Selasa, 5 Julai 2016

Takbir Raya (Amanah)

Idilfitri - Kepimpinan Dipercayai dan Negara Beramanah

"Tahukah kamu, orang yang sedang mendustakan agama?
Yang demikian itu, mereka yang melalaikan (nasib) anak yatim,
Dan tidak berusaha memberi makan orang-orang miskin"
Surah Al Ma'un: 1-3

"Sedangkan kamu memakan harta warisan (harta milik orang ramai) dengan cara penipuan,
Dan kamu sangat mencintai harta dengan kecintaan yang berlebihan".
Al Fajr: 19-20

Ramadhan memperhalus keprihatinan kepada kumpulan insan yang lemah - terlantar sakit, miskin dan fakir, anak yatim, armalah dan kaum mustad'afin.

Kepincangan sosial dan ekonomi yang melahirkan jurang adalah jenayah agama yang sewajibnya dibetulkan bersama.

Idilfitri mengajar kita menikmati kegembiraan kolektif sebagai satu ummat. Atas tujuan itu, zakat fitri/fitrah diwajibkan.

Supaya pandangan sentiasa tertumpu kepada kumpulan tersisih, terbiar, melarat dan tertindas.

Nasib mereka dikongsi, kegembiraan disebarkan dan sebarang punca kemelaratan itu - baik masyarakat atau negara - dibanteras.

Dilanjutkan dengan Negara Beramanah dan Kepimpinan Dipercayai.

Setiap sen wang negara yang diselewengkan, disitu ada hak kaum yang miskin dan lemah.

Semoga semangat Ramadhan dan tuntutan Idilfitri, mendorong kita bergerak mendapatkan kepimpinan beramanah dan negara berkebajikan - sebagai jalan selamat menuju keredhaan Ilahi yang sebenar.

Dan kaum yang lemah tidak hanya gembira semusim yang singkat, tetapi menikmati hak mereka yang berterusan dalam negara mereka.

Keriangan Idilfitri dalam batas taqwa, untuk anda semua dari saya dan keluarga.

Husam Musa dan Keluarga
1 Syawal 1437

Dr M: Kemenangan BN di PRK tidak halal

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menekan bahawa kemenangan BN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak halal.

Katanya, BN menang di kedua-kedua PRK ini kerana rasuah.

"Dalam PRK baru-baru ini ramai daripada pengundi gembira menerima duit, beras dan alatan elektrik. Mereka tentu tahu mereka telah menerima suapan rasuah. Yang memberi pun tentu tahu mereka melakukan perbuatan yang salah di sisi undang-undang dan juga di sisi agama yang mereka anuti. Kerana rasuah inilah, pihak yang menyogok mendapat kemenangan."

"Kemenangan yang didapati dengan cara tidak halal bukanlah kemenangan yang sebenar. Seperti mana barangan yang dicuri tidak halal diguna atau dimakan, demikian juga kemenangan itu tidak halal," katanya dalam catatan terbaru di blog Chedet.com.

Tambahnya,  di dunia ini mereka tidak dapat dihukum kerana mereka sendiri yang berkuasa ke atas proses mendakwa dan menghukum.

"Tetapi perbuatan tidak mendakwa dan menghukum juga salah dari segi undang-undang duniawi serta agama. Ini juga melipatgandakan kesalahan dan dosa perlakuan mereka. Sogokan yang diberi dan diterima oleh penerima sudah dua kali haram" tegas beliau sambil mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakyat Malaysia.

Menurutnya lagi, punca duit yang disogok juga haram kerana ia didapati dengan cara haram. Mereka yang menerima dengan ini menerima duit tiga kali haram.

"Dalam Islam kita diberi hak bertaubat. Tetapi taubat kita hanya diterima Allah s.w.t. jika kita tidak mengulangi perbuatan salah yang telah kita lakukan. Mereka yang menunggu-nunggu untuk sogokan dimasa hadapan harus ingat pesanan dalam Al Quran berkenaan bertaubat," katanya.

KPN didakwa gagal sekat militan IS tempatan

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Kepimpinan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilihat gagal menyekat kemasukan pengaruh militan IS ke Malaysia ekoran beberapa kejadian keganasan berlaku, kata Pemuda Amanah Nasional, Mohd Fakhrurazi Mokhtar.
Menurutnya, rakyat tambah terkejut apabila dua anggota polis berpangkat rendah turut ditahan selain 13 individu lagi yang dipercayai terjebak dengan aktiviti IS di negara ini.
"Ini kelemahan anggota polis di bawah pimpinan KPN (Ketua Polis Negara) sendiri," ujarnya kepada Malaysia Dateline hari ini.
Mengulas pengesahan Khalid semalam tentang wujudnya militan IS tempatan sebagai dalang dalam letupan di sebuah pusat hiburan di Puchong, 28 Jun, Fakhrulrazi berkata, insiden tersebut berlaku pada ketika tumpuan polis lebih kepada aktiviti pemimpin parti pembangkang.
"Dakwaan Khalid bahawa kumpulan IS tempatan diarah menyasarkan pemimpin kanan kerajaan termasuk Perdana Menteri, pegawai polis, hakim dan pusat hiburan amat menimbulkan kehairanan kepada rakyat Malaysia," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru supaya Khalid benar-benar serius menangani ancaman militan IS dengan tidak  menjadikan fokus polis untuk memantau penggunaan media sosial yang didakwa sebagai saluran kepada arahan serangan bagi kepentingan politik pihak tertentu.

1MDB terus penuhi obligasi hutang..raya sakan wang negara...!!

1Malaysia Development Bhd (1MDB) sekali lagi membuktikan pengkritiknya salah apabila, pada 29 Jun, 2016, telah membayar RM1.579 juta kupon faedah bagi sukuk RM2.4 bilion Bandar Malaysia yang matang pada 2024.
1MDB, ketika dihubungi mengesahkan pembayaran berkenaan.
Pembayaran itu merupakan pembayaran faedah kedua yang dibuat oleh 1MDB sejak pertikaiannya dengan syarikat berpangkalan di Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).
Pembayaran pertama pada Mei apabila 1MDB membuat pembayaran kupon berjadual berjumlah RM143.75 juta bagi Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) RM5 bilion pada 5.75 peratus yang matang pada 2039.
Kedua-dua bayaran itu menunjukkan bahawa syarikat mempunyai kecairan yang mencukupi untuk membuat bayaran faedah dan memenuhi obligasi hutang semasanya walaupun terdapat kritikan.
Pembayaran itu juga menunjukkan komitmen syarikat terhadap obligasi hutang.
"1MDB menegaskan bahawa, walau apa pun pertikaian dengan IPIC, syarikat akan terus memenuhi obligasi hutang semasa," kata Presiden 1MDB Arul Kanda.
Beliau menegaskan bahawa syarikat itu kekal fokus untuk menyelesaikan pertikaian dengan IPIC dan komited kepada proses dialog berterusan dan berusaha ke arah penyelesaian demi kepentingan semua pihak berkepentingan.
Seorang peguam kanan dihubungi Bernama berpendapat timbang tara sebagai kaedah mencari penyelesaian yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak dan merupakan opsyen yang biasanya terdapat dalam kontrak.
"Oleh itu, tindakan tersebut bukan suatu yang luar biasa dan proses ini dikawal oleh peraturan timbang tara," katanya.
Dalam kes pertikaian 1MDB-IPIC, IPIC memfailkan permintaan timbang tara dengan Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London (LCIA) dan 1MDB mempunyai tempoh sehingga 11 Julai 2016 untuk mengemukakan jawapan balas sama ada bersetuju dengan proses timbang tara itu.
Syarikat itu berkata ia akan memfailkan jawapan segera pada atau sebelum tarikh akhir.
Bagaimanapun, sesetengah pihak membuat tanggapan salah yang 1MDB dan pemegang saham perlu membuat pembayaran obligasi pada 11 Julai 2016.
Peguam kanan itu berkata, 11 Julai 2016 itu sebenarnya hanya untuk 1MDB memfailkan jawapannya kepada permintaan IPIC bagi timbang tara.
"Ia satu permulaan kepada timbang tara, yang merupakan satu proses persetujuan bersama bagi pihak yang mempertikaikan untuk menyelesaikan perkara-perkara secara baik, tanpa menjejaskan hubungan jangka panjang," katanya.
"Jika ya, kedua-dua pihak akan melantik penimbang tara yang saling diterima oleh mereka. Pada masa itulah, baru pengurusan kes bermula dengan kedua-dua pihak memfailkan kenyataan tuntutan dan pembelaan masing-masing serta bantahan," kata peguam itu.
Peguam itu menegaskan bahawa walaupun terdapat persamaan dengan proses mahkamah tetapi LCIA sebenarnya bukan mahkamah.
"Tidak ada kaitan antara LCIA dan mana-mana mahkamah," kata LCIA dengan jelas dalam soalan lazim (FAQ) yang disiarkan di laman webnya: http://www.lcia.org/Frequently_Asked_Questions.aspx
Di bawah adalah beberapa perkara terpilih dalam FAQ mengenai LCIA.

Polis tangkap suspek bunuh aktivis PKR

Kes pembunuhan aktivis PKR, Bill Kayong berjaya diselesaikan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Dalam tweet hari ini, beliau memuji Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak berhubung kejayaan dalam menangkap suspek yang didakwa membunuh Kayong itu.
"Penembak ditangkap dan dan senjata pembunuhan dijumpai," katanya.
Motif pembunuhan dipercayai berkaitan dengan isu tanah adat (NCR). Polis Sarawak dijangka mendedahkan butirannya lebih lama lagi.
Kayong terkenal sebagai seorang aktivis yang memperjuangkan hak tanah adat kaum pribumi dan juga adalah calon PKR bagi kerusi Bekenu semasa pilihan raya negeri Sarawak, Mei lalu.
Beliau telah ditembak mati di lampu isyarat Jalan Kuala Baram, Miri berhampiran sebuah pasar raya pada pagi 21 Jun Senjata pembunuhan dilaporkan adalah sepucuk senapang patah.
Pada 30 Jun dan 1 Julai, pihak polis menahan enam orang yang berumur di antara 22 dan 41 untuk disoal siasat berhubung pembunuhan itu.

Negara sedang tuju kehancuran kerana rasuah, kata Mahathir

Negara menuju kehancuran kerana rasuah, kata Tun Dr Mahathir Negara menuju kehancuran kerana rasuah, kata Tun Dr Mahathir
Bekas perdana menteri yang paling lama memerintah, Tun Dr Mahahthir Mohamad menyifatkan, negara ini sedang menuju kehancuran kerana rasuah diperguna secara meluas untuk menguasai segala-galanya.
Dalam tulisan beliau dalam blognya, Mahathir berkata, dalam pilihanraya kecil baru-baru ini ramai daripada pengundi gembira menerima duit, beras dan alatan elektrik.
"Mereka tentu tahu mereka telah menerima suapan rasuah. Yang memberi pun tentu tahu mereka melakukan perbuatan yang salah di sisi undang-undang dan juga di sisi agama yang mereka anuti.
"Kerana rasuah inilah, pihak yang menyogok mendapat kemenangan," kata beliau yang dipercayai merujuk kepada pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Bagi Mahathir, k emenangan yang didapati dengan cara tidak halal bukanlah kemenangan yang sebenar. Seperti mana barangan yang dicuri tidak halal diguna atau dimakan, demikian juga kemenangan itu tidak halal.
"Di dunia ini mereka tidak dapat dihukum kerana mereka sendiri yang berkuasa ke atas proses mendakwa dan menghukum. Tetapi perbuatan tidak mendakwa dan menghukum juga salah dari segi undang-undang duniawi serta agama. Ini juga melipatgandakan kesalahan dan dosa perlakuan mereka. Sogokan yang diberi dan diterima oleh penerima sudah dua kali haram," katanya.
Katanya, punca duit yang disogok juga haram kerana ia didapati dengan cara haram.
"Mereka yang menerima dengan ini menerima duit tiga kali haram," katanya.
"Dalam Islam kita diberi hak bertaubat. Tetapi taubat kita hanya diterima Allah s.w.t. jika kita tidak mengulangi perbuatan salah yang telah kita lakukan. Mereka yang menunggu-nunggu untuk sogokan dimasa hadapan harus ingat pesanan dalam Al Quran berkenaan bertaubat," tulis beliau.
Katanya, rasuah adalah suatu jenayah yang keji dan kotor.

Bersatu kekang IS, kata Tuan Ibrahim

"Diam! Kamu bantu ciptakan IS," kata Marina

IS video waging war in Southeast Asia (subtitled)

Muhyiddin dicabar hadir 'Nothing to Hide 3.0', kata JMM

Setelah dipecat Muhyiddin masih digeruni ....


Tn Sri Muhyiddin YassinTn Sri Muhyiddin YassinDalam tahun 1860, Abraham Lincoln memeranjatkan ramai pihak apabila beliau mengalahkan calon-calon yang tampak lebih hebat daripadanya seperti Edward Bates, Salmon Chase dan William Seward untuk menjadi calon presiden Amerika bagi parti Republican.
Lebih memeranjatkan ialah beliau telah melantik ketiga-ketiga pemimpin yang dianggap musuh politiknya ini untuk memegang jawatan terpenting dalam kabinetnya setelah beliau berjaya menjadi presiden.
Perkara yang sama telah dilakukan oleh Tun Mahathir apabila beliau menawarkan jawatan Menteri kepada pencabar politiknya Ku Li dan Musa Hitam yang telah kalah dalam pertandingan menentangnya semasa pemilihan parti pada tahun 1987.
Ini amat berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Dato Seri Mohd Najib terhadap pencabar politiknya.
Najib sering mendakwa dirinya sebagai seorang 'gentleman' tetapi tindak tanduknya jelas menunjukkan bahawa beliau adalah seorang penakut.
Jelas Najib cuba mengaburi mata rakyat tentang kelemahan pentadbiran dan kepimpinannya dengan menafikan hak pemimpin-pemimpin yang tidak bersengkokol dengannya. Lebih buruk lagi ramai di kelilingnya seperti mendapat arahan untuk terus meranapkan kredibiliti musuh politiknya seperti Tun M, Muhyiddin Yassin dan Muhkriz.
Setelah digantung dan kini dipecat keahlian UMNOnya, Muhyiddin masih digeruni oleh Najib dan orang-orangnya. Terbaru terdapat usaha memburukkan namanya oleh pihak yang menganjurkan program yang beliau tidak pernah memberikan persetujuan untuk hadir.
Ada yang begitu berminat dan ternanti nanti apakah tindakan yang bakal diambil oleh Muhyiddin selepas dipecat.
Kerana ketakutan inilah, Najib terpaksa melakukan rombakan kabinet dengan meletakkan orang-orangnya apabila beliau menyedari bahawa kedudukannya semakin rapuh. Ini mungkin ditambah pula dengan desas desus bahawa ada di kalangan pemimpin tertinggi yang sedang bersedia untuk berpaling tadah untuk menyokong Muhyiddin.
 Kata Napolean Bonaparte "A leader is a leader in hope". Malangnya rakyat Malaysia sudah tidak nampak sebarang harapan selagi Najib menjadi pemimpin mereka. Mereka lebih percaya yang mereka mempunyai harapan yang lebih gemilang di bawah Muhyiddin.

Pemimpin MIC dituduh terima rasuah Toyota Vellfire

Antara tuduhan dibuat Ramanan termasuk kontraktor dipaksa membekalkan wanita bagi tujuan seks
ramanan_0
KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin kanan MIC hari ini dituduh menerima rasuah dalam bentuk sebuah MPV mewah ketika beliau menduduki lembaga pengarah sebuah syarikat berkait kerajaan (GLC).
Dakwaan itu dibuat bekas bendahari agung parti itu, R Ramanan, yang turut menunjukkan salinan dokumen dan transkrip menunjukkan bagaimana pemimpin tersebut melakukan peras ugut terhadap seorang kontraktor pada 2014.
FMT cuba menghubungi pemimpin yang dimaksudkan Ramanan itu, tetapi diberitahu beliau kini di luar negara.
Menurut Ramanan, kontraktor itu turut diperas plat nombor kenderaan bernilai RM41,000, di samping sebuah MPV Toyota Vellfire berharga RM378,000 dan wanita bagi tujuan seks, sebagai sogokan mendapat kontrak.
“Kontraktor tidak bersuara selama ini kerana bimbang,” kata Ramanan.
“Sekiranya beliau mahu menyaman saya, dipersilakan. Kami ada bukti, dokuman, transkrip, segala-galanya.”
Ramanan berkata salah seorang kontraktor turut bimbang kehilangan perniagaannya selama 35 tahun disebabkan pemimpin itu.
Menurutnya, pemimpin tersebut juga tidak mengotakan beberapa janji.
Ramanan berkata beliau akan melapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) beserta dengan bukti pada minggu depan.

Zakat: Tangan memberi, mulut menghukum

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, timbul suara-suara lantang mempertikaikan kredibiliti pusat zakat sebagai sebuah badan yang memegang amanah untuk mengutip dan mengagihkan wang zakat.
Di laman sosial, pelbagai kecaman dihamburkan kepada lembaga itu. Tidak kurang kata-kata kesat dan makian dilemparkan kepada dan amil yang ditugaskan menjalankan kewajipan mereka.
Kebanyakan kecaman didorong oleh perasaan emosi dan marah yang meluap-luap. Mereka mempersoalkan ke mana wang zakat disalurkan sedangkan masih terdapat ramai warga yang miskin.
Ada yang sekadar ikut-ikutan. Ada juga yang mendengar khabar angin atau cakap-cakap orang tanpa usul periksa atau menyemak sendiri daripada pusat zakat.
Bahkan, mereka yang tidak pernah membayar zakat, turut sama menghentam dan mempertikaikan institusi itu.
Oleh itu timbul persepsi negatif dan imej kurang menyenangkan terhadap pusat zakat.
Wujud satu sikap baru di kalangan segelintir umat Islam untuk 'memboikot' atau melakukan protes, sebaliknya memutuskan untuk mengeluarkan zakat terus kepada golongan asnaf kerana hilang keyakinan terhadap lembaga berkenaan.
Nanti dulu. Tulisan ini bukanlah semata-mata mahu membela Pusat Zakat. Penulis percaya, institusi zakat wajar menerima kritikan dan memperbaiki kelemahan yang ada.
Tetapi itu bukan bermakna kita wajar menghentam secara membuta tuli dan semberono, seolah-olah tiada langsung sumbangan pusat zakat kepada golongan yang memerlukan.
Sikap negatif dengan menghentam pusat zakat - termasuk yang dipamerkan oleh segelintir agamawan - bagi penulis adalah kurang bertanggungjawab.
Apa yang dikritik?
Di kalangan mereka yang tidak berpuas hati, kritikan utama adalah berkisar mengenai proses permohonan yang dikatakan harus melalui pelbagai karenah birokrasi.
Kes-kes permohonan yang dikatakan memakan masa berbulan-bulan dijadikan sandaran dan modal kempen mereka.
Penulis tidak mahu menolak langsung hakikat bahawa memang ada permohonan zakat yang mengambil masa yang lama. Seperti diperkatakan tadi, Pusat Zakat harus menerima kritikan itu dengan hati terbuka dan menutup kelompongan sedia ada, terutamanya dari segi memudahkan proses dan pengagihan bantuan.
Dengan sekadar menjatuhkan hukum seperti haram sekiranya tidak membayar zakat kepada lembaga zakat, tidak akan menjelaskan keraguan dalam kalangan masyarakat.
Pihak berkuasa agama juga harus lebih pro aktif dalam menyampaikan maklumat terutama mengenai ke mana agihan zakat disalurkan.
Seperti agensi kerajaan yang lain, sudah tentu permohonan zakat perlu melalui prosedur tertentu bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dan melakukan penipuan.
Bagaimanapun, mekanisme ini haruslah ditambah baik dari semasa ke semasa.
Selain itu terdapat juga kritikan bahawa pegawai zakat tidak melakukan kerja, duduk goyang kaki dan kaya-raya daripada hasil kutipan zakat.
Bagi penulis, tuduhan itu terlalu melulu. Adalah tidak adil menghukum sedemikian sedangkan kakitangan zakat juga mencari pendapatan yang halal untuk menyara keluarga mereka.
Beberapa hari lalu, penulis terbaca mengenai luahan seorang pegawai dari Lembaga Zakat Selangor yang kesal terhadap kecaman masyarakat terhadap mereka.
Menulis di Facebook, beliau menjelaskan bahawa mereka berurusan dengan puluhan permohonan zakat setiap hari.
Mereka juga melakukan tugasan pejabat seperti mengisi data dalam komputer, keluar mencari asnaf dan menemui mereka bagi membuat siasatan dan memastikan kesahihan maklumat yang diberikan.
Oleh itu, ia bukanlah satu tugas mudah seperti digambarkan sesetengah orang, apatah lagi tugasan mencari asnaf meliputi puluhan kilometer persegi.
Sama ada permohonan diterima atau ditolak, mereka perlu membuat justifikasi dan menulis laporan.
Permohonan yang bertimbun ini tidak lagi mengambil kira pelbagai karenah pemohon yang dihadapi pegawai-pegawai ini, termasuk menerima aduan atau pertanyaan mengenai permohonan.
Menurut pegawai berkenaan, adakalanya mereka menerima panggilan telefon sehingga larut malam untuk bertanya mengenai status permohonan.
Kutipan sistematik

Anwar tetap aset Pakatan Harapan, kata Saifuddin Abdullah

PKR anggap partinya 'pengikat' DAP-PAS-Amanah

PAS perlu berhati-hati dalam usaha mendekati Umno BN

Najib antara sasaran utama IS, kata Khalid

Kes Guan Eng: Jangan kata penganiayaan politik, buktikan di mahkamah - Shafee

Apandi layak ketuai pendakwaan terhadap Guan Eng, kata Shafee

Siapa rumuskan arca Puncak Purnama ‘sakitkan mata’, soal badan arkitek

ACAM mempersoalkan pakar mana yang memutuskan arca itu patut dirobohkan.
dbkl_arca-Puncak-Purnam_6001
PETALING JAYA: Sebuah pertubuhan mewakili arkitek hari ini membidas tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpu (DBKL) memusnahkan arca Puncak Purnama hasil seni bekas seniman negara Datuk Syed Ahmad Syed Jamal.
“Bandar raya utama dunia bangga mengekalkan warisan budaya dan binaan mereka bagi memastikan bandar raya sentiasa pesat, tempat penghunian yang mempunyai peninggalan berwarna-warni dan masa depan cerah.
“Kuala Lumpur bagaimana?” soal Jasmeet Singh Sidhu, presiden Persatuan Arkitek Perunding Malaysia (ACAM), dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan DBKL merobohkan arca yang dibina daripada bahan kaca seramik itu, dengan alasan ia tidak diselenggarakan dengan baik.
Puncak Purnama merupakan hasil ukiran Syed Ahmad Jamal yang dibina pada 1986 dengan kerjasama Kedutaan USA, dan dibiayai Kumpulan UMBC (yang disusun semula menjadi RHB Bank).
Susulan tindakan DBKL itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata arca berkenaan menyakitkan mata, dan berada dalam keadaan terbiar sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
Kenyataan Adnan itu mengundang kemarahan balu Syed Ahmad.
“Bila saya dengar menteri cakap ia sudah tidak boleh diperbaiki, kepala tok dia,” kata Datin Hamidah Mohd Noor semalam.
ACAM mempersoalkan siapa yang bersalah sehingga menyebabkan arca tersebut berada dalam keadaan tidak diselenggarakan.

Pengakuan KPN anggota polis terlibat dengan IS meresahkan, kata Pas


Pengakuan polis jadi anggota IS meresahkan, kata Tuan Ibrahim Tuan ManPengakuan polis jadi anggota IS meresahkan, kata Tuan Ibrahim Tuan Man
Pas menyifatkan, pengakuan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa dua daripada 15 yang ditangkap berkait serangan di Puchong ini yang dikatakan didalangi IS adalah anggota polis telah menimbulkan keresahan di kalangan rakyat.
Ia juga sedikit sebanyak menjejaskan keyakinan rakyat terhadap PDRM, kata timbalan presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Namun begitu, katanya, sekarang waktu untuk bersatu-padu dan saling mempercayai, dan bukan saling salah-menyalahi.
"PAS berharap KPN dan PDRM dapat mengambil penambahbaikan segera, memperbaiki segala kelemahan dalam pemantauan dan membuat persediaan terbaik agar pasukan sentiasa berada dalam tahap kesiapsiagaan tertinggi dalam membendung ISIS daripada terus melakukan kerosakan kepada negara.
"PAS juga meminta orang ramai turut memainkan peranan dengan sentiasa menjaga keselamatan di tempat awam sebagai langkah berjaga-jaga," katanya lagi.
Dalam sidang akhbar di Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam polis mengesahkan terdapat pembabitan kumpulan IS dalam letupan bom di sebuah pusat hiburan di Puchong pada 28 Jun lalu.
Khalid berkata, ia adalah serangan pertama IS di negara ini dan pihaknya telah menahan 15 orang, termasuk dua anggota polis bagi membantu siasatan kes itu.
Tuan Ibrahim berharap umat Islam jangan terlibat dengan Gerakan IS dan semua kumpulan ekstremis lain, kerana ia bertentangan dengan  ajaran Islam.

Amanah kutuk serangan ganas menjelang Syawal, ajak bersatu perangi perosak Islam


Masjid Nabawi dan Bandar Qatif serta Jeddah diserang pengganasMasjid Nabawi dan Bandar Qatif serta Jeddah diserang pengganas
Parti Amanah Negara (Amanah) mengutuk keras serangan keganasan khususnya tindakan kejam dan tidak berhati perut di Masjid Nabawi dan Bandar Qatif serta Jeddah semalam dan sebelumnya di Turki dan Bangladesh serta di Puchong, Malaysia.
Empat dilaporkan maut dalam serangan bunuh diri di Madinah semalam.
Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mendesak warga dunia mempertingkatkan peperangan ke atas pengganas dengan segala kemampuan yang ada.
Keganasan katanya, atas apa alasan pun adalah anti-kemanusiaan yang lazimnya memangsakan nyawa yang tidak berdosa.
"Seluruh warga dunia khususnya umat Islam mengutuk serangan di tempat suci kedua bagi umat Islam selepas Masjidil Haram di Mekah.
Menurut beliau Islam mengharamkan pertumpahan darah dan mewajibkan memelihara nyawa.
"Al-Quran menyifatkan membunuh satu nyawa adalah seolah membunuh manusia keseluruhannya dan begitulah sebaliknya memelihara satu nyawa manusia seolah telah menghidupkan keseluruhan kemanusiaan seperti disebuat dalam surah Al-Maidah, ayat 32.
Keganasan katanya tidak ada kena mengena dengan mana- mana agama kerana mereka tidak beragama, jauh sekali mewakili umat Islam.
"Membenteras keganasan bermula dengan membenteras kefahaman menganggap kelompoknya 'suci', fahaman rasis dan fahaman dogmatik agama yang sempit sehingga timbul kebencian antara agama dan kaum," katanya.
Beliau seterusnya menyeru seluruh wanga dunia bersatu menentang ideologi keganasan dengan meyakini bahawa membudayakan kebebasan bertanggungjawab dan menghormati kemanusiaan adalah jalan ke hadapan untuk membenteras bibit-bibit keganasan selain punya pertahanan nasional tangkas yang memelihara keselamatan awam dan negara.

Rasuah tetap rasuah (bahagian 2)

Kerana rasuah inilah, pihak yang menyogok mendapat kemenangan.
mahathir_rasuah_600
Oleh Tun Dr Mahathir Mohamad
Saya dan isteri mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir batin kepada semua rakyat Malaysia, khususnya kepada pembaca blog ini.
Dalam PRK baru-baru ini ramai daripada pengundi gembira menerima duit, beras dan alatan elektrik.
Mereka tentu tahu mereka menerima suapan rasuah. Yang memberi pun tentu tahu mereka melakukan perbuatan yang salah di sisi undang-undang dan juga di sisi agama yang dianuti.
Kerana rasuah inilah, pihak yang menyogok mendapat kemenangan.
Kemenangan yang didapati dengan cara tidak halal bukanlah kemenangan yang sebenar. Seperti mana barangan yang dicuri tidak halal diguna atau dimakan, demikian juga kemenangan itu tidak halal.
Di dunia ini mereka tidak dapat dihukum kerana mereka sendiri yang berkuasa ke atas proses mendakwa dan menghukum. Tetapi perbuatan tidak mendakwa dan menghukum juga salah daripada segi undang-undang duniawi serta agama. Ini juga melipatgandakan kesalahan dan dosa perlakuan mereka. Sogokan yang diberi dan diterima oleh penerima sudah dua kali haram.
Punca duit yang disogok juga haram kerana ia didapati dengan cara haram. Mereka yang menerima dengan ini menerima duit tiga kali haram.
Dalam Islam kita diberi hak bertaubat. Tetapi taubat kita hanya diterima Allah jika kita tidak mengulangi perbuatan salah yang kita lakukan. Mereka yang menunggu-nunggu untuk sogokan pada masa depan harus ingat pesanan dalam Al-Quran berkenaan bertaubat.
Rasuah suatu jenayah yang keji dan kotor. Ia merosakkan masyarakat, menindas yang miskin, menghalang kemajuan dan kesejahteraan, melemahkan dan mempermudah penjajahan bangsa lain.
Mereka yang cuba menghalalkan rasuah tetap termasuk dalam golongan penjenayah yang berdosa. Lebih buruk lagi ialah mereka yang tahu akan larangan agama terhadap rasuah namun mereka cuba halalkan rasuah. Dosa mereka tentu berlipat ganda jika kerana didakwa rasuah itu halal maka orang lain akan menerima rasuah.
Amatlah menyedihkan apabila didapati yang teramai daripada orang yang menyuap dan memakan rasuah ialah orang Islam. Sebabnya ialah kerana tidak ada tekanan oleh mereka yang bertanggungjawab mendidik akan haramnya rasuah dan pentingnya ia ditolak. Justeru itu ia tidak termasuk dalam nilai hidup yang dipegang sebagai sebahagian budaya orang Islam Malaysia sekurang-kurangnya.

Dakwaan DAP kafir harbi hanya undang pemikiran ISIS, kata Lim Guan Eng

Dakwaan kafir harbi kembangkan pemikitan ISIS, kata Lim Guan Eng .Dakwaan kafir harbi kembangkan pemikitan ISIS, kata Lim Guan Eng .
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan, kenyataan bahawa orang bukan Islam dari DAP adalah kafir harbi, di mana darah selepas dibunuh dan hartabenda yang dirampas adalah halal, hanya mengundang pemikiran songsang ISIS yang sungguh merbahaya dan menggugat keamanan,  harmoni dan hubungan silaturahim di Malaysia.
Dalam kenyataannya sempena sambutan hari raya esok, Lim yang juga setiausaha agung DAP itu meminta semua pihak menjauhi gejala fitnah dan pembohongan yang bukan sahaja akan mengancam perpaduan rakyat dalam masyarakat majmuk tetapi berikan kesempatan kepada para ekstrimis untuk menangguk di air keruh.
Bagi beliau, dalam keadaan ekonomi yang penuh mencabar dan wang tak cukup belanja oleh golongan makan gaji ekoran impak negatif daripada GST, kerajaan negeri harap musim perayaan terbesar di Malaysia dapat membantu dengan kemasukan pelancong-pelancong yang akan memberikan peluang kepada peniaga.
"Bonus Raya yang lebih oleh kerajaan negeri tahun ini sebanyak 0.75 bulan(berbanding dengan 0.5 bulan tahun lepas) dengan minima RM700/- untuk kesemua anggota pentadbiran kerajaan negeri juga diharapkan dapat memeriahkan dan mengimarahkan sambutan Hari Raya di Pulau Pinang," katanya.
Katanya,  fitnah jahat bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang dan pemimpinnya adalah anti-Islam masih berleluasa sampai ke tahap yang karut bahawa kerajaan negeri haramkan laungan azan. Dakwaan itu dibuat ketika RM50 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk hal ehwal Islam setiap tahun yakni 100% lebih tinggi daripada kerajaan lama.
"Pihak yang tidak bertanggungjawab juga mendakwa bantuan kewangan kepada sekolah agama rakyat hanya RM1.75 juta setahun.
"Sejak 2008 hingga 2015, kerajaan negeri telah menghulurkan peruntukan sebanyak RM41.6 juta dan sekiranya mengambilkira kos pengambilan tanah untuk SAR diambilira jumlah akan mencecah RM45 juta.
"Baru-baru ini kerajaan negeri baru mengumumkan tambahan RM15 juta untuk membina sebuah SAR di Teluk Kumbar," katanya dalam kenyataan itu.

Ajak masuk Islam selepas ‘kafir harbi’ memalukan, kata Amanah

Kalau sudah mengajak bergaduh dan selepas itu nak mempelawa masuk Islam, itu bukan cara Islam.
Ahmad-Awang_Abdul-Rahman-Osman_600
PETALING JAYA: Amanah hari ini menganggap tindakan Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang menjemput Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng memeluk Islam sebagai bertentangan dengan cara dakwah Islam.
Penasihat Umum Amanah, Ahmad Awang berkata ia lebih-lebih lagi selepas kontroversi “kafir harbi” yang dicetuskan Abdul Rahman.
“Kalau sudah mengajak bergaduh dengan menimbulkan isu kafir harbi, selepas itu nak mempelawa masuk Islam, itu bukan cara Islam,” kata Ahmad kepada FMT.
“Kalau sebelum kita ajak masuk Islam kita sudah tunjukkan wajah yang hodoh seperti berkasar, macam mana nak tarik minat mereka untuk masuk Islam.”
Abdul Rahman semalam menjemput Kit Siang dan Guan Eng memeluk agama Islam demi perpaduan.
“Tidak akan ada huru-hara dan kita juga boleh menumpukan kepada pembangunan,” kata Abdul Rahman semalam.
Sebelum ini, kenyataannya melabel DAP dan golongan menentang pelaksanaan hudud sebagai “kafir harbi” (golongan memerangi Islam) mengundang kecaman pelbagai pihak.
Ahmad menasihatkan Abdul Rahman berfikir panjang sebelum membuat sebarang kenyataan.
“Dia banyak keluarkan kenyataan yang bercanggah dengan cara Islam. Saya kesian. Harap-harap dia berfikir panjang sebelum keluarkan kenyataan,” katanya.

Anwar ramal ada lagi didakwa selepas Guan Eng

Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan lebih ramai tokoh politik - termasuk bekas pemimpin Umno dan BN - akan didakwa selepas ini.
Kata bekas timbalan perdana menteri itu beliau melihat tindakan yang dikenakan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng adalah suatu pendakwaan "keji dan bersifat politik".
Menurut Anwar tindakan berkenaan bertujuan menggugat pembangkang dengan menjadikan pimpinan parti sebagai sasaran.
"Berdasarkan siasatan dan pendakwaan sehingga kini, saya yakin serangan-serangan seperti ini tidak akan berhenti dengan Lim Guan Eng saja, tetapi akan diperluas kepada pimpinan lain, malah mungkin juga dari kalangan bekas pimpinan Umno - BN yang bangkit untuk berjuang demi menyelamatkan Malaysia," katanya dalam kenyataan dikeluarkan semalam.
Pada 30 Jun lalu Lim dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang atas dua pertuduhan iaitu salah guna kuasa, dan perolehan harta di bawah nilai pasaran bagi seunit kediaman di Jalan Pinhorn.
Tuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 (berkaitan pengezonan semula sebidang tanah daripada pertanian kepada kegunaan komersial) dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan (pembelian sebuah unit banglo di Jalan Pinhorn di bawah nilai pasaran).
Lim mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan.
Turut ditahan penjual banglo di Jalan Pinhorn itu, Phang Li Koon.
Tak akan diamkan pembangkang
Anwar yang juga bekas ketua pembangkang berkata penangkapan dan pendakwaan - diketuai sendiri peguam negara - ke atas Lim memang amat mengejutkannya.
Bagaimanapun Anwar yakin Lim dan DAP akan tabah menghadapi 'serangan' berkenaan.
Katanya penahanan dan pendakwaan itu bukan pengalalaman pertama Lim kerana sebelum ini beliau pernah "berkorban untuk menegakkan keadilan" buat pihak yang dizalimi.
"Saya juga berdoa agar isteri beliau, Betty, serta anak-anak dan keluarga akan tabah mengharungi dugaan ini, seperti juga keluarga saya," kata ketua umum PKR itu.

Dr M beri amaran kepada penunggu rasuah

Disebabkan negara sedang menuju kehancuran akibat rasuah yang meluas, kata Tun Dr Mahathir Mohamad, orang atasan perlu menunjuk teladan yang baik.
Lebih penting, katanya, pemimpin perlu menentukan pendidik memberi penekanan mengasuh pelajar dari peringkat tadika hingga ke sekolah.
Kata bekas perdana menteri itu masalah rasuah hanya dapat diatasi apabila wujud budaya menolak amalan berkenaan pada hidup manusia.
"Benar rasuah terdapat di mana-mana sahaja. Tetapi ia amat berkurangan jika budaya masyarakat atau bangsa itu memandang keji dan menolak rasuah," katanya.
Dalam pos terbaru di blognya Dr Mahathir memulakan tulisan beliau dengan menyatakan rasa kesal terhadap sikap pengundi di pilihan raya kecil baru-baru ini yang menerima "duit, beras dan barang elektrik."
Katanya penduduk di dua kawasan yang terlibat dalam pilihan raya kecil berkenaan tentu sedar mereka menerima suapan rasuah.
"Yang memberi tentu tahu juga ialah, mereka melakukan perbuatan salah di sisi undang-undang dan juga di sisi agama yang mereka anuti.
"Kerana rasuah inilah pihak yang menyogok mendapat kemenangan," katanya.
Lipat ganda dosa
Menurut bekas presiden Umno itu kemenangan yang diperoleh melalui cara tidak halal bukanlah kemenangan sebenar.
Memberi contoh beliau berkata barangan yang dicuri tidak halal digunakan atau dimakan.
"Demikian juga (jika) kemenangan itu tidak halal.
"Di dunia ini mereka tidak dapat dihukum kerana mereka sendiri yang berkuasa ke atas proses mendakwa dan menghukum.
"Tetapi perbuatan tidak mendakwa dan menghukum juga salah dari segi undang-undang duniawi serta agama. Ini juga melipatgandakan kesalahan dan dosa perlakuan mereka.
"Sogokan yang diberi dan diterima oleh penerima sudah dua kali haram.

UMNO Berjaya Peralatkan Ulama PAS Singkirkan Profesional

PAS selepas muktamar ke-61 kembali ke belakang – Minda Jentayu 
Jika kita menggunakan istilah “Leadership of the Clergy” untuk merujuk kepada amalan kepimpinan PAS, ia mungkin akan dirasakan janggal. Bunyinya seolah-olah satu konsep yang diambil dari agama lain di mana wujudnya pembahagian diantara golongan “clergy” dan golongan “lay” atau orang-orang biasa. Namun, itulah hakikat konsep kepimpinan ulama. Ia sangat asing pada Islam dan sebenarnya lebih hampir pada fahaman sekular yang membahagikan di antara urusan agama dan duniawi. Ia seolah satu langkah ke belakang atau “rollback’ yang akan memundurkan PAS. 
Namun, implikasi dari perkembangan yang berlaku pada Muktamar PAS ke 61 bukan sekadar satu perubahan semantik semata-mata. Ia juga mempunyai implikasi strategik yang amat ketara. Malahan, ia merupakan kemuncak strategi membina kembali “containment” pengaruh PAS dan melemahkan Pakatan Rakyat. 
Sebelum PRU 1999, pengaruh PAS dilhat sebagai terbatas. Prestasi pemimpin-pemimpin PAS di luar Kelantan amat tidak menentu. Adakalanya menang dan adakalanya kalah dalam pilihanraya. Bagi Umno, PAS diterima sebagai “necessary evil”. 
Dengan adanya PAS, Umno dapat memaparkan dirinya sebagai golongan sederhana. Dalam konteks hubungan antarabangsa, PAS boleh digunakan sebagai jembalang untuk mengingatkan pengkritik, sekiranya Umno lemah Malaysia akan jatuh kepada golongan fundamentalis agama. Pendekatan strategik yang digunakan dalam menanggani PAS ialah pendekatan “containment”. Biarkan PAS bertapak di kawasan-kawasan tertentu, khususnya di negeri-negeri Pantai Timur. Biarlah PAS wujud dalam “sphere of influence” yang terbatas dan terbendong ini. 
Prestasi ulama PAS pula tidaklah begitu memberansangkan. Walau pun mampu memberi ceramah dan pidato berapi-api serta mengistiharkan berbagai hukum, mereka umumnya tidak berkesan dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Kebanyakan mereka tidak mampu membahaskan isu-isu dasar dengan berkesan. Kalau ada pun, sekadar membuat saranan umum memgenai perlu kembali kepada Islam, perlu ikut sistem ekonomi dan pendidikan Islam tetapi tidak melebihi dari itu. 
Dalam isu-isu berkaitan dasar fiskal, mengenai strategi merubah ekonomi Malaysia dari ekonomi yang dipacu pelaburan kepada ekonomi yang dipacu inovasi dan bagaimana meningkatkan pelaburan, golongan ulama umumnya mati punca. Demikian juga, apabila muncul skandal-skandal mega golongan ini juga kelihatan ibarat rusa sesat di tengah pekan. Sama ada skandal BMF, Maminco, Perwaja atau skandal spekulasi matawang Bank Negara yang berlaku 20-30 tahun dahulu mahupun skandal-skandal yang mutakhir seperti skandal PKZ, MAS, 1MDB dan NFC, golongan ulama nyata tidak dapat menguasai isu-isu semasa ini. Mereka lebih selesa membisu dalam isu-isu sebegini. 
Umno menganggap adalah memadai dengan pendekatan “containment” terhadap PAS. Ini berlarutan sehinggalah dua perkembangan yang membimbangkan Umno. Pertama ialah perkembangan politik selepas pemecatan Anwar Ibrahim dari kerajaan pada tahun 1998. Ia menyaksikan lonjakan aktivitisma politik di kalangan rakyat Malaysia. 
PKR masih belum wujud, ramai di antara aktivis Melayu menyertai PAS. Ini termasuklah golongan professional. Penyertaaan mereka ini membawa beberapa perubahan penting kepada PAS. Golongan ini lebih canggih dari segi pemikiran politik dan keupayaan menanggani isu-isu semasa. Mereka dapat mengolah isu dan idea dalam bahasa dan gaya yang mempunyai daya tarikan kepada golongan kelas pertengahan Melayu. Golongan ini juga selesa menjalinkan hubungan dengan golongan bukan Islam, sama ada dengan DAP atau NGO-NGO yang turut disertai bukan Islam. Golongan ulama sebaliknya lebih bersikap “insular”. Mereka jarang sekali menyertai program-program bersama yang diwujudkan parti-parti Pakatan Rakyat. 
Dari segi aktivisma, golongan ulama lebih selesa dengan program-program dalaman. Sebaliknya, golongan professional lebih aktif dalam ruang lingkup kegiatan-kegiatan yang lebih luas. Ini termasuklah dalam isu-isu seperti reformasi pilihanraya dan hak asasi manusia. Inilah sebabnya pemimpin-pemimpin PAS dari golongan professional lebih ramai menghadapi dugaan ditangkap dan dipenjarakan. Golongan ulama lebih selesa berjuang di medan ceramah sedangkan golongan professional yang selalu berada di barisan hadapan dan menghadapi berbagai ujian dan ibtilak. Sekiranya perjuangan para anbiya dipenuhi dengan dugaan dan ujian, tidak sukar untuk melihat siapakah yang lebih hampir pada perjuangan para anbiya. 
Perkembangan kedua ialah PRU pada 2008. Akibat dari jalinan hubungan dengan golongan bukan Islam, PAS mula diterima masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam. Semakin ramai pengundi bukan Melayu yang memberi undi kepada PAS dan membolehkan PAS menang kerusi-kerusi di luar Pantai Timur dan khususnya di kawasan-kawasan bandar. 
Hasil PRU 2008 dan 2013 menunjukkan tembok “containment” yang wujud sebelum ini roboh. Perkembangan ini juga turut dirasakan DAP. Pengundi-pengundi Melayu, terutama golongan kelas pertengahan dan generasi muda, mula memberi sokongan kepada DAP. Dengan robohnya tembok “containment” ini, berlakulah tsunami yang merungkaikan penguasaan dua pertiga Parlimen BN dan menafikannya sokongan majoriti pada PRU ke 13. 
Untuk menghadapi realiti baru ini, Umno memerlukan satu strategi baru untuk menggantikan strategi “containment”. Strategi ini mestilah mampu memusnahkan sumber-sumber kekuatan yang membolehkan PAS keluar dari tembok “containment” ini. 
Bagi Umno, ancaman sebenar kepada pengaruhnya bukanlah ulama PAS. Golongan ulama lama wujud di dalam PAS dan dapat di “contain” dengan mudah. Sebaliknya, ancaman utama kepada Umno ialah golongan professional. Mereka inilah yang berjaya merobohkan tembok “containment”. Adalah perlu kekuatan ini dimusnahkan. 
Strategi melemahkan PAS dan PR bolehlah diistilahkan sebagai strategi “rollback”. Tujuan strategi “rollback” ialah menolak kembali PAS ke ruang “containment” yang wujud sebelum 1998. Ini akan dicapai bila kepercayaan di kalangan golongan kelas pertengahan, khususnya di Pantai Barat, dan di kalangan pengundi bukan Melayu terhadap PAS dapat dilunturkan. Untuk tujuan ini, umpan hudud dan sentimen perpaduan Melayu digunakan. Pada ketika yang sama, langkah untuk melemahkan PR dan PKR turut diambil. Ini adalah dengan mewujudkan fitnah liwat terhadap Anwar Ibrahim dan memenjarakan beliau. 
Di antara langkah yang diambil untuk menawan hati beberapa ulama PAS ialah program-program “taklimat” tertutup yang diberikan sebuah agensi perang saraf kerajaan. 
Dua perkara utama cuba dicapai dari program-program ini.Pertama, memberi gambaran, kedudukan orang Melayu dan Islam akan terjejas jika PR memerintah. Ini kerana golongan MP bukan Islam dikatakan lebih ramai dari golongan Islam dalam sebuah kerajaan PR. Ini dikatakan boleh menjejaskan kedudukan Melayu dan Islam. 
Kedua, usaha dilakukan untuk meyakinkan golongan ulama ini, Anwar Ibrahim ialah seorang peliwat dan membawa kefahaman liberal. Di antara perkara yang dilakukan dalam program-program “taklimat” tertutup ini ialah “pengakuan” dua orang bekas pemimpin ABIM dan seorang tokoh korporat yang rapat dengan PAS, mereka yakin Anwar memang seorang peliwat. Salah seorang dari ulama ini di bawa ke sebuah kilang di Thailand yang dimiliki tokoh korporat ini. Ketika di sana dia diberi sanjungan dan layanan istimewa. 
Sebelum ini, pendekatan yang hampir sama turut digunakan ke atas pemimpin-pemimpin reformasi yang ditahan di bawah ISA. Mereka diberi maklumat terpilih mengenai “salahlaku” Anwar Ibrahim. Mereka dilayan seperti mereka golongan istimewa dan diberi maklumat yang tidak didedahkan kepada orang lain. Namun, muslihat ini gagal mengubah pandangan tahanan-tahanan ISA ini. 

Simpang Siur Halatuju PAS Membuatkan Ramai Penyokong Kecewa....

Oleh Hayar Hassan
Mengikut sejarahnya, PAS ditubuhkan dan diperjuangkan oleh golongan pembaharuan atau reformis Islam di Tanah Melayu seperti Syed Sheikh Al Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abas Mohd Taha. Nama-nama tersebut mungkin agak asing bagi anak-anak muda generasi baru kita. Menurut Wikipedia, PAS mempunyai idealogi Islamisme, Demokrasi dan Fundamentalisme Islam. Perjuangan PAS adalah untuk memperkenalkan dan mengamalkan cara hidup Islam berdasarkan Al Quran dan Sunnah melalui proses demokrasi dan tetap menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Singkatnya, PAS turut sama berpolitik dalam sistem demokrasi Malaysia dan dalam waktu yang sama turut juga berdakwah memperkenalkan cara hidup Islam kepada seluruh masyarakat majmuk Malaysia.
Awalnya PAS bergerak secara sendirian dengan idealisme keislamannya yang hanya tertumpu kepada orang Melayu yang secara kebetulannya beragama Islam. Kejayaan politik PAS pada waktu itu adalah amat terhad sekali, cuma dapat memerintah Kelantan dan memenangi banyak kerusi di Terengganu. Seiring berlalunya waktu, PAS mula menerima idea untuk berpakat dan pada tahun 1972 telah menerima tawaran Kerajaan Perikatan dan seterusnya bergabung dalam BN mulai tahun 1973 hingga 1978. Kemudian PAS bersendirian lagi untuk 12 tahun . Selepas itu PAS bergabung dalam Angkatan Perpaduan Ummah @ APU mulai tahun 1990 hingga 1996. Keperluan untuk bergabung ini dilanjutkan dalam Barisan Alternatif @ BA (1999 - 2004) dan akhirnya dalam Pakatan Rakyat @ PR (2008 - 2015). Prestasi terbaik PAS sepanjang berpolitik di Malaysia adalah semasa berada dalam Pakatan Rakyat, mempunyai begitu banyak kerusi Parlimen dan DUN selepas PRU ke 12. PAS yang telah berpolitik sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan berjaya mempunyai 23 Ahli Parlimen . Sebelumnya Pas hanya mempunyai 7 orang Ahli Parlimen ! Peningkatan sebanyak 329 %. Di DUN pula PAS berjaya mempunyai 84 ADUN. DAP mempunyai 73 ADUN. PKR mempunyai 40.
Apabila Pakatan Rakyat berkubur pada 16 Jun 2015 , ramai ahli-ahli PAS dan penyokong PR terkejut, kecewa dan keliru apabila PAS bertegas untuk bersendirian ! Apakah ini suatu pendekatan yang betul dan wajar? Ramai yang mengeleng kepala dan berkerut dahi ! Apakah PAS kini berada di landasan yang tepat dan betul ? Bukankah ini seperti kembali kepada awal tahun 60'an, berundur ke belakang ? Ramai orang berpendapat bahawa PAS telah masuk perangkap UMNO/BN dalam usaha BN memporakperandakan PR. Itulah yang amat dinanti-nantikan oleh BN. Usaha halus mereka selama ini telah membuahkan hasil. " Buah dugheyan udah gugur Yeop , beduit le kume ! ", kata orang Perak . Dasar Pecah Dan Belah UMNO/BN telah berjaya !
Ramai ahli-ahli PAS dan penyokong PR khususnya di Pulau Pinang terkejut besar apabila diberitahu bahawa lebih daripada 1,000 aktivis PAS terpaksa melepaskan jawatan-jawatan yang diperuntukkan kepada mereka oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, walau pun PAS hanya mempunyai seorang ADUN dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ! YB Dato' Saleh Man , ADUN Permatang Pasir dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Pulau Pinang. Di samping itu Ustaz Afnan Hamimi Bin Dato Taib Azamuddin, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat dan Ustaz Rushidi Husin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dilantik sebagai Ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
Ramai daripada aktivis-aktivis PAS dilantik dalam JKKK Negeri dan agensi-agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Buat pertama kalinya, banyak daripada AJK Qaryah mesjid-mesjid di Pulau Pinang dikuasai oleh orang-orang PAS. Sebagai contoh, Haji Omar Hassan, YDP PAS Kawasan Permatang Pauh telah dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai. Di samping itu juga beliau dilantik sebagai Pengerusi Qaryah Masjid Jamek Seberang Jaya. Masjid ini amat terkenal kerana ianya sering disinggahi oleh orang-orang ramai yang menggunakan PLUS semasa bermusafir. Alhamdullilah, dibawah kepimpinan Haji Omar Hassan, masjid ini lebih terurus dari sudut kebersihan dan kelas-kelas pengajian.
Tenaga pengajar kuliah-kuliah pengajian di seluruh masjid-masjid Pulau Pinang adalah terdiri daripada Ustaz-Ustaz PAS daripada Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Masjid-masjid telah diimarahkan dengan begitu baik. Anak-anak jemaah tidak perlu lagi keluar daripada qaryah untuk menimba ilmu agama Islam. Waktu zaman BN dahulu, hanya Masjid Batu, Permatang Pauh sahaja yang menampong pengajian ustaz-ustaz PAS. Dengan berada dalam Kerajaan PR di Pulau Pinang, banyak manafaat yang telah dinikmati oleh PAS. Di bandingkan dengan DAP Kelantan, cuma 3 orang aktivis DAP diperuntukkan jawatan oleh Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Almarhum TGNA. DAP Kelantan tahu diri, mereka tidak riuh rendah menuduh Kerajaan Kelantan mengenepikan mereka. Melihat kepada realiti politik Pulau Pinang, keputusan PAS Pusat untuk membawa diri jauh daripada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat adalah suatu kesilapan besar. Dakwah Islam yang cuba dibawa oleh aktivis-aktivis PAS Pulau Pinang telah menemui jalan buntu. Orang Islam dan Agama Islam di Pulau Pinang memang banyak dirugikan. Sedih dan kecewa sekali apabila mengenangkan bahawa ianya terjadi kerana pimpinan PAS Pusat tidak bijaksana, terpedaya dan gagal dalam membaca tipu muslihat UMNO/BN.

Pas “rollback” ke era 1980an?

Jika kita menggunakan istilah “Leadership of the Clergy” untuk merujuk kepada amalan kepimpinan PAS, ia mungkin akan dirasakan janggal. Bunyinya seolah-olah satu konsep yang diambil dari agama lain di mana wujudnya pembahagian diantara golongan “clergy” dan golongan “lay” atau orang-orang biasa.
Namun, itulah hakikat konsep kepimpinan ulama. Ia sangat asing pada Islam dan sebenarnya lebih hampir pada fahaman sekular yang membahagikan di antara urusan agama dan duniawi. Ia seolah satu langkah ke belakang atau “rollback’ yang akan memundurkan PAS.
Pas “rollback” ke era 1980an?
Namun, implikasi dari perkembangan yang berlaku pada Muktamar PAS ke 61 bukan sekadar satu perubahan semantik semata-mata. Ia juga mempunyai implikasi strategik yang amat ketara. Malahan, ia merupakan kemuncak strategi membina kembali “containment” pengaruh PAS dan melemahkan Pakatan Rakyat.
Pas sederhana
Sebelum PRU 1999, pengaruh PAS dilhat sebagai terbatas. Prestasi pemimpin-pemimpin PAS di luar Kelantan amat tidak menentu. Adakalanya menang dan adakalanya kalah dalam pilihanraya.Bagi Umno, PAS diterima sebagai “necessary evil”.
Dengan adanya PAS, Umno dapat memaparkan dirinya sebagai golongan sederhana. Dalam konteks hubungan antarabangsa, PAS boleh digunakan sebagai jembalang untuk mengingatkan pengkritik, sekiranya Umno lemah Malaysia akan jatuh kepada golongan fundamentalis agama.
Pendekatan strategik yang digunakan dalam menanggani PAS ialah pendekatan “containment”. Biarkan PAS bertapak di kawasan-kawasan tertentu, khususnya di negeri-negeri Pantai Timur. Biarlah PAS wujud dalam “sphere of influence” yang terbatas dan terbendong ini.Prestasi ulama PAS pula tidaklah begitu memberansangkan.
Walau pun mampu memberi ceramah dan pidato berapi-api serta mengistiharkan berbagai hukum, mereka umumnya tidak berkesan dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Kebanyakan mereka tidak mampu membahaskan isu-isu dasar dengan berkesan. Kalau ada pun, sekadar membuat saranan umum mengenai perlu kembali kepada Islam, perlu ikut sistem ekonomi dan pendidikan Islam tetapi tidak melebihi dari itu.
Dalam isu-isu berkaitan dasar fiskal, mengenai strategi merubah ekonomi Malaysia dari ekonomi yang dipacu pelaburan kepada ekonomi yang dipacu inovasi dan bagaimana meningkatkan pelaburan, golongan ulama umumnya mati punca. Demikian juga, apabila muncul skandal-skandal mega golongan ini juga kelihatan ibarat rusa sesat di tengah pekan.
Sama ada skandal BMF, Maminco, Perwaja atau skandal spekulasi matawang Bank Negara yang berlaku 20-30 tahun dahulu mahupun skandal-skandal yang mutakhir seperti skandal PKZ, MAS, 1MDB dan NFC, golongan ulama nyata tidak dapat menguasai isu-isu semasa ini. Mereka lebih selesa membisu dalam isu-isu sebegini.
Umno menganggap adalah memadai dengan pendekatan “containment” terhadap PAS. Ini berlarutan sehinggalah dua perkembangan yang membimbangkan Umno. Pertama ialah perkembangan politik selepas pemecatan Anwar Ibrahim dari kerajaan pada tahun 1998. Ia menyaksikan lonjakan aktivitisme politik di kalangan rakyat Malaysia.
PKR masih belum wujud, ramai di antara aktivis Melayu menyertai PAS. Ini termasuklah golongan professional. Penyertaaan mereka ini membawa beberapa perubahan penting kepada PAS.
Gelombang profesional
Golongan ini lebih canggih dari segi pemikiran politik dan keupayaan menanggani isu-isu semasa. Mereka dapat mengolah isu dan idea dalam bahasa dan gaya yang mempunyai daya tarikan kepada golongan kelas pertengahan Melayu. Golongan ini juga selesa menjalinkan hubungan dengan golongan bukan Islam, sama ada dengan DAP atau NGO-NGO yang turut disertai bukan Islam. Golongan ulama sebaliknya lebih bersikap “insular”. Mereka jarang sekali menyertai program-program bersama yang diwujudkan parti-parti Pakatan Rakyat.
Dari segi aktivisme, golongan ulama lebih selesa dengan program-program dalaman. Sebaliknya, golongan profesional lebih aktif dalam ruang lingkup kegiatan-kegiatan yang lebih luas. Ini termasuklah dalam isu-isu seperti reformasi pilihanraya dan hak asasi manusia. Inilah sebabnya pemimpin-pemimpin PAS dari golongan profesional lebih ramai menghadapi dugaan ditangkap dan dipenjarakan.
Golongan ulama lebih selesa berjuang di medan ceramah sedangkan golongan profesional yang selalu berada di barisan hadapan dan menghadapi berbagai ujian dan ibtilak. Sekiranya perjuangan para anbiya dipenuhi dengan dugaan dan ujian, tidak sukar untuk melihat siapakah yang lebih hampir pada perjuangan para anbiya.
Roboh tembok
Perkembangan kedua ialah PRU pada 2008. Akibat dari jalinan hubungan dengan golongan bukan Islam, PAS mula diterima masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam. Semakin ramai pengundi bukan Melayu yang memberi undi kepada PAS dan membolehkan PAS menang kerusi-kerusi di luar Pantai Timur dan khususnya di kawasan-kawasan bandar.Hasil PRU 2008 dan 2013 menunjukkan tembok “containment” yang wujud sebelum ini roboh.

UMNO-EXIT DAN PERLUNYA TUN M TUBUH SEBUAH PARTI BARU....

Apa bentuk landasan baru bagi Tun Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Mukhriz Mahathir untuk meneruskan perjuangan mereka masih lagi menjadi persoalan dan tanda tanya ramai.

Pilihan yang ada hanya dua - menubuhkan sebuah parti baru atau menyertai mana-mana parti politik sedia ada?

Bersara dan membiarkan Najib Razak terus berkuasa, tentunya bukan pilihan bagi mereka.

Tun Mahathir dikhabarkan sudah mula mengumpul pandangan rakan-rakan dan beberapa pihak dengan mengadakan pelbagai pertemuan bagi tujuan tersebut. Ramai yang difahamkan cenderung agar Tun Mahathir menginisiatifkan sebuah parti baru dengan segera sebagai altenatif kepada UMNO yang selalu disebutnya sudah menjadi parti Najib sekarang ini.

Muhyiddin pula, selain dilamar oleh Amanah dan PKR Johor untuk bersama-sama mereka, beberapa pimpinan kanan PKR Pusat juga diberitakan ada mengadakan pertemuan dengannya, baru-baru ini.

Sebelum ini, sebaik dipecat daripada UMNO, Muhyiddin turut mengatakan sedang melihat dengan teliti beberapa pilihan mengenai halataju barunya, termasuk kemungkinan menubuhkan sebuah parti baru.

Seorang orang kanan Muhyiddin bagaimanapun memberitahu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu masih belum membuat apa-apa pilihan lagi buat waktu ini.

Dengan Tun Mahathir sebagai bekas Presiden UMNO dan Perdana Menteri serta bertanggungjawab memulihkan UMNO setelah diharamkan pada 1988, Muhyiddin berpengaruh di Johor, Shafie di Sabah dan Mukhriz di Kedah, apakah pilihan yang sebaik-baiknya bagi mereka?

Menyertai mana-mana parti politik mungkin jalan paling mudah dan tidak banyak kerja yang harus dilakukan, tambahan lagi PRU 14 tidak sampai dua tahun lagi tarikh tibanya.

Tetapi penyertaan Tun Mahathir, Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz dalam parti politik sedia ada - tentunya PKR, DAP atau Amanah yang menjadi pilihan utama, tidak terkecuali bakal menimbulkan masalah yang lain pula. 

Ia bukan saja mengenai parti mana yang harus menjadi pilihan, parti yang disertai itu mungkin bergolak secara dalaman dan mudah dimanipulasi oleh UMNO dan BN, bahkan juga akan menimbulkan kesangsian serta keraguan kepada sebilangan ahli UMNO untuk turut sama menyertainya.

Tindakan Haron gesa Guan Eng bercuti tepat, kata Tuan Ibrahim


Najib tidak didakwa di mahkamah mengapa perlu bercuti kata Tuan IbrahimNajib tidak didakwa di mahkamah mengapa perlu bercuti kata Tuan Ibrahim
Tindakan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din menggesa Guan Eng bercuti adalah tepat kerana kes itu sudah didakwa di mahkamah.
Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sebaliknya Pas tidak akan mendesak Datuk Seri Najib Razak untuk bercuti kerana berpendapat kes yang membabitkan perdana menteri itu berbeza dengan kes pembelian rumah banglo Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
“Saya baca kenyataan beliau di media. Bagi saya kes Guan Eng dengan perdana menteri berbeza. Haron Din menggesa Guan Eng bercuti kerana beliau dalam perbicaraan dan saya fikir wajar kerana kesnya sedang dibicarakan.
“Ia selaras dengan pandangan parti dan berbeza dengan Najib, beliau masih belum didakwa kerana itu ia satu kedudukan yang berbeza,” katanya kepada Free Malaysia Today.
Tuan Ibrahim berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang mempersoalkan “nasihat” Haron kepada Guan Eng untuk bercuti sehingga kes rasuahnya selesai.
Dalam kenyataannya itu, Khairuddin turut mempersoalkan tindakan Haron yang tidak memberi nasihat sama kepada perdana menteri susulan kes wang “derma” RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Melayu paling ramai pinjam duit along

Mereka yang terlibat terdiri daripada individu kenamaan dan juga penjawat awam.
nadzim-johan-ahlong-1
PETALING JAYA: Peminjam berbangsa Melayu merupakan golongan paling banyak berurusan dengan ceti haram atau “along”, kata Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Ketua Aktivisnya, Datuk Datuk Nadzim Johan berkata, daripada 10,000 kes mangsa along yang berjaya diselesaikan PPIM, 70% daripadanya adalah Malayu.
Katanya, mereka yang terpedaya dengan membuat pinjaman along dan dikenakan bayaran faedah terlalu tinggi turut terdiri daripada golongan bergelar “Datuk” serta penjawat awam.
“Sehingga hari ini PPIM berjaya selesaikan lebih 10,000 mangsa along yang dikenakan caj kadar faedah yang tinggi dalam tempoh lima tahun.
“Daripada jumlah itu, 70% daripadanya adalah golongan Melayu, 15% Cina dan 15% India, tetapi pinjaman yang dibuat individu Melayu dalam kuantiti yang sedikit hanyalah ribu-ribu sahaja.
“Sebab mereka buat pinjaman ini antaranya pembayaran daripada perniagaan lambat, ingin memulakan perniagaan, terpedaya dengan pujuk rayu along,” katanya kepada FMT.
Jelasnya, antara kes paling besar PPIM selesaikan membabitkan pinjaman sebanyak RM15 juta.
Nadzim dalam masa sama turut menafikan kononnya PPIM menggunakan khidmat “gangster” bagi menyelesaikan kes.
Sebaliknya, PPIM menggunakan kaedah psikologi serta memujuk along melalui teknik bersemuka bagi memastikan ketua ceti haram terbabit mengurangkan kadar faedah yang dikenakan secara melampau kepada mangsa.
“Kita ada guna mentera, kata kunci untuk memujuk dan berdepan dengan along, sebenarnya along ini penakut, dia tidak ada lesen malah mereka itu lebih penakut daripada kita tapi sebab kita takut dia jadi berani.
“Kita jangan sesekali takut pada along. Dia macam anjing, kalau kita lari, tak cukup padang nak lari,” kata Nadzim.

Ku Nan: Arca Purnama milik DBKL, berhak dimusnahkan

DBKL sudah membayar pampasan kepada Syed Jamal dan oleh itu arca bukan lagi milik seniman negara itu
ku-nan-puncak-purnama
KUALA LUMPUR: Selepas dikutuk penggiat seni dan anggota keluarga seniman negara Datuk Syed Ahmad Jamal, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam menjelaskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah memiliki penuh Arca Purnama yang dimusnahkannya baru-baru ini.
Menteri Wilayah Persekutuan itu dipetik Bernama sebagai berkata DBKL sudah membayar pampasan kepada Syed Jamal selepas disaman kerana menaik taraf arca tersebut pada 1989.
“Arca tersebut terbiar tanpa jagaan dan penyenggaran selepas itu, dan sebagai pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab, DBKL telah menaik taraf arca tersebut pada tahun 1998 menggunakan dana DBKL, namun pereka asal arca membawa perkara ini ke mahkamah,” kata Adnan semalam.
“Lanjutan daripada itu, mahkamah telah membuat keputusan bahawa DBKL perlu
membayar pampasan kepada pereka asal, dan selepas daripada itu arca ini telah
menjadi milik penuh DBKL.”
Adnan juga mendakwa sistem pengairan arca tersebut tidak diselenggara menyebabkan nyamuk aedes membiak.
Sebelum ini, balu Syed Jamal berang dengan kenyataan Adnan yang menganggap arca hasil cipta arwah suaminya menyakitkan mata.
“Bila saya dengar menteri cakap ia sudah tidak boleh diperbaiki, kepala tok dia,” kata Datin Hamidah Mohd Noor.
“Kalau tidak faham makna arca tersebut itu jangan jatuhkan karya orang lain,” katanya pada sidang media di Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN), semalam.
Puncak Purnama, yang dibina bagi memperingati manusia menjejak kaki ke bulan, diperbuat daripada kaca seramik yang dibangunkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) pada 1986, hasil kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat dan Wisma Putra, dan dibiayai UMBC yang beribu pejabat berhampiran.
Strukturnya ditukar ke besi tanpa karat pada 1996.
Sementara itu, Pengerusi LPSVN Datuk Mahadzir Lokman berkata pihaknya bercadang bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan DBKL bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

TUNGGU PUNYA TUNGGU.. PUNYA TUNGUUUU..HARI SELASA..!!!

DAH GENAP 1 Tahun rupanya Najib janji nak saman WSJ..

TAHUKAH ANDA.. Hari ini adalah Hari Selasa ke-53 Najib Razak masih lagi tak saman-saman The Wall Street Journal HARI SELASA !!!

Three separate suicide bomber attacks in Saudi Arabia

Malaysia police confirm ISIL link to nightclub grenade attack

IGP: Perdana Menteri antara sasaran utama serangan IS

PKR persoal sejauh mana penyusupan IS dalam PDRM

Wan Azizah turut menggesa semua kes serangan melibatkan bahan letupan dikelaskan sebagai serangan pengganas
wan-azizah-isis-1
PETALING JAYA: PKR mempersoalkan tahap persedian polis menghadapi IS, susulan penangkapan dua anggota polis yang disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas.
“Kenyataan Ketua Polis Negara bahawa dua daripada 15 yang ditangkap berkait serangan di Puchong ini adalah anggota polis.
“Maka wajib ditanya: sejauh manakah IS telah menyusup ke dalam organisasi Polis Diraja Malaysia?” kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan yang diterima FMT lewat malam tadi.
Dalam sidang media di Bukit Aman hari ini, Ketua Polis Negara mengesahkan kejadian letupan kelab malam Movida di Puchong 28 Jun lalu didalangi pengganas IS.
Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan polis membawa kepada penangkapan dua anggota polis berpangkat rendah di Kedah dan Pulau Pinang yang disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas.
“Seorang ditahan kerana disyaki merancang membuat samun sebagai dana untuk sel IS di sini, manakala seorang lagi kerana memberi perlindungan kepada ahli IS,” kata Khalid.
Mereka disambar bersama 15 orang lain, manakala dua lagi saspek dalam buruan polis.
Ogos tahun lalu, polis menahan enam anggota pasukan keselamatan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan militan IS dalam operasi serentak di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Perlis.
Mereka antara 10 yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mempromosi ideologi IS dan mengumpul dana untuk membantu aktiviti kumpulan itu.

Umno terima perletakan keahlian Shafie – Ku Nan

Mereka yang ingin tinggalkan Umno dipersilakan berbuat demikian, kata Setiausaha Agung
ku-nan-shafie-apdal-1
PETALING JAYA: Umno menerima keputusan Naib Presiden yang digantung, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meletakkan keahliannya, kata Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Malah katanya, mana-mana orang yang ingin tinggalkan Umno dipersilakan berbuat demikian kerana parti hanya mahukan ahli yang bertanggungjawab, setia dan boleh dipercayai.
“Kita hanya perlu padam namanya (Shafie) daripada senarai ahli,” kata Tengku Adnan kepada Bernama, dan menjelaskan peraturan Umno menyatakan keahlian seseorang tergugur apabila mengisyitharkan keluar parti.
Kepada pemberita Tengku Adnan tidak dapat mengagak mengapa Shafie memilih untuk keluar parti, samada kecewa digugurkan daripada Jemaah Menteri atau sebab-sebab lain.
“Sekiranya dia sayang parti, dia perlu kuasai perasaannya; banyak masalah boleh berlaku (jika tidak dapat kuasai perasaan),” ujarnya.
Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu digugurkan dari Jemaah Menteri bersama Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam rombakan Julai tahun lepas.
Di Semporna awal hari ini, Shafie mengumumkan keluar daripada Umno selepas keanggotaannya digantung majlis tertinggi parti 24 Jun lalu.
Keahliannya digantung sehingga jawatankuasa disiplin parti menjelaskan hasil laporan berkaitan pelanggaran disiplin. Penggantungan itu serentak dengan pemecatan Muhyiddin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir atas tuduhan sama.