Selasa, 28 Jun 2016

Amanah: Kabinet baharu nampak ‘tidak bernafsu’


MOHD SANY HAMZAN

SHAH ALAM – Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan pembentukan Kabinet baharu langsung 'tidak bernafsu' untuk mengembalikan negara ke laluan yang selamat.
Ketua Pemuda Amanah Nasional, Sany Hamzan berkata, rombakan Kabinet baharu yang diumum semalam masih tidak mempamerkan wajah dan bakat muda dalam pentadbiran baharu.
Malah menurutnya lagi, pembentukan Kabinet kali ini seolah-olah memperlihatkan kerajaan mengetepikan terus kedudukan bakat-bakat muda daripada parti-parti komponen khususnya parti-parti daripada Sabah dan Sarawak.
“Kita tertanya-tanya di mana kedudukan bakat-bakat muda dalam kabinet kali ini.Bakat daripada parti-parti komponen langsung tidak diberi ruang untuk dibawa dalam Jemaah Menteri kali ini.
“Belum lagi ditelusur bakat-bakat muda daripada MIC dan MCA yang langsung diketepikan terus. Jika ada pun, hanyalah muka lama,” ujarnya menerusi kenyataan, hari ini.
Katanya lagi, Najib masih mengulangi paten kabinet yang sama di mana peletakan jawatan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Husni Hanadzlah menambah kesan buruk kepada pentadbiran negara
“Berapa juta lagi perdana menteri mahu bazirkan setiap tahun untuk membayar gaji dan elaun menteri-menteri yang rakyat rasakan sebagai membazir dan tidak perlu?
“Pokoknya, pembentukan Kabinet kali ini masih menunjukkan tiadanya anjakan baru yang mahu diaspirasikan oleh perdana menteri ketika ini,” katanya lagi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan Kabinet baharu di Putrajaya, semalam.
Ia berikutan lima kekosongan jawatan, iaitu tiga menteri dan dua timbalan menteri.
Pengumuman tersebut dibuat dalam sidang media khas Kabinet di pejabatnya pada   jam 3.15 petang.

Parti baharu mampu saingi Umno?

Parti baharu mampu saingi Umno?
Abdullah (duduk, tengah) bersama pimpinan tertinggi GPMS. Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusof.‎
KUALA LUMPUR - "Belum boleh lagi, kekuatan masih ada pada Umno," demikian kata bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ‎ketika menggulas sama ada Umno akan tergugat sekiranya parti baharu ditubuhkan.
Ini rentetan daripada beberapa cadangan yang mencadangkan agar  bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menubuhkan parti baharu selepas dipecat daripada Umno.
Katanya, Umno mempunyai kekuatan tersendiri yang tidak mampu disaingi oleh mana-mana parti.
"Umno masih menerima sokongan ramai," katanya ringkas ketika sidang media media dalam Majlis Berbuka Puasa Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bersama beliau di Restoran D Saji Titiwangsa Kuala Lumpur hari ini.
Dalam pada itu, ketika ditanya adalah isu pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz memberi kesan kepada Umno, Abdullah berkata, impak terhadap Umno hanyalah sedikit.
Terdahulu, Majlis Tertinggi  memutuskan agar Muhyiddin dan Mukhriz dipecat daripada Umno berkuat kuasa serta merta.
Sementara, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal pula digantung dari jawatannya.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, tindakan itu dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno kerana mendapati mereka melakukan kesalahan serius.

Lima Ketua Umno Cawangan Pagoh letak jawatan

Lima Ketua Umno Cawangan Pagoh letak jawatan
Mohd Solihan membakar kemeja Umno sebagai tanda protes terhadap keputusan parti berkenaan yang melucutkan keahlian Muhyiddin baru-baru ini.
PAGOH - Lima ketua Umno Cawangan Pagoh meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta ekoran kecewa dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang melucutkan keahlian Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada parti berkenaan baru-baru ini.
Bagaimanapun, kelima-lima individu terbabit mendakwa mereka masih mengekalkan keahlian dalam parti berkenaan kerana masih sayangkan Umno.
Mereka adalah Ketua Cawangan Grisek, Datuk Tahir Mohd Taat; Ketua Cawangan Batu Enam, Datuk Abd Aziz Hashim; Ketua Cawangan Parit Medan, Mohd Solihan Badri dan Ketua Cawangan Kurnia Sakti, Hedzer Ahmad serta Ketua Cawangan Kundang Ulu, Ahmad Kamit.
Tahir berkata, tindakan mereka meletakkan jawatan adalah sebagai tanda protes selain membantah keputusan yang dibuat oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
"Kita membantah pemecatan Tan Sri Muhyiddin yang dibuat oleh MT baru-baru ini. Bagi saya, pemecatan itu dibuat tanpa mengikut prosedur yang selaras dengan perlembagaan parti.
"Tan Sri Muhyiddin menjalankan tanggungjawabnya dengan amanah dan tindakan beliau menegur presiden adalah demi menyelamatkan parti ini," katanya ketika ditemui selepas perjumpaan tertutup dengan Ketua-ketua Cawangan dalam bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar di sini.
Manakala bagi Ahmad, keputusan MT melucutkan jawatan Muhyiddin sememangnya meninggalkan kesan kepada beliau.
"Beliau (Muhyiddin) merupakan pemimpin yang disegani dan dihormati. Saya boleh terima sekiranya beliau hanya dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden, namun tindakan MT yang turut melucutkan keahliannya sebagai Umno turut membuatkan saya terasa.
“Saya sememangnya tidak dapat menerima keputusan ini dan membantah sekeras-kerasnya tindakan yang dilihat tidak wajar dalam sesebuah parti,” katanya.

Husni lepas semua jawatan Umno enggan terbabit skandal 1MDB?


Husni lepas semua jawatan Umno enggan terbabit skandal 1MDB?

Tindakan Datuk Seri Husni Hanadzlah melepaskan semua jawatan kerajaan dan Umno membuktikan bahawa beliau mempunyai prinsip yang cukup tulen untuk tidak bersekongkol dengan segala bentuk amalan salahlaku rasuah.
Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata walau apapun alasan yang mendorong beliau meletak jawatan sebagai menteri kewangan kedua serta semua jawatan-jawatan politiknya perlu diberi sanjungan kerana tindakan ini bertepatan dengan ajaran agama islam yang tulen yang tidak mahu bersubahat dengan tokoh pemimpin paling korup masakini.
“Bagi saya beliau juga adalah seorang tokoh pemimpin bersih yang berpegang utuh pada hukum-hakam Allah SWT yang tidak meletakkan kepentingan peribadi bagi mempertahankan pangkat, perut mahupun poketnya,” kata Khairuddin melalui satu kenyataannya.
Keseluruhan rakyat katanya harus beri tabik hormat pada Datuk Seri Husni, pemimpin-pemimpin yang beginilah yang harus dipertahankan apabila berlaku pertukaran kepimpinan kelak.
“Malahan keseluruhan pemimpin-pemimpin umno yang tiada aqidah agama yang bersekongkol dengan amalan korupsi harus mengikuti contoh yang telah dipamerkan beliau dan pemimpin-pemimpin Umno yang telah tersesat jalan harus balik ke pangkal jalan.

Tiada perjanjian serah Kedah, Kelantan, Terengganu pada PAS - Ahmad Yakob

Timbalan Mursyidul Am PAS menafikan sebarang kerjasama dengan Umno mengenai penyerahan tiga negeri itu
Ahmad-Yakob-pas-umn
KOTA BAHARU: PAS tiada sebarang kerjasama dengan UMNO mengenai penyerahan tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada PAS pada pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob.
Beliau berkata jika adapun kerjasama hanya yang membabitkan perkara kebajikan dan kebaikan kepada rakyat.
“Setakat ini tiada sebarang perjanjian, cuma kita (PAS) akan beri kerjasama kepada pekara yang membawa kebaikan dan kebajikan kepada rakyat. Itu dasar kita sejak dahulu lagi.
“Dalam perkara yang menimbulkan dosa dan perseteruan sebagainya, kita tidak ada sebarang kerjasama,” katanya selepas melawat dan menyampaikan sumbangan kepada 100 pesakit di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang mendakwa wujud kerjasama politik antara UMNO dan PAS.
Ahad lepas, dalam satu majlis di ibu negara, Muhkriz mendakwa beliau mengesyaki terdapat perjanjian UMNO-PAS membabitkan ‘pertukaran’ yang melibatkan Kedah, Terengganu dan Kelantan.
Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata kemungkinan isu itu timbul disebabkan kecelaruan politik buat masa sekarang.

Mufti Pahang: Tetap fatwa walau tidak diwarta

Abdul Rahman menepis kenyataan Syahredzan Johan yang mengatakan fatwa tidak rasmi selagi belum diwartakan.
pahang--mufti
PETALING JAYA: Mufti Pahang menegaskan tidak salah dalam hal “kafir harbi” dan mempertahankan kesahan fatwa yang dikeluarkan selaku mufti.
Bercakap kepada FMT, Datuk Seri Abdul Rahman Osman membalas kenyataan peguam Syahredzan Johan yang mengatakan fatwa perlu diwartakan supaya menjadi rasmi dan Rahman boleh didakwa dibawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan itu.
Seksyen 40 menyebut mufti tidak boleh dipanggil ke mahkamah sivil atau mahkamah syariah untuk memberi pandangan atau bukti berkenaan undang-undang Islam.
Seksyen 505 pula menyebut kenyataan yang boleh menghasut golongan masyarakat supaya melakukan kesalahan terhadap golongan masyarakat lain boleh dihukum sehingga dua tahun pemenjaraan.
Abdul Rahman berkata sebagai seorang mufti, fatwa yang dia keluarkan tetap fatwa, samada ia sudah atau belum diwartakan.
“Fatwa tetap fatwa, tanpa mempedulikan diwartakan atau tidak.
“Bezanya kalau tidak diwarta, ia tidak boleh dikuatkuasakan.”
Maka, katanya, dirinya dilindungi dibawah Seksyen 40 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Pahang) 1991.
Mengulas kenyataan Syahredzan bahawa kenyataan yang dikeluarkan itu merupakan kesalahan dibawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan, Abdul Rahman percaya kenyataannya tidak melanggar mana-mana undang-undang.

ABESLAH !!! Rakyat Selangor....

Akhirnya Noh Omar lebih semangat mahu rampas Selangor slps dilantik jadi menteri semula oleh Najib w'pon telah ditendang Najib jadi menteri 3 tahun yg lalu...

JANGAN RISAU, bila BN rampas balik kerajaan nanti rakyat S'ngor akan dapat air percuma 20 LITER, bukannya 20 METER PADU air (spt kerajaan S'ngor skrg).

NAMPAK TAK !!!.. Bila BN jadi Bodoh Negara..

PAKAR TANG MANA TU !!!

"Kerajaan hanya membayar gaji dan elaun Sharizat Abdul Jalil mengikut kelayakan berdasarkan kepada kepakaran yang diberikan," jelas Shahidan Kassim.

Pelik Tapi Benar...


Sama-sama kita renungkan...

Sesiapa yang terus menyokong golongan atau pemimpin yang melakukan kejahatan dan kezaliman serta mempermainkan ayat2 Allah, maka sesungguhnya...

DIA SAMA-SAMA MENANGGUNG DOSA DGN PEMIMPIN TERSEBUT

Mungkin dia berkata, saya tidak menzalimi orang lain, atau mempersendakan agama tetapi sekadar jadi ahli biasa parti sahaja, sedangkan pemimpinnya zalim dan jahat...

MAKA DIA TURUT TANGGUNG DOSA

- Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin

DAP jadi 'kafir harbi' bila M'sia di ambang PRU14

Kali ini merupakan kali kedua DAP dituduh sebagai kafir harbi setelah label yang sama dilemparkan oleh Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Saamah pada bulan Ogos 2012.
Ketika kali pertama DAP dituduh sebagai kafir harbi itu, kenyataan Abdullah turut disokong oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mengatakan ia tidak sama sekali bercanggah dengan Islam.
DAP, jelas Harussani, memang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
Di sebalik 'ribut kecil' yang terjadi ekoran pertikaman lidah antara BN dan pembangkang mengenai isu berkenaan ketika itu, secara tiba-tiba, bertebaran gambar Abdullah yang menerima replika cek RM2 juta.
Gambar Abdullah menerima replika cek berkenaan yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamad mula dikesan di internet pada bulan yang sama.
Selain Abdullah, DAP juga agak 'bernasib baik' ketika itu kerana Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu menjadi mursyidul am Pas masih hidup.
Arwah Nik Aziz telah membantu mempertahankan DAP dari dari serangan Harussani yang beliau selalu sifatkan sebagai ejen Umno.
Ironinya, tidak sampai setahun selepas 'pengumuman' kafir harbi oleh Abdullah itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 pada bulan Mei 2013.
Pada pilihan raya umum tahun itu, BN kekal sebagai parti pemerintah walaupun gagal mendapat majoriti dua pertiga setelah memenangi 133 kerusi parlimen daripada 222 kawasan.
Kini, ketika negara di ambang pilihan raya umum ke-14 yang dijangka diadakan setahun dari sekarang ekoran desakan pelbagai pihak dalaman Umno setelah BN menang besar dalam pilihan raya Sarawak dan dua pilihan raya kecil berkembar baru-baru ini, label 'kafir harbi' ke atas DAP muncul kembali.
Yang berbeza cuma individu yang membuat kenyataan tersebut dan masa ketika kenyataan itu dibuat tetapi masih berlegar-legar dalam isu, intipati tuduhan, matlamat dan dilapor juga oleh akhbar yang sama.
Nama Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman terpampang di banyak dada akhbar dan portal berita dengan mempertahankan kenyataan turut merujuk DAP sebagai kafir harbi.
Kali ini, DAP mendapat gelaran sedemikian kerana menentang pembentang rang undang-undang oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan undang-undang Islam.
Terbaru, Abdul Rahman menyatakan keengganan untuk menarik balik kenyataan itu, apatah lagi meminta maaf walaupun didesak oleh pelbagai pihak yang khuatir kenyataan sedemikian boleh mencetuskan suasana huru-hara.

PILIHANRAYA KECIL 2016: Indikator Penolakan Undi Teras Parti Lama

Pertama, sebagai muqaddimah awal, saya dahulukan dengan satu dapatan yang cukup significant dari PRK Sungai Besar (dan juga PRK Kuala Kangsar, yang memiliki persamaan data hampir serupa), bahawa sangat jelas politik perkauman, kebencian dan kepuakan melampau yang dibawakan oleh dua parti lama Melayu yang menganggap parti mereka memiliki “pengundi teras” yang kekal memberikan sokongan pada mereka dalam apa jua situasi politik, sebenarnya tanggapan tersebut sudah meleset dan semakin tersasar.

Dan keputusan dua PRK 2016 baru ini jelas memberikan indikator bahawa kedua parti lama tersebut, ie. Umno dan PAS sebenarnya sedang bergelut menghadapi "krisis kehilangan undi teras" yang paling serious dalam sejarah.

Sila baca bersama dengan data pilihanraya P093 Sungai Besar yang lampau seerti di bawah:

Tahun | Turnouts | BN vs Pembangkang

1986 | 65% | 74% 26% PAS
1990 | 71% | 77% 23% PAS
1995 | 66% | 16% 84% APU (S46 menang)
1999 | 69% | 52% 48% BA (PKN hampir menang)
2004 | 78% | 66% 34% PAS
2008 | 82% | 59% 41% PAS (election pact)
2013 | 88% | 51% 49% PR
2016 | 74% | 54% 22% 26% PAS / PH

Note:

1986-1999 Persempadanan Lama (Sungai Besar di dalam Sabak Bernam). 2004-2016 Persempadanan Baru.

Saya akan kongsikan penjelasan berikut berdasarkan figure dan angka di atas.

(Sila rujuk pada ringkasan carta berkaitan)

Untuk rekod, pengdefinisian “undi teras” merujuk pada gabungan "undi tegar" (hardcore votes, atau pengundi asli/ahli sesebuah parti dalam apa jua keadaan), ditambah dengan undi sokongan pada sesebuah parti dalam situasi pertembungan secara dua pihak.

Untuk tujuan analisa ini juga, saya terpaksa mengabaikan juga beberapa tulisan dan ucapan pemujuk pelbagai pimpinan-pimpinan PAS dan Umno dalam mempertahankan “ketidak kalahan” mereka dalam PRK kali ini. Maka tulisan saya akan tertumpu hanya pada angka-angka rasmi termasuk pencapaian lampau sejak PRU 1986.

PERTAMA
Pencapaian PAS paling buruk dalam sejarah

(1) Sejak PAS berpecah dengan Umno tahun 1977, PRK 2016 ini adalah pilihanraya kali ketiga yang berlaku sebaik perpecahan sesebuah gabungan parti politik itu berlaku.

(2) Kali pertama, apabila PAS mengadakan kerjasama ddengan Semangat 46 pada tahun 1994 atas nama Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Dan ia menjadi kali pertama juga APU memenangi PRU 1995 dengan mendapat undi 84% atau majority melebihi 14 ribu. Satu angka yang sangat besar dalam sejarah. Pada masa itu, bekas ahli-ahli Umno dan PAS bergabung tenaga untuk menang di Parlimen Sabak Bernam (yang dahulunya Sungai Besar adalah salah satu DUN di bawah Sabak Bernam sebelum persempadanan 2003).

(3) Namun selepas berkuburnya APU pada 1996, pada 1998 rakyat bangkit buat kali kedua membentuk Barisan Alternatif (BA) cetusan idea Al-Marhum Fadhil Noor, maka calon Parti KeAdilan Nasional (PKN) pada masa itu hampir memenangi PRU 1999 dengan ketinggalan 901 undi sahaja di belakang Umno.

(4) Seterusnya buat kali kedua, selepas persempadanan baru dan keputusan DAP berpecah dari BA pada tahun 2003 kerana tidak bersetuju dengan agenda “Dokumen Negara Islam” yang dikemukakan PAS, PAS terpaksa bertanding bersendirian dengan hanya dibantu oleh KeAdilan (PKR), dan hanya mampu meraih 7,988 atau 34% sokongan, tanpa sokongan Cina atau DAP.

Nota;

Hampir semua penganalisa politik bersetuju bahawa keputusan 2004 itulah sebagai peratusan sebenar sokongan undi teras (termasuk undi tegar) pada PAS yang sanggup mengundi mereka sebagai pembangkang berlawan Umno/BN.

(5) Seterusnya, selepas termeterainya kerjasama Pakatan Rakyat (PR) pada 2008, disusuli pencapaian terbaik PR dalam 2013 dengan perbezaan hanya 399 undi, apa yang berlaku dalam PRK 2016 ini adalah PAS merasakan pilihan terbaik untuk mereka adalah dengan bersendirian, cukup untuk menang dengan berpaksikan pada undi yang mereka terima pada PRU 2013 lepas.

Berkali-kali penafian dibuat oleh kepimpinan Pakatan Harapan(PH) bahawa PAS perlu sedar bahawa sokongan PRU 2013 itu langsung tidak boleh dijadikan ukuran sokongan terhadap PAS secara bersendirian, kerana  dalam PRU 2013 lepas kemasukan setiap calon ketiga party adalah atas jenama PR, dan setiap party bangkit bersama membantu mana-mana party komponen PR yang bertanding.

Kepimpinan PAS jelas dengan angkuh menolak teguran yang diberikan pada mereka.

Maka PAS seterusnya memilih untuk melakukan serangan politik kebencian dan fitnah pada PH sendiri, dengan keputusan akhirnya PAS kalah kepada wakil PH (Amanah) dan juga Umno/BN. Bahkan keputusan PRK 2016 baru ini adalah merupakan peratus sokongan pada PAS yang terburuk dalam sejarah pasca perpisahan dengan BN sejak 1978.

KEDUA
Tahap kebencian dan non-participative politik yang paling tinggi.

(6) PRK Sungai Besar menyaksikan sebanyak hampir 11 ribu pengundi (10,975 pengundi) tidak mengundi, atau tidak pulang melaksanakan tanggungjawab mereka. Hanya 74% keluar mengundi, berbanding 88% dalam PRU13. Untuk rekod, peratusan turnouts yang rendah adalah berkait langsung dengan sikap “protes dan marah” pengundi pada sesuatu isu atau perlaksanaan sesuatu tindakan, yang sudah banyak disentuh oleh penganalisa politik lain.

(7) Cuma apa yang mahu saya tambah adalah, angka 11 ribu tersebut adalah yang tertinggi dalam sejarah Sungai Besar, manakala turnouts 74% itu juga adalah yang terendah dalam sejarah sejak persempadanan baru tahun 2003 lepas. Peratusan turnout rendah ini sebenarnya memberi implikasi sangat serious pada persepsi pengundi Malaysia.

KETIGA
Umno/BN mendahului dengan hanya pertambahan undi yang sangat minima.

(8) Walau sekalipun Umno/BN mendabik dada bahawa mereka berjaya melonjakkan jumlah majority yang sangat tinggi sehingga 9,191 undi (Nota A), harus diingat ianya terjadi disebabkan perpecahan yang PAS lakukan di dalam kerjasama PR lepas. Bukan disebabkan sokongan pada Umno/BN yang mendadak naik, seperti yang disebar oleh media massa Umno/BN.

(9) Seterusnya tindakan PAS bersatu tenaga dengan Umno/BN menyerang Amanah dan PH secara berterusan di media utama, dalam setiap ucapan, sekalipun Umno boleh berbangga menyatakan mereka berjaya meraih “pertambahan 3% undi teras”, namun hakikatnya Umno tetap kehilangan 1,463 undi berbanding PRU 2013 lepas. Itu pun berlaku selepas pelbagai jenis dedak dan rasuah pilihanraya ditaburkan sepanjang PRK 2016 baru ini. Namun hasilnya tetap langsung tidak memberikan keuntungan politik pada Umno/BN.

(10) Dalam ertikata lain, kesungguhan media Umno/BN menggunakan angka majority 9,190 sebagai indikator sokongan padu buat mereka adalah satu penyelewengan fakta, kerana mereka tidak melakukan perbandingan sebenar pada peratus sokongan sebenar terhadap Umno/BN itu sendiri.

KEEMPAT

Benarkah BN begitu kuat sekarang?

Oleh MUHAMAD MAT YAKIM
PETUNJUK bahawa pimpinan Umno kini berada pada tahap keyakinan diri yang amat tinggi adalah tindakan memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dibuat dalam tempoh tidak sampai seminggu selepas BN menang besar PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Bagi menyerlahkan lagi sikap itu, mereka turut menggantung keahlian Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Tanpa keyakinan diri yang tinggi, Umno tidak akan berani melakukan tindakan seperti itu kerana ketiga-tiga pemimpin berkenaan diketahui mempunyai pengaruh yang kuat, di dalam dan luar parti.  Ini seakan mengiyakan andaian bahawa  Umno/BN berada pada tahap yang cukup kuat sekarang berdasarkan keputusan PRK berkenaan.
Soalnya, adakah BN sudah benar-benar kuat? Adakah keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar cukup untuk dijadikan indikator penerimaan rakyat terhadap BN yang boleh dibawa hingga PRU14?
Adakah pola pengundian dan geopolitik Sungai Besar, juga Kuala Kangsar sesuai dijadikan model untuk seluruh negara hingga membuatkan pemimpin Umno/ BN yakin parti itu kini berada pada kedudukan yang cukup mantap untuk mengekalkan pemerintahan?
Seorang ketua Umno bahagian sehari selepas pilihan raya itu, terang-terangan menolak andaian bahawa perpecahan undi propembangkang jadi faktor kemenangan BN. Sebaliknya kata beliau, kemenangan itu disebabkan BN sememangnya kuat dan kembali diterima rakyat. Dan satu lagi kenyataan wajib: "Mereka sudah muak dengan propaganda pembangkang!"
Untuk sesetengah perkara, pandangan itu boleh diiyakan tetapi untuk mengatakan BN telah benar-benar kuat, masih boleh dipersoalkan.
Apa yang paling munasabah untuk diperkatakan ialah  bukan BN yang kuat tetapi kucar-kacir yang berlaku dalam blok pembangkang cukup memberikan BN kelebihan dalam situasi sekarang.
Sebenarnya, banyak faktor yang mempengaruhi keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Perpecahan undi propembangkang secara terang lagi jelas telah 'membantu' kemenangan besar BN.
Dalam siaran langsung TV1 pada hari penamaan calon, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose berkata seseorang tidak perlu jadi penganalisis politik untuk menjangkakan BN akan menang mudah di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, melainkan jika berlaku sesuatu yang luar biasa. 
Apabila dua parti pembangkang, Pas dan Amanah masuk bertanding, sudah tentu undi menentang BN terpecah. Apatah lagi sepanjang tempoh kempen, kedua-dua parti dilihat lebih memberi tumpuan untuk menyerang sesama sendiri berbanding usaha melawan BN. Ini sudah pasti memberikan kelebihan kepada BN.
Selain itu, pemilihan calon yang tepat juga amat mempengaruhi keputusan. Di Sungai Besar,  Budiman Mohd Zohdi dikira cukup menepati kriteria winnable candidate. Pada PRU13, Budiman menang kerusi Dun Sungai Panjang dengan majoriti 2,183 undi. Ini jadi bekalan mantap baginya untuk menghadapi PRK kerana telah sedia mempunyai deposit sokongan yang kuat.
Wanita
Selain itu, Budiman juga dikenali sebagai wakil rakyat yang mengamalkan pendekatan strategik dalam memenangi hati pengundi berdasarkan latar belakangnya sebagai lulusan sarjana komunikasi dan juga bakal siswazah doktor falsafah dalam bidang sains politik.
Dalam pada itu, sejak dipilih menjadi wakil rakyat tiga tahun lalu, beliau telah meningkatkan usaha mendekati penduduk Cina yang tidak menyokongnya pada PRU13, Sejak itu, perhatian kaum Cina terhadapnya semakin meningkat dan itulah hasil yang diperolehinya pada PRK ini.
Di Kuala Kangsar, faktor calon tidak boleh diketepikan meskipun Datin Mastura Yazid hanya berkempen dari rumah disebabkan masih dalam tempoh iddah. Bagaimanapun, inilah yang dipercayai mendorong beliau mendapat banyak undi simpati terutama kematian suaminya, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad adalah berkait dengan tragedi.
Selain itu, Wan Mohammad Khair-il Anuar juga dikenali sebagai wakil rakyat yang  digemari. Selain sebagai ahli Parlimen, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Adun Bukit Chandan dan sepanjang tempoh itu, Mastura sering mengiringi suaminya dalam program turun padang. Justeru, Mastura bukanlah orang asing bagi penduduk Kuala Kangsar.
Di Kuala Kangsar, seramai 17,002 atau 51.6 peratus daripada jumlah keseluruhan 32,949 pengundi adalah wanita. Penduduk Kuala Kangsar juga sememangnya sudah lama menerima wanita sebagai pemimpin. Bekas menteri, Tan Sri Rafidah Aziz adalah ahli Parlimen kawasan itu selama tujuh penggal (1982-2008) sebelum digantikan Wan Mohammad Khair-il.

Di Antara Pemulangan Kerusi dan Pemulangan Semangat Setia Kawan

Oleh Khalid Samad
Antara pengajaran utama yang tidak dapat dinafikan dari pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah bahawa kerusi yang dimenangi mana-mana parti komponen PR pada pilihan raya 2013 telah dimenangi atas sebab sokongan rakyat terhadap PR.

Ianya TIDAK dimenangi atas sokongan terhadap parti tersebut semata-mata dan oleh itu, setelah dimenangi, semua pihak seharusnya bertindak berdasarkan semangat PR dan bukan atas semangat parti masing-masing. Ini merupakan satu perkara yang jelas dan nyata tetapi ada juga yang sengaja cuba buat tidak faham atau seolah tidak penting.

Dalam erti kata lainnya, PAS menang atas sebab sokongan terhadap PR sebagaimana juga DAP dan Keadilan. Oleh itu tiada ‘kerusi PAS’ atau ‘kerusi Keadilan’ atau ‘kerusi DAP’ tetapi sebaliknya semua adalah kerusi PR. Kebenaran kenyataan ini adalah disokong dengan fakta bahawa walaupun semua bertanding dengan logo parti masing-masing tetapi Manifesto PR digunapakai oleh setiap calon samada dari PAS, Keadilan mahu pun DAP. Hanya yang berkepentingan dan mempunyai agenda tersembunyi sahaja yang akan cuba menafikan kebenaran kenyataan ini.

Saya ingin menegaskan perkara ini kerana ada yang masih beranggapan bahawa kerusi Parlimen Shah Alam adalah ‘kerusi PAS’. Pada hari mengundi pilihan raya kecil di Sungai Besar saya telah bertemu seorang petugas PAS. Selepas saling mengucap salaam beliau terus bertanya “Bila YB nak pulangkan kerusi PAS?” Saya pun tersenyum sambil menjawab, “mana ada kerusi PAS?”.

Jika berdasarkan kekuatan PAS semata-mata, sudah hampir pasti tiada pihak yang akan memenangi kerusi Parlimen Shah Alam, kecuali BN. Keputusan di Sungai Besar jelas sebagai bukti terhadap kebenaran dakwaan ini. Pada pilihan raya kecil ini, jumlah undi yang diperolehi PAS adalah hanya 6,902 undi, kurang dari apa yang diperolehi PAS pada 2004 iaitu sebanyak 7,988 undi! Ini bererti prestasi baik PAS di Sungai Besar pada 2013 apabila PAS kalah dengan hanya 399 undi berbanding BN adalah di atas dasar PAS telah bersama PR.

Dominasi UMNO bantutkan perjuangan hak tanah adat kaum Dayak


SIMANGGANG, 28 JUN: Kedudukan dan hak yang diperjuangkan kaum Dayak selama berpuluh tahun, terutama berkaitan isu tanah adat (NCR) dilihat tidak mungkin dapat diperkasa ekoran dominasi besar parti Melayu UMNO dalam Barisan Nasional.
Naib Pengerusi DAP Sarawak, Leon Jimat Donald berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing yang mendakwa hak kaum Dayak hanya dapat diperjuangkan “di dalam sistem” dan bukannya di pihak pembangkang.
leon rumah panjangMenurut Leon, James sebagai seorang Ahli Parlimen BN yang pernah menjawat jawatan Menteri Pembangunan Tanah Sarawak sendiri telah gagal memperjuangkan isu NCR kerana banyak kes baru dan lama berkaitan isu berkenaan sehingga kini masih belum diselesaikan.
“Justeru, saya berharap supaya parti-parti di negeri ini sedar bahawa sebenarnya BN tidak mampu mengubati isu-isu kaum Dayak dari dalam sistem (BN),” katanya kepada Roketkini.com.
Leon berkata, situasi pembangkang di Sarawak ketika James Masing menjadi pembangkang mewakili Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) tidak sama dengan situasi kini, di mana Pakatan Harapan sebagai gabungan pembangkang dilihat lebih ampuh menyuarakan hak kaum Dayak.
“Ketika itu semua kawasan yang diwakili kepimpinan PBDS tidak diberi bantuan yang sempurna oleh kerajaan BN Sarawak, dan keadaan itu sedikit sebanyak telah mempengaruhi minda masyarakat, sekaligus mengakibatkan mereka merasa takut,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Leon yang juga Pengerusi DAP Sri Aman turut melahirkan rasa kesal dengan sikap Barisan Nasional yang meminggirkan kaum Dayak selepas Presiden BN, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rombakan kabinet semalam.

‘Sayakah si ‘kafir harbi’ yang layak dibunuh itu?’ soal Kit Siang


lks_sayakahkafirharbi_
KUALA LUMPUR, 28 JUN: Mufti Pahang Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman diminta jujur dan berterus-terang untuk menyatakan siapakah sebenarnya ‘kafir harbi’ yang dimaksudkan.
Permintaan ini dibuat Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataan apabila mufti berkenaan berkeras tidak mahu menarik semula kenyataan bahaya itu atau meminta maaf kerana melabel DAP sebagai ‘kafir harbi’.
Kata Kit Siang, label ‘kafir harbi’ itu amat bahaya dan berbaur hasutan serta boleh menjejaskan keamanan, keselamatan dan keharmonian negara yang memayungi masyarakat pelbagai lapisan kaum dan agama.
“Saya masih menunggu respon Abdul Rahman terhadap kenyataan saya semalam di Gelang Patah. Saya minta beliau berlaku jujur dan berani untuk menyatakan secara spesifik adakah saya orangnya si ‘kafir harbi’ yang layak dibunuh itu?” soal Kit Siang dalam satu kenyataan.
Dalam masa yang sama, Kit Siang juga menuntut penjelasan mufti berkenaan adakah label ‘kafir harbi’ dibuat kerana DAP lantang memperjuangkan nasib rakyat tertindas dan jika demikian, bila pula masanya beliau menjadi ‘kafir harbi’.
“Adakah kerana saya bangun bersuara di Parlimen pada tahun 1978 menentang UMNO-Barisan Nasional mengisytiharkan darurat untuk merampas Kelantan dari PAS?
“Atau adakah kerana saya mengkritik cara kerajaan menangani tragedi Memali pada tahun 1985 yang telah mengorbankan 18 nyawa dan mendesak supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat tragedi hitam itu?” tanya beliau.
Ujarnya, adakah label itu dilontarkan kerana Lim Guan Eng mempertahankan maruah seorang gadis Melayu di Melaka sehingga dimasukkan ke penjara akibat dan hilang kelayakannya sebagai Ahli Parlimen Kota Melaka, malah hilang kelayakan pencen dan hak mengundi selama lima tahun?

FGV suramkan sambutan Aidilfitri warga Felda


Kebun kelapa sawit milik peneroka Felda.Kebun kelapa sawit milik peneroka Felda.
Warga Felda khususnya para peneroka menyambut kedatangan Aidilfitri dalam suasana suram memandangkan pulangan yang diperolehi daripada dividen Felda Global Ventures (FGV) merosot saban tahun.
Mazlan AlimanMazlan AlimanPresiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, pada 2014, dividen FGV yang diberikan kepada setiap peneroka adalah RM647 disamping RM300 duit raya.
Jumlah itu berkurang pada 2015 apabila setiap peneroka menerima RM600 dividen FGV dengan RM300 duit raya.
Bagaimanapun tambah beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu majlis di Felda Chini Timur 3, 22 Jun lalu hanya mengumumkan RM500 duit raya untuk setiap peneroka tanpa menyebut tentang dividen FGV.
"Adakah ini bermaksud tiada dividen FGV, yang berkait dengan prestasi buruk FGV (kerugian) seperti yang dilaporkan sebelum ini?" soal Mazlan.
Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa Amanah Nasional turut mengulas pembayaran dividen Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang hanya di sekitar 10% tahun ini berbanding 13% hingga 15% untuk tahun-tahun sebelumnya.
"Itupun terpaksa ditampung dari rizab KPF bukan atas unjuran sebenar keuntungan. Tanpa rizab KPF, difahamkan dividen yang sepatutnya dibayar sekitar tiga hingga empat peratus sahaja.
"Jika rizab KPF diguna berterusan, ia akan habis dalam masa beberapa tahun lagi.
"Kemasyhuran KPF yang mampu memberi dividen kepada pencarum antara 13-15% hanya tinggal kenangan setelah 51% ekuiti KPF dalam Felda Holding diambil alih FGV," ujarnya.
Mazlan juga menambah, kewangan Felda dan FGV yang tidak stabil mengakibatkan bayaran hasil peneroka dibayar lewat setiap bulan manakala nasib yang sama turut dialami kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja di ladang Felda.
Dalam perkembangan berkaitan, Anak turut membantah dan mempersoalkan tindakan kerajaan yang menafikan hak sejumlah 13,589 daripada 112,635 peneroka Felda daripada mendapat duit raya.
Menurut Mazlan, alasan bahawa para peneroka terbabit mengendalikan kebun secara persendirian (tidak melalui Felda) dan mengambil tindakan undang-undang terhadap Felda adalah suatu diskriminasi terhadap peneroka yang gigih dan berdikari bagi mendapatkan pulangan pendapatan yang lebih baik.

Rombakan di JPM, Azalina ambil alih portfolio undang-undang?

Spekulasi bertiup kencang bahawa rombakan seterusnya ke atas menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri akan menyaksikan Datuk Seri Azalina Othman Said mengambil alih portfolio undang-undang daripada Nancy Shukri.
Sumber yang rapat dengan perkara itu mengesahkan bahawa desas desus mengenainya memang menjadi perbualan.
Walau bagaimanapun, Azalina sendiri berkata beliau dalam gelap berhubung spekulasi itu.
"Saya tidak tahu apa yang akan berlaku dalam tempoh 10 minit akan datang dalam hidup saya, jadi bagaimana saya mahu tahu tentang perkara ini?
"Apa pun, ia adalah hak perdana menteri untuk membuat sebarang rombakan," kata Ahli Parlimen Pengerang itu kepada Malaysiakini.
Malaysiakini juga sedang cuba mendapatkan maklum balas daripada Nancy, yang jawatannya dikatakan akan diubah dalam rombakan tidak lama lagi itu.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merombak kabinetnya untuk kali ketiga dan berkata perubahan dalam portfolio bagi menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri akan menyusul tidak lama lagi.
Mengikuti rombakan semalam, sembilan menteri di Jabatan Perdana Menteri, termasuk Azalina dan Nancy.
Menteri lain adalah Datuk Abdul Rahman Dahlan, Datuk Wee Ka Siong, Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Paul Low, Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Tan Sri Joseph Kurup, dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Azalina adalah seorang peguam, dan dalam kapasitinya sebagai menteri bertanggungjawap menjaga Parlimen. Beliau sering-kali menggunakan hujah-hujah undang-undang ketika menjalankan tugasnya.
Ini termasuk menggunakan pembelaan subjudis apabila menolak soalan pembangkang mengenai 1MDB dan dana RM2.6 bilion yang berada di akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Azalina menjadi menteri buat kali ketiga semasa rombakan kabinet kedua Najib tahun lalu.
Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai menteri pelancongan dari 2008 hingga 2009, dan sebagai menteri belia dan sukan pada 2004-2008 semasa Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sementara itu, kedua-dua penganalisis dari Sarawak, Jeniri Amir dan Awang Azman Awang Pawi, berkata terdapat kemungkinan bahawa bagi Najib melantik seorang anak Sarawak sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Kos belajar universiti Malaysia 14% lebih mahal, kajian HSBC

Lebih daripada 50 peratus ibu bapa di Malaysia sanggup menanggung hutang untuk membiayai pendidikan anak-anak mereka, selain 80 peratus daripada mereka membiayai pendidikan anak-anak mereka daripada pendapatan harian, demikian menurut satu kajian oleh HSBC.
Ketua Perbankan Runcit dan Pengurusan Kekayaan Negara HSBC Bank Malaysia Bhd, Lim Eng Seong berkata, 92 peratus ibu bapa tempatan membiayai pendidikan anak-anak mereka dan bersedia berkorban dan menanggung risiko jaminan kewangan berbanding 60 peratus di peringkat global.
"Ramai ibu bapa berpendapat, membiayai pendidikan anak-anak lebih penting daripada komitmen kewangan lain seperti pembayaran balik kad kredit, insurans dan simpanan persaraan," katanya selepas mengeluarkan 'Asas-Asas Untuk Masa Depan', laporan terbaru dalam beberapa siri 'Nilai Pendidikan' terbitan HSBC.
Ditanya mengenai peruntukan untuk pendidikan, Lim berkata, peratusan peruntukan yang perlu disediakan adalah antara 10 dan 15 peratus daripada gaji.
"Sebagai contoh, jika berpendapatan RM5,000 sebulan, ibu bapa perlu mengetepikan 10 atau 15 peratus hanya untuk pendidikan, selain perbelanjaan lain seperti petrol dan cukai pendapatan," tambahnya.
Kajian itu mendapati ibu bapa Malaysia membelanjakan kira-kira 14 peratus lebih tinggi atau US$8,720 setiap tahun untuk pendidikan universiti berbanding purata global US$7,631.
Lim juga berkata, adalah penting ibu bapa memulakan perancangan kewangan lebih awal dan berunding dengan bank berikutan keadaan global tidak menentu.
"Contohnya, pound sterling telah menyusut kepada paras 5.4 bagi setiap ringgit berbanding 6.5 dua minggu lepas, oleh itu ibu bapa perlu mula menemui perancang kewangan kerana mereka bukan hanya membayar yuran pengajian, tetapi juga makanan, buku, perjalanan tempatan, pengangkutan serta pelbagai peranti teknologi," katanya.
Kajian itu dijalankan di 15 negara, termasuk Malaysia dengan pembabitan 6,200 ibu bapa.

'PAS tak keberatan bantu BN rampas Selangor jika terus sendirian'

Parti Amanah Negara (AMANAH) mendakwa matlamat PAS pada pilihan raya umum akan datang adalah memastikan DAP dan Pakatan Harapan tidak boleh membentuk kerajaan negeri Selangor.
Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad berkata, PAS akan dengan sengaja membantu BN untuk merampas kembali Selangor jika ia tetap berkeras untuk terus bersendirian pada pilihan raya umum akan datang dan tidak mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan.
Beliau berkata berdasarkan pilihan raya kecil berkembar di Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah jelas bahawa sekiranya PAS dan Pakatan Harapan bertanding dalam pertandingan tiga penjuru, ia hanya menguntungkan BN.
“PAS tidak begitu kisah samada BN jatuh atau tidak. Yang penting bagi PAS sekarang adalah DAP dan Pakatan Harapan tidak boleh membentuk kerajaan.
“Kalau PAS inginkan kemenangan sekalipun, ia bukan untuk menjatuhkan BN. Kalau menang sekalipun tidak semestinya PAS akan bersama Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan.
“Mungkin sekiranya terpaksa, PAS juga tidak keberatan untuk membentuk kerajaan dengan BN,” katanya dalam satu kenyataan media.
Melihat kepada kemenangan BN pada pilihan raya kecil berkembar itu, Khalid berkata, PAS sepatutnya berunding dan bekerjasama dengan Pakatan Harapan sekiranya mereka menganggap BN sebagai sebuah parti lawan dan ingin menjatuhkan parti berkenaan.
"PAS mengambil keputusan untuk bersendirian dan oleh itu amat jelas PAS yang berpecah dari Pakatan Rakyat asalnya dan Pakatan Harapan ketika ini.
"Walau apa pun hujah dan alasan, hakikatnya apabila PAS bersendirian dan Pakatan Harapan terdiri dari tiga (parti), PAS yang berpecah dan berasingan.

Denda atau tidak, Tony Fernandez tetap guna ‘LCCT2′

Menamakan semula klia2 kepada LCCT2 boleh mengangkat kedudukannya sebagai gerbang kos rendah, kata bos AirAsia.
fernandez
KUALA LUMPUR: AirAsia akan tetap menukar nama “klia2″ kepada “LCCT2″ walaupun tidak berhak berbuat demikian kerana ia sebahagian daripada strategi pemasaran syarikat penerbangan kos rendah itu.
Bercakap kepada pemberita di acara Pitch@Palace di Hotel Mandarin Oriental hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia berkata satu pertemuan dengan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai membincangkan perkara itu akan diadakan esok.
“Saya sedang mengusahakan satu kempen pemasaran dan pihak menteri tahu berkenaannya. Tidak salah apa pun,” kata Tan Sri Tony Fernandes.
AirAsia menerjah ke muka hadapan media susulan laporan mendakwa syarikat itu mencetak tiket penerbangan menggunakan nama LCCT2 menggantikan nama lapangan terbang klia2.
Ketika ditanya sama ada beliau tidak bimbang sekiranya didenda kerana melawan kehendak kerajaan, Fernandes membidas penggunaan kuasa menghukum kumpulan peniaga.
“Saya bebas untuk bersuara. Saya boleh membuat pemasaran seperti yang saya mahukan. Mengapa kami dibuli? Kami hanya mahu berniaga, menghasilkan pekerjaan, menarik pelancong.
“Penalti, denda, itu semua lapuk.
“Bukankah kami (AirAsia dan Malaysia Airports Holdings Berhad) terlibat dalam bidang yang sama? Bukankah ini baik untuk Malaysia?
“Sekiranya mana-mana orang boleh beritahu langkah ini tidak baik untuk negara, saya akan hentikan,” kata Fernandes, dan menambah: “Marilah kita bekerjasama membina sesuatu dalam musim ekonomi kala ini.”
Beliau kemudian mendakwa KLIA dan klia2 beroperasi sebagai dua lapangan terbang berbeza kerana tiada penyepaduan antaranya.
Perkara ini boleh dilihat daripada ketiadaan pengangkutan membantu pengguna bergerak daripada satu hub ke hub yang lain.

DAP Perak sifatkan Ahmad Husni berani, Pemuda Amanah tawar sertai parti


Nga Kor MingNga Kor Ming
Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming hari ini memuji tindakan menteri kewangan II Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang meletak semua jawatan dalam BN dan menyifatkannya sebagai satu tindakan berani bagi membela intergriti.
Pengerusinya Nga Kor Ming berkata, perletakan jawatan Ahmad Husni sebagai Menteri Kewangan II, Bendahari Umno, Bendahari BN, Timbalan Pengerusi BN Perak serta Ketua Bahagian Umno Tambun menunjukkan beliau seorang pemimpin berprinsip.
"Perletakan jawatan Dato' Seri Ahmad Husni menunjukkan bahawa kedudukan kewangan negara kini semakin kritikal dan tidak boleh dipandang remeh oleh rakyat jelata.
"Hutang negara termasuk hutang yang dijamin oleh kerajaan kini mencecah paras RM810 bilion, ini menjadikan setiap rakyat menanggung hutang RM27,000 setiap orang dan keadaan ini bertambah teruk dengan skandal raksasa kewangan 1MDB yang berhutang sebanyak RM55 bilion," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Taiping.
Menurut Nga, hutang negara yang kini berjumlah RM810 bilion telah melepasi paras kritikal 55% dari KDNK dan mencapai 57.4% dari KDNK yang sekaligus menggugat kestabilan sistem kewangan negara.
Beliau menambah, negara jiran Indonesia dan Thailand mempunyai hutang negara  27.1% dan 35.1% KDNK yang jauh lebih selamat dari Malaysia.
Malah tambah Nga, Malaysia kini mencatat hutang domestik paling tinggi di seluruh benua Asia pada kadar 89.1% dari jumlah KDNK.
"DAP mengucapkan selamat maju jaya kepada Dato' Seri Ahmad Husni yang kini bebas dari belenggu krisis skandal kewangan negara sebagai individu tetapi Malaysia masih lagi berada dalam keadaan yang bahaya tanpa reformasi institusi secara menyeluruh.

Noh dilantik kembali, kerajaan Selangor perlu hati-hati


SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor perlu mula berhati-hati dan mengatur strategi untuk memenangai hati pengundi menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Penganalisis politik, Dr Muhammad Shamshinor Abdul Azzis berkata, kerajaan negeri bakal berdepan saingan sukar apabila BN melantik Tan Sri Noh Omar sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT).
Noh Omar “Tindakan memasukkan Noh omar  kembali ke dalam kabinet menampakkan usaha untuk memperkasakan BN Selangor.
“Ini menunjukkan kerajaan Persekutuan serius merancang strategi untuk mendapatkan kembali Selangor,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
Sehubungan itu, kerajaan Selangor perlu memperkasakan usaha untuk mengekalkan undi majoriti di negeri itu.
“Pastikan pelaksanaan dasar dilakukan sepenuhnya sebelum menjelangnya PRU. Pakatan perlu jaga pengundi dengan baik,” katanya lagi.
Noh Omar yang dahulunya merupakan bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bakal kembali semula ke kabinet selepas ini setelah beliau dilantik menjadi Menteri KPKT menerusi pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.
Selain daripada itu, rombakan kabinet berkenaan turut menyaksikan Ahli Parlimen Titwangsa, Datuk Johari Abd Ghani dilantik menjadi Menteri Kewangan II bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang memohon untuk menamatkan perkhidmatannya di kementerian berkenaan.

Tinjauan: 65% puas hati dengan pentadbiran Azmin

Tinjauan terbaru mendapati 65 peratus rakyat Selangor berpuas hati dengan pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.
Berdasarkan kajian Merdeka Center, seramai 51 peratus berpuas hati manakala 14 peratus lagi sangat berpuas hati.
Hanya 21 peratus tidak berpuas hati dan selebihnya tidak pasti (13 peratus) dan enggan menjawab (1 peratus).
Daripada pelbagai latar belakang, termasuk bangsa, jantina, kawasan perbandaran, kawasan berinternet, had umur, pendapatan isi rumah, pekerjaan dan tahap pendidikan, Azmin rata-rata berada di tahap 60 peratus.
Tinjauan melalui telefon dibuat antara 28 Mei hingga 5 Jun lalu.
Ia melibatkan 1,011 responden daripada pelbagai kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Selangor.
Sementara itu, merujuk kepada prestasi kerajaan negeri, seramai 73 peratus berpuas hati, manakala 23 peratus pula sebaliknya.

Bung harap Umno Semporna tak ‘jangkiti’ Pagoh dan Kedah

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Bung Moktar Radin berharap tidak akan ada tindakan keluar parti secara besar-besaran oleh ahli dan pemimpin Umno di Pagoh atau di Kedah kerana membantah pemecatan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada parti.
Beliau berkata demikian kepada portal Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) susulan tindakan ratusan ahli Umno di Semporna yang meninggalkan parti itu kerana membantah penggantungan Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dari Umno.
“Saya terkilan sedikit di mana perkara sebegini berlaku di Semporna iaitu di Sabah kerana seramai 200 cawangan Umno keluar dari parti bersama dengan Naib Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri sekali.
“Ini dilihat sebagai tanda protes terhadap kepimpinan parti.
“Kita perlu perkukuhkan barisan kita. Pemimpin datang dan pergi namun perjuangan parti kena diteruskan.
“Saya percaya Shafie Apdal mampu melakukan yang terbaik. Sudah menjadi lumrah politik, hari ini berkawan esok menjadi lawan,” katanya.
Antara mereka yang mengumumkan keluar parti semalam termasuk Naib Ketua Umno Semporna dan ADUN Sulabayan Datuk Dr Jaujan Sambakong.
Jaujan mendakwa ramai ketua cawangan juga meletak jawatan selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno.
Turut mengambil tindakan sama ialah tiga ketua sayap iaitu Ketua Pemuda Mohd Aziz Jamman, Ketua Wanita Manis Muka Dara dan Ketua Puteri Zakiah Kalipunya dan 200 ketua cawangan bahagian itu.
Walau bagaimanapun, ADUN Bugaya, Ramlee Marahaban mendakwa Umno bahagian Semporna masih tidak tergugat dan ramai yang hadir semalam kerana tidak sedar ia adalah majlis bagi mengisytiharkan mereka keluar parti.
Beliau berkata, sebahagian besar hadir untuk acara berbuka puasa.
Zakiah Kalipunya pula dalam satu kenyataan hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau turut mengambil tindakan keluar parti sebaliknya memilih untuk setia dalam Umno dan meneruskan wadah perjuangan sehingga tamat tempoh penggal.

Bila dah kuat JILAT, sanggup tak balik kampung jumpa ibubapa gara-gara GST !!!


Inilah lah padahnya..

Sejarah Tak Pernah Menipu..


FAKTA !!!

Bila UMNO & BN dlm keadaan tertekan & genting, maka bermulalah pemimpin Umno & kuncu2 pemakan dedak memainkan isu2 perkauman dan menyalahkan bangsa lain utk meraih simpati sokongan Melayu..

Wanita Bersalin Dua Kali Dalam Waktu Dua Bulan

Penang to 'wait & see' on new ministers appmnt - Guan Eng

K’jaan rancang hanya doktor wanita sambut kelahiran bayi

Jangan biar anak naik eskalator sendiri - JKKP

UMNO@BN mahu tawan Selangor?

Abu Sayyaf bahagi wang tebusan dengan penduduk kampung

Jesus Dureza berkata, tidak kira ke mana, Abu Sayyaf tetap mendapat sokongan dan perlindungan penduduk setempat kerana mereka mendapat habuan daripada wang tebusan diperolehi kumpulan pengganas itu.
Jesus Dureza
PETALING JAYA: Kumpulan pengganas Abu Sayyaf mampu bertapak di selatan Filipina kerana mereka mempunyai sokongan penduduk setempat yang turut mendapat habuan daripada wang tebusan dibayar keluarga mangsa culik.
Penasihat keamanan bakal Presiden Filipina, Jesus Dureza berkata, seorang tebusan wanita warga Filipina, Marites Flor yang dibebaskan kumpulan pengganas itu memberitahu, Abu Sayyaf akan membahagikan wang tebusan kepada penduduk kampung berhampiran kubu mereka.
Tambahan, ramai penduduk yang mempunyai saudara-mara menganggotai Abu Sayyaf dan sebaik sahaja tentera kerajaan mengadakan operasi ketenteraan, mereka akan memaklumkan kumpulan pengganas itu.
“Jadi, tidak kira ke mana, Abu Sayyaf tetap mendapat sokongan dan perlindungan penduduk setempat,” katanya dalam satu wawancara bersama stesen televisyen ANC yang dipetik Sin Chew Daily hari ini.
Beliau bagaimanapun percaya, Rodrigo Duterte yang bakal mengambil alih tampuk pemerintah Filipina pada Khamis ini mampu menyelesaikan masalah Abu Sayyaf berdasarkan kesungguhan politiknya yang kuat.

Umno Tambun mahu Husni perjelas kenapa letak semua jawatan

Umno Bahagian Tambun menghormati keputusan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah meletak semua jawatannya dalam parti dan Barisan Nasional (BN) termasuk sebagai Ketua Umno Bahagian Tambun dan Bendahari Agung BN.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Tambun Datuk Aminuddin Md Hanafiah berkata bagaimanapun, bahagian itu berharap Ahmad Husni, yang turut melepaskan jawatannya sebagai Menteri Kewangan Kedua, dapat tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu.
Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung peletakan jawatan Ahmad Husni sebaliknya memberi beliau masa untuk menjelaskannya.
"Saya perlu bertemu sendiri dengan Datuk Seri (Ahmad Husni) kerana setakat ini, apa yang saya peroleh sama seperti yang Datuk Shamsul Zairil Kamaruddin maklumkan.
"Apa juga keputusan beliau, kita hormati tapi dalam masa sama, berharap dia akan terus bersama kita," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Umno Bahagian Tambun, malam tadi.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan rombakan Kabinet memaklumkan peletakan jawatan Ahmad Husni sebagai Menteri Kewangan Kedua atas sebab peribadi.
Menerusi Shamsul Zairil yang juga setiausaha politiknya, Ahmad Husni turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Bendahari Umno dan Bendahari Agung BN, Timbalan Pengerusi Umno Perak, Timbalan Pengerusi BN Perak, Ketua Umno Bahagian Tambun dan Pengerusi BN Parlimen Tambun.
Sementara itu, Ketua Wanita Umno Perak Datuk Rusnah Kassim pula terkejut dengan tindakan Ahmad Husni meletakkan jawatannya sebagai Menteri Kewangan Kedua dan semua jawatannya dalam parti.
Rusnah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri menganggap tanpa adanya Ahmad Husni, ia suatu kehilangan besar buat parti.
"Keputusan Ahmad Husni (meletakkan jawatan) adalah sesuatu yang memeranjatkan memandangkan beliau pemimpin yang kuat bekerja dan tidak pernah kenal erti penat. Secara peribadinya, saya berpendapat ia suatu kehilangan besar.

Portal pro-Najib saran Muhyiddin, Mukhriz sertai AMANAH

Selepas dipecat Umno bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan bahawa beliau mungkin menubuhkan sebuah “wadah politik baru” - sama ada ia sebuah parti atau tidak, perkara itu masih belum jelas.
Pemerhati politik masih tertunggu-tunggu hala tuju bekas timbalan presiden Umno dan tidak kurang juga membuat spekulasi bahawa Muhyiddin akan menyertai parti pembangkang.
Bagi portal pro Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Mykmu.net, satu-satunya parti yang mungkin menadah kedua-dua tangan kepada Muhyiddin dan Mukhriz hanyalah Parti Amanah Negara.
“Khabarnya Mahathir dan AMANAH begitu akrab sekali pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar tempohari. Mahathir bagaikan ‘mursyidul am AMANAH’ layaknya!
“Mahathir di usia tuanya sanggup naik pentas berkempen untuk parti Mat Sabu itu. Sayanganya Mahathir pada AMANAH hingga sanggup ‘membunuh’ Umno dan BN.
“Padahal, Umno dan dan BN itulah yang menjulang dirinya menjadi perdana menteri selama 22 tahun,” katanya.
Tikam belakang presiden
Menurut penulis artikel yang hanya dikenali sebagai Cenderawasih, Muhyiddin dan Mukhriz tidak perlu malu kerana AMANAH layak disertai oleh golongan ‘tikam belakang presiden’.
Ia jelas merujuk kepada tindakan bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu dan beberapa pemimpin parti itu yang menentang kepimpinan presidennya, Datuk Seri Hadi Awang yang tewas pada pemilihan parti itu.
Mereka akhirnya menubuhkan AMANAH dan lantang membidas Hadi serta bertanding melawan calon PAS pada pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 7 Jun lalu.
Bagaimanapun menurut portal pro Najib itu, sekiranya Muhyiddin dan Mukhriz hendakkan jawatan tinggi dalam AMANAH mereka boleh berbincang dengan Mat Sabu.
“Sahabat baik punya pasal, mungkin Mat Sabu boleh serah jawatan presiden pada Muhyiddin dan timbalan presiden pada Mukhriz, siapa tahu bukan? Cubalah bincang dengan AMANAH.
“Mungkin dengan cara itu maka Muhyiddin dan Mukhriz boleh jadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri ‘segera’….,” sindirnya.
Bagi Mykmu, tidak banyak pilihan buat Mukhriz dan Muhyiddin untuk menyertai parti yang dianggotai oleh majoriti bangsa Melayu kerana mereka tidak akan memilih sama ada PAS mahupun PKR.
“Bukankah PAS memang tidak ‘sebulu’ dengan Mahathir? Sejak dari dulu, Mahathirlah manusia yang paling keras dalam Umno yang menentang perlaksanaan hudud.
“Bukan saja tidak dibantu, malah bapa Mukhriz itu menolak mentah-mentah draf hudud yang dikemukakan PAS,” katanya.
Tunduk kepada Anwar

Kabinet Najib bersifat sementara, usaha tutup masalah Umno

Penstrukturan semula menteri kabinet diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak lebih kepada usaha menutup kelompongan krisis dalaman Barisan Naisonal (BN) khususnya Umno.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menjangkakan, barisan kabinet baru ini tidak bertahan lama ekoran penarikan diri beberapa menteri termasuk Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang menjadi menteri kewangan kedua sebelum ini.
“Sebenarnya (BN) banyak masalah. Penstrukturan semula ini lebih kepada cubaan menutup masalah yang ada. Ini bukan kabinet bertahan lama.
“Sungguhpun Najib ‘cakap besar’ apabila menang dalam dua pilihan raya tetapi sebenarya beliau mempunyai kelemahan dari sudut dalaman,” katanya kepada SelangorKini.
Katanya, beberapa menteri dalam kerajaan lebih selesa mendiamkan diri berbanding memberikan kenyataan bagi mengelakkan masalah dalaman berlarutan lebih parah.
Pengumuman Najib semalam menyaksikan Tan Sri Noh Omar menyertai semula kabinet sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Beliau menggantikan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bertanggungjawab terhadap Unit Perancang Ekonomi.

Anak Iban mati berjuang - Khas untuk Bill Kayong

Hasanudin di kubur Bill Kayong yang mati ditembak.Hasanudin di kubur Bill Kayong yang mati ditembak.
(Untuk Bill Anak Kayong @  Almarhum Mohd Hasbi)

Sebaik mendengar anak Iban itu mati dibunuh
Hatiku jadi gemuruh
Apakah undang-undang telah runtuh
Urusan negara semakin keruh

Ribuan batu aku melangkah
Membelah awan di bulan barakah
Tertangguh sedikit urusan tilawah
Demi untuk mengurus jenazah

Usah ditanya kenalkah aku padanya
Pejuang yang menggadai nyawa dan usia
Membantu urus hak manusia
Satu amal mulia yang tidak sia-sia

Ukuran bukan pada agama
Yang utama dia manusia berguna
Terkejut aku muslim rupanya
Semoga engkau di Taman Syurga

Semoga pembunuh terbuka rahsia
Siapa dalang di sebalik rencana
PDRM dan Peguam Negara
Dapat urus dakwa dan bicara

Tapi tuan jangan lupa
Pemergiannya menjadi baja
Buat satu kebangkitan dunia
Tanah adat dan Bumiputera

Mufti Pahang tidak kebal undang-undang, kata peguam

Mufti pun boleh dipertanggungjawabkan atas kenyataannya jika ia menyalahi Seksyen 505 Kanun Keseksaan, kata peguam.
Syahredzan-Johan,-Abdul-Rahman-Osman
PETALING JAYA: Status Datuk Seri Abdul Rahman Osman sebagai mufti Pahang tidak memberikan beliau kekebalan daripada undang-undang atau kuasa penuh untuk membuat kenyataan mengenai kafir harbi, kata peguam Syahredzan Johan.
“Jika ia kesalahan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan, beliau sudah tentu boleh didakwa. Mufti tidak ada kekebalan undang-undang seperti itu,” kata Syahredzan di akaun Twitter sebagai respons kepada laporan keengganan Rahman menarik balik kenyataannya itu.
Mufti Pahang itu melabelkan “kafir harbi” kepada DAP kerana bercakap menentang rang undang-undang persendirian PAS untuk menaik taraf status mahkamah syariah.
Beliau kemudian mempertahankan dirinya dan berkata sebarang fatwa yang dikeluarkan mufti secara individu atau menerusi jawatankuasa fatwa tidak boleh dicabar di mahkamah mengikut Seksyen 40 Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam (Pahang) 1991.
Seksyen 40 menyatakan ‘mana-mana undang-undang bertulis yang bertentangan, mufti tidak boleh dipanggil ke mana-mana mahkamah sivil atau syariah untuk memberi pendapat atau bukti berkaitan undang-undang Islam’.
Syahredzan tidak bersetuju, berkata Seksyen 40 hanya menjadikan mufti dikecualikan daripada dipanggil ke mahkamah untuk memberi pendapat atau bukti, bukan tidak boleh didakwa mengikut undang-undang.

Gabenor Jakarta haramkan ‘hadiah’ raya untuk penjawat awam

Gabenor Jakarta meminta penjawat awam memulangkan hadiah yang diterima mereka.
Ahok-Berkoar-hadiah
Penjawat awam di Jakarta dilarang menerima sebarang hadiah menjelang sambutan Aidilfitri akan datang kerana ia merupakan satu bentuk rasuah.
Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali dengan panggilan Ahok, dipetik wartakotalive.com sebagai berkata, pasukan khas akan memantau penjawat awam menerima hadiah atau ganjaran.
“Saya menggesa semua penjawat awam menolak pemberian semua hadiah. Jika anda sudah terima, tolong pulangkan,” katanya baru-baru ini.
Satu pekeliling dikeluarkan Suruhanjaya Pembasmian Rasuah (KPK) melarang semua penjawat awam di Indonesia menerima sebarang bentuk hadiah, termasuk daripada sektor swasta, ketika menyambut Aidilfitri.
Agensi kerajaan juga diarah melaporkan mana-mana kakitangannya yang menerima hadiah kepada KPK dalam tempoh 30 hari.

INI BARU SOLIDARITI, MEMBUNUH PUN ADA RUANG MEMBELA DIRI!!

Berbanding Pagoh yang hanya riak-riak kecil dan Jerlun dan senyap sunyi,  reaksi UMNO Bahagian Semporna terhadap penggantungan Shafie Apdal lebih memberi erti tentang solidariti.

Di Pagoh, walaupun UMNO Bahagian itu menolak keputusan MT memecat Muhyiddin Yassin, hanya tiga pemimpin dalam bahagian itu yang meletakkan jawatan sebagai tanda bantahan.

Di Jerlun yang diketuai oleh Mukhriz Mahathir, langsung tidak kedengaran apa-apa bantahan meskipun disedari proses yang diambil dalam mengadili bekas Menteri Besar Kedah itu jauh daripada keadilan yang sewajarnya.
Sebagaimana yang dilaporkan, sebagai bantahan terhadap tindakan MT UMNO menggantung Shafie yang juga Ketua UMNO Bahagian Semporna, Naib Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Puteri, 19 AJK Bahagian dan 300 Ketua Cawangan mengumumkan keluar parti.

Mereka bertindak demikian kerana merasakan Shafie tidak diberi layanan yang adil dan sewajarnya sebelum dijatuhkan hukuman.

Dengan tindakan itu, UMNO Bahagian Semporna sudah lumpuh dan tidak berfungsi lagi.

Ini baru solidariti dan setiakawan...dan jika lebih ramai yang sedia mengambil tindakan serupa, gugatan terhadap Najib pasti akan lebih berkesan lagi.

HUSNI BERSARA KERANA TIDAK SETUJU DITUKARKAN, BUKANNYA SUKARELA

Berita yang paling tidak disangka-sangka dalam rombakan kabinet yang diumumkan Najib Razak kali ini, selain perlantikan semula Noh Omar sebagai menteri ialah berkaitan pengunduran Husni Hanadzlah daripada jawatannya sebagai Menteri Kewangan Kedua.

(menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Shamsul Zairil Kamaruddin, bekas Setiausaha Politik Husni beberapa jam kemudiannya, Husni juga mengumumkan perletakan jawatan sebagai Bendahari UMNO Malaysia, Bendahari BN Malaysia, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Ketua UMNO Bahagian Tambun dan Pengerusi  BN Tambun)

Tanpa ribut dan tanpa sebarang khabar angin sebelumnya, tiba-tiba saja diberitakan beliau memilih untuk bersara daripada jawatannya.

Najib dalam pengumuman rombakan itu memberitahu, Husni telah memilih untuk bersara dan beliau menghormati keputusan tersebut.
Tempat Husni kini digantikan oleh Johari Abdul Ghani, Ahli Parlimen Titiwangsa yang sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Kewangan.

Benarkah Husni memilih untuk bersara secara sukarela?

Kenapa beliau bersara sekarang dan tidak berundur saja pada pilihanraya umum akan datang yang hanya kira-kira dua tahun lagi tempohnya?

Adakah beliau tidak sihat atau ingin berehat?

APA NASIB TUN MAHATHIR SETERUSNYA?

Tun Mahathir Mohamad, musuh utama Najib Razak kini satu demi satu sedang ditarik kemudahan dan keistimewaannya hanya kerana bersikap kritikal terhadap Perdana Menteri.

Bermula dengan kedudukannya sebagai Penasihat Petronas dilucutkan,  desakan berterusan yang akhirnya membuatkan Tun Mahathir sendiri memilih berundur sebagai Pengerusi Proton kerana tidak mahu menyusahkan syarikat kereta nasional itu dan kemudahan polis pengiring disekat kecuali untuk program rasmi, minggu lalu bantuan kerajaan terhadap Yayasan Kepimpinan Perdana pula diumumkan ditarik balik oleh Najib.

Dengan penarikan bantuan kerajaan itu yang antaranya melibatkan pembayaran gaji kakitangan dan bil ulitili, kedudukan Yayasan Kepimpinan Perdana berada dalam keadaan tidak menentu, kecuali jika ia memiliki dana sumbangam korporat yang masih mencukupi untuk terus bertahan untuk beberapa tahun akan datang.

Jika akhirnya Yayasan Kepimpinan Perdana tidak mampu membiayai kos bulanannya dan terpaksa ditutup, Tun Mahathir hanya mempunyai satu saja lagi kemudahan pejabat untuknya iaitu di Yayasan Al Bukhary berhampiran Masjid Negara.

Namun demikian, oleh kerana Syed Mokhtar Al Bukhary mempunyai banyak urusan perniagaan dengan kerajaan, tidak mustahil beliau juga sedang ditekan agar berhenti daripada menyediakan kemudahan itu kepada Tun Mahathir.

Najib tentunya akan menjadi paling gembira jika berjaya membuatkan Tun Mahathir tidak mempunyai satu pun kemudahan pejabat dan akhinya terpaksa mengeluarkan pembiayaan sendiri bagi tujuan tersebut.

Tidak disangsikan bahawa penarikan balik bantuan dan semua kemudahan itu ialah dengan tujuan untuk menyekat kelancaran Tun Mahathir daripada bergerak dan menjalankan aktiviti yang dirasakan boleh menggugat kedudukannya.

Bersama Muhyiddin Yassin, Mukhriz turut dipecat daripada UMNO. Ini menjadikan Tun Mahathir dan satu-satu anaknya yang aktif dalam UMNO tidak lagi berada dalam parti yang sedang dipimpin Najib.

Zaid ajak Husni sertai gerakan 'Selamatkan Malaysia'

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim menjemput bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Husni Hanadzlah menyertai gerakan Selamatkan Malaysia anjuran Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Husni adalah seorang lelaki yang baik dan orang yang baik tidak boleh tinggal di di limbah yang lama.
"Saya menggesa Husni datang menyertai gerakan Selamatkan Malaysia. Dia tahu cukup untuk melakukan sesuatu untuk negara," tulis Zaid di twitternya hari ini.
Husni meletakkan jawatan daripada kabinet dan melepaskan semua jawatan dalam Umno dan BN, termasuk sebagai bendahari Umno.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang mengumumkan hasrat Husni untuk bersara sebagai menteri kewangan kedua berkata keputusan itu dibuat atas sebab-sebab peribadi.
Spekulasi bertiup kencang bahawa tindakan ahli parlimen Tambun itu berpunca daripada skandal 1MDB.
Zaid berkata beliau percaya Husni kini memahami kesukaran dihadapi beliau pada tahun 2008, apabila meletakkan jawatan dalam kerajaan.

Tun M: Rasuah tetap rasuah

Dr Mahathir Mohamad menulis, ada pihak cuba menghalalkan rasuah dengan mendakwa jika wang diterima diguna bukan untuk tujuan sogokan dibuat, maka ia tidak menjadi rasuah.
mahathir_rasuah_600
Oleh Tun Dr Mahathir Mohamad
Rasuah ialah jenayah yang dipandang keji dan kotor oleh semua masyarakat manusia. Ia dianggap lebih kotor daripada mencuri. Sebabnya ialah kerana sementara mencuri dilakukan terhadap orang yang berada, tetapi rasuah menyasar orang miskin dan daif.
Nasib mereka yang miskin ini menjadi lebih buruk kerana terpaksa menyuap rasuah. Masyarakat dan negara yang miskin tidak dapat dimajukan kerana rasuah meningkat kos dan melewatkan keputusan dan pelaksanaan.
Ada pihak yang cuba menghalalkan rasuah dengan mendakwa jika wang yang diterima diguna bukan untuk tujuan sogokan dibuat, maka ia tidak menjadi rasuah. Ia tidak menjadi jenayah sebaliknya ia menjadi halal. Oleh itu terimalah sogokan rasuah kerana ia tidak menjadi jenayah dan ia halal jika tidak laksana tujuan rasuah diberi.
Walaupun wang sogokan tidak diguna untuk tujuannya, tetapi wang atau pemberian rasuah masih menjadi jenayah dan ia tidak boleh dihalalkan. Pegawai tinggi yang menerima RM100 juta rasuah akan dikenakan tindakan sama ada dia tunai atau tidak tunai tujuan rasuah yang diberi kepadanya.
Ada yang berkata rasuah tidak termasuk dalam jenayah hudud. Ia tidak akan dihukum di dunia. Ia hanya akan dihukum di akhirat.
Pendapat ini seolah-olah memperkecilkan hukum akhirat dan menggalakkan amalan rasuah kerana tidak akan dihukum di dunia.
Pendapat seperti inilah yang merosakkan moral masyarakat manusia dan menghalang proses ke arah bertamadun. Masyarakat ini tidak akan dipercayai kerana moralnya rendah.
Dalam PRK baru-baru ini parti pemerintah menghulur duit, beras dan barangan elektrik sebagai cara sogokan untuk mendapat undi.
Penerima pula disuruh bersumpah ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi’, supaya mengundi parti yang sogok mereka. Jika mereka tidak undi seperti sumpahan mereka, maka segala pemberian itu adalah haram dimakan atau diguna mereka.

‘Siapa lebih bahaya, Abu Ain atau mufti Pahang?’

Kit Siang menyenaraikan beberapa tindakannya yang membuktikan DAP bukan dalam kategori musuh Islam.
Mohd Rafi Udin
PETALING JAYA: Lim Kit Siang menganggap mufti Pahang lebih bahaya daripada pejuang IS warga Malaysia Mohd Rafi Udin yang baru-baru ini mengancam melakukan serangan.
Ini kerana, kata pemimpin DAP itu, sekurang-kurangnya pengganas seperti Rafi, juga dikenali sebagai Abu Ain, sentiasa dipantau Bahagian Counter-Terrorism Cawangan Khas polis Bukit Aman.
“Tetapi Malaysia nampaknya langsung tiada pertahanan melawan pegawai agama berfikiran ala-IS yang menyebarkan doktrin yang tiada beza dengan IS,” kata Kit Siang, mengulas keengganan Datuk Seri Abdul Rahman Osman menarik balik kenyataannya yang menggolongkan DAP sebagai “kafir harbi” dan wajib diperangi kerana menolak undang-undang Islam.
Baru-baru ini, Bukit Aman mendedahkan video grafik memaparkan Rafi bersama dua lagi pejuang IS memenggal tiga tebusan. Rafi kemudian menyampaikan amaran kepada kerajaan Malaysia supaya bersedia menghadapi serangan penyokong IS.
Kit Siang menyenaraikan beberapa tindakannya yang membuktikan DAP bukan dalam kategori musuh Islam.
Antaranya, beliau bangun dalam Dewan Rakyat mempertahankan kerajaan negeri PAS ketika kerajaan BN mengisytiharkan darurat di Kelantan pada 1978.
Kit Siang berkata beliau juga mengutuk tindakan kerajaan dalam insiden Kampung Memali di Kedah pada 1985, yang menyebabkan 18 orang terbunuh.
Kit Siang turut mengingatkan hukuman penjara yang dijalani anaknya, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, kerana membela seorang perempuan Melayu yang mendakwa menjadi mangsa rogol.
Bagi ahli Parlimen Gelang Patah itu, kenyataan mufti Pahang merupakan “serangan paling serius dan bahaya ke atas Perlembagaan Malaysia”, dan menyeru Kabinet membincangkan perkara itu pada mesyuarat mingguannya esok.

Adakah Husni, Wahid lari dari skandal 1MDB?

Pengunduran dua menteri yang bertanggungjawab terhadap urusan kewangan dan ekonomi negara, Datuk Seri Husni Hanadzlah dan Tan Sri Abdul Wahid Omar, ketika negara dilanda skandal 1MDB yang berterusan adalah sesuatu yang menghantui rakyat, kata ahli parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar.
“Kenapa mereka meletakan jawatan di waktu negara sedang dilanda krisis ekonomi dan kewangan yang meruncing?
“Persoalan 1MDB yang makin rumit dan membebankan negara dan rakyat. Kenapa mereka berdua melarikan diri dari skandal besar negara 1MDB?” soalnya dalam dalam satu kenyataan media hari ini.
Dalam rombakan kabinet semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Husni meletakkan jawatan sebagai menteri kewangan kedua atas sebab-sebab peribadi.
Bagaimanapun Husni kemudiannya membuat kejutan dengan mededahkan bahawa beliau juga meletakkan semua jawatannya dalam Umno dan BN, termasuk sebagai bendahari parti.
Sementara itu Wahid, yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, dilaporkan mahu kembali ke sektor swasta selepas penggal pertama beliau sebagai senator berakhir pada 4 Jun lalu.
“Saya berkeyakinan kedudukan mereka dalam kabinet mempunyai banyak pengetahuan yang tersembunyi berkaitan perkara penting yang membabitkan Najib dalam skandal besar negara sehingga mereka tidak lagi bersedia bersekongkol dengan kejahatan Najib.
“Perletakan jawatan Husni menimbul dan meninggalkan seribu satu persoalan. Yang pasti bagi saya ini adalah protes senyap dan undi tidak percaya terhadap Najib,” katanya.

Anwar berjaya batalkan 'sabitan liwat' dalam pembelaan Utusan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Utusan Malaysia perlu membatalkan perenggan tertentu dalam pembelaannya terhadap saman fitnah yang dibawa oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perenggan yang dibuang adalah sabitan kes Anwar atas tuduhan rasuah pada tahun 1999 dan pendakwaan liwat II pada 2015, yang dipetik Utusan untuk mewajarkan laporannya terhadap bekas ketua pembangkang itu.
Hakim John Louis O'Hara membuat keputusan itu berdasarkan hujah bahawa sabitan kes jenayah tidak perlu dibangkitkan dalam prosiding sivil.
Utusan diarah membayar RM2,500 sebagai kos.
Pada 7 Januari Anwar berusaha untuk membatalkan tiga perenggan pembelaan Utusan yang menyebut mengenai sabitan terhadap Anwar.
Anwar telah menyaman bekas calon BN Permatang Dr Mazlan Ismail, Sistem Televisyen Malaysia (TV3) dan Utusan Melayu (M) Bhd kerana memfitnah beliau.
Mazlan disaman kerana mendakwa Anwar telah merasuah hakim dan pendakwa, manakala TV3 dan Utusan didakwa menyiarkan kembali kenyataan beliau.