Rabu, 22 Jun 2016

BEBAN 1MDB & JHO LOW, PENGUNDI PRU 14 PASTI PEDULI

Meskipun pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar sudah dimenangi BN yang menurut penyokong, pengampu dan penerima dedak daripada Najib Razak sebagai membuktikan pembohongan dan fitnah 1MDB tidak diterima pengundi, isu berkaitan syarikat pelaburan itu sebenarnya belum lagi berakhir.

Selari dengan maklumat yang diperolehi Bank Negara, agensi berita antarabangsa, Reuters yang melihat dokomen berkaitan telah menerbitkan pengakuan seorang pegawai yang berpengetahuan dalam penyiasatan kawal selia mengesahkan bahawa Good Star Ltd yang telah menerima wang sebanyak RM1.03 bilion daripada 1MDB adalah milik Jho Low.

Syarikat itu adalah milik eksklusif Jho Low, ditubuhkan pada 18 Mei 2009 iaitu empat bulan sebelum ia menerima pembayaran awal daripada 1MDB dan dibubarkan pada 2 Mei 2014.

Kenapa setelah dapat wang, syarikat itu ditutup? Ke mana wang telah dipindahkan?
Dengan pengesahan ini bermakna  ia bercanggah seratus-peratus dengan pendirian kerajaan selama ini bahawa Good Star Ltd adalah milik rakan kongsi PetroSaudi, begitu juga dengan kenyataan Pengerusi PAC, Hasan Arifin yang mendakwa kaitan Jho Low dengan Good Star itu adalah tidak tepat.

Kini bukan saja sudah disahkan Good Star adalah milik Jho Low, bahkan kita tentunya harus bertanya mengapa dan sebab apa bayaran selumayan itu perlu dibayar kepada playboy yang gemar berhibur dengan artis Hollywood itu?

Jangan letak agenda parti sebagai pra-syarat, gesa Tian Chua kepada parti pembangkang

"Tidak boleh letakkan apa-apa pra-syarat sebelum duduk semeja, sama ada mahu menegakkan hudud mahu pun sekular. Ini tidak membantu keadaan."
Tian Chua
PETALING JAYA: Semua parti pembangkang diharapkan agar tidak meletakkan sebarang pra-syarat dalam mengusahakan kerjasama baru pembangkang menghadapi BN, kerana ia hanya akan membantutkan usaha tersebut.
Malah tindakan meletakkan agenda parti yang bertentangan dengan parti lain sebagai perkara utama akan menyebabkan pembangkang ‘tidak akan ke mana’, kata Naib Presiden PKR Tian Chua.
“Tidak boleh letakkan apa-apa pra-syarat sebelum duduk semeja, sama ada mahu menegakkan hudud mahu pun (negara) sekular. Ini tidak membantu keadaan.
“Masing-masing perlu akui realiti politik di Malaysia bahawa pembangkang perlu bersatu untuk melawan BN,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata lagi, sebarang bentuk kerjasama boleh dicapai melalui rundingan yang dijalankan secara ikhlas dan dengan pendekatan ‘mengenepikan kepentingan tunggal parti masing-masing’.
“Jangan jadikan pra-syarat sebagai halangan untuk duduk semeja,” kata Ahli Parlimen Batu itu lagi.
Cadangan agar semua pembangkang untuk kembali bekerjasama dibincangkan selepas kekalahan PAS dan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar dengan jurang undi yang melebar.
Malah ada pihak yang mengatakan usaha Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang cuba mencapai persetujuan dengan PAS sebelum PRK berlangsung sebagai pendekatan yang tepat.
Tian Chua berkata, PKR sememangnya sejak dari awal konsisten menegaskan betapa perlunya perpaduan parti-parti pembangkang.
Beliau berkata lagi, sepanjang 50 tahun politik negara jelas menunjukkan pembangkang akan mencapai kemenangan yang lebih baik apabila membentuk gabungan.
“Sama ada Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif sehinggalah kepada Pakatan Rakyat. Dan apabila gabungan berpecah, BN sentiasa akan meraih kembali sokongan. Bukankah ini sudah jelas?” katanya lagi.
Lama-kelamaan rakyat bosan
Menurut laporan Sinar Harian 22 Jun lalu, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan PAS akan terus berusaha mengukuhkan ‘blok ketiga’ bersama Ikatan, dan tidak akan menyertai pakatan pembangkang bersama Amanah dan DAP.

Separuh kekuatan Selangor ada pada PAS - Sallehen Mukhyi

KUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang perlu membuang sikap sombong mereka jika ingin terus mengekalkan kerajaan Pakatan Rakyat khususnya di Selangor selepas PRU14 nanti, demikian menurut Adun Sabak, Sallehen Mukhyi.

"Bagi saya semua pihak jangan sombong dengan kekuatan mereka kerana mereka semua sudah tidak ada kekuatan, DAP pun hilang kekuatan, PKR pun, PAN lagi tidak ada kekuatan dari sudut undi orang," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah tengah hari di pejabat Harakah, hari ini.

Beliau yang sangat cenderung kepada soal gabungan ketiga-tiga parti iaitu PAS, PKR dan DAP dengan mengambil dan menukar sistem tetapi ia tertakluk kepada sejauh mana mereka kembali kepada semangat asal Pakatan Rakyat.

Ini bermakna, katanya, DAP perlu menyedari akan kesilapannya dan PAS haruslah menjelaskan dengan betul kepada DAP dalam masa yang sama PKR wajar mengakui bahawa mereka tidak ada kekuatan tanpa PAS.

"Kalau DAP meneruskan cara layanan kepada PAS sebagaimana tidak bersetuju dengan PAS dalam beberapa perkara sedangkan itu tidak termasuk dalam permulaan ketika kita bina Pakatan Rakyat, tidak perlu besar-besarkan sangat kita perlu hormati prinsip DAP sebagai parti demokratik dan DAP pula kena kena hormat prinsip Islam yang PAS bawa," ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Pilihan Raya Kecil Sungai Besar yang baru sahaja selesai pada 18 Jun lalu.

Selepas PRK Sungai Besar ini, katanya, perkara paling penting adalah fasa pengukuhan Pakatan Rakyat iaitu masing-masing perlu menyedari bahawa mereka saling memerlukan antara satu dengan yang lain.

"DAP sudah sedar dia tidak boleh menang, bukan sahaja DAP, Pakatan Harapan sendiri pun tidak boleh menang sebab separuh kekuatan Selangor ada pada PAS dan separuhnya ada pada Pakatan Harapan," katanya yang pernah bertanding di Sungai Besar pada tahun 2004.

Ingat, parti politik bukan agama - Dr MAZA

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih popular dengan panggilan Dr MAZA, hari ini menasihatkan rakyat negara ini agar tidak menjadikan parti politik sebagai sebuah agama baru.
Malah, beliau juga menasihatkan supaya tidak menjadikan parti politik sebagai sesuatu perkara untuk menentukan sah dan batalnya solat.
"Parti bukan agama. Jangan jadikan parti sebagai agama baru yang menentukan sah dan batalnya solat," katanya ringkas kepada Malaysiakini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan wujudnya solat dua imam di sebuah masjid di Pulau Pinang.
Malah, ketika pilihan raya kecil di Kuala Kangsar minggu lalu, turut terdapat dakwaan wujudnya solat dengan dua imam di sebuah masjid di kawasan berkenaan.
Hal seperti ini bukan satu perkara baru di negara ini kerana ramai telah menceritakan bagaimana di sesebuah kawasan, urusan solat telah dijalankan secara berasingan, secara sengaja, mengikut kumpulan dengan mempunyai dua imam.
Keadaan ini selalunya dikaitkan dengan perbezaan fahaman politik, namun ada juga yang disebabkan oleh fahaman agama yang berbeza.

Wang tebusan RM12j jadi perbualan kerana ia hasil derma

Masyarakat tidak akan berhenti berspekulasi mengenai wang yang dikutip untuk membebaskan tebusan sehingga kerajaan beritahu bagaimana wang itu digunakan.

PETALING JAYA: Tidak mungkin masyarakat akan berdiam diri mengenai RM12 juta yang didermakan untuk membebaskan empat warga Malaysia yang dijadikan tebusan pengganas Abu Sayyaf.
Maka, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed perlu sedar orang ramai tidak akan berhenti berspekulasi mengenai apa yang berlaku keatas wang itu, kata Ahli Parlimen PKR, Wong Chen.
“Sekurang-kurangnya kerajaan perlulah bertanggungjawab dan telus dengan mendedahkan bagaimana wang itu diuruskan. Oleh kerana hal ini telah menjadi menjadi perbualan orang ramai, Nur Jazlan tidak boleh minta rakyat berdiam.
“Sebaliknya, beliau mesti cari siapa yang cuba mengambil kesempatan secara haram daripada pengendalian wang tebusan itu,” kata Wong kepada FMT.
Nur Jazlan dilaporkan meminta orang ramai supaya tidak memanjangkan lagi isu RM12 juta itu, dibimbangi akan mengundang lebih banyak penculikan di masa hadapan.
Wong berkata kebanyakan negara-negara maju tidak mengalakkan rundingan dengan penculik dan pengganas.
Negara-negara berkenaan, bagaimanapun, tidak menghalang warganegara mereka daripada menyelamatkan orang tersayang, tambahnya.
“Dalam hal ini, kerajaan terbabit sama. Maka kerajaan perlu jawab.
“Maka, menteri yang berkenaan perlu tampil ke Parlimen dan membuat pendirian yang jelas dan muktamad berhubung perkara wang tebusan ini.
“Adakah kerajaan mengalakkan pembayaran tebusan? Jika ya, mekanisme apa yang digunapakai untuk menangani jumlah wang tebusan?
“Kita juga mahu tahu samada amalan ini akan menjadi insentif kepada penculik di masa hadapan.”
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy turut bersependapat dengan kenyataan Wong. Beliau berkata tuduhan terhadap polis perlu diselesaikan, lebih-lebih lagi apabila keluarga mangsa bertegas wang tebusan diserahkan kepada anggota Cawangan Khas (SB).
“Banyak kenyataan bercanggah daripada pihak berkuasa. Mana mungkin orang ramai tidak berbual mengenai isu ini seperti yang diminta oleh Nur Jazlan?”
“Tidakkah permintaan itu mengarut? Apa yang perlu mereka lakukan adalah membuka siasatan keatas dakwaan penyelewengan dan menyiasat apa yang sebenarnya berlaku keatas wang itu.

Siapa kata satu lawan satu 'ramuan ajaib' kalahkan BN

Pembangkang bernasib baik kerana pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar bukan pertandingan satu lawan satu antara BN dan PAS, menurut pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.
Jika itu berlaku, BN berkemungkinan akan menang dengan satu majoriti yang begitu besar dengan lebih 16,000 di Sungai Besar dan lebih 11,000 di Kuala Kangsar, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
"Semasa berkempen pada pilihan raya kecil itu, saya meramalkan PAS akan kalah dengan 10,000 undi di Sungai Besar dan 5,000 undi di Kuala Kangsar berbanding dengan keputusan pilihan raya umum 2013.
"Dan, PAS kalah dengan 11,394 undi di Sungai Besar dan 7,452 undi berbanding dengan undi yang diperoleh oleh calon PAS semasa pilihan raya umum 2013 .
"Jika pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar menjadi pertembungan satu lawan satu antara BN dan PAS, undi BN di Sungai Besar boleh meningkat dari 9191 undi kepada lebih 16,000 undi dan di Kuala Kangsar pula, dari 6969 undi kepada lebih 11,000 undi.
"Ini kerana kira-kira 80 peratus pengundi yang mengundi calon-calon Amanah dalam pilihan raya kecil berkembar itu tidak akan mengundi PAS dan dasar-dasarnya selepas perpecahan Pakatan Rakyat, dan sebaliknya, membuka peluang kepada pujukan untuk mengundi BN," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Keadaan tersebut, tambah beliau, pastinya memberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak alasan yang kukuh untuk mendakwa kepimpinan beliau, kemelut 1MDB RM55 bilion dan skandal 'derma' RM4.2 bilion bukan sahaja diterima rakyat malah turut mendapat keberkatan Ilahi.
Beliau berkata demikian sebaik sahaja mendapat laporan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menolak mentah-mentah cadangannya untuk PAS menumpukan kepada kerusi-kerusi di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis sahaja dalam pilihan raya umum akan datang.
Sambil menyifatkan cadangan Lim itu sebagai tidak masuk akal, Idris berkata, jika itu berlaku, maka orang boleh katakan DAP hanya berhak untuk bertanding di Pulau Pinang sahaja.
Mengulas lanjut, ahli parlimen Gelang Patah itu menambah, jika melihatkan kepada keputusan dua pilihan raya kecil itu, PAS dijangka kalah dan kehilangan semua kerusinya di Selangor dan Perak seperti yang berlaku pada tahun 2004.

Tolak bahasa Inggeris bukan cara pertahan bahasa Melayu

Ahli akademi tidak patut menolak penggunaan bahasa Inggeris kerana ia adalah bahasa antarabangsa yang merupakan satu keperluan di seluruh dunia.
aziz bari
SELAYANG: Pakar undang-undang, Abdul Aziz Bari menyifatkan tindakan sesetengah pensyarah tempatan menentang penggunaan bahasa Inggeris sebagai tidak masuk akal.
Tegasnya, itu bukanlah cara untuk mempertahankan bahasa Melayu.
“Walaupun saya pro perbezaan pendapat, ini tidak betul. Ini adalah perkara salah untuk ditentang. Pokoknya anda perlu berkomunikasi dengan masyarakat antarabangsa.
“Saya tertanya-tanya kenapa masih ada profesor yang menentang (penggunaan bahasa Inggeris),” katanya kepada FMT.
Aziz berkata, bahasa Inggeris penting dalam bidang pendidikan tinggi sejak dulu lagi, justeru ahli akademik Malaysia tidak patut menolak penggunaan bahasa itu kerana ia adalah bahasa antarabangsa yang merupakan satu keperluan di seluruh dunia.
“Sekalipun Inggeris adalah bahasa kedua di sesetengah negara seperti Korea, Jepun malah Jerman, bahasa Inggeris masih satu keperluan,” katanya.
Beliau merujuk kenyataan bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Prof Ghauth Jasmon pada Selasa lalu yang mengkritik ahli-ahli akademik tempatan masih menolak penggunaan bahasa Inggeris sehingga kini.

Pemimpin PKR diizin masuk Sarawak hadiri pengebumian Bill Kayong

Kerajaan negeri memberi kebenaran kepada pemimpin PKR untuk menjejakkan kaki ke Sarawak bagi memberi penghormatan terakhir kepada Setiausaha PKR cawangan Miri yang ditembak mati semalam.
bill kayong
PETALING JAYA: Pemimpin-pemimpin PKR dibenarkan memasuki Sarawak selama seminggu bagi memberi penghormatan terakhir kepada rakan seperjuangan mereka, Bill Kayong yang meninggal dunia semalam.
Borneo Post Online hari ini melaporkan, Ahli Majlis Tertinggi PKR Sarawak Baharuddin Mokhsen berkata kerajaan negeri telah memberi lampu hijau kepada pemimpin parti itu.
Ramai pemimpin pembangkang dihalang menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang sejak Mei lalu sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 berdasarkan Akta Imigresen yang memberi kuasa kepada kerajaan negeri Sarawak untuk mengawal kemasukan mana-mana individu ke negeri itu.
Jenazah Allahyarham Bill yang ditembak mati individu tidak dikenali di persimpangan lampu isyarat Lutong berhampiran Pasaraya Emart One-Stop pada jam 8.30 pagi semalam akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 1, Kuala Baram, selepas solat Jumaat ini.

PKR sokong penuh usaha Azmin satukan kembali pembangkang


Azmin AliAzmin Ali
Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyokong penuh sebarang usaha dijalankan Timbalan Presidennya, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bagi mencari jalan menyatukan kembali blok pembangkang di negara ini.
Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, kesatuan ini sangat diperlukan parti pembangkang bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) sebelum gelanggang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di buka nanti.
“Kita menyokong syor Menteri Besar bahawa kita harus menilai keadaan sekarang ini untuk mencapai strategi baru yang boleh menyatupadukan parti pembangkang.
“Saya rasa adalah perlu untuk kita menyokong usaha Menteri Besar untuk terus berunding menjayakan strategi parti-parti pembangkang ini,” katanya kepada SelangorKini dipetik.
Jelasnya, keputusan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak mustahil berulang pada PRU-14 sekiranya pembangkang masih gagal bersatu.
Pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini, pertembungan sesama sendiri antara parti pembangkang menyebabkan BN memperolehi kemenangan besar selepas undi kepada pembangkang terpecah dua.

Bertanding PRU kalau mahu jadi ketua pembangkang

DAP akui ada kelemahan selepas kalah di dua PRK

Sarawak state govt wants Bill Kayong’s killers brought to justice

Law professor Dr Abdul Aziz Bari questioned over rally in 2014

Jenayah senjata api meningkat, keselamatan negara membimbangkan

Keselamatan negara kini berada di tahap membimbangkan ekoran meningkatnya kejadian jenayah dengan menggunakan senjata api sejak kebelakangan ini.
JENAYAH
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata lebih memburukkan keadaan apabila beberapa isu keselamatan negara termasuk isu kelonggaran pengawalan di sempadan turut tidak mendapat respon memuaskan pihak Menteri Dalam Negeri.
“Kita tidak nampak pihak berkenaan memberi satu hujah atau memahami faktor menyebabkan peningkatan tahap keganasan itu. Sukar untuk penguatkuasa mengatasinya kalau kita tidak tahu apakah punca meningkatnya kejadian seumpama ini berleluasa.
“Saya tidak tahu adakah ada kaitan tetapi nampaknya kelonggaran itu bukan sahaja di sempadan tetapi di semua peringkat. Kelonggaran di segi pelaksanaan dasar bukan sehari dua berlaku tetapi telah berlarut sepanjang menteri berkenaan tidak mengambil berat isu ini,” kataya kepada SelangorKini.
Jelasnya, sebelum ini isu pengawalan di sempadan yang longgar hingga menyebabkan pendatang asing mudah masuk ke dalam negara kerap dilaporkan di media tetapi hingga kini masih tiada sebarang penjelasan konkrit mengenai kaedah mengatasi masalah ini oleh menteri berkaitan.
Katanya, kerajaan juga tidak boleh hanya mengeluarkan kenyataan retorik semata-mata melegakan perasaan rakyat tetapi perlu disusuli pelaksanaan pelan keselamatan yang konkrit untuk mengatasi isu ini.
Sebelum ini, beberapa kejadian melibatkan senjata api berlaku dalam negara termasuk kejadian di Batu Caves dan bekas calon KEADILAN bagi Pilihanraya Negeri Sarawak, Bill Kayong ditembak mati di Miri, pagi semalam.

KWSP haram: Mungkin otak Zaharuddin tak betul kerana puasa

Shamsuddin berkata, tanpa KWSP, pekerja tidak akan mempunyai wang untuk digunakan ketika mereka bersara.
mtuc-mef-1
PETALING JAYA: Dakwaan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Zaharuddin Muhammad kononnya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sistem zalim dan haram di sisi Islam adalah tidak berasas dan ekstrem.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan menegaskan dakwaan itu dibuat tanpa mempertimbangkan manfaat KWSP yang dihargai ramai pesara.
“Sekurang-kurangnya mereka mempunyai simpanan apabila bersara. Tanpanya, sesetengah daripada kita tidak akan berduit ketika bersara dan itu satu malapetaka.
“Dia perlu lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana ia boleh mendorong sesetengah individu mengeluarkan dan menghabiskan semua simpanan KWSP mereka sebaik sahaja berumur 55 tahun, walaupun mereka mungkin terus bekerja sehingga 60 tahun,” katanya kepada FMT hari ini.
Shamsuddin turut mempersoalkan niat Zaharuddin mengeluarkan kenyataan itu ketika KWSP mengumumkan akaun patuh syariah Isnin lalu yang akan membolehkan pencarum menukar akaun sedia ada kepada akaun Simpanan Syariah mulai Ogos ini, di mana kadar dividennya dibayar berdasarkan prestasi portfolio patuh syariah.
Menantu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu membuat perbandingan caruman KWSP dengan perbuatan merompak di mana perompak menjadikan wang rompak sebagai modal membeli barang sebelum “barang itu dijual semula kepada kita”.
Zaharuddin yang mengalu-alukan langkah KWSP mewujudkan Simpanan Syariah dan menegaskan umat Islam wajib berpindah kepada akaun patuh syariah itu, bagaimanapun mendakwa sistem KWSP sendiri bercanggah dengan Islam kerana ia umpama cukai yang dipaksa.
Sementara itu, pemangku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdullah Sani Abdul Hamid memberitahu FMT yang KWSP sama sekali bukan satu bentuk cukai.

Jho Low disahkan pemilik Good Star Ltd selama 5 tahun

Sejak beberapa tahun kebelakangan, kerajaan Malaysia menyatakan syarikat Good Star Ltd yang menerima AS$1.03 bilion daripada 1MDB dimiliki oleh rakan kongsi usaha sama dana, PetroSaudi International Ltd.
Sekarang, seorang pegawai dengan berpengetahuan dalam penyiasatan kawal selia mengesahkan apa yang bank pusat Malaysia tegaskan baru-baru ini yakni Low Taek Jho adalah pemilik tunggal Good Star selama lima tahun hayat firma berkenaan.
"Apa yang saya boleh katakan dengan pasti ialah Jho Low adalah pemilik eksklusif bermanfaat Good Star," kata pegawai itu, memetik laporan oleh Reuters.
Menurut dokumen pendaftaran yang dilihat oleh Reuters, Good Star telah diperbadankan di Seychelles pada 18 Mei 2009, empat bulan sebelum pembayaran awal kepada PetroSaudi.
Ia telah dibubarkan lima tahun kemudian iaitu pada 2 Mei 2014.
Low, yang sering dirujuk sebagai Jho Low, adalah pemilik Good Star sepanjang lima tahun itu, kata pegawai berkenaan.
Jho Low bersama-sama kerajaan telah menafikan beliau mempunyai apa-apa kaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang diasaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada September 2009 untuk melabur dalam projek hartanah dan tenaga strategik.
Banyak firma perniagaan dan bank-bank Malaysia telah terpalit dengan 1MDB yang sedang bergelumang dalam kemelut rasuah dan pengubahan wang haram yang membawa penyiasat untuk meninjau transaksi dan hubungan kewangan merentasi global - dari Malaysia ke Singapura dan Seychelles, dari Abu Dhabi kepada syarikat luar pesisir di Caribbean serta dari Amerika Syarikat ke Switzerland.
Siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa di Amerika Syarikat, Switzerland, Luxembourg, Singapura dan Emiriah Arab Bersatu.

PANGKAH LAH LAGI BN !!!.. UNDI LAH LAGI BN !!!

HEBAT Najib Razak urus tadbir kewangan negara. Hinggakan hutang KERAjaan BN dah melampaui baki Rizab Bank Negara yg tinggal skrg..

Rakyat M'sia sememangnya kaya raya berada di landasan yang betul DAN TAK KESAH kos sara hidup tinggi akibat gara2 GST 6%, hutang negara terus meningkat, penyelewengan, rasuah terus berleluasa, korang TETAP SETIA PANGKAH BN..

Putrajaya ‘lepas diri’ jenayah antarabangsa 1MDB

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus berselindung disebalik skandal kewangan syarikat milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
1MDBKetua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata tindakan tersebut bakal mengundang tragedi lebih besar kepada kesengsaraan ekonomi rakyat.
Tidak cukup dengan itu katanya, Pengarah Esekutif 1MDB, Arul Kanda cuba menyembunyikan kebenaran biarpun pelbagai pihak meminta penjelasan lanjut mengenai skandal tersebut.
“Kerajaan UMNO Barisan Nasional dengan bantuan penuh Arul Kanda, cuba mengelak daripada bertanggungjawab terhadap skandal kewangan antarabangsa negara pertama itu.
“Mengapa Arul Kanda bersikap seperti ‘pencuri yang cuba menyembunyikan sesuatu’ dengan tidak mahu menjawab soalan media?” katanya menerusi rencana diterbitkan RoketKini.
Kit Siang berkata, pengurusan tertinggi 1MDB perlu bertangunggjawab menyelesaikan kemelut tersebut dengan tidak menggunakan dana rakyat.
Katanya, kegagalan 1MDB juga kini menyebabkan tangunggan hutang melampau sekali gus mengundang kepada masalah beban ekonomi negara.
“Memandangkan 1MDB adalah 100% syarikat kerajaan, Arul Kanda akhirnya dibayar menggunakan wang cukai rakyat dan tidak lebih dari seorang penjawat awam.
“Arul sepatutnya menunjukkan kesetiaan dan komitmen kepada 30 juta rakyat Malaysia dan bukan hanya kepada bekas majikannya saja,” kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu.
1MDB kini bergelut dengan lambakan hutangnya melebih RM40 bilion sejak ditubuhkan tujuh tahun lalu.
Sepanjang penubuhannya, operasi syarikat cetusan Perdana Menteri itu diragui peranannya dalam menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.

Al kisah wang tebusan...


Dimana Laporan Tahunan Kutipan Zakat..???

KENAPA hingga kini tiada langsung pengumuman mahupun laporan tahunan kutipan zakat tahun 2014 & 2015 dikeluarkan ??!!

Adakah ada sesuatu yg telah berlaku pada kutipan zakat yg dah berbilion2 ringgit yg nak disembunyikan kpd pengetahuan rakyat ??

RM3.2 juta masuk poket ntah sape.!!

KPN: Tiada wang tebusan dibayar..

Keluarga: Kami dah kumpul RM12 juta dan serah pada Polis..

Zahid: Duit itu kami bagi pada badan kebajikan di Filipina..

KPN: Kami tidak bayar apa-apa wang tebusan..

TIBA-TIBA...

Abu Sayyaf: Jilake..!!! Kami cuma dapat RM8.8juta.. Mana lagi RM3.2 juta..??!!

PAS tolak mentah-mentah cadangan Kit Siang

Cadangan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang untuk PAS hanya menumpukan kepada kerusi-kerusi di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis sahaja dalam pilihan raya umum akan datang tetapi dilihat sebagai tidak masuk akal, kata PAS.
"Cadangan itu tidak logik. Ikut suka PAS mahu bertanding. PAS bertanding itu sebab tahu asas kekuatannya jadi terpulang kepada PAS mahu bertanding dimana pun," kata Naib Presiden PAS, Idris Ahmad kepada Malaysiakini, hari ini.
Jikapun cadangan itu bertujuan memaksimumkan kemenangan pembangkang, Idris yang juga ahli parlimen Bukit Gantang, Perak berkata, ia harus status quo dengan PAS dibenarkan bertanding di kawasan yang pernah ditandingi parti itu sebelum ini.
Mengambil contoh pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini, tambah Idris, ia tidak akan menjadi satu isu jika PAS berada dalam pertandingan satu lawan satu menentang BN.
"(Jadi) PAS tidak boleh terhad kepada bertanding di negeri-negeri tertentu sahaja. Jika itu berlaku, maka orang boleh mengatakan bahawa anda (DAP) hanya berhak untuk bertanding di Pulau Pinang," katanya.
Lim dalam kenyataannya semalam berkata, keputusan pilihan raya kecil berkembar itu mencetuskan perbincangan baru untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum akan datang.
"Mungkin sekarang masa yang sesuai untuk mengkaji semula cadangan bagi PAS menumpukan perhatian kepada Kelantan , Terengganu , Kedah dan Perlis manakala Parti Amanah Negara (AMANAH) memfokus kepada negeri-negeri lain, tertakluk kepada pelarasan dalam susunan oleh kedua-dua parti politik," ujar Lim.

Jenazah Bill Kayong dikebumi lusa

Jenazah Allahyarham Bill Kayong yang ditembak mati individu tidak dikenali di persimpangan lampu isyarat Lutong pada 8.30 pagi semalam akan dikebumikan Jumaat ini.
Presiden Persatuan Dayak Sarawak (Pedas) Kapten Collin Imran Abdullah berkata jenazah allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 1 selepas sembahyang Jumaat.
"Sebelum dikebumikan, acara memberi penghormatan terakhir mengikut adat Iban akan dilakukan selama dua malam berturut-turut mulai malam ini (di rumah allahyarham)," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embah mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham dan mahu semua pihak memberi kerjasama kepada polis dalam siasatan kes bunuh itu.
"Polis telah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes ini dan kita berharap penjenayah terlibat akan segera dihadapkan ke muka pengadilan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Seorang lagi Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing yang melakukan lawatan kerja di Miri hari ini turut berharap penjenayah terbabit dapat ditahan secepat mungkin dan menurutnya insiden itu telah menjejaskan imej bandar raya Miri.
"Saya akan menziarah keluarga mangsa tengah hari ini untuk memberikan penghormatan terakhir," katanya.

Bill lelaki jujur, baik kata adik mangsa bunuh

Jika ada dua perkataan untuk menggambarkan aktivis politik Bill Kayong yang dibunuh semalam, adiknya berkata, ia adalah "jujur dan setia"
Bercakap kepada Malaysiakini Gaby Kayong mengimbau bagaiana Bill yang dikenalinya adalah seorang yang meyakini apa yang dipercayainya dan tidak pernah mengelak untuk menghulurkan bantuan.
Kata Gaby, Bill, 43, hanya menjadi aktivis Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) kira-kira tiga tahun lalu.
Katanya lagi, Bill adalah anak ke-11 daripada 12 adik beradik.
Keputusan Bill untuk terbabit dalam kempen NCR, kata Gaby, mendapat sokongan penuh daripada keluarga dan penduduk kampungnya.
Bagaimanapun Gaby tidak tahu menahu sama ada abangnya itu mempunyai musuh, apa lagi kemungkinan ada orang mahu membunuh bapa kepada dua anak itu.
"Dia jarang bercakap dengan sama mengenai hal peribadi. Setakat yang kami tahu, dia tidak ada masalah," katanya.
Bill yang juga calon PKR untuk kerusi DUN Bekenu pada pilihan raya negeri 7 Mei lalu ditembak mati di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuala Baram dan berhampiran sebuah pasar raya.
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 9 pagi dan Bill terbunuh di tempat kejadian.
Dalam pilihan raya negeri lalu Bill kalah kepada calon BN, Rosey Yunus.
Kata Gaby kedua-dua anak Bill masih terkejut dengan pembunuhan semalam dan langsung tidak menyangka ada orang mahu membunuh bapa mereka.
Katanya, mereka masih belum menentukan di mana mayat Bill akan disemadikan dan apakah perancangan untuk kedua-dua anak mangsa.
"Ia akan ditentukan apabila kami berkumpul dan berbincang," katanya.

AMANAH lebih kuat kerana bersama PKR,DAP - Mat Sabu

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu menegaskan bahawa parti itu lebih kuat dengan kehadiran PKR dan DAP.
Beliau juga menyatakan ketidak setujuan berhubung Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mendakwa calon-calon Amanah yang bertanding dalam pilihan raya kecil baru-baru ini akan kehilangan deposit mereka tanpa sekutu parti.
"Kekuatan AMANAH terletak pada Pakatan Harapan (HARAPAN). Berseorangan, kami tidak kuat. Tetapi tidaklah sampai ke tahap hilang deposit," kata Mohamad kepada Malaysiakini.
AMANAH, kata beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, akan terus bersama Pakatan Harapan kerana percaya dengan bersendirian dalam perjuangannya, parti itu tidak dapat pergi jauh dalam arena politik negara.
"Kami akan kelihatan kuat, tetapi kita tidak akan menang dalam pilihan raya, (tetapi ) HARAPAN boleh.
"(Dan) kita hanya berumur lapan bulan, jika kita berusia dua tahun, mungkin kekuatan kita akan berbeza ," ujarnya.
Sementara itu, Setiausaha Agung AMANAH, Anuar Tahir tidak faham mengapa Mohd Amar membuat kenyataan sedemikian.
"Sebelum ini, beliau kata kami gila kerana memilih warna oren, kini dia membuat kenyataan bahawa kita akan hilang deposit jika kita tidak bersama-sama dengan PKR dan DAP.
"Mengapa mesti membuat kenyataan seperti itu? Kami percaya konsep kerjasama dalam politik. Di Malaysia, tidak ada parti politik termasuk Umno, boleh bersendirian bagi mendapatkan kuasa mentadbir negara ini," tambah beliau lagi.

Pasca PRK, kami terima & hormati keputusan rakyat - Guan Eng

'Rakyat don't believe Mahathir's 'makan dedak' claims'

INI CAKAP BEKAS KETUA HAKIM ATAU OTAK KETUA CAWANGAN UMNO DI CERUK KAMPUNG?

Tindakan Tun Mahathir Mohamad ingin menjatuhkan Najib Razak dengan berbaik-baik dengan DAP didakwa akan membawa kemudaratan besar kepada orang Melayu dan Islam di negara ini.

"Saya tak kisah jika Tun Mahathir berkempen untuk Parlimen meluluskan undi tidak percaya kepada Najib dan dengan itu memaksanya berundur sebagai Perdana Menteri.

"Tetapi saya tidak bersetuju apabila Tun Mahathir bersekongkol dengan DAP dan Amanah untuk mengalahkan calon BN kerana mudaratnya lebih besar.

"Janganlah hanya kerana tidak mahu Najib terus menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup menyerahkan kerajaan kepada pembangkang yang diterajui oleh DAP."

Jika kita membaca kenyataan di atas tanpa mengetahui identiti orang yang bercakap,  tentunya kita dengan pantas mengatakan ia adalah kata-kata seorang ketua cawangan UMNO yang duduk jauh di hujung kampung, tidak terdedah kepada internet dan mungkin masih menggunakan telefon tangan jenis analog.

Isi-isi hujahnya sebiji dan saling tak tumpah macam otak ketua-ketua cawangan UMNO yang sentiasa menagih projek kelas F untuk gebang kehidupan.

Pertama,  di mana datang logiknya dia mengatakan lebih mudarat kepada Melayu dan Islam jika pembangkang yang mengambil alih kerajaan?

Di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan yang kini ditadbir oleh pembangkang, apakah Melayu dan Islam sentiasa terancam?

Di negeri-negeri lain yang dikuasai Najib pula, adakah kedudukan Melayu dan Islam bertambah baik atau lebih kurang sama saja dengan negeri yang ditadbir pembangkang itu?

Siapa yang selama ini banyak menggadai tanah, saham dan hak Melayu di negara kita?

Biarkan Pas dengan labu - labunya, PH perlu bergerak sebagai satu pasukan bukannya sendiri2

Oleh Mejar Zaidi Ahmad

Walaupun keputusan dua PRK agak mengecewakan namun ia sudah dijangka memandangkan berbagai dedak yg disediakan oleh BN bagi menarik undi. Beberapa kesimpulan boleh saya buat dari dua PRK ini;
1. Keputusan ini menggembirakan BN terutama Najib Razak namun kegembiraan itu mungkin menjadikan mereka lalai utk membuat persediaan sebaiknya utk hadapi PRU 14.

2. Pengundi masih kekok dengan situasi tiga penjuru dan usaha penerangan perlu dipergiatkan mengapa perlu memilih PH berbanding PAS. Yang penting mereka kena faham bahawa kemenangan itu penting untuk melaksanakan apa2 jua agenda termasuk agenda Islam. Hasrat Pas konon untuk melaksanakan sebahagian kecil perundangan Islam melalui pertolongan Umno hanya umpama masuk perangkap. Terbukti Pas semakin kehilangan sokongan terutama dari non muslim.

3. Biarkan Pas dengan labu2nya, tak perlu dipujuk kerana ia seolah2 menggambarkan PH itu lemah dan perlukan Pas. Halikatnya PH di landasan yang betul cuma kena tambahkan gerakerja agar mendapat sokongan rakyat. Jika Pas berhasrat nak sertai PH mereka yang sepatutnya memohon dan bukan sebaliknya.

4. PH perlu bergerak sebagai satu pasukan bukannya sendiri2. Saling membantu dan saling menegur bukan atas dasar "jaga tepi kain" tetapi sama2 membina kekuatan dan kelemahan salah satu komponen akan menjejaskan yang lain. Program2 penerangan atas nama PH perlu di perbanyakkan mulai sekarang dan bukannya menunggu parlimen dibubarkan yang dijangkakan paling awal tahun depan.

AYUH BANGKITLAH WAHAI2 WIRA2 PH SEKALIAN, PALUKAN GENDANG
MULAKAN PERANG DEMI ANAK CUCU DAN NEGARA TERCINTA!

Fitnah halang azan di Pulau Pinang, penceramah PAS dituntut mohon maaf


GEORGE TOWN, 22 JUN: Yang diPertua (YDP) PAS Padang Serai, Ustaz Shaharuddin Ibrahim yang menimbulkan kontroversi kerana melemparkan fitnah kononnya masjid-masjid di Pulau Pinang tidak boleh melaungkan azan dituntut untuk memohon maaf secara terbuka dan menarik balik fitnah tersebut.
13483350_1338144486202998_4869636909595337449_oExco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Abdul Malik Abul Kassim berkata, beliau amat kesal dengan kenyataan berunsurkan fitnah yang dilemparkan Shaharuddin ketika menyampaikan tazkirah Ramadan di Masjid Jamek An-Najah, Padang Serai, Kedah pada 11 Jun 2016.
“Tazkirah Ramadan sepatutnya menjadi wadah penyebaran ilmu agama, menyingkap kisah-kisah nabi, kelebihan Ramadan dan bukannya dijadikan pentas politik kepartian dengan menabur fitnah,” katanya dalam satu sidang media di Komtar.
Menurut Abdul Malik, lebih dikesalkan adalah tohmahan dan fitnah yang dilakukan itu ‘dilontarkan’ ketika di dalam masjid dan di bulan Ramadan yang mulia.
“Justeru, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menuntut supaya beliau (Shaharuddin) memohon maaf secara terbuka dan menarik balik fitnah tersebut dalam media massa.
“Beliau (Shaharuddin) juga perlu memohon maaf kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui kenyataan bertulis dalam tempoh seminggu. Sekiranya gagal, tindakan undang-undang akan dipertimbangkan,” jelasnya.

Kerajaan digesa dakwa pegawai SPRM atas kematian Sarbaini

Pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu didakwa kerana melakukan kecuaian sehingga menyebabkan kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed lima tahun lalu.
pak_samadSasterawan Negara, Datuk A. Samad Said berkata pampasan sebanyak RM213 ribu yang diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan untuk dibayar sebagai ganti rugi kepada keluarga mangsa semalam tidak harus menjadi penamat kepada tragedi melibatkan SPRM itu.
Sebaliknya, beliau yang juga Presiden Teoh Beng Hock Trust For Democracy (TBH Trust) berkata agensi dan pegawai-pegawai yang tidak bertanggungjawab harus didakwa kerana menyebabkan dua kematian di dalam premis mereka pada tahun 2009 dan 2011, iaitu dalam kes Teoh Beng Hock dan Sarbaini.
“TBH Trust menggesa kerajaan untuk memulakan pendakwaan terhadap pegawai-pegawai SPRM yang terlibat dalam menyebabkan kematian Ahmad Sarbani atas kesalahan membunuh tanpa niat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan.
“Kerajaan juga mesti mengambil lebih banyak inisiatif dalam menyelesaikan kes ini secara adil dan saksama. Ia isu yang sangat besar dan berkaitan dengan nyawa individu, maka tidak harus dibiarkan tergantung begitu saja,” katanya kepada Roketkini.
Mahkamah Rayuan semalam menganugerahkan RM213 ribu sebagai ganti rugi kepada keluarga Ahmad Sarbaini selepas mendapati SPRM telah melakukan kecuaian sehingga membawa kepada kematiannya.

Kalau ikut rentak UMNO-BN, sampai bila-bila pembangkang takkan jadi kerajaan

Pembangkang di Malaysia tidak akan mampu jadi kerajaan baharu menggantikan UMNO BN jika masih terikut-ikut dengan rentak politik parti itu.
Sebaliknya, mereka perlu yakinkan pengundi bahawa kerajaan baharu yang bakal ditubuhkan tidak dengan terjebak dengan politik agama dan perkauman seperti yang dimainkan UMNO BN.
Pembangkang perlu beri penekanan kepada isu dan polisi yang melibatkan golongan biasa termasuklah peluang pekerjaan, pendidikan, pendapatan yang lebih baik, sistem perbandaran dan luar bandar, kehidupan yang lebih sempurna tanpa bebanan hutang dan sebagainya.
Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan Liew Chin Tong, berkata aspirasi sebenar rakyat Malaysia seperti yang disebutkan itu seringkali diketepikan kerana ia tidak sensasi sebagaimana isu kaum dan agama yang sering dimainkan.
Dalam masa sama, pembangkang pula dilihat gagal memberi pendirian ataupun jawapan yang tuntas bagi isu yang sentiasa dimanipulasi media itu.
“Di sinilah UMNO BN memainkan isu agama dan perkauman untuk terus kekal berkuasa sekaligus menafikan aspirasi rakyat biasa dengan merompak masa depan mereka melalui rasuah, kronisme dan nepotisme,” ujar beliau.
Ahli Parlimen Kluang itu berpandangan, pihak pembangkang tidak boleh mengambil jalan pintas dalam mengangkat isu dan aspirasi sebenar rakyat Malaysia.
“Jika kita gunakan jalan pintas. Pengundi nampak.
“Suka atau tidak, kita perlu mengambil tanggungjawab besar untuk membina Malaysia yang lebih baik untuk rakyat. Kita memberi inspirasi kepada diri sendiri dan pengundi manakala mereka akan memberi inspirasi kepada generasi baru mereka yang mengambil bahagian dalam politik untuk membentuk masa depan yang lebih baik,” jelasnya.

Kesihatan ayah semakin teruk, Nurul Izzah rayu Najib

Anak sulung bekas ketua pembangkang itu berkata ayahnya dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain secara drastik.
nurul-izzah_anwar_600
PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini memohon perdana menteri mempertimbangkan rayuan supaya ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditempatkan di hospital sementara menunggu pembedahan otot bahu yang akan dilakukan pakar dari Georgetown University, Amerika Syarikat.
“Saya kira Anwar yang juga merupakan bekas pegawai kerajaan kedua tertinggi di negara, sewajarnya mendapat layanan yang jauh lebih baik daripada mantan Menteri Besar Selangor (Dr Mohamad Khir Toyo) yang diberi kemudahan tahanan parol di rumah walaupun sabitan kurang setahun,” kata anak sulung Anwar itu dalam surat terbuka kepada Datuk Seri Najib Razak.
“Saya tidak boleh terus melihat kesihatan ayahanda (Anwar) terus merosot dengan tempat penahanan yang tidak sesuai dengan keperluan ayahanda.”
Dalam suratnya, Nurul Izzah turut menyatakan kebimbangan kesihatan bekas ketua pembangkang itu semakin teruk.
Anwar, 69, kini menjalani tahun kedua hukuman penjara lima tahun, selepas disabitkan dengan kesalahan liwat pada Februari tahun lalu.
Nurul Izzah berkata ayahnya dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain secara drastik, dan ia antara faktor beliau mengalami tekanan darah tinggi.
“Dari penjara ke mahkamah, penjara ke hospital, kemudian ke penjara lagi. Pastinya proses perpindahan ini akan menyebabkan tekanan darah menjadi tidak menentu,” katanya.

Analisa keputusan PRK-PRU13 Kuala Kangsar dan Sungai Besar


Dalam PRK  Hanya Amanah mewakili Pakatan Harapan mendapat serangan daripada dua penjuru BN dan Pas.Dalam PRK Hanya Amanah mewakili Pakatan Harapan mendapat serangan daripada dua penjuru BN dan Pas.BN dan Pas mengalami kemerosotan undi Melayu dalam Pilihan Raya Kecil(PRK) berbanding Pilihan Raya Umum Ke-13( PRU13) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. BN mengalami kemerosotan undi Melayu sebanyak 3% di Sungai Besar dan 6% di Kuala Kangsar.
Pas pula mengalami kemerosotan undi Melayu yang sama di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebanyak 7 peratus. Kemerosotan sokongan undi Melayu kedua-dua parti tradisi ini telah diserap oleh Amanah.
Pengundi Amanah terdiri daripada pengundi Melayu progresif, Islamik dan kelas menengah yang terdedah dengan maklumat. Amanah juga mendapat sokongan undi Melayu hasil daripada program Deklarasi Rakyat yang dipelopori Tun Dr Mahathir terutamanya di Kuala Kangsar. Amanah mendapat lebih sokongan undi Melayu di Kuala Kangsar berbanding Sungai Besar.
Kebanyakan pengundi Melayu kurang mengenali logo Amanah kerana baru berusia 9 bulan dan pertama kali bertanding dalam pilihanraya di Semenanjung. Ada setengahnya menganggap logo Amanah seperti parti bebas.
Terdapat ramai pengundi Melayu pro pembangkang yang keliru, manakah pembangkang sebenar di antara Amanah dan Pas. Pas memiliki kelebihan dengan usianya 65 tahun. Amanah pula ditohmah sebagai pro DAP dan pro Cina sama seperti tohmahan yang dihadapi oleh Pas dalam PRU13.
Faktor-faktor ini menyebabkan Amanah mendapat sokongan yang lebih rendah berbanding Pas dan BN. Jika pengundi Melayu lebih mengenali Amanah dan propaganda perkauman dapat diredakan maka sokongannya dijangka meningkat.
Pendekatan Pas yang berkerat rotan dengan DAP dan usul RUU tidak menambahkan undi Melayu. Sebaliknya Pas pula mengalami kemerosotan mendadak undi Cina dalam PRK berbanding PRU13 sebanyak 73% di Sungai Besar dan 63% di Kuala Kangsar.
Hasilnya, Pas hanya memperolehi undi teras seperti yang diperolehi dalam PRU11(2004). Dalam undi teras Pas terdapat undi tegar Pas sekitar 2000 hingga 3000 orang di kedua-dua parlimen ini.
Jika berlaku 10 penjuru sekalipun undi tegar Pas ini tidak akan berganjak. Undi teras Pas boleh menyusut tetapi undi tegar Pas tidak akan berubah.
Undi Cina yang diperolehi oleh Amanah adalah rendah berbanding yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat dalam PRU13.

KWSP haram, zalim, kata menantu Hadi

Katanya kaedah KWSP umpama seorang yang merompak wang bagi membeli barang, kemudian menjual semula barang itu kepada pemiliknya.
zaharuddin-muhammad
PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Zaharuddin Muhammad mempertikaikan peraturan mewajibkan majikan dan pekerja menyumbang ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sambil mendakwa ia sistem yang zalim dan haram di sisi Islam.
Beliau membuat perbandingan caruman KWSP dengan perbuatan merompak di mana perompak menjadi wang rompak sebagai modal membeli barang sebelum “barang itu dijual semula kepada kita”.
“Waktu dia beli barang tu dia guna kontrak patuh syariah. Tapi waktu dia paksa kita bayar, waktu dia beli barang, waktu wang itu diberikan kepada siapa untuk dijadikan modal, untuk meniaga apa, semuanya tanpa izin kita, hatta bila dia nak bagi balik duit yang dia rompak pun pun tanpa restu kita.
“Ini bahagian besar KWSP yang tidak patuh syariah,” tulis Zaharuddin, yang juga merupakan menantu kepada presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam coretan di Facebook.
Isnin lalu, KWSP mengumumkan akaun patuh syariah, di mana ahli boleh memilih berpindah daripada akaun sedia ada kepada akaun “Simpanan Syariah” mulai Ogos ini.
Dana simpanan persaraan itu berkata kadar dividen Simpanan Syariah berdasarkan prestasi portfolio patuh syariah dengan tiada jaminan kadar dividen.
Menurutnya, lebih 45% atau RM295 bilion daripada jumlah aset pelaburanya adalah patuh syariah.
Zaharuddin mengalu-alukan langkah KWSP itu dan berkata umat Islam wajib berpindah kepada akaun patuh syariah, tetapi mendakwa sistem KWSP itu sendiri bercanggah dengan Islam kerana ia umpama cukai yang dipaksa.
Beliau bagaimanapun tidak memberikan penjelasan lanjut, sekadar berkata: “Insyallah anda akan faham bagaimana KWSP boleh meranapkan ekonomi rakyat bawahan seterusnya menjerumuskan kita dalam hutang dalam siri penerangan saya akan datang,” tulisnya.
KWSP, dengan keahlian hampir 15 juta, ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 bagi menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan cekap.
Undang-undang mewajibkan potongan gaji pekerja sebanyak 11% setiap bulan, manakala majikan diwajibkan mencarum 13% daripada gaji pekerja.
Dana itu memberikan dividen tahunan kepada ahli melalui keuntungan pelaburan. Sejak 2011, ia mengumumkan dividen melebihi 6%, dengan keuntungan kasar RM44.23 bilion dicatatkan pada 2015.

PAS tidak mungkin duduk semeja dengan DAP, Amanah

"Kita sudah bekerjasama dengan DAP dan kita ada pengalaman dengannya. Jadi mungkin sukar untuk kita ulangi kerjasama itu."
Mohd-Amar-Nik-Abdullah_pas_dap_amanah_600
KOTA BAHARU: PAS tidak mungkin akan kembali duduk semeja dan mengadakan kerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) dalam Pakatan Harapan kerana sudah serik dengan pengalaman lalu.
Naib Presiden PAS yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata setakat ini parti itu berpendirian untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan DAP dan Amanah kerana sedang memberi tumpuan untuk memperkasakan blok pembangkang ketiga.
“Kita sudah bekerjasama dengan DAP dan kita ada pengalaman dengannya. Jadi mungkin sukar untuk kita ulangi kerjasama itu. Pendirian kami setakat ini, kami tak kan bincang dengan Amanah dan DAP.
“Dengan PKR (Parti Keadilan Rakyat) setakat ini kita masih ada hubungan, masih tidak putus.
“Kita dalam usaha untuk mengukuhkan blok ketiga (dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia). Cuma mungkin ambil masa sedikit,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama pengamal media di sini malam tadi.
Beliau diminta mengulas saranan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga menteri besar Selangor agar PAS kembali bersatu sebagai satu pasukan di bawah Pakatan Harapan bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Dalam perkembangan lain, Mohd Amar meminta kerajaan persekutuan agar memainkan peranan dalam menjelaskan mengenai Rang Undang-undang Persendirian berkaitan Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

Sikap BN Selangor tidak profesional enggan terima peruntukan kerajaan negeri


Lau Weng SanLau Weng SanKemenangan Barisan Nasional (BN) di Parlimen Sungai Besar tidak boleh dijadikan ukuran kekuatan parti itu untuk menawan Selangor dalam pilihanraya umum akan datang.
Ini kerana sikap tidak profesional dan ketinggalan zaman menjadikan mereka tidak mampu menjadi pembangkang yang efektif dan berkesan dalam Dewan Negeri Selangor.
Ini termasuk keengganan BN Selangor untuk mengisi kekosongan jawatan Ketua Pembangkang Dewan Negeri sejak sekian lama, serta tidak mahu menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) Dun Selangor dan tidak mahu menerima peruntukan RM200,000 daripada kerajaan negeri.
Dalam perkara berkaitan, Adun Kampung Tunku Lau Weng San menasihati Ahli Parlimen Sungai Besar yang baharu, Budiman Mohd Zohdi yang juga Adun Sungai Panjang supaya tidak menggadaikan nasib rakyat di kawasannya.
“Budiman pernah didatangi dengan permintaan peruntukan daripada pengundi semasa kempen pilihanraya tetapi telah menangguhkan permohonan itu dengan alasan “tunggu saya menang dahulu”.
“Saya menganggap jawapan ini sesuatu yang sangat tidak bertanggungjawab kerana sama ada Budiman menang atau kalah dalam PRK, beliau tetap Adun Sungai Panjang dan layak untuk menggunakan peruntukan RM200,000 yang ditawarkan kepada beliau oleh Kerajaan Selangor,” ujar beliau seperti di lapor Roketkini.
Bagi beliau Budiman seharusnya menerima tawaran Kerajaan Negeri dan membantu rakyat di kawasannya.
Menurutnya sebelum BN Selangor menanam cita-cita untuk ‘merampas’ negeri itudalam PRU14, mereka perlu terlebih dahulu mengetengahkan sikap professional dan bekerja tanpa menggadaikan kepentingan rakyat.

Jika pembangkang bersatu BN akan goyah,akui veteran Umno


Faktor pembangkang yang masih berpecah memberi kelebihan kepada BN untuk mendapat sokongan rakyat.Faktor pembangkang yang masih berpecah memberi kelebihan kepada BN untuk mendapat sokongan rakyat.Jentera BN tidak boleh cepat ‘khayal’ dengan kemenangan dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) lalu sebaliknya perlu memantapkan gerak kerja mereka, kata Veteran Umno.
Pengerusi Veteran Umno Kelantan, Datuk Mohd Rozali Isohak berkata, momentum yang tercetus daripada dua PRK itu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk meraih sokongan lebih besar dalam PRU14.
“Masalah dengan jentera BN ialah kadang-kadang mereka buat kerja, kadang-kadang tidak. Tetapi, di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, jentera yang turun memang terbaik. Jadi, mereka hanya perlu meneruskan kecemerlangan ini dan turun padang,” katanya.
Selain itu, menurut beliau, faktor pembangkang yang masih berpecah memberi kelebihan kepada BN untuk mendapat sokongan rakyat.
“Apa yang penting kita kena berjaga-jaga dengan pembangkang. Jangan sesekali biarkan mereka bersatu. Kalau ambil contoh di dua PRK lalu, undi Pas dan Parti Amanah Negara (Amanah) memang tak boleh atasi BN. Tetapi kalau mereka bersatu, kedudukan BN mungkin agak goyah,” katanya seperti dipetik Sinarharian online.
Sementara itu, Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub berkata, PRU14 tidak perlu diadakan lebih awal dan tergesa-gesa walaupun BN menang besar dalam dua PRK lepas.
Katanya, keputusan cemerlang BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar bukan penanda aras sebenar kepada PRU14.
“Suasana PRK dan PRU sangat berbeza, misalnya dari segi jentera yang turun. Dalam PRK, seluruh tenaga jentera dapat ditumpukan di satu kawasan.
"Namun, dalam PRU setiap jentera perlu menjaga kawasan masing-masing. Jadi kita tidak boleh samakan PRK dengan PRU,” katanya.

Pasca PRK: Prestasi merosot, penganalisis tuding jari pada pembangkang

Pakatan Harapan (HARAPAN) mungkin menyalahkan peratusan keluar mengundi yang rendah ekoran prestasi kurang memberangsangkan dalam pilihan raya kecil (PRK) berkembar baru-baru ini, tetapi penganalisis politik menuding jari pada pembangkang kerana menyebabkan pengundi berpaling sokongan.
Kegagalannya untuk memastikan pertandingan satu lawan satu adalah antara sebab pengundi tidak menyokong pembangkang, kata penganalisis politik Liew Wui Chern.
Katanya, mereka sepatutnya belajar daripada masalah yang dialami dalam pilihan raya negeri Sarawak di mana , seperti yang didepani oleh DAP, yang sebahagiannya kerana pertembungan banyak penjuru dalam enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Dalam pilihan raya negeri Sarawak, DAP dan PKR tewas di enam kerusi, manakala PAS bertembung dengan AMANAH dan PKR di semua 11 kerusi yang ditandinginya. BN Sarawak berjaya memenangi 72 daripada 82 kerusi untuk memperolehi majoriti dua pertiga.
PRK Kuala Kangsar pada 18 Jun pula menyaksikan peratusan keluar mengundi sebanyak 71 peratus, berbanding 84.1 peratus pada pilihan raya umum 2013.
Kira-kira 4,800 pengundi di Kuala Kangsar tidak mengundi Sabtu lepas.
Manakala di Sungai Besar, jumlah keluar mengundi ialah 74 peratus berbanding 88 peratus pada tahun 2013. Lebih 10,000 pemilih tidak mengundi.
"Sepanjang kempen, DAP telah menggambarkan pilihan raya kecil itu sebagai titik permulaan bagi Pakatan Harapan untuk menukar kerajaan pada pilihan raya umum akan datang," kata Liew kepada Malaysiakini.
"Tetapi rakyat terutamanya golongan muda dan kelas pertengahan, tidak tertarik. Harapan mereka lebih tinggi kepada Pakatan Rakyat (yang telah berkubur) untuk mengambil alih Putrajaya, berbanding dengan HARAPAN."
Ketika itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan Karpal Singh, berkongsi matlamat yang sama dan mampu menyatukan gabungan tersebut.
"Sekarang ni, nak berpakat bagi satu lawan satu dalam pilihan raya negeri dan PRK pun tak mampu. Adakah anda akan bertelagah merebut jawatan perdana menteri dan menteri sebaik saja ambil alih kerajaan?"
Liew berkata rakyat kelas menengah dan golongan muda mungkin mengambil risiko untuk menukar kerajaan ketika itu, tetapi kini mereka memilih kestabilan, di tengah-tengah keadaan ekonomi yang tidak menentu dan ancaman pengganas antarabangsa.
"(Tambahan pula), rakyat tidak lagi merasakan mereka perlu memilih BN atau pembangkang. Jadi, mereka memilih untuk tidak mengundi sebagai tanda protes," katanya.
Barisan pembangkang berpecah

Demi Rakyat & Negara: Rafizi tak kisah dianggap bodoh tinggalkan kerjaya mewah

Sebaliknya, ahli Parlimen Pandan itu berkata beliau memilih melawan kezaliman.
rafizi
PETALING JAYA: Rafizi Ramli berkata keputusan beliau meninggalkan kerjaya mewah untuk menyertai politik dianggap “bodoh” oleh sesetengah pihak.
“Saya telah ikut suara hati itu sejak 1998 sehingga kini. Ada yang kata saya bodoh kerana tinggalkan kerjaya mewah, ada yang kata saya berani.
“Ada yang mengutuk saya kerana terlalu berani. Ada yang kata saya fitnah, kebelakangan ini ramai yang kata saya sesat,” kata setiausaha agung PKR itu yang sebelum ini pernah bekerja sebagai pengurus kanan perakaunan di Petronas.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata penyertaannya dalam PKR bukan mencari jawatan atau mahu menjadi menteri, tetapi mengikut suara hati melawan kezaliman.
“Saya tidak masuk PKR kerana saya mahu jadi wakil rakyat atau jawatan atau mahu jadi menteri.
“Saya hanya mengikut suara hati bahawa Allah SWT memberi kekuatan kepada sesiapa yang mahu melawan kezaliman tidak kira sekecil mana sumbangan kita,” ujarnya.
Tambahnya, beliau tidak takut dan redha dengan risiko kerana menganggap ia sebahagian kecil dari usaha besar membantu kemanusiaan.
Rafizi, yang sebelum in menonjol dalam pendedahan pelbagai skandal, kini menghadapi beberapa tuduhan mahkamah.
April lalu, beliau didakwa dengan dua kesalahan di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi, kerana dituduh mendedahkan maklumat sulit laporan Ketua Audit Negara berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau juga menghadapi tuduhan jenayah memfitnah Lembaga Tabung Haji di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Kemenangan BN di dua PRK sudah dijangka - Shafie Apdal

Tun M Perlu Batalkan Deklarasi Rakyat - Noh Omar

Will Najib's Plan B Proceed Notwithstanding The By Election Victory

How To Counter Mental And Psychological Rape By the Najib Regime By Matthias Chang

Umno Leaders Move Out, Stay Out & Get Out Of Our Way! By Matthias Chang

Ahli Ahli UMNO, Jangan Rasa Berdosa dan Bersalah! Mesej Daripada Matthias Chang

BN Selangor berjaya capai KPI tarik pengundi - Noh Omar

Lepas Mngundi Ambil Habuan
Barisan Nasional (BN) Selangor berjaya mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan dalam menarik 17,000 pengundi daripada pelbagai parti komponen BN untuk keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar Sabtu lepas.
Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata pendekatan dan transformasi baharu yang diperkenalkan BN termasuk mengadakan sesi pemukiman dengan semua pimpinan BN negeri membolehkan ramai pengundi putih keluar mengundi.
"Pendirian kami di BN adalah kami tidak ambil kira perpecahan dan kelemahan parti lawan kami, tetapi apa yang ditekankan ialah menguatkan kedudukan BN sendiri.
"Sebab itulah kami capai matlamat (tarik 17,000 pengundi putih daripada parti komponen BN). Semua parti komponen termasuk MCA, MIC dan PPP mencapai KPI masing-masing setelah menunaikan janji, memastikan ahli mereka keluar mengundi," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Dalam PRK Parlimen Sungai Besar, calon BN Budiman Mohd Zohdi menang besar dengan majoriti 9,191 undi menewaskan calon Pas Dr Abdul Rani Osman dan calon Amanah Azhar Abdul Shukur, dalam pertandingan tiga penjuru.
Noh yang juga Pengarah PRK Parlimen Sungai Besar berkata pendekatan dan transformasi yang dilakukan dalam PRK itu akan diguna pakai dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang.
Dalam pada itu, beliau berkata kemenangan BN di dua kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Perak pada PRK itu, membuktikan Deklarasi Rakyat yang dibawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak relevan dan ditolak rakyat.
"Dr Mahathir sepatutnya mengarahkan deklarasi ini dihentikan sebab tidak beri faedah kepada rakyat.
"Eloklah Tun berehat pada masa ini agar dapat kembali penghormatan daripada rakyat," katanya.

Isu pembangkang bawa tidak difahami rakyat – Musa Hitam

Bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam menyifatkan kegagalan pembangkang membawa isu mudah difahami rakyat sebagai punca kekalahan mereka dalam dua pilihan raya kecil (PRK) baru-baru ini.
Musa berkata isu-isu nasional seperti 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang menjadi modal parti pembangkang bertanding tidak memberikan kesan kepada pengundi kampung dimana kebanyakkannya tidak memahami.
Isu yang dibawa oleh BN pula sangat mudah, isu-isu ‘kampung’ seperti masalah jalan, sekolah, pendapatan dan pekerjaan membuatkan pengundi cepat faham,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran Festival Seni Yayasan Sime Darby pada Isnin.
Beliau juga berkata keputusan pilihan raya tersebut juga merupakan tamparan hebat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang selama ini berjuang mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, malah turun berkempen bersama pembangkang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
“Saya melihat Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin yang tidak pernah kalah dalam perjuangannya sebelum ini. Kalau dia (Mahathir) turun pasti akan berjaya. Tetapi kali ini lain pula yang terjadi,” katanya.
Beliau memberitahu, hanya pasukan kuat dari segi kewangan dan bersatu seperti Barisan Nasional mampu untuk membangunkan serta membawa perubahan kepada negara.
“Pembangkang hanya berani cakap besar, seolah-olah indah rupa daripada berita,” katanya.
PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar menyaksikan BN berjaya mengekalkan kerusi yang dimenangi semasa pilihan raya umum ke-13 lalu, malah mendapat majoriti lebih tinggi berbanding sebelumnya.
Kemenangan tersebut juga menyaksikan kerajaan pemerintah masih mendapat sokongan padu rakyat walaupun sering dikritik hebat pembangkang.

Apa Kehendak Rakyat?

Semua pihak tahu, kehendak rakyat negara ini sebenarnya berpaksi pada soal-soal ekonomi, pendidikan, peluang pekerjaan, tingkat pendapatan, perumahan, kesihatan, pembangunan kemudahan asas atau infrastrukutur serta perkhidmatan kerajaan tempatan, bukannya soal-soal agama dan perkauman.
Jarang benar, parti-parti yang membangkang parti kerajaan mempunyai hala tuju khusus berkaitan dengan perkara-perkara kehendak rakyat itu, sebaliknya parti-parti yang membangkang, lebih suka bermain dengan faktor keagamaan dan perkauman.
Puncak parti pembangkang mendapat manafaat kepada permainan keagamaan dan perkauman, adalah melalui PRU-12 dan 13, kemudian trend itu menurun dengan sendirinya, kerana rakyat akhirnya faham, kerana sebenarnya parti-parti pembangkang sebenarnya ikut menari sesuai dengan rentak parti Barisan Nasional., di mana akhirnya rakyat tersedar, adalah lebih baik menyokong syaitan yang dikenali berbanding malaikat yang belum dikenalpasti.
Permainan politik, jika tidak mampu menyediakan padang permainan yang berbeza, maka ikut rentak permainan yang sedia ada. Untuk masa ini, salah seorang pemimpin pembangkang yang mampu mengikut rentak permainan adalah Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR- Dato Azmin Ali. Azmin faham “cash is king” merupakan tarikan utama rakyat, khususnya penjawat awam kepada sesebuah kerajaan. Penjawat awam, walaupun jumlahnya tidaklah begitu ramai, namun pengaruhnya cukup signifikan, kerana mereka juga mempunyai keluarga. Pengaruh mereka terhadap keluarga masing-masing mempunyai impak kepada keputusan menentukan sesebuah kerajaan.
Sempena Hariraya yang menjelang tiba, Kerajaan Pesekutuan serta kerajaan-kerajaan negeri di bawah naungan Barisan Nasional mengumumkan bantuan hariraya sebanyak RM500 kepada pejanjawat awam, tanpa mengira pangkat. Pada keadaan yang sama, Azmin Ali mengumumkan untuk negeri Selangor, semua kakitangan awam diberikan satu setengah bulan gaji bagi lebih 17ribu kaitangan awam negeri itu.
Kemungkin besar Azmin mengambil iktibar kepada keputusan dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, bahawa isu-isu setempat yang berkaitan dengan kehidupan pengundi secara langsung menyebabkan calon-calon Bn menang besar. Isu yang dimainkan Tun Dr Mahathir, isu yang dimainkan pemimpin DAP serta isu yang dimainkan Rafizi Ramli berkaitan jet yang disewa khas membawa Datin Rosmah mansor Ke Istanbul, hanya menyebabkan pengundi jelak, khususnya mereka yang mengundi calon-calon pembangkang pada PRU-13 lalu.
Adalah menjadi penghalang utama kepada Parti barisan Nasional untuk merampas negeri-negeri yang dikuasai Pembangkang, jika para pemimpin negeri itu, menukar pendekatan kepada faktor-faktor yang dikehendaki rakyat. Selangor dan Pulau Pinang, boleh menjadikan “cash is king” kepada rakyat dua negeri itu, memandangkan dua negeri tersebut merupakan negeri kaya.

Kemenangan BN bukti Deklarasi Rakyat tidak relevan kepada rakyat ....


Tun Mahathir ketika menyampaikan ceramahnya kepada pengundi di Parlimen Sungai Besar baru-baru iniTun Mahathir ketika menyampaikan ceramahnya kepada pengundi di Parlimen Sungai Besar baru-baru iniKemenangan Barisan Nasional (BN) di dua kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada Pilihan Raya Kecil (PRK), Sabtu lalu, membuktikan Deklarasi Rakyat yang dibawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak relevan dan ditolak rakyat, kata Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar.
" Dr Mahathir sepatutnya mengarahkan deklarasi ini dihentikan sebab tidak memberi faedah kepada rakyat.
"Eloklah Tun berehat pada masa ini agar dapat kembali penghormatan daripada rakyat," katanya.
BN Selangor katanya berjaya mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan dalam menarik 17,000 pengundi daripada pelbagai parti komponen BN untuk keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar Sabtu lalu.
Beliau berkata pendekatan dan transformasi baharu yang diperkenalkan BN termasuk mengadakan sesi pemukiman dengan semua pimpinan BN negeri membolehkan ramai pengundi putih keluar mengundi.
"Pendirian kami di BN adalah kami tidak ambil kira perpecahan dan kelemahan parti lawan kami, tetapi apa yang ditekankan ialah menguatkan kedudukan BN sendiri.
"Sebab itulah kami capai matlamat (tarik 17,000 pengundi putih daripada parti komponen BN).
"Semua parti komponen termasuk MCA, MIC dan PPP mencapai KPI masing-masing setelah menunaikan janji, memastikan ahli mereka keluar mengundi," katanya dalam sidang media diadakan semalam.
Dalam PRK Parlimen Sungai Besar, calon BN Budiman Mohd Zohdi menang besar dengan majoriti 9,191 undi menewaskan calon Pas Dr Abdul Rani Osman dan calon Amanah Azhar Abdul Shukur, dalam pertandingan tiga penjuru.
Noh yang juga Pengarah PRK Parlimen Sungai Besar berkata pendekatan dan transformasi yang dilakukan dalam PRK itu akan diguna pakai  dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Tuduhan Tun M jauh tersasar rakyat sudah buat pilihan, kata pemimpin BN


Datuk Abdul Rahman DahlanDatuk Abdul Rahman DahlanRakyat tidak patut disalahkan dalam membuat pilihan pada pilihan raya kecil (PRK)kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Ketika diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam laman blognya bahawa kemenangan BN dalam kedua-dua PRK itu hasil pemberian wang dan barang kepada pengundi, Abdul Rahman menyatakan kesal dengan tuduhan itu kerana seolah-olah pengundi di kawasan berkenaan tiada pendirian.
"Saya berpendapat rakyat memilih BN kerana BN memberikan harapan sebagai parti yang baik untuk generasi mereka akan datang dan jaminan keselamatan negara dan bukannya berdasarkan sesuatu isu tertentu.
"Tuduhan itu jauh tersasar, tidak munasabah dan alasan yang karut kerana kalah dalam pilihan raya itu. Beliau telah lakukan apa yang beliau lakukan, saya fikir beliau perlu menerima yang rakyat telah menyatakan pilihan mereka," kata Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika ditemui selepas menyertai program bubur lambuk di kementeriannya semalam.
Beliau berkata pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah matang dan mempunyai pendirian sendiri mengenai isu yang dibawa oleh Dr Mahathir.
"Mereka mendengar apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir dan keputusan yang mereka buat ialah bahawa mereka tidak mempercayai apa yang diperkatakan oleh Dr Mahathir, itu saja," katanya.
BN menang besar dalam kedua-dua PRK pada Sabtu lepas dengan Datin Mastura Mohd Yazid memperoleh majoriti 6,969 undi di Kuala Kangsar manakala Budiman Mohd Zohdi meraih majoriti 9,191 undi di Sungai Besar.

BN lagi suka kalau boikot pilihan raya, kata pembangkang

Kerajaan boleh memilih mengabaikan pembangkang seperti yang mereka selalu lakukan, kata Amanah dan DAP.
khalid samad
PETALING JAYA: Pemimpin Amanah dan DAP tidak bersetuju dengan seruan Datuk Zaid Ibrahim semalam supaya pembangkang memboikot pilihan raya sehingga beberapa tuntutan dipenuhi.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata langkah itu tidak tidak mungkin mengganggu kerajaan kerana ia boleh mengabaikannya seperti yang selalu dilakukan.
“Walaupun pembangkang tiada, kerajaan boleh membuat pembangkang palsu seperti PAS,” sindirnya.
Pengarah komunikasi Amanah itu mengulas cadangan bekas menteri undang-undang itu, yang mahu pembangkang memboikot semua pilihan raya akan datang selagi perubahan mendesak tidak dilaksanakan, susulan keputusan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang mengecewakan.
Zaid berkata Barisan Nasional (BN) akan sentiasa menang selagi rasuah berleluasa, merujuk kepada pemberian wang dan projek sepanjang tempoh berkempen.
“Sejak Najib (perdana menteri) diberikan mandat untuk memerintah, mungkin pembangkang tidak harus bertanding dalam pilihan raya sehingga 1) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bebas, 2) Larangan menyeluruh keatas rasuah pilihan raya dan pembelian undi, 3) pasukan polis yang bebas untuk menguatkuasakan undang-undang tersebut, dan 4) Anwar Ibrahim dilepaskan dari penjara,” tulis Zaid dalam blognya, sambil turut melahirkan rasa sedih dengan sikap pengundi Melayu yang tidak mementingkan kerajaan telus.
Jangan pupus macam Parti Buruh
Cadangan Zaid itu juga tidak dipersetujui Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
“BN dan Najib sama sekali tidak akan melayan permintaan daripada masyarakat sivil dan Pakatan Harapan,” kata Teresa.
“BN dan Najib akan mara mengadakan pilihan raya tanpa peduli sama ada PH bertanding atau tidak.”
Kok berkata memulaukan pilihan raya hanya akan kemenangan percuma kepada BN, dan bimbang PH mengulangi kegagalan Parti Buruh pada 1969.

PAS puas hati walau kalah PRK - "Menang Untung, Kalah Balik Modal"

Naib presiden PAS berkata pembangkang perlu bersikap realistik terima kekalahan
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
PETALING JAYA: Walaupun kalah pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar, PAS berkata ia masih sebuah parti yang kuat walaupun dilanda perpecahan.
“Kita berjaya mengekalkan sokongan, perbezaan undi dalam pilihan raya umum lalu dan PRK kali ini dilihat cukup kecil. Daripada pencapaian ini, kita berpuas hati,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dipetik Utusan Malaysia.
Amar turut menasihati parti pembangkang lain seperti DAP dan PKR supaya mencontohi PAS dalam menerima kekalahan.
“Saya rasa semua pihak yang kalah ini perlu bersikap realistik menerima kekalahan, seperti mana Pas terima kekalahan secara terbuka dan menganggap itu cabaran kepada kita untuk memperkuatkan parti,” kata timbalan menteri besar Kelantan itu.
Sebelum ini, beberapa pemimpin pembangkang melahirkan rasa kecewa dengan kemenangan besar diperolehi Barisan Nasional di kedua-dua PRK itu.
Mereka turut mempersoalkan sama ada rintihan rakyat selama ini tidak berasas berikutan sokongan besar yang diberikan mereka kepada BN.
Semalam, bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata pengundi Melayu seakan-akan tidak kisah dengan rasuah selagi mereka diberikan habuan.
Sabtu lepas, calon BN Datin Mastura Mohd Yazid menang di Kuala Kangsar dengan majoriti 6,969 (dari hanya 1,083 pada 2013) manakala Budiman Mohd Zohdi menang di Sungai Besar dengan majoriti 9,191 (dari hanya 399 pada 2013), menewaskan calon Amanah dan PAS di kedua-dua kawasan Parlimen itu.

Isu RM12 juta: Polis tidak ada dasar bayar tebusan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai sebarang polisi mahupun dasar untuk membayar wang tebusan bagi mana-mana kes penculikan melibatkan warganegara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamad berkata, apa saja wang yang disalurkan itu urusan keluarga mangsa.

"Segala perundingan dijalankan dengan secara senyap-senyap...rahsia kerana kita tak mahu membahayakan keselamatan mangsa.

"Kedua, polis bantu tapi tidak ada dasar untuk bayar tebusan. Apa (saja) wang yang diusahakan keluarga itu sendiri...itu adalah disalurkan oleh keluarga itu," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sebelum ini, isu pembayaran wang tebusan berjumlah RM12 juta didedahkan oleh keluarga empat rakyat Malaysia yang diculik di selatan Filipina pada 1 April lepas bagi pembebasan mereka menjadi perdebatan hangat.

Nur Jazlan juga sempat melahirkan kekesalan atas tindakan pihak keluarga yang mendedahkan isu wang tebusan tersebut.

"Tapi yang saya agak kesal sedikit apabila keluarga itu seolah-olah nak mendedahkan apa-apa yang berlaku kemudian nak mencemarkan imej polis.

"Usaha untuk melepaskan tebusan itu sudah berjaya. Kita anggap itu sudah selesai. Maknanya, kalau ada apa-apa 'usaha'...fahamkan usaha?..ia sudah berjaya. Maknanya ia sudah diterima penculik," katanya.

Katanya, tindakan itu hanya akan menggalakkan lagi penculikan berlaku pada masa depan.

"Apabila perkara-perkara seperti ini didedahkan, ia akan menggalakkan lagi penculik untuk menculik lagi. Jadi, ini satu tindakan tidak bertanggungjawab oleh keluarga," katanya.

Backer berang dituduh sandiwara, mahu saman pegawai LGE

Bekas calon pilihan raya kecil Bukit Gelugor itu berkata beliau bersungguh-sungguh mahu beli banglo Lim Guan Eng; cek RM2.8 juta akan dihantar kepada beliau Khamis ini
Abu Backer Sidek Mohammad
GEORGE TOWN: Tersinggung dengan kenyataan pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, bekas calon pilihan raya kecil Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohammad Zan mengancam akan ambil tindakan undang-undang.
Menyifatkan kenyataan Marziah Mohd Mukhtar sebagai penyataan fitnah, Backer menuntut Marziah memohon maaf dalam masa 24 jam.
Backer berkata tindakan undang-undang akan diambil sekiranya tiada respon daripada Marziah.
Menurut Backer, kenyataan Marziah yang menyinggung itu, antara lain, mengenai beliau pergi ke Masjid Kampung Baru “untuk bertemu Guan Eng”.
“Tidak pernah timbul isu saya menganggu majlis berbuka puasa beliau.
“Tujuan sebenar saya hadir di sana adalah untuk memberi sumbangan kepada penduduk di situ sempena bulan Ramadan yang mulia ini.
“Fakta yang sebenarnya adalah saya telah terserempak dengan Marziah di kawasan masjid tersebut, dan beliau telah bersetuju untuk menerima surat dan cek bagi Guan Eng,” jelas Backer dalam satu kenyataan media hari ini.
Semalam, Backer menyerahkan Marziah cek bernilai RM56,000, sebagai bayaran muka 2% untuk banglo Guan Eng yang bernilai RM2.8 juta di Jalan Pinhorn. Surat niat daripada peguamnya turut dilampirkan bersama.
Hari ini, Marziah mendakwa tertipu untuk menerima dokumen itu, yang beliau sangka melibatkan perkara pentadbiran atau pengurusan Kerajaan Pulau Pinang.
Beliau juga menyeru Backer hentikan sandiwara.
Backer berkata Marziah telah memberi gambaran yang salah mengenainya dan seolah-olah beliau ke masjid itu untuk menyerahkan cek membeli rumah Guan Eng.
“Marziah menuduh saya sebagai “bersandiwara” dan menuduh saya melemparkan diri di hadapan kereta Guan Eng, yang sama sekali bukan fakta sebenar.
“Kenyataannya telah menghina saya dan memalukan saya dan menyebabkan masyarakat memandang rendah terhadap saya.