Isnin, 11 Julai 2016

Selepas Batu Sapi, Umno Beluran bakal ucap selamat tinggal


Mohd Shafie ApdalMohd Shafie Apdal
Keputusan ahli Umno Sabah beramai-ramai meninggalkan parti itu ekoran pengumuman bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang juga anggota Parlimen Semporna, minggu lalu bertindak keluar parti.
Menurut sumber, tindakan ahli Umno di Beluran yang merupakan salah satu daripada 25 bahagian keseluruhannya di Sabah dijangka dimuktamadkan selewat-lewatnya minggu depan.
Difahamkan keputusan tersebut turut didorong rasa tidak puas hati pemimpin tempatan di Beluran terhadap penguasaan individu dari Kalabakan dalam projek membina jalan raya yang dikatakan bernilai RM30 juta.
Mengulas gelombang pengisytiharan keluar ahli Umno Sabah itu, Pengerusi Amanah Sabah, Hamzah Abdullah berkata, fenomena tersebut mengulangi sejarah kejatuhan parti Berjaya yang tumbang di tangan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada 1985.
"Ini adalah permulaan kepada mitos yang Sabah kononnya adalah deposit tetap kepada Umno-BN. 'Fixed deposit' kini sudah bertukar menjadi 'fake deposit' atau deposit yang sudah tamat tempoh," tegasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Beliau memberitahu melalui maklumat daripada beberapa pimpinan Umno tempatan, teori domino yang bakal menyaksikan satu demi satu Bahagian Umno Sabah keluar parti bukan satu perkara mustahil.

Pemimpin Umno Kelantan dicabar bawa kereta sendiri pulang berhari raya


Sazmi Miah mencabar pemimpin pemimpin Umno mencuba sekali untuk merasai sukarnya penderitaan rakyatSazmi Miah mencabar pemimpin pemimpin Umno mencuba sekali untuk merasai sukarnya penderitaan rakyat
Bekas orang Ahli Parlimen Machang, Datuk Sazmi Miah mencabar pembesar-pembesar Umno Kelantan pulang berhari raya dari Kuala Lumpur ke Kelantan dengan memandu sendiri kereta masing-masing.
"Tak aci pakai drebar (pemandu), kalau nak bawa reporter boleh," tulis beliau pada status facebooknya.
Beliau yang memandu sendiri pulang beraya berkata terpaksa mengambil masa 12 jam dari Machang ke Kuala Lumpur berbanding tahun lepas 10 jam.
"Saya ingin bertanya Tok Pa (Datuk Mustapha Muhamad), Jazle (Datuk Jazlan), Nuar (Datuk Annuar Musa) dan pemimpin Umno lain berapa kali mereka merasai bawa kereta sendiri balik beraya di Kelantan," katanya.
Kalau hanya selalu "kot atah sokmo' (naik kapal terbang) katanya, tak payah bercakap besar berkenaan kesengsaraan rakyat yang terpaksa menempuh perjalanan ada yang sampai 20 jam.
Beliau mencabar pemimpin-pemimpin ini mencuba sekali untuk merasai sukarnya penderitaan rakyat.
"Kena cuba sekali barulah tahu garam tu rasanya masin atau pahit.
"Ini tidak hanya dengar orang lain saja merasa garam masin kita pun kata masin, ada yang kata pahit kita pun kata pahit," tulis belaiu dalam loghat Kelantan.
Beliau mencabar untuk para pemimpin ini pulang berhari raya tahun depan dengan memandu sendiri.
"Berayo tahun depe, bawak sendiri kereta, kelik rayo kelate, pastu kelik semula kolupo," katanya.

Badan Peguam: 'Pramatang' untuk Lim bercuti

Badan Peguam Malaysia hari ini berkata ia adalah "pramatang" untuk mengatakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng perlu mengosongkan pejabat sementara menunggu perbicaraan terhadap tuduhan rasuahnya.
Presidennya, Steven Thiru berkata ini bergantung bukti yang dikemukakan dalam perbicaraan itu dan sama ada terdapat risiko Lim mengganggu bukti berkenaan ketika berada di pejabatnya.
"Dalam menghadapi pendakwaan, bukti-bukti adalah tidak menentu dan ia akan menjadi terlalu awal pada peringkat ini untuk secara tegas menyimpulkan sama ada Lim perlu kekal di pejabatnya," katanya dalam satu kenyataan.
Sebagai contoh, beliau berkata, dokumen rasmi boleh disahkan dengan mengenalpasti saksi-saksi yang relevan dan mengurangkan risiko.
"Bagaimanapun, risiko tidak boleh diabaikan jika terdapat keperluan untuk keterangan saksi lisan - bebas atau sebagai tambahan kepada bukti yang terkandung di dalam dokumen-dokumen rasmi - dan para saksi yang berkaitan di bawahnya," katanya.
Beliau berkata tiada keperluan undang-undang bagi Lim untuk mengambil cuti, tetapi terdapat kes di mana penjawat awam berbuat demikian apabila dituduh dengan kesalahan jenayah untuk mengelakkan pengubahan bukti.
Lim pada 30 Jun didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Kanun Keseksaan atas dakwaan rasuah berhubung pembelian sebuah rumah.

OSA lindungi elit bukan negara, kata peguam Dr M

Akta Rahsia Rasmi (OSA) telah disalahgunakan untuk melindungi golongan elit dan bukan negara, kata peguam Haniff Khatri.
Haniff, yang bertindak selaku peguam kepada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang menganggap kebocoran maklumat di bawah OSA sebagai pengkhianatan.
Ini merujuk kepada laporan ketua audit negara mengenai 1MDB yang diklasifikasikan sulit dan diterbitkan oleh laman pembocor maklumat Sarawak Report.
Haniff berkata dalam hal ini, laporan itu memetik laporan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) mengenai 1MDB yang telah diumumkan.
Oleh itu tidak ada kebimbangan ia menjejaskan siasatan PAC ke atas 1MDB atau menjejaskan keselamatan awam.
"1MDB dimiliki oleh Perbendaharaan, yang menjawab kepada rakyat, jadi ia kepentingan negara dan rakyat untuk tahu mengenai laporan audit itu secara terperinci.
"Salah satu sebab yang mungkin laporan itu masih diklasifikasikan sulit adalah seseorang berpangkat tinggi terbabit dalam jenayah kes 1MDB - dan kita tidak boleh menolak persepsi ini," katanya dalam Facebook.
Salleh semalam mengeluarkan amaran terhadap kebocoran maklumat kerajaan yang ditumpukan oleh Sarawak Report berhubung laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB.
"Ia adalah membimbangkan bukan sahaja maklumat sulit telah dijual tetapi sesetengahya telah diubah atau dipalsukan dalam usaha untuk mensensasikan isu ini," dakwa Salleh dalam satu kenyataan di blog beliau malam tadi.
"Persoalan utama adalah apa lagi dan bahkan lebih banyak maklumat telah dijual yang kita tidak sedari. Dan ini yang meletakkan keselamatan negara dalam risiko dan ini adalah tidak lain daripada perbuatan khianat," katanya.

Isu aurat: Zaid lawan hukum Islam, bawa pemikiran liberal

Rakyat Kelantan mahu Islam, majoriti setuju arahan wajibkan tutup aurat, kalau tidak mereka tidak sokong PAS.
zaid-ibrahim-tutup-aurat
PETALING JAYA: Pemimpin PAS Kelantan membidas kenyataan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim yang mempersoalkan usaha kerajaan negeri itu mewajibkan pekerja wanita menutup aurat.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia Dan Sukan Kelantan Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata usaha PAS Kelantan itu selaras dengan kehendak syariah Islam di mana wanita tidak dibenarkan mendedahkan aurat kepada masyarakat umum.
“Arahan menutup aurat ini kita lakukan sejak 1990, sekarang kita ingin memperkasakan dalam bentuk yang lebih harmoni.
“Sehingga kini tidak ada bantahan dibuat berhubung perkara itu. Kebanyakan menyambut baik, malah bukan Islam turut menyokong usaha kerajaan di bawah bidang kuasa PBT melibatkan premis berlesen itu,” katanya kepada FMT.
Selain itu, katanya beliau mengalu-alukan Zaid datang ke Kelantan untuk berbincang dan mereka sedia berhujah berhubung isu itu.
Fattah pada masa sama turut membidas dakwaan Zaid kononnya Kelantan lebih mengutamakan isu menutup aurat berbanding isu lain, sekali gus mencabar beliau memberi bukti masalah lain yang tidak mendapat perhatian kerajaan negeri.
“Saya minta beliau sebut isu apa yang kita (kerajaan negeri Kelantan) tidak ketengahkan. Kita jaga semua, kita nak rakyat negeri ini selamat di dunia dan akhirat.
“Selagi kita boleh jaga rakyat kita jaga dan antara tempat yang kita boleh jaga ialah tempat berlesen,” katanya.
Zaid sebelum ini berkata langkah Kelantan mewajibkan pekerja wanita Islam di restoran makanan segera dan pasar malam memakai baju berlengan panjang dan menutup aurat menunjukkan pentadbiran PAS di negeri itu terdesak.
Beliau juga menyifatkan peraturan itu tidak adil dan menyeru rakyat negeri itu membantah usaha tersebut.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Puteh Datuk Nik Mazian Nik Mohamad berkata bantahan Zaid menunjukkan beliau sendiri melawan undang-undang Islam dan seakan-akan membawa pemikiran liberal.

Pilihan raya negeri bazir wang rakyat – Umno

Zainal Abidin berkata, kes dihadapi Guan Eng hanya melibatkan dakwaan salah laku ketua menteri itu sendiri, bukannya kerajaan negeri.
Penang-Umno-Chief-Zainal-Abidin-Osman
GEORGE TOWN: Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan berikutan pertuduhan rasuah terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng disifatkan tidak wajar dan pembaziran wang rakyat.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, kes dihadapi Guan Eng hanya melibatkan dakwaan salah laku ketua menteri itu sendiri, bukannya kerajaan negeri.
“Adalah tidak wajar berjuta-juta ringgit wang rakyat dibelanjakan untuk mengadakan referendum hanya kerana Lim tidak mahu bercuti atau melepaskan jawatan ketua menteri walaupun sedang menghadapi pertuduhan rasuah di mahkamah.
“Kenapa Lim dan kerajaan negeri perlu mengheret rakyat dalam kes rasuah yang sedang dihadapi Lim sedangkan ruang dan peluang luas telah disediakan sistem kehakiman dan mahkamah negara untuk beliau membuktikan yang beliau tidak bersalah?” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.
Zainal Abidin berkata demikian berikutan laporan di media sosial kerajaan DAP Pulau Pinang sedang mempertimbang cadangan membubarkan DUN ekoran tuduhan rasuah terhadap ketua menteri.
Zainal Abidin turut menyifatkan cadangan itu sebagai muslihat politik DAP dan Pakatan Harapan untuk mengalih pandangan rakyat daripada kes rasuah itu.
“Pembubaran DUN lebih awal biasanya dilakukan oleh seorang ketua menteri yang sedang menghadapi krisis keyakinan terhadap dirinya.
“Apakah ada kemungkinan Lim merasakan yang beliau sudah hilang kepercayaan majoriti ahli-ahli DUN daripada Pakatan dan perlu membubarkan DUN?,” katanya.

Terengganu mohon kerajaan Persekutuan percepat bina LPT3

Ahmad Razif
BESUT - Terengganu memohon kerajaan Persekutuan mempercepatkan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) bagi memudahkan perjalanan pengguna jalan raya dari Tumpat, Kelantan dan Besut, Terengganu ke LPT2.
Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pembinaan LPT3 juga dapat mengurangkan kesesakan dari Kampung Gemuruh di Kuala Terengganu hingga ke Besut yang terjadi setiap kali musim perayaan.
Katanya kos pembinaan LPT3 sepanjang 170 kilometer itu dijangka menelan belanja RM2.4 bilion.
"Pada dasarnya pembinaan LPT3 telah diluluskan Perdana Menteri dan ia dalam peringkat mengenal pasti lokasi dan menyiapkan reka bentuk oleh pihak dipertanggungjawabkan termasuk Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) " katanya kepada media selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Dun Jerteh di sini hari ini.
Turut hadir Adun Jerteh, Datuk Muhamad Pehimi Yusof dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohamad Omar.
Menurut Ahmad Razif, LLM perlu mengambil langkah supaya satu jalan alternatif dibina dari Kuala Terengganu ke Besut melalui LPT3 itu supaya pengguna jalan raya tidak lagi menghadapi kesesakan.
Beliau berkata kesesakan jalan raya yang sering berlaku di laluan Besut ke Kuala Terengganu telah dimaklum kepada Perdana Menteri sejak perayaan Aidilfitri tahun lalu.
Ini berikutan pengguna jalan raya dari hujung LPT2 dekat Kampung Gemuruh, Kuala Terengganu terpaksa mengambil masa antara empat hingga lima jam untuk ke Besut yang jaraknya hanya kira-kira 95 kilometer sahaja.

Najib kemuka syarat penyelesaian luar mahkamah kes saman fitnah Harakahdaily

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengemukakan cadangannya mengenai syarat bagi penyelesaian di luar mahkamah dalam saman fitnah beliau terhadap Harakahdaily berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam beliau Datuk Mohd Hafarizam Harun memberitahu pemberita hari ini bahawa cadangan penyelesaian di luar mahkamah itu dikemukakan kepada Harakahdaily pada 4 Julai.

Beliau berkata bagaimanapun, mahkamah menetapkan 26 Julai ini sebagai tarikh pengurusan bagi satu lagi kes berhubung perkara itu kerana peguam yang mewakili Harakahdaily, alat sebaran PAS, memerlukan masa untuk mendapatkan arahan daripada klien mereka berhubung syarat berkenaan.

Hafarizam tidak menyatakan syarat itu.

Perkara mengenai pengurusan kes itu ditetapkan di hadapan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif di dalam kamarnya hari ini bagi membolehkan pihak terbabit memaklumkan kepada hakim tentang hasil cadangan untuk menyelesaikan kes berkenaan.

Peguam-peguam Datuk Takiyuddin Hassan dan Wan Rohimi Wan Daud hadir bagi pihak Harakahdaily.

Perdana menteri menyaman Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Harakahdaily Taufek Yahya berhubung sebuah artikel berunsur fitnah yang ditulis Rosli yang disiarkan Harakahdaily pada 19 Feb 2015.

Dalam pernyataan tuntutannya, Najib mendakwa artikel itu menggambarkan bahawa beliau telah menyalahgunakan dana 1MDB dan penerbitan itu berniat mencemarkan nama baiknya.

Beliau mendakwa Taufek tidak mengamalkan kewartawanan bertanggungjawab dan tidak mendapatkan pengesahan tentang ketepatan kandungan tulisan Rosli sebelum Harakahdaily menyiarkannya.

‘Jangan hukum keluarga atas kesalahan peneroka’

Tindakan itu tidak wajar memandangkan ia sama dengan menafikan hak ahli keluarga peneroka disyaki terbabit kegiatan IS yang sepatutnya layak mendapat rumah tersebut.
felda-isis
PETALING JAYA: “Memadailah mereka dihukum di bawah undang-undang negara, tidak perlu dihukum lagi sekali oleh Felda. Kita perlu bezakan kesalahan warga dan hak mereka sebagai rakyat.”
Demikian kata Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman sebagai mengulas amaran Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad semalam yang tindakan tegas akan diambil terhadap peneroka terbabit kegiatan IS, termasuk menolak permohonan generasi kedua mendapatkan rumah di bawah skim Felda.
Mazlan menegaskan, tindakan itu tidak wajar memandangkan ia sama dengan menafikan hak ahli keluarga peneroka disyaki terbabit kegiatan IS yang sepatutnya layak mendapat rumah tersebut.
“Jika kenyataan Isa itu merujuk kepada Projek Rumah Generasi Baru, program itu untuk generasi kedua yang lazimnya sudah berkeluarga. Maka kenyataan Isa itu tidak wajar dan janggal kerana menafikan hak mereka dan keluarga,” katanya ketika dihubungi FMT.
Beliau mendakwa isu seperti ini menjadi kontroversi di kalangan warga Felda sebelum ini, apabila peneroka yang didapati bersalah dalam kes jenayah disingkirkan daripada Felda bersama keluarga mereka.
“Sejumlah waris mencabar keputusan Felda itu di mahkamah. Tentulah tidak adil apabila keluarga turut terhukum atas kesalahan peneroka,” katanya.
Pada Mei 2002, Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi ketika itu, Dr Robia Kosai dilaporkan sebagai berkata, peneroka yang disingkirkan boleh membuat rayuan supaya hak mereka dipindah milik kepada isteri dan kementerian akan menggunakan budi bicara untuk memberikan hak milik lot ladang kepada isteri beranak ramai.

Skandal 1MDB: Penemuan Ketua Audit asas laporan PAC


KUALA LUMPUR, 11 JULAI: Laporan akhir Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bergantung penuh kepada penemuan yang dikemukan Ketua Audit Negara.
Malah menurut, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, prosiding yang dijalankan PAC membabitkan syarikat sarat hutang berkenaan sebenarnya bergantung hampir sepenuhnya kepada penemuan Laporan Ketua Audit bagi tujuan pembentangan perbincangan, kesimpulan dan cadangan.
tony puaOleh yang demikian katanya kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Keruak yang menggambarkan laporan Ketua Audit Negara sebagai remeh dan tidak harus dipandang serius seolah-olah menghina profesionalisme Tan Sri Ambrin Buang.
Salleh dilaporkan sebagai berkata laporan itu sebagai “bukannya lengkap kerana ia hanya menangani satu aspek 1MDB”.
Kenyataan Salleh itu timbul setelah portal Sarawak Report mendedahkan sedutan maklumat yang didakwa sebagai laporan akhir Ketua Audit berkaitan siasatan ke atas 1MDB.
Mengulas lanjut, Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, penemuan laporan tersebut hendaklah disifatkan sebagai fakta dan diuruskan dengan sewajarnya oleh pihak berkuasa. Justeru, persoalan bahawa laporan tersebut “tidak lengkap” tidak timbul sama sekali.
“Laporan Ketua Audit Negara bukan semata-mata ‘satu aspek 1MDB’ sebagaimana yang didakwa Salleh, tetapi merupakan sebahagian daripada Laporan PAC mengenai 1MDB. Tanpanya Laporan PAC tidak akan lengkap,” ujarnya.
Laporan Ketua Audit Negara ketika ini telah diklasifikasikan sebagai rahsia negara mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA), walaupun terdapat dakwaan bahawa laporan itu bebas untuk diteliti umum selepas ia dibentangkan di Parlimen.

Skandal 1MDB: Pendedahan laporan Ketua Audit Negara bukan pengkhianatan


GELANG PATAH, 11 JULAI: Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang menyangkal dakwaan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak bahawa pendedahan Sarawak Report berhubung laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB adalah satu perbuatan khianat.
salleh keruakBeliau menegaskan, pendedahan tersebut hanya mengesahkan syak wasangka rakyat bahawa skandal RM55 bilion 1MDB itu melibatkan penyelewengan antarabangsa, pengubahan wang haram dan rasuah.
“Skandal terbesar negara tersebut sedang disiasat oleh tujuh negara yang berasingan.
“Bolehkah Salleh hanya memberi satu contoh untuk menyangkal pandangan rakyat selama ini bahawa laporan Ketua Audit Negara itu bukan perbuatan khianat tetapi mengesahkan persoalan bahawa ia ada kaitan dengan penyelewengan dan rasuah?” soalnya dalam satu kenyataan.
Salleh sebelum ini dalam blognya mendakwa bahawa perbuatan Sarawak Report mendedahkan laporan Ketua Audit Negara tentang skandal 1MDB telah menjejaskan keselamatan negara dan satu perbuatan khianat.
Beliau turut mendakwa laman web pendedah maklumat itu cuba memperdayakan orang ramai mengenai laporan siasatan Ketua Audit Negara tersebut kerana ia hanya satu komponen daripada laporan akhir mengenai 1MDB.
Tidak bersetuju dengan dakwaan berkenaan, Kit Siang yang juga Ketua Parlimen DAP berkata laporan Ketua Audit Negara itu merupakan bahagian penting dalam laporan lengkap Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB.

Pendakwaan terhadap Guan Eng makan tuan, sokongan Cina beralih meninggalkan BN

KUALA LUMPUR, 11 JULAI: UMNO jelas membelakangi pandangan parti komponen kaum Cina dalam Barisan Nasional selepas wujud ramalan peralihan sokongan besar kaum berkenaan terhadap DAP ekoran pendakwaan yang dihadapi Lim Guan Eng.
anthonyloke_650Kebimbangan itu disuarakan sendiri Presiden Gerakan, Mah Siew Keong seperti yang dilaporkan media semalam.
Mengulas soalan pemberita mengenai perkara itu, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, pendakwaan yang disifatkan ramai pihak sebagai bermotifkan politik itu jelas mendatangkan kemarahan rakyat.
Pastinya Siew Keong yang juga Ahli Majlis Tertinggi BN menyedari bahawa ia tidak membawa keuntungan politik kepada Gerakan mahupun UMNO.
“Ia malah membuktikan bahawa UMNO tidak kisah langsung dengan pandangan Gerakan atau MCA,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Seremban.
“(Pertuduhan terhadap Guan Eng) dibuat semata-mata demi ‘survival’ politik UMNO,” katanya dalam satu sidang media bagi melancarkan kempen “Support, Sympathy and Solidarity with Lim Guan Eng (SSSLGE) 2.0” di Ibu Pejabat DAP di sini, hari ini.
Isu pendakwaan bermotifkan politik terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang itu timbul setelah Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sendiri mengumumkan akan mengetuai pendakwaan untuk kes berkenaan.
Sebelum ini, Apandi yang dilantik menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail yang ditamatkan perkhidmatannya telah membersihkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada sebarang salah laku melibatkan syarikat sarat hutang, 1MDB.

Kutipan tol LPT2 bermula 15 Julai

Kutipan tol di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang dibuka kepada trafik sepenuhnya mulai 31 Jan 2015, akan berkuat kuasa bermula 12.01 tengah malam, 15 Julai 2016.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ismail Md Salleh dalam kenyataan hari ini, berkata keputusan kerajaan melaksanakan kutipan tol di LPT2 selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, dibuat setelah mengambil kira kepentingan rakyat.

"Kutipan tol di lebuh raya ini perlu dilakukan untuk membiayai kos penyenggaraan dan operasi termasuk penyediaan kemudahan seperti perkhidmatan peronda, kawasan rehat dan rawat serta lain-lain kemudahan untuk keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya," katanya.

Ismail berkata kadar tol permulaan bagi LPT2 adalah 12 sen/km bagi kenderaan Kelas 1 (kereta).

Sebagai contoh, pengguna yang membuat perjalanan dari Plaza Tol Kuala Terengganu ke Plaza Tol Cheneh dan sebaliknya, akan dikenakan bayaran tol sebanyak RM19.70, katanya.

Beliau berkata lebuh raya berkenaan akan melaksanakan kutipan tol secara sistem tol tertutup iaitu kadar tol akan dikira berdasarkan jarak perjalanan yang telah dilalui oleh pengguna.

Terdapat 10 plaza tol di sepanjang jajaran LPT2 iaitu Plaza Tol Cheneh, Plaza Tol Chukai, Plaza Tol Kijal, Plaza Tol Kerteh dan Plaza Tol Paka.

Lima lagi plaza tol ialah Plaza Tol Kuala Dungun, Plaza Tol Bukit Besi, Plaza Tol Ajil, Plaza Tol Telemong dan Plaza Tol Kuala Terengganu.

Jika laporan audit 1MDB disiar SR palsu, kenapa dakwa rahsia bocor?

Mahfuz Omar tunggu siapa ada teloq.Mahfuz Omar tunggu siapa ada teloq.
1.Sarawak Report (SR) telah mendedahkan sebahagian dari laporan penuh Ketua Audit Negara yang dibentangkan kepada Jawatan kuasa kira kira kewangan negara (PAC). Mereka telah mendakwa mengikut laporan Ketua Audit negara PM Najib terlibat dan bertanggung jawab terhadap salah guna wang dalam 1MDB.
2.Hingga kini *tiada apa apa penafian dari PM Najib mahu pun Ketua Audit Negara yang mengataka pendedahan SR tentang laporan siasatan audit 1MDB oleh Ketua Audit Negara adalah palsu*.Yang ada hanyalah kenyataan Menteri Komunikasi dan multimedia Datuk Seri Panglima Saleh Said Keruak yang menggesa  pihak Polis menyegerakan siasatan bagaimana *kebocoran dokumen rahsia rasmi Laporan ketua Audit Negara berkaitan 1MDB yang boleh menjejaskan keselamatan negara* diperolehi oleh SR dan Datuk Nur Jazlan Timbalan menteri Dalam Negeri mengesahkan Polis akan menyiasat.
3.Sepatutnya ketua Audit Negara sekali baca saja laporan SR boleh mengesahkan benar atau tidak yang dilaporkan oleh SR. Jika laporan itu palsu tak timbul dah macam mana laporan boleh bocor. Najib boleh saja ambil tindakan undang undang terhadap SR kerana fitnah.
*Jika laporan itu benar POLIS,SPRM,BANK NEGARA dan PEGUAM NEGARA boleh memulakan langkah untuk mengheret PM Najib kemuka pengadilan*. Hari ini Ketua Polis Negara kata nak minta pengesahan dari Ketua Audit Negara terlebih dahulu betul atau tidak yang dilaporkan SR.La dah empat hari baru nak dapat pengesahan. *Ketua Audit bukan buta Huruf*.Dia pun baca laporan SR.Kalau tak betul dia boleh buat kenyataan serta merta kata tak betul.

Kenapa Ridhuan Tee tidak gesa kerajaan pinda Akta 355? soal Pemuda Amanah

Kenapakah Ridhuan tidak membantu memudahkan urusan iniKenapakah Ridhuan tidak membantu memudahkan urusan ini
Pemuda Amanah Nasional mempersoal pandangan pensyarah Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang dilihat cuba bermain politik murahan dengan mencanangkan sentimen perkauman atas nama agama.
Timbalan Ketuanya, Faiz Fadzil berkata, cadangan penceramah itu supaya akronim Amanah digantikan dengan Pan adalah suara pihak yang terdesak dan terancam dengan kemaraan Amanah.
"Amanah adalah satu nama yang mempunyai identiti dan prinsip mulia dari sudut Islam dan sejagat.
"Adakah ketakutan Ridhuan pada nama Amanah seolah-olah beliau cuba membela kepimpinan negara yang semakin kehilangan nilai amanah?" bidasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Beliau berkata, peratusan undi yan diperoleh Amanah pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini menunjukkan perjuangan Amanah kini semakin diterima rakyat.
"Atas dasar memulihkan krisis negara hari ini, kemunculan Amanah yang berjuang bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Harapan amat relevan dalam mengubah sistem pemerintahan Umno-BN yang korup dengan mewujudkan pemerintahan berasaskn ketelusan, urus tadbir baik, keadilan dan integriti.
"Atas dasar ini, konsep negara 'Al-Amin' adalah gagasan yang akan diperjuangkan," jelasnya mengulas tulisan Ridhuan bertajuk, 'Amanah: Antara kuali dan papan' di akhbar Sinar Harian hari ini.
Mengulas tuduhan Ridhuan kononnya Amanah bersubahat dengan 'ultra kiasu' dalam menolak agenda Islam terutama Rang Undang-Undang (RUU) 355, beliau menjawab, Amanah tidak pernah menentang pindaan peruntukan itu sebaliknya yakin sebarang usaha ke arah peningkatan kuasa Mahkamah Syariah perlu dilakukan secara ikhlas tanpa membangkitkan sebarang polemik.

'Tak wajar Apandi mucul di mahkamah dalam kes Lim' - Eric Paulsen

Penampilan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai pendakwa utama dalam kes tuduhan rasuah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng adalah tidak wajar dan boleh memberikan kesan, kata NGO Lawyers for Liberty.
Ketua Eksekutifnya, Eric Paulsen berkata demikian kerana Apandi adalah bekas hakim Mahkamah Persekutuan dan kes itu dibicara di Mahkamah Tinggi.
"Sebagai bekas hakim mahkamah tertinggi, kemunculannya sebagai pendakwa dalam kes ini boleh menjejaskan prosiding kerana hakim Mahkamah Tinggi mungkin merasa dipaksa untuk tunduk kepada beliau kerana beliau mempunyai kekananan dan pengalaman yang lebih semasa berkhidmat dalam badan kehakiman.
"Terdapat juga keadaan di mana Apandi akan bergantung kepada keputusan yang dibuat olehnya, dan mengemukakan bahawa mahkamah adalah terikat untuk mematuhi keputusan tersebut, demikian selanjutnya akan menyebabkan rasa malu," katanya dalam satu kenyataan.
Oleh itu, beliau berkata, Apandi perlu menarik diri sebagai pendakwa.
"Memandangkan semua kontroversi ini, kami menyeru peguam negara untuk menarik diri sebagai pendakwa utama untuk perbicaraan Lim Guan Eng dan sebaliknya berusaha ke arah mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap peranan yang sah pendakwa raya, sesuatu yang bermaruah, adil dan bebas daripada campur tangan politik," katanya.
Pada 30 Jun, Lim menghadapi dua tuduhan rasuah iaitu pengezonan semula sebidang tanah di Balik Pulau daripada tanah pertanian kepada tujuan kediaman untuk memberi manfaat kepada syarikat Magnificent Emblem Sdn Bhd.
Beliau juga didakwa membeli sebuah banglo di Jalan Pinhorn berharga RM2.8 juta yang didakwa di bawah nilai pasaran, daripada ahli perniagaan Phang Li Koon.

Exco PAS: Kerajaan negeri tiada kuasa halang khutbah raya puji RUU PAS

Penyediaan khutbah yang memuji usul syariah dibawa PAS tiada kaitan politik pihak tertentu, sebaliknya ia usaha untuk memperkasakan undang-undang Islam, kata exco.
Datuk-Dr-Ahmad-Yunus-Hairi.PETALING JAYA: Isu khutbah raya menyokong rang undang-undang (RUU) syariah PAS yang dibacakan pada pagi Aidilfitri di masjid di Selangor bukan isu politik, kata Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.
Malah, katanya khutbah raya itu juga tidak mempunyai kaitan politik pihak tertentu, sebaliknya ia sebagai usaha memperkasakan undang-undang Islam di negara ini.
Katanya, Jawatankuasa Khutbah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkuasa mutlak dalam menyediakan teks ucapan termasuk khutbah raya yang menyokong pembentangan RUU dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.
“Teks khutbah secara prosedurnya melalui tapisan Jawatankuasa Khutbah Jais, tidak timbul dan tiada kawalan daripada kerajaan negeri,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata kerajaan negeri juga tidak mempunyai kuasa penuh untuk menapis kandungan teks yang akan diedarkan kepada masjid seluruh negeri.
“Isu khutbah raya menyokong RUU PAS bukan isu politik, apatah lagi untuk kepentingan politik kepartian.
“Ia batu loncatan kepada pemerkasaan Islam di negara kita terutamanya di Selangor dan dari sudut perundangan syariah dalam menjaga akidah umat Islam menurut ahli sunnah wal jamaah,” katanya.
Adun Sijangkang itu berkata semua pihak terlibat perlu bertanggungjawab membetulkan salah faham yang timbul berhubung niat sebenar pembentangan RUU syariah PAS di Parlimen.

Lima nasihat kepada Pas kalau nak menang - Dr Muhammad Shamsinor

Pas
Kekalahan Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar bukanlah perkara luar biasa. Sebagai salah satu parti politik yang ikut bertanding dalam arena PRK tanah air, sudah menjadi adat bagi parti yang bertanding untuk menang atau kalah.

Bagaimanapun kekalahan Pas dalam kedua-dua PRK tidak boleh di pandang enteng oleh pimpinan parti itu.

Penganalisis politik, Dr Muhammad Shamsinor Abdul Azzis menggariskan lima perkara yang perlu dilakukan Pas sebelum bermulanya musim Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pilih pihak yang tegar bersama Pas

Menurut Muhammad Shamsinor, Pas perlu memilih blok parti lain sebagai rakan dalam menghadapi PRU kerana permuafakatan politik adalah teras utama untuk menang dalam pilihan raya di negara ini.

“Jika mahu bergabung atau pilih mana-mana pihak, Pas perlu pilih sama ada mahu bergabung dengan Pakatan Harapan atau BN.

“Jika Pas hanya mahu bentuk kerjasama, kerjasama sama ada dengan pembangkang atau BN perlulah dibentuk daripada sekarang bagi membina penyelarasan dan persefahaman,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Kompromi

Katanya lagi, sekiranya Pas sudah memilih ‘bulu’ (rakan) bagi perjuangannya, parti Islam itu juga perlu berkompromi dengan rakan seangkatannya.

“Berjuang secara sendirian memang nampak heroic, tetapi Pas kena tahu yang membina barisan atau pakatan dalam berjuang lebih sesuai dengan lanskap politik negara.

“Jika Pas sudah pilih rakan, Pas perlu bertolak ansur dengan kekuatan dan kelemahan rakan yang dipilih tanpa mengabaikan aspirasi penubuhan parti sendiri,” katanya lagi.

Belajar main isu semasa

Bertuhankan Umno..!!

Sesungguhnya Pe'el Menjilat Pemimpin Adalah Satu Amalan Paling Mulia Lagi Dituntut Yang Bertuhankan Umno..

Inilah Malaysia ku...

Bongkar penyelewengan pengkhianat dikecam.. TETAPI penyelewengan yg berlaku terus disenyapkan & diOSAkan daripada pengetahuan rakyat !!!

Inilah sikap sebenar yg berketurunan Beruk cuba menutup pengkhianatan, penyelewengan DAN pengubahan wang haram 1MDB...

TERBURU-BURU PULAK? GANTUNG DULU BARU SIASAT TIDAK TERBURU-BURU KE?

Tindakan Shafie Apdal mengumumkan keluar UMNO nampaknya mula meninggalkan kesan yang menakutkan bagi UMNO. Tapi segala-galanya bak kata pepatah, "sudah terantuk, baru tengadah."

Setelah bekas Naib Presiden UMNO itu berbuat demikian dan diikuti dengan tindakan majoriti pimpinan UMNO Bahagian Semporna serta sebilangan lagi di Batu Sapi juga keluar UMNO, nada pimpinan UMNO sudah lain jadinya.

Melalui beberapa maklumat, beberapa pemimpin UMNO dan ahli-ahli di beberapa bahagian lain di Sabah juga bakal mengikut jejak Shafie dalam tempoh terdekat ini.
Dua pemimpin tertinggi  yang juga ahl Majlis Tertinggi UMNO, Mustapha Mohamad dan Ismail Sabri Yaakob antara yang awal tampil menyifatkan keputusan Shafie itu sebagai terburu-buru.

Kata mereka, kedudukan Shafie hanyalah digantung sementara menunggu laporan Jawatankuasa Disiplin UMNO dan bekas menteri itu tidak seharusnya terburu-buru membuat keputusan keluar daripada UMNO.

Kenapa baru sekarang mengatakan keputusan Shafie itu terburu-buru?

Siapa yang terburu-buru sebenarnya?

Adakah Shafie yang membuat keputusan keluar UMNO setelah digantung tanpa dipanggil membela diri itu sebagai terburu-buru atau UMNO yang menggantung beliau terlebih dahulu tanpa memberi surat tunjuk sebab dan memanggil membela diri sebagai pihak yang lebih terburu-buru?

Skandal 1MDB: Jangan jadi pemimpin bodoh, kata Mohamad Sabu

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu menasihatkan pemimpin politik tidak menampakkan kebodohan diri sendiri apabila mempersoal pendedahan Sarawak Report mengenai 1MDB.
Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, pendedahan Sarawak Report itu dibuat kerana laporan audit 1MDB diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
"Pemimpin politik dan orang awam jangan jadi bangang. Sarawak report keluar kerana laporan audit 1MDB tidak diberi kepada awam malah diletak bawah OSA," katanya kepada Malaysia Dateline.
Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, beliau melahirkan kehairanan dengan sikap sesetengah pemimpin politik pembangkang yang membidas pendedahan Sarawak Report mengenai 1MDB.
Sedangkan kata beliau, pendedahan portal itu telah membuka mata banyak pihak terhadap maklumat baru skandal 1MDB yang sebelum ini tidak diketahui oleh orang ramai.
Semalam, Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim meminta rakyat tidak terpedaya dengan laporan Sarawak Report berhubung 1MDB kerana disifatkannya sebagai "menyimpang jauh daripada kebenaran".
Menyokong pendirian kerajaan, Pemimpin Pas itu senada dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak agar laporan lengkap 1MDB dirujuk kepada laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Sebagai penyelesaian, beliau pada masa sama turut mendesak laporan ketua audit negara mengenai 1MDB yang tulen didedahkan segera.
Sarawak Report sejak beberapa hari lalu telah 'membocorkan' maklumat yang didakwa diperoleh daripada dokumen laporan audit mengenai 1MDB.

Suspek ke 9 pembunuh Bill Kayong ditahan


Susepk ke 9 pembunuhan Bill Kayong (gambar) telah ditahan hari ini untuk membantu siasatan.Susepk ke 9 pembunuhan Bill Kayong (gambar) telah ditahan hari ini untuk membantu siasatan.Seorang suspek lelaki berumur 27 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh Setiausaha PKR Cawangan Miri, Bill Kayong yang ditembak mati di persimpangan lampu isyarat di Lutong pada 21 Jun lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dev Kumar M. M. Sree Shunmugam berkata suspek itu ditahan pada pukul 6 petang semalam di sebuah restoran di Jalan Bendahara, di sini dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Miri hari ini untuk mendapatkan perintah reman.
"Dia adalah suspek kesembilan setakat ini, lapan daripadanya masih lagi ditahan termasuk yang terbaru ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
"Siasatan masih dijalankan dan kami jangka untuk mengemukakan hasil siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada minggu ini,' katanya.
Kayong, 43, yang tewas dalam Pilihan Raya Negeri bagi kerusi Bekenu pada 7 Mei lepas, ditembak oleh individu tidak dikenali pada pukul 8.30 pagi ketika sedang menunggu lampu isyarat dalam kenderaannya jenis Toyota Hilux.

Apa Rasionalnya Audit 1MDB DiRahsiakan: Umno Tidak Mahu Sokongan Rakyatkah?

 Apa Rasionalnya Audit 1MDB DiRahsiakan: Umno Tidak Mahu Sokongan Rakyatkah?
Selepas 4 hari Sarawak Report mendedahkan apa yang didakwanya sebagai maklumat dari Laporan Ketua Audit yang diOSAkan kerajaan, apakah reaksi pihak kerajaan, 1MDB dan pihak berkuasa ?

Di pihak 1MDB - Senyap sunyi ..........

Di pihak kerajaan - yang bersuara hanya Salleh Keruak. Malangnya suara tunggal pihak kerajaan ini amat mengecewakan rakyat. Bukan mahu beri perhatian kepada apa yang didedahkan tapi beliau lebih banyak berusaha memperkecilkan apa yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara dan lebih mengutamakan soal kebocoran lapuran rahsia itu.

Pihak kerajaan masih tidak menjelaskan KENAPA lapuran itu dijadikan dokumen rahsia kerajaan di bawah OSA ? Apakah 'kepentingan dari segi keselamatan negara' yang mahu dijaga melalui tindakan merahsiakan lapuran itu ?

Salleh dilaporkan berkata sebaik saja SR buat pendedahan itu pada 8/7 -

"Beberapa dokumen kerajaan adalah ditakrifkan sebagai dokumen rahsia di mana ia diletak bawah OSA. Adanya akta seperti ini adalah untuk memastikan keselamatan negara,"

Keselamatan Negara ?  Tang mana yang aktiviti 1MDB boleh mengancam keselamatan negara kalau didedahkan ?

Belum pernah berlaku dalam sejarah lapuran Ketua Audit dirahsiakan dari pengetahuan umum ! Ini kali pertama dalam sejarah dan ia membabitkan 1MDB. Apakah alasan ia mahu terus dirahsiakan selepas PAC bentangkan lapurannya di Parlimen ?

"Keperluan untuk tindakan sedemikian akan memastikan integriti dan kedaulatan negara," kata Salleh.

Bagi saya, keperluan Salleh menjelaskan kenapa lapuran itu terus dirahsiakan adalah lebih penting bagi memastikan integriti dan kedaulatan negara ! Kita tidak mahu ada sesiapa dipihak tertinggi kerajaan yang telah menyalahgunakan kuasa yang diamanahkan oleh rakyat untuk menutup sebarang salahlaku dalam skandal 1MDB.

Bukankah itu tujuan asal kerajaan mengarahkan Ketua Audit Negara melakukan siasatan penuh ke atas akaun 1MDB tahun lepas - yakni bagi mengenalpasti apakah terdapat sebarang salahlaku dalam 1MDB dan sekiranya ada, pihak yang terbabit itu akan dihadapkan ke muka pengadilan ?

Itukan janji Najib tahun lepas ? So..... apa citer ? ? ?

TUNGGU AUDIT!  TUNGGU AUDIT! Bila dah siap audit, pi OSAkan pula ..... Pundek la ....

Kemudian Salleh cuba memperkecilkan apa yang terkandung dalam Lapuran Ketua Audit Negara keseluruhannya, tanpa mengesahkan apakah pendedahan SR itu yang benar atau palsu.


"Laporan ketua audit negara bukannya laporan muktamad mengenai 1MDB. Ia hanyalah salah satu komponen yang membentuk laporan PAC. Dan sini Sarawak Report secara nakal memperdayakan orang ramai.

"Malah, laporan Ketua Audit Negara bukannya lengkap kerana ia hanya menangani satu aspek 1MDB.

"Laporan lengkap adalah daripada PAC kerana ia bukan sahaja mengambil kira laporan Ketua Audit Negara tetapi semua maklumat yang lain yang dikumpulkan," kata Salleh.Mkini 9/7 )

Nampak ? Cuba baca balik kenyataan Salleh di atas .... Salleh bukan lagi merujuk kepada pendedahan SR tapi beliau memperlekehkan Lapuran Ketua Audit Negara itu sendiri !

Makanya Salleh kena jelaskan - Kalau lapuran audit itu bukannya lengkap, KENAPA TERUS DI RAHSIAKAN ?



Di pihak berkuasa pula, KBAB berkata -

Guan Eng boleh tanding pemilihan parti, kata DAP

DAP akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dalam masa beberapa minggu akan datang bagi memutuskan sama ada akan mengadakan pemilihan parti atau sebaliknya.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata, jika pemilihan diadakan tahun ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu melepaskan jawatan sebagai setiausaha agung.
Bagaimanapun, tambah Loke, Guan Eng masih boleh bertanding dalam pemilihan tersebut dan memegang sebarang jawatan lain selain setiausaha agung.
"Ini bukan persoalan letak jawatan, beliau masih boleh bertanding dalam CEC.
"Di bawah perlembagaan parti, (Guan Eng hanya boleh memegang) kedudukan setiausaha agung dihadkan tiga penggal. Namun, beliau masih boleh berkhidmat di bawah kapasiti lain," ujarnya semasa sidang akhbar.
"CEC akan bertemu tidak lama lagi - dalam beberapa minggu akan datang atau mungkin dalam satu, dua minggu lagi," katanya.
"Kita perlu berbincang mengenai isu ini dalam mesyuarat CEC akan datang kerana penggal sekarang akan berakhir pada 29 Sept," katanya.
Jika DAP memutuskan untuk tidak mengadakan pemilihan baru, parti itu boleh menangguhkan pemilihan selama 18 bulan sahaja, jelas Loke.

‘Penderma tidak pernah soal kerana DAP sentiasa telus’ - Anthony

Anthony berkata, penderma tahu DAP menggunakan hasil sumbangan untuk tujuan politik.
Anthony-LokePETALING JAYA: DAP mempertimbangkan penubuhan dana bantuan guaman bagi membantu individu yang menjadi mangsa pendakwaan politik seperti Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, kempen derma RM10 setiap orang untuk membantu Ketua Menteri Pulau Pinang itu kini mencecah RM1.85 juta dan akan diteruskan untuk membiayai aktiviti “Sokong, Simpati dan Solidariti bersama Lim Guan Eng 2.0″.
“Apa sahaja baki yang kami ada akan disalurkan kepada parti. Ia adalah sumbangan buat DAP, bukan untuk Lim seorang.
“RM1 juta akan dijadikan wang ikat jamin dan baki yang kami kutip akan disalurkan kepada kempen ini dan parti.
“Kami akan membuat pengumuman dalam dua hingga tiga minggu lagi mengenai cara kita akan menggunakan sumbangan itu,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat DAP hari ini.
Anthony menjelaskan, penderma tidak pernah mempersoalkan kegunaan sumbangan mereka kerana parti itu sentiasa telus mengenai perkara berkenaan.
“Mereka yang menderma yakin terhadap DAP kerana mereka menderma kepada DAP selama ini dan kebimbangan berhubung cara kita menggunakan sumbangan itu tidak dibangkitkan penderma.
“Mereka tahu DAP menggunakan hasil sumbangan itu untuk tujuan politik,” katanya.
Jelasnya, buku akaun DAP juga sentiasa terbuka kepada ahlinya.
“Media juga boleh mendapatkan salinan itu. Saya tidak rasa ada parti politik lain yang membentangkan penyata akaun mereka kepada ahli pada kongres kebangsaan,” katanya.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang menyokong kenyataan Anthony itu berkata, parti itu tidak pernah memaksa sesiapa menyumbang bagi menyokong matlamat mereka dan kempen kutipan derma itu sekadar untuk menentang pendakwaan politik dalam negara ini.

Zaid: PAS hanya tahu jaga tepi kain wanita

Bekas menteri itu menyelar pembuat dasar di bawah pentadbiran PAS Kelantan yang tidak tahu masalah dihadapi pekerja wanita.
zaidPETALING JAYA: Langkah kerajaan Kelantan mewajibkan pekerja wanita Islam di restoran makanan segera dan pasar malam memakai baju berlengan panjang menunjukkan pentadbiran PAS di negeri itu dalam keadaan terdesak.
Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata peraturan itu tidak adil memandangkan ada pekerja wanita yang terpaksa berlengan pendek.
“Mereka (kerajaan negeri) hanya tahu duduk atas kerusi dan keluarkan peraturan. Apa yang mereka tahu? Mereka lebih tertumpu kepada usaha memastikan wanita tutup semuanya.
“Dulu, isu ini tidak menjadi masalah,” katanya, mengulas langkah yang diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia Dan Sukan Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood.
Fattah memberitahu News Straits Times pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan pengusaha pasar raya dan pemilik perniagaan di Kelantan yang rata-rata bersetuju dengan peraturan tersebut.

‘Polis perlu siasat skandal 1MDB, bukan dalang bocor audit’

Tony Pua mempersoalkan kenyataan ketua polis negara mahu siasat sama ada laporan audit 1MDB yang dibocorkan adalah tulen.
Tony-PuaPETALING JAYA: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menegaskan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB bukanlah satu dokumen rahsia negara, tetapi dokumen yang menjelaskan situasi sebenar melanda syarikat milik negara itu.
“Ia adalah dokumen mengenai 1MDB yang menyebabkan puluhan bilion ringgit hilang,” kata Pua.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkata pihaknya akan segera menyiasat laman web Sarawak Report yang mendedahkan laporan audit itu yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
“Sebarang usaha oleh Ketua Polis Negara (KPN) untuk ‘menghilangkan’ bukti akan menampakkan pentadbiran dalam pencarian keadilan di Malaysia mula terpesong,” kata Pua.
Pua berkata sekiranya laporan audit yang didedahkan itu tulen, polis harus mengambil tindakan segera terhadap mereka yang bertanggungjawab membocorkannya.
Khalid sebelum ini berkata polis tidak pasti sama ada dokumen itu tulen atau tidak.
“Jadi, biarlah saya berbincang dengan ketua audit bagi memastikan dokumen itu benar-benar sahih sepertimana yang diklasifikasikan sebagai ‘rahsia negara’,” katanya.
Pua berkata Khalid kelihatan “bodoh” kerana mahu berbincang dengan ketua audit negara terlebih dahulu menentukan sama ada laporan yang bocor itu adalah tulen.
“Krisis 1MDB adalah kes yang boleh dianggap sebagai ‘rompakan terbesar’, namun saya lihat pihak polis lebih bersungguh mencari si pembocor maklumat ketua Audit Negara berbanding apa yang terjadi di dalam 1MDB itu sendiri,” kata Pua.

Umno alat lindungi kepentingan individu tertentu, kata KB Batu Sapi


Pangiran Roslan Pangiran Nasrun (tengah) mengumumkan beliau keluar parti kerana kecewa dengan parti yang melindungi kepentingan individu.Pangiran Roslan Pangiran Nasrun (tengah) mengumumkan beliau keluar parti kerana kecewa dengan parti yang melindungi kepentingan individu.Umno parti tertua orang Melayu kini dianggap sebagai alat melindungi dan menjaga kepentingan individu tertentu, secara tidak langsung merosakkan dan melumpuhkan parti, dedah  Naib Ketua Umno Bahagian Batu Sapi, Pangiran Roslan Pangiran Nasrun.
Beliau berkata demikian  dalam satu kenyataan ketika mengumumkan beliau keluar parti pada Ahad.
Seramai 600 ahli Umno daripada 100 cawangan di bahagian Batu Sapi itu telah mengumumkan keluar parti serta merta kerana tidak puas hati dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno mengantung jawatan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tanpa dipanggil membela diri.
"Umno kami terima dahulu disebabkan pemimpin dan barisan kepimpinan yang telus dan fokus membantu membela nasib orang Melayu dan Bumiputera di Semenanjung dan di negeri Sabah.
"Walaupun pada awalnya Umno agak sukar diterima di sini, tetapi kami memilih untuk menyertai parti Umno kerana percaya dan yakin dengan perjuangan yang pada ketika itu memang hanya untuk rakyat.
" Tetapi apa yang berlaku pada masa kini adalah parti Umno ini dijadikan alat untuk melindungi dan menjaga kepentingan indvidu tertentu yang secara tidak langsung telah merosakkan dan melumpuhkan parti," ujarnya.
Katanya, ia menyebabkan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Umno dan presidennya Datuk Seri Mohd Najib Razak.
"Setiap perjuangan memerlukan pengorbanan, dan disebabkan tidak mahu lagi bersekongkol dengan pemimpin yang menggunakan parti Umno ini untuk kepentingan peribadi yang pada akhirnya akan merosakan masa depan negara dan anak bangsa.
"Saya mengumumkan keluar parti Umno serta-merta kerana sudah hilang kepercayaan kepada Presiden parti dan juga barisan kepimpinannya.
"Tindakan ini saya ambil dengan rela hati, tiada paksaan dari mana-mana pihak. Kepada pengundi di kawasan saya, terima kasih saya ucapkan dan saya akan terus berkhidmat selagi hayat dikandung badan," ujarnya.

Menteri Umno: Kebocoran audit 1MDB satu 'pengkhianatan'

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak memberi amaran keras susulan pembocoran maklumat kerajaan berkaitan laporan ketua audit negara 1MDB yang berstatus sulit.

“Keadaan membimbangkan kerana bukan hanya maklumat sulit dijual tetapi sebahagiannya diubah dan dipalsukan untuk mensensasikan sesebuah isu,” katanya selepas penyiaran artikel di laman pembocor maklumat Sarawak Report.

Salleh membangkitkan kebimbangan berhubung maklumat lain yang mungkin dijual tanpa disedari.

“Perkara ini meletakkan keselamatan negara dalam bahaya dan ini tidak tidak lain dan tidak bukan adalah pengkhianatan,” katanya.
Khamis lalu, Sarawak Report mendakwa mendapat "akses meluas" mengenai laporan ketua audit negara yang menyiasat 1MDB serta beberapa maklumat yang didakwa daripada laporan itu.
Malaysiakini tidak boleh secara bebas mengesahkan sama ada dokumen yang diterbitkan oleh Sarawak Report adalah sahih dan tidak boleh melaporkan kandungannya kerana sekatan undang-undang.

DAP lancar siri jelajah LGE 2.0 'Fight Back'

RM1.8 juta derma kempen LGE 2.0 dibentang kepada ahli DAP

Surendran: Mengapa larang banduan bersentuhan dengan keluarga?

Akta Penjara 1995 dan Peraturan Penjara 2000 tidak melarang hubungan terus semasa lawatan penjara, kata peguam PKR itu.
n-surendran-banduan-keluarga
PETALING JAYA: PKR hari ini mempersoalkan peraturan Jabatan Penjara yang melarang banduan bersentuhan dan mengadakan komunikasi secara terus dengan ahli keluarga yang melawat mereka di penjara.
“Menafikan sentuhan fizikal di antara banduan dan keluarga mereka merupakan sesuatu yang tidak wajar, keras dan menyebabkan trauma psikologi.
“Ia mendatangkan kesan buruk terhadap kedua-dua banduan dan keluarga mereka, terutama golongan muda,” kata Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran.
Surendran, yang juga seorang peguam, berkata larangan sedemikian tidak mempunyai asas perundangan.
Katanya, Akta Penjara 1995 dan Peraturan Penjara 2000 juga tidak melarang hubungan terus semasa lawatan penjara.
Surendran mengulas program Pautan Ramadan di Penjara Kajang pada pagi Hari Raya pertama Rabu lalu, yang membenarkan seramai 50 banduan terpilih mendekatkan diri dengan ahli keluarga termasuk bersentuhan dan makan bersama.
“Salah seorang banduan dilaporkan tidak memeluk ibunya yang berkerusi roda selama enam tahun!” katanya.
Ahli keluarga biasanya hanya dibenarkan berkomunikasi dengan banduan melalui telefon dan dipisahkan dengan dinding kaca.
Surendran berkata Malaysia perlu mencontohi sistem penjara di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia yang membenarkan hubungan terus ahli keluarga yang melawat banduan.
Beliau berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu membenarkan hubungan terus semasa lawatan penjara demi keadilan dan peri kemanusiaan.

Kembalikan kedudukan Sarawak sebagai 'wilayah' bukan 'negeri'


Kedudukan Sarawak dalam Malaysia masih menjadi perbahasan pemimpin politik negeri.Kedudukan Sarawak dalam Malaysia masih menjadi perbahasan pemimpin politik negeri.
Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen meminta kerajaan BN memfailkan rang undang-undang pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan supaya Sarawak dapat kembali kepada kedudukan asalnya sebagai sebuah wilayah.
Menurutnya, DAP bersedia menyokong pindaan berkenaan dan bersama Ahli Parlimen BN dan PKR, ia memerlukan lebih daripada majoriti dua pertiga meminda perlembagaan berkenaan.
“Kami dalam DAP sudah menjelaskan pendirian kami malah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sudah membuat pendirian bahawa DAP akan menyokong pindaan kepada perlembagaan bagi mengembalikan kedudukan Sarawak sebagai sebuah wilayah dan bukan negeri dalam Malaysia.
“BN mempunyai 122 Ahli Parlimen (28 adalah dari Sarawak) manakala DAP mempunyai 38 Ahli Parlimen. Saya percaya PKR juga menyokongnya dan ini bermakna kita akan ada lebih daripada dua pertiga untuk meminda perlembagaan.
“Maka itu tidak perlu lagi bercakap, lakukan di dalam Parlimen,” katanya ketika ditemui semasa mengunjungi majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri, Menteri Muda Perumahan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah di Petra Jaya, dekat sini semalam.
Chong juga Ahli Parlimen Bandar Kuching mengulas mengenai seruan Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem untuk merujuk kepada Sarawak sebagai sebuah wilayah dalam Malaysia dan bukan negeri di dalam persekutuan apabila berunding dengan kerajaan persekutuan mengenai penurunan kuasa.
“Pada mulanya di dalam Artikel 1 Perlembagaan Persekutuan asal, ia telah diperuntukkan bahawa Malaysia terdiri daripada empat wilayah iaitu Sabah, Sarawak, Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura.
“Bagaimanapun pada 1976, pindaan perlembagaan telah dibuat di mana klausa tersebut telah dipinda kepada ‘Malaysia terdiri daripada 13 negeri iaitu…termasuk Sabah dan Sarawak dan satu wilayah’.
“Di sanalah status Sarawak sebagai sebuah wilayah telah diturunkan kepada negeri,” kata Chong.
Manakala Karim juga ketika ditemu bual mengenai perkara itu menyifatkan saranan untuk merujuk kepada Sarawak sebagai sebuah wilayah dan bukan negeri sebagai ‘sangat subjektif’.
Sambil menyatakan perkara itu agak sensitif, beliau berkata ia adalah lebih penting untuk memberi tumpuan kepada hak Sarawak kerana ia adalah salah satu daripada pihak yang menandatangani Perjanjian Malaysia 1963.
“Tidak seperti negeri Melayu bersekutu dan tidak bersekutu di Semenanjung Malaysia, mereka menandatangani Perjanjian Malaysia 1963 sebagai satu entiti manakala Sarawak menandatanganinya sebagai satu lagi entiti, Sabah entiti lain selain Singapura.

Bangladesh haramkan saluran TV Zakir Naik

Dhaka juga akan memantau kandungan khutbah Jumaat bagi memastikan tiada ucapan provokasi dibuat.
zakir-naik-peace-tv
Kerajaan Bangladesh semalam mengharamkan saluran televisyen Peace TV yang dikendalikan Zakir Naik, susulan laporan ucapan “provokatif” pendakwah India itu memberikan inspirasi kepada beberapa anggota militan IS melancarkan serangan pengganas di sebuah restoran di Dhaka baru-baru ini.
Times of India melaporkan keputusan pengharaman Peace TV Bangla itu dibuat selepas mesyuarat khas jawatankuasa kabinet undang-undang dipengerusikan Menteri Industri, AAmir Hossain Amu.
Ia turut dihadiri beberapa menteri dan pegawai kanan keselamatan.
Mesyuarat turut membuat keputusan memantau kandungan khutbah Jumaat bagi memastikan tiada ucapan provokasi dibuat, kata Amu.
Ucapan Zakir menjadi tumpuan selepas didakwa menggalakkan militan IS yang menyerang sebuah kafe di Dhaka pada 1 Julai, menyebabkan 22 orang, kebanyakannya warga asing, terbunuh.
Zakir menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terhadap beliau, dan memuat naik video mengutuk keganasan militan IS.
Katanya, tidak ada sesiapa pun yang boleh mewajarkan pembunuhan orang tidak bersalah sebagai ajaran Islam.
“Al-Quran yang suci, Islam dan saya sendiri mengecam semua tindakan terrorisme yang melibatkan nyawa orang-orang yang tidak bersalah,” kata Zakir.
Sebelum ini, dilaporkan pengganas IS yang terlibat serang Dhaka turut mengikuti media sosial Zakir.
Zakir mempunyai lebih 14 juta pengikut di Facebook, dan lebih 200 ribu pengikut di Youtube.

Shafie belum putuskan hala tuju politik


Shafie ApdalShafie Apdal
Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal belum memikirkan hala tuju kepimpinan politiknya selepas meninggalkan Umno Isnin lalu.
Demikian juga pada mana-mana tawaran yang mengajaknya menyertai parti pembangkang, beliau berkata, masih belum bersedia.
“Pada saat ini, saya belum ada apa-apa persediaan diri dari segi apa pun… yang penting untuk saya lihat keadaan ini (sokongan rakyat kepadanya),” katanya ketika ditemui Borneo Post selepas majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di pekarangan rumah beliau, di Semporna kelmarin.
Shafie mengulas tawaran Ketua Pembangkang Sabah Datuk Seri Lajim Ukin yang mengalu-alukan beliau menyertai Pakatan Harapan atau mana-mana komponen parti pembangkang.
Beliau berkata, adalah penting baginya meneruskan perjuangannya kerana selama ini beliau bekerja membantu rakyat dan pembangunan negara.
Mengulas tentang sama ada beliau akan menarik balik keputusan beliau yang keluar parti seperti mana saranan pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Shafie menghormati saranan itu.
“Saya amat menghargai beliau sebagai rakan saya dalam perjuangan Umno dan saya pun telah memberi sumbangan kepada Umno tapi rasanya keadilan terhadap saya tidak telus,” katanya.
Majlis itu dihadiri lebih 10,000 tetamu dari kalangan pemimpin dan rakyat dari dalam dan luar daerah.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Tanjung Chan Fong Hin, Adun Likas Junz Wong, Ahli Parlimen Sandakan Steven Wong dan Adun Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong.

PERINGATAN dari ularmak besar negara..!!!


Klu korang tak pangkah BN dlm pilihanraya nanti abeslah akidah korang tak selamat..

Sifat2 munafik WAJIB ada pada pemimpin negara kita. Bohong & mungkir janji itu satu kemestian..

Hutang 1MDB pada akhir tahun 2015 RM40.4 bilion. TIBA-TIBA masuk tahun baru 2016 terus jadi RM50 bilion ??!!

Skandal 1MDB: Najib Takut Apa..???

Negara Bukan Islam : US, UK bentangkan laporan siasatan walau apapun, walau ia mengaibkan ketua kerajaan.

'Negara Islam' 1 Malaysia : Laporan Audit 1MDB terus dirahsiakan. Takut apa, Najib ??

Jika kamu benar, kamu tak akan takut sesuatu siasatan. Tapi jika kamu seorang PEMBOHONG, apa saja dan apa cara sekalipun kamu akan bendung...

JIKA kebocoran dokumen itu terbukti SAHIH, berani ker KPN & polis siasat sampai ke lubang cacing penyelewangan 1MDB itu !!!


Anggota 100 cawangan Sabah keluar Umno kerana Shafie

Seramai 600 anggota Umno daripada 100 cawangan di bahagian Batu Sapi dilapor mengumumkan keluar parti serta-merta kerana tidak puas hati dengan layanan terhadap bekas naib presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Pengumuman itu dibuat naib ketua Umno bahagian itu Pangiran Roslan Pangiran Nasrun dalam sidang media di Sandakan semalam, lapor Berita Harian.
Pangiran Roslan berkata, keputusan dibuat selepas mengambil kira tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung jawatan Shafie sebelum ini tanpa dipanggil membela diri.
Katanya, ia menyebabkan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Umno dan presidennya Datuk Seri Najib Razak.
"Kami ambil keputusan ini kerana tidak setuju dengan tindakan MT Umno dan berikrar akan menyokong serta berjuang dengan Shafie," beliau dipetik sebagai berkata.
Shafie antara pemimpin lantang Umno yang terselamat daripada dipecat, seperti bekas timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Beliau bagaimanapun kemudian mengambil keputusan meletakkan jawatan daripada Umno.
Sementara itu, ditanya sama ada perjuangan itu bersifat “Sabah untuk Sabah” atau menyeluruh, Pangiran Roslan berkata, ia berlandaskan “Sabah untuk Sabah”.
"Penggantungan Shafie seolah-olah penghinaan terhadap pemimpin Umno peringkat Sabah terutama penyokong Shafie," katanya seperti dilaporkan harian itu.

Sanjeevan ditahan buat kali ke-7, kali ini bawah POCA

Aktivis anti-jenayah ditahan buat kali ketujuh dalam masa dua minggu
Sanjeevan_poca_600
KUALA LUMPUR: Pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan ditahan buat kali ke tujuh, kali ini dibawah Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA), menurut peguamnya.
S Prakash ketika dihubungi FMT berkata penahanan itu cukup membebankan buat aktivis berusia 32 tahun itu, tetapi “bagaimanapun, kami akan lalui prosedur dibawah POCA itu”.
Polis dijangka membuat permohonan tahanan reman esok di Mahkamah Tinggi Jalan Duta bawah Seksyen 4(1)(a) akta yang sama.
POCA membolehkan suspek jenayah ditahan tanpa bicara sehingga dua tahun.
Penahanan kali ke tujuh ini berlaku dalam tempoh dua minggu sejak mula ditahan 23 Jun lepas. Beliau ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang sekitar 4.30 petang hari ini.
Bulan lalu, Sanjeevan mendakwa dia terima maklumat polis Bukit Aman sudah selesai menyiasatnya dibawah POCA, dan dia meramalkan akan ditahan dibawah akta itu.
Beliau percaya ia mungkin berkaitan dengan pendedahan pemerdagangan seks melibatkan sebuah spa di ibu negara.