Rabu, 6 Julai 2016

Pesanan Tok Guru: Walau hanya RM1...

Nik Aziz Nik Mat

KOTA BHARU – Bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sering mengingatkan anak lelaki sulungnya, Nik Omar agar memastikan amanah yang dipikul dalam mengendalikan Maahad Darul Anuar tidak disia-siakan walau nilainya hanya RM1.
Menurut Nik Omar, ayahnya sering mengingatkan dalam setiap apa yang diterima hasil sumbangan orang ramai itu perlu diurus dengan sebaiknya.
“Beliau selalu sebut, kita uruskan sekolah sendiri ini yang tak dapat bantuan rasmi dari mana-mana pihak, macam kita urus sebuah kerajaan. Cuma, sekolah ini kecil sedikit tapi keseluruhannya kita kena fikir.
“Dari sudut amanah, beliau pesan ini adalah harta wakaf dan haknya bukan diwarisi. Jadi, semuanya kita kena bertanggungjawab termasuk pengurusan kewangan, harta benda.
Beliau selalu sebut, walau duit RM1... walaupun sebutir batu jongkong ia adalah nilai daripada derma orang. Maknanya, jimat cermat... kalau keluar dari bilik tutup suis dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Online.
Maahad Darul Anuar merupakan sekolah yang dibina sejak tahun 1963 oleh Allahyarham datuknya yang kini memiliki kira-kira 250 pelajar.
Selain melalui yuran pelajar, sekolah ini beroperasi dengan sumbangan orang ramai.
Selain sistem tahfiz, agama dan akademik yang mengikut Kementerian Pendidikan, sekolah ini turut mengajar bahasa Cina sebagai salah satu silibus yang diamanatkan Allahyarham Nik Aziz.
Menurut Nik Omar, pihaknya sentiasa berusaha agar sekolah itu mendapatkan dana tetap memandangkan kos pengurusannya mencecah RM100,000 sebulan bagi menampung perbelanjaan elaun guru, makan minum pelajar serta bil-bil utiliti termasuk untuk Masjid Pulau Melaka yang terletak berdepan dengan sekolah tersebut.
“Sumbangan orang ramai ini sama ada zakat atau derma biasa; atau orang tersebut berniat wakaf atau berminat untuk menderma bagi pembinaan bangunan, itu memang kita alu-alukan.
“Mereka boleh menyumbang melalui akaun Bank Islam (Maahad Darul Anuar) 03018010044630 dan Maybank (Maahad Darul Anuar) 553131003288,” akuinya ada dua bangunan pembinaannya terbengkalai sejak lima tahun lalu.

Shafie persoal tindakan MT terhadapnya

Mohd Shafie Apdal
SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempersoalkan tindakan Majlis Tertinggi Umno (MT) yang menggantungnya dari parti berkenaan pada 24 Jun lalu.
Menurut Shafie, beliau merasa pelik mengapa MT tidak memanggilnya untuk membela diri terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk menggantung daripada parti berkenaan.
“Gantung dulu baru siasat? Serahkan pada lembaga disiplin untuk siasat? Kita hukum dulu, baru siasat? Saya dikatakan telah bersekongkol dengan pembangkang? Kenapa tidak panggil saya untuk bela diri?” tulisnya di dalam laman sosial Twitter semalam.
Selain daripada itu, Shafie yang juga merupakan ahli Parlimen Semporna turut memaklumkan bahawa beliau adalah merupakan Naib Presiden Umno Malaysia dan bukannya hanya sekadar Naib Presiden Semporna, maka sudah semestinya menjadi tanggungjawabnya untuk menegur pimpinan parti.
Di samping itu, Shafie turut memanjangkan ucapan terima kasih kepada rakyat Semporna kerana masih percaya dan menyokong perjuangan yang di bawa oleh beliau selama ini.

Hari ini, Shafie mengumumkan untuk keluar dari Umno selepas MT memutuskan untuk menggantungnya daripada parti berkenaan berkuat kuasa pada 24 Jun lalu.
Selain Shafie, bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut dipecat serta-merta.
Dalam pada itu, pengumuman keluar parti oleh Shafie turut mendapat komen yang membina daripada para netizen.

Lima sebab kenapa BN kekal memerintah.........

BN
PUTRAJAYA – Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan menyenaraikan lima kelebihan BN yang tidak dapat ditandingi pembangkang.
Kata Sohaimi, kelebihan tersebut bukan sahaja menyumbang kepada faktor kemenangan BN pada pilihan raya sebelum ini, malah jelasnya lagi, ia juga boleh dijadikan posyen kemenangan mereka menjelang PRU14 kelak.
Ujar Sohaimi, penyatuan parti, bangsa, kaum dan agama dalam BN merupakan kunci penting bagi BN dalam melakar sejarah politik tanah air.
Tanpa penyatuan, BN tidak mungkin boleh kekal memerintah dan mengurus tadbir negara dengan baik seperti sekarang.
“Yang kedua, gerak kerja kita konsisten daripada dulu sampai sekarang. Tidak ada perubahan
“Macam pembangkang ini (gerak kerjanya) berubah-ubah. Sekejap macam itu, sekejap macam ini,” katanya ketika ditemui Sinar Online, baru-baru ini.
Katanya lagi, BN juga mampu membela rakyat dan menunjukkan bukti pembelaan tersebut kepada masyarakat dan bukannya janji semata-mata.
Malah katanya lagi, BN juga sangat konsisten dengan apa jua yang disuarakan berbanding dengan pembangkang yang berpecah-belah dan kelam kabut dengan janji-janji mereka.
“Saya nampak kita ada banyak sokongan yang sangat padu daripada seluruh negara. Sokongan juga diberi oleh seluruh parti daripada peringkat tertinggi sehingga ke peringkat akar umbi.
“Pakatan Harapan tidak ada semua itu. Bila kita menamakan seseorang calon yang bertanding dalam pilihan raya, kita konsisten memenangkan calon dan tidak berlaku perpecahan.

Wanita ditembak mati depan anak sendiri di Taman OUG

Penembak melepaskan beberapa das tembakan ke arah peniaga wanita yang sedang memandu MPV.
car_tembak
PETALING JAYA: Lagi kes tembakan dan mangsa terbaru adalah seorang peniaga wanita berbangsa Cina.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 2 petang tadi di Taman OUG, Jalan Klang Lama, ibu negara.
Menurut laporan Oriental Daily, penembak melepaskan tembakan ke arah peniaga wanita yang sedang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV).
Mangsa mati di tempat kejadian akibat terkena beberapa das tembakan.
Sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur sedang menjalankan siasatan di tempat kejadian.
Menurut laporan China Press, tembakan itu berlaku di hadapan sebuah stesen minyak yang terletak berhampiran sebuah pasar dengan ramai orang lalu lalang di tempat kejadian.

Kawalan Ketat Di Majlis Rumah Terbuka PM


PUTRAJAYA: Beribu-ribu orang berkumpul untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri di kediaman rasminya di Seri Perdana.

Orang ramai mula hadir seawal jam 9 pagi dan berbaris untuk memasuki Seri Perdana dengan sabar walaupun acara terbuka itu dijadualkan bermula pada pukul 10 pagi.

Tahap keselamatan adalah ketat, dengan setiap tetamu perlu menjalani proses imbasan, manakala beg mereka juga diperiksa sebelum memasuki kediaman perdana menteri.

Pemeriksaan keselamatan kedua di pintu masuk utama ke kediaman rasmi perdana menteri turut dilakukan.

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Perdana Menteri akan bermula seperti yang dijadualkan dan berakhir pada jam 4 petang.

Orang ramai akan dapat bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta menteri-menteri kabinet lain.

Banyak makanan untuk pengunjung telah disediakan di dalam kawasan Seri Perdana.

Para tetamu juga akan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan oleh kumpulan kebudayaan daripada Istana Budaya.

Imej PH kembali mantap hadapi kezaliman BN ke atas Guan Eng


Pengaruh militan paling kuat di IPT - Zahid

Kerajaan akan mendapatkan kerjasama bekas militan tempatan yang berjaya dideradikalisasi untuk membantu meningkatkan kesedaran umum mengenai ancaman keganasan.
Zahid-Hamidi_isis_student_600
PUTRAJAYA: Institusi pengajian tinggi (IPT) dikenal pasti sebagai tempat yang dikhuatiri mempunyai pengaruh paling kuat kumpulan keganasan militan, dedah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Ini bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di negara-negara lain,” katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan anggota Jemaah Menteri di Seri Perdana hari ini.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kerajaan akan mendapatkan kerjasama bekas militan tempatan yang berjaya dideradikalisasi untuk membantu meningkatkan kesedaran umum mengenai ancaman keganasan.
Katanya, selain media massa, mereka yang terbabit juga akan dibawa ke IPT untuk tujuan tersebut.
“Kami akan meminta agar mereka bersama pihak berkuasa dan muncul untuk beri kesedaran kepada rakyat dan mereka yang mungkin terpengaruh dengan sentimen IS (Daesh) agar tidak terlibat dalam aktiviti yang sedang berlaku,” katanya.
Ahmad Zahid berkata, beberapa langkah juga sedang diambil Kementerian Dalam Negeri dan polis bagi mengelakkan insiden keganasan seperti serangan bom di sebuah premis hiburan di Puchong pada 28 Jun lepas, daripada berulang.
“Saya ingin menegaskan polis sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi apa jua keadaaan.
“Kita tidak akan melepaskan seorang pun jika mereka lakukan perbuatan yang mengancam keselamatan negara dan mengganggu ketenteraman rakyat,” katanya.
Menurutnya, pihak berkuasa juga akan terus memantau tindakan-tindakan berunsur keganasan terutamanya di media sosial dan sistem komunikasi lain supaya pengaruh tersebut tidak menular di negara ini.

Politik PKR, Amanah makin tepu kemaruk pemimpin kitar semula



Oleh Abdul Rahman Malik
Adakah tempoh ‘asmara pandang pertama’ di antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Pakatan Harapan (PH) akan terencat apabila diselar oleh Solidariti anak muda (SAMM) yang amat sensitif soal nilai perjuangan?

SAMM dengan lantang menjerkah ‘masalah komunikasi’ di kalangan pemimpin-pemimpin PH yang 'tergila-gilakan' Muhyiddin yang baru ditalak Umno sebagai Timbalan Presidennya.
 
Sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memang amat sensitif soal nilai dan amalan budaya politik, SAMM menolak pandangan Amanah yang dilaporkan menyokong idea Muhyiddin Yassin menjadi ketua pembangkang baru.
 
Mahathir, Muhyiddin akan sertai Umno semula lepas misi jatuhkan Najib berhasil
 
Penyelaras Muda SAMM, Faisal Zainal berkata, perkara berkenaan tidak boleh dipertimbangkan kerana Muhyiddin semasa berkhidmat dalam kerajaan, telah bertindak melakar dan menyokong dasar-dasar yang menindas rakyat.
 
"Antaranya pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Akta SOSMA, Pindaan Akta Hasutan, Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Belanjawan Negara yang menindas rakyat. 
 
"Soalnya, adakah Muhyiddin semasa beliau berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri gagal memahami derita rakyat. Dan setelah hilang kuasa baru nak fahami derita rakyat?," katanya dalam satu kenyataan.
 
Faisal menegaskan bahawa tiada keperluan untuk Muhyiddin diangkat sebagai ketua pembangkang baru. Malah beliau tidak perlu dibawa masuk dalam 'rumah' perjuangan PH.
 
"Pasukan Mahathir dan Muhyiddin hanya mahu menggunakan Pembangkang dalam misi menggulingkan Najib sebagai Perdana Menteri. 
 
"Selesai misi Najib digulingkan, Pasukan Mahathir dan Muhyiddin akan meyertai Umno semula, kembali berkuasa dan kembali memijak pembangkang. 
 
"Semoga pimpinan Pakatan Harapan sedar mengenai perkara ini sebelum terlambat dan tidak dipatuk dari lubang yang sama," ujarnya lagi. 
 
Media dituduh salahlapor 
 
Semalam, sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang memetik kenyataan Ahli Jawatankuasa Pusat Amanah, Mazlan Aliman berkata, parti itu mahu Muhyiddin dipertimbangkan sebagai ketua pembangkang baharu PH.
 
Mazlan juga dikatakan mengakui wujud perbincangan dalam parti untuk mencadangkan pelantikan bekas Timbalan Presiden Umno itu ke seluruh pimpinan Pakatan Harapan.
 
Bagaimanapun Mazlan kemudian tampil menafikan perkara berkenaan dan mendakwa laporan tersebut jauh tersasar serta berniat jahat.
 
Penegasan itu diulangi oleh Pengarah Komunikasi Amanah,  Abdul Khalid Samad yang berkata, Mazlan Aliman sebenarnya bermaksud Amanah Johor sedia memberi platform untuk Muhyiddin bersuara.
 
"Ini memandangkan Muhyiddin ketika ini pemimpin yang tidak berparti. Jadi, kenyataan yang dikeluarkan tidak ada kena mengena dengan soal Muhyiddin menjadi ketua pembangkang," katanya.
 
Malah kata Khalid, Amanah Johor juga tiada kuasa untuk melantik sesiapa menjadi ketua pembangkang.
 

KL ibarat bandar asing ketika Aidilfitri

Ketika umat Islam berkumpul bersama keluarga di kampung menyambut Aidilfitri, bandaraya Kuala Lumpur bertukar wajah dengan dipenuhi ribuan warga asing yang membanjiri tempat-tampat tumpuan pelancong.
Walaupun bukan fenomena baharu tetapi ia sudah menjadi tradisi ketika cuti perayaan, mereka akan bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur bagi memenuhi masa terluang.
Keadaan jalan raya dan stesen pengangkutan awam yang lengang berbanding hari biasa memudahkan mereka untuk bergerak di sekitar bandar metropolitan itu.
Namun lambakan warga asing sentiasa menimbulkan rasa kurang menyenangkan di kalangan warga kota kerana sikap mereka yang kurang menjaga kebersihan kawasan sekitar.
Berdasarkan tinjaun Bernama, ribuan warga asing dari Bangladesh, Myanmar, Pakistan, Vietnam, Indonesia dan Nepal mengambil kesempatan cuti umum untuk 'menyerbu' beberapa kawasan tumpuan ramai.
Antara lokasi "panas" ialah di pusat beli-belah Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Bukit Bintang, Pasar Seni dan Kota Raya.
Menurut Siti Sarah Abdul Rahman, beliau yang terpaksa bekerja di hari raya sudah lali dengan pemandagan KLCC yang tidak ubah seperti berada di negara asing.
Beliau yang bekerja di sebuah premis di dalam KLCC berkata sekitar Menara Berkembar Petronas akan dibanjiri warga asing setiap kali musim perayaan.
"Saya dah lali dengan pemandangan macam ini, memang tak selesa sebab ada di antara warga asing ini suka meludah di tepi jalan.
"Saya pun ada rasa takut sebab mereka suka duduk secara berkumpulan, saya khuathir dengan keselamatan saya," katanya ketika ditemui, hari ini.
Walaupun kehadiran warga asing merimaskan segelintir warga kota, namun bagi pemandu teksi, ia ibarat lombong emas buat mereka kerana warga asing kerap menggunakan teksi untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
Menurut Chin Chew Wong, seawal jam 7 pagi hingga 1 petang, beliau telah membuat lebih 10 perjalanan dari Kampung Pandan, Batu Cave, Pandan Jaya dan Kepong membawa warga asing yang hendak ke pusat bandar.

KENAPA JADI BEGINI?

Apakah insiden menghalau media ini dalam pengetahuan Perdana Menteri, Najib Razak dan PMO?

Kenapa jadi begini? 

Apakah masih ada kesalahan yang tidak boleh dimaafkan?
Bukankah 1 Syawal merupakan hari untuk bermaaf-maafkan, merapatkan hubungan sesama insan dan melupakan persengketaan lalu?

Lagi pula namanya pun rumah terbuka, kenapa perlu mereka dihalau?

Atau Najib dan PMO tidak mengetahuinya sama-sekali mengenainya?

Jika begitu, siapa yang memberi arahan sedemikian?

Suasana Aidilfitri bukti istilah kafir harbi tidak relevan di Malaysia


Datuk Wan Rahim memotong kek bersama pengunjung bukan Islam sebelum menjamu selera di rumah terbuka beliau pagi tadiDatuk Wan Rahim memotong kek bersama pengunjung bukan Islam sebelum menjamu selera di rumah terbuka beliau pagi tadi
Kebersamaan masyarakat bukan Islam termasuk kaum Cina dalam merayakan Aidilfiti setiap tahun adalah antara petunjuk istilah kafir harbi langsung tidak sesuai digunakan di Malaysia.
Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah berkata setiap tahun beliau dikunjungi orang bukan Islam tanpa mengira latar belakang agama dan pegangan politik.
"Meraka ziarah saya semasa saya menjadi guru lagi dan tidak kena mengena dengan perjuangan saya dalam politik," katanya kepada Malaysia Dateline di majlis rumah terbuka beliau hari ini.
Menurut beliau , mereka datang dengan penuh hormat dan sebahagian membawa kueh mueh untuk sama-sama memeriahkan perayaan orang Islam.
Sebab itu katanya beliau terkejut dengan timbulnya isu yang mengatakan parti DAP adalah kafir harbi kerana dikatakan memusuhi Islam.
"Saya berkawan dengan pelbagai jenis orang bukan Islam termasuk ahli DAP dan bagi saya mereka tidak berbeza dari segi menghormati agama Islam dan orang Islam di negara ini," katanya.
Penziarah termasuk yang bukan muslim tidak melepaskan peluang bergambar dengan Datuk Wan RahimPenziarah termasuk yang bukan muslim tidak melepaskan peluang bergambar dengan Datuk Wan Rahim
Bagi beliau percubaan mengaitkan pandangan berbeza DAP dalam isu hudud dan Akta 355 tidak harus dengan mudah dijadikan sebab menghukum mereka kafir harbi.

Najib terpalit skandal hutang RM42 bilion.. BUKAN ISU PENTING !!!

RM2.6 bilion masuk akaun bank peribadi Najib..
juga BUKAN ISU PENTING !!!

YANG PENTING.. jaga hati rakyat, bg #BR1M supaya UMNO & BN BOLEH MENANG lagi 'rompak' kekayaan negara & kantong rakyat DAN KENCINGKAN RAKYAT !!!

Mesej tidak jelas punca kekalahan PH di dua PRK - Saifuddin Abdullah.

Nurul Izzah: We've been asked to learn from The Three Kingdoms

IGP: Saya tak kesal kata ‘baliklah kalau berani’ kepada IS

IGP: Easier to monitor cops linked to terrorism

Zahid: IS influence may be strongest in universities

Malaysians going to Syria for Daish activities will be detained once they return - IGP

Khalid beri amaran kepada media yang temubual DAISH

Anwar: Selepas Guan Eng, giliran bekas pemimpin Umno

Anwar berkata tindakan ke atas pemimpin pembangkang akan hanya menguatkan semangat mereka.
anwar
PETALING JAYA: Sambil melahirkan rasa terkejut dengan pendakwaan rasuah ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran bekas pemimpin Umno akan turut dihadapkan ke mahkamah.
“Saya yakin serangan seperti ini tidak akan berhenti dengan Lim Guan Eng sahaja tetapi akan diperluas kepada pimpinan lain, malah mungkin juga dari kalangan bekas pimpinan Umno-Barisan Nasional yang bangkit untuk berjuang demi menyelamatkan Malaysia,” kata Anwar dalam satu kenyataan daripada penjara.
Anwar berkata tindakan sedemikian tidak akan melemahkan pemimpin pembangkang.
“Pemimpin seperti Guan Eng dan ramai lagi tidak akan sesekali berundur; malah mereka akan bangkit untuk berjuang dengan lebih kuat demi demokrasi, keadilan dan urus tadbir kerajaan yang baik.”
Ia merupakan reaksi pertama Anwar sejak Guan Eng didakwa atas dua tuduhan rasuah Khamis lepas berhubung penukaran sebidang tanah pertanian kepada tujuan kediaman, dan pembelian banglo daripada ahli perniagaan Phang Li Khoon pada harga bawah pasaran.
Anwar turut membidas tindakan ke atas Guan Eng “pendakwaan keji dan bersifat politik”.
“Saya yakin beliau dan DAP akan tabah dalam menghadapi serangan terbaru ini,” kata Anwar, yang kini menjalani tahum kedua hukuman lima tahun penjara selepas disabitkan kesalahan meliwat Februari tahun lalu.

Keganasan di bulan Syawal, Mujahid kecam pengganas

Naib Presiden Amanah berkatra serangan menunjukkan pengganas layak digelar kejam dan tidak berhati perut.
mujahid-rawa
PETALING JAYA: Parti Amanah Negara mengutuk serangan di tanah suci orang Islam oleh pengganas.
Naib Presidennya, Mujahid Yusof Rawa dalam satu kenyataan berkata serangan itu menunjukkan pengganas layak digelar kejam dan tidak berhati perut.
“Kejadian di Masjid Nabawi dan Bandar Qatif serta Jeddah semalam dan sebelumnya di Turki dan Bangladesh serta di Puchong, Malaysia mendesak warga dunia mempertingkatkan peperangan ke atas pengganas dengan segala kemampuan yang ada,” katanya.
“Seluruh warga dunia khususnya umat Islam mengutuk serangan di tempat suci kedua bagi umat Islam selepas Masjidil Haram di Mekah.”
Beliau berkata ketenangan menyambut bulan Syawal dirosakkan dengan kebencian, keganasan dan kebinatangan, sambil menambah Al-Quran mengharamkan pertumpahan darah dan mewajibkan memelihara nyawa.
“Al-Quran menyifatkan membunuh satu nyawa adalah seolah membunuh manusia keseluruhannya dan begitulah sebaliknya memelihara satu nyawa manusia seolah telah menghidupkan keseluruhan kemanusiaan,” katanya memetik surah Al-Maidah.
Beliau menggesa orang ramai supaya menolak ideologi IS dan teruskan melawan keganasan.
“Kita harus bersatu menentang ideologi keganasan dengan meyakini bahawa membudayakan kebebasan bertanggungjawab dan menghormati kemanusiaan adalah jalan ke hadapan untuk membenteras bibit-bibit keganasan selain punya pertahanan nasional tangkas yang memelihara keselamatan awam dan negara,” katanya.

Pelampau bertopeng Islam yang memalukan Islam

Orang-orang beremosi keterlaluan yang bertindak melampau di luar batasan inilah punca agama Islam semakin dipandang serong dan dibenci kaum lain serta di mata dunia.
ISIS
Pengesahan Ketua Polis Negara semalam yang letupan bom di pusat hiburan Movida, Puchong pada 28 Jun lalu adalah serangan IS pertama di negara ini menunjukkan perpecahan kaum di Malaysia semakin melarat dan parah.
Serangan itu sebenarnya hanya didalangi seorang warganegara Malaysia merupakan pejuang IS di Syria yang menyimpan dendam kesumat terhadap kerajaan serta pasukan keselamatan negara tetapi menjadikan rakyat jelata sebagai mangsa perjuangan “jihad” mereka.
Kini, ramai yang takut keluar malam dan berkunjung ke pusat hiburan mahupun kedai makan kerana bimbang menjadi mangsa serangan IS.
Keadaan ini secara langsung menyebabkan perniagaan merosot dan seterusnya menjejaskan ekonomi negara kerana rakyat mengurangkan perbelanjaan mereka.
Individu yang menggelar diri “pejuang” IS itu sebenarnya hanya memperjuangkan sentimen perkauman dengan menyalahgunakan nama baik Islam bagi memecahbelahkan rakyat berbilang kaum di negara ini.
Ketaksuban penyokong dan anggota IS menyalahgunakan Islam sebagai topeng untuk menghalalkan segala perbuatan haram mereka dengan melancarkan perang ke atas orang-orang tidak berdosa adalah perbuatan keji, kejam dan bodoh.

Bekas KPN: Guna pendekatan bersepadu pelbagai kementerian tangani IS

Menangani ancaman pengganas IS memerlukan tindakan bersepadu dan serempak melibatkan pelbagai kementerian terutamanya pendidikan, kata Musa Hassan.
musa
PETALING JAYA: Semua kementerian kerajaan perlu mempunyai rancangan untuk menangani ancaman IS kerana polis secara bersendirian tidak mampu untuk mengesan, menangkap atau mengurang aktiviti pengganas.
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata menangani ancaman IS memerlukan kesepaduan usaha semua kementerian kerajaan, terutamanya melalui pendidikan, untuk menangani ancaman dalam negara atau melibatkan warga Malaysia di luar negara.
Katanya kementerian perlu menggemblengkan usaha mencipta kesedaran berhubung IS dan penganas dalam kalangan masyarakat, sekolah dan institusi pendidikan tinggi.
Musa, yang merupakan ketua polis negara daripada 2006 ke 2012, menjelaskan rakyat Malaysia secara amnya masyarakat yang aman tetapi sesetengahnya terbawa-bawa oleh isu ke arah ekstremisme, antaranya isu Palestin.
“Kita tidak patut mencabar mereka. Sebaliknya, tingkatkan usaha melalui saluran-saluran yang bersepadu dan serempak untuk memberkas saspek. Ini satu-satunya cara untuk kita berkas mana-mana saspek,” katanya.
Selain pendidikan, Musa berkata Imigresen memainkan peranan penting dalam membantu polis memantau individu-indidu yang meragukan.
“Untuk menjayakannya, polis perlu mengambil isu ini secara bersungguh dan memperincikan latar belakang mana-mana saspek dan serahkan nama mereka kepada jabatan-jabatan lain untuk dipantau,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian mengulas pengesahan serangan di kelab malam Movida di Puchong minggu lalu serangan IS pertama yang berjaya dilaksanakan di negara ini.
Serangan itu yang menyebabkan lapan orang cedera dilaksanakan oleh warga tempatan, yang menerima arahan daripada anggota IS Muhamad Wanndy Mohamad Jedi di Syria.

Polis ikrar buru militan IS keluar ancaman di media sosial

Berikutan tindakan militan IS mengisytihar perang ke atas Malaysia dan Indonesia melalui klip video, polis Malaysia berikrar memburu mereka yang mengeluarkan ancaman melalui media sosial untuk menakut-nakutkan orang ramai.
Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun hari ini berkata polis tidak akan berkompromi dalam kes mana-mana pihak yang cuba menyebarkan ideologi kumpulan itu di negara ini.
"Polis akan memantau daripada semua aspek, termasuk (klip video) Youtube, antara medium yang kerap digunakan kumpulan itu untuk menakut-nakutkan rakyat," katanya.
IS dilapor mengisytiharkan perang terhadap Malaysia dan Indonesia dalam klip video yang dikeluarkan di mana kumpulan militan itu mahu menjatuhkan para pemimpin dan kerajaan.
Mohamad Fauzi berkata polis akan memantau setiap platform media sosial yang ada di negara ini.
Katanya walaupun video yang dikeluarkan IS itu sekadar drama mereka untuk menakut-nakutkan rakyat negara ini, namun PDRM memandang serius perkara itu.
"Mereka ini (militan IS) tidak akan berhenti untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia.
"Mereka menggunakan media sosial sebagai platform untuk mengugut dan mengancam menyerang negara dan kita mesti memperkasakan proses undang-undang untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini," katanya.
Mohamad Fuzi berkata matlamat utama kumpulan militan IS adalah melakukan serangan ganas dan memastikan agar rakyat Malaysia sentiasa berada dalam ketakutan.
"Inilah taktik yang digunakan oleh IS untuk menakutkan rakyat, namun perkara ini tidak boleh dibenarkan berlaku di Malaysia.

Strategi ganjaran atau hukuman amalan biasa – Salleh

Mahathir sedar perkara ini kerana beliau sendiri pernah menggunakannya, kata Salleh Said Keruak
salleh-mahathir
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menuduh pengundi dalam pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya kecil parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini sebagai korup.
Beliau berkata Dr Mahathir mungkin terlupa apa yang beliau pernah kata dan lakukan ketika menjadi Perdana Menteri untuk mendorong pengundi mengundi Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata sebagai contoh apabila Kelantan jatuh kepada PAS-Semangat 46 pada 1990, Dr Mahathir membatalkan peruntukan RM600 juta yang diluluskan oleh kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf sistem bekalan air untuk Kelantan.
“Dr Mahathir ketika itu berkata jika mereka mahu peruntukan RM600 juta, maka dalam pilihan raya umum akan datang, mereka mesti mengundi BN,” katanya menerusi posting dalam blog beliau, sskeruak.blogspot.my, hari ini.
Salleh berkata, Dr Mahathir juga mungkin terlupa bahawa ada dua cara untuk memotivasi seseorang bersandarkan kepada strategi memberi ganjaran dan hukuman atau dikenali sebagai “carrot and stick strategy.”
“Pengundi di seluruh dunia akan mengundi berdasarkan bagaimana ia memanfaatkan mereka daripada segi kewangan. Situasi ini berlaku walaupun di Barat yang lebih maju seperti di Eropah dan Amerika Syarikat.
“Justeru, jika mereka mahu berada dalam kedudukan lebih baik daripada segi kewangan dengan menyokong anda, maka mereka akan menyokong anda. Strategi lain, ialah menghukum atau mengugut untuk menghukum jika mereka enggan menyokong anda,” kata Salleh.
Memetik contoh keadaan menjelang pilihan raya umum 1999, Salleh berkata Dr Mahathir muncul dalam siaran televisyen ketika itu dan berkata jika BN tidak memperoleh majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum tersebut, maka Kerajaan Persekutuan tidak dapat menjamin keselamatan rakyat Malaysia.
Salleh mempersoalkan bagaimana Dr Mahathir boleh menuduh pengundi sebagai korup sedangkan beliau sendiri menggunakan taktik tertentu untuk mempengaruhi pengundi supaya mengundi BN.