Jumaat, 24 Jun 2016

Pecat Muhyiddin, Mukhriz tanda Najib yakin selamat

Penganalisis politik berpandangan Presiden Umno percaya pemecatan dua pemimpin utama kumpulan pemberontak tidak akan beri kesan kepada parti
Wong Chin Huat
PETALING JAYA: Dua pemimpin kanan parti dipecat kerana Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertambah yakin kedudukannya selamat, kata penganalisis politik.
Keyakinan Najib itu, mereka percaya, diuja kemenangan dalam pilihan raya Sarawak, Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
“Najib percaya dia kuat. Dia percaya pemecatan mereka tidak akan beri kesan kepada parti.
“Sekadar untuk ‘merasmikan’ sahaja. Parti berpecah sejak tahun lepas, dan pemecatan dilakukan sekarang kerana pada Mac lalu Najib tidak berasa yakin,” kata Wong Chin Huat kepada FMT.
Beliau mengulas pemecatan Timbalan Presiden Umno yang digantung, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menurut Wong boleh menjejaskan Umno.
Dua pemberontak Umno itu, yang secara terang-terangan mengkritik Najib berhubung kontroversi 1MDB, dipecat daripada parti selepas Majlis Tertinggi (MT) memutuskan mereka telah melanggar displin parti, dan menyerang parti dengan kerap.
Seorang lagi penganalisis, Khoo Kay Pheng sependapat dengan Chin Huat namun baginya pemecatan itu langkah berisiko.
“Najib berasa yakin selepas memenangi dua pilihan raya itu; dalam masa yang sama, politik Melayu paling berpecah ketika ini.
“Pemecatan itu merupakan satu perjudian di pihak Najib,” katanya.
Ditanya mengenai masa depan Muhyiddin dan Mukhriz, Chin Huat berkata pemecatan ini lebih baik berlaku sekarang daripada ditangguhkan kerana mereka kini punyai masa untuk pertimbang langkah seterusnya sebelum pilihan raya umum.
Katanya lagi, mereka boleh sertai pakatan pembangkang atau menubuhkan parti sendiri.
“Bergantung kepada model mereka – samada mereka mahu ‘pulihkan’ Umno atau perjuangkan sesuatu yang berbeza.
“Lagi lama mereka tunggu lagi banyak masa dibazirkan,” kata Wong.
Kay Pheng bagaimanapun tidak bersetuju dengan pandangan itu kerana pakatan pembangkang tidak cukup “menarik” untuk Muhyiddin dan Mukhriz.
Ini kerana mereka punyai sokongan dalam Umno, maka lebih baik mereka membentuk kumpulan tersendiri dan perhatikan jenis sokongan yang boleh diraih dari dalam Umno.

MT Umno pecat Muhyiddin & Mukhriz, gantung Shafie

Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz.Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz.
Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini memutuskan memecat timbalan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhkriz Mahathir daripada parti itu.
Pengumuman pemecatan itu dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku presiden Umno yang berkata keputusan berkenaan dicapai sebulat suara.
Katanya, tindakan kedua-dua mereka berkempen bagi pihak pembangkang sehingga menjejaskan parti, begitu dikesali dan satu perbuatan tidak bertanggungjawab, lapor Malaysiakini.
Muhyiddin menjadi timbalan presiden Umno kedua yang dipecat selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.
MT Umno hari ini juga memutuskan untuk menggantungkan keahlian naib presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal sehingga Jawatankuasa Disiplin Umno menyiapkan laporan.
Turut sama pada sidang media, Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Ketua Penerangan, Tan Sri Annuar Musa; Bendahari Umno, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzalah; serta ketua sayap, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Khairy Jamaluddin.
Pada sidang media yang sama, Najib turut mengumumkan sumbangan kerajaan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana yang diterajui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan dihentikan.
Katanya, peruntukan kerajaan akan dihentikan serta merta dan semua kakitangannya akan diberi notis berhenti.
Semalam, Pergerakan Pemuda Umno menggesa kerajaan untuk menghentikan segala bantuan yang diberikan.
Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun berkata, bantuan yang diberikan itu termasuk kewangan dan harta tetap serta kakitangan sokongan yang gaji mereka dibayar oleh kerajaan.
Beliau mendakwa langkah itu perlu kerana Mahathir menggunakan yayasan itu sebagai platform untuk menjatuhkan kerajaan.
Sementara itu dalam entri terbaru di blognya, Tun Dr Mahathir menerima sekiranya kerajaan memutuskan untuk merampas Yayasan Kepimpinan Perdana yang diterajuinya.
Namun, kata bekas perdana menteri itu, beliau sedih kerana cadangan berkenaan dibuat oleh pemuda yang akan mewarisi negara dan kepimpinannya di masa hadapan.

AMANAH Tetap Tegap Sekalipun Diserang 2 Penjuru Oleh BN dan PAS

Analisa keputusan PRK-PRU13 Kuala Kangsar dan Sungai Besar 
Oleh SUHAIZAN KAIAT

BN dan Pas mengalami kemerosotan undi Melayu dalam Pilihan Raya Kecil(PRK) berbanding Pilihan Raya Umum Ke-13( PRU13) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. BN mengalami kemerosotan undi Melayu sebanyak 3% di Sungai Besar dan 6% di Kuala Kangsar.

Pas pula mengalami kemerosotan undi Melayu yang sama di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebanyak 7 peratus. Kemerosotan sokongan undi Melayu kedua-dua parti tradisi ini telah diserap oleh Amanah.


Pengundi Amanah terdiri daripada pengundi Melayu progresif, Islamik dan kelas menengah yang terdedah dengan maklumat. Amanah juga mendapat sokongan undi Melayu hasil daripada program Deklarasi Rakyat yang dipelopori Tun Dr Mahathir terutamanya di Kuala Kangsar. Amanah mendapat lebih sokongan undi Melayu di Kuala Kangsar berbanding Sungai Besar.

Kebanyakan pengundi Melayu kurang mengenali logo Amanah kerana baru berusia 9 bulan dan pertama kali bertanding dalam pilihanraya di Semenanjung. Ada setengahnya menganggap logo Amanah seperti parti bebas.

Terdapat ramai pengundi Melayu pro pembangkang yang keliru, manakah pembangkang sebenar di antara Amanah dan Pas. Pas memiliki kelebihan dengan usianya 65 tahun. Amanah pula ditohmah sebagai pro DAP dan pro Cina sama seperti tohmahan yang dihadapi oleh Pas dalam PRU13.

Faktor-faktor ini menyebabkan Amanah mendapat sokongan yang lebih rendah berbanding Pas dan BN. Jika pengundi Melayu lebih mengenali Amanah dan propaganda perkauman dapat diredakan maka sokongannya dijangka meningkat.

Pendekatan Pas yang berkerat rotan dengan DAP dan usul RUU tidak menambahkan undi Melayu. Sebaliknya Pas pula mengalami kemerosotan mendadak undi Cina dalam PRK berbanding PRU13 sebanyak 73% di Sungai Besar dan 63% di Kuala Kangsar.

Hasilnya, Pas hanya memperolehi undi teras seperti yang diperolehi dalam PRU11(2004). Dalam undi teras Pas terdapat undi tegar Pas sekitar 2000 hingga 3000 orang di kedua-dua parlimen ini.

Jika berlaku 10 penjuru sekalipun undi tegar Pas ini tidak akan berganjak. Undi teras Pas boleh menyusut tetapi undi tegar Pas tidak akan berubah.

Undi Cina yang diperolehi oleh Amanah adalah rendah berbanding yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat dalam PRU13.

Amanah sebagai komponen Pakatan Harapan dijangkakan boleh mendapat lebih sokongan undi Cina dalam PRK ini.

Malangnya terdapat pengundi muda Cina yang tidak mahu pulang mengundi kerana beranggapan PRK tidak boleh mengubah kerajaan.

Terdapat juga segelintir mereka yang kecewa dengan pertembungan barisan pembangkang. Bukanlah sesuatu yang pelik sokongan undi Cina berubah semasa PRK. Buktinya dalam PRK Sungai Limau (2013), undi Cina terhadap Pas mewakili Pakatan Rakyat merosot berbanding PRU13.

Kelemahan Pakatan Harapan mendapatkan sokongan undi Cina dan merudumnya sokongan undi Cina kepada Pas telah diserap oleh BN. Peningkatan ini adalah disebabkan oleh strategi BN yang lebih berkesan. Janji-janji pilihan raya telah menarik sokongan pengundi Cina kepada BN terutamanya di Kuala Kangsar.

Walaubagaimana pun sokongan pengundi Cina kepada BN dalam PRK adalah bersifat sementara sahaja. Pengundi Cina dijangka akan beralih semula kepada pembangkang dalam PRU14. Itu bergantung kepada strategi BN dan Pakatan Harapan.

BN boleh berasa selesa dengan strategi memecahkan undi pembangkang dalam dua PRK kali ini. Jentera BN dan Pas sangat kurang berbalas serangan. Sebaliknya serangan hanya ditumpukan kepada Amanah sahaja.

Hanya Amanah mewakili Pakatan Harapan mendapat serangan daripada dua penjuru BN dan Pas. Model PRK ini telah menguntungkan BN dan boleh memberi kemenangan berganda kepada BN dalam PRU14.

Jika tiada usaha menyatukan barisan pembangkang bagi mewujudkan formula pertandingan satu lawan satu sebelum PRU14 maka rakyat pro pembangkang akan merasa bosan untuk mengundi dan barisan pembangkang bakal mengalami kekalahan yang teruk.

*Suhaizan Kaiat adalah Setiausaha Organisasi Amanah.


Benarkah AMANAH tandus undi Melayu?

Pilihanraya kecil parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah melabuhkan tirainya.

Masing- masing telah mengetahui keputusan, kekuatan dan kelemahan masing-masing.

Namun, yang peliknya, PAS masih lagi menyasarkan kemarahannya kepada parti AMANAH khususnya dan Pakatan Harapan umumnya setiap hari sehingga ke hari ini.

Yang lebih menghairankan adalah, analisis-analisis pasca pilihanraya yang dikeluarkan oleh PAS sama ada dalam bentuk rasmi atau tidak rasmi, hampir semuanya hanya berkisar tentang undi kaum Melayu.

Ia dibincangkan daripada sudut polarisasi kaum dengan menghentam parti AMANAH dan Pakatan Harapan sahaja.

Dalam senario politik Malaysia terkecuali Kelantan dan Terengganu, undi daripada masyarakat berbilang kaum sangat mustahak untuk menjamin kemenangan bagi satu-satu kerusi yang ditandingi.

Oleh itu, analisis-analisis yang dibuat oleh PAS yang hanya membincangkan undi Melayu sahaja membuktikan bahawa PAS telahpun berputus asa untuk menarik undi kaum selain Melayu dan seterusnya menang di dalam perlawanan dengan Umno di masa akan datang.

Kerajaan P. Pinang terima maaf pemimpin PAS

Siasatan sebelum dakwa, tegur Exco Abdul Malik Abul Kassim kepada YDP PAS Padang Serai
abdul-malik_Shaharuddin-Ibrahim_penang_600
GEORGE TOWN: Maaf diterima, kata kerajaan Pulau Pinang kepada Yang Dipertua PAS Padang Serai Shaharuddin Ibrahim yang didakwa mengatakan azan diharamkan di Pulau Pinang dalam satu tazkirah baru-baru ini.
Exco Hal Ehwal Islam Pulau Pinang Abdul Malik Abul Kassim berkata kerajaan negeri memaafkan beliau atas semangat Ramadan.
“Maaf diterima. Cuma satu lagi saya ingin tegaskan, parti seperti PAS dan lain-lain, jangan fitnah kami macam itu.
“Dalam Islam, fitnah lebih buruk daripada pembunuhan,” katanya dalam sidang media di Komtar hari ini.
Malik menyeru semua pihak supaya menyiasat terlebih dahulu sebelum membuang sebarang kenyataan yang boleh membawa kepada ketegangan antara agama.
Shaharuddin di satu tazkirah di Masjid An-Najah di Padang Serai, Kedah didakwa berkata: “Kalau DAP menguasai negara…nuu Pulau Pinang tuan-tuan, bang (azan) dah tak boleh dah, bang (azan) tak boleh dah, tuan tuan!”
Pemimpin PAS itu memohon maaf menerusi satu kenyataan yang dilaporkan Sinar Harian.
“Saya tidak mahu berbalah dan memanjangkan isu ini jadi dengan rendah hati saya memohon maaf kepada pihak-pihak yang tersinggung dengan kenyataan itu, khususnya DAP,” katanya.

Adakah mereka kata HARAM pada GST ?? Kenapa mereka buta & bisu ??

Inilah sebenarnya yg dah berlaku golongan2 agamawan dalam negara kita... Bila aliran duit2 rakyat tidak masuk ke kantung2 kerajaan mulalah keluar pelbagai hukum & fatwa...kejap kata HARAM, BERDOSA mahupun TIDAK SAH...

Tetapi bila GST mentak kedarah duit2 rakyat, APA KATA2 MUFTI di luar sana yg dibayar gaji KERAjaan Umno/BN ??!!!

Beza sungguh mentaliti mufti pro-Umno yg terus mengatakan DAP kafir harbi.

TETAPI kenapa Mufti Pahang tidak berani melabelkan mengatakan terang-terangan rakan tido Umno dlm BN spt MCA, MIC & GERAKAN yg terang2 menentang hukum Islam juga kafir harbi !!!

Adakah Mufti Pahang ini tak berani nak sentuh MCA, MIC & GERAKAN kerana mereka ini 'KAFIR KRONI' Umno.. ??

ASAL AJA DALAM UMNO PASTI KAKI RASUAH, kenapa ??!!

MASIH ANDA INGAT... kes pengubahan wang haram melibatkan AS$90 juta (RM363 juta) dulu yg melibatkan Musa Aman yg kini beliau adalah Ketua Menteri Sabah dan juga Pengerusi Umno Sabah !!!

ADAKAH MEREKA2 INI PERNAH MENGATAKAN IA BERDOSA JUGA ??!!!

Di bawah pemerintahan Umno/BN skrg, rakyat marhaen yg bayar zakat terus kepada asnaf adalah BERDOSA !!!

TETAPI BILA pemimpin Umno, menteri agama Umno, menteri melayu-Umno sendiri guna peruntukan zakat untuk bayar kos guaman...

Rampaslah Yayasan Kepimpinan Perdana, kata Dr M

Saya tidak akan merasa kehilangan apabila rampasan dibuat. Saya biasa dan faham dengan kehidupan tanpa keistimewaan, katanya.
MahathirPETALING JAYA: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia sekiranya kerajaan berhasrat untuk menarik balik peruntukan Yayasan Kepimpinan Perdana (YPM) yang diterajuinya sejak tertubuhnya badan itu.
Katanya, kerajaan berhak menggunakan kuasanya untuk menarik balik yayasan itu seperti yang dicadangkan Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun.
“Saya ucap terima kasih kepada Khairul Azwan yang mengesyorkan supaya kerajaan menghentikan segala bantuan kewangan dan harta kepada YPM, termasuk penggajian kakitangan.
“Memanglah menjadi hak kerajaan mengguna kuasa yang diberi rakyat dengan apa cara sekalipun. Ini saya terima. Rampaslah,” katanya dalam entri terbarunya di blog chedet.cc.
Namun, Dr Mahathir turut menyatakan kekesalannya berhubung sikap Khairul Azwan yang disifatkan sebagai angkuh dan sudah menunjuk kebengisan menjadi pemimpin rasuah sebelum berkuasa.
“Tujuannya sama dengan rasuah. Pemberian (suapan) rasuah bertujuan mendapat sokongan, atau mengurang kritikan terhadap pemberi.
“Perampasan hak mempunyai tujuan yang sama. Tidak ada perbezaan antara pemberian dan perampasan – kedua-duanya adalah rasuah.
“Saya tidak akan merasa kehilangan apabila rampasan dibuat. Saya biasa dan faham dengan kehidupan tanpa keistimewaan. Hanya saya sedih memikir masa depan negara tercinta ini.

PM British umum berundur, Najib gesa hormat referendum

David Cameron mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai perdana menteri sebelum Oktober ini selepas rakyat Britain mengundi keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) dalam referendum diadakan.

“Saya tidak fikir saya sesuai menjadi kapten untuk memimpin negara ini ke destinasi seterusnya,” katanya kepada pemberita di pejabatnya Downing Street, menurut Reuters.

Sebelum ini, Cameron semasa berkempen berkata akan kekal mentadbir walau apa pun keputusan diperoleh.

The Guardian pula melaporkan Cameron sebagai berbangga dengan pencapaian sebagai perdana menteri selama ini.

Selain referendum berkaitan kedudukan dalam EU, beliau juga merujuk kepada referendum untuk Scotland sama ada ingin kekal dalam Britain sebelum ini.
Cameron menegaskan beliau telah berjuang untuk referendum dengan sepenuh hati tetapi orang ramai berbeza pendapat dan oleh itu mereka memerlukan seorang pemimpin baru.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan rakyat British itu mesti dihormati.

“Pengundi UK sudah bersuara. Sebagai demokrat, kita mesti hormat keputusan itu.

“Kita harap yang terbaik buat rakan-rakan British kita untuk masa depan yang mereka pilih,” katanya.
Rakyat M'sia antara pelabur terbesar di UK

Undian itu diadakan selepas timbul persoalkan berkaitan peranan London sebagai bandar raya kewangan global bersama EU.

10 perkara yang anda ingin tahu tentang Brexit


Brexit01Brexit01
Brexit02Brexit02
Brexit03Brexit03
Brexit04Brexit04
Brexit05Brexit05
Brexit06Brexit06
Brexit07Brexit07
Brexit08Brexit08
Brexit09Brexit09
Brexit10Brexit10
Brexit11Brexit11
Brexit12Brexit12

Peguam: Mufti Pahang 'khianat awam'

Pandangan Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman bahawa DAP adalah kafir harbi mengundang perbahasan hangat, terutamanya daripada aspek agama.
Bagaimanapun, menyentuh aspek undang-undang, seorang peguam berpendapat ia bertentangan dengan Seksyen 505 Kanun Keseksaan berkaitan khianat awam.
Syahredzan Johan berkata, ini susulan gelaran itu membolehkan golongan itu diperangi, dibunuh dalam keadaan tertentu dan harta bendanya diambil.
“Dengan mengatakan bahawa DAP itu kafir harbi, beliau secara langsung menggalakkan orang ramai untuk membuat mudarat ke atas penyokong atau ahli DAP, termasuklah menumpahkan darah mereka, atas alasan agama.
“Ini bertentangan dengan Seksyen 505 Kanun Keseksaan iaitu boleh menjurus kepada sesuatu kenyataan yang mendatangkan khianat awam (public mischief); mengapikan suatu golongan untuk melakukan kesalahan terhadap golongan lain,” katanya.
Utusan Malaysia melaporkannya Abdul Rahman sebagai berkata, DAP yang menentang hukum Islam dan mahu menubuhkan negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi dan wajib ditentang umat Islam.
Abdul Rahman turut dipetik sebagai berkata, haram dan berdosa besar bagi umat Islam bersekongkol dengan DAP.
Beliau merujuk kepada penentangan DAP terhadap Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016 yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Dihubungi Malaysiakini, beliau tidak merujuk istilah kafir harbi kepada DAP semata-mata, tetapi semua pihak yang menentang Islam.
"Secara umum begitu (DAP kafir harbi), (tetapi) bukan DAP sahaja. Sesiapa sahaja...
“Istilahnya menentang, kalau tak menentang bukanlah (kafir harbi)," katanya ketika diminta mengesahkan laporan Utusan Malaysia yang memetiknya hari ini.
Menulis di Facebook, Syahredzan berkata kenyataan itu “amat tidak bertanggungjawab oleh seorang agamawan”.
Seorang sarjana daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik turut menolak pandangan itu yang menurutnya boleh mengundang pertumpahan darah, membuka pintu keganasan dan menyokong wacana pengganas IS.

Tidak halal darah rakyat bukan Islam – Dr Asri

Perlis mengambil pendirian yang berbeza daripada Pahang berhubung status perangi orang bukan Islam
Mohd-Asri_islam_600
PETALING JAYA: Mufti Perlis berpendirian rakyat yang bukan Islam tidak boleh dikategorikan sebagai kafir harbi, istilah yang ditafsirkan sebagai golongan bukan Islam yang diperangi.
Ini kerana, perjanjian kewarganegaraan memberikan perlindungan kepada semua rakyat bukan Islam dan hak mereka dipelihara.
“Dalam konteks moden setiap yang mendapat kerakyatan dalam Dar al-Islam (negara Islam) itu seorang zimmi, bererti yang dipelihara atau dilindungi haknya,” jelas Mohd Asri Zainul Abidin, dan menambah istilah zimmi telah digantikan dengan istilah rakyat yang bukan beragama Islam.
Pendirian ini menyusuli kenyataan Mufti Pahang di akhbar Utusan Malaysia hari ini, yang mengulas penentangan DAP kepada perlaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.
“Prinsip mereka jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama dengan mereka,” kata Datuk Seri Abdul Rahman Osman.
“Namun jika mereka yang mahu menentang Islam, kita wajib memeranginya,” tambahnya.
Mengulas lanjut, Malaysiakini melaporkan Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata istilah kafir harbi ditujukan kepada semua pihak yang menentang Islam.
Memetik Pengerusi Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia Yusuf al Qaradawi, Asri menjelaskan ciri-ciri negara Islam ialah kekuasaan politik dalam tangan orang Islam, perlaksanaan hukum Islam walaupun tidak menyeluruh dan penganut mengamalkan agama Islam secara aman.
Asri berkata Malaysia menepati ciri Dar al-Islam, maka orang bukan Islam yang mendapat kerakyatan dan dipelihara oleh undang-undang Malaysia tidak boleh digelar kafir harbi.
“Sehinggalah dia tiada lagi sebarang ikatan perjanjian dengan negara Islam dan tidak dilindungi lagi oleh undang-undang negara Islam,” katanya melalui catatan Facebook.
Menurut Asri, istilah kafir harbi juga tidak boleh dikenakan keatas orang bukan Islam daripada negara-negara bukan Islam yang mempunyai perjanjian dengan negara Islam, antaranya Amerika Syarikat.

Komponen BN juga tolak hudud, mengapa hanya DAP kafir harbi?


Zairil Khir JohariZairil Khir Johari
Setelah digelar kafir harbi oleh Mufti Pahang, DAP mempersoalkan mengapa ia hanya ditujukan kepada parti itu sedangkan 'pelaksanaan hukum hudud versi Pas' turut ditentang lebih keras oleh Presiden PBB, Tan Sri Adenan Satem, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dan parti komponen BN lain termasuk Gerakan, MIC dan MCA?
Sehubungan itu DAP sangat kesal dengan kenyataan Mufti Pahang, Dato’ Seri Dr Abdul Rahman Osman yang berkata bahawa "hukum bagi mana-mana umat Islam yang bekerjasama atau bersekongkol dengan DAP adalah haram serta berdosa besar" dan menyifatkan DAP sebagai "kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam".
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera, amat dukacita dengan tindakan Abdul Rahman yang sanggup mencemarkan kedudukannya sebagai mufti di bulan Ramadan dengan mengeluarkan tohmahan yang tidak berasas dan amat merbahaya.
Malah tambah Zairil, kenyataan yang melampau dan melulu itu seolah-olah mengiyakan ugutan keganasan terhadap warga dan pihak berkuasa Malaysia yang dibuat oleh militan Daesh (IS).
"Justeru, adakah Abdul Rahman ingin bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini terhadap pemimpin atau ahli DAP akibat tindak balas mereka yang terpedaya dengan kenyataan beliau?" soal beliau.
Zairil menambah, penyasaran DAP atas sebab 'menentang pelaksanaan hukum hudud' jelas membuktikan kenyataan Abdul Rahman berunsur politik.

Kenyataan Mufti dikhuatiri jelmakan ugutan IS – DAP

Adakah Mufti Pahang ingin bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini terhadap pemimpin atau ahli DAP?
zairil-mufti-pahangPETALING JAYA : Kenyataan Mufti Pahang melabel orang bukan Islam sebagai kafir harbi dikhuatiri mengalakkan keganasan dikala negara diancam pengganas IS.
Pemimpin DAP, Zairil Khir Johari berkata kenyataan merbahaya Datuk Seri Abdul Rahman Osman mencemarkan kedudukannya sebagai mufti, yang diberi kuasa untuk membuat keputusan tentang hukum agama Islam.
“Adakah Abdul Rahman ingin bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini terhadap pemimpin atau ahli DAP akibat tindak balas mereka yang terpedaya dengan kenyataan beliau,” soalnya menerusi satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Bukit Bendera menjawab kenyataan Mufti Pahang di akhbar Utusan Malaysia hari ini, yang mengulas penentangan DAP kepada perlaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.
“Prinsip mereka jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama dengan mereka,” kata Rahman.

DAP akui kedudukan hudud dalam hukum Islam, kata Zairil


Hudud terkandung dalam hukuman jenayah syariahHudud terkandung dalam hukuman jenayah syariah
DAP tidak pernah mempersoalkan kedudukan hudud dalam konteks hukum Islam, malah kritikan terhadap undang-undang hudud yang cuba dilaksanakan Pas adalah tertumpu kepada pelaksanaannya, kata Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaannya, Zairil Khir Johari.
Ini kerana, tambah beliau sifat masyarakat Malaysia yang majmuk dan kecelaruan yang wujud dari segi Perlembagaan Persekutuan menghalang hukum itu daripada dilaksanakan.
"Malangnya pendirian ini diputar belit sehingga dijadikan alasan untuk melabelkan DAP sebagai anti-Islam," kata Zairil yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera.

Sehubungan itu DAP kesal dengan kenyataan Mufti Pahang, Dato’ Seri Dr Abdul Rahman Osman yang berkata "hukum bagi mana-mana umat Islam yang bekerjasama atau bersekongkol dengan DAP adalah haram serta berdosa besar" dan menyifatkan DAP sebagai "kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam".

PAS tiada kompromi dengan Amanah agihan kerusi PRU14

PAS tidak akan memberikan kerusi tradisi yang pernah ditandinginya dalam pilihan raya kepada Parti Amanah Negara (Amanah) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau mencadangkan supaya Amanah bertanding di kerusi yang tradisinya ditandingi DAP jika ia ingin memang dalam pilihan raya itu nanti.
“Amanah kalau dia nak hidup kena bertanding atas kerusi DAP, dia ada harapan menang, kalau bertanding atas kerusi PAS dia akan kalah.
“Sepatutnya DAP beri kerusi kepada Amanah sebab Amanah anak buah dia, nampak sinonim kedua-duanya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah politik di Pasir Tumboh di sini, malam Khamis.
Amanah adalah parti serpihan PAS yang kini diketuai bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Tuan Ibrahim berkata kajian yang dibuat oleh PAS terhadap keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar baru-baru ini, mendapati Amanah mendapat sokongan dari kawasan pengundi bukan Melayu.
Beliau juga berkata PAS akan bertanding di tempat yang tradisi parti itu bertanding di seluruh negara dan tidak akan berkompromi dengan parti lain termasuk DAP dan Amanah.
Ditanya tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersekongkol dengan DAP untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Tuan Ibrahim berkata apabila Dr Mahathir guna politik, reputasinya telah terjejas.

Najib umum sumbangan k'jaan kepada Yayasan Perdana dihentikan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan sumbangan kerajaan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad akan dihentikan.
Keputusan itu dibuat selepas beliau mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, di Kuala Lumpur, petang tadi.
Semalam, Pergerakan Pemuda Umno menggesa kerajaan untuk menghentikan segala bantuan yang diberikan.
Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun berkata, bantuan yang diberikan itu termasuk kewangan dan harta tetap serta kakitangan sokongan yang gaji mereka dibayar oleh kerajaan.
Beliau mendakwa langkah itu perlu kerana Mahathir menggunakan yayasan itu sebagai platform untuk menjatuhkan kerajaan.

Muhyiddin Dan Mukhriz Akhirnya Dipecat Daripada Umno

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat daripada Umno kerana mengkritik kepimpinan parti berkuat kuasa Jumaat.
Pemecatan Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno dan Mukhriz diumumkan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sementara itu Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal digantung keahlian sehingga Majlis Tertinggi menerima laporan lembaga disiplin mengenainya.
Perkara berkenaan diputuskan pada Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn pada Jumaat.
Muhyiddin dan Shafie sebelum ini digugurkan daripada Kabinet Najib pada Julai 2015.
Ketiga-tiga mereka lantang mengkritik kepimpinan Najib dengan mempersoalkan isu dana politik bernilai RM2.6 bilion dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

High Court dismisses SIS' challenge against 'deviant' fatwa

U.K. Prime Minister to Step Down After Brexit Vote

Jangan gertak, polis tak gentar ugutan IS - IGP

Polis sedang siasat adakah Jho Low pemilik Good Star Ltd

Kumpulan NGO berhimpunan nyatakan sokongan pinda akta 355

Ugutan: 3 lagi laporan polis dibuat terhadap pengerusi MyWatch

DAP tergolong kafir harbi wajar ditentang, lapor Utusan

'Bila, 'tang mana' DAP jadi musuh Islam' - Exco agama Islam P.Pinang

Pecat Mueller yang biadap, kata bekas bos MAS

Sikap biadab CEO Malaysia Airlines disebabkan kuasa eksekutif keterlaluan yang diberikan lembaga pengarah kepadanya.
Malaysia-Airlines-CEO-Abdul-Aziz-Abdul-RahmanKUALA LUMPUR: Kelantangan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Berhad (MAB) Christoph Mueller mengkritik kakitangannya sebagai pemalas dan kaki tidur disebabkan kuasa eksekutif keterlaluan yang diberikan lembaga pengarah kepadanya.
“Sebagai warganegara, kita, terutamanya Bumiputera, sangat tersinggung dengan kenyataan biadab seorang CEO yang kebetulannya seorang pekerja asing yang dibayar gaji dan elaun berjuta ringgit oleh MAB,” kata bekas CEO Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) Abdul Aziz Abdul Rahman dalam sidang media hari ini.
Aziz, yang merupakan pengarah jawatankuasa khas bagi menyelamatkan MAS dalam Majlis Perundingan Melayu (MPM) mahu ahli lembaga pengarah MAB supaya memecat Mueller.
Jawatankuasanya turut menuntut perletakan jawatan ahli lembaga pengarah MAB.
Beliau menjelaskan kuasa keterlaluan yang diberikan Mueller membawa kepada penggajian 15 pekerja asing mengisi jawatan-jawatan penting dalam MAB, termasuk pengarah Sumber Manusia.
Aziz menambah Mueller tidak mengambil kepakaran tempatan dalam kumpulan pengurusan kanannya, seraya membuktikan beliau sebenarnya mempunyai rancangan untuk penggantinya apabila kontraknya tamat.
“Meletakkan rakyat Malaysia dalam syarikat berkaitan kerajaan penting kerana mereka mempunyai semangat untuk membangunkan negara, bukan sahaja untuk mengaut untung. Oleh kerana syarikat ini merupakan pertubuhan nasional, maka warganegara lebih berminat untuk memakmurkannya.”
Aziz turut membidas ahli lembaga pengarah MAB yang dilantik Khazanah Nasional Berhad.

Himpunan aman sokong pindaan Akta 355 tiada sambutan depan Masjid Negara

Hanya 100 orang hadir menyatakan sokongan terhadap himpunan itu.
pindahaktha1
KUALA LUMPUR: Kehadiran penyokong dalam perhimpunan aman bagi menyatakan sokongan terhadap pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) hari ini tidak mendapat sambutan daripada orang ramai.
Hanya 100 orang saja yang hadir dalam perhimpunan diketuai Sekretariat Ummat yang menyokong memperkasa Akta 355.
Perhimpunan yang berlangsung selama 30 minit di depan Masjid Negara itu meminta semua umat Islam dan bukan Islam menyokong Akta 355 dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang Parlimen, Oktober depan.
Sementara itu, Pengerusi Sekretariat Ummat Aminuddin Yahaya berkata kehadirannya pada perhimpunan itu bagi mewakili 500 gabungan NGO Islam yang menyokong pindaan Akta 355.
Katanya, Akta 355 ini disalahertikan pelbagai pihak dan penjelasan yang menyeluruh akan dilakukan secara berperingkat selepas ini.
“Kita akan adakan jelajah untuk menerangkan pindaan Akta 355 ini. Perlu dijelaskan akta ini khusus untuk umat Islam dan seharusnya penganut agama lain tidak perlu bimbang.
“Kami juga menyarankan langkah segera perlu diambil untuk membetulkan salah tafsir dan salah faham mengenai pindaan yang dicadangkan di mata masyarakat bagi memastikan keharmonian kaum sentiasa terpelihara,” katanya.

Ringgit dijangka jatuh lagi UK keluar EU

Peniaga berkata keputusan referendum EU semasa menyebabkan pound jatuh hampir 10% selepas undian Brexit melebihi undian Bremain.
Brexit-Ringgit
KUALA LUMPUR: Bursa tempatan, Bursa Malaysia menerima kesan seiring dengan pasaran global yang bertindak balas secara negatif terhadap keputusan United Kingdom keluar dari Kesatuan Eropah (EU) Brexit dengan lebih 700 kaunter mencatat kerugian, kata peniaga.
Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 22.66 mata kepada 1,617.32 semasa mengakhiri sesi pagi selepas bergerak antara 1,619.24 dan 1,640.07.
Ia dibuka 0.14 mata lebih rendah pada 1,639.84.
Pada pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 747 berbanding 96, manakala 197 kaunter tidak berubah, 685 kaunter tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.
Jumlah dagangan pada 994.55 juta saham bernilai RM783.87 juta.
Peniaga berkata kebimbangan berhubung Brexit menyebabkan mata wang pound susut ke paras terendah dalam tempoh 31 tahun berbanding dolar Amerika Syarikat, diniagakan di bawah AS$1.35, paras terendah sejak September 1985.
“Keputusan referendum EU semasa menyebabkan pound jatuh hampir 10% selepas undian Brexit melebihi undian Bremain (Britain kekal dalam EU),” kata peniaga.
Peniaga lain berkata, pasaran saham Asia turut menunjukkan pergerakan tidak menentu dengan Nikkei 225 Jepun turun 7.56% kepada 15,010.68 manakala Hang Seng Hong Kong susut 4.67% kepada 19,894.12 dan Straits Times Singapura kurang 2.61% kepada 2,721.02.
Bagi saham wajaran tinggi, Maybank turun 9 sen kepada RM8.11, TNB merosot 44 sen kepada RM13.80, Public Bank kurang 8 sen kepada RM19.18 dan IHH Healthcare susut 5 sen kepada RM6.45, Petronas Chemicals menokok 1 sen kepada RM6.41.

PM Cameron umum letak jawatan selepas Britain pilih keluar EU

Cameron sebelum ini berkempen supaya rakyat Britain mengekalkan keahlian negara itu dalam Kesatuan Eropah,
cameron
PETALING JAYA: Perdana Menteri Britain David Cameron mengumumkan akan meletak jawatan Oktober ini, selepas keputusan pungutan suara memihak negara itu keluar dari Kesatuan Eropah.
Cameron membuat pengumuman itu di luar kediaman rasminya di Downing Street, London, sejurus selepas keputusan penuh pungutan suara itu diketahui.
Beliau berkata akan cuba “mengemudi kapal” dengan sebaiknya dalam minggu dan bulan akan datang.
Cameron sebelum ini berkempen supaya rakyat Britain mengekalkan keahlian negara itu dalam Kesatuan Eropah, dengan memberi amaran risiko ekonomi dan keselamatan.
Bagaimanapun, 52% memilih meninggalkan Kesatuan Eropah.
Keputusan itu menyebabkan nilai matawang pound jatuh paling teruk berbanding dolar AS sejak 1985.

Ada asas teraju SPRM dipaksa lepas jawatan, kata Mujahid


Perubahan teraju SPRM didakwa babitkan campur tangan politikPerubahan teraju SPRM didakwa babitkan campur tangan politik
Penamatan jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dua tahun lebih awal dan pengakuan wujud campur tangan politik dalam siasatan kes berprofail tinggi yang diakui pegawai tinggi SPRM tidak menolak kemungkinan wujud tekanan supaya Abu Kassim dan timbalannya berundur.
Abu Kassim MohamedAbu Kassim MohamedNaib Presiden Amanah yang juga ahli parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof berkata, walaupun pada sidang media semalam Abu Kassim mengakui penamatan khidmat itu atas permintaannya sendiri namun kemungkinan wujud campur tangan politik agar beliau melepaskan jawatan tidak boleh dikesampingkan.
Ini katanya berasaskan insiden yang berkembang hasil daripada siasatan sumbangan RM2.6 bilion ke akaun peribadi Perdana Menteri dan skandal 1MDB.
Dr Mujahid mengimbau tindakan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali yang membersihkan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dari skandal sumbangan peribadi RM2.6 bilion pada awal 2016 setelah dilantik ke jawatan tersebut pada 27 Julai 2015.
Apandi menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail yang ditamatkan perkhidmatan beberapa bulan lebih awal dari tempoh persaraan rasmi, katanya.
Tindakan Apandi, ujarnya telah menimbulkan reaksi tidak puas hati Panel Penilaian Operasi SPRM yang menuntut supaya SPRM diizinkan mendapatkan penyata kewangan dari bank luar negara yang menyalurkan dana RM2.6 bilion ke akaun Najib.
Tambah Mujahid, walaupun Apandi mengakui transaksi itu wujud, beliau enggan bekerjasama untuk mendapatkan MLA atau bantuan undang-undang untuk tujuan tersebut.
Tindakan memindahkan pengarah operasi khas SPRM, Datuk Bahri Mohd Zin ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) atas ketegasan beliau mengendalikan siasatan 1MDB, kata Mujahid turut menimbulkan berbagai tanda soal.
"Sebelumnya pejabat SPRM digeledah oleh polis atas alasan 'dokumen yang tidak patut didedahkan'. Datuk Bahri bersumpah untuk melindungi integriti SPRM dari tindakan PDRM sebelum beliau dipindahkan secara mengejut.
"Pihak Polis menahan beberapa pegawai SPRM termasuk timbalan pendakwaraya yang kesemuanya terlibat dalam siasatan 1MDB dan SRC International sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati SPRM yang membuat solat hajat supaya Allah memelihara SPRM dan kakitangannya dari diganggu kerana membuat siasatan yang telus dan amanah," jelas Mujahid.
Mujahid juga menimbulkan kembali edaran dalaman daripada Abu Kassim yang kesal dengan gangguan terhadap pegawai-pegawainya ketika menjalankan tugas dan komitmen beliau untuk mempertahankan integriti SPRM.

Dr M: Saya terima, rampaslah Yayasan Kepimpinan Perdana

Tun Dr Mahathir Mohamad menerima sekiranya kerajaan memutuskan untuk merampas
Yayasan Kepimpinan Perdana yang diterajuinya.
Namun, kata bekas perdana menteri itu, beliau sedih kerana cadangan berkenaan dibuat oleh pemuda yang akan mewarisi negara dan kepimpinannya di masa hadapan.
“Saya ucap terima kasih kepada Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun yang mengsyor supaya kerajaan menghentikan segala bantuan kewangan dan harta kepada Yayasan Kepimpinan Perdana, termasuk penggajian kakitangan.
“Memanglah menjadi hak kerajaan mengguna kuasa yang diberi oleh rakyat dengan apa cara sekalipun. Ini saya terima. Rampaslah.
“Saya tidak akan merasa kehilangan apabila rampasan dibuat. Saya biasa dan faham dengan kehidupan tanpa keistimewaan,” katanya dalam tulisan terbarunya di blog hari ini.
Namun menurut Mahathir, apa yang menyedihkannya adalah pemimpin belia, yang akan mewarisi negara ini, menunjukkan kebengisan menjadi pemimpin rasuah sebelum mereka berkuasa.
“Tujuannya sama dengan rasuah. Pemberian (suapan) rasuah bertujuan mendapat sokongan, atau mengurang kritikan terhadap pemberi.
“Perampasan hak mempunyai tujuan yang sama. Tidak ada perbezaan antara pemberian dan perampasan – kedua-duanya adalah rasuah,” katanya.

Mufti patut pupuk harmoni, bukan 'mengharbi'

Baru-baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu video dipercayai daripada militan IS yang merakamkan mesej untuk memerangi warga dan pihak berkuasa Malaysia.

Mengikut ideologi mereka, “darah orang kafir halal ditumpahkan” (boleh dibunuh).

Malah tidak berhenti di situ, bagi mereka darah pihak polis termasuk yang Muslim, dirujuk sebagai Bukit Aman, juga halal ditumpahkan.
Manhaj takfiri atau pemikiran mudah mengafirkan sesama Muslim jelas berbahaya kerana boleh menjadi alat justifikasi kepada perlakuan keganasan.
Selain bahaya pemikiran mengafirkan yang Muslim, satu lagi pemikiran yang juga bahaya adalah 'mengharbikan' yang kafir.

Bermudah-mudah menggelar penganut agama lain sebagai kafir harbi, golongan kafir yang wajar diperangi.
Kedua-dua amalan ini boleh mencetuskan tindakan ganas kerana ramai yang percaya bahawa kafir harbi itu wajib diperangi dan halal untuk dibunuh.
Berat sebelah, cuba main politik
Amat menyedihkan di saat Malaysia diancam dengan keganasan daripada puak-puak yang melencong ideologi agamanya.

Kita mendengar pula laporan dari akhbar parti pemerintah, Utusan menyebut bahawa Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman melabelkan DAP sebagai kafir harbi serta menyeru agar DAP diperangi.
Gelaran harbi dan seruan memerangi tentu sekali menghantar isyarat kepada umum bahawa halal untuk bertindak ganas ke atas mana-mana ahli atau penyokong DAP.
Mufti Pahang mengecam parti DAP sebagai harbi dengan alasan DAP tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud dan rang undang-undang (RUU) persendirian berkaitan mahkamah syariah.

Zairil: Wajibkah Mahathir, KM Sarawak juga diperangi?

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari mempersoalkan kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang melabelkan DAP dan mana-mana umat Islam yang bekerjasama dengan parti itu sebagai kafir harbi yang wajib ditentang.
Katanya, kenyataan itu amat bahaya dan semata-mata bermotif politik kerana pelaksanaan hukum hudud yang dibentangkan oleh PAS itu bukan hanya dikritik oleh DAP tetapi juga sekutu BN sendiri.
“... (ini) termasuk presiden PBB merangkap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, serta Nancy Shukri yang merupakan menteri di jabatan perdana menteri.
“Demikian juga dengan parti komponen BN lain termasuk Gerakan, MIC dan MCA yang jauh lebih lantang menolak pelaksanaan hudud. Mengapa tiada sebarang kecaman dan ugutan untuk diperangi terhadap mereka ini?” soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Malahan, kata Zairil, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir juga melihat hudud yang dijuarai PAS sebagai taktik politik semata-mata, dan tidak melihat adanya keperluan melaksanakan undang-undang berkenaan.
“Apakah beliau (Mahathir) juga wajib diperangi? soalnya.
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, hari ini memetik Abdul Rahman berkata hukum bagi mana-mana umat Islam yang bersekongkol dengan DAP adalah haram serta berdosa besar.
Mengikut takrifan, kafir harbi adalah hukuman yang berat kerana mereka ini sampai ke tahap boleh dibunuh.
Mengulas lanjut, Zairil yang juga adalah penolong setiausaha publisiti DAP mempersoalkan sama ada mufti itu ingin bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini terhadap pemimpin atau ahli DAP.
“Kenyataan yang sebegini melampau dan melulu ini seolah-olah mengiyakan ugutan keganasan terhadap warga dan pihak berkuasa Malaysia yang dibuat oleh militan IS yang tersebar baru-baru ini,” katanya.

‘Masa depan Pas relevan jika pemimpinnya sanggup berfikiran rasional’

Keputusan pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar jelas menunjukkan pertandingan tiga penjuru hanya memanfaatkan Barisan Nasional (BN).
'Masa depan Pas relevan jika pemimpinnya sanggup berfikiran rasional'Namun, sikap PAS tidak menunjukkan ia mempelajari sesuatu dari keputusan ini. Sebaliknya, pemikiran pemimpin dan pengikut tegar PAS sedang melalui proses nafi-rasionalisasi (deny and rationalise).
DAP dijadikan jembalang dan Amanah dituduh boneka DAP. Orang Melayu ditakutkan-takutkan: jika Pakatan Harapan memerintah, negara akan dipimpin DAP.
Pemimpin PAS tahu ini tidak benar. DAP sentiasa menerima peruntukan kerusi paling sedikit dalam pakatan pembangkang. Kalau pun DAP menang di kesemua kerusi yang ditandinginya ia masih tidak menguasai majoriti.
Justifikasi yang diberi watak-watak dalam PAS dalam mempertahankan tindakannya keluar dari Pakatan Rakyat dan bermanja dengan Umno ialah ia perlu demi kepentingan Islam.
Seorang lebai PAS berhujah, PAS menolak langkah September 16 Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana langkah itu dikatakan akan menjadikan orang bukan Islam majoriti di Parlimen.
Lebai ini mendakwa sebanyak 80 ahli Parlimen Sabah akan menyertai kerajaan baru pasca-September 16. Ini akan menjadikan ahli Parlimen beragama Islam golongan minoriti. Maudu’ ucapan ini seolah-olah datang dari skrip yang disediakan Biro Tata Negara (BTN). Mungkin si lebai ini gagal mata pelajaran ilmu hisab di sekolah rendah dahulu.
Sabah hanya mempunyai 24 kerusi Parlimen dan Sarawak pula mempunyai 31 kerusi. Jumlahnya ialah 55, bukan 80. Daripada 19 ahli Parlimen BN Sabah pada pilihanraya ke-12, hanya 10 adalah bukan Islam. Sarawak pula mempunyai 19 orang ahli Parlimen BN bukan Islam.

Tun M dicop musuh Islam kerana kerjasama dengan DAP lawan penyelewengan UMNO@BN

Utusan Malaysia tuduh DAP yang komited lawan rasuah dan penyelewengan di Malaysia sebagai musuh Islam. Sedangkan, menentang rasuah sendiri adalah salah satu tuntutan Islam.
Tapi, Utusan Malaysia, akhbar pro-UMNO BN itu membisu terhadap segala celaka ekonomi dan sosial yang berlaku di depan mata ke atas negara dan bangsa akibat boros, tamak dan tidak tahu mengurus oleh pemimpin-pemimpin UMNO BN sendiri.
pojok_utusanharondinTuduh DAP musuh Islam adalah ‘lagu lama’ yang nampaknya takkan berhenti. Buatlah segala yang baik sekalipun; misalnya peruntukan pembangunan Islam terbesar diberikan Kerajaan Pulau Pinang, DAP akan tetap akan dituduh musuh Islam. Utusan bertindak seperti seekor burung kakak tua yang sudah dilatih tuan.
Rasanya, DAP pun sudah lali dengar tuduhan sebegitu. Kali ini, mereka tuduh orang yang kuat menghenyak regim Zionis Israel di peringkat antarabangsa, Tun Dr. Mahathir Mohamad pula konon menggadaikan prinsipnya kerana ‘bersekongkol’ dengan DAP, parti yang sah di sisi Perlembagaan, yang difitnahnya sebagai musuh Islam.
Persoalannya, adakah dengan berdiam diri, mengiyakan segala tindak tanduk korup pemimpin BN, itu dilihat sebagai apa yang digalakkan oleh ajaran Islam? Tidak mungkin.
Atau hanya kerana bersoal tentang Rang Undang-undang Hadi, DAP sudah jadi musuh Islam? Seolah-olah DAP pula berkuasa laksanakan cadangan itu.
Kali ini Utusan tidak keseorangan, mereka sudah ada PAS. Tuduhan semberono Utusan itu dibuat beralaskan kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din. Beliau dipetik berkata: “Bersahabat baik dengan musuh Islam, kita akan jadi seperti mereka juga” seperti yang diterbitkan dalam UtusanOnline bertajuk ‘Dr Mahathir sanggup gadai prinsip sendiri’.

Pakatan Harapan perlu strategi baru hadapi PRU, elak ulangi kelemahan PRK


KUALA KANGSAR, 23 JUN: Pakatan Harapan perlu mengatur semula strategi baru bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke-14 akan datang jika mahu peristiwa kekalahan blok pembangkang dalam Pilihanraya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar tidak berulang.
sivaaaTimbalan Pengerusi DAP Perak, V. Sivakumar berkata, situasi pertembungan tiga penjuru di Sungai Besar dan empat penjuru di Kuala Kangsar amat merugikan blok pembangkang dan kelemahan seumpama itu harus diakui semua pihak.
“Barisan Nasional pula akan mengambil kesempatan untuk memperoleh kemenangan daripada kelemahan ini.
“Sudah tiba masa untuk pihak pembangkang mengadakan rundingan dan kerja-kerja sepakat jika benar-benar berhajat untuk menumbangkan BN.
Ahli Parlimen Batu Gajah itu menambah, kemenangan BN dengan cara yang jijik dan kekalahan Pakatan Harapan dengan rasa terhormat adalah difahami oleh penyokong-penyokong Pakatan Harapan.
“Perjuangan Pakatan Harapan tidak akan berhenti dengan kekalahan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas bersama dengan calon Pakatan Harapan, Prof. Dr. Ahmad Termizi serta kepimpinan yang lain mengunjungi pengundi di kawasan di sekitar pekan Kuala Kangsar dan Kampung Baru Jerlun untuk mengucapkan terima kasih, petang semalam.

'Tak ada kem Azmin, kem Rafizi dalam PKR' - Timb Presiden

Bertentangan dengan spekulasi keretakan yang semakin teruk, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali menafikan kewujudan puak yang menyokong beliau atau Setiausaha Agung parti itu, Rafizi Ramli.
Beliau berkata tidak ada perkara seperti "kem Azmin" atau "kem Rafizi" dalam PKR.
Menolak dakwaan itu, menteri besar Selangor itu berkata, PKR menerima orang daripada pelbagai latar belakang yang berbeza.
"PKR adalah unik, ahli-ahli dan pemimpinnya adalah dari latar belakang yang berbeza.
"Ada yang telah menyertai parti lain sebelum ini, ada yang pertama kali menyertai sebuah parti politik dan ada yang mempunyai latar belakang NGO.
"Kami menghormati perbezaan pendapat dalam parti, ini adalah kekuatan kita," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Oriental Daily News.
Azmin juga memberi maklum balas berhubung laporan Rafizi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai dakwaan wujud permintaan wang dan wanita ketika berurusan dengan kerajaan Selangor.
Menteri besar itu berikrar kerjasama penuh kerajaan negeri dengan pihak berkuasa.
"Tiada apa-apa yang hendak disembunyikan, kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.
"Kami juga tidak menghukum mereka yang membuat aduan. Ini kerana kami adalah terbuka dan bersedia menerima kritikan di bawah sistem demokrasi," katanya.
Dalam Deklarasi Rakyat yang diketuai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Azmin menafikan ia mendahului gerakan Reformasi yang dimulakan oleh mantan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kalau berani pulanglah, Khalid cabar pejuang IS

Khalid berkata, anggota IS dari Malaysia itu sekadar berani membuat ugutan dari jauh, tetapi tidak berani pulang ke tanah air.
khalid-abu-bakar_isis_1600_1
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara hari ini mencabar pejuang IS kembali ke Malaysia, bukan sekadar mengeluarkan ancaman dari jauh.
“Ini bukan video pertama yang dikeluarkan kumpulan itu. Saya mahu nyatakan di sini polis tidak akan benarkan elemen IS bertapak di sini ataupun sebarkan ideologi mereka.
“Jangan cuba ugut kami kerana kami terlalu tua untuk ini. Kami tidak ambil ringan ancaman ini.
“Kamu hanya berani buat ugutan-ugutan dari jauh, (kenapa tidak berani) pulang?” soal Khalid dalam satu sidang media pagi ini.
Khalid berkata demikian sebagai mengulas satu rakaman video menunjukkan pejuang IS Malaysia di Syria yang mengancam akan melancarkan serangan ke atas rakyat negara ini, termasuk ‘memenggal leher’ anggota polis di Bukit Aman tidak lama lagi.
Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman dilaporkan mempunyai video grafik memaparkan Mohd Rafi Udin dari Negeri Sembilan bersama dua lagi pejuang IS memenggal tiga tebusan dipercayai pengintip.
Timbalan Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan sebagai berkata, “Serangan mungkin dilakukan sebaik saja IS menerima janji setia daripada kumpulan luar Syria dan kawasan operasi diisytiharkan milik mereka.”

Pemuda Umno mahu kerajaan 'ajar' Tun Mahathir


Khairul Azwan HarunKhairul Azwan HarunEkoran turun berkempen bersama pembangkang menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib pada pilihan raya kecil (PRK) berkembar minggu lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad kini menjadi sasaran utama Umno.
Terbaru, Pergerakan Pemuda Umno mendesak semua bantuan kerajaan kepada bekas perdana menteri itu serta Yayasan Kepimpinan Perdana dihentikan serta-merta kerana mendakwa tindakan Dr Mahathir itu bertentangan dengan perlembagaan dan sistem demokrasi negara.
"Oleh itu Pemuda mendesak kerajaan untuk segera menghentikan segala bantuan termasuk kewangan dan harta tetap yang diberi kepada Yayasan Kepimpinan Perdana sejak dari penubuhannya termasuk bantuan penggajian kakitangan sedia ada.
"Pemuda juga memandang serius akan tindakan Tun M yang memperalatkan Yayasan Kepimpinan Perdana sebagai salah satu platform untuk menjatuhkan kerajaan dan Najib," kata naib ketuanya Khairul Azwan Harun semalam.
Beliau juga berkata satu surat desakan akan dihantar kepada Najib pada kadar segera bagi menyatakan pendirian mereka supaya ianya dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno akan datang.
Sementara itu, ketika turun pada PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar minggu lalu, Dr Mahathir menyertai pasukan pembangkang dengan menyeru rakyat menolak calon BN sebagai bantahan kepada kepimpinan Najib.
Malah, medan PRK itu juga digunakan Dr Mahathir untuk menarik sokongan rakyat menandatangan Deklarasi Rakyat bagi mendesak Najib meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Tuduhan mufti Pahang terhadap DAP bermotif politik

Penasihat umum Amanah berkata tuduhan itu hanya bersifat peribadi dan memalukan umat Islam.
Mufti-Pahang-Datuk-Seri-Dr-Abdul-Rahman-OsmanPETALING JAYA: Tuduhan mengatakan umat Islam yang bekerjasama atau bersekongkol dengan DAP adalah haram serta tergolong dalam kalangan kafir harbi hanya tuduhan bersifat peribadi.
Penasihat Umum Amanah Ahmad Awang berkata tuduhan yang dibuat Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman itu juga bermotifkan politik.
“Itu pendapat peribadinya (Rahman) bukan fatwa. Cakap politik sajalah,” katanya seperti dilaporkan portal Amanah, Malaysiadateline.
Ahmad berkata dakwaan bersekongkol dengan DAP sebagai kafir harbi juga tidak wajar dilakukan oleh seorang mufti negeri kerana Malaysia belum mengamalkan pemerintahan Islam sebenar.
“Dia tidak faham apa sebenarnya. Jika dia nak keluarkan fatwa kena panggil pakar dalam kalangan profesional dan ulama untuk teliti dasar parti DAP untuk melabelkan pemimpin parti itu sebagai kafir harbi.
“Kenapa tak sebut pemimpin MCA, Gerakan yang majoriti ahlinya Cina yang turut menentang hudud dan RUU baru-baru ini, kenapa sebut DAP saja. Sedangkan dalam DAP ada ahlinya juga orang Melayu Islam,” katanya.
Beliau berkata tindakan Rahman itu juga memalukan umat Islam dan mufti negeri itu dicadangkan supaya berhenti menjadi mufti jika mahu mengeluarkan kenyataan bersifat politik.

Mufti Pahang: "Saya tak rujuk 'kafir harbi' pada DAP saja"

Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata belau tidak merujuk istilah kafir harbi kepada DAP semata-mata, tetapi semua pihak yang menentang Islam.
"Secara umum begitu (DAP kafir harbi), (tetapi) bukan DAP sahaja. Sesiapa sahaja...

“Istilahnya menentang, kalau tak menentang bukanlah (kafir harbi)," katanya ketika diminta mengesahkan laporan Utusan Malaysia yang memetiknya hari ini.

Diminta mengesahkan sekali lagi, beliau (gambar) berkata:
"Selagi mana dia (DAP) menentang, begitulah," katanya ringkas ketika dihubungi Malaysiakini.
Beliau enggan mengulas lanjut kerana sedang dalam perjalanan ke suatu tempat.

Memetik Abdul Rahman, Utusan melaporkannya berkata, DAP yang menentang hukum Islam dan mahu menubuhkan negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi dan wajib ditentang umat Islam.
Abdul Rahman turut dipetik sebagai berkata, haram dan berdosa besar bagi umat Islam bersekongkol dengan DAP.
Beliau merujuk kepada penentangan DAP terhadap Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016 yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pandangan itu ditolak seorang sarjana Dr Maszlee Malik yang berpendapat ia boleh mengundang pertumpahan darah, membuka pintu keganasan dan menyokong wacana pengganas IS.
Katanya, dalam Islam, istilah kafir harbi memberi kesan besar kerana ia membolehkan seseorang itu dibunuh.

Siapa kafir harbi?

Isu kafir harbi kadang-kala disebut oleh sesetengah pihak tanpa memahami maksud sebenar istilah berkenaan.
Istilah harb merujuk kepada peperangan.

Dalam pembahagian silam tentang jenis-jenis negara; disebut dar al-Islam dan dar al-harb.
Juga ditambah oleh sebahagian penulis pembahagian ketiga dar al- ‘ahd.
Secara ringkasnya, dar al-Islam mempunyai tiga ciri utama; kekuasaan politik berada di tangan Muslimin, zahir padanya hukum dan syiar Islam sekalipun tidak sempurna ataupun sebahagian sahaja dan kaum muslimin aman beramal dengan agama mereka sementara ahl-zimmah aman berdasarkan perjanjian mereka.

Manakala negara-negara yang mempunyai perjanjian dengan umat Islam maka mereka adalah dar al-‘ahd.
Atas asas ini Dr Yusuf al-Qaradawi menyimpulkan bahawa keseluruhan negara umat Islam yang wujud pada hari ini adalah dar al-Islam ataupun negara Islam termasuklah Malaysia.

Sementara kesemua negara bukan dar al-Islam yang berada di bawah Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah dar al-‘ahd termasuklah Amerika.

Hanya dikategori sebagai dar al-harb pada masa ini ialah Negara Zionis Israel disebabkan kerana permusuhan yang zahir dan berterusan dengan umat Islam (Lihat: al-Qaradawi, Fiqh al-Jihad, Kaherah: Maktabah Wahbah, ms 888-908)
Setelah memahami hal tersebut, maka dalam istilah awal, warga bukan Islam yang hidup dalam masyarakat Muslim ataupun bawah dar al-Islam (negara Islam) dengan mengikat perjanjian kewarganegaraan disebut sebagai ahl-zimmah.

Dalam konteks moden setiap yang mendapat kerakyatan dalam dar al-islam itu seorang zimmi, bererti yang dipelihara atau dilindungi haknya.

Walaupun begitu, istilah ahl-al-zimmah itu boleh elakkan di zaman kini dengan menyebut rakyat atau warga negara bukan Islam.
Sementara kafir harbi, berdasar yang dibincang di atas ialah bukan Islam yang menolak dan menentang seruan Islam, bersekongkol dengan musuh-musuh Islam, tiada sebarang perjanjian aman dengan dar al-Islam dan mereka tinggal di negara mereka dar al-harb (Lihat: ibid, ms 912).
Maka bukan Islam yang mendapat kerakyatan dan dipelihara oleh undang-undang negara Muslim, tidak dinamakan dengan kafir harbi.

Sehinggalah dia tiada lagi sebarang ikatan perjanjian dengan negara Islam dan tidak dilindungi lagi oleh undang-undang negara Islam.
Dengan itu rakyat Malaysia yang bukan Islam tidak boleh dikatagorikan kafir harbi yang boleh diperangi dan halal darahnya ditumpahkan selagi mereka mempunyai ikatan hubungan dengan negara!

DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

Sarjana tegur mufti, 'fatwa' undang pertumpahan darah

Seorang sarjana di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menegur laporan Utusan Malaysia yang mengisytiharkan kafir harbi yang wajib ditentang umat Islam.
Dr Maszlee Malik berkata, Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman (gambar) patut sedar gelaran itu, yang menyebabkan halal darah pihak dirujuk.
“Istilah itu memberi maksud seseorang atau sekumpulan boleh dibunuh dengan sah oleh orang Islam kerana kekafiran dan penentangan mereka terhadap orang Islam, seperti dibincangkan sarjana Islam daripada semua mazhab.
“Oleh itu, mengisytiharkan seseorang individu atau sesebuah kumpulan di Malaysia sebagai kafir harbi membuka pintu keganasan dan menyokong wacana (kumpulan bersenjata) IS,” katanya.
Utusan melaporkan, DAP, yang disifatkan jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan mahu menubuhkan negara sekular, tergolong dalam kalangan kafir harbi.
Memetik Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, akhbar Umno itu melaporkan, hukum bagi mana-mana umat Islam yang bersekongkol dengan DAP adalah haram serta berdosa besar.
Beliau merujuk kepada penentangan DAP terhadap Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016 yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Bagaimanapun, dalam laporan Utusan itu, tidak dinyatakan petikan langsung Abdul Rahman yang menunjukkan beliau menyebut istilah kafir harbi.
Sementara itu, merujuk RUU itu, Maszlee juga membangkitkan status anggota parlimen beragama Islam yang mungkin menolaknya.
“Adakah fatwa itu menyebabkan anggota parlimen beragama Islam sama halal darahnya?” soalnya.
Beliau justeru mengingatkan pemimpim-pemimpin agama supaya berhati-hati mengeluarkan pandangan yang berkaitan dengan nyawa seseorang.

“Mereka semua dinasihat membaca tulisan (sarjana Islam terkemuka) Dr Yusuf al-Qaradawi bertajuk Fiqh a-Jihad (fekah jihad) berkaitan gelaran kafir habir.

TAK CUKUP SEKADAR TIDAK BERMUSUH, TUN M PERLU SEGERA BERDAMAI SECARA TERBUKA DENGAN ANWAR

Di bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan ini, pengumuman Tun Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak lagi bermusuh dengan Anwar Ibrahim tentunya sesuatu yang menggembirakan sesiapa jua yang cintakan perubahan.

Menurut bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu kepada Al Jazeera, "saya tidak lagi bermusuh dengan Anwar, itu semua adalah masa lalu.

"Dia sekarang ditahan di penjara pun bukan kerana saya, tetapi kerana Najib."
Walaupun mungkin Anwar, Dr Wan Azizah, Nurul Izzah, ahli keluarga dan ramai penyokongnya yang lain masih terguris hati dengan apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir dalam episod hitam 1998 yang lalu, yang harus disedari juga ialah bukan saja pemenjaraan sekarang tiada kena mengena dengan Tun Mahathir, malah kegawatan kronik dalam negara sekarang amat memerlukan penyatuan kedua-dua tokoh tersebut.

Melihat kepada apa yang sedang berlaku dalam negara di bawah Najib sekarang, mesej penyatuan semula dan saling bermaaf-maafan antara Tun Mahathir dengan Anwar tidak mustahil akan mewujudkan gelombang yang lebih baik dalam sokongan rakyat ke arah perubahan.

Kedua-duanya, Tun Mahathir dan Anwar, walaupun salah seorangnya berada di penjara, tetapi penyatuan hati mereka bakal mampu menarik sokongan rakyat pelbagai kelompok, apatah lagi melihat keadaan dalam negara yang begitu terancam dan memalukan di mata dunia sekarang ini.

Sebelum ini, program Selamatkan Malaysia yang ditunjangi oleh Tun Mahathir, di sebalik mendapat sokongan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dan pelbagai ketua masyarakat sivil, bukan saja Anwar terus melahirkan kebimbangan melalui surat yang ditulisnya dari dalam penjara, malah Dr Wan Azizah, Nurul Izzah dan mereka yang pro keluarga bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut mengasingkan diri daripadanya.

Ini menjadikan seolah-olah Pakatan Harapan sendiri tidak memberi sokongan yang padu kepada agenda untuk menyelamatkan negara dan menyingkirkan Perdana Menteri, Najib Razak.

Blog ini sendiri pada 17 Mei lalu pernah menyarankan tentang perlunya Tun Mahathir dan Anwar segera bersatu dan berhenti mengungkit kesalahan serta menuding antara satu sama lain, jika benar Najib yang ingin ditumbangkan.