Isnin, 4 Julai 2016

Menteri takut Lim berkelakuan seperti Najib, kata Ambiga

Hujah Datuk Abdul Rahman Dahlan mengenai keperluan Lim Guan Eng mengosongkan jawatan ketua menteri Pulau Pinang mempunyai merit, kata bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan.
Bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh menteri di jabatan perdana menteri itu, beliau tertanya-tanya jika Abdul Rahman ada menawarkan nasihat yang sama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
"Kami ingin tahu jika menteri juga ada menasihatkan PM untuk melakukan perkara yang betul apabila beliau di bawah siasatan?" soalnya.
Walau bagaimanapun, katanya, dalam kes ini, seperti terbukti bagaimana ketua menteri itu dilayan, mesti mempunyai kaveat.
Pertelagahan Abdul Rahman, katanya, akan hanya terpakai dalam sistem demokrasi yang sebenar, di mana kerajaan sendiri menghormati prinsip-prinsipnya.
"Dalam demokrasi ideal, Najib berkelakuan berbeza dan akan menetapkan standard. Bahawa beliau tidak menunjukkannya, adalah petanda bahawa sistem yang ada rosak.
"Malah, apa yang menteri seolah-olah takut adalah bahawa Lim akan melakukan seperti Najib," katanya kepada Malaysiakini.
Abdul Rahman mendakwa sekiranya Lim kekal sebagai ketua menteri, tindakan berkenaan mungkin memberi tekanan yang tidak wajar kepada saksi daripada kerajaan negeri memberi keterangan dalam perbicaraannya.

Kit Siang, Guan Eng patut peluk Islam demi perpaduan - Rahman

Rahman menegaskan beliau tidak memaksa orang bukan Islam memeluk Islam sebaliknya menggesa mereka berbuat demikian supaya selamat pada 'hari akhirat'.
abdul-rahman-osman-1
PETALING JAYA : Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang mencetuskan kontroversi dengan istilah kafir harbi baru baru ini mahu menjemput Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng memeluk agama Islam demi ‘perpaduan’.
Memetik laporan the Star Online, Rahman menegaskan beliau tidak memaksa orang bukan Islam memeluk Islam sebaliknya memujuk mereka berbuat demikian supaya selamat di akhirat kelak.
“Tidak akan ada huru-hara dan kita juga boleh menumpukan kepada pembangunan,” katanya.
Baru-baru ini, Rahman berkata DAP yang jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat menubuhkan negara sekular tergolong dalam kalangan yang menunjukkan pemikiran kafir harbi.
Beluau menjelaskan walaupun kafir harbi patut ditentang, tetapi tidak bermakna penentangan secara kekerasan.
“Lawan mereka dengan hujah-hujah dengan cara bijaksana, bukan dengan senapang atau parang.
“Berjuang dengan niat yang murni,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang hadir menunjukkan sokongan kepadanya di Pekan.

Husni menteri bermasalah atau Najib punca masalah?

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar terus mempersoalkan punca bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah tidak mahu lagi menyertai kabinet Datuk Seri Najib Razak.
Soalnya, adakah Husni seorang menteri yang bermasalah atau Najib yang menjadi punca segala masaalah negara yang menjadikan semua rakyat bermasalah?
“Jawapan kepada persoalan yang saya bangkitkan dinanti oleh rakyat. Apakah Husni punca segala masaalah atau Husni seorang menteri yang Najib tak boleh kawtim untuk jenayah Najib terus dilindungi yang menjadi punca masaalah.
“Najib nak tukar Husni ke potfolio lain sehingga Husni mengambil jalan meletakan jawatan sebagai menteri kewangan kedua,” katanya dalam satu kenyataan media.
Menurut pemimin PAS itu, Husni telah menjelaskan punca beliau meletakan jawatan selepas bertanya pada Najib sebelum pengumuman rombakan kebinet dan perdana menteri pula mengesahkan yang beliau akan ditukar ke potfolio lain.
“Bagi saya pertanyaan Husni disebabkan sudah ada kedengaran lebih awal perbualan pertukaran potfolio Husni di kalangan orang yang tak sepatutnya tahu terlebih dahulu.
“Macam mana rahsia pertukaran potfolio Husni lebih dahulu diketahui oleh orang lain sebelum Husni?
“Bagi saya kalau pertukaran biasa tanpa ada perbalahan tak mungkin Husni nak tolak pemindahan dan pertukaran ke potfolio lain,” katanya.
Dalam rombakan kabinet 27 Jun lalu, Najib mengumumkan 'kenaikan pangkat' bagi Datuk Johari Abdul Ghani daripada timbalan menteri kewangan kepada menteri kewangan kedua.

Apa kata rakyat Sabah...

Bumi bertuah anda cukup kaya...
Tapi diratah rompak oleh penyangak2 atasan sampai Laporan Bank Dunia pernah mengesahkan Sabah menjadi negeri termiskin di Malaysia.. KENAPA ??

Adakah Anda Sudah Bersedia Untuk Berubah ??

GEMPAR !!!.. baru tau rupa2nya UMNO adalah parti Islam..

Menteri Umno luluskan & beri lesen kilang arak.. TAK HARAM

Menteri Umno luluskan & beri lesen judi Genting.. TAK HARAM

HALAL & HARAM Sama-sama Bantai.. Janji Negara Aman !!

Najib jadi ke tak nak bubar Parlimen selepas Aidilfitri !!!

 

PRK : UMNO MENANG 2 PARLIMEN
Skandal RM2.6B & 1MDB: UMNO Hilang 2 Parlimen 2 Dun

Inilah tanahairku...


TANPA TUN M DAN SHAFIE APDAL, UMNO HANYA TINGGAL SiSA

Bekas Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal akhirnya mengumumkan keluar daripada parti selepas keahliannya digantung oleh Majlis Tertinggi UMNO pada mesyuratnya, 24 Jun lalu.

Berucap di hadapan lebih 5 ribu penyokongnya, Shafie berkata, "Perjuangan kita akan diteruskan di bumi Sabah ini. Perjuangan kita akan diteruskan di Sabah dan Semenanjung untuk membela bangsa dan negara."
"Saya dah fikir panjang, tuan-tuan nak saya letak jawatan. Selama ini saya bertahan, bersabar.

"Jadi saya berhenti serta-merta. Saya sayang UMNO, tapi jangan hina saya, jangan zalimi saya dalam UMNO," tegasnya lagi.

Selain merupakan pemimpin kanan parti dan kerajaan sebelum digantung keahliannya bersama Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir yang dipecat daripada UMNO, Shafie adalah antara pemimpin utama yang terlibat dalam membawa masuk UMNO ke negeri Sabah.

Beliau dipecat sebagai menteri dan kemudian digantung daripada UMNO hanyalah kerana kelantangannya bertanya mengenai 1MDB dan derma ribu-ribu juta yang dikaitkan secara langsung dengan Najib Razak.
Dengan mengumumkan keluar UMNO sambil bertekad untuk terus berjuang, Shafie benar-benar telah membuktikan beliau adalah "lanun Bajau laut" sebagaimana yang selalu disebut sendiri oleh Najib dalam beberapa Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini.

"Lanun Bajau laut" bukan saja pantang dicabar, tetapi juga pantang dihina dan dizalimi.

Hanya kerana 1MDB dan wang beribu juta yang tidak mampu diberi jawapan meyakinkan, Shafie yang pernah berjasa dan berperanan penting membawa masuk UMNO ke Sabah, kini sudah ditolak ke tepi dan tidak lagi dihargai.

Sebelum Shafie, Tun Mahathir Mohamad juga mengambil tindakan keluar UMNO sebagai protes terhadap Najib. Ia juga disebabkan skandal 1MDB dan wang beribu-ribu juta yang ditemui dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Selepas UMNO diharamkan pada 1988, Tun Mahathirlah yang memulihkannya semula sehingga ia diterima sama seperti  UMNO yang sebelumnya, malah Tengku Razaleigh yang menubuhkan Semangat 46 pun akhirnya akur untuk kembali bertaut dengan UMNO pada 1996.
Tetapi kini, Tun Mahathir yang menubuh dan memulihkan semula UMNO serta Shafie yang membawa parti itu ke Sabah sudah tiada lagi bersama UMNO.

Tindakan Tun Mahathir dan Shafie keluar UMNO adalah isyarat mereka tidak lagi percaya UMNO yang dipimpin Najib sekarang sebagai UMNO yang sebenar-benarnya. UMNO sudah menjadi parti Najib.

Tanpa Tun Mahathir dan Shafie, UMNO di Semenanjung dan Sabah hanyalah tinggal sisa.

"Puncak Purnama": Kepala tok dia, kata balu seniman negara kepada Ku Nan

Keluarga Syed Ahmad Syed Jamal berang arca hasil seni seniman negara itu diruntuhkan
gamba
KUALA LUMPUR: Balu bekas Seniman Negara, Datuk Syed Ahmad Syed Jamal hari ini berang dengan kenyataan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menganggap arca Puncak Purnama menyakitkan mata.
Menteri Wilayah Persekutuan itu turut berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terpaksa merobohkan arca hasil seni Syed Ahmad itu kerana sudah usang dan tidak dapat diperbaiki lagi.
“Bila saya dengar menteri cakap ia sudah tidak boleh diperbaiki, kepala tok dia,” kata Datin Hamidah Mohd Noor.
Arca dihasilkan suaminya pada 1986 tidak menganggu mana-mana pihak, kata Hamidah, malah ia tidak menyakitkan hati dan mata seperti yang didakwa Adnan.
“Sewaktu arca tersebut hendak dibina, apabila kita pergi ke Singapura, orang luar negara bersungguh-sungguh membantu kerana ia dibina untuk negara.
“Tapi orang kita pula tidak hargai dan runtuhkan pula ia. Kalau tidak faham makna arca tersebut itu jangan jatuhkan karya orang lain,” katanya pada sidang media di Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN), hari ini.
Arca Puncak Purnama dibina dengan kaca seramik yang dibangunkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) pada 1986, hasil kerjasama Kedutaan USA dan Wisma Putra.
Strukturnya ditukar ke besi tanpa karat pada 1996. Arca tersebut dibina bagi memperingati manusia menjejak kaki ke bulan.
Hamidah berkata tindakan DBKL meruntuhkan arca itu begitu merobek hatinya.
“Kalau hendak ikutkan sedih, saya sedih yang amat sangat. Kerana kita tidak dapat atau datangkan semula air tangan dia,” ujarnya.

Muhyiddin sedih dan kecewa dengan fitnah JMM, TV3

Program "Nothing to Hide 2.0" oleh NGO Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan disiarkan di TV3 semalam, diselar sekeras-kerasnya hari ini oleh bekas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menyifatkannya sebagai satu pembohongan dan fitnah.
Muhyiddin melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan siaran program pada penghujung bulan suci Ramadan apabila umat Islam dituntut meningkatkan amal ibadah dan memohon ke hadrat Ilahi supaya mengampunkan segala dosa dan kesalahan mereka.
“Presiden JMM, Azwandin Hamzah, jelas berbohong apabila mengatakan saya telah menyatakan persetujuan untuk hadir ke program tersebut dalam pertemuan empat mata antara saya dengan beliau.
“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah berjumpa dengan beliau, tidak pernah menyatakan persetujuan untuk menghadiri program itu dan tidak pernah menerima apa-apa jemputan daripada JMM.
“Kenyataan Azwandin adalah satu pembohongan besar yang bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dan menjatuhkan reputasi saya.
“Begitu juga dengan sikap tidak bertanggungjawab TV3 yang turut bersubahat menyebarkan pembohongan yang sama. Semoga Allah SWT memberikan petunjuk kepada mereka semua,” katanya di Facebook.
Menurut timbalan perdana menteri yang dilucutkan jawatannya pada Julai tahun lalu, apabila mendapat tahu JMM terus mengedarkan hebahan mengenai program itu dan menjemput orang ramai untuk hadir, beliau telah mengarahkan pegawainya membuat penafian di media.
Katanya, beliau juga meminta pegawainya menghubungi JMM secara terus untuk menafikan pembabitannya, namun beberapa panggilan yang dibuat kepada Azwandin telah tidak dijawabnya.
“Malah program itu telah dijadikan pentas untuk mengecam saya dan membohongi hadirin kononnya saya telah mungkir janji untuk menghadirinya.
“Saya diberitahu ramai hadirin bertindak meninggalkan majlis selepas mendapati pihak penganjur berbohong mengenai kehadiran saya.
“Tindak tanduk JMM jelas menunjukkan mereka sebenarnya berkomplot untuk menjatuhkan reputasi saya dengan membayangkan saya sebagai seorang pengecut dan tidak boleh dipercayai kerana gagal menghadiri program tersebut,” katanya.

Skandal RM2.6B & 1MDB: Shafie keluar Umno, tak memeranjatkan, kata Salleh Said

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata keputusan bekas naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meninggalkan parti berkenaan tidak memeranjatkan kerana ura-ura mengenainya sudah lama tersebar dalam kalangan anggota Umno.
Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah berkata hak meninggalkan parti itu adalah hak Mohd Shafie sendiri.
"Tindakan beliau itu sama-sekali tidak menjejaskan kekuatan Umno Sabah kerana majoriti ahli parti menyokong perjuangan parti, dan bukannya individu.
Umno Sabah tetap mendokong kepimpinan parti di bawah Presiden dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman di peringkat negeri Sabah," katanya hari ini.
Salleh berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Mohd Shafie meninggalkan Umno hari ini. Mohd Shafie membuat pengumuman berkenaan ketika menghadiri majlis Rakyat Bersama Anggota Parlimen Semporna, di Semporna hari ini.
Menurut Salleh, setiap anggota Umno perlu akur dan patuh kepada sistem parti dan beliau (Shafie) sudah tidak sehaluan dengan sistem parti, maka adalah wajar dan lebih baik beliau meninggalkan parti.
"Yang penting sekarang adalah solidariti parti. Ahli-ahli perlu terus bersatu menghadapi cabaran lebih besar membawa Malaysia ke ambang negara maju," katanya.

Skandal RM2.6B & 1MDB: Rahman Dahlan tak terkejut Shafie keluar Umno

Umno bersedia untuk berdepan dengan sesiapa saja yang cuba memudaratkan parti.
rahman-shafie
PETALING JAYA: Keputusan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal keluar Umno selepas Majlis Tertinggi (MT) bertindak menggantung keahliannya sehingga siasatan selesai dijalankan, bukan sesuatu yang mengejutkan.
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, keputusan itu sememangnya sudah dijangka memandangkan Shafie terlibat dalam gerakan yang memudaratkan parti.
“Keputusan Datuk Seri Shafie Apdal keluar Umno tidak memeranjatkan sama sekali. Memang dijangka. Selama ini pun gerakan dia memudaratkan parti,” katanya dalam status Twitternya, hari ini.
Ahli Parlimen Kota Belud itu berkata Umno bersedia untuk berdepan dengan sesiapa saja yang cuba memudaratkan parti.
“Dulu pun begitu. Apatah lagi sekarang,” katanya.
Rahman berkata Umno bukan kuat kerana individu tetapi kerana misi dan perjuangannya dan pemimpin akan datang dan pergi tetapi yang tinggal hanyalah perjuangan.
Katanya, tindakan Shafie keluar parti itu tidak akan menjejaskan Umno di Sabah kerana sokongan rakyat adalah kepada parti dan bukannya kepada mana-mana individu yang mempunyai kepentingan.
“Umno Semporna masih berfungsi dan akan diperkukuhkan lagi dengan barisan kepimpinan yang lebih mantap, mempedulikan kepentingan rakyat,” katanya.

Najib belum didakwa, tak perlu bercuti – PAS

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kes perdana menteri dan Lim Guan Eng dua perkara yang berbeza.
tuan-man,najib
PETALING JAYA: PAS tidak akan mendesak Datuk Seri Najib Razak untuk bercuti kerana berpendapat kes yang membabitkan perdana menteri itu berbeza dengan kes pembelian rumah banglo Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din menggesa Guan Eng bercuti adalah tepat kerana kes itu sudah didakwa di mahkamah.
“Saya baca kenyataan beliau di media. Bagi saya kes Guan Eng dengan perdana menteri berbeza. Haron Din menggesa Guan Eng bercuti kerana beliau dalam perbicaraan dan saya fikir wajar kerana kesnya sedang dibicarakan.
“Ia selaras dengan pandangan parti dan berbeza dengan Najib, beliau masih belum didakwa kerana itu ia satu kedudukan yang berbeza,” katanya kepada FMT.
Tuan Ibrahim berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang mempersoalkan “nasihat” Haron kepada Guan Eng untuk bercuti sehingga kes rasuahnya selesai.
Dalam kenyataannya itu, Khairuddin turut mempersoalkan tindakan Haron yang tidak memberi nasihat sama kepada perdana menteri susulan kes wang “derma” RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Masa sesuai saya letak jawatan, tunggu hukuman MT dan Lembaga Disiplin,kata Shahruddin


Datuk Sharuddin Md Salleh Datuk Sharuddin Md Salleh Sah! Naib Ketua Umno Bahagian Pagoh Datuk Dr Shahruddin Md Salleh telah meletakkan jawatannya berkuat kuasa serta merta hari ini.
 Perkara ini dimaklumkan Dr Shahruddin sendiri kepada Malaysia Dateline apabila surat peletakan jawatannya telah di viralkan di media sosial dan whatsApp sejak awal pagi tadi. Surat bertarikh 4 Julai itu telah dihantar kepada Pemangku Ketua Umno Bahagian Pagoh, Ismail Mohamad.
Menurut Dr Shahruddin, peletakan jawatannya ini ekoran Umno Bahagian Pagoh sebulat suara telah menolak keputusan Majlis Tertinggi Umno kerana memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 24 Jun lalu.
Justeru kata beliau, inilah masa yang sesuai beliau meletakan jawatan sementara menunggu tindakan oleh Lembaga Disiplin parti atau Majlis Tertinggi (MT) mengambil tindakan terhadap keputusannya itu.
"Adalah amat sesuai untuk saya letak jawatan sebagai naib ketua bahagian Pagoh sementara menunggu hukuman lembaga disiplin atau MT.
"Sama ada saya diberikan amaran atau dipecat sebagai ahli Umno kerana ingkar dan menolak keputusan Majlis Tertinggi kerana telah memecat ketua Umno Bahagian Pagoh (Muhyiddin)
"Ini kerana saya dalam Umno telah berhempas pulas habiskan masa dan waktu mencari orang untuk jadi ahli Umno tetapi MT mudah-mudah saja pecat ahli.
"Lebih baik masa tu saya berikan kepada membaca al-Quran dan mempelajari hal-hal agama dan bahasa arab Al-Quran," ujarnya ketika dihubungi.
Justeru beliau berkata bila telah letak jawatan banyak perkara boleh dilakukannya, bahkan akan meneruskan tugasnya sebagai Adun Jorak sehingga tempoh Pilihan Raya Umum akan datang berakhir.
Menurutnya lagi MT telah memperlakukan pemimpin nombor dua negara seperti 'sampah' dengan mengambil keputusan memecat bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
"Beliau diperlakukan seperti sampah dan petualang sebagai orang nombor dua negara.
"Terpulanglah pada MT nak menghukum Umno Pagoh.
"Ramai Ketua Cawngan berkata pada saya, bila nak bertanding minta undi. Mereka nyatakan akan memperjuangkan suara hati ahli-ahli Umno tetapi bila dah dapat undi dan jadi ahli MT mereka pula menekan ahli dan tujuk kuku, pecat ahli.
"Sepatutnya adalah ahli MT yang berjumpa dengan ketua-ketua cawangan di Pagoh ni terangkan keadaan dan kita boleh berdebat jika ada perkara sesama sendiri tidak puas hati terhadap isu berbangkit," ujarnya ketika ditanya sama ada akan lebih ramai lagi ketua-ketua cawangan di bahagian Pagoh yang akan meletakan jawatan.

Kes Bill Kayong: Polis tak pernah henti siasatan - Khalid

Ramadan Sepi Tanpa Almarhum Tok Guru Nik Aziz

Sah, IS terlibat bom di Puchong - Khalid

IGP nafi polis hentikan majlis berbuka puasa 'antara agama' di gereja

Shafie Apdal membuat pengumuman keluar daripada Umno

Kes Bill Kayong: PKR hantar memorandum, kecewa 5 laporan polis tiada siasatan

'Mampukah Muhyiddin, Mukhriz sehebat Anwar tubuh parti baru?' - Dr Hamdan

Naib ketua Umno Pagoh letak jawatan

Naib Ketua Umno Bahagian Pagoh, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dilaporkan meletak jawatannya dalam parti itu berkuat kuasa serta merta.
Bagaimanapun, Shahruddin mengekalkan kedudukannya sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri Jorak.
Umno Pagoh sebelum ini diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bagaimanapun bekas timbalan perdana menteri itu dipecat daripada Umno pada 24 Jun lalu kerana didakwa melanggar peraturan parti berkenaan.
Turut dipecat adalah seorang lagi pemimpin lantang mengkritik Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Shafie Apdal umum keluar Umno

Naib presiden Umno yang digantung keahliannya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan keluar daripada parti itu.
Beliau yang juga adalah ahli parlimen Semporna berkata, keputusan itu dibuat berikutan tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang menggantung keahliannya pada 24 Jun lalu.
"Perjuangan kita akan diteruskan di bumi Sabah ini. Perjuangan kita akan diteruskan di Sabah dan di Semenanjung untuk membela bangsa dan negara.
"Saya mohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan saya, salah laku saya selama saya memimpin Umno ini," katanya.
Keputusan itu diumumkan di hadapan ribuan penyokongnya di dewan di perkarangan rumahnya di Kampung Bubul Lama, Semporna Sabah, hari ini.
Julai tahun lalu, beliau dilucutkan sebagai menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

Pakatan serah memorandum desak siasat pembunuhan Bill Kayong

KUALA LUMPUR, 4 JULAI : Pimpinan Pakatan hari ini menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagi mendesak siasatan menyeluruh susulan kes pembunuhan aktivis, Bill Kayong.
Serahan memorandum diketuai Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo kepada wakil PDRM, ASP Mohd Naswan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini pagi tadi.
Nurul Izzah dalam sidang medianya berkata, polis perlu mengambil perhatian berkenaan kes terbabit bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
image“Sudah wujud amalan samseng di Miri dengan enam laporan polis dibuat membabitkan ugutan bunuh terhadap Ahli Parlimen dan aktivis.
“Justeru, kita memilih untuk hadir ke Bukit Aman bagi menyatakan betapa pentingnya perihal situasi dan ancaman terhadap masyarakat dan pejuang di Sarawak,” katanya.
Sementara itu, Michael Teo berkata, Jawatankuasa Khas ditubuhkan polis sebelum ini perlu diperhebatkan bagi membuktikan komitmen mereka menyelesaikan kes terbabit.
“Kami amat kesal walaupun sudah membuat laporan polis terhadap ancaman diterima sebelum ini, namun sehingga kejadian berlaku barulah ada tangkapan dibuat.
“Kami berharap pihak polis boleh menjalankan siasatan dengan telus untuk mendakwa individu bertanggungjawab di atas pembunuhan ini ke muka pengadilan,” katanya.
Hadir sama, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Dr Xavier Jeyakumar; Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin; Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil; wakil DAP Sarawak, Alan Ling dan dan beberapa aktivis lain.
Michael sebelum ini pernah menerima ugutan bunuh selain dicederakan individu tidak dikenali di hadapan pejabatnya di Miri.
Susulan kejadian itu, beberapa laporan polis dibuat, namun tiada tangkapan dibuat polis Sarawak sehingga kini.
Bill Kayong yang juga Setiausaha kepada Michael ditembak mati pada 21 Jun lalu ketika berada dalam kenderaannya.

Exco Penang sebulat suara kekalkan Guan Eng ketua menteri

Exco sebulat suara memutuskan kes terhadap Guan Eng bermotifkan politik.
rashid-hasnon-lim-guan-engGEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini sebulat suara bersetuju Lim Guan Eng kekal ketua menteri, selepas mesyuarat tergempar majlis kerajaan negeri (exco) hari ini.
Timbalan Ketua Menteri I Mohd Rashid Hasnon berkata exco memutuskan Guan Eng tidak perlu mengambil cuti kerana beranggapan beliau tidak bersalah dalam tuduhan rasuah yang dihadapinya.
“Ia keputusan sebulat suara yang dakwaan ke atas Lim bermotifkan politik dan oleh itu beliau tidak perlu mengambil cuti,” Rashid memberitahu wartawan hari ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy berkata exco memberikan keyakinan penuh kepada Guan Eng.
Khamis lalu, Guan Eng mohon dibicara atas pertuduhan berkait salah guna kuasa dalam meluluskan permohonan sebuah syarikat menukar tanah pertanian kepada tujuan kediaman. Beliau turut didakwa menyalah guna kedudukannya dalam pembelian sebuah banglo daripada ahli perniagaan Phang Li Khoon pada harga RM2.8 juta, iaitu bawah daripada harga pasaran RM4.7 juta.

Muhyiddin: JMM rendah moral, muflis akhlak

Muhyiddin menafikan sekeras-kerasnya pernah bersetuju menyertai program Nothing to Hide 2.0 semalam.
muhyiddin
PETALING JAYA: Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliau pernah setuju menyertai program “Nothing to Hide 2.0″ anjuran sebuah kumpulan pro-Umno semalam.
“Penting untuk diketahui bahawa program ‘Nothing to Hide 2.0′ adalah satu komplot jahat yang dilakukan secara terancang oleh pihak yang rendah moral dan muflis akhlak,” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan.
Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwandin Hamzah sebelum ini mendakwa Muhyiddin pada awalnya bersetuju hadir di program yang diadakan di Kelab Darul Ehsan petang semalam.
Muhyiddin berkata dakwaan Azwandin itu “satu pembohongan besar”.
“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah berjumpa dengan beliau, tidak pernah menyatakan persetujuan untuk menghadiri program itu dan tidak pernah menerima apa-apa jemputan daripada JMM,” kata Muhyiddin.
Azwandin berkata program itu bertujuan memberi peluang kepada Muhyiddin menjelaskan tuduhan skandal dengan isteri orang.
Akuan Bersumpah mengenai dakwaan itu juga diedarkan pada program itu.
Muhyiddin, yang sebelum ini menafikan tuduhan itu, berkata ia jelas menunjukkan komplot menjatuhkan reputasinya.
“Begitu juga dengan sikap tidak bertanggungjawab TV3 yang turut bersubahat menyebarkan pembohongan yang sama. Semoga Allah s.w.t memberikan petunjuk kepada mereka semua.”

KEADILAN tuntut mesyuarat dengan PDRM siasat kes Bill Kayong

Mekanisme pertemuan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KEADILAN perlu dijalankan bagi mendapatkan maklum balas berkenaan kes pembunuhan aktivis, Bill Kayong.
Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, berkata ia bagi memastikan kes terbabit mendapat pembelaan sewajarnya dan dapat diselesaikan secara telus.
Katanya, perkara itu bagi membuktikan kesungguhan anggota polis untuk tidak mengamalkan budaya ‘double standard’ membabitkan pimpinan dan aktivis pembangkang.
image (3)
“Kita menuntut supaya dianjurkan sidang mesyuarat khas bersama pimpinan KEADILAN dan ahli keluarga Bill Kayong untuk menerima maklum balas berkenaan hasil siasatan PDRM setakat ini.
“Selain itu, kita menuntut jaminan polis untuk mengkaji dan memperketatkan perlindungan keselamatan terhadap aktivis pejuang tanah adat di Sabah dan Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi menyerahkan memorandum keadilan bersabit kes pembunuhan setiausaha Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo, Bill Kayong, Jun lalu.
Sebelum ini, pejuang dan aktivis tanah adat di Sarawak menerima ancaman dan ugutan daripada individu tidak dikenali.
Perkara itu dipercayai berlaku ekoran kelantangan mereka memperjuangan hak tanah adat masyarakat Sarawak yang diambil pihak tidak bertangunggjawab lebih 50 tahun lalu.
Bagaimanapun, Nurul Izzah berkata, kegagalan polis menyelesaikan kes terbabit jelas membuktikan keselamatan dan keamanan masyarakat Sarawak kini semakin terhakis di bawah rejim pentadbiran kerajaan pemerintah.
“Ini sesuatu yang kita tidak boleh terima apabila rakyat terpaksa tunduk dengan isu rasuah, menjejaskan hak asasi manusia dan kemusnahan alam.
“Mengecewakan sekali apabila kerajaan dan syarikat swasta dilihat bersekongkol apabila masyarakat tidak mampu berada dalam jaminan keselamatan dan keadilan di bawah Perlembagaan,” katanya.

Bukan sekat kebebasan, pindaan akta pastikan Majlis Peguam telus, kata Peguam Negara


Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi AliPeguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali
Keputusan kerajaan meminda Akta Profesion Undang-undang 1976 (Akta 166) bukan sama sekali bertujuan untuk menyekat kebebasan Majlis Peguam daripada terus mengkritik kerajaan.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali berkata demikian ketika mengulas dakwaan berkenaan dengan menggunakan pindaan terhadap Akta Hasutan 1948 tahun lalu sebagai contoh kesungguhan kerajaan.
"Sebagai Peguam Negara, saya amat bersetuju dengan keputusan ini (pindaan Akta 166). Setelah tujuh tahun memegang jawatan pegawai dalam Majlis Peguam, saya cukup faham selok-belok ia beroperasi," ujarnya dalam artikel beliau yang di Berita Harian Ahad semalam.
Menurut Apandi, kerajaan tidak berniat untuk mengawal perjalanan Majlis Peguam sebaliknya mahu badan peguam itu lebih telus dan demokratik berbanding pada masa ini.
"Mempertahankan keadilan tugas mulia, tetapi keadilan untuk siapa?"
"Apakah pendapat Majlis Peguam mewakili sebilangan atau seluruh ahli Bar Malaysia?" soalnya merujuk pada Seksyen 42 (1) (a) dan (d) Akta 166 berkaitan tujuan Bar Malaysia.
Beliau berkata, pihaknya tidak hairan apabila dimaklumkan terdapat urusan Majlis Peguam dilakukan secara tersembunyi selain wujud ahli Bar Malaysia yang tidak didedahkan dengan perkara tertentu.
Menurutnya, paling menjadi isu dalam Majlis Peguam ialah peruntukan Seksyen 50 (1) Akta 1666 yang menyebut bahawa pemilihan tahunan bagi 12 ahli Majlis Peguam hendaklah dengan undi pos.
"Malang sekali bagi sebuah badan yang menentang penggunaan undi pos dalam sistem pilihan raya negara sebagaimana diperjuangkan oleh Bersih masih menggunakan undi pos dalam pemilihannya sendiri," ujarnya lagi.

Penurunan Kuasa: Adenan jumpa PM hari ini

Antara yang dibincangkan ialah penurunan kuasa, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan, Perjanjian Malaysia 1963, Akta Malaysia dan Laporan Suruhanjaya Cobbold.
adenan-najib
PUTRAJAYA: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pejabat Perdana Menteri di sini.
Kenderaan rasmi yang membawa Adenan dilihat memasuki bangunan Perdana Putra, yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri, pada 9.05 pagi untuk pertemuan itu yang dijadualkan pada 9.30 pagi.
Kenderaan yang dinaiki Adenan kelihatan keluar dari perkarangan Bangunan Perdana Putra pada 10.45 pagi.
Beliau hanya melambai ke arah media yang menunggu sejak 8.30 pagi untuk mendapatkan maklum balas beliau mengenai pertemuan itu.
Pejabat Ketua Menteri ketika dihubungi berkata kenyataan rasmi berhubung pertemuan itu mungkin akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri semalam, perkara yang dibincangkan pada pertemuan itu adalah mengenai penurunan kuasa, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan cadangan-cadangan, Perjanjian Malaysia 1963, Akta Malaysia dan Laporan Suruhanjaya Cobbold.
Menurut kenyataan itu lagi, Adenan juga menyerahkan dua memorandum kepada Najib mengenai pendirian kerajaan negeri berhubung perkara berkenaan.
Pada 21 Januari lalu, Adenan yang mengambil alih tampuk kepimpinan Sarawak daripada Tun Abdul Taib Mahmud sejak Februari 2014, menyenaraikan 13 perkara yang dipersetujui oleh kerajaan persekutuan dalam penurunan kuasa pentadbiran kepada kerajaan negeri.

Apa lah Mufti Harussani ni. Ada ke patut kata PAS macam tu. Tak baik !!!


Dulu Lain… Sekarang Lain…
Dulu Bujang… Sekarang… Nak 'Kahwin…'

Inilah rupa pemimpin BN yg berjiwa rakyat mendahulukan rakyat TANGGUNG BEBAN

FAKTA :
"Pemimpin Yang Bodoh Lahir Dari TANGAN PENGUNDI YANG BODOH"

ANDA kenal golongan yang lima ini ??!!

Sempena hadiah Hari Raya MINYAK NAIK...

Kami nak dengar sendiri komen2 dari rakyat Selangor !!!

TU DIA !!!.. Lps saja dpt 'Tan Sri' terus mendabik dada UMNO yakin tawan semula Selangor dalam PRU-14 nanti...

PRU 14 BAKAL DILAMBATKAN LAGI!!

Dengan tak semena-mena Lim Guan Eng kini dianggap sebagai wira. Pendakwaan di mahkamah yang dihadapinya menjadikan dirinya semakin dilimpahi sokongan pelbagai lapisan masyarakat.

Di Pulau Pinang semalam, sebagai tanda solidariti, ribuan manusia pelbagai golongan dan lapisan hadir beramai-ramai sebagai tanda sokongan kepadanya.

Di lain-lain tempat, malah di mana-mana, boleh juga didengari rasa curiga rakyat terhadap pendakwaan itu yang mereka sifatkan lebih bermotif politik tujuannya.
Semuanya kini serba tak kena bagi UMNO dan BN. 

Mendakwa Guan Eng di mahkamah tidak menjadikan DAP dan Pakatan Harapan lemah, bahkan tindakan menampilkan Peguam Negara, Apandi Ali sebagai ketua pendakwaraya dan meletakkan jaminan setinggi RM1 juta bagai menambahburukkan lagi keadaan.

Kemudian, tindakan DAP mewujudkan tabung khas untuk orangramai menderma di mana sasaran kutipan berjaya dicapai hanya dalam tempoh 21 jam menjadikan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN semakin lemas dengannya.

Dengan kecenderungan ini, sama ada Guan Eng bakal didapati bersalah atau sebaliknya pada perbicaraan yang bermula September nanti, beliau tetap akan dianggap sebagai wira.

Tidak mustahil, jika dipenjara, sokongan yang akan diterimanya lebih melimpah-limpah  lagi.

Dan nampaknya, tarikh pilihanraya juga tidak mungkin diadakan dalam waktu terdekat ini.

Hutang negara, 1MDB antara kerja rumit sebagai Menteri Kewangan II, akui Ahmad Husni

Datuk Seri Ahmad Husni HanadzlahDatuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Menganggap dunia pekerjaan kini lebih sesuai dilaksanakan generasi lebih muda, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengakui mengurus hutang negara dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) antara kerja Menteri Kewangan II yang begitu rumit.
Selain itu, ujarnya, bidang tugas jawatan dalam "Namun, saya meneruskan perkhidmatan untuk membantu YAB Perdana Menteri, kerajaan dan negara berdepan dengan gelombang ekonomi global yang tidak menentu," katanya yang pernah melanjutkan pengajian tinggi di Universiti Harvard.
Mengimbas keputusannya berundur daripada Jemaah Menteri, 27 Jun lalu, Ahmad Husni memberitahu pada pagi tersebut beliau meminta pengesahan Najib tentang pertukaran portfolionya dalam rombakan Kabinet yang akan diumum petang itu.
"YAB PM mengesahkan saya akan ditukar portfolio. Saya memaklumkan kepada YAB PM, bahawa saya telah tetapkan dalam fikiran bahawa saya akan mengakhiri dunia politik di Kementerian Kewangan.
"Saya ada satu setengah tahun sahaja lagi untuk berkhidmat. Jika saya diberi portfolio lain, tempoh satu setengah tahun tidak mencukupi untuk membolehkan saya berkhidmat dengan efektif," jelasnya dalam catatan yang disiar Berita Harian Ahad semalam.
Menurut Ahli Parlimen Tambun itu, beliau pada masa ini berada di fasa ketiga yang dipanggilnya sebagai fasa kematangan selepas fasa belajar dan bekerja.
"Kita tumpu masa melaksanakan amal jariah dan berkongsi ilmu dengan golongan yang berada di Fasa 1 (zaman belajar) dan Fasa 2 (zaman bekerja) ke arah memantapkan kapasiti generasi ini. Fasa ini (kematangan) juga yang akan membawa kita ke akhir hayat," ujarnya.
Berkhidmat dalam sektor perbankan sebelum menceburi politik pada usia 31 tahun, beliau berkata, penglibatannya itu berlaku secara kebetulan dan didorong atas kesedaran integriti.
"Bolehkah kita bergantung kepada pemimpin yang tiada integriti? Apakah nasib masa depan masyarakat?" soalnya lagi yang pernah bekerja di Coopers & Lybrand, The Chase Manhattan Bank, Asiavest Merchant Bankers dan Bumiputra Merchant Bankers.

Zunar tak setuju Fakkah minta maaf lawak ‘PM = Pencuri’

Sebaliknya, Zunar berkata masalah persepsi yang dihadapi Najib perlu diperbetulkan.
zunar-fakah
PETALING JAYA: Pelawak Singapura Fakkah Fuzz tidak perlu memohon maaf berikutan jenakanya yang menyamakan perkataan “pencuri” dengan perdana menteri, kata kartunis politik Zulkifli Anwar Ulhaque.
Sebaliknya, Zulkifli atau lebih dikenali Zunar berkata masalah utama adalah persepsi terhadap perdana menteri sendiri.
“Jika persepsi terhadap perdana menteri tidak diselesaikan akan ada lebih banyak bentuk sindiran dan kutukan akan dibuat terhadap perdana menteri,” katanya kepada FMT.
Menurutnya, apa yang dilakukan Fakkah adalah satira dan bukannya kritikan biasa.
“Dia (Fakkah) perlu terus menghasilkan karya seperti itu. Apa yang dia lakukan itu bukan satu kesalahan. Jadi dia sepatutnya perlu hasilkan lebih banyak karya yang berbentuk sindiran dan satira seperti itu,” kata Zunar, yang terkenal dengan karya kartun berupa sindiran terhadap Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, kepada FMT.
Fakkah sebelum ini dikecam hebat Ketua Pemuda Umno Selangor, Zainuri Zainal selepas klip pertunjukannya yang dilihat menyindir Najib menjadi viral.
Dalam klip tersebut, Fakkah membuat perbandingan beberapa istilah Melayu di Singapura dan Malaysia.

Lawak ‘PM = pencuri’ tak kelakar bagi Pemuda Umno Selangor

Fakkah dalam salah satu pertunjukan komedinya baru-baru ini membuat perbandingan Bahasa Melayu seperti ditutur di Singapura dan Malaysia.
fakka-fuzz
Shah Alam: Klip video pelawak Singapura Fakkah Fuzz di mana beliau berkata perkataan “pencuri” di Malaysia boleh juga diterjemahkan sebagai “perdana menteri”, tidak disenangi Pemuda Umno Selangor.
Berang dengan jenaka tersebut, ketuanya Zainuri Zainal mahu Kementerian Dalam Negeri mengharamkan terus Fakkah daripada memasuki negara.
“Sebagai seorang pelawak, terdapat pelbagai cara dan idea untuk menghiburkan audien,” katanya dalam satu kenyataan.
Fakkah dalam salah satu pertunjukan komedinya baru-baru ini membuat perbandingan Bahasa Melayu ditutur rakyat Singapura dan Malaysia.
Selepas memberikan beberapa perbezaan istilah Melayu kedua-dua negara itu, Fakkah kemudian menyebut perkataan “thief” bagi Melayu Singapura ialah “pencuri”, tetapi di Malaysia, ia sama erti dengan “perdana menteri”.
Fakkah, yang merupakan antara pelawak paling popular di Singapura dan mengadakan persembahan di Hong Kong, Australia dan New York, semalam meminta maaf sekiranya jenaka beliau mengguris hati.
“Saya hanya mahu menghibur. Saya ucapkan Selamat Hari Raya,” kata beliau sambil memuat naik klip video memaparkan baju-T “Relax lah, it’s just Singapore”.
Zainuri bagaimanapun berkata permintaan maaf Fakkah tidak memadai kerana “kesannya sangat mendalam terhadap hati dan perasaan rakyat Malaysia”.
“Nasihat kami kepada Fakkah, jangan masuk campur urusan Malaysia, cermin dahulu wajah sendiri. Bak kata pepatah jangan jadi seperti ayam yang lantang berkokok tetapi ekor terpalit najis.”

Kalah menang Allah tentukan, bukan manusia – kata Mohd Amar pada Husam

Kenyataan Husam itu disifatkan sebagai orang yang 'kecewa' selepas dia dipecat PAS pada April lalu.
Datuk-Nik-Mohd-Amar-Nik-Abdullah,husam-musa
PETALING JAYA: Ramalan Datuk Husam Musa mengenai PAS akan jatuh di Kelantan dan Selangor tidak meruntuhkan semangat parti Islam itu untuk terus berjuang.
Sebaliknya, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yakin urusan kalah dan menang itu bukan ditentukan oleh manusia, tetapi Allah.
“Kalau Husam ingin PAS kalah sekalipun, kalau Allah tidak takdirkan PAS kalah, tidak kalah PAS. Walaupun Husam beria-ria mahu PAS kalah, jika takdir Allah kata PAS menang, PAS menang juga,” katanya kepada FMT.
Nik Amar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Husam yang berkata PAS “tentu akan jatuh” di Kelantan sementara di Selangor dan semua 15 kerusi negeri yang disandangnya akan turut hilang.
Husam yang juga bekas naib presiden PAS berkata keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar juga membuktikan PAS tidak lagi berpeluang menang di kerusi campuran dan “marginal” kawasan majoriti Melayu.
Mengulas lanjut, Nik Amar berkata kenyataan Husam itu disifatkan sebagai seorang yang ‘kecewa’ susulan pemecatannya pada April lalu.
Katanya, itu sebabnya Husam mengeluarkan kenyataan berkenaan untuk melepaskan kekecewaan terhadap apa yang berlaku terhadap dirinya.
“Semangat kita tidak runtuh walau siapa-siapa kata pun kita tak runtuh. PAS berjuang bukan atas manusia, PAS berjuang atas tuntutan agama. Orang nak kata apa pun katalah, kita tak peduli.
“Tanggungjawab kita berjuang dan berusaha. Hanya Tuhan yang tentukan kalah menang,” katanya.
Pada April, PAS bersetuju memecat Husam setelah beliau didapati ingkar kepada arahan parti dan tidak “mengamalkan akhlak Islam.”
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS Dr Sanusi Daeng Mariok berkata tindakan itu diambil setelah mempertimbangkan kes ini daripada semua aspek serta mengambil kira kepentingan parti dan perjuangannya.
Husam sebelum itu lantang mengkritik Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu kerjasama parti Islam itu dengan Umno serta kepimpinan parti berhubung isu hudud.