Jumaat, 8 Julai 2016

Pengganas minat FB Zakir Naik tidak bererti dia penghasut

Malahan, pendekatan berhujah yang digunakan Zakir tidak didakap oleh IS
Wan Ji Wan Hussin
PETALING JAYA: Jangan melulu menghukum Zakir Naik diatas tindakan segelintir pengikut Facebooknya, kata pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin.
Melihat kepada perbezaan pendekatan yang ketara antara Zakir dan IS, Ketua Biro Agama Angkatan Muda Keadilan PKR itu berpandangan tiada hubungkait yang kuat untuk mengaitkan penceramah kontroversi itu kepada tindakan simpatisan atau penyokong kumpulan pengganas.
“Tidak boleh anggap Zakir pro-pengganas semata-mata kerana seorang pengganas ikut Facebooknya,” kata Wan Ji. “Saya kagum dengan beberapa pandangan Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dalam hal politik tidak bermakna saya ahli PAS.”
Halaman Facebook penceramah daripada India ini mempunyai lebih daripada 14 juta pengikut, manakala halaman Youtube pula mempunyai 263,716 pengikut.
“IS adalah gerakan yang tidak mementingkan hujah dalam menghadapi perbezaan fahaman, bahkan cenderung menuduh musuh Islam, anti-Islam dan kafir harbi.
“Ini berbeza dengan pendekatan Zakir yang cenderung kepada berhujah dan tidak suka menuduh mereka yang berbeza pendapat sebagai musuh Islam, anti-Islam dan harbi,” jelas Wan Ji, menonjolkan perbezaan utama antara Zakir yang sering dianggap ekstrem dengan fahaman melampau IS.
Nada yang sama turut disuarakan Naib Presiden Amanah yang berpandangan penuduh perlu mengambil langkah ke hadapan mengesahkan dakwaan mereka.
“Perlu ada siasatan mendalam apakah yang berlaku di Dhaka itu benar-benar menunjukkan bahawa keseluruhan (keganasan) itu didorong oleh Zakir atau orang yang terlibat itu hanya mengikuti perkembangan Zakir sahaja,” ujar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Dalam hal ini, PAS turut menyatakan pendirian yang sama. Asasnya, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, tindakan IS bukan sahaja bertentangan dengan bawaan Zakir, bahkan bercanggah dengan perundangan jihad dalam Islam.
“Ia sangat jelas bagi mereka yang mengikuti ceramah-ceramah beliau di Youtube. Bagaimana mungkin untuk dikaitkan Zakir dengan keganasan sedangkan beliau tidak menyeru ke arah itu?” soal Datuk Khairuddin at-Takiri ketika dihubungi FMT.

Ideologi militan: Kaji pengeluaran Visa semasa ketibaan

Supaya status sebagai pelajar dan pelancong tidak digunakan untuk mengaburi pihak berkuasa
Musa Hassan
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengkaji pengeluaran visa semasa ketibaan kepada rakyat asing bagi mengelak penyebaran ideologi kumpulan militan seperti Daesh di negara ini.
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata berikutan ancaman keganasan yang semakin serius, kerajaan tidak boleh sewenangnya membenarkan individu memasuki negara tanpa memeriksa latar belakang mereka.
Katanya, ini perlu supaya status sebagai pelajar dan pelancong tidak digunakan untuk mengaburi pihak berkuasa bagi menyebarkan ideologi yang boleh menggugat keamanan negara.
“Kita sebuah negara terbuka, banyak terima pelancong atau rakyat asing, apabila mereka masuk kita kena tahu latar belakang…
“Tapi kalau dah masuk negara kita kemudian bagi visa… kita tak tahu siapa mereka, boleh jadi satu masalah kepada keselamatan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai ancaman kumpulan pengganas di negara ini.
Sementara itu, Musa yang juga Pengerusi Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia berkata beliau yakin Polis Diraja Malaysia melalui risikan yang baik dapat membantu menangani ancaman ini.
“PDRM ada pengalaman yang luas… mereka ada kemampuan untuk bendung ancaman ini,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata langkah untuk mendapatkan kerjasama bekas militan tempatan yang diumumkan kerajaan untuk memberi kesedaran mengenai ancaman keganasan merupakan satu tindakan yang baik.

Kerajaan digesa hapus lorong tikus bekal senjata

Walaupun di negara yang bebas senjata seperti Malaysia, hakikatnya terdapat pembunuh upahan menjual khidmat di negara ini, dakwa Akhbar
akhbar-satar_senjatai_600
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menghapuskan “lorong tikus” yang membolehkan penyeludupan senjata ke negara ini, kata Pengarah Institut Jenayah dan Kriminologi di Universiti HELP. “Kerajaan perlu gunakan dron dan kamera berdefinisi tinggi,” kata Datuk Akhbar Satar.
Beliau menyeru penempatan pegawai yang berintegriti, tembok konkrit dan pagar dawai berduri di sepanjang sempadan. “Ini boleh menghalang penyeludupan senjata ke negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.
“Keselamatan tidak boleh dirundingkan.”
Beliau berkata demikian mengulas beberapa kes tembakan yang berlaku beberapa bulan mutakhir ini.
Keselamatan negara lazimnya diukur mengikut jumlah kes berkaitan yang berlaku dalam satu-satu tahun, kata Akhbar. “Kadar jenayah turut memasukkan jumlah pembunuhan yang berlaku.”
Pejabat PBB berkaitan Dadah dan Jenayah (UNODC) melaporkan purata pembunuhan di Malaysia antara 500 ke 600 kes setahun manakala statistik Pemandu menunjukkan 498 pembunuhan pada 2015, iaitu kurang daripada dua orang dibunuh sehari. “Di Thailand, purata pembunuhan adalah tujuh orang sehari.”
“Mengikut nisbah penduduk kita, secara kasarnya kadar pembunuhan di sini menyamai Thailand.”
“Akhbar kemudiannya menjelaskan modus operandi pembunuhan berupah yang digunakan oleh dunia jenayah.
Pembunuh upahan diupah oleh satu pihak atau kumpulan penjenayah terancang untuk menghapuskan sasaran. Ia melibatkan kontrak antara dua pihak iaitu satu pihak bersetuju membunuh sasaran untuk ganjaran tertentu.
Dalam erti katra lain, mereka membunuh demi keuntungan.

Gelar mereka anti-Negara Islam, kata Zakir Naik

Tiada orang boleh mewajarkan pembunuhan orang yang tidak bersalah sebagai ajaran Islam, kata penceramah kontroversi itu
zakir naik
PETALING JAYA: Penceramah kontroversi Zakir Naik dilihat mahu mempromosikan #CallThemAntiIslamicState (gelar mereka anti-Negara Islam) susulan serangan berani mati pengganas IS di Dhaka, Bangladesh baru-baru ini.
Dalam satu video yang dimuatnaik di Facebook miliknya hari ini, Zakir berkata tiada orang boleh mewajarkan pembunuhan orang yang tidak bersalah sebagai ajaran Islam.
“Al-Quran yang suci, Islam dan saya sendiri mengecam semua tindakan terrorisme yang melibatkan nyawa orang-orang yang tidak bersalah,” kata Zakir dalam video yang sudah ditonton lebih 200 ribu orang.
Media melaporkan pengganas IS turut mengikuti media sosial penceramah dari India itu. Zakir mempunyai lebih 14 juta pengikut di Facebook, dan lebih 200 ribu pengikut di Youtube.
Majlis Perundangan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBHST) sebelum ini mengeluarkan kenyataaan mendakwa Zakir meracuni fikiran anak-anak muda dengan idea-idea yang membawa kepada keganasan.
Kenyataan itu disangkal oleh agamawan pelbagai aliran pemikiran yang berkata pendekatan berhujah Zakir tidak didakap pengganas IS.

HUSNI KATA HANYA DI MOF BELIAU DAPAT MEMBANTU DAN MENYATU-PADUKAN ORANGRAMAI...HEBAT KAN!!

Sebagai huraian lanjut mengenai persaraannya yang agak mengejutkan baru-baru ini, bekas Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah memberikan dua sebab mengapa beliau tidak setuju ditukarkan ke kementerian lain, sebaliknya memilih untuk bersara.

- pertama kerana di MOF beliau dapat membantu banyak pihak yang memerlukan bantuannya.

- kedua,  percaya di MOF beliau boleh menyatupadukan orangramai kerana percaya dengan kepelbagaian budayanya. 
Katanya, sebab itulah beliau ada memberitahu Perdana Menteri, Najib Razak bahawa beliau akan memilih untuk bersara jika ditukarkan ke kementerian lain.

Hebat kan dua alasan yang diberikan Husni untuk menolak ditukarkan daripada MOF, sebaliknya lebih rela untuk bersara. 

Dalam erti kata lain, ia bermakna:-

- Husni hanya boleh membantu orangramai dengan jawatan Menteri Kewangan saja.

-  di kementerian lain, beliau tidak boleh sama sekali membantu orangramai.

- oleh kerana MOF terkenal sebagai kementerian yang banyak projek-projek pembangunan, apakah kerja membantu orangramai hanya dalam bentuk pertolongan perniagaan semata-mata?

- adakah menteri-menteri selain menteri kewangan tidak boleh membantu orangramai dengan portfolio yang mereka sandang?

Saya tidak sertai Dr M, kata Husni selepas spekulasi

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menepis spekulasi akan menyertai kumpulan penentang diketuai bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menjelaskan pengundurannya bukan berpunca daripada ketakpuashatian dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ahmad Husni yang memilih untuk tidak berada dalam Kabinet baru-baru ini menegaskan tidak akan sama sekali menyertai kumpulan penentang mahu pun bersama pembangkang seperti didakwa setengah pihak.
“Tidak, ..saya tidak akan menyertai (Dr) Mahathir atau mana-mana parti pembangkang sebab saya percaya dalam politik ada titik pengakhirannya,” katanya semasa majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Sungai Rokam pada Khamis.
Beliau juga menjelaskan keputusan tersebut dibuat bukan kerana paksaan cuma berhasrat untuk bersara di Kementerian Kewangan dan tidak di kementerian lain.
“Saya beritahu diri saya, satu hari (nanti) saya akan bersara, tetapi saya tidak tahu bila. Namun saya putuskan bahawa persaraan saya hanya di Kementerian Kewangan.
“Sebab itu saya bercakap dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), saya beritahu beliau saya akan bersara dengan Kementerian Kewangan, jika anda mahu tukar saya, saya tidak mahu. Jadi, gugurkan saya,” katanya.
Beliau juga menafikan pengundurannya itu disebabkan berpunca daripada isu syarikat pelaburan dana negara, 1MDB dimana beliau secara langsung terlibat dalam program rasionalisasi syarikat itu.
“Tidak …1MDB tiada kaitan dengan peletakan jawatan saya sebab saya nak bersara sudah lama. Inilah masalahnya apabila bersara, ramailah yang kata ini tentu adalah masalah.
“1MDB tidak ada kaitan langsung dengan peletakan jawatan saya kerana saya mahu bersara,” katanya sambil menambah 1MDB adalah satu perniagaan besar dan kita tidak boleh kata perniagaan itu sempurna sepenuhnya.
“Dalam perniagaan, ada dua perkara penting iaitu risiko perniagaan dan risiko kewangan. Ini bermakna sesiapa yang mengambil alih 1MDB, maka perlu lihat kedua-dua aspek ini. Jika mereka boleh, sudah pasti tiada masalah,” katanya.
Ahmad Husni berkata, setakat ini beliau ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik sebagai Anggota Parlimen Tambun dengan membantu para pengundi yang menyokong beliau selama ini.
“Sekarang ini, apa yang saya ingin lakukan adalah perkara terakhir iaitu sebagai Anggota Parlimen,” katanya sambil menambah kawasannya mempunyai 99,000 pengundi dan kira-kira 300,000 penduduk.

Salah lapor kerana tak faham bahasa, kata LGE

Under fire over his seemingly thinly veiled threat, Penang Chief Minister Lim Guan Eng said his speech to state-owned think-tank Penang Insitute might have been confused by those with "limited understanding of the English language."
lim-guan-eng_penang_institute_1600
GEORGE TOWN: Ucapan “jangan khianati orang yang menolong” kepada satu badan pemikir negeri dilaporkan diluar konteks, kata Lim Guan Eng, susulan celaan yang diterimanya berhubung nada ucapan yang dilihat seperti suatu ancaman.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata beliau tidak berniat untuk mengancam anggota Penang Institute, cuma mahu mengingatkan bahawa Pulau Pinang “satu-satunya negeri yang mempunyai kebebasan bersuara dan kebebasan selepas bersuara” di negara ini.
Guan Eng menjelaskan beliau sekadar mengingatkan badan pemikir itu yang mereka dibenarkan untuk berbeza pendapat secara terbuka, cuma kerajaan selaku penyumbang dana mahukan kesetiaan sebagai balasan.
“Dalam erti kata lain, mereka tidak boleh dalam diam-diam atau secara curi-curi bekerja dengan golongan yang menentang secara terbuka dan mahu menjatuhkan kerajaan negeri.
“Saya membandingkan pendirian liberal kerajaan Pulau Pinang dengan Kerajaan Persekutuan yang akan bertindak terhadap mereka yang berani berbeza pendapat secara terbuka,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau kemudiannya membidas agensi berita Bernama sebagai oportunis, yang dirasakannya mempunyai niat tersembunyi apabila melapor ucapan itu 10 hari kemudian.
Guan Eng berkata laporan itu mungkin diterbitkan bagi mengalihkan perhatian daripada “isu-isu yang lebih mendesak” seperti skandal wang derma dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan.
“Saya kesal ucapan ini beri peluang kepada golongan seperti Bernama yang mahu membesar-besarkan cerita atau mencipta kontroversi dengan menonjolkan satu bahagian kecil dari sesuatu yang biasa,” katanya.
Semalam, Bernama melaporkan Guan Eng memberi amaran kepada anggota badan pemikir itu, mengingatkan yang mereka bekerja untuk badan yang dibiayai kerajaan negeri.
Agensi berita itu berkata perumpamaan Barat ‘jangan gigit tangan yang memberi makan’ dan perkataan seperti ‘menyalak’ dilihat sebagai kata-kata yang tidak hormati terhadap para penyelidik Penang Institute oleh sesetengah pihak, kerana lazimnya dikaitkan pada anjing.
“Tetapi Guan Eng menjelaskan, penggunaan frasa itu bukan bertujuan untuk merendahkan mereka,” lapor Bernama, tanpa menamakan mana-mana penyelidik.

IDEAS tak terkejut LGE beri amaran kepada Penang Institute

Amalan biasa yang dilalui oleh badan yang dibiayai kerajaan, kata CEO IDEAS.
Wan-Saiful-Wan-Jan_penang_lim-guan-eng_600
PETALING JAYA: Amaran Ketua Menteri kepada Penang Institute supaya jangan mencemar imej kerajaan negeri bukan sesuatu yang mengejutkan, kata ketua pegawai eksekutif sebuah badan pemikir bebas.
“Saya tak terkejut. Walaupun salah, itu amalan biasa di badan yang berada dibawah kerajaan. Kerajaan negeri yang membiaya badan atau universiti punyai jangkaan tersendiri,” kata Wan Saiful Wan Jan daripada IDEAS.
“Sebab itu kami – IDEAS – bergerak secara bebas,” tambahnya.
Susulan amaran itu, anggota Penang Institute kini bertanggungjawab untuk memastikan integriti kerja mereka terpelihara.
“Saya tahu mereka akan perhatikan hasil yang mereka dedah atau tidak dedahkan kepada orang awam. Jadi, saya harap mereka kekalkan integriti kerja yang dihasilkan,” kata Wan Saiful.
Guan Eng dalam ucaptama perasmian bangunan baharu Penang Institute di Jalan Brown, George Town, mengingatkan anggota Penang Institute yang mereka bekerja untuk sebuah badan yang dibiaya kerajaan negeri.
“Jangan lupa kamu sebahagian daripada kerajaan Pulau Pinang, dan tindak-tanduk kamu tidak boleh dilihat mencemar atau menjejaskan imej kerajaan negeri,” kata Guan Eng.
“Oleh kerana kami membiayai kamu, kami berharap kamu menjadi berguna kepada kerajaan negeri, dan melengkapi imejnya dan tentu sekali tidak mendedahkan imej kerajaan Pulau Pinang kepada bahaya.”

Why so scared to investigate me upfront, Shafie asks Umno

Perantauan beri impak keputusan PRU14 - PAS Kelantan

Perantauan beri impak keputusan PRU14
TUMPAT - Pas Kelantan akui pengundi luar khususnya perantauan memberi kesan besar dalam lanskap politik negeri khususnya pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) nanti.
Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, walaupun peratusan pengundi luar sekitar 15-20 peratus, namun pengundi luar mampu membawa gelombang dalam mempengaruhi undi tempatan.
Beliau akui terdapat pandangan mengatakan pengundi luar Kelantan mempunyai pandangan berbeza dan kritis terhadap kepimpinan kerajaan negeri.
"Bagaimanapun saya agak terkejut apabila kita membuat program untuk perantauan, sambutannya cukup hebat, ini menunjukkan sokongan mereka masih kuat terhadap kepimpinan Pas Kelantan,"katanya semasa majlis rumah terbuka aidilfitri di kediamannya disini hari ini.
Terdahulu, Kerajaan Kelantan semalam mengadakan majlis sambutan perantuan di kompleks Kota Darul Naim yang dihadiri lebih 5000 pengunjung.Turut bersama Menteri Besar Datuk Ahmad Yakon
Che Abdullah berkata,sepanjang menjadi wakil rakyat termasuk berkhidmat di bawah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, trend pengundi luar kali ini dilihat berbeza apabila mereka semakin mendekati kepimpinan kerajaan Kelantan.

Shafie keluar parti, Umno rebah di Sabah?

Pengunduran bekas Naib Presiden Umno, Datuk Shafie Apdal daripada Umno didakwa sedikit sebanyak menjejaskan parti Melayu itu.
Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, namun keadaanya masih terkawal kerana Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman telah berusaha untuk meminimakan impak  terhadap Umno.
Mohd Shafie Apdal "Setakat ini masalah hanya di Semporna, jadi ia masih terkawal di Sabah, kerana Musa Aman setakat ini dilihat dapat mengawal bahagian Umno yang lain," katanya kepada Sinar Online hari ini.
Sebelum itu pada empat Julai lalu, Shafie telah mengumumkan bahawa beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada Umno.
Jelas Shafie, walaupun  telah keluar dari Umno, beliau akan tetap meneruskan perjuangan di Sabah demi rakyat di negeri itu yang telah memilihnya sebagai wakil rakyat.
“Perjuangan kita akan diteruskan di bumi Sabah ini. Perjuangan kita akan diteruskan di Sabah dan di Semenanjung untuk membela bangsa dan negara.
"Saya mohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan saya, salah laku saya selama saya memimpin Umno ini," katanya ketika berucap dalam program Rakyat Bersama Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Pada 24 Jun lalu, Majlis Tertinggi Umno (MT) memutuskan agar bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir‎ dipecat daripada Umno berkuat kuasa serta merta manakala Shafie pula digantung dari jawatannya.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu turut berkata, tindakan itu dipersetujui sebulat suara oleh MT Umno kerana mendapati mereka melakukan kesalahan serius.

Blok Ke 3: Pemilihan Ikatan sebagai rakan sekutu tidak untungkan PAS.

‘Agong boleh sekat cubaan tutup laporan audit 1MDB’ - Aziz Bari

Berikutan kebocoran apa yang didakwa sebagai laporan ketua audit negara mengenai 1MDB oleh Sarawak Report, seorang profesor undang-undang berkata, perlembagaan tidak memperuntukan kerajaan kebebasan untuk menyekat dokumen itu daripada tatapan orang ramai.
Pakar perlembagaan, Profesor Abdul Aziz Bari berkata, adalah salah bagi kerajaan untuk menggunakan undang-undang lazim seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk menyekat peruntukan perlembagaan seperti laporan ketua audit negara.
Beliau mengingatkan bahawa perlembagaan adalah lebih tinggi kedudukannya berbanding OSA.
"Lihat artikel 106 (2), yang memperuntukkan bahawa ketua audit negara bertanggungjawab untuk memeriksa akaun kerajaan, dan adalah kewajipan ketua audit negara untuk mengemukakan laporan lengkap kepada Yang di-Pertuan Agong, dan Seri Paduka mempunyai tanggungjawab untuk membawanya ke Parlimen untuk pembentangan," katanya dalam satu kenyataan.
"Saya tidak fikir, memandangkan sifat demokrasi perlembagaan, bahawa Agong atau ketua audit negara mahupun parlimen, mempunyai kuasa untuk menghentikan pembentangan.
"Oleh itu, sekiranya terdapat cubaan untuk menyekatnya, maka Agong mempunyai kewajipan untuk memastikan bahawa sebarang sekatan itu dileraikan.
"Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi tidak boleh diperlekehkan," katanya.
"OSA adalah tertakluk kepada perlembagaan. Bukan sebaliknya," katanya.

Skandal 1MDB: Makin kalut jika Raja-raja tidak campurtangan

Raja-raja perlu beritahu kerajaan supaya dedahkan laporan siasatan Ketua Audit Negara keatas 1MDB supaya kesahihan dakwaan Sarawak Report boleh ditentukan
dzulkrfly_raja-raja_600_2
KUALA LUMPUR: Majls Raja-raja digesa campurtangan hal 1Malaysia Development Berhad dan “selamatkan negara ini”.
Sebagai langkah pertama, Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad berkata Majlis Raja-raja perlu berkeras laporan siasatan Ketua Audit Negara kepada Parlimen yang dirahsikan dibawah Akta Rahsia Rasmi diubah statusnya.
Langkah itu perlu memandangkan dakwaan terbaharu Sarawak Report berhubung isi kandungan laporan Ketua Audit Negara itu sangat mengejutkan.
Beliau berkata mengubah status laporan itu akan membantu mengesahkan kesahihan dakwaan Sarawak Report dan “isu-isu lain yang tidak dijawab oleh laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara”.
Beliau berkata perincian Sarawak Report yang bertujuan dijadikan suatu dedahan itu “menggambarkan keadaan kelam-kabut, percanggahan dan kekeliruan keatas pelbagai urus niaga”. Ia juga mendedahkan ulasan profesional Peguam Negara berhubung skandal 1MDB.
“Perkara-perkara itu perlu ditentusahkan segera,” tambahnya.
Dzulkefly berkata pendedahan Sarawak Report dedahan yang paling menjahamkan.
Beliau berkata Kementerian Kewangan dan 1MDB perlu melangsaikan komitmennya kepada International Petroleum Investment Company (IPC) yang berjumlah USD$6.5 bilion di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London (LICA) 11 Julai ini.
Tarikh tutup ditetapkan LCIA selepas IPIC dan anak syarikat Aabar Investments PJS memfail pada 13 Jun 2016.
“Oleh sebab sudah jadi begini, rakyat merayu Majlis Raja-raja supaya menggunakan kuasa yang ada untuk segera campurtangan dan selamatkan negara ini.
“Kekalutan akan bertambah buruk dan rakyat akan terawang-awang sekiranya institusi tertinggi negara teragak-agak atau tidak bersungguh bertindak dan mengantarai,” katanya.

Kenapa MT tak tanya saya depan-depan - Shafie Apdal

Bekas naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempertikaikan tindakan kepimpinan parti itu yang menggantung keanggotaannya tanpa bertanya secara berhadapan ketika mesyuarat Majlis Tertinggi (MT).
Sebaliknya, kata beliau, Umno bertindak ke atasnya tanpa menyiasat terlebih dahulu ketika beliau sedang mengerjakan umrah.
“Siasatlah dulu, apa pasal takut sangat nak siasat saya berdepan, tanya saya apa salah saya dalam bulan yang baik kita beramal dan saya pergi umrah, tidak langsung semasa saya hadir Majlis Tertinggi tak ada tanya saya.
“Bila saya berumrah gantung saya. Tapi tak apalah mungkin ini di antara petunjuk Allah bila saya berumrah dan berdoa di Masjid Nabawi.
“Ya Allah saya umat yang maha lemah dan tak sempurna, tunjukkanlah jalan-jalan yang baik untuk saya membantu agama dan negara itu sahaja,” katanya kepada pemberita di Balai Ketibaan Domestik KLIA hari ini.
Isnin lalu, Shafie mengumumkan keluar Umno selepas beliau digantung keanggotaannya daripada parti pada 24 Jun lalu.

DI INDONESIA, Isteri Tamak Punca Korupsi di Indonesia.

TETAPI..
DI MALAYSIA, Isteri tamak & boros.. KENAPA menteri2 agama & ularmak terus membisu ??.. Akhirnya Najib & kuncu2 menterinya berseronok kutip GST dari kantong2 rakyat !!!

Pas yakin menang semula Terengganu dalam PRU akan datang


Wahid Endut yang lama menghilangkan diri yakin Pas akan menang di Terengganu dalam pru akan datang.Wahid Endut yang lama menghilangkan diri yakin Pas akan menang di Terengganu dalam pru akan datang.
Bekas pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohamad Abdul Wahid Endut yakin Pas boleh memerintah semula Terengganu selepas pilihan raya umum akan datang selepas hilang negeriu itu dalam pilihan raya 2004 lalu.
Bagi beliau, dengan sokongan berterusan pengundi bandar dan pinggir bandar, parti itu akan beroleh kejayaan dalam pilihan raya akan datang.
"Dengan syarat Cina terus sokong kita," kata Wahid yang juga Adun Wakaf Mempelam itu.
Bagi beliau, Allah menolong parti Islam itu apabila berlaku perpecahan dalam Umno tanpa menyentuh perpecahan juga teruk berlaku dalam Pas.
"Allah tolong kita. Bila perpecahan berlaku dalam Umno, ia jadi liabliti kepada Umno dan peluang kepada Pas," katanya.
Beliau yakin, kawasan yang dimenangi dengan  tipis akan bertambah majoriti manakala yang  kalah tipis akan beroleh kemenangan.
Beliau juga menaruh harapan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said akan bersama-sama parti itu.
"Kita tidak harap Mat Said mari bersama kita sekarang tetapi akan datang siapa tahu," katanya kepada wartawan di majlis rumah terbuka beliau.
Wahid yang lama menghilang dari politik selepas tidak berapa sihat berkata, beliau tidak akan mempertahankan lagi kerusinya dalam pilihan raya akan datang.
"Saya sendiri pun tak dicalonkan tak apa, kita bagi kepada golongan muda-muda. Kejayaan seorang pemimpin adalah melahirkan pelapis. Saya dah 26 tahun jadi wakil rakyat, bagi kepada orang muda pula," katanya.

'Siasat kebocoran dokumen OSA oleh Sarawak Report' - Salleh Keruak

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mahu polis menyiasat kebocoran dokumen penting dalam penyiasatan 1MDB baru-baru ini oleh Sarawak Report.
"Polis mesti menyiasat pengakuan terbaru Sarawak Report bahawa ia memiliki dokumen yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), kata Salleh kepada Malaysiakini.
Menurutnya, kerajaan mengklasifikasikan dokumen tertentu di bawah OSA untuk tujuan keselamatan negara.
Beliau menjelaskan siasatan segera ke atas Sarawak Report perlu bagi mengelakkan kebocoran seterusnya dokumen rasmi rahsia yang boleh membahayakan keselamatan negara.
"Sebaik mengenal pasti individu yang terbabit dan organisasi, mereka perlu diheret ke mahkamah.
"Mahkamah adalah sebuah institusi berkecuali untuk menegakkan undang-undang negara, tanpa rasa takut atau pilih kasih.
"Keperluan untuk tindakan sedemikian akan memastikan integriti dan kedaulatan negara," kata Salleh.
Laman web pendedah maklumat yang berpangkalan di London itu sejak semalam menerbitkan beberapa kandungan apa yang didakwa sebagai laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB walaupun dokumen berkenaan diklasifikasikan sebagai sulit di bawah (OSA).
Hari ini, Sarawak Report megemukakan sepucuk surat yang kononnya daripada Bank Negara Malaysia, yang ditandatangani oleh timbalan gabenor bank pusat itu kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara yang juga menyiasat 1MDB.
Menurut portal itu, ia akan terus menerbitkan maklumat lanjut daripada laporan Ketua Audit Negara pada hari-hari akan datang.

Sarawak Report: Bank Negara hantar surat kedua kepada PAC

Laman web pendedah maklumat yang berpangkalan di London, Sarawak Report sekali lagi mendedahkan apa yang didakwa sebagai dokumen-dokumen penting dalam siasatan 1MDB.
Kali ini, ia megemukakan sepucuk surat yang kononnya daripada Bank Negara Malaysia, yang ditandatangani oleh timbalan gabenor bank pusat itu.
"Dilampirkan bersama laporan Ketua Audit Negara dan penting dalam siasatan itu adalah surat daripada Bank Negara yang dihantar kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)," petik artikel itu.
Surat itu dikatakan bertarikh 23 Mac dan Sarawak Report menunjukkan bahawa surat kedua dari Bank Negara itu dihantar kepada PAC pada 6 April, yang sebelum ini telah dilaporkan.
Surat kedua itu mengesahkan bahawa usahawan kontroversi Jho Low adalah pemilik tunggal Good Star Limited, yang menerima dana AS$1.03 bilion daripada 1MDB.
Surat terbaru yang didedahkan oleh Sarawak Report kononnya memperincikan kebimbangan Bank Negara mengenai pemindahan dana tertentu yang dipersoalkan.
Bagaiamapun Malaysiakini tidak boleh secara bebas mengesahkan sama ada dokumen yang diterbitkan oleh Sarawak Report adalah sahih dan kami juga tidak boleh melaporkan kandungannya kerana sekatan undang-undang.
Pendedahan terbaru itu dibuat sehari selepas, Sarawak Report menerbitkan apa yang didakwa sebagai laporan Audit Negara, walaupun dokumen berkenaan diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Menurut portal itu, ia akan menerbitkan maklumat lanjut daripada laporan Ketua Audit Negara pada hari-hari akan datang.
Anggota PAC Tony Pua, sebelum ini pernah mendakwa pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Hasan Ariffin telah memadamkan maklumat mengenai Good Star Ltd daripada laporan PAC tanpa kelulusan mereka.
Beliau juga menggesa Hasan untuk mendedahkan surat yang kononnya diterima daripada Bank Negara untuk membuktikan bahawa beliau tidak cuba melindungi Low.

Selepas bocor, Najib mesti dedah laporan audit 1MDB - Pua

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti mengubah status sulit berhubung laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB selepas laman web Sarawak Report membocorkan apa yang didakwanya sebagai sebahagian daripada dokumen rahsia berkenaan.
"Sarawak Report membekalkan hadiah terbaik buat rakyat pada Hari Raya ini dengan mendedahkan siasatan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB yang cuba disembunyikan oleh pentadbiran Najib melalui Akta Rahsia Rasmi (OSA)," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dalam satu kenyataan malam semalam.
"Dengan semangat kejujuran dan kesopanan sepanjang bulan sambutan Aidil Fitri, Najib Razak mesti segera mengarahkan pengubahan status laporan Ketua Audit Negara, yang tidak pernah bermaksud untuk diklasifikasikan (di bawah Akta Rahsia Rasmi, OSA) selama-lamanya.
"Lagipun, jika beliau ikhlas tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan dan berkeras bahawa Sarawak Report sekali lagi mempalsukan dokumen dan dalam kes ini laporan Ketua Audit Negara, maka mendedahkan laporan 'sebenar' akan memusnahkan terus kredibiliti Sarawak Report," kata Pua.
Beliau berkata, kegagalan untuk mengubah status sulit laporan Ketua Audit Negara itu akan hanya meningkatkan syak wasangka orang ramai mengenai apa yang didakwanya boleh menjadi "penutupan terbesar dalam sejarah dunia".
Beliau berkata laman web yang dikendalikan oleh adik ipar bekas Perdana Menteri Britain Gordon Brown, Clare Rewcastle Brown, berjaya melakukan sesuatu yang dirinya sebagai anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) gagal berbuat demikian.
"Ia adalah satu pencapaian walaupun saya tidak mampu melakukannya kerana pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin memutuskan bahawa walaupun anggota jawatankuasa itu tidak dibenarkan menyimpan sebarang salinan dokumen itu.
"Ini sebalik hakikat bahawa kami diberi kuasa khusus untuk mengakses laporan itu.
"Saya hanya boleh membaca laporan itu semasa mesyuarat PAC atau atas permintaan di pejabat Parlimen," kata Pua.
Menurut beliau, kebocoran dokumen itu sekiranya adalah sahih, menawarkan pengesahan dunia berhubung spekulasi sebelum mengenai alasan mengapa laporan audit itu diklasifikasikan di bawah OSA.
"Ia adalah kerana komen Ketua Audit Negara mengenai apa yang berlaku dan dokumen yang dibekalkan oleh 1MDB adalah lebih teruk daripada laporan PAC berhubung siasatan 1MDB," dakwa Pua.

Rakyat Malaysia Yang Gila Saja Tidak Akan Sensitif Dengan Skandal 1MDB - Husam

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa memohon kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu supaya menitahkan pengubahan status laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB, berikutan pendedahan di laman web Sarawak Report semalam.

Katanya, tindakan itu bagi membolehkan rakyat membaca apa yang sebenarnya berlaku kerana laporan itu kini diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

“Bolehkah Seri Paduka dan Raja-Raja Melayu menitahkan baginda diberikan taklimat khas oleh Ketua Audit Negara? Serta menitahkan satu salinan laporan ini diberikan kepada mereka?


“Kemudian, Raja-Raja menitahkan ia dikelaskan semula sebagai bukan OSA. Diedarkan untuk dibaca oleh seluruh rakyat,” kata Husan yang juga adalah ADUN Salor dalam satu kenyataan media, hari ini.

Mengulas pendedahan oleh portal Sarawak Report yang menerbitkan apa yang didakwanya sebagai butiran laporan Ketua Audit Negara, Husam berkata, hanya rakyat Malaysia yang "gila" tidak akan sensitif dengan jumlah wang sebegitu besar yang diselewengkan itu.

“Bagaimana negara boleh membaca laporan penting ini secara sah?

“Bagaimana tindakan mengOSAkan penyelewengan ini dijadikan sebagai satu jenayah?

"Saya agak, Tengku Mahkota Johor saja, sudah layak menitahkan sedemikian jika sebenarnya PM (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) menghormati Raja-Raja dan tidak ada jenayah yang hendak ditutup,” katanya.

Semalam, laman web pendedah maklumat yang berpangkalan di London itu menerbitkan beberapa kandungan apa yang didakwa sebagai laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB walaupun dokumen berkenaan diklasifikasikan sebagai sulit.

"Sarawak Report telah mendapat akses meluas kepada laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB, bersama-sama dengan dokumen utama yang disertakan hasil siasatan itu," katanya.

Laman itu menyenaraikan pelbagai kebimbangan yang dicatatakan oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dalam laporannya, terutamanya berkaitan dengan beberapa pemindahan dana yang dipersoalkan.

Husam cadang TMJ titah laporan Ketua Audit 1MDB dilepas dari OSA

Tengku Mahkota Johor layak untuk titahkan agar laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dilepaskan dari OSA, kata Husam Musa.Tengku Mahkota Johor layak untuk titahkan agar laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dilepaskan dari OSA, kata Husam Musa.
Bekas naib presiden Pas, Datuk Husam Musa menyifatkan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim layak untuk menitahkan agar laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB yang diOSAkan oleh Perdana Menteri   dikelaskan semula sebagai bukan OSA.
Husam mencadangkan perkara ini ekoran laporan ini sudah jatuh ke tangan portal berita penyelidikan, Sarawak Report dan mula mendedahkan satu persatu laporan itu.
Husam bertanya, bagaimana negara boleh membaca laporan penting ini secara sah.
Husam juga mempersoalkan, bagaimana tindakan  mengOSAkan penyelewengan ini dijadikan sebagai satu jenayah.
Datuk Husam Musa, bekas naib presiden Pas.Datuk Husam Musa, bekas naib presiden Pas."Bolehkah YDP Agung dan Raja-Raja Melayu menitahkan mereka diberikan taklimat Khas oleh Ketua Audit Negara? Serta menitahkan satu salinan Laporan ini diberikan kepada mereka?
"Kemudian, Raja-Raja menitahkan ia dikelaskan semula sebagai bukan OSA. Diedarkan untuk dibaca oleh seluruh rakyat.
"Saya agak, TM Johor saja, sudah layak menitahkan sedemikian jika sebenarnya PM menghormati Raja-Raja dan tidak ada jenayah yang hendak ditutup," kata Husam dalam kenyataannya.
Husam yang kini bukan ahli Pas lagi selepas dipecat bertanya, adakah wajar, kerana satu makhluk bernama PM, satu  negara bernama Malaysia perlu dinafikan hak untuk mengetahui kedudukan tentang kepentingan negara mereka demi mengelakkan tindakan ke atas pihak yang telah melakukan dosa ke atas seluruh rakyat.
Laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB yang diOSAkan oleh PM jatuh ke tangan Sarawak Report (SR) baru-baru ini.
Menurut Husam, sepanjang laporan SR mengenai 1MDB - belum ada yang dapat dipertikaikan kebenarannya oleh kerajaan.
Bermula hari ini,  SR akan menyiarkan secara bersiri butir-butir dari Laporan AG itu.
Laporan AG menyenaraikan sejumlah USD 6.87 B 'pelaburan yang tidak dapat disahkan' atau dalam bahasa mudah - wang negara yang dilesapkan - menerusi 1MDB!
USD6.87 bilion bersamaan RM 27.7 billion.
"Rakyat Malaysia yang gila saja tidak akan sensitif dengan jumlah ini," kata Adun Salor Kelantan itu.

Ceritera Aidilfitri: Tiada Lagi Gema Syawal Tok Guru

TIADA MAKNA LAGI LAPORAN AUDIT 1MDB TERUS DIOSAKAN

Meskipun Laporan Audit 1MDB masih diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA, laman pendedah maklumat Sarawak Report terus mendedahkan beberapa butiran yang dianggap sulit mengenainya kepada umum.
Laman itu menyebut bahawa mereka mendapat akses meluas kepada laporan audit itu bersama dokumen-dokumen utama serta pelbagai kebimbangan yang diluahkan oleh Ketua Audit Negara, Ambrin Buang berkaitan beberapa pemindahan dana 1MDB yang sebelum ini dipersoalkan.
Sarawak Report juga mengatakan, mereka akan  menerbitkan butiran lanjut berkaitan laporan audit itu dalam penulisannya di beberapa hari akan datang.

Bagaimanapun, oleh kerana sekatan undang-undang OSA, tidak ada sesiapa berani menyiarkan atau memetik maklumat yang disiarkan Sarawak Report itu.

Tetapi, dengan capaian internet yang semakin meluas serta Sarawak Report yang disekat SKMM juga begitu mudah diakses, maklumat audit itu bukan lagi merupakan sesuatu "rahsia besar"  bagi rakyat negara kita.

MengOSAkan laporan audit itu dengan tujuan ia kekal sebagai rahsia atau sulit dan tidak boleh didedahkan kepada umum hampir tidak bermakna lagi sekarang ini. Sesiapa saja boleh membaca dan meneliti pendedahan Sarawak Report itu asalkan mereka ada kemudahan internet.

Malah dengan kerajaan terus meletakkannya di bawah OSA dan Sarawak Report pula mendedahkannya, maklumat itu lebih menjadi buruan untuk diketahui.

Dalam waktu yang sama, apabila orangramai mengetahui kepincangan 1MDB melalui laporan audit yang didedahkan oleh Sarawak Report, ia akan menyebabkan imej kerajaan menjadi bertambah buruk lagi kerana ia secara langsung mengesahkan memang ada keburukan yang cuba diselindungkan.

Lagi pun, ketika isu berkaitan syarikat pelaburan bermasalah itu tengah panas dan dipersoalkan dahulu, jawapan yang sering diberi oleh Najib, pemimpin kerajaan dan 1MDB sendiri ialah agar orangramai menunggu laporan audit untuk mengetahui kebenarannya.

PAS nafi hala tuju semakin samar selepas PRK

SHAH ALAM: PAS menafikan hala tuju parti itu semakin samar selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Sebaliknya menurut Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki hala tuju Pakatan Harapan turut samar selepas pengundi semakin tertarik kembali kepada Barisan Nasional (BN).

Namun, lebih menggembirakan PAS adalah berdasarkan undi Melayu hanya tertumpu kepada BN dan parti itu walaupun tidak berjaya dalam kesemua pilihan raya baru-baru ini.

"Bukan PAS sahaja hala tujunya samar tetapi juga parti pembangkang yang lain.
 
"Bagi segmen pengundi Melayu di semenanjung, sememangnya pecahan segmen itu secara undi popular terbahagi kepada dua parti utama iaitu PAS dan Umno."

"Parti-parti lain tidak mempunyai keupayaan menarik sokongan pengundi Melayu," katanya ketika ditemui.

Menurutnya lagi, hasil kajian yang dibuat oleh PAS pada PRK di Sungai Besar, pengundi Melayu yang menyokong Pakatan Harapan hanya 6.3 peratus manakala di Sungai Besar pula kurang 9 peratus.

Ini bermakna katanya lagi, PKR dan DAP gagal menarik undi Melayu dalam masa terdekat ini walaupun menggunakan isu-isu nasional.

"Contohnya dalam PRK Sungai Besar kami punya analisis menyatakan sokongan pengundi Melayu kepada Amanah hanya sekitar 6.3 peratus.

APA YANG TERSANGAT ISTIMEWANYA LAPORAN SULIT 'AUDIT NEGARA'?

Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad  (1MDB)  adalah dokumen yang  diklasifikasikan sebagai sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Dikatakan dalam laporan itu, ia menyenaraikan pelbagai kebimbangan yang dicatatkan oleh Tan Sri Ambrin Buang terutamanya berkaitan dengan beberapa pemindahan dana yang dipersoalkan, selain butiran pemindahan dana berkenaan.
Kerana disebut sulit, banyak pihak mahu mengetahuinya. Namun jangan cari penyakit kerana ‘yang sulit tetap sulit’.
Bagaimanapun, Sarawak Report mendakwa ia telah mendapat akses meluas kepada laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB, bersama-sama dengan dokumen utama yang disertakan hasil siasatan itu.

Bagaimana ia mendapat akses sedemikian? Siapa yang mendedahkannya?
Atau apakah Sarawak Report sengaja mahu ‘memanaskan kembali’ isu ini apabila semakin hampir kepada kes pertikaian antara International Petroleum Company (IPIC)  dan 1MDB di London 11 Julai ini yang dilihat ‘tidak akan mendatang kesan besar kepada 1MDB’?
Sesetengah pihak membuat tanggapan salah yang 1MDB  dan pemegang saham perlu membuat pembayaran obligasi AS$6.5 bilion 11 Julai ini.
IPIC dilaporkan akan  memfailkan permintaan timbang tara dengan Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London (LCIA) 11 Julai ini namun 1MDB sudah memberikan jaminan, tiada apa yang besar akan berlaku. Ini kes biasa sahaja.
Kerajaan setakat ini enggan memaklumkan bila laporan itu akan didedahkan atau dinyah-rahsia. Setakat ini, hanya ahli-ahli PAC yang mempunyai akses kepada laporan itu.
Berikutan itu, ahli parlimen pembangkang mempersoal ketiadaan dokumen laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB itu,  walaupun laporan berhubung Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB dibentangkan 7 April lalu.

Ahli Parlimen pembangkang pada sidang media di Parlimen.
Ahli parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata, seharusnya dokumen berkaitan 1MDB disertakan memandangkan siasatan ke atasnya sudah berakhir dan tidak perlu dikelaskan sebagai Akta Rahsia Rasmi (OSA) lagi.

Beliau kecewa  kerana satu lagi dokumen yang dinanti-nantikan iaitu laporan daripada Ketua Audit Negara berhubung 1MDB tidak disekalikan dalam laporan PAC.


Beliau menggesa Ketua Audit Negara memberikan satu tempoh masa bagi dokumen 1MDB tidak lagi dikelaskan di bawah OSA supaya semua ahli parlimen mendapat maklumat mengenainya.

“Saban tahun kita mendapat semua laporan daripada Ketua Audit bukan sahaja syarikat GLC atau jabatan-jabatan tanpa ada klasifikasi tapi dalam isu ini agak memeranjatkan kerana ia dilabelkan di bawah OSA.
“Kita mendesak Ketua Audit Negara memberikan tempoh masa sama ada seminggu, dua minggu atau tiga minggu untuk dokumen ini didedahkan kerana ia hak ahli parlimen untuk mengetahui sebelum sesi parlimen berakhir,” kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen pada hari berkenaan.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tidak menolak kemungkinan ketiadaan laporan 1MDB adalah bagi menyelamatkan individu tertentu.

“Mungkin ketua audit negara ingin mengelakkan beberapa isu yang bersabit dengan individu tertentu tapi tindakan sebegini menambahkan lagi andaian negatif dan rasa tidak yakin rakyat dan mereka menganggap semeangnya berlaku penyelewengan. 

“Niat ketua audit untuk membantu menutup perkara teetrntu tak membantu. Rakyat terus akan rasa ada penyelewengan dan rasuah dan sebagainya,” katanya.
Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan yang juga Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR menerbitkan bahagian tertentu  mengenai Laporan Ketua Audit Negara ini yang menyebabkan beliau didakwa kerana  memiliki tanpa kebenaran satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Shafie Apdal enggan kembali kepada UMNO


Shafie Apdal enggan kembali kepada UMNOSEMPORNA: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini menegaskan beliau tidak akan kembali kepada UMNO.

Sebaliknya, bekas naib presiden UMNO ini akan meneruskan perjuangan sekadar yang termampu.

Shafie juga menegaskan bahawa beliau seharusnya disiasat dahulu dan bukan terus dihukum dengan digantung parti.

“Kami masih bersahabat dalam UMNO, u-turn tu tak bangkit langsung ya … saya akan teruskan perjuangan saya apa yang saya mampu, mereka telah menghukum saya digantung dahulu baharu siasat.

Menurut Shafie, ia satu perbuatan yang tidak seharusnya berlaku dalam UMNO.

“Siasatlah dahulu baharulah hukum, kalau saya dapat membela diri saya, saya akan terangkan.

Beliau turut berkata, dakwaan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman tentang video yang menunjukkan beliau dengan pembangkang adalah tidak sahih.

“Sila tunjuk video itu, adakah saya cakap jangan undi UMNO. Saya boleh bangkit bahawa saya persoalkan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Saya digugurkan dalam kabinet kerana 1MDB itu saya boleh terima, tetapi dalam UMNO, membesarkan parti itu bukan semestinya kita perlu taat pada Presiden,” tambahnya.

Polis: Motif pembunuhan Bill Kayong tidak akan didedah


Bill SayongBill Sayong
KUCHING: Polis tidak akan mendedahkan motif di sebalik pembunuhan aktivis PKR Bill Kayong kerana tidak mahu mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor berkata beberapa tindakan masih lagi perlu diambil untuk melengkapkan siasatan sebelum hasil siasatan dikemukakan kepada pendakwa raya, lapor Borneo Post.
“Saya tidak berhasrat untuk mendedahkan hasil siasatan kami, seperti motif pembunuhan kerana dikhuatiri akan menjejaskan siasatan dan proses perbicaraan di mahkamah nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbukanya sempena Hari Raya Aidilfitri di kediaman rasminya di sini, kelmarin.
Selain itu beliau turut ditanya sama ada enam suspek yang ditahan sebelum ini hanya sebagai pembunuh upahan dan siapakah dalang di sebalik insiden tersebut.
“Seperti apa yang saya telah katakan, saya tidak dapat mendedahkan apa-apa buat masa sekarang kerana siasatan masih dijalankan dan kami tidak akan menghentikan siasatan sehingga kami berpuas hati bahawa kami sudah mengambil setiap langkah yang ada.” katanya.
Sementara itu, Mazlan turut memberitahu bahawa pihaknya kini sedang menjalankan pemantauan secara menyeluruh mengenai pembabitan anggota polis dalam kegiatan berkaitan pengganas.
“Orang ramai mesti juga berwaspada dan segera memaklumkan kepada polis jika mereka mengesan sebarang kegiatan yang mencurigakan,” katanya.

Leaked: Sarawak Report tells why audit report is classified


Sarawak ReportSarawak Report
Chaos, confusion, ever-changing excuses and a total loss of a whopping US$7 billion (RM28 billion) - these are what whistleblower site Sarawak Report said it found out after reading through the classified auditor-general's report on 1MDB.
"A grand total of US$7 billion is calculated as having gone missing and conflicting and unbelievable explanations were given about why the payments were made," Sarawak Report said.
It said the AG, Tan Sri Ambrin Buang, also lamented that during the investigation, 1MDB management would keep changing their explanations over payments amounting to multi-billion dollars, giving a story on one occasion "and then completely re-write their own version of events the next time they met".
Sarawak Report said a scrutiny of the audit report would only lead to the conclusion that 1MDB was plainly a front for the prime minister to siphone out money.
"No one could conclude otherwise from the narrative and criticism laid out in the AG’s 300 page plus report and analysis," it added.
The report, it said, also had a chart listing payments which the AG’s department found to be unsatisfactory, totalling US$7 billion.
They include the US$1.4 billion security deposit to Aabar, which the Abu Dhabi firm said it had never received.
"Our review has made it abundantly clear why Najib decided that the findings could not be released, since he wishes to remain Prime Minister – after all he is also the Finance Minister and sole shareholder responsible for decision-making at 1MDB and the conclusions are damning," said Sarawak Report.

Selamatkah lapangan terbang di Malaysia?

Sundramoorthy berpendapat, masih banyak yang perlu dilakukan untuk mencapai piawaian antarabangsa.
Dr-P-Sundramoorthy
PETALING JAYA: Setiap kali menjelang musim perayaan, lapangan terbang antarabangsa lokasi dipenuhi orang ramai khasnya pelancong asing.
Bagaimanapun, dengan amaran yang dikeluarkan kumpulan pengganas seperti IS, sejauh manakah lapangan terbang antarabangsa di negara ini selamat?
Pakar kaji jenayah, Prof Madya Dr P Sundramoorthy berkata, walaupun tahap keselamatan di lapangan terbang Malaysia adalah “baik”, masih banyak yang perlu dilakukan jika dibandingkan dengan piawaian antarabangsa.
“Ini kerana kumpulan pengganas selalunya menyasarkan angka korban dan cedera yang maksimum serta kesan dan kerosakan terbesar.
“Lokasi terbaik untuk mencapai sasaran itu tak lain tak bukan ialah lapangan terbang antarabangsa.
“Ia adalah satu daripada sasaran utama kumpulan pengganas disebabkan pengunjung yang ramai dan berbeza-beza.
“Bukan sahaja ada orang tempatan di sana, tetapi pengunjung antarabangsa juga,” kata pensyarah kriminologi di Universiti Sains Malaysia (USM) itu kepada FMT.
Beliau memberi contoh Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing di mana pihak berkuasa melakukan pemeriksaan rawak ke atas pengunjung di pintu masuk, selain langkah keselamatan ketat lain yang sedang dilaksanakan.

Konsep negara Al-Amin mampu pulihkan krisis negara


Rakyat mengimpikan negara yang makmur harmoni dan bebas rasuah.Rakyat mengimpikan negara yang makmur harmoni dan bebas rasuah.
Dalam usaha memulihkan krisis yang melanda negara sehingga menjejaskan imej Malaysia di mata dunia, Pemuda Amanah Nasional menggagaskan konsep 'Negara Al-Amin' yang mengutamakan nilai dan prinsip amanah termasuk urustadbir yang baik (good governance), integriti dan akauntabiliti.
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil berkata, Konsep 'Negara Al-Amin' adalah satu reformasi sistem negara ke arah pembinaan sebuah negara yang maju dan makmur dengan pembentukan masyarakat madani.
"Negara hari ini dilanda krisis pemerintahan yang parah dengan pelbagai skandal rasuah, pembaziran, penyelewengan dan salahguna kuasa pemerintah Umno dan BN sedang mengancam keamanan dan kebajikan rakyat.
"Rakyat hari ini tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi dengan kenaikan harga barang, kos pengangkutan awam, tol dan pelbagai perkhidmatan sosial.
"Kesan keperitan hidup akibat pelaksanaan GST benar-benar dirasai oleh setiap segmen masyarakat sama ada di bandar mahupun di luar bandar," ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau turut menegur cara kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak dalam menguruskan bajet negara apabila bajet pendidikan dipotong tetapi tidak bajet Jabatan Perdana Menteri.
Kejatuhan harga mentah komoditi termasuk getah pula, tambah beliau gagal ditangani kerajaan bagi membantu rakyat miskin.
Keadaan yang berlaku hari ini, ujarnya cukup membebankan rakyat apabila pengangguran masih tinggi manakala pendapatan rakyat yang bekerja pula terutama kelompok B40 tidak mampu menampung perbelanjaan yang semakin meningkat.
Beliau menegaskan kesusahan yang dialami rakyat disumbangkan oleh pemimpin kerajaan yang boros dan korup dengan hutang negara meningkat kepada RM800 bilion yang akhirnya dibebankan ke atas rakyat.
Sehubungan itu, jelas Faiz kerajaan terpaksa bergantung kepada GST dan mengurangkan bajet terhadap sektor kebajikan rakyat bagi menampung perbelanjaan negara.
"Skandal 1MDB menyaksikan syarikat milik negara ini berhutang lebih RM50 bilion yang dijamin oleh bon-bon kerajaan.
"Tiada pendakwaan terhadap salahlaku  Perdana Menteri merompak wang negara melalui kemasukan RM2.6 bilion ke akaun peribadinya yang merupakan salahguna kuasa yang serius.
"Maka, tidak hairanlah negara direkodkan sebagai negera kedua paling korup di dunia.
Bukan sahaja korupsi menguasai pihak eksekutif, malahan pegawai-pegawai kerajaan juga terlibat dengan pelbagai kes rasuah dan pecah amanah," kesal beliau.

NEGARA KEHILANGAN USD 6.87 B - RAJA-RAJA PERLU TAKLIMAT KHAS KETUA AUDIT NEGARA

Foto Husam Musa. Akhirnya, Laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB yang diOSAkan oleh PM jatuh juga ke tangan Sarawak Report(SR).
Sepanjang laporan SR mengenai 1MDB - belum ada yang dapat dipertikaikan kebenarannya oleh kerajaan.
Bermula hari ini, SR akan menyiarkan secara bersiri butir-butir dari Laporan Ketua Audit Negara itu.
Laporan Ketua Audit menyenaraikan sejumlah USD 6.87 B 'pelaburan yang tidak dapat disahkan' atau dalam bahasa mudah - wang negara yang dilesapkan - menerusi 1MDB!
Usd 6.87 B bersamaan RM 27.7 Billion!
Rakyat Malaysia yang gila saja tidak akan sensitif dengan jumlah ini.
Bagaimana negara boleh membaca Laporan penting ini secara sah?
Bagaimana tindakan mengOSAkan penyelewengan ini dijadikan sebagai satu jenayah?
Bolehkah YDP Agung dan Raja-Raja Melayu menitahkan mereka diberikan taklimat Khas oleh Ketua Audit Negara? Serta menitahkan satu salinan Laporan ini diberikan kepada mereka?
Kemudian, Raja-Raja menitahkan ia dikelaskan semula sebagai bukan OSA. Diedarkan untuk dibaca oleh seluruh rakyat.
Saya agak, Tengku Mahkota Johor saja, sudah layak menitahkan sedemikian jika sebenarnya PM menghormati Raja-Raja dan tidak ada jenayah yang hendak ditutup.
Adakah wajar, kerana satu makhluk bernama PM, satu negara bernama Malaysia perlu dinafikan hak untuk mengetahui kedudukan tentang kepentingan negara mereka demi mengelakkan tindakan ke atas pihak yang telah melakukan dosa ke atas seluruh rakyat?

Husam Musa
3 Syawal 1437/8 Julai 2016

INILAH MALAYSIA KU...

Jika melibatkan media/ wartawan, mereka akan diambil tindakan tegas..

TETAPI.. Jika melibatkan PM Najib (kenyataan menyokong keberanian pengganas ISIL) hingga kini Ketua Polis Negara terus membisu..KENAPA !!!

ADAKAH FAKTA INI berani didedahkan oleh pemimpin2 Umno terhadap ahli2nya ??!!

TAHUKAH ANDA selama 28 tahun rakyat M'sia amnya & pemakan dedak Umno khususnya telah ditipu dgn jayanya oleh pemimpin2 Umno bhw umur Umno skrg BUKANNYA 70 TAHUN TETAPI HANYA 28 TAHUN SAHAJA kerana parti Umno 'asal' TELAH DIHARAMKAN pada 28 tahun yang lalu !!!

KENAPA NAK SEMBUNYI & SELEWENGKAN FAKTA UMUR UMNO SEKARANG !!!

APA KELEBIHAN MEREKA INI ??


Begitukah cara umat Islam diajar berdakwah ??

Setelah kau hentam & kafirharbikan mereka. Setelah kau cemari Islam dengan melabel secara nafsu dan melulu terhadap DAP, sekarang kamu ajak mereka memeluk Islam..??

BILA DAH KANTOI... mulalah nak putar alam beri pelbagai alasan lain pula...

Tak pernah terjadi sedemikian dlm sejarah negara !!!

KENAPA kawalan ketat di Majlis Rumah Terbuka Najib (SEHINGGA DUA KALI PEMERIKSAAN KESELAMATAN) sedangkan di Majlis Rumah Terbuka Agong tiada pula dibuat sedemikian ??

Keselamatan nyawa siapa LEBIH UTAMA, Perdana Menteri atau YDP Agong ??!!

NAJIB TAKUT APA ??!!..
Rasuah, skandal kewangan dan penggubahan wang haram.. TAK TAKUT PULA DENGAN ALLAH !!