Khamis, 23 Jun 2016

APA DAH JADI pada 13,589 lagi ??!!

Kalau dua tahun lps seramai 112,635 peneroka Felda terima duit raya..

TIBA-TIBA tahun ini hanya 99,046 peneroka Felda shj terima duit raya dari Najib...

Abu Sayyaf pon bole kena kencing RM3.2 juta, inikan pula peneroka..

Ameno mmg kaki kencing kan rakyat..

Polis minta mangsa peras ugut tampil bantu siasatan

Polis sahkan suspek yang ditangkap adalah Datuk Seri Sanjeevan Ramakrishnan, pengerusi sebuah badan pemantau jenayah

PETALING JAYA: Polis mengesahkan Datuk Sri Sanjeevan Ramakrishnan sebagai pengerusi NGO yang ditahan malam semalam kerana disyaki menjalankan ugutan jenayah dan pemerasan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch itu ditahan sepasukan polis dari Unit Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7).
“Polis menyeru mana-mana pihak yang pernah diugut oleh suspek, untuk tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan,” kata Mohmad dalam kenyataannya petang tadi.
Sanjeevan ditangkap bersama pemandunya di Plaza Tol Nilai sekitar jam 10.50 malam. Sejumlah RM41,080 dan lima telefon bimbit dirampas semasa tangkapan.
Kedua-dua suspek ditangkap dibawah Seksyen 506 serta 385 Kanun Keseksaan dan direman sehingga Jumaat.
Mohmad memaklumkan tangkapan dibuat susulan laporan polis oleh seorang pengadu yang tidak dinamakan, bahawa Sanjeevan mengugut akan menyiarkan fitnah mengenainya jika tidak membayar wang perlindungan sebanyak RM25,000.

Sanjeevan MyWatch ditahan babit kes ugutan

Polis menahan Pengerusi MyWatch, Datuk Seri Sanjeevan berhubung kes ugutan membabitkan wang tunai bernilai RM25,000.
Menurut laporan polis, Sanjeevan mengugut Goh Toh Hon untuk menyebarkan fitnah di laman sosial Facebooknya sekiranya mangsa tidak membayar wang perlindungan.
Ekoran itu, mangsa yang berasa berasa takut dan tertekan atas ugutan itu bertindak membuat laporan polis bagi menjaga keselamatan diri dan keluarganya.
Mangsa berjumpa dengan Sanjeevan di Tol Nilai dan menyerahkan duit pelindungan sebanyak RM 25,000.
“Sejurus pengadu menyerahkan duit dengan meletakkan di atas tempat duduk penumpang belakang sebelah kiri seperti diarahkan oleh Sanjeevan, pihak polis telah menangkap (Datuk Seri Sanjeevan) dan merampas duit berkenaan,” menurut laporan polis.

Benarkah AMANAH tandus undi Melayu?

Pilihanraya kecil parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah melabuhkan tirainya.
Masing- masing telah mengetahui keputusan, kekuatan dan kelemahan masing-masing.
Namun, yang peliknya, PAS masih lagi menyasarkan kemarahannya kepada parti AMANAH khususnya dan Pakatan Harapan umumnya setiap hari sehingga ke hari ini.
Yang lebih menghairankan adalah, analisis-analisis pasca pilihanraya yang dikeluarkan oleh PAS
sama ada dalam bentuk rasmi atau tidak rasmi, hampir semuanya hanya berkisar tentang undi kaum Melayu.
Ia dibincangkan daripada sudut polarisasi kaum dengan menghentam parti AMANAH dan Pakatan Harapan sahaja.
Dalam senario politik Malaysia terkecuali Kelantan dan Terengganu, undi daripada masyarakat
berbilang kaum sangat mustahak untuk menjamin kemenangan bagi satu-satu kerusi yang ditandingi.
Oleh itu, analisis-analisis yang dibuat oleh PAS yang hanya membincangkan undi Melayu sahaja
membuktikan bahawa PAS telahpun berputus asa untuk menarik undi kaum selain Melayu dan
seterusnya menang di dalam perlawanan dengan Umno di masa akan datang.
Ia adalah satu pendekatan defensif dengan hanya membincangkan kekuatan asas yang ada. Ia menunjukkan PAS mula berundur dan menyudutkan diri mereka kepada politik satu kaum sahaja bukan lagi berbilang kaum dan bangsa seperti mana sebelum ini.
Analisis atas pengundi Melayu sahaja tidak ada makna untuk memenangi kerusi, tidak juga
memberikan harapan dan pelan yang jelas untuk memenangi kerusi, tetapi sekadar untuk memberitahu bahawa PAS juga ada sedikit kekuatan asas.
Sekadar kekuatan asas ini tidak cukup pun untuk memenangi PRU.
Ia juga untuk sekadar memberikan gambaran bahawa mereka “menang dalam kalah” kepada
ahli-ahli PAS yang mungkin telah mula risau tentang nasib parti mereka jika keputusan PRK baru-baru ini diterjemahkan kepada PRU14.
Pendekatan mendabik dada dengan undi satu kaum sahaja yang dilakukan oleh PAS berbeza dengan AMANAH dan Pakatan Harapan yang terus melakukan penelitian dan analisis terhadap
pelbagai faktor.
Ini kerana perjuangan AMANAH dan Pakatan Harapan meliputi keseluruhan rakyat Malaysia. Ia lebih realistik dalam usaha menjatuhkan BN.
Dalam mana-mana analisis yang dilakukan oleh pihak PAS, mereka cuba menggambarkan
bahawa AMANAH langsung tidak ada kekuatan, langsung tidak ada nilai tambah di dalam Pakatan Harapan dan langsung tidak mendapat sokongan pengundi Melayu.
Apa yang cuba disembunyikan oleh PAS adalah AMANAH mengatasi PAS di saluran daerah
mengundi yang majoritinya Melayu di Parlimen Sungai Besar iaitu saluran-saluran di Daerah Mengundi Pekan Sungai Besar, Kampung Baharu Nelayan dan Taman Berkat.
Dengan data di atas, dakwaan yang mengatakan AMANAH tiada kekuatan asas langsung dan
sebaliknya hanya bergantung kepada parti lain adalah jauh tersasar.
PAS juga cuba menyembunyikan realiti yang memalukan mereka dalam PRK Kuala Kangsar iaitu bagi kerusi DUN Manong yang majoritinya Melayu, AMANAH mendapat 2491 undi mengatasi PAS yang hanya mendapat 2426 undi.
Ia terus memberikan indikasi bahawa AMANAH boleh mengatasi PAS dalam beberapa keadaan sekarang dan memberikan harapan yang besar di masa akan datang.
Cubaan letakkan harga
Ada beberapa perkara menarik tentang perubahan PAS sebelum dan selepas PRK ini. Antaranya,
sebelum PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, PAS sering mendakwa bahawa PAS boleh menang jika bersendirian.
Namun, selepas PRK baru-baru ini, menang bersendirian tidak lagi menjadi bualan pemimpin PAS, dan mula berundur dengan hanya mengatakan Pakatan Harapan memerlukan PAS untuk menang.
Sebelum ini juga PAS mendakwa Parti Amanah Negara tidak langsung menjadi ancaman sedikit
pun kepada PAS, tetapi selepas PRK, PAS berundur lagi dengan mengatakan bahawa parti AMANAH berjaya menyaingi PAS walaupun bergantung kepada sokongan DAP dan PKR.
Sebelum PRK, PAS mengatakan bahawa ia menjadi ancaman kepada BN, selepas PRK, PAS
terus berundur dengan mengatakan PAS hanya menjadi ancaman kepada PKR sahaja seperti tulisan pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), “Selain daripada itu, ia juga menjadi ancaman kepada PKR, sekiranya PAS masuk bertanding di kerusi-kerusi yang mereka menangi di Pantai Barat, kemungkinan mereka juga boleh kalah”.
Komentar berbaur ugutan ini menunjukkan PAS langsung tidak menghormati parti yang bersama dengan PAS di dalam kerajaan negeri Selangor, bahkan cuba mengugut PKR untuk tunduk kepada semua kemahuan PAS apabila menyedari bahawa PAS tidak mampu berhadapan dengan BN secara bersendirian.
PPP sebelum PRK menyatakan PAS akan menang, namun selepas PRK PPP mengubah nada
hanya dengan mengatakan bahawa PAS ada kekuatan teras sendiri.
Yang mana difahami dengan kekuatan teras itu sahaja tidak memungkinkan kemenangan. Seolah-olah PAS mula mengakui bahawa PAS lebih memerlukan Pakatan Harapan.
Apa yang hendak saya katakan bahawa, daripada pengunduran-pengunduran di atas, menunjukkan PAS mula mengakui bahawa mereka tidak boleh bersendirian di dalam PRU14 kelak.
Cuma, disebabkan ego, mereka tidak mahu mengakuinya secara terus. Segala kecaman-kecaman di atas hanya membuktikan bahawa PAS sudah mula sedar bahawa kekuatannya tidak sekuat mana jika bersendirian.

Mapim Pelawa Rosmah Sertai Himpunan Al Quds

Undi Cina Bukan Hak DAP, MCA Kena Bertindak

Percakaran Pembangkang Memang Bonus BN Menang PRK

Kuasa Sebagai Pemerintah Bantu BN Menang PRK

'Kerajaan Kena Tunjuk Pada Rakyat Cara Belanja GST'

DAP, AMANAH buat Azmin pening kepala, kata PAS

Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali menyalahkan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) kerana menyebabkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali 'sakit kepala' semasa mengadakan rundingan pembahagian kerusi.
Kenyataan tersebut diutarakan selepas Azmin, dalam wawancara eksklusif bersama Oriental Daily berkata, adalah sukar untuk berkomunikasi dengan PAS berhubung rundingan pengagihan kerusi.
Mustafa berkata, berdasarkan pengalaman masa lalu, perbincangan dengan Azmin berhubung pembahagian kerusi (untuk tujuan pilihan raya) berjalan lancar.
"Pada masa lalu, saya tidak mempunyai masalah besar mengadakan perbincangan langsung dengan Azmin. Beliau mewakili PKR, saya pula mewakili PAS," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Bagaimanapun, keadaan menjadi rumit dengan Azmin sejak beliau mewakili Pakatan Harapan yang baru berusia setahun, jelas Mustafa lagi.
"(Sekarang) masalah muncul sejak Azmin mewakili Pakatan Harapan, dan bukan hanya PKR. Ini mungkin lebih mencabar. Rakan-rakan dalam Pakatan Harapan menyukarkan keadaan untuk beliau.
"Dia (Azmin) tidak boleh memberikan kata terakhir (bagi pihak) rakan-rakan Pakatan Harapan...(kerana) kemudian AMANAH akan bersuara (sesuatu yang lain)." tambah beliau.
Ditanya sama ada DAP dan AMANAH yang merupakan sekutu PKR dalam Pakatan Harapan menyebabkan Azmin pening kepala, Mustafa menjawab:
"Ya. Ya. Ia menjadikan sukar buat beliau (Azmin). (Tetapi ) jika ianya rundingan terus antara PKR dan PAS, ini tidak menjadi masalah." katanya lagi.

Kalau DAP Itu Musuh Islam, Apasal PAS Masih Bekerjasama Dengan DAP Di Selangor?

Haron Din pula serang Dr M berkawan ‘musuh Islam’

KUALA LUMPUR: Selepas diserang bertubi-tubi pemimpin Umno, kali ini giliran pemimpin tertinggi PAS pula menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyokong Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang baru lepas.

Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din memberitahu akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, bekas perdana menteri itu bersekongkol dengan DAP “yang nyata menjadi musuh Islam”.

“Bersahabat baik dengan musuh Islam, kita akan jadi seperti mereka juga.

“Oleh itu, adalah lebih baik untuk kita balik mempertahankan syariat Islam dengan mengutamakan ukhuwah atau persaudaraan yang berteraskan kepada hukum-hukum syarak dan menjauhi diri daripada tindakan yang mengundang kemurkaan Allah,” kata Haron, yang merupakan anggota Majlis Perundingan Islam (MPI) diketuai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dr Mahathir sebelum ini menjadi sasaran serangan pemimpin Umno dan PAS ekoran sokongan terbukanya kepada calon Amanah, yang mewakili Pakatan Harapan di kedua-dua PRK Sabtu lepas.

Calon Barisan Nasional (BN) di kedua-dua kawasan Parlimen itu menang dengan majoriti besar.

Ekoran kemenangan BN itu, Dr Mahathir menerima pelbagai sindiran dan teguran, termasuk daripada Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, yang berkata pemimpin berusia 90 tahun itu perlu perbanyakkan masa di atas tikar sembahyang dan bersara dari politik.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata beliau akan terus bersuara menentang pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang menurutnya dilanda salah guna kuasa dan rasuah.

Haron berkata Dr Mahathir “berubah” kerana gagal menjatuhkan Najib.

“Apabila hasratnya untuk menukar Perdana Menteri tidak berhasil, maka semuanya telah berubah.

“Perjuangan untuk memartabatkan Islam melalui perpaduan sepatutnya menjadi keutamaan Dr. Mahathir dalam umur yang begitu lanjut,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia. -FMT

Semakin melalut dan kalut nampaknya PAS selepas pemergian Almarhum TG Nik Aziz.

Kini penggantinya sebagai Mursyidul Am PAS, Harun Din adalah tokoh yang pernah mengusahakan "kerajaan perpaduan" PAS-UMNO dan kini rancangannya itu seperti berjalan lancar.

Beliau telah pun dilantik sebagai Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI) yang berada di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri yang gaji dan elaunnya tidak diumumkan.

Kini suara beliau menyamai suara UMNO, melabelkan DAP sebagai musuh Islam, sesuautu yang tidak pernah dilakukan oleh pemimpin PAS terdahulu, samada TG Fadzil Noor ataupun TG Nik Aziz.

Kita pun tidak tahu bab mana yang menyebabkan beliau melabelkan DAP sebagai muusuh Islam.

Pengerusi PAC kena cuti jika disiasat SPRM

Ketua penerangan Pemuda PKR mendakwa Datuk Hasan Arifin membeli tanah di bawah harga pasaran sebelum menjualnya semula lima kali ganda nilainya.
Lee-Chean-Chung-hasan-ariffPETALING JAYA: Ketua Penerangan Pemuda PKR Lee Chean Chung mendesak Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin mengambil cuti jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadapnya berhubung satu urus niaga tanah.
“Ia bagi melindungi integriti PAC,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga mendesak Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed untuk memberi keutamaan kepada kes itu sebelum tempoh perkhidmatannya tamat pada Ogos.
“Ada orang dapat faedah daripadanya (penjualan tanah). Apa yang betul daripada segi undang-undang tidak semestinya benar secara etikanya.
“Ia mungkin dibuat mengikut undang-undang, tetapi secara moralnya ia mungkin tertakluk kepada rasuah,” katanya kepada FMT ketika mengulas lanjut kenyataannya.
Minggu lalu, Chean Chung mendakwa Hasan membeli sebidang tanah dengan harga bawah paras pasaran dan kemudian menjualnya kepada pembeli bukan Bumiputera.
Beliau mendakwa Hasan membeli tanah milik persendirian itu pada 2002 dengan RM76,499, walaupun nilai tanah berkenaan pada masa itu, menurut penilaian duti setem ialah RM213,000.
Beliau turut mendakwa Hasan ketika membeli tanah itu pada 2002 memegang jawatan sebagai timbalan menteri besar Pahang.
“Jelas beliau membeli tanah itu di bawah harga pasaran dan wujud konflik kepentingan dalam pembelian berkenaan.
“Tanah itu kemudian dijual pada harga lima kali ganda lebih tinggi daripada harga beli. Maka, keuntungan jualan itu ialah RM321,184.02,” katanya.

‘Tertuduh jadi wira, SPRM jadi barua’ - Mohd Shukri

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull kesal dengan polarisasi politik berhubung siasatan rasuah yang sering menyaksikan tertuduh dipertahankan manakala suruhanjaya itu dibidas kerana cuba menjalankan tugas.
"Di Malaysia jika kita menyiasat seorang ahli politik, keseluruhan parti akan menyokong tertuduh.
"Dan tertuduh menjadi wira, manakala SPRM pula menjadi barua," katanya dalam sebuah rakaman video di YouTube.
Katanya, orang ramai dan parti politik seharusnya menyokong SPRM dalam mana-mana siasatan rasuah kerana ia akan mengeluarkan "kanser" yang memusnahkan masyarakat dan parti politik itu sendiri.
"Apabila kita menyiasat (seseorang) individu.... Orang ramai perlu dan mesti menyokong SPRM.
"Kamu tahu mengapa? Kerana kita cuba mengeluarkannya, mengeluarkan semua ini dari parti. Jika kita mengekalkannya, ia sama seperti kanser, ia akan merosakkan parti," katanya.
Shukri bagaimanapun berkata bahawa mungkin adalah baik bagi SPRM dilabel sebagai anjing kerajaan mahupun atau alat pembangkang kerana ini menunjukkan bahawa mereka benar-benar tidak berat sebelah dan melaksanakan tugas tanpa mengira sempadan politik.
Tetapi beliau menambah bahawa retorik itu tidak baik untuk Malaysia dalam usaha untuk membasmi rasuah.
Beliau berkata SPRM teruk dibidas oleh penyokong parti politik dalam beberapa kes-kes apabila mereka menyiasat Umno, PKR dan ahli-ahli politik DAP.
Dalam keadaan tertentu, katanya, penyokong mereka mengadakan demonstrasi jalanan.
Shukri berkata ini adalah antara cabaran yang dihadapi suruhanjaya itu dalam menjalankan tugasnya untuk membawa perasuah ke muka pengadilan.

PM kata pilihan raya umum selepas Aidilfitri tapi...

Berikutan kemenangan besar BN pada pilihan raya kecil berkembar, Sabtu lalu, spekulasi kini bertiup kencang bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Dewan Rakyat bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan bagi mengukuhkan kedudukannya.
Ketika ditemui pemberita di kawasan Parlimen Pekan semalam, Najib memberitahu pemberita bahawa pilihan raya umum ke-14 akan diadakan selepas sambutan Aidilfitri.
Walau bagaimanapun, perdana menteri berkata beliau tidak tahu sambutan Hari Raya pada tahun bila yang dirujuknya.
"Saya hanya boleh berkata pilihan raya umum akan diadakan selepas Aidilfitri. Tetapi Hari Raya tahun bila, saya tidak tahu," katanya yang dipetik akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau.
Najib menegaskan bahawa keputusan pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar menunjukkan bahawa rakyat menaruh keyakinan terhadap pentadbiran BN, walaupun terdapat kempen untuk menentangnya oleh bekas perdana menteri tertentu yang tidak dinamakan dalam laporan itu.
Katanya, BN menerima peningkatan undi yang ketara di pusat daerah mengundi yang dilawat oleh bekas perdana menteri itu.
Terdapat banyak keraguan yang ditimbulkan terhadap saya, tetapi semua ini telah dijawab pada dua pilihan raya kecil lalu.
“Rakyat tahu parti mana yang boleh menjaga kepentingan mereka. Rakyat boleh membuat keputusan sendiri," katanya.
Najib jelas merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang melancarkan kempen Deklarasi Rakyat dalam usaha untuk menggulingkannya dengan berkempen di kedua-dua kawasan pilihan raya berkenaan.

Pembunuhan Bill Kayong bermotif politik?

Pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian tidak menolak kemungkinan pembunuhan calon KEADILAN Bekenu, Bill Kayong didakwa bermotifkan politik.
Beliau berkata, aktivis dan ahli politik pembangkang lantang bersuara menentang pencerobohan tanah adat di Sarawak berterusan menerima ancaman daripada individu tidak bertangunggjawab.
71462630650_BaruBian“Pihak polis dan kerajaan Sarawak mesti lebih aktif dalam penyiasatan ke atas kes keganasan berkenaan tanah NCR (adat).
“Di Melikin, Surik Muntai yang berjuang untuk hak tanahnya diserang dengan ganas dan dilumpuhkan samseng pada 2013,” katanya dalam kenyataan.
Namun, katanya, pihak polis seolah-olah gagal mengambil pendirian tegas untuk menahan mana-mana individu didapati cuba mengeluarkan ancaman walaupun ada suspek dikenal pasti.
Beliau mengaitkan serangan di Melikin ke atas aktivis, Surik Munkai berjuang mempertahankan tanah adat di kawasan itu diserang individu yang dikaitkan mempunyai hubungan politik.
“Salah satu penyerang dikenal pasti sebagai pekerja bagi syarikat perladangan mempunyai hubungan politik di kawasan itu.
ClcXka6UYAAPau0“Walaupun polis menemui kumis senjata di kuarters pekerja, namun tiada keadilan untuk Surik. Tiada seorang pun yang dipertanggungjawabkan untuk jenayah ini,” katanya.
Lebih mengecewakan, Ahli Parlimen Kuching, Micheal Teo juga pernah diserang di hadapan pejabatnya, bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang tangkapan dibuat.
Tahun sebelumnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang, See Chee How turut menerima ancaman apabila koktel molotov dilemparkan ke dalam perkarangan rumahnya.
“Pembunuhan Bill Kayong tidak harus dibenarkan menjadi satu lagi kes yang tidak dapat diselesaikan dalam fail polis Sarawak.
“Kami amat bimbang pada tahap keganasan yang merayap ke dalam masyarakat kita terhadap ahli politik dan aktivis sosial,” kata ADUN Ba’Kelalan itu.
Bill ketika kejadian memandu kereta jenis Toyota Hilux maut dipercayai ditembak dari jarak dekat menembusi cermin kanan di sebelah pemandu kereta yang dinaikinya.

‘Kedah perlu MB dari Wisma Darul Aman, bukan wad ICU’

Mahfuz menggesa Jemaah Pemangku Sultan Kedah berbincang sama ada perlu pemangku MB Kedah menggantikan Ahmad Bashah.
mazfuf-omar
PETALING JAYA: Datuk Mahfuz Omar hari ini mempersoalkan sampai bila kerajaan negeri Kedah akan beroperasi dari Hospital Pulau Pinang, selepas mesyuarat Exco diadakan di sana ekoran Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
“Berapa lama lagi Bashah perlu tinggal di hospital dan berapa lama kerajaan Kedah akan ditadbir dari wad ICU Hospital Pulau Pinang?” tanya ahli Parlimen Pokok Sena itu.
“Rakyat Kedah mahukan perjalanan kerajaan negeri dapat berjalan dengan baik dengan dipimpin oleh seorang MB dari Wisma Darulaman, bukan dari wad ICU hospital.
Justeru, Mahfuz menggesa Jemaah Pemangku Sultan Kedah berbincang sama ada perlu pemangku MB Kedah.
Semalam, Bashah yang dirawat kerana komplikasi usus, mempengerusikan mesyuarat Exco Kedah yang dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang.
Mahfuz berkata rakyat Kedah ingin tahu keputusan yang diambil dari wad hospital semalam.
“Rakyat sedang menanti apakah perancangan kerajaan negeri untuk mengeluarkan kehidupan rakyat yang dah lama terseksa dalam wad ICU Umno-BN,” katanya.

NOW seru pelbagai pihak pertahankan SPRM

Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat (NOW) menyeru pelbagai pihak termasuk ahli parlimen dan pemimpin masyarakat sivil supaya mempertahankan integriti dan kebebasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ia berikutan laporan mengenai rombakan SPRM yang akan menyaksikan peletakan jawatan Tan Sri Abu Kassim Mohamed selaku Pesuruhjaya SPRM dan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull selaku timbalannya tidak lama lagi.
Pengarah Eksekutif NOW Rafizi Ramli dan Akmal Nasir mendakwa pelucutan jawatan itu tidak dibuat secara sukarela sepertimana dilaporkan media.
Mereka mendakwa dihubungi seorang pegawai kanan SPRM kira-kira lima bulan lalu yang memaklumkan kedua-dua pimpinan tertinggi SPRM itu dipaksa meletak jawatan dan akan digantikan dengan 'orang luar' suruhanjaya itu .
"Tindakan memecat pesuruhjaya dan timbalan pesuruhjaya SPRM merupakan campur tangan politik yang begitu luar biasa dalam badan SPRM, menghina kebebasan SPRM, dan tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.
"Ini merupakan tindakan pertama kepimpinan Datuk Seri Najib Razak selepas mencapai kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besar," katanya dalam satu kenyataan media.

Ada cubaan campur tangan dalam siasatan, kata SPRM

Walaupun mengakui ada cubaan campur tangan dalam sesetengah siasatan yang dikendalikannya, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkta ini ini tidak pernah menghalang mereka daripada meneruskan siasatan mereka.
"Sudah tentu ada campur tangan... ada campur tangan. Tetapi saya tidak akan benarkan campur tangan untuk menghentikan siasatan kami.
"Tidak pernah dalam sejarah, sejak saya mengambil alih operasi, kertas (siasatan) dihentikan ketika tengah-tengah siasatan," katanya dalam video rasmi yang dimuat naik di Youtube.
Walaupun beliau tidak menjelaskan dalam rakaman video yang dimuat naik pada 6 Jun jenis campur tangan yang SPRM berdepan, katanya di bawah pengawasannya suruhanjaya itu tidak pernah berhenti menyiasat kerana campur tangan mahupun arahan daripada sesiapa.
"Untuk perhatian, dari mula hingga sekarang, tiada siapa yang boleh campur tangan dalam siasatan kami, tiada siapa yang boleh mengarahkan SPRM untuk buat ini, buat itu, ... tidak ada. Siasatan adalah kuasa kita.
"Saya tidak akan membenarkan sesiapa untuk campur tangan, saya tidak benarkan pegawai saya menghentikan siasatan, sekali disiasat kita mesti menyelesaikan setiap kertas siasatan," katanya.
Walaupun Shukri mengakui bahawa suruhanjaya itu boleh meneruskan siasatan tanpa campur tangan atau arahan, namun tidak ada apa yang boleh beliau lakukan bagi menentukan sesuatu kes berkenaan di bawa ke mahkamah.
"Saya tidak pernah mempersoalkan keputusan sama ada untuk mendakwa ataupun tidak mendakwa.
Ini bukan kuasa saya, kamu perlu faham bahawa terdapat pembahagian kuasa antara penyiasatan dan pendakwaan," katanya dalam video itu.

Rafizi terima maklumat Kassim, Shukri dipaksa letak jawatan

Pengarah Eksekutif NOW didatangi pegawai kanan SPRM memaklumkan tempat mereka akan diisi oleh 'orang luar'.
rafizi-abu-kassimPETALING JAYA: Pengarah Eksekutif NOW menyangkal laporan berita yang menyatakan Tan Sri Abu Kassim Mohammad dan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull meletak jawatan secara sukarela, berdasarkan kepada maklumat yang diterima badan itu.
Maklumat itu menunjukkan campur tangan politik yang luar biasa dalam suruhanjaya itu, tegas Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR.
“Kami telah dihubungi dan berjumpa dengan seorang pegawai kanan SPRM kira-kira 5 bulan yang lalu dan beliau memaklumkan bahawa kedua-dua pimpinan tertinggi SPRM telah dipaksa meletak jawatan,” dakwa Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam satu sidang media hari ini, Abu Kassim berkata perletakan jawatannya atas dasar rela hati, manakala Datuk Shukri Abdull pula bersara wajib.
“Jawatan mereka akan digantikan dengan ‘orang luar’ SPRM,” dakwa Rafizi lagi, “Kami juga dimaklumkan bahawa Pesuruhjaya dan Timbalan Persuruhjaya tidak berniat atau membuat permohonan perletakan jawatan ketika itu.”
NOW akan mengadakan satu mesyuarat tergempar 27 Jun ini melibatkan ahli-ahli Parlimen, pimpinan masyarakat sivil dan badan-badan bukan kerajaaan bagi membincangkan tindakan susulan mempertahankan integriti dan kebebasan SPRM.

MASIHKAH SPRM DIYAKINI LAGI?

Spekulasi pengunduran Abu Kassim Mohamed sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang kedengaran sejak awal tahun ini akhirnya disahkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa dengan mengatakan ia adalah atas permohonannya sendiri dengan memberi sebulan notis.

Bermakna beliau akan mengundurkan diri bermula 1 Ogos depan.

Bagaimanapun kata Ali Hamsa, Abu Kassim akan terus menyumbang kepada negara sebagai Pegawai Perkhidmatan Pencegahan Rasuah sehingga bersara wajib pada 6 Disember 2020.

Soalnya, apa jawatan dan peranan Abu Kassim di SPRM selepas 1 Ogos 2016 hingga 6 Disember 2020 nanti?
Meskipun SPRM menafikan pengunduran Abu Kassim kerana menerima tekanan daripada mana-mana pihak, namun perkara itu terus menjadi bualan hangat, lebih-lebih lagi penggantinya dilaporkan ialah seorang pegawai kanan dari Jabatan Peguam Negara.

Sebelum ini, Gani Patail juga ditamatkan perkhidmatan secara tiba-tiba  sebagai Peguam Negara pada 27 Julai tahun lalu dan digantikan dengan Apandi Ali yang ketika itu salah seorang hakim di Mahkamah Persekutuan.

Gani bagaimanapun terus dikekalkan sebagai Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sehingga bersara wajib pada Oktober 2015 lalu.

Dalam hal ini, ramai yang tidak menolak kemungkinan Abu Kassim dan Gani Patail ditekan dengan cara yang berbeza.

Dua butir peluru ditemui di leher kanan Bill Kayong

Setiausaha PKR Miri juga aktivis kaum Dayak, Bill Kayong yang ditembak di dalam kenderaannya di simpang lampu isyarat berhadapan Pusat Komersil Emart di sini mati disebabkan kesan peluru pada bahagian kanan lehernya.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Junaidi Bujang berkata, hasil bedah siasat yang dilakukan ke atas jenazah mangsa semalam, terdapat dua butir peluru ditemui dalam luka tembakan pada bahagian kanan leher mangsa.
Katanya, luka tembakan itu menyebabkan mangsa mati serta-merta di tempat kejadian.
Ketika ditanya berapa banyak das tembakan yang dilepaskan ke arah mangsa, beliau enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.
“Saya tidak dapat memberikan maklumat dengan terperinci bagi mengelak sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan kes,” lapor Borneo Post.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri, SAC Dev Kumar memberitahu sehingga semalam, tiada tangkapan dibuat.
Bedah siasat ke atas jenazah mangsa yang dilakukan semalam selesai menjelang petang dengan jenazahnya dibawa keluar dari rumah mayat pada jam 4 petang oleh ahli keluarga, saudara dan rakan-rakan yang sabar menunggu sejak jam 10 pagi.
Jenazah Bill Kayong atau nama Islamnya, Mohd Hasbi Abdullah akan dibawa ke kediamannya di Desa Senadin Fasa 5 di sini untuk majlis penghormatan terakhir kepada beliau sehingga malam ini.
Pagi esok, jenazahnya akan diserah kepada pihak Majlis Islam Sarawak dan Jawatankuasa Masjid Ar-Rayyan untuk dimandi seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 1, Kuala Baram selepas solat Jumaat.

Ayah bezakan PAS dan Islam, kata anak Fadzil Noor

Genap 14 tahun kematian presiden PAS itu, Faiz Fadzil mengenali ayahnya sebagai seorang yang tidak taksub dengan sesuatu pemikiran dan tidak suka melabel umat Islam lain sesat.
faiz-fadhil-noor
PETALING JAYA: Empat belas tahun selepas kematian Datuk Fadzil Noor, presiden PAS yang mengemudi parti itu ketika krisis politik terburuk negara pada lewat 1990-an, anaknya mengenang kembali ayahnya sebagai seorang bersikap terbuka baik di rumah mahu pun di pentas politik.
“Beliau terkenal dengan sikap terbuka dalam pendekatan politiknya dengan menggalakkan pelbagai profesional sertai parti, begitulah beliau sebagai bapa, berikan kami pilihan,” kata Faiz Fadzil, seorang peguam, kepada FMT hari ini.
Di kalangan lapan adik-beradiknya, empat menceburi bidang undang-undang, dua dalam bidang perakaunan manakala dua lagi jurusan agama.
“Beliau tidak takfiri dan boleh berhujah dengan baik,” kata Faiz, merujuk amalan suka melabel umat Islam lain sebagai sesat.
“Di rumah juga begitu, kami tidak dilarang berhujah atas apa-apa isu termasuk isu politik ketika itu.”
Fadzil, yang menjawat presiden PAS selama tiga tahun, meninggal dunia pada 23 Jun, 2002, selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.
Jenazah beliau disambut ratusan ribu orang yang membanjiri perkarangan HUKM, sehingga memaksa solat jenazah dilakukan berulang kali.
Jenazahnya kemudian diterbangkan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysa (TUDM) ke Kedah, disambut lebih 20,000 orang.
Lautan manusia sekali lagi dilihat ketika jenazah dibawa ke Pokok Sena, Kedah, kawasan Parlimen yang diwakili Fadzil sehingga akhir hayat beliau.
Perubahan dari ‘parti lebai’
Fadzil kerap dikaitkan dengan kehadiran PAS di arena perdana politik, selepas parti itu sekian lama dikenali sebagai “parti lebai” yang hanya mempunyai sokongan di kawasan luar bandar.
Sejurus selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, Fadzil merupakan antara orang pertama menziarahi bekas timbalan perdana menteri itu di kediamannya di Bukit Damansara.
Keterbukaan Fadzil dalam memimpin PAS menyaksikan keahlian PAS naik mendadak, ditambah pula dengan kemasukan profesional dan bekas ahli Umno yang kecewa layanan terhadap Anwar.
‘PAS bukan agama’

Fadzil Noor tokoh rintis pakatan pembangkang


Ustaz Fadzil Mohd NoorUstaz Fadzil Mohd Noor
Mengenang pemergian bekas Presiden Pas Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor, Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah) Anuar Tahir mengakui Allahyarham merupakan pemimpin dan sahabat yang sukar dicari ganti.
Menurut beliau, Almarhum mempunyai pengalaman yang cukup luas sebelum menyertai Pas lagi dan memiliki gaya kepimpinan yang luar biasa.
“Ustaz Fadzil seorang tokoh yang mempunyai pengalaman yang luas dan mempunyai kepimpinan yang cukup luar biasa. Kepimpinan beliau dapat kita lihat sehingga dapat menyatukan pelbagai kaum.
“Sejak zaman belia lagi, beliau sudah aktif di peringkat belia. Dan saya masih ingat kami sama-sama aktif dalam Majlis Belia Malaysia pada awal tahun 70-an dan pengalaman beliau dalam politik kebeliaan dan pertubuhan Islam amat luas,” katanya kepada Malaysia Dateline.
Menurut Anuar yang dahulu pernah bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Almarhum merupakan naqib usrah beliau dan hubungan mereka sangat rapat, seperti adik-beradik.
“Hubungan saya dengan beliau sangat intim sekali. Beliau pernah menjadi naqib dan sahabat saya.
“Apabila beliau memutuskan untuk menyertai parti (Pas) secara aktif dan meletakkan jawatan dalam Abim, dan masuk pilihan raya pertama di Bukit Raya, di Pendang memang saya terlibat berkempen pada waktu itu dengan penuh semangat dan harapan yang tinggi walaupun peringkat awal beliau tewas,” ceritanya mengimbau kenangan bersama Allahyarham yang hari ini genap 14 tahun meninggal dunia.
Almarhum menjadi presiden Pas bermula 1989 hingga 2002. Beliau meninggal dunia pada 23 Julai 2002 pada usia 65 tahun dan diganti oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Presiden Pas sebelum beliau ialah Ustaz Yusof Rawa.
Almarhum pernah menjadi ketua pembangkang parlimen selepas pilihan raya umum 1999 ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketokohan, kepetahan serta pendekatan sederhana beliau disegani rakan dan lawan.
Beliau juga antara tokoh gerakan Islam di negara ini yang menjadi pelopor kepada idea kerjasama politik atas nama tahaluf siyasi dengan Semangat 46 membentuk Angkatan Perpaduan Ummah sehingga Pas berjaya memerintah Kelantan pada tahun 1990.
Almarhum juga antara kawan paling rapat kepada Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa dalam Abim.
Anuar juga berkata, walaupun Allahyarham seorang pemimpin yang dikenali ramai, beliau sangat merendah diri dan boleh bergaul dengan semua orang tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

"PAKATAN hanya pandai berpolitik, tak tahu bela rakyat" - Rahman Dahlan

'Elok Tun M masuk AMANAH, bertanding dan jadi ketua pembangkang' - Pemuda Umno

Media online dilarang masuk buat liputan sidang media Ketua Pesuruhjaya SPRM

Najib selar pihak samakan bantuan kerajaan dengan 'dedak'

PRU-14 mungkin diawalkan jika beri kelebihan kepada BN kata Rahman Dahlan

Abu Kassim: Shukri vacating position as well

MACC Chief tenders resignation, says he was not pressured

Label ‘musuh Islam’ Haron Din tak jejas hubungan DAP-PAS di Selangor

Tindakan Haron Din melabel DAP 'musuh Islam yang nyata' lebih kepada hubungan politik bukannnya soal pentadbiran negeri, kata Exco PAS.
haron-din
PETALING JAYA: Hubungan PAS dan DAP dalam pentadbiran kerajaan Selangor tidak terjejas dan berjalan seperti biasa, kata seorang Exco dari PAS, selepas Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din membidas mereka yang bersekongkol dengan DAP yang dilabelnya “musuh Islam”.
“Hubungan PAS dan DAP dalam kerajaan Negeri Selangor langsung tidak terjejas.
“Kena bezakan hubungan dalam pentadbiram kerajaan negeri dan hubungan antara parti politik,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas kenyataan Haron membidas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana turut bersama dengan DAP, yang menurutnya nyata memusuhi Islam.
“Bersahabat baik dengan musuh Islam, kita akan jadi seperti mereka juga.
“Oleh itu, adalah lebih baik untuk kita balik mempertahankan syariat Islam dengan mengutamakan ukhuwah atau persaudaraan yang berteraskan kepada hukum-hukum syarak dan menjauhi diri daripada tindakan yang mengundang kemurkaan Allah,” kata Haron kepada Utusan Malaysia hari ini.
Sementara itu, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata kenyataan Haron itu tidak menjejaskan hubungan parti Islam itu dengan DAP di peringkat pentadbiran.
“Saya fikir elok saya dapatkan dulu kenyataan asal mursyidul am. Tetapi setakat hari ini, hubungan parti-parti (PAS, PKR dan DAP) di dalam kerajaan berjalan seperti biasa,” katanya.

Isu azan: YDP PAS mohon maaf pada DAP

Yang Dipertua PAS Padang Serai Shaharuddin Ibrahim memohon maaf kepada DAP dan kerajaan Pulau Pinang berhubung kenyataannya yang mendakwa akan berlaku larangan azan di masjid-masjid sekiranya DAP memerintah.
Shaharuddin berkata, beliau membuat permohonan maaf tersebut kerana tidak mahu memanjangkan lagi isu berkenaan, lapor akhbar Sinar Harian.
"Saya tidak mahu berbalah dan memanjangkan isu ini. Jadi dengan rendah hati saya memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dengan kenyataan itu khususnya DAP," katanya.
Sebelum ini, Shaharuddin didakwa memberikan tazkirah dan mengeluarkan kenyataan iaitu: 'Kalau DAP menguasai negara... nuu Pulau Pinang tuan-tuan, bang (azan) dah tak boleh dah, bang (azan) tak boleh dah tuan-tuan'.
Ekoran kenyataannya itu, exco kerajaan negeri Pulau Pinang Datuk Abdul Malik Abul Kassim menggesa Shaharuddin menarik semula kenyataan berkenaan kerana didakwa sebagai fitnah.
Sehubungan itu, Shaharuddin turut menjelaskan, kenyataan tersebut dikeluarkan kerana melahirkan kebimbangan terhadap sikap DAP dan sekutunya yang menentang usaha menegakkan syariat Islam di negara ini.
"Khususnya penentangan terbuka mereka terhadap Pindaan Rang Undang-undang 355 yang dibawa PAS di Parlimen baru-baru ini.
"Saya berharap penentangan mereka itu tidak akan membawa kepada larangan melaungkan azan di masjid-masjid.
"Ini kerana azan dan solat adalah sebahagian daripada syariat Islam yang tidak boleh diganggu oleh mana-mana pihak dalam negara ini," jelasnya.

Haron Din: Mahathir cabuli prinsip bila bersama DAP

Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din berkata, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup menggadaikan prinsipnya apabila bersekongkol dengan DAP yang didakwanya sebagai parti yang memusuhi Islam.
Malah akhbar Utusan Malaysia melaporkan, Haron berkata tindakan Dr Mahathir yang mencabuli prinsip yang dipegangnya selama ini juga mengundang banyak perkara negatif.
"Bersahabat baik dengan musuh Islam, kita akan jadi seperti mereka juga.
"Oleh itu, adalah lebih baik untuk kita balik mempertahankan syariat Islam dengan mengutamakan ukhuwah atau persaudaraan yang berteraskan kepada hukum-hukum syarak dan menjauhi diri daripada tindakan yang mengundang kemurkaan Allah," katanya yang dipetik akhbar milik Umno itu.
Sebelum ini bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad memberi amaran bahawa tindakan negarawan itu bersama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) akan membawa kemudaratan kepada orang Melayu.
Ini berikutan tindakan bekas perdana menteri selama 22 tahun itu berkempen bersama Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar minggu lalu.
Selain itu, Haron yang juga ketua kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI) turut berpendapat, tindakan Mahathir kini berkemungkinan disebabkan sikapnya yang emosional untuk menukar perdana menteri tidak berjaya.
Ia dilihat berbeza dengan hasrat Mahathir sebelum ini yang mana semuanya dapat dicapai, kata Haron lagi.
"Apabila hasratnya untuk menukar perdana menteri tidak berhasil, maka semuanya telah berubah.
"Perjuangan untuk memartabatkan Islam melalui perpaduan sepatutnya menjadi keutamaan Dr Mahathir dalam umur yang begitu lanjut," katanya.

Nurul Izzah dan Wan Azizah mahu Anwar diberi penjagaan penuh di hospital


Anwar IbrahimAnwar IbrahimKeluarga bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi tujuan penjagaan penuh Anwar di Hospital Kuala Lumpur atas faktor kesihatan yang membimbangkan.
Naib Presiden PKR Nurul Izzah menerusi surat bertarikh 18 Jun 2016 berkata, pada 15 Jun lalu, Anwar dikejarkan ke hospital kerana mengadu sakit di bahagian belakang.
“Pada 17 Jun, pihak keluarga dimaklumkan tentang penangguhan rawatan Magnetic Resonance Imaging (MRI) disebabkan tekanan darah masih tinggi dan tidak sesuai untuk prosedur MRI,” katanya menerusi surat rasmi beralamat ke Pejabat Perdana Menteri.
Nurul Izzah berkata, faktor dikenal pasti punca tekanan darah Anwar tidak stabil ialah pemindahan dari satu lokasi ke satu lokasi secara drastik dan wujud ketumbuhan dalam ginjalnya.
“Apa yang dipinta adalah penjagaan rapi menepati keadaan beliau yang uzur di umur menjangkau 70 tahun di hospital sepenuhnya. Malangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami pemindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain secara drastik.
“Dari penjara ke mahkamah, penjara ke hospital, kemudian ke penjara lagi. Pastinya proses perpindahan ini menyebabkan tekanan darah menjadi tidak menentu,” katanya.
Menurutnya, Anwar sepatutnya menerima rawatan fisioterapi berkala secara optimum sementara menunggu pembedahan di bahu yang ditawarkan Georgetown University.
“Perlu diingat, semasa mula-mula ditahan, Anwar hanya alami frozen shoulder. Namun, kerana penahanan di dalam lokap tanpa katil untuk bulan pertama sebelum dipindahkan ke ruang lebih selesa, kecederaan bahu beliau semakin runcing.
“Fisioterapi yang jarang-jarang berlaku, memandangkan keengganan pihak penjara menghantar Anwar ke hospital untuk rawatan intensif (seperti 1999 hingga 2004) akhirnya menjadikan kecederaan bahu bertindan dengan sakit tulang belakang berulang.
"Saya tidak boleh terus melihat kesihatan ayahanda merosot dengan tempat penahanan yang tidak sesuai dengan keperluan ayahanda yang bakal mencecah umur 70 tahun,” katanya.
Tambahnya, selaku bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar wajar mendapat layanan lebih baik berbanding bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang diberi kemudahan tahanan parol di rumah walaupun sabitan kurang setahun.
“Besar harapan saya sekeluarga agar pihak perdana menteri mempertimbangkan Anwar dibenar dirawat di hospital sepenuhnya sehingga mendapat ruang pembedahan kelolaan Georgetown University," katanya.

Ke mana Kit Siang nak bawa Pakatan Harapan?

Apa diperolehi PAS di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah undi bersih kekuatan PAS selepas melalui proses pemecahan, dilanyak dan juga RUU Hadi.
lim-kit-siang-ph
Oleh Timothy Heng
Kata Penasihat DAP Lim Kit Siang, Barisan Nasional (BN) berkemungkinan akan menang dengan majoriti yang begitu besar dengan lebih 16,000 di Sungai Besar dan lebih 11,000 di Kuala Kangsar, sekiranya pertembungan satu lawan satu antara PAS dan BN.
Jangkaan itu atas dasar beliau mempercayai pengundi yang menyokong DAP akan menyokong BN dan bukannya PAS.
Betul ke?
Keputusan PRK Sungai Besar:
BN (Umno): Budiman Mohd Zohdi, 16,800
Amanah: Azhar Abdul Shukur, 7,609
PAS: Dr Abd Rani Osman, 6,902
Keputusan PRK Kuala Kangsar:
BN: Datin Mastura Yazid, 12,653
PAS: Dr Najihatussalehah Ahmad, 5,684
Amanah: Dr Ahmad Termizi Ramli, 4,883
Bebas: Izat Bukhary Ismail Bukhary, 54
Dari sudut undi popular antara pembangkang, PAS dan Pakatan Harapan (PH) menguasai sokongan hampir sama rata iaitu 50%.
Bahkan sebenarnya, jumlah undi popular yang diperolehi oleh PH kurang daripada apa yang diperolehi PAS yang bertanding sendirian, iaitu 12,492, berbanding 12,586.
Jika Kit Siang boleh membuat andaian bahawa undi DAP tidak akan pergi ke PAS, andaian yang sama juga boleh dibuat bahawa jika PAS tidak bertanding, kesemua undi PAS akan pergi ke BN dan bukannya PH.
Harus diingat apa yang diperolehi PAS di PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar adalah undi bersih kekuatan PAS selepas melalui proses pemecahan, dilanyak dan juga RUU Persendirian 355 dibacakan di Parlimen.
Menggunakan perkiraan Kit Siang yang sama, PH dijangka akan tewas sebanyak 16,000 undi majoriti juga di Sg Besar setara dengan apa yang diunjurkannya terhadap PAS.
Akan tetapi, PH akan kalah lebih teruk di Kuala Kangsar berbanding unjuran Kit Siang terhadap PAS, iaitu sebanyak 13,000 bernding 11,000 undi majoriti.

Azmin kecewa PAS lupa prinsip pakatan

Azmin kesal ada pemimpin PAS lupa dasar pembangkang. Beliau turut menceritakan persahabatan rapat beliau dengan Dr Mahathir.
azmin-ali
PETALING JAYA: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengakui komunikasi dengan pucuk pimpinan tertinggi PAS berdepan kesukaran kerana parti Islam itu lupa prinsip asas pakatan pembangkang.
“Saya boleh terima perbezaan pendapat tetapi tidak patut merosak dan memusnahkan pakatan yang dibina sejak 1998. Penubuhan pakatan ini bukan perkara mudah kerana DAP dan PAS boleh duduk semeja, ini tidak pernah berlaku.
“Saya sedikit kecewa kerana ada pucuk pimpinan tertinggi PAS lupa prinsip paling asas pakatan. Ini perkara berbahaya, kami perlu saling menghormati bukan hanya melindungi idea dan pendirian sendiri,” kata Timbalan Presiden PKR itu dalam wawancara dengan akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily.
Azmin berkata pengakuan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang parti Islam itu tidak boleh berjuang bersendirian menunjukkan masih ada peluang mengadakan rundingan dan hanya pendirian sesetengah individu dalam PAS agak keras.
Menteri besar Selangor itu menjelaskan, kekalahan di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak bermakna parti pembangkang tidak boleh bangkit semula.
“Untuk bangkit semula, pembangkang perlu lebih jujur, hormat pendapat berbeza, parti dan pemimpin lain, sedar terhadap realiti rakyat mahu parti pembangkang yang kuat dan bersatu.
“Proses ini walaupun susah tetapi kita tidak patut putus asas. Penyatuan semula parti pembangkang memerlukan kerjasama semua pihak,” katanya sambil berharap semua pemimpin boleh bersikap terbuka dan terima hakikat rakyat mahu perubahan.
Anak angkat Dr Mahathir
Sementara itu, Azmin yang pernah dianggap “anak angkat” Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui hubungannya dengan bekas perdana menteri itu amat baik, namun menegaskan kesetiaannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini kerana tegasnya, sebagai seorang yang berprinsip, beliau tidak pernah meninggalkan Anwar selepas dipecat daripada Kabinet pada 1998 .

Najib bidas label keterlaluan ‘pemakan dedak’

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengecam tindakan keterlaluan sesetengah pihak yang melontarkan label-label yang menghina selepas kehilangan modal politik.
Katanya, mereka yang menyifatkan penerima bantuan kerajaan sebagai “pemakan dedak” cuba merendahkan bantuan kerajaan kepada golongan yang memerlukan.
Walaupun dia tidak menyebut sebarang nama, kenyataan beliau jelas merujuk kepada bekas mentornya yang kini menjadi seteru, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Hari baik, bulan baik ini, ada pula sesetengah pihak yang semakin lama semakin keterlaluan dalam tutur kata mereka.
“Bantuan kerajaan selama ini untuk membantu rakyat dilabel seperti memberi dedak kepada haiwan,” katanya dalam satu posting di Facebook.
Perdana Menteri berkata kerajaan BN membina rumah-rumah, jalan raya dan sekolah-sekolah untuk rakyat, dan ini tidak boleh disamakan dengan memberi mereka makan dedak.
“Dedak itu makanan haiwan, tidak patut disamakan dengan bantuan yang diberikan kerana kita prihatin dengan keperluan rakyat.
“Janganlah ada yang kehilangan modal politik kini bermain pula dengan retorik dan kata-kata kesat dan merendahkan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.
Mahathir dan konconya sering-kali menuduh mereka yang menyokong Najib sebagai "pemakan dedak" atau yang telah “dibeli”.
Bekas perdana menteri itu menerima tamparan dalam usaha untuk menumbangkan Najib apabila gesaannya kepada pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar untuk menolak perdana menteri tidak diendahkan.
BN memenangi kedua-dua pilihan raya kecil itu dengan majoriti besar.

Rombakan besar-besaran SPRM, dua pegawai kanan berundur

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed akan digantikan tidak lama lagi dan penggantinya dipercayai adalah seorang pegawai kanan dari Jabatan Peguam Negara.
Sumber yang rapat dengan perkara itu membayangkan bahawa Abu Kassim diberi tekanan oleh Pejabat Perdana Menteri untuk mengosongkan jawatannya. Beliau akan meletak jawatan pada 1 Ogos.
Lebih menggemparkan lagi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull juga dikatakan akan bersara bulan depan, manakala tiga panel utama SPRM dibiarkan kosong.
Panel Penilaian Operasi (ORP) dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (CCPP) kosong sejak 24 Februari lalu, manakala Jawatankuasa Khas di Pencegahan Rasuah kosong sejak bulan lalu.
ORP dikatakan banyak mengkritik keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mereka juga mahu siasatan lanjut, termasuk SPRM diberikan kuasa Bantuan Hukum Timbal Balik atau ‘Mutual Legal Assistance’ untuk menjalankan siasatan di luar negara.
Sementara itu, CCPP menentang langkah kontroversi memindahkan dua pegawai kanan SPRM Julai lalu - Pengarah Operasi Khas, Datuk Bahri Mohd Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob.
Spekulasi bahawa Abu Kassim akan diberhentikan meskipun kontraknya berlangsung sehingga 2018, mula tersebar awal tahun ini.

GST: Barang semakin mahal, makan roti dan bihun sahaja!

Pasca pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar menyaksikan harga barang pengguna naik melambung-lambung seolah-olah tiada kawalan pihak berkuasa.
Sementara kerajaan BN pula merasakan diri mereka kebal tidak lagi perlu melihat kesensaraan rakyat. Lebih buruk, kenaikan harga akibat GST didakyahkan sebagai kelemahan rakyat kerana terlalu banyak berbelanja sehingga kekurangan stok di pasaran.
GST: Barang semakin mahal, makan roti dan bihun sahaja!Tinjauan Suara pakatan daily (SPD) ke pasar pagi Taman Sri Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini disambut rungutan spontan seorang suri rumah.
“Harga kini sudah gila dan pasar pagi tempat untuk dapat sakit jantung,” katanya ketika wartawan SPD mendapati sebiji bawang putih saiz sederhana berharga RM1.50 dan 3 ketul ubi kentang saiz kecil berharga RM3.00 setelah ditimbang.
Mengulas isu sama, bekas penyelia stor barangan runcit, Alan Chong, 63, dari Setapak Jaya, Kuala Lumpur berkata, kenaikan harga menyebabkan beliau dan keluarga terpaksa menukar diet harian kepada roti dan bihun sahaja.
“Setiap hari kami hanya makan roti, mi segera atau bihun goreng, telur dan bawang serta minum air sahaja. Kami makan sekadar cukup untuk hidup sebab perlu berjimat membayar bil-bil bulanan kerana harga barang runcit kerap naik sejak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada April tahun lalu,” katanya yang masih menanggung seorang anak perempuan dan isteri.
Chong menyelar pendapat menteri kononnya GST tidak meningkatkan harga. Katanya, beliau amat arif mengenai harga barang runcit kerana telah puluhan tahun bekerja sebagai pembantu stor barangan runcit. Harga barang malambung tinggi selepas perlaksanaan GST, katanya.

Tolak sentimen ‘anti-Malaya’, fokus aspirasi rakyat, kata Pengerusi DAP Sabah


IMG-20160622-WA0004
KENINGAU, 22 JUN: Rakyat Sabah khususnya masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut di sini diseru supaya tidak terpengaruh dengan dakyah parti-parti tempatan yang berada dalam gabungan United Sabah Alliance (USA) kononnya memperjuangkan nasib Sabah.
Sedangkan, tindak-tanduk sebahagian mereka selesa menggunakan sentimen ‘anti-Malaya’ hanya mencerminkan pemikiran ekstrem dan tidak menguntungkan perjuangan masyarakat yang tertindas di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah.
IMG-20160622-WA0005Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong Tien Fatt, berkata, tindakan gabungan parti-parti tempatan ini yang dilihat terlalu ghairah ‘membuai’ angan-angan masyarakat di pedalaman khususnya di Keningau tidak mencerminkan aspirasi rakyat Sabah yang sebenar.
“Gabungan parti-parti di bawah USA ini dilihat sebagai terlalu ekstrem dalam sentimen malah suka ‘membuai’ angan-angan masyarakat di pedalaman khususnya di Keningau dengan menyatakan bahawa Keningau akan diiktiraf sebagai ‘ibu negara’ kepada ‘negara Sabah’ kelak,” katanya dalam sebuah majlis di sini.
Sebaliknya Ahli Parlimen Sandakan itu berpandangan, isu utama yang perlu diberi perhatian saat ini meliputi soal kebajikan, kemudahan awam dan pembangunan.

Pupuskah PAS selepas PRK Sg. Besar dan Kuala Kangsar

PAS kalah malah pembangkang kalah di PRK Sg. Besar dan Kuala Kangsar. BN menang bergaya. Memang ia sudah dijangka. Namun yg. menjadi bualan mulut murai ialah PAS akan pupus selepas dua PRK tersebut dan PAN akan menggantikan PAS sebagai pembangkang utama melayu.

Penulis katakan ini hanyalah dari sudut persepsi orang yang tidak mengenal PAS. Ia hanya andaian mereka yang tidak memahami bahawa PAS tidak pernah pupus, insya'ALLah.
Pas ujud sejak lama dan telah mengalami kejatuhan hingga hilang wang pertaruhan dalam PRU. PAS hilang Kelantan pada tahun 1978 kalau tak silap. Namun PAS bangkit semula hingga mampu memberi pukulan K.O kepda BN di Kelantan. 
Mungkin akan ada yang berkata, PAS menawan Kelantan dengan bantuan S46. Ya benar! Namun PAS mampu mengekalkan kuasa selepas S46 berkubur.
Bagi pembenci PAS atau paling kurang yang menyanjung sikap biar islam diletakkan di sisi asalkan menang, mereka lebih berpersepsi bahawa dengan adanya PAN, PAS tidak relaven lagi dalam politik blok pembangkang. Bagi mereka, PAS lebih relaven. Sebab PAN parti profesional sedangkan PAS parti pak lebai. Pak lebai tak tahu berpolitik. Namun mereka ternganga bila tuan guru Haji Haji berhujah tentang ekonomi di parliment.
PAS telah masak dengan asam garam politik. PAS cukup berpengalaman. Jatuh bangun dalam memperjuangkan islam dalam konteks sistem demokrasi bukan pelik. Kerana dalam konteks demokrasi, islam seboleh-bolehnya tidak mahu dilibatkan. Jadi tidak hairan jika PAS diserang kiri kanan atas bawah depan belakang.
Namun penulis percaya PAS tidak akan pupus berdasarkan sejarah, sejarah, bukan berdasarkan hanya dua PRK yang lalu.
Insya'ALLah. 

PAS sudah serik dengan DAP - Mohd Amar

PAS tidak mungkin akan kembali duduk semeja dan mengadakan kerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam Pakatan Harapan kerana sudah serik dengan pengalaman lalu.
Naib Presiden PAS yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, setakat ini parti itu berpendirian untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan DAP dan AMANAH kerana sedang memberi tumpuan untuk memperkasakan blok pembangkang ketiga.
“Kita sudah bekerjasama dengan DAP dan kita ada pengalaman dengannya. Jadi mungkin sukar untuk kita ulangi kerjasama itu. Pendirian kami setakat ini, kami tak kan bincang dengan AMANAH dan DAP.
“Dengan PKR (Parti Ke-adilan Rakyat) setakat ini kita masih ada hubungan, masih tidak putus. Kita dalam usaha untuk mengukuhkan blok ketiga (dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia). Cuma mungkin ambil masa sedikit,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama pengamal media di sini malam kelmarin.
Beliau diminta mengulas saranan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga menteri besar Selangor agar PAS kembali bersatu sebagai satu pasukan di bawah Pakatan Harapan bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Dalam perkembangan lain, Mohd Amar meminta kerajaan persekutuan agar memainkan peranan dalam menjelaskan mengenai Rang Undang-undang Persendirian berkaitan Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

Pas bakal kalah semua kerusi


OBT

JIKA berdasarkan keputusan PRK kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Pas bakal kalah semua kerusi Dun di Perak dan Selangor pada PRU akan datang.
Demikian kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataannya kepada Sin Chew Jit Poh.
Beliau berkata, dalam PRU lalu, Pas Selangor dan Perak masih boleh berbangga dengan masing-masing memenangi 15 dan lima kerusi Dun.
“Tetapi jika melihat trend pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Pas akan terus kehilangan pengaruh di Selangor dan Perak dalam PRU14, bahkan boleh kalah dalam semua kerusi Dun yang ditandingi mereka,” kata pemimpin veteran DAP itu.
Menurut Kit Siang lagi, apa yang menyedihkan ialah walaupun telah melalui selama 65 tahun dalam perjuangan politik di negara kita, Pas kini berperanan sebagai ‘pengacau’ dalam politik tanah air.
“Saya mencadangkan agar Pas menumpukan perhatian mereka dengan bertanding di empat negeri sahaja dalam PRU akan datang bagi mengelak pertembungan tiga penjuru seperti apa yang telah berlaku dalam dua PRK baru-baru ini.
“Pas sepatutnya hanya tanding di empat negeri ini iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, manakala Amanah boleh tanding di negeri-negeri lain. Terpulanglah bagaimana kata sepakat boleh dicapai antara kedua-dua parti ini,” katanya.
Kit Siang berkata, dalam PRU lalu, Pas hanya kalah 399 undi kepada BN di kerusi Parlimen Sungai Besar, manakala di kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Pas kalah 1,082 undi.
“Undi-undi yang diperoleh oleh Pas adalah hasil kerjasama ketika bersama dalam Pakatan Rakyat dan bukan usaha Pas secara bersendirian,” terang Kit Siang.
Sementara itu, China Press melaporkan, Pakatan Harapan berharap akan membuat keputusan menentukan hubungan dengan Pas sedikit masa lagi.

Kerjasama politik: Pas jangan bercanggah pendapat - Takiyuddin Hassan


Takiyuddin Hassan

SHAH ALAM - Ahli Pas dan pimpinan semua peringkat diingatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti Islam itu berhubung kerjasama politik dengan pihak lain.
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan, mana-mana ahli tidak boleh bertindak sedemikian yang boleh dilihat sebagai mewakili parti itu sedangkan pendirian Pas berbeza daripada individu tersebut.
“Saya ingin memberi ingatan kepada mana-mana ahli Pas sama ada pemimpin ataupun ahli biasa supaya tidak membuat apa-apa kenyataan mewakili Pas atau boleh dianggap seolah-olah mewakili Pas sedangkan pandangan itu bercanggah dengan Pas sendiri atau dalam parti.
“Ini termasuklah dalam Deklarasi Rakyat, pendirian Pas, kita tidak campur tangan atau terlibat dalam apa-apa program yang mereka atur atau tidak terlibat dalam Deklarasi Rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini.
Beliau mengulas segelintir ahli dan pemimpin Pas sebelum ini cenderung terlibat dalam mana-mana program anjuran Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan khususnya melibatkan kempen Deklarasi Rakyat di seluruh negara.
Pembabitan ahli dan pemimpin Pas tertentu bukan sahaja terlibat, bahkan membuat kritikan terbuka terhadap pimpinan tertinggi Pas sudah pun dikenakan tindakan tatatertib dan segelintirnya pula masih menjadi tanda tanya.
Beliau juga berkata, jika ada pun pendirian yang dibuat mestilah tidak bercanggah dengan keputusan parti Islam itu.
“Jadi seharusnya mana-mana ahli atau pemimpin Pas perlu selari dengan pandangan parti,” katanya.

Nufam: Christoph ‘tampar’ pekerja MAS dibuang

Nufam berkata kesatuan itu tidak menggalakkan tidur waktu bekerja, sebaliknya mendakwa kenyataannya tidak dilaporkan sepenuhnya.
Christoph-R-Mueller
PETALING JAYA: Pemecatan 6,000 kakitangan Penerbangan Malaysia berlaku lebih setahun lalu, mengapa perlu conteng arang ke muka mereka kini?
Itu soalan yang diajukan Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) yang berpendapat Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia Berhad (MAB), Christoph Muller, berlaku tidak adil dengan menuduh kakitangan syarikat penerbangan itu tidur semasa waktu bekerja.
“Sesetengah kakitangan yang ditamatkan berkhidmat dan berkorban untuk penerbangan itu berdekad lama, bahkan lebih lama daripada Mueller dalam industri ini.
“Sekiranya alasan pengecilan lantaran beliau percaya ada dalam kalangan kakitangan tidak melaksanakan kerja mereka, maka itu yang perlu dinyatakan dalam surat penamatan khidmat kakitangan.
“Membuat tuduhan seperti itu setahun kemudian adalah sangat tidak bertimbang rasa. Bagi kami, seolah-olah beliau menampar muka kakitangan selepas mereka ditendang keluar,” katanya kepada FMT.
Ismail mengulas temubual Christoph dengan media Jerman, Deutsche Welle (DW), di mana beliau berkata 6,000 pekerja terpaksa dibuang kerana 20,000 kakitangan syarikat penerbangan itu tidak bekerja, malah ada yang tidur di hangar.

Singkir Najib: Ini sumbangan terakhir Dr M, kata Zam Maidin

Dr Mahathir ibarat sebatang lilin membakar dirinya dalam usaha menjatuhkan Najib.
zam maidin
PETALING JAYA: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama-sama pembangkang untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak mungkin sumbangan terakhir bekas perdana menteri itu ke arah perpaduan nasional, kata bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin.
“Mungkin inilah sumbangan yang terbesar dan terakhir Mahathir kepada Umno dan juga kepada pemulihan perpaduan nasional.
“Beliau telah menjadi ibarat sebatang lilin yang sedang membakar dirinya,” kata bekas ketua pengarang Utusan Melayu itu dalam blognya.
Bagaimanapun, Zainuddin yang dikenali sebagai Zam mengakui tindakan Dr Mahathir itu bukan sahaja menguatkan lagi Barisan Nasional (BN), tetapi juga melemahkan pembangkang.
Zainuddin berkata ia bukan sengaja dilakukan Dr Mahathir.
Menurutnya, Dr Mahathir ikhlas dalam matlamatnya menjatuhkan Najib dan tidak berhasrat kembali menjadi perdana menteri semula.
“Tetapi didorongkan oleh keyakinan kuat berasaskan kepada bukti yang ada padanya Najib telah menyalahgunakan tabung negara dan kerana itu beliau mesti berundur,” ujarnya.
Ketokohan Dr Mahathir jelas dapat dilihat apabila beliau mengetuai Deklarasi Rakyat, kata Zainuddin, sehingga mengatasi suara pemimpin pembangkang lain seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Azmin Ali dan Mohamad Sabu.

Haron Din pula serang Dr M berkawan ‘musuh Islam’

Yang terbaru mengutuk Dr Mahathir ialah pemimpin tertinggi PAS yang turut menganggotai Majlis Perundingan Islam bersama pemimpin Umno.
Datuk Dr Haron Din
KUALA LUMPUR: Selepas diserang bertubi-tubi pemimpin Umno, kali ini giliran pemimpin tertinggi PAS pula menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyokong Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang baru lepas.
Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din memberitahu akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, bekas perdana menteri itu bersekongkol dengan DAP “yang nyata menjadi musuh Islam”.
“Bersahabat baik dengan musuh Islam, kita akan jadi seperti mereka juga.
“Oleh itu, adalah lebih baik untuk kita balik mempertahankan syariat Islam dengan mengutamakan ukhuwah atau persaudaraan yang berteraskan kepada hukum-hukum syarak dan menjauhi diri daripada tindakan yang mengundang kemurkaan Allah,” kata Haron, yang merupakan anggota Majlis Perundingan Islam (MPI) diketuai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Dr Mahathir sebelum ini menjadi sasaran serangan pemimpin Umno dan PAS ekoran sokongan terbukanya kepada calon Amanah, yang mewakili Pakatan Harapan di kedua-dua PRK Sabtu lepas.
Calon Barisan Nasional (BN) di kedua-dua kawasan Parlimen itu menang dengan majoriti besar.
Ekoran kemenangan BN itu, Dr Mahathir menerima pelbagai sindiran dan teguran, termasuk daripada Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, yang berkata pemimpin berusia 90 tahun itu perlu perbanyakkan masa di atas tikar sembahyang dan bersara dari politik.
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata beliau akan terus bersuara menentang pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang menurutnya dilanda salah guna kuasa dan rasuah.
Haron berkata Dr Mahathir “berubah” kerana gagal menjatuhkan Najib.
“Apabila hasratnya untuk menukar Perdana Menteri tidak berhasil, maka semuanya telah berubah.
“Perjuangan untuk memartabatkan Islam melalui perpaduan sepatutnya menjadi keutamaan Dr. Mahathir dalam umur yang begitu lanjut,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia.

Pengerusi NGO anti jenayah ditahan peras ugut

Pengerusi ini memperoleh hasil peras ugut sebanyak RM300,000 setiap bulan sejak beberapa tahun.
haram
PETALING JAYA: Akibat tidak tahan dengan peras ugut berterusan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan berkaitan jenayah, pengusaha judi ekor haram tampil membuat laporan polis.
Pengusaha itu mendedahkan suspek bergelar Datuk itu memeras ugut wang berjumlah RM25,000 sebulan.
Ekoran itu, suspek ditahan lewat malam Rabu di Nilai, Negeri Sembilan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, pada jam 10.50 malam Rabu, di Plaza Tol Nilai.
Menurut sumber seperti yang dipetik sebuah laporan portal, pengerusi ini memperoleh hasil peras ugut sebanyak RM300,000 setiap bulan sejak beberapa tahun.
Tambah sumber lagi, pengerusi itu dikesan membuat peras ugut terhadap pengusaha judi haram di seluruh negara antaranya Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.
“Kami mendapati nilai tertinggi yang direkod dibayar pengusaha judi ekor haram kepada Datuk itu ialah RM25,000 sebulan,” kata sumber.
Dalam satu lagi kenyataan, sumber turut menyatakan pengerusi yang berusia 30an merupakan ahli kumpulan kongsi gelap 36 namun belum dapat disahkan tahap penglibatannya dalam kumpulan haram itu.
Pengerusi yang ditahan itu terkenal dengan pelbagai pendedahan lantang aktiviti berkaitan jenayah seperti judi, maksiat dan kongsi gelap.
Dia ditahan ketika sedang menerima wang daripada pengusaha judi ekor haram.
Menurut laporan berita itu lagi, pengerusi terbabit bertemu pengusaha judi haram dan memeras ugut untuk bersetuju dengan rundingan RM25,000 sebulan jika tidak mahu kegiatannya didedahkan oleh pihak media atau dilaporkan kepada polis.
“Mangsa juga dipercayai mempunyai bukti rakaman suara Datuk ketika berurusan dengan pengusaha itu,” petik laporan itu yang turut mendapatkan pengesahan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohmad Salleh berhubung penangkapannya.

Abu Kassim tamat perkhidmatan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 1 Ogos


Tan Sri Abu Kassim Mohamed Tan Sri Abu Kassim Mohamed Tan Sri Abu Kassim Mohamed tidak akan meneruskan perkhidmatan sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mulai 1 Ogos ini seperti dipohonnya, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Ali berkata selaras dengan subseksyen 5(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan permohonan Abu Kassim, 55, untuk menamatkan perkhidmatannya itu dengan memberi sebulan notis.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ali berkata Abu Kassim akan terus menyumbang kepada negara sebagai Pegawai Perkhidmatan Pencegahan Rasuah sehingga bersara wajib pada 6 Dis 2020. Abu Kassim dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 1 Jan 2010.
"Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tan Sri Abu Kassim yang telah banyak berjasa kepada negara selama beliau memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM," katanya.
Beliau berkata dalam tempoh Abu Kassim menerajui SPRM, suruhanjaya itu telah melaksanakan fungsi-fungsinya dengan cemerlang selaras dengan visinya untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah berlandaskan nilai-nilai kerohanian dan moral yang tinggi.
Kerajaan juga mengucapkan tahniah kepada Abu Kassim atas pelantikan sebagai anggota fakulti (pakar jemputan) International Anti-Corruption Academy, Austria, iaitu institusi pengajian anti-rasuah yang unggul di dunia di bawah tajaan Pertubuhan Bangsa Bersatu, katanya.

"Beliau (Abu Kassim) juga akan menyumbang pengalaman dan kepakarannya sebagai perunding di Universiti Teknologi MARA (UiTM)," katanya.

Ali berkata di peringkat antarabangsa, Abu Kassim akan terus memegang jawatan sebagai Naib Presiden International Association of Anti-Corruption Authorities dan Ahli Board of Governance, International Anti-Corruption Academy, Austria sehingga tamat tempoh pelantikan tersebut.

Pembangkang boleh hilang 13 kerusi parlimen jika pengundi Cina alih sokongan

Peralihan sokongan undi masyarakat Cina dalam pilihan raya umum akan datang - sepertimana yang dilihat dalam pilihan raya kecil (PRK) berkembar Sabtu lepas - mungkin menyaksikan kesan negatif terhadap pembangkang.
Di Sungai Besar, peralihan sokongan kira-kira 10 peratus pengundi Cina telah mengakibatkan pembangkang kehilangan sekitar 1,300 undi.
Berdasarkan simulasi Malaysiakini menggunakan keputusan pilihan raya umum 2013, peralihan yang sama sebanyak 10 peratus undi masyarakat Cina kepada BN, boleh menyebabkan pembangkang kehilangan 12 kerusi Parlimen di Semenanjung, dan satu kerusi Sabah.
Kerusi terbabit ialah Alor Setar, Bukit Gantang, Sungai Siput, Kampar, Raub, Temerloh, Sepang, Lembah Pantai, Teluk Kemang, Bukit Katil, Bakri, dan Batu Pahat di Semenanjung, dan Sandakan di Sabah.
Simulasi itu juga menunjukkan bahawa pembangkang akan kehilangan tiga kerusi di Sarawak iaitu Sarikei, Sibu dan Miri. Bagaimanapun, ini tidak mengambil kira perubahan dalam kawasan pilihan raya pengundi ekoran persempadanan semula di Sarawak.
Ia harus diperhatikan, pengundi Cina yang kembali memberi sokongan kepada BN dalam PRK apabila tidak ada kemungkinan untuk menukar kerajaan, seperti yang berlaku dalam PRK Teluk Intan pada 2014.
Dan sebagaimana yang berlaku pada peratusan keluar mengundi pada hari Sabtu lalu, pengundi luar berkemungkinan tidak pulang mengundi dalam PRK, dan oleh itu meningkatkan kemungkinan berlaku satu peralihan sokongan yang ketara.

DAP akui BN kuat pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar

Kelemahan Pakatan Harapan telah menyebabkan parti pembangkang itu tewas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Beliau mengakui Barisan Nasional (BN) mempunyai kekuatan tersendiri terutamanya jentera pilihan raya.
“Kami terima keputusan ini dengan hati terbuka kerana ini adalah keputusan rakyat, dan kami hormatinya,” katanya pada sidang media semalam.
Bagaimanapun, beliau yakin Pakatan Harapan tidak patah semangat dan mampu bangkit semula bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
DAP juga bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat keputusan untuk mengadakannya dalam masa terdekat, kata Lim.
Ditanya mengenai cadangan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya semua parti pembangkang berbincang bagi menyusun strategi menghadapi PRU14, Lim berkata beliau akan menemui Mohamed Azmin berhubung perkara itu.
BN menang besar di kedua-dua kawasan Parlimen itu dengan Datin Mastura Mohd Yazid memperoleh majoriti 6,969 undi pada PRK Kuala Kangsar manakala Budiman Mohd Zohdi meraih majoriti 9,191 undi bagi PRK Sungai Besar.

RUU Mahkamah Syariah perlu penjelasan terperinci, kata pakar Perlembagaan


Presiden Pas sepatutnya tampil ke hadapan bagi penjelasan supaya ia dapat difahami oleh semua orang.Presiden Pas sepatutnya tampil ke hadapan bagi penjelasan supaya ia dapat difahami oleh semua orang.Rakyat perlu diberi penjelasan terperinci berhubung pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) berkaitan pindaan Akta 355 Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) di Dewan Rakyat.
Pakar Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata kurang penjelasan dan salah tafsiran RUU itu adalah antara faktor yang mengundang bantahan pelbagai pihak kononnya ia sebagai langkah memperkenalkan hukum hudud.
Katanya Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang mengemukakan usul RUU itu di Dewan Rakyat pada 26 Mei lalu, sepatutnya tampil ke hadapan bagi penjelasan supaya ia dapat difahami oleh semua orang.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengupas buku 'Negara Maslahah: Pemikiran Al-Ghazali dalam konteks Politik Malaysia' hasil tulisan Tan Sri Dr Alies Anor Abdul di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.
Shamrahayu, yang merupakan pensyarah Kuliyyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), menjelaskan RUU berkenaan hanya melibatkan pemerkasaan Mahkamah Syariah dan bukannya tentang hudud seperti yang difikirkan oleh pelbagai pihak.

Pakatan Harapan diminta ubah strategi berkempen pada PRU14


Suhaizan Kaiat (kiri) dan  Hasbie MudaSuhaizan Kaiat (kiri) dan Hasbie Muda
 Serangan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) sepanjang tempoh kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar memberi keuntungan kepada BN dan Pas.
Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kaiat  berkata, jentera BN dan Pas sangat kurang berbalas serangan sebaliknya serangan hanya tertumpu kepada Amanah yang mewakili Pakatan Harapan.
“Hanya Amanah mewakili Pakatan Harapan mendapat serangan daripada dua penjuru BN dan Pas. Model PRK ini telah menguntungkan BN dan boleh memberi kemenangan berganda kepada BN dalam pilihan raya umum ke-14,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pemuda Amanah Terengganu Hasbie Muda berpandangan, undi Amanah di kawasan Melayu yang agak rendah berpunca daripada sikap Amanah yang terlalu defensif.

Beliau berkata, Amanah tidak membalas serangan Pas walaupun pelbagai cercaan dan maki-hamun dilemparkan oleh mereka.

“Amanah juga memilih untuk tidak banyak menjawab kononnya 'yang lepas itu lepaslah',” katanya.

Sikap berdiam diri ini katanya akan dilihat seperti mengiyakan tuduhan yang dibuat pihak lawan.

“Psiko politik orang Melayu berbeza dengan orang Cina. Pengundi luar bandar berbeza cara berfikir berbanding dengan di kawasan bandar. Cara fikir golongan terpelajar berbeza dengan yang berpendidikan rendah.

“Apabila anda banyak berdiam diri, ia akan dilihat mengiayakan tuduhan yang dibuat oleh pihak lawan.

“Semakin kerap label diberikan, lama-kelamaan ia akan terus melekat. Orang akan percaya suatu pembohongan yang diulang-ulang,” katanya yang juga penulis buku politik.

Sehubungan itu beliau berkata, Amanah perlu mengubah strategi menjelang PRU14 dengan menggandakan penerangan kepada rakyat.

Menantu Hadi dakwa sistem KWSP haram, puji pengenalan akaun patuh syariah


KWSP haram kata ZaharuddinKWSP haram kata Zaharuddin
Isnin lalu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan akaun patuh syariah di mana ahli boleh memilih berpindah daripada akaun sedia ada kepada akaun “Simpanan Syariah” mulai Ogos ini.
Mengulas mengenai pengumuman itu, AJK Pas Pusat Zaharuddin Muhammad yang juga menantu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu berkata, apa yang diperkenalkan itu bertepatan dengan kaedah muamalat Islam tetapi dakwanya, sistem KWSP itu sendiri bercanggah dengan Islam kerana ia umpama cukai yang dipaksa.
Beliau menyifatkan sistem KWSP sebagai haram, zalim dan menjadikan masyarakat dijajah sekalipun kontraknya halal.
Beliau yang mempertikaikan peraturan mewajibkan majikan dan pekerja menyumbang ke dalam KWSP itu turut menyamakan caruman KWSP dengan perbuatan merompak.
“Gambaran awal yang saya boleh berikan ialah seperti seseorang yang merompak wang kita dan menjadikannya modal untuk dibeli barang dan barang itu dijual semula kepada kita.
“Waktu dia beli barang tu dia guna kontrak patuh syariah. Tapi waktu dia paksa kita bayar, waktu dia beli barang, waktu wang itu diberikan kepada siapa untuk dijadikan modal, untuk meniaga apa, semuanya tanpa izin kita, hatta bila dia nak bagi balik duit yang dia rompak pun tanpa restu kita.
“Ini bahagian besar KWSP yang tidak patuh syariah,” tulis Zaharuddin dalam laman Facebook, semalam.