Rabu, 29 Jun 2016

KEADILAN KESAL PENANGKAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG


KEADILAN kesal dengan tindakan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah membuat penangkapan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng, petang tadi sewaktu beliau mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
YAB Lim Guan Eng sebelum ini telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM. Kami berpendapat tangkapan petang tadi adalah tidak perlu, malah cara ia dibuat dengan kehadiran anggota yang begitu ramai seperti YAB Lim Guan Eng itu seorang penjenayah yang amat berbahaya.
Penangkapan dan pendakwaan YAB Lim Guan Eng mengukuhkan persepsi rakyat bahawa wujud satu usaha sistematik dan terancang untuk menakut-nakutkan dan mengganggu pimpinan politik tertinggi pembangkang sebelum tibanya PRU14. Malah, umum belum lagi melihat sebarang tindakan diambil SPRM berkaitan skandal-skandal kewangan besar seperti 1MDB dan "derma" RM2.6 bilion. Apakah hanya pihak pembangkang yang patut menerima layanan seperti YAB Lim Guan Eng, manakala mereka di pihak kerajaan pula menikmati kekebalan di sisi undang-undang?
Oleh itu, KEADILAN menggesa pihak SPRM melengkapkan siasatan dan membawa ke muka pengadilan mereka yang terlibat dalam skandal-skandal kewangan tersebut agar terbukti tahap profesionalisme SPRM dan tidak timbul persepsi di khalayak umum bahawa berlakunya pendakwaan terpilih dan terancang. Inilah peluang terbaik bagi Tan Sri Dr Abu Kassim, Ketua Pesuruhjaya SPRM, meninggalkan legasi buat SPRM dan membuktikan SPRM bukannya alat politik pemerintah sebelum beliau bersara.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang
Presiden KEADILAN

TINDAKAN TERHADAP YAB LIM GUAN ENG, AMANAH KUTUK PENDAKWAAN TERPILIH

1. Petang ini kita dikejutkan dengan penahanan YAB Lim Guan Eng oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau akan didakwa sekali lagi di Mahkamah.

2. Kali pertama dulu, YAB Lim Guan Eng telah membela seorang gadis yang dianiaya oleh seorang pempimpin politik, bekas ketua menteri Melaka. Hasil daripada pendedahan melalui satu surat, beliau telah didakwa di bawah akta mesin cetak dan dihukum penjara. Mangsa dan pembela teraniaya sedang orang yang melakukan jenayah terlepas bebas.

3. Disebelah pihak lagi, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak mengaku terang-terangan bahawa beliau menerima RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau. Namun Peguam Negara diarah berhenti, Timbalan Perdana Menteri dipecat, Menteri Luar Bandar dipecat, Menteri Besar Kedah dipecat, Timbalan Pengarah Cawangan Khas ditukar tempat kerja, pegawai-pegawai SPRM disiasat dan pucuk kepimpinan SPRM pula berhenti secara mengejut.

4. Tiba-tiba dalam bulan Ramadan YAB Lim Guan Eng ditangkap dan akan didakwa atas kes rasuah. Dakwaan terpilih sentiasa berulang kali berlaku di Malaysia. Kita berharap pasukan pembela akan dapat melakukan pembelaan terbaik ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP ini.

5. Soalnya, rakyat Malaysia terutamanya orang Islam masih tidak sensitif dengan rasuah dan penyelewengan. Lebih menghairankan, ada dikalangan mereka bergelar pemimpin berkelulusan agama pembangkang, tetapi menyokong perdana menteri yang mengaku menerima wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi.

6. Inilah corak kehidupan rakyat Malaysia terutama orang Islam. Sampai bila kita hendak berkeadaan begini dengan tidak melaksanakan tanggungjawab agama iaitu menyeru kepada makruf dan menentang kemungkaran.

7. AMANAH mengharapkan YAB Lim Guan Eng akan diadili sebaik-baiknya di mahkamah terbuka sementara rakyat perlu terus bangun melawan rasuah dan penyelewengan 1MDB atau RM2.6 bilion dan pelbagai skandal yang lain.

Selamatkan Malaysia

MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara

PKR Johor pelawa Muhyiddin bersama depani PRU14

PKR Johor mempelawa bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai parti itu selepas beliau dipecat daripada Umno minggu lalu.
Ketuanya, Hassan Karim berkata, pintu parti itu turut terbuka untuk para penyokong Muhyiddin untuk meneruskan perjuangan dalam PKR.
"Kami di PKR menghormati pendirian jelas dan tegas Muhyiddin dalam isu 1MDB.
"Kami difahamkan Muhyiddin tidak akan merayu keputusan Umno untuk memecatnya, oleh itu kita di PKR, terutamanya di Johor, menghulurkan salam setiakwan kepada Muhyiddin dan semua penyokongnya untuk membuat perubahan dan reformasi di tanahair kita, dengan bermula di Johor," ujar beliau dalam kenyataan, hari ini.
Hassan menambah, Muhyiddin, selaku bekas timbalan presiden Umno, bekas timbalan perdana menteri dan bekas menteri besar Johor mempunyai pengaruh yang besar di Johor.
"PKR dan rakan-rakan Pakatan Harapan di Johor berazam untuk membentuk satu kekuatan politik yang berkesan dan kuat di Johor dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
" Kami mengalu-alukan Muhyiddin untuk bersama-sama dalam gelombang kebangkitan rakyat di Johor untuk sebuah kerajaan yang adil, telus, tidak rasuah dan mesra rakyat, " katanya.

Guan Eng suruh saya kuat semangat, pastikan P Pinang kukuh - Chow

"Pesanan Lim Guan Eng kepada saya adalah menguatkan semangat menghadapi krisis politik ini dan memastikan parti dan kerajaan negeri tetap kukuh," demikian dedah Chow Kon Yeow ekoran penahanan ketua menteri Pulau Pinang itu petang tadi.
Sambil menyifatkan tuduhan itu sebagai bermotifkan politik demi mematikan kerjaya politik Guan Eng, Chow yang merupakan pengerusi DAP Pulau Pinang menambah, pihaknya akan bermesyuarat esok.
"DAP akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa negeri tergempar esok dan sementara itu, meminta semua penyokong agar bertenang dan menunggu arahan parti selanjutnya," jelas Chow lagi.
Sementara itu, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menegaskan parti itu memberi sokongan dan dokongan kepada kepimpinan Lim Guan Eng, justeru, akan terus berdiri teguh di belakang beliau.
"Sejak dari awal lagi serang demi serangan dilancarkan kepada Guan Eng mengenai isu banglow tersebut.
"Media arus perdana tidak terlepas memainkan isu tersebut hari demi hari seolah-olah mengambarkan pemerintah begitu tekad sekali dengan kes ini," katanya dalam kenyataan.
PKR Pulau Pinang berharap dan percaya sistem yang bebas tanpa pengaruh dan cengkaman politik akan mampu memberikan jaminan keadilan pada semua.

MAHATHIR LEBIH TOLERANSI BERBANDING NAJIB

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sekali lagi disiasat polis berhubung kenyataannya yang menyifatkan Najib Razak sebagai "Idi Amin Malaysia".

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar mengesahkan perkara tersebut dan mengatakan ia adalah siasatan polis yang kelapan terhadap Tun Mahathir.

Kes ini adalah dibawah Seksyen 500, Kanun Keseksaan kerana menyamakan Najib dengan Idi Amin, kata Khalid dipetik sebagai berkata kepada media petang tadi.
Idi Amin adalah Presiden Uganda yang memerintah antara tahun 1971 hingga 1979 dan terkenal dengan pencabulan hak asasi manusia, rasuah dan menggunakan harta negara sehingga ia ditolak oleh rakyat negara tersebut.

Tun Mahathir juga pernah disamakan dengan Firaun dan digelar Mahafiraun selama bertahun-tahun oleh penentangnya, namun tidak pernah sesiapa disiasat polis kerana perbuatan itu.

Berbanding Idi Amin, Firaun adalah sosok pemimpin yang boleh dikatakan lengkap ciri-ciri kekejamannya sehingga mengaku dirinya sebagai Tuhan, sebelum akhirnya mati ditelan Laut Merah.

Ternampak bahawa di sebalik perbandingan liar dan keterlaluan terhadapnya, Tun Mahathir tetap ada sisi toleransinya.

Dalam reaksi berhubung siasatan polis terhadapnya, Tun Mahathir berkata, beliau tidak menuduh Perdana Menteri  membunuh orang, tetapi mengakui membuat perbandingan dengan Idi Amin untuk menggambarkan Najib bukan Presiden (UMNO) yang baik.

Supporters gather at candlelight vigil to demand Guan Eng's release

Supporters break into song at candlelight vigil for Guan Eng

"Tangkap Najib", "Cari Jho Low" echo at candlelight vigil

SIAPA Puad Zarkashi tu ???

Beliau antara pemimpin UMNO yang lantang bersuara agar Muhyiddin Yassin dipecat daripada UMNO ialah Puad Zarkashi yang kalah di Batu Pahat pada pilihanraya 2013, tetapi kemudian diberikan jawatan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)..

Hadoii...'gila' ke apa Puad ini? Atau dah putus dua tiga wayar dalam otaknya?

Bukankah dia sepatutnya gembira bila Muhyiddin sudah dipecat kerana itulah yang dicadangkannya ?

KENAPA SEKARANG diminta merayu pula?

DAH KURANG DEDAK gaknya...

KENAPA spt ada tangkapan 'dwi-standard' ??!!

Cerita kes banglo RM7.2 juta anak Nazri Aziz ni SUDAH 3 TAHUN BERLALU.. SPRM & Polis mcm buat2 bodo jer tak dapat hidu kes ni..

TETAPI dlm kes banglo LGE RM2.8 juta, HANYA 3 BULAN SAHAJA SPRM dah tangkap LGE..

Polis & SPRM bekerja utk SIAPA SEBENARNYA ??

Di saat Umno di Sabah sedang bergolak & pemecatan Muhyiddin & Mukhriz tiba2 jer isu banglo LGE meletop balik..

KENAPA ??!!!.. NAMPAK TAK..

Pantas & cekap betol diorg buat kerja tangkap2 orang dlm kes banglo RM2.8 juta...TETAPI KENAPA POLIS & SPRM senyap jer pada pembelian banglo RM7 juta oleh anak Nazri Aziz !!!

Jika libatkan pemimpin pembangkang sepantas gila babi SPRM buat kerja & tahan.

Tapi jika pemimpin negara terpalit dgn skandal 1MDB berbilion2 ringgit sehinggakan dapat liputan & siasatan keseluruh dunia, KENAPA SPRM TAKUT NAK SENTUH NAJIB ??!!

Inilah tanahairku...

Tangkap LGE: Pembangkang kecam dwi-standard pihak berkuasa

“Mereka kuman di seberang lautan nampak, gajah di pelupuk mata tak nampak.”
Abdul-Malik-Abul-Kassim
Pemimpin pembangkang melahirkan rasa tidak berpuas hati selepas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi.
Mengecam penangkapan Guan Eng sebagai dwi-standard, Exco Hal Ehwal Islam Pulau Pinang juga percaya kejadian hari ini bermotifkan politik.
“Ini semua kerja Barisan Nasional (BN) dan Umno,” kata Abdul Malik Abul Kassim, “Mereka kuman di seberang lautan nampak, gajah di pelupuk mata tak nampak.”
Dalam kejadian hari ini, anggota SPRM dan polis kelihatan seperti mengepung bangunan Komtar dan menahan Guan Eng di pejabatnya.
Menurut Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Lim Guan Eng ditahan dibawah Seksyen 23 Akta SPRM dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan, dipercayai berkaitan tanah pertanian dan pembelian banglo di Jalan Pinhorn.
“Kita rasakan ini satu serangan daripada BN untuk jatuhkan Pakatan Harapan (PH),” ujar seorang lagi Exco, Dr Afif Bahardin.
“Kita tak tahu apa siasatan yang dibuat SPRM….macam (kontroversi wang derma) RM2.6 bilion (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) sudah mengaku tetapi tiada dakwaan sampai sekarang.
“Ini pendakwaan terpilih, pada saya. Apa yang kita tahu dalam kita bekerja, kita faham keadaan dan dugaan yang dihadapi.”

Lim Guan Eng dan Phang ditahan, akan didakwa esok

Lim ditangkap dan dibawa oleh SPRM dan akan didakwa esok.Lim ditangkap dan dibawa oleh SPRM dan akan didakwa esok.
Lim Kit Siang mengesahkan anaknya, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung pembelian sebuah banglo dan akan didakwa esok.
Dalam tweetnya, Lim berkata,  setiausaha agung DAP itu akan dihadapkan ke mahkamah esok atas dua pertuduhan rasuah.
Lim dilaporkan sedang dibawa ke Ibu pejabat SPRM Pulau Pinang dan akan bermalam di sana sebelum dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Georgetown esok, lapor Malaysiakini.
Beliau akan didakwa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM dan Seksyen 165, Kanun Keseksaan.
Pertuduhan pertama berkaitan dengan dakwaan salah menggunakan kuasa dengan menukar status tanah Taman Manggis daripada pertanian kepada komersial, dan dakwaan kedua pula berhubung memperolehi banglo berkenaan di bawah harga pasaran.
Menurut exco kerajaan negeri Chow Kon Yeow, Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah menolak permohonan untuk menukar status tanah tersebut.
Laporan media juga mendakwa ahli perniagaan Phang Li Khoon, yang menjual rumah di Jalan Pinhorn pada harga RM2.8 juta itu juga telah ditangkap.
Sejak petang tadi, beberapa kenderaan polis juga dilaporkan menunggu di luar bangunan itu di mana Lim sebelum ini mempengerusikan mesyuarat exco mingguan.
Penyokong dan pemimpin DAP mula berkumpul di tingkat 28 manakala aktivis PERKASA menunggu di tingkat bawah.

Lim Guan Eng ditahan SPRM


Lim Guan Eng ditahan SPRM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah menahan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekitar jam 6.30 petang di pejabatnya di Tingkat 28, Komtar di Pulau Pinang.

Sebelum penahanan berlaku, beberapa orang pegawai SPRM telah menyerahkan waran tangkap kepada Lim yang sedang mempengerusikan mesyuarat Exco Pulau Pinang di pejabatnya sekitar jam 5.30 petang.

Menurut EXCO Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri yang juga merupakan Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin dalam akaun Twitter yang dimuat naik sekitar jam 5.50 petang tadi, Lim akan dibawa ke ibu pejabat SPRM tidak lama lagi.

Beliau telah diiringi keluar oleh pegawai SPRM bersama-sama dengan peguamnya, R.S.N.Rayer yang juga merupakan ADUN Sungai Delima.

Dalam satu kenyataan SPRM bertarikh 25 Mei, agensi pencegahan rasuah tersebut telah melengkapkan siasatan terhadap rumah banglo dan dokumen telah diserahkan kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

SPRM turut berkata satu tindakan undang-undang akan diambil sekiranya Peguam Negara berpuas hati dengan penjelasan dalam siasatan agensi pencegahan rasuah tersebut.

Waran yang dikeluarkan itu dipercayai berkait rapat dengan pembelian banglo di Jalan Pinhorn yang dibeli di bawah harga pasaran.

Bakar buku pelembangaan parti, Umno Selangor buat laporan polis

Chow Kon Yeow confirms Guan Eng's arrest

IGP sahkan mufti Pahang disiasat bawah Akta Hasutan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman akan disiasat di bawah Akta Hasutan ekoran kenyataan 'kafir harbi' yang dikeluarkan beliau terhadap DAP dan orang bukan Islam yang kononnya menentang Islam.
"Polis telah menerima dua laporan pada 26 Jun, satu di Pulau Pinang dan satu lagi di Dang Wangi.
"Kami telah membuka kertas siasatan di bawah Akta Hasutan supaya membolehkan kita menyiasat," kata Khalid pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini.
Abdul Rahman dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada Jumaat lepas menyamakan DAP dengan 'kafir harbi' atau bukan Islam yang menentang Islam dibenarkan untuk dibunuh.
Beliau kemudian mempertahankan kenyataannya tetapi menjelaskan ia tidak hanya ditujukan kepada DAP tetapi semua yang menentang Islam.
Bagaimanapun, hari ini, pejabat perdana menteri menyatakan jemaah menteri telah memutuskan bahawa rakyat bukan Islam negara ini tidak boleh dikategorikan sebagai kafir harbi selagi mereka mempunyai kerakyatan yang sah dan dilindungi oleh undang-undang negara serta tidak memerangi pemerintah.
Kata pejabat itu lagi, kenyataan Abdul Rahman menimbulkan kontroversi kerana ia telah diselewengkan.

‘Selagi tak perangi pemerintah bukan kafir harbi’ - Pejabat Najib

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata jemaah menteri hari ini memutuskan bahawa rakyat bukan Islam negara ini tidak boleh dikategorikan sebagai kafir harbi selagi mereka mempunyai kerakyatan yang sah dan dilindungi oleh undang-undang negara serta tidak memerangi pemerintah.
Katanya, kenyataan oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman itu menimbulkan kontroversi kerana ia telah diselewengkan.
“Kenyataan sebenar Mufti Pahang bermaksud golongan kafir harbi wajib ditentang dan bukannya diperangi.
“Kenyataan ini juga bukan merupakan satu fatwa. Ini ialah kerana sesuatu fatwa rasmi mestilah melalui jawatan kuasa fatwa yang telah ditentukan.
“Isu ini telah menimbulkan kontroversi kerana ada pihak yang cuba menyeleweng kenyataan tersebut dengan menggunakan istilah diperangi,” katanya.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata jemaah menteri hari ini memutuskan bahawa rakyat bukan Islam negara ini tidak boleh dikategorikan sebagai kafir harbi selagi mereka mempunyai kerakyatan yang sah dan dilindungi oleh undang-undang negara serta tidak memerangi pemerintah.
Menurutnya, dalam konteks agama Islam, kafir harbi adalah merujuk kepada golongan bukan Islam berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Islam dan kesediaan memerangi pihak yang memerintah
Namun, kenyataan oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman itu menimbulkan kontroversi apabila ia diselewengkan.
“Kenyataan sebenar Mufti Pahang bermaksud golongan kafir harbi wajib ditentang dan bukannya diperangi.
“Kenyataan ini juga bukan merupakan satu fatwa. Ini ialah kerana sesuatu fatwa rasmi mestilah melalui jawatan kuasa fatwa yang telah ditentukan.
“Isu ini telah menimbulkan kontroversi kerana ada pihak yang cuba menyeleweng kenyataan tersebut dengan menggunakan istilah diperangi,” katanya.
Akhbar Utusan Malaysia sebelum ini memetik Abdul Rahman sebagai berkata, DAP yang menentang hukum Islam dan mahu menubuhkan negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi dan wajib ditentang umat Islam.

Kafir harbi: Jakim, PDRM didesak segera bertindak


Faiz FadzilFaiz Fadzil
Pemuda Amanah Nasional mendesak pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak segera terhadap Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman yang mengeluarkan kenyataan dibimbangi menjejaskan kestabilan masyarakat majmuk di negara ini.
Timbalan Ketuanya, Faiz Fadzil berkata, tuduhan mufti itu ke atas mana-mana pihak sebagai harbi memerlukan kajian terperinci bagi mengelak salah faham dalam kalangan masyarakat.
"Kita juga mahu mengelak sebarang bentuk hasutan, unsur fitnah dan menggangu keharmonian.
"Tapi hampir seminggu kenyataan Mufti Pahang yang mendakwa DAP dan penentang Rang Undang-undang (RUU) 355 sebagai kafir harbi, masih tiada sebarang respond daripada polis mahupun Jakim walaupun terdapat laporan polis dibuat," ujarnya kepada Malaysia Dateline hari ini.
Beliau berkata, Jakim perlu tampil memberikan pencerahan kepada masyarakat tentang takrifan sebenar kafir harbi, syarat dan kesannya.
"Jakim mesti memainkan peranan bagi menunjukan sifat Islam sebenar sebagai agama yg membawa rahmat.
"Ironinya, RUU 355 belum lagi dibahaskan tetapi bagaimana fatwa sebegitu boleh timbul? Walhal, selaras dengan firman Allah dalam surah An-Nahl, ayat 135 bahawa Allah menyuruh berdakwah dengan hikmah dan nasihat yang baik," jelas peguam itu.

Rayuan k'jaan ditolak, bekas tahanan ISA dapat RM5.16 juta

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan oleh polis dan kerajaan terhadap kuantum ganti rugi am diarahkan supaya dibayarkan kepada lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri semasa era Reformasi pada tahun 2001.
Mahkamah tertinggi negara itu juga mengekalkan pampasan RM10,000 sehari yang diberikan kepada lima mereka sepanjang tempoh penahanan mereka yang menyalahi undang-undang.
Setiap mereka dikurung dari 41 hingga 53 hari, iaitu ketika dalam jagaan polis sebelum dipindahkan ke pusat tahanan Kamunting.
Mereka adalah Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang atau Tian Chua, ADUN Hulu Klang Saari Sungib, aktivis Hishamuddin Rais, bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR Badrul Amin Baharom dan Badaruddin Ismail, yang lebih dikenali sebagai Pak Din.
Pampasan itu bagaimanapun tidak meliputi tempoh dua tahun ketika mereka ditahan di kem Kamunting untuk tahanan ISA, selepas dilabel sebagai pengganas pada masa itu oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai.
"Kami menolak rayuan," kata Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, yang mempengerusikan panel lima anggota Mahkamah Persekutuan.
"Keputusan oleh Mahkamah Rayuan dikekalkan," katanya.
Mahkamah juga menganugerahkan kos RM30,000 kepada kelima-lima mereka selepas menolak rayuan itu.
Hakim lain yang bersidang sama adalah Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Ma'arop, Tan Sri Abu Samah Nordin, Tan Sri Ramly Ali dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.
Dengan keputusan hari ini, jumlah keseluruhan yang kerajaan perlu bayar kepada lima tahanan itu dijangka berjumlah RM5.16 juta.

Gendang PRU14 dipalu, pelantikan Noh sasar tawan Selangor

Kemasukan semula Tan Sri Noh Omar ke dalam Kabinet menjadi isyarat jelas sesuatu harus diterjemahkan pemimpin veteran Selangor itu dalam tempoh setahun akan datang.
noh-omar-bn-selangor
Tidak dapat dinafikan keyakinan, semangat serta keazaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada pada tahap tertinggi ketika ini, selepas mengharungi zaman kelam dan sukar sepanjang dua tahun lalu dengan pelbagai masalah politik serta pentadbiran terutama membabitkan syarikat 1MDB.
Kemenangan berkembar di Sungai Besar dan Kuala Kangsar dua minggu lalu nyata mengubah segala-galanya dan ia menyuntik cita-cita Najib dengan berterus terang mahu merampas Selangor, selepas gagal pada 2013 apabila mendapat pukulan KO daripada pembangkang ketika itu yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat.
Kini, Pakatan Rakyat sudah terkubur dan dengan PAS berada di luar Pakatan Harapan menyebabkan “rumah tangga” pembangkang berada dalam keadaan tidak terurus, semak, kecah dan bersepah hingga menyebabkan rakyat menyampah tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap parti politik pembangkang untuk menggantikan BN, khususnya Umno, di Putrajaya.
Najib tidak menunggu lama kerana mood “berperang” menawan Selangor sudah dibunyikan dengan kemenangan besar Umno di Sungai Besar. Kemasukan semula Tan Sri Noh Omar sebagai Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar (KPKT) adalah isyarat jelas sesuatu harus diterjemahkan pemimpin veteran Selangor itu dalam tempoh setahun akan datang.
Ini kerana Noh membuktikan selaku pengarah Jentera PRK Sungai Besar, beliau mempunyai ramuan terbaik mengembalikan semula kemenangan BN dan Umno bagi merampas semula Selangor daripada genggaman Pakatan Harapan serta PAS selepas lapan tahun kehilangan negeri termaju di Malaysia itu.
Noh akan diberikan segala-galanya daripada kerajaan persekutuan melalui KPKT bagi memastikan strategi politik berteraskan perkhidmatan dan kebajikan digunakan bagi menarik semula sokongan rakyat Selangor kepada BN.
Sesungguhnya, “padang permainan” di Selangor amat jelas berbeza berbanding negeri lain kerana keseluruhan Selangor boleh dikategorikan sebagai negeri maju dengan rakyat tidak lagi terlalu bergantung kepada wakil rakyat terutama di kawasan bandar serta separa bandar.
Bagi rakyat di kawasan ini, mereka membayar cukai dan mahukan perkhidmatan terbaik daripada lapisan ketiga kerajaan iaitu kerajaan tempatan dan di sinilah, kekuatan Pakatan Rakyat ketika itu sebelum merampas Selangor daripada BN.
Ketika itu, pembangkang menggunakan NGO menyusup melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan menunjukkan betapa lemah, korup serta tidak telusnya kerajaan Selangor di bawah pemerintahan BN dan Umno.

SPRM masuk pejabat LGE, polis kepung Komtar

Mereka tiba sekitar 4.50 petang. Tujuan kedatangan mereka belum dapat disahkan.
LGE MACC
GEORGE TOWN: Suasana pejabat kerajaan di Komtar bertukar gempar apabila sekumpulan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masuk ke Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Dalam kejadian sekitar 4.50 petang tadi, empat anggota SPRM memasuki Bilik Gerakan di tingkat 28 bangunan, yang menempatkan pejabat Lim Guan Eng.
FMT belum dapat mengesahkan tujuan kedatangan mereka setakat ini.
Beberapa minit sebelum itu, tiga anggota polis berpakaian biasa daripada balai polis Komtar menempatkan diri mereka di pintu masuk alternatif pejabat itu yang telah di bahagian timur bangunan. Beberapa individu dipercayai anggota Cawangan Khas dikesan berlegar di ruang legar berhampiran lif.
Sementara itu, lebih ramai polis bermotor dan berkereta dikerah ke kawasan sekitar seolah-olah mengepung Komtar.

Shafie nyata pendirian minggu depan, letak jawatan atau bersama UMNO

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal yang digantung Jumaat lepas akan menyatakan pendirian berhubung masa depannya dengan parti pemerintah itu pada minggu depan, sama ada mahu kekal atau meletakan jawatan daripada UMNO untuk bergerak bersendirian.
Shafie minggu lalu digantung keahlian oleh Majlis Tertinggi UMNO atas kesalahan melanggar disiplin parti dan keputusan susulan akan dibuat selepas jawatankuasa lembaga disiplin menyiapkan laporan mereka.
Sumber terdekat Shafie memberitahu, beliau akan mengumumkan pendirian nya semasa pulang ke Semporna pada minggu depan dan akan mengumumkannya dihadapan rakyat kawasan parlimennya untuk kekal atau sebaliknya.
Dijangka kejutan bakal diumumkan Shafie dan kemungkinan salah seorang pengasas UMNO Sabah tersebut bakal keluar parti dan menyertai sebuah parti tempatan di negeri tersebut.
Shafie yang dilihat mempunyai pengaruh besar dikalangan masyarakat tempatan, khususnya Kadazan, Dusun dan Murut itu sudah bersedia untuk berkempen bagi menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Turut senasib dengan Shafie, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga dipecat daripada parti atas kesalahan berada sepentas dengan pembangkang dan menentang kepimpinan parti.

Dapatan Ilham Centre dedahkan anak muda terlalu bosan situasi politik kini

Hisommudin berpendapat Pakatan Harapan perlu segera tangani persepsi segmen pengundi muda dan MelayuHisommudin berpendapat Pakatan Harapan perlu segera tangani persepsi segmen pengundi muda dan Melayu
Pengundi muda dikenal pasti berada dalam situasi terlalu bosan dengan realiti pergolakan parti pembangkang selain kebobrokan Umno-BN sedia ada.
Pengerusi Eksekutif ILHAM Centre, Hisommudin Bakar berkata, kelompok terbabit tidak teruja untuk mengundi kerana menyedari mereka tidak mempunyai pilihan.
"Nak undi BN, skandal kewangan sana-sini. Nak undi pembangkang berlaku pergolakan tidak berkesudahan," ujarnya pada forum di Gerak Budaya di Petaling Jaya semalam.
Berkongsi pengalaman interaksinya dengan beberapa parti baharu di Indonesia, beliau memberitahu golongan muda menjadi sasaran parti-parti terbabit.
"Mereka abaikan saja kelompok pengundi tegar parti sebaliknya tumpu pada anak muda. Tidak seperti di Malaysia. Hak kumpulan terbanyak sekitar 30 hingga 40 peratus ini terabai tidak disambut parti pembangkang," jelasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Hisommudin turut mengulas pola pengundian pemilih Melayu susulan penyertaan Tun Mahathir ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) serentak di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini.
"Kelompok berkenaan (Melayu) jauh dari membuat perubahan besar. Elemen Tun Mahathir hanya memberi sedikit lonjakan kepada parti Amanah tapi belum cukup untuk mengubah mereka supaya mengundi blok pembangkang pada PRU14 nanti.
"Bagaimana mahu tangani psikik orang Melayu ini supaya mereka berani buat perubahan?," soalnya dalam Wacana Terbuka: Amanah Bawa Tuah atau Rebah? anjuran Free Public Forum dengan kerjasama Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu.
Mengulas lanjut trend pengundi di Sungai Besar dan Kuala Selangor, Hisommudin mendedahkan sikap responden Melayu yang dilihat menyerahkan segalanya pada kepimpinan politik.

Jika Pas-Umno berunding, tiga penjuru tidak mustahil berlaku


Anthony Loke berharap Pakatan Harapan punya formula ekoran situasi mesra Pas Umno kiniAnthony Loke berharap Pakatan Harapan punya formula ekoran situasi mesra Pas Umno kini
Rundingan antara Pas yang mendakwa pihaknya sebagai Blok Ketiga dengan Umno tidak mustahil akan berlaku menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kira-kira dua tahun dari sekarang.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata, Pakatan Harapan terpaksa menempuh kemungkinan situasi itu sekaligus bersedia untuk pertandingan tiga penjuru.
"Pas terang-terang pada hari ini mahu jadi kuasa ketiga. Mereka mungkin mahu buat satu rundingan dengan Umno yang hanya memberi kesinambungan hayat kepada Umno untuk terus memerintah.
"Kita berdepan dengan perkara yang tidak dapat dielak sama ada Pas tetap akan bertanding di kerusi yang ditandinginya pada PRU13 lepas dan ini pastinya bertembung dengan Amanah.
"Kemungkinan (pertandingan) tiga penjuru di kerusi-kerusi terbabit amat tinggi tambahan Pas juga terang-terang menentang DAP," ujarnya dalam 'Wacana Terbuka: Amanah Bawa Tuah atau Rebah?' semalam.
Sehubungan itu, katanya, satu formula perlu dicari untuk menumpaskan BN walaupun Amanah dan Pakatan Harapan bertempur dengan Pas.
Ambil pengajaran
Mengambil contoh pengalamannya bertanding tiga penjuru di Parlimen Seremban pada PRU13 lalu, beliau berkata, terdapat pengundi Melayu yang tegar menolak DAP tetapi pada masa sama tidak mahukan BN.
"Saya juga menghadapi pertembungan tiga penjuru dengan undi diperoleh calon Isma agak signifikan iaitu hampir 7,000 undi.
"Ya. Tiga penjuru pada PRU14 nanti bukan satu yang kita mahu lihat tetapi realiti yang perlu kita hadapi," ujarnya.

Tarif gas naik 6 peratus mulai 15 Julai ini..terima kasih Najib & Rosmah..!!

Purata tarif gas akan disemak naik sebanyak RM1.52/satu juta unit termal British (MMBtu), atau 5.95 peratus, daripada RM25.53/MMBtu kepada RM27.05/MMBtu, berkuat kuasa 15 Julai, 2016, demikian menurut Gas Malaysia.
Bagaimanapun, semakan itu tidak melibatkan pelanggan kediaman, dengan tarif kekal pada RM19.52/MMBtu, menurutnya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.
"Seperti yang dinyatakan Suruhanjaya Tenaga, semakan tarif itu adalah seiring dengan pelan rasionalisasi negara dan mekanisme pemindahan kos gas menyaksikan semakan harga gas paip dilakukan bagi setiap enam bulan.
"Pada masa yang sama semakan tarif itu tidak mempunyai kesan material ke atas operasi perniagaan Gas Malaysia, ia dijangka menyumbang secara positif kepada kedudukan kewangan syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2016," menurutnya.

Exco: SPRM keluarkan waran tangkap ke atas Guan Eng

Dr Afif Bahardin berkata KM dijangka dibawa ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya tidak lama lagi.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dijangka akan ditahan berhubung siasatan pembelian sebuah banglo yang didakwa di bawah harga pasaran.berkaitan dengan pembelian sebuah banglo di bawah harga pasaran.
Exco kerajaan negeri, Dr Afif Bahardin mendakwa pegawai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerahkan waran tangkap ke atasnya di bangunan Komtar.
"Dia akan dibawa ke Ibu Pejabat SPRM bila-bila masa tidak lama lagi," katanya dalam laman sosial.
Beberapa kenderaan polis juga dilaporkan menunggu di luar bangunan itu di mana Lim sebelum ini mempengerusikan mesyuarat exco mingguan di tingkat 28.
Buat masa ini, wartawan serta jurugambar masih sedang berkumpul di bangunan Komtar kerana menjangkakan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menangkapnya pada bila-bila masa.
Mereka juga menunggu di pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah.
Pada 4 Mac lalu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya menuduh beliau membeli sebuah banglo pada harga RM2.8 juta yang didakwa jauh di bawah harga pasaran dan mengaitkannya dengan penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis kepada pemaju swasta.

PAS tak boleh pergi jauh jika bersendirian - Penganalisis

PH tunggu masa sesuai 'lamar' Muhyiddin, Mukhriz

SPRM bakal dakwa Guan Eng berhubung pembelian banglo?

Amanah perlu diperkukuh dalam Pakatan Harapan, kata Anthony Loke


Peranan Amanah dalam Pakatan Rakyat perlu diperkukuhkanPeranan Amanah dalam Pakatan Rakyat perlu diperkukuhkan
Gabungan parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) mempunyai tanggungjawab bersama untuk menjayakan kerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) selepas berkuburnya Pakatan Rakyat bagi meneruskan kesinambungan pakatan pembangkang.
Bercakap dalam forum ‘Amanah: Bawa rebah atau tuah?’ semalam, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke berpandangan PH perlu memberi fokus kepada formula untuk memenangi pertembungan tiga penjuru dalam pilihanraya akan datang.
“Sekarang kita bukan bimbang kepada kerjasama pembangkang tetapi bimbang (rakyat) tak keluar mengundi,” katanya menurut laporan Roketkini.
Kebimbangan itu dilahirkan merujuk kepada pertembungan tiga penjuru yang dilihat sering berpihak kepada kemenangan BN.
“Usaha kita sekarang ialah bagaimana untuk yakinkan pengundi supaya keluar mengundi,” ujar Anthony.
Penubuhan Amanah katanya adalah keperluan dalam gabungan pakatan pembangkang setelah perpecahan PAS dari Pakatan Rakyat (PR).
“Adalah tidak adil melihat Amanah sebagai beban kepada pakatan pembangkang. Tak timbul soal tuah atau rebah. Saya melihat itu adalah tanggungjawab bersama.
“Kita perlu tahu pengasas dan pemimpin Amanah merupakan pimpinan PAS yang disingkirkan dari muktamar PAS tahun 2015 lalu dan mereka sendiri melihat wujudnya keperluan menubuhkan (Amanah),” katanya.

Ku Nan mohon batal saman Anina

Ku Nan dan Ab Rauf Jusoh juga mahu menangguhkan persidangan dan memfailkan afidavit sementara menunggu pendengaran pembatalan saman
Tengku-Adnan-Tengku-Mansor-Anina-Saadudin
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Eksekutif Datuk Ab Rauf Jusoh memfailkan permohonan membatalkan saman Anina Saadudin.
Menurut rekod mahkamah, mereka berdua mahu membatalkan saman bekas ahli Umno Langkawi itu terhadap mereka dan kerajaan yang bertujuan membatalkan Seksyen 18C Akta Pertubuhan, atas alasan pengisytiharaan Anina itu membabitkan kuasa mahkamah dan kapasitinya mengambil tindakan undang-undang tersebut.
Permohonan membatalkan saman itu difailkan 3 Jun lepas.
Tengku Adnan dan Rauf juga mahu menangguhkan persidangan dan memfailkan afidavit sementara menunggu pendengaran pembatalan saman itu.
“Sekiranya penangguhan ini ditolak, ia akan menjejaskan (prejudicial) kedua defendan (Tengku Adnan, Rauf),” menurut notis penangguhan itu.
Anina, yang menerjah ke perhatian umum tahun lalu selepas dirakam mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, memfailkan saman membatalkan Seksyen 18C atas alasan ia melampaui hak asasi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beliau mahu suatu klausa 20.7 Perlembagaan Umno diisytiharkan tidak sah kerana melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Anina juga mahu surat pemecatan daripada Umno, bertarikh 1 dan 2 September, diisytiharkan terbatal dan tak sah.
Anina sebelum ini gagal mencabar penyingkirannya apabila Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan memutuskan pertelingkahan dalaman parti politik perlu diselesaikan secara dalaman.
Seksyen 18C menyebut keputusan sesebuah parti politik adalah muktamad dan tidak boleh disemak semula (reviewed) di mahkamah.

Zaman Umno Keturunan dan Perjuangan Sudah Berlalu

A Kadir Jasin
MOHON keizinan membuat satu lagi catatan peribadi yang sedikit sebanyak mencerminkan pergolakan politik tanah air kita dan pilihan yang wajib kita lakukan demi kelangsungan (survival) Malaysia.
Hari ini, 29 Jun 2016 genaplah setahun saya menarik diri secara rasmi daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar) atau nama Inggerisnya United Malays National Organisation (Umno).
Saya keluar hampir setahun lebih awal daripada bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menarik diri pada awal Mac lalu dan pembuangan bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin pada 24 Jun.
Saya menjadi ahli berkartu (card-carrying member) Umno lebih tiga dekad. Saya lahir dan membesar dalam keluarga Umno. Arwah ayah saya menyertai Umno sejak penubuhannya pada tahun 1946 dan pernah menjadi ahli jawatankuasa bahagian.
Umno bukan Umno saya lagi
Tetapi menjelang pertengahan tahun lepas, saya berasa amat yakin dengan kata-kata ayah saya sebelum dia meninggal dunia tujuh tahun lalu. Katanya: “Umno hari ini bukan Umno aku lagi.”
Tidak berapa lama sebelum dia meninggal, dia juga memberhentikan langganan Utusan Malaysia. Utusan Melayu (jawi) dan kemudiannya Utusan Malaysia adalah bacaan wajib keluarga kami.
Alasan pemberhentian langganan Utusan Malaysia adalah ia “bukan surat khabar aku lagi.” Dia membaca Berita Harian sebagai pilihan kedua hanyalah ketika saya menjadi pengarangnya.
Kopi, rokok dan Utusan Melayu/Utusan Malaysia adalah permulaan harinya untuk berpuluh tahun lamanya. Dia berhenti merokok dan membaca Utusan, tetapi terus meminum kopi. Dia juga tidak keluar Umno secara rasmi seperti saya.

Melayu dan Umno

Ramai orang Melayu menjadi ahli Umno kerana talian sejarah. Bagi mereka Umno adalah parti keturunan. Merekalah ahli sebenar (tulen/original) Umno.
Mereka menjadi ahli kerana altruisme. Mereka tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Bagi mereka, Umno adalah parti merdeka, parti pembela bangsa dan parti yang membawa pembangunan.
Hari ini, ramai ahli Umno adalah ahli rekrut. Ahli yang diheret masuk hinggakan ada yang tidak tahu pun yang mereka ahli Umno. Nama mereka didaftarkan oleh Ketua Cawangan dan yuran dibayar bagi pihak mereka.
Bilangan ahli keturunan semakin hari semakin kecil. Secara literal, Umno mati bersama kematian mereka. Boleh kata semua pendukung Umno dari generasi ayah saya sudah tidak ada lagi.
Ayah saya mewajibkan anak-anaknya balik mengundi menggunakan “petua” (“fatwa”) derhaka kalau tidak balik mengundi. Tapi pada Pilihan Raya Umum 2008, dia tidak mengeluarkan lagi petua itu.
Adik saya yang tugasnya membawa ibu dan ayah saya mengundi memberitahu mereka tidak keluar mengundi pada pilihan raya Umum 2013.
Sejak beberapa hari lalu, berikutan pembuangan Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, ramai bertanya pendapat saya mengenai kalau mereka juga perlu keluar Umno.
Saya kata, saya mungkin bukan orang paling sesuai menjawabnya kerana saya tidak berkecuali. Saya tidak berkecuali kerana saya telah mendahului mereka keluar Umno. Sentimen saya diwarnai oleh tindakan itu.
Biar Najib Tahu

S'gor jatuh ke tangan BN jika pilihan raya sekarang, kata Dr M

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak akan menang, malah turut menawan semula Selangor jika pilihan raya umum diadakan sekarang, akui Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Buat masa ini, pihak pembangkang berada dalam keadaan kucar-kacir. Mereka tidak bersedia. Mereka tidak mempunyai jentera seperti BN. BN mempunyai jentera kerajaan...," katanya kepada pemberita di Putrajaya.
"Saya rasa mungkin beliau (Najib) akan menang jika mengadakan pilihan raya sekarang," kata bekas perdana menteri itu.
Ujar beliau, sementara BN telah menjadi perikatan yang berterusan selama lebih 50 tahun, pihak pembangkang pula disifatkan sebagai 'himpunan yang longgar' di kalangan mereka yang tidak mempunyai dana kewangan untuk menjalankan jenteranya.
Spekulasi mengenai pilihan raya umum mula kedengaran selepas kemenangan besar BN dalam pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 18 Jun yang lalu.
Ramalan Mahathir mengenai Selangor jatuh ke tangan BN muncul di sebalik penemuan tinjauan badan pengkaji bebas, Merdeka Center yang menunjukkan populariti Menteri Besar negeri itu, Datuk Seri Azmin Ali melonjak ke paras 65 peratus.
Pembangkang harus lakukan sesuatu
Pada masa yang sama, Dr Mahathir berkata, pembangkang perlu melakukan sesuatu, sama ada Najib memilih untuk mengadakan pilihan raya sekarang atau menunggu sehingga tempoh parlimen semasa tamat pada 2018.
Begitu juga dengan bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang begitu lantang menentang Najib setelah dipecat daripada Umno minggu lalu.

PSM saran idea gabungan besar bagi hadapi PRU-14

Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat PSM S Arutchelvan mencetuskan idea penubuhan sebuah gabungan besar merangkumi kesatuan pekerja, badan bukan kerajaan dan pelbagai persatuan untuk bersama-sama menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Jika tidak, katanya, semua parti pembangkang akan lingkup pada pilihan raya akan datang dengan keadaan semasa di negara ini.
“Saya menyarankan pembentukan satu gabungan besar meliputi kesatuan sekerja , NGO, persatuan nelayan, petani, mahasiswa dan yang lain serta mempunyai program jelas dan posisi dalam isu-isu utama negara seperti negara Islam dan sebagainya.
“Untuk melakukan ini perlukan kepimpinan yang berjiwa besar, matang dan berpandangan jauh,” katanya dalam laman Facebook hari ini.
Beliau merujuk kepada kenyataan yang dibuatnya malam semalam dalam sebuah forum bertajuk “Amanah membawa tuah atau rebah” di Petaling Jaya semalam yang beliau berkata AMANAH bukan masalahnya tetapi sebaliknya adalah keseluruhan Pakatan Harapan.
Walaupun ahli panel lain pada forum berkenaan melahirkan harapan dan keyakinan, namun Arutchelvan berkata Pakatan Harapan tidak sepenuhnya bersatu sejak pembentukannya.
"Tidak ada kematangan politik (dari parti-parti) untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat, yang disenangi rakyat.
"Pakatan Harapan tidak bersedia memberi harapan kepada rakyat. Momentum rakyat tidak bersama kita kerana kita tidak bersatu," katanya pada forum malam semalam.
Untuk membentuk gabungan besar yang diilhamkannya itu beliau berkata, ia memerlukan kepimpinan yang berjiwa besar, matang dan berpandangan jauh.

Dr M: Yayasan Kepimpinan Perdana untuk semua bekas PM

Kerajaan tidak akan mengusir Yayasan Kepimpinan Perdana di pejabatnya di Putrajaya walaupun terdapat spekulasi mengenai perkara itu, kata presiden kehormatnya Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Beliau berkata bangunan yayasan dan tanah itu diduduki di atas harta persendirian yang ditaja oleh komuniti perniagaan, dan dengan itu kerajaan tidak mempunyai sebab campurtangan bagi mengosongkannya.
"Tanah ini tergolong dalam kumpulan orang-orang perniagaan yang pada mulanya mencadangkan bahawa mereka membina perpustakaan dengan nama saya. Saya menolak kerana orang akan berfikir bahawa orang-orang ini adalah kroni saya.
"Kata saya bahawa jika mereka mahu mempunyai sebuah bangunan yang khusus untuk kajian semua perdana menteri terdahulu dan bukan sahaja saya, saya bersetuju.
"Jadi, daripada menjadi peringatan kepimpinan saya, ia kini untuk semua (bekas) perdana menteri, termasuk (Tun) Abdullah Badawi dan semua orang-orang yang akan datang," kata Mahathir kepada pemberita di pejabatnya hari ini.
"Mereka membeli tanah itu; mereka membina bangunan itu, "katanya, sambil menambah bahawa komuniti perniagaan turut membayar penyelenggaraan.
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, kerajaan menyewa beberapa ruang pejabat di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana dan akan berhenti berbuat demikian.

Kafir harbi: Jangan bising, fokus buat kerja

Kenyataan mengenai kafir harbi keterlaluan dan mampu mengelirukan masyarakat.
Mufti-Pahang-Datuk-Seri-Dr-Abdul-Rahman-Osman
Oleh Khairul Naim Rafidi
Baru-baru ini Malaysia gamat lagi dengan laporan Utusan Malaysia yang menyebut Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman menyeru supaya menentang DAP yang dikatakannya menolak Islam.
Lidah rasmi Umno itu juga memetik DAP harus ditentang kerana melawan hudud serta Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016.
Bagaimanapun, dalam laporan tersebut, tidak dinyatakan petikan langsung yang menunjukkan mufti Pahang menggunakan istilah ‘kafir harbi’.
Hakikatnya, gelaran ‘kafir harbi’ terhadap DAP bukanlah sesuatu yang asing. Malah, ia sering diulang-ulang terutama ketika musim pilihan raya. Sebagai sebuah parti yang sudah berusia lebih 50 tahun, sesuatu yang lucu sekiranya DAP tersinggung atau ‘koyak’ dengan kenyataan seperti itu.
Mungkin disebabkan kenyataan kali ini dikeluarkan seorang mufti, maka wujud kebimbangan yang ia akan memberi pengaruh terhadap pandangan masyarakat. Ia juga bakal menimbulkan salah faham di antara orang Islam dan bukan Islam di dalam negara ini.
Secara peribadi, saya juga melihat kenyataan seperti itu keterlaluan dan mampu mengelirukan masyarakat.
Dengan hormat, saya juga berpendapat sebagai seorang pemimpin dan wakil masyarakat khususnya yang beragama Islam, mufti Pahang sepatutnya berusaha untuk memperkasa dan menyatupadukan masyarakat dan bukan menyemai kebencian.
Tambahan pula, realiti Malaysia menunjukkan kita masih belum mempunyai kata sepakat tentang soal kaum dan agama. Masih terdapat lagi cubaan menyemai kebencian sesama sendiri.
Namun, saya tidak berminat untuk bersyarah panjang bagi mengaitkan kenyataan mufti ini dengan strategi politik, ataupun konspirasinya bersama dengan mana-mana parti politik. Saya juga bukan ahli jika ingin mengupas isu ini dari sudut agama.
Cukup jika kita menilai dan melihat isu ini dari sudut yang lebih luas dan universal.
Dalam sesebuah negara, boleh dikatakan terdapat beberapa kepentingan yang harus dijaga dan diperhalusi iaitu kepentingan awam, individu dan masyarakat.
Ketiga-tiga kepentingan ini harus diseimbangkan bagi memastikan kemaslahatan seluruh masyarakat dalam negara. Hal ini penting bagi memastikan keadilan dapat dijalankan secara holistik memandangkan ia suatu perkara yang paling luhur di atas muka bumi ini.

'Tindakan tegas ke atas ahli Umno bantah keputusan MT' - Ku Nan

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap ahli Umno khususnya di bahagian Pagoh, Semporna dan Jerlun yang membantah keputusan Majlis Tertinggi parti itu yang memecat dan menggantung pemimpin mereka Jumaat lalu.
Tengku Adnan berkata, adalah tidak wajar bagi ahli parti di bahagian tersebut menuduh Majlis Tertinggi mengambil tindakan di luar batasan.
Akhbar Utusan Malaysia memetiknya sebagai berkata, pemecatan ketua Umno bahagian Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketua Umno Jerlun Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta penggantungan ketua Umno bahagian Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana mereka melanggar disiplin parti.
"Kita sedang meneliti dan memantau pergolakan yang berlaku di Semporna dan Pagoh di mana ada ahli-ahli yang tidak berpuas hati terhadap keputusan Majlis Tertinggi Umno.
"Jika mereka tidak menunjukkan tataetika sebagai ahli Umno yang benar-benar berjuang untuk agama, bangsa dan negara tetapi untuk individu, kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka," katanya kepada akhbar milik Umno itu.
Umno bahagian Pagoh dan Semporna sebelum ini mengumumkan mereka menolak keputusan Majlis Tertinggi yang memecat pemimpin mereka daripada parti.
Ia berikutan keputusan Majlis Tertinggi Umno pada Jumaat lalu yang membuat keputusan memecat Muhyiddin dan Mukhriz selepas didakwa bersekongkol dengan pembangkang menyerang parti serta kepimpinannya.
Shafie pula digantung keahlian atas kesalahan sama dan tindakan itu berkuat kuasa sehingga Majlis Tertinggi Umno menerima laporan daripada Jawatankuasa Disiplin parti.

Skandal 1MDB: Husni bertindak bijak jauhkan diri dari Umno, kata bekas pengarang Utusan


Husni bijak mahu jauhkan diri dari Umno, kata bekas pengarang Utusan, Ku Seman Ku HussainHusni bijak mahu jauhkan diri dari Umno, kata bekas pengarang Utusan, Ku Seman Ku Hussain
Tindakan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah melepaskan semua jawatan dari kabinet dan dalam Umno serta BN boleh dilihat sebagai tindakan bijak menjauhkan diri dari dilibatkan dengan Umno, kata bekas pengarang Utusan Malaysia.
Bagi Ku Seman Ku Hussain yang meletakkan jawatan dari akhbar itu kerana tidak berpuashati dengan laporan mengenai skandal 1MDB oleh akhbar milik Umno itu, karakter Husni tidak sesuai dengan kepimpinan Umno sekarang.
"Apa lagi Husni dipaksa pikul isu skandal 1MDB  yang tidak mungkin boleh diterangkan kepada rakyat kecuali berbohong," kata Ku Seman melalui facebooknya.
Bagi beliau, walaupun banyak yang kebulur jawatan dalam Umno tetapi yang ada integriti bagi percuma pun mereka tolak.
"Husni tidak seperti beberapa menteri yang menjadi panglima melindungi ketua mereka dengan kata kata yang angkuh dan sedikit biadab," tulis bekas wartawan veteran Utusan yang meninggalkan akhbar itu hujung Mac lalu.
Katanya, Husni tidak banyak bercakap tentang retorik politik tetapi tekun dengan tugas.
"Karakter begini tidak sesuai dengan Umno. Tengoklah sekarang tak cukup menteri,  ketua bahagian yang pun galak beri kenyataan kpd media, belasah orang itu dan orang ini yang tak sebulu dengan ketua.
"Tak cukup ketua bahagian setiausaha akhbar pun sudah beri reaksi kenyataan  politik. Jadi nyatalah Husni tidak layak.
"Saya pasti selepas ini Husni akan diserang oleh media arus utama yang dicengkam oleh Umno," tulis beliau lagi yang menjadi viral dalam media sosial.
Datuk Seri Husni Hanadzlah meletakan jawatan sebagai Menteri Kewangan kedua serta semua jawatan dalam Umno bersama Datuk Abd Wahid Omar menteri di JPM yang menguruskan EPU di waktu negara sedang dilanda krisis ekonomi dan kewangan yang meruncing.
Pengumuman perletakan jawatan mereka diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan penyusunan kabinetnya baru-baru ini.

Macam mana roti High-5 boleh ‘bungkus’, tanya pekerja

Pembuat High-5 merupakan sebahagian daripada Silverbird Group, yang pernah dikaitkan dengan Lembaga Tabung Haji.
high 5
SUBANG JAYA: Bekas pekerja syarikat yang mengeluarkan roti berjenama High-5 mempersoalkan bagaimana pembuat roti yang merupakan antara terbesar di negara ini boleh muflis.
H. Thanaselan, 37, yang pernah bekerja sebagai penyelia kewangannya, berkata pihak pengurusan pernah memaklumkan syarikat roti itu mengalami kerugian sebanyak RM26 juta.
“Tunjukkan bukti kenapa rugi. Kita mahu bukti macam mana boleh muflis.
“Takkanlah syarikat ini tidak ada untung, kalau syarikat kilang roti lain pun boleh jual roti, apatah lagi High Five,” katanya kepada pemberita di luar lobi Jabatan Tenaga Kerja hari ini.
Beliau dan kira-kira 59 bekas pekerja hadir membuat aduan menuntut pampasan berhubung pemberhentian mengejut 24 jam oleh High-5 Consolidated Bhd, dan pemberian setengah bulan gaji olehnya.
High-5 Consolidated Bhd pernah menjadi sebahagian Silverbird Group Berhad.
Februari lalu, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mendedahkan Lembaga Tabung Haji pernah membeli saham Silverbird, tetapi kemudian rugi RM98 juta.
Thaneselan memohon kerajaan campur tangan dan berkata kehilangan kerja menyukarkan mereka yang bakal menyambut Aidilfitri.

Tuduh kafir harbi contoh pemikiran keganasan


Slot rancangan bual bicara "Demokrasi - Keganasan Persepsi dalam Perspektif Islam" yang mengundang Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa disiar secara langsung di RTM1 malam tadi. Slot rancangan bual bicara "Demokrasi - Keganasan Persepsi dalam Perspektif Islam" yang mengundang Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa disiar secara langsung di RTM1 malam tadi.
Menuduh mana-mana warganegara -yang diiktiraf kerakyatannya oleh sesebuah negara- sebagai kafir harbi adalah termasuk dalam ciri-ciri pemikiran keganasan, kata Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Berhujah dalam rancangan bual bicara "Demokrasi - Keganasan Persepsi dalam Perspektif Islam" yang disiar secara langsung di RTM1 malam tadi, Mujahid berkata tuduhan itu timbul ekoran sikap sesetengah ulamak yang hanya memahami teks secara literal dan mengambil sejarah secara totok.
"Istilah kafir harbi yang heboh satu negara. Kenapa timbul dalam keadaan kita ada kerangka negara ada kerakyatan ada kewarganegaraan?
"Persepsi keganasan lahir kerana ada ulamak yang memahami teks secara literal. Kuliah di masjid itu bagus, namun kita harus bimbang apa yang disampaikan," katanya sambil menambah semakin ramai zaman ini munculnya 'ulamak segera' dan 'mufti google' yang mempengaruhi masyarakat.
Fahaman keganasan juga kata beliau boleh berlaku apabila sesebuah organisasi khususnya parti politik menganggap kumpulan mereka sahaja yang betul dan sekiranya keluar daripada kumpulan mereka dianggap sebagai keluar agama.
Ahli Parlimen Parit Buntar itu juga berkata, menganggap perlaksanaan Islam perlu dilaksana tanpa melihat kepada realiti perundangan dan kerangka negara juga boleh melahirkan persepsi ganas.
"Dia meletakkan jemaah dia sebagai agama dan agama itu jemaahnya. Ini pemikiran takfiri seperti IS dan Al-qaeda," katanya lagi sambil mengakui pemikiran ini boleh terkena pada sesiapa sahaja tanpa mengira latar politik.
Menegaskan pemikiran keganasan bukan daripada ajaran Islam, Mujahid sebaliknya berkata ia adalah konsep ciptaan barat dalam 'perperangan peradaban' demi kepentingan mereka sendiri.
Namun kata beliau, Islam sejak awal mengemukakan solusi bagi mengatasi pemikiran keganasan ini dengan memberi ruang kebebasan secara bertanggungjawab dan dalam kerangka perlembagaan kepada masyarakat supaya mereka dapat memberi pandangan untuk memperbetul persepsi.
Malangnya kata beliau, tindakan negara memperkenal pelbagai akta baru seperti Sosma, Pota dan MKN masih tidak mampu menyelesaikan isu keganasan kerana kata-akta ini lebih digunakan untuk mengekalkan status quo dan memadam demokrasi.

Kafir harbi: Mufti Pahang perlu tarik balik & mohon maaf - Exco Agama

Laksana "Ops Cantas", elak jadi negara 'cowboy' - bekas KPN

Mufti tak patut gelar DAP kafir harbi, tegas Musa Hasan

'Sanjeevan nampak jujur... tapi sekarang memalukan' - Musa Hasan

Saya tak kata Najib bunuh orang, kata Dr M selepas disiasat polis

Video poster Najib dikoyak ahli Umno Sabah

Samakan Najib dengan Idi Amin, polis siasat Mahathir

Polis sedang menyoal-siasat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataannya yang menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai 'Idi Amin Malaysia'.
Mengesahkan perkara itu, peguam Haniff Khatri berkata Mahathir kini disoal siasat di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.
Mahathir pada ucapannya pada pilihan raya kecil di Kuala Kangsar berkara Najib ibarat diktator Uganda itu kerana menggunakan harta negara sehingga dia ditolak oleh rakyat.
Idi Amin adalah Presiden Uganda yang memerintah dari tahun 1971 hingga 1979. Beliau dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia, rasuah dan pembunuhan.
Najib pada malam kemenangan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun lalu secara berseloroh membidas Mahathir dan berkata “Idi Amin Malaysia lebih popular” dan keputusan pilihan raya menunjukkan bahawa rakyat menolak Deklarasi Rakyat.

Skandal 1MDB: Di mana Jho Low sekarang?

Jutawan ranggi Jho Low kembali menarik perhatian berikutan polis menyiasat dakwaan hubungannya dengan syarikat yang kini tidak lagi berfungsi, Good Star Ltd.
Bagaimanapun, jutawan berusia 35 tahun itu telah hampir setahun menjauhkan diri dari perhatian awam.
Malah, organisasi amalnya, Yayasan Jynwel, turut berdiam diri sejak 26 Jun tahun lepas. Itu hanya seminggu sebelum Wall Street Journal memecahkan berita bahawa RM2.6 bilion ditemui dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Jynwel Capital - sebuah firma pelaburan yang berpangkalan di Hong Kong di mana Low merupakan pengasas bersama dan juga menjadi ketua pegawai sksekutifnya - turut sama berdiam diri.
Walaupun syarikat Low itu berpangkalan di Hong Kong, tetapi dia dikhabarkan berada di Taiwan.
Menurut khabar angin, ini kerana Taiwan kekurangan perjanjian bantuan perundangan dan perjanjian ekstradisi, yang mana boleh melindungi seseorang yang dikatakan terlibat dalam skandal 1MDB.
Skandal itu kini menjadi bahan siasatan berasingan tetapi bertindih yang dijalankan oleh pihak berkuasa di lapan buah negara - Malaysia, Singapura, Switzerland, Luxemburg, Hong Kong, United Arab Emirates, Australia, dan Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, khabar angin itu tidak disahkan walaupun itu tidak menghalang seorang ahli parlimen DAP untuk mendapatkan bantuan Taipei bagi mengesan Low tahun lepas.
Namun, Taiwan mempunyai perjanjian bersama bantuan perundangan dengan salah sebuah daripada negara yang menyiasat sesuatu skandal 1MDB - Amerika Syarikat.
Low - atau nama sebenarnya Low Taek Jho - merupakan orang penting dalam penubuhan pendahulu 1MDB, Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA). Reuters baru-baru ini mepetik orang yang mempunyai pengetahuan tentang siasatan, mengesahkan dakwaan sebelum ini bahawa Low merupakan pemilik tunggal Good Star.
Pada tahun 2009, 1MDB menghantar kira-kira AS$1.03 bilion yang sepatutnya untuk rakan kongsi perniagaannya ketika itu, PetroSaudi International (PSI), tetapi wang itu dilencongkan ke Good Star.
Kerajaan bertegaskan bahawa Good Star merupakan anak syarikat PSI, manakala Low menafikan ada kaitan dengan Good Star.
Berikutan laporan Reuters itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan polis akan menyiasat dakwaan kaitan antara Low dan Good Star.
Kapal layar mewah

Amanah itu mata bagi PKR, akui Saifuddin Nasution


Saifuddin NasutionSaifuddin NasutionPengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution mengakui Parti Amanah Negara (Amanah) lebih penting berbanding Pas dalam usaha menjatuhkan Umno-BN pada pilihan raya akan datang.
"Amanah itu mata bagi PKR. Kita anggap Pas itu cermin mata bagi PKR. Tak pakai pun nampak. Tiada masalah.
"Cermin mata boleh tanggal. Bahkan, sekarang sudah ada rawatan khas yang membolehkan kita tak perlu pakai cermin mata," ujarnya pada Wacana Terbuka: Amanah Bawa Tuah atau Rebah? malam tadi.
Dalam program lebih dua jam itu juga, Saifuddin mendedahkan kepincangan kepimpinan Pas sejak blok pembangkang masih dalam gagasan Pakatan Rakyat.
Beliau berkata, pendirian Pas semuanya terletak pada Datuk Seri Hadi Awang walaupun parti itu sudah sedia memiliki struktur dan proses tertentu dalam membuat keputusan.
"Pas dulu dan sekarang ada strukturnya. Semua proses itu terpakai tapi sekarang semua keputusan di pihak Presiden.
"Ketika Langkah Kajang pun, masalah timbul apabila berlaku 'u-turn' di pihak Pas," dedahnya dalam forum yang juga dihadiri Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke itu.
Tambahnya, Pas telah melanggar kesepakatan yang ditandatangani bersama bagi mengelak pertembungan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
"(Keputusan rundingan elak pertindihan) kita sudah cantik tapi Pas tetap letak tujuh calon. Bertindih.
"Padahal, kita sudah minta pada pimpinan Pas dalam mesyuarat rasmi bukan tepi jalan. (Hasil selepas itu) negatif," ujarnya.
Mengakui PKR sukar untuk mengendurkan keegoan Pas, beliau memberitahu pihaknya masih tidak berputus asa untuk berunding dengan parti itu walaupun tidak dapat memberi jaminan untuk "melunakkan" Pas.

Pakatan Harapan pertahan AMANAH

Ahli panel forum mengenai Parti Amanah Negara (AMANAH), termasuk wakil dari PKR dan DAP, mempertahankan AMANAH sebagai sebuah parti yang baru ditubuhkan, walaupun PSM menyasarkan keseluruhan pembangkang.
Setiausaha organisasi kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata AMANAH, sebuah parti serpihan PAS, tidak boleh dinilai dengan keputusan dua pilihan raya kecil (PRK) pada 18 Jun lalu.
Sudah tentu, katanya, terdapat beberapa kelemahan tetapi menegaskan ia adalah kelemahan yang boleh diperbaiki dan pihaknya boleh membantu untuk menambahbaik AMANAH dalam jangka masa panjang.
"Tetapi adakah kita menilai AMANAH sekarang, hanya setahun selepas ia ditubuhkan?" tanya Loke dalam forum itu di Petaling Jaya malam tadi.
Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution pula berkata membina sesebuah parti dari mula, dengan sumber yang terhad dan berdepan dengan parti pemerintah yang kuat, adalah bukan satu tugas yang mudah.
Saifuddin berkata AMANAH dan Pakatan Harapan adalah permulaan yang baik, selagi mereka tidak mempunyai "sindrom penafian", dan bersedia untuk mengakui mereka mempunyai tanggungjawab yang besar.
'AMANAH ada potensi'
Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar juga berkata AMANAH mempunyai potensi, selagi ia disokong oleh rakan-rakan dalam Pakatan Harapan.
Hisomuddin memetik kempen parti yang baru ditubuhkan itu di kedua-dua PRK, yang menerima banyak bantuan dari DAP di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

TAK KE DAH 'GILA', DIA CADANG MUHYIDDIN DIPECAT, DIA JUGA CADANGKAN BUAT RAYUAN SUPAYA LEBIH DIHORMATI AHLI2 UMNO

Antara pemimpin UMNO yang lantang bersuara agar Muhyiddin Yassin dipecat daripada UMNO ialah Fuad Zarkashi yang kalah di Batu Pahat pada pilihanraya 2013, tetapi kemudian diberikan jawatan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwa Khas atau Jasa.

Pada Mac lalu, beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Pendidikan dipetik sebagai berkata bahawa penyertaan Muhyiddin dan Mukhriz Mahathir dalam Deklarasi Rakyat untuk menyingkir Najib Razak adalah perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.

"Mereka harus dipecat. Kali ini saya sendiri akan mencadangkannya kepada MT UMNO," tegas beliau.
Setelah beberapa kali tertangguh berikutan menunggu selesainya pilihanraya negeri Sarawak dan pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar,  Muhyiddin dan Mukhriz akhirnya dipecat daripada UMNO pada mesyuarat MT, 24 Jun lalu.

Dalam reaksinya setelah dipecat, Muhyiddin menegaskan beliau tidak akan membuat sebarang rayuan kerana menganggap keputusan MT itu sebagai penamat kepada sejarah panjang penuh liku dalam perjuangannya bersama dengan UMNO.

Beliau kemudian tidak menolak kemungkinan mahu menubuhkan parti baru atau menyertai parti-parti politik sedia ada untuk meneruskan perjuangannya demi agama, bangsa dan negara.

Namun, meskipun sudah menyatakan tidak akan merayu, Fuad Zarkashi bersuara pula dengan menasihatkan Muhyiddin agar merayu kepada Lembaga Disiplin untuk menyertai semula UMNO.

Katanya, dengan membuat rayuan adalah langkah terbaik untuk menjadikan Muhyiddin lebih dihormati dalam kalangan ahli-ahli UMNO, selain membolehkannya meneruskan kembali perjuangan sehingga ke akhir hayat.

Hadoii...'gila'  ke apa Fuad ini? Atau dah putus wayar dalam otaknya?

Dulu dia sendiri antara yang bersungguh-sungguh agar Muhyiddin dipecat daripada UMNO, kini dia juga yang menyarankan agar bekas Timbalan Presiden UMNO itu membuat rayuan.
Bukankah dia sepatutnya gembira bila Muhyiddin sudah dipecat kerana itulah yang dicadangkannya?

Kenapa sekarang diminta merayu pula?

Dah kurang dedak agaknya?

‘Amanah masih perlu DAP, PKR sebelum berdikari’

PKR dan DAP bersetuju Amanah perlu disokong, namun PSM menganggap ia menghancurkan pembangkang.
amanah-backup
PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) masih belum mampu berdikari dan memerlukan sokongan rakan sekutunya untuk terus menambat hati pengundi khususnya orang Melayu, menurut pemimpin Pakatan Harapan (PH).
Bercakap pada forum “Amanah membawa tuah atau rebah” di Petaling Jaya semalam, Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke berkata Amanah merupakan parti baharu, dan rakyat tidak patut menghakimi kekalahan di dua pilihan raya kecil (PRK) pada 18 Jun lalu itu sebagai kelemahan pembangkang.
“Memang kita akui Amanah ini masih banyak kelemahan tetapi kelemahan itu boleh diatasi dengan kerjasama yang baik dalam gerak kerja bersama rakan PH untuk meningkatkan kepercayaan pengundi terhadap Amanah dalam jangka masa panjang.
“Tidak adil untuk pengkritik di luar hanya mengadili Amanah yang baru setahun ditubuhkan,” katanya pada forum anjuran saya Pemuda PKR itu.
Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata bukan mudah membina parti yang baru dengan sumber terhad.
Beliau berkata, Amanah dan PH masih ada harapan menang pilihan raya umum (PRU) akan datang sekiranya semua parti dalam komponen itu bersatu dan memikul tanggungjawab besar menentang Umno dan Barisan Nasional (BN)
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar percaya Amanah masih mempunyai potensi menambat hati pengundi selagi mereka disokong oleh rakan mereka dalam PH.
Katanya, berdasarkan kajian kempen dalam dua PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kempen Amanah jauh lebih berjaya daripada kempen PH di pilihan raya negeri (PRN) Sarawak Mei lalu.
“Kita lihat ‘trend’ pengundi di dua PRK lalu nampaknya lebih berjaya kerana Amanah dilihat dapat banyak bantuan daripada DAP dan PKR. Berbeza dengan kempen di PRN Sarawak, setiap komponen parti dalam PH dilihat hanya berkempen sendiri bagi merebut kerusi sesama sendiri.

Di mana wajah muda dan bakat baharu Borneo dalam kabinet Najib?


Tiada bakat-bakat baru yang boleh membaiki keadaan, rombakan ini jelas merupakan rombakan yang gagal dakwa Pemuda Amanah.Tiada bakat-bakat baru yang boleh membaiki keadaan, rombakan ini jelas merupakan rombakan yang gagal dakwa Pemuda Amanah.Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak masih mengulangi paten kabinet yang sama, bahkan lebih buruk dengan peletakan jawatan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Husni Hanadzlah.
Kabinet yang masih dalam skala besar (pastinya dengan perbelanjaan mengurus yang besar), portfolio antara kementerian yang tidak bersepadu, menjadikan kabinet kali ini lebih buruk berbanding sebelumnya.
Berapa juta lagi Perdana Menteri mahu bazirkan setiap tahun untuk membayar gaji dan elaun menteri-menteri yang rakyat rasakan sebagai membazir dan tidak perlu?
Gaji pokok sebagai ahli parlimen ialah RM16,000. Jika dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri, kerajaan perlu menyediakan tambahan RM14,907.20 dan RM10,847.65 lagi untuk setiap perjawatan.
Itu tidak termasuk elaun-elaun lain yang total jumlahnya menghampiri gaji pokok! Dengan keadaan kewangan negara yang semakin tenat, mengapakah Perdana Menteri mahu meneruskan trend pembaziran ini?
Lebih merunsingkan, kita tertanya-tanya di mana kedudukan bakat-bakat muda dalam kabinet kali ini? Dengan pengambilan 'menteri recycle' seperti Tan Sri Noh Omar, pengekalan menteri seperti Datuk Seri Azalina Othman dan Datuk Seri Shahidan Kasim dengan portfolio mengurus Parlimen yang sangat minimum sifatnya, tiadanya pertambahan portfolio penting dan kritikal kepada Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang masih kekal dengan portfolio tradisi, menunjukkan tiadanya anjakan baru yang mahu diaspirasikan oleh Perdana Menteri ketika ini.
Bahkan lebih teruk, bakat-bakat muda daripada parti-parti komponen khususnya parti-parti daripada Sabah dan Sarawak langsung tidak diberi ruang untuk dibawa dalam Jemaah Menteri kali ini.
Ia menguatkan lagi telahan ramai bahawa Datuk Seri Najib hanya ingin 'menggunakan' sahaja pemimpin-pemimpin politik daripada Borneo untuk mengekalkan kedudukannya di Putrajaya, tanpa sedikit pun mahu berkongsi kuasa sebagaimana semangat Perjanjian Malaysia 1963.
Belum lagi ditelusur bakat-bakat muda daripada MIC dan MCA yang langsung diketepikan terus. Jika ada pun, hanyalah muka lama yang dilihat setia mengampu Datuk Seri Najib sebelum ini seperti Datuk Chua Tee Yong yang diletakkan sebagai Timbalan Menteri Kewangan.
Tiada langsung sosok-sosok baharu yang dibawa masuk untuk
meremajakan imej Kerajaan Persekutuan yang rosak teruk bawah kendalian Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Shafie dijangka umum keluar parti?


Datuk Seri Mohd Shafie ApdalDatuk Seri Mohd Shafie ApdalKetua Umno Bahagian Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang kini berada di Mekah kerana mengerjakan umrah dijangka mengumumkan keluar parti selepas Majlis Tertinggi memutuskan menggantung beliau sehingga siasatan selesai dijalankan.
Daripada sumber maklumat yang dilapor portal MalaysiaGazette hari ini,  menyebut, Shafie difahamkan akan membuat pengumuman tersebut sekembalinya daripada menunaikan umrah.
Jumaat lepas, MT sebulat suara membuat keputusan memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai ahli UMNO ekoran perbuatan mereka yang secara terang-terangan melanggar disiplin dan perlembagaan parti.
Antara yang dilakukan oleh kedua mereka adalah duduk sepentas dengan parti pembangkang sambil memburuk-burukkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia.
Walaupun Shafie sejak mula dipecat dari Kabinet telah bersama Muhyiddin mengkrittik kepimpinan Najib, namun nasibnya agak baik kerana MT hanya menggantung keahliannya sehingga siasatan jawatankuasa disiplin parti selesai.
“Shafie sekarang sudah nekad akan keluar daripada Umno walaupun dipujuk kerana hatinya sudah cukup kecewa.
“Dia akan buat pengumuman nanti sebaik sahaja dia sampai di Semporna nanti,” kata sumber berkenaan seperti dipetik.
Semalam, lebih 300 ahli Umno di Semporna bertindak melepaskan semua jawatan dan keahlian mereka kerana membantah keputusan MT berhubung penggantungan keahlian Shafie.
“Mungkin akan lebih ramai ahli Umno di bahagian lain di Sabah akan menyertai Shafie sebagai tanda sokongan kepadanya selepas pengumuman dibuat,” ujarnya.