hari ini kita memiliki filem yang mampu menguasai setiap ruang emosi kita seperti Ibu Mertuaku? Atau apakah hari ini kita memiliki filem yang mampu membuatkan kita ketawa hingga melupakan segala masalah dalam jiwa kita tanpa unsur komedi slapstick seperti Do Re Mi mahupun Seniman Bujang Lapok? Jauh beza antara filem komedi absurd arahan dan lakonan beliau dengan filem komedi yang hanya reti memperbodohkan penonton.
Apakah hari ini kita memiliki seorang penerbit filem yang hanya mahukan sesuatu yang terbaik buat industri perfileman negara dan bukannya mahukan keuntungan semata-mata dengan mengeksploitasi penonton melalui filem murahan semata-mata?
Siapa kita mahu berbicara tentang hidup mati seorang seniman? Apa jasa kita sehingga kita merasakan status kita melebihi dengan legenda yang subur meredah zaman ini?
Apa pula selepas ini?

PARTI BARU MEMBUKA RUANG LEBIH LUAS UNTUK PERUBAHAN....

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilaporkan dalam peringkat akhir untuk menubuhkan sebuah parti politik baru sebagai wadah pilihan bagi meneruskan usahanya untuk menjatuhkan Najib Razak yang terpalit dengan skandal kewangan terbesar serta untuk memulihkan kembali imej negara yang sudah tercalar teruk di peringkat antarabangsa.

Difahamkan bahawa beliau akan mengambil alih sebuah parti politik sedia ada yang tidak aktif dan kemudian akan menukar nama serta perlembagaannya mengikut kesesuaian perjuangan yang ingin dibawanya.

Parti baru ini akan memberi fokus untuk menarik ahli-ahli UMNO yang tidak setuju dan menyampah dengan Najib untuk menyertainya, selain rakyat biasa yang sealiran dengan perjuangan bekas Perdana Menteri itu.

Bersama Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir yang akan turut bersama parti baru itu, ia akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menentang BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Tun Mahathir bagaimanapun tidak akan bertanding dalam pilihanraya, sebaliknya hanya berperanan untuk memastikan kelancaran perjalanan parti dan  kerjasama mantap dapat dijalinkan dengan Pakatan Harapan.

Shafie Apdal diberitakan kemungkinan besar tidak bersama parti baru ini, sebaliknya akan menubuhkan sebuah parti lain yang memberi fokus untuk Sabah, tetapi tetap bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk memastikan leburnya "simpanan tetap"  BN di negeri itu .
Dengan adanya parti baru inisiatif Tun Mahathir ini, ia adalah peluang terbaik untuk rakyat dan pengundi membuat pilihan yang lebih baik bagi menyelamatkan negara dalam pilihanraya nanti. Ini kerana, walaupun UMNO dan BN ada jasa-jasanya yang tersendiri, selagi ia dipimpin oleh Najib, segala-galanya tidak bermakna lagi dan lebih memudaratkan negara.

UMNO, BN dan kerajaan di bawah Najib tidak lebih sebagai alat mengumpul kekayaan dan mencuri harta negara atas nama ketuanan Melayu yang hanya dibalas dengan "jemput-jemput manis" bernama BR1M tanpa mereka sedari ia kemudian ditarik balik  melalui GST, pembatalan beberapa subsidi serta penambahan beberapa kenaikan kos kehidupan lainnya.

Tak faham kartun? Zunar tawar kursus ‘ketawa’

Kartun 'dedak' dan 'derma' itu timbul kerana isu hangat melibatkan wang derma RM2.6 bilion
Zulkiflee Anwar Ulhaque
PETALING JAYA: Kartunis politik Zulkiflee Anwar Ulhaque atau Zunar hari ini mempersoalkan respon marah terhadap sebuah karikatur mengenai duit raya, dan berkata ia tidak salah dari segi etika dan budaya.
“Jika kartun begini dianggap jenayah, kartun-kartun satira lain seperti ‘Senyum Kambing’ juga jenayah dan juga patut disiasat. Saya tidak faham IQ dan mentaliti orang-orang berkuasa di Malaysia,” kata Zunar merujuk kartun terbitan Utusan Malaysia yang kerap menghentam pembangkang.
Zunar berkata rujukan “dedak” dan “derma” dalam kartun itu merupakan rententan isu hangat yang diperkatakan di Malaysia.
“Ia timbul selepas ada orang mengambil wang 2.6 bilion dan dikatakan sebagai derma dan kemudian memberi imbuhan (dedak) kepada pengikut-pengikutnya supaya menutup mulut.
“Memang menjadi tanggungjawab kartunis untuk membawa isu-isu semasa dalam setiap karya-karyanya,” katanya.
Kartun yang menjadi kontroversi itu menggambarkan dua orang kanak-kanak, di mana salah seorang bertanya, “Tahun ini, kami tak mintak duit raya, kami mintak derma,” dan dibalas, “Tak dapat derma, dedak pun OK.”
Sebelum ini, Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming menafikan memuat naik kartun tersebut di laman Facebooknya.

Lawak je, jangan ambil serius ‘PM=Pencuri’, kata Afdlin

Tak perlu sekat kemasukan dia ke Malaysia, dia hanya berlawak. Kita sebagai rakyat Malaysia, jangan terlalu sensitif.
Fakkah Fuzz
PETALING JAYA: Gesaan sekumpulan penggiat seni melarang masuk pelawak Singapura, Fakkah Fuzz susulan jenakanya menyamakan istilah perdana menteri dengan “pencuri” adalah tidak wajar, kata Afdlin Shauki.
“Secara peribadi, saya kenal Fakkah Fuzz dan saya tahu niat beliau hanya sekadar berlawak,” kata pelawak dan pelakon itu kepada FMT.
Fakkah baru-baru ini mengundang kontroversi selepas video persembahan lawaknya menjadi viral.
Dalam sedutan video itu, Fakkah berkata di Singapura, perkataan “thief” dalam Bahasa Melayu adalah “pencuri”, tetapi di Malaysia ia juga disebut “perdana menteri”.
Fakkah kemudian memohon maaf dan berkata beliau tidak berniat menghina sesiapa.
Susulan itu, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) pada 4 Julai mahu Fakkah dilarang memasuki negara.
Ini kerana, katanya, artis Malaysia tidak mengkritik pimpinan negara lain.
Bagaimanapun, Afdlin berkata tidak perlu melatah dengan isu sebegini.
“Fakkah berlawak di Singapura, bukan di Malaysia. Saya rasa sekiranya beliau menggunakan lawak itu di sini, bolehlah jadi isu besar.
“Tak perlu nak sekat kemasukan dia ke Malaysia. Dia hanya berlawak. Kita sebagai rakyat Malaysia, jangan terlalu sensitif dengan isu kecil ini,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi pelawak terkenal, Harith Iskandar, enggan memberi komen.
“Fokus beliau untuk masa depan, bukan masa silam,” kata seorang jurucakap Harith ketika dihubungi.