Selasa, 12 Julai 2016

Pertuduhan terhadap Guan Eng: Umno belakangi parti komponen, kata DAP

Anthony Loke Siew FookAnthony Loke Siew FookUmno jelas membelakangi pandangan parti komponen kaum Cina dalam Barisan Nasional (BN) selepas wujud ramalan peralihan sokongan besar kaum itu terhadap DAP ekoran pendakwaan yang dihadapi Lim Guan Eng.
Kebimbangan itu disuarakan sendiri Presiden Gerakan, Mah Siew Keong seperti yang dilaporkan media pada Ahad.
Mengulas soalan pemberita mengenai perkara itu, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook dipetik berkata, pendakwaan yang disifatkan ramai pihak sebagai bermotifkan politik itu jelas mendatangkan kemarahan rakyat.
Pastinya Siew Keong yang juga Ahli Majlis Tertinggi BN menyedari bahawa ia tidak membawa keuntungan politik kepada Gerakan mahupun Umno.
“Ia malah membuktikan bahawa Umno tidak kisah langsung dengan pandangan Gerakan atau MCA,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Seremban.
“Pertuduhan terhadap Guan Eng dibuat semata-mata demi ‘survival’ politik Umno,” katanya dalam satu sidang media bagi melancarkan kempen “Support, Sympathy and Solidarity with Lim Guan Eng (SSSLGE) 2.0” di Ibu Pejabat DAP semalam seperti dipetik dari Roketkini.
Isu pendakwaan bermotifkan politik terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang itu timbul setelah Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sendiri mengumumkan akan mengetuai pendakwaan untuk kes berkenaan.
Sebelum ini, Apandi yang dilantik menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail yang ditamatkan perkhidmatannya telah membersihkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada sebarang salah laku melibatkan syarikat sarat hutang, 1MDB.

Majlis Presiden Pakatan Harapan sokong pendirian kerajaan Pulau Pinang

Majlis Presiden hari ini membulatkan nekad bahawa pelbagai kelemahan Pakatan Harapan setakat ini perlu diselesaikan dengan segera agar kepentingan rakyat didahulukan.- Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.Majlis Presiden hari ini membulatkan nekad bahawa pelbagai kelemahan Pakatan Harapan setakat ini perlu diselesaikan dengan segera agar kepentingan rakyat didahulukan.- Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.
Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam mesyuarat hari ini, antara lain turut menyokong pendirian Kerajaan Pulau Pinang bahawa Ketua Menteri Lim Guan Eng tidak perlu bercuti atau meletakkan jawatan kerana beliau menjadi mangsa politik bagi tujuan mengukuhkan kedudukan politik Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Majlis Presiden Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah itu sebulat suara turut membincangkan dengan mendalam beberapa lagi isu berkaitan antaranya mengenai tuduhan kafir harbi terhadap pemimpin DAP dan serangan kumpulan Daesh.
Kenyataan bersama ini  ditandatangani oleh  Presiden PKR,  Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.
Kenyataan rasmi Majlis Presiden Pakatan Harapan yang bermesyuarat hari ini:
Majlis Presiden Pakatan Harapan yang bermesyuarat pada hari ini membincangkan dengan mendalam pelbagai perkembangan dalam negara yang telah berlaku sejak Pakatan Harapan ditubuhkan hampir setahun yang lalu.
Pimpinan Pakatan Harapan menginsafi pelbagai cabaran dan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat mutakhir ini sedang pimpinan politik dilihat terlalu terperangkap dengan kegawatan politik sesama ahli dan parti-parti politik.
Pakatan Harapan mewarisi perjuangan pembangkang selama berdekad yang meletakkan kebajikan, kesenangan, keselamatan dan masa depan rakyat sebagai kepentingan teratas sesebuah parti politik. Oleh yang demikian, Majlis Presiden hari ini membulatkan nekad bahawa pelbagai kelemahan Pakatan Harapan setakat ini perlu diselesaikan dengan segera agar kepentingan rakyat didahulukan.
Majlis Presiden memutuskan:
1) Satu temu rapat pimpinan dari PKR , DAP dan Amanah akan diadakan dalam masa terdekat untuk meneliti dengan khusus strategi bersama Pakatan Harapan untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan.
2) Pembentangan dan rundingan dengan rakyat mengenai Dasar-Dasar Bersama Pakatan Harapan yang menyeluruh dipercepatkan supaya tumpuan kembali kepada rakyat.
Majlis Presiden Pakatan Harapan juga mengingatkan Datuk  Seri Mohd Najib Razak supaya tidak terlalu gah menguji kesabaran rakyat dengan pelbagai tindakan yang mencabul prinsip-prinsip keadilan, keluhuran perlembagaan dan membebankan rakyat.
Pakatan Harapan akan merapatkan saf untuk mempertahankan hak dan kebajikan rakyat supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak mengambil peluang menutup segala penyelewengan semasa keadaan politik dilihat bercelaru sekarang.

Mahathir bidas orang ‘bodoh, bisu’ di sebalik 1MDB

Tun Dr Mahathir Mohamad terus membidas pihak-pihak yang membisu terhadap skandal 1MDB dan berpura-pura membodohkan diri dengan apa yang berlaku.
Katanya, melihat kepada mereka yang terlibat dalam penubuhan dan pengurusan 1MDB, seseorang boleh membuat kesimpulan bahawa mereka yang terpilih sebenarnya adalah bodoh.
“Dan mesti ada banyak orang-orang bodoh di sekeliling. Sesetengah mereka cepat meletak jawatan, yang lain mengambil masa yang lebih lama.
“Sesetengah mereka terpaksa diganti atau dipindahkan atau bersara. Tetapi masalah sama yang semua mereka hidapi adalah ketidakmampuan mereka untuk bercakap.
“Mereka juga mungkin menjadi pekak tetapi sesungguhnya mereka dalam keadaan sihat,” katanya dalam tulisan terbaru di blog.
Mengulas laporan portal pendedah maklumat Sarawak Report yang mendakwa mempunyai akses terhadap apa yang didakwanya sebagai laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB, Dr Mahathir berkata terdapat begitu banyak perkara jenayah dilaporkan.
“Tetapi seperti yang kita semua tahu peguam negara telah mengisytiharkan bahawa laporan ketua audit negara tidak menunjukkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan sebarang kesalahan atau jenayah.
“Peguam negara menolak laporan ketua audit negara, tetapi beliau kemudian menggunakan Akta Rahsia Rasmi untuk menghalang orang ramai daripada membaca kandungannya,” katanya.
Menurut Mahathir, adalah jelas kedua-dua peguam negara dan ketua audit negara bersama kakitangan kedua-dua jabatan berkenaan serta anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tahu isi kandungan tersebut tetapi mereka tidak boleh mendedahkannya.
“Menteri Kewangan II sebelum ini meletakkan semua jawatan. Beliau tidak menjelaskan mengapa dirinya mengambil tindakan drastik berkenaan. Beliau akan ke Jordan belajar agama.
“Nampaknya mulutnya juga dikunci. Beliau juga menjadi bisu sekarang ini,” katanya.
Mahathir berkata keadaan negara semakin merosot tetapi tidak ada yang mengambil peduli.
Beliau seterus memberi amaran walaupun menjadi alim dan mendekati agama, namun membisukan diri daripada mendedahkan salah laku yang diketahui tidak akan menyelamat diri mereka.
“Hari pembalasan pasti akan tiba di mana umat Islam akan bertemu dengan Pencipta mereka.
“Mulut akan terbuka dan kata-kata akan mencurah. Agama tidak akan membebaskan kamu.
“Menunaikan Haji, terutamanya dengan wang dicuri tidak akan menebus dan membebaskan kamu daripada dosa-dosa,” katanya.

Kemunculan Saksama tidak akan gugat BN pada PRU, kata penganalisis politik


Presiden Star Lina SooPresiden Star Lina SooGabungan baharu pakatan pembangkang yang bakal dikenali sebagai Gabungan Rakyat Saksama (Saksama) dilihat tidak mampu menyaingi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Penganalisis dan pemerhati politik berpendapat, bagi tempoh PRU akan datang yang tidaklah terlalu lama lagi, ia pastinya menjadi kekangan kepada Saksama untuk membuktikan kemampuan mereka dalam politik negara.
Penganalisis politik Profesor Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata cadangan penubuhan pakatan pembangkang itu sahaja sudah cukup mengelirukan rakyat, apatah lagi untuk rakyat menzahirkan sokongan kepada gabungan baharu itu.
"Rakyat akan tertanya-tanya, Pakatan Rakyat, Pakatan Harapan, kini Saksama pula?," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Dilaporkan, satu pakatan pembangkang baharu yang terdiri daripada tujuh parti politik akan dilancarkan tidak lama lagi yang dikenali sebagai Saksama, berikutan Pakatan Rakyat dan kemudiannya Pakatan Harapan dilihat gagal memberi saingan kepada BN.
Kegagalan pakatan sebelum ini merujuk kepada kejayaan besar BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak dan dua Pilihan Raya Kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, baru-baru ini.
Saksama adalah gabungan parti-parti politik dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia antaranya Parti Reformasi Negeri Sarawak (Star), Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (Sapu), Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (Perpaduan), Parti Rakyat Bersatu Malaysia (MUPP), Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan Parti Alternatif Rakyat dari Semenanjung.

Umno tidak gentar parti baharu pimpinan Mahathir

Aziz mendakwa, parti baru itu tidak akan memberi kesan kepada Umno kerana hanya "ahli tidak puas hati" akan menyertai parti baharu itu untuk meneruskan agenda peribadi mereka.

aziz-karpawi-mahathir-umno
PETALING JAYA: Barisan Nasional tidak gentar dengan kemunculan parti baharu yang mungkin diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ab Aziz Kaprawi berpendapat, parti baru itu tidak akan memberi kesan kepada Umno kerana hanya “ahli tidak puas hati” seperti bekas pemimpin Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan menyertai parti baharu itu untuk meneruskan agenda peribadi mereka.
Muhyiddin dan Mukhriz dipecat Umno bulan lalu kerana melanggar disiplin parti, manakala Shafie pula memutuskan keluar parti selepas digantung sebagai naib presiden.
“Barisan tidak bimbang tentang parti baharu itu. Kami yakin rakyat akan bersama kami. Kami menguruskan ekonomi dengan baik. Ia adalah negara yang diiktiraf dan progresif,” katanya kepada FMT hari ini.
Aziz mengulas kenyataan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bahawa sebuah parti baharu mungkin ditubuhkan dengan diterajui Dr Mahathir yang akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menjatuhkan BN.
Timbalan Menteri Pengangkutan itu yang menyifatkan ia sebagai langkah terdesak berkata, Dr Mahathir menganggap dirinya mampu menyatukan parti pembangkang yang didakwanya dalam keadaan kucar-kacir kerana gabungan itu tiada pemimpin kuat.
“Beliau menganggap dirinya bersih berbanding Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Aziz.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya, manakala Lim pula berdepan dua pertuduhan rasuah.
Aziz berkata, Umno pernah berdepan keadaan sama di mana ahli yang keluar parti atau dipecat bertindak menubuhkan parti serpihan tanpa arah tuju.
“Parti sedemikian ditubuhkan mereka yang mahu menjaga kepentingan sendiri, bukannya rakyat,” katanya yang hairan kenapa PKR yang pernah dipimpin Anwar mahu bekerjasama dengan Dr Mahathir.

Muhyiddin desak Najib letak jawatan jika enggan ubah status Laporan Ketua Audit Negara


Tan Sri Muhyiddin YassinTan Sri Muhyiddin YassinKerajaan diminta mengubah (declassify) status rahsia rasmi Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB  jika  gagal berbuat demikian dan berterusan menyembunyikan kebenaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak meletakan jawatan.
Bekas timbalan perdana menteri itu  menegaskan, jika perdana menteri seorang yang benar-benar ikhlas, budiman dan berani mencari kebenaran, ubah (declassify) segera status rahsia rasmi Laporan Akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dan dedahkan hasil siasatan untuk tatapan rakyat.
"Usah berdolak dalih lagi.
"Jangan berterusan menyalahkan portal berita atas talian atau media asing kerana menyebarkan maklumat mengenai penyelewengan 1MDB.
"Anda (Sarawak Report) mempunyai satu laporan penting yang sah mengenai 1MDB. Dedahkan isi kandungannya supaya rakyat dapat mengetahui fakta sebenar daripada sumber yang sahih.
"Ini adalah peluang terbaik untuk Najib dan kerajaan pimpinannya membersihkan nama daripada pelbagai dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa.
"Jika Najib gagal berbuat demikian, dan berterusan menyembunyikan kebenaran daripada pengetahuan rakyat, maka dia mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas skandal 1MDB dan mengambil langkah terhormat dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri," ujar Muhyiddin dalam satu kenyataan hari ini.
Muhyiddin berkata, beberapa petikan yang dikatakan bersumber daripada laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB seperti yang didedahkan oleh portal Sarawak Report beberapa hari lalu mengandungi maklumat-maklumat penting berkaitan penyelewengan syarikat berkenaan.
"Ini termasuk kehilangan wang berjumlah USD7 billion (RM28 billion) yang dibayar kepada beberapa buah syarikat palsu yang tiada kaitan dengan urusniaga 1MDB.
"Siasatan Ketua Audit Negara adalah penting untuk menentukan kedudukan sebenar akaun 1MDB dan menjawab segala tuduhan penyelewengan yang dilemparkan terhadap syarikat berkenaan, termasuk yang melibatkan Perdana Menteri," ujarnya.
Najib telah memungkiri janjinya kepada rakyat. Bukan sahaja Laporan Ketua Audit Negara tidak didedahkan kepada umum, malah telah diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.Najib telah memungkiri janjinya kepada rakyat. Bukan sahaja Laporan Ketua Audit Negara tidak didedahkan kepada umum, malah telah diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.Muhyiddin juga merujuk kepada kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Presiden Umno itu di dalam portalnya Najib Razak.com setahun lalu yang memberi jaminan bahawa individu atau pihak yang terlibat dalam penyalahgunaan dan penyelewengan 1MDB akan dibawa ke muka pengadilan.
"Bagi yang mungkin terlupa akan janji Perdana Menteri ini, saya ingin memetik tulisan beliau dalam portal NajibRazak.com yang disiarkan pada bulan Mei 2015.
"Jabatan Audit Negara telah memulakan siasatan ke atas akaun 1MDB pada bulan Mac 2015. Laporan Interim terhadap Pengauditan 1MDB telah disiapkan pada bulan Jun 2015 dan laporan akhir Ketua Audit Negara telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara pada bulan Mac 2016.

'Tol LPT2: Kenapa pantai timur selalu dianaktirikan?'

Pelaksanaan kutipan tol di Lebuh Raya Pantai Timur2 (LPT2) berkuat kuasa 15 Julai ini bakal menambahkan beban kewangan kepada rakyat Terengganu.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata kutipan tersebut tidak wajar memandangkan kerajaan Terengganu turut menampung sebahagian kos pembinaan lebuh raya berkenaan.
"Dengan kadar 12 sen sekilometer bagi setiap kenderaan yang melalui LPT2 dari Gemuruh ke Cheneh akan meningkatkan kos perjalanan ke Kuala Lumpur sekitar 70 peratus.
"Rantaian peningkatan kos pengangkutan akan meninggalkan kesan beban berganda kepada harga barangan dan perkhidmatan," katanya pada kenyataan media hari ini.
Sebaliknya, beliau berkata kerajaan Terengganu perlu menyelesaikan isu tuntutan semula kos pembinaan LPT2 yang menggunakan wang kerajaan negeri sebanyak RM1.8 bilion.
"Pengembalian semula wang RM1.8 bilion itu cukup besar jumlahnya untuk memberi kemudahan kepada rakyat terutama sektor pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas.
"Kegagalan kerajaan negeri mendapatkan kembali wang tersebut merupakan satu kerugian dan pengkhianatan kepada amanah yang telah diberikan oleh rakyat," katanya.
Selain itu, katanya, keadaan jalan yang menjadi sungutan ramai dan kekurangan kemudahan di LPT2 perlu diselesaikan sebelum kerajaan memikirkan 'keuntungan dan laba' daripada saku rakyat.
"Kenapa lebuh raya Sarawak dikecualikan tol? Tetapi LPT2 nak dikenakan tol?
"Kenapa Pantai timur selalu dianaktirikan?" soalnya.
Semalam, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ismail Md Salleh berkata keputusan kerajaan melaksanakan kutipan tol di LPT2 dibuat setelah mengambil kira kepentingan rakyat.
Katanya, kutipan itu bagi membiayai kos penyenggaraan dan operasi termasuk penyediaan kemudahan seperti perkhidmatan peronda, kawasan rehat dan rawat serta lain-lain kemudahan untuk keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya berkenaan.

Baju merah kerumum ibu pejabat DAP, berang sekatan polis

Di sebalik hujan yang melanda ibu negara , bahang ketika penyerahan sepucuk memorandum bantahan di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur bertukar menjadi ‘panas’ apabila kira-kira 200 penunjuk perasaan dihalang oleh pihak polis dari menghampiri bangunan tersebut.
Kecewa, penunjuk perasaan yang berbaju merah mula menolak anggota polis yang mengepung kawasan itu.
Kebanyakannya peserta yang berpakaian serba merah dan diketuai oleh exco Pemuda Umno Ibdillah Ishak, mendendangkan lagu 'Inilah Barisan Kita' sebelum berarak ke ibu pejabat DAP itu.
Sambil membawa kain rentang dan sepanduk mengecam DAP, kata-kata perkauman juga dilemparkan.
Bantahan itu adalah berhubung posting ahli parlimen Taiping Nga Kor Ming dalam Facebook yang didakwa sebagai menghina masyarakat Islam.
Mereka berkata, Nga telah mempersendakan amalan pemberian duit raya sebagai ‘dedak’.
Pada 6 Julai lalu, Nga dalam ucapan Aidilfitri menyiarkan karikatur kanak-kanak dan tetamu menerima sedekah duit raya dan menyamakannnya sebagai rasuah dan 'dedak'.
Posting itu kemudiannya dikeluarkan dari laman Facebooknya.
Nga juga mengundang masalah apabila Selasa lalu memuat naik gambar yang berlatar belakangkan rumah api dan bendera Amerika Syarikat dalam ucapan Aidilfitri di akaun Facebooknya.
Ia dikatakan membawa makna simbol agama Kristian.
Perhimpunan hari ini juga tegang apabila berlaku tolak menolak dan disusuli dengan bunyi letupan mercun bola yang kuat.
Pihak polis kemudiannya, hanya membenarkan sekumpulan kecil pemimpin perhimpunan itu untuk masuk bertemu dengan wakil DAP Chu Yoon Ming bagi menyerahkan memorandum tersebut.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii Razlan mendesak pihak polis mengambil tindakan mengikut Akta Hasutan ke atas Nga kerana mempermainkan agama Islam.
“Saya nak minta pihak polis akta hasut perlu diaktifkan kepada Nga Kor Ming. Tangkap dia, jadikan beliau teladan.

'Kita nak kasi DAP mati' - peserta baju merah lontar duit neraka

Kira-kira 200 peserta baju merah berkumpul di hadapan Ibu Pejabat DAP Kuala Lumpur bagi membantah kenyataan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming yang didakwa menghina Islam.
Seramai 30 anggota polis membuat sekatan di hadapan ibu pejabat berkenaan.
Keadaan menjadi kecoh apabila berlaku tolak menolak di antara peserta himpunan dengan  anggota polis.
Kumpulan berkenaan turut membawa plakad yang tertera tulisan 'DAP Rasis' dan 'Respek Islam dan mula melemparkan duit neraka ke arah bangunan parti itu.
Duit neraka adalah menyerupai wang dan mengikut adat Cina ia dibakar sebagai persembahan kepada nenek moyang si mati.
Ia terus dilemparkan ketika penunjuk perasaan yang diketuai oleh Pemuda Umno berkumpul untuk melepaskan kekecewaan mereka terhadap seorang ahli parlimen DAP yang dituduh menghina Islam.
Disoal mengenai duit neraka itu, seorang penunjuk perasaan itu menjawab: "Kerana kita nak kasi orang DAP mati ma."
Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii yang berada di sebelah lelaki yang tidak dikenali itu menambah: "Lebih kurang macam ini la, dia mahu Umno mati, kita pun mahu DAP mati.”
Polis cuba berunding dengan penganjur himpunan dan enggan membenarkan wakil DAP bertemu mereka.
Pada 6 Julai lalu, Nga dalam ucapan Aidilfitri menyiarkan karikatur kanak-kanak dan tetamu menerima sedekah duit raya dan menyamakannnya sebagai rasuah dan 'dedak'.
Posting itu kemudiannya dikeluarkan dari laman Facebooknya.
Nga juga mengundang masalah apabila Selasa lalu memuat naik gambar yang berlatar belakangkan rumah api dan bendera Amerika Syarikat dalam ucapan Aidilfitri di akaun Facebooknya.
Ia dikatakan membawa makna simbol agama Kristian.

Bekas Pegawai Kanan Polis Terima Rasuah Dijel

Kita bagi dia(Nga Kor Ming) mohon maaf sampai akhir syawal - Pemuda Umno Wilayah

Tak perlu gantikan Wan Azizah, kata DAP dan Amanah

'Harapan determined to regain people's support'

Dr Mahathir bakal pimpin parti baru?

Umno Youth members and Ali Tinju protest at DAP HQ

'Tangkap Nga, jadikan contoh jangan main-main dengan Islam' - Pemuda Umno Wilayah

Razlan kepada Nga: Orang berak tepi jalan takkan mengaku

Bantah DAP, ahli Pemuda UMNO bertempur dengan polis

Red shirt protesters toss 'hell money' outside DAP headquarters

Unruly red shirts try to break police blockade

Gerakan Merah: Ahli UMNO berarak serah memorandum kepada DAP

Tak habis-habis Melayu dihina DAP, kata ketua Pemuda UMNO Wilayah

Gerakan Merah: 'Bangkit Melayu' bergema di ibu pejabat DAP'

PAKATAN HARAPAN HARGAI KEHENDAK RAKYAT, PERSETUJUI AMBIL LANGKAH KEMBALI KEPADA RAKYAT


Majlis Presiden Pakatan Harapan yang bermesyuarat pada hari ini membincangkan dengan mendalam pelbagai perkembangan dalam negara yang telah berlaku sejak Pakatan Harapan ditubuhkan hampir setahun yang lalu. Pimpinan Pakatan Harapan menginsafi pelbagai cabaran dan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat mutakhir ini sedang pimpinan politik dilihat terlalu terperangkap dengan kegawatan politik sesama ahli dan parti-parti politik.
Pakatan Harapan mewarisi perjuangan pembangkang selama berdekad yang meletakkan kebajikan, kesenangan, keselamatan dan masa depan rakyat sebagai kepentingan teratas sesebuah parti politik. Oleh yang demikian, Majlis Presiden hari ini membulatkan nekad bahawa pelbagai kelemahan Pakatan Harapan setakat ini perlu diselesaikan dengan segera agar kepentingan rakyat didahulukan.
Majlis Presiden memutuskan:
1) Satu temu rapat pimpinan dari KEADILAN, DAP dan AMANAH akan diadakan dalam masa terdekat untuk meneliti dengan khusus strategi bersama Pakatan Harapan untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan
2) Pembentangan dan rundingan dengan rakyat mengenai Dasar-Dasar Bersama Pakatan Harapan yang menyeluruh dipercepatkan supaya tumpuan kembali kepada rakyat
Majlis Presiden Pakatan Harapan juga mengingatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak supaya tidak terlalu gah menguji kesabaran rakyat dengan pelbagai tindakan yang mencabul prinsip-prinsip keadilan, keluhuran perlembagaan dan membebankan rakyat. Pakatan Harapan akan merapatkan saf untuk mempertahankan hak dan kebajikan rakyat supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak mengambil peluang menutup segala penyelewengan semasa keadaan politik dilihat bercelaru sekarang.
Oleh itu, Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam mesyuarat hari ini menyokong pendirian Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang bahawa Saudara Lim Guan Eng tidak perlu bercuti atau meletakkan jawatan kerana kes terhadap beliau adalah satu pemangsaan politik (“political persecution”) yang bertujuan mengukuhkan kedudukan politik Dato’ Seri Najib Tun Razak. Pimpinan Pakatan Harapan dari ketiga-tiga parti akan turut serta dalam program-program seluruh negara untuk membawa pemangsaan politik terhadap Saudara Lim Guan Eng ini kepada rakyat.
Majlis Presiden Pakatan Harapan juga yakin bahawa Pakatan Harapan adalah gabungan politik terbaik untuk mengukuhkan persaudaraan di antara pelbagai kaum di negara ini. Mengambil kira pelbagai usaha untuk memecah belahkan perpaduan kaum kebelakangan ini termasuk cubaan melabel bukan Islam sebagai kafir harbi, Majlis Presiden Pakatan Harapan akan meneruskan program-program yang meningkatkan persefahaman rakyat berasaskan rasa hormat kepada pegangan dan amalan setiap kaum di negara ini.

‘Saya tidak akan minta maaf kepada pengerusi PAC’ - Chean Chung

Hasan memberi tempoh 14 hari kepada Lee membuat permohonan maaf atau berdepan saman fitnah RM5 juta.
penjualan-tanahPETALING JAYA: Ketua Penerangan Pemuda PKR Lee Chean Chung menegaskan tidak akan membuat permohonan maaf terhadap Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin berhubung dakwaan melibatkan penjualan tanah.
Beliau berkata demikian selepas Hasan memberi tempoh 14 hari memohon maaf atau berdepan saman fitnah RM5 juta.
Sebelum ini, Chean Chung mendakwa Hasan membeli sebidang tanah dengan harga bawah paras pasaran sebelum menjualnya kepada pembeli bukan Bumiputera.
Beliau mendakwa Hasan membeli tanah milik persendirian itu pada 2002 dengan RM76,499, walaupun nilai tanah berkenaan pada masa itu, berdasarkan penilaian duti setem, ialah RM213,000.
Menurut Chean Chung, Hasan ketika memegang jawatan timbalan menteri besar Pahang.
“Jelas beliau membeli tanah itu di bawah harga pasaran dan wujud konflik kepentingan dalam pembelian berkenaan.
“Tanah itu kemudian dijual pada harga lima kali ganda lebih tinggi daripada harga beli. Maka, keuntungan jualan itu ialah RM321,184.02,” dakwanya.

Raja Bahrin setuju klia2 alami krisis identiti ala Frankenstein

Ahli Parlimen itu mempersoalkan mengapa terminal itu digunakan syarikat penerbangan tambang murah sekiranya ia bukan terminal tambang murah.
Raja-BahrinPETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Bahrin Shah hari ini mempersoalkan Malaysia Airports (MAHB) yang mendakwa lapangan terbang tambang murah klia2 tidak boleh dianggap terminal tambang murah.
Pemimpin Amanah itu berkata ia bertentangan dengan kenyataan kerajaan sebelum ini yang klia2 merupakan terminal tambang murah, walaupun dengan kos pembinaan sehingga RM4 bilion.
Raja Bahrin mempersoalkan mengapa terminal itu digunakan syarikat penerbangan tambang murah sekiranya benar ia bukan terminal tambang murah.
Beliau bersetuju dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, yang menyifatkan klia2 umpama lapangan terbang “Frankenstein” disebabkan krisis identiti yang menimpanya.
Sebelum ini, pengarah urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali mempertahankan caj perkhidmatan penumpang (PSC) di klia2, dengan berkata ia lebih rendah berbanding lapangan terbang lain di Asia.
“Yang pasti, (klia2) bukan terminal kos murah,” Badlisham memberitahu The Edge baru-baru ini.
Berikutan itu, Fernandes berkata klia2 bukan bersifat premium mahupun murah, dan dipenuhi masalah.
Raja Bahrin berkata beliau faham dengan kekecewaan Fernandes itu dan berkata pembaziran wang rakyat dan kecelaruan polisi kerajaan membantutkan usaha menarik pelancong.
Sehubungan itu, katanya, slogan AirAsia, “Now Everyone Can Fly”, lebih sesuai kiranya ditukar kepada “Now Everyone Can Cry”.
Raja Bahrin turut mengingatkan, ahli parlimen pembangkang pernah berkali-kali menuntut penjelasan berkenaan kos pembinaan klia2 yang mencecah sehingga RM4 bilion, daripada kos asal RM1.7 bilion.
“Tiada siapa dari pihak Kerajaan yang kesah untuk beri penjelasan yang memuaskan,” tambah beliau.
“Tetapi kerajaan masih lagi berkeras bahawa ianya terminal kos rendah. Tetapi kini Pengarah Urusan MAHB memberi kenyataan yang bercanggah dengan kerajaan dengan mengesahkan ianya bukan terminal kos rendah!

DAP, AMANAH tolak cadangan Muhyiddin ganti Azizah

Pemimpin DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) menolak cadangan agar Tan Sri Muhyiddin Yassin menggantikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai ketua pembangkang di Parlimen.
Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub dan Setiausaha Penganjur DAP Anthony Loke melahirkan rasa puas hati dengan prestasi presiden PKR itu.
"Pasti (kita berpuas hati dengan beliau) sebagai ketua pembangkang di negara ini," jawab Salahuddin apabila ditanya mengenai perkara itu.
"DAP mempunyai keyakinan penuh terhadap Wan Azizah untuk terus menerajui pembangkang," kata Loke.
Kedua-dua pemimpin itu ditemui selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) mengadakan mesyuarat majlis presiden pagi ini.
Ahli jawatankuasa pusat AMANAH Mazlan Aliman sebelum ini dilaporkan berkata, parti itu akan mencadangkan Muhyiddin sebagai pemimpin pembangkang yang baru.
Parti itu kemudian menjelaskan bahawa kenyataan Mazlan diambil di luar konteks.
Sementara itu, Salahuddin berkata, HARAPAN bersikap terbuka sekiranya Muhyiddin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyertai mana-mana daripada ketiga-tiga parti dalam blok pembangkang.
"Pintu akan sentiasa terbuka untuk mereka," katanya.
Muhyiddin, yang digugurkan sebagai timbalan perdana menteri pada tahun lalu, dipecat daripada Umno bersama Mukhriz pada 24 Jun lalu.
Manakala Shafie, yang juga dipecat daripada jawatan menteri, mengambil keputusan keluar Umno selepas digantung daripada parti itu.

Kenyataan Nur Jazlan kejam - peguam Anwar

Mereka hanya hilang kebebasan pergerakan tetapi hak perlembagaan dan asas kebebasan masih kekal.
SurendrenPETALING JAYA: Kenyataan Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mendakwa banduan hilang kebebasan bila disabit kesalahan dan dipenjarakan adalah salah, kata Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran.
Surendran berkata banduan hanya hilang kebebasan pergerakan tetapi hak perlembagaan dan asas kebebasan mereka masih kekal.
“Bolehkah Nur Jazlan beritahu di mana dalam Akta Penjara 1955 atau Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan banduan hilang semua kebebasan mereka? Beliau tidak akan boleh buat begitu sebab memang tidak ada pun.
“Sangat membimbangkan apabila timbalan menteri dalam negeri nampak sangat jahil undang-unang yang berkaitan banduan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Nur Jazlan yang juga timbalan menteri dalam negeri berkata hukuman penjara terhadap banduan bermakna individu itu hilang kebebasannya, maka tidak timbul isu mereka boleh bersentuhan dengan ahli keluarga ketika sesi lawatan.
“Bila masuk penjara, penjara ini maksudnya dilaranglah. Dia tak ada kebebasan dan sebagainya.
“Soal nak sentuh semua ini apa masalahnya. Bila masuk penjara, anda (banduan) hilang kebebasan,” katanya.
Surendran berkata respons Nur Jazlan itu mengejutkan dan menyinggung ribuan ahli keluarga banduan yang sangat terdesak dan amat teringin menyentuh orang kesayangan mereka.
“Kenyataannya itu kejam dan tidak bertanggungjawab, serta menunjukkan tiada simpati atau kurangnya rasa kemanusiaan,” katanya.

Dana pendidikan apa, tanya keluarga kru MH370

Waris kepada kru MH370 berkata mereka belum menerima sebarang bantuan pendidikan anak meskipun ada yayasan ditubuhkan sejak dua tahun lalu.
Nur-Laila-NgahPETALING JAYA: Waris kepada anak kapal pesawat malang Malaysia Airlines MH370 tidak dimaklumkan atau mendengar apa-apa maklumat mengenai dana pendidikan yang kononnya ditubuhkan untuk membantu mereka, lapor New Straits Times (NST) hari ini.
Mereka berkata demikian sebagai respons terhadap laporan Forbes baru-baru ini yang memaparkan mengenai Flagbearer Education Foundation yang ditubuhkan pada 2014, bertujuan menyediakan dana pendidikan untuk anak kepada kru MH370 dan MH17 hingga peringkat pendidikan tinggi.
Yayasan itu diterajui oleh Anne Eu, yang juga pengerusi Perubatan Tradisional Cina (TCM) syarikat Eu Yan Sang. Turut mengambil bahagian dalam kerjasama itu ialah Genting Group, dengan kedua-dua organisasi itu dilaporkan masing-masing berjanji memberi RM500,000 bagi tujuan itu.
Forbes minggu lalu meraikan Anne dalam senarai “Heroes of Philantrophy Asia 2016” untuk kerja kebajikan yang dilakukannya, termasuk menubuhkan Flagbearer Education Foundation.
Dua tahun berlalu, keluarga kepada anak kapal MH370 masih tidak tahu mengenai yayasan itu, apatah lagi mana-mana bantuan yang sepatutnya diperuntukkan kepada mereka.
Akhbar itu menemu bual Nur Laila Ngah, isteri ketua pramugara MH370 Wan Swaid Wan Ismail, yang berkata beliau masih belum menerima apa juga bentuk bantuan untuk tiga anaknya berusia antara 10 dan 14 tahun.
“Setahu saya, tidak ada sokongan daripada sesiapa.

Muhyiddin: Najib mungkir janji terus rahsiakan audit 1MDB

Siapakah pengkhianat sebenar, orang yang mendedahkan salah laku 1MDB atau orang yang merompak wang, tanya bekas timbalan perdana menteri itu.
muhyiddin_najib_1mdb_pac_600
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak janjinya setahun lalu untuk mengumumkan keputusan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB.
Bekas timbalan perdana menteri itu merujuk kenyataan Najib dalam blognya sebelum ini.
“Tolonglah, jangan buat spekulasi dan kesimpulan, tanpa menggunakan maklumat yang akan dibentangkan oleh Ketua Audit Negara, yang mengandungi laporan terperinci tentang kewangan 1MDB,” Muhyiddin memetik bekas bosnya sebagai berkata pada Mei tahun lalu.
“Malangnya, Najib telah memungkiri janjinya kepada rakyat. Bukan sahaja Laporan Ketua Audit Negara tidak didedahkan kepada umum, malah telah diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972,” kata Muhyiddin dalam kenyataannya hari ini.
Sejak minggu lalu, laman pendedah maklumat Sarawak Report mula menerbitkan apa yang didakwanya salinan laporan audit 1MDB yang bocor, yang menurutnya membuktikan pengurusan kewangan lemah dan kucar-kacir dalam syarikat milik Kementerian Kewangan itu, di samping kehilagan dana sehingga RM7 bilion.
Ia disusuli dengan gesaan supaya siasatan dilakukan mengenal pasti dalang yang membocorkan dokumen berkenaan.
Muhyiddin, yang dipecat daripada kabinet pada Julai tahun lepas selepas mengkritik Najib dalam isu 1MDB, melahirkan rasa terkilan dengan tindakan kerajaan terus merahsiakan laporan audit itu.
Katanya, di bawah perlembagaan, Ketua Audit Negara perlu menyerahkan laporannya kepada Agong sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.
“Adakah kerajaan mempunyai kuasa melebihi kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan untuk menutup hasil siasatan Ketua Audit Negara daripada pengetahuan rakyat?” tanya beliau.

Sekarang semua orang boleh menangis

Perdana menteri kita adalah menteri kewangan. Justeru, sepatutnya, apabila kerajaan yang diketuai oleh perdana menteri yang juga adalah ketua negara membuat sesuatu keputusan, ia tidak seharusnya menjadi punca kekeliruan, bukan?
Malangnya, ini tidak berlaku.
Dalam pertikaian KLIA2 sekarang, ada suara-suara aneh yang seolah-olah timbul akibat enjin jet rosak.
Kenyataan Pengarah Urusan MAHB bahawa KLIA2 bukannya sebuah terminal kos rendah mengejutkan kebanyakan orang kecuali kami... ahli-ahli parlimen pembangkang!
Kami telah meminta jawapan di parlimen mengapa terminal bajet yang pada asalnya sepatutnya berjumlah RM1.7 bilion telah melonjak kepada RM4 bilion.
Tiada siapa daripada kerajaan seolah-olah mengambil berat ataupun peduli untuk memberi penjelasan yang memuaskan hati.
Bangunan yang pada asal sepatutnya hanya dua tingkat menjadi lima tingkat tinggi. Keluasan lantai meningkat dengan ketara untuk bertukar menjadi sebuah kompleks membeli-belah yang luas.
Kami mempersoalkan di Parlimen mengapa lapangan terbang itu berpindah dari tapak asalnya di utara, yang mempunyai tapak tanah keras, ke tanah paya di barat yang bermasalah dan lembut.
Akibatnya, kos kerja tanah meningkat daripada kira-kira RM35 juta kepada RM860 juta dan masalah penyelesaian tanah itu berterusan sehingga hari ini.
Tidak hairanlah ia akhirnya menelan kos RM4 bilion dan tidak lagi boleh dianggap sebagai terminal kos rendah. Tetapi ... kerajaan masih menegaskan ia adalah terminal kos rendah.
Namun hari ini kenyataan pengarah urusan MAHB bercanggah dengan kerajaan dengan mengesahkan KLIA2 bukan lagi satu terminal kos rendah. Tidak hairanlah rakyat keliru dan bosan.
Rakyat Malaysia keliru
Kita boleh memahami kekecewaan Tan Sri Tony Fernandes dalam usaha untuk membawa lebih ramai pelancong ke Malaysia dengan AirAsia dan dasar tidak keruan kerajaan serta pembaziran wang rakyat.
Gambaran KLIA2 oleh Tony sebagai "Frankenstein" adalah wajar kerana tiada siapa yang pasti bagaimana "raksasa" itu sepatutnya menjadi ... terminal bajet atau mewah.
Jika kenyataan terkini MAHB bahawa ia bukan terminal kos rendah adalah benar, maka apa yang dilakukan oleh semua syarikat penerbangan kos rendah di sana?
Rakyat Malaysia keliru dan terkejut dengan semua hujah-hujah ini dan perbelanjaan yang membazir.
Apa yang sangat jelas seolah-olah hampir tiada kawalan kos dan kualiti dalam pembinaan KLIA2 dalam bidang kritikal.
Kosnya melambung dari RM1.7 bilion pada awal kepada RM4 bilion membuktikan pengurusan bajet yang teramat lemah.
Kegagalan menjelaskan pembinaah di atas tanah yang bermasalah menyebabkan kerja-kerja tanah sahaja meningkat daripada RM35 juta kepada RM860 juta, adalah satu skandal.
Paling mengejutkan bahawa kita sentiasa terpaksa menampung kerja-kerja pembaikan di kawasan landasan yang juga berbahaya terhadap pesawat yang bergerak.
Mungkin kenyataan MAHB bahawa ia bukan satu terminal kos rendah tidak tepat.

SIAPA PENGKHIANAT - YANG MERAHSIAKAN ATAU YANG MENDEDAHKAN?

Untuk kali ketiganya Salleh Said Keruak bersuara lagi mengenai pendedahan bersiri Laporan Audit 1MDB oleh Sarawak Report, di sebalik semua menteri dan pemimpin UMNO yang lain nampaknya "sudah letih"  untuk terus membela dan mempertahankan syarikat pelaburan paling bermasalah yang dikaitkan secara langsung dengan Najib Razak itu.

Kali pertama bersuara, Salleh meminta polis menyiasat bagaimana kebocoran itu boleh berlaku dan barangkali kerana tidak berapa puas hari disebabkan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar  mahu menentukan ketulenan laporan itu terlebih dahulu sebelum memulakan penyiasatan, beliau kemudian bersuara untuk kali kedua dengan mengatakan Sarawak Report cuba memperdaya orangramai berhubung pendedahannya itu.

Tidak puas hati lagi,  mungkin kerana Sarawak Report terus menerbitkan tulisannya mengenai laporan audit itu yang boleh dibaca dengan meluas walaupun laman pendedah maklumat itu disekat oleh SKMM, untuk kali yang ketiganya, Salleh menyifatkan pula pendedahan itu berupa suatu pengkhianatan kepada negara.

Dalam hal ini, hampir betullah apabila Sarawak Report memanggil Salleh sebagai "Minister for Fun". 

Bukan saja Sarawak Report, tetapi rasanya rakyat juga turut "terhibur"  dengan telatah dan kelakuannya yang bagaikan "cacing kepanasan" asalkan dapat menunjukkan dirinya sebagai pembela Najib nombor satu.

Salleh seolah-olah gagal melihat kebenaran itu daripada aspek yang yang luas dan menyeluruh. Baginya, asalkan ia dilakukan oleh Najib, semuanya adalah benar dan betul belaka.

Macam mana nak siasat maklumat OSA 1MDB?


Ini cerita lawak. Tapi apa nak dihairankan? Malaysia dah jadi bahan lawak satu dunia.
Sarawak Report lapor maklumat yang ia dakwa dari Laporan Pengauditan 1MDB oleh Ketua Juruaudit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.
Laporan itu dah diserahkan kepada Parlimen tapi dikelaskan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Jadi salah kalau dedahkan kepada umum.
Kalau betul maklumat Sarawak Report itu daripada laporan tersebut, ia sudah langgar OSA dan boleh disiasat, dihadapkan ke mahkamah dan sekiranya sabit kesalahan dihukum penjara mandatori sehingga dua tahun.
Boleh jadi masa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, arah Ambrin menentukan kesahihan laporan audit 1MDB pada 4 Mac tahun lalu dia nak sabotaj atau lengahkan penyiasatan ke atas syarikat yang dia sendiri kemudikan.
Dia mungkin sangka Ambrin akan bagi cap jari kepada akaun tersebut maka dengan itu bebaslah dia daripada disyaki seleweng berbilion-bilion ringgit duit 1MDB.
Jadi apabila laporan Ambrin itu bukan saja tak dihebahkan malah dikunci pula di bawah OSA jelaslah ada benda besar yang Najib tak mahu rakyat jelata tahu.
Soalnya, trompet beliau yakni Datuk Seri Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia, dah kata laporan Sarawak Report kena disiasat untuk sahkan betul atau tidak.
Pekung di dada Najib
Ketua Polis Negara Najib pula, Tan Sri Khalid Abu Bakar kata dia akan tanya Ambrin.
Tapi macam mana dia nak tanya dan macam mana Ambrin nak jawab pasal laporan itu dah jadi dokumen ‘super’ sulit bawah OSA?
Katakanlah Khalid tanya dan Ambrin sahkan laporan Sarawak Report tu betul. Kita yang baca laporan Sarawak Report walaupun Salleh Said cuba sekat tahulah bahawa maklumat itu benar. Dengan itu lagi banyaklah pekung di dada Najib terdedah.
Tapi Ambrin boleh kata dia tak boleh jawab pasal laporan itu sudah diOSAkan.
Masalahnya kita yang baca berita arahan Najib kepada Ambrin 4 Mac tahun lalu dan laporan Sarawak Report tiga hari lepas boleh buat kesimpulan bahawa bila laporan Ketua Juruaudit Negara itu diOSAkan maka tentulah ada rahsia besar yang Najib dan konco-konco beliau nak sembunyikan.
Nak tangkap dan siasat Sarawak Report pun tak boleh pasal ia beroperasi di United Kingdom. Bukan tak cuba tapi tak berjaya!
Tahun lalu Khalid cuba tangkap pengarang Sarawak Report , Claire Rewcastle-Brown, tapi gagal apabila Polis Antarabangsa (Interpol) kata tak ada sebab nak tanggap perempuan orang putih itu.
Syusyah kan?
Kalau betul maklumat Sarawak Report itu dari laporan Ketua Juruaudit Negara, ia dah jadi cerita kong-kalikong.
Kita rakyat jelata Malaysia yang tak layari Internet tak tahu tapi orang putih yang jauh beribu batu tahu.
Balik kepada cerita zaman dulu kala. Orang Melayu tak tahu apa-apa. Dok tak dok orang putih dah jajah satu Malaya.
Boleh lagi kusut kepala Salleh Said. Dia sekat Sarawak Report dan blog tapi rakyat jelata yang celik komputer boleh baca juga. Mereka lompat kawat duri yang dia pasang.
Terima kasih kepada pembahas yang kongsi maklumat macam mana nak lompat atau runtuhkan tembok yang Salleh Said dirikan.

Datuk A Kadir Jasin

Muhyiddin soal balas: Siapa yang khianat, menteri?

Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali menyoal menteri yang menganggap pembocoran maklumat kerajaan berkaitan 1MDB sebagai pengkhianatan.

“Siapakah pengkhianat sebenarnya?

“Orang yang mendedahkan salah laku 1MDB atau orang yang merompak wang negara menerusi transaksi 1MDB dan kemudian menutup kesalahan mereka daripada diketahui oleh rakyat?

“Sudah tentulah merompak wang negara dan menutup perbuatan jenayah adalah suatu pengkhianatan yang amat jijik kepada negara,” katanya.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak semalam memberi amaran keras susulan pembocoran maklumat berstatus sulit itu.
Mengulas dakwaan kebocoran ke tangan laman pembocor maklumat Sarawak Report, beliau berkata, keadaan membimbangkan kerana bukan hanya maklumat sulit dijual tetapi sebahagiannya didakwa diubah dan dipalsukan untuk mensensasikan isu.

Ingatan Muhyiddin buat PM yang 'lupa' janjinya

Saya bersama dengan seluruh rakyat yang menuntut kebenaran dalam isu 1MDB mendesak kerajaan supaya mengubah (declassify) status rahsia rasmi Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dengan segera supaya rakyat dapat mengetahui kedudukan sebenar dakwaan penyelewengan wang puluhan bilion ringgit dalam urus niaga syarikat berkenaan.
Beberapa petikan yang dikatakan bersumber daripada laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB seperti yang didedahkan oleh portal Sarawak Report beberapa hari lalu mengandungi maklumat-maklumat penting berkaitan penyelewengan syarikat berkenaan.
Ini termasuk kehilangan wang berjumlah AS$7 bilion (RM28 bilion) yang dibayar kepada beberapa buah syarikat palsu yang tiada kaitan dengan urus niaga 1MDB.
Ketika kemelut 1MDB mula dipersoalkan oleh rakyat pada awal tahun lalu, saya telah menyuarakan kebimbangan saya di dalam kabinet dan menyarankan supaya Ketua Audit Negara menyiasat akaun 1MDB, termasuk melakukan audit forensik.

Siasatan Ketua Audit Negara adalah penting untuk menentukan kedudukan sebenar akaun 1MDB dan menjawab segala tuduhan penyelewengan yang dilemparkan terhadap syarikat berkenaan, termasuk yang melibatkan perdana menteri.
Perdana menteri sendiri berjanji bahawa Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB akan diumumkan dan beliau memberi jaminan bahawa individu atau pihak yang terlibat dalam penyalahgunaan dan penyelewengan 1MDB akan dibawa ke muka pengadilan.

Bagi yang mungkin terlupa akan janji perdana menteri ini, saya ingin memetik tulisan beliau dalam portal NajibRazak.com yang disiarkan pada bulan Mei 2015.
Beliau berkata, “adalah tidak adil bagi sesetengah ahli politik mensabitkan kerajaan dalam mahkamah pendapat awam sebelum fakta sebenar dikemukakan oleh pihak berkuasa yang sah iaitu Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang bersifat dwipartisan... sementara itu, tolonglah, jangan buat spekulasi dan kesimpulan, tanpa menggunakan maklumat yang akan dibentangkan oleh Ketua Audit Negara, yang mengandungi laporan terperinci tentang kewangan 1MDB.”
Kata Najib lagi, “Jika kita bersikap ikhlas untuk mencari kebenaran di sebalik dakwaan itu, kita perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah (seperti Ketua Audit Negara) dan bukan daripada portal berita pihak ketiga atau blog dalam talian yang mungkin mempunyai agenda tersembunyi”.
Itu kenyataan Najib lebih setahun yang lalu.
Jabatan Audit Negara telah memulakan siasatan ke atas akaun 1MDB pada bulan Mac 2015.

Laporan interim terhadap pengauditan 1MDB telah disiapkan pada bulan Jun 2015 dan laporan akhir Ketua Audit Negara telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara pada bulan Mac 2016.
Malangnya, Najib telah memungkiri janjinya kepada rakyat.

Bukan sahaja Laporan Ketua Audit Negara tidak didedahkan kepada umum, malah telah diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Tindakan mengklasifikasikan Laporan Ketua Audit Negara sebagai dokumen rahsia rasmi adalah aneh memandangkan Ketua Audit Negara mempunyai tanggungjawab di bawah Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan untuk menyerahkan laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong.

Laporan ini kemudiannya hendaklah dibentangkan di Dewan Rakyat.

Harga naik kerana ayam sakit tekak?

Terdahulu, ada laporan menyatakan beribu-ribu ekor ayam mati akibat wabak tersebut sehingga menjejaskan 20 peratus pengeluaran ayam di seluruh negara.
kpdnkk_ayam_600
PETALING JAYA: Wabak bronkitis berjangkit (IB) atau sakit kerongkong yang menyerang ayam dikatakan antara punca harga bahan mentah itu naik pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri kali ini.
Bagaimanapun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan(KPDNKK) pula bertanggapan ia hanya spekulasi kerana belum ada sebab yang kukuh ekoran kenaikan harga ayam.
“Ia hanyalah spekulasi. Kita tidak pasti harga ayam naik sebab apa kerana pihak kita belum menerima sebarang maklum balas daripada mana-mana peruncit berkenaan kenaikan harga ayam,” kata Timbalan Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Ahmad Dahuri Mahmud lapor Bernama.
Apapun, kementerian bertegas pihaknya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana peruncit yang cuba mengaut keuntungan secara tidak munasabah apatah lagi sempena musim perayaan.
“Kita tunggu peruncit berikan fakta dan sebab mengapa mereka naikkan harga ayam. Kalau sengaja mereka naikkan, tindakan tegas akan diambil ke atas mereka,” katanya.
Sejak beberapa hari sepanjang minggu sambutan Hari Raya, pelbagai laporan diterima berhubung kenaikan mendadak harga ayam di seluruh negara.
Ayam didapati dijual pada harga RM10 sekilogram sejak Khamis lalu berbanding harga kawalan RM7.90.
“Buat masa ini KPDNKK sedang menunggu maklumat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) untuk mengesahkan perkara sama ada berlaku serangan penyakit kerongkong terhadap ayam-ayam,” kata Ahmad Dahuri.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Kamarudin Mat Isa pula menafikan dakwaan Persatuan Penternak Ayam Selangor bahawa harga ayam naik disebabkan berlaku serangan wabak IB.
“Setakat bulan Julai ini, kami hanya mengesan enam insiden wabak IB dalam kalangan ayam komersial dan ayam kampung iaitu satu di Kedah dan lima di Perak. Jadi kematian ayam disebabkan wabak IB tidak setinggi seperti yang didakwa,” katanya.
Terdahulu, persatuan tersebut dilapor mengakui beribu-ribu ekor ayam mati akibat wabak tersebut sehingga menjejaskan 20 peratus pengeluaran ayam di seluruh negara.
IB merupakan penyakit endemik yang disebabkan jangkitan virus yang boleh dikawal melalui suntikan vaksin.

Khairuddin Cabar Najib Dan Keruak

This was sent to me by Datuk Khairuddin Abu Hassan. It is self explanatory. I have not edited anything.
SAYA CABAR NAJIB TUN RAZAK UNTUK BENTANGKAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA KEPADA KESELURUHAN RAKYAT SEKIRANYA TIADA UNSUR PENYELEWENGAN!!
Khairuddin Cabar Najib Dan Keruak
Najib tun razak jangan jadi bacul!! Kalau najib tun razak benar-benar berketurunan pahlawan bugis beliau harus mengambil pendekatan terbuka dan telus untuk membentangkan laporan ketua audit negara kepada keseluruhan rakyat di tanahair kita!!
Apa najib tun razak nak takut kerana selama ini beliau senantiasa mempertahankan kenyataannya bahawa tiada unsur salahlaku serta penyelewengan dalam kes skandal 1mdb!!
Dulu ketua audit negara kata status laporan ketua audit negara akan hilang status OSA apabila laporan PAC dibentangkan di parlimen!! Tetapi kenapa sehingga kini masih lagi mengklasifikasikan laporan ketua audit negara sebagai OSA??!!
Tolong bagi tahu menteri komunikasi dan multimedia malaysia yang amat bangang untuk sediakan satu slot 'air-time' penerangan melalui siaran rtm agar keseleruhan rakyat dapat mengetahui segala fakta-fakta dari laporan ketua audit negara!!
Saya cabar salleh tun said selaku menteri komunikasi dan multimedia untuk berdebat dengan saya melalui siaran terus menerus rtm mengenai tajuk kes skandal 1mdb ini!!
Kalau salleh tun said asyik 'menegak benang yang basah' dan hanya buat kenyataan-kenyataan yang tak masuk akal mengenai kes skandal 1mdb; adalah lebih baik untuk beliau berdebat secara terbuka dengan saya dan biarkan 30 juta rakyat malaysia menghakimi siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong selama ini!!
Salleh tun said ini adalah pemimpin bangang kaki bodek minda lemah otak udang yang sanggup bersekongkol dengan unsur-unsur kemungkaran serta salahlaku rasuah demi untuk menjaga poket, perut dan pangkat beliau!!
Beliau ni cakap banyak tapi macam 'pot tin' kosong saja!! Kita ajak debat melalui siaran terus menerus program rtm sehingga kini tak berani pun!! Dia menteri nak takut apa untuk berdebat dengan rakyat marhein macam saya ni!!
Rakyat malaysia selaku pembayar cukai ingin mengetahui secara terperinci akan semua isi kandungan serta fakta-fakta di dalam laporan ketua audit negara!!
Kalau salleh tun said kata laporan oleh clare brown dari sarawak report tidak mempunyai asas kebenarannya; sudah tiba masa ketika yang sesuai untuk pihak kerajaan mengumumkan secara terbuka dan telus mengenai isi kandungan sebenar laporan ini!!
Orang tua-tua selalu kata berani kerana benar dan takut kerana salah!!

P'raya mengejut PP hanya ulangi kesilapan Pak Lah?

DAP mungkin akan beroleh undi simpati jika mengadakan pilihan raya tergempar dan memaparkan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai mangsa pendakwaan politik.

Bagaimanapun, adakah langkah itu benar-benar akan berjaya dan tidak tempang?

Pengarah Institut Asia, Universiti Tasmania James Chin berkata, pilihan raya mengejut boleh mendorong kemarahan pengundi menolak BN, kecuali di kalangan pengundi tegar Umno.

Pengarah Eksekutif t Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan pula berkata mungkin terdapat sedikit manfaat.

Bagaimanapun, bagaimana jika BN melakukan perkara sama jika terdapat pemimpinnya diheret ke mahkamah?

“Daripada aspek moral, DAP dan Pakatan Harapan, secara keseluruhan, akan sangat sedih jika Umno atau BN buat perkara sama jika seseorang pemimpin mereka disiasat pihak berkuasa,” katanya.
Bagaimanapun, apa yang terjadi, kata Wan Saiful lagi, pendakwaan terhadap Lim tetap akan berlangsung seperti biasa.
Sementara itu, Ketua kluster politik, keselamatan dan antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Mohamed Mustafa Ishak pula memberi amaran bahaya mencampuradukkan politik dengan proses kehakiman.
Membandingkan dengan pengalaman Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini, Mustafa berkata bekas perdana menteri itu telah membuat kesilapan dengan mengadakan pilihan raya mengejut pada 2008.

Kata Mustafa, ketika itu, beliau masih gagal memenuhi janji dan menyebabkan BN hampir tumbang.

PENGKRITIK 1MDB, NAJIB KECEWA APABILA ‘BALA BESAR 11 JULAI’ TIDAK MENJADI?

Semalam 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) menyatakan persetujuannya terhadap permintaan timbang tara (RFA) yang difailkan oleh International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investments PJS (Aabar).
Ramai yang menunggu kes ini kerana ia dianggap `BALA BESAR’ sedang menanti kerajaan Malaysia, Kementerian Kewangan serta Perdana Menteri Malaysia.
Namun, ternyata BALA BESAR  itu tidak jadi 'membadai' dan lebih malang kepada penunggunya, bala itu ghaib entah ke mana.
Kesian sungguh kepada mereka yang berharap kes di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London ini boleh mendatangkan masalah segera kepada 1MDB dan kerajaan Barisan Nasional (BN)

Perdana Menteri boleh tidur lena, pengurusan 1MDB boleh tidur nyenyak dan pemimpin UMNO dan BN boleh meraya sakan. Tidak perlu risau!

Tidak ada apa yang akan 'membadai' dari London, sekurang-kurangnya untuk beberapa ketika terdekat ini.

Cerita selepas ini letak di belakang, tunggu tba masanya. Bak kata pepatah Inggeris, 'I'll cross that bridge when I come to it.'
Walaupun demikian, kes ini sedikit sebanyak mencalarkkan maruah 1MDB dan kerajaan kerana ia disifatkan sebagai ‘tingkah laku kerajaan dan MOF yang memburukkan lagi skandal peniuan yang kini disiasat oleh pelbagai pihak antarabangsa.
IPIC bertindak berikutan kegagalan 1MDB dan MOF dalam menjalankan tanggungjawab mereka, melangsaikan tunggakan atau mengemukakan cadangan yang boleh diterima telah menyebabkan IPIC tiada pilihan alternatif selain meneruskan tuntutan berjumlah AS$6.5 bilion menerusi timbang tara.
Kegagalan 1MDB dan MOF untuk menjalankan obligasi kontrak di bawah Lembaran Terma Terikat (BTS) seperti yang dinyatakan dalam pengumuman IPIC GMTN Limited pada 10 Jun 2015 (RNS Nombor 7064P), dikaitkan dengan pelbagai tuduhan salah laku dan penyelewengan 1MDB di serata dunia.
Pengkritik 1MDB melihat kes ini sebagai tambahan kepada masalah dan kemungkinan-kemungkinan beban yang akan ditanggung oleh kerajaan dan rakyat negara ini, apa lagi sekiranya IPIC menang dalam tempoh 18 bulan dari sekarang.
Contohnya, PAS mahu kerajaan menjelaskan bagaimana ia bercadang membayar AS$6.5 bilion sekiranya 1MDB dan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF) gagal dalam kes timbang tara antarabangsa yang dikemukakan terhadap mereka oleh IPIC itu.
“Apakah rakyat yang juga akan disembelih nanti menggunakan kenaikan cukai, pengenalan cukai baru serta GST terhadap pembelian petrol dan pembayaran tol, yang dijangka akan dinaikkan selepas Hari Raya?” soal Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kanan) dalam satu kenyataan media.
Memandangkan kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan pertikaian melalui RFA dengan merujuk kepada Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London, , langkah seterusnya ialah membuat persediaan untuk mesyuarat pengurusan kes  pada September.
IPIC dijangka akan mendaftar  kenyataan tuntutannya dan 1MDB pula kenyataan pembelaan diri,  sebelum kes dibicarakan, dijangka pertengahan tahun hadapan (2017).
Keadaan ini sudah pasti akan ‘mengecewakan’ pihak yang ingin melihat 1MDB berdepan dengan tuntutan besar dalam tempoh terdekat.
IPIC dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS (Aabar) mengemukakan permintaan timbang tara (RFA) kepada Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London pada 14 Jun lalu berhubung tuntutannya melibatkan lebih AS$6.5 bilion daripada 1MDB dan kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF).
RFA dilaporkan amat prihatin terhadap kegagalan 1MDB dan MOF untuk menjalankan obligasi kontrak itu.
Demikian menurut IPIC dalam kenyataan yang dihantar kepada Bursa Saham London, 14 Jun lalu.
IPIC bertindak berikutan kegagalan 1MDB dan MOF dalam menjalankan tanggungjawab mereka, melangsaikan tunggakan atau mengemukakan cadangan yang boleh diterima melalui tuntutan berjumlah AS$6.5 bilion menerusi timbang tara.
Tuntutan itu akan ditentukan oleh tribunal timbang tara yang akan terdiri daripada tiga orang penimbangtara menurut Lembaran Terma Terikat dan peraturan-peraturan LCIA .

PRU14: Umno, DAP bakal menang besar

ISU Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa di mahkamah bersabit kesalahan rasuah bukanlah konsprasi politik bahkan tidak sedikit pun membawa faedah dari segi politik kepada Gerakan.
Sebaliknya, Presidennya, Datuk Seri Mah Siew Keong meramalkan DAP berada dalam keadaan terbaik dan bakal memperolehi kemenangan yang besar dalam PRU akan datang.
Ketika ditemubual oleh beberapa akhbar Cina, Mah berkata, hasil keputusan PRN Sarawak dan PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada mulanya menunjukkan ada tanda-tanda pengundi Cina kembali member sokongan kepada BN.
“PRN Sarawak dan kedua-dua PRK memberikan semangat yang tinggi kepada BN dan Gerakan setelah BN memperolehi kemenangan yang menggalakan. Bagaimana pun, apabila timbul isu Guan Eng yang didakwa di mahkamah, pengundi Cina kini seperti kembali semula kepada DAP,” katanya.
Mah berkata, Guan Eng yang menghadapi dakwaan di mahkamah tidak membawa sebarang keuntungan kepada Gerakan sebaliknya menjejaskan peluang kepada partinya untuk menang dalam PRU akan datang.
“Pulau Pinang adalah tapak yang penting bagi Gerakan. Kini sentimen rakyat Pulau Pinang tidak memihak kepada kami. Kami tidak memperolehi apa-apa kelebihan pun dari segi politik,” kata Mah yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan.
Mah berpendapat, PRU14 kemungkinan akan diadakan lebih awal dan sekiranya PRU14 diadakan sekarang, Umno dan DAP masing-masing akan mencapai keputusan yang memberangsangkan.
Namun, kata Mah, kemenangan besar yang dicapai oleh DAP pada PRU lalu tidak mampu menukar kerajaan seperti yang diidamkan parti pembangkang itu.
“Dalam PRU lalu, kira-kira 80 peratus pengundi Cina telah memberi sokongan kepada DAP sehingga parti itu mendapat 38 Ahli Parlimen dan Gerakan hanya dapat dua Ahli Parlimen.
“Apa DAP boleh buat setelah mendapat begitu ramai Ahli Parlimen? Kalaulah dapat 40 Ahli Parlimen sekalipun, apa DAP mampu lakukan?,” tanya Mah yang juga Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komuniti.
Mengenai peluang Gerakan dalam PRU14 di Pulau Pinang, Mah berharap pengundi di negeri itu dapat memberikan peluang kepada partinya bagi mengelakkan tiada wakil rakyat Gerakan di Pulau Pinang.
“Ketika kempen PRN di Sarawak baru-baru ini, DAP kata tidak boleh memberikan terlalu banyak kuasa kepada BN. DAP kata kepada pengundi Sarawak perlu sokong partinya untuk menghapuskan rasuah.
“Bagaimana pun, bila di Pulau Pinang, DAP pula cakap lain dengan berkata, “biarkan Gerakan dapat kosong kerusi di Pulau Pinang,” kata Mah.

‘Pelik laporan audit 1MDB masih rahsia’

Boleh diterima laporan itu dirahsiakan sekiranya laporan PAC masih belum dibentangkan, kata peguam Hanif Khatri.
1mdb-1
PETALING JAYA: Seorang peguam kanan melahirkan rasa hairan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB masih diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Mohd Hanif Khatri Abdulla berkata ia mungkin kerana laporan itu mendedahkan salah laku jenayah.
Katanya, sepatutnya ia tidak lagi dirahsiakan selepas hasil penyiasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB selesai dan dibentangkan.
“Mungkin pada masa itu kita boleh terima kerana mendedahkan kandungan laporan audit pada masa PAC bersidang menjejaskan siasatan PAC.
“Tetapi di mana prejudisnya apabila PAC sudah sediakan laporan dan sebahagian laporan PAC sendiri merujuk kepada kandungan laporan Ketua Audit Negara.
“Bagaimanakah sekarang, laporan Ketua Audit Negara masih dikekalkan sebagai OSA?
“Bagi saya ini amat aneh sekali,” katanya menerusi video dimuat naik ke Facebooknya semalam.
Laman Sarawak Report baru-baru ini mendedahkan apa yang didakwanya sebahagian salinan bocor laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB.
Sehubungan itu, Putrajaya menggesa polis menyiasat memastikan sama ada berlaku ketirisan dokumen rahsia di bawah OSA.
PAC mengadakan pendengaran mengenai kewangan dan pelaburan 1MDB tahun lalu, manakala Jabatan Audit Negara pula menjalankan siasatan ke atas kewangan 1MDB.
Laporan PAC mengenai 1MDB dibentangkan di Dewan Rakyat awal tahun ini, tetapi penemuan Ketua Audit Negara diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi dan tidak dibentangkan bersama laporan itu.

Theresa May PM baharu Britain

May merupakan perdana menteri wanita kedua Britain selepas Margaret Thatcher.
Theresa-MayLONDON: Menteri Dalam Negeri Britain, Theresa May akan memulakan tugas sebagai perdana menteri esok, selepas seterunya Andrea Leadsom mengundur diri daripada merebut kerusi yang dikosongkan David Cameron itu.
May, 59, menggantikan Cameron yang mengumumkan peletakan jawatannya sejurus selepas pungutan suara Britain memutuskan negara itu keluar dari Kesatuan Eropah, bulan lalu.
May dari Parti Konservatif merupakan perdana menteri wanita kedua negara itu, selepas Margaret Thatcher yang memimpin kerajaan selama 21 tahun.
May yang menyokong pengunduran Britain dari EU, atau Brexit, bertegas akan memastikan negara itu mematuhi keputusan pungutan suara 23 Jun itu.
“Brexit adalah Brexit, dan kami akan pastikan ia berjaya,” katanya.
Cameron dijangka mempengerusikan mesyuarat kabinetnya yang terakhir hari ini, sebelum menjawab soalan di Parlimen dan menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Ratu Elizabeth.
“Petang Rabu, kita akan melihat perdana menteri baharu di dalam bangunan di belakang saya ini,” kata Cameron di hadapan rumah kediaman rasmi perdana menteri di 10, Downing Street.

Tentera Indonesia sedia gempur Abu Sayyaf

Filipina sudah memberi lampu hijau kepada tentera Indonesia memasuki wilayahnya.
Jen-Gatot-Nurmantyo
PETALING JAYA: Indonesia sudah bersedia menghantar tentera dalam operasi menyelamatkan 10 rakyatnya yang diculik kumpulan bersenjata di Filipina, walaupun belum ada perjanjian jelas dengan Manila mengenai kaedah operasi tersebut.
Panglima Tentera Indonesia Jen Gatot Nurmantyo berkata pasukannya bersedia membantu Filipina dan Malaysia menyelamatkan tebusan daripada kumpulan Abu Sayyaf, lapor Jakarta Post.
Gatot berkata Filipina sudah memberi lampu hijau kepada tentera Indonesia memasuki wilayahnya.
Bagaimanapun, perincian operasi akan diputuskan kemudian.
Menteri Pertahanan Indonesia Ryamizard Ryacudu dijangka bertemu rakan sejawatnya dari Filipina dan Malaysia hari ini bagi membincangkan kawalan keselamatan laut bersama.
Kebenaran bagi tentera Indonesia terlibat sama dalam operasi ketenteraan di Filipina juga akan diputuskan pada mesyuarat hari ini, kata Gatot.
Sabtu lepas, tiga warga Indonesia diculik di perairan Sabah ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan.
Ia merupakan kejadian kedua dalam tempoh kurang sebulan sejak penculikan tujuh rakyat Indonesia oleh dua kumpulan bersenjata dan dipercayai dikurung di sebuah pulau.

Timb Pengerusi PAC: Biar polis siasat kesahihan laporan Sarawak Report

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Dr Tan Seng Giaw menyerahkan kepada pihak berkuasa mengenai siasatan kandungan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disiarkan portal berpangkalan di London, Sarawak Report.
Beliau berharap siasatan itu kelak akan membawa keadilan berhubung kesahihan sebahagian kandungan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB.
“Sekarang Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sumber laporan Sarawak Report. Kita pun tidak tahu sama ada sahih atau tidak laporan itu.
"Justeru, kita berharap wujudnya kedaulatan undang-undang ,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau akan berbincang dengan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang bagi memastikan sama ada benar atau tidak dokumen itu yang terdapat dalam laporan Audit Negara dan diklasifikasikan sebagai Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Menurut Seng Giaw, laporan Ketua Audit Negara kebiasaannya akan diumumkan.
Bagaimanapun, beliau percaya, ada pihak yang berusaha untuk mendapatkan laporan terbabit, meskipun belum disiarkan oleh Ketua Audit Negara.
Sementara itu, Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin ketika dihubungi,  enggan mengulas lanjut mengenai pendedahan tersebut.

Situasi di Perak seperti 2008, BN diambang kejatuhan?

Tindakan beberapa pimpinan BN Perak melepaskan jawatan di peringkat negeri merupakan bukti bahawa parti keramat itu di ambang kejatuhan.
Setiausaha Pemuda Amanah Perak, Safarizal Saleh berkata, peletakan jawatan Timbalan Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Speakar DUN Negeri, Datuk Seri SK Devamany adalah petunjuk bahawa parti itu tidak dapat diselamatkan lagi.
Situasi di Perak seperti 2008, BN diambang kejatuhan?“Pemuda Amanah Perak melihat kekalutan yang sedang berlaku terhadap kepimpinan BN seperti peletakan jawatan Husni dan Devamany telah merencatkan BN Perak.
“Kedua-dua tokoh besar ini sanggup meninggalkan tugas besar mereka di Perak dan dalam masa sama menunjukkan krisis keyakinan rakyat kepada BN yang berada diambang kejatuhan seperti pernah berlaku pada 2008 lalu,” katanya dalam kenyataan.
Akhir Jun lalu, Husni telah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi BN Perak, Bendahari UMNO, Ketua UMNO Bahagian Tambun dan Menteri Kewangan Kedua.
Devamany yang juga Timbalan Presiden MIC pula melepaskan jawatan Speaker DUN Perak, susulan pelantikannya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas rombakan kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Mengulas lanjut, rombakan dan perubahan tersebut amat memeranjatkan sekaligus menunjukkan betapa parahnya krisis kepimpinan dalam BN ketika ini.
“Persoalannya mengapa BN tidak mampu tunggu sehingga tamat tempoh Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 untuk melakukan perubahan, seolah-olah sudah kesuntukan masa untuk tetap melakukannya?,” tegas beliau.

Kurikulum dan pentaksiran perlu seiring

Kini ramai ibu bapa melibatkan diri memastikan kerja rumah yang dibawa balik dari sekolah disemak sendiri oleh mereka.
sesi-pembelajaran
Oleh Azizi Ahmad
Ibu bapa, pendidik dan komuniti Malaysia sudah banyak kali menyuarakan pandangan dan pendapat masing-masing mengenai perkembangan pendidikan daripada peringkat awal kanak-kanak sehinggalah ke universiti.
Ramai menyuarakan sistem pendidikan sedia ada tidak dilaksanakan dan dijalankan dengan betul, telus, selaras dan sempurna. Dalam erti kata lain terdapat banyak kelemahan dan kekurangan yang melibatkan tenaga, usaha, masa dan kos.
Namun semuanya disangkal pihak atasan pendidikan dengan mengeluarkan kenyataan tahap pendidikan negara adalah antara terbaik dan terhebat di dunia bahkan ada negara lain mengakui dan menjadikan sistem pendidikan negara sebagai model untuk digunakan di negara mereka.
Para ibu bapa, pendidik dan guru turut menyoal jika apa yang dikatakan sebagai salah satu sistem pendidikan terbaik di dunia mengapakah cadangan menyusun semula silibus persekolahan pendidikan rendah dan menengah akan dijalankan tahun depan.
Sekiranya sistem pendidikan asas tidak dirancang dan dilaksanakan dengan baik dan telus, tidak ada gunanya penyusunan semula sukatan pelajaran yang akan memberi manfaat kepada sesiapa saja.
Bahkan, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia Hashim Adnan pernah mengatakan ‘cadangan penyusunan semula silibus adalah bencana kerana cadangan perubahan yang ingin dilaksanakan tersebut adalah keterlaluan’.
Kini ramai ibu bapa di negara ini melibatkan diri secara tidak langsung dengan memastikan kerja rumah yang dibawa balik dari sekolah disemak sendiri oleh mereka.
Kebiasaannya ibu bapa akan menyemak kerja rumah anak masing-masing selepas makan malam. Ini kemajuan yang memberangsangkan dan transformasi dalam sistem pendidikan.
Ketika ini, ibu bapa akan melihat kerja rumah anak dan akan turut membantu memahami dan membuat kerja diberikan, yang biasanya dalam bentuk lembaran kerja, (dan ada secara online) sambil melihat modul disediakan.
Tidak dinafikan ia melibatkan ibu bapa berkemampuan namun bagi yang tidak mampu untuk menyediakan kemudahan Internet tentu sekali usaha ini tidak akan menampakkan kesan.
Persoalannya, mengapa kerja dan usaha tambahan diperlukan di sini? Adakah kurikulum dan silibus mahukannya begitu? Dan tentunya bukan semua daripada 400,000 hingga 500,000 bilangan ibu bapa yang gembira dengan apa berlaku.
Pelaksanaan kaedah ini dikatakan sudah pun dimulakan dan meningkat mengikut peringkat umur persekolahan melalui kurikulum yang disediakan.
Namun semua ini menjadi semakin kontroversi, terutama apabila keputusan skor ujian atau keputusan pentaksiran kebangsaan dikeluarkan.

Tol LPT2 sepanjang 184 km bermula Jumaat ini

Kutipan tol di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sepanjang 184 kilometer bermula dari Jabor di Pahang hingga ke Kampung Gemuroh di Terengganu akan berkuatkuasa mulai jam 00.01 pagi, 15 Julai 2016.
"Keputusan kerajaan melaksanakan kutipan tol di LPT2 selepas sambutan hari raya Aidilfitri dibuat setelah mengambil kira kepentingan rakyat," kata satu kenyataan yang dikeluarkan Unit Perhubungan Awam, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
LPT2 telah dibuka kepada trafik sepenuhnya mulai 31 Januari 2015.
"Kerajaan katanya, telah melantik Lembaga Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn. Bhd. (LPT 2 Sdn. Bhd.) sebuah syarikat milik penuh Pojek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) untuk melaksanakan melaksanakan operasi, penyenggaraan, dan kutipan tol di lebuhraya tersebut." katanya.
Menurut kenyataan itu lagi terdapat sepuluh plaza tol di sepanjang jajaran LPT2 berkenaan.

Orang nombor satu SPRM perlu sokongan meluas, kata badan pemikir

Ketua SPRM perlu ada integriti yang tinggi kerana tiada gunanya memilih seorang yang mempunyai rekod perkhidmatan tercemar atau diragui integritinya.
ramon-sprm
KUALA LUMPUR: Pendapat dan pandangan orang ramai perlu diperoleh berhubung pelantikan ketua pesuruhjaya baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan beliau mendapat sokongan meluas dalam usaha memerangi rasuah dengan lebih berkesan.
Pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam di Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) Tan Sri Ramon Navaratnam berkata sekiranya pandangan dan pertimbangan meluas orang ramai tidak dapat diperoleh ketika ini, pihak berkenaan perlu merujuk kepada jawatankuasa khas mengenai pencegahan rasuah Parlimen bagi mendapatkan kelulusannya.
“Jawatankuasa khas ini mempunyai tiga anggota Parlimen daripada kerajaan, tiga lagi anggota Parlimen pembangkang dan ia dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Negara.
“Oleh itu, kewibawaannya amat tinggi dan ia perlu dirujuk sepenuhnya selain memberi pandangannya secara terbuka tentang pemilihan yang dibuat supaya rakyat lebih yakin terhadap ketua pesuruhjaya baharu SPRM,” katanya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed akan mengundurkan diri pada 1 Ogos manakala timbalan beliau Datuk Seri Mohd Shukri Abdull akan bersara pada 3 Okt ini.
Navaratnam juga mengesyorkan beberapa kriteria yang perlu dipertimbang kerajaan untuk memilih ketua pesuruhjaya baharu SPRM termasuk individu berkenaan perlulah dilantik daripada kalangan warga SPRM sendiri dan bukannya dari luar.
Menurutnya orang dalam SPRM itu mestilah memiliki pengalaman luas, kecekapan, pengetahuan tentang operasi di peringkat lapangan dan mempunyai dedikasi tinggi setelah sekian lama terlibat dengan tugas memerangi rasuah.
Beliau berkata individu itu perlu memiliki kejujuran dan integriti yang tinggi kerana tiada gunanya memilih seorang ketua pesuruhjaya baharu tetapi mempunyai rekod perkhidmatan tercemar atau diragui integritinya.

Rafizi persoal kedudukan TH akibat petisyen muflis ke atas TH Heavy Engineering

Rafizi persoal kedudukan Tabung Haji selepas TH Heavy Engineering di petisyen muflisRafizi persoal kedudukan Tabung Haji selepas TH Heavy Engineering di petisyen muflis
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memulakan gelanggang lepas sambutan raya dengan mempersoalkan tentang petisyen muflis ke atas Tabung Haji Heavy Engineering yang diserahkan semasa cuti hari raya baru-baru ini.
"Cuti raya berakhir dan saya telah pulun berehat sepenuhnya dan In Sha Allah esok mula bertugas sepenuhnya.
"Perkara pertama yang saya akan tumpukan ialah kedudukan Tabung Haji berikutan beberapa perkembangan terkini yang ada risiko kewangan besar kepadanya bermula dengan petisyen muflis ke atas Tabung Haji Heavy Engineering yang diserahkan semasa cuti hari raya tempoh hari. Ada beberapa perkara lagi yang perlu pemantauan segera," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau juga akan tumpukan kepada soal pembiayaan pendidikan tinggi dan pendidikan secara umum.
"Selain itu, saya akan beri perhatian kepada isu-isu bersabit peluang pekerjaan yang adil kepada rakyat termasuk soal gaji yang adil," katanya.
Skandal 1MDB katanya, keliahatan tidak akan ke mana-mana walaupun lebih banyak pendedahan telah dibuat.
"Masa yang sibuk dan semoga kita diberi kekuatan untuk terus memilih jalan yang bebas dari rasuah dan penindasan walaupun ramai yang melihat itu jalan yang sia-sia," katanya.
Kata beliau, hakim kita bukanlah manusia tetapi Allah SWT yang menguji kita dengan semua perkara ini.
"Selamat kembali bergelumang dengan susah payah hidup di Malaysia yang kaya tetapi caca merba," ujarnya.

NAFSU LAIN MANA NASIHATNYA?


Nafsu makan sajakah yang perlu dikawal?

Nafsu lain bagaimana pula?

Nafsu terhadap duit, nafsu membeli-belah, nafsu bermewah, nafsu membazir, nafsu beg tangan dan nafsu jet adalah antara cabang nafsu yang jauh lebih merbahaya serta memudaratkan berbanding nafsu makan ketika Aidil Fitri.

Kenapa tak beri nasihat sama mengenainya?

Tentu ramai yang lebih teruja jika Najib, selain memberi nasihat agar rakyat mengawal nafsu makan, turut sama dapat memberi nasihat mengenai kawalan terhadap nafsu-nafsu yang lain itu.

Janganlah berpilih-pilih memberi nasihat!!