Sabtu, 2 Julai 2016

KEMPEN TUTUP TV.....

BERHATI-HATI !!!..
Seorang munafik akan membuat ucapan Hari Raya pada malam Raya mahupun semasa Hari Raya melalui semua rangkaian TV di Malaysia..

Jika ia berlaku dan muncul di TV, anda sila tutup sebentar dari mendengar seorang yang munafik & kerap menipu rakyatnya.

Rating rangkaian TV akan turun ketika ucapan tanda protes rakyat terhadap seorang MUNAFIK..

Terima kasih kepada yg sama2 menyokong kempen protes ini..

Bila kobodohan mengatasi akal, inilah hasilnya..

Baru tau rupa2nya 'Pak Arab' bagi derma 2.6 bilion itu juga merupakan SATU BEBAN orang ramai !!!

NAJIB TAK BERANI MASUK KANDANG MAHKAMAH !!!

TU DIA !!!.. Patutler hingga skrg SPRM, polis & Peguam Negara tak berani nak heret Najib ke muka pegadilan, rupa2nya kalau Najib didakwa di mahkamah MAKA SEMUA JAWATAN NAJIB dalam Umno & kerajaan secara automatik AKAN DIGANTUNG !!!

NAMPAK TAK !!!.. Sebab itulah setiap kali mana2 dakwaan/ saman ke mahkamah yg melibatkan Najib, SUDAH PASTI Najib cuba utk membatalkannya...

NAMPAK TAK !!!.. Sebab itulah hingga kini NAJIB TAK BERANI MASUK KANDANG MAHKAMAH !!!

Derma Oh Derma..!!!

Inilah realitinya...
"Apabila kita ada 'thief', di Singapura kita panggil PENCURI. Di Malaysia mereka panggil PERDANA MENTERI. Jadi ia memang sangat berbeza." -Fakkah Fuzz

*pencuri = (Perdana Menteri)
Bila nak dimasukkan ke dlm Kamus Dewan edisi Kelima nanti ??!!

Jangan sampai tumpah darah, Salleh ingatkan Dr M

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan menindas para pengkritik.
Bekas perdana menteri itu mengeluh mereka yang tugasnya adalah untuk melindungi negara ini, telah menjadi penindas dan beliau sendiri telah disoal polis sebanyak empat lagi dengan ada satu lagi dijadualkan selepas hari raya
Mahathir mendakwa sedemikian dalam blognya.
Menurut Salleh, terdapat had kepada kritikan dan kesopanan serta kebenaran selain kesahihan harus ditegakkan.
"Memanggil seseorang sebagai anjing atau babi tidak boleh dikatakan sebagai mengkritik. Kami juga mempunyai undang-undang mengenai fitnah yang menjadikan ia satu jenayah kerana mengatakan sesuatu yang tidak benar terhadap seseorang," kata Salleh dalam blognya, hari ini.
Tambah beliau, Mahathir sendiri pernah berkata bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang sangat 'rapuh' dan rusuhan begitu mudah untuk tercetus.
"Sebab itu kerajaan perlu mengawal apa yang boleh dan tidak boleh berkata jika mana-mana individu mengatakan sesuatu yang boleh mencetuskan pertumpahan darah," ujar Salleh lagi.
Beliau turut menuduh Mahathir kini mempercayai 'matlamat menghalalkan cara'.

Rakyat saksi kemajuan Pulau Pinang

Oleh Lim Guan Eng

Apabila BN dan menteri BN melancarkan “pendedahan” secara besar- besaran untuk kononnya ia sebagai skandal rasuah kerana membeli rumah banglo dengan harga murah, mereka mengaitkan dengan penjualan tanah kerajaan di Taman Manggis seluas 1 ekar untuk projek hospital dan mereka mendakwa tanah itu untuk golongan miskin.


Walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang banyak kali mengulanginya ia kerajaan BN sebelum ini yang ingin membangunkan tanah Taman Manggis secara komersial dan ia tiada kaitan dengan pembelian rumah banglo saya kerana tanah Taman Manggis dijual kepada pembida paling tinggi melalui tender terbuka yang kompetitif, BN masih meneruskan konspirasi dan serangan politik mereka.

Kedua-dua tuduhan rasuah terhadap saya akhirnya mendedahkan konspirasi politik BN dan pemimpinnya, terutama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan yang bukan saja pengecut dan pembohong, tetapi juga munafik.

Tiada sebarang tuduhan rasuah ke atas saya berhubung Taman Manggis. Walaupun cuba untuk memperbesarkan dan mengugut supaya berdebat secara terbuka oleh Rahman yang akhirnya pengecut untuk melakukannya, tiada langsung hasil siasatan tanah Taman Manggis yang sekali gus membuktikan pembohongan BN.

Sebaliknya, saya didakwa kesalahan rasuah yang tidak wujud dan sama sekali tidak melibatkan penjualan tanah Taman Manggis kepada KLIDC. Saya berdepan dengan seluruh jentera kerajaan persekutuan BN yang mahu memenjarakan saya selama 20 tahun untuk kesalahan rasuah yang tidak wujud kerana meluluskan pengezonan semula sebidang tanah di Balik Pulau daripada tanah pertanian kepada tanah perumahan yang mana ia masih kekal sebagai tanah pertanian kerana Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menolak pengezonan semula kepada tanah perumahan dan tanah tersebut masih kekal dizonkan sebagai tanah pertanian.

Apakah faedah atau rasuah kepada pemilik tanah, Magnificent Emblem Sdn Bhd (MESB) apabila tiada sebarang faedah kerana tanah tersebut masih kekal dizonkan sebagai tanah pertanian? Apabila MBPP menolak kebenaran merancang pada 1 Disember 2015, MESB tidak dibenarkan membayar yuran pengezonan semula untuk ia dizonkan kepada perumahan.
Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC) yang diketuai oleh saya tidak campur tangan untuk mengarahkan MBPP supaya mengezonkan tanah tersebut kepada tanah perumahan.

‘Peguam Negara harus ikut kepentingan masyarakat, bukan kepentingan Perdana Menteri’ – Ambiga


KUALA LUMPUR, 2 JULAI: Presiden Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) 2.0, Ambigia Sreenevasan mempersoal dwi-standard Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang membersihkan Najib daripada skandal 1MDB, namun mengambil tindakan pantas terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
ambiga“Peguam Negara harus bertindak mengikut kepentingan masyarakat, bukan kepentingan Perdana Menteri dan pengikutnya,” tegas Ambiga.
Ditanya tentang sama ada Guan Eng perlu bercuti dari jawatan, Ambiga menjawab dengan mempersoal kegagalan Datuk Seri Najib Razak yang enggan mengambil cuti sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika siasatan terhadapnya masih dijalankan.
“Tanya kembali soalan itu apabila Perdana Menteri sudah melakukannya (bercuti daripada jawatan),” katanya seperti dilaporkan media hari ini.
Menurut Ambiga, dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, seorang Perdana Menteri yang didakwa terpalit dengan skandal kewangan yang seserius itu wajar berundur daripada menguruskan hal ehwal negara.
“Bagaimanapun, apa yang kita ada hari ini bukanlah demokrasi sebaliknya sebuah bentuk amalan diktaktor.
“Perdana Menteri tidak mahu mengikut undang-undang dan sebaliknya melanggar lebih banyak undang-undang dengan mengganggu perjalanan siasatan terhadapnya,” katanya.
Dalam perkara berkaitan, Ambigia berkata terdapat kemungkinan wujud muslihat politik untuk mendakwa pemimpin-pemimpin pembangkang dan mendesak supaya mereka berundur.

Kit Siang mahu buat jelajah, dengar pendapat rakyat tentang kedudukan Guan Eng


KUALA LUMPUR, 2 JULAI: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berhasrat untuk membuat lawatan ke seluruh negara bagi mendengar sendiri pandangan masyarakat mengenai kedudukan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, susulan perbicaraan kes yang dihadapi Setiausaha Agung DAP itu.
lim kit siang ceramahWalaupun DAP telah sebulat suara meluluskan resolusi menyokong kepimpinan Guan Eng, Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini tetap mahu mendengar pandangan rakyat mengenai keputusan itu.
“Parti mempunyai hak untuk membuat keputusan terhadap hal berkenaan, namun saya akan tetap mengadakan lawatan untuk mendengar pandangan masyarakat mengenai sama ada Guan Eng patut letak jawatan atau bercuti,” katanya.
Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP semalam sebulat suara memutuskan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan terus memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung parti itu memandangkan dua dakwaan rasuah yang dikenakan terhadapnya bermotif politik semata-mata.
Menurut Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, kedua-dua dakwaan rasuah ke atas Guan Eng tersebut, masing-masing di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 165 di bawah Kanun Keseksaan, adalah tidak berasas, berniat jahat dan merupakan penganiayaan politik.
“Oleh itu, tidak ada sebab mengapa Guan Eng perlu bercuti dari jawatannya sebagai Setiausaha Agung atau Ketua Menteri Pulau Pinang kerana tidak wujud konflik kepentingan dan beliau tidak mempunyai kuasa mempengaruhi atau mengawal proses pendakwaan,” katanya.

'DAP kutip sumbangan awam kerana tiada derma dari Arab Saudi'

DAP terpaksa mengutip derma dari orang awam untuk membayar ikat jamin sebanyak RM1 juta dalam kes Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana parti itu masih bergantung kepada dana daripada orang ramai.
"Sebagai parti yang masih bergantung kepada sumbangan dan derma daripada orang ramai, dana dicairkan sebanyak RM1 juta bukan melibatkan tanggungan yuran yang kecil," kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam dari DAP, Steven Sim dalam catatan Facebook, hari ini.
Beliau berkata, walaupun DAP menjadi kerajaan negeri Pulau Pinang sejak 2008, parti itu masih bergantung kepada sumbangan orang ramai kerana tidak menyalah gunakan dana awam untuk kepentingan parti.
"Wang negeri adalah wang rakyat, bukan wang parti dan DAP sangat tegas dalam hal ini," jelasnya sambil menambah parti itu tidak pernah menggunakan satu sen pun dari dana keajaan negeri untuk kegunaan politik.
Merujuk kepada derma RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang kononnya diberikan oleh raja Arab Saudi, Sim berkata, DAP tidak mempunyai hubungan dengan penderma Arab yang boleh membantu.
"Oleh itu, biarlah BN ketawakan pemimpin dan ahli-ahli DAP kerana perlu menggunakan tin Milo untuk mengutip derma daripada orang ramai tetapi masih berpegang kepada prinsip-prinsip parti," tambahnya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kritikan aktivis Fahmi Reza yang menyatakan wang yang dibayar untuk ikat jamin akan dikembalikan.
"Adakah wang RM1 juta yang disumbangkan oleh orang ramai akan dibayar balik kepada setiap penderma selepas perbicaraan Lim berakhir?
"Jika tidak, apakah wang itu akan dimasukkan ke dalam satu tabung yang akan digunakan untuk membantu membayar ikat jamin aktivis lain pada masa akan datang?," tanya Fahmi.

Derma capai sasaran, rakyat tetap mendeposit wang

"Saya yakin ia sebuah program yang sangat baik untuk menunjukkan sokongan kepada Guan Eng dan menterjemah kemarahan mereka."
lim-guan-eng_derma_600
KUALA LUMPUR: Walaupun derma RM1 juta wang ikat jamin Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mencapai sasaran, penduduk kawasan Puchong tetap mahu menyumbang RM10 dalam kempen yang dianjurkan oleh DAP itu.
Ini kerana, mereka yakin dana yang berlebihan akan disalurkan kepada ‘Kempen Sokong, Simpati dan Solidariti Lim Guan Eng’ yang diumumkan oleh Setiausaha Kebangsaannya, Anthony Loke Siew Fook semalam.
Wakil penduduk, Yap Chee Meng berkata walaupun diberitahu sasaran (kutipan derma) telah dicapai, peserta program tetap mahu menunjukkan sokongan.
Manakala, Lena Ng seorang pereka grafik bebas membawa dua anaknya ke kempen derma yang diadakan di Puchong Jaya supaya mereka belajar memahami hak selaku rakyat Malaysia.
“Saya menjelaskan apa yang sepatutnya menjadi hak dan apa yang sepatutnya menjadi salah. Perkara yang betul untuk dilakukan adalah untuk membantu orang yang memerlukan.
“Itu cara saya menjelaskan kepada mereka dan bukannya menggunakan aspek politik.”
ADUN Kinrara Ng Sze Han memuji sokongan yang diberikan oleh penduduk Puchong, menyifatkannya sebagai satu inisiatif bermakna.
“Mereka menjemput saya pagi ini untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap Guan Eng. Secara peribadi, saya yakin ia sebuah program yang sangat baik untuk menunjukkan sokongan kepada Guan Eng dan menterjemah kemarahan mereka.”

NAJIB - PELAKON PALING MANTAP DI MALAYSIA, KALAH ROSYAM NOR & AARON AZIZ DEK KEHEBATANNYA!!

Najib Razak sebenarnya bukan tidak sedar rakyat semakin menceceh mengenai dirinya dan tidak kurang yang terus menolaknya secara terang-terangan berikutan pelbagai isu yang melingkari dirinya yang dianggap keterlaluan dan tidak boleh diterima.

Sebab itu akhir-akhir ini beliau dilihat semakin kerap cuba menonjolkan dirinya seolah-olah seorang pemimpin yang zuhud, baik hati, merendah diri, tidak berbeza dengan rakyat biasa serta tidak kekok menyantuni golongan miskin yang tidak berharta.

Di Facebook dan Twitter miliknya, gambar-gambar "lakonannya"  itu boleh disaksikan dengan lebih kerap berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Tidak lain yang diharapkan Najib, melainkan agar penonjolan berbagai watak baik yang "dilakonkan"  itu dapat membuatkan rakyat terlupa tentang skandal 1MDB, wang ribu-ribu juta dalam akaun peribadi, duit SRC International yang dibelanjakannya, kemewahan tanpa had, pembaziran merata-rata, penggunaan jet oleh isteri, pembelian hartanah mewah oleh anak tiri, pemecatan Peguam Negara, institusi awam yang penting dinodai dan seribu satu macam lainnya lagi.

Makin didedahkan onar dan kecurangannya, kita juga melihat semakin mantap "lakonan" sang Perdana Menteri ini. Boleh kalah Rosyam Nor atau Aaron Aziz dek kehebatannya!!

Tidak cukup dengan "lakonan"  membelikan pakaian raya untuk golongan miskin yang tahun-tahun sebelumnya hanya merupakan aturcara biasa untuk Wanita dan  Puteri UMNO atau mengucapkan selamat jalan untuk wargakota yang pulang ke kampung halaman untuk berhari raya, malah ketika membayar zakat fitrah pun dijadikan "suatu persembahan"  juga oleh Najib.

Mari kita tonton satu demi satu watak "lakonan" Najib, di sebalik pelbagai onar dan seluruh dunia juga memperkatakan mengenai rasuah, penyonglapan dan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengannya.

Serangan Najib kini menekan pemimpin dan penyokong PH, kata Saifuddin


Saifuddin AbdullahSaifuddin Abdullah
Terkini tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Lim Guan Eng seolah-olah terdapat serangan daripada kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak terhadap pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang sejak akhir-akhir ini.
Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah mendakwa, beberapa peristiwa yang telah berlaku sepanjang bulan Ramadan ini, memberi isyarat kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, telah memberikan tekanan dengan mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang pada Khamis lalu.
" Ada satu gerakan 'offensive' oleh PM sepanjang bulan Ramadhan berturu-turut tindakannya bermula dengan memecat dan mengantung pemimpin Umno, menghentikan peruntukkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir dan terkini mendakwa Lim Guan Eng.
"Kes Lim Guan Eng ini sebahagian daripada proses serangan yang mana kami lihat mereka menjadi mangsa perundangan yang terpilih," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau ditemui selepas menghadiri bengkel 'Preparatory Seminar and Workshop on Gearing up for Redelineation' anjuran Majlis Peguam hari ini.
Pada 23 Jun Pergerakan Pemuda Umno mendesak kerajaan segera menghentikan apa sahaja bantuan kerajaan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad serta Yayasan Kepimpinan Perdana kerana tindakan Tun Mahathir yang memburukkan kerajaan serta Perdana Menteri.
Pada 26 Jun Majlis Tertinggi Umno telah mengambil keputusan untuk memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta mengantung jawatan parti Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Pada 29 Jun Setiausaha DAP pula ditahan SPRM.Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini dengan jaminan berjumlah RM1 juta setelah didakwa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM yang dibaca bersama Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Mahkamah menetapkan 23 September depan untuk pengurusan kes.
Saifuddin turut berkata, keputusan Guan Eng untuk tidak melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri sementara kesnya disiasat, tidak menjejaskan amalan persepakatan dalam Majlis Presiden.

Guan Eng perlu letak jawatan buktikan prinsip DAP, kata ketua Puteri

Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata apa yang berlaku ke atas DAP sekarang seumpama meludah dan terkena ke muka sendiri.
ermieyati_lim-guan-eng_600
MELAKA: Lim Guan Eng diminta berundur dari jawatannya sebagai ketua menteri Pulau Pinang sebagai menepati prinsip cekap, telus dan akauntabiliti yang kononnya diamalkan serta dilaungkan oleh parti DAP.
Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata pendiriannya untuk kekal sebagai ketua menteri walaupun didakwa di mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa jelas menunjukkan slogan DAP itu hanyalah sekadar retorik politik.
“Apa yang berlaku ke atas DAP sekarang ini (Guan Eng), seumpama meludah dan terkena ke muka sendiri.
“Isu ketidaktelusan kerajaan BN yang sebelum ini hebat diperkatakan sehingga menjadi salah satu inti pati dalam berkempen sebenarnya adalah bagi mengaburi mata rakyat terhadap tindakan songsang DAP,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, demi sebuah maruah dan menunjukkan DAP sangat cekap, telus, berintegriti, amanah dan telus, Guan Eng harus berundur daripada jawatannya.
“Kelantangan Guan Eng selama ini menerusi slogan CAT (Cekap, Telus, Akauntabiliti) tidak lebih seperti muslihat bagi mengaburi rakyat dan diumpamakan ‘cakap tidak serupa bikin’.
” Ini hanya (permainan) wayang DAP semata-mata,” kata Mas Ermieyati.

Mazlan nafi mahu Muhyiddin jadi ketua Pakatan Harapan ganti Anwar


Fokus kami mengajak Muhyiddin menyertai Amanah Fokus kami mengajak Muhyiddin menyertai Amanah
Ahli jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Nasional Mazlan Aliman menafikan laporan The Star bahawa parti itu bersetuju untuk memilih bekas timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketua Pakatan Harapan yang baru.
Menyifatkan laporan tersebut jauh tersasar daripada apa yang diperkatakannya, Mazlan meminta The Star membetulkan laporan tersebut dan jika akhbar berkenaan enggan berbuat demikian beliau akan mengambil tindakan undang-undang.

“Laporan itu tidak betul sama sekali dan jauh tersasar daripada apa yang saya katakan.

“Saya katakan laporan tersebut jelas berniat jahat dan mahu memporak perandakan Pakatan Harapan,” katanya kepada Malaysia Dateline.

Mengulas lanjut, Mazlan yang juga naib pengerusi Amanah Johor berkata, beliau didatangi pemberita selepas sidang media parti itu semalam dan diminta mengulas mengenai pandangan sesetengah pihak yang mahu Muhyiddin menjadi ketua Pakatan Harapan.

“Pemberita itu bawa pandangan itu kepada saya dan saya katakan memang ada pandangan dari pihak luar.

“Tapi siapa Amanah Johor untuk buat keputusan? Soal memilih ketua terserah kepada Amanah Nasional dan Majlis Presiden Pakatan Harapan. Tidak timbul isu saya katakan kami mahu Muhyiddin jadi ketua.

“Fokus kami mengajak Muhyiddin menyertai Amanah untuk sama-sama memperjuangkan isu-siu integriti dan sabagainya,” jelasnya.

Jika mahu 'satu lawan satu' hormati hak PAS - Zuhdi

Dr Khir: Henti Banding Kes Saya Dengan Guan Eng

Ibrahim Ali: Let the people judge Guan Eng

Patut lebih takut dengan 'Melayu Harbi', kata mantan Pemikir JASA

Mat Sabu jangan tipu, tegur Noh

Pelindung telah menjadi penindas, keluh Dr M

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluh bahawa mereka yang tugasnya adalah untuk melindungi negara ini, telah menjadi penindas.
Katanya, beliau telah disoal polis sebanyak empat lagi, dan menurutnya terdapat satu lagi dijadualkan selepas hari raya.
"Saya pasti, akan ada satu lagi soal siasat polis selepas ini diterbitkan," tulis beliau di blognya hari ini.
Katanya, polis adalah untuk melindungi kita, rakyat, daripada penjenayah.
Tetapi, dakwanya, kini polis sedang digunakan untuk mengganggu dan memberi tekanan terhadap kita, sambil beliau bertanya "adakah ini betul atau salah."
Dengan menyasarkan bekas partinya Umno, Mahathir secara ironinya memetik patriot Amerika yang telah berkata, "Negara saya semoga ia sentiasa betul, tetapi itu negara saya betul atau salah."
"Di Malaysia ia seolah-olah kita kami percaya pada 'parti saya, bos saya, semoga mereka sentiasa betul, tetapi itu parti saya, bos saya betul atau salah'.
"Kita melihat perbuatan yang salah dilakukan atas nama profesionalisme dan disiplin. Pelindung telah menjadi penindas," tulis Mahathir.
Walaupun tidak mengulas lanjut, beliau mungkin merujuk kepada pemecatan anaknya Datuk Seri Mukhriz dan bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menurut Umno adalah hal tatatertib.

Terus terang dedah kepincangan skandal 1MDB

Kerajaan Persekutuan dinasihatkan berterus terang terhadap beberapa dakwaan pernah dibangkitkan mengenai firma dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa perlu ‘berbicara manis’ mengenai soal ketelusan.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata pembangkang sudah membangkitkan pelbagai dakwaan sebelum ini malah ia turut diperkatakan di luar negara namun masih gagal dijawab sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Isu ketelusuan bukan soal janji mulut sahaja, tidak ada tindakan yang konkrit ditunjukkan bagi menangani isu ini dengan ikhlas.
1MDB-470x270“Kita tidak perlu tunggu penggal (pemerintahan) habis. Kalau betul dia harus mengakui perkara sebenar berlaku dan mula mengambil tindakan kepada pihak terlibat termasuk orang dekat dengan Perdana Menteri malah Perdana Menteri sendiri perlu jawab dakwaan yang ada sekarang,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Kewangan II baru, Datuk Johari Abdul Ghani yang menyebut mahu menjadikan 1MDB sebagai salah satu keutamaannya dan berjanji untuk menyelesaikan masalah itu secara telus.
Johari dilaporkan berkata, beliau mencuba terbaik menyelesaikannya secara profesional dan telus serta bergerak ke hadapan demi membangunkan negara.

Sana Brexit, sini 'Umno-exit'

Oleh Rafidah Aziz
Sementara United Kingdom melalui peristiwa Brexit, dengan referendum untuk keluar dari Kesatuan Eropah, kita di Malaysia juga tidak ketinggalan.
Umno telah berterusan melakukan "Umno-exit" sendiri dengan penyingkiran beberapa pemimpin-pemimpin Umno atas beberapa alasan-alasan

Dan ada yang sendiri meninggalkan parti. Umno dalam setengah abad yang lalu telah mengalami pelbagai peristiwa dan gegaran.

Setiap peristiwa secara berterusan telah menghakis kekuatan dan ketahanan parti, terutama dengan semakin ramai anak-anak muda yang tidak kenal dengan perjuangan Umno di masa lalu.

Pasti Umno tidak boleh hanya bersandar kepada sentimen perjuangan lama kerana suasana politik, sosial dan ekonomi memerlukan strategi serta penekanan-penekanan yang berbeza.

Namun kita tidak boleh lari dari hakikat bahawa perpaduan, pada mana jua zaman dan era, adalah kunci kepada kejayaan parti seterusnya.

Dan perpaduan tersebut akan pasti terjejas apabila terdapat perpecahan parti mengikut kelompok dan kumpulan, serta antara "orang saya" dan "orang dia", serta "orang kita" dan "orang mereka".

Dan apabila kepelbagaian pendapat tidak dapat diterima, dan dianggap sebagai "tentangan". Sekarang nyata sudah berlaku "peperangan terbuka".

Segala kain kotor dikirai kepada awam. Kata-kata kesat dikeluarkan. Dendam mendendam sudah menjadi asas.

Setiap pemimpin mencuba sedaya upaya untuk menunjukkan pemimpin yang satu lagi betul-betul hodoh dan buruk.

Masing-masing menconteng arang ke muka antara satu dengan yang lain hingga setiap yang terlibat nampak begitu buruk dah hodoh kepada awam.

Pasti ramai yang beranggapan bahawa tiada seorang pun pemimpin "yang betul" dan menganggap "semuanya tak boleh pakai" oleh kerana pemimpin-pemimpin sendiri yang mencaci dan memburukkan sesama sendiri!

Politik telah menjadi peribadi atau personal. Adakah ini matlamat perbalahan antara pemimpin-pemimpin dalam Umno?

Mengapa dibiar dendam dan sakit hati menjadi pendorong tindakan? Di mana letaknya pegangan dan komitmen kepada cogan kata Umno "bersatu, bersetia, berkhidmat”, apabila yang sebenarnya berlaku ialah berbalah, berdendam dan berpecah-belah?

Umno pernah diharamkan. Orang-orang Umno telah menubuhkan parti-parti politik sendiri dan menentang Umno.

Seniman marah DBKL robohkan Puncak Purnama


Puncak PernamaPuncak Pernama
Sekumpulan penggiat seni tanah air melahirkan kekecewaan terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan arca Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Jamal bertajuk Lunar Peaks/Puncak Purnama di Kampung Atap, Kuala Lumpur.
Gambar kerja-kerja perobohan yang bermula semalam telah tersebar di laman sosial facebook dan mendapat respons beberapa penggiat seni khususnya seni rupa tanah air.Syed Ahmad JamalSyed Ahmad Jamal

Mereka menyifatkan tindakan DBKL dan kerajaan yang membiarkan perobohan itu dilakukan itu sebagai tindakan meremehkan tamadun, budaya dan bangsa.

Bagi pengarah galeri seni, R A Fine Arts Raja Ahmad Aminullah Raja Abdullah masyarakat sedang berhadapan kenyataan ‘brutal’ bahawa penguasa bukan sahaja memandang remeh malah tidak mempedulikan soal berkaitan seni, budaya dan pembinaan tamadun sebagai asas membina sebuah negara bermaruah.

Menulis di laman sosial facebook, beliau berkata, suara-suara seniman sama ada melalui persatuan atau individu sangat perlu dalam memberi respons terhadap kegiatan perobohan ini.
”Di manakah suara institusi-institusi dan akademi-akademi seni - Galeri Nasional (BSLN), Aswara, Kementerian Kebudayaan serta NGO-NGO pelukis, penulis, pembikin filem dan seumpamanya?

“Sesuatu bangsa yang besar haruslah belajar untuk menghormati dan mengapresiasi sumbangan para senimannya,” katanya yang juga bekas ahli lembaga pengarah Kumpulan Utusan.

Menurut penulis buku Minda Tertawan itu lagi, para seniman juga harus belajar untuk menjadi penyumbang yang bermakna, bukan sekedar tukang sorak dan tukang angguk terhadap setiap tindakan kerajaan dan pihak berkuasa.

Mahathir teruskan operasi YKP, walaupun bantuan kerajaan dihentikan

YKP membantu rakyat Palestin terutamanya selepas Israel menyerang GazaYKP membantu rakyat Palestin terutamanya selepas Israel menyerang Gaza
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau akan tetap bekerja di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) walaupun kerajaan memutuskan untuk menghentikan segala bentuk sumbangan termasuk berhenti membayar gaji kakitangan kerajaan yang diberi untuknya.
Menurutnya, mana-mana penyokong YKP yang berasa takut ‘rapat’ dengannya kerana bimbang diganggu, mereka boleh berhenti menyokong institut itu.
“Kami perlu berhentikan penyelidikan yang dilakukan di perpustakaan dan arkib kami dan juga (hentikan) kempen kami untuk menjadi pembunuhan orang dan kemusnahan negara-negara melalui perang suatu jenayah.
“Tetapi, tak apa. Saya hanya mahu orang ramai tahu apa sebenarnya Yayasan Kepimpinan Perdana ini,” katanya melalui catatan di blognya, seperti dilaporkan Sinar Harian
Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan akan menghentikan segala bentuk sumbangan sama ada peruntukan kewangan, penyelenggaraan mahupun kakitangan yang diberikan kepada YKP selepas mendapati YKP disalahgunakan sebagai pusat untuk menjatuhkan kerajaan secara tidak sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan.
Sebelumnya, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun menggesa kerajaan supaya menarik balik peruntukan YKP yang diterajui Mahathir kerana bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan perdana menteri.
Dalam catatan sama, Mahathir berkata, beliau sering ke pejabat meskipun telah bersara susulan banyak pihak datang bertemunya meminta pertolongan.
“Oleh kerana saya berada di dalam bangunan ini, macam-macam jenis orang datang berjumpa dengan saya, secara bersendirian atau berkumpulan. Apabila mereka tidak berpuas hati dengan kerajaan, mereka meminta pertolongan saya. Saya tidak pernah menutup pintu saya kepada sesiapa. Sebab itu selepas bersara saya masih pergi ke pejabat seolah-olah saya masih bekerja.
Peruntukan Yayasan Kepimpinan Perdana
“Sudah tentunya ada juga orang yang datang berjumpa dengan saya di tempat-tempat lain, dalam tiga pejabat yang lain dan juga di rumah saya. Tetapi oleh kerana sekarang saya telah meletakkan jawatan dari Proton dan Petronas, Yayasan Kepimpinan Perdana biasanyalah tempat yang saya bekerja,” katanya.
Sebelumnya, beliau memberitahu serba sedikit asal usul yayasan tersebut sejak idea penubuhannya dilontarkan oleh beberapa ahli peniagaan dalam rangka memperingati 22 tahun khidmatnya sebagai perdana menteri di negara ini dan cadangan agar namanya diabadi pada bangunan itu.

MCA, Gerakan bantah DAP guna duit derma ikat jamin LGE

Sebagai Ketua Menteri, Guan Eng mampu membayar wang ikat jamin itu sendiri.
Chong Sin Woon
PETALING JAYA: MCA dan Gerakan membidas kempen kutipan derma DAP untuk mengumpul dana RM1 juta bagi membayar ikat jamin Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie menyifatkannya sebagai tindakan yang tidak beretika memandangkan Guan Eng mampu membayar wang ikat jamin itu sendiri.
“Kes ini berkaitan rasuah dalam pembelian hartanah peribadi dan penyelewengan kuasa Guan Eng. Tindakan mengheret seluruh anggota DAP dalam isu ini menunjukkan beliau seorang pemimpin yang mementingkan diri.
“Guan Eng sanggup menggadaikan imej parti sendiri untuk agenda peribadi. Bahkan, salah guna dana parti untuk kempen RM1 juta ini adalah muslihat Guan Eng untuk membangkitkan kemarahan rakyat yang tidak bersalah,” katanya kepada FMT, hari ini.
Sementara itu, Ketua Pemuda MCA Senator Chong Sin Woon berpendapat kutipan wang derma itu hanyalah kempen politik bertujuan untuk memainkan emosi rakyat.
“Itu nyata satu kempen politik yang bertujuan untuk memainkan emosi rakyat, mengalihkan fokus kes mahkamah yang membabitkan tuduhan rasuah Lim Guan Eng dan seterusnya mahu rakyat menjadi hakim yang menentukan Lim Guan Eng tidak bersalah,” katanya.
Baginya, DAP sepatutnya mendapatkan bukti kukuh untuk membersihkan nama Guan Eng dan bukannya terus mempolitikkan isu ini.
Manakala, Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang pula mempersoal apakah yang akan berlaku kepada wang-wang dari penderma sekiranya wang jaminan dikembalikan.
“Saya rasa ini tidak wajar kerana ini adalah kes peribadi Guan Eng. Apa yang akan berlaku kepada duit tersebut apabila wang jaminan dikembalikan. Adakah ia akan dikembalikan kepada pihak penderma?” soalnya.

Muhyiddin nafi sertai Nothing to Hide 2.0 anjuran JMM

Muhyiddin Yassin
SHAH ALAM - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah menerima sebarang jemputan penganjur atau bersetuju dengan mana-mana pihak untuk menghadiri program ‘Nothing to Hide 2.0’, esok.
Pegawai Khasnya, Datuk Mohd Nardin Awang berkata, pihaknya percaya program tersebut palsu.
“Merujuk kepada hebahan program ‘Nothing to Hide 2.0’ pada Ahad, 3 Julai 2016 bertempat di Kelab Darul Ehsan anjuran Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang kononnya melibatkan Tan Sri Muhyiddin sebagai tetamu jemputan adalah dimaklumkan bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang jemputan daripada penganjur atau menyatakan persetujuan kepada mana-mana pihak untuk menghadiri program tersebut.
“Pihak kami percaya program ini adalah palsu dan hebahan mengenainya dibuat oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab semata-mata bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dan mencemarkan nama baik Tan Sri Muhyiddin,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.
Sebelumnya, hebahan mengenai program tersebut dilakukan secara meluas di media sosial oleh Facebook yang menggunakan nama JMM sejak beberapa hari lalu.
Hebahan itu mendakwa program tersebut sebagai majlis penerangan khas hak ehwal semasa dan selain nama Muhyiddin, nama Presiden JMM, Azwanddin Hamzah dan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan turut tercatat sebagai tetamu.
Sementara itu, Azwanddin ketika dihubungi sebentar tadi tidak mahu mengulas apa-apa sebaliknya beliau berjanji akan mengulas isu berkenaan kemudian.

Zam: Najib bijak eksplotasi rakyat

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Najib Razak bijak mengeksplotasi rakyat dengan kenaikan harga minyak menjelang Aidilfitri, kata bekas Menteri Penerangan Zainuddin Maidin.
 
Seluruh negara kereta sesak untuk mengisi minyak, inilah peluang besar sekali setahun untuk mengeksplotasi rakyat yang berada dalam keadaan terpaksa, katanya.
 
Beliau berkata, meski harga minyak naik tetapi rakyat tidak mengelakkannya kerana semangat pulang ke kampung.
 
"Manakala perasaan kaki tangan kerajaan pula ditutup dengan pengumuman kenailkan gaji, gaji minuman swasta dan cuti tambahan pada 8 Julai," katanya.
 
Zainuddin yang dikenali dengan panggilan Zam berkata,  beliau mengingatkan rakyat supaya jangan lali di atas usaha memeras mereka untuk membantu kepincangan ekonomi negara.
 
Dan katanya, ini pendedahan keadaan ekonomi sebenar.
 
"Tahniah Najib (RazaK) kerana bijak mengeksplotasi rakyat," katanya.

RAKYAT SEDANG MEMPROTES

DAP Pulau Pinang akhirnya berjaya mengumpul jumlah kutipan melebihi RM1 juta dalam tempoh kurang daripada 24 jam bagi menampung jumlah wang jaminan yang dikenakan kepada Lim Guan Eng yang kini sedang didakwa di mahkamah atas dua tuduhan rasuah.

Hanya dalam tempoh 21 jam selepas tabung tersebut dilancarkan, jumlah kutipan yang berjaya dikumpulkan ialah sebanyak RM1,009,000.

Melalui kutipan yang sudah melebihi sasaran itu, tabung itu kini dihentikan dengan serta merta.
Jika seorang pemimpin UMNO dan BN didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah misalnya dan tiba-tiba mahu mewujudkan tabung untuk mengumpulkan wang jaminan, bolehkah dibayangkan apa yang akan mereka perolehi agaknya?

Wang atau maki hamun?

Dengan kejayaan mengumpul lebih RM1 juta dalam tempoh 21 jam,  ia barangkali menjadi tabung yang paling pantas mendapat respon sumbangan daripada orangramai.

Apakah simboliknya?

Simboliknya tidak lain ialah menunjukkan betapa rakyat daripada pelbagai kaum secara umumnya menolak penangkapan serta pendakwaan terhadap Lim Guan Eng yang tidak terlindung dapat ditafsir sebagai lebih bermotif politik berbanding menegakkan keadilan.

Jika keadilan benar-benar ingin ditegakkan, Najiblah yang seharusnya lebih dahulu diambil tindakan, bukan saja seperti kata seorang pegawai SPRM sebelum ini bahawa kesnya adalah "straighforward", tetapi juga kerana jumlah wangnya adalah begitu besar.

AWAS, JANGAN BELI BARANG2 DIBAWAH HARGA PASARAN...


 
Kecuali jika anda bernama Najib Razak!!

Amanah ajak Muhyiddin jadi ketua pembangkang

Bagaimanapun, Anwar masih pilihan nombor satu untuk menjadi perdana menteri.
Mazlan Aliman
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang dipertimbangkan untuk dipilih sebagai ketua pembangkang baharu Pakatan Harapan, menurut Amanah.
Ahli jawatankuasa pusat parti itu, Mazlan Aliman mengakui, ada perbincangan dalam parti yang mencadangkan pelantikan bekas Timbalan Presiden Umno dan bekas Timbalan Perdana Menteri ini ke seluruh pimpinan Pakatan Harapan.
“Kita telah bersetuju untuk memilih Muhyiddin sebagai ketua pembangkang yang baharu kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman di penjara.
“Beliau mempunyai pengalaman dan akan menguatkan kita.
“Bagaimanapun, Anwar masih pilihan nombor satu kita untuk menjadi perdana menteri,” katanya pada sidang akhbar di Southern Chinese Press Club, seperti yang dilapor MStar.
Dalam pada itu, Ketua Amanah Johor Aminolhuda Hassan membayangkan Muhyiddin sebagai musuh yang menggerunkan ketika berada dalam Umno justeru, beliau yakin kerjasama dengannya akan membuahkan hasil terutama dalam mengalahkan Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata, apabila Anwar dipecat kira-kira 18 tahun lalu, bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor, membuka pintu kepada beliau untuk menyertai pembangkang.

'Kalau berada dalam Umno, Lim dah hilang semua jawatannya' kata Noh Omar

Pengerusi badan perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata jika Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berada dalam parti Umno, secara automatik semua jawatan yang disandang beliau akan hilang.
"Kalau dia (Lim) dalam Umno, (semua) jawatan dia dah hilang sebab kita kata jangan campur masalah peribadi dengan
parti," kata Noh yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.
Ahli Parlimen Tanjung Karang itu berkata Umno tidak mahu terlibat dalam masalah yang dihadapi oleh pemimpinnya, dengan memetik contoh tuduhan rasuah terhadap bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo.
"Kita Umno menghormati undang-undang, bila seorang pemimpin kita didakwa di mahkamah, automatik akan digantung tetapi jika terbukti tak bersalah dia boleh kembali kepada parti," kata Noh dalam temubual dengan Malaysiakini semalam.
Mohamad Khir dijatuhi hukuman penjara 12 bulan pada September tahun lalu selepas disabitkan atas tuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM6.5 juta untuk dirinya dan isterinya.
Pada bulan Mac, Mohamad Khir menjalani perintah parol selepas menjalani enam bulan hukumam penjara sebelum dia dibebaskan dua bulan kemudiannya.
Tetapi, menurut Noh, ianya berbeza dengan parti pembangkang.
"Pembangkang cakap lain, mana maruah dia? Bila kamu dah kena, tak mahu letak jawatan.

Tak tahan kritikan, jangan jadi ahli politik -Dr M

Dr Mahathir mendakwa polis ketika ini digunakan untuk menahan dan memberi tekanan kepada masyarakat.
mahathir
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah terlepas daripada menerima pelbagai cacian dan gelaran yang menjatuhkan maruah dan martabat dirinya sewaktu menjawat jawatan Perdana Menteri, namun tidak pernah ambil sebarang tindakan terhadap semua itu.
“Saya digelar Firaun, mahazalim, diktator dan sebagainya. Saya tidak ambil apa-apa tindakan terhadap mereka, saya tidak mengancam mereka, saya tidak meminta polis menyoal mereka.
“Saya tidak menangkap, menahan dan caj mereka kerana menjadi seorang pengganas, mensabotaj sistem perbankan Malaysia dan mensabotaj ekonomi Malaysia,” kata Dr Mahathir dalam muat naik terbaru di blognya, hari ini.
Bekas Perdana Menteri yang memerintah negara selama 22 tahun itu turut menyatakan, sepanjang keberadaanya, beliau tidak pernah sekalipun mengancam untuk mengambil tindakan saman malah langsung tidak pernah menyaman sesiapa.
Sebelum ini, Mahathir telah disiasat oleh pihak polis atas jenayah fitnah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan ekoran mengeluarkan kenyataan yang menyamakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan diktator Uganda, Idi Amin.
Idi Amin adalah Presiden Uganda yang memerintah dari tahun 1971 hingga 1979. Beliau dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia, rasuah dan pembunuhan.
“Saya pernah dan sememangnya seorang ahli politik. Disumpah, dipanggil nama, dipertuduhkan rasuah atau nepotisme, diminta meletak jawatan, potret-potret saya diroboh.
“Semua ini sememangnya sudah dijangkakan. Jika tidak boleh tahan dengan ini, maka jangan jadi ahli politik,” jelas Mahathir.

Khir Toyo: Banglo saya lain, banglo Guan Eng lain

Kenyataan paling tepat untuk DAP ialah, seperti yang diungkapkan oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan, 'Padan Muka'.
 Khir Toyo
PETALING JAYA: Dr Mohamad Khir Toyo menggesa Lim Guan Eng berhenti membandingkan kes banglo yang dibelinya pada 2007 dengan harga RM3.5 juta dengan banglo yang dibeli oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu pada harga RM2.8 juta.
Ini kerana kedua-dua kes itu tidak sama memandangkan Guan Eng didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang tentunya membabitkan kesalahan serius.
“Ketika saya dihukum penjara, DAP menganggap ia satu kemenangan besar mereka. Sungguhpun saya bersimpati dengan nasib Lim Guan Eng.
“Saya fikir kenyataan paling tepat untuk DAP ialah seperti yang diungkapkan oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan, – “Padan Muka”,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Bekas Menteri Besar Selangor itu menyifatkan pendakwaan yang dikenakan terhadap Guan Eng sebagai keadilan setimpal (Poetic Justice).
Isu ini dibawa ke perhatian umum selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabuddin Yahaya mempersoalkan pembelian banglo yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town oleh Guan Eng pada 25 Oktober tahun lalu dengan harga RM2.8 juta sedangkan harga pasarannya dianggarkan antara RM6 juta hingga RM6.5 juta.
Susulan daripada itu, Lim telah dibawa ke Mahkamah Tinggi George Town oleh SPRM.
Bagaimanapun beliau mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.
Turut didakwa bekas pemilik banglo, Phang Li Koon, yang juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Lim bagi mendapatkan diri Lim lot tanah dan rumah itu di tempat dan tarikh sama.

"BN MENANG RAKYAT SENANG"

Amacam.. mesti seronok kan balik kampung MINYAK NAIK..

JANGAN LUPA..
Pangkah lah lagi BN !!!

Kerana "BN MENANG RAKYAT SENANG"

Hanya Di Malaysia....

FAKTA..
Di S'pore..
Bersubhat dgn 'pencuri' ditahan & disiasat..

Di M'sia..
'Pencuri' sebenar masih bebas malah dibersihkan oleh Peguam Negara..

S'pore antara negara yang menyiasat isu berkaitan syarikat negara yang sarat hutang 1MDB.

Najib Razak banyak dikaitkan dengan penyelewengan dana rakyat melalui 1MDB.

Rentetan itu pihak berkuasa Kewangan S'pore telah mengarahkan BSI Bank, yang sedang disiasat berhubung 1MDB supaya ditutup.

Ini kerana telah didapati bank itu melanggar akta pengubahan wang haram dan pengawasan operasi pengurusan bank yang lemah dan salah laku keterlaluan oleh beberapa kakitangan bank yang melibatkan dana daripada 1MDB.

DAKWA KM LEPASKAN PM TRANSFORMASI BARU PERUNDANGAN NEGARA OLEH PEGUAM NEGARA.

1.Pendakwaan terhadap Ketua menteri P.Pinang adalah dibawah bidang kuasa Peguam Negara.Saya tidak mahu mengatakan tak boleh dakwa YAB Lim Guan Eng.Kerana saya tidak tahu apa hasil siasatan SPRM yang telah dikemukakan kepada Peguam Negara.Bagi saya apabila pendakwaan telah dibuat maka terserahlah pada mahkamah untuk mengendalikan perbicaraan dan saya yakin pasukan peguambela Guan Eng mampu menghadapj kes tersebut.

2.Kes ini sebenarnya tidak pun membantu meredakan krisis keyakinan terhadap Najib.Sebaliknya kes pendakwaan terhadap KM P.Pinang akan menimbulkan pesepsi buruk terhadap Najib dan sistem perundangan negara.Bagi saya ini merupakan transformasi baru terhadap sistem perundangan negara untuk menutup kejahatan PM Najib maka dicetus suatu kes yang tak ada kes untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada kes Najib. Dakwa Ketua Menteri (KM) tutup fail kes Perdana Menteri (PM).Kes yang membabitkan PM Najib sama ada kes RM2.6 bilion atau RM42 juta kes SRC menunjukan bagai mana Peguam negara mengguna kuasanya untuk tidak mendakwa Najib. Tan Seri Apandi telah bertindak sebagai peguam kepada Najib bukan sebagai Peguam Negara.Tranformasi bodoh ini akan menguatkan asakan rakyat meminta Najib berundur dan tidak dilepaskan.

BICARA SEGERA.

3.Saya menyarankan untuk perbicaraan ini tidak perlu ditangguh terlalu lama.Perbicaraan mesti disegerakan kerana kes ini membabitkan kepentingan negeri dan rakyat.Banyak urusan akan terganggu termasuk pelaburan asing dan ini akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi Malaysia dan P.Pinang.

4.Perbicaraan segera diperlukan bagi mengelak daripada ketidakadilan terhadap tertuduh dimana kemungkinan berlakunya perbicaraan media (trial by media bukanhnya trial by court of law).Bagi mengelak ini semua Mahkamah perlu segerakan perbicaraan dan tidak dilihat mahkamah juga terlibat dalam konspirasi dakwa KM  lindungi PM.

5.Saya cabar Tan Seri Apandi Peguam Negara sendiri yang mengendalikan kes pendakwaan terhadap Guan Eng bukan hanya hadir diawal pendakwwan sahaja. ini bagi membolehkan pasukan peguambela mempersoalkan keredibiliti dan integriti beliau dihadapan hakim.

#UndurNajib
#SelamatkanMalaysia
#DakwaPM

DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena

Terima sokongan ramai, Guan Eng terharu dipeluk lelaki berkopiah


lgemahkamah
KUALA LUMPUR, 1 JULAI: Solidariti yang ditunjukkan rakyat pelbagai kaum terhadap kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika berhimpun di luar pagar Mahkamah Tinggi di George Town semalam jelas membuktikan bahawa mereka amat menghargai dan mengingati pemimpin dan kerajaan yang bersih.
“Saya berasa terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat walaupun mereka (pihak kerajaan) cuba untuk memburuk-burukkan nama saya.
“Mereka (rakyat) nampak pembangunan yang ada di sana (Pulau Pinang) dan juga dapat melihat pelbagai kebajikan yang telah dilaksanakan kerajaan negeri kepada rakyat di negeri ini
“Ramai rakan-rakan yang bukan ahli hadir memberikan sokongan, mereka sangat beremosi, bila saya berjalan keluar seorang wanita bertudung berteriak memberi kata-kata semangat kepada saya dan menangis.
“Malah saya juga terkejut apabila seorang lelaki berkopiah, dia lihat saya kemudian peluk dan menangis, saya amat terharu,” ujar Setiausaha Agung DAP itu pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini, hari ini.
Selain itu, dalam sidang media yang sama, beliau turut mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menahannya semalaman di pejabat agensi berkenaan.
“Adakah saya akan lari? Adakah saya tidak akan hadir ke Mahkamah? Itu yang sebenarnya Barisan Nasional mahukan dan saya percaya rakyat sedar ketidakadilan cara penangkapan dilakukan terhadap saya,” tambahnya.

Urus tadbir Pulau Pinang diakui bersih, dapat pujian Transparency International


pc2
KUALA LUMPUR, 1 JULAI: Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang ditadbir Pakatan Harapan telah berkali-kali diakui pelbagai pihak di dalam dan di luar negara sebagai negeri yang mempunyai urus tadbir paling ‘bersih’ di Malaysia, ujar Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Bagaimanapun, beliau yang sekian lama menolak rasuah dalam mentadbir negeri berkenaan pula ditahan dan dituduh melakukan rasuah.
“Semua sedia maklum bahawa kami (Kerajaan Negeri Pulau Pinang) mempunyai pentadbiran yang paling bersih di Malaysia. Kami dipuji oleh Transparency International. Negeri lain yang mana menerima pujian sedemikian?
“Dan setiap tahun laporan Ketua Audit Negara telah menamakan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang mempunyai urus tadbir paling baik.
“Namun, pemimpinnya kini pula didakwa atas tuduhan rasuah, walaupun tidak ada bentuk faedah pun yang dapat dibuktikan daripada tuduhan berkenaan,” ujar Guan Eng pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat DAP di sini, hari ini.
Transparency International merupakan pertubuhan dunia yang mengepalai gerakan membasmi rasuah, mengeluarkan indeks rasuah yang menyenaraikan kedudukan negara-negara berdasarkan merit.

‘Guan Eng rasuah tukar syarat tanah, tapi syarat masih pertanian’ – Kit Siang

Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyampaikan ucapan tahniah atas usaha Peguam Negara, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang dengan jayanya merangka dan mengecaj Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Orang kuat parti itu juga menyifatkan pertuduhan terhadap Guan Eng sebagai bersejarah dan pertama seumpamanya di dunia.
'Guan Eng rasuah tukar syarat tanah, tapi syarat masih pertanian' - Kit Siang
“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Peguam Negara, kerana beliau telah merangka tuduhan yang mungkin paling tidak masuk akal dalam sejarah pendakwaan bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia.
“Guan Eng dituduh menukar, meluluskan penukaran tanah pertanian kepada tanah kediaman.
“Tetapi kini, (tanah tersebut) masih tanah pertanian. Dan ia boleh menjadi subjek pendakwaan dalam usaha untuk menghapuskan Ketua Menteri. Ia tidak munasabah,” katanya kepada pemberita di Town Hall, Jalan Padang Kota Lama di sini semalam.
Guan Eng mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan salah guna kuasa, menggunakan kedudukannya untuk membeli banglo di bawah nilai pasaran.
Beliau juga dituduh mengubah status tanah pertanian demi memberi manfaat kepada syarikat bekas tuan tanah itu.
Guan Eng berkata, ia transaksi yang tranparen tanpa apa-apa nikmat sebagai balasan.
Sementara itu, Kit Siang menggelar pertuduhan terhadap Guan Eng sebagai satu percubaan menganiaya orang yang tidak bersalah, manakala mereka yang merasuah pula disembunyikan terang-terang.
“Nampaknya mereka yang berkuasa tidak mahu menghapuskan rasuah, malah membenarkan rasuah ‘bermaharajalela’ (dalam kalangan pemerintah tertinggi) di negara ini.
“Pergilah ke seluruh dunia, persepsi mengenai rasuah di Malaysia semakin serius, semua orang tahu mengenai derma dan skandal dana negara.
“Mereka bertanya, jika kita serius menangani rasuah … dan kita pula berkata ‘tindakan sedang diambil’,” kata Kit Siang.

Ambiga: Jika PM bercuti baru tanya saya pasal Lim

Susulan dua pertuduhan rasuah, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kini berdepan desakan supaya beliau bercuti atau mengosongkan jawatan disandangnya dalam kerajaan negeri.

Ditanya pendiriannya berhubung perkara itu, bekas pengerusi Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan berkata:
“Tanya saya balik lepas perdana menteri buat (perkara sama).”

Beliau merujuk kepada sikap Datuk Seri Najib Razak berdepan desakan supaya beliau bercuti sehingga siasatan terhadapnya selesai.

“Dalam sebuah demokrasi sebenar, PM patut jadi orang pertama bercuti ketika berdepan dakwaan serius salah laku kewangan kerana tindakan terus menjadi menteri kewangan dan PM tidak dapat dipertahankan.
“Tetapi apa yang kita ada bukan demokrasi tetapi pemerintahan diktator/kleptokrasi.
“PM enggan ikut perkara ini sebaliknya campur tangan secara langsung dengan siasatan terhadapnya,” katanya.
Najib sudah berulang kali menafikan dakwaan salah guna dana awam untuk tujuan peribadi dan mendakwa terdapat konspirasi untuk menjatuhkannya.

Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga sudah membersihkannya daripada sebarang salah laku.
Lim semalam didakwa bawah dua pertuduhan di Mahkamah Tinggi George Town bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan itu dibuat susulan kelulusannya terhadap permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd untuk menukar sebidang tanah daripada status pertanian kepada perumahan.
Beliau juga berdepan kes pembelian banglo daripada ahli perniagaan Phang Li Koon, bawah harga pasaran RM4.27 juta.

Muhyiddin dipelawa sertai Amanah untuk selamatkan negara


Pemimpin Amanah Johor mempamerkan kenyataan media mempelawa Muhyiddin menyertai parti itu.Pemimpin Amanah Johor mempamerkan kenyataan media mempelawa Muhyiddin menyertai parti itu.
Setelah beberapa pihak khususnya ahli akademik menyarankan bekas Timbalan Presiden Umno Tan Si Muhyiddin Yassin menyertai Amanah bagi meneruskan perjuangan politiknya, Amanah Negeri Johor hari ini secara terbuka menawarkan bekas pemimpin Umno itu untuk menyertai parti tersebut.
Dalam satu sidang akhbar di Johor Bahru pagi tadi, Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan berkata, Amanah negeri menyediakan platform kepada Muhyiddin untuk bergerak dan sedia menjelaskan isu berkaitan penyelewengan dalam negara khususnya 1MDB.
"Amanah Johor bersimpati dengan Tan Sri Muhyidin dan Dato' Seri Mukhriz yang digugurkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Kedah.
"Amanah Johor memuji ketegasan dan pendirian Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta Datuk Seri Shafei Afdal dalam isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion (yang disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri). Mereka rela kehilangan jawatan demi kepentingan negara.
"Amanah Johor mengalu alukan kemasukan Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir jika mereka mahu menyertai Parti Amanah Negara," ujar Aminolhuda.
Amanah Johor juga, tambah beliau bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak seperti Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) bagi menentang korupsi dan kezaliman.
Menurut Aminolhuda, perjuangan memerangi penyelewengan dan rasuah perlu melangkaui batasan kepartian dan kaum demi untuk menyelamatkan negara.
Baru-baru ini PKR Johor turut mempelawa Muhyiddin menyertai parti itu.