Ahad, 26 Jun 2016

Mukhriz says Shafie will make announcement on his suspension

Umno Kedah Kena Sedia Serah BN Kepada Pas

Mereka Keluarkan Kami Daripada Umno

Muhyiddin: Saya Akan Lawan BN

Hairan MT Buat Keputusan Kerajaan

Anti-Najib group burns Umno constitution

Muhyiddin mulls 'new political platform'

Muhkriz suspects Kedah, T'ganu, Kelantan trade-off in Umno-PAS deal

Muhyiddin addresses media on his ideas for viable platform

Mukhriz warns of PAS taking over Kedah

Muhyiddin: People who think rationally don't want worrying state to continue

Tindakan MT tak adil, kata Muhyiddin

DAMANSARA - Tindakan Majlis Tertinggi Umno (MT) membuat keputusan untuk memecat bekas Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tanpa melalui proses keadilan seperti diperuntukkan dalam perlembagaan parti.
Menurut Muhyiddin, untuk berlaku adil, MT Umno sewajarnya memberikan surat tunjuk sebab terlebih dahulu bagi membolehkan beliau dan Mukhriz menerangkan sebarang asas berhubung tindakan mereka sebelum ini.
"Itu (keputusan) dibuat dengan kehendak mereka sendiri tanpa beri ruang kepada kami untuk beri sebarang penjelasan,"katanya dalam sidang media yang berlangsung di Rumah Kelab Alumni Universiti Malaya, hari ini.
Tindakan MT tak adil, kata Muhyiddin Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa beliau tidak akan membuat sebarang rayuan berhubung pemecatannya dari Umno.
Beliau berkata, negara sedang berhadapan dengan satu keadaan yang  agak membimbangkan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini berdepan dengan pelbagai skandal moral serta kewangan.
"Bagi saya, sebahagian besar rakyat marah dan tak puas hati dengan apa yang berlaku dan mereka mengharapkan satu platform politik baru untuk wujud bagi memberi pilihan supaya masa depan negara terus terpelihara dan sebagainya," katanya.
Untuk tujuan itu, Muhyiddin memaklumkan bahawa pihaknya mempunyai satu pendekatan yang lestari untuk jangka masa hadapan.
"Kita perlu adakan perbincangan di antara kita serta mereka yang mempunyai pandangan sama dgn kita bagi membincangkan apakah tindakan sewajarnya untuk kami ambil bahi menghadapi masa depan negara selepas ini," katanya.
Kelmarin, MT memutuskan agar Muhyiddin dan Mukhriz dipecat daripada Umno berkuat kuasa serta merta.
Sementara, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal pula digantung dari jawatannya.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, tindakan itu dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno kerana mendapati mereka melakukan kesalahan serius.

PATUTLER golongan agamawan KERAjaan bermati2an mengatakan...

TU DIA !!!!.. Rupa2nya dalam pemerintahan Umno/BN duit2 zakat puluhan ribuan ringgit digunakan utk tampung bekalan akhbar pro-Umno/BN Berita Harian & NST ke sekolah di KL..
"BERDOSA jika bayar zakat kpd fakir miskin tanpa melalui kerajaan"
"BERDOSA bayar zakat sendiri tanpa melalui pemerintah"
"BERDOSA bayar zakat terus kepada asnaf"

Ke mana akhirnya Muhyiddin, menyepi rasanya..

Petang ini Muhyiddin Yassin bersama Mukhriz Mahathir Mohamad akan membuat sidang akhbar kemudian akan berbuka puasa bersama hadirin. Satu notis dihantar ke whatsap saya agar ikut sama hadir ke sidang akhbar berkenaan. Digambarkan sidang akhbar kedua orang yang kena pecat dari Umno itu penting.

Sayang, petang ini saya sudah tetapjanji untuk hadir majlis berbuka puasa anjuran anak-anak Rantau Panjang. Majlis ini akan dihostkan oleh Senator Abdullah Mat Yassin. Tahun lepas saya sudah hadir majlis (iftar) anak-anak Rantau Panjang. Hadir untuk memberi sokongan moral dan menunjukkan solidariti sekampung.

Itu pun kerana si juaranya sdr Azram Ahmad menghubungi sendiri, telefon menjemput. Kalau setakat baca banner dalam facebooks saya pun tidak akan hadir. Terima kasih kepada Azram kerana masih ingatkan kepada saya.

Jadi kerana sudah ada tetapjanji itu maka saya terlepas untuk hadir sidang akhbar Muhyiddin dan Mukhriz itu. Kalau hadir pun setakat mengikut sidang akhbar dan berbuka di tempat lain. Ingin juga tahu apakah ulasan mereka berdua terhadap nasib yang menimpa diri mereka itu. Saya mengira sidang akhbar itu akan mengutarakan hala tuju ataupun gerakan mereka berdua selepas ini.

Biarlah kita dengar dahulu apa yang mereka hendak perkatakan. Kemudian baru kita sama-sama kaji dan teliti apakah apa yang disampaikan itu munasabah atau pun boleh memecahkan beras. Tidak adil kalau membuat ulasan tanpa melihat apa yang akan berlaku.

Bayang-bayang PRU diawalkan sudah nampak, Najib yakin menang besar

Sebelum ini The Malaysian Mirror sudah membuat analisis mengenai garis masa sesuai untuk menyingkirkan tiga penentang dalam Umno, sememangnya Datuk Seri Najib Razak bijak mengatur masa terbaik.
Presiden Umno ini berjaya membuat suatu perkara yang tidak terlangkau dek pemikiran logik manusia, pecat masa bulan puasa dan selepas kemenangan dua pilihan raya kecil (PRK) baru-baru ini.
Kemenangan PRK itu sememangnya sudah dijangka milik BN, jadi Najib mengambil kesempatan membunuh musuhnya dengan satu lontaran batu dan akhirnya ia berjaya.
Sehari sebelum mesyuarat, awal-awal lagi Najib memasang orang suruhannya membangkitkan mengenai isu Yayasan Kepimpinan Perdana dan tidak lama selepas itu dana diberhentikan dan Tan Sri Muhyiddin bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir diceraikan daripada Umno.
Satu masalah Umno sudah selesai, sekarang ini adalah masa menumpuan pilihan raya umum (PRU), jika mengikut kalendar ia perlu diadakan pada 2018, tetapi daripada sumber difahamkan ia mungkin diadakan lebih awal.
Tidak ditolak bulan Jun 2017 berkemungkinan besar PRU diadakan, iaitu selepas menyambut Ramadan dan pada ketika itu rakyat sudah habis beraya dan menyambut bersama orang tersayang.
Bagaimanapun itu hanya satu ramalan, tetapi melihatkan kepada gayanya ia tidak mustahil kerana kelebihan sekarang adalah disebelah pihak Najib.

Muhyidin akui ada tawaran sertai parti, mungkin tubuh parti baru


Muhyidin mengaku ada terima tawaran serta parti lain, timbang juga tubuh parti baru. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.Muhyidin mengaku ada terima tawaran serta parti lain, timbang juga tubuh parti baru. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh. Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Sri Mukhriz Mahathir mengakui menerima tawaran menyertai parti tertentu tetapi belum membuat keputusan sama ada akan menyertai mana-mana parti atau menubuhkan parti baru selepas dipecat daripada Umno.
Muhyiddin berkata, beliau dan Mukhriz akan berbincang dengan lebih mendalam mengenai hala tuju mereka dan mungkin akan tubuh parti baru.
"Ini bukan soal tubuh parti semata-mata tetapi kita kena fikirkan rakyat keseluruhan.
"Mungkin akan tubuh parti baru tapi itu kita bincang dan ambil kira semua perkara,"katanya dalam sidang media bersama Mukhriz di Rumah Kelab Alumni Universiti Malaya, Petaling Jaya petang ini.
Turut serta dalam sidang media ini adalah ahli parlimen Pas dari Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan para penyokong Muhyidin.
Sebelum ini, Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) membayangkan kemungkinan bakal wujud parti baru di negara ini.

Umno Kedah kena bersedia serahkan negeri kepada Pas semula, kata Mukhriz


Umno Kedah perlu bersedia serahkan negeri itu kepada Pas, kata Mukhriz dalam sidang media bersama Muhyidin hari ini.Umno Kedah perlu bersedia serahkan negeri itu kepada Pas, kata Mukhriz dalam sidang media bersama Muhyidin hari ini.
Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata,  seolah-olah ada pakatan di antara pimpinan tertinggi Pas dan Umno di Kedah sekarang dan Umno negeri itu perlu bersedia menyerahkan kembali negeri itu kepada Pas.
"Saya lihat seolah-olah ada pakatan di antara pimpinan Pas dan Umno dan saya ingatkan Umno Kedah supaya bersedia untuk serahkan negeri kembali kepada Pas,"katanya.
Mukhriz berkata demikian dalam sidang media bersama Tan Sri Muhyidin Yassin hari ini selepas kedua-dua dipecat dari Umno.
"Pada hemat saya ini sebagai amaran kepada Umno Kedah agar bersiap sedialah menyerahkan kerajaan negeri Kedah kembali kepada Pas.
"Nampaknya memang menjurus ke arah itu," katanya dalam sidang media di Rumah Kelab Alumni Universiti Malaya, Petaling Jaya petang tadi.
Menurut Adun Ayem Hitam itu, jika beliau benar-benar ingin mengkhianati parti seperti didakwa, beliau akan berusaha untuk membubarkan Dun Kedah dan Umno BN akan kecundang.
"Kalau saya benar-benar mengkhianati Barisan Nasional sewaktu saat-saat akhir saya menjadi menteri besar saya masih mempunyai pilihan iaitu mencadangkan kepada jemaah sultan kedah agar dewan undangan negeri dibubarkan dan kita boleh agak apa yang akan berlaku jika berlaku pilihan raya negeri sudah tentu BN akan kecundang," katanya yang dipecat daripada parti Jumaat lalu.
Beliau juga berkata, Umno BN sangat hipokrasi apabila tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas bekas menteri besar Terengganu Datuk Ahmad Said yang mengemukakan usul undi tidak percaya kepada mentari besar Ahmad Razif Abdul Rahman.
"Bila saya dipecat dari ahli Umno saya menjadi adun bebas. Majoriti BN di Kedah menjadi lima daripada enam. Masih selesa perbezaan antara pembangkang dan BN berbanding di Terengganu yang cuma beza dua majoriti.
"Kita tahu Ahmad Said telah membuat usul undi tak percaya terhadap menteri besar. Saya kira tindakan itu sebenarnya lebih serius kerana ia mampu menggugat kedudukan kerajaan negeri Barisan Nasional.
"Walaupun begitu, sampai hari ini kita tak pernah dengar satu pun kenyataan mungkin akan diambil tindakan terhadap Datuk Seri Ahmad Said.
"Mungkin kerana beza cuma dua kerusi di Terengganu berbanding kami di Kedah enam jadi kami yang berusaha keras mendapat majoriti enam itu termasuk saya sendiri, saya pula yang menjadi mangsa keadaan.

Penyokong bakar buku perlembagaan Umno


Timbalan Pengerusi GKCM, Rashdan Mohamed (kanan) membakar buku perlembagaan Umno selepas mendakwa parti itu bertindak tidak mengikut perlembagaan. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.Timbalan Pengerusi GKCM, Rashdan Mohamed (kanan) membakar buku perlembagaan Umno selepas mendakwa parti itu bertindak tidak mengikut perlembagaan. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.
Sekumpulan ahli Umno yang dipimpin oleh Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) membakar buku perlembagaan Umno hari ini ekoran kegagalan parti itu mematuhi perlembagaannya ketika memecat timbalan presidennya, Tan Sri Muhyidn Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Tindakan membakar buku perlembagaan itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi GKCM, Rushdan Mohamed serta para pengikutnya di samping sidang media yang dibuat oleh Muhyidin dan Mukhriz di Damansara hari ini.
Bagi mereka, ia adalah selaras dengan tindakan Umno yang tidak lagi mematuhi buku perlembagaan Umno itu.

Isu DAP kafir harbi: Ingat semula kuliah Tok Guru Nik Aziz, kata Rafizi


Isu kafir harbi ingatkan saya kepada pesan Tok Guru Nik Aziz, kata Rafizi. Isu kafir harbi ingatkan saya kepada pesan Tok Guru Nik Aziz, kata Rafizi.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, menjatuhkan hukum kafir harbi ke atas orang bukan Islam yang tidak sependapat mengenai satu rang undang-undang yang dibentangkan di Parlimen adalah amat menyimpang.
Beliau menegaskan isu berkaitan keutamaan mendahulukan pelaksanaan hudud dalam masyarakat Islam yang majmuk mempunyai perbezaan di antara ulama dan pakar-pakar perundangan Islam walaupun dikatakan rang undang-undang itu bertujuan memartabatkan mahkamah syariah ke arah pelaksanaan hudud.
Mengulas kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman kelmarin bahawa DAP tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam, beliau berkata, pelbagai pendapat berhubung penguatkuasaan undang-undang hudud bukan bermakna menolak hukum Allah.
"Soal perbezaan pendapat dalam pelaksanaan undang-undang hudud sekarang sebenarnya adalah khilaf mengenai keutamaan untuk mendahulukan syariat-syariat lain di dalam masyarakat, bukannya soal menolak hukum Allah sehingga boleh dilabelkan dengan pelbagai nama," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau merujuk kepada kepada pendapat bekas Penasihat Undang-undang Negara Teluk serta bekas Profesor Undang-undang Universiti Riyadh, Dr Mohamed Salim El-Awa  dalam buku yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, "Punishment In Islamic Law” terutamanya kesimpulan beliau mengenai pelaksanaan undang-undang hudud di muka surat 134 hingga 138.

Tak sia sia Najib lantik 'badut sarkas' jadi menterinya...

Rupa2nya sejak Najib jd PM negara bertambah maju, ekonomi kukuh, ringgit semakin 'NAIK', Rakyat dapat hidup senang & mewah dgn BR1M & GST !!!

Ampu lagi ampu.. jilat lagi.. yezz!!

Spesis menteri camnilah yg dpt duduk kekal lama dlm kabinet Najib..

Inilah hasil pangkah undi anda.. TAHNIAH !!!

MASIH ANDA INGAT... betapa tegasnya Najib kerajaan pusat akan tetap menyekat sebarang usaha mahu melaksanakan hukum hudud di Malaysia !!!

RIBUT KAFIR HARBI, MEMUSUHI ORANG BUKAN ISLAM

RAFIZI RAMLI
DAP kafir harbi, kata mufti Pahang.DAP kafir harbi, kata mufti Pahang.
Minggu ini saya mengambil sedikit masa untuk membersihkan buku-buku saya yang berdebu dan disusun semula. Saya terjumpa satu buku berjudul “Jumaat Bersama Tok Guru” yang pernah say abaca satu ketika dahulu. Buku ini mengandungi kuliah-kuliah terpilih Allahyarham TG Nik Aziz pada hari Jumaat.
Kebetulan minggu ini juga datang ribut kecil apabila seorang mufti menjatuhkan hikum kafir harbi terhadap DAP yang bermakna mereka boleh diperangi (agaknya termasuklah yang beragama Islam di dalam DAP). Saya ditanya ramai pihak lalu saya teringat satu kuliah Allahyarham TG Nik Aziz dari buku ini yang sangat sesuai saya kongsikan dengan semua berhubung ribut kecil kafir harbi ini:
Kisah Rasulullah Dan Pengemis Yahudi (mukasurat 203 hingga 205)
Di sudut pasar Madinah al-Munawwarah ada seorang pengemis Yahudi yang buta matanya. Setiap orang yang menghampirinya akan diingatkan oleh si buta itu dengan kata-kata, “Wahai saudara-saudari, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir. Apabila kamu semua mendekatinya kamu semua akan dipengaruhinya.”
Namun setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan dan tanpa berkata sepatah kata pun baginda menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan kepada sesiapa sahaja supaya tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang kewafatan baginda. Setelah baginda wafat, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis buta itu.
Suatu hari Abu Bakar RA berkunjung ke rumah puterinya, Aisyah RA. Beliau bertanya kepada puterinya, “Wahai anakku, adakah sunnah kekasihku (Rasulullah) yang belum ayahanda lakukan?”
Aisyah RA menjawab, “Wahai ayahanda, engkau adalah seorang ahli sunnah, hampir tidak ada satu pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah sahaja.”
“Apakah itu?” Abu Bakar RA bertanya.
“Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi yang buta matanya. Dia ada di sana,” Aisyah berkata.
Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawakan makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Beliau mendekati pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar RA mula menyuapinya, si pengemis itu marah dan berteriak, “Engkau siapa?”
Abu Bakar RA menjawab, “Saya orang yang biasa.”

Kenapa polis diam isu 'kafir harbi', tanya MP pembangkang

Tidak ada apa yang hendak dihairankan dengan kenyataan mufti Pahang apabila mengistiharkan DAP sebagai kafir harbi, kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.
Kata beliau, ini kerana, sejak tahun lepas lagi, Parti Amanah Negara (AMANAH) membantah kenyataan 'ulama' dari sebuah negeri di utara tanahair yang "menghalalkan darah" mereka yang tidak sehaluan dengan partinya.
Namun, Raja Kamarul berkata, tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa polis ekoran laporan tersebut.
“Nampak gayanya mufti kerajaan negeri Pahang (pimpinan Umno) bebas membuat kenyataan walaupun betapa bahaya kenyataan kafir harbi yang membolehkan yang dituduh di hapuskan.
“Nampaknya ahli PAS yang menjadi penasihat kepada Umno juga kebal dari tindakan dengan kenyataan halal darah terhadap lawan mereka.
“Jadi apa yang hendak dihairankan tindakan mufti dari negeri kerajaan Umno. Bukankah PAS juga menjadi penasihat pada Umno," tanya Raja Kamarul dalam satu kenyataan.
Jumaat lalu, Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang merupakan Mufti Pahang telah menggelar DAP sebagai 'kafir harbi' kerana menentang langkah langkah PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan menerusi pembentangan rang undang-undang anggota persendirian oleh presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Kenyataan Abdul Rahman ini disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia.
Menurut Pengerusi AMANAH negeri Terengganu itu lagi, keadaan tersebut berbeza dengan tindakan anggota militan Islamic State (IS) yang membuat ugutan keganasan melalui video dari seberang laut dengan pihak polis memberi amaran keras.
“Apabila mereka yang membuat ugutan dan kenyataan menghasut keselamatan berada di depan mata dalam negara, pihak berkuasa tidak mengambil tindakan sepatutnya,” kata Raja Kamarul.
Justeru, Raja Kamarul mempersoalkan sejauh manakah seriusnya kerajaan dalam perkara sedemikian.

Keputusan PRK memalukan Pas, tetapi jangan harap Amanah diberi muka


Walaupun Pas kalah dengan memalukan tetapi jangan harap Pas memberi muka kepada Amanah, kata Wan Saiful.Walaupun Pas kalah dengan memalukan tetapi jangan harap Pas memberi muka kepada Amanah, kata Wan Saiful.
Undi yang diperolehi oleh Pas dalam pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini memalukan parti Islam itu jika dibandingkan dengan pengalaman dan jaringan akar umbinya yang besar namun Amanah jangan harap Pas akan memberikan ruang kepadanya, kata penganalisis.
Ketua Pegawai Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan dalam wawancaranya dengan akhbar Amanah berkata, perebutan selepas ini akan lebih teruk lagi dan Amanah akan menghadapi cabaran besar untuk menyaingi Pas.
Amanah perlu membina kekuatan diri sendiri, bukan menumpang rakan-rakannya, kata Wan Saiful.Amanah perlu membina kekuatan diri sendiri, bukan menumpang rakan-rakannya, kata Wan Saiful.Beliau mengulas keputusan kedua-dua PRK itu yang menyaksikan BN menang kedua-dua kerusi manakala Amanah berada di tempat kedua di Sungai Besar manakala Pas tercorot manakala, Pas pula berada di tempat kedua di Kuala Kangsar dan Amanah di tempat ketiga di hadapan calon bebas.
"Keputusan Pas agak memalukan sebab dengan pengalaman yang begitu besar dan jaringan grass-root yang meluas, kelebihan undi yang dicapai tidaklah begitu besar malahan Pas berada di tempat ketiga di Sungai Besar dengan calon sepopular Dr Rani pula tu... tetapi tidak cukup untuk meninggalkan Amanah dengan jauh," kata Wan Saiful.
Sehubungan itu, kata bekas presiden Hizbi United Kingdom, badan pelajar pro Pas itu, Pas tidak boleh ketepikan persaingan dengan Amanah ini.
"Pas tidak boleh pandang remeh kepada Amanah ini. Bila saya melihatnya dari jauh, ia agak memalukan kepada Pas. Bagi saya ia akan berterusan," katanya.
Bagi pengakaji itu, cabaran kepada Amanah pula adalah untuk membina kekuatan sendiri.
"Amanah berada di tempat kedua mengatasi Pas kerana dia dapat faedah dari DAP dan sokongan PKR. Jika dibahagi tiga undi, jelas Amanah masih kebelakangan.
"Perebutan selepas ini akan lebih teruk dan saya tak rasa Pas akan memberi ruang kepada Amanah untuk ambil kerusi-kerusi mereka.
"Amanah hadapi cabaran besar untuk menyaingi Pas. Persaingan akan berterusan, walaupun agak malang bila berlaku," katanya dalam wawancara khas beliau dengan akhbar milik Parti Amanah Negara (Amanah) keluaran terbaru yang berada di pasaran sekarang.

Pas bukan bahan ujian parti lain - Razman Zakaria

IPOH - Pas bukanlah bahan menguji kekuatan bagi parti-parti lain yang mahu bertanding pada pilihan raya.
Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, sebaliknya Pas sudah membuktikan kekuatannya biarpun berseorangan.
Menurutnya, jika parti tertentu bertanding hanya mahu membuktikan mereka lebih kuat daripada Pas tanpa mempunyai hala tuju jelas, ia adalah tindakan yang sia-sia.
Razman Zakaria “Keputusan PRK kawasan Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar menentukan hala tuju semua parti politik. Gerakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan dengan menggabungkan semua kekuatan parti menunjukkan perjuangan sia-sia dan memberi kelebihan kepada Umno dan BN untuk berada di tempat selesa.
“Apa yang pasti, tindakan gabungan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Pakatan Harapan dalam kedua-dua PRK untuk menguji kemampuan mereka melukakan seluruh ahli dan penyokong Pas,” katanya.
Razman berkata, sekiranya PRU14 diadakan pada bila-bila masa, BN akan mencapai keputusan yang lebih baik dari PRU 2004.
"Pas bagaimanapun sudah bersedia dengan segala kemungkinan dan tetap bergerak tanpa perlu menyertai mana-mana pakatan," katanya.
Beliau berkata, di Perak, Pas sedang membuat persediaan untuk menghadapi situasi ini.
“Kita menetapkan untuk bertanding di 30 kerusi Dun majoriti Melayu dan baki 29 kerusi campuran serta majoriti Cina, Pas sedang membina calon dari Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP).
“Jadi Pas akan bertanding semua kerusi pada PRU14 nanti,” katanya.

Kafir harbi 2.0: Persediaan BN hadapi Pilihanraya Umum tahun ini?

Belum sempat selesai BN merayakan kemenangan dalam dua Pilihanraya Kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kini, lidah rasmi mereka Utusan digunakan sekali lagi menyerang Pakatan Harapan khususnya DAP dengan mengsensasikan semula isu kafir harbi.
Serangan ini dilakukan tatkala BN berasa puas hati dan percaya imej mereka telah pulih prestasinya berdasarkan keputusan dua pilihanraya kecil 18 Jun lalu. Apa yang pasti, tomahan jahat terhadap DAP ini adalah serangan yang sama sebelum Pilihanraya Umum ke-13 lalu.
prkRealitinya, perkara ini sengaja ditimbulkan untuk memberi tekanan terhadap Pakatan Harapan yang baru sahaja ditubuhkan setelah musnahnya Pakatan Rakyat; selain satu percubaan berani memesongkan wacana sebenar rakyat yang terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.
Isu ‘Kafir Harbi 2.0’ ini adalah isu serupa dengan Pilihanraya Umum ke-13 lalu, apa yang berlaku adalah serangan hebat talam dua muka parti-parti komponen BN terhadap PR.
Di saat pengundi bandar dilihat beralih sokongannya dari MCA kepada DAP yang bekerjasama dengan PAS dan PKR, parti Cina itu (MCA) bertungkus lumus menakut-nakutkan masyarakat Cina supaya menolak DAP atas sebab DAP diperkudakan oleh PAS.
Dalam masa yang sama, UMNO pula bekerja keras menabur dakyah jahat kepada pengundi Melayu untuk menolak PAS dan PKR dengan menuduh dua parti itu menjadi tunganggan DAP.
Apa yang berlaku saat ini serupa dengan apa yang pernah dilakukan oleh BN sebelum Pilihanraya Umum ke-13 lalu yang menyaksikan BN berada di tahap yang begitu lemah di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak; malahan, slogan ‘1Malaysia, Rakyat Didahulukan-pencapaian diutamakan’ tidak mampu menarik pengundi untuk kembali kepada BN.
Sekarang, isu ini meledak kembali dengan wajah pakatan pembangkang yang baharu; Pakatan Harapan. Tujuannya mudah; untuk pecah-belahkan pakatan baharu ini yang dilihat ancaman terbesar survival politik BN. Sudah tentu, BN tidak lagi keseorangan-PAS kini cenderung diperalatkan dengan mudah oleh mereka.
Oleh kerana apa yang berlaku saat ini saling tak tumpah dengan serangan sebelum pilihanraya umum yang lalu, mungkinkah BN sedang berkira-kira untuk mengadakan pilihanraya umum ke-14 dalam masa terdekat?

Kenyataan Mufti Pahang berbaur ekstremisme ala IS

oleh Ahmad Anwar Asyraf

Semalam saya berbual melalui telefon dengan seorang rakan dari Langkawi, saudara Saifol Adli Azizan. Sementara menanti waktu berbuka puasa, perbualan kami terarah kepada sikap ramai Muslim terutama dalam media sosial yang pantas menghukum tanpa menyelidiki atau berdiskusi secara ilmiah.
isSikap begini telah menenggelamkan sifat Islam sebagai Rahmat Sekalian Alam, sebaliknya menonjolkan seolah-olah ia adalah satu fraksi yang hanya menghukum semata-mata. Kenyataan Mufti Pahang yang menyatakan parti DAP adalah Kafir Harbi mengesahkan intipati perbualan kami itu.
Lalu, saya tertanya-tanya apa bezanya kenyataan Mufti Pahang dengan anggota IS, Rafi Udin? Kedua-duanya kenyataan ekstremis yang boleh mengundang implikasi pertumpahan darah. Kenyataan mufti lebih berbahaya kerana pada pandangan orang ramai, kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang mufti adalah satu fatwa.
Manakala Utusan Malaysia pula adalah penyebar semangat ekstremisme apabila melaporkan kenyataan tersebut. Sebagai seorang Muslim yang menganggotai parti DAP, saya amat kecewa dan membantah keras kenyataan tersebut yang hanya bersandarkan kepada emosi dan sentimen.
Sebagai seorang ilmuwan Islam, seharusnya seorang Mufti mengeluarkan pandangan ilmiah tanpa niat tersembunyi untuk menimbulkan kacau ganggu dalam hubungan antara etnik terutamanya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Kenyataan yang keluar dari lidah seorang Mufti sepatutnya bersandarkan kepada fakta dan ilmu yang tepat.
Mufti Pahang ini boleh sahaja memanggil kepimpinan DAP terlebih dahulu bagi mendengar penjelasan dan berdiskusi ilmiah sebelum mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab sebegini.
Meletakkan hukum bahawa DAP adalah kafir harbi memang membawa implikasi besar kerana hukum kafir harbi ini bukanlah hukuman yang kecil, ia hukuman yang berat kerana kafir harbi ini sampai ke tahap dia boleh dibunuh. Jadi, adakah Mufti Pahang ini sedang menghantar isyarat kepada orang Muslim lain untuk memerangi orang Bukan Islam?

Mufti Pahang label DAP ‘kafir harbi’ bermotif politik

GEORGETOWN, 26 JUN: Kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman yang melabel DAP sebagai ‘kafir harbi’ atas alasan kononnya parti itu menentang undang-undang hudud dibidas Penolong Setiausaha Publisitinya, Zairil Khir Johari.
Menyifatkan ia sebagai sasaran yang bermotifkan politik, Zairil dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa DAP tidak pernah mempersoalkan kedudukan hudud dalam konteks hukum Islam, sebaliknya melihat ia dalam kerangka Perlembagaan dan masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk.
“Malangnya, pendirian ini diputar belit sehingga dijadikan alasan untuk melabelkan DAP sebagai anti-Islam,” katanya.
Malah, jelasnya lagi, Rang Undang-Undang Persendirian ‘hudud’ yang dibentang Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang beberapa minggu lalu itu bukan sahaja dikritik oleh DAP, malah parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain.
“Hukum hudud versi PAS bukan hanya dikritik oleh DAP, malah ditentang lebih keras oleh sekutu BN sendiri termasuk Presiden PBB merangkap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, serta Nancy Shukri yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
“Demikian juga dengan parti komponen BN lain termasuk Gerakan, MIC dan MCA yang jauh lebih lantang menolak pelaksanaan hudud. Mengapa tiada sebarang kecaman dan ugutan untuk diperangi terhadap mereka ini?
“Malahan, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pun melihat hudud yang dijuarai PAS sebagai taktik politik semata-mata, dan tidak melihat adanya keperluan melaksanakan undang-undang ini melainkan hanya untuk mengalihkan perhatian rakyat. Apakah beliau juga wajib diperangi?” soalnya.
Abdul Rahman dilaporkan media arus perdana sebagai berkata “hukum bagi mana-mana umat Islam yang bekerjasama atau bersekongkol dengan DAP adalah haram serta berdosa besar”, justeru atas alasan itu mufti berkenaan menggelar DAP sebagai ‘kafir harbi’.
Mengulas lanjut, Zairil yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera turut membidas Abdul Rahman yang didakwa berdiam diri dalam isu yang melibatkan isu alam sekitar seperti skandal bauksit di Kuantan dan hutan simpan di Cameron Highlands yang ditarah secara berleluasa.
Sedangkan ia jelas “terhasil daripada kerakusan dan kepincangan yang nyata oleh pemerintah”, tambahnya.

MUHYIDDIN, MUKHRIZ PALING TIDAK BERPOTENSI TUMBANGKAN BN DI JOHOR DAN KEDAH

Sebaik dipecat daripada UMNO pada Jumaat lalu, Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir sudah hilang peluang untuk menjatuhkan Najib Razak melalui saluran dalaman parti itu. Permusuhan mereka juga tidak lagi bersifat terhadap batang tubuh Perdana Menteri sahaja.

Muhyiddin dan Mukhriz kini sudah menjadi musuh kepada UMNO. Melalui pemecatan yang dilakukannya, Najib telah memindahkan permusuhan kedua-dua pemimpin itu terhadapnya kerana membangkitkan kecurangannya berkaitan 1MDB dan kemasukan wang RM2,600 juta ke dalam akaun peribadinya, kepada parti untuk menanggungnya.

Sesuai dengan itu, Muhyiddin dan Mukhriz harus juga mengambil sikap bermusuh dengan UMNO mulai sekarang. Adalah tidak jantan jika dalam keadaan UMNO sudah mengambil sikap bermusuh, mereka sebaliknya masih lagi bernada syahdu kepada UMNO. Harus diletakkan titik noktah dalam hal ini.

Mereka kini mesti menjadikan PRU 14 sebagai detik perhitungan dengan Najib, kecuali kalau ingin bersara dan reda dengan segala keburukan Najib selama ini. Tetapi jika itu pilihannya, Muhyiddin dan Mukhriz tidak lagi dianggap pejuang, malah akan dibenci dan dikecam.

Ada dua langkah yang boleh dilakukan sekiranya Muhyiddin dan Mukhriz ingin terus berjuang dan berlawan dengan UMNO dan Najib yang kini dimusuhinya.

Pertama, ia boleh dilakukan dengan salah seorang daripadanya sedia menentang Najib di Parlimen Pekan dalam pilihanraya akan datang. Tumbang Najib di Pekan, tergoleklah jawatan Perdana Menteri yang disandangnya meskipun jika sekiranya BN masih menang dalam pilihanraya nanti.

Namun, persaingan itu amat berat dan hampir mustahil untuk mencapai kejayaan. Dengan kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri serta kuasa dan wang yang dimilikinya, tentu saja banyak dedak yang mampu ditaburkan untuk memastikan kemenangan kekal dalam genggamannya.

Menanti sifir baru politik Muhyiddin

Tanpa dirancang lagu allahyarham Sudirman, Gerimis Di Lautan, bagaikan menjadi lagu latar ketika saya membaca berita pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin.
Bukannya mengejutkan sangat berita itu. Kedatangan pengumuman begitu kira-kira seperti menunggu durian gugur di dusun. Buahnya ada, cuma menanti detik matang yang betul.
Bersama 'gugur' dengan Muhyiddin ialah bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Kedudukan itu menjadikan mereka - dari satu segi - sama seperti bapa Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berada di luar Umno kerana mengkritik pemimpin Umno.
Bekas menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula digantung keahliannya. Dia tidak dipecat, tetapi penggantungan itu meletakkan sebelah kaki beliau sudah berada di luar lingkaran Umno.
Siapa yang tidak tahu kerunsingan dialami mereka terhadap nasib Umno kini. Di mata sebahagian orang - termasuk 3M itu (Dr Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz) - Umno kini dalam keadaan parah akibat tindak-tanduk presiden dan penyokongnya.
Justeru mereka bergerak ke sana sini membuat penjelasan dan menarik sokongan supaya Datuk Seri Najib Razak diketepikan daripada jawatannya sekarang.
Tapi biasalah, kecuali Dr Mahathir, yang lain tidak ada pengalaman menjadi pembangkang. Atau bersahabat dengan pembangkang. Maka kemarahan itu kita lihat tidak lebih daripada sekadar macam marah-marah manja.
Menyindir, berkias, kemudian barulah sedikit lebih keras. Oh, semasa menegur itu adalah sekali dua mereka bersajak.
Pada Mac lalu misalnya Muhyiddin membaca sajak ikonik Chairil Anwar, Aku, semasa majis di Kampung Batu Ampat‎, Kota Tinggi.
Cuma sedihnya sajak ranggi Chairil itu menjadi suku masak di tangan Muhyiddin kerana beliau hanya membacakan dua daripada 13 baris Aku.
"Aku ini binatang jalang
dari kumpulannya terbuang."
Barangkali ada benarnya juga kata sesetengah orang, dalam keadaan berhemah dan berlapik itu pun Muhyiddin dibuang, lebih baiklah beliau sebelum ini melawan dengan lebih garang.
Kini nasi bukan saja sudah menjadi bubur, malah menjadi bubur basi.
Dengan kemenangan bergaya BN di Sarawak, Sungai Besar dan Kuala Kangsar, tidak banyak yang boleh dilakukan oleh Muhyiddin.
Najib dan sekutunya memiliki testimoni untuk menunjukkan majoriti rakyat sebenarnya masih yakin kepada Umno yang diterajuinya. Pedulilah apa pun yang dikata orang.
Sedangkan cakap Dr Mahathir pun tak dipeduli orang, apa lagilah ceramah pembangkang. Cakap Muhyiddin, lagilah.
Dalam keadaan begitu apakah pilihan yang ada pada bekas timbalan perdana menteri dan menteri besar Johor itu?
Pertama, beliau boleh bersara daripada politik. Atau hanya bergerak di belakang tabir untuk menyedarkan rakyat Malaysia, terutama ahli Umno supaya melakukan sesuatu pada parti itu.
Tanpa menjadi ahli Muhyiddin boleh menubuhkan suatu pertubuhan bukan kerajaan dan bergerak di atas landasan itu. Kalau bernasib baik pertubuhan berkenaan boleh berkembang dan lebih berpengaruh daripada PERKASA.
Kedua, menyertai kumpulan bekas yang berhormat dalam Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) selepas ini.

'Kafir harbi': Tiada seorangpun menteri akan bersuara, rasa Kit Siang

Tiada seorangpun di kalangan menteri BN dirasakan akan bersuara menentang pengisytiharan 'kafir harbi' oleh mufti Pahang terhadap mereka yang menentang pelaksanaan hudud oleh PAS.
Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menyatakan keraguannya itu setelah membantah kenyataan mufti berkenaan minggu lepas dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diselar kerana terus mendiamkan diri.
"Majlis Tertinggi BN hendaklah mengumumkan pendirian BN mengenai kenyataan 'kafir harbi' itu yang bukan sahaja telah melanggar dasar dan konsensus BN, tetapi turut mengancam kesatuan dan perpaduan negara terutamanya dengan merujuk kepada Perjanjian Malaysia 1963.
"[Ini] belum mengambil kira pembangunan negara Malaysia selama 59 tahun dan asas dalam prinsip Rukunegara berhubung usaha menegakkan kedaulatan undang-undang," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
"Nampaknya, tiada seorangpun menteri, walaupun perdana menteri dan timbalan perdana menteri menuntut agar mufti Pahang menarik balik kenyataan berunsur hasutan dan memusnahkan 'kafir harbi' tersebut.
"Siapakah yang akan menjadi menteri pertama yang akan bersuara untuk menolak dan benar-benar menjarakkan dirinya dari kenyataan tersebut?," tanya Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.
Jumaat lepas, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman, menerusi artikel dalam Utusan Malaysia dilaporkan telah menggelar DAP sebagai 'kafir harbi' kerana menentang langkah langkah PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan menerusi pembentangan rang undang-undang anggota persendirian oleh presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Apabila rasuah dianggap rezeki

Apakah yang dimaksudkan rasuah?

Rasuah ialah apabila seorang cuba membayar sejumlah wang bagi melepaskan diri daripada saman trafik, dan duit itu pula diterima oleh penguatkuasa sebagai imbuhan untuk melepaskannya.

Rasuah ialah apabila seorang mengambil tawaran daripada seorang pembida agar peluang dia memenangi bidaan tersebut menjadi tinggi sebagai imbuhan.

Rasuah ialah apabila ada pihak menawarkan duit kepada pengundi supaya pengundi dapat mengundi pihaknya sebagai imbuhan.

Dalam erti kata lain, rasuah sebenarnya ialah tindakan memakan harta orang lain dengan cara yang batil iaitu menerima rasuah atau suap bagi mendapatkan manfaat seperti menjatuhkan hukuman yang menguntungkannya atau merugikan lawannya, didahulukan urusannya atau ditunda kerada suatu kepentingan atau mendapatkan satu kedudukan dan pekerjaan yang tidak setimpal dengan kelayakan pemberi rasuah daripada mereka di kedudukan berkuasa.

Pengertian rasuah itu sebenarnya amat luas, ia bukan hanya tertumpu kepada masalah kewangan sahaja, tetapi juga termasuk penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan.

Yang menyayatkan hati ialah meskipun mengetahui rasuah ialah satu perbuatan jenayah, namun rakyat dan kerajaan telah membiarkan virus ini menular dan menjadi darah daging masyarakat.

Rasulullah S.A.W. dalam hadis sahih menyebut "pemberi rasuah, penerima rasuah & orang perantaraan menguruskan rasuah (orang tengah) semuanya sama akan dimasukkan ke dalam neraka".

Hatta di dalam ayat Quran pun disebut rasuah adalah haram di sisi Islam.

"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)." (Al-Baqarah: 188)

Cuma masalahnya, ramai yang hanya mulutnya menolak rasuah, namun apabila berdepan dengan rasuah, ia pula dianggap rezeki.

Contoh yang paling mudah ialah rasuah kesalahan trafik. Yang memberi rasuah menganggap ia adalah rezekinya untuk membayar ‘denda’ yang jauh lebih rendah daripada sepatutnya manakala penerima rasuah menganggap ia adalah rezeki lebihan kerana berbuat baik melepaskan seorang pesalah trafik.

Perkara yang sama juga berlaku di peringkat yang lebih tinggi, apabila pembida kontrak memenangi bidaan yang tidak sepatutnya dimenangi melalui rasuah menganggap itu adalah rezekinya. Penerima rasuah pula berasa ia adalah rezeki tambahannya kerana ada pembida yang sanggup membayarnya, kerana baginya tiada beza sekiranya projek itu dianugerah kepada pembida A mahupun B.

Abu Hassan ganti Mukhriz di Jerlun

Ahmad Bashah berkata, DUN Ayer Hitam yang masih dipegang Mukhriz pula dijadikan DUN angkat badan perhubungan Umno negeri bagi memastikan nasib pengundi di DUN tersebut terus terbela.
abu-hassan-mukhriz
ALOR SETAR: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sharif dilantik pemangku Ketua Bahagian UMNO Jerlun bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang dipecat daripada Umno.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, DUN Ayer Hitam yang masih dipegang Mukhriz pula dijadikan DUN angkat badan perhubungan Umno negeri bagi memastikan nasib pengundi di DUN tersebut terus terbela.
“Tumpuan khusus akan diberikan saya sendiri bagi memastikan segala keperluan, agenda pembangunan dan kebajikan masyarakat di DUN berkenaan terus terbela,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Jumaat lalu, Majlis Tertinggi Umno sebulat suara memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang sebelum ini digantung sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Mukhriz berkuat kuasa serta-merta manakala Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie
Apdal pula digantung keanggotaannya.
Muhyiddin dan Shafie sebelum ini digugurkan daripada Kabinet pada Julai 2015 manakala Muhkriz melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah pada Februari lepas.

‘Selamat tinggal Umno, saya hanya tentang pemimpin korup’ – Muhyiddin

Setelah lebih empat dekad saya melalui perit jerih dan suka duka perjuangan di dalam Umno, semalam Majlis Tertinggi membuat keputusan untuk memecat saya daripada parti.
Saya tidak pernah meninggalkan perjuangan parti atau mengkhianati parti. Saya cuma berkata benar kerana itulah prinsip yang saya junjung dalam perjuangan saya.
Malangnya saya dipecat kerana apa yang saya perkatakan selama ini menyentuh skandal moral dan kewangan paling besar dalam sejarah Umno dan negara yang melibatkan perdana menteri.
'Selamat tinggal Umno,  saya hanya tentang pemimpin korup' - MuhyiddinSahabat saya Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga dipecat dan Datuk Seri Shafie Apdal digantung keahlian. Segala-galanya berlaku hanya kerana kami mengambil langkah berani menegur perdana menteri yang sudah jauh tersasar daripada perjuangan Umno yang asal.
Saya berasa kecewa kerana Umno yang ada pada hari ini bukan lagi Umno yang sebenar. Ia telah berubah menjadi sebuah parti yang dikuasai hanya oleh seorang individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup kesalahannya dan menyelamatkan dirinya.
Mereka yang melakukan perbuatan jenayah yang merosakkan imej parti dan integriti tidak menerima hukuman yang setimpal. Sebaliknya, mereka yang berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan dipecat daripada parti.
Mereka yang menguasai Umno boleh melakukan apa sahaja terhadap saya, namun saya tidak rela hidup melutut. Bukan prinsip saya untuk tunduk bersekongkol dengan perbuatan jahat seorang pemimpin yang merosakkan bangsa dan negara.
Keputusan pemecatan saya ini telah pun saya duga dari awal. Maka semalam berakhirlah sejarah panjang perjalanan hidup saya yang penuh liku di dalam Umno.
Sejarah ini akan terus terpahat dalam ingatan saya kerana Umno telah sekian lama menjadi sebahagian daripada denyut nadi dan darah daging saya.
Hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun hatta diri saya sendiri. Saya tidak pernah mengkhianati Umno. Saya hanya menentang pemimpin Umno yang korup dan menyeleweng.
Namun, jika mereka beranggapan perjuangan saya berkubur di sini, mereka silap. Saya akan terus berjuang selagi hayat dikandung badan. Biarlah mereka memecat saya dan melakukan apa sahaja untuk melunturkan semangat juang saya. Obor perjuangan di dalam jiwa saya akan terus menyala.
Walaupun tindakan terhadap saya daripada penggantungan jawatan sehingga pemecatan saya daripada parti bercanggah dengan proses keadilan dan tidak berperlembagaan, saya tidak akan merayu.

Umno Pagoh kekal bersama Muhyiddin, ulangi episod Permatang Pauh?


Umno Pagoh kekal bersama Muhyiddin, ulangi episod Permatang Pauh?

Umno Pagoh dan pergerakan pemuda bahagian itu berdiri teguh di belakang Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas bekas timbalan perdana menteri itu dipecat dari parti semalam.
Ketua Penerangan Umno Pagoh Hairul Izam Abd Samat bekata mereka juga menolak keputusan majlis tertinggi parti berkenaan memecat Muhyiddin atas pertimbangan empat perkara.
  • Dibuat tanpa mengikut prosedur sepatutnya mengikut perlembagaan parti sebaliknya majlis tertinggi dan perlembagaan disalah guna presiden manakala Muhyiddin tidak dipanggil mempertahankan tuduhan ke atasnya
  • Muhyiddin dipilih sebagai timbalan presiden dan ketua bahagian oleh ahli Umno di seluruh dunia dan keputusan MT mengkhianati anggota parti. Beliau terpaksa menggunakan pertubuhan bukan kerajaan untuk meneruskan perjuangan selepas dinafikan haknya melaksanakan tugas sebagai timbalan presiden
  • Salah laku presiden Umno didakwa Muhyiddin berdasarkan laporan berintegriti daripada agensi kerajaan seperti bekas peguam negara, gabenor Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
  • Teguran dibuat Muhyiddin demi kepentingan parti dan bukan kepentingan peribadi dan tidak pernah memburuk-burukkan Umno sebaliknya memastikan parti itu kukuh
Sementara itu Ketua Pemuda Umno Pagoh Mohd Zaid A Rahman berkata mengutuk tindakan MT memecat Muhyiddin.
“Tindakan dilakukan itu adalah amat tidak berperlembagaan sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan .
Melalui sumber sahih, kata Mohd Zaid, Muhyiddin tidak pernah diberi surat tunjuk sebab dan dipanggil untuk membela diri atas tuduhan yang dikenakan kepadanya.
Justeru katanya, tindakan MT Umno semalan merupakan kezaliman dan jelas bersifat pembunuhan watak secara terancang.
“Tidak masuk akal jika tindakan begini boleh diterima oleh ahli-ahli marhaen seperti kami yang melihat salah guna kuasa MT sewenang-wenangnya terhadap amanah yang diberi selama ini.
“Kita sedia maklum ciri-ciri kefasikan itu adalah orang yang tidak memegang amanah. Apatah lagi kami dikaitkan secara langsung dgn Muhyiddin sebagai ketua Umno Pagoh.

PAS Bakal Mengalami Krisis Identiti Yang Parah

Oleh ramziredang
Tidak sukar untuk kita menduga apa sebenarnya dalam benak pemikiran pemimpin utama PAS sekarang. PAS sudah rela kalah asalkan bukan DAP atau PKR yang menang. UMNO? setengah pemimpin PAS sudah mula mencanang, walau zalim walau kenakan tol walau kenakan gst, UMNO masih lagi islam. Jadi pilihannya adalah kalau tidak PAS,UMNO yang menang.
Setakat hari ini, sandiwara antara PAS dengan UMNO bahawa UMNO mula berubah kepada hendakkan Islam, masih lagi berjalan dan kelihatan seperti betul. Isu RUU355 masih lagi boleh menjadi senjata rahsia untuk mengaburi mata sesetengah orang orang kampung. Setakat mana ia dapat bertahan sebagai alat propaganda, kita tidak pasti. Tetapi adat lumrah membuktikan, kita tidak boleh menggunakan helah yang sama berulang kali dan berlamaan masa. Kelak akan terdedah jua.
Untuk menggarap dan 'menaiktaraf Islam' UMNO di mata rakyat, maka perlu dua cara, pilihan pertama samada menggambarkan kelebihan Islam pada UMNO sendiri atau pilihan kedua mencipta satu musuh kepada Islam. Tetapi untuk memilih kelebihan Islam yang ada pada UMNO adalah sangat janggal buat masa ini. Dalam hal ini PAS dan UMNO sepakat memilih pilihan kedua, senjata yang paling ampuh untuk digunakan ialah mewujudkan satu musuh Islam yang bernama DAP.
Bagaimana dengan MCA? GERAKAN? MIC? Sepertimana yang kita tahu mereka juga mudah melenting malah kekadang lebih melenting dari DAP, tetapi mereka tidak dimasukkan dalam senarai musuh islam oleh PAS apatah lagi UMNO. Pemilihan yang selektif ini mungkin berjaya untuk jangka pendek ketika ini, tetapi kelak akan memakan diri PAS dan UMNO sendiri akhirnya.
Sekalipun UMNO dapat berbincang secara rahsia dengan MCA, Gerakan, Mic dan yang lain supaya melembutkan suara anti Islam mereka, tetapi ini sudah pasti tidak akan dapat ditunaikan oleh rakan UMNO tersebut. Jika mereka melembutkan suara anti Islam mereka, seolah mereka telah hilang jatidiri parti mereka dan menjauhkan pengundi tegar mereka dari kalangan bukan Islam dan akan semakin ramai pula penyokong tegar mereka beralih kepada DAP.
Propaganda yang di bawa oleh UMNO dan PAS ini hanya seolah olah mencari untung di kalangan pengundi melayu Islam tetapi rugi di kalangan pengundi bukan Islam. Kerana itulah MCA dan rakan sepertinya sering juga ingin melebihkan suara anti islamnya lebih dari DAP, supaya berjaya menarik minat pengundi bukan Islam.
Bila mencanangkan DAP anti Islam, apakah realitinya nampak begitu? Keadaan realiti dan sejarah yang baru digarap oleh DAP di pulau pinang menggambarkan sebaliknya. Berbagai insentif telah disediakan kepada madrasah, pusat tahfiz dan intitusi islam di pulau pinang. Malah sesiapa yang hafal quran mendapat imbuhan dengan banyak, jumlah imbuhan berdasarkan berapa banyak juzuk quran yang dihafal. Malah peruntukan disediakan kerajaan negeri pulau pinang untuk majlis agama negeri, paling tinggi berbanding peruntukan majlis agama negeri negeri lain.
Dari satu sudut yang lain, PAS juga mencanangkan bahawa parti Amanah adalah talibarut DAP. Ini mungkin kerana PAS ingin menjauhkan pengundi melayu Islam dari Amanah, atau mencegah ahli PAS dari mengundi Amanah. Tetapi pada masa yang sama PAS kehilangan sokongan bukan Islam. Tuduhan Amanah sebagai boneka DAP ini pun, sepintas lalu kononnya merugikan Amanah, tetapi sebaliknya menjadi kemenangan moral yang sangat tinggi bagi Amanah. Bukan Islam tidak akan segan segan untuk menyokong Amanah. Maka masa depan Amanah sebagai parti yang mempunyai perpaduan kaum yang tinggi menjadi cerah masa depannya. 

Aktivis: Bayar terus zakat lebih baik daripada melalui pusat zakat

Sebaliknya, ramai membayar zakat melalui pusat zakat kerana mereka mahu mendapatkan rebat cukai, kata Dr Farouk.
Datuk-Dr-Ahmad-Farouk-Musa
PETALING JAYA: Umat Islam yang menunaikan kewajipan zakat tanpa melalui pusat zakat tidak boleh dipersalahkan, kerana ia dibuat atas niat mahu memastikan wang itu tidak disalah gunakan, kata aktivis Datuk Dr Ahmad Farouk Musa.
Sebaliknya, beliau berkata ramai memilih membayar zakat melalui badan zakat kerajaan kerana mereka mahu mendapatkan rebat cukai pendapatan.
“Tetapi mereka yang ingin melaksanakan kewajipan agama pasti akan menjauhi institusi yang sedemikian rupa,” katanya kepada FMT, sambil menyeru agar institusi zakat direformasikan.
Beliau mengulas amaran mufti Perak baru-baru ini yang menganggap haram menyalurkan wang zakat terus kepada asnaf (golongan layak terima zakat) tanpa melalui badan zakat yang disediakan.
Tan Sri Harussani Zakaria berkata umat Islam wajib membayar zakat kepada badan khas dipertanggungjawabkan sambil menafikan dakwaan wang zakat disalah gunakan.
“Adalah salah pendapat mendakwa majlis agama menggunakan bahagian-bahagian asnaf itu bagi tujuan lain, sedangkan pegawai menguruskan hal zakat hanya diberi ganjaran gaji melalui bahagian amil,” katanya.
Pendapat Harussani itu dilihat bercanggah dengan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin, yang November lalu berkata tidak salah memberi zakat terus kepada asnaf sekiranya seseorang itu tidak ada kepercayaan terhadap institusi zakat.

Haram bayar terus zakat kepada asnaf, kata mufti Perak

Umat Islam diminta tidak membayar zakat secara terus kepada asnaf kerana perbuatan itu hukumnya adalah haram, kata Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria.
Beliau berkata orang ramai dinasihatkan untuk membayar zakat kepada pusat zakat yang dilantik oleh kerajaan di setiap negeri.
“Mengikut hukum syarak, apabila ada satu badan yang telah dilantik kerajaan untuk mengumpul zakat fitrah dan harta, setiap orang wajib mengeluarkan zakat kepada badan tersebut.
“Ini kerana badan itu telah diperintahkan supaya mencari dan mengumpulkan para asnaf yang ada untuk disampaikan secara adil hasil zakat itu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis penyampaian bantuan Aidilfitri kepada 300 fakir miskin dan sumbangan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) oleh Yayasan Muhibbah Fng Ah Seng di sini hari ini.
Setiap fakir miskin menerima sumbangan RM200 dan wakil bagi setiap 10 masjid di daerah Kerian menerima RM2,000.
Dr Harussani mengulas berhubung isu viral di Facebook di mana sebanyak 70 peratus orang ramai bersetuju membayar zakat terus kepada asnaf manakala 30 peratus lagi kepada badan pungutan zakat.
Menurut beliau, pembayaran seperti itu hukumnya tidak sah dan dikhuatiri asnaf yang menerima itu layak atau tidak menerima zakat.
“Pendapat seperti ini salah kerana MAIPk memberikan zakat secara adil kepada asnaf yang layak menerima zakat. Pegawai kita masuk kampung untuk mengesan asnaf yang layak menerima zakat dan gaji mereka kita ambil dari bahagian amil dan bukan dari asnaf,” katanya.

Muhyiddin akan bersama Amanah?

PARTI Amanah akan ‘bungkus’. Itu tanggapan sesetengah pihak berdasarkan keputusan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini.
Meskipun di Sungai Besar, Amanah mendapat undi kedua terbanyak selepas  BN dan berjaya mengatasi Pas – apa yang disebut-sebut sebagai sebab dan matlamat mereka menyertai pilihan raya – bagi sesetengah pemerhati,  7,609 undi diperoleh sekadar menyerlahkan lagi kelemahan parti pimpinan Mat Sabu itu.
Muhyiddin Yassin Ini kerana, jumlah undi sebanyak itu dianggap kecil berbanding Pas yang mendapat 6,902 undi. Walaupun undi untuk Pas kurang berbanding Amanah, apa yang diperoleh parti itu dikategorikan sebagai undi ‘solid’  sedangkan undi untuk Amanah, selain daripada penyokong sendiri, juga adalah daripada penyokong DAP dan PKR.
Ini bermakna untuk mengatasi Pas, Amanah memerlukan undi daripada penyokong dua parti lain yang secara relatif menunjukkan parti itu belum cukup kuat untuk menyaingi Pas.
Tambahan pula sepanjang tempoh kempen PRK, calon Amanah mendapat sokongan padu jentera DAP terutama di kawasan majoriti Cina di Dun Sekinchan yang diketahui adalah kubu parti itu.
Lalu pada PRU, apabila setiap parti bertanding di kawasan sendiri, dengan kekuatan jentera sendiri dan tidak lagi mendapat sokongan daripada rakan-rakan pakatan sebagaimana PRK, apa yang diperlihatkan oleh Amanah di Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah meragukan!
Di Kuala Kangsar, meskipun menjadi satu-satunya parti yang menampilkan calon anak tempatan, Amanah sekadar mampu meraih 4,883 undi berbanding BN (12,653 undi) dan Pas (5,684 undi).
Justeru, Amanah dianggap parti yang melangkah menuju PRU14 dalam keadaan tempang, setidak-tidaknya berdasarkan keputusan kedua-dua PRK ini!
Namun bagi sesetengah pemerhati,  keadaan ini boleh berubah menjelang PRU14.  Kedudukan Amanah yang dianggap lemah dan masih terkial-kial mencari tempo, mungkin akan menjadi sebaliknya dalam tempoh dua tahun lagi.
Ini berdasarkan perkembangan semasa yang bagi sesetengah pemerhati, membuka ruang untuk Amanah menjuarai keadaan  jika pemimpin parti itu bijak mengeksploitasi situasi terutama membabitkan dua bekas pemimpin besar Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang baru dipecat daripada parti itu kelmarin.
Kata mereka, laba sedang bergolek ke kaki pemimpin Amanah.
Pada kedua-dua PRK, Tun Dr. Mahathir Mohamed turun berkempen untuk calon parti itu. Beliau sepentas bukan sahaja dengan Mat Sabu malahan juga supremo DAP, Lim Kit Siang yang dianggap godfather Amanah.
Deklarasi Rakyat yang dipelopori Mahathir, disokong kuat oleh pemimpin Amanah pada ketika ia ditentang bukan sahaja oleh Umno, bahkan juga Pas dan pemimpin de facto PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini sekali gus menunjukkan Mahathir memerlukan Amanah untuk terus menggerakkan kempen menurunkan Datuk Seri Najib Tun Razak dari kerusi Perdana Menteri.

Pecat: Mungkin ada sabotaj dalam PRU14 nanti



SHAH ALAM - Penganalisis politik melahirkan kebimbangan tindakan pemecatan ke atas dua pimpinan Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir semalam bakal mewujudkan sabotaj dalaman pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Muhyiddin yassin Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata sabotaj itu mungkin berlaku secara besar-besaran walaupun percikannya langsung tidak kelihatan ketika ini.
“Kebimbangan saya hanya satu, ahli Umno memang tidak akan beri reaksi (sekarang) tapi apabila berlaku pilihan raya nanti, mungkin akan berlaku sabotaj dalaman yang besar. Itu tidak pasti akan berlaku atau tidak tapi boleh berlaku.
“Sebab kita tahu sokongan kepada Tun (Dr) Mahathir (Mahathir) masih kuat. Muhyiddin dan Mukhriz pun ada sokongannya. Cuma, setakat ini ahli Umno nak lihat apa tindakan mereka selepas dipecat. Selepas itu baru mereka bertindak tapi di Jerlun dan Pagoh pasti akan ada kesannya,” katanya kepada Sinar Online.
Semalam, Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan untuk memecat Muhyiddin dan Mukhriz serta menggantung keahlian Datuk Seri Shafie Apdal dari parti itu.
Mengulas lanjut, menurut Azizuddin, berdasarkan tradisi Umno, penyokongnya mengikut kata ketua dan jika mereka tidak bersetuju, protes tidak dilakukan secara terang-terangan.
“Apa-apa tindakan diambil oleh ketua, walau mereka tidak setuju sekalipun mereka tidak akan protes tapi ia hanya akan dilakukan secara senyap. Apabila pilihan raya selalunya mereka akan sabotaj.
“Saya rasa buat waktu ini ahli Umno akan terus menyokong pucuk pimpinan. Mereka tidak akan bertindak seperti zaman (pemecatan) Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu...demonstrasi besar-besaran kerana keadaan itu berlainan,” katanya.
Beliau juga berpendapat Umno masih mempunyai masa untuk memujuk ahli-ahlinya yang marah dengan keputusan pemecatan itu sebelum PRU14.
Katanya lagi, keputusan Muhyiddin dan Mukhriz selepas pemecatan ini pastinya dinanti-nanti penyokong.

Letak jawatan tindakan emosi, kata Hishammuddin

Tindakan beberapa anggota Umno Bahagian Pagoh yang meletak jawatan sebagai tanda membantah keputusan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat berasaskan sentimen emosi semata-mata, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Anggota Parlimen Sembrong itu berkata beliau amat memahami keputusan yang dibuat mereka, bagaimanapun ia (emosi) boleh dibendung menggunakan penjelasan dan pendekatan yang ikhlas.
"Saya setuju dengan hujah Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tentang perkara ini (isu pemecatan Muhyiddin) dan saya percaya kalau kita pegang kepada nilai-nilai perjuangan, kita melihat sesuatu itu bukan berkisar kepada peribadi tetapi kepada kepentingan parti.
"Kita tengok apa yang diputuskan itu bersandarkan kepada disiplin yang mengikat kita semua termasuk diri saya sendiri sebagai naib presiden...apa yang kita fahami di Pagoh, ada sentimen emosi tetapi saya harap ia tidak menular kepada bahagian-bahagian lain. Setakat ini, saya tidak nampak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Rahmat Ramadan, Khatam al-Quran serta Majlis Kesyukuran Projek Jiwa Murni Parlimen Sembrong di Felda Ulu Dengar, dekat sini petang tadi.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan itu berkata sejak dari dahulu, Umno terutamanya Umno Johor tidak pernah meletakkan kepentingan peribadi dan kepentingan individu melebihi kepentingan parti.
"Daripada isu Tun Musa Hitam, isu Tun Dr Ismail semasa dia Menteri Dalam Negeri, Datuk Onn Jaafar lagi iaitu pengasas Umno. Bila dia (Onn Jaafar) keluar dari Umno disebabkan visinya jauh ke hadapan, ditolak oleh Johor, ditolak oleh orang Melayu, ia tidak menjejaskan parti.

NASIB DAP APABILA LAHIR DALAM POLITIK DI MALAYSIA


Pada tahun 1978, bila Kjaan Pas di Kelantan dirampas secara zalim dan tidak demokrasi, sebuah parti yg dikatakan "kafir Harbi" iaitu Dap adalah satu2nya parti yg membela Pas waktu itu. Ini diakui sendiri oleh Hadi Awang, Presiden Pas.
Begitu juga, sewaktu peristiwa Memali yg mengorbankan Syuhadak Us Ibrahim Libya dan para pengikutnya, di Parlimen waktu itu parti "Kafir Harbi' iaitu Dap ini lantang mendesak kerajaan zalim Umno/Bn untuk melakukan Suruhanjaya Diraja Bebas dan pembentangan kertas putih bagi menyiasat tragedi yg berlaku.
Apabila wang royalti petroleum dirampas dari Kjaan Tganu sebaik saja Pas mengambil alih kjaan Tganu, sekali lagi lantang Dap parti 'Kafir Harbi" ini mengecam tindakan zalim kerajaan Umno/Bn ke atas Kjaan Tganu di bawah Pas.
Di waktu seorang anak gadis Melayu Islam di bawah umur di Melaka dirogol sehingga melahirkan anak oleh seorang pemimpin politik, bangkit Lim Guan Eng, salah seorang pimpinan Dap "kafir harbi' ini membela nasib anak gadis Melayu Islam tersebut sehinggakan Guan Eng rela dipenjarakan.
Kita juga masih ingat, seorang gadis Melayu Islam yg berfurdah dibuang kerja kerana enggan menanggalkan furdahnya, bangkit Karpal Singh seorang peguam dan pimpinan utama dari Dap parti 'kafir harbi' ini membela nasib Muslimah tersebut.
Di Parlimen, suatu ketika, diwaktu kerajaan Umno/Bn ingin mengadakan judi bolasepak Piala Dunia, Dap sebuah parti 'kafir harbi' sebulat suara bangun di Parlimen menentang cadangan kerajaan diwaktu itu.
Sesungguhnya, Dap memiliki banyak sejarahnya. Pernah digelar pemimpinnya sebagai mengikut cara "Omar Abdul Aziz' sehinggalah pernah digelar juga "kafir harbi". Semua gelaran itu bergantung kpd kepentingan kita untuk menunjukkan Dap itu baik atau buruk. Dap baik ketika mereka menguntungkan kita dan Dap buruk ketika kita tidak beruntung.
Nasib kamulah Dap lahir dalam politik di Malaysia.

Wfauzdin Ns

Dedak yang ditabur kerajaan bukan hampas kelapa, tapi dedak permata.....

Pembangkang perlu melihat usaha kerajaan membantu rakyat dalam menyediakan pelbagai kemudahan secara zahir, bukan menuduh segala pemberian itu ibarat ‘dedak’ yang ditaburkan kepada rakyat.
“Saya fikir kita kena melihat secara zahir tanggungjawab kerajaan, setakat apa yang terdaya oleh oerajaan berikan kepada rakyat, kalau ada yang baca sebagai perkara negatif, mereka perlu lihat wacana tanggungjawab kerajaan itu sendiri.
Nak cakap pasal pembangkang bagi dedak ni, biarkan mereka cuma saya nak ingatkan dedak yang diberi bukan dedak jagung atau hampas kelapa, tapi dedak yang dihancurkan dari batu permata zamrud dan sebagainya,” kata Presiden MUAFAKAT, Ismail Mina kepada BNBBC.my portal.
Beliau berkata demikian bagi menyokong kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar pihak yang menyamakan bantuan kerajaan kepada rakyat dengan dedak.
Najib menyifatkan tindakan sedemikian sebagai keterlaluan, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.
“Kerajaan Barisan Nasional bina sekolah, bina rumah, bina jalan, semua ini untuk rakyat, bukannya bagi makan dedak. Dedak itu makanan haiwan, tidak patut disamakan dengan bantuan yang diberikan kerana kita prihatin dengan keperluan rakyat,” katanya dalam catatan di laman Facebooknya.
Katanya lagi, dalam Islam sekalipun mana-mana pihak dilarang untuk menuduh seseorang sama ada ikhlas atau tidak pada setiap tindak tanduk yang dilakukan kerana ia merupakan perihal dalaman yang dinilai oleh Allah.
Najib_Razak_-_2016-06-26_04.22.06“Siapa kita nak cakap dia ikhlas atau tidak? Siapa kita nak cakap yang dia buat semua itu hanya kerana kepentingan politik sahaja? Kita yang Islam ni kena sedar, kenapa kita yang Islam ni tak mampu berfikir pada perkara asas dan boleh pula mendengar tuduhan daripada orang yang tidak sepatutnya?
“Dia buat sekolah, buat surau itu kerja Najib, itu kerja kerajaan, kalau dia tak buat lagi semua mengatabuat pun mengata, habis kamu nak yang mana?” Soalnya.

Tuduhan dedak hina rakyat, kata PM

Perdana menteri sekali lagi mengecam pengkritiknya yang mendakwa kerajaan BN memberi "dedak" kepada rakyat untuk mendapatkan sokongan.
Kali ini Datuk Seri Najib Razak berkata, sesiapa yang membuat tuduhan begitu sebenarnya mereka telah menghina rakyat.
Hakikatnya, kata Najib, sokongan yang diberikan membuktikan rakyat berkeyakinan kepada kerajaan kerana mengutamakan kemaslahatan ramai.
"Sebab itulah kalau ada orang kata kita menang (dalam pilihan raya Sarawak dan dua pilihan raya kecil pada 18 Jun lalu) kerana kita beri dedak kepada rakyat, itu adalah satu penghinaan. Penghinaan kepada rakyat," katanya di majlis Nur Ramadan di Putajara malam tadi.
Najib berkata rakyat memang tahu menilai dan membuat keputusan memilih kerajaan yang mengutamakan mereka.
Kerajaan, kata perdana menteri, terus memberi bantuan kepada rakyat walaupun berdepan dengan pelbagai tohmahan kerana ia adalah tanggungjawab.
Bantuan itu kata Najib bukan bertujuan untuk menghina rakyat kononnya dengan memberi 'dedak' sebaliknya ia dibuat kerana kerajaan sentiasa mementingkan kemaslahatan rakyat.
"Sbb itulah kerajaan pimpinan saya, kami dengan rakan-rakan jemaah menteri, kami tak kisah (orang) nak cakap apa pun, cakaplah.
"Akhirnya rakyat bertambah yakin kepada kerajaan," katanya disambut tepukan orang ramai.
Dedak adalah istilah yang dipopularkan kumpulan pengkritik Najib dalam usaha mereka mendapatkan sokongan bagi menyingkirkan beliau daripada jawatan perdana menteri serta presiden Umno.

Dr M: Rasuah tak pernah sedahsyat ini

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui wujud amalan rasuah ketika beliau menjadi perdana menteri namun apa yang berlaku kini jauh lebih buruk.
Dalam temu bual beliau dengan stesen televisyen Al Jazeera, Dr Mahathir berkata rasuah berlaku di semua negara namun tahap amalan itu yang menentukan sama ada ia buruk atau terkawal.
"Saya mengaku ketika masa saya ada amalan rasuah, tetapi tidak sehebat pembabitan Najib yang membabitkan berbilion-bilion, puluhan bilion ringgit.
"Ia tidak pernah dilakukan atau didengari di negara ini," katanya kepada hos program UpFront, Mehdi Hasan.
Temu bual itu disiarkan stesen televisten berkenaan semalam dan turut dipaparkan di laman sesawang Al Jazeera.
Sebelum itu Mehdi menyoal Dr Mahathir mengenai amalan rasuah ketika beliau mengetuai kerajaan Malaysia selama kira-kira 22 tahun.
Dr Mahathir juga ditanya mengenai kempennya untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam temu bual itu Dr Mahathir turut mempertahankan rekod perkhidmatannya.
Kata perdana menteri keempat Malaysia itu jika beliau tokoh yang korup tidak mungkin negara mencapai kemakmuran.
"Sebuah negara yang korup tidak boleh maju.
"Pada era saya negara menunjukkan kejayaan. Ia begitu makmur dan rakyat gembira menyokong kerajaan - kerajaan saya - dan setiap pilihan raya selama lima kali saya memenanginya dengan majoriti dua per tiga," katanya.
Kini katanya beliau tidak lagi memegang kuasa.
Jika tuduhan rasuah yang dilemparkan kepadanya benar, beliau tentu dihadapkan ke mahkamah.
Beliau juga mempertahankan kempennya menyingkirkan Najib dengan alasan perdana menteri kini menutup saluran demokrasi untuk terus berkuasa.